Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) Penggal 3 Tahun 2014

Transcription

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) Penggal 3 Tahun 2014
TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
Penggal 3 Tahun 2014
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
0
TERHAD
TERHAD
Kandungan
Bil
Perkara
Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0
Pengenalan
2
2.0
Objektif Penilaian
2
3.0
Pelaksanaan kerja kursus
2
3.1 Arahan Am
2
3.2 Tanggungjawab Pengetua
2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
4
3.5 Tanggungjawab Calon
5
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
6
5.0
Format Penulisan
7
6.0
Struktur Penulisan
8
7.0
Penskoran Markah
8
8.0
Skema Penskoran Markah
9
BAHAGIAN II : CALON
9.0
Tanggungjawab Calon
10
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
11
11.0 Format Penulisan
12
12.0 Struktur Penulisan
12
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4)
14
Lampiran
16-19
1
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0
Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
2.0
Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
3.0
2.1
Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2
Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sebuah organisasi yang baik
2.3
Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian
kes berkenaan
2.4
Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
Pelaksanaan kerja kursus
3.1 Arahan am
3.1.1
Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau
calon persendirian individu.
3.1.2
Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3
Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1
Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
3.2.2
Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.
3.2.3
Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4
Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan
3.2.5
Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh
guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan.
2
TERHAD
TERHAD
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah
Bantuan Kerajaan
3.3.1
Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus.
3.3.2
Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon.
3.3.3
Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.4
Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.5
Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.6
Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.7
Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.8
Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.9
Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka
boleh membaiki hasil kerja
3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
3
TERHAD
TERHAD
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC)
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar
markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1
Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2
Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.4.3
Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5
Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6
Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7
Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.4.8
Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.4.9
Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data
atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
4
TERHAD
TERHAD
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab calon
3.5.1
Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2
Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal
tiga sehingga tamat penggal tersebut.
3.5.3
Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian.
3.5.4
Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5
Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6
Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7
Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
5
TERHAD
TERHAD
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan guru
Tindakan calon
Tugasan kerja kursus
diterima
 Taklimat tugasan kerja
kursus kepada calon
(sila rujuk manual kerja
kursus)
14 Jun
hingga 15
Jun 2014
Taklimat JU dengan
Guru Tingkatan 6
 Menghadiri taklimat
tersebut dan
memberikan sepenuh
perhatian semasa
taklimat berlangsung
16 Jun
hingga 27
Jun. 2014
Persiapan awal
sebelum menjalankan
Kerja kursus
 Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk, responden kajian,
dan jadual kerja
 Menyediakan suratmenyurat
 Menyemak keperluan
peralatan dan instrumen
kajian
 Menjelaskan pelajar
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang akan dinilai
 Membimbing pelajar
melaksanakan aktiviti
lapangan
 Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
 Memantau
perkembangan tugasan
Membuat persiapan awal:
30 Jun
hingga 1
Ogos 2014
Penyediaan dan
penulisan laporan
Kerja kursus untuk sesi
penilaian
 Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan laporan kerja
kursus
 Membimbing calon
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
 Membaiki kelemahan
dan membimbing calon
membuat
penambahbaikan
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
 Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan merumus
data dan maklumat
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam bentuk
yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta,
dan lain-lain
 Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
26 Mei
2014
6
 Menerima arahan tugasan.
Semak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan
kerja kursus
 Merancang jadual kerja
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
 Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder, sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
 Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
TERHAD
TERHAD
 Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai
4 Ogos
hingga 23
Sept. 2014
Sesi pembentangan
dan penilaian
 Memeriksa dan memberi
markah laporan kerja
kursus dan
pembentangan
24 Sept.
hingga 24
Okt. 2014
Penskoran kerja
kursus dan hantaran
markah ke MPM
 Menghantar markah ke
MPM
24 Sept.
hingga 23
Okt. 2014
Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
15 Okt.
2015
5.0
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)
Format Penulisan
5.1
Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
5.2
Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3
Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4
Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5
Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6
Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
7
TERHAD
TERHAD
6.0
Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat.
Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.
(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik,
temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul
laporan agensi kerajaan serta swasta.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f)
Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
(h) Lampiran
7.0
Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.
Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang
dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian
bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran
berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa
yang dilantik oleh MPM.
8
TERHAD
TERHAD
8.0
Skema Penskoran Markah Kerja Kursus
Bil.
Kriteria
Markah
1
Pengenalan/Tajuk dan Abstrak
3
2
Objektif kajian
2
3
Latar belakang/lokasi kajian
6
4
Kaedah kajian
7
5
Dapatan kajian dan perbincangan
(i) Susunan dan kekemasan laporan
10
(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat
15
(iii) Analisis dan pentafsiran
15
(iv) Gaya dan bahasa
5
6
Rumusan kajian, cadangan, dan penutup
10
7
Rujukan
3
8
Lampiran
3
9
Pembentangan
(i) Kerelevanan
2
(ii) Soal jawab
2
(iii) Kebahasaan
2
(iv) Kreativiti
2
(v) Keterampilan
2
10
Kemahiran manipulatif
5
11
Kemahiran insaniah
6
JUMLAH MARKAH
9
100
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
9.0
Tanggungjawab calon
9.1
Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2
Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
9.3
Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
9.4
Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5
Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6
Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan.
9.7
Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
10
TERHAD
TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
26 Mei 2014
Tugasan kerja kursus diterima
 Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan kerja kursus
 Merancang jadual kerja
16 Jun hingga
27 Jun. 2014
Pelaksanaan kerja kursus
Membuat persiapan awal:
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
 Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.
 Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran,
temu bual dan kaji selidik
 Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder
30 Jun hingga
1 Ogos 2014
Penyediaan dan penulisan
laporan kerja kursus untuk sesi
penilaian
 Menyusun dapatan (data dan maklumat)
mengikut keutamaan dan struktur tugasan
 Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
 Mempersembahkan data dan maklumat
dalam bentuk yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain
 Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
 Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai
4 Ogos hingga
23 Sept. 2014
Sesi pembentangan dan
penilaian
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk
setiap calon)
11
Tindakan calon
TERHAD
TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
12.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat.
Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Tajuk dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.
(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, bual,
dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di
perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi
kerajaan serta swasta.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan
12
TERHAD
TERHAD
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f)
Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
(h) Lampiran
13
TERHAD
TERHAD
14
14
TERHAD
TERHAD
Soalan Kerja Kursus.
Calon dikehendaki membuat satu kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat
multinasional (MNC) berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
(a) Aktiviti perniagaan yang dijalankan
(b) Konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat
Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan, dan menulis laporan
lengkap berkaitan aspek-aspek tersebut. Calon juga dikehendaki mencadangkan strategi yang
sesuai berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan dalam kajian.
Nota: * Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus STPM 2014.
* Analisis kajian boleh dibuat berdasarkan data primer atau data sekunder.
15
TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
MARKAH
16
TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan
oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah
kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
17
TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
penghasilan
kerja kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan Tandatangan
Calon
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2014 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan
pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
18
TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………...............
No. Kad Pengenalan : ……………………………
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Angka Giliran : ……………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Markah
Kriteria Penilaian
Penuh
Pengenalan / Tajuk dan Abstrak
3
Objektif Kajian
2
Latar belakang / Lokasi kajian
6
Kaedah Kajian
7
Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan
10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
15
kesesuaian maklumat
(c) Analisis dan pentafsiran
15
(d) Gaya dan bahasa
5
Penutup rumusan kajian dan cadangan
10
Rujukan
3
Lampiran
3
Pembentangan
(a) Kerelevanan
2
(b) Soal jawab
2
(c) Kebahasaan
2
(d) Kreativiti
2
(e) Keterampilan
2
Kemahiran Manipulatif
5
Kemahiran Insaniah
6
Jumlah Markah
100
Markah
Guru
Markah
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ………………………………
No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : ……………………………………………..
Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : ……………………………
No. Telefon (sekolah) : ……………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
19
TERHAD