Pendekatan Kaunseling Keluarga Satir Pendahuluan

Transcription

Pendekatan Kaunseling Keluarga Satir Pendahuluan
DP. Jilid 7,
su.
112007
Pendidikan Kaunseling
Pendekatan Kaunseling Keluarga Satir
Khoo Bee Lee
khoo [email protected]
Mohd Hashim bin Othman
[email protected]
Pendahuluan
Kegiatan ponteng sekolah (26.3%) atau ponteng kelas disebabkan tekanan belajar dan
tiada pemahaman serta sokongan daripada pihak ibu bapa semakin berleluasa (Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang, 2003). Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat
bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain (Gee Wai Cheak,
2001). Pelajar tersebut tidak tahu meluahkan masalah dan tekanan hidupnya melalui
gaya komunikasi yang positif atau mengadakan hubungan intim dengan kedua-dua pihak
ibu bapa. Justeru, anak menyalahkan ibu bapa yang kurang memahami keperluan sebenar
mereka. Menurut Lockwood (2004),
" It was hypothesized
that secure attachment would insulate an
adolescent from participation
in risky behavior at school, while
insecure attachment would increase the youth So vulnerability. "
Seterusnya Estefania et al. (2005) dalam Adolescence mengatakan masalah tingkah
laku remaja berlaku apabila mereka menghadapi tekanan (distress) secara psikologi dan
selalu berkait dengan persekitaran keluarga yang negatif (Olsson, Nordstrom, Arinell, &
yon Knoming, 1999; Overbeek, Biesecker, Stattin, Engels, & Meeus, 2002). Sebaliknya,
suatu hubungan ibu bapa dan anak remaja yang penuh mesra, saling menerima dan
mempunyai komunikasi positifmerupakan satu halangan kepada anak daripada terlibat
dalam tingkah laku bermasalah, vendalisme, dipresi dan risau (anxiety) [Beam, GilRivas, Greenberger, & Chen, 2002; Buist & Dekovic, 2004; Dadds, Sanders, Morrison,
& Rebgetz, 1992; Gil-Rivas, Greenberger, Chen, Montero, & Lopez-Lena, 2003;Kenny,
Gallagher, Alvarez-Salvatt, & Silsby, 2002). Pandangan ini juga disokong oleh Shaun
Whittaker & Brenna Bry (1991) dalam Adolescence yang mengatakan:
" When adolescents behave in socially unacceptable ways, overt and
covert interparental conflict are widely held to be the cause. "
Di samping fungsi keluarga, institusi sekolah dengan kewujudan unit bimbingan dan kaunseling
serta bantuan kaunselor bertujuan membantu pembentukan semula tingkah laku anak remaja
yang murni. Dengan kerjasama konsultasi ibu bapa dan ahli-ahli keluarga akan menjayakan
program dan projek bimbingan dan kaunseling yang berteraskan model Satir keluarga ini.
Pendekatan Satir
Asal usur terapi kaunseling keluarga Model Satir
Menurut Nichols (2001), pendekatan eksperiential berkembang daripada aliran psikologi
kemanusiaan (humanistic) yang menekankankesegeraan iaitu di sini (here) dan sekarang
91
DP Jilid 7, Bil. 112007
Pendidikan Kaunseling
(now). Pendekatan ini juga menekankan main peranan (role-play) dan konfrantasi
emosi (emotional confrontation) daripada terapi individu Gestalt. Manakala sculpting
danfamily drawing daripada pengaruh psikodrama.
Dua tokoh dalam perkembangan terapi ini merangkumi (1) Carl Whitaker dan (2) Virginia
Satir. Pendekatan eksperiential yang paling terkini termasuk emotionally focused therapy
oleh Leslie Greenberg, Susan Johnson (1985,1986,1988) yang berdasarkan teori Perls,
Satir, hubungan (Attachment theory, Bowlby 1969) dan kumpulan MRI (Mental Research
Institute). Manakala pendekatan spesifik yang lain termasuk internal family systems
therapy oleh Richard Schwartz.
Pendekatan ini berfungsi dan bergerak daripada dalaman ke luaran dengan menggalak.kan
ekspresi individu serta keterbalikan arah biasa (reversing usual direction) dalam
keberkesanan kaunseling keluarga. Menurut Nichols (2001) pendekatan Ill! Juga
menegaskan keadaan penguasaan emosi seseorang dengan baik daripada mengatasi
atau menghadapi masalah itu sahaja. Pendekatan ini berfokus kepada pencapaian kendiri
(self-fulfillment) dan integrasi individu (personal integrity) sebagai kuasa dalaman
yang bergerak dengan baikjika dapat mengatasi defensif diri.
Jadual 2: Pendekatan kaunseling eksperiential
2000)
Tema utama
Tokoh
KODse dan teori
Intervensi dan
matlamat
(Herbert Goldenberg & Irene Goldenberg,
pilihan bebas, perkembangan kendiri, membuat keputusan
kendiri, encapaian kendiri
Satir, Whitaker
har a kendiri, enielasan komunikasi
membina komunikasi berkesan, mengatasi halangan dan batasan
perkembangan kendiri, memperkembangkan kesedaran kendiri,
andan an terbuka dan s ontan
(a) Bagaimana terapi berfungsi?
Virginia Satir (1972) mengatakan sistem ini akan melakukan tiga perubahan dalam keluarga.
Pertama, setiap ahli keluarga perlu boleh melaporkan perkara yang berlaku dan dilihat
secara kongruen, lengkap dan jujur di hadapan ahli keluarga yang lain. Kedua, setiap ahli
perlu mempunyai keunikannya. Justeru, perbincangan diadakan secara pendedahan
daripada berdasarkan kuasa (power). Ketiga, perbezaan ini perlu dimaklurnkan dan
digunakan untuk proses perkembangan hubungan. Rawatan ini menekankan kebebasan
dan fleksibilitinya. Penekanan Model Satir seperti Jadua13 dan Rajah 1 berikut:
Jadual 3: "The Personal Iceberg"
Luaran
-Tingkah laku,
-Bercerita dan
-Cara mengatasi masalah
92
Dalaman
-Nilai hidup seseorang,
-Kepercayaan,
-Andaian-andaian,
-Perasaan,
-Persepsi kendiri,
-Harapan,
-Kein inan
DP Jilid 7, Bil. 112007
Pendidikan
Kaunseling
Rajah J: Gunung air beku sendiri
tingkah laku: tindakan
konten: cerita
KEADAAN
earn mengatasi: pendirian
ISI
EKSTERNAL
INTERNAL
nilai, kepercayaan
andaian-andaian
perasaan
persepsi
ekspektasi
keinginan
DIRI
Latar belakang tentang Virginal Satir
Virginia Satir dilahirkan pada tahun 1916 dan membesar dalam keluarga pertanian di
Wisconsin. Beliau merupakan anak sulung kepada lima adik-beradik dalam keluarganya
(Britt, 2004; Suarez, 1999). Pengalaman latar belakang Satir banyak menolong pembentukan
kerjaya terapi keluarga pada kemudian hari (Lee, 2001; Suarez, 1999). Hal ini disebabkan
beliau menganut agama yang berlainan daripada keluarga asalnya. Keadaan ini menirnbulkan
konflik keluarga antar Satir dengan ibunya, seorang pakar sains. Virginia mengalami sakit
yang tenat ketika berurnur lima tahun, bapa beliau membawanya ke hospital untuk rawatan
beberapa bulan walaupun pada masa itu dihalang oleh ibu beliau. Akibatnya Virginia
kehilangan keupayaan pendengaran sebelah telinganya untuk selama dua tahun. Dalam
tempoh tersebut, beliau bergantung kepada pemerhatian penglihatannya untuk menjalani
hubungan dengan alam sekitar. Bermula daripada saat itu, Virgina memperkembang
pemerhatian bukan verbal untuk komunikasi (Haber, 2002; Lee, 2001).
Pandangan Satir tentang keluarga dan dunia berada di hadapan pada mas a itu (Nichols
& Schwartz, 2001). Ini dibuktikan melalui peringkat urnur beliau yang masih kecil
(McLendon, 2000; Suarez, 1999). Dalam buku Satir Peoplemaking (Satir, 1972)
mengatakan :
s
"When I was jive, I decided that when I grew up I'd be a 'children
detective of parents '. I didn ~ quite know what it was I would look for,
but even then I realized that there was a lot going on in families that
didn't meet the eye. There was a lot of puzzles. (p.l)
93
•..
Pendidikan Kaunseling
DP. Ji/id
7, BU. 112007
Walaupun pengalaman hidup Satir yang awal menghadapi tentangan dan hubungan tegang
daripada ibu, Satir tidak berpandangan negatif. Sebaliknya Satir belajar cara menjadi
kreatif dan inovatifwalaupun menghadapi masalah dan cabaran. Daripada latar belakang
ayah yang kurang pendidikan formal, ibu Satir menggalakkan beliau meneruskan pengajian
di kolej (Suarez, 1999). Satir pernah menjadi guru dan pengetua di sekolah. Pengalaman
di sekolah bersama kanak-kanakjuga menyumbangkan pembentukan teori dan proses
keluarga beliau. Pengalaman tersebut seterusnya mendorong Satir meneruskan pengajian
ke peringkat lebih tinggi dan memperolehi ijazah sarjana dalam bidang sosial psikiatrik
daripada Universiti Northwestern pada tahun 1948 (Suarez, 1999; Britt, 2004).
Satir mendapati kerja di institusi terlalu terkongkong (Lee, 2001), lalu membuka klinik
sendiri pada tahun 1951(Brothers, 2000; Nichols & Schwartz, 2001). Pada masa yang
sarna, Satir juga memulakan pengajaran teori dan terapi keluarga beliau di Illinois State
Psychiatric Institute di Chicago (Satir, 1983a; Suarez, 1999). Segala pengajarannya
kemudian diterbitkan melalui buku Conjoint Family Therapy (1983), yang asalnya diterbit
pada tahun 1964. Satir berkhidmat di Chicago sehingga 1958. Kemudian beliau bersamasarna dengan Don Jackson dan Jules Riskin membuka Mental Research Institute (MRl)
di Palo Alto, California dengan Satir sebagai pengarah pusat terse but.
Dalam tahun 1960-an, Satir dikelompokkan
sebagai terapi yang berpusatkan
perkembangan pergerakan humanistik (Baldwin, Duhl, M., Duhl,F.,Gordon, McGoldrick
& Pittman, 1989; Satir et al., 1991; Britt, 2004). Satir meninggalkan MRI pada tahun
1966 dan menjadi pengarah Esalen Institute di Big Sur, California (Nichols & Schwartz,
200 I). Di sini Satir mendapat pengalaman tentang terapi 'mind-body' dan seterusnya
mengembangkan teori dan teknik beliau (Becvar & Becvar, 2003; Satir & Bitter, 2000).
Pada mas a itu, Satir juga dipengaruhi dan mendapat idea daripada Fritz Perls (Haber,
2002). Justeru, elemen Terapi Perls' Gestalt serta penekanan fokus holistik Satir menjadi
as as teori dan ala tan ukur (vehicles of change) untuk perubahan teori beliau yang
menyatukan elemen afektif, fizikal dan rohani (Satir, 1988b). Seterusnya, pegangan Satir
lebih menekankan proses daripada kandungan.
Pada penghujung kerjaya Satir, beliau lebih cenderung ke arah paradigma ekosistemik
yang lebih luas daripada kaunseling keluarga (Becvar & Becvar, 2003).
Sumbangan dan keunikan teori Satir
Keseluruhannya, teori Satir yang berfokuskan perkembangan holistik didapati sesuai
untuk keperluan individu dan keluarga. Justeru, pandangan dan teori berasaskan Satir
memberikan sumbangan yang unik kepada terapi keluarga (Nichols & Schwartz, 2001).
Seterusnya, pandangan Kiser dan Piecy's (2001) menerangkan anjakan perubahan secara
teoritikal kepada sistem keluarga juga menyumbangkan usaha dalam pembentukan model
dan teori Satir. Menurut Pittman (1989), pengasas teori keluarga Struktural, Minuchin
pernah menimbulkan tanda tanya sarna ada kewujudan teori Satir akan mengugat bidang
kaunseling keluarga. Pertanyaan tersebut amat memeranjat khasnya daripada terapis
terkenal. Walau bagaimanapun Satir melihatnya sebagai tanda perkembangan untuk
bidang kaunseling keluarga serta perkembangan model beliau.
Asas teori Satir berasaskan benih (seeds) yang memerlukan perkembangan (growth).
94
DP Jilid 7.
eu.
112007
Pendidikan Kaunseling
Satir melihat hubungan insan dan proses terapi serta perubahan tingkah laku sebagai
tumbuhan yang memerlukan air, udara, matahari, oksigen serta baja (nutrition) yang
lain demi perkembangan yang sihat (Grace Yung, 2005). Justeru, setiap insan atau suatu
hubungan memerlukan pencungkilan sumber tenaga dalaman yang kuat demi mencari
alternatifuntuk perubahan ke arah positif. Perubahan itu mungkin sekiranya subjek dapat
melihat harapan di hadapan. Pemilihan berada dalam tangan setiap orang dan kita perlu
bertanggungjawab untuk diri. Persamaan antara kita untuk penerimaan dan perbezaan
itu diperlukan untuk perkembanganjiwa bersama.
Keunikan teori Satir disebabkan Virginia melihat manusia bukan melalui peranannya
(seperti ibu, anak, kaunselor dan lain-lain) tetapi secara individu. Justeru, beliau tidak
melihat perbezaan peranan tersebut ketika menjalankan penyelidikan dan pembentukan
teorinya (Satir et aI., 1991). Seterusnya, keunikan Satir dapat diperhatikan dalam banyak
aspek (Lee, 2001; Nichols & Schwartz, 2001; Britt, 2004). Beliau bukan seorang lelaki,
psikiatrik atau psikologis tetapi hanya seorang wan ita dan pekerja sosial secara klinikal.
Justeru, ini menjadikan sebab sumbangan beliau kurang dibincangkan pada komuniti
psikiatrik pada mas a itu (Nichols & Schwartz, 2001; Britt, 2004). Di samping itu, semasa
bekerja dan berkhidmat di luar daripada MR!, Satir dapat meluaskan kefahaman beliau
apabila berhubung rapat dengan pelbagai keluarga. Keadaan ini menyebabkan
perkembangan usaha Satir lebih pesat daripada rakan terapis beliau (Brothers, 2000).
Demi menambahkan kekemasan teori Satir secara sistematik, pengikut beliau John
Banmen (2002, p.7) telah mendokumentasikan teori Satir serta mempromosikannya ke
tahap lebih akademik (Brothers, 2000; Satir, 1983a). Baldwin (2000) mendapati kerja
Satir dan pengamalan teori beliau dalam bidang kaunseling semakin bertambah setelah
wujudnya terjemahan bahasa kepada pelbagai bahasa selain bahasa Inggeris.
Perkembangan Model Satir
Teori Satir pernah dikritik kerana kekurangan pembentukan teoritikalnya (Bockner, 2000;
Nichols & Schwartz, 2001), sekiranya dibanding dengan teori seperti Bowen dan lainlain. Sebenarnya kritikan tersebut kurang menepati disebabkan Satir pernah menghasilkan
beberapa buku termasuk:
(1)
Conjoint Family Therpy (1967)
(2)
A book About Further Education for Being Human (1967)
(3)
Peoplemaking (1972)
(4)
Satir Step by Step: A guide to Creating Change in Families (1983)
(5)
The Satir Model: Family Therapy and Beyond (1991)
(6)
Dan lain-lain
Antaranya, hanya Conjoint Family Therapy diperkenalkan ke peringkat akademik
tentang pandangan beliau tentang modelnya. Satir juga digelar "the people S family
therapist" disebabkan buku dan teori beliau senang difahami dan tidak mempunyai bahasa
teknikal, Perbandingan Satir dengan Whitaker, beliau bukan seorang yang radikal. Walau
bagaimana, kekurangan penyusunan teori dan pegangan Satir dalam kaunseling keluarga
menyebabkan kerja dan usaha beliau kurang dititikberatkan dan diberi perhatian pada
masa itu.
95
Pendidikan Kaunseling
DP Jilid 7, BU. 112007
Prinsip-prinsip asas Satir berpegang kepada empat elemen berikut:
(1)
pandangan positif terhadap sumber manusia
(2)
proses perubahan berpusatkan 'perkembangan' (growth)
(3)
berfokuskan sistemik dan
(4)
menggunakan 'diri' sebagai kunci utama oleh terapis (Satir dan Balwin, 1983)
Prinsip ini sejajar dengan pembentangan Weiss (1993) yang boleh didapati dalam model
Satir. Keseluruhannya, Satir mementingkan faktor pengubatan dalam suatu hubungan
yang teraputik.
Peranan terapis atau kaunselor berasaskan Model Satir
Griffm (1993) mengatakan peranan terapis sangat penting selain daripada teori dan model
itu sendiri (Britt, 2004). Terapis Satir mempercayai manusia berpotensi mempunyai kebaikan
dalaman (Innes, 2002) serta berpegang kepada semangat menerima tanpa syarat terhadap
kliennya (McLendon, 2000). Mereka juga percaya hubungan teraputik antara terapis dan
klien merupakan fasilitator untuk perkembangan klien (Barlow & Durand, 1999).
Perbezaan antara peranan terapis Satir dengan Rogerien adalah terapis Satir lebih aktif
berbanding Rogerien (Bandler, Grinder & Satir, 1976; Haber, 2002; Satir, 1983a). Terapis
Satir bertanggungjawab sebagai alat untuk perubahan tingkah laku subjek. Subjek
berkuasa membuat pilihan sendiri. Model Satir membolehkan subjek mencungkillebih
altematif sebagai pilihan untuk mengatasi atau mengurangkan pengaruh masalah ke
atasnya. Model inijuga membolehkan subjek menggunakan pelbagai pendekatan demi
berhadapan dengan masalah (Innes, 2002; Loeschen, 2002).
Aspek lain yang ditekankan oleh terapis Satir bersamaan dengan teori Roger adalah ciriciri kongruen (Satir et al., 1991; Baldwin, 2000) yang merupakan matlamat utama dalam
suatu terapi. Justeru Satir et al. (1991) mengatakan:
"Congruen is both a state of being and a way of communicating with
ourselves and others" (p.g. 65)
Pandangan ini disokong oleh Dodson (1991) yang mengatakan terapis yang kongruen
dapat membentuk suasana perubahan yang kondusif.
Enam Peringkat Perubahan dalam Model Satir
Peringkat 1- Status Quo atau keadaan sedia ada (peringkat ini masih dalam sistem
individu, yang memerlukan perubahan)
Peringkat 2 - Memperkenalkan suatu elemen luaran (elemen luaran itu
seperti kawan, terapis atau orang lain di luar sistem
individu, membolehkan perubahan berlaku)
Peringkat 3 - Chaos (pergerakan sistem itu kepada perubahan baru
yang kurang stabil, dalam proses percubaan.
Kemungkinan berjaya mengekalkan atau mengalah)
Peringkat 4 - Intergrasi (pembelajaran dan perubahan baru dikekalkan,
Ia cuba bergabung dengan sistem lama)
Peringkat 5 - Latihan (latihan akan lebih mengukuhkan perubahan
dan pembelajaran baru)
96
DP Jilid 7, Bil. 112007
Pendidikan Kaunseling
Peringkat 6 - Status quo baru (mewakili suatu keadaan yang lebih
stabil dan berfungsi)(Satir et al., 1991, hal. 98-99)
Enam peringkat perubahan dalam model Satir disokong oleh Lambert (1992) dan Snyder
et al. (1999) dan mengatakan keenam-enam peringkat akan menjamin kejayaan sesuatu
perubahan yang sistematik melalui terapi kaunseling. Manakala Terkelsen (1980) melihat
peringkat ketiga sebagai 'destabilization' (hal.36) disebabkan ahli keluarga masih dalam
proses penyesuaian terhadap perubahan baru yang lebih berfungsi.
Sebagai kesimpulan, pandangan Model Satir terhadap perubahan adalah suatu pandangan
universal. Walaupun setiap keluarga mempunyai isu masalah (konten) yang berlainan
tetapi proses penyelesaian dalam terapi adalah sarna.
Aplikasi dalam Model Satir
Satir tidak mengajar teori dan model terapinya secara fahaman mental tetapi mempelawa
terapis Satir menghayati keunikan usaha beliau secara holistik (Satir & Baldwin, 1983;
Smith, 2002; Britt, 2004). Beliaujuga menekankan penguasaan modelnya secara lengkap
sebelum mempraktikkannya. Justeru kematian Satir meninggalkan cetusan yang besar
antara para terapis. Gordon (1989, hal.28) mengatakan kehilangan beliau merupakan
suatu 'palpable loss '. Sebaliknya, McLenden (1999) mengatakan model Satir sukar
dikuasai berbanding yang lain. Walau bagairnanapun, Andreas (1991) menegaskan prinsip
dan konsep Model Satir berasakan 'apa' dan 'bagairnana' patut ditekankan daripada
mendengar semua percakapan klien. Di samping itu, pendekatan Satir juga dikritik oleh
rakan beliau tentang terlalu cenderung kepada aspek emosi (Linares, 2001 ;chwantz &
Johnson, 2000) berbanding teori Bowen yang menekankan kognitif (Corrales, 1989).
Satir menjawabnya dengan mengatakan penggunaan pemberatan bahagian otak yang
sesuai (kiri atau kanan) bergantung kepada keperluan klien dan untuk pengubatan 'hidden
dynamics offamily life' (Corrales, 1989, hal.48).
Alat-alat Penilaian Dalam Modul Satir
Jadual4:
The Personal Iceberg Metaphor (John Banmen 1990)
Luaran
Tingkah laku
Gaya tindak balas (Memujuk, mengkritik, terlalu rasional, mengelak dan
kongruen)
Dalaman
Perasaan (gernbira, sakit hati, marah)
Persepsi (pegangan hidup, pandangan subjektif, nilai hidup, prasangka,
sekiranya, peraturan)
Ekspektasi (terhadap diri, orang lain serta ekspektasi orang lain terhadap diri)
Keinginan (keperluan bersama semua orang, dikasihi, dihormati, diterima,
dikenali, dinilai, kebebasan)
Keadaan diri (semangat hidup, keadaan diri semasa secara fizikal, psikologikal
dan spiritual, psikit, keadaan dalaman, nilai diri)
97
Pendidikan Kaunseling
DP Jilid 7, Bil. 112007
(a) Perbandingan Iceberg individu
Menurut Satir et al. (1991) dan Grace Yung (2005), Iceberg dalam model Satir merupakan
alat penilaian diri yang penting. Banmen (2002, p.9) mengatakan ia menjurus ke arah
intrapsychic. Seterus Banmen (1999) mendapati kombinasi an tara The Personnel
Iceberg Metaphor dengan tindak balas komunikasi (coping stances) membolehkan
terapis bergerak lebih cepat dalam suatu terapi keluarga. Sebenamya, dalam hubungan
komunikasi interpersonal yang biasa melibatkan tindak balas seseorang yang berhubungkait
dengan pengalaman dan hidup yang lampau. Justeru, sesetengah pihak sensitifterhadap
isu atau perkara tertentu. Mereka melakukan helah bela diri ketika keselamatan yang
dirasanya terancam secara tidak sedar. Contoh, remaja A mengharapkan ibunya dapat
meraikan hari jadi bersamanya. Sebalik, ibu A sudah terlupa hari tersebut. A akan rasa
kecewa, sakit hati dan marah. A akan terasa dirinya tidak dihargai, tidak disayangi dan
tidak diambil berat dalam hubungan anak dan ibu. Kemungkinan remaja A tidak
menyuarakan isi hatinya tetapi keadaan ini berterusan akan mengganggu hidupnya serta
mempunyai konsep kendiri yang rendah. Maka tingkah laku dan perasaan sendiri
mengandungi persepsi, pegangan hidup, pengalaman lepas dan keinginan urnum sejagat.
Dengan erti kata yang lain, suatu perkara yang berlaku atau meletup akan mempengaruhi
iceberg dalamannya saling mempengaruhi antara peringkat-peringkat yang berlainan.
Contohnya, perasaan mempengaruhi
tingkah laku manakala persepsi subjek
mempengaruhi perasaan dan seterusnya. Ketika menjalankan sesi kaunseling atau terapi,
kaunselor perlu ambil berat dan mendalami perasaan subjek pada ketika itu demi membuat
perubahan atau respon yang sesuai.
Seterusnya, model Satir menggunakan perbandingan iceberg untuk mengenal pasti
pengaruh terhadap subjek dan bukan fokus kepada masalah tersebut semata-mata. Melalui
pencungkiran secara iceberg, peringkat perasaan, persepsi, ekspektasi, keinginan serta
nilai diri subjek dapat dikenalpasti. Melalui pemeriksaan iceberg, subjek dapat
memperbaiki cara respon, persepsi serta harapannya semasa berhadapan dengan masalah.
Dengan kaedah ini, dapat mencapai matlamat subjek yang kongruen, membuat pilihan
yang sesuai serta bertanggungjawab untuk diri. Menurut Satir, respon manusia yang
terbaik adalah melalui komunikasi 3 hala yang kongruen (congruen and 3-win
communication).
Melalui iceberg, peringkat tingkah laku, perasaan, perasaan terhadap perasaan, persepsi,
ekspektasi, keinginan dan keadaan diri sebenar dapat diperhatikan seperti berikut:-
(1) tindak balas seseorang di bawah tekanan
Dalam keadaan yang tertekan, tindak balas manusia termasuk memujuk, mengkritik,
terlalu logik dan mengelak atau mencelah. Terdapat kemungkinan manusia tabah,
bertenang serta menggunakan komunikasi kongruen 3 hala (diri, orang lain dan konteks)
berhadapan dengan pihak lain.
(2) perasaan
Ketika menghadapi tekanan, setiap insan akan berperasaan. Dalam insiden tersebut, orang
yang berkenaan juga berperasaan. Menurut Satir, sekiranya manusia boleh saling memahami
perasaan antara satu sarna lain, ia bertujuan mengurangkan tekanan yang wujud.
98
DP Jilid
7, Bit. 112007
Pendidikan Kaunseling
(3) perasaan terhadap perasaan
Perbezaan antara teori Satir dengan ahli terapi teori yang lain adalah Satir menjemput
subjek sendiri merasai atau menghayati bagaimana rasanya perasaan itu. Contohnya,
subjek marah terhadap ibu (peringkat perasaan). Seterusnya, subjek mungkin geram
atau benci tentang kemarahannya. Sebenamya subjek tidak suka dirinya memarahi orang
lain khasnya ibu (perasaan terhadap perasaan).
Dalam keadaan ini, subjek sedang menilai dan mengkritik perasaannya sehingga
mempunyai perasaan dalaman yang tidak seimbang.
(4) persepsi
Menurut Satir, ia berkaitan dengan pegangan hidup, pandangan nilai, pandangan subjektif,
jika dan prasangka persepsi seseorang. Ia akan mempengaruhi pandangan dan penilaian
kita terhadap pihak lain. Selalunya ia menjadi halangan kepada komunikasi dan hubungan
interpersonal subjek.
(5) ekspektasi
Menurut Satir (1991) dan Grace Yung (2005), ekspektasi dibahagikan kepada (1) harapan
diri, (2) harapan terhadap orang lain dan (3) harapan orang lain terhadap saya. Sekiranya
tidak dipenuhi, akan menyebabkan tekanan dan halangan komunikasi.
(6) keinginan sejagat
Pandangan Satir mengatakan setiap individu berhak dicintai, diterima, dihargai, dinilai
serta mempunyai kebebasan. Walaupun manusia mempunyai pelbagai perbezaan, dalam
situasi keinginan sejagat adalah sarna.
(7) keadaan diri
John Banmen (1991) menyetujui pandangan Satir bahawa peringkat pengalaman tingkah
laku, perasaan, persepsi, ekspektasi serta keinginan sejagat akan mempengaruhi
pembentukan pusat diri, nilai diri, semangat spiritual dan psikit diri. Sekiranya keadaan
seseorang dalam tingkat yang kurang seimbang maka subjek itu akan lebih berada dalam
tingkat tingkah laku dan perasaan. Sebaliknya, subjek lebih mendekati keadaan aman
dan kongruen di mana lebih berhubungkait dengan hidupan dan persekitarannya.
(b) Komunikasi kongruen dan kemenangan 3 hala
Jadua/ 5: Congruent and 3-win communication
Diri
Orang lain
Persekitaran
- memahami, menghorrnati, mengetahui limitasi
diri serta meniaaa kehorrnatan diri
- cuba memahami orang lain serta menghorrnati
limitasi dan menjaga harga diri orang
- mengambil berat hubungan bersama,
memenuhi keperluan situasi, sumber dan
limitasi. Seterusnya memperbaiki kelemahan
diri dan meniemput penyertaan pihak lain
99
Pendidikan Kaunseling
DP Jilid 7, Bit. 112007
Satir pernah mengatakan
"Peace within, Peace between, Peace among" dan
diaplikasikan teorinya melalui komunikasi secara kongruen dan kemenangan 3 hala iaitu
terhadap keadaan diri, orang lain dan mengambilkira konteks. Justeru beliau menyentuh
tentang:-
(1) Bacaan Cuaca (Temperature Reading)
Ketika menggunakan 'bacaan cuaca' dari segi komunikasi, ia menitikberatkan Self esteem
Maintenance Kit iaitu mengambil berat keadaan harga diri seseorang. Contohnya, katakata mungkin mengandungi perasaan:a. terima kasih
b. kerisauan atau keraguan
c. mengadu dan mencadang
d. maklumat baru
e. harapan, ekspektasi atau mimpi
Ia bertujuan membina hubungan positif an tara manusia melalui suatu komunikasi yang
bermanfaat. Melalui komunikasi, setiap individu dalam keluarga dapat menyalurkan
pandangan, perasaan serta kongsi maklumat. Yang penting, komunikasi yang kongruen
dan kemenangan berhala 3 perlu dijamin. Kaedah komunikasi dan hubungan ini sesuai
dibina antara ahli keluarga, kawan, pelajar, rakan sejawat dan ahli dalam pertubuhan .
Seterusnya, ia mementingkan kata-kata itu dikomunikasi atau dihubungi pada awal pagi
setiap hari, ketika berjumpa, permulaan mesyuarat, permulaan sesi terapi keluarga atau
pasangan, bilik darjah, seminar serta lain-lain mas a dan temp at (Azpeitia & Zahnd, 1991;
Gordon, 1993; Satir et al. 1991; Schwab, 1990; Schwab, Baldwin, Gerber, Gomori &
Satir, 1989; Britt, 2004; Grace Yung, 2005). Iajuga sesuai untuk pertemuan di manamana yang selesa. Ia boleh dihubungi melalui cara yang relaks, ikhlas, atau melalui
papan kenyataan. Yang penting penggunaan kata "saya" dan "anda" ditekankan. Sebagai
contoh,
"Saya sangat mengkagumi anda kerana
"
"Saya risau tentang anda
"
"Saya tidak pasti kata-kata semalam anda
"
"Saya tidak puas hati tentang anda
dan bercadangkan .... "
"Saya mempunyai maklumat baru
"
"Saya berharapan
"
Jean McLendon et al. (1998) menggelar alat 'bacaan cuaca' Satir sebagai ventilations
and vexations. Manakala Gordon (1993, hal. 58) mengakui terapi pasangan dalam
keluarga amat sesuai dimulakan dan menggunakan kaedah ini berganding dengan alat
Satir yang lain.
(c) Kotak Pengekalan Harga Diri (Self Esteem Maintenance Kit)
Satir mempercayai setiap insan mempunyai banyak sumber dalaman dan keupayaan ketika
berhadapan dengan masalah. Menurut Banmen (2003), Satir selalu menggunakan 'kotak
pengekalan harga diri' dalam terapi. McLendon (1999) mengatakan alat terapi ini sesuai
untuk terapi individu, kumpulan atau keluarga. Seterusnya, McLendon (1998, 1999)
menambahkan satu alat "hati yangjujur' selain daripada enam alat dalam kotak itu.
100
DP. Jilid 7, BU. 112007
Pendidikan Kaunseling
Menurut Satir et al. (1991), semasa kecil kita tahu menggunakan sumber dalaman ini
untuk memenuhi keperluan dan keinginan. Sebaliknya, dalam proses perkembangan diri,
kita semakin menekankan keinginan dalaman sehingga tidak dapat memperkembangkan
potensi diri. Adakalanya, kita terlupa sumber-sumber dalaman tersebut. Antara sumbersumber yang ditekankan oleh terapis Satir (1991) termasuklah:a.
topi mencuba - Sekiranya merasa tidak pasti dan memerlukan pemerhatian
yang mendalam, jangan mengkritik terdahulu. Sebaliknya menggunakan
perasaan ingin tahu untuk mencungkiljawapan itu
b.
kunci emas - Sekiranya anda risau dan tidak pasti, kunci emas bertujuan
membantu anda membuka pintu danjalan yang sesuai
c.
pingat kesukaan - Menggunakan perasaan dan jawapan sebenar anda ketika
menjawab. Tak boleh kata tak boleh, jangan kata boleh
d.
tongkat keberanian - Sekiranya anda rasa perlu membuat perubahan, anda
akan cuba menghalungi ketidakpastian, seterusnya membuat keputusan
yang sesuai dengan diri dan keadaan itu
e.
tiang harapan - setelah mengenalpasti keperluan, harapan dan mimpi anda
serta keberanian, anda lebih berkeyakinan mengatasi masalah dan menghala
ke arah destini
f.
kotak intelek - suara dalaman hati yang selalu membisik-bisik, membirnbing
anak ke arah membuat keputusan yang sejajar dengan alam semesta serta
pilihan anda
g.
hati yang ikhlas - hati
perasaan sebenar diri,
serta sumber dalaman,
lain serta keharmonian
yang jujur, harmoni membimbing kita menghayati
orang lain. Menyatukan kasih sayang, ambil berat
seterusnya membimbing ke arah positif diri, orang
bersama
(d) Pembentukan Semula Keluarga dalam Model Satir
(Family Reconstruction)
I
Roda Pengaruh (wheel of influence)
Menurut Satir et. al (1991), carta roda pengaruh subjek dapat menunjukkan bagaimana
orang di persekitaran mempengaruhinya secara intelek, emosi, fizikal ketika dalam zaman
kanak-kanak at au remaja. Watak-watak yang wujud dalam pengaruh roda ini
menunjukkan bagaimana kuasa mereka mempengaruhi subjek. Seterusnya, bagaimana
subjekjuga merespon balik kepada mereka dalam keadaan tersebut.
Dalam sesi, subjek disuruh melukis keluar semua watak yang difikirkan dapat
mempengaruhinya sejak kecil. Semakin ramai watak disenaraikan atau semakin tebal
garisan pengaruhnya maka di situ subjek dibentuk dan dipengaruh nilai pegangan hidupnya.
101
Pendidikan Kaunseling
DP Ji/id 7, Bit. 112007
II
Mandala Kendiri (The Self Mandala)
Dalam bahagian ini menerangkan pegangan Satir tentang konsep holistik manusia secara
umum. Secara asasnya, manusia ini terbentuk daripada lapan bahagian iaitu spirit, konteks,
interaksi, fizkal, intelek, emosi, sentuhan dan kesihatan berkhasiat.
Terapi bermodelkan Satir bertujuan membetulkan dan memperbaiki sifat-sifat tindak
balas dalam komunikasi yang lemah dan negatif. Model ini berasaskan potensi diri setiap
klien dapat berkembang, menjadi lebih matang melalui rawatan tersebut. Seterusnya
menyedari kesan-kesan gaya tindak balas komunikasi yang negatifboleh menyakitkan
orang lain dan pihak diri sendiri, klien berusaha mengubah gaya komunikasi yang negatif.
Kesannya, hubungan ibu bapa dan remaja dapat dipulihkan melalui gaya komunikasi
yang positif dan membina.
KESIMPULAN
Satir memperkenalkan banyak alat dan teknik dalam terapi bertujuan untuk proses
perkembangan dalam diri remaja dan ibu bapa yang baik. Kesemua alatan dan teknik
akan digunakan dalam sesi-sesi terapi mengikut kesesuaian hubungan an tara anli
keluarganya. Matlamat-matlamat tentang cadangan penggunaan rawatan bermodel Satir
disebabkan ia dapat memperkembangkan potensi diri pelajar yang menghadapi masalah
disiplin, komunikasi negatif, senang naik marah (panas baran) dan berputus asa dalam
hubungan dengan ibu bapa. Seterusnya menyedarkan, membimbing mereka mengubah
kelemahan diri serta memulihkan hubungan komunikasi interpersonal mereka dengan
ibu bapa, rakan dan guru.
Rujukan
Andreas, S. (1989). The true genius of Virginia Satir. The Famity Therapy Networker; 13( 1), 51-56,
78-80.
Andreas, S. (1991). Virginia Satir: The patterns of her magic. Palo Alto, CA: Science and Behavior
Books, Inc.
Baldwin, M. (1993). Ingredients ofan interaction. In T. Nelson & T. Trepper(Eds.), 101 Interventions
infamily therapy (pp. 17-21). Binghamton, New York: The Haworth Press.
Banmen,1. (1986). Virginia Satir's family therapy model. Individual Psychology: The Journal of
Adlerian Theory, Research & Practice, 42(4), 480-493.
Banmen,1. (1999). The Satir model: Using stances to make contact. Unpublished document.
Banmen, 1. (2002). The Satir model: Yesterday and today. Contemporary Family Therapy, 24(1),722.
Banmen,1. (Ed.). (2003). Meditations of Virginia Satir - Peace within, peace between, peace
among. Burien, WA: Avanta, The Virginia Satir Network.
Banmen,1. & Maki-Banmen, K. (2002). Satir systemic brief therapy: Level1. Unpublished training
manual.
Britt, M. M. (2004). Clinical applications of the Satir model infamily therapy: A survey ofSatir
therapists. Unpublished doctoral dissertation. International University of Graduate
Student.
102
DP. Jilid 7, Bil. 112007
Pendidikan Kaunseling
Brothers, B. (2000). Virginia Satir. In M. Suhd, Dodson, L & Gomori, M. (Eds.), Virginia Satir: Her
life and circle of influence (pp. 1-101). Palo Alto, CA: Science & Behavior Books.
Cheung. M. (1997). Social construction theory and the Satir model: Toward a synthesis. The
American Journal of Family Therapy, 5(4), 331-343.
Davis, B. (1998). Mandala. Satir system training reader. Unpublished training manual.
Dodson, L. (1991). Virginia Satir's process of change . Journal of Couples Therapy, 2(1/2),119142.
Gee,
w.e.
(2001). Gejala ponteng sekolah.
ponteng.html.
[Online] http://www.angelfire.comlpq/smkti/
Freeman, M. (1999). Gender matters in the Satir growth model. The American Journal of Family
Therapy, 27,345-363.
Goldenberg, H. and Goldenberg, 1. (2001). Counseling Today s Famities (4th ed.). California: Brooks/
Cole Publishing Company.
Gordon, L. (1989). Remembering Virginia. The Family Therapy Networker, 13(1), 27-35.
Haber, R. (2002). Virginia Satir: An integrated, humanistic approach. Contemporary Family Therapy,
24(1),23-34.
Lee, B. (2001). The religious significance of the Satir model: Philosophical,
perspectives. DAl-A 63/01, p. 224.
ritual & emperical
Loeschen, S. (1997). Systematic training in the skills of Virginia Satir. California: Brooks/Cole.
Loeschen, S. (2002). The Satir process: Practical skills for therapists. Fountain Valley, CA:
Halcyon Publishing Design.
Lum, W. (2000). The lived experience of the personal iceberg metaphor of therapist in Satir s
systemic brief therapy training. Unpublished master's thesis, University of British
Columbia, British Columbia, Canada.
McLendon, J. (1998). Satir system training reader. Unpublished training manual.
McLendon, J. (2000). The Satir system: Brieftherapy strategies. In J. Carlson & L. Sperry (Eds.),
Brief therapy with individuals and couples (pp.331-364). Phoenix, AZ: Zeig, Tucker &
Theisen, Inc.
Nichols, M.P. (2001). The essentials of family therapy. Boston: Allyn and Bacon.
Reid, M. (2002). The impact of the Satir model: A process for fostering transformative learning.
Unpublished master's thesis, St. Francis Xavier University, Antigonish, Nova Scotia.
Satir, V. (1972). Peoplemaking. Palo Alto, CA: Science and Behavior Books, Inc.
Satir, V. (1975). You as a change agent. In D.Tiffany, J. Cohen, A. Robinson & K. Ogburn (Eds.),
Helping families to change (pp.37 -62). New York: Jason Aronson, Inc.
Satir, V. (1976). Making contact. Berkeley, CA: Celestial Arts.
Satir, V. (1978). Your many faces: The first step to being loved. Berkeley, CA: Celestial Arts.
Satir, V. (1983). Conjoint family therapy (3rd ed.). Palo Alto, CA: Science and Behavior Books, Inc.
103
Pendidikan
Kaunseling
DP Jilid 7. Bit. 112007
Satir, V, Banmen, J., Gerber, J. & Gomori, M. (1991). The Satir model: Family therapy and beyond.
Palo Alto, CA: Science and Behavior Books, Inc.
Suarez, M. (1999). A brief biography a/Virginia Satir: June 26, 1916- September 10. 1988. http:/
/www.avanta.netIBIOGRAPHY/biography.html
Walsh, W.M. and Giblin, N.J. (1988). Family counseling in school settings. Chicago: Charles C
Thomas.
Yates, M.A.M. (2003). A survey of the counseling practices of school psychologists. (Doctoral
dissertation, 2003). UMI ProQuest Digital Dissertations, AAT 3083522. http://
wwwlib.urru.comldissertations/preview_alI/3083522.
104