Ekonomi Bandar Rendah Karbon

Transcription

Ekonomi Bandar Rendah Karbon
Ekonomi Bandar
Rendah Karbon
Johor Bahru dan Pasir Gudang, Malaysia
Ringkasan Eksekutif
Andy Gouldson, Sarah Colenbrander,
Effie Papargyropoulou and Andrew Sudmant.
Centre for
Climate Change
Economics and Policy
Ringkasan Eksekutif
Pengenalan
Pendekatan kami
Kes ekonomi untuk pelaburan rendah karbon
Apakah cara yang terbaik untuk menuju ke arah
bandar yang mempunyai kecekapan tenaga dan
pembangunan yang rendah karbon ? Walaupun ada
yang mempunyai minat mendalam terhadap
perubahan seperti ini, namun terdapat pelbagai
rintangan yang sering menghalang bandar-bandar
untuk melaksanakan agenda ini. Ketiadaan maklumat
asas yang kukuh serta bukti setempat yang sesuai juga
menyukarkan pembuat keputusan untuk bertindak.
Kami memulakan analisis dengan mengumpul data
mengenai tahap dan komposisi penggunaan tenaga di
Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kami melakukan
analisis ini untuk pelbagai sektor yang berlainan
termasuk sektor elektrik daripada segi penawaran,
sektor perumahan, komersil, pengangkutan dan
sektor industri daripada segi permintaan. Kami juga
melakukan penilaian terhadap sektor sisa kerana ia
menjana pelepasan gas rumah hijau dan pada masa
yang sama ia juga berpotensi untuk menjana tenaga.
Kami menganggarkan bahawa KDNK Johor Bahru
dan Pasir Gudang ialah RM 89.0 bilion (AS$26.9
bilion) pada tahun 2014, dan jika trend terbaru ini
berterusan kami meramalkan KDNK akan
meningkat kepada RM 248.0 bilion (AS$75.0 bilion)
pada tahun 2025. Kami juga mendapati bahawa
jumlah bil tenaga untuk Johor Bahru dan Pasir
Gudang pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 13.54
bilion (AS$4.10 bilion). Ini bermakna 15.2%
daripada semua pendapatan yang diperoleh di Johor
Bahru dan Pasir Gudang kini dibelanjakan untuk
tenaga (tidak termasuk perbelanjaan kerajaan untuk
subsidi bahan api).
Kajian ini bertujuan untuk memberikan bukti asas
bagi Johor Bahru dan Pasir Gudang dan digunakan
untuk mengenalpasti sekiranya terdapat kes ekonomi
yang boleh menarik pelaburan berskala besar dalam
sektor kecekapan tenaga dan pembangunan rendah
karbon di bandar-bandar tersebut. Tujuan yang lebih
khusus adalah untuk menyediakan senarai langkahlangkah yang mengikut keutamaan dari segi kos dan
pengurangan karbon yang berkesan serta realistik
yang boleh dipromosikan di seluruh sektor tenaga,
perumahan, bangunan komersial, pengangkutan,
industri dan sektor bahan buangan.
Kami meramalkan bahawa
trend ‘perniagaan seperti
biasa’ dalam tempoh sehingga
2025 yang akan meningkatkan
jumlah penggunaan tenaga
di Johor Bahru dan Pasir
Gudang sebanyak 79.4% ,
jumlah bil tenaga meningkat
sebanyak 139.9 % dan jumlah
pelepasan karbon akan
meningkat sebanyak 83.8%.
Johor Bahru dan Pasir
Gudang boleh mengurangkan
pelepasan karbon pada tahun
2025 sebanyak 24.2% melalui
pelaburan sebanyak RM 2.56
bilion (AS$ 0.77 bilion), yang
menjana penjimatan tahunan
sebanyak RM 2.56 bilion
(AS$ 0.77 bilion) dan kembali
pelaburan dalam 1.3 tahun.
2
Kajian ini dilakukan secara menyeluruh bagi setiap
sektor dan bandar berdasarkan trend terkini, sebagai
contoh pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan
penduduk, tingkah laku pengguna dan kecekapan
tenaga. Melalui kajian ini kami telah menetapkan
garis dasar ‘perniagaan seperti biasa’ sebagai trend
asas sehingga tahun 2025. Garis dasar ini
membolehkan kami untuk meramal tahap dan bentuk
bekalan, permintaan tenaga, bil-bil tenaga serta
pelepasan karbon masa depan.
Berdasarkan ulasan kajian yang meluas dan
perundingan dengan pihak yang berkepentingan,
kami mengumpul senarai langkah-langkah rendah
karbon yang berpotensi untuk digunakan dalam
setiap sektor yang berbeza di bandar. Kami menilai
prestasi setiap langkah dengan menjalankan penilaian
realistik terhadap kos dan kemungkinan penjimatan
berdasarkan tempoh penggunaan dan mengambil
kira skop bagi menggerakkan projek ini di Johor
Bahru dan Pasir Gudang dalam tempoh masa
sehingga tahun 2025. Penilaian ini tertakluk kepada
semakan pakar untuk memastikan bahawa ia
serealistik yang mungkin dan dengan
mempertimbang faktor-faktor utama yang
membentuk potensi penggunaannya.
Seterusnya hasil penilaian dibincangkan dan diulas
oleh pakar bagi menentukan kesan-kesan yang
berpotensi daripada gabungan langkah-langkah
penilaian menerusi sektor-sektor yang berlainan di
bandar itu secara keseluruhan. Ini membolehkan
kami memahami skala peluang pembangunan,
keperluan dan bayaran balik pelaburan yang
berkaitan, bekalan dan permintaan tenaga, bil-bil
tenaga dan pelepasan karbon dalam pelbagai sektor.
Pengagregatan ini membolehkan kami menjana jadual
liga bagi langkah-langkah paling berkesan untuk
mengurangkan kos dan karbon yang boleh diguna
pakai di dalam setiap sektor dan seluruh Bandar.
Ekonomi Bandar Rendah Karbon
Kami meramalkan bahawa trend ‘perniagaan seperti
biasa’ dalam tempoh sehingga 2025 yang akan
meningkatkan jumlah penggunaan tenaga di Johor
Bahru dan Pasir Gudang sebanyak 79.4% dari tahun
2014 hingga tahun 2025. Kami meramalkan jumlah
bil tenaga untuk bandar-bandar akan meningkat
sebanyak 139.9 % dari tahun 2014 kepada RM 13.54
bilion (AS$4.10 bilion) pada 2025. Kami juga
meramalkan bahawa jumlah pelepasan karbon di
Johor Bahru dan Pasir Gudang akan meningkat
sebanyak 83.8% dari tahun 2014 hingga ke tahun
2025 berdasarkan senario ‘perniagaan seperti biasa’.
Selepas meneliti potensi kos dan faedah pelbagai
kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan
langkah-langkah rendah karbon lain yang boleh
digunakan di semua sektor yang berbeza di bandar,
kami mendapati bahawa – berbanding dengan trend
‘perniagaan seperti biasa’ - Johor Bahru dan Pasir
Gudang boleh mengurangkan pelepasan karbon pada
tahun 2025 sebanyak:
—— 24.2% melalui pelaburan kos berkesan di
bandar yang berkeupayaan membiayai
operasinya sendiri secara komersil sepanjang
hayat penggunaannya. Ini memerlukan
pelaburan sebanyak RM 3.33 bilion (AS$ 1.01
bilion) yang menjana penjimatan tahunan
sebanyak RM 2.56 bilion (AS$ 0.77 bilion),
membayar kembali pelaburan dalam 1.3 tahun
dan menjana penjimatan tahunan.
—— 25.1% berdasarkan pelaburan di atas, iaitu
melakukan pelaburan kos efektif dalam sektor
elektrik akan membolehkannya membiayai
operasi sendiri secara komersil sepanjang hayat
penggunaannya. Ini memerlukan pelaburan
sebanyak RM 22.87 bilion (AS$ 6.92 bilion),
yang menjana penjimatan tahunan sebanyak
RM 1.90 bilion (AS$ 0.58 bilion) dan
membayar kembali pelaburan dalam jangka
masa 12.0 tahun serta menjana penjimatan
tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Ekonomi Bandar Rendah Karbon
—— 45.4% dengan langkah-langkah kos neutral
yang boleh dibayar dengan melaburkan semula
pendapatan yang dijana daripada langkahlangkah kos berkesan. Ini memerlukan
pelaburan sebanyak RM 18.49 bilion (AS$ 5.59
bilion), yang menjana penjimatan kos tahunan
sebanyak RM 2.74 bilion (AS$ 0.83 bilion),
membayar kembali pelaburan dalam jangka
masa 6.75 tahun dan menjana penjimatan
tahunan.
—— 46.6% dengan langkah-langkah kos neutral
dalam sektor elektrik yang boleh dibayar
dengan melaburkan semula pendapatan yang
dijana daripada langkah-langkah kos berkesan.
Ini memerlukan pelaburan sebanyak RM 41.24
bilion (AS$ 12.48 bilion), yang menjana
penjimatan kos tahunan sebanyak RM 2.85
bilion (AS$ 0.86 bilion), membayar kembali
pelaburan dalam jangka masa 14.5 tahun dan
menjana penjimatan tahunan di seluruh
Semenanjung Malaysia.
Kami mendapati sektor pengangkutan mengandungi
52.2% daripada jumlah potensi untuk pelaburan kos
berkesan rendah karbon, dengan potensi selebihnya
diagihkan dikalangan sektor domestik (19.6%), sektor
industri (18.3%), sektor komersial (1.2%), sektor
pembuangan (8.7%) dan sektor bekalan elektrik
(3.5%).
Walaupun impak perubahan kos berkesan akan
mengurangkan pelepasan keseluruhan berbanding
dengan trend ‘perniagaan seperti biasa’, ia tidak akan
menghentikan peningkatan pelepasan keseluruhan
secara mutlak. Dengan eksploitasi semua pilihan kos
berkesan, menjelang tahun 2025 pelepasan dijangka
meningkat 37.7% berbanding tahun 2014. Dengan
eksploitasi semua langkah kos neutral, bandar-bandar
boleh mengurangkan pelepasan dengan hanya 0.8%
di bawah tahap 2014. Pelaburan dalam semua langkah
kos berkesan akan menjimatkan RM 9.49 bilion
(AS$2.87 bilion) dalam kos tenaga setiap tahun, dan
seterusnya mengurangkan bil tenaga pada tahun 2025
daripada 13.1% kepada 9.3% KDNK.
3
Rajah 1.
Indeks jumlah pelepasan bagi unit tenaga, unit KDNK dan per kapita.
300%
Kesimpulan dan Cadangan
Jumlah pelepasan
Pelepasan bagi setiap tenaga
250%
Pelepasan bagi setiap unit KDNK
Pelepasan per kapita
200%
183.8%
150%
120.1%
102.4%
65.9%
100%
2025
2024
2023
2022
2021
2020
2019
2018
2017
2016
2015
2014
2013
2012
2011
2010
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001
2000
50%
Rajah 2.
Pelepasan dari Johor Bahru dan Pasir Gudang di bawah enam senario pelaburan yang berbeza, 2014
sebagai fungsi pelepasan, antara tahun 2000 dan 2025.
200%
Perniagaan seperti biasa
180%
Kos efektif
160%
Kos efektif (elektrik)
140%
Kos-neutral
120%
Kos-neutral (elektrik)
181.7%
137.7%
99.2%
97.0%
100%
Kajian ini mendedahkan bahawa terdapat banyak
peluang ekonomi yang menarik bagi meningkatkan
kecekapan tenaga dan merangsang pelaburan tenaga
boleh diperbaharui, seterusnya akan meningkatkan
daya saing ekonomi, jaminan tenaga dan intensiti
karbon di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Skala
peluang menunjukkan bahawa perakaunan untuk
perubahan iklim dalam perancangan bandar boleh
menjadi menarik daripada segi komersil, manfaat
yang paling penting adalah mengurangkan impak
perubahan iklim pada masa hadapan.
Kehadiran peluang itu tidak bermakna ia akan
dieksploitasi. Dengan menyediakan bukti mengenai
skala dan komposisi peluang-peluang ini, kami
berharap laporan ini akan membantu membina
komitmen politik dan kapasiti institusi untuk
melakukan perubahan. Kami juga berharap laporan
ini dapat membantu Johor Bahru dan Pasir Gudang
menjamin pelaburan dan membangunkan modelmodel yang diperlukan untuk tindakan iklim secara
proaktif. Sebahagian daripada kecekapan tenaga dan
peluang rendah karbon menarik secara komersial
manakala yang lain hanya boleh menjadi berdaya
maju dengan pelaburan awam dan kewangan iklim.
Banyak manfaat yang didapati daripada peluangpeluang tersebut melalui sokongan daripada dasardasar kerajaan.
Kami juga menekankan bahawa ekonomi bukanlah
satu-satunya disiplin berkepentingan yang
mempunyai impak terhadap model pembangunan
rendah karbon di kawasan bandar Malaysia. Satu
analisis yang lebih luas juga perlu mengambil kira
keinginan sosial bagi pilihan yang berbeza, dan juga
isu-isu berkaitan dengan ekuiti, keterangkuman dan
kemampanan lebih luas dalam laluan pembangunan
berbeza yang boleh dilaksanakan di Johor Bahru dan
Pasir Gudang.
80%
60%
40%
20%
4
2025
2024
2023
2022
2021
2020
2019
2018
2017
2016
2015
2014
2013
2012
2011
2010
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001
2000
0%
Ekonomi Bandar Rendah Karbon
Ekonomi Bandar Rendah Karbon
5
Climate Smart Cities
www.climatesmartcities.org
The Economics of
Low Carbon Cities
The Economics of Low Carbon,
Climate Resilient Cities
The Economics of
Low Carbon Cities
The Economics of
Low Carbon Cities
Kolkata, India
Lima-Callao, Peru
Palembang, Indonesia
Johor Bahru, Malaysia
Kolkata, India
Lima-Callao, Peru
Palembang, Indonesia
Johor Bahru, Malaysia
Leeds City Region
Birmingham and the
Wider Urban Area
The Humber
Sheffield City Region
Project Director:
Prof Andy Gouldson
[email protected]
Project Manager:
Sarah Colenbrander
[email protected]
In-country lead:
Boyd Dionysius Joeman
[email protected]