kesinambungan kepimpinan - Jabatan Penerangan Malaysia

Transcription

kesinambungan kepimpinan - Jabatan Penerangan Malaysia
KESINAMBUNGAN
KEPIMPINAN
JAYAKAN
WAWASAN 2020
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]
B.025 (B.M) Februari 2013 (120.)
LEGASI KEPIMPINAN
HOLISTIK MENJANA KEPIMPINAN NEGARA
“Agenda transformasi memerlukan sokongan
padu dari semua rakyat Malaysia dan
usaha bersungguh-sungguh serta berterusan
daripada rakyat, sektor awam dan swasta.
Berbekalkan semangat 1Malaysia, matlamat
Wawasan 2020 dapat dicapai”
KESINAMBUNGAN
KEPIMPINAN
JAYAKAN
WAWASAN 2020
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Editor:
Siti Nur Fadzliana Ahmad Fesol
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan cetusan idea Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Idea itu lahir hasil dari kertas
kerja bertajuk “Malaysia-Melangkah ke Hadapan”
yang dibentangkan di Majlis Perdagangan
Malaysia pada 28 Februari 1991.
Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia
sebuah negara maju pada tahun 2020 dengan
acuan tersendiri.
Ia adalah kesinambungan daripada usaha pemimpin
negara terdahulu bagi memastikan Malaysia
menjadi sebuah negara maju dalam segenap
aspek kehidupan meliputi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
2
3
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Tonggak Kepimpinan Negara
Bapa Kemerdekaan (juga Bapa Malaysia)
Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
1957 – 1970
Bapa Pembangunan
TUN ABDUL RAZAK HAJI DATO’ HUSSEIN
1970 – 1976
Bapa Perpaduan
TUN HUSSEIN DATO’ ONN
1976 – 1981
Bapa Pemodenan
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
1981 – 2003
Bapa Pembangunan Modal Insan
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
2003 – 2009
Bapa Transformasi
DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
2009 – kini
4
5
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Sekilas Pandang
Apa Itu Wawasan 2020?
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
› Satu wawasan yang menentukan arah tujuan
dan sasaran negara untuk mencapai tahap
negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai
positif yang tersendiri.
› Menetapkan satu jangka masa selama 30 tahun
sebagai panduan untuk mencapai matlamat.
Mengapa Tahun 2020?
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
› Bagi menghadapi cabaran dunia tanpa
sempadan (globalisasi) dan persaingan yang
pesat.
› Satu era pemisah pembangunan perindustrian
dunia.
› Bersama dalam “Mega-Trend” - ditentukan oleh
pembangunan sains, teknologi dan komunikasi.
6
Cabaran
Hadapi Wawasan 2020
›› Cabaran 1
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat dikongsi bersama.
›› Cabaran 2
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri.
›› Cabaran 3
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang.
›› Cabaran 4
Mewujudkan masyarakat yang beretika dan
bermoral tinggi.
7
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
›› Cabaran 5
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur.
Pelan / Rancangan Pembangunan
Sistematik Malaysia
›› Cabaran 6
Mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif.
Wawasan 2020 membabitkan enam Rancangan
Malaysia seperti berikut:
›› Cabaran 7
Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Teras utama RMK6 ialah untuk mengekalkan
pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan
menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai
pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.
›› Cabaran 8
Memastikan ekonomi masyarakat yang
seimbang, di mana pengagihan kekayaan
negara adalah adil dan saksama.
›› Cabaran 9
Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan
ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh
dan kental sepenuhnya.
8
RMK6 (1991 – 1995)
RMK7 (1996 – 2000)
Bertujuan membawa negara ke abad 21 secara
berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategistrategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan
yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.
9
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
RMK8 (2001 – 2005)
Dasar dan strategi dalam tempoh RMK8 memberi
tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dan
berdaya tahan.
RMK9 (2006 – 2010)
Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah
kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi
persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti
kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga
minyak.
RMK10 (2011 – 2015)
Mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan
dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan
tinggi, keterangkuman dan kemampanan.
Sebelum itu, beberapa Rancangan Malaysia telah
dijalankan di bawah kepimpinan terdahulu seperti
berikut:
RMK1 (1966 – 1970)
Merupakan rancangan pembangunan ekonomi yang
pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia.
Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh
rakyat, dan meninggikan taraf hidup penduduk di
kawasan luar bandar terutamanya mereka yang
berpendapatan rendah.
RMK2 (1971 – 1975)
Merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi
dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk
menyusun semula masyarakat.
RMK11 (2016 – 2020)
10
11
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
RMK3 (1976 – 1980)
Masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian
yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan
jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk
bandar.
RMK4 (1981 – 1985)
Rangka Rancangan Jangka
Panjang (RRJP) Malaysia
bagi Menjayakan Wawasan 2020
❶ RRJP 1 (1981 – 1990)
RRJP1 menggariskan rangka sosio-ekonomi
yang menyeluruh bagi mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada
menentukan matlamat utama mengenai
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan,
RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan
program bagi mencapai matlamat tersebut.
Melibatkan RMK2, RMK3, RMK4 dan RMK5.
Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi
daya pengeluarannya. Dasar Pertanian Negara (DPN)
telah dilancarkan pada tahun 1984.
❷ RRJP 2 (1991 – 2000)
12
Berteraskan Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) pengganti kepada DEB.
Merangkumi RMK6 dan RMK7.
13
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
❸ Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (RRJP 3) (2001 – 2020)
Bertujuan untuk membina masyarakat
yang berdaya tahan, bersatu, berasaskan
pengetahuan, seimbang dari segi sosioekonomi dan bebas daripada kemiskinan.
Kesinambungan
Dasar-dasar Utama ke Arah
Mencapai Wawasan 2020
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Sebelum dasar-dasar utama yang terangkum di
bawah Wawasan 2020, kerajaan telah laksanakan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 19711990.
Butiran DEB adalah seperti berikut:
› Satu rancangan ekonomi dan perpaduan
negara dalam konteks masyarakat pelbagai
kaum.
› DEB dicetuskan ekoran daripada peristiwa
13 Mei 1969.
14
15
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
› Serampang dua mata DEB:
 Merapatkan jurang dan membasmi
kemiskinan masyarakat.
 Menyusun semula masyarakat bagi
mengimbangi ketidakseimbangan
ekonomi.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
16
› Kerajaan akan mengkaji, meneliti dan
memilih etika kerja dan cara pengurusan yang
terbaik untuk diubahsuai dengan keadaan di
Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan
pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar Penswastaan
› DPN telah dilancarkan ketika Tun Dr. Mahathir
Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia
pada 17 Jun 1991. Matlamat DPN adalah
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersatupadu
dan adil.
› Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada Mac
1983 untuk mengurangkan beban kewangan
kerajaan, meninggikan kecekapan dan
penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan
ekonomi, mengagihkan sumber secara cekap
dan mempercepatkan pencapaian hasrat Dasar
Ekonomi Baru.
Dasar Pandang ke Timur
Dasar Persyarikatan
› Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 6
Februari 1982.
› Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan
menggalakkan kerjasama antara sektor awam
dan swasta dalam membangun ekonomi negara.
17
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
Dasar Perindustrian Negara
› Bermatlamat untuk membentuk sebuah
masyarakat Malaysia yang bermaruah,
beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat
lain.
› Menjadikan sektor perkilangan sebagai
catalyst pertumbuhan perindustrian negara dan
ekonomi keseluruhannya.
› Menggalakkan penggunaan sepenuhnya
sumber-sumber asli negara.
› Meninggikan tahap penyelidikan dan
pembangunan (R&D) teknologi tempatan
sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah
negara maju.
Dasar Pertanian Negara
› Telah dilancarkan pada tahun 1984.
› Bermatlamat memaksimumkan pendapatan
daripada pertanian dan mempergiatkan semula
sumbangan sektor itu kepada pembangunan
ekonomi negara keseluruhannya.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
› Dilancarkan pada 1971 dan menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud serta
mengekalkan identiti dalam kalangan dunia
antarabangsa.
18
Dasar Pendidikan Kebangsaan
› Bertujuan untuk membentuk satu sistem
pendidikan yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
19
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Projek-projek Utama yang
Tercetus Hasil daripada Agenda
Negara ke Arah Wawasan 2020
Era Tun Dr. Mahathir Mohamad
Jambatan Pulau Pinang
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Merupakan jambatan terpanjang di Asia dan
ketiga terpanjang di dunia telah dibina pada
tahun 1980 – 1985. Ia menghubungkan Gelugor
dan Seberang Prai, sepanjang 15.5 km.
Koridor Raya Multimedia (MSC)
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Telah dirasmikan pada 29 Ogos 1995, semasa
Majlis Pelancaran Putrajaya, pusat pentadbiran
negara yang baru. MSC meliputi kawasan seluas
15km x 40km.
Projek Kereta Nasional Pertama,
Proton SAGA
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Proton Saga telah dilancarkan pada September
1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu.
20
21
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Motosikal Nasional Pertama MODENAS KRISS 110
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Pengeluaran pertamanya dibuat pada Januari
1996. Ia dikeluarkan oleh Motosikal & Enjin
Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), dan merupakan
projek usahasama DRB-Hicom, Kawasaki Heavy
Industries, Khazanah Nasional dan Nossho Iwai.
Menara Kuala Lumpur
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1 Oktober
1996. Menara setinggi 421 meter di Bukit Nenas,
Kuala Lumpur ini merupakan menara tertinggi di
Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia juga merupakan
menara ketiga tertinggi di dunia.
Menara Berkembar Petronas (KLCC)
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Merupakan menara berkembar tertinggi di dunia
pada ketika itu dan dirasmikan pada Disember
1996, dengan ketinggian 451.9 meter, bangunan
berkembar dua ini mempunyai 88 tingkat dan
disambungkan 170 meter dari paras jalan raya.
22
23
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA)
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Sebuah lapangan terbang tercanggih di Asia ini
dibina di Sepang, 50 km dari Kuala Lumpur.
Dirasmikan pada 28 Jun 1998, lapangan terbang
ini mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia,
dan sewaktu dalam pembinaan, ia merupakan
tapak pembinaan lapangan terbang terbesar
pernah dibuat.
Pelancaran Satelit Pertama Malaysia
MEASAT 1
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Telah dilancarkan pada 13 Januari 1996 pada
jam 7.10 pagi waktu Malaysia (8.10 malam
waktu tempatan) di Kourou, French Guiana.
Satelit tersebut berharga RM600 juta dan mampu
bertahan selama 12 tahun.
24
25
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) merupakan
sistem pengangkutan bergerabak dalam bandar
yang menggunakan kenderaan gerabak ringan
untuk berkhidmat dalam sistem ini.
Litar Antarabangsa Sepang
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan
acara paling berprestij dalam sukan lumba motor
iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar
Antarabangsa Sepang.
26
27
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Cyberjaya
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan
pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia
ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tujuan dan tema utama dalam pembangunan
Cyberjaya seperti berikut:
28
› Pusat multimedia terkemuka yang akan
menarik dunia multimedia bertaraf
antarabangsa dan syarikat-syarikat IT;
› Canggih dalam infrastruktur bersepadu dan
terkini; dan
› Mewujudkan sistem pengangkutan yang
cekap dengan sistem pengangkutan awam
diperluaskan.
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan-Putrajaya
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Putrajaya adalah bandar raya pintar dalam taman
yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, mengambil alih peranan ini daripada
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 1999.
Nama Putrajaya diambil sempena nama Perdana
Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman
Putra.
Putrajaya dibangunkan di sebuah kawasan bekas
ladang kelapa sawit seluas 4,931 hektar yang
terletak di tengah-tengah Koridor Pertumbuhan
Selatan, yang membentuk sebahagian daripada
Koridor Raya Multimedia (MSC).
29
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Telah dilancarkan pada tahun 1982 sebagai satu
dasar yang menjadi amalan kepada semua di
negara ini. Pembangunan dan kejayaan sesebuah
negara adalah bergantung besar kepada sikap
yang positif serta bermoral tinggi pengurusanpengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat
secara keseluruhannya.
Slogan Malaysia Boleh!
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Malaysia Boleh! Merupakan kata-kata keramat
Tun Dr. Mahathir. Berpegang kepada slogan inilah,
maka beberapa rekod dunia telah dicipta oleh
negara kita.
30
Sukan Komanwel (SUKOM)
––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana
Menteri, beberapa acara yang berprestij seperti
Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1998 dan
acara dwitahunan Pameran Aeroangkasa dan
Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), telah
dilangsungkan di Malaysia.
31
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Era Tun Abdullah Ahmad Badawi
Koridor Pembangunan
Lima koridor pembangunan telah dilancarkan
di bawah RMK9 bagi merancakkan lagi
pembangunan ekonomi negara oleh Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
❶ Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah
Pembangunan Iskandar (Iskandar Development
Region) merupakan koridor pembangunan yang
dilaksanakan di bahagian selatan Johor.
32
❷ Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern
Corridor Economic Region) atau NCER
merupakan kawasan pembangunan ekonomi
dan sosial di Malaysia yang membabitkan
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara
Perak.
❸ Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast
Economic Region) atau ECER merupakan
wilayah pembangunan ekonomi yang
dirasmikan pada 29 Oktober 2007. ECER
melibatkan tiga buah negeri di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang,
Terengganu dan Kelantan serta daerah
Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat
ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus
daripada keluasan Semenanjung Malaysia.
ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.
33
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
❺ Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah
dilancarkan di Pelabuhan Kontena, Teluk
Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah pada 29
Januari 2008. Tempoh pelaksanaan SDC ialah
dari 2008 – 2025 meliputi seluruh kawasan
dan penduduk Sabah.
❼ Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak
(SCORE) telah dirasmikan di Bintulu Waterfront
Prominade. SCORE terletak di wilayah tengah
Sarawak merentasi kawasan sepanjang 320
kilometer dan meliputi kawasan seluas 70,000
kilometer persegi dengan kepadatan penduduk
607,800 orang.
Pelan Integriti Nasional
Telah dilancarkan pada 23 April 2004 oleh Tun
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
pada ketika itu, selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
Minda Kelas Pertama
Pembangunan modal insan bermindakan kelas
pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
beridentitikan diri sendiri.
“Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu
tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan”.
Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan
RMK9.
34
35
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Transformasi Pacu Agenda
Wawasan 2020
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mula
mengambil alih kepimpinan Malaysia pada 3 April
2009. Beliau meneruskan agenda negara untuk
mencapai Wawasan 2020 dengan memperkenalkan
beberapa program transformasi seperti Program
Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program
Transformasi Sosial.
Gagasan 1Malaysia
› Gagasan 1Malaysia mendukung slogan
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Matlamat 1Malaysia adalah
untuk memperkukuhkan agenda nasional
dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
GAGASAN 1MALAYSIA
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Program
Transformasi
Kerajaan
Program
Transformasi
Ekonomi
Program
Transformasi
Politik
Program
Transformasi
Sosial
Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11
36
37
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
› Gagasan 1Malaysia mempunyai tiga teras:
❶ Perpaduan (Penerimaan, Prinsip
Kenegaraan dan Keadilan Sosial)
❷ Penerapan empat Nilai Murni:
Rendah hati
Berbudi
Bahasa
38
Hormatmenghormati
Bersederhana
3. Lapan Nilai Aspirasi
❶
❷
❸
❹
❺
❻
❼
❽
Budaya Berprestasi Tinggi
Budaya Ketepatan
Budaya Ilmu
Integriti
Ketabahan
Kesetiaan
Kebijaksanaan
Budaya Inovasi
39
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Program Transformasi Kerajaan (GTP)
GTP diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri
Najib Tun Razak pada bulan April 2009 bertujuan
untuk memperkukuhkan sistem penyampaian
kerajaan supaya menjadi lebih efisyen.
Dua objektif GTP
❶ Mentransformasikan kerajaan agar menjadi
lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan
dan bertanggungjawab atas keberhasilan
yang menjadi keutamaan kepada rakyat.
❷ Memacu Malaysia ke arah melahirkan
masyarakat yang maju, bersatupadu dan
saksama dengan standard kehidupan yang
tinggi untuk semua.
40
Bagi memastikan semua rancangan pembangunan
negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK
akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA). Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri ditugaskan
untuk memacu inisiatif GTP ini.
Tujuh NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke
arah transformasi kerajaan dan ianya adalah:
 Mengurangkan Jenayah.
 Membanteras Rasuah.
 Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar.
 Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi
Rumah berpendapatan rendah.
 Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar
Bandar.
 Mempertingkatkan Pengangkutan Awam
Bandar.
 Mengurangkan Kos Sara Hidup.
41
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Model Baru Ekonomi (MBE)
› MBE bertujuan melonjakkan Malaysia ke
arah negara berpendapatan tinggi sejajar
dengan matlamat Wawasan 2020 dan ia telah
dilancarkan pada 30 Mac 2010.
› Berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi,
kemampanan dan keterangkuman.
Program Transformasi Ekonomi (ETP)
ETP diperkenalkan oleh kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Ia didokong oleh Model Baru Ekonomi (MBE),
pembangunan 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA) dan pelaksanaan lapan Inisiatif
Pembaharuan Strategik (IPS).
42
43
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)
› Minyak, gas dan tenaga
IPS 1
Menyuburkan kembali sektor swasta.
› Minyak sawit
IPS 2
Membangunkan tenaga kerja berkualiti
dan mengurangkan kebergantungan
pada pekerja asing.
IPS 3
Mewujudkan ekonomi domestik yang
berdaya saing.
IPS 4
Mengukuhkan sektor awam.
IPS 5
Tindakan afirmatif yang telus dan mesra
pasaran.
IPS 6
Membina infrastruktur berasaskan
pengetahuan.
IPS 7
Meningkatkan sumber pertumbuhan.
IPS 8
Memastikan kebolehmampanan
pertumbuhan.
› Perkhidmatan kewangan
› Pelancongan
› Perkhidmatan perniagaan
› Elektronik dan elektrikal
› Pemborongan dan peruncitan
› Pendidikan
› Penjagaan kesihatan
› Kandungan dan infrastruktur komunikasi
› Pertanian
› Greater Kuala Lumpur
44
45
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Impak Pelaksanaan ETP:
› Setakat ini kerajaan telah membangunkan
sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi
(EPP) yang telah diumumkan kerajaan.
› Ekonomi terus berkembang pada kadar
sederhana (melebihi 5%).
› Peningkatan hasil kerajaan membolehkan
kekayaan diagih kepada rakyat. Contohnya,
seperti BR1M, TR1MA, BB1M dan lain-lain lagi.
Program Transformasi Politik (PTP)
Transformasi undang-undang bertujuan untuk
membuka ruang demokrasi yang lebih matang
serta menegakkan prinsip kebebasan dan keadilan.
Antara transformasi undang-undang yang telah
dilaksanakan kerajaan adalah seperti berikut:
46
› ISA akan digantikan dengan dua undangundang baru - mewujudkan perseimbangan
antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan
menjaga keamanan awam.
› Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959
diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang
pindaan.
› Pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933.
› Pembebasan kesemua 125 individu yang
ditahan mengikut akta itu dengan sertamerta manakala lebih 200 waran yang belum
diserahkan dibatalkan.
› Kerajaan membentangkan Rang Undangundang Perhimpunan Aman 2011 bagi
menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang
bertujuan membenarkan warganegara
menganjurkan dan menyertai perhimpunan
secara aman dan tanpa senjata.
› Usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi
Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966,
1969 dan 1977.
› Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan
pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai
parti politik.
47
KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN
JAYAKAN WAWASAN 2020
Penutup
Cita-cita dan matlamat negara digarap dengan
strategi dan berwawasan. Amanah dan harapan
yang dipikul adalah amat besar sekali. Di samping
peranan penting kerajaan, rakyat juga perlu menilai
dan memperbaiki diri, cara bekerja, cara berfikir,
cara bertindak dan cara melihat hasil kerja. Semoga
Malaysia terus aman, maju dan makmur di
bawah legasi kepimpinan terunggul negara.
Program Transformasi Sosial (STP)
STP bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai teras,
budaya kerja dan sikap dalam kalangan rakyat
Malaysia. Selain itu, ia akan membangunkan satu
masyarakat yang berdaya tahan, kompetitif, inovatif
dan kreatif yang seterusnya dapat membangunkan
sebuah negara yang boleh menyesuaikan diri
kepada perubahan dan cabaran ekonomi dunia dan
persekitaran sosial.
Produk-produk Transformasi
48
49