Menarik Di Dalam Menarik Di Dalam

Comments

Transcription

Menarik Di Dalam Menarik Di Dalam
BIL 148/MEI 2006
Menarik Di Dalam
UIAM sertai AW bentuk jati diri
MS 39
PLPM latih pegawai ATM dan
staf untuk misi PBB
MS 5
Latihan Kembara Duga projek
kecemerlangan TD
MS 23
Khamisah terima kunci rumah
baru
MS 65
KRD pertahankan Kejuaraan
Bola Jaring TD 2006
MS 78
BPS berperanan merealisasikan
hasrat SPJP, JAKPAW dan SKAW
MS 10
Bosnia Herzegovina 1993-1998
MS 35
24 RAMD ungguli Sepak Takraw
RAMD
MS 79
Konsep Islam Hadhari dan
Pertahanan
MS 14
TIM EDITORIAL
PENAUNG: Jen Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal KETUA PENGARANG: Brig Jen Dahari Hj Hussin PENGARANG: Lt Kol Hj Mohd Sani Hj Royan, Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad
EDITOR: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir WARTAWAN/JURUFOTO: Kapt Aishah Ismail, Lt M Noraishah Samsudin, PW 2 Mat Zaini Hj Abd Ghani, Sjn Syuhaimi Saad, Sjn Mohamad Solor Ismon, Pbt
Saiful Fazley Rusli, Pbt Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Mohd Khalifah Mohamad Yusof GRAFIK: Sjn Mohd Zuki Jusoh, Kpl Suziana Selimin, Pbt Abdul Rahman Mohamad, Pbt Suhaimi Idris
PENGURUSAN: SSjn Aziz Deroah, Sjn Kamarulzaman Ariffin, Pbt Abu Talib Abu Bakar KORESPONDEN - SABAH/SARAWAK: Kapt Amin Nurasyid Ayub, Kapt Zuhairi Limat, PW 2
Abdul Aziz Hj Marzuchie, Sjn David Loros, Sjn Roslan Maalik, Kpl Mazeli Maseri, Kpl Naincy Samudi, Pbt Safran Isnin PERAK/PULAU PINANG/KEDAH/PERLIS: Mej Burhanuddin Abdul Jalal,
Kapt Mahiszan Pilus, Kapt Khairuddin Ismail, Kapt Abdul Halim Abu Bakar, Lt Ahmad Fauzi Ismail, PW 2 Shaharudin Osman, SSjn Sham Jolen, Sjn Yazid Che Ani, Kpl Maslim Ghazali, LKpl Anuar
Mokhtar, LKpl Hafidzul Mohd Zulkifli dan Pbt Zakaria Ahmad NEGERI SEMBILAN/MELAKA/JOHOR: Mej Kamaruddin Kassim, Kapt Suria Sulaiman, Kapt Zamzulamry Muhamad, Sjn Mazizi Abd
Rahman, Sjn Adnan Ibrahim, Kpl Hilmi Abd Rahman, Kpl Suryazu Mohamad, LKpl Mohd Hazran Mat Rani, LKpl Taha Mohd Taib, LKpl Rosley Yusof, Pbt Norita Aamit PAHANG/TERENGGANU/
KELANTAN: Kapt Mohd Zukri Hashim, Lt Mungah @ Mohd Azzlan Tamat, SSjn Mat Zaid Che Muda, SSjn Syed Abd Kadir Syed Mohamad, Sjn Mohd Zamri Mustapha, LKpl Abdul Rahman Ismail
KUALA LUMPUR: Mej Murtadza Hj Noordin, Kapt Noor Ain Sulaiman, SSjn Wan Norhayati Wan Deraman, Sjn Badri Mustafa, Sjn Norashikin Mohd Bujang, Sjn Mohd Hisham Ismail, Kpl Muzaini
Mohamed, Kpl Rosli Awang, Kpl Rosman Hamid, Kpl Saiful Nizam Abdullah, Kpl Syukri Malek, LKpl Helmi Hassan, LKpl Razali Tasmin, LKpl Fadzli Jab dan Zainudin Zainal
BTDM mengalu-alukan artikel, idea, dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan ditandatangani.
Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada:
Pengarang BTDM, Tingkat 8-11,
Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
atau
www.btdm.net, FAKS: 03-26985536 / 03-26923195 Tel: 03-20713486
2
BIL 148/MEI 2006
Peranan askar wataniah dan
kedaulatan negara
B
AGI sesebuah negara yang merdeka
dan berdaulat, pertahanan merupakan
agenda penting. Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah merupakan Angkatan
Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai
benteng kedua dalam mempertahankan negara
kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW
merupakan satu sumbangan murni bagi
menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep
Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang
ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara
(DPN). HANRUH antaranya menetapkan
bantuan nasional termasuk penggemblengan
semua sumber negara di samping penglibatan
Angkatan Tentera Malaysia. Oleh itu, sebagai
sebuah negara yang pesat membangun dan
berwawasan, penglibatan rakyat dan semua
pihak adalah amat perlu bagi memainkan
peranan dalam pembangunan serta pertahanan
negara.
Dari segi sejarah, konsep mempertahankan
negara melalui pasukan sukarela di Tanah
Melayu telah bermula sejak awal zaman
Pemerintahan British. Malahan konsep ini
telahpun wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat
secara sukarela serta melafazkan taat setia
kepada raja untuk mempertahankan negara.
Sebagai contoh, Perjanjian Pangkor yang
dimeterai pada Januari 1874 telah membuka
ruang kepada British untuk campur tangan
dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada
1 Julai 1896, Persetiaan Persekutuan telah
ditandatangani. Dengan ini, terbentuklah NegeriNegeri Melayu Bersekutu serta campur tangan
British yang lebih meluas.
Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela
di Semenanjung Malaysia bermula semenjak
1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan
Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang dipanggil Federated Malay
States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan
Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula
dipanggil Unfederated Malay States Volunteer
Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat
pula ialah The Straits Settlement Volunteer
Force (SSVF). Tahun 1941 menyaksikan Jepun
mengisytiharkan perang ke atas Malaya dan
mula mendarat di Kota Bharu pada 8 Disember.
Dengan kehadiran Jepun itu semua anggota
pasukan Sukarela dari FMSVF, UFMSVF dan
SSVF telah dikerah berkhidmat sepenuh masa
bersama-sama tentera British dan Askar Melayu
untuk menentang tentera Jepun. Pada 28
Februari 1942, beberapa orang pegawai dari
pasukan sukarela telah dijatuhi hukuman bunuh
oleh Jepun kerana keengganan mereka
menanggalkan pakaian seragam. Di antara
mereka yang dibunuh oleh Jepun ialah Kapten
Raja Aman Shah bin Raja Harun Ar-Rashid
(FMSVF), Leftenan Abbas bin Said (SSVF),
Leftenan Abu Bakar bin Umar (SSVF) dan
Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning)
(SSVF). Pengorbanan mereka menjadi contoh
serta teladan kepada kita semua akan sumpah
keramat serta ketaatsetiaan perwira bangsa.
Adalah jelas konsep HANRUH yang
dinyatakan ini memaparkan kepada kita semua
bahawa pertahanan negara bukanlah
tanggungjawab pasukan keselamatan sematamata, bahkan ia merupakan tanggungjawab
semua lapisan masyarakat. Badan-badan
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan perlu
diintegrasikan secara bersepadu untuk
melahirkan suatu sinergi dalam urusan
pertahanan negara.Ini memperlihatkan betapa
pentingnya aspek ketahanan dan perpaduan
masyarakat bagi menghadapi sebarang
kemungkinan dan cabaran masa hadapan.
Kemerdekaan adalah satu perkara yang
amat bermakna kepada kita terutamanya kepada
para perajurit yang terlibat secara langsung
dalam peperangan untuk menuntut
kemerdekaan serta diberi tanggungjawab
memikul amanah rakyat mempertahankan
kedaulatan negara. Semangat keberanian dan
kecekalan mereka perlulah dihargai oleh semua.
Sifat-sifat kepahlawanan yang ditunjukkan telah
memberi kebebasan kepada kita sebagai rakyat
untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta
ini.
Kedaulatan negara perlulah dipertahankan
dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita
serta generasi yang akan datang dapat
mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki
sekarang. Janganlah kita yang menjadi
penyebab kehilangan kebebasan ini untuk
dinikmati generasi masa hadapan. Kita adalah
di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini. Seharusnya berbangga
kerana dapat menetap di negara bertuah yang
dipanggil Malaysia. Untuk mencerminkan
perasaan cinta kepada negara sendiri, tanpa
mengira peringkat, kita perlu sama-sama
menjaga dan mempertahankan maruah, bangsa
dan negara.
Sebagai warga tentera kita perlulah
bersemangat setia kepada negara supaya
pengekalan kemerdekaan negara dapat
dilakukan dengan semangat kepahlawanan
yang berkobar-kobar dan tidak pernah luntur.
Kita juga perlu bersatu padu dan hidup dalam
keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan
bahawa bersatu padu amat penting dalam
mengekalkan keamanan negara. Apabila
semangat bersatu padu tidak lagi wujud, bukan
sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga
akan musnah seperti yang terjadi kepada
tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti
Ming di China pada suatu masa dahulu.
Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk
sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan
negara. Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh
setiap warga tentera. Disiplin dapat melahirkan
perajurit yang berakhlak dan berbudi pekerti
mulia. Setiap warga tentera perlulah
menyematkan disiplin dalam diri dengan cara
menjadi lebih bertanggungjawab sekaligus
dapat menjadi warga tentera amnya dan
warganegara khasnyayang berguna. Dalam
usaha untuk mengekalkan kemerdekaan
negara, kita perlulah lebih berusaha dan
produktif apabila melakukan sesuatu perkara,
lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi
mempertahankan hak-hak kita sebagai rakyat
bumi yang merdeka. Sudah tiba masanya untuk
kita berdikari dan tidak lagi bergantung kepada
kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin
kedaulatan negara. Oleh itu, marilah kita sebagai
anggota tentera dan rakyat, sama-sama memikul
tanggungjawab diamanahkan iaitu sebagai
teras utama kedaulatan negara.
Ketua P
engarang
Pengarang
3
3
Bersama Pemimpin
Sultan Kedah rasmi
Temasya Sukan
Sungai 2006
BIL 148/MEI 2006
RA
JD 2 Div terlibat
RAJD
perbarisan Ulang
Tahun Keputeraan
Sultan Perak
Oleh: Lt M Warmust Niying
ALOR STAR: Temasya Sukan Sungai 2006 sempena perayaan Ulang
Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan
Badlishah ke-78 diadakan di Tanjong Chali Alor Setar, Kedah pada 18
Mac lalu.
Sempena temasya tersebut Tim Perahu Panjang Rejimen Ke-3 Kor
Armor Diraja mengambil bahagian dalam 2 kategori acara yang
dipertandingkan iaitu Kategori Perlumbaan Perahu Panjang antara
Pasukan Beruniform dan Kategori Perlumbaan Perahu Panjang Antara
Negeri-Negeri.
Pegawai Memerintah Rejimen Ke-3 KAD, Lt Kol Hj Salleh Hassan dan
warga 3 KAD turut hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada
Tim Perahu Panjang 3 KAD. Dengan semangat dan komitmen yang
diberikan Tim Perahu Panjang Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja berjaya
menjuarai kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
TERIMA...KDYMM Sultan Kedah diiringi Lt Kol Hj Saleh menyampaikan piala
pusingan kepada Pengurus Tim Perahu Panjang 3 KAD, Kapt Samsudin Hashim
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah
Ghafarullahu-Lah berkenan memeriksan perbarisan sempena sambutan
Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-78 di Istana Iskandariah Bukit
Chandan di sini pada 19 Apr lalu.
Perbarisan terdiri tiga pegawai dan 103 Lain-lain Pangkat bersama
Panji-panji Rejimen, Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang diketuai
oleh Mej Muhammad Zamri Musa, Penolong Ketua Perbarisan, Kapt
Zulhazmi Zahari, Pegawai Panji-panji, Lt M Mohamad Latif Md Noor dan
Rejimen Sarjan Mejar Perbarisan, PW I Hussien Mujip.
Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah terdiri daripada Kerabatkerabat Diraja, Menteri Besar, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis
Negara, panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pegawaipegawai kanan kerajaan Negeri Perak.
Perbarisan ini diiringi oleh pancaragam dari TLDM Lumut, manakala
tembakan meriam istiadat 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja
dan disusuli lintas hormat dua buah helikopter TLDM. — SSjn Aziz
Deroah
Malaysia - Finland meterai kerjasama pertahanan
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Finland akan meterai memorandum
persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai
bidang pertahanan.
Hasrat tersebut disuarakan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak
dan Menteri Pertahanan Finland, Dr Seppo Kaoriainen semasa lawatan
beliau ke Kementerian Pertahanan pada 28 Mac lalu.
Dato’ Sri Mohd Najib berkata, hubungan dua hala yang sedia terjalin
antara kedua buah negara khususnya semangkin kukuh terutamanya
dalam bidang perdagangan yang berkembang sebanyak sepuluh
peratus setiap tahun.
“Finland merupakan sebuah negara pembuat pelbagai jenis
persenjataan tentera, namun begitu kita masih belum lagi mengadakan
apa-apa persetujuan pertahanan dengan mereka,” katanya. — Kpl
Shukri Malek, foto: Zainuddin Zainal
KERJASAMA...Dato’ Sri Mohd Najib berjabat tangan dengan Dr Seppo
Kaoriainen semasa beliau berkunjung ke pejabat Menteri Pertahanan Malaysia
4
BIL 148/MEI 2006
Bersama Pemimpin
PLPM latih pegawai AATM
TM dan staf untuk
misi PBB
PUSAT LATIHAN PENGAMAN MALAYSIA (PLPM) merupakan
sebuah pusat latihan tiga khidmat yang secara khusus
bertanggungjawab melatih pegawai Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) sebagai pemerhati tentera dan staf untuk
misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Oleh itu,
ikuti liputan wartawan Berita Tentera Darat Malaysia
(BTDM), PW 2 Zaini Abd Ghani dan jurugambar Pbt Saiful
Fazley Rusli semasa majlis perasmian PLPM oleh
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak pada
20 Apr lalu.
P
ERWUJUDAN PLPM telah diilhamkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib
semasa beliau menerajui Kementerian Pertahanan pada tahun
1994. Ilham ini timbul daripada wawasan Dato’ Sri Mohd Najib
untuk melatih secara formal pegawai dan anggota yang bakal terlibat
dalam misi PBB yang juga merupakan salah sebuah negara penyumbang
yang terbesar dari rantau Asia Tenggara sejak penglibatan Malaysia
yang pertama dalam misi PBB di Congo pada tahun 1960.
Penglibatan ATM dalam misi-misi pengaman dan pemerhati telah
mendapat kepujian pihak antarabangsa kerana pegawai dan anggota
yang ditugaskan telah mempamerkan mutu pelaksanaan tugas yang
baik, adil, bertanggungjawab dan berkesan.
Tindakan kerajaan untuk mewujudkan sebuah Pusat Latihan
Pengaman di rantau ini amatlah sesuai dan wajar dengan perkembangan
semasa.
PLPM berperanan memperlengkap dan mempersiap warga ATM dan
warga angkatan tentera negara asing serta agensi lain dengan latihan
dan pengetahuan agar dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan
dalam misi pengaman dan pemerhati.
Antara objektif PLPM adalah untuk mempromosi keberkesanan misi
pengaman dan profil seimbang tahap profesional calon yang dipilih untuk
penugasan misi pengaman PBB. Memberi kefahaman lebih baik dalam
perancangan dan pelaksanaan operasi PBB.
Memberi pengetahuan kerja dan kefahaman tugas pemerhati dan
prosedur operasi, logistik dan pengurusan misi PBB. Mengendalikan
seminar dan forum ke atas tajuk tertentu bagi memperkaya pengetahuan
RASMI...Dato’ Sri
Mohd Najib sedang
menurunkan
tandatangan
semasa perasmian
PLPM sambil diperhatikan Komandan
PLPM, Kol Naharuddin
dan kefahaman tentang usaha-usaha keamanan PBB.
Dalam pada itu, staf PLPM juga akan meneruskan peranan memberi
taklimat dan syarahan berkaitan dengan operasi pengaman kepada manamana perkhidmatan ATM serta agensi-agensi kerajaan yang
memerlukannya.
Di samping itu juga, PLPM telah mengorak langkah memperdagangkan
produk PLPM dengan mempelawa peserta dari luar negara. Kursus
yang dijalankan di PLPM adalah Pegawai Pemerhati PBB, Logistik PBB,
pra penugasaan staf PBB.
Kursus Pegawai Pemerhati dan Logistik adalah terbuka kepada
pegawai yang berpangkat dari Kapt hingga ke Lt Kol setaraf dari dalam
dan luar negara.
Sehingga tahun 2006 PLPM telah berjaya melaksanakan sebanyak
26 kursus Pegawai Pemerhati PBB dan lima kursus Logistik PBB. Pada
tahun 1998, ATM telah menawarkan tempat kepada negara asing buat
pertama kalinya.
Hingga kini seramai 849 pegawai ATM, tiga pegawai Polis Diraja Malaysia dan 126 pegawai luar negara luar telah menghadiri kursus
Pemerhati PBB dan Logistik PBB di PLPM. Negara luar yang pernah
menghantar pegawai ke PLPM adalah Amerika Syarikat, Australia,
Bangladesh, Brunei Darussalam, Bosnia Herzegovina, Kanada,China,
Croatia, Filipina, Fiji, Indonesia, India, Jepun, Jordan, Kemboja, Myanmar,
Maldives, Mongolia, Mozambique, Namibia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Perancis, Singapura, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Timor Leste,
United Kingdom, Vietnam dan Zimbabwe.
Gambar atas: KEMAS...TMP dan
PAT sewaktu melawat bilik penuntut
manakala gambar kiri bangunan
penginapan bagi menempatkan peserta
kursus
5
Bersama Pemimpin
BIL 148/MEI 2006
Kem Tun Razak kemegahan 2 Div
Oleh: Sjn Kamarulzaman Ariffin
PULAU PINANG: Sempena nama Allahyarham
Tun Hj Abdul Razak Dato’ Hj Hussein yang merupakan
Perdana Menteri kedua Kem Bukit Gadong telah
dinamakan sebagai Kem Tun Razak. Dalam usaha
bagi meningkatkan serta memodenkan infrastruktur
kem-kem TD, pihak kerajaan mula memperkenalkan
konsep penswastaan dalam membina segala
kemudahan tentera di negara ini.
Projek pembangunan Kompleks MK 2 Div merupakan
antara projek terawal yang dirintis oleh Kementerian
Pertahanan. Perjanjian penswastaan telah
ditandatangani Kementerian Pertahanan dengan Warisan
6
Pinang Sdn Bhd pada 10 Okt 1999.
Ianya melibatkan penyerahan tanah di Kompleks MK 2 Div yang sedia
ada seluas 2.76 hektar di jalan Sultan Ahmad Shah dan tanah beserta
lima buah rumah Pegawai Kanan di Bukit Batu Uban seluas 11.26 hektar.
Projek dilaksanakan secara ‘turnkey’ dengan pembinaan bangunanbangunan teknikal dan beberapa kemudahan lain di Bukit Gedong seluas
56.24 hektar yang menelan belanja sebanyak RM82 juta serta pembinaan
Kompleks Sukan di atas padang bola Batalion 2 RAMD dan Kompleks
Markas Rejimen 509 (AW) serta satu penempatan Batalion 1 Rejimen
509 (AW) di Kem Sungai Ara.
Pembangunan Kompleks MK 2 Div ini dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu pakej pertama dan kedua, kerja-kerja pembinaan
pakej yang pertama telah bermula pada 12 Feb 2001 lalu dan
telah siap sepenuhnya pada 20 Jul 2005 lalu. Antara bangunanbangunan yang telah siap membabitkan bangunan MK 2 Div,
Wisma Perwira, Balai Pengawal Utama, Pos Pengawal
Belakang, Padang Kawad, tiga unit Rumah Keluarga Kelas B
dan Kem 2 Div.
Sementara pakej kedua merangkumi pembinaan
bangunan-bangunan penginapan dan lain-lain kemudahan
seperti bangunan ‘Fleet’ kenderaan, 12 unit Rumah Keluarga
Angkatan Tentera kelas C, rumah BAKAT dan TASKA, rumah
kedai, PPAT dan PGAT, Batalion 1 Rejimen 509 (AW), Wisma
Bintara, berek bujang, rumah masak, dewan makan, surau
dan gudang peluru.
Markas 2 Divisyen (MK 2 Div) kini berwajah baru
dan menjadi lambang keagungan warga 2 Div yang telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Hj Abdul Razak pada 10 Apr lalu.
MK 2 Div tersebut merupakan Markas yang paling
moden di antara Markas-markas Div yang sedia ada yang
berkonsepkan masa hadapan yang boleh dibanggakan
oleh warga MK 2 Div khasnya dan Tentera Darat amnya.
6
BIL 148/MEI 2006
Bersama Pemimpin
Nasib tiga anak yatim
terbela
TURUN PADANG...Selain melaksanakan tugas-tugas di pejabat,
Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Hj Zanal Abidin Hj Zain turut
meluangkan masa ke kawasan gerakan bagi meninjau keadaan pegawai
dan anggota yang melaksanakan operasi di sepanjang sempadan
Malaysia, Thailand pada 28 Feb lalu. Turut sama dalam lawatan tersebut
Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Pahlawan Amirudin Mahmud Aladad
Khan serta Pegawai Memerintah unit yang melaksanakan operasi. —
PW 2 Mohd Zabani Zainal, foto; Pbt Mohd Nazri Bakai
Pegawai sebagai role model
anggota bawahan - PTD
ULU TIRAM: 50 Pegawai Graduan termasuk sembilan pegawai wanita
berjaya menamatkan latihan bagi Kursus Pegawai Graduan Tugas Am
Siri 21/2005 dalam satu perbarisan yang disempurnakan oleh Panglima
Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal bertempat di
Padang Kawad Kolej Tentera Darat (KTD), Ulu Tiram pada 18 Mac lalu.
Dalam perbarisan tersebut, PTD, Jen Dato’ Sri Abdul Aziz
mengingatkan agar pegawai-pegawai dapat mempraktikkan segala ilmu
yang dipelajari di KTD dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin apabila
kembali ke pasukan dan membuktikan bahawa kelulusan akademik itu
dapat menyumbang kepada perlaksanaan tugas yang efisien serta
menjadi role model kepada anggota bawahan yang dipimpin kelak.
Tambah beliau lagi, pegawai dan anggota yang hanya menurut
perintah tidak akan berupaya untuk menyumbang ke arah kemajuan
dan kewibawaan TD dan ini mengakibatkan mereka tidak akan dapat
membuat keputusan sendiri dalam keadaan tersedak tanpa bantuan
pegawai atasan mereka. Konsep Markman Sasaranku ini juga jika
digandingkan dengan konsep Thingking Soldiers akan dapat
menghasilkan pegawai serta anggota di dalam kategori High Doing High Thingking yang diperlukan oleh TD ke arah kecemerlangan masa
depan organisasi.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada penuntut terbaik mengikut
kategori iaitu penuntut terbaik keseluruhan, penuntut terbaik pengajian
ketenteraan dan penuntut terbaik kemahiran ketenteraan. Bagi penuntut
terbaik keseluruhan disandang oleh Kapt Syed Mohammad Abdillah
TERIMA KASIH...Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar menyampaikan sumbangan
kepada adik Nur Murni Amani semasa majlis tersebut
SUBANG: Nasib tiga anak yatim iaitu bekas pekerja SME Ordnans Sdn
Bhd, Zulkifli Mohd Salleh terbela apabila syarikat berkenaan bersetuju
untuk menghulurkan bantuan kewangan dan memantau keadaan mereka
dari semasa ke semasa.
Adik Nurul Atikah Zulkifli, 12, adik Nur Asmidar, 10, dan adik Nur Murni
Amani, 5, kehilangan bapa yang disayangi pada 4 Apr 2002 apabila
allahyarham terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari
bertugas. Lebih menyedihkan lagi apabila ibu tempat mereka bergantung
turut terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 Jun 2002.
Buat masa ini adik Nur Atikah dan adik Nur Murni Amani tinggal bersama
nenek sebelah ibu mereka di Batu Arang, Selangor manakala adik Nur
Asmidar pula tinggal bersama datuk sebelah bapa di Sungai Besar,
Sabak Bernam.
SME merupakan sebuah syarikat yang membekal peralatan
pertahanan tentera menyumbangkan RM20,000 bagi peringkat permulaan
untuk meringankan bebanan anak-anak yatim tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar
Mohd Noor menyampaikan sumbangan tersebut pada 13 Mac lalu di
hadiri Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima
Tentera Laut, Laksamana Datuk Ilyas Hj Din dan Pengerusi SME, Lt Jen
(B) Tan Sri Mohd Yunus Tasi. — Kpl Shukri Malek
Syed Talib dari Rejimen Artileri Diraja (RAD), manakala penuntut terbaik
pengajian ketenteraan disandang oleh Kapt Mohammad Hafizi Rameli
dari RAD dan penuntut terbaik kemahiran ketenteraan disandang oleh
Kapt Mohd Yusof Abu dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (JLJD).
— Lt M Noraishah Shamsudin, foto; Sjn Syuhaimi Saad
7
Kol YDP
Oleh: Mej Murtadza Hj Noordin
K
OR ARMOR DIRAJA adalah merupakan antara Kor yang tertua
di dalam Angkatan Tentera Malaysia(ATM). Kor ini telah
ditubuhkan pada tahun 1952 di atas idea Jen Sir Gerald Templer
selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mahukan
sebuah organisasi tentera yang berbilang kaum diwujudkan di Malaysia.
Dewasa ini Kor Armor DiRaja telah menjangkau lima dekad penubuhannya
dan telah berkembang maju sejajar dengan arus perkembangan dan
permodenan Tentera Darat. Sejak penubuhannya, Kor ini telah mencatat
berbagai kejayaan ketika menjalankan tugas di dalam mahupun di luar
negara.
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa garapan dan bimbingan
dari barisan kepimpinan pegawai-pegawai kanan Kor Armor yang komited
dan berdedikasi. Barisan kepimpinan yang yang dimaksudkan tersebut
terdiri dari Kolonel Yang DiPertua, Pengerusi dan Pengarah Kor Armor
DiRaja.
Sebelum penubuhan Kor Peninjau, hanya Batalion Pertama Rejimen
Persekutuan (Federation Regiment) yang mempunyai apa yang digelar
sebagai ‘Kolonel’ rejimen berkenaan. Kolonel yang pertama adalah Jeneral
Sir Gerald Templer yang telah memegang jawatan tersebut mulai dari
bulan Januari 1954 hingga September 1959. Kolonel yang kedua adalah
DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail yang
telah mengambilalih dari Sir Jeneral Templer mulai dari Sep 1959 hingga
Dis 1959. Pada 1 Jan 1960, DYMM Raja Perlis telah dilantik
BIL 148/MEI 2006
telah ditempatkan di Rejimen
Pertama Kavalri dimana baginda
banyak mempelajari hal ehwal
mengenai pasukan Kavalri dan
mengetahui secara mendalam
corak operasi Kavalri.
Di atas komitmen dan minat
baginda yang mendalam dalam
ketenteraan khususnya Kavalri,
tanggal 1 Mac 1984 baginda telah
ditauliahkan (Tauliah Kehormat – Lt)
dalam Kor Kavalri Diraja. Pada
tanggal 1 Sep 1997, baginda
dianugerahkan pangkat Lt Kol
Kehormat dan dilantik sebagai Kol
YDP Kor Armor Diraja mulai 15 Mei
1998 serta dimasyurkan sebagai
Sultan Terengganu Darul Iman.
Sejak dari awal tahun
kewujudan Kor, pegawai paling
kanan Kor telah dilantik sebagai
penasihat Kor. Tugas utama beliau
termasuk memberi nasihat kepada
Kolonel Yang DiPertua tentang perihal polisi dan perkembangan Kor.
Jawatan ini telah diluluskan dengan rasminya pada 1 Januari
1968 dan dikenali sebagai Pengerusi Kor Armor DiRaja. Sehingga
kini seramai dua belas orang pegawai kanan Kor Armor telah
dilantik untuk memenuhi jawatan tersebut.
...Sejak dari awal tahun kewujudan
Kor, pegawai paling kanan Kor
telah dilantik sebagai penasihat
Kor. Tugas utama beliau termasuk
memberi nasihat kepada Kolonel
Yang DiPertua tentang perihal polisi
dan perkembangan Kor. Jawatan
ini telah diluluskan dengan
rasminya pada 1 Januari 1968 dan
dikenali sebagai Pengerusi Kor
Armor DiRaja...
menjadi Kolonel Yang DiPertua Kor yang pertama.
Sejak dari itu, Kor telah diberi keistimewaan untuk terus mempunyai
Kolonel Yang DiPertua Kor hingga sekarang. Kol YDP yang pertama
ialah Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan
Jamalullail, Kol YDP kedua Sultan Terengganu, DYMM Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah lbni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Kol YDP ketiga
Sultan Kedah, DYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah, Kol YDP keempat Sultan Terengganu, DYMM
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, Kol YDP kelima Sultan Terengganu, DYMM
Sultan Mahmud AL-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kol YDP keenam ialah DYMM Al-Wathiqu
Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud AlMukhtafi Billah Shah mulai 15 Mei 98 hingga Sekarang.
Kol YDP Kor Armor Diraja, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan
seorang raja yang berpekerti mulia dengan penuh semangat kecintaan
pada negara. Baginda telah menjalani latihan Pegawai Kadet di Sekolah
Pegawai Kadet (SPK) di Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga bulan
bermula dari 18 Mei hingga 19 Jul 1981. Baginda kemudiannya melanjutkan
kursus lanjutan tentera di SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst,
England dan menamatkan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983.
Bagi mendalami ilmu ketenteraan khususnya di bidang Kavalri, baginda
8
8
BIL 148/MEI 2006
Kol YDP
...Pada tanggal 23 Mac 1963, di
atas khidmat bakti yang
cemerlang kerana berjaya
mengharumkan negara, Kor
telah dikurniakan Panji-Panji
Diraja oleh SPB Yang DiPertuan Agong. Selaras
dengan perkembangan negara
ketika itu, gelaran Kor
peninjau persekutuan telah
ditukar kepada Kor peninjau
Malaysia selaras dengan
penubuhan Malaysia pada 16
Sep 1963...
Demi untuk menentukan aspek operasi, pentadbiran dan lojistik Kor
berjalan lancar dan efisyen, jawatan Pengarah kor di wujudkan selaras
dengan perkembangan Tentera Darat. Selain dari itu, tugas Pengarah
juga adalah sebagai penasihat kepada Panglima Tentera Darat di dalam
perkara yang melibatkan polisi dan aturgerak Armor di dalam apa jua
operasi dan latihan.
Mengimbas sejarah gelaran Kor Armor diperolehi setelah mengalami
proses perubahan persekitaran dari semasa ke semasa iaitu bermula
pada 1 Jan 1960, apabila Batalion Rejimen Persekutuan dan Rejimen
Kereta Perisai Persekutuan digabungkan dan diberikan gelaran Kor
Peninjau Persekutuan.
Atas khidmat bakti yang cemerlang kerana berjaya mengharumkan
negara ketika menganggotai misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) di Congo (Zaire). Sekembalinya ke tanahair tiga pegawai
Kor Armor telah dikurniakan Pingat Gagah Berani (PGB) iaitu, Kapt Maurice
S.C Lam, Lt Lee Ah Pow dan Lt M N.H.Siebel. Kejayaan Kor Peninjau
Persekutuan ini telah mengukir nama di persada antarabangsa sekaligus
membuktikan bahawa kewibawaan dan kegemilangan Kor telah terpahat
kerana mengharumkan nama TD khasnya dan ATM amnya.
Pada tanggal 23 Mac 1963, di atas khidmat bakti yang cemerlang
kerana berjaya mengharumkan negara, Kor telah dikurniakan Panji-Panji
Diraja oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. Selaras dengan perkembangan
negara ketika itu, gelaran Kor peninjau persekutuan telah ditukar kepada
Kor peninjau Malaysia selaras dengan penubuhan Malaysia pada 16
Sep 1963.
Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan, Kor Peninjau Malaysia
dianugerahkan gelaran Diraja oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong pada 20
Mei 1972. Pada 22 Sep 1979, gelaran Kor Peninjau Diraja ditukarkan
kepada Kor Kavalri Diraja.
Perkembangan Kor Kavalri tiada batasannya, maka sejajar dengan
perubahan dan peningkatan TD, pupuk pimpinan Kor diberi mandat untuk
menukarkan gelarannya. Matlamat menukarkan gelaran adalah untuk
menyesuaikan gelarannya seiring dengan fungsi dan peranan Kor.
Akhirnya pada 8 Dis 1986, gelaran Kavalri telah diisytiharkan
penukarannya kepada Kor Armor Diraja.
Kini, setelah 54 tahun penubuhannya, tidak dapat dikira sumbangan
yang telah dicurahkan kepada TD khasnya dan ATM amnya. Antara
sumbangan tersebut berkisar kepada operasi membanteras Pengganas
Komunis semasa Insurgensi Pertama (1948-1960), Darurat dan
Insurgensi Kedua (1968-1989). Penjejakan kaki warga Kor Armor Diraja
di bumi Congo mencerminkan kewibawaan Kor di arena antarabangsa.
Kor tidak juga ketinggalan memberi bantuan ketika bencana alam,
eksesais peringkat gabungan, operasi persempadanan dan projek-projek
bersama rakyat. Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil yang diusahakan
bersama oleh semua pihak melalui kepimpinan tokoh-tokoh Kor Armor.
Dengan tonggak dan barisan kepimpinan yang kredibel dan komited
terdiri dari Kol YDP, Pengerusi dan Pengarah Kor Armor Diraja, terus
berkembang sejajar dengan arus pemodenan masakini. Sejak dari
penubuhannya hingga kini, Kor ini adalah sebuah Kor yang disegani dan
menjadi kebanggaan seluruh warga Kor Armor khasnya dan TD amnya.
1
2
3
...Sebagai mengenang
jasa dan pengorbanan,
Kor Peninjau Malaysia
dianugerahkan gelaran
Diraja oleh SPB Yang DiPertuan Agong pada 20
Mei 1972. Pada 22 Sep
1979, gelaran Kor
Peninjau Diraja
ditukarkan kepada Kor
Kavalri Diraja...
4
9
Keselamatan
BIL 148/MEI 2006
Oleh: SSjn Aziz Deroah
Foto: PW 2 Zaini Abd Ghani dan Sjn Mohd Zuki Jusoh
B
AHAGIAN PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT (BPS TD)
merupakan Bahagian di bawah Markas Tentera Darat (MKTD) dan
bertanggungjawab dalam hal-hal Pasukan Simpanan Tentera Darat
(PSTD). PSTD menjelang tahun 2000 mempunyai dua komponen iaitu Simpanan
Tetap (Regular Reserve) dan Simpanan Sukarela (Volunteer Reserve).
Komponen Simpanan Tetap adalah terdiri daripada semua pegawai dan anggota
yang didaftarkan sebagai anggota Simpanan Tetap. Komponen Simpanan
Sukarela pula terdiri daripada orang-orang awam yang menyertai TD secara
sukarela untuk berkhidmat dalam Askar Wataniah Malaysia.
BPS tidak mempunyai sebarang pasukan di bawah perintah. Semua
pasukan AW diletakkan di bawah perintah Markas Formasi setempat. BPS
hanya mempunyai kuasa teknikal terutama dalam hal-hal latihan dan pentadbiran
anggota-anggota sukarela. Walau bagaimanapun BPS masih boleh mengarah/
menugaskan semua pasukan AW setelah mendapat kebenaran MK Medan TD
atau Markas-markas formasi tempatan.
Senario penubuhan BPS bermula dengan penubuhan Cawangan AW pada
Jan 1959 diketuai oleh Kol Dato’ Yeop Mahyuddin Mohamed Shariff sebagai
Pengarah Askar Wataniah yang pertama. Pada 1978 Jabatanarah AW
ditubuhkan di Departmen Tentera Darat dan diketuai oleh seorang pegawai
berpangkat Brigadier Jeneral. Seterusnya pada tahun 1980 Cawangan
Simpanan ditubuhkan dan BPS pula pada Jan 1984.
Kini Pasukan AW terdiri dari 16 buah Rej Inf Siri 500, lima buah Bn Inf Siri 300
dan elemen bantuan termasuk Kor Armor Diraja, Rejimen Semboyan Diraja,
Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Artileri Diraja, Kor Perkhidmatan Diraja,
Kor Kesihatan Diraja, Kor Polis Tentera Diraja, Kor Ordnans Diraja dan Kor
Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja. Pasukan Pakar pula terdiri dari Rejimen
Pakar Semboyan iaitu Pakar Telekom dan Rejimen Pakar Jurutera yang terdiri
Unit-unit Pakar Pelabuhan, Pakar Kereta Api, Pakar Janakuasa Elektrik dan
Pengendalian Air.
AW bermisikan untuk membantu pertahanan Malaysia dan kepentingannya
10
10
BIL 148/MEI 2006
Keselamatan
daripada ancaman luar, membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai
keamanan dan kemakmuran negara serta sebahagian daripada kekuatan
angkatan tetap. Manakala objektifnya pula sebagai satu kumpulan yang
bersedia dan terlatih yang mana boleh digerakkan dalam jangkamasa
yang singkat untuk membantu angkatan tetap.
Dan untuk mencapai misi dan objektif yang seperti yang diharapkan,
BPS mengendalikan tiga organisasi yang memainkan peranan paling
penting bagi melahirkan dan menzahirkan usaha-usaha ke arah AW yang
lebih relevan dengan mengikut keadaan semasa. Tiga organisasi yang
dimaksudkan adalah Sidang Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa
Pendukung Semalaysia (SPJP), Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah
(JAKPAW) dan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW). Ketiga-tiga
organisasi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berasing,
namun begitu ianya mempunyai matlamat yang sama iaitu melihat AW
yang berketrampilan dan anggotanya pula mempunyai kebolehan dan
kepakaran di bidang masing-masing.
SPJP dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KEMENTAH, manakala
Timbalan Pengerusi adalah Pengerusi JAKPAW Negeri yang menganjurkan
mesyuarat dan ahli-ahlinya pula terdiri daripada Pengerusi JAKPAW Negeri,
Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Timbalan
Panglima Tentera Udara, Setiausaha Bahagian Dasar dan Setiausaha
Bahagian Pembangunan. Organisasi ini bertanggungjawab:
*
Membantu merancang pertahanan negara dan bekerjasama
dengan Angkatan Tetap dan agensi-agensi lain.
*
Memberi kesedaran kepada rakyat terhadap kepentingan
pertahanan negara.
*
Menggalakkan rakyat untuk menyertai Angkatan Sukarela.
*
Mewujudkan sokongan dan kerjasama dengan penglibatan
majikan terhadap pertahanan negara.
Manakala tugas-tugas yang dijalankan adalah:
*
Membantu mengkoordinasikan pelaksanaan dasar-dasar serta
program-program utama Angkatan Sukarela antara negeri.
*
Mengemukakan apa-apa cadangan yang berkaitan Angkatan
Sukarela kepada MK ATM untuk dibentangkan di dalam Majlis Angkatan
Tentera.
*
Merangka pelan-pelan tindakan bagi memudahkan kerajaan
negeri bagi bertindak memberi sokongan dan bantuan kepada Angkatan
Sukarela dan mengkoordinasikannya.
*
Meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap pertahanan
negara dan menyemai semangat cintakan negara.
*
Membantu memastikan kesiapsiagaan Angkatan Sukarela dalam
pertahanan negara dari apa jua suasana kecemasan.
*
Membantu mengaturkan gerakan sumber tempatan untuk
keperluan pertahanan setempat.
11
11
Keselamatan
BIL 148/MEI 2006
*
Membantu mengubal program membina ketahanan ummah
(pelengkap kepada dasar-dasar pertahanan negara) bagi pelaksanaan
peringkat negeri.
JAKPAW dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan
Pengerusi, dilantik oleh Kerajaan Negeri dan ahli-ahlinya pula terdiri daripada
Panglima Briged atau pegawai dilantik oleh formasi, Komander Rej 500 AW/
Simpanan Sukarela TLDM/TUDM, Timbalan Komander, Pegawai Rintah
Pasukan AW/Simpanan Sukarela TLDM/TUDM. Organisasi ini
bertanggungjawab:
*
Membantu pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dalam
membangunkan rejimen/pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan di negeri
masing-masing.
*
Berusaha untuk meningkatkan keselamatan, pertahanan
pembangunan rejimen/pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan yang tidak
berunsurkan politik, perkauman dan sensitiviti kenegerian.
Manakala tugas-tugas yang dijalankan adalah:
*
Menggalakkan rakyar Malaysia menyertai Angkatan Sukarela
Persekutuan dalam konsep HANRUH terhadap pencapaian National Resilience.
*
Menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah Angkatan
Sukarela Persekutuan dalam usaha mencepatkan integrasi nasional,
peningkatan produktiviti perindustrian sambil mewujudkan masyarakat yang
peka, berwaspada dan berkebolehan menyumbang kepada keselamatan
negara.
*
Menggalakkan pemuda pemudi untuk menceburkan diri di dalam
Angkatan Sukarela Persekutuan dan membina rakyat yang berdisiplin lagi
teratur.
*
Mengadakan pelbagai insentif untuk membina indentiti dan
semangar setiakawan serta mengiktirafan kepada mereka yang menyertai
Angkatan Sukarela Pertahanan.
*
Membantu Angkatan Sukarela Pertahanan dari segi menyediakan
persekitaran dan suasana kem dan kawasan latihan yang kondusif kepada
akvititi-aktiviti latihan ketenteraan.
*
Mengusaha dan bekerjasama dengan pihak swasta bagi
melepaskan pekerjanya menjalani latihan ketenteraan.
*
Mengkoordinasikan semua aktiviti persatuan atau pertubuhan
pemuda-pemuda perbadanan belia dan kokurikulum di industri seperti
Maktab Perguruan, kampus-kampus MARA dan lain-lain untuk mengikuti
latihan asas ketenteraan dan seterusnya menjadi anggota sukarela.
*
Menggunakan pengaruh politik dan kewibawaan kerajaan negeri
untuk membantu menjayakan konsep HANRUH di negeri.
*
Menggunakan sumber-sumber penyebaran maklumat untuk
menghebahkan kewujudan Angkatan Sukarela Persekutuan dan
kebaikannya kepada rakyat negeri.
*
Membangun/meningkatkan kem-kem pasukan Angkatan Sukarela
Persekutuan supaya ianya berkonsep guna sama. Kem-kem yang dibina
di bawah projek kerajaan negeri ini diserahkan kepada pasukan Angkatan
Sukarela Persekutuan untuk pemeliharaan dan penyelenggaraan. Kem ini
juga akan disesuaikan untuk melaksanakan aktiviti lain-lain agensi dalam
program pembinaan semangat (minda) cintakan negeri/negara.
*
Mengatur rancangan-rancangan integrasi yang dapat mengerakan
perhubungan di antara masyarakat dengan pasukan Angkatan Sukarela
Pertahanan.
12
12
12
BIL 148/MEI 2006
Keselamatan
Manakala SKAW pula dipengerusikan oleh
Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan
Pengerusi, Asisten Panglima Pasukan Simpanan
dan ahli-ahlinya pula terdiri daripada Komander
Rejimen Siri 501 - 516 AW dan Komander
Kumpulan Pakar RAJD (SP). Organisasi ini
bertanggungjawab:
*
Sebagai penasihat kepada Panglima
Tentera Darat atas pelaksanaan rancangan
pengambilan anggota, pengurusan latihan
dan pentadbiran anggota di pasukan AW.
*
Memajukan sebarang cadangan dan
syor bersabit dengan pembangunan AW.
Manakala tugas-tugas yang dijalankan
adalah:
*
Mengkaji sistem pengambilan rekrut
dan memberi cadangan pendekatan yang
perlu dijalankan bagi meningkatkan
keberkesanan sistem pengambilan rekrut.
*
Mengkaji dan memberi maklum balas
tentang pelaksanaan sistem latihan bagi
anggota pasukan AW yang meliputi silibus
latihan tempatan, latihan lanjutan dan kem
tahunan.
*
Meneliti respond umum rakyat
terhadap pengambilan dalam pasukan AW.
*
Mengkaji sistem pengurusan anggota
dan logistik bagi anggota AW semasa
menjalani latihan yang ditetapkan.
*
Merancang aktiviti tahunan bersama
pasukan AW dan merancangkan pelantikan
AJK untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti AW.
Dengan kewujudan organisasi-organisasi
ini, AW mampu melaksanakan tanggungjawab
dan tugas seperti yang dirancangkan dengan
teratur selain itu warga AW diajak bersama
melakukan anjakan bagi menyesuaikan
organisasi dengan perubahan senario sekarang
yang menuntut tahap pengorbanan yang lebih
tinggi dari pada yang telah dicurahkan pada
masa lampau dalam usaha kepada keselamatan
negara.
13
Islam Hadhari
BIL 148/MEI 2006
Konsep Islam Hadhari dan Per
tahanan
Pertahanan
Satu Renungan
Oleh: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir
Pengenalan
K
EGEMILANGAN umat Islam bermula
pada era pemerintahan Islam di Madinah
dan berkembang pesat pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani
Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua
Eropah yang menyumbang kepada
kegemilangan tamadun Islam di Andalusia.
Ketamadunan Islam yang berbentuk universal
membawa manfaat dan rahmat kepada seluruh
umat dan alam. Selepas keruntuhan kerajaan
Islam pada abad ke-12, imej masyarakat Islam
di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan
dengan kelemahan dan kemunduran. Majoriti
masyarakat sukar untuk memasukkan agenda
pembangunan ummah, peradaban bangsa, dan
keutuhan negara sebagai sebahagian daripada
ruang lingkup ‘agama’ sepertimana yang
dikehendaki oleh ajaran Islam.
Konsep Islam Hadhari
Islam adalah ‘al-Din’ atau ‘cara hidup’ yang
lengkap, maju dan progresif serta mampu
menyelesaikan permasalahan semasa
kehidupan manusia sepanjang zaman. Islam
Hadhari bukanlah satu ajaran baru, malahan
ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang
berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.
Penggunaan istilah ‘Hadhari’ telahpun
digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi
seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya ‘AlMuqaddimah’ dan pemikir al-Jazair iaitu Malik
Bennabi yang cenderung menggunakan istilah
‘hadhara’ yang dianggap hampir kepada maksud
keseimbangan kemajuan antara aspek material
dengan akhlak dan spiritual. Islam Hadhari
adalah Islam yang syumul atau komprehensif
14
dengan penekanan kepada pembangunan
ekonomi dan tamadun menyeluruh, berupaya
menjadi penggerak dan pendorong kepada
peningkatan daya saing bangsa Melayu dan
umat Islam amnya.
Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan
tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan
cemerlang umat Islam masa lampau sebagai
pendorong kepada pembangunan dan
kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam
semua bidang kehidupan. Apakah yang
dimaksudkan dengan Islam Hadhari? ‘Islam Hadhari’ adalah gabungan dari dua kalimah
Bahasa Arab, iaitu : ‘Islam’ dan ‘Hadhari’
(sifat). Asal perkataan ‘Hadhari’ ialah ‘Hadharun’
- ‘Hadharatun’ (Hidup di Bandar) yang
membawa maksud membangun, maju ataupun
bertamadun. Perkataan ‘hadharah’ ataupun
sifatnya ‘hadhari’ bolehlah ditakrifkan sebagai
hasil tindakbalas antara manusia dengan alam
dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang
dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki
kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal
dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran
semasa (waqie).
Pengertian hadharah (hadharatun) itu
semakin luas skopnya apabila komuniti manusia
itu semakin jauh daripada corak hidup
pendalaman, serta apabila mereka mula terbabit
dengan gaya hidup masyarakat maju yang
progresif dari semasa ke semasa mengikut
kesesuaian zaman dan tempat. Justeru,
hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil
usaha yang dilakukan oleh manusia untuk
mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di
sekitarnya. Tujuannya ialah untuk
merealisasikan segala keperluan dalam
masyarakat manusia serta menyebarluas
faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di
kalangan manusia sejagat. Sepuluh Prinsip
utama Islam Hadhari boleh diringkaskan seperti
berikut:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Keimanan dan ketaqwaan kepada
Ilahi.
Kerajaan adil dan beramanah.
Rakyat berjiwa merdeka.
Penguasaan ilmu pengetahuan.
Pembangunan ekonomi yang
seimbang dan komprehensif.
Kehidupan berkualiti.
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan
wanita.
Keutuhan budaya dan moral.
Pemeliharaan dan pemuliharaan
alam semula jadi.
Kekuatan Pertahanan dan
Perpaduan.
Oleh demikian, tidak keterlaluan dinyatakan
bahawa ‘Islam Hadhari’ memberi penekanan
kepada pembangunan-pembangunan yang
menjurus kepada pembinaan peradaban.
Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan.
Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan,
pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan
dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem
perdagangan dan sistem kewangan yang
dinamik’ bersesuaian dengan firman Allah s.w.t:
Allah menjanjikan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dari
kalangan
kamu
(wahai
umat
Muhammad)
bahawa
Dia
akan
menjadikan mereka khalifah-khalifah
yang memegang kuasa pemerintahan di
bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka,
BIL 148/MEI 2006
Islam Hadhari
khalifah-khalifah yang berkuasa; dan
Dia
akan
menguatkan
dan
mengembangkan agama mereka (agama
Islam) yang telah diredhai-Nya untuk
mereka;
dan
Dia
juga
akan
menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh)’.
Surah an-Nur : Ayat 55
Pendekatan Islam Hadhari yang dirancang
oleh kerajaan dari sudut menjana Kehidupan
Berkualiti merupakan salah satu usaha untuk
menguatkan dan mengembangkan agama Islam. Ianya sebahagian daripada tugas khalifah
seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat di
atas. Di samping itu, Islam Hadhari akan memberi
penekanan kepada pembangunan sepadu dan
seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu
dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak
mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia
menangani cabaran semasa dunia global.
Konsep ini juga berasaskan kepada apa yang
telah dilakukan oleh Rasululah s.a.w. ketika
membangunkan Kota Madinah, iaitu dengan
membina Kehidupan Berkualiti dalam aspek
memberi penekanan kepada usaha membasmi
al-jahlu (kejahilan), membasmi al-fakru
(kefakiran/ kemiskinan) dan membasmi almaradhu (penyakit).
Kekuatan pertahanan yang diperlukan
‘Dan sediakanlah untuk menghadapi
mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu
sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggentarkan musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya
sedangkan Allah mengetahuinya. Dan
apa sahaja yang kamu nafkahkan pada
jalan Allah nescaya akan dibalas dengan
cukup kepada kamu dan kamu tidak
akan dianiayai (dirugikan)’.
Surah Al-Anfal ayat 60
Walaupun aspek pertahanan merupakan
prinsip terakhir dalam konsep Islam Hadhari,
ianya tidak seharusnya dipandang ringan oleh
mana-mana pihak. Islam Hadhari melihat
pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi
kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah
ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual.
Bangsa yang maju memerlukan umat yang
dapat mempertahankan diri dan negara dari
dicerobohi. Untuk itu sesebuah negara perlu
memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi
tujuan mempertahankan diri dan kedaulatan
negara, dan bukan untuk menyerang dan
menguasai bangsa dan negara lain. Kekuatan
pertahanan akan menjamin kestabilan,
keamanan dan keselamatan negara yang
membolehkan proses pembangunan dilakukan
secara berterusan.
Perspektif sejarah
Perubahan suasana politik dunia global masa
kini dan tekanan yang dihadapi oleh oleh negaranegara di rantau ini menuntut kita menguasai
kekuatan ketenteraan dan keupayaan
mempertahankan diri. Negara perlu
diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak
dan tanggungjawab membela kemuliaan
maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan
Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan
umat supaya mereka berupaya menghadapi
cabaran dunia semasa. Secara tidak langsung,
Islam menggalakkan umatnya untuk berjihad
bagi memperbaiki diri sendiri. Contoh terbaik
untuk mengaplikasikan pertahanan ialah dengan
melihat apa yang dilaksanakan dan diamalkan
oleh Rasulullah s.a.w. dalam membina kekuatan
yang merangkumi dan mencakupi keseluruhan
elemen-elemen kehidupan pada zaman
tersebut. Proses pendidikan yang dilaksanakan
oleh baginda telah menghasilkan para sahabat
yang mempunyai kekuatan akidah yang teguh,
kekuatan ikatan persaudaraan yang kukuh dan
mempunyai azam dan cita-cita yang jauh.
Pendidikan yang dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w. adalah dengan
mempersiapkan individu muslim dengan
melaksanakan pentarbiyyahan (pendidikan)
menyelesaikan kehidupan manusia melalui
metod tarbiyyah secara komprehensif dan tidak
mengabaikan sedikitpun sama ada aspek fizikal,
intelektual, spiritual, kehidupan material,
kehidupan batin dan seluruh aktiviti manusia di
dunia ini. Hasil yang diperolehi melalui proses
tersebut amatlah mengkagumkan kerana lahir
para sahabat yang mempunyai teladan yang
patut ditiru oleh generasi kemudian. Hakikatnya
para sahabat yang dididik oleh Rasulullah s.a.w.
bukan sahaja menjadi seorang pendakwah
tetapi pada masa yang sama menjadi tenteratentera yang mengibarkan bendera ad-Deen
Islam ke seluruh alam. Walau dimanapun
seseorang itu berada, kewajipan mengangkat
senjata untuk berperang adalah sama.
Rasulullah s.a.w. telah membuktikan kepada
dunia, betapa kekuatan persenjataan sahaja
adalah tidak mencukupi jika sekiranya anggota
tentera terdiri daripada mereka yang lemah dari
sudut spritual dan mental serta fizikal.
15
Hal Ehwal Semasa
BIL 148/MEI 2006
SOVEREIGNT
ang
SOVEREIGNTYY - Kuasa Berdaulat YYang
Merdeka
Oleh: Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad
S
ETELAH tamat Perang Dunia Kedua yang
memberi kemenangan kepada pasukan
berikat, tentera Jerman musnah dan
Hiroshima-Nagasaki hancur, berlakul pula
Perang Dingin antara tentera pakatan NATO
dengan tentera Blok Soviet. Perang Dingin
melihat penempatam ratusan ribu tentera di
kedua belah sempadan Eropah dan Soviet serta
melancarkan perlumbaan senjata nuklear antara
AS dan Rusia. Kini Perang Dingin pun sudah
tamat, satu demi satu negara mencapai
kemerdekaan daripada penjajah dan negara
Blok Soviet pun sudah berpecah dengan haluan
masing-masing. Semua negara baru mula sibuk
membangunkan negara yang dulunya mundur
dan berusaha untuk maju sebagai negara
pertanian ataupun sebagai sebuah negara
perindustrian. Negara Matahari Terbit, Jepun
sudah mencapai status sebagai sebuah negara
maju walaupun sebelum itu teruk dikenakan
berbagai sekatan oleh Amerika Syarikat (AS)
kerana peranannya semasa Perang Dunia
Kedua.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan
merdeka, tiada lain yang lebih penting dari
mempertahankan dan menjaga kedaulatan
negara dari diancam atau dicemar oleh sebarang
negara luar. Kegagalan mempertahankan
kedaulatan negara akan membuatkan sebuah
BERBISA...penternak
lebah Korea
Selatanturut
membantah
tuntutan Jepun
terhdap
Kepulauan Dokdo
16
16
BANTAH...slogan anti Jepun
dilaungkan semasa perarakan
negara itu hilang maruah dan harga diri di mata
dunia dan seterusnya akan hilang sovereignty.
Rakyat negara yang tiada Kuasa Berdaulat
Yang Merdeka, tidak akan dihormati di luar
negara, bahkan kemampuan rakyat negara
tersebut dalam pelbagai bidang juga akan
sentiasa dipandang rendah. Untuk
mempertahankan kedaulatan
sebuah negara bukan sahaja
memerlukan kekuatan ketenteraan bagi menangkis sebarang
serangan terbuka, bahkan sangat
memerlukan kekuatan politik,
intelektual khasnya di kalangan
pemimpin di semua peringkat.
Dalam senario dunia masa
kini, di timur, barat, utara dan
selatan, dalam negara-negara
maju, negara-negara sedang
membangun serta dalam negaranegara dunia ketiga, perlakuan
pelanggaran kedaulatan negara
lain sering berlaku dan akan terus
berlaku.
Negara-negara maju akan
cuba memperluaskan pengaruhnya, selain dari menakluki
dengan kekuatan ketenteraan,
mereka akan berusaha menakluki
negara yang lemah dengan
kekuatan politikal dan intelektual.
Akan hancurlah maruah
dan kedaulatan sebuah negara
jika pemimpinnya tidak memiliki jati
diri yang berasaskan kekuatan
politik dan intelektual yang lahir
dari kefahaman sejarah
keagungan negara dan bangsa
itu terdahulu.
Perebutan Wilayah
Jepun - China – Korea
Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa
ketiga-tiga negara yang merupakan gergasi
dalam benua Asia itu sudah berbalah merebut
wilayah sejak ratusan tahun yang lalu. Jepun
sebagai sebuah negara kepulauan yang kecil
jika dibandingkan dengan China, merupakan
satu-satunya negara di dunia yang telah
berjaya menakluki negara China. Perbalahan
antara China - Jepun walaupun sudah reda
tetapi masih belum selesai hingga hari ini.
Masalah wanita China yang dijadikan hamba
seks oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia
Kedua dahulu hingga kini masih belum dapat
diselesaikan, bahkan pembikinan sebuah filem
berkenaan cerita geisha dalam tahun 2005
turut mengundang perbalahan antara rakyat
kedua-dua negara.
Perbalahan terbaharu antara Jepun – China
– Korea ialah berkaitan perebutan kawasan
perairan yang kaya dengan hasil bumi seperti
minyak dan gas asli di Laut China Timur. Ketiga
–tiga negara itu berbalah mengenai telagatelaga gas yang sangat berpotensi dibangunkan
dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang
bertindan. Walaupun ketiga-tiga negara
merupakan negara maju serta dikategorikan
sebagai gergasi Asia dari segi kedudukan
ekonomi dan kewangan, lebih penting lagi bagi
mereka ialah memelihara kedaulatan negara
masing-masing. Mereka tidak rela kedaulatan
negara masing-masing dicerobohi oleh negara
lain dan mereka bersedia berperang jika perlu
untuk mempertahankan kedaulatan tersebut.
Pada pertengahan bulan Apr yang baru lalu,
beberapa konfrontasi telah berlaku antara China
– Jepun, Jepun – Korea Selatan, berkaitan
dengan kawasan perairan serta pulau-pulau
BIL 148/MEI 2006
Hal Ehwal Semasa
LANTANG...risalah
anti-Jepun dibakar
dihadapan
Kedutaan Jepun di
Seoul
kecil di Laut China Timur, yang menjadi rebutan
antara ketiga-tiga negara. Pada 16 Apr, pihak
berkuasa China telah mengusir dua kapal Jepun
yang memasuki kawasan perairan yang kaya
dengan gas asli yang merentangi zon ekonomi
eksklusif (EEZ) kedua-dua negara. China telah
menyatakan bahawa hanya kapal-kapal China
yang terlibat dalam pembangunan tenaga yang
telah mula kerja cari gali pada tahun 2003, yang
boleh memasuki kawasan tersebut. Jepun pula
menyatakan kebimbangannya terhadap
tindakan China yang dikatakan melanggar hak
kedaulatan Jepun serta mencabuli undangundang laut antarabangsa. Di samping itu Jepun
juga sudah memberi kelulusan kepada syarikat
Jepun untuk memulakan kegiatan cari gali di
kawasan yang sama.
Sehingga kini Kerajaan Jepun dan Korea
Selatan masih belum dapat mempersetujui zon
ekonomi eksklusif yang bertindan. Kepulauan
kecil yang dikenali sebagai Dokdo di Korea
Selatan dan Takashima di Jepun menjadi
penyebab pertikaian yang berpanjangan antara
kedua negara. Pada 18 Apr yang baru lalu,
Korea Selatan meletakkan pengawal pantai
dalam keadaan berjaga-jaga serta
menempatkan 18 kapal peronda di sekitar Pulau
Dokdo, dalam usaha menyekat dua buah kapal
Jepun yang dikatakan akan memulakan kerja
mengukur peta kepulauan yang mereka masih
pertikaikan. Korea Selatan berkeras
menyatakan bahawa kepulauan tersebut
adalah dalam kawasan EEZ Korea Selatan,
sementara Jepun menyatakan mereka perlu
melakukan kerja mengukur di kepulauan tersebut
untuk memunggut data sebagai persiapan ke
persidangan oseanografi antarabangsa pada
bulan Jun akan datang.
Kepulauan Solomon
berdaulat dan merdeka ialah negara Kepulauan
Solomon yang mula mendapat status
pemerentahan sendiri pada 2 Jan 1976 dan
telah mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 7 Jul 1978. Kepulauan Solomon mula
menjadi huru-hara pada tahun 1997 akibat
pergaduhan kaum, peningkatan jenayah serta
kelemahan pemerintahan khasnya rasuah yang
menggugat keselamatan negara. Pada awal
bulan Apr yang baru lalu, Kepulauan Solomon
menghadapi rusuhan teruk akibat bantahan
keputusan pilihan raya. Rakyat tidak berpuas
hati terhadap calon yang menang kerana
dikatakan dipengaruhi dengan pembiayaan oleh
saudagar China. Perusuh telah bertindak ganas
di mana 50 bangunan kedai di Chinatown
dibakar serta digeledah. Ketiadaan kekuatan
politik dan ketenteraan, membuatkan Snyder Rini
yang menang dalam pilihan raya umum pada 5
Apr yang lalu, mengangkat sumpah secara
sulit sebagai Perdana Menteri, semasa tentera
darat Australia, tentera darat dan polis New
Zealand mendarat untuk menjaga keamanan di
Bandar Honiara, Ibu Negara Kepulauan
Solomon. Kini Snyder Rini telah pun meletak
jawatan dan telah digantikan oleh Manasseh
Sogavare sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Kepulauan Solomon telah gagal
berfungsi, hilang sovereignty dan maruah
sebagai sebuah negara kerana tidak berupaya
menjamin keselamatan negara sendiri dan kini
Australia pula yang mengaku sebagai
bertanggungjawab terhadap keamanan di
kepulauan tersebut. Di samping Australia, 10
negara kepulauan Pacifik yang lain turut
menghantar pasukan tentera dan polis iaitu New
Zealand, Papua New Guinea, Fiji, Tonga, Samoa, Cook Island, Vanuatu, Nauru, Karibati dan
Tuvalu. Seramai lebih 2,000 tentera dan polis
terbabit dalam Operation Helpen Fren yang
dikenali sebagai Regional Mission to the
Solomon Island (RAMSI), untuk mengawal
keselamatan serta memaksa Ethnic Militia
meletakan senjata. Kehadiran RAMSI di
Kepulauan Solomon perlu dilihat lebih dari itu,
dunia tidak mahu melihat berlaku lagi perjajahan
cara baru kerana Kepulauan Solomon
mempunyai banyak kekayaan hasil bumi yang
belum diterokai sepenuhnya seperti kayukayan, perusahaan ikan laut dalam (ikan tuna)
dan lombong emas di Gold Ridge di Pulau
Guadalcanal.
Negara tanpa sovereignty
Sebuah negara yang tidak mempunyai sovereignty dengan mudah diperlakukan
sebarangan oleh negara besar. Sebagai contoh
Palestin kini tidak mampu berbuat apa-apa bila
AS menekan semua bank yang dikuasai oleh
syarikat luar di Palestin agar tidak memberi
sebarang kemudahan perkhidmatan kepada
kerajaan Palestin walaupun dana bantuan telah
dberikan oleh negara Islam seperti Iran, Arab
Saudi dan juga negara Rusia. Pembayaran gaji
secara terus ke dalam akaun pekerja dalam
bank di Palestin tidak dapat dilaksanakan atas
desakan oleh AS serta negara-negara EU.
Tindakan AS dan EU adalah kerana mereka
tidak menyenangi kemenangan Kumpulan
Hamas dalam pilihan raya di Palestin yang baru
lalu.
Tanpa memperdulikan akibat tindakan
SAYU...hanya tangisan yang mampu
diberikan oleh gadis Palestin akibat
kekejaman Israel
Antara negara-negara yang dikatakan telah
hilang martabat sebagai sebuah negara yang
17
17
Hal Ehwal Semasa
mereka itu, AS dan negara EU, terus mensabotaj
Kerajaan Palestin hingga rakyat negara tersebut
mengalami kesengsaraan yang teruk, rakyat
menderita ditindas serta dinafikan segala
kemudahan harian. Kerajaan Palestin tidak
mampu membayar gaji pekerja awan sudah
lebih dua bulan dan Israel masih menahan
sejumlah US$50 juta sebulan hasil kutipan cukai
yang sepatutnya dipulangkan kepada Kerajaan
Palestin. Bekalan tenaga letrik dari Israel sudah
dipotong dan bekalan air juga dikuasai oleh
Isreal. Kekurangan dan ketiadaan kemudahan
asas akan membawa kepada bertambahnya
pergolakan antara kumpulan Hamas dan Fatah
dan Palestin akan terus dibelenggu
kemusnahan.
Ketiadaan sovereignty Palestin lebih terbukti
kerana tidak berkemampuan melawan tindakan
Israel membina tembok pemisah sepanjang 390
batu yang turut memasuki kawasan sempadan
Palestin meliputi hampir 10 peratus daripada
keseluruhan kawasan di Tebing Barat. Dunia
khasnya negara barat hanya berdiam diri, bila
mana hampir 50,000 rakyat Palestin kini terpisah
di sebelah sempadan tembok sementara 65,000
lagi terpaksa berulang-alik melalui 11 pintu
keluar-masuk untuk menjalani kehidupan
mereka. Banyak bandar, perkampungan dan
ladang Palestin kini terpisah akibat pembinaan
tembok dan ramai rakyat Palestin kehilangan
pekerjaan, tanah, kebun, kemudahan air.
Tindakan Israel menceroboh kawasan Palestin,
menyerang dengan kapal terbang serta kereta
kebal, membunuh dan menangkap ratusan
rakyat Palestin tidak sedikitpun mendatangkan
sebarang reaksi positif dari dunia barat, bahkan
seolah mereka mahukan Palestin hilang dari
muka bumi ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) juga dilihat sebagai hanya
berpeluk tubuh melihat penderitaan rakyat
Palestin yang berterusan. PBB mungkin melihat
negara Palestin sebagai sebuah negara yang
telah hilang sovereignty dan tidak perlu lagi
dibela.
Memelihara sovereignty
tanggungjawab bersama
Sejarah membuktikan bahawa banyak
negara di dunia yang sudah merdeka akhirnya
dibelenggu masalah yang dibuat sendiri seperti
kepimpinan yang lemah, korup, hanya
mementingkan diri sendiri, yang menyebabkan
MUSYKIL...milik siapakah Pulau Pisang?
18
18
negara tersebut hilang sovereignty dan ditindas
oleh kuasa barat. Ramai pemimpin dan rakyat
tidak menyedari hakikat bahawa kemakmuran
dan keamanan tidak akan kekal selamanya jika
tidak dijaga, dikawal dengan berhati-hati.
Banyak negara cemburu dengan pencapaian
yang telah dikecapi oleh Malaysia yang belum
50 merdeka setelah dijajah selama ratusan
tahun oleh kuasa barat.
Penjajahan dalam milenium baru kini boleh
datang dalam berbagai bentuk dan bukan sahaja
dalam bentuk ketenteraan. Oleh itu semua
lapisan pemimpin dan rakyat perlu memahami
dengan mendalam sebarang symptom yang
menandakan berlakunya pencerobohan secara
halus daripada anasir luar. Semua peringkat
pemimpin dan rakyat perlu sama-sama
berganding bahu menangkis sebarang
percubaan untuk memecahkan kedaulatan
negara, meningkatkan jati diri agar ketahanan
nasional tidak tergugat. Kita juga perlu waspada
kepada kuasa besar yang mungkin
menggunakan proksi bagi mengabui rancangan
jahat mereka. Sekilas pandang mungkin kita tidak
akan nampak muslihat mereka, sebab pada
zahirnya nampak baik, telunjuk lurus kelengkeng
berkait.
Negara sering terlibat dalam perbincangan
atau mesyuarat peringkat tertinggi dengan
negara luar di mana keputusan akan dibuat
yang melibatkan kedaulatan, kepentingan dan
hak rakyat negara kita. Pemimpin politik atau
pegawai kerajaan yang akan mewakili negara
dalam sebarang perundingan dengan pihak luar
semestinya dipilih daripada kalangan mereka
yang mempunyai pengetahuan yang tinggi
dalam bidang berkaitan, memahami keseluruhan
maklumat dari segi sejarah hingga ke isu-isu
semasa, serta mempunyai semangat
kenegaraan yang tidak berbelah bagi. Para wakil
negara juga tidak boleh daripada kalangan
mereka yang dikenali mempunyai kelemahan
yang kelak akan digunakan oleh pihak luar.
Sejarah menunjukkan bahawa telah begitu
banyak keputusan yang telah diambil dalam
perbincangan terdahulu di merata dunia,
sebenarnya dipengaruhi oleh paksaan atau
ancaman.
Dalam membuat keputusan yang melibatkan
kepentingan dua hala dengan mana-mana
negara luar, sebelum sesuatu isu dibangkitkan,
para wakil di semua peringkat perlu membuat
homework terlebih dahulu, membuat
BIL 148/MEI 2006
penyelidikan sepenuhnya sebelum membuka
mulut. Jangan hanya cuba mencari glamour
dengan menimbulkan isu tetapi bila timbul
persoalan, tidak dapat memberikan jawapan
yang bernas. Sebagai contohnya baru-baru ini
ialah isu caj masuk kenderaan dari Singapura
dan Thailand akibat dari kenaikan harga minyak
yang sudah berminggu diperkatakan, akan
dimulakan pada 1 Mei yang baru lalu tetapi
akhirnya tidak muktamad. Kabinet dikatakan
hanya akan memutuskan selepas pindaan Akta
Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan Parlimen.
Selepas Parlimen meluluskan, akan ditunggu
akta tersebut diwartakan pula dan barulah
keputusan akan dibuat untuk menentukan paras
cukai yang akan dikenakan. Nanti jangan pula
marah bila dikatakan orang, ‘cakap berdegardegar, tahi sangkut di gelegar’.
Penutup
Kini setelah negara sudah hampir 50 tahun
merdeka, janganlah pula ada lagi sebarang
perjanjian dengan mana-mana pihak sekalipun,
di mana ungkapan yang berbunyi seperti berikut
“selagi ada cakerawala, matahari dan bulan,
Pulau Pinang adalah jajahan takluk British”
seperti yang berlaku semasa perjanjian antara
Sultan Kedah dengan Syarikat Hindia Timur
British pada tahun 1786. Kita tidak perlu lagi
sebarang perjanjian yang akan mengikat negara
selama ratusan tahun dengan tidak disertakan
syarat-syarat tambahan, di mana selepas
beberapa tahun boleh dibuat perubahan
berdasarkan perkembangan semasa.
Pemimpin negara yang mementingkan
kedudukan sendiri akan cuba sedaya-upaya
dengan apa cara sekalipun untuk
mempertahankan kedudukannya termasuk
mendapatkan bantuan dan sokongan dari luar
negara. Dengan cara sedemikian, pemimpin
tersebut akan terdedah dengan pengaruh luar
dan negaranya sendiri akan tergadai. Segala
bantuan yang diberikan oleh negara luar
selalunya datang dengan berbagai syarat yang
membuatkan negara tersebut terhutang budi.
Dalam senario dunia hari ini, kita boleh nampak
ramai pemimpin negara yang dikatakan hanya
menjadi boneka kuasa besar. Mereka rela
menggadai maruah dan kedaulatan negara
sendiri demi mencapai hasrat mereka untuk
terus menjadi pemimpin, yang walaupun
berkuasa, mereka bukan pemimpin yang
dihormati rakyat.
BIL 148/MEI 2006
Wawancara Eksklusif
Seiring dengan moto Kor Kesihatan Diraja ‘Khidmat Diutamakan’, staf 94
Hospital Angkatan Tentera (HAT) sentiasa berusaha untuk memastikan
pelanggan menerima kepuasan dari perkhidmatan perubatan dan kesihatan
yang diberikan, di samping staf sendiri sentiasa meneruskan pembelajaran
dan latihan serta peningkatan diri agar perkhidmatan cemerlang berterusan.
Untuk mendapatkan gambaran seterusnya, ikutilah Wawancara Eksklusif
Pengarang BTDM, Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad dan jurugambar Sjn
Kamarulzaman Ariffin bersama Pegawai Memerintah 94 HAT, YBhg Brig Jen Dr
Chia Lip Meng baru-baru ini.
BTDM: Selaku Pegawai Memerintah 94 HAT,
bolehkah YBhg Tuan menerangkan misi utama,
objektif dan wawasan 94 HAT menjadi hospital
yang berkualiti, terbaik dan komited di dalam
ATM?
YBhg Tuan: Terlebih dahulu saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada BTDM
kerana memberi peluang wawancara ini
kepada saya. Sesungguhnya ini satu
penghormatan untuk 94 HAT. Sebenarnya kami
di sini sentiasa mendokong visi menjadikan hospital tentera yang cemerlang dalam keadaan
kesiapsiagaan dan penyampaian perkhidmatan
kesihatan. ‘The military hospital of excellence
in readiness and healthcare delivery’.
Kami juga pada sebilang masa
mencuba memenuhi misi menyokong
kesiapsiagaan dengan perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti untuk
mereka yang memerlukan serta
pendidikan dan latihan kepada staf
hospital , ‘support readiness with
quality healthcare for our beneficiaries, and
education and training for our staff’.
dan yang lebih mencabar lagi ialah untuk
memenuhi Piagam Pelanggan iaitu kami
beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan
perubatan dan kesihatan secara profesional,
efektif dan berkualiti untuk mencapai keperluan
warga angkatan tentera, tanggungannya dan
komuniti. Kami akan berusaha mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang perubatan
termasuk pendidikan dan senantiasa akan
berusaha untuk mencapai kemajuan berterusan
seiring dengan perkembangan terkini teknologi
perubatan.
BTDM: Untuk menjadikan sebuah organisasi
perubatan terbaik bukanlah satu tugas yang
mudah dan semestinya memerlukan banyak
pengorbanan terutamanya kecekapan dan
kesabaran staf yang terlibat. Bolehkah YBhg
Tuan menjelaskan bagaimana cara yang diambil
MESRA PELANGGAN...suasana yang sangat kondusif untuk menjana cepat
sembuh
19
19
Wawancara Eksklusif
BIL 148/MEI 2006
oleh 94 HAT untuk mencapai matlamat tersebut?
YBhg Tuan: Saya akan meneruskan kesinambungan daripada usahausaha Pegawai Memerintah yang lepas. Sudah tentunya menuntut banyak
pengorbanan daripada staf, terutamanya untuk mengekalkan pengiktirafan
kualiti iaitu MS ISO 9001 :2000 dan MSQH.
MS ISO 9001:2000
1
Secara rasminya diiktiraf selama 2 tahun iaitu pada 07 Mei 2004 sehingga
06 Mei 2007. TeJah dibuat Surveillance Audit oJeh SIRIM pada 5 hingga 6
Mei 2005 dan hospital ini masih layak untuk meneruskan MS ISO. Surveillance Audit oleh SIRIM pada tahun 2006 ialah pada 14 hingga 16 Ogos 2006
yang akan datang.
MSQH
2
MSQH atau Malaysian for Quality in Health adalah Pertubuhan Bukan
Kerajaan yang bertanggungjawab menilai keselamatan dan keberkesanan
perkhidmatan kesihatan yang disediakan. Akreditasi telab dijalankan pada
23 hingga 25 Jan 2006 dan hospital ini telah berjaya mendapat pengiktirafan.
Setakat ini hala tuju hospital ini adalah mengikut landasan yang telah
ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan. Di sini, kita sentiasa
berbincang bagi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan.
Perbincangan tentang hal-hal semasa ini biasanya dibincangkan semasa
Morning Prayer dan juga dalam Mesyuarat Pegawai Memerintah. Saya juga
sentiasa memberi peluang kepada semua pegawai untuk datang dan
berbincang dengan saya sekiranya mempooyai masalah tertentu. Di pasukan
ini kita mengamalkan pentadbiran mengikut jabatan. Setiap jabatan mempunyai
ketua jabatan masing-masing dan bertanggungjawab secara keseluruhan
terhadap jabatan tersebut.
BTDM: Kejayaan yang ditempa oleh 94 HAT adalah bukti bahawa
kecanggihan peralatan belum cukup untuk mewujudkan suasana yang selesa
tanpa kerjasama erat antara staf dan pemimpin. Jadi bagaimana YBhg
Tuan dapat mengekalkan sambutan dari anggota tentera serta masyarakat
awam yang pernah menerima rawatan di hospital ini?
YBhg Tuan: Sudah tentunya kita memerlukan peralatan yang canggih.
Tanpa peralatan yang canggih, sudah tentu hospital ini tidak akan dapat
Keterangan gambar:
3
1. Pusat Dialysis
2. Staf farmasi mengambil ubat
3. Pelatih perubatan diberi taklimat
Pusat Terapi
SELESA...tempat menunggu sebelum
berjumpa pakar
20
20
BIL 148/MEI 2006
Wawancara Eksklusif
berfungsi sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Saya
bersetuju dengan pendapat saudara, tentang suasana selesa dapat
mengekalkan sambutan di kalangan anggota tentera dan awam untuk
mendapatkan rawatan di hospital ini. Di sini kita memberikan perkhimatan terbaik
kepada semua tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Berdasarkan statistik
daripada tahun 2001 lagi, kehadiran pesakit ke hospital ini sentiasa meningkat
dari tahun ke tahun. T ambahan lagi, kita mempunyai pakar dalam semua
cabang bidang perubatan. Bayaran yang kompetitif dan kedudukan hospital
yang berhampiran dengan penempatan juga mempengaruhi orang awam untuk
datang ke hospital ini.
BTDM: Berhubung aspek kebajikan dan moral anggota, apakah cara yang
diambil oleh YBhg Tuan bagi menentukan kebajikan dan moral anggota di
bawah naungan YBhg Tuan sentiasa berada di tahap yang tinggi dan
memuaskan?
YBhg Tuan: Kami sentiasa merancang dan seterusnya menyokong mereka
untuk menghadiri latihan dan kursus sama ada di dalam atau di luar negeri.
Menggalakkan dan menyokong staf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Diploma ataupun yang lebih tinggi, kami juga memilih dan memberi imbuhan
Pekerja Contoh setiap dua bulan sekali untuk menentukan kesinambungan
saya mengadakan perbincangan dengan Ketua Jabatan dari semasa ke
semasa.
BTDM: 94 HAT mempunyai ramai pakar di dalam pelbagai bidang masingmasing, oleh itu bolehkah YBhg Tuan jelaskan bagaimana untuk mengekalkan
mereka agar terus berkhidmat dengan ATM?
PEMULIHAN...seorang
anggota tentera sedang
menjalaniterapidibantustaf
perubatan 94 HAT
YBhg Tuan: Kita tidak boleh memaksa pakar untuk terus berkhidmat tetapi kita
boleh memujuk dan menggalakkan mereka untuk terus berkhidmat dengan
cara berikut seperti menyokong kenaikan pangkat, menggalakkan pakar untuk
menyambung pelajaran dengan tanggungan penuh daripada Angkatan Tentera,
menggalakkan pakar untuk membuat Tauliah Tetap dan membuka peluang
kepada pakar untuk menghadiri seminar atau kursus di luar negara. Sekarang
kerajaan juga telah melaksanakan pembayaran elaun yang setimpal dengan
perkhidmatan pakar.
BTDM: Adakah wujud sebarang masalah di 94 HAT terutamanya dari segi
pentadbiran dan logistik. Jika ada, bolehkah YBhg Tuan jelaskan?
YBhg Tuan: Sudah semestinya wujud masalah.
Masalah yang ketara dari segi pentadbiran adalah
Sumber Manusia. Kekurangan tenaga kerja akan
menyebabkan beban bertambah di kalangan staf.
CANGGIH...antara peralatan
berteknologitinggiyangterdapat
di 94 HAT
21
21
Wawancara Eksklusif
Tetapi perkara ini tidak akan mengganggu perkhidmatan kesihatan kepada
pesakit. Perkhidmatan kepada pesakit akan tetap diutamakan selaras
dengan Moto KKD iaitu “Khidmat Diutamakan”
Kekuatan staf di hospital ini pada masa sekarang adalah 82 peratus.
Pasukan ini dan KKD pada masa sekarang sedang proses untuk membuat
rombakan ke atas perjawatan yang sedia ada. Untuk makluman,
peIjawatan yang diguna pakai pada masa sekarang adalah FED M yang
diluluskan pada tahun 1980. Sudah 26 tahun berlalu dan sudah tentulah
perjawatan tersebut tidak mencukupi berbanding dengan bilangan pesakit
yang mendapatkan rawatan pada masa kini.
Dari segi logistik pula, kita sentiasa untuk mendapatkan sistem dan
peralatan yang lebih canggih, pembelian ubat-ubatan, penjagaan
peralatan yang sedia ada dan senggaraan bangunan. Walaupun hospital ini mempunyai PTJ sendiri, peruntukan kewangan adalah masih tidak
mencukupi untuk menampung pembeIian peraJatan dan ubat-ubatan.
Peralatan perubatan adalah sangat mahal, oleh itu ia terpaksa dibeli
secara berperingkat mengikut keutamaan.
BIL 148/MEI 2006
hospital ini. Peralatan canggih akan dapat menjadikan 94 HAT lebih moden
dengan teknologi perubatan terkini dan berupaya memberi khidmat
perubatan dan kesihatan yang lebih profesional.
BTDM: Dari segi latihan pula, apakah latihan-latihan kepakaran yang
dianjurkan oleh YBhg Tuan kepada anggota sehingga anggota dapat
menjalankan sesuatu tugas yang diberi
YBhg Tuan: Latihan yang dijalankan dibahagikan kepada dua kategori
iaitu peringkat dalaman dan luaran. Di mana peringkat dalaman iaitu seperti
kursus CME setiap hari Rabu, CNE setiap hari Khamis dan kursus
kesedaran MS ISO dan MSQH.
Peringkat luaran pula terdiri seperti Kursus yang dianjurkan oleh KKD
di INSAN seperti Diploma Kejururawatan, Kelas II, Kls I dan pelbagai lagi,
Kursus yang dianjurkan oleh pihak luar seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, INTAN, IPDA dan lain-lain serta kursus ke luar negara.
BTDM: Apakah harapan YBhg Tuan dalam menaikkan lagi 94 HAT ini
supaya setanding dengan hospital-hospital yang lain?.
YBhg Tuan: Saya sangat berharap untuk menjadikan hospital ini sebagai
pilihan utama kepada pesakit tentera dan awam dalam mendapatkan
rawatan kesihatan. Segala usaha diteruskan bagi meningkatkan lagi
taraf infrastruktur ke arah yang lebih baik. Saya ingin menentukan semua
staf terus dapat dapat mengekalkan pengiktirafan MS ISO dan MSQH.
Yang sangat penting ialah meningkatan sumber manusia dalam Human
Performance Centre, Occupational Health Services, pengstrukturan
semula perjawatan pakar dan meningkatkan pegangan staf awam.
Sasaran saya ialah untuk menjadikan 94 HATl sebagai Army institute of
Medicine dan akhir sekali saya merancang untuk membangunkan Program ICT dan HIS.
94 HAT kini dikenali sebagai Hospital tentera Darat, di mana menurut
Pegawai Memerintah, YBhg Brig Jen Dr Chia Lip Meng, semua warga
tentera khasnya TD, keluarga mereka serta orang awam yang datang
mencari penawar di hospital ini akan sentiasa diberi keutamaan untuk
mendapatkan khidmat yang terbaik. Sokongan dari Kementerian
Pertahanan khasnya Markas Tentera Darat dalam penambahan
peruntukkan pembangunan akan merealisasikan rancangan pemodenan
ICU...intensive care unit
dengan peralatan terkini
22
22
Antara kemudahan perubatan dan kesihatan yang disediakan di 94 HAT
BIL 148/MEI 2006
Latihan
Latihan Kembara Duga projek
kecemerlangan TD
L
LATIHAN Kembara Duga (Adventure Training) telah diiktiraf
sebagai sebahagian latihan rasmi
ketenteraan mulai bulan Januari
1994. Walaupun sebelum ini ia
dilaksanakan tetapi, secara kecilkecilan sahaja. Oleh itu, wartawan
Berita Tentera Darat Malaysia, PW
2 Zaini Hj Abd Ghani dan
jurugambar Sjn Kamarulzaman
Ariffin menerangkan cara
pelaksanaan Latihan Kembara
Duga hendaklah bercorak
ekspedisi, riadah dan latihan dan
ia hendaklah menggabungkan
beberapa kemahiran dan
keupayaan yang akan
menentukan kejayaan sesuatu
latihan yang dilaksanakan.
ATIHAN Kembara Duga yang dilaksanakan hendaklah dijadikan sebagai satu
projek kecemerlangan latihan. Ianya yang berasaskan kegiatan-kegiatan
kemahiran latihan rekreasi Tentera Darat (TD). Prestasi jasmani yang mantap
dan menyumbang ke arah satu aktiviti latihan cemerlang secara berkumpulan.
Latihan Kembara Duga hendaklah menonjolkan aktiviti yang berkualiti dan ada
risiko, mencabar serta ada hubung kait aspek sejarah ketenteraan atau ujian daya
tahan manusia biasa. Pelaksanaan latihan ini perlu mempunyai kemahiran, semangat
yang tinggi (rohani dan jasmani) dalam bentuk berkumpulan untuk melaksanakannya
dengan jaya.
Dalam pada itu, objektif Latihan Kembara Duga hendaklah mengambil kira unsurunsur seperti memupuk kesedaran cintakan negara dan alam semulajadi, memupuk
perasaan tolak ansur, semangat setia kawan dan persefahaman biarpun dalam
situasi yang tertekan.
Membina ketahanan mental dan fizikal, menguji daya usaha dalam menempuh
halangan dan cabaran serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
melaksanakan tugas biarpun ada risiko. Menguji kecekapan di dalam usaha-usaha
improvisasi alatan dan kelengkapan.
Berusaha mempelajari faktor sejarah masa silam demi untuk menonjol
kecemerlangan kemampuan anggota TD masa kini dan membina warga TD yang
cemerlang dengan mementingkan misi dan kejayaan pasukan hasil perancangan
yang berkualiti.
Dalam pada itu, jenis Latihan Kembara Duga boleh merangkumi kegiatan-kegiatan
di darat, laut dan udara. Walau bagaimanapun kegiatan yang mengutamakan usaha
kolektif dan saling membantu adalah diutamakan.
Di antara jenis-jenis latihan yang sesuai dilaksanakan termasuklah mendaki gunung
dan tebing, berakit,mendayung keno, menjelajah dengan motorsikal dan basikal.
Merentas hutan belantar dan menjelajah gua.
Ekspedisi laluan sejarah silam, berenang jarak jauh, menyelam scuba, pandu
glider, layar gantung dan payung terjun dan terjun bebas.
Pelaksanaan kegiatan-kegiatan Latihan Kembara Duga di peringkat unit perlu
merancang latihan selaras dengan masa pusingan latihan tahunan. Semua peringkat
anggota termasuk anggota tumpangan tetap boleh dilibatkan dalam latihan Kembara
Duga.
23
23
Latihan
BIL 148/MEI 2006
Di peringkat Briged (Bgd) dan Divisyen (Div) pula, peserta-peserta
boleh didapati daripada pasukan-pasukan naungan bagi memenuhi
jadual aktiviti anjuran peringkat formasi.
Konsep pelaksanaan latihan ini boleh dilaksanakan dengan
panduan berikut, latihan hendaklah dibiayai secara sendiri oleh unit
yang menganjur. Membenarkan penggunaan maksimum sumber
dari gran latihan dan gran sukan.
Membenarkan unit mendapatkan penaja untuk menampung
kesemua atau sebahagian kos. Penggunaan peralatan,
pengangkutan dan ransum yang sewajarnya yang diperuntukan
kepada unit.
Sebelum latihan dimulakan, rancangan terperinci dalam bentuk
kertas kerja hendaklah dimajukan oleh unit kepada formasi atasan.
Permohonan kelulusan untuk melaksanakan kegiatan ini mesti
diperolehi melalui saluran pemerintahan biasa dengan menyatakan
butir-butir berikut.
Jenis kegiatan dan ekspedisi, tujuan dan objektif, kumpulan
termasuk keanggotaan yang terlibat termasuk ketua, kawasan
kegiatan dalam negara dan luar negara. Jangka masa (tidak melebihi
10 hari), rancangan pergerakan dari mula hingga akhir dan
penglibatan bantuan logistik yang diperlukan, pengalaman lepas para
peserta dan anggaran perbelanjaan.
Semua kegiatan Kembara Duga perlu mendapat kelulusan
Panglima Div. Markas (MK) Div berhak melulus atau membatalkan
latihan yang dipohon. Permohonan dan kelulusan hendaklah
disalinkan kepada MK Medan TD.
Jadual Perancangan dan Aliran Perancangan adalah seperti
berikut. D masa 20 minggu seperti perancangan awal. D masa 16
minggu tinjauan peta, tanah dan udara untuk mendapatkan maklumat
muktahir. D masa 12 minggu rancangan terperinci dan siapkan
kerja.
D masa 6 minggu majukan kertas kerja ke MK Bgd. D masa 5
minggu MK Bgd mohon kelulusan daripada MK Div serta salinan ke
MK Medan TD. D masa 4 minggu Mk memaklumkan kepada
Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKKD) dan Jawatankuasa
Keselamatan Negeri (JKKN) dengan menyatakan butir-butir latihan
dan kawasan yang digunakan.
D masa 4 minggu MK pasukan mengeluarkan Arahan Am Latihan
Kembara Duga. D masa 3 minggu persiapan. Hari
D, pelaksanaan dan D campur 3 minggu memajukan
laporan latihan ke MK Bgd dan MK Div serta salinan
ke MK Medan TD.
Sebelum Latihan Kembara Duga
dilaksanakan semua anggota yang terlibat
akan diberi perlindungan melalui skim
berkelompok Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) kerana Latihan Kembara Duga
adalah latihan rasmi ATM.
Masa latihan hendaklah bersesuaian
dengan rancangan latihan tahunan
pasukan. Ini bermakna Latihan Kembara
24
24
BIL 148/MEI 2006
Latihan
Duga tidak akan mengganggu perjalanan latihan pasukan yang telah dirancang. Untuk lebih
berkesan lagi Latihan Kembara Duga ini wajar dimasukkan sebagai sebahagian dari rancangan
latihan tahunan pasukan.
Bagi menentukan pentadbiran latihan dan tugas harian pasukan tidak terjejas, kumpulan
yang mengikuti Latihan Kembara Duga untuk pasukan besar ialah tidak melebihi satu kompeni
dan bagi pasukan kecil tidak melebihi satu terup. Latihan Kembara Duga dihadkan setahun
sekali.
Keselamatan adalah perkara utama dalam sesuatu latihan. Selain dari keselamatan anggota,
kelengkapan dan peralatan tentera, keselamatan orang awam juga mesti dijaga. Ini disebabkan
latihan sebegini selalunya diadakan di kawasan yang dialami atau digunakan oleh orang awam.
Sekiranya latihan memerlukan anggota memakai uniform maka senjata dan peluru bolehlah
dibawa bersama untuk keselamatan.
Kebebasan kawasan latihan hendaklah dipohon melalui prosedur biasa dan memaklumkan
kepada JKKD dan JKKN akan butir latihan dan kawasan yang akan dilalui.
Dari segi bantuan kewangan untuk membiayai kegiatan Latihan Kembara Duga mestilah
diselaraskan sendiri oleh unit penganjur. Perbelanjaan untuk membeli peralatan khas
menggunakan peruntukan geran sukan dan gran latihan adalah dibenarkan.
Di samping itu, unit-unit bolehlah berusaha mencari sumber kewangan sendiri seperti
mendapatkan penaja bagi menampung kesemua ataupun sebahagian kos yang diperlukan.
Dalam pada itu, bantuan logistik yang melibatkan perkhidmatan hendaklah digunakan secara
berhemat dan dirancang seperti mana kegunaan untuk latihan formal. Oleh kerana Latihan
Kembara Duga telah diiktiraf sebagai latihan rasmi ATM, maka unit-unit hendaklah mengambil
kira dan membuat anggaran untuk peruntukan ABM tahunan.
Setelah tamat menjalani Latihan Kembara Duga laporan hendaklah dimajukan ke MK Bgd
dan Div serta salinan ke MK Medan TD dalam masa tiga minggu selepas tamat.
Latihan Kembara Duga wajar diadakan untuk menyumbangkan ke arah latihan rekreasi di
medan yang berteraskan latihan kemahiran yang berkualiti di samping memupuk semangat
setia kawan dan mampu menghadapi situasi kegiatan yang berisiko secara berpasukan.
Latihan ini juga mempunyai nilai ketenteraan yang berkualiti tinggi terutama bila kegiatan
dapat menonjolkan faktor sejarah silam yang boleh mempamerkan penglibatan ketenteraan
yang cemerlang.
25
25
Kerjaya
BIL 148/MEI 2006
Pengambilan Perajurit Muda wanita
...sambutan diluar jangkaan
KALAU dahulu ramai orang kata kerjaya tentera adalah pemilihan terakhir
untuk mencari kerja oleh golongan belia. Namun andai tersebut harus
dikekis oleh sesetengah pihak kerana ia tidak seperti dahulu lagi yang
mana setiap kali Pusat Pengambilan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita
dibuka ia akan mendapat sambutan diluar jangkaan. Oleh itu, ikuti liputan
wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, PW 2 Zaini Hj Abd Ghani dan
jurugambar Sjn Kamarulzaman Ariffin semasa pengambilan Perajurit
Muda Wanita yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 27 Apr lalu.
1
Urutan Perjalanan Pemilihan Perajurit
Muda Wanita:
1. CUBA NASIB...belia wanita mengisi borang
biodata diri sebelum menghadiri temu duga
2. BEGINI CARANYA...anggota Sel Pengambilan sedang menunjukkan cara-cara yang betul
mengisi borang biodata
2
3. TAKLIMAT...Mej Mohamad Fadzilah memberi
penerangan ringkas sebelum sesi pemilihan bermula
3
4. TEMUDUGA...ujian pertama bermula dengan
sesi soal jawab secara lisan
5. TAHAP KESIHATAN...berjaya dalam sesi
soal jawab mereka akan ke bahagian kesihatan untuk
timbang berat badan dan ujian rabun warna
Mej Mohamad Fadzilah
B
AGI mereka yang pernah
mewakili negeri dalam acara
sukan sewaktu sekolah
mahupun mempunyai kemahiran seperti
bermain alat-alat muzik selain bidang
akademik yang cemerlang adalah satu
kelebihan bagi mereka yang mempunyai
kategori berikut.
Bermula pada tahun ini, kami bagi pihak
pengambilan perajurit muda akan membuat
pengambilan yang begitu teliti dalam
beberapa aspek seperti setiap para belia
9
7. SIHAT...bagi yang lulus pada peringkat timbang
berat badan dan rabun warna, tubuh badan mereka
akan diperiksa bagi mencari kesan-kesan
pembedahan
8 & 10. UJIAN AKHIR...setelah semua ujian
dilepasi para belia akan menduduki ujian IQ dan
tulisantangan
4
9. TELITI...biodata salah seorang belia wanita
disemak
10
7
26
26
6. TIDAK RABUN...setiap belia tidak kira lelaki
mahupun wanita wajib menjalani ujian mata
8
5
6
Kerjaya
BIL 148/MEI 2006
SYABAS...PTD, Jen Dato’ Sri Abdul Aziz
Hj Zainal mengucapkan tahniah kepada
perajurit wanita yang berjaya
wanita yang memohon mestilah berketampilan
dan berperwatakan menarik. Demikian menurut
PS 2 Pengambilan Perajurit Muda Markas
Tentera Darat (TD), Mej Mohamad Fadzilah
Hj Salleh, 41 ketika ditanya.
Tambah beliau lagi, bagi siri pertama pada
tahun ini iaitu Siri 158/2006 kami akan mengambil
1600 bagi perajurit muda lelaki, 88 perajurit muda
untuk Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
dan 100 perajurit muda wanita yang akan mula
menjalani latihan pada bulan Jun nanti di Pusat
Latihan Asas Darat (PUSASDA).
Pemilihan siri
pertama yang dilaksanakan di Kuala Lumpur
mendapat sambutan yang
menggalakan daripada
para belia wanita yang
datang dari sekitar
Lembah Kelang dan luar
Lembah Kelang lebih
kurang tiga ratus lebih
para belia wanita.
“Walau kurang
mendapat sambutan
daripada kaum Cina
berbanding bangsa India yang begitu
berminat dengan kerjaya tentera, kami di Sel
Pengambilan Rekrut tetap berusaha
mempergandakan promosi bagi menarik semua
kaum menyertai Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
“Promosi yang paling berjaya adalah melalui
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
mana rata-rata di semua tempat yang
mengadakan sesi pengambilan kebanyakan
belia lelaki mahupun wanita datangnya yang
pernah menjalani PLKN,’’ katanya.
Syarat kemasukan golongan belia untuk
menyertai rekrut TD dengan mempunyai sijil
Pemeriksaan Menengah Rendah (PMR) dengan
lulus Bahasa Malaysia akan menerima tangga
gaji P1 T1 iaitu RM684 sebulan setelah lulus
menjalani rekrut di PUSASDA.
Manakala bagi golongan belia yang
mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mereka akan menerima tangga gaji
permulaan iaitu P1 T3 dengan gaji permulaan
RM766.28 sebulan. Bagi mereka yang
mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia pula tangga
gaji yang mereka terima iaitu P1 T4 dengan gaji
permulaan RM840.42 sebulan.
“Semasa menjalani latihan semua rekrut tidak
kira lelaki dan wanita mereka akan menerima
elaun sebulan sebanyak RM578.86 termasuk
elaun khidmat sebanyak RM80.00 sebulan.
“Pada hari ini sahaja separuh terpaksa di
tolak disebabkan masalah kesihatan dan mata
rabun jauh, rabun warna dan bagi mereka yang
tidak cukup umur termasuk terlupa membawa
sijil asal akademik.
“Hanya 111 belia wanita yang layak
menduduki Ujian Kecederasan Akal (IQ) dan
Pengetahuan Am termasuk ujian membaca apa
yang mereka tulis. Walau bagaimanapun ini
hanya ujian pertama dan yang kedua akan
dibuat di PUSASDA bagi menentukan adakah
mereka layak atau tidak,’’ jelasnya.
Kenapa memilih kerjaya tentera?
“KERJAYA sebagai anggota
tentera bukan jalan terakhir bagi
kami yang menghadiri pemilihan
perajurit muda wanita. Bagi
saya
kerjaya
tentera
merupakan kerjaya yang unik
dia ia berbeza dengan kerjaya
lain. Dengan memilih kerjaya
tentera ia menjamin masa
depan.
“Kerana sebelum ini saya
sudah bekerja sebagai jurujual
di sebuah supermarket di
Sungai Petani dan terpaksa
berhenti bagi memilih kerjaya
yang dapat memberi segala
kemudahan dengan tidak
menyusahkan keluarga.
“Apa yang pasti, latihan
dalam ketenteraan sekarang
bukan macam dahulu, seperti
mana yang dikatakan oleh
“WALAUPUN kali pertama saya
gagal dalam pemilihan, tetapi di
pemilihan di Lembah Kelang saya
berjaya pemilihan pertama dan
sesetengah masyarakat,’’ Ku Noor
Hidayah Ku Mat Fauzi, 18,
berasal dari Kedah, buat pertama
kali menghadiri pemilihan rekrut
wanita dan terpilih untuk
menghadiri peringkat kedua di
PUSASDA dan berharap akan
berjaya pada pemilihan akhir nanti.
...Kalau saya terpilih menjalani rekrut
dan berjaya menamatkan latihan kor
yang paling diminati adalah Kor
Kesihatan Diraja (KKD) ataupun
bahagian kerani. Sebelum ini saya
telah menghadiri pemilihan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM)
sebanyak tiga kali dan TD dua kali...
— Wan Rosuzailawati
“SAYA di sini terpaksa berasing
dengan ramai belia wanita yang
begitu berminat dengan kerjaya
tentera dan ada pernah sudah
lapan kali menghadiri pemilihan
untuk memasuki kerjaya tentera.
“Kalau saya terpilih menjalani
rekrut dan berjaya menamatkan
latihan kor yang paling diminati
adalah Kor Kesihatan Diraja
(KKD) ataupun bahagian kerani.
Sebelum ini saya telah menghadiri pemilihan Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) sebanyak
tiga kali dan TD dua kali,’’ Wan
Rosuzailawati Wan Su, 21,
akan meneruskan usaha untuk
pemilihan terakhir yang akan
diadakan di PUSASDA dan
berharap agar terpilih supaya
dapat menjalani latihan bersama
rakan-rakan lain.
“Saya yang mendapat
galakan keluarga sanggup
menghadapi cabaran yang bakal
ditempohi semasa menjalani
latihan nanti. Apa yang pasti,
latihan dalam ketenteraan
sekarang bukan macam dahulu,
seperti mana yang selalu saya
dengar,’’ Nurul Qnisari Dolah,
19, yang berasal dari Taiping,
Perak.
yang berasal dari Terengganu
dan berminat menceburi kerjaya
ketenteraan atas relaan sendiri.
27
27
Kerjaya
BIL 148/MEI 2006
TERUSKAN USAHA...Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri
Dato’ Sri Mohd Anuar Hj Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada perajurit
muda
“KARIER berada dalam tangan.
Memilih ATM bermakna memilih
satu jalan yang selamat
membentuk kerjaya yang
terjamin di masa hadapan. Ini
dapat dilihat yang mana abang
saya juga seorang anggota
tentera.
“Selain dari itu, peluang
untuk saya melanjutkan
pelajaran terbuka luas, ini jelas
dilihat dengan segala
kemudahan yang disediakan
sungguh terjamin yang mana
ini tidak terdapat pada kerjaya
lain. Masalah tekanan yang
ada adalah sebahagian
“TEKANAN yang ada adalah
sebahagian daripada cara
melatih untuk menjadi seorang
anggota tentera dan latihan
ketenteraan tidak seteruk mana
yang disangkakan. Lagi pun TD
menjadi pilihan saya.
“Bercita-cita sejak kecil lagi,
walaupun pemilihan anggota
TLDM dan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) pernah
diadakan, namun kerjaya TD
adalah pilihan utama.
“Sebenarnya saya sudah
bekerja sebagai guru tadika,
tetapi disebabkan tidak begitu
berminat dengan kerjaya
sebagai guru tadika saya
bercadang memasuki kerjaya
tentera,’’ Maslina Mustaffa, 20,
dari Hulu Langat, Selangor.
“MEREKA yang terpilih
menyertai kerjaya tentera boleh
disifatkan diri mereka sungguh
bertuah. Apa yang perlu
dilakukan kita melaksanakan
tugas yang akan diamanahkan
dengan jujur dan ikhlas.
“Saya menjangkakan kulit
saya yang putih akan menjadi
hitam semasa menjalani latihan
tidak akan menjadi masalah
kerana minat yang begitu
mendalam terhadap kerjaya
tentera. Walaupun ini kali ke
dua saya menghadiri pemilihan
rekrut wanita dan berharap
saya akan terpilih pada
pemilihan akhir nanti,’’ Nurul
Farah Hana Baharudin, 19,
KAMI BOLEH!...sebahagian perajurit muda wanita yang
berjaya menamatkan latihan bersama perajurit muda lelaki
setelah mengharungi pelbagai dugaan dan halangan
28
28
daripada cara melatih menjadi
seorang anggota tentera,’’
Suliati Seman, 19, yang berasal
dari Kelantan.
yang berasal dari Tanjung
Tualang, Perak
BIL 148/MEI 2006
EI
Darjah Kecerdasan Spiritual
(Spiritual Quotient -SQ)
Sambungan dari siri lepas
Oleh: Mej Murtadza Hj Nordin
“...menyangkut seluruh ucapan dan perbuatan, yang
tampak mahupun tidak tampak, termasuklah solat,
puasa zakat, haji, berbuat baik, berakhlak mulia...”
Tujuan manusia dihantar ke bumi
S
emua manusia diperintahkan supaya
di dalam berusaha mencapai maksud
dunia jangan sampai kita lupa akan
bahagian kita di akhirat. Jangan lupa untuk
menyembah Tuhannya. Dialah rab iaitu pencipta,
pentadbir, pemusnah dan pendidik seluruh alam.
Satu-satunya kuasa di sebalik segala sesuatu.
Konsep ibadat dalam Islam amat luas. Kita selalu
berikrar bahwa ibadatku, hidup dan mati ku hanya
sanya kerana Tuhan Yang Maha Agong. Kita di
dalam menjalani tugas seharian tidak kira di
pejabat, di medan, di lautan, di angkasa raya
atau pun di mana jua kita berada jangan sampai
tinggal solat. Sebagai pemimpin kita mesti
menentukan pembahagian masa dengan
bijaksana bukan hanya bijak sini. Jangan
dambakan kemenangan kalau jiwa kita kosong
terhindar dari rahmat Tuhan.
Jelasnya, nampak kepada kita pendekatan
Islam ke atas penghidupan itu bersepadu dan
akhirnya bertitik pada satu titik yang muktamad
iaitu titik kematian yang nantinya akan dinilai
sejauh manakah kita mengabdikan diri kita kepada
Allah, Maha Pencipta kita semua.
Memperhambakan diri juga kadangkala ditakrifkan
sebagai beribadat kepada Allah. Apakah
sebenarnya maksud ibadah? Dalam skop yang
luas, ibadah bermaksud apa sahaja yang dicintai
Agama pagan dan animisme contohnya, memang
menyembah unsur-unsur alam, akan tetapi hakikatnya
bukan pokok, awan ataupun matahari yang disembah,
tetapi ’kuasa ghaibnya’ yang pada tanggapan mereka
mampu memberi natijah baik-buruk ke atas hidup
mereka
dan diredai Allah, menyangkut seluruh ucapan
dan perbuatan, yang tampak mahupun tidak
tampak, termasuklah solat, puasa zakat, haji,
berbuat baik, berakhlak mulia, menyantuni fakir-miskin, haiwan dan tumbuhan, menunaikan
amanah, mengajak kepada makruf dan
mencegah kemungkaran.
Katanya lagi, keseluruhan penghidupan
adalah demi menjalankan titah perintah Tuhan.
Segala-galanya termasuk pengurusan
peribadi, kehidupan bersosial, pemerintahan
dan politik, ketenteraan, penghidupan
berekonomi dan sebagainya, hanyalah
sebahagian daripada manifestasi peribadatan
atau penghambaan kepada Tuhannya. Tidak
mungkin hamba dapat melakukan sesuatu
tanpa mengikut garis panduan yang diturunkan
oleh Tuhan yang Maha Kuasa terutamanya
dalam urusan yang qat’i atau jelas dan sudah
diputuskan secara terang oleh Tuhannya.
Abdul Fatah Hasan di dalam bukunya:
Tenaga dan Keremajaan Minda
memberitahu ada banyak bentuk tenaga, dan
roh adalah sumber tenaga dalam diri manusia
yang boleh menzahirkan tenaga kreatif dan
kecerdasan pada peringkat peribadi manusia.
Barat menamakanya sebagai semangat
(spirit), suara dalaman (inner voice) dan
diri dalaman (inner self). Menurut Fauzi,
dalam ajaran Islam, manusia itu terbahagi
kepada sekurang-kurangnya dua entiti iaitu
jasad dan roh. Dalam kewujudan roh pula,
berkait beberapa kewujudan atau kesan
kewujudan roh itu sendiri iaitu perasaan atau
emosi, jiwa, pemikiran serta nyawa. Kesemua
entiti ini hilang apabila hilangnya roh daripada
jasad. Jasad dilihat hanya sebagai kelongsong
kepada kewujudan roh, sementara roh nanti
akan meneruskan kehidupan di alam-alam akan
datang sehinggalah hari kebangkitan selepas
hari kiamat untuk bergerak ke alam mizan di
Mahsyar. Tanpa roh, jasad tidak berguna malah
tidak bermaya, bagaikan kelongsong peluru
yang telah ditembak.
Dengan alasan inilah, Islam menyeru
umatnya memberikan tumpuan kepada
persiapan alam yang lebih panjang iaitu alam
ghaib. Emosi, roh, nyawa dan jiwa
kesemuanya adalah ghaib dan ditolak oleh sains
Barat. Akan tetapi dalam Islam, dinyatakan
dengan terang-terangan antara ciri-ciri orang
beriman adalah mereka yang percaya dengan
yakin akan kewujudan alam ghaib. Jelasnya,
al-Quran menyatakan kepercayaan setiap
manusia kepada alam ghaib itu adalah perkara
penting dalam iman orang mukmin. Ini kerana
sebahagian daripada perkara yang perlu diimani
oleh orang mukmin berbentuk ghaib. Allah azza
wajalla sendiri ghaib daripada segi penglihatan
kita yang terhad ini. Para malaikat ghaib, hari
kiamat itu ghaib, seksaan kubur itu ghaib dan
sebagainya. Sememangnya penciptaan
manusia itu perlukan kepercayaan kepada yang
ghaib menjadi tempat hatinya berpaut. Tidak
kira apa kepercayaannya, sama ada berbentuk
pagan, Kristian, Hindu mahupun Buddha,
kesemuanya percaya kepada yang ghaib.
Agama pagan dan animisme contohnya,
memang menyembah unsur-unsur alam, akan
tetapi hakikatnya bukan pokok, awan ataupun
matahari yang disembah, tetapi ‘kuasa ghaibnya’
yang pada tanggapan mereka mampu memberi
natijah baik-buruk ke atas hidup mereka.
Begitu juga dengan agama Kristian, Hindu
dan Buddha, bukanlah berhala atau patungpatung yang mereka sembah, akan tetapi
menjadi perantara kepada kuasa ghaib yang
mereka pun tidak dapat mengenal pasti
29
EI
kedudukannya. Islam memberikan jawapan
kepada fenomena ini. Sememangnya
penciptaan hati itu bertujuan untuk menyayangi
Allah. Sebab itu dengan seribu satu penafian
pun, akhirnya kuasa ghaib itu juga yang dicari.
Ini juga berlaku kepada penganut free thinker
atau kepercayaan tanpa Tuhan.
Kata Fauzi lagi, ramai di kalangan sarjana
Barat sudahpun menyedari hakikat bahawa
alam ini ditadbir oleh kuasa yang Maha Besar.
Saintis Barat telah menemui Sistem Suria yang
dinamakan Bima Sakti ataupun Milky Way.
Akhirnya mereka sedar bahawa ada banyak
lagi sistem solar yang wujud yang hampir sama
ataupun mungkin lebih besar dan canggih dari
sistem solar kita. Orang Islam sudah lama
mengetahui akan hal ini sebab memang ianya
ada dinyatakan di dalam al-Quran. Katanya,
Sir James Jeans, seorang sarjana British di
dalam bukunya The Mysterious Universe,
mengatakan bahawa dalam pengkajian beliau,
beliau menjumpai banyak tanda dan bukti
menunjukkan alam ini dicipta, dididik dan dikuasai
oleh kuasa yang digelar the great thought atau
pemikir agung dan bukanlah hanya sesuatu
yang mekanikal dan alamiah seperti yang
didakwa oleh ramai saintis Barat yang lain. Ini
menyebabkan timbulnya konsep self transcendence dalam aliran pemikiran Maslow mutakhir
ini. Self transcendence bermaksud mencapai
permulaan kendiri dengan mengakui wujudnya
kuasa-kuasa yang melampaui batasan kuasa
manusia.
Islam sebaliknya sedari awal menekankan
konsep kewujudan entiti fizikal, metafizik,
konkrit mahupun abstrak. Konsep kesepaduan
ini juga menunjukkan Islam tidak mengambil jalan
yang berasingan dalam menangani masalah
manusia sama ada ia berbentuk fizikal,
emosional, intelektual mahupun spiritual.
Kesemua entiti manusia harus menyerah bulatbulat ketaatannya kepada Allah. Islam sebagai
agama atau lebih jelas ad-din menuntut umatnya
mengamati dan mempraktikkan keseluruhan
ajaran Islam tanpa pengecualian. Islam
Lebih tinggi pangkat dan jawatan yang dicapai,
lebih hebat kawalan jiwanya, lebih mulia
akhlaknya dan paling penting dia dipimpin oleh
Allah dalam segala keputusan dan tindak-tanduk
yang diambil dalam hidupnya
30
BIL 148/MEI 2006
Islam melarang manusia menjadi hamba
kepada nafsu yang akhirnya menjerumuskan
manusia kepada taraf kehaiwanan yang hanya
tahu memikirkan perutnya
memberikan kaedah untuk melaksanakan
segala aktiviti hidup mengikut kehendak Islam
dengan berpegang pada al-Quran, sunah, ijmak
ulama dan qias.
Pertanyaan retorik perlu ditujukan kepada
mereka yang beranggapan agama hanya
berperanan dalam penghidupan yang sempit,
dalam peribadatan khusus dan ritual. Mereka
memisahkan keperluan fizikal daripada rohani
dan emosi, bahkan dalam banyak hal merendahrendahkan keupayaan rohani dan emosi
lantaran ia bukan berada di atas paksi rasional
dan boleh dicerap.
Konsep diri dan jiwa dalam Islam
Di dalam al-Quran ada disebutkan kelayakan
minimum jiwa atau diri itu diterima sebagai
hamba yang diredai-Nya iaitu dengan mencapai
taraf nafsul mutmainnah yang bermaksud jiwa
yang tenang. Firman Allah dalam surah al-Fajr
ayat 27 dan 28 bermaksud, “Hai jiwa yang
tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan
hati yang puas lagi diredai”. Daripada ayat ini,
kita dapat memerhati bagaimana Allah s.w.t.
mempersilakan hamba-Nya yang berjiwa
tenang kembali ke pangkuannya dan
memberikan jaminan mereka kelak akan
memperoleh keredaan-Nya. Jiwa yang tenang
itu pasti mempunyai EQ yang tinggi kerana
hanya seseorang yang mencapai kepintaran
emosi yang tinggi dan mengenali dirinya sebagai
hamba Allah yang alpa lagi lemah dapat
menempatkan dirinya pada tahap jiwa yang
tenang. Ini hanya akan boleh dicapai apabila
individu itu berjaya menyemarakkan sifat-sifat
terpuji seperti sifat amanah, jujur, bersopansantun, ikram Muslimin dan sebagainya yang
menjadi simbol manusia beriman, serta
membuang sifat-sifat keji seperti khianat, dengki,
biadab, individualistik dan sebagainya.
Bukankah ini menunjukkan Islam itu sendiri
apabila dihayati menjamin pengekalan EQ atau
kestabilan dan kepintaran emosi? Bukankah ini
yang Tentera Darat mahukan?
Lebih tinggi pangkat dan jawatan yang
dicapai, lebih hebat kawalan jiwanya, lebih mulia
akhlaknya dan paling penting dia dipimpin oleh
Allah dalam segala keputusan dan tindak-tanduk
yang diambil dalam hidupnya; ikut resmi padi;
makin tunduk makin berisi; bukan bunga padi
tapi berdaun lalang.. Pemimpin yang
mementingkan diri, menyalahgunakan kuasa,
ponteng kerja, menyalahguna harta kerajaan
untuk kepentingan diri, tidak amanah dan tidak
mempunyai integriti langsung adalah fenomena
yang biasa dilihat dewasa ini. Jenayah kolar
putih berluasa lantaran kita mempunyai
pemimpin yang mempunyai darjah pengurusan
emosi dan spiritual yang rendah dan lemah.
Perlangggaran dan pencemaran disiplin di dalam
Tentera Darat; jika dibiar ibarat kanser yang
menular.
Dengan erti kata lain, Islam memberikan
perhatian khusus kepada hambanya bagi
mendidik jiwa iaitu emosi dan perasaan supaya
dapat mencapai peringkat tertinggi yang dapat
dicapai sebelum dipanggil Allah untuk pulang
dan bergerak ke alam lain. EQ atau kepintaran
emosi yang tinggi sahaja tidak cukup, tetapi
manusia memerlukan keredaan Allah. Menurut
perspektif Islam, melalui kepintaran emosi yang
BIL 148/MEI 2006
tinggi, manusia pasti berakhlak mulia, menjadi
manusia yang soleh, tidak memandang balasan
dunia bahkan akan menjadi manusia terpuji.
Dalam hal ini, Islam tidak menafikan
kepentingan nafsu dan keperluan manusia.
Nafsu wujud dengan kehadiran roh. Ia menjadi
penggalak manusia mengejar kemajuan,
kesenangan dan pembangunan. Islam tidak
menolak pembangunan sebagaimana beberapa
kepercayaan lain di dunia. Zahid tidak
bermasuk menafikan dunia ini. Dalam sejarah
Islam, ramai para konglomerat pada zaman
Rasulullah saw dan zaman-zaman selepasnya
menyertai perjuangan Islam dan pada masa
yang sama membina empayar korporat Islam.
Islam sebaliknya menggesa umatnya mengawal
dan menyalurkan kehendak nafsu kepada jalanjalan yang diredai-Nya dan peraturan yang
dituntut syarak. Dengan menggunakan
panduan akal yang dibekalkan Ilahi, Islam
melarang manusia menjadi hamba kepada nafsu
yang akhirnya menjerumuskan manusia kepada
taraf kehaiwanan yang hanya tahu memikirkan
perutnya.
Islam menyampaikan berita gembira kepada
mereka yang berjaya mengawal nafsu dan
membentuknya menjadi manusia soleh.
Bukanlah menafikan nafsu. Contohnya, bukan
menafikan keperluan seksual manusia, tetapi
menurunkan peraturan, wujudnya akad
(kontrak) supaya wanita tidak dipersiakan,
wujudnya talak, supaya perpisahan berlaku
dalam keadaan aman dan kebajikan anak isteri
tidak terabai. Dalam perniagaan diturunkan
undang-undang muamalat supaya penipuan
dapat dihapuskan, dan riba yang zalim itu tidak
dapat menindas manusia lagi. Dalam jinayat,
yang bersalah dihukum dengan hukuman keras
walaupun adalah amat payah untuk disabitkan
supaya keadilan dapat dirasai oleh segenap
lapisan masyarakat. Bukankah ini semua dapat
melahirkan bukan sahaja individu yang stabil
EI
“...wujudnya akad (kontrak) supaya wanita
tidak dipersiakan, wujudnya talak, supaya
perpisahan berlaku dalam keadaan aman
dankebajikananakisteritidakterabai...”
dan mantap EQnya malahan keseluruhan
masyarakat yang saling kasih-mengasihi dan
menghormati termasuklah hubungan Muslim
dan orang kafir (zimmi).
Bahkan, bukan sahaja berita gembira
diberikan kepada mereka yang berjaya menjadi
orang tinggi kepintaran emosinya atau tinggi
darjat nafsunya. Terdapat juga amaran dan
ancaman bagi mereka yang tidak berusaha
melakukan sedemikian. Inilah keindahan Islam.
Ia bersifat syumul atau sempurna. Bukan
sahaja pemberi berita gembira akan tetapi
pemberi amaran berkenaan azab. Ini termaktub
dalam al-Quran, surah al-A’raaf ayat 179, “Dan
sesungguhnya Kami jadikan isi neraka
Jahannam kebanyakan daripada jin dan
manusia, mereka mempunyai qalb (hati) tetapi
tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat
Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunakan untuk melihat kekuasaan
Allah, dan mereka
mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakan untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan
binatang
ternakan,
bahkan mereka lebih
sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai”.
Amaran yang
keras diberikan kepada
mereka yang mengikut
perasaan buas sehingga
segala pancaindera
digunakan buat melawan
perintah Allah dan rasul
serta mendatangkan
kesusahan
kepada
manusia dan makhluk lain.
Tidak aman dunia jika
insan ini berada di
dalamnya, dan jika wujud
di dalam sesebuah
organisasi ketenteraan
Amaran yang keras diberikan kepada mereka
maka sudah pasti akan
yang mengikut perasaan buas sehingga segala
berlaku kepincangan. Jika
pancaindera digunakan buat melawan perintah
musuh
mengambil
Allah dan rasul serta mendatangkan kesusahan
kesempatan sudah pasti
kepada manusia dan makhluk lain
kita akan tewas dan
kecundang.
EQ dan Kesederhanaan dalam Islam
Menurut Fauzi, seseorang yang mempunyai
iq (iman Quotient) tinggi bukan hanya mampu
menjadi warga organisasi dan masyarakat yang
berakhlak mulia dan sangat disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya, tetapi dapat
menyinari alam sekitarnya dengan rahmat
akibat akhlaknya itu. Haiwan, tumbuhan serta
objek-objek bukan hidupan pun menerima
keberkatannya. Ini jelas dalam firman Allah pada
surah al-Anbyia ayat 107, “Dan tidaklah Aku
utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan
sebagai rahmat kepada sekalian alam”.
Pemimpin dan warga Tentera Darat yang
mempunyai iq yang mampan sudah pasti akan
menjadikan Tentera Darat sebagai sebuah
organisasi yang digeruni dan kredibel; yang
penting adalah ’the men behind the gun’.
Rasul terakhir diutuskan bagi membawa
penyelesaian kepada keseluruhan
permasalahan ummah, sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Kita yang
mengambil baginda sebagai contoh dan ikutan
harus menyinari alam dengan kemuliaan akhlak
itu sebagaimana maksud hadis baginda
berbunyi, “Sesungguhnya aku diutuskan demi
untuk menyempurnakan akhlak mulia”.
Sebab itulah, apabila menghayati Islam
sebagai ajaran yang syumul dengan
sepenuhnya dapat melahirkan manusia ajaib
bukan kerana keupayaannya melahirkan
keajaiban fizikal tetapi akibat akhlak mulianya
yang menakjubkan, yang lahir akibat
pegangannya yang teguh kepada Allah dan
rasul-Nya. Sejarah telah membuktikan
bagaimana tentera Islam mampu menakluk
hampir sepertiga dunia dari benua Afrika hingga
ke China. Apakah kita tidak mampu mengulangi
sejarah? Kita dewasa ini sedang dibuai di dalam
lena yang panjang hinggakan untuk
mempertahankan diri pun terpaksa bergantung
kepada kuasa besar yang lain.
Dengan pengabdian manusia kepada Allah,
kelak akan melahirkan sifat-sifat mahmudah
seperti rendah diri dan lemah-lembut. Dalam
kelembutan ada ketegasan. Dalam Quran ada
31
EI
menyebut pada surah al-A’raf ayat 206
bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang
ada di sisi Tuhanmu itu tidak merasa sombong
untuk menyembah Dia dan mereka itu bertasbih
untuk memuji-Nya dan kepada-Nya mereka
sujud”.
Manusia yang rapat dengan Tuhannya
sentiasa diselimuti sifat rendah diri dan tidak
sombong. Rendah diri tidak bermaksud hina
diri atau estim diri yang rendah. Ia adalah sifat
terpuji dan elemen asas dalam mengawal emosi
seseorang. Melalui perasaan ini, kita dapat
menjadi pendengar yang baik, menghormati
pandangan orang lain serta menerima teguran.
Antara tanda orang yang mencapai tahap ini
adalah orang yang zahid iaitu tidak terlekat
hatinya kepada kenikmatan dunia tetapi bukan
menolak dunia. Segala tindak-tanduk dalam
hidupnya berpandukan syariat dan bukan
nafsu. Dia menjadi manusia yang mulia. Sabda
Nabi Muhammad saw, “Sebaik-baik manusia
ialah mereka yang memberi manfaat kepada
manusia lain”.
Justeru mereka yang selalu mendatangkan
masalah kepada orang lain dan bersifat
individualistik, tentunya rendah EQnya dan tidak
tergolong dalam sebaik-baik manusia. Inilah
hakikat EQ sebenarnya. Ia berkait rapat dengan
akhlak mulia atau akhlak korporat yang
menyenangkan.
Cuma pendekatan
melahirkannya sahaja berbesa kerana ia lahir
akibat pemikiran manusia yang amat terbatas
keupayaan mental dan fizikalnya. Islam
menentukan bahawa acuan pembangunan itu
harus mengikut tasawwur Islam iaitu
pandangan hidup Islam yang tidak terpisahpisah antara duniawi dan ukhrawi, jasmani dan
rohani, fizikal dan metafizik. Pandangan hidup
Islam tidak sempit, ia adalah ad-din yang
diturunkan oleh Allah Maha Pencipta dan Maha
Bijaksana.
Kesimpulan
* Sebagai seorang Islam kita harus menerima
Islam itu sebagai “DIN” iaitu suatu cara hidup
yang berlandaskan ketaatan kepada Allah swt
dan patuh kepada undang-undang dan aturan
BIL 148/MEI 2006
Jangan ponteng kerja atau curi
tulang. Amanah dalam tugas
dengan menjunjung integriti
yang diturunkan oleh Allah swt melalui al-Quran
dan juga apa yang disampaikan oleh Rasulullah
saw Di dalam kehidupan sebagai seorang
tentera, taat kepada perintah pegawai atasan
dengan menghayati Ikrar Kesatria.
* Tingkatkan keimanan kepada Allah swt Iman
merupakan suatu kekuatan roh yang boleh
menolak segala godaan hawa nafsu daripada
melakukan segala perkara yang tercela dan
yang bertentangan dengan akidah. Jauhi unsurunsur yang membawa kepada pencemaran
disiplin. Jauhi anasir dadah.
* Tingkatkan akhlak yang baik melalui muhibbah
iaitu rasa cinta dan kasih sayang terhadap
segala makhluk yang dijadikan Allah swt. Pupuk
semangat setiakawan esprit de corps yang
jitu; semangat jiwa korsa yang menjadikan kita
sebuah angkatan darat yang digeruni. Setiap
individu tentera bukan robot. Mereka punya
perasaan, rasa, semangat dan emosi. Selami
jiwa mereka apakah emosinya stabil dan
mampan? Samada fundamental ataupun superficial. Jaga kebajikan mereka; seperti kata SUN
TZE: ‘A leader who cares for his men as for
his own children will be followed faithully
through the gravest dangers. He will have
their support to the death.’
* Menjaga sumber makanan dan pendapatan
supaya tidak bertentangan dengan ajaran dan
peraturan yang telah ditentukan. Jangan
ponteng kerja atau curi tulang. Amanah dalam
tugas dengan menjunjung integriti.
* Menjauhkan diri daripada anasir-anasir yang
terdedah kepada maksiat seperti perkara yang
menjadi sasaran hawa nafsu seperti mabuk,
judi, along dan sebagainya.
* Banyakan bertaubat kepada Allah swt
kerana Allah swt amat suka kepada orang yang
suka membersihkan diri dan roh. Jadikan
kesilapan masa lalu sebagai sempadan. Jangan
ulangi kesalahan yang sama. Jangan sombong
biarpun tinggi mana pangkat; ikut resmi padi,
makin tunduk makin berisi; bukan bunga padi
tapi berdaun lalang.
* Sebagai seorang Islam, tingkatkah amalan
melalui pembacaan al-Quran, berzikir, solat dan
berdoa kerana doa itu adalah senjata orang
mukmin. Senjata yang ampuh sekalipun tidak
membawa erti jika jiwa, semangat (spirit), suara
dalaman (inner voice) dan diri dalaman (inner
self) anggota tentera kita lemah.
* Berusaha dan berazam melaksanakan hijrah
yang indah dalam kehidupan. Jadikan hari ini
lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih
baik dari hari ini. Celakalah mereka yang hari ini
lebih buruk dari hari semalam dan rugilah
mereka yang hari ini sama seperti hari semalam.
Bekerja dengan ikhlas, bukan kerana sesuatu
seperti mengejar pangkat ataupun kerana
seseorang ataupun sebagainya.
Jangan ulangi kesalahan yang sama.
Jangan sombong biarpun tinggi mana
pangkat; ikut resmi padi, makin tunduk
makin berisi; bukan bunga padi tapi
berdaun lalang
32
* Mengetahui bagaimana otak dan minda
berfungsi. Dengan menghayati fungsifungsinya, anda akan dapat mengelolakan
semua tenaga dalam diri kita dengan cara yang
lebih baik dalam kehidupan kita dari segi jasmani,
emosi, akal (mental) dan rohani.
BIL
BIL 148/MEI
148/MEI 2006
2006
Hidup manusia di dunia ini memang tidak
dapat lari dari pelbagai dugaan dan cabaran
bagi mematangkan diri sebagai khalifah
yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.
kepada hambaNya. Sebagai hambaNya
yang sentiasa bersyukur kita haruslah
menerima segala qada dan qadarnya
dengan redha. Mungkin ada hikmah di
sebaliknya dan kita hendaklah sentiasa
bersabar dan berusaha untuk memajukan
diri sendiri dan keluarga agar memperoleh
lebih kejayaan dan kesenangan di dunia
dan akhirat.
Inilah yang akan dipaparkan dalam siri
pengorbanan pada kali ini. Rentetan hidup
seorang bekas anggota tentera yang
tercedera ketika era 80-an. Bagi
mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang
kisah pada kali ini ikutilah temu bual
wartawan Berita Tentera Darat Malaysia,
Kpl Suziana Selimin dan jurugambar PW
2 Zaini Hj Abd Ghani bersama SSjn (B)
Sulaiman Jofri di kediaman beliau di
Senai, Johor Bahru pada 5 Mei lalu.
A
NAK sulong sejak dilahirkan asyik
menangis setiap kali menjelang waktu
malam dan pelbagai usaha dan ikhtiar
telah dilaksanakan untuk memastikan dan
mengetahui apakah puncanya termasuklah
mendapatkan rawatan moden dan tradisional.
Sehingga kehilangan punca dan berputus asa
untuk mengubatinya. Apatah lagi suami ketika
Pengorbanan
itu tiada dirumah kerana terlibat dengan operasi.
Sehinggalah sehari sebelum kejadian
ayahnya terpijak jerangkap samar barulah dia
berhenti menangis dan pada keesokannya
harinya berita kemalangan yang disampaikan
daripada pegawai bertugas yang mengatakan
suaminya terkena jerangkap samar semasa
Ops Charlie/Delta. Demikian rentetan peristiwa
yang menimpa keluarga ini menurut isteri SSjn
(B) Sulaiman, Norhanni Halik ketika ditemui.
SSjn (B) Sulaiman Jofri mula memasuki
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 31 Mei
1979. Ketika itu beliau dan rakan-rakan yang
lain menjalani latihan di Kem Reneliese, Batu
Gajah, Perak selama enam bulan. Sebaik tamat
sahaja latihan rekrut beliau terus diserapkan
ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
bersama 20 rakan yang lain. Pada masa itu 25
RAMD ditempatkan di Tapah (sekarang diambil
alih 4 RAMD). Setelah tamat Kursus lanjutan
Soldadu Muda, beliau seterusnya ditempatkan
di Kompeni Delta sebagai Regiment Police (RP)
pasukan.
Beliau merupakan seorang anggota yang
sentiasa mematuhi peraturan dan berdisiplin.
Maka tidak hairanlah beliau dinaikkan pangkat
ke LKpl hanya setelah dua tahun setengah
berkhidmat dalam Tentera Darat (TD) dan
mengikuti segala kursus kerjaya yang
diperlukan bagi membolehkan beliau
menyandang pangkat tersebut.
“Alhamdulillah, rezeki saya dalam tentera
mudah. Pada zaman itu, kalau dah pakai LKpl
dalam masa dua tahun kira baguslah. Tugas
sebagai RP pasukan memerlukan saya bersikap
tegas, amanah dan tidak berat sebelah apabila
TAK SANGKA...tiba-tiba jerangkap samar
meletup dekat saya
berhadapan dengan kes-kes salah laku atau
tatatertib anggota. Di kalangan rakan pasukan
mereka mengenali saya sebagai seorang yang
garang dan tidak boleh bertolak ansur
langsung,” jelas beliau sambil tersenyum.
Mengimbas kembali tragedi yang hampir
meragut nyawa beliau, dengan tenang beliau
berkata itulah detik yang tidak dapat dilupakan
sepanjang hayat beliau.
“Setelah enam tahun berkhidmat, saya
ditumpangkan pula ke Kompeni Bravo untuk
menyertai misi Ops Charlie/Delta. Kompeni saya
(Delta) memang kekurangan anggota untuk
menyertai operasi oleh sebab itu saya dan
rakan-rakan yang lain ditarik ke Kompeni Bravo.
“Lagi tiga hari sebelum operasi bermula, kami
menjalani latihan di Kem Gubir bersama dengan
anggota jurutera. Tugas kami sebagai pelindung
atau ‘covering’ kepada anggota jurutera ini ketika
mereka menjalankan tugas. Ketika latihan ini,
kami ada terdengar berita bahawa tujuh anggota
Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) telah
terkena jerangkap samar. Apabila anggota UCIS
ini dipanggil keluar maka kompeni kami
dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih
tugas di kawasan yang sama. Dari berita itu,
PARUT...SSjn (B) Sulaiman menunjukkan kesan
luka di badan sewaktu jerangkap samar meletup
sambil diperhatikan isterinya, Norhanni
KEKAL...begini kaki kiri yang
terpaksa dipotong
33
33
Pengorbanan
dapat saya bayangkan bahawa kawasan tersebut dipenuhi dengan
jerangkap samar yang dipercayai buatan dari Siam,” terangnya lagi.
Tiga hari selepas kejadian, kompeni Bravo diaturgerakkan ke kawasan
kejadian. Pada 10 Apr 1986, beliau ditugaskan membuat rondaan
keselamatan bersama dengan beberapa anggota jurutera. Pada mulanya
beliau diletakkan di bahagian belakang tiba-tiba Lt M Ibrahim memanggil
beliau untuk ke hadapan.
“Ketika itu saya telah menjumpai satu jerangkap samar dan meminta
semua anggota lain mendiamkan diri kerana saya cuba untuk mematikan
jerangkap samar yang telah dipasang oleh pihak musuh. Entah macam
mana saya difahamkan ada salah seorang anggota tim saya bergerak.
Tiba-tiba pandangan saya kelam dan terus terlentang di atas tanah.
macam tak percaya dengan kejadian yang menimpa diri saya saat itu,”
katanya lagi.
“Ketika itu, ingatan saya hanya kepada isteri dan anak sulung saya
yang baru berusia tiga bulan. Dalam keadaan kelam-kabut itu, meletup
sebiji lagi jerangkap samar jenis semburan.
Mujur tiada kecederaan yang serius. Saya
terus dibawa menaiki helikopter dan dihantar
ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan
rawatan dengan segera. Selepas dua bulan
saya di Hospital Pulau Pinang, saya ditukarkan
ke Hospital Ipoh. Sepanjang saya menjalani
rawatan, pegawai pemerintah saya ketika itu
amat menitiberatkan kebajikan saya. Dia
mengarahkan seorang anggota untuk menjaga
saya sepanjang masa di samping itu, setiap
hari disajikan dengan lauk ikan haruan bagi
membolehkan luka di kaki kanan saya akibat
dipotong dapat sembuh dengan segera.
“Isteri dan anak saya turut disediakan bilik
khas di hospital bagi memudahkan isteri
menguruskan makan dan pakai saya. Saya
amat berterima kasih dan terhutang budi
kepadanya. Semoga Allah membalas jasanya.
Saya juga rasa terharu atas pengorbanan yang
isteri saya lakukan demi kasih sayangnya
terhadap saya. Pada ketika hati dan perasaan
saya bercelaru dia setia di sisi walaupun kadang kala saya mengeluarkan
kata-kata yang menyinggung perasaannya namun dia masih diam dan
tersenyum. Tiada kata yang dapat saya gambarkan bagi meluahkan
perasaan saya kepadanya,” katanya sambil menggenggam erat tangan
isterinya yang tercinta.
Apabila ditanya kepada isteri beliau, Norhanni Halik apa perasaannya
ketika dikhabarkan berita suami tersayang ditimpa kemalangan beliau
menjelaskan ketika itu dirinya hampir-hampir nak pitam. Nasib baik
ditenangkan oleh jiran terdekat.
“Pada hari kejadian, saya menghadiri kenduri doa selamat rakan suami
yang merupakan anggota UCIS yang pernah terkena jerangkap samar di
kawasan sama di sebelah atas rumah saya. Saya tak sangka kenduri
doa selamat itu menjadi peristiwa hitam dalam hidup suami saya. Dengan
hati yang tabah saya mengekori pegawai bertugas ke hospital di mana
suami saya mendapat rawatan.
“Saat pilu berlaku apabila suami ingin menceraikan saya kerana
TANGGUNGJAWAB...menerima arahan
daripada Lt Idros (kini Mej) semasa ditugaskan
di bahagian Tabung Kebajikan Rejimen
34
34
BIL 148/MEI 2006
berpendapat diri sudah tidak sempurna
seperti orang lain dan beranggapan
kecacatan ini akan menjadi batu
penghalang untuk mewujudkan sebuah
rumah tangga yang bahagia. Namun,
saya menjelaskan itu bukanlah menjadi
permasalahan yang utama kerana niat
dan harapan saya ketika mengahwini
beliau ialah biarlah hubungan ini
berkekalan hingga ke akhir hayat
walau apapun terjadi,” katanya lagi
dengan nada terharu.
Beliau berasa bertuah kerana
bersuamikan seorang perajurit
negara dan sudah semestinya
sebagai isteri beliau harus menerima
POTRET...semasa
diamanahkan mengutip
yuran anggota pasukan yang
terlibat menjalankan operasi
CERIA...SSjn (B) Sulaiman
kini hidup bahagia bersama
isteri tersayang dan enam
orang anaknya
segala kemungkinan yang datang.
SSjn (B) Sulaiman kini hidup bahagia bersama isteri tersayang dan
enam orang anak. Anak sulung kini menuntut di Universiti Sains Malaysia
dalam bidang forensik dan lima yang lain masih belajar di sekolah rendah
dan menengah. Bagi menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak
yang masih bersekolah beliau bekerja sebagai assistant security milik
Syarikat IOI Cawangan Johor.
Walaupun kini telah bersara beliau turut mendapat undangan untuk
menghadiri Hari ATM peringkat 7 Briged. Di kesempatan inilah beliau
dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain dan
bertanya khabar.
Di akhir perbualan beliau berharap agar anggota Tentera Darat
sekarang lebih berdisiplin dan bersyukur kerana negara dalam keadaan
aman tidak seperti dahulu. Walau bagaimanapun pelbagai ancaman dari
dalam dan luar harus kita tangani dengan sebaik mungkin.
TAKLIMAT...sewaktu
mendengar taklimat Hari Q yang
diadakan di Markas Staf Stesen JB
BIL
BIL 148/MEI
148/MEI 2006
2006
Cabaran Antara Benua
Oleh: SSjn Aziz Deroah
P
ENGLIBATAN Tentera Darat di Bosnia Herzegovina adalah yang kelima dan terakhir
sebelum menempuh alaf baru. Dan di benua Eropah ini jugalah perkhidmatan TD
diperlukan selama lima tahun iaitu paling lama dan melibatkan paling banyak unit iaitu
lapan buah batalion semenjak ATM berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). Misi ini juga sama dengan misi sebelumnya seperti Congo, Namibia, Kemboja dan Somalia bagi memastikan keamanan sejagat di pelusuk dunia. Dan di Bosnia Herzegovina adalah
penglibatan terakhir TD sebagai misi pengaman maka penulisan di ruangan Cabaran Antara
Benua di dalam Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) juga akan berakhir untuk ketika ini.
Dalam meneruskan amanat negara dan panggilan masyarakat antarabangsa, Tentera Darat
(TD) dipertanggungjawabkan melaksanakan misi di Bosnia Herzegovina. Misi ini bermula dari
29 Sep 1993 sehingga 22 Jun 1998, yang didahului oleh Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) diikuti oleh batalion 5 RAMD, 12 RAMD, 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 18 RAMD,
10 RAMD, 2 RAMD dan pasukan terakhir 5 RRD.
Dalam tempoh ini TD telah menempuh pelbagai peristiwa dengan penuh ketangkasan,
kegigihan dan ketabahan dalam bertugas di cuaca yang amat asing bagi mereka. Namun cuaca
yang melepasi bawah paras beku 25 darjah celcius, sama sekali tidak mengugat keazaman
mereka. Malah sekali lagi mereka dapat membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa tentera
Malaysia, berupaya berdiri di tengah-tengah puak yang bertelagah tanpa menghirau peluru
yang berterbangan di atas kepada mereka. Sesungguhnya ia telah terbukti, di mana sahaja TD
ditugaskan, maka daerah itu akan kembali aman sebagaimana yang berlaku di empat buah
negara sebelum ini.
Penglibatan negara di dalam misi pengaman di Bosnia Herzegovina bermula dengan misi
UNPPROFOR di bawah PBB pada 23 Sep 1993 hingga 14 Jan 1996 dan diteruskan sehingga 22
Jun 1998 dalam misi IFOR dan SFOR di bawah teraju NATO. Sejumlah
empat
kontinjen didesignasikan Malbat I hingga Malbat IV telah terlibat dalam misi
UNPROFOR dan lima kontinjen didesignasikan Malcon I hingga Malcon V
telah berkhidmat di bawah NATO.
Malbat IV yang berada di Bosnia Herzegovina semasa transisi pertukaran misi
dari UNPROFOR ke IFOR telah didesignasikan seterusnya sebagai Malcon I. Pada
keseluruhannya, seramai 10,517 pegawai, anggota dan staf awam
Kementerian Pertahanan telah terlibat di dalam misi ini.
Geografi
Republik Bosnia Herzegovina yang mempunyai kawasan seluas
92,129 km persegi adalah sebuah negara yang bergunungganang. Kawasan berhampiran dengan pantai Adriatik
adalah rata manakala kawasan pendalamannya pula
bergunung-ganang merangkumi 80 peratus tanah tinggi
dengan ketinggian mencapai 2,900 m dari paras laut. Kawasan
Lembah Utama merangkumi Sungai Drvar, Sava, Tisa dan
Danube. Keseluruhan kawasan ini ditanam dengan tanaman
gandum dan jagung oleh pekebun-pekebun serta penduduk-
35
35
Cabaran Antara Benua
penduduk secara kecil-kecilan.
Secara amnya, terdapat tiga zon cuaca di Bosnia-Herzegovina. Kawasan
utaranya mempunyai cuaca temperate sama seperti di kawasan Eropah Tengah
serta kawasan Adriatic adalah mediterranean manakaala di kawasan tengah
dan barat laut pula bercirikan musim panas yang mencapai suhu 39 darjah
celcius sementara musim sejuk pula boleh mencapai bawah paras -20 darjah
celcius.
Sistem perhubungan adalah sukar dengan perhubungan utama melalui jalan
darat dengan enam buah lebuh raya utama dan beberapa laluan kereta api.
Pergerakan kenderaan adalah mudah di musim panas, bunga dan luruh tetapi
menjadi sukar pada musim sejuk.
Latar Belakang Konflik
Bekas Republik Yugoslavia mengandungi enam republik dan dua ‘Autonomous Province’ seperti berikut, republik - Slovenia, Croatia, Serbia, Bosnia
Herzegovina, Montenegro dan Macedonia manakala ‘Autonomous Province’ Vojvodina dan Kosovo. Kumpulan etnik Bosnia Herzegovina terdiri daripada,
Muslim Bosnia - 43 peratus, Serb - 32, Croat - 17 dan lain-lain - lapan peratus.
Sejarah
Nama Bosnia diambil dari nama Sungai Bosna manakala Herzegovina daripada
perkataan Jerman ‘Herzeg’ iaitu gelaran pemerintah negeri ini di kurun ke-15.
Kedudukan Bosnia dan Herzegovina merupakan pertemuan kawasan Barat
Empayar Roman dan kawasan Timur Empayar Bizantium. Penduduk kawasan
ini adalah dari rumpun Slav dan mempunyai persamaan etnik dengan orang
Rusia dan Poland serta bangsa Liyrian dari rumpun bangsa Indo-Eropah yang
menguasai kawasan barat laut Wilayah Balkan. Penduduk di kawasan yang
dikuasai Empayar Roman adalah Roman Katholik dan penduduk di kawasan
yang dikuasai Empayar Bizantium adalah Ortodoks.
Pada kurun ke-12, Bosnia Herzegovina telah ditakluki oleh Empayar AustroHungary dan dijajah oleh empayar ini sehingga tahun 1463 di mana Empayar
Islam Ottoman pula telah menaklukinya. Semasa pemerintah Empayar Ottoman
Turki, ramai orang telah memeluk agama Islam. Ekoran dari itu kaum Serb
(Ortodoks) dan Croat (Katholik) menganggap orang-orang Slav yang memeluk
agama Islam sebagai pembelot.
Pada tahun 1908, Empayar Islam Ottoman mengalami kejatuhan dan Bosnia
Herzegovina telah dituntut kembali oleh pihak Austro-Hungary. Ini telah
menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk berbangsa Serb kerana pihak Serb
juga mahukan pemerintahan sendiri sebagaimana yang pernah wujud pada
kurun ke-14 di bawah pemerintah Raja Stefan Dusan. Rasa permusuhan ini
terus merebak dan melibatkan Rusia dan Jerman masuk campur sehinggalah
tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
Selepas tamat perang dunia pertama, Bosnia Herzegovina telah bersatu
dengan Serbia. Pada tahun 1918, kesatuan baru telah dirasmikan di bawah
nama Yugoslavia. Disebabkan kemusnahan dan kesusahan akibat peperangan
tersebut, fahaman sosialis dan komunis telah merebak di Yugoslavia. Apabila
Perang Dunia Kedua meletus, Yugoslavia turut diserang dan berjaya ditawan
oleh Jerman. Di dalam Jerman gerakan komunis menular dan berkembang pesat
36
36
BIL 148/MEI 2006
BIL
BIL 148/MEI
148/MEI 2006
2006
di bawah pimpinan Jen Josip Broz Tito. Selepas
tamat Perang Dunia Kedua pada 1945,
persidangan parlimen telah diadakan dan
memutuskan Pemerintahan Beraja dihapuskan.
Yugoslavia telah diistiharkan sebagai sebuah
Republik Bersekutu dengan enam republik di
dalamnya, Slovenia, Croatia, Serbia, Bosnia
Herzegovina, Montenegro dan Macedonia.
Pada tahun 1974, Presiden Tito telah
mengistiharkan bahawa orang-orang Islam
berhak mengelar diri mereka sebagai ‘Narod’
(bangsa) dengan adat dan budaya mereka
sendiri. Ini telah melahirkan satu lagi kumpulan
etnik iaitu ‘Musulmanski Narod’ (Muslim Bosnia).
Kematian Tito pada tahun 1980 telah mendorong
rakyat Yugoslavia untuk menonjolkan asal usul
etnik mereka serta menuntut taraf hidup serta
ekonomi yang baik. Keadaan ini bertambah
buruk dengan pemimpin politik seperti Slobadan
Milosevic (Presiden Serbia) dan Franjo Tudjman
(Presiden Croatia) menyemarakkan sentimen
anti perkauman dan mengamcam Bosnia
Herzegovina.
Sengketa di Bosnia Herzegovina tercetus
dengan pemisahan negara itu dengan Republik
Yugoslavia. Pemisahan ini menerima tentangan
yang kaum daripada kaum Serb yang terdiri
dari 32 peratus penduduk Bosnia Herzegovina.
Misi
Misi kontinjen negara ke Bosnia-Herzegovina
adalah seperti berikut:
* UNPROFOR. Menghalang seranganke atas
‘safe areas’ (Sarejevo, Tuzla, Zepa, Gorazde,
Bihac dan Srebreanica), mengawasi gencatan
senjata, menggalakkan pengunduran unit-unit
ketenteraan, menakluki/menduduki kawasankawasan penting, memberi perlindungan
Cabaran Antara Benua
kepada konvoi-konvoi ‘humanitarian’, berhak
mengarahkan
kekerasan
untuk
mempertahankan diri dan menggunakan kuasa
udara di dalam perlaksanaan tugas.
* IFOR. Melaksanakan tugas-tugas
implementasi untuk membantu kesinambungan
aspek-aspek ketenteraan di dalam ‘General
Framework of Agreement for Peace’ (GFAP)
kepada Perjanjian Dayton serta tugas-tugas
untuk menjayakan transisi keamanan.
* SFOR. Melaksanakan tugas-tugas IFOR,
memastikan kepatuhan ‘Entity Armed Froces’
(EAF) terhadap aspek-aspek ketenteraan di
dalam Perjanjian Dayton demi mengekalkan
keamanan dan membantu serta mendukung
operasi agensi-agensi antarabangsa.
Bosnia Herzegovina satu nama yang belum
pernah dikenali satu ketika dahulu kini menjadi
sebutan masyarakat negara mahupun
antarabangsa akibat tercetusnya peperangan
yang menyayat hati. Peperangan yang berlaku
di negara tersebut memberi tarikan emosi dan
membangkitkan semangat keagamaan di
kalangan negara Islam untuk turut membantu
menyelesaikan pergolakan yang kian
berceramuk.
Bagi negara Malaysia penyertaan dalam misi
United Nations Protection Force (UNPROFOR)
ini, memberi peluang kepada
anggotanya untuk ‘menakluki’
sebahagian kecil negara
Balkan yang sememangnya
terasing bagi masyarakat dalam
negara. Kehadiran anggota tentera di negara
kecil ini memberi pendedahan yang cukup
istimewa terutamanya dalam keadaan cuaca,
rupa muka bumi dan rimpunan budaya bangsa
yang berbeza. Ini adalah satu pengalaman dan
pendedahan yang amat bermanfaat kepada
peningkatan kerjaya dan profesion ketenteraan
negara ini. Bendera negara dan lagu TD yang
bercogankan ‘GAGAH SETIA’ terus
berkumandang pada setiap pagi di mana sahaja
anggota tentera kita berada.
Penglibatan ini tertumpu kepada ketiga-tiga
penugasan iaitu sebagai Pasukan Pengaman,
Staf di Markas PBB dan Pegawai Pemerhati
Tentera. Penglibatan TD dalam pasukan
pengaman tertumpu kepada wilayah Konjik,
Jablanika, Visoko, Pazaric, Split dan Zagreb.
Sementara pegawai pemerhati ditempatkan
antaranya di Kiseljac, Dubrovnic, Bakavo,
Okucani Gunja, Bihaj dan lain-lainnya.
Sementara itu penyertaan pasukan tentera
asing dalam misi ini seperti Perancis, Ukraine,
Britain dan Rusia menjadi misi ini satu peluang
kepada TD untuk menjalin interaksi dan
persahabatan yang lebih erat. Merasai musimmusim bunga, salji juga adalah satu pengalaman
yang menyeronokkan, tidak akan terbayang oleh
sebahagian anggota TD pada suatu ketika
37
37
Cabaran Antara Benua
BIL 148/MEI 2006
dahulu.
Designasi dan Komander di Bosnia Herzegovina 1993 - 1998
Bagi masyarakat setempat,
pasukan TD sentiasa menjadi
Malbat I, 23 RAMD
23 Sep 1993 - 16 Ogos 1994, Kol Md Hashim Hussein
role model di mana sahaja dan
Malbat II, 5 RAMD
17 Ogos 1994 - 17 Apr 1995, Kol Kamaruddin Mattan
rata-rata mereka memberikan
Malbat III, 12 RAMD
18 Apr 1995 - 15 Nov 1995, Kol Hussein Kamal Hj Hazizi
kerjasama dan sokongan yang
Malbat IV/Malcon I, 2 RRD
16 Nov 1995 - 09 Jun 1996, Kol Raih Hj Ismail
padu setiap kali kontinjen
Malcon II, 18 RAMD
10 Jun 1996 - 24 Dis 1996, Kol Syed Mohamad Syed Alwi Sahab
negara melawat mereka.
Malcon III, 10 RAMD
25 Dis 1996 - 24 Jun 1997, Kol Abdul Aziz Hj Zainal
Sebagai contoh di bandar
Malcon IV, 2 RAMD
25 Jun 1997 - 25 Dis 1997, Kol Ismail Hj Jamaluddin
Makarska, Croatia, penduduk
Malcon V, 5 RRD
25 Dis 1997 - 22 Jun 1998, Kol Syed Khalid Syed Mahmood
tempatan secara terbuka
menyuarakan ‘kesayangan’
mereka terhadap anggota
Malbat berbanding anggota kontinjen lain.
juga dikhabarkan anggota TD melihat sendiri Semua anggota telah dapat mengharungi ujian
Pernah disuarakan oleh anggota Malbat dengan menggunakan teropong bagaimana ketahanan mental dan fizikal dengan jayanya
kononnya Malbat akan perpindah ke tempat lain tentera Serb menyembelih rakyat Bosnia di samping dapat mengembangkan minda dan
dan akan digantikan dengan tentera dari Herzegovina, disebabkan ianya berlaku di luar pengetahuan. Semoga pengorbanan mereka
Kanada, penduduk setempat melarang kawasan tanggungjawab dan ini menjadi akan dikenang di dalam lipatan sejarah negara.
sekeras-kerasnya, mereka tahu hanya tentera kesukaran untuk diambil tindakan sewajarnya. Setiap kejayaan Malbat dan Malcon terletak
dari Malaysia sahaja mampu mengawasi
Ini adalah sebahagian daripada asam garam kepada tahap profesionalisme ketenteraan dan
mereka dengan penuh tanggungjawab. Bagi sepanjang anggota TD bertugas di negara sikap positif yang tinggi di kalangan anggota
mereka, sekiranya tentera lain mengambil alih Balkan ini. Walaupun telah lama berlalu tentera yang terlibat.
di penempatan mereka, risiko pembunuhan yang pengalaman bertugas di luar negara sentiasa
Perjuangan yang tiada bernoktah ini sentiasa
berluasa,perkosaan dan kerosakan harta diingatan apatah lagi sekiranya mempunyai dilaksanakan adalah untuk mendaulatkan
benda memang tidak dapat dielakkan. Tentera sejarah tersendiri. Dan yang lebih penting TD negara dan pengorbanan mereka tidak menjadi
Malaysia bagi mereka adalah pasukan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan sia-sia kerana rakyat Bosnia Herzegovina kini
pengaman yang tidak menyebelahi mana-mana bertugas dengan profesional menjadi kunci hidup dengan aman dan damai hasil daripada
kaum dan yang benar-benar membawa utama mengapa kontinjen ini amat disenangi pengorbanan anggota TD.
keamanan untuk negara mereka.
oleh semua pihak.
Dan kita juga jangan leka kerana sejarah
Di sebalik kepercayaan dan kejayaan misi Penutup
sudah banyak mengajar betapa negara kuasa
lima tahun di negara Balkan ini, mesti ada tangan
Penugasan di Bosnia Herzegovina besar memang tidak boleh dijadikan tempat
yang mendoakan dan menyokong pemergian merupakan amanah negara di dalam bergantung harap. Mereka lebih memikirkan
ini. Mereka yang dimaksudkan adalah kaum mendokong misi PBB ianya merupakan soal kepentingan/keuntungan daripada
keluarga dan sahabat andai yang ditinggalkan pengalaman yang tidak ternilai lagi mencabar memikirkan nasib manusia yang mati akibat
di tanah air. Nilai murni mereka inilah membawa yang telah dinikmati oleh sebilangan kecil bersengketa. Mereka adakalanya berdolakkeberkatan sehingga wira-wira negara kembali anggota ATM. Malbat dan Malcon telah berjaya dalik dalam pelbagai isu dan sering menyalahkan
ke tanah air dengan selamat. Tetapi kita juga mempamerkan mutu tugas yang cemerlang pihak yang tidak menyebelahi setiap
tidak lupa pengorbanan mereka ketika di Bosnia setanding dengan pasukan di benua Eropah. perancangan dilakukan mereka. Seolah-olah
Herzegovina seperti terpaksa menghadapi
mereka adalah perjuang sebenar yang
musim sejuk yang melampau, menyambut bulan
menegakkan keadilan di
Ramadan dan Syawal dengan keadaan yang
dunia ini.
Tetapi
tidak menentu. Ini sedikit sebanyak menjadi satu
sebenarnya mereka
bebanan kepada yang menghadapinya yang
adalah petualang di
mana rata-rata setiap anggota yang terlibat
sebalik apa yang mereka
adalah buat kali pertama. Perkara ini tidak terasa
hulurkan.
kepada mereka yang tidak mengalaminya tetapi
ianya satu cabaran dan pengorbanan yang tidak
terperi nilainya juga mungkin tidak akan luput
dari ingatan.
Tak kala anak masih dalam buaian terpaksa
ditinggalkan dan apabila kembali anak telah
pandai bertatih dan berkata-kata, ada juga di
kalangan mereka anak sudah tidak mengenali
ayah sendiri. Memang sedih, tetapi itu hakikat.
Ada pula sedih kerana terpaksa meninggalkan
bumi Balakan ini, disebabkan telah ada
keakraban yang terjalin kerana rumpun
seagama selain itu TD sentiasa mendapat
kerjasama yang baik daripada semua kaum
yang terlibat dengan konflik.
Satu contoh lagi untuk mengambil hati
penduduk setempat dan bagi mengelak
pertikaian ketiga-tiga pihak yang bertelagah,
sekiranya Malbat bermain bola dengan satu
pihak, mereka pastikan dua pihak lagi tidak
mengetahui dan begitulah sebaliknya. Malbat
juga sentiasa membantu pihak bertelagah
dengan sebaik mungkin dengan kata lain tidak
berbelah bagi. Dalam masa yang sama cuba
menyatukan mereka yang bertelagah dengan
cara diplomasi atau di meja rundingan. Pernah
38
38
Rencana AW
BIL 148/MEI 2006
“...Penyertaan AW di
universiti mampu
menerap dan
membangkitkan
semangat patriotisme,
memupuk perpaduan
kaum dan intergrasi
nasional serta
melahirkan
perwatakan positif
melalui pembentukan
nilai murni...”
Kol (K) Prof Dr Kamal
Sharifah Khatijah
Oleh: Sjn Mohd Zuki Jusoh
Foto: Pbt Saiful Fadzley Rusli
G
OLONGAN Siswa dan Siswi
Institut Pengajian Tinggi adalah
golongan yang harus diberi
pendedahan lebih mengenai kerjaya tentera,
memandangkan mereka adalah merupakan
pemangkin kepada pembangunan negara yang
moden serta pengurus amanah untuk
meneruskan tanggungjawab mempertahankan
negara tercinta. Justeru golongan ini mampu
mengenali ATM sekali gus memilih bidang
ketenteraan sebagai kerjaya utama mereka
kelak.
Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia adalah aset utama dalam menjana
persiapan pertahanan negara dalam
menghadapi sebarang kemungkinan. Bagi
merealisasikan hasrat kerajaan, Rej 515 AW
diberi tanggungjawab untuk melatih siswa dan
siswi UIAM dengan latihan ketenteraan
sepenuhnya supaya membolehkan mereka
menjadi anggota simpanan tentera yang
Thalhah Zulkifli
bersedia serta mampu membantu pasukan
keselamatan mempertahankan negara apabila
keadaan memerlukan.
Pengambilan Sukarela AW di UIAM bermula
pada tahun 2003 lagi yang memberi ruang
kepada siswa dan siswi UIAM untuk menyertai
AW semasa cuti semester. Berdasarkan
pengambilan yang bermula pada 2003, kini UIAM
mempunyai kekuatan anggota sukarela lebih
kurang 500 orang. Pada tahun ini sahaja,
seramai 130 anggota sukerala AW berjaya
menamatkan latihan perajurit muda sukarela
UIAM yang terdiri daripada 102 Mahasiswa dan
Siswi dan 28 orang yang mempunyai pekerjaan
yang bermula pada 10 Apr hingga 10 Mei lalu.
Para kakitangan UIAM turut memberi bantuan
kepada Rej 515 AW untuk menguruskan hal
ehwal pentadbiran serta latihan dengan
kemudahan kepada Rej 515 AW seumpama
sebuah pusat latihan tentera serba lengkap
dengan blok pentadbiran dan blok penginapan
serta padang kawad. Penyertaan AW di
universiti mampu menerap dan membangkitkan
semangat patriotisme, memupuk perpaduan
kaum dan intergrasi nasional serta melahirkan
perwatakan positif melalui pembentukan nilai
murni. Tidak dinafikan ketika di sekolah, remaja
kita digalakan menyertai program rakan muda,
pengakap, kadet tentera, bomba dan polis
bertujuan melahirkan generasi muda dengan
nilai-nilai hidup positif.
Menurut Mantan Direktor UAIM, Kol (K) Prof
Dr Kamal Haasan berkata, penyertaan
Mahasiswa dan Siswi di UIAM semata-mata
bagi mengukuhkan proses pembangunan
negara, mengeratkan perpaduan, meningkatkan
disiplin serta semangat setia kawan dan
menjadikan pelajar lebih patriotik dan membina
jati diri. Dengan ini golongan Mahasiswa dan
Siswi mampu mendukung cita-cita menjadikan
negara Islam yang maju dan progresif.
Saya berharap mereka ini berbangga kerana
terpilih untuk menyertai AW kerana mereka ini
adalah generasi muda yang bakal memimpin
negara pada masa akan datang. Nilai
seseorang Mahasiswa dan Siswi yang
menyertai AW dalam konteks kepentingan
pembangunan dan implementrasi pasukan ini
SEGAK...sukarela AW UIAM berjalan lalu semasa tamat latihan
39
39
Rencana AW
sebagai barisan kedua pertahanan negara dan
ini kerana apabila mereka tidak aktif dalam
sukarela atau gagal menjalankan latihan
mingguan, AW yang sepatutnya boleh
berbangga kerana menjadikan kor di dalam Tenter Darat yang mempunyai ribuan tenaga
profesional.
“Walaupun kuantiti mereka tidak ramai
menyertai AW di UIAM atau tidak aktif tetapi AW
berjaya melatih, membimbing, mendidik dan
melahirkan satu kelompok komuniti profesional
negara yang mendapat pendedahan sebenar
pertahanan negara,” katanya ketika ditemui
semasa tamat latihan perajurit muda sukarela
AW UIAM pada 10 Mei lalu.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara,” jelasnya lagi.
Menurut Siswi Fakulti Sains Kemanusia
tahun ke-3, Sharifah Khatijah Syed
Murtadza, 22, disiplin ketenteraan yang penuh
dengan ketegasan banyak mempengaruhi
pembentukan peribadi saya. Perkara-perkara
asas dalam tentera seperti semangat setia
kawan, kerjasama berpasukan, disiplin,
keyakinan diri, ketepan masa dan pengurusan
perancangan banyak membantu dalam kerjaya.
Baginya, sebagai sebuah pasukan
BIL 148/MEI 2006
TAHNIAH...Brig Jen Dato’ Azman
menyampaikan hadiah kepada salah
seorang penuntut wanita Kursus Asas
Perajurit Muda
sukarela, siswa dan siswi mempunyai pilihan
sama ada untuk bergiat aktif atau sebaliknya
tetapi apa yang penting penyuburan nilai-nilai
ketenteraan dan patriotisme harus kekal dalam
diri pada Mahasiswa dan Siswi.
Bagi Thalhah Zulkifli, 21, Fakulti
Kejuruteraan tahun ke-2 turut memberi
pandangan bahawa menyertai AW dalam satu
kelebihan, kerana sebelum ini saya tidak tahu
apa itu tentera. Setelah menyertai sukarela AW,
baru saya tahu bahawa tentera banyak
memberi impak kepada saya iaitu dari segi ilmu
ketenteraan yang memberi faedah dalam
mencorak keperibadian serta membentuk disiplin
diri agar lebih teratur.
Oleh itu, sumbangan warga Universiti dalam
sukarela AW walaupun tidak secara langsung
merupakan satu keperluan yang harus
dikekalkan. Di atas komitmen dan kerelaan
mereka ini menyertai AW, ini jelas kepada kita
bahawa mereka ini menyumbang bakti secara
sukarela terhadap persediaan pertahanan
negara dan dapat menerapkan nilai-nilai murni
demi mnejadi insan berilmu, mempunyai daya
ketahanan diri yang tinggi, cekal dan tabah
menghadapi cabaran hidup. Diharap mereka ini
menjadi Role Model dari segi kelakuan, sikap
dan disiplin kepada siswa-siswi yang lain.
SEMANGAT...anggota sukarela menyanyikan
lagu Askar Wataniah semasa tamat latihan
40
BIL 148/MEI 2006
PKBM
S
EKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOYAN (SMKSK), Kuala Lipis terletak dalam
Gugusan Felda Sungai Koyan 3 yang majoritinya peneroka dari kalangan bekas tentera.
Semangat serta nilai-nilai ketenteraan masih menebal lagi dalam diri mereka. Pelbagai aktiviti
dilaksanakan secara gotong royong dan ini merapatkan hubungan silaturahim penduduk setempat.
Kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar waktu sekolah atau pembelajaran rasmi
sekolah. Aktiviti ini merupakan salah satu cabang pendidikan yang turut memainkan peranan penting
dalam mendidik sahsiah, menanam sikap yakin diri, memupuk kerjasama serta dapat menilai keupayaan
sendiri setiap pelajar.
Pelajar berpeluang menampilkan diri dan menyerlahkan bakat masing-masing. Peringkat ini merupakan
satu titik permulaan bagi pelajar ke arah satu kerjaya yang bakal menaikkan nama mereka di peringkat
negara mahupun antarabangsa. Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) adalah salah satu pasukan
beruniform di sekolah ini yang mendapat sambutan amat menggalakkan disamping dapat memenuhi
Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Pendidikan Negara.
Kebanyakkan pelajar sekolah ini terdiri dari anak-anak bekas tentera, maka tidak dinafikan lagi,
SMKSK ini telah melahirkan anak-anak bekas tentera yang bersinambungan daripada ibu-bapa mereka
juga memberi galakan dan tunjuk ajar ala-ala tentera kepada mereka dalam merealisasikan impian
mereka sendiri untuk menjadi juara dalam setiap acara yang dipertandingkan.
SMKSK muncul johan PKBM peringkat negeri Pahang yang diadakan di Mk 4 Bgd (Mek) pada awal
Mei lalu dan memegang gelaran ini lima tahun berturut-turut. PKBM peringkat negeri yang lepas,
SMKSK menjadi johan dalam kategori Kawad Platun Terbaik, Johan Menembak Perempuan, Penembak
Individu Lelaki dan Perempuan Terbaik, Ketua Platun Terbaik dan naib johan Menembak dan Panduarah
Lelaki.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh PKBM sekolah ini seperti Perbarisan Sempena K3P,
Perbarisan Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Perbarisan Sempena Pertandingan Kampung
Cemerlang, Kawad Diraja Badan Beruniform untuk dipersembahkan kepada Sultan Pahang serta
Kawalan Kehormatan/Sambutan sempena perasmian asrama oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’
Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak pada bulan Mac tahun lalu.
Ini adalah sejajar dengan visi dan misi SMKSK mencipta serta mencapai kecemerlangan melalui
usaha yang terancang bagi meningkatkan pencapaian seiring dengan motto ‘Fight For The Best’.
Pasukan ini mempunyai dua platun (lelaki dan perempuan) tidak pernah mengira penat lelah dan
berazam berjuang habis-habisan bagi memastikan setiap pertandingan yang mereka sertai mendapat
balasan setimpal.
41
PKBM
BIL 148/MEI 2006
Koyan membawa maksud banyak atau melimpah-limpah
yang boleh dikaitan dengan PKBM SMKSK yang mempunyai
keistimewaan tersendiri dalam setiap pertandingan yang
dianjurkan ingin menjuarai ‘berkoyan-koyan’ piala yang
dipertandingkan. Sebanyak lapan piala dipertandingkan,
SMKSK membolot sebanyak enam kategori sekaligus
bergelar johan peringkat negeri Pahang. Bagi mengetahui
resepi kejayaan mereka, wartawan Berita Tentera
Darat Malaysia (BTDM) Lt M Noraishah Shamsudin
dan Sjn Syuhaimi Saad, jurugambar Pbt Mohd
Khalifah Mohd Yusof mencungkil rahsia untuk dikongsi
bersama dalam mengharungi untuk mengecapi kejayaan
serta memaparkan usaha mereka menjalani rutin latihan
ketenteraan sebagai kokurikulum sekolah yang diminati
Radzuan
Tuan Rahim
Suriati
segelintir remaja masa kini.
Guru Penasihat PKBM SMKSK, Radzuan Abdul Wahab, 41,
berkata faktor utama pasukan ini sering menjadi johan dalam setiap
pertandingan yang dipertandingkan adalah kerana keazaman dan lain kerana sekurang-kurangnya dua peratus moral sekolah lain akan
semangat kental di kalangan ahli-ahli serta tahap disiplin yang tinggi jatuh,” katanya yang telah memegang jawatan sebagai guru penasihat
sejak PKBM mula ditubuhkan sejak tahun 1992 lagi.
yang diserapkan terhadap setiap ahlinya.
Menurut Tuan Rahim Tuan Yusof, 40, juga merupakan guru
“Sehingga kini, lebih dari 90 pelajar telah menjadi ahli PKBM di sekolah
penasihat
PKBM SMKSK berpendapat PKBM bukan penghalang bagi
ini dan seramai 62 pelajar telah berdaftar di bawah Markas Medan yang
mana 31 terdiri dari pelajar lelaki dan 31 lagi adalah pelajar perempuan seseorang pelajar itu untuk berjaya dalam bidang akademik malah sebagai
pengdorong kepada pelajar tersebut untuk mendapat keputusan yang
iaitu dua Platun yang telah ditetapkan oleh pihak MK Medan,” jelasnya.
“Semua ahli PKBM di sekolah ini telah menunjukkan semangat serta cemerlang dalam peperiksaan.
“Ini dapat dilihat tahap pencapaian pelajar yang menyertai PKBM lebih
komitmen yang tidak berbelah bagi memastikan setiap pertandingan yang
disertai beroleh kejayaan yang setimpal atas usaha yang dilakukan oleh memberangsangkan mengikut statitistik keputusan peperiksaan pelajar
ahli tanpa mengira penat lelah dan tiada langgsung rungutan dari mereka,” dari tahun ke tahun yang mana pada tahun lepas pelajar cemerlang
SMKSK ini adalah dari PKBM sendiri,” ujar bapa kepada lima anak ini
jelas beliau lagi yang merupakan bekas PALAPES ITM.
“Saya sentiasa memastikan setiap ahli PKBM sekolah ini sentiasa yang juga merupakan bekas PALAPES UM.
Tambah beliau lagi, salah satu sifat ahli PKBM ini ialah mereka saling
mendapat keperluan atau kemudahan yang diperlukan pada sebilang
masa. Di samping itu, saya turut menekankan bidang akademik mereka bantu membantu dan sering memberi tunjuk ajar kepada pasukan
agar mereka bukan sahaja berjaya dalam persatuan bahkan cemerlang beruniform yang lain, malah ahli PKBM ini juga yang membantu pasukan
beruniform yang lain terutamanya berkaitan dengan kawad dan
dalam bidang akademik,” jelas beliau.
Selain sebagai guru pemimpin pasukan PKBM, anak kelahiran Sungai pentadbiran lain tanpa ada sifat pilih kasih.
“Saya bangga dengan pelajar SMKSK ini kerana mereka mengikut
Koyan ini juga merupakan pengerusi teknik PKBM Negeri Pahang di
samping bergiat aktif dalam pasukan simpanan dan kini beliau bukan arahan dan sering membuat sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan
sahaja memimpin PKBM tetapi juga merupakan Ketua Kompeni C Batalion sepenuhnya kepada guru,” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Platun
Kompeni B Batalion Ke-3 Rejimen 505 AW berpangkat Lt.
Ke-3 Rejimen 505 AW berpangkat Mejar.
Menurut Lt M (PKBM) Suriati Hj Salleh, 26, sentiasa menjalankan
“Pada setiap kali pertandingan yang akan diadakan, PKBM SMKSK
tanggungjawab
yang diamanahkan pihak sekolah di samping mengikuti
telah dapat melahirkan elemen gerun kepada semua sekolah-sekolah
yang lain dan ini juga merupakan sebagai satu psiko pada pelajar sekolah perkembangan pelajar supaya tidak menjejaskan pelajaran akademik.
“Bagi memberi saya gambaran yang jelas tentang peranan dan tugas
saya dalam PKBM, saya mengambil peluang ini dengan mengikuti kursus
di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) yang melayakkan saya
sebagai seorang Lt M (PKBM),” ujarnya yang merupakan anak kelahiran
Sungai Koyan 2.
Tambah beliau lagi, walaubagaimanapun bidang tugas saya lebih
kepada pengurusan pelajar perempuan PKBM dan harapan saya agar
PKBM SMKSK akan dapat mengekalkan kejuaraan sekaligus ingin
mengondol kejuaraan peringkat kebangsaan pada tahun ini.
KERJASAMA...srikandi PKBM menunjukkan semangat
berpasukan ketika latihan kawad kaki
KEPENATAN...anggota PKBM
berehat sejenak setelah seharian
melakukan latihan pandu arah
SASARAN...ahli PKBM
turut dilatih menembak dan
mengendalikan senjata
dengan betul
42
42
PKBM
BIL 148/MEI 2006
Apa kata jurulatih...
SSjn Azman Hamid, 36, merupakan Ketua Jurulatih PKBM menyatakan, latihan PKBM akan diadakan setiap
seminggu sekali iaitu pada hari rabu selama dua jam dimana para pelajar didedahkan dengan perkaraperkara asas ketenteraan seperti kawad, baca peta dan latihan jasmani.
“Apabila ada pertandingan peringkat negeri, sekurang-kurangnya sebulan masa yang diperuntukkan
untuk membuat persediaan persiapan disekitar kawasan sekolah sahaja dan latihan berterusan selama
empat hari akan diadakan di Kem Batu 3,” ujarnya yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih
PKBM.
Tambah beliau lagi, walaupun sibuk dengan tugas harian di pasukan, itu tidak menghalang saya untuk
terus menyumbangkan tenaga dan tunjuk ajar dalam membimbing PKBM SMKSK sehingga menjadi johon
negeri Pahang sebanyak tujuh kali berturut-turut.
“Untuk merealisasikan impian sebagai juara bukan satu perkara yang mudah, oleh itu 11 Skn RAJD telah
memperuntukkan seramai empat orang jurulatih dalam mentadbir dan memberikan latihan serta tunjuk ajar
yang berterusan kepada pelajar PKBM ini,” jelasnya.
Jurulatih PKBM, Kpl Azmi Ismail, 34, berkata apabila diadakan aktiviti luar, surat pelepasan diperlukan
daripada ibu-bapa supaya pentadbiran berjalan lancar dan dengan ini tiada berlaku salah faham atau
rungutan dari pihak penjaga sekiranya berlaku perkara yang diluar jangkaan.
“Setakat ini, tiada rungutan dari penjaga, mungkin salah satu sebab adalah kerjasama penjaga terhadap
pihak penganjur dan keyakinan mereka terhadap pengurusan dan pentadbiran kami, malah penjaga merasa
bangga kerana kebanyakkan mereka juga adalah terdiri dari bekas-bekas tentera yang masih segar semangat
patriotik dan ditanamkan kepada anak-anak mereka yang memasuki badan beruniform PKBM ini,” katanya
yang sudah lebih enam tahun terlibat sebagai jurulatih dalam PKBM.
LKpl Shairun Harun, 31, merupakan jurulatih kawad dan menembak
berpendapat, tanpa semangat dan komitmen dari semua kadet PKBM
memainkan peranan sehingga dinobat sebagai johan peringkat negeri
Pahang.
“Pelajar PKBM SKMSK menunjukkan prestasi yang terbaik dalam
setiap acara yang dipertandingkan dan paling menyerlah dalam kawad
dan menembak walaupun masa yang singkat, tetapi kadet-kadet ini
menunjukkan kesungguhan berlatih untuk mengekalkan kejuaraan,”
kata bapa kepada dua cahayamata ini.
Apa kata kadet
....
kadet....
Menurut Kadet Sjn Mohd Fitri
Aidi Amri, 17, berbekalkan
semangat dan galakan dari ibu
bapa, guru-guru dan jurulatih
yang mendorong beliau untuk
terus menyertai PKBM sehingga
beliau dinobat sebagai Ketua
Platun terbaik.
Tambahnya lagi, hukuman
lebih berat akan dikenakan
kepada pelajar yang menyertai
pasukan ini jika melakukan
kesalahan. Kejayaan PKBM
sekolah ini yang ingin dikekalkan
bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dipertahankan tanpa usaha
dan semangat yang jitu.
“Saya berharap di masa akan
datang, ahli-ahli lain yang bakal
menggantikan saya dapat
mempertahankan kejuaraan ini di
samping sentiasa mengekalkan
semangat setiakawan dan saling
bantu membantu antara satu
sama lain dalam apa jua
keadaan,” katanya yang bercitacita memasuki ATMA sekiranya
mendapat keputusan cemerlang
dalam SPM pada tahun ini.
Kadet Sjn Airin Mariana
Mohd Ali, 17, anak ke enam
daripada lapan orang adik
beradik ini berkata menyertai
PKBM ini sejak tingkatan satu
lagi serta mendapat dorongan
dari ibu bapa dan guru selain
minatnya sendiri dalam
menyertai pasukan beruniform
ini. Latihan ala tentera serta
penuh dengan aktiviti lasak dan
mencabar tidak menghalang
saya untuk menyertai pasukan
beruniform ini.
“Walaupun latihan yang
dijalankan agak padat, saya
perlu bijak membahagikan masa
saya agar tidak ketinggalan
dalam akedemik, persatuan ini
juga membentuk diri saya dari
segi perwatakan, daya usaha
dan daya pimpin serta
bertanggungjawab,’’ jelasnya
yang menyandang jawatan
Kadet Sjn dan pernah mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan
sebanyak 4 kali..
43
43
PKBM
BIL 148/MEI 2006
KAMI BOLEH!...Ahli PKBM SMKSK bersama jurulatih dan guru
yang terlibat mengharumkan nama sekolah ke peringkat negari
Kadet Zainudin Mamat, 16 , menjelaskan menyertai PKBM
ini bukanlah semudah seperti yang disangkakan, pelajar
yang berminat menyertai pasukan ini diwajibkan menjalani
ujian kecergasan asas (UKA). Kepentingan ujian ini
dijalankan kerana latihan yang diajar dalam pasukan ini
agak lasak dan mencabar. Di samping itu, latihan kawad
amat menitik beratkan sikap kerjasama dalam satu pasukan.
Tambahnya, sikap kerjasama dalam satu pasukan inilah
yang menjadi pegangan pasukan mereka dalam
mengekalkan kejuaraan selama ini. Tanpa daya tahan dan
kekuatan mental dan fizikal yang kuat juga tidak mungkin
usaha mereka mendatangkan hasil. Latihan menembak
merupakan aktiviti paling saya gemari,’’ jelasnya yang
menyandang penembak terbaik dan menyimpan cita-cita
menjadi seorang pegawai tentera suatu hari nanti.
Kadet Maizatul Akmam Mahadi, 16 , berkata banyak
aktiviti yang berfaedah saya perolehi sejak memasuki
pasukan ini, saya mula menyertai pasukan ini pada tahun
lepas. Pada mulanya, saya kurang berminat untuk menyertai
pasukan ini tetapi setelah melihat banyak aktiviti yang
dijalankan oleh pasukan ini agak mencabar dan
menyeronokkan hati saya mula tertarik untuk mencuba.
“Saya rasa amat gembira setelah berjaya terpilih dalam
pasukan ini kerana berjaya melepasi ujian kecergasan asas
jasmani yang wajib diambil sebelum seseorang pelajar itu
layak untuk menyertai pasukan ini. Latihan yang dijalankan
sebanyak 3 kali seminggu juga menyebabkan saya perlu
bijak membahagikan masa supaya tidak ketinggalan dalam
pelajaran,” katanya.
“Walaupun baru setahun menyertai pasukan ini saya
berasa amat berbangga dan bertuah kerana telah
menyandang penembak wanita terbaik, hal ini juga atas
usaha keras jurulatih membimbing saya selama ini,’’ jelasnya
mengakhiri perbualan.
Kadet Tuan Nur Atiqah Liyana Tuan Rahim, 13, berkata banyak aktiviti yang berguna dipelajari
sejak menyertai unit beruniform ini, walaupun terpaksa berkawad di bawah terik mentari tidak
pernah melunturkan semangat saya, latihan pandu arah adalah latihan yang memerlukan kecekapan
serta menguji tahap penguasaan pelajar terhadap segala tunjuk ajar jurulatih tanpa mengenal erti
penat lelah kerana jarak perjalanan antara sekolah dengan kediaman mereka memakan masa hampir
sejam.
“Selain tunjuk ajar dari jurulatih dan guru, saya juga mendapat tunjuk ajar dari bapa saya sendiri
iaitu Tuan Rahim Tuan Yusoff yang juga seorang guru di sekolah ini serta aktif dalam aktiviti
ketenteraan,” ujarnya yang merupakan anak sulung dari lima beradik ini dan bercita-cita menjadi
pegawai tentera dalam Kor Kesihatan Diraja.
44
44
...kebanyakkan
pelajar sekolah ini
terdiri dari anakanak bekas tentera,
maka tidak
dinafikan lagi,
SMKSK ini telah
melahirkan anakanak bekas tentera
yang
bersinambungan
daripada ibu-bapa
mereka juga
memberi galakan
dan tunjuk ajar alaala tentera kepada
mereka dalam
merealisasikan
impian mereka
sendiri untuk
menjadi juara dalam
setiap acara yang
dipertandingkan...
BIL 148/MEI 2006
HUT PASUKAN
12 RAMD tangkas mengempur
Oleh: Sjn Kamarulzaman Ariffin
P
ENUBUHAN unit 12 Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) bermula ekoran
terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 dan
telah di tubuhkan pada tanggal 14 Mei 1969.
Pada bulan Jun 1969, Duli Yang Amat Mulia
Tengku Haji Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al
Marhum Sultan Kedah selaku Yang Di-pertua
Rejimen Askar Melayu Diraja ketika itu telah
melakukan lawatan ke 13 Batalion Infantri Askar
Wataniah (13 Bn Inf AW) di Batu Gajah Perak.
Baginda seterusnya telah mengistiharkan 13
Bn Inf AW sebagai Batalion ke 12 RAMD.
Dengan Pengisytiharan tersebut, batalion
secara langsung telah bertaraf Operasional.
Anggota-anggota pula telah diserapkan sebagai
anggota tetap di dalam angkatan tentera dan
bukan sebagai anggota kerahan. Pengasas
pasukan 12 RAMD pada masa itu adalah Lt Kol
Raja Aman Shah Raja Shahar Shah sebagai
Pegawai Memerintah dan PW I Ahmad Lebai
Kari sebagai Sarjan Mejar Rejimen.
Setelah berkhidmat lebih 11 tahun, pasukan
telah
dianugerahkan
panji-panji.
Penganugerahan Panji-Panji Bn kepada
pasukan telah dilaksanakan pada 22 April 1980.
Penganugerahan Panji-Panji Bn telah
diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah Ibni
Almarhum Sultan Badli Shah Sultan Kedah yang
juga selaku Kol Yang Di-pertua RAMD.
Upacara bersejarah ini berlangsung di
Padang Kawad Kem Sungai Ara, Pulau Pinang,
yang mana Panji-Panji Bn telah diterima oleh Lt
M Abdul Aziz bin Abdul Wahab bagi pihak
pasukan.
Dengan penganugerahan panji-panji ini,
kecemerlangan 12 RAMD telah diiktiraf. Setiap
anggota merasa megah duduk di bawah
sebuah Bn yang mempunyai Panji-Panji Bn,
Pada bulan Jan 1982, Panji-Panji Bn buat
pertama kali dibawa menyeberangi Laut Cina
Selatan untuk bertugas di Sandakan, Sabah.
Setelah dua tahun berada di sana Panji-Panji
Bn sekali lagi diterbangkan ke Semenanjung
Malaysia dan kali ini bertugas di Kem
Daralockwood, Kuantan Pahang hingga
sekarang.
Semenjak penganugerahan Panji-Panji Bn
banyak terlibat di dalam istiadat-istiadat penting
di dalam tentera. Buat pertama kalinya PanjiPanji Bn telah menyertai bersama-sama 16 panjipanji daripada 16 Bn RAMD yang lain.
Perarakan tersebut telah diadakan di Port
Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mac 83
sempena menyambut ulang tahun ke 50 RAMD.
Semasa lawatan DYMM Sultan Kedah ke
Kuantan. Pasukan ini telah diberi penghormatan
sekali lagi di mana Panji-Panji Bn
telah diarak di dalam acara
perbarisan mengarak panji-panji
pada 11 Nov 83.
Cogan kata pasukan adalah
Bersatu Teguh Pantang Menyerah,
cogan kata ini diilhamkan oleh Lt Kol
Mohd Abu Hj Ali (Pegawai
Memerintah ke 8) semasa beliau
memerintah batalion ini pada tahun
1981.
Sebelum ini cogan kata pasukan
ialah Bersatu Teguh Pantang Undur.
Memandangkan perkataan undur
mempunyai pengertian yang boleh
menimbulkan salah faham maka ia
ditukarkan kepada perkataan
menyerah, pada awal tahun 1998
semasa pemerintahan Lt Kol Mohd
Nasir Abdul Rahman (Pegawai
Memerintah ke 17).
PERAJURIT TERBILANG
Dua Belas Melayu Diraja Taat Setia
Pada Agama, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara
Dua Belas Melayu Sudah Terpuji
Membuat Amalan Di Sana Sini
Pertahankan Negara
Tugas Utama Kami
Kenyataan Sudah Terpuji
Setiap Perajurit Sudah Terbilang
Musuh Negara Pasti Ditentang
Kami Tak Gentar Berapa Bilang
Terbukti Sudah Kenyataan
Dua Belas Melayu Taat Setia
Pada Agama, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara
45
45
HUT PASUKAN
Beliau telah mengubah cogan kata lama dan
ditukarkan kepada Tangkas Gempur, perubahan
ini dibuat sesuai dengan keadaan masa kini yang
turut merubah peranan dan fungsi pasukan
daripada sebuah Bn Inf Standard kepada
sebuah Bn Inf Mekanis (Mek). Ianya juga
selaras dengan cogan kata 4 Briged Mekanise
( 4 Bgd Mek) iaitu Tangkas Perkasa dan Ikrar 3
Divisyen (Div) yang menyebut Penggempur
Waja . Cogan kata Tangkas Gempur kini sama
juga sebagai laungan Perang atau Battle Cry
untuk pasukan ini.
Tangkas adalah membawa maksud cekap,
cergas dan pantas pada setiap perkara yang
dilakukan untuk menjadikan sebuah pasukan
yang sentiasa bersedia untuk digerakan ke
medan perang, mana kala Gempur membawa
maksud dapat membinasakan, menghancur dan
memusnahkan sikap diri individu yang negatif
dan melawan hawa nafsu agar dapat
melahirkan perajurit terbilang dan pasukan yang
unggul lagi digeruni demi mencapai kemenangan
dalam mana-mana pertempuran atau
peperangan.
Sementara warna pasukan mengandungi
barisan warna hijau, kuning dan hijau. Warna
ini telah dilhamkan oleh Lt Kol Raja Aman Shah
Raja Shahar Shah, Pegawai Memerintah
pertama 12 RAMD. Warna-warna ini
mengandungi pengertian yang tersendiri yang
mana Hijau melambangkan perjuangan kepada
agama, bangsa dan perkhidmatan dengan
mengutamakan prinsip-prinsip kesedarhanaan
mengikut lunas-lunas islam.
Kuning pula melambangkan kesetiaan
pasukan kepada kedaulatan raja-raja dan
negara dan warna Kuning diapit oleh hijau di
kiri dan kanan melambangkan bahawa
kedaulatan raja-raja dan negara adalah
disokong oleh kerjasama, perkhidmatan dan
perjuangan anggota-anggota.
46
Selaras dengan pemodenan dan
peningkatan keupayaan pasukan-pasukan Inf,
12 RAMD dipilih sebagai salah sebuah Bn Inf
Mek. Pemilihan ini merupakan satu
penghormatan dan pengiktirafan kepada
keupayaan pasukan.
Sehubungan dengan itu maka
beberapa peralatan dan persenjataan
sebagai sebuah pasukan mekanis telah
dimasukkan sebagai inventori pasukan.
Sebagai memulakan peralihan
sebagai sebuah Bn Mek, 2 buah MIFV
K 200 pertama diterima pada 24 Dis
1997 dan penerimaan secara rasmi
telah disempurnakan oleh Panglima
4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Tengku
Ariffin Tengku Muhamed pada 2 Jan
1998 di Komplek Kenderaan 12
RAMD.
Bermula dari tarikh ini, peranan
dan tugas 12 RAMD telah bertukar
dari sebuah Bn Inf Standard kepada
sebuah Bn Mek.
Proses penyesuaian peranan
telah dan sedang disusun hingga
sekarang pasukan giat menjalani
proses melatih anggota dan
mengemaskinikan keperluan infrastruktur sebagai persediaan untuk
menerima lebih banyak kenderaan
MIFV K 200 dan seterusnya berupaya
untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai sebuah Bn
Mek.
Selaras dengan permodenan
Tentera Darat (TD), sekali lagi pasukan
ini telah diberi penghormatan untuk
menerima ACV 300 (Adnan) sebanyak
88 buah dan buat permulaan pasukan
BIL 148/MEI 2006
telah menerima sebanyak 38 buah Acv 300.
Iaitu sebanyak 3 AVR, 7 IFV 40mm dan 28
buah IFV 12.7mm. Kini, pasukan telah memiliki
ke semua asset yang amat berharga dalam TD
iaitu memperolehi sebanyak 88 buah ACV 300
ADNAN.
BIL 148/MEI 2006
Tinjauan Pendapat
Islam Hadhari dari perspektif tentera
Menurut Lt Kol Ibrahim Hj
Embong, sebagai warga tentera
kita harus mempraktikkan Islam
Hadhari dalam kehidupan harian
kita sama ada ketika bekerja atau
di rumah bersama keluarga.
“Saya
lebih
gemar
menggunakan pendekatan ini
ketika melaksanakan tugas
sebagai ketua bersama anggota
bawahan kerana ia akan
menjadikan kita lebih dihormati
bukannya hanya ditakuti.
“Islam telah menyediakan
pelbagai garis panduan kepada
kita sebagai khalifah di dunia ini.
Oleh itu memang sewajarnya Islam Hadhari dijadikan contoh atau
simbol dalam kita menjalani
kehidupan sepanjang masa dan
pada setiap waktu,” katanya lagi.
Bagi Kapt Hishamuddin
Ibrahim, 32, berpendapat Islam
Hadhari adalah satu pendekatan
baru untuk memajukan ummah dari
segi pemikiran dan sikap
seseorang begitu juga dari aspek
ketenteraan yang mana
membolehkan kita menjadi seorang
tentera yang dihormati dan
cemerlang.
“Cara kita berfikir, sikap dan
kerja kita janganlah terlalu
mementingkan diri sendiri tetapi
berfikir dan bekerja bagaimana
untuk menaikkan nama pasukan
dan diri sendiri dengan tidak
meninggalkan amalan yang disuruh
oleh Allah seiring dengan
tanggungjawab kita sebagai
tentera,” katanya.
Menurut PW I Mohd Hasidin
Hassan, 38, menyarankan agar
setiap warga ATM mengamalkan
prinsip yang terdapat dalam Islam Hadhari bagi menghadapi
cabaran alaf baru seperti ledakan
maklumat dunia tanpa sempadan,
ekonomi, budaya meterialisme,
jati diri serta penjajahan
pemikiran.
“Warga tentera itu sendiri
harus peka dengan dunia kini
yang semakin maju dan janganlah
terlalu leka dengan dunia sendiri
sebaliknya memiliki ilmu,
kemahiran dan pemikiran yang
boleh memajukan perkhidmatan
agar disegani dan hanya bercakap
sahaja,” katanya.
Umum mengetahui bahawa kerajaan kini menyarankan
kepada rakyat supaya mengamalkan Islam Hadhari untuk
menjadikan umat islam umat yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Maksud Islam Hadhari adalah islam yang
bertamadun yang mengajar kita menguasai ilmu
pengetahuan supaya kita dapat memperkasakan diri
menjadi orang yang baik, maju, berjaya, dihormati dan
mampu membuat sesuatu untuk pembangunan ummah
dan negara. Jadi dalam hal ini ianya bukanlah ideologi,
mazhab atau agama yang baru tetapi adalah satu
pendekatan untuk membawa umat islam kearah
kemajuan yang diredhai Allah berasaskan kepada
beberapa prinsip yang sesuai dengan agama. Bagaimana
pula Islam Hadhari dari aspek ketenteraan. Oleh yang
demikian, ikutilah tinjauan pendapat Wartawan Berita
Tentera Darat Malaysia (BTDM) dengan warga Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) mengenai Islam Hadhari dalam
aspek ketenteraan.
Kapt Zainal Azira Ahmad
Zabidin,33, pula menjelaskan
Islam hadhari bukanlah sesuatu
yang baru cuma ia tidak
dipraktikkan secara menyeluruh
dalam organisasi TD.
“Apabila Perdana Menteri
menwar-warkan konsep ini
barulah ia memberi kesedaran
kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan warga TD khasnya.
“Amatlah baik sekiranya ia
dapat direalisasikan di dalam
organisasi atau pauskan kita
agar setiap tugas yang
diamanahkan dapat dilaksanakan
dengan baik dan diberkati oleh
Allah s.a.w,” jelasnya lagi.
Sjn Najihah Nordin, 28, berkata
dari aspek ketenteraan kita harus
mengubah diri kita menjadi maju
dan berjaya serta mengunakan
pendekatan atau prinsip-prinsip
Islam Hadhari dengan betul, maka
dengan itu orang lain akan
menghormati kerjaya tentera dan
tidak berpandangan serong
terhadap tentera.
“Jika kita amalkan prinsipprinsip yang ada dalam islam
hadhari dalam tentera, tidak
dinafikan kita sebagai warga
tentera akan disanjung tinggi
oleh masyarakat malah akan
membuatkan masyarakat akan
lebih yakin dengan tentera
mempertahankan negara,”
jelasnya.
“Jika kita amalkan prinsip-prinsip yang ada dalam islam hadhari dalam
tentera, tidak dinafikan kita sebagai warga tentera akan disanjung
tinggi oleh masyarakat malah akan membuatkan masyarakat akan lebih
yakin dengan tentera mempertahankan negara”- Sjn Najihah
47
Tinjauan Pendapat
LU I Azahar Zainal, 23,
berpandangan konsep Islam
Hadhari yang diterapkan kini begitu
baik sekali bagi melahirkan
masyarakat yang mempunyai
kekuatan rohani, akhlak, intelektual,
material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat kehadapan,
inovatif serta cekap menangani
cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan
damai sesuai dengan era teknologi
masa kini.
Sementara Norsham Harun,
49, menjelaskan Islam Hadhari
dapat menjadikan Malaysia
sebagai role model kepada
negara luar dan juga dapat
meningkatkan keupayaan
pertahanan negara dengan lebih
maju mengikut acuan atau prinsipprinsip yang telah diterapkan
dalam Islam Hadhari.
“Dengan cara dan konsep Islam Hadhari kini dapat mengubah
negara dan juga pertahanan
negara ketahap yang lebih maju
lagi kerana kita mempunyai ilmu
dan pemikiran yang tinggi yang
mana mampu menjadikan kita lebih
bertamadun dan tidak ketinggalan
kebelakang serta membawa umat
Islam ke arah kemajuan yang di
redhai Allah,” katanya.
LK Zailan Zakaria, 34,
berpendapat konsep Islam
Hadhari untuk mempunyai
masyarakat membangun dan
memiliki ilmu, berkemahiran dan
berketerampilan serta tergambar
sebagai golongan yang berakhlak,
berbudi dan berbudaya yang
berpaksikan kepada kepercayaan
agama.
“Untuk memaju dan menaikkan
nama perkhidmatan setiap warga
tentera perlu ada satu perubahan
dari segi pemikiran dan sikap yang
mana boleh membuatkan warga
tentera lebih berilmu dan membuat
sesuatu keputusan dengan tepat,”
jelas beliau.
Bagi PW 2 Birus, 36,
berpendapat bahawa kita
sebagai orang islam perlu
menunjukkan bahawasanya kita
adalah Islam yang bertamadun
dan bukan hanya meningkatkan
syiar agama tetapi menjadikan
kita sebagai umat Islam yang
cemerlang dan maju begitu juga
dengan warga tentera agar orang lain tidak memandang rendah
kepada kita.
“Umat Islam dan juga warga
tentera harus meningkatkan daya
pemikiran dan ilmu yang tinggi
supaya kita sebagai umat Islam
tidak mudah ditindas sebaliknya
akan lebih dihormati dimata dunia
dan pada masa yang sama kita
BIL 148/MEI 2006
dapat perlu memartabat dan
memperkasakan agama Islam itu
serta sentiasa dihormati seiring
dengan pembangunan yang kita
kecapi kini,” jelasnya
Menurut Kpl Sakari, 39, berkata
Islam Hadhari begitu berkesan
jika diamalkan dalam tentera
kerana dapat membentuk warga
tentera lebih berdisiplin,
berhemah tinggi dan melahirkan
sikap kerjasama yang tinggi.
“Oleh yang demikian,setiap
warga tentera dapat berfikiran
positif serta maju ke depan dan
pada masa yang sama dapat
mengubah seorang anggota
tentera yang lebih bertamadun
dan berilmu,’’ katanya.
Secara keseluruhannya, Islam Hadhari dapat membangunkan ummah
dan meningkatkan tahap kemajuan sesebuah negara tidak kira dari apa
jua aspek termasuk pertahanan negara. Sebaliknya Islam Hadhari dapat
menjadikan sesebuah negara Islam itu lebih bertamadun serta
mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran,
berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak,
berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
48
BIL 148/MEI 2006
Semasa 1 Div
5 SSD anjur Pameran Kesihatan dan
Anti Dadah
Oleh: Kpl Naincy Samudi
SABAH: Sempena sambutan Hari Ulang Tahun
Tentera Darat ke-73, Kem Lok Kawi melalui 5
Skuadron Semboyan Diraja (SSD) menganjurkan
Pameran Kesihatan dan Anti Dadah di Dewan
Kinabalu 7 Mac lalu.
Terdapat empat agensi yang mengambil
bahagian dalam pameran ini iaitu Jabatan
Penjara Malaysia yang menayangkan rakaman
bagaimana hukuman rotan dilaksanakan, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADK)
dengan cara-cara mengesan dadah melalui air
kencing, jenis-jenis dan kesan penyalahgunaan
dadah, Pusat kesihatan Awam Negeri Sabah
dengan pameran bahaya rokok serta amalan
cara hidup sihat dan pameran bagaimana
memberi pertolongan cemas oleh 802 Rumah
Sakit Angkatan Tentera (RSAT).
Panglima 5 Briged (Bgd), Brig Jen Md Ruslan
Md Ali Hanafiah yang merasmikan pameran
tersebut berharap agar pameran ini dapat
menyalurkan maklumat yang berguna kepada
seluruh warga tentera Kem Lok Kawi dan
menasihati mereka supaya menjauhkan diri
daripada penyalahgunaan najis dadah.
Dalam ucapan Brig Jen Md Ruslan meminta
INGIN TAHU...Brig Jen Md Ruslan
meninjau dengan lebih dekat cara-cara
mengesan najis dadah
supaya semua anggota yang menyaksikan
rakaman hukuman rotan supaya menjadikannya
satu peringatan dan iktibar kepada diri sendiri
dan juga ahli keluarga.
POTRET...Panglima 5 Briged, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah
(tengah) bergambar dengan para Pegawai di bawah naungan 5 Bgd
semasa Mesyuarat Panglima 5 Bgd Siri 1/2006 yang diadakan selama
dua hari iaitu 16 hingga 18 Mac lalu di Kudat. –– Kpl Naincy Samudi,
foto; Pbt Safran Isnin
Lebih 500 anggota tentera sekitar 5 Bgd
datang melawat pameran tersebut. Turut hadir
dalam upacara ini adalah Ketua Staf 5 Bgd, Lt
Kol Mohd Nazir Mami.
SERAH SIJIL...Pegawai Memerintah 11 Rejimen Askar Melayu Diraja
(RAMD), Lt Kol Abdullah Mustaffa menyerahkan sijil kepada salah
seorang penuntut kerana berjaya menghadiri Kursus Asas Kerani
Siri 1/2006 yang diadakan di pasukan baru-baru ini. Seramai 13
peserta dilatih selama 2 minggu bermula pada 23 Feb hingga 3 Mac
yang lalu bertujuan melatih anggota baru dalam bidang pengkeranian
dalam melaksanakan tugasan di pasukan. — Kpl Shariful Anam
Abdullah, foto; Pbt Azrin Tajuddin
PENERANGAN...Pegawai Memerintah 11 Rejimen Askar Melayu Diraja
(RAMD), Lt Kol Abdullah Mustaffa sedang memberi penerangan
permasalahan anggota kepada wakil AIDS Conern Society semasa
syarahan mengenai punca dan musibah AIDS dan HIV yang diadakan di
pasukan pada 15 Mac lalu. Pensyarah jemputan dari Unit Promosi Bahagian
Kesihatan di Hospital Umum Kuching terdiri dari Tresia, Dong Mui Lin dan
Hj Khalik Hj Untong turut memberi kesedaran di kalangan anggota tentera
tentang bahaya dan cara penyebaran virus. — Kpl Shariful Anam
Abdullah, foto; Pbt Azrin Tajuddin
49
Semasa 1 Div
BIL 148/MEI 2006
9 Bgd anjur kursus peningkatan Stor
Senjata
Oleh: Sjn Zulkapli Alias
Foto: Pbt Impi Jibun
SIBU: Seramai 27 anggota pasukan di bawah naungan 9 Briged (Bgd)
menghadiri Kursus Peningkatan Keselamatan Stor Senjata Siri 4/2006
bagi tahun 2006 yang dianjurkan oleh Cawangan Risik Markas 9 Bgd
bermula 21 hingga 24 Mac lalu.
Kursus yang diadakan selama lima hari itu merupakan gandingan
bersama tenaga pengajar dari Cawangan Risik MK 1 Div, MK 3 Briged,
MK 5 Bgd, Det KM Sibu dan Staf MK 9 Bgd bertujuan melatih dan memberi
pendedahan kepada penuntut kursus mengenai tugas yang
ditanggungjawabkan sebagai penjaga Stor Senjata dari aspek
keselamatan dan pengurusan Stor, pendedahan dalam membuat laporan
berkaitan tugas serta cara-cara mengesan kelemahan dan kesalahan
yang sering dilakukan di Stor Senjata Pasukan.
Pegawai Memerintah 3 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Lt Kol Jasman
Bagiman berkata, walaupun kursus yang dilaksanakan agak singkat,
anya dapat memberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab
sebagai penjaga stor senjata pasukan masing-masing dan mengetahui
serba sedikit peraturan serta keperluan-keperluan yang dilaksanakan
berkaitan dengan Stor Senjata, serta penjaga Stor Senjata.
“Kegagalan melaksanakan tugas dengan betul akan mengakibatkan
pasukan terdedah kepada kegiatan penyuluhan, subversif dan sabotaj
oleh pihak yang mempunyai kepentingan kepada kita. Kursus ini tidak
PESERTA KURSUS...Lt Kol Jasman bersama tenaga pengajar dan penuntut
semua penjaga Stor Senjata berpeluang menghadirinya disebabkan
kapasiti calon serta jurulatih yang terhad,” katanya ketika berucap semasa
penutup kursus.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras Kursus, Kapt Imi Aiza Abdullah dan
Pegawai Pemerintah KPD, Mej Norhizam Suharjo.
Warga 9 Bgd derma
darah
SIBU: Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-73, satu
acara menderma darah telah diadakan di Dewan Sri RASCOM pada 2
Mac lalu.
Program tersebut melibatkan warga tentera dan ahli-ahli Badan
Amal Kebajikan Angkatan Tentera bawah naungan 9 Bgd di mana
seramai 200 hingga 250 penderma yang bermurah hati telah menderma
darah dengan kerjasama kakitangan dari Hospital Sibu.
Program yang telah dijadikan acara tahunan itu bertujuan mengisi
Tabung Darah dari Hospital Sibu yang kekurangan dan memerlukan
darah bagi membantu masyarakat setempat. ––Sjn Zulkapli Alias,
foto; Pbt Impi Jibun
BANTU MASYARAKAT...Pegawai Perubatan dari Tabung Darah Sibu
membantu anggota yang menderma darah
50
KULIAH SUBUH...11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
mengadakan kuliah subuh sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat
ke 73 diadakan pada 3 Mac lalu bertempat di Masjid As Syuhadah.
Kuliah subuh ini disampakan oleh PW2 (Ust) Sobri dari Markas 1 Div
yang dihadiri oleh 6 Peg dan 152 Lain-lain pangkat.
LATIHAN...19 Penguasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri
Sarawak mengadakan latihan menembak pistol 25 m di Lapang Sasar 11
Rejimen Askar Melayu Diraja yang bermula pada 1 hingga 5 Mac lalu.
Dalam majlis penutup, Pegawai Memerintah 11 RAMD berharap aktiviti
seumpama ini perlu diteruskan di masa akan datang untuk mewujudkan
kerjasama erat di kalangan jabatan-jabatan kerajaan yang ada. –– Pej
Risik 11 RAMD
BIL 148/MEI 2006
Semasa 1 Div
HUT TD peringkat
9 Bgd
Oleh: Sjn Zulkapli Alias
Foto: Pbt Impi Jibun
SIBU: 9 Briged mengadakan perbarisan sempena Hari Ulang Tahun (HUT)
Tentera Darat Ke-73 yang diadakan di 3 Rejimen Renjer Diraja baru-baru
ini melibatkan 25 pegawai dan 208 anggota Lain-lain Pangkat.
Dalam perbarisan tersebut, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Awie Suboh
menyampaikan perutusan Panglima Tentera Darat yang menyentuh
aspek-aspek seperti penerapan nilai-nilai murni semua peringkat anggota
agar dapat melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab, penuh
dedikasi, amanah, cekap dan berdisiplin tinggi.
Selain itu, Panglima 9 Bgd turut menyampaikan amanatnya kepada
seluruh warga tentera 9 Bgd agar setiap anggota setiasa menjaga
tatatertib, disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan, bertanggungjawab dan setiasa sentiasa
mengambil berat terhadap keluarga, pendidikan anak-anak serta
mempunyai nilai-nilai hidup yang murni serta berakhlak mulia.
AMANAT...Panglima 9 Bgd membaca peruntusan PTD sempena sambutan HUT
ke-73
KAUNSELING...anggota 11 RAMD sedang ditemuduga oleh penuntut
UNIMAS tentang masalah yang dihadapi dalam Program Kerja
Berpasukan selama dua hari yang dilaksanakan oleh para pelajar dari
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Lt M Noor
Efendy Samih. Objektif utama dalam program ini adalah untuk melatih
anggota berkenaan dengan kepimpinan dan berkerjasama antara
kumpulan. Selain itu, anggota juga berpeluang mengenai pasti strategistrategi mengatasi masalah dalam kerja berpasukan. Pegawai
Memerintah, Lt Kol Abdullah Mustaffa menegaskan agar setiap anggota
pasukan 11 RAMD perlu mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan
kerjasama dalam satu pasukan. Dengan cara ini ia dapat menjaminkan
kejayaan seseorang dalam apa juga situasi. –– Risik 11 RAMD
ERAT...YDP Wisma (empat dari kiri )
memotong kek bersama ahli-ahli yang diraikan
Wisma Bintara rai ahli
bersara dan ber
tukar
bertukar
keluar
KUCHING: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Mungkin itulah ungkapan yang boleh dijadikan gambaran betapa bakti,
budi serta kerjasama erat yang dicurahkan selama ini dalam memastikan
sesebuah entiti berjalan lancar mengarap agenda yang diatur dihargai
apabila ahli tersebut akan bersara. Justeru apabila ahli tersebut sama
ada akan bersara mahupun bertukar keluar, bakti yang selama ini
dicurahkan pasti akan dihargai.
Begitulah juga dengan Wisma Bintara Markas 1 Divisyen, yang barubaru ini telah mengadakan Malam Ramah Mesra bertempat di sebuah
hotel di Bandaraya Kuching bertujuan meraikan ahli-ahli yang bersara
serta yang bertukar keluar .
Seramai 10 orang ahli yang akan bersara, serta 15 ahli yang bertukar
keluar diraikan di majlis tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua ahli
wisma tersebut. Yang Dipertua Wisma, PW 1 Mohd Roslan Chik,
sewaktu berucap di majlis tersebut mengingatkan para ahli, khususnya
yang akan bersara agar mempersiapkan diri masing-masing dengan
memastikan mempunyai rumah kediaman sendiri serta kemahiran yang
boleh digunakan untuk menghadapi kehidupan selepas bersara.
Selain penasihat wisma PW 1 Britin ak Sanga, majlis tersebut turut
dihadiri oleh SMR-SMR pasukan gabungan. Di akhir majlis, acara
meraikan ahli bertukar masuk yang kesemuanya seramai 25 anggota
turut diadakan. — PW 2 Abdul Aziz Hj Marzuki, foto; Kpl Mazeli Hj
Maseri
TAKLIMAT... Pegawai Memerintah 11 Rejimen Askar Melayu Diraja
(RAMD), Lt Kol Abdullah Mustaffa sedang memberi taklimat ringkas kepada
Asisten Ketua Staf Logistik Tentera Darat, Brig Jen Oseman Chik dan
Jasbir Singh SB Kewangan KEMENTAH serta Pegawai-Pegawai
Pendidikan dan Pembangunan Sek Keb Mej Jen Dato’ Ibrahim dalam satu
lawatan kerja AKS Log TD pada 24 Feb lalu. Tujuan lawatan ini adalah
bagi meninjau dan mengenal pasti permasalahan yang ada untuk diperbaiki
dan diberi bantuan yang sewajarnya untuk kemudahan dan keselesaan
pelajar. — Kpl Shariful Anam Abdullah, foto; Pbt Azrin Tajuddin
51
Semasa 2 Div
BIL 148/MEI 2006
Pemeriksaan lesen
warga 72 BOD
KURSUS...25 Soldadu Muda dari pasukan 23 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) menjalani Kursus Lanjutan Soldadu Muda Siri 1/2006
yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Nazrul Edgar Abdullah
pada 9 Jan lalu. Dalam ucapan perasmian Pegawai Memerintah menyeru
semua Soldadu Muda agar lebih efektif menimba ilmu pengetahuan
ketenteraan agar mudah supaya diguna pakai apabila diserap ke
kompeni masing-masing selepas kursus lanjutan ini. — 23 RAMD
TELITI...Ahli Jawatankuasa Jalan Raya pasukan, Sjn Shahrubanu sedang meneliti
dan merekod setiap kenderaan anggota 72 BOD yang diperiksa
Oleh: PW 1 Samad Hj Anuar
TAIPING: Pemeriksaan mengejut lesen dan kenderaan anggota yang
bertugas di 72 Batalion Ordnans Diraja (BOD) yang dikendalikan oleh
Jawatankuasa Jalan Raya pasukan diketuai oleh Sjn Shahrubanu
melakukan pemeriksaan pada 23 Jan lalu.
Sebanyak 65 buah motosikal pelbagai jenis dibuat pemeriksaan meliputi
cukai jalan, no daftar, no chasis dan sebagainya. Pemeriksaan tersebut
bertujuan bagi menentukan setiap anggota yang menunggang motosikal
mempunyai lesen yang sah dan tidak tamat tempoh.
Selain itu, bagi menentukan setiap kenderaan tidak diubah suai ataupun
menggunakan alat ganti yang dicuri dan sebagainya. Sepanjang tempoh
pemeriksaan didapati setiap anggota yang memiliki motosikal tidak
menggunakan motosikal curi atau memiliki lesen serta cukai jalan yang
tamat tempoh. Pemeriksaan akan diteruskan dari semasa ke semasa
untuk menentukan setiap anggota mematuhi arahan yang dikeluarkan.
TERIMA TUGAS...Mej Mohammad Sabri Abdul Rahim menjawat jawatan
Kem Komandan 8 Briged (Bgd) yang baru menggantikan Mej Pringadi
yang akan bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Majlis
serah terima tugas dilaksanakan di rumah Badan Amal Kebajikan
Angkatan Tentera (BAKAT) 8 Bgd yang diadakan baru-baru ini. — PW
2 Mohd Zabani Zainal
TANDA KENANGAN...Pbt Zuraini Buasari yang bertukar keluar ke 7
Kompeni Angkut diraikan dalam majlis serba ringkas menerima
cenderamata daripada Pegawai Pemerintah, Kapt Md Amin Atan
dengan disaksikan oleh pegawai dan anggota 8 Platun Bekalan yang
diadakan pada 17 Feb lalu. — Sjn Mansor Salleh, foto; SSjn Syed
Abd Kadir Syed Muhammad.
TUNJUK KEMAHIRAN...tiga kategori dipertandingkan dalam
pertandingan mewarna oleh anak-anak anggota tentera dan awam di
bawah naungan 8 Briged yang diadakan di Kem Pengkalan Chepa
sempena Hari Tentera Darat ke-73 disempurnakan oleh Pengerusi Badan
Amal Kebajikan Angkatan Tentera, Datin Norihan Zainal Abidin barubaru ini dan hadiah disumbangkan oleh Perwira Niaga Malaysia. — PW
2 Mohd Zabani Zainal, foto; Pbt Mohd Nazri Bakai
52
BIL 148/MEI 2006
Semasa 2 Div
HUT 72 BOD ke-42
Oleh: PW 1 Samad Hj Anuar
TAIPING: 72 Batalion Ordnans Diraja (BOD) mengadakan pelbagai
aktiviti sempena menyambut Hari Ulang Tahun pasukan yang ke-42
antaranya perbarisan, majlis makan malam dan sketsa yang
disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Rusni Saat pada 17
Feb lalu.
Lt Kol Rusni dalam ucapannya menyarankan agar semua warga
pasukan menitik beratkan mengenai keselamatan kem, disiplin,
pengurusan kerja seharian dan soal kewangan masing-masing. Selain
itu sambutan HUT dimeriahkan dengan majlis sketsa yang dijayakan
oleh anggota cawangan markas, pertandingan karaoke dan cabutan
bertuah.
Turut hadir Pegawai Memerintah Markas Rejimen Askar Jurutera
Diraja (RAJD) 2 Divsyen (Div), Lt Kol Sabri Abdullah, Pegawai
Pemerintah 2 Skudron Jurutera Diraja, Mej Zamri, Lt Kol (B) Ahmad
Sulaiman dan pesara-pesara Ordnans kawasan Taiping.
KURSUS ORENTASI...seorang pegawai dan 73 Perajurit Muda 9
Rejimen Renjer Diraja berjaya menamatkan Kursus Orentasi Perajurit
Muda Siri 1/2006 baru-baru ini. Penuntut didedahkan kepada aspek
ilmu pengetahuan dalam taktik peperangan, kawad, senjata dan ilmu
medan perang. Upacara penutup kursus disempurnakan oleh Pegawai
Memerintah, Lt Kol Mohd Melintang Abdullah. –– Kpl Bong Leong
Fu, foto; Rjr Azizurahman Abd Malek
BERGAYA...anak-anak warga pasukan 9 Rejimen Renjer Diraja
memperagakan pakaian masing-masing dalam pertandingan
pakaian beragam sempena menyambut hari Ulang Tahun pasukan
yang ke-27 pada 14 Mac lalu. ––Kpl Bong Leong Fu, foto; Kpl
Mohd Aris Abdullah
PEMERIKSAAN...Lt Kol Rusni sedang memeriksa perbarisan sempena HUT
pasukan ke-42
5 RRD anjur pameran survival
TERTARIK...selain masyarakat awam
anggota tentera juga turut berminat
dengan pertunjukan survival
TAHNIAH...Pegawai Memerintah 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),
Lt Kol Mardzuki Muhammad mengucapkan tahniah kepada salah anggota
yang dinaikkan pangkat dalam satu perbarisan sempena sambutan
Hari Tentera Darat ke-73 yang turut diserikan dengan pemakaian pangkat
lapan anggotanya di padang kawad pasukan pada 1 Mac lalu. Lt Kol
Mardzuki dalam ucapannya memberi nasihat agar anggota yang
dinaikkan pangkat dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
dipikul dengan tulus dan cemerlang. — SSjn Suhaimi Talib, foto;
Pbt Asri Hisham Abd Rahman
KOTA BHARU: 5 Rejimen Renjer Diraja (RRD) mengadakan pameran
survival sempena Esporia yang diadakan di Markas 8 Briged, (MK Bgd)
yang turut disaksikan oleh masyarakat awam pada 3 Mac lalu.
Sepanjang esporia dijalankan setiap pelawat diberi pendedahan
bagaimana cara-cara membuat jerat, memasak dalam buluh, mengenal
jenis-jenis tumbuhan yang boleh dimakan, mengenal jenis pokok-pokok
herba dan cara menghidupkan api hanya menggunakan bantuan
peralatan seperti batu dan habuk kayu.
Pameran tersebut berjaya memberikan manfaat serta menjalinkan
semangat setia kawan dan menggalakan orang awam untuk menyertai
bidang kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pertunjukan sebegini
haruslah dikekalkan supaya ianya dapat meningkatkan lagi imej serta
kepercayaan maysarakat awam terhadap institusi ketenteraan. — Kpl
Jarit Manjah, foto; Rjr Kerry Wong Sui Ming
53
Semasa 2 Div
BIL 148/MEI 2006
72 Batalion
Ordnans adakan
As-Syura’
MOTIVASI...161 peserta yang terdiri daripada anggota dan isteri di
bawah naungan 8 Briged (Bgd) mengikuti Program Seni Keibubapaan
peringkat 8 Bgd yang dilaksanakan selama satu hari di Dewan Sri
Pahlawan pada 25 Feb lalu. Sepanjang progran ini dilaksanakan,
penceramah dari Perunding fokus Budi, Ust Sabri Abd Rani
menerangkan betapa pentingnya kesedaran ibu bapa dalam memantau
kecemerlangan akademik anak-anak mereka demi kecemerlangan dan
masa depan diri, keluarga, masyarakat dan negara. — PW 2 Mohd
Zabani Zainal, foto; Pbt Mohd Nazri Bakai
KERJASAMA...sebahagian anggota 72 BOD membungkus bubur As-Syura’ untuk
anggota dan masyarakat awam yang terlibat
Oleh: PW 1 Samad Hj Anuar
TAIPING : Sempena menyambut bulan Muharram 1426 Hijrah, pasukan
72 Batalion Ordnans Diraja (BOD) mengadakan majlis gotong-royong
membuat bubur As-Syura’ bertempat di Kompleks Sajian pasukan pada
10 Feb lalu.
Majlis tersebut diselaraskan oleh Pegawai Agama pasukan, Pegawai
Waran 2, Ust Abd Rahim yang turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Lt
Kol Rusni Saad serta semua anggota dan masyarakat awam yang
berhampiran kawasan pasukan.
Selain itu majlis tersebut bertujuan memupuk semangat kerjasama,
setia kawan dan saling bantu membantu di antara warga tentera dan
masyarakat awam agar ianya terus dihayati dan diamalkan sepanjang
masa.
NAIK PANGKAT...Kapt Samsul Asmadi Hj Muhamad Amin dinaikkan ke
pangkat Mejar dan menjawat jawatan Ketua Kompeni Charlie 4 Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD) yang disempurnakan oleh Pegawai
Memerintah, Lt Kol Mardzuki Muhammad di Wisma Perwira baru-baru
ini. — Kpl Shapiron Abdullah, foto; Pbt Rahim Abd Rahman
TRADISI...Pegawai Memerintah 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),
Lt Kol Mardzuki Muhammad berdiri bersama-sama ahli-ahli Wisma
Bintara semasa majlis Makan Malam Rejimental sempena meraikan
ahili-ahli Wisma Bintara yang akan bertukar keluar dan masuk yang
diadakan pada 24 Feb lalu. Lt Kol Mardzuki dalam ucapannya
menasihati kepada ahli-ahli wisma yang akan keluar dan masuk supaya
sentiasa taat kepada pemerintah walau di pasukan mana mereka
berada. Seramai tiga pegawai dan 110 Pegawai Tanpa Tauliah (PTT)
Kanan hadir ke majlis tersebut. — SSjn Suhaimi Talib, foto; Pbt
Rahim Abd Rahman
LOMPAT...salah seorang anggota 72 BOD sedang menjalani ujian
melompat setempat mengikut tahap umur yang dikehendaki mengikut
kategori umur masing-masing dalam Ujian Kemahiran Asas (UKA) bagi
penggal pertama bertujuan untuk mempastikan tahap kecergasan setiap
anggota pasukan dalam keadaan pada 23 Feb lalu. Ujian tersebut
dikendalikan oleh jurulatih jasmani yang dilantik untuk menjalankan aktivitiaktiviti UKA perpandukan garis panduan yang ditetapkan. — PW 1 Samad
Hj Anuar
54
BIL 148/MEI 2006
Semasa 3 Div
Lawatan Panglima
3 Div ke 4 Bgd Mek
Oleh: Sjn Sidi Salleh
KUANTAN: Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Zulkifeli Md Zin melakukan
lawatan kerja di Markas 4 Briged (Bgd Mek) yang disambut oleh Panglima
4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Muhammad Azmi Abdul Walad baru-baru ini.
Dalam lawatan tersebut Mej Jen Dato’ Zulkifeli diberi taklimat tentang
peranan dan tugas 4 Bgd Mek dalam TD serta permasalahan logistik
yang dialami oleh KP Adnan milik pasukan di bawah naungan Bgd Mek.
PERALIHAN KUASA...Brig Jen Dato’ Roslan menyerahkan tongkat kuasa
kepada Brig Jen Zulkifli Hj Zainal Abidin
Brig Jen Zulkifli
Panglima 7 Bgd
KLUANG: Perlantikan Panglima 7 Briged (Bgd) yang ke-17 iaitu Brig Jen
Zulkifli Hj Zainal Abidin dan upacara mengambil alih jawatan antara Brig
Jen Dato’ Roslan Abd Rashid disaksikan oleh warga 7 Bgd.
Upacara dijalankan dengan rasminya dalam satu Perbarisan Serah
Terima Tugas yang diadakan di Padang Kawad 5 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) diketuai Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Mustapha
Omar pada 2 Feb lalu.— Sjn Hidayah Abdullah, foto; SSjn Mohd
Hafiz Abdullah
PERALATAN...Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zulkifeli melihat pameran statik
KP Adnan sambil diberi penerangan oleh Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’
Muhammad Azmi
Brig Jen Dato’ Roslan diraikan
SERAH TUGAS...Markas 4 Briged Mekanise rnengadakan Majlis
Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas 4 Bgd Mek antara Lt Kol
Che Manan Saat dengan Lt Kol Md Din Hj Abu baru-baru ini. Dalam
majlis sama, Lt Kol Md Din menyempurnakan pemakaian pangkat
kepada LKpl Ryan Damen yang dinaikkan pangkat Kpl. –– Sjn
Saidi Salleh
CENDERAMATA...Brig Jen Dato’ Roslan menerima cenderamata di Majlis
Makan Malam Rejimental sempena persaraannya
BATU PAHAT: Majlis Makan Malam Rejimental sempena perpisahan
Panglima 7 Briged (Bgd), Brig Jen Dato’ Roslan Abdul Rashid turut dihadiri
semua pegawai di bawah naungan 7 Bgd yang diadakan di sebuah
Hotel terkemuka pada 1 Feb lalu.
Dalam ucapan, Brig Jen Dato’ Roslan menyeru kepada semua warga
7 Bgd agar bekerjsama dengan tampuk pemerintahan yang baru supaya
dapat mengembeling usaha bagi memantapkan lagi 7 Bgd. Beliau juga
menyatakan rasa terharu kerana terpaksa meninggalkan sebuah formasi
yang banyak meninggalkan kenangan sejak beliau memegang jawatan
sebagai Panglima 7 Bgd pada 1 Jan 2005.
“Dengan pertukaran tampuk pemerintahan, 7 Bgd akan terus maju
dan unggul sebagai sebuah farmasi yang disegani di masa akan datang,”
katanya. — Sjn Zamri Abdullah, foto; SSjn Hafiz Abdullah
MAKAN BERADAT...Pasukan 7 Rejimen Renjer Diraja Mekanise
mengadakan majlis Makan Malam Rejimental sempena meraikan Pegawai
Memerintah, Lt Kol Dzulkafli Hj Mustaffa yang akan melanjutkan pelajaran
ke Melbourne, Australia selama setahun dan pegawai-pegawai yang
akan bertukar keluar dan masuk ke pasukan.––Lt M Willie, foto; Kpl
Muzaini Abdullah
55
Semasa 3 Div
BIL 148/MEI 2006
Anggota K
AGA
KAGA
AGATT diseru teliti doktrin
Oleh: Kapt Saidatulis Sabariah Sahid
Foto: Sjn Mohamad Solor Hj Ismon
PORT DICKSON: Majlis Bicara Bersama Panglima Medan Tentera Darat
(PMTD), Lt Jen Dato’ Masood Zainal Abidin diadakan sempena Hari Ulang
Tahun Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ke-21 diadakan di Dewan
ILMI pada 14 Apr lalu.
Beliau menyeru kepada seluruh anggota KAGAT untuk meneliti doktrin
KAGAT dalam proses untuk diwartakan sama ada seluruh aspek
dimaktubkan di dalam doktrin tersebut benar-benar jelas dan relevan
dengan tuntutan semasa. Beliau mengkehendaki supaya arah tuju dan
pengoperasian KAGAT diselaraskan dangan matlamat dan visi serta
berkeupayaan membantu membentuk modal ATM sebagai pejuang.
KAGAT hendaklah benar-benar dapat memenuhi amanahnya selaku
kor yang mampu membantu ATM dalam membangunkan modal insan ATM
dengan cara terbaik. Beliau menyeru kepada pemimpin KAGAT supaya
berpegang kepada empat prinsip utama iaitu yang salah diperbetulkan,
yang tidak tahu diberitahu, yang kotor dibersihkan dan yang lemah
diperkuatkan.
Kualiti diri pemimpin mestilah mempunyai ciri seperti disiplin diri,
kebijaksanaan, inisiatif dan menunjukkan rasa hormat atau penghormatan.
Bagaimana hendak memimpin dengan baik dan kepentingan menunaikan
amanah serta menyampaikan pesanan yang berkesan kepada anggota
ATM.
Sekiranya warga KAGAT menghayati mesej yang disampaikan
secara terus oleh PMTD menerusi slot beliau maka warga KAGAT akan
Pendekatan perintah ulung
7 Bgd
JOHOR BAHRU: Panglima 7 Bgd, Brig Jen Zulkifli Hj Zainal Abidin dalam
perintah ulungnya, turut menekankan lima pendekatan yang perlu dihayati
bersama oleh seluruh warga 7 Bgd.
Pertama Keikhlasan dan Kejujuran, membawa maksud
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, kita
hendaklah sentiasa ikhlas dan jujur. Kedua Disiplin, bermaksud satu
teras utama perkhidmatan angkatan tentera yang mencerminkan
kewibawaan sesuatu formasi atau pasukan. Oleh yang demikian, usaha
ini hendaklah dijadikan fokus utama kepada semua peringkat.
Ketiga Perpaduan dan Kesatuan, iaitu kerjasama di antara individu
dan juga pasukan hendaklah terus dipertingkatkan semangat setia kawan
dan saling membantu akan memacu ke arah kejayaan yang lebih
cemerlang. Keempat Keselamatan, setiap lapisan anggota 7 Bgd
hendaklah sentiasa menjadikan keselamatan sebagai perkara utama di
dalam apa jua situasi. Kes-kes seperti kemalangan jalan raya, kecurian
senjata, kehilangan dokumen berdarjah, khalwat, dadah dan juga
kebakaran bangunan hendaklah dibendung dari terus berlaku.
Kelima Efisien dan Efektif yang menjana ke arah kecemerlangan,
sistem yang digunakan hendaklah efisien bagi membolehkan sesuatu
tugas dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Beliau turut menyeru kepada setiap warga 7 Bgd bersama-sama
mengembling tenaga dan berusaha bagi melaksanakan segala
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh jujur dan komitmen
yang tidak berbelah bagi. — Sjn Hidayah Abdullah, foto; SSjn Hafiz
Abdullah
56
dapat membangunkan potensi diri mereka secara maksima dan
menyeluruh bagi membantu ATM merealisasikan dasar, misi dan visi
sebagai agensi pertahanan agama, bangsa dan negara.
Selain dari itu, Timbalan Pengarah Pengurusan KAGAT, Kol Hj Mustafa
Hj Abdul Manap menyatakan semua pegawai dan anggota KAGAT supaya
membuka minda terhadap isi bicara yang telah disampaikan oleh PMTD.
Di dalamnya mengandungi banyak mesej yang tersurat dan tersirat yang
perlu difahami dan dianalisis oleh warga KAGAT jika mahu KAGAT
menjadi kor yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
TURUN PADANG...Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kol Adzmi
Hashim melakukan lawatan ke-4 Kompeni Angkut pada 15 Mac lalu
bertujuan melihat lebih dekat peranan dan tugas yang dimainkan oleh
4 Kompeni Angkut KPD. Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai
Pemerintah 4 Komp Angkut KPD, Kapt Mohamad Haniff Mohamad
Ramli dan diberi taklimat di Bilik Gerakan serta berkesempatan
memandu kenderaan Tank Transporter dan mengadakan sesi dialog
bersama anggota KPD 4 Briged Meknis. — Sjn Wan Din Abdullah
AQIQAH...Majlis aqiqah peringkat 73 Batalion Kor Perkhidmatan
Diraja diserikan dengan bacaan berzanji, belah mulut dan juga
potong jambul anak-anak warga pasukan yang disempurnakan
oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ahmad Faiezzelan. Dalam
ucapannya, Pegawai Memerintah mengucapkan tahniah kepada
Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat kerana buat julung kalinya 73 Bn
KPD berjaya menganjurkan majlis tersebut. –– 73 Bn KPD
Semasa 3 Div
BIL 148/MEI 2006
‘Buta huruf’ 18 jam boleh baca al-Quran
Oleh: Sjn Syuhaimi Saad
PORT DICKSON: Bagi menyahut
cabaran keperluan menyediakan
anggota tentera yang punyai
kekuatan ‘Spritual Combat Power’
maka Kor Agama Angkatan Tentera
(KAGAT)
sebagai
Teras
Pemangkin Kerohanian ATM telah
membangunkan pendekatan baru
iaitu modul Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek (JERI) dan kaedah
Cepat Baca Al-Quran (CBQ).
Modul JERI dibangunkan untuk
digunapakai di ketiga-tiga cabang
perkhidmatan yang dilaksanakan
dalam tempoh empat hari tiga
malam menekankan aspek
gabungan iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Modul ini bersifat
motivasi diri untuk meletakkan
seseorang anggota di tahap yang
sewajarnya. Manakala program
CBQ merupakan pendekatan terkini
hasil kajian dan diadunkan
mengikut keperluan ATM yang akan
membantu seseorang itu dapat
membaca al-Quran dalam tempoh
18 jam atau selama dua hari bekerja
sahaja.
“Projek JERI dan CBQ adalah
produk yang mampu memberi
sumbangan besar dalam membina
sahsiah diri dan sumber manusia
yang berkualiti dan ‘versatile’
seperti yang dihasratkan. Ini
membuktikan KAGAT benar-benar
menghayati dan melaksanakan
agenda yang digariskan dalam
merealisasikan proses penambahbaikan ATM dan proses
transformasi untuk menjadi sebuah
angkatan ‘versatile’ di abad Ke21,” demikianlah ucapan PAT,
Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd
Anwar Mohd Noor semasa Majlis
Perasmian Tim Projek JERI dan
CBQ di Dewan Utama ILMI pada
14 Apr lalu.
Tambahnya lagi, pendekatan
pengajaran al-Quran secara CBQ
dan motivasi individu secara
pendekatan JERI akan membentuk
sikap ke arah yang lebih positif agar
cita-cita dan inspirasi ATM untuk
membina warganya yang
mempunyai Spiritual Combat
Power akan menjadi kenyataan.
Harapan untuk melihat ATM mampu
memenuhi matlamatnya sebagai
angkatan pertahanan yang
berkualiti, penuh kesiagaan, memilik
semangat juang yang kental dan
keupayaan berperang yang tinggi
serta dapat menunaikan amanah
dan fungsinya sebagai agensi
pertahanan negara.
Turut hadir pada majlis tersebut
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan
Anggota (AKSPA), Mej Jen Dato’
Hj Yahya Hj Bidin, Pengarah
KAGAT, Brig Jen Hj Jamil Khir
Baharom, pegawai-pegawai
kanan dan anggota KAGAT.
Per
tingkatkan kemahiran dan pengetahuan
Pertingkatkan
KLUANG: Setiap anggota Rejimen Askar
Jurutera Diraja (RAJD) sebagai Pasukan
Bantuan Tempur dalam Tentera Darat (TD)
dikehendaki melaksanakan tugas dan arahanarahan selaras dengan Perintah Ulung
Panglima Tentera Darat (PTD) dilaksanakan
tanpa kompromi atau mengambil jalan mudah.
Sekadar mempunyai atau penggunaan asetaset yang canggih tidak akan bermakna jika
tidak profesional atau gagal menggerakkannya sebagai satu sistem yang boleh
diguna pakai.
“Kita memerlukan anggota yang
berketrampilan dan berpengetahuan serta
berkemahiran dalam bidang atau kepakaran
masing-masing serta dipertingkatan dari
semasa ke semasa. Demikianlah ucapan
Ketua Jurutera, Brig Jen Dato’ Pahlawan
Shahruddin Abdullah semasa ucapan
sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun RAJD
Ke-53 di Padang Kawad Institut Kejuruteraan
Medan Tentera Darat (IKEM) pada 22 Apr lalu.
“Secara umumnya perancangan RAJD
adalah sejajar dengan perancangan
pembangunan TD sesuai dengan pelan
strategik TD iaitu Army 2 10 Plus 10. RAJD
akan dapat menyaksikan penubuhan sebuah
unit yang baru iaitu Pusat Pertahanan Nuklear,
Biologi dan Kimia atau lebih dikenali sebagai
PNBK. Pencapaian ini akan memberi
ransangan kepada semua dalam mendokong
peranan dan menjalankan tugas dengan lebih
efektif dan efisien,” jelasnya.
Beliau juga menyeru supaya anggota
RAJD memberikan galakan kepada para isteri
dan gambaran positif terhadap objektif serta
aktiviti BAKAT dalam menjaga kebajikan
anggota. Segala pengorbanan dan bakti yang
dicurahkan menjadi peransang kepada warga
RAJD untuk terus unggul dan cemerlang sejajar
dengan motto RAJD ‘Berusaha Berfaedah’.
Terdahulu, Brig Jen Dato’ Pahlawan
Shahruddin memeriksa perbarisan yang terdiri
daripada 11 pegawai dan 267 anggota LLP
serta menyampaikan Sijil Kepujian Perkhidmatan
dan Anugerah Warna Sukan RAJD.
Pada akhir majlis sambutan HUT RAJD,
pertandingan akhir bola sepak tujuh sebelah
di antara pasukan 4 RAJD dengan 10 RAJD
PARA yang dimenangi oleh pasukan 10 RAJD
PARA dengan keputusan 1-0. Acara
sambutan ini diserikan lagi dengan
pertunjukan jambatan yang baru diperolehi
‘Tactical Single Span Bridge’ dan ‘Portable
Floating Platform’ kepada warga dan bekas
Kor RAJD yang hadir pada majlis tersebut. —
Sjn Syuhaimi Saad, foto; Sjn Mohamad
Solor Hj Ismon
57
Semasa 4 Div
BIL 148/MEI 2006
Perbarisan perpisahan Pengerusi K
OD
KOD
PENGHORMATAN...Perbarisan
Persaraan Pengerusi KOD yang
diadakan pada 27 Apr lalu
Oleh: Sjn Syuhaimi Saad
BATU KONTOMEN: Segala kecemerlangan Kor Ordnans Diraja (KOD)
yang dicapai masa kini adalah merupakan kesinambungan tugas yang
diwariskan oleh setiap pemimpin kor yang terdahulu. Pemimpin KOD
yang terdahulu merintis jalan dalam meningkatkan pembangunan dan
pemodenan KOD untuk menjadikan satu kor menuju ke arah
kecemerlangan.
“Warga KOD tidak seharusnya leka dengan kejayaan-kejayaan yang
dicapai tanpa menyedari semua warga KOD mempunyai tanggungjawab
yang amat berat di dalam mengekalkan prestasi ini. Setiap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan jujur
dan ikhlas tanpa mengharap sebarang ganjaran,” demikianlah ucapan
Pengerusi KOD, Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin Hj Abu Bakar semasa Majlis
Perbarisan Persaraan beliau di Padang Kawad Kem Batu Kontomen
pada 27 Apr lalu.
Tambahnya lagi, sikap patuh, taat setia, menghormati antara satu
sama lain dan menghindarkan sifat khianat terhadap rakan membawa
kepada kesejahteraan dunia dan akhirat. Nilai-nilai murni ini merupakan
teras yang perlu sebati dalam jiwa sanubari bersulamkan semangat
‘Esprit de corps’ dan cintakan kor agar dapat membangunkan sebagai
organisasi yang cemerlang dan disegani.
“KOD sebagai satu perkhidmatan bersabit dengan pengurusan
inventori, penstoran dan sistem maklumat pengurusan untuk menjadikan
terus maju kehadapan. Segala komitmen dan pencapaian yang ditunjukkan
agar terus memberi sokongan ini kepada Pengerusi KOD yang baru
akan lebih berusaha untuk membawa KOD ke arah kecemerlangan pada
masa hadapan,” jelasnya.
Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir 36 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan.
Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai tugas dan jawatan yang penting
telah disandang dan jawatan terakhir adalah sebagai Panglima Logistik
Tentera Darat merangkap Pengerusi KOD.
Di akhir majlis, Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin melancarkan Buku Jasa
Seorang Perwira Ordnans mengenai kisah beliau sepanjang berkhidmat
dalam KOD dan akan diagihkan ke pasukan-pasukan KOD. Dalam majlis
yang sama, Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin selaku Pengerusi KOD
menyerahkan jawatan ini kepada Timbalan Panglima Logistik, Brig Jen
Abdul Halim Hj Nawi sebagai Pengerusi Kor yang baru.
Turut hadir pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota KOD
serta isteri bagi meraikan majlis perpisahan ini. Semua warga KOD
mengiringi Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin dan isteri menaiki kenderaan khas
dalam majlis ‘send-off’ sebagai tanda dan ingatan sepanjang perkhidmatan
beliau dalam KOD.
PENGERUSI KOR BARU...Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin menyerahkan tugas
kepada Brig Jen Abd Halim selaku pengerusi yang baru
Pemeriksaan tadbir
tahunan 8 RAMD
KUALA LIPIS. Pemeriksaan Tadbir Tahunan 2006 bagi pasukan 8
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dilaksanakan pada 17 Mac lalu.
Pemeriksaan disempurnakan oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’
Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Subari
Hj Tomo. Acara bermula dengan perbarisan di padang kawad pasukan
seterusnya panglima menguji setiap kompeni dengan ujian kawad
kaki, kawad senjata dan perbarisan jalan lalu dalam masa perlahan
dan cepat.
Panglima turut membuat pemeriksaan dokumen, peralatan
persendirian, tahap keselamatan stor senjata di setiap kompeni, tahap
keselamatan balai pengawal pasukan dan pemeriksaan akaun Tabung
Kebajikan Rejimen (TKR).
Pada tengah harinya pula Panglima serta warga 8 RAMD
menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
bersama penduduk setempat.
Dalam ucapannya Panglima berpuas hati dengan prestasi yang
ditunjukkan oleh warga 8 RAMD dan berharap segala kecemerlangan
58
TERPERINCI...Panglima 11 Bgd melihat BAT L 117 untuk menentukan peralatan
yang dibekalkan kepada anggota
ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. —
Kpl Mohd Yusri Yaacob, foto; LKpl Saraslan Ahmad
BIL 148/MEI 2006
Semasa 4 Div
Ketua Pegawai Eksekutif TNB terima
pangkat Kol (K
JD
(K)) RA
RAJD
Oleh: Pbt Suhaimi Idris
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
(TNB), Dato’ Che Khalib Mohamad Noh dianugerahkan pangkat Kolonel
Kehormat Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Elektrik 70 Rejimen Askar
Jurutera Diraja (RAJD) pada 5 Mei lalu.
Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Komander Markas
Kumpulan Rejimen Pakar RAJD, Brig Jen Raja Dr Nazrin Shah Sultan
Azlan Shah yang turut dihadiri Brig Jen Dato’ Pahlawan Shahruddin
Abdullah dan para pegawai RAJD.
Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Elektrik 70 RAJD berperanan
membekalkan tenaga elektrik ke kawasan penting seperti hospital,
bangunan kerajaan, lapangan terbang, pusat media massa dan lain-lain
tempat sasaran penting yang dikenalpasti oleh Bahagian Keselamatan
Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika berlakunya kecemasan
atau darurat.
Selain itu, ia turut bertanggungjawab terhadap pemulihan, operasi
bekalan, penyenggaraan dan membaiki semua keadaan stesen-stesen
jana elektrik yang meliputi rangkaian penghantaran dan pembahagian di
dalam negara.
Skuad dalam rejimen tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai dan
agensi perbekalan elektrik iaitu TNB, Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) dan
Perbadanan Perbekalan Letrik Sarawak (SESCO).
Anggota MK 12 Bgd
dinaikkan pangkat
PEMAKAIAN PANGKAT...Ketua Staf Markas Latihan Tentera Darat, Kol
Gan Seng Lock menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat
anggota Markas Latihan TD, Mereka adalah LKpl Munandy al Jagothan
dinaikan ke pangkat Koperal manakala Pbt Noraini basir, Pbt Norayu
Omar dan Pbt Mariam Senawi dinaikan pangkat Lans Koperal. Kesemua
anggota ini kekal di Markas Latihan TD.––PR MK Latihan
TAHNIAH...Lt Kol Haron memakai lanyard dan pangkat kepada Pbt Clearence
Jelly yang dinaikan pangkat Lans Koperal
KUALA LUMPUR: Tiga anggota yang dipakaikan pangkat Lans
Koperal iaitu Pbt Clearence Jelly dari Cawangan Gerak, Pbt Lailatul
Suria Yusof dari Cawangan Kem dan Pbt Siti Rohaya Syed Zamri dari
Cawangan Tadbir disempurnakan oleh oleh Pemangku Ketua Staf, Lt
Kol Haron Che Mat pada 21 Mac lalu.
Dengan pemakaian pangkat ini maka terbuktilah bahawa ketigatiga anggoto tersebut telah berjaya mempamerkan prestasi kerja yang
baik dan mampu meletakkan diri di tahap kepercayaan yang tinggi.
Sehubungan itu, ketiga-tiga anggota ini juga kini memikul
tanggungjawab yang lebil untuk memastikan mutu kerja sentiasa di
tahap yang membanggakan. Adalah diharapkan agar mutu kerja yang
baik itu diteruskan dan sentiasa menjadi amalan serta contoh kepada
anggota yang lain.––Lt Saliza Abdul Shukor, foto; SSjn Mohamad
Hazeman Hanafiah
NAIK PANGKAT...pemakaian pangkat SSjn Hisham Md Zin
disempurnakan oleh isterinya Rushidah Ismail dengan disaksikan oleh
Pegawai Pemerintah 92 Depoh Kenderaan Pusat, Mej Zulkifli Abdullah
semasa perbarisan Pegawai Pemerintah pada 3 Apr lalu.
59
Semasa 4 Div
BIL 148/MEI 2006
Perbarisan Serah TTerima
erima Tugas
Panglima 4 Div
Oleh: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir
Foto: Sjn Mohamad Hisham Ismail
KUALA LUMPUR: Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 4 Div
diadakan di Padang Kawad 6 RRD pada 18 Apr lalu di antara Mej
Jen Dato’ Hj Megat Mohd Yusof Dato’ Hj Megat Mahmud dengan
Brig Jen Dato’ Mat Yasin Mat Daud, Panglima 12 Bgd (pemangku
Panglima 4 Div).
Serah menyerah tugas dilakukan kerana Mej Jen Dato’ Hj Megat
Mohd Yusof Dato’ Hj Megat Mahmud akan menamatkan perkhidmatan
dari A TM mulai 15 Mei 2006 setelah berkhidmat lebih kurang 36
tahun.
Perbarisan persaraan Panglima 4 Div itu terdiri daripada 12
pegawai dan 405 anggota Lain-lain Pangkat terdiri daripada formasi
dan pasukan di bawah naungan 4 Div. Upacara dengan penuh
gilang gemilang dengan pemakaian pakaian No.1 (Istiadat) turut
disaksikan oleh Panglima-Panglima formasi dan Pegawai-Pegawai
Memerintah/Pemerintah di bawah naungan 4 Div.
Perjumpaan Panglima
4 Div bersama warga 6
RRD
KUALA LUMPUR: Perjumpaan Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Dato’ Hj
Megat Mohd Yusoff Dato’ Hj Megat Mahmud bersama warga 6 RRD
diadakan di Dewan Dato’ Othman Harun pada 6 Mac lalu. Ketibaan
Panglima 4 Div disambut oleh Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Alias
Abu Bakar serta Pegawai-pegawai dari 6 RRD.
Dalam ucapannya, Panglima 4 Div menyeru kepada semua pegawai
dan anggota agar sentiasa meningkatkan tahap disiplin yang tinggi serta
menjadikan profesion ketenteraan ini sebagai profesion yang terbaik.
Beliau juga mahupun 4 Div ini sebagai formasi yang digeruni oleh
musuh dan segan oleh kawan seangkatan. Justeru, setiap anggota
tentera beloh menyumbang dalam pelbagai cara untuk menaikkan imej
tentera itu sendiri. Di akhir perjumpaan tersebut, warga 6 RRD telah
memberikan cederamata sebagai tanda kenangan kepada Panglima 4
Div. —Sjn Mohamad Hisham Ismail
BERPISAH...warga 6 RRD mengucap selamat bersara kepada Panglima 4 Div
60
CEMERLANG...Brig Jen Dato’ Mat Yasin menyampaikan hadiah kepada pelajar
cemerlang sempena Hari Anugerah Cemerlang
Hari Anugerah Cemerlang dan
Mesyuarat Agung PIBG
KUALA LUMPUR: Walaupun padat dengan tugas dan jadual
pemerintahannya Panglima 12 Briged (Bgd), Brig Jen Dato’ Mat Yasin
Mat Daud masih mampu meluangkan masa menghadiri Hari Anugerah
Cemerlang dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn pada 25
Mac lalu.
Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar ibu bapa memberi
pendidikan dan didikan kepada anak-anak tanpa rasa jemu bagi
memastikan anak-anak membesar sebagai seorang yang berguna dan
mampu berjasa kepada negara.
Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa banyak gejala yang
tidak sihat telah menular di kalangan remaja masa kini dan tindakan
untuk membedungnya harus dilaksanakan dengan segera dari semasa
ke semasa agar tidak terus menjadi wabak yang sukar dilenyapkan.–
–Lt Saliza Abdul Shukor, foto; Kpl Rosman Hamid
BIL 148/MEI 2006
Semasa Pusat Latihan
PL
TD lawat PUL
ADA
PLTD
PULADA
Oleh: PW 2 Amran Hamid
Foto: PW 2 Mazlan Hj Mansor
ULU TIRAM: Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Mokhtar Perman membuat
lawatan rasmi beliau ke PULADA pada 18 Jan lalu. Ini merupakan lawatan
ulung beliau sejak mengambil alih jawatan sebagai Panglima Latihan TD.
Lawatan dimulakan dengan Kawalan Kuarter dan seterusnya
menerima taklimat di Bilik Wawasan PULADA oleh Kol Masrani Paiman,
Komandan PULADA dan beliau dibawa mengunjungi Cawangan
Peperangan Hutan (CPH) dan diberi taklimat oleh Mej Zainuddin Che Am
serta dibawa melawat ke perkampungan ikhtiar hidup untuk melihat
dengan lebih dekat teknik-teknik yang diguna pakai oleh cawangan
tersebut.
AMANAH...Pengerusi Badan Kebajikan Amal Angkatan Tentera
(BAKAT) 73 Batalion (Bn) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) yang baru,
Radiah Nordin (kiri) dilantik bagi menggantikan Pengerusi BAKAT
lama iaitu Nor Ziyati Abdullah yang mengikuti suaminya bertukar keluar.
majlis serah terima tugas tersebut diadakan di rumah BAKAT 73 Bn
KPD pada 11 Feb lalu. — Sjn Lila Zuraida Zakaria, foto; Pbt Wan
Mohd Farhan Wan Arshad
Hari Keluarga PUL
ADA
PULADA
ULU TIRAM: Sempena Hari Ulang Tahun PULADA yang ke-34 pada 14
jan lalu, satu majlis bagi meraikannya telah diadakan di Taman Penuntut.
Komandan PULADA, Kol Masrani Paiman dan keluarga merasmikan
majlis tersebut yang dihadiri semua warga PULADA serta keluarga.
Sambutan Hari Keluarga PULADA ini juga bagi meraikan tiga pelajar
UPSR, lima pelajar PMR yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam
peperiksaan masing-masing dan 20 kanak-kanak istimewa. Majlis turut
diserikan dengan persembahan kompang, tarian singa dan tarian India.
Selain itu, pelbagai acara menarik diadakan dan simboliknya adalah
memotonng kek sempena HUT PULADA antara Komandan, SMR, SMR
Latih dan Soldadu termuda di pusat ini. — PW 2Amran Hamid, foto;
PW 2 Mazlan Hj Mansor
KURSUS JURULATIH...daya intelektual dalam menguasai ilmu hendaklah
seiring dengan skil kejurulatihan dan diberi keutamaan untuk mewujudkan
seorang tentera yang terlatih. Begitulah antara kata-kata semangat Ketua
Bahagian Bantuan Kenderaan Latihan (BBKL) yang mewakili Komandan,
Mej Letchumuna Rajanaran Subramaniam semasa merasmikan
Pembukaan Kursus Jurulatih Memandu dan Senggaraan Kenderaan jenis
A & B pada 6 mac lalu. Kursus Siri 1/2006 yang terdiri daripada empat
pegawai dan 13 lain-lain Pangkat bakal melahirkan Jurulatih di dalam
aspek Memandu dan Senggaraan Kenderaan Jenis A mahupun B di
dalam Kor Armor Diraja. — PULAMOR
LAWATAN...Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat (AD)
mengadakan lawatan bersempena dengan Program Pertukaran
Pegawai TNI-AD dengan Tentera Darat Malaysia. Melalui program
tersebut, seramai dua orang berpangkat Kapten dari TNI-AD telah
membuat kunjungan ke PULADA dalam pengurusan dan pentadbiran
yang berkaitan dengan taktik-taktik peperangan terkini di PULADA. —
PW 2 Amran hamid, foto; PW 2 Mazlan Hj mansor
61
Semasa Pasukan Elit
BIL 148/MEI 2006
Sek Kem Iskandar
mulakan sesi
persekolah
Oleh : Kpl Sani Osman
MERSING: 319 anak-anak tentera di Kem Iskandar memulakan sesi
persekolah pada 20 Mac lalu setelah siap sepenuhnya Sekolah
Kebangsaan Kem Iskandar (SKKI) merupakan projek untuk kemudahan
anak-anak anggota Gerak Khas.
Pada sesi pertama persekolahan di SKKI acara bacaan Ya’sin dan
pertauliahan sijil diadakan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegarah
Bahagian Pembangunan Sekolah Negeri Johor, Pegawai Pelajaran
Daerah, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru serta Ibu bapa
murid-murid.
Sekolah yang menyediakan kemudahan bilik darjah yang serba
canggih, bilik komputer, bilik sains, muzik serta padang dan gelanggang
untuk bersukan.
Walaupun Sekolah ini masih ditahap permulaan, seramai 18 guru
mula mengajar murid-murid dari tahap 1 sehingga tahap 6.
Tradisi berjabat
tangan Para
MELAKA: Panglima10 Briged (Bgd) Para, Brig Jen Dato’ Mazelan Kasap
mengilhamkan dan memperkenalkan tradisi berjabat tangan para semasa
beliau dilantik sebagai Panglima 10 Bgd Para yang ke-9 pada 11 Okt
2004.
Mula diimplementasikan kepada semua lapisan peringkat anggota Para.
Tradisi ini bertujuan untuk membentuk satu identiti sebuah ketumbukan
elit Tentera Darat yang disegani dan ia merupakan sesuatu yang simbolik
dan menjadi satu tradisi bagi anggota Para dalam mengeratkan hubungan
semua lapisan peringkat anggota yang melambangkan keakraban,
keberanian dan semangat juang yang tinggi sebagai seorang Para
Trooper. — Mej Zahari Bakri
BELAJAR...anak-anak tentera memberi tumpuan semasa guru
menyampaikan pelajaran
Ekspedisi 21 KDO
MELAKA: Kelab Harimau Satu, Rejimen 21 Komando (KDO)
menganjurkan Ekspedisi Bermotosikal dan Menjejak Kesan
Peninggalan Perang Dunia ke-2 yang bermula 14 hingga 16 Apr lalu.
Acara pelancaran ekspedisi tersebut dilakukan oleh Pegawai
Memerintah 21 KDO, Lt Kol Othman Mustaffa bertempat di hadapan
Skuadron Yankee.
Ekspedisi bermula dengan acara bermotosikal dari Kem Sungai
Udang sehingga ke Gunung Telapak Buruk di Daerah Kuala Klawang,
Kuala Pilah. Pada 15 April, para peserta ekspedisi memulakan
perjalanan mengesan bangkai pesawat B24 LIBERATOR yang
dipercayai terhempas semasa perang dunia kedua.
Ekspedisi yang terdiri daripada 35 orang peserta turut terlibat
dalam ekspedisi ini ialah wakil dari Utusan Malaysia, Muzium Tentera
Darat dan juga wakil Sasaran Penting 1 Briged. Ekspedisi ini adalah
bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di antara ahliahli Kelab Harimau Petanda dan juga merekod kedudukan sebenar
bangkai pesawat tersebut.— Kpl Mohamad Abdullah, foto; LKpl
Salim Abdullah
KESAN SEJARAH... anggota kelab Harimau Petanda bergambar dengan
bangkai Pesawat B24 LIBERATOR yang terhempas
62
SEMANGAT KESUKANAN...9 pasukan di bawah naungan 21 GGK
menyertai Kejohanan Mini Olimpik Peringkat 21 Gerup Gerak Khas
pada 19 Apr lalu. Acara Renang adalah acara yang pertama di
pertandingkan. Acara Tinju dan Seni Mempertahankan Diri sahaja yang
akan dipertandingkan di Peringkat Tentera Darat walau bagaimanapun
acara-acara yang lain tetap akan di pertandingkan di Peringkat 21
GGK. Kejohanan Mini Olimpik ini akan dilaksanakan mulai bulan Apr
sehinggalah pada bulan Nov tahun ini. ––Kpl Sani Osman
BIL 148/MEI 2006
Semasa AW
Kewajipan yang
dituntut
BERTUKAR...bagi meraikan pegawai-pegawai pasukan yang bertukar
keluar, Wisma Perwira Batalion Infantri 304 Askar Wataniah
mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental di Dewan Persidangan
Majlis Daerah Gerik baru-baru ini. Seramai enam pegawai diraikan
termasuklah Penolong Pegawai Memerintah, Mej Abdul Suhaimi Padzil
yang akan bersara daripada perkhidmatan. Pegawai Memerintah, Lt
Kol Hamidi Abdul Ghalim mengucapkan terima kasih kepada pegawai
yang bersara dan bertukar keluar di atas sumbangan serta jasa
yang dicurahkan. — Lt Alias Ismail, foto; Pbt Rizal Cholan
BARIS...kelihatan warga Bn 301 Inf AW berbaris untuk
menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama Pegawai
Memerintah
Oleh: Lt Alias Ismail
Foto: Pbt Rizal Cholan
GERIK: Batalion 301 Infantri Askar Wataniah (Bn Inf AW) melaksanakan
perbarisan sembahyang Jumaat beramai-ramai peringkat pasukan yang
diadakan setiap dua minggu dalam sebulam bertujuan mengamalkan
kewajipan yang dituntut dan saling ingat mengingati sesama pemerintah
dan anggota.
Semua peringkat anggota memulakan perbarisan di padang kawad
pasukan seterusnya berjalan kaki ke Masjid Jamek Gerik sejauh 700
meter bersama-sama Pegawai Memerintah.
Program ini dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah agar setaip
anggota dapat memantapkan jasmani dan rohaniah dari segi mental dan
fizikal dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul sejajar dengan
arus perkembangan masa kini.
LATIHAN...Ahli-ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah
(JAKPAW) menjalani latihan menembak di lapangsasar Kem Sungai
Durian dengan dikawal oleh jurulatih pasukan Rejimen 506 AW barubaru ini. Latihan ini adalah salah satu daripada aktiviti yang akan
memperkasakan JAKPAW ke arah menyemarakkan lagi peringkat
penyertaan rakyat negeri Kelantan dalam menyertai AW. — Sjn Amran
Omar
PERSIAPAN...Batalion Infantri 304 Askar Wataniah mengambil inisiatif
menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan peringkat pasukan bagi
mendedahkan ilmu alam perkahwinan kepada anggota yang bakal
melangsungkan perkahwinan. Kursus ini bertujuan memberi panduan
kekeluargaan supaya rumah tangga tidak mudah goyah dengan dugaan
yang datang berasas agama Islam.–– Lt Alias Ismail, foto; Pbt
Ridzuan Mat Zain
PRIHATIN...Pegawai Memerintah Batalion 304 Infantri Askar Wataniah
(Inf AW), Lt Kol Hamidi Abdul Ghalim membuat lawatan ke Hospital
Gerik bagi melawat keadaan anak dan isteri anggota 304 Inf AW
yang dimasukkan ke hospital. Lt Kol Hamidi kemudian mengambil
kesempatan beramah mesra dan menyampaikan cenderamata bagi
meringankan kesakitan yang ditanggung. – Lt Alias Ismail
63
Tentera Bersama Rakyat
AKRAB...Mohd Noor (tengah) dan Naruepon Laetee (lima dari kanan)
bergambar selepas upacara penutup
PELBAGAI usaha dijalankan bagi mengeratkan hubungan kedua-dua buah negara
antara Malaysia dan Thailand tidak kira dalam bentuk aktiviti latihan mahupun
projek geraksaraf. Oleh itu, pada 20 hingga 22 Apr lalu wartawan Berita Tentera
Darat Malaysia, PW 2 Zaini Hj Abd Ghani dan jurugambar Pbt Saiful Fazley Rusli
membuat liputan perlaksanaan aktiviti geraksaraf yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Wilayah Sempadan (Regional Border Committee (RBC)) MalaysiaThailand.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang, yang mana
dengan adanya aktiviti seperti rawatan kesihatan dan pergigian percuma pada penduduk
sekitar sempadan Durian Burung dan Ban Prakob.
Di samping itu, objektif utama pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran
keselamatan, menaikkan taraf kehidupan dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin
antara penduduk sempadan kedua-dua negara.
Demikian antara ucapan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Mohd Noor Hj Rofie pada
majlis penutup Aktiviti Geraksaraf Gabungan Malaysia-Thailand Siri 1/2006.
Aktiviti Geraksaraf Gabungan (Combined Psyops Activities) yang dilaksanakan di Padang
Sanai, Kedah adalah aktiviti muhibah yang dilaksanakan bagi faedah penduduk Durian Burung,
Malaysia dan Ban Prakob, Thailand.
Bagi Pegawai Daerah Nathawi, Naruepon Laetee semasa ucap balas menjelaskan dengan
adanya aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan kedua-dua
buah negara terutamanya penduduk yang berhampiran sempadan dangan Malaysia.
“Kalau dilihat selama dua hari aktiviti yang dijalankan begitu meria dan mesra dengan
sambutan oleh penduduk Ban Prakob dengan penduduk Durian Burung dengan melaksanakan
pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh pihak penganjur.
“Bagi pihak Thailand aktiviti seperti ini akan dilaksanakan secepat mungkin sebagai maklum
balas aktiviti geraksaraf yang telah kerajaan Malaysia laksanakan,’’ katanya.
Aktiviti Geraksaraf Gabungan Malaysia-Thailand yang dirancang untuk dilaksanakan di
sekitar sempadan bersama sekurang-kurangnya dua kali setahun secara bergilir-gilir. Dalam
pada itu, objektif utama pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran keselamatan,
menaikkan taraf kehidupan dan mengeratkan hubungan yang sedia terjain antara penduduk
sempadan kedua-dua negara.
Pameran yang dapat kerjasama dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bomba, Penjara,
AADK, FAMA, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan,Pejabat Kesihatan, MARDI dan Daerah
Nathawi dengan mempertengahkan produk tani.
6464
BIL 148/MEI 2006
BIL 148/MEI 2006
BIL 148/MEI
2006 2006
BIL 148/MEI
Tentera Bersama Rakyat
GEMBIRA...Khamisah tersenyum riang
di hadapan rumah yang telah siap dibina
MESRA...Ketua Jurutera dan isteri serta Khamisah bersama-sama
memotong reben tanda perasmian rumah baru
Oleh: SSjn Aziz Deroah
TAIPING: Ketua Jurutera, Brig Jen Dato’ Pahlawan Shahruddin
Abdullah menyerah kunci rumah kepada Khamisah Osman pada 19
Apr lalu yang juga cuti umum bagi Negeri Perak sempena Sambutan
Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak ke-78.
Khamisah ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata terdiri
seorang lelaki dan dua perempuan, isteri kepada allahyarham Sjn
Abdul Samad Jamai yang meninggal dunia pada 20 Mei 2004 ketika
berusia 33 tahun.
Allahyarham Sjn Abdul Samad meninggal dunia kerana diserang
penyakit septicaemic shock with multiorgan failure adalah bekas
anggota dari Kor Ordnans Diraja dan unit terakhir allahyarham di 72
Batalion Ordnans Diraja.
Projek pembinaan rumah ini dilaksanakan oleh 2 Skuadron Rejimen
Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang diketuai oleh Kapt Anuar Mustafa
bersama 20 anggota, bermula pada 23 Jan 2006 dan siap pada 13
Apr lalu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Khamsiah sebanyak
RM50,600 setelah mendapat kelulusan pembinaan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Geraksaraf 2 Div.
Rumah kediaman yang dibina ini berukuran 24 kaki lebar dan 50
kaki panjang, mempunyai satu ruang tamu, satu ruang makan, tiga
bilik tidur, satu ruang dapur, dua bilik mandi, tempat letak kenderaan
dan keseluruhan lantainya rumah dipasang dengan jubin.
Usaha ini adalah atas keprihatinan Markas RAJD 2 Div di dalam
membantu balu kepada anggota tentera yang telah meninggal dunia.
Khamisah kini bertugas sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan
Kampung Perak, Baru Kurau melahirkan rasa gembira kerana hasrat
allahyarham suaminya untuk mendirikan rumah di sebidang tanah yang
dibeli mereka kini sudah ditunaikan.
“Memang menjadi hasrat allahyarham dan saya untuk mendirikan
rumah di sebidang tanah yang dibeli ini, tetapi hasrat ini tidak dapat
ditunaikan oleh allahyarham dan sekarang menjadi tanggungjawab saya
untuk melaksanakannya.
“Hari ini saya bersyukur kerana hasrat tersebut menjadi kenyataan
dan rumah ini akan menjadi tempat berlindung pada saya untuk
membesarkan anak-anak yang masih kecil ini,” jelasnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Markas RAJD 2 Div
terutama kepada pegawai dan anggota 2 Skn RAJD yang banyak
membantu melaksanakan pembinaan rumah ini, bagi beliau pengorbanan
mereka ini amat bermakna baginya sebagai ibu tunggal.
Turut hadir menyaksikan di majlis penyerahan kunci rumah ini, isteri
Ketua Jurutera, Datin Dalila Harun, Pemerintah RAJD 2 Div, Lt Kol Shobri
Abdullah, Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD, Mej Muhammad Zamri Musa
dan Ketua Kampung Anak Kurau.
HASRAT TERCAPAI...Brig Jen Dato’ Pahlawan Shahruddin
menyerahkan replika kunci rumah kepada Khamisah
65
65
Prihatin
Engline terima
wang pampasan
RM55,500
BIL 148/MEI 2006
PRIHATIN...Terassa
Wong menerima cek
Insurans Kelompok yang
disampaikan oleh Lt Kol
Norizan
Waris mendiang Rjr
Ng Le Khiong terima
pampasan
Dg Nooramah Ismail menyampaikan cek kepada isteri mendiang Sjn Robinson,
Engline Patricia Patrik dan disaksikan oleh Kem Komandan 5 Bgd, Mej A Sham
Jambari
Oleh: Pbt Safran Isnin
LOK KAWI: Isteri mendiang Sjn Robinson Manir, Engline Patricia Patrick
menerima cek berjumlah RM22,200 yang disempurnakan oleh Penyelia
Cawangan Koperasi Tentera Kota Kinabalu, Dg Nooramah Ismail
disaksikan oleh Kem Komandan Markas 5 Bgd, Mej A Sham Jambari
serta ahli keluarga mendiang manakala ayah mendiang Manir Sulat
menerima cek berjumlah RM33,300 ialah pampasan insurans kelompok
mendiang sebanyak tiga unit dan dibahagi kepada dua bahagian.
Mendiang Sjn Robinson dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) adalah
anggota Jurulatih PLKN Kem Tanaki Tambunan yang telah meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya pada 25 Mei 2005.
PRIHATIN...Penolong Pegawai Pemerintah 22 Skuadron Rejimen
Askar Jurutera Diraja (Skn RAJD) Askar Wataniah (AW), Kapt
Abdullah Sani Mohamed menyerahkan cek Insurans Kelompok
berjumlah RM48,273.33 kepada balu Mendiang Kpl Sankar Muniandy
di rumahnya baru-baru ini. — 22 Skn RAJD
66
KOTA BHARU: Ibu mendiang Rjr Ng Le Khiong, Terassa Wong
menerima cek Insuren Kelompok dari Koperasi Tentera yang
disampaikan oleh Pegawai Memerintah 5 Rejimen Renjer Diraja (RRD),
Lt Kol Norizan Ahmad di pejabatnya pada 7 Mac lalu.
Mendiang Rjr Ng Le Khiong meninggal dunia akibat kemalangan
jalan raya pada 9 Okt 2005. Terassa Wong berkata, dengan wang
yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan empat
orang adik beradiknya yang masih bersekolah. — Kapt Hanry Maling,
Rjr Kerry Wong Sui Ming
PRIHATIN...Pbt Zahari Talib suami kepada allahyarhamah Pbt Zamila
Muhamad menerima Cek Pampasan Insurans Kelompok bernilai
RM18,000.00 yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 301 Askar
Wataniah (AW), Lt Kol Sheikh Aladin Abd Razak di Wisma Perwira
pada 10 Jan lalu. Allahyarhamah Pbt Zamila meninggal dunia semasa
menjalani kursus kadar di Rejimen 512 AW dan meninggalkan seorang
anak lelaki berusia 5 bulan. — Kapt Zaker Josop, foto; LKpl Abd
Rahman Ismail
BIL 148/MEI 2006
Pusat Latihan
BIL 148/MEI 2006
...peranan ILMI adalah untuk
meningkatkan keilmuan dan
kefahaman islam yang
sebenar dalam ATM menerusi
pembinaan ilmu, iman dan
amal bagi menyumbangkan
daya tempur... —
Komandan ILMI, Lt Kol
Ibrahim
PERINGATAN...Panglima Angkatan
Bersenjata Brunei mengadakan lawatan
ke ILMI
I
NSTITUT LATIHAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (ILMI) merupakan
pusat pembangunan modal Insan cemerlang dan penyampaian ilmu
moden kerohanian dan fizikal terutamanya kepada Warga Angkatan
Tentera Malaysia khasnya dan masyarakat umum amnya agar menjadi
amalan dan panduan sejajar dengan Islam Hadhari yang ditekankan oleh
Kerajaan terhadap seluruh rakyat Malaysia.
ILMI merupakan salah satu pusat penyebaran ilmu dan dakwah bukan
sahaja kepada golongan muslim di dalam Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), malah kepada seluruh warganya yang berbilang bangsa dan
agama agar sama-sama saling bantu membantu dalam apa jua keadaan
suka mahupun duka untuk memperjuangkan tanah air tercinta.
Bagi mengetahui amanah, pembangunan dan perancangan ILMI,
wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, Sjn Muhammad Solor Hj
Ismon dan jurugambar, Pbt Saiful Fazley Rusli menemui Komandan
ILMI, Lt Kol Ibrahim Hj Embong untuk mendapat penjelasan dengan
lebih lanjut lagi.
Ketika ditemui, Lt Kol Ibrahim menerangkan peranan ILMI adalah untuk
meningkatkan keilmuan dan kefahaman islam yang sebenar dalam ATM
menerusi pembinaan ilmu, iman dan amal bagi menyumbangkan daya
tempur.
Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk melahirkan warga Kor
Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang mempunyai tahap akademik
dan profesional yang tinggi dalam menyampaikan dakwah Islamiah serta
memberi pendidikan agama warga tentera dan masyarakat, memberi
67
bimbingan pelbagai aspek berkaitan keagamaan Islam dan contoh yang
murni bagi membantu warga tentera melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih sempurna dan berkesan sejajar dengan
keadaan dan perubahan zaman masa kini, melatih warga tentera dalam
espek ibadat di medan di samping menghidupkan amalan Sunnah serta
nilai-nilai murni warisan peradaban Nabi dan sahabat serta pahlawanpahlawan Islam sebagai semangat dan perjuangan menentang musuhmusuh yang mengganggu-gugat keamanan negara.
Memberi bimbingan amalan agama serta tingkah laku dan menghormati
masyarakat yang berbilang bangsa agar mencapai kata sepakat untuk
mempertahankan kedaulatan tanah air termasuk kepada isteri dan anakanak warga tentera. Manakala visi dan wawasan ILMI adalah untuk
menjadi sebuah Institusi Pendidikan Islam ATM yang berkualiti dan
cemerlang dalam pembangunan modal Insan selaras dengan dasar ATM
dan negara.
“Wawasan dan pembangunan Insan, ILMI turut menyumbang faedah
dan kemudahan dengan menganjurkan semaksima mungkin kursuskursus asas, kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenar kepada
seluruh warga ATM dalam tiga perkhidmatan secara bersistematik dan
budaya kerja yang cemerlang. Bagi golongan remaja, kursus-kursus
generasi cemerlang dan remaja berwawasan turut diadakan bagi
memberi panduan dan iktibar untuk kehidupan yang akan datang bagi
menghadapi perubahan zaman yang mencabar.
“ILMI juga berganding bahu dengan agensi agama awam untuk turut
...Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk
melahirkan warga Kor Agama Angkatan Tentera
(KAGAT) yang mempunyai tahap akademik dan
profesional yang tinggi dalam menyampaikan
dakwah Islamiah serta memberi pendidikan agama
warga tentera dan masyarakat, memberi bimbingan
pelbagai aspek berkaitan keagamaan Islam...
67
Pusat Latihan
serta berperanan menyumbangkan ilmu dan
kepakaran mereka menerusi kursus-kursus
tajaan ILMI dan cuba sedaya upaya
menyampaikan mesej agama melalui metode dan
pendekatan moden yang diminati dan mudah
difahami,” jelasnya.
Tegasnya lagi, untuk menjadikan ILMI sebuah
organisasi terbaik dengan keanggotaan yang
begitu terhad, saya mengambil pendekatan
mencari
jalan
mengagihkan tugas
secara adil dan bijaksana,
melakukan pemantauan
secara
berterusan
kepada tugas yang diberi
kepada pegawai dan
anggota terutamanya dari
segi aspek disiplin, latihan
dan
kebersihan
persekitaran ILMI.
“Membimbing pegawai
dan anggota supaya
sentiasa bersikap jujur
dan amanah dalam
perlaksanaan tugas
selain memberikan
semangat dan motivasi dengan mengadakan
lawatan sambil kerja atau rekriasi serta
memberi teguran yang membina dan
pengharagaan terhadap mutu kerja pegawai
dan anggota.
“Menunaikan hak kebajikan pegawai dan
anggota serta keluarga mereka disamping
mengadakan gotong royong seminggu sekali
melibatkan staf dan penuntut agar sama-sama
mendapat kerukunan sebagai sebuah kelurga
demi kemajuan ILMI kekal berterusan.
Tambahnya lagi, dari segi membantu
anggota membentuk sahsiah diri, ILMI telah
menyusun jadual mereka dengan mengambil
kira aspek pembinaan jasmani dan rohani
dengan membudayakan kehidupan anggota
tentera melaksanakan tugas dengan tidak
mengabaikan tuntutan agama.
“Solat sentiasa dilaksanakan secara
berjamaah, bacaan al-Quran dan tafsiran
menjadi agenda harian. Sebelah malamnya
dihidupkan dengan kelas pengajian dan
bimbingan untuk semua penuntut dan kelas
fardu ain untuk staf turut dilaksanakan. Bagi
staf KAGAT di gesa menunjukan contoh dan
tauladan terbaik dan bergaul mesra bersama
anggota dalam membantu usaha pembentukan
sahsiah diri. Staf KAGAT yang ada di ILMI
merupakan pilihan daripada Jabatanarah
KAGAT untuk tujuan murni ini.
“Selain itu, ILMI turut membantu anggotaanggota tempur dengan melaksanakan
ketahanan fizikal yang mempunyai kaitan rapat
dengan kekuatan rohani dan spiritual. Kekuatan
rohani yang berasaskan kepada kefahaman
yang jelas mengenai Islam akan mendorong
anggota kepada perjuangan dan pengorbanan
demi mencapai kecemerlangan dalam setiap
pekerjaan.
“Bagi mencapai hasrat tersebut, ILMI
melaksanakan sebanyak dua kali seminggu
latihan jasmani untuk semua penuntut kursus.
Latihan kawad juga diadakan sekali seminggu
khusus untuk penuntut KAGAT. Acara sukan
68
68
BIL 148/MEI 2006
dan riadah diaturkan
seminggu sekali pada setiap
hari khamis dan digalakkan
bersukan sekiranya tiada
aktiviti sebelah petang. Saya
berkeyakinan
penuh
pendidikan di ILMI mampu
melahirkan seorang perajurit
yang berani berjuang
RASMI...PM dan TPM
merasmikan penubuhan
ILMI
PERIKSA...PM memeriksa
Kawalan Kehormat semasa
melawat ILMI
...Pendidikan di ILMI lebih
menumpukan kepada
pendidikan Islam. Bermula
daripada proses kesedaran,
kefahaman seterusnya
kepada penghayatan,
tasawwur dan tamadun
Islam. Kursus intensif
seperti Asas Pembacaan AIQuran, Asas Fardu Ain turut
dilaksanakan di ILMI. Tidak
ketinggalan juga kursus
bimbingan seperti Khidmat
Kaunseling, Khidmat sosial,
Imam dan Bilal dan lain-lain
kursus...
disamping mempunyai ahlak yang tinggi serta
dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang,”
katanya.
TEKUN...penuntut mendengar
penerangan daripada tenaga
pengajardariluar
“Manakala dari segi saluran pemerintahan ILMI
diletakkan di bawah perintah dan pengawasan
Markas ATM dari aspek pengurusan kewangan
dan logistik iaitu Bahagian Operasi Latihan
Pertahanan dan Bahagian Logistik Pertahanan.
Sementara itu dari aspek latihan dan sumber
manusia ianya di bawah BPA-Jabatan Arah
KAGAT, manakala pentadbiran tempatan,
keselamatan dan disiplin adalah di bawah
Markas Briged Pertama Infantri, Kem Rasah,
Seremban.
“Pendidikan di ILMI lebih menumpukan
kepada pendidikan Islam. Bermula daripada
proses kesedaran, kefahaman seterusnya
kepada penghayatan, tasawwur dan tamadun
Islam. Kursus intensif seperti Asas Pembacaan
AI-Quran, Asas Fardu Ain turut dilaksanakan di
ILMI. Tidak ketinggalan juga kursus bimbingan
seperti Khidmat Kaunseling, Khidmat sosial,
Imam dan Bilal dan lain-lain kursus. Dari aspek
lain mengenai latihan dan pentadbiran sama
seperti Pusat Latihan yang lain. Program
praktikal, kita adakan diwaktu malam terutama
selepas solat maghrib,” tambahnya lagi.
Seterusnya kursus-kursus di ILMI terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu kursus kerjaya/
fungsional KAGAT dan kursus bimbingan
kepada warga ATM di ketiga-tiga perkhidmatan,
laut, udara dan darat. Dalam perancangan
jangka masa panjang, ILMI merancang akan
menganjurkan sebanyak 48 jenis kursus.
Setakat ini, terdapat sebanyak 24 jenis kursus
BIL 148/MEI 2006
Pusat Latihan
...Antara kursus-kursus yang
dilaksanakan di ILMI adalah
seperti Kursus Kerjaya
KAGAT, kursus wajib bagi
perkembangan kerjaya
anggota KAGAT untuk
kenaikan pangkat dan anjakan
gaji mereka. Syarat-syarat
penyertaan dan silibus
kursus disusun atur sesuai
dengan bidang tugas
anggota di pasukan
berasaskan kepada pangkat
yang disandang...
yang telah lengkap dibentuk dengan
Rancangan Pembangunan Latihan
(RPL). Kesemua kursus tersebut telah
mula dilaksanakan sejak penubuhan ILMI
secara berperingkat berdasarkan
kepada kajian dan penelitian daripada
Cawangan Sumber Manusia (CSM)
Jabatan Arah KAGAT dan Bahagian
pengurusan Latihan ILMI.
“Antara kursus-kursus yang
dilaksanakan di ILMI adalah seperti Kursus
Kerjaya KAGAT, kursus wajib bagi
perkembangan kerjaya anggota KAGAT untuk
kenaikan pangkat dan anjakan gaji mereka.
Syarat-syarat penyertaan dan silibus kursus
disusun atur sesuai dengan bidang tugas
anggota di pasukan berasaskan kepada
pangkat yang disandang.
“Kursus Fungsional KAGAT ialah kursus
sampingan bagi anggota KAGAT yang
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran anggota mengenai bidang-bidang
tertentu, contohnya Ilmu Kaunseling, Fikh
Awlawiyyat, Tahsin dan Tahkim AI- Quran serta
lain-lain, kursus pengurusan pentadbiran,”
katanya.
Tambah beliau lagi, Kursus Tiga
Perkhidmatan, merupakan kursus sampingan
bagi anggota tentera ketiga-tiga perkhidmatan
laut, udara dan darat. Kursus ini bertujuan
memberi kefahaman dan pendedahan mengenai
Tasawwur dan Tamadun Islam serta lain-lain
itmu Islam. Antara kursus yang dianjurkan ialah
CELIK IT...pusat sumber IT
memberi ruang pembelajaran yang
selesa dan berteknologi
ILMU...jurulatih ILMI memberi
tunjuk ajar kepada penuntut
Kursus Penghayatan Islam untuk pegawai dan
lain-lain pangkat, Kursus Asas Pembacaan AIQuran, Kursus Asas Bahasa Arab, Kursus
Khidmat Sosial dan lain-lain,” jelasnya.
“Antara syarat kursus tiga cabang
perkhidmatan termasuk Penghayatan Islam
Pegawai Medan Kapt ke Mej, Penghayatan Islam anggota Lain-Lain Pangkat Sjn ke atas,
Asas Pembacaan al-Quran yang tidak tahu
membaca al-Quran dan Bahasa Arab yang
mengetahui tulisan jawi.
“Contoh syarat kursus kerjaya KAGAT yang
mesti diambil oleh anggota LLP seperti Pembantu
Agama Rendah (PEMARA) dengan syarat
kelayakan mestilah anggota yang berpangkat
Pbt dan LKpl, mempunyai tahap kesihatan FE/
BE dan mempunyai kursus asas rekrut selama
enam bulan. Pembantu Agama Biasa (PEMAS)
dengan syarat kelayakan seorang lelaki
berpangkat LKpl yang telah mengikuti kursus
PEMARA dan dua tahun dalam perkhidmatan.
“Pembantu Agama Kanan (PEMAK) Kelas
2, dengan kelayakan lelaki dan wanita telah
menghadiri kursus PEMARA bagi
peningkatan ketukangan PEMAK,
berpangkat Kpl dan tahap kesihatan FE
manakala BE boleh dipertimbangkan.
PEMAK Kelas 1, syarat kelayakan anggota
lelaki dan wanita yang berpangkat Sjn dan
SSjn, telah menghadiri kursus PEMARA,
PEMAS dan PEMAK Kls 2, tahap kesihatan
FE dan sekurang-kurangnya enam tahun
perkhidmatan dalan ATM.
“Bagi kursus Penyelia PEMAK syarat
kelayakan mesti anggota lelaki dan wanita yang
berpangkat Sjn atau SSjn dan lulus PEMAK Kls
1 dan sekurang-kurang lapan tahun berkhidmat
dalam ATM,” terangnya.
Tambahnya lagi, ILMI bersedia melatih
anggota tentera dari luar negara sekiranya ada
permintaan dan diarahkan oleh Markas ATM
.Setakat ini ILMI pemah melaksanakan Kursus
Imam Bosnia dan seramai 22 anggota tentera
Bosnia terlibat menyertai kursus tersebut pada
bulan Mac tahun lalu. Selain itu, kita juga sedang
merancang dan membuat perjanjian dengan
(MoU) dengan Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei (ABDB) bagi melatih anggota transfer
kor mereka.
“Saya menyeru seluruh warga ATM, kita
merupakan amanah Allah yang dipilih untuk
berkhidmat dengan ATM, justeru, sebagai
seorang Muslim yang memahami hakikat
kewujudannya di dunia untuk mengurus dan
mentadbir bumi Allah ini, maka kita perlu
menyumbangkan yang terbaik untuk
kecemerlangan ATM khasnya dan negara Malaysia amnya. Ini selaras dengan pelaksanaan
Islam Hadhari untuk menjadikan warga ATM lebih
maju dan cemerlang. Laksanakanlah tugas
dengan penuh dedikasi dan penuh kejujuran,
korbankan masa, tenaga dan idea untuk agama,
bangsa dan pembangunan negara. Semua kerja
kita adalah ibadah.
“Pembangunan ATM khasnya dan negara
amnya perlu dijadikan agenda utama dengan
mengenepikan soal kepentingan peribadi yang
remeh temeh. Harapan saya agar semua warga
ATM dapat bersatu padu tanpa mengira agama
kerana penghayatan nilai-nilai murni dituntut olah
agama dan akan membangunkan negara ke
arah kecemerlangan,” jelasnya mengakhiri
pertemuan.
69
69
BAKAT
BIL 148/MEI 2006
Lawatan isteri PPA
AT
negara FPDA ke
PPDK Umi
Oleh: Kapt Suria Sulaima
Foto: Sjn MAzizi A. Rahman
MELAKA: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Umi Kem Terendak
sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lawatan
delegasi luar negara, terdiri daripada isteri-isteri Panglima Angkatan
Tentera (PAT) negara-negara Five Power Defence Agreement (FPDA)
iaitu negara Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom
pada 28 Mac lalu.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Puan Sri Datin Sri Siti Habsah
Omar, delegasi Australia oleh Liz Houston, delegasi New Zealand
Rosemary Ferguson dan delegasi United Kingdom Lady Mary Brunell
Nugent.
Ketibaan delegasi FPDA ini disambut oleh Pengerusi PPDK Umi,
Datin Umi Kalsom Wan Awamg. Beliau turut menyampaikan ucapan
alu-aluan. Delegasi turut diberi taklimat ringkas tentang sejarah serta
perkembangan terkini PPDK Umi oleh Lt Kol Ariff Soo Abdullah selaku
Pegawai Koordinator PPDK umi. Para delegasi juga telah dibawa
melawat sekitar kawasan serta bermesra dengan kanak-kanak
istimewa di sini.
Dalam lawatan ini juga Puan Sri Datin Sri Siti Habsah Omar turut
menyampaikan cek bantuan tahunan dari Tabung Kebajikan Angkatan
Tentera Malaysia berjumlah RM10,000 dan peralatan bantuan
mengajar.
KENANGAN...Kanak-kanak PPDK Umi bergambar bersama isteri-isteri
PAT Negara FPDA serta pengerusi-pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM
SEMANGAT...perlawanan akhir melibatkan BAKAT Kompeni Bnatuan
dan BAKAT Kompeni Markas yang dimenangi BAKAT Kompeni
Bantuan. Kejohanan bertujuan untuk memilih pemain-pemain bagi
mewakili ke peringkat briged. Piala pusingan dan cenderamata
disampaikan oleh Pengerusi BAKAT 2 RAMD, Kamariah Husin. — Kpl
Mohamad Hisham Ahmad Zaki
70
IBU BAKAT PLTD...Datin Habsah Tupon dilantik sebagai Pengeruis
Badan AMAL Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Pemerintahan
Logistik Tentera Darat. Beliau mangambil alih tugas Pengerusi BAKAT
PLTD daripada Datin Hjh Fowzia Hj Osman isteri Panglima Logistik TD,
Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin Hj Abu Bakar yang bersara dari
perkhidmatan. Majlis diadakan di bilik mesyuarat Kumpulan KPD pada
15 Feb lalu.
HILANG DI MATA, DI HATI JANGAN...setiap pertemuan pasti ada
perpisahan, begitulah juga dengan Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Hjh
Hatipah Ibrahim yang menyerahkan jawatan Pengerusi BAKAT 4 Div
pada 15 Apr lalu. Bersempena majlis itu, satu lawatan perpisahan ke
BAKAT 12 Bgd diadakan pada 4 Apr lalu. Pertunjukkan Tarian Pocopoco turut diadakan dan disertai beliau termasuklah Pengeruispengerusi BAKAT yang lain.
KUNJUNG...Pengerusi BAKAT Rejimen Renjer Diraja (RRD), Datin Sri
Hany Lubis Raja Enda Mona Lubis melakukan lawatan ulung ke-7 RRD
Mekanis (Mek) pada 24 Feb lalu. Dalam lawatan tersebut beliau diiringi
Pengerusi BAKAT 7 RRD Mek, Norhayati Omar dan ahli-ahli BAKAT. —
Lt Willie, foto; Rjr Shahruhezar Abdullah
BIL 148/MEI 2006
BAKAT
Tim Badmintin
BAK
AT TD cari bakat
BAKA
baru
BAK
AT 12 Bgd lawat
BAKA
Karangkaraf Publications
PEROLEH INFORMASI...Datin rahani bersama ahli BAKAT mendengar
penerangan tentang percetakan daripada staf Karangkraf PublicationS
Bergambar kenangan ketika menentang BAKAT 4 Bgd
Oleh: Sjn Norhayati Hj Abd Manaf
KUALA LUMPUR: 17 ahli Tim Badminton BAKAT Tentera Darat yang
diketuai Datin Hamidah Abd Rahman ditubuhkan pada bulan Feb 2005 dan
sedang menjalani latihan di Dewan Serbaguna Desa Tun Hussein Onn
(DTHO).
Sejak tertubuhnya tim ini, banyak perlawanan persahabatan telah
dilaksanakn dengan kelab-kelab awam sekitar Lembah Kelangdan Kuantan.
Antara kelab badminton yang pernah mengadakn perlawanan dengan
Kelab Badminton BAKAT TD ialah kelab Badminton Putri Islam Gombak,
kelab badminton ASNITA Kuala Lumpur, Kumpulan Badminton Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru dan kelab badminton yang melibatkab kaitangan
kerajaan mahupun swasta.
Menurut penguru Pasukan, Sjn Norhayati Ah Abd manaf pelbagai program dilakukan bagi memberi pendedahan kepada semua pemain sebagi
persiapan menghadapi Kejohanan badminton BAKAT diantara
perkhidmatan pada tahun 2007 nanti.
“Adalah menjadi harapan agar aktiviti yang dijalankan ini dapat
mencungkil bakat baru di smaping sentiasa mengekalkan prestasi, bersedia
dan merapatkan hubungan antar pemain dengan ahli BAKAT,” katanya.
Kepada sesiapa di antara ahli BAKAT yang menetap di kawasan sekita
ibu negara dan berminat mengikuti klinik ini bolehlah berhubung dengan
Ketua PAsukan, Datin hamidah Abd Rahman di talian: 03-40220250
atau Penolong Pasukan, Rasidah Adnan: 03-42578632
KUALA LUMPUR: BAKAT 12 Bgd bukan sahaja aktif dalam
mengendalikan aktiviti yang bersifat keibuan dan kebajikan, malah
turut menitik beratkan bidang keilmuan.
Aktiviti lawatan ke Karangkraf Publications, sebuah syarikat
percetakan ternama di Malaysia diadakan pada 23 Mac lalu yang
diketuai oleh Pengeruis BAKAT 12 Bgd, Datin Rahani Abu Bakar
dan ahli-ahli BAKAT dari pasukan-pasukan bawah naungan 12
Bgd bersama Pengerusi masing-masing.
Syarikat percetakan yang terletak di Shah Alam itu telah
menerima lawatan tersebut deng penuh keterbukaan dan sentiasa
sudi memberi japan kepada soala-soalan yang diajukan.
Lawatan seumpama itu, merupakan satu aktiviti yang
menguntungkan keranadi samping para ahli mendapat pengalaman
baru iaitu berada di kawasan percetakan, mereka juga didedahkan
denganproses serta jalan kerja bidang tersebut yang jarang
diperolehi oleh orang ramai. — Lt Saliza Abdul Shukor, foto;
Kapt Syarizan Mohd Syarif
Pengerusi BAK
AT 9 Bgd
BAKA
lawat anak Kapt
Awaludin
SIBU: Pengerusi BAKAT 9 Bgd, Jawahir Abdul Aziz mengadakan
lawatan ke Hospital Sibu untuk melijhat keadaan adik Mohd Akip anak
kepada PS 3 Belanjawan Markas 9 Bgd, kapt Awaludin Samsudin pada
25 Jan lalu.
Adik Mohd Akip dimasukkan ke Hospital kerana menghidap jangkitan
kuman pada paru-paru. Dalam lawatan tersebut Jawahir menyampaikan
cenderamata sumbangan daripada ahli-ahli BAKAT 9 Bgd kepada adik
Mohd Akip. — Sjn ZulkapliAlis, foto: Pbt Impi Jibon
TERIMA KASIH...adik Mohd Akip mengucapkan
terima kasih kepada Pengerusi BAKAT 9 Bgd, jawahir
di atas lawatan dan sumbangan yang diberikan
71
Agama
BIL 148/MEI 2006
Bahana Berhutang
Berhutang menurut perspektif Islam
Fenomena Hutang
“HUTANG sana, hutang sini, korek sana, timbus
sini, janji boleh hidup. Biar papa asal bergaya,
biar nampak berada,walaupun poket tak ada
apa-apa.Tak ada duit tak apa tapi….jangan tak
ada kad kredit”. Itulah antara ayat-ayat yang
menjadi bual bicara golongan yang suka
berhutang. Fenomena dan gejala suka
berhutang kini semakin menjadi-jadi
terutamanya dengan penawaran kad kredit
yang semakin berleluasa. Nampaknya hasrat
kerajaan untuk merancakkan aliran tunai
sebagai usaha untuk mengembangkan ekonomi
negara telah disalah tafsir oleh masyarakat
termasuk di kalangan anggota ATM.
Fenomena tinggal hanya beberapa ringgit
sahaja di dalam slip gaji merupakan fenomena
biasa di kalangan anggota ATM. Apa yang
membimbangkan fenomena tersebut bukan
sahaja melibatkan anggota bawahan malah turut
juga melibatkan kalangan pegawai. Ianya
menunjukkkan seolah-olah warga ATM dilanda
krisis kewangan yang teruk. Sejauh manakah
kebenarannya?
Walau apapun alasannya, sedikit sebanyak
kos sara hidup yang tinggi pada hari ini,
ditambah pula dengan kenaikan harga barangan
keperluan serta minyak yang menjulang tinggi
benar-benar menyesakkan nafas masyarakat
termasuklah anggota ATM. Walaupun pelbagai
elaun dibayar kepada anggota ATM,
kelihatannya masih belum cukup untuk
menampung beban kewangan yang
ditanggung. Tetapi jangan kita lupa sebenarnya
segalanya terletak di tangan kita. Bagaimana
sebenarnya kita mengurus kewangan?
Hutang adalah suatu bentuk muamalat atau
urusan masyarakat yang dibenarkan di dalam
Islam. Dalam agama Islam, khasnya di dalam
ilmu feqah Islam ada dibicarakan tentang bab
hutang-piutang yang dikenali dengan al-Qardh
dan al-Qardhul Hasan. Al-Qardh dan al-Qardhul
Hasan atau hutang piutang yang halal di sisi
Islam mempunyai kaedah dan cara tertentu
bagi menguruskannya. Hutang-piutang tidak
boleh dipisahkan dalam kehidupan, selagi
manusia hidup di dunia ini, selagi itulah ia
memerlukan kepada keperluan tertentu yang
kadangkala tidak mampu disediakan olehnya
dan perlu kepada urusan pinjam-meminjam atau
berhutang. Atas alasan inilah hukum asal hutang
adalah diharuskan tetapi atas batas syarat yang
perlu dipatuhi di sudut syarak bagi mengelakkan
sebarang
bentuk
penyelewengan,
penganiayaan mahupun penindasan berlaku di
dalam masyarakat.
Definisi al-Qardh dan al-Qardhul Hasan.
Al-Qardh atau al-Dain dan al-Salaf
bermaksud hutang. Hutang ialah akad yang
memindahkan hakmilik tuan punya hutang
kepada pihak yang berhutang ke atas sejumlah
wang atau barang yang mempunyai
persamaan, yang mana pihak yang berhutang
wajib membayar balik jumlah wang atau barang
tersebut sama dengan yang diterimanya
semasa akad apabila tempoh pembayaran.”
Al al-Qardul hasan ialah hutang tanpa bunga
atau riba dan diberi saguhati kepada tuan punya
hutang semasa membayar. Contohnya
seseorang berhutang daripada seseorang
yang lain tanpa mensyarat atau menjanjikan
sebarang bayaran lebih atau manfaat tertentu
semasa akad atau diluar akad, tetapi orang
yang berhutang akan memberi saguhati atau
hadiah kepada tuan punya hutang apabila
menjelaskan hutangnya sebagai tanda terima
kasih atas jasa baiknya.
Rukun Hutang
Hutang di dalam Islam mempunyai rukunnya
yang wajib dipatuhi untuk dihukum sebagai
hutang yang halal iaitu:
*
Tuan punya hutang, pemberi hutang
atau sipiutang.
*
Pihak yang berhutang atau
siberhutang.
*
Wang atau barang yang dihutang.
*
Sighah iaitu lafaz ijab dan qabul
pemberian dan penerimaan hutang.
Hukum hutang
Islam menghalalkan hutang sebagai salah
satu jalan keluar bagi golongan yang kesempitan
perbelanjaan, kewangan mahupun lain-lain
bentuk kebendaan untuk keperluan hidup.
Bagaimanapun dua bentuk hutang yang
dihalalkan di dalam Islam hendaklah memenuhi
empat rukun hutang yang telah ditetapkan dan
hanya dalam bentuk al-Qardh iaitu “pihak yang
berhutang wajib membayar balik jumlah wang
atau barang tersebut sama dengan yang
diterimanya semasa akad apabila tempoh
pembayaran” dan Qardhul Hasan iaitu ialah
hutang tanpa bunga atau riba dan diberi
saguhati kepada tuan punya hutang semasa
membayar tanpa mensyarat atau menjanjikan
sebarang bayaran lebih atau manfaat tertentu
semasa akad atau diluar akad,”.
Tujuan kebenaran berhutang
Tujuan Hutang dibenarkan di dalam Islam adalah
sangat murni dan jelas untuk tujuan membantu
golongan yang dhaif atau lemah untuk
membolehkan mereka memperoleh keperluan
hajat (hajiyat/keperluan asas) mereka. Ia
dibenarkan bagi menjamin golongan berkenaan
tidak dilanda kekecewaan serta putus asas
dalam menjalani kehidupan seharian sebagai
usaha untuk mencapai serta memenuhi
keperluan asas dalam kehidupan.
Konsep Hutang
Konsep hutang piutang dalam Islam
hendaklah berasaskan amal kebajikan di antara
golongan berkemampuan dengan golongan
yang tidak mampu dengan tujuan untuk
memupuk kesejahteraan masyarakat yang
mana melalui pemberian hutang akan terjalin
hubungan muhabah atau kasih sayang dan
ihsan serta bantu-membantu di dalam
masyarakat. Jurang antara kedua golongan
kaya dan miskin dapat dihindarkan. Pemberi
hutang pula tidak boleh menjadikan hutang
sebagai satu sumber keuntungan material bagi
dirinya kerana matlamat hutang ialah untuk
membantu golongan yang memerlukan.
Islam menghargai jasa pemberi hutang yang
ikhlas membantu tanpa mengharapkan
sebarang balasan untuk dirinya dalam bentuk
faedah mahupun manfaat material.
Sehubungan dengan itu, Allah menjanjikan
72
BIL 148/MEI 2006
Agama
penghargaan yang jauh lebih lumayan darinya
dalam bentuk ganjaran pahala orang yang
bersedekah serta kemurahan rezeki yang
bukan sahaja bermanfaat di dunia bahkan boleh
dijadikan bekalan amal di akhirat. Firman Allah
S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 280:
Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang
itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya
dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan
hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk
kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang
besar yang kamu akan dapati kelak).”
Riba al-Qardh diharamkan
Dalam berhutang, Islam mengharamkan
Riba al-Qardh kerana riba mempunyai unsur
penindasan yang bercanggah dengan dasar
tolong menolong untuk kesejahteraan
masyarakat. Sebaliknya Riba al-Qardh
memupuk kebencian dan meluaskan jurang
antara golongan yang kaya dan miskin. Maksud
Riba al-Qardh ialah lebihan bayaran atau apa
juga manfaat material yang disyaratkan atau
dikenakan ke atas pihak yang berhutang untuk
kepentingan tuan punya hutang. Bagaimanapun
lebihan bayaran atau apa juga manfaat material yang tidak dijanji atau disyarat di dalam atau
di luar aqad hutang (serta sebelum hutang
dilangsaikan) dan beri secara ikhlas kepada
tuan punya hutang adalah tidak tergolong
sebagai riba dan ia dihalalkan sepertimana
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membuat baik kepada kamu
maka hendaklah kamu memberi balasan
kepadanya, sekiranya tidak terdaya maka
hendaklah kamu berdoa kepadanya dengan
kebaikan.”
Larangan berhutang
Berhutang dilarang dilakukan untuk tujuan
mendapat sesuatu yang bukan lagi keperluan
hajat, sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk atau
berhias. Terutamanya hutang yang ternyata di
luar batas kemampuan untuk membayar.
Berhutang juga dilarang jika urusan tersebut
akan mendatangkan kesan atau bercampurbaur dengan unsur-unsur riba yang berbentuk
penyelewengan, penganiayaan mahupun
penindasan berlaku di dalam masyarakat.
Penyelewengan yang dimaksudkan adalah
seperti mempunyai unsur riba. Manakala
penganiayaan dan penindasan seperti berlaku
rampasan harta secara salah, penganiayaan
tubuh badan, kehormatan, nyawa mahupun
emosi.
Berhutang, pilihan yang
bijak atau sebaliknya
Bagi menjawab persoalan ini, perlulah tepuk
dada tanya akal dan iman, bukan tepuk dada
tanya selera yang sudah pasti amat dipengaruhi
oleh kerakusan nafsu. Jika perlu berhutang,
perkara yang paling utama, ukurlah baju di
badan sendiri, ukur kemampuan diri untuk
membayar semula hutang. Jika tidak mampu,
lupakan sahaja niat untuk berhutang. Jika
terpaksa juga berhutang ikutilah tips dan
panduan berikut demi keselamatan diri dan
kesejahteraan ummah.
*
Berhutang untuk perkara yang
benar-benar perlu sahaja. Kaji keperluan tujuan
yang mendorong kita berhutang. Jangan
berhutang untuk mencapai semua perkara.
*
Berusaha sedaya upaya untuk
membayar hutang yang
telah dibuat kerana ia
suatu amanah bukan
sahaja kepada si
pemiutang sebaliknya
dengan Allah juga kerana
ciri-ciri orang mukmin
adalah menepati janji,
Jika sudah dijanjikan
untuk
membayar
hendaklah ditunaikan.
*
Pohon bantuan
dari Baitulmal untuk
melunaskan hutang
untuk mendapatkan
keperluan asas setelah
pelbagai usaha menemui jalan buntu.
*
Jangan melakukan riba, cari institusi
dan pihak yang mengamalkan pinjaman secara
Islam. Meminjam menggunakan kaedah al-Qardh
atau al-Qardhul Hasan kerana melalui hutang
yang dibuat kita turut membantu kaum muslimin
yang lain.
*
Jangan tertipu dengan rendahnya
kadar pinjaman konvensional yang
mengamalkan riba kerana riba membawa
kemusnahan kepada umat Islam.
*
Jangan sekali-kali berhutang dengan
“along” mahupun ceti haram kerana kita tidak
akan dapat membayar bayaran pokok hutang
kerana bunganya sentiasa berkembang dan
tidak akan pernah habis untuk dilangsaikan.
Kesimpulan
Walau apapun, perkara penting perlu
ditanam di dalam jiwa umat Islam adalah supaya
mengelakkan daripada menjadi golongan yang
suka berhutang kerana kita akan tergolong
dalam muslim yang lemah sedangkan Allah lebih
menyukai muslim yang kuat. “Tangan yang di
atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah.”
Jangan jadikan masyarakat subsidi sebagai
mentaliti dan budaya umat Islam kini. Bebaskan
diri anda dari belenggu hutang yang tidak perlu.
Jika tidak, Rasululullah tidak akan mengajar umat
Islam dengan doa berikut dalam kehidupan
mereka:
Maksudnya: “Ya-Allah, sesungguhnya kami
berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan
dukacita, kami berlindung kepada-Mu daripada
lemah dan malas, kami berlindung kepadaMu
daripada penakut dan kedekut, kami berlindung
kepada-Mu daripada tekanan hutang dan
kekerasan orang”.
Jadilah kita sebagai umat yang kuat, teguh
ekonomi dan bijak menguruskan kewangan
sendiri supaya kita dapat membantu saudara
Islam yang lain. Bebaskan diri dari hutang
piutang yang menyesakkan pemikiran, emosi
dan fizikal yang mengganggu rutin harian
daripada berjalan dengan lancar.
73
Forum
Kisah Mej (B) Maulud
Saudara Pengarang,
S
aya merujuk kepada BTDM 146 Mac 2006 Ruangan Tahukah
Anda bertajuk ‘Aneh Tapi Benar’, mungkin tuan boleh berkongsi
cerita saya dengan pembaca kerana ia benar berlaku. Saya
kenal arwah Mej (B) Maulud. Maulud mengamalkan llmu mendindingkan
musuh. Di dalam operas, beliau tidak pernah bertemu musuh. Operasi
di dalam kawasan yang sama oleh pegawai lain bertempur dengan
musuh. Ini sudah disalah anggapan oleh askar-askar lain, seperti musuh
takut kepada Maulud. Jin-jin sahabat Maulud dilihat orang sebagai
Semangat setiakawan
semakin terabai
Saudara Pengarang,
S
etiakawan” ungkapan dua suku kata yang sering diperkatakan
sama ada menerusi pertuturan (ucapan) dendangan (lagu)
tulisan mahupun pengucapan puisi/sajak. Bagi setiap warga
angkatan tentera, ungkapan ini bukan sahaja sering di dengar malah
dituntut untuk dihayati serta diamalkan dalam setiap aspek
perkhidmatan.
Suatu ketika dahulu, dari pengamatan penulis sendiri, hampir setiap
ucapan pemimpin atasan pasti setiakawan tidak di kesampingkan untuk
dituturkan. Jelas menunjukkan betapa pentingnya semangat sedemikian
dalam membentuk jati diri sebagai anggota tentera yang pada sebilang
masa dan ketika dituntut agar mempunyai sikap, sifat yang bertitik
tolak dari semangat sedemikian.
Namun entah di mana silapnya, dapat diperhatikan dewasa ini
semangat setiakawan seakan pudar dan menipis dari jiwa setiap
warga angkatan tentera. Bukankah sesuatu yang ganjil serta
menakjubkan, apabila dua anggota tentera yang keluar dari kem dengan
motosikal telah terlibat di dalam kemalangan, tiba-tiba pihak kem
mendapat perkhabaran dari pihak luar tentang kejadian tersebut,
Setelah ditinjau di tempat kejadian hanya seorang yang terbaring
kaku manakala seorang lagi berada di berek bujang menonton telivisyen
bersama anggota bujang yang lain berlagak seolah-olah tiada apa
yang berlaku , tanpa memberitahu perihal rakannya yang terkorban di
tempat kejadian.
Setelah diselidiki rupa-rupanya didapati sirakan yang terselamat telah
meninggalkan rakannya yang cedera di tempat kemalangan
T
IAP anggota yang mencuri
atau menyalahgunakan
secara tipuan apa-apa harta
perkhidmatan atau awam boleh
dipertuduhkan di bawah
Seksyen 61 atau 62 Akta
Angkatan Tentera 1972 dan jika
disabitkan boleh dijatuhkan
74
hukuman penjara.
Mengendalikan aktiviti pinjaman
wang tanpa lesen adalah menjadi
kesalahan di bawah Seksyen 8
Akta Pinjaman Wang 1951 dan
boleh dipertuduhkan di bawah
Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera
1972.
Seseorang penjamin kepada
peminjam yang menandatangani
perjanjian menjamin adalah
dianggap bertanggungjawab
sepertimana orang yang meminjam
BIL 148/MEI 2006
harimau yang mengawal beliau
Mej (B) Maulud juga seorang bomoh. Khasnya penyakit yang
dirasuki “iblis dan jin”. Saya pernah membawa seorang pegawai
berpangkat Mejar yang berkelakuan aneh. Pegawai ini pada waktu
senja akan memakai baju kot dan tali leher lengkap dengan kasut tetapi
selalu tidur dalam peti keranda yang dipinjam dari Setar Kor Lengkap
untuk kegunaan satu projek risik, dan disimpan di billk tidurnya.
Maulud di dalam pejabatnya di Ipoh, minta pegawai ini menceritakan
asal kelakuan anehnya. Maulud tahu pegawai ini tidak menceritakan
yang benar sehingga Maulud memberi amaran tidak mahu membantu
pegawai ini melainkan jika beliau bercerita benar.
Setelah pegawai ini memberitahu yang benar barulah Mej (B) Maulud
menjampi air untuk minuman pegawai ini. Salah pegawai ini adalah
kerana mengenakan ilmu pengasih ke atas seorang wanita di Kuching
bukan kerana cinta tetapi hanya untuk mendapatkan wang wanita itu
sahaja. Ilmu ini telah “makan diri”kerana pengamal tidak jujur. Jadi
berjaga-jagalah supaya jangan salah mengamalkan ilmu. (Mejar
berkenaan telah meninggal dunia).
Lt Jen (B) Dato’ Abdullah Shamsuddin
bersendirian.
Belum lagi kisah bagaimana sekumpulan anggota-anggota perajurit
muda keluar bersiar-siar ke bandar, dan entah apa sebab musababnya
terlibat dalam pergaduhan dengan orang luar, lari meninggalkan salah
seorang dari mereka dibelasah tanpa sama-sama menghadapi situasi
sedemikian.
Begitu juga sekiranya teman, atau kalangan yang lebih kanan dari
segi pangkat (incharge) sama ada pegawai , KSM, Sjn, Kpl dan lainlain diperlekeh atau diperkatakan kekurangannya mahupun
kesilapannya oleh orang lain, tiada unsur pembelaan diperlihatkan
malahan menokok tambah cerita mencari keburukan. Timbul persoalan
apakah puncanya semua ini?
Dari contoh di atas jelas memperlihatkan betapa terhakisnya
semangat setiakawan yang suatu ketika dahulu menjadi satu
kebanggaan yang mampu mengundang rasa hormat dan gerun sesiapa
sahaja. Penulis cukup yakin, situasi seperti di atas tidak akan berlaku
di era 90an ke bawah. Anggota dulu, biar apapun wajah cabaran
yang datang semangat setiakawan menjadi pemangkin untuk
menghadapi cabaran secara bersama-sama. Dan bertitik tolak dari
semangat itulah, kesetiaan, hormat menghormati serta kepatuhan
kepada kalangan yang lebih kanan hatta kepada “prebet orang lama”
sentiasa terpamer.
Memang, tiada siapa pun yang gembira dan menginginkan semangat
setiakawan secara membuta tuli sehinggakan mencemar nama baik
perkhidmatan , seperti menyerang secara beramai-ramai dengan
membabitkan senjata dan kenderaan tentera. Bukan begitu yang kita
inginkan. Tetapi mana mungkin seorang anggota tentera yang pernah
melalui zaman dan didikan yang bukan seperti contoh di atas dapat
menerima apa yang diperlihatkan oleh individu yang terlibat dalam contoh
tersebut?
PW 2 Abdul Aziz Hj Marzuki
mengikut Seksyen 61 Akta Kontrak
1950.
Sesuatu pependapat dan
hukuman Mahkamah Tentera tidak
boleh berkuatkuasa sebelum
mendapat pengesahan dari
pegawai pengesah sepertimana
yang termaktub di bawah Seksyen
122 Akta Angkatan Tentera 1972.
Orang yang tertakluk kepada
Undang-Undang Perkhidmatan/
Tentera adalah mereka-mereka
yang dinyatakan di bawah
Seksyen 209 Akta Angkatan
Tentera 1972. Antaranya:
* pegawai yang memegang
tauliah Yang di-Pertuan Agong.
* Askar laskar angkatan
tetap.
* pegawai dan anggota
simpanan apabila dikerah.
* Anggota sukarela apabila
dikerah atau menjalani latihan.
MKTD-CSM
- Sel Undang-Undang
Forum
BIL 148/MEI 2006
Memahami apakah itu
Islam Hadhari
D
ENGAN izin, coretan TokWan pada
bulan ini akan berkisar kepada
konsep Islam Hadhari yang kini
menjadi perbualan ramai. Mungkin ramai yang
sudah tahu apakah sebenarnya Islam Hadhari
itu, apa pun jua, marilah kita berkongsi sama
dan memahami akan apa itu Islam Hadhari?
Secara ringkasnya Islam Hadhari memberi
penekanan kepada aspek pembangunan
yang menjurus kepada pembinaan peradaban
iaitu peradaban yang dicanai dengan
pegangan Islam dan memberi fokus kepada
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan
insan, pembangunan kesihatan serta
pembangunan fizikal.
Perlu diperjelaskan bahawa Islam Hadhari
bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan
ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab
baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas atau
fundamental yang terkandung dalam AlQuran dan hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam. Sepuluh prinsip
utama telah digariskan sebagai panduan
kepada konsep ini, dan yang paling relevan
kepada kita sebagai anggota tentera adalah
prinsip yang ke 10 iaitu Kekuatan
pertahanan.Walaupun tidak diperjelaskan
secara detail, pada pandangan Tok Wan
prinsip ini amatlah penting. Keikhlasan dalam
melaksanakan tugas, rajin serta gigih
berusaha untuk mempertingkatkan mutu
perkhidmatan serta diri sendiri, mengekalkan
tahap disiplin profesyen ketenteraan yang
tinggi, bermoral tinggi dan peka di dalam
perkembangan di dalam bidang teknologi
maklumat adalah antara antara aspek-aspek
yang perlu dipertingkatkan.
Selain daripada bertanggungjawab memikul
amanah rakyat, ini akan melayakkan kita untuk
bersaing dengan lain-lain angkatan pertahanan
di rantau ini. Nilai-nilai ini juga akan menjadi
landasan kepada kekuatan kita menjadi sebuah
angkatan yang mampu mempertahankan
kedaulatan negara dari apa jua bentuk ancaman.
Ia juga akan memberi keyakinan akan kebolehan
kita untuk menentukan apa yang terbaik bagi
kita sendiri. Pun demikian untuk mencapai semua
ini bukanlah mudah. Perubahan minda umat
memerlukan satu tindakan secara menyeluruh,
secara drastik, secara sistematik, dan tidak
bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan
satu perubahan tasawwur (pandangan global) seluruhmasyarakat. Selaras dengan itu,
konsep hidup sebagai pengabdian kepada
Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah,
manusia sebagai khalifah dan kewajipan
mencapai kekuatan dalam semua bidang
kehidupan perlu dititikberatkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan juga bahawa
pendekatan Islam Hadhari adalah untuk
membuktikan keupayaan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam contoh yang sentiasa
mengamalkan prinsip kesederhanaan, sesuai
dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan
dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa
kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan
seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan
Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam
Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan
sejagat yang sama sekali tidak bercanggah
dengan konteks masyarakat majmuk yang
terdapat di negara kita ini.
SERT
AI K
AMI
SERTAI
KAMI
Berita Tentera Darat Malaysia, mengalu-alukan permohonan daripada semua warga
TD berpangkat LKpl ke bawah untuk menyertai kami sebagai penulis, jurugambar dan
grafik/rekaletak. Anda yang berminat bolehlah menghantar:
* No, pangkat, nama unit dan kor.
* 2 keping gambar bersaiz pasport.
* Pengalaman sebagai penulis, jurugambar atau grafik/rekaletak (jika ada).
* Beserta artikel yang dikarang dengan tangan 1000 patah perkataan yang bertajuk
‘Mengapa saya berminat menjadi wartawan’.
Permohonan hendaklah dihnatarkan kepada:
Pengarang
Berita Tentera Darat malaysia
MK Tentera Darat
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
5064 KUALA LUMPUR
Sebarang pertanyaan hubungi talian:
03- 20713486/20716486/20716290
Terbiar
Ahad ini
Permulaan janji kita
Pada yang terbiar
Setelah tertinggal jauh di
belakang
Telah tersedar dari kealpaan
Mahu pun tewas dari gamitgamit leka
Isnin ini
Masih janji kedua
Mahu terus-terusan
Berjuang lawan sepak terajang
dan tarik menarik
Itu dari kelewatan usia dan
masa yang terbiar
Malahan masih kedua-dua
hari itu
Masih terbiar juga akhirnya
Selasa juga datang pula
Sudah tiga-tiga kali janji itu
bermula dari sempit
dan sakit mata
Menatap seranah rasa mahu
Berjuang-berjuang
pada kata-kata
Hati masih tidak istikhamah
juga
Rabu mengabui dalam
kemelut
Berajnggut tersangkut pada
karut marut
Yang tercipta tanpa sengaja
demi
Untuk kata melalut akhirnya
leka belaka
Khamis mengemis pengemis
Itulah manusia cemas dan
rimas lalu
Lemas dalam leka
sebalik janji-janji
Tertinggal...tinggal dan
tinggal...
Terbiar...akhirnya
Nukilan:
Othman Ali (Abi Sena)
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi S.A.W
bersabda: “Orang-orang yang
memasuki syurga ialah sesuatu kaum
yang hati-hati mereka seperti burung,
iaitu mereka yang bertawakal dan
berhati lemah lembut. (HR: Muslim)
75
Kesihatan
BIL 148/MEI 2006
Makan untuk hidup atau hidup untuk Makan?
K
ITA rakyat Malaysia yang bertuah
memang gemar makan. Dengan
adanya kepelbagaian sajian-sajian
enak yang mencetus rencam rasa yang begitu
menyelerakan, siapa yang dapat menahan
keinginan terhadap sepinggan nasi lemak yang
harum baunya, mee goreng pedas atau roti canai
garing? Tetapi sesedap mana sekalipun sajiansajian tersebut, terlalu banyak kelazatan tidak
selalunya baik untuk kesihatan. Ditambah
dengan begitu banyak sambutan perayaan
yang melibatkan hidangan istimewa besarbesaran, anda mungkin menghadapi kesukaran
untuk makan secara sihat sepanjang masa.
Bagaimanapun, ianya kini tidaklah mustahil
dengan roti Gardenia Breakthru yang baru.
Nilai Pemakanan
Komposisi semua makanan terdiri daripada
nutrien-nutrien makro, nutrien-nutrien mikro dan
air. Selain dari air, komposisi utama makanan
terdiri dari nutrien-nutrien makro protein, lemak
dan karbohidrat. Tiga nutrien makro tersebut
merupakan komponen-komponen makanan
yang memberi tenaga (diukur dalam kalori) bagi
mengekalkan kehidupan. Sebaliknya, walaupun
nutrien-nutrien mikro seperti vitamin-vitamin dan
galian-galian tidak memberikan tenaga kalori,
ianya tetap penting untuk kehidupan.
Makanan yang kita makan memberi pengaruh
yang mendalam terhadap apa yang berlaku
kepada hormon dalam tubuh kita - sama ada
baik atau buruk. Dengan makan pemakanan
seimbang secara betul kita boleh mengubah
apa yang berlaku dalam tubuh kita dengan cara
yang menyihatkan.
100 mengikut paras sesuatu makanan itu
menaikkan paras gula dalam darah selepas ia
dimakan.
Makanan tinggi G.I. merembeskan glukos ke
dalam aliran darah dengan cepat. Ini
menyebabkan paras gula darah naik dengan
cepat dan mencetus ransangan insulin
menyebabkan pelepasan insulin yang tinggi ke
dalam aliran darah. Sebaliknya, makanan
rendah G.I. merembeskan insulin secara lebih
perlahan dalam waktu beberapa jam. Ini
membantu menjaga paras gula dalam darah
berkedudukan stabil.
Beban GLISEMIK
Manakala G.I. merujuk kepada hanya
bagaimana makanan tertentu memberi kesan
terhadap paras gula dan insulin dalam tubuh,
Seban Glisemik (Glycaemic Load - G.L.) pula
mengira nilai gabungan bacaan-bacaan G.I.
bagi satu atau lebih makanan dan berapa
banyaknya ia dimakan oleh seseorang. Oleh
itu, G.L. boleh digunakan untuk menerangkan
kesan satu jenis makanan, satu hidangan
makanan atau pengambilan makanan bagi sehari
penuh. Diet keseluruhan G.L. seseorang adalah
lebih penting daripada G.I bagi makananmakanan tertentu.
Supaya menjadi sihat, pastikan anda
Hubungan antara Hormon dan Makanan
Tidak ramai yang menyedari betapa
pentingnya hormon. la mengatur hampir setiap
perkara yang dilakukan oleh tubuh seseorang,
dari mengawal paras gula dalam darah hingga
kepada lain-lain mekanisma asas untuk
kesinambungan hidup yang melibatkan tekanan,
ketakutan dan juga rasa cinta.
Hormon yang sangat penting ialah insulin. la
boleh dipanggil sebagai hormon utama dalam
metabolisma tubuh manusia kerana ia mengatur
tekanan darah, pengeluaran kolesterol dan
trigliserid dan penyimpanan lemak. Apabila
paras insulin menjadi terlalu tinggi, akan berlaku
kacau bilau metabolism a dengan peningkatan
tekanan darah, peningkatan kolesterol dan
trigliserid, disusuli dengan penyakit kencing
manis dan obesiti. Diet yang salah boleh
membuat paras insulin anda tidak tentu hala.
mendapat nutrien dan serat, dan elakkan
kenaikan paras gula dalam darah secara
mendadak.
Berapa banyakkah kalori yang anda
sebenarnya perlukan?
Tubuh kita memerlukan jumlah tertentu tenaga
bagi menjalani kehidupan seharian. Keperluan
harian kalori yang spesifik bagi tubuh anda
bergantung kepada tahap aktiviti, umur, saiz dan
jantina. Lebih aktif gaya hidup anda, lebih banyak
tenaga diperlukan oleh tubuh. Sebagai panduan
asas, seorang lelaki biasa memerlukan antara
2,000 hingga 2,500 kcal sehari, dan seorang
perempuan yang biasa memerlukan antara
1,500 hingga 2.000 kcal sehari. Penilaian yang
lebih tepat bagi keperluan harian kalori anda
yang sebenar boleh dikira menggunakan Indeks
Jisim Badan (BMI) anda. Bagi faedah anda, kami
lampirkan jadual BMI sebagai rujukan yang
mudah.
Bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah
menunjukkan bahawa kita sebenarnya
memakan makanan terlalu berlebihan dan
beberapa ratus lebih kalori hari ini daripada yang
dimakan oleh orang-orang 50 tahun dahulu.
Sebenarnya, seseorang lelaki biasa sekarang
mengambil kira-kira 500 lebih kalori sehari
daripada dalam tahun 1970. Hakikat itu
menjadikan lebihan kalori yang amat besar
sebanyak 185,000 setahun. Ini bermakna jika
seseorang biasa perlu berjalan pantas selama
30 minit untuk membakar 139 kalori, anda perlu
berjalan tanpa henti selama hampir 28 hari hanya
untuk membakar kalori yang
berlebihan itu!
Keperluan kalori harian
anda sepatutnya merencanakan cara anda merancang
pemakanan anda kerana kalori
berlebihan yang diambil dari
sebarang sumber, pada jangka
masa panjang, membawa
kepada pening-katan berat
badan dan obesiti.
Akan tetapi, kebanyakan
daripada kita tidak benar-benar
mengetahui berapa banyak kalori
yang kita ambil setiap hari. Oleh itu, untuk
memberi idea yang lebih baik tentang
pengambilan kalori harian anda, di sini terdapat
beberapa contoh-contoh makanan biasa dan
kandungan kalorinya:
Indeks Glisemik
Indeks Glisemik (Glycaemic Index - G. 1.)
telah mula diperkenalkan pada tahun 1981 bagi
menolong seseorang (terutamanya atlet dan
penghidap kencing manis) mengekalkan
kestabilan gula dalam darah. G.I. menunjukkan
kedudukan makanan dalam skala dari 0 hingga
Sumber: Komposisi Nutrien Makanan Malaysia, Edisi Ke-4
76
BIL 148/MEI 2006
Sukan
3 RAMD dan 5 KPD
Johan Bola Sepak
5 Bgd
SIHAT...sempena Hari Tentera Darat ke-73 pelbagai aktiviti dilaksanakan
bagi memenuhi acara yang telah dirancang. Bagi Markas 8 Briged
(Bgd) tidak ketinggalan menganjurkan satu Senamrobik Perdana yang
diadakan pada 3 Mac lalu. Senamrobik tersebut disertai murid-murid
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan semua
warga 8 Bgd. — PW 2 Mohd Zabani Zainal, foto; Pbt Mohd Nazri
Bakari
KAMI JUARA...para pemain 3 RAMD bersorak
gembira setelah muncul juara selepas mengalahkan
7 RAMD untuk merebut piala bola sepak 5 Bgd
2 RRD Johan Bola Sepak 2 Bgd
Oleh: Kpl Naincy Samudi
TAWAU: 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 5 Kor Perkhidmatan
Diraja (KPD) menjadi juara dalam Pertandingan Bola Sepak 5 Briged
(Bgd) yang diadakan di Kem Kukusan pada 17 Mac lalu.
Pertandingan diadakan sempena Mesyuarat Panglima 5 Bgd Siri 1/
2006 bermula pada 11 Mac lalu yang di sertai semua formasi di bawah
naungan 5 Bgd dan dibahagi kepada dua kategori iaitu unit besar dan
unit kecil bertujuan untuk memilih pasukan yang kuat untuk mewakili 5
Bgd ke pertandingan bola sepak ke peringkat 1 Divisyen.
Panglima 5 Bgd, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah menjelaskan
sasaran utama adalah untuk menjadi juara dan berharap agar setiap
pemain-pemain dapat menyahut seruan ini sebagai satu amanah serta
berusaha bersungguh-sungguh.
Tambah beliau lagi, pemain dan pengurus pasukan haruslah
menekankan semangat setia kawan selain latihan, perancangan dan
strategi yang rapi dan berkesan juga penting dalam usaha untuk mencapai
kejayaan.
Turut hadir, Timbalan Panglima 5 Bgd, Kol Hasny Mohd Salleh dan
Ketua Staf, Lt Kol Mohd Nazri Mami.
JUARA...Kompeni Bantuan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan
Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD, Mej Azmir Ali telah
menyampaikan piala pusingan serta cenderamata kepada kompeni
berjaya dalam Pertandingan Ragbi Peringkat 22 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) bermula pada 22 Feb hingga 3 Mac lalu bertempat di
padang ragbi pasukan. Di akhir majlis seramai 22 pemain dipilih bagi
mewakili pasukan di peringkat formasi.— Kpl Mohd Hisham Ahmad
Zaki, foto; LKpl Haridun Zakaria
JOHAN...2 RRD muncul juara Bola Sepak Piala Liga 2 Bgd yang turut diraikan
bersama seluruh pasukan yang bertanding
IPOH: Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (Bn 2 RRD) muncul Johan
Pertandingan Bola Sepak merebut Piala Liga Bola Sepak 2 Briged (Bgd)
setelah mengalahkan Batalion 303 Infantri Askar Wataniah dengan
jaringan tiga berbalas satu di peringkat akhir di sini baru-baru ini.
Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu unit besar
dan unit kecil. Acara penutup disempurnakan oleh Pegawai Memerintah
yang mewakili Panglima 2 Bgd, Lt Kol Nazrul Edgar Abdullah yang
menyampaikan hadiah Piala Bola Sepak 2 Bgd kepada pasukan 2 RRD.
—2 Bgd
JOHAN...Pasukan bola sepak Kompeni Alpha mengalahkan Kompeni
Bravo dalam perlawanan akhir pertandingan bola sepak antara kompeni
4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagi tahun 2005 bergambar
kenangan bersama piala pusingan setelah muncul johan yang diadakan
di padang pasukan. — Kpl Sharipon A Rahman, foto; Pbt Rahim
Abdull
77
Sukan
KAMI JUARA...Tim KRD menjulang piala
pusingan selepas menewaskan Tim KOD
KUALA LUMPUR: Tim Bola Jaring Kor Risik Diraja (KRD) menjadi juara
Kejohanan Bola Jaring antara Kor/ Rejimen TD 2006 buat kali kedua
setelah meyaksikan perlawanan sengit antara KOD dengan KRD yang
berpihak kepada KRD dengan mata 53-51.
Pertandingan yang berlangsung selama empat hari yang diadakan
Dewan Serbaguna Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn (DTHO)
pada 8 hingga 11 Mei lalu.
Perlawanan akhir yang Tim KRD sekali lagi menjadi johan buat kali
kedua pada tahun ini, selepas menjadi johan pada 2005. Naib Johan
disandang oleh tim KOD manakala tempat ketiga dimenangi tim KPD.
Sebanyak 10 pasukan yang menyertai kejohanan ini dan dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang terdiri dari Kor Risik Diraja
(KRD), Kor Kesihatan Diraja (KKD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kor
Perkhidmatan Diraja (KPD) dan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).
Manakala Kumpulan B pula terdiri dari Kor Ordnans Diraja (KOD),
Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD),
Kor Perkhidmatan Am (KPA) dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja
(KJLJD).
Sementara itu, pemain tim KOD, Kpl Faridah Shafiee, 33, dinobatkan
sebagai pemain terbaik dalam kejohanan ini. Beliau yang pernah mewakili
TD pada 2001 dan wakil kebangsaan 2002. Penjaring terbanyak
disandang oleh Pbt Norhayati Zakaria, 24, manakala pemain harapan TD
78
78
BIL 148/MEI 2006
dipegang oleh Pbt Zuriatie Zainuddin, 24, masing-masing dari
KRD.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Sukan Tentera Darat
(LSTD) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Tentera Darat
(TD) itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baru yang
berkebolehan dalam sukan bola jaring agar mereka dapat
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Walaupun ianya tidak dilaksanakan secara karnival sukan,
para pemain tidak melepaskan peluang menjadikan kejohanan ini
sebagai satu platform untuk melangkah lebih jauh lagi dalam
bidang sukan bola jaring.
Ia juga bertujuan menggalakkan semua peringkat TD untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan
stamina dan membudayakan gaya hidup yang sihat.
Upacara penutup dirasmikan oleh Ketua Jurutera, Brig Jen Dato’
Pahlawan Shahruddin Abdullah yang turut dihadiri Brig Jen Dahari Hj
Hussin, Pengerusi Persatuan Bola Jaring TD, Kol Mohd Fadzil Yusof dan
Kol Ghazali Hj Ismail.
Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua pemain agar dapat
memupuk semangat kesukanan dan menunjukkan mutu permainan yang
tinggi serta bertanding secara profesional, demi kemajuan sukan di
peringkat TD khasnya dan ATM amnya. –– Pbt Suhaimi Idris
SENGIT...Pbt Zuriatie (jersi
merah) beraksi dengan baik bagi
menyekat kemaraan pemain KOD
BIL 148/MEI 2006
Sukan
mencungkil dan memilih pemainpemain pelapis yang berpontensi
untuk diserapkan ke Tim RAMD.
Kejohanan ini amat penting bagi
RAMD mempersiapkan untuk
menghadapi kejohanan antara kor
yang akan diadakan tidak lama lagi
seterusnya ke peringkat antara
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” demikian ucapan Brig Jen
Dato’
Kamarulzaman Dato’ Maulud semasa
majlis
penutup dan penyampaian hadiah di
Stadium Tertutup Nilai pada 24 Mac lalu.
Dalam ucapannya, beliau
menyeru Pegawai Memerintah
Pbt Shukor
Pbt Idzhar
pasukan agar memberi galakan dan sokongan
yang padu bagi melahirkan pemain yang
Oleh: Sjn Syuhaimi Saad
berpotensi dan berbakat untuk membawa
Foto: Sjn Mohamad Solleh Jaapar
cabaran ke peringkat lebih tinggi.
“Sehingga kini kita telah berjaya melahirkan
ATALION Ke-24 Rejimen Askar Melayu
ramai pemain muda yang berpotensi dan berjaya
Diraja (RAMD) mempamerkan
dalam sukan sepak takraw ini. Sehubungan itu
permainan cemerlang selepas
ramai pemain yang dipilih kelak hendaklah
menjuarai Kejohanan Sepak Takraw antara
berlatih bersungguh-sungguh bagi mencapai
pasukan RAMD dalam acara berpasukan dan
misi RAMD untuk menjuarai kejohanan antara
antara regu yang diadakan di Pusat Cemerlang
Kor TD.
Takraw 24 RAMD bermula pada 20 hingga 24
“Seramai 10 orang telah dipilih untuk mewakili
Mac yang lalu.
ATM dan ini menunjukkan bahawa RAMD
Kejohanan ini melibatkan batalion-batalion
memiliki pemain yang berkualiti yang boleh
RAMD kecuali 7 RAMD dan 20 RAMD telah
diketengahkan dan pada masa akan datang
menunjukkan prestasi yang memberangmereka dapat terpilih untuk bermain ke lebih
sangkan khususnya bagi pemain-pemain muda.
tinggi lagi,” katanya.
“Selain itu, kejohanan ini juga dapat
Dalam kejohanan ini, johan
berpasukan disandang oleh
pasukan 24 RAMD, naib
johan 19 RAMD dan tempat
ketiga disandang pasukan 16
B
BERPOTENSI...lipatan maut
yang ditunjukkan oleh salah
seorang pemain muda
RAMD. Manakala pemain individu, tekong
terbaik disandang oleh Pbt Shukor Zulkifli dari
pasukan 19 RAMD, apit kanan disandang oleh
Pbt Idzhar Shafie dari pasukan 11 RAMD dan
apit kiri disandang oleh Pbt Fazli Shah Saad
dari 24 RAMD.
Ketika ditemui, Pbt Idzhar Shafie, 20,
pemain apit kanan terbaik menjelaskan beliau
berkecimpung dalam sukan sepak takraw sejak
dari bangku sekolah lagi. Pernah mewakili dalam
Sukan MAKSAK pada tahun 2005.
“Ini adalah peluang terbaik untuk
menunjukkan prestasi dan kebolehan saya
dalam sukan sepak takraw ini. Saya bercitacita untuk menjadi salah seorang pemain sepak
takraw negara suatu hari kelak. Saya berasa
bangga kerana terpilih untuk mewakili kor RAMD
untuk kejohanan antara kor akan datang,”
jelasnya.
Manakala pemain tekong terbaik, Pbt
Shukor Zulkifli, 19, menjelaskan ini adalah
kali pertama dipilih untuk menyertai pertandingan
ini. Kelebihan beliau membuat ‘service’ kuda
yang jarang sekali boleh dilakukan oleh pemain
memberi peluang lebih baik kepadanya untuk
maju lebih jauh lagi.
“Saya melibatkan diri dalam sukan sepak
takraw ini sejak bangku sekolah lagi. Pernah
mewakili sekolah antara negeri serta berazam
menunjukkan prestasi yang terbaik untuk
mengharumkan nama kor RAMD amnya dan TD
khasnya,” jelasnya dengan gembira.
MENYERLAH...antara bakat baru yang boleh
diketengahkan ke peringkat TD
79
79
Sukan
BIL
BIL
148/MEI
148/MEI
2006
2006
Pentingnya pegawai dan jurulatih
berkaliber dalam sukan AATM
TM
Oleh: Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad
K
EJAYAAN ramai atlet Polis Diraja Ma
laysia (PDRM) dalam Sukan Komanwel
Melbourne yang baru lalu telah
mendapat pujian daripada Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.
PDRM telah melahirkan ramai atlet cemerlang
dalam pelbagai bidang sukan yang bukan sahaja
mengharumkan nama negara bahkan PDRM
sendiri terkenal dalam persada sukan dunia.
Sebagai contoh, Sazali Samad, Mr Universe
dalam sukan Bina Badan, ASP Bibiana dan Sjn
Nurul Hudda Baharin dalam sukan menembak
dan Siti Zalina Ahmad dalam sukan Boling
Padang, merupakan beberapa atlet PDRM yang
handal.
Jika diingat kembali, satu ketika dahulu,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa
melahirkan jaguh dalam pelbagai sukan hingga
ke peringkat Olimpik serta dunia. Atlet ATM bukan
sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing,
bahkan ramai daripada mereka menjadi Kapten
dalam pasukan negara. Nama-nama seperti
Jasni Saari, Abdul Rahman Hashim dan Noriha
Abdul Rani dalam sukan Menembak, Wong Hin
Jee, Ho Chee Pong, Kamarul Bakar dalam sukan
Ragbi, Abu Bakar Majid , Sarjit Singh dan Leonard
Oliverro dalam sukan Hoki, Shahruddin Abdullah,
Abdul Wahid Anwar, Mazlan Ahmad dalam
sukan Olahraga. Dali Omar dan Ibrahim Haji Din
dalam sukan Bola Sepak,serta Ahmad Tobias,
Bombadier Kamal, Abe Rahim dan Hisham
Hashim merupakan atlet berbakat besar yang
telah mengharumkan nama ATM dalam sukan
antarabangsa.
Di samping beberapa atlet yang terus
menyumbang bakti mencipta nama dalam sukan,
kebanyak atlet ATM hanya berkecimpung dan
menjadi jaguh dalam sukan peringkat pasukan
80
80
ataupun di peringkat antara perkhidmatan
sahaja. Antara penyebab yang dikenal pasti
berlakunya stagnasi dalam standard mutu sukan
ATM serta juga negara ialah kekurangan
jurulatih serta pegawai sukan yang berkaliber.
Ditambah dengan sifat iri hati serta mengejar
kedudukan dan hanya mementingkan diri sendiri
di kalangan pegawai sukan, menjadi penghalang
peningkatan mutu sukan negara
keseluruhannya.
Senario sukan negara sejak kebelakangan
ini kerap diwarnai oleh perkara yang jelik yang
dilakukan atau perkara yang sepatutnya
dilakukan tetapi tidak dilakukan oleh beberapa
pegawai dan jurulatih yang tidak membawa
kebaikan langsung kepada usaha kerajaan untuk
memajukan bidang sukan negara ke peringkat
dunia. Marilah kita bersama mengimbas kembali
beberapa insiden yang telah menjadi Malaysian Blunders in Sport.
Gnr Sapuk Biki (kini berpangkat Sjn),
menjejak kaki ke Sukan Olimpik Atlanta 1996
tanpa diiringi oleh jurulatih. Semasa bertinju
dalam Pusingan Awal, pembantu sudut Sapuk
Biki adalah seorang jurulatih dari Indonesia,
kerana pegawai tinju yang mengiringi Sapuk
Biki tidak mempunyai pengetahuan berkenaan
sukan tinju. Pegawai tersebut dihantar ke Atlanta untuk meninjau pengendalian sukan tinju
kerana Malaysia akan menjadi hos Sukan
Komanwel 1998. Difahamkan hingga SUKOM
98 tamat, Lapuran Tinju Atlanta 1996 tidak
dimajukan kepada Persatuan Tinju Malaysia.
Namun, Sapuk Biki telah mencipta sejarah sukan
tanah air kerana memenangi
pingat emas semasa SUKOM 98.
Semasa di peringkat separuh
akhir, Sapuk Biki dari Rejimen
Artileri Diraja, telah mengalahkan seorang
petinju berpangkat Lans Bombadier dari Royal
Artillery yang mewakili England.
Penembak India, Samaresh Jung yang
memenangi lima pingat emas di Sukan
Komanwel Melbourne 2006, dilatih oleh jurulatih
dari Hungari, Lazslo Szucsak yang pernah
melatih penembak negara Nurul Hudda
Abdullah, yang memenangi pingat emas
semasa SUKOM 98. Selepas SUKOM 98,
kontrak jurulatih tersebut tidak disambung
semula. Nurulhuda hanya memenangi pingat
gangsa di Melbourne sementara penembak India memenangi kesemuanya 16 pingat yang
menjadikan mereka jaguh dalam arena
menembak negara-negara Komanwel.
Pasukan hoki negara hanya ketinggalan satu
gol semasa menentang Australia di separuh
masa pertama dalam perlawanan Separuh Akhir
Sukan Komanwel 2006, tetapi dalam separuh
masa kedua gawang Malaysia bocor sebanyak
lima kali. Jurulatih Australia berjaya mencatur
rentak permainan yang berbeza, sedang Malaysia bermain cara yang sama di separuh masa
kedua. Di situ dapat dilihat kekurangan yang
amat ketara dalam standard kepakaran antara
kedua-dua jurulatih.
Penerjun negara Yeoh Ken Nee yang telah
memenangi pingat perak dalam acara terjun 1
meter papan anjal sebelumnya, telah menarik
diri dari acara terjun 10 meter platform setelah
mendahului peserta lain dengan perbezaan 10
mata dalam pusingan pertama, kerana demam.
Tidak menghairankan bila Menteri Belia dan
BIL 148/MEI 2006
Sukan, Dato’ Azalina berang dengan keadaan
tersebut dan menyuarakan kepincangan dalam
pengurusan sukan negara khasnya pegawai
sukan dalam kontinjen negara ke Sukan
Komanwel Melbourne 2006.
Satu ketika dahulu, semasa pemilihan pemain
untuk menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sebelah
Hong Kong, pemain muda ATM, Prebet Johari,
telah mendahului dalam semua ujian pemilihan
seperti Ball Handling, Tackling, Sprinting, SideStep dan ketahanan fizikal. Dalam semangat
kesukanan, keinginan untuk menang,
sememangnya Johari menunjukkan sifat yang
tiada bandingan dengan pemain-pemain lain,
namun akhirnya Johari tidak terpilih kerana
dikatakan tidak mempunyai pengalaman
bermain di Hong Kong. Jika sekiranya pemilihan
adalah berdasarkan pengalaman tidak perlulah
diadakan sesi pemilihan yang panjang, yang
membuang masa dan merugikan kewangan.
Semasa Sukan Sea 2004, di Vietnam,
pasukan penembak negara tiba untuk menyertai
acara tanpa senjata kerana pegawai sukan
menembak yang bertanggungjawab lambat
menghantar senjata dari Kuala Lumpur.
Penembak negara gagal menyerlah kerana
hanya menggunakan senjata yang dipinjam dari
negara lain. Kejadian tersebut telah
mematahkan semangat ahli sukan yang ingin
menyumbang bakti kepada negara.
Berdasarkan pencapaian semasa, pingat emas
sepatutnya dalam tangan tetapi gagal diperoleh.
Semasa Sukan Komanwel Kuala Lumpur
1998, pemain badminton negara Rashid Sidek
berjaya mempertahankan pingat emas yang
dimenangi sebelum itu di Sukan Komanwel
Edmonton Canada. Tetapi peluang Rashid untuk
Sukan
menjadi pemain negara yang pertama
memenangi emas tiga kali berturut-turut tidak
menjadi kenyataan kerana Rashid tidak dipilih
untuk ke Manchester 2002. Peluang bagi ahli
sukan negara untuk menjadi johan tiga kali
berturut-turut dalam apa juga disiplin di Sukan
Komanwel di masa hadapan sangat terhad.
Jangan pula selepas ini, pemain Boling Padang,
Siti Zalina Ahmad (seorang anggota PDRM),
yang sudah mempertahankan pingat emas di
Melbourne, selepas pertama kali menang emas
di Manchester, dinafikan peluang untuk terus
mencipta sejarah (kecuali Siti Zalina sudah
bersara) dan beraksi di Sukan Komanwel India
pada tahun 2010. (Pemain Boling Padang dari
Wales yang memenangi pingat Perak di
Melbourne, Elizabeth Morgan berumur 63
tahun).
Dalam satu Kejonanan Golf Dunia, pasangan
dua pemain negara telah bermain dengan
cemerlang pada hari pertama dengan berkongsi
tempat teratas bersama dengan pasangan
Amerika Syarikat. Tetapi selepas hari kedua,
pasangan negara miss the cut dan telah
terkeluar dari pertandingan. Dikhabarkan
pemain negara telah meraikan kejayaan mereka
dan telah tidur lewat, sebab itu permainan
mereka merosot di hari kedua. Pemain negara
juga tidak mempunyai jurulatih sedangkan
Pemain Nombor Satu Dunia, Tiger Wood masih
mempunyai seorang jurulatih swing coach yang
sentiasa memerhatikan beliau bermain dan
memberi tunjuk ajar ketika Tiger Wood melakukan
kesilapan.
Ketika Sukan Sea Manila beberapa tahun
yang lalu, seorang pegawai dan jurulatih
olahraga tiba bersama kontinjen negara dalam
keadaan mabuk semasa turun dari kapal
terbang. Kedua pegawai dan jurulatih tersebut
terus berada dengan kontinjen negara tanpa
diambil tindakan segera. Kejayaan atlet di Manila lebih menjurus daripada semangat dan
keinginan atlet itu sendiri untuk berjaya.
Pasukan bola sepak ATM dalam kejohanan
Piala FA, dipanggil sebagai pasukan belasahan
atau pasukan kerdil tidak seperti dahulu di mana
sering digelar sebagai pasukan pembunuh
gergasi giant killer. Tiada lagi pemain bola sepak
ATM yang berupaya menempatkan diri dalam
pasukan negara seperti satu ketika dahulu
walaupun kini dengan segala kemudahan yang
ada, memberi lebih peluang untuk meningkat .
Kerap berlaku kontroversi antara pemain
dengan pegawai sukan di mana pegawai
sukan akan menggunakan kuasa untuk
membalas dendam yang akhirnya akan
merugikan negara yang sedang giat
membangunkan sukan ke peringkat
antarabangsa. Pegawai sukan perlu lebih
bersifat profesional dalam menghadapi kemelut
yang melanda persatuan mereka dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Pernah juga berlaku di mana pegawai sukan
atau jurulatih menggunakan kedudukan mereka
melakukan penderaan seksual terhadap anak
buah mereka. Selalunya pegawai sukan akan
cuba melindungi sesama mereka dan akhirnya
atlet membuat keputusan untuk menarik diri
ataupun bersara awal yang sangat merugikan
sukan negara. Dalam senario sukan dunia
selalunya negara membangun atau negara
dunia ketiga kerap menimbulkan masalah antara
atlet dengan pegawai. Satu perkara yang dapat
dikenal pasti ialah pegawai sukan dalam negara
maju terdiri dari mereka yang sememangnya
terdiri dari golongan bangsawan yang kaya
yang sudah mempunyai kedudukan tinggi, tidak
perlu lagi menggunakan sukan untuk mencari
kedudukan. Kepakaran mereka sebagai jurulatih
juga manjadi rebutan tidak mengira dari negara
mana mereka datang.
Peranan pegawai sukan dan jurulatih
sememangnya sangat penting dalam
menentukan peningkatan mutu sukan seorang
atlet tidak kira sama ada atlet itu profesional
ataupun bukan profesional. Jurulatih yang
berwibawa akan dapat mencorak permainan
yang sentiasa berbeza semasa menghadapi
pasukan-pasukan lain berdasarkan
pengetahuan terkini ataupun pengelamannya
sebelum itu. Jurulatih yang baik akan sentiasa
mencari jalan untuk meningkatkan daya
persembahan anak buahnya dan atlet akan
berlumba menimba ilmu dari mereka.
Kita juga tidak mahukan seorang jurulatih
yang sering memberikan gambaran yang salah
dalam memperkatakan tahap permainan anak
buah mereka. Sering terdapat jurulatih yang
dengan angkuh menjanjikan kejayaan,
sedangkan akhirnya janji hanya tinggal janji.
Setelah tewas dalam gelanggang, mereka akan
memberikan berbagai alasan serta akan hanya
menyalahkan atlet sahaja dan tidak akan sekalikali mengakui kelemahan mereka sendiri.
81
81
Tahukah Anda
BIL 148/MEI 2006
Serang Hendap TTaktik
aktik Perang Gerila
Serang Hendap banyak berlaku semasa Peperangan Melawan Insurgensi
Komunis di Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Taktik serang hendap
digunakan oleh pasukan keselamatan dan juga oleh pengganas komunis.
Setiap kali serang hendap dilaksanakan, pasukan yang melakukan serang
hendap sebenarnya mempunyai lebih peluang untuk berjaya membunuh atau
mencederakan musuh. Namun kerap juga berlaku di mana pasukan
keselamatan kita telah dapat ‘turn the table on the enemy’ bila berjaya
menyerang pengganas komunis yang sedang bersedia melakukan serang
hendap, hasil daripada kepakaran anggota pasukan keselamatan membaca
keadaan tanah, kemahiran dalam perang gerila serta keberanian, semangat
juang yang tinggi pegawai dan anggota dalam menghapuskan petualang
negara. Perlu diulang berkali-kali bahawa pasukan keselamatan kita, tentera
dan juga polis, merupakan satu-satunya, yang telah berjaya mengalahkan
perjuangan pengganas komunis di seluruh dunia.
Ruangan Tahukah Anda keluaran bulan ini ingin memperkatakan ‘taktik
serang hendap’ yang sebenarnya sudah digunakan oleh pahlawan Melayu
sejak dari zaman penjajah Portugis,Belanda dan Inggeris di Tanah Melayu
ratusan tahun dahulu.
Oleh: Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad
K
EJAYAAN tentera Belanda
mengalahkan Portugis di Melaka pada
Kurun Masihi Ke-17 dahulu, adalah
dengan bantuan pahlawan Melayu dari Johor,
Naning dan Rembau. Setelah mereka
mengepung Bandar Melaka mulai bulan Dis
1640 hingga bulan Jan 1641, pertahanan
Portugis dalam Kota Melaka akhirnya pecah
setelah Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja
yang mengetuai seramai 1,500 pahlawan Johor
yang datang menyerang Melaka dalam 40 buah
perahu perang, berjaya memanjat kota Melaka
menggunakan buluh sigai di waktu fajar belum
menyingsing, bersama 30 pahlawan yang lain.
Sebelum itu beratus-ratus pahlawan Johor,
Naning, Rembau dan Belanda, sudah terkorban
oleh tentera Portugis yang menggunakan panah,
pedang dan batu dari atas kota.
Tentera Belanda yang menang pada asalnya
sangat berterima kasih kepada Naning dan
Rembau, tetapi setelah berkuasa, mereka mula
menunjukkan belang, daerah Naning yang jauh
di pendalaman Negeri Melaka turut dimasukkan
sebagai jajahan takluk Belanda. Pegawai
Belanda telah pergi ke Naning dan kemudian
membuat perjanjian di mana Daerah Naning
terpaksa memulangkan segala rampasan
perang serta perlu membayar cukai sebanyak
satu persepuluh daripada semua hasil di Naning
kepada Belanda. Di samping itu Naning juga
dikenakan pelbagai syarat lain yang dikira berat
sebelah dan tidak dipersetujui oleh penduduk
Naning. Semenjak dari itu banyak berlaku
penentangan oleh Naning dan Rembau
terhadap pemerintahan Belanda di Melaka.
Dalam satu peristiwa pada awal tahun 1643,
sepasukan tentera Belanda yang diketuai oleh
Kapten Laurens Forsenburg dan Syahbandar
Jan Menie semasa dalam perjalanan dari
Naning ke Rembau melalui hutan rimba, telah
diserang hendap oleh pahlawan Rembau.
Kapten Laurens Forsenburg dan Syahbandar
Jan Menie serta enam askar Belanda telah
terbunuh. Berikutan dari itu, Gabenor Belanda
82
di Melaka, Jeremiah van Vliet, telah menghantar
seramai 20 askar untuk membantu Kapten
Laurens Forsenburg dan mereka juga telah
diserang hendap oleh Pahlawan Rembau dalam
hutan antara Rembau dan Naning. Setelah
sarjan pasukan bantuan itu terbunuh, askar
yang lain pun bertempiaran melarikan diri balik
ke Melaka.
Seterusnya pada 3 Feb 1643, Gabenor
Jeremiah van Vliet sendiri telah mengetuai
pasukan Belanda untuk membalas tindakan
pahlawan Rembau dan Naning menyerang
hendap dan membunuh askar Belanda sebelum
itu. Ketika pasukan Belanda yang lengkap
bersenjata itu sedang dalam perjalanan dalam
hutan antara Rembau dan Naning, telah
diserang hendap oleh pahlawan Rembau.
Seramai 30 askar Belanda telah terbunuh dan
Gabenor Jeremiah van Vliet sendiri luka parah
tetapi dapat balik ke Melaka. Sebuah peti duit
mengandungi sejumlah 14,000 mata wang
Belanda kepunyaan Gabenor Jeremiah van Vliet
serta banyak senjata telah dapat dirampas oleh
pahlawan Rembau.
Semasa Inggeris memerintah Melaka,
Daerah Naning juga dikira oleh Inggeris sebagai
sebahagian daripada wilayah takluknya dan
dikenakan cukai sebagai ufti sebanyak satu
persepuluh daripada hasil padi di Naning setiap
tahun. Penghulu Naning atau pembesar yang
mewakilinya dikehendaki datang menghadap
Residen Inggeris di Melaka membawa ufti yang
dijanjikan. Penghulu Naning Datuk Dol Said serta
Datuk pembesar yang lain tidak bersetuju
dengan peraturan cukai yang dikenakan oleh
Inggeris itu tambahan pula Inggeris juga
mencampuri pentadbiran Daerah Naning.
Seterusnya Datuk Dol Said memberi tahu
Inggeris bahawa Naning bukan jajahan takluk
Inggeris di Melaka.
Residen Inggeris di Melaka telah menghantar
seramai 150 askar Sepoi yang lengkap
bersenjata bersama dua pucuk meriam besar
yang ditarik oleh lembu pada awal bulan Ogos
1831, untuk menyerang dan menakluki Naning.
Pasukan Inggeris diketuai oleh Kapten Wyllie
dan W.T.Lewis, Timbalan Residen Melaka, turut
serta sebagai Pesuruhjaya. Leftenan Milnes
yang bakal dilantik sebagai Residen Naning turut
bersama dalam pasukan Inggeris tersebut.
Setelah beberapa hari bersusah payah
merentasi hutan rimba tebal, mereka telah
membuat kubu di Sungai Petai yang berhampiran
dengan Naning sebagai persiapan mengumpul
peralatan, persenjataan dan makanan sebelum
memulakan serangan.
Beberapa pertempuran telah berlaku antara
Inggeris dengan Naning yang turut dibantu oleh
pahlawan dari Rembau. Pertempuran telah
berlanjutan selama hampir tiga minggu dan
Inggeris telah diserang dengan hebat oleh
pahlawan Naning dan Rembau menggunakan
taktik perang gerila. Pasukan Inggeris telah gagal
untuk menggalahkan Naning dan mereka telah
memohon bantuan dari Melaka, namun masih
gagal menundukkan Datuk Dol Said serta
pengikutnya. Akhirnya pada 24 Ogos 1831,
Kapten Wyllie telah menerima perintah dari
Residen Inggeris supaya berundur ke Bandar
Melaka. Semasa berundur itulah pasukan
Inggeris telah diserang hendap oleh Datuk Dol
Said serta pahlawan Naning dan Rembau dan
Inggeris gagal mengalahkan Naning. Beberapa
meriam besar serta alat persenjataan yang lain
ditinggalkan oleh Inggeris dan askar Sepoi, maka
dirampas oleh Datuk Dol Said sebagai rampas
perang.
Inggeris telah mengeluarkan perisytiharan
bahawa barang siapa dapat menangkap Datuk
Dol Said sama ada hidup atau mati akan
mendapat wang saguhati sebanyak $1,ooo,
daripada Residen Inggeris. Kemudian dari itu
Inggeris mula menyerang Naning, bermula pada
bulan Mac 1832. Pasukan Inggeris yang diketui
oleh Kolonel Herbert, disertai oleh 1,400 askar
Sepoi. Setelah berlaku beberapa pertempuran
yang dahsyat, di mana kubu Naning di
Pengkalan Naning, Bukit Sibusuk dan Tabuh
Naning satu persatu jatuh, akhirnya pasukan
Inggeris yang telah dibantu pula oleh Sayid
Syaaban dari Rembau, berjaya mengalahkan
Datuk Dol Said pada 15 Jun 1832.
BIL 148/MEI 2006
M
ODEL Meriam 25 Pounder merupakan Ragaan Utama PUSARTI,
diperbuat mengikut skala oleh Institut Kejuruteraan Tentera Darat
(IJED) daripada tembaga, berukiran 24 cm panjang dan 15 cm
tinggi serta beratnya 5.3 kg. Idea pembikinan model Meriam 25 Pounder
sebagai Ragaan Utama PUSARTI telah diilhamkan oleh Pengarah Artileri,
Kol Hassan Ibrahim pada tahun 1984.
Sejarah Meriam 25 Pounder
Meriam 25 Pounder merupakan persenjataan utama Bateri Medan
Pertama Meriam Persekutuan ( 1st Field Battery Federation Artillery)
semasa ditubuhkan pada 14 Ogos 1957. Sebanyak lapan laras meriam
25 Pounder diperolehi daripada Tentera Darat British. Tugas pertama
yang telah dilaksanakan oleh Bateri Medan Pertama ialah empat laras
meriam menembak 101 das Tembakan Kehormatan semasa
Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 serta empat laras
meriam terlibat dalam perarakan berkenderaan sempena Sambutan
Kemerdekaan tersebut.
Meriam 25 Pounder banyak terlibat memberi bantuan tembakan kepada
Tentera Persekutuan ( khasnya Askar Melayu dan Rejimen Persekutuan
) dan Tentera Komanwel semasa Darurat Pertama menentang pengganas
komunis. Penggunaan Meriam 25 Pounder untuk operasi ditamatkan pada
tahun 1962 dan telah dijantikan oleh Meriam 105mm Pack How L5.
Bagaimanapun Meriam 25 Pounder masih terus digunakan untuk
tembakan kehormatan hingga akhir tahun 60an dan kini masih digunakan
sebagai Leading Gun dan Guardian Gun semasa perbarisan. Sebagai
menyahut projek Warisan Tentera Darat, empat laras Meriam 25 Pounder
dijadikan Trophy Gun.
83