Muat turun /

Transcription

Muat turun /
2014
KAD LAPORAN PENCAPAIAN
PEMERKASAAN
EKONOMI
BUMIPUTERA
KANDUNGAN
1
PERUTUSAN PERDANA MENTERI
2
RINGKASAN EKSEKUTIF
4
FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA
Mendaya modal insan
10
FOKUS PEMERKASAAN KEDUA
Memantapkan pemilikan ekuiti
dalam sektor korporat
16
FOKUS PEMERKASAAN KETIGA
Memperkukuh pemilikan aset
bukan kewangan
22
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT
Memperhebatkan keusahawanan
dan perniagaan
32
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA
Memantapkan ekosistem
penyampaian perkhidmatan
40
MELANGKAH KE HADAPAN
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kesemua data adalah bagi tahun 2011
hingga Jun 2014. Data disediakan oleh agensi-agensi terlibat.
PERUTUSAN PERDANA MENTERI
1
PERUTUSAN
PERDANA MENTERI
Setahun lalu, saya telah melancarkan Agenda
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sebagai satu agenda
nasional yang dilaksanakan merentasi kementerian,
agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pada majlis itu, saya telah mengumumkan programprogram titik sentuhan rakyat meliputi lima teras utama
iaitu modal insan, ekuiti korporat, pemilikan aset bukan
kewangan, keusahawanan & perniagaan dan sistem
penyampaian.
Inisiatif-inisiatif yang disebutkan itu telah dibincangkan
dalam Majlis Ekonomi Bumiputera secara berkala dan
kita memantaunya secara berterusan.
Kad laporan ini menggariskan sumbangan kerajaan
kepada komuniti Bumiputera melalui agensi-agensi
terpilih dalam lima teras tersebut.
Saya gembira melihat peningkatan sumbangan agensiagensi kerajaan kepada Bumiputera dalam tempoh
2011 sehingga 2014 seperti yang dimuatkan dalam kad
laporan ini.
Selain telus dan terbuka, penerbitan kad laporan ini
juga memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai
sumbangan kerajaan kepada Bumiputera yang mewakili
67.9% penduduk di negara ini.
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
2
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
RINGKASAN EKSEKUTIF
PEMERKASAAN
EKONOMI BUMIPUTERA
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kedua
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1971 telah menyediakan
landasan kukuh pembangunan ekonomi Bumiputera. DEB telah mengeluarkan
Bumiputera dari kemiskinan; dari 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% sekarang.
Bumiputera juga berjaya dalam bidang pendidikan
dan ini terbukti dengan peningkatan bilangan
profesional berdaftar dari 5% (1970) kepada sekitar
45% pada masa ini. Sementara itu, pegangan ekuiti
korporat Bumiputera meningkat sebanyak 10 kali
ganda, dari 2.4% (1970) pada 23.45% (2011) walaupun
ia masih belum mencapai sasaran 30%.
Bagi melonjakkan ekonomi Bumiputera ke tahap
yang selanjutnya, Perdana Menteri Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI
BUMIPUTERA
7
3
24
Sementara Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera
menggariskan arah dan prinsip perlaksanaan untuk
mengangkat harakat dan martabat, Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera merupakan program-program
spesifik yang menyumbang kepada pencapaian
matlamat tersebut.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berpaksikan
kepada lima teras utama iaitu:
Mendaya modal insan
inisiatif baru
Meningkat pemilikan ekuiti korporat
penambahbaikan (revamp)
inisiatif sedia ada
Mengukuhkan pemilikan aset bukan kewangan
pengukuhan inisiatif sedia ada
Kesemua pengumuman YAB Perdana Menteri
telah / sedang / mula dilaksanakan kecuali:
2
pelan Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera
pada 2011, diikuti Agenda Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera pada 14 September 2013 di Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam.
belum dimuktamadkan
wakaf korporat
penswastaan perkhidmatan
kerajaan
Memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan
Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
Sebanyak 34 program titik sentuhan diumumkan
oleh YAB Perdana Menteri melalui kelima-lima teras
tersebut.
Sehingga kini, hampir kesemua pengumuman
tersebut telah dilaksanakan kecuali wakaf korporat
dan penswastaan perkhidmatan terpilih kerajaan
yang belum dimuktamadkan.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah
Permodalan Nasional Berhad telah melancarkan
Amanah Saham Bumiputera 2 dengan suntikan 10
bilion unit saham. Sehingga Jun 2014, sebanyak
776.2 juta unit ASB2 telah dimiliki oleh 42,702
pemegang akaun.
Perbezaan yang ketara di antara MEB dan MTAB
ialah keanggotaan MEB yang lebih kecil. Dengan 13
orang ahli, MEB merupakan forum terbaik untuk
membincangkan isu-isu ekonomi Bumiputera dengan
mendalam, berbanding MTAB yang mempunyai
keahlian dua kali ganda lebih ramai.
Sekiranya sebelum ini hanya sebuah kementerian yang
bertanggungjawab kepada Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera, kini tanggungjawab itu telah diletakkan
kepada semua kementerian, agensi-agensi kerajaan,
syarikat pelaburan dan syarikat berkaitan kerajaan
(GLIC / GLC), Koridor Ekonomi dan kerajaan negeri.
S e k i r a n y a M TA B d u l u b e r s i d a n g u n t u k
membincangkan dasar, arah tuju dan isu aras
tinggi, MEB memberikan tumpuan kepada aspek
pemantauan dan perlaksanaan inisiatif. Dengan
cara ini, kesemua inisiatif kementerian, agensi dan
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berada di bawah
radar MEB.
Sekiranya sebelum ini hanya sebuah
kementerian yang bertanggungjawab
kepada Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera,
kini tanggungjawab itu telah diletakkan
kepada semua kementerian, agensi-agensi
kerajaan, syarikat pelaburan dan syarikat
berkaitan kerajaan (GLIC / GLC), Koridor
Ekonomi dan kerajaan negeri.
KPI Bumiputera kini menjadi sebahagian KPI
menteri dan Ketua Setiausaha di semua 23 buah
kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. Selain
itu, Ketua Pegawai Eksekutif 27 buah GLIC / GLC juga
mempunyai KPI Bumiputera. KPI ini dipantau secara
berterusan oleh YAB Perdana Menteri melalui Majlis
Ekonomi Bumiputera.
Selain itu, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
(SUPERB) telah pun dilaksanakan, manakala
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) kini mengetuai inisiatif Program Pembangunan
Vendor. Bagi meningkatkan bilangan profesional
Bumiputera, selain meningkatkan capaian program
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, kerajaan
juga bersetuju menubuhkan Pusat Akauntan
Profesional di Universiti Teknologi MARA.
Sementara itu, program “Carve-Out and Compete”
yang berjaya dilaksanakan melalui MRT Corporation,
kini diperluaskan lagi kepada projek-projek
milik kerajaan dan penswastaan terpilih. Dengan
pengembangan inisiatif ini, harapan kerajaan ialah
untuk melihat syarikat Bumiputera meningkatkan
kapasiti, membesar (scale up) dan memberikan
manfaat kepada syarikat-syarikat kecil di bawah.
MAJLIS EKONOMI BUMIPUTERA
Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diumumkan
untuk menggantikan Majlis Tindakan Agenda
Bumiputera (MTAB) telah pun bersidang sebanyak
11 kali sehingga November tahun ini, dipengerusikan
oleh YAB Perdana Menteri.
Satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan
MEB ialah kekerapan sidang. Berbanding MTAB
yang bersidang setiap tiga bulan sekali, Majlis
Ekonomi Bumiputera bermesyuarat setiap bulan.
Ini jelas menunjukkan komitmen YAB Perdana
Menteri untuk menentukan Agenda Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
Majlis Ekonomi Bumiputera bermesyuarat
setiap bulan. Ini jelas menunjukkan
komitmen YAB Perdana Menteri untuk
menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
Pada masa yang sama, YB Senator Dato’ Sri Abd
Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
pula mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif
TERAJU yang bermesyuarat dua kali sebulan.
Kesemua inisiatif yang diumumkan dalam
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera telah dibincangkan
dalam Majlis Ekonomi Bumiputera dan Jawatankuasa
Eksekutif TERAJU.
Selain itu, kedua-dua badan ini juga memberi peluang
kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
untuk mengemukakan pandangan mengenai isu-isu
berkaitan ekonomi. Pada tahun ini, Majlis Perundingan
Melayu (MPM) dan Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (DPMM) telah berpeluang mengemukakan
cadangan mereka kepada MEB.
Peluang yang sama akan terus diberikan kepada
lain-lain pertubuhan kerajaan, sekiranya mereka
mempunyai cadangan inisiatif spesifik yang boleh
dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang
digariskan.
3
4
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
1
FOKUS PEMERKASAAN
MODAL INSAN
FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
Memperluaskan pendidikan lepasan ijazah
Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
Mempergiatkan dana program latihan semula
Menubuhkan pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion
Memperluaskan program di bawah Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera
Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi Mara
(UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020
Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM
5
6
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
SORO
Pembangunan modal
insan menjadi asas kepada
pemerkasaan ekonomi
Bumiputera. Melalui tumpuan
kepada pendidikan dan
latihan teknikal, kemiskinan
Bumiputera pada tahap
64.8% pada tahun 1970 telah
dikurangkan kepada 2.2%
pada hari ini.
Selain berpeluang melanjutkan pengajian
di pelbagai institusi pengajian tinggi awam
di negara ini, tumpuan juga diberikan
kepada meningkatkan pelajar di Universiti
Teknologi Mara kepada 250,000 orang
menjelang 2020.
Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan
Awam, Majlis Amanah Rakyat dan Yayasan
Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
telah membiayai 276,719 orang pelajar bagi
kursus di dalam dan luar negara dalam
tempoh 2011 sehingga 2014.
YPPB yang ditubuhkan pada tahun 2011
memberikan penekanan kepada pelajar
berpotensi dari keluarga pendapatan isi
rumah rendah dan persekitaran mencabar,
terutama di luar bandar bagi mengikuti
pengajian di institusi pengajian tinggi,
selain menjurus pelajar untuk mengikuti
pendidikan teknikal berpendapatan tinggi
dan peningkatan profesional, terutama
dalam bidang perakaunan.
FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
OTAN
DARI 2011
SEHINGGA
JUN 2014
276,719
orang pelajar mendapat
pembiayaan pendidikan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam
(24,743), Majlis Amanah Rakyat
(249,582) dan Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera (2,394).
290,764
orang pelajar mendapat tempat
pendidikan melalui program
pendidikan menengah (21,929),
kemahiran tinggi (73,876) dan
pengajian tinggi (194,959)
yang dikendalikan oleh Majlis
Amanah Rakyat.
177,051
orang pelajar di 32 kampus
Universiti Teknologi MARA
pada masa ini.
7
8
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
PEMBIAYAAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM
Luar Negara
1,250 (5%)
Dalam Negara
23,493 (95%)
Agihan biasiswa Jabatan
Perkhidmatan Awam kepada
Bumiputera dari tahun 2011-2013
24,743 pelajar Bumiputera
mendapat biasiswa
Jabatan Perkhidmatan
Awam dalam tempoh tiga
tahun.
23,493 (77%) pelajar
Bumiputera daripada
30,500 pelajar ditaja
melanjutkan pengajian
dalam negeri dari tahun
2011 hingga 2013.
1,250 (60%) pelajar
Bumiputera daripada
2,100 pelajar ditaja bagi
pengajian di luar negara
dari tahun 2011 hingga
2013.
PEMBIAYAAN YAYASAN PENERAJU
PENDIDIKAN BUMIPUTERA
Peneraju Profesional
270 (11%)
Peneraju Skil
1,118 (47%)
Peneraju Tunas
1,006 (42%)
Agihan pembiayaan pendidikan
Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera 2011 hingga Jun 2014
2,394 mendapat tajaan
Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera dari
2012 sehingga Ogos 2014.
Peneraju Tunas: 1,006
pelajar sekolah rendah dan
menengah dari keluarga
berpendapatan isi rumah
rendah dan persekitaran
mencabar.
Peneraju Skil: 1,118 pelajar
ikuti latihan pembangunan
kemahiran ke peringkat
pengiktirafan industri dan
antarabangsa.
Peneraju Profesional: 270
pelajar dapat pembiayaan
persijilan profesional dan
spesialis bidang perakaunan
dan kewangan.
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
S e o ra n g a n a k s ulung,
ALLISTER TIK TONY
ditawarkan biasiswa selepas
berjaya mencapai keputusan
A dalam UPSR. Berasal dari
Baram, Sarawak, Allister
a d a l a h p e l a j a r Penan
pertama menerima biasiswa
Peneraju Tunas Geliga di
bawah program Yayasan
Peneraju Pendidikan Bumiputera. Beliau kini merupakan
seorang pelajar di MRSM Kuching dengan keputusan 3.94
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada tahun pertama.
Allister juga aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum
termasuk olahraga, futsal dan sepak takraw.
MUHAMMAD SHAFIQ AB MAJID merupakan anak ke-10
daripada 11 adik-beradik. Walaupun dibesarkan dalam
persekitaran yang mencabar, Shafiq bercita-cita tinggi
dan merupakan yang pertama dari keluarganya yang
memasuki universiti, dan telah
berjaya menamatkan pengajian di
University of Illinois, AS. Dengan
pencapaian itu, Shafiq memperoleh
pekerjaan sebagai Penganalisa
E k u i t i d i K u m p u l a n Wa n g
Simpanan Pekerja. Beliau kini
telah menyertai program Peneraju
Profesional CFA untuk mencapai
cita-citanya untuk menjadi pihak
pengurusan di firma pelaburan.
SIGA ADAU yang berasal dari Belaga, Sarawak, adalah antara peserta wanita dalam
program Peneraju Profesional-Licensed Aircraft Technician/Licensed Aircraft
Engineer. Minatnya pada kapal terbang bermula pada usia awal apabila neneknya
berkongsi cerita tentang mengambil penerbangan dari Belaga ke bandar berdekatan.
Dari situ, dia bertekad untuk bekerja dalam industri aeroangkasa dan bersedia
menolak tawaran Diploma Industri Kimia dari sebuah institusi pengajian tinggi untuk
mengejar impiannya menjadi jurutera pesawat berlesen.
FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
2011
2014
2020
174,875
177,051
250,000
KEJAYAAN PENDIDIKAN
MARA - UiTM
Peningkatan jumlah enrolmen pelajar UiTM
32
kampus sedia ada. Empat kampus
baru dalam pembinaan di Mukah,
Raub, Dengkil dan Rembau.
YB SENATOR DATO’ SRI
ABDUL WAHID OMAR
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri
YAB DATO’ SERI
MUKHRIZ TUN
MAHATHIR
Menteri Besar Negeri Kedah
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
MAJLIS AMANAH RAKYAT
2011
38%
2012
2013
YBHG DATO’
KAMARUDIN
MERANUN
72,274
73,101
52,877
51,330
AN
GKAT
N
I
N
PE
Jun
2014
Peningkatan penerima pinjaman pendidikan
yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dari 2011 sehingga Jun 2014
Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan AirAsia
7,299
2012
11%
7,738
6,892
2011
2013
Penambahan bilangan pelajar yang
telah menamatkan pengajian di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) dari 2011
sehingga 2013
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri
249,582 orang
penerima pinjaman
pendidikan Majlis
Amanah Rakyat
dari 2011 sehingga
Jun 2014.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
ATAN
INGK
N
E
P
YB HAJAH NANCY
HAJI SHUKRI
YBHG DATUK ZAITON
MOHD HASSAN
YBHG DATUK ABDUL
FARID ALIAS
Naib Presiden Malaysian
Institute of Accountants (MIA)
Presiden Kumpulan dan
Ketua Pegawai Eksekutif,
Kumpulan Maybank
YBHG TAN SRI
ISMEE ISMAIL
YBHG PUAN ZURAIDA
DATO’ JAMALUDDIN
Pengarah Urusan Kumpulan
dan Ketua Pegawai Eksekutif
Tabung Haji
Ketua Pegawai Korporat
(CCO), CELCOM Axiata
21,929 pelajar yang
telah menamatkan
pengajian di Maktab
Rendah Sains Mara
(MRSM) dari 2011
sehingga 2013.
Peningkatan 11%
pelajar yang
menamatkan
pengajian di Maktab
Rendah Sains Mara
(MRSM) dari 2011
sehingga 2013.
9
10
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
2
FOKUS PEMERKASAAN
PEMILIKAN
EKUITI KORPORAT
FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 dengan
suntikan pelaburan 10 bilion unit saham
Mentransformasi program Skim Jejak Jaya
Bumiputera melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS)
11
12
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
2
Sejak ditubuhkan pada tahun
1981, Permodalan Nasional
Berhad telah mengagihkan
pendapatan sebanyak
RM105 bilion kepada 10.7
juta pemegang akaun unit
amanah Bumiputera. Unit
amanah adalah merupakan
salah satu mekanisme
penting meningkatkan
pendapatan rakyat, di
samping menentukan
kekayaan negara diagih
kepada semua.
SORO
Bagi membolehkan lebih ramai Bumiputera
mendapat manfaat, kerajaan telah
melancarkan Amanah Saham Bumiputera
2 pada 2 April 2014. Sehingga Jun 2014,
sebanyak 776.2 juta unit ASB2 dimiliki
oleh seramai 42,702 pemegang akaun.
Sekaligus, ia meningkatkan penyertaan
Bumiputera dalam ekuiti korporat di
negara ini.
Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti
korporat juga, Skim Jejak Jaya Bumiputera
telah menjalani penambahbaikan.
Sehingga kini, sebanyak lapan buah
syarikat telah disenaraikan di Bursa
Malaysia melalui skim ini dan dua buah
lagi sebelum hujung tahun ini.
Nilai pasaran semasa syarikat-syarikat
Skim Jejak Jaya Bumiputera ialah RM5.4
bilion (Jun 2014), iaitu hampir empat
kali ganda nilai pasaran sewaktu mula
disenaraikan. Di bawah Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera, skim ini dikendalikan
bersama oleh EKUINAS dan TERAJU.
FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
OTAN
DARI 2011
SEHINGGA
JUN 2014
RM105 bil
agihan pendapatan oleh Permodalan
Nasional Berhad kepada 10.7 juta
pemegang akaun unit amanah
Bumiputera dari 1981 hingga Jun 2014.
10 bil
unit Amanah Saham Bumiputera 2.
RM5.4 bil
nilai pasaran (market capitalisation)
lapan buah syarikat di bawah Skim
Jejak Jaya Bumiputera.
391%
peningkatan gabungan jumlah
modal pasaran syarikat Skim Jejak
Jaya Bumiputera pada Jun 2014
berbanding pada masa disenaraikan.
23.5%
pemilikan ekuiti korporat Bumiputera
dicatatkan pada tahun 2011 berbanding
18.9% pada tahun 2000.
13
14
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
UNIT AMANAH
AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2
39%
10 bilion unit Amanah
Saham Bumiputera
2 (ASB2) dilancarkan
oleh Permodalan
Nasional Berhad pada
2 April 2014.
Sarawak
8.2%
Sabah
8.3%
Peningkatan agihan unit amanah kepada Bumiputera;
dari 111.6 bilion (2011) kepada 155.4 bilion (Jun 2014)
RM105 bil
776.2 juta unit ASB2
dijual sehingga Jun
2014.
pendapatan unit amanah
diagihkan oleh Permodalan
Nasional Berhad kepada
10.7 juta pemegang akaun
Bumiputera dari 1981
sehingga Jun 2014.
Semenanjung
42,702 pemegang
akaun ASB2.
83.5%
16.5% pemegang
akaun ASB2 adalah dari
Sabah dan Sarawak.
Pecahan pemegang akaun ASB2
AMANAH SAHAM
SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA
LI
4 KA
RM1.38
bilion
A
ICIPT
D
I
A
NIL
RM5.4 bilion
Nilai pada masa
disenaraikan
Nilai pada
Jun 2014
Penambahan gabungan nilai pasaran syarikat-syarikat Skim Jejak Jaya Bumiputera
Minggu Saham Amanah Malaysia sebagai promosi kepada
pelbagai lapisan masyarakat untuk melabur dalam Amanah
Saham Bumiputera 2
8
syarikat telah
disenaraikan di
Bursa Malaysia
sejak 2007.
2
syarikat lagi akan
disenaraikan
sebelum hujung
tahun 2014.
FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
EKUITI NASIONAL (EKUINAS)
15
PERUNTUKAN SAHAM
YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar bersama Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja
Tun Uda, Pengerusi dan Dato Abd Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif selepas
pelancaran laporan tahunan Ekuinas
RM2.8 bil
12.3%
RM655.9 juta
RM500 juta
peningkatan pemilikan ekuiti bersamaan
1.7 kali ganda modal dilabur.
RM9.6 bil
nilai saham (3.8 bilion
unit) diperuntukkan
kepada Bumiputera
melalui penyenaraian
40 buah syarikat dari
2011 sehingga Jun
2014.
12.5%
saham diperuntukkan
kepada Bumiputera
oleh syarikat yang
menawarkan
penyenaraian saham
awam.
peningkatan jumlah pengurusan dan
17.1% kakitangan Bumiputera dalam
syarikat portfolio sejak penyertaan
Ekuinas.
nilai pulangan kasar pada 31 Dis 2013,
bersamaan Kadar Pulangan Dalaman
(IRR) sebanyak 25.5% dicipta melebihi
sasaran minima 12%.
keuntungan syarikat Ekuinas akan
diagihkan kepada Yayasan Pelaburan
Bumiputera di bawah PNB.
SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA
CARIMIN PETROLEUM BERHAD
Carimin Petroleum Berhad (CARIMIN) merupakan
syarikat pertama yang mendaftar di bawah rangka
kerja baharu program Skim Jejak Jaya Bumiputera
(SJJB) telah disenaraikan di Bursa Saham pada 10
November 2014. Pelancaran IPO CARIMIN tersebut telah
merekodkan modal pasaran mencecah RM270 juta.
Dinaungi oleh Tuan Haji Mokhtar Hashim sebagai
Pengarah Urusan, CARIMIN telah mengorak langkah
sehingga namanya telah melonjak hari ini. Dengan
berbekalkan bakat keusahawanan semula jadi beliau
yang berteraskan daya kepimpinan yang padu, beliau
menjadi tonggak utama dalam menjayakan perniagaan
CARIMIN dan wajar dijadikan contoh usahawan
Bumiputera yang berwibawa dan diakui keupayaannya.
16
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
3
FOKUS PEMERKASAAN
PEMILIKAN ASET
BUKAN KEWANGAN
FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
Memperkukuhkan institusi hartanah bagi
membangun dan memperoleh hartanah
komersil dan industri
Memperbanyakkan pembinaan rumah
mampu milik kepada Bumiputera
Memperkukuhkan UDA Corporation untuk
pembangunan hartanah
GLC beri penekanan kepada pembangunan
hartanah Bumiputera
17
18
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
3
Pelaburan Hartanah Berhad
kini memiliki RM6 bilion
aset hartanah di pelbagai
lokasi, melalui Amanah
Hartanah Bumiputera yang
membolehkan Bumiputera
membeli unit saham melalui
Maybank. Inisiatif ini
membolehkan Bumiputera
memiliki saham dalam
projek-projek hartanah
komersil di lokasi premium.
SORO
Ketika dilancarkan pada tahun 2010, dana
Amanah Hartanah Bumiputera ialah RM1
bilion dan ia ditingkatkan kepada RM2 billion.
Setakat ini, sebanyak RM247 juta pendapatan
telah diagihkan kepada pemegang unit
Amanah Hartanah Bumiputera dari 2011
hingga Mac 2014.
Dalam perumahan, Syarikat Perumahan
Negara telah menyediakan 19,021 unit rumah
bernilai RM1.5 bilion untuk Bumiputera dari
2011 hingga Jun 2014. Sebanyak 1,756 unit
rumah tambahan bernilai RM250 juta atau
60% daripada keseluruhan unit di sembilan
projek baru “Rumah Idaman Rakyat” akan
diperuntukkan kepada Bumiputera.
Perumahan ini adalah tambahan kepada
premis kediaman mampu milik yang
disediakan oleh PR1MA dan UDA kepada
rakyat.
FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
OTAN
DARI 2011
SEHINGGA
JUN 2014
RM6 bil
pemilikan aset Bumiputera melalui
Perbadanan Hartanah Berhad dan
Amanah Hartanah Bumiputera.
RM247 juta
agihan pendapatan kepada
pemegang unit Amanah
Hartanah Bumiputera.
26,464
unit rumah disediakan oleh
Syarikat Perumahan Negara
Berhad (20,777) dan UDA
Holdings Berhad (5,687).
19
20
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
AMANAH HARTANAH
RM6 bil
pemilikan aset hartanah
oleh Pelaburan Hartanah
Berhad dan Amanah
Hartanah Bumiputera.
RM2 bil
dana Amanah Hartanah
Bumiputera, meningkat
dari RM1 bilion ketika
dilancarkan pada 2010.
RM247 juta
pendapatan telah
diagihkan kepada
pemegang unit dari
2011 hingga Mac 2014.
YAB Perdana Menteri melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera bagi membolehkan rakyat memiliki saham
dalam premis komersil
AMANAH HARTANAH BERHAD
NU SENTRAL
Lot G KL Sentral merupakan kejayaan
pembangunan hartanah komersial pertama
Pelaburan Hartanah Berhad yang kini
telah siap sepenuhnya. Pembangunan ini
terdiri daripada sebuah bangunan pejabat
31 tingkat yang dikenali sebagai Menara
1 Sentrum dan kompleks membeli-belah
‘Nu Sentral Mall’. Kedua-dua bangunan
ini bernilai lebih daripada RM1.4 bilion dan
terletak di kawasan strategik di tengahtengah bandaraya Kuala Lumpur.
FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
21
SYARIKAT PERUMAHAN
NEGARA BERHAD
2013
2011
2012
3,391
3,248
9,904
PENINGKATAN HAMPIR
2 KALI GANDA
Peningkatan unit rumah yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara
Berhad dari 2011 hingga 2013. Pada tahun ini (sehingga Jun 2014), 4,234
buah rumah telah disediakan untuk Bumiputera.
20,777
unit rumah bernilai RM1.5 bilion
untuk Bumiputera dari 2011
hingga Jun 2014.
Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad membolehkan
rakyat memiliki rumah mampu milik
Ruang Niaga
451
UDA HOLDINGS BERHAD
5,687 (79%)
Kediaman
5,687
451 (85%)
unit kediaman daripada
7,201 unit yang
dibina dijual kepada
Bumiputera sepanjang
tahun 2010 – 2014.
unit ruang niaga daripada
533 unit yang dibina dijual
kepada Bumiputera.
22
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
4
FOKUS PEMERKASAAN
KEUSAHAWANAN
DAN PERNIAGAAN
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Menambah pembiayaan pinjaman AIM sebanyak
RM300 juta dan TEKUN RM700 juta
Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
(SUPERB)
Mengukuhkan agensi pembangunan usahawan Bumiputera
Mengukuhkan program pembangunan vendor dan
melonjakkan program pembangunan vendor GLC
Memperluaskan dasar “Carve-Out and Compete”
GLIC & GLC menerajui usaha mewujudkan konsortium
syarikat Bumiputera dalam rangkaian perbekalan
Mempergiatkan program penswastaan kerajaan terpilih
23
24
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
SORO
Secara purata, syarikat
Bumiputera mewakili
satu per lima syarikat
yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dan 88% syarikat
Bumiputera terdiri
daripada perusahaan mikro
(pendapatan RM300,000 ke
bawah atau kurang dari lima
orang kakitangan).
Dalam tempoh 2011 sehingga Jun 2014,
Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun
Nasional yang memberikan perkhidmatan
kepada perusahaan mikro, telah meluluskan
pembiayaan sebanyak RM7.6 bilion.
Selain itu, Bank Rakyat dan Bank
Simpanan Nasional telah meluluskan
78,878 permohonan pembiayaan kepada
perusahaan mikro Bumiputera; manakala
MARA telah meluluskan 24,881 pemohonan
pembiayaan dalam tempoh yang sama.
Sebanyak 1,620 syarikat berada di bawah
program pembangunan vendor, manakala
400 syarikat lagi mengambil bahagian dalam
promosi pasaran antarabangsa pada tahun
2013. Kedua-dua program ini dilaksanakan
oleh agensi-agensi di bawah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
OTAN
DARI 2011
SEHINGGA
JUN 2014
RM7.6 bil
nilai pembiayaan mikro disalurkan oleh
Amanah Ikhtiar Malaysia (RM6.2 bilion)
dan Tekun Nasional (RM1.4 bilion).
427,218
kelulusan pembiayaan oleh Amanah Ikhtiar
Malaysia (185,534), Tekun Nasional (140,215),
Bank Rakyat (45,067), Bank Simpanan
Nasional (29,000), MARA (24,881), PUNB
(2,016) dan SME Corp (505).
RM4.9 bil
dana yang diwujudkan bagi tujuan
pembiayaan perniagaan yang diwujudkan
oleh TERAJU melalui pelbagai program.
RM1.7 bil
nilai kelulusan pembiayaan yang disediakan
oleh TERAJU melalui Dana Mudahcara
(RM756.9 juta), Dana Teras (814.2 juta),
pembiayaan ekuiti (RM60 juta), Dana
Pembangunan Perniagaan (RM16.49 juta),
SUPERB (RM14.3 juta), dan Dana Pembangunan
Halal (RM9.45 juta) kepada 900 buah syarikat.
25
26
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
PEMBIAYAAN AMANAH
IKHTIAR MALAYSIA
PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL
13%
43%
2013
2013
2011
RM423 juta
2011
1.5 bil
1.7 bil
Peningkatan pinjaman AIM pada tahun 2013
berbanding tahun 2011
RM6.2 bil
185,534
pinjaman sejak 2011 sehingga
Jun 2014.
kemasukan sahabat baru
Amanah Ikhtiar Malaysia dari
2011 sehingga Jun 2014.
RM295.4 juta
Peningkatan pengeluaran pinjaman pada
tahun 2013 berbanding tahun 2011
RM1.4 bil
140,215
pinjaman sejak 2011 sehingga
Jun 2014.
usahawan mendapat
pembiayaan dari tahun 2011
sehingga Jun 2014.
TEKUN NASIONAL
PUAN FATIHAH IBRAHIM
FATIHAH FROZEN FOOD
Puan Fatihah Ibrahim menjalankan perniagaan
berasaskan makanan sejuk beku. Pada awalnya,
beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Semasa
kegawatan ekonomi melanda seluruh negara,
perniagaannya merosot.
Dengan sokongan program Tekun Nasional serta
bantuan dari MARA dan MATRADE, beliau kini telah
berjaya membuka beberapa outlet seperti di Warta
Bangi, Kompleks PKNS, Pasaraya Mydin dan Kedai
Rakyat 1Malaysia. Beliau turut mempunyai kilang
pengeluaran di Batu Caves.
Produk beliau telah juga berjaya menembusi pasaran
antarabangsa iaitu di China, Brunei dan Singapura.
Beliau juga merancang untuk memasarkan produk
beliau ke Indonesia dalam masa terdekat.
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
PERBADANAN USAHAWAN
NASIONAL BERHAD
Skim PKS
59
PROSPER
Pemborong
137
PROSPER
Teras
496
PROSPER
Usahawan
Muda
PROSPER
Runcit
789
535
Bilangan usahawan yang mendapat
pembiayaan Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad 2011 - Jun 2014
2,016 syarikat
mendapat kemudahan
pembiayaan.
PERBADANAN
USAHAWAN
NASIONAL BERHAD
21% daripada 1,128
peserta Program
Graduan Perantis,
menceburi perniagaan.
139 premis perniagaan
dengan nilai aset
RM133.2 juta di lokasi
strategik.
80 premis perniagaan
baru pada tahun
2013, berbanding 26
premis pada tahun
sebelumnya.
MAJLIS AMANAH RAKYAT
24,881
usahawan mendapat
pembiayaan perniagaan
dari tahun 2011 sehingga
Jun 2014.
68,535
orang mengikuti pelbagai
program pembangunan
usahawan dalam tempoh
tiga tahun.
PUAN MASTINA MOHD SANI
AZAM MM SDN BHD
PEMBANGUNAN VENDOR
16
syarikat anchor telah
menyertai Program
Pembangunan Vendor
(VDP) di bawah
Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.
1,620
vendor Bumiputera berada
di bawah VDP.
Bermula sebagai Azam Motor Enterprise,
pusat sehenti servis dan baik pulih kenderaan
ini telah berjaya melonjakkan perniagaan dari
Skim PROSPER Teras kepada Skim PROSPER
Pemborong, melalui pembiayaan perniagaan
sebanyak RM2 juta. Sekarang bergelar syarikat
sendirian berhad, Azam MM Sdn Bhd kini
mempunyai 65 orang pekerja dan memperoleh
jualan tahunan bernilai RM7.2 juta. Nilai asetnya
pula telah meningkat lebih dari RM1 juta. Pada
tahun 2010, Azam MM Sdn Bhd berjaya meraih
anugerah Jualan Terbaik 2010 daripada PUNB.
27
28
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
PROSPER PREMIS
PEMBIAYAAN TEKNOLOGI
RM350 juta
145
telah disalurkan oleh
MTDC, MAVCAP, MDV
dan MDeC dalam bentuk
geran, pinjaman dan
modal teroka kepada
syarikat Bumiputera.
syarikat Bumiputera
mendapat manfaat dari
tahun 2011 sehingga
Jun 2014.
RM133.2 juta nilai aset 139 premis perniagaan
disediakan oleh PUNB bagi membolehkan usahawan
Bumiputera berniaga di lokasi strategik dan terpilih
PREMIS PERNIAGAAN
7,337
USAHAWAN
mendapat ruang niaga
yang disediakan oleh
MARA di seluruh negara
PEMBIAYAAN MIKRO BANK
RAKYAT & BSN
Bank
Simpanan
Nasional
Bank
Rakyat
29,000
45,067
Kelulusan permohonan pembiayaan untuk
perusahaan mikro Bumiputera 2011-2014
74,067 permohonan
pembiayaan diluluskan
oleh Bank Rakyat dan
Bank Simpanan Nasional
kepada perusahaan mikro
Bumiputera dari 2011
sehingga Jun 2014.
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
PROGRAM PENINGKATAN
ENTERPRIS BUMIPUTERA
PROGRAM
PEMBANGUNAN PKS
119
2011
2012
129
26
231
MITTI GROUP OF COMPANIES
2013
RM59.3 juta
telah disalurkan
oleh SME Corp
dari tahun 2011
sehingga Jun
2014.
505 usahawan
mendapat
manfaat.
Jun
2014
Ditubuhkan pada 1984, Mitti Group of Companies merupakan
sebuah syarikat yang membangunkan kepakaran khusus
dalam bidang perniagaan kabel dan wayar.
Peningkatan bilangan usahawan yang
mendapat pembiayaan Program
Peningkatan Enterpris Bumiputera
2011- Jun 2014
Anak syarikatnya, Mitti Cables Mfg Sdn Bhd, merupakan
pengeluar pelbagai jenis kabel telefon, telekomunikasi
dan elektronik, sementara Mitti Power Cables Sdn Bhd
mengeluarkan semua jenis kabel tenaga.
PROMOSI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
RM19.7 juta
273
geran pembangunan
pasaran MATRADE
yang diberikan
kepada Bumiputera.
%
N 46
GKATA
PENIN
2011
Mitti Group of Companies menjalankan operasinya di tiga
buah kilang yang dilengkapi dengan 13 barisan pengeluaran,
di Kawasan Perindustrian Tebrau II, Johor Baru.
400
2013
2011
RM7.6 juta
LEBH
KATAINGANDA
G
IN
N
PE SEKAL
Sebagai pengeluar kabel yang berkualiti tinggi, Mitti Cables
Mfg merupakan pembekal kabel utama kepada beberapa
syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia, Celcom
Maxis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Mitti Power Cables turut membekalkan kabel tenaga
kepada pelbagai kategori kontraktor termasuklah
pemaju perumahan swasta, kontraktor pemasangan dan
penyenggaraan lampu jalan, kontraktor JKR dan
kontraktor elektrik.
Syarikat Bumiputera yang terlibat dalam
aktiviti promosi perdagangan antarabangsa
RM3.4 juta
Mitti Cables Mfg telah mendapat manfaat dari pelbagai
program pembangunan usahawan dan pembiayaan agensi
kerajaan termasuk SME Corp, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri dan TERAJU.
2013
Geran pembangunan pasaran yang diberikan kepada syarikat Bumiputera
Pada masa ini, Mitti Cables Mfg dan Mitti Power Cables
berjaya mengembangkan sayapnya ke pasaran luar negara
menerusi hasil eksport produknya ke Papua New Guinea,
Australia, Afrika, Jepun, Singapura, Thailand dan Brunei.
Mitti Cables Mfg merupakan Syarikat Bumiputera
Berprestasi Tinggi (Teras) di bawah program TERAJU dan
telah menerima pelbagai pengiktirafan.
29
30
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
PROGRAM SUPERB
RM100 juta
200
RM14.3 juta
diperuntukkan untuk
tempoh tiga tahun.
perniagaan permulaan
dijangka dibiayai
sepanjang tempoh
perlaksanaan.
jumlah geran yang
diluluskan sehingga
Jun 2014.
“CARVE-OUT AND COMPETE”
RM23.5 bil
37 pakej
nilai kontrak
dalam 11 projek
mega (RM500 juta
ke atas) sehingga
September 2014.
YAB Perdana Menteri mengumumkan dan menyampaikan sijil kepada pemenang Skim
Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
projek MRT Corp
untuk Bumiputera
bernilai RM9.1 bilion.
YAB Perdana Menteri meninjau pelaksanaan projek MRT sepanjang 51 km menyambungkan Kajang dan Sungai Buloh yang sedang dilaksanakan.
Sebanyak 47% atau RM9.1 bilion kontrak projek diberikan kepada syarikat Bumiputera
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
DANA MUDAHCARA
RM756.9 juta
RM6.5 bil
26,490
Dana Mudahcara diluluskan bagi
melaksanakan projek pembiayaan
swasta bernilai RM2.5 juta ke atas
sehingga Oktober 2014.
nilai pelaburan keseluruhan.
DANA MUDAHCARA
RM2 bilion diperuntukkan di bawah pembiayaan
Dana Mudahcara yang merupakan geran sehingga
15% dari kos projek untuk pembiayaan inisiatif
swasta bagi komponen infrastruktur, mesin dan
peralatan.
peluang pekerjaan diwujudkan
dari pelaburan syarikat
Bumiputera.
DANA TERAS
RM1.6 bil
RM814.15 juta
Dana Teras diwujudkan di SME
Bank, RHB Islamic dan MIDF.
pembiayaan melalui Dana Teras
diluluskan sehingga Oktober 2014.
Pembelian kapal pukat tunda bagi mengembangkan
operasi limbungan di Bintulu, Sarawak.
PELBAGAI DANA
RM580 juta
Dana Pembangunan Halal
diwujudkan di SME Bank dan
Agrobank.
RM475 juta
Dana Pengembangan Perniagaan
secara kolaborasi dengan MTDC.
BILANGAN USAHAWAN YANG MENDAPAT
PEMBIAYAAN DARI INISIATIF TERAJU
496
188
162
28
26
Projek panel solar bagi membekalkan tenaga
elektrik di Selangor.
PROSPER Teras
Dana Teras
Dana Mudahcara
Skim Usahawan Permulaan
Bumiputera (SUPERB)
Pelbagai program kolaborasi
dengan agensi
Projek pembinaan 57 unit rumah kedai (One
Marudu) di Pekan Baru, Kota Marudu Sabah.
31
32
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
5
FOKUS PEMERKASAAN
PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera bagi
menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera
Mewujudkan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
di semua kementerian
KPI Bumiputera untuk Ketua Pegawai Eksekutif
syarikat milik kerajaan
Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera,
Jabatan Perdana Menteri
33
34
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
5
Dengan penubuhan Majlis
Ekonomi Bumiputera, YAB
Perdana Menteri memantau
perlaksanaan inisiatifinisiaitif pemerkasaan
ekonomi Bumiputera secara
dekat. MEB bersidang pada
setiap bulan dan ketua-ketua
agensi yang terlibat dengan
inisiatif-inisiatif ini membuat
pembentangan status
perlaksanaan. Sekiranya
terdapat keperluan, YAB
Perdana Menteri akan
mengarahkan intervensi
segera dilakukan.
SORO
YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
dan beliau juga mempengerusikan
Jawatankuasa Eksekutif TERAJU. Ketua
Pegawai Eksekutif TERAJU bertindak
sebagai Setiausaha kepada MEB dan
melaporkan isu-isu ekonomi Bumiputera
kepada YAB Perdana Menteri melalui MEB.
Untuk meningkatkan sistem penyampaian,
Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
ditubuhkan di 23 buah kementerian dan
Jabatan Perdana Menteri, dengan 132 KPI
Bumiputera. Selain itu, Ketua Pegawai
Eksekutif 27 buah GLIC dan GLC juga
mempunyai KPI Bumiputera masing-masing
meliputi pelbagai bidang, termasuklah
keusahawanan dan modal insan.
Pada masa yang sama, Koridor Ekonomi
juga membantu perlaksanaan program
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan
menjadi hos kepada pejabat satelit TERAJU
di kesemua lima koridor dan ini membuka
ruang untuk kerjasama lebih erat dengan
kerajaan-kerajaan negeri.
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
OTAN
DARI 2011
SEHINGGA
JUN 2014
11
sidang Majlis Ekonomi
Bumiputera diadakan pada
setiap bulan sehingga
November 2014.
132
KPI Bumiputera untuk
menteri dan Ketua
Setiausaha di 23 buah
kementerian dan Jabatan
Perdana Menteri.
RM46.5 bil
pelaburan swasta, peluang
perniagaan, pembiayaan
dan nilai dicipta.
35
36
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
MAJLIS EKONOMI BUMIPUTERA
13
ahli Majlis Ekonomi Bumiputera berbanding
24 keahlian dalam Majlis Tindakan Agenda
Bumiputera, perbincangan lebih fokus dan
“action-oriented”.
Fokus kepada pemantauan inisiatif
RMK10/11, bajet tahunan, Hala Tuju
Transformasi Ekonomi Bumiputera, dan
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
11
2
sidang Majlis Ekonomi Bumiputera
sehingga November 2014.
Jawatankuasa Khas MEB untuk
Bumiputera Sabah dan Sarawak, bagi
menentukan penyertaan seimbang dari
kedua-dua negeri tersebut.
UNIT PEMERKASAAN
EKONOMI BUMIPUTERA
24
Unit Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera di semua kementerian
dan Jabatan Perdana Menteri.
24
Jawatankuasa Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera dipengerusikan
oleh Ketua Setiausaha / Timbalan
Ketua Setiausaha Kementerian.
132
KPI Bumiputera dipantau oleh
Jawatankuasa Petugas yang diketuai
oleh Unit Perancang Ekonomi.
88
KPI Bumiputera kementerian
adalah bagi teras keusahawanan
dan perniagaan.
Usahawan di Sarawak menerima Dana Mudahcara bagi menyokong
pembiayaan inisiatif swasta di negeri tersebut yang membuka peluang
pekerjaan, kepada rakyat pelbagai kaum
Majlis menandatangani perjanjian Dana Mudahcara bagi usahawan
Bumiputera Sabah disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
dan YAB Ketua Menteri Sabah
Pelancaran Bisnest, sebuah portal rujukan setempat bagi usahawan
Bumiputera di negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah,
Dato’ Seri Paduka Haji Mukhriz bin Tun Mahathir
YB Datuk Haji Abd Rahman Dahlan mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera bagi negeri Sabah
untuk memastikan penglibatan mereka dalam ekonomi negara
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
37
63%
INDIKATOR PENCAPAIAN UTAMA (KPI) BUMIPUTERA GLIC / GLC
7 Bidang
Tumpuan
1
PROGRAM
PEMBANGUNAN
VENDOR (VDP)
Inisiatif-Inisiatif Utama
Rangka Kerja ditubuhkan di
pelbagai peringkat (7 syarikat)
Vendor baru dan sedia ada
(1,085)
Vendor yang digraduasikan (3) 2
SYARIKAT
INDUK (ANCHOR
COMPANY)
3
PENGAGIHAN
KHUSUS
(CARVE-OUT)
4
PEROLEHAN
(PROCUREMENT)
Syarikat induk baru
(10 konsortium)
Nilai pengagihan khusus
(RM4.1b)
Pengagihan khusus – premis
peruncitan (78 unit)
Perolehan (RM14.4b) Penerima manfaat Skim
Pengurusan Kebolehgajian
Siswazah (GEMS)/Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)/
Lain-lain (2,133)
5
6
7
MODAL INSAN
ASET BUKAN
KEWANGAN
PEMILIKAN EKUITI
BUMIPUTERA
Pencapaian Jan-Sept 2014
100%
7 syarikat
33.3%
1 vendor
40%
4 konsortium
dikenalpasti
RM3.4b diperuntukkan
81.5%
79.5%
62 unit diberikan
RM10.2b dibelanjakan
1,662 penerima manfaat
70.8%
77.9%
37.4%
37 penerima
manfaat
‘Upward Mobility Scheme’
(368 pekerja)
360 pekerja dinaikkan pangkat
Aset bukan kewangan
(1,640 unit perumahan
dan komersial) di pelbagai
peringkat
439 unit
‘Project Harmony’ (RM200
juta dalam masa 3 tahun)
untuk rumah mampu
milik, keusahawanan dan
tanggungjawab korporat
RM15
Juta
Sumber: Laporan BEA KPI GLIC dan G20 kepada Sekretariat PCG
94.4%
1,025 vendor dalam VDP
GEMS/SL1M/Lain-lain
ditawarkan pekerjaan (99)
ASB2 (RM10b unit) purata
pencapaian
keseluruhan
GLIC dan
G20
97.8%
26.8%
7.5%
*atas nilai projek
Dilancarkan
100%
Indeks Pencetus Perubahan (Game Changing Index) ditanda merah
38
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA
CIPTA NILAI, PELUANG DAN PEMBIAYAAN RM46.5 BILION
TERAJU dipengerusikan oleh YB Senator Dato’ Sri Abd
Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ia
mempunyai pejabat satelit dan bekerjasama erat dengan
kesemua Koridor Ekonomi.
Selain itu, TERAJU juga mengadakan kolaborasi dan
menentukan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera
dilaksanakan oleh GLIC / GLC melalui Khazanah Nasional
Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa
Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).
Encik Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif (kiri) bersama pengurusan
kanan, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri
Unit Peneraju Agenda Bumiputera diwujudkan bagi
menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera
dalam ekonomi negara. Ia berfungsi sebagai sekretariat
kepada Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan
oleh YAB Perdana Menteri.
Sehingga kini, TERAJU telah mencipta nilai, peluang
perniagaan, pembiayaan, dan pembangunan modal insan
bernilai lebih RM46.5 bilion. Peluang ini disediakan melalui
penglibatan sektor swasta, GLIC / GLC dan agensi-agensi
kerajaan pelbagai peringkat.
Bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan ekonomi
Bumiputera pada peringkat kementerian, TERAJU
bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi
menyelaraskan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di
23 buah kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
Untuk meningkatkan pembangunan modal insan, TERAJU
menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bagi
memberikan peluang latihan kedua, membiayai pelajar dari
persekitaran mencabar dan melatih lebih ramai profesional.
Sementara, bagi latihan keusahawanan termasuk
menyediakan mereka untuk menerokai pasaran global,
TERAJU melaksanakan program pembinaan kapasiti melalui
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
PELABURAN SWASTA
BUMIPUTERA
PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
DAN MODAL INSAN
RM6.5 bil
RM1.64 bil
RM68.5 juta
RM23.52 bil
RM580 juta
RM7.8 juta
RM8.5 bil
PENCIPTAAN NILAI
Dana Pembangunan Halal
di SME Bank dan AgroBank.
pembiayaan ladang satelit
lembu di JCorp.
nilai perolehan dari Program
Pembangunan Vendor.
RM4.02 bil
RM475 juta
RM185 juta
RM164 juta
RM100 juta
RM5 juta
pelaburan dari Dana
Mudahcara.
nilai dicipta selepas
penyenaraian di bawah
Skim Jejak Jaya
Bumiputera.
Dana Teras di SME Bank,
RHB Islamic dan MIDF.
Dana Pengembangan
Perniagaan Bumiputera
di MTDC.
pembiayaan Skim
Usahawan Permulaan
Bumiputera (SUPERB).
RM75 juta
pembiayaan ekuiti di MARA.
PELUANG
PERNIAGAAN
pembiayaan Prosper Teras
dan Francais ECCE di PUNB.
pembiayaan pendidikan
di Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera.
pembiayaan latihan Pusat
Kecemerlangan Projek
Mega di CIDB.
nilai projek dari “Carve-Out
and Compete”.
nilai pelupusan aset GLIC
dan GLC.
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
39
BISNEST
PUSAT RUJUKAN SETEMPAT
Bisnest yang dibangunkan oleh
TERAJU ialah sebuah pusat rujukan
setempat bagi memudahkan
usahawan mendapat maklumat
pembiayaan,
perkhidmatan
perniagaan, premis perniagaan dan
perlesenan yang disediakan oleh
pelbagai kementerian dan agensi
kerajaan.
Mulakan carian anda di sini!
http://www.bisnest.com.my
MUAT TURUN APLIKASI DI
40
TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
MELANGKAH
KE HADAPAN
Kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera. Hal ini dibuktikan dengan YAB Perdana Menteri sendiri memimpin
Majlis Ekonomi Bumiputera, memberikan peruntukan yang besar dan usaha
meningkatkan lagi kecekapan agensi-agensi kerajaan terbabit yang akan
diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Namun, pada masa yang sama Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera menuntut perubahan kepada
cara kita berfikir, bekerja dan bertindak. Bumiputera
harus membangunkan kapasiti, sedia bersaing dan
menerokai pasaran antarabangsa yang lebih luas.
Walaupun sebahagian hasil inisiatif yang terkandung
dalam laporan ini boleh dilihat dalam jangka masa
yang singkat, sebahagian besar memerlukan masa
yang panjang sebelum kita dapat melihat hasilnya.
Maka, di sinilah keperluan untuk keseluruhan
inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan secara daya
saing mampan (sustainable competitiveness) dan
propertumbuhan (pro-growth).
Bumiputera sebagai komuniti paling ramai dalam
negara mempunyai sumbangan yang besar kepada
ekonomi. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
menyediakan landasan untuk mereka melonjakkan
pencapaian tersebut!
Majlis Ekonomi Bumiputera dipengerusikan YAB Perdana Menteri merupakan satu mekanisme induk memacu ekonomi Bumiputera
untuk melangkah ke hadapan
Hakcipta © 2014
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU)
Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dokumen ini tidak dibenarkan untuk
dihasilkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, salinan foto,
mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta. Kenyataan: Walaupun
perhatian yang munasabah telah diberikan dalam proses penyediaan dokumen ini, pihak
TERAJU tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa maklumat yang tidak tepat.
Semua maklumat dan spesifikasi adalah benar pada masa dokumen ini disediakan dan
ia tertakluk kepada perubahan apabila diperlukan.
Aras 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara
47810 Selangor Darul Ehsan
t
03 7839 8000
f
03 7839 8100
www.teraju.gov.my
www.facebook.com/terajuofficialpage
www.twitter.com/TERAJUofficial
www.instagram.com/TERAJUOFFICIAL
w w w. t e r a j u . g o v. m y