Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan

Transcription

Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan
IGIAN SEPA
NJ
A
HA
K ES I H
AT
A
NG
N
RG
PE
YAT
฀
฀
฀
http://ohd.moh.gov.my
฀
฀
PANDUAN
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
(PERGIGIAN)
Bahagian Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
Edisi Kedua 2009
PRA KATA
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) adalah
sebahagian daripada pasukan pergigian yang bersamasama menggembleng
tenaga
dalam
penyampaian
perkhidmatan pergigian kepada orang ramai. Sebagai
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) haruslah
sentiasa berusaha memperluaskan pengetahuan selaras
dengan kemajuan dalam bidang pergigian.
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah peka terhadap perubahan teknologi dan maklumat kesihatan terkini. Peningkatan pengetahuan dan
kemahiran berterusan akan menjamin perkhidmatan yang berkualiti bagi mencapai Visi dan Misi Kesihatan.
Edisi pertama telah dikeluarkan pada tahun 2005 dengan judul “Nota Panduan
Atendan Kesihatan (Pergigian). Selaras dengan perubahan gelaran jawatan dan
mengambil kira perkembangan semasa berkaitan skim, tatacara dan garis
panduan, usaha telah diambil untuk membuat penambahbaikan buku ini.
Adalah diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan berguna bagi
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian)
seharian.
Datin Dr Norain bt Abu Talib
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Pergigian
i
dalam
melaksanakan
tugas
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Pra Kata
1
Pendahuluan
1
2
Skim Perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan
2
3
Senarai Tugas dan Tanggungjawab Pembantu
Perawatan Kesihatan di Klinik Pergigian
4
4
Tugas di Kaunter Pendaftaran
7
5
Tugas Membantu Rawatan Pergigian
8
6
Tugas Dalam Mengendali Bahan dan Membantu
10
Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian
7
Tugas di Makmal
11
8
Tugas-Tugas Lain yang Berkaitan
12
9
Lampiran
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
Lampiran 6
Lampiran 7
Lampiran 8
Lampiran 9
Lampiran 10
Lampiran 11
Lampiran 12
Senarai Rekod Kesihatan Pergigian
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Caj Rawatan Pergigian
Kaedah Mencuci Tangan
Pengendalian Kecederaan Akibat
Peralatan Tajam
Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi
Peralatan Pergigian
Perkakas Pergigian
Bahan Pergigian
Nasihat Selepas Rawatan
Pembuangan Sisa-Sisa Klinikal
Peralatan Makmal
17
19
20
22
24
25
27
34
38
41
42
44
10
Senarai Rujukan
45
11
Penghargaan
46
ii
1.
PENDAHULUAN
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) merupakan anggota sokongan
yang membantu pegawai dan jururawat pergigian dalam menyampaikan
perkhidmatan pergigian kepada orang ramai.
Perkembangan teknologi dan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital
telah banyak mengubah pelaksanaan tugas Pembantu Perawatan Kesihatan
(Pergigian). Jika dahulu, Pembantu Perawatan Kesihatan yang dipanggil
sebagai Atendan Kesihatan hanya bertanggungjawab kepada kebersihan klinik,
kini perkhidmatan mereka lebih rumit. Pembantu Perawatan Kesihatan
(Pergigian) bertugas khususnya membantu jururawat pergigian (chair-side
assistant) dan menyokong perkhidmatan di klinik.
Peranan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) meliputi:
•
Tugas di kaunter pendaftaran
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertugas mencari,
mendaftar dan memfail kad rawatan, melayan pertanyaan pesakit
dan menjawab panggilan telefon.
•
Membantu rawatan pergigian
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab
menyediakan bahan, perkakas dan peralatan pergigian serta kerjakerja disinfeksi/ pensterilan sebelum dan selepas rawatan.
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) juga membantu
semasa rawatan dijalankan oleh pegawai atau jururawat pergigian.
•
Membantu dalam pendidikan kesihatan pergigian
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu mempunyai
pengetahuan asas mengenai pendidikan kesihatan pergigian untuk
turut sama terlibat dalam promosi kesihatan pergigian.
•
Tugas di makmal
Di dalam makmal, Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian)
bertugas menjaga kebersihan bilik makmal, kebersihan peralatan
makmal dan membantu juruteknologi pergigian dalam kerja-kerja
penyelenggaraan peralatan di klinik.
•
Tugas-tugas lain yang berkaitan
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah sentiasa
mematuhi arahan yang berkaitan dengan tugas rasmi daripada
pegawai atasan dari masa ke masa.
1
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu berketrampilan dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap; meningkatkan keyakinan diri dan prihatin
terhadap pesakit; bertanggungjawab memastikan peralatan bersih dan
kelengkapan rawatan sentiasa berfungsi agar perkhidmatan pergigian dapat
berjalan dengan lancar dan efisien.
Di dalam buku Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) ini, tugastugas akan dihuraikan mengikut susunan berikut:
1. Tugas di kaunter pendaftaran
2. Tugas membantu rawatan pergigian
3. Tugas mengendali bahan dan membantu aktiviti
pendidikan kesihatan pergigian
4. Tugas di makmal
5. Tugas-tugas lain yang berkaitan
2.
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
KLASIFIKASI
:
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN
PERKHIDMATAN
:
SOKONGAN
KUAT KUASA :
1 JULAI 2007
TARIKH
Gred
Gred U3
Gred U12
Gred U14
Jadual Gaji Matriks
:
:
:
P1T1
RM709.59
-
P1T18
RM1452.85
P2T1
RM752.06
-
P2T18
RM1531.25
P3T1
RM796.16
-
P3T18
RM1611.23
P1T1
RM738.99
-
P1T22
RM1766.54
P2T1
RM825.56
-
P1T22
RM1947.71
PIT1
RM1392.39 -
PIT10
RM2003.30
P2T1
RM1505.10 -
P2T10
RM2210.79
2
SYARAT LANTIKAN
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan.
c.
Tamat tingkatan tiga sekolah
bantuan penuh kerajaan dan
d.
Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
menengah
PENETAPAN GAJI
PERMULAAN
2.
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred U3
boleh ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
3.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang di
lantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN
4.
Pembantu Perawatan Kesihatan boleh dikehendaki
mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua
perkhidmatan yang berkenaan.
KURSUS INDUKSI/
PEPERIKSAAN
5.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang
dalam percubaan adalah dikehendaki hadir
dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan
oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
6.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 yang
dilantik adalah layak disahkan dalam perkhimatan
apabila telah:
a.
Memenuhi tempoh percubaan.
b.
Hadir dengan jayanya kursus induksi yang
ditetapkan dan
3
PERGERAKAN GAJI
TAHUNAN
7.
Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan
akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan
prestasi perkhidmatan.
PENILAIAN TAHAP
KECEKAPAN
8.
Pembantu Perawatan Kesihatan hendaklah lulus
penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh
ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.
KENAIKAN
PANGKAT KE GRED
U12
9.
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 adalah
layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke
jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12
yang kosong apabila telah:
KENAIKAN
PANGKAT KE GRED
U14
KENAIKAN
PANGKAT SECARA
LANTIKAN KE
PERKHIDMATAN
JURURAWAT
MASYARAKAT,
PEMBANTU
PEMBEDAHAN
PERGIGIAN,
PEMBANTU
KESIHATAN AWAM
3.
10.
11.
a.
Disahkan dalam perkhidmatan.
b.
Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
c.
Lulus semua penilaian tahap kecekapan
yang ditetapkan dan
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12 adalah
layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan
Pembantu PerawatanKesihatan Gred U14 yang
kosongapabila telah:
a.
Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
b.
Lulus semua penilaian tahap kecekapan
yang ditetapkan dan
Pembantu Perawatan Kesihatan yang menunjukkan
prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan yang
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat
Masyarakat Gred U19, Pembantu Pembedahan
Pergigian Gred U17, Pembantu Kesihatan Awam
Gred U17 yang kosong mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERAWATAN
KESIHATAN DI KLINIK PERGIGIAN
Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas di klinik pergigian (termasuk klinik
pergigian bergerak) memainkan peranan sokongan yang penting kepada anggotaanggota klinikal di dalam memberi perkhidmatan rawatan, pencegahan dan pendidikan
kesihatan pergigian dengan berkesan dan efisien.
Tugas-tugas Pembantu Perawatan Kesihatan di klinik pergigian ialah seperti berikut:
4
3.1
3.2
3.3
Tugas-tugas klinikal / di bilik rawatan
a.
Membantu pegawai pergigian (di dalam keadaan tertentu) dan
jururawat pergigian semasa rawatan pergigian (chair-side assistant)
di klinik atau di pasukan bergerak.
b.
Menyediakan peralatan pergigian (dental equipment) dan perkakas
pergigian (dental instruments) yang diperlukan untuk rawatan
pergigian dengan mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan.
c.
Mencuci dan membasmikan kuman perkakasan dan peralatan
pergigian yang telah digunakan mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
d.
Menyelenggara dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol.
e.
Memotong, melipat dan membungkus gauze untuk pembasmian
kuman.
f.
Membantu jururawat pergigian memasukkan data-data di kad rawatan
dan charting sheet (PG 307) semasa jururawat pergigian membuat
pemeriksaan pertama ke atas murid-murid sekolah.
g.
Membantu pegawai pergigian semasa rawatan pesakit luar dan
lawatan ke klinik kesihatan lain, jika perlu.
h.
Memastikan bilik rawatan sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Tugas-tugas makmal
a.
Membuat kerja-kerja makmal seperti mencuci ceper impresi
(impression trays), tuangan (casting), membuang sisa Plaster of Paris
dan lain-lain.
b.
Mencuci peralatan secara berkala.
c.
Membantu dalam urusan stor pergigian.
d.
Memastikan bilik makmal pergigian sentiasa dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.
Perkhidmatan kaunter
a.
Menerima dan menyemak surat-surat dan dokumen berkaitan dengan
pendaftaran pesakit.
b.
Memberi nombor giliran kedatangan pesakit.
c.
Menyediakan atau mencari kad rawatan pesakit.
d.
Memanggil giliran pesakit untuk rawatan pergigian.
e.
Membantu daftarkan pesakit.
f.
Mengutip, mengumpul dan mengaturkan kad-kad rawatan pesakit.
g.
Membantu kemasukan data ke dalam komputer di kaunter.
h.
Melayan pertanyaan dari klien.
5
3.4
3.5
3.6
i.
Melayani panggilan telefon di klinik jika perlu.
j.
Membersihkan dan mencantikkan kawasan sekitaran kaunter dan
ruang menunggu.
k.
Menyusun dan mengelap kerusi-kerusi dan perabot lain di bilik
menunggu.
Pendidikan kesihatan pergigian
a.
Memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang penjagaan kesihatan
pergigian kepada pesakit (dewasa dan kanak-kanak) dalam batas
tertentu sahaja.
b.
Mengawasi latihan memberus gigi bagi murid sekolah.
c.
Membantu menyedia dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan
kesihatan pergigian untuk kanak-kanak TADIKA dan murid sekolah.
d.
Membantu menyedia bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.
e.
Mengatur/menukar bahan pameran mengenai kesihatan pergigian.
Membuat tugas-tugas am
a.
Mengiringi murid-murid untuk rawatan pergigian dari sekolah/ bilik
darjah dan balik.
b.
Menghantar peralatan ke Unit Cuci Hama (Unit CSSD) untuk
pembasmian kuman dan mengambil pulang selepas digunakan.
c.
Membawa pesakit (di kerusi roda/ stretcher) pergi dan balik ke
tempat-tempat tertentu (misalnya, unit x-ray).
d.
Menghantar swab dan lain-lain spesimen ke makmal, unit darah dan
tempat-tempat lain serta membawa balik laporan berkenaan.
e.
Kemasukan data pesakit di dalam perisian yang disediakan.
f.
Memastikan keselamatan dan kebersihan klinik pergigian termasuk
kawasan sekeliling di mana mereka bertugas.
g.
Membantu memesan/ menghantar/ mengambil barang dari stor.
h.
Memastikan semua suis alat-alat peralatan seperti kipas, lampu dan
peralatan pergigian ditutup pada waktu rehat dan sebelum balik.
i.
Mencuci kain linen dan tuala jika perlu.
j.
Membantu dalam pejabat untuk membuat salinan fotostat atau
stenciling.
k.
Menjalankan tugas dispatch untuk menghantar surat-surat dan lainlain.
l.
Membantu pihak kesihatan/ hospital jika perlu.
Tugas-tugas lain yang diarahkan
6
4.
TUGAS DI KAUNTER PENDAFTARAN
4.1
Mendaftar pesakit
Kaunter pergigian merupakan tempat pertama orang ramai datang untuk
urusan berkenaan dengan perkhidmatan pergigian. Layanan yang mesra,
cepat dan tepat perlu diberikan.
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) yang bertugas di kaunter
bertanggungjawab menyambut, mendaftar dan menyediakan kad rawatan
bagi pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan nasihat/
pemeriksaan dan rawatan pergigian.
Tugas-tugas yang dijalankan:
a.
Tentukan kad rawatan dan alat tulis mencukupi.
Lampiran 1: Senarai Rekod Kesihatan Pergigian
b.
Cari kad rawatan bagi pesakit ulangan atau sediakan kad rawatan
yang berkaitan bagi pesakit baru dengan maklumat yang tepat
daripada kad pengenalan atau sijil kelahiran.
c.
Daftar pesakit dengan mengisi butiran yang tepat ke dalam buku
pendaftaran PG 101. Sekiranya terdapat sistem berkomputer,
masukkan data pesakit tersebut ke dalam perisian berkomputer.
d.
Sampaikan maklumat yang tepat kepada pesakit jika perlu.
• Jenis rawatan dan kepakaran
Lampiran 2: Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
•
e.
4.2
Caj rawatan pergigian
Lampiran 3: Caj Rawatan Pergigian
Dapatkan kebenaran rawatan pesakit serta tandatangan saksi.
Pastikan kebenaran rawatan untuk mereka yang berumur kurang
daripada 18 tahun diisi oleh ibubapa atau penjaga.
Memberi temujanji kepada pesakit
Temujanji pesakit untuk rawatan susulan akan diberi jika mendapat arahan
daripada pegawai atau jururawat pergigian.
4.3
a.
Bincang dengan pesakit/ penjaga tentang masa dan tarikh yang
sesuai untuk temujanji.
b.
Tulis nama pesakit dan butiran yang berkaitan ke dalam buku
temujanji dan kad LP 1.
Memfail kad rawatan
Pada akhir hari bekerja setelah rawatan selesai dan data direkodkan,
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab untuk
menyusun dan memfailkan kad-kad rawatan tersebut.
Kad rawatan pesakit merupakan rekod sulit dan perlu disimpan dengan
baik.
7
4.4
Menjawab panggilan telefon
Panggilan telefon perlu dijawab dengan baik dan sopan kerana ia
mencerminkan imej perkhidmatan.
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) perlu mematuhi
semasa untuk menjawab panggilan telefon.
Pekeliling
Antaranya:
5.
•
Pastikan ada buku panduan telefon.
•
Pastikan ada pad nota dan pensil/ pen.
•
Pastikan telefon berfungsi dan bersih.
•
Jawab panggilan dengan cepat – sebelum deringan ketiga.
•
Cakap dengan sopan dan sentiasa senyum.
•
Ucap selamat. Sebut nama jabatan.
•
Kenalkan diri dengan sebutan nama dan jawatan.
•
Jawab dengan tepat berkenaan maklumat yang diperlukan oleh
pemanggil.
•
Sambung panggilan kepada orang yang berkenaan dengan
segera jikalau orang yang dipanggil tiada.
•
Ambil mesej dengan tulisan yang terang dan boleh dibaca
dengan mencatat nama pemanggil dan pesanan.
•
Tamatkan perbualan dengan sopan dan sertai ucapan terima
kasih.
•
Pastikan ganggang telefon diletak dengan betul dan perlahan.
TUGAS MEMBANTU RAWATAN PERGIGIAN
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) membantu jururawat pergigian dan
dalam keadaan tertentu turut membantu pegawai pergigian semasa rawatan.
Antara tugas yang dilakukan termasuk:
5.1
Ambil langkah-langkah perlindungan diri untuk mengawal jangkitan
silang:
a.
Cuci tangan menggunakan sabun atau bahan disinfektan
dengan teknik yang betul.
Lampiran 4:
Kaedah Membasuh Tangan
b.
Pakai sarung tangan pakai buang (disposable glove). Sarung tangan
yang koyak hendaklah diganti.
8
c.
Pakai pelitup muka pakai buang (disposable face mask).
d.
Pakai apron / pakaian pelindung diri yang dibekalkan.
e.
Ambil tindakan yang disyorkan sekiranya berlaku kecederaan yang
disebabkan oleh perkakas atau peralatan pergigian yang telah
digunakan.
Lampiran 5:
5.2
Disinfek kawasan kerja seperti berikut dengan bahan disinfektan
sebelum dan selepas rawatan
•
•
5.3
5.4
5.5
Pengendalian Kecederaan Akibat Peralatan Tajam
Permukaan kerja (work bench)
Permukaan troli, meja braket (bracket table) dan ketur (spittoon)
Lampiran 6: Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi
Lakukan pembersihan/ pensterilan/ disinfeksi
peralatan pergigian sebelum dan selepas rawatan
perkakas
dan
a.
Cuci perkakas pergigian dengan:
• menggunakan air dan berus (manual)
• ultrasonic cleaner
b.
Gunakan autoklaf untuk pensterilan.
c.
Bahan-bahan yang tidak boleh disteril perlu disinfek menggunakan
bahan disinfektan yang sesuai
Lampiran 6:
Kaedah Pensterilan dan Disinfeksi
Lampiran 7:
Peralatan Pergigian – 2. Autoklaf
Sediakan perkakas asas untuk pemeriksaan/ rawatan pergigian
a.
Set ceper (instrument tray) lengkap dengan prob (probe), cermin
mulut (mouth mirror), gauze dan tweezer untuk pemeriksaan.
b.
Perkakas pergigian:
• forsep pergigian (dental forceps) dan picagari(syringe) untuk
cabutan gigi
• ceper impresi (impression trays) untuk mengambil acuan mulut
• perkakas tangan (hands intrument) untuk rawatan tampalan
Lampiran 8:
Perkakas Pergigian
Sediakan bahan pergigian
a.
Rawatan tampalan – bahan pelapik (lining material), amalgam,
komposit dll.
b.
Rawatan cabutan – larutan anestesia (anaesthetic solution), jarum,
gauze dll.
Lampiran 9:
Bahan Pergigian
9
5.6
5.7
5.8
Sediakan pesakit
a.
Panggil pesakit masuk ke bilik rawatan. Semak dan pastikan kad
rawatan pesakit betul dan lengkap.
b.
Sediakan bekas air pakai buang (disposible cup). Pasang penyedut
air liur pakai buang (disposible sucker tip).
Bantu semasa rawatan
a.
Berada di sebelah kiri pesakit.
b.
Kawal kedudukan lampu tumpu.
c.
Membantu sedut bendalir dalam mulut.
d.
Ikut arahan pegawai atau jururawat pergigian untuk membancuh
bahan pelapik/ sediakan bahan tampalan/ sedut air liur dll.
Tugas setelah selesai rawatan
Beri nasihat yang berkaitan dengan rawatan yang telah dilakukan
(tampalan atau cabutan) dan gauze jika perlu. Ikuti langkah 5.2 dan 5.3
Lampiran 10:
6.
Nasihat Selepas Rawatan
TUGAS DALAM MENGENDALI BAHAN DAN MEMBANTU AKIVITI
PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) bertanggungjawab untuk kenal
dan kendali bahan pendidikan kesihatan pergigian/ alat pandangdengar
serta turut terlibat di dalam aktiviti pendidikan kesihatan pergigian yang
diadakan.
Sebagai anggota perkhidmatan kesihatan pergigian, Pembantu Perawatan
Kesihatan (Pergigian) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas
mengenai perkhidmatan dan penjagaan kesihatan pergigian.
Antara bahan/ alat pandangdengar
pendidikan kesihatan pergigian adalah:
•
•
•
•
•
•
yang
digunakan
papan pameran (exhibition board)
over head projector
audioviewer
model gigi
risalah dan poster pergigian
berus gigi, ubat gigi dan benang flos
Antara Lampiran berkaitan:
Lampiran 2 : Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Lampiran 12 : Pendidikan Kesihatan Pergigian
10
untuk
aktiviti
Tugasan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) untuk aktiviti:
7.
6.1
Ceramah kesihatan pergigian
• Bawa poster yang telah dipilih oleh jururawat pergigian ke bilik
darjah/ tempat yang telah ditentukan.
• Ba n t u me n g a w a l mu r i d - mu ri d a g a r me mb e ri s e pe n uh
perhatian kepada ceramah yang diberi jururawat pergigian.
6.2
Latihan memberus gigi
• Bawa murid-murid ke tempat yang ditentukan untuk latihan memberus gigi setelah ceramah selesai.
• Sediakan air dan membantu jururawat pergigian semasa latihan
memberus gigi dijalankan.
• Hantar murid-murid balik ke kelas setelah latihan memberus gigi
selesai.
6.3
Pameran
• Sediakan bilik atau sudut tempat untuk pameran.
• Susun atur poster/ model yang telah dipilih oleh jururawat pergigian.
• Bawa dan kawal murid-murid semasa pameran diadakan.
• Jaga keselamatan bahan pameran sepanjang pameran berlangsung.
• Kemas barang-barang setelah pameran selesai.
TUGAS DI MAKMAL
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) juga bertanggungjawab membantu
juruteknologi pergigian di makmal. Antara tugas tersebut:
7.1
Membantu juruteknologi pergigian di dalam kerja-kerja makmal
a. Membuang sisa Plaster of Paris
•
Sisa Plaster of Paris dikumpulkan dalam tong sampah dan
dibuang sebagai sampah domestik biasa.
•
Bersihkan plaster trap di bawah sinki.
b. Mencuci ceper impresi (impression trays)
•
•
•
7.2
Rendam ceper yang telah digunakan dalam air.
Cuci ceper dengan berus dan cungkilkan alginate/ plaster/ stone
yang melekat di lubang-lubang ceper / guna ultrasonic cleaner jika
ada.
Setelah selesai ceper, dibilas dengan air paip dan disteril dengan
autoklaf.
Memastikan bilik dan peralatan makmal pergigian sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan teratur
Lampiran 13:
Peralatan Makmal
11
8.
TUGAS-TUGAS LAIN YANG BERKAITAN
8.1
Tugas di klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak,
tadika, khidmat bakti dan lain-lain
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) turut terlibat secara langsung
dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di klinik pergigian sekolah, pasukan
bergerak, tadika, khidmat bakti dll.
Tugas yang dilakukan termasuk:
8.2
a.
Angkat alat-alat kelengkapan ke tempat yang telah ditentukan.
b.
Susun atur peralatan mengikut sebagaimana yang diarahkan.
c.
Bantu jururawat pergigian sepanjang rawatan.
d.
Jaga keselamatan alat- alat sepanjang aktiviti dijalankan.
e.
Kemas, angkat dan bawa pulang peralatan setelah aktiviti selesai.
f.
Simpan semua peralatan di tempat asal.
Penyediaan Gauze
Gauze diberikan kepada pesakit selepas rawatan selesai jika perlu. Cara
penyediaan perlu mematuhi peraturan untuk memastikan gauze yang
diberikan itu selamat digunakan.
Cara penyediaannya adalah seperti berikut:
8.3
a.
Potong gauze mengikut saiz tertentu dan lipat dengan kemas.
b.
Bungkus gauze yang telah dilipat dengan kertas crepe atau autoclave
pouch.
c.
Sterilkan pada suhu 134° C dengan pengeringan.
d.
Catat tarikh pensterilan pada sterilization pouch
pensterilan selesai.
apabila proses
Membantu dalam urusan stor pergigian
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) membantu:
•
•
•
•
Angkut barang-barang yang telah dibekalkan ke klinik.
Simpan barang-barang yang telah diambil ke dalam stor klinik.
Susun barang-barang dalam stor di tempat yang disediakan.
Ambil barang-barang keperluan atau peralatan dari dalam stor.
12
LAMPIRAN
PERHATIAN
LAMPIRAN BERKEMBAR HENDAKLAH
SENTIASA DIKEMAS KINI MENGIKUT
PERKEMBANGAN SEMASA
LAMPIRAN 1
SENARAI REKOD KESIHATAN PERGIGIAN
Terdapat beberapa jenis kad LP dan rekod yang digunakan dalam perkhidmatan
pergigian. Perbezaan di antara satu kad dengan yang lain adalah pada warna, saiz
dan kegunaannya.
Bil
1
2
Rekod/ laporan
perkhidmatan
pergigian
LP 1 Pin 1/86
LP8-2 Pin 7/97
Keterangan
3
LP 3-Pin 1/83
4
5
6
7
LP 6 Pin 1/86
LP 7 Pin 1/80
LP 8-1 Pin 7/97
LP 12
8
PG 101 Pin 1/1991
9
PG 201 Pin 3/04
10
PG 202 Pin 2/92
Laporan Bulanan Klinik bagi Rawatan Pergigian
Incremental Bagi Perkhidmatan Sekolah
11
PG 203 Pin 2/2001
Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan
Pergigian Incremental Sekolah Rendah
12
PG 204 Pin 2/92
Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan
Pergigian Incremental Sekolah Menengah
13
PG 206 Pin 2/92
Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri
bagi Hasil Kerja Jururawat Pergigian
14
PG 207 Pin 3/93
Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri
bagi Hasil Kerja Pegawai Pergigian
15
PG 301 Pin 2/92
Rekod Harian Jururawat Pergigian bagi Rawatan
Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am kepada
Kanak-Kanak Pra Sekolah/ Murid Sekolah Rendah/
Menengah
16
PG 302 Pin 2/92
Ringkasan Harian Pegawai Pergigian bagi Rawatan
Kad Kedatangan/ temujanji
Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah
Kad Rawatan Untuk Pembedahan Mulut Oleh Pakar
Bedah Mulut
Kad Makmal
Kad Rawatan Ortodontik
Kad Rawatan Pesakit Am/ Sekolah
Kad Rawatan Periodontik
Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan ke Klinik
Pakar
Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian
Incremental Murid Sekolah Rendah/ Menengah
17
Bil
Rekod/ laporan
perkhidmatan
pergigian
Keterangan
Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am Pesakit
kepada Kanak-Kanak Pra Sekolah/ Murid Sekolah
Rendah/ Menengah/ Ibu mengandung/ Orang
Dewasa
17
PG 305 Pin 1/
2000
Ringkasan Harian Kedatangan dan Jenis Rawatan
di Unit Periodontik Kepada Murid Sekolah Rendah/
Menengah, Ibu Mengandung Dan Orang Dewasa
18
PG 307 Pin 2/92
19
PKP 101 Pin 2/92
Pendaftaran, Kenyataan Permulaan dan Akhir
Rawatan Pergigian Incremental manual Murid
Sekolah Rendah/ Menengah
Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian
20
PKP 201 Pin 2/92
Laporan Bulanan Pendidikan Kesihatan Pergigian
bagi Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri
18
LAMPIRAN 2
PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN
Perkhidmatan kesihatan pergigian mempunyai misi untuk meningkatkan kualiti
hidup penduduk melalui penggalakan penjagaan kesihatan pergigian. Dengan
kesihatan pergigian yang baik seseorang itu dapat mengunyah makanan,
bertutur dan berinteraksi dengan baik dan konfiden tanpa rasa sakit, malu
atau segan.
Pelbagai jenis rawatan pergigian disediakan kepada orang ramai termasuk:
•
•
•
•
•
•
•
•
pemeriksaan
tampalan (filling)
cabutan
pembuatan gigi palsu/ dentur (denture)
rawatan salur akar/ endodontik (endodontic)
pembedahan kecil mulut (minor oral surgery)
penskaleran (scaling) dan
rawatan pengapan fisur (fissure sealant)
Mereka yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk untuk rawatan
selanjutnya. Terdapat pelbagai kepakaran klinikal dalam perkhidmatan
pergigian.
1.
Bedah Mulut dan Pediatrik Pergigian
Kepakaran ini disediakan di hospital. Rawatan yang diberikan
termasuk pembedahan yang berkaitan dengan kemalangan dan kes
kecacatan bahagian mulut.
Pakar Bedah Mulut merawat pesakit dewasa manakala Pakar
Pediatrik Pergigian merawat pesakit berumur 16 tahun ke bawah.
2.
Ortodontik dan Periodontik
Perkhidmatan kepakaran ini disediakan di klinik-klinik besar. Pakar
Ortodontik merawat kes-kes gigi tidak teratur dan gigitan yang tidak
normal. Pakar Periodontik pula merawat kes-kes penyakit gusi dan
periodontium.
3.
Perubatan dan Patologi Mulut
Kepakaran ini ditempatkan di Unit Stomatologi, Institut Penyelidikan
Perubatan atau hospital untuk mengendali kes rujukan perubatan
dan patologi mulut.
4.
Pakar Restoratif
Kepakaran ini merawat kes-kes yang dirujuk untuk rawatan restoratif
yang rumit. Seperti rawatan implan dan korona.
Perkhidmatan pergigian disalurkan kepada orang ramai melalui rangkaian
kemudahan klinik di seluruh negara; klinik pergigian, hospital, klinik pergigian
sekolah, pasukan pergigian bergerak dan klinik pergigian bergerak.
19
LAMPIRAN 3
CAJ RAWATAN PERGIGIAN
(JADUAL F)
Caj yang dikenakan adalah berbeza, bergantung kepada jenis rawatan yang dilakukan.
Caj rawatan pergigian diringkaskan seperti di bawah:
Kategori rawatan
Penjelasan
Caj untuk bukan
Caj untuk
warganegara warganegara
Satu lawatan
termasuk segala
siasatan
RM 1.00
RM 2.00
Cabutan
bagi sebatang gigi
RM 1.00
RM 20.00 – RM 25.00
Tampalan
bagi sebatang gigi
RM 2.00
RM 15.00 – RM 35.00
Kikis (penskaleran)
bagi satu rawatan
RM 2.00
RM 35.00
Rawatan salur akar
(endodontik)
bagi sebatang gigi
RM 4.00
RM 50.00 – RM 500.00
Membuat gigi palsu
yang penuh (tetapi
tidak termasuk harga
logam)
rahang atas
RM 50.00
RM 100.00
rahang bawah
RM 50.00
RM 100.00
Membuat sebahagian
gigi palsu (tetapi tidak
termasuk harga
logam)
rahang atas/ rahang
bawah
RM 10.00
RM 50.00
dan bagi tiap-tiap
sebatang lagi
RM 2.00
RM 10.00
tetapi tidak melebihi
RM 25.00
alat terlekat mati
RM 500.00
RM 4 000.00
RM 2 500.00
Ortodontik
alat boleh dicabut
•
tidak rumit
RM 100.00
•
rumit
RM 200.00
Siapakah yang layak mendapat rawatan pergigian percuma?
•
Kakitangan kerajaan dan ahli keluarga – surat akuan yang sah
diperlukan
•
Kanak-kanak pra sekolah
•
Kanak-kanak sekolah sehingga
kurang daripada 21 tahun
•
Anak kakitangan kerajaan/ pesara yang belajar di institusi
pengajian tinggi dan berumur sehingga 21 tahun
tingkatan lima dan berumur
20
•
Pesara kerajaan – salinan kad pencen diperlukan
•
Penderma darah – tertakluk kepada kekerapan darah diderma
dan tarikh menderma darah terakhir
•
Pelajar Institut Kemahiran Mara
•
Penerima bantuan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat
•
Tahanan Pusat Serenti
•
Tahanan Penjara
21
LAMPIRAN 4
KAEDAH MENCUCI TANGAN
1. Ambil sedikit bahan disinfektan
cecair/ sabun ke tapak tangan
2. Gosok
G
tengah tapak tangan
de
dengan hujung-hujung jari
3. Gosok tapak tangan
22
4. Gosok tengah tapak tangan
dengan hujung-hujung jari
5. Gosok di belakang tangan
dan celah jari
6. Cuci hingga bersih
23
LAMPIRAN 5
PENGENDALIAN KECEDERAAN AKIBAT PERALATAN TAJAM
Kecederaan akibat peralatan tajam seperti bur dan jarum yang telah digunakan,
hendaklah diambil tindakan segera kerana ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Kecederaan terjadi sekiranya anggota badan tercucuk atau luka.
Sekiranya kecederaan berlaku, ikut prosedur berikut:
1.
Hentikan apa-apa aktiviti dengan serta-merta.
2.
Bersihkan luka/ bekas cucukan dengan sabun dan air.
3.
Laporkan kejadian kepada pegawai atasan.
4.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital atau di klinik
kesihatan.
24
LAMPIRAN 6
KAEDAH PENSTERILAN DAN DISINFEKSI
Disinfeksi adalah proses untuk mengurangkan bilangan kuman ke tahap yang
selamat.
Pensterilan adalah proses di mana semua jenis bakteria termasuk spora dapat
dihapuskan.
Kaedah pensterilan dan disinfeksi yang betul hendaklah diikuti untuk mengawal
jangkitan yang mungkin berlaku di klinik pergigian semasa rawatan dijalankan.
Sebelum proses disinfeksi/ pensterilan dilakukan,
1.
•
asing dan buangkan sisa-sisa klinikal mengikut prosedur
•
gunakan ultrasonic cleaner / instrument washer untuk mencuci
perkakas pergigian
PENSTERILAN DAN DISINFEKSI
1.1
Kenal pasti proses pembasmian kuman bagi kawasan kerja, perkakas
dan peralatan pergigian.
1.2
Steril dengan autoklaf disyorkan untuk perkakas kecil yang tahan haba
panas.
- Bagi peralatan di dalam kategori kritikal perlu disteril menggunakan
teknik cold sterilization,
- tidak boleh disteril menggunakan autoklaf seperti peralatan jenis
plastik, kaca dan getah.
1.3.
2.
Disinfeksi kawasan kerja, perkakas dan peralatan yang dikategorikan
tidak kritikal.
PENGENDALIAN TUMPAHAN BAHAN TERCEMAR
Tumpahan bahan tercemar (spillage) dengan darah atau bendalir badan
perlu diuruskan dengan segera:
2.1
Gunakan sarung tangan pakai buang yang diperbuat daripada
(latex/rubber) semasa proses pembersihan.
2.2
Tuangkan atas tumpahan tersebut dengan larutan sodium
hypochloride (Chlorox) 1:10 yang baru disediakan atau tabur (chloride
granules) dan biarkan selama 5 – 10 minit. Jika tumpahan besar, ia
boleh diliputi dengan bahan penyerap yang bersesuaian.
25
2.3
Tumpahan dibersihkan dengan menggunakan tuala kertas atau bahan
penyerap yang bersesuaian. Elak dari tumpahan bersentuhan
secara terus dengan sarung tangan.
2.4
Kawasan tumpahan yang telah dibersihkan ini dilap menggunakan
sodium hypochlorite 1:100
2.5
Peralatan yang digunakan
dikontaminasikan.
26
untuk
pembersihan
ini
perlulah
LAMPIRAN 7
PERALATAN PERGIGIAN
1.
Kerusi pergigian
Semasa rawatan, pesakit akan duduk di atas kerusi pergigian dan seterusnya
pegawai atau jururawat pergigian akan mengubah posisi kerusi mengikut
kesesuaian rawatan yang dijalankan.
Terdapat dua jenis kerusi pergigian yang digunakan di klinik-klinik pergigian.
•
•
1.1
Kerusi pergigian pemasangan tetap
Kerusi pergigian mudah alih
Kerusi pergigian pemasangan tetap
Terdapat pelbagai jenama kerusi pergigian elektronik yang digunakan.
Di antaranya Adec, J.Morita, Belmont, Eurodent, Shinhung, dll.
Rajah: Kerusi pergigian
jenis elektronik
Cara penjagaan:
Sebelum rawatan
Jalankan peralatan yang ada di unit (penyembur tiga laluan, hanpis,
penyedut air liur, lampu tumpu dan scalers) dan pastikan kesemua boleh
berfungsi.
a.
Bersihkan meja braket (bracket table) dengan bahan disinfektan
sebelum meletakkan ceper (tray).
b.
Pastikan kaki dan tangan pesakit berada di atas kerusi dan bukannya
dibiar tergantung semasa duduk di kerusi pergigian.
c.
Pastikan kawasan-kawasan bertanda
seperti yang terdapat di dalam
gambarajah, bebas daripada apa jua bentuk halangan.
Selepas rawatan setiap pesakit
d.
Bersihkan pemegang lampu tumpu dengan bahan disinfektan atau
tukar plastic barrier / cling film selepas rawatan setiap pesakit.
e.
Bersihkan kerusi dengan bahan disinfektan yang sesuai.
27
Pada akhir hari rawatan
1.2
f.
Pastikan semua suis telah ditutup.
g.
Cuci perangkap sisa pada ketur (spittoon) dan disinfek permukaan
ketur (spittoon).
h.
Cuci dan disinfek hos penyedut air liur.
i.
Tanggal muncong penyembur tiga laluan (triple syringe) dan disinfek
atau tukar jika menggunakan muncung pakai buang. Pemegang
t-syringe juga perlu disinfek. Sekiranya menggunakan plastic barrier,
hendaklah ditukar plastik tersebut.
j.
Tanggalkan hanpis dari unit dan bersihkan (gunakan Handpiece
Cleaning Unit jika ada), minyakkan, masukkan dalam pouch dan
disteril.
Kerusi mudah alih ini digunakan dalam pasukan pergigian bergerak. Kerusi
g dilipat
pa untuk dibawa ke sekolah dan tadika.
jenis ini senang
Rajah: Kerusi lipat
mudah alih
2.
Autoklaf
Rajah: Autoklaf jenis
table top
Autoklaf digunakan untuk pensterilan perkakas pergigian dan linen. Terdapat
tiga jenis autoklaf iaitu Type N, S dan B.
28
Cara penggunaan dan penjagaan:
3.
a.
Guna jenis autoklaf yang betul.
b.
Rujuk manual pengguna yang dibekalkan oleh pembekal.
c.
Susun peralatan yang telah dibersihkan di atas ceper dan masukkan ke
dalam autoklaf (jangan padat).
d.
Guna pemegang dulang untuk mengangkat muatan setelah proses
pensterilan selesai.
e.
Bersihkan autoklaf mengikut arahan pengeluar.
Alat penyedut air liur dan darah (vaculyser)
Rajah: Alat penyedut
air liur dan darah
ah sejenis peralatan pergigian yang digunakan untuk menyedut
Vaculyser adalah
air liur, darah dan air semasa rawatan dijalankan.
Cara penggunaan dan penjagaan:
a.
Pastikan bekas untuk air liur/ darah bersih dan berada di tempat yang
dikhaskan sebelum rawatan.
• Isi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5 % (chlorox) / bahan
yang disyorkan.
• Tutup dengan ketat.
b.
Tutup suis unit dan buka penutup getah bila bekas berisi air liur/ darah
berada di paras maksima
.
c.
Bersihkan bekas tersebut, isi dengan 1/10 bahagian sodium hypochloride 5
% bahan lain yang disyorkan dan letakkan di tempatnya semula.
d.
Tukar penyedut air liur pakai buang selepas setiap pesakit.
e.
Bersihkan tubing dengan bahan disinfektan.
f.
Cuci dan disinfek bekas air liur / darah pada akhir hari rawatan.
g.
Ganti tubing bila perlu.
29
4.
Amalgamator
Rajah: Amalgamator
gamat
adalah sejenis
seje i peralatan
eralatan pergigian
igian yang digunakan untuk
Amalgamator
membancuh bahan tampalan amalgam.
Cara penggunaan dan penjagaan:
5.
a.
Pastikan amalgamator sentiasa bersih. Gunakan kain yang lembut untuk
membersih bahagian permukaan.
b.
c.
Patuhi arahan pengeluar untuk jangka masa bancuhan amalgam.
Patuhi kod amalan merkuri pergigian.
Unit Penskaleran Ultrasonik ( ultrasonic scaling unit )
Rajah:Unit penskaleran
Unit penskaleran
eran ultrasonik adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk
membuang plak dan karang gigi semasa rawatan penskaleran.
Cara penjagaan:
a.
Autoklaf tip skaler selepas setiap pesakit.
b.
Disinfek / tukar plastic barrier pada skaler hanpis selepas setiap pesakit.
b.
Unit hendaklah sentiasa bersih.
30
6.
Hanpis (hand piece)
Hanpis adalah sejenis peralatan yang
digunakan untuk membuang tisu gigi yang
rosak atau membentuk gigi semasa
rawatan (drill).
Cara penjagaan:
Selepas rawatan setiap pesakit
a.
Jalankan hanpis dan pastikan air keluar
selama 30 saat – 60 saat.
b.
Tanggalkan hanpis dari unit dan
keluarkan
bur.
Bersihkan
(gunakan
handpiece cleaning unit jika ada), minyakkan,
masukkan ke dalam pouch dan disteril.
c.
Lap hanpis dengan bahan disinfektan
untuk membersihkan sisa-sisa yang terlekat
pada hanpis.
31
Rajah:Hanpis
Ra
Raj
ah:Hanpis sedang disembur
7.
8.
Mikromotor
a.
Disinfek / tukar (plastic barrier) micromotor selepas rawatan setiap pesakit.
b.
Micromotor pacuan angin perlu diminyakkan di akhir hari bekerja.
Ultrasonic Cleanerr
Ultrasonic cleanerr digunakan untuk membuang kekotoran pada
perkakas pergigian sebelum proses pensterilan ataupun disinfeksi.
Cara penggunaan dan penjagaan:
a.
Sediakan larutan dan masukkan ke dalam takungan Ultrasonic
cleaner. Ikut arahan pengeluar.
Contoh larutan ultrasonic cleaner ialah Biosonic General
Purpose Cleaning Solution
b.
Masukkan perkakas pergigian yang hendak dicuci ke dalam
takungan utrasonic cleaner. Guna bakul yang disediakan.
Pastikan perkakas di dalam bakul tenggelam dalam larutan dan
tidak bertindih.
c.
Mulakan pembersihan dengan memilih masa
seperti yang disyorkan.
e.
Apabila selesai pembersihan, keluarkan perkakas/peralatan
dan cuci dengan air paip yang mengalir.
f.
Perkakas/peralatan telah sedia untuk disteril ataupun
didisinfeksi.
g.
Gunakan larutan baru setiap hari. Tukar larutan bila berubah
warna/keruh.
32
pembersihan
9.
Light cure unit
Alat ini digunakan
nakan untuk curi
curing
uring / pempolimeran (mengeraskan) bahan
ba
pergigian
yang memerlukan cahaya tampak (visible light).
Cara penggunaan dan penjagaan:
a.
Lap muncung dan pemegang unit light cure dengan bahan disinfektan atau
tukar plastic barrier setiap kali selepas penggunaannya.
33
LAMPIRAN 8
PERKAKAS PERGIGIAN
1.
SET CEPER PEMERIKSAAN (EXAMINATION TRAY)
Ceper
(tray)
Perkakas
as asas ini digunakan untuk pemeriksaan mulut dan rawatan pergigian.
perg
Perkakas ini terdiri daripada cermin mulut (mouth mirror), prob (probe),
pengepit dan ceper . Terdapat set pemeriksaan pakai buang dan juga
set yang diperbuat daripada keluli yang boleh disteril untuk diguna semula.
2.
PICAGARI (SYRINGE)
pemegang
(plugger)
batang
(barrel)
34
Picagari jenis ini digunakan untuk menyuntik khususnya larutan anestesia
(anaesthetic solution) ke dalam tisu mulut sebelum rawatan dimulakan.
Jarum suntikan dan katrij larutan yang telah digunakan hendaklah dibuang
sebagai sisa klinikal tajam, manakala picagari hendaklah disteril dengan
autoklaf.
3.
FORSEP PERGIGIAN (DENTAL/ EXTRACTION FORCEPS)
Forsep pergigian terdapat
erdapat dalam berbagai bentuk, saiz bilahnya dan saiz
pemegang. Forsep ini digunakan untuk rawatan cabutan gigi.
Forsep untuk gigi susu biasanya lebih kecil berbanding dengan forsep gigi
kekal. Forsep yang telah digunakan hendaklah disteril dengan autoklaf.
4.
CEPER IMPRESI (IMPRESSION
(IMPRESSION TRAYS)
(I
T YS
TRA
YS)
Perkakas ini digunakan
nakan untuk mengambil impresi/ acuan mulu
mulut bagi pembuatan
gigi palsu/ model kerja. Ceper impresi yang diperbuat daripada keluli boleh
disteril dengan autoklaf.
35
5.
PENGEKSKAVAT (EXCAVATOR)
Terdapat berbagai saiz pengekskavat (excavator) yang digunakan untuk
membuang karies lembut pada gigi yang rosak. Perkakas ini boleh
diautoklaf selepas digunakan.
6.
GEGELANG MATRIKS (MATRIX BANDS)
ai jenis gegelang matriks yang digunakan untu
Terdapat berbagai
untuk membentuk
bahan tampalan amalgam. Perkakas ini boleh diautoklaf selepas digunakan.
7.
PEMBAWA AMALGAM (AMALGAM CARRIER)
Perkakas ini digunakan untuk membawa bahan tampalan amalgam yang telah
dibancuh ke dalam kaviti gigi yang telah disediakan. Perkakas ini dilap dengan
bahan disinfektan selepas digunakan.
36
8.
ALAT PALAM AMALGAM (AMALGAM PLUGGER)
Terdapat berbagai bentuk alat palam yang digunakan untuk memadatkan
bahan tampalan amalgam di dalam kaviti gigi. Perkakas ini boleh diautoklaf
selepas digunakan.
37
LAMPIRAN 9
BAHAN PERGIGIAN
Terdapat pelbagai jenis bahan tampalan yang digunakan untuk menampal gigi.
Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada saiz kaviti, kekuatan
gigitan dan keperluan estetik.
Antara bahan tampalan yang digunakan secara meluas adalah amalgam,
komposit (composite) dan simen ionomer kaca (glass ionomer cement).
1.
AMALGAM
Amalgam adalah sejenis bahan tampalan yang digunakan untuk menampal
gigi-gigi geraham dan pra geraham. Tampalan amalgam yang digunakan
adalah selamat dan tahan lama.
Bahan tampalan amalgam merupakan campuran merkuri dengan aloi
pergigian. Aloi pergigian ini terdiri daripada argentum, stranum, kuprum dan
kadangkala zink.
Kod Amalan Merkuri Pergigian hendaklah dipatuhi untuk menjamin
keselamatan dan kesihatan dalam pengendalian amalgam.
Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) hendaklah:
a.
Mendapat latihan mengenai cara pengendalian merkuri yang betul.
b.
Bekerja di dalam ruang yang mempunyai kitaran udara yang baik dengan
pertukaran udara segar.
Tingkap/ pintu hendaklan dibuka setiap hari sebelum memulakan kerja.
c.
Mengguna kapsul
pengamalgaman.
yang
tidak
d.
Simpan sisa amalgam di dalam bekas plastik yang ditutup rapat dan
disimpan di dalam bekas berisi air dengan lapisan minyak. Bekas
tersebut hendaklah ditempatkan di ruang yang mempunyai kitaran udara
yang baik dan jauh dari sumber haba, dilabel dan ditutup rapat semasa
tidak diguna.
e.
Elakkan sentuhan kulit dengan merkuri atau amalgam yang baru
dicampur. Teknik tanpa sentuhan hendaklah sentiasa digunakan semasa
mengendali merkuri dan amalgam.
f.
Periksa, cuci dan gantikan penapis unit pergigian secara berkala untuk
mengeluarkan sisa amalgam.
38
bocor
sahaja
semasa
proses
g.
Merkuri yang tertumpah hendaklah dicuci serta merta dengan cara yang
sesuai.
•
•
•
Jika merkuri yang tertumpah sedikit, serbuk aloi boleh
dicampurkan untuk dijadikan amalgam dan dibuang ke dalam
bekas yang disediakan.
Titisan merkuri boleh dikumpul dengan menggunakan pita pelekat
atau picagari hipodermik.
Kit komersial untuk tumpahan merkuri juga boleh digunakan.
Penghawa dingin (atau kipas) perlu ditutup pada masa tersebut untuk
mengurangkan peredaran wap merkuri. Selepas tumpahan dibersihkan,
tingkap hendaklah dibuka untuk memastikan aliran udara. Jangan
gunakan alat hampagas (vacuum cleaner).
h.
2.
Bersih peralatan yang tercemar dengan amalgam sebelum dimasukkan
ke dalam ultrasonic cleaner, atau autoklaf.
KOMPOSIT (COMPOSITE)
Komposit terdiri daripada resin, kuarza, kaca aluminosilikat, agen pengupelan
(coupling agent) dan bahan pemula. Bahan tampalan ini banyak digunakan
kerana ia menyerupai warna gigi. Di antara kegunaannya adalah:
• tampalan gigi hadapan yang rumit (kelas III,IV dan V)
• tampalan gigi geraham & pra geraham (posterior teeth)
Bahan komposit biasanya dibekalkan dalam sistem dua pes atau satu pes.
Kaedah pempolimeran sistem dua pes ialah pempolimeran kimia manakala
komposit sistem satu pes pula memerlukan cahaya ungu. Contoh bahan
tampalan komposit ialah 3 M dan Alpha dent.
3.
SIMEN IONOMER KACA (GLASS IONOMER CEMENT)
Simen ionomer kaca lebih dikenali dengan nama GIC. Bahan tampalan ini
juga menyerupai warna gigi. Ia digunakan untuk:
•
•
•
•
pengapan fisur (fissure sealant)
bahan pelapik
tampalan gigi desidus (gigi susu)
melekatkan braket ortodontik
Simen ionomer kaca mempunyai gabungan sifat-sifat simen silikat dan simen
polikarboksilat dalam bentuk serbuk dan cecair. Bancuhan pes dibuat dengan
mencampurkan kedua-duanya mengikut arahan pengeluar.
Antara contoh simen kaca ionomer ialah Gem-fill, Aqua-fill dan Chelon-fill.
39
4.
PENGAPAN FISUR/ SELAN FISUR
Bahan ini untuk menutup alur gigi yang dalam dan melindungi gigi-gigi tersebut
dari kerosakan. Kandungan utama adalah berasaskan resin. Terdapat dua
jenis resin yang digunakan iaitu:
• Pempolimeran hanya terjadi jika terdedah kepada cahaya tampak (light
cure) dan
• Pempolimeran secara kimia (self cure)
Rawatan pencegahan klinikal ini diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi
mendapat kerosakan gigi.
5.
SIMEN ZINK – OKSIDA EUGENOL
Kandungan
an utama simen zin
zink-oksida
i k-oksi
k
da eugenol adalah zink oksida, eu
euginol dan
asid asetat. Ianya dibekalkan dalam bentuk serbuk dan cecair atau pes.
Komponen serbuk dan cecair perlu dibancuh sebelum dimasukkan ke dalam
kaviti.
Kegunaannya agak meluas sebagai bahan lapisan, bahan tampalan
sementara atau sebagai bahan tampalan perantaraan. Contoh yang ada
dalam pasaran ialah Kalzinol dan S/S White cavity lining.
40
LAMPIRAN 10
NASIHAT SELEPAS RAWATAN
1.
NASIHAT SELEPAS RAWATAN CABUTAN GIGI
Pesakit atau penjaga perlu diterangkan dengan jelas perkara yang perlu
dipatuhi setiap kali selepas cabutan gigi.
1.1 Setelah cabutan gigi, gigit kain kasa g
( auze) yang diletakkan pada soket
cabutan.
1.2 Jangan masukkan lidah/ jari ke dalam soket cabutan.
1.3 Jangan gigit lidah/ bibir semasa masih kebas.
1.4 Jangan berkumur-kumur dalam masa 6 jam selepas cabutan gigi.
1.5 Tidak melakukan kerja-kerja berat dan makan makanan panas selepas
cabutan gigi.
1.6 Gantikan kain kasa baru ke atas soket dan gigit di atasnya dengan kuat,
jika soket cabutan masih berdarah setelah beberapa jam.
Jika pendarahan masih tidak berhenti, segera ke klinik pergigian untuk
pemeriksaan dan rawatan lanjut.
2.
NASIHAT SELEPAS RAWATAN TAMPALAN GIGI
2.1 Setelah gigi ditampal, pesakit dinasihatkan supaya tidak menggunakan gigi
tersebut dalam tempoh 24 jam.
2.2 Sekiranya tampalan tersebut pecah/ sakit , pesakit perlu ke klinik
semula untuk pemeriksaan.
3.
NASIHAT PENJAGAAN GIGI PALSU/ DENTUR
3.1
Gigi palsu hendaklah dibersihkan dengan berus gigi.
3.2
Jangan guna air panas untuk membersih atau merendam gigi palsu.
3.3
Rendam gigi palsu ke dalam air pada waktu malam atau bila-bila masa gigi
palsu tidak digunakan.
3.4
Gigi asli yang masih ada perlu dijaga dengan baik. Amalkan penjagaan gigi
yang baik.
41
LAMPIRAN 11
PEMBUANGAN SISA-SISA KLINIKAL
Sisa klinikal hendaklah dibuang dengan cara yang betul untuk mengawal jangkitan
penyakit yang berjangkit.
1.
Asingkan sisa klinikal mengikut jenis.
•
•
•
Sisa pepejal
Sisa bahan tajam
Sisa bendalir tubuh
1.1
Pembuangan sisa pepejal
Buang sisa pepejal klinikal ke dalam tong sampah yang ada beg plastik kuning.
Gigi yang dicabut, kapas dan gauze tercemar hendaklah dibuang sebagai
sisa klinikal.
•
Klinik pergigian
Pastikan tong-tong sampah berplastik kuning ditutup rapat. Apabila 2/3
penuh atau di akhir waktu bekerja. Plastik perlu diikat dan diletakkan di
tempat pengumpulan sisa klinikal.
•
Pasukan pergigian bergerak/ klinik pergigian sekolah perlu:
- Pastikan beg-beg plastik kuning diikat dengan tali pengikat khas
apabila 2/3 penuh atau pada akhir waktu rawatan.
- Bawa beg-beg plastik kuning yang telah diikat ke klinik setiap hari.
1.2
Pembuangan sisa tajam
a.
Buangkan sisa tajam seperti jarum suntikan dan pisau surgikal
ke dalam
฀฀
bekas khas sharps container.
b.
Tutupkan bekas sharps
p container ap
apabila setelah 2/3 penuh.
42
1.3
Pembuangan sisa bendalir
a.
Kumpul bendalir tubuh dalam bekas yang mengandungi 5 % sodium
hypochloride (chlorox); sekiranya menggunakan portable vaculyser.
b.
Angkut bekas bendalir ke tandas dan buangkan bendalir ke dalam
mangkuk tandas atau longkang yang mempunyai pengaliran yang baik.
c.
Bersihkan bekas sebelum digunakan semula.
43
LAMPIRAN 12
PERALATAN MAKMAL
1.
MIKROMOTOR & HANPIS (MICROMOTOR & HAND PIECE)
Peralatan ini digunakan untuk
memangkas serta mengemaskan
gigi dan akrilik dalam proses
pembuatan dentur.
2.
PEMANGKAS MODEL (MODEL TRIMMER)
฀ ฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀
฀ ฀
TRIM ฀
฀
฀
฀
3.
MESIN PENGILAP (POLISHING MACHINE)
Mesin pengilap digunakan untuk
mengilap
dan
melicinkan
permukaan dentur setelah selesai
proses pemangkasan.
4.
PLASTER DISPENSER
Alat ini mengeluarkan bancuhan
plaster dalam sukatan yang diperlukan.
44
SENARAI RUJUKAN
1.
MS ISO 9000 Jilid 3
Arahan Kerja Pejabat Perkhidmatan Pergigian Daerah
Kementerian Kesihatan Malaysia
MOH/ K/GIG/8.2001(GU)
2
Akta Fee 1951
Perintah Fee (Perubatan) 1982
3
Nota Kursus Asas (Pembantu Pembedahan Pergigian)
Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia,
Pulau Pinang
4
Nota Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian
Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia,
Pulau Pinang
5
Guidelines on Infection Control in Dental Practice
Malaysian Dental Council & Oral Health Division
Ministry of Health
6
Guidelines on Radiation Safety in Dentistry
Oral Health Division
Ministry of Health Malaysia
7
Position Statement on Use of Dental Amalgam
Malaysian Dental Council
45
PENGHARGAAN
Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada pegawai yang terlibat dalam penambahbaikan
Buku Panduan Pembantu Perawatan Kesihatan (Pergigian) edisi
kedua:
Penasihat:
Datin Dr Norain bt Abu Talib
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Pergigian
Penyelaras:
Dr,Che Noor Aini bt Che Omar
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Pergigian
Ahli Jawatankuasa Kerja:
Puan Seti Salmiah bt Abd.Rahman
Ketua Penyelia Jururawat Pergigian
Bahagian Kesihatan Pergigian
Puan Fatimah bt Rahman
Penyelia Jururawat Pergigian U38
Bahagian Kesihatan Pergigian
En Mohd.Tohir bin Ibrahim
Juruteknologi Pergigian U36
Bahagian Kesihatan Pergigian
46