UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Disediakan oleh: NUR FARHANA BT A.RAZAK

Transcription

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Disediakan oleh: NUR FARHANA BT A.RAZAK
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM
PERLEMBAGAAN
Disediakan oleh:
NUR FARHANA BT A.RAZAK
NURULHUDA BT HAMBALI
Pensyarah Pembimbing :
EN.GHZALI BIN ISMAIL
PENGENALAN
• Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat 4 unsur tradisi
penting yang menjadi dasar dalam pembetukan perlembagaan.
• Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak sosial yang telah
dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan .
(Shamsul Amri Bharuddin, 2008)
• Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan
atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan
Istimewa orang Melayu. Unsur-unsur ini diperlukan untuk kestabilan serta
kemajuan negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan
Perlembagaan.
UNSUR-UNSUR TRADISI
• Bahasa Kebangsaan
• Agama persekutuan
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
• Pemerintahan beraja
PERANAN UNSUR TRADISI
• Menstabilkan sistem politik negara
• Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh
orang Melayu dan bukan Melayu
• Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama
persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik
bukan Melayu
(i) BAHASA MELAYU
• Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk
maksud rasmi)
• Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara
152
• Tetap melindungi bahasa-bahasa lain
• Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau
ditahan daripada menggunakan (selain maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain
(ii) AGAMA ISLAM
• Agama Islam ialah agama rasmi bagi
Persekutuan
• Termaktub dalam Perkara 3 (1)
• Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal
imbangan; agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan
• Setiap orang mempunyai hak untuk
menganut dan mengamalkan agamanya
Setiap agama mempunyai hak untuk;
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• Menubuhkan dan menyelenggara institusi
bagi maksud agama atau khairat
• Memperoleh dan memiliki harta benda
serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang
(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK
• Termaktub dalam Perkara 153
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas yang lain
Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?
Melayu:
• Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
• Menganuti agama Islam
• Mengamalkan adat istiadat Melayu
Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?
Bumiputera Sabah dan Sarawak:
• Di Sarawak – terdiri daripada mana-mana satu
kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak
Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan
Ukit atau dia berketurunan campuran daripada
kaum tersebut, dan
• Di Sabah – anak atau cucu kepada seorang
daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah
(iv) PEMERINTAHAN BERAJA
• Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan
dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik
• Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah
konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem
demokrasi
• Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut lunaslunas perlembagaan yang telah ditetapkan
SUMBER
• Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul
Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha
Sdn. Bhd.
• Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi
Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.