Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai Jamuan

Comments

Transcription

Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai Jamuan
Edaran
Dalaman
KDN. PP 12636 / 5 / 2003 www.ingresscorp.com.my
Jamuan Perpisahan
Mr. Naoto Kawai
Muka surat 14-15
Muka surat 17
Muka surat 14-15
Dari Meja Pengarang
Dari Meja Pengarang
Sidang Pengarang
Assalamualaikum warahmatullah.
Ketua Pengarang
Saudara/saudari warga Ingress yang dikasihi dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Pujian dan
kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan dan kurniaan-Nya kita dapat
bersua kembali di dalam Nadi Ingress (Bilangan 3).
Ramli bin Napiah
Pengarang
Warga Ingress yang dikasihi sekalian,
Muhamad Azmi bin Muhamad Nor
Kita baru sahaja meninggalkan tahun 1423 Hijrah dan menyambut tahun 1424 Hijrah. Setiap tahun,
menjelang Awal Muharram kita pasti akan menyambut Maal Hijrah dan menanam azam dan semangat
baru untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk menjadi seorang Hamba Allah yang sentiasa
tunduk dan patuh serta berpegang-teguh kepada ajaran-Nya. Persoalannya, sejauh manakah kita
merealisasikan hasrat dan impian yang sentiasa kita perbaharui saban tahun?
Penolong Pengarang
Mohamed Diah bin Baharun
Sidang Pengarang
Rosyatimi binti Abdullah
Rosli bin Ishak
Mohd. Fadli bin Che Me
Nizaiham binti Mohd. Nor
Mat Ali bin Mohamed
Khyrun Anuar bin Zainol
Mohd. Azhar bin Taib
Ahmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)
Abdul Aziz bin Mohd. Yunus (ICB)
Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)
Charan Hamdanee (IAV)
Warga Ingress yang dikasihi sekalian,
Marilah kita renung sejenak saat-saat getir yang telah dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda ketika peristiwa penghijrahan yang pertama
dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Betapa rasa ketakwaan dan pengabdian yang tinggi kepada
Allah s.w.t, maka Rasulullah tanpa rasa ragu-ragu patuh kepada perintah Allah yang Maha Agung
dengan menggunakan strategi dan perancangan yang sistematik untuk menghindar dari diketahui
musuh. Akhirnya, berkat kesabaran, keyakinan dan keimanan yang kukuh, Kaum Muhajirin dan
Ansar bersatu
hati dan berpadu tenaga untuk menegakkan agama suci, agama Islam yang
kita anuti, al-Hamdulillah.
Justeru itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w
ini. Harapan kita agar seluruh warga Ingress dari pelbagai kumpulan dan peringkat sama-sama
menanamkan semangat dan azam yang baru untuk berhijrah dari tahap yang kita lalui sekarang
kepada tahap yang lebih baik dengan penuh ketekunan dan kesungguhan sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w:
Jurufoto dan Edaran
Mohd. Fadli bin Che Me
Penerbit
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan,
maka dia akan melaksanakannya dengan tekun”.
(Riwayat Abu Daud)
Ingress Corporation Berhad
Lot 1M, 1st Floor,
No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4252 9696
Faks: 03-4252 9393
Laman Web: www.ingresscorp.com.my
Dalam keadaan dunia yang bergolak dan bergelora ini, saudara seislam kita di seluruh dunia sedang
menghadapi pelbagai dugaan, ujian dan ancaman hingga membawa kepada kehancuran umat
Islam. Kita, umat Islam yang hidup dengan aman dan damai di sini perlulah mengubah diri kita
sendiri bermula dari sekarang agar memberi tumpuan kepada kehidupan yang sentiasa mendapat
keredhaan daripada Allah s.w.t. dan bukannya
sekadar menyerah bulat-bulat kepada takdir dan
ketentuan Ilahi. Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendirilah yang
dapat mengubah nasib hidup mereka”.
(ar-Ra’dhu: 11)
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t akan memberi perlindungan, keselamatan dan
ketabahan kepada saudara-saudara kita yang sedang diancam oleh propaganda musuh yang ingin
menghancurkan Islam.
Warga Ingress yang dikasihi sekalian,
Rekabentuk dan Urus Cetak
Triknight Communications Sdn. Bhd.
36-3, Jalan 24/70A,
Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2300 1051 / 1052
Faks: 03-2300 1062
E-mail: [email protected]
Akhir kata, kami, Ahli Sidang Pengarang juga ingin menyeru agar kita semua membuka horizon minda
dan membuat persiapan yang rapi dari segi ketahanan mental, fizikal dan spiritual untuk sama-sama
membangunkan syarikat supaya mampu berdaya-saing di arus cabaran globalisasi.
Sekian dari Meja Pengarang.
Isi Kandungan
Dari Meja Pengarang
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
2
3-5
Berita Korporat Ingress Group
6
• “Joint Venture Company of Thailand, will
Reinforce Their Productions”
• Lawatan dari Maybank Securities ke Ingress Operasi Nilai
• “Short Write-up on Ingress by
Hwang-DBS Securities Berhad”
Berita Kualiti
7-8
• Info QCC
• Sirim “Surveillance Audit”
• Konvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTON
Berita “Subsidiaries”
• Lawatan oleh Kelab Pembekal
TOYOTA dari Filipina
• Majlis Jamuan Berbuka Puasa ITSB
• Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif,
Ingress Corporation Berhad di ITSB
8 - 10
•
•
Mohd Zaki Zainudin
• Latihan yang dijalankan oleh Syarikat
Pengagihan Wang Zakat ITSB kepada
Saudara Baru di kalangan Orang Asli
di kawasan Bukit Beruntung
Kursus Kesedaran ISO 9001 : 2000
Personaliti Nadi Ingress • Peringkat Eksekutif
• Peringkat Bukan Eksekutif
11 - 13
Fokus
• Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2002
14 - 15
Jendela “Oversea”
• IAV 4th Family
• IAV Dinner and IAV New Scheme of Service Launching
• Conflagration at IAV
• IAV Fire Fighting Training
• IAV Business Planning and Budget
Presentation for FY 2003 / 2004
• IAV Umrah 2002
16 - 19
Berita HRD
20
• Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai
• Majlis Penghargaan dan Perletakan Jawatan En.
Berita Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
• Pemeriksaan Mesin “Roll Forming 2” di IPSB dan “Vertical Extruder” di IESB
• Perlindungan Kebajikan Sosial (PERKESO)
21
Kelab Kakitangan • Kempen Derma Darah
• Program Ceria Ramadhan 2002
• Program Tadarrus dan Majlis Khatam al-Quran
22
Nostalgia
23 - 25
• Selamat Pengantin Baru
• Cahaya Mata
• Tinggal Kenangan Mr. Naoto Kawai ... Jasamu
Dikenang
Karya
26
Candid Camera
27
Sudut Agama
28
• Marilah Bermuhasabah! Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Pentingnya Iman
Di dalam Menhadapi Cabaran
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., para
sahabat r.anhum, dan seluruh umat Islam yang
berjuang menegakkan kalimah Allah di muka
bumi-Nya ini.
Saudara-saudari warga Ingress yang
dikasihi,
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala
limpahan rahmat dan rahim-Nya kepada kita
semua. Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat
Ilahi semoga kita dan seluruh umat Islam selamat
dari segala bencana kejahatan musuh-musuh
Islam.
Menyoroti perkembangan ekonomi dunia ekoran
pergolakan politik dan ancaman kepada keamanan
dunia sejagat, saya ingin mengingatkan diri
saya dan saudara-saudari sekalian agar tidak
menyimpang jauh dari matlamat asal kehidupan
seperti yang dibawa oleh baginda s.a.w., menyeru
semua makhluk Allah supaya hidup dalam
keamanan dan kesejahteraan.
Apalah gunanya kita berusaha membina
rumah yang indah dengan harapan untuk
memberi kebahagiaan kepada penghuninya jika
penghuninya asyik berkelahi sesama sendiri
dan tidak pernah menikmati kebahagiaan dan
keharmonian. Begitulah juga dengan sebuat
syarikat atau negara di mana keuntungan yang
besar tidak akan membawa sebarang makna jika
warga syarikat atau warga negara berkenaan tidak
bersatu-padu dan tidak hidup dalam kesejahteraan
dan keharmonian.
Oleh sebab itu, matlamat utama kehidupan kita
ialah mencari kebahagiaan di dalam hati kita
supaya kita dapat menjalani kehidupan kita
dengan lancar dan mencapai kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. Yang demikian itu tidak bermakna
bahawa kita tidak ingin mencapai kemajuan di
dunia. Malahan sentiasa dianjurkan oleh agama
kita agar mencari kebahagiaan di dunia di samping
tidak mengabaikan kebahagiaan di akhirat. Justeru
itu, jika kita menghadapi cabaran baik dari segi
perniagaan ataupun kehidupan kita sehari-hari,
kita mestilah jangan menyimpang dari matlamat
ini kerana kita akan diberi kekuatan. Jika kita
bersabar, bersatu-padu dan tidak buruk-sangka
terhadap satu sama lain, Insya-Allah kita akan
menghadapi cabaran itu dan akan memperolehi
kejayaan. Ini adalah janji Allah di dalam al-Qur’an.
Oleh sebab itu, perkara pertama yang mesti kita
ingat apabila menghadapi cabaran dan kesusahan
ialah bahawa rezeki kita datang dari Allah s.w.t.
dan tidak dari projek-projek kita. Jika kita tidak
faham dengan kefahaman yang sebenarnya
mengenai dari mana datangnya rezeki kita, saya
khuatir lambat-laun kita akan menyimpang dari
jalan yang benar. Walau bagaimanapun, ini tidak
bermakna kita tidak berusaha untuk mengenalpasti
kelemahan kita sehingga kita dihadapi dengan
cabaran.
Saudara dan saudari yang dikasihi,
Selepas iman dan ibadah, yang merupakan
dua bahagian pertama ajaran Rasulullah s.a.w.,
datang pula yang ketiga iaitu akhlak, yakni hak
dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan
kepada manusia, di mana pengamalannya bukan
hanya baik tetapi satu keperluan. Perhubungan
ini merujuk kepada, perhubungan di antara kita
dan ibu bapa, keluarga, saudara-mara, rakan
taulan, pembekal, pelanggan, subkontraktor dan
sesiapa sahaja yang kita berinteraksi hatta dengan
makhluk lain sekalipun. Dalam aspek perniagaan,
ini dinamakan “muamalat”. Bagaimana kita
berhubung dengan pelanggan, pemiutang
(creditors) dan penghutang (debtors) adalah juga
sebahagian dari muamalat.
Saudara dan saudari,
Melalui pengalaman saya, banyak faktor yang
menyumbang kepada kegagalan sesuatu
perniagaan di antaranya :
had kemampuannya dari segi masa, kewangan
dan kawalan.
3. Over Costing / Kos Berlebihan
Kos berkait dengan bahan, tenaga buruh dan
upah. Antara petandanya ialah kekurangan kos
dan kelemahan sistem melapor. Ada kalanya
kita tersasar ramalan dan ada kalanya kita tidak
memperuntukkan belanjawan yang mencukupi.
Setiap kali kita tersasar dari belanjawan, bermakna
kita tidak membuat belanjawan dengan betul. Ada
ketikanya ia disebabkan oleh sistem pengesan
yang tidak berkesan atau kita tidak mempunyai
sistem pengesan yang sesuai yang menyebabkan
kita tersasar dari sasaran dan mempunyai
kelebihan stok. Kos berlebihan juga menyebabkan
kita mempunyai kadar kejayaan penawaran yang
rendah. Justeru itu, kita perlu sentiasa mengukur
kos dan melakukan pembaikan.
1. Kurang Urus (Undermanagement)
Kadang-kala kita merasakan bahawa perniagaan
gagal kerana pengurusan jahat (bad management)
Tidak selalunya begitu. Lazimnya disebabkan oleh
kurang urus. Pengurusan jahat adalah disebabkan
oleh satu atau lebih kesalahan yang dilakukan.
Tetapi, kurang urus ialah apabila kita tidak cukup
melakukan perkara-perkara betul atau tidak
melakukan apa-apa. Kita mungkin tidak melakukan
sebarang kesalahan tetapi pada waktu yang sama
kita tidak melakukan perkara-perkara betul dengan 4. Inadequate Margins / Ketidakcukupan Jidar
mencukupi. Kebanyakan syarikat gagal kerana Ini adalah jelas. Jika kita tidak mempunyai jidar
(margin) yang mencukupi, sudah tentu kita tidak
kurang urus, bukan kerana pengurusan jahat.
akan berjaya. Kita perlu sedar bahawa jidar adalah
Sudah tentu ada kes-kes di mana terdapat niat fungsi kos dan harga jualan. Ketidakcukupan jidar
untuk menipu dan ini adalah niat yang jahat bermakna kita menjual dengan terlalu rendah atau
dan pengurusan jahat. Walau bagaimanapun, kos kita terlalu tinggi. Yang mana satu pun, ia
kebanyakan syarikat gagal disebabkan oleh bermakna jidar kita terlalu kecil. Ada kalanya ianya
kurang urus. Pengurusan kc~an memberi contoh, disebabkan oleh pergolakan dalam industri; terlalu
hala tuju, strategi melalui teknologi maklumat, sedikit tawaran kerja dan terlalu ramai pesaing. Ini
peraturan dan kawalan dan sumber pilihan, juga boleh menyebabkan ketidakcukupan jidar.
wang dan manusia. Semua aspek ini merupakan
arahan pengurusan kanan dan ada ketikanya kita 5. Under Capitalized / Kekurangan Modal
tidak melakukan perkara-perkara betul dengan Kita perlu melihat kepada kunci kira-kira samada
mencukupi dalam aspek-aspek tersebut dan kita ada hutang, penghutang dan pemiutang yang
berlebihan. Sebahagian dari petanda kekurangan
dengan itu kita kurang urus syarikat.
modal ialah apabila kita mempunyai kadar bayaran
2. Penglibatan Berlebihan (Over Commitment)
kepada pemiutang yang tinggi. Kunci kira-kira juga
Ini bermaksud kemampuan pengurusan untuk memaparkan nisbah hutang/ekuiti yang tinggi. Ada
berfungsi dengan jelas, bermakna dan fokus syarikat yang meminjam untuk menjelaskan hutang
yang berkesan. Penglibatan berlebihan mungkin mereka. Itu merupakan petanda kekurangan
disebabkan oleh kerumitan sesuatu projek. Ada modal yang jelas. Saya berharap ia tidak berlaku
kalanya kita cuba mengurus projek-projek yang dalam kumpulan kita.
terlalu kompleks sedangkan kita tidak mempunyai
kepakaran yang mencukupi atau tenaga pakar 6. Faktor Luaran
untuk melaksanakannya. Ada kalanya terdapat Kebiasaannya ancaman luaran adalah di luar
terlalu banyak kepelbagaian dalam sesuatu projek. kawalan pihak pengurusan. Sebagai contoh,
Projek itu mungkin tergolong dalam kejuruteraan apabila terdapat anjakan pada permintaan pasaran
kuasa, tetapi, ia mungkin memerlukan kepakaran atau perubahan dalam teknologi tertentu. Ada di
yang berlainan. Walaupun kepakaran umumnya kalangan kita yang berpendapat ianya kerana
adalah pengurusan projek, ada kalanya kita kita tidak tergolong dalam kumpulan tertentu
perlukan kepakaran khusus untuk projek-projek yang disukai oleh kerajaan. Sesungguhnya kita
tertentu. Justeru, jika kita tidak mempunyai tidak boleh menggunakan itu sebagai alasan
tenaga yang mencukupi, kita tergolong dalam untuk duduk diam. Itu merupakan tindakan
‘over commitment’ dari sudut sumber manusia. yang merugikan. Jika kita yang terendah dalam
Ataupun kemungkinan terlalu banyak projek yang penawaran tender dan terbaik dalam teknologi,
diterima sehingga memaksa syarikat melampaui saya yakin kita akan memperolehi kerja yang Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
ditawarkan. Masalah yang sama juga terjadi
kepada syarikat-syarikat lain. Hatta, syarikatsyarikat yang dikatakan tergolong dalam yang
disukai kerajaan juga tidak selalunya berjaya.
Tiada penghujungnya jika kita asyik memberi
alasan kerana tidak mendapat projek. Apa yang
perlu dilaksanakan ialah memberi penumpuan
kepada keutamaan kita.
Saudara-saudari warga Ingress yang
dikasihi,
Penjelasan saya mengenai faktor-faktor di atas
adalah untuk kita berkongsi pengalaman sebagai
satu pembelajaran serta pengajaran. Selanjutnya,
marilah kita bersama-sama berusaha mencari
penyelesaian terbaik untuk membangunkan
syarikat yang kita kasihi ini. Kita akan berhadapan
dengan krisis pengurusan dan perniagaan jika kita
tidak berusaha menghindari masalah-masalah
yang dipaparkan di atas. Sehubungan dengan
itu, saya ingin mencadangkan beberapa langkah
yang perlu diambil oleh pihak pengurusan dan
pihak kakitangan:
Pertama, kita perlu mempunyai pengurusan
dan kawalan tunai yang mencukupi. Jika kita
terus-menerus tergelincir dari jangkaan, mungkin
terdapat sesuatu kesilapan dalam sistem, samada
sistem kos, sistem melapor atau perhubungan
dengan pelanggan.
Kedua, kita perlu sedar bahawa perhubungan
kita dengan pemiutang atau penghutang
adalah penting. Jika kita lewat dalam membuat
pembayaran, berita akan tersebar dan disebabkan
itu kos kita akan meningkat disebabkan penawaran
harga yang lebih tinggi dari mereka. Apabila kos
kita tinggi, jidar kita akan rendah dan jidar yang
rendah merupakan antara punca kegagalan
banyak syarikat. Justeru, lebih baik kita lihat
kepada kos terlebih dahulu. Tidak mudah untuk
mendapatkan pulangan sebanyak RM1 Juta, akan
tetapi, lebih mudah untuk menjimatkan 5% dari kos
untuk mendapatkan jidar yang lebih baik. Setelah
itu, kita perlu melihat perhubungan kita dengan
para pemiutang. Kita perlu mencari jalan untuk
memantapkan perhubungan dengan mereka. Kita
perlu berbincang dan menjelaskan kepada mereka
agar sebutharga mereka tetap kompetitif.
Ketiga, ialah mencari penyelesaian dan bukan
menunding jari, yang mana ia merupakan akhlak
kita dengan taulan dan rakan sekerja. Amat
penting bagi pihak pengurusan untuk bertenang
pada waktu krisis dan adalah baik kita memberi
penjelasan mengenai situasi sebenar yang
dihadapi kepada anak buah kita. Tidak perlu kita
menyembunyikan masalah daripada mereka.
Tekankan peri-pentingnya mereka memberi
sokongan. Pastikan laluan komunikasi sentiasa
terbuka. Semasa krisis, kekerapan menyampaikan
laporan perlu dipertingkatkan, mungkin seminggu
sekali, bukan sebulan sekali. Kakitangan perlu
diberi maklumat bagi mengelakkan khabar
angin kerana khabar angin adalah musuh
yang paling dasyat. Janganlah kita mencari
“kambing hitam”. Saya berharap anda mencari
penyelesaian melalui percambahan pemikiran
(brainstorming) dan “syura”. Kadang-kadang
penyelesaian yang diperlukan sudah ada dalam
diri anda. Konsep syura ialah berbincang untuk
mendapatkan penyelesaian dan tetap bersatu
untuk mengendalikan masalah tersebut. Syura
memberi ruang kepada manusia menzahirkan
kekuatan dan manusia, walau sekecil mana
sekalipun, jika bersatu akan mempunyai kekuatan
untuk mengatasi masalah yang lebih besar.
Manusia, ramai mana sekalipun, jika tidak bersatu,
tidak akan mampu menangani walau masalah
yang kecil.
Keempat, cari jalan untuk mengurangkan
perbelanjaan dengan meneliti bil-bil telefon,
perbelanjaan perjalanan dan lain-lain. Tidak perlu
memotong perbelanjaan yang perlu. Kita mesti
mempunyai keutamaan yang betul. Jika kita boleh
berjimat, kita akan memperbaiki jidar kita. Pada
waktu krisis, kita perlu sentiasa sedar bahawa
kelangsungan syarikat mengatasi segala-galanya.
Tidakkah lebih baik untuk kekal hidup selama
3 atau 4 tahun berbanding dengan bergembira
hanya selama 6 bulan?
Kelima, ialah untuk kita meneliti upah ke atas
kakitangan. Ada kalanya perlu untuk digabungkan
jabatan atau bahagian tertentu. Pembuangan
pekerja merupakan langkah terakhir. Ada masanya
strategi memberhentikan kakitangan tidak berkesan
untuk menghadapi krisis ekonomi jangka pendek.
Kita perlu memberi jaminan kepada kakitangan
bahawa kita sedang berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan keberkekalan setiap
orang.
Akhir sekali, kita perlu memperkukuhkan keupayaan
pihak pengurusan dengan memperkukuhkan
kelemahan-kelemahan kita dan memperkukuhkan
kekuatan yang ada pada setiap individu. Kita perlu
meletakkan jiwa raga setiap orang di tempatnya
yang sebenar dan sudah tentu ini memerlukan
kepada “iman”. Kita memerlukan kesetiaan,
komitmen dan kesanggupan untuk berubah.
Tanpa kesanggupan untuk berubah, kita tidak
bergerak. Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w.
untuk mengubah dari “syirik” kepada “tauhid”,
dari “maksiat” kepada “amal jariah”. Walau
bagaimanapun, tidak mudah untuk berubah dan
ia memerlukan kekuatan iman.
Saya juga ingin menegaskan bahawa apabila kita
perlu kepada strategi, kita mesti mendefinisikan
matlamat kita. Apakah matlamat kita untuk
mengurangkan kerugian atau untuk mendapatkan
“breakeven”. Kita perlu realistik dan rasionalistik
dalam belanjawan. Tidak ada yang lebih
mendukacitakan dari membuat bajet yang baik
tetapi sering tersasar. Kita semua mesti cuba
memahami pengurusan aliran tunai, tidak kira
samada kita ini Pengurus Besar, Pengurus Projek
atau Jurutera Projek. Kita tidak boleh hanya
mengharapkan pihak Akauntan sahaja. Sebagai
contoh, Pengurus Projek mesti sedar bahawa jika
ia tersasar satu inbois, perancangan aliran tunai
akan menjadi kelam-kabut.
Secara ringkasnya, terlebih dahulu kita perlu
menilai mengapa prestasi perniagaan kita tidak
menyerlah. Kedua, kita perlu memberi tumpuan
kepada sebab, bukan kepada petanda (symptom).
Ketiga, kita perlu realistik dalam sasaran kita.
Selanjutnya, kita perlu mendapatkan bantuan dari
orang yang kita yakini atau dari orang yang lebih
tua atau berpengalaman. Akhir sekali, janganlah
hendaknya kita bertangguh kerana bertangguh
akan menambahkan lagi masalah kepada masalah
yang sedia ada.
Terima kasih. Wassalam.
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise be to Allah, Lord of the universe. Selawat
and salam to pur beloved Prophet Muhammad
s.a.w., his companions and all Muslim striving to
uphold the words of Allah in this world.
Beloved members of Ingress,
First and foremost, let us together express our
heartfelt gratitude to Allah s.w.t. on the blessings
and mercy bestowed upon us. Let us pray to the
Almighty so that we and all Muslim are safe from
the destructions engineered by the enemies of
Islam.
Looking at the world economic development due
to the current political turmoil and threats to the
world peace, I would like to remind myself and
all of you, not to deviate from our main aim in life
as thought by our beloved Prophet Muhammad
s.a.w., enjoining all creatures of Allah to live in
peace and harmony.
What is the meaning of all the efforts in building a
beautiful castle with the hope of giving happiness
to it’s occupants if the occupants are constantly
squabbling with each other and never enjoy
happiness and harmony. The same goes to a
company or a nation wherein huge profits or
development would never bring any meaning
if employees of the company or people of the
nation are not united and do not live in peace and
harmony.
Brothers and sisters,
For that reason, our main aim in life is to seek
happiness in our hearts so that we could lead our
live efficiently and attain happiness in this world
and the hereafter. With that it doesn’t mean that
we do not want advancement in this world. In fact,
it is always emphasized by our religion that we
seek happiness in this world without disregarding
happiness in the hereafter. Hence, if we face
challenges, either in business or our daily life
we must not deviate from this aim as we will be
given the strength. If we persevere, united and do
have ill-feelings towards each other, Insya-Allah
we will be able to face the challenges and attain
success. This is the promise made by Allah in the
holy Qur’an. For that reason, the first thing that we
must remember when faced with challenges and
difficulties, is that our “rezeki” or sustenance comes
from Allah s.w.t. and not from our projects. For, if
we do not understand with the real understanding
as to where our “rezeki” comes from, I am afraid
that sooner or later we will deviate from the right
path. However, it doesn’t mean that we do not seek
to identify our shortcomings until we are faced
with challenges.
Beloved brothers and sisters,
After faith and worship, which constitutes the first
two parts of the prophet’s teachings, comes the
third, namely moral conduct (akhlak), that is mutual
rights and obligations that fall upon human beings,
the observance of which is not only proper but,
essential. This relationship refers to; relationship
between us and parents, families, relatives,
friends, suppliers, clients, subcontractors and
whoever we interact, even with other creatures.
In the business aspect, this is called “muamalat”.
How we deal with our clients, creditors and debtors
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
are also part and parcel of “muamalat”.
Brothers and sisters,
Through my experience, there are many factors
contributing towards the failure of a business among
which :
1. Undermanagement
Sometimes we feel that business fails because of
bad management. Not always so. More often it is
because of undermanagement. Bad management
is due to one or more wrong doings being
committed. But, undermanagement is when we are
not doing enough of the right things or simply do
not do anything or inaction. We may not be doing
the wrong things, but at the same time we do not
do enough of the right things. Most companies
failed because of undermanagement, not because
of bad management.
Of course there were cases where there is
intention of fraud and this is bad intention and
bad management. However most companies
fail because of undermanagement. Senior
management set examples, directions, strategy
through information technology, procedures
and controls and select resources, money and
people. All these aspects are senior management
directives and there are times we do not do enough
of the right things in all these aspects and as such
we are undermanaging the company.
2. Over Commitment
It means management ability to function with
a clear, purposeful and effective focus. Over
commitment may be due to the complexity of
the project. Sometimes we try to handle projects
which are too complex and we don’t have enough
expertise or the right people to implement the
project. Sometimes we have too much diversity in
the project. They may fall under power engineering,
but, they may require different expertise. Although
the general expertise is project management,
sometime we do need specific expertise for
specific projects. So, if we do not have enough
people, we fall in the category of over commitment
in terms of human resources. Or it may be we are
taking too many projects causing the company to
stretch it’s limit, lack of time, lack of finance and
lack of control.
3. Over Costing
Cost relates to material, labour and overhead.
Some the symptoms are inadequate costing and
reporting system. Sometimes we missed the
forecast and sometimes we didn’t do adequate
budgeting. Everytime we run away from the
budget, it means we did not do proper budgetting.
Sometimes it is due to ineffective tracking system
or we don’t have a proper tracking system in control
which causes us to miss target and have excessive
stock. Over costing also cause us to have low bid
success rate. Hence, we must always have cost
measurement and improvement.
4. Inadequate Margins
This is obvious. If we don’t have enough margin, of
course we can’t be successful. We have to realised
that margins are function of cost and selling price.
Inadequate margin means we are selling too low or
our cost are too high. Either way, our margin is low.
Sometimes it is due to turbulence in the industry;
too small jobs and too many players. This can also
cause inadequate margin.
5. Under Capitalized
We have to look at the balance sheet. We
have debts, debtors and creditors. Some of the
symptoms of under capitalization is when we
have stretched payment for creditors. The balance
sheet also shows high debt/equity ratio. Some
companies borrow money to pay for their debts.
That is an obvious symptom of under capitalization.
I hope it do not happen in our group.
6. External Factors
External threats are normally beyond the control of
management. For example, when there is a shift in
market demand or change in certain technology.
Some of us may think that may be it was because
we do not belong to a certain group favoured
by the government. But we cannot use that as
an excuse to just sit down. That is a defeating
approach. If we are the lowest in tender and the
best in technologies, I’m sure we can secure the
job. These problems occur in other companies as
well. Even for those so called favoured group, they
are not always successful. There is no end if we
keep giving excuses for not getting projects. All we
have to do is to focus our priority.
Dear brothers and sisters,
My elaboration on the above factors is for us to
share experiences as a learning point as well as
to derive lessons from them. Further, let’s put our
effort together to find the best solution to develop
our beloved company. We will face management
and business crisis if we do not take effort to
avoid the above stated problems. In relation to
that, I would like to suggest a few steps that both
management and staff have to take :
First, we need to have adequate cash management
and control. If we keep on slipping the projection
forecast, there must be something wrong in the
system either in the costing system, reporting
system or may be in our relationship with
customers.
Second, we must realise that relationship with
creditors or debtors is important. If we delayed
payment, words will spread around and due to
that our cost will increase due to higher prices
from them the next time around. When we have
high cost we will have lower margin and lower
margin is part of failure of many companies. So,
first it’s better to look at the costing. It is difficult to
bring RM1 million turnover, but, it should be easier
to save 5% of our cost to give us better margin.
Then, we have to look into our relationship with
the creditors. We have to find ways and mean
to stabilize relationship with them. We need to
discuss and explain to them so that their quotations
remained competitive.
Third, is to find solution and not to find blame,
which is part of our “akhlak” with peers and
colleagues. It is important for the management to
stay calm in time of crisis and it is OK to explain
to our subordinates about actual situation. There
is no need to hide problems. Stress the needs for
support. Keep the line of communication flowing. In
time of crisis, there is a need for frequent reporting,
probably once a week instead of once a month.
We want to avoid rumours, keep the staff informed
as rumours are the worst enemy. We must not
look for scapegoats. I wish you will find solution
through brainstorming and “syura”. Sometimes the
solution are already in you. The concept of “syura”
is to brainstorm, have agreed solutions and remain
united to handle the problems. “Syura” will unleash
people power and people, no matter how small,
when united will have the power to overcome
bigger problems. Many people, if not united, will
not be able to face even smaller problems.
Fourth, look into how to reduce expenses by
looking at the breakdowns such as phone bills,
travelling expenses, etc. It is not required to cut
necessary expenses unnecessarily. We must
have the right priority. If we can save expenses,
we will improve our margins. In time of crisis, we
must keep our mind that survival of the company
takes precedence of everything. Isn’t it better to
survive 3 or 4 years rather than be happy just for
6 months?
Fifth, is to look into the overhead expenses.
Sometimes there is a need to merge certain
departments or divisions. Laying off staff shall be
the last resort. Sometimes the strategy of laying off
staff does not work for temporary economic crisis
condition. We have to assure the staff that we are
making our best for everybody’s survival.
Lastly, we need to strengthen the ability of
the management team by strengthening our
weaknesses and strengthening on our common
strength. We have to put everybody’s heart in the
right place and of course this comes with “iman”.
We must have loyalty, commitment and willingness
to change. Without willingness to change, we will
not move. Allah send Rasulullah s.a.w. to change
from “syirik” to “tauhid”, from “maksiat” to “good
deeds”. However, to change is hard and requires
strong “iman”.
I would also like to stress that whenever we want
to have strategies, we must define our objectives.
Is it to reduce lost or to break even the profit? We
must be realistic and rationalistic in our budget.
Nothing is more upsetting than giving good budget
but we keep missing the budget. All of us must
try to understand about cash flow management,
irrespective whether we are General Managers,
Project Managers or Project Engineers. We
must not leave it only to the Accountants. For
instant, Project Manager must know that if he
misses an invoice, then cash flow projection will
go haywire.
In summary, we have first to inquisitively evaluate
why our business is under performance. Second,
we have to focus on treating the causes, not the
symptoms. Third, we have to be realistic in our
targets. Then, we have to seek assistance from
the people that we trust or from our seniors. Last,
but not least, please do not procrastinate because
procrastination means we are adding more
problems to our already big problem.
Thank you. Wassalam.
Berita Korporat
“Joint Venture
Companies
of Thailand, will
Reinforce Their
Productions”
“Japan Katayama Industry”
They build a new factory in order to
expand the markets, and hope can get Yen
1,000,000,000 per year.
KATAYAMA Automobile Parts Manufacturer
will reinforce their productions in their Joint
Venture Company “INGRESS” of Thailand.
They have had MITSUBISHI and MAZDA
as their business partners already.
From this year on, they are going to extend
their new business partner. So, they have
to establish a new factory after that. They
stand a chance to get Yen 1,000,000,000
per year, which is the double of last year.
“INGRESS” was establish in 1997 in
Rayong, Thailand, which has one Malaysian
automobile parts manufacturer as its
partner. They are manufacturing the frames
of car doors and some other things of the
cars. Until now, they supply their some
parts to the other joint venture factories
such as MAZDA, FORD and MITSUBISHI
Industry.
From this year on, they start a new business
with ISUZU GENERAL MOTORS. And from
November this year, they start to supply the
frames of the car doors and some other
things to HONDA. So, that is why they
established a second factory (4350 sqm)
in March, just located at the next door of
their first factory (3360 sqm). They made
new equipment at their second factory
which were sent from Japan. So, after
that, their production lines go up to be 10
lines from 5 lines, which costs about Yen
1,300,000,000.
In order to save the costs and develop
the markets, since the latter of 1980, all of
the automobile manufacturers have tried
to manufacture automobile parts in South
Para penganalisis dibawa melawat ke kawasan kilang
dan telah diberi penerangan oleh En. Damiri bin
Mohd. Tomin (Pengurus Perkilangan IPSB)
East Asia. That is also why all of them have
to establish new factories and have to do
some other things in South East Asia.
President KATAYAMA said:
“We must supply to the other factories
around the world. If we couldn’t do that,
then we couldn’t compete with the other
companies. And now, I think Thailand is
a very important place and point for our
business”.
Lawatan dari
Maybank Securities
ke Ingress Operas
Nilai
Pada 10hb. Januari, 2003, jam 10.00 pagi
bertempat di Ingress Operasi Nilai, satu
lawatan dari para penganalisis pelaburan
syarikat telah diadakan. Lawatan ini adalah
hasil dari insiatif pihak Maybank Securities
bagi memperkenalkan Ingress di dalam
pengeluaran komponen kereta.
Antara wakil yang hadir untuk lawatan tersebut
adalah wakil dari Pacific Mutual Fund, BHLB
Asset Management, Great Eastern Life
Assurance, EPF dan Maybank Securities
itu sendiri. Sebelum mereka dibawa ke
kilang, mereka juga telah diberi penerangan
oleh En. Hamidi Maulod mengenai operasi
perkilangan secara keseluruhannya. Aktiviti
lawatan ini berakhir pada jam 11.30 pagi
dan para penganalisis diberi cenderamata
sebagai tanda penghargaan daripada
pihak syarikat di atas minat mereka untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang
Ingress.
“Short Write-up on
Ingress by HwangDBS Securities
Berhad”
Ingress announced that it has received
approval from the Ministry of Energy,
Communications and Multimedia to
implement mini hydro power plants in
Peninsular Malaysia. Ingress is in joint
venture (JV) with H2E Engineering Sdn.
Bhd. to build four power plants with
a combined capacity of 8.4MW. The
approvals of other authorities including
the Energy Commission and the execution
of a Power Purchase Agreement (PPA) are
still pending.
Ingress estimates the total cost to be RM
45 million. Assuming a 50:50 JV, Ingress
will have to fork out at RM 23 million for
its portion. This assumption is high as it
excludes gearing at the JV level. Assuming
a 50% debt to equity ratio (not usual for
power projects), Ingress outlay will be just
RM 12 million.
Funding should not be a problem for Ingress
as it has cash balances amounting RM 37
million as at October, 2002. However, we
remain concerned over the diversification
away from its core auto parts business.
Nevertheless, this project is small scale and
a PPA will lower the risk. We are maintaining
our BUY recommendation with a RM 4.10/
share price target based on 8x FY Jan 04
earnings.
Berita Kualiti
Info QCC
Langkah-langkah di dalam
Menyelesaikan Masalah
SIRIM
“Surveillance Audit”
Langkah 1: Mengenalpasti Masalah
Sebelum mengenalpasti masalah, tanyalah diri kita dahulu apa
yang boleh kita laksanakan melalui aktiviti QCC. Contohnya:
• Membuat sesuatu dengan lebih tepat
• Membuat sesuatu dengan lebih cepat
• Membuat sesuatu yang lebih cepat dan berterusan
• Membuat sesuatu dengan lebih murah
• Membuat sesuatu dengan lebih mudah
Jenis masalah Secara Spesifik:
• Peningkatan Produktiviti
• Peningkatan Kualiti
• Pengurangan Kos
• Penghantaran Barangan
• Pembaikan Proses dalam Pengeluaran
• Menjamin Keselamatan
• Meningkat Moral
Langkah 2: Memilih Tema / Projek
Kumpulan mestilah memilih subjek yang boleh menghapuskan
masalah besar yang dijangka boleh memberi kesan kebaikan,
peningkatan dan dapat menguatkan lagi daya saing syarikat.
Bandingkan syarikat kamu dengan syarikat lain (terutamanya
syarikat pesaing) tentang masalah besar yang dihadapi.
Kenalpasti punca-punca pembaziran, ketidakstabilan dan
kekeliruan dan proses pengeluaran. Harus diingat bahawa
perbincangan sesama ahli kumpulan adalah kemestian dan
Salah seorang daripada kakitangan Ingress Operasi Nilai sedang memberi penerangan kepada Juruaudit.
Audit Sistem Kualiti QS-9000 oleh SIRIM QAS telah
dijalankan pada 19 dan 20hb. Disember, 2002 bermula
dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 pagi di Bilik Operasi 1 &
2, Ingress Operasi Nilai. Audit ini telah dijalankan ke atas
Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) dan Ingress Precision
Sdn. Bhd. (IPSB) secara serentak. Objektif utama audit ini
diadakan adalah untuk mengaudit perlaksanaan Sistem
Kualiti QS-9000 di IESB dan IPSB.
Pada kali ini, audit telah diketuai oleh En. Zakaria bin
Mohd. Nor dengan dibantu oleh En. Parama Iswara dan
En. Kamaruzaman bin Mohd. Jusoh. Hasil dari audit
yang dilakukan oleh Juruaudit SIRIM QAS ini, enam NCR
berkategori “Minor NCR” telah dikeluarkan terhadap
IESB dan IPSB. Walau bagaimanapun, jumlah NCR
yang dikeluarkan telah berkurangan sebanyak dua NCR
berbanding lapan NCR pada tahun 2001.
Adalah diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang,
Ingress Operasi Nilai akan lebih bersedia untuk menghadapi
audit Sistem Kualiti QS-9000 agar tiada NCR yang
dikeluarkan.
tema/projek yang dipilih mestilah berhubung-kait dengan kawasan kerja kumpulan.
Kesannya adalah:
• Meningkatkan aktiviti kumpulan
• Memperbaiki proses pengeluaran
• Mengurangkan kos pengeluaran
• Mengurangkan kesilapan dalam proses
• Meningkatkan jumlah jualan
Suasana di Bilik Operasi 2 ketika audit Sistem QS-9000 sedang berjalan.
Berita Kualiti
Konvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTON
Konvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTON telah
diadakan pada 22hb. Januari, 2003, bertempat di Hotel
Summit, Subang USJ. Konvensyen QCC ini disertai oleh
Kumpulan “Help and Support” dari Syarikat Ingress
Precision Sdn. Bhd. dengan objektif untuk mempromosi dan
membangunkan budaya QCC kepada pembekal PROTON.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki produktiviti
dan kualiti melalui teknik-teknik QCC selain dari memberi
peluang kepada pembekal PROTON untuk berkongsi
pendapat di dalam menyelesaikan masalah.
Sesungguhnya penyertaan Kumpulan QCC dari Syarikat
Ingress di dalam Konvensyen Pembekal PROTON merupakan
penyertaan yang pertama. Setelah melalui peringkat saringan
pada 30hb. Oktober, 2002, Kumpulan “Help and Support”
telah berjaya menempatkan diri di dalam kelompok enam
pasukan yang akan yang akan bertanding di peringkat akhir
Konvensyen QCC Pembekal PROTON.
Konvensyen QCC peringkat akhir ini telah menempatkan
Kumpulan “Help and Support” sebagai Juara dengan
merangkul Piala Pusingan dan Hadiah wang tunai sebanyak
RM 2,000.00.
Anggota Kumpulan QCC “Help and Support” bergambar kenangan
bersama-sama dengan Piala Pusingan dan replika cek yang dimenangi.
Sesungguhnya, ini merupakan penyertaan yang cemerlang
bagi penyertaan yang pertama. Adalah diharapkan agar
kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan diteruskan oleh
Kumpulan-kumpulan QCC yang lain.
Berita “Subsidiaries”
Lawatan oleh Kelab Pembekal TOYOTA dari Filipina
Rombongan merakamkan kenangan di hadapan bangunan
kilang ITSB.
Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menerima kunjungan
daripada wakil Kelab Pembekal TOYOTA dari Filipina pada
hari Khamis, 14hb. November, 2002 yang lalu. Kunjungan ini
diketuai oleh Mr. Nobuharu Tabata, Presiden TOYOTA Motor
Filipina dan diikuti oleh seramai 21 orang wakil Kelab Pembekal
TOYOTA.
Rombongan ini tiba di ITSB pada jam 1.30 petang dan telah diberikan penerangan mengenai Ingress Corporation Berhad dan ITSB
oleh Tn. Haji Ab Rahim Husain, Pengarah Urusan ITSB. Seterusnya
peserta rombongan ini telah dibawa mengikuti “Plant Tour” oleh
pengurusan ITSB, dengan diketuai oleh En. Mohd. Sorihan Mohamad, Pengurus Besar.
Pemilihan ITSB sebagai destinasi lawatan mereka ialah di atas
cadangan pihak PERODUA dan Daihatsu.
Rombongan berangkat pulang pada jam 3.00 petang.
Berita “Subsidiaries”
Majlis Jamuan Berbuka Puasa ITSB
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang lalu, ITSB
telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 12hb. November,
2002. Majlis ini diadakan di perkarangan kawasan kilang ITSB
dan juga di kantin ITSB.
Majlis ini dimulakan dengan program ceramah agama oleh Ustaz
dengan ceramah bertajuk “Ramadhan”. Majlis ini dirasmikan oleh
Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad, Tn. Hj.
Rameli bin Musa. Kakitangan disajikan dengan hidangan berbuka
puasa seperti Nasi Tomato, Kebab dan juga Sate Kajang.
Selepas sahaja menjamu selera, majlis ini disusuli pula dengan
Solat Isyak dan Solat Tarawikh berjemaah. Majlis ini telah dihadiri
oleh Pengarah Ingress Corporation Berhad, semua kakitangan
ITSB, dan juga jemputan yang lain.
Kebab daging dan ayam, antara menu yang disediakan.
Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif,
Ingress Corporation Berhad di ITSB
Majlis Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif
Ingress Corporation Berhad telah diadakan
di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB)
pada 06hb. Februari, 2003. Majlis
taklimat ini diadakan buat pertama kali
pada tahun 2003 dan dihadiri oleh semua
kakitangan ITSB.
Majlis dimulakan dengan sessi taklimat
oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj.
Ab Rahim bin Husain dan seterusnya
oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress
Corporation Berhad,
Tn. Hj. Rameli
bin Musa. Antara topik yang disentuh oleh
beliau ialah mengenai perkembangan
syarikat, sifat amanah dan jujur di dalam
kehidupan seharian.
Pada petang itu juga, majlis dimeriahkan
dengan sambutan ulang tahun kelahiran
Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim
bin Husain dengan upacara memotong
kek setinggi dua tingkat dan pemberian
kad ucapan dan hadiah. Selain itu,
ITSB juga turut meraikan pertukaran En.
Mohd. Sorihan bin Mohamad ke Ingress
Engineering Sdn. Bhd. (IESB).
Majlis ini diakhiri dengan sedikit jamuan
pada jam 6.45 petang.
Penyampaian cenderamata tanda kenangan
kepada En. Mohd. Sorihan bin Mohamad.
Sessi penyampaian
taklimat oleh Tn. Haji
Rameli Musa.
Acara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran
Tn. Hj. Ab. Rahim Husain.
Berita “Subsidiaries”
Pengagihan Wang Zakat ITSB
kepada Saudara Baru di kalangan Orang Asli di kawasan
Bukit Beruntung
Pada 02 dan 03hb. Disember, 2002, ITSB dengan kerjasama Unit
Surau, Kelab Kebajikan, ITSB telah melawat perkampungan saudara
baru yang terdiri daripada kaum orang asli di kawasan Bukit Beruntung untuk mengagihkan duit Zakat bagi tahun 2002.
Sebahagian daripada saudara baru yang hadir.
Pengagihan wang Zakat ini dilakukan oleh Pengurus Sumber
Manusia, En. Hilmi Hamdan dan ditemani oleh wakil dari Jabatan
Agama Islam Selangor, Ustaz Zulkifli Dawang serta wakil Kelab
Kebajikan.
Selain dari perkampungan orang Asli, Zakat ini juga telah diagihkan kepada asnab yang tinggal di Perkampungan Orang Asli di
Ulu Yam, Perkampungan Orang Asli Hulu Tamu, ibu-ibu tunggal
dan masyarakat miskin di Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung.
Pengagihan wang Zakat syarikat kepada salah seorang daripada saudara baru.
Semoga usaha-usaha seperti ini mendapat keberkatan dan dijadikan
iktibar.
Kursus Kesedaran ISO 9001 : 2000
Pada 30hb. Januari, 2003, Kumpulan
Multi Discovery telah mengadakan kursus
Standard Sistem Pengurursan Kualiti ISO
9001 : 2000 bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH),
Bandar Baru Bangi. Seramai 28 orang
kakitangan daripada Kumpulan
Multi
Discovery telah terpilih untuk mengikuti
kursus ini yang bertujuan untuk memberi
kesedaran terhadap Standard Sistem
Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2000 dan
menyediakan peserta dengan faktor-faktor
kunci kejayaan semasa mengaplikasikan
Standard Sistem Pengurusan Kualiti ISO
9001 : 2000.
Sesungguhnya kursus ini memberi kesedaran betapa pentingnya perlaksanaan
Sistem Pengurusan Kualiti dalam syarikat
Kumpulan Multi Discovery. Faktor-faktor
kejayaan dan kegagalan juga turut diterangkan dengan terperinci agar dapat
dijadikan iktibar
semasa perlaksanaan
sistem itu nanti.
Prinsip-prinsip yang
menunjangi Sistem Pengurusan Kualiti 9001
: 2000 juga turut diterangkan semasa kurusus ini dijalankan.
Kursus ini dikendalikan oleh Neville Clarke
(Malaysia) yang diwakili oleh Mr. Yee Wai
Chung. Adalah diharapkan agar kursus ini
dapat memantapkan pemahaman para peserta terhadap elemen-elemen yang diperlukan dalam pengurusan kualiti syarikat ke
arah memastikan syarikat dapat berdaya
saing pada masa hadapan.
10
Personaliti
Peringkat Eksekutif
lagi berhadapan dengan cabaran yang memerlukan
kekuatan mental dan spiritual, sekaligus memaksa beliau
berdikari menempuh dugaan demi dugaan. Namun, semua
pengorbanan nyata berbaloi dengan penganugerahan ijazah
di dalam bidang “Mechanical Engineering”.
D. Latar Belakang Keluarga / Perjalanan Hidup
Beliau berasal dari keluarga sederhana. Bapa beliau bergiat
di dalam bidang pertanian manakala ibu beliau merupakan
suri rumah sepenuh masa. Beliau adalah anak kedua dari
empat orang adik-beradik. Usia rumahtangga beliau telahpun
menjangkau 17 tahun dan kini beliau mempunyai empat orang
cahaya mata iaitu: Farhana (16 tahun); Mardhiah (12 tahun);
Shazwani (10 tahun); dan Nabihah (2 tahun).
E.Pengalaman Kerja
A.Biodata
Nama
:
Tarikh Lahir
:
Tempat Lahir
:
Alamat
:
Nama Isteri
:
Mohd Pakarudin bin Musa
01hb. Mac, 1961
Pasir Mas, Kelantan
No. 15, Jalan Tenaga 9
Taman Tenaga Off Jalan Reko
43000 Kajang, Selangor
Haniza binti Md. Ramli
B.Pertemuan dengan Isteri
Beliau telah bertemu jodoh dengan Pn. Haniza binti Md.
Ramli, yang berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau tidak
menyangka bahawa perkenalan yang tumbuh melalui
rakan-rakan sekerja akhirnya mekar sehingga kedua-duanya
mengikat janji dan melangsungkan perkahwinan pada tahun
1986 dan ia utuh sehingga kini.
C. Pendidikan Awal hingga Tertinggi
Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan
Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1968. Setelah tamat sekolah
rendah, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, Perak Darul
Ridzuan, sekolah berasrama penuh yang terkemuka ketika
itu. Ini merupakan satu titik peralihan di dalam hidup beliau
kerana banyak pengalaman baru yang telah ditempuhi
sepanjang tempoh persekolahan di sana.
Keputusan cemerlang yang diraih semasa berada di alam
persekolahan peringkat menengah menyebabkan beliau telah
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat “A Level”
di College of Further Education, Plymouth, Devon, England.
Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran di University
of Strathclyde, Glasgow, Scotland dan telah diijazahkan
dengan “Bachelor of Science in Mechanical Engineering”.
Sepanjang tempoh berada di negeri orang, beliau sekali
Atas usaha gigih tanpa penat dan jemu di dalam mentelaah
dan mendalami ilmu-ilmu kejuruteraan, beliau telah
ditawarkan untuk berkhidmat sebagai jurutera di Bahagian
Bengkel Perkilangan Angkatan Tentera oleh Kementerian
Pertahanan Malaysia, bertempat di Sungai Buloh, Selangor
Darul Ehsan. Setelah berkhidmat di sana selama enam
tahun (1985-1990), beliau beralih angin dengan menyertai
FIMA Metal Box pada Ogos 1990 sebagai Jurutera Projek.
Sepanjang tempoh perkhidmatan di syarikat berkenaan,
beliau telah dinaikkan pangkat dari Jurutera Projek kepada
Penolong Pengurus Perkilangan sehingga
kepada
Pengurus Perkilangan dan Kualiti.
Kemudian beliau menyertai Hitachi Air-Conditioning Products
(M) Sdn. Bhd. di Bangi pada tahun 1993 sebagai Penolong
Pengurus dan berkhidmat di sana sehingga tahun 1994.
Pada Mei 1994, beliau telah diterima masuk ke syarikat
Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) sebagai Pengurus Projek
yang bertanggungjawab secara langsung di dalam proses
penubuhan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB), untuk samasama menggembleng tenaga di dalam pembangunan projek
‘Door Sash’. Setelah IPSB memulakan proses pengeluarannya
pada Julai 1995, beliau telah dilantik sebagai Pengurus
PE/QC sehingga Januari 1996. Apabila pihak pengurusan
Ingress berhasrat untuk
menubuhkan Ingress Research
Sdn. Bhd. (IRSB), beliau telah terpilih untuk menyertai
syarikat berkenaan pada 16hb. Mei, 1996, di mana beliau
bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan
membangunkan syarikat berkenaan.
Setelah dua tahun berkhidmat di IRSB, beliau telah dilantik
sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran untuk Kumpulan
Syarikat Ingress. Di sini, beliau bertanggungjawab untuk
merancang
dan menjalankan aktiviti yang diperlukan
untuk melebarkan operasi syarikat di dalam perniagaan sedia
ada mahupun
perniagaan baru. Namun khidmat
beliau masih diperlukan di IRSB, lalu pada April 1999,
beliau kembali ke sana sebagai Pengurus, menggantikan En.
Mohd Idris Karim. Kemuncak perkhidmatan beliau adalah
pada 01hb. Februari, 2003, apabila beliau telah diberi
kepercayaan dan dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar,
yang bertanggungjawab mengawalselia perkembangan IRSB
dan Ingress Technology Centre (ITC) di Bangi.
11
Personaliti
F. Prinsip / Falsafah Hidup
Beliau yang berpegang kepada pentingnya pelajaran dan
ilmu, amat berpuashati dengan pencapaian akademiknya.
Tawaran yang diterima untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara dianggap sebagai “turning point” ataupun
titik peralihan penting ke arah pembentukan masa depan
yang cemerlang. Ini kerana pada masa berkenaan beliau
perlu membuat pilihan: bagaimana dan ke mana arah tuju
hidup beliau kelak, dari segi sahsiah dan pekerjaan. Beliau
mengenang kembali, bagaimana perlunya ada pegangan
agama yang kuat dan niat untuk terus berada dekat dengan
Islam. Cabaran terhadap pegangan agama amat kuat,
terutamanya ketika berada di perantauan di mana seseorang
itu bebas membuat pilihan samada untuk hidup bebas tanpa batasan atau mengikut lunas-lunas agama.
Buku ‘Ihya ‘Ulumuddin’ karya Imam Al-Ghazali dan ‘The
Seven Habits of Highly Effective People’ karya Dr. Steven
Covey merupakan panduan beliau dalam mendalami dan
membentuk sahsiah dan pemikiran sebagai seorang muslim.
Ilmu yang dipelajari dari hasil karya Imam terkemuka Islam
berkenaan turut telah menguatkan semangat beliau untuk
mengharungi cabaran di perantauan. Kata beliau lagi,
sebenarnya idea yang diketengahkan oleh Steven Covey di
dalam bukunya adalah konsep yang telah ditekankan oleh
Islam sejak awal lagi. Cuma, Dr. Steven Covey mengolah
idea tersebut dengan gaya yang menyeluruh, membuatkan
ia tampak begitu efektif. Namun, sekiranya dilihat dengan
mendalam dan teliti, barulah seseorang itu akan sedar
bahawa ia tiada lain dari apa yang telah diterapkan oleh
Islam agar diamalkan oleh penganutnya.
Beliau amat bersyukur kerana berkhidmat di Ingress
merupakan satu rahmat kerana di sini (Ingress) mudah
untuk mengamalkan Islam, baik dari segi pengamalan atau
pembelajaran. Berbanding ketika di Kementerian Pertahanan
dahulu, terdapat kod etika yang telah awal-awal lagi
memisahkan kerja dengan politik dan agama. Kata beliau:
“Ini telah menghadkan kegiatan dan penyebaran ilmu-ilmu
Islam di kalangan kakitangan ketika itu”.
Walau bagaimanapun, setelah berada di Ingress, beliau berasa
lega kerana usaha untuk mempelajari dan mengamalkan
Islam tidak lagi terganggu oleh peraturan yang ketat kerana
di sini, aktiviti sebegini amat digalakkan.
G. Kata-kata Dorongan dan Nasihat untuk Kakitangan Ingress
Sebagai kata-kata dorongan dan nasihat kepada kakitangan
Ingress yang lain, beliau ingin mengajak kita semua
memikirkan tujuan kita bekerja kerana katanya:
12
“Kita perlu jelas kenapa kita bekerja. Jika duit adalah
penyebab kita bekerja, ia tidak akan membawa kita ke manamana. Oleh itu, lapangkanlah dada dan tetapkanlah fikiran
bahawa kita bekerja untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jadi, sekarang kita telahpun berada di dalam suasana yang
memudahkan kita untuk beribadat, maka sama-samalah kita
mengambil peluang ini untuk bekerja di samping mencari
keredhaan Allah s.w.t selagi kita berpeluang”.
Peringkat Bukan Eksekutif
A.Biodata
Nama
:
Tarikh Lahir
:
Tempat Lahir
:
Bilangan Adik-Beradik
Status Perkahwinan :
Ahmad Faris bin Othman
12hb. Januari, 1974
Kota Bharu, Kelantan
:
Anak keempat dari
enam orang adik-beradik
Bujang
B.Pendidikan Awal hingga Tertinggi
Beliau telah menjejaki alam persekolahan di Sekolah Rendah
Kebangsaan Sultan Ismail Satu (1), Kota Bharu dari tahun
1981 hingga 1986. Setelah tamat persekolahan peringkat
rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah
Menengah Sultan Ismail, juga di Kota Bharu mulai tahun
1987 hingga 1991.
C. Latar Belakang Keluarga / Perjalanan Hidup
Mengimbau kembali zaman persekolahan, beliau menyatakan
bahawa ibunya terlalu banyak berjasa pada diri beliau dan
keluarga. Ini kerana ayah beliau telah meninggal dunia ketika
beliau masih di sekolah rendah dan kesemua adik-beradiknya
masih bersekolah ketika itu.
Demi tanggungjawab dan amanah, ibu beliau telah bekerja
keras bagi memastikan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna, seperti kanak-kanak yang lain.
Dengan mengambil upah menjahit pakaian, ibunya telah
berjaya menyekolahkan kesemua anaknya hingga ke peringkat menengah. Tambahan pula, kakak beliau telah berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung pengajian.
Oleh itu, usaha gigih dan kerja keras ibu beliau telah membibitkan keazaman di dalam diri untuk terus berusaha, demi
Personaliti
memajukan diri sendiri kerana beliau berpendapat, seseorang
itu bertanggungjawab memacu kehidupannya dan bebas
memilih samada untuk terus maju
atau tenggelam di
dalam kemunduran.
D.Pengalaman Kerja
Setelah tamat alam persekolahan, beliau yang mempunyai
minat mendalam dalam aktiviti memancing dan permainan
kereta kawalan jauh (remote control) ini, pada mulanya
bekerja membantu saudara beliau menjalankan perniagaan
di Kota Bharu. Setelah hampir setahun, perasaan tidak puas
dengan pekerjaan ketika itu mula muncul. Bagi menimba
pengalaman baru, beliau bertekad untuk merantau ke Kuala
Lumpur bersama seorang sepupu beliau. Takdir Allah s.w.t
menentukan bahawa beliau dan sepupunya diterima bekerja
sebagai Operator Pengeluaran di bahagian “Roll
Forming” Ingress Engineering Sdn. Bhd. pada bulan April 1993,
yang ketika itu beroperasi di Bangi. Beliau bertekad untuk
bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha meningkatkan diri
walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi kerana
inilah pertama kali beliau merantau ke tempat orang.
Sejajar dengan hasrat beliau untuk menimba pengalaman dan
pengetahuan sebanyak yang mungkin, tuah bagai datang
bergolek kerana pada tahun 1995, beliau telah ditukarkan
ke Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) dan diberi peluang menjalani latihan di luar negara, bertempat di Katayama Kogyo,
Jepun selama tiga bulan. Peluang keemasan ini digunakan
sebaik mungkin untuk mempelajari dan mendalami teknikteknik dan ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan beliau di
bahagian “Roll
Forming” dengan mendampingi kakitangan
Katayama Kogyo yang berpengalaman dalam bidang berkenaan. Pengalaman berada di Jepun telah memberi banyak
pendedahan kepada beliau mengenai budaya kerja rakyat
Jepun, yang telah dipraktikkan sekembalinya ke Malaysia.
Setelah tamat kursus berkenaan, beliau telah diletakkan
sebagai “Leader” di “Line C dan D”, “Roll Forming” IPSB.
Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempraktikkan kesemua ilmu yang telah dipelajari semasa di
Katayama Kogyo. Pada masa yang sama minat beliau di
dalam bidang kejuruteraan robot
juga semakin mendalam. Seterusnya, pada tahun 2000, atas minat dalam
bidang berkenaan, beliau telah ditukarkan ke Jabatan
“Production Engineering” sebagai Fitter, yang bertanggungjawab menyelenggara mesin-mesin dan robot.
F. Kata-kata Dorongan dan Nasihat untuk Kakitangan Ingress
Di akhir perbualan, beliau menyatakan bahawa kita semua
(kakitangan Ingress) sepatutnya berasa amat bersyukur
kerana telah ditakdirkan bekerja di sini (Ingress). Ini adalah
kerana, berdasarkan pengalaman selama hampir sepuluh
tahun bersama Ingress, beliau mendapati ada kebebasan
dan ruang untuk memajukan diri di sini. Peluang memang
sentiasa terbuka, terpulang kepada kakitangan samada mahu
menyahut cabaran demi meningkatkan diri atau kekal di takuk
lama. Ini adalah berdasarkan apa yang beliau tempuhi sendiri, di mana Ingress memberikan peluang untuk meningkatkan
diri dan beliau bersyukur kerana telah mengambil peluang
berkenaan. Jika tidak, mungkin tiada perubahan pada
kerjaya beliau. Bertukar-tukar tempat kerja dalam tempoh
masa yang singkat juga adalah satu kesilapan, kata beliau.
Bukankah lebih baik jika seseorang itu kekal di satu-satu
syarikat dan belajar memahirkan diri dalam bidang tertentu. Bertukar tempat kerja bukan sahaja membuang masa,
malah boleh mengurangkan motivasi untuk terus maju jika
sukar menyesuaikan diri di syarikat baru. Justeru itu, adalah
lebih baik kita kekal di satu syarikat dan memastikan kita
mempunyai kemahiran yang cukup untuk menghadapi masa
depan yang amat mencabar.
Beliau menyeru kepada semua kakitangan, tanpa mengira
pangkat dan latar belakang, agar menitikberatkan semangat kerja berkumpulan (teamwork). Pada pendapat beliau,
ia adalah satu benteng pertahanan yang kukuh di dalam
menghadapi krisis dan masalah di tempat kerja. Sekiranya
masalah dihadapi secara berkumpulan, maka peluang untuk
menyelesaikannya dengan cepat dan tepat adalah lebih tinggi
dan secara tidak langsung, kakitangan dapat menambah
ilmu dan pengalaman masing-masing kerana pertukaran idea
dan kepakaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di Ingress,
kerja berkumpulan ini telah lama diamalkan. Cuma, ia perlu
dipertingkatkan lagi supaya kakitangan menjadi lebih efisyen
di dalam melaksanakan kerja. Penerapan perlu diberi dari
peringkat pekerja bawahan,
bermula dengan kakitangan
pengeluaran sehinggalah kepada
kakitangan pengurusan. Dengan ini, Insya-Allah Ingress akan mempunyai tenaga
kerja yang mantap dan berdaya saing,
di samping
mengeratkan lagi ukhuwah di antara kakitangan.
E.Prinsip / Falsafah Hidup
Apabila ditanya tentang prinsip dan falsafah hidup, beliau
yang masih bujang menyatakan beliau berpegang pada
prinsip cuba untuk terus belajar dan memajukan hidup dan
kerjaya. Ini adalah kerana beliau yang amat berminat mendalami bidang kejuruteraan robot ini ingin mencapai cita-cita
idaman menjadi seorang yang berkepakaran dalam bidang
berkenaan dan ingin menjadi ‘specialist’ kejuruteraan robot
di Ingress. Oleh yang demikian, beliau mengambil peluang
untuk terus belajar di dalam bidang tersebut.
13
Fokus
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2002
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2002 telah berlangsung pada 21hb. Disember, 2002
bersamaan 16 Syawal 1423 Hijrah bertempat di perkarangan Ingress Operasi Nilai.
Majlis ini diadakan dengan penglibatan semua kakitangan Ingress Corporation Berhad,
Ingress Operasi Nilai, Ingress Technologies Sdn. Bhd., Kumpulan Syarikat Multi Discovery
dan Ingress Technology Centre.
Kakitangan dan keluarga mula berkumpul di perkarangan Ingress pada jam 10.00
pagi. Manakala tetamu kehormat pula dijangka tiba pada jam 10.30 pagi. Majlis
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara Majlis, En. Ahmad Rafaei bin Abdul
Rashid (MDSB) dan En. Norhazuan bin Wan Hussin (ITSB). Seterusnya Doa Selamat
bagi memberkati majlis pula dibaca oleh Ustaz Mohd. Rusdi Ibrahim pada jam 10.45
pagi.
Tn. Haji Rameli Musa ketika menyampaikan
ucapan beliau.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan oleh Naib Pengerusi Eksekutif ICB, Tn.
Haji Rameli Musa. Seterusnya pada jam 11.00 pagi, upacara penyampaian anugerah
perkhidmatan 10 tahun disampaikan kepada kakitangan yang telah berkhidmat di
Ingress melebihi 10 tahun. Mereka yang menerima anugerah ini adalah: En. Anuar
Ismail (ITSB); En. Hilmi Hamdan (ITSB); Pn. Zuraida Bahari (IRSB); Pn. Asiah Bahari
(IPSB); Pn. Suhaiza Shairi (IESB); En. Lahmuddin Lawan (IAV); En. Mohd. Zafree Adnan
(IPSB); Pn. Norhaliza Mohd. Noor (IPSB); En. Mohd. Usri Abdul Aziz (IPSB); dan En.
Abdul Rahim Jamaludin (IESB).
Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk bersalam-salaman dengan
para pengarah.
Salah seorang daripada penerima anugerah
10 tahun perkhidmatan.
14
Acara lawatan gerai.
Pemenang pada kali ini.
Fokus
Majlis Sambutan
Hari Raya Aidilfitri
2002
Pada jam 11.15 pagi pula merupakan acara kemuncak
kerana Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini dirasmikan oleh
Pengerusi ICB sendiri, Dato’ Haji Nasir bin Yusof. Sejurus
selepas perasmian majlis ini, kakitangan lelaki berbaris untuk
bersalam-salaman dengan para pengarah dan kakitangan
wanita pula dengan isteri para pengarah. Seterusnya para
pengarah dibawa melawat gerai pula untuk diadili. Konsep
Gerai pada kali ini bertemakan “Kenegerian”. Sebanyak 9
gerai telah dibuka dengan menu dan negeri seperti berikut:
Gerai 1 (Nasi Tomato/Ayam Masak Merah/Dalca Tulang/
Acar Rampai ~ Johor); Gerai 2 (Air Mineral/Sirap Selasih/
Kopi @ Teh ~ Pahang); Gerai 3 (Nasi Impit/Lemang/Kuah
Lodeh/Sambal Tumis/Rendang Ayam ~ Negeri Sembilan);
Gerai 4 (Nasi Kerabu/Nasi Dagang/Laksam ~ Kelantan);
Gerai 5 (Kebab Daging & Ayam/Burger & Chips ~ Putrajaya);
Gerai 6 (Mee Kari/Sup Tulang/Char Kue Teow ~ Penang);
Gerai 7 (ABC/Ais Krim/Ais Cendol ~ Melaka); Gerai 8 (Biskut
Raya/Kuih-muih/Buah-buahan ~ Perak); dan Gerai 9 (Sate’
Ayam dan Daging ~ Selangor).
Seterusnya pada jam 11.30 pagi, semua tetamu syarikat
dijemput menikmati juadah yang disediakan. Sambil menikmati
juadah yang disediakan, semua tetamu dipersembahkan
lagu-lagu Nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan UNIC.
Seterusnya, acara penyampaian duit raya pula disampaikan
kepada semua anak kakitangan. Majlis juga turut diserikan
dengan persembahan daripada kakitangan MDSB dan
ITSB.
Majlis berhenti sejenak dengan memberi laluan kepada solat
Zohor. Sejurus selepas Solat Zohor, majlis diteruskan dengan
sambungan persembahan Nasyid daripada Kumpulan UNIC
dan persembahan Nasyid daripada Anak-anak Sarawak.
Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.
Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
Ucapan perasmian oleh Dato’ Haji Nasir Yusof.
Ketibaan VIP diiringi dengan paluan kompang.
Kumpulan UNIC
dengan dendangan
Nasyid mereka.
Persembahan Nasyid daripada Anak-anak Sarawak.
15
Jendela “Oversea”
IAV 4th Family Day
Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) has organized its 4th Family
Day at Wang-Ree, Nakhorn Nayok recently towards IAV policy to
create good relationship among IAV staff and families.
Wang-Ree is a resort at Nakhorn Nayok, a province at the east
side from Bangkok, and about three kilometers from IAV. A total
of 270 participants were involved in this program under a theme
“FAMILY IS ENERGY OF LIFE”.
Mr. Anusorn Sridulphan from PVD Department officially lead this
program. “I feel very strive to manage this program because it is
more challenging compared to last year but I will try to do my best to
ensure everybody will enjoy it”, said Mr. Anusorn Sridulphan.
There was something for anyone: walk really, games, drawing
competition and drama presentation. The spiritual enhancement
also be done
through tazkirah during this program.
16
Jendela “Oversea”
IAV Dinner and IAV New Scheme of Service Launching
IAV Dinner was held on 15th January, 2003 at 9.30 pm
between Old Factory and New Factory, Pluakdaeng
Rayong, Thailand. The staff and their families were
invited to joint this program.
The main agenda to organize this program is to launch
the new IAV Scheme of Service. Dato’ Haji Nasir bin
Yusof, Chairman of Ingress Corporation Berhad officially
opened this program and launched the new IAV Scheme
of Services respectively.
The Nasyid Group from Bangkok and Banrodfai School
were invited to give their presentation. The last agenda
was giving some money (duit raya) to all IAV kids by Pn.
Norley binti Noor (Executive Vice-Chairman’s wife).
17
Jendela “Oversea”
Conflagration at IAV
On 14th November, 2002, the conflagration was held at
Line Honda about 11.00 am. This is a second time the
similar incident was occurred at IAV Factory.
Line Honda is the new line for IAV Factory. The related
person are very struggle to find the origin of this fire. The
investigator thought that most of the manpower working
with this new machine lack of knowledge and skill to
control the machine such as how to handle the machine
and how
to keep safety from any accidents.
All of the staff support and co-operation to avoid
this
accident are very important. “Safety First” is
very important slogan to keep in our mind as a basic
fundamental to ensure a healthy and harmony life.
IAV Fire Fighting Training
IAV has organized Fire Fighting Training on 30th January, 2003 at IAV Factory. This training provided
everybody awareness and understanding how to take the suitable action and how to use and handle the
Fire Fighting
Equipments effectively when the fire is happen.
18
The training started at 04.30 pm. “For the next training, the participants try to do the best”, said Khun
Yuthapong.
Jendela “Oversea”
IAV Business Planning and Budget
Presentation for FY 2003 / 2004
IAV Business Planning and Budget Presentation for FY 2003 / 2004 was held on
20th to 21st February, 2003 at Hemmaraj Conference Center, Pluakdaeng, Rayong
Thailand.
This seminar was attended by 50 person from each department and they were
required to present their departmental activities and policies towards the changing
and expanding company in the future.
Tn. Haji Rameli Musa, Executive Vice-Chairman of Ingress Corporation Berhad was
officially opened this function respectively.
IAV Umrah 2002
On 21st November, 2002 (16th Ramadhan, 1423 Hijrah), IAV has sent two staff for Umrah 2002 at Mecca
al-Mukarramah. They are Khun Saeimadadcha Pathan and Khun Kasem Munah. They were being there for
five days, three days at Mecca al-Mukarramah and two days at Madinah al-Munawwarah.
They went back to Thailand on 26th November, 2002.
19
Berita HRD
Majlis Penghargaan
dan Perletakan
Jawatan
En. Mohd Zaki
Zainudin
Mr. Naoto Kawai merakamkan kenangan terakhir bersama pihak pengurusan syarikat.
Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai
Mr. Naoto Kawai, Penasihat Teknikal Bahagian Pengeluaran, Ingress Precision Sdn. Bhd.
(IPSB) telah memulakan khidmat beliau di Ingress pada bulan Oktober 1997. Sepanjang
tempoh perkhidmatan beliau, banyak sumbangan dari segi tenaga, ilmu dan pengalaman
yang telah beliau curahkan kepada kakitangan di Ingress.
Setelah berkhidmat di sini selama lima tahun tiga bulan, akhirnya beliau telah menamatkan
jawatan di IPSB untuk pulang ke negara asal beliau pada 31hb. Januari, 2003 yang lalu.
Sebagai menghargai jasa beliau, satu majlis makan malam penghargaan telah diadakan di
Hotel Marriot, Putrajaya pada 03hb. Januari, 2003, yang dihadiri oleh Pengarah Syarikat,
Pengurus-Pengurus Besar dan Ketua Jabatan.
Pada majlis berkenaan, Pengarah dan kakitangan yang hadir telah menyatakan bahawa
kepulangan Mr. Naoto Kawai ke Jepun adalah satu kehilangan besar buat Ingress dan
jasa beliau akan tetap dikenang. Pada majlis berkenaan juga hadirin dipersembahkan
dengan tayangan “slide” yang merakamkan gambar-gambar beliau sepanjang penglibatan
beliau di Ingress. Pihak syarikat juga turut menghadiahkan beliau cenderamata sebagai
penghargaan di atas khidmat yang tidak berbelah-bagi yang telah disumbangkan untuk
kemajuan Ingress.
Penyampaian cenderamata tanda penghargaan
syarikat kepada Mr. Naoto Kawai.
Pada 17hb. Januari, 2003, satu majlis
penghargaan sempena perletakan
jawatan kakitangan Jabatan Sumber
Manusia, En. Mohd Zaki Zainudin,
anjuran Kelab HR telah diadakan di
Kantin Ingress Nilai.
Beliau yang mula berkhidmat di Ingress
pada bulan Julai 2002 lalu dengan
menjawat jawatan Eksekutif Perjawatan
telah menjalankan tugas beliau dengan
baik dan dedikasi. Namun, beliau yang
menaruh harapan untuk menjadi seorang
pendidik pada masa hadapan telah
mendapat peluang untuk menjalani
“Kursus Perguruan Lepasan Ijazah”
di Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim, Sg. Petani, Kedah. Seperti orang
mengantuk disorongkan bantal, beliau
tidak sanggup untuk melepaskan peluang
keemasan ini.
Pihak Jabatan Sumber Manusia
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
beliau atas jasa yang telah disumbangkan
sepanjang khidmat beliau di sini. Adalah
diharapkan agar beliau akan berjaya
mendidik anak bangsa supaya menjadi
generasi pelapis yang berkualiti pada masa
akan datang.
Latihan yang dijalankan oleh Syarikat
Sepanjang tempoh Disember 2002 sehingga Februari 2003, syarikat telah mengadakan
beberapa siri latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan di dalam
menjalankan tugas seharian yang mana ia dilatih untuk membantu syarikat ke arah aktiviti
pengurangan kos yang menjadi fokus utama syarikat pada tahun 2002 dan dilanjutkan ke
tahun 2003. Oleh yang demikian, dengan adanya latihan berkenaan, ia berupaya membantu
syarikat mencapai matlamatnya di samping meningkatkan kemahiran kakitangan dari
semasa ke semasa.
Berikut adalah program latihan yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut:
20
Jenis Latihan
Kehadiran
Tempat
“Understanding & Implementing OSHA and its 21
Bilik Latihan Regulations”
Ingress Nilai
“Manufacturing Cost Reduction Skills for Executives
24
ESSET & Supervisors”
Kajang
“Training for Trainers”
25
ESSET Kajang
“Value Analysis / 24
Bilik Latihan Value Engineering”
Ingress Nilai
Tarikh
Masa (Hari)
23 ~ 2 hari
24/12/02
02 ~
2 hari
03/01/03
16 ~ 2 hari
18/01/03
28 ~ 2 hari
29/01/03
Penyampaian cenderamata tanda penghargaan
syarikat kepada beliau.
Objektif
Memberi pendedahan dan maklumat mengenai
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Mengetahui konsep dan bagaimana melakukan
aktiviti pengurangan kos
Melatih para peserta untuk menjadi jurulatih dalaman yang berkebolehan mengendalikan latihan dengan baik
Mempelajari cara mengaplikasi teknik-teknik VA/VE dalam
persekitaran tempat kerja supaya kerja menjadi lebih efektif
Berita Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan
Pemeriksaan Mesin “Roll
Forming 2” di IPSB dan
“Vertical Extruder” di IESB
Satu pemeriksaan awal di Kilang Ingress Operasi Nilai
telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Kilang dan Jentera,
En. Rabushah Khamis dari Jabatan Kilang dan Jentera
Seremban, Negeri Sembilan pada 06hb. Mac, 2003 yang
lalu. Pemeriksaan ini dibuat berdasarkan kepada Seksyen
36- 39, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
Bahagian V, yang menyatakan bahawa tidak ada manamana orang atau pihak dibenarkan memasang apa-apa
mesin atau jentera sebelum mendapat kebenaran daripada
Pegawai Pemeriksa Kilang
dan Jentera.
Pemeriksaan ini dibuat ekoran daripada pemasangan dua
mesin baru yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan
operasi
dan menampung keperluan produk baru bagi
IPSB. Perkara asas yang diperiksa adalah No. Siri, Kedudukan
Mesin dan Nilai Kuasa Pacu. Pihak Ingress telah diwakili oleh
En. Zulkifli Mohamad, En. Mat Ali Mohamed, En. Shamratul
Nahar Mohamad dan En. Mohd. Ariff Jahrani.
kedua-dua mesin tersebut.
Di dalam sesi temubual dengan pegawai berkenaan, beliau
juga ada menyatakan bahawa banyak pihak dan pengilang,
terutamanya kilang-kilang kecil tidak faham atau memandang
remeh tentang pendaftaran jentera yang mereka gunakan.
Ini menyebabkan ramai pekerja menghadapi risiko pekerjaan
tanpa mereka sedari. Selain daripada pemasangan jentera
yang baru, kelulusan daripada Pegawai Pemeriksa juga
diperlukan untuk mengendalikan semua urusan yang
berkaitan dengan pemindahan, pengubahsuaian dan juga
penambahan pada mana-mana bahagian jentera sedia
ada.
Akhirnya beliau mengingatkan semua pihak bahawa
penguatkuasaan ini akan dijalankan kepada mana-mana
kilang samada mereka melaporkan atau tidak kepada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sebarang
perlanggaran kepada Seksyen 36 - 39 ini akan membawa
kepada denda
tidak melebihi RM 5,000.00.
Pada peringkat akhir pemeriksaan tersebut, Pegawai
Pemeriksa telah mendapati bahawa semua pemasangan
yang telah dibuat memuaskan serta menepati kehendak
undang-undang. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan
bahawa pemeriksaan selanjutnya akan terus dilakukan untuk
melihat aspek keselamatan pekerja semasa mengendalikan
Perlindungan Kebajikan
Sosial (PERKESO)
Akta PERKESO 1992 pindaan yang baru telah menambahkan
faedah untuk pekerja serta meningkatkan kewajipan dan
tanggungjawab majikan terhadap para pekerja di mana
setiap majikan termasuk organisasi sosial seperti sekolah,
yayasan, “kindergarten” dan lain-lain yang mempunyai lebih
daripada seorang pekerja diwajibkan mencarum.
Had gaji yang diwajibkan mencarum juga telah dinaikkan
daripada RM1,500.00 kepada RM2,000.00. Peraturan yang
baru ini juga memberi peluang kepada pekerja yang gajinya
melebihi RM2,000.00 diberi pilihan dengan persetujuan
kedua-dua pihak untuk mencarum dengan Perkeso.
Pihak Perkeso ada menyediakan dua skim perlindungan iaitu
Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Para
majikan diwajibkan mencarum untuk pekerjanya bagi Skim
Bencana Pekerjaan sahaja, manakala untuk Skim Pencen
Ilat pula adalah diberi pilihan kepada pekerja mencarum
bersama majikan dengan kadar 1% daripada gaji bulanan
(0.5% pekerja, 0.5% majikan). Mereka yang mengambil
Skim Pencen Ilat secara otomatik akan diberi perlindungan
mengikut Skim Bencana Pekerjaan juga.
Faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan
adalah seperti berikut:
1. Faedah
2. Faedah
3. Faedah
4. Faedah
5. Faedah
6. Faedah
7. Faedah
8. Faedah
Perubatan
Hilang Upaya Sementara Hilang Upaya Kekal Layanan Sentiasa Orang Tanggungan
Pengurusan Jenazah
Pemulihan
Pendidikan
Keterangan lanjut bagi setiap faedah yang dinyatakan di
atas akan dihuraikan pada keluaran akan datang.
21
Kelab Kakitangan Ingress
Kempen Derma Darah
Kempen Derma Darah telah diadakan pada hari Rabu, 18hb. Disember,
2002 bertempat di kantin Ingress Operasi Nilai bermula pada jam 10.00
pagi sehingga 5.15 petang. Program ini diadakan dengan kerjasama
Jabatan Patalogi, Hospital Seremban dan Unit Kebajikan, Kelab Kakitangan
Ingress Operasi Nilai.
Program yang dijadikan sebagai acara tahunan ini diadakan dengan objektif
untuk melahirkan kakitangan yang prihatin dan berkongsi penderitaan
dengan masyarakat sejagat. Seramai 69 orang kakitangan tidak melepaskan
peluang untuk menderma darah.
Kelihatan kakitangan begitu komited untuk
menderma darah.
Program Ceria Ramadhan 2002
Program Ceria Ramadhan 2002 telah diadakan pada 15, 22 dan 29hb.
November, 2002 bertempat di Pasar Ramadhan, Taman Semarak 2, Nilai Negeri
Sembilan. Program ini bermula pada jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang.
Program Ceria Ramadhan 2002 adalah merupakan program yang julung kalinya
dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Unit Surau, Kelab Kebajikan Ingress Operasi
Nilai dan juga sukarelawan yang kebanyakannya terdiri daripada Kakitangan
Ingress Operasi Nilai itu sendiri yang berkonsepkan sedekah kepada orang ramai
di bulan Ramadhan. Antara
objektif utama program ini dijalankan adalah untuk
memperkenalkan dan mengharumkan nama baik Ingress Corporation Berhad.
Pelbagai jenis makanan telah dibahagi-bahagikan kepada pengunjung pasar
Ramadhan seperti buah tamar, air kacang soya, kuih-muih, mee hoon dan mee
goreng dan kue teow.
Persediaan awal sebelum makanan diagih-agihkan
kepada pengunjung Pasar Ramadhan.
Adalah diharapkan agar program sebegini akan terus diadakan bagi melahirkan
pekerja-pekerja Ingress yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat
terutamanya fakir miskin, golongan yang lemah dan kurang upaya. Ini adalah
kerana sumber kewangan yang diperolehi bagi merealisasikan program ini adalah
hasil sedekah daripada Kakitangan Ingress selain dari dana Kelab Kakitangan
Ingress (KKI).
Program Tadarrus dan Majlis Khatam
al-Quran
Program Tadarrus al-Quran telah diadakan pada 06hb. November, 2002 sehingga
02hb. Disember, 2002 di Surau Ingress Operasi Nilai. Program Tadarrus ini
melibatkan Naqib, Naqibah dan Ahli-ahli Kumpulan Tadarrus yang terdiri daripada
kakitangan Ingress itu sendiri.
Air kacang soya dibungkus terlebih dahulu bagi
memudahkan proses pengagihan.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan
menceriakan suasana di Bulan Ramadhan al-Mubarak. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk mengisi waktu yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat
di samping memperbanyakkan amalan di bulan puasa.
Program Tadarrus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran adalah merupakan
program tahunan syarikat anjuran Unit Surau, Kelab Kakitangan Ingress yang
diadakan setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Program ini
merupakan salah satu daripada usaha yang murni ke arah mendidik dan
membimbing kakitangan Ingress dalam mempertingkatkan lagi bacaan al-Quran
dengan adanya Tadarrus al-Quran
di kalangan kita semua.
22
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk sifat dan budaya menyintai
al-Quran melalui bacaan dan mengambil pengajaran daripadanya memandangkan
semakin ramai di kalangan umat manusia kini yang tidak tahu membaca al-Quran,
apatah lagi untuk memahami dan mengambil iktibar daripadanya.
Makanan sedia diagih-agihkan kepada pengunjung
Pasar Ramadhan.
Nostalgia
Selamat Pengantin Baru
Nama
:
Jawatan
:
Nama Isteri
:
Jawatan
:
Tarikh Perkahwinan:
Nama
:
Jawatan
:
Nama Isteri
:
Tarikh Perkahwinan:
Khun Azman Sarep
Penyelia, Jabatan Perakaunan
Ingress Autoventures Co., Ltd.
Khun Sulaikho Wansoontorn
Kerani, Jabatan Kewangan
Ingress Autoventures Co., Ltd.
23hb. Jun, 2002
Nama
: Khun Pornchai (Maliki) Sangiam
Jawatan
: Operator PPC Ingress Autoventures Co., Ltd.
Nama Isteri
: Khun Suwannee (Sobah) Malimoh
Tarikh Perkahwinan: 20hb. September, 2002
Khun Anan (Ayyub) Yutinava
Kerani, Jabatan PVD
Ingress Autoventures Co., Ltd.
Khun Meenrapat (Hasanah) Kanittasoontorn
10hb. Oktober, 2002
Selamat Pengantin Baru
Nama
:
Jawatan
:
Nama Isteri
:
Tarikh Perkahwinan:
Mohd Hishamudin bin Sharudin
Eksekutif, Jabatan Kewangan & Perakaunan
Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Salfarina binti Salim
21hb. Disember, 2002
23
Nostalgia
Siti Aishah binti Muhamad Jais
Nama Ibu
: Kapisah binti Abdullah
Jawatan
: Setiausaha Eksekutif (Ingress Precision Sdn. Bhd.)
Nama Bapa
: Muhamad Jais bin Jamaludin
Tarikh Lahir
: 25hb. Disember, 2001
Nama Bapa
: Mohd Azli bin Kadir
Jawatan
: Penolong Penyelia, Jabatan Perkilangan (Ingress Precision Sdn. Bhd.)
Nama Ibu
: Khairunnisa binti Md Akhir
Ali Haikal bin Mohd Azli
Jawatan
: Eksekutif, Jabatan MIS (Ingress Corporation Berhad)
Tarikh Lahir
: 25hb. September, 2002
Cahaya Mata
Muhammad Amirul Najwan bin Mohd Abu Zarim
Nama Bapa
: Mohd Abu Zarim bin Abd Rahman
Jawatan
: Penolong Penyelia, Jabatan Perkilangan
(Ingress Engineering Sdn. Bhd.)
Nama Ibu
: Nor Sazira binti Md Sawal
Jawatan
: Kerani, Jabatan Kewangan dan Perakaunan
Tarikh Lahir
(Ingress Precision Sdn. Bhd.)
: 04hb. Oktober, 2002
Muhamad Amer Hafiz bin Khairul Anuwar
Nama Ibu
: Suhaiza binti Shairi
Jawatan
: Penyelia, Jabatan Sumber Manusia (Ingress Engineering Sdn. Bhd.)
Nama Bapa
: Kahirul Anuwar bin Nordin
Tarikh Lahir
: 07hb. November, 2002
Nur Afrina binti Esrifairuz
Nama Bapa
24
: Esrifairuz bin Subohi
Jawatan
: Penolong Pengurus, Jabatan QA (Ingress Precision Sdn. Bhd.)
Nama Ibu
: Nurita binti Jaafar
Tarikh Lahir
: 25hb. Disember, 2002
Nostalgia
Tinggal Kenangan Mr. Naoto Kawai... Jasamu Dikenang
Mr. Naoto Kawai yang dilahirkan pada 21hb.
Januari, 1942 (61 tahun) berkelulusan Ijazah
Kejuruteraan Mekanikal dari Kyusyu Kogyo
University mula menjejakkan kaki ke alam
pekerjaan di Katayama Kogyo Co., Ltd. pada
April 1966, di bahagian “Production Control
Group (Manufacturing Section)”.
Beliau ber pengalaman luas di dalam
bidang “Production Control / Planning
and Mechanical Engineering” dan telah
menjawat pelbagai jawatan di bahagian
berkenaan. Pada April 1981, beliau telah
dinaikkan pangkat kepada Pengurus di
bahagian “Production Control in Planning
Section of Control Department”. Setelah
menimba pengalaman dan menunjukkan
kebolehan dalam mengendalikan Seksyen
“Production Control”, beliau telah dinaikkan
pangkat sebagai Pengurus Besar, Bahagian
Perkilangan pada April 1991.
Berdasarkan kepada pengalaman dan
kebolehan yang telah ditunjukkan oleh
Mr. Naoto Kawai, beliau telah dipilih untuk
menjawat jawatan ‘duta’ Katayama Kogyo
di Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) untuk
tempoh kontrak dua tahun sebagai Pengurus
Besar pada 01hb. Oktober, 1997, di mana
beliau bertanggungjawab secara langsung
untuk membantu dan menyelia perjalanan
operasi pengeluaran syarikat, terutama di
dalam bidang kejuruteraan, seperti “Preventive
Maintenance” dan sebagainya.
Dengan bantuan dan khidmat nasihat beliau,
kakitangan syarikat telah dapat mempelajari
ilmu-ilmu baru dengan lebih berkesan di mana
ia diajar besertakan coretan pengalaman yang
membuatkan kakitangan mudah memahami.
Hasilnya dapat kita lihat kini di mana
kakitangan Ingress dapat mempraktikkan
ilmu yang dipelajari secara berdikari.
Atas sebab keperluan tunjuk ajar dan
nasihat dalam bidang berkenaan, kontrak
perkhidmatan beliau telah dilanjutkan oleh
IPSB dalam memastikan lebih ramai kakitangan
syarikat dapat mempelajari dengan lebih
mendalam mengenai aspek-aspek berkaitan
dengan kejuruteraan.
Setelah beliau bersara dari Katayama Kogyo
Co., Ltd. pada Januari 2002, pihak syarikat
membuat keputusan untuk mengambil beliau
berkhidmat sebagai Penasihat Teknikal,
berdasarkan kepada perlunya khidmat nasihat
beliau di dalam bidang kejuruteraan, demi
menghadapi perkembangan teknologi di
Ingress dan di dalam bidang automotif.
Setelah menabur bakti selama setahun sebagai
Mr. Naoto Kawai...
jasamu akan tetap
kami kenang.
Penasihat Teknikal, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara dari alam
pekerjaan. Dengan itu, pada 31hb. Januari, 2003, tamatlah kontrak perkhidmatan
Mr. Naoto Kawai untuk tempoh lima tahun tiga bulan di Ingress. Khidmat nasihat
dan tunjuk ajar yang diberi adalah amat dihargai kerana beliau banyak membantu
kakitangan Ingress di dalam mempelajari ilmu-ilmu kejuruteraan yang amat diperlukan
dalam menghadapi perkembangan teknologi yang kian pesat.
Harapan syarikat adalah sekiranya diperlukan, Mr. Naoto Kawai masih dapat tampil
dan membantu syarikat. Mr. Naoto Kawai.... Jasamu akan tetap kami kenang.
Berikut adalah teks ucapan Mr. Naoto Kawai pada Majlis Penghargaan Sempena
Perpisahan beliau pada 27hb. Januari, 2003:
Good Morning ladies and gentlemen,
Your honorable Mr. Rameli Musa, Dr. Ab. Wahab Ismail, Mr. Ramli Napiah, Mr. Ab. Rahim Hitam
and all those present for today’s occasion.
First and foremost,
I would like to say a million thanks for all the support, inspiration and hospitality Ingress has
given to me.
Because,
Without all that, I cannot be here for more than five years.
The most impressive thing when I step into Ingress is the whole world is facing economic crisis.
I felt very satisfied to learn good experience from Ingress that has recovered successfully and
overcome the crisis through Executive Group Activities (EGA). For the past five years, I realized
that Technology and Control System/Management has improved tremendously at Ingress.
Therefore, I strongly believe that one day Ingress will be able to deal with carmakers all over the
world, after the base is strongly firmed.
Also, compared to my hometown, Malaysia has developed drastically especially for Kuala Lumpur,
the North South Highway, the KL Tower, the KLCC, the KLIA, and Putrajaya has brought popularity
to Malaysia. Development here has progressed efficiently.
It is the peaceful sunlight and greens, the kindness of Malaysian people with the truthful heart that
have supported me for this five years.
Out of work is not out of place, Ingress will be forever in my mind, my heart and soul.
I will forever pray and really hoped that Ingress will be successful in near future so as to
Malaysia.
With this, I here again thank all of you for the support and cooperation given throughout my
service here in Ingress.
With that ladies and gentlemen, thank you and best regards to all of you.
25
Karya
Aku Pemuisi Rindu
Di manakah hilang bulan yang menyeri malam
Menangis pungguk berlagu sendu
Bilakah sepi di jiwa
Bilakah duka di hati
Hilang mendung kelabu
Setianya ombak di pantai tak pernah berpisah
Tak seperti setia kita ... punah
Ceritera Perjalanan Dari
Naskhah Seorang DA’IE
Permusafiran yang panjang
Singgah di permukiman yang sebentar
Kami menyambut persinggahanmu
Seperti menanti terbitnya rembulan
Menyinari pada cebis-cebis daerah yang malap
Tentunya berwibawa seorang Da’ie
Menyeru pada semua umat
Tinggalkan pertelingkahan tegakkan kesatuan
Pada permukiman yang sebentar ini
Tika sayang semua indah
Tika kasih hilang gundah
Kabur semua segala sengsara
Cinta mungkin buta
Cinta mungkin dusta
Tanyalah diri sendiri mana yang benar
Andainya keliru jangan kau terburu
Sesal tak pedoman
Biar tenang di hati
Tentunya wibawamu itu diduga
Seperti Rasul diduga dengan fitnah umatnya
Pada zaman gersang
Dan dalam permukiman sebentar ini
Masih lagi ada sukar yang tertanam
Pada tanah-tanah yang kecai
Seperti diutusnya Rasul pada zaman kegelapan
Seorang Da’ie penyambung wasilahnya sepanjang
zaman
Seperti serunya Nabi menghambat kejahilan
Seorang Da’ie membawa seruan kesatuan
Kusutkan terhurai
Cintamu layu
Pasti kembang lagi selamanya
Bulankan berseri lagi
Dan pungguk pun redha
Kumasih berirama puisi
Cintaku terus berarah
Berakar sepanjang hayat
Dalam menanti cinta sejati
Nukilan:
26
J: KING. (16800)
Zaman Rasul, umatnya bagaikan permata
Menyinari segenap buana
Kini seorang Da’ie melihat umat Rasul
Bagaikan buih di lautan
Sekali sepoi angin datang, sekali itu hilang
Sekali lagi seorang Da’ie diduga
Pada permukiman yang sebentar ini
Menyatukan umat Rasul dengan takwa
Pada jasad dan hati nurani
Tentunya seorang Da’ie yang bertakwa
Tidak akan serik berkata
Kembalilah kepada ajaran Rasul
Dan kitab-Nya
Walau di mana sahaja permusafirannya
Nukilan:
ABU IRFAN
Candid Camera
Mana pula cicir duit aku nie. Rasanya
baru kejap tadi aku simpan dalam
poket.
Berapa lama lagi nak habiskan
ucapan daa... Naik mengantuk aku
tunggu.
Apalah dari tadi asyik belek panel suis
tu. Aku dah tak tahan nak gi bilik air ni.
Weih! Apa ni? Nanti aar dulu. Aku pun
nak enter frame sekali
E’eh, banyak juga guna gelas nie yek.
Bukan sahaja sesuai untuk isi air,
malah boleh juga dijadikan teropong.
Baiklah! Sebelum saya memulakan
ucapan sulung saya, marilah kita
sama-sama melakukan senaman
mulut.
Aksi seorang petani jaya alaf baru
yang sedang mendemonstrasi cara
memukul bola golf.
Candid Camera
Minta maaf ye, kalau hajat di hati nak
beraya, kuih dah habis. Pelita banyak
la ... Pilihlah mana yang suka.
Candid
Hmm ... Kalau bandingkan antara
kami berdua, yang mana layak untuk
dicalonkan sebagai jejaka paling
kacak.
Camera
27
Sudut Agama
Marilah Bermuhasabah!
Berdosa? Tidak ada seorang insanpun yang suka mendengar
perkataan ini diletakkan pada dirinya kerana kita sebenarnya
suka mencari dan meletakkan sesuatu kesalahan itu pada
orang lain, jarang yang mahu mengaku kesilapan dan dosa
sendiri. Demi menutup malu akibat dosa dan kesalahan, maka
manusia sering berkata bahawa disebabkan mereka bukan
malaikat tetapi manusia, menjadikan mereka tidak dapat lari
dari melakukan dosa dan kesilapan. Bak kata pujangga “Bumi
mana yang tidak ditimpa hujan”.
Jika kita tidak peka dengan dosa, tidak mustahil bahawa
sepanjang meniti kehidupan ini, dosa-dosa akan mengatasi
pahala. Meskipun sudah melakukan dosa yang sangat banyak,
namun dirasakan seperti seekor lalat yang hinggap di batang
hidung, seolah-olah tidak ada apa-apa. Dengan mudah, ringan
dan tanpa rasa berdosa sanggup mengabaikan tanggungjawab,
melalaikan solat, membuka aurat, menghasut, mencaci-maki,
memfitnah, meneguk arak, berzina, merogol, membunuh,
merompak dan melakukan pelbagai maksiat dengan rela hati,
malah membangga diri.
Kita amat berlainan dengan generasi pada awal kebangkitan
Islam, yang merasakan bahawa dosa itu adalah ibarat di
hempap gunung sekalipun kecil dosa yang dilakukan. Kepekaan
terhadap suruhan dan larangan Allah menjadikan mereka
merasa takut untuk mengerjakan maksiat atau kesalahan yang
kecil sekalipun. Renungkanlah sejenak, betapa Nabi Adam a.s
juga telah menangis beratus-ratus tahun lamanya hanya kerana
menyesali
kesilapannya memakan buah khuldi yang dilarang
oleh Allah s.w.t.
Bagaimana pula keadaannya dengan kita yang sering
bergelumang dengan dosa? Sekalipun kita tidak maksum
sebagaimana Nabi, tetapi kita diberikan kuasa untuk berubah
kerana secara psikologi manusia yang dikurniakan akal fikiran
dapat mengenalpasti
samada perbuatannya termasuk dosa
ataupun tidak, sebagaimana pengertian dosa yang diberikan
oleh Rasulullah s.a.w:
“Apakah yang menimbulkan resah-gelisah dalam hatimu dan
engkau takut kalau hal itu diketahui orang lain”.
Hadith Riwayat Muslim
Memang mudah untuk melakukan dosa, tetapi sulit sebenarnya
hendak menebus dosa, apatah lagi dosa itu tidak terbilang
banyaknya. Ada dosa yang disengajakan dan ada yang berlaku
tanpa disedari seperti mencuri waktu bekerja, mengumpat,
menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
28
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya
bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat)
kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan
adanya dua sebab itu) maka diterima Allah taubatnya dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Dan
tidak ada gunanya taubat itu kepada kepada orang-orang yang
selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang
daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya
aku bertaubat sekarang ini,” (sedangkan taubatnya itu sudah
terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati
sedangkan mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian,
kami telah sediakan bagi mereka
azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.”
an-Nisaa’: 17~18
Sedarlah bahawa selagi kita merasa bebas berbuat apa sahaja,
tanpa merasa ada yang mencatat, mengawasi dan memantau
tindak-tanduk kita dalam setiap hembusan nafas, selagi itulah
kita akan merasa terlepas dari jerat hukuman. Tetapi tidak dapat
dimungkiri, sekalipun perbuatan kita tidak diketahui orang atau
sengaja didiamkan begitu sahaja, namun Allah dengan sifatNya yang
Maha Mengetahui akan menghisab amalan kita
sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud:
“Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang
yang bersalah ketakutan terhadap apa-apa yang (tertulis) di
dalamnya dan mereka berkata: “Aduhai! Celaka kami, kitab
apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula)
yang besar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka
dapati, apa-apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan
Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun”.
al-Kahfi: 49
Oleh itu, bermuhasabahlah selalu kerana kita juga adalah orangorang yang berdosa. Semoga masih ada lagi kesempatan untuk
kita memperbaiki kelemahan diri dan bertaubat.