UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Comments

Transcription

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT:
SATU KAJIAN DI KOLEJ 11.
NORLYANA SULONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOLAT:
SATU KAJIAN DI KOLEJ 11
NORLYANA BINTI SULONG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iii
DEDIKASI
Ku panjatkan kesyukuran BuatNya yang mengizinkan segala sesuatu...
Selingkar kasih buat che’ Wan Meriam Wan Ngah dan ayah, Sulong Jusoh
yang banyak berkorban untukku..Segalanya untukmu....Doamu mengiringi
perjalananku......
Tidak lupa buat kakak yang disayangi ....
Kak Liza
&
Abang-abangku yang dikasihi.....
Abg.Long & Kak Long, Abg.Lan&Kak Mie, Abg.Awang&Kak Yah,
Abg.Jack&Kak Na, Peza & Nuar.......
&
Adik
Sokongan dan dorongan kalian menjadi penguat semangatku dalam
meneruskan perjuanganku di lapangan ilmu...Kalian sumber perjuanganku...
Guru-Guru dan Pensyarah-Pensyarah
Terima kasih krn mengizinkan diri ini mengutip mutiara ilmu yang berharga...
Buat Teman Yang Teristimewa...
Ros, Jah ,Mar, K.Long, Ita, Nor, Jie, Sue, Yah, Roh, Ana, Ati, Ano, Ida, Tie,
dan semua pelajar 5 SPI, SMKBR dan MMP...
Kehadiran kalian memberi seribu makna dalam hidupku....
Kenangan bersama kalian akan tersemat di hati...
“ Satu di antara yg beribu itu..,m’hulurkan cahayanya.. menyinari hidupku,
kalian yg x pernah b’paling tadah..memimpinku utk melangkah..
senyum tangisku menjadi penawar..pengorbananmu cinta yg sejati...
tdk luput di hati.. tdk lekang di ingatan..
ke langit kaulah bintang, ke dasar laut kaulah mutiara.. di bumi kau intan
permata...”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda, para
sahabat serta sekalian mujahidin yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka
bumi ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan
laporan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Ustazah Maznah Binti
Ali, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak membantu menghulurkan
kerjasama, bimbingan serta dorongan yang sepenuhnya untuk menyempurnakan laporan
projek ini. Turut dihargai kepada semua pensyarah dan staff PPIPS yang banyak
membantu dalam menghasilkan projek ini.
Tidak dilupakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat ayahbonda dan seluruh
keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan. Doa kalian adalah penguat
semangat untukku meneruskan perjuangan.
Seterusnya ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua rakan-rakan
seperjuangan, dan juga kepada pihak-pihak yang berkenaan sama ada secara langsung
atau tidak.
Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu pengetahuan, tahap
pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap kesan
perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Responden dalam kajian ini adalah terdiri
daripada penghuni Kolej 11, UTM Skudai. Pengkaji telah memilih lebih daripada 30%
responden. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 620 orang. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah
dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Sciences ( SPSS ) versi
11.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap pencapaian min
adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat
terhadap diri seseorang. Dari kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua
pihak agar asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan masyarakat.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to investigate students practice level towards the
responsibility to pray. There are three scopes for this study which are the knowledge,
students’ level of practice towards the responsibility to pray and students’ perspective on
the effect of praying for their inner self. The respondents for this study are the students
staying in Kolej 11, UTM Skudai. The researcher chooses more than 30% of the
respondents. The total number of the population in Kolej 11 is 620 students. The
researcher used questionnaire as the instruments for this study. The data was analyzed
by using the Statistical Package for the Social science (SPSS) version 11.0. The results
show that the overall mean achieve is high (mean = 4.73) for knowledge, (mean = 4.22)
for students’ level of practice towards the responsibility to pray and (mean = 4.63) for
students’ perspective on the effect of praying for their inner self. This study hope to
yield and to give guideline to all so that the religious basic aspect will be given more
attention by the society.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB I
PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI SINGKATAN
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
PENGENALAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar belakang Masalah
2
1.3
Pernyataan Masalah
6
1.4
Persoalan Kajian
7
1.5
Objektif Kajian
7
1.6
Kepentingan Kajian
8
viii
BAB II
1.7
Batasan Kajian
9
1.8
Takrifan Istilah
10
SOROTAN KAJIAN
13
2.1
Pengenalan
13
2.2
Definisi Solat
14
2.3
Dalil Wajib Mendirikan Solat
15
2.4
Golongan Yang Diwajibkan solat
19
2.5
Keutamaan Solat
20
2.6
Kepentingan Dan Kelebihan Solat
21
2.7
Balasan Terhadap Mereka Yang Meninggalkan
25
Solat
2.8
Kajian-Kajian Yang Berkaitan
27
2.9
Kesimpulan
32
METODOLOGI KAJIAN
33
3.1
Pengenalan
33
3.2
Rekabentuk Kajian
34
3.3
Tempat Kajian
34
3.4
Populasi Dan Sampel Kajian
35
3.5
Instrumen Kajian
35
3.6
Prosedur Kajian
37
3.7
Analisis Data
38
3.8
Kajian Rintis
39
3.9
Kesimpulan
40
BAB III
ix
BAB IV
DAPATAN KAJIAN
41
4.1
Pengenalan
41
4.2
Bahagian A : Latar Belakang Responden
42
4.3
Bahagian B : Analisis Data Berkaitan Pengetahuan
Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat.
4.4
44
Bahagian C : Analisis Data Berkaitan Tahap
Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab
Solat
4.5
50
Bahagian D : Analisis Data Berkaitan Pandangan
Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan
Tanggungjawab Solat Dalam Diri Seseorang.
56
Solat Terhadap Diri Seseorang
4.6
Analisis Keseluruhan Bagi Item Pengetahuan
Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat.
4.7
Analisis Keseluruhan Bagi Item Tahap Pengamalan
Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat
4.8
63
64
Analisis Keseluruhan Bagi Item Pandangan
Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan
4.9
BAB V
Tanggungjawab Solat Dalam Diri Seseorang.
65
Kesimpulan
67
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN 68
5.1
Pengenalan
68
5.2
Perbincangan
69
5.2.1
69
Latar Belakang Responden
x
5.2.2
Pengetahuan Pelajar Terhadap
70
Tanggungjawab Solat
5.2.3
Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap
71
Tanggungjawab Solat
5.2.4
Pandangan Pelajar Terhadap Kesan
72
Pengamalan Tanggungjawab Solat
5.3
Rumusan
74
5.4
Cadangan
75
5.4.1 Pelajar
76
5.4.2
76
5.5
Ibu Bapa
5.4.3 Guru
77
5.4.4
Institusi Pendidikan
78
5.4.5
Media Massa Dan Media elektronik
78
Cadangan Kajian Lanjutan
79
5.6
80
Kesimpulan
SENARAI RUJUKAN
81
LAMPIRAN
A
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
4.1
TAJUK
MUKA SURAT
Analisis Data Mengikut Bahagian
Dalam Soal selidik
41
4.2
Taburan Responden Mengikut Jantina
42
4.3
Taburan Responden Mengikut Jarak
Tempat Tinggal Dengan Masjid/Surau
4.4
42
Taburan Responden Mengikut Kekerapan
Sekolah Agama
43
4.5
Taburan Skor Item 1
44
4.6
Taburan Skor Item 2
44
4.7
Taburan Skor Item 3
45
4.8
Taburan Skor Item 4
46
4.9
Taburan Skor Item 5
46
4.10
Taburan Skor Item 6
47
4.11
Taburan Skor Item 7
47
4.12
Taburan Skor Item 8
48
4.13
Taburan Skor Item 9
48
4.14
Taburan Skor Item 10
49
4.15
Taburan Skor Item 11
50
4.16
Taburan Skor Item 12
50
4.17
Taburan Skor Item 13
51
4.18
Taburan Skor Item 14
52
xii
4.19
Taburan Skor Item 15
52
4.20
Taburan Skor Item 16
53
4.21
Taburan Skor Item 17
53
4.22
Taburan Skor Item 18
54
4.23
Taburan Skor Item 19
55
4.24
Taburan Skor Item 20
55
4.25
Taburan Skor Item 21
56
4.26
Taburan Skor Item 22
57
4.27
Taburan Skor Item 23
57
4.28
Taburan Skor Item 24
58
4.29
Taburan Skor Item 25
58
4.30
Taburan Skor Item 26
59
4.31
Taburan Skor Item 27
60
4.32
Taburan Skor Item 28
60
4.33
Taburan Skor Item 29
61
4.34
Taburan Skor Item 30
62
4.35
Taburan Min Keseluruhan Bagi Item
Pengetahuan Pelajar Terhadap Tanggungjawab
Solat
4.36
63
Taburan Min Keseluruhan Bagi Item Tahap
Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab
Solat
4.37
64
Taburan Min Keseluruhan Bagi Item
Pandangan Pelajar Terhadap Kesan Pengamalan
Solat Dalam Diri Seseorang
65
xiii
SENARAI SINGKATAN
SPSS
-
Statistical Package For The Social Science
UTM
-
Universiti Teknologi Malaysia
IPTA
-
Institusi Pengajian Tinggi Awam
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
TAJUK
Set Soal Selidik
MUKA SURAT
84
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Solat merupakan rukun Islam yang kedua dan ia merupakan ibadah yang paling
penting berbanding daripada ibadah-ibadah yang lain. Solat juga dilambangkan sebagai
tiang agama. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
‫اﻟﺼﻼة ﻋﻤﺎد اﻟﺪﻳﻦ ﻓﻤﻦ أﻗﺎﻣﻬﺎ ﻓﻘﺪ اﻗﺎم اﻟﺪﻳﻦ وﻣﻦ ﺗﺮآﻬﺎ ﻓﻘﺪ هﺪم اﻟﺪﻳﻦ‬
“ Solat itu adalah sendi agama, barangsiapa mengerjakannya, bererti ia telah
menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, bererti ia telah
merobohkan agama.”
( Riwayat Baihaqi )
2
Daripada hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya
peranan solat itu dalam kehidupan kita. Solat juga merupakan perintah Allah SWT yang
paling utama, oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad secara
langsung tidak melalui perantaraan iaitu tatkala Nabi Muhammad s.a.w. sedang
melaksanakan Israk dan Mikraj. Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain.
( Abdul Rahman Ahmad, 2002 : 33 ).
Selain itu, solat juga merupakan tali yang menghubungkan dan mengikat seorang
hamba dengan penciptaNya.
Melalui solat seorang hamba dapat mengagungkan
kebesaran Allah, mendekatkan diri, dan menimbulkan rasa tenteram bagi diri orang yang
solat dalam menempuh berbagai persoalan hidup. Solat juga dapat mendisiplinkan diri
dan membuat seseorang jujur dan berpendirian, menampilkan peribadi dan akhlak yang
mulia dan memberi ketenangan jiwa dalam menghadapi berbagai godaan dunia. ( Abdul
Azis Dahlan, 1997 : 1536-1537 )
1.2
Latar Belakang Masalah
Masalah keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku di negara kita pada masa ini
amat membimbangkan.
Perkara ini dilihat adalah kesan daripada sikap individu,
keluarga ataupun masyarakat itu sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup yang betul
berlandaskan syariat Allah S.W.T. Ekoran daripada itu timbullah suasana yang tidak
bermoral dalam kehidupan dari pelbagai aspek kehidupan iaitu pergaulan dalam
keluarga, masyarakat dan juga negara.
3
Pada masa ini masalah disiplin serta masalah sosial yang berlaku dalam negara
menjadi satu isu yang amat besar dan sering diperkatakan di mana-mana sahaja. Masalah
disiplin yang menular pada masa ini amat membimbangkan kita, terutama masalah
keruntuhan moral di kalangan remaja. Sebagai contoh, masalah penyalahgunaan dadah,
kecurian, vendalisme, penipuan, buli, bunuh, rogol, pergaulan bebas dan sebagainya.
Perkara ini kita dapat lihat dengan jelas di dada-dada akhbar yang mana banyak
melaporkan kes-kes jenayah yang melibatkan golongan ini.
Sebagai contoh, laporan Berita Harian pada 28 Mac 2004, di mana seorang
pelajar bernama Muhammad Farid Ibrahim dari sekolah Menengah Agama Dato’ Kelana
Petra Ma’mor Seremban telah meninggal dunia akibat dipukul oleh lapan pelajar sekolah
terbabit. Seterusnya, pada 8 julai 2004, seorang pelajar iaitu Mohd Isa Nayan Sekolah
Menengah Teknik Pendang cedera setelah dipukul oleh 15 pelajar lain di asrama sekolah
terbabit. Manakala awal Ogos 2004, seorang remaja lelaki 17 tahun dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan membunuh seorang pembantu rumah di Taman Sri Skudai.
Secara ringkasnya, gambaran kes ini menunjukkan betapa seriusnya isu yang
membabitkan remaja kini. Masyarakat menganggap masalah sosial yang berlaku di
kalangan remaja ini sebagai penyakit yang perlu diubati dengan segera. Kekhuatiran ini
timbul memandangkan golongan remaja merupakan aset dan waris yang akan
menentukan hala tuju dan masa depan negara ini. Sekiranya golongan remaja ini rosak
dari segi moral akhlak dan hilang nilai-nilai murni dalam diri ianya akan memberikan
kesan yang negatif kepada sesebuah negara.
Seorang penyair Arab, Syauqey Bek
pernah menyebut; “Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah
mereka”. (Ayob Bin Mohamad, SACI, 2005 : 1-2 ).
Sesungguhnya masalah keruntuhan sosial yang berlaku sebenarnya adalah
bermula dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sini nyatalah kepada kita bahawa
4
kekuatan iman pada diri seseorang itu adalah menjadi penentu kepada kejayaan
seseorang itu dalam mengelak atau menghindarkan diri mereka daripada melakukan
perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Justeru daripada itu, apa jua langkah atau
cara yang dilakukan bagi tujuan membendung masalah keruntuhan sosial di kalangan
umat Islam, ia mestilah diletakkan kepada usaha untuk memperkuatkan iman di dalam
diri setiap individu muslim itu sendiri.
Jadi, seperti yang telah diketahui bahawa Allah telah menjelaskan di dalam AlQur’an bahawa solat merupakan ibadah yang menjadi benteng pada diri manusia dari
melakukan perkara-perkara yang mungkar yang akan merosakkan keimanan seseorang
muslim. Solat juga merupakan ibadah yang menjadi inti dari seluruh ibadah dan
manfaatnya sangat besar, ia mengandungi nilai-nilai rohaniah, jasmaniah dan
kemasyarakatan. Solat merupakan tali yang dapat menghubungkan seseorang hamba
dengan penciptaNya.
Ibadat solat juga dapat melahirkan kesucian jasmaniah dan
rohaniah. Ibadat solat seperti yang kita ketahui dapat membentuk akhlak yang mulia
dan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Ini
berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an :
Maksudnya :
“ Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Al-Kitab dan dirikanlah
solat, sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar dan
5
sesungguhnya ingat kepada Allah lebih besar manfaatnya, dan Allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan. “
( Surah al- Ankabut : 45 )
Solat juga dapat membantu membentuk akhlak yang baik dan menjadikan
manusia itu berfikiran waras dan bertindak dengan cara yang betul dan adil. Solat juga
dapat membentuk disiplin dalam diri mereka yang mengerjakannya. Disebabkan solat
mempunyai banyak hikmah dan memberi impak yang besar kepada kita, maka setiap
muslim perlulah melaksanakan kewajipan ibadah solat ini dengan sebaik-baiknya agar
tidak timbul sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. ( Ummi
Rohaiyu Binti Mohd Bakhair, 2001: 3 )
Jadi di sini jelaslah kepada kita bahawa cara hidup yang berlandaskan al-Quran
dan sunnah adalah cara yang paling baik dalam menangani masalah yang timbul.
Amalan ibadat harian dapat membantu membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji
dalam diri setiap individu.
Dengan ini secara tidak langsung dapat membendung
masalah sosial yang semakin meruncing pada masa kini.
Hal ini telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian berkenaan dengan tahap
pengamalan solat di kalangan pelajar.
6
1.3
Pernyataan Masalah
Mahasiswa merupakan aset yang amat berharga dalam sesebuah negara. Ini
kerana golongan intelektual inilah yang menjadi tonggak negara di masa hadapan.
Mereka merupakan tonggak harapan bagi memartabatkan kedaulatan agama, bangsa dan
negara suatu masa kelak.
Oleh itu, apabila kita membicarakan mengenai masalah
disiplin dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat secara automatik kita akan melihat
kepada masalah disiplin di kalangan mahasiswa terlebih dahulu. Ini kerana mereka
merupakan golongan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun kini masyarakat
mula hilang kepercayaan kepada golongan ini, kerana sikap mahasiswa itu sendiri yang
gagal mempamerkan akhlak yang baik. Tambahan pula banyak kes-kes jenayah dan
maksiat yang melibatkan golongan mahasiswa.
Ekoran daripada masalah inilah kajian ini dilakukan di kalangan pelajar Institut
Pengajian Tinggi (IPTA). Kajian ini dimulakan dengan memfokuskan kepada
mahasiswa yang tinggal di Kolej 11, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Solat dipilih kerana seperti yang kita ketahui sesungguhnya solat berperanan dalam
membentuk sakhsiah dan disiplin pelajar-pelajar ini.
Sekiranya pelajar memahami
konsep solat dengan sempurna dan mengamalkannya dengan betul sudah pasti
permasalahan ini tidak akan timbul.
Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa kemungkinan tahap perlaksanaan solat di
kalangan seseorang itu atau amalan solat yang dilakukan pelajar tidak sempurna sama
ada dari aspek fizikal atau rohani merupakan antara punca amalan solat yang dilakukan
kurang atau tidak dapat memberi kesan atau perubahan ke atas sikap seseorang individu
itu.
7
1.4
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:
i)
Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Islam terhadap
tanggungjawab solat.
ii)
Untuk mengenalpasti tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab
solat.
iii)
Untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat
dalam diri seseorang.
1.5
Persoalan Kajian
Dalam kajian ini pengkaji mengupas beberapa persoalan penting. Persoalan
tersebut adalah seperti berikut:
i)
Sejauhmanakah pengetahuan pelajar Islam terhadap tanggungjawab
mendirikan solat?
ii)
Sejauhmanakah tahap pengamalan pelajar terhadap terhadap kewajipan
menunaikan solat?
8
iii)
Apakah pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan tanggungjawab
solat dalam diri seseorang?