[first - 29] bh/dalam_negeri/pages 08/07/11

Transcription

[first - 29] bh/dalam_negeri/pages 08/07/11
SUKAN
Berita Harian
Jumaat, 8 Julai 2011
29
SEKILAS
Menaruh harapan pada dua beradik
SILAT
Pesilat pelapis dan muka baru sertai
kejohanan di Kuala Lumpur
Oleh SAPARIN RASIKIN
[email protected]
PESILAT adik-beradik, Saiedah
dan Elyasak Said, adalah antara yang
menggalas harapan Singapura dalam
Kejohanan Pencak Silat Asean Ketiga di Kuala Lumpur selama empat
hari mulai Isnin ini.
Tiga lagi pesilat senior
dalam pasukan 13 peserta ialah Mohd Saifullah
Mohd Julaimi, Herwan Harryanto dan
Nur Zulaikha Zakaria.
Pengurus pasukan, Dzulfadly
Mohd Jaffar, berkata: “Kami tidak
menyertakan se-
mua pesilat senior kerana mahu memberi peluang kepada para pesilat pelapis dan yang baru.
“Kejohanan bukan menjadi kayu
ukur bagi pasukan ke Sukan SEA Indonesia kerana kami menjangka negara-negara peserta lain tidak akan
menurunkan pesilat-pesilat terbaik
mereka.
“Oleh itu, kami
mengambil pe-
SAIEDAH SAID: Berharap dapat
meneruskan rentak kemenangan.
– Foto-foto fail
luang ini dengan memberikan
pendedahan kepada para pesilat muda dan muka baru bagi menimba pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.”
Empat muka baru dalam pasukan
ke Kuala Lumpur ialah Irfan Samian,
Ahmad Zarouk Muhd Hanif, Shariena Shariff dan Nur Hidayah Arifin.
Juara dunia 2004, Saiedah, 26
tahun, merupakan pemenang pingat
emas dan terpilih sebagai Pesilat Terbaik dalam Kejohanan Pencak
Silat Asia yang
berlangsung di sini awal tahun ini.
“Kami berharap Saiedah dapat meneruskan rentak kemenangan bagi
menyemarakkan semangat dan keyakinan
menghadapi Sukan SEA
nanti,” jelas Dzulfadly,
yang juga bertindak sebagai jurulatih pasukan.
Elyasak, 19 tahun,
yang memenangi pingat
gangsa dalam Kejohanan Asia, diharap dapat membaiki pencapaiannya.
Menurut Dzulfadly, latihan diteruskan sejak kembali daripada Kejohanan Antarabangsa Sabah lebih sebulan
lalu dan para pesilatnya berada
dalam keadaan yang baik.
Saifullah dan Herwan, yang masing-masing memenangi perak dalam
Kejohanan Asia, juga berharap dapat
membaiki persembahan dan pencapaian masing-masing.
Begitu juga dengan Zulaikha,
yang terlepas beraksi dalam Kejohanan Asia kerana cedera, berazam
mahu mengembalikan persembahan
yang baik bagi merebut tempat ke Sukan SEA.
Para pesilat lain yang menjadi
harapan ialah Atiq Asnarti Roslan,
yang memenangi pingat emas dalam
kejohanan di Sabah.
“Kejayaan memenangi pingat
SUKAN OLIMPIK KHAS 2011
Pulang dengan 12 emas
Oleh ZAINAL JAMARI
[email protected]
KONTINJEN Olimpik Khas
Singapura kembali ke tanah air
semalam dengan membawa pulang sejumlah 37 pingat – 12
emas, 13 perak dan 12 gangsa.
Pencapaian tersebut adalah
lebih baik daripada 32 pingat –
tujuh emas, sembilan perak dan
16 gangsa – yang dipungut peserta negara empat tahun lalu.
Seramai 46 peserta negara semalam pulang dari Sukan
Olimpik Khas 2011 yang berlangsung di Athens, Greece, dan disambut kira-kira 80 peminat, rakan dan kaum keluarga.
Turut menyambut ketibaan
mereka di Lapangan Terbang
Changi ialah Menteri Negara
(Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob.
Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan
Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan)
Chan Chun Sing, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada
pasukan tersebut.
Beliau berkata: “Tahniah kepada semua athlit Olimpik Khas
Singapura kerana telah membanggakan Singapura, dan
dalam proses itu, mengatasi persembahan Sukan yang lalu.
“Pujian istimewa kepada
para anggota keluarga mereka,
jurulatih dan penyokong kerana
membolehkan semua ini dicapai.
“Anda semua adalah pemenang.”
Untuk pertama kalinya, pasukan bola sepak lima sepasuk Singapura memenangi pingat emas
selepas perlawanan akhir yang
menarik menentang Chile.
Selepas perlawanan berakhir
dengan seri 2-2, Singapura mengalahkan Chile melalui tendangan penalti 3-2.
Singapura memenangi paling
banyak pingat emas dalam acara
atletik, iaitu enam butir kesemuanya.
Muhammad Syaiful Rahmat
mendahului pungutan emas acara atletik dengan memenangi
dua butir – acara acara 800
meter (Divisyen M4) dan 1,500
meter (M3).
Dalam acara setengah maraton dengan Singapura menghantar pesertanya buat kali pertama,
Tan Too Sheng (M8), turut memenangi emas sementara Huan
Kia Song (M5) memenangi perak.
Emas keempat Singapura
dalam acara atletik dimenangi Suhairi Suhani dalam acara 800
meter (M1).
SAMBUTAN VIP: Menteri Negara Pembangunan Masyarakat, Belia dan
Sukan, Cik Halimah Yacob, mengucapkan tahniah kepada pemenang emas
separuh maraton, Tan Too Sheng. – Foto-foto SPECIAL OLYMPICS TEAM
SINGAPORE
SELAMAT PULANG: Pemain bowling Mohamad Fadly (empat dari kanan)
sempat bergambar dengan keluarga.
EMAS KALI PERTAMA: Pasukan dan pegawai skuad bola sepak lima
sepasuk yang mengalahkan Chile untuk memenangi emas.
Khairuna Mohamed Sah (F4)
dan Azizah Karim (F9) masing-masingmemenangi emas
dalam acara 400 meter.
Benson Tan memenangi emas
tunggal negara dalam kolam
renang melalui acara kuak lentang 100 meter (M7).
Adeline Yeo dan Adelene
Yue juga menang emas acara
bowling beregu (Divisyen 3), sementara Muhammad Farhan Ismail (Divisyen 14) dan Mohamad Fadly Mohamad Aron (Divisyen 16) masing-masing menang
emas bowling perseorangan.
Akhir sekali, Mohamad
Rausyan Mohamad Ya’acob
menang emas badminton perseorangan (M3).
emas pertama di peringkat antarabangsa membuatnya lebih yakin dan saya
berharap beliau dapat meningkatkan lagi persembahannya,” kata Dzhulfadly mengenai Isnarti.
Berikut barisan
pesilat Singapura:
Lelaki:
Ridhwan Selamat
(Kelas A), Herwan
Harrywanto (Kelas
B), Ahmad Kaffee
Azman (Kelas C), Irfan Samian (Kelas
D), Mohd Saifullah
Mohd Julaimi (Kelas
E), Elyasak Said
(Kelas F) dan Ahmad Zarouk Muhd
Hanif (Kelas I).
Wanita:
Atiq Isnarti Roslan (Kelas B),
Saiedah Said (Kelas
C), Nur Zulaikha
Zakaria (Kelas D),
Shariena Shariff
(Kelas E), Zafirah
Hamizah Zulkifli
(Kelas F) dan Nur Hidayah Arifin (Seni
Tunggal).
Singa Muda dan
Albirex menang
ALBIREX Niigata
mengalahkan Hougang
United dengan jaringan
5-1 dalam perlawanan
Liga-S Great Eastern
Yeo’s di Stadium Jurong
East malam tadi.
Shotaro Ihata
melakukan jaringan
hat-trick apabila beliau
menyumbatkan gol pada
minit-minit kesembilan,
ke-11 dan ke-21.
Dua lagi gol Albirex
dijaringkan Atsushi
Shimono (ke-59) dan
Yosuke Saito (ke-83)
sementara gol Hougang
dijaringkan Vitor Borges
pada minit ke-75.
Dalam satu lagi
perlawanan di Stadium
Woodlands, Courts Singa
Muda mengalahkan
Woodlands Wellington
FC dengan jaringan
empat gol.
Semua puji
kelakuan Vettel
ELYASAK SAID: Berazam mahu membaiki persembahan.
Kami tidak menyertakan semua pesilat
senior kerana mahu memberi peluang
kepada para pesilat pelapis dan yang baru.
Kejohanan bukan menjadi kayu ukur bagi
pasukan ke Sukan SEA Indonesia kerana kami
menjangka negara-negara peserta lain tidak akan
menurunkan pesilat-pesilat terbaik mereka. Oleh
itu, kami mengambil peluang ini dengan
memberikan pendedahan kepada para pesilat
muda dan muka baru bagi menimba pengalaman
bertanding di peringkat antarabangsa.
’
– Dzulfadly Mohd Jaffar, pengurus pasukan.
SILVERSTONE: Sebastian
Vettel telah melakukan
yang terbaik menjelang
Grand Prix Britain hujung
minggu ini, iaitu
merendah hati, tidak
membebel dan berpuas
hati dengan rekodnya
tahun ini.
Juara dunia yang
meraikan hari ulang tahun
kelahirannya yang ke-24
Ahad lalu itu dipuji semua
pihak musim ini kerana
kelakuannya yang
disifatkan sebagai baik
sekali. – AFP.
JADUAL
Bola sepak
LIGA-S GREAT
EASTERN-YEO’S:
Tampines Rovers FC lwn
Etoile FC (Stadium Jalan
Besar, 7.30 malam).
BOLA SEPAK
ENGLAND
Tevez yakin ada
kelab Eropah
mampu bayar
wang pemindahan
£50 juta
LONDON: Carlos Tevez yakin salah
sebuah kelab terkemuka Eropah
mampu membayar wang pemindahan sebanyak £50 juta ($98 juta) bagi
mendapatkan tenaganya.
Difahamkan, kelabnya, Manchester City, akan menuntut £50 juta bagi mana-mana kelab yang ingin
memikat kapten pasukannya itu.
Tevez mengumumkan beliau
mahu meninggalkan City tetapi terdapat keraguan sama ada kelab
yang mampu membayar wang pemindahan dan gaji pemain tersebut.
Bagaimanapun, terdapat juga
pandangan bahawa dengan Tevez
membuat pengumuman itu, ia akan
segera mendorong kelab-kelab bertindak dengan perkembangan terbaru mengenai pemain Argentina itu.
Tetapi sebagai pemain, Tevez
tetap kelihatan tenang dengan isu
itu.
Menurut satu sumber yang rapat
dengan ESPN Soccernet: “Kini, dengan Carlos Tevez ingin keluar dari
Manchestes City, kita lihat saja
kelab manakah yang berminat dan
berapa pula tawaran yang sedia dikemukakan.
“Setiap orang tahu betapa
Manchester City menghargai kapten
pasukan dan juga penjaring utama
pasukan itu. Apabila anda melihat
kepada statistik, anda akan tahu nilai pemain tersebut.
“Buat masa ini, tiada apa yang
boleh dilaporkan tetapi saja lihat
apa yang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Kita lihat pasukan manakah
yang sedia membayar harga yang dituntut City.”
Sementara itu, Stefan Savic adalah seorang lagi pemain baru yang
akan menyertai City dengan kontrak selama empat tahun.
Pemain Partizan Belgrade itu,
yang sebelum ini menjadi perhatian
kelab Arsenal, menyertai Gael Clicy
untuk bersama City menjelang
menghadapi kempen Liga Juara-Juara Eropah.
Berusia 20 tahun, pemain antarabangsa Montenegro itu menyarung
kelab Partizan dalam pertandingan
Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Savic boleh bergerak sebagai bek
tengah atau kanan.
“Saya sentiasa menyaksikan
pertandingan Liga Perdana England
dan saya tahu ia adalah liga yang
menjadi perhatian,” katanya. – Soccernet.
5 in 1
Full Set
c/w 2 pc selected Mattress
MENGENAI PERKARA
AKTA SYARIKAT, BAB. 50
DAN
MENGENAI PERKARA
BANK OF SINGAPORE ASSET
MANAGEMENT LTD.
(PEMBUBARAN PARA AHLI DENGAN
SUKARELA)
NO. PENDAFTARAN SYARIKAT
199000468E
DENGAN NOTIS INI DIBERITAHU
menurut Seksyen 308(1) dari Akta Syarikat,
Bab. 50, bahawa Mesyuarat Terakhir
bagi para Ahli Syarikat yang tersebut
di atas akan diadakan di 8 Cross Street
#17-00 PWC Building Singapura 048424,
pada 10hb Ogos 2011, jam 10.00 pagi
untuk perkara yang berikut:“Menerima laporan dari Pembubar yang
menunjukkan bagaimana pembubaran
telah dijalankan dan mendengar
sebarang penerangan yang mungkin
akan disampaikan oleh Pembubar.”
Bertarikh 8hb Julai 2011
Steven Tan Hock Choon
Pembubar
d/a 65 Chulia Street
#28-00 OCBC Centre
Singapura 049513
Perhatian: Menurut Seksyen 181 dari Akta
Syarikat, Bab. 50, seseorang ahli yang
layak hadir dan mengundi di dalam
mesyuarat ini beliau berhak melantik
seorang atau orang-orang lain (sama ada
ahli atau bukan ahli) sebagai wakilnya
untuk hadir dan mengundi bagi pihaknya.
Peroksi-peroksi yang akan hadir di dalam
mesyuarat ini hendaklah dikemukakan di
pejabat Pembubar sekurang-kurangnya
48 jam sebelum mesyuarat bersidang.
AKTA PERANCANGAN (BAB 232)
PERATURAN-PERATURAN PERANCANGAN (PELAN INDUK) RULES (R1)
Notis Di Bawah Peraturan 4
Dengan notis ini dimaklumkan bahawa saranan berikut bagi
pemindaan kepada Pelan Induk telah diserahkan kepada
Menteri bagi Pembangunan Negara untuk diluluskan:
1) Mengubah semula zon bagi Lot 05719A, 05857K,
08744T(pt) & 08746K(pt), Mukim 17, di Moonstone Lane,
daripada Zon Jalan Raya kepada Zon Kediaman pada
nisbah plot maksimum yang dibenarkan, iaitu, 1.40
(kasar).
2) Mengubah nisbah plot bagi Lot 16097V, Mukim 18, di
Serangoon North Avenue 5, daripada Zon Perniagaan
1 pada nisbah plot 2.50 (kasar) kepada Zon Perniagaan
1 pada nisbah plot maksimum yang dibenarkan, iaitu,
3.00 (kasar).
Satu salinan yang diperakui bagi saranan ini boleh diperiksa
semasa waktu pejabat di Penguasa Pembangunan Semula
Bandar (URA), The URA Centre, Tingkat 1, Customer Service
Centre, 45 Maxwell Road, Singapura 069118, dari 8 Julai 2011
hingga 6 Ogos 2011.
Sebarang bantahan atau pernyataan kepada saranan tersebut
boleh dihantarkan secara bertulis kepada Setiausaha Tetap,
Kementerian Pembangunan Negara (MND), Maxwell Road,
Singapura 069110, pada atau sebelum 6 Ogos 2011, dengan
menyatakan sebab-sebab ia dibuat, sebagaimana yang
diperlukan di bawah Peraturan 5 bagi Peraturan-Peraturan
Perancangan (Pelan Induk) (R1).
HAN YONG HOE
bagi pihak KETUA PERANCANG