dan kerjaya asih `single`
Transcription
dan kerjaya asih `single`
http://cyberita.asia1.com.sg Jumaat, 4 Januari 2013 (21 Safar 1434) MICA (P) 041/11/2012 50 sen Nilai Pasaran Second Chance melonjak ke paras $270.2 juta Oleh ROSEBI MOHD SAH [email protected] SEMAKIN MAJU: Second Chance Properties, yang diterajui Encik Mohd Salleh Marican, naik 18 tangga ke kedudukan 216 daripada keseluruhan 700 syarikat tersenarai dalam bursa saham tahun lalu, berdasarkan saiz permodalan pasaran. – Foto fail TAUFIK A. KADER SECOND Chance Properties (SCP), satu-satunya syarikat Melayu yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX), terus meningkatkan kedudukan permodalan pasarannya di Singapura. Permodalan pasaran adalah jumlah saham dikali dengan harga saham di pasaran yang memaparkan nilai pasaran sesebuah syarikat. Berdasarkan perangkaan terbaru, permodalan pasaran SCP melonjak kepada $270.2 juta tahun lalu berbanding $181.8 juta pada 2011, naik 48.6 peratus. Ini membolehkan SCP meningkatkan lagi kedudukannya di kalangan syarikat tersenarai dalam SGX , daripada tempat ke-298 pada 2010 kepada tempat ke-234 pada 2011 dan seterusnya ke tempat 216 pada tahun lalu. Berbanding tahun sebelumnya, SCP naik 18 tangga pada 2012 daripada keseluruhan 700 syarikat tersenarai dalam bursa saham berdasarkan saiz permodalan pasaran. Malah, dengan kedudukan yang lebih kukuh itu, SCP berupaya mengatasi beberapa syarikat terkemuka seperti Hotel Royal, Amara Hotel, BreadTalk, Isetan, Cortina, Challenger, Singapore Shipping, Old Chang Kee, Best World dan Food Junction yang tersenarai dalam SGX. Menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut ialah syarikat SingTel dengan nilai pasarannya mencapai $52.5 bilion. Pengarah Urusan SCP, Encik Mohd Salleh Marican, berkata pencapaian syarikat itu yang didedahkan dalam akhbar Business Times kelmarin, adalah sangat memberangsangkan. “Sekitar dua setengah tahun lalu, kami mengumumkan visi kami bahawa SCP akan menjadi syarikat sebilion dolar menjelang 2022 dengan memberi tumpuan kepada kegiatan-kegiatan KAJIAN PERKAHWINAN DAN KEIBUBAPAAN Masih muda dan kerjaya sebab ramai masih ‘single’ Oleh NUR DHUHA ESOOF [email protected] MEREKA sedang dilamun cinta tetapi belum berhasrat mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Sebabnya, mereka rasa terlalu muda untuk berumah tangga selain ingin mengumpul wang serta memberi tumpuan terhadap kerjaya terlebih dahulu. Itulah dapatan daripada satu tinjauan yang dijalankan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) ke atas 4,646 warga berusia antara 21 dengan 45 tahun termasuk 2,120 responden yang belum berumah tangga. Kajian Perkahwinan dan Keibubapaan itu dijalankan tahun lalu dan dapatannya diumumkan semalam. Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa lebih daripada separuh responden yang be- ’ Orang bujang masih terus mengadu mengenai harga rumah dan kos penjagaan anak yang tinggi. – Pengerusi NFC, Encik Lim Soon Hock lum berumah tangga melihat soal kewangan sebagai antara faktor yang menghalang mereka daripada mendirikan mahligai dalam masa dua tahun akan datang. Sekitar 61 peratus responden bujang yang mempunyai pasangan serius berkata mereka ingin mengumpul wang untuk membeli rumah terlebih dahulu sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka. Seramai 61 peratus responden juga berkata mereka ingin mengumpul wang bagi membiayai majlis perkahwinan mereka. Bilangan responden yang sama berkata mereka terlalu muda untuk berumah tangga. E Laporan lain 2 Sementara itu, sekitar 59 peratus responden berkata mereka ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya. Lagi 37 peratus responden pula berkata mereka belum bersedia untuk berumah tangga. Pengerusi Majlis Keluarga Kebangsaan (NFC), Encik Lim Soon Hock, berkata dapatan seperti pasangan yang bimbang akan harga rumah telah beberapa kali ditimbulkan dalam kajian dan tinjauan serupa. “Orang bujang masih terus mengadu mengenai harga rumah dan kos penjagaan anak yang tinggi. “Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil sebelum ini sudah tidak berkesan lagi. Pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan lain harus memikirkan cara yang lebih holistik bagi menyelesaikan masalah seperti ini,” kata Encik Lim. Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 80 peratus responden bujang dan 85 peratus responden yang telah berumah tangga berkata hanya ibu bapa yang sudah berumah tangga harus mempunyai anak-anak. Hampir semua, iaitu 99 peratus responden yang telah berumah tangga berkata tanggungjawab menjaga anak-anak harus dikongsi oleh kedua-dua ibu dan bapa. KES ROGOL DI INDIA Lima lelaki didakwa di mahkamah NEW DELHI: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduan merogol seorang pelajar wanita berusia 23 tahun secara bergilir dalam sebuah bas yang sedang bergerak pada bulan lalu. Seorang lagi tertuduh berusia di bawah 18 tahun dan akan dibicarakan secara berasingan di sebuah mahkamah juvenil. Polis telah membentangkan bukti dakwaan merogol, menculik dan membunuh ke atas mereka, selepas mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk yang dialaminya ekoran serangan tersebut. Mangsa, seorang mahasiswi fisioterapi yang dirogol secara bergilir pada petang Krismas di wilayah Tamil Nadu, meninggal dunia awal Sabtu lalu di sebuah hospital Singapura kerana mengalami kerosakan organ yang teruk. Insiden itu mencetuskan kemarahan dan bantahan di kalangan penduduk India terhadap jenayah seks yang semakin meningkat di negara itu. Lima lelaki tersebut, sebahagian besarnya adalah penduduk di kawasan setinggan New Delhi, akan menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah, kata Menteri Dalam Negeri India, Encik Sushilkumar Shinde, di tengah-tengah desakan awam agar mereka dikenakan hukuman itu. “Adalah wajib bagi semua yang tertuduh dihadapkan kepada majistret,” kata Encik Rana Dasguota, seorang pe- gawai perundangan di kompleks mahkamah daerah Saket, kawasan pihak polis mengadakan kawalan ketat sejak pagi semalam. Para peguam di mahkamah daerah New Delhi memutuskan mereka enggan membela para suspek itu, yang bermakna pihak pemerintah terpaksa melantik peguam bela bagi mereka. – AFP, Reuters. hartanah. Pada masa itu permodalan pemasaran kami hanyalah $140 juta dan ramai yang meragui sama ada kami dapat memenuhi matlamat kami itu. Ada pula yang mengatakan ia merupakan visi yang sangat mencabar untuk dicapai. “Namun saya cukup berkeyakinan. Sebab dalam tempoh dua tahun sahaja kami telah mencapai lebih suku bilion dolar dan kami mempunyai banyak masa lagi sebelum tiba 2022. “Kami mempunyai 10 tahun lagi untuk mencapai matlamat kami. Alhamdulillah syarikat kami bertambah kukuh setiap tahun dan jika diizinkan Tuhan, insya-Allah saya berkeyakinan kami akan dapat mencapat matlamat kami itu,” ujarnya kepada Berita Harian. Prestasi SCP terus kukuh selepas ia meluaskan perniagaan kepada sektor hartanah selain niaga pakaian First Ladynya dan emas, Golden Chance. Perangkaan terbaru menunjukkan keuntungan bersih SCP mencapai $30.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos lalu - mewakili kenaikan $41,000 berbanding $30.06 juta dalam tahun kewangan tahun sebelumnya Pendapatan kumpulan syarikat itu juga meningkat 31.57 peratus atau $15.49 juta kepada $64.56 juta pada tahun kewangan tahun lalu. Diminta mengulas, Pengarah Pengurusan Harta Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid, berkata peningkatan dalam permodalan pasaran mencermin prestasi syarikat yang lebih baik. “Ia memaparkan liquidity atau kecairan sesebuah syarikat. Para pelabur institusi misalnya yang ingin melabur atau membeli sesebuah syarikat biasanya akan melihat syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang lebih besar. Dan ini tentunya dapat meningkatkan lagi imej dan status Second Chance dalam senarai permodalan pasaran itu,” tambahnya. Saham SCP ditutup kepada 40.5 sen semalam. Halimah: Tingkatkan daya penghasilan demi kurangi pergantungan pada pekerja asing Oleh AZAHAR MOHD [email protected] HURAIAN jangka panjang bagi mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing dan bagi memastikan para pekerja Singapura menikmati gaji yang menarik ialah dengan meningkatkan daya penghasilan. Menekankan hal itu, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Halimah Yacob, berkata usaha-usaha perlu dibuat bagi meningkatkan kesedaran para pekerja dan syarikat kecil dan sederhana (SME) mengenai peri-perlunya meningkatkan daya penghasilan bagi mencapai matlamat tersebut. “SME perlu mengautomasikan proses dan memanfaatkan lebih banyak teknologi agar mereka dapat mengurangkan pekerja (asing) dan menjadikan lebih menarik bagi warga Singapura. Namun, mereka sering kekurangan dana atau pengetahuan. “Pada masa lalu, mereka mudah mendapatkan pekerja asing bergaji rendah, lantas mereka keberatan membuat pelaburan dalam teknologi tinggi. Selain itu, pelaburan teknologi memakan masa sebelum dapat membuahkan hasil, dan tidak banyak SME bersedia bertahan,” jelasnya lagi. Beliau menjelaskan, pemerintah mempunyai pelbagai skim dan subsidi bagi membantu namun tidak banyak SME yang tahu memanfaatkannya. “Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) juga cuba membantu SME bagi memanfaatkan skim sedia ada namun tidak semua yang telah memanfaatkannya. “SME juga perlu memperkenalkan inovasi, memikirkan idea baru dan meneroka pasaran baru,” jelasnya lagi. Dalam amanat Tahun Baru, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa ekonomi Singapura secara keseluruhan tumbuh 1.2 peratus tahun lalu – lebih rendah berbanding 1.5 peratus yang ditetapkan sebelum ini. Beliau berkata rakyat juga perlu menjangkakan pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding apa yang sering dikecapi sebelum ini. “Syarikat-syarikat, perlu menggiatkan usa- CIK HALIMAH: SME perlu mengautomasikan proses dan memanfaatkan lebih banyak teknologi. – Foto fail KHALID BABA. ha bagi mempertingkatkan daya penghasilan. Pemerintah akan memberi mereka sokongan. Hanya dengan daya penghasilan boleh kita nikmati kenaikan gaji bagi warga Singapura,” jelas Perdana Menteri lagi. Cik Halimah menegaskan syarikat-syarikat perlu menghantar pekerja menjalani latihan agar mereka dapat melakukan pelbagai tugas atau melakukan tugas lebih rumit supaya nilai tambah mereka sebagai pekerja dapat meningkat. “Hanya menerusi pertumbuhan daya penghasilan dapat kita menikmati kenaikan gaji berkekalan dan mengurangkan pergantungan pada pekerja asing. Dengan meningkatkan daya penghasilan, walaupun setelah pemerintah memperketatkan bilangan pekerja asing, syarikat-syarikat dapat terus berfungsi dengan baik,” jelasnya lagi. Pertumbuhan daya penghasilan masih lemah DAYA PENGHASILAN SEJAUH INI E Februari 2010 – Jawatankuasa Semakan Ekonomi (ESC) membentangkan pelan induk bagi ekonomi Singapura berkembang berdasarkan kemahiran, inovasi dan daya penghasilan. Ia menetapkan matlamat baru bagi pertumbuhan daya penghasilan, iaitu 2-3 peratus setiap tahun sepanjang tempoh 10 tahun, berbanding 1 peratus yang dicapai secara purata sejak sedekad lalu. – Pemerintah mengumumkan kadar levi pekerja asing dinaikkan secara bertahap sepanjang tempoh tiga tahun bagi menggalak syarikat menggandakan usaha menambah daya penghasilan. E April 2010 Majlis Daya Penghasilan dan Pembelajaran Berterusan Nasional (NPCEC) dibentuk. Ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean. NPCEC beri tumpuan pada 12 sektor yang menyumbang 40 peratus kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan 50 peratus pekerjaan secara keseluruhannya. Antara sektor yang mendapat perhatian ialah binaan, elektronik, pengeluaran, runcit dan perhotelan. E September 2010 Dana Daya Penghasilan Nasional (NPF) dibentuk. Ia digunakan bagi program latihan serta inisiatif mempertingkat daya penghasilan. Pemerintah memberi suntikan $1 bilion bagi menyokong pelbagai inisiatif berkaitan daya penghasilan sepanjang tempoh lima tahun. Jumlah dana meningkat kepada $2 bilion sepanjang dekad mendatang. E 2011 & 2012 Singapura terus menikmati pertumbuhan daya penghasilan lemah pada 2011 dan 2012. Pertumbuhan daya penghasilan pekerja ialah 1 peratus 2011. SEORANG peniaga dikenakan kelmarin lapan tuduhan memberi rasuah berjumlah $83,500 kepada seorang bekas eksekutif kanan Singapore Press Holdings (SPH). Liaw Kim Chew, 51 tahun, dikatakan memberi antara $5,000 hingga $30,000 kepada Encik Peter Khoo Chong Meng bagi mendapatkan pro- Langkah kurangi pekerja asing boleh jejas ekonomi jika daya penghasilan tidak naik kukuh Oleh AZAHAR MOHD [email protected] DAYA penghasilan yang lemah boleh menjejas ekonomi Singapura. Dan dengan kos pekerja asing semakin meningkat setelah pemerintah memperketat kemasukan mereka, syarikat-syarikat tiada pilihan selain meningkatkan daya penghasilan, ujar beberapa pemerhati politik dan sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME) semalam. Jumaat lalu, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) memberi amaran langkah Pemerintah mengurangkan pergantungan pada pekerja asing boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi, menyebabkan peniaga tersepit dan ada terdorong memindahkan operasi mereka ke negara lain. SBF, yang mewakili lebih 18,000 syarikat di Singapura, juga berkata sasaran yang ditetapkan pemerintah – pertumbuhan daya penghasilan sebanyak 2 hingga 3 peratus setahun sepanjang 10 tahun sejak 2010 – adalah terlalu tinggi. Awal bulan ini, Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata Singapura masih boleh menikmati pertumbuhan walaupun bilangan pekerja berkurangan – dengan syarat syarikat-syarikat, terutama (SME), bersedia meningkatkan daya penghasilan. Ini boleh dicapai dengan mengubah operasi perniagaan dan menggilap keupayaan. “Pasaran buruh ketat akan berkekalan. Dengan membangunkan keupayaan mendalam dan mengubah operasi perniagaan bagi meningkatkan daya penghasilan, kita boleh menikmati pertumbuhan dan berdaya tahan dalam sekitaran (sukar) ini,” kata Encik Tharman. Pemerintah mahu Singapura mencapai pertumbuhan lebih inklusif dan berdaya tahan pada jangka panjang. Bagi mencapai matlamat itu, pemerintah telah memperketat kemasukan pekerja asing dan menggalak pertumbuhan daya penghasilan. jek daripada Unit Projek Editorial SPH, yang diketuai Encik Khoo ketika itu. Ini dipercayai berlaku antara 2006 dan 2010. Dalam satu kejadian, Liaw dipercayai memberi $30,000 kepada Encik Khoo bagi mendapatkan kontrak membekalkan 100,000 tabung duit MANFAAT TEKNOLOGI: Cik Rokiah bekerjasama dengan Politeknik Singapura bagi menghasilkan alat membuat lontong dalam masa lebih singkat demi meningkatkan daya penghasilan dan mengurangkan pekerja asing Suriyani Trading. – Foto fail baik, mempunyai kemahiran yang relevan kepada keperluan pasaran. Ini akan meningkatkan daya penghasilan ekonomi Singapura dan memastikan Singapura dapat menikmati pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan,” ujar Encik Zainal. Beliau menjelaskan, sebagai pergerakan buruh, Kongres Kdesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bergiat aktif membantu pekerja meningkatkan daya penghasilan. Program Pertumbuhan Inklusif (IGP) misalnya, membantu pekerja bergaji rendah mempertingkat daya penghasilan dan meraih pendapatan lebih tinggi. “Menerusi Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), NTUC bekerja rapat dengan rakan-rakan perindustrian untuk mengenal pasti keperluan latihan bagi memastikan pekerja dilengkapi dengan kemahiran kerja relevan, yang boleh meningkatkan daya penghasilan pekerja,” ujar Encik Zainal, yang akur usaha meningkatkan daya penghasilan memang mencabar. Sebuah SME Melayu, Suriyani Trading Pte Ltd, kini memanfaatkan teknologi terkini bagi mempertingkat daya penghasilannya. Pemilik kilang itu, Cik Rukiah Awang Chik, mendedahkan syarikatnya sedang bekerjasama dengan Politeknik Singapura bagi menghasilkan peralatan membuat lontong dalam masa lebih singkat. “Merebus lontong dan menyejukkan semuanya makan masa sekitar lapan jam. Kami berharap dapat mengurangkan masa membuat lontong itu kepada hanya empat jam,” jelas beliau, yang telah memohon geran pemerintah bagi mendapatkan peralatan lebih canggih itu. Cik Rukiah, yang telah lebih 25 tahun berniaga mengilang lontong dan tempe bersama suaminya, Encik Mohd Assad Abdul Rahman, berkata syarikatnya telah juga membeli oven canggih berharga lebih $16,000 bagi membakar pelbagai kuih talam. “Dengan oven canggih dua dalam satu ini (boleh kukus dan bakar), kakak berupaya membakar 24 loyang kuih sekali gus, lantas mengurangkan penggunaan dan kos tenaga pekerja asing, terutama kerana levi pekerja asing sekarang begitu tinggi,” jelas beliau. Dalam amanat Tahun Baru, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru syarikat-syarikat agar mempertingkat daya penghasilan. Namun tidak kurang penting ialah peranan pekerja dalam mempertingkat daya penghasilan. Matlamatnya ialah meningkatkan gaji warga Singapura. Untuk mencapai matlamat itu, Pemerintah menetapkan pertumbuhan daya penghasilan sebanyak 2-3 peratus setahun sepanjang 10 tahun dari 2010, berbanding 1 peratus yang dicapai secara purata sejak sedekad lalu. Namun, selepas tiga tahun, kemajuan yang dicapai masih lemah. Ketika dihubungi, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Halimah Yacob, berkata: “SME kini menggajikan sekitar 65 peratus pekerja di Singapura. Namun, SME selalunya tidak menawarkan gaji atau faedah yang baik, lantas mereka mendapati sukar menggajikan warga Singapura. “SME perlu mengautomatikkan proses dan memanfaatkan lebih banyak teknologi aagr mereka dapat mengurangkan pekerja dan menjadikan lebih menarik bagi warga Singapura. Namun, mereka sering kekurangan dana atau pengetahuan. “Pada masa lalu, mereka mudah mendapatkan pekerja asing bergaji rendah, lantas mereka keberatan membuat pelaburan dalam teknologi tinggi. Selain itu, pelaburan tek- nologi memakan masa sebelum dapat membuahkan hasil, dan tidak banyak SME sedia bertahan.” SME kini membentuk 99 peratus daripada sekitar 160,000 perusahaan di Singapura. Mereka menggajikan 60 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja dan menyumbang lebih 50 peratus kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP). Majoriti SME, sekitar 114,000, adalah firma kecil dengan perolehan tahunan di bawah $1 juta. Menurut Cik Halimah, sektor yang terdedah kepada persaingan global, seperti elektronik, lebih produktif. “Sektor-sektor yang terlindung daripada persaingan, seperti binaan, runcit dan layanan pelanggan, kurang produktif,” ujara beliau. Cik Halimah menegaskan syarikat-syarikat perlu menghantar pekerja menjalani latihan agar mereka boleh melakukan pelbagai tugas atau melakukan tugas lebih rumit supaya nilai tambah mereka sebagai pekerja dapat meningkat. “Hanya menerusi pertumbuhan daya penghasilan dapat kita menikmati kenaikan gaji berkekalan dan mengurangkan pergantungan pada pekerja asing,” katanya. Pengarah NTUC Care and Share, Encik Zainal Sapari, yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata banyak syarikat, terutama SME, terlalu bergantung pada pekerja asing bergaji rendah hingga mereka keberatan meningkatkan daya penghasilan dengan memanfaatkan teknologi. “Sektor-sektor yang mempunyai daya penghasilan lemah termasuk sektor binaan dan khidmat perniagaan, yang mencatat pertumbuhan daya penghasilan negatif. “Sektor hotel, restoran dan khidmat kewangan pula mencatat kenaikan daya penghasilan dibawah purata keseluruhan,” dedah Encik Zainal ketika ditanya mengenai prestasi syarikat-syarikat setempat. Beliau berkata usaha meningkatkan daya penghasilan memerlukan pendekatan holistik – daripada aspek pekerja hingga perusahaan dan di peringkat sektor. Di peringkat perusahaan dan sektor, kedua-duanya perlu menerapkan inovasi, meningkatkan daya persaingan dan membaiki proses kerja, ujar beliau. “Di peringkat pekerja, kita perlu memastikan pekerja dilatih dengan syiling kepada unit tersebut. Encik Khoo, 49 tahun, mantan naib presiden kanan Divisyen Akhbar Inggeris dan Melayu SPH serta Ketua Unit Projek Editorial. Beliau telah mengaku bersalah menggelapkan baucar beli-belah dan menerima rasuah daripada satu kontraktor. Secara keseluruhannya, mantan wartawan sukan SPH itu menggelapkan $196,500 dan baucar beli-belah CapitaLand bernilai $23,095. Baucar itu sepatutnya diberi sebagai hadiah kepada pemenang peraduan dan pembaca sebagai sebahagian daripada kegiatan pemasaran akhbar The Straits Times. Khoo juga bekas pengerusi penganjur Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times dan mengendalikan acara serta kegiatan bagi mendapatkan derma bagi dana tersebut. Bulan lalu, beliau didenda $100,000 dan diarah membayar $83,500 bagi dua kesalahan rasuah dan satu kesalahan pecah amanah. Tujuh lagi tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan. Jika sabit kesalahan, Liaw boleh dihukum denda sehingga $100,000, dan/atau penjara sehingga lima tahun bagi setiap tuduhan. RASUAH: Liaw (atas) didakwa memberi rasuah $83,500 kepada Encik Khoo bagi mendapatkan perniagaan daripada Unit Projek Editorial SPH. – Foto fail TUESDAY IN the new paper LOUD K-POP’S PRINCESSES ARE BACK Girls’ Generation make their smashing return! And this time, the gals are pining for their Prince Charming