Muat turun buku panduan mengurus wang anda

Transcription

Muat turun buku panduan mengurus wang anda
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$&'34''3567'.
Kandungan
1
3
4
7
8
10
11
12
Perancangan kewangan
Simpanan
Melabur wang anda
Mendapatkan produk kewangan
Pinjaman dan kad kredit
Melindungi wang anda
Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan
Butiran organisasi berkaitan
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'%
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1 menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang seperti
perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan. Bahagian 2 pula memberi panduan berkenaan hal lain yang
berkaitan dengan pengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke atas harta serta
cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah kewangan.
BAHAGIAN 1
Perancangan kewangan
Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda.Terdapat 4 langkah yang
perlu diambil iaitu:
1. Menetapkan matlamat kewangan anda.
2. Jejaki ke mana perginya wang anda.
3. Menilai tabiat berbelanja anda.
4. Menulis rancangan perbelanjaan anda.
Melangsaikan hutang kad kredit
Membeli kereta
Membeli rumah
Simpanan untuk persaraan
Pendek
Panjang
X
X
X
X
1
bankinginfo
Matlamat Kewangan
Jangka Masa
Sederhana
info perbankan
Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang
tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai
matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada
faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'&
Tanda amaran tabiat
buruk perbelanjaan
• Anda menggunakan wang simpanan
untuk membayar bil semasa.
• Anda hanya membayar jumlah
minimum apabila menyelesaikan hutang
kad kredit anda.
• Anda selalu meminjam wang untuk
menampung perbelanjaan harian.
bankinginfo
• Anda hanya membayar jumlah
minimum apabila menyelesaikan hutang
anda dan tidak mengurangkan jumlah
hutang yang sedia ada.
info perbankan
2
• Anda sentiasa bertengkar dengan
suami/ isteri atau keluarga berkaitan
wang.
Langkah 2: Jejaki ke mana perginya wang anda
Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda.
Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh
tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk
mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan
untuk mengurangkan perbelanjaan.
Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda
Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak
mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin
meningkatkan jumlah simpanan.Teliti senarai perbelanjaan
harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau
kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan
kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.
Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda
Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh
membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda
mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan
“Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh
Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat
dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'1
Simpanan
Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga
waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan,
lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan
sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap
bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda
setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya,
apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda
dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih
tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda
akan bertambah dengan lebih cepat.
Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya.
Kebanyakan orang melakukan ini:
PENDAPATAN – PERBELANJAAN =
SIMPANAN/ PELABURAN
2. Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan
yang anda ingin simpan dalam tabung kecemasan
anda.
3. Kira jumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlah
perbelanjaan bulanan (langkah 1) darab bilangan
bulan (langkah 2).
4. Masukkan wang anda ke dalam tabung kecemasan
ini.
3
bankinginfo
Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan
sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap
bulan.
Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan
1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya
perumahan, barangan dapur, pengangkutan, utiliti
dan pembayaran hutang lain.
info perbankan
Anda sepatutnya melakukan ini:
PENDAPATAN – SIMPANAN/ PELABURAN =
PERBELANJAAN
Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga
hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda untuk
memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara
atau perbelanjaan yang tidak diingini.Tabung kecemasan
ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang
apabila terjadi perkara seperti ini. Walau bagaimanapun,
jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini
untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat
kewangan anda.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'3
Melabur wang anda
Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara berhemat. Jenis
pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda melabur, jadi kenalpasti matlamat pelaburan
anda.Tanyakan diri anda:
bankinginfo
•
•
•
•
info perbankan
4
Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini?
Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi?
Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat?
Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan saya
memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?
Kenalpasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi
mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur.
Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, contohnya produk
yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim
pelaburan palsu.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'/
Bagaimana untuk melindungi
diri anda daripada penipuan?
• Ingat - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai,
ia mungkin satu penipuan.
• Hanya berurusan dengan institusi kewangan
yang berlesen.
• Periksa dengan pihak berkuasa sebelum
melabur.
bankinginfo
• Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru
untuk melabur.
info perbankan
6
• Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang
tidak bertulis.
• Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan
kad kredit dengan baik. Jangan mendedahkan
kepada sesiapa.
Anda perlu menyimpan atau melabur dengan pihak yang
diberi lesen oleh pihak berkuasa supaya simpanan dan
pelaburan anda dilindungi:
• Institusi yang menerima deposit telah diberi lesen oleh
Bank Negara Malaysia. Anda boleh memeriksa status
perlesenan daripada laman web Bank Negara Malaysia
di www.bnm.gov.my.
• Semua simpanan anda dalam institusi kewangan yang
diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia akan
diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga
Disember 2010. Perlindungan ini diberikan secara
automatik tanpa sebarang kos dikenakan ke atas
pendeposit. Ketahui lebih lanjut tentang insurans deposit
di laman web PIDM www.pidm.gov.my atau hubungi
PIDM di talian bebas tol 1-800-88-1266.
• Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti
pelaburan diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda
boleh memeriksa status perlesenan di laman web
Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'0
BAHAGIAN 2
Mendapatkan produk kewangan
Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya mengelakkan
daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil keputusan untuk menarik diri atau
menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang. Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda
perlu:
• Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga dan ciri-ciri
produk tersebut.
• Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewangan hanya
setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya.
• Ketahui fi dan caj yang anda perlu bayar sekarang dan setelah anda membeli produk
tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.
• Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan “tidak” sekiranya anda tidak
memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
7
bankinginfo
• Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful
yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan
perjanjian setelah anda menandatanganinya.
info perbankan
• Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'"$
Pinjaman dan kad kredit
Pinjaman merupakan produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk membantu anda menjalankan
transaksi tertentu. Contohnya, apabila anda ingin membeli kereta atau rumah, anda mungkin perlu meminjam
daripada institusi perbankan untuk membiayai pembelian tersebut. Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang
membolehkan anda membayar untuk barang dan perkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang.
Berikut adalah isu-isu yang anda perlu memberi pertimbangan apabila memohon pinjaman atau kad kredit:
• Pinjaman yang berbeza mempunyai ciri-ciri, kadar faedah, fi dan caj serta terma dan syarat yang
berlainan. Ketahui perjanjian anda dengan institusi perbankan.
• Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya, bayaran balik bulanan anda
tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan anda.
bankinginfo
• Bayar pada masa yang ditetapkan untuk meminimumkan caj faedah. Gunakan wang yang anda
terima secara sekaligus, contohnya, bonus untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda.
info perbankan
8
• Anda perlu lebih berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana anda seumpama
memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja, anda akan menanggung bebanan
hutang yang banyak. Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh mencecah setinggi
18% setahun.
• Bincang dengan institusi perbankan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai masalah
untuk membayar hutang anda. Institusi perbankan anda mungkin boleh menstruktur semula
pelan pembayaran balik pinjaman anda buat sementara waktu sehingga keadaan kewangan
anda beransur baik.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$#'34''3567'"%
Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan
• Membuat aduan
Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh membuat aduan terhadap institusi yang dikawal oleh Bank Negara
Malaysia seperti institusi perbankan, syarikat insurans, pengendali takaful atau institusi bukan perbankan yang
mengeluarkan kad kredit atau kad caj.
•
•
•
•
Terlebih dahulu, kemukakan aduan kepada Unit Aduan institusi kewangan anda.
Rujuk aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum
balas atau keputusan yang diberikan oleh institusi kewangan anda. BPK adalah sebuah badan bebas yang
ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara orang awam dan ahli-ahli BPK (bank
perdagangan, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi bukan perbankan yang menawarkan kad kredit dan
kad caj). Perkhidmatan yang disediakan oleh BPK adalah percuma. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang
jenis aduan yang dikendalikan oleh BPK melalui laman webnya www.fmb.org.my. Institusi anda adalah tertakluk
kepada keputusan BPK, tetapi anda tidak.
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan BPK, anda boleh merujuk kes anda ke mahkamah.
Jika aduan anda bukan di bawah skop BPK, anda boleh merujuk aduan anda kepada Bank Negara Malaysia.
info perbankan
11
bankinginfo
• Bantuan pengurusan hutang
Sekiranya anda memerlukan nasihat berkenaan pengurusan wang dan mendapatkan bantuan dalam
menyelesaikan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK
merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan
pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan perkhidmatan penstrukturan semula pinjaman
kepada individu. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah percuma. Maklumat lanjut tentang AKPK boleh
didapati dalam laman web www.akpk.org.my.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$#'34''3567'"&
Butiran organisasi berkaitan
bankinginfo
Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
Peti Surat 10922,
50929 Kuala Lumpur.
Talian tol: 1-300-88-5465
E-mel: [email protected]
Laman web: www.bnm.gov.my
info perbankan
12
Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25, Dataran Kewangan
Darul Takaful,
4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2272 2811
E-mel: [email protected]
Laman web: www.fmb.org.my
Agensi Kaunseling Dan
Pengurusan Kredit
Tingkat 8, Maju Junction Mall,
1011, Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur.
Talian bebas tol:1-800-88-2575
E-mel: [email protected]
Laman web: www.akpk.org.my