pada 27 September 2012 (Hari

Transcription

pada 27 September 2012 (Hari
PERADUAN MENULIS SENI KHAT JAWI PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2012
TEMA
: “Da’wah Melalui Keindahan Seni Khat”
PENDAHULUAN
Peraduan Menulis Seni Khat Jawi merupakan rancangan dwi tahunan
Pusat Da’wah Islamiah melalui Unit Penerbitan, Pembahagian dan
Pemasaran, Bahagian Kajian dan Penerbitan. Pada tahun ini,
peraduan ini diadakan pada peringkat kebangsaan sahaja.
OBJEKTIF
•
Untuk mengekalkan seni khat Islam yang menjadi salah satu
unsur peradaban dan tamadun Islam.
•
Menjadikan khat sebagai wadah untuk mengekalkan
kesinambungan tulisan jawi / Arab Melayu / sebagai warisan
tamadun Islam di alam Melayu.
•
Untuk mendekatkan lagi umat Islam supaya menghayati
dan menikmati keindahan seni khat Islam dan diharapkan
dengan menulis ayat-ayat al-Qur’an dan hadits-hadits akan
dapat menjadi saluran/media dakwah dan menghayati
pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya.
•
Untuk mencari dan melahirkan penulis-penulis tempatan
yang berkemahiran.
•
Untuk memberi galakan kepada penulis-penulis tempatan
supaya dapat mengaplikasikan khat sebagai produk
perniagaan.
SYARAT PERADUAN
1.
Peraduan ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap
Negara Brunei Darussalam.
2.
Setiap karya yang memenangi peraduan dengan sendirinya
akan menjadi milik pihak penganjur.
3.
Ciptaan hendaklah tulisan sendiri, asli dan baru, bukan tiruan
atau salinan (termasuk gaya penulisan) daripada yang telah
dihasilkan dan bukan diambil dari koleksi orang lain walaupun
asalnya dipunyai oleh penulis sendiri.
4.
Satu sesi ujicuba akan diadakan terhadap calon pemenang
dan penerima saguhati.
5.
Jika didapati calon pemenang atau penerima hadiah
peraduan tidak hadir atau tidak boleh menulis seperti tulisan
yang dimenanginya semasa ujicuba diadakan, jawatankuasa
penganjur berhak menarik balik penyertaannya.
6.
Peserta tidak dibenarkan menulis nama atau sebarang
bentuk pengenalan dalam karya yang dihasilkan.
7.
Sesuai dengan hukum Islam mengenai seni, tulisan-tulisan
hanya akan dibenarkan dengan tidak mempunyai latar
belakang yang berlawanan dengan konsep Islam terutama
gambar-gambar latar belakang yang boleh mengelirukan
fahaman aqidah Islam seperti gambar orang, burung-burung
dan lain-lain. Pihak pengajur berhak menolak mana-mana
penyertaan yang difikirkan tidak sesuai.
8.
Tulisan yang tidak memenuhi syarat peraduan adalah
dianggap rosak dan tidak akan dihakimkan.
9.
Tulisan hendaklah mengikut jenis tulisan dan ayat mengikut
kategori yang ditentukan.
10. Mengenai ayat-ayat al-Qur’an, kaedah tulisan hendaklah
menggunakan rasm Utsmani dari Mushaf Brunei Darussalam.
11. Penulis
hanya
dibolehkan
menggunakan
dakwat
waterproof dan hendaklah menggunakan kertas / bahan
yang bersesuaian serta tidak menggunakan bahan yang
dihukumkan najis.
KATEGORI
Enam kategori dipertandingkan dalam peraduan kali ini termasuk
satu kategori khas. Bagi kategori Khas dibukakan kepada sesiapa
sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Manakala bagi kategori A
hingga kategori E, peserta hanya dibenarkan menyertai 1 kategori
sahaja.
KATEGORI “KHAS”
Dibukakan kepada peserta lelaki dan perempuan yang berugama
Islam dan berumur 18 tahun ke atas. Peserta diwajibkan menghantar
kedua-dua bahagian 1 dan 2 di bawah ini.
Bahagian 1
Jenis Khat
:
Gabungan Nasakh & Tsuluts
Ayat
:
Surah al-Baqarah ayat 285 - 286
Ukuran Kertas
:
84 cm x 59 cm
Ruang Tulis
:
80 cm x 55 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.5 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
Bahagian 2
Jenis Khat
:
Nasakh
Ayat
:
Surah at-Taubah ayat 128 - 129
Ukuran Kertas
:
84 cm x 59 cm
Ruang Tulis
:
80 cm x 55 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.5 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
KATEGORI “A” ( Lelaki Sahaja )
Dibukakan kepada peserta lelaki yang berugama Islam dan berumur
18 tahun ke atas.
Jenis Khat
:
Nasakh
Ayat
:
Surah al-Mu’minun ayat 115 - 118
Ukuran Kertas
:
84 cm x 59 cm
Ruang Tulis
:
80 cm x 55 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.5 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
KATEGORI “B” ( Perempuan Sahaja )
Dibukakan kepada peserta perempuan yang berugama Islam dan
berumur 18 tahun ke atas.
Jenis Khat
:
Nasakh
Ayat
:
Surah al-Baqarah ayat 26 - 27
Ukuran Kertas
:
84 cm x 59 cm
Ruang Tulis
:
80 cm x 55 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.5 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
KATEGORI “C”
( Institusi Pengajian Tinggi Termasuk Pusat-Pusat Tingkatan 6 )
Dibukakan kepada peserta lelaki dan perempuan yang berugama
Islam dan masih menuntut di mana-mana pusat pengajian tinggi.
Jenis Khat
:
Khat Nasakh
Ayat
:
Surah Thaahaa ayat 1 - 5
Ukuran Kertas
:
80 cm x 55 cm ( putih )
Ruang Tulis
:
76cm x 51 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.4 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
KATEGORI “D” ( Saudara-Saudara Baru )
Dibukakan kepada saudara-saudara baru lelaki dan perempuan
yang berumur 18 tahun ke atas.
Jenis Khat
:
Khat Nasakh
Ayat
:
Surah al-Kafiruun ayat 1 - 6
Ukuran Kertas
:
80 cm x 55 cm ( putih )
Ruang Tulis
:
76cm x 51 cm
Ukuran mata pen
:
Tidak melebihi 0.4 cm
Dakwat
:
Hitam ( waterproof )
KATEGORI “E” ( Kontemporari )
•
Dibukakan kepada lelaki dan perempuan yang berumur 18
tahun ke atas.
•
Karya hendaklah berukuran A1 ( 84 cm x 59 cm )
•
Peserta bebas menggunakan apa sahaja jenis tulisan dan gaya
( style ) yang dikombinasikan dengan apa jua bentuk lukisan.
•
Media atau bahan yang digunakan adalah bebas.
•
Karya hendaklah berbingkai ( frame ) dan berbingkai kertas
( mounting board ) berukuran 9 cm.
•
Warna bingkai hendaklah berwarna hitam
•
Sudut penghakiman akan diambil dari hasil karya frame dan
kreativiti pengolahan bentuk.
HADIAH
Kategori “KHAS”
Hadiah Pertama
- B$2,000.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$1,500.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$1,000.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 500.00
Hamper
Sijil Penyertaan
Kategori “A” ( Lelaki Sahaja )
Hadiah Pertama
- B$ 800.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$ 600.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$ 300.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 200.00
Hamper
Sijil Penyertaan
Kategori “B” ( Perempuan Sahaja )
Hadiah Pertama
- B$ 800.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$ 600.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$ 300.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 200.00
Hamper
Sijil Penyertaan
Kategori “C” ( Institusi Pengajian Tinggi )
Hadiah Pertama
- B$ 500.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$ 400.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$ 300.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 100.00
Hamper
Sijil Penyertaan
Kategori “D” ( Saudara-Saudara Baru )
Hadiah Pertama
- B$ 500.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$ 400.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$ 300.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 100.00
Hamper
Sijil Penyertaan
Kategori “E” ( Kontemporari )
Hadiah Pertama
- B$1,000.00
Acer Notebook
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua
- B$ 800.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga
- B$ 600.00
Baucer
Hamper
Sijil Penyertaan
Tiga (3) hadiah penghargaan - B$ 200.00
Hamper
Sijil Penyertaan
PENGHAKIMAN
Penghakiman
akan
dijalankan
sebulan
selepas
tarikh
tutup
penyertaan. Seramai tiga orang hakim akan dilantik menghakimkan
peraduan ini, seorang adalah jemputan dari luar negeri dan dua
orang lagi hakim tempatan yang dipecahkan kepada 2 bahagian
iaitu bahagian seni khat dan bahagian pengolahan, bentuk dan
kreativiti karya tersebut.
•
Penghakiman peraduan insya Allah akan dilaksanakan pada
bulan November 2012.
•
Panel hakim berhak memberikan pandangan dan meminda
kedudukan keputusan peraduan terhadap nilai-nilai mutu
dan taraf karya penyertaan.
•
Penghakiman juga dinilai dari sudut pengolahan dan kreativiti
peserta dalam membentuk sesebuah hasil karya itu.
•
Sudut penghakiman akan mengambil kira hasil karya seperti
( seni tulisan, kreativiti penulis, bahan yang digunakan dan
pengolahan bentuk).
•
Keputusan hakim adalah muktamad.
PENYERTAAN
•
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 September 2012 (Hari
Khamis) jam 4.00 petang.
•
Borang-borang boleh diperolehi dari Urus Setia Peraduan
Menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan, Pusat Da’wah Islamiah
dan Unit Da’wah di setiap daerah ataupun daripada:
Brunei Times Sdn Bhd
3rd Floor, Wisma Haji Mohd Taha,
Jalan Gadong BE4119,
Negara Brunei Darussalam.
•
Penyertaan hendaklah dihantar kepada :
Urus Setia,
Peraduan Menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan,
Sempena Isra’ dan Mi’raj,
Pusat Da’wah Islamiah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Kampong Pulaie, Jalan Kebangsaan,
Negara Brunei Darussalam.BB4310.
BORANG PENYERTAAN
PERADUAN MENULIS SENI KHAT JAWI KEBANGSAAN
BAGI TAHUN 2012
1) Saya dengan sukacita menyertai Peraduan Menulis Seni Khat Jawi
Kebangsaan, Bagi Tahun 2012 anjuran Pusat Da’wah Islamiah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam
dengan kerjasama Brunei Times Sdn. Bhd..
2) Saya bersetuju mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh
jawatankuasa penganjur.
3) Keterangan diri saya adalah seperti berikut:
Nama: ______________________________________________________
Nombor Kad Pengenalan:____________________________________
Warna: _________________ (Sila Sertakan Salinan Kad Pengenalan
dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport)
Alamat Persuratan: ___________________________________________
______________________________________________________________
___________________________________________________________
Pekerjaan / Sekolah:_________________________________________
Nombor Telefon:
Rumah:_____________________
Pejabat: ____________________
Bimbit: _____________________
No. Faks:____________________
potong disini
E-mel: ______________________
✃
4) Pengalaman dan Penglibatan Dalam Bidang Seni Khat Jawi.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
5) Penyertaan yang dimasuki: Tandakan ( / )
Kategori ‘Khas’: (
)
Kategori ‘A’ Lelaki Sahaja : (
)
Kategori ‘B’ Perempuan Sahaja:
(
)
Kategori ‘C’
Institusi Pengajian Tinggi Termasuk Pusat-Pusat Tingkatan Enam:
(
)
Kategori ‘D’ Saudara-Saudara Baru: (
Kategori ‘E’ Kontemporari: (
)
)
6) Saya dengan ini mengaku telah membaca dan mematuhi semua
syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Penyelenggara Peraduan. Saya juga mengaku dengan sebenarbenarnya bahawa seni khat jawi yang saya sertakan ini adalah
hasil karya saya sendiri. Saya bersetuju untuk diuji cuba dan akan
mematuhi semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Penyelenggara Peraduan sebagai keputusan yang muktamad.
Tandatangan: ________________________________
Tarikh: ________________________________________