Newsletter Edisi 16.indd - Nadi Ingress

Comments

Transcription

Newsletter Edisi 16.indd - Nadi Ingress
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
www.ingresscorp.com.my
B E R H A D
NADI INGRESS
KDN. PP 12636 / 5 / 2008
Edaran Dalaman
16
Ingress Diiktiraf sebagai
Pembuat
Komponen
Automotif
Terbaik
(Malaysia) 2007
A N
A S E A N
C O M P A N Y
W I T H
G L O B A L
Edaran Dalam 16
R E A C H
1
Dari Meja Pengarang
Dari
Meja Pengarang
D
engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.
Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t, pencipta
dan pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga,
para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda r.’anhum.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita bersyukur
kerana dengan kehendak, keizinan dan pertolongan Allah
s.w.t, kita dapat bersua kembali di dalam Majalah Nadi
Ingress Edisi yang Ke-16 dalam suasana keberkatan dan
kemuliaan bulan Ramadhan dan Syawal.
Marilah sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana telah memberikan kesempatan
kepada kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan
Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran
yang berlipat kali ganda di atas segala amal soleh yang
kita lakukan dengan satu matlamat, untuk meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Kami mengharapkan agar semua pembaca beriltizam dan
beristiqamah dalam melaksanakan segala amal soleh dan
kebaikan sepanjang Ramadhan seperti memperbanyakkan
membaca ayat-ayat suci al-Quran, mendirikan solat-solat
sunat, bersedekah dan sebagainya.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Sambutlah
hadiah kemenangan ini dengan penuh kesyukuran
dan keinsafan di atas ketekunan dan kesungguhan kita
berpuasa dan beribadah di sepanjang Ramadhan.
Sekian daripada Sidang Pengarang.
walhidayah,
wassalamu’alaikum
wabarakatuh.
Wabillahi taufiq
warahmatullahi
Isi Kandungan
Dari Meja Pengarang
Berita Korporat
• Mesyuarat Agong Tahunan Kali Kelapan
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Berita HR
•
•
•
•
•
“ISO 9001:2000 Internal Audit Training”
Latihan “Spot Welding”
Pekerja Terbaik Bulanan
“Supplier Audit Training”
“Return on Investment”
•
•
•
•
•
•
•
Kempen Budaya Kerja Cemerlang
Delegasi dari NPC & APO
Kursus Jenazah
Jom Qiyamullail
Lawatan dari PT Honda Prospect Motor
Pameran VIVA
Unjuran Perancangan
Perniagaan Lima Tahun Kumpulan MD
Berita “Subsidaries”
Fokus
• Ingress Diiktiraf sebagai
Pembuat Komponen Automotif Terbaik
(Malaysia) 2007
2
3
4-5
6-8
9-11
12-13
Personaliti
• Peringkat Bukan Eksekutif
14
Berita Keselamatan & Kesihatan
• Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
• Kebakaran di Belakang Kilang Ingress Nilai
15
Sudut Agama
• Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu
16-17
- Kejahilan dan Kekurangan Ilmu
- Kerosakan Akhlak
Nostalgia
18-19
• Cahaya Mata
• Selamat Pengantin Baru
Wajah-wajah Ingress
Karya
2
Edaran Dalam 16
23
24
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Berita Korporat
Mesyuarat Agong Tahunan
Kali Kelapan
esyuarat Agong Tahunan Kali
Kelapan, Ingress Corporation
Berhad (ICB) telah diadakan pada
hari Isnin, 9 Julai 2007 yang lalu bertempat
di Hotel Sheraton, Subang Jaya bermula
dari jam 10.00 pagi.
M
Mesyuarat Agong pada kali ini dihadiri
oleh Ahli Lembaga Pengarah ICB, para
pemegang saham dalaman dan luaran serta
tetamu-tetamu jemputan. Pihak penganjur
yang diketuai oleh Jabatan Komunikasi
Korporat ICB juga turut menjemput pihakpihak media cetak mahupun elektronik
bagi membuat liputan mengenai mesyuarat
agong ini. Antara pihak media yang hadir
adalah ASTRO, TV3, Bernama, News
Straits Times dan lain-lain.
• Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICB.
Mesyuarat berakhir pada jam
12.30 tengahari dan semua
hadirin
disajikan
dengan
juadah makan tengahari.
• Sesi persidangan akhbar.
• Antara tetamu yang hadir.
• Salah seorang Pemegang Saham
mengajukan soalan kepada
Pimpinan Tertinggi ICB.
Edaran Dalam 16
3
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Meyakini QADHA’ & QADAR ILAHI
engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.
Berusahalah dan berazamlah untuk bekerja mengikut
garis panduan dan etika kerja Islam seperti berikut:
Segala pujian bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian
alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabatsahabat Baginda r.’anhum.
1) Bekerja dengan azam untuk mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t.
2) Bekerja dengan amanah dan ikhlas.
3) Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.
4) Bekerja dengan semangat kerja berpasukan.
5) Bekerja dengan matlamat untuk mencapai kebahagiaan
dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
D
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendak dan
keizinan-Nya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk
membuktikan pengabdian kita kepada-Nya bersempena
dengan keberkatan bulan Ramadhan. Ambillah peluang
untuk meneruskan amal soleh yang kita lakukan sepanjang
bulan Ramadhan ke bulan-bulan yang lain dengan
cuba memperbanyakkan solat-solat sunat, bersedekah,
membaca al-Quran dan sebagainya.
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Pada kesempatan ini, saya ingin menyentuh
sedikit mengenai perkembangan syarikat. Secara
keseluruhannya, keuntungan kumpulan agak
kurang memberangsangkan. Namun, kita
bersyukur kerana syarikat masih mampu
mengisytiharkan dan mengagihkan bonus
pada bulan Mei dan kenaikan tahunan pada
bulan Julai yang lalu kepada kakitangan, alHamdulillah.
Justeru itu, kita haruslah berjimat-cermat
membelanjakan segala rezeki yang kita
perolehi ke jalan yang diredhai dan diberkati
Allah s.w.t. seperti memberikan nafkah kepada
keluarga, memberikan infaq fisabilillah,
membayar zakat dan melangsaikan hutangpiutang dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah,
hidup kita akan menjadi lebih berkat dan
bahagia di bawah lembayung rahmat dan kasih
sayang Allah s.w.t.
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Kita semua sedia maklum bahawa pada tahun ini
ada syarikat yang berjaya meraih keuntungan, ada
yang kurang memberangsangkan dan ada yang baru
memulakan operasi. Walau di mana jua kita bekerja,
saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh
warga Ingress sekalian untuk memperbaiki cara kerja
ke arah yang lebih berkesan dan optimum dari masa
lepas.
4
Edaran Dalam 16
Insya-Allah, jika kita laksanakan segala tugasan mengikut
etika kerja Islam yang sebenar, segala urusan harian kita
akan dipermudahkan dan suasana kerja akan menjadi
lebih harmoni, ceria dan sejahtera.
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Setiap ciptaan Allah s.w.t di muka bumi ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ada yang kaya
dan ada yang miskin. Ada yang senang dan ada
yang susah. Ada yang beroleh keuntungan
dan ada yang mendapat kerugian. Semua
ini merupakan ujian Ilahi untuk mengukur
tahap dan kualiti keimanan seseorang
individu.
Jika kita dikurniakan kekayaan,
kesenangan
dan
keuntungan,
bersyukurlah kepada Allah s.w.t.
Sebaliknya, jika diberikan kemiskinan,
kesusahan dan kerugian, bersabarlah
kerana setiap sesuatu ujian yang
diberikan itu ada hikmahnya yang
hanya Allah s.w.t Maha Mengetahui
apakah kurniaan yang terbaik untuk
setiap hamba-Nya.
Orang-orang yang beriman amat yakin
dengan Qadha’ dan Qadar Ilahi. Setiap
musibah dan ujian yang melanda akan
dihadapi dengan penuh ketabahan dengan
harapan semata-mata untuk mencapai
keredhaan Allah s.w.t dan meraih
ganjaran yang amat besar di akhirat nanti.
Ingatlah, kehidupan di dunia ini hanyalah
persinggahan yang bersifat sementara
untuk menuju kehidupan di akhirat yang
kekal abadi.
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Sidang
Janganlah sesekali kita kufur nikmat kerana banyak sejarah
kehancuran umat-umat terdahulu telah difirmankan oleh
Allah s.w.t di dalam al-Quran sebagai pengajaran dan
iktibar untuk kita. Renungilah firman Allah s.w.t di
dalam Surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud:
“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar)
Allah memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang
aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya
yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian
penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu,
maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan
yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang
mereka telah lakukan.”
Allah s.w.t. Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Namun,
apabila kebanyakan hamba-Nya menyalahgunakan
nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepada mereka, Allah
menjadi murka dan memberikan balasan kepada manusia
sebagai amaran dan ancaman di atas keterlanjuran sikap
manusia yang degil dan kufur nikmat.
Lihatlah di serata dunia, pelbagai musibah dan ancaman
yang menakutkan telah Allah tunjukkan kepada kita
sebagai renungan. Banjir yang luar biasa, kejadian
tanah runtuh dan gempa bumi, ribut taufan dan kemarau
yang panjang. Ini semua berlaku kerana manusia tidak
melaksanakan segala perintah Allah s.w.t, malah secara
terang-terangan berani melakukan perkara-perkara yang
dilarang oleh-Nya.
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Sebagai umat yang meyakini kekuasaan Allah s.w.t, kita
perlulah akur untuk menerima hakikat bahawa segala ujian
dan musibah yang melanda merupakan Qadha’ dan Qadar
Ilahi. Justeru itu, jadikanlah semua ujian dan musibah
ini sebagai muhasabah diri agar kita menjadi seorang
Mukmin yang bersyukur ketika senang, tidak lupa diri
jika diberikan kuasa, bersabar dalam menghadapi semua
aspek kehidupan dan tidak berputus asa ketika susah.
Akhir kata, marilah kita kembali kepada fitrah sebenar
kita diciptakan, iaitu untuk menyembah Allah s.w.t. yang
Maha Esa. Terimalah hadiah yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t kepada kita sebagai kemenangan sebulan berpuasa
di bulan Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Selamat
hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
Sekian,
wassalamu’alaikum
wabarakatuh.
warahmatullahi
Pengarang
Ketua Pengarang
Ramli bin Napiah
Sidang Pengarang
Dr. Che Rosli bin Che Mat
Mohamed Diah bin Baharun
Rosyatimi binti Abdullah
Penyumbang Artikel
Khyrun Anuar bin Zainol
Abdul Aziz bin Mohd. Yunus
Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)
Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai)
Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman
(Operasi Nilai)
Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)
Izdihar bin Anua (MDSB)
Hidzir bin Abdullah (ITC)
Charan Hamdanee (IAV)
Hendrik Widagdo (PT IMV)
Jurufoto dan Edaran
Mohd. Nizam bin Abdullah
Penerbit
Ingress Corporation Berhad
Lot 1M, First Floor, Plaza Flamingo
No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel: 03-4252 9696
Faks: 03-4252 9393
Laman Web: www.ingresscorp.com.my
Rekabentuk
Triknight Communications Sdn. Bhd.
36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara
Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2300 1051 / 1052
Faks: 03-2300 1062
E-mail: [email protected]
Urus Cetak
Aslita Sdn. Bhd.
No. 20, Jalan 4/10B,
Spring Crest Industrial Park
Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635
E-mail: [email protected]
Edaran Dalam 16
5
Berita HR
“ISO 9001:2000 Internal Audit Training”
ursus Dalaman “ISO 9001:2000 Internal Audit” telah dijalankan
pada 19 dan 20 April 2007, bertempat di Kelab Darul Ehsan,
Ampang. Kira-kira 25 orang kakitangan Ingress Corporation
Berhad (ICB) telah menyertai kursus ini.
K
Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melantik auditor dalaman ICB.
Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih luaran yang dilantik oleh Group
IBMS, iaitu VTS Consultant & Engineering (M) Sdn. Bhd.
• Peserta tekun menyiapkan tugasan kumpulan.
• Para peserta tekun mendengar
penerangan daripada Mr. Selva
Kumar.
• Salah satu kumpulan yang
berjaya menyiapkan tugas yang
diberi.
• Sesi lakonan proses audit. Peserta diajarkan
cara-cara mengaudit.
Latihan “Spot Welding”
eksyen Latihan, Jabatan Sumber Manusia Ingress Technologies
Sdn. Bhd. (ITSB) dengan kerjasama Weldtech Centre telah
menganjurkan dua siri latihan “Spot Welding” kepada 25 orang
kakitangannya.
S
Program latihan ini diadakan pada 14 dan 15 April 2007 serta 19 dan 20
Mei 2007 di Bilik Latihan ITSB (INTRAC) dan di Bahagian Kimpalan.
Objektif program latihan ini diadakan adalah untuk memberikan ilmu dan
pendedahan mengenai teknik-teknik kimpalan yang betul dan selamat.
• En. Zulkifli sedang menerangkan tentang
langkah-langkah keselamatan sebelum
melakukan kerja-kerja kimpalan.
• Salah seorang peserta sedang
mempraktikkan cara-cara mengimpal yang
betul dan selamat.
• Kini, kamilah pengimpal-pengimpal bertauliah ITSB.
6
Edaran Dalam 16
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
april 2
007
NADI INGRESS
Berita HR
Pekerja Terbaik
B E R H A D
Bulanan
jun 200
7
Nama
: Mohd Akhmal bin Abu Bakar
No. Kakitangan : 935
“Date Joint” : 2 Ogos 2004
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Moulding
Syarikat
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Zulkifli bin Abdul Aziz
No. Kakitangan : 1062
“Date Joint” : 1 April 2007
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Moulding
Syarikat
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Mohd Khairulazha bin Harun
No. Kakitangan : P1011
“Date Joint” : 1 Februari 2007
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Sash
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
Nama
: Hairuazemi bin Hussin
No. Kakitangan : P586
“Date Joint” : 15 Februari 2000
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Sash
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
Nama
: Faizad bin Azib @ Aziz
No. Kakitangan : K559
“Date Joint” : 15 April 2004
Jawatan
: Juruteknik
Jabatan
: Kejuruteraan Pengeluaran
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Nama
: Mohd Riswadi bin Mohamed
No. Kakitangan : K401
“Date Joint” : 5 Disember 2000
Jawatan
: Operator
Jabatan
: “Production Assembly”
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
7
mei 200
julai 2
007
Nama
: Asamawi bin Mat Ali
No. Kakitangan : 770
“Date Joint” : 3 April 2000
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Moulding
Syarikat
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Tuan Mohd Hazunaidi bin Tuan Kub
No. Kakitangan : 1063
“Date Joint” : 1 April 2007
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Moulding
Syarikat
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Mohd Nor bin Salikun
No. Kakitangan : P712
“Date Joint” : 1 Jun 2001
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Sash
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
Nama
: Kamirul Rejab bin Mohd Isa
No. Kakitangan : P823
“Date Joint” : 7 Jun 2004
Jawatan
: Operator
Jabatan
: Sash
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
Nama
: Iskandar Ridzuan bin Rahim
No. Kakitangan : K821
“Date Joint” : 7 Februari 2006
Jawatan
: Kerani
Jabatan
: PPC
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Nama
: Mohd Razi bin Noradi
No. Kakitangan : K554
“Date Joint” : 11 April 2004
Jawatan
: Operator
Jabatan
: “Production Stamping”
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Edaran Dalam 16
7
Berita HR
“Supplier Audit Training”
“S
upplier Audit Training” telah dijalankan di
Ingress Operasi Nilai pada 17 dan 18 Julai 2007
yang lalu.
Seramai 10 orang kakitangan Jabatan Pembelian dan
Pembangunan Pembekal (PVD) dari Ingress Operasi
Nilai, Ingress Technology Centre (ITC), Bangi dan Ingress
Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Bukit Beruntung telah
menyertai kursus yang dikendalikan oleh jurulatih dalaman,
Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof dari Jabatan “Group IBMS”,
ICB.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman
dan tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan audit di
syarikat pembekal yang telah dilantik oleh Ingress.
• Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof begitu tekun menyampaikan ilmuilmu yang berguna kepada para peserta.
• Sesi bengkel diadakan bagi memberi peluang
kepada para peserta mengeluarkan idea-idea yang
bernas.
“Return on Investment”
atu kursus dalaman yang dikenali sebagai
“Return on Investment” telah diadakan pada 13
Julai 2007 di Bilik Mesyuarat, Lot 1B, Ingress
Corporation Berhad, Ampang.
S
Seramai tujuh orang kakitangan menyertai kursus
yang dikendalikan oleh jurulatih dalaman Ingress yang
berpengalaman, iaitu En. Khyrun Anuar bin Zainol,
Penolong Pengurus, Jabatan Latihan dan Pembangunan,
ICB.
• Salah seorang peserta sedang memberikan pandangan terhadap
tajuk yang dibincangkan.
8
Edaran Dalam 16
Peserta-peserta terdiri daripada kakitangan Seksyen
Latihan dan Pembangunan serta Jabatan “Group
IBMS”.
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Berita “Subsidiaries”
Kempen Budaya Kerja Cemerlang
a b a t a n
Pembangunan
S u m b e r
Manusia,
Ingress Technologies
Sdn.
Bhd.
(ITSB)
telah
menganjurkan
Kempen Budaya Kerja
Cemerlang untuk semua
lapisan kakitangannya
selama empat minggu
bermula dari 23 April
2007 sehingga 27 Mei
2007.
J
• Datuk Hj. Rameli bin Musa menandatangani
sepanduk 10 Ciri Kakitangan yang Cemerlang.
Objektif
utama
kempen ini diadakan
adalah untuk melahirkan kakitangan yang cemerlang demi
memenuhi aspirasi dan merealisasikan visi dan misi syarikat
ITSB khususnya dan Kumpulan Syarikat Ingress amnya.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghasilkan kakitangan
yang berketrampilan, cekap, berdisiplin dan amanah ke arah
mencapai kecemerlangan diri dan organisasi.
Lebih RM7,000 diperuntukkan untuk menjayakan kempen
berkenaan. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian
yang disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Hj. Rameli bin Musa,
Naib Pengerusi Eksekutif / “Group CEO “ Ingress Corporation
Berhad (ICB) pada hari yang pertama. “President / CEO,
Automotive & Manufacturing Business Division”, Tn. Hj.
Ab Rahim bin Husain juga turut melancarkan Intranet pada
hari yang sama.
Program-program lain yang telah dijalankan bagi menjayakan
kempen ini adalah seperti Taklimat Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO), Qiyamullail, Ceramah Agama Bulanan,
Kaunter Pameran Produk-produk Islam, Kempen 5’S
Rohani, Kursus Pembangunan Insan, Hari Keselamatan dan
Kursus Kekeluargaan Islam (Baiti Jannati).
Semoga budaya kerja cemerlang ini dapat diamalkan oleh
semua lapisan kakitangan pada setiap hari dari setiap aspek
kehidupan dan bukan sekadar diamalkan pada musim-musim
tertentu sahaja.
• Kakitangan tidak
melepaskan
peluang untuk
memeriksa
tekanan darah dan
ketinggian.
• Acara senamrobik menyihatkan jasmani dan rohani jika diamalkan
selalu.
Delegasi dari NPC & APO
eramai dua orang delegasi dari Perbadanan
Produktiviti Negara (NPC) dan 22 orang
delegasi dari Asian Productivity Organization
(APO) telah mengunjungi Ingress Operasi Nilai pada
11 Julai 2007.
S
Tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk
melihat sistem pengurusan bersepadu yang diamalkan
di Ingress. Selain itu, para delegasi juga berminat
untuk mempelajari dan memahami konsep-konsep serta
pendekatan-pendekatan produktiviti yang digunapakai
di Ingress.
• Delegasi merakamkan kenangan di ruang pameran
produk keluaran Ingress Operasi Nilai.
Edaran Dalam 16
9
Berita “Subsidiaries”
Kursus Jenazah
ada 28 Julai 2007, Ahli
Jawatankuasa Unit Surau,
Kelab Kakitangan Ingress
dengan kerjasama Jabatan Pembangunan
Sumber Manusia Ingress Operasi Nilai
telah menganjurkan Kursus Jenazah
kepada 30 orang kakitangan.
P
• Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hj. Abd Hamid menunjukkan
cara-cara memandikan mayat.
Objektif utama program ini diadakan
adalah untuk melahirkan individu yang
betul-betul mahir di dalam pengurusan
jenazah sehingga boleh menjadi sumber
rujukan di dalam hal ehwal pengurusan
jenazah. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk memantapkan lagi ilmu dan
kemahiran yang sedia ada bagi mereka
yang pernah mempelajarinya sebelum
ini.
Pihak penganjur telah menjemput Tn.
Hj. Mohd Yusof bin Hj. Abd Hamid dan
Pn. Hajah Zaridah binti Hj. Abdul Rani
untuk menjayakan kursus ini. Peserta
bukan sahaja diberikan ilmu pengurusan
secara teori sahaja, bahkan mereka turut
diberikan latihan secara praktikal.
• Para peserta mempraktikkan cara-cara mengafankan
mayat.
Kursus ini berlangsung selama enam
jam setengah bermula dari jam 8.30
pagi hingga 3.00 petang.
Jom
Qiyamullail
hli Jawatankuasa
Unit
Surau,
K e l a b
Kakitangan
Ingress
Technology
Centre (ITC) Bangi telah
menganjurkan
program
Jom Qiyamullail pada
19 Mei 2007 bertempat
di Surau Ingress Operasi
Bangi.
A
Seramai
20
orang
kakitangan ITC telah
menyertai program ini
yang
dibimbing
oleh
Ybhg. Ustaz Baharuddin
bin Giman.
Program bermula dari
jam 4.00 pagi. Ybhg.
Ustaz Baharuddin telah
mengimamkan solat Sunat
Tahajjud, Taubat, Hajat,
dan Witir. Selepas selesai
mendirikan solat Subuh
secara berjemaah, program
kuliah Subuh pula diadakan
sebagai tazkirah bagi
menguatkan lagi keimanan
dan ketakwaan diri kepada
Allah s.w.t.
Lawatan dari PT Honda Prospect Motor
ada 16 Mei 2007, Pengurusan
Tinggi dan Kanan PT Honda
Prospect Motor (PT HPM)
telah mengadakan lawatan ke PT Ingress
Malindo Ventures (PT IMV).
P
Program lawatan ini disertai oleh Mr.
Kazuo Shindo (Penasihat), Mr. Hayato
Muranami
(Bahagian
Pembelian
Otomobil), Mr. Satoshi Maiyamoto
(Penasihat
Kanan),
Mr.
Lusiana
(Bahagian Pembelian) dan Mr. Brigit
(Jabatan QA/QC).
Program lawatan ini diadakan untuk
melihat dengan lebih dekat lagi operasi
perkilangan PT IMV di samping
mengaudit PT IMV sebagai salah satu
calon pembekal baru untuk PT HPM.
10
Edaran Dalam 16
• Pelawat melihat salah satu daripada
produk keluaran Ingress.
• Para pelawat melihat mesin “Strech
Bending”.
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Berita “Subsidiaries”
Pameran VIVA
ihak pengurusan Ingress Technologies Sdn. Bhd.
(ITSB) telah menganjurkan Pameran VIVA, iaitu
model baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua
Sdn. Bhd. (PERODUA) kepada seluruh kakitangannya
pada 17 Mei 2007.
P
Semua kakitangan tidak melepaskan peluang untuk melihat
spesifikasi kereta berkenaan dengan lebih dekat lagi dan
ada yang mengambil kesempatan untuk memandu uji.
• Antara kakitangan yang akan memandu uji model PERODUA VIVA.
Unjuran Perancangan
Perniagaan Lima Tahun Kumpulan MD
ada 6 Julai 2007, pihak
pengurusan
Kumpulan
Multi Discovery (MD)
telah
menganjurkan
program
Unjuran Perancangan Perniagaan
Lima Tahun Kumpulan MD.
P
Program ini diadakan di Bilik
Konvensyen MD bermula dari
jam 10.00 pagi sehingga 12.30
tengahari
dengan
penglibatan
semua kakitangan Multi Discovery
Sdn. Bhd. (MDSB) dan Ramusa
Engineering Sdn. Bhd. (RESB).
Tujuan program ini diadakan adalah
untuk memberikan pendedahan
kepada semua peserta mengenai
perancangan lima tahun syarikat.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk
memperkenalkan dasar syarikat
kepada kakitangan baru.
Kakitangan juga turut diberikan
pendedahan secara umum mengenai
pesaing-pesaing syarikat, peluangpeluang yang perlu diambil,
ancaman-ancaman yang terdapat di
persekitaran organisasi, kelebihankelebihan yang harus digunakan
secara optima dan kelemahankelemahan yang perlu diatasi.
Edaran Dalam 16
11
Fokus
Ingress Diiktiraf sebagai
Pembuat Komponen Automotif Terbaik
(Malaysia) 2007
ngress Corporation Berhad (ICB) telah menerima
Anugerah Pembuat Komponen Automotif
Terbaik (Malaysia) 2007 daripada Frost &
Sullivan, sebuah syarikat perunding pertumbuhan global.
I
Anugerah ini telah disampaikan oleh Mr. Kavan
Mukhtyar, Rakan Kongsi dan Ketua Amalan Automotif
dan Pengangkutan Frost & Sullivan bagi Asia Pasifik
bersempena dengan Anugerah Automotif ASEAN 2007
Frost & Sullivan yang berlangsung pada hari Khamis, 28
Jun 2007 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Majlis penyampaian anugerah ini dirasmikan oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah binti Aziz, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Menurut Kavan Mukhtyar, penerima-penerima anugerah
ini jelas memperlihatkan kepimpinan cemerlang dalam
segmen pasaran masing-masing.
“Satu persamaan yang ada pada syarikat-syarikat ini
ialah tumpuan yang tidak pernah goyah terhadap strategi
pertumbuhan yang mementingkan pelanggan dalam
persekitaran yang amat mencabar pada tahun 2006”,
katanya.
Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi
Eksekutif, ICB di dalam ucapan ringkasnya
berkata:
“Kami
berharap
agar
dapat
memperkukuhkan lagi keyakinan
kami untuk membina sebuah
organisasi
perniagaan
yang
menggabungkan
satu budaya kepercayaan
yang
tinggi
sehingga
membolehkan
Ingress • Datuk Hj. Rameli bin Musa menyampaikan
membangunkan
rakan
ucapan penerimaan anugerahnya.
kongsi yang bermakna di dalam serta di luar organisasi
dengan sifat-sifat keusahawanan dan profesionalisma.
Sesungguhnya kami akan terus membina kehidupan yang
bermakna dan harmoni kepada persekitaran, walau di
mana jua kami berada”.
Selain Ingress, enam buah organisasi tempatan yang lain
turut menerima pengiktirafan ini kerana amalan terbaik
dan prestasi cemerlang masing-masing dalam industri
automotif negara tahun ini.
Syarikat-syarikat berkenaan ialah Perusahaan Automobil
Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA), Naza Kia Sdn. Bhd.,
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Automotive Synergy Sdn.
Bhd., Public Bank Berhad dan Automotive Corporation
Sdn. Bhd. (ACM).
• Datuk Hj. Rameli bin Musa (lima dari kiri), bergambar kenangan bersama-sama dengan penyampai-penyampai dan penerima-penerima anugerah
yang lain.
12
Edaran Dalam 16
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Edaran Dalam 16
13
Personaliti
Peringkat Bukan Eksekutif
bi
o
t
da
a
Nama
Anuar bin Mahat
Pekerjaan
Penolong Penyelia, Jabatan Perkilangan
Syarikat
Ingress Precision Sdn. Bhd.
Tarikh Lahir
5 Ogos 1973
Tempat Lahir
Kajang, Selangor, Malaysia
Bilangan Adik-beradik
3 orang
Nama Ibu
Aminah binti Ibrahim
Nama Bapa
Mahat bin Kamal
Status
Berkahwin
Nama Isteri
Zuraidah binti Zainal Abidin
PENDIDIKAN
• 1989 ~ 1990 : Sekolah Menengah Vokasional
Ampangan Seremban
• 1986 ~ 1988 : Sekolah Menengah Tinggi Kajang
• 1980 ~ 1985 : Sekolah Rendah Jalan Semenyeh,
Kajang
PENGALAMAN HIDUP
Pengalaman hidup yang amat bermakna di dalam hidupnya
ialah ketika beliau menjadi seorang suami dan bapa kepada
dua orang anaknya. Pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui
untuk mendidik dan membesarkan mereka agar menjadi
orang yang berguna pada masa akan datang.
14
Edaran Dalam 16
PERTEMUAN DENGAN ISTERI
Beliau telah dipertemukan dengan isterinya melalui bekas
kakitangan Ingress. Perkenalan bermula hanya dengan
perbualan telefon sahaja. Setahun selepas itu, beliau
mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga
dengan bakal isteri yang akan menjadi penyejuk mata dan
penawar hatinya.
PENGALAMAN KERJA
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1990, beliau
terus bekerja di sebuah bengkel membuat gril selama tiga
tahun. Selepas itu, seorang sahabatnya telah mencadangkan
agar beliau cuba mengisi kekosongan yang terdapat di
Ingress. Beliau bersyukur kerana mulai 3 Ogos 1994,
beliau telah terpilih untuk berkhidmat di Ingress sehingga
kini.
ANUGERAH/PENGHARGAAN
YANG
DITERIMA
2004 : Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan.
TELAH
PRINSIP DAN FALSAFAH HIDUP
Beliau berpegang kepada prinsip: ”Apa sahaja yang kita
impikan, perlulah diusahakan dengan bersungguh-sungguh
sehingga berjaya mencapai impian tersebut“.
NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS
Resepi kejayaan ialah berusaha dengan bersungguhsungguh, elakkan dari memiliki sifat hasad dengki dan iri
hati dan sentiasa berfikiran terbuka.
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Berita Keselamatan dan Kesihatan
Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
K
empen Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan telah diadakan pada 5 Julai
2007 di Ingress Operasi Nilai.
• Tn. Hj. Abdul Rahim
bin Hitam turut
menandatangani kain
rentang iklan.
Antara aktiviti yang diadakan untuk menjayakan
kempen berkenaan adalah ceramah, pameran
dan tayangan video, Pencarian Lokasi Selamat
dan pemeriksaan kesihatan secara percuma
melalui tapak tangan dan mata oleh HPA dan
Big Walk.
Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi
Eksekutif Ingress Corporation Berhad (ICB)
telah merasmikan program ini yang dijalankan
secara berperingkat-peringkat sepanjang bulan
Julai hingga Ogos 2007.
Pada majlis perasmian, semua kakitangan
telah menurunkan tandatangan beramai-ramai
sebagai janji untuk menjaga keselamatan diri
sendiri dan orang lain semasa menjalankan
tugas.
• Lima orang AJK Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan sedang membaca
ikrar yang diketuai oleh En. Yusop bin
Amat.
• Antara kakitangan
yang turut menurunkan
tandatangan.
Kebakaran di Belakang Kilang Ingress Nilai
P
ada 3 Julai 2007, satu kebakaran di kawasan
belukar telah berlaku di belakang kilang Ingress
Operasi Nilai.
Justeru itu, sepasukan Bomba dari Mantin dengan
kerjasama ahli Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dan
beberapa kakitangan yang lain telah berusaha keras untuk
memadamkannya.
Sebanyak tujuh gulung hos air telah dikeluarkan untuk
mengawal api daripada terus marak. Namun, sejurus
selepas pemergian ahli-ahli bomba yang bergegas untuk
memadamkan api di tiga buah kilang lain yang berhampiran,
api masih lagi marak menyebabkan ahli ERT bertungkuslumus memadamkan api dengan menggunakan 10 buah
tabung pemadam api jenis debu kering.
Ekoran daripada kejadian berkenaan, Pasukan Bomba
telah menasihatkan kakitangan Ingress agar membersihkan
semak-samun berhampiran dengan pagar Ingress selebar
15 kaki bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang
pada masa akan datang.
Selain itu, semua peralatan pencegahan kebakaran perlulah
sentiasa diperiksa dengan rapi supaya ia sentiasa berfungsi
dengan sempurna.
Ahli ERT juga hendaklah sentiasa dilatih secara berterusan
bagi memastikan kecekapan dan ketangkasan mereka dalam
berhadapan dengan sebarang situasi yang mencemaskan.
• Ahli ERT dan
beberapa kakitangan
cuba memadamkan
api sementara
menunggu ketibaan
Pasukan Bomba.
• Usaha memadamkan api oleh anggota bomba.
Edaran Dalam 16
15
Sudut Agama
erdasarkan kepada buku yang bertajuk “Kenapa
Umat Islam Mundur dan Umat Lain Maju”
yang ditulis oleh Al-Amir Syakib Arsalah dan
diterjemahkan oleh Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukhti,
beliau merumuskan bahawa terdapat lapan faktor utama
yang menyumbang kepada faktor-faktor kemunduran
orang-orang Melayu. Lapan faktor itu adalah:
B
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Kejahilan dan Kekurangan Ilmu
Kerosakan Akhlak
Keruntuhan Akhlak Pemimpin
Lalai dengan Hiburan dan Menyanjung Tinggi Para Artis
Umat Islam Takut dan Pengecut
Kekeliruan Para Penakut yang Jahil
Sifat Jumud dan Juhud (Menentang)
Hilang Kepercayaan Terhadap Diri Sendiri
Marilah kita singkap satu persatu faktor berkenaan secara
terperinci sebagai renungan dan pengajaran bersama.
Faktor pertama, kejahilan dan kekurangan ilmu. Ini
menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat membezakan
di antara kebenaran dan kebatilan. Sebahagian daripada
mereka menolak atau menerima pandangan orang lain
tanpa usul periksa.
Mereka memberikan tanggapan yang berbeza-beza terhadap
Islam. Perbezaan pandangan ini boleh menimbulkan
perbalahan dan pertelingkahan yang akhirnya membawa
kepada perpecahan dan permusuhan.
Sedangkan al-Quran sentiasa menganjurkan agar umat
Islam menuntut ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t di
dalam Surah at-Taubah, ayat 122 yang bermaksud:
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman
keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah
keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara
mereka, supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari
secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama,
dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila mereka kembali kepada
mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah)”.
16
Edaran Dalam 16
Dalam surah an-Nahl, ayat 43, Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:
“Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelum
kamu (wahai Muhammad) melainkan dari kalangan orang
lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu,
bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak
mengetahui”.
Faktor kedua, kerosakan akhlak. Kerosakan akhlak
berpunca daripada sikap suka membelakangkan al-Quran
dan amalan umat-umat terdahulu.
Renungilah kata mutiara yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya umat-umat wujud kekal dengan
kekalnya akhlak. Maka, jika runtuh akhlak sesuatu bangsa,
maka bangsa itu pun akan runtuh bersamanya.”
Akhlak mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk
melahirkan insan yang berhati bersih, ikhlas dalam
hidup, amanah dalam menjalankan tugas, cinta kepada
kebaikan dan benci kepada kejahatan. Sesungguhnya,
Baginda Rasulullah s.a.w telah mendapat pendidikan yang
sempurna dari al-Quran, lalu Baginda s.a.w mendidik
umatnya dengan al-Quran juga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi
pekerti yang mulia”.
Rasulullah s.a.w telah mengajak sekalian makhluk untuk
melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan Allah
s.w.t memuji Baginda Rasulullah s.a.w dengan firman-Nya
di dalam surah al-Qalam ayat empat yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak
yang sangat-sangat mulia”.
(bersambung di keluaran akan datang)
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada
bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Edaran Dalam 16
17
Nostalgia
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Muhammad Saleh Najmuddin bin Mohd Razif
1 Oktober 2006
Nik Daliana binti Nik Farid
Mohd Razif bin Hishamuddin
Penolong Pengurus,
Jabatan Kewangan & Perakaunan
: Ingress Corporation Berhad
Muhammad Alif bin Mohammad Zainal
27 Januari 2007
Noraini binti Ahmad Nawawi
Eksekutif Sumber Manusia
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Mohammad Zainal bin Mohd Zainuddin
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
18
:
:
:
:
Edaran Dalam 16
‘Aisyah binti Mohd Zaini
2 Jun 2007
Sazalina binti Shafie
Mohd Zaini bin Zakaria
Kerani, Jabatan PVD
Ingress Precision Sdn. Bhd.
a
y
a
Cah
a
t
a
M
Muhammad Amirul Hakimi bin Mohd Yusoff Nama
Tarikh Lahir
4 Jun 2007
Nama Ibu
Emiza binti Azami
Nama Bapa
Eksekutif, Jabatan Kewangan
Jawatan
& Perakaunan
Syarikat
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Syarikat
Nama Bapa : Mohd Yusoff bin Daud
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Nor Shazliana binti Ahmad Suhaimi
21 Februari 2007
Noriah binti Abdul Rahman
Ahmad Suhaimi bin Jaafar
Eksekutif “Sash”
Ingress Precision Sdn. Bhd.
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
:
:
:
:
:
:
Muhammad Umar bin Abdullah
7 April 2007
Noraini binti Muhammad
Eksekutif Kanan Perakaunan
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Abdullah bin Emam
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
:
:
Alisya Maisara binti Abdul Aziz
2 Mac 2007
Norhazlina binti Hamid
Abdul Aziz bin Mohamad Yunus
Eksekutif, “Corporate Communications”
Ingress Corporation Berhad
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
:
:
Wan Mirza bin Wan Suffian
3 April 2007
Syaulawati binti Ahmad Tajuddin
Wan Suffian bin Wan Mansor
Eksekutif, Jabatan QMS
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
NADI INGRESS
B E R H A D
Nostalgia
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
:
:
:
:
:
:
Nur Amirah Husna binti Khairul Anuar
20 Mei 2007
Siti Mastura binti Mohd Pilus
“Admin Asisstant”
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Khairul Anuar Sulaiman
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Fikri Hakimi bin Noran Zahrine
27 Mac 2007
Nurul Arnizan binti Aripin
Noran Zahrine bin Zainal
Jurutera Projek
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Nama
: Althoff Iyad bin Azreen Turaz Radzik
& Alraziq Ibrahim bin Azreen Turaz Radzik
Tarikh Lahir : 25 September 2006 & 16 Februari 2005
Nama Ibu
: Nurbaya binti Mohamad Aris
Nama Bapa : Azreen Turaz Radzik bin Aznan
Jawatan
: Pengurus,
“Business Development Unit”, PTBST
Syarikat
: PT Bina Selaras Tradindo, Jakarta
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
:
:
:
:
Syarikat
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
Mazaya Sakeenah binti Mohd Hishamudin
10 April 2007
Salfarina binti Salim
Mohd Hishamudin bin Sharudin
Penolong Pengurus,
Jabatan Kewangan & Perakaunan
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Nur Akhtar Mahbub bin Nur Serfly
23 JanuarI 2007
Delumazwa binti Mohd Kumran
Eksekutif, Jabatan Pembelian
& Pembangunan
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Nur Serfly Bin Alias
Penolong Pengurus Projek
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
:
:
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
Abdul Muhaimeen Sofiy bin Sufian
4 Jun 2007
Saufi Zahriah binti Omar
Sufian bin Muhamad
Penyelia, Jabatan PVD
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Nur Iffah Irdina binti Mohammad Hafizi
7 April 2007
Norazrina binti Md Johari
Kerani, Jabatan Sumber Manusia
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Mohammad Hafizi bin Othman
Muhammad Danial Amsyar bin Nor Sham
22 Mei 2007
Fuziatul Ekmal Riza binti Ahmad Ridzuan
Nor Sham bin Ab. Rahman
Eksekutif, Jabatan Perkilangan
Matrix Power Services Sdn. Bhd.
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
:
:
:
:
:
:
Nur Dini Qaisara
15 Julai 2007
Ezatul Farina binti Harun
Azmir bin Mohd Nordin
Eksekutif, “Side Impact Beam”
Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Edaran Dalam 16
19
Nostalgia
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Isteri
Jawatan
Syarikat
Tarikh Perkahwinan
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Isteri
Tarikh Perkahwinan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Hanizan bin Hussin
Juruteknik, Jabatan PVD
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Noor Azeyanti binti Md. Dosah
Kerani, Jabatan Sumber Manusia
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
9 Jun 2007
:
:
:
:
:
Mohd Sahri bin Mohd Salleh
Operator, “Production Assembly”
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Suriyati binti Mohd Suhat
6 April 2007
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Suami
Tarikh Perkahwinan
20
Edaran Dalam 16
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Isteri
Tarikh Perkahwinan
Hasmizan bin Hassan
Operator, “Production Stamping”
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Norsariahtul Zaida binti Zaidi
1 Julai 2007
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Isteri
Tarikh Perkahwinan
Nama
Jawatan
Syarikat
Nama Isteri
Tarikh Perkahwinan
:
:
:
:
:
Shahrazi binti Hassan
Eksekutif, Jabatan MIS
Ingress Corporation Berhad
Syed Elhamuddin bin Said Omar
29 Jun 2007
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Noor Azhan bin Hamzah
Eksekutif, Jabatan QMS
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Farahiyah binti Makhtar
3 Jun 2007
Sheikh Muharimi bin Mudkhis
Operator, “Production Assembly”
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Siti Rosmaniza binti Zainal Abidin
27 Mei 2007
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Kuiz Teka Silang Kata (Siri Pertama)
Nama
No. K/Pengenalan
No. Kakitangan
:
:
:
Melintang
1. Salah satu daripada Syarat Sah Puasa.
2. Zakat yang dikeluarkan khusus pada Bulan Ramadhan.
3. Berpuasa pada 9 Zulhijjah hukumnya sunat. Hari itu
dikenali sebagai Hari_______.
4. Hukum bersahur sebelum berpuasa.
5. Kewajipan berpuasa difardhukan khusus untuk orangorang yang _______.
6. Salah satu daripada perkara yang membatalkan ibadah
puasa.
7. Bulan kesembilan dalam Islam.
8. Keistimewaan malam “ Lailatul Qadar” difirmankan oleh
Allah s.w.t di dalam Surah al-_______.
9. Makan sebelum terbit fajar.
10. Salah satu daripada rukun berpuasa.
11. Al-Quran mula diturunkan pada malam _______ 17
Ramadhan.
Jawatan
Jabatan
Syarikat
:
:
:
Ke bawah
1. Hukum Solat Sunat Dua Hari Raya adalah Sunat _______.
2. Berbuka puasa.
3. Salah satu daripada Syarat Wajib Puasa.
4. Hukum berpuasa pada 30 Sya’aban adalah haram. Hari itu
dikenali sebagai Hari _______.
5. Peperangan apakah yang berlaku pada 17 Ramadhan 2
Hijrah?
6. Hukum berpuasa pada 10 Zulhijjah.
7. Hari raya Eidul Fitri juga dikenali sebagai Hari _______.
8. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w ialah melalui Surah al- _______.
9. Ramadhan berasal daripada Bahasa Arab. Apakah
maksudnya dari segi bahasa (“lughah”).
10. Solat Sunat yang hanya dilakukan pada Bulan Ramadhan.
11. Penentuan awal Ramadhan dan Hari Raya Eidul Fitri yang
dibuat melalui melihat anak bulan dikenali sebagai _______.
• Tarikh tutup permohonan pada 19/11/2007.
• Keputusan & pemenang akan disiarkan di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 17.
• Hanya 3 pemenang akan dipilih bagi setiap siri.
• Sila hantar jawapan anda ke Group HRM, ICB.
Edaran Dalam 16
21
SETEM
Sidang Pengarang Nadi Ingress
Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan
Ingress Corporation Berhad
Lot 1M, First Floor, Plaza Flamingo
No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
22
Edaran Dalam 16
I N G R E S S
C O R P O R A T I O N
B E R H A D
NADI INGRESS
Wajah-wajah Ingress
• Benarlah sabda Ras
ulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Bukhar
i dan Muslim: “Jika
kamu ber tiga, maka jang
anlah dua daripada
kamu bercakap-cakap
meninggalkan yang
ketiga kerana perbua
tan begini akan
mendukacitakannya”.
• I memang tak setuju
kalau
you nak jadikan
kawasan
ini sebagai ladang tern
akan
unta.
• Dah lama sungguh aku
tak
merasa makanan seseda
p
ini.
• Mana pengantin peremp
uan
ni, tak sampai-sampai lagi
.
• Wajah orang “local” dan
sama-sama
“interlocal”
berantakan mukanya.
• Amacam projek bur
ung
puyuh kita? Bila bole
h
“joint venture” den
gan
Ingress?
nggu jatah
• Ibu-ibu koperasi sedang menu
makan.
• Orang lain sibuk bela
jar,
dia boleh lena hisap bot
ol
susu.
• Mantap kali rasanya... He!
He! He! 30 kali...
• Walaupun aku terp
aksa
bekerja tanpa mengir
a
hujan atau panas, nam
un
badanku tetap ber
bau
wangi.
orang
semua
• Apasal
tersengih-sengih macam
kerang busuk ni? Aku
belum buat lawak lagi!...
• Harap-harap nam
a aku
terpilih
untuk
menjadi
calon Pekerja Terbaik.
Edaran Dalam 16
23
Karya
24
Edaran Dalam 16