PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual

Transcription

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual
TERHAD
TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Projek Kajian Seni Visual
Kertas 3 (970/3)
Penggal 3 Tahun 2014
PERINGATAN :
Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja
Buku panduan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
KANDUNGAN
Bil.
Perkara
Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0
Pengenalan
3
2.0
Objektif
3.0
Pelaksanaan Kerja Projek
4
3.1
Arahan Umum
4
3.2
Tanggungjawab Pengetua
4–5
3.3
Tanggungjawab Guru
5–8
3.4
Tanggungjawab Calon
8–9
3–4
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
5.0
Penyediaan Projek Kajian Seni Visual
10 – 12
12
13 – 18
Lampiran
BAHAGIAN II : CALON
6.0
Tanggungjawab Calon
19 – 20
7.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
20 – 22
8.0
Penyediaan Projek Kajian Seni Visual
23
2
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0
Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian
Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan
kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran
untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2.0
Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon
untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek
ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :
(a)
Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan
(b)
Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,
rujukan, dan sumber
(c)
Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan
teknik
(d)
Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e)
Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
(f)
Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g)
Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan
teknik
(h)
Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i)
Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j)
Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k)
Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih
(l)
Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya
3
TERHAD
TERHAD
(n)
3.0
Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi,
kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara
jujur, amanah, dan beretika.
Pelaksanaan Kerja Projek
3.1
3.2
Arahan Umum
3.1.1
Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan
yang diberikan.
3.1.2
Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan
perekaan.
3.1.3
Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.
3.1.4
Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang penggal 3.
Tanggungjawab Pengetua
3.2.1
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam
peringkat sekolah
3.2.2
Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3
Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat
bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan
dalam bidang Seni Visual
3.2.4
Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja
projek Seni Visual STPM di sekolah
3.2.5
Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan
semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja
projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk
membiayai penyediaan keperluan berkenaan.
3.2.6
Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam
strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang
memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
3.2.7
Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan
kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
3.2.8
Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan
4
TERHAD
TERHAD
3.2.9
Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di
sekolah
3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens kerja projek calon dalam tempoh
enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM
3.2.11 Memastikan evidens kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.3
Tanggungjawab Guru
3.3.1
Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran
Seni Visual sebaik-baiknya
3.3.2
Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian
Seni Visual
3.3.3
Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari
portal MPM.
3.3.4
Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja
projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak
menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan.
3.3.5
Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentang
Soalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual)
970/3 STPM 2014 secara terperinci
3.3.6
Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.
3.3.7
Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian
daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini
terikat dengan peraturan peperiksaan
3.3.8
Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-masing
secara individu tanpa bantuan dari pihak luar
3.3.9
Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek
(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual
(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang
sesuai
5
TERHAD
TERHAD
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja
projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual
3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti
percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad
dan sebagainya)
3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk
menghasilkan kerja projek calon
3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam menjalankan kerja projek
sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual
tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada
calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.
3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke
semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek
3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan
bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek
3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk
ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing
3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon
3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa
kerja projek dilaksanakan
3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian
seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.3.21 Memaklum dan mengingatkan calon bahawa calon berkemungkinan akan
membuat persembahan dan peragaan (pembentangan) sebanyak dua kali
jika hasil kerja projek kajian seni visual calon dipilih untuk penyelarasan
oleh Ketua Penyelaras Kebangsaaan (KPK)/Timbalan Ketua Penyelaras
Kebangsaaan (TKPK)
6
TERHAD
TERHAD
3.3.22 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni
Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).
3.3.23 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus
(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3,
seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual
STPM
3.3.24 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek
3.3.25 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.26 Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 3) yang telah
ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) serta menandatanganinya
3.3.27 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon
3.3.28 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja
projek kajian seni visual calon akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja projek kajian seni visual dan tidak mengambil kertas
970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual
STPM
3.3.29 Mencetak markah dari e-submission (yang telah dihantar) dan menghantar
cetakan itu bersama-sama Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC) (Lampiran 4) ke alamat berikut:
Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)
Guru perlu menghantar salinan borang tersebut dan menyimpan salinan
asalnya di dalam fail kerja kursus. Borang ini perlu dihantar sebelum
31 Oktober 2014
7
TERHAD
TERHAD
3.3.30 Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
22 – 26 September 2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru.
Jika kesemua calon telah selesai persembahan dan peragaan bersama guru
(pembentangan) , hasil kerja projek kajian seni visual calon perlu terus
dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika ada)
3.3.31 Membawa KPK/TKPK ke tempat persembahan dan peragaan kerja projek
kajian seni visual calon (mini pameran) untuk KPK/TKPK membuat
penyelarasan. Memberi dan menunjukkan Borang Markah Kursus
Calon
(BMKKC) (Lampiran 4) kepada KPK/TKPK untuk KPK/TKPK memilih
sampel sendiri yang akan diselaraskan
3.3.32 KPK/TKPK akan mencatatkan markah yang diselaraskan di dalam Borang
Markah Kursus Calon (BMKKC) dan guru perlu membuat salinan borang
yang telah diselaraskan untuk memberikan salinan itu kepada
KPK/TKPK
3.3.33 Menyimpan evidens kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan
selamat dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan
3.3.34 Melupuskan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
3.4
Tanggungjawab Calon
3.4.1
Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual bahagian II:
calon dari portal MPM.
3.4.2
Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk
melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
3.4.3
Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang
ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian
Seni Visual)
3.4.4
Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
3.4.5
Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
3.4.6
Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas
akan soalan yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh
guru/pihak sekolah
8
TERHAD
TERHAD
3.4.7
Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media
atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran(sketch
book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan
secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya)
3.4.8
Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk
kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya)
3.4.9
Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk
menghasilkan kerja projek calon
3.4.10 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)
(Lampiran
1)
dan
sentiasa
membawanya
setiap
kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek
3.4.11 Menggunakan
muka
hadapan
Projek
Kajian
Seni
Visual
(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
3.4.12 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah.
Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada
tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap
tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan
tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan
mata pelajaran Seni Visual STPM
3.4.13 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 3)
3.4.14 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan
dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan
meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan
persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas
3.4.15 Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
22 – 26 September 2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru.
Jika kesemua calon telah selesai persembahan dan peragaan bersama guru
(pembentangan), hasil kerja projek kajian seni visual calon perlu terus
dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika ada)
3.4.16 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan)
sebanyak dua kali jika kerja projek dipilih untuk penyelarasan
9
TERHAD
TERHAD
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
4.1
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian
seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2
Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah
seperti berikut :
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
14 Mei
2014
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
Tindakan JU/Guru

Mesyuarat
penyelarasan peringkat
negeri antara JU
dengan guru (cadangan
tarikh taklimat
peringkat negeri
bermula 26 – 30 Mei
2014)

Memuat turun Manual
Kerja Kursus dan
kriteria penilaian

Memuat turun Soalan
Kerja Kursus Seni
Visual STPM 2014
(a) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(b) Kriteria penilaian dan
pemarkahan
11 Jun 2014 MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
Tindakan Calon

Tidak berkenaan
(a) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2014
16 Jun 2014 Soalan diedarkan kepada calon
(15 Jun
2014 bagi
negeri
Kelantan,
Terengganu
, Kedah,
dan Johor)
Memuat turun
Manual Kerja
Kursus bahagian II:
Calon

Mengedarkan soalan
kepada calon

Calon menerima
soalan.

Memberi penerangan
tugasan kepada calon

Calon memilih
soalan.
(minggu
pertama
penggal 3)
10
TERHAD
TERHAD
Tarikh
23 Jun – 4
Julai 2014
(minggu
2 – 3)
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Cadangan pengkaryaan
(minggu
4 – 14)
11 minggu

Guru perlu memastikan
pelajar sudah
mempunyai pilihan dan
idea
(a) Penulisan (idea perlu
disokong dengan
visual)
(b) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan
dan memantapkan
proposal)
7 Julai – 19
September
2014
Tindakan JU/Guru
Penghasilan karya/perekaan
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)
(h)
(i)
Kajian visual
Lakaran
Lukisan akhir
Kajian media
Kajian teknik
Karya akhir
Ketepatan subjek
Kekuatan aspek formal
Gaya penampilan
tersendiri
(j) Kekuatan
kandungan/fungsi
(k) Keaslian
(l) Kemasan
(m) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(n) Kemasan dokumentasi
* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto

Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu
membimbing calon
dalam penghasilan
karya

Guru tidak
dibenarkan untuk
membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon

Setiap pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
guru perlu
merekodkannya dalam
borang BRKKC
(Lampiran 1)

Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4)
Tindakan Calon

Calon telah
membuat pilihan.

Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.

Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh
yang ditetapkan.

Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri

Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
dilakukan.

Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)

Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh
yang ditetapkan.
11
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
22 – 26
September
2014
(a) Persembahan dan
peragaan
Tindakan JU/Guru

Guru perlu
membimbing calon
untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon

Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
(b) Peragaan
(minggu
15)
(c) Pameran dan kemasan
(d) Apresiasi
(e) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* esubmission
dijangka
akan
dibuka
bermula
tarikh 24
September
– 24
Oktober
2014

Setiap persembahan
dan peragaan yang
calon laksanakan, guru
perlu memberikan
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu
memasukkan markah
dari borang BMKKC
ke dalam e-submission
sebelum 24 Oktober
2014

Guru perlu menghantar
cetakan markah
e-submission dan
borang BMKKC
sebelum 31 Oktober
2014
* e-submission dijangka
dibuka pada minggu ketiga
bulan September
Tindakan Calon

Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam
pameran mini
dengan bimbingan
guru.

Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan.

Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
5.1
Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.
5.2
Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksik),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.
5.3
Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
12
TERHAD
TERHAD
5.4
Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar
tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
5.5
Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
5.6
Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan
dalam pendokumentasian.
5.7
Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.
5.8
Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
5.9
Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
5.10
Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
13
TERHAD
TERHAD
Lampiran 1
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
PENGGAL 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. pusat/angka giliran: ..............................
Tarikh
aktiviti
No. kad pengenalan:................................................
Aktiviti dalam Projek Kajian
Seni Visual (Untuk diisi oleh calon)
Ulasan guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Seni Visual
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual
STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................
Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan
(sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
14
TERHAD
TERHAD
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
Projek Penghasilan Karya Seni Visual
PENGGAL 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA
GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
MARKAH
15
TERHAD
TERHAD
Lampiran 3
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
PENGGAL 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja
projek yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon
Makluman kepada Calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru
kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi
menghasilkan kerja projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
16
TERHAD
TERHAD
Lampiran 4
BMKKC (PENGKARYAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)
Nama Calon : …………………………..........………...........
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian
1.
Cadangan
pengkaryaan
Format/Kriteria
penilaian
2.
Penghasilan
karya
Format/kriteria
penilaian
3.
Persembahan
dan peragaan
Penilai
Pernyataan
permasalahan
kajian
berasaskan
tema
peribahasa [10]
Angka Giliran : ………......……………
Ketepatan
tema dan
makna
[20]
Penentuan
konsep, tema,
dan kandungan
[20]
Penentuan
bahan, teknik,
dan gaya
penghasilan
[20]
Lakaran
akhir [10]
Kajian dan
pemilihan media
dan teknik,
eksperimentasi,
eksplorasi dan
manipulasi [10]
Pengolahan
aspek
komposisi dan
pemilihan
warna [20]
Apresiasi
[20]
Jumlah [100]
Pernyataan
kepentingan
projek [20]
Sumber dan
rujukan [10]
Menyediakan
blok cetakan
[20]
Menyediakan
10 edisi
cetakan [10]
Jumlah [100]
Markah
selepas
faktor
[20]
Pendokumentasian
proses penghasilan
karya secara
penulisan dan
visual [10]
Jumlah
[100]
Guru/
Penyelaras
Penilai
Lakaran proses
perkembangan
idea [20]
Markah
selepas
faktor
[60]
Guru/
Penyelaras
Penilai
Pameran hasil
karya dan
kemasan [80]
Markah
selepas faktor
[20]
Guru
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….………………..
Nama : …………………………………………………….……………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada
17 Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission
selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
17
TERHAD
TERHAD
Lampiran 4
BMKKC (PEREKAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)
Nama Calon : …………………………..........………...........
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian
1.
Cadangan
pengkaryaan
Format/Kriteria
penilaian
2.
Penghasilan
karya
Format/kriteria
penilaian
3.
Persembahan
dan peragaan
Penilai
Pernyataan
permasalahan
kajian [20]
Angka Giliran : ………......……………
Penentuan
konsep dan
fungsi [20]
Penentuan
pendekatan aspek
formal [30]
Pernyataan
kepentingan
projek [20]
Sumber dan
rujukan [10]
Lakaran kenit
(thumbnail) [20]
Lakaran awal
[10]
Lakaran
komprehensif
[20]
Lukisan
rendering [20]
Produk
berasaskan
reka bentuk
dan maskot
[20]
Pameran hasil
karya dan
kemasan [80]
Apresiasi
(rasional reka
bentuk) [20]
Jumlah [100]
Jumlah [100]
Markah
selepas
faktor
[20]
Guru/
Penyelaras
Penilai
Pendokumentas
ian proses
penghasilan
karya secara
penulisan dan
visual [10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor
[60]
Guru/
Penyelaras
Penilai
Markah selepas
faktor [20]
Guru
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….………………..
Nama : …………………………………………………….……………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission
selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
18
18
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
6.0
Tanggungjawab Calon
6.1
Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual bahagian II:
calon dari laman Web MPM.
6.2
Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk
melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
6.3
Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang
ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian
Seni Visual)
6.4
Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
6.5
Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
6.6
Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan
yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah
6.7
Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)
disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan
(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada
buku note pad dan sebagainya)
6.8
Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di
tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan
sebagainya)
6.9
Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon
6.10
Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan
sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana
kerja projek
6.11
Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
19
TERHAD
TERHAD
7.0
6.12
Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM
6.13
Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)
6.14
Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan
kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada
pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas
6.15
Menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 22 – 26 September
2014 untuk persembahan/peragaan bersama guru. Jika kesemua calon telah selesai
persembahan dan peragaan bersama guru (pembentangan), hasil kerja projek kajian seni
visual calon perlu terus dipamerkan sehingga KPK/TKPK hadir untuk penyelarasan (jika
ada)
6.16
Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali
jika kerja projek dipilih untuk penyelarasan
sendiri
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
7.1
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
7.2
Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :
Tarikh
14 Mei 2014
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan JU/Guru
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
(c) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(d) Kriteria penilaian dan
pemarkahan

Mesyuarat penyelarasan
peringkat negeri antara
JU dengan guru
(cadangan tarikh taklimat
peringkat negeri bermula
26 – 30 Mei 2014)

Memuat turun Manual
Kerja Kursus dan kriteria
penilaian
Tindakan Calon

Memuat turun
Manual Kerja
Kursus bahagian II:
Calon
20
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti
11 Jun 2014
Tindakan JU/Guru

MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
Tindakan Calon
Memuat turun Soalan
Kerja Kursus Seni Visual
STPM 2014
Tidak berkenaan
(b) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM 2014
16 Jun 2014
Soalan diedarkan kepada calon
(15 Jun 2014
bagi negeri
Kelantan,
Terengganu,
Kedah, dan
Johor)

Mengedarkan soalan
kepada calon

Calon menerima
soalan.

Memberi penerangan
tugasan kepada calon

Calon memilih
soalan.

Guru perlu memastikan
pelajar sudah mempunyai
pilihan dan idea

Calon telah
membuat pilihan.

Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.

Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh
yang ditetapkan.

Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri

Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
(minggu
pertama
penggal 3)
23 Jun – 4
Julai 2014
(minggu
– 3)
2
(c) Penulisan (idea perlu
disokong dengan visual)

(d) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan dan
memantapkan proposal)
7 Julai – 19
September
2014
(minggu
– 14)
Cadangan pengkaryaan
4
11 minggu
Penghasilan karya/perekaan
(o)
(p)
(q)
(r)
(s)
(t)
(u)
(v)
(w)
(x)
Kajian visual
Lakaran
Lukisan akhir
Kajian media
Kajian teknik
Karya akhir
Ketepatan subjek
Kekuatan aspek formal
Gaya penampilan
tersendiri
Kekuatan
kandungan/fungsi
Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4)

Guru perlu membimbing
calon dalam penghasilan
karya

Guru tidak dibenarkan
untuk membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon

Setiap pertemuan atau
perbincangan antara guru
dengan calon, guru perlu
merekodkannya dalam
21
TERHAD
TERHAD
(y) Keaslian
(z) Kemasan
(aa) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(bb) Kemasan dokumentasi
borang BRKKC
(Lampiran 1)

* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto
22 – 26
September
2014
(minggu 15)
(f) Persembahan dan
peragaan
(h) Pameran dan kemasan
(i) Apresiasi
Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon

Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
(j) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* esubmission
dijangka
akan dibuka
bermula
tarikh 24
September –
24 Oktober
2014

* e-submission dijangka dibuka
pada minggu ketiga bulan
September

Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)

Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh
yang ditetapkan.

Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam
pameran mini
dengan bimbingan
guru.

Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan.

Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4)

(g) Peragaan
dilakukan.
Setiap persembahan dan
peragaan yang calon
laksanakan, guru perlu
memberikan markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4)

Guru perlu memasukkan
markah dari borang
BMKKC ke dalam
e-submission sebelum
24 Oktober 2014

Guru perlu menghantar
cetakan markah
e-submission dan borang
BMKKC sebelum 31
Oktober 2014
22
TERHAD
TERHAD
8.0
Penyediaan Projek Penghasilan Karya
8.1
Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D)
atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap
soalan kerja projek.
8.2
Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksik), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan
untuk menghasilkan kerja projek.
8.3
Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan
politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
8.4
Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan
bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
8.5
Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
8.6
Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah
disertakan dalam pendokumentasian.
8.7
Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.
8.8
Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
8.9
Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut
kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut
spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
8.10
Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar
itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi
mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
23
TERHAD
TERHAD
24
TERHAD