15th Edis - Pos Malaysia

Transcription

15th Edis - Pos Malaysia
02
Dari Meja Editor
isi kandungan
DARI MEJA EDITOR ............................................................... 02
SUDUT KORPORAT
POS MALAYSIA SERTAI SMIDEX 2007 ................................... 03
KOLEKSI SETEM MENARA JAM YANG BERSEJARAH DI
MALAYSIA .............................................................................. 03
PROGRAM ‘DIRECT MARKETING SESSION’ BERSAMA
POS MALAYSIA ...................................................................... 04
SUDUT POS
IBU PEJABAT ........................................................................ 05
SELANGOR ........................................................................... 05
- PAMERAN SETEM DAN FILATELI
PERAK ................................................................................... 05
- LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA KINDER JOY KE KAUNTER
PEJABAT POS PERAK
IBU PEJABAT ........................................................................ 06
PULAU PINANG .................................................................... 06
- KURSUS JURUAUDIT KUALITI DALAMAN IS0 9001:2000
- PROGRAM HARI ICT
PAHANG ................................................................................ 06
- MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA
- KEMPEN ‘MOBILE CROSS-SELLING’
- PROGRAM MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK POS
SABAH ................................................................................... 06
- AKTIVITI PAMERAN /JUALAN SSHP TAHUN MELAWAT
MALAYSIA 2007
SUDUT KHAS
PELANCARAN KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV DI
SELANGOR ............................................................................ 07
MASKOT KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV ............ 07
PERTANDINGAN BAKAT SENI POS 2007 .............................. 08
PERTANDINGAN KOIR ........................................................... 08
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA KALI
KE-2 “RED & BLUE” ............................................................... 08
SUDUT SETEM & FILATELI .................................................. 10
- SETEM UNIK BERTEMAKAN SPESIES KATAK DI MALAYSIA
- SETEM-SETEM MEMAPARKAN PENGANGKUTAN UDARA YANG
MEMBENTUK INDUSTRI PENERBANGAN MALAYSIA
- CERITA TRADISIONAL KANAK-KANAK DIPAPARKAN DALAM
SETEM DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA
AMANAH DIJUNJUNG, PENGORBANAN DISANJUNG ...... 11
SUDUT JAPENI
IBU PEJABAT ........................................................................ 12
- KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- PROGRAM SINAR ZOHOR
- MINGGU AMANAH SAHAM NASIONAL DI KUANTAN
JOHOR .................................................................................. 13
- SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI POS
MALAYSIA JOHOR DI MUAR
- MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI
SELANGOR
SABAH ................................................................................... 13
- PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN POS MALAYSIA
PULAU PINANG .................................................................... 13
- MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL POS MALAYSIA PULAU
PINANG
SUDUT WARGA POS
IBU PEJABAT ........................................................................ 14
- MAJLIS JASAMU DIKENANG POSMEL
PULAU PINANG .................................................................... 14
- SUMBANGAN KEPADA ENCIK SOLLEH BIN AHMAD
SELANGOR ........................................................................... 14
- SUMBANGAN IKHLAS & RASA SIMPATI WARGA KERJA POS
MALAYSIA SELANGOR
- PENGANUGERAHAN PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL
EHSAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG
KE-61 DYMM SULTAN SELANGOR TAHUN 2006
- MAJLIS PERPISAHAN/PERTUKARAN EN WAN MUHAMMAD
ZAKARIA PENGURUS SERAHAN NEGERI KE TERENGGANU
SUDUT REKREASI
JOHOR .................................................................................. 15
- PROGRAM SEHARI GOTONG ROYONG DI PEJABAT POS PARIT
RAJA SEMPENA KEMPEN KEMAS DAN BERSIH
SARAWAK ............................................................................. 15
- PERTANDINGAN SENAM ROBIK & SPORT AEROBIC
PERINGKAT KUCHING
PAHANG ................................................................................ 15
- EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2007
PERAK ................................................................................... 15
- MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN KONTINJEN PERAK
SELANGOR ........................................................................... 15
- MAJLIS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH SEMPENA KARNIVAL
SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV
SUDUT SENI
POLIS, POSMEN, KERANI, SUMBANGANMU SUATU
AMANAH ................................................................................ 16
SATU PERJALANAN ............................................................... 16
>>
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bulan Mei dan Jun telah merakamkan
pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik
terutamanya bagi seluruh kakitangan Pos
Malaysia. Ini kerana pada waktu tersebut, tiga
aktiviti yang penting telah dilaksanakan
termasuklah Karnival Sukan Pos Malaysia kali
ke-XIV yang pada tahun ini diadakan di
Selangor dan juga Pertandingan Bakat Seni
Pos, Pertandingan Koir serta Makan Malam
Tahunan Pos Malaysia bagi 2007.
Aktiviti-aktivti yang diadakan ini bertujuan
untuk memupuk semangat setiakawan,
meningkatkan daya saing melalui kegiatan
yang sihat dan positif serta mengeratkan tali
silaturrahim di kalangan kakitangan Pos
Malaysia. Kami ingin mengucapkan tahniah
kepada mereka yang telah berjaya dalam
acara-acara sukan sewaktu Karnival Sukan
Pos Malaysia ke-XIV dan juga dalam
Pertandingan Bakat Seni Pos dan
Pertandingan Koir. Kepada mereka yang
tidak berjaya, jangan putus asa, tingkatkan
keazaman, teruskan usaha dan kuatkan
semangat anda untuk mencuba lagi pada
masa hadapan. Karnival Sukan Pos Malaysia
yang seterusnya iaitu bagi kali ke-XV akan
diadakan di Negeri Kelantan Darul Naim.
Sidang Redaksi PosNet ingin mengambil
peluang ini bagi mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Merdeka kepada semua
kakitangan Pos Malaysia.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan
kepada mereka yang telah menyumbang
idea dan hasil karya kepada kami.
Sememangnya sebagai sebuah ‘keluarga’
besar, kerjasama anda dalam menjayakan
surat berita ini amatlah disanjung tinggi.
Sehubungan dengan itu, sumbangan anda
dari segi idea, maklumat, karya, cadangan,
kritikan dan sebagainya amatlah kami
harapkan bagi memastikan PosNet terus
unggul. Untuk itu, sila alamatkan segala
sumbangan anda ke:Sidang Pengarang PosNet
Bahagian Komunikasi Korporat
Tingkat 34, Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur
Tel
: 03-2267 2000
Faks
: 03-2274 5951
E-mel
: [email protected]
Akhir kata, diharapkan agar kita terus menjadi
warga kerja yang berjaya dan sehingga kita
berjumpa lagi dikeluaran PosNet yang akan
datang.
Salam Hormat.
sidang pengarang
PENASIHAT
Dato’ Idrose Mohamad
SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANG
Semua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemput
untuk menyumbang berita, rencana, aktiviti
bahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkan
di dalam PosNet. Semua sumbangan boleh dihantar
kepada:
EDITOR
Datin Rohaiza Hashim
PENGARANG
Maisara Noor Ahmad
Sidang Pengarang PosNet
Bahagian Komunikasi Korporat
Tingkat 34, Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur
Tel
: 03-2267 2000
Faks : 03-2274 5951
E-mel : [email protected]
PENYUMBANG
Nazhri Ismail, Selangor
Zawawi Abdullah, Pahang
Sirlina Jee Siew Khiuk Sarawak
Karamjit Kaur, Perak
Norziha Binti Harun, JAPENI
Norraina Md. Darus, Kuala Lumpur
Perais Bin Tiying, Sabah
Azani Che Din, Pulau Pinang
>>
SUDUT korporat
KOLEKSI SETEM MENARA JAM
YANG BERSEJARAH DI MALAYSIA
DILANCARKAN OLEH PERDANA
MENTERI MALAYSIA
Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem dan Sampul Surat
Hari Pertama bertemakan “Menara Jam – Siri II” pada 6 Jun 2007.
Koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama ini merupakan siri
kedua yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia yang menampilkan
imej menara-menara jam yang bersejarah di Malaysia. Perdana
Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah
merasmikan setem-setem tersebut sewaktu Pelancaran Rasmi
SMIDEX 2007 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC).
03
POS MALAYSIA SERTAI
SMIDEX 2007
Untuk kali kedua, Pos Malaysia telah menyertai Small and Medium
Industry Exhibition (SMIDEX) 2007, yang dikendalikan oleh
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC) dari 5 – 8 Jun 2007. Pembabitan Pos Malaysia
adalah selaras dengan inisiatif syarikat
untuk meningkatkan lebih
ramai pelanggan dikalangan
Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) serta meningkatkan
kesedaran mereka tentang
bagaimana Pos Malaysia
boleh menambah nilai kepada
perniagaan mereka. Antara
SBU dan Bahagian yang terlibat
ialah PosNiaga, PosMel,
AsiaXpress dan Bahagian Setem
dan Filateli.
PROGRAM ‘DIRECT MARKETING SESSION’ BERSAMA POS MALAYSIA
Pos Malaysia bersama Fuji Xerox Malaysia telah menganjurkan
program “Direct Marketing Session” pada 4 Julai 2007, yang
dihadiri oleh seramai kira-kira 34 orang anggota Direct Marketing
Association of Malaysia (DMAM) dan pelanggan-pelanggan
mereka.
Objektif utama Pos Malaysia
menganjurkan majlis ini adalah
untuk menjadikannya sebagai
satu platform untuk mengenali
lebih ramai ahli DMAM yang
berpontensi untuk meggunakan
mel sebagai media untuk
menyalurkan kempen pemasaran
dan jualan mereka. Di dalam majlis
ini Pos Malaysia berpeluang untuk
menerangkan dengan lebih jelas
kepada ahli-ahli DMAM inisiatif-inisiatif
terbaru Pos Malaysia di dalam
mengembangkan lagi industri ‘Direct Mail’ di Malaysia.
Untuk tujuan ini Encik Daniel Teh, pengurus Direct Mail kita telah
memberikan satu persembahan bertajuk “Not Just Paper” yang
menerangkan lebih lanjut mengenai kelebihan mel sebagai media
pengiklanan dan produk-produk mel yang boleh digunakan oleh
pelanggan untuk kempen pengiklanan dan pemasaran mereka.
Walaupun Direct Mail sangat popular di negaranegara maju, ia masih baru di Malaysia. Pos
Malaysia sebagai peneraju utama industri mel
negara sedang mengambil satu langkah aktif
untuk mengubah persepsi masyarakat
mengenai imej perkhidmatan mel yang dilihat
sebagai ‘tradisional’. Direct Mail merupakan
satu evolusi produk, di mana pelanggan
boleh menggunakan mel sebagai media
pengiklanan, yang
boleh direka dalam
pelbagai bentuk,
rupa dan jenis
material, tidak
seperti dahulu
yang hanya
dalam bentuk
mel standard
sahaja.
04
SUDUT POS
SELANGOR
PAMERAN SETEM & FILATELI
Pos Malaysia Selangor telah di jemput untuk mengadakan Pameran Setem & Filateli Sempena Program Hari Bertemu Pelanggan
Peringkat Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor 2007. Program tersebut telah diadakan pada 13 Jun 2007 di Kompleks PKNS Shah
Alam.
PERAK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA KINDER JOY KE KAUNTER PEJABAT POS PERAK
Seramai 28 kanak-kanak dari Tadika Kinder Joy telah menghadiri lawatan sambil belajar di Kaunter Pejabat Pos Perak. Kanak-kanak
tersebut telah disambut oleh Penolong Pengurus Akaun, En Mohd Suzairi bin Mohd Shuib dan Pegawai Pemasaran En Mohd Shahril bin
Mohd Ali. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak tersebut ialah aktiviti menampal setem kepada kad ucapan yang
dihasilkan sendiri sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
SUDUT POS
05
PULAU PINANG
KURSUS JURUAUDIT KUALITI DALAMAN ISO 9001:2000
Seramai 30 orang Juruaudit dari Pos Malaysia Pulau Pinang telah
menghadiri Kursus Juruaudit Kualiti Dalaman ISO 9001:2000 pada
18 – 20 Jun 2007 di Pulau Langkawi. Kurus ini telah dirasmikan
oleh Pengurus Negeri Pos Malaysia Pulau Pinang Tuan Haji Abdul
Hadi bin Hamid.
Di dalam kursus tersebut telah
diterangkan teknik-teknik
untuk membuat pengauditan
di peringkat cawangan yang
telah
mendapat
pengiktirafan dan persijilan
ISO
9001:2000.
Di samping itu juga,
semua juruaudit telah
diberi
penekanan
terhadap klausaklausa yang terdapat
didalam
Sistem
Pengurusan Kualiti
AISO 9001:2000.
PROGRAM HARI ICT
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi telah menganjurkan Hari
ICT 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Ahmad
Badawi di Kepala Batas pada 12 Mei 2007. Perasmiannya telah
disempurnakan oleh YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor,
Timbalan Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi.
Pos Malaysia juga telah
mengambil bahagian bagi
menjayakan program ini dengan
mengadakan pameran setem
dan filateli serta produk-produk
lain. Selain dari itu Pos Malaysia
juga memainkan peranan dalam
aspek
publisiti
untuk
pengetahuan dan hebahan
masyarakat melalui edaran
risalah-risalah berkaitan dengan
Hari ICT tersebut.
PAHANG
KEMPEN ‘MOBILE CROSS- SELLING’
Pelbagai usaha terus dilakukan untuk menyebarkan maklumat
tentang produk-produk pos kepada para pelanggan. Pos Malaysia
Pahang telah melancarkan Kempen ‘Mobile Cross-Selling’ siri
kedua pada 4 Jun 2007 sebagai satu lagi inisiatif untuk
mempromosikan perkhidmatanperkhidmatan yang ditawarkan
kepada para pelanggan.
Kempen kali ini dinamakan
‘Mobile Cross-Selling’ di mana
satu pelekat khas membariskan
produk-produk utama Pos
Malaysia ditampalkan kepada
semua motosikal serahan di
negeri ini. Petugas-petugas
serahan yang memandu
kenderaan ini akan mempunyai
akses kepada lebih 200,000
‘point’ serahan di seluruh negeri
dan mempamerkan barisan
produk-produk tersebut kepada
penduduk di negeri Pahang.
PROGRAM MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK POS
Pos Malaysia Pahang melangsungkan pertandingan
mewarna siri-siri setem yang pernah
dikeluarkan oleh Pos Malaysia
Berhad. Pertandingan tersebut
telah dianjurkan bersama
dengan Persatuan Tadika
Kuantan pada 17 Jun 2007
bertempat di Kompleks Kuantan
Parade.
Seramai 500 orang kanak-kanak
yang terdiri dari pelajar-pelajar
sekolah dari pelbagai peringkat umur
dengan diiringi oleh ibubapa dan
penjaga masing-masing telah
mengambil bahagian dalam lima
kategori pertandingan yang telah
dilangsungkan itu. Berbagai produk lain
telah dipromosikan dalam program yang
berlangsung selama sehari itu seperti
setem peribadi dan korporat, insuran,
produk-produk agensi dan satu kaunter
khas bagi mengendalikan urusniaga dan informasi pelanggan.
06
SUDUT POS
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA DENGAN PUSAT KUTIPAN ZAKAT NEGERI PAHANG & MAJLIS PERBANDARAN
KUANTAN
Pos Malaysia Pahang sentiasa mengintai peluang perniagaan setempat bagi mempertingkatkan hasil syarikat. Terbaru dalam inisiatif
tersebut ialah apabila termeterainya memorandum persefahaman antara Pos Malaysia Bhd dengan Majlis Perbandaran Kuantan dan
Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang. Memorandum-memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan
Pos Malaysia Bhd, Dato’ Idrose Mohamed dan Timbalan Yang Di Pertua Majlis Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Wan Wahid serta Yang
Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato’ Azizan, di Kuantan pada 19 April 2007, dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga
Pengarah Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, Tan Sri Adam Kadir.
Memorandum dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang telah merintis jalan bagi memudahkan umat Islam di negeri ini menunaikan zakat
mereka melalui 38 buah Pejabat Pos Mini di seluruh Pahang. Manakala memorandum dengan Majlis Perbandaran Kuantan pula akan
memudahkan pelanggan-pelanggan membayar kompaun, membeli tiket-tiket meletak kenderaan dan membayar taksiran cukai pintu di
kaunter-kaunter Pejabat-pejabat Pos dan Pos Mini
SABAH
AKTIVITI PAMERAN/JUALAN SSHP TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007
Unit Khidmat Pelanggan & Pemasaran dengan kerjasama Unit Operasi Retail dan Kaunter GPO Kota Kinabalu telah menjalankan aktiviti
pameran/jualan sempena keluaran setem dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan Tahun Melawat Malaysia 2007 selama 3 hari dari
19 - 21 Mac 2007 di perkarangan Kaunter GPO Kota Kinabalu. Aktiviti ini telah menarik ramai pelancong asing serta tempatan yang
datang membeli keluaran setem-setem tersebut di samping membeli koleksi setem yang dipamerkan. Pihak Malaysia Tourism, Cawangan
Sabah juga menyumbang poster-poster Tahun Melawat Malaysia 2007 untuk diedarkan kepada pelanggan-pelanggan pos serta pelancong
asing.
SUDUT KHAS
07
KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA
KE-XIV
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA
Majlis Perasmian Karnival Sukan Pos Malaysia ke- XIV telah
dilaksanakan di Stadium UiTM, Shah Alam pada 5 Jun 2007.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi
PSH, YBhg Tan Sri Adam Kadir.
Dalam ucapan beliau, YBhg Tan Sri mengucapkan tahniah dan
melahirkan rasa bangga di atas usaha gigih Majlis Perwakilan
Sukan, Pengurusan Pos Negeri Selangor khususnya Urusetia
Karnival Negeri yang menjayakan Karnival Sukan Pos Malaysia
kali ke-14 pada 6 hingga 10 Jun 2007.
MASKOT KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV
Si Bulat
Telah berada di Pos Malaysia sejak zaman era British dan hanya tinggal 2 buah sahaja di Negeri Selangor serta dikategorikan sebagai
barang antik yang mempunyai sentimental value tersendiri
Si Kembar
Dicipta ketika kegemilangan irama POP YEH YEH sehinggakan terciptanya
lagu “Suratku Untuk Mu” pada era 60 an
Si Kuning
Diperkenalkan pada tahun 1997 dan berfungsi sebagai
satu perkhidmatan bagi pengeposan kiriman Pos
Ekspres sahaja dengan tagline DIJAMIN SAMPAI ESOK.
n sep
kontinje
Tiga
tinjenan kon
XIV
ghiburk alaysia ken
e
m
M
h
s
la
o
te
P
yang
Sukan
beradik
anjang
Karniv
al
08
SUDUT KHAS
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA 2007 BERTEMAKAN
“RED & BLUE”
Majlis Makan Malam Tahunan Pos Malaysia kali ke-2 telah diadakan di Dewan Belia dan Sukan, Shah Alam, Selangor pada 9 Jun 2007.
Majlis ini bertujuan untuk mengumpulkan sebahagian kakitangan-kakitangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia di samping mengeratkan
lagi hubungan mesra antara lebih kurang 2,000 kakitangan yang hadir yang terdiri daripada peserta Karnival Sukan Pos Malaysia ke-XIV,
peserta Pertandingan Bakat Pos dan Pertandingan Koir. Antara tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan majlis makan malam tersebut
ialah Tan Sri Adam Kadir iaitu Pengerusi, Dato’ Idrose Mohamed, Pengarah Urusan PMB dan Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid, Pengarah
Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PSH. Semua tetamu kehormat yang hadir turut ditemani oleh isteri masing-masing.
Bagi memeriahkan lagi majlis yang bertemakan “Red & Blue” ini, penyampaian hadiah bagi para pemenang Karnival Sukan Pos Malaysia
ke-XIV telah disempurnakan manakala cabutan bertuah dan Pertandingan Pakaian Terbaik turut diadakan. Pada malam tersebut juga,
para kakitangan yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan dari pemenang-pemenang bagi acara Bakat Pos Seni dan Pertandingan
Koir. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan lawak jenaka yang mencuit hati dari artis undangan, Saiful Apek, Kuman dan juga Yasin.
PERTANDINGAN AKHIR BAKAT SENI POS 2007
Pertandingan Bakat Seni Pos musim kedua telah berakhir dengan jayanya pada 8 Jun 2007.
bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks
Sukan UiTM Shah Alam, johan kali ini disandang oleh peserta dari Perak, Mohd Azlaili Aziz dengan mendendangkan lagu Aku yang
pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Beliau berjaya merangkul wang tunai bernilai RM1,500 dan piala. Tempat kedua menjadi milik
wakil dari Sarawak yang menyanyikan lagu “Asam di Gunung, Garam di Laut”. Nurjayadi atau lebih dikenali sebagai Dino memberikan
persembahan yang cukup menghiburkan dengan diiringi penari-penari kebudayaan dari Sarawak. Dino membawa pulang wang tunai
RM1,000 dan piala. Tempat ketiga pula diraih oleh Amran Jusoh dari Kelantan yang mendendangkan lagu “Tinggal Sayang Tinggal
Pujaan”.
Pertandingan yang telah masuk musim kedua ini berjaya menarik seramai 233 peserta dari 6 zon yang dijelajahi. Warga kerja Pos
Malaysia telah menampilkan bakat yang menghiburkan manakala ada juga yang sedang mencuba-cuba dalam bidang ini. Dua lagi
peserta yang memberikan cabaran ialah Shahrun Redzuan Taufek Ahmad dari Johor dan Khairul Fazli Abdullah dari Terengganu.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Idrose Mohamed manakala juri profesional ialah En. Lukhman S dan En. Mansor
Ibrahim. Kedua-duanya merupakan juri yang berpengalaman dalam bidang muzik. Tahniah kepada semua pemenang manakala semua
keputusan telah diaudit oleh juruaudit dalaman Pos Malaysia Encik Mohd Fauzi Adnan.
PERTANDINGAN AKHIR KOIR 2007
13 negeri telah bertanding untuk Pertandingan Koir 2007 yang pada kali ini dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Pertandingan
akhir telah dijalankan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. Pengrah Urusan Pos Malaysia Berhad, YBhg Dato’ Idrose
dan isteri YBhg.Datin Noor Sofiah merupakan tetamu kehormat pada malam itu. YBhg Datin Noor Sofiah juga telah menyampaikan hadiah
kepada semua pemenang koir.
Antara yang hadir pada malam itu ialah barisan Pengurusan Kanan Pos Malaysia, Pengurus-pengurus Negeri bersama isteri selaku
Pengerusi Puteri Pos Cawangan, pihak Kesatuan dan Persatuan serta penyokong-penyokong dari Negeri masing-masing. Juri profesional
Lukhman S. dan Mansor Ibrahim bertanggungjawab dalam memberi pemarkahan dan menilai pemenang.
Pasukan Koir dari Pos Malaysia Sabah telah berjaya merangkul kemenangan dan sebagai Juara Koir 2007 mendapat hadiah wang tunai
RM 5000, piala dan barangan elektrik. Tempat kedua ialah pasukan koir dari Sarawak, dengan hadiah bernilai RM3,000 dan dituruti oleh
pasukan dari Kedah/Perlis dengan hadiah bernilai RM2,000 beserta piala dan barangan elektrik.
SUDUT BERGAMBAR
09
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA
PERTANDINGAN BAKAT POS 2007
PERTANDINGAN KOIR
10
SUDUT FILATELI
SETEM UNIK BERTEMAKAN
SPESIES KATAK
DI MALAYSIA
Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi unik setem dan Sampul
Surat Hari Pertama bertemakan ‘Spesies Katak di Malaysia’ pada
3 Mei 2007. Setem khas dan Sampul Surat Hari Pertama tersebut
menampilkan koleksi imej yang memaparkan spesies-spesies
katak yang boleh didapati di Malaysia.
SETEM-SETEM MEMAPARKAN
PENGANGKUTAN UDARA YANG
MEMBENTUK INDUSTRI
PENERBANGAN MALAYSIA
Pos Malaysia telah mengeluarkan setem-setem dan Sampul Surat
Hari Pertama yang bertemakan ‘Pengangkutan Udara di Malaysia’
pada 24 Mei 2007. Setem khas serta Sampul Surat Hari Pertama
tersebut memaparkan imej-imej pesawat yang telah membentuk
industri penerbangan Malaysia.
CERITA TRADISIONAL KANAKKANAK DIPAPARKAN DALAM
SETEM DAN SAMPUL SURAT
HARI PERTAMA
Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem dan Sampul Surat
Hari Pertama bertemakan Cerita Tradisional Kanak-Kanak pada
26 Jun 2007. Koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama
tersebut menampilkan watak-watak daripada beberapa cerita
tradisional kanak-kanak yang dikenali ramai.
AMANAH DIJUNJUNG,
PENGORBANAN DISANJUNG
WALAU CEDERA, NORLISMAN TETAP TUNAIKAN AMANAH
Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku lebih kurang 15 tahun yang
lalu. Tanggal 10 Ogos 1982 masih terngiang-giang di benak saudara
Norlisman bin Abu yang ketika itu berkhidmat sebagai seorang posmen
di GPO KL. Sewaktu itu, beliau berusia 29 tahun.
Sesungguhnya malang tidak berbau. Pada pagi tersebut, ketika hujan
renyai-renyai, Norlisman telah menemui kemalangan sewaktu
bertugas di selekoh Jalan Tun Perak akibat mengelak daripada
dilanggar sebuah kereta yang muncul secara tiba-tiba.
Akibat daripada itu, Norlisman telah tercampak daripada motosikal
beliau dan mengalami cedera parah di kepala sementara tangan
dan kakinya melecet terkena ekzos motorsikal. Namun
demikian, Norlisman masih mampu merangkak untuk
menyelamatkan 22 pucuk surat berdaftar yang tercampak
sedangkan dompetnya yang terhumban jauh langsung
tidak diendahkan. Ia didorong oleh rasa
tanggungjawabnya terhadap surat-surat berdaftar
yang diamanahkan kepadanya.
Walaupun didesak pihak polis untuk menyerahkan
surat-surat tersebut Norlisman tetap enggan melepaskannya, malahan mendakap surat-surat
tersebut sehinggalah beliau dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Walaupun menerima 10 jahitan di kepala, namun beliau berpuas hati kerana semua surat berdaftar
itu berjaya diserahkan kepada pegawai pos yang datang melawatnya di hospital. Dengan berbuat
demikian, barulah Norlisman berasa lega kerana surat-surat berdaftar tersebut pasti akan selamat
diserahkan kepada penerimanya.
Pihak Pengurusan dan rakan-rakan sekerja berasa terharu melihat keadaan beliau yang terlantar
tetapi turut berasa bangga dan kagum terhadap sikap dan dedikasi beliau dalam menjalankan
tugas.
Ternyata Norlisman merupakan seorang pekerja yang amanah dan bertanggungjawab. Beliau
telah mempamerkan tauladan yang mengagumkan dan menjadi contoh rujukan masyarakat.
MUTIARA KATA :
Jujur dan amanah merupakan sifat yang mulia. Hanya mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut sahaja yang
sanggup membelakangkan kepentingan diri sendiri demi menunaikan tugas yang dipertanggungjawabkan.
11
12
SUDUT JAPENI
IBU PEJABAT
KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Kursus Budaya Kerja Cemerlang telah berjalan dengan jayanya di seluruh Malaysia pada setiap hujung minggu dengan penyelarasan
dan penyeliaan Setiausha Japeni Pusat, Tuan Haji Yusuf Ismail. Mudah-mudahan program ini mencapai objektifnya untuk menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam diri dan kerjaya kakitangan Pos Malaysia terutamanya golongan “front liner” yang menjadi simbol kepada imej
dan kredibiliti Pos Malaysia.
PROGRAM SINAR ZOHOR
Program tradisi setiap tahun anjuran semua Bahagian dalam Ibu Pejabat telah mendapat kelulusan daripada Dato’ Idrose Mohamed.
Berikut adalah jadual penganjuran program :
Siri 1
Bahagian ICT
Siri 2
SBU PosMel
Siri 3
SBU PosNiaga
Siri 4
Bahagian Kewangan
Siri 5
Bahagian Harta dan Sumber Manusia
Siri 6
SBU Poslaju
Siri 7
Komunikasi Korporat, Perancangan Korporat, Audit
& Penyiasatan.
MINGGU AMANAH SAHAM NASIONAL DI KUANTAN
Sultan Pahang telah berkenan melawat ke gerai Pos Malaysia sempena Minggu Amanah Saham Nasional di Kuantan Pahang pada 21
April, 2007. Lawatan baginda yang diiringi oleh Tuan Haji Yusuf Ismail, Setiausaha Japeni Pusat adalah sebagai satu penghormatan ke
atas penyertaan Pos Malaysia di dalam pameran tersebut.
SUDUT JAPENI
13
JOHOR
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI POS MALAYSIA JOHOR DI MUAR.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1428H Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 28 April 2007 pada hari Sabtu bersamaan dengan
10 Rabiulakhir 1428H bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Muar. Seramai lebih kurang 200 orang warga kerja telah menghadiri majlis
tersebut termasuk pegawai–pegawai kanan, pengurus cawangan, pengurus cawangan cerahan serta anggota- anggota Pos Malaysia
Johor yang lain. Pengisian majlis tersebut telah dimulakan dengan selawat/marhaban secara beramai-ramai serta diiringi dengan bacaan
berzanji dan diikuti dengan sesi ceramah bagi memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Adalah menjadi harapan agar majlis seumpama
ini akan di teruskan pada masa hadapan.
SABAH
PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN POS MALAYSIA SABAH
Pada 13 Jun 2007, satu majlis penyampaian zakat perniagaan
Pos Malaysia Berhad Sabah bagi tahun 2005 telah disampaikan
kepada Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Majlis Ugama Islam Sabah
(MUIS). Majlis penyampaian cek yang bernilai RM 16,680 itu telah
disampaikan oleh Pengurus Negeri Sabah & W.P Labuan En.
Mohd Salleh Ibrahim kepada Timbalan Pengerusi MUIS, Aspah
Abdullah Sani. Turut hadir ialah Ketua Khidmat Sokongan Negeri
Sabah En.Soimon Sinit dan Ketua Operasi Retail Negeri En. Mudin
Murah.
PULAU PINANG
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL POS MALAYSIA PULAU PINANG
Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Puteri Pos, Persatuan Islam Pulau Pinang
dan Persatuan Islam Pusat telah berganding bahu menjayakan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang pada 12 Mei
2007 di Perkarangan Pos Malaysia Butterworth.
Seramai lebih 300 orang telah menyertai majlis
ini di mana pelbagai acara telah
termasuklah berzanji, marhaban
dan selawat beramai-ramai. Di
samping itu, ceramah agama pula
telah disampaikan oleh oleh YBhg
Ustaz Abdul Halim bin Hassan.
14
SUDUT WARGA POS
IBU PEJABAT
MAJLIS JASAMU DIKENANG POSMEL
Setelah 36 tahun menabur bakti, akhirnya pada 14 Jun 2007 dengan
rasminya Hj Mohamed Razi Abd Manap telah bersara dari jawatannya
sebagai Penolong Eksekutif di Unit Distribution Logistics & Fulfillment,
Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad. Justeru, bagi menghargai segala
jasa yang dicurahkan oleh beliau, satu majlis persaraan yang dianjurkan
oleh PosMel, Ibu Pejabat telah diadakan di Dewan Sri Pos pada 18
Jun 2007.
PULAU PINANG
SUMBANGAN KEPADA ENCIK SOLLEH BIN AHMAD
Majlis penyampaian kutipan sumbangan wang tunai dari warga kerja Pos Malaysia Pulau Pinang
kepada Encik Solleh bin Ahmad kakitangan Bahagian Prosesan Mel, Butterwoth telah disampaikan
oleh Pengurus Negeri dalam satu majlis yang ringkas pada 29 Jun 2007 di Pejabat Pengurus
Negeri.
Encik Solleh bin Ahmad terpaksa menanggung penderitaan 2 orang anaknya yang mengidap
penyakit kepala berair dan dan kejang otot. Berita ini telah disiarkan didalam akhbar Mingguan
Malaysia pada 22 April 2007. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit masalah yang
ditanggung oleh Encik Solleh bagi mengubati penyakit anak-anaknya.
SELANGOR
SUMBANGAN IKHLAS & RASA SIMPATI WARGA KERJA POS MALAYSIA SELANGOR
Ketua Operasi Mel Selangor Tuan Hj Ab. Aziz Othman telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM
2,328.00 dari kakitangan Pos Malaysia Selangor kepada En. Affendi Bin Haji Mohd Hussin pada 24 Mei
2007 . Beliau mengidap penyakit Barah Usus / limphmia dan telah menjalani pembedahan pada 19 April
2007. Sumbangan ini bertujuan untuk membiayai kos perubatan dan meringankan sedikit bebanan.
PENGANUGERAHAN PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-61 DYMM SULTAN SELANGOR TAHUN 2006
DYMM Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor
telah mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada Hj. Mohd. Shah bin Hassan sempena Ulang Tahun Hari
Keputeraan Baginda ke 61 yang telah disambut pada 11 Disember 2006. Pengurniaan Pingat telah diadakan
pada 15 Mei 2007 (Selasa) di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Beliau bertugas sebagai
Pen. Kanan Eksekutif Pos di Caw. Serahan Bt. 12, Puchong.
Pengurniaan pingat tersebut ialah bagi mengenang jasa baik beliau sebagai kakitangan yang telah telah bertugas
di Negeri Selangor lebih dari 20 tahun . Beliau seorang kakitangan yang mempunyai banyak pengalaman dan
telah bertugas selama lebih daripada 30 tahun, serta merupakan seorang Pegawai Pos yang berdedikasi, amanah,
cekap dan berinovatif. Beliau juga bergiat aktif di dalam pertubuhan Pos Malaysia seperti Ahli Lembaga Pengarah
KOPONAS dan Wakil Selangor di dalam KESPEP serta kegiatan luar seperti Pengerusi Sosial dan Kebajikan
Penduduk Desa Panda Indah.
MAJLIS PERPISAHAN / PERTUKARAN EN. WAN MUHAMAD ZAKARIA PENGURUS SERAHAN NEGERI KE TERENGGANU
Kakitangan Pejabat Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor telah
mengadakan satu jamuan untuk En. Wan Muhamad Zakaria di Cafe
Impiana Tingkat 1, Pejabat Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor
pada 25 Mei 2007. En. Wan Muhamad Zakaria akan bertukar ke Pos
Malaysia Terengganu sebagai Ketua Operasi Mel. Majlis penyerahan
cenderahati kepada En. Wan Muhamad Zakaria telah disempurnakan
oleh Tuan Haji Wan Sharpudin Wan Ramli.
SUDUT REKREASI
15
JOHOR
PROGRAM SEHARI GOTONG ROYONG DI PEJABAT POS PARIT RAJA SEMPENA KEMPEN KEMAS DAN BERSIH
Pada 27 Mei 2007 (Ahad), Pengurus Negeri Pos Malaysia Johor, Ketua Operasi Mel,
Ketua Operasi Posniaga , Wakil Kesatuan dan warga kerja PPNJ serta pengurus
cawangan dan anggota dari Daerah Batu Pahat telah mengadakan program gotongroyong di Pejabat Pos Parit Raja.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan wajah baru kepada Pejabat
Pos Parit Raja dengan menambah baik / menyusun atur pejabat untuk kemudahan
pelanggan dan warga kerja Pos Parit Raja bagi melaksanakan tugas. Di samping itu, ia
juga bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif agar kualiti dan
produktiviti dapat di pertingkatkan. Selain itu, program ini juga akan dijadikan contoh
kepada pejabat-pejabat lain bagi kaedah susun atur dan menyediakan kemudahan pelanggan serta keselesaan pekerja.
SARAWAK
PERTANDINGAN SENAMROBIK & SPORT AEROBIC PERINGKAT KUCHING
Pos Malaysia Aerobic Team yang terdiri daripada 7 orang warga Pos Malaysia Negeri Sarawak
telah menyertai pertandingan senamrobik & sport aerobic peringkat Kuching yang diadakan
di Dewan Suarah, Bau dari 23 Jun 2007 hingga 24 Jun 2007. Pasukan dari Pos Malaysia
telah meraih kejuaraan dalam kategori senam robik dan hip hop dance. Dengan kemenangan
ini, Pos Malaysia Aerobic Team akan mewakili Kuching dalam pertandingan peringkat negeri
yang akan diadakan di Kota Samarahan dari 18 Julai 2007 hingga 24 Julai 2007.
Pos Malaysia Negeri Sarawak menyahut seruan Pengarah Urusan, Dato’ Idrose Mohamed supaya
sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan aktif. Oleh yang demikian, senamrobik / pocopoco diadakan pada setiap hari Jumaat, jam 5.30 petang di Pusat Mel Kuching dan ia disertai oleh semua kakitangan dan keluarga.
PAHANG
EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2007
Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Pos Malaysia Pahang buat julung kalinya telah
menyertai Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang yang telah berlangsung
selama 8 hari bermula pada 29 April 2007 hingga 06 Mei 2007.
Pasukan Pos Malaysia Bhd yang diketuai oleh Pengurus Negeri Pahang dan seramai
12 orang peserta-peserta yang terdiri daripada kakitangan Pos Malaysia Pahang telah
berjaya mengharungi perjalanan berakit sejauh lebih dari 300km itu. Ekspedisi tersebut
berjaya meletakkan nama Pos Malaysia Bhd sebaris dengan organisasi-organisasi
korporat yang lain. Di sepanjang perjalanan itu para peserta juga telah berjaya
melakarkan beberapa kejayaan seperti memenangi hadiah di antara 15 pasukan terpantas dalam salah satu sektor perlumbaan dan
pemenang tempat ke 4 keseluruhan dalam Peraduan Cintai Sungai Kita.
PERAK
MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN KONTINJEN PERAK
Kelab Sukan dan kebajikan Pos Perak telah menganjurkan majlis makan
malam di Hotel Syuen pada 16 Jun 2007 bagi meraikan peserta-peserta
yang berjaya menjuarai Kontinjen Terbaik di karnival sukan Shah Alam.
Majlis ini telah dihadiri oleh 110 orang kakitangan. Pengurus Negeri, En
Mohd Azizi bin Mohd Sanusi mengucapkan tahniah dan menasihati
semua peserta untuk membuat persediaan awal agar dapat
menunjukkan kecemerlangan di Karnival Sukan akan datang yang bakal
diadakan di Negeri Kelantan pada Tahun 2008.
Pengurus Negeri juga turut menyampaikan hadiah kepada Johan Badminton Lelaki dan Wanita. Johan Bakat Pos En Azlali bin Aziz juga
mendendangkan lagu-lagu bagi memeriahkan majlis tersebut.
SELANGOR
MAJLIS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH SEMPENA KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV
Majlis Penghargaan & Terima Kasih Sempena Karnival Sukan Pos Malaysia telah di adakan di Dewan Raja Lumu, Lembaga Muzium
Alam Shah Alam pada 29 Jun 2007 pada jam 8.00 malam . Majlis ini diadakan bagi meraikan Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa
Kecil, Kontinjen Selangor dan para tetamu. Seramai 330 orang telah hadir di majlis ini. Para tetamu yang sedang menikmati jamuan telah
dihiburkan oleh persembahan Bakat Seni Pos Malaysia Selangor En. Ahmad Lehan Bin
Pardi dan En. Mohd Fais Bin Mat Rawi. Majlis ini juga turut dihiburkan oleh Kumpulan
Dikir Barat Merpati Putih Selangor yang diketuai oleh En. Wan Rosdee. Pada majlis ini
Tuan Haji Wan Sharpudin Wan Ramli turut menyampaikan cenderahati dan Sijil
Penghargaan kepada semua AJK dan Kontinjen.
RALAT:
Adalah dimaklumkan bahawa berita tentang “Mesyuarat Agung Puteri Pos” yang disiarkan pada keluaran
lepas ialah mengenai Puteri Pos Pulau Pinang. Segala kesulitan amat dikesali, terima kasih
16
SUDUT SENI
SATU PERJALANAN
Hidup ini satu perjalanan
Melalui jalan lorong dan jambatan
Tujuannya satu matlamat
Menuju kebahagiaan mencapai nikmat
Namun laluan penuh berliku
Tiada jangkaan penuh kejutan
Harapan penuh penantian
Namun ujian terus mendatang
Namun ku cuba terus ku cuba
Menumpuh onak duri belantara
Merentasi jambatan yang kini goyang
Menanti rempuhan ombak melanda
Kini aku masih bertahan
Sambil menanti perahu mendatang
Meninggalkan jambatan yang kian goyang
Bersama hati yang remuk rendam
Bukan aku tak percaya
Tetapi aku dah mencuba
Bukan sekadar mencuba
Tetapi hatiku lama menderita
Jambatan dibina dah lama usia
Tumang dipasak dah mula goyah
Paku di alang kian mereput
Papan di lantai dimamah anai-anai
Kini aku tak bertahan lagi
Mungkin daku terpaksa pergi
Meninggalkan jambatan yang kian sepi
Diharap bebanmu tiada lagi
Jasa baktimu tetap ku kenang
Ku jadikan sejarah lipatan kenangan
Bersama kesedihan dakapan malam
Ketika kesyahduan di dini hari
Namun kini takdir menentu
Mungkin di sini persimpangan meliku
Maafkanlah wahai jambatanku
Relakan aku pergi dahulu
Biarlah kenangan terus berlalu
HJ. RAHIM ABDUL RAHMAN
UNIT KAWALAN KUALITI, MPC, KUALA LUMPUR
POLIS, POSMEN, KERANI,
SUMBANGANMU SUATU
AMANAH
Polis di aur
Posmen di muara
Kerani di tebing
3 warga pos saling memerlukan
Kepadamu pos bergerak maju
Keranamu pos berdaya saing
Antara wawasan & matlamat
Ibarat tangan & kaki
Sentiasa bergerak bersama-sama
Imej dijaga, amanah dipikul, senyuman diberi
Polis mengiring, posmen memberi, kerani membantu
Masyarakat tersenyum kerana sumbanganmu
Engkaulah polis, posmen, kerani
Sembanganmu suatu amanah
PENA41439, JOHOR BAHRU