nilai diperkasa, pelaksanaan istimewa.

Comments

Transcription

nilai diperkasa, pelaksanaan istimewa.
KOD
KELAKUAN
NILAI DIPERKASA,
PELAKSANAAN ISTIMEWA.
JADUAL KANDUNGAN
MESEJ DARIPADA CEO KITA _________________________________________________________________1
NILAI UTAMA KITA _________________________________________________________________________2
CARA KITA BERJAYA DI BEMIS ______________________________________________________________3
CARA KITA MENEGAKKAN KOD KITA__________________________________________________________5
SEIRINGAN DIPERKASA DAN ISTIMEWA _______________________________________________________6
Memastikan Tempat Kerja Selamat dan Sihat _________________________________________________8
Menghargai Kepelbagaian dan Gabungan ___________________________________________________ 10
Menggalakkan Peluang Sama Rata ________________________________________________________ 12
Memupuk Suasana Saling Menghormati di Tempat Kerja ______________________________________ 14
Melindungi Maklumat Peribadi ___________________________________________________________ 16
Menggunakan Media Sosial Secara Bertanggungjawab ________________________________________ 18
DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN KITA ________________________________________
Menghantar Produk yang Selamat dan Berkualiti Tinggi _______________________________________
Berurusan secara Adil dan Jujur __________________________________________________________
Bersaing secara Adil ___________________________________________________________________
20
22
24
26
DIPERKASA DAN ISTIMEWA BERSAMA RAKAN NIAGA BISNES KITA _____________________________
Membina Perkongsian Kukuh ____________________________________________________________
Mencegah Sogokan dan Rasuah __________________________________________________________
Melindungi Maklumat Sulit Pihak Lain ______________________________________________________
Menghormati Harta Intelek Pihak Lain _____________________________________________________
Menghormati dan Melindungi Hak Asasi Manusia ____________________________________________
28
30
32
34
35
36
DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN KITA _____________________________
Mengelakkan Kon˘ik Kepentingan ________________________________________________________
Mengekalkan Ketepatan Akaun dan Rekod __________________________________________________
Menjawab Pertanyaan Pihak Luar _________________________________________________________
Pengurusan Krisis _____________________________________________________________________
Melindungi Aset dan Maklumat Kita _______________________________________________________
Melindungi Alam Sekitar ________________________________________________________________
Penyertaan dalam Proses Politik __________________________________________________________
Menjalankan Bisnes Peringkat Global ______________________________________________________
38
40
44
46
47
48
52
54
56
MAKLUMAT HUBUNGAN GLOBAL UNTUK COMPLIANCE CONNECTION LINE KITA __________________ 57
MESEJ DARIPADA CEO KITA
Kita terus membina warisan Tuan Bemis sambil
melihat masa hadapan, dan nilai ini dijadikan panduan
sepanjang perjalanan. Semua nilai ini membantu kita
memahami yang cara kita mencapai matlamat adalah
sama penting dengan matlamat itu sendiri.
Amalan semua nilai ini dengan menjadikannya
sebagai panduan keputusan dan tingkah laku kita
menunjukkan kita menyokong budaya berprestasi
tinggi yang menuntut dan meraikan tindakan yang
betul.
Rakan sekerja yang dihormati,
Semasa pengasas kita, Judson Moss Bemis,
memulakan Syarikat ini lebih dari 150 tahun lalu,
beliau menanam komitmen pada integriti dan
kebolehpercayaan yang kekal menjadi asas bisnes kita
hari ini.
Bisnes kita sudah berkembang pesat dan berubah
dengan hebat dalam tempoh satu setengah abad.
Kita sudah beralih daripada menjadi pengeluar beg
kapas dan burlap untuk pengilang sepanjang Sungai
Mississippi kepada pencipta pembungkusan Àeksibel
berteknologi tinggi untuk syarikat global besar.
Perkara yang tidak berubah sepanjang masa ini
adalah keperluan untuk meraih dan mengekalkan
keyakinan dan kepercayaan pelanggan kita. Sama
ada mereka membungkus produk makanan,
perubatan atau farmaseutikal, atau barangan lain,
para pelanggan kita bergantung pada kita bagi
memastikan pengguna akhir menerima produk ini
dalam keadaan sepatutnya.
Kita mesti menunjukkan kita boleh dipercayai untuk
memenuhi keperluan pelanggan kita dengan cara
penuh beretika kerana ia adalah tugas sepenuh masa
dan kita semua mesti melakukan yang terbaik. Ingat,
setiap pilihan yang kita buat dan setiap tindakan yang
kita ambil ada kesannya—pada diri kita, rakan sekerja
kita dan adakalanya pada Syarikat dan mereka yang
menerima khidmat kita. Itu sebabnya nilai utama kita
iaitu Inovasi, Akauntabiliti, Hormat dan Etika adalah
sangat penting.
"Nilai Diperkasa, Pelaksanaan Istimewa" adalah Kod
Kelakuan global Bemis. Sepadan dengan namanya,
nilai ini memperkasakan kita sebagai individu dan
seiringan sebagai syarikat untuk memberi prestasi
paling baik. Nilai kita membantu mengembangkan
bisnes kita dan melindungi reputasi kita.
Kita beroperasi dalam dunia dinamik yang kompleks
dimana kewujudan risiko dan peluang adalah
sama banyak. Kod ini mengenal pasti bidang yang
memerlukan perhatian dan penjagaan istimewa.
Ia juga menetapkan jangkaan bagaimana kita
menangani semua risiko itu. Kadangkala laluannya
jelas kelihatan dan Kod ini akan memperkasakan kita
dengan keyakinan untuk meneruskan rancangan.
Dalam keadaan lain, kod ini akan membantu kita
mengenal pastibila kita memerlukan bantuan
daripada sumber tambahan.
Kita semua mesti mengikuti Kod dan mengamalkan
semua nilai Bemis, tanpa mengira fungsi dan
lokasi kita. Apabila pelanggan menggunakan
pembungkusan kita, mereka menyerahkan
lebih daripada sekadar produk mereka; mereka
menyerahkan kepercayaan pada jenama mereka dan
jenama kita. Kita bersedia menerima tanggungjawab
itu untuk 150 tahun lagi.
Salam mesra,
William F. Austen
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Kod Kelakuan Bemis 2015©
1
NILAI UTAMA KITA
Di Bemis, tindakan dan pencapaian kita adalah berasaskan nilai utama kita. Ini kerana semua
nilai ini mewakili diri dan prinsip kita, serta perkara yang dunia boleh jangkakan daripada kita.
Pendek kata, nilai utama ini sangat mustahak.
Oleh sebab nilai kita menjadi teras cara kita bertindak, senarai tingkah laku berkaitan
dengan setiap nilai disediakan di bawah. Semua penerangan ini, walaupun tidak menyeluruh,
bertujuan memberikan panduan dalam pekerjaan kita dan urusan dengan pihak lain.
Semangat di sebalik barisan ayat itu yang paling utama; ia menyokong panduan yang diberi
dalam keseluruhan Kod Kelakuan ini.
Fikirkan tentang makna nilai utama ini pada anda, laksanakan nilai ini dengan sedaya upaya
anda dan sentiasa dapatkan bantuan apabila anda tidak pasti.
INOVASI Kita...
...akan menerajui industri dalam inovasi pembungkusan
...sentiasa mencari pelbagai jalan untuk terus memperbaiki prestasi
...akan berusaha menjadi pakar bidang
...sentiasa mencari jalan bekerjasama
AKAUNTABILITI Kita...
...berusaha ke arah kedudukan yang tinggi; sentiasa konsisten menyampaikan komitmen kita
...melakukan perkara yang kita janjikan, tepat pada masa yang dinyatakan
...mengakui dan bertanggungjawab atas kesilapan kita
...memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh rakan sepasukan serta fokus pada penyelesaian
...menerima tanggungjawab atas kejayaan pelanggan dan secara proaktif menyokong mereka
...menyokong pelanggan dengan kepakaran teknikal
HORMAT Kita...
...akan sentiasa melayan semua orang yang kita temui dengan rasa hormat dan bermaruah
...akan sentiasa bertimbang rasa dan berbudi bahasa
...akan memikirkan kepentingan orang lain
ETIKA Kita...
...menunjukkan dan mewakili standard etika tertinggi
...ada tahap integriti yang tinggi
...akan berlaku adil dan boleh dipercayai
...akan mempertimbangkan semua pandangan
Mengamalkan nilai utama ini adalah komitmen peribadi. Setiap daripada kita ada
tanggungjawab bersama untuk membuat pilihan bijak. Mari kita bersama-sama tunjukkan
tingkah laku berprestasi tinggi yang sudah kita kenal pasti. Inilah gambaran kejayaan individu
dan berpasukan di Bemis.
2
Kod Kelakuan Bemis 2015©
CARA KITA
BERJAYA
DI BEMIS
PENGENALAN KEPADA
KOD KELAKUAN KITA
"Nilai Diperkasa, Pelaksanaan Istimewa" bukan sematamata buku peraturan mengenai perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan. Sebagai syarikat global, kita perlu
mematuhi undang-undang yang diguna pakai untuk kita.
Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang itu
sebagai tahap paling minimum-kita mensasarkan sesuatu
yang lebih tinggi. Kita bertindak dengan betul, walaupun
apabila ia sukar dilakukan dan tiada sesiapa yang sedang
memerhati. Nilai utama kita, yang menjadi isi utama Kod
Kelakuan ini, memandu keputusan dan tindakan kita.
Dalam keseluruhan Kod ini, anda akan mendapat
maklumat tentang banyak topik yang penting. Prinsip
kunci utama setiap topik dibentangkan dalam format
"CARA, SEBAB dan PERKARA". Bahagian "CARA Kita
Cemerlang" menetapkan piawai mengurus situasi yang
boleh mewujudkan risiko pada Bemis atau diri kita secara
peribadi. Seterusnya, bahagian "SEBAB" menerangkan
rasional pematuhan Kod adalah baik untuk bisnes dan
reputasi kita. Akhir sekali, bahagian "APA" memberi tip
praktikal tentang perkara yang mesti kita lakukan atau
elakkan untuk mengamalkan nilai kita dan menjalankan
bisnes dengan cara yang betul. Ciri "Bagaimana Jika...?"
adalah senario andaian yang memberi panduan tambahan.
Kita melakukannya dengan
• bertindak secara beretika dengan jujur dan adil
• melayan orang lain dengan bermaruah dan hormat: mengalualukan perbezaan pandangan dan pendapat, mencari
penyelesaian adil, membuat keputusan berasaskan merit,
menumpukan perhatian kepada cara kita berkomunikasi
dan memupuk kesedaran tentang persepsi pada kita
• tidak mengalah dalam mengejar inovasi dan
penambahbaikan
• konsisten menunaikan komitmen kita
• mempertanggungjawabkan diri sendiri (perasaan
pemilikan peribadi atas keputusan, tindakan dan hasil kita)
serta mencari panduan apabila diperlukan (lihat sumber
dalam bahagian dalam kulit belakang)
• melaporkan pelanggaran terhadap Kod kita, dasar Syarikat
atau undang-undang yang disyaki atau sebenar
TANGGUNGJAWAB KHAS
KETUA DAN PENYELIA
Kita menjangka semua orang di Bemis untuk mengamalkan
nilai kita dan mematuhi Kod ini. Walau bagaimanapun,
ketua dan penyelia mempunyai tanggungjawab tambahan
khas. Jika anda mengetuai atau menyelia orang lain,
anda perlu menjadi model peranan yang menunjukkan
kepimpinan beretika dan menunjukkan teladan yang
betul dengan
Kod ini diguna pakai untuk semua orang di Bemis.
Sama ada anda seorang pengarah, pegawai, pekerja,
pekerja sementara atau pekerja kontrak bebas, anda
bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod ini.
Kita juga percaya dengan menjalankan bisnes bersama
mereka yang berkongsikan nilai kita. Itu sebabnya kita
menjangkakan pembekal, pengedar, ejen dan rakan niaga
lain supaya bertingkah laku secara konsisten dengan piawai
yang ditetapkan dalam Kod ini.
• mewujudkan persekitaran kerja positif, kreatif dan terbuka
yang hanya menerima tingkah laku mematuhi undangundang, beretika, bertanggungjawab dan bersesuaian
MAJU KE HADAPAN DAN
MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB
• berkomunikasi mengenai kepentingan integriti,
terutamanya apabila berhadapan situasi atau matlamat
mencabar
Di Bemis, kita bangga dengan komitmen kita pada
tanggungjawab peribadi. Kita semua bertanggungjawab,
sebagai individu dan seiringan sebagai pasukan, atas cara
Syarikat kita beroperasi, berkhidmat kepada pelanggan
dan komuniti serta mencapai matlamat bisnes kita.
Apabila kita meletakkan nilai kita dalam semua tindakan,
kita menghormati sejarah kebanggaan kita di samping
membantu membina masa hadapan yang cerah.
• menggaji, menaikkan pangkat dan menugaskan
tanggungjawab secara beretika dan mematuhi
undang-undang
• sentiasa bertingkah laku dengan cara yang menghormati
Kod kita dan nilai utama Bemis
• menyediakan sumber pembangunan dan latihan
mencukupi untuk membolehkan pekerja menjalankan
tugas mereka serta mengembangkan kerjaya mereka
• menggunakan proses pengurusan prestasi Syarikat untuk
menilai tahap keupayaan pekerja dalam mencapai objektif
bisnes mereka
Kod Kelakuan Bemis 2015©
3
• mengesan serta mengurangkan risiko etika dan
pematuhan, di samping sebarang risiko bisnes yang lain
• responsif kepada rakan sekerja yang meminta nasihat
anda atau menyuarakan kebimbangan, serta membantu
mereka mempercayai kerahsiaan dialog ini
• menunaikan semua komitmen dan mengurus jangkaan
pekerja dengan sewajarnya
• mengekalkan akauntabiliti dalam kalangan semua
pekerja, tanpa mengira kedudukan atau jawatan kerja
mereka
• mengurus sebarang situasi yang menyebabkan konÀik
kepentingan, dengan memastikan hasil yang adil,
munasabah dan bersesuaian
JIKA KITA MELIHAT SESUATU,
KITA BERSUARA
Budaya Syarikat kita dibina atas pematuhan pada nilai
kita dan pemaparan tingkah laku yang berprestasi tinggi.
Ia membolehkan bisnes kita berkembang maju dan
reputasi kita kekal kukuh. Bagi mengekalkan budaya ini,
kita semua perlu melaporkan dengan segera sebarang
isu atau kebimbangan yang mungkin melibatkan
pelanggaran Kod kita, dasar Bemis atau undang-undang.
Jika anda melihat sesuatu pelanggaran yang jelas,
sesuatu yang membimbangkan anda atas sebarang
sebab atau sesuatu yang menimbulkan perasaan kurang
senang, ia adalah penting untuk anda bersuara. Suarakan
kebimbangan sebaik sahaja anda merasakannya.
Menunggu untuk menangani masalah boleh
menyebabkan situasi bertambah buruk.
Apabila sampai ke tahap melakukan perkara yang
betul, ia sentiasa wajar untuk mengajukan soalan atau
menyuarakan kebimbangan kepada pengurus anda.
Pengurus boleh membantu dengan menasihatkan anda
tentang tindakan yang betul atau merujuk anda kepada
orang lain yang lebih berpengetahuan atau berkepakaran.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin lebih selesa
menghubungi salah seorang yang berikut: pakar bidang,
Sumber Manusia (HR), Perundangan dan Pematuhan
atau Compliance Connection Line (diterangkan dalam
bahagian yang seterusnya).
Berkongsi kebimbangan anda dan melaporkan
pelanggaran disyaki atau sebenar melalui salah satu
saluran di atas atau lebih, membenarkan Syarikat
membuat susulan dengan anda dan memberi maklum
balas apabila perlu. Semua laporan yang dihantar akan
ditangani dengan segera dan berhati-hati.
4
Kod Kelakuan Bemis 2015©
Bemis akan mengekalkan kerahsiaan pada tahap paling
tinggi yang mungkin. Sila ingat yang penyiasatan
mungkin diperlukan dan Bemis perlu mematuhi
kewajipan Syarikat yang lain.
PELAPORAN TANPA NAMA
DAN MENGEKALKAN
KERAHSIAAN
Bemis menyedari bahawa mungkin terdapat keadaan
tertentu apabila seseorang individu mengutamakan
ketanpanamaan dalam menyuarakan kebimbangan.
Dalam situasi sebegitu, jika dibenarkan oleh undangundang tempatan, anda boleh menggunakan sistem
talian bantuan Syarikat yang dipanggil Compliance
Connection Line. Sistem ini direka bentuk untuk
menambahkan kemudahan dan keselesaan bagi
menghantar soalan, kebimbangan dan ulasan tanpa
nama kepada pengurusan kanan sekiranya terdapat
sebarang penipuan, tingkah laku tidak beretika serta isu
etika dan pematuhan yang lain.
Compliance Connection Line disediakan melalui
pelaporan web atau telefon (bebas tol) 24 jam sehari,
tujuh hari seminggu. Mekanisme pelaporan ini
diuruskan oleh pihak ketiga bebas untuk mengekalkan
ketanpanamaan setakat yang dibenarkan oleh undangundang. Sama ada anda membuat laporan web atau
panggilan telefon, anda boleh berkomunikasi dalam
sebarang bahasa-talian bantuan tersebut menyediakan
khidmat penterjemah.
Maklumat lanjut berkenaan Compliance Connection Line
ada disiarkan dalam intranet Bemis dan dipaparkan di
setiap kemudahan Bemis. Nombor bebas tol dan alamat
laman web disenaraikan pada kulit belakang Kod ini.
TINDAKAN BALAS TIDAK
DITERIMA SAMA SEKALI
Di Bemis, kita percaya pada komunikasi jujur dan
terbuka. Ini bermakna setiap pekerja boleh mengajukan
soalan atau melaporkan kebimbangan pada bila-bila
masa ia timbul, tanpa ketakutan tindakan balas.
Bagi mewujudkan persekitaran yang memberi keselesaan
kepada semua orang untuk bersuara, Bemis melarang
keras sebarang bentuk tindakan balas. Bertindak balas
pada pekerja lain kerana melaporkan kelakuan tidak
wajar atau memberi maklumat sebagai sebahagian
daripada penyiasatan Syarikat akan mengakibatkan
tindakan disiplin-biasanya penamatan pekerjaan.
Kod yang disyaki atau sebenar, Syarikat dengan sertamerta memulakan proses penyiasatan. Dalam kebanyak
kes, wakil HR tempatan akan meneliti laporan yang
diterima dan berurusan dengan pengurusan kemudahan
atau kilang kanan untuk melaksanakan tindakan
yang bersesuaian. Susulan penyiasatan ini, pekerja
yang melaporkan pelanggaran tersebut (jika mereka
memperkenalkan diri) akan dimaklumkan mengenai
cadangan tindakan.
CARA KITA
MENDUKUNG
KOD KITA
Kod ini ialah asas Program Integriti Bisnes dan
Pematuhan Bemis. Program ini ialah platform
keseluruhan perusahaan berterusan bagi menggalakkan
budaya beretika, menyokong nilai utama kita serta
mencegah dan mengesan salah laku. Program Integriti
Bisnes dan Pematuhan kita direka bentuk untuk
menambah baik prestasi kerja kita; memperkukuh
budaya beretika kita; serta mencegah, mengesan dan
bertindak dengan sewajarnya pada salah laku. Selain
Kod, program ini juga mengandungi
Jika pelanggaran berlaku, Bemis berusaha mengambil
pengajaran daripadanya. Maklumat yang dipelajari
daripada sesebuah insiden diguna pakai ke arah
menambah baik proses Syarikat dan mencegah masalah
yang serupa daripada berulang.
Kegagalan untuk mematuhi Kod, dasar Syarikat dan
semua undang-undang berkenaan boleh mengakibatkan
penamatan pekerjaan. Ia juga boleh mengakibatkan
liabiliti sivil dan jenayah.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
dasar dan prosedur
pengawasan lembaga pengarah dan pengurusan kanan
pengurusan harian dan kepimpinan program
garis panduan penugasan kuasa budi bicara
komunikasi dan latihan
pemantauan dan pengauditan
penilaian
Compliance Connection Line
insentif untuk pematuhan dan disiplin konsisten pada
ketidakpatuhan
• alat penilaian risiko
PENGECUALIAN
Dalam keadaan yang jarang berlaku, pelaksanaan tegas
Kod ini boleh menyebabkan kesukaran besar. Dalam
kes-kes luar biasa ini, pengecualian daripada Kod boleh
dimohon untuk mengawal kesukaran itu.
Sebarang penepian atau pindaan Kod bagi Ketua
Pegawai Eksekutif, Penasihat Undang-undang, Ketua
Pegawai Kewangan, Pengawal atau pengarah atau
pegawai eksekutif atau kewangan kanan lain mesti
diluluskan oleh Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah
Syarikat Bemis, dan didedahkan kepada pemegang
saham kita. Sebagai pengecualian daripada Kod ini untuk
semua pekerja lain mesti diluluskan oleh Penasihat
Undang-undang, menurut prosedur yang digunakan oleh
Jawatankuasa Audit.
PENYIASATAN DAN TINDAKAN
DISIPLIN
Bemis mengambil serius tentang semua laporan
pelanggaran terhadap undang-undang, Kod dan dasar
Syarikat. Syarikat berusaha menjalankan penyiasatan
secara berhati-hati, segera dan objektif. Bantuan
setiap rakan sekerja diperlukan untuk melakukan
siasatan tersebut.
Apabila pekerja melaporkan pelanggaran terhadap
MEMBUAT KEPUTUSAN BERETIKA
TANYA PENGURUS ATAU PERUNDANGAN DAN PEMATUHAN
TIDAK
PASTI
BOLEHKAH
Kita Melakukannya?
YA
Adakah ia menurut
undang-undang?
TIDAK
TIDAK
PERLUKAH PASTI
Kita
Melakukannya?
Adakah ia beretika
dan konsisten dengan
nilai kita, Kod ini
dan dasar
Syarikat?
YA
TIDAK
TIDAK
Adakah
PASTI
Kita AKAN
Melakukannya?
Adakah ia mengekalkan
YA
budaya yang
berprestasi tinggi dan
memanfaatkan pihak
berkepentingan
kita?
TIDAK
TERUSKAN—
JADI
DIRI ANDA
YANG
TERBAIK
BERHENTI—JANGAN LAKUKANNYA
Kod Kelakuan Bemis 2015©
5
SEIRINGAN
DIPERKASA
DAN
ISTIMEWA
6
Kod Kelakuan Bemis 2015©
P
ersekitaran kerja positif dan dinamik yang
menggalakkan kita mempercayai dan menyokong
satu sama lain untuk cemerlang adalah kunci
mengekalkan kejayaan kita. Ditakrifkan oleh nilai kita
dan diperkukuhkan oleh tingkah laku kita, budaya
beretika dan berprestasi tinggi yang kita wujudkan dalam
syarikat adalah budaya yang dialami oleh pihak luar.
Kita menjaga keselamatan satu sama lain serta
bekerjasama dengan semangat keadilan dan saling
menghormati. Kita menghargai bakat, latar belakang dan
perspektif berbeza yang menjadikan kita sebagai-Bemis.
Bersama-sama, kita memberi hasil yang luar biasa. Kita
menerima kuasa teknologi dengan tangan terbuka untuk
menghubungkan kita dan mempengaruhi usaha kita,
di samping menyedari tanggungjawab baharu yang kita
hadapi disebabkan oleh teknologi.
Dengan menghargai, menyokong dan melindungi
satu sama lain dalam semua cara ini, kita berkembang
bersama dan mewujudkan nilai lestari untuk pelanggan,
Bemis North America Brand Identity Standards | February 2015
3
pemegang saham dan komuniti kita.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
7
MEMASTIKAN
TEMPAT
KERJA
SELAMAT
DAN SIHAT
CARA
KITA BERJAYA
Kita mengambil tanggungjawab memastikan
keselamatan, perlindungan dan kesihatan
kita serta satu sama lain di tempat kerja.
Kita melindungi pelawat dan komuniti kita
daripada bahaya.
8
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
TIADA YANG LEBIH
PENTING DARIPADA
KESELAMATAN
Di Bemis, kita percaya tiada yang lebih penting
daripada memastikan semua orang selamat, aman
dan sihat. Ia tindakan yang betul dan membolehkan
kita melakukan kerja dengan paling baik.
Risiko pada keselamatan kita bukan hanya datang
daripada jentera pengeluaran, bahan kimia dan
peralatan gudang. Kita melihat semua aktiviti
pembuatan, pejabat, perkapalan dan luar tapak
daripada prespektif kesihatan dan keselamatan.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Kita
semua mesti mematuhi prosedur keselamatan Bemis
dan tampil bersuara jika timbul kebimbangan atau
bahaya. Ingat, tiada sasaran atau metrik operasi
yang lebih penting daripada kekal selamat.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
UNTUK KEKAL
SELAMAT
Kita menyumbang kepada budaya kesihatan dan
keselamatan dengan
• tidak sekali-kali mengambil risiko yang tidak perlu
di tempat kerja atau meminta orang lain berbuat
demikian
• mengetahui dan mematuhi peraturan Syarikat
berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan
• memerhatikan antara satu sama lain bagi
mengelakkan keadaan atau tingkah laku yang
tidak selamat
• sentiasa melaporkan sebarang keadaan atau tingkah
laku yang tidak sihat atau tidak selamat, seperti
hazad tempat kerja, kerosakan atau kehilangan
peralatan, atau senjata di kawasan harta milik
Syarikat
• mengetahui perkara yang perlu dilakukan sekiranya
berlaku kecederaan atau kecemasan lain di
tempat kerja
• mengambil bahagian dalam latihan kecemasan dan
keselamatan
• tidak sekali-kali bekerja di bawah pengaruh alkohol
atau dadah (termasuk ubat preskripsi jika ia
menjejaskan prestasi), serta menghubungi pengurus
jika rakan sekerja kelihatan seperti berada di bawah
pengaruh bahan ini
• berbincang tentang perbezaan pendapat
dengan tenang
• melaporkan ancaman atau kelakuan ganas yang
anda alami atau saksikan (termasuk ancaman luar
kerja dan di media sosial)
• memanggil penguasa undang-undang jika seseorang
sedang berada dalam bahaya, kemudian memanggil
penyelia
Bagaimana Jika...?
S. Beberapa ahli kumpulan kerja saya adakalanya
menghisap ganja atau meminum arak sebelum
memulakan syif kerja mereka. Tingkah laku itu tidak
kelihatan seperti menjejaskan prestasi mereka.
Adakah ini sesuatu yang penting?
J. Berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol
di tempat kerja mewujudkan risiko keselamatan
serius kepada semua orang. Ia juga memberi kesan
negatif pada prestasi kerja. Kita melindungi pekerja,
pelanggan dan pelawat kita dengan mengekalkan
tempat kerja yang bebas daripada kesan penggunaan
serta penyalahgunaan dadah dan alkohol. Anda
mempunyai kewajipan untuk melaporkan sebarang
pelanggaran terhadap dasar ini.
Hubungi wakil HR tempatan anda untuk
maklumat lanjut berkenaan dengan
peraturan keselamatan kita, dasar ujian
alkohol dan dadah serta Dasar Keganasan
Tempat Kerja.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
9
MENGHARGAI
KEPELBAGAIAN
DAN
RANGKUMAN
CARA
KITA CEMERLANG
Kita bertindak dengan cara yang paling
kreatif dan membuat keputusan yang
terbaik apabila kita memanfaatkan pelbagai
bakat dan perspektif.
10
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KEPENTINGAN
UNTUK MENGHARGAI
PERBEZAAN KITA
Menarik, membangunkan dan memperkasakan
rakan sekerja yang berbakat serta mempunyai
pelbagai latar belakang dan saling melengkapi
menjadikan Bemis lebih kuat. Menghargai setiap
perkara yang menjadikan kita unik, meluaskan
perspektif kita dan menggalakkan idea baharu.
Apabila rakan sekerja berasa digabungkan dan bebas
menyumbang, kita menangani cabaran dengan lebih
kreatif dan membuat keputusan yang lebih baik.
Kepelbagaian dan rangkuman juga membantu kita
berkhidmat kepada pelanggan dan komuniti kita
dengan kefahaman dan penghargaan yang lebih
mendalam.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
Bagaimana Jika...?
S. Salah seorang pekerja di bawah seliaan saya baru
berada dalam keadaan kurang upaya. Dia mahu
berbincang dengan saya mengenai kemudahan yang
akan membantu dia melakukan kerjanya. Adakah ini
perbualan yang perlu saya lakukan? Jika ya, apakah
kemudahan yang perlu saya pertimbangkan?
J. Memiliki kelainan upaya tidak semestinya bermakna
rakan sekerja itu tidak boleh melakukan tugasnya.
Pekerja kelainan upaya boleh terus memberi
sumbangan penting terhadap kejayaan Syarikat.
Ia adalah penting untuk mengekalkan persekitaran
yang membuat rakan sekerja berasa dialu-alukan
untuk membincangkan keadaan kerja mereka. Kita
akan menyediakan kemudahan yang munasabah
untuk mereka yang memiliki kelainan upaya
sekiranya perkara itu tidak membebankan.
Hubungi wakil HR tempatan anda untuk
maklumat lanjut mengenai komitmen kita
pada kepelbagaian dan rangkuman.
UNTUK MENERIMA
KEPELBAGAIAN DAN
RANGKUMAN DENGAN
TANGAN TERBUKA
Kita menunjukkan kepentingan kepelbagaian
dan rangkuman dengan
• membina pasukan kita dengan kepelbagaian
perspektif
• tidak sekali-kali membuat penilaian awal pada
rakan sekerja atau calon pekerja berdasarkan
perbezaan budaya atau ¿zikal
• berkongsi maklumat dan mendapatkan input
daripada semua ahli pasukan kita
• secara aktif mendapatkan pandangan yang berbeza
• mendengar pendapat orang lain dengan sopan
santun dan penuh hormat
• bersuara jika kita berasa pandangan kita atau orang
lain tidak dihormati
Kod Kelakuan Bemis 2015©
11
MENGGALAKKAN
PELUANG SAMA
RATA
CARA
KITA CEMERLANG
Kita komited pada keadilan dalam menggaji,
memberi ganjaran dan menaikkan pangkat
orang kita. Kita diamanah untuk membuat
semua keputusan ini berdasarkan cara setiap
orang membantu Syarikat kita berjaya.
12
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
PELUANG SAMA
RATA MEMBANTU
MEMASTIKAN
KEJAYAAN KITA
Kita bangga dengan kemampuan kita menjalankan
bisnes dengan adil. Kita percaya ini bermula dengan
cara kita melayan orang kita. Menarik dan mengekalkan
pekerja terbaik bermakna menggaji dan menaikkan
pangkat secara adil, berasaskan keupayaan, aspirasi dan
prestasi. Kita menjanjikan peluang pekerjaan sama rata
kepada semua calon yang berkelayakan.
Memberi semua orang peluang adil bukan sahaja
perkara yang betul untuk dilakukan, malah ia juga
dituntut oleh undang-undang. Kita tidak akan bertolak
ansur dengan diskriminasi berasaskan bangsa, warna
kulit, agama, negara asal, jantina, kehamilan, usia,
kelainan upaya, orientasi seksual, identiti jantina, status
perkahwinan, perkhidmatan tentera atau sebarang
status lain yang dilindungi oleh undang-undang.
PERKARA
Bagaimana Jika...?
S. Saya terdengar penyelia saya berkata yang dia
tidak mahu pekerja berusia bekerja di jabatan kami.
Dia mengatakan bahawa itu bukan diskriminasi
memandangkan pekerja berusia tidak akan mampu
mengikuti keperluan pengeluaran kami yang pantas.
Adakah dia betul?
J. Tidak, anggapannya tidak betul. Kepercayaan atau
pernyataan menyeluruh mengenai seseorang atau
sekumpulan orang berdasarkan usia atau ciri peribadi
lain adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan tindakan
bersifat diskriminasi. Setiap orang perlu dihakimi
berdasarkan kebolehan mereka. Persekitaran kerja
yang melayan semua orang dengan adil membantu
memastikan budaya saling mempercayai, bermotivasi
dan berprestasi tinggi.
Kita memberi komitmen kukuh pada peluang
sama rata. Rujuk Dasar Peluang Pekerjaan
Sama Rata serta Dasar Akta Hak Pekerjaan dan
Pekerjaan Semula Perkhidmatan Beruniform
kita untuk maklumat lanjut.
YANG KITA
LAKUKAN UNTUK
MENGGALAKKAN
PELUANG SAMA RATA
Kita menggalakkan peluang sama rata dengan
• melayan orang lain dengan adil dan menumpu
perhatian pada nilai yang dibawa oleh mereka ke dalam
organisasi kita
• membuat keputusan mengenai penggajian, latihan,
kenaikan pangkat dan disiplin berasaskan merit
• enggan menerima sebarang alasan untuk diskriminasi,
kerana tiada alasan untuk penerimaan tersebut
Kod Kelakuan Bemis 2015©
13
MEMUPUK
SUASANA
SALING
MENGHORMATI
DI TEMPAT
KERJA
CARA
KITA CEMERLANG
Kita percaya semua orang di Bemis perlu
dilayan secara bermaruah dan hormat.
Semua rakan sekerja kita berhak bekerja
dalam persekitaran bersokongan yang
bebas daripada gangguan.
14
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KITA MENGAMBIL
BERAT PERKARA
YANG KITA KATAKAN
DAN LAKUKAN
Di Bemis, kita bersikap saling menghormati dan
profesional apabila berurusan dengan rakan sekerja
dan orang lain. Kita menerima bahawa perbezaan
pendapat mungkin berlaku. Jika ia berlaku, kita
menangani situasi secara terbuka dan profesional.
Kita berusaha mewujudkan persekitaran yang
membolehkan semua orang berkomunikasi dan
bekerjasama sebaik yang mungkin secara produktif.
Ini adalah penting untuk operasi bisnes kita dan
menguruskan pandangan komuniti bisnes terhadap
kita.
Kita tidak bertolak ansur dengan gangguan,
membuli atau tingkah laku lain yang bersifat
mengugut, menakutkan atau tidak menghormati.
Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk
mencegah sikap tidak hormat dan bersuara jika ia
berlaku.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
Apakah yang
Dimaksudkan dengan
Gangguan?
Gangguan boleh mengenai
• perkara yang kita katakan atau tulis kepada satu
sama lain, termasuk penghinaan, gurauan atau
stereotaip berdasarkan bangsa, etnik atau jantina;
atau bahasa yang mengancam, merendahkan
maruah atau kesat
• perkara yang kita lakukan, seperti sentuhan yang
tidak disenangi, gerak laku seksual yang tidak
diingini atau gerak isyarat yang agresif
• benda yang kita paparkan, seperti meletakkan
gambar atau bahan yang mungkin dianggap lucah
atau bayangan seksual di kubikel pejabat; atau
menyiarkan slogan, poster atau pelekat bampar
yang boleh dianggap menjelikkan pada harta atau
kawasan Bemis.
Rujuk Dasar Peluang Pekerjaan Sama Rata
dan Dasar Menentang Gangguan kita untuk
maklumat lanjut mengenai tingkah laku
yang dilarang.
UNTUK MEMUPUK
SUASANA SALING
MENGHORMATI DI
TEMPAT KERJA
Kita menghormati rakan sekerja kita dan orang lain
dengan
• sentiasa melayan satu sama lain dengan bermaruah
• mengelakkan penggunaan perkataan dan tindakan
yang mungkin menjelikkan atau merendahrendahkan orang lain
• tidak hanya melihat dari jauh jika kita menyaksikan
gangguan, membuli atau kelakuan lain yang
menjelikkan—kita mesti bersuara!
Kod Kelakuan Bemis 2015©
15
MELINDUNGI
MAKLUMAT
PERIBADI
CARA
KITA CEMERLANG
Kita memahami kepentingan melindungi
maklumat peribadi, tanpa mengira pemiliknya.
Kita sentiasa berhati-hati mengurus dan
melindungi maklumat peribadi dengan
sewajarnya.
16
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KITA MESTI BERHATIϱ
HATI MENGURUS
MAKLUMAT PERIBADI
Bemis perlu mengumpul, menyimpan, menggunakan
dan berkongsi maklumat peribadi mengenai pekerja
(dan kadangkala orang lain) untuk menjalankan
bisnes kita, mengurus manfaat dan memenuhi syarat
perundangan. Jika maklumat ini jatuh ke tangan
yang salah, ia boleh dipergunakan untuk mengenal
pasti individu, menjalankan pencurian identiti atau
melakukan pelbagai jenis penipuan yang lain.
Jika kerja kita memberi kita akses kepada
"maklumat peribadi, iaitu sebarang maklumat
yang boleh digunakan untuk mengenal pasti
individu khusus secara tunggal atau beserta dengan
maklumat lain, kita mesti melindunginya menurut
dasar dan prosedur privasi data Bemis serta undangundang yang berkenaan.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
UNTUK MELINDUNGI
PRIVASI
Kita menghormati dan melindungi privasi
maklumat peribadi dengan
• mematuhi undang-undang perlindungan data dan
privasi yang dikenakan pada kita
• berkongsi maklumat peribadi dengan mereka yang
mempunyai sebab sah untuk mengetahuinya sahaja
dan mereka yang sudah bersetuju untuk melindungi
maklumat ini dengan sewajarnya, atau dengan pihak
berkuasa jika disyaratkan oleh undang-undang
Bagaimana Jika...?
S. Saya menerima satu salinan memo yang
mengandungi maklumat perubatan seorang rakan
sekerja secara tidak sengaja. Apakah yang perlu
saya lakukan dengan maklumat ini?
J. Maklumat peribadi, termasuk maklumat perubatan
yang diberi kepada Syarikat oleh pekerja, adalah
sulit dan tidak sepatutnya dikongsikan dengan
sesiapa. Anda perlu memaklumkan penyedia asal
memo dan kemudian memadamkan memo itu
daripada rekod anda.
Pastikan anda menghubungi Perundangan
dan Pematuhan, Pegawai Privasi kita
atau wakil HR tempatan anda sebelum
menggunakan atau mendedahkan sebarang
maklumat peribadi. Semua sumber ini
juga boleh memberi perincian lanjut
mengenai cara Bemis melindungi maklumat
peribadi anda.
• mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi
hanya jika ia perlu untuk mengurus operasi kita atau
menjalankan bisnes dengan berkesan
• berkomunikasi dengan jelas mengenai cara dan
sebab maklumat peribadi digunakan, disimpan atau
didedahkan
• mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk
memastikan keselamatan sebarang data yang mesti
diakses dalam perjalanan kerja kita
Kod Kelakuan Bemis 2015©
17
MENGGUNAKAN
MEDIA SOSIAL
SECARA
BERTANGGUNGϱ
JAWAB
CARA
KITA CEMERLANG
Kita mengalu-alukan kuasa media sosial
untuk membina rangkaian dan menyuarakan
pandangan kita. Namun, kita sentiasa berhatihati dengan tidak berkongsi maklumat milik
Syarikat.
18
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KEPENTINGAN
TINGKAH LAKU KITA
DALAM TALIAN
Media sosial ialah alat yang berkuasa pengumpulan
maklumat dan komunikasi untuk individu dan
bisnes. Bemis boleh menggunakan media sosial
untuk mengadakan dialog jujur, langsung dan
bermakna dengan pelanggan kita dan orang
lain. Sebagai individu, ramai daripada kita kerap
menggunakan media sosial dalam kehidupan
peribadi kita.
Menggunakan akal ¿kiran dan penilaian baik adalah
penting dalam semua komunikasi kita, terutamanya
melalui media sosial. Perkara yang kita siarkan,
twit, blog atau kongsi dalam talian boleh dicapai
oleh ribuan orang dalam tempoh beberapa saat,
dan kemudian ia pasti berada di luar kawalan kita.
Kita hanya perlu berdiam sejenak untuk ber¿kir dan
menggunakan akal ¿kiran.
Bagaimana Jika...?
S. Saya baru sahaja menghantar twit pedas mengenai
kesilapan bisnes terkini yang dilakukan oleh salah
seorang pesaing langsung kita. Melihat pada twit
semula yang dihasilkan oleh twit itu, ini mungkin
bagus untuk bisnes kita, bukan?
J. Penggunaan media sosial untuk menggembargemburkan kejadian malang pihak lain, walaupun
pihak itu adalah pesaing langsung kita, tidak
memenuhi piawai keadilan kita yang tinggi. Lebih
baik kita membuat pilihan bermoral dan menumpu
perhatian pada mesej positif kita sendiri.
Rujuk Dasar Media Sosial kita atau hubungi
Perundangan dan Pematuhan untuk
maklumat lanjut tentang cara dan masa
menggunakan media sosial.
PERKARA
YANG KITA
LAKUKAN UNTUK
MENGGUNAKAN
MEDIA SOSIAL
SECARA BIJAK
Kita menggunakan media sosial secara
bertanggungjawab dengan
• memastikan masa yang diluangkan untuk media
sosial tidak mengganggu komitmen kerja
• membezakan dengan jelas antara siaran peribadi
dan siaran yang dibenarkan secara rasmi oleh Bemis
• memperkenalkan diri kita sebagai pekerja Bemis jika
kita diberi kuasa untuk menyokong Syarikat, produk
kita atau perkhidmatan kita
• tidak sekali-kali mendedahkan maklumat sulit
atau milik Syarikat, pelanggan, rakan niaga atau
pesaing kita
Kod Kelakuan Bemis 2015©
19
DIPERKASA
DAN ISTIMEWA
UNTUK
PELANGGAN
KITA
20
Kod Kelakuan Bemis 2015©
K
ita bangga memenuhi keperluan pembungkusan
pelbagai golongan pelanggan. Semua pelanggan
ini termasuk beberapa peneraju peringkat dunia
dalam pembuatan produk makanan, perubatan dan
farmaseutikal, serta barangan lain yang memperbaiki
kehidupan orang. Banyak syarikat lebih kecil bergantung
pada Bemis untuk menyampaikan produk mereka kepada
pasaran berkembang dalam keadaan sempurna. Dalam
masa yang sama, pelanggan kerajaan, yang rakyatnya
menuntut fokus diberikan pada kualiti, keselamatan dan
nilai, turut bergantung pada Bemis.
Cara memastikan kita memenuhi keperluan pelanggan,
sambil mengekalkan keyakinan dan kepercayaan mereka,
bergantung sepenuhnya pada cara kita mengendalikan
diri kita setiap hari. Ingat, reputasi kita hanya sebaik
pengalaman terakhir setiap pelanggan bersama kita.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
21
MENGHANTAR
PRODUK
SELAMAT DAN
BERKUALITI
TINGGI
CARA
KITA CEMERLANG
Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk
memastikan produk dan perkhidmatan Bemis
memenuhi piawai kualiti dan keselamatan kita
yang tinggi.
22
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KEPENTINGAN
KUALITI DAN
KESELAMATAN
PRODUK
Teknologi kita meletakkan keupayaan
pembungkusan unggul di tangan banyak syarikat
peneraju bertaraf dunia. Dengan bantuan Bemis,
pelanggan kita boleh menghantar makanan,
produk penjagaan kesihatan dan banyak item lain
dalam keadaan sempurna kepada pengguna yang
mempercayai mereka.
Kita melakukan lebih daripada sekadar membantu
pelanggan kita membungkus produk, kita juga
membantu mempakejkan kepercayaan pada jenama
mereka. Dengan meletakkan keutamaan tertinggi pada
kualiti dan keselamatan produk serta perkhidmatan
kita, kita melindungi reputasi setiap pelanggan di
samping mempertingkatkan reputasi kita sendiri.
CARA
KITA MEMENUHI
PIAWAI TINGGI KITA
Bagaimana Jika...?
S. Kami sedang ketinggalan dalam jadual pengeluaran
untuk pembungkusan sebuah peranti perubatan,
jadi saya benar-benar mempertimbangkan
untuk melaraskan jarak tempoh percubaan untuk
mempercepatkan proses dan menjadikan kerja
kami kembali mengikut jadual. Memandangkan
kami memang jarang mengesan sebarang bahan
cemar, apakah kesan buruk perubahan kecil ini pada
protokol?
J. Sebarang perkara yang menimbulkan risiko
pada kualiti produk kita adalah dilarang sama
sekali. Semua peraturan dan prosedur kita sudah
ditetapkan untuk memastikan produk kita sentiasa
selamat dan memenuhi piawai kualiti paling tinggi.
Rujuk wakil Kualiti atau Keselamatan
tempatan anda untuk maklumat lanjut
mengenai garis panduan kualiti dan
keselamatan kita.
Kita mengutamakan kualiti dan keselamatan produk
dengan
• memastikan produk kita dikeluarkan dalam
persekitaran yang menggalakkan kualiti dan
keselamatan pengguna
• menumpukan perhatian teliti pada peraturan
keselamatan makanan dan pembungkusan
perubatan yang dikenakan pada kita
• memikul tanggungjawab peribadi atas reputasi
Bemis dengan melaporkan serta-merta sebarang
kebimbangan yang mungkin kita ada berkenaan
dengan kualiti dan keselamatan makanan, tanpa
mengira peranan kita
• mempertanggungjawabkan diri untuk menangani
sebarang isu dengan serta-merta jika kita memikul
tanggungjawab keselamatan atau kualiti produk
• tidak sekali-kali mengabaikan kawalan kualiti atau
mengambil jalan pintas yang boleh memberi kesan
negatif pada kualiti
Kod Kelakuan Bemis 2015©
23
BERURUSAN
SECARA ADIL
DAN JUJUR
CARA
KITA CEMERLANG
Kita bertindak serta bersuara dengan adil dan
jujur apabila menerangkan nilai yang dibawa
oleh Bemis kepada pelanggan kita. Kita percaya
pendekatan ini membina kepercayaan dan
keyakinan pada Syarikat kita.
24
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KEPENTINGAN
KATAϱKATA KITA
Memenangi bisnes da mendapat kepercayaan
pelanggan bermula dengan cara kita menonjolkan
Bemis di pasaran. Kita menyerlahkan nilai yang
mampu dibawakan oleh Bemis kepada pelanggan
kita secara jelas dan jujur, dan kita menepati janji
kita. Ini adalah cara mewujudkan kepercayaan dan
membina hubungan bisnes berkekalan.
Tidak kira sama ada kita memegang peranan
pemasaran atau jualan atau tidak, setiap interaksi
luar Syarikat adalah peluang kita memberi
tanggapan positif pada jenama Bemis.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
UNTUK BERURUSAN
SECARA ADIL DAN
JUJUR
Bagaimana Jika...?
S. Penyelia saya mahukan kami menghebohkan
khabar angin mengenai ketidakstabilan kewangan
salah seorang pesaing kami kerana dia ˗kir ia akan
memberi kelebihan saing kepada kita. Saya ada
keraguan tentang semua khabar angin ini. Dalam
sebarang keadaan, ia kedengaran tidak bermoral
langsung. Apakah yang perlu saya lakukan?
J. Kebimbangan anda berasas. Ini bukan cara kita
beroperasi. Walaupun khabar angin itu benar,
kelebihan saing kita paling baik dicapai dengan
menumpukan pada merit kita sendiri, bukan
cabaran yang dihadapi oleh pihak lain. Jika kita
mengeluarkan kenyataan yang dibuktikan salah,
kita mengambil risiko merosakkan reputasi kita
bagi integriti. Malah, tingkah laku sebegitu mungkin
mengundang tindakan undang-undang. Anda
perlu bersuara kepada pengurus kanan atau ahli
Perundangan dan Pematuhan mengenai situasi ini.
Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk
maklumat lanjut tentang cara menjalankan
amalan pemasaran dan jualan dengan
sewajarnya.
Kita menunjukkan kejujuran dan integriti kita
dengan
• tidak sekali-kali memberi gambaran yang salah
mengenai keupayaan produk dan perkhidmatan kita
• memastikan kontrak dan bahan pemasaran kita
mematuhi semua undang-undang dan peraturan
• tidak menggalakkan pelanggan membeli melebihi
keperluan mereka
• mengelakkan dakwaan yang tidak tepat atau
memperkecilkan pesaing
• menghormati hak harta intelek pihak lain, seperti
paten, hak cipta, rekaan dan tanda dagangan
• mendapatkan pihak berkuasa yang sewajarnya untuk
memuktamadkan perjanjian atau menandatangani
kontrak
Kod Kelakuan Bemis 2015©
25
BERSAING
SECARA
ADIL
CARA
KITA CEMERLANG
Kita bersaing secara bertenaga dan jujur
untuk bisnes. Kita berjaya atas kekuatan
idea dan teknologi transformatif yang
membawa nilai kepada pelanggan, tidak
sekali-kali melalui kelakuan yang tidak
sesuai di pasaran.
26
Kod Kelakuan Bemis 2015©
CARA
KITA BERSAING
SECARA ADIL
Kita mengelakkan sebarang perbincangan atau
perjanjian dengan pesaing (atau sesuatu yang
kelihatan seperti itu sekalipun) yang boleh dilihat
sebagai tingkah laku antipersaingan.
Apabila bercakap mengenai pesaing kita, kita
SEBAB
BERSAING SECARA
ADIL ADALAH
TINDAKAN
YANG BETUL
Kita mengalu-alukan persaingan hebat kerana ia
mengekalkan kejujuran kita dan kesungguhan kita
berniaga. Pelanggan datang ke Bemis dan kekal
bersama kita kerana mereka mempercayai kita
untuk menyokong keperluan pembungkusan mereka
dengan kualiti, keselamatan dan nilai unggul.
Menginovasi bagi kejayaan mereka memastikan
kejayaan kita sendiri. Ia melindungi reputasi dan
kelebihan saing kita.
Semua undang-undang yang direka untuk
mengekalkan persaingan bebas dan adil, dikenali
sebagai undang-undang antitrust di Amerika
Syarikat dan undang-undang persaingan di
kebanyakan tempat lain, adalah sangat rumit. Ia
juga boleh jadi berbeza antara negeri atau negara.
Semua undang-undang ini menentukan cara syarikat
boleh bersaing dan berinteraksi antara satu sama
lain.
Kita menurut undang-undang yang diguna pakai
pada Bemis kerana ia tindakan yang betul, serta
kerana pelanggaran boleh mengakibatkan denda
yang sangat besar, kerosakan reputasi kita dan
sehingga hukuman penjara.
• tidak sekali-kali membincangkan atau merunding
penentuan harga, proses pembidaan atau cara kita
mendekati pasaran kita
• melaporkan dengan serta-merta kepada
Perundangan dan Pematuhan sebarang cubaan oleh
pesaing untuk menjalankan perbincangan tidak
wajar atau mengadakan perjanjian yang salah di sisi
undang-undang
• mengelakkan dakwaan palsu atau komen negatif
mengenai produk pesaing
• tidak sekali-kali mengganggu hubungan bisnes
pesaing dengan sengaja
• tidak sekali-kali menggunakan tindakan yang boleh
dipersoalkan atau salah di sisi undang-undang untuk
mendapatkan maklumat persaingan
• mengelak menggunakan kekuatan atau maklumat
pasaran kita dalam sebarang cara yang mungkin
menjejaskan atau menghalang persaingan secara
tidak adil
• Apabila bercakap mengenai rakan niaga kita, kita
tidak sekali-kali menawarkan atau menerima rasuah
atau wang sogokan
• berurusan secara adil dengan semua pihak,
mengelakkan sebarang amalan palsu atau tidak jujur
• sentiasa berkelakuan profesional semasa rundingan
dengan melayan semua orang dengan hormat
Hubungi Perundangan dan Pematuhan
untuk maklumat lanjut tentang garis
panduan antitrust dan persaingan kita.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
27
DIPERKASA
DAN ISTIMEWA
BERSAMA
RAKAN NIAGA
KITA
28
Kod Kelakuan Bemis 2015©
K
ejayaan Bemis berakar umbi daripada komitmen
kita pada nilai dan inovasi kita dalam teknologi
dan khidmat pelanggan. Kejayaan ini disokong
oleh hubungan rakan niaga yang kukuh.
Kita membina hubungan berdasarkan kepercayaan,
keadilan dan saling menghormati. Kita meletakkan piawai
integriti bisnes yang sama tinggi pada rakan niaga kita,
pekerja mereka dan subkontraktor mereka, seperti yang
kita dukung pada syarikat kita sendiri.
Bemis North America Brand Identity Standards | February 2015
3
Kod Kelakuan Bemis 2015©
29
MEMBINA
PERKONGSIAN
KUKUH
CARA
KITA CEMERLANG
Kita memilih rakan niaga yang berkongsi
komitmen kita pada piawai etika paling
tinggi, di samping turut memastikan nilai
paling baik untuk Bemis.
30
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KEPENTINGAN PERKONGSIAN
KUKUH
Reputasi kita bergantung pada kebolehan kita
mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang selamat.
Kita berharap pada rakan niaga yang boleh dipercayai
untuk menyediakan bahan mentah, peralatan
dan sokongan lain yang diperlukan dengan harga
berpatutan. Rakan niaga kita adalah sebahagian penting
daripada budaya berprestasi tinggi kita.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MEMBINA PERKONGSIAN
KUKUH
Apabila bercakap mengenai bekerja dengan, atau
memilih rakan niaga kita, kita memastikan hasil paling
baik dengan
• melayan semua pembekal dan rakan niaga kita yang
lain dengan adil dan berintegriti, tanpa mengira nilai
transaksi atau tempoh hubungan
• memilih pembekal yang paling memenuhi keperluan
dan objektif bisnes kita, di samping juga memastikan
mereka berkongsi nilai kita
• berkomunikasi secara jujur dengan rakan niaga kita,
berusaha memahami isu yang timbul dan bekerjasama
mencari penyelesaian yang memuaskan semua pihak
• memastikan semua rakan niaga komited pada amalan
bisnes beretika dan pematuhan kepada undang-undang
Bagaimana Jika...?
S. Sebuah syarikat calon pembekal memenuhi kriteria
harga dan kualiti kita yang ketat, tetapi syarikat ini
pernah mengalami beberapa masalah keselamatan
pada masa lalu. Patutkah rekod lampau mereka
menjejaskan peluang mereka?
J. Tidak semestinya. Semua rakan niaga dinilai melalui
banyak kriteria, termasuk harga, kualiti, ketepatan
masa, kebolehpercayaan, komitmen pada amalan
bisnes beretika dan keselamatan. Kita mensyaratkan
rakan niaga kita berusaha mencapai piawai kita untuk
memelihara reputasi kita. Usaha wajar anda perlu,
antara lain, mendapatkan kefahaman keadaan yang
menyebabkan insiden keselamatan lampau itu, kesan
insiden dan langkah yang diambil oleh syarikat itu bagi
mengelakkan ia berulang.
Hubungi Pemerolehan atau
Perundangan dan Pematuhan untuk
maklumat lanjut tentang piawai perkongsian
kita.
• mengasaskan keputusan kita pada kriteria objektif,
seperti kualiti, harga, perkhidmatan, kebolehpercayaan,
kesediaan, kecemerlangan teknikal dan penghantaran,
di samping amalan bisnes beretika
• mengelakkan konÀik kepentingan, walaupun yang
kelihatan seperti konÀik kepentingan, yang boleh
menimbulkan persoalan pada pertimbangan bebas kita
bagi pihak Syarikat
• mengelakkan hadiah dan hiburan tidak wajar atau
sebarang bentuk pilih kasih lain yang mungkin
menjejaskan pemilihan rakan niaga paling baik untuk
Bemis
• tidak sekali-kali berkongsi maklumat sulit bisnes
syarikat lain dengan sesiapa sahaja, tanpa kebenaran
syarikat tersebut
Kod Kelakuan Bemis 2015©
31
MENCEGAH
SOGOKAN DAN
RASUAH
CARA
KITA CEMERLANG
Di Bemis, kita memenangi dan mengekalkan
bisnes melalui kekuatan proposisi nilai kita serta
pembinaan hubungan berdasarkan kejelasan
dan kepercayaan, tidak sekali-kali dengan
menawarkan atau menerima sebarang insentif
tidak wajar.
32
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
PERKARA
Kita percaya pada strategi memenangi bisnes melalui
keyakinan dan kepercayaan yang diinspirasikan oleh
orang, produk dan perkhidmatan kita pada orang lain.
Kita juga percaya pada nilai hebat yang kita berikan.
Tiada ruang untuk rasuah dalam bisnes kita. Kita tidak
bertolak ansur dengan rasuah dalam sebarang bentuk,
di semua tempat kita beroperasi. Ia meletakkan keduadua syarikat dan reputasi kita dalam risiko. Disebabkan
juga aktiviti sogokan menyalahi undang-undang berlaku
di hampir kesemua tempat, ia boleh mengakibatkan
denda berat sehingga hukuman penjara untuk
individu terbabit.
Kita mencegah sogokan dan bentuk rasuah lain dengan
KITA MESTI MELINDUNGI
REPUTASI NAJAM KITA
Sebagai syarikat global, kita mesti mematuhi undangundang pelbagi negara yang melarang keras penerimaan,
penawaran, pemberian atau kebenaran pembayaran
rasuah dalam sebarang bentuk. Semua undang-undang
ini termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA)
dan Akta Sogokan U.K., yang mungkin diguna pakai
pada operasi kita di seluruh dunia. Penggubalan
undang-undang antisogokan tempatan, seperti undangundang di China dan Akta Syarikat Bersih Brazil, adalah
beberapa contoh lain.
Kita hanya mahu menjalankan bisnes dengan pelanggan
dan rakan niaga yang berkongsi komitmen kita untuk
beroperasi dengan integriti sepanjang masa. Kita lebih
rela menolak peluang bisnes daripada membayar wang
sogokan. Menentang rasuah akan menjadikan bisnes
kita lebih kukuh, lebih anjal menghadapi risiko dan
lebih mampan.
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MENCEGAH RASUAH
• tidak sekali-kali menawarkan, menjanjikan atau
memberikan sesuatu yang bernilai kepada pegawai
kerajaan atau sesiapa sahaja untuk mendapatkan
kelebihan bisnes
• tidak sekali-kali menawarkan atau menerima wang
rasuah atau sogokan
• menyimpan rekod tepat dan lengkap supaya semua
pembayaran diperincikan secara jujur dan dana Syarikat
tidak digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang
• tidak sekali-kali menggunakan ejen atau pihak ketiga
lain untuk membuat bayaran tidak wajar yang kita tidak
boleh buat sendiri
• mematuhi dasar Bemis berkaitan dengan pemberian
serta penerimaan hadiah dan hiburan (rujukan dalam
bahagian Hadiah dan Hiburan untuk maklumat lanjut)
• melaporkan sebarang kebimbangan mengenai
kemungkinan pembayaran tidak wajar
Bagaimana Jika...?
S. Dalam majlis sambutan sivik di salah satu pasaran
Amerika Latin kita, saya didekati oleh pegawai majlis
bandar raya yang meluluskan permit operasi tempatan
kita. Dia menyatakan yang dia sangat gembira kerana
Bemis melabur di bandar rayanya. Dia juga mengulas
mengenai ramai orang muda bijak tempatan yang
sedang mencari pekerjaan. Sambil menghulurkan
satu salinan resume anak saudara perempuannya,
dia menyatakan harapan agar saya dapat membantu
walaupun saya tiada kewajipan melakukannya. Saya
baru menyemak semula resume itu dan wanita muda ini
kelihatan layak untuk beberapa jawatan kosong. Apakah
yang perlu saya lakukan?
J. Situasi ini perlu ditangani dengan teliti. Membantu anak
saudara perempuan pegawai itu boleh dianggap sebagai
ganjaran untuk layanan baik kepada Bemis, walaupun
kita mendapatkan permit itu dengan menurut prosedur
yang betul. Anda perlu menghubungi Perundangan dan
Pematuhan sebelum meneruskan.
Rujuk Dasar Antirasuah Bemis untuk
maklumat lanjut tentang garis panduan
antirasuah kita.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
33
MELINDUNGI
MAKLUMAT SULIT
ORANG LAIN
CARA
KITA CEMERLANG
Semasa berkhidmat untuk pelanggan dan bekerja dengan
rakan niaga kita, kita mesti sentiasa melindungi maklumat
sulit yang diamanahkan kepada kita.
SEBAB
PERLINDUNGAN MAKLUMAT
SULIT MENGUKUHKAN
KEPERCAYAAN
Meraih dan mengekalkan kepercayaan pelanggan dan
rakan niaga kita adalah penting untuk mengekalkan
reputasi dan pertumbuhan kita. Kita mahu pihak lain tahu
yang mereka boleh mengharapkan kita untuk menjaga
kepentingan mereka sebaik kepentingan kita sendiri.
Ini termasuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk
melindungi sebarang maklumat sulit yang dikongsikan
oleh pelanggan dan rakan niaga dengan kita sepanjang
tempoh menjalankan bisnes. Pendedahan maklumat ini
boleh membahayakan bisnes mereka. Ia juga berpotensi
membenarkan pesaing kita mendapat kelebihan yang
tidak adil.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MEMELIHARA KERAHSIAAN
Kita melindungi maklumat sulit pihak lain, sama ada yang
diberi secara lisan, visual, atas kertas atau elektronik,
dengan
• tidak sekali-kali mendedahkan tanpa kebenaran, data
kewangan, strategi penentuan harga, terma kontrak, data
teknikal, proses proprietari atau perincian rundingan yang
sedang berjalan dengan rakan niaga
• tidak sekali-kali menyiarkan atau berkongsi sebarang
maklumat yang tidak boleh didapati secara umum
• memaklumkan Perundangan dan Pematuhan dengan
serta-merta jika kita menerima sebarang maklumat sulit
yang tidak sepatutnya kita terima daripada rakan niaga
atau pelanggan
Maklumat lanjut tentang pengendalian
maklumat sulit boleh didapati dalam Dasar
Pengurusan Maklumat Sulit dan Interaksi Pihak
Ketiga.
34
Kod Kelakuan Bemis 2015©
MENGHORMATI
HARTA INTELEK
PIHAK LAIN
CARA
KITA CEMERLANG
Kita menghormati dan melindungi harta intelek dan hak
komersial pihak lain, seperti kita menjangka mereka akan
melindungi kita dalam hal yang sama.
SEBAB
KITA BERTANGGUNGJAWAB
PADA PIHAK LAIN
Selepas mempertimbangkan nilai bisnes idea,
pengetahuan dan harta intelek lain kita sendiri,
serta usaha yang kita curahkan untuk mencipta dan
melindungi semua perkara ini, kita mesti menghormati
nilai harta intelek pihak lain.
Kita memahami yang penyalinan tanpa izin atau
penggunaan hasil kerja dilindungi pihak lain adalah
tidak dibenarkan. Perbuatan tidak beretika, melanggar
undang-undang dan boleh mewujudkan liabiliti
kewangan dan perundangan terhadap Bemis.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MELINDUNGI HARTA PIHAK
LAIN
Kita menghormati dan melindungi harta intelek
pihak lain dengan
• tidak secara sengaja melanggar peraturan hak cipta,
paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, nama, hak
rekaan, logo, pengetahuan dan harta tidak ketara lain
yang dimiliki oleh orang atau syarikat lain
• mematuhi semua undang-undang harta intelek yang
berkenaan
• menggunakan semua aset pihak ketiga, termasuk
kandungan berasaskan teks, video, muzik dan perisian,
menurut terma lesennya yang khusus
• hanya menggunakan perisian yang dilesenkan untuk
penggunaan dalam bisnes kita, walaupun dalam peranti
mudah alih khusus untuk bisnes Syarikat
Hubungi Pejabat Penasihat Harta Intelek untuk
maklumat lanjut tentang peraturan harta
intelek.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
35
MENGHORMATI
DAN MELINDUNGI
HAK ASASI
MANUSIA
CARA
KITA CEMERLANG
Bemis komited menghormati dan
melindungi hak asasi manusia individu
dan komuniti. Kita menjangka rakan niaga
kita untuk berkongsi komitmen ini.
36
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
PERLINDUNGAN
HAK ASASI MANUSIA
ADALAH SANGAT MUSTAHAK
Sebagai warga korporat global yang bertanggungjawab,
Bemis menghormati hak asasi manusia, budaya serta
undang-undang individu dan komuniti. Kita menyokong
maruah dan kesamaan bagi semua manusia.
Kita percaya bahawa tiada ruang untuk pemerdagangan
manusia, perhambaan, buruh kanak-kanak serta
amalan kerja yang tidak selamat dan tidak adil dalam
masyarakat global kita. Di Bemis, kita mengambil
pelbagai langkah untuk memastikan bahawa kita
memelihara hak asasi manusia dalam semua hal bisnes.
Kita hanya bekerja dengan rakan niaga yang berkongsi
komitmen kita untuk melindungi hak asasi manusia dan
menjalankan bisnes dengan integriti. Salah satu cara
kita menyokong komitmen kita pada hak asasi manusia
ialah melalui keahlian kita dalam Bursa Data Beretika
Pembekal [Supplier Ethical Data Exchange (SEDEX)].
Bagaimana Jika...?
S. Baru-baru ini saya melawat sebuah kemudahan
pembekal kita di benua Asia. Mesyuarat panjang
diikuti dengan lawatan kilang bermakna saya berada di
kawasan kemudahan itu selama lebih daripada 13 jam
dalam dua hari berasingan. Saya menyedari bahawa
sebilangan pekerja yang sedang bertugas waktu syif
semasa saya tiba masih bekerja keras semasa saya
pulang. Sesetengah mereka kelihatan agak muda. Saya
menyuarakan semua kebimbangan ini kepada pengurus
kilang, yang menyakinkan saya bahawa pematuhan
kepada undang-undang buruh adalah keutamaan dan
tiada apa-apa yang tidak kena. Perlukah saya berasa
bimbang?
J. Anda perlu berkongsi kebimbangan anda
dengan pengurusan Bemis. Sama seperti kita
mempertanggungjawabkan diri sendiri atas keadaan
kemudahan milik kita, kita percaya rakan niaga kita
mesti memberi jaminan wajar amalan mereka tidak
mewujudkan risiko pada reputasi Bemis disebabkan
kaitan kita dengan mereka.
Rujuk Dasar Hak Asasi Manusia kita untuk
maklumat lanjut.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN
UNTUK MENGHORMATI DAN
MELINDUNGI HAK ASASI
MANUSIA
Kita melayan semua orang dengan penuh hormat dan
bermaruah melalui
• menyediakan suasana, waktu dan pampasan pekerjaan
yang wajar untuk semua pekerja Bemis
• menggalakkan pembekal kita komited pada amalan
pekerjaan adil dan penyumberan mampan yang
melindungi kesihatan serta kesejahteraan pekerja
dan komuniti
• tidak sekali-kali menggunakan buruh kanak-kanak atau
buruh penjara paksaan
• enggan menutup sebelah mata apabila kita melihat dan
mengesyaki pelanggaran terhadap hak asasi manusia,
serta memberi amaran kepada Syarikat apabila kejadian
ini berlaku
Kod Kelakuan Bemis 2015©
37
DIPERKASA
DAN ISTIMEWA
UNTUK PIHAK
BERKEPENTINGAN
KITA
38
Kod Kelakuan Bemis 2015©
K
eyakinan pihak berkepentingan kita pada prestasi
kewangan dan budaya berprestasi tinggi kita
sangat penting untuk kejayaan kita. Kepercayaan
mereka pada kebolehan kita dalam mewujudkan
nilai mampan kepada mereka membolehkan Bemis
menggunakan peluang sepenuhnya, kekal bersemangat
utuh dan berkembang maju dalam jangka panjang.
Kita mesti membuat pilihan bijak untuk kepentingan
terbaik Syarikat, menyimpan rekod dengan teliti,
menyampaikan cerita kita dengan betul dan memelihara
reputasi dan aset lain kita. Tambahan pula, kita mahu
mewujudkan perbezaan positif dalam komuniti tempat
kita beroperasi, iaitu tempat orang kita menetap dan
bekerja.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
39
MENGELAKKAN
KONFLIK
KEPENTINGAN
CARA
KITA CEMERLANG
Kita meletakkan matlamat Syarikat dan
kepentingan pelanggan mendahului keuntungan
peribadi kerana ia membantu kita membuat
keputusan tidak berat sebelah yang bijak
dan memanfaatkan
Apakah Itu KNn̆ik
Kepentingan?
bisnes kita.
Kon˘ik kepentingan wujud apabila
hubungan sosial atau keluarga, aktiviti
luar waktu kerja, pelaburan kewangan atau
kepentingan peribadi lain berisiko yang
mengganggu keupayaan kita membuat
keputusan tidak berat sebelah bagi pihak
Syarikat.
40
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KITA MEMBUAT KEPUTUSAN
TIDAK BERAT SEBELAH UNTUK
SYARIKAT
Rakan Baik dan Ahli Keluarga
Kita membuat keputusan objektif yang bebas daripada
kecenderungan peribadi kerana ia membawa hasil lebih
baik untuk Bemis dan pelanggan kita. Menggunakan
penilaian baik untuk membuat pilihan paling terbaik
untuk bisnes kita membolehkan kita menginovasi dan
mengejar matlamat kita tanpa gangguan atau kesetiaan
berbelah bahagi. Ia juga menunjukkan kepada pihak lain
yang kita bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Kita mencegah konÀik kepentingan sebenar atau kelihatan
seperti konÀik kepentingan dengan
Sesuatu yang kelihatan seperti konÀik kepentingan
sekalipun boleh menyebabkan orang lain memikirkan
bahawa kita bertindak secara tidak wajar. Kebanyakan
konÀik kepentingan boleh dielakkan atau ditangani
jika didedahkan tepat pada masanya dan diuruskan
dengan betul.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MENGELAKKAN KONFLIK
KEPENTINGAN
Kita meletakkan kepentingan utama Syarikat mendahului
kepentingan kita sendiri dengan
• berwaspada dengan keadaan melibatkan aktiviti
atau hubungan peribadi kita yang boleh mengganggu
keobjektifan kita
Kita mengelak daripada meletakkan diri dalam situasi
kesetiaan kita pada rakan baik atau ahli keluarga boleh
mempengaruhi penilaian kita secara tidak wajar.
• membuat keputusan objektif tanpa berat sebelah
• memastikan rakan baik atau ahli keluarga tidak diletakkan
dalam hubungan melaporkan diri kepada kita
• tidak menyertai proses pengambilan kerja seseorang yang
ada hubungan persahabatan atau keluarga dengan kita
• tidak menyertai pemilihan atau pengurusan hubungan
rakan niaga yang menggaji rakan baik atau ahli keluarga
anda
Bagaimana Jika...?
S. Anak saudara perempuan pengurus kilang kerja telah
diambil bekerja sebagai siswazah pelatih pemasaran.
Semua orang tahu mereka bersaudara, jadi adakah itu
masih kon˘ik kepentingan?
J. Hubungan kekeluargaan yang diketahui itu bukan isunya.
Ia adalah penting untuk memastikan bahawa pengurus
kilang itu tidak terlibat dalam proses pemilihan siswazah
pelatih dan tidak mempengaruhi proses itu untuk memihak
kepada anak saudara perempuannya. Jika itu berlaku,
ia boleh menjadi perkara disiplin. Jika dia memohon
dan dipilih mengikut merit melalui proses pengambilan
siswazah pelatih biasa kita, tiada kon˘ik kepentingan
selagi pengurus kilang itu tidak terlibat untuk menyelia
anak saudara perempuannya.
• mendedahkan kepada pengurus atau Perundangan dan
Pematuhan sebarang situasi yang kita percaya terdapat
konÀik antara kepentingan peribadi kita dan kepentingan
Syarikat
• mendapatkan nasihat daripada pengurus atau
Perundangan dan Pematuhan jika kita tidak pasti sama
ada wujud konÀik kepentingan atau tidak
• mengeluarkan diri kita daripada proses penyelesaian
apabila kita terlibat dalam konÀik kepentingan
Potensi konÀik kepentingan boleh muncul dalam
banyak keadaan. Walaupun garis panduan berikut tidak
merangkumi setiap situasi, ia menangani beberapa konÀik
kepentingan yang biasa.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
41
Kepentingan Kewangan
Peribadi atau Keluarga
Kita memastikan bahawa pelaburan keluarga dan
peribadi tidak menghalang keputusan yang kita buat
bagi pihak Syarikat.
• Kita mengelakkan konÀik kepentingan sebenar atau
kelihatan seperti konÀik kepentingan dengan tidak
mengambil atau memegang kepentingan kewangan
peribadi dalam sebarang transaksi yang kita tahu ia
diminati, atau mungkin diminati, oleh Bemis
• tidak melakukan pelaburan yang tidak didedahkan
atau memegang kepentingan kewangan yang tidak
didedahkan dalam syarikat pembekal, pelanggan atau
pesaing (kecuali pemilikan kurang daripada 5% saham
dalam syarikat yang didagangkan di bursa saham atau
saham yang dimiliki melalui dana bersama)
• mendedahkan kepada Perundangan dan Pematuhan
sebarang kepentingan atau pegangan lain, walaupun
jika ia kurang daripada 5%, dalam syarikat selain
Bemis yang bisnes utamanya berkaitan dengan sektor
pembungkusan
Bagaimana Jika...?
S. Ipar-duai saya memiliki saham besar dalam salah
sebuah syarikat vendor tempatan kita. Pengurus saya
yang meluluskan semua pemilihan vendor, maka saya
tidak perlu mendedahkan maklumat ini, bukan?
J. Ipar-duai anda dikira sebagai ahli keluarga. Oleh
itu, pelaburan mereka boleh mewujudkan kon˘ik
kepentingan. Walaupun pengurus anda yang meluluskan
pemilihan vendor, anda perlu mendedahkan situasi ini
kepada Perundangan dan Pematuhan.
Siapakah Yang Dianggap Ahli
Keluarga?
"Ahli keluarga" termasuk suami atau isteri, pasangan
domestik, anak, ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara,
anak saudara lelaki, anak saudara perempuan, abang
atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan, ibu mentua,
bapa mentua, menantu lelaki, menantu perempuan, ipar
perempuan, ipar lelaki, datuk atau nenek dan cucu. Orang
lain yang dianggap sebagai ahli keluarga adalah sesiapa
individu yang menetap di rumah anda, dan sebarang
perhubungan tiri, angkat atau saraan. Kepentingan
kewangan ahli keluarga yang menjadi, atau boleh kelihatan
menjadi, kon˘ik kepentingan mesti didedahkan.
42
Kod Kelakuan Bemis 2015©
Hadiah dan Hiburan
Kita mencari peluang untuk membina dan
mengukuhkan perhubungan bisnes, tetapi kita tidak
akan sekali-kali menawarkan atau menerima hadiah dan
hiburan yang tidak bersesuaian untuk mempengaruhi
keputusan bisnes.
Hubungan profesional dan peribadi yang erat dengan
pelanggan dan rakan niaga kita adalah penting
untuk kejayaan Bemis. Dalam keadaan tertentu, ia
mungkin kebiasaan dan sesuai untuk memberi atau
menerima ihsan bisnes, seperti hiburan munasabah
dan hadiah sederhana. Saling memberi layanan baik
dan hadiah boleh membina muhibah dan mengeratkan
perhubungan bisnes.
Kita jangan sekali-kali membenarkan ihsan sebegini
untuk mempengaruhi kemampuan kita dalam
membuat keputusan bisnes objektif, atau mewujudkan
tanggapan yang keobjektifan kita sudah terjejas.
Kita mahu kejayaan kita berdasarkan nilai produk
dan perkhidmatan kita, integriti kita dan kekuatan
reputasi kita.
Pemberian Hadiah dan Hiburan
Sebarang hadiah yang kita beri mesti
• bertujuan bisnes yang wajar
• sah di sisi undang-undang dan didokumenkan dengan
tepat
• dibenarkan oleh dasar Bemis
• dibenarkan oleh dasar syarikat penerima
• bernilai munasabah dan bersesuaian dengan keadaan
• bukan berbentuk tunai, sijil hadiah atau padanan
tunai lain
• tidak bertujuan menjamin kelebihan tidak wajar atau
sebaliknya mempengaruhi penerima secara tidak wajar
Penerimaan Hadiah dan
Hiburan
Bagi mengelakkan walaupun kelihatan seperti
kelakuan tidak wajar dan memastikan integriti proses
pemerolehan kita, kita
• tidak sekali-kali meminta hadiah
• tidak menerima tunai, kad hadiah atau padanan
tunai lain
• hanya menerima layanan baik atau hadiah bernilai
munasabah dan diberi secara tidak kerap
• tidak menerima sebarang hadiah atau layanan baik
daripada vendor jika kita ahli pasukan yang menilai
pemerolehan yang ditandingi oleh vendor itu
Pekerja dan Agensi Kerajaan
Peraturan kompleks dikenakan pada pemberian
hadiah, hiburan dan ihsan bisnes lain kepada pegawai
kerajaan, termasuk pekerja organisasi milik kerajaan.
Sesuatu yang mungkin dibenarkan untuk pelanggan
komersial boleh jadi menyalahi undang-undang apabila
berurusan dengan kerajaan.
Ingat, kedudukan pekerja kerajaan adakalanya tidak
begitu jelas. Contohnya, dalam negara yang memiliki
sistem penjagaan kesihatan yang ditadbir oleh
kerajaan, ada kemungkinan doktor, jururawat dan
profesional penjagaan kesihatan lain ialah kakitangan
kerajaan.
Memandangkan terdapat risiko terhadap bisnes kita
akibat tidak mengikut peraturan pemberian dan
penerimaan hadiah melibatkan kakitangan kerajaan, ia
adalah penting untuk kita agar mendapatkan panduan
lebih awal daripada Perundangan dan Pematuhan.
Bagaimana Jika...?
S. Jabatan teknologi maklumat (IT) sedang dalam proses
menyemak semula bida bagi pelaksanaan sistem
khusus yang besar. Salah seorang vendor peneraju
menawarkan pasukan projek untuk menggunakan jet
peribadi vendor itu untuk menghadiri demonstrasi
sistem di kemudahan mereka. Jemputan ini
menyertakan makan malam di sebuah restoran yang
sangat mahal dan lawatan ke kasino. Bolehkah mereka
menerimanya?
J. Layanan baik vendor itu boleh dianggap mewah dan
tidak sesuai. Ia perlu ditolak secara sopan dalam
sebarang keadaan, terutamanya semasa pasukan
projek sedang menilai tawaran vendor itu. Malah,
layanan baik yang dicadangkan oleh vendor itu
sepatutnya menimbulkan persoalan sama ada ia adalah
jenis rakan niaga yang kita mahukan untuk bisnes kita.
Peluang Korporat
Kita tidak mengambil kesempatan peribadi atas
peluang bisnes yang kita temui sepanjang tempoh kerja
kita, dengan menyedari bahawa ia kepunyaan Syarikat.
Kita mendedahkan pengetahuan kita mengenai
peluang yang ditemui semasa bekerja dengan Bemis
supaya kita boleh mengejar matlamat kita dengan lebih
baik dan berkhidmat kepada pelanggan kita.
Ini bermakna kita
• sentiasa membangkitkan peluang bisnes berkaitan
dengan Bemis untuk perhatian Syarikat
• tidak sekali-kali menggunakan maklumat proprietari
atau hubungan yang didapati di tempat kerja untuk
keuntungan peribadi
• tidak sekali-kali bersaing dengan Bemis
Bagaimana Jika...?
S. Seorang pengurus logistik mendapat tahu yang sebuah
gudang di lokasi strategik akan dijual di pasaran
dengan harga yang sangat menarik. Dia menyampaikan
maklumat ini kepada ipar lelakinya yang memiliki
harta tanah serupa (bisnes yang mempunyai
pelaburan oleh pengurus logistik itu). Ipar lelakinya
berjaya merundingkan kadar sewa yang lebih tinggi
daripada Bemis berbanding dengan sewa yang akan
dibayar untuk harta tanah yang satu lagi, jika mereka
mengetahui tentangnya. Adakah ini diterima oleh
dasar Syarikat?
J. Maklumat yang didapati melalui kerja anda tidak
sepatutnya dikongsikan sama sekali dengan rakan
dan keluarga. Ia adalah kon˘ik kepentingan untuk
menggunakan maklumat ini bagi kelebihan peribadi
mahupun keuntungan rakan atau keluarga.
Pekerjaan Luar
dan Aktiviti Lain
Setiap kita memberi usaha terbaik setiap hari di
Bemis, memastikan kerja luar atau aktiviti lain tidak
menghalang sumbangan kita kepada Syarikat.
Di Bemis, kita menggalakkan orang kita menikmati
hidup yang produktif di luar waktu kerja. Aktiviti
luar, seperti pekerjaan kedua atau berkhidmat dalam
lembaga pengarah, boleh diterima selagi aktiviti anda
diluluskan oleh pengurus/penyelia anda dan tidak
• mengganggu tanggungjawab atau prestasi kerja anda
• memerlukan perhatian berlebihan semasa bekerja
untuk Bemis
• melibatkan penggunaan sumber Syarikat yang besar,
termasuk masa rakan sekerja
• melibatkan pekerjaan dengan pesaing, pembekal atau
pelanggan Bemis
Bagaimana Jika...?
S. Saya berada dalam lembaga pengarah badan
tidak berasaskan keuntungan tempatan dan saya
mempunyai kewajipan pengumpulan dana tahunan.
Perlukan saya mendedahkan hubungan saya sebelum
meminta Bemis membuat dermaan?
J. Ya. Jika Bemis mempertimbangkan perhubungan
atau transaksi dengan sesebuah organisasi yang anda
terlibat, ia adalah penting untuk anda mendedahkan
jawatan anda. Pemberian maklumat ini akan membantu
mengelakkan sebarang tanggapan manipulasi yang
tidak wajar.
Hubungi Perundangan dan Pematuhan
untuk maklumat lanjut tentang konÀik
kepentingan.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
43
MENGEKALKAN
KETEPATAN
AKAUN DAN
REKOD
CARA
KITA CEMERLANG
Kita mengekalkan rekod yang lengkap dan
tepat. Ini membolehkan kita membuat
keputusan bisnes yang bertanggungjawab.
Begitu juga, kita boleh memberi maklumat
yang jujur dan tepat pada masanya kepada
pelabur dan agensi kerajaan.
44
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KITA MESTI JUJUR
DALAM REKOD BISNES
Rekod yang rapi adalah kritikal untuk menjalankan
Syarikat kita dengan jaya dan mematuhi undangundang. Sebagai syarikat awam, undang-undang sekuriti
mensyaratkan Bemis mengekalkan rekod tepat dan
mendedahkan maklumat penuh mengenai prestasi
kewangan dan bisnes kita tepat pada masanya.
Rekod bisnes dan penyata kewangan yang lengkap dan
tepat membolehkan perancangan rapi dan pembuatan
keputusan. Ia juga penting untuk mengekalkan keyakinan
pemegang saham, pelanggan, rakan niaga dan pihak
berkepentingan lain.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MEMASTIKAN KETEPATAN
Kita mengekalkan integriti akaun dan rekod kita dengan
• mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum,
kawalan dalaman dan semua undang-undang serta
peraturan yang berkaitan
• mengekalkan akaun, laporan perbelanjaan dan resit yang
benar-benar mencerminkan transaksi kewangan, tanpa
kenyataan yang salah, tokok tambah atau tekaan
• merekodkan semua aset, liabiliti, pendapatan,
perbelanjaan dan transaksi bisnes dengan lengkap, tepat,
dalam tempoh yang betul dan tepat pada masanya
• memastikan rekod dihantar kepada pengaudit dalam dan
luar dengan rekod yang tepat dan tepat pada masanya
• tidak sekali-kali menipu atau memberikan maklumat
salah kepada sesiapa mengenai kewangan atau operasi
bisnes kita
• melaporkan sebarang kebimbangan mengenai rekod yang
tidak tepat, palsu atau keliru kepada Audit Dalaman atau
Perundangan dan Pematuhan
Bagaimana Jika...?
S. Kami berada dalam tekanan untuk mencapai sasaran
suku tahunan kami. Satu penghantaran produk yang
besar sedia untuk pengambilan yang dijadualkan, tetapi
syarikat logistik tidak boleh mengambilnya sehingga hari
Rabu yang sudah memasuki suku tahun yang seterusnya.
Memandangkan kami sudah bersedia untuk penghantaran
dan penangguhan ini bukan salah kami, penyelia saya
berkata yang kami boleh memasukkan penghantaran
ini dalam pengiraan suku tahunan ini. Apakah ini akan
menimbulkan masalah?
J. Ya. Ini akan mewujudkan rekod perakaunan palsu. Ini
bukan sahaja akan memberi gambaran yang salah
mengenai kedudukan kewangan syarikat kepada para
pelabur, ia akan menjadi penipuan yang mendedahkan
Bemis pada tindakan undang-undang. Tindakan yang betul
adalah merekodkan penghantaran semasa suku tahun
yang seterusnya apabila ia benar-benar dihantar keluar.
Rujuk Dasar Kewangan dalam bahagian
Dasar Korporat Bemis di intranet kita untuk
maklumat lanjut tentang amalan penyimpanan
rekod.
• mengikuti dengan teliti semua prosedur dan garis
panduan penyimpanan rekod Bemis
• tidak sekali-kali mewujudkan atau mengekalkan, untuk
sebarang tujuan, sebarang dana tunai, aset lain atau
liabiliti rahsia atau tidak direkodkan
Kod Kelakuan Bemis 2015©
45
MENJAWAB
PERTANYAAN PIHAK
LUAR
CARA
KITA CEMERLANG
Di Bemis, kita berbicara dengan satu suara apabila
berkomunikasi dengan media, penganalisis kewangan,
pelabur dan orang awam.
SEBAB
KITA MESTI BERBICARA
DENGAN SATU SUARA
Pelanggan, pelabur dan komuniti kita berhak mendapat
maklumat yang tepat, lengkap dan jelas mengenai Bemis.
Kita perlu menonjolkan Syarikat secara positif di samping
sentiasa bersikap jujur.
Rakan sekerja tertentu yang dilantik sudah dilatih khas
dan dibenarkan bercakap bagi pihak Bemis. Apabila kita
mengarahkan semua pertanyaan media kepada mereka
yang paling bersedia untuk menanganinya, kita mencegah
pemberian maklumat yang salah atau ralat daripada
disiarkan kepada umum.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MENYAMPAIKAN CERITA KITA
DENGAN CARA YANG BETUL
Jika kita dihubungi dengan soalan atau permintaan dari
luar Bemis dan kita tidak diberi kuasa untuk membalas
semua soalan itu, kita melindungi reputasi kita dengan
• menjawab secara sopan dan profesional yang kita tidak
dibenarkan membantu, tetapi kita akan menghubungi
pihak yang bertanya dengan seseorang yang boleh
membantu
• merujuk semua pertanyaan luar, sekiranya sesuai, kepada
Pengarah Hubungan Pelabur
Hubungi Hubungan Pelabur untuk arahan
lanjut berkenaan dengan maklumat lanjut
tentang dasar komunikasi luar kita.
46
Kod Kelakuan Bemis 2015©
PENGURUSAN
KRISIS
CARA
KITA CEMERLANG
Sebagai sebuah syarikat, kita memikul tanggungjawab kita
semasa senang dan mencabar, sentiasa ada rancangan untuk
menjaga orang kita, komuniti kita dan pengguna kita.
SEBAB
PERKARA
Walaupun dengan komitmen berterusan dan penuh
tenaga kita pada keselamatan produk dan tempat kerja
serta tanggungjawab alam sekitar, kita jangan sekalikali berasa puas hati. Kita mesti bersedia sepenuhnya
untuk kejadian krisis, tanpa mengira sekecil mana
kebarangkalian kejadian itu. Oleh itu, kita komited
pada persediaan kecemasan dan pelaksanaan
rancangan pengurusan krisis, jika ia dibuktikan
perlu. Kemampuan kita bertindak dengan pantas
dan menyelaras dengan pihak lain boleh melakukan
perbezaan yang besar pada kesejahteraan pekerja kita,
pelawat, komuniti tempatan dan pengguna dalam
pasaran.
Kita boleh memainkan peranan kita dengan
KEPENTINGAN SENTIASA
BERSEDIA
YANG KITA LAKUKAN JIKA
MENGHADAPI KRISIS
• menonjolkan diri dan bertanggungjawab jika kita
memegang peranan kepimpinan
• mengesyorkan tindakan berdasarkan nilai utama
Bemis dan pengajaran daripada pihak lain yang
mengalami situasi yang serupa
• mengakui tanggungjawab kita
• berkomunikasi dengan empati dan kejelasan dengan
mereka yang terjejas disebabkan situasi tersebut
• melayan semua orang dengan penuh hormat
• bekerja dengan rakan niaga yang berkaitan untuk
menyelesaikan situasi dengan pantas dan selamat
Rujuk tab Bersikap Tabah (Be Resilient)
dalam laman Pengurusan Risiko Global
intranet kita untuk maklumat lanjut
tentang pengurusan krisis. Anda juga boleh
menghubungi kumpulan Pengurusan Risiko
Global.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
47
MELINDUNGI ASET
DAN MAKLUMAT KITA
CARA
KITA CEMERLANG
Kita menjaga aset Bemis kerana semua aset ini adalah asas
binaan masa hadapan kita. Semua aset kita membantu kita
berkhidmat kepada pelanggan kita dengan lebih baik dan
mencipta nilai untuk pemegang saham kita.
SEBAB
ASET KITA MUSTAHAK UNTUK
MASA HADAPAN KITA
Aset Bemis adalah hasil kerja keras semua pekerja
kita pada masa lepas dan masa kini. Keuntungan dan
pertumbuhan mampan jangka panjang Syarikat kita
memerlukan kita melindungi dan menggunakan aset
kita dengan bijak. Kita semua bertanggungjawab, dalam
lingkungan skop peranan individu kita, memastikan kita
melindungi aset kita yang paling penting, iaitu reputasi
Bemis. Kita juga mesti melindungi aset lain kita daripada
kehilangan, kerosakan, pembaziran dan penggunaan
tidak wajar.
Aset datang dalam pelbagai bentuk. Cara kita
melindunginya berbeza, bergantung pada jenis aset dan
peranan khusus kita.
Aset ¿]ikal termasuk peralatan pejabat, perabot,
jentera pengeluaran, bahan kimia, peralatan gudang dan
telefon bimbit. Tanah, bangunan pejabat dan kemudahan
pembuatan tempat kita beroperasi juga adalah aset
¿zikal kita.
Aset maklumat termasuk semua data yang disimpan
dalam fail dan pelayar kita. Maklumat ini adalah penting
untuk operasi harian bisnes kita dan untuk pertumbuhan
berterusan Syarikat.
48
Kod Kelakuan Bemis 2015©
intelek, reka bentuk, hak cipta, tanda dagangan, paten
dan rahsia dagangan kita. Semua aset ini membantu kita
memacu inovasi dan penambahbaikan.
Aset kewangan termasuk wang dan sebarang benda
yang boleh diubah menjadi, atau menghasilkan wang,
seperti saham, bon, pinjaman dan deposit.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MELINDUNGI ASET KITA
Kita memelihara nilai aset kita dengan
• mengambil semua langkah yang munasabah bagi
memastikan aset Syarikat tidak dirosakkan, disalah guna,
dibazirkan, hilang atau dicuri
• menunjukkan penilaian baik dalam penggunaan sistem
maklumat dan komunikasi, serta data elektronik yang
disimpan, diproses atau dihantar
• sentiasa mengendalikan dana Syarikat secara jujur,
bertanggungjawab dan menurut dasar Bemis
• melaporkan dengan segera sebarang penyalahgunaan aset
Syarikat kepada wakil HR tempatan, Perundangan dan
Pematuhan atau Compliance Connection Line
• tidak sekali-kali mengeluarkan harta kepunyaan Syarikat
dari kemudahan Bemis untuk kegunaan peribadi
• tidak sekali-kali membenarkan individu tanpa kebenaran,
termasuk rakan dan keluarga, untuk menggunakan aset
Syarikat
Maklumat Sulit dan Proprietari
Maklumat sulit bisnes dan harta intelek kita adalah aset
bisnes penting yang membezakan kita daripada pesaing.
Kita mesti melindunginya daripada pendedahan yang
tidak dibenarkan atau penyalahgunaan.
Kejayaan berterusan kita dalam membangunkan produk
dan perkhidmatan baharu, menarik pelanggan baharu
dan mengekalkan kelebihan saing kita bergantung
pada setiap kita memainkan peranan untuk melindungi
maklumat dan pengetahuan sulit Bemis.
Kita melakukannya dengan
• hanya berkongsi maklumat sulit dan proprietari dengan
pekerja yang dibenarkan serta mempunyai keperluan
bisnes sah untuk mengaksesnya
Apakah Beberapa Contoh
Maklumat Sulit?
Maklumat sulit bisnes termasuk
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
• memastikan keselamatan dokumen, data dan peranti
dengan langkah-langkah ¿zikal yang berkesan, di
samping kata laluan dan penyulitan
maklumat proprietari, seperti reka bentuk industri dan
formula bahan kimia
rahsia dagangan, tanda dagangan dan harta intelek lain
maklumat kewangan bukan umum (termasuk penentuan
harga) dan unjuran
rancangan pemasaran dan produk baharu
senarai pelanggan dan pembekal
maklumat dan idea penyelidikan serta pembangunan
proses pembuatan
maklumat pemerolehan
maklumat berkaitan dengan perolehan, pelaburan dan
penyahlaburan yang berpotensi
pendapat undang-undang dan hasil kerja peguam
Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk
maklumat lanjut tentang cara bersesuaian
untuk melindungi aset Syarikat kita.
• tidak membincangkan hal sulit di tempat awam, seperti
lif, kereta api dan restoran
• tidak menyebabkan maklumat sulit berpotensi dilihat
oleh orang lain (seperti menggunakan komputer riba
untuk urusan kerja semasa penerbangan atau mengakses
maklumat melalui rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat)
Pengurusan Rekod
Kita mengurus rekod dan maklumat kita dengan
berkesan kerana kita memahami perbuatan itu
meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan risiko
dan menyokong budaya berprestasi tinggi kita.
• memastikan hanya orang yang dibenarkan mengakses
kemudahan Syarikat
Selain mengurus akses kepada rekod dan maklumat
yang diperlukan untuk menjalankan bisnes kita,
program pengurusan rekod dan maklumat berkesan
membantu kita memenuhi syarat perundangan untuk
mengekalkan dokumen bagi tempoh masa tertentu.
• mengiringi semua pelawat kawasan Syarikat dan tidak
membenarkan mereka memasuki kawasan larangan
• melaporkan sebarang kemungkinan pencerobohan
keselamatan supaya ia boleh ditangani dengan segera
dan wajar
Kita mengurus rekod kita secara berkesan dengan
•
mengenal pasti, mengekalkan, melindungi dan
menghapuskan rekod menurut jadual waktu
pengekalan rekod Syarikat
•
memastikan rekod mudah diakses dan dikekalkan
dalam persekitaran tersusun dan selamat
•
tidak sekali-kali secara berpilih mengedit atau
membuang rekod yang belum memenuhi syarat
pengekalan, atau mengarahkan orang lain untuk
melakukannya
•
mematuhi sebarang pemeliharaan dokumen atau notis
"pegang" yang diterima daripada Perundangan dan
Pematuhan
•
menyediakan rekod lengkap dan tepat dengan
segera jika diminta sehubungan dengan audit atau
penyiasatan
Bagaimana Jika...?
S. Salah seorang rakan sekerja saya meminta sedikit
maklumat mengenai inisiatif baharu yang belum
diumumkan oleh Syarikat. Bolehkah saya kongsikan
maklumat ini jika dia bersetuju untuk tidak
membincangkannya dengan sesiapa?
J. Anda boleh berkongsi maklumat itu hanya jika rakan
sekerja anda memerlukannya untuk menjalankan
tugas dan sudah diberi kebenaran untuk menerimanya.
Kerahsiaan program baharu khususnya penting kerana
kita perlu menjaganya daripada kebocoran maklumat
yang boleh disedari oleh pesaing. Kita mesti tegas
mematuhi dasar berkenaan dengan rancangan, inovasi,
pelaburan dan maklumat sulit kita yang lain.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
49
Apakah Yang Dikatakan
Rekod Syarikat?
Penggunaan Bersesuaian
Sistem Maklumat dan
Komunikasi
Rekod Syarikat boleh termasuk
•
•
•
•
•
•
•
surat-menyurat, termasuk memorandum, surat, e-mel
(termasuk lampiran), siaran media sosial dan mesej
pesanan teks
dasar dan prosedur
invois dan pesanan belian
kontrak
laporan, analisis, formula, jadual waktu, jadual,
pembentangan dan model kewangan
fail personel
laporan pengeluaran
Sistem serta peranti maklumat dan komunikasi
kita bertujuan untuk membantu kita mencapai
matlamat bisnes kita. Kita mesti menggunakan dan
melindunginya secara bertanggungjawab.
Sistem serta peranti maklumat dan komunikasi Bemis
adalah aset berharga yang membantu kita dalam
pelaksanaan strategi kita. Ia adalah penting untuk
menyedari kesensitifan dan nilai maklumat yang
diproses, dihantar atau disimpan oleh semua sistem
dan peranti ini. Kita mesti menggunakan semua aset
ini secara bertanggungjawab supaya ia boleh terus
beroperasi dengan tepat dan selamat, tanpa kerosakan
atau kehilangan.
Rujuk Dasar Pengurusan Rekod kita untuk
perincian lanjut tentang pengurusan rekod
yang betul.
Sistem dan peranti Syarikat, seperti komputer, telefon,
pencetak dan peranti penyalin, disediakan untuk
kegunaan bisnes. Kadang kala, kegunaan peribadi
diperlukan. Ini dibenarkan selagi ia munasabah,
dihadkan dan secara sampingan. Sebagai perlindungan
berterusan untuk semua sumber ini, Bemis memelihara
hak untuk memantau penggunaannya, sepertimana
yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan.
Kawalan Dalaman
Kita memahami dan menghormati keperluan mematuhi
kawalan dalaman Syarikat. Semua kawalan ini direka
bentuk untuk menggalakkan kecekapan, memastikan
pelaporan kewangan yang dipercayai dan membantu
kita mematuhi undang-undang.
Kawalan dan prosedur dalaman ditetapkan untuk
melindungi Bemis, pihak berkepentingan kita,
pelanggan kita dan orang lain. Semuanya dimantapkan
untuk mengurangkan risiko bisnes kita, terutamanya
mencegah penipuan, mengesan dan meminimumkan
ralat, menggalakkan kecekapan operasi serta mencapai
pematuhan dasar Syarikat dan undang-undang.
Kita mengekalkan integriti kewangan kita dengan
Kita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara bertanggungjawab dengan
•
memastikan hanya pengguna dibenarkan mempunyai
akses kepada perkhidmatan rangkaian dan komputer
Bemis, seperti intranet, aplikasi e-mel dan direktori fail
rangkaian kita
•
•
beroperasi dalam rangka kerja sebarang kawalan
dalaman yang diguna pakai pada tugas kita yang
tertentu
memberi akses kepada pengguna yang dibenarkan
dengan sistem dan data yang diperlukan sahaja kepada
untuk melakukan tugas mereka
•
•
tidak sekali-kali memintas kawalan dalaman, walaupun
perbuatan itu mungkin kelihatan tidak berbahaya atau
dapat menjimatkan masa
melindungi ID pengguna dan kata laluan kita dengan
menukarnya secara kerap dan tidak sekali-kali
berkongsi kata laluan dengan orang lain
•
memastikan peralatan komputer selamat dan dipelihara
pada sepanjang masa, di dalam atau di luar premis
Bemis, termasuk komputer riba, telefon pintar dan
peranti simpanan
•
memastikan sebarang data Syarikat yang disimpan dalam
media boleh alih disimpan dengan selamat, dan hanya
menggunakan media yang disediakan oleh Syarikat
•
tidak sekali-kali membuka lampiran e-mel yang
mencurigakan atau mengikut hiperpautan yang
meragukan
•
mengelakkan aktiviti yang tidak sesuai dalam
sistem komputer Syarikat, seperti mengakses atau
mewujudkan kandungan yang menjelikkan atau ¿tnah
•
tidak menyalahgunakan kemudahan telefon, komputer,
pencetak, peranti penyalin dan lebar jalur rangkaian
Syarikat untuk kegunaan peribadi terhad, penggunaan
sebegitu perlu bersifat sampingan, tidak kerap dan
dibenarkan di bawah dasar Syarikat tempatan
•
melaporkan sebarang kebimbangan dengan serta-merta
kepada Audit Dalaman, Perundangan dan Pematuhan
atau Compliance Connection Line, terutamanya jika
kita menyedari kawalan atau prosedur dalaman tertentu
sudah dipintas atau dibatalkan
Hubungi Audit Dalaman untuk perincian
lanjut tentang kawalan dalaman Bemis.
50
Kod Kelakuan Bemis 2015©
•
mengehadkan penggunaan peranti tanpa wayar peribadi
kita semasa waktu bekerja untuk mengelakkan kesan
buruk pada produktiviti
Bagaimana Jika...?
S. Anak lelaki saya yang berusia sepuluh tahun suka
menelefon saya setiap petang selepas dia pulang dari
sekolah untuk berkongsi cerita mengenai harinya. Adakah
saya dibenarkan bercakap dengannya menggunakan
telefon Syarikat?
J. Kami memahami bahawa komunikasi ada kalanya dengan
rakan-rakan dan orang tersayang mungkin diperlukan
semasa anda di tempat kerja. Panggilan, pesanan teks
atau e-mel ringkas secara tidak kerap tidak menimbulkan
masalah. Anda perlu menggunakan pertimbangan
baik berkenaan dengan panggilan telefon, pesanan
teks dan e-mel peribadi semasa bekerja. Pastikan ia
tidak mengganggu kerja anda atau perhatian rakan
sekerja anda.
Rujuk Dasar Teknologi Maklumat dalam
bahagian Dasar Korporat Bemis di intranet
kita untuk maklumat lanjut tentang
penggunaan sistem komunikasi dan
maklumat yang wajar.
Perdagangan Orang Dalam
Kita tidak sekali-kali menggunakan atau berkongsi
maklumat material bukan umum mengenai Bemis
atau sesebuah syarikat lain bagi tujuan membeli atau
menjual sekuriti.
Sepanjang tempoh kerja kita, kita mungkin ada akses
pada maklumat yang tidak diketahui umum. Sama ada
maklumat itu kepunyaan Bemis atau entiti lain, kita
berhati-hati untuk memelihara reputasi kita sebagai
syarikat yang boleh dipercayai untuk melindungi
maklumat yang diamanahkan kepada kita. Ini diguna
pakai terutamanya pada maklumat material bukan
umum mengenai Bemis atau syarikat lain, termasuk
pelanggan dan rakan niaga kita.
Maklumat material bukan umum ialah maklumat yang
kita ketahui tetapi belum disiarkan kepada umum.
Seorang pelabur yang ber¿kiran waras akan menganggap
maklumat ini penting dalam memutuskan sama ada
hendak menjual atau membeli saham. Perdagangan
orang dalam berlaku apabila individu menggunakan
"maklumat dalaman" ini untuk kelebihan peribadi,
untuk mengelakkan kerugian dalam pasaran saham atau
untuk berkongsi supaya orang lain melakukan tindakan
yang sama. Perdagangan orang dalam adalah jenayah
serius yang membawa hukuman denda berat sehingga
hukuman penjara.
•
Kita boleh membantu menghalang perdagangan orang
dalam dan penyalahgunaan pasaran dengan tidak sekalikali membeli, menjual atau sebaliknya berurusan dengan
saham di Bemis, atau sebarang syarikat yang didagangkan
di bursa saham, apabila memiliki maklumat dalaman
•
tidak sekali-kali menjual atau membeli saham sehingga
maklumat dalaman mengenai syarikat berkaitan atau
sekuritinya disediakan kepada umum dan pelabur sudah
berpeluang menilai maklumat itu
•
tidak mendedahkan maklumat dalaman kepada sesiapa
di luar Bemis, termasuk ahli keluarga, saudara-mara atau
rakan-rakan
•
hanya berkongsi maklumat dalaman dengan rakan
sekerja setakat yang diperlukan
•
berhati-hati melindungi maklumat dalaman daripada
pendedahan tidak sengaja
•
mengelakkan kelihatan seperti berdagang atas maklumat
dalaman dengan menolak untuk melibatkan diri dalam
jualan singkat, jualan dan belian pilihan atau terbitan
lain pada saham Bemis
•
tidak melibatkan diri dalam "memberi maklumat",
iaitu menyampaikan maklumat material bukan umum
secara langsung atau tidak langsung, mengenai sebarang
syarikat kepada sesiapa yang mungkin berdagang,
apabila memiliki maklumat sebegitu
•
tidak sekali-kali menggalakkan orang lain berdagang
menggunakan maklumat dalaman
•
tidak sekali-kali menyebarkan maklumat palsu atau
melakukan sebarang perkara yang memanipulasi harga
sekuriti yang didagangkan di bursa saham
Bagaimana Jika...?
S. Pelaburan bapa saya terjejas teruk dalam krisis kewangan
global. Dia bertanya saya jika dia patut membeli
saham Bemis. Saya berasa tindakan itu benar-benar
boleh membantunya, terutamanya memandangkan
kita menjangka pelancaran produk akan datang untuk
meningkatkan harga saham. Bolehkah saya memberitahu
bapa saya mengenai pelancaran produk itu?
J. Jangan sebut tentang pelancaran produk itu. Ia adalah
maklumat material bukan umum yang boleh memberi bapa
anda kelebihan perdagangan yang tidak adil. Perkongsian
maklumat itu adalah salah di sisi undang-undang. Beritahu
bapa anda, memandangkan anda ialah pekerja Bemis, anda
tidak boleh memberi maklumat yang boleh menggalakkan
atau menghalang sesiapa berurus niaga saham syarikat itu.
Minta dia merujuk pada bahagian Hubungan Pelabur dalam
laman web kita yang mengandungi berita kewangan dan
korporat mengenai syarikat. Dia juga boleh menghubungi
Hubungan Pelabur jika ingin mengajukan soalan khusus.
Rujuk Dasar Pendedahan Maklumat dan
Perdagangan Sekuriti kita untuk maklumat
lanjut tentang peraturan berkaitan dengan
perdagangan.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
51
MELINDUNGI
ALAM SEKITAR
CARA
KITA CEMERLANG
Di Bemis, kita memikul tanggungjawab untuk
meminimumkan kesan operasi kita pada
alam sekitar. Kita melakukan perkara ini
melalui penambahbaikan berterusan dalam
kemampanan produk dan pengurusan teliti
proses pembuatan kita.
52
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
KITA MELAKUKAN PERKARA
YANG BETUL
UNTUK ALAM SEKITAR
Kita komited dengan menerajui tanggungjawab pada
alam sekitar. Kita memahami bahawa operasi dan aktiviti
kita ada memberi kesan pada alam sekitar dan kita
berusaha meminimumkan kesan ini dengan pelbagai
cara. Contohnya, kita bangga dengan inovasi kita dalam
rekaan pembungkusan mampan yang memelihara produk
pelanggan lebih lama dengan menggunakan bahan yang
lebih sedikit.
Kita bekerja keras mengurangkan sumber dengan membina
pembungkusan lebih kuat, lebih ringan dan lebih padat yang
mengurangkan keperluan pengangkutan dengan trak serta
mengurangkan juga penggunaan bahan mentah, bahan
bakar, elektrik dan air. Kita juga mencari peluang bekerja
dengan pelanggan dan rakan niaga yang berkongsi visi
kami untuk menghasilkan rekaan pembungkusan dan
proses pengeluaran yang lebih mampan.
Kita melakukan pendekatan strategik bagi pengawasan
alam sekitar kita. Setiap kita berperanan mengekalkan
komitmen kita, memikirkan idea baharu dan membantu
mencapai matlamat kemampanan kita.
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MELINDUNGI PLANET BUMI
Bagaimana Jika...?
S. Saya bekerja dalam barisan pengeluaran salah satu
kilang pembungkusan produk penjagaan kesihatan kita.
Saya bukan pakar proses bisnes, tetapi tidak lama dahulu
saya mengesan peluang untuk melakukan pembetulan
kecil pada salah satu proses yang boleh mencegah
pembaziran bahan. Saya menyebut perkara ini kepada
penyelia syif saya, dan dia memberitahu saya bahawa
dia akan menyampaikan cadangan saya, tetapi dia tidak
pernah membuat susulan. Apabila saya mengingatkan
dia baru-baru ini, dia menyuruh saya kembali bekerja dan
"serahkan kerja menyelamatkan planet kepada pakar."
Saya berasa kecewa. Patutkah saya membiarkan sahaja
perkara ini?
J. Apabila menyentuh tentang penambahbaikan bisnes
kita dan menjadikannya lebih mampan, idea hebat boleh
muncul dalam ˗kiran sesiapa di antara kita pada bila-bila
masa. Kita perlu berasa berkuasa untuk mengetengahkan
idea kita tanpa mengira peranan. Kita patut sekurangkurangnya menyebabkan idea itu dipertimbangkan.
Tingkah laku penyelia anda dalam kes ini tidak boleh
diterima dan tidak selari dengan nilai Bemis. Anda perlu
pertimbangkan untuk menyuarakan idea anda melalui
saluran lain yang bersesuaian, seperti wakil HR tempatan
anda atau Penyelidikan dan Pembangunan korporat.
Rujuk laman Alam Sekitar, Kesihatan dan
Keselamatan dalam intranet kita untuk
maklumat lanjut.
Kita menyumbang kepada amalan mampan Syarikat kita
dengan
• mematuhi semua undang-undang alam sekitar dan dasar
Syarikat yang berkenaan
• melaporkan sebarang tumpahan, kebocoran, atau aliran
secara tidak sengaja kepada wakil Keselamatan tempatan
atau menghubungi Talian Kecemasan Krisis Bemis di
1-855-236-4791 (A.S. dan Kanada) atau 1-612-672-8000
(Global)
• mengikuti prosedur dan rancangan Syarikat untuk
pengurusan sisa buangan dan mengitar semula bagi
mencapai matlamat tahun 2020 kita iaitu sifar sisa
buangan ke kambus tanah
• mengambil langkah kecil yang praktikal setiap
hari, seperti menutup lampu yang tidak digunakan,
menetapkan suhu termostat yang bersesuaian dan tidak
membiarkan enjin kenderaan melahu, untuk memotong
pengeluaran haba dan mengurangkan penggunaan air,
bahan bakar dan elektrik kita
Kod Kelakuan Bemis 2015©
53
MENYERTAI
PROSES POLITIK
CARA
KITA CEMERLANG
Kita menggalakkan penyertaan aktif dalam
proses politik yang boleh membawa perbezaan
positif dalam hidup kita dan komuniti kita.
Sebagai syarikat, kita berhubung secara membina
dengan semua kerajaan di semua rantau tempat
kita beroperasi.
54
Kod Kelakuan Bemis 2015©
SEBAB
SUARA KITA MEMBAWA
PERBEZAAN
Kita percaya bahawa proses politik yang terbuka dan
teguh menghasilkan masyarakat yang lebih adil, cekap
dan produktif. Kita menyokong hak setiap pekerja untuk
menyuarakan kepercayaan peribadinya dan secara aktif
menyertai proses politik.
Kita tidak sepatutnya menggunakan waktu kerja
atau sumber Syarikat untuk aktiviti politik peribadi.
Kita tidak mahu orang lain memikirkan yang Bemis
menyokong perjuangan peribadi kita kerana ini boleh
merosakkan jenama dan reputasi kita.
Peraturan yang mentadbir urus sumbangan politik
badan korporat jauh berbeza di antara negara. Di
mana sahaja kita menjalankan bisnes, kita akan
bekerja dengan Perundangan dan Pematuhan untuk
memastikan kita mematuhi undang-undang pilihan raya
dan kewangan kempen tempatan. Jika kita berhubung
dengan penggubal undang-undang atau agensi kerajaan,
kita akan betul-betul mematuhi undang-undang melobi
dan tidak sekali-kali cuba "membeli pengaruh."
PERKARA
YANG KITA LAKUKAN UNTUK
MENGGUNAKAN HAK SIVIK
DAN POLITIK KITA
Sama ada kita menyertai proses politik sebagai individu
atau sebagai syarikat, atau berhubung dengan kerajaan,
ada piawai tertentu yang kita mesti ikuti. Contoh khusus
disebut di bawah.
Bagaimana Jika...?
S. Saya sedang menjalankan kempen calon untuk gabenor
di negeri tempat tinggal saya. Bolehkah saya membuat
salinan poster kempen menggunakan mesin penyalin
Syarikat?
J. Walaupun kita menggalakkan pekerja untuk aktif dalam
hal ehwal sivik, semua penglibatan sebegitu mesti
dibuat hanya dalam waktu peribadi dan menggunakan
perbelanjaan peribadi. Penggunaan sebarang peralatan,
kemudahan, telefon atau dana pejabat tidak dibenarkan.
Aktiviti Politik Korporat
Sebagai syarikat, kita sentiasa mematuhi undang-undang
pilihan raya dan kewangan kempen politik tempatan,
negeri dan kebangsaan.
Kita melakukannya dengan
• tidak membuat sebarang sumbangan atau perbelanjaan
politik secara langsung atau tidak langsung bagi
pihak Bemis tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh
Perundangan dan Pematuhan
• tidak menggunakan kemudahan korporat untuk aktiviti
mengumpul dana semasa waktu bekerja
Melobi
Kita tidak sekali-kali menggunakan cara tidak
betul dalam cubaan mempengaruhi agensi, wakil
atau penggubal undang-undang kerajaan untuk
mengeluarkan hasil yang berpihak pada Bemis.
Walaupun melobi adalah aktiviti sah di sisi undangundang untuk mencapai perubahan politik dan sivik, ia
mesti sentiasa dilakukan menurut undang-undang yang
berkenaan.
Kita melakukannya dengan
Aktiviti Politik Peribadi
Setiap daripada kita berhak untuk menyertai proses
politik dan melibatkan diri dalam aktiviti sivik, termasuk
memegang jawatan politik.
Apabila mengambil bahagian dalam aktiviti politik,
anda mesti
• menerangkan dengan jelas bahawa pandangan dan
tindakan politik anda adalah bersifat peribadi dan tidak
berkaitan dengan Syarikat
• melakukannya di luar waktu pejabat, di luar pejabat dan
menggunakan perbelanjaan sendiri
• memaklumkan Perundangan dan Pematuhan jika
anda memutuskan untuk bertanding jawatan politik,
bagi mengelakkan sebarang kemungkinan konÀik
kepentingan
• mematuhi semua syarat pelaporan dan peraturan yang
berkenaan tentang pendedahan umum, hanya jika kita
ada kebenaran untuk meluluskan aktiviti melobi bagi
pihak Bemis
• mendapatkan kebenaran untuk berhubung dengan
penggubal undang-undang, pegawai kawal selia kanan,
pegawai cawangan eksekutif atau staf mereka bagi
pihak Syarikat
Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk
maklumat lanjut mengenai aktiviti melobi dan
politik yang betul.
Kod Kelakuan Bemis 2015©
55
MENJALANKAN
BISNES DI PERINGKAT
GLOBAL
CARA
KITA CEMERLANG
Sebagai syarikat yang menjalankan bisnes di peringkat global,
Bemis komited dalam mematuhi semua undang-undang
berkenaan yang mentadbir urus dagangan antarabangsa.
SEBAB
PERKARA
KITA MESTI BERDAGANG YANG KITA LAKUKAN
SECARA BERHATIϱHATI
Kita beroperasi di peringkat global. Oleh itu, kita
tertakluk pada undang-undang mentadbir urus
perdagangan antarabangsa yang kompleks dan pelbagai
antara satu kawasan bidang kuasa dengan yang
lain. Semua undang-undang ini boleh menjejaskan
kemampuan kita menjual dan mengeksport produk kita
di samping mengimport bahan mentah.
Dari semasa ke semasa, keselamatan nasional, keadaan
politik dan pertimbangan ekonomi boleh menyebabkan
kerajaan dan organisasi antarabangsa untuk mengenakan
sekatan dagangan merangkumi negara, organisasi dan
individu tertentu. Semua had ini boleh termasuk embargo
atau boikot dagangan, larangan perjalanan, pembekuan
aset dan larangan pemindahan tunai atau teknologi.
Pelanggaran kawalan import eksport, sekatan dagangan
dan boikot boleh mengakibatkan denda berat, penarikan
balik permit atau sehingga hukuman penjara. Mematuhi
semua undang-undang ini bermakna kita bukan sekadar
melindungi Bemis, malah kita menjadi dunia yang lebih
selamat.
UNTUK MEMATUHI
PERATURAN DAGANGAN
Kita memahami dengan teliti serta memenuhi
tanggungjawab kita dengan
• tidak sekali-kali mengambil, memasarkan atau
mengedarkan sesuatu merentas sempadan antarabangsa
tanpa mengetahui terlebih dahulu implikasi kawal selia
• menurut dasar dan prosedur Syarikat yang direka bentuk
untuk menangani peraturan dagangan
• tidak secara sengaja memasarkan, menjual atau
menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang berada
dalam senarai sekatan atau embargo A.S., EU atau negara
lain yang berkenaan
• mematuhi semua larangan kontrak atau statutori
berkenaan dengan pihak yang dibenarkan untuk
mengakses maklumat pelanggan
• menjalankan penilaian risiko dan pemeriksaan usaha
wajar terhadap organisasi pihak ketiga yang kita rancang
untuk bekerjasama menjalankan bisnes
• melaporkan kepada Perundangan dan Pematuhan
jika mana-mana pelanggan, pembekal atau pihak lain
mengajak kita menyertai rancangan boikot
Maklumat lanjut mengenai peraturan
dagangan antarabangsa boleh didapati dengan
menghubungi kumpulan Pematuhan Dagangan
Global.
56
Kod Kelakuan Bemis 2015©
MAKLUMAT HUBUNGAN GLOBAL
UNTUK COMPLIANCE CONNECTION
LINE KITA
Compliance Connection Line kita menawarkan cara sulit untuk menjawab soalan anda mengenai
Kod Kelakuan Bemis, menjawab kebimbangan anda tentang membuat keputusan beretika atau melaporkan
pelanggaran Kod.
Gunakan Compliance Connection Line dengan memfailkan laporan melalui Web
(www.complianceconnection.bemis.com) atau menghubungi nombor yang sepadan dengan lokasi anda di bawah.
Semua pilihan ini disediakan untuk anda 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Untuk Berhubung melalui Telefon:
Argentina .........................................................................................................................................00 800 1777 9999
Australia ...........................................................................................................................................0011 800 1777 9999
Belgium ............................................................................................................................................00 800 1777 9999
Brazil ................................................................................................................................................0021 800 1777 9999
Chile .................................................................................................................................................1230 020 3559
China (semua pembawa) .................................................................................................................00 400 120 3062
Czech (panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan) ............................................................. +1 720 514 4400
Denmark .........................................................................................................................................00 800 1777 9999
Finland ............................................................................................................................................990 800 1777 9999
Perancis (termasuk Andorra, Corsica dan Monaco) ....................................................................... 00 800 1777 9999
Jerman .............................................................................................................................................00 800 1777 9999
Hong Kong .......................................................................................................................................001 800 1777 9999
Ireland..............................................................................................................................................00 800 1777 9999
Itali ...................................................................................................................................................00 800 1777 9999
Jepun ...............................................................................................................................................001 800 1777 9999
Malaysia ...........................................................................................................................................00 800 1777 9999
Mexico ..............................................................................................................................................001 866 376 0139
New Zealand ....................................................................................................................................00 800 1777 9999
Norway .............................................................................................................................................00 800 1777 9999
Poland .............................................................................................................................................00 800 111 3819
Singapura .........................................................................................................................................001 800 1777 9999
Sepanyol (termasuk Kepulauan Canary) ........................................................................................ 00 800 1777 9999
Sweden ............................................................................................................................................00 800 1777 9999
Switzerland (termasuk Lichtenstein) .............................................................................................. 00 800 1777 9999
United Kingdom (termasuk England, Scotland, Ireland Utara dan Wales) .................................. 00 800 1777 9999
Amerika Syarikat (termasuk Kepulauan US Virgin, Puerto Rico dan Guam) ............................... 800 461 9330
Uruguay (panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan)......................................................... +1 720 514 4400
Jika negara anda tidak disenaraikan di atas, sila rujuk laman web (www.complianceconnection.bemis.com)
sekiranya ada pilihan panggilan bebas tol disediakan. Ataupun, anda boleh menggunakan nombor +1 720 514 4400 untuk
panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan. Bantuan operator mungkin diperlukan dan caj tempatan mungkin dikenakan.
Untuk Berhubung Melalui Web:
www.complianceconnection.bemis.com
Cara Lain untuk Berhubung:
Anda juga boleh menghubungi Pasukan Integriti Bisnes dan Pematuhan melalui salah satu cara berikut:
• E-mel: [email protected]
• Telefon: 920 527 5668
• Alamat: Pasukan Integriti Bisnes dan Pematuhan
Bemis Company, Inc.
One Neenah Center
PO Box 669
Neenah, WI 54957
bemis.com