Untitled - Lembaga Getah Malaysia

Transcription

Untitled - Lembaga Getah Malaysia
PRAKATA
Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk
Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa
Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan
semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.
“Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi
berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu
kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit dan
serangga perosak utama tanaman getah.
Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi
dan olahan semula dari buku Manual Teknologi
Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun
2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta
buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan
Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan
“Pocket Book” Teknologi Penyelenggaraan Kebun
Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat
memberi maklumat dan menjadi panduan khususnya kepada agen pengembangan dan penggunapengguna lain ke arah membantu pekebun kecil
getah menghayati dan mengamalkan teknologii
teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil
dan pendapatan mereka.
Kepada semua penulis buku Manual Teknologi
Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan
Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan
terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah
menyumbang dalam proses pemindahan teknologi.
Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan
Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat
dalam penerbitan “Pocket Book” ini.
Datuk Dr Salmiah Ahmad
Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
Disember 2010
ii
SENARAI KANDUNGAN
Kandungan
Muka Surat
Prakata
Senarai Kandungan
Pendahuluan i
iii
1
PEMBAJAAN TANAMAN GETAH
2
DEWASA
2
Jenis Baja
Pembajaan Getah Matang
3
3
Pembajaan Secara Berhemah
Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh
4
Dan Dirangsang
Cara Membaja
4
Waktu Pembajaan
5
7
PENUTUP
SENARAI JADUAL
Rajah 1. Membaja Pokok Getah Dewasa 5
iii
PENDAHULUAN
Penanaman getah mempunyai dua objektif
utama, iaitu untuk mencapai kematangan awal
dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua
tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber
nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan
mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan
nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan diberi
pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum
dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada
rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia.
Satu lagi perkara yang mengganggu pertumbuhan
pokok getah adalah penyakit pokok getah.
Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi
membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar
yang sesuai.
1
PEMBAJAAN TANAMAN GETAH DEWASA
Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber
makanannya. Baja mengandungi zat-zat yang
diperlukan untuk pokok getah tumbuh dengan baik.
Pembajaan yang cukup dan sempurna akan:
•
•
•
•
Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah.
Mempercepatkan kanopi di antara pokok-
pokok bertemu. Seterusnya naungan yang dihasilkan akan menolong mengurangkan pertumbuhan rumpai dan kos mengawalnya.
Merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh.
Menolong mengelak serangan beberapa penyakit daun.
Jenis Baja
Biasanya dua bentuk baja dijual iaitu baja sebatian
atau baja campuran. Baja sebatian adalah lebih
baik berbanding dengan baja campuran disebabkan
ianya lebih seragam dari segi kandungan nutrien,
tetapi harganya lebih mahal. Kedua-dua baja
campuran atau baja sebatian boleh digunakan selagi
kualiti dan nisbah kandungan nutriennya dikekalkan.
2
Pembajaan Getah Matang
Pada dasarnya, pokok getah dewasa dibaja setahun
sekali sehingga tiga tahun sebelum ditanam semula.
Jenis dan kadar baja bergantung kepada siri tanah
dan ketahanan klon terhadap kerosakan angin. Bagi
kawasan getah matang pembajaan secara berhemah
(Discriminitory Fertilizer Recommendation) dan
pembajaan bagi pokok yang dirangsang adalah
disyorkan seperti di bawah.
Pembajaan Secara Berhemah (Discriminitory
Fertilizer Recommendation)
•
Pembajaan secara berhemah bermakna pembajaan mengikut keperluan sesuatu
kawasan yang ditentukan berdasarkan status
nutrien dalam pokok dan tanah.
• Tinjauan nutrien tanah dan daun di
kawasan terbabit dijalankan. Sampel
daun diambil dari pokok yang telah
mempunyai empat atau lebih pusaran daun
yang telah matang.
• Sampel daun dan tanah di bawa ke makmal
untuk dinilai kandungan nutrien.
• Syor pembajaan dibuat untuk tempoh dua
tahun berdasarkan keputusan analisis
tanah dan daun serta beberapa maklumat
tambahan seperti sejarah pembajaan, klon dan kerosakan yang disebabkan oleh angin.
3
•
Tinjauan dan analisis nutrien dilakukan dua
tahun sekali.
Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh dan Dirangsang
•
•
Bagi kawasan yang ditoreh dan pokok- pokok dirangsang sama ada dengan
etefon atau gas etilina, baja tambahan
perlu diberi bagi mengimbangi lebihan
nutrien yang telah hilang akibat daripada
pengeluaran lateks yang bertambah.
Bagi setiap tambahan 1,000 kg/ha getah
kering yang dihasilkan, 11 kg "N"
(55 kg Ammonium Sulfat) dan 12 kg "K2O"
(25 kg Muriate of Potash) setiap hektar
perlu ditambah
Cara Membaja
•
Kebun hendaklah bersih daripada rumpai sebelum baja ditabur.
• Baja ditabur di antara barisan pokok dan
perlu dielakkan menabur di pangkal pokok
(Rajah 1).
4
Dibaja
60 sm
Lorong
Tanaman
300-350-sm
60 sm
Tidak dibaja
Rajah 1. Membaja Pokok Getah Dewasa
Waktu Pembajaan
Kadar pengambilan nutrien berhubung terus dengan
pengeluaran daun baru. Tempoh penyerapan zat
nitrogen oleh pokok getah dengan kadar yang
paling aktif ialah di antara waktu perdaunan semula
sehingga lima bulan berikutnya. Pembajaan untuk
getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun
muda mula keluar selepas musim daun luruh. Oleh itu
jika ranggasan daun berIaku pada bulan Februari,
tahap penyerapan nitrogen yang tinggi berIaku di
antara bulan Januari hingga Julai. Selepas itu, kadar
penyerapan nutrien akan berkurangan.
Jika ranggasan sekunder dan perdaunan semula kali
kedua berlaku, maka pembajaan dengan jumlah baja
yang lebih banyak diperlukan. Dalam keadaan ini
5
jumlah baja yang melebihi 1 kg/pokok adalah perIu.
Dinasihatkan baja ini dibubuh dua kali di mana
pembajaan kedua dibuat tidak lewat dari bulan Jun.
Bagi kawasan tanah berpasir, dinasihatkan
pembajaan dibuat dua kali atau lebih setahun
contohnya dalam bulan Februari/Mac dan Mei/Jun.
Di kawasan di mana dikhuatiri berlaku ancaman
kerosakan angin, kepadatan daun perlu dikurangkan
bagi mengelakkan dahan-dahan dan pokok-pokok
yang berdaun lebat patah. Ini boleh dilakukan dengan:
i. Kadar dan jumlah baja perlu diselaraskan bagi menghindar risiko kerosakan oleh
angin. Kadar baja terutamanya baja nitrogen
dikurangkan.
ii. Pembajaan ditangguhkan tetapi tidak lewat dari bulan Jun.
iii. Jumlah baja perlu dikurangkan dan hanya setengah kadar baja dibubuh. Ini adalah
kerana penyerapan kebanyakan nutrien
jauh berkurangan selepas tiga hingga
empat bulan selepas perdaunan semula berlaku.
6
PENUTUP
Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologiteknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa
untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan
kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit
utama dan serangga utama perosak getah, iaitu
anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah yang
efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran hasil
dan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebun
kecil getah pada amnya.
7