application/pdf

Transcription

application/pdf
ORAL HISTORY
UNIVERSITY TECHNOLOGY MARA
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DR. AZMAN
MAT ISA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU
SEBAGAI TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR
DAN ALUMNI BAGI FAKULTI PENGURUSAN
MAKLUMAT BERMULA 2009 SEHINGGA KINI
NURUL SHAFINI BT YA’ACCOB
NOORHAMIDAH BT MOHAMED NOORZELI
2008795343
2008328657
PROJEK INI DI MAJUKAN KEPADA
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UiTM PUNCAK
PERDANA, SHAH ALAM
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603
MEI 2010
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Sekapur sireh
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami
menyiapkan transkrip ini walau pelbagai cabaran yang terpaksa kami harungi.
Jutaan terima kasih kami berikan kepada Doktor Azman Bin Mat Isa atas
kesudiaan beliau untuk meluangkan masa bagi membolehkan kami menemu
ramah beliau. Komitment yang beliau berikan memang banyak membantu kami.
Keduanya kami ingin mengucapkn jutaan terima kasiah kepada Encik
Nazir yang banyak memberikan tunjuk ajar serta pelbagai tip yang berguna bagi
membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna serta mengikut
standard yang dikehendaki. Begitu juga kepada pembantu pensyarah, Kak Huda
dan Kak Ayun atas kesudian mereka untuk memeriksa kesilapan pada transkrip
kami tanpa mengeluh.
Yang terakhir, kami inging mengucapkan jutaan terima kasih kepada
keluarga, dan semua sahabat yang tidak putus-putus member semangat mental
dan fizikal sehingga siapnya ‘Transkrip temu bual bersama Doktor Azman
bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Teknologi Maklumat’.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Biodata penulis 1
Nama: Nurul Shafini bt Ya’accob
Tarikh lahir: 8 Januari 1987
Tempat lahir: Taiping, Perak
Hobi: membaca, bersiar-siar
Pendidikan awal: Sekolah Rendah perempuan Methodist
: Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai
: Universiti Teknologi MARA, Segamat.
: Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Biodata penulis 2
Nama: Noorhamidah bt Mohamed Noorzeli
Tarikh lahir: 3 Januari 1987
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Hobi: Riadah
Pendidikan awal: Sekolah Kebangsaan Mengkuaang
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan
Universiti Teknologi MARA, Kedah
Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Singkatan Akronim
ITM
- Institut Teknologi MARA
UiTM
-Universiti Teknologi MARA
UPM
-Universiti Pertanian Malaysia /Universiti Putra Malaysia
UIA
-Universiti Islam Antaranbangsa
PHD
-Ijazah kedoktoran
HEP
-Hal Ehwal Pelajar
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Abstrak
Abstrak: urul Shafini binti Ya’accob dan oorhamidah binti Mohamed
oorzeli telah menemubual Dr. Azman bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau
sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini dijalankan
di bilik pensyarah pada 1 haribulan Mac 2010. Dr. Azman bin Mat Isa berasal
dari Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul Redzuan. Dr. Azman
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol pada
tahun 1978. Selepas itu beliau ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains
Taiping, Perak pada tahun 1984. Selepas tamat program matrikulasi, Dr. Azman
melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik. Beliau seterusnya menyambung
pengajian dalam Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat di Institut Teknologi
MARA (ITM) pada tahun 1997. Dr. Azman telah menyambung pengajiannya
hingga ke tahap PHD. Selain itu, Dr. Azman merupakan seorang yang aktif
berpidato ketika di menuntut sekolah dan universiti. Temubual selama dua jam ini
adalah berkenaan pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan, mengetahui latar
belakang keluarga dan pendidikan, sejarah kerjaya awal, dan pandangan beliau
mengenai halatuju Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini banyak memberi
fokus kepada pengalaman beliau sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan
Maklumat.
Kata kunci: Dr. Azman bin Mat Isa, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan
Maklumat.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
PE(GE(ALA(
Universiti teknologi MARA (UiTM) merupakan salah satu daripada institut
pengajian tinggi awam yang wujud di Malaysia serta menjadi universiti awam
yang terbesar. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1956. terdiri daripada sebuah
kampus utama, 3 buah kampus satelit, 12 buah kampus cawangan dan 6 buah
kampus Bandar. Kampus Shah Alam merupakan kampus induk, dimana 45.5
peratus pelajar di tempatkan. Manakala selebihnya ditempatkan di kampus
cawangan. Setiap kampus UiTM menawarkan peluang kepada golongan
bumiputra yang layak untuk melanjutkan pelajaran.
Terdapat pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan. Salah satu daripada bidang
yang ditawarkan ialah bidang pengurusan maklumat yang bernaung di bawah
fakulti pengurusan maklumat. Fakulti ini menawarkan pengajian bermula dari
peringkat diploma sehinggalah peringkat ijazah kedoktoran (Ph.d). Dalam
peringkat ijazah sarjana muda pelajar boleh memilih salah satu daripada 3 bidang
utama yang ditawarkan iaitu: ‘information management’, ‘library management’
dan ‘records management’. Setiap daripada kursus yang ditawarkan telah direka
supaya ianya memenuhi kehendak industri bagi memastikan setiap pelajar dalam
fakulti ini dapat menyesuaikan diri dalam industri yang mencabar. Setiap graduan
dari fakulti ini peneraju utama dalam pembinaan untuk menghasilkan masyarakat
yang bermaklumat serta berpengetahuan. Oleh yang demikian setiap pelajar akan
dibekalkan dengan ilmu dari 4 bidang yang penting iaitu: ‘Information
Technologies’, ‘Professional and Technical Aspects of Information’ dan ‘Records
Management’, ‘Public Relations’, dan ‘Users’ Needs and Services’.
Pelajar dalam peringkat diploma bagi kursus ini tidak ditempatkan di kampus
utama sebaliknye ditempatkan 4 buah kampus cawangan yang terletak di Sungai
Petani, Kedah, Segamat, Johor, Machang, Kelantan dan Kota Samarahan,
Sarawak. Pelajar yang ditempatkan di setiap kampus terdiri daripada pelajar yang
datang dari pelbagai negeri yang berbeza bagi mewujudkan persekitaran yang
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
sihat serta mengukuhkan perhubungan yang tidak bersifat kenegerian. Manakala
pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah
sarjana muda ditempatkan di kapus satelit yang terletak di kampus Puncak
Perdana.
Kampus Puncak Perdana yang terletak di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
merupakan kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Fakulti Pengurusan
Maklumat (Information Management) yang merupakan pelopor kampus ini
ditempatkan di sini. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga telah
dipindahkan ke sini. Bukan semua pelajar baru dan lama akan masuk di sini
walaupun sebelum ini para pelajar baru akan dihantar ke kampus Arau selama 1
semester <-- untuk course tertentu sahaja.Pada awal 2005, kampus ini telah
menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik walaupun
lokasi pembelajaran mereka terletak di seksyen 13 (stadium Shah Alam).
Kini fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus
menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka. apatah lagi kini fakulti
terbabit telah diterajui oleh dekan baru iaitu Dr. Hatta Azad Khan. Kampus
Puncak Perdana juga mengisi sebilangan pelajar Fakulti Pengurusan Kesihatan
dan lain-lain fakulti walaupun bilangan mereka adalah kecil.Terdapat kemudahan
asasnya yang ada di sini ialah Blok Fakulti, Blok Kediaman Pelajar yang
dipanggil Kolej Puncak Perdana, Blok Dewan makan, dan Pusat Islam Al-Iqra
yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Kemajuan Islam , Pusat pemikiran dan
Kefahaman Islam UiTM.
Setiap fakulti mempunyai dekan dan timbalan dekan. Dekan bagi fakulti
pengurusan maklumat ialah Assoc. Prof. Dr. Adnan Jamaludin. Manakala
timbalan dekan bagi fakulti pengurusan maklumat ialah Dr. Azman Mat Isa. Dr.
Azman Mat Isa merupakan timbalan dekan bagi pelajar dan alumni. Beliau
merupakan orang yang bertanggung jawab bagi menguruskan aktiviti pelajarpelajar fakulti pangurusan maklumat. Bukan itu sahaja beliau juga turut terlibat
dengan banyak mesyuarat penting bagi memastikan bahawa setiap pelajar dalam
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
fakulti maklumat ini menjadi pelajar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau
juga turut membantu dekan bagi mengemudi fakulti ini. Setiap cadangan atau
penambaikan yang mampu meningkatkan identiti atau imej fakulti akan cuba
dilaksanakan.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Biodata tokoh
Nama: Azman bin Mat Isa
Tarikh lahir: 8.4.1971
Tempat lahir: Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul Redzuan.
Pendidikan awal: Rendah: Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol
Sekolah menengah: Sekolah Raja Tun Aznah Shah di Taiping.
Universiti : matrikulasi sains UPM [Universiti Pertanian Malaysia]
Sarjana
Muda
Sains
(Kepujian)
Matematik,
UPM
[Universiti Pertanian Malaysia]
Ijazah sarjana, UIA [Universiti Islam Antarabangsa].
Sarjana di Universiti College, London [Kolej Universiti
London].
PHD [Doktor Falsafah] di Glasgow.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Berikut merupakan sejarah lisan yang telah dijalankan oleh saya Noorhamidah
binti Mohamed Noorzeli dan juga rakan saya Nurul Shafini binti Ya’accob
bersama Dr. Azman bin Mat Isa mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan
Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Temubual ini dijalankan di bilik pensyarah
pada 1 haribulan Mac 2010.
KASET 1 BAHAGIA( A
(H( : Sekarang kita bersama Dr. Azman bin Mat Isa, Timbalan Dekan
Fakulti
Pengurusan
Maklumat
UiTM
[Universiti
Teknologi
MARA]. Dr. , terlebih dahulu saya ingin mengetahui latar belakang
Dr.
sebagai Timbalan Dekan. Pertama sekali kami ingin
mengetahui siapakah nama panggilan Dr. ?
AMI: Baik, latar belakang saya sebagai Timbalan Dekan. Sebagai
Timbalan Dekan, saya mula menjawat jawatan sebagai Timbalan
Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bermula pada satu Januari
dua ribu sembilan [1 Januari 2009]. Nama panggilan saya memang
nama sayalah, Azman. Kalau pelajar belum kenal saya, mungkin
mereka panggil Dr. tetapi kalau pelajar saya sepertimana saya
mengajar mereka ketika itu, mereka panggil saya encik dan
biasanya panggilan itu [pada] saya pun tidak menjadi masalah.
(H( : Pada tarikh bilakah Dr. dilahirkan?
AMI: Saya dilahirkan pada lapan haribulan April sembilan belas tujuh
puluh satu [8th April 1971]
(H( : Di manakah Dr. dilahirkan? Maksudnya di manakah tempat
kelahiran Dr.?
AMI: Saya dilahirkan di Gunung Semanggol, Daerah Kerian, Perak Darul
Redzuan. Pernah dengar Gunung Semanggol?
NHN : Pernah.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(H( : Apa cita-cita Dr. sejak kecil ?
AMI: Cita-cita sewaktu kecil agak terhad. Ada ketika dulu hendak
menjadi juruterbang, ada ketika hendak menjadi jurutera dan yang
selalunya hendak menjadi guru kerana persekitaran waktu itu tidak
begitu luas. Jadi lain-lain pekerjaan profesional tidak begitu
diketahui sangat. Yang dari awal itu mulanya masa sekolah rendah
hendak menjadi guru.
(H( : Siapakah nama ibubapa Dr. ?
AMI: Ibu saya [bernama] Misah binti Desa. Ayah saya Mat Isa bin --(H( : Apakah pekerjaan ibubapa Dr. ?
AMI: Kedua-duanya adalah petani.
(H( : Ibubapa Dr. berasal dari mana ?
AMI: Ibu saya berasal dari Kubu Gajah di Gunung Semanggol. Ayah
Saya berasal dari Sungai Pekan, juga dari Gunung Semanggol.
(H( : Di manakah Dr. menetap sekarang?
AMI: Sekarang saya tinggal di Seksyen U12 di Shah Alam berhampiran
Seksyen tujuh.
(H( : Berapakah bilangan adik-beradik Dr. dan Dr. merupakan
anak yang ke berapa?
AMI: Saya ada lapan adik-beradik sekarang, asalnya sembilan. Adik saya
yang paling kecil meninggal dunia kerana menghidap jantung
berlubang. Ketika itu saya tingkatan tiga. Sekarang saya ada lapan
adik-beradik. Saya anak yang ke- empat.
(H( : Siapakah nama isteri Dr. ?
AMI: Isteri saya namanya panjang sedikit. Wan Markhairulnizah binti
Haji Wan Ahmad. [ Nama sebenarnya Wan Markhairulnizah binti
Haji Dato’ Wan Ahmad]
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(H( : Isteri Dr. berasal dari mana?
AMI: Beliau berasal dari Padang Sidir, Pauh, Arau, Perlis.
(H( : Boleh Dr. beritahu pekerjaan isteri Dr. sekarang?
AMI: Beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah menengah di
Klang.
(H( : Bilakah Dr. mendirikan rumahtangga bersama isteri?
AMI: Pada satu haribulan tiga tahun sembilan belas sembilan puluh tujuh
[1.3. 1997]. Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kami yang
ke tiga belas.
(H( : Sehingga kini, Dr. dan isteri dikurniakan berapa orang cahaya
mata?
AMI: Alhamdulillah kami dikurniakan empat orang cahaya mata. Yang
pertama hingga ke-tiga lelaki. Hari ini juga hari jadi anak saya
yang ketiga dan yang paling kecil seorang perempuan.
(H( : Apakah aktiviti Dr. ketika masa lapang?
AMI: Saya suka membaca, saya suka berkebun dan rekreasi, sukan
untuk masa lapang. Selain itu suka menonton bola sepak
terutamanya.
(H( : Sekarang kita akan mengetahui sejarah pendidikan awal dan
kerjaya awal Timbalan Dekan kita, Dr. Azman bin Mat Isa.
Pertama sekali bilakah Dr.
mula menjejakkan kaki ke alam
persekolahan?
AMI: Pada tahun sembilan belas tujuh puluh lapan (1978).
(H( : Di mana sekolah Dr. yang pertama Dr. mula belajar
dahulu?
AMI: Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol.
(H( : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak keadaan sekolah pada
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
masa itu?
AMI: Sekolah pada waktu itu memang menyeronokkan. Saya dihantar
oleh ayah saya hanya pada pagi yang pertama dan saya balik
dengan abang saya. Jadi memang ayah saya hantar, tengok sekejap
saya di situ dan tinggalkan saya. Jadi tidak pula ada perasaan takut
ketika itu. Mungkin agaknya sudah biasa begitu. Jadi [ini mungkin
antara] pengalaman yang saya masih ingat.
(H( : Apakah pengalaman Dr. ketika mula masuk ke alam
persekolahan?
AMI: Pengalaman yang pertama dari segi pergaulan dengan kawankawan. Yang keduanya saya masih ingat ketika dulu ada satu
diberi suntikan. Saya tidak pasti BCG [sejenis suntikan] tetapi
saya antara terkecil kanak-kanak dalam kelas. Apabila melihat
budak sekampung saya yang berbadan besar dan apabila
jururawat datang ke kelas saya tidak menangis apabila saya
diberikan suntikan tetapi budak itu walaupun badannya besar
dia menangis paling kuat dalam kelas. Jadi saya rasa saya ada
kekuatan dari segi mental saya.
(H( : Pada tahun berapakah Dr. mula masuk ke sekolah menengah?
AMI: Sekolah menengah pada tahun sembilan belas lapan puluh empat
[1984].
(H( : Apakah nama sekolah menengah tersebut?
AMI: Pada waktu saya masuk tingkatan satu sekolah itu namanya Sekolah
Menengah Sains Taiping Perak. Kemudian namanya ditukar ketika saya
tingkatan empat menjadi Sekolah Raja Tun Aznah Shah di Taiping.
(H( : Apakah bidang yang Dr. pelajari ketika di sekolah menengah?
Adakah Dr. pelajar aliran Sains atau pelajar aliran Sastera?
AMI : Saya memang pelajar aliran Sains.
(H( : Ketika di sekolah menengah, adakah Dr. mengikuti apa-apa
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
aktiviti ataupun persatuan dan badan beruniform ?
AMI : Memang ia wajib ketika di peringkat sekolah sepertimana kamu
juga. Waktu saya pasukan beruniform PBSM [Persatuan Bulan Sabit
Merah]. Mungkin PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah] yang paling tidak
mencabar. Jadi masuknya yang ramai dan persatuan pula saya waktu
tingkatan empat dan lima saya menjadi pengerusi Persatuan Persuratan
Melayu Malaysia kerana mungkin saya aktif di dalam aktiviti debat
sekolah.
(H( : Apakah jenis sukan yang Dr. ceburi ketika belajar di sekolah
tersebut?
AMI: Selalunya bola sepak, sepak takraw dan juga badminton. Yang
paling saya tidak gemari hoki kerana merasa tidak berani bermain
hoki.
(H( : Adakah Dr. menjawat apa-apa jawatan semasa bersekolah
di sekolah menengah?
AMI: Itulah tadi saya nyatakan hanya di peringkat kelab kerana saya tidak
menjadi seorang pengawas perpustakaan mahupun pengawas
sekolah. Jadi saya sebagai pendebat utama atau ketua Persatuan
Debat di samping menjadi pengerusi Persatuan Persuratan Melayu
Malaysia.
(H( : Ketika sekolah menengah, adakah Dr. pernah mendapat
sebarang anugerah atau pengiktirafan?
AMI: Ya, yang lazimnya berkaitan dengan aktiviti debat. Beberapa kali
saya menerima hadiah sebagai pendebat terbaik dan mewakili
sekolah ke pesta Piala Perdana Menteri selama dua tahun berturutturut. Pada saya itu satu pencapaian membanggakan kerana saya
tidak berkecimpung dari tingkatan satu sebaliknya tingkatan tiga
saya mula dan saya yakin cikgu melihat pada potensi saya dan
terus tingkatan empat saya dibawa saya pergi bersama tingkatan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
lima untuk menjadi pendebat. Bukan sebagai pendebat simpanan
tetapi sebagai pendebat utama. Saya rasa itu satu pengalaman yang
cukup baik.
(H( : Matapelajaran apakah yang Dr. minati ketika di sekolah
menengah ?
AMI: Ada dua mata pelajaran yang paling saya minat. Yang pertama
Matematik Moden, yang kedua Biologi.
(H( : Adakah Dr. mengambil pendidikan tambahan pada waktu luar
sekolah? Contohnya kelas tambahan bagi sesuatu matapelajaran
atau kelas agama.
AMI: Tidak ada kerana pada ketika itu kelas tambahan juga adalah sesuatu
yang agak jarang diikuti apatah lagi saya tinggal di sekolah asrama
penuh. Jadi memang tiada kelas tambahan.
(H( : Bolehkah Dr. ceritakan sejarah bagaimana Dr. dapat
melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi?
AMI: Selepas SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] pada tahun sembilan belas
lapan puluh lapan [1988] saya membuat pilihan sendiri. Mugkin
kerana ketika itu abang-abang saya berada di universiti. Maknanya
melihat pada prospektif ketika itu tiada online application [aplikasi
atas jaringan] seperti sekarang dan universiti awam pun tidak
banyak. Mungkin lima atau enam universiti ketika itu dan saya
mengisi borang permohonan itu berdasarkan pada cita rasa saya
dan saya mohon program matrikulasi sains UPM [Universiti
Pertanian Malaysia/Universiti Putra Malaysia] ketika itu kerana
ada satu persepsi bahawa matrikulasi UPM [Universiti Pertanian
Malaysia/Universiti Putra Malaysia] tidak dibuat di sekolah. Jadi
ingin bebas dari alam persekolahan sebab itu saya
memohon UPM [Universiti Pertanian Malaysia/Universiti Putra
Malaysia].
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(H( : Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada
peringkat ijazah?
AMI: Habis matrikulasi dua tahun maknanya tahun sembilan belas lapan
puluh sembilan [1989] bermula sampai sembilan belas sembilan
puluh [1990]. Tahun sembilan belas sembilan puluh satu (1991)
saya mula buat Ijazah Sarjana Muda di sana.
(H( : IPT manakah Dr. lanjutkan pengajian tersebut?
AMI: Di Universiti Pertanian Malaysia. Sekarang Universiti Putra
Malaysia.
(H( : Pada ketika itu Dr. lanjutkan pengajian dalam bidang apa?
AMI: Saya habis matrikulasi sains selama dua tahun ketika itu kemudian
saya lanjutkan pengajian dalam bidang matematik. Nama program
itu Sarjana Muda Sains [Kepujian] Matematik.
(H( : Adakah Dr. ditawarkan Program Tenaga Pensyarah Muda yang
dikeluarkan oleh UiTM [Universiti Teknologi MARA]?
AMI: Ya, memang saya ditawarkan Program Tenaga Pensyarah Muda. Ini
kerana selepas saya belajar di UPM [Universiti Putra Malaysia]
selama enam tahun saya menyambung pengajian lagi selama
setahun di sini di Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat. Ketika
itu memang itu adalah pengkhususan saya yang benar membawa
saya ke kedudukan saya hari ini kerana program setahun berkenaan
saya berbincang dengan abang saya adakah saya akan mengikuti
KPLI yang sememangnya ketika itu telah ditawarkan tempat
ataupun saya hendak pergi ke suatu bidang yang tidak diketahui
ramai tetapi saya rasa itu minat saya. Setelah mendapat nasihat
abang saya, akhirnya saya buat keputusan saya datang ke ITM
[Institut Teknologi MARA] pada ketika itu.
(H( : Apakah yang mendorong Dr. memilih pengajian tersebut ketika
itu?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Kerana minat saya. Mungkin seperti yang saya nyatakan tadi untuk
menjadi seorang pendebat saya banyak membaca dan banyak
mencari maklumat malah ketika di UPM [Universiti Putra
Malaysia] sendiri saya tidak begitu arif mencari maklumat apatah
lagi pada masa itu tidak ada google [Jaringan Internet] untuk cari
maklumat. Jadi untuk cari maklumat itu merupakan satu process
yang memakan masa panjang, walaupun pergi ke perpustakaan
tetapi tidak tahu kedudukan bahan-bahan rujukan. Kemudian hasil
dari pembacaan saya yakin dan percaya bahawa maklumat itu
perlu diuruskan dengan sistematik. Jadi saya telah tengok semua
universiti awam ketika itu tetapi tidak ada universiti yang
menawarkan bidang pengurusan maklumat tetapi setelah membuat
sedikit kajian saya yakin dan percaya bahawa lepasan Ijazah Sains
yang saya ikuti selepas itu adalah bidang yang paling hampir
dengan minat saya dalam bidang pengurusan maklumat dan
alhamdulillah itu sebenarnya memang pilihan saya yang tepat.
(H( : Siapakah yang mendorong Dr. melanjutkan pengajian ke
peringkat pengajian tinggi?
AMI: Ke peringkat pengajian tinggi kalau dari sekolah sebab abang saya
yang sulung telah berjaya melanjutkan pengajian ke UTM
[Universiti Teknologi Malaysia] kemudian diikuti oleh abang saya
yang kedua dan di kampung memang tiada orang lain. Apabila
abang saya yang sulung
berjaya seolah-olah menjadi suatu
kemestian untuk kami yang lain dan alhamdulillah mugkin kerana
saya ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh memberi
peluang yang lebih baik untuk saya melanjutkan pelajaran ke IPT
[Institut Pengajian Tinggi].
(H( : Selama Dr. bergelar mahasiswa ketika itu apakah aktivitiaktiviti universiti atau persatuan mahasiswa yang Dr. ceburi?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Banyak. Saya aktif di kolej berbanding di fakulti kerana di kolej
seperti sekarang kalau saya memastikan tanggungjawab saya
sebagai seorang Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni saya juga
sedia maklum bahawa pelajar sepatutnya atau kelazimannya lebih
aktif di kolej berbanding di fakulti. Di sini alhamdulillah para
pelajar aktif di fakulti sepertimana di kolej. Sewaktu saya memang
saya pernah dicabar oleh seorang senior sewaktu minggu orientasi.
Jadi saya ambil cabaran itu untuk jadi seorang yang pemidato
sewaktu minggu orientasi tanpa sebarang persediaan. Maknanya
ucapan yang saya sampaikan itu secara sponton dan saya selitkan
sedikit unsur jenaka, bukan jenaka kosong tetapi jenaka berisi
ketika itu dan saya menjadi johan ketika itu tanpa persediaan yang
rapi. Jadi bermula dari situ salah seorang dari super senior dan juga
bekas guru yang memang saya kagum dengan kehebatan dia
berpidato dan memimpin dan dia melihat saya mungkin sebagai
seorang yang boleh diketengahkan untuk jadi pemimpin. Jadi di
universiti bermula dari situ kemudian saya dilantik menjadi
pengacara majlis-majlis besar di peringkat kolej seperti di
_melibatkan menteri-menteri datang kemudian di fakulti juga jika
ada program-program rasmi atau hari keluarga saya seringkali
diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis.
(H( : Adakah Dr. aktif di peringkat universiti ketika itu?
AMI: Di peringkat universiti ada satu kelab di UPM [Universiti Putra
Malaysia] yang dipanggil Kelab Forensik tetapi ia sebenarnya
lebih kepada debat. Bukan forensik perubatan tetapi debat dan saya
sememangnya aktif cuma saya tidak begitu gemar untuk
menonjolkan diri untuk dipilih sebagai pendebat kerana saya lebih
senang melihat orang lain begitu teruja hendak dapatkan tempat
itu. Biarkan mereka kerana pada hakikatnya pada saya apabila tiba
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
ketikanya saya akan mengambil peluang tetapi ketika orang lain
bersungguh-sungguh biarkanlah mereka.
(H( : Boleh Dr. ceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis ketika
bergelar mahasiswa?
AMI: Pada zaman itu mahasiswa _____Di UPM [Universiti Putra
Malaysia] yang seronoknya banyak kawasan hijau Padang Bukit
Ekspo di UPM [Universiti Putra Malaysia] itu memang tempat
yang mana saya kerap naik motor dari kolej pergi ke Bukit Ekspo
dan berjoging di sana. Pada waktu pagi terutamanya pada hujung
minggu selepas sarapan naik motor pergi ke sana suasananya
cukup nyaman dan tenteram. Memang saya suka suasana sebegitu.
Itu yang manis. Yang pahitnya tidak ada apa sangat. Mungkin
excident [kemalangan] motor, jatuh motor. Naik motor kalau tidak
jatuh tidak sah. Tetapi saya bawa roomite [kawan sebilik] saya
tetapi roomite [kawan sebilik] saya lebih teruk dari saya. Itu yang
saya sedikit kesal dengan cara bawa motor itu sedikit merbahaya.
Ada selekoh kita hendak pemijak kaki sangkut sampai atas jalan.
Hari itu berlaku memang betul di belakang kolej. Saya tinggal di
belakang kolej keenam UPM [Universiti Putra Malaysia]. Saya
tinggal di blok belakang sekali. Sebelum sampai ke blok itu ada
satu selekoh memang sedaplah kalau orang naik motor suka corner
baring [membelok dengan cara yang bahaya]. So [jadi] hari itu ada
pokok kacang yang besar lebih kurang macam buih jering
besarnya. Tiga atau empat biji buah jantuh di selekoh yang paling
sedap kita hendak ambil itu. Jadi hendak mengelak kacang-kacang
yang besar itu terjatuh dan saya pitam sekejap. Roomite [kawan
sebilik] saya dia pakai slacks [seluar yang berkain lembut] dan
saya pakai jeans [seluar yang berkain keras]. Jadi apabila jatuh
selalunya penumpang yang lebih teruk dan memang lutut dia
cedera teruk tetapi tidak sampai ke tahap kena tahan wad atau
hospital.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(H( : Selama pengajian Dr. , apakah penganugerahan tertinggi yang
pernah Dr. perolehi ketika belajar?
AMI: Ketika belajar tidak ada sebarang pencapaian dalam akademik yang
saya perolehi melainkan melengkapkan saya punya matrikulasi dan
degree [ijazah] dengan jayanya dan juga Ijazah Sains Perpustakaan
di ITM [Institut Teknologi MARA]
(H( : Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada
peringkat PHD [Dr. Falsafah]?
AMI: Saya mula pada tahun dua ribu empat [2004] tetapi sebelum itu
untuk dapat PTM dan alhamdulillah saya diberi peluang untuk
belajar di London di University College London pada sembilan
belas sembilan puluh lapan [1998]. Lebih kurang seminggu
sebelum kerajaan buat keputusan untuk tidak menghantar pelajar
lagi ke luar negara kerana kegawatan ekonomi yang sangat teruk
dan PHD alhamdulillah saya diberi peluang ke luar negara untuk
kali yang kedua sebelum ITM [Institut Teknologi MARA]
membuat ketetapan sesiapa yang telah belajar di luar negara tidak
boleh pergi ke sana lagi untuk kali yang kedua. Jadi rezeki saya
yang kali kedua itu saya belajar di kelas dua Scotland.
(H( : Dalam peringkat PHD, Dr. melanjutkan pengajian dalam
bidang atau kursus apa dan berapa lamakah pengajian
tersebut?
AMI: Saya buat kajian saya adalah tentang Accountability of
Governance and Record Management [Kebertanggungjawaban
Tadbiran dan Pengurusan Rekod] Jadi melihat hubungkait peranan
pengurusan rekod atau peranan rekod itu sendiri dengan ketelusan
dan accountability [kebertanggungjawaban] sesebuah organisasi
dan kursus PHD saya selama tiga tahun setengah saya berada di
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
sana dan balik selepas tempoh berkenaan. Kemudian lebih kurang
setahun selepas itu saya akhirnya menamatkan PHD.
(H( : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman
Dr. ketika menuntut di luar negara?
AMI: Ya menuntut di luar negara ini sebenarnya memberi satu
pengalaman yang cukup bermakna kerana bukan sekadar bidang
pengajian yang dipelajari tetapi budaya dan cara hidup masyarakat
negara maju banyak memberi pengalaman berguna terutama sekali
kalau diperhatikan cara bagaimana mereka memberi perhatian
kepada pelajar membuat kajian. Saya membuat penyelidikan saya
di beberapa institusi swasta dan awam di sana dan alhamdulillah
mereka melayan seorang penyelidik PHD dengan begitu baik
sekali. Saya rasa itu akan saya praktikan di sini. Kalau ada pelajar
PHD dan Masters [Ijazah Sarjana] atau seperti kamu datang ke sini
pelajar berhak diberi layanan yang terbaik oleh sesiapa juga yang
dilawati mereka.
(H( : Boleh Dr. ceritakan pengalaman manis atau pahit ketika menuntut
di luar negara?
AMI: Salah satu daripadanya dari segi--- Saya punya ada lebih kurang
tiga tahun. Kalau ikut peraturan mereka pada tahun pertama bagi
pemegang lesen memandu komanwel lesen hanya sah satu tahun
sahaja tidak kira kita mengambil lesen antarabangsa ataupun tidak
dan saya telah membuat keputusan saya akan mengambil lesen
memandu British kerana saya fikir saya perlu tahu bagaimana
selok- belok bagaimana cara memandu yang sebenarnya di sana.
Saya peruntukan sebahagian daripada wang biasiswa itu untuk
memastikan saya dapat lesen dan alhamdulillah berjaya pada
cubaan pertama. Tidak banyak kes begitu tetapi alhamdulillah
mugkin niat dan juga diizinkan Allah. Saya masih ingat saya punya
ujian pada musim sejuk dan segala macam yang teruk-teruk itu
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
diuji pada saya. Alhamdulillah saya berjaya mendapat lesen
dengan hanya membuat beberapa kesalahan minor sahaja. Ada
syaratnya kesalahan minor tidak boleh lebih daripada tujuh dan
saya salah tiga sahaja dan saya rasa itu cukup memberangsangkan
buat saya kerana pada hakikatnya cara orang memandu di
Malaysia sangat menakutkan. Jadi tidak menghairankan kalau tiaptiap hari ada orang mati di jalan raya. Jika musim perayaan pun
kerana cara orang kita memandu tiada hormat antara satu sama lain
dan semua hendak cepat tanpa ada tolak ansur.
(H( : Adakah Dr. aktif berdebat ketika menuntut di luar negara?
AMI: Tidak. Di luar negara tidak kerana pengajian saya di peringkat PHD.
PHD selalunya ada setengah orang itu pergi dan dia duduk dengan
dunianya sahaja tetapi saya masih aktif dalam aktiviti bepersatuan
dan saya kerap keluar dalam beberapa family (keluarga) berekreasi
pada cuti hujung minggu atau pada musim panas.
(H( : Bilakah Dr. tamat pengajian di IPT tersebut dan apakah
kelulusan tertinggi Dr. perolehi?
AMI: Saya akhirnya mendapat PHD saya. Konvokesyen pada Disember
tahun lepas. Tamatnya pada awal bulan Oktober dan konvokesyen
bulan Disember. Bidangnya kalau ikut pada pengkhususan yang
diberikan oleh universiti berkenaan University of _ ialah bidang
Humanities Computing (Maklumat Kemanusiaan).
(H( : Selepas tamat pengajian pada tahun berapakah Dr. mula
berkhidmat sebagai pensyarah?
AMI: Apabila saya balik itu teruslah saya kembali ke fakulti dan
berbakti sebagai seorang pensyarah biasa.
(H( : Berapa lamakah Dr. berkhidmat sebagai pensyarah?
AMI: Saya mula berkhidmat di sini pada tahun sembilan belas sembilan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
puluh lapan [1998] pada Disember sepuluh haribulan. Kalau kita
kira sekarang sembilan belas sembilan puluh lapan (1998) tolak
dua ribu sepuluh [2010] ada dalam dua belas tahun.
(H( : Di manakah Dr. berkhidmat ketika itu?
AMI: Ketika itu fakulti berada di tingkat empat menara Sultan Salahudin
Abdul
Aziz
Shah.
So
[jadi]
ketika
ditawarkan
jawatan
sememangnya saya ditempatkan di sana.
(H( : Ketika Dr. berkhidmat sebagai pensyarah, Dr. mengajar
dalam bidang apa?
AMI: Mulanya memanglah saya mengajar dalam bidang pengurusan rekod
dalam satu kursus tetapi ketika itu banyak kursus berkaitan IT yang
telah diberikan kepada saya dan saya pernah dilantik menjadi ketua
program untuk IS dua dua satu (IS221) kerana latar belakang saya
sewaktu saya buat Sarjana Muda saya mengambil sebahagian besar
subjek atau kursus berkaitan dengan Sains Komputer. Itu satu
fakor yang
menyebabkan saya diberi tanggungjawab mengajar kursus
berkaitan IT.
(H( : Boleh Dr. ceritakan cabaran yang Dr. hadapi semasa
memegang jawatan sebagai pensyarah?
AMI: Sebagai pensyarah ketika itu memang banyak cabaran. Ketika itu
pelajarnya ramai kerana Vice Cansellor atau rector ITM [Institut
Teknologi MARA] pada ketika itu Dato’ Zaidi Laidil adalah untuk
menjadi mega universiti. Universiti yang pelajar seramai seratus
ribu oarang sedangkan kekangan dari segi ruang memang sedia ada
tetapi pertambahan pelajar berlaku dengan mendadak dan
akibatnya satu kelas kita ada sampai enam puluh orang.
Suasananya juga tidak begitu kondusif bangunan itu adalah
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
bangunan lama dan tidak ada sebarang ubahsuaian dibuat untuk
menjadikan ruang kondusif. Jadi cabarannya ketika itu pelajar
ramai pensyarah sedikit dan kerja-kerja seperti penyediaan bilik
untuk peperiksaan juga dilakukan oleh saya dan pensyarahpensyarah yang lain. Angkat kerusi susun kerusi angkat meja susun
meja untuk student [pelajar] hendak ambil peperiksaan.
(H( : Apakah pengalaman yang Dr. perolehi sepanjang bertugas
sebagai pensyarah?
AMI: Pengalaman banyak sangat kerana sebagai pensyarah yang
pertamanya memegang amanah menyampaikan atau menjadi
pendidik. Itu yang sangat besar. Itu satu. Yang keduanya sebagai
pensyarah juga ada kalanya diberi tanggungjawab sebagai seorang
pentadbir akademik seperti ketua program. Dari situlah saya
belajar
untuk
mengadaptasi
diri
dengan
pelbagai
situasi
menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat kerana ketika itu ITM
[Institut Teknologi MARA] tidaklah sebesar UiTM [Universiti
Teknologi MARA] hari ini. Jadi memang kerap kali hadir
mesyuarat kadang kala mungkin merasakan diri ini terlampau kecil
ketika itu kerana hadir di mesyuarat itu juga orang yang telah
bergelar Dr.
dan Profesor tetapi itu adalah pengalaman yang
cukup baik untuk menimba pengalaman dan memantapkan lagi
keyakinan. Hari ini alhamdulillah mungkin kerana pengalaman
sebegitu yang saya rasa saya ini tidaklah begitu kekok lagi untuk
menghadiri mesyuarat sebagai Timbalan Dekan.
(H( : Apakah pendapat Dr. tentang kerjaya sebagai pensyarah?
AMI: Kerjaya sebagai pensyarah ini sebenarnya cukup mulia sepertimana
guru. Pensyarah kita juga mendidik anak bangsa tidak kiralah
dalam konteks UiTM [Universiti Teknologi MARA] ini, anak
bangsalah. Bangsa melayu Islam bumiputera. Saya sering percaya
bahawa sebagai pensyarah sebagai apa jua profesion yang kita
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
ambil kita mesti ada passion [kegairahan] atau terjemahannya
kegairahan terhadap kerjaya itu sendiri. The more we have the
pasion the lest we have the tension [ lebih banyak kita ada
kegairahan, lebih sedikit kita ada tekanan]. Maknanya kalau kita
ada minat yang tinggi perkara-perkara yang menjadi kesusahan itu
tidaklah menjadi kudis kepada kita. Itu lumrah yang boleh kita
hadapi dengan keyakinan tanpa mencalarkan kita sedikit pun. Dari
situ barulah teruja hendak melaksanakan amanah.
TAMAT KASET 1 BAHAGIA( A
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
KASET 1 BAHAGIA( B
(SY : Pada pendapat Dr., adakah bidang pengajian yang Dr. ambil ketika
di universiti membantu kerja Dr. pada masa sekarang?
AMI: Ya. Kerana saya sebenarnya ada berapa universiti yang saya belajar.
Yang pertama di UPM (Universiti Putra Malaysia) dan saya datang
ke ITM (Institut Teknologi MARA) sebelum saya ke luar Negara
atas tiket tenaga pensyarah muda, tenaga pengajar muda saya
belajar
secara
separuh
masa
di
UIA
[Universiti
Islam
Antarabangsa]. Buat Master, Sarjana di sana secara separuh masa.
Kemudian saya belajar buat sarjana di Universiti College, London
[Kolej Universiti London]. Kemudian PHD [Dr.
Falsafah] di
Glasgow. Jadi yang tempatan nya ada tiga buah universiti, luar
Negara ada dua buah universiti. Dan saya rasa ini memberi sesuatu
pengalaman yang sangat bermakna kepada saya, kepada kerjaya
saya hari ini. Yang pertama kerana bidang latar belakang bidang
akademik yang saya rasa sebahagian besarnya adalah bidang sains
tulin kemudian saya datang ke bidang sains sosial seperti ini dan
apa yang saya pelajari di peringkat Sarjana Muda itu memang
menjadi aset yang sangat berguna tentu sekali. Kerana pensyarah
saya semasa di UPM [Universiti Putra Malaysia] pernah menyebut
mathematics is the father of philosophy, if you can master math or
mathematics, you can master other fields[matematik adalah falsafah
yang paling penting, jika anda boleh menguasai matematik maka
anda boleh menguasai bidang lain]. Jadi saya masih menyanjung
apa yang disampaikan itulah. Kerana saya ia menjadi teras kepada
keyakinan saya.
(SY : Sekarang kita teruskan pula dengan pengalaman Dr.
sebagai
timbalan dekan. Boleh Dr. ceritakan, bilakah Dr. dilantik sebagai
timbalan dekan?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Pada satu Disember dua ribu lapan [1/12/2008].
(SY : Bagaimanakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan?
AMI: Proses lantikan sebagai timbalan dekan ini, surat perlantikan dating
daripada naib canselor. Ketika itu Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
Professor Ibrahim Abu Shah
Dan selalunya dekan yang akan
mengenal pasti siapa yang akan berada di bawah beliau sebagai
timbalan dekan, kedua-duanya akademik dan juga hal ehwal pelajar.
Dan sesetengah fakulti ada tiga timbalan tapi kita ada dua timbalan.
Selalunya dekan yang akan mengenal pasti kerana untuk menyokong
dekan dia memerlukan seorang yang boleh benar-benar diharapkan
untuk membantu untuk mencapai matlamat fakulti dan UiTM
[Universiti Teknologi MARA].
(SY : Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang timbalan
dekan?
AMI: Untuk menjadi timbalan dekan kelayakan yang paling penting
adalah keupayaan untuk menyelesaikan tanggungjawab kerana di
institusi akademik seperti ini kelayakan akademik semuanya dah
hampir sama. kalau peringkat Master [Ijazah Sarjana] Sarjana sekali
pun mungkin dari segi pengalaman dah [sudah] cukup luas, PHD
[Dr.
Falsafah], itu memberikan satu kelebihan kepada dekan.
Kerana bila dah [sudah] ada PHD [Dr. Falsafah] dari segi reputasi
akademik selalunya lebih tinggi. Jadi kalau dekan mempunyai dua
timbalan dekan dengan kelayakan PHD [Dr. Falsafah] tentu itu
lebih menaikkan impak dan reputasi fakulti.
(SY : Ada tak peperiksaan tertentu yang perlu Dr. ambil atau pun perlu
menghadiri temu duga?
AMI: Tidak ada. Setakat ini tidak ada peperiksaan tertentu mahu pun
proses temu duga untuk jawatan timbalan dekan.
(SY : Berapa lamakah Dr. sudah memegang jawatan sebagai timbalan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
dekan?
AMI: Untuk ketika ini setahun dua bulan. Hari ini satu hari bulan tiga,
setahun dua bulan.
(SY : Apakah tugas-tugas sebagai timbalan dekan?
AMI: [Baik]. Kerana portfolio saya Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni
maka sebahagian besar daripada tugasan berkaitan dengan aktiviti
pembangunan pelajar dan hal ehwal pelajar. Dan alumni itu
semestinya saya akan usahakan satu aktiviti yang akan kita panggil
carnival at puncak [carnival di Puncak] ini dan kita akan menjemput
alumni untuk datang. Ini yang pertama kali kita buat secara besarbesaran.
(SY : Adakah Dr. mempunyai sebarang tugas-tugas tambahan yang perlu
dilaksanakan macam [seperti] tugas-tugas khas ke?
AMI: Ya itu memang. Sememangnya, sebagai timbalan dekan ini, segala
macam aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dan
juga
pengurusan
akademik
di
fakulti.
Memang
menjadi
tanggungjawab kerana dua timbalan dekan, Dr. Zuraidah dan diri
saya dan ada kalanya kami saling membantu satu sama lain. [keduadua timbalan dekan mempunyai tugas-tugas khas dan saling bantu
membantu].
(SY : Adakah Dr. perlu menyiapkan sebarang kertas kerja?
AMI: Ya. Sekiranya ada sesuatu yang perlu dimohon daripada pihak
atasan. Itu yang lebih penting. Kalau setakat untuk programprogram tertentu di fakulti memang disiapkan juga kerana kertaskertas kerja ini bukan saya yang meluluskan secara personal
[sendirian] selalunya di bawa kepada sebuah committee [organisasi]
yang di situ nanti yang akan diluluskan semua kertas kerja. [Setiap
kertas kerja perlu mendapat kelulusan dari organisasi yang di
wujudkan].
(SY : Boleh saya tahu apakah nama committee [organisasi] tersebut?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Komuniti atau committee [organisasi]? Committee [organisasi]
(SY : Committee [organisasi]
AMI: Ini adalah satu jawatankuasa yang terdiri daripada penolong
pendaftar kanan, dan juga bendahari dan juga timbalan dekan. Ini
salah satu yang lazimnya. Berkaitan dengan aktiviti pembangunan
pelajar. Tapi [tetapi] ada lain-lain lagi. Banyak lagi jawatankuasa
sebagaimana yang sering kali ada. Macam Lembaga Akademik
Fakulti dan Jawatankuasa Pembangunan Pemantapan Pembangunan
Program dan banyak jawatankuasa yang dari masa ke semasa
memang ada keperluan untuk di wujudkan.
(SY : Adakah Dr. turut bertugas sebagai penasihat kepada dekan?
AMI: Tidak sebagai penasihat. Kerana penasihat ini selalunya orang yang
lebih berpengalaman memberi nasihatkan. Tapi [tetapi] dekan
selalunya memang memanggil kedua-dua timbalannya untuk
berkongsi pandangan terutamanya jika sesuatu perkara itu
memerlukan perhatian yang serius.
(SY : Apakah keistimewaan yang Dr. terima sepanjang memegang jawatan
ini?
AMI: Keistimewaan. Keistimewaan sebagai timbalan dekan. Ya yang
pertamanya dari segi perlepasan jam mengajar. Diberi sepuluh jam
pelepasan maknanya saya hanya mengajar dua kelas sahaja untuk
satu-satu semester dan dari segi imbuhan kewanganlah. Walaupun
tak [tidak] banyak namun ialah sebagai imbuhan kerana kita telah
meluangkan masa yang lazimnya melangkaui jam lapan pagi hingga
lima petang.
(SY : Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, apakah masalah
yang pernah ditimbulkan oleh pelajar-pelajar?
AMI: Masalah yang pernah ditimbulkan oleh para pelajar sebenarnya
tidaklah banyak. Cuma ada satu kes yang rasa sangat berat iaitu
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
ketika saya baru dilantik menjadi timbalan dekan dan kes itu besar.
Dan memberi impak kepada reputasi pelajar dan fakulti. Yang lainlain itu saya anggap sebagai lumrah kerana pelajar atas kapasiti
pelajar nama pun belajar memang belajar. Jadi saya tidak
menganggap itu sebagai satu masalah tapi [tetapi] sebagai satu
tanggungjawab saya untuk membetulkan. Kerana selagi saya
memikul amanah ini saya akan cuba memberi yang terbaik supaya
pelajar dapat membuat penambah baikkan.
(SY : Bagaimana Dr. menyelesaikan masalah yang berkaitan pelajar
tersebut?
AMI: Kalau masalah disiplin selalunya kita boleh selesaikan di peringkat
fakulti. Kita ada juga Lembaga Disiplin di fakulti. Dan kalau kes itu besar
maka kita akan bawa pergi kepada pengetahuan HEP [Hal Ehwal Pelajar].
Kerana sesetengah keputusan tidak ada dalam kapasiti fakulti. Jadi kita
bawa pergi ke HEP [Hal Ehwal Pelajar]. Mereka yang akan melaksanakan
tugas atau aktiviti undang-undang tersebut.
(SY: Sebagai timbalan dekan pernahkah Dr.
terlibat dengan aktiviti-
aktiviti pelajar?
AMI: Ya itu tentu sekali. Kerana portfolio saya sebagai timbalan dekan
pelajar dan alumni memang kerap kali. Terlampau banyak. Bukan
pernahkah lagi. Tapi [tetapi] terlampau banyak.
(SY: Adakah Dr.
mempunyai setiausaha sendiri dalam menyelesaikan
sesuatu tugas?
AMI: Tidak. Tapi [tetapi] saya ada seorang pegawai eksekutif Cik Saripah
Ibrahim. Dan kalau dari segi professionalnya saya ada penolong
pendaftar kanan Tuan Norul Hisham. Yang juga bertanggungjawab
dalam urusan berkaitan pembangunan pelajar. Dan adalah pegawaipegawai kerani. Ya ada dua orang pegawai kerani Encik Esmirul
dan juga Encik Wan Ibrahim.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(SY : Berapa ramaikah bilangan staf yang berada dibawah penyeliaan Dr.
sekarang?
AMI: Yang dibawah penyeliaan maknanya kalau ikut penyeliaan. Kerana
mereka yang buat proses ini ada dua. Kalau kamu faham, di tempat kerja
ini kita menilai prestasi kakitangan yang dibawah seliaan. Jadi yang
mereka yang bertanggungjawab dengan saya seperti yang saya sebutka
tadi ada tiga orang yang tadi pegawai eksekutif, Cik Saripah Ibrahim dan
juga Encik Esmirul dan Encik Wan Ibrahim. Namun penilaian prestasi
mereka lebih dilaksanakan oleh penolong pendaftar kanan Tuan Haji
Norul Hisham.
(SY : Apakah yang Dr. lakukan untuk memastikan kualiti mutu kerja staf
di bawah seliaan Dr. ?
AMI: Selalunya lebih kepada perbincangan kerana sekiranya ada sesuatu
tugasan yang perlu dilaksanakan yang memerlukan perhatian tinggi
memang satu committee [organisasi] jawatankuasa akan dibentuk
dan disitulah proses bagaimana maklumat dan juga arahan itu
dikongsi supaya semuanya jelas tentang perlaksanaan program
berkenaan.
(SY : Bagaimana Dr. berhubung atau pun menyampaikan arahan kepada
mereka?
AMI: Kebiasaannya tiga cara. Yang pertama menerusi telefon. Kedua email [surat elektronik]. Dan ketiga secara bersemuka.
(SY : Adakah Dr. terlibat dalam proses pengambilan pensyarah baru?
AMI: Ya. Saya terlibat di dalam proses pengambilan pensyarah baru
kerana apa yang paling penting bagi pihak pengurusan, terutamanya
di peringkat timbalan dekan dan dekan kami membuat proses yang
telus untuk proses pengambilan pensyarah kerana ini adalah proses
yang sangat penting untuk masa depan fakulti. Kita tak [tidak]
mahu berlaku pengambilan pensyarah yang tidak mengikut
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
prosedur, mungkin pensyarah yang tidak memenuhi syarat yang di
tetapkan. Sudahnya nanti [kesudahannya] hasil keputusan hari ini
akan balik kepada fakulti. Jadi kita nak satu proses yang telus dan
Alhamdulillah [syukur kepada Allah] itu telah dan sedang
dilaksanakan.
(SY : Apakah ciri-ciri atau pun syarat untuk pengambilan seorang
pensyarah?
AMI: Kalau sekarang ini umumnya syarat yang dari masa ke semasa ada
dinyatakan di dalam portal pejabat pendaftar. Tapi yang lazimnya
yang paling penting dari segi pencapaian akademik. Macam TPM
(Tenaga Pensyarah Muda), contohnya. CGPA (nilai gred purata)
tidak kurang tiga perpuluhan sifar sifar (3.00) dan kerana bilangan
pelajar yang mendapat CGPA tinggi ramai jadi kita akan buat cut
off point [potonagn perpuluhan] yang tertentu mungkin tiga
perpuluhan empat (3.4) atau tiga perpuluhan tiga (3.3). Jadi itu yang
menjadi asas kepada penawaran atau panggilan temuduga tapi
[tetapi] yang paling penting prestasi sewaktu temuduga. Dan ini
berubah dari semasa ke semasa jadi kalau tak [tidak] ramai calon
maka kita akan rendahkan sedikit sehingga tahap minimum tiga
perpuluhan sifar sifar (3.00).
(SY : Adakah Dr. terlibat dalam penilaian prestasi pensyarah baru?
AMI: Penilaian prestasi lazimnya dilakukan oleh ketua program. ketua
program yang buat. Saya sebagai timbalan dekan jadi tidak ada
sebarang program yang secara langsung berada di bawah saya. Jadi
pensyarah baru atau lama saya memang tidak melaksanakan
penilaian tetapi ada satu proses di fakulti yang mana kami menilai
prestasi, bukan prestasi final [akhir] semester tetapi lebih kepada
proses untuk memantapkan lagi pengendalian kuliah, pengajaran
pensyarah terutamanya daripada pensyarah baru.
(SY : Berapa lamakah seorang pensyarah baru itu perlu dinilai?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Kalau kita buat penilaian selalunya untuk satu [seorang] orang
pensyarah dalam satu semester ada satu kelas yang kita pantau.
Yang selalunyalah, yang paling tidak [sekurang-kurangnya satu
kelas akan dipantau]. Dan jangka masa penilai berada di dalam
kelas tidak lama sebenarnya. Lebih kurang sepuluh hingga lima
minit. Dan proses ini adalah untuk memastikan bahawa ia tidak
sampai satu tahap yang mengganggu fokus pensyarah berkenaan.
Kalau penilainya terlalu lama berada di dalam kelas pensyarah, dia
mungkin tak [tidak] boleh mengajar seperti lazimnya dia mengajar.
Tetapi tujuan kita adalah untuk pemantapanlah. Sekiranya ada
kekurangan kita beri maklum balas kepada pensyarah berkenaan.
(SY : Apakah kriteria dalam menilai prestasi pensyarah baru tersebut?
AMI: Kalau dah jadi pensyarah maknanya ke arah nak memantapkan.
Maknanya dia dah [sudah] masuk ke fakulti, jadi kita kena cari kaedah
bagaimana kita nak [hendak] mantapkan dia sesuatu tahap yang boleh
menjadi kebanggaan fakulti. Kalau yang positif kita maklumkan positif,
yang negatif kita maklumkan yang negatif. Supaya proses itu tidaklah
menjadi suatu proses yang dilihat oleh pensyarah baru terutamanya
sebagai satu proses untuk mencari kesalahan semata-mata. Baik. Yang
positifnya tidak disebut sama sekali. Tidak begitu.
(SY : Apakah nilai yang perlu ada pada seorang bakal pensyarah?
AMI: Hm nilai. Nilai yang pertama itu tentulah self displin ataupun
disiplin diri. Pertama dari segi penampilan dan juga perawakan.
Kalau orang yang merapu cakapnya tentulah kurang sesuai. Tetapi
itu mestilah kena dipadankan dengan pencapaian akademik. Baik.
Kerana syarat akademik itu yang paling utama sekali. Sebagai
pensyarah kalau pengetahuannya terhad, CGPAnya [nilai gred
terkumpul] sangat rendah then tentulah sukar. Melainkanl kalau dia
keluar bekerja dahulu, lima tahun kemudian dia datang semula
memohon kita akan melihatlah. Mungkin kadang-kadang tak [tidak]
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
semua graduan yang CGPAnya [nilai gred terkumpul] tidak sampai
tiga perpuluhan sifar sifar (3.00) itu tidak bagus. Kadang mungkin
belajarnya [pembelajaran] tak [tidak] begitu seronok, tak [tidak]
begitu minat tapi [tetapi] bekerja sebagai seorang pekerja dia
cemerlang. Jadi itu mungkin akan menjadi aset kepada individuindividu seperti ini.
(SY : Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pensyarah yang
pernah berkhidmat di sektor lain sebelum dilantik menjadi pensyarah
UiTM [Universiti Teknologi MARA]?
AMI: Saya dah [sudah] jawab soalan ini kan? Maknanya sekarang dengan
visi ataupun ketetapan yang telah dibuat oleh naib canselor yang
baru maknanya orang yang dalam industri dia sekurang-kurangnya
lima tahun pengalaman diluar. Dan selepas itu baru boleh mohon
untuk jadi pensyarah di UiTM [universiti Teknologi MARA]. Ya
dari segi akademiknya samalah. Lazimnya sama.
(SY : Pada pendapat Dr. , adakah fakulti ini mempunyai tenaga pengajar
yang sudah mencukupi?
AMI: Masih belum mencukupi. Ini kerana kita di UiTM [universiti
Teknologi MARA] ini yang pertamanya kita mengajar sebanyak
lapan belas (18) jam satu minggu ye berbanding universiti lain
sekitar enam jam satu minggu. Tapi itu mungkin kerana UiTM
[Universiti Teknologi MARA] ini asasnya ITM [Institut Teknologi
MARA] yang teras aktiviti akademiknya adalah pengajaran,
penyampaian kuliah berbandingan dengan universiti lain. Asasnya
juga dah [sudah] berbeza. Namun Tuan Dekan sekarang Professor
Madya Dr.
Adnan memang merancang proses pengambilan
pensyarah dengan begitu rapi dan kita sekarang ini ditawarkan
biasiswa tenaga pengajar muda lingkungan tiga puluh lima (35)
orang. Yang sedang membuat pengajian di peringkat Sarjana. Jadi
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
kalau mereka tamat, berjaya dan memenuhi semua kriteria yang
ditetapkan Insyaallah [diizinkan Allah] mereka akan ditawarkan
sebagai jawatan pensyarah dikemudian hari.
(SY : Seperti yang Dr. cakapkan tadi bilangan tenaga pengajar masih tidak
mencukupi, jadi apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh fakulti
untuk menambah bilangan tenaga pengajar?
AMI: Kita akan membuat pengambilan pensyarah dari semasa ke semasa.
Bergantung kepada keperluan berapa cepat dan berapa lambat itu
bergantung kepada keperluan dan sama ada ia mendesak atau tidak.
[Bergantung kepada keperluan berapa cepat dan berapa lambat itu
bergantung sama ada ia mendesak atau tidak]. Kalau begitu mendesak
maka kita akan memproses ianya dengan kadar segera. Ye jadi kita tak
[tidak] mahu perkara ini dilengah-lengahkan kerana kita melihat komited
untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.
(SY : Boleh Dr. terangkan tentang carta organisasi jabatan yang terdapat
dalam fakulti ini?
AMI: Kalau diperhatikan di depan sana di ruang pejabat ada carta
organisasi yang mana tentu sekali diatas sana tuan dekan diikuti dua
timbalan dekan kemudian tuan dekan ada pembantu peribadinya di
sana setiausaha dan diikuti oleh pendaftar kanan.
Penolong
pendaftar ini dia mengambil tanggungjawab untuk kakitangan
pentadbiran. Dekan keseluruhannya tapi [tetapi] bila sampai ketika
untuk hal yang berkaitan dengan pentadbiran itu memang di bawah
tanggungjawab penolong pendaftar. Kita ada dua timbalan dekan
dan di bawah itu ada ketua-ketua program dan koordinator.
(SY : Boleh Dr. ceritakan tentang aliran tugas Dr. dalam carta organisasi
tersebut ?
AMI: Aliran tugas. Baik lazimnya kalau tugas kerana tuan dekan dia telah
menurunkan kuasa untuk membuat keputusan kepada kedua-dua
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
timbalan dekan termasuk saya jadi untuk hal yang berkaitan aktiviti
pelajar sememangnya saya yang diberi amanah untuk buat
keputusan. Segala proses atau kertas kerja yang dihantar oleh
pelajar untuk memohon kelulusan aktiviti pemohonan aktiviti
pelajar memang saya yang akan mempengerusikan mesyuarat yang
saya sebutkan diawal-awal tadi. Yang dianggotai tiga orang
termasuk saya.
(SY : Adakah tugas sebagai timbalan dekan ini memerlukan Dr. untuk
bertugas diluar kawasan?
AMI: Ya. Itu memang kerap. Maknanya atas kapasiti timbalan dekan
sering kali pergi menghadiri bengkel atau kursus atau seminar atau
mesyuarat. Yang dianjurkan oleh pihak HEP [Hal Ehwal Pelajar] dan itu
tidak kira di mana sajalah sekiranya apabila menerima arahan maka akan
akurlah pada arahan berkenaan.
(SY : Adakah tugas Dr. memerlukan Dr. bekerja lebih masa dan juga
ketika cuti hujung minggu?
AMI: Ya. Memang betul. Macam hari sabtu yang lepas ada ceramah oleh
Ketua Ppengarah Arkib Negara Malaysia dan saya hadir dari pagi,
jam sembilan setengah (9.30) saya dah [sudah] ada sampai pukul
dua petang pada hari sabtu cuti. Tapi [tetapi] itu bukanlah satu
masalah besar kerana ia satu tanggungjawab yang saya dah faham
dari awal saya menerima surat perlantikan, maka saya tidak boleh
merungut tentang hal-hal ini. Sebaliknya saya rasa bersyukur kerana
sesi berkenaan juga saya boleh memberi maklumat atau nasihat
kepada pelajar untuk kebaikan mereka.
(SY : Sepanjang Dr. menjalankan tugas sebagai timbalan dekan, adakah
Dr. pernah menyertai apa-apa kursus?
AMI: Ya itu memanglah, banyak kali. Macam hari pun saya ada bengkel.
[1 Mac 2010] Bengkel untuk mengenal pasti pemberat. Nanti bila
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
kamu bekerja kamu taulah [tahulah] prestasi kita bekerja ini akan
diukur. Hari ini HEP [Hal Ehwal Pelajar] buat bengkel untuk
mengenal pasti apakah ukuran kepada prestasi semua pensyarah dan
kakitangan
bukan
akademik
yang
terlibat
dengan
aktiviti
pembangunan pelajar.
(SY : Boleh Dr. nyatakan contoh-contoh kursus yang Dr. turut sertai?
AMI: Lain-lain kursus, kursus kepimpinan, gavernence.
Macam
diperingkat fakulti ada juga kita buat team building [pembinaan
kumpulan] contohnya, strategic planning [pelan strategi] memang ini
berterusanlah dari masa ke semasa.
(SY : Pernah tak kursus-kursus tersebut membawa Dr. sehingga ke luar
negara?
AMI: Setakat ini belum pernah diperingkat HEP [Hal Ehwal Pelajar]
tidak. [setakat ini diperingkat HEP [Hal Ehwal Pelajar] belum
pernah.
(SY : Adakah Dr. terlibat dalam menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar?
AMI: Ya. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi.
(SY : Apakah kriteria-kriteria aktiviti pelajar yang akan diluluskan?
AMI: Baik. Sebenarnya HEP [Hal Ehwal Pelajar] telah menggariskan ada
sembilan elemen kalau tak [tidak] salah saya, yang sekarang ini menjadi
teras kepada kemahiran insaniah. Maknanya kemahiran insaniah ini untuk
memastikan pelajar kita mempunyai, graduan kita kekuatan untuk
bersaing dengan graduan dari universiti lain. Jadi saya rasa itu sangatsangat penting untuk kita beri perhatian supaya aktiviti pelajar yang
dilaksanakan disini mendapat impak atau memberi impak yang cukup
bagus kepada pelajar kita. Supaya nanti bila keluar ada nilai-nilai yang
menjadi aset kepada mereka untuk bersaing dengan graduan dari universiti
lain.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(SY : Pada pendapat Dr. adakah aktiviti-aktiviti pelajar dapat membentuk
jati diri mereka?
AMI: Ya saya harap begitu kerana apa yang tertera pada kertas kerja yang
mereka hantar memang nampak begitu dan saya sering kali
berpesan pastikan semua matlamat yang nak di capai itu
dilaksanakan supaya hasilnya nanti menjadi satu aset kepada semua
pelajar.
(SY : Bagaimanakah Dr. dapat dihubungi?
AMI: Saya ada pelbagai cara. Paling senang kalau pelajar terus datang ke
bilik saya. Kalau saya ada dan tidak begitu sibuk tentu skali saya
akn membenarkan mereka masuk dan mengajukan masalah. Selain
daripada itu pelajar juga suka menghantar SMS [khidmat pesanan
ringkas] kepada saya. Baik lazimnya saya balas semua dengan kos
sendiri tidak ada elaun telefon tidak ada tapi saya fikir itu tidak
menjadi masalah. E-Mail (surat elektronik). Satu lagi kaedah dan
juga sekarang ini facebook [aplikasi internet yang popular
dikalangan pelajar sekarang] pun pelajar gunakan juga untuk
menganjur bertanya soalan. Dan juga saya menggunakan i-learn
[satu aplikasi yang dicipta oleh UiTM untuk membolehkan
pensyarah memuat naik nota dan berbincang] untuk komunikasi
dengan pelajar-pelajar kelas saya.
(SY : Adakah Dr.
pernah menerima apa-apa anugerah sepanjang
memegang jawatan ini?
AMI: Tidak, tidak ada anugerah yang specificlah [khusus] tetapi
pencapaian
diberi
pengiktirafan.
Contohnya
dalam
proses
menghasilkan sistem, penglibatan semua timbalan dekan untuk
menghasilkan sistem kemahiran insaniah dan pada semester
pertama saya menjadi timbalan dekan fakulti kita telah mendapat
tempat ketiga dalam pilihanraya majlis perwakilan pelajar dan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
jawatankuasa perwakilan pelajar ye. Itu pada saya sesuatu yang
cukup bagus kerana tempat ketiga daripada dua puluh lima (25)
fakulti disini tanpa saya jangka. Tidak menjadi niat saya pun tapi
[tetapi] saya katakan pada jawatankuasa pilihanraya peringkat
fakulti kita cuba yang terbaik kerana saya yakin pelajar-pelajar di
fakulti ini semuanya komited dan kiranya kita beri sedikit galakan
lagi pada mereka, mereka akan melaksanakan tugasan. Dan
Alhamdulillah [syukur kepada Allah] yang semester baru ini pun
keputusan kita lapan puluh perpuluhan lima dua (80.52 ) jadi tidak
kurang daripada lapan puluh (80). Cukup bagus.
(SY: Apakah halangan dan masalah yang Dr. hadapi ketika menjalankan
tugas?
AMI: Halangan sebenarnya tidak ada halanganlah kerana kerjasama
daripada semua pihak. Dari segi masalah mungkin kerana masalah
ye sebenarnya masa itu semua orang dua puluh empat (24) jam satu
hari untuk semua orangkan tapi kerana semester ini pelajar semester
akhir kita ada seramai tiga ratus lapan belas (318) orang berbanding
dengan semester lepas sekitar seratus lapan puluh (180) orang jadi
projek pelajar semester akhir ini banyak. Semester ini saya
menjangkakan kita akan ada lebih kurang empat puluh (40) aktiviti
okey. Berbanding dengan yang lepas-lepas kita ada sekitar dua
puluh dua (22), dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) tapi untuk
kali ini pun dah mencecah hampir empat puluh (40) aktiviti.
Memang kita ada lima belas (15) minggu. Empat belas (14) minggu
tolak
seminggu
semester
breakkan
[cuti
semester].
Jadi
bayangkanlah.
(SY : Bagaimanakah Dr. mengatasi masalah-masalah yang Dr. sebutkan
tadi?
AMI: Maknanya dari segi mengatur strategi kemudian mengenal pasti
pegawai atau pensyarah yang akan memikul tanggungjawab dan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
dalam konteks ini saya lebih gemar untuk member peluang kepada
pelajar menimba pengalaman macam [seperti] projek-projek yang
boleh di kendalikan oleh persatuan-persatuan pelajar saya beri
kepada mereka. Ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka
belajar. Bukan setakat teori tetapi melaksanakan teori itu atau
mengaplikasikan apa yang dipelajari itu adalah satu pengalaman
yang cukup-cukup berharga.
(SY : Adakah Dr. turut merancang hala tuju UiTM [Universiti Teknologi
MARA]?
AMI: Ya secara tidak langsung. Apabila kita aktiviti merancang pelajar
atau pun hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan
peranan dan tanggungjawab timbalan dekan itu secara tidak
langsung. [melalui perancangan aktiviti pelajar dan kehadiran ke
mesyuarat-mesyuarat penting].
(SY : Pernahkah Dr.
di jemput untuk menyampaikan ucapan dalam
sesuatu majlis?
AMI: Yalah. Sejak menjadi timbalan dekan ini memanglah. Lazimnya
banyak jemputan dan saya gembira jika diberi peluang berkenaan.
(SY : Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak pengalaman Dr. sepanjang
menjalankan tugas timbalan dekan ini?
AMI: Sedikit sebanyak pengalaman. Yang paling penting kena bersedialah
pada bila-bila masa. Bila ada surat panggilan mesyuarat macam
yang hari ini punya bengkel ni. Suratnya datang hari Khamis,
Jjumaat cuti, Sabtu cuti Ahad cuti Isnin terus pergi. Jadi maknanya
kena bersedialah sepanjang masa. Kalau very short notis [notis yang
singkat] pun selalunya memang saya akan pergi
ke mesyuarat
berkenaan kerana Puncak Perdana ke Shah Alam tidak terlalu jauh
dan apatah lagi rumah saya di sebelah sana. Kalau tidak ada
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
komitmen lain yang telah diberikan yang telah dijanjikan pada
pihak lain maka saya akan pergi.
TAMAT KASET 1 BAHAGIA( B
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
KASET 2 BAHAGIA( A
(SY
: Pada pendapat Dr. , apakah kriteria yang diperlukan untuk
menjadi seorang Timbalan Dekan yang berwibawa?
AMI: Ini soalan yang berat untuk dijawab kerana ia menjadi suatu
gambaran kepada kualiti yang perlu ada pada seorang Timbalan
Dekan. Kalau Timbalan Dekan _____ penampilan, perawakan
selalu diteliti oleh pelajar. Tidak dinafikan bahawa tidak semua
tugas kita perlu serius. Ada ketikanya kita perlu berjenaka dengan
pelajar. Kalau terlampau serius nanti pelajar juga agak gementar
atau mungkin pelajar akan menjauhkan diri kerana risau Timbalan
Dekan langsung tidak pernah berjenaka. Kalau kita boleh menjadi
model yang baik kepada siswa siswi dan juga mempamerkannya
kerana ia tidak menjadi suatu yang kita pura-pura melakukannya.
Ia semestinya datang dari dalam diri kita dan rutin harian. Kalau
itu sudah menjadi suatu kebiasaan seorang Timbalan Dekan, saya
fikir itu bukanlah suatu yang sukar hendak dilaksanakan.
(SY
: Apa pendapat Dr. tentang seorang Timbalan Dekan yang terlalu
tegas?
AMI: Pada saya mungkin kalau individu berkenaan tegas mungkin beliau
mahu pastikan pelajar benar-benar buat apa yang disuruh dan
belajar sebagaimana yang dikehendaki oleh beliau. Kadang-kala
kalau kita memberi tugasan ataupun nyatakan kemahuan kita
dengan cara begitu bersantai ataupun tidak tegas mungkin ada
yang tidak memahaminya kerana atas ciri-ciri seorang Timbalan
Dekan seperti apa yang diperkatakan itu mesti diberi perhatian
oleh pelajar. Tetapi kalau bercakap atau disampaikan dengan nada
yang lebih tegas, saya rasa pelajar akan memberi perhatian yang
lebih.
(SY
: Apakah harapan Dr. terhadap pelajar-pelajar UiTM [Universiti
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Teknologi MARA] di masa akan datang?
AMI: Sekarang zaman yang sangat mencabar untuk graduan. Masa akan
datang sebahagiannya ditentukan oleh hari ini. Susah senang
hendak dapat kerja pada masa masa akan datang ditentukan oleh
betapa komitednya pelajar pada hari ini. Kalau kita nampak
cabaran-cabaran yang bakal dihadapi kemudian kita akan
menyediakan bekalannya pada hari ini. Maknanya kerana ini
adalah peluang untuk belajar. Saya kalau pelajar mengambil
peluang ini dengan sepenuhnya, melakukan kesilapan pada hari ini
lebih baik daripada melakukan kesilapan selepas bukan graduan
lagi. Ketika itu majikan melihat atau bakal majikan, kerana kalau
majikan itu mungkin dengan dunianya sahaja kerana sedang
bekerja. Kalau bakal majikan dia mungkin tidak ambil untuk
dijadikan kakitangannya. Jadi sebab itu melakukan kesilapan pada
hari ini lebih baik. Kalau melakukannya dalam proses memohon
kerja nanti.
(SY
: Apakah sasaran Dr. di masa hadapan dalam bidang pekerjaan?
AMI: Sebagai kakitangan akademik, saya tentu sekali sebagaimana para
pensyarah yang lain untuk mencapai tahap professor. Dalam
akademik, PHD itu adalah kelayakan atas kertas yang kita melalui
proses yang sebegitu. Tetapi professor adalah satu jawatan yang
paling tinggi dalam akademik. Maknanya kita melakukan research
(penyelidikan) dan segala macam aktiviti akademik. Jadi
menampakkan kesarjanaan seorang ahli akademik.
(SY
: Apakah prinsip yang Dr. pegang sampai ke hari ini?
AMI: Prinsip yang saya pegang, prinsip yang paling penting adalah
bercakap apa yang ada dihati dan adakan di hati apa yang dicakap.
Maknanya saya rasa begitu kekok kalau saya bercakap sesuatu
perkara itu saya tidak bercakap benar atau bercakap tidak benar.
Ada dua perkara, tidak bercakap benar maknanya kita merahsiakan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
apa yang benar. Bercakap tidak benar kita menyatakan sesuatu
yang tidak benar. Yang sebaiknya bercakap benar, sentiasa benar.
Kalau dalam bahasa kita mungkin kita kata cakap serupa bikin dan
bikin serupa cakap. Jadi kalau itu senang. Kalau kita berpura-pura
bercakap seolah-olah kita baik sentiasa sedangkan hakikatnya kita
menyorok-nyorok ada perkara tidak baik kita buat, maka itu adalah
sesuatu yang sudahnya nanti akan memberi tekanan kepada diri
sendiri. Jadi pada saya memanglah dari kecil tidak suka perkaraperkara yang mengarut. Maksud saya bahasa-bahasa yang tidak
sesuai, saya tidak pernah tuturkan dalam kehidupan saya sejak saya
kecil sehinggalah sekarang. Yang prinsip saya adalah menjaga
tatasusila, perawakan, itu memang sentiasa saya jaga. [Kedengaran
bunyi getaran telefon bimbit] Percakapan terutama sekali. Itu
sangat penting kerana biasanya kalau kita banyak bercakap
mungkin mendatangkan banyak orang terasa. Tetapi kalau kita
bercakap perkara ada fakta, kena cara dan juga penyampaiannya,
insyaAllah saya fikir itu tidak menjadi masalah kepada kita
ataupun hal kepada orang lain.
(SY
: Kadang-kala bercakap benar ini akan menyakiti pihak lain.
Apakah pendapat Dr. ?
AMI: Kita kena menerangkan asas kenapa perlu bercakap. Kadang-kala
saya juga bercakap kepada staf ataupun kakitangan yang di bawah
tanggungjawab saya. Saya bercakap atas kapasiti. Kalau kapasiti
saya Timbalan Dekan, maka saya perlu melaksanakannya. Kalau
saya berdiam diri, saya tidak menyatakan apa yang tidak betul
telah dilakukan, maka saya tidak melaksanakan tanggungjawab
dengan baik.
(SY
: Bagaimanakah penerimaan keluarga Dr. setelah Dr. dinaikkan
pangkat sebagai seorang Timbalan Dekan?
AMI: Mereka tentu tumpang gembira, tentu sekali. Namun yang lebih
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Besar adalah setelah saya menerima PHD kerana PHD adalah satu
proses yang sangat panjang, penuh cabaran, perlu banyak
pengorbanan. Bukan saya sahaja yang berkorban tetapi isteri dan
anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain. Mereka memang
banyak berkorban untuk saya. Jadi kenaikan atau perlantikan
sebagai Timbalan Dekan ini tentu mereka suka. Namun
mengatasinya adalah setelah berjaya mendapatkan PHD.
(SY
: Bagaimanakah Dr. membahagikan masa antara kerjaya dan
keluarga?
AMI: Baik. Selalunya saya bekerja sampai ke rumah. Adakalanya e-mail
pelajar- pelajar saya, saya balas seawal enam empat puluh lima
pagi (6.45 am) kerana kadang-kala begitu sibuk, macam hari ini
begitu sibuk sehingga tidak sempat membalas e-mail. Kadang-kala
pelajar telefon saya sampai hujung minggu. Sekiranya pada waktu
cuti dan saya tidak tidak sibuk pada waktu itu, saya akan jawab.
Begitu juga dengan sms tetapi saya lebih senang kalau hujung
minggu itu, hantar e-mail kerana saya kadang perlukan masa untuk
keluarga kerana ketika saya melaksanakan.
(SY
: Apakah perbezaan skop pekerjaan pensyarah dan Timbalan
Dekan?
AMI: Timbalan Dekan lebih luas. Macam_____ Timbalan Dekan Pelajar
dan Alumni, saya memang terlibat secara langsung sebagaimana
memastikan
segala
kriteria
aktiviti
pembangunan
pelajar
dijalankan oleh HEP [Hal Ehwal Pelajar] ketika cuti oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dijalankan di peringkat fakulti dan
kerjasama pensyarah memang sangat penting _____ untuk
menjadikan pelajar UiTM [Universiti Teknologi MARA] ini
pelajar berkualiti tinggi.
(SY
: Apakah ciri-ciri untuk seorang pensyarah tersebut dinaikkan ke
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Timbalan Dekan?
AMI: Itu bergantung sebenarnya. Bergantung kepada Dekan. Kalau
Dekan, tentunya dia akan mengambil orang yang dia yakin dan
percaya serasi untuk bekerja dengannya. Begitu juga nanti. Macam
saya bermula Disember dua ribu lapan (Disember 2008) sampai
tiga puluh November tahun dua ribu sepuluh (30 November 2010)
habislah. Jadi tugas saya tamatlah. Tugas saya selama dua tahun.
Bergantung jika mereka hendak teruskan, saya akan menerimanya.
Sekiranya tidak, saya akan memberi fokus pada pendidikan
akademik.
(SY
: Apakah halatuju Dr. terhadap Fakulti Pengurusan Maklumat?
AMI: Halatuju. Saya begitu teruja untuk memastikan fakulti kita dilihat
Sebagai sebuah fakulti yang menghasilkan graduan yang berkualiti
tinggi serta graduan yang terbaik di luar sana ataupun di sektor
awam dan saya sangat berharap kalau pelajar-pelajar kita dapat
meningkatkan kualiti komunikasi terutamanya dalam Bahasa
Malaysia dan tidak kurang dalam Bahasa Inggeris kerana ia
menjadi aset yang sangat penting dan juga pelajar atau graduan
kita perlu kreatif. Tidak semua situasi tercatat dalam buku
bagaimana cara hendak menyelesaikannya. Tetapi kita akan lebihlebih kreatif atau berdaya saing sekiranya kita melalui situasi atau
masalah atau berfikir sentiasa. Kalau diperhatikan kalau kucing
dikurung dalam satu sangkar, kucing itu akan berusaha sampai ia
boleh keluar. Kalau berjaya keluar untuk kali pertama, kita letak
untuk kali kedua, mudah untuk ia keluar untuk kali kedua itu.
Kalau pada peringkat pertama, ia fikir macam mana hendak keluar.
Kreativiti, macam mana kita menyelesaikan masalah, macam
itulah ia selesaikan masalah. Adakalanya kita perlu berfikir di luar
kotak pemikiran yang biasa. Kalau pernah pergi kursus motivasi
ada mengatakan, think out of box (berfikir di luar kelaziman) untuk
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
kita menyelesaikan masalah. Ada cara lain untuk selesaikan
masalah dan saya senang jika graduan kita kreatif dalam
menyelesaikan masalah.
(SY
: Fakulti ini telah banyak kali berpindah tempat. Apa pendapat Dr. ?
AMI: Berpindah tempat ini bukan kehendak kita. Kita akur dengan
Pengurusan atasan UiTM [Universiti Teknologi MARA]. Tetapi
sering kali kita rasa tidak suka untuk berpindah, kita akan memberi
alasan kenapa kita tidak mahu berpindah. Tetapi keputusan itu
adalah pihak pengurusan atasan UiTM [Universiti Teknologi
MARA]. Kalau dia kata kita pindah, kita pindah. Memanglah
banyak kali kita pindah.
(SY
: Apakah visi dan misi fakulti ini?
AMI: Kita hendak menjadi tempat atau institusi yang melahirkan
professional maklumat yang bertaraf antarabangsa. Kalau dilihat
kepada apa yang tertera di web page (laman web) fakulti, memang
kita hendak atau melahirkan graduan-graduan atau profession
(bidang) maklumat yang hebat. Jadi may be (mungkin) kita perlu
menumpukan usaha, mengembeling tenaga ke arah itu.
(SY : Pada pendapat Dr. , apakah perbezaan di antara pelajar dahulu
dan pelajar sekarang?
AMI: Pelajar dahulu, berapa lingkungan maksud dahulu itu?
(SY
: Mungkin semasa Dr. belajar dahulu dengan sekarang?
AMI: Baik, saya rasa pelajar dahulu dari segi perawakan, dulu walaupun
ia tidaklah begitu bersopan santun dari segi pakaian, tetapi mereka
masih menghormati pensyarah. Mereka tidak ramai atau payah
saya hendak melihat kelakuan kurang sopan dengan pensyarah
ataupun kakitangan yang lain. Tetapi hari ini, mungkinlah beza
masa sudah begitu pesat. Jika saya bercakap ini, saya juga risau
sekiranya anak-anak saya tidak mempunyai nilai sopan-santun
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
yang tinggi. Dulu pelajar tidak mempunyai kelebihan sebagaimana
pelajar hari ini. Tidak ada internet, tidak ada telefon sebagai hari
ini. Maknanya dari segi tarikan-tarikan yang tidak membantu
kepada pancapaian akademik tidaklah banyak. Tetapi hari ini,
malah dalam kelas pun ada pelajar yang sms di depan pensyarah
contohnya. Jadi bukanlah tidak boleh tetapi kenalah dengan
caranya, adab sopannya. Nilai harus kekal walaupun keadaannya
berbeza.
(SY
: Pada pendapat Dr. , apakah beza pelajar fakulti ini dengan pelajar
fakulti lain?
AMI: Yang pertama kalau diperhatikan dari segi penampilan, pelajar kita
alhamdulillah, masih lagi bersopan-santun pakaiannya. Tidak
menjadi satu kerisauan. Baik, itu yang pertama. Yang kedua, yang
saya harap sangat pelajar kita dapat meningkatkan kemahiran
sebagaimana saya nyatakan tadi, iaitu Bahasa Inggeris terutamanya
dan memperlihatkan keyakinan apabila berada di khalayak umum.
Itu sangat penting kerana pelajar sebenarnya menjadi duta kepada
fakulti. Apa juga pelajar hasilkan atau sampaikan dalam
masyarakat pelajar, mahasiswa akan memberi impak kepada
inisiatif yang telah disampaikan oleh fakulti. Jadi apa yang saya
perhatikan pelajar kita perlu diberi kesedaran tentang cabarancabaran hidup masa depan. Kerana hari ini, seperti yang sering
saya nyatakan dalam ceramah-ceramah terutamanya untuk pelajar
baru fikir bagaimana cabaran kamu untuk hidup sepuluh tahun
akan datang. Jadi setelah graduan tidak ada peluang untuk tinggal
sepertimana pelajar, setiap pelajar mesti kena tinggalkan tempat ini
untuk keluar dan bekerja.
Kemudian
ada keluarga, ada
tanggungjawab untuk mempunyai kewangan yang sangat tinggi,
adakah hari ini kita telah sebenar benarnya telah bersedia. Kalau
hendak dapatkan jawatan yang cukup baik, gaji yang lumayan,
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
atau tidak lumayan pun mungkin mencukupi kita perlu ada kualiti
yang disenangi, diperlukan apabila kita hendak bekerja.
(SY
: Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai kelebihan
berbanding fakulti lain. Apa pendapat Dr. ?
AMI: Apa maksud kelebihan itu?
(SY
: Maksudnya dari segi skop pelajaran mereka?
AMI: Ya, saya rasa begitu, kerana bidang pengurusan maklumat ini
memang digunapakai di mana sahaja. Maknanya kalau ada
menyatakan pelajar mengikuti program IS220, hanya boleh bekerja
di perpustakaan, saya rasa tidak setuju sama sekalilah dengan
kenyataan itu, kerana pengurusan maklumat itu universal.
Maknanya ia bersifat semestar, semua organisasi perlukan
maklumat, maka pengurusan rekod penting untuk semua
organisasi. Tetapi cabaran bagaimana kita hendak memasarkan
ilmu yang kita ada itu. Jadi itu suatu yang menjadi kelebihan.
Maknanya kalau kita yakin dan tahu bagaimana strategi hendak
memastikan
ilmu
itu
digunapakai,
maka
majikan
akan
mempercayai mutu yang ada pada kita.
(SY
: Boleh Dr. ceritakan berapakah jumlah pelajar fakulti ini semasa
awal penubuhan sehingga sekarang?
AMI: Sekarang kita ada lingkungan tiga ribu orang pelajar. Di awal
penubuhan fakulti memanglah sangat sedikit. Sewaktu Profesor
Dato’ Dr. Haji Abdullah antara yang terawal. Jika tahun sembilan
belas sembilan puluhan (1990-an) dahulu, dan jika ditanya berapa
orang Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat dahulu, rakan
sekelas saya adalah seramai tujuh orang. Yang sebelum saya, tiga
orang sahaja. Yang selepas saya itu, saya ingat tidak lebih dari
lima orang. Itu yang tahapnya sama macam sekarang. Untuk
peringkat degree (ijazah) pun, sarjana muda pun tidak ramai.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Hanya sedikit bilangannya. Bilangan sekarang jauh berlipat ganda,
terutamanya sekali kerana kita telah mempunyai program
peringkat diploma. Jadi memang jauh meningkat bilngan sekarang
berbanding dahulu berbanding sebelum ini.
(SY
: Jika dibandingkan, apakah perbezaan Fakulti Pengurusan
Maklumat pada awal penubuhannya sehingga sekarang?
AMI: Dari segi bidang pengajian, memang ini satu sahaja, Sains
Perpustakaan Kemudian berkembang, ditawarkan kursus-kursus
pengurusan rekod. Kemudian berkembang lagi kepada empat
pengurusan
pada
hari
berperingkat-peringkat.
ini.
Kemudian
Diperkenalkan
bertambah
peringkat
apabila
sarjana,
kemudian diploma, dan_. Jadi memang telah mencakupi semua
tahap dan bidang yang sesuai. Namun, kita masih lagi bercadang
untuk adakan program-program baru selaras dengan matlamat
mempelbagaikan atau integrasi antara bidang-bidang yang
berkaitan.
(SY
: Bagaimanakah prestasi pelajar-pelajar fakulti ini?
AMI: Prestasi, dari segi akademik ke apa?
(SY
: Akademik?
AMI: Ya, prestasinya tentu semakin baik. Dulu kita tidak ada programProgram seperti KACA [Ke arah Kecemerlangan Akademik] ke
arah pencapaian akademik contohnya. Tidak banyak kem motivasi
untuk pelajar-pelajar ini tingkatkan prestasi akademik. Jadi secara
keseluruhannya adalah lebih baik.
(SY
: Adakah semua pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh
yang ditetapkan?
AMI: Tidak semua. Tetapi melebihi sembilan puluh lapan peratus.
Lazimnya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
(SY
: Baru-baru ini Dr. ada melancarkan_. Apa pendapat Dr. ?
AMI: Itu yang saya sebut tadi. Maknanya kerjasama antara dua fakulti
yang melaporkan bidang yang mana pasaran graduannya _____ Itu
sangat baik kerana seperti yang saya nyatakan pengurusan
maklumat itu universal. Terutamanya bidang perubatan, bidang
business [perniagaan]. Itu memang membuka ruang kepada pelajar
dan graduan kita.
(SY
: Seperti yang Dr. nyatakan tadi terdapat pelajar yang tidak
menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Adakah
pihak fakulti atau UiTM [Universiti Teknologi MARA] memberi
peluang kepada pelajar tersebut melanjutkan pengajian melalui
penukaran mod pengajian?
AMI: Itu memanglah. Dia ada banyak masalah kenapa dia tidak dapat
menamatkan pengajian sepenuh masa. Ada setengahnya itu
mengambil cuti khas kerana sakit atau dilanda masalah. Ada
setengahnya itu kerana gagal. Selalunya gagal kursus pada
semester akhir. Kalau di semester awal itu dia boleh selitkan lagi
pada semester berikutnya. Tetapi kalau gagal pada semester akhir,
tiada pilihan. Terpaksa tambah semester pengajian. Selalunya
mereka ini, kita tidak buang daripada sistem, tidak gugurkan taraf
belajar mereka. Jadi kerana ada beberapa asas diberikan
pertimbangan sebelum seseorang pelajar itu digugurkan taraf.
(SY
: Pada kebiasaannya, ada berapa bilangan pelajar yang tidak dapat
menamatkan pengajian dalam tempoh masa tersebut?
AMI: Sangat kecil, seperti saya nyatakan tadi selalunya tidak kurang dari
sembilan puluh lapan peratus. Sebenarnya tidak kurang dari
sembilan puluh sembilan peratus lulus. Yang gagal ini adalah
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
pelajar yang tidak melengkapkan pengajian. Itupun kerana dia
tidak lulus satu kursus. Jadi memang tidak ramai. Sangat kecil.
(SY
: Apakah program yang dirancang fakulti untuk meningkatkan
prestasi pelajar fakulti ini?
AMI: Prestasi ada banyak. Prestasi akademik seperti yang saya nyatakan
tadi. Kita ada KACA, aktiviti-aktiviti, sedikit kem motivasi untuk
para pelajar untuk memastikan prestasi graduan atau kualiti
graduan, mugkin. Dari segi elemen-elemen yang diberikan kepada
graduan. Contohnya macam kita ada finishing school [tamat
pengajian]. Saya dari semasa ke semasa cuba melaksanakan
aktiviti-aktiviti debat, pidato. Bukanlah kerana saya minat
semestinya semua orang minat. Saya percaya dan yakin ia akan
memberi satu platform untuk mengasah pemikiran. Kerana untuk
pendebat atau pidato tidaklah sekadar tahu atau sampaikan tanpa
ada kajian. Jadi itu asasnya.
(SY
: Adakah corak pembelajaran atau pembahagian kursus sesuai
mengikut tahap pengajian pelajar fakulti ini?
AMI: Ya, tentu sekali kerana hendak membuat sesuatu program itu
perlukan kajian dan ia juga diluluskan oleh pihak-pihak yang
mempunyai authority (kuasa) sebelum ditawarkan kepada pelajar.
(SY
: Apakah perbezaan bagi setiap tahap pengajian, contohnya dari
diploma, ke ijazah sarjana muda?
AMI: Yang pertama dari segi pengkhususan. Diploma diikur dengan
cara istimewa, tetapi dengan cara yang lebih ringkas, sesuai
dengan tahap. Jadi bila keluar diploma, mereka akan memegang
jawatan, kalau di
sektor awam sebagai penolong pegawai.
Maknanya dari cangkupan pengetahuan yang disampaikan itu
lebih berunsurkan kepada kemahiran sahaja. Bila masuk
peringkat sarjana muda macam kamu sekarang ini, nanti
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
sudahnya akan keluar menjadi pegawai, profesional. Maknanya
jenis unsur pengurusan dimasukkan di situ. Peringkat sarjana ia
lebih kepada pengurusan, ia tidak banyak hands on (bergantung),
macam habis belajar peringkat diploma dan degree (ijazah). PHD
tentu sekali ia kajian akademik yang sangat tinggi tahap
kesarjanaannya.
(SY
: Adakah fakulti melakukan usahasama dengan pihak luar bagi
memasarkan graduan-graduan fakulti?
AMI: Itu memang telah dilakukan secara umum terutamanya dengan
Pihak Perpustakaan Negara, di perpustakaan akademik di
universiti-universiti kita dan juga Arkib Negara. Baru nampak
sedikit peluang.
(SY
:
Berapakah peratusan pelajar yang telah berjaya memperolehi
pekerjaan?
AMI: Peratusan itu bergantung kepada setiap semester. Kalau hendak kira
Secara keseluruhan itu mungkin agak sukar, untuk semester ini
saya telah berpakat dengan pensyarah, ketua program IS dud dua
satu (IS221) untuk melaksanakan kajian pengesanan graduan.
Graduan telah ramai di luar sana tetapi sebelum ini tidak ada
inisiatif sedemikian. Jadi saya fikir tiba masanya kali ini untuk
saya membuat inisiatif, membuat penyelidikan. Hendak kaji susur
jalur perjalanan kerjaya graduan graduan kita. Supaya itu dapat
dijadikan pamduan untuk kita merangka kurikulum yang di sini,
dan mugkin dengan industri supaya graduan kita lebih banyak
peluang untuk bekerja nanti.
(SY
:
Pada pendapat Dr. majoriti graduan-graduan fakulti ini
berkhidmat dalam sektor awam atau swasta?
AMI: Saya boleh katakan, tujuh puluh- tiga puluh, atau enam puluh-
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
empat puluh. Enam puluh percent [peratus] sektor awam, empat
puluh percent [peratus] sektor swasta. Ramai graduan kita
berkhidmat di sektor swasta.
(SY
: Boleh Dr namakan antara organisasi swasta yang selalu mengambil
pelajar-pelajar fakulti ini sebagai pekerja mereka?
AMI: Organisasi swasta, selalunya bekerja di ST (News Strait Times).
memang semua di bahagian itu datang dari fakulti kita. Jadi
library Online dan memnag banyak organisasi yang mengambil
graduan kita bekerja di pusat-pusat sumber, dan perpustakaan
mereka.
(SY
: Adakah terdapat graduan yang menganggur setelah tamat
pengajian?
AMI: Itu memang tidak dapat dinafikan, Itulah yang saya katakan,
kalau kalau kamu membuat persiapan hari ini ketika sedang
pegang status pelajar itu, mugkin ada peluang begitu banyak untuk
membaiki kelemahan. Tetapi kalau setelah graduan, baru sedar
sepatutnya menimba pengalaman lebih luas, mungkin itu agak
telah terlewat. Memang ada. Saya pernah terjumpa seorang, bekas
pelajar juga. Berkhidmat sebagai penolong pegawai untuk
beberapa tahun. Tetapi itu hakikatnya, saya pernah mengajar, jadi
saya tahu orang itu memang pendiam sangat orangnya, tidak
bergaul dengan pelajar lain. Jadi bila tengok keadaannya begitu,
saya tidak terkejut, cuma simpati dengan apa yang berlaku.
(SY
: Adakah UiTM [Universiti Teknologi MARA] menyediakan suatu
cara
untuk
graduan-graduan
yang
menganggur
mendapat
pekerjaan?
AMI: Tidak secara begitu kerana universiti asas penubuhannya tidaklah
memastikan
semua
graduan
mendapat
kerja.
Kita
telah
menyediakan yang terbaik dalam tempoh yang diberikan. Jadi
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
siswa siswi perlu mengambil peluang berkenaan dan VC [ Vice
Canselor] yang baru telah menegaskan tentang pentingnya untuk
menjadi majikan kepada orang lain. Maknanya kalau bidang kita
pengurusan maklumat, kalau hendak buat perniagaan di luar sana
perlukan maklumat. Hendak menjadi petani profesional, perlukan
maklumat
untuk
menjana
kewangan,
menjalankan
aktiviti
pertanian, untuk pasarkan produk pertanian, semua itu perlukan
maklumat.
(SY
: Apakah nasihat Dr. kepada pelajar-pelajar yang membuat latihan
praktikal?
AMI: Manfaatkanlah peluang itu dengan sebaiknya kerana ini sebagai
seorang pelajar latihan pratik. Kalau silap pun orang tidak marah
kerana kita seorang pelajar. Ini masa untuk belajar dari a sampai z.
Perlu jaga adab sopan dan tatasusila dan jaga disiplin diri kerana
pemantauan dari organisasi ini akan sampai kepada kita. Prestasi
pelajar ini kita perlu lihat untuk kita beri kepada pelajar akan
datang. Sekiranya pelajar buat hal, ia akan mencemarkan imej
fakulti kita.
(SY
: Terdapat sesetengah organisasi yang tidak mahu mengambil
pelajar
menjalani
latihan
pratikal
di
organisasi
mereka.
Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
AMI: Mungkin mereka tidak bersedia dari segi ruang tempat kerja, tidak
bersedia memberi elaun walaupun kita tidak meminta elaun. Jadi
peluang itu tidak disediakan.
(SY
: Apakah kriteria yang diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan
belanjawan dari fakulti untuk menjalankan sesuatu aktiviti?
AMI: Pelajar boleh dapat sumbangan. Untuk pelajar diploma, sarjana
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
muda. Jadi buat kertas kerja kepada saya. Jadi kertas kerja ini
akan dinilai berapa wang sumbangan akan diberikan untuk
mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti.
(SY
: Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin melakukan
sebarang permohonan sesuatu aktiviti selain menghantar kertas
kerja?
AMI: Perlu dilihat dari segala aspek. Dari segi penulisan kertas kerja.
Jadi dinasihatkan kepada pelajar supaya menghasilkan kertas
kerja yang berkualiti. Ada kertas kerja yang saya lihat dibuat
tanpa ada panduan. Jadi jika begitu, apabila bekerja orang akan
melihat kualitinya. Jadi itu peranan saya untuk memberi panduan
sebagai Timbalan Dekan.
(SY
: Adakah Dr. ada menyediakan garis panduan untuk menyediakan
sesuatu kertas kerja?
AMI: Kita ada menyediakan garis panduan untuk rujukan palajar-pelajar
berkenaan.
(SY
: Berapa lamakah permohonan tersebut mengambil masa untuk
diluluskan?
AMI: Ia bergantung kepada kekerapan mesyuarat. Ia sekurang-kurangnya
seminggu sekali.
(SY
: Adakah Dr. orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan
pengisian modul?
AMI: Ya, kerana ia berkaitan pengisian maklumat modul tersebut. Jadi
saya telah diberi tanggungjawab semenjak awal perlantikan saya
sebagai timbalan dekan. Jadi, asas-asas pengurusan maklumat itu
penting. Bukan sekadar untuk bidang kita.
(SY
: Selain Dr. siapakah yang bertanggungjawab dalam pengisian
modul?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Kalau pengisian modul memang tanggungjawab timbalan dekan.
Selain itu, wakil kolej, pegawai pegurusan pelajar. Tetapi bagi
fakulti ini memang saya yang bertanggungjawab.
(SY
: Pada pendapat Dr. adakah modul LDK benar-benar dapat
meningkatkan jati diri pelajar?
AMI: Ya, jika diikuti sepenuhnya oleh pelajar. Kalau yang memberi
fokus kepada aktiviti, dia akan mendapat manfaat. Kalau sekadar
memenuhi aktiviti, dia tidak akan mendapat apa yang sepatutnya dia
perolehi kerana kalau kamu perhatikan,
TAMAT KASET 2 BAHAGIA( A
KASET 2 BAHAGIA( B
AMI: Ada dua puluh orang dalam satu kumpulan kalau mereka nak diam
mereka boleh diam. Kalau yang nak nak yang begitu ramah dia
akan bercakap sentiasa begitu jadi bergantung kepada sifat dan
persenaliti diri dia. Tapi saya berharapkan dan saya percaya modul
ini kalau semua beri fokus memang dapat nilai-nilai yang kita
kehendaki.
(SY : Ada sebahagian pelajar menganggap modul LDK [latihan dalam
kumpulan] ini sebagai satu bebanan. Apa pandangan doktor?
AMI: Lebih baik beban sekarang daripada beban dikemudian hari. Beban
kemudian hari tak da siapa nak tolong. Nak buat LDK [latihan
dalam kumpulan] bila dah graduate [tamat]. Jadi sebab tu saya kata
tengok positif selain belajar apa lagi komitmen? Masa dua puluh
empat jam. Apa lagi komitmen? Ibubapa hantar ke sini untuk
belajar untuk dapat segala ilmu yang perlu untuk keluar bekerja.
Kalau tak bekerja dengan majikan, kita sendiri jadi majikan. Jadi
kalau elemen-elemen yang kita tawarkan ini disia-siakan jadi saya
rasa itu memang sesuatu yang amat merugikan. Memang orang
gemar memberi alasan. Tapi bergantung kepada individu kalau rasa
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
selesa member alas an teruskan. Sehingga nanti tidak ada alas an
lagi untuk dia tidak menjadi majikan contohnya. Melainkan jika
mensiakan semua tawaran-tawaran hari ini. Nak buka business hari
ini bukan senang. Tidak ada kemahiran komunikasi tidak boleh.
Kalau tidak ada keyakinan diri tidak boleh.
(SY : Bagaimana fasilitator-fasilitator dalam modul LDK [latihan dalam
kumpulan] di pilih atau diambil?
AMI: Fasilitator ini ada banyak kategori. Kalau pensyarah memang kita
menjemput mereka yang benar-benar berminat. Kalau sebagai
pelajar ini selalunya saya melantik penyelaras untuk modul LDK
[latihan dalam kumpulan] kerana tidak terdaya untuk saya
melaksanakannya melainkan saya menurunkan kuasa ini dengan
melantik seorang penyelaras Modul LDK dan dia yang akan
memaklukan kepada saya tentang siapa yang akan dilantik dan kita
juga melibatkan kaunselor, melibatkan kakitangan lain, bukan
kakitangan akademik di UiTM ini, selain daripada pelajar-pelajar
atau pun graduan kita. Sesetengah graduan yang menyambung ke
peringkat Master juga kita lantik sebagai fasilitator sekiranya dia
memenuhi criteria yang ditetapkan.
(SY : Jika ada pelajar yang ingin fasilitator apakah saluran yang perlu
mereka [ikuti]?
AMI: Untuk menjadi fasilitator di peringkat fakulti sama ada boleh terus
datang kepada saya atau pun penyelaras. Kita ada penyelaras Encik
Kamarul Azwan dan juga pensyarah baru kita Encik Jaffarizan
diberi peluang untuk understudy atau terus ke HEP. Kadang HEP
diorang akan mengiklankan jawatan fasilitator. Jadi kena alert
maknanya berwaspada dengan iklan mungkin akan keluar.
Terutamanya pada hujung semester. Ianya untuk semester depan,
jadi semester ini kita dah [sudah] keluarkan iklan.
(SY : Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pelajar untuk menjadi
fasilitator?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Ialah nilai-nilai positif yang kita nyatakan dalam modul itu dah
[sudah] dimiliki oleh pelajar berkenaan. Kemahiran komunikasi
sangat penting dan akademiknya tidak semestinya cemerlang tiga
point [perpuluhan] lima (3.5) keatas. Tapi dia mesti minat dengan
aktiviti berkenaan. Sebab minat paling penting. Sebagaimana yang
saya katakan tadi passion. Kalu tak [tidak] minat maknanya bagilah
kerja apa pun kalau dia tak [tidak] minat memang dia tidak akan
member yang terbaik untuk apa juga tanggungjawab yang
diamanahkan.
(SY : Adakah pelajar yang menjadi fasilitator akan diberi sebarang elaun
untuk mereka?
AMI: Baiklah. Ya mereka ada elaunyang akan dibayar oleh HEP [Hal
Ehwal Pelajar]. Surat lantikan mereka datang daripada HEP [Hal
Ehwal Pelajar]. Jadi HEP [Hal Ehwal Pelajar] telah memperuntukan
elaun kepada mereka.
(SY : Macam yang doktor katakana tadi pointer itu amat penting.
Bagaimana jika mereka tidak mencapai pointer sehingga tiga point
[perpuluhan] lima (3.5) tapi [tetapi] begitu berminat untuk menjadi
seorang fasilitator?
AMI: Untuk fasilitator bukan syarat tiga point [perpuluhan] lima [3.5].
kita sebenarnya fleksibel, dua point lapan pun kalau dia ada kualiti
kepimpinan yang baik kita tawarkan. Sebab yang tiga perpuluhan lima itu
kalau menjadi tenaga pensyarah muda itu memang keutamaan. Kalau
untuk fasilitator ini asalkan dia ada kualiti peribadi atau pun personality
yang boleh diketengahkan kita akan pilih orang yang sedemikian. Yang
paling penting mesti minat.
(SY : Apakah harapan doktor terhadap semua pelajar UiTM dan juga
kepada pelajar yang bakal bergelar pelajar UiTM?
AMI: Yang pertama pelajar UiTM ini kita sebenarnya membawa satu
reputasi tentang bumiputra melayu Islam. Yang mana penting untuk
dipelihara dan diperhebatkan lagi. Bagi yang nak [hendak] masuk sini
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
kena faham bahawa ini adalah institusi yang ditubuhkan khusus untuk
mengimbangkan sosio ekonomi. Kalau dikaji sejarah, kita adalah
penduduk asal disini dan sejarah itu tidaklah sebegitu lama dahulu. Hanya
kurang seratus tahun dahulu. Jadi tentu sekali kita merasa bahawa sangat
penting untuk kita kembali menjadi tuan kepada tanahair kita.
(SY : Apakah nasihat doktor kepada semua pelajar-pelajar UiTM?
AMI: Pada saya yang paling penting kalau kita sentiasa ingat bahawa
ibubapa kita menghantar kita ke sini untuk Berjaya dalam akademik.
Tidak perlu dipesan berkali-kali maknanya sentiasa ingat. Sekarang ini
dunia penuh cabaran, banyak tarikantarikan yang akan merosakkan. Kalau
pelajar lalai dan terikut-ikut dengan keseronokan yang bersifat sementara
ini saya rasa sudahnya nanti mungkin dah [sudah] terlewat untuk sedar
kembali yang hasrat ibubapa hantar pelajar hantar ke sini untuk belajar
dengan cemerlang.
(SY : (asihat doktor untuk pelajar-pelajar yang pernah tersalah haluan?
AMI: Selagi ada peluang, selagi ada hayat, selagi ada daya perbetulkanlah.
Kerana peluang tak [tidak] datang kali yang kedua (2) atau kali yang
ketiga(3) tentu sukar. Tapi kalau ______ ______ ______. Cuma kadang
lalai, leka, terikut-ikut dengan orang lain dan itu
alasan yang selalu
digunakan. Terikut kawan. Yang kawan pun bagi alasan terikut dia pulak.
Sudahnya dua-dua tak [tidak] mengaku salah. Kawan kata dia dan dia
kata kawan. Tapi sebenarnya akal ada. Bukannya pelajar tadika. Pelajar
tadika pun cerdik sekarang. Jadi sebab itu saya kata, pelajar universiti
sepatutnya tidak harus alpa tentang tanggung jawab yang mereka ikrar
akan laksanakan dan tidak lagi menghampakan harapan ibubapa.
(SY : UiTM sering kali memberi peluang kedua atau ketiga kepada pelajar
yang berhenti dan diberhentikan.
AMI: Berhenti ke di berhentikan?
(SY : Berhenti.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Kalau berhenti memang dia boleh apply [mohon] balik. Kita ada
cuti khas, boleh ambil dua semester. Kalau tidak salah saya. Kalau
berhenti sendiri, dia apply nanti dia akan masuk semula di semester satu.
Itu sahaja.
(SY : Kalau diberhentikan?
AMI: Diberhentikan pun sama juga.
(SY : Maksudnya pelajar-pelajar ini tidak akan di diskriminasi?
AMI: Tidak. Tidak ada istilah diskriminasi. Masuk ke sini kita tidak
pernah beza-bezakan pelajar yang gagal kursus kali pertama mengulang
kursus atau pelajar yang gagal program datang semula bermula di
semester satu.
(SY : Seperti yang kita tahu fakulti Pengurusan maklumat akan
mengadakan carnival yang bermula pada dua puluh tujuh Mac
sehingga dua puluh lapan Mac . Boleh doktor ceritakan apakah
objektif carnival tersebut?
AMI: Baiklah. Objektif karnival itu yang dinamakan carnival at puncak
[carnival di puncak] ini yang asalnya idea ini daripada kelab kakitangan
fakulti kita secara kerjasama dengan pentadbiran yang mana asalnya
adalah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitanagan dan
sesama warga fakulti. Saya melihat ini sebagai satu peluang yang cukup
baik bagi pelajar juga melibatkan diri. Jadi sebab itu saya mencadangkan
kepada pengarah program ini iaitu Hussain Hasyim agar melibatkan
pelajar dalam program ini. Kerana sekarang ini penekanan yang diberikan
kepada mahasiswa ialah untuk memantapkan kemahiran keusahawanan.
Jadi saya mengambil peluang ini untuk memberi ruang kepada peljar kita
berjinak-jinak dengan aktiviti keusahawanan dengan berniaga pada hari
berkenaan. Pada ruang-ruang yang disediakanlah. Selain daripada itu saya
juga menjemput alumni fakulti kita yang telah sekain lama dan sekian
ramai kita hasilkan untuk kembali ke fakulti pada hari sabtu ini, petang
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
dengan tujuan kita dapat mengumpul maklumat alumni yang kedua alumni
sesama alumni dan juga dengan pensyarah dan pelajar semasa disini
berkenalan satu sama lain yang mana ini akan mengukuhkan lagi
hubungan diantara pihak fakulti dan industri selaindaripada itu juga
mungkin memberi peluang kerja kerana hubungan alumni ini suatu yang
cukup significant. Jadi ini mengkin meluaskan lagi peluang kerjaya
kepada bakal graduan kita.
(SY : Boleh doktor ceritakan siapakah yang menyumbangkan idea untuk
mewujudkan carnival tersebut?
AMI: Seperti yang saya dah [sudah] sebutkan tadi, asalnya idea ini
daripada encik Hussin dan ahli kelab kakitangan. Jadi saya seperti
yang dikatakan tadilah melihat ini satu peluang yang cukup baik
untuk semua bergabung tenaga supaya manfaat dan keseronokan itu
dapat dirasai oleh semua.
(SY : Pendapat doktor apakah cara yang paling berkesan untuk
mempromosikan fakulti pengurusan maklumat di kalangan bakal
mahasiswa?
AMI:Ada banyak kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan untuk
mempromosi program-program yang ditawarkan di fakulti kita.
Saya suka kepada aktiviti yang melibatkan pelajar melalui aktiviti
kursus akademik digembelingkan diarahkan kepada aktiviti yang
melibatkan promosi maknanya aktiviti mereka ini melibatkan
pelajar-pelajar sekolah dan golongan-golongan tertentu. Jadi
sekiranya ini boleh dihala tujukan kearah promosi jadi saya rasa
memang tidak begitu membimbangkanlah. Jadi pelajar juga akan
meyumbangkan kearah promosi, pensyarah juga menyumbang
kearah promosi. Bagaimana yang dilakukan pada minggu lepas,
pensyarah kita pergi ke beberapa sekolah di sekitar Shah Alam
malah hingga ke Banting juga untuk mempromosikan fakulti ketika
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
keputusan STPM [Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia] dikeluarkan.
Jadi itu satu pendekatan yang saya kira aggressive bagi meramaikan
lagi orang difakulti kita.
(SY : apakah inisiatif melalui ceramah atau mengadaka program-program
di sekolah, dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai bidang
pengurusan maklumat apabila mereka memasuki Universiti nanti?
AMI: Ya. Itu adalah antara yang sangat penting kerana bidang pengurusan
maklumat dan pengurusan perpustakaan terutamanya tak [tidak]
ramai yang tahu apa sebenarnya kerjaya perpustakawan. Munkin
ada yang menyatakan kerjaya perpustakawan ini ialah orang yang
menyusun buku di rak. Kerana itu yang sering dilihat oleh
pengguna. Pada hal perpustakawan tidak berada disitu, pustakawan
berada di meja masing-masing yang mana mereka adalah penggerak
utama kepada perpustakaan yang melibatkan pengurusan dan juga
perolehan koleksi dan juga perkhitmatan yang ditawarkan kepada
pengguna. Jadi penting bagi tahu kepada pelajar kerana kalau
tanggapan dia masih lagi kerja sebagai seorang yang menyusun
buku di rak-rak buku saya rasa tak [tidak] ada siapa yang nak
datang buat peringkat degree serta ijazah disini yang sudahnya
nanti keluar susun buku di rak. Jadi itu satu yang sangat penting
untuk dimaklumkan kepada pelajar sekolah.
(SY : Pada pendapat doktor, adakah maklumat mengenai fakulti
pengurusan maklumat pada laman web ini menncukupi?
AMI: Ya. Pada ketika ini saya Nampak sudah semakin baik. Kerana
UiTM telah melantik pegawai-pegawai dari jabatan system
maklumat PSMB (Pusat Sumber Maklumat Bersepadu) dan
pensyarah kita juga dilantik untuk menyeragamkan web page atau
halaman web fakulti. Dan saya melihat kepada satu standard untuk
keseluruhan fakulti di UiTM yang mana dari segi isi kandungannya
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
juga sama. Jadi pada saya untuk ketika ini ya sangat bermaklumat.
Dan saya juga menggunakan laman web fakulti ini untuk menwarwarkan apa juga aktiviti pelajar yang bakal diadakan.
(SY : Apakah perkara yang doktor suka atau tidak dalam sikap pelajar
ketika berurusan dengan doktor?
AMI:Baiklah. Ini memang satu perkara yang saya sentiasa member
perhatian. Yang positif saya beri pujian dan yang negative saya beri
nasihat. Teguran itu mungkin kasar sikit bunyinya tapi bergantung
kepada tahap serius sebagaimana seriusnya ketidak pekaan pelajar
terhadap sesuatu perkara yang patut di beri perhatian. Yang pertama
apabila pelajar masuk bilik tanpa tahu adap-adap sopan. Jika kita
berurusan dengan seseorang yang autoritinya lebih tinggi maka kita
perlu tahu adab sopan. Ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri.
Itu antara asas yang sebaiknya untuk pelajar yang masih kekok atau
tidak biasa jadi memang saya akan menegur dengan cara yang tidak
memalukan. Tapi tegas untuk menyatakan bahawa mereka perlu
memberi perhatian kepada perkara berkenaan. Supaya membiasabiasakan diri dengan perkara-perkara berkenaan kalau kita tahu
beradap sopan contohnya ada tetamu bertamu di kita punya rumah
dia ada adap, orang akan menerima kita dengan lebih mesra. Apa
juga perkara yang sukar di selesaikan tetapi pendekatan kita begitu
mesra, begitu sopan santun, saya rasalah tiada siapa yang akan
mengelak untuk membantu menyelesaikan.
(SY : Boleh doktor ceritakan apa yang pelajar perlu faham tentang peranan
sebagai timbalan dekan?
AMI: Baiklah. Saya sebenarnya kalau dari segi aktiviti pelajar sebenarnya,
saya memang suka member peluang pelajar yang membuat,
merancang
dan melaksanakan aktiviti berkenaan. Dan ada
pensyarah yang terlibat sebagai penasihat. Jadi kesulitan sedikit
seketika ini adalah mungkin pelajar atau penasihat yang tidak begitu
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
jelas tentang kapasiti sebagai penasihat. Jadi kalau tahu kapasiti dan
tanggung jawab penasihat kebanyakan kertas kerja itu akan menjadi
lebih kemas. Kerana saya begitu prihatin dengan penggunaan
bahasa yang telah didokumentasikan sebagai bukti. Contohnya
kertas kerja untuk memohon sesuatu peruntukan. Kalau bahasa
yang tidak mencerminkan kualiti seorang mahasiswa, jadi saya akan
sentiasa menegur. Kerana ini adalah masa untuk memastikan
bahawa mereka menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
(SY : Pada pandangan anak-anak doktor, doktor bertugas sebagai apa dan
adakah mereka memahami skop pekerjaan doktor?
AMI: Pada pandangan anak-anak saya?
(SY : Ya.
AMI: Mereka masih terlalu kecil untuk faham tugas saya sebagai timbalan
dekan, tapi bila saya nyatakan yang saya sibuk dan adakalanya saya
balik lewat ke rumah memang kadang-kadang itu mereka fahamlah.
Saya sering kali membawa mereka bersiar atau melakukan aktiviti
rekreasi pada hujung minggu. Jadi itu mungkin tidak selalu
membosankan mereka kerana setiap hari sepanjang minggu
semester ini, hari isnin saya da kelas sampai malam. Sampai pukul
Sembilan setengah [9.30] dan juga hari khamis. Hari lain selalunya
akan pulang jam lima [5]. Tidak awal dari jam limalah [5] sebab
saya memang seorang yang workaholic. So [jadi] selesa dan minat
untuk bekerja jadi itu dah [sudah] kira awallakan. Tapi saya pulang
awal pun kerana saya nak [hendak] memastikan kesihatan sayalah.
Pulang awal, balik ke rumah untuk berjoging atau apa ke, sekurangkurangnya sekali seminggu. Pada umumnya mereka tahulah yang
saya ini sangat sibuk disebabkan oleh tanggungjawab saya sebagai
timbalan dekan.
(SY : Sepanjang doktor bertugas sebagai pensyarah selama ini, pernahkah
doktor terfikir doktor akan menjadi timbalan dekan pada hari ini?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
AMI: Saya sebenarnya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk
memegang jawatan pentadbiran akademik, kerana dalam bidang akademik
adalah menjadi kepuasan apabila pencapaian dari segi akademik
mencapiai pencapian paling tinggi dalam bidang akademik. Jadi dalam
jawatan pentadbiran akademik memanglah ada kelebihannya. Cuma ia
tidak sepatutnya menyebabkan saya langsung lupa tentang pentingnya
untuk membuat penyelidikan. Kerana penyelidikan itu akan member nilai
tambah kepada pengetahuan yang saya ada. Dan paling penting, itu
sepatutnya membuat penambahbaikkan kepada sesuatu situasi dalam
komuniti kita.
(SY : Seperti yang kita sedia maklum, tempoh doktor sebagai timbalan
dekan akan tamat pada penghujung tahun ini. Adakah doktor terus
berminat untuk terus memegang jawatan ini sekiranya tugas doktor
sebagai timbalan dekan dilanjutkan?
AMI: Selagi saya diberi kepercayaan dan selagi keadaan mengizinkan. Kadang
kala kepercayaan diberi tetapi kadang kala mungkin keadaan kesihatan
atau pun sesuatu factor lain yang menjadi penentu. Tetapi sekiranya diberi
peluang insyaallah [dengan izin Allah] saya akan menerima selagi saya
termampu untuk berbakti kepada UiTM [Universiti Teknologi MARA].
(SY : Apakah perasaan doktor sekiranya tugas doktor sebagai timbalan
dekan di sambung lagi?
AMI: Tentulah bersyukur. kerana itu sebenarnya merupakan satu
pengiktirafan kepada sumbangan yang telah saya beri pada penggal
pertama. Jadi selalunya saya sentiasa berazam untuk menjadikan
sesuatu itu lebih baik daripada sedia ada. Mungkin saya akan lebih
memperbanyakkan
lagi
aktiviti,
berpesatuan,
aktiviti
yang
melibatkan pertandingan debat dan pidato yang mana dapat
mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam.
Kerana sebagaimana yang saya dimaklumkan oleh Puan Haliza,
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
pensyarah
dua
dua
kosong
yang
menjadi
pengadil
pada
pertandingan pidato pada hari rabu, beliau terkejut dengan
pemenang pertama pertandingan berkenaan kerana beliau tidak
menjangka sama sekali yang pelajar ini berbakat. Dan itu
sebenarnya refleksi daripada apa yang saya lalui semasa di zaman
sekolah dahulu. Kalau tak [tidak] diberi peluang, tidak ada ruang
untuk mereka menunjukkan bakat yang mungkin sewaktu sekolah
dulu cemerlang tapi [tetapi] di sini tidak pernah pun ada
pertandingan sedemikian jadi berkubur mungkin semua itu. Jadi
bila kita buat pertandingan sebegitu, jadi dia rasa itu adalah yang
terbaik. Bukan kerana nak menunjuk-nunjuk tapi [tetapi] itu
memang kehebatan yang dia perlu dia gilap dan majukan lagi.
(SY : Apakah perancangan doctor dalam kerjaya pada masa hadapan?
AMI: Kalau dalam akademik insyaallah [dengan izin Allah] saya begitu
cintakan bidang akademik, jadi apa yang saya nak [hendak] dalam
bidang akademik ini adalah saya boleh membuat penyelidikan lebih
banyak dan hasil daripada penyelidikan ini selalunya kita akan
menerbitkan sama ada dalam jurnal ataupun buku yang ini semua
akan menjadikan seorang ahli akademik itu lebih hebat.
(SY : Sebagai penutup boleh doctor ceritakan pengalaman yang pernah
doctor lalui sepanjang hidup untuk dikongsi bersama?
AMI: Baik. Sebenarnya saya dulu melalui zaman yang berbeza ketika
dilahirkan. Tapi saya rasa saya sangat bertuah kerana saya lahir dan
mula mengenal dunia ini ketika zaman pembangunan baru bermula.
Maknanya saya masih ingat bagaimana pembangunan berlaku di
kampung saya. Daripada jalan yang lorongnya kecil kemudian
dibesarkan dan masih lagi jalan tanah merah. Jalan biasa yang
diratakan oleh jentolak. Saya juga melihat bagaimana ada individuindividu tertentu di kampung saya yang ketika itu saya melihat
jentera seperti jentolak itu sebagai sesuatu yang sangat hebat. Dan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
ada steamroll [jentera yang dogunakan untuk meratakan jalan]
datang ke kampung tapi zaman budak-budak, zaman tu [itu] tengok
tu memang hebatkan. Dan yang memandu jentolak itu cina. Ada
pula oarng melayu kita yang saya rasa itulah pertama kali wujud
perasaan tidak selesa dalam diri saya apabila ada seseorang yang
melanggar atau tidak menghormati hak orang lain. Kerana untuk
menggembirakan orang lain. Saya masih ingat, sewaktu cina yang
bawa steamroll [jentera yang dogunakan untuk meratakan jalan] itu
atau pun trektar kalau tidak salah saya meratakan jalan di depan
rumah saya. Ketika itu buah staq, tau [tahu] buah staq? [sambil
bertanya kepada penulis]. Kalau sini orang panggil buah remia. Di
depan rumah say ada dua pokok yang waktu itu buahnya memang
banyak, memang lebat dah [sudah] macam [seperti] buah anggur.
Cantik. Dan saya betul-betul tak [tidak] faham mengapa ada
seorang yang dewasa, yang saya rasa matang pemikirannya tapi
[tetapi] tidak cerdik dan tidak tahu menghormati hak ayah saya.
Pokok itu ditanam oleh ayah saya dan berbuah. Buah remia ni [ini]
rasanya masam, kalau masak pun masam. Manisnya pun tidaklah
semanis buah rambutan. Inikan buah muda. Diambilnya setangkai
buah yang sangat besar, diberi kepada cina itu. Cina itu makan sikit
dan masam yang sangat-sangat lalu di buang. Saya rasa cukup
kecewa dan marah dengan orang itu dan rupanya orang itu sikapnya
memang begitu. Malah sampai ke sudah dia memang begitu
perangai [sikap] dia. Dan saya rasa saya telah membuat satu
penilaian yang betul pada ketika itu. Yang menyebabkan saya tidak
suka. Rupanya bukan setakat saya di kampung itu tapi kalau orang
kenal dia memang tidak suka. Itu satu perkara yang saya belajar
dalam proses ketika kita begitu teruja terhadap kemajuan yang di
bawa orang dari luar, ada sesetengah orang yang mengambil
peluang untuk menggembirakan orang itu dan rasa it the best time
that we can be friend [kita boleh menjadi kawan]. Tetapi dengan
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
mengorbankan atau melanggar hak-hak orang lain. Bila zaman saya
sekolah, saya selalunya pergi sekolah dengan abang. Menumpang
naik basikal dia. Dia bawa saya pergi sekolah, then (kemudian) ada
suatu ketika yang saya rasa telah berkorban pula untuk adik saya.
Jadi adik beradik ramai, masa kecil saya menumpang abang. Bila
saya dah [sudah] naik darjah lima, enam adik saya pula naik dengan
saya. Ada sekali tu [itu] waktu darjah enam, seminggu sekali kami
kena sembahyang di masjid di Pekan Semanggol. Jarak dari sekolah
ke rumah saya adalah lebih kurang lima atau enam kilometer dari
sekolah. Ada ketikanya saya balik jalan kaki saja [sahaja] dari
sekolah sampai ke rumah. Memang jauh, sangat-sangat jauh. Dan
tidaklah pernah rasa begitu kecewa kerana terpaksa berjalan kaki.
Kerana ada kalanya abang saya habis kelas lambat. Darjah satu, dua
habis awal. Jadi berjalan kaki. Ada kawan sekampung yang
berjalan, saya pun jalan. Tapi rumah saya di kampung antara rumah
yang jauh ke dalam. Jadi memang ada kalanya saya memang
berjalan. Jalan kaki dulu beg bukan macam [seperti] sekarang yang
boleh galas dua-dua. Dulu beg talinya satu sahaja. Ada yang
simpangkan begini [sambil menunjukkan kearah dada beliau], ada
yang letak dekat dahi dan jalan bongkok begitu [sambil
membongkokkan sedikit badan beliau]. Buku berat, dan jauh
perjalanan ketika itu tengah panas. Kalau orang utara dia [mereka]
kata panas lit-lit. tahukan panas lit-litkan?[bertanya kepada penulis
dan penulis menganggukkan kepala tanda tahu]. Tengok dekat jalan
raya hujung tu [itu] Nampak bahang saja [sahaja] naik. Tapikan
alah bias tegal biasa. Dan saya masih ingat ada sekali itu, ketika
saya darjah enam hari rabu pergi sembahyang di masjid di Pekan
Gunung Semanggol. Hari tu [itu] adik saya kata dia lapar sangatsangat, adik saya darjah tiga dan saya darjah enam. Jadi dah [sudah]
melihatkan kasihan dekat dia, saya pun kayuh basikal bawa dia
nampak masjid saya terus saja [sahaja] sebab adik saya dah [sudah]
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
lapar. Lepas itu balik. Esoknya ustaz tanya siapa tak [tidak] pergi
sembahyang semalam? Jadi, yalah budak-budak akan bercakap
betul, tidak berani nak [hendak] menipu. Dan saya rasa sesuatu
yang patut saya buat ketika itu ialah saya kena beri tahu ustaz itu.
Saya diam sahaja dan saya pergi ke depan [hadapan] ustaz tu [itu]
pulas [cubi] perut angkat keatas cikit. Sakit memang sakit. Tapi
sepatutnya saya bagi tahu ustaz itu. Adik saya lapar, takkan saya
nak bawa adik saya pergi sembahyang juga. Dia dah lapar waktu
tukan [itu]. Jadi ini yang saya tekankan kepada anak saya sekarang.
Kalau apa juga kesulitan, cakap perkara yang sebenar. Kerana guru
manusia, sesiapa juga manusia. Jadi kalau kita terlalu memikirkan
bahawa tidak ada ruang untuk orang memahami kita saya rasa itu
tidak memberi peluang kepada diri kita sendiri. Kita cerita dahulu,
apa reaksi orang berkenan itu hak dia. Tapi kalau kita cerita perkara
yang sebenar, saya rasa kita dah [sudah] memaklumkan apa
kesulitan yang kita lalui. Kemudian, waktu itu memang zaman
susah. Saya tidak pernah pergi ke sekolah pada waktu petang. Pagi
pergi sekolah petang tak yah [tidak perlu] pergi. Zaman itu tak da
[tiada] macam [seperti] sekarang. Ada sekolah agama wajib ke
semuanya [tidak ada sekolah agama wajib]. Dan saya hanya sekali
dua sahaja dapat pergi ke sekolah untuk pergi ke perpustakaan. Dan
saya juga kebanyakan masa tinggal di rumah untuk mengasuh
[menjaga] adik saya yang kecil-kecil. Mak dan ayah saya pergi ke
bendang [sawah padi]. Saya seawal umur darjah tiga sudah
mengasuh [menjaga] adik saya yang kecil-kecil. Jadi makna kalau
kata kena buai, memang saya buat semua itu. Adik saya kecil
menangis pun saya akan pastikan sampai mak saya balik dia baik.
So [jadi], sampai mengasuh adik kecil pun saya buat semua. Jadi
saya rasa kalau hari ini, zaman yang penuh dengan kesenangan
pelajar lansung tidak tahu nak [hendak] menghargai kesenangan itu
satu yang pada saya amat mengecewakan. Saya ingat saya pergi
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
sekolah kalau pergi pun sekali dua sahaja untuk pergi perpustakaan
lepas itu petang boleh main bola. Itu cukup seronok. Saya pinjam
buku di kutub khana [perpustakaan]. Zaman itu di panggil kutub
khana [perpustakaan]. Tak [tidak] panggil perpustakaan. Ada sekali
itu saya tergerak hati untuk pinkam buku bahasa inggeris. Tidak ada
sapa-sapa [sesiapa] ajar saya. Saya pinjam buku bahasa inggeris itu
pun sebab comparison between leopard and cheetah [perbandingan
antara harimau bintang dan harimau kumbang] Saya masih ingat
buku itu sebab buku itu bukunya sangat asas bahasa inggerisnya.
Tapi [tetapi] hati saya tergerak nak [hendak] baca buku bahasa
inggeris. Dan saya pinjam bawa balik baca. Sebab itu saya boleh
ingat sampai sekarang. Bangunan yang menjadi kutub khanah tu
[itu] pun masih segar dalam ingatan saya. Bangunan dulu, sekolah
dulu dia [sekolah] ada lubang di tepi-tepi dinding. Dan tak ramai
budak pergi ke perpustakaan pun, dan saya mengambil peluang
sesekali dapat pergi ke situ saya pergi ke kutub khanah. Pas tu
[selepas itu] ada juga saya belajar mengaji dengan imam yang di
segani juga di sana. Tapi [tetapi] kerana rumah saya jauh, saya
kadang kala tidak boleh pergi. Sebab kena jaga adik saya. Tapi
itulah ada ketika itu ustaz itu hendak bawa saya jadi qori [pembaca
Al-Quran lelaki]. Tapi saya tidak yakin kepada diri waktu itu kerana
saya tidak belajar mengaji selain daripada ustaz berkenaan dan mak
[emak] saya. Jadi kebanyakkan masa emak sayalah yang ajar
mengaji dari alif [huruf pertama di dalam bahasa arab] sampai
khatam Al- Quran. Rasa satu tak da [tiada] masa untuk ke sana
selalu dan kedua tiada keyakinan diri. Dan saya ketika itu of course
[sudah tentu] tidak ada tuisyen [kelas tambahan]. Saya penilaian
darjah lima keputusan keluar ada enam A mungkin dan saya tidak
percaya apabila cikgu saya berkata ‘Azman dapat empat A satu B’.
empat A satu B betul ke? Tanya sekali lagi. Ya, betul dia kata
empat A satu B. Seronoklah. Tapi tidaklah begitu girang. Balik ke
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
rumah cakap pada emak saya, emak saya tidak ada apa-apa pun.
Empat A satu B tidak ada apa pun. Tapi cikgu saya sekolah dia kata
begitu bagus. Sangat baik. Jadi saya pun melihat emak saya biasa
sahaja riaksinya, saya pun fikir tidak ada apa-apa. Rupanya dengan
keputusan itu membawa saya pergi ke sekolah asrama penuh. Baru
saya tahu. Itu pun ketika itu saya bukan dari keluarga yang senang,
saya tidak juga dari keluarga yang sederhana tapi [tetapi] keluarga
yang susah. Jadi bila dapat tawaran untuk pergi ke sekolah asrama
penuh, saya tengok yuran untuk kemasukkan dan membeli
kelengkapan hampir lima puluh ringgit. Waktu itu tahun belas
Sembilan lapan puluh tiga [1983]. Emak saya kerja bendang [sawah
padi], abang saya yang sulung belajar lagi di Sekolah Teknik di
Penang [Pulau Pinang], abang saya yang kedua ambil SRP [Sijil
Rendah Pendidikan], ya baru lepas SRP [Sijil Rendah Pendidikan].
Dan kakak saya tingkatan satu. Saya pula hendak menggunakan
duit yang cukup banyak berbanding orang lain. Semua sekolah,
tiada siapa yang kerja ketika itu. Bayangkan. Memang duit sentiasa
tidak cukup. Tapi itulah ibu ayah saya berkorban banyak untuk
memastikan saya masuk asrama penuh. Sebab saya dah [sudah]
cakap pada emak saya ‘saya tak nak [tidak mahu] pergi sebab tak
[tidak] ada duit’. Tapi emak ayah saya berikhtiar juga. Pinjam pada
mak cik saya. Kemudian saya pergi kerana abang saya kata sekolah
ini sekolah asrama penuh, bukan macam sekolah teknik yang dia
pergi belajar di Penang [Pulau Pinang]. Dia kata sekolah itu tidak
sama. Saya tak [tidak] tahu sebab tidak ada yang beri tahu dan
zaman itu surat khabar tidak beli jadi hendak baca pun susah. Tapi
saya rasa semua ini berlaku kerana ketentuan Allah dan kerana
ibubapa saya yang memberi penekanan tentang pentingnya belajar.
Saya ingat dulu rumah saya dinding bertam. Yang luar dinding
papan. Abang saya yang sulung dia suka potong kartun di surat
khabar, dia susun dekat dinding bertam itu. Saya tengok kartun,
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
baca sikit-sikit. Itu sebenarnya ada nilai yang sangat tinggi. Bila
abang yang sulung berjaya kita adik-adik ni [ini] akan terikut-ikut
juga. Jadi lepas saya masuk ke sekolah Sains Taiping, di situ
banyak yang berubah kehidupan saya. Tetapi sewaktu zaman
kanak-kanak itu memang zaman yang mengajar saya menjadi
seorang yang jimat- cermat. Ayah saya bagi [beri] sepuluh ringgit
cukup satu penggal. Sekarang anak saya sehari pun tidak kurang
tiga ringgit [RM3]. Tapi iyalah zaman berbeza. Tapi saya berjimatcermat kerana saya tahu emak ayah saya tidak mampu nak [hendak]
bagi banyak. Dan saya tidak belanja dengan sewenang-wenangnya.
Kawan-kawan makan burger pada waktu malam. Balik dari kelas
malam, beli burger di kantin. Satu dorm [bilik], dua puluh orang. So
[jadi] makan burger bau satu bilik. Kita ni [saya ini] telan air liur.
Itu zaman-zaman yang saya rasa benar-benar menguji saya. Tapi
tinggal di asrama penuh itu, member ruang pergaulan yang lebih
luas pada saya. Saya bergaul dengan kawan-kawan dari pelbagai
latar belakang. Jadi itu yang melatih saya mempunyai pemikiran
saya rasa jauh lebih matang daripada kawan-kawan lain ketika itu.
Kerana mungkin saya menjaga adik saya dari kecil, saya nampak
susah payah ayah saya pergi bendang [sawah padi dan saya juga
pergi bendang dari kecil [sawah padi]. Tapi sekarang tidak boleh
pergi bendang [sawah padi], gatal sambil tersenyum]. Tapi
sebenarnya dulu saya memang pergi bendang [sawah padi]. Kalau
ikut kakak saya dia kata saya ni [ini] perangai saya masa kecil sama
macam perangai anak saya yang nombor dua sekarang. Tidak boleh
duduk diam. Di bendang [sawah padi] berlari di atas jerami [batang
padi]. Jerami [batang padi] dulu-dulu bukan macam sekarang.
Sekarang orang pakai [guna] mesin. Dulu orang potong guna pisau
pengerat kemudian orang memukul [proses untuk meleraikan biji
padi daripada batangnya] pula. Selepas itu di longgok-longgok
tinggi. Itulah tempat saya bergimnastik. Berlari atas tu [itu]. Miang
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
tidak menjadi masalah. Zaman itu memang cukup seronok. Tapi
sekarang memang jauh berbeza. Apa-apa yang saya dapat itu
memang kakak saya kata memang saya banyak bertanya soalan dari
kecil. Apa yang saya ada hari ini memang adalah saya ini dari dulu
[dahulu] saya tidak duduk diam. Maksudnya bercakap banyak. Dan
saya rasa mungkin itu kelebihan saya. Dan satu lagi saya rasa
mungkin kerana kita mengaji. Kalau kita mengaji bacaannya lancar,
insyaallah [dengan izin Allah] kita boleh bertutur dengan mudah.
Saya sering kali berfikir mengapa? Mungkin ini satu anugerah saya
boleh bercakap tanpa perlukan text [skrip]. Dan lazimnya kawankawan akan memberi pujian kerana bercakap bahasa yang tersusun
tanpa perlu ada text [skrip]. Tanpa perlu mengarang apa-apa ayat.
Saya kira itu satu anugerah yang patut saya gunakan untuk
kebaikan. Sesetengah orang lahir-lahir terus ada bakat. Seperti saya
semasa tingkatan satu, seorang kawan saya begitu hebat kemahiran
pidatonya. Tingkatan satu dia sudah masuk pertandingan pidato
peringkat yang tinggi dan saya lihat dia bercakap hebat. Lepas itu
ada pertandingan pidato, Piala Diraja di sekolah saya. Saya lihat
yang bercakap itu semuanya hebat-hebat. Saya juga minat. Kerana
tidak ada peluang maka senyap saja [sahaja]. Sampai saya diberi
peluang. Semasa tingkatan tiga, saya ingat lagi cikgu saya itu orang
Simpang [nama tempat di Perak]. Dia duduk di Simpang sekarang
ini. Cigu tu [itu] pakai tudung labuh. Tengok memang tidak sangka
cikgu ini hebat. Dia orang pertama yang mencungkil bakat saya
untuk berdebat. Pengalaman yang saya sering kali berkogsi dengan
pelajar, ketika pelajar membuat pembentangan saya komen [kritik]
ketika itu juga kerana itu yang terbaik. Kita mendengar komen
[kritikan] supaya kita boleh membuat penambahbaikan. Kalau
kamu present, pensyarah diam sahaja dan bagi markah sahaja.
Kamu pun tidak tahu. Akan datang present lagi. Tidak tahu lagi apa
kelemahan yanh perlu diperbaiki. Nama cikgu itu cikgu Noraini
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Abdul Aziz. Dia yang mencungkil bakat saya. Saya masih ingat
ketika saya berdebat dalam kelas, dia panggil saya ke hadapan.
Lutut saya menggeletar tanpa dapat dikawal. Betul. Saya tidak
berjenaka [sambil ketawa]. Memang lutut saya menggeletar betulbetul. Jadi saya boleh faham kalau kita tidak biasa memang akan
gementar. Tapi [tetapi] selepas itu saya menjadi semakin-semakin
maju dalam bidang debat ini. Sehingga diberi kepercayaan, dan
adakalanya terpaksa berdebat in from two. Saya masih ingat lagi
selepas SRP tidak ada aktiviti lain. Jadi berdebat walau kedua-dua
kumpulan tidak bersedia. Tiba-tiba cikgu panggil untuk berdebat.
Bagi selesai pertandingan debat. Alhamdulillah boleh buat. Yang
paling tidak suka kalau waktu itu jadi pendebat pertama. Pendebat
pertama ini kita kena mula dulu. Selepas itu kita kena gulung. Jadi
kalau tidak bersedia macam mana hendak bercakap dengan yakin
dan lancar. Kita pun jadi malu kalau tidak boleh bercakap. Tapi
Alhamdulillah [syukur kepada Allah] saya boleh buat, dan selepas
itu timbul keseronokan. Kalau nak berdebat, hendak jadi pendebat
pertama sahaja. Tidak mahu yang ketiga, kerana boleh cakap
banyak. Seronok. Itu adalah suatu yang saya rasa, hari ini untuk
berdebat saya percaya kita perlu banyak membaca. Saya suka
membaca dan sebab itu saya terjun ke bidang pengurusan maklumat
ini kerana untuk dapat pengetahuan, perlu membaca. Membaca itu
adalah untuk mencari maklumat. Sama juga dengan apa yang saya
gemari. Sebab itu saya selesa dalam bidang kita di sini.
TAMAT KASET 2 BAHAGIAN B.
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Ralat
Ralat merupakan bunyi-bunyi yang mengganggu semasa proses rakaman temu
bual di jalankan. Antara ralat yang ada ialah:
•
Bunyi deringan telefon
•
Bunyi mesin gerudi. Kerana ketika temu bual aktiviti pembaikan sedang
dijalankan.
•
Bunyi helaian kertas
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
SE(ARAI SOALA( TEMUBUAL
1.0 Latar Belakang Tokoh
1) Siapakah nama panggilan Dr.?
2) Pada tarikh bilakah Dr. dilahirkan?
3) Di manakah tempat kelahiran Dr.?
4) Apakah cita-cita Dr. ketika kecil?
5) Siapakah nama ibubapa Dr.?
6) Apakah pekerjaan ibubapa Dr.?
7) Ibubapa Dr. berasal dari mana?
8) Di manakah tempat Dr. menetap sekarang?
9) Berapa bilangan adik-beradik Dr. dan Dr. merupakan anak yang ke berapa?
10) Siapakah nama isteri Dr.?
11) Isteri Dr. berasal dari mana?
12) Apakah pekerjaan isteri Dr.?
13) Bilakah Dr. mendirikan rumahtangga bersama isteri?
14) Sehingga kini, Dr. dan isteri dikurniakan berapa orang cahaya mata?
15) Apakah aktiviti Dr. ketika masa lapang?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
2.0 Sejarah Pendidikan Awal dan Kerjaya Awal
16) Bilakah Dr. mula-mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan?
17) Nama sekolah pertama Dr. belajar dahulu?
18) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak keadaan sekolah pada masa itu?
19) Apakah pengalaman Dr. ketika mula masuk ke alam persekolahan?
20) Pada tahun berapakah Dr. mula masuk ke sekolah menengah?
21) Apakah nama sekolah menengah tersebut?
22) Apakah bidang yang Dr. pelajari ketika di sekolah menengah? Adakah Dr.
pelajar aliran sains atau aliran sastera?
23) Ketika sekolah menengah, adakah Dr. mengikuti apa-apa aktiviti ataupun
persatuan dan badan beruniform?
24) Apakah jenis sukan yang Dr. ceburi ketika belajar di sekolah tersebut?
25) Adakah Dr. menjawat apa- apa jawatan semasa bersekolah di sekolah
menengah?
26) Ketika sekolah menengah, adakah Dr. pernah mendapat sebarang anugerah
atau pengiktirafan?
27) Matapelajaran apakah yang Dr. minati ketika di sekolah menengah?
28) Adakah Dr. mengambil pendidikan tambahan pada luar waktu sekolah?
Contohnya kelas tambahan bagi sesuatu matapelajaran atau kelas agama.
29) Bolehkah Dr. ceritakan sejarah bagaimana Dr. dapat melanjutkan pelajaran ke
Pengajian Tinggi?
30) Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah?
31) Di Universiti (IPT) manakah Dr. melanjutkan pengajian tersebut?
32) Pada ketika itu, Dr. melanjutkan pengajian dalam bidang apa dan pengajian
tersebut mengambil tempoh selama berapa tahun?
33) Adakah Dr. ditawarkan program Tenaga Pensyarah Muda yang dikeluarkan
oleh UiTM?
34) Apa yang mendorong Dr. memilih pengajian tersebut ketika itu?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
35) Siapakah yang mendorong Dr. untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
pengajian tinggi?
36) Selama Dr. bergelar mahasiswa ketika itu, apakah aktiviti-aktiviti universiti
atau persatuan mahasiswa yang Dr. ceburi?
37) Adakah Dr. aktif di peringkat universiti ketika itu?
38) Boleh Dr. ceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis ketika bergelar
mahasiswa?
39) Selama pengajian Dr., apakah penganugerahan tertinggi yang pernah Dr.
perolehi ketika belajar?
40) Pada tahun berapakah Dr. melanjutkan pengajian pada peringkat PHD?
41) Dalam peringkat PHD, Dr. melanjutkan pengajian dalam bidang atau kursus
apa dan berapa lamakah pengajian tersebut?
42) Boleh Dr.
ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr.
ketika
menuntut di luar negara?
43) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. ketika menuntut
di luar negara?
44) Boleh Dr. ceritakan pengalaman manis atau pahit ketika menuntut di luar
negara?
45) Adakah Dr. aktif berdebat ketika menuntut di luar negara?
46) Bilakah Dr. tamat pengajian di IPT dan apakah kelulusan tertinggi Dr.
perolehi?
47) Selepas tamat pengajian, pada tahun berapakah Dr. mula berkhidmat sebagai
pensyarah?
48) Berapa lamakah Dr. berkhidmat sebagai pensyarah?
49) Dimanakah Dr. berkhidmat ketika itu?
50) Ketika Dr. berkhidmat sebagai pensyarah, Dr. mengajar dalam bidang apa?
51) Boleh Dr. ceritakan cabaran yang Dr. hadapi semasa memegang jawatan
sebagai pensyarah?
52) Apakah pengalaman yang Dr. perolehi sepanjang bertugas sebagai pensyarah?
53) Apakah pendapat Dr. tentang kerjaya sebagai pensyarah?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
54) Pada pendapat Dr., adakah bidang pengajian yang Dr. ambil ketika di
universiti membantu kerjaya Dr. pada masa sekarang?
3.0 Pengalaman Sebagai Timbalan Dekan
55) Bilakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan ?
56) Bagaimanakah Dr. dilantik sebagai timbalan dekan ?
57) Adakah Dr. perlu mengambil peperiksaan tertentu atau perlu menghadiri
temuduga ?
58) Berapa lamakah Dr. memegang jawatan sebagai timbalan dekan ?
59) Apakah tugas-tugas timbalan dekan?
60) Adakah Dr. mempunyai tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan selain
tugas-tugas khas sebagai timbalan dekan ? Sekiranya ada, apakah tugas-tugas
tersebut ?
61) Adakah Dr. perlu menyiapkan sebarang kertas kerja ?
62) Boleh saya tahu apakah nama committee [organisasi] tersebut?
63) Adakah Dr. turut bertugas menjadi penasihat dekan?
64) Apakah keistimewaan yang Dr. terima sepanjang memegang jawatan ini ?
65) Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, apakah masalah yang
pernah ditimbulkan oleh pelajar ?
66) Bagaimanakah Dr. menyelesaikan masalah berkaitan pelajar tersebut ?
67) Sepanjang Dr. berkhidmat sebagai timbalan dekan, pernahkah Dr. terlibat
dalam aktiviti yang melibatkan pelajar ?
68) Adakah Dr. mempunyai setiausaha sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas
?
69) Berapakah bilangan staf yang terdapat di bawah penyeliaan Dr. sekarang ?
70) Apakah yang Dr. lakukan untuk memastikan kualiti mutu kerja staf di bawah
seliaan Dr.?
71) Bagaimanakah caranya Dr. berhubung atau menyampaikan arahan kepada
orang bawahan?
72) Adakah Dr. terlibat dalam proses pengambilan pensyarah baru?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
73) Adakah Dr. terlibat dalam menilai prestasi pensyarah baru?
74) Apakah ciri-ciri atau syarat untuk pengambilan seorang pensyarah?
75) Adakah Dr. terlibat dalam pengambilan pensyarah baru ?
76) Berapa lamakah seseorang pensyarah baru perlu dinilai?
77) Apakah kriteria dalam menilai prestasi pensyarah baru?
78) Apakah nilai yang perlu ada pada bakal pensyarah?
79) Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pensyarah yang pernah
berkhidmat di sektor lain sebelum dilantik menjadi pensyarah UiTM?
80) Pada pendapat Dr., adakah Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai tenaga
pengajar yang mencukupi?
81) Sekiranya tidak, apakah langkah- langkah yang dilakukan oleh fakulti untuk
menambah bilangan tenaga pengajar?
82) Boleh Dr. terangkan tentang carta organisasi jabatan-jabatan yang terdapat
dalam fakulti ini?
83) Boleh Dr. ceritakan tentang aliran tugas Dr. dalam carta organisasi?
84) Adakah tugas sebagai timbalan dekan memerlukan Dr. bertugas di luar
kawasan ?
85) Adakah tugas Dr. memerlukan Dr. bekerja lebih masa dan ketika cuti hujung
minggu ?
86) Sepanjang Dr. menjalankan tugas sebagai timbalan dekan, adakah Dr. pernah
menyertai apa-apa kursus ?
87) Boleh Dr. nyatakan contoh-contoh kursus yang Dr. turut sertai?
88) Pernahkah kursus-kursus tersebut membawa Dr. sehingga ke luar negara ?
89) Adakah Dr. terlibat dalam meluluskan aktiviti-aktiviti pelajar?
90) Apakah kriteria aktiviti- aktiviti pelajar yang akan diluluskan?
91) Pada pendapat Dr., apakah aktiviti-aktiviti pelajar yang dapat membentuk jati
diri mereka?
92) Bagaimanakah Dr. dapat dihubungi? Adakah Dr. menggunakan e- mail dalam
berurusan dengan pelajar?
93) Adakah Dr. pernah menerima apa-apa anugerah sepanjang memegang jawatan
ini?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
94) Apakah halangan dan masalah yang Dr. hadapi ketika menjalankan tugas?
95) Bagaimanakah Dr. mengatasi masalah tersebut?
96) Adakah Dr. turut merancang halatuju UiTM?
97) Pernahkah Dr. dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis?
98) Boleh Dr. ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman Dr. sepanjang
menjalankan tugas sebagai timbalan dekan?
99) Pada pendapat Dr., apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang
timbalan dekan yang berwibawa?
100) Apa pendapat Dr. tentang seorang Timbalan Dekan yang terlalu
tegas?
101) Apakah harapan Dr. terhadap pelajar-pelajar UiTM [Universiti
Teknologi MARA] di masa akan datang?
102) Apakah sasaran Dr. di masa hadapan dalam bidang pekerjaan?
103) Apakah prinsip yang Dr. pegang sehingga ke hari ini?
104) Kadang-kala bercakap benar ini akan menyakiti pihak lain.
Apakah pendapat Dr. ?
105) Bagaimanakah penerimaan keluarga Dr. setelah Dr. dinaikkan
pangkat sebagai seorang Timbalan Dekan?
106) Bagaimanakah Dr. membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga?
107) Apakah perbezaan skop pekerjaan pensyarah dan timbalan dekan?
108) Apakah ciri-ciri untuk seorang pensyarah tersebut dinaikkan ke
Timbalan Dekan?
109) Apakah halatuju Dr. terhadap Fakulti Pengurusan Maklumat?
110) Fakulti ini telah banyak kali berpindah tempat. Apa pendapat Dr. ?
111) Apakah visi dan misi Fakulti Pengurusan Maklumat?
112) Pada pendapat Dr., apakah perbezaan pelajar dahulu dan pelajar sekarang?
113) Apakah yang membezakan pelajar-pelajar fakulti ini dengan pelajar-pelajar
fakulti lain, dari segi skop pembelajaran?
114) Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai kelebihan
berbanding fakulti lain. Apa pendapat Dr. ?
115) Maksudnya dari segi skop pelajaran mereka?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
116) Berapakah jumlah pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat pada awal
penubuhan sehingga sekarang?
117) Jika dibandingkan, apakah perbezaan Fakulti Pengurusan Maklumat pada
awal penubuhannya sehingga sekarang?
118) Bagaimanakah prestasi pelajar fakulti ini?
119)Adakah semua pelajar dapat menamatkan pengajian pada tempoh yang
ditetapkan?
120) Baru-baru ini Dr. ada melancarkan_. Apa pendapat Dr. ?
121) Sekiranya terdapat pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam
tempoh yang ditetapkan, adakah pihak fakulti dan UiTM memberi peluang
kepada pelajar tersebut melanjutkan pengajian melalui penukaran mod
pengajian?
122) Sekiranya ada, berapakah bilangan pelajar tersebut?
123) Apakah program yang dirancang oleh Fakulti Pengurusan Maklumat untuk
meningkatkan prestasi pelajar fakulti ini?
124) Adakah corak pembelajaran atau pembahagian kursus sesuai mengikut tahap
pengajian pelajar fakulti ini?
125) Apakah perbezaan bagi setiap tahap pengajian, contohnya pelajar diploma,
ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, PHD?
126) Adakah fakulti melakukan usahasama dengan pihak luar bagi memasarkan
graduan-graduan fakulti?
127) Berapakah peratusan pelajar yang telah berjaya memperolehi pekerjaan?
128) Boleh Dr. ceritakan majoriti graduan- graduan fakulti ini berkhidmat dalam
sektor awam atau swasta?
129) Boleh Dr. namakan organisasi swasta yang sering mengambil graduan
fakulti ini sebagai pekerja mereka?
130) Adakah terdapat graduan yang menganggur setelah tamat pengajian?
131) Adakah UiTM [Universiti Teknologi MARA] menyediakan suatu cara untuk
graduan-graduan yang menganggur mendapat pekerjaan?
132) Apa nasihat Dr. kepada pelajar-pelajar yang membuat latihan praktikal?
133) Terdapat sesetengah organisasi yang tidak mahu mengambil pelajar
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
menjalani latihan praktikal di organisasi mereka. Bagaimanakah mengatasi
masalah ini?
134) Apakah kriteria yang diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan
belanjawan dari fakulti untuk menjalankan sesuatu aktiviti?
135) Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin melakukan sebarang
permohonan sesuatu aktiviti?
136) Adakah Dr. turut menyediakan garis panduan untuk menyediakan sesuatu
kertas kerja?
137) Berapa lamakah permohonan tersebut mengambil masa untuk diluluskan?
138) Adakah Dr. orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan pengisian
modul?
139) Selain Dr. siapakah yang bertanggungjawab dalam pengisian modul?
140) Pada pendapat Dr., adakah modul LDK dapat meningkatkan jati diri pelajar?
141) Pada pendapat Dr. adakah modul LDK [Latihan Dalam Kumpulan]
boleh menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar?
142) Ada sebahagian pelajar menganggap modul LDK latihan dalam kumpulan
ini
sebagai satu bebanan. Apa pandangan Dr. ?
143) Bagaimana fasilitator-fasilitator dalam modul LDK [latihan dalam
kumpulan] di
pilih atau diambil?
144) Jika ada pelajar yang ingin fasilitator apakah saluran yang perlu mereka
ikuti?
145) Apakah cirri-ciri yang perlu ada pada seorang pelajar untuk menjadi
fasilitator?
146) Adakah pelajar yang menjadi fasilitator akan diberi sebarang elaun untuk
mereka?
147) Macam yang Dr. katakana tadi pointer itu amat penting. Bagaimana jika
mereka tidak mencapai pointer sehingga tiga point [perpuluhan] lima (3.5)
tapi begit berminat untuk menjadi seorang fasilitator?
148) Apakah harapan Dr. terhadap semua pelajar UiTM [Universiti
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
Teknologi MARA] dan juga kepada pelajar yang bakal bergelar pelajar UiTM
[Universiti Teknologi MARA]?
149) Apakah nasihat Dr. kepada semua pelajar-pelajar UiTM?
150) Nasihat Dr. untuk pelajar-pelajar yang pernah tersalah haluan?
151) UiTM sering kali memberi peluang kedua atau ketiga kepada pelajar yang
berhenti dan diberhentikan.
152) Maksudnya pelajar-pelajar ini tidak akan di diskriminasi?
153) Seperti yang kita tahu fakulti Pengurusan maklumat akan mengadakan
carnival yang bermula pada dua puluh tujuh Mac sehingga dua puluh lapan
Mac . Boleh Dr. ceritakan apakah objektif carnival tersebut?
153) Boleh Dr.
ceritakan siapakah yang menyumbangkan idea untuk
mewujudkan carnival tersebut?
154) Pendapat Dr. apakah cara yang paling berkesan untuk mempromosikan
fakulti pengurusan maklumat di kalangan bakal mahasiswa?
155) apakah inisiatif melalui ceramah atau mengadaka program-program di
sekolah, dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai bidang
pengurusan maklumat apabila mereka memasuki Universiti nanti?
156) Pada pendapat Dr. , adakah maklumat mengenai fakulti pengurusan
maklumat pada laman web ini menncukupi?
157) Apakah perkara yang Dr.
suka atau tidak dalam sikap pelajar ketika
berurusan dengan Dr. ?
158) Boleh Dr. ceritakan apa yang pelajar perlu faham tentang peranan sebagai
timbalan dekan?
159) Pada pandangan anak-anak Dr. , Dr. bertugas sebagai apa dan adakah
mereka memahami skop pekerjaan Dr. ?
160) Sepanjang Dr.
bertugas sebagai pensyarah selama ini, pernahkah Dr.
terfikir Dr. akan menjadi timbalan dekan pada hari ini?
161) Seperti yang kita sedia maklum, tempoh Dr. sebagai timbalan dekan akan
tamat pada penghujung tahun ini. Adakah Dr. terus berminat untuk terus
memegang jawatan ini sekiranya tugas Dr.
sebagai timbalan dekan
dilanjutkan?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
162) Apakah perasaan Dr.
sekiranya tugas Dr.
sebagai timbalan dekan di
sambung lagi?
163) Apakah perancangan doctor dalam kerjaya pada masa hadapan?
164) Sebagai penutup boleh doctor ceritakan pengalaman yang pernah doctor lalui
sepanjang hidup untuk dikongsi bersama?
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA
ORAL HISTORY
TEMU BUAL BERSAMA DR. AZMAN MAT ISA