Teknik Menarik

Transcription

Teknik Menarik
EBOOK 2
MODUL 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN
70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH
“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah,
kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di
DUNIA dan di AKHIRAT”
Lesen & Peraturan
Keberkatan ilmu daripada E-book ini akan berkurangan, jika E-book ini
disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis.
[Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala ILMU yang diajar
[Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda
[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara
[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri
[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog,
web lelong atau seumpamanya
Segala ilmu dalam D-book @ E-book ini hanya halal untuk perkara
positif yang membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja.
Ia adalah kerana, segala kandungan E-book ini berada di bawah
tanggungjawab penulis iaitu, Nora Yusof
p.s: Penulis asal, Nora Yusof, https://www.facebook.com/naora.ayabito
ALHAMDULLILLAH
“Ya Allah, izinkanlah aku untuk menceritakan tentang keagonganMu,
membongkarkan hikmah syariatMu dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku agar ianya akan
lebih menambahkan rasa kehambaan pada jiwaku. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah serta
dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan yang dengan rela hati terpanggil untuk
membaca coretanku ini. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku
menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu serta berezeki dengan
limpah kurniaanMu. Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.”
Saya sangat berharap agar setiap TULISAN saya ini
dapat memberikan MANFAAT kepada PEMBACA SEKALIAN.
supaya suatu hari nanti ketika kalian di SYURGA,
jika ditakdirkan saya masuk NERAKA,
kalian boleh ingat dan sebut saya
sebagai sahabat yang pernah
memberikan kalian sedikit manfaat ketika hidup di DUNIA.
supaya kita boleh bersama-sama di dalam SYURGA.
InsyaALLAH.
kerana saya tahu
saya tidak layak masuk ke SYURGANYA.
Dengan sedikit ilmu dan perkongsian ini,
Saya doakan kalian KAYA, BERJAYA serta BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT. Aaamiin.
NORA YUSOF
WRITEtoHEAVEN
MODUL 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BETUL
Formula 23: Solat Taubat Pembuka Pintu Langit
2
Formula 24: Jutawan Akhirat vs Jutawan Dunia
3
Formula 25: Cara Berhadapan Dengan Masalah
4
Formula 26: Cara Berkomunikasi Dengan Betul
5
Formula 27: Di Mana Letaknya Dosa
6
Formula 28: Sedekah Menutup 70 Pintu Bala
8
Formula 29: Suka Bersangka-Sangka
9
Formula 30: Wuduk Zahir Dan Batin
10
Formula 31: Memberi Itu Lebih Baik Daripada Menerima
12
Formula 32: Ucapan Paling Disukai oleh ALLAH
13
Formula 33: Cerita Pokok dan Mancis
14
Formula 34: Bangkit dan Berlari Kembali
15
Formula 35: Belilah Meskipun Tidak Perlu
17
Formula 36: The Power Of SABAR
18
Formula 37: Pembuat Keputusan
20
Formula 38: Tips Ilmu yang Melekat
21
Formula 39: Malu Apabila Melakukan Kesalahan?
22
Formula 40: Diam itu Emas, Berkata Baik Itu Berlian
24
Formula 41: Kehebatan Zikir Al- WAHHAB Jalan Kekayaan
25
Formula 42: Allah Tempat Bergantung
27
Formula 43: Manusia Yang Muflis Di Akhirat
30
Formula 44: Cara membuang Riak
32
Formula 45: Pendengar Yang Baik
34
Formula 46: Bersyukurkah kita?
35
1
Dalam bab kedua ini, dijelaskan cara-cara menarik rezeki yang betul. Konsep dan
punca rezeki yang sempit dan bocor telah dijelaskan pada bab yang pertama.
Menghidupkan hati yang mati memerlukan masa, ia seperti mengubati hati yang
terluka, ubatnya adalah masa.
Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan
dan kegelapan hati yakni pangkal penderitaan jiwa. (Bediuzzaman Said Nursi,
2014)
Hati yang mati umpama jasad yang bernyawa tetapi jiwanya kosong. Hati adalah
racun dan punca penyakit, Hati juga punca segala bahagia dan kesihatan fizikal
dan rohani. Hati boleh dirawat dan dihidupkan kembali dengan hanya satu cara
iaitu dengan menyerahkan ia kembali kepada yang hak iaitu sang PENCIPTA yang
bernama ALLAH.
Insya Allah hati akan hidup dan sembuh. Apabila hati sudah sembuh, rezeki akan
datang dengan mudah dan melimpah-limpah. Sembuhkan hati kita dengan solat
dan zikrullah yang Ikhlas dan kebajikan-kebajikan lain yang berpahala terlebih
dahulu dengan hanya mengharapkan redha dan pahala ALLAH semata.
“Menghidupkan kembali “Hati” bererti menghidupkan semula “Semangat” yang
bernyawa. Hidupnya Semangat bererti cahaya kehidupan dan cahaya kehidupan
itu ialah rezeki yang diberkati dan melimpah-limpah” (Nora Yusof, 2014)
2
FORMULA 23: SOLAT TAUBAT PEMBUKA PINTU LANGIT
Firman Allah:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau
tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang
yang bertaqwa." Taha 20:132
Manusia yang bertaubat, melakukan solat sunat taubat, akan terbuka segala pintu langit.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Andainya kamu berbuat dosa sehingga dosamu
mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan."
(Riwayat Ibn Majab)
Sebelum tidur, amalkanlah solat sunat taubat dua rakaat.
Manusia yang bersyukur ialah
mereka yang tidak meninggalkan solat 5 waktu.
Manusia yang sangat bersyukur ialah
mereka yang solat 5 waktu dan melakukan solat-solat sunat dua rakat.
Manusia yang sangat-sangat bersyukur ialah
mereka yang solat 5 waktu, melakukan segala amalan sunat dan memberikan manfaat kepada
manusia lain.
Jadilah manusia yang menyayangi diri sendiri dan orang lain dengan cara menjaga solat 5
waktu dan menyumbang kudratnya untuk mempermudahkan hidup orang lain. in sha ALLAH
dialah AHLI syurga yang bersama-sama Rasullullah di JANNAH nanti.
Rasullullah bersabda: "sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberikan manfaat
kepada manusia dan mahkluk lain."
3
FORMULA 24: JUTAWAN AKHIRAT vs JUTAWAN DUNIA
Selepas solat subuh,
Ambil masa setengah jam duduk di atas sejadah,
Istigfar 100x sehari
Selawat 1000x sehari
Cara hendak rasa aman damai dan mudah ketika istighfar dan selawat sebegitu banyak,
gunakan biji tasbih. Beli biji tasbih yang kiraan 100 biji itu. Sekejap sahaja sudah cukup 1000x.
Senang dan mudah. Adalah lebih baik setiap selawat atau istighfar itu tidak dikira-kira,
(sentiasa berselawat dan beristighfar) (Dengan mengamalkan amalan ini kita akan sentiasa
dalam peliharaan ALLAH, (Fathuri Salehuddin).
Setelah itu, amalkan SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT, 4 RAKAAT, 6 RAKAAT, 8 RAKAAT
(AMALAN NABI MUHAMMAD) dan PALING BAIK adalah 12 RAKAAT.
Cara Ringkas Sunat Dhuha
Waktu Dhuha adalah antara jam 7 pagi- 1 petang (sebelum waktu zuhur). Manakala waktu
tamat Dhuha adalah 10 minit terakhir sebelum azan waktu zuhur berkumandang. “Solat Dhuha
ini afdalnya ketika matahari kian meninggi dankian panas sinarnnya”. Imam Nawawi
menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu
pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1.Rakaat pertama “Allahuakbar” &Niat dalam hati
-Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH TAALA
-Baca Alfatihah hingga akhir
-Baca mana-mana surah ayat Al-quran, pendek pun tidak mengapa (paling elok Ad-DHuha &
As-Syams)
2. Rakaat Kedua
-Baca Al fatihah
-Baca mana-mana surah (Ad-Dhuha)
- Tahiyyat Akhir dan beri salam.
Setelah selesai Dhuha amalkan DOA ini.
“Ya ALLAH, sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha MU, kecantikannya adalah
kecantikkanMU, keindahannya adalah keindahanMU, kekuasaannya adalah kekuasaanMU,
perlindungannya adalah perlindunganMU. Ya ALLAH, jika rezeki kami di langit, turunkanlah,
jika dibumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh,
dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikkanMU, keindahanMU, kekuatanMU, dan
kekuasaanMU. Limpahkanlah kepadaku segala telah engkau limpahkan kepada hambahamba-Mu yang soleh”
Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalirkan air mata kita mengharapkan rezeki
daripada ALLAH SWT.
4
FORMULA 25: CARA BERHADAPAN dengan MASALAH
Setiap MANUSIA mempunyai MASALAH,
BESAR atau KECIL, bukan persoalannya,
hanya perlu BERSABAR dan BERGEMBIRALAH.
Jangan berhenti berfikir mencari
IDEA,
CARA,
dan BERDOA
untuk mencari penyelesaiannya.
Jangan berasa TERTEKAN,
JIKA saya ada masalah, saya akan duduk diam dan membaca buku,
berkurung di dalam bilik untuk
memuhasabah mencari kesalahan dan dosa diri sendiri,
maka perbanyakkan istighfar, selawat
sambil makan aiskrim. 
Kemudian, saya akan SENYUM depan cermin lebar-lebar. :D :D :D
comeiii. hehehehe...
Ingat satu perkara, orang yang berjaya ialah orang yang pernah gagal dan melalui banyak
cabaran dan dugaan terlebih dahulu. Proses-proses setiap orang yang akan berjaya adalah
semula jadi sebegitu, bertenang dan teruskan usaha supaya kita dapat belajar sesuatu dan
bertindak. Tidak perlu bersedih dan fikirkan pandangan orang lain. Jika mereka boleh
membantu kita menyelesaikan masalah adalah lebih bagus, jika hanya mahu menambahkan
masalah, abaikan mereka. Jangan biarkan aura negatif menguasai diri. Jauhkan diri daripada
mereka yang sebegini. Pupuk diri dan berkawan dengan mereka yang beraura POSITIF
sahaja.
5
FORMULA 26: CARA BERKOMUNIKASI YANG BETUL
Apabila kita sedang berkomunikasi atau marah dengan seseorang,
Jangan mencari SALAH tapi carilah cara hendak menyelesaikan MASALAH.
Maksudnya di sini ialah:
Apabila bercakap, jangan kita masukkan unsur-unsur NEGATIF dalam kata
atau ayat yang boleh membuatkan orang sakit hati apabila mendengarnya.
Sudah elok-elok orang itu tertekan, jangan ditambahnya lagi tekanan itu.
Dengarlah sampai habis dahulu apa yang hendak diperkatakan,
Kemudian barulah kita menyampuk atau mencelah.
Beri laluan kepada mereka untuk menghabiskan bicaranya.
(untuk mengelak salah faham)
Selepas itu, baru ambil atau beri pengajaran terhadap situasi tersebut,
apa yang dapat atau boleh dipelajari?
Setiap daripada kita mempunyai masalah, jika tiada masalah, bukanlah kehidupan,
FAHAMI MASALAH ITU, CARI PENYELESAIANNYA SECARA BERSAMA.
Orang yang tengah bermasalah, (marah sedih, serabut DLL)
jangan ditambah masalah dan bebanan dengan bebelan kita.
Perumpamaannya ialah:
API LAWANNYA AIR,
BUKAN API DITAMBAH LAGI DENGAN MINYAK,
NANTI LAGI KUAT APINYA.
Orang yang tengah marah,
Sejukkanlah dia dengan KATA-KATA yang positif.
Pujuk, tenangkan mereka atau lebih baik diam sahaja.
INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENANGANI MASALAH SECARA PROFESIONAL.
"Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang
yang melakukannya"
(HR Muslim).
6
FORMULA 27: DI MANA LETAKNYA DOSA?
Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property
developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya. Pengarah
syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi
projek sebuah rumah.
Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek
rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya
adalah hadiah majikannya kepada nya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana
tidak di 'Design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Pengajarannya:
Sebenarnya, ini lah yang terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak.
Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan
sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yang sangat-sangat
memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' &
membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka
tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik akan berbaloi lah hasilnya.
7
Renungan Bersama...
TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?
Sabda Rasulullah ‫ و س لم ع ل يه هللا ص لى‬: Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang
sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua
bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat
AtTabarani dengan sanad yang sohih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam
kitabnya ‫ال صح يحة األح ادي ث س ل س لة‬.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud
mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.
8
FORMULA 28: SEDEKAH MENUTUP 70 PINTU BALA
[Sedekah menolak 70 Pintu BALA]
Rasullullah: " Sedekah seseorang yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan"
Sedekah yang dibuat oleh seseorang itu akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan 4 jenis
pembalasan iaitu:
1) Satu sedekah yang akan dibalas 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir
miskin
2) satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum
keluarga dan sanak saudara.
3) Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada
sahabat handai dan teman-teman.
4) Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada
para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
p/s: Yakinlah rezeki itu daripada ALLAH SWT.
(Ustaz Fathuri Salehuddin (Mudahnya Menjemput rezeki)
9
FORMULA 29: SUKA BERSANGKA-SANGKA
~Sifat manusia yang sangat SUKA bersangka-sangka~
~ Orang baik disangka Jahat
- mana tahu dia sedang bersangka baik pada kita.
~ Orang beri nasihat disangka mengejek atau menyindir
-mana tahu dia sedang menasihati dirinya sendiri.
~ Orang masam disangka merajuk
- mana tahu dia sedang mengenangkan dosa-dosanya.
~ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
-mana tahu dia sedang mengatakan yang baik-baik sahaja.
~ Orang diam disangka menyendiri
-mana tahu dalam bersendiri dia sedang beristigfar dan mengingati ALLAH.
~ Orang menawan disangka pakai susuk
-mana tahu dia sentiasa berwuduk dan menjaga tingkah laku.
~ Orang nampak ceria disangka membela
-mana tahu dia senang hati dan sedang bahagia kerana menjaga SYARIAT ALLAH.
"wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan supaya kau tidak
menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya, sebahagian daripada sangkaan itu
adalah dosa" surah al-hujaraat, ayat 12.
Berhenti berbohong. Berkata jujurlah sekalipun yang mendengarnya merasa amat pahit.
kita tidak dapat memaksa orang lain berbaik sangka kepada kita, tetapi kita boleh melatih diri
kita berbaik sangka pada orang lain.
10
FORMULA 30: WUDUK ZAHIR DAN BATIN
WUDUK ZAHIR dan BATIN
------------------Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia
selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu'
dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku
berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap
bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
11
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku
faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik
bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah
Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
(Dipetik daripada Mohamad Saiful)
12
FORMULA 31: MEMBERI itu LEBIH BAIK daripada MENERIMA
Kita jangan fikir bahawa orang yang BERNIAGA produk macam-macam itu
Sebagai orang KAYA atau banyak DUIT.
Sebenarnya dia lebih miskin daripada si pembeli.
Di dalam dompet mungkin hanya ada seringgit sahaja,
Siapa tahu?
Susahnya dia berniaga tiada siapa tahu.
Iklan sana, Iklan sini, tapi tiada pelanggan yang tersangkut,
Tiada duit masuk pun, adakah orang yang mengambil tahu?
Mereka hanya nampak dia jual itu, dia jual ini
MAKAnya, dia banyak masyuk dan banyak duit.
KITA SILAP SEBENARNYA.
Dia mungkin orang yang paling terdesak berbanding kita,
Dia mungkin orang yang paling pening memikirkan kaedah untuk mendapatkan rezeki,
ada seorang kawan lama yang menegur saya,
"wah kaya erk sekarang, berniaga macam-macam... bila boleh belanja"
Saya: “Aamiinn mohon diperkenankan doa kamu supaya saya jadi orang kaya... “
kaya harta dan kaya hati…”
dan kamu ada buktikah saya sudah kaya raya?
Duit saya ada berapa banyak dalam bank kamu tahukah?
Saya berniaga macam-macam tidak bermakna saya banyak duit.”
jangan nilai kesenangan orang berdasarkan luaran kasar yang kita nampak.
Dan kita jangan sesekali meminta orang lain untuk belanja kita,
tapi kitalah yang perlu menawarkan diri kita untuk belanja orang.
Memberi itu lebih baik daripada menerima.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada
tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaikbaik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa
yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang
merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
13
FORMULA 32: UCAPAN PALING DISUKAI OLEH ALLAH
Empat ucapan yang paling disukai Allah Taala dan ganjarannya amat besar!
1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap
satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).
2) Barangsiapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan
Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan
(dosa).
3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta
menghapuskan 20 keburukan (dosa).
4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah.
Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30
keburukan (dosa).
14
FORMULA 33: CERITA POKOK dan MANCIS
Cerita Pokok dan Mancis.
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat
membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu, setiap kali ada
gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita
tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.
Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku.
Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa
diri kita.
Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang
berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa
sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan,
setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. SUBHANALLAH.
(Affandey Alias)
15
FORMULA 34: BANGKIT dan BERLARI KEMBALI
jika kita sedekah duit, maka duitlah kita dapat
jika kita sedekah ilmu, maka ilmulah kita dapat
jika kita sedekah emas, maka emaslah kita dapat
jika kita sedekah beras, maka beraslah kita dapat
Azizan Osman.
“Tahun lepas, saya pun down. Dunia dirasakan gelap gelita. Bukannya sebelum ini saya tidak
pernah down dalam membuat bisnes. Tapi kali ni, rasa impaknya sangat besar. Saya disabotaj
oleh business cina. Perniagaan lingkup. Tiada pelanggan. Duit sudah banyak habis. Emas yang
ada sudah digadai. Hari-hari saya hanya berkurung di dalam bilik. Tidur,tidur dan tidur. Tidak
mahu berjumpa dengan orang. Beberapa bulan saya berkelakuan sebegitu. Jika rajin dan ingat
Allah saya akan buat solat hajat dan Solat dhuha.saya minta sungguh-sungguh. Menangis
teresak, habis keluar air mata, air hidung sampaikan tiada suara usah cakaplah. Selepas
beberapa bulan kemudian, ada suara kecil yang membisikkan kepada saya,
" smpai bila ko nak hidup macam ni?" " macam mana ko nak capai impian-impian ko kalau ko
terus give up? " Dan macam-macam semangat lagi datang dari hati kecil saya.
Perlahan-lahan saya bangkit. Saya bangun awal. Mandi. Solat subuh. Mulakan dengan perbaiki
keadaan sekeliling. Perlahan-lahan keluar rumah dan bergaul dengan orang yang positif.
Tiap kali saya bangun pagi, saya akan senaraikan apa yang perlu saya syukuri. Nikmat Allah.
Kemudian, barulah hidup saya mula berubah. Apabila kita bersyukur, Insyallah Allah akan
tambahkan nikmatNya dan bantu kita keluar dari kebuntuan.
Dan sekarang, hidup saya 360 darjah berubah. Apa yang saya impikan dah banyak saya capai.
Perniagaan lalu banyak mengajar saya erti ikhlas dan kebergantungan pada Allah. Apa itu
konsep memberi dulu baru menerima. Konsep kongsi rezeki. Konsep berniaga untuk
menambah nilai hidup org lain. Konsep menyelesaikan masalah org lain.
Masa suci Allah. Andai saya tidak jatuh tahun lepas, Mana mungkin saya kuat untuk hadapi
semua ini Untuk berdiri teguh pada hari ini.
Kalau kena tipu, itu biasa dalam perniagaan. Sedangkan dalam kehidupan biasa pun ada juga
kita ditipu.
16
Rugi? Saya pernah rugi ratusan ribu ringgit. Dengan ramai orang. Dengan kawan baik sendiri
pun ada. Tapi, saya anggap itu balasan adalah daripada Allah. Mungkin ada yang kita buat tidak
diredai, tidak diberkati, contohnya : zakat kita tidak bayar. Oleh itu, Allah tarik rezeki kita
secara perlahan-lahan atau tiba-tiba.
Bersyukurlah wahai teman masih ramai yang memberimu sokongan ketika tersungkur dan
rebah.
Bersyukurlah wahai sahabat Allah masih menyayangimu keran itu diberikan UJIAN. Orang yang
HEBAT terhasil daripada USAHA yang BERAT.
Bersyukurlah.
Bangkitlah.
Nescaya, kamu pasti mengenang saat ini indah sekali selepas kamu bangkit dan berlari
kembali!
Oleh Nur Hidayah (Cahaya Petunjuk (https://www.facebook.com/hubbulillahiyah).
17
FORMULA 35: BELILAH MESKIPUN TIDAK PERLU
Jika anda jumpa mana-mana
Pakcik
Makcik
Yang menjual
Kerepek
Keropok
Alquran/buku
Tisu
Buah
Dll
Dijalanan, dari kereta ke kereta,
Belilah meskipun kita tidak perlu
Mereka bukan pengemis yang meminta-minta
Mereka berdagang dengan usaha
Meskipun usia tidak lagi muda.
Jangan sesekali menolak. Bantulah dengan niat sedekah.
Jika benar-benar tidak mampu membeli, gantikan dengan sedekah ikut kemampuan, RM1,
RM2 dll sebagai upah penat lelah mereka berniaga.
Dengan membantu insan-insan ini,
InsyaALLAH ALLAH berikan ganjaran sedekah pada bila-bila masa tanpa disangka-sangka.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sayangilah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan disayangi oleh makhluk yang berada
di langit”
(Riwayat Tabrani)
18
FORMULA 36: THE POWER OF SABAR
Sebelum kalian membaca kisah Mohd Afeandi dan isterinya ini, beliau, mahu menanyakan
sesuatu soalan kepada anda semua. Apakah perasaan anda apabila anda membuat pesanan
(order) barang di online dan barang tersebut sangkut selama beberapa minggu lamanya?
Stress, bengang, marah, tidak puas hati ATAU relaks , tenang dan sabar?
Baca kisah selanjutnya di bawah oleh saudara Mohd Afeandi:
Berdasarkan soalan di atas, yang mana satukah perasaan yang sedang anda rasakan? Marah
atau bertenang? Saya masih ingat, sewaktu ketika dahulu, kami suami isteri menjadi stokis
untuk salah satu produk yang sedang meletup pada tahun 2012. Dengan permintaan yang
begitu deras dan laju telah menyebabkan kami terpaksa huru-hara pada kali pertama yang
mana telah menyebabkan ramai ejen kami pada waktu itu ‘bank in’ duit dengan begitu cepat,
laju, semata-mata untuk mendapatkan stok paling awal.
“Wahhh.. pada masa itu dirasakan dunia sememangnya semua indah-indah belaka. Duit
berkepok-kepok dapat! Dengan jumlahkan semua duit ejen dan kami terus membuat
tempahan pesanan barang yang agak banyak iaitu sebanyak lebih kurang berjumlah RM
12,000.
Setelah lama kami menunggu kemas kini ‘update’ daripada owner produk berkaitan “bilakah
stok produk yang dipesan boleh kami ambil” Kami menunggu, tunggu dan tunggu sehingga satu
tahap, kami menunggu hampir satu bulan lamanya, sebarang ‘updated’ tidak pun di dengari
daripada pihak pembekal. Hal ini telah menimbulkan rasa marah, rasa kecewa dalam diri kami
kerana kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Blurr, tiada khabar berita.
Ejen-ejen sudah mula meminta ‘refund’ wang mereka masing-masing. Kami dengan berat hati,
rasa kecewa terpaksa memulangkan semula duit mereka semua. Hal ini menyebabkan kami
terus menerus membuat desakan kepada pengeluar produk tersebut dengan bertegas bahawa
“jika tidak memulangkan wang kami, satu laporan polis akan di buat.”
Setelah itu, kami berjaya mendapatkan kembali wang dalam masa yang telah di janjikan. Apa
yang telah terjadi dengan duit yang kami dapat tersebut?
19
Makanya dengan wang tersebut, kami telah:
1- Buat dan hasilkan produk sendiri, kena tipu.
2- Kena tipu sebanyak lebih dari RM 10,000.
3- Macam-macam perniagaan dan produk kami buat, semua akhirnya tak menjadi.
Dengan perjalanan cerita di atas, apa yang saya nak kongsikan adalah jika ada sesuatu yang kita
tidak tahu apa yang sedang berlaku, haruslah dan lebih baik kita bertanya kepada tuan punya
atau pihak berkaitan daripada kita terus meluahkan perasaan marah dan tak puas hati kita
tanpa bertanyakan hal sebenar. Jika tidak, dengan rasa marah, rasa sakit hati itu kelak akan
membuatkan kolam jiwa kita keruh, makin keruh dan keruh menyebabkan takungan positifnya
melimpah keluar. Dikuasai kebencian.
Kini, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH, walaupun situasi atau keadaan yang hampir sama
berlaku kepada kami berdua, namun kami tidak lagi melatah, cepat marah, sekarang kami lebih
pandai mengawal keadaan dan berjaya mengawal emosi sendiri hasil pengalaman lepas. Pada
kami, suami isteri cabaran kali ini adalah lebih hebat berbanding pada tahun 2012 dahulu
kerana pada masa itu, kami:1- Tidak ada ilmu yang betul.
2- Tidak tahu siapa mentor yang boleh mengajar kami tentang perniagaan yang betul.
3- Ego, rasa bangga dan berlagak sendiri menguasai diri.
Sekarang ini, sangat-sangat bersyukur, dengan berkat kesabaran dan fokus, pelbagai
penghargaan telah kami terima dan yang sangat menyentuh hati kami adalah penghargaan
yang diberikan oleh Pengasas Precious Sara iaitu hadiah berupa pakej bagi mengerjakan umrah
dalam masa terdekat ini.
Berdasarkan pengalaman perniagaan ini, apa yang ingin saya kongsikan ialah, Jika kita berada
di dalam situasi yang mencabar mental dan emosi, hanya dengan SABAR dan solat sahaja yang
akan dan boleh membuatkan hati kita semakin tenang. Oleh itu, kesimpulannya, kepada yang
di luar sana, banyakan sangka baik kepada orang lain, bertenang dan banyakan SABAR. THE
POWER OF SABAR perlu dipegang setiap masa. ALHAMDULLILLAH.
Oleh Mohd Afeandi Haron (https://www.facebook.com/fendi2104?fref=ts)
20
FORMULA 37: PEMBUAT KEPUTUSAN
Hendak menjadi seorang pembuat keputusan bukanlah satu tugas yang mudah.
mereka memerlukan...
1)Ilmu
2)Pengalaman
3)Pandangan orang lain
4)Berfikiran terbuka
5)Tegas
Walaupun begitu, janganlah kita menjadi seperti lalang,
Orang cakap macam itu, kita ikut situ.
Orang cakap macam ini, kita ikut sini.
Jadilah seorang yang tegas apabila membuat keputusan dengan kebijaksanaan yang ada.
hanya dengan demikian sahaja mereka-mereka tidak akan berani memperlekehkan kita.
kita hendaklah YAKIN dengan kebolehan diri sendiri dan
keputusan yang dibuat hendaklah dengan sebab dan ilmu yang kukuh!!
Sebaik-baik keputusan ialah keputusan yang mendatangkan manfaat kepada semua
dan yang paling utama setiap kali setelah atau sebelum membuat sesuatu keputusan
hendaklah kamu beristiqarah kepada ALLAH terlebih dahulu.
21
FORMULA 38: TIPS ILMU YANG MELEKAT
1) Perbetulkan niat terlebih dahulu.
Pergi menuntut ilmu kerana ALLAH.
“Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerananya, ketika
niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu
buruk”- Imam An Nabawi
2) Lapangkan HATI.
bersihkan hati dari segala sifat mazmumah.
3) Buka minda dan fikiran luas-luas.
Kosongkan daripada pemikiran negatif.
Inilah amalan yang selalu saya amalkan
dan InsyaAllah setiap apa yang saya dengar dan tulis saya dapat hadam sepenuhnya
dan ILMU itu akan melekat, meresap ke dalam hati dengan baik.
Dalam kamus hidup saya,
tak pernah ada istilah TERLAMBAT atau TERCEPAT.
kerana
setiap yang berlaku pasti ada HIKMAHnya...
hendak BERJAYA tidak semestinya menjadi yang TERAWAL...
menjadi yang TERLAST minit pun boleh berjaya (p/s: jangan amalkan pula)
ORANG yang berjaya ialah MEREKA yang bijak mengambil PELUANG bilamana ada
kemahuan.
JIKA ada KEMAHUAN di situ ada PELUANG dan RUANG.
22
FORMULA 39: MALU APABILA MELAKUKAN KESALAHAN?
Andai kita sudah tersasar jauh melakukan kesalahan,
tersalah dalam membuat pilihan,
janganlah berputus asa mencari pulang
ke jalan yang diredhai ALLAH SWT.
Sesungguhnya USAHA yang dilakukan untuk berubah
ke arah kebaikan akan dibayar
dengan ganjaran yang berganda oleh Allah SWT.
(petikan daripada buku benar tapi pelik :104)
kepada yang membaca,
Janganlah kita sesekali memandang rendah,
mengejek kepada seseorang yang ingin berubah
ke arah kebaikan sedangkan dia lebih mulia daripada kita
sekalipun dia pelaku maksiat sebelumnya.
Baiki diri kita sendiri sebelum menuding jari mencari salah orang lain.
Kenapa hendak malu jika kita pernah melakukan kesilapan atau kesalahan?
Belajarlah daripada kesilapan tersebut. Lumrah dan tabii manusia itu sendiri
1)
2)
3)
4)
tidak sempurna,
pelupa,
tidak sabar,
tidak berhati-hati dan sebagainya.
“Belajar dari Kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain
membuatmu bijaksana”
23
~Jika ada antara mereka yang tidak faham kita TERANGkanlah bukannya ketawakan dia
~Jika ada antara mereka yang tidak betul kita NASIHATkanlah bukannya umpatkan dia
~Jika ada antara mereka yang tidak tahu kita TUNJUKkanlah bukannnya dimarahkan dia
~Jika ada antara mereka yang tidak jelas, kita JELASkanlah bukannya dirumitkan dipeningkan
lagi dia
~Jika ada antara mereka tidak mampu, belajar BERUSAHA semampu mungkin bukannnya
dimanjakan diri dia
~Jika tak percaya? renungkan kata-kata ini.
“Orang yang Ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya”Habib Ali Zainal Abidin.
Dari Muaz bin Jabal r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah
bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya (orang yang memalukan orang itu)
sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut (dosa yang sama yang dia buat
pada orang).
24
FORMULA 40: DIAM itu EMAS, BERKATA BAIK itu BERLIAN
Jagalah lisan,
diam lebih selamat daripada banyak bicara.
Banyak bicara mengeraskan hati,
kurang wibawa, banyak salah dan dusta.
Orang yang takut Allah, sangat bagus tutur katanya (QS 33;70).
Rasulullah bersabda, "Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
hendaklah berkata baik, benar, jujur, sopan, santun, mulia,
kalau tidak, lebih baik diam".
Diam itu emas tetapi bicara baik itu berlian.
Sungguh banyak yang kuat berpuasa menahan lapar haus saat puasa,
tetapi sangat sedikit yang kuat puasa menahan banyak bicara.
25
FORMULA 41: KEHEBATAN ZIKIR AL-WAHHAB
Kehebatan zikir ini sangat menakjubkan Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Rahsia
kehebatan zikir ini baru saya sedar. Di usia saya yang sentiasa bertambah, saya mahu menggali
infos-infos yang saya pernah tahu tapi tak berapa nak ambil tahu. Perjalanan hidup kita tidak
selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira, ada masa rasa murung, tapi kena setkan otak –
“tidak mahu melayan cas –Ve” – Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya: AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke
atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas
setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan
kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di
sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan
datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,
insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah
ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
3->Mencari pekerjaan Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah
dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan
mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan, jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk
membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam
setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan
membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah
dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan
hutang akan dapat dilangsaikan.
26
5->Menjauhi kelaparan Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, insya Allah anda
tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan
anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, insya Allah.
7->Membebaskan diri Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,
bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di
tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk
permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama
inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
Dipetik daripada Badrun Amin “Sharing”.
27
FORMULA 42: ALLAH TEMPAT BERGANTUNG
Semasa semester akhir universiti... (zaman ambil Master)
setiap pelajar masing-masing sedang bergelut menyiapkan TESIS.
Tapi saya? Bergelut dengan PENYELIA.
Tesis satu muka surat pun tak tulis-tulis lagi.
Masa tamat pengajian tinggal 3 bulan sahaja lagi.
BERPERANG sehingga hendak dibuang UNIVERSITI.
Boleh kamu bayangkan tak?
NAK DIBUANG UNIVERSITI??
Kerana melawan cakap LECTURER.
Saya tidak mahu burukkan bekas penyelia saya.
Biar tuhan sahaja tahu apa yang saya LALUI dengannya.
SANGAT PERIT, SANGAT PAHIT.
rasa nak BOM kereta dia pun ada masa itu. (Huhuhuhu jahatnya saya)
Pada masa itu, saya baru lepas berpisah dengan kawan baik saya, BFF lah konon.
Kami berkawan selama 5 tahun. Tak pernah berpisah. Ke mana-mana pasti berdua.
kalau ada saya, adalah dia. Begitulah ibaratnya hubungan kami.
TAPI, disebabkan satu salah faham, hancur semuanya.
Tinggallah saya seorang diri, meneruskan perjuangan akhir tanpa dia di sisi.
SANGAT PEDIH, SANGAT PILU, NAK GILA PUN ADA.
Tapi saya dah maafkan dia. Saya sangat sayangkan dia.
walaupun LUKA itu masih ada.
Dengan kesempitan WANG, dengan masalah KESIHATAN, saya cari KEKUATAN dengan DOA.
Memohon kepada ALLAH permudahkan segalanya. Saat saya buntu,
Saya renung penuh sayu, penuh kasih sayang, wajah kedua IBU BAPA saya yang banyak
berkorban.
KAMI orang MISKIN.
Tak sanggup saya nak HANCURKAN harapan MEREKA.
Walaupun badan saya pada masa itu dah tak KUAT lagi,
Masuk hospital ditahan WAD tak tahu kali ke berapa, dah tak boleh nak dikira.
Saya sendiri sudah lupa.
JARUM masuk KULIT saya sehingga kebiru-biruan dah tak terasa sakitnya suntikan ubat.
28
Berkat DOA pagi, petang, siang dan malam,
ALLAH hantarkan PENYELIA baru buat saya.
INSAN-INSAN tersayang yang memberi kekuatan dan semangat.
Sang PENYELIA yang saya tak kenal hati budinya.
Dia hanya pernah mengajar saya satu SUBJEK sahaja sepanjang 5 tahun saya di UKM.
Sangat seksa dan sangat kekok pada mulanya. Tapi saya tahu,
saya masih ada masa nak kejar siapkan TESIS, walaupun masa cuma tinggal lagi 3 bulan.
Saya pegang pada kata-kata,
"TIDAK ADA BENDA MUSTAHIL DI DALAM DUNIA INI JIKA ALLAH MENGHENDAKINYA
TERJADI".
Dari situ, saya kuatkan SEMANGAT, kuatkan HATI, kuatkan IMAN,
YA AKU BOLEH!!! ALLAH ada.”
Suatu hari, PENYELIA memberitahu saya,
"Nora...awak ada masa 3 bulan sahaja lagi... jangan putus asa..."
Dia senyum...dan sambung lagi kata-kata "saya bantu awak ok".
Bercucuran air mata saya depan beliau. TERHARUNYA... T_T tapi... awak kena fahamlah..”
Dia menyambung lagi katanya, "disebabkan ini semester awak yang terakhir,
saya tidak boleh beri GRED A walaupun sebagus mana pun TESIS awak, sebab dah lebih LIMIT
masa”. Saya cakap pada dia "tak mengapalah doktor, saya cuba sedaya upaya saya, supaya
saya tak DAPAT GRED "E" dan saya boleh KONVO...” “saya bukan buat untuk diri saya tapi,
untuk ma ayah saya.”Itu pun saya dah syukur sangat.”
Bekerja dengan BELIAU sangat-sangat DISIPLIN. PARAH rasanya,
tapi saya suka, sebab dia sangat prihatin.
Banyak bagi semangat pada saya,
tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati saya.
29
Saya bekerja keras, pergi LIBRARY sehingga larut malam.
Pukul 11 malam, berjalan kaki seorang diri balik ke kolej kediaman.
Jalan yang gelap gelita itu hanya bertemankan ALLAH.
Tiada kawan baik disisi.
Saya rasa hati saya sangat damai pada waktu itu.
tenangnya, SETENANG alam MALAM.
HARI terakhir PULUN tesis, saya jatuh sakit. Demam teruk.
Batuk berbulan-bulan. PENYELIA saya pun dah risau. “Nora awak boleh teruskan ke tidak ni?”
Saya cakap saya boleh. Saya tahu saya boleh.
Pada hari perbentangan (VIVA).
Hari yang paling digeruni MANUSIA bergelar mahasiswa mahasiswi UNIVERSITI.
Saya dah nak pitam pada waktu perbentangan, sebab batuk saya tak berhenti-henti.
PENSYARAH yang ada di dalam bilik itu menyuruh saya meneruskan sesi perbentangan dalam
keadaan duduk sahaja. Jangan bergerak sangat. Kerana mereka risaukan keadaan saya.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba,
Saya tamat dengan JAYANYA,
Di hadapan penyelia dan pembaca kedua yang saya KASIHI,
dengan bangganya menganugerahkan tesis saya GRED A.
ALHAMDULLILAH.
saya sendiri tidak percaya... T_T
(Nora Yusof)
30
FORMULA 43: MANUSIA YANG MUFLIS DI AKHIRAT
SIAPAKAH?
iaitu, KAMU yang:
1) MENGUMPAT,
2) MENGATA,
3) BERBURUK SANGKA,
kerana,
setiap kali KAMU mengumpat, mengata yang tidak baik tentang saudaranya di belakang, yang
apabila saudara itu mendengarnya boleh mendatangkan marah, sakit hati dan sebagainya.
MAKA semua PAHALA AMAL jariah yang dikerjakan kamu selama hayat diberikan kepada orang
yang diumpatkan itu.
di akhirat sana pula,
katakanlah kamu mengumpat terhadap ramai orang, orang itu, orang ini,
habis semua pahala kamu disedekahkan kepada mereka,
bila dah habis pahala, kamu nak bagi apa lagi pada mereka?
JADI, kamu kena pikul pula dosa mereka..
Buatnya dosa mereka itu dosa seperti membunuh, tinggal solat dan sebagainya, ALLAHURABBI,
kamu bayangkanlah sendiri berapa lama kamu nak tinggal di dalam NERAKA?
“Ada sebuah kisah di mana..seorang hamba Allah S.W.T datang menghadap Allah
S.W.T..apabila tiba waktu menghisab amalan..lalu dia terkejut...Ya Allah dari mana
datangnya pahala yang begitu banyak..sedangkan aku tidak pernah beramal...lalu Allah
S.W.T..berkata ini adalah pahala dari orang yang mengumpat akan keburukkan mu".
31
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab:
"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku
ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat
dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti,
memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat,
orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis
(diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak
berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu
kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam
neraka.”(Riwayat Muslim).
Kalau orang menuduh kita dalam sesuatu perkara yang kita tidak terlibat, janganlah membalas
tuduhannya, (walaupun kita mengetahui yang dia yang sebetulnya terlibat) kerana dia yang
akan menanggung dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu
dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas
mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, nescaya dosanya kembali kepadanya dan
pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)
Jikalau telah melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini
agar tidak muflis di sana.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung
sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan
kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta
orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum
datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;
bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu
sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula
tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan
kesalahan itu ke atasnya."
32
FORMULA 44: CARA MEMBUANG RIAK
“DOSA dapat DIHAPUSKAN dengan TAUBAT
PAHALA dapat DIHAPUSKAN dengan RIAK!”
Cara membuang RIAK dari hati kita ialah:
membuang kata "AKU" dalam diri kita.
Kenapa dengan AKU?
Buanglah kata-kata
"AKU lah buat itu buat ini"
"kerana AKULAH benda ini jadi begini begitu"
"tanpa AKU kau tidak akan menjadi begini begitu"
dan banyak lagi "AKU" dalam diri kita bukan?
makanya mulai hari ini, buanglah "AKU" itu
dan gantikan dengan "ALLAH".
kerana " ALLAH lah menjadikan begini begitu"
kerana "ALLAH lah aku pandai begini begitu"
kerana "ALLAH lah aku menjadi begini begitu"
dan banyak lagi.
33
[Perbanyakan baik sangka]
Menilai, Menghukum, Menentukan DOSA PAHALA seseorang BUKAN TUGAS manusia.
Katakanlah kita nampak, kita rasa, kita lihat, kita dengar, seorang hamba Allah itu sedang
>menunjuk-nunjuk ilmunya,
>menunjuk-nunjuk keretanya,
>menunjuk-nunjuk rumahnya,
>menunjuk-nunjuk kejayaannya,
>menunjuk-nunjuk kebahagiaannya,
Kita rasalah seolah-olah dia sedang riak kan?
“Apa dia ni menunjuk-nunjuk ini kan?”(dalam hati)
Sukahati kita sahaja kan cakap orang riak, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. -_Sedangkan sebenarnya si dia tidak langsung berniat untuk menunjuk-nunjuk. Berkongsi
kegembiraan mungkin. Melainkan dia ada unsur merendah-rendah dan menghina orang yang
lebih bawah daripadanya dalam percakapan dan perbuatannya. (Jika ada, memang betul
dipanggil riak). Jika TIADA? Kenapa tidak kita tukar sangka baik dan minda kita menjadi positif
seperti ini:
 Ya Allah aku senang melihatnya senang (Tanda orang beriman)
 Mungkin dia mahu aku terinspirasi dengan kejayaannya. Yeah!
 Aku mesti berjaya sepertinya.
 Mungkin dia mahu mengajak aku melakukan ibadat bersama-sama. (kita nampak dia sedang
solat Dhuha di hadapan kita, tapi kita sangka dia sebagai hendak menunjuk-nunjuk, daripada
bersangkaan begitu, (menambah dosa), kenapa tidak kita sertai sahaja dia berDhuha bersamasama?) Bukankah itu lebih baik? Fikir-fikirkanlah.
Tidak cemburukah kita terhadap amalnya yang lebih banyak daripada kita?
Mereka berlumba-lumba memperbanyakkan amal, tetapi kita sibuk menilai amal orang. Amal
kita sendiri ntah ke mana-mana.
Pilihlah untuk lebih melihat kebaikan yang dibuat orang berbanding kita menaruh sangkaan
buruk bahawa mereka sedang menunjuk-nunjuk. Tipu daya syaitan memang ada di manamana. Jangan jadikan hidup kita rugi. Bergembiralah dengan kesenangan orang walaupun kita
tidak senang. (Ciri-ciri orang beriman).
Tanyalah hati. Kita siapa nak pandai-pandai cakap orang berlagak dan sebagainya? Nilaian hati
itu hanya milik ALLAH sahaja. Jangan menghukum, Jangan mengutuk. Ingat mengingati itu lebih
baik.
Cukuplah bagi si fulan itu ALLAH sahaja menilainya- (HR MUSLIM)
Nora Yusof.
34
FORMULA 45: PENDENGAR YANG BAIK
Jika tidak mampu menyelesaikan masalah orang lain,
Jadi pendengar yang baik yang menenangkan jiwa pun sudah memadai,
Jangan ditambahkan lagi kerisauan,
beban orang yang didengarkan masalahnya itu,
Sama halnya dengan budak-budak atau kanak-kanak,
remaja, dewasa, perempuan atau lelaki.
Apabila mereka melakukan kesalahan,
jangan dimarahkan mereka,
tapi tanyakan ‘kenapa’ dia melakukan kesalahan itu,
dengarkan dahulu cerita dia.
Dengar dengan teliti,
Beri fokus kepadanya.
Perhatikan riak wajah dan nada dia bercakap,
Dia keresahan ke?
Dia kerisauan ke?
Dia rasa bersalah ke?
Ini tidak, Sebaliknya, apabila sesuatu itu berlaku, kita terus serbu marah-marah mereka seperti
ucapan lazim di bawah:
"ha padan muka kau buat lagi"
"sape suruh kau buat macam itu macam ini, tanggunglah sendiri"
"kan dah cakap jangan buat ini itu (dalam keadaan marah dan menekan)
"masalah kau, selesailah sendiri, sape suruh cari penyakit"
sape suruh bodoh sangat bagi kat orang wat pe"
dan banyak lagilah.”
Apabila kita bertindak begitu, orang yang hendak bercerita masalah mereka pun tidak jadi
bercerita terus. Lain kali pun mesti pendamkan cerita itu seorang diri. Sudah malas hendak
bercerita lagi.
Kadang-kadang, seseorang bertindak begitu sekadar memerlukan perhatian daripada
seseorang, supaya mengambil berat, mengambil tahu perihal dirinya.
Mereka bukan mahukan sesuatu atau apa-apa, cuma memerlukan orang lain mendengar
masalah, mendengar dia bercerita, memberikan ketenangan, bersama-sama mencari jalan
selesai dan sebagainya.
Nora Yusof.
35
FORMULA 46: BERSYUKURKAH KITA?
Sedang enak menghirup udara segar di taman permainan,
Datangnya seorang pemungut sampah,
ku perhatikan tindak tanduknya,
menyelongkar bakul-bakul sampah,
mencari tin-tin kosong, botol-botol kosong,
sang tua itu senyum padaku,
aku senyum kembali
setiap sudut bakul sampah diintainya,
penuh debu, penuh kotoran di tangan dan bajunya,
belum termasuk lagi bau yang sangat kurang menyenangkan,
melihatnya...merenungnya... kuatnya dia...
tatkala itu pekerjaannya demi mencari rezeki yang halal,
dia masih lagi mampu tersenyum...
bersyukurkah aku? SUBHANALLAH~!!
KEMUDIAN... masuk pula lori sampah...
ku renung lagi pekerja-pekerja itu...
Ada lima orang semuanya...
semuanya hitam-hitam,
kelihatan gigi dan matanya sahaja ku lihat..
mataku yang sedia sepet,
menjadi makin sepet melihat mereka
tekunnya mereka ALLAHUAKBAR..
masih mampu bergelak ketawa bersama rakan,
ntah apa yang dibualkan pun tidak tahu,
kuatnya mereka sedaya mampu menahan
bau-bau WANGI sampah yang pelbagai aroma,
melihat buruh-buruh ini...
bersyukur aku? ASTARFIRULLALLAH~!!
tanpa jasa mereka apa adanya dengan kita??
pekerjaan mereka lebih mulia dari segala yang mulia...
Apabila melihat mereka ini, makanya marilah kita sama-sama bersyukur.
sesungguhnya sangat sikit sekali rasa syukur yang ada dalam dada manusia.
Bersyukur bukan sekadar lafaz semata-mata, tetapi perlu diiringi amal makruf nahi mungkar.
ALHAMDULLILLAH - segala puji hanya bagi ALLAH
NoraYusof
BEST KAN??? Semakin tenang dan
senang hati pembaca insya-Allah.
SANGAT
MENYENTUH
JIWA.
Alhamdullillah, Semoga anda beroleh
manfaat yang banyak daripadanya.
NAK BACA LAGI? Teruskan sambungan
yang lebih menarik di MODUL 3 iaitu siri
REZEKI TERUS MELIMPAH RUAH yang
dimasukkan kisah-kisah jutawan yang
berjaya yang sangat membuka jalan
kepada rezeki semakin luas. TIPS-TIPS
pantas rezeki yang mampu menyentap
setiap hati yang membaca dan
pendorong untuk terus bertindak
pantas. InsyaALLAH.