Buletin KSM Edisi 1/2016

Comments

Transcription

Buletin KSM Edisi 1/2016
Buletin
Buletin KSM
EDISI 1/2016
Tinta
Ketua Setiausaha
Assalamualaikum wbr. dan salam sejahtera.
Penerbitan Buletin bagi edisi pertama tahun 2016 merupakan satu wadah
untuk Kementerian Sumber Manusia mengetengahkan pelbagai aktiviti
yang berlaku di Jabatan dan agensi di bawah KSM.
Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pencapaian KPI perlu diberi
penekanan secukupnya supaya objektif KSM dapat dicapai. Selain itu
KSM turut menekankan kreativiti dan inovasi serta menitikberatkan soal
perbelanjaan berhemat bersesuaian dengan kehendak kerajaan dalam melaksanakan program untuk kepentingan
rakyat. Warga KSM perlu menyemai budaya kerja cemerlang, berkualiti dan berinovasi. Ini adalah satu budaya di
mana warga KSM diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan lebih sempurna dan teratur seterusnya
dapat meningkatkan prestasi kerja yang berkualiti dan disanjung tinggi.
Saya menyeru semua Jabatan dan agensi di bawah KSM dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh
yakin dan berbelanja secara berhemat sesuai dengan saranan semasa kerajaan.
DATO’ SRI ADENAN AB RAHMAN
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ISI KANDUNGAN
3 Memorandum Persefahaman Malaysia Bangladesh berkaitan Pekerja Asing
4 - 5 Projek Perintis ‘House Keeper’ anjuran Kementerian Sumber Manusia
6 - 7 Seminar Perhubungan Perusahaan dan Majlis Pemyerahan Watikah Pelantikan
Yang Dipertua dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia
8 - 13 Amanat Tahun baru 2016
14 Kenyataan Media Latihan Kemahiran, Teknikal Perlukan Pembiayaan
Tambahan di dalam Akhbar Borneo Post Bertarikh 9 Mac 2016
15 Bengkel Pengurusan Aduan 2016, Kementerian Sumber Manusia
16 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015
Sidang Redaksi
Penasihat Dato’ Sri Adenan Ab Rahman
Ketua Pengarang Dr. Mohd Gazali bin Abas
Timbalan Ketua Pengarang Ahmad Asri Zakaria
Pengarang/Penyelaras Ropidah Mohamad & Laly Haizan Bahari
2
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
Jurufoto Mohd Azali Syam Ariffin
MOU BANGLADESH
Memorandum Persefahaman
MALAYSIA BANGLADESH berkaitan Pekerja Asing
Memorandum persefahaman Malaysia Bangladesh berkaitan pekerja
asing Malaysia yang diwakili Menteri Sumber
Manusia, Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
telah memeterai perjanjian persefahaman
berkaitan pekerja asing pada 18 Februari
2016 di Dakka, Bangladesh.
Perjanjiaan ini adalah bagi kerjasama
kerajaan dengan kerajaan supaya peranan
kedua dua buah Negara dilibatkan
dalaam urusan pengambilan pekerja asing
terutama dari Bangladesh di mana agensi
yang bertanggungjawab untuk memilih
dan menilai pekerja asing diletak dibawah
Bangladesh Recruitment Agencies(BRA).
Dalam perjanjian tersebut pengambilan
pekerja asing adalah berdasarkan keperluan
semasa di pelbagai sektor pekerjaan. Pekerja
yang akan dibawa masuk ke Malaysia perlu
menjalani latihan yang berkaitan dengan
sektor yang mereka akan ditempatkan dan mendedahkan mereka
dengan peraturan dan undang-undang di Negara Malaysia. Selain
itu mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan juga tidak
mempunyai kesalahan jenayah sebelum dihantar bekerja di Malaysia.
Angka kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia masih dalam kajian
dan keperluan sebenar masih dikaji dan akan dimaklumkan kepada
kerajaan Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia. Setakat ini
jumlah pekerja Bangladesh di Malaysia adalah seramai 282,287 orang
yang terlibat dalam sektor pembuatan (104,311 pekerja), pembinaan
(109,743 pekerja), perkhidmatan(32,609 pekerja), perladangan
(21,253 pekerja) dan pertanian(14,371 pekerja).
Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia telah menangguhkan
kemasukan pekerja asing dari semua Negara sehingga diberitahu
kelak bagi memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk memenuhi pekerjaan di pelbagai sektor. Pengumuman tersebut
dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuching, Sarawak.
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
130
PROJEK PERINTIS
Projek Perintis
‘HOUSE KEEPER’
ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Kementerian Sumber Manusia
(KSM) dalam perancangan
melaksanakan Projek Perintis
‘House Keeper’. Secara umum,
projek ini menawarkan peluang
pekerjaan kepada semua
Warganegara Malaysia yang
mencari pekerjaan atau menambah
pendapatan. Peluang kerjaya sebagai
‘House Keeper’ tidak memerlukan
kelayakan dan kelulusan yang tinggi
kerana melibatkan kerja-kerja
mengemas dan membersihkan
rumah yang asas sahaja.
LATAR BELAKANG PELAKSANAAN
Projek ini dilaksanakan berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Januari 2015:
“Perkhidmatan pekhidmat domestik secara ‘outsource’ perlu
dirangka secara lebih sistematik dan komprehensif untuk menarik
minat rakyat Malaysia menceburi perniagaan ini yang akan
memberikan pendapatan yang baik”
SKOP TUGAS ‘HOUSE KEEPER’
Senarai tugas ‘House Keeper’ adalah berdasarkan kepada kerja-kerja asas pembersihan yang boleh
dilaksanakan oleh semua peserta ‘House Keeper’ dengan kemahiran yang minimum.
Secara spesifik tugas-tugas ‘House Keeper’ adalah seperti berikut:
• Menyapu, memvakum, menggilap dan mencuci lantai dan perabot, atau mencuci tingkap dan lek vapan
lain;
• Mencuci, menyeterika, dan membersihkan linen dan tekstil
lain;
• Mencuci pinggan mangkuk;
• Membersihkan, menyahjangkit, dan menyahbau dapur, bilik air
dan tandas;
• Membersihkan tingkap dan permukaan kaca yang lain; dan
• Menjalankan tugas lain-lain yang berkaitan.
4
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
OBJEKTIF ‘HOUSE KEEPER’
Pelaksanaan Projek Printis ‘House Keeper’
adalah bertujuan:
(i) mengurangkan kebergantungan terhadap
pembantu rumah asing (PRA);
(ii) mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia untuk menambahkan
pendapatan; dan
(iii) menawarkan peluang perniagaan dalam
bidang perkhidmatan pekhidmat domestik
tempatan
SYARAT DAN KELAYAKAN PENYERTAAN
•
•
•
Tiada syarat khas bagi kelayakan akademik
Memiliki kemahiran asas mengemas dan
kerja pembersihan yang minimum
Warganegara Malaysia (Yang berminat
amatlah dialu-alukan)
KAEDAH PENGGAJIAN
•
Upah dibayar sekurang-kurangnya RM 6.00/
jam bekerja.
FAEDAH-FAEDAH BEKERJA SEBAGAI HOUSE KEEPER
• Liputan Akta Kerja 1955;
- Cuti rehat, sakit, perayaan, bersalin, Kerja lebih masa
(Overtime)
• Waktu Kerja Anjal (Fleksibel) ;
- Sepenuh Masa / Separuh masa (part –time)
• Pengangkutan dari rumah ke tempat kerja disediakan
(pergi-balik);
• Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
– simpanan;
• Caruman Pertubuhan Keselamantan Sosial
(PERKESO) - perlindungan keselamatan;
• Kadar upah minimum RM 6.00 setiap jam bekerja
(melepasi gaji minimum>RM1000); dan
• Pakaian seragam disediakan (uniform).
KAEDAH PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS ‘HOUSE KEEPER’
(i)
•
Kumpulan Sasar: Semua Warga Malaysia (Wanita /Lelaki) yang berminat:
Turut terlibat: Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Selangor terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, balu, warga emas, Orang Kurang
Upaya dan sebagainya..
(ii) Lokasi permulaan pelaksanaan Projek Perintis ‘House Keeper’ melibatkan Negeri Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan permintaan tinggi daripada majikan yang
menggajikan PRA berbanding negeri-negeri lain;
(iii) Waktu bekerja formal (pejabat) dan tidak perlu menetap di rumah majikan
(iv) Garis panduan dan kontrak penggajian (contract employment) yang standard dan diiktiraf oleh
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
Kementerian mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai projek ini. Sebarang pandangan dan maklum balas adalah amat dialu-alukan. Sekiranya terdapat pertanyaan, bolehlah menghubungi
wakil Cawangan Dasar Perburuhan, Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia seperti berikut:
(i)
(ii)
(iii)
Encik Faizal bin Hj. Zainudin, Ketua Penolong Setiausaha: 03-8886 5102/ [email protected];
Encik Nor Rodzam bin Othman, Penolong Setiausaha: 03-8886 5143/ [email protected]; dan
Puan Siti Khalilah binti Abdul Nasir, Penolong Setiausaha: 03-8886 5144/ [email protected]
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
150
SEMINAR
SEMINAR PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH
PELANTIKAN YANG DIPERTUA DAN
PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN
MALAYSIA
21 JANUARI 2016 (KHAMIS)
HOTEL PULLMAN, KUCHING,
SARAWAK
M
ahkamah Perusahaan telah mula
ditubuhkan pada tahun 1940
di bawah Industrial Courts
Enactment 1940. Mahkamah Perusahaan telah melalui
beberapa transformasi dan perubahan selaras dengan pindaan
undang-undang yang dibuat dari masa ke semasa. Pada masa
sekarang, penubuhan Mahkamah Perusahaan telah diperuntukkan
di dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Di antara fungsi-fungsi utama Mahkamah Perusahaan ialah:
a) Mendengar dan membicarakan kes-kes pertikaian Perusahaan
dan pembuangan kerja yang dirujuk oleh YB Menteri atau
rujukan terus oleh pihak yang bertikai;
b)Memutuskan dan menurunkan Award ke atas kes-kes
pertikaian perusahaan dan pembuangan kerja yang didengar
dan dibicarakan;
c) Mendaftar dan memberi pengiktirafan kepada Perjanjian
Kolektif yang melibatkan Kesatuan Sekerja Pekerja dan
majikan.
Sebelum sesuatu kes pertikaian perusahaan dirujuk ke
Mahkamah Perusahaan, Kesatuan Sekerja atau majikan terlibat
atau seseorang pekerja yang terlibat dengan pemecatan kerja
6
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
perlu membuat representasi kepada Ketua Pengarah Jabatan
Perhubungan Perusahaan. Sekiranya proses rundingan damai
yang dijalankan di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan
tidak dapat diselesaikan, kes tersebut akan dirujuk kepada YB
Menteri dan seterusnya YB Menteri akan membuat keputusan
samada sesuatu kes itu dirujuk atau tidak dirujuk kepada
Mahkamah Perusahaan.
Sehingga kini, terdapat 22 buah Bahagian Mahkamah
Perusahaan di seluruh Malaysia iaitu 15 di Kuala Lumpur, dua
(2) di Johor dan Pulau Pinang dan satu (1) di Perak, Sabah dan
Sarawak.
Pada bulan April 2015 yang lepas, Parlimen Malaysia telah
meluluskan pindaan di buat ke atas Subseksyen 23A(1) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) berkaitan dengan
pelantikan Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Sebelum pindaan, Akta 177 memperuntukkan bahawa seseorang
itu layak untuk dilantik sebagai Presiden dan Pengerusi Mahkamah
Perusahaan, sekiranya beliau pernah menjadi peguam bela dan
peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976
(Akta 166) selama tempoh tujuh tahun sebelum pelantikannya,
atau sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan
Persekutuan atau Perkhidmatan undang-undang Negeri.
Melalui pindaan ini, kelayakan untuk dilantik sebagai Presiden
dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan telah diperluaskan ke
negeri Sabah dan Sarawak. Dengan pindaan ini bermakna
mereka-mereka yang berpengalaman menjadi peguam bela di
negeri Sabah atau Sarawak di bawah Advocates Ordinance of
Sabah [Sabah Cap. 2] atau Advocates Ordinance of Sarawak
[Sarawak Cap. 110] boleh dilantik sebagai Presiden atau
Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Tujuan pindaan ini adalah
untuk memberi peluang dan hak kesamarataan bagi pengamal
undang-undang di Sabah dan Sarawak supaya mereka juga boleh
dilantik sebagai Presiden atau Pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Pada hari ini, kita bersama-sama berkumpul bagi meraikan
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang Di-Pertua dan
Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia iaitu:
a) Yang Arif Tuan Ishak Bin Mohd Yusoff
Presiden Mahkamah Perusahaan Malaysia
b) Yang Arif Puan Ani ak Solep @ Julia Anne Marie Solep
Pengerusi Mahkamah Perusahaan Sarawak
c) Yang Arif Tuan Mohd Azari Bin Harun
Pengerusi Mahkamah Perusahaan
Saya amat berbangga dan kita semua patut berbangga bahawa
Yang Arif Puan Ani ak Solep @ Julia Anne Marie Solep adalah
merupakan pengamal undang-undang anak Sarawak yang pertama
dilantik sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan selepas pindaan
kepada Akta 177 dibuat. Ini boleh dianggap sebagai hari yang
bersejarah buat rakyat Negeri Sarawak. Oleh itu, saya berharap,
dengan pelantikan Presiden dan dua (2) orang Pengerusi ini,
mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah meningkatkan
lagi pencapaian Mahkamah Perusahaan khususnya dan turut
memberi sumbangan ke arah perkembangan perundangan
perhubungan perusahaan di Negara ini.
Perkhidmatan awam pada hari ini dan yang mendatang
berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat kerana rakyat
kini lebih bijak dan mempunyai banyak
maklumat. Perkhidmatan awam sentiasa
dituntut menjadi lebih cekap dan lebih
pantas melalui pembaharuan-pembaharuan
yang diperkenalkan dari semasa ke semasa
termasuklah inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan
di bawah Program Transformasi Kerajaan
(GTP).
menggunakan teknologi Sistem Perekodan Digital (SPD) di dalam
proses perbicaraan mereka. Sistem SPD ini akan merekodkan
secara digital, audio dan video semasa sesi perbicaraan di dalam
Mahkamah dan dengan penggunaan teknologi sistem pengecaman
suara (voice recognition system), keterangan yang diberikan
oleh pihak-pihak yang terlibat semasa perbicaraan akan ditukar
ke dalam bentuk teks (auto transcript) dan diformatkan menjadi
Nota Perbicaraan (Notes of Proceeding). Dengan sistem ini,
Pengerusi yang membicarakan kes tidak lagi perlu membuat
catatan atau menulis tangan segala keterangan yang diberikan
oleh saksi di dalam Mahkamah. Dengan ini, proses perbicaraan
kes di Mahkamah Perusahaan dapat dipercepatkan. Saya
difahamkan bahawa sistem SPD ini merupakan sistem pertama
yang digunakan di Malaysia dan sistem ini telah mula digunakan di
11 buah Mahkamah Perusahaan pada Januari 2015.
Pada tahun 2014 juga, pihak Kerajaan telah meluluskan
peruntukan untuk Mahkamah Perusahaan menambahbaik
sistem Pengurusan Kes secara atas talian (Sistem e-MP). Di
antara inisiatif yang ditambah baik di bawah sistem e-MP ini ialah
dengan memperkenalkan sistem e-Pemfailan dan e-Penyerahan
(e-Filing & e-Service). Dengan penggunaan sistem ini, pihakpihak yang terlibat dengan Mahkamah tidak perlu lagi hadir ke
Mahkamah untuk mengemukakan dokumen-dokumen sebaliknya
pengemukaan dokumen boleh dibuat secara atas talian (on line)
dan begitu juga penyerahan dokumen kepada pihak yang satu lagi.
Dengan penggunaan sistem ini, ianya dapat menjimatkan kos dan
masa pihak yang terlibat serta menjimatkan ruang penyimpanan
fail di Mahkamah.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Mahkamah
Perusahaan di atas kejayaan melaksanakan inisiatif-inisiatif
tersebut di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dengan
pelaksanaan inisiatif-inisiatif transformasi tersebut, ianya dapat
meningkatkan produktiviti serta memberi memberi nilai
tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan Mahkamah
Perusahaan kepada rakyat.
Selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baru tersebut,
saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Mahkamah
Perusahaan telah dapat meningkatkan pencapaian Key
Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2015 kepada 109 peratus
berbanding dengan pencapaian 2014 sebanyak 73 peratus sahaja.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Mahkamah Perusahaan di atas pencapaian tersebut.
Selaras dengan Program Transformasi
Kerajaan (GTP), sukacita saya memaklumkan
bahawa Mahkamah Perusahaan juga tidak
ketinggalan di dalam mengaplikasikan
teknologi ICT di dalam proses kerja mereka
ke arah meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat. Pada tahun
2014, pihak Kerajaan telah meluluskan
permohonan Mahkamah Perusahaan untuk
membangunkan 11 buah Mahkamah yang
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
170
AMANAT
Amanat Tahun Baru
2016
Bersempena dengan Tahun Baru
2016, YB Menteri Sumber Manusia
telah menyampaikan amanat khas
kepada semua warga KSM dalam
majlis Perhimpunan Bulanan Januari.
Turut hadir di majlis tersebut ialah
KSU KSM, TKSU dan Ketua-ketua
Jabatan di bawah KSM. Antara amanat
YB Menteri adalah seperti berikut;
TAHUN BARU DAN ALU-ALUAN
1. Pertama sekali, marilah kita memanjat rasa syukur kepada Tuhan kerana atas keizinan-Nya kita dapat berhimpun
dalam Majlis Perjumpaan pertama bagi tahun 2016 sebagai sebuah keluarga KSM. Saya berasa gembira kerana
kita dapat bersama-sama berkumpul bersua muka dan beramah mesra di awal tahun ini bagi mengeratkan lagi
hubungan sesama kita. Semoga Tuhan terus memberkati kita dengan kebaikan, kebijaksanaan, kekuatan fizikal
dan moral agar dapat kita sempurnakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan cemerlang dan
berintegriti.
2. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan YBhg. Dato’ Sri Adenan Bin Ab. Rahman yang telah dilantik sebagai
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang baharu berkuat kuasa16 Disember 2015. Saya
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan beliau sebagai KSU KSM, menggantikan YBhg. Datuk
Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim yang telah dilantik sebagai KSU Kementerian Pengangkutan. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin atas perkhidmatan cemerlang
beliau sepanjang berkhidmat sebagai KSU KSM selama hampir 2 tahun. Kepada YBhg. Dato’ Sri Adenan, saya
ucapkan selamat bertugas.
3. Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan pegawai dan kakitangan yang baru memulakan perkhidmatan di
KSM. Saya menaruh harapan yang tinggi bahawa tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan sumbangan
terbaik dan bermakna dalam usaha KSM memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada kumpulan sasar
dan rakyat Malaysia amnya.
8
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
REFLEKSI TAHUN 2015 DAN FOKUS TAHUN 2016
4. Tahun 2015 telah kita tinggalkan dengan kenangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat
Menyambut Tahun Baru 2016” kepada semua warga KSM. Semoga kedatangan tahun 2016 ini kita semaikan
lembaran baru dengan harapan kejayaan yang lebih membanggakan dan yang paling utama sekali, memenuhi
aspirasi rakyat Malaysia terhadap KSM sebagai sebuah Kementerian yang perkhidmatannya begitu dekat di hati
sanubari rakyat.
5. Tidak dinafikan, pelbagai cerita kejayaan telah kita capai sepanjang tahun 2015 sungguhpun dengan pelbagai
cabaran menggetirkan yang terpaksa dihadapi. Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia dan naik turun nilai
mata wang Ringgit adalah antara cabaran utama yang masih kita perlu tangani sehingga hari ini. Beberapa
insiden luar jangka seperti gempa bumi dan kes penculikan warga tempatan di Sabah mengingatkan kita supaya
lebih siap siaga walau pun perancangan rapi telah dibuat.
6. Sempena majlis pada pagi ini, saya akan berkongsi beberapa cerita kejayaan yang telah kita capai sepanjang
tahun 2015 dan program-program yang bakal menjadi fokus kementerian pada tahun 2016.
PERBELANJAAN BERHEMAT
7. Dalam aspek prestasi perbelanjaan bagi tahun 2015, KSM telah mencapai tahap yang amat cemerlang dan
membanggakan. KSM mencapai 100% bagi Perbelanjaan Mengurus (Operating Expenditure) dan mencapai 95%
bagi Perbelanjaan Pembangunan (Development Expenditure). Prestasi ini meletakkan KSM sebagai antara 5
kementerian terbaik dalam aspek pengurusan kewangan daripada 25 buah kementerian. Saya percaya bahawa
komitmen seluruh warga KSM yang berada pada tahap tertinggi telah membolehkan kita mencapai prestasi
perbelanjaan yang maksimum pada tahun 2015. Saya menaruh penuh keyakinan bahawa prestasi cemerlang ini
akan dapat dikekalkan malah dipertingkatkan lagi bagi tahun 2016 ini.
8. Walau bagaimanapun, sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi, negara terpaksa menghadapi cabaran genting
berikutan penurunan harga minyak mentah dunia yang bakal memberi kesan kepada ekonomi dan pengurusan
kewangan Kerajaan. Inisiatif pengukuhan ekonomi yang dirangka sebelum ini perlu disemak semula termasuk
langkah konsolidasi fiskal Kerajaan. Sungguhpun demikian, Kerajaan dan KSM khasnya komited untuk
meneruskan program dan aktiviti yang memberikan kesejahteraan kepada kumpulan sasar Kementerian. Bagi
memastikan pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian serta Jabatan-jabatan adalah tidak terjejas, saya
menyeru supaya Ketua Setiausaha selaku pegawai pengawal Kementerian dan semua Ketua-Ketua Jabatan agar
melaksanakan perbelanjaan berhemat dan melaksanakan prinsip “value for money” dalam mengoptimumkan
perbelanjaan.
KAJIAN HOLISTIK UNDANG-UNDANG BURUH DAN PERJANJIAN PERKONGSIAN
TRANS-PASIFIK
9. KSM sedang melaksanakan kajian secara holistik ke atas tiga undang-undang utama perburuhan negara iaitu
Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1957. Sepanjang tahun 2015,
kita telah mengadakan sesi libat urus di seluruh negara dengan pelbagai kumpulan stakeholders. Kajian ini
melibatkan pelbagai aspek untuk menyesuaikan undang-undang perburuhan negara dengan landskap pasaran
buruh semasa dan masa depan, daripada aspek mengawal selia hubungan pekerjaan baharu sehinggalah kepada
aspek memudahcara urusan perniagaan. Antara isu yang sedang diperhalusi adalah menambahbaik liputan
dan perlindungan, mempercepatkan penyelesaian pertikaian perusahaan dan tuntutan pemecatan tidak adil
serta memperkasakan aktiviti penguatkuasaan. Sebagai sebuah negara perdagangan global, pematuhan undangundang perburuhan negara kepada konvensyen, standard dan instrumen antarabangsa juga diambil kira dalam
kajian ini.
10. Pada masa yang sama, rombakan ke atas undang-undang perburuhan negara juga perlu dilaksanakan jika Kerajaan
bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Dalam hal ini, TPPA menghendaki
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
190
Malaysia dan 11 buah negara lain iaitu Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada,
Jepun dan Amerika Syarikat untuk mematuhi terma dan syarat Bab Buruh. Bab Buruh TPPA menghendaki
Malaysia dan 11 buah negara lain iaitu Brunei, Chile, New Zealand, Singapura, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada,
Jepun dan Amerika Syarikat mematuhi standard perburuhan antarabangsa seperti mana yang dinyatakan dalam
Deklarasi ILO Tahun 1998 mengenai prinsip-prinsip asas dan hak-hak di tempat kerja (fundamental principles
and rights at work).
11.Pematuhan Bab Buruh yang dinyatakan dalam Deklarasi ILO 198 memerlukan pembaharuan undang-undang
perburuhan yang signifikan khususnya dalam aspek membasmi buruh kanak-kanak dan buruh paksa, meningkatkan
kebebasan berkesatuan (freedom of association) dan menghapuskan diskriminasi berkaitan pekerjaan. KSM
perlu melaksanakan pembaharuan undang-undang bagi menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan
dan mogok serta menghadkan kuasa Kerajaan dalam pendaftaran dan pembatalan kesatuan sekerja. Bagi aspek
perundingan kolektif, pembaharuan undang-undang perlu menghapuskan sekatan ke atas perkara-perkara yang
boleh dirundingkan antara pekerja dan majikan.
12.Bagi membolehkan Malaysia mematuhi Bab Buruh TPPA, KSM perlu meminda 8 undang-undang buruh
termasuklah undang-undang utama seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta
Kesatuan Sekerja 1959. Untuk makluman para hadirin sekalian, pindaan undang-undang ini mesti diselesaikan
dalam tempoh 24 bulan selepas TPPA ditandatangani. Oleh yang demikian, kita perlu bekerja secara pantas
sekiranya Kerajaan memutuskan untuk menandatangani TPPA. Saya menyeru seluruh warga KSM untuk
mengambil tahu mengenai TPPA supaya dapat menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai.
Suka saya mengingatkan, di sebalik polemik yang timbul berkaitan TPPA, Kerajaan sentiasa mendahulukan
kepentingan rakyat semasa rundingan TPPA termasuklah dengan menjalankan analisis kos dan faedah (cost
and benefit analysis) yang terperinci. Kerajaan hanya akan bersetuju menandatangani TPPA jika faedah yang
diperoleh melebihi kos yang terlibat.
HAK DAN PERLINDUNGAN PEKERJA SEKTOR SWASTA
13.Semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja 2015 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menaikkan siling caruman kepada RM4,000 daripada
RM3,000. Serentak dengan peningkatan ini, liputan perlindungan keselamatan sosial akan diperluaskan meliputi
semua pekerja sektor swasta di mana 500 ribu orang akan mendapat faedah. Ia akan meningkatkan faedah yang
akan diterima oleh orang yang diinsuranskan atau waris jika pekerja mengalami keilatan atau ditimpa bencana
pekerjaan. Pihak majikan pula dilindungi daripada dibebankan untuk membayar pampasan, menanggung kos
perubatan dan pemulihan orang berinsurans yang mengalami bencana dan hilang upaya.
14.Perkara ini sedang dalam tindakan akhir melalui Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
2015 yang telah dibaca kali pertama pada 30 November 2015 yang mana bacaan kedua dijangka pada sesi
Parlimen akan datang. Pindaan ini antara lain juga memperuntukkan ‘enabling provisions’ kepada PERKESO
untuk mentadbir skim perlindungan sosial lain bagi memperluaskan lagi liputan perlindungan pekerja.
15. Susulan syor yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara setelah perbincangan mendalam mengenai
kajian semula perintah gaji minimum, YAB Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah mengumumkan
kadar gaji minimum yang baharu. Penetapan kadar gaji minimum yang baharu ini telah melalui suatu proses
yang rumit dan banyak sesi konsultasi dengan pihak pekerja dan majikan. Kadar baharu ini akan mula dikuat
kuasakan pada tahun ini. KSM perlu memperkasakan lagi aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan gaji minimum
dibayar kepada setiap pekerja yang layak.
PENGANJURAN ASEAN SKILLS COMPETITION 2016
16. Pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN Skills Competition
(ASC) Ke-11. Bersempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) pada 20 Oktober 2015
yang lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan pelancaran ASC 2016. ASC yang dianjurkan
10
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
secara bergilir antara negara ASEAN setiap dua tahun ini akan berlangung pada 19 hingga 29 September 2015
di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). KSM akan bertindak selaku penganjur utama dengan
kerjasama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kerja
Raya dan Kementerian Belia dan Sukan.
17.Penganjuran ASC bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara
pihak Kerajaan, industri dan agensi latihan negara-negara ASEAN
melalui pertukaran kaedah, teknologi dan proses pembuatan serta
perkhidmatan yang diamalkan. Ia juga diharap dapat menggalakkan
pembangunan nilai-nilai kerja teknikal dan vokasional yang berkualiti
di kalangan belia dan pekerja mahir. ASC melibatkan penyertaan
belia daripada semua negara ASEAN dan sebanyak 25 bidang
kemahiran dipertandingkan yang meliputi pelbagai bidang seperti
teknologi automotif dan penyelanggaraan kapal terbang sehinggalah
kepada reka bentuk laman web dan kimpalan.
19.Jelas sekali, ASC 2016 merupakan antara acara terbesar yang akan
dikendalikan oleh KSM bagi tahun ini. Saya menyeru semua warga
KSM daripada pelbagai peringkat supaya dapat berganding bahu dan
memberi komitmen tertinggi bagi menjayakan acara ini. Seluruh
warga KSM memainkan peranan amat besar dalam mencerminkan
keupayaan dan imej negara lebih-lebih lagi ASC adalah satu acara yang
berprestij di peringkat antarabangsa. Saya yakin, jika setiap daripada
kita memainkan peranan dengan sempurna, penganjuran ASC 2016
akan diiktiraf sebagai edisi terbaik sejak ia mula diperkenalkan. Suka
juga saya memaklumkan bahawa kita telah menetapkan sasaran
untuk memperoleh 15 pingat emas seterusnya merangkul gelaran juara keseluruhan dalam ASEAN Skills
Competition 2016.
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)
20.Bagi mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Kerajaan telah mensasarkan 60%
daripada 1.5 juta pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) adalah
pekerjaan yang memerlukan kelayakan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Dalam
hal ini, negara kita perlu meningkatkan pengambilan pelajar berkaitan TVET setiap tahun secara berperingkat
daripada 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020. Kerajaan telah memperuntukkan RM1
bilion kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta semasa tempoh rancangan yang lalu.
21. Saya berpandangan cabaran di depan kita bukan hanya untuk mencapai sasaran pengambilan pelajar di institut
latihan kemahiran sahaja. Menurut maklum balas daripada pihak industri, wujud jurang antara pengetahuan,
kemahiran dan sikap graduan TVET berbanding dengan keperluan di tempat kerja. Oleh yang demikian,
program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diadaptasi daripada model TVET di negara Jerman yang
mana 70 peratus kandungan latihan dan berorientasikan perantisan akan dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini. Kerajaan juga bercadang memberi insentif
berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan kepada semua industri yang terlibat. Pada masa yang
sama, sebanyak 112,889 persijilan telah dikeluarkan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
bermula pada tahun 1996, dan angka ini dijangka meningkat dengan usahasama agensi awam dan swasta serta
industri.
22.Apabila kita berbicara soal latihan kemahiran, “pengajar” merupakan salah satu elemen penting dalam
mengarusperdana dan memperluas akses kepada program TVET yang berkualiti dan memenuhi keperluan
industri. Bagi menangani jurang kompetensi tenaga pengajar, Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) serta kampus-kampus satelit ciast telah
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
111
0
dipertanggungjawabkan mengeluarkan pengiktirafan Vocational Training Officer (VTO) yang dilengkapkan
dengan kemahiran pedagogi dan kemahiran mengajar. JPK melalui CIAST juga akan membina data profil secara
berpusat bagi menyemak tahap kemahiran pengajar dan data yang diperolehi akan digunakan oleh agensiagensi yang mempunyai pengajar TVET bagi memberikan latihan bersesuaian untuk mengisi kompetensi yang
diperlukan. Di samping itu, pendedahan tenaga pengajar kepada suasana kerja di industri dan latihan di dalam
industri juga akan sentiasa dipertingkatkan.
23. Pada tahun 2016 ini, kita akan mencatat satu lagi sejarah penting dalam usaha memenuhi keperluan tenaga
mahir negara. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja
Permaisuri telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan ADTEC Taiping pada 23 Februari 2016. Saya
menyeru seluruh warga KSM supaya memberi sokongan dan kerjasama kepada Jabatan Tenaga Manusia bagi
menjayakan Majlis Perasmian tersebut dengan penuh gilang-gemilang.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
24. Kadar kemalangan tempat kerja di Malaysia adalah 3.10 bagi setiap 1,000 orang pekerja pada tahun 2014
ialah 3.10 berbanding 5.84 tahun 2004. Pencapaian positif ini menunjukkan kejayaan yang berterusan dan
ianya tidak akan dicapai tanpa usaha yang bersungguh- sungguh oleh semua pihak iaitu Kerajaan, majikan dan
pekerja. Kadar kemalangan di tempat kerja menunjukkan penurunan kadar kemalangan sejak tahun 2004.
Walau bagaimanapun, saya berharap supaya usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan ini akan
dipertingkatkan lagi agar kadar kemalangan di Malaysia setanding dengan negara- negara maju seperti Jepun,
United Kingdom, Australia, Sweden dan lain-lain lagi.
25. Bagi memantapkan lagi sistem KKP di negara kita, Kerajaan akan melancarkan Occupational Safety and Health
Master Plan 2020 (OSH-MP 2020) tidak lama lagi. OSH-MP 2020 akan memberi tumpuan menerapkan nilainilai budaya pencegahan (preventive culture) bagi memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat
dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja. Ia merupakan kesinambungan kepada penerapan nilai-nilai OSH
ownership dan self-regulation dalam 2 pelan induk sebelum ini.
26. Dalam hal ini, semua pihak perlu bergerak bersama-sama dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan
masing-masing bagi menjadikan tempat kerja selamat dan sihat melalui penerapan budaya pencegahan.
Bagi mencapai hasrat ini, OSH-MP 2020 menggunakan lima strategi utama yang berteraskan kepada usaha
melonjakkan kesedaran, tanggungjawab dan komitmen pihak-pihak berkepentingan dalam KKP di mana
strategi tersebut adalah kepimpinan kerajaan, pemantapan pengurusan KKP, perkongsian dan jaringan KKP,
kesepakatan antarabangsa dan pemerkasaan kesihatan pekerjaan.
27. Pada masa yang sama, KSM perlu menjadi contoh terbaik kepada semua kementerian dan agensi Kerajaan yang
lain dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Saya menyeru supaya seluruh warga KSM sentiasa
mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa melakukan penambahbaikan bagi memantapkan
sistem pengurusan KKP di KSM ini.
KERJASAMA TRIPARTITE DAN KEHARMONIAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
28. Di bawah RMKe-11 untuk tahun 2016-2020, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) telah diluluskan
peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit bagi program memperkasa pelaksanaan sistem Upah Yang Dikaitkan
Dengan Produktiviti atau productivity-linked wages system (PLWS). Dalam mendukung hasrat kerajaan yang
menjadikan PLWS ini sebagai salah satu agenda nasional, beberapa program telah dirancang sepanjang tempoh
pelaksanaan RMKe-11, antaranya penganjuran program ASEAN Productivity-Linked Wages Conference
(ASEAN-PLIC) yang merupakan program kesinambungan daripada Malaysian Productivity-Linked Wages
Conference (My-PLIC) yang telah diadakan pada tahun 2015.
29. Program ASEAN-PLIC ini merupakan program terbesar yang akan dianjurkan oleh JPP bagi tahun 2016
dan bakal diadakan pada bulan Ogos 2016 di Kuala Lumpur. Selain itu, JPP juga telah diluluskan peruntukan
sebanyak RM1 juta bagi menjalankan kajian berkaitan PLWS di bawah peruntukan pembangunan RMKe-11 ini.
12
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
Kajian ini akan digunapakai sebagai medium untuk mempromosikan lagi PLWS di kalangan syarikat-syarikat
swasta di Malaysia. Adalah diharapkan agar pelaksanaan PLWS ini akan dapat mendukung hasrat kerajaan dalam
meningkatkan produktiviti negara.
30. Saya juga amat berbesar hati berkongsi kejayaan Mahkamah Perusahaan Malaysia yang telah mengatasi sasaran
KPI pengurusan kes yang juga merupakan KPI Menteri Sumber Manusia. Mahkamah Perusahaan telah mencapai
56.2% pengurusan kes setakat bulan November 2015 berbanding 55% sasaran yang ditetapkan pada tahun
2015.
LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK 2016
31.Untuk makluman bersama, saya telah dilantik sebagai Pengerusi sambutan program “Lan Berambeh Anak
Sarawak 2016”. Frasa “Lan Berambeh” ini adalah dalam bahasa tempatan Sarawak yang bermaksud “mari
berkumpul”. Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2008 bertujuan mengumpul anak-anak Sarawak di
Semenanjung berhimpun bagi merapatkan silaturahim antara anak perantau Sarawak. Program “Lan Berambeh”
juga bertujuan memperkenalkan keunikan negeri Sarawak kepada orang lain khususnya rakan-rakan dari
Semenanjung.
32. Dalam hal ini, saya berharap supaya seluruh warga KSM dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada saya
untuk menjayakan program “Lan Berambeh Anak Sarawak 2016” yang dijangka diadakan pada bulan September
di Johor Bahru. Saya berpandangan kita wajar merebut peluang baik ini untuk mempromosikan perkhidmatan
KSM kepada para pengunjung seperti mengadakan karnival kerjaya, program penempatan pekerjaan atau klinik
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kita wajar menyediakan pengisian program yang dapat memberi nilai
tambah kepada para pengunjung agar mereka memperoleh manfaat yang berpanjangan melalui penganjuran
program seperti ini.
PENUTUP
33.Sebagai kementerian yang menguruskan isu-isu
berkaitan pembangunan mahupun pengurusan
sumber manusia, kita harus lebih kreatif dan
berinovasi agar aspirasi rakyat dapat dipenuhi
dalam lanskap ekonomi global yang penuh
kompetitif pada masa kini. Kejayaan 2015 haruslah
dijadikan panduan dan pada tahun 2016 ini, kita
perlu meningkatkan lagi usaha agar kementerian
ini dapat berdiri sama tinggi bersama-sama
dengan kementerian yang lain.
34.
Diharapkan semua warga KSM dapat
memperlihatkan usaha dan daya saing yang
tinggi serta mampu memberikan komitmen
yang berterusan ke arah mencapai misi dan visi
kementerian yang digalas bersama ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua warga KSM atas perkhidmatan
yang cemerlang tahun lepas dan saya berharap kita semua akan berusaha dengan lebih gigih ke arah memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara yang kita cintai ini selaras dengan semangat “Semarak Malaysia,
Gemilang Di Persada”.
35.Mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak urus setia khususnya Jabatan
Pembangunan Kemahiran selaku hos atas kejayaan penganjuran perhimpunan kali ini.
Selamat berkhidmat bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
1130
KENYATAAN MEDIA
LATIHAN KEMAHIRAN, TEKNIKAL PERLUKAN
PEMBIAYAAN TAMBAHAN
Merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri,
Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang
menyatakan bahawa ramai belia di Institusi
TVET terpaksa menolak tawaran latihan
disebabkan tidak mendapat pinjaman daripada
Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Bagi tujuan latihan, PTPK di bawah Kementerian
Sumber Manusia hanya diperuntukkan sebanyak
RM 200 juta bagi tahun 2016. Daripada jumlah
tersebut Negeri Sarawak telah diperuntukkan
sebanyak RM 20.1 juta (10%) yang telah
diagihkan kepada Penyedia Latihan di Sarawak
bagi membiayai seramai 2,079 pelatih.
Kementerian juga perlu membiayai belia-belia
di Pusat Latihan yang lain.
Walau
bagaimanapun
memandangkan
permintaan yang tinggi oleh belia-belia di negeri
Sarawak yang berminat untuk menceburi
kerjaya berasaskan TVET, bahawa Kementerian
Sumber Manusia melalui PTPK akan memberi
peruntukkan tambahan sebanyak RM10 juta
lagi pada tahun ini bagi membiayai seramai
1,030 pelatih.
Selain daripada itu di bawah RMKe-11
(2016-2020) Negeri Sarawak akan mendapat
sebanyak RM 6.8 juta (13%) setiap tahun
bagi membiayai latihan jangka pendek dan
sederhana termasuk latihan kemahiran untuk
persijilan SKM Tahap I dan SKM Tahap II, iaitu
14
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
di bawah Program Latihan Kemahiran B40
(PLKB40) dalam bentuk geran latihan (bukan
pinjaman). Sasaran Program PLKB40 ini adalah
terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin
dan berpendapatan rendah iaitu pendapatan
isi rumah di bawah RM3,000 hingga RM3,800
sebulan.
Dato’ Sri Richard Riot menjelaskan demikian
berikutan timbul isu berkenaan dalam Borneo
Post pada 9 Mac 2016.
BENGKEL
Bengkel pengurusan aduan 2016, Kementerian Sumber Manusia telah melabuhkan tirainya
pada 5 Mac 2016 setelah genap tiga hari berbengkel di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bengkel
yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia
telah dihadiri oleh seramai 26 peserta dari Kementerian, Jabatan dan Agensi.
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan awam disamping memastikan prosedur aduan sentiasa dikemaskini, terkini dan dipatuhi.
Bengkel ini juga memperaktikkan kaedah pengurusan aduan bersama pelanggan bagi meningkatkan
kefahaman ke arah penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam menangani aduan.
Selain itu ia juga bermatlamat memupuk semangat kerjasama, mengenalpasti idea-idea dan kaedah
terbaik dalam meningkatkan pelaksanaan sistem pengurusan aduan pelanggan KSM/Jabatan/Agensi.
Dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menangani pengadu tegar, cara
berurusan dengan pelanggan dan cadangan penambaikan pengendalian aduan awam.
Adalah diharapkan semua peserta dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
dalam pengendalian pengurusan aduan di KSM/Jabatan/ Agensi dengan lebih
memahami sistem dan kaedah pengurusan aduan bagi penyampaian
perkhidmatan yang lebih baik. Selain itu dengan adanya bengkel ini akan
dapat meningkatkan kerjasama dikalangan Pegawai Penyelaras KSM/
Jabatan/Agensi dalam bertukar-tukar maklumat ke arah memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam pengendalian aduan
pelanggan.
Bengkel
PENGURUSAN
ADUAN 2016
Kementerian Sumber Manusia
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia
1150
Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2015
YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri
Sumber Manusia telah menghadiri Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2015 peringkat
Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung
pada 17 Mac 2016 bertempat di Auditorium Blok
D8, Putrajaya. Seramai 654 penerima anugerah
tahun 2015 diraikan di majlis tersebut.
YB Menteri telah menyatakan ucapan penghargaan
kepada semua penerima anugerah kerana telah
menunjukkan kecemerlangan melalui sumbangan
dan kegiatan dalam melaksanakan tugas ditempat
kerja masing-masing. Katanya lagi dengan adanya
usaha-usaha oleh Jabatan dan Agensi dibawah
KSM sudah pastinya langkah proaktif bagi
mencapai kejayaan dalam melaksanakan dasardasar kerajaan seterusnya melonjak KSM sebagai
peneraju dalam bidang menjana kemahiran
serta pakar dalam bidang latihan teknikal serta
pengurusan tenaga manusia khususnya di sektor
swasta akan tercapai dengan jayanya.
Saya berharap agar anugerah ini akan mendorong
penerimanya dan seluruh warga KSM untuk lebih
berusaha gigih kearah mencapai sasaran utama
KPI kementerian, jelas YB Menteri.
16
01
BULETIN
Kementerian Sumber Manusia

Similar documents

Ringkasan Eksekutif - Unit Perancang Ekonomi

Ringkasan Eksekutif - Unit Perancang Ekonomi dihasratkan dalam Wawasan 2020. Kita berjaya menempa kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang 53 tahun kita memajukan negara tetapi kini kita berhadapan dengan cabaran baharu y...

More information