Newsletter Edisi 20 - 16 hingga 30 November 2015

Transcription

Newsletter Edisi 20 - 16 hingga 30 November 2015
 JPA
Edisi 20: 16—30 Nov 2015 Kupasan Perjalanan Transformasi JPA MENARIK DI DALAM
 Majlis Persada Inovasi
Perkhidmatan Awam
2015 ............................... 4
 Program HRMIS User Group
Summit 2015 ...................5
 Lab Transformasi Sektor
Awam 2.0 ........................6
PEMUKIMAN KETUA­KETUA PERKHIDMATAN AWAM ASEAN 17 NOVEMBER 2015 —Pemukiman
Ketua-ketua Perkhidmatan Awam
ASEAN telah diadakan di
Cyberjaya, Malaysia. Pemukiman
ini telah dirasmikan oleh Tan Sri
Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha
Negara dan dipengerusikan oleh
Puan Alicia dela-Rosa Bala,
Pengerusi ACCSM Ke-18,
merangkap Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Filipina.
Pemukiman tersebut diadakan bagi
membincangkan strategi untuk
mengukuhkan ASEAN Conference
on Civil Service (ACCSM).
Pada hari yang bersejarah ini,
Deklarasi Bersama Putrajaya
Mengenai Keutamaan ASEAN
Pasca 2015 Ke Arah Perkhidmatan
Awam ASEAN Berpaksikan Rakyat
(Putrajaya Joint Declaration on
ASEAN Post-2015 ASEAN CitizenCentric Civil Service) telah
ditandatangani oleh semua Ketuaketua ASEAN Perkhidmatan Awam
yang hadir.
Deklarasi Bersama tersebut
merangkumi pengiktirafan ASEAN
terhadap keperluan untuk
1 pembaharuan dalam perkhidmatan
awam dan penglibatan yang lebih
aktif daripada rakyat (participatory
approach) bagi memenuhi keperluan
rakyat selaras dengan hasrat
pewujudan Komuniti ASEAN.
Deklarasi Bersama juga
menekankan kepentingan tadbir
urus dalam menggalakkan
pembangunan mampan di ASEAN.
Ia menyatakan tindakan konkrit
yang akan diambil oleh negaranegara anggota ASEAN secara
kolektif termasuk:
 pengukuhan tadbir
integriti;
urus dan
 pembangunan keupayaan ;
 kerjasama teknikal;
 amalan Good Regulatory Practices;
dan
 p e n i n g k a t a n
tahap
profesionalisme, kecekapan,
k e b e r k e s an a n , p e n d e k a t a n
penyertaan, responsif, ketelusan
dan akauntabiliti dalam
Perkhidmatan Awam.
ASEAN CIVIL SERVICE INNOVATION CONFERENCE (ACSIC) ASEAN Civil Service Innovation Conference (ACSIC) telah dianjurkan pada 18—19 November 2015 oleh Razak
School of Government (RSOG) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perdana Menteri dan Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan (MAMPU). Program pada tahun ini bertemakan “Towards an ASEAN Citizen-Centric Civil
Service”.
Persidangan ini mengetengahkan kepentingan tadbir urus, penglibatan rakyat (citizen engagement) dan
penyampaian perkhidmatan yang efektif kepada komuniti ASEAN. Persidangan dua hari ini telah berjaya
memberikan peluang pertukaran minda dan penyampaian maklumat berhubung Perkhidmatan Awam negara
anggota ASEAN dengan harapan untuk memperkukuhkan pencapaian dan kualiti serta penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat.
Persidangan yang julung kali dianjurkan ini telah berjaya menyediakan platform untuk jaringan kerja
(networking) di kalangan Perkhidmatan Awam negara anggota ASEAN di samping meningkatkan kolaborasi
antarabangsa dengan rakan dialog dan lain-lain stakeholder.
Penganjuran ACSIC telah berupaya mewujudkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan yang penting
dalam usaha untuk menyemarakkan inovasi ke arah meningkatkan produktiviti dan menambah baik kecekapan
penyampaian perkhidmatan. Di samping itu, persidangan ini juga telah membuka ruang untuk memperkukuhkan
jalinan kerjasama (partnership) di kalangan negara anggota ASEAN.
Selain daripada berkongsi pandangan di kalangan Perkhidmatan Awam negara ASEAN, persidangan ini juga
turut mendapatkan pandangan daripada rakan serantau lain antaranya Organisation for Economic Co-operation and
Development (OECD), Bank Pembangunan Asia (ADB), universiti antarabangsa dan syarikat multinasional.
Maklum balas daripada peserta mendapati bahawa kualiti kandungan dan persembahan para pembentang
(speaker) adalah pada tahap yang tinggi dan amat signifikan. Maklumat yang dikongsikan selaras dengan
perkembangan semasa dan cabaran yang sedang dihadapi oleh komuniti ASEAN di mana Perkhidmatan Awam
perlu responsif, menambah baik tadbir urus (governance), mengambil kira aspek keterangkuman (inclusive) dan
pembangunan mapan (sustainable development).
Perkhidmatan Awam negara-negara ASEAN turut mempamerkan projek masing-masing yang telah
memenangi anugerah inovasi di pelbagai peringkat sepanjang persidangan berlangsung. Inisiatif ini telah berjaya
menyediakan platform untuk berkongsi amalan terbaik dan bertukar pendapat di kalangan negara ASEAN.
2 ASEAN CIVIL SERVICE GAMES 2015 Malaysia as the Chair of ASEAN in 2015 has identified the creation of a ‘People-Centred ASEAN’ as the overarching theme
of its Chairmanship. The civil services of ASEAN member states have a major responsibility in ensuring the effectiveness of
various mechanisms that has been put in place to safeguard the realisation of the ASEAN Community. In conjunction with
Malaysia’s chairmanship of ASEAN, Malaysia proposed to organise the 1st ASEAN Civil Service Games (ACSG) to be
held on the side-lines of the 27th ASEAN Summit which has been conducted from 15 to 19 November 2015.
Currently the biennial Southeast Asian or SEA Games is the platform for ASEAN member states to come together
and celebrate the spirit of sport, solidarity and friendship of ASEAN among its citizens. Looking at the popularity, success
and impact of the SEA Games, it’s high time for the public service of the AMS to capitalize the power of sports in building
and strengthening the network among its officials.
The 5-day games were open to public servants of ASEAN member states, and an estimated of a maximum of 60
participants including athletes and officials were involved. Five events namely bowling golf, badminton, futsal and table
tennis will be contested. The aim of the ACSG is to improve friendship, networking and understanding among the public
servants of the AMS through sports.
The highlight of the programmes was the Gala Dinner hosted by the government on 20 November 2015. During the
dinner, a prize presentation ceremony was held for winners of the games. Congratulations to Malaysia for winning the first
ASEAN Civil Service Games 2015!
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNAN PUSPANITA KE­3 2015 Pada 16 & 17 November 2015 telah berlangsung Persidangan Tahunan PUSPANITA ke-3 Tahun 2015 di Dewan De' Seri
Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Persidangan kali ini bertemakan "Peranan PUSPANITA Dalam Memupuk
Kepimpinan, Memperkukuh Integriti.” Persidangan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha
Negara merangkap Penasihat PUSPANITA. Turut hadir, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA JPA.
Persidangan Tahunan PUSPANITA diadakan sebagai medan perkongsian ilmu dan bertukar-tukar pandangan,
yang diharapkan dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan ahli PUSPANITA, melonjakkan sistem
penyampaian Perkhidmatan Awam dan menambah baik tahap kesejahteraan dan keselamatan penjawat awam demi
kepentingan perpaduan masyarakat dan negara.
Persidangan dua hari ini dipenuhi dengan program-program seperti pembentangan kertas kerja berkenaan
kepimpinan, integriti dan keusahawanan. JPA turut membuka tapak pameran di Persidangan kali ini sebagai wadah
untuk menyampaikan maklumat mengennai perkhidmatan dan program yang ditawarkan dan inisiatif transformasi
yang telah dan sedang dilaksanakan JPA.
3 MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015 Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 anjuran bersama
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah
dilaksanakan dengan jayanya bermula 24 hingga 26 November 2015 di
Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang.
Program ini yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen KIK
Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan diberi nafas baharu
dengan menampilkan perubahan fundamental melalui inisiatif-inisiatif
strategik yang baharu telah menyaksikan penyertaan hampir 1200
orang penggiat KIK yang terdiri daripada peserta, pemerhati dan
penyelaras pertandingan KIK peringkat kementerian dan negeri.
Buat pertama kalinya, Pemadanan Produk dan Industri atau
‘Business Matching’ diadakan sebagai platform kepada peserta untuk
mempromosikan produk yang telah dibangunkan. Pengisian
intelektual melalui program Masterclass dan Wacana Intelektual yang
berbentuk perkongsian pengetahuan dan faktor kejayaan kritikal dalam
berinovasi oleh tokoh dan pengamal inovasi telah memberikan
motivasi serta mendorong penggiat KIK untuk terus aktif berusaha
mencipta dan melaksanakan projek-projek inovasi yang berdaya maju
bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
Suntikan pengisian program baharu ini mendapat maklum balas
positif di kalangan penggiat inovasi dan diyakini berjaya menyegarkan
budaya inovasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan
berimpak tinggi dan pembangunan ekonomi yang mampan.
MESYUARAT PERHUBUNGAN JPA DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SABAH Pada 28 November 2015, telah diadakan Mesyuarat Perhubungan Antara JPA dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri
Sabah buat kali ke-18 di Hotel IOI Marriott, Putrajaya. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada
program tahunan yang dilaksanakan dalam mempereratkan jalinan kerjasama, serta memperkukuhkan lagi ikatan
mesra, antara JPA dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
Perbincangan utama dalam Mesyuarat kali ini ialah berkenaan Empowerment Secara Pentadbiran kepada Negeri
Sabah yang telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 September 2015. Mesyuarat
bersetuju bahawa Empowerment secara pentadbiran akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. JPA juga sedang
memantapkan mekanisme rundingan baik di pihak Persekutuan dan juga Negeri-negeri untuk mencari kaedah dan
pendekatan terbaik bagi melaksanakan perkara yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat.
Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada
negeri Sabah atas pencapaian yang baik dalam Indeks Akauntabiliti 2014. Negeri Sabah mengungguli negeri lain sebagai
penerima paling banyak penarafan “Sangat Baik” (4-Bintang) dalam Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara.
Pencapaian Negeri Sabah telah bertambah baik dengan 24 daripada 35 agensi dan jabatan di Negeri Sabah mendapat
penarafan 4-Bintang berbanding 20 agensi dan jabatan pada tahun 2013.
Tan Sri KPPA juga berharap agar persahabatan dan keakraban antara JPA dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah
terus berkekalan sebagai menandakan kebersamaan dan kesungguhan, memartabat kecemerlangan dan mencipta
kegemilangan Perkhidmatan Awam Negara.
4 PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2015 Pada 30 November 2015, telah berlangsung majlis perasmian Program HRMIS User Group Summit 2015 atau
singkatannya, HUGS di di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya.
Program HUGS diadakan bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada para pengurus sumber
manusia dari pelbagai agensi awam untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, meningkatkan kesedaran
dan kefahaman, serta bertukar-tukar pendapat dan strategi dalam pelaksanaan HRMIS di agensi masingmasing. Program HUGS yang diadakan pada kali ini menyediakan satu wadah kepada para peserta untuk
bersama-sama berbincang, memberikan input dan menyumbang buah fikiran semasa Forum Kajian Menyeluruh
Keberkesanan HRMIS yang berlangsung selama dua hari. Program HUGS telah menerima sambutan baik sejak
diperkenalkan pada tahun 2013. Justeru itu, program ini diteruskan dengan pelbagai suntikan inovasi dan
penambahbaikan.
Dalam tahun-tahun terdahulu, Program HUGS ini difokuskan pada Kementerian, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri dan agensi yang dikenakan KPI HRMIS. Namun begitu, pada tahun ini, penyertaan bagi
Program HUGS telah diperluaskan kepada Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri
dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang peserta. Usaha ini menegaskan satu
refleksi kepada hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk melaksanakan HRMIS secara sepenuhnya di seluruh sektor
awam.
Bertepatan dengan hasrat tersebut, tema #HRMISuntuksemua telah dipilih sebagai tema Program HUGS
2015. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan HRMIS bukan ditujukan kepada organisasi tertentu, peringkat
tertentu mahupun kumpulan jawatan tertentu, sebaliknya HRMIS dibangunkan untuk manfaat dan kegunaan
semua penjawat awam di seluruh Malaysia.
Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
mengucapkan tahniah kepada 12 agensi awam yang mendapat markah 100% sempena Anugerah
Kecemerlangan HRMIS 2014. Kejayaan ini juga harus dicontohi oleh agensi yang lain. Ini kerana telah terbukti,
tidak mustahil bagi sesebuah Kementerian dan agensi untuk mendapat markah penuh bagi setiap elemen yang
ditetapkan.
Tan Sri KPPA percaya kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk pencapaian KPI tahun 2015. Sehingga kini,
bagi tiga kriteria KPI 2015, pencapaian semasa Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi
telah mencapai markah melebihi 90%. Prestasi bagi kriteria Sasaran Kerja Tahunan telah mencapai 96.72%,
pemurniaan data; 99.37% manakala Pengisytiharan Harta; 93.86%. Tan Sri KPPA amat yakin semua agensi
mampu untuk mencapai markah penuh untuk kesemua kriteria yang telah ditetapkan termasuklah kriteria
Laporan Nilaian Prestasi Tahuan dan Data Perjawatan.
JPA akan membantu untuk menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat malah mengalu-alukan jika
terdapat mana-mana Kementerian dan agensi yang ingin melaksanakan kolaborasi strategik dalam programprogram pembudayaan HRMIS.
5 LAB TRANSFORMASI SEKTOR AWAM (LTPA) 2.0 Lab Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) 2.0 telah berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Tengah
(INTENGAH) selama tiga hari bermula pada 26, 27 dan 30 November 2015. Seramai 4oo orang peserta daripada
Jabatan, Kementerian dan Agensi telah hadir.
Objektif LTPA 2.0 ialah untuk membantu kementerian membangunkan Pelan Transformasi Perkhidmatan
Awam 2016, menjajarkan inisiatif transformasi kementerian dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11)
dan Bajet 2016, mengetengahkan inisiatif transformasi berimpak tinggi kementerian tahun 2016 semasa Gallery
Walk dan mendapatkan komitmen daripada semua pihak terutamanya pengurusan tertinggi kementerian bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan Inisiatif Transformasi.
Pengisian LTPA 2.0 ialah Taklimat RMKe-11 oleh EPU, Taklimat penyediaan Inisiatif Transformasi, Sesi
Amanat TKPPA(O), sesi Lab Inisiatif Transformasi dan Gallery Walk. LTPA 2.0 telah menghasilkan sebanyak 385
cadangan inisiatif transformasi di mana 72 daripadanya merupakan inisiatif transformasi berimpak tinggi.
LAB TRANSFORMASI SEKTOR AWAM (LTPA) 2.0 ­ GALLERY WALK Pada 30 November 2015, berlangsung pula Gallery Walk, kesinambungan daripada LTPA 2.0 di Dewan
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turun padang untuk melihat dan mendengar pembentangan
daripada Kementerian mengenai inisiatif-inisiatif transformasi yang telah mereka jalankan sepanjang 2015.
Gallery Walk merupakan platform untuk mempamerkan inisiatif transformasi berimpak tinggi
Kementerian. Selain itu ia merupakan wadah untuk berkongsi pandangan dan input bagi menambah baik
inisiatif transformasi yang dibangunkan semasa LTPA 2.0 di samping untuk mendapatkan idea baharu dan
berkongsi inisiatif untuk dilaksanakan di peringkat Kementerian atau secara kolaboratif.
Tan Sri KPPA turut sama berkongsi pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan cadangan inisiatif
berimpak tinggi Kementerian bagi tahun 2016.
6 WANITA & “WORK­LIFE BALANCE”: SUATU REALITI WANITA di negara ini bertuah kerana peranan mereka disokong kerajaan untuk bersama-sama membangunkan
negara. Kerajaan memberikan komitmen yang tinggi bagi memartabatkan wanita Malaysia menerusi pelbagai usaha,
antaranya termasuklah meningkatkan pelibatan wanita dalam pasaran kerja, aktiviti keusahawanan, dan kumpulan
pembuat keputusan. Statistik menunjukkan wanita mewakili 14.8 juta orang daripada keseluruhan 30.4 juta populasi
rakyat Malaysia.
Dengan populasi yang hampir menyamai lelaki, wanita merupakan aset yang penting untuk dibangunkan secara
optimum bagi membolehkan mereka menyumbang secara komprehensifdalam pelbagai sektor, termasuk sektor yang
selama ini didominasi oleh lelaki.
Berdasarkan statistik 2013, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLPR) di Malaysia mencatatkan pencapaian
52.4 peratus, sedangkan tahap pendidikan di Malaysia telah meningkat melebihi 50 peratus, selain nisbah pelajar
wanita berbanding dengan pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi ialah 60:40.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui NAM Institute for the
Empowerment of Women Malaysian (NIEW) juga melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita pada
peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Ia langkah affirmative kerajaan yang diyakini dapat
meningkatkan bilangan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, seterusnya membolehkan
mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi. KPWKM juga, melalui Jabatan Pembangunan Wanita
(JPW) telah melaksanakan pelbagai usaha memperkasa agenda wanita di persada antarabangsa, antaranya
melaksanakan Flexible Working Arrangements (FWA) dalam kalangan warga kerja KPWKM dan agensi.
FWA ini membabitkan pegawai lelaki dan wanita. Pelaksanaan masih peringkat perintis, iaitu dari Mac hingga
Mei 2015. Pelaksanaan FWA ini bertujuan menyediakan persekitaran work-life balance kepada pegawai,
meningkatkan kaedah pengurusan tekanan dalam kalangan pegawai di rumah dan tempat kerja, meningkatkan
kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan tugas oleh pegawai secara outcome-based dan menambah baik prestasi dan
disiplin pegawai.
Justeru itu, langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
menyenangkan dan mudahkan golongan wanita bekerja
dan mengamalkan work-life balance di samping
menjawat jawatan di peringkat pembuat keputusan
akan lebih mudah dicapai oleh golongan wanita.
Selain itu, pelbagai agensi perkhidmatan awam turut menyediakan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak
dalam bangunan pejabat bagi memudahkan golongan wanita bekerja dengan senang hati seterusnya fokus kepada
pekerjaan.
Namun begitu, usaha tidak boleh terhenti di situ. Pelbagai lagi usaha yang boleh dilakukan, terutamanya oleh
majikan swasta, untuk membantu golongan wanita bekerja dan mencapai work-life balance. Salah satunya ialah initiatif
yang dilakukan oleh Virgin Group yang memberikan ‘maternity and paternity leave’ yang setahun lamanya kepada para
bapa agar mereka boleh meluangkan masa yang optimum dengan anak-anak mereka. Hal ini kerana, pengasasnya
berpendapat bahawa pekerja yang gembira akan meningkatkan produktiviti syarikat. Malaysia boleh mencontohi
kebanyakan negara maju yang mengamalkan peraturan kerja fleksibel, mekanisme berstruktur yang membenarkan
pekerja berhenti sementara dan memasuki semula kerja (bagi memberi tumpuan kepada keluarga terutama ketika
anak-anak masih kecil serta menyediakan enhanced customized training bagi membantu wanita memasuki semula tenaga
kerja.
Memandangkan seorang wanita memikul pelbagai peranan iaitu pekerja, isteri, ibu dan anak, maka perubahan
kepada peraturan-peraturan berkaitan pekerjaan sepatutnya dijadikan satu kemestian, dan sekiranya perlu, Kerajaan
boleh mempertimbang untuk mengenakan syarat tegas termasuk memandatorikan sebarang pelaksanaan bagi
menjayakan RMK-11 yang berkaitan dengan meningkatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi, berpendapatan tinggi melalui perkhidmatan kreatif dan inovatif serta penyediaan peluangpeluang latihan kemahiran untuk wanita seiring keperluan pada masa depan.
Sumber: http://kopitiamekonomi.com/artikel/wanita-work-life-balance/
7 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000
Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Komunikasi Korporat | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA
8