universiti malaysia sabah

Comments

Transcription

universiti malaysia sabah
PUMS 99:1
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS @
JUDUL
: Tinjauan Dimensi Sikap, Status Sosioekonomi Keluarga ,
dan Prestasi Akademik PMR di Semporna, Sabah.
IJAZAH
: Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
SESI PENGAJIAN : 2002 - 2005
Saya, ELiNA BT. KAHAR @ MOHD ABD . KAHAR mengaku membenarkan tesis
Sa~ana ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syaratsyarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan memuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
4. TIDAK TERHAD.
y
Disahkan Oleh:
7'
(Penulis: ELiNA ST. KAHAR)
Alamat Tetap:
Taman Sempol,
No. 85, Lorong 4,
91308 SEMPORNA, SABAH.
(DR. SABARIAH BT. SHARIF)
Penyelia.
.
Tarikh : 9 Mei 2006
Tarikh:
:;tq
(q/6b ,
CATATAN: @ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sa~ana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus
dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
t'5Tlb
400000BOS9
HADIAH
TINJAUAN DIMENSI SIKAP, STATUS
SOSIOEKONOMI KELUARGA, OAN
PRESTASI AKAOEMIK PMR
01 SEMPORNA,
SABAH
ELINA BT. KAHAR @ MOHO ABO. KAHAR
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial
2005
PERPUSTAKAAN OMS
1400009069
ii
PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.
Elina Bt. Kahar @ Mohd Abd . Kahar
PS 2002 - 006(K) - 248
15 Disember 2005
iii
PENGHARGAAN
Syukur ke had rat lIahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, saya dapat
menyempurnakan disertasi ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat Ijazah Sarjana
Pendidikan.
Pada ruangan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Sabariah Sharif, selaku penyelia saya yang
telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, dan dorongan kepada saya sepanjang
menjalankan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua, SMK. Oatuk Pang lima
Abdullah, SMK. Bugaya, SMK. Tagasan , dan SMK. Kabogan , Semporna Sabah kerana
memberi kebenaran menjalankan kajian ini di sekolah mereka. Tidak ketinggalan juga
kepada rakan-rakan guru dan semua pelajar Tingkatan Empat 2005 yang telah memberi
kerjasama padu dalam menjayakan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan khas kepada
penyabar,
sentiasa
memberi
perangsang,
En . Ishak Haji Abdul Kadir, suami yang
dan
amat
banyak
berkorban
demi
merealisasikan cita-cita saya. Tidak lupa kepada ibu dan ayah tercinta yang sentiasa
mendoakan kejayaan saya. Kepada adik-adik, anak-anak saudara, dan anak-anak didik
saya yang menjadi sumber inspirasi, ribuan terima kasih atas bantuan kalian .
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
memberi bantuan dan galakan sepanjang kajian ini dijalankan. Ketinggian hati budi kalian
akan abadi dalam ingatan saya. Semoga apa yang diusahakan mendapat berkat serta
keredaan-Nya. Diharapkan disertasi ini juga akan mendorong anak-anak didik tercinta ke
arah kejayaan .
Sekian, terima kasih .
ELINA BT. KAHAR @ MOHD ABO. KAHAR
2005
iv
ABSTRAK
TINJAUAN OIMENSI SIKAP, STATUS SOSIOEKONOMI
KELUARGA, DAN PENCAPAIAN AKAOEMIK
PENILAIAN MENENGAH RENOAH (PMR)
01 SEMPORNA, SABAH
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau dimensi
sikap, status sosioekonomi keluarga, dan pencapaian akademik
dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah
sekolah menengah di daerah Semporna, Sabah. Untuk tujuan itu ,
sejumlah 367 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2004 telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel
kajian . Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian
kuantitatif, iaitu melalui soal selidik. Data yang dikutip telah dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Sebanyak tiga (3) hipotesis utama dibentuk dan diuji menggunakan
Korelasi Pearson. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan
bahawa dimensi sikap keluarga dalam aspek bantuan material,
sokongan moral atau motivasi, dan galakan atau aspirasi adalah tidak
signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan daripada
kajian ini bolehlah dijadikan sebagai landasan untuk meninjau serta
menelah dimensi sikap keluarga bukan faktor penentu , manakala
status sosioekonomi keluarga sebagai salah satu faktor dalam
menentukan peningkatan atau penurunan prestasi akademik pelajar.
8eberapa cadangan turut digariskan dan dikemukakan sebagai
panduan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar.
v
ABSTRACT
A STUDY CASE ON FA MIL Y SOCIO-ECONOMY STA TUS FOR
THE ACADEMIC ACHIEVEMENTS OF THE LOWER
SECONDARY SCHOOL ASSESSMENT (PMR)
The objective of this study was to investigate attitude dimension,
family socio-economy status, and the achievements of the Form
Four students found in several schools in Semporna District. A
total of 367 students who had sat for the PMR Examinations
(Lower Secondary School Assessment) in year 2004 were
selected randomly as samples for this study. A Quantitative
methodology, that is Questionnaire was used for this research. The
information collected was analysed by using descriptive and
inference statistics. Three main hypotheses were formed and
tested using Pearson Correlation. As a whole, it is found that
family attitude dimension such as material aid, morale support, or
motivation, and aspiration were not significant with the students'
academic attainments. From the finding, there could be used as a
basis to investigate and anticipate that family attitude dimension is
not a deciding factor, whereas family socio-economy as one of the
deciding factors that shows the increase or decline of the students'
academic attainments. A few suggestions are being proposed as
guidelines to improve the students' academic performance.
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
DAFTAR SINGKATAN
BAB 1:
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
BAB2 :
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
BAB3 :
3.1
3.2
3.3
3.4
iii
iv
v
vi
ix
xi
xii
PENDAHULUAN
Pengenalan
Penyataan Masalah
Persoalan Kajian
Objektif Kajian
Hipotesis Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian
Definisi Konsep
1.8.1 Dimensi Sikap
1.8.2 Status Sosioekonomi
1.8.3 Keluarga
1.8.4 Prestasi Akademik
Rumusan
1
5
9
10
10
11
12
13
14
14
15
15
SOROTAN LlTERATUR
Pengenalan
Dimensi Sikap Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi
Akademik Pelajar
Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik
Pelajar
Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik
Pelajar
Pendidikan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik
Pelajar
Rumusan
16
18
24
28
30
33
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Populasi Kajian
Sam pel kajian
35
35
36
36
vii
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
BAB4:
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
Instrumen Kajian
Kajian Rintis
Prosedur
3.7.1 Cara Pemarkatan Skor Kajian
Penganalisaan Data
3.8.1 Ujian Korelasi
Peringkat Kajian
3.9.1 Peringkat I
3.9.2 Peringkat II
3.9.3 Peringkat III
Rumusan
37
39
41
41
43
43
44
46
DAPATAN KAJIAN
Pengenalan
Analisis Kebolehpercayaan
Data Demografi Responden
4.3.1 Taburan Responden berdasarkan Jantina Pelajar
4.3.2 T aburan Responden berdasarkan Bangsa Pelajar
4.3.3 Taburan Responden berdasarkan Tempat Tinggal
4.3.4 Taburan Responden dan Tingkat Pendapatan
Ibu bapa atau Penjaga
4.3.5 Taburan Responden dan Jenis Pekerjaan Ibu bapa
4.3.6 Taburan Responden dan Tahap Pendidikan Ibu bapa
4.3.7 Taburan Responden berdasarkan Pencapaian
Akademik PMR 2004
Analisis Kajian
4.4.1 Analisis Sikap Ibu Bapa atau Penjaga dan Pencapaian
Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
4.4.2 Dimensi Sikap Keluarga Terhadap Pembelajaran Anak
4.4.2.1 Sikap Keluarga dalam Aspek Bantuan Material
4.4.2.2 Sikap Keluarga dalam Aspek Sokongan Moral
atau Motivasi
4.4.2 .3 Sikap Keluarga dalam Aspek Galakan atau
Aspirasi
4.4.3 Status Sosioekonomi Keluarga dan Prestasi Akademik
PMR
4.4.3.1 Analisis Perbezaan Tingkat Pendapatan Ibu 8apa
atau Penjaga dan Pencapaian Akademik PMR
di daerah Semporna, Sabah
4.4.3.2 Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Bapa dan
Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah
Semporna, Sabah
4.4.3 .3 Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Ibu dan
Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah
Semporna, Sabah
4.4.3.4 Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Bapa dan
Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah
Semporna, Sabah
4.4.3.5 Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Ibu dan
Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah
Semporna, Sabah
4.4 .4 Analisis Cadangan Responden
Rumusan
47
48
48
49
50
51
52
53
54
55
56
56
58
62
65
65
67
68
70
71
72
75
viii
BABS:
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
PERBINCANGAN
Pengenalan
Penemuan Isu dan Masalah
5.2.1 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Bantuan Material
Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang Merangsang
Prestasi Akademik Pelajar
5.2.2 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Sokongan Moral atau
Motivasi Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang
Merangsang Prestasi Akademik Pelajar
5.2.3 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Galakan atau Aspirasi
Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang Merangsang
Prestasi Akademik Pelajar
5.2.4 Status Sosioekonomi Keluarga Salah Satu Faktor dalam
Menentukan Peningkatan atau Penurunan Prestasi
Akademik Pelajar
5.2.4 .1 Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan
Prestasi Akademik Pelajar
5.2.4 .2 Jenis Pekerjaan yang dilakukan Ibu Bapa dan
Prestasi Akademik Pelajar
5.2.4 .3 Tahap Pendidikan Ibu Bapa atau Penjaga dan
Prestasi Akademik Pelajar
Oapatan Kajian
Cadangan Penyelidik
5.4.1 Cadangan Penyelidik Kepada Pelajar
5.4.2 Cadangan Penyelidik Kepada Ibu Bapa
5.4.3 Cadangan Penyelidik Kepada Sekolah
5.4 .4 Cadangan Penyelidik Kepada Pihak-pihak Lain
Kajian Masa Oepan
Rumusan
B/BLIOGRAF/
LAMP/RAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
B
C
0
LAMPIRAN E
Borang Soal Selidik
Ujian SPSS
Analisis Keputusan PMR
Surat LPM - Pelaporan Keputusan PMR 2004
Surat-surat Kebenaran
Peta Daerah Semporna
77
77
79
81
84
84
86
87
88
90
91
93
94
94
95
ix
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 :
Taburan Sampel Mengikut Sekolah
Jadual 3.2 :
Anggaran Kekuatan Hubungan Antara Dua Pemboleh ubah
JaduaI4.1 :
Taburan Responden Berdasarkan Jantina
JaduaI4.2 :
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa Pelajar
JaduaI4.3 :
Taburan Responden Berdasarkan Tempat Tinggal
Jadual4.4 :
Taburan Responden dan Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga
JaduaI4.5 :
Taburan Responden dan Jenis Pekerjaan Ibu Bapa
JaduaI4.6 :
Taburan Responden dan Tahap Pendidikan Ibu 8apa
JaduaI4.7 :
Taburan Responden Berdasarkan Pencapaian Akademik PMR 2004
JaduaI4.8 :
Analisis Hubungan Sikap Ibu Bapa atau Penjaga Terhadap Prestasi
Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
JaduaI4.9 :
Sikap Keluarga Dalam Aspek Bantuan Material
JaduaI4.10:
Analisis
Korelasi
Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Bantuan
Material dan Prestasi Akademik Pelajar
Jadual 4.11 : Sikap Keluarga Dalam Aspek Sokongan Moral atau Motivasi
JaduaI4.12 : Analisis
Korelasi
Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Sokongan
Moral atau Motivasi dan Prestasi Akademik Pelajar
Jadual 4.13 : Sikap Keluarga Dalam Aspek Galakan atau Aspirasi
JaduaI4.14 : Analisis Korelasi Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Galakan atau
Aspirasi dan Prestasi Akademik Pelajar
Jadual 4.15 : Analisis Perbezaan Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan
Pencapaian Akademik Calon PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
JaduaI4.16 : Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Bapa dan Pencapaian Akademik
PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
Jadual 4.17 : Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Ibu dan Pencapaian Akademik
PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
Jadual 4.18 : Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Bapa dan Pencapaian Akademik
PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah
x
JaduaJ 4.19 : AnaJisis Perbezaan Tahap Pendidikan Jbu dan Pencapaian Akademik
PMR 2004
JaduaI4.20: Dapatan dan Keputusan Kajian
xi
SENARAIRAJAH
Rajah 2.1 :
Jaringan Pemboleh ubah Kajian
Rajah 3.2 :
Carta Alir Peringkat Menjalankan Kajian
xii
DAFTAR SINGKATAN
FAMA
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan
IPTA
Institusi Pengajian Tinggi Awam
IT
Teknologi Maklumat
JPIM
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
KEMAS
Jabatan Kemajuan Masyarakat
LPM
Lembaga Peperiksaan Malaysia
PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PMR
Penilaian Menengah Rendah
PPD
Pejabat Pelajaran Daerah
SSE
Status Sosioekonomi
SMKB
Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya
SMKDPA
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pang lima Abdullah
SMKK
Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan
SMKT
Sekolah Menengah Kebangsaan T agasan
SPM
Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS
Statistical Package For The Social Sciences
STPM
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
UPSR
Ujian Penilaian Sekolah Rendah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Reformasi pendidikan kini, menuntut setiap individu turut serta dalam pelbagai
arus perubahan, sekali gus menjadi suatu cabaran baru dalam perhubungan dan
kehidupan berkeluarga. Tidak dapat dinafikan kepentingan dalam penguasaan
ilmu yang efektif mampu memberi impak terhadap prestasi akademik yang tinggi.
Desakan modenisasi serta kehendak pelbagai pihak untuk menyaksikan kejayaan
anak-anak dalam bidang akademik memberi ruang melakukan pelbagai langkah
positif dan proaktif bagi memastikan anak-anak berjaya dengan cemerlang.
Namun begitu, pelbagai kekangan yang dihadapi dalam merealisasikan hasrat
murni tersebut.
Kemajuan material dan ekonomi yang dicapai oleh negara perlu merintis
perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan masyarakat berfikir untuk
membina diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Ketandusan ciri-ciri masyarakat
berfikir turut mempengaruhi kelemahan sosial, moral, ekonomi, dan politik yang
melemahkan pencapaian sesuatu masyarakat. Masyarakat berfikir adalah asas
penting mencorakkan perubahan masyarakat maju menjelang abad ke-21 .
Pencapaian yang baik dalam bidang akademik dalam kalangan anak-anak
sebenarnya mampu merubah status atau taraf sosioekonomi sesebuah keluarga
dalam lingkungan hidup bermasyarakat. Apabila anak-anak mereka berjaya serta
memiliki kerjaya sendiri, secara tidak langsung mereka boleh mengurangkan
bebanan dan membantu ibu bapa atau penjaga yang hidup miskin dari segi
2
kewangan. bimbingan serta tunjuk ajar terhadap anak-anak yang lain atau adikberadik.
Abd . Rahim Abd . Rashid (2000) menjelaskan bahawa peranan utama
pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial dengan
melahirkan 'masyarakat berfikiran' (thinking society). Peranan bagi melahirkan
masyarakat berfikir perlu dijadikan satu landasan perubahan sosial bagi
menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21 .
Sejajar itu. bidang pendidikan merupakan salah satu agenda penting dalam
pembangunan negara.
Matlamat Pembangunan Pendidikan 2001 -2010 adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). iaitu bertujuan untuk meningkatkan
kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, meningkatkan budaya ilmu.
membudayakan sains dan teknologi, membudayakan pembelajaran sepanjang
hayat. menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap. berkesan. dan bertaraf
dunia, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Senario ini diperkukuh lagi dengan peruntukan 8ajet 2006 terhadap sektor
pendidikan. iaitu sebanyak RM29 bilion atau satu per lima daripada peruntukan
bajet disediakan khusus untuk pendidikan. Negara kita amat menitikberatkan
sektor pendidikan sebagai aset utama untuk melahirkan insan yang mampu
menyumbang ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Justeru.
kecemerlangan pendidikan adalah prasyarat penting yang perlu dicapai demi
merealisasikan matlamat tersebut.
Perbelanjaan dalam pendidikan merupakan pelaburan kepada sumber
manusia terlatih di negara-negara maju dan membangun. khususnya Malaysia.
Oleh itu. negara ini telah melabur banyak wang dalam sektor pendidikan kerana
sektor pendidikan memberi keuntungan serta faedah kepada negara. masyarakat.
dan individu (Sufean Hussin, 2002).
3
Pembangunan Pendidikan yang dirancang dan akan dilaksanakan adalah
berdasarkan
empat teras , iaitu
meningkatkan
akses
kepada
pendidikan ,
meningkatkan ekuiti dalam pendidikan , meningkatkan kualiti pendidikan , dan
meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan.
Agihan input pendidikan akan terus dibuat secara adil kepada semua institusi
pendidikan bagi membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar
pada tahap optimum.
Peningkatan
kualiti
pendidikan
menengah
akan
dilakukan
melalui
pemantapan kurikulum sekolah menengah yang berfokus kepada kemah iran
akademik terutama dalam menguasai kemahiran belajar, berkomunikasi , berfikir
secara kritis dan kreatif, pengurusan kendiri , memiliki nilai-nilai positif, dan asas
industri. Langkah tersebut menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang
lebih kompetitif dan bersaing pad a peringkat global.
Sejajar itu, anggota perkhidmatan awam , khususnya golongan pendidik
wajar menunjukkan komitmen berterusan dalam meningkatkan pencapaian mutu
kerja seperti seruan Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara, iaitu:
"Pelaksanaan tanggungjawab perlu seiring dengan perubahan dalam
sistem dan prosedur kerja, iaitu dengan menggunakan peralatan canggih .
Perkhidmatan awam boleh memilih sistem kerja terbaik, sentiasa
membantu menyelesaikan urusan yang melibatkan pelanggan, dan
berusaha memperbaiki segala kelemahan".
(Tan Sri Sam sud in Osman, Harian Ekspres, 3 Disember 2005)
Ibrahim Abu Shah (1992) menyatakan bahawa pendidik atau guru secara
tradisional, dalam konteks negara kita terutama di kawasan luar bandar atau
pedalaman, mereka dijangka memainkan peranan sebagai kaunselor, penasihat,
akauntan serta penterjemah , dan juga menjadi pemimpin komuniti. Guru
menyemaikan dan membangunkan para pelajar sejak sekian lama untuk menjadi
pemimpin-pemimpin agung dunia hari ini dan mereka akan terus menyediakan
4
para pelajar masa kini untuk menghadapi masa hadapan. Peranan mereka
sebagai penyampai ilmu dan membina kemahiran sumber manusia akan menjadi
aset bernilai untuk negara.
Pihak kerajaan amat mengambil perhatian serius dalam mengurangkan
jurang pendidikan luar bandar dan bandar dengan melaksanakan beberapa
langkah,
strategi,
dan
program
berkesan.
8ajet
2005
misalnya
telah
memperuntukkan RM16.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran dan RM5.2 bilion
untuk Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan untuk membangunkan masyarakat
berpengetahuan , menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia, sekali gus
bagi memenuhi hasrat penyusunan semula ekonomi negara untuk mewujudkan
keseimbangan sosioekonomi antara kaum.
Dalam Laporan Ekonomi 2004/2005 , menetapkan anggaran kemiskinan
adalah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan seperti berikut:
RM529 setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia
RM690 setiap isi rumah di Sabah
RM600 setiap isi rumah di Sarawak
Strategi dan program dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005)
juga memberi penekanan kepada penyediaan asas sumber manusia yang kukuh
untuk
menyokong
pembangunan
ekonomi
berasaskan
pengetahuan
serta
mempertingkat produktiviti dan daya saing . Usaha akan diambil untuk membangun
satu sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi
keperluan tenaga buruh yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta
dilengkapi dengan nilai-nilai positif. Selain itu, mantan Perdana Menteri juga
menggariskan langkah-Iangkah berikut:
"Kerajaan akan memastikan setiap lapisan masyarakat terutamanya
masyarakat luar bandar menikmati dan mendapat faedah daripada peluang
yang disediakan termasuk pendidikan , pekerjaan , dan perkhidmatan sosial.
Pelbagai usaha akan diambil untuk memastikan kemudahan sosial
5
disediakan dengan lebih meluas dan berkualiti termasuk suasana kerja ,
tahap kesihatan, dan alam sekitar yang lebih baik. Program pembasmian
kemiskinan akan memberi penekanan khusus ke arah mengatasi kelompok
kecil miskin di kawasan bandar dan luar bandar untuk membangunkan
sebuah masyarakat yang saksama".
(Mahathir Mohamad , 23 April 2001)
Kajian yang dibuat oleh Jomo K.S. (1991) mendapati bahawa seorang
anak golongan miskin yang bersekolah menghadapi kehidupan yang berbeza
daripada seorang anak yang kava . Selepas balik ke rumah, anak keluarga miskin
terutamanya anak perempuan terpaksa membuat kerja rumah dan tugas-tugas
lain. Sebaliknya, kebanyakan anak keluarga kava menghadiri kelas bimbingan
khas. Kebanyakan ibu bapa yang kaya juga berpelajaran tinggi. Buku serta
kemudahan pelajaran lain amat berbeza berbanding dengan keadaan keluarga
miskin yang serba kekurangan .
y'
<t;
,<
f·"
)
1.2
Penyataan Masalah
Lokasi kajian ini terletak di daerah Semporna yang terbahagi kepada dua
kawasan, iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai
Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna juga berhampiran
dengan sempadan perairan antarabangsa, iaitu Filipina dan Indonesia. Kegiatan
ekonomi daerah ini banyak bergantung kepada tiga sumber utama, iaitu pertanian
65 peratus, nelayan 30 peratus, dan perniagaan 5 peratus. (Regatta Lepa XII,
2005)
Apabila
ditinjau
tahap
pencapaian
akademik
pelajar-pelajar dalam
peperiksaan PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah menunjukkan pencapaian
yang kurang memberangsangkan (Ruj. Lampiran C) . Daripada 1379 orang calon,
terdapat sebanyak 394 orang calon atau 28.6 peratus sahaja yang lulus. Senario
ini menunjukkan bahawa wujud kepincangan yang perlu dirungkai bersama demi
_I
.:.:
6
memartabatkan profesion pendidikan tanpa mengenal batasan tempat dalam
zaman serba canggih kini.
Perkembangan
ini
tidak
wajar dibiarkan
berlarutan
kerana
boleh
menjejaskan pencapaian matlamat masa depan pelajar, ibu bapa , sekolah , dan
negara. Langkah bersepadu dan komprehensif pelbagai pihak perlu dilaksanakan
dan memerlukan kajian untuk mengenal pasti permasalahan pembelajaran yang
dihadapi oleh para pelajar. Oleh itu, dalam rangka penyelidikan yang agak
terbatas ini, penyelidik akan memberi tumpuan terhadap status sosioekonomi
keluarga dan prestasi akademik PMR. Pihak yang berminat dalam kajian ini
sekurang-kurangnya akan mendapat maklumat dan sedikit gambaran tentang
pencapaian PMR di daerah ini.
Peperiksaan awam yang wajib diduduki oleh para pelajar seperti Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) , Penilaian Menengah Rendah (PMR) , Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
menjadi tumpuan penilaian pelbagai pihak, khususnya semasa keputusan
diumumkan pada setiap tahun.
Berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR tahun 2004 yang diumumkan
pada 29 Disember 2004, (Rabu) telah mencatatkan 25 orang pelajar mencapai
keputusan memenuhi kriteria cemerlang peringkat kebangsaan yang ditetapkan
pada peringkat nasional. Manakala pencapaian peperiksaan PMR peringkat negeri
Sabah, iaitu daripada jumlah calon 31 ,997 orang terdapat sebanyak 17,262 calon
atau 53.9 peratus yang lulus.
Sementara itu, prestasi PMR 2004 pada peringkat bahagian Tawau
termasuk daerah Semporna, iaitu daripada 7,383 orang calon , terdapat sebanyak
3,689 calon atau 50 peratus lulus. Terdapat dua orang calon memperoleh 9A, 48
orang calon memperoleh 8A, dan sembilan orang calon memperoleh 7A. Secara
7
keseluruhannya, terdapat 59 orang atau 0.8% yang mencapai keputusan yang
boleh dibanggakan.
Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kejayaan yang
dikecapi dalam bidang akademik adalah hasH daripada usaha dan perancangan
yang rapi oleh semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa, pelajar, guru-guru,
pentadbir sekolah, komuniti, dan pihak Kementerian Pelajaran. Pennuafakatan
dan komitmen padu semua pihak sesungguhnya telah terbukti menyumbang
kepada kecemerlangan.
Justeru , masyarakat yang
berwibawa, produktif,
optimistik kepada
perubahan , berfikiran jauh, bersifat futuristik, akan dapat mempengaruhi proses
membuat keputusan , mempunyai idealisme dan cita rasa yang tinggi. Mereka juga
memiliki nilai intelektual dan moral yang unggul, bersifat demokratik, serta dapat
membina dan mempertahankan nilai-nilai hidup yang menjamin kesejahteraan dan
kebajikan ahli masyarakat. Perubahan dengan membaik pulih sistem pendidikan
sewajarnya ditekankan terhadap kanak-kanak sejak peringkat awal.
Pendidik atau guru khususnya mempunyai akauntabiliti terhadap taraf
prestasi, kemajuan , dan kelakuan anak-anak didik yang diajarnya. Hal ini selaras
dengan kod etika profesion keguruan di Malaysia, iaitu:
"Kami , guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,
yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan
ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan, dan prinsip-prinsip Rukun Negara".
(Mok Soon Sang, 2003 : 178)
Pendekatan kreatif dan inovatif dalam pembelajaran antaranya boleh
mendorong kejayaan cemerlang pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga dalam bidang lain. Pelajar yang kreatif dan inovatif
8
menunjukkan pencapaian yang tinggi dan mempunyai motivasi yang mendorong
mereka ke arah kejayaan. Usaha kreatif dan inovatif yang dilakukan oleh guru dan
pihak sekolah boleh mencorakkan dimensi baru dalam pembelajaraan dan
pencapaian pelajar-pelajar di sekolah.
Kreativiti dan inovasi boleh dicetuskan dalam organisasi sekolah sekiranya
pengurus
organisasi
sedar dan
bersedia
melakukan
perubahan
dengan
meningkatkan motivasi, memberi ganjaran dan menunjukkan penghargaan
terhadap usaha-usaha kreatif dan inovatif oleh guru-guru dan murid-murid.
Motivasi amat penting untuk mendorong kejayaan dan kemajuan sekolah.
Kajian oleh Joharah Abdullah (1999) mendapati bahawa tingkah laku
bermasalah dalam kalangan pelajar bukan sahaja menjejaskan pencapaian
akademik pelajar tetapi juga boleh menjejaskan usaha melahirkan insan yang
dinamik dan seimbang. Tingkah laku kurang disiplin , tingkah laku kurang tumpuan
dan kemahiran belajar, tingkah laku akibat pengaruh luar, tingkah laku emosi dan
kendiri serta penampilan merupakan penanda pencapaian akademik yang kurang
memuaskan. Oleh itu, tingkah laku bermasalah perlu ditangani secara bersepadu
dan komprehensif untuk menghasilkan generasi cemerlang.
Sebaliknya, menurut Oh Kong Lum (1970) mendapati bahawa pelajar yang
bersikap positif akan memberi harapan yang tinggi terhadap pendidikan. Mereka
bersifat optimistik terhadap sistem pendidikan sebagai satu mobiliti dalam
mencapai kepuasan usaha. Oleh itu, mereka meluangkan masa yang banyak
untuk kerja-kerja sekolah dan mengutamakan kestabilan mental serta emosi.
Kajian yang dibuat oleh Adnan Kamis (1980) terhadap pelajar-pelajar Tingkatan
Tiga di SM. Kg . Batu, Kuala Lumpur juga mendapati bahawa sikap pelajar
terhadap
mata
pelajaran
mempunyai
pencapaian akademik mereka.
hubungan
yang
signifikan
dengan
9
Awang Had Salleh menyatakan bahawa prestasi akademik dalam kalangan
pelajar-pelajar bumiputera adalah berbeza dan pada umumnya sederhana dan
rendah , bilangan pelajar-pelajar bumiputera yang mencapai kecemerlangan
akademik adalah keeil (Abdul Razak Habib, et ai, 1994).
Persoalannya, sejauh manakah dimensi sikap keluarga ada hubungan
dengan prestasi akademik? Adakah dalam kalangan pelajar yang memperoleh
prestasi PMR pada tahap cemerlang, kepujian , baik, lulus minimum, atau gagal itu
berhubung kait dengan dimensi sikap keluarga dalam aspek bantuan material,
sokongan moral atau motivasi, dan dalam aspek galakan atau aspirasi?
Justeru, kajian ini diperlukan dalam meninjau hubungan dimensi sikap
keluarga, status sosioekonomi ibu bapa atau penjaga , dan prestasi PMR di
beberapa buah sekolah menengah di daerah ini bagi mengenal pasti isu yang
berlaku. Oi samping itu, kajian ini adalah diharapkan boleh membantu dalam
usaha memperbaik dan mempertingkat prestasi akademik pelajar, khususnya di
lokasi kajian pada masa akan datang.
1.3
Persoalan Kajian
Sebelum menjalankan sesuatu kajian. seseorang pengkaji perlu mengetahui
perkara yang hendak dikaji. Oleh itu, arah atau hala kajian mesti ditetapkan
terlebih dahulu . Untuk menjalankan kajian ini, beberapa soalan kajian telah
dibentuk. iaitu:
i.
Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
bantuan material dan prestasi akademik pelajar?
ii.
Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar?
iii.
Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar?
10
iv.
Adakah terdapat hubungan antara faktor sosioekonomi keluarga dan
prestasi akademik pelajar?
1.4
Objektif Kajian
Pad a umumnya objektif kajian ini adalah untuk meninjau dimensi sikap, status
sosioekonomi keluarga, dan prestasi akademik pelajar PMR 2004 yang belajar di
beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Semporna, Sabah.
Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut:
i.
Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
bantuan material dan prestasi akademik pelajar.
ii.
Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar.
iii.
Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek
galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar.
iv.
Mengenal pasti hubungan antara faktor sosioekonomi keluarga dan
prestasi akademik pelajar.
1.5
Hipotesis Kajian
Hipotesis ialah suatu ramalan atau pernyataan tentang keputusan atau hasil
dapatan yang dijangka akan diperoleh (Jack & Norman, 1996). Hipotesis kajian ini
adalah seperti berikut:
Ho 1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga
dalam aspek bantuan material dan prestasi akademik pelajar.
HA 1
Terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga dalam
aspek bantuan material dan prestasi akademik pelajar.
Ho2
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga
dalam aspek sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar.
11
HA2
Terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga dalam
aspek sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar.
Ho3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga
dalam aspek galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar.
HA3
Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap keluarga dalam aspek
galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar.
1.6
Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini adalah diharapkan dapat memberi sumbangan yang bernilai
kepada ibu bapa, guru-guru, kaunselor, pihak pentadbir, pelajar-pelajar, komuniti ,
dan semua pihak yang terlibat dalam menangani masalah pencapaian akademik
dalam kalangan anak-anak. Hal ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh
Parsons , Frydenberg , dan Poole (1996) yang menyatakan bahawa sokongan
sosial yang positif adalah penting untuk pencapaian akademik yang lebih baik.
Permasalahan sikap dan sosioekonomi keluarga yang wujud diharapkan dapat
ditangani atau dikurangkan memandangkan matlamat kecemerlangan akademik
menjadi hala tuju penting dalam bidang pendidikan. Faedah-faedah lain yang
diperoleh adalah seperti berikut:
i.
Membantu ibu bapa atau penjaga dan guru-guru mengenal pasti sejauh
manakah dimensi sikap dan status sosioekonomi keluarga mempunyai
hubungan dengan pencapaian akademik.
ii.
Membantu dalam mengenal pasti faktor-faktor yang mempunyai hubungan
dengan masalah prestasi akademik pelajar, sekali gus membantu
meningkatkan prestasi sekolah.
iii.
Menjadi panduan kepada pihak pentadbir, guru-guru, dan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang serta melaksanakan program

Similar documents