P - Nadi Ingress - Ingress Corporation Berhad

Transcription

P - Nadi Ingress - Ingress Corporation Berhad
INGRES
BERHAD
www.ingresscorp.com
KDN. PP 12636 / 5 / 2007
Edaran Dalaman
13
Pengumuman
IASB
sebagai Pengedar
Baru Kereta
BMW
A N
A S E A N
C O M P A N Y
W I T H
G L O B A L
R E A C H
Dari Meja Pengarang
Dari Meja Pengarang
D
engan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani. Segala puji
hanya bagi Allah dengan sebenar-benar
pujian. Selawat dan salam tercurah ke atas
sebaik-baik insan ciptaan-Nya, penghulu kita
Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga,
sahabat-sahabat
serta
para
pengikut
Baginda radhiallahu’anhum.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
keizinan dan kurniaan-Nya, kita berpeluang
untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi
Ingress Edisi yang Ke-13. Liputan peristiwa
yang kami ketengahkan pada kali ini lebih
kepada kejayaan-kejayaan dan pencapaianpencapaian syarikat yang boleh dibanggakan
dan perlu disyukuri bersama-sama.
Ia bermula dengan pengumuman Ingress
Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai pengedar
baru kereta BMW pada 10 Februari 2006
yang lalu di ibu pejabat BMW Malaysia di
Cyberjaya. Hasil kesabaran, ketekunan,
usaha dan kerjasama yang bersepadu serta
penggemblengan tenaga yang berterusan
daripada
semua
lapisan
kakitangan
Kumpulan Syarikat Ingress, kita terus
melangkah ke hadapan dan Insya-Allah akan
terus maju dan berkembang dari semasa ke
semasa. Perkembangan terbaru yang dapat
kita kongsi bersama adalah syarikat Ingress
Autoventures Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya,
Thailand telah mengasaskan kilang kedua di
sana baru-baru ini. Inilah salah satu faktor
yang menjadikan Kumpulan Syarikat Ingress
sebagai organisasi contoh yang sentiasa
dipilih oleh organisasi-organisasi luar untuk
mengadakan lawatan-lawatan rasmi bagi
melihat operasi perkilangan serta sistemsistem yang dilaksanakan seperti 5’S dan
sebagainya.
Di samping mengejar pencapaian dan
matlamat yang telah ditetapkan, pihak
syarikat juga telah menganjurkan beberapa
program berbentuk kempen keselamatan
dan kesihatan pekerjaan sebagai pendedahan
dan panduan asas yang boleh diamalkan
oleh semua warga Ingress agar dapat
melaksanakan tugas di dalam suasana yang
sihat dan selamat. Selain itu, apa yang
boleh dibanggakan dengan sikap warga
Ingress adalah dari segi inisiatif yang diambil
untuk menganjurkan beberapa program
sampingan yang bukan sahaja boleh
merehatkan minda dan fizikal, malah dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
yang sedia terjalin di antara satu sama lain.
Program-program seperti Hari Keluarga,
Sukaneka dan sebagainya inilah yang
akhirnya akan menimbulkan suasana kerja
yang harmoni, sejahtera dan ceria.
Sidang Pengarang
Ketua Pengarang
Ramli bin Napiah
Sidang Pengarang
Dr. Che Rosli bin Che Mat
Mohamed Diah bin Baharun
Tidak lupa juga Sidang Pengarang mewakili
semua kakitangan Kumpulan Syarikat
Ingress ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi
tahniah kepada Y. Bhg Datuk Rameli bin
Musa, Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress
Corporation Berhad yang telah dikurniakan
Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara
(PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku
Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006 serta
Anugerah Usahawan Tulen oleh Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi sempena Anugerah
Usahawan Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia 2006 pada 23 Jun 2006.
Akhir kata, Sidang Pengarang ingin
mengajak semua warga Ingress berganding
bahu untuk berusaha dengan bersungguhsungguh di dalam apa jua perkara yang
dilakukan sementara masih diizinkan oleh
Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan di
dunia yang fana ini.
Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w di
dalam sabda Baginda:
“Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya
lima perkara iaitu: masa mudamu sebelum
tiba masa tuamu; masa sihatmu sebelum
tiba masa sakitmu; masa kayamu sebelum
tiba masa miskinmu; masa lapangmu
sebelum tiba masa sibukmu; dan masa
hidupmu sebelum tiba masa matimu”.
(Hadits riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Sekian daripada Sidang Pengarang. Wabillahi
taufiq
walhidayah,
wassalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Rosyatimi binti Abdullah
Penyumbang Artikel
Khyrun Anuar bin Zainol
Abdul Aziz bin Mohd. Yunus
Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)
Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai)
Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman (Operasi Nilai)
Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)
Izdihar bin Anua (MDSB)
Ahmad Jeffridin bin Jais (O&G)
Hidzir bin Abdullah (ITC)
Charan Hamdanee (IAV)
Rosidi bin Hasan (PT IMV)
Jurufoto dan Edaran
Mohd. Nizam bin Abdullah
Penerbit
Ingress Corporation Berhad
Lot 1M, 1st Floor,
No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4252 9696
Faks: 03-4252 9393
Laman Web: www.ingresscorp.com.my
Rekabentuk
Triknight Communications Sdn.Bhd.
36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara,
Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062
E-mail: [email protected]
Urus Cetak
Aslita Sdn. Bhd.
No. 20, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park,
Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635
E-mail: [email protected]
Dari Meja Pengarang
Majlis Penghargaan AJK
Nadi Ingress
INGRES
BERHAD
Isi Kandungan
Dari Meja Pengarang 2–3
Amanat Naib Pengerusi
Eksekutif
4
Berita Korporat
5
• “Analysts and Fund Managers’
Briefing” Kali Ke-9
• Naib Pengerusi Eksekutif Bergelar Datuk
Berita HR
• “Practical FMEA”
• “Working with Thais”
6
Berita “Subsidiaries”
7–9
• Hari Keluarga Kumpulan MD
• Kursus Pra Perkahwinan ITSB 2006
• Lawatan dari Digiland Distribution (M )
Sdn. Bhd.
• Lawatan dari INOKOM ke ITSB
• Lawatan dari Mayor Industries Ltd.
• Lawatan daripada CEO PROTON EDAR
• Pertandingan Joran ITSB 2006
Berita Keselamatan
& Kesihatan
10-11
• Adakah Rumah Anda Selamat?
• Keselamatan di Dapur
• Kempen Keselamatan dan Kesihatan
di Ingress Operasi Nilai
• Kempen Kesihatan ITSB 2006
• Allahyarham Shahriman dalam
Kenangan
• Berdiri dari kiri
:Rosyatimi binti Abdullah, Izdihar bin Anua, Hidzir bin Abdullah, Mohd Nizam bin Abdullah, Abdul Aziz bin Mohd Yunus, Hj. Mat Ali bin Mohamed, Napiah bin Shaari, Nizaiham binti Mohd Nor.
• Duduk dari kiri
:Mohamed Diah bin Baharun,Tn. Hj. Ramli bin Napiah.
• Tiada di dalam gambar :Dr. Che Rosli bin Che Mat, Khyrun Anuar bin Zainol, Mohd Hisyam bin Abdul Ghani, Ahmad Jeffridin bin Jais @ Mat Jaih, Rosidi bin Hasan, Charan Hamdanee.
P
ada hari Khamis, 20 April 2006 yang lalu, Sidang Pengarang Nadi Ingress Sesi
2005/06 telah menganjurkan Majlis Penghargaan AJK Nadi Ingress. Majlis tersebut
turut dihadiri oleh Ketua Pengarang Nadi Ingress, Tn. Hj. Ramli bin Napiah.
Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh semua Ahli
Jawatankuasa, setiap seorang menerima sekeping sijil penghargaan dan cenderamata
sebagai dorongan agar mereka terus bersemangat untuk menyediakan artikel-artikel
sebagai tatapan semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress. Majlis berakhir dengan sesi
fotografi dan seterusnya Jamuan Makan Tengahari di Naab Iranian Fine Cuisine, Ampang
Point, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Fokus
12-13
• Pengumuman IASB sebagai Pengedar
Baru Kereta BMW
Personaliti
14-15
• Biodata Peringkat Bukan Eksekutif
Jendela “Overseas”
16-17
• “Annual Departmental Policy
FY 2006/07”
• Majlis Berkhatan
• Upacara Mengasaskan Kilang Kedua
Ayutthaya
Berita KKI
• Program Karnival Sukaneka Ingress
Operasi Nilai 2006
Nostalgia
18
17 &19
Sudut Agama
20
Berita Bergambar
21
“Candid Camera”
Karya
22-23
24
Amanat Naib Pengerusi Eksekutif
Berpegang-teguhlah
kepada
Agamamu
D
juga tidak sepatutnya akan terjejas disebabkan oleh peredaran
zaman.
Justeru itu, marilah kita sama-sama fahami dan hayati sejenak firman
Allah s.w.t di dalam Surah A-li ‘Imraan ayat 103 yang bermaksud:
“Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam) dan janganlah kamu bercerai berai”.
engan nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani.
Begitu juga dengan sepotong sabda Rasulullah s.a.w di dalam
Khutbah Terakhir Baginda yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun
10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah yang bermaksud:
Al-Hamdulillah, segala pujian
hanya bagi Allah, Tuhan yang
menciptakan sekalian alam
semesta, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w, keluarga,
para sahabat dan pengikut
Baginda
radhiallahu’anhum
yang berjuang secara habishabisan untuk menegakkan
kalimah Allah s.w.t di muka
bumi ini.
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang-teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah alQuran dan as-Sunnah”.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebagai pembuka kata, saya berminat untuk mengajak diri saya dan
seluruh warga Ingress yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian
untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t
kerana masih menyayangi kita semua dengan mengurniakan hidayah
dan nikmat Iman dan Islam. Sebagaimana yang kita semua sedia
maklum, Islam ialah agama yang suci, lengkap dan menyeluruh
serta sesuai pada segenap alam dan peredaran zaman. Islam
telah dijamin kesempurnaannya oleh Allah s.w.t, bertepatan dengan
firman-Nya yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui Surah
Al-Maaidah, ayat yang ketiga yang bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah
redhakan Islam itu menjadi agama kamu”.
Sebagai umat terpilih yang sentiasa melafazkan pengakuan
dua kalimah syahadah sekurang-kurangnya sembilan kali sehari
semalam ini, kita haruslah mencari peluang dengan sebaik-baiknya
untuk mendalami ilmu agama walaupun sentiasa disibukkan dengan
urusan kehidupan seharian. Ini kerana, agama merupakan panduan
dan pedoman hidup seseorang insan untuk meraih kejayaan hidup di
dunia dan akhirat. Tanpa agama, hidup kita akan menjadi terumbangambing dan dikhuatiri kita akan terpesong dari matlamat sebenar
kita diciptakan oleh Allah s.w.t iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah
untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t (Mardhatillah).
Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,
Kehidupan di dunia ini bermula dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa
diturunkan ke bumi dan ia akan berterusan sehinggalah Malaikat
‘Izrail datang menjemput kita kembali bertemu dengan Pencipta
Yang Maha Esa ataupun sehingga Malaikat Israfil meniupkan angin
sangkakala yang pertama. Sepanjang perjalanan kehidupan tersebut,
setiap insan perlu sentiasa berubah seiring dengan perkembangan
sesuatu zaman sehinggalah ke hari ini. Ada sesetengah pendapat
yang mengatakan bahawa zaman berubah, maka pegangan juga
haruslah berubah. Tetapi al-Quran menyatakan bahawa, walau
sejauhmana berubah sekalipun kehidupan ini, hukum-hakam yang
terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak akan berubah sama
sekali. Begitu juga dengan pegangan dan agama yang kita anuti,
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Kita bersyukur kerana dalam keadaan ramai orang tidak berjaya
mendapatkan pekerjaan untuk mencari nafkah bagi menyara diri
dan keluarga, kita masih mampu berkembang walaupun operasi
kita di Nilai dan Indonesia mengalami sedikit penurunan dari segi
keuntungan dan jumlah pengeluaran. Penurunan tersebut banyak
berpunca daripada faktor kenaikan harga minyak yang akhirnya
mencetuskan kenaikan harga barangan, operasi dan sebagainya.
Selain itu, ia juga berpunca daripada jumlah permintaan yang
berkurangan daripada pelanggan-pelanggan kita disebabkan oleh
persaingan kereta nasional dan kereta-kereta dari luar. Inilah ujian
dan cabaran getir yang kita perlu hadapi bersama-sama.
Oleh itu, kita perlulah bermuhasabah dan berfikir apakah kaedahkaedah alternatif yang boleh diambil untuk mengurangkan kos
operasi perkilangan. Berilah kerjasama yang sepenuhnya kepada
pihak pengurusan untuk menjayakan aktiviti Pengurangan Kos (CR
~ “Cost Reduction”) dan sebagainya untuk menghadapi segala ujian
dan cabaran sedemikian dengan penuh kesabaran dan pohonlah
pertolongan dan petunjuk daripada Allah s.w.t dengan penuh
pengharapan.
Walaupun kita perlu berhadapan dengan cabaran sedemikian, kita
bersyukur sekali lagi kerana Syarikat Ingress Technologies Sdn. Bhd.
(ITSB), Bahagian PER (Kejuruteraan Kuasa dan Pengelektrifikasian
Landasan Keretapi) dan Ingress Autoventures Co., Ltd. di Thailand
memperolehi keuntungan yang agak memberangsangkan. Ini
sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keuntungan kumpulan, selain
dapat membantu perjalanan operasi syarikat-syarikat yang kurang
memberangsangkan.
Aspek tolong-menolong inilah yang perlu
kita amalkan setiap masa demi merealisasikan visi yang telah
ditetapkan.
Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,
Kita perlulah sentiasa menginsafi bahawa Islam sentiasa menyarankan
agar penganutnya sentiasa melakukan yang terbaik dan bersungguhsungguh di dalam apa jua bidang yang diceburi. Justeru itu, kita
mestilah sentiasa meningkatkan kualiti kerja, mematuhi disiplin,
peraturan dan prosedur yang telah digariskan, menyempurnakan
tugasan tepat pada masanya dan sentiasa berusaha memperbaiki
diri untuk melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang
diberi ke tahap yang paling baik yang mampu kita laksanakan kerana
kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan sering
melakukan kesilapan. Hakikat inilah yang perlu kita sama-sama
cuba untuk berusaha agar hari ini menjadi lebih baik dari semalam
dan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini.
Sekian,
wabillahi
taufiq
warahmatullahi wabarakatuh.
walhidayah,
wassalamu’alaikum
Berita Korporat
INGRES
BERHAD
• Barisan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Ingress.
“Analysts and
Fund Managers’ Briefing”
Kali Ke-9
• Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
“A
nalysts and Fund Managers’ Briefing” Kali Kesembilan
telah diadakan dengan jayanya pada 27 Mac 2006 yang
lalu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur bermula dari jam 10.30
pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Naib Pengerusi Eksekutif
Bergelar
N
Datuk
Antara
agenda
utama
program
ini
diadakan
adalah
untuk
membentangkan status kewangan bagi Suku Tahun Keempat bagi
Tahun Kewangan 2005/06.
Selain itu, prospek, masa depan,
peluang-peluang perniagaan serta strategi-strategi korporat juga
turut dibentangkan oleh Ketua-ketua Unit Perniagaan.
aib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation
Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa dikurniakan
Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN)
oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin
Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena
hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda yang ke-63
yang lalu.
Penerimaan darjah kebesaran ini membawa gelaran
Y. BHG DATUK RAMELI BIN MUSA berkuatkuasa
3 Jun 2006.
• Ruang pameran produk keluaran Ingress.
Berita HR
“Practical FMEA”
“P
ractical FMEA” telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 2006
yang lalu di Institut Latihan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh 18 orang
kakitangan yang terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus,
Eksekutif dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress.
Program yang dikelolakan oleh Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof,
Pengurus Besar Kanan, “Group IBMS” ini diadakan dengan tujuan
untuk memberikan pemahaman kepada peserta mengenai konsep,
keperluan dan perlaksanaan FMEA.
• Peserta latihan begitu tekun mendengar keterangan yang disampaikan.
• Fasilitator sedang menyampaikan ucapan.
• Semua peserta bergambar kenang-kenangan selepas latihan.
“Working with Thais”
“W
orking
with
Thais”
telah
diadakan
pada 6 April 2006 yang lalu di Institut
Latihan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh 32
orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus
• Fasilitator sedang
memberikan penerangan.
Besar, Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif
dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress.
Program ini dikendalikan dengan jayanya oleh
Siam Connection Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk
memberikan pendedahan dan maklumat kepada
para peserta mengenai cara-cara berinteraksi di
dalam melaksanakan pekerjaan khususnya yang
melibatkan kepelbagaian budaya.
• Semua peserta begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Fasilitator.
Berita “Subsidiaries”
Kursus Pra-
HariKeluarga
Perkahwinan
Kumpulan MD
S
ITSB 2006
atu Kursus Pra-Perkahwinan anjuran bersama
Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah
diadakan pada 8 dan 9 April 2006 di Masjid Bukit
Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Seramai 63
orang kakitangan ITSB telah menyertai kursus ini.
• Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan merah, hitam dan putih.
P
ada 30 Januari 2006 sehingga 1 Februari 2006, Kumpulan
Multi Discovery (MD) telah menganjurkan Hari Keluarga
untuk semua kakitangan dan keluarga bertempat di Paradise
Sandy Bay Resort, Pulau Pinang.
Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini diadakan
dengan tujuan untuk menjaga kebajikan kakitangan serta
merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
Pelbagai program telah diatur dan acara utamanya ialah sukaneka
yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.
Acara sukan dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak dan
dewasa. Di antara sukan yang dipertandingkan adalah selipar
gergasi, lari di dalam guni, “futsal with sarung” dan sebagainya.
Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang disampaikan
oleh Dr. Akram bin Che Ayub dan Pengurus-pengurus Kanan
Kumpulan MD kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara
yang dipertandingkan.
Pada sebelah malamnya, jamuan barbeku telah diadakan di
Grand Ball Room, Paradise Sandy Bay. Jamuan tersebut diakhiri
dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu “Cabutan Bertuah” yang
menawarkan pelbagai hadiah yang menarik.
Lawatan dari Digiland
Distribution
I
(M) Sdn. Bhd.
ngress Operasi Nilai telah menerima kunjungan daripada
wakil Digiland Distribution (M) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Xavier
David (“Country Manager”/ “General Manager”) pada 5
April 2006 yang lalu.
Beliau telah diberikan penerangan mengenai Ingress
Corporation Berhad dan Ingress Operasi Nilai. Seterusnya
beliau dibawa melawat ke bahagian perkilangan oleh wakil
pengurusan Ingress Operasi Nilai.
Kunjungan beliau berakhir pada jam 12.30 tengahari.
• Bergambar kenangan selepas Jamuan Makan Malam.
• Mr. Xavier David (memakai topi keselamatan) bergambar kenangan di Kaunter Penyambut Tetamu.
INGRES
BERHAD
Berita “Subsidiaries”
Lawatan dari
Inokom ke
P
ITSB
ada 6 Februari 2006, wakil pengurusan
INOKOM telah mengadakan lawatan
rasmi ke Ingress Technologies Sdn.
Bhd. (ITSB). Lawatan ini diketuai oleh En.
Zainal bin Osman.
En. Hamidi bin Maulod dan En. Azhar bin
Abdul Aziz selaku Pengurus Besar Kanan
dan Pengurus Besar ITSB telah meraikan
kedatangan mereka dengan memberikan
taklimat korporat dan membawa para
pelawat ke bahagian perkilangan untuk
menerangkan perjalanan operasi perkilangan
ITSB dengan lebih lanjut lagi.
Lawatan dari Mayor
Industries Ltd.
P
ada 18 April 2006, Ingress Operasi
Nilai telah dikunjungi oleh tiga orang
wakil dari Mayor Industries Ltd.
Lawatan tersebut diketuai oleh Mr. Rajesh
Gupta dan Mr. P Lal yang tiba pada jam
9.30 pagi. Lawatan ini diadakan dengan
tujuan untuk melihat operasi perkilangan
di Nilai dengan lebih mendalam. Dalam
lawatan tersebut, tetamu telah diberikan
taklimat korporat dan operasi perkilangan
serta lawatan ke bahagian perkilangan.
• Sesi Taklimat Korporat.
Rombongan berangkat pulang pada jam
12.50 tengahari.
• Merakamkan kenangan di Ruang Pameran.
• Lawatan ke Bahagian Perkilangan.
• Para pelawat diberi penerangan mengenai operasi perkilangan ITSB.
Lawatan daripada
CEO PROTON EDAR
• Taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan di ITSB disampaikan oleh En. Hishamudin bin Lah.
• Ketibaan para pelawat ke ITSB.
Berita “Subsidiaries”
Pertandingan Joran
P
ertandingan Joran Ingress Technologies
Sdn. Bhd. (ITSB) 2006 telah diadakan
ITSB 2006
pada hari Ahad, 2 April 2006 di Kolam
Air Masin, Batang Kali, Selangor Darul
Ehsan.
Sebanyak 120 ekor ikan telah
berjaya dipancing oleh para peserta. Banyak
• Salah seekor daripada ikan yang telah berjaya dipancing.
permintaan yang dibuat oleh kakitangan agar
pertandingan sedemikian dapat diteruskan
lagi pada tahun-tahun akan datang.
Terdahulu sebelum itu, pihak penganjur telah
mengadakan Pertandingan Pra-Joran ITSB
2006 pada hari Ahad, 26 Februari 2006
yang lalu dengan penyertaan 70 orang
kakitangan ITSB. Pertandingan ini diadakan
di Kolam Pancing Sungai Buaya, 10 km dari
• Para peserta mengambil tempat masing-masing.
Kilang ITSB. Pertandingan yang bermula dari
jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari ini
sungguh meriah kerana selain dari memenuhi
kepuasan
hobi
masing-masing,
para
peserta juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di antara satu sama lain.
K
etua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON EDAR, Datuk Marwan bin Mohd Said telah
mengadakan lawatan rasmi beliau ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada
7 Februari 2006 bersama-sama dengan wakil Kesatuan Sekerja PROTON EDAR.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perlaksanaan aktiviti 5’S yang
diamalkan di ITSB selain dari melihat perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih
dekat lagi.
• Pertandingan sengit bermula untuk menentukan siapakah yang bakal bergelar juara.
Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain turut sama meraikan kunjungan
kehormat daripada beliau.
• Lawatan ke bahagian perkilangan diiringi oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain.
• Pemenang bergambar kenangan dengan hamper dan hasil tangkapan mereka.
INGRES
BERHAD
Berita Keselamatan dan Kesihatan
10
Keselamatan di Dapur
C
•
•
•
•
•
•
Adakah Rumah Anda
S
Selamat?
ecara umumnya, semua rumah yang didirikan oleh
para pemaju telah mengambil kira aspek keselamatan
penghuninya. Namun, tahap risikonya akan berubah
mengikut kadar pengubahsuaian yang dilakukan oleh
pemilik yang memasang segala kelengkapan perabot dan
sebagainya.
Kebanyakan rumah tidak selamat bagi kanak-kanak dan
mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, kemalangan di dalam rumah merupakan kes kedua
terbanyak selepas kemalangan jalan raya. Kemalangan ini
banyak melibatkan kanak-kanak pra-sekolah dan tempat yang
paling kerap berlaku ialah di dapur. Rekod menunjukkan ia
sering berlaku selepas jam 4.00 petang.
Usaha untuk mengelakkan kemalangan 100% adalah tidak
mungkin, tetapi kecederaan boleh dielakkan atau dikurangkan
dengan mengambil beberapa langkah seperti berikut:
1.Mengenalpasti “hazard”
Perhatikan di persekitaran rumah anda sekiranya
terdapat objek atau pemasangan yang berpotensi
untuk mendatangkan kecederaan fizikal dan kesihatan
dalaman.
2.Mengawal “hazard”
Anda haruslah memikirkan secara berkesan bagaimana
hendak mengawal atau menghapuskan hazard tersebut
tanpa menjejaskan atau menghilangkan fungsinya,
terutamanya risiko yang melibatkan kanak-kanak yang
masih belum mumayyiz.
ontoh yang paling mudah untuk diperbincangkan di sini ialah
keselamatan di dapur. “Hazard” yang biasa terdapat di dapur
ialah seperti berikut:
Terbakar disebabkan oleh api memasak
Melecur disebabkan oleh air atau minyak
panas
Tergelincir dan jatuh
Renjatan elektrik
Termakan bahan beracun
Luka yang berpunca dari peralatan
yang tajam
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kita dan
anak-anak dari ditimpa kemalangan dan kecederaan ialah seperti
berikut:
•
•
•
•
•
•
Halakan pemegang peralatan memasak ke sebelah kiri atau
kanan kita.
Anda dinasihatkan supaya tidak bersama atau mendukung bayi atau anak kecil semasa memasak.
Pastikan dahulu keadaan lantai dapur tidak berair atau berminyak
dan licin.
Laci untuk menyimpan pisau atau kelengkapan-kelengkapan memasak yang lain hendaklah tidak mudah dibuka oleh kanak-
kanak.
Pastikan bucu perabot yang tingginya di bawah tiga kaki tidak tajam.
Anda amat dianjurkan untuk memasang kelengkapan mengesan asap atau suhu panas berhampiran dengan ruang masuk ke dapur.
Berita Keselamatan dan Kesihatan
Kempen Keselamatan dan Kesihatan
di Ingress Operasi Nilai
• Ceramah Kesihatan disampaikan oleh Dr. Rayney Azmi bin Ali.
• Tuan Johar menyampaikan taklimat mengenai keselamatan bahaya kebakaran.
S
atu
kempen
keselamatan
dan
kesihatan untuk kakitangan di Ingress
Operasi Nilai telah diadakan pada
3 hingga 6 April 2006 yang lalu. Majlis
perasmiannya telah dilancarkan oleh Dr.
Che Rosli bin Che Mat selaku Pengurus
Besar, Pembangunan Sumber Manusia
Kumpulan yang mewakili Tn. Hj. Ramli bin
Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan,
“Group IBMS” / “Group HRD”.
Dalam ucapannya, Dr. Che Rosli bin Che
Mat menggesa kakitangan Ingress supaya
mengenalpasti semua jenis “hazard” yang
terdapat di persekitaran tempat kerja dan
berusaha bersungguh-sungguh agar semua
kakitangan mengambil berat terhadap
keselamatan diri dan orang lain sesuai
dengan kehendak Seksyen 24 (1a) Bahagian
6, di bawah Kewajipan Am Pekerja, Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah
seperti berikut:
•
•
•
•
•
•
•
•
Taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran
Pameran anti-dadah
Derma darah
Pameran kesihatan
Ceramah kesihatan
Ceramah anti-dadah
Tayangan video
Kuiz keselamatan dan kesihatan
Sepanjang kempen tersebut dijalankan,
lebih 50 hadiah telah dikeluarkan untuk
pemenang-pemenang kuiz yang dijalankan
• Kakitangan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang diutarakan.
11
Kempen Kesihatan
ITSB 2006
S
atu Kempen Kesihatan anjuran
bersama
Ingress
Technologies
Sdn. Bhd. (ITSB) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia, Daerah Kuala Kubu
Bharu serta Tabung Darah Negara telah
diadakan pada hari Khamis, 9 Mac 2006
di kantin ITSB.
Sambutan yang diberikan oleh kakitangan
ITSB adalah di luar dugaan sehingga
bekas menyimpan darah untuk kegunaan
penderma darah telah kehabisan.
Ini
menyebabkan ramai lagi kakitangan yang
berhajat untuk menderma darah tidak
dapat berbuat demikian. Selain dari aktiviti
menderma darah, pemeriksaan dan
pameran kesihatan juga turut diadakan.
Allahyarham
Shahriman
dalam
• Salah seorang daripada pemenang menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.
secara spontan pada waktu rehat pagi,
petang dan malam. Di samping itu juga,
sebuah gerai jualan untuk peralatan
memadamkan kebakaran juga turut dibuka
kepada kakitangan.
Kempen ini telah ditutup dengan rasminya oleh
En. Baharuzzaman bin Abd. Kadir, Pengurus
Besar Perkilangan yang menyatakan bahawa
kempen ini akan hanya berjaya sekiranya
kakitangan sentiasa membudayakan kerja
selamat dalam tugasan seharian mereka.
• Seorang ahli bomba menunjukkan demonstrasi memegang alat pemadam kebakaran dengan betul.
Kenangan
A
llahyarham Shahriman bin Md
Shukor telah kembali ke rahmatullah
pada hari Sabtu, 24 Jun 2006
bersamaan dengan 27 Jamadilawal 1427
Hijrah.
Pemergian Allahyarham merupakan satu
lagi kehilangan yang besar buat Ingress
khususnya warga Ingress Technologies
Sdn. Bhd. (ITSB).
Allahyarham mula
berkhidmat di ITSB pada 24 Januari 2005
dengan memegang nombor perkhidmatan
K694 dan berjawatan Kerani di Jabatan
PVD.
• Marilah
sama-sama kita
sedekahkan
bacaan al-Fatihah
dan mendoakan
agar roh Allahyarham ditempatkan bersamasama dengan roh
orang-orang yang
beriman.
Al-Fatihah...
INGRES
BERHAD
12
Fokus
Pengumuman IASB sebagai
Pengedar Baru Kereta BMW
• Replika IASB dari
pandangan sisi.
• Dari kiri: Datuk Rameli bin Musa, Mr. Vijayaratnam Thamartnam dan Mr. Wolfgang Schlimme.
• Antara tetamu yang hadir.
Fokus
I
13
ngress Corporation Berhad menyertai kegiatan runcit automotif dengan perlantikan
anak syarikatnya, Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai satu lagi pengedar sah
BMW di Malaysia.
Majlis pengumuman rasmi tersebut telah dilaksanakan pada 10 Februari 2006
di Ibu Pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya. Majlis tersebut dihadiri oleh Barisan
Ahli Lembaga Pengarah ICB dan Pengarah Urusan BMW Malaysia, Mr. Wolfgang
Schlimme dan Pengurus Perhubungan Awam BMW Malaysia, Mr. Vijayaratnam
Tharumartnam.
Selaras dengan perlantikan tersebut, Ingress akan melabur sebanyak RM 30 juta
bagi membuka Pusat 4S (jualan, perkhidmatan selepas jualan, alat-alat ganti dan
• Datuk Rameli bin Musa sedang menyampaikan ucapan.
• Giliran Mr. Wolfgang
pula menyampaikan ucapan.
• Datuk Rameli bin Musa menjawab soalan-
soalan yang diajukan oleh wartawan.
• Wartawan mendapatkan keterangan lanjut daripada Mr. Wolfgang.
• Datuk Rameli dan Mr. Wolfgang mengamati replika IASB.
sistem) bagi model kereta Jerman itu pada suku pertama tahun 2007. Pusat 4S ini akan dibina di lokasi strategik
di Jalan Damansara, berhadapan Lebuhraya Damansara-Puchong, dengan keluasan binaan 9,783 kaki persegi dan
berdekatan Mutiara Damansara. Ia akan dilengkapi dengan bilik pameran serba moden serta bengkel mengecat dan
mengetuk badan kenderaan.
Sesungguhnya penyertaan IASB sebagai pengedar di bawah BMW adalah sejajar dengan strategi Ingress untuk
berhubung terus dengan para pengguna setelah membina rekod cemerlang dalam bidang pembuatan komponen
automotif. Dengan perlantikan ini, IASB berazam untuk menjadi penyumbang penting kepada jenama premium dalam
Industri Kereta Malaysia.
INGRES
BERHAD
14
Personaliti
Biodata Peringkat Bukan Eksekutif
Biodata /
Nama /
: Petpong Chaibang /
Tarikh Lahir /
Tempat Lahir /
: 5 Februari 1980 /
: Changwat Nongbualampoo (Timur Utara Thai) /
Bilangan Adik-beradik / : 2 Orang /
Nama Bapa /
Pekerjaan /
Nama Ibu /
Pekerjaan /
Nama Isteri /
Pekerjaan /
: Pesawah /
: Sompong Chaibang /
: Prakong Chaibang /
: Suri Rumah /
: Lamai Chaibang /
: Operator /
m
g se
tpon
n Pe ak.
u
h
K
n
a
•
nak-k
ka
asa
zam
an :
Pendidikan /
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah BAN FAIHIN Changwat Nong
Bualampu (Timur Utara Thai).
Selepas itu, beliau meneruskan lagi persekolahannya
di Sekolah Menegah YANG LO WITTAYAKARN Changwat Nong Bualampu di Tingkatan
1 sehingga Tingkatan 3 dan seterusnya beliau menyambung pengajiannya di peringkat
vokasional di Changkol Rongan Technique College Changwat Udorn Thani Thailand.
Pengalaman Hidup /
Sesudah tamat pengajian di peringkat vokasional, beliau terus bekerja di Syarikat DISTAR
ELECTRIC Co., Ltd . Di sanalah, beliau bertemu jodohnya sehingga ke jinjang pelamin.
Selama setahun berkhidmat di syarikat berkenaan, beliau diajak oleh rakannya untuk
bekerja di Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) sehingga kini.
Anugerah yang Telah Diperolehi /
1. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun 2003
2. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun 2004
3. “Top Kaizen” pada tahun 2004
4. Anugerah Pekerja Terbaik Kumpulan Syarikat Ingress 2004
• Khu
n
ters Petpong be
rsama
ayang.
-sama
denga
n kelu
ar
ga Personaliti
INGRES
BERHAD
15
Cabaran Hidup /
Kita telah sedia maklum bahawa kehidupan ini adakalanya manis, masam, masin, pahit
suka, duka, ketawa dan menangis. Inilah gaya hidup manusia yang merupakan cabaran
hidup seharian.
Bagi saya, cabaran hidup yang paling pahit adalah semasa berlaku kemalangan
motorsikal sehingga ditahan di wad beberapa hari. Walau bagaimanapun, saya gembira
kerana keluarga dan kawan-kawan sentiasa menziarahi saya dan yang paling penting
ialah pujukan serta semangat yang diberikan oleh keluarga saya sendiri.
• M
a
wa jlis perka
h
nita
piliha winan Kh
n ha
un P
ti.
etpo
n
g de
ng
an Falsafah Hidup /
Jangan berputus asa. Pandanglah orang yang lebih baik daripada kita. Jangan pandang
orang yang lebih lemah daripada kita dan ikutilah jejak langkah orang yang lebih baik
daripada kita.
Nasihat kepada Kakitangan Ingress /
Nasihat saya kepada kawan-kawan ialah selalulah mengenang budi mereka yang banyak
berjasa kepada kita. Begitu juga dengan kilang kita yang menjadi tempat kita mencari
rezeki untuk meneruskan kehidupan, serta memberikan nafkah kepada keluarga kita.
Maka saya berharap agar kawan-kawan sekalian hendaklah sentiasa mengenang jasa
syarikat ataupun kilang kita dan sentiasa berfikir apakah yang boleh kita sumbang
sebagai membalas budi kepadanya.
Berbuat-baiklah walaupun tidak dilihat oleh orang ramai kerana kita sendiri yang tahu
apakah kebaikan yang dilakukan. Suatu hari nanti, pasti kebaikan yang dilakukan akan
diakui oleh mereka jua.
• Cahayamata penyeri keluarga Khun Petpong sekeluarga.
16
Jendela “Overseas”
“Annual Departmental Policy
FY 2006/07” /
P
ada 1 Februari 2006, pihak pengurusan Ingress Autoventures
Co., Ltd. (IAV) yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim bin
Hitam telah mengadakan “Annual Departmental Policy FY
2006/07” untuk merangka perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun
kewangan 2006/07 di Tammasat University Banglamung Chonburi
dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta yang hadir pada
kali ini terdiri daripada Eksekutif ke atas dari Operasi Rayong dan
Ayutthaya.
• Salah seorang daripada Ketua Jabatan di IAV membentangkan ADP mereka.
Majlis
Berkhatan /
M
asjid Nurul Yakeen Kampung Nern
Plabwarn Chonburi telah mengadakan
Majlis
Berkhatan
kepada
kanak-
kanak pada sesi cuti panjang persekolahan.
Biasanya, Majlis Berkhatan diadakan di
rumah masing-masing dengan menjemput
Tok Mudim untuk mengkhatankan kanakkanak yang terlibat. Tetapi pada kali ini,
majlis
• Khun Syed sedang memberikan ucapan kepada orang-orang kampung.
tersebut
dianjurkan
oleh
pihak
pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd.
(IAV) dengan menjemput Persatuan Doktor
• Presiden Persatuan Doktor Islam Thailand sedang menyampaikan ucapan.
Islam Thailand untuk menjayakan majlis
berkenaan.
Peserta yang berdaftar ialah
seramai 99 orang termasuk tiga orang
muallaf (saudara baru).
Sambungan di muka surat 17
Jendela “Overseas”
17
Sambungan dari muka surat 16
Pada majlis ini, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam, En. Azeman bin Mohammad Akram,
En. Mohamed Diah bin Baharun dan En. Ahmad Shafie bin Kusni juga turut hadir bagi
menziarahi mereka. Khun Syed dan Khun Anusorn juga turut memberikan kerjasama
sehingga ke akhir program.
• Suasana di dalam Majlis Berkhatan.
Upacara Mengasaskan Kilang
D
Kedua Ayutthaya /
engan perkembangan pesat perniagaan Ingress Autoventures
Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya, pihak pengurusan telah memutuskan
untuk membangunkan satu lagi kilang pada kali ini. Tn. Hj. Abdul
Rahim bin Hitam telah menyampaikan ucapan kesyukuran kepada
Allah s.w.t kerana mengizinkan IAV untuk terus berkembang. Selain
itu, beliau juga meminta kerjasama daripada semua kakitangan IAV
untuk memberikan sumbangan dan pengorbanan bagi memajukan
lagi IAV serta sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran
mendatang. Upacara ini berakhir pada jam 11.00 pagi.
• Acara “pecah tanah” di tapak pembinaan kilang baru IAV di Ayutthaya.
Nostalgia
Selamat
Pengantin Baru
: Ahmad Fitri bin Hassan
Nama
: Penolong Penyelia,
Jawatan
Jabatan Penyenggaraan
:Ingress Precision
Syarikat
Sdn. Bhd.
:Noraskin binti Azizan
Nama Isteri
Tarikh Perkahwinan:19 Mac 2006
17
INGRES
BERHAD
18
Berita KKI
• Juara Karnival Sukaneka 2006
Ingress Operasi Nilai.
• Acara Senamrobik.
Program Karnival
Sukaneka
Ingress Operasi Nilai
P
2006
ada 22 April 2006 yang lalu, satu Karnival Sukaneka Kakitangan
dan Keluarga Ingress Operasi Nilai telah diadakan di padang
Ingress Operasi Nilai.
Program ini dianjurkan oleh Kelab
Kakitangan Ingress di bawah kelolaan En. Esrifairuz bin Subohi dan
dibantu oleh En. Rusli bin Mohamad sebagai penyelaras program.
• Acara perasmian Karnival Sukaneka disempurnakan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat yang juga
turut serta di dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan. Program
tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik
dan berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah
kepada para pemenang.
Majlis yang julung–julung kalinya diadakan di Ingress Operasi Nilai
ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
kakitangan serta keluarga di samping menambahkan lagi keakraban
di antara kakitangan dengan majikan.
Secara amnya, acara yang melibatkan semua kakitangan ini dapat
menghilangkan sifat rendah diri di kalangan kakitangan. Selain
itu, semua kakitangan dan majikan dapat mengenali dengan lebih
rapat dan sifat kekeluargaan menjadi lebih akrab serta memberikan
kepuasan yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.
• Salah satu dari acara yang dipertandingkan, berjalan dengan menggunakan batu-bata.
Nostalgia
Nama
Tarikh Lahir
: Siti Raudah binti Muhamad Jais
: 23 Oktober 2005
Nama Ibu
: Kapisah binti Abdullah
Jawatan
: Eksekutif, Jabatan Sumber Manusia
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
: Muhamad Jais bin Jamalludin
Syarikat
Nama Bapa
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
19
: Nur Irdina binti Eddy Irawan
: 2 November 2005
: Nur Adlin binti Abu Bakar
Perakaunan
: Eksekutif, Jabatan Kewangan &
: Ingress Environmental Sdn. Bhd.
: Eddy Irawan bin Che Om
Cahayamata
Nama
Tarikh Lahir
Nama Ibu
Jawatan
Syarikat
Nama Bapa
Jawatan
Syarikat
: Nur Afrina binti Mohd Azhar
: 6 Januari 2006
: Noor Syahedda binti Iderros
: Kerani, Group IBMS
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
: Mohd Azhar bin Taib
: Eksekutif, Jabatan Kejuruteraan
: Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Nama
: Dayang Nur ‘Aisya binti Mohd Iqbal
Tarikh Lahir
: 29 Januari 2006
Nama Ibu
: Aima binti Abdul Rahman
Jawatan
: Penyelia, Jabatan Sumber Manusia
Syarikat
: Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Nama Bapa
: Mohd Iqbal bin Muhamad
Nama
: Nurin Imani binti Esrifairuz
Tarikh Lahir
: 5 Mac 2006
Nama Ibu
: Nurita binti Jaafar
Nama Bapa
: Esrifairuz bin Subohi
Jawatan
: Pengurus, Jabatan Pengeluaran
Syarikat
: Ingress Precision Sdn. Bhd.
INGRES
BERHAD
20
Sudut Agama
Khutbah Terakhir
Nabi Muhammad s.a.w
(Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)
W
ahai sekalian manusia, dengarlah
baik-baik
apa
yang
hendak
kukatakan. Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,
dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai sekalian manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan atas segala amalan
kamu.
Allah telah mengharamkan riba,
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu.
Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjagajagalah supaya kamu tidak mengikutinya
dalam perkara-perkara kecil.
Wahai sekalian manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka ke
atas kamu, maka mereka juga berhak untuk
diberi makanan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik
dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai
sekalian
manusia,
dengarlah
bersunggah-sungguh
kata-kataku
ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang
lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Tunaikanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain.
Kamu semua adalah
sama, tidak seorangpun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan atas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai sekalian manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai
sekalian manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
yang sekiranya kamu berpegang-teguh dan
mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah alQuran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya
Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
Program Qiyamullail
S
atu program Qiyamullail anjuran Jabatan Sumber Manusia, Ingress Operasi Nilai telah diadakan pada 21 April 2006 yang lalu.
Program ini telah dihadiri oleh Pengurusan dan Kakitangan Ingress Operasi Nilai serta Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia
Kumpulan.
Program ini telah diadakan di Surau Ingress Operasi Nilai bermula dari jam 10.00 malam sehingga 7.30 pagi keesokan harinya. Semua
peserta program bermalam di surau Ingress Operasi Nilai. Antara pengisian program adalah tazkirah oleh Ybhg Ustaz Mohd Rusdi bin
Ibrahim. Seterusnya program Qiyamullail dimulakan pada jam 4.00 pagi di bawah pimpinan Ybhg Ustaz Zulkifli Ahmad dan berakhir dengan
sesi Kuliah Subuh.
Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran peserta melebihi 60 orang. Pihak penganjur
mengharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang.
Berita Bergambar
21
Kursus Pengurusan Stress
• Tn. Hj. Hushim bin Hj. Salleh pula
merupakan
Pensyarah
di
Jabatan
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling,
UM merangkap Kaunselor
di sana
menerangkan mengenai Stress dan
Komunikasi serta Program Pengurangan
Kadar Stress di Tempat Kerja pada hari
yang kedua.
• Dr. Wan Sabri bin Wan Husin, Pensyarah
di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM
merupakan Fasilitator pada hari pertama
menerangkan mengenai Pengenalan kepada
Stress,
Jenis-jenis
serta
Teknik-teknik
Menangani Stress.
• Salah satu dari aktiviti yang dikendalikan oleh
Dr. Wan Sabri ialah mendapatkan tandatangan
semua peserta kursus dalam masa lima minit
dengan objektif untuk melihat etika kerja
yang diamalkan oleh kakitangan di Ingress
dan sejauh mana peserta mengenali sesama
mereka.
• Aktiviti yang dijalankan oleh Tn. Hj. Hushim
pula lebih menjurus kepada pendekatan
yang digunakan untuk merapatkan jurang
perhubungan di antara dua individu yang
mempunyai konflik di antara satu sama lain.
• Kursus ini dikendalikan dengan jayanya pada
22 dan 23 Jun 2006 di Intekma Resort &
Convention Centre, Shah Alam, Selangor di
bawah kelolaan GHRD dan Al-Farabi Consultant
& Management khusus untuk Eksekutif ke atas
di Anak-anak Syarikat Ingress yang beroperasi di
Malaysia.
• Kesan dari kursus ini bukan sahaja boleh
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
yang sedia terjalin, malah perasaan
kasih sayang di antara Ketua dan
Anak Buah juga akan bertambah yang
akhirnya menimbulkan suasana kerja
yang harmoni dan ceria.
INGRES
BERHAD
24
Karya
Karya