Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO
Transcription
Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO
Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) Diperkemas dan diselaraskan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi pihak Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) Diperkemas dan diselaraskan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi pihak Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW April 2012 Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Alamat: PO Box 493, Jalan Sultan 64760 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Telefon: Faks: Emel: Laman web: Facebook: Twitter: +603 79570636 / 7957 5636 +603 79563237 [email protected] www.wao.org.my www.facebook.com/womens.aid.org www.twitter.com/womensaidorg Hak Cipta © Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 2013 Hak Cipta Terpelihara. Tidak ada mana-mana bahagian buku ini yang boleh dicetak, dihasilkan semula, ataupun digunakan dalam apa-apa cara sekalipun tanpa mendapat persetujuan daripada pihak penerbit. Kulit depan, Susunan, dan Reka Bentuk oleh: Michael Voon <[email protected]> Diterjemah oleh: Zaim Salimun <[email protected]> Pandangan-pandangan yang dinyatakan dalam laporan ini adalah pandangan-pandangan pengarang dan tidak semestinya menggambarkan pandangan-pandangan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu. ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 ORGANISASI-ORGANISASI YANG TERBABIT5 RINGKASAN EKSEKUTIF9 SENARAI ISU-ISU KRITIKAL 15 LAPORAN STATUS TANGGUNGJAWAB KERAJAAN SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA 27 Status laporan ini berkaitan dengan pelaksaan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006 Pernyataan hasrat kerajaan Malaysia seperti mana ini yang dibentangkan di hadapan panel Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006 Pernyataan hasrat kerajaan Malaysia seperti mana yang dibentangkan ketika Penilaian Penggalan Sejagat 2009 berkaitan isu-isu wanita berlangsung. 27 ARTIKEL 1-4: DISKRIMINASI, UNDANG-UNDANG, POLISI, DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIPERLUKAN BAGI PELAKSANAAN HASIL KONVENSYEN 59 48 51 Artikel 1: Definisi diskriminasi masih lagi tidak jelas dalam sistem perundangan 62 Artikel 2: Perkembangan yang terhad dalam usaha menghapuskan diskriminasi melalui 62 undang-undang Artikel 3: Langkah-langkah bagi menggalakkan kesaksamaan 69 Artikel 4: Langkah sementara di Malaysia 71 Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 1-4 CEDAW 73 ARTIKEL 5: PERANAN JANTINA DAN STEREOTAIP77 Penghapusan reservasi bagi Artikel 5(a) 79 Retorik kerajaan turut menggalakkan kewujudan stereotaip bagi peranan jantina kaum wanita 79 Kedudukan wanita dalam dasar-dasar kerajaan 82 Kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh ahli politik negara 83 Cubaan kerajaan untuk mengawal pergerakan wanita 84 Pengasingan kenderaan awam mengikut gender 85 Gambaran media ke atas Wanita 85 Kelab Taat Suami telah menyalahkan kaum wanita dalam kejadian keganasan rumah tangga 86 Seksyen 498 Kanun Keseksaan 86 Poligami87 Fatwa kebangsaan yang mendiskriminasi wanita 87 Pemolisan moral 88 90 Diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender Kawalan imej wanita dalam Hari Wanita Antarabangsa 95 Cadangan-cadangan kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 5 CEDAW 96 ARTIKEL 6: PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN EKSPLOITASI WANITA BAGI TUJUAN PELACURAN 99 Malaysia telahpun bersetuju dengan Protokol PBB berkaitan dengan pemerdagangan manusia Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 Statistik berkaitan dengan pemerdagangan manusia Kedudukan Malaysia yang rendah dalam Laporan berkaitan dengan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat 99 99 101 102 Layanan buruk yang diterima mangsa pemerdagangan Layanan ke atas bantuan tidak membantu laporan berkaitan dengan pemerdagangan manusia Layanan yang memalukan ke atas golongan pelacur wanita Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan berkaitan dengan Artikel 6 CEDAW 102 103 104 104 ARTIKEL 7 DAN 8: PENGLIBATAN WANITA DALAM BIDANG POLITIK DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT 109 Penghapusan reservasi bagi Artikel 7(b) CEDAW Pelantikan hakim wanita dalam Mahkamah Syariah Perwakilan kaum wanita dalam bidang politik Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Kedudukan wanita dalam jawatan pembuat keputusan di sektor awam Penglibatan wanita dalam dunia kemasyarakatan Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 7 dan 8 CEDAW 110 110 111 112 113 113 114 ARTIKEL 9: KEWARGANEGARAAN117 Isteri-isteri warga asing 117 Pengambilan pekerja bagi warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia 117 Kewujudan peruntukan perlembagaan yang berbeza-beza berkaitan dengan status 118 kewarganegaraan lelaki dan perempuan Peruntukan perlembagaan yang bersifat diskriminasi berkaitan dengan kewarganegaraan 119 anak-anak yang dilahirkan di luar negara Visa kemasukan dan taraf penduduk tetap bagi warga asing yang berkahwin dengan rakyat 119 Malaysia Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 9 CEDAW 123 ARTIKEL 10: PENDIDIKAN127 Jurang gender yang berterusan antara kursus-kursus teknikal dan ijazah-ijazah tinggi Stereotaip gender telah dipertingkatkan dalam sektor pendidikan Pendidikan seks di sekolah Pelajar hamil yang berhenti sekolah Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 10 CEDAW 128 128 129 130 131 ARTIKEL 11: PEKERJAAN135 Penglibatan wanita dalam tenaga kerja Cuti bersalin “Tugasan di rumah” masih dijadikan alasan utama bagi wanita untuk tidak menyertai tenaga kerja Pusat penjagaan kanak-kanak Gangguan seksual Usia bersara yang berbeza dalam sesetengah industri Warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk bekerja Diskriminasi di tempat kerja yang didorong oleh perbezaan orientasi seksual dan identiti gender Pelarian wanita Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 11 CEDAW 137 137 138 138 138 140 141 142 143 143 ARTIKEL 12: KESIHATAN147 Pengasingan data mengikut gender Akses untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan Nisbah kematian ibu (MMR) Pengguguran bayi 148 148 149 150 150 Pendidikan seks 151 Pengharaman buku pendidikan seks kanak-kanak 152 Pelanggaran hak asasi wanita di hospital kerajaan 152 Pusat khidmat krisis sehenti (OSCC) 153 HIV/AIDS153 Ujian pemeriksaan HIV mandatori bagi pasangan yang beragama Islam 154 Halangan pihak polis dalam kempen kesihatan seks yang dijalankan oleh pekerja seks 154 Amalan berkhatan wajib untuk wanita beragama Islam 155 Perbezaan tahap akses perkhidmatan kesihatan bagi golongan wanita yang lemah 156 Insurans kesihatan 158 Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 12 CEDAW 159 ARTIKEL 13: HAK EKONOMI DAN SOSIAL163 Faedah163 Urusan perbankan warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia 164 Penglibatan wanita dalam sukan 164 Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 13 CEDAW 164 ARTIKEL 14: WANITA LUAR BANDAR167 Penglibatan wanita yang rendah dalam ahli jawatankuasa kampung Penderaan kanak-kanak dan wanita Penan di Sarawak Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 14 CEDAW 168 168 170 ARTIKEL 15: KESAKSAMAAN UNDANG-UNDANG173 Tafsiran badan kehakiman bagi Perlembagaan Persekutuan Wanita masih dilihat sebagai harta benda suami mereka mengikut undang-undang “memikat isteri orang” Undang-undang pekerjaan masih lagi tidak melindungi hak-hak pekerja domestik asing Undang-undang tidak mengiktirafkan had wanita-wanita yang berorientasi seksual dan identity gender yang berkelbagaian Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 15 CEDAW 173 176 177 179 180 ARTIKEL 16: HAK KESAKSAMAAN DALAM PERKAHWINAN DAN URUSAN KEKELUARGAAN183 Penghapusan Reservasi bagi Artikel 16(2) Ringkasan mengenai undang-undang keluarga di Malaysia Diskriminasi yang dihadapi kaum wanita di bawah undang-undang sivil dan undang-undang keluarga Islam Diskriminasi yang dihadapi kaum wanita di bawah Undang-undang Sivil Diskriminasi terhadap wanita di bawah undang-undang keluarga Islam Pertukaran agama ketika perkahwinan berjalan Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 16 CEDAW 184 184 186 CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-19: KEGANASAN KE ATAS WANITA 213 Kadar keganasan Keganasan ke atas wanita oleh pihak berkuasa Pembaharuan undang-undang keganasan rumah tangga, rogol, dan gangguan seksual Keganasan ke atas pekerja asing wanita Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-19 215 216 218 221 227 191 192 200 205 CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-26: PEKERJA ASING WANITA231 Pekerja domestik asing di Malaysia Kekurangan perlindungan daripada kerajaan Kelemahan keadaan pekerjaan pekerja domestik yang mendedahkan mereka terus didera Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-26 232 233 235 241 CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-28: TANGGUNGJAWAB NEGARA ANGGOTA UNTUK MENGHAPUSKAN SEMUA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA 245 Stereotaip gender yang digalakkan di sektor pendidikan Diskriminasi dalam pengambilan pekerja Akses kepada perkhidmatan kesihatan Keganasan yang berlaku disebabkan pandangan berkaitan perbezaan orientasi seksual dan identiti gender Gangguan ke atas wanita disebabkan perbezaan orientasi seksual Seorang transwoman Malaysia telah diberikan status pelarian di Australia Prinsip-prinsip Yogyakarta Fatwa yang menentang identiti tidak heteronormatif Keputusan mahkamah yang bercanggah dalam urusan pertukaran nama dan gender golongan transgender Undang-undang yang mendiskriminasi berdasarkan identiti gender dan seksualiti Undang-undang yang mendiskriminasi wanita berdasarkan orientasi seksual Maklumbalas SUHAKAM ke atas diskriminasi berdasarkan perbezaan orientasi seksual ataupun identiti gender Gambaran media mengenai kepelbagaian seksualiti Panduan penapisan filem Pengharaman Seksualiti Merdeka pada tahun 2011 Maklum balas Jawatankuasa CEDAW kepada negara-negara yang mengamalkan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual ataupun identiti gender Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-28 247 250 251 252 GAMBAR-GAMBAR 254 256 257 257 258 259 263 264 265 265 265 268 269 273 GLOSSARI282 PENGENALAN 1 Laporan gabungan pertama dan kedua kerajaan Malaysia kepada Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (Jawatankuasa CEDAW) telahpun dibincangkan semasa sesi ke-35 jawatankuasa tersebut pada tahun 2006.1 Badan-badan bukan kerajaan (NGO) pula telah menyiapkan satu Laporan Bayangan untuk sesi penilain 2006.2 Laporan yang sedang anda baca adalah laporan kedua dari NGO di Malaysia mengenai Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Laporan ini disediakan sebagai Laporan “Alternatif” kerana pihak kerajaan tidak mengemukakan laporan gabungan ketiga dan keempat mereka kepada Jawatankuasa CEDAW dalam jangka masa yang ditetapkan. Laporan ketiga sepatutnya dikemukakan oleh wakil pihak kerajaan sebelum Ogos 2004. Bagi laporan keempat, tempoh masa yang diberikan adalah sehingga Ogos 2008. Namun, pada waktu laporan ini ditulis, kerajaan Malaysia masih lagi belum menghantar sebarang laporan kepada pihak Jawatankuasa CEDAW. Kebanyakan isu yang dibincangkan dalam Laporan Bayangan CEDAW yang pertama oleh NGO Malaysia masih lagi berterusan tanpa penyelesaian. Laporan kedua ini tidak berniat untuk mengulangi apa yang dibentangkan dalam laporan pertama, mahupun memberikan gambaran yang menyeluruh mengenai diskriminasi gender di Malaysia. Laporan itu ditulis untuk memberikan maklumat terkini dan untuk mengulas isu-isu yang timbul selepas Laporan Bayangan pertama diterbitkan.3 Ini bermaksud, keduadua laporan ini seharusnya dibaca secara serentak. Cadangan-cadangan untuk kerajaan Malaysia yang dikemukakan di hujung setiap bab laporan ini termasuk juga cadangan-cadangan masih releven yang telah dikemukakan dalam Laporan Bayangan pertama. Laporan ini ditulis berdasarkan sumber maklumat yang disumbang oleh pelbagai organisasi. Senarai organisasi-organisasi tersebut boleh dibaca dalam bahagian berikutnya. Laporan asal dalam Bahasa Inggeris telah disemak dan disunting oleh Sarah Thwaites, Pegawai Perancangan Program di Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), satu NGO di Malaysia.4 Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penulis dan penyumbang maklumat bagi Laporan Bayangan pertama NGO Malaysia CEDAW. Tanpa mereka, laporan kedua ini sama-sekali tidak dapat dihasilkan. Terima kasih juga diucapkan kepada organisasi-organisasi lain dalam Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang telah menyumbang kepada kami melalui perkongsian mereka berkaitan laporan terkini dan kenyataan mereka kepada pihak media. Kami juga turut berterima kasih kepada wakil pihak International Women’s Rights Action Watch (IWRAW) Asia Pacific yang telah menyumbangkan pelbagai nasihat yang berguna. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) atas bantuan mereka. Terdapat sekolompok individu tertentu yang perlu disebut di ruang penghargaan laporan ini. Antaranya tentunya adalah Rashidah Abdullah (RRAAM) untuk sumbangannya dalam bab kesihatan. Terima kasih kepada para intern di WAO iaitu Colette Johnson dan Fraziska Gutzeit atas bantuan penyelidikan, dan Jilian Sadler atas bantuan penyelidikan dan karangan. Terima kasih juga kepada Bina Ramanand (FSSG) kerana menyumbangkan maklumat berkaitan bab mengenai para isteri bukan warganegara. Tidak dilupakan juga Thilaga Sulathireh atas bantuannya dalam menjalankan dan menganalisis kajian kes dan maklum balas lengkap dari Angela Kuga Thas (KRYSS) berkenaan draf pertama laporan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Zainah Anwar dan Suri Kempe (SIS) atas sumbangan yang diberikan mereka dalam penulisan bab mengenai Artikel ke-16. Selain itu, terima kasih juga kepada Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAO, atas sokongannya yang tidak pernah berkurangan dalam penyediaan Laporan gabungan bagi laporan pertama dan kedua oleh kerajaan Malaysia kepada Jawatankuasa CEDAW boleh didapati di laman web Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB: http://www2.ohchr.org/english/bodies/cedaw/cedaws35.htm Laporan Bayangan CEDAW NGO Malaysia boleh didapati di laman web IWRAW Asia Pasifik: http://www.iwraw-ap.org/resources/35_ ngocedaw_resources.htm Disebabkan kekurangan sumber, isu-isu berkaitan dengan wanita kurang upaya, golongan warga emas wanita, dan mereka yang tidak berkerakyatan, gagal dibincangkan dalam laporan ini. Golongan-golongan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis masalah, dan kami berharap kerajaan dapat memberi perhatian kepada mereka dengan menjalankan kajian yang lebih luas. Maklumat lanjut mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita boleh didapati di laman web: www.wao.org.my 1 2 3 4 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW laporan ini. Akhir sekali, penghargaan layak diberikan kepada Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur yang telah menyumbang secara kewangan bagi pencetakan laporan ini.5 2 Terima kasih kepada semua. Sarah Thwaites Pegawai Perancang Program bagi Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Penyelaras bagi Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Petaling Jaya April 2012 Laporan ini diterjemah daripada laporan asal yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2012. Sebarang ketidaktepatan yang mungkin disebabkan oleh penterjemahan ini adalah dikesali. 5 Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia tidak terlibat dalam penulisan laporan ini. Mereka menyumbang kepada cetakan laporan asal dalam Bahasa Inggeris. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ORGANISASI-ORGANISASI ORGANISASI-ORGANISASI YANG TERBABIT 5 All Women’s Action Society (AWAM) Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW) Foreign Spouses Support Group (FSSG) Health Equity Initiative (HEI) Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS) Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) Malaysian Child Resource Institute (MCRI) Persatuan Peguam-peguam Wanita (AWL) Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS) Persatuan Wanita Perak untuk Wanita (PWW) Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) Pertubuhan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM) Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) P.S. The Children Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO) Sisters in Islam (SIS) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Tenaganita Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW RINGKASAN EKSEKUTIF RINGKASAN EKSEKUTIF 9 “Dalam mencari keseimbangan antara tradisi dan budaya, dan hak asasi manusia, keutamaan harus diberikan kepada hak asasi. Tiada sebarang pendapat peribadi mahupun kepercayaan agama, tidak kira sejauh manapun diamalkan ataupun dipegang, boleh digunakan sebagai justifikasi untuk menafikan hak-hak asasi seorang manusia lain.” – Navi Pillay, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)6 Sejak laporan pertama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006, beberapa perubahan dalam polisi kerajaan telah berlaku. Bagaimanapun, perubahan substantif dari sudut hakhak asasi manusia wanita di negara ini tidak dapat dilihat secara jelas. Malaysia merupakan Negara Anggota bagi Badan Hak Asasi Manusia (Human Rights Council) di PBB. Penglibatan Malaysia dalam hal ini di sekitar Asia Tenggara hanya dapat dilihat melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya ASEAN mengenai Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) dan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Penggerak undang-undang sivil di seluruh dunia telahpun berkali-kali mendesak pihak kerajaan Malaysia menerima dan mengamalkan apa yang sudah diamalkan oleh negara-negara lain dalam menguruskan isu-isu berkaitan hak asasi manusia. Namun, kebanyakan usaha pihak ini telahpun mencapai tahap yang kurang memuaskan. Sekitar Mac 2012, buat pertama kali dalam sejarah Suruhanjaya Status Wanita PBB (CSW), kegagalan dalam membuat keputusan akhir telah berlaku. Kegagalan ini berlaku ketika sesi mesyuarat mereka yang ke-56 berlangsung. Perlindungan nilai-nilai tradisi yang digunakan sebagai asas pertahanan bagi melakukan diskriminasi ini dilihat sebagai punca utama masalah ini. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di peringkat antarabangsa. Pelbagai alasan berbentuk keagamaan dan kebudayaan telah digunakan sebagai tembok pertahanan utama pihak yang terus-menerus melakukan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia. Walaupun pelbagai kumpulan penyokong hak asasi wanita telahpun menghantar lebih sepuluh memorandum, menghadiri pelbagai mesyuarat, dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan media untuk menyeru pelaksanaan CEDAW yang penuh yang efektif, hanya segelintir perubahan polisi kerajaan dapat dilihat. Tindakan pihak kerajaan untuk menghapuskan reservasi-reservasi bagi Artikel 5(a), 7(b), dan 16(2) merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Namun, lima reservasi masih kekal, iaitu: Artikel 9(2), 16(1)(a), 16(1)(c), 16(10)(f), dan 16(1)(g). Isu pokok adalah kegagalan kerajaan Malaysia dalam memastikan undang-undang kebangsaan selaras dengan Konvensyen CEDAW. Undang-undang kesamarataan gender untuk menjamin kesaksamaan substantif untuk wanita dengan lelaki, di laman swasta dan awam, tidak wujud. Isu-isu yang menjadi kebimbangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW semasa sesi penilaian 2006 masih berterusan: kekurangan kejelasan mengenai maksud kesamarataan gender dan diskriminasi; kekurangan kewujudan rangka kerja undang-undang dalam kesamarataan gender dan diskriminasi; kekurangan data dan maklumat yang diasingkan menurut gender; dan rancangan lima tahun kerajaan yang terbaru iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh yang tidak menekankan gender. Perubahan undang-undang dalam isu hak asasi wanita berlaku pada kadar yang sangat perlahan. Sebagai contoh, undang-undang keluarga Islam. Undang-undang berkaitan perkara lain dapat dilihat secara jelas berubah secara pesat. Bil Perhimpunan Aman boleh dijadikan contoh mudah dalam kes ini. Bil ini telahpun diluluskan tanpa adanya konsultasi yang jelas antara wakil rakyat dengan kerajaan mahupun sesama ahli parlimen sendiri, dan diluluskan hanya dalam masa beberapa minggu. Walaupun wujudnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kementerian ini sering merujuk kepada badan kerajaan lain dalam hal-hal undang-undang dan polisi. Kementerian 6 Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay, menyebut dalam “Top UN officials urge countries to tackle violence based on sexual orientation,” Pusat Berita PBB, 7 Mac 2012, boleh diperolehi di: http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=41477&Cr= gay&Cr1=lesbia Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ini patut lebih memainkan peranan mereka sebagai penyokong utama dalam usaha penghapusan diskriminasi gender di Malaysia. 10 Stereotaip gender berlaku dalam pelbagai keadaan dan situasi kehidupan. Pihak kerajaan secara tidak sedar telah banyak menanamkan corak pemikiran sebegini kepada masyarakat. Diskriminasi terhadap wanita yang memiliki orientasi seksual berbeza berlaku secara terang-terangan. Kanun Keseksaan yang dibuat berdasarkan konsep “luar tabii” dan “hubungan sejenis adalah salah di sisi Islam” telah menyebabkan ramai golongan transgender mengalami masalah termasuk penangkapan polis. Ini semua menunjukkan yang diskriminasi berdasarkan perbezaan dan variasi gender, mahupun seksualiti, masih berterusan dan seharusnya menjadi isu yang wajar dibincangkan. Pada Julai 2011, satu insiden bersejarah telah berlaku dalam medan perjuangan penghapusan diskriminasi berdasarkan gender. Keputusan mahkamah oleh Hakim Zaleha Yusof dari Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menyebabkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menarik balik tawaran mengajar kepada seorang guru wanita atas alasan kehamilan sebagai satu keputusan yang tidak munasabah dan didorong keras oleh unsur diskriminasi gender. Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini tidak membawa impak seperti yang dikehendaki oleh kebanyakan Badan Bukan Kerajaan. Jabatan Peguam Negara telah pun mengambil keputusan membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi itu. Keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac 2012 yang menafikan hak para penjawat awam wanita untuk bersara pada usia 55 tahun, bukannya 50 tahun, seperti mana para penjawat awam lelaki tidak dianggap sebagai salah satu bentuk diskriminasi gender. Pada asasnya, apa yang diperlukan adalah rangka kerja untuk mewujudkan kesamarataan gender dan penghapusan unsur diskriminasi berkaitan dengannya di Malaysia. Laporan badan bukan kerajaan ini ditulis untuk menititkberatkan perkara ini sebagai satu isu besar di negara ini. Sepanjang laporan ini, perkara seperti berikut akan dibincangkan: • Kekurangan perwakilan wanita dalam bidang politik dan pada peringkat pembuat keputusan, serta kegagalan pelan-pelan yang bertujuan menangani masalah ini. • Kadar penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah. • Kekurangan rang undang-undang yang melindungi pekerja wanita luar negara daripada penganiayaan. • Keengganan pihak berkuasa dalam menerima identiti pelarian politik atau perang yang datang ke negara ini. • Undang-undang yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak. • Paksaan dalam isu-isu dan perbuatan berkaitan moral dengan kerjasama dan penglibatan pihak polis. • Kekurangan pendidikan mengenai seks yang menyeluruh dan menekankan hak asasi manusia. • Kesukaran wanita untuk terlibat secara aktif dalam membuat keputusan utama berkaitan hak mereka dalam isu berkaitan kesuburan, pembiakan manusia dan kehamilan mereka. • Undang-undang yang tidak mengiktiraf kes suami merogol isteri sebagai rogol. Kesemua isu dan perkara diatas seharusnya dibincangkan dalam keadaan yang bercorak demokrasi dan terbuka. Inilah sebenarnya yang mendorong pelbagai organisasi wanita untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan untuk mewujudkan keadaan politik yang jujur dan telus terutamanya ketika pilihanraya.7 Pada 9 Julai 2012, Kuala Lumpur telah menjadi tapak acara bersejarah ini. Beribu-ribu rakyat yang berhimpun secara aman untuk menyampaikan mesej yang sama. Pihak polis malangnya membalas dengan meriam air dan gas pemedih mata. 1,697 orang telahpun ditangkap oleh polis pada tarikh tersebut. Peristiwa bersejarah ini telah dipimipin oleh pemimpin-pemimpin wanita yang berwibawa, termasuk Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenevasan. Ambiga menerima pelbagai serangan peribadi yang mengancam keselamatannya. Oleh kerana pihak kerajaan berdiam sahaja, mereka seolah-olah menyokong serangan-serangan itu. Golongan pendokong masyarakat sivil sekali lagi berhadapan dengan masalah apabila ditentang pada tahun 2011. Acara “Seksualiti Merdeka” yang dirancang untuk dianjurkan pada tahun tersebut telah menyebabkan pelbagai insiden yang kurang manis berlaku. Tujuan acara atau pun festival itu dilangsungkan adalah untuk mewujudkan atmosfera yang selamat untuk masyarakat yang mempunyai orientasi seksual dan identiti gender yang pelbagai untuk berkongsi pengetahuan dan berbincang tentang hak asasi manusia. Kerajaan Malaysia, bagaimanapun, gagal melihat isu ini melalui kaca mata 7 BERSIH 2.0 telah mengemukakan 8 permohonan, termasuk: membersihkan sistem pilihan raya, memperbaharui sistem undian pos, menggunakan dakwat kekal, mewujudkan tempoh berkempen selama 21 hari, memastikan akses media yang adil, mengukuhkan institusi awam, menghapuskan korupsi & politik kotor (www.bersih.org). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW yang sama. Pihak polis telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak festival tersebut atas alasan menjaga kestabilan negara. Walaupun pameran seni, persembahan teater dan muzikal, serta bengkel kefahaman berkaitan isu seksualiti telahpun dijelaskan sebagai sebahagian daripada aturcara festival, penerimaan pihak berkuasa terhadap acara ini tetap tidak mengandungi unsur toleransi. Ini menyebabkan golongan minoriti yang terbabit dalam isu ini berasa terancam dari pelbagai aspek. Lebih menyedihkan, pihak mahkamah sama sekali tidak melayan rayuan para penganjur festival tersebut untuk meneruskan acara mereka. Contoh lain yang boleh disebut untuk membuktikan pengaruh kerajaan dalam isu diskriminasi berasaskan gender ini dapat dilihat pada kes berkaitan buku seks kanak-kanak yang berlaku pada tahun 2012. Buku tersebut yang bertajuk “Where Did I Come From?” yang ditulis oleh Peter Mayle telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Buku yang dikeluarkan ataupun dicetak pada kali pertama pada tahun 1970 itu telah digambarkan sebagai buku yang kurang sesuai untuk golongan kanak-kanak. Buku yang membincangkan proses pembiakan manusia ini dituduh sebagai sumber bahan lucah kerana mengandungi gambar-gambar kartun manusia yang tidak berpakaian secara provokatif. Timbalan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa buku ini mengandungi unsur-unsur yang mampu menjatuhkan pembinaan nilai moral kanak-kanak dan masyarakat secara umum.8 Baginya, keputusan untuk mengharamkan buku ini adalah amat wajar demi kepentingan masyarakat sejagat.9 Terdapat dua perkara yang boleh ditangani serta-merta oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi diskriminasi berasaskan gender di negara ini: • Dengan membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Julai 2011 yang mengesahkan CEDAW mempunyai kuasa undang-undang, kerajaan menunjukkan mereka masih lagi ingin mendiskriminasikan wanita yang hamil. Kami menyeru kerajaan mengemukakan pelan tindakan untuk pelaksanaan secara penuh Konvensyen CEDAW di Malaysia. • Stereotaip gender yang masih berterusan di negara ini tidak membantu dalam memperkasakan wanita, dan memberikan dorongan secara tidak langsung kepada pihak yang melakukan diskriminasi untuk terus bersifat demikian. Sebagai contoh, sikap masyarakat yang masih cenderung untuk memandang pelbagai “tugasan di rumah” seperti membasuh pinggan dan pakaian sebagai “kerja wanita”. Pihak kerajaan juga sering menjadikan sebagai sasaran wanita yang berorientasi gender dan identiti gender yang kepelbagaian. Sikap seperti ini akan menghasilkan golongan yang tidak memandang serius corak kepimpinan wanita mahupun agenda berunsurkan kesamarataan gender di negara ini. Kami menyeru kerajaan mengemukakan pelan tindakan untuk menghapuskan stereotaip gender. “Pengharaman buku untuk ‘mempertahankan nilai-nilai moral’”, New Straits Times, 23 February 2012. Pengharaman ini dibuat setelah Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO mengeluarkan aduan mereka. UMNO (United Malays National Organisation) ialah party dominan dalam Barisan Nasional, yang telah berkuasa lebih dari 50 tahun di Malaysia. 8 9 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 11 SENARAI ISU-ISU KRITIKAL SENARAI ISU-ISU KRITIKAL 15 Berikut merupakan senarai bagi isu-isu yang perlu diberikan keutamaan berdasarkan perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Alternatif CEDAW 2012. Senarai ini telah diadaptasi berdasarkan senarai yang diberikan kepada jawatankuasa CEDAW dari badanbadan bukan kerajaan (NGO) semasa penilaian kerajaan Malaysia pada tahun 2006. Kebanyakan isu yang dibangkitkan pada tahun 2006 masih lagi relevan sehingga sekarang. Senarai ini lebih berbentuk pernyataan mengenai kerisauan badan-badan bukan kerajaan tertentu berkenaan isu-isu berkaitan dan bukannya satu senarai bersifat cadangan. Cadangan-cadangan berkaitan isu-isu yang disenaraikan akan dibincangkan satu demi satu pada penghujung setiap bab. Reservasi 1. Kerajaan Malaysia layak dipuji kerana telah membatalkan tiga reservasinya terhadap Konvensyen CEDAW iaitu Artikel 5(a), 7(b), dan 16(2). Bagaimanapun, tidak banyak yang telah dilakukan dalam memastikan perubahan dapat dizahirkan dari segi praktis di peringkat masyarakat awam, dan tiada perubahan dari aspek undang-undang. 2. Kerajaan tidak menghapuskan reservasi-reservasinya terhadap lima artikel CEDAW: 9(2), 16(1) (a), 16(1)(c), 16(1)(f) dan 16(1)(g). Tiada sebarang tanda daripada pihak kerajaan Malaysia yang mereka mempunyai hasrat untuk menghapuskan reservasi-reservasi ini. Artikel 1-4: Perlembagaan, perundangan dan mekanisme nasional dalam menjamin kebangkitan wanita 3. Kerajaan tidak menyerapkan hasil perbincangan Jawatankuasa CEDAW ke dalam sistem undangundang kebangsaan. Tiada undang-undang yang melindungi kesamarataan gender dibentuk setelah Konvensyen berakhir. Wanita masih gagal diberikan kuasa ataupun hak yang mencukupi pada peringkat masyarakat ataupun peribadi. 4. Pihak mahkamah diberikan kuasa untuk memberikan definisi bagi istilah “diskriminasi” mengikut pertimbangan masing-masing. Kes Beatrice Fernandez telah membuktikan bahawa kadangkala definisi yang digunakan adalah tidak bersesuaian dan hanya merangkumi skop yang sempit. Ini telah disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW pada tahun 2005. Walaupun begitu, tidak semua interpretasi bagi istilah ini memberi kesan buruk kepada kaum wanita. Contohnya, pada 12 Julai 2011, Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof dari Shah Alam telah mengisytiharkan bahawa Kementerian Pendidikan telah berlaku tidak adil dan gagal mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan apabila memecat seorang guru atas sebab kehamilan guru tersebut. Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof telah menyebut bahawa CEDAW mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Malaysia jika gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan tertentu sepertimana yang disebutkan dalam laporan mereka.10 Secara ringkasnya, apabila keputusan telah dibuat, Kementerian Pendidikan mengisytiharkan bahawa keputusan yang diambil mereka sebenarnya salah dan menarik balik keputusan tersebut. 5. Jabatan Peguam Negara telah gagal dalam memainkan peranan mereka sebagai penjaga dan pemelihara kebajikan awam. Dalam kes yang membabitkan diskriminasi gender, termasuklah dalam kes kehamilan guru yang disebut di atas, Jabatan Peguam Negara telah gagal menawarkan bantuan. Wakil dari Jabatan Peguam Negara telah berhujah bahawa melarang wanita hamil dari bekerja bukanlah sesuatu yang bermotifkan diskriminasi. Selain itu, Jabatan Peguam Negara juga boleh dilihat sebagai penghalang dalam usaha penghapusan diskriminasi dengan menyokong tindakan kerajaan negeri menangkap golongan pelaku cross-dressing ataupun mereka yang memakai pakaian jantina berlawanan dalam beberapa insiden serbuan. Berdasarkan laporan Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 12 10 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW yang diterima, Jabatan Peguam Negara telah mendakwa bahawa golongan transgender tidak mempunyai apa-apa hak dalam negara ini dan sewajarnya terus dikenakan tindakan oleh pihak polis atas sebab-sebab pelanggaran nilai-nilai moral masyarakat Malaysia. 16 6. Walaupun Artikel 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk turut memuatkan gender sebagai salah satu bentuk diskriminasi, perkara ini masih lagi tidak mencapai tujuannya. Kebanyakan undang-undang, termasuk sebahagian daripada isi kandungan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri, masih lagi mempunyai unsur-unsur diskriminasi. 7. Kanun Keseksaan juga masih lagi mempunyai peruntukan-peruntukan yang mempunyai unsurunsur diskriminasi. Antaranya, Seksyen 498, yang menekankan bahawa wanita adalah sebahagian daripada harta benda suami mereka; Seksyen 375A, yang tidak menerima bahawa kes rogol suami isteri merupakan satu jenayah; dan Seksyen 377CA yang mendakwa bahawa kes rogol menggunakan objek hanyalah merupakan satu “salahlaku luar tabii” dan tidak boleh disamakan dengan kes rogol lain. 8. Golongan transgender sentiasa terdedah kepada risiko penangkapan polis, hanya disebabkan jantina mereka yang merupakan hasil mekanisme biologi. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia mempunyai undang-undang Syariah yang menekankan bahawa tindakan sesetengah kaum lelaki yang memakai pakaian wanita untuk tujuan tidak bermoral adalah satu tindakan jenayah. Golongan transgender boleh ditangkap hanya kerana memakai pakaian yang dianggap tidak bersesuaian dengan fitrah mereka. Terdapat dua negeri yang turut menghukum wanita atas sebab yang sama. Perlis dan Sabah mempunyai undang-undang yang ketat ke atas wanita yang berpakaian seperti lelaki. 9. Undang-undang Syariah turut menganggap bahawa hubungan seks antara dua orang wanita dewasa merupakan satu jenayah. 10. Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Wanita tidak komprehensif. Walaupun kedua-dua rancangan ini diwujudkan pada sekitar tahun 2009, kedua-duanya gagal dilaksanakan sehinggalah tahun 2010. 11. Projek permulaan yang dilancarkan pada tahun 2003 untuk memasukkan gender sebagai salah satu faktor dalam pemberian peruntukan masih lagi gagal mencapai tujuannya secara mutlak kerana tidak diterima sebagai satu dasar yang bersesuaian dengan negara oleh pihak kerajaan. 12. Kerajaan Malaysia gagal untuk meluluskan protokol pilihan seperti mana yang dicadangkan oleh CEDAW. 13. Pengumpulan wanita, kanak-kanak, keluarga dan masyarakat di bawah satu kementerian, iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat sebagai satu amalan yang hanya dilakukan oleh mereka yang mendokong kuat sistem patriarki yang kurang adil. Berdasarkan pemerhatian akhir Jawatankuasa CEDAW ke atas Korea Selatan, mereka mendapati bahawa penggabungan urusan keluarga dan persamaan gender dalam satu mandat yang sama, akan mencipta norma patriarki yang tidak sihat, dan boleh membahayakan proses pembinaan konsep kesamarataan gender.11 14. Walaupun terdapat tanda-tanda yang kerajaan telah mengambil langkah istimewa yang bersifat sementara bagi mempercepatkan proses keadilan gender, tindakan yang diambil mereka masih lagi amat terbatas. Artikel 5: Stereotaip gender dan budaya dan amalan berunsur diskriminasi 15. Retorik Kerajaan sering menggambarkan wanita sebagai penggerak utama sistem rumah tangga di Malaysia. Walaupun kerajaan telah menggalakkan para majikan untuk menawarkan kerja separuh masa dan waktu bekerja yang fleksibel kepada golongan wanita, mereka masih lagi sering Concluding Observations of the Committee on the Elimination of Discrimination against Women: Republic of Korea, Sesi ke-49, dikeluarkan pada 29 Julai 2011, CEDAW/W/C/KOR/CO/7, perenggan ke-16. 11 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW mengaitkan wanita dengan “kedua-dua jenis beban” iaitu beban di rumah dan beban di tempat kerja. Retorik ini jarang dikenakan kepada kaum lelaki. Selain itu, kerajaan juga sering dilihat sebagai satu entiti yang jarang menekankan bahawa golongan bapa, ataupun lelaki secara amnya, turut perlu untuk mencari kerja separuh masa dan menyusun jadual secara fleksibel, agar peranan mereka sebagai penjaga anak-anak dan pekerja profesional dapat berjalan seiring. Keadaan ini bukanlah satu keadaan yang baik. Wanita boleh mengalami tekanan melampau dari masa ke masa akibat terlalu dikaitkan dengan pelbagai jenis tanggungjawab. 16. Ahli Parlimen negara turut mengeluarkan kenyataan berbaur seksis, di dalam mahupun luar dewan Parlimen, tanpa menerima sebarang provokasi dari mana-mana pihak pada waktu sebelumnya. Walaupun tidak semua Ahli Parlimen berkelakuan buruk seperti ini, keadaan ini menjelaskan bahawa pemikiran masyarakat masih lagi boleh menerima perbuatan mendiskriminasi wanita melalui kata-kata. 17. Konsep pengasingan kenderaan awam mengikut jantina bukanlah satu penyelesaian mutlak dan muktamad bagi masalah gangguan seksual di tempat awam. Situasi ini juga dilihat mampu menyebabkan ramai wanita menyimpan syakwasangka buruk terhadap kaum lelaki pada masa akan datang. 18. Majlis Fatwa Kebangsaan turut mengeluarkan fatwa berkaitan tanggungjawab wanita untuk mengikuti amalan-amalan tertentu berkaitan dengan tubuh badan mereka. Ramai kanak-kanak perempuan telah didapati terpaksa menjadi mangsa amalan berkhatan. Selain itu, fatwa juga telah dikeluarkan berkaitan wanita yang kelihatan terlalu maskulin dan boleh dikategorikan sebagai pengkid. Wanita yang membotakkan kepala juga dilihat sebagai golongan yang berkelakuan bercanggah dengan fatwa-fatwa tertentu. Pihak pemerhati sedar bahawa fatwa-fatwa yang disebutkan tadi bukanlah sebahagian daripada sistem undang-undang. Namun begitu, mereka merasakan bahawa hak ke atas tubuh badan sendiri perlu diberikan ke atas kaum wanita agar mereka tidak menjadi mangsa mana-mana amalan tertentu yang tidak mereka setujui. 19. Aktiviti polis yang didorong oleh nilai-nilai moral peribadi dan alasan agama turut dilihat sebagai satu perkara yang boleh meninggalkan implikasi buruk kepada masyarakat. Tindakan polis ini dilihat mampu menjadikan golongan minoriti sebagai mangsa keadaan pada bila-bila masa. Polis Diraja Malaysia dan badan-badan agama di negara boleh dilihat sebagai pendokong utama bagi amalan ini. 20.Individu yang dikesan sebagai golongan yang tidak mengamalkan cara hidup dan norma heteroseksual boleh ditangkap oleh pihak berkuasa. Undang-undang Syariah di setiap negeri telah menetapkan bahawa pemakaian pakaian dari jantina berlawanan boleh dianggap sebagai satu jenayah. Selain itu, hubungan seksual antara dua wanita juga boleh dilihat sebagai jenayah yang amat berat. Undang-undang negeri, walaupun berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain, tetap diwujudkan atas sebab yang sama. Klausa seperti “untuk tujuan tidak bermoral” turut ditambah dalam kod undang-undang di atas bagi negeri-negeri tertentu. Undang-undang sedemikian turut dilihat sebagai satu perkara yang melangkaui situasi awam. Wanita dan golongan transgender turut menghadapi masalah ini pada peringkat peribadi. Laporan mengenai salahlaku pegawai-pegawai agama terhadap golongan ini terus-menerus muncul dari semasa ke semasa. 21. Stereotaip gender yang diwar-warkan oleh pihak media turut menjadi faktor wanita dipandang sebagai golongan yang lemah. Penapisan filem yang mewajibkan agar watak homoseksual dan transgender dimatikan, didenda, ataupun bertaubat di akhir setiap kisah, turut dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil. Gambaran yang dibuat di surat khabar mengenai kepelbagaian naluri seksual turut memuatkan kata-kata yang tidak manis dibaca. 22. Pada tahun 2011, polis Malaysia telah mengharamkan satu festival yang dinamakan “Seksualiti Merdeka”. Seksualiti Merdeka telahpun disambut pada setiap tahun bermula dari tahun 2008 dan telah memberikan banyak ruang kepada golongan yang berorientasi seksual berbeza untuk muncul bersama di satu acara atas dasar hak asasi manusia. Pelbagai Kementerian telahpun mengeluarkan komen yang mencetuskan kebencian, termasuklah satu komen yang menyamakan festival tersebut dengan budaya “binatang.”12 Timbalan Perdana Menteri sendiri turut menyebut bahawa festival tersebut telah dianjurkan mereka yang sesat di kalangan masyarakat.13 “Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya ‘binatang’ – Ibrahim Ali”, Utusan Malaysia, 3 November 2011. 12 “‘Seksualiti Merdeka’ programme a deviationist activity – Muhyiddin”, New Straits Times, 3 November 2011. 13 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 17 Artikel 6: Pemerdagangan wanita 18 23. Terdapat keperluan untuk kajian berkaitan dengan pemerdagangan manusia dijalankan di Malaysia memandangkan perkara ini masih lagi menunjukkan rekod yang agak menyeramkan. 24. Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia masih lagi terperangkap dalam “tempat perlindungan” yang digunakan untuk menempatkan mereka secara sementara dan dibiarkan begitu sahaja di situ dalam keadaan terkontang-kanting selepas penyiasatan tamat. Undang-undang berkaitan dengan pemerdagangan manusia juga masih lagi gagal melindungi dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa terbabit. Lebih dahsyat lagi, tiada sebarang usaha telah dijalankan bagi memperbaiki nasib mereka yang telah terbukti menjadi mangsa keadaan. Warden di rumah perlindungan mereka juga kebanyakannya terdiri dari bekas warden penjara. Mereka juga masih terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman di masa depan termasuklah potensi jatuh ke bawah garisan kemiskinan. Artikel 7 dan 8: Penglibatan wanita pada peringkat pembuatan keputusan 25. Kerajaan belum mewujudkan rancangan yang konkrit bagi meningkatkan jumlah wanita di jabatanjabatan awam. Dasar yang menggalakkan agar wanita menguasai 30 peratus daripada jawatan pembuat keputusan turut masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. 26. Jumlah kaum wanita di Parlimen juga masih membimbangkan. Sejak tahun 1957, rekod telah menunjukkan hanya tiga orang wanita pernah dilantik serentak dalam satu Kabinet Menteri. Pada masa ini, hanya terdapat dua sahaja Menteri Kabinet yang mewakili kaum wanita. Rekod pada tahun 2010 telah mencatatkan bahawa kaum wanita hanya merangkumi 25.7 peratus sahaja daripada Dewan Negara. Seperti yang diketahui, ahli Dewan Negara merupakan mereka yang dipilih dan bukan diundi berdasarkan populariti masing-masing. Pada tahun 2010 juga, wanita hanya merangkumi 10.4% sahaja dari kalangan ahli Parlimen yang dimasukkan dalam Dewan Rakyat. Pada tahun 2004, peratusan ini menyusut kepada 9.6 peratus. Lebih menyedihkan, wanita hanya mewakili 8% daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Harapan agar wakil golongan transgender muncul sebagai salah seorang penjawat jawatan pembuat keputusan juga dilihat sebagai sesuatu yang agak mustahil buat masa sekarang berdasarkan kesemua fakta yang disebutkan tadi. 27. Tiada sebarang parti politik yang telah meletakkan kuota tertentu berkaitan penglibatan wanita dalam parti mereka. 28. Persekitaran politik juga dilihat sebagai satu persekitaran yang berbahaya kepada wanita. Ahli-ahli Parlimen yang mengeluarkan kata-kata berbaur seksis di dalam dan luar dewan Parlimen masih lagi tidak dikenakan apa-apa tindakan dan dibiarkan bebas begitu sahaja. 29. Pada tahun 2011, seorang ketua badan politik wanita telahpun digantung tugas tanpa sebarang perbicaraan di bawah Ordinan Darurat atas tuduhan melibatkan diri dalam kempen berkaitan rombakan sistem undian. Sarasvathy Muthu, naib presiden bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM), tetap ditahan untuk beberapa bulan walaupun tiada bukti dapat diberikan oleh pihak pendakwa bahawa beliau terbabit dalam kempen sedemikian. 30.Ambiga Sreenevasan, ketua bagi sebuah persatuan masyarakat madani yang menggesa pembentukan sistem politik dan pilihanraya yang adil, BERSIH 2.0, telahpun dikritik dengan teruk oleh pihak media. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila beliau turut dilaporkan menerima ugutan bunuh. Layanan sedemikian dilihat sebagai sesuatu yang mematahkan semangat wanita untuk terbabit dalam bidang politik. 31. Perwakilan wanita dari negara ini pada peringkat antarabangsa, seperti perlantikan mereka sebagai Duta mahupun Pesuruhanjaya Tinggi, masih lagi berada di tahap yang tidak meyakinkan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Artikel 9: Kewarganegaraan 32. Golongan asing yang berkahwin dengan rakyat negara ini boleh dikatakan perlu terus bergantung kepada pasangan mereka pada setiap masa dan tahap kehidupan. Mereka tidak boleh mendapatkan visa kemasukan jika suami mereka gagal berada di samping mereka semasa membuat pemohonan. Mereka juga tidak boleh mendapatkan status penduduk tetap jika pasangan mereka tidak ada ketika permohonan dibuat di Jabatan Imigresen. Kebenaran bertulis daripada pasangan mereka juga diperlukan bagi membolehkan golongan ini bekerja di Malaysia. 33. Andainya seorang suami menolak untuk hadir sama di pejabat imigresen, wanita yang memohon status penduduk tetap di sini berada pada risiko yang tinggi untuk dihantar ke negara asal. Mereka juga amat terdedah kepada keganasan rumah tangga dan pemulauan. 34. Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa pemberian status kewarganegaraan Malaysia kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara masih lagi menunjukkan elemen diskriminasi terhadap wanita. Hanya mereka yang memiliki bapa berkerakyatan Malaysia boleh mendapat status warganegara secara automatik. Wanita Malaysia yang melahirkan anak hasil hubungannya dengan warga asing perlu membuat permohonan bagi mendapatkan hak kerakyatan anak mereka. Artikel 10: Pendidikan 35. Terdapat jurang gender yang besar dalam bidang-bidang teknikal di universiti dan institusi pengajian tinggi lain. Kebanyakan mereka yang dipilih menyertai bidang-bidang tertentu hanyalah lelaki. 36. Golongan lelaki lembut ataupun wanita tomboy, termasuklah pelajar transgender, terus menerima layanan buruk di sekolah dan insititusi pengajian tinggi awam. Mereka dianggap sebagai sumber keaiban masyarakat, terpaksa berhenti sekolah, dan didesak untuk menyertai kem-kem tertentu agar dapat “dipulihkan.” Kajian turut dijalankan ke atas mereka di sebahagian universiti di negara ini. Seksualiti mereka telah dipersoalkan dalam satu prosedur yang boleh disifatkan sebagai keji. Selain itu, hubungan seks sejenis antara dua individu dewasa juga masih dilihat sebagai satu bentuk jenayah di Malaysia. Ini juga dilihat sebagai salah satu perkara yang perlu dinilai semula oleh kerajaan. 37. Pendidikan seks masih lagi tidak komprehensif. Pendidikan sedia ada gagal dibuat mengikut dasar hak asasi manusia. Artikel 11: Pekerjaan 38. Statistik terkini menunjukkan bahawa pada tahun 2010, hanya 46.1% daripada kaum wanita di Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada tenaga kerja negara. Ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan penglibatan kaum lelaki sebagai tenaga kerja (78.7%). 39. Pada tahun 2009, 67.2% wanita yang tidak bekerja menekankan bahawa “tugasan di rumah” merupakan punca utama mereka mereka tidak mencari kerja. Hanya 2.3% lelaki yang tidak bekerja menggunakan alasan sedemikian.14 Walau bagaimanapun, statistik ini tidak boleh dijadikan satusatunya hujah dalam mengungkai misteri penglibatan kaum wanita yang rendah dalam dunia pekerjaan. Terdapat segelintir wanita di luar sana yang tidak mampu menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara disebabkan terbabit dengan perusahaan keluarga ataupun perniagaan kecilkecilan. Kaum wanita masih boleh dilihat sebagai mangsa tekanan keluarga kerana terpaksa mengabaikan pekerjaan. 40. Pada tahun 1999, Tata Amalan Pencegahan dan Pembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dilancarkan. Bagaimanapun, pihak majikan bebas untuk mengamalkan tata amalan ini tanpa sebarang paksaan. Pada tahun 2011, perundangan berkaitan pengambilan pekerja telah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community 2010, hlm. 14. 14 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 19 dipinda agar turut memuatkan peruntukan berkenaan dengan gangguan seksual. Walaupun begitu, pindaan yang dibuat tidak menjadikan aspek ini satu aspek yang layak dibebaskan dari kritikan. 20 41. Dalam beberapa industri, wanita telah diwajibkan untuk bersara sebelum lelaki. Pada Mac 2012, Mahkamah Rayuan telah mengambil keputusan untuk menolak perbezaan usia persaraan daripada dijadikan satu isu diskriminasi. Majikan yang terbabit dalam industri pembuatan plastik telah meletakkan usia persaraan pekerja wanita mereka kepada 50 tahun di kala pekerja lelaki dibenarkan bekerja sehingga berumur 55 tahun. 42. Warga asing yang terikat dengan ikatan perkahwinan dengan rakyat Malaysia terpaksa mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka jika mereka berminat untuk bekerja. Pada tahun 2008, Kerajaan telahpun mengumumkan bahawa kebenaran hanya akan diberikan, jika adanya kebenaran bertulis daripada suami diberikan dalam permohonan. 43. Pekerja domestik warga asing di Malaysia mengalami diskriminasi dalam pelbagai cara. Pekerja domestik tidak boleh disamakan dengan pekerja-pekerja sektor lain di bawah peruntukan undangundang di Malaysia. Mereka tidak diberikan perlindungan yang sama seperti golongan pekerja asing yang lain, dan mempunyai risiko yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi pencabulan hak-hak asasi mereka.15 Artikel 12: Kesihatan 44. Terdapat keperluan yang kritikal bagi pengasingan data antara lelaki dan wanita diwujudkan di negara ini agar kefahaman mengenai kesan penyakit yang berbeza ke atas lelaki dan wanita dapat ditingkatkan. 45.Penswastaan perkhidmatan kesihatan di negara dilihat sebagai satu ancaman yang boleh menyebabkan kos perkhidmatan itu meningkat. 46. Kebanyakan wanita mempunyai akses yang terbatas ke atas hak reproduksi mereka: a. Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan masih tidak meningkat dalam tempoh 25 tahun. b. Undang-undang yang membenarkan pengguguran hanya diperuntukkan ke atas wanita yang berpotensi untuk diancam oleh bahaya dari sudut kesihatan fizikal mahupun mental. Bagaimanapun, pandangan masyarakat terhadap perkara ini dan kosnya yang mahal menyebabkan perbuatan ini gagal dilakukan apabila diperlukan. c. Informasi dan kaunseling yang disediakan di hospital kerajaan dibuat berdasarkan rangka kerja agama, dan tidak berdasarkan hak asasi manusia. d. Wanita tidak mempunyai akses kepada maklumat yang mencukupi dan perkara ini menyebabkan mereka gagal membuat keputusan yang betul. e. Terdapat pelanggaran hak ke atas maklumat sulit pesakit di hospital kerajaan. Terdapat laporan berdasarkan kisah peribadi daripada wanita beragama Islam yang berumur 18 tahun ke atas dan melahirkan anak di luar pernikahan menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meninggalkan hospital selagi mana mereka gagal melaporkan kehadiran mereka di situ kepada ibu bapa mereka. f. Usaha untuk memandulkan diri hanya dibenarkan ke atas wanita setelah mendapat persetujuan daripada pihak suami. 47. Wanita adalah komponen masyarakat yang paling pantas dijangkiti HIV di negara ini. Pada tahun 2008, satu laporan dari Kementerian Kesihatan dengan kerjasama UNICEF telah menunjukkan bahawa kadar jangkitan HIV di kalangan wanita adalah pada kadar 1.2% bagi kes-kes baru. Pada tahun 2002, kadar ini meningkat mendadak menjadi 9.0%. Pada tahun-tahun berikutnya kadar ini terus bertambah dengan penuh menyeramkan menjadi 10.8% (2004), 15% (2006), dan 16% (2007). Ini dilihat sebagai satu ancaman yang serius oleh komuniti pengamal kesihatan di Malaysia.16 Laporan ini akan membincangkan mengenai diskriminasi yang dihadapi oleh pekerja domestik asing di Malaysia dalam bab Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26. 15 Kementerian Kesihatan dan UNICEF Malaysia, Women and Girls: Confronting HIV and AIDS in Malaysia, 2008, hlm. 11. 16 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 48. Ujian HIV mandatori yang perlu dilalui oleh setiap pasangan beragama Islam yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dilihat sebagai sesuatu yang kurang baik dari aspek-aspek tertentu. Walaubagaimanapun, jika salah seorang individu daripada pasangan tersebut terbukti menghidap HIV, pasangan tersebut masih lagi dibenarkan berkahwin. 49. Pendidikan seks juga masih lagi tidak mencukupi. Pendidikan sedia ada yang terlalu berfokuskan rangka kerja dan moral agama tidak memenuhi piawaian hak asasi yang lebih diyakini mampu memelihara integriti tubuh badan ahli masyarakat. Kurikulum pendidikan seks di sekolah yang diluluskan pada tahun 2006 masih lagi gagal untuk menunjukkan hasil. Tindakan kerajaan mengharamkan buku pendidikan seks kanak-kanak berkaitan dengan sistem reproduksi manusia pada Februari 2012 dilihat sebagai satu bukti jelas bahawa mereka tidak menganggap isu ini isu yang serius. 50. Serbuan ke pusat-pusat hiburan tempatan juga merupakan sesuatu yang biasa. Kewujudan kondom boleh dilihat sebagai satu bukti kukuh bagi menahan individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan seks haram dengan alasan menjaga dan memelihara kepentingan masyarakat awam. Masyarakat yang ingin mengamalkan seks selamat telah dihalang dengan adanya perkara-perkara ini. 51. Akses bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan masih lagi terbatas bagi kelompok-kelompok wanita tertentu. Pelarian wanita, orang asli, pekerja asing, dan golongan transgender masih lagi mengalami masalah yang ketara dalam aspek ini. Artikel 13: Hak sosial dan ekonomi 52. Kerajaan cuma membelanjakan sejumlah wang yang kecil bagi memberikan perlindungan kepada wanita kurang upaya. Kebanyakan wanita dari golongan ini gagal mendapatkan bantuan yang sepatutnya diberikan kepada mereka apabila diperlukan. 53.Rakyat asing yang terikat melalui ikatan perkahwinan dengan warganegara Malaysia terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk kesusahan, termasuklah ketika membuka akaun bank peribadi. Ini menyebabkan mereka terperangkap dalam urusan kewangan pada pelbagai peringkat. Artikel 14: Wanita luar bandar 54. Perwakilan wanita di peringkat ahli jawatankuasa kampung masih lagi amat rendah. 55. Komuniti Penan di Sarawak telah mengalami penafian hak asasi mereka termasuk hak ke atas tanah mereka sendiri dan akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan awam yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Kebanyakan daripada mereka masih lagi berharap pada syarikat pembalakan berhampiran untuk perkhidmatan asas seperti pengangkutan. Wanita, muda mahupun dewasa, masih lagi amat terdedah kepada penganiayaan dan dalam keadaan yang boleh mengancam keselamatan mereka. Kerajaan negeri telah gagal untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi wanita-wanita ini melaporkan sebarang kejadian buruk yang berlaku ke atas mereka kepada pihak berkuasa. Artikel 15: Hak kesaksamaan dalam undang-undang 56. Lelaki dan perempuan di negara ini masih lagi gagal untuk mendapat hak yang sama dari segi undang-undang. Sebagai contoh: a.Undang-undang anakronistik masih lagi wujud dalam Kanun Keseksaan. Undang-undang Syariah masih lagi menghukum perbuatan “menggoda isteri orang” dengan menggunakan andaian bahawa wanita adalah sebahagian daripada harta benda suami mereka. b. Pekerja asing domestik, yang mana kesemuanya adalah wanita, tidak dianggap sama ataupun setaraf dengan pekerja lain, dan tidak mempunyai hak-hak pekerja yang mencukupi bagi melindungi diri mereka sendiri. c.Undang-undang yang mendiskriminasi wanita atas dasar identiti dan ekpresi gender dan orientasi seksual masih lagi wujud di negara ini. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 21 Artikel 16: Perkahwinan dan hubungan kekeluargaan 22 57.Pada tahun 2005, Parlimen telah meluluskan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, yang mana mengandungi peruntukan yang mempunyai unsur diskriminasi ke atas wanita secara terang-terangan. Ketika kelulusan dibuat, Perdana Menteri sedar bahawa terdapat tindakan yang perlu diambil setelah mendapat desakan dari pelbagai badan wanita. Satu panel ahli jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan bahawa sebarang unsur diskriminasi dapat dihapuskan. Pindaan ini turut dibawa ke Majlis Penguatkuasa Malaysia untuk disemak oleh pakar-pakar agama. Undang-undang yang dipinda semula ini turut dimaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun begitu, tiada sebarang tindakan yang jelas telah diambil oleh mana-mana pihak bagi memastikan usul ini dibawa dan dibincangkan di Parlimen. 58.Kewujudan dua sistem perundangan di Malaysia, yang mana satu ditubuhkan untuk mereka yang beragama Islam, dan satu bagi mereka yang bukan beragama Islam, telah menyebabkan rangka undang-undang yang pelbagai dan Artikel 121(1A) bagi Perlembagaan Persekutuan wujud. Mahkamah sivil telah dilarang dari membicarakan sebarang kes berkaitan dengan golongan yang beragama Islam. Keadaan sebaliknya turut berlaku dalam Mahkamah Syariah. Ini telah menyebabkan kesukaran, terutamanya bagi kes yang melibatkan pertukaran agama. Urusan seperti penjagaan anak, kebajikan, dan status agama seringkali menjadi isu hangat. Pengurusan wasiat dan pengebumian juga dilihat sebagai satu perkara besar dalam kes-kes membabitkan situasi kedua-dua mahkamah ini. 59. Lelaki dan wanita di Malaysia tidak mendapat hak yang saksama dalam perkahwinan. Sebagai contoh, poligami masih lagi dibenarkan di kalangan lelaki Muslim. Wanita juga terdedah kepada kehilangan hak mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka dan penerima nafkah jika didapati berkelakuan “derhaka” kepada suami. 60. Perkahwinan antara kanak-kanak masih lagi dibenarkan di Malaysia walaupun kerajaan telahpun mengeluarkannya dari senarai reservasi Artikel 16(2) CEDAW. Undang-undang keluarga bagi mereka yang tidak beragama Islam membenarkan perkahwinan kanak-kanak perempuan yang berumur 16 tahun dengan izin ketua menteri. Bagi kanak-kanak perempuan yang beragama Islam, mereka yang berumur kurang daripada usia tersebut turut dibenarkan untuk berkahwin atas izin mahkamah syariah. 61. Kanak-kanak hasil dari perkahwinan yang masih belum mencapai usia 6 bulan boleh dianggap sebagai anak luar nikah dan tidak dibenarkan memegang nama ayah mereka. Dalam kes-kes sedemikian, hak penjagaan dan nafkah anak tersebut terletak sepenuhnya kepada ibu ataupun saudara mara ibu mereka. Ini membebaskan bapa kepada anak tersebut dari sebarang tanggungjawab dan anak tersebut juga tidak boleh menuntut sebarang hak daripada bapanya.17 Cadangan Umum ke-19: Keganasan terhadap wanita 62. Walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah beroperasi sejak tahun 1996, pelaksanaan bagi akta ini masih berada pada tahap yang tidak boleh dibanggakan. Contohnya, untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim daripada mereka yang melakukan keganasan, mangsa perlu menunggu antara 24 jam sehingga 3 bulan. Selain itu, pelaksanaan undang-undang ini juga masih tidak konsisten di kesemua negeri. Kes-kes berkaitan juga masih lagi diuruskan oleh pihak polis, jabatan kebajikan, dan mahkamah dengan cara yang tidak seragam. 63. Pada tahun 2011, Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga telah diluluskan oleh Parlimen. Definisi bagi keganasan rumah tangga telah merangkumi “seksaan psikologi, termasuk kecederaan emosi.” Walaupun ini merupakan sesuatu yang positif, masih banyak lagi aspek perundangan lain berkaitan wanita yang perlu diperbaiki. 64. Kes suami merogol isteri masih lagi tidak dianggap sebagai satu jenayah. Pada tahun 2006, Kanun Keseksaan telah dipinda dan kes rogol antara suami isteri telah diperkenalkan dalam sistem perundangan negara ini. Namun, Pindaan ini masih lagi dianggap bermasalah kerana definisi Seksyen 80 dan 85 Akta Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005. 17 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Pindaan ini dibuat berdasarkan potensi kecederaan fizikal dan bukan berdasarkan perbuatan rogol itu sendiri. Istilah “rogol” juga masih lagi tidak dipakai. Pengecualian awal yang dibuat masih gagal untuk dibincangkan. Kanun Keseksaan masih lagi menjelaskan bahawa “persetubuhan antara lelaki dan perempuan di bawah satu perhubungan perkahwinan yang sah yang tertakluk pada undangundang bertulis ketika kejadian berlaku adalah tidak salah, dan tidak boleh dianggap sebagai kes rogol.” 65. Dalam Kanun Keseksaan, kes rogol menggunakan objek tidak boleh dikategorikan sebagai satu bentuk jenayah rogol. 66.Kerajaan Negeri turut menjalankan hukuman berunsur keganasan terhadap wanita dalam sistem perundangan Syariah mereka. Contohnya, wanita yang didapati terbabit dalam hukuman musahaqah ataupun lesbianism boleh disebat. Pada tahun 2009, Kartika Sari Dewi Shukarno telah didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang dan disebat dengan enam sebatan kerana didapati bersalah menikmati minuman keras di sebuah kelab malam di hotel tempatan sekitar dua tahun sebelum kejadian berlaku. Walaupun hukuman sebatan tersebut telah diringankan menjadi hukuman perkhidmatan masyarakat, keadaan tidak terus berubah menjadi lebih baik bagi wanita. Pada tahun 2010, tiga wanita telah disebat kerana terbabit dalam hubungan seks yang dikategorikan sebagai “haram” oleh kerajaan. 67. Golongan transwoman telah melaporkan bahawa mereka telah terdedah kepada keganasan dan gangguan pegawai-pegawai agama dan pihak polis. 68. Pelarian wanita dan mereka yang mendapat perlindungan politik di negara ini turut terdedah kepada keganasan dan gangguan seksual disebabkan status penempatan mereka di sini. Kerajaan Malaysia tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk bergerak sejajar dengan hasil perbincangan Konvensyen Pelarian PBB 1951 dengan tidak menyediakan satu mekanisme perlindungan kepada golongan pelarian dan mereka yang menjadi mangsa keadaan politik luar di negara ini. Cadangan Umum ke-26: Pekerja asing wanita 69. Akta Kerja 1955 telah menyatakan bahawa pekerja domestik asing tidak menerima hak yang sama dengan pekerja asing yang lain. Pekerja domestik tidak diberikan hak untuk mendapat perlindungan bersalin, hari berehat, ataupun cuti panjang dari majikan mereka. Jumlah jam pekerjaan dan keadaan tempat kerja mereka juga masih tidak dikawal oleh mana-mana pihak. 70. Kebanyakan pekerja domestik di Malaysia adalah dari Indonesia. Sekitar Mei 2011, satu memorandum kesefahaman (MoU) telah dipinda semula antara Malaysia dan Indonesia. Memorandum ini telah dipinda atas dasar penjagaan hak asasi manusia untuk menjamin persekitaran pekerjaan pekerja domestik yang selamat. Memorandum ini menekankan bahawa pekerja domestik sepatutnya diberikan cuti sekurang-kurangnya sehari setiap minggu ataupun dibayar gaji untuk setengah hari sebagai pertukaran kepada kegagalan pemberian cuti tersebut. Selain itu, pekerja domestik juga layak diberikan hak untuk menyimpan pasport mereka. Namun begitu, para majikan dibenarkan menjaga pasport tersebut jika bertujuan untuk menyimpannya di tempat yang lebih selamat.18 Majikan juga digalakkan membayar gaji ke dalam akaun bank peribadi pekerja tersebut walaupun pembayaran tunai masih lagi dibenarkan. Dalam setiap ukuran perlindungan yang diberikan ke atas pekerja domestik, masih lagi terdapat cacat-cela yang perlu diperbaiki agar pekerja domestik ini dapat dibebaskan dari sebarang bentuk eksploitasi. 71.Tiada sebarang piawaian kontrak diwujudkan di negara ini dan tiada sebarang mekanisme pengawasan dibuat ke atas ejen pekerja asing mahupun majikan. 72. Sifat pekerjaan pekerja domestik yang terasing dari dunia luar dan kekurangan perlindungan undangundang ke atas mereka menyebabkan ramai pekerja domestik terdedah kepada penganiayaan pelbagai pihak. “New MoU on maids inked”, The Star, 31 Mei 2011. 18 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 23 24 Cadangan Umum ke-28: Tanggungjawab kerajaan untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita 73. Di Malaysia, rangka kerja CEDAW berkaitan dengan hak kesaksamaan dan penghapusan diskriminasi tidak dilaksanakan sepenuhnya dalam sistem perundangan domestik dan menyebabkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas wanita. Kekurangan rangka undang-undang yang menjaga kesaksamaan hak menyebabkan hak asasi wanita di negara ini goyah. Seksualiti wanita dan hak berkaitan dengannya, termasuklah hak dari aspek orientasi seksual dan aktiviti peribadi, berada pada tahap yang membimbangkan. Golongan transgender, ataupun golongan yang menganggap diri mereka lesbian ataupun homoseksual, terpaksa berhadapan dengan diskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan hanya disebabkan oleh kegagalan mereka untuk memenuhi aspek stereotaip gender yang dipegang masyarakat. Contohnya: a. Institusi pendidikan telah mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak memenuhi stereotaip gaya hidup heteronormatif. b. Pihak pelaksana undang-undang, polis, dan pegawai-pegawai negeri, termasuklah pegawai-pegawai agama tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan hak asasi manusia. Hak asasi golongan transgender ataupun homoseksual masih lagi tidak dihormati, dilindungi, dan tidak diiktiraf oleh pelbagai pihak. c. Tiada sebarang saluran diberikan kepada golongan yang menjadi mangsa diskriminasi dan keganasan berdasarkan perbezaan orientasi seksual dan identiti gender. d. Seksyen 21 bagi Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 membenarkan wanita dan golongan yang bertukar jantina untuk didakwa kerana berkelakuan tidak sopan. e. Kanun Keseksaan juga masih boleh mendakwa sebarang kesalahan membabitkan seks sebagai sesuatu yang “luar tabii.” f. Undang-undang Syariah Negeri turut menganggap hubungan seks sejenis antara wanita sebagai satu jenayah. g. Undang-undang Syariah Negeri turut menganggap bahawa cross-dressing ataupun tindakan memakai pakaian jantina yang berlawanan sebagai satu bentuk jenayah. Undangundang ini telah menyebabkan ramai golongan transgender ditangkap hanya kerana cuba mengekspresikan diri masing-masing. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW LAPORAN STATUS TANGGUNGJAWAB KERAJAAN SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA Status laporan ini berkaitan dengan pelaksaan cadangancadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006 Kerajaan Malaysia telahpun menghantar laporan pertama dan kedua kepada Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (Jawatankuasa CEDAW) pada tahun 2006. Pada Mei 2006, Jawatankuasa CEDAW telah mengemukakan cadangan-cadangan tertentu kepada kerajaan Malaysia setelah seorang wakil kerajaan negara ini hadir membentangkan laporannya di hadapan mereka. Cadangan-cadangan ini telah dimuatkan dalam bahagian komen penutup Jawatankuasa CEDAW.19 Laporan ketiga Malaysia kepada Jawatankuasa CEDAW sepatutnya dihantar pada Ogos 2004 dan laporan keempat pula pada Ogos 2008. Namun begitu, setelah laporan ketiga gagal dihantar, Jawatankuasa CEDAW telah memohon agar laporan ketiga dan keempat disatukan dalam satu laporan yang mana perlu diserahkan pada penghujung 2008. Ketika laporan ini ditulis pada tahun 2012, kerajaan Malaysia masih lagi gagal menyerahkan laporan gabungan yang diminta ini. Perkara ini membuatkan komitmen Malaysia sebagai Negara Anggota CEDAW diragui. Hasil pemerhatian daripada pelbagai NGO boleh digunakan sebagai kayu ukur bagi menilai tahap pelaksanaan dan keperihatinan kerajaan ke atas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW. Namun begitu, kebanyakan cadangan yang disampaikan oleh badan-badan bukan kerajaan masih lagi dipandang remeh. Jikalau sudah ada tindakan diambil sekalipun oleh pihak kerajaan berkenaan dengan cadangan-cadangan yang ada, tindakan yang diambil itu masih lagi berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Seperti yang disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW yang dihantar pada tahun 2006, kerajaan Malaysia hanyalah mengambil langkah kecil dalam mengukur dan menghapuskan diskriminasi terhadap wanita. Sebagai hasil, jurang antara lelaki dan perempuan semakin membesar dan situasi percanggahan antara prinsip yang dipegang oleh CEDAW dan tanggungjawab kerajaan Malaysia terus bertambah.20 Perenggan ke-8 dalam Komen Penutup 2006 Jawatankuasa memanggil Negara Anggota agar mengambil tindakan segera bagi memastikan Konvensyen yang dianjurkan dan setiap aspeknya dapat disatukan dengan undang-undang tempatan dan mampu dijadikan sesuatu yang boleh dilaksanakan pada peringkat domestik. Kerajaan Malaysia tidak lagi menyatukan hasil dari Konvensyen CEDAW dengan undang-undang sedia ada negara. Perenggan ke-8 dalam Komen Penutup 2006 (sambungan) Jawatankuasa mendesak agar Negara Anggota menyelitkan definisi bagi diskriminasi, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dalam sistem Perlembagaan dan undangundang negara yang sewajarnya, sejajar dengan Artikel 1 Konvensyen. Komen penutup Jawatankuasa CEDAW: Malaysia, 2006, CEDAW/C/MYS/CO/2. 19 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 1-4 laporan ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan perbezaan tafsiran kehakiman bagi diskriminasi. 20 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 27 28 Diskriminasi tidak ditafsirkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang. Pihak mahkamah telah diberikan kuasa untuk mengeluarkan interpretasi masing-masing bagi istilah diskriminasi. Ini telah menyebabkan kecelaruan maksud istilah ini. Perenggan ke-8 bagi Komen Penutup 2006 (sambungan) Jawatankuasa mencadangkan agar Negara Anggota mewujudkan satu undang-undang yang komprehensif bagi menjamin hak kesaksamaan wanita dan lelaki pada peringkat peribadi dan masyarakat. Tiada sistem perundangan di Malaysia yang menjamin kesaksamaan hak antara lelaki dan wanita secara mutlak. Menurut agensi berita Bernama, “Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menjalankan kajian bagi mengkaji keperluan masyarakat untuk mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender… Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mengeluarkan kenyataan bahawa pertimbangan ini dibuat disebabkan kekurangan langkah berat yang boleh diambil ke atas mereka yang melakukan diskriminasi terhadap wanita.”21 Draf pertama bagi bil ini telahpun dilaporkan akan dibentangkan di Parlimen pada Julai 2010. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjadi kenyataan. Satu mesyuarat telah dianjurkan dengan kerjasama wakil dari agensi-agensi kerajaan dan badanbadan bukan kerajaan (NGO) pada September 2010 untuk membincangkan mengenai keperluan untuk mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender. Pada penghujung mesyuarat ini, wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil keputusan bahawa sesuatu yang “konkrit” perlu dihasilkan sebelum November 2010. Perkara ini tidak berlaku. Undang-undang di Malaysia mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita pada pelbagai peringkat. Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 2001 turut memuatkan bahawa gender merupakan satu faktor yang boleh dikategorikan sebagai punca diskriminasi. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telahpun mengatakan bahawa: “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.” Seperti yang digariskan dalam Laporan Bayangan CEDAW NGO Malaysia,22 terdapat beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kekurangan atas sebab-sebab berikut: • Perlembagaan Persekutuan mengandungi terlalu banyak peruntukan yang menunjukkan unsur diskriminasi ke atas wanita dan peruntukan-peruntukan ini masih terus dibiarkan ada dengan adanya frasa “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan” sebagaimana dalam Artikel 8(2).23 “Shahrizat: Ministry Is Studying To Enact A Gender Equality Act”, Bernama, 26 Mei 2010. 21 Laporan Bayangan Kumpulan NGO Malaysia, NGO Shadow Report on the Initial and Second Periodic Report of the Government of Malaysia: Reviewing the Government’s Implementation of the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), 2005, hlm. 11, boleh diperoleh di http://www.iwraw-ap.org/resources/35_ngocedaw_resources.htm 22 Peruntukan perlembagaan yang bersifat mendiskriminasi dapat dilihat antaranya pada: • Seksyen 8(5)(a) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan yang mengawal undang-undang peribadi” menyebabkan kehidupan peribadi mereka yang beragama Islam tidak dipengaruhi oleh pindaan yang dibuat. • Seksyen 8(5)(b) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan Perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan atau amalan yang menyekat sebarang pejabat ataupun pengambilan pekerja berkaitan dengan urusan mana-mana agama, ataupun institusi yang diurus oleh satu kumpulan yang berkaitan dengan mana-mana agama, ke atas seseorang yang berpegang kepada agama tersebut.” • Seksyen 12(1) menyatakan bahawa “tiada sebarang diskriminasi boleh dilakukan ke atas mana-mana warganegara atas sebab agama, bangsa, keturunan, ataupun tempat kelahiran” dari sudut akses pendidikan. • Terdapat pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendiskriminasi hak kewarganegaraan wanita untuk mewariskan kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka, termasuklah melalui Artikel 14,15,24(4) dan 26(2) selain daripada Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Maklumat lanjut boleh diperolehi dalam bab yang membincangkan Artikel 9 CEDAW dalam laporan ini. 23 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Istilah “diskriminasi” dalam Artikel 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan telahpun diserahkan kepada pertimbangan hakim di setiap mahkamah untuk ditafsirkan. Penafsiran istilah ini telahpun diterhadkan kepada diskriminasi berbentuk “pelantikan kepada apaapa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam.” Diskriminasi dalam sektor swasta tidak diboleh dihalang melalui peruntukan perlembagaan ini. Kanun Keseksaan dan Undang-undang Syariah Negeri turut mengandungi unsur diskriminasi terhadap gender dalam sebahagian daripada bahagian-bahagiannya.24 Perenggan ke-8 bagi Komen Penutup 2006 (sambungan) Jawatankuasa mencadangkan agar Negara Anggota menyertakan sekali keizinan mereka dalam mewujudkan akta yang menentang diskriminasi terhadap wanita bagi memastikan remedi yang berkesan dapat diberikan kepada wanita yang mana sudah dicabuli dari segi hak dan kuasa mereka. Buat masa sekarang, masih tiada lagi keizinan bertulis telah diberikan melalui mana-mana akta bagi menentang diskriminasi terhadap wanita dan pencabulan hak asasi mereka. Contohnya dalam kes-kes yang melibatkan gangguan seksual, tiada sebarang kemungkinan bagi mereka yang dicabuli haknya untuk membawa kes mereka ke peringkat lebih tinggi. Tata Amalan Pencegahan dan Pembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja, yang telah ditubuhkan pada tahun 1999, masih lebih bersifat melindungi golongan majikan.25 Kebenaran daripada pihak majikan dijadikan reservasi penting bagi pelaksaan kod ini di tempat kerja. Pada tahun 2011, hanya 1671 majikan di seluruh negara yang sudah bersetuju agar kod ini diamalkan di tempat kerja.26 Pada tahun 1999, jabatan tenaga kerja telahpun “menerima dan menyiasat” 300 kes gangguan seksual.27 Pada tahun 2011, Akta Kerja telahpun dipinda bagi memuatkan peruntukan yang turut menyebut masalah ini. Namun begitu, pindaan ini masih lagi bermasalah kerana tidak menyediakan “rawatan” bagi wanita yang telah pun sedia diganggu buat masa sekarang.28 Perenggan ke-10 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa mendesak Negara Anggota agar menyemak semula semua reservasi yang masih belum dihapuskan, terutamanya yang melibatkan Artikel 16, yang mana dilihat bercanggahan dengan tujuan Konvensyen. Pada 6 Julai 2010, Kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan bahawa mereka ingin menarik balik semua reservasi dalam tiga Artikel CEDAW. Pada 19 Julai 2010, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) telahpun mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia telahpun menghapuskan reservasi-reservasi tersebut dengan sebab: • Artikel 5(a): Bagi mengubah corak budaya dan masyarakat di kalangan lelaki dan wanita, dengan pandangan baru yang mampu mempercepatkan penghapusan semua unsur syakwasangka, budaya ataupun amalan yang dibina berdasarkan konsep inferiority ataupun superiority sesuatu gender, ataupun stereotaip berkenaan dengan peranaan individu mengikut gender. • Artikel 7(b): Bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam pembentukan dasar kerajaan dan pelaksanaannya dan mempertingkatkan keberkesanan penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab mereka pada semua peringkat. • Artikel 16(b): Perjanjian perkahwinan ataupun perkahwinan seseorang anak itu sendiri, tidak mempunyai apa-apa kesan dari segi perundangan ke atas anak tersebut, dan semua tindakan yang Rujuk bab berkaitan dengan Artikel 1-4 dan 15 CEDAW dalam laporan ini untuk mendapatkan maklumat mengenai peruntukan yang bersifat diskriminasi dalam undang-undang. 24 Kementerian Sumber Manusia, “Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace”, 1999. 25 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. 26 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. 27 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 11 CEDAW untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pindaan dalam Akta Kerja. 28 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 29 diperlukan, termasuklah yang melibatkan undang-undang, seharusnya menyebut secara spesifik umur minima bagi kanak-kanak berkaitan, dan disudahi dengan pendaftaran rasmi di jabatan pendaftaran perkahwinan. 30 Artikel 5(a) Walaupun reservasi kerajaan terhadap artikel ini telahpun diubah, perkahwinan poligami masih lagi dibenarkan. Jawatankuasa CEDAW telahpun mengambil kira aspek Cadangan Umum ke-21 yang menyokong bahawa poligami tidak selari dengan peruntukan yang ada dalam Artikel 5(a). Pelanggaran Artikel 5(a) juga turut dapat dilihat melalui pengumuman fatwa kebangsaan yang telah dibuat pada sekitar April 2009 berkenaan dengan hukum wajib bagi perempuan untuk berkhatan.29 Pelanggaran bagi artikel ini turut dapat dilihat dengan adanya kewujudan undang-undang Syariah yang menganggap bahawa hubungan seksual sejenis, pertukaran jantina, dan pemakaian pakaian jantina yang berlawanan adalah sebahagian daripada jenayah yang perlu dikenakan hukuman. Undang-undang ini yang menekankan pembinaan stereotaip gender turut memberikan gambaran bahawa sifat maskulin adalah sifat yang lebih mulia dari sifat keperempuanan. Ini amat bercanggah dengan apa yang ingin dibawakan oleh Artikel 5(a). Artikel 16(2) Walaupun reservasi berkaitan dengan Artikel 16(2) telahpun ditarik, perkahwinan kanak-kanak masih lagi dibenarkan di Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telahpun menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan dari segi usia minima akan dilakukan. Ini membuktikan bahawa tiada sebarang perbezaan dapat diwujudkan sebelum dan selepas penarikan reservasi dibuat bagi artikel ini.30 Buat masa kini, kanak-kanak perempuan yang bukan beragama Islam, yang berumur 16 hinggalah 18 tahun, boleh berkahwin atas keizinan Ketua Menteri mereka. Bagi mereka yang beragama Islam, usia minima bagi mereka untuk melangsungkan perkahwinan adalah 16 tahun bagi wanita, dan 18 tahun bagi lelaki, melainkan dengan adanya kebenaran dari Mahkamah Syariah. Artikel 7(b) Pada Julai 2010, kerajaan telah mengumumkan pelantikan dua hakim wanita bagi Mahkamah Syariah di bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.31 Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan pelantikan seperti ini dilihat berlaku lagi. Pelantikan sedia ada juga telah membuktikan bahawa pelbagai batasan telah dikenakan ke atas wanita seperti mana yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama: “Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Md Yusup Che Teh telah mengatakan bahawa terdapat banyak kes di mana hakim perempuan tidak mampu mengetuai perbicaraan seperti kes melibatkan ‘wali hakim’ dan perceraian. Md Yusup juga berkata bahawa batasan tugasan juga bukanlah sesuatu yang disebabkan oleh diskriminasi gender, tetapi dibuat berdasarkan hukum Islam yang tidak boleh diubah.”32 Dalam satu keputusan yang bercanggah dengan kenyataan tersebut, pada 5 Ogos 2010, hakim-hakim perempuan telahpun diberikan hak untuk mengetuai perbicaraan berkaitan kes-kes di atas.33 Pada 8 Disember 2010, laporan akhbar telahpun melaporkan bahawa kerajaan sudah membenarkan juri wanita untuk mendengar kes-kes berkaitan dengan perceraian dan perkahwinan.34 Namun begitu, perbezaan undang-undang negeri menunjukkan masih lagi wujud sekatan dan batasan bagi tugasantugasan mereka. Fatwa yang menyebut, “Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan”, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation 29 “Not enough is being done to discourage child marriages”, New Straits Times, 4 Julai 2010. 30 Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja fatwa kebangsaan berkaitan dengan pelantikan hakim perempuan dibuat pada tahun 2006. 31 “Area Of Jurisdiction Of Two Women Syariah Judges To Be Decided”, Bernama, 14 Julai 2010. 32 “Female Syariah judges get full powers”, The Malaysian Insider, 5 Ogos 2010. 33 “Govt mulls over female syariah judge for marriage, divorce cases”, Sun2Surf, 8 Disember 2010. 34 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Reservasi yang masih dikekalkan: Kerajaan Malaysia masih lagi mengekalkan reservasi-reservasi bagi Artikel CEDAW berikut: • Artikel 9(2): Negara-negara Anggota sepatutnya memberikan hak yang sama rata ke atas wanita dan lelaki dalam perkara yang membabitkan kewarganegaraan anak-anak mereka. • Artikel 16(1): Negara-negara Anggota sepatutnya mengambil semua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan perkahwinan dan hubungan keluarga terutamanya demi memastikan keadilan hak antara lelaki dan perempuan dapat dijamin. (a) Hak yang sama bagi melangsungkan perkahwinan. (c) Hak dan tanggungjawab yang sama dalam perkahwinan dan perceraian. (f) Hak dan tanggungjawab yang sama berkaitan dengan hak penjagaan anak, perlindungan, pengambilan anak angkat, dan lain-lain institusi yang mana konsep sebegini masih wujud; kepentingan anak seharusnya dijadikan keutamaan berterusan. (g) Hak peribadi yang sama antara suami dan isteri termasuklah hak bagi mereka untuk memilih nama, kerjaya, ataupun bidang tugasan. Dalam laporan pertama dan kedua kerajaan Malaysia kepada Jawatankuasa CEDAW, mereka telah menyatakan bahawa terdapat reservasi-reservasi yang perlu dikekalkan bagi mengelakkan masalah percanggahan antara hukum Syariah dan Perlembagaan Persekutuan berlaku. Bagaimanapun, berdasarkan Artikel 27 bagi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB di Vienna berkenaan dengan Undang-undang berkaitan dengan Perjanjian (1969), sebuah Negara Anggota tidak boleh menggunakan alasan kewujudan undang-undang kebangsaan yang berlawanan bagi mengelak dari tanggungjawab yang disebut dalam perjanjian. Artikel 27 menyatakan bahawa “mana-mana pihak tidak boleh menggunakan peruntukan undang-undang di peringkat kebangsaan bagi menjelaskan kegagalannya mengikut perjanjian yang dibuat.” Menariknya, wakil dari kerajaan telahpun dilaporkan dengan cara yang berikut: “60. Puan Belmihoub-Zerdani telah mengatakan bahawa reservasi bagi Artikel 9(2) mengenai kesaksamaan antara lelaki dan perempuan berkenaan dengan isu kewarganegaraan anakanak jelas menunjukkan unsur-unsur diskriminasi. Tiada sebarang halangan berbentuk hukum Islam boleh digunakan bagi menolak kesaksamaan begini. Ramai pakar perundangan Islam telahpun menolak reservasi yang dibuat dan meminta agar undang-undang negeri seperti ini, diubah agar bersesuaian dengan hukum Islam yang sebenar. 61. Cik Azailiza Mohd Ahad (Malaysia) bersetuju dengan Cik Belmihoub-Zerdani bahawa tiada sebarang tegahan agama yang sepatutnya digunakan untuk menerima klausa ini. Reservasi ini sepatutnya disemak semula bagi memastikan layanan yang saksama dapat diberikan.”35 Perenggan ke-12 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa menyeru Negara Anggota supaya memastikan Konvensyen dan perundangan yang berkaitan turut dimuatkan dalam sesi latihan kepada pegawai-pegawai berkaitan, termasuklah hakim, peguam, dan pihak pendakwa, agar satu budaya perundangan yang menyokong hak kesaksamaan untuk wanita, dan menolak disrkiminasi dapat dibina dengan kukuh. Ketika Penilaian Penggalan Sejagat dijalankan ke atas kerajaan Malaysia pada tahun 2009, salah satu negara jirannya yang terdekat, Thailand, telah mencadangkan agar negara ini “terus berusaha dalam menjamin perlindungan hak-hak asasi manusia kepada golongan yang tertindas. Program-program tertentu, yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan seharusnya diwujudkan.36 Dalam keadaan yang positif, Malaysia sama sekali tidak menolak cadangan terbabit. Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan ke-60 and 61. 35 Majlis Hak-hak Asasi Mausia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan ke-104, cadangan ke-8. 36 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 31 32 Latihan berfokuskan hak-hak asasi manusia telah ditawarkan kepada ahli-ahli badan perundangan di Malaysia. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM, telah menganjurkan mesyuarat akademik bagi ahli-ahli perundangan ketika Oktober 2009. Antara objektif mesyuarat tersebut adalah untuk memperjelaskan cara-cara pelaksanaan prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam sistem perundangan Malaysia kepada mereka yang hadir.37 Bagaimanapun, mesyuarat tersebut bukanlah salah satu dari kurikulum tetap bagi badan undang-undang, dan kadar perbahasan isu diskriminasi gender dalam mesyuarat tersebut masih gagal diketahui secara jelas. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), sebahagian daripada Jabatan Perdana Menteri, telah menganjurkan kursus pada tahun 2010 bertajuk “Kursus Mengikuti Tanggungjawab berkaitan Konvensyen Hak-hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ke Atas Wanita (CEDAW), dan Konvensyen mengenai Orang Kurang Upaya (PWDC).38 Pelbagai seminar dan bengkel telah dianjurkan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, tiada penjelasan untuk menerangkan untuk siapa bengkel-bengkel tersebut diadakan, dan bagaimana isu berkaitan kesamarataan gender dan diskriminasi telah dibahaskan. Perenggan ke-14 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa juga telah mendesak Negara Anggota untuk menjalani satu proses pembentukan semula bagi mengatasi masalah percanggahan antara undang-undang Syariah dan undang-undang sivil, termasuklah dengan memastikan bahawa sebarang konflik yang ada, berkaitan dengan wanita dan hak kesaksamaan mereka, agar kesemua cadangan yang dibuat, teruatamanya cadangan ke-21, dapat dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Negara. Negara Anggota juga digalakkan agar mengumpul maklumat yang mencukupi dan melihat sesuatu perkara berkaitan hukum Islam dengan perspektif yang berbeza bagi mencapai tujuan tersebut. Negara Anggota juga digalakkan agar mengambil kesemua langkah yang diperlukan bagi membuka ruang untuk reformasi undang-undang, termasuklah dengan membina hubungan dan koloborasi antara ahli perundangan Islam dengan institusi-institusi kajian, masyarakat madani, badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan isu wanita, dan pemimpinpemimpin masyarakat pada semua peringkat. Jawatankuasa juga mencadangkan agar mekanisme persekutuan yang kukuh diwujudkan bagi menjamin keharmonian dalam pelaksanaan hukum Syariah di semua negeri di negara ini. Kerajaan Persekutuan telahpun melakukan beberapa percubaan bagi menyatukan undang-undang keluarga islam di semua negeri di Malaysia. Bagaimanapun, semua usaha ini telah merugikan wanita atas sebab-sebab yang kurang dapat dipastikan. Pada tahun 2003, beberapa negeri telahpun bersetuju dengan usaha penyeragaman sistem undang-undang ini. Wilayah Persekutuan merupakan negeri yang terakhir untuk bersetuju dan ini berlaku pada tahun 2005. Pada tahun 2005, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 telah diluluskan di Parlimen. Pada masa yang sama juga, Perdana Menteri Malaysia telah mengiktiraf isuisu yang dibangkitkan pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi wanita. Kedua-dua perkara ini dilihat mampu menjadi batu loncatan dalam proses Pindaan semula sistem perundangan negara. Pada tahun 2009, ketika sesi Penilaian Penggalan Sejagat, kerajaan Malaysia telah menyebut: “Malaysia sedang menjalani satu proses kajian semula sistem perundangan kebangsaan bagi menjamin keseragaman antara prinsip dan peruntukan dalam CRC dan CEDAW dan dasardasar kerajaan. Sepanjang proses tersebut, ahli jawatankuasa yang terlibat telah melakukan pelbagai kajian ke atas isu seperti pembatalan perkahwinan, nafkah bulanan, penjagaan anak, urusan pengurusan wasiat, dan pegangan agama anak yang terbabit dalam kes perceraian ibu bapa yang berbeza agama. Pada masa yang sama, satu panel ahli jawatankuasa turut Laporan Tahunan SUHAKAM 2009, hlm. 24 37 Institut Kehakiman dan Latihan Guaman, Program Kursus 2010, boleh diperolehi di: www.ilkap.gov.my/prime_bi.php 38 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ditubuhkan, bagi menyemak semula rangka undang-undang agar hak wanita di bawah Undang-undang Keluarga Islam dapat dipelihara dengan lebih baik pada masa hadapan.”39 Satu barisan ahli jawatankuasa telah ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mendapat desakan dari masyarakat berikutan pindaan Undang-undang Keluarga Islam pada tahun 2005. Ahli jawatankuasa ini telah disertai oleh Jabatan Peguam Negara, NGO Sisters in Islam, dan Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG). Perjanjian untuk menolak sebarang rang undang-undang yang mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita menjadi kesimpulan rasmi hasil perbincangan ahli jawatankuasa ini. Kerajaan telah menghantar maklumat mengenai pindaan ini kepada Majlis Raja-Raja Malaysia, bersama-sama dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (dengan sebab pertukaran agama pasangan (Seksyen 51)). Majlis Raja-Raja telah mengatakan bahawa mereka memerlukan sedikit masa bagi berunding dengan badan-badan agama setiap negeri. Mereka juga gagal menjelaskan mengapa perkara yang dibincangkan tidak boleh terus dibawa ke Parlimen. Kerajaan juga telah menyebut bahawa penyeragaman undang-undang Syariah dan undang-undang Persekutuan merupakan usaha yang sukar kerana undang-undang Syariah merupakan sebahagian daripada undang-undang negeri. Bagaimanapun, Jawatankuasa CEDAW telah membawa perkara ini dalam Cadangan Umum Ke-28: “Pembahagian kuasa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri tidak seharusnya mengurangkan kesediaan sebuah negeri untuk menjamin hak wanita dalam sistem perundangan mereka. Dalam semua keadaan, semua kerajaan negeri seharusnya melaksanakan semua tanggungjawab mereka seperti yang dipersetujui dalam Konvensyen.”40 Salah satu kes yang membuktikan perkara ini adalah kes Shamala Sathiyaseelan yang telah dibangkitkan pada tahun 2005 dalam Laporan Bayangan CEDAW 2005. Pada tahun 2010, kes ini telah dibawa ke mahkamah Persekutuan. Kes Shamala bermula apabila pada tahun 2002, suami kepada Shamala telah memeluk Islam tanpa pengetahuan Shamala, isterinya sendiri. Kes ini menjadi pencetus kepada kes-kes lain yang telah dilaporkan di kedua-dua mahkamah Syariah dan sivil. Sekitar November 2010, Mahkamah Persekutuan telahpun menafikan tanggungjawab mereka untuk menegakkan keadlian dengan menolak sebarang soalan berkaitan perlembagaan yang ditanyakan bagi mempersoalkan pertukaran agama seorang bapa kepada Islam. Mahkamah Persekutuan telah menyebut bahawa ketidakhadiran Shamala ketika itu boleh dijadikan sebab bagi mengabaikan sebarang soalan-soalan sedemikian.41 Dalam keputusan-keputusan mahkamah yang terdahulu, hak kesaksamaan Shamala sebagai ibu bapa turut dinafikan apabila dia dimaklumkan agar mendidik anaknya dengan ajaran agama yang bukan agamanya sendiri. Ini dikatakan telah menjadi punca bagi tindakan Shamala melarikan diri dari negara ini dan gagal hadir dalam sesi perbicaraan seterusnya. Konflik Shamala dan mahkamah ini dipercayai telah menambah lagi tekanan sedia ada wanita-wanita yang terpaksa berhadapan dengan isu yang sama. Malaysian Government Report to the Working Group on the Universal Periodic Review, A/HRC/WG.6/4/MYS/1/Rev.1, 19 November 2008, perenggan ke-21. 39 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-28, perenggan 39. 40 Persoalan perundangan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan tetapi tidak dijawab: Soalan 1: Adakah Seksyen 95(b) bagi Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) aAdministration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 (Act 505) yang berkuasa ke atasArtikel 12 (4) dan Artikel 8bagi Perlembagaan Persekutuan, dibaca dalam konteks yang betul? Soalan 2: Adakah Seksyen 95(b) bagi Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), sebagai satu undang-undang Negeri, yang disokong oleh Artikel 75 Perlembagaan Persekutuan, tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan, terutamanya, Seksyen 5(1) bagi Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (seperti yang dipinda) dan tidak sah? Soalan 3: Dalam konteks Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apabila hak penjagaan anak-anak telah diberikan oleh Mahkamah Syariah/ Mahkamah Tinggi, adakah mahkamah lain mempunyai kuasa untuk masuk campur dan mengeluarkan arahan yang bertentangan? Soalan 4: Apabila berlaku pertukaran agama anak oleh salah seorang ibu bapa tanpa mendapat persetujuan daripada ibu bapa yang seorang lagi, adakah wujud hak bagi ibu bapa yang bukan beragama Islam sepertimana yang disebut dalam Bahagian II Perlembagaan di Mahkamah Tinggi? Soalan 5: Berdasarkan konteks Artikel 8, 11, 12 (4) dan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan adakah Mahkamah Syariah mempunyai hak perundangan ekslusif bagi mengesahkan pertukaran agama seorang kanak-kanak yang telah didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftaran Muallaf (Majlis Agama Islam)? 41 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 33 Perenggan ke-16 dalam Komen Penutup 34 Jawatankuasa menyeru agar Negara Anggota melaksanakan tindakan yang berkesan dalam mengubah stereotaip berkaitan dengan peranan lelaki dan wanita. Tindakan tersebut termasuklah meningkatkan kesedaran kaum lelaki dan wanita, kanak-kanak mahupun orang dewasa, dan pemimpin-pemimpin agama, dan membabitkan penolakan sebarang bentuk stereotaip berkaitan dengan peranan gender tradisional lelaki dan perempuan dalam sesebuah masyarakat, sejajar dengan Artikel 2(f) dan 5(a) Konvensyen. Setakat ini, masih belum ada lagi sebarang kempen kesedaran yang dikhaskan untuk mengubah pandangan masyarakat mengenai stereotaip berkaitan dengan peranan sesuatu gender. Stereotaip gender ini mempunyai impak besar ke atas kehidupan wanita, golongan transgender dan wanita yang mempunyai orientasi seksual berbeza. Retorik kerajaan berkaitan dengan wanita turut dilihat mampu membentuk stereotaip yang dimaksudkan di sini, dan seringkali mengaitkan “tugasan di rumah” dengan kaum wanita. Pada tahun 2010, Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah mengatakan dalam satu ceramahnya berkaitan dengan pengambilan wanita sebagai pekerja, “Kita memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan fleksibel. Waktu kerja yang fleksibel seharusnya diwujudkan bagi membolehkan wanita mencari kerja, walaupun mereka mempunyai tanggungjawab sebagai ibu.”42 Ketika menyebut mengenai cuti bersalin dalam pembentangan Bajet 2011 pula, Perdana Menteri menyebut, “Kerajaan seharusnya peka dengan prospek kerjaya dan kebajikan kakitangan kerajaan wanita yang turut memiliki tanggungjawab besar di rumah.”43 Ini dilihat sebagai satu masalah kerana kenyataan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kaum lelaki yang berstatus ayah atau ketua keluarga tidak perlu diberikan waktu kerja yang fleksibel untuk tujuan yang sama. Ini turut memberikan impresi yang tugasan ibu bapa bukanlah tugasan bersama, tetapi hanyalah sekadar tugasan ibu sahaja. Wanita seringkali menjadi mangsa kata-kata yang berbaur sindiran di dalam mahupun di luar dewan Parlimen. Lebih menyedihkan, tiada sebarang tindakan susulan telah diambil ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan persekitaran politik di Malaysia kelihatan seperti satu persekitaran yang menyeramkan.44 Di Malaysia, golongan transgender, mahupun biseksual dan homoseksual terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah kerana gagal mengamalkan gaya hidup heteroseksual berdasarkan stereotaip gender yang diterima masyarakat. Pada November 2011, polis Malaysia telah mengharamkan festival yang bernama Seksualiti Merdeka. Festival ini, yang mana diharapkan mampu memberi ruang kepada mereka yang berbeza dari segi orientasi seksual, untuk meluahkan pendirian dan ekspresi masing-masing, telah diibaratkan oleh sebahagian individu dari kementerian tertentu sebagai satu perhimpunan yang menggalakkan “budaya binatang.”45 Timbalan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa perhimpunan ini hanya untuk mereka yang sesat dan menyesatkan46 dan sudah jauh tersimpang dari jalan yang benar. Selain itu, susulan dari kejadian ini, seorang Ahli Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia perlu mewujudkan “pusat rawatan homoseksual” bagi mengelakkan perhimpunan seperti ini dari berlaku lagi pada masa hadapan.47 Undang-undang Syariah Negeri turut menentang golongan yang mengamalkan gaya hidup bercanggahan dengan stereotaip gender yang dipegang masyarakat majoriti di negara ini. Golongan transgender, lesbian, dan mereka yang cenderung untuk memakai pakaian jantina yang berlawanan seringkali diganggu dan ditahan polis. “Flexi-hours will encourage more women to contribute, says Najib”, The Star, 26 Ogos 2010. 42 “Female civil servants can take up to 90 days maternity leave”, The Star, 16 Oktober 2010. 43 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 5 CEDAW dalam laporan ini untuk maklumat lanjut. 44 “Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya ‘binatang’ – Ibrahim Ali”, Utusan Malaysia, 3 November 2011. 45 “‘Seksualiti Merdeka’ programme a deviationist activity – Muhyiddin”, New Straits Times, 3 November 2011. 46 “Call to establish homosexual rehab centre”, The Sun, 22 Mac 2012. 47 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Perenggan ke-18 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa menggalakkan Negara Anggota agar mengambil semua tindakan sewajarnya, walaupun bersifat sementara, bagi memastikan tujuan utama bagi Artikel 4, perenggan pertama dan Cadangan Umum ke-25 Konvensyen, dapat dicapai, terutamanya dalam usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam badan-badan awam pada semua peringkat, termasuklah peringkat antarabangsa. Penglibatan wanita dalam politik masih boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah. Pada tahun 2010, hanya 7.1% daripada Menteri Kabinet di Malaysia terdiri dari kaum wanita. Selain itu, wanita merangkumi 25.7% daripada senarai pemegang jawatan Senator, 10.4% daripada panel Ahli Parlimen, dan hanya 8% daripada Ahli Undangan Negeri.48 Pada tahun 2004, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa kuota 30% telahpun diberikan kepada wanita bagi jawatan dalam peringkat pembuatan keputusan. Pada tahun 2006, sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Jawatankuasa CEDAW, berkenaan jangka masa yang terlalu lama diambil oleh kerajaan untuk mencapai sasaran kuota tersebut, Puan Faizah Mohd Tahir, wakil dari kerajaan sekadar menjawab, “Kertas kerja sudahpun disampaikan kepada barisan Kabinet pada tahun 2005.”49 Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang dikeluarkan pada tahun 2010, telah diibaratkan sebagai satu rangka kerja yang meragukan dari aspek penggalakan penglibatan wanita dalam peringkat pembuatan keputusan. Dalam rancangan tersebut, kerajaan telah menyebut bahawa mereka “akan meningkatan usaha bagi mencapai kuota sekurang-kurangnya 30% dalam jawatan pembuat keputusan kepada wanita sepanjang jangka masa rancangan tersebut.”50 Namun begitu, tiada sebarang tindakan tegas, walaupun sekecil pembentangan rangka masa pelaksanaan, telah diambil sehingga kini. Pada tahun 2011, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa 32.3 peratus daripada kesemua jawatan pembuat keputusan dalam negara sudahpun dipegang oleh kaum wanita pada tahun 2010. Peratusan ini dilihat sebagai satu peratusan yang tidak tepat, dan hanya dibuat berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang diberi nama “Peratusan Pengurusan Tertinggi di Sektor Awam Mengikut Jatina.” Jawatan yang dilingkumi dalam “Pengurusan Tertinggi” tidak disenaraikan. Berdasarkan rekod statistik kerajaan pada tahun 2010 yang dikeluarkan oleh kementerian yang sama bertajuk “Penglibatan Wanita Pada Peringkat Pembuatan Keputusan dalam Sektor Awam”: • Hanya 4 daripada 24 Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 17 daripada 57 Timbalan Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 8 daripada 43 Ketua-ketua Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengurus Badan-badan Berkanun adalah perempuan. • Hanya 18 daripada 110 Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan adalah perempuan. Secara keseluruhan, hanya 20 peratus sahaja daripada jawatan pembuat keputusan telah diberikan kepada kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri mempunyai kecenderungan untuk memilih data yang kurang tepat semata-mata untuk menyenangkan pendengar. Perenggan ke-18 Komen Penutup 2006 (disambung) Jawatankuasa mengajak Negara Anggota agar menggalakkan penggunaan sistem kuota dalam sistem parti politik di Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community 2010, hlm. 65-69. 48 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi Mesyuarat ke-731 yang dianjurkan pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan on 20 June 2006, perenggan ke-59 49 Tenth Malaysia Plan 2011-2015, hlm. 181, boleh diperoleh di: http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rmKE10/rmke10_ english.html 50 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 35 36 Kerajaan Malaysia tidak pernah lagi menekankan penggunaan sistem kuota dalam parti-parti politik di Malaysia. Hanya satu parti politik telah menggunakan sistem kuota seperti ini, dan parti tersebut adalah Parti Keadilan Rakyat. 30% daripada jawatan penting bagi parti ini dipegang oleh kaum wanita.51 Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan komitmen yang tinggi kepada kuota ini. Pada tahun 2012, 40 peratus daripada barisan ahli jawatankuasa eksekutif di negeri ini terdiri dari kaum wanita.52 Perenggan ke-18 Komen Penutup 2006 (disambung) Jawatankuasa turut mencadangkan agar Negara Anggota terus menjalankan program yang boleh meningkatkan teknik kepimpinan dan perbincangan kepada pemimpin-pemimpin wanita. Mereka juga turut menggalakan Negara Anggota agar mengambil langkah yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi jumlah wanita dalam jawatan pembuat keputusan dalam sektor swasta. Mereka turut menggalakan Negara Anggota agar melaksanakan kempen kesedaran yang menekankan penglibatan wanita dalam jawatan pembuat keputusan pada semua peringkat masyarakat. “Penyertaan wanita di sektor swasta hanya merupakan 6.1% bagi pengarah korporat di Malaysia dan 7.0% Ketua Pegawai Eksekutif daripada 100 buah syarikat terbesar di Bursa Malaysia pada tahun 2008. Dari tahun 2005 hingga tahun 2009, penyertaan wanita dalam GLC kekal antara 11.0%-14.0%”53 Pada 27 Jun 2011, Perdana Menteri telahpun mengisytiharkan bahawa dalam masa 5 tahun, 30 peratus daripada jawatan pembuat keputusan dalam sektor swasta (dalam majlis pengarah) bakal terdiri dari kaum wanita.54 Bagaimanapun, setelah dikritik oleh beberapa pihak, beliau telah menjelaskan bahawa, angka tersebut “bukanlah kuota, tetapi hanyalah satu sasaran.”55 Dalam satu langkah yang positif, bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telahpun mengumumkan yang syarikat-syarikat awam, dan syarikat-syarikat yang sedang dalam proses untuk mendapatkan status tersebut, seharusnya meletakkan sasaran yang sama. Pada tahun 2012, setiap syarikat tersebut diarahkan untuk menyertakan maklumat mengenai status perwakilan wanita dalam laporan tahunan mereka. Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dilaporkan telah berkata, “Ini merupakan sesuatu yang boleh dilakukan secara berfasa. Dengan adanya sasaran tahunan, peratusan 30% tersebut akan dicapai dalam masa lima tahun.”56 Perenggan ke-20 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa telahpun mendesak Negara Anggota supaya menggiatkan lagi usaha mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang seimbang bagi lelaki dan wanita, termasuk mengambil langkah istimewa sementara, bagi memastikan sasaran bagi Artikel 4, Perenggan Pertama Konvensyen, dan Cadangan Umum ke-25 tercapai. Jawatankuasa turut mencadangkan agar Negara Anggota menjalankan pengawasan bagi memastikan perubahan positif berkaitan dengan isu stereotaip gender, konsep tugasan domestik, dan tanggungjawab kekeluargaan antara lelaki dan wanita dapat dilihat. Susunan kerja yang sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan turut digalakkan untuk dibuat. “PKR: Clearer policy needed on gender representation”, The Nut Graph, 16 Jun 2009 51 “Challenging and exciting times”, Selangor Times, 16 Mac 2012. 52 Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, hlm. 181. 53 “PM: 30% of corporate decision-makers must be women”, The Star, 27 Jun 2011. 54 “Women smart partners”, The Star, 26 Ogos 2011. 55 “Securities Commission: Firms must fulfill women quota for top positions to be listed”, The Star, 15 September 2011. 56 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Seperti yang telah disebut di atas, kerajaan telahpun memperuntukkan 30 peratus jawatan dalam sektor awam dan swasta kepada wanita. Walau bagaimanapun, retorik kerajaan masih lagi memberikan gambaran bahawa wanita seharusnya bekerja sebagai pengurus “tugasan di rumah” dan penjaga utama anak-anak. Pada tahun 2010, Perdana Menteri telahpun mengulas bahawa para majikan seharusnya menyediakan waktu kerja yang lebih fleksibel kepada wanita dan memberi ruang kepada golongan ini untuk bekerja dari rumah.57 Pada Disember 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkata, “Wanita seharusnya diberikan waktu bekerja yang fleksibel dan dibolehkan bekerja dari rumah, apabila perlu, bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam dunia pekerjaan.” Beliau turut berkata bahawa, wanita di seluruh dunia “masih lagi kurang produktif, dibayar dengan gaji yang rendah, dan terdedah kepada pekerjaan yang berisiko tinggi” dan amat berharap agar wanita-wanita di Malaysia tidak dimasukkan dalam mana-mana kategori ini.58 Walaupun penggalakan bagi wanita menjalankan kerja sambilan meningkatkan lagi bilangan kaum wanita yang terlibat dalam arus pekerjaan di Malaysia, perkara ini sepatutnya turut dikaitkan dengan usaha menjadikan tugasan ibu kepada tugasan ibu bapa bagi meneruskan usaha membahagikan tugasan domestik secara lebih saksama. Menggalakkan wanita terlibat dalam tugasan sambilan dan bukan tugasan sepenuh masa memberikan gambaran bahawa tugasan wanita seharusnya di rumah, dan bukannya di tempat kerja. Ini secara tidak langsung membuka ruang kepada penindasan ke atas mereka untuk berlaku, dalam bentuk gaji yang rendah ataupun tugasan berisiko tinggi. Pada tahun 2007, subsidi bagi penjagaan anak telah diberikan kepada penjawat-penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Subsidi berjumlah RM180 turut akan diberikan kepada setiap orang kakitangan kerajaan bagi setiap seorang anak. Pada tahun 2009, polisi ini telah diperluaskan lagi kepada kakitangan kerajaan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000.59 Pada tahun 2009, pembebasan cukai telahpun ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang mewujudkan pusat jagaan anak di pejabat-pejabat mereka.60 Namun begitu, jumlah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian masih lagi tidak begitu memberangsangkan.61 Kebanyakan dari retorik kerajaan mengenai pusat penjagaan kanak-kanak masih lagi dibayangi dengan istilah “tugasan ibu” berbanding dengan “tugasan ibu bapa.” Ini bukanlah sesuatu yang dapat memberikan gambaran yang adil mengenai tanggungjawab dan peranan bagi satu pasangan. Perenggan ke-22 dalam Komen Penutup 2006 Jawatankuasa menekankan bahawa kes suami merogol isteri boleh ditafsirkan sebagai kes rogol jika persetubuhan berlaku tanpa persetujuan isteri. Kanun Keseksaan bagi kes-kes rogol masih lagi tidak mengiktiraf persetubuhan yang tidak mendapat persetujuan isteri sebagai satu bentuk jenayah. Pada tahun 2005, Kanun Keseksaan telahpun dipinda dengan meletakkan persetubuhan yang tidak mendapat persetujuan isteri dengan menggunakan kekerasan di dalam undang-undang tersebut. Bagaimanapun, persetubuhan ini masih tidak lagi disamakan dengan kejadian rogol. Istilah “potensi kecederaan fizikal” dan bukan istilah “rogol” telah digunakan dalam peruntukan Sub-Seksyen 375A bagi Kanun Keseksaan. Sub-seksyen tersebut menyebut: “Mana-mana lelaki yang terlibat dalam persetubuhan yang boleh menyebabkan kecederaan ataupun kematian kepada isterinya boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun.” Hukuman bagi “kecederaan ataupun kematian” ini masih lagi tidak dianggap setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku salah. Hukuman bagi kes rogol adalah penjara antara 5 sehinggalah 20 tahun termasuklah hukuman sebatan manakala hukuman bagi kes di atas hanyalah hukuman penjara 5 tahun. Seksyen 376 bagi Kanun Keseksaan telah menyebut: “Flexi-hours will encourage more women to contribute, says Najib”, The Star, 26 Ogos 2010. 57 “Govt targeting bigger women workforce by 2015, says DPM”, The Star, 9 Disember 2010. 58 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 24. 59 “Set up childcare support system fast”, New Straits Times, 10 Mac 2012. 60 “Childcare centres at workplaces find few takers”, The Star, 6 Februari 2012. 61 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 37 “Mana-mana pihak yang melakukan jenayah rogol akan dihukum dengan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan.” 38 Selain itu, pengecualian telah disebut dalam Sub-seksyen 375A bagi Kanun Keseksaan: “Pengecualian- Persetubuhan antara lelaki dan isterinya dalam satu ikatan perkahwinan yang sah di bawah undang-undang bertulis, boleh dikategorikan sebagai satu persetubuhan biasa, dan bukannya satu kejadian rogol.” Pada tahun 2006, wakil kerajaan telahpun menyatakan di hadapan barisan panel Jawatankuasa CEDAW bahawa: “Ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen telahpun membuat keputusan bahawa kes rogol antara suami isteri, tidak boleh dijadikan satu bentuk jenayah kerana boleh menyebabkan percanggahan antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah. Namun begitu, sebagai satu bentuk persetujuan dengan barisan ahli jawantkuasa CEDAW, persetubuhan yang menyebabkan kecederaan akan dikira sebagai satu bentuk jenayah pada masa depan.”62 Perenggan ke-24 dalam Komen Penutup 2006 Jawatankuasa mendesak Negara Anggota agar mempertimbangkan Protokol Mencegah, Menyekat, dan Menghukum Pemerdagangan Manusia, terutamanya di Kalangan Wanita dan Kanak-kanak, sepertimana yang disebut dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu berkenaan Jenayah Terancang Antarabangsa, bagi meningkatkan usaha melawan segala bentuk pemerdagangan wanita dewasa mahupun kanak-kanak perempuan, termasuklah dengan menyediakan perundangan yang komprehensif dan spesifik. Jawatankuasa turut menyeru agar Negara Anggota meningkatkan lagi usaha di peringkat antarabangsa dan tempatan, dan hubungan kerjasama dua hala bagi menekan negara yang mempunyai kadar jenayah pemerdagangan manusia yang tinggi melalui satu sistem pertukaran maklumat yang efektif. Pada Februari 2009, Malaysia telahpun menerima “Protokol Mencegah, Menyekat, dan Menghukum Pemerdagangan Manusia, terutamanya di kalangan Wanita dan Kanak-kanak, sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan dengan Jenayah Terancang Transnasional” dengan satu reservasi. Pada Julai 2007, Akta Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) telahpun dipertimbangkan. Menjelang Februari 2008, akta ini telah berjaya dilaksanakan. Rang undang-undang ini telah pun meletakkan pemerdagangan manusia di bawah kuasa Majlis Anti-Pemerdagangan Manusia. Pada tahun 2010, kerajaan telahpun melakukan pindaan bagi akta ini di Parlimen. Undang-undang terdahulu dilihat hanya membincangkan kes pemerdagangan orang secara umum. Pindaan yang dibuat pada tahun 2010 akhirnya telah meletakkan istilah “penyeludupan warga asing” dan “isu-isu berkaitan dengannya” sebagai sebahagian daripada sistem perundangan yang ada. Human Rights Watch telahpun menyebut bahawa pengasingan “isu penyeludupan warga asing” dan “pemerdagangan manusia” sebagai sesuatu yang bercanggahan dengan permintaan badan-badan berkaitan dengan undang-undang sivil di Malaysia.63 Pada tahun 2010 dan 2011, Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat, melalui Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang mereka, telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mengalami peningkatan dalam usaha menangani pemerdangan manusia, dan meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 2 dalam sistem mereka. Mereka menjelaskan bahawa kategori ini dikhaskan untuk “Negara-negara yang masih lagi tidak bersetuju secara sepenuhnya untuk mematuhi tahap minima Akta Perlindungan Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi Mesyuarat ke-731 yang dibuat pada pukul 3 petang, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan 54. 62 Human Rights Watch, “Malaysia: Letter to the Prime Minister regarding amendments to the Anti-Trafficking in Persons Act”, 8 September 2010, http://www.hrw.org/en/news/2010/09/08/malaysia-letter-prime-minister-regarding-amendments-anti-trafficking-persons-act 63 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Mangsa-Mangsa Pemerdagangan Manusia 2000, tetapi telah menunjukkan usaha yang besar bagi mencapai tahap tersebut.”64 Pada tahun 2009, Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 3. Kategori ini untuk oleh “Negara-negara yang tidak mematuhi tahap minima yang diminta dan tidak mempunyai usaha bersungguh-sungguh bagi mengatasi isu-isu berkaitan permerdagangan manusia.” Perenggan ke-24 bagi Komen Penutup 2006 (disambung) Jawatankuasa mendesak Negara Anggota agar mengumpul dan menganalisa data dari polis dan sumber-sumber antarabangsa bagi mendakwa dan menghukum mereka yang terbabit dalam pemerdagangan manusia, dan memastikan perlindungan hak-hak asasi manusia terjamin ke atas mangsa-mangsa jenayah ini. Jawatankuasa turut mendesak Negara Anggota agar memastikan bahawa kaum wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, agar tidak dihukum dengan undang-undang imigresen tertentu, dan diberikan perlindungan mencukupi bagi membolehkan mereka memberikan testimoni dalam perbicaraan yang dilakukan ke atas pesalah yang telah memperdagangkan mereka. Statistik turut menunjukkan bahawa, kes pemerdagangan manusia telahpun disebut-sebut oleh pihak media. Mereka telah menyebut: • Dari Februari 2008 sehinggalah Julai 2010, 1,656 mangsa kes pemerdagangan manusia telahpun diselamatkan. Namun begitu, hanya 484 orang daripada mereka boleh dianggap sebagai mangsa sebenar.65 • Dari 484 individu tersebut, pihak berkuasa telah mendapati bahawa 291 daripada mereka berumur 18 tahun dan ke bawah.66 • Pada masa antara Mac 2009 dan Februari 2010, tiga individu yang terbabit dalam pemerdagangan manusia telahpun didakwa.67 • Antara Mac 2010 sehinggalah Februari 2011, 11 individu telahpun didakwa dan dipenjarakan antara 3 hingga 8 tahun kerana menjalankan kegiatan pemerdagangan manusia.68 Setelah perbandingan dibuat antara laporan statistik di atas dan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 2009, pelbagai perbezaan dapat dikesan. Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telahpun menyebut: “Polis telahpun melaporkan bahawa mereka telah menyelamatkan 2000 individu asing termasuk wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan yang telah dipaksa untuk terjerumus dalam kegiatan pelacuran, ketika serbuan dibuat ke atas pusat-pusat pelacuran sekitar tahun 2008. Kerajaan juga telah melaporkan pihak-pihak kedutaan mangsa yang terbabit dan membawa mereka pulang tidak lama kemudian.”69 Perbezaan yang wujud antara jumlah kes yang dilaporkan oleh media dan jumlah kes yang direkodkan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang telah menzahirkan satu masalah yang perlu dipandang serius. Laporan media yang dikawal oleh pihak kerajaan telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia hanya bersikap sambil lewa dalam menangani masalah pemerdagangan manusia. Laporan yang diperoleh pada Ogos 2010 telah menyatakan bahawa, “Terdapat ramai warga asing yang datang ke Malaysia secara sukarela telah diselamatkan.”70 Kebanyakan mereka adalah mereka yang diperdayakan penjenayah Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010 64 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 65 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 66 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm. 224. 67 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 244. 68 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2009, hlm. 199. 69 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 70 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 39 sebelum dipaksa menjadi pelacur. Pada tahun 2010, laporan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telahpun menyebut bahawa: 40 “Kebanyakan dari warga asing yang diambil bekerja di Malaysia adalah mereka yang datang dengan visa “Pegawai Perhubungan Tetamu” bagi perkhidmatan perhotelan dan restoran sebelum diperdayakan dan dipaksa terbabit dalam kegiatan pelacuran.”71 Ketika penyiasatan dilakukan, mangsa-mangsa telahpun diletakkan di rumah-rumah perlindungan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke negara-negara asal mereka. Buat masa sekarang, terdapat sembilan rumah perlindungan telah diuruskan oleh pihak kerajaan. Empat lagi rumah perlindungan pula sedang melalui proses pembinaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop telah melaporkan bahawa, “mangsamangsa telahpun diberikan perlindungan di rumah-rumah yang disediakan, dan menerima kaunseling dan latihan pengurusan vokasional seperti menjahit dan pembuatan kraf tangan di sana. Mereka yang datang dari negara luar turut akan dibantu untuk pulang ke negara asal mereka.”72 Bagaimanapun, para pemerhati telahpun melaporkan bahawa, mangsa-mangsa yang diletakkan di rumah-rumah perlindungan ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari beberapa aspek. Mangsamangsa telah dilaporkan “gagal mendapat hak bekerja dengan pendapatan dan tidak mendapat kebenaran untuk mendapatkan bantuan undang-undang dan rawatan psikologi dari wakil-wakil kerajaan mahupun NGO.” Selain itu, kebanyakan pakar perubatan dan ahli psikologi yang dihantar ke pusatpusat perlindungan ini bukanlah mereka yang terlatih. Ini menyebabkan ramai mangsa gagal untuk memahami proses perundangan yang bakal mereka lalui.73 Laporan Pemerdagangan Orang yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 2011 telahpun menyebut: “Prosedur penyiasatan sedia ada dilihat sebagai tidak sensitif dengan keadaan mangsa kerana mengandungi unsur penceritaan semula secara paksa sebanyak tujuh kali oleh tujuh pegawai berbeza. Selain itu, ketika perbicaraan dijalankan, pihak berkuasa turut gagal mengasingkan mengasingkan mangsa dari penjenayah yang telah menganiya mereka. Ini telahpun menyebabkan tekanan dan ugutan wujud di kalangan mangsa dan keluarga, walaupun mereka bersungguh-sungguh ingin bekerjasama dengan pihak polis dan pendakwa.”74 Perenggan ke-26 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa telahpun menyebut bahawa Negara Anggota perlu mewujudkan undangundang yang komprehensif dan prosedur yang serba lengkap bagi melindungi hak-hak pekerja asing, termasuklah pekerja domestik. Sebelum Persidangan Buruh Antarabangsa 2011, kerajaan telah dijemput untuk memberikan komen berkaitan dengan piawaian pekerjaan yang sesuai bagi pekerja domestik. Komen-komen ini telah dikumpulkan bagi membantu proses penulisan satu laporan khas. Ketika laporan ini diterbitkan, kerajaan Malaysia telahpun menyebut bahawa, “Pekerja domestik tidak boleh disamakan dengan pekerja-pekerja lain”75 dan “pekerja domestik tidak boleh dikategorikan sebagai pekerja biasa, dan hak-hak isi rumah seharusnya diberikan ruang dalam pertimbangan melibatkan mereka.” 76 Kerajaan Malaysia telahpun mengeluarkan kenyataan ini melalui laporan mereka ketika Persidangan Buruh Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm. 223. 71 “Turning the corner”, The Star, 11 July 2010. 72 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. 73 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. 74 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100, 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 40. 75 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100, 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 6. 76 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Antarabangsa berlaku, dan mengaku bahawa mereka sememangnya tidak akan memberikan layanan kepada pekerja domestik sepertimana layanan yang diberikan kepada pekerja biasa.77 Pada Jun 2011, Konvensyen berkaitan dengan Kerja-Kerja Wajar bagi Pekerja Domestik dan Cadangan berkaitan dengan Kerja Bersesuaian bagi Pekerja Domestik telah mengambil kira apa yang dirundingkan ketika Persidangan Buruh Antarabangsa. Malaysia, seperti yang dijangka, enggan menyokong hasil dari usaha-usaha tersebut. Pekerja domestik asing tidak menerima perlindungan undang-undang sepertimana yang diberikan oleh pekerja-pekerja lain. Akta Kerja 1955 telahpun menyatakan secara jelas dan terperinci bahawa perlindungan hanya akan diberikan dalam bentuk cuti dan hak-hak yang dipersetujui dalam kontrak. Bagaimanapun, Rangka Pertama bagi Akta Kerja telahpun mengasingkan pekerja domestik asing dari pekerja asing lain berkaitan dengan hak mereka dari segi: • Hak-hak berkaitan dengan urusan keibuan, termasuk cuti dan perlindungan. Kehamilan turut dilarang ketika tempoh kontrak bekerja berjalan.78 • Cuti sehari bagi seminggu.79 • Para pekerja tidak seharusnya bekerja lebih dari 5 jam secara berterusan tanpa tempoh rehat kurang daripada 30 minit. Mereka turut tidak boleh bekerja melebihi 48 jam dalam masa seminggu.80 • Pekerja seharusnya layak mendapat gaji jika terpaksa bekerja pada hari-hari kelepasan am.81 • Hak untuk mendapat cuti tahunan.82 • Cuti sakit.83 • Hak perlindungan jika diberhentikan, dipecat, ataupun bersara.84 Mengikut Akta Kerja, notis pemberhentian seharusnya diberikan antara empat sehingga lapan minggu sebelum tarikh terakhir bekerja.85 Setakat ini, pekerja domestik hanya mempunyai 14 hari untuk bersiap sedia mencari langkah seterusnya dalam hidup mereka sekiranya diberikan notis pemecatan.86 Akta Pampasan Pekerja 1952 telahpun mengasingkan pekerja domestik dari kategori “pekerja.” Ini menyebabkan ruang bantuan berkaitan dengan kecederaan dan lain-lain gantirugi sepanjang tempoh bekerja gagal diberikan kepada golongan pekerja domestik apabila diperlukan. Memoranda Kesefahaman (MoU) telahpun ditandatangani oleh kebanyakan negara yang menghantar pekerja domestik ke Malaysia. Pada Mei 2011, perjanjian telah termeterai antara Malaysia dan Indonesia. Akhbar-akhbar tempatan telahpun melaporkan bahawa di bawah perjanjian ini, pekerjapekerja domestik seharusnya diberikan satu hari cuti setiap minggu dan dibayar bagi hari-hari yang mana mereka terpaksa bekerja separuh hari, andainya mereka gagal diberikan cuti tersebut. Pekerjapekerja domestik di Malaysia juga sepatutnya diberikan kebenaran untuk memegang pasport mereka sendiri dan para majikan mereka hanya dibenarkan memegang pasport tersebut bagi penyimpanan yang lebih selamat.87 Majikan juga perlu membayar gaji pekerja domestik terus ke bank akaun peribadi mereka walaupun pembayaran wang tunai masih lagi dibenarkan. Langkah perlindungan yang disebut Rujuk bab berkenaan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kenyataan kerajaan berkaitan dengan pekerja domestik. 77 Perlindungan keibuan tertakluk di bawah Bahagian IX Akta Kerja 1955. Pekerja domestik dikecualikan dengan jelas. 78 Hari bercuti tertakluk di bawah Seksyen 59, Bahagian XII, Akta Kerja 1955. Pekerja domestik dikecualikan dengan jelas. 79 Tempoh waktu bekerja tertakluk di bawah Seksyen 60A, Bahagian XII Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara jelas. 80 Hari Cuti tertakluk di bawah Seksyen 60D, Bahagian XII Akta Kerja 1955. Pekerja domestik dikecualikan secara jelas. 81 Cuti tahunan tertakluk di bawah Seksyen 60E, Bahagian XII, Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara jelas. 82 Cuti sakit tertakluk di bawah Seksyen 60F, Bahagian XII, Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara jelas. 83 Pemecatan, pemberhentian,dan faedah persaraan tertakluk di bawah Bahagian XXIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestic telah dikecualikan secara jelas. 84 Tempoh masa pemberitahuan bagi pemberian notis pemberhentian tertakluk di bawah Seksyen 12 Akta Kerja 1955. 85 Seksyen 57 bagi Akta Kerja 1955 mempunyai bahagian berasingan bagi memberikan panduan berkaitan tempoh pemberian notis berhenti pekerja domestik: “Subject to any express provision to the contrary contained therein, a contract to employ and to serve as a domestic servant may be terminated either by the person employing the domestic servant or by the domestic servant giving the other party fourteen days’ notice of his intention to terminate the contract, or by the paying of an indemnity equivalent to the wages which the domestic servant would have earned in fourteen days: Provided that any such contract may be terminated by either party without notice and without the paying of an indemnity on the ground of conduct by the other party inconsistent with the terms and conditions of the contract.” 86 “New MoU on maids inked”, The Star, 31 Mei 2011. 87 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 41 42 dalam perjanjian ini, bagaimanapun, masih lagi lemah dalam pelbagai aspek. Selain itu, kerajaan juga masih tidak mengiktiraf pekerja-pekerja domestik ini untuk memastikan hak-hak asasi mereka dilindungi. Gaji minima bagi pekerja-pekerja Indonesia ini juga dilihat masih tidak mencukupi. Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) yang dibuat ke atas Kerajaan Malaysia pada tahun 2009 telahpun menyebut bahawa Kerajaan telah pun menyokong cadangan-cadangan Nepal bagi “meneruskan usaha melindungi hak-hak pekerja asing dengan meningkatkan lagi penjagaan kebajikan pekerja-pekerja ini melalui pengurusan berinstitusi,”88 dan cadangan kerajaan Bangladesh dalam “meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan pekerja-pekerja asing.”89 Namun begitu, Kerajaan Malaysia gagal untuk bersetuju dengan saranan Kerajaan Afrika Selatan untuk “memberikan perlindungan yang lengkap kepada semua pekerja asing, termasuklah akses bagi perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan perumahan.”90 Perenggan ke-26 bagi Komen Penutup 2006 (sambungan) Jawatankuasa menyeru agar Negara Anggota menyediakan pekerja-pekerja asing saluran yang berterusan bagi menangani salahlaku majikan dan membenarkan mereka untuk terus berada di negara ini bagi membolehkan laporan dibuat jika sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Jawatankuasa turut mendesak Negara-negara Anggota agar membangkitkan kesedaran pekerja-pekerja asing mengenai perkara ini. Pekerja domestik juga diletakkan dalam situasi yang sukar jika pergaduhan berlaku antara mereka dan bekas majikan mereka. Pekerja asing hanya dibenarkan untuk memohon visa bulanan dengan kadar 100 ringgit sebulan andainya mereka ingin menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku antara mereka dan majikan mereka. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan permit bekerja sepanjang tempoh itu. Pekerja asing turut diwajibkan untuk meninggalkan pekerjaan mereka sekiranya mereka hamil. Mereka juga dilarang dari berkahwin sepanjang tempoh pekerjaan. Visa Kerja mereka turut dihubungkan terus kepada majikan mereka, yang mana bermaksud para pekera dari Indonesia, sebagai contoh, terpaksa kembali ke negara asal mereka, andainya berlaku sebarang pertukaran majikan. Perenggan ke-28 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa mencadangkan agar Negara Anggota mengambil undang-undang dan kawalan berkaitan dengan status mereka yang mencari perlindungan di negara ini, termasuklah dari kalangan pelarian, sejajar dengan piawaian antarabangsa, bagi memastikan perlindungan golongan ini benar-benar terjamin. Jawatankuasa turut mencadangkan agar Negara Anggota mengamalkan pendekatan sensitif terhadap isu gender dalam proses menyediakan perlindungan kepada pelarian, sejajar dengan kerjasama yang diberikan oleh agensi antarabangsa, terutamanya Suruhanjaya Tinggi Pelarian. Kerajaan Malaysia masih lagi belum bersetuju untuk menandatangani perjanjian Konvensyen Pelarian PBB dan masih lagi gagal menjanjikan perlindungan hak kepada golongan tersebut. Golongan pelarian masih lagi gagal mendapat hak yang sama seperti warga asing lain. Mereka boleh mendapat visa pelancong, yang hanya boleh diteruskan sehingga bulan ketiga. Namun begitu, urusan dokumentasi bagi mereka yang terpaksa menetap lebih lama dari tempoh tersebut masih Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 104, cadangan 50. 88 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 104, cadangan 50. 89 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 84(b). 90 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW lagi berpotensi untuk menyebabkan mereka terpaksa menjadi golongan yang menetap secara terlarang untuk sementara. Mereka juga berpotensi untuk dimasukkan dalam pusat-pusat tahanan imigresen dalam kes-kes tertentu. Laporan berita telahpun menyiarkan bahawa Timbalan Menteri Negeri Malaysia telahpun menyatakan bahawa “tiada undang-undang istimewa akan diberikan kepada para pelarian di Malaysia. Isu-isu berkaitan mereka akan diletakkan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan para pelarian berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin.”91 Retorik kerajaan turut menyebabkan isu pelarian dilihat sebagai satu isu yang buruk. Ini disyaki berlaku disebabkan kekurangan kefahaman berkenaan hak-hak asasi manusia kakitangan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan golongan ini. Timbalan Menteri Luar, Datuk A. Kohillan Pillay telah dilaporkan mendakwa bahawa Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan bagi menghantar pulang rakyat-rakyat asing ke negara asal mereka, ataupun ke negara ketiga.92 Berdasarkan kenyataan ini, pelarian jelas boleh dilihat sebagai mangsa keadaan dalam pelbagai keadaan, walaupun apabila ketika diberikan bantuan. Berdasarkan undang-undang kastam antarabangsa dan prinsip non-refoulement, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghantar para pelarian pulang ke negara asal mereka, bagi mengelakkan mereka dari didakwa, walaupun Malaysia masih lagi belum menandatangani perjanjian dengan Konvensyen Pelarian. Ini menyebabkan Malaysia kelihatan seperti memandang remeh perkara ini. Pejabat UNHCR bertanggungjawab menguruskan urusan pelarian di Malaysia ataupun di negara ketiga. Pada Mei 2011, 94400 pelarian dan mereka yang datang mencari perlindungan telahpun didaftarkan di bawah pejabat ini. 30% daripada mereka terdiri dari kaum wanita. Walaupun angka ini dilihat sebagai satu angka yang agak besar, masih lagi terdapat dalam 10,000 pelarian di negara ini yang masih lagi disyaki belum berdaftar wujud di negara ini.93 Seperti yang diketahui oleh UNHCR, pelarian wanita mungkin akan berhadapan dengan “penderaan dan keganasan yang mungkin memberi kesan yang besar ke atas kehidupan mereka berbanding ke atas kehidupan kaum lelaki. Mereka juga mungkin diganggu dan diberikan bantuan yang mungkin terpaksa dibayar melalui hubungan seks.”94 Perasaan takut yang datang dari kemungkinan mereka untuk ditahan atau diberi layanan buruk oleh pihak polis dan RELA telah menyebabkan ramai dari golongan pelarian lari daripada pihakpihak yang berpotensi memberikan bantuan. Ini menyebabkan akses mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan terbatas. Untuk memberikan gambaran betapa buruknya situasi ini di Malaysia, antara tahun 2005 dan 2010, 29759 orang individu telahpun disebat kerana melakukan kesalahan berkaitan dengan undangundang imigresen.95 Dari jumlah ini, diyakini bahawa, sebahagian daripada mereka yang didapati “bersalah” adalah golongan yang mencari perlindungan di negara ini. Walau bagaimanapun, bilangan pelarian dari kalangan mereka yang disebat kurang dapat dipastikan. Pihak pemerhati juga belum dapat memberikan kepastian bahawa pemegang kad pelarian UNHCR terbabit dalam hukuman tersebut.96 Laporan Pemerdagangan Orang yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 2010 telah menekankan bahawa di Malaysia: “Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) telahpun menjalankan serbuan berterusan ke atas komuniti yang disyaki merupakan warga asing tanpa izin. Pelarian, golongan yang mencari perlindungan, dan mangsa-mangsa pemerdagangan manusia telah didapati turut ditahan bersama dengan pendatangpendatang asing tanpa izin dalam serbuan ini.”97 “Over 90,000 refugees in Malaysia”, Malay Mail, 11 November 2010 91 “More than 90,000 refugees in Malaysia”, New Straits Times, 11 November 2010. 92 http://www.unhcr.org.my/About_Us-@-Figures_At_A_Glance.aspx 93 http://www.unhcr.org.my/refugeeMsia.htm# 94 “Call for Malaysia to stop caning refugees”, Malaysia Today, 11 Mac 2010. 95 “Burmese refugee tells of caning in Malaysia”, The Age [surat khabar Australia], 25 Jun 2011. 96 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm.223. 97 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 43 44 Pada Februari 2010, kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan golongan pelarian dan mereka yang mencari perlindungan di negara ini untuk bekerja secara sah. Langkah ini dilihat sebagai satu percubaan untuk menguruskan kekurangan pekerja di negara ini dan meningkatkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang berprikemanusian. Bagaimanapun, kerja-kerja yang boleh dilakukan golongan ini mungkin melibatkan “kerja-kerja kasar”98 dan masih tiada sebarang tindakan sudah diambil bagi memastikan pengumuman ini bakal bertukar menjadi satu dasar negara. Perenggan ke-30 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa mendesak Negara Anggota agar memasukkan dalam laporan mereka yang seterusnya, data yang diasingkan mengikut jantina dan perbezaan etnik bagi semua perkara yang disebut dalam Konvensyen, data yang diasingkan mengikut jantina, dan informasi mengenai keadaan terkini wanita di kawasan pedalaman dalam semua jenis sektor. Rekod data yang mengasingkan maklumat berdasarkan perbezaan gender masih lagi belum wujud secara berkesan di Malaysia. Contohnya, data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan dalam laporan tahunannya telah menyentuh insiden di mana kesan bagi sesuatu penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit tidak boleh dianalisa berdasarkan gender disebabkan perkara ini.99 Data mengenai kemiskinan juga masih lagi kekurangan dari aspek ini.100 Turut disebut di sini adalah bancian yang dijalankan pada tahun 2010. Bukti berdasarkan penceritaan peribadi telahpun menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis ketidakseragaman dan kekurangan dari segi metodologi dapat dikesan ketika proses bancian dilakukan.101 Laporan menunjukkan bahawa pegawai-pegawai bancian telahpun mengedarkan soalan dan borang-borang berkaitan kepada mereka yang menjadi subjek bancian. Namun begitu, terdapat banyak seksyen borang-borang tersebut terpaksa dibiarkan kosong ketika prosedur bancian dijalankan akibat kegagalan pegawai-pegawai berkaitan menjelaskan mengenai kod-kod yang digunakan dalam borang tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang baik memandangkan untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkualiti dan tepat, setiap aspek analisis, seperti soalan-soalan yang ada dalam bancian, perlu diterangkan dengan jelas. Masalah dari segi metodologi ini perlu diselesaikan oleh mereka yang terbabit pada masa akan datang. Perenggan ke-31 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa menggalakkan Negara Anggota untuk melaksanakan Protokol Pilihan bagi Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita dan menerima, secepat mungkin, segala pindaan dalam Artikel 20, Perenggan 1, Konvensyen berkenaan yang menekankan mengenai waktu mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Malaysia tidak lagi melaksanakan Protokol Pilihan CEDAW. Ketika Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia 2009, Turkey102 dan Lithuania103 telahpun mencadangkan agar kerajaan Malaysia untuk melaksanakan protokol ini. Bagaimanapun kerajaan Malaysia telahpun menolak cadangan yang diberikan. “Government May Allow Refugees to Work”, The Star, 22 Februari 2010. 98 Laporan Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di: http://www.moh.gov.my 99 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community 2011, hlm. 45. 100 “Census: Why wasn’t I asked all 51 questions?”, New Straits Times, 23 Julai 2010. 101 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 64(b). 102 103 Laporan Tahunan SUHAKAM 2009, hlm. 50. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW SUHAKAM, suruhanjaya hak asasi manusia di Malaysia telahpun terbabit dalam proses pembinaan kertas kerja mengenai pelaksaan protokol tersebut kepada kerajaan Malaysia.104 Pada tahun 2010, SUHAKAM telahpun mengakui bahawa “diskusi masih lagi diteruskan dengan pihak Kementerian bagi menggalakkan dan menekankan kepentingan pelaksanaan Protokol Pilihan (OP) kepada pihak CEDAW.”105 Perenggan ke-32 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa memohon agar Negara Anggota memastikan penglibatan meluas semua kementerian dan badan-badan kerajaan di negara mereka dalam proses penghasilan laporan seterusnya disamping menerima bantuan yang boleh ditawarkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang ada. Negara Anggota juga digalakkan untuk membawa isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan ini pada peringkat Parlimen sebelum dihantar kepada Jawatankuasa. Badan-badan berkaitan dengan hak asasi wanita di Malaysia telahpun mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan laporan CEDAW. Namun begitu, sehingga kini, tiada sebarang jawapan diberikan kepada badan-badan wanita ini daripada pihak kerajaan berkaitan dengan laporan tersebut. Perenggan ke-33 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa turut menegaskan bahawa Negara Anggota seharusnya menggunakan secara mutlak kebolehan mereka melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Konvensyen, Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing bagi menggalakkan peruntukan dibuat dalam isu-isu berkaitan dengan Konvensyen. Jawatankuasa juga meminta pihak Negara Anggota agar menyelitkan maklumat berkaitan perkara ini dalam laporan berkala mereka yang seterusnya. Cadangan ini telah mula dilaksanakan. Bagaimanapun peluasan pelaksanaannya di Malaysia masih lagi belum boleh dinilai oleh mana-mana pihak secara muktamad. Perenggan ke-34 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa menekankan bahawa pelaksanaan secara efektif dan mutlak hasil-hasil daripada perbincangan di Konvensyen masih belum tercapai bagi membolehkan Sasaran Pembangunan Millennium dikira sebagai satu kejayaan. Jawatankuasa telahpun menyeru agar integrasi dari aspek gender dan usaha ke arah mengubah semua peruntukan Konvensyen menjadi realiti dijadikan sebagai satu priority oleh Negara Anggota. Mereka juga meminta agar Negara Anggota menyertakan sekali informasi berkaitan perkara ini dalam laporan berkala mereka. Keberkesanan cadangan ini akan dinilai sebaik sahaja laporan kerajaan dihasilkan. 104 Laporan Tahunan SUHAKAM 2009, hlm. 50. Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 49. 105 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 45 Perenggan ke-35 Komen Penutup 2006 46 Jawatankuasa dapat melihat bahawa Negara Anggota sudahpun menyatakan pendirian tetap mereka berkenaan tujuh “alat” pemangkin penjagaan hak-hak asasi manusia yang utama. Ini dilihat sebagai sesuatu yang baik bagi menjamin kesejahteraan hidup kaum wanita. Oleh itu, Jawatankuasa telahpun menggalakkan kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semua aspek perjanjian yang masih belum terlaksana, terutamanya yang berkaitan dengan Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial, dan Kebudayaan, Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik, dan Konvensyen Antarabangsa berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi Kaum, dan Konvensyen berkaitan Penderaan dan semua Kezaliman, Kekejaman, Layanan Memalukan ataupun Hukuman, dan Konvensyen Perlindungan Hakhak Pekerja & Keluarga Asing Antarabangsa. Malaysia masih lagi gagal meluluskan hasil dari konvensyen-konvensyen ini. Kerajaan sepatutnya memberikan pendekatan yang ketara bagi membolehkan hasrat ini tercapai. Kerajaan Malaysia, setakat ini, hanyalah melaksanakan hasil dari Konvensyen berkaitan Hak-hak Kanak dan Konvenysen berkaitan Hak-hak Orang Kurang Upaya, selain dari CEDAW. Perenggan ke-36 Komen Penutup 2006 Jawatankuasa juga telah meminta agar Malaysia memperluaskan hasil dari komen-komen penutup Konvensyen ini bagi memastikan rakyat Malaysia, termasuklah kakitangan awam, ahli politik, Ahli Parlimen, dan semua organisasi berkaitan dengan hak asasi wanita dan manusia, sedar bahawa pelbagai tindakan sudah diambil bagi melindungi mereka, meyakinkan mereka bahawa kesaksamaan hak antara lelaki dan wanita wujud secara kukuh dari segi perundangan, dan meningkatkan lagi usaha yang diperlukan bagi mencapai tujuan akhir yang diimpikan semua pihak berkaitan dengan Konvensyen ini. Jawatankuasa juga telahpun menggesa Negara Anggota agar meneruskan perluasan hasil dari Konvesyen ini, Protokol Pilihan, Cadangan-Cadangan Umum yang dikemukakan, Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing, dan Perhimpunan Agung sesi ke-23 yang diberi nama “Kaum Wanita 2000: Kesaksamaan Gender, Pembangunan dan Keamanan bagi Abad ke-21” terutamanya kepada kaum wanita dan organisasi-organisasi yang berkaitan dengan hak mereka, ataupun hak asasi manusia secara amnya.” Tiada sebarang usaha yang jelas telah ditunjukkan oleh kerajaan bagi memperluaskan hasil dari Konvensyen CEDAW, termasuklah dari bahagian Komen Penutup dapat dilihat buat masa sekarang. Bagaimanapun, sebahagian daripada cadangan daripada Jawatankuasa CEDAW telahpun diambil untuk penghasilan dokumen-dokumen kerajaan. Contohnya, “Laporan Indeks Jurang Antara Gender: Mengukur dan Mengawal Kesaksamaan Gender” yang dikeluarkan melalui kerjasama antara pihak UNDP dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh dijadikan bukti. Laporan ini, bagaimanapun, masih lagi menggunakan bahasa yang terlalu teknikal untuk digunapakai oleh masyarakat umum. CEDAW juga hanya disebut sekali sahaja ketika Rancangan Malaysia Kesepuluh diluluskan pada tahun 2010. Tanpa memberikan maklumat terperinci, Rancangan Malaysia Kesepuluh telahpun menyatakan bahawa, “Kerajaan telahpun menyelitkan prinsip dan inisiatif bersesuaian bagi menghapuskan segala bentuk diskriminasi gender seperti mana yang disebutkan dalam Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi ke atas Wanita (CEDAW), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing, Sasaran Pembangunan Millennium (MDGs) dan Dasar Kebangsaan Wanita 2009.106 Tenth Malaysia Plan 2011-2015, hlm. 181. 106 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Perenggan ke-37 bagi Komen Penutup 2006 Jawatankuasa telahpun meminta agar Negara-negara Anggota memberikan maklumbalas yang jelas berkaitan dengan perkara-perkara yang disebutkan dalam kesemua Komen Penutup dalam laporan ini, dalam laporan berkala mereka seperti yang tertakluk dalam Artikel 18 Konvensyen. Jawatankuasa turut menggesa agar Negara Anggota melaporkan laporan berkala ke-3 mereka, yang sepatutnya dihantar pada Ogos 2004 dan laporan berkala ke-4 mereka, yang sepatutnya dihantar pada Ogos 2008, dalam satu laporan gabungan khas yang sepatutnya dihantar pada tahun 2008. Ketika laporan ini ditulis pada tahun 2012, laporan gabungan yang disebutkan di atas masih lagi gagal dihantar oleh kerajaan Malaysia. Badan-badan berkaitan dengan isu-isu wanita telahpun menulis surat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada tahun 2010 bagi mendapatkan penjelasan mengenai kelewatan ini. Sekitar Mac 2011, mereka sekali lagi bekerjasama menghantar surat yang sama kepada pihak kementerian. Namun begitu, usaha mereka masih belum mencapai tujuan yang diharapkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih lagi gagal memberikan jawapan yang memuaskan apabila ditanya. Wakil mereka sekadar mampu menjelaskan, secara tidak rasmi, bahawa sebuah rangka bagi laporan yang diminta sedang dalam proses untuk disiapkan. Ini benar-benar telah mengecewakan mereka yang telah meletakkan harapan yang tinggi kepada pelaksanaan hasil dari Konvensyen. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 47 48 Pernyataan hasrat kerajaan Malaysia seperti mana ini yang dibentangkan di hadapan panel Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006 Kenyataan hasrat yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2006 Adakah janji-janji yang dibuat telah dipenuhi? Reservasi Berdasarkan reservasi Artikel 9(2), kerajaan Malaysia telah menghantar wakil mereka, Puan Azailiza Mohd Ahad yang berkata, “Reservasi seharusnya disemak semula bagi mewujudkan layanan yang menjamin kesaksamaan. 107 Kerajaan telahpun menghapuskan reservasi bagi tiga Artikel CEDAW: 5(a), 7(b), dan 16(2). Bagaimanapun, tidak banyak yang telah dilakukan oleh mereka bagi mencapai tujuan pindaan ini, dan kesan-kesan lama reservasi ini masih lagi dapat dilihat. Selain itu, kerajaan masih lagi mengekalkan reservasi mereka bagi lima Artikel CEDAW, termasuklah artikel 9(2), 16(1)(A), 16(1) (c), dan 16(1)(f) dan 16(1)(g), dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menarik reservasi-reservasi ini. Artikel 1 dan 2: Undang-undang diskriminasi Kerajaan Malaysia, melalui wakilnya, Puan Azailiza Mohd Ahad, telahpun menyatakan bahawa “Kerajaan telahpun… melancarkan satu proses bagi menyemak semula undang-undang sedia ada, bagi memastikan sebarang undang-undang yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi dapat dipinda.”108 Sehinggalah hari ini, tiada sebarang maklumat yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi menunjukkan perkembangan bagi proses penyemakan semula ini. Kewujudan lebih banyak undang-undang yang berkaitan dengan kawalan wanita ke atas tubuh badan mereka telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Contohnya, satu fatwa yang mengisytiharkan bahawa pengkid (boleh ditafsirkan sebagai golongan tomboy) dan transgender boleh terus ditahan dan diganggu. Puan Azailiza Mohd Ahad juga telah berkata bahawa “dalam usaha mewujudkan kesedaran dalam sistem kehakiman, undang-undang domestik seharusnya mengandungi bahasa yang jelas bagi memastikan mahkamah dapat menjalankan perbicaraan dengan cara yang sejajar dengan tanggungjawab negara terhadap Konvensyen. Proses rasmi bagi menimbulkan kesedaran ini juga perlu diwujudkan. Namun begitu, kerajaan masih lagi belum menunjukkan sebarang usaha ke arah ini.109 Sehingga tahun 2010, kursus latihan telahpun diberikan kepada para pegawai kehakiman. Namun begitu, kursus ini masih lagi belum dijadikan sebahagian daripada latihan wajib. Salah seorang hakim Mahkamah Tinggi telahpun menyatakan persetujuannya pada Julai 2011 bahawa wanita yang dipecat disebabkan oleh kehamilannya telahpun menerima kesan dari diskriminasi terhadap wanita. Bagaimanapun, kes yang dibicarakan pada Mac 2012 telah menunjukkan bahawa panel hakim Mahkamah Rayuan tidak mempunyai pandangan yang sama dengan menetapkan bahawa persaraan adalah wajib bagi wanita yang berumur 50 tahun dan lelaki yang berumur 55 tahun, bagi mereka yang terlibat dalam indusri pembuatan plastik. Mereka juga tidak bersetuju bahawa perkara ini membabitkan diskriminasi terhadap wanita.110 Puan Faizah Mohd Tahir (Malaysia) telah berkata, “Undang-undang di Malaysia berkaitan dengan gangguan seksual masih lagi diproses dalam bentuk draf oleh Kementerian Sumber Manusia bagi memuatkannya bersama pindaan undang-undang berkaitan, seperti Akta Kerja 1955…”111 Pada tahun 2011, Pindaan Akta Kerja telahpun dibentangkan di Parlimen. Pindaan ini turut menekankan tindakan yang perlu diambil majikan jika laporan mengenai gangguan seksual dibuat. Namun, undang-undang ini masih lagi mengandungi pelbagai aspek yang membataskannya dari berfungsi seperti yang diharapkan.112 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 61. 108 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 10. 109 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 12. 110 Rujuk bab yang membincangkan Artikel15 CEDAW untuk maklumat lanjut bagi kes-kes begini. 111 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 20. 112 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 11 CEDAW untuk maklumat lanjut berkaitan dengan peruntukan yang wujud berkaitan bagi gangguan seksual di bawah Akta Kerja 1955. 107 Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Artikel 4: Langkah sementara Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa tiada sebarang langkah sementara telah diambil bagi menghapuskan diskriminasi. Namun begitu, mereka telah mengakui bahawa “terdapat beberapa isu yang perlu disemak semula setelah mendengar komen yang diberikan oleh barisan Jawatankuasa.”113 Pada tahun 2004, Kerajaan telah memutuskan bahawa 30 peratus penjawat jawatan pembuat keputusan seharusnya terdiri dari kaum wanita. Bagaimanapun, tiada sebarang rangka kerja yang konkrit telah diwujudkan bagi mencapai hasrat ini. Pada tahun 2011, kerajaan turut mengumumkan bahawa target 30 peratus ini juga perlu dicapai oleh sektor swasta dalam masa lima tahun.114 Artikel 6: Pemerdagangan manusia Puan Azailiza Mohd Ahad turut menjelaskan bahawa kerajaan masih lagi menekankan isu-isu berkaitan dengan persetujuan negara mengambil kira Protokol untuk Mencegah, Menyekat, dan Menghukum Pemerdagangan Manusia, terutamanya Wanita dan Kanak-kanak bagi mengisi ruang persetujuan yang dibuat untuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Jenayah Terancang.115 Pada tahun 2009, kerajaan telahpun mengizinkan Protokol tersebut untuk digunapakai. Puan Faizah Mohd Tahir telahpun menyatakan bahawa “Kementerian Keselamatan dalam Negeri sudah berikrar untuk mewujudkan tempat penginapan yang selesa bagi wanita di pusat-pusat tahanan sedia ada. Selain itu, pelaksanaan undang-undang pula perlu ditekankan dan pegawai imigresen perlu dilatih dari sudut pengenal pastian mangsa, bagi menjamin keberkesanan mereka dalam membezakan antara mangsa sebenar dari mangsa yang sengaja terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia.”116 Latihan telahpun diberikan kepada para pegawai berkaitan dengan urusan pengenalpastian mangsa. Namun begitu, masih terdapat laporan bahawa terdapat sebilangan mangsa terpaksa melalui waktu menunggu yang terlalu lama di pusat tahanan sebelum dihantar ke negara asal.11 Berdasarkan laporan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tahun 2011, pemerhati telah menyatakan bahawa hak-hak asasi dan kebebasan mereka yang ditahan telah dinafikan di pusatpusat perlindungan yang didirikan. Kebanyakan mangsa juga “terasa terasing, tidak boleh bekerja ataupun meraih pendapatan, dan tidak mempunyai akses bagi mendapatkan bantuan psikologi dan perundangan yang disediakan oleh kerajaan atau NGO… dan pusatpusat perlindungan ini juga tidak menggunakan pekerja yang benar-benar terlatih, termasuklah pakar psikologi sebenar… Mangsa juga seringkali tidak diberitahu mengenai proses perundangan yang sedang dilalui mereka sendiri.”118 Article 11: Pekerjaan Encik Aminuddin bin Ab. Rahman (Malaysia) telah menyatakan bahawa “pekerja asing telahpun dilindungi oleh perundangan buruh negara terutamanya, Akta Kerja 1955 ... Statistik yang menunjukkan jumlah aduan yang dibuat oleh pekerja asing akan dikeluarkan secara berkala kemudian.”119 Pekerja domestik asing telahpun dinafikan hak mereka, tidak seperti golongan pekerja asing lain yang dilindungi undang-undang di bawah Akta Kerja dan Akta Pampasan Pekerja.120 Artikel 12: Kesihatan Puan Hajjah Rosnah Hj Ismail (Malaysia) telahpun menyatakan bahawa, “Kebanyakan data berkaitan akses ke perkhidmatan kesihatan masih lagi tidak diasingkan mengikut gender.”121 Data kesihatan yang telah dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan dalam laporan tahunan mereka berkaitan dengan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit tidak menggunakan sistem pengasingan maklumat mengikut gender.122 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 37. 114 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 1-4 CEDAW untuk maklumat berkaitan dengan langkah-langkah sementara istimewa ini. 115 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 48. 116 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 49. 117 Rujuk bab berkaitan Artikel 6 CEDAW untuk maklumat lanjut mengenai pemerdagangan manusia. 118 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm.245. 119 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 berlangsung pada jam 3 petang, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan 5. 113 yang yang yang yang Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 49 50 Puan Faizah Mohd Tahir (Malaysia) menyatakan bahawa “Panduan Kebangsaan seharusnya dibuat bagi memperkenalkan Pendidikan Seks di Malaysia pada masa depan.”123 Selepas penangguhan berterusan, Ketua Pengarah bagi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, telah mengumumkan bahawa modul pendidikan seks, akhirnya boleh digunapakai setelah melalui proses percubaan di lima kawasan di Malaysia.18 Kelas ini, bagaimanapun, tidak akan menjadi kelas wajib, dan ibu bapa dibenarkan untuk menolak penglibatan anak mereka dalam kelas tersebut. Modul Pendidikan Seks juga tidak boleh dipanggil Pendidikan Seks. Perkataan “seks” perlu diganti dan kelas ini akan dipanggil “Pendidikan Sosial dan Kesihatan Reproduksi.” Selepas penangguhan juga, pada tahun 2011, modul ini diumumkan akan diperkenalkan di beberapa sekolah pada tahun 2012.125 Modul ini juga akan dibuat berdasarkan sistem moral agama-agama di Malaysia dan tidak berdasarkan pendekatan hak-hak asasi manusia.126 Pada Februari 2012, kecenderungan kerajaan Malaysia untuk mengambil ringan mengenai pendidikan seks telah ditonjolkan melalui pengharaman buku penulisan Peter Mayle berjudul “Dari Mana Saya Datang?” yang diharamkan. Buku yang diterbitkan pada 30 tahun lalu ini telah menggambarkan proses reproduksi manusia melalui lukisan kartun manusia yang tidak berpakaian. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi telah berkata bahawa, buku ini mengandungi “unsur-unsur yang boleh dikira berbahaya kepada pembinaan nilainilai moral masyarakat dan perlu diharamkan demi menjaga kepentingan awam.”127 Puan Faizah Mohd Tahir (Malaysia) juga menyatakan bahawa, “Usaha telah diambil bagi mengambil kira situasi yang dihadapi oleh wanita luar bandar ataupun pedalaman dalam pengumpulan data berdasarkan sistem gender. Bagaimanapun, tiada sebarang data yang komprehensif telahpun dikumpulkan untuk sedia digunapakai.128 Data komprehensif mengenai wanita di luar bandar yang diasingkan mengikut gender masih tidak disediakan. Cadangan Umum ke-19: Keganasan terhadap wanita Cik Faizah Mohd Tahir (Malaysia) telahpun menyatakan bahawa, “Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telahpun berada dalam proses Kajian Semula; kertas kerja berkaitan turut memuatkan definisi keganasan rumah tangga yang sudah diperluas, termasuklah peruntukan yang melibatkan perlindungan maksimum, dan gantirugi mangsa.”129 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 Pada tahun 2011, pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telahpun diluluskan oleh Parlimen. Definisi bagi keganasan rumah tangga telahpun diperluas bagi menyertakan sekali penderaan psikologi dan gantirugi kepada mangsa-mangsa yang terbabit. Bagaimanapun, ramai pihak yang masih lagi gusar mengenai perkara ini dan kegusaran ini boleh digambarkan secara jelas dalam Cadangan Umum ke-19 Jawatankuasa CEDAW. Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang berlangsung pada jam 3 petang, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.732, diedarkan pada 13 July 2006, perenggan 15. Laporan-laporan Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di: http://www.moh.gov.my Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang berlangsung pada jam 3 petang, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan 19. “Trial run of sex education module yields positive results”, New Straits Times, 12 November 2010. “Sex education, finally”, Malaysia Today, 6 Oktober 2011. Rujuk bab yang membincangkan Artikel 12 CEDAW untuk maklumat lanjut. Rujuk bab yang membincangkan Artikel 12 CEDAW untuk maklumat lanjut. “Book ban ‘to guard moral values’”, New Straits Times, 23 Februari 2012. Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang berlangsung pada jam 3 petang, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan 28. Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 4. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ke-731 yang ke-731 yang ke-731 yang ke-731 yang Pernyataan hasrat kerajaan Malaysia seperti mana yang dibentangkan ketika Penilaian Penggalan Sejagat 2009 berkaitan isu-isu wanita berlangsung Malaysia telahpun menjalani Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) bagi sesi tahun 2009. Ketika sesi ini dijalankan, Malaysia telah menerima 103 cadangan dan hanya menerima 62 daripadanya. Malaysia telah “mengakui” 19 cadangan yang diberikan dan menolak secara mutlak 22 yang lain. Malaysia akan terus melaporkan mengenai cadangan-cadangan tersebut pada tahun 2013. Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia juga dilihat sebagai kurang spesifik dan ditulis dalam bahasa yang meragukan. Cadangan-cadangan yang ditolak pula datangnya dari negaranegara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan Malaysia ataupun berpotensi menyebabkan pihak Kerajaan menjadi terlalu mudah diawasi. Berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh dikategorikan sebagai “bersesuaian” dengan hak-hak asasi wanita, CEDAW, pekerja asing, dan pelarian yang diberikan kepada kerajaan Malaysia ketika sesi UPR berlangsung. Cadangan-cadangan yang diterima oleh kerajaan Malaysia: Walaupun kerajaan Malaysia telah mengiktiraf cadangan-cadangan berikut, perubahan dari segi implementasi bagi kesemua cadangan berikut masih lagi belum dapat dilihat. CEDAW • Algeria: Teruskan perkembangan ke arah kesamarataan gender dan perkembangan wanita, terutamanya dengan mempertimbangkan cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa Antara-agensi yang dikoordinasi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan dengan pengikutan Malaysia dengan Konvensyen Hak-hak Kanak-kanak dan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita dan penarikan reservasireservasi dalam kedua-dua Konvensyen tersebut.130 • Ukraine: Teruskan pelaksanaan komen-komen dan cadangan-cadangan Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita dan Jawatankuasa Hak-hak Kanak-kanak.131 Hak-hak wanita • Thailand: Teruskan usaha bagi memastikan perlindungan sepenuhnya diberikan ke atas golongan-golongan yang lemah dari aspek hak-hak asasi ini melalui pembinaan programprogram berterusan sepertimana yang sedia dianjurkan oleh Malaysia sebelum ini, terutamanya di kalangan kakitangan kerajaan.132 • Belarus: Teruskan langkah-langkah melindungi hak-hak wanita, kanak-kanak, dan mereka yang kurang upaya.133 • Oman: Ambil semua langkah yang diperlukan bagi melaksanakan semua program berkaitan dengan penghapusan semua perkara yang menghalang perkembangan wanita.134 • Kazakhstan: Teruskan usaha dalam memperbaiki status wanita bagi membolehkan mereka mencapai potensi mereka yang sebenar dalam menyumbang kepada perkembangan sosial dan ekonomi negara.135 _____________________ 130 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 3. 131 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 4. 132 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 8. 133 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 14. 134 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 17. 0 135 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 18. A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 51 Wanita dan jawatan-jawatan pembuat keputusan 52 • Bangladesh: Tingkatkan usaha dalam membantu wanita melibatkan diri dalam bidang-bidang pembuat keputusan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan.136 Mangsa pemerdagangan manusia dan pekerja asing wanita • Vietnam: Teruskan usahasama dengan negara-negara jiran dalam menghapuskan pemerdagangan manusia dan menerokai cara-cara meningkatkan perlindungan ke atas mangsa pemerdangan dan keganasan rumah tangga yang baru.137 • Palestin: Tingkatkan kesedaran kanak-kanak dan wanita yang tergolong dalam kelompok yang lemah dan berpotensi memerlukan bantuan, mengenai pemerdagangan manusia dan pekerja asing.138 • Nepal: Teruskan usaha melindungi hak-hak pekerja asing, dan meningkatkan keselamatan dan kebajikan mereka melalui pengurusan berinstitusi.139 • Bangladesh: Teruskan usaha dalam melindungi hak-hak dan kepentingan pekerja-pekerja asing.140 Cadangan yang tidak dipersetujui oleh kerajaan Malaysia: Secara ringkasnya, Kerajaan Malaysia tidak menyokong cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penglulusan Protokol Pilihan CEDAW, memberikan hak-hak asasi kepada pekerja-pekerja asing, dan menghapuskan aktiviti homoseksual dari sistem jenayah. Mangsa pemerdagangan manusia wanita • Israel: Wujudkan sistem perundangan kebangsaan yang memberikan immuniti rasmi kepada golongan mangsa pemerdagangan manusia dan wanita mahupun kanak-kanak yang dieksploitasi secara haram daripada dihukum di bawah undang-undang imigresen.141 Protokol pilihan CEDAW • Turki: Luluskan Protokol Pilihan CEDAW.142 • Lithuania: Luluskan Protokol Pilihan CEDAW.143 _____________________ 136 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 19. 137 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 29. 138 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 30. 139 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 50. 140 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 104, cadangan 50. 141 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 21(f). 142 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 64(b). 143 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, perenggan 94(c). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, A/HRC/11/30*, Diskriminasi berkaitan orientasi seksual • Chile: Beri tumpuan kepada penghapusan sebarang peruntukan Kanun Keseksaan yang mendiskriminasi terhadap masyarakat berdasarkan kecenderungan seksual.144 • France: Hormati hak-hak asasi individu, termasuklah golongan homoseksual, dengan menghapuskan perbuatan tersebut dari dari kategori jenayah.145 Pekerja asing dan pelarian • Kanada: Ambil langkah bagi memastikan semua pekerja asing, pelarian, dan mereka yang mencari perlindungan mendapat layanan yang sejajar dengan piawaian hak-hak asasi manusia dan meluluskan Konvensyen Berkaitan Status Orang-orang Pelarian 1951 dan Protokol 1967 dan ambil kira dan melaksanakan perundangan yang boleh melindungi golongan pelarian.146 • Afrika Selatan: Perlindungan yang komprehensif dan lengkap sejajar perlu diberikan kepada kesemua pekerja asing, termasuklah perlindungan bagi mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan perumahan.147 Cadangan-cadangan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia Cadangan-cadangan berikut telahpun diakui oleh kerajaan Malaysia dan telahpun diperhalusi melalui maklumbalas bertulis. Berikut adalah cadangan-cadangan tersebut dan maklumbalas masing-masing: Cadangan-Cadangan UPR Maklumbalas Kerajaan Malaysia • Finland: Tarik balik semua reservasi kepada CEDAW dan CRC secepat mungkin. • Mexico: Promosikan kesamarataan gender dan lindungi kanak-kanak selain memberikan pertimbangan ke atas Reservasi CRC dan CEDAW. • Perancis: Tarik balik reservasi yang dibuat ke atas CEDAW seperti mana yang sepatutnya diperluaskan pada tahun 1998 Maklumbalas kerajaan: “Malaysia telahpun menyemak semula Reservasi CEDAW dengan harapan untuk melakukan perubahan, dan mengambil berat Peruntukan berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang, dan kepentingan antarabangsa. Malaysia telahpun mengambil langkah dan polisi yang diperlukan bagi melakukan pindaan undang-undang, dan telahpun melancarkan programprogram kesedaran yang disasarkan kepada setiap lapisan masyarakat berkaitan dengan hak-hak kanak-kanak dan kesamarataan gender. Kesemua aktiviti ini telahpun dijalankan dengan penglibatan rancak dari sekelompok NGO dan persatuan kemasyarakatan.148 Komen Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW: Kerajaan berhak dipuji kerana menarik balik reservasi-reservasi bagi tiga Artikel CEDAW: 5(a), 7(b) dan 16(2). Bagaimanapun, tidak terdapat banyak usaha praktikal dapat dilihat bagi mencapai sasaran yang diingini, memandangkan masih tiada lagi perubahan polisi dan undang-undang dapat dilihat dan status quo masih lagi jelas. Kerajaan telah gagal menghapuskan reservasinya ke atas 5 artikel CEDAW: 9(2), 16(1) (a), 16(1)(c), 16(1)(f), dan 16(1)(g). Kerajaan tidak memberikan sebarang tanda-tanda untuk menghapuskan reservasi mereka terhadap artikel-artikel ini. _____________________ 144 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 76(f). 145 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 88(a). 146 Majlis Hak Asasi Manusia Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 81(f). 147 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia, 5 Oktober 2009, A/HRC/11/30*, perenggan 84(b). 148 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia – Addendum: Views on conclusions and/or recommendations, voluntary commitments and replies presented by the State under review, “Response of the Government of Malaysia to the Recommendations listed under Paragraph 106 of the Outcome Report of the Universal Periodic Review”, 3 Jun 2009, A/HRC/11/30/Add.1, perenggan 1. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 53 54 • Chile: Memperkenalkan perundangan domestik yang selari dengan CEDAW. Maklumbalas kerajaan Malaysia: “Malaysia sedang mengambil langkah yang bersesuaian bagi memperkukuhkan sistem perundangan sedia ada dan sedang menggalakkan penglibatan secara aktif pihak-pihak berkaitan terutamanya persatuan-persatuan masyarakat madani di Malaysia bagi menterjemah secara tepat peruntukan yang disebut dalam undang-undang domestik CEDAW.149 Komen Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW: Kerajaan telahpun mengambil kira hasil Konvensyen yang dibincangkan untuk diserap menjadi sebahagian daripada undang-undang. Tiada sebarang perundangan berkaitan dengan kesamarataan gender sudah dilaksanakan bagi mencapai taraf kesaksamaan antara lelaki dan perempuan di kedua-dua sektor swasta dan awam. • Jerman: Haramkan hukuman fizikal di rumah, dan menyediakan akses perundangan dan perlindungan kepada mangsamangsa keganasan rumah tangga. Mulakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara ini. Maklumbalas dari Kerajaan Malaysia: “Perlindungan bagi menentang keganasan rumah tangga telahpun dapat dilihat melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Kanun Keseksaan, dan Akta Kanak-kanak 2001… Mangsa-mangsa keganasan rumah tangga juga perlu diberikan perlindungan dan saluran rawatan di bawah rangka perundangan dan pengurusan sedia ada. Kesedaran dan kempen berterusan perlu dijalankan oleh kerajaan.”150 • Kanada: Perkukuhkan usaha dalam menolak keganasan ke atas wanita, termasuklah memastikan mereka yang terlibat dalam kes rogol isteri, dikategorikan sebagai penjenayah. Maklumbalas Kerajaan Malaysia: “Kerajaan telahpun mengambil semua langkah yang diperlukan bagi menangani isu ini termasuklah dengan meminda Akta Keganasan Rumah Tangga, Kod Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan, dan mencipta Akta AntiPemerdagangan Orang 2007, yang mana semuanya menjadikan usaha pengukuhan perlindungan ke atas mangsa-mangsa keganasan rumah tangga sebagai sasaran. Akta Keganasan Rumah Tangga yang telah dipinda151 bagi merangkumi segala bentuk keganasan termasuklah keganasan yang melibatkan psikologi, mental, dan emosi; Perlindungan interim juga akan dipanjangkan dan peruntukan baru akan dibuka bagi memberikan gantirugi kepada mangsa. Kanun Keseksaan yang telah dipinda telahpun menyatakan bahawa “mana-mana lelaki yang menyebabkan kecederaan ataupun kematian isterinya dalam satu ikatan perkahwinan yang sah ketika persetubuhan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun.”152, 153 Komen Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW: Tiada sebarang perlaksanaan Akta Keganasan Rumah Tangga yang seragam diwujudkan di negara ini. Walaupun sebahagian daripada rakyat sedar mengenai kewujudan akta ini, perkhidmatan yang diberikan oleh mereka yang terbabit masih berada pada tahap yang menyedihkan. Komen Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW: Kes rogol pasangan yang sudah berkahwin tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah memandangkan definisi bagi kes rogol ini hanyalah melibatkan tindakan yang boleh membahayakan nyawa ataupun mencederakan isteri. Pengeculian yang dibuat melalui subseksyen 375A bagi Kanun Keseksaan ini masih lagi menyatakan bahawa: “Pengecualian- Persetubuhan antara seorang lelaki dan isterinya yang terikat dalam satu hubungan perkahwinan yang sah melalui undang-undang bertulis diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu perkara yang boleh diterima dan bukanlah sejenis kes rogol. _____________________ 149 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia – Addendum: Views on conclusions and/or recommendations, voluntary commitments and replies presented by the State under review, “Response of the Government of Malaysia to the Recommendations listed under Paragraph 106 of the Outcome Report of the Universal Periodic Review”, 3 Jun 2009, A/HRC/11/30/Add.1, perenggan 3. 150 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia – Addendum: Views on conclusions and/or recommendations, voluntary commitments and replies presented by the State under review, “Response of the Government of Malaysia to the Recommendations listed under Paragraph 106 of the Outcome Report of the Universal Periodic Review”, 3 Jun 2009, A/HRC/11/30/Add.1, perenggan 11. 151 Ketika sesi UPR 2009, pindaan bagi Akta Keganasan Rumah Tangga telah gagal dibentangkan di Parlimen. Pembentangan hanya dibuat pada tahun 2011. 152 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia – Addendum: Views on conclusions and/or recommendations, voluntary commitments and replies presented by the State under review, “Response of the Government of Malaysia to the Recommendations listed under Paragraph 106 of the Outcome Report of the Universal Periodic Review”, 3 Jun 2009, A/HRC/11/30/Add.1, perenggan 12. 153 Ia perlu diambil perhatian di sini bahawa hukuman untuk rogol adalah penjara 5 hingga 20 tahun dan sebatan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Chile: Ambil langkahlangkah yang diperlukan bagi mencegah salah laku ke atas para pekerja asing dan menghormati hak-hak mereka. • Jerman: Berikan pekerja asing domestik akses perundangan dan menjalankan penyiasatan yang menyeluruh bagi menegakkan keadilan bagi mana-mana pihak yang terlibat; mengambil langkah yang berkesan bagi melindungi hak-hak pekerja asing dari diserang oleh kumpulankumpulan militant; memastikan pusat penjagaan sementara bagi mereka yang memerlukan sebelum berlepas pulang ke negara asal memenuhi keperluan asas pekerja dan tidak menggalakkan sebarang unsur salahlaku. • Belarus: Teruskan langkah-langkah bagi memastikan hakhak pekerja asing sentiasa dijaga dan tidak membenarkan sebarang aktiviti perpindahan haram, termasuk pemerdagangan manusia dari berlaku. Maklumbalas Kerajaan: “Pekerja asing tertakluk di bawah akta buruh termasuklah Akta Kerja 1955; Akta Hubungan Industri 1967, dan Akta Persatuan 1959; Akta Pampasan Pekerja 1952, dan Akta Keselamatan Tempat Kerja dan Kesihatan 1994. Pekerja asing turut mempunyai akses ke atas ubat-ubatan. Kerajaan turut menyemak semula polisi, undang-undang, dan kawalan berkaitan dengan buruh bagi memastikan keperluan golongan ini terjaga. Peruntukan baru juga turut diperkenalkan bagi menangani kes-kes gangguan seksual yang melibatkan pekerja-pekerja asing dan melindungi gaji dan situasi di tempat kerja bagi pekerja-pekerja ini untuk mengelakkan ekspeloitasi di tempat kerja berlaku ke atas mereka. Kerajaan turut memperkenalkan garis panduan bagi menetapkan keperluan majikan dan pengambilan pekerja domestik asing berkaitan dengan layanan dan perlindungan hak pekerja-pekerja terbabit.154 Komen Kumpulan NGO Malaysia untuk Laporan Alternatif CEDAW: Kenyataan dari kerajaan Malaysia ini tidak begitu tepat. Pekerja domestik di Malaysia tidak disenaraikan sebagai mereka yang dilindungi Akta Kerja 1955 dan Akta Pampasan Pekerja 1952. _____________________ 154 Majlis Hak Asasi Manusia, Report of the Working Group on the Universal Periodic Review: Malaysia – Addendum: Views on conclusions and/or recommendations, voluntary commitments and replies presented by the State under review, “Response of the Government of Malaysia to the Recommendations listed under Paragraph 106 of the Outcome Report of the Universal Periodic Review”, 3 Jun 2009, A/HRC/11/30/Add.1, perenggan 19. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 55 ARTIKEL 1-4: DISKRIMINASI, UNDANG-UNDANG, POLISI, DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIPERLUKAN BAGI PELAKSANAAN HASIL KONVENSYEN Artikel 1 Untuk tujuan Konvensyen ini, istilah “diskriminasi terhadap wanita” akan ditafsirkan sebagai sebarang pembezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat atas dasar perbezaan jantina yang bertujuan atau berkesan untuk melemahkan atau membatalkan pengiktirafan, kenikmatan atau pelaksanaan oleh wanita, tidak kira status perkahwinan, atas dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita, ke atas hak asasi dan kebebasan dalam bidang politik, ekonomik, sosial, kebudayaan, sivil atau mana-mana bidang lain. Artikel 2 Negara-negara Anggota mengutuk segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, bersetuju untuk mengambil semua langkah bersesuaian dan tanpa berlengah-lengah satu polisi bertujuan menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, menerusi: (a) Menzahirkan prinsip kesaksamaan lelaki dan wanita dalam perlembagaan atau sistem perundangan yang bersesuaian jika belum lagi, dan memastikan melalui undang-undang ataupun cara lain yang bersesuaian, pencapaian yang praktikal prinsip ini; (b) Menerima pakai perundangan dan langkah-langkah lain, termasuk sekatan apabila bersesuaian, yang melarang segala diskriminasi terhadap wanita; (c) Mewujudkan perlindungan undang-undang untuk hak asasi wanita atas dasar kesaksamaan dengan lelaki dan memastikan perlindungan berkesan untuk wanita terhadap apa-apa tindakan diskriminasi melalui tribunal kebangsaan berwibawa dan institusi-institusi awam lain; (d) Menolak dari terbabit dalam mana-mana amalan ataupun perbuatan berunsur diskriminasi terhadap wanita dan memastikan pihak-pihak berkuasa dan institusi-institusi awam bertindak selari dengan kewajiban ini; (e) Mengambil kesemua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita oleh mana-mana individu, organisasi, ataupun badan; (f) Mengambil kesemua langkah yang bersesuaian, termasuk perundangan, untuk memperbaiki ataupun menghapuskan mana-mana undang-undang, peraturan, budaya, ataupun amalan yang mengandungi unsur-unsur diskriminasi terhadap wanita; (g) Menarik balik sebarang peruntukan hukuman yang mengandungi unsur diskriminasi terhadap wanita. Artikel 3 Negara-negara Anggota perlu mengambil semua langkah yang bersesuaian termasuk perundangan, dalam semua bidang, terutamanya politik, sosial, ekonomi, dan kebudayaan, bagi menjamin perkembangan dan kemajuan wanita yang penuh, bagi memastikan pemenuhan dam kenikmatan hak asasi dan kebebasan wanita berdasarkan kesamarataan dengan lelaki. Artikel 4 1. Penerima-pakaian langkah-langkah istimewa bagi mempercepatkan perncapaian kesamarataan nyata antara lelaki dan perempuan oleh Negara-negara Anggota tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi sebagaimana yang disebut dalam Konvensyen terkini, tetapi tidak boleh meninggalkan sebagai kesan pemeliharaan taraf yang tidak samarata atau berlainan; langkah-langkah ini perlu dihentikan apabila tujuan kesamarataan peluang dan layanan dicapai. 2. Penerima-pakaian langkah-langkah istimewa oleh Negara-negara Anggota, termasuklah yang terkandung dalam Konvensyen terkini, bertujuan melindungi keibuan, tidak boleh dianggap sebagai diskriminasi. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 59 Kebanyakan isi kandungan bagi Artikel 1 hingga 4 bagi Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama masih lagi relevan dan boleh digunapakai sehingga hari ini. 60 Bab ini turut membincangkan beberapa isu penting yang masih lagi belum dibincangkan oleh pihak kerajaan selain menekankan cadangan-cadangan yang sudah disebut dalam laporan bayangan sebelum ini. Cadangan-cadangan tambahan turut dimuatkan dalam bab ini. Perkara kunci bagi bab ini: • Kerajaan masih belum menyerapkan Konvensyen CEDAW sebagai sebahagian daripada undangundang kebangsaan. Tiada sebarang kesamarataan gender dapat dilihat dalam perlembagaan terkini seperti yang diharapkan bagi mempercepatkan perkembangan pembinaan kesaksamaan lelaki dan wanita dalam sektor awam dan swasta. • Istilah diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan telahpun diserahkan kepada mahkamahmahkamah untuk ditafsirkan. Dalam satu keadaan, interpretasi ini telah menjadi terlalu sempit seperti kes Beatrice Fernandez yang ditekankan dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama. Tiada sebarang tindakan yang membanggakan dapat dilihat pada tahun 2011. Pada 12 Julai 2011, Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof dari Mahkamah Tinggi Shah Alam telahpun mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan telahpun mengambil keputusan yang salah apabila menarik balik tawaran mengajar yang diberikan kepada seorang guru wanita disebabkan kehamilan guru tersebut. Dalam definisi yang ditetapkan oleh CEDAW, dan menurut perlembagaan, tindakan ini adalah satu tindakan yang berlanggaran dengan Konvensyen. Hakim Dato’ Zaleha binti Yusuf menyatakan bahawa CEDAW telah pun “mempunyai kuasa untuk mengikat dari segi undang-undang, Negara-negara Anggotanya, termasuk Malaysia.”155 Tidak lama setelah keputusan ini dibuat, Kementerian Pendidikan telah pun menyatakan hasrat mereka untuk memohon rayuan daripada pihak mahkamah. • Jabatan Peguam Negara telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mempromosikan dan melindungi kesejahteraan awam. Dalam kes mahkamah yang melibatkan diskriminasi gender seperti mana kes berkaitan dengan kehamilan di atas, Jabatan Peguam Negara boleh dikategorikan sebagai penghalang pelaksanaan keadilan dengan berhujah bahawa menghalang wanita dari bekerja disebabkan kehamilannya adalah sesuatu yang tidak mengandungi unsur diskriminasi. Jabatan Peguam Negara turut mencuba untuk menghalang keadilan dari ditegakkan dengan mempertahankan undang-undang negeri yang menyabitkan pemakaian baju jantina berlawanan sebagai satu jenayah, mengeluarkan kenyataan bahawa golongan transgender tidak mempunyai hak dalam negara ini, dan terus membiarkan polis moral melakukan tangkapan. • Walaupun Artikel 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan telahpun dipinda untuk menyelitkan gender sebagai salah satu asas yang salah bagi diskriminasi, tindakan ini gagal dilihat sebagai satu tindakan undang-undang yang berkesan kerana gagal diikuti dengan semakan undangundang yang komprehensif, termasuklah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan sendiri, yang masih bersifat mendiskriminasi. • Kanun Keseksaan masih lagi mengandungi peruntukan yang berbaur diskriminasi, termasuklah Seksyen 498, yang mana menzahirkan idea anakronistik bahawa wanita adalah satu harta benda suami; Seksyen 375A, yang mana tidak mengiktiraf kes rogol antara suami isteri; dan 377A yang mana mendefinisikan rogol dengan menggunakan objek sebagai satu tindakan yang berlanggaran dengan fitrah dan bukan satu bentuk rogol. _____________________ 155 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 12. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Golongan transgender sentiasa berada dalam risiko untuk ditahan, hanya disebabkan mereka masih dilihat mengikut jantina kelahiran mereka. Negeri-negeri di Malaysia mempunyai enakmen, yang mana kebanyakannya mengambil kira golongan transgender dan gaya hidup mereka, termasuklah memakai pakaian jantina yang berlawanan sebagai satu tindakan jenayah yang tidak bermoral. Golongan transgender turut boleh didakwa hanya kerana memakai perhiasan yang kurang sesuai dengan mereka. Perlis dan Sabah, dua negeri di Malaysia, telahpun menghukum golongan wanita yang berpakaian seperti lelaki. • Undang-undang Syariah turut mengkategorikan hubungan seks antara wanita sebagai satu jenayah di Malaysia. • Dasar Wanita Kebangsaan dan Pelan Tindakan Wanita masih lagi tidak komprehensif. Walaupun tindakan sudah sepatutnya diambil sejak 2009, tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil sehinggalah tahun 2010. • Sebuah projek permulaan telahpun dilancarkan pada tahun 2003 bagi menyertakan peruntukan bagi isu-isu berkaitan dengan gender dalam sistem perundangan kebangsaan. Namun begitu tiada sebarang polisi jelas telah dilancarkan pihak kerajaan. • Kerajaan Malaysia telahpun gagal untuk meluluskan protokol pilihan bagi CEDAW. • Pengkategorian wanita, kanak-kanak, Keluarga dan Masyarakat, secara bersama dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menunjukkan bahawa sistem patriarki masih mempunyai pengaruh yang besar dalam norma masyarakat di negara ini. Sepertimana yang disebutkan oleh ahli Jawatankuasa CEDAW, selepas pemerhatian penutup mereka di Korea Selatan, penggabungan “urusan kekeluargaan dan kesamarataan gender di bawah satu mandat hanya akan memberi kesan, secara langsung mahupun tidak langsung, yang akan memperkukuhkan lagi norma berasaskan tradisi patriarki dan boleh dikategorikan sebagai berbahaya dalam usaha mencapai kesamarataan gender.156 • Walaupun terdapat tanda-tanda yang kerajaan sedang mengambil langkah-langkah istimewa sementara bagi menangani isu-isu berkaitan melalui retorik mereka, tindakan yang kukuh masih lagi gagal dilihat bagi mencapai kesamarataan gender seperti yang diharapkan. _____________________ 156 Concluding Observations of the Committee on the Elimination of Discrimination against Women: Republic of Korea, Sesi ke-49, dikeluarkan pada 29 Julai 2011, CEDAW/W/C/KOR/CO/7, perenggan 16. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 61 62 Artikel 1: Definisi diskriminasi masih lagi tidak jelas dalam sistem perundangan Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang disediakan pada tahun 2005, dan dihantar ke Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006, telahpun menekankan bahawa tiada sebarang definisi lengkap berhubung dengan diskriminasi terhadap wanita telah dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun mana-mana asas perundangan lain di negara ini. Pada saat laporan ini ditulis pada tahun 2012, perkara ini masih lagi berlanjutan. Artikel 2: Perkembangan yang terhad dalam usaha menghapuskan diskriminasi melalui undang-undang Cara penulisan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan antidiskriminasi tidak menyeluruh Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 2001 turut menyertakan peruntukan yang menyebut tiada sebarang diskriminasi boleh dilakukan dengan asas gender. Seksyen 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan turut menyebut: “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.” Sepertimana yang disebut dalam Laporan Bayangan pertama NGO CEDAW Malaysia,157 peruntukan bagi Perlembagaan Persekutuan adalah bermasalah dari beberapa aspek kerana: • Perlembagaan Persekutuan mengandungi banyak peruntukan yang bersifat mendiskriminasi bagi wanita dan ini bukanlah sesuatu yang sejajar dengan frasa “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan” dalam Artikel 8(2).158 • Istilah diskriminasi dalam Artikel 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan masih lagi sukar untuk ditafsirkan oleh Mahkamah. Tafsiran kehakiman bagi peruntukan ini masih lagi berfokuskan diskriminasi berkaitan dengan “pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam,” dan tidak menyertakan pengambilan kerja di bawah sektor swasta. Sesuatu yang paling mengecewakan dapat dilihat dalam kes Beatrice Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor, yang mana telah disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama.159 Secara ringkasnya, Beatrice Fernandez telah dipecat daripada Malaysia Airline pada tahun _____________________ 157 Kumpulan NGO Malaysia bagi Laporan Bayangan CEDAW, NGO Shadow Report on the Initial and Second Periodic Report of the Government of Malaysia: Reviewing the Government’s Implementation of the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), 2005, hlm. 11, boleh didapati di: http://www.iwraw-ap.org/resources/35_ngocedaw_resources.htm 158 Antara peruntukan perlembagaan yang bersifat mendiskriminasi adalah seperti berikut: i. Seksyen 8(5)(a) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan yang mengawal undang-undang peribadi” menyebabkan kehidupan peribadi mereka yang beragama Islam tidak dipengaruhi oleh pindaan yang dibuat. ii. Seksyen 8(5)(b) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan Perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan atau amalan yang menyekat sebarang pejabat ataupun pengambilan pekerja berkaitan denganurusan mana-mana agama, ataupun institusi yang diurus oleh satu kumpulan yang berkaitan dengan mana-mana agama, ke atas seseorang yang berpegang kepada agama tersebut.” iii. Seksyen 12(1) menyatakan bahawa “tiada sebarang diskriminasi boleh dilakukan ke atas mana-mana warganegara atas sebab agama, bangsa, keturunan, ataupun tempat kelahiran” dari sudut akses pendidikan. iv. Terdapat pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendiskriminasi hak kewarganegaraan wanita untuk mewariskan kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka, termasuklah melalui Artikel 14,15,24(4) dan 26(2) selain daripada Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Maklumat lanjut boleh diperolehi dalam bab yang membincangkan Artikel 9 CEDAW dalam laporan ini. 159 Laporan Bayangan Malaysian NGO CEDAW 2005, hlm. 11. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 1991 sebaik sahaja beliau hamil dan enggan untuk meletak jawatan, yang mana dianggap sebagai satu kesalahan bagi peramugari wanita di bawah satu perjanjian kolektif yang telah dipersetujui. Selepas beberapa sesi perbicaraan, pada tahun 2004, diskriminasi berdasarkan jantina dapat dilihat sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam aspek-aspek berikut: i. Individu yang dilindungi dari sebarang perlanggaran hak-hak asasi oleh negeri ataupun pihak berkuasa dan bukan badan-badan swasta. ii. Perjanjian kolektif tidak boleh dikira sebagai undang-undang, dan ini bermakna tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh diambil berdasarkannya. iii. Istilah “gender” telahpun disertakan dalam Seksyen 8(2) selepas tahun 1991. Dengan ini, tiada sebarang kes yang berlaku sebelumnya boleh dikira. iv. Perlindungan saksama di bawah Seksyen 8(2) Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilanjutkan bagi golongan yang berada pada kelas yang sama. Maka, jika seorang peramugari wanita telah dilayan dengan layanan yang sama, tiada diskriminasi boleh diambil kira berlaku. Antara perkara yang dilihat mempunyai kepentingan dalam perkara ini adalah komen dari Puan Azailiza Mohd Ahad, wakil dari Kerajaan Malaysia berhubung dengan kes Beatrice Fernandez. Puan Azailiza berkata, “dalam kes Beatrice Fernandez, kerajaan telahpun menyatakan rasa gusar mereka disebabkan oleh kesan yang boleh berlaku akibat kaitan dengan tanggungjawab mengikut perjanjian.”160 Perkara ini diluahkan oleh wakil kerajaan sebagai satu satu kenyataan yang kukuh, dan ahli Jawatankuasa CEDAW telahpun melaksanakan prinsip kesaksamaan dan anti-diskriminasi di seluruh sektor awam dan swasta. Cadangan Umum Ahli Jawatankuasa CEDAW yang ke-28 telah pun menyebut, dalam perenggan ke13, bahawa Negara-negara Anggota “diwajibkan untuk memastikan bahawa sektor swasta tidak mengamalkan amalan diskriminasi ke atas wanita seperti mana yang disebut dalam Konvensyen.” Cadangan Umum ini turut menyebut dalam perenggan ke-34 bahawa, “Negara-negara Anggota mesti memastikan yang kaum wanita boleh menggunakan prinsip kesaksamaan dalam mendapatkan sokongan bagi aduan-aduan berkaitan dengan kes diskriminasi yang dilakukan oleh pegawai-pegawai awam mahupun pegawai dari sektor swasta.” Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa diskriminasi hanya berlaku antara lelaki dan wanita ataupun disebabkan oleh perbezaan jantina. Namun begitu, konsep sosial perlu juga dipertahankan seiring dengan konsep biologi. Golongan transgender perlu dilindungi dari ancamanancaman diskriminasi. Salah satu keputusan Mahkamah Tinggi telah mengiktiraf kepentingan CEDAW Pada Julai 2011, keputusan mahkamah tinggi telahpun mengiktiraf bahawa definisi “diskriminasi” yang ditetapkan CEDAW mempunyai kesan yang boleh disamatarafkan dengan undang-undang di Malaysia. Keputusan ini dilihat mampu menguatkan dakwaan bahawa tindakan Kementerian Pendidikan menarik balik jawatan tenaga pengajar disebabkan kehamilan pekerja tersebut sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan Artikel 1 CEDAW dan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasnya, pada tahun 2008, Noorfadilla telahpun memohon tempat bagi menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah kerajaan. Pada Januari 2009, Noorfadilla telahpun ditawarkan jawatan tersebut dan diterima untuk mengajar setelah diberikan satu memo. Tidak lama kemudian, beliau telah hamil. Ketika bulan ketiga kehamilan beliau, Kementerian Pendidikan, melalui salah seorang pegawainya telah menarik balik memo tawaran yang diberikan tadi. Pihak Kementerian Pendidikan menekankan bahawa wanita hamil, dalam kes ini Noorfadilla, tidak boleh bekerja kerana kehamilan tersebut akan menyebabkan Noorfadila gagal untuk bertugas selama dua bulan sebaik sahaja anaknya dilahirkan, dan ini akan menyebabkan pengambilan pekerja lain terpaksa diambil. Noorafadilla juga dilihat sebagai berpotensi untuk jatuh sakit ketika bertugas disebabkan kehamilannya. Noorfadilla tidak mengalah dan mengambil langkah membuat dakwaan di mahkamah. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah digunakan. _____________________ 160 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 10. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 63 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusuf telah mempertimbangkan pada 12 Julai 2011, dan menyatakan bahawa CEDAW “mempunyai kuasa undang-undang mengikat ahli-ahlinya, termasuklah Malaysia.”161 64 Keputusan Mahkamah Tinggi ini turut mencipta sejarah di Malaysia apabila digunakan sebagai kes bukti adanya diskriminasi gender di negara ini. Pihak Mahkamah Tinggi berkata, “dalam mentafsirkan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, pihak Mahkamah diberikan tanggungjawab untuk menunjukkan komitmen kerajaan dan tanggungjawab negara pada peringkat antarabangsa, termasuklah kepada Konvensyen, seperti CEDAW, yang mana Malaysia merupakan salah satu negara yang terlibat. Mahkamah turut tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menghubungi CEDAW bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksud tepat bagi istilah “kesaksamaan” dan diskriminasi gender seperti yang disebut dalam Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan.162 Keputusan yang telah dibuat menyatakan bahawa “plaintiff sepatutnya mendapat hak untuk diambil bekerja sebagai guru walaupun hamil. Selain itu, plaintiff juga hamil disebabkan gendernya. Diskriminasi atas sebab kehamilan adalah satu bentuk diskriminasi berasaskan gender kerana wujud fakta biologi yang wanita sememangnya boleh hamil.”163 Keputusan juga membuat ringkasan bahawa “tindakan pihak defendan yang telah menarik balik memo pelantikan kepada plaintiff kerana kehamilan mengandungi unsur-unsur diskriminasi yang bercanggah dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan.164 Tidak lama setelah keputusan dibuat, Kementerian Pendidikan telahpun menunjukkan hasrat mereka untuk membuat rayuan atas keputusan mahkamah. Dalam rayuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi, yang mana menunjukkan bahawa Malaysia terikat dengan perkara-perkara yang disebut dalam CEDAW, kerajaan telah menunjukkan bahawa mereka telah melakukan diskriminasi ke atas wanita atas dasar kehamilan. Rayuan yang dibuat ini juga telah menunjukkan bahawa kerajaan menolak peruntukan yang telah dinyatakan dalam CEDAW. Pada tahun 2012, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan keputusan bahawa usia persaraan yang berbeza antara lelaki dan perempuan bukanlah satu perkara yang membabitkan diskriminasi gender. Artikel 15 bagi laporan ini menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut. Kerajaan mempertimbangkan Akta Kesaksamaan Gender 2010, tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan susulan Pengerusi bagi Ahli Jawatankuasa CEDAW telahpun berkata pada tahun 2006 bahawa pihaknya “mendesak Kerajaan Malaysia agar mengambil langkah-langkah perundangan bagi menunjukkan definisi yang tepat bagi membentuk undang-undang berkaitan kesamarataan gender.”165 Pada Julai 2010, satu laporan berita telah menyebut bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk mengkaji kemungkinan untuk mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender.166 Draf pertama bagi akta ini masih lagi tertangguh walaupun sudahpun dirancang untuk dibentangkan di Parlimen dalam bulan yang sama. Satu mesyuarat yang dibuat pada September 2010 antara pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan NGO-NGO telah dibuat untuk membincangkan akta tersebut. Seorang wakil dari kementerian tersebut telahpun menyatakan “sesuatu yang konkrit” perlu dihasilkan sebelum November 2010 berkaitan dengan Akta Kesaksamaan Gender sebagai kesimpulan bagi mesyuarat ini. Namun begitu, hasrat ini gagal dicapai seperti yang dirancang. _____________________ 161 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 12. 162 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 16. 163 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 July 2011, hlm. 20. 164 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 July 2011, hlm. 23. 165 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 30. 166 “Shahrizat: Ministry Is Studying To Enact A Gender Equality Act”, Bernama, 26 Mei 2010. (http://www.bernama.com/bernama/v5/ newsindex.php?id=501141) Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM, telahpun meluahkan harapan mereka agar akta tersebut diwujudkan bagi melindungi hak-hak wanita.167 UNDP juga telahpun dilaporkan terlibat dalam perbincangan dengan kerajaan mengenai kemungkinan akta ini diwujudkan.168 Pada masa yang sama, pada tahun 2012, tiada sebarang akta berkaitan kesamarataan gender diwujudkan di negara ini. Undang-undang yang bersifat diskriminasi berdasarkan identiti gender Golongan wanita transgender (lelaki ke wanita) dan lelaki transgender (wanita ke lelaki) sentiasa berada dalam risiko untuk ditahan polis di Malaysia, hanya disebabkan jantina biologi mereka, tanpa mengambil kira gender yang dizahirkan mereka. Angela M Kuga Thas, salah seorang aktivis di Malaysia telah menyebut bahawa: “Kedua-dua jenis golongan transgender yang menzahirkan tingkah laku feminin dalam satu bentuk atau yang lain, adalah terdedah kepada diskriminasi berasaskan gender, penderaan dan keganasan- secara fizikal, emotional, ataupun mental- seperti sesetengah kaum wanita dan kanak-kanak perempuan. Mereka yang telah mengalami kesan dari perlanggaran hak asasi mereka tidak mendapat bantuan perundangan, sama ada di bawah undang-undang syariah ataupun sivil. Mereka dilihat sebagai lebih rendah tarafnya berbanding lelaki seperti bagaimana lelaki dipandang lebih mulia berbanding wanita.”169 Kesemua negeri di Malaysia mempunyai undang-undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mana menghukum tindakan terlarang seperti pemakaian pakaian wanita oleh lelaki. Sebagai contoh, terdapat dua negeri, Sabah dan Perlis, yang menghukum wanita yang berpakaian seperti lelaki. Seksyen 28 dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyatakan: “Mana-mana lelaki yang didapati berpakaian seperti wanita di tempat awam dan bertingkah laku seperti seorang perempuan untuk tujuan-tujuan yang tidak bermoral, boleh didapati bersalah atas perbuatan tersebut dan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit ataupun penjara tidak melebih tempoh setahun atau lebih.” Di Sabah, Seksyen 92 bagi Enakmen Kesalahan Jenayah 1995 telahpun menyebut bahawa “lelaki berpakaian seperti wanita ataupun sebaliknya” adalah satu bentuk jenayah.170 Undang-undang yang mendiskriminasi wanita atas sebab perbezaan orientasi seksual Wanita yang berbeza dari sudut orientasi seksual (golongan yang menganggap diri mereka biseksual atau lesbian) sering mengalami situasi berbentuk diskriminasi, memandangkan mereka tidak memenuhi stereotaip gender masyarakat. Selain itu, kedua-dua mahkamah sivil dan syariah telah menetapkan amalan yang tidak bercorak heteroseksual antara dua individu dewasa adalah perbuatan jenayah. Negeri-negeri berikut – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, telahpun mengeluarkan enakmen bahawa hubungan sejenis antara wanita (musahaqah)171 adalah satu hubungan yang bersifat jenayah. _____________________ 167 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 15. 168 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 3. 169 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.259. 170 Seksyen 92 bagi Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Sabah 1995. 171 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.337-342. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 65 Contohnya, undang-undang negeri telahpun menyebut bahawa musahaqah merupakan satu bentuk jenayah di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997: 66 “Mana-mana wanita yang melakukan musahaqah boleh didapati bersalah atas perbuatan tersebut dan boleh didakwa dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit ataupun dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun disebat tidak melebihi enam kali ataupun mana-mana kombinasi hukuman yang disebut.” Kanun Keseksaan yang merangkumi semua negeri di Malaysia boleh menghukum tindakan yang dianggap “luar tabii” termasuklah aktiviti seks sejenis antara dua individu dewasa dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun ataupun rotan.172 Peruntukkan Diskriminasi dalam Kanun Keseksaan: Seksyen 498 Kanun Keseksaan Malaysia Di bawah CEDAW, layanan yang berbeza antara lelaki dan perempuan dapat dilihat di bawah Seksyen 498 dan layanan ini mempunyai kesan ke atas status wanita yang seringkali dianggap sebagai golongan bawahan apabila dibandingkan dengan lelaki. Perkara ini dilihat sebagai satu percanggahan dengan Artikel 1 CEDAW. Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan ada menyebut: “Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan manamana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.” Seksyen 498 Kanun Keseksaan adalah bersifat mendiskriminasi kerana tidak meletakkan wanita setaraf dengan lelaki andainya mereka menjadi pihak ketiga. Seksyen ini dilihat gagal berjalan selari dengan situasi kontemporari di Malaysia yang mana, suami atau isteri, sama sekali tidak mempunyai hak milik ke atas satu sama lain. Sebahagian daripada undang-undang salah laku Syariah di peringkat negeri turut mengandungi peruntukan bagi “menggoda wanita yang sudah berkahwin.” Bagaimanapun perbezaan wujud antara undang-undang syariah negeri dan persekutuan kerana mahkamah syariah negeri dibenarkan untuk “mengarahkan isteri yang terbabit untuk pulang ke suaminya.”173 _____________________ 172 Berikut adalah salah laku di bawah seksyen “Jenayah Seks Luar Tabii” Kanun Keseksaan: 377A. Persetubuhan Luar Tabii: “Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature. Explanation—Penetration is sufficient to constitute the sexual connection necessary to the offence described in this section.” 377B. Hukuman bagi melakukan persetubuhan luar tabii. “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.” 377C. Melakukan persetubuhan luar tabii tanpa persetujuan. “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.” 377CA. Hubungan seks dengan menggunakan objek. “Any person who has sexual connection with another person by the introduction of any object into the vagina or anus of the other person without the other person’s consent shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years and shall also be liable to whipping. Exception—This section does not extend to where the introduction of any object into the vagina or anus of any person is carried out for medical or law enforcement purposes.” 377D. Pencabulan maruah. “Any person who, in public or private, commits, or abets the commission of, or procures or attempts to procure the commission by any person of, any act of gross indecency with another person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years.” 173 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 15 CEDAW untuk maklumat lanjut. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kes mahkamah membabitkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan Pada tahun 2009, satu kes mahkamah berprofil tinggi telah menyebabkan Seksyen 498 menjadi terkenal untuk seketika di kalangan masyarakat. Darren Choy Khin Ming telah dibawa ke mahkamah oleh Ryan Chong, yang telah menuduh Choy dengan tuduhan menggoda isterinya, Daphne Iking, secara sedar dan sengaja, walaupun mengetahui status perkahwinannya dan isteri. Selepas saman peribadi dikeluarkan ke atas Choy, Choy segera memohon rayuan. Pada Ogos 2010, Mahkamah Tinggi telahpun merujuk rayuan tersebut ke Mahkamah Persekutuan bagi mengambil keputusan sama ada Seksyen 498 merupakan satu seksyen undang-undang yang boleh mendiskriminasi wanita memandangkan wanita tidak mempunyai akses yang sama bagi kes tersebut. Mahkamah Persekutuan telahpun bersetuju bahawa Seksyen 498 telah melanggar Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan kerana telah mengurangkan hak kebebasan warganegara.174 Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak melakukan diskriminasi ke atas lelaki, malahan telah memberikan hak istimewa kepada mereka (golongan suami). Setiap suami di negara ini diberikan keistimewaan untuk mendapat haknya, seperti yang disebut dalam Seksyen 498, untuk menyaman lelaki lain, ataupun pihak ketiga atas godaan yang dibuat oleh pihak tersebut. Seksyen 498 bersifat diskriminasi terhadap wanita – Seksyen ini melayan wanita seperti harta benda Seksyen 498 telah diambil dari Kanun Keseksaan India, yang mana telah dirangka ketika kaum wanita masih dilihat sebagai harta benda bagi suami mereka – ataupun ejen pasif bagi tujuan reproduksi dan bukan ejen kepada diri sendiri. Wanita yang sudah berkahwin dikira sebagai hak milik suami mereka atas andaian bahawa mereka sudah dilindungi oleh suami masing-masing. Persepsi ini sudah ketinggalan zaman, bersifat diskriminasi, dan sudah tidak lagi relevan bagi masyarakat Malaysia kontemporari. Artikel 5(a) CEDAW turut bercanggah dengan Seksyen 498 ini memandangkan idea bahawa taraf wanita adalah lebih rendah dari lelaki ditekankan melalui seksyen tersebut. Seksyen 498 menafikan hak wanita ke atas tubuh badan mereka Setiap wanita mempunyai hak untuk membuat keputusan berkaitan dengan tubuh badan mereka. Seksyen 498 telah menafikan bahawa hak ini wujud. Hubungan peribadi antara dua individu dewasa tidak seharusnya dijadikan sebahagian daripada urusan kerajaan. Peruntukan undang-undang yang mirip dengan Seksyen 498 telahpun ditarik balik atau dibatalkan oleh sistem perundangan lain Kerajaan Singapura telah mengemaskini Kanun Keseksaan, bagi “menonjolkan norma kemasyarakatan dan nilai-nilai murni” dengan membatalkan Seksyen 498: “…Seksyen 498 yang menghukum tindakan menggoda, membawa lari, menahan, ataupun menyembunyikan dengan niat buruk ke atas seorang wanita sudah dikira sebagai satu peruntukan yang ketinggalan zaman. Seksyen ini hanya diwujudkan ketika zaman wanita masih lagi dikira sebagai sebahagian daripada harta benda suami mereka….”175 Kewujudan Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan turut melanggar: • Artikel 2(g) CEDAW yang mendesak agar Negara-negara Anggota membatalkan kesemua peruntukan undang-undang hukuman kebangsaan yang mengandungi unsur diskriminasi ke atas wanita. • Artikel 5(a) CEDAW, kerana menzahirkan idea bahawa taraf wanita adalah lebih rendah dari taraf lelaki. • Artikel 16(c) CEDAW, kerana wanita dan lelaki tidak mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dalam satu hubungan perkahwinan dan perceraian. (Malaysia masih lagi meletakkan reservasi yang sama bagi artikel ini). _____________________ 174 Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa, “Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.” 175 Perbahasan Parlimen Singapura, Laporan Rasmi, Parlimen Kesebelas, Isnin 22 Oktober 2007. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 67 Peruntukan Kanun Keseksaan bersifat diskriminasi: kes suami merogol isteri Kanun Keseksaan masih lagi gagal mengiktiraf perkara ini sebagai satu jenayah. 68 Pada tahun 2006, Kanun Keseksaan telahpun dipinda dan konsep persetubuhan yang boleh membahayakan dalam perkahwinan telah diperkenalkan dalam sistem perundangan negara. Bagaimanapun, Pindaan ini masih lagi bermasalah kerana definisi bagi jenayah ini masih lagi tidak menyebut perkataan rogol dan hanya menyentuh mengenai potensi kecederaan semata-mata dan bukannya perbuatan rogol itu sendiri. Subseksyen 375A bagi Kanun Keseksaan 375A turut menyatakan bahawa: “Mana-mana lelaki yang mana ketika satu hubungan perkahwinan yang sah berlaku mungkin menyebabkan kecederaan ataupun kematian kepada isteri ataupun individu-individu lain ketika persetubuhan berlaku antara dirinya dan isterinya boleh dihukuman penjara bagi satu tempoh tidak melebihi lima tahun.” Hukuman bagi “menyebabkan kematian ataupun kecederaan” dalam satu ikatan perkahwinan yang sah ini adalah jauh lebih ringan dari hukuman ke atas penjenayah kes rogol: “Sesiapa yang melakukan jenayah rogol boleh dihukum penjara sehingga satu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi dua puluh lima tahun, dan boleh dikenakan hukuman sebatan.” Selain itu, pengecualian bagi subseksyen 375A bagi Kanun Keseksaan ada menyatakan bahawa: Pengecualian- persetubuhan yang berlaku antara seorang lelaki dan isterinya dalam satu ikatan perkahwinan yang sah di bawah satu undang-undang bertulis ketika kejadian berlaku, dikira sebagai sesuatu yang tidak salah, dan bukannya satu bentuk kes rogol. Isu berkaitan kes suami merogol isteri akan dibincangkan secara lebih lanjut dalam bab ini dalam Cadangan Umum ke-19 : Keganasan ke atas Wanita. Peruntukan Kanun Keseksaan yang bersifat diskriminasi: kes rogol menggunakan objek tidak dikira sebagai satu bentuk kes rogol Dalam Kanun Keseksaan, kes rogol menggunakan objek masih lagi tidak dikira sebagai satu bentuk kes rogol- perbuatan ini masih lagi dikira sebagai “luar tabii.” Kes rogol menggunakan objek sepatutnya dipindahkan ke dalam seksyen Kanun Keseksaan yang membincangkan mengenai jenayah rogol. Seksyen 377CA bagi Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: “Mana-mana individu yang mempunyai hubungan seksual dengan individu lain dengan meletakkan segala bentuk objek ke dalam faraj ataupun lubang dubar individu yang lain tanpa mendapat kerelaan individu yang menjadi mangsa boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua puluh tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.” Peruntukan Kanun Keseksaan yang bersifat diskriminasi: pelacuran Seksyen 372B bagi Kanun Keseksaan ini diwujudkan bagi membincangkan mengenai “godaan ke arah pelacuran.” Seksyen ini menyatakan: “Sesiapa yang menarik atau memujuk orang lain ke arah perbuatan berkaitan dengan pelacuran ataupun perbuatan tidak bermoral, di mana-mana tempat sekalipun, boleh dihukum penjara sehingga satu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.” Seksyen ini juga telah dipinda bagi menghukum eksploitasi ke atas seseorang individu oleh individu yang lain, dan dialihkan fokusnya daripada “tujuan tidak bermoral.” Kedua-dua jenis pekerja seks - wanita tulen mahupun transgender, walaupun kebanyakannya terdiri dari mereka yang menjadi mangsa akibat kegagalan mencari pekerjaan lain, tetap sering kali diganggu oleh undang-undang ini. Undang-undang ini tidak mengambil kira keadaan pekerja seks ataupun faktor-faktor seperti kekurangan pendidikan formal ataupun kekurangan peluang pekerjaan dalam bidang lain, yang mana mungkin boleh menjadi punca sesetengah individu terjebak dalam kerjaya pelacuran. Bagi kebanyakan golongan transgender, Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW kerja-kerja berkaitan dengan pelacuran merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi mereka untuk menyara diri.176 Protokol Pilihan CEDAW Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM, telah menyebut dalam laporan tahunan mereka bagi tahun 2010, bahawa terdapat perbincangan antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pihaknya berkaitan dengan kepentingan meluluskan Protokol Pilihan CEDAW.177 Bagaimanapun, kerajaan masih lagi tidak mengambil kata putus, dan masih gagal meluluskan protokol tersebut seperti yang diharapkan. Artikel 3: Langkah-langkah bagi menggalakkan kesaksamaan Dasar Kebangsaan Wanita Walaupun Dasar Kebangsaan Wanita wujud di Malaysia, polisi ini masih lagi gagal dilihat sebagai satu polisi yang berjaya. Pada tahun 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telahpun menyebut mengenai satu pertubuhan besar yang melibatkan badan-badan wanita yang bernama Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender dalam maklumbalas yang dikeluarkan mereka. Maklumbalas ini boleh dikategorikan sebagai satu kegagalan kerana tidak berjaya menghubungkan kelompok-kelompok sasaran polisi, strategi-strategi yang dirancang, kaedah-kaedah, rangka masa, dan agensi-agensi yang berkaitan denga dasar yang sedang dipertimbangkan. Kekurangan dari aspek pemerhatian yang konsisten, kekeliruan berkaitan isi kandungan yang ada, dan ketidakseragaman antara kategori juga boleh dilihat wujud dalam maklumbalas yang diberikan. Contohnya, “objektif” bagi dasar ini turut disenaraikan sebagai “kumpulan sasaran” ataupun “strategi.”178 Pada tahun 2010, Pelan Tindakan Kebangsaan yang dibuat berdasarkan Dasar Kebangsaan telahpun dikeluarkan. Bagaimanapun, kebanyakan tindakan yang dirancangkan masih lagi gagal dilaksanakan walaupun sepatutnya sudah diselesaikan pada tahun sebelumnya, tahun 2009. Tiada sebarang rancangan pelaksaan CEDAW pada peringkat kebangsaan. Struktur kerajaan Gender Focal Point dalam kementerian-kementerian kerajaan Gender Focal Point telahpun ditubuhkan dalam ke semua kementerian kerajaan bagi memastikan gender diserapkan dalam polisi dan program. Pakar akademik, Cecilia Ng telah menyebut bahawa istilahistilah yang digunakan bagi rujukan bagi Gender Focal Point tidak diterangkan secara jelas sejak dari awal. Selain itu, setiap temuduga yang dibuat bagi jawatan penjawat awam menunjukkan bahawa tiada sebarang kefahaman mengenai gender wujud dan kebanyakan mereka yang terbabit dengan pembuatan dasar-dasar kerajaan boleh dikategorikan sebagai “gender neutral.”179 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM telah menyebut dalam Laporan Tahunan 2010 mereka bahawa “Disebabkan sesetengah masalah dalam Gender Focal Point (GFP)… Suruhanjaya telah gagal menjalankan program latihan bagi tahun tersebut.”180 _____________________ 176 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.268. 177 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 49. 178 Surat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dari Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender, “Feedback on the Draft National Plan of Action for Women’s Development”, hlm. 2. 179 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 10. 180 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 28. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 69 70 Pada tahun 2011, dalam satu tindakan yang boleh dianggap positif, Gender Focal Point telah mula diterima dan telah dibuka dengan menggunakan perkhidmatan dua pakar terlatih, Shanthi Dairiam dan Shanthi Thambiah. Ahli jawatankuasa kabinet berkaitan kesaksamaan gender Pada tahun 2005, satu panel ahli jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan kesamarataan gender di negara ini. Bagaimanapun, pada tahun 2009, ahli jawatankuasa ini telahpun diturunkan status kuasanya. Sehingga ke hari ini, tidak ada banyak maklumat boleh diperolehi bagi menggambarkan perkembangan dan hasil ahli jawatankuasa ini.181 Mesyuarat sesama wanita juga tidak mempunyai suara yang kuat bagi menghidupkan isu kesamarataan gender di Parlimen.182 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mempunyai sumber yang mencukupi terutamanya dari aspek tenaga kerja. Jumlah pekerja di kementerian ini adalah paling rendah jika dibandingkan dengan jumlah pekerja di kementerian lain. Pekerja di kementerian ini juga dilihat sebagai kurang sesuai dari segi kelayakan untuk melakukan kerja-kerja mereka. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai skop kerja yang terlalu luas dan masih lagi mengamalkan sistem patriarki dengan meletakkan wanita, keluarga, dan anak-anak diletakkan di bawah satu kategori. Jawatankuasa CEDAW telahpun memerhatikan selepas sesi mereka di Korea Selatan bahawa tindakan menggabungkan urusan kekeluargaan dan urusan kesamarataan gender di bawah satu bumbung boleh memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyemarakkan lagi norma patriarki yang berbahaya kepada proses perkembangan pembinaan kesamarataan gender di negara ini. SENADA Selepas pilihanraya umum 2008, kerajaan telahpun mewujudkan Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) bagi menangani isu-isu berkaitan wanita Muslim. Walaupun begitu, isu-isu berkaitan dengan wanita bukan beragama Islam tetap perlu diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. SENADA, yang mana diletakkan di bawah MWFCD, hanya menyebabkan perpecahan di antara layanan kepada wanita beragama Islam dan wanita bukan beragama Islam. SENADA juga dilihat gagal untuk membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menjadi satu institusi yang menjaga dan memelihara hak kesemua lapisan kaum wanita. Kemiskinan Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, terdapat 3.8 peratus daripada rakyat Malaysia masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan pada tahun 2009. Rancangan Malaysia Kesepuluh turut menyatakan bahawa: “Pada tahun 2009. 40% daripada isi rumah hanya mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan. Peratusan ini mewakili 2.4 juta isi rumah yang mana 1.8% daripada mereka boleh dikategorikan sebagai golongan yang berada pada tahap kemiskinan kritikal, 7.6% pada tahap miskin, dan 90.6% pada tahap berpendapatan rendah.”183 Rancangan Malaysia Kesepuluh turut tidak mengasingkan data yang digunakan berdasarkan gender. Laporan telah menunjukkan bahawa daripada 6.2 juta isi rumah pada tahun 2009, 228,400 individu boleh dikategorikan sebagai golongan miskin, yang mana hanya memperoleh RM800 dan ke bawah bagi setiap bulan.184 Garis kemiskinan di Malaysia berbeza mengikut negeri. Di Semenanjung Malaysia, garis _____________________ 181 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 10. 182 Concluding Observations of the Committee on the Elimination of Discrimination against Women: Republic of Korea, Sesi ke-49, dikeluarkan pada 29 Julai 2011, CEDAW/W/C/KOR/CO/7, perenggan 16. 183 Tenth Malaysia Plan, 2011-2015, hlm. 149. 184 “How poor are we, really?”, The Malaysian Insider, 21 Julai 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW kemiskinan diletakkan pada tahap pendapatan RM763 sebulan, manakala di Sabah, RM1,048, dan di Sarawak RM912. Secara purata, garis kemiskinan di negara ini adalah RM800 sebulan.185 Menurut laporan NGO hak asasi manusia di Malaysia, didapati bahawa mereka yang datang memerlukan bantuan telah pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan diskriminasi. Lebih dahsyat lagi, mereka juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang berada dalam kemiskinan.186 Kemiskinan turut dikaitkan dengan wanita di seluruh dunia dan isi rumah yang diketuai wanita sering kali berada pada tahap risiko yang tinggi untuk menghadapi kemiskinan. Laporan Sasaran Pembangunan Millennium Malaysia 2010 telah menyatakan bahawa: “Golongan isi rumah bandar yang diketuai oleh kaum perempuan pada tahun 2009 mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk berada berada dalam kelompok berpendapatan rendah berbanding dengan golongan isi rumah bandar yang diketuai oleh lelaki dan golongan isi rumah luar bandar yang diketuai oleh wanita. Antara golongan yang termiskin, golongan isi rumah yang diketuai wanita merupakan golongan yang berada pada tahap terbawah pada taburan pendapatan. Potensi kes kemiskinan bagi isi rumah yang diketuai wanita adalah 4.1%, jika dibandingkan dengan 3.7% bagi mereka yang diketuai oleh lelaki.”187 Sejak tahun 2008, kerajaan telahpun mengetuai perkembangan bagi data berkaitan kemiskinan melalui satu program yang dinamakan e-Kasih, yang mana mengandungi “gender” sebagai salah satu kunci pembolehubah. Bagaimanapun, tiada pengasingan mengikut gender dapat dilihat dalam data berkaitan kemiskinan. Maklumat lanjut mengenai kategori wanita miskin di seluruh negara, dari status perkahwinan, tanggungjawab keibuan ataupun sebagai ketua isi rumah berpendapatan rendah, sejauh mana kemiskinan mereka perlu dibantu, dan keadaan terperinci mengenai situasi dan lokasi mereka, sama ada di luar ataupun dalam bandar, perlu diperoleh.188 Artikel 4: Langkah sementara di Malaysia Walaupun pengumuman telah dibuat mengenai kuota ataupun sasaran bagi wanita di sektor awam dan swasta dalam bidang pembuatan keputusan, tiada lagi sebarang tindakan boleh diambil, dan tiada lagi rangka kerja ataupun tindakan susulan dapat dilihat. Kelihatan seperti terdapat kekurangan pemahaman terhadap tujuan langkah sementara. Kuota 30 peratus dalam jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam Pada tahun 2004, Perdana Menteri mengumumkan pembentukan kuota 30 peratus untuk wanita dalam jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam. Pelan tindakan tidak diberikan, dan tindakan tidak dapat dilihat. Pada tahun 2006, sebagai maklumbalas kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ahli Jawatankuasa CEDAW mengenai mengapa Malaysia perlu mengambil masa yang lama untuk mencapai peratusan 30% bagi kuota pekerjaan untuk petugas wanita dalam sektor awam dan swasta, wakil kerajaan Malaysia, Puan Faizah Mohd Tahir telah berkata, “Hakikatnya, perkara ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk diuruskan. Perkara ini hanya kelihatan lambat kerana kertas kerja bagi perkara ini baru sahaja diberikan kepada Kabinet pada penghujung 2005.”189 Rancangan Malaysia Kesepuluh juga menunjukkan bahawa. kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang pembuatan keputusan masih boleh dikatakan kabur. Rancangan Malaysia Kesepuluh menyebut, kerajaan telahpun menyatakan bahawa mereka akan “meningkatkan usaha mereka bagi membantu wanita mencapai kuota 30% bagi tenaga kerja dalam peringkat pembuat keputusan sepanjang tempoh bagi rancangan tersebut.”190 _____________________ 185 “How poor are we, really?”, The Malaysian Insider, 21 Julai 2010. 186 Artikel Prema Devaraj yang tidak disiarkan, Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pulau Pinang, 2010. 187 United Nations Country Team, Malaysia and the Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 15-16. 188 Unpublished paper by Prema Devaraj, Women’s Centre for Change (WCC), Penang, 2010. 189 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan 59. 190 Tenth Malaysia Plan 2011-2015, hlm. 181. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 71 72 Tiada sebarang tindakan, rangka masa yang jelas, ataupun hasil yang boleh dibanggakan boleh dilihat, walaupun laporan ini telah ditulis pada tahun 2012 (lapan tahun selepas pengumuman awal berkenaan dengan hal ini.” Pada tahun 2007, sebuah projek kajian kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan UNDP dalam mencapai kuota yang disebutkan telah dijalankan.191 UNDP telahpun menyumbangkan dana sebanyak RM20,000 dan membantu penulisan kertas kerja kajian tersebut untuk dipersembahkan di Kabinet. Namun begitu, hasil bagi projek ini masih gagal untuk disiarkan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat awam mengenai perkara yang dibincangkan. Pada tahun 2011, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa 32.3 peratus daripada kesemua jawatan pembuat keputusan dalam negara sudahpun dipegang oleh kaum wanita pada tahun 2010. Peratusan ini dilihat sebagai satu peratusan yang tidak tepat, dan hanya dibuat berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang diberi nama “Peratusan Pengurusan Tertinggi di Sektor Awam Mengikut Jatina.” Jawatan yang dilingkumi dalam “Pengurusan Tertinggi” tidak disenaraikan. Berdasarkan rekod statistik kerajaan pada tahun 2010 yang dikeluarkan oleh kementerian yang sama bertajuk “Penglibatan Wanita Pada Peringkat Pembuatan Keputusan dalam Sektor Awam”: • Hanya 4 daripada 24 Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 17 daripada 57 Timbalan Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 8 daripada 43 Ketua-ketua Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengurus Badan-badan Berkanun adalah perempuan. • Hanya 18 daripada 110 Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan adalah perempuan. Secara keseluruhan, hanya 20 peratus sahaja daripada jawatan pembuat keputusan telah diberikan kepada kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri mempunyai kecenderungan untuk memilih data yang kurang tepat semata-mata untuk menyenangkan pendengar. Kuota 30 peratus dalam jawatan pembuat keputusan dalam sektor swasta Pada 27 Jun 2010, Perdana Menteri telahpun mengumumkan rancangan lima tahun bagi mencapai sasaran ini dalam sektor swasta. Pelantikan ahli majlis lembaga pengarah turut digalakkan dibuat berdasarkan sasaran ini.192 Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lebih lanjut dari Perdana Menteri, yang telah dikritik melainkan kenyataan ringkasnya, “Ini bukanlah kuota, ini adalah sasaran.”193 Kenyataan ini dilihat sebagai satu kenyataan yang memandang rendah usaha ini dan menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai kefahaman yang jelas bagi mengambil langkah sementara dalam memainkan peranan mereka seperti yang dicadangkan dalam Cadangan Umum ke-25 yang menekankan pemberian “permulaan yang saksama” agar mereka dapat “dibantu oleh kerajaan untuk mencapai tujuan kesaksamaan yang diharapkan.”194 Dalam satu tindakan yang boleh dikira sebagai tindakan positif, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telahpun mengumumkan bahawa syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam senarai syarikat awam termasuklah perniagaan yang dalam proses untuk ke arah tersebut, perlu menerangkan cara-cara yang perlu diambil mereka bagi mencapai kuota yang disarankan. Pada tahun 2012, laporan tahunan mereka juga perlu menyertakan maklumat lanjut mengenai polisi dan tujuan berkenaan dengan perwakilan dari kalangan kaum wanita. Pengerusi bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telahpun menyatakan bahawa, “Perkara ini perlu dibuat secara berfasa-fasa. Langkah pertama yang perlu diambil syarikat-syarikat terbabit adalah mewujudkan sasaran tahunan yang membolehkan mereka, pada penghujung tahun ke lima, untuk mencapai sasaran 30% yang diharapkan.”195 _____________________ 191 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 14. 192 “PM: 30% of corporate decision-makers must be women”, The Star, 27 Jun 2011. 193 “Women smart partners”, The Star, 26 Ogos 2011. 194 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Cadangan Umum ke-25, perenggan 8. 195 “Securities Commission: Firms must fulfill women quota for top positions to be listed”, The Star, 15 September 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 1-4 CEDAW Artikel 1 • Diskriminasi, seperti yang ditafsirkan dalam Artikel 1 CEDAW, perlu diserapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan. Definisi ini merangkumi semua aspek diskriminasi dalam sektor awam dan swasta dan meliputi konsep diskriminasi berdasarkan perbezaan orientasi seksual, identiti gender, dan status kewarganegaraan. Kerajaan Malaysia seharusnya mengiktiraf kesaksamaan hak semua insan di bawah sistem perundangan terkini bagi menjamin kefahaman dan penerimaan masyarakat pada masa depan. Artikel 2 Menyerapkan CEDAW dalam sistem perundangan domestik melalui pengwujudan undang-undang yang menggalakkan kesamarataan gender, yang turut memuatkan peruntukan bagi mewujudkan suruhanjaya anti-diskriminasi yang diberikan kuasa untuk menasihati kerajaan, mendengar aduan, dan menyampaikan keputusan berkaitan dengan kesaksaman gender kepada masyarakat. • Membangunkan rancangan pelaksanaan CEDAW yang mana turut menyertakan Dasar Kebangsaan Wanita. • Meminda peruntukan yang bersifat diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan.196 • Meminda peruntukan Kanun Keseksaan yang terus-menerus menyebabkan diskriminasi terhadap wanita. • Menarik Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan yang menzahirkan idea anakronistik bahawa wanita adalah sebahagian daripada harta benda suami. • Meminda Kanun Keseksaan untuk menghukum suami yang merogol isteri: – Pinda subseksyen 375A dalam Kanun Keseksaan bagi memastikan kes rogol antara suami dan isteri boleh dikira sebagai satu bentuk jenayah, dan bukan hanya dikira sebagai salahlaku apabila boleh menyebabkan kecederaan. – Hapuskan pengecualian yang disebut dalam subseksyen 375A Kanun Keseksaan yang mana menyebut secara terang dan jelas bahawa persetubuhan antara pasangan yang sudah berkahwin tidak boleh dikira sebagai kes rogol. • Menyemak semula undang-undang yang mengharamkan kewujudan pekerja seks dan memperkukuhkan rangka kerja yang boleh melindungi hak pekerja dalam industry tersebut. Dalam hal ini, Pindaan Seksyen 375B bagi Kanun Keseksaan berkaitan dengan pelacuran dilihat sebagai sesuatu yang perlu dibuat kerana seksyen ini mempunyai unsur eksploitasi oleh satu individu ke atas individu yang lain, dan hanya berfokuskan “tujuan-tujuan yang tidak bermoral.” • Pindaan Seksyen 377CA bagi Kanun Keseksaan juga perlu dibuat kerana Seksyen ini telah gagal meletakkan kes rogol menggunakan objek sebagai satu bentuk jenayah rogol. Kes rogol sedemikian perlu diletakkan di bawah Kanun Keseksaan yang sama seperti kes rogol lain. _____________________ 196 Peruntukan perlembagaan yang bersifat mendiskriminasi dapat dilihat antaranya pada: a) Seksyen 8(5)(a) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan yang mengawal undang-undang peribadi” menyebabkan kehidupan peribadi mereka yang beragama Islam tidak dipengaruhi oleh pindaan yang dibuat. b) Seksyen 8(5)(b) menyatakan bahawa klausa kesaksamaan Perlembagaan tidak menghalang “sebarang peruntukan atau amalan yang menyekat sebarang pejabat ataupun pengambilan pekerja berkaitan denganurusan mana-mana agama, ataupun institusi yang diurus oleh satu kumpulan yang berkaitan dengan mana-mana agama, ke atas seseorang yang berpegang kepada agama tersebut.” c) Section 12(1) states that “tiada sebarang diskriminasi boleh dilakukan ke atas mana-mana warganegara atas sebab agama, bangsa, keturunan, ataupun tempat kelahiran” dari sudut akses pendidikan. d) Terdapat pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendiskriminasi hak kewarganegaraan wanita untuk mewariskan kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka, termasuklah melalui Artikel 14,15,24(4) dan 26(2) selain daripada Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Maklumat lanjut boleh diperolehi dalam bab yang membincangkan Artikel 9 CEDAW dalam laporan ini. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 73 74 • Pindaan undang-undang yang menunjukkan unsur diskriminasi terhadap wanita yang menjalinkan hubungan sejenis ataupun golongan transgender perlu dibuat dengan cara: • Meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah agar hubungan sejenis yang dipersetujui antara dua individu dewasa dapat diterima sebagai satu bentuk perhubungan. • Amend the state Syariah Criminal Offences enactmMeminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah agar perbuatan memakai pakaian jantina berbeza tidak dikaitkan dengan “tujuan-tujuan tidak bermoral,” yang selalunya dijadikan alasan untuk menahan golongan transgender. • Menghapuskan reservasi atas Artikel 9(2) CEDAW dan 16(1) (a), (c), (f), dan (g). Artikel 3 • Gender sepatutnya dijadikan satu konsep utama semua sektor dan rancangan lima tahun kerajaan agar kesaksamaan lelaki dan wanita dapat dipelihara seperti yang dikehendaki oleh CEDAW. Data yang mengasingkan jantina dan faktor-faktor sosio-ekonomi lain perlu dikumpulkan bagi membantu perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang disasarkan bagi menyeragamkan kepentingan wanita dan rancangan pembangunan kebangsaan. • Menilai semua pengelompokan wanita, kanak-kanak, keluarga dan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini penting bagi menghapuskan norma patriarki yang masih lagi tersemat kuat dan membantu mencapai kesamarataan gender di Malaysia. • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengambil langkah yang proaktif dengan panduan yang jelas dan strategi dan tindakan yang diperlukan dalam memerhati, mengesan, dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi ke atas wanita dalam sektor awam mahupun swasta. • Gender Focal Point bagi setiap kementerian perlu memainkan peranan mereka bagi mendapatkan panduan yang tepat bagi memastikan tindakan yang sebenar dapat diambil bagi memperkenalkan konsep gender secara berkesan dan positif dalam setiap kementerian. • Peruntukan bagi isu-isu berkaitan gender perlu dibuat bagi memastikan sumber yang mencukupi ada dalam setiap sektor dan program yang berkaitan dengan penjagaaan hak asasi wanita dan kesamarataan gender. • Mengambil satu peta kerja dan penilaian yang lengkap di seluruh negara dengan menggunakan konsep pengasingan data mengikut gender. • Meluluskan Protokol Pilihan CEDAW. Artikel 4 • Mengesan bidang-bidang yang perlu diberikan perhatian dan melaksanakan tindakan yang bersifat sementara bagi membangunkan panduan spesifik dan rancangan konkrit bagi pelaksanaan, pemerhatian, dan penilaian tahap keberkesanan sesuatu perkara yang dibuat. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Artikel 5 ARTIKEL 5: PERANAN JANTINA DAN STEREOTAIP Artikel 5 Negara-negara Anggota perlu mengambil langkah-langkah bersesuaian seperti berikut: (a) Mengubah corak sosial dan kebudayaan dan kemasyarakatan lelaki dan wanita, demi menghapuskan prejudis, budaya dan semua bentuk amalan lain yang berdasarkan pemikiran kelebihan atau kekurangan oleh lelaki atau perempuan atau peranan steroetaip lelaki dan perempuan. (b) Memastikan pendidikan kekeluargaan merangkumi peranan keibuan sebagai peranan sosial dan mengiktiraf peranan bersama kaum lelaki dan wanita dalam membesarkan anak-anak, dengan pemahaman yang kepentingan anak-anak merupakan pertimbangan utama. Salah seorang ahli Jawatankuasa CEDAW, Puan Arocha Dominguez, telah mengemukakan kepada wakil kerajaan Malaysia pada tahun 2006 bahawa masyarakat di negara ini perlu menjalani “anjakan ideologi bagi memastikan perubahan pemikiran boleh berlaku.”197 Perubahan ideologi tidak berlaku dengan lancar di Malaysia. Kerajaan Malaysia masih lagi gagal mengambil tindakan seperti yang diharapkan oleh wakil CEDAW. Pihak berkuasa di negara ini masih lagi menunjukkan bahawa stereotaip yang tebal berkaitan dengan peranan jantina masih lagi wujud dalam masyarakat. Kebanyakan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang dikeluarkan pada kali pertama pada tahun 2005 masih lagi relevan sehingga kini. Bagaimanapun, bab ini tidak akan menyentuh mengenai perkara ini. Bab ini akan menjadikan perkembangan yang berlaku sejak tahun 2005 sebagai fokus utama. Walaupun kerajaan telahpun menghapuskan reservasi-reservasi tertentu bagi Artikel 5(a), mereka masih lagi gagal melaksanakan apa yang dirancangkan mereka seperti mana yang diharapkan oleh pelbagai pihak. Perkara kunci bagi bab ini: • Retorik kerajaan masih lagi mengandungi unsur-unsur stereotaip gender yang mendalam dan memberi gambaran bahawa wanita seharusnya berada di rumah bagi menjalankan tugastugas sebagai penjaga utama bagi anak-anak. Sebagai contoh, pengumuman kerajaan yang menekankan bahawa wanita seharusnya diberikan waktu kerja yang fleksibel dan dipilih bagi jawatan sambilan turut menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai kecenderungan untuk meletakkan wanita sebagai golongan yang memiliki “dua beban” iaitu beban di rumah dan beban di tempat kerja. Retorik kerajaan sama sekali tidak pernah menunjukkan bahawa kaum lelaki ataupun golongan bapa mempunyai tanggungjawab yang sama seperti ini. • Ahli Parlimen yang dilantik juga seringkali menunjukkan komen yang berbaur seksis di dalam mahupun di luar dewan Parlimen, tanpa dikenakan sebarang tindakan. Walaupun komen-komen sebegini hanya dilakukan oleh oleh mereka yang jelas berfikiran kebelakang, ketiadaan sebarang tindakan yang dikenakan oleh mereka yang terbabit menunjukkan bahawa pemikiran seksis masih lagi boleh diterima oleh sebahagian besar masyarakat. _____________________ 197 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731 yang berlangsung pada jam 10 pagi, 24 Mei 2006, CEDAW/C/SR.731, dikeluarkan pada 20 Jun 2006, perenggan ke-43. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 77 78 • Pengasingan kenderaan awam mengikut jantina juga tidak boleh terus dianggap sebagai sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang. Kaum wanita mungkin berasa selamat ketika menaiki kenderaan yang dinaiki mereka, bagaimanapun langkah ini tidak akan menangani punca sebenar pengasingan seperti ini dilakukan. Selain itu, pengasingan seperti ini juga mungkin menambahakan rasa takut wanita ke atas kaum lelaki. • Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan beberapa fatwa yang membataskan hak-hak wanita ke atas tubuh badan mereka sendiri. Salah satu fatwa yang dikeluarkan telah menyatakan bahawa amalan berkhatan di kalangan kaum wanita perlu diteruskan ke atas kanak-kanak perempuan. Selain itu, fatwa yang menindas kaum wanita yang berpenampilan seperti lelaki (golongan pengkid) dan membotakkan kepala juga turut dikeluarkan. Walaupun fatwa-fatwa ini tidak mempunyai sebarang kesan dari segi perundangan, kewujudan fatwa-fatwa ini telah menzahirkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu di negara ini yang masih lagi cenderung untuk mengawal kebebasan wanita dalam mengawal hak-hak berkaitan dengan tubuh badan mereka. • Kewujudan polis moral yang menjalankan penangkapan dan bekerja atas dasar-dasar nilai-nilai keagamaan turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ini boleh dilihat sebagai satu ancaman kepada kehidupan peribadi masyarakat, terutamanya mereka yang datang dari latar belakang golongan minoriti. Kewujudan polis moral juga disokong sepenuhnya oleh pegawai-pegawai agama dan Polis Diraja Malaysia. • Individu yang mengamalkan gaya hidup berbeza dengan golongan heteroseksual dan mempunyai identiti seksual yang berbeza dari masyarakat kebanyakan boleh didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia. Undang-undang Syariah di setiap negeri telah meletakkan perbuatan lelaki memakai pakaian wanita ataupun sebaliknya, dan menjalinkan hubungan seks sejenis sebagai satu bentuk jenayah. Walaupun perbezaan wujud antara undang-undang ini, perbezaan ini bukanlah sesuatu yang baik. Sesetengah negeri turut menekankan bahawa pemakaian pakaian jantina yang berbeza atas tujuan tidak bermoral di tempat awam merupakan reservasi bagi membolehkan dakwaan dibuat. Lebih menyedihkan, undang-undang sebegini sering kali digunakan bagi mendakwa golongan transgender dan wanita. Terdapat pelbagai laporan yang menunjukkan bahawa sesetengah pegawai agama ataupun polis telah mengganggu, menyerang, dan mendera golongan yang disebutkan ini secara seksual. • Stereotaip gender yang ditonjolkan di media turut tidak membantu. Kebanyakan iklan yang dimainkan di media menekankan bahawa wanita mempunyai peranan sebagai golongan yang lemah. Garis panduan penapisan filem turut menekankan bahawa watak transeksual dan homoseksual tidak boleh diwujudkan dalam sesuatu filem melainkan jika watak tersebut akan bertaubat, meninggal dunia, ataupun dihukum pada penghujung filem yang dibuat. Gambaran yang ditunjukkan oleh pihak surat khabar turut menekankan pemikiran yang sama. Penggunaan perkataan yang merendah-rendahkan golongan yang beridentiti seksual berbeza dapat dilihat dengan jelas dalam akhbar-akhbar tempatan. • Pada November 2011, polis Malaysia telah mengharamkan festival yang diberi nama Seksualiti Merdeka. Festival ini telah diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2008 dengan tujuan menyediakan satu ruang yang selamat bagi mereka yang mempunyai kecenderungan seksual yang berbeza dari masyarakat kebanyakan, untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai hakhak asasi mereka. Kementerian-kementerian kerajaan turut mengeluarkan komen yang dilihat mampu mencetuskan kebencian mengenai festival ini. Terdapat pihak yang menyamakan acara ini dengan acara “binatang.”198 Timbalan Perdana Menteri turut mengkategorikan festival ini sebagai acara untuk mereka yang “sesat.”199 _____________________ 198 “Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya ‘binatang’ – Ibrahim Ali”, Utusan Malaysia, 3 November 2011. 199 “‘Seksualiti Merdeka’ programme a deviationist activity – Muhyiddin”, New Straits Times, 3 November 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Penghapusan reservasi bagi Artikel 5(a) Pada 6 Julai 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka sedang merancang untuk menarik balik reservasi-reservasi yang diletakkan mereka bagi tiga artikel CEDAW, termasuklah Artikel 5(a). Pada 19 Julai 2010, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB mengumumkan bahawa reservasi-reservasi yang ada sememangnya sudahpun dihapuskan. Walaupun kerajaan telahpun menghapuskan reservasi-reservasi bagi Artikel 5(a) dan sememangnya layak menerima pujian bagi tindakan ini, mereka masih lagi gagal melaksanakan sebarang tindakan yang benar-benar membolehkan tujuan bagi artikel tersebut tercapai. Pertama sekali, perkahwinan poligami masih lagi dibenarkan bagi masyarakat yang beragama Islam di negara ini. Jawatankuasa CEDAW telahpun menekankan bahawa amalan ini merupakan satu amalan yang bercanggah dengan Artikel 5(a) CEDAW melalui Cadangan Umum ke-21 mereka. Amalan berkhatan di kalangan wanita juga dilihat sebagai sesuatu yang bercanggah dengan Artikel 5(a) CEDAW. Amalan ini, yang telah disokong dengan satu fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2009, telah dijadikan sesuatu yang bersifat wajib bagi kaum wanita beragama Islam di negara ini. Pengecualian hanya boleh diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk mengalami “kecederaan” dari sebarang prosedur berkaitan dengannya.200 Cadangan Umum ke-14 CEDAW turut mendesak Negara-negara Anggota agar “mengambil langkah yang efektif dan bersesuaian bagi menghapuskan amalan ini di negara mereka.” Selain itu, langkah-langkah yang diambil olehNegara-negara Anggota turut perlu dimuatkan dalam laporan mereka kepada CEDAW seperti mana yang tertulis di bawah Artikel 10 dan 12. Mahkamah Syariah masih lagi memandang hubungan sejenis yang dijalankan oleh sesetengah kaum wanita di negara ini sebagai satu bentuk jenayah. Golongan transgender dan mereka yang cenderung untuk memakai pakaian jantina yang berlawanan turut dikecam hebat oleh pihak berkuasa yang sama. Ini semua bukanlah sesuatu yang baik. Ini semua dilihat mampu menggalakkan lagi kewujudan stereotaip di kalangan masyarakat di negara ini. Masyarakat, secara tidak sedar, akan dipupuk dengan idea bahawa kaum lelaki mempunyai darjat yang lebih tinggi dari kaum wanita melalui sistem perundangan sebegini. Selain itu, kerajaan Malaysia juga masih menggunakan alasan Hukum Faraid atau pembahagian harta dalam Islam sebagai faktor utama bagi mereka mengekalkan Artikel 5(a) dalam CEDAW.201 Sehingga kini, tiada sebarang perubahan perundangan dapat dilihat secara jelas dari aspek ini. Retorik kerajaan turut menggalakkan kewujudan stereotaip bagi peranan jantina kaum wanita. Wanita masih dilihat sebagai penjaga utama bagi anak-anak Sejak dulu lagi, retorik kerajaan masih lagi menonjolkan kaum wanita sebagai penjaga utama bagi kanak-kanak dalam sesuatu keluarga. Pihak kerajaan sama sekali tidak pernah menggalakkan kaum bapa untuk mencari kerja sambilan ataupun pekerjaan yang mempunyai waktu bekerja yang fleksibel sebagaimana yang mereka lakukan ke atas kaum wanita. Pengumuman yang dibuat mereka dari semasa ke semasa masih lagi memberi gambaran bahawa kaum wanita mempunyai “dua beban” iaitu beban tugasan di rumah dan beban di tempat kerja. Sebagai contoh, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah dilaporkan berkata dalam sebuah akhbar tempatan: “Kita memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan fleksibel. Waktu kerja yang fleksibel diyakini dapat menggalakkan lagi kaum wanita di negara ini untuk menyertai tenaga kerja sedia ada, walaupun mempunyai tanggungjawab berat sebagai ibu di rumah.”202 _____________________ 200 Keputusan Muzakarah ke-86 bagi Ahli Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 21 sehingga 23 April 2009 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation 201 Laporan Bayangan CEDAW NGO Malaysia 2005 hlm. 26. 202 “Flexi-hours will encourage more women to contribute, says Najib”, The Star, 26 Ogos 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 79 80 Kenyataan seperti ini merupakan kenyataan normal dari wakil kerajaan Malaysia. Stereotaip penduduk negara ini masih lagi berlegar di sekitar idea bahawa wanita dan lelaki mempunyai peranan “tradisional” masing-masing dalam menjamin kestabilan masyarakat. Ini dilihat sebagai sesuatu yang jelas bercanggah dengan Artikel 5(a) dan Artikel 5(b) CEDAW kerana gagal meletakkan urusan seperti penjagaan anak sebagai urusan yang perlu diuruskan bersama oleh kaum lelaki dan juga wanita seperti mana urusan-urusan kemasyarakatan yang lain. Pada tahun 2006, wakil kerajaan Malaysia untuk CEDAW telah berkata, “kerajaan sedang dalam proses menggalakkan kewujudan waktu kerja yang fleksibel, kerja sambilan, dan pejabat di rumah bagi menggalakan kaum wanita di Malaysia untuk memainkan pelbagai peranan sekaligus.”203 Ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan masih lagi gagal mewujudkan kesedaran bahawa urusan-urusan berkaitan dengan penjagaan anak seharusnya dijadikan urusan bersama, dan bukan urusan kaum wanita semata-mata. Pada Disember 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: “Kerajaan telah mempunyai perancangan untuk mewujudkan undang-undang berkaitan dengan kerja sambilan di bawah Akta Kerja 1955 dan sedang mencari cara bagi membolehkan kaum wanita bekerja dari rumah dan mempunyai waktu bekerja yang fleksibel.”204 Timbalan Perdana Menteri juga mendakwa bahawa wanita di seluruh dunia masih lagi “berada pada tahap produktiviti yang rendah, dibayar kurang daripada sepatutnya, dan terdedah kepada keadaankeadaan yang berbahaya ketika bekerja.” Beliau sama sekali tidak mahu wanita di Malaysia jatuh ke dalam kategori ini.205 Walaupun tindakan menggalakkan kaum wanita memohon kerja sambilan mampu meningkatkan penglibatan mereka sebagai tenaga kerja negara, satu rancangan yang konkrit perlu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat bahawa tugasan berkaitan dengan penjagaan anak merupakan tugasan bersama kaum lelaki dan wanita, dan bukannya tugasan kaum wanita semata-mata. Menggalakkan kewujudan pekerjaan yang bersifat sambilan ataupun boleh dilakukan di rumah sebenarnya merupakan satu tindakan yang boleh menyebabkan kaum wanita jatuh ke kategori yang disebutkan di atas secara tidak langsung. Retorik yang mengongkong and merendahkan wanita Kenyataan Perdana Menteri berkaitan dengan kaum wanita seringkali mempunyai unsur arahan. Contohnya, dalam satu acara pemberian peruntukan kerajaan satu badan bukan kerajaan, beberapa pihak telah melaporkan bahawa “Najib telah berkata bahawa sifat sabar yang ada di kalangan wanita amat-amat sesuai digunakan untuk memupuk nilai-nilai seperti kasih sayang, kesefahaman, dan penghargaan kebudayaan dan keagamaan dalam jiwa generasi muda di negara ini.”206 Dalam ucapannya ketika Rancangan Malaysia Kesepuluh, Perdana Menteri telahpun memberi gambaran bahawa wanita seharusnya digalakkan untuk terus bekerja di rumah. Beliau berkata, “kaum wanita merupakan tunjang pembentukan keluarga yang bahagia dan dasar bagi pembentukan sebuah negara yang berjaya.”207 Meninggalkan pekerjaan dilihat sebagai pilihan bagi kaum wanita Kenyataan daripada pihak kerajaan berkaitan dengan golongan ibu yang meletak jawatan sebaik sahaja melahirkan anak telahpun mengetengahkan unsur-unsur diskriminasi secara tidak langsung. Sebagai contoh, pada tahun 2011, sebuah akhbar tempatan telahpun melaporkan bahawa Perdana Menteri “Najib telahpun berkata bahawa terdapat ramai wanita berkaliber di negara ini yang telah memilih untuk meletak jawatan disebabkan oleh komitmen kekeluargaan walaupun telahpun bekerja untuk beberapa tahun.”208 _____________________ 203 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-732 yang dianjurkan 24 Mei 2006 pada pukul 3 petang, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan ke-2. 204 “Govt targeting bigger women workforce by 2015, says DPM”, The Star, 9 Disember 2010. 205 “Govt targeting bigger women workforce by 2015, says DPM”, The Star, 9 Disember 2010. 206 “Women smart partners”, The Star, 26 Ogos 2011. 207 Ucapan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Abdul Razak ketika memperkenalkan perjalanan jadual bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh, 10 Jun 2010 (http://www.1malaysia.com.my/speeches/introducing-the-motion-to-table-the-tenth-malaysia-plan) 208 “Government wants more women in leading roles”, The Star, 31 Januari 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Laporan yang sama turut menyebut bahawa, “Perdana Menteri telah berkata bahawa kaum wanita di negara ini boleh dikategorikan sebagai bernasib baik kerana tidak perlu berhadapan dengan diskriminasi, terutamanya yang menghalang mereka dari memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.”209 Dalam ucapan yang dibuat ketika pembentangan Bajet 2011 berkaitan dengan cuti bersalin, Perdana Menteri telahpun berkata bahawa: “Kerajaan sangat mengambil berat mengenai kebajikan dan prospek kerjaya kakitangan awam wanita di negara ini kerana mereka turut memainkan peranan penting dalam urusan penjagaan keluarga.”210 Penceritaan dari beberapa pihak turut membuktikan bahawa tekanan keluarga sering kali dijadikan alasan bagi kaum wanita untuk berhenti. Kaum wanita jarang dilihat sebagai golongan yang berkuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan perletakan jawatan. Mereka juga sering kali didapati mendapatkan kebenaran suami dalam urusan-urusan kerjaya seperti dalam urusan berkaitan kenaikan pangkat dan sebagainya. Tugasan di rumah dilaporkan sebagai sebab utama untuk tidak bekerja Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2009, 67.2 peratus daripada kaum wanita yang tidak bekerja telah menjadikan “tugasan di rumah” sebagai punca utama mereka tidak mahu bekerja. Hanya 2.3 peratus kaum lelaki yang tidak bekerja memberikan alasan yang sama apabila ditanyakan soalan yang sama.211 Namun begitu, data sebegini tidak seharusnya dijadikan satusatunya sumber maklumat dalam kajian sedemikian. Faktor-faktor lain seperti mempunyai pekerjaan tidak rasmi turut perlu diambil kira. Kursus-kursus anjuran kerajaan memberi tumpuan kepada bidang stereotaip Kementerian-kementerian di negara ini seringkali mengetengahkan unsur-unsur stereotaip dalam program anjuran mereka. Pakar akademik, Cecilia Ng telah menyedari bahawa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya menawarkan “kursus-kursus perkhidmatan kecantikan, masakan, dan pengurusan rambut” kepada kaum wanita.212 Cecilia turut menekankan bahawa kerajaan seharusnya mewujudkan kuota bagi kaum lelaki untuk menyertai program sedemikian bagi menghapuskan stereotaip gender secara perlahan.213 Kerajaan Negeri membayar kaum lelaki untuk mengahwini golongan ibu tunggal Pada tahun 2012, kerajaan negeri Melaku telahpun menawarkan 6 lelaki RM1,000 untuk mengahwini beberapa ibu tunggal. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, telah dilaporkan berkata bahawa skim ini akan diteruskan pada masa akan datang.214 Retorik berkaitan dengan pekerja domestik Retorik pihak kerajaan berkaitan dengan pekerja domestik seringkali menyebabkan kerisauan ramai pihak. Pekerja domestik masih lagi digelar “orang gaji” oleh wakil-wakil kerajaan. Istilah “pekerja domestik” yang menekankan bahawa “pekerja domestik” merupakan “pekerja” sebenar masih lagi gagal digunakan secara meluas. Ini menyebabkan golongan ini gagal mendapatkan hak-hak mereka dan sering dilayan seperti kuli ataupun hamba di rumah. Istilah “orang gaji” dilihat sebagai satu istilah beracun yang mampu memberikan kesan dari segi perlindungan hak golongan pekerja domestik.215 _____________________ 209 “Government wants more women in leading roles”, The Star, 31 Januari 2011. 210 “Female civil servants can take up to 90 days maternity leave”, The Star, 16 Oktober 2010. 211 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family, and Community, 2010, hlm.14. 212 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 27. 213 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 27. 214 “State offers RM1,000 for men to accept single mothers”, The Star, 15 Mac 2012. 215 Dalam satu surat kepada editor Pertubuhan Pertolongan Wanita yang disiarkan dalam akhbar the New Straits Times mengenai kematian seorang pekerja domestik yang didakwa telah didera oleh majikannya, (“Treat them with more respect”, New Straits Times, 13 Jun 2011), istilah “pekerja domestik” dalam surat tersebut telah ditukar oleh kumpulan editor akhbar terbabit kepada istilah “orang gaji”. Berikutan kejadian itu, satu surat aduan telah dihantar ke the New Straits Times bagi mendesak mereka melakukan pemebetulan. Bagaimanapun, surat itu tidak dilayan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 81 Tahap kemaskulinan turut menjadi punca stereotaip 82 Retorik kerajaan turut menggalakkan diskriminasi gender. Pada tahun 2007, Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi telahpun mengumumkan bahawa guru-guru lelaki yang “keliru”216 dengan gender mereka seharusnya dihalang dari bertugas sebagai guru. Lelaki lembut turut boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada golongan ini. Wakil kerajaan turut menyatakan bahawa permohonan golongan ini untuk memasuki program-program di universiti tempatan turut mempunyai potensi yang tinggi untuk ditolak hanya disebabkan faktor tahap kemaskulinan mereka. Stereotaip gender yang ditekankan dalam sektor pendidikan Kem lelaki lembut Pada April 2011, sebanyak 66 pelajar lelaki yang disyaki “lembut” telahpun dihantar ke sebuah kem di Besut untuk “dipulihkan.” Salah satu akhbar ternama tempatan, The New Straits Times, dilihat seringkali menggunakan perkataan “sissies” ataupun “pondan” dalam menggambarkan pelajar-pelajar yang “terpilih” bagi kem ini.217 Buku panduan sekolah kerajaan turut menyelitkan “homoseksual dan kekeliruan gender” sebagai satu bentuk kesalahan Kesalahan murid telah dibahagikan kepada beberapa kategori dalam buku panduan yang diedarkan kepada semua pelajar. Kesalahan berat, sederhana, dan ringan, diletakkan dalam bahagian-bahagian yang berbeza dalam buku tersebut. Berikut merupakan hukuman yang boleh dikenakan kepada murid-murid yang didapati mengalami kekeliruan gender ataupun mengamalkan amalan homoseksual: • • • • • • Amaran keras; Sebatan (Antara 1 hingga 3 kali dengan menggunakan rotan ringan); Bayaran pampasan; Gantung sekolah (tidak lebih dari 14 hari); Buang sekolah; atau Dibawa ke mahkamah.218 Permintaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajar yang mungkin mengalami kekeliruan gender di universiti tempatan Pada tahun 2011, para pelajar di Universiti Teknologi Mara telah menerima e-mel yang menggesa mereka untuk memberikan maklumat berkaitan golongan yang mengalami kekeliruan gender. Amalan ini mengejutkan ramai pihak dan terus disamakan dengan amalan memburu ahli sihir. E-mel ini turut dimuatkan bersama laporan ini dalam bab Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-28. Kedudukan wanita dalam dasar-dasar kerajaan Setiap lima tahun, kerajaan Malaysia akan membentangkan “Rancangan Malaysia” yang akan membincangkan mengenai hala tuju kerajaan dalam semua aspek dalam masa tempoh lima tahun yang berikutnya. Pakar akademik, Cecilia Ng telah menyebut bahawa kaum wanita hanya mula disebut dalam Rancangan Malaysia ke Enam yang telah berkuatkuasa dari tahun 1991 sehinggalah tahun 1995. Cecilia Ng berkata: “Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) telahpun membincangkan mengenai tindakan yang perlu diambil bagi memperkasakan lagi penglibatan wanita dalam sistem ekonomi sedia ada bagi membolehkan mereka mencapai potensi sebenar mereka sejajar dengan perkembangan ekonomi dan sosial negara. Bagaimanapun, melalui perspektif berbeza, rangka kerja ini menunjukkan bahawa kaum wanita perlu dibantu untuk menyesuaikan diri dalam sistem _____________________ 216 Lee, Julian C. H., Policing Sexuality: Sex, Society and the State, Zed Books, London 2011, hlm. 108. 217 “Besut boot camp for 66 sissies”, New Straits Times, 18 April 2011. 218 Diterjemah dari artikel “Buku Peraturan Disiplin: Sekolah Menengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” (Disciplinary Rule Book: Secondary School, Federal Territory of Kuala Lumpur), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Department of Education), 2008, hlm. 74. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW sedia ada dan bukannya diberikan ruang untuk berada dalam satu rancangan pembangunan yang dibentuk khas untuk mereka. Langkah ini, secara ringkasnya, menggalakkan wanita untuk digunakan dalam sistem sedia ada, dan bukannya diperkukuhkan seperti yang didakwa.”219 Kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh ahli politik negara Walaupun kenyataan-kenyataan berunsur seksis hanya dibuat oleh segelintir ahli politik yang berfikiran jumud, ketiadaan sebarang kritikan ataupun tindakan oleh mana-mana pihak untuk mengutuk ahli-ahli politik yang terbabit boleh dilihat sebagai bukti jelas bahawa amalan ini, secara umumnya, diterima oleh masyarakat kebanyakan. Kewujudan ahli-ahli politik sebegini boleh menyebabkan kaum wanita ragu-ragu untuk menyertai alam politik tempatan- mereka menyebabkan ramai wanita beranggapan bahawa dunia politik merupakan dunia yang berbahaya bagi kaum hawa. Pihak pembangkang ataupun kerajaan dilihat sama-sama gagal untuk membincangkan perkara ini bagi mengelakkan kewujudan isu politik baru. Kenyataan seksis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Nazri Abdul Aziz Pada Mac 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, telah dilaporkan menyamakan parti politik MCA dengan “seorang isteri yang sering mengeluh bahawa dirinya sering didera, dirogol, dan tidak diberikan makanan yang mencukupi, tetapi tidak mempunyai hasrat untuk bercerai dengan suaminya.”220 Kenyataan seksis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bung Mokthtar Radin Pada Mei 2007, Ahli Parlimen, Bung Mokhtar Radin telahpun mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada kaum wanita ketika memberi ulasan mengenai kebocoran siling dewan parlimen dengan berkata: “Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga.”221 Kenyataan ini merupakan satu penghinaan besar kepada Ahli Parlimen wanita dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang mengalami kitaran haid secara semula jadi pada setiap bulan. Laporan agensi berita kerajaan, Bernama turut tidak menyebelahi kaum wanita. Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dalam satu laporan yang ditulis oleh Bernama telah menyebut bahawa kata-kata Bung Mokhtar tidak dikeluarkan dengan niat untuk menghina kaum wanita, dan sekadar satu kesilapan yang telah menyebabkan “ramai kaum wanita tersinggung” secara tidak sengaja.222 Pada tahun yang sama, Ahli Parlimen yang sama telahpun sekali lagi menghina kaum wanita dengan mengkritik pemandu wanita. Bung Mokhtar Radin berkata: “Segelintir pemandu wanita di negara ini memandu terlalu perlahan dan sering lalai. Apabila hon dibunyikan, mereka akan menjadi marah dan kadang kala menunjukkan ireservasi tangan tertentu kepada pemandu lain.”223 Pada hari seterusnya, Bung Mokhtar mendakwa bahawa kata-katanya telah disalah ertikan oleh ramai pihak. Bung berkata: “Setelah kata-kata saya diputarbelitkan, saya telah menjadi fokus kaum wanita di negara ini, termasuklah badan-badan yang berkaitan dengan mereka. Saya memohon agar Yang diPertua Dewan Rakyat membantu saya kerana saya merasakan ini semua satu bentuk gangguan seksual ke atas saya.”224 Bung Mokhtar turut berkata bahawa, “saya tidak mempunyai sebarang niat untuk merendah-rendahkan kaum wanita. Kaum wanita merupakan hadiah dari Allah dan perlu dijaga sebaik mungkin. Jangan sesekali menganggap saya sebagai seseorang yang seksis ataupun musuh kaum wanita, kerana saya juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga mereka.”225 _____________________ 219 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 8. 220 “MCA raps Nazri over remarks”, The Star, 24 Mac 2011. 221 “Explain, Najib Tells BN MPs Implicated In ‘Leak’ Issue”, Bernama, 16 Mei 2007. 222 “Explain, Najib Tells BN MPs Implicated In ‘Leak’ Issue”, Bernama, 16 Mei 2007. 223 “Bung collides with MPs”, The Star, 29 Mac 2011. 224 “Women’s groups sexually harrassing me”, Malaysiakini, 30 Mac 2011. 225 “Women’s groups sexually harrassing me”, Malaysiakini, 30 Mac 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 83 84 Bung turut berterima kasih kepada barisan ahli parlimen yang mempertahankan dirinya. Beliau berkata, “Saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang membantu saya dalam membuat penjelasan, kerana saya percaya kami sama-sama pencinta wanita.”226 Selain itu, Bung Mokhtar Radin turut pernah didenda kerana mengambil isteri kedua tanpa mendapat persetujuan Mahkamah Syariah. Artikel 16 bagi laporan ini akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam. Kenyataan seksis Ahli Parlimen Ibrahim Ali Hanya selepas seminggu Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi, Ahli Parlimen lain, Ibrahim Ali yang mengetuai pertubuhan sayap kanan yang menjaga hak-hak orang Melayu, Perkasa telah menyebut, “kegagalan pihak isteri untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada suami merupakan punca utama kecurangan berlaku dalam sesuatu rumah tangga.”227 Petikan dari artikel Malaysiakini menyebut: “Kecurangan suami adalah disebabkan oleh isteri-isteri yang tidak bertanggungjawab,” 7 April 2011. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali telah mendakwa bahawa kes-kes kecurangan berlaku pada kadar yang tinggi disebabkan oleh kegagalan segelintir isteri untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada suami masing-masing. Beliau telah mengemukakan soalan ketika sesi soalan Parlimen: “Apakah peranan Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mendidik kaum isteri mengenai tanggungjawab mereka?” “Terdapat waktu-waktu yang mana kaum suami mempunyai keinginan tertentu…. Tetapi apabila mereka pulang ke rumah, isteri mereka sering kali menjawab “saya tengah masak,” ataupun “saya tengah siap-siap nak melawat saudara” apabila diajak untuk melepaskan keinginan tersebut.” Ibrahim Ali mendakwa, “Dalam Islam, kaum isteri seharusnya menghentikan kesemua tugasan mereka demi memenuhi tuntutan kaum suami.” “Suami yang memandu pulang ke rumah selepas kerja sering naik keinginannya dan akan terdorong untuk segera ke isterinya untuk melepaskan keinginan tersebut. Kegagalan isteri-isteri mereka untuk memuaskan keinginan ini akan menyebabkan mereka pergi ke tempat-tempat sulit. Inilah yang menyebabkan saya terdorong untuk mendapatkan penjelasan sama ada kaum isteri di negara ini sedar akan peranan mereka dalam rumah tangga ataupun tidak.” Cubaan kerajaan untuk mengawal pergerakan wanita Pada tahun 2008, Menteri Luar Negeri Malaysia, Rais Yatim telah mengemukakan cadangan agar kaum wanita yang merancang untuk ke luar negara mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli keluarga ataupun majikan mereka. Beliau berhujah bahawa, reservasi ini perlu diwujudkan agar kaum wanita tidak dieksploitasi oleh “geng-geng” penyeludupan dadah. Cadangan ini telah dihadkan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah walaupun laporan berita telah menunjukkan bahawa “90 peratus daripada 119 kes penahanan berkaitan dadah di luar negara telah membabitkan kaum wanita yang berumur antara 21 sehinggalah 27 tahun.”228 _____________________ 226 “Women’s groups sexually harrassing me”, Malaysiakini, 30 Mac 2011. 227 “Irresponsible wives the cause of extramarital affairs”, Malaysiakini, 7 April 2011. 228 “Anger at Malaysia women travel curb”, Al Jazeera, 5 Mei 2008. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Rais Yatim turut berkata, “Kebanyakan wanita yang mengembara sendiri meninggalkan negara ini dengan alasan kerja seperti menghadiri kursus ataupun seminar. Dengan adanya kebenaran bertulis seperti yang dicadangkan, kita akan dapat memastikan sama ada itu adalah tujuan sebenar mereka ataupun tidak.”229 Cadangan ini dilihat oleh pertubuhan hak-hak wanita sebagai satu cubaan kerajaan untuk menyekat pergerakan kaum wanita dengan menggunakan alasan perlindungan. Pertubuhan-pertubuhan ini telah mendakwa informasi mengenai peratusan kaum lelaki yang terbabit dalam kes-kes jenayah berkaitan masih lagi gagal diperoleh. Bagaimanapun, cadangan ini telah gagal untuk dilaksanakan sebagai satu dasar kerajaan setelah sekian lama dikemukakan. Pengasingan kenderaan awam mengikut gender Pada tahun 2010, kenderaan awam yang mengasingkan penumpang mengikut gender telah diwujudkan di sekitar Lembah Klang. Salah satu dari tiga gerabak kereta api, terutamanya yang berada di posisi tengah, akan diperuntukkan khas untuk kaum wanita. Tanda berwarna merah jambu yang berbunyi “Perempuan Sahaja” telah ditampal dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada dinding luar gerabak tersebut (lihat Gambar 1). Pada Disember 2010, bas yang dikhususkan untuk kaum wanita sahaja, “Bas Rapid Wanita” (di bawah syarikat RapidKL), telah dilancarkan di kawasan-kawasan tertentu di negara ini. Jumlah ini telah ditingkatkan pada sekitar Januari 2011. Walaupun langkah mengasingkan kaum wanita dan lelaki dalam kenderaan awam mampu meningkatkan rasa selamat di kalangan kaum wanita, langkah ini gagal dilihat mampu menyelesaikan masalah gangguan seksual bagi tempoh masa panjang. Wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telahpun berkata bahawa pihak kementeriannya telahpun menjalankan satu bancian melibatkan 2282 individu berkaitan dengan pengwujudan “teksi wanita” di negara ini. 78 peratus daripada responden yang terbabit telah bersetuju dengan cadangan ini. Langkah ini, bagaimanapun, hanya diambil oleh pihak kerajaan untuk meyakinkan syarikat-syarikat perkhidmatan pengangkutan sedia ada bahawa cadangan mereka merupakan satu cadangan yang relevan. Keputusan akhir bagi langkah ini diserahkan kepada syarikat-syarikat tersebut untuk dibuat. Dalam mesyuarat berkaitan dengan teksi wanita, wakil kerajaan turut menyatakan bahawa setiap pusat membeli-belah di negara ini perlu menyediakan tempat meletak kereta yang dikhaskan untuk wanita, terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan pintu masuk, dan butang kecemasan bagi mendapatkan bantuan apabila ancaman wujud. Walaupun langkah-langkah di atas mungkin membolehkan sebahagian kaum wanita di negara ini terasa selamat, langkah-langkah ini tidak mampu menjamin penghapusan punca masalah gangguan seksual yang sebenar. Kaum wanita juga dilihat akan memiliki rasa takut yang tidak rasional ke atas kaum lelaki disebabkan adanya pengasingan sebegini. Gambaran media ke atas wanita Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia telahpun menyatakan bahawa, “walaupun diskriminasi masyarakat masih wujud, isi kandungan sesuatu (material) seharusnya tidak mengandungi sebarang unsur ketidakadilan berasaskan gender. Kaum lelaki dan wanita seharusnya digambarkan sebagai setaraf, dari segi ekonomi dan emosi, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.”230 Buat masa kini, Kod Kandungan ini masih lagi berada dalam fasa semakan berkala lima tahun.Walaupun sering gagal diberikan perhatian, aduan mengenai kod ini boleh dibuat terus kepada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia. Stereotaip gender sering ditonjolkan oleh pihak media terutamanya pihak pengiklan. Kaum wanita seringkali digambarkan sebagai golongan yang lemah dalam sesuatu iklan. “Pertarungan antara dua jantina” yang dianjurkan oleh radio komersil tempatan boleh dijadikan satu contoh mudah. _____________________ 229 “Malaysia Plans Women Travel Curbs”, BBC News, 4 Mei 2008. 230 The Malaysian Communications and Multimedia Content Code, September 2004, hlm. 18. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 85 86 Kemunculan gambar penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu yang menggunakan tatu sementara, dalam surat khabar tempatan, the Star telah menyebabkan pengharaman konsert penyanyi tersebut di negara ini. Konsertnya terpaksa dibatalkan sehari sebelum berlangsung hanya disebabkan oleh tatu sementara yang berbunyi “Allah” dan beberapa simbol Ibrani yang dapat dilihat pada tubuh penyanyi tersebut dalam gambar yang dimaksudkan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telahpun menyatakan bahawa konsert ini terpaksa dibatalkan kerana “menyentuh aspek sensitiviti agama dan kebudayaan rakyat negara ini.”231 Beliau turut berkata bahawa, “gambaran grafik mengenai kalimah Allah pada tubuh badan penyanyi tersebut sudah mencukupi untuk mencetuskan kontroversi di kalangan golongan yang beragama Islam.”232 Panduan Penapisan Filem Pada tahun 2010, Lembaga Penapis Filem telahpun mengeluarkan panduan berkenaan dengan watakwatak LGBT dalam produk filem tempatan. Menurut panduan ini, watak-watak sedemikian perlu dimatikan, bertaubat, ataupun dihukum pada penghujung setiap cerita.233 Kelab Taat Suami telah menyalahkan kaum wanita dalam kejadian keganasan rumah tangga Pada Jun 2011, laporan media telahpun menyebut mengenai pelancaran kelab taat suami yang disokong sepenuhnya oleh Global Ikhwan. Kelab ini telah dianggotai bekas-bekas ahli Kumpulan Al-Arqam. Wakil kerajaan turut didapati hadir pada majlis pelancaran tersebut. Timbalan Presiden bagi kelab tersebut berkata, kaum wanita seharusnya diberikan kelas bagi “memberi layanan yang lebih baik dari layanan pelacur kelas pertama.” Dr Rohaya juga berkata apabila wanita berjaya memuaskan kemahuan seksual suami mereka, “institusi kekeluargaan negara akan dapat dilindungi dan masalah-masalah sosial seperti pelacuran, keganasan rumah tangga, pemerdagangan manusia, dan pembuangan bayi akan dapat dibanteras.”234 Akhbar The Star turut melaporkan bahawa jurucakap Global Ikhwan, Siti Maznah Mohd Taufik berkata, “Penderaan rumah tangga berlaku kerana kegagalan kaum isteri untuk mematuhi ajaran suami mereka. Seseorang lelaki sememangnya harus bertanggungjawab ke atas kebajikan isterinya, tetapi seseorang isteri juga perlu mendengar kata-kata suaminya.”235 Kelab ini menerima liputan hangat. Walaupun liputan meluas telah dibuat mengenainya, kebanyakan pihak tidak memberikan liputan yang positif, dan turut menghantar surat aduan kepada pihak tertentu bagi membuat bangkangan.236 Seksyen 498 Kanun Keseksaan Seperti yang disebut dalam bab yang membincangkan Artikel 1-4 laporan ini, kewujudan Seksyen 498 dalam Kanun Keseksaaan turut dilihat sebagai satu ancaman kepada kaum wanita. Seksyen ini mempunyai unsur-unsur penyerahan diri kaum wanita kepada kaum lelaki. Seksyen ini menyebut: “Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.” Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan didapati bercanggah dengan idea masyarakat kontemporari di Malaysia pada masa kini. Masyarakat Malaysia tidak lagi menganggap suami ataupun isteri sebagai satu bentuk harta benda seperti ketika zaman peruntukan ini dibentuk. _____________________ 231 “Badu concert cancelled as it contravenes guidelines”, The Star, 29 Februari 2012. 232 “Badu concert cancelled as it contravenes guidelines”, The Star, 29 Februari 2012. 233 Lee, Julian C. H., Policing Sexuality: Sex, Society and the State, Zed Books, London 2011, hlm. 108. 234 “Obedient Wives Club to offer sex lessons on how to pleasure husbands”, The Star, 4 Jun 2011. 235 “Wives can curb social ills like prostitution by being obedient and alluring”, The Star, 3 Jun 2011. 236 Surat kepada editor yang ditulis oleh Sarah Thwaites, Pertubuhan Pertolongan Wanita, “Dispelling myth of the cause of domestic violence”, The Star, 19 Jun 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Seksyen 498 ini telahpun digubal berdasarkan Kanun Keseksaan India yang telah dibentuk ketika wanita masih lagi dilihat sebagai harta benda suami, ataupun ejen reproduksi bagi kaum lelaki. Kaum wanita yang telah berkahwin juga dilihat sebagai lebih rendah tarafnya dari isteri mereka atas dasar mereka dikira sebagai sebahagian daripada objek yang dilindungi suami. Persepsi yang ketinggalan zaman ini perlu ditukar kerana sudah tidak lagi relevan dan berunsur diskriminasi ke atas wanita. Percanggahan yang jelas dapat dilihat antara peruntukan ini dan Artikel 5(a) CEDAW. Poligami Walaupun reservasi bagi Artikel 5(a) telahpun ditarik balik, perkahwinan poligami masih lagi dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Jawatankuasa CEDAW telahpun menyebut dalam Cadangan Umum ke-21 bahawa amalan ini adalah bercanggah dengan peruntukan Artikel 5(a) CEDAW. Amalan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Artikel 16 laporan ini. Fatwa kebangsaan yang mendiskriminasi wanita Majlis Fatwa Kebangsaan berperanan untuk mengeluarkan fatwa di Malaysia. Walaupun begitu, fatwa yang dikeluarkan mereka tetap tidak mempunyai kuasa perundangan di Malaysia. Negeri-negeri di Malaysia perlu meluluskan fatwa-fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum sebarang fatwa yang berkaitan diserapkan menjadi satu bentuk peruntukan perundangan. Buat masa ini, kekuasaan wanita ke atas tubuh badan mereka sedang “diancam” oleh fatwa-fatwa tertentu yang mempunyai unsur-unsur kawalan yang tidak munasabah. Fatwa mengenai amalan berkhatan di kalangan wanita Fatwa yang dikeluarkan sekitar 21-23 April 2009 telah dilihat bercanggah dengan Artikel 5(a). Fatwa ini telah menyatakan bahawa kaum wanita beragama Islam di negara ini perlu menjalani proses berkhatan. Pengecualian hanya akan diberikan jika amalan ini mampu “membahayakan” kesihatan seseorang individu.237 Laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF dan Universiti Al-Azhar telah menyebut bahawa, “dari sudut pandangan Islam, amalan berkhatan di kalangan kaum wanita tidak pernah disebutkan secara jelas dalam Al-Quran. Istilah “berkhatan mengikut sunnah” yang digunakan oleh masyarakat kebanyakan sebenarnya hanyalah satu istilah yang tidak tepat dan hanya boleh memesongkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar. Tradisi ini juga sering kali dikaitkan dengan Nabi Muhammad. Namun, para cendekiawan Islam, sama ada dari zaman silam ataupun moden, telah bersetuju bahawa tradisi tersebut bukanlah tradisi Islam yang asli dan seharusnya tidak dikaitkan dengan Nabi.238 Fatwa menentang kaum wanita yang meniru lelaki Istilah melayu, “pengkid” yang digunakan oleh Majlis Fatwa, telah ditujukan kepada sekumpulan wanita Melayu beragama Islam yang mempunyai penampilan maskulin. Pada Oktober 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun menyebut bahawa “pengkid, golongan wanita yang berpakaian, berlagak seperti lelaki, dan mempunyai kecenderungan maskulin, tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Islam.”239 Majlis Fatwa turut mendakwa bahawa golongan pengkid mempunyai kecenderungan untuk menjadi golongan lesbian ketika mengeluarkan fatwa mengenai golongan ini. Majlis Fatwa Kebangsaan turut “mendesak masyarakat awam untuk mendidik anak-anak perempuan mereka dengan sebaik-baiknya dalam aspek berkaitan dengan pemakaian, kelakuan, dan penampilan bagi memastikan fenomena ini dapat dicegah… memandangkan fenomena ini bercanggah dengan fitrah alam dan sunnatullah (undang-undang Tuhan). [sic].”240 _____________________ 237 Keputusan yang dibuat dalam Muzakarah ke-86 oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 21 – 23 April 2009 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genitalmutilation 238 UNICEF dan Pusat Pengajian Islam Antarabangsa bagi Penyelidikan Populasi Universiti Al-Azhar, “Children in Islam: Their Care, Development and Protection”, 2005, halaman 9, boleh dirujuk di laman web: http://www.unicef.org/egypt/Egy-homepageChildreninislamengsum%281%29.pdf 239 Keputusan yang dibuat pada Muzakarah ke-83 Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 22 – 24 Oktober 2008, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid 240 Keputusan yang dibuat pada 83rd Muzakarah Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 22 – 24 Oktober 2008, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 87 88 Seperti mana fatwa berkaitan dengan amalan berkhatan di kalangan wanita, fatwa mengenai golongan pengkid turut tidak mempunyai kuasa perundangan. Bagaimanapun, fatwa ini masih lagi merisaukan ramai pihak kerana fatwa ini mempunyai potensi untuk digunakan dalam pembentukan undang-undang negeri. Beberapa negeri seperti Sabah dan Perlis, undang-undang Syariah turut menghukum kaum wanita yang menyamar atau pun berpakaian seperti lelaki. Fatwa mengharamkan pembedahan tukar jantina Wanita dan lelaki transgender di negara ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk disriminasi andainya mereka memilih untuk menjalani pembedahan jantina. Pada tahun 1982, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengambil keputusan bahawa: 1. Pembedahan jantina dari lelaki ke perempuan ataupun sebaliknya adalah haram dari sudut perundangan Islam. 2. Seseorang individu yang dilahirkan lelaki tetap akan menjadi seorang lelaki walaupun telah melalui pembedahan jantina yang sempurna 3. Seseorang individu yang dilahirkan sebagai wanita akan kekal menjadi seorang wanita walaupun telah menjalani pembedahan jantina yang sempurna.241 Majlis Raja-raja Melayu telahpun bersetuju dengan keputusan ini dalam mesyuarat mereka yang ke-126 yang diadakan pada 24 Februari 1983. Fatwa berkenaan dengan wanita yang membotakkan kepala Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kaum wanita di negara ini yang beragama Islam tidak boleh membotakkan kepala mereka ataupun “memakai solekan yang terlalu ganjil.” Majlis Fatwa telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa, “1. Lelaki dan wanita dilarang dari menampilkan diri mereka sebagai individu dari jantina yang bukan jantina semulajadi mereka. [sic] 2. Kaum wanita turut dilarang dari… [membotakkan] kepala mereka melainkan bagi tujuan-tujuan rawatan perubatan ataupun bagi mencegah penyakit-penyakit tertentu... [sic] 3. Tindik yang ganjil (melainkan tindik telinga) turut dilarang dalam Hukum Islam. [sic].”242 Pemolisan moral Sejak tahun 1990, kerajaan negeri telahpun meluluskan kewujudan lebih banyak pemolisan moral di Malaysia. Polis moral ini kebanyakannya telah menahan mereka yang beragama Islam kerana berkelakuan tidak senonoh, terbabit dalam kes liwat (sodomy), musahaqah (hubungan lesbian), minum arak, khalwat, zina (hubungan persetubuhan haram pasangan yang belum berkahwin) dan tidak berpuasa. Undang-undang tidak hanya memberi kesan ke atas mereka yang beragama Islam. Terdapat kes yang membabitkan individu bukan Islam yang berpasangan dengan individu beragama Islam telah dilaporkan. Mereka yang tidak beragama Islam, tetapi kelihatan seperti individu Melayu, yang mana dikategorikan sebagai orang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, turut pernah ditahan. Undang-undang sivil turut mengandungi unsur-unsur pemolisan moral. Pada Mac 2012, tiga individu wanita telahpun ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan menari tiang di sebuah kelab malam di Seremban dan didenda untuk membayar RM25 seorang.243 Mereka juga telah didakwa atas dakwaan “berpakaian tidak sopan” di bawah Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955. Seksyen ini menyebut: “Mana-mana individu yang didapati mabuk ataupun tidak mampu mengawal dirinya sendiri, boleh dipersalahkan ke atas perlakuannya yang tidak sesuai dengan persekitaranya sama ada di tempat awam, pusat hiburan, resort, ataupun berdekatan dengan mana-mana mahkamah, pejabat awam, balai polis, ataupun tempat-tempat ibadah, dan didenda sebanyak dua puluh lima ringgit, ataupun dipenjara bagi satu tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika dituduh untuk kali kedua, boleh didenda sebanyak seratus ringgit ataupun dipenjarakan untuk satu tempoh tidak melebihi tiga bulan ataupun kedua-duanya sekali.” _____________________ 241 Keputusan yang dibuat pada Muzakarah ke-4 Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 13 – 14 April 1982, diperoleh di: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pertukaran-jantina-daripada-lelaki-kepada-perempuan 242 Keputusan yang dibuat pada 80th Muzakarah Ahli Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 1 – 3 Februari 2008, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-membotakkan-kepala-dan-berhias-secara-aneh 243 “Three women fined RM25 each for pole dancing”, The Star, 28 Mac 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Serbuan oleh pegawai agama Serbuan pihak berkuasa merupakan satu perkara biasa di Malaysia. Pada tahun 2007, penyanyi tempatan, Siti Noor Idayu Abd Moin, telah ditahan di sebuah kelab malam tempatan oleh pegawai agama kerajaan negeri Perak kerana “memakai pakaian yang terlalu seksi dan menggalakkan perbuatan jantan dengan membuat persembahan di kelas malam.”244 Kes ini, bagaimanapun, telah digugurkan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Pada Mac 2011, seorang pemilik salon rambut telahpun dikenakan saman kerana mengambil pekerja yang berpakaian tidak sopan di salonnya. Pekerja tersebut, yang mana sedang mencuci rambut seorang pelanggan, ditahan kerana memakai t-shirt tidak berlengan.245 Gambar berkaitan kes ini dapat dilihat pada penghujung laporan ini (Gambar 2). Serbuan ke atas pasangan yang belum berkahwin Serbuan khalwat yang telah mencetuskan liputan media merupakan satu perkara yang biasa di negara ini. Pasangan yang berada dalam jarak yang terlalu dekat boleh didapati bersalah dari sudut syariah. Kerajaan Negeri Selangor telah didapati menangkap 80 pasangan dalam satu serbuan yang dikenali sebagai Ops Valentine pada 14 Februari 2011. Dalam operasi yang sama, seramai 61 individu turut ditahan kerana berkelakuan tidak sopan. Berdasarkan laporan, “operasi yang bermula sekitar jam 8 malam ini mempunyai dua fasa- serbuan di sekitar tasik-tasik rekreasi dan taman, dan serbuan di sekitar hotel-hotel bajet di sekitar Selangor.”246 Definisi “kelakuan tidak sopan” juga gagal dibentuk secara konkrit. Pihak berkuasa didapati mempunyai kecenderungan untuk mentafsirkan istilah ini sesuka hati. Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, telah mengkategorikan Hari Valentine sebagai sesuatu yang “bercanggah dengan ajaran Islam, melanggar hukum syariah, dan tidak bersesuaian dengan kod etika universal.” Selain itu, JAIS juga “telah menjadikan Hari Valentine sebagai punca kelahiran 257,411 orang bayi luar nikah antara tahun 2000 sehingga tahun 2008.”247 Serbuan Hari Valentine ini merupakan satu contoh bentuk serbuan khalwat oleh pihak berkuasa tempatan. Dalam beberapa kes yang dilaporkan, terdapat individu yang telah mati ketika cuba untuk melarikan diri dari tingkap hotel ataupun blok apartment tertentu apabila serbuan dibuat. Pada tahun 2003, satu pasangan bukan Islam telahpun dikenakan saman di bawah Undang-undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana didapati bersalah bercumbuan dan berpelukan di khalayak ramai pada 2 Ogos 2003.248 Seksyen 8(1) bagi undang-undang negeri ini telah menyatakan bahawa, “sesiapa yang didapati berkelakuan tidak senonoh di mana-mana taman boleh dihukum penjara selama satu tahun ataupun denda maksimum RM2000 ataupun keduaduanya sekali.” Seks luar nikah Hubungan seks luar nikah masih lagi dianggap sebagai satu jenayah bagi mereka yang beragama Islam di bawah undang-undang Syariah di negara ini. Seksyen 23(3) bagi Akta Salahlaku Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 telahpun menyatakan: “Kehamilan seseorang individu hasil dari hubungan seks luar nikahnya seharusnya dijadikan bukti prima facie bagi mengenakan tuduhan ke atasnya di bawah subseksyen (2).” Seksyen 23 (4) bagi Akta Salahlaku Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyatakan: “Sejajar dengan subseksyen (3), mana-mana wanita yang melahirkan anak kurang daripada enam bulan dari waktu dirinya bernikah, boleh dikira sebagai individu yang hamil di luar ikatan yang sah.” _____________________ 244 “Perak Religious Dept drops case against nightclub singer”, The Star, 6 Ogos 2007. 245 “Salon owner fined for letting employee wear ‘inappropriate’ blouse”, The Star, 13 Mac 2011. 246 “88 Muslims nabbed for khalwat”, The Star, 15 Februari 2011. 247 “No love in KL or Selangor”, The Malaysian Insider, 11 Februari 2011. 248 Holding hands case: court rejects impeachment bid”, Malaysiakini, 20 November 2006. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 89 90 Kanak-kanak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapanya boleh dikira sebagai anak luar nikah. Jabatan Pendaftaran Negara, yang mana bertanggungjawab dalam pengeluaran surat beranak, akan mendaftarkan anak-anak luar nikah sebagai “bin/binti Abdullah.” Undang-undang ini hanya dikecualikan di negeri Perlis. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datin Jariah Mohd Said telah berkata bahawa, amalan ini telah dibuat “berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada 28 Januari 1981.”249 Fatwa ini telah menyatakan bahawa “seseorang lelaki (yang terbabit dalam kes sebegini) tidak boleh diiktiraf sebagai bapa bayi yang akan dilahirkan, tidak boleh dikategorikan sebagai seorang mahram ataupun penjaga kepada bayi tersebut, selain tidak boleh mewarisi apa-apa kepada anak tersebut.” Sebagai kesan, mereka yang mempunyai nama “binti/bin Abdullah” dalam surat beranak mereka akan terpaksa mengharungi kehidupan penuh stigma dan berkemungkinan besar terbabit dalam masalah berkaitan dengan urusan penjagaan dan pengurusan wasiat. Corporal punishment Sekitar Februari 2010, tiga individu perempuan telah disebat dan dihukum penjara kerana didapati bersalah terbabit dalam “hubungan seks haram” di bawah Seksyen 23(2) Akta Salahlaku Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Akta ini menyebut: “Mana-mana wanita yang melakukan persetubuhan selain dengan suaminya yang sah dari segi undang-undang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit ataupun penjara untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun sebatan tidak melebihi enam kali ataupun mana-mana kombinasi tersebut.” Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkata, “Hukuman ini diwujudkan bagi memastikan mereka yang didapati bersalah bertaubat dan mencari keredhaan Allah. Hukuman ini juga diwujudkan bagi mendidik mereka yang beragama Islam agar mengikut ajaran agama.”250 Diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender Pada Oktober 2010, Jawatankuasa CEDAW telah mengeluarkan Cadangan Umum ke-28 mengenai Tanggungjawab Negara-negara Anggota di bawah Artikel 2 CEDAW. Cadangan Umum ke-28 ini telahpun mengiktiraf diskriminasi berdasarkan jantina ataupun gender boleh dikaitkan dengan orientasi seksual ataupun ekspresi gender individu.” Cadangan Umum ke-28 CEDAW telah menyatakan bahawa “diskriminasi ke atas wanita berasaskan gender atau jantina boleh dikaitkan dengan faktor-faktor lain seperti bangsa, latarbelakang etnik, fahaman agama ataupun kepercayaan, kesihatan, status, usia, kelas, kasta, orientasi seksual, dan identiti seksual.” Cadangan Umum ke-28 ini turut menyebut bahawa, “Walaupun Konvensyen sekadar membincangkan diskriminasi berdasarkan jantina, interpretasi bersama Artikel 1, Artikel 2(f) dan Artikel 5(a) menunjukkan bahawa Konvensyen turut mempunyai peruntukan bagi kes diskriminasi membabitkan kaum wanita.” Walaupun Malaysia mempunyai sejarah kepelbagaian seksual,251 sejak akhir-akhir ini, toleransi dan rasa hormat kepada golongan yang terbabit telah berkurangan. Sejak undang-undang Syariah dibentuk sekitar 1980an, perbuatan yang menunjukkan kecenderungan seksual yang berbeza-beza boleh dikategorikan sebagai satu bentuk salah laku. Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengisytiharkan beberapa fatwa yang menjadikan golongan yang beridentiti gender ataupun berseksual orientasi berbeza dari masyarakat kebanyakan sebagai sasaran. Golongan pengkid, sebagai contoh, telah dikritik secara terus melalui salah satu fatwa yang dikeluarkan. Pembedahan jantina turut diharamkan oleh mereka dalam satu fatwa yang lain. Maklumat berkaitan perkara ini dapat dibaca dengan lebih lanjut di atas. _____________________ 249 “NRD explains the Fatwa Council ruling”, The Star, 6 November 2011. 250 “Three women caned under syariah law”, The Star, 17 Februari 2010. 251 Michael G. Peletz, Gender Pluralism: Southeast Asia since Early Modern Times, Routledge, New York dan Oxford, 2009. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Percanggahan undang-undang berkaitan dengan pertukaran nama dan gender golongan transgender Tiada undang-undang di Malaysia yang mengharamkan pertukaran gender untuk dilakukan dalam kad pengenalan. Bagaimanapun, dua individu transwoman telah gagal melakukan perubahan nama dan gender mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan telah membawa kes mereka ke mahkamah. Salah seorang daripada mereka telah berjaya dalam membuat permohonan dan seorang lagi telah gagal. Mahkamah telah melarang perubahan gender pada tahun 2011 Pada tahun 2011, Mohd Ashraf Abdul Hafiz, 25, yang telah menjalani pembedahan jantina di Thailand pada tahun 2009, telah dilarang daripada melakukan pertukaran namanya kepada “Aleesha Farhana” dan jantinanya kepada wanita.252 Lebih menyedihkan, Aleesha telah didapati meninggal dunia tidak lama selepas keputusan mahkamah dikeluarkan. Mahkamah telah membenarkan pertukaran gender pada tahun 2005 Keputusan mahkamah pada tahun 2011 telah didapati bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat pada tahun 2005. Seorang wanita yang berasal dari Kuala Lumpur telah berjaya menukar gendernya dalam kes JG v Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara 2005.253 Dalam kes tersebut, hakim telah meluluskan agar: • Plaintif, yang telah dilahirkan sebagai seorang lelaki, tetapi mengenalpasti dirinya sebagai seorang wanita, telahpun menjalani pembedahan jantina, dan boleh diisytiharkan sebagai seorang wanita. • Jabatan Pendaftaran Negara diminta agar membenarkan pertukaran angka akhir bagi kad pengenalan plaintif bagi menunjukkan jantinanya sebagai seorang wanita. Peranan kerajaan dalam kes pertukaran jantina Jabatan Peguam Negara telahpun menyatakan dengan jelas bahawa gender tidak boleh diubah dalam kad pengenalan seseorang individu. Dalam satu kes mahkamah, yang mana sekumpulan individu transwoman telah memohon agar mahkamah menyemak semula mana-mana seksyen mahkamah Syariah di Negeri Sembilan dari aspek perlembagaaan yang melarang mereka dari memakai pakaian gender yang berlawanan, Jabatan Peguam Negara telahpun menekankan bahawa: “Melalui pendaftaran yang dibuat selepas kelahiran berlaku, kesemua pemohon telah dikategorikan sebagai lelaki, walaupun mereka mungkin tidak bersetuju dari aspek perubatan ataupun psikologi mengenai perkara ini. Tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi membenarkan permohonan mereka diluluskan. Selain itu, para pemohon juga mempunyai kad pengenalan yang boleh dijadikan bukti muktamad mengenai sebarang maklumat peribadi mereka, dan kad pengenalan ini telah terang-terangan menyatakan gender mereka. Oleh itu, para pemohon, tetap akan dikira sebagai lelaki, dan kewujudan sebarang bukti yang bercanggah dengan status gender mereka seperti yang disebut dalam kad pengenalan tidak akan diterima bagi membolehkan mereka dianggap sebagai perempuan dari segi perundangan.”254 Undang-undang yang mendiskriminasi berdasarkan identiti gender255 Seperti yang disebut dalam Artikel 1-4 CEDAW, golongan transwoman dan transmen sentiasa terdedah kepada penangkapan polis di Malaysia, hanya disebabkan pandangan masyarakat yang masih menilai mereka berdasarkan jantina kelahiran mereka. _____________________ 252 “Shahrizat sad ministry was not able to help Ashraf”, The Sun, 30 Julai 2011. 253 “Courts have precedence on transgender name change”, Malaysiakini, 1 Ogos 2011. 254 Kenyataan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-5.9. 255 Identiti gender merujuk kepada pengalaman seseorang berkenaan gender, yang berkemungkinan atau tidak berkemungkinan sesuai dengan jantina yang diberikan masa lahir. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 91 92 Kesemua negeri di Malaysia mempunyai enakmen Salahlaku Jenayah Syariah mereka sendiri yang boleh digunakan untuk menghukum perbuatan seperti memakai pakaian jantina berlawanan. Sabah, sebagai contoh, mempunyai undang-undang yang secara spesifiknya boleh digunakan untuk menghukum “kaum lelaki yang berlagak seperti wanita, ataupun sebaliknya.”256 Seksyen 28 bagi Akta Salahlaku Jenayah Syariah 1997 telah menyatakan bahawa: “Mana-mana lelaki yang didapati berpakaian wanita di tempat awam, dengan tujuan tidak bermoral boleh dikira telah melakukan satu jenayah dan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit ataupun dipenjara bagi tempoh tidak melebihi setahun ataupun kedua-duanya sekali.” Komuniti Mak Nyah Negeri Sembilan, telah mengeluarkan kenyataan sekitar November 2010, bahawa: “Kami (Komuniti Mak Nyah) telah menghadapi masalah tekanan emosi, keganasan fizikal, dan gangguan seksual oleh pegawai-pegawai agama. Maruah dan kebebasan kami sebagai individu telahpun dilucutkan dan kami terpaksa hidup dalam ketakutan. Kami juga sering kali gusar untuk keluar dari rumah, kerana khuatir ditahan ataupun diganggu. Kami juga tidak boleh makan atau pun minum di luar tanpa rasa takut yang kami bakal menjadi mangsa pegawai-pegawai agama. Kami juga memohon agar pihak-pihak berkuasa Negeri Sembilan agar menghentikan gangguan, dan dakwaan yang dikenakan ke atas kami yang sering menjadi mangsa keadaan hanya disebabkan keadaan diri kami.”257 Kenyataan media yang dibuat oleh komuniti Mak Nyah ini turut disebut secara mendalam dalam bab yang membincangkan mengenai Cadangan Umum CEDAW ke-28 dalam laporan ini. Mahkamah Tinggi mengizinkan semakan semula dibuat ke atas perundangan berkaitan dengan “amalan memakai pakaian jantina yang berlawanan” dari segi perlembagaaan Seksyen 66 bagi Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 telahpun meletakkan perbuatan memakai pakaian wanita oleh lelaki sebagai satu bentuk jenayah. Pada Jumaat, 4 November 2011, Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan telahpun memberikan keizinan bagi semakan semula Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dibuat.258 Empat pemohon transwoman telah mendakwa bahawa Seksyen 66 mempunyai unsur-unsur diskriminasi ke atas mereka, yang mana secara biologinya adalah lelaki, tetapi menganggap diri mereka perempuan, tidak kiralah sama ada mereka sudah, ataupun belum menjalani pembedahan jantina, semata-mata kerana gagal untuk menzahirkan identiti gender yang bersesuaian dengan masyarakat. Seksyen 66 juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menghalang wujudnya kebebasan bersuara dan mendiskriminasi individu mengikut gendernya. Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan telah dimaklumkan bahawa bantahan dari Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai sebarang asas yang kukuh dalam meneruskan rancangan mereka untuk melakukan semakan semula ke atas Seksyen 66.259 Bantahan-bantahan ini dapat diketahui dengan lebih lanjut dalam bab yang membincangkan mengenai Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW yang ke-28. Undang-undang yang mendiskriminasi wanita berdasarkan orientasi seksual Seperti yang disebut dalam bab sebelum ini, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah-wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak, masih lagi mempunyai peruntukan perundangan untuk menghukum perbuatan musahaqah ataupun hubungan sejenis antara dua individu wanita dewasa sebagai satu bentuk jenayah.260 _____________________ 256 Seksyen 92 of the Sabah Syariah Criminal Offences Enactment 1995. 257 Kenyataan akhbar oleh komuniti Mak Nyah di Malaysia, “Stop the Violence and Persecution towards us”, 30 November 2010. 258 “Four get leave to challenge law barring cross-dressing”, Malaysiakini, 4 November 2011. 259 Kenyataan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011. 260 Angela M Kuga Thas (dengan bantuan kajian oleh Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.337-342. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Sebagai contoh, Seksyen 26 bagi Akta Salahlaku Syariah (Wilayah Persekutuan) telah menyatakan bahawa: “Mana-mana wanita yang terjebak dalam perbuatan musahaqah boleh didapati bersalah dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit ataupun dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun disebat tidak melebihi enam kali sebatan ataupun kedua-duanya sekali.” Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa di seluruh Malaysia, masih lagi terus-menerus menganggap perbuatan seks “luar tabii” sebagai satu jenayah. Hubungan seks seperti ini boleh membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan sebatan. Maklumbalas daripada pihak SUHAKAM mengenai diskriminasi berdasarkan seksualiti dan identiti gender Institusi hak asasi manusia kebangsaan di Malaysia, SUHAKAM, telahpun menjelaskan kerisauan mereka mengenai pelanggaran hak-hak asasi manusia berkaitan dengan perbezaan orientasi seksual di negara ini. Bagaimanapun, sokongan daripada pihak SUHAKAM tidak begitu meyakinkan disebabkan penggunaan bahasa mereka yang agak umum. Pihak SUHAKAM berkata, “Tiada sebarang justifikasi boleh digunakan untuk membahayakan [golongan LGBT] walaupun mereka terlalu berbeza ataupun mengamalkan gaya hidup LGBT yang tidak boleh diterima oleh masyarakat kebanyakan.”261 Pada tahun 2010, mesyuarat telahpun diadakan antara pegawai-pegawai SUHAKAM dan pertubuhanpertubuhan agama mengenai perbezaan orientasi seksual dan identiti gender. Laporan Tahunan SUHAKAM telah menyatakan bahawa, “Mesyuarat sebegini merupakan satu saluran yang baik bagi membolehkan ahli Suruhanjaya menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai hak-hak golongan LGBT, sambil mengambil kira aspek-aspek sensitiviti agama atau pun budaya masyarakat kebanyakan.”262 Pesuruhjaya SUHAKAM telah dilaporkan berkata bahawa hak-hak berkaitan dengan seksualiti “merupakan satu isu yang amat sensitif. Kami perlukan kefahaman yang kukuh bagi membincangkannya. Ketika Forum Asia Pasifik di Bali, saya telahpun menjadi orang pertama untuk membincangkan perkara ini kepada ahli panel yang lain. Saya [setelah memaklumkan kepada mereka] mempunyai dilema ketika membincangkan isu ini. Saya berpendapat bahawa hak-hak asasi manusia perlu dilindungi, tetapi pada masa yang sama, saya sedar yang kita semua hidup dalam masyarakat yang masih lagi belum bersedia untuk menerima golongan ini. SUHAKAM sama sekali tidak akan membiarkan isu ini ditutup begitu sahaja, dan akan mencuba untuk melihat isu ini melalui perspektif yang bersesuaian dengan konteks budaya dan agama masyarakat kita.”263 Serangan pegawai agama Pada tahun 2007, seorang Mak Nyah telah dilaporkan dibawa ke hospital setelah dipukul teruk oleh sekumpulan pegawai agama di Melaka.264 Pada Oktober 2010, seorang wanita transgender yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salun di Melaka telah dipaksa untuk menanggalkan kesemua pakaiannya, termasuklah pakaian dalamnya, di hadapan sekumpulan pegawai agama. Rahimin Bani, pengarah bagi Jabatan Agama Melaka (JAIM) telah dilaporkan berkata bahawa “Dia mungkin merasakan haknya sebagai manusia telah dicabul, tetapi kami sebagai saudara seagamanya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan dia tidak terus sesat.”265 Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh dalam bab mengenai Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-19 dan 28. Pengharaman festival hak-hak seksualiti pada tahun 2011 Pada 3 November 2011, Polis Malaysia telahpun mengharamkan acara yang diberi nama Seksualiti Merdeka. Seksualiti Merdeka merupakan acara tahunan yang sudah pun dianjurkan sejak tahun 2008 untuk menyediakan ruang yang selamat bagi mereka yang berbeza dari segi orientasi seksual dan identiti gender untuk bertemu untuk berkongsi pengetahuan mengenai hak-hak asasi manusia. Maklumat lanjut mengenai pengharaman ini dapat dilihat dalam Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-28. _____________________ 261 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 16. 262 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 57. 263 “Suhakam chief: ‘We’re an independent entity’”, The Nut Graph, 30 Ogos 2010. 264 Amnesty International, Amnesty International Report 2008 - Malaysia, 28 Mei 2008. 265 “Religious department firm against cross-dressing”, Malay Mail, 21 April 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 93 94 Komen-komen negatif sesetengah individu mengenai Seksualiti Merdeka turut dilaporkan oleh pihak media, walaupun kebanyakannya tidak masuk akal dan mengandungi unsur-unsur pencetus kebencian dalam masyarakat. Menteri Dalam Negeri Malaysia telah dilaporkan berkata bahawa acara ini, yang turut menyediakan ruang pameran seni, teater, persembahan muzik, bengkel, dan pelancaran buku sebagai satu bentuk ancaman besar kepada negara. Seorang Ahli Parlimen tempatan, Ibrahim Ali, telah dilaporkan berkata bahawa acara ini memupuk kewujudan “budaya binatang,”266 manakala Timbalan Perdana Menteri mendakwa acara ini sebagai acara mereka yang “sesat.”267 Pelbagai dakwaan lain turut mengaitkan acara ini dengan “pesta seks bebas” tanpa sebarang hujah yang betul.268 Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telahpun mengulas mengenai perkara ini. Baginya, kebebasan seharusnya dibataskan pada tahap-tahap tertentu. Beliau berkata, “Kita tidak memerlukan kebebasan seksual seperti ini. Kita tidak memerlukan lelaki yang berkahwin sesama lelaki, ataupun wanita yang berkahwin sesama wanita, dan golongan ekshibisionis (di sini)…. Apa yang akan berlaku kepada kita apabila orang lain mula berjalan tanpa pakaian di jalanan? Kita tidak boleh halang mereka. Jika mereka mengambil keputusan sedemikian seperti di negara-negara lain untuk melakukan hubungan seks di tempat awam, apa yang akan jadi pada kita?”269 Pendapat tidak berasas sebegini dan tabiat menakut-nakutkan orang lain dengan perkara-perkara berkaitan dengan perbezaan orientasi seksual merupakan sejenis ancaman serius kepada masyarakat. Mereka yang berbeza dari segi orientasi seksual ataupun identiti gender boleh terdedah kepada pelbagai masalah disebabkan perkara-perkara ini. Kenyataan-kenyataan yang berbaur penghinaan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil kerajaan boleh menyemarakkan lagi api diskriminasi sedia ada dan mampu menghalang laporan mengenai salahlaku ke atas golongan LGBT dari dibuat. Hasilnya, satu persekitaran yang berbahaya, dan tekanan yang berterusan ke atas golongan ini akan wujud. Selepas pengharaman ini, pada November 2011, negeri-negeri seperti Pahang dan Melaka telah meningkatkan lagi hukuman bagi perbuatan homoseksual di negara ini dengan memastikan bahawa mana-mana individu yang beragama Islam yang didapati bersalah akan didakwa menggunakan keduadua undang-undang negeri dan persekutuan. Ini bermaksud, hukuman penjara mungkin akan lebih rancak disabitkan kepada mereka yang terbabit. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata, perbuatan menyokong kegiatan homoseksual juga perlu dianggap sebagai satu perbuatan jenayah. Beliau berkata, “Kami akan mewujudkan enakmen perundangan tertentu yang akan membolehkan golongan ini didakwa dengan undang-undang Syariah atau Islam di mahkamah. Kami juga akan memastikan mereka yang menyokong perbuatan haram ini turut didakwa di mahkamah.”270 Pada tahun 2012, segelintir penyokong kuat kerajaan telahpun mewujudkan pusat pemulihan golongan homoseksual untuk membolehkan mereka yang terbabit dirawat sebagaimana penagih dadah dirawat.271 Timbalan Perdana di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim telah berkata di Parlimen bahawa, kerajaan sedang bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan untuk menghalang masalah berkaitan LGBT dari “tersebar.”272 Antara langkah yang bakal diambil ialah menarik sukarelawan bagi mendekati golongan ini, dan menggalakkan NGO-NGO tersebut, mewujudkan kempen anti-homoseksualiti.273 _____________________ 266 “Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya ‘binatang’ – Ibrahim Ali”, Utusan Malaysia, 3 November 2011. 267 “‘Seksualiti Merdeka’ programme a deviationist activity – Muhyiddin”, New Straits Times, 3 November 2011. 268 “Seksualiti Merdeka not a ‘free sex party’, says Marina”, The Star, 7 November 2011. 269 “Hisham: Activities will affect nation’s stability”, New Straits Times, 5 November 2011. Kata-kata ini sepadan dengan komen Mahathir yang terdahulu, termasuklah bahagian yang menyatakan, “Masyarakat British telah menerima menteri-menteri homoseksual. Tetapi, jika datang membawa teman lelaki mereka ke mari, kita perlu keluarkan mereka dari sini. Kita tak boleh terima mereka.” Petikan dari Laporan Human Rights Watch 2012 yang boleh dirujuk di: http://www.hrw.org/legacy/ wr2k2/lgbt.html 270 “States eye harsher laws for Muslim gays”, The Malaysian Insider, 11 November 2011. 271 Datuk Baharum Mohamad (Barisan Nasional – Sekijang) Dipetik dari “Call to establish homosexual rehab centre”, The Sun, 22 Mac 2012. 272 “Campaign to curb homosexuality”, Free Malaysia Today, 22 Mac 2012. 273 “Campaign to curb homosexuality”, Free Malaysia Today, 22 Mac 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Gambaran media mengenai kepelbagaian seksualiti Dalam satu memorandum yang dihantar kepada SUHAKAM pada Jun 2010,274 beberapa isu telah dibangkitkan berkenaan dengan gambaran yang dibuat oleh pihak media berkaitan dengan golongan lesbian. Memorandum ini menyebut: “Setelah merujuk kepada beberapa artikel yang dikeluarkan oleh akhbar seperti Kosmo (Parti Lesbian Berleluasa) dan Harian Metro (Aksi Panas Pengkid) yang bertarikh 2 dan 16 Mei, kami telah sepakat bahawa, penggunaan perkataan seperti “songsang,” “lucah,” dan “jijik” oleh akhbar-akhbar tempatan untuk menggambarkan komuniti LGBT boleh dianggap sebagai satu tindakan yang telah mencetuskan kemarahan kami. Penggunaan perkataan seperti yang ada dalam Kosmo dan Harian Metro turut digunapakai oleh akhbar-akhbar tempatan lain (contohnya, the Star, yang bertarikh 3 Mei 2010) dengan cara yang lebih menghina, termasuklah dengan mengaitkan mereka dengan kesesatan dan kekurangan nilainilai moral.”275 SUHAKAM dan wakil-wakil kerajaan telah gagal untuk melindungi golongan ini daripada terus dikecam hebat oleh media secara tidak adil. Kawalan imej wanita dalam Hari Wanita Antarabangsa Ketika Mac 2011, sebuah pesta kesenian telah dianjurkan di Malaysia untuk meraikan ulangtahun ke100 sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Pada 18 Februari 2011, satu mesyuarat yang dianjurkan dengan pihak penganjur dan kumpulan teater berkaitan telah berlangsung. Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun poster bagi acara ini telahpun dicetak dan diedarkan, pihak kementerian telahpun menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan penggunaan logo wanita pada bahagian atas sudut sebelah kiri poster tersebut dan mengarahkan perubahan logo segera dibuat dengan meletakkan gambar wanita bertudung sebagai salah satu reservasi. Logo asal yang dimaksudkan terpaksa diubah dan imej wanita yang ada di dalamnya terpaksa dikeluarkan sepenuhnya seperti yang dikehendaki (Rujuk gambar 3 dan 4). _____________________ 274 Memorandum on Ill Representation and Discrimination of the Queer Community in the Media, 10 Jun 2010. Disokong oleh All Women’s Action Society (AWAM), Annexe Gallery, Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysian Bar Council, Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+), Straten Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Titled World, Women’s Candidacy Initiative (WCI), Women’s Aid Organization (WAO) dan individu-individu. 275 Contoh lain kata-kata menghina yang digunakan untuk mengutuk kumpulan-kumpulan LGBT boleh didapati dalam hasil kajian Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm. 265. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 95 96 Cadangan-cadangan kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 5 CEDAW • Retorik dan dasar kerajaan seharusnya diubah untuk menggalakkan majikan menerima-pakai aturan kerja fleksibel untuk ibu dan bapa, bukan sahaja ibu. • Komen-komen berbaur seksis yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen di dalam mahupun di luar Parlimen tidak boleh diterima. Kod etika Parlimen seharusnya dipinda supaya dapat menangani gangguan seksual. • Kerajaan seharusnya mengutuk komen-komen berunsur diskriminasi, termasuk yang mencetus kebencian terhadap golongan yang kepelbagaian orientasi seksual dan identiti gender, yang dibuat oleh mana-mana wakil kerajaan atau pihak bukan kerajaan. • Latihan seharusnya diberikan kepada ejen-ejen media (editor, wartawan, jurugambar, dan lainlain) bagi memastikan mereka dapat memberi gambaran yang adil mengenai golongan wanita, lesbian, biseksual, dan transeksual. • Golongan transgender seharusnya diberikan hak untuk menukar nama dan identiti gender mereka dalam kad pengenalan sedia ada tanpa perlu melalui pelbagai prosedur yang menyusahkan. • Kempen kesedaran awam seharusnya diwujudkan bagi mengatasi menggambarkan tugasan di rumah hanya sebagai peranan wanita. stereotaip yang • Undang-undang pekerja seharusnya turut mengiktiraf hak-hak pekerja domestik. • RDasar-dasar kerajaan seharusnya disemak bagi menghapuskan unsur-unsur diskriminasi ke atas kaum wanita dan transgender daripada wujud disebabkan oleh nilai-nilai kebudayaan ataupun keagamaan yang digunakan untuk membentuk dasar-dasar tersebut. Pastikan perwakilan wanita mencukupi dalam badan-badan beyang mempunyai kuasa untuk menggubal dan mentafsir undang-undang keagamaan. • Modul kaunseling perkahwinan sedia ada perlu disemak bagi memastikan hak-hak wanita dan kesamarataan wanita diliputi. • Buku teks di sekolah-sekolah di Malaysia perlu disemak semula bagi menghapuskan semua unsur-unsur stereotaip gender. • Sekolah-sekolah seharusnya dilarang dari menghukum para pelajar atas sebab orientasi seksual atau identiti gender. Rumah dan sekolah seharusnya dijadikan tempat-tempat yang mampu mendidik dan menyokong perkembangan anak-anak. Ibu bapa dan guru mempunyai peranan yang penting bagi memastikan para pelajar menjadi pemikir yang kritikal agar mereka dapat menjadi golongan orang dewasa yang bertanggungjawab pada masa depan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 6: PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN EKSPLOITASI WANITA BAGI TUJUAN PELACURAN Article 6 Negara-negara Anggota perlu mengambil semua langkah sewajarnya, termasuk dalam bentuk perundangan, bagi menghalang sebarang bentuk pemerdagangan wanita dan eksploitasi wanita melalui pelacuran. Perkara Kunci bagi bab ini: • Kajian ke atas kes pemerdagangan manusia seharusnya diwujudkan memandangkan ketidakseragaman data masih dapat dilihat berkaitan hal ini. • Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia ditahan di pusat-pusat perlindungan dan dideportasikan sebaik sahaja penyiasatan dilakukan. Undang-undang berkaitan dengan pemerdagangan manusia masih lagi tidak mencukupi untuk menjaga kebajikan mereka yang terbabit. Mangsa-mangsa juga masih tidak diberikan sebarang bentuk ganti rugi. Warden yang ditugaskan di rumah-rumah perlindungan sedia ada juga terdiri daripada mereka yang pernah bertugas di penjara. Selain itu, tiada sebarang usaha telah diambil bagi memastikan golongan mangsa jenayah ini dari terus menjadi mangsa pada masa depan. Mereka, berkemungkinan, masih lagi akan terjebak ke dalam kancah masalah yang sama disebabkan kemiskinan mereka. Malaysia telahpun bersetuju dengan Protokol PBB berkaitan dengan pemerdagangan manusia Pada Februari 2009, Malaysia telah bersetuju dengan “Protokol Mencegah, Menghalang, dan Menghukum Penyeludupan Manusia, terutamanya Wanita dan Kanak-kanak, dengan menggunakan hasil-hasil dari Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Jenayah Terancang Transnasional” dengan satu reservasi.276 Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 Pada tahun 2006, Jawatankuasa CEDAW telahpun menyuarakan kegusaran mereka ke atas situasi pemerdagangan manusia di Malaysia. Jawatankuasa CEDAW telah mendesak agar kerajaan Malaysia meluluskan “sistem perundangan yang spesifik dan komprehensif berkaitan dengan fenomena” yang berlaku.277 Pada tahun 2007, satu rang perundangan telah diluluskan oleh Parlimen dan rang ini telah diberi nama “Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (Akta ATIP).” Pada tahun 2008, akta ini telah berjaya untuk dilaksanakan. _____________________ 276 Reservasi pertama Malaysia: “1. (a) Pursuant to Article 15, paragraph 3 of the Protocol, the Government of Malaysia declares that it does not consider itself bound by Article 15, paragraph 2 of the Protocol; and (b) the Government of Malaysia reserves the right specifically to agree in a particular case to follow the arbitration procedure set forth in Article 15, paragraph 2 of the Protocol or any other procedure for arbitration.” 277 Komen Penutup Jawatankuasa CEDAW: Malaysia, 2006, perenggan ke-24. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 99 100 Pada tahun 2007, laporan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat berkaitan dengan pemerdagangan manusia telah meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 3, iaitu kategori terendah dalam senarai kategori-kategori yang ada. Sebagai satu tindak balas, kerajaan telah mewujudkan akta ATIP. Namun begitu, kerajaan masih lagi disenaraikan dalam kategori yang sama pada tahun 2009. Tidak lama kemudian, Rancangan Tindakan Kebangsaan yang berkuasa selama lima tahun telah dilancarkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil serius laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam membentuk sistem perundangan di negara ini. Akta ATIP meliputi: Kesalahan memperdagang dan menyeludup manusia; perlindungan ke atas mangsamangsa yang diperdagangkan; prosedur penguatkuasaan dan penyiasatan; dan penubuhan Majlis AntiPemerdagangan Manusia. Pada tahun 2010, penggubalan telah dibuat ke atas Akta ATIP. Perubahan utama yang dibuat adalah berkaitan dengan warga asing yang telah diseludup. Penggubalan ini menerima kritikan hebat, termasuklah dari institusi-institusi hak asasi manusia, seperti SUHAKAM, yang mana telah mendakwa bahawa urusan penyeludupan warga asing dan pemerdagangan manusia telah dicampur adukkan.278 Golongan pelarian turut termasuk dalam kategori “warga asing yang diseludup” di bawah Akta ATIP dan turut boleh dihantar pulang ke negara asal mereka. Human Rights Watch turut menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan dengan penggubalan yang dibuat dan menyatakan bahawa penggubalan ini “hanya akan mengurangkan lagi perlindungan ke atas kedua-dua jenis mangsa [mangsa penyeludupan dan pemerdagangan].”279 Human Rights Watch turut menulis kepada Perdana Menteri pada September 2010 mengenai kebimbangan mereka berkenaan dengan penggubalan akta tersebut. Mereka berkata: “Kami kecewa kerana tiada sebarang peruntukan telah dibuat bagi menjamin layanan yang berperikemanusian diberikan kepada mangsa-mangsa penyeludupan manusia, ketika disiasat, ditahan, ataupun dihantar pulang ke negara asal mereka, dan mendesak pihak polis dan mana-mana pihak berkuasa agar melayan golongan ini seperti manusia lain, sejajar dengan permintaan undang-undang antarabangsa. Kebanyakan individu yang diseludup di Malaysia merupakan pelarian dan mereka yang datang demi mendapatkan perlindungan politik. Malaysia telah dilihat mereka sebagai satu destinasi pilihan kerana telah menjadi negara ke empat dari segi bilangan pencari perlindungan di dunia… Penggubalan akta ATIP ataupun Anti-Penyeludupan telah membuktikan bahawa keperluan golongan ini telah gagal diiktiraf. Mangsa berkemungkinan besar terpaksa berhadapan dengan tuduhan undangundang, ditahan, dan dihantar pulang ke negara asal mereka, yang mana akan menyebabkan kebebasan mereka terancam. Penggubalan ini juga boleh dilihat sebagai satu bentuk kegagalan kerajaan Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada undangundang antarabangsa.”280 Masyarakat madani di seluruh negara telahpun menyuarakan rasa bimbang mereka berkenaan dengan Akta ATIP, termasuklah dalam perkara-perkara berikut: • Penggubalan yang dibuat pada tahun 2010 telah menyempitkan skop definisi penyeludupan di bawah akta ATIP.281 Definisi baru yang dikeluarkan adalah tidak selari dengan definisi yang disediakan oleh Protokol PBB bagi Mencegah, Menghalang, dan Menghukum Penyeludupan Manusia, terutamanya ke atas Wanita dan Kanak-kanak, seperti mana yang dicadangkan dalam Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnational Pertubuhan Bangsa-bangsa _____________________ 278 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 14. 279 Human Rights Watch, World Report 2011: Events of 2010, p332. 280 Surat kepada Perdana Menteri berkaitan dengan pindaan Akta Anti-Pemerdagangan Orang, yang ditulus oleh Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Rights Watch Bahagian Asia, 8 September, 2010. 281 Definisi asal pada tahun 2007: “‘trafficked person’ means any person who is the victim or object of an act of trafficking in persons” .Definisi yang dipinda pada tahun 2010: “‘trafficking in persons’ means all actions involved in acquiring or maintaining the labour or services of a person through coercion, and includes the act of recruiting, conveying, transferring, harbouring, providing or receiving a person for the purposes of this Act.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Bersatu.282 Definisi bagi protokol ini juga dapat dilihat sebagai terlalu umum dari beberapa segi kerana turut memuatkan penolakan cadangan mendapatkan kebenaran dan persetujuan dari mangsa untuk penyiasatan. • Seksyen 51 bagi Akta ATIP turut menyebut bahawa, mangsa-mangsa asing bagi pemerdagangan manusia akan diletakkan di bawah satu tempat perlindungan pelarian bagi tempoh masa tiga bulan sebelum dihantar pulang melalui jabatan imigresen. Bagaimanapun, pusat-pusat perlindungan ini sebenarnya hanyalah satu pusat penahanan.283 • Tiada sebarang peruntukan undang-undang dan gantirugi akan diberikan ke atas mangsamangsa pemerdagangan yang terlibat. • Penyertaan warga-warga asing yang diseludup sebagai sebahagian daripada akta ini telah menyebabkan campur aduk yang jelas berlaku antara dua masalah berbeza – pelanggaran hakhak asasi manusia ke atas mangsa pemerdagangan manusia dan undang-undang imigresen bagi menghapuskan pendatang-pendatang asing tanpa izin. Akta ini telahpun dibuat oleh MAPO, satu majlis yang membincangkan urusan berkaitan penghapusan pemerdagangan manusia. MAPO telah dikritik kerana gagal menggunakan perkhidmatan mereka yang benar-benar terlatih dalam menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat, tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi, dan tidak mempunyai koordinasi yang baik antara agensi-agensi kerajaan, selain dari tidak mempunyai jumlah dana yang mencukupi, hasil dari kekurangan komitmen yang ditunjukkan oleh badan-badan politik. Statistik berkaitan dengan pemerdagangan manusia Rekod awam telah menunjukkan bahawa: • Dari Februari 2008 sehinggalah Julai 2010, 1656 mangsa kes pemerdagangan telahpun diselamatkan. Namun begitu, hanya 484 orang daripada mereka boleh dianggap sebagai mangsa sebenar.284 • Dari 484 individu tersebut, pihak berkuasa telah mendapati bahawa 291 daripada mereka berumur 18 tahun dan ke bawah.285 • Pada masa antara Mac 2009 dan Februari 2010, tiga pesalah pemerdagangan manusia telahpun didakwa.286 • Antara Mac 2010 sehinggalah Februari 2011, 11 individu telahpun didakwa dan dipenjarakan antara 3 hingga 8 tahun kerana menjalankan kegiatan pemerdagangan manusia.287 Setelah perbandingan dibuat antara laporan statistik di atas dan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 2009, pelbagai perbezaan dapat dikesan. Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telahpun menyebut: “Polis telahpun melaporkan bahawa mereka telah menyelamatkan 2,000 individu asing termasuk wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan yang telah dipaksa untuk terjerumus dalam kegiatan pelacuran, ketika serbuan dibuat ke atas pusat-pusat pelacuran sekitar tahun 2008. Kerajaan juga telah melaporkan mangsa yang terbabit kepada pihak kedutaan masingmasing dan menghantar mereka pulang tidak lama kemudian.”288 _____________________ 282 Artikel 3 Protokol PBB bagi Mencegah, Menghalang, dan Menghukum Penyeludupan Manusia, terutamanya ke atas Wanita dan KanakKanak yang menyokong Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menentang Jenayah Terancang Transnasional berbunyi: (a) “Trafficking in persons” shall mean the recruitment, transportation, transfer, harbouring or receipt of persons, by means of the threat or use of force or other forms of coercion, of abduction, of fraud, of deception, of the abuse of power or of a position of vulnerability or of the giving or receiving of payments or benefits to achieve the consent of a person having control over another person, for the purpose of exploitation. Exploitation shall include, at a minima, the exploitation of the prostitution of others or other forms of sexual exploitation, forced labour or services, slavery or practices similar to slavery, servitude or the removal of organs; (b) The consent of a victim of trafficking in persons to the intended exploitation set forth in subparagraph (a) of this article shall be irrelevant where any of the means set forth in subparagraph (a) have been used; (c) The recruitment, transportation, transfer, harbouring or receipt of a child for the purpose of exploitation shall be considered “trafficking in persons” even if this does not involve any of the means set forth in subparagraph (a) of this article; (d) “Child” shall mean any person under eighteen years of age. 283 Human Rights Watch, World Report 2011: Events of 2010, hlm. 332. 284 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 285 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 286 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm. 224. 287 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 244. 288 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2009, hlm. 199. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 101 Perbezaan yang wujud antara jumlah kes yang dilaporkan oleh media dan jumlah kes yang direkodkan di bawah Akta Anti-Perdangangan Manusia telah menzahirkan satu masalah yang perlu dipandang serius. 102 Laporan media yang dikawal oleh pihak kerajaan telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia hanya bersikap sambil lewa dalam menangani masalah pemerdagangan manusia. Laporan yang diperoleh pada Ogos 2010 telah menyatakan bahawa, “Terdapat ramai warga asing yang datang ke Malaysia secara sukarela telah diselamatkan.”289 Kebanyakan mereka adalah mereka yang diperdayakan penjenayah sebelum dipaksa menjadi pelacur. Pada tahun 2010, laporan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telahpun menyebut bahawa: “Kebanyakan dari warga asing yang diambil bekerja di Malaysia adalah mereka yang datang dengan visa ‘Pegawai Perhubungan Tetamu’ bagi perkhidmatan perhotelan dan restoran sebelum diperdayakan dan dipaksa terbabit dalam kegiatan pelacuran.”290 Penyiasatan seharusnya ditingkatkan di kawasan antara Semenanjung Malaysia dan Borneo kerana kawasan ini masih lagi gagal menjadi sebahagian daripada kawasan yang disiasat ketika laporan statistik dikutip. Kedudukan Malaysia yang rendah dalam Laporan berkaitan dengan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat Pada tahun 2010, Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan tahunan mereka bagi kes-kes pemerdagangan manusia. Kedudukan Malaysia telah meningkat ke tahap yang lebih baik (secara spesifiknya dari Tier 3 ke Tier 2). Pada tahun 2011, Malaysia masih lagi berjaya kekal dalam kategori Tier 2. Sebagai negara yang dikategorikan di bawah Kategori Tier 2, Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara “yang tidak mematuhi secara penuh piawaian minima bagi penghapusan penyeludupan manusia; tetapi mempunyai usaha demi mencapai tujuan tersebut.”291Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa pada tahun 2011: “Walaupun kerajaan telah meningkatkan jumlah penyabitan kesalahan di bawah Akta AntiPemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Warga Asing, dan meneruskan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai, kerajaan masih… gagal untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan persuhabatan kerajaan dalam pemerdagangan dan layanan dan kaunseling untuk mangsa yang diberikan oleh pihak berkuasa. Masih terdapat pelbagai bentuk kebimbangan berkaitan pemerdagangan di Malaysia, termasuklah tahanan mangsa-mangsa di fasiliti kerajaan.”292 Layanan buruk yang diterima mangsa pemerdagangan Ketika penyiasatan dijalankan, mangsa-mangsa yang dikenalpasti didapati dipaksa untuk menetap di pusat-pusat “perlindungan” yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sehinggalah mereka selesai dihantar ke negara asal mereka. Pemerhati turut mendapati bahawa pusat-pusat perlindungan ini gagal menjamin perlindungan hak asasi dan kebebasan mereka yang ditahan. Kebanyakan mangsa “terasa terasing, tidak boleh bekerja untuk mendapatkan pendapatan, dan tidak mempunyai akses bagi mendapatkan perlindungan perundangan mahupun bantuan psikologi yang disediakan oleh kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan…. Fasiliti yang ada juga tidak menggunakan perkhidmatan pengamal perubatan dan pakar psikologi terlatih.293 _____________________ 289 “Bulk of those trafficked are sex workers”, New Straits Times, 8 Ogos 2010. 290 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm. 223. 291 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2010, hlm. 223. 292 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 244. 293 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat dalam laporan mereka turut menyuarakan bahawa: “Kerajaan masih lagi melayan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia sebagai warga asing tanpa izin dan menyerahkan mereka kepada penguatkuasa imigresen untuk dihantar pulang selepas bukti diberikan kepada pihak pendakwa, selepas 90 hari di pusatpusat perlindungan yang disediakan. Mangsa juga seringkali terperangkap dalam bilik masing-masing, digari ketika pergi dan pulang dari mahkamah, dan dilaporkan seringkali menjadi mangsa pemeriksaan badan sebelum dibenarkan memasuki semula fasiliti yang ada. Mangsa-mangsa juga kebanyakannya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan proses perundangan yang bakal mereka hadapi.”294 Laporan yang sama turut menyatakan bahawa: “Prosedur penyiasatan yang lemah turut menyebabkan kepentingan mangsa tidak terjaga, di bawah sistem perundangan sedia ada. Mangsa juga mungkin dipaksa untuk menceritakan semula pengalaman mereka diperdagangkan sebanyak tujuh kali kepada tujuh pegawai berbeza. Ketika proses perbicaraan berlangsung, pihak berkuasa juga tidak mempunyai usaha yang cukup bagi mengasingkan mangsa daripada mereka yang telah memperdagangkan mereka, ataupun ejen-ejen palsu yang telah menganiya mereka, yang mana telah menyebabkan mereka dan keluarga mereka terasa terancam dan tertekan sekiranya mereka memberi kerjasama kepada pihak pendakwa dan polis.”295 NGO Tenaganita telah menyatakan bahawa mangsa-mangsa pemerdagangan manusia di Sarawak telah digari dan ditempatkan di dalam penjara. Mereka turut diberikan layanan seakan-akan layanan kepada banduan ketika berada di sana. Layanan ke atas bantuan tidak membantu laporan berkaitan dengan pemerdagangan manusia Penahanan dan penghantaran pulang mangsa-mangsa pemerdagangan manusia boleh menyebabkan perkara ini gagal dilaporkan dengan wajar sebagai satu jenayah. Seperti yang dikemukan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat dalam laporan mereka pada tahun 2011: “Walaupun kerajaan telah menggalakkan mangsa agar membantu proses pendakwaan ke atas pihak yang telah memperdagangkan mereka, kerajaan masih lagi gagal untuk menyediakan perlindungan kepada mereka yang mungkin diancam bahaya ketika dalam perjalanan pulang ke negara asal, dan tidak memberikan sebarang kerjasama ataupun sumbangan insentif kepada mereka yang membantu siasatan, dalam bentuk permit kerja ataupun pemanjangan tempoh sah visa. Mangsa-mangsa akan dihantar sebaik sahaja pendakwa mendapat testimoni yang mencukupi bagi melakukan pendakwaan ke atas pesalah.”296 Ketika dihantar pulang, mangsa-mangsa pemerdagangan manusia akan mendapat cop “dihantar pulang” dalam pasport mereka. Ini tentunya boleh menjadi masalah pada masa akan datang. Dalam satu kes yang dilaporkan oleh sebuah NGO, seorang pekerja domestik asing telah gagal mendapatkan duit gajinya sebelum meninggalkan negara ini. Lebih menyedihkan, pekerja tersebut telah gagal mendapatkan kebenaran untuk mengambil sebarang tindakan kerana masih dikategorikan sebagai seorang mangsa pemerdagangan manusia dan perlu menunggu di Malaysia untuk satu jangka masa yang lama bagi membolehkan kesnya dibawa ke mahkamah. _____________________ 294 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. 295 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. 296 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 245. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 103 Layanan yang memalukan ke atas golongan pelacur wanita 104 Pada Jun 2011, satu serbuan yang dijalankan di sebuah Kelab Malam Pulau Pinang telah menyebabkan 38 individu wanita, yang mana 30 daripadanya adalah warga asing, atas tuduhan terbabit dalam industri pelacuran. Ketika serbuan dibuat, mangsa-mangsa yang ditahan telah diconteng dengan simbol X pada bahagian dahi ataupun dada mereka dengan pen, dan digari bersama-sama dengan mangsa lain. Tidak lama selepas itu, beberapa pihak telah melaporkan bahawa pihak polis sebenarnya sudah lama menyiasat kelab malam tersebut secara rahsia.297 Walaupun mangsa-mangsa sebenarnya sudah diketahui sebagai golongan yang telah diperdagangkan secara haram, pihak berkuasa masih lagi memberikan layanan yang memalukan kepada mereka. Akhbar China Press telah mengeluarkan gambar yang menunjukkan keadaan selepas serbuan dibuat (lihat Gambar 5). Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan berkaitan dengan Artikel 6 CEDAW • Kerajaan sememangnya berhak dipuji kerana telah menerima pakai Akta Anti-Pemerdagangan Orang. Namun begitu, undang-undang ini perlu dipinda sedikit bagi menghapuskan peruntukan mangsa-mangsa penyeludupan di bawah kuasanya. Penyeludupan manusia dan pemerdagangan manusia seharusnya diletakkan dalam peruntukan perundangan yang berbeza kerana merupakan dua masalah yang berbeza. • Definisi bagi Pemerdagangan Manusia di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang seharusnya diperluaskan bagi memastikannya sejajar dengan definisi yang disediakan oleh Protokol AntiPemerdagangan PBB. • Kajian yang mendalam perlu dijalankan bagi menyiasat corak pemerdangan manusia di Malaysia, sama ada dari sudut mangsa ataupun sindiket sendiri, bagi menjamin pembentukan formula yang berkesan bagi menangani masalah ini di masa depan. • Penguatkuasaan undang-undang perlu dijalankan secara sensitif bagi menimbulkan kesedaran orang ramai bahawa pemerdangangan manusia merupakan satu bentuk perlanggaran hak asasi yang perlu ditangani secara bersama bagi membantu mangsa-mangsa yang terbabit. • Pegawai-pegawai yang ditugaskan bagi menguruskan kes-kes pemerdagangan manusia seharusnya sudah menerima latihan yang mencukupi daripada pihak kerajaan agar perlindungan sepenuhnya dapat diberikan kepada mangsa-mangsa jenayah ini. • Pemerdagangan wanita tidak hanya melibatkan pemerdagangan seks. Wanita juga sering kali menjadi mangsa pemerdagangan untuk industri lain. • Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia tidak mempunyai hak yang mencukupi bagi melindungi diri mereka ketika penyiasatan dibuat. Mereka juga tidak diberikan permit yang mencukupi untuk bekerja dan hidup sebagai sebahagian daripada masyarakat sedia ada. • Perlindungan mangsa seharusnya diwujudkan dengan menyediakan bantuan perundangan, dan penyediaan pusat kaunseling yang efektif bagi menjaga kebajikan mangsa yang terbabit. • Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan turut perlu diberikan akses bagi mendekati dan membantu mangsa-mangsa pemerdagangan manusia. • Hubungan antara agensi-agensi anti-pemerdagangan manusia, kerajaan, dan badan-badan sivil dalam dan luar negara perlu dipupuk di rantau ini. Usahasama ini dilihat mampu membantu mangsa-mangsa pemerdagangan manusia untuk pulang ke negara masing-masing. _____________________ 297 “X-marks and chains for suspects rile rights groups”, Malaysiakini, 3 Jun 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Pilihan perundangan seharusnya diberikan ke atas mangsa-mangsa pemerdagangan sekiranya mereka diketahui akan berhadapan dengan situasi yang sukar di negara asal mereka. Selepas perbicaraan dilakukan, mangsa-mangsa juga seharusnya diberikan peluang untuk menetap di Malaysia sebagai penduduk tetap. • Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia seharusnya tidak dikenakan sebarang ancaman ataupun dihukum atas kesalahan yang berlaku disebabkan keadaan mereka yang terperangkap sebagai mangsa. • Usaha-usaha bagi mendakwa pegawai-pegawai kerajaan yang mendapat keuntungan hasil dari aktiviti pemerdagangan manusia seharusnya ditingkatkan. • Ganti rugi seharusnya diberikan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan manusia. • Panduan yang lengkap berkenaan dengan gambaran golongan mangsa pemerdagangan manusia seharusnya diberikan kepada pihak media agar persepsi yang adil dan tepat ke atas golongan ini dapat diwujudkan. • Kerajaan/mahkamah/polis seharusnya mengeluarkan laporan statistik untuk rujukan tahunan, dan bukan untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja. • Usaha perlu dipertingkat bagi mendidik pekerja-pekerja asing mengenai hak-hak mereka, prosedur perundangan yang mungkin mereka perlu hadapi, dan cara-cara bagi menangani majikan yang gagal untuk menyediakan tanggungjawab perundangan mereka. • Usaha bagi mengurangkan permintaan bagi pekerja seks dan buruh haram seharusnya diwujudkan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 105 Artikel 7 DAN 8 ARTIKEL 7 DAN 8: PENGLIBATAN WANITA DALAM BIDANG POLITIK DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT Artikel 7 Negara-negara Anggota seharusnya mengambil semua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik atau kehidupan awam dan, terutamanya, memastikan hak wanita, berdasarkan kesamarataan dengan lelaki, untuk: (a) Mengundi dalam kesemua pilihanraya dan referenda awam, dan layak bertanding untuk badanbadan yang dipilih menerusi pilihanraya. (b)Melibatkan diri dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya dan memegang jawatan dalam sektor awam dan menjalani semua fungsi awam pada semua peringkat kerajaan. (c)Melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan yang berkaitan dengan kehidupan awam dan politik negara. Artikel 8 Negara-negara Anggota harus mengambil semua langkah yang sewajarnya bagi memastikan wanita, berdasarkan kesaksamaan dengan lelaki tanpa diskriminasi, dapat mewakili kerajaan pada peringkat antarabangsa dan terbabit dalam kerja yang berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Malaysia telah diletakkan pada kedudukan yang rendah dalam Indeks Jurang Gender Global yang dibentangkan ketika Forum Ekonomi Dunia 2010. Dari 134 negara, Malaysia terletak pada tangga 98. Walaupun pencapaian pendidikan agak baik, peluang penglibatan dan peluang dalam ekonomi masih lagi lemah, dan sekadar mampu meletakkan Malaysia pada nombor 99. Selain itu, daripada sudut politik, kerajaan Malaysia hanya mampu berada pada tangga 110 daripada 134 negara yang ada.298 Perkara kunci dalam bab ini: • Kerajaan masih lagi gagal membangunkan rancangan yang konkrit bagi meningkatkan lagi jumlah calon wanita dalam proses pelantikan elektoral untuk dijadikan sebagai wakil kerajaan ataupun pemegang jawatan pembuat keputusan. Walaupun kerajaan telah memperuntukkan 30 peratus daripadapada jawatan pembuat keputusan di negara ini kepada kaum wanita, angka yang ada sekarang masih lagi tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. • Jumlah kaum wanita di Parlimen masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Sejak tahun 1957, kerajaan tidak pernah lagi meletakkan lebih dari tiga orang wanita sebagai menteri dalam Kabinet pada satu waktu yang sama. Buat masa ini, terdapat dua wanita yang telah dilantik sebagai Menteri Kabinet. Pada tahun 2010, kaum wanita hanya merangkumi 25.7 peratus daripadapada jumlah keseluruhan ahli Dewan Negara (ahli Dewan Negara dilantik, dan bukan dipilih berdasarkan populariti undian). Pada tahun yang sama, hanya 10.4% daripadapada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat terdiri daripada kaum wanita. Selain itu, wanita hanya sekadar merangkumi lapan peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri. Kehadiran wakil golongan transgender di kabinet Menteri juga masih belum pernah berlaku. _____________________ 298 Forum Ekonomi Dunia, The Global Gender Gap Report 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 109 110 • Tiada mana-mana parti politik di negara ini yang menekankan mengenai kuota penglibatan wanita dalam parti mereka. • Persekitaran politik di negara ini tidak mengalu-alukan bagi wanita. Komen-komen seksis yang dikeluarkan oleh beberapa Ahli Parlimen di negara ini boleh dijadikan faktor utama bagi situasi. • Pada tahun 2011, seorang ketua politik negara telah ditahan selama sebulan tanpa sebarang perbicaraan di bawah Ordinan Darurat kerana disyaki terlibat dalam kempen untuk mengubah sistem undian di Malaysia. Sarasvathy Muthu, naib Presiden bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya walaupun setelah ditahan oleh pihak berkuasa. • Ambiga Sreenevasan, ketua bagi sebuah gabungan NGO yang memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0, telah menerima kecaman hebat daripada pihak media dan ugutan bunuh. Layanan sebegini merupakan satu perkara yang boleh menyebabkan wanita menjauhkan diri dari memainkan peranan dalam masyarakat. • Penglibatan kaum wanita sebagai wakil kerajaan pada peringkat antarabangsa, contohnya sebagai Duta ataupun Pesuruhjaya Tinggi masih lagi rendah. Penghapusan reservasi bagi Artikel 7(b) CEDAW Pada Julai 2010, kerajaan Malaysia telahpun mengumumkan mengenai hasrat mereka untuk menarik balik reservasi yang diletakkan bagi pelaksanaan Artikel 7(b) CEDAW. Pelantikan hakim wanita dalam Mahkamah Syariah Beberapa hari sebelum pengumuman penarikbalikan reservasi bagi Artikel 7(b) dibuat dalam bulan Julai 2010, kerajaan telahpun menyatakan hasrat mereka untuk melantik dua hakim perempuan dalam sistem Mahkamah Syariah bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.299 Bagaimanapun, terdapat pelbagai batasan terpaksa dihadapi oleh hakim-hakim wanita ini. Agensi berita Bernama, telah melaporkan bahawa: “Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Datuk Md Yusup Che Teh telah berkata bahawa terdapat beberapa kes perbicaraan yang tidak boleh diketuai oleh kaum wanita. Sebagai contoh, kes berkaitan isu perceraian dan “wali hakim.” Md Yusup turut berkata bahawa keadaan ini bukanlah satu bentuk diskriminasi ke atas wanita, tetapi hanyalah satu keadaan yang terpaksa dibuat disebabkan oleh perundangan Islam.”300 Bagaimanapun, pada 5 Ogos 2010, hakim-hakim wanita telah diberikan kebenaran untuk mengetuai kes-kes tersebut.301 Pada 8 Disember 2010, akhbar-akhbar tempatan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan masih lagi ragu-ragu dalam memberi kebenaran kepada kaum wanita untuk mengetuai perbicaraan bagi kes perkahwinan dan perceraian memandangkan perbezaan sistem perundangan masih wujud di beberapa buah negeri di negara ini.302 Oleh itu, walaupun reservasi-reservasi bagi Artikel 7(b) telahpun ditarik balik, hanya sedikit perubahan dapat dilihat berlaku. Sasaran di sebalik kewujudan Artikel ini masih lagi belum dicapai. _____________________ 299 Pada tahun 2006, satu fatwa kebangsaan telah diisytiharkan berkaitan dengan hak wanita untuk dilantik sebagai hakim. 300 “Area Of Jurisdiction Of Two Women Syariah Judges To Be Decided”, Bernama, 14 Julai 2010 301 “Female Syariah judges get full powers”, The Malaysian Insider, 5 Ogos 2010 302 “Govt mulls over female syariah judge for marriage, divorce cases”, Sun2Surf, 8 Disember 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Perwakilan kaum wanita dalam bidang politik Penglibatan Kaum wanita dalam bidang politik telah disekat dengan adanya persepsi masyarakat bahawa wanita mempunyai kuasa perbincangan yang terbatas. Pada tahun 2008, daripada 188 orang calon pilihanraya, hanya 118 individu adalah kaum wanita. Ini merangkumi sekadar 7.4 peratus bagi jumlah calon sedia ada.303 Kuota Parti yang memerintah masih lagi tidak meletakkan sebarang kuota bagi meningkatkan tahap penglibatan wanita dalam dewan Parlimen. Setakat ini, hanya Parti Keadilan Rakyat, salah satu komponen dari parti pembangkang telah mewujudkan kuota penglibatan wanita dalam parti mereka sebanyak 30 peratus sejak tahun 2009.304 Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil parti pembangkang telahpun memberikan komitmen mereka dalam mencapai kuota tersebut dalam jawatan pembuat keputusan. Setakat ini, kaum wanita telah berjaya dipilih bagi menyertai barisan ahli jawatankuasa eksekutif negeri dan membentuk 40 peratus daripada ahli jawatankuasa tersebut.305 Kos deposit calon yang mahal dalam pilihanraya Seperti yang dimaklumkan dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama, jumlah wang deposit pilihanraya yang perlu diletakkan oleh seseorang calon masih lagi boleh dikategorikan sebagai satu jumlah yang besar. Setiap calon perlu membayar RM15,000 untuk menjadi calon Ahli Parlimen dan RM8,000 bagi ahli Dewan Undangan Negeri.306 Persekitaran politik yang tidak mengalu-alukan wanita Seperti yang disebut dalam bab sebelum ini, retorik-retorik daripada pihak kerajaan sering memberikan gambaran bahawa tugasan wanita hanyalah merangkumi tugasan-tugasan di rumah. Komen-komen seksis dari Ahli-ahli Parlimen masih tidak dihentam oleh mana-mana pihak secara serius. Ini menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi boleh menerima kewujudan komen-komen sebegini di negara ini. Gambar peribadi ahli politik wanita dari barisan parti pembangkang, Elizabeth Wong telah disebarkan pada awal tahun 2009. Kutukan yang berdasarkan dia seorang wanita yang belum berkahwin tetapi berjaya dari segi kerjaya menjadi contoh persekitaran politik yang tidak mengalu-alukan wanita.307 Statistik berkaitan dengan penglibatan wanita dalam dunia politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telahpun mengeluarkan buku kecil berkaitan statistik tahunan bagi bilangan perwakilan wanita di Malaysia. Setakat ini, statistik ini masih menunjukkan situasi yang kurang memberangsangkan. Kabinet 2010: Hanya 7.1 peratus daripada jumlah ahlinya adalah wanita. Pada tahun 2010, daripada 28 orang menteri kabinet sedia ada, hanya 2 adalah perempuan. Daripada 42 Timbalan Menteri, hanya 7 ataupun 16.7 peratus daripada mereka adalah perempuan.308 Zainah Anwar telah mengenalpasti bahawa, “Sejak kemerdekaan dicapai, jumlah menteri kabinet wanita yang dilantik pada masa yang sama tidak pernah melebih tiga orang, walaupun jumlah keseluruhan bilangan menteri telahpun meningkat.”309 _____________________ 303 Abdul Rashid Moten, “2008 General Elections in Malaysia: Democracy at Work”, Japanese Journal of Political Science 10 (1), hlm. 25. 304 “PKR: Clearer policy needed on gender representation”, The Nut Graph, 16 Jun 2009. 305 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 13. 306 Laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (http://www.spr.gov.my/) menyatakan bahawa setiap calon yang bertanding pada peringkat persekutuan perlu membayar deposit pencalonan sebanyak RM10,000 dan kos pembersihan bahan-bahan kempen sebanyak RM5,000. Setiap calon yang bertanding pada peringkat negeri perlu membayar deposit pencalonan sebanyak RM5,000 dan kos pembersihan bahan-bahan kempen sebanyak RM3,000. 307 “Elizabeth Wong offers to quit her posts ‘to protect party’”, The Star, 18 Februari 2009. 308 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2010, hlm.65. 309 Zainah Anwar, “Closing the gender gap”, The Star, 13 Mac 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 111 Dewan Negara 2010: Hanya 25.7 peratus daripada jumlah ahlinya adalah wanita 112 Pada tahun 2010, hanya 18 dari 70 orang individu yang dilantik sebagai Senator Dewan Negara310 terdiri dari kaum wanita. Pada tahun 2008, peratusan ini pernah mencapai 26.7 peratus. Dewan Rakyat 2010: Hanya 10.4 peratus daripada ahlinya adalah wanita Pada tahun 2010, 23 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat telah dipegang oleh kaum wanita (10.4%). Pada tahun 2004, peratusan ini hanyalah sekitar 9.6. Pada tahun 2008, peratusan yang sama dengan tahun 2010, 10.4% telah diperoleh. Ahli Dewan Undangan Negeri 2010: Hanya 8 peratus daripada jumlah ahlinya adalah wanita Hanya 46 daripada 576 ahli dewan undangan negeri adalah wanita.300 Selangor telah menjadi negeri yang mempunyai bilangan ahli dewan undangan negeri wanita teramai di Malaysia dengan peratusan sebanyak 14.3 peratus. Bagaimanapun, bilangan perwakilan wanita di kebanyakan negeri hanya menunjukkan peratusan di bawah 10 peratus. Terengganu dan Perlis berada dalam keadaan yang lebih membimbangkan. Tiada seorang pun dari wakil dewan undangan negeri mereka adalah perempuan.312 Di Selangor, 40 peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah wanita.303 Presiden Majlis Tempatan 2011: Hanya 4.8 peratus daripada jumlah ahlinya adalah wanita Daripada 146 presiden majlis tempatan, hanya 7 adalah wanita. Presiden-presiden tersebut datang dari kawasan-kawasan berikut:314 Kedah: Melaka: Pulau Pinang: Selangor: Sabah: Sarawak: Majlis Majlis Majlis Majlis Majlis Majlis Majlis Perbandaran Sungai Petani Perbandaran Hang Tuah Jaya Perbandaran Pulau Pinang Perbandaran Seberang Perai Daerah Kuala Selangor Daerah Kota Marudu Daerah Marudi Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kampung 2009: Hanya 1.0 peratus daripada ahlinya adalah wanita Penglibatan kaum wanita dalam Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah di seluruh negara. Ahli jawatankuasa yang dipilih bukan kerajaan tempatan. Pada tahun 2009, daripada 15,460 ahli jawatankuasa di negara ini, hanya 161 jawatankuasa mempunyai ketua perempuan. Ini boleh disamakan dengan 1 peratus daripada jumlah keseluruhan.315 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Perwakilan wanita di peringkat antarabangsa masih rendah. Pada tahun 2010, hanya 9 daripada 67 duta negara adalah wanita (13.4) manakala hanya 2 daripada 14 Pesuruhjaya Tinggi (14.3%) adalah wanita. Jumlah keseluruhan dari segi peratusan bagi wanita bagi jawatan-jawatan tersebut hanya 13.6%.316 _____________________ 310 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2010, hlm.66. 311 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family, and Community, 2010, hlm.68. 312 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family, and Community, 2010, hlm.68. 313 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 13. 314 Nama-nama bagi Presiden Majlis Tempatan boleh diperoleh di laman web rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan: http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php?Content=vertSeksyens&SubVertSeksyenID=60&VertSeksyenID=31&CurLocation=31&IID=&H lm.=1 (diperoleh pada 21 Mac 2012) 315 Data dari Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO). 316 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Statistics on Women, Family, and Community, 2010, hlm. 71. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kedudukan wanita dalam jawatan pembuat keputusan di sektor awam Pada tahun 2010: • Hanya 4 daripada 24 Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 17 daripada 57 Timbalan Ketua Setiausaha kementerian adalah perempuan. • Hanya 8 daripada 43 Ketua-ketua Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengurus Badan-badan Berkanun adalah perempuan. • Hanya 18 daripada 110 Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan adalah perempuan.317 Secara keseluruhan, hanya 20 peratus sahaja daripada jawatan pembuat keputusan telah diberikan kepada kaum wanita. Kuota 30 peratus bagi wanita dalam jawatan pembuat keputusan masih gagal dicapai Seperti yang disebut dalam Artikel 1-4 CEDAW, Rancangan Malaysia Kesepuluh masih lagi terlalu kabur dari segi usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam jawatan pembuat keputusan. Rancangan Malaysia Kesepuluh telah menyebut secara kasar bahawa “kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam jawatan pembuat keputusan bagi membolehkan mereka menguasai 30 peratus daripada jawatan yang disediakan dalam tempoh lima tahun rancangan tersebut dirancangkan.”318 Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan ataupun rangka waktu yang jelas dapat dilihat buat masa sekarang. Hanya 20 peratus daripada jawatan pembuat keputusan di Malaysia dipegang oleh kaum wanita. Pada tahun 2011, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa 32.3 peratus daripada kesemua jawatan pembuat keputusan dalam negara sudahpun dipegang oleh kaum wanita pada tahun 2010.319 Peratusan ini dilihat sebagai satu peratusan yang tidak tepat, dan hanya dibuat berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang diberi nama “Peratusan Pengurusan Tertinggi di Sektor Awam Mengikut Jatina.” Jawatan yang dilingkumi dalam “Pengurusan Tertinggi” tidak disenaraikan. Tindakan Perdana Menteri ini menunjukkan bahawa kerajaan cenderung untuk menggunakan data yang tidak dapat disahkan semata-mata untuk menyedapkan hati pihak-pihak tertentu. Penglibatan wanita dalam dunia kemasyarakatan Ancaman ke atas pemimpin wanita masyarakat madani Kesemua isu dan perkara diatas seharusnya dibincangkan dalam keadaan yang bercorak demokrasi dan terbuka. Inilah sebenarnya yang mendorong pelbagai organisasi wanita untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan untuk mewujudkan keadaan politik yang jujur dan telus terutamanya ketika pilihanraya.320 Pada 9 Julai 2012, Kuala Lumpur telah menjadi tapak acara bersejarah ini. Beribu-ribu rakyat yang berhimpun secara aman untuk menyampaikan mesej yang sama. Pihak polis malangnya membalas dengan meriam air dan gas pemedih mata. 1,697 orang telahpun ditangkap oleh polis pada tarikh tersebut. Peristiwa bersejarah ini telah dipimipin oleh pemimpin-pemimpin wanita yang berwibawa, termasuk Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenevasan. Ambiga menerima pelbagai serangan peribadi yang mengancam keselamatannya. Oleh kerana pihak kerajaan berdiam sahaja, mereka seolah-olah menyokong serangan-serangan itu. _____________________ 317 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Statistics on Women, Family, and Community, 2010, hlm. 71. 318 Tenth Malaysia Plan 2011-2015, hlm. 181. 319 “PM: 30% of corporate decision-makers must be women”, The Star, 27 Jun 2011. 320 BERSIH 2.0 telah mengemukakan 8 permohonan, termasuk: membersihkan sistem pilihan raya, memperbaharui sistem undian pos, menggunakan dakwat kekal, mewujudkan tempoh berkempen selama 21 hari, memastikan akses media yang adil, mengukuhkan institusi awam, menghapuskan korupsi & politik kotor (www.bersih.org). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 113 Penangkapan dan penahanan pemimpin politik wanita 114 Pada Julai 2011, salah seorang ahli parti sosialis Malaysia yang ditahan selama sebulan tanpa sebarang perbicaraan di bawah Ordinan Darurat merupakan seorang wanita. Keenam-enam mereka ditahan ketika Parti Sosialis Malaysia menjalankan satu kempen kesedaran tertentu. Pihak polis turut tidak memberikan sebarang bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan yang dibuat. Mereka yang ditahan telah didakwa atas sebab mencetuskan kebangkitan menentang raja, menyebarkan fahaman komunis, dan disyaki mempunyai hubungan luar dengan pihak-pihak yang boleh membahayakan negara, sebelum dituduh terbabit dalam BERSIH 2.0. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak masuk akal kerana BERSIH 2.0 dianjurkan oleh 63 badan bukan kerajaan dan badan-badan berkecuali, dan bukannya parti-parti politik di Malaysia. Sarasvathy Muthu, wanita yang ditahan, merupakan Naib Presiden bagi PSM. Beliau telahpun menjadi pejuang hak asasi manusia sepanjang hidupnya. Ketika penahanan dibuat, beliau telah dipaksa untuk menjalani ujian polygraph (ujian pengesanan pembohongan) walaupun sedang menghidap sakit dada yang teruk. Beliau juga turut digari sepanjang rawatan dan ujian jantung dijalankan ke atasnya di hospital. Lebih menyeramkan, beliau telah mendakwa bahawa dirinya telah dipaksa untuk menandatangani dokumen setebal 62 muka surat sepanjang tempoh tahanan 20 hari yang dilaluinya tanpa memahami dan membaca isi kandungan dokumen tersebut. Pihak polis turut mengabaikan alasan sakitnya dan terus-menerus memaksanya mengisi dokumen tersebut. Keadaan ini hakikatnya amat-amat menyeramkan kerana jumlah ahli politik wanita di negara ini masih lagi tidak ramai dan layanan sebegini telah diterima oleh Sarasvathy hanya disebabkan penglibatannya dalam dunia politik. Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 7 dan 8 CEDAW • Menggalakkan parti-parti politik dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk melaksanakan satu langkah sementara bagi membantu wanita mencapai kuota 30% yang diperuntukkan kepada mereka pada peringkat jawatan kepimpinan parti, pengerusi majlis perbandaran, dan pilihanraya parlimen persekutuan bagi wanita. • Mewujudkan rangka waktu yang konkrit bagi mencapai kuota 30% yang diharapkan dalam jawatan pembuat keputusan sama ada dalam sektor awam ataupun peringkat antarabangsa, dan menyenaraikan secara spesifik jawatan yang dikhususkan kepada mereka. • Membentuk rangka waktu yang konkrit bagi membantu wanita mencapai kuota 30% dalam jawatan di institusi-institusi agama negeri. • Merendahkan deposit yang diperlukan bagi bertanding dalam pilihanraya. • Memastikan bahawa persekitaran politik tidak lagi bersifat tidak mengalu-alukan kepada wanita terutamanya dengan mengutuk komen-komen seksis dan diskriminasi yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen di dalam dan luar negara. • Memperkenalkan semula pilihanraya majlis perbandaran bagi membolehkan rakyat Malaysia terbabit secara aktif pada peringkat kerajaan tempatan. • Membatalkan undang-undang yang menghalang kebebasan maklumat, termasuklah yang menyekat kebebasan media. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 9: KEWARGANEGARAAN 117 Artikel 9 1. Negara-negara Anggota harus memberikan wanita hak samarata dengan lelaki untuk memperoleh, mengubah, ataupun mengekalkan kewarganegaraan. Khususnya mereka seharusnya memastikan bahawa perkahwinan dengan warganegara asing ataupun pertukaran kewarganegaraan oleh suami tidak secara automatik menukar status kewarganegaraan isteri, menjadikannya tanpa kewarganegaraan atau memaksanya menerima kewarganegaraan suami. 2. Negara-negara Anggota seharusnya memberikan wanita hak yang samarata dengan lelaki berkaitan dengan kewarganegaraan anak-anak mereka. Perkara kunci bagi bab ini: • Warga asing yang menjadi isteri kepada rakyat Malaysia yang sedang menggunakan pas lawatan sosial terlampau bergantung pada suami mereka untuk terus menetap di negara ini. Pasangan mereka perlu hadir bersama ketika pembaharuan visa dibuat. Pasangan mereka yang berkerakyatan Malaysia perlu hadir di Jabatan Imigresen Negara bagi menyokong permohonan yang dibuat. Kebenaran bertulis daripada suami mereka juga perlu dibuat jika mereka merancang untuk bekerja. • Andainya pasangan mereka gagal hadir di pejabat Jabatan Imigresen, isteri-isteri ini akan terus terdedah kepada risiko dari segi status kependudukan mereka. Mereka juga mungkin akan terdedah dalam kes keganasan rumahtangga dan pemulauan. • Peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan pemberian status kewarganegaraan daripada ibu berwarganegaraan Malaysia kepada anak yang dilahirkan di luar negara masih lagi mengandungi unsur diskriminasi terhadap wanita. Hanya bapa berwarganegaraan Malaysia boleh memberikan kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara. Isteri-isteri warga asing Sejak Laporan Bayangan NGO Malaysia CEDAW yang pertama dikeluarkan, beberapa perkembangan positif dapat dilihat bagi menambah baikkan keadaan wanita asing yang bersuamikan rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia yang bersuamikan warga asing. Bagaimanapun, kedua-dua kategori wanita ini masih lagi berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi. Wanita dan lelaki di Malaysia masih lagi belum mendapat hak yang samarata dari segi pengekalan, pendapatan, ataupun pertukaran kewarganegaraan, dan juga dari segi kerakyatan anak-anak mereka. Pengambilan pekerja bagi warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia Pada tahun 2008, kerajaan telahpun menggubal dasar mereka berkenaan dengan pengambilan warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia di negara ini. Sebelum tahun 2008, kerajaan mengenakan reservasi yang sangat ketat ke atas golongan ini untuk bekerja. Bagaimanapun, untuk masa sekarang, kerajaan telahpun membenarkan golongan ini bekerja dengan “pas lawatan jangka masa panjang”. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka sebelum dibenarkan bekerja di negara ini 118 Salah-satu reservasi yang dikenakan kepada warga asing daripada golongan ini untuk bekerja adalah kebenaran bertulis. Suami mereka yang berstatus warganegara Malaysia perlu memberikan satu surat kebenaran kepada Jabatan Imigresen ketika permohonan bekerja dibuat. Walaupun peraturan ini bukan merupakan satu bentuk undang-undang bertulis, ianya sudah pun dijadikan amalan biasa di pejabatpejabat berkaitan. Kewujudan peruntukan perlembagaan yang berbeza-beza berkaitan dengan status kewarganegaraan lelaki dan perempuan Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan yang berbeza bagi warganegara asing yang berpasangan dengan rakyat Malaysia yang mempunyai rancangan untuk memohon kewarganegaraan Malaysia. Seksyen 15(1) bagi Perlembagaan Persekutuan telah mengizinkan warga negara asing yang menjadi isteri kepada rakyat Malaysia untuk membuat permohonan bagi mendapatkan status kerakyatan negara ini.321 Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, warga asing hanya dibenarkan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan setelah mereka mendapat taraf penduduk tetap, yang mana meletakkan reservasi menetap di Malaysia selama lima tahun sebelum permohonan dibuat sebagai reservasi. Lebih menyedihkan, proses penangguhan yang disebabkan oleh urusan pengurusan seringkali menyebabkan proses ini berlanjutan sehingga lebih daripada lima tahun. Lelaki asing yang bersuamikan rakyat Malaysia perlu mendapatkan taraf kerakyatan melalui proses naturalisasi.322 Diskriminasi ke atas warga asing yang telah menjadi rakyat Malaysia Seksyen 24(4) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya bercanggah dengan Artikel 9(1) CEDAW kerana tidak mengandungi unsur kesaksamaan hak bagi lelaki dan wanita untuk mendapatkan status kerakyatan. Seksyen 24(4) bagi Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan: “Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.” Seksyen 26(2) bagi Perlembagaan Persekutuan turut bercanggah dengan Artikel 9(1) bagi CEDAW kerana tidak memberikan hak kesaksamaan antara lelaki dan wanita untuk mereka mengekalkan status kewarganegaraan mereka: “Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan disebabkan oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan itu.” _____________________ 321 Seksyen 15(1) Perlembagaan Persekutuan: “…apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan: (a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan (b) bahawa dia berkelakuan baik.” 322 Seksyen 19(1) Perlembagaan Persekutuan: “…apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati: (a) bahawa (i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu; (b) bahawa dia berkelakuan baik; dan (c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Peruntukan perlembagaan yang bersifat diskriminasi berkaitan dengan kewarganegaraan anak-anak yang dilahirkan di luar negara Malaysia masih mengekalkan reservasi-reservasi bagi Artikel 9(2) CEDAW. Peruntukan yang ada sekarang bagi Jadual Kedua Perlembagaaan Malaysia berkenaan pemberian status kewarganegaraan melalui pelaksanaan undang-undang ke atas bayi yang dilahirkan di luar Malaysia menyatakan bahawa hanya ayah bayi tersebut sahaja yang boleh mewariskan kewarganegaraannya kepadanya, dan bukan ibunya, secara automatik. Peruntukan perlembagaan ini bercanggah dengan Artikel 9(2) CEDAW, kerana kaum ibu gagal diberikan hak yang sama.323 Pada April 2010, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa wanita-wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing seharusnya membuat permohonan bagi anak-anak mereka bagi mendapatkan status kewarganegaraan anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara. Permohonan kerakyatan bagi anak-anak ini boleh dihantar terus ke kedutaaan-kedutaan Malaysia ataupun Suruhanjaya Tinggi.324 Walaupun amalan ini dilihat sebagai sesuatu yang baru, hakikatnya perkara ini sebenarnya sesuatu yang sudah wujud sejak sekian lama. Menurut undangundang, sebagaimana yang disebut dalam Seksyen 15(2) bagi Perlembagaan Persekutuan: “Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka Kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.” Kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia Semua NGO di Malaysia telah sedia maklum bahawa surat beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah menyatakan secara terang dan jelas bahawa sesetengah kanak-kanak telah dikategorikan sebagai bukan warganegara walaupun salah seorang daripada ibu bapanya adalah rakyat Malaysia.Sebagai contoh, seorang anak yang berbapakan rakyat Malaysia tetapi beribukan warga asing pernah dikategorikan sebagai rakyat asing. Ini menjadi masalah kerana perbuatan ini dikesan dilakukan secara rawak dan mengejutkan, tanpa sebab yang kukuh. Visa kemasukan dan taraf penduduk tetap bagi warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah mengizinkan permohonan bagi kerakyatan dibuat setelah tempoh masa dua tahun menetap di negara ini dipenuhi, warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia masih lagi perlu berusaha untuk mendapatkan visa penduduk tetap sebelum dibenarkan untuk mengambil langkah seterusnya. Untuk melayakkan mereka mendapatkan visa penduduk tetap, penempatan tetap selama lima tahun melalui kebenaran lawatan sosial diperlukan. Pas lawatan sosial jangka masa panjang Kerajaan telahpun membenarkan warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kebenaran lawatan sosial jangka masa panjang bagi tempoh masa lima tahun.325 Dahulu, tempoh masa yang dibenarkan melalui kebenaran ini hanyalah satu tahun, yang mana memerlukan keduadua suami dan isteri memperbaharui kebenaran yang diberikan di Jabatan Imigresen pada setiap tahun. Bagaimanapun, pemberian kebenaran lima tahun ini masih lagi dilihat sekadar berlaku secara teori. Secara praktikalnya, pemohon hanya menerima pas enam bulan atau setahun yang memerlukan pembaharuan dari semasa ke semasa.326 _____________________ 323 Seksyen 1(b) dan (d), Jadual Kedua, Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan: “Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu: b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962; (d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri.” 324 “Malaysian women can register children born abroad”, The Star, 12 April 2010. 325 Berdasarkan laman web Jabatan Imigresen Malaysia, “Foreign husbands/wives to Malaysians can be given a Social Visit Pass for a period of 5 years on condition that they comply with all the requirements”, www.imi.gov.my, diperoleh pada 15 Mac 2012. 326 “The long wait to be Malaysian”, The Nut Graph, 4 Ogos 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 119 120 Proses pembaharuan visa merupakan satu proses yang membebankan. Kehadiran pasangan yang berwarganegarakan Malaysia diperlukan bagi tujuan ini. Bagi warga asing yang menjadi isteri, kebenaran bertulis untuk bekerja yang diperoleh daripada suami mereka diperlukan. Pergantungan pada suami dapat dilihat berlaku dengan jelas ketika proses pembaharuan ataupun permohonan kebenaran bekerja dibuat. Ini menyebabkan golongan ini menjadi golongan yang terdedah. Kajian kes Warga Asing, Bina Ramanand, telah melaporkan kepada The Nut Graph, satu laman berita dalam talian mengenai pengalamannya: “Kami telah beberapa kali pergi ke Jabatan Imigresen. Kami tidak dibenarkan untuk mendapatkan kerjakerja berpendapatan tinggi, melakukan perniagaan, ataupun belajar dengan kadar yuran yang sama seperti warganegara Malaysia. Kami turut mendapati bahawa proses membuka akaun bank di bawah nama kami juga sukar untuk dilakukan. Kami juga perlu membayar kemasukan ke pusat-pusat hiburan dan pelancongan pada kadar pelancong. Tanpa PR (status penduduk tetap), kami dilayan seperti warga asing dan bukan seperti sebahagian daripada keluarga Malaysia. Dasar dan panduan yang jelas perlu dibentuk berdasarkan satu rangka masa yang konkrit bagi memastikan warga asing dan anak-anak mereka tidak menjadi mangsa pertimbangan buruk yang dilakukan oleh pegawai-pegawai imigresen berkaitan dengan undang-undang. Setiap kali lawatan ke pejabat Imigresen dibuat, lawatan tersebut akan menjadi satu mimpi ngeri. Perubahan mendadak sering kali berlaku, dan tiada sesiapa mampu menjangka apa yang bakal dihadapi mereka di sana.327 Waktu menunggu yang lama bagi mendapatkan visa penduduk tetap bagi warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia Ramai warga asing terpaksa menggunakan pas lawatan sosical jangka masa panjang secara berterusan, kerana proses mendapatkan status penduduk tetap boleh memakan masa berdekad-dekad. Ini telah menyebabkan ramai pasangan mengambil keputusan untuk menetap di negara asal mereka tanpa mengharapkan mendapatkan status kewarganegaraan di Malaysia.328 Mereka yang tidak mengambil keputusan sedemikian terpaksa menunggu dalam ketidakpastian selepas permohonan dibuat. Tempoh minima bagi seseorang warga asing mendapat status penduduk tetap adalah lima tahun. Pada November 2009, Menteri Dalam Negeri telahpun mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan 16,812 permohonan penduduk tetap dan 39,927 permohonan kewarganegaraan, yang telah difailkan antara tahun 1997 sehinggalah Disember 2006.329 Walaupun jumlah sebenar warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia gagal diketahui, laporan ini telah membuktikan bahawa proses permohonan seperti ini boleh memakan masa hampir dua dekad untuk diselesaikan. Walaupun kerajaan telah mengumumkan perkara ini sebagai sebahagian daripada kejayaan mereka, perkara ini sepatutnya tidak perlu dibanggakan. Ramai pemohon terpaksa menunggu begitu lama untuk mengetahui status pemohonan mereka. Proses pengeluaran visa penduduk tetap juga tidak dilakukan dengan jelas. Panduan yang jelas juga tidak dikeluarkan bagi menyatakan mengenai tempoh masa maksimum bagi penilaian permohonan, alasan-alasan penolakan, ataupun prosedur-prosedur rayuan yang dibenarkan. Peruntukan undang-undang masa kini juga tidak menyediakan ruang untuk salah seorang individu bukan warganegara bagi pasangan yang tidak mahu berkahwin memohon kewarganegaraan di negara ini. Proses permohonan juga masih dilihat sebagai berbeza-beza antara satu sama lain. Kerakyatan asal seorang pemohon dijadikan sebagai punca perbezaan layanan.330 Warganegara China, sebagai _____________________ 327 Dipetik dari “The long wait to be Malaysian: The foreign spouse experience”, The Nut Graph, 4 Ogos 2010. 328 “Foreign spouses and the brain drain”, The Nut Graph, 23 Julai 2010. 329 “Home Ministry clears backlog of applications”, The Star, 14 November 2009. 330 “Immigration woes of Chinese wives”, The Sun, 10 Mei 2009. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW contoh, seringkali menjadi mangsa keadaan. Pegawai-pegawai kerajaan masih lagi mengesyaki bahawa perkahwinan palsu bagi mendapatkan kerakyatan masih lagi rancak berlaku.331 Kesannya, laporan telah mengatakan bahawa, terdapat kes yang mana warganegara China terpaksa membayar RM600 ringgit bagi membuat permohonan yang hanya sebenarnya berharga RM60 bagi warganegara negara lain.332 Kajian kes Dalam temubual yang dijalankan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Star, pada Mac 2010, seorang wanita Malaysia yang bersuamikan warga asing telah meluahkan mengenai masalahnya berkaitan dengan kelewatan keputusan pemberian status penduduk tetap kepada suaminya. “Perkara ini telah menyebabkan masalah yang besar dalam perkahwinan kami. Kami terpaksa menggunakan pas lawatan sosial dan mengharungi sempadan setiap enam bulan. Dengan status penduduk tetap yang kami mohon, kami percaya hubungan kami akan menjadi lebih stabil dan dia boleh mendapat kerja dengan lebih mudah di sini… ….Kami juga perlu membayar bayaran dua kali ganda bagi perkhidmatan perubatan dan persekolahan. Ini menjadi satu masalah besar buat kami. Saya terpaksa melakukan semuanya, termasuklah mendaftarkan perkhidmatan telefon kami, demi mengelakkan suami saya dijadikan alasan bagi bayaran yang lebih mahal… ….Kami telah menilai semua kemungkinan yang ada dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Ireland setelah berhadapan dengan undang-undang imigresen yang tidak adil bagi wanita yang bersuamikan warga asing.”333 Pendedahan golongan balu ataupun janda asing kepada pelbagai bentuk ancaman Terdapat peraturan wajib yang perlu dipenuhi wanita asing yang bersuamikan warganegara Malaysia untuk mendapatkan sokongan daripada suami mereka untuk memperbaharui pas lawatan sosial jangka panjang ataupun status penduduk tetap. Tugasan, penyakit, ataupun kecacatan suami boleh dilihat sebagai satu penghalang bagi pelaksanaan undang-undang ini oleh golongan warga asing yang merancang untuk mendapatkan status seperti yang disebutkan di atas. Situasi ini boleh menjadi lebih rumit sekiranya warga asing ini ditinggalkan atau diceraikan oleh suami, menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ataupun kehilangan suami disebabkan kematian. Walaupun dasar Jabatan Imigresen membenarkan golongan wanita asing untuk menetap di negara ini tanpa suami mereka disebabkan sebab-sebab di atas sekiranya mereka berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan,334 golongan ini masih lagi terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman. Ada di antara mereka yang mungkin terpaksa dihantar pulang bersama dengan anak-anak mereka yang berkerakyatan Malaysia, dan terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang mungkin berkaitan dengan status anaknya itu. Jawatankuasa CEDAW telah mengemukakan Cadangan Umum ke-26 bagi menekankan kepentingan status penduduk tetap dan adanya keperluan mewujudkan peruntukan yang membolehkan wanita asing yang didera untuk terus menetap di negara ini. “Apabila permit penduduk tetap diberikan kepada pekerja asing wanita oleh penaja, majikan, ataupun pasangan mereka, Negara-negara Anggota seharusnya mewujudkan satu peruntukan undang-undang berkaitan dengan status penduduk tetap yang bebas. Perundangan seharusnya dibuat bagi membenarkan wanita asing ini terus menetap sekiranya didapati didera ataupun dipecat kerana mengadu mengenai penderaan yang mereka terima. (Artikel 2(f)).”335 _____________________ 331 “Chong: Be wary of runaway foreign wives”, The Star, 9 Ogos 2010. 332 “Immigration woes of Chinese wives”, The Sun, 10 Mei 2009. 333 Dipetik dari “Unsettled by gender-biased laws”, The Star, 14 Mac 2010. 334 www.imi.gov.my 335 Cadangan Umum ke-26 Jawatankuasa CEDAW berkaitan dengan pekerja asing wanita, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(f). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 121 Kajian kes 122 Mary (bukan nama sebenar) telah menetap di Malaysia bersama suaminya yang merupakan warganegara Malaysia selama 20 tahun. Walaupun telah menetap di sini bersama suami dan anak perempuan untuk sekian lama, suaminya sebenarnya seringkali menetap bersama wanita lain dan Mary seringkali gagal untuk bertemu dengan suaminya. Suami Mary tidak memberikan kebenaran untuk Mary bekerja, dan ini telah menyebabkan Mary gagal mendapatkan visa kerja, lalu terpaksa bekerja dalam sektor-sektor tidak rasmi sebagai seorang pencuci tandas. Mary berhasrat untuk mendapatkan status penduduk tetap (PR) di sini agar dirinya dapat berdikari dan bekerja. Bagaimanapun, untuk mendapatkan status tersebut, kehadiran suaminya di Jabatan Imigresen dijadikan reservasi wajib bagi meluluskan permohonannya. Mary hidup dalam ketakutan dan suaminya sama sekali enggan membantunya mendapatkan status PR. Disebabkan peraturan ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen, Mary menghadapi situasi yang sukar dan tetap perlu berharap pada suaminya untuk terus hidup.336 _____________________ 336 Kajian kes dari Foreign Spouse Support Group. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 9 CEDAW • Menggubal semula peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi: – Artikel 15 Perlembagaan Persekutuan seharusnya dipinda bagi membolehkan wanita mendapat hak yang sama seperti lelaki dari sudut kewarganegaraan pasangan warga asing mereka. – Bahasa yang digunakan dalam Rangka II Perlembagaan Persekutuan seharusnya dipinda bagi membolehkan kedua-dua lelaki dan perempuan mewarisi kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara. • Pasangan yang berwarganegaraan Malaysia tidak seharusnya diwajibkan untuk hadir bersama secara berterusan dalam proses pembaharuan pas lawatan sosial jangka masa panjang pasangan warga asing. • Pemberian status penduduk tetap secara automatik seharusnya diberikan kepada warga asing yang bersuamikan rakyat negara ini tanpa membabitkan aspek gender ataupun latar belakang negara setelah dua tahun di Malaysia, bagi membolehkan mereka berdikari sebagai penduduk tetap. • Kebenaran bertulis yang dijadikan satu reservasi tetap bagi warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia untuk bekerja di negara ini perlu dihapuskan. Ini penting bagi membolehkan mereka yang dipulaukan, diceraikan, ataupun kematian suami mendapat hak-hak asasi mereka untuk hidup di sini. • Anak-anak yang hanya memiliki seorang ibu bapa berkerakyatan Malaysia seharusnya turut diberikan status warganegara tetap bagi membolehkan mereka mendapat akses pendidikan dan kesihatan di negara ini. • Maklumbalas berkenaan dengan permohonan penduduk tetap di negara ini seharusnya ditujukan terus kepada warga asing yang memohon dan bukan kepada pasangan atau penaja mereka yang berkerakyatan Malaysia. • Pengumuman mengenai dasar-dasar imigresen seharusnya dijelaskan kepada pegawai-pegawai berkaitan bagi memastikan pelaksanaan yang betul terjamin. • Pegawai-pegawai jabatan imigresen perlu diberikan latihan yang mencukupi bagi meningkatkan sensitiviti mereka mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh warga asing yang bersuamikan warganegara Malaysia dan anak-anak mereka. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 123 ARTIKEL 10: PENDIDIKAN 127 Artikel 10 Negara-negara Anggota seharusnya mengambil semua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita bagi memastikan kesamarataan hak wanita dengan lelaki dalam bidang pendidikan dan khususnya untuk memastikan, berdasarkan kesamarataan lelaki dengan wanita: (a) Kondisi yang sama untuk panduan kerjaya dan vokasional, untuk akses pelajaran dan pencapaian diploma di semua jenis pertubuhan pendidikan sama ada di luar bandar ataupun di bandar; kesamarataan ini seharusnya dijamin di pra-sekolah, pendidikan am, teknikal, profesional, teknikal tinggi, dan juga dalam semua jenis latihan vokasional; (b) Akses kepada kurikulum sama, peperiksaan sama, cikgu berkualifikasi sama dan premis dan peralatan sekolah yang berkualiti sama; (c) Penghapusan apa-apa konsep streotaip mengenai peranan lelaki dan wanita pada semua peringkat dan bentuk pendidikan dengan menggalakkan pendidikan bersama pelajar-pelajar lelaki dan wanita dan bentukbentuk pendidikan lain yang akan membantu tujuan ini dan, khususnya, melalui semakan buku teks dan program sekolah dan adaptasi cara pengajaran; (d) Peluang yang sama untuk mendapat faedah daripada biasiswa dan peruntukan pendidikan lain; (e) Peluang yang sama untuk mendapatkan akses bagi meneruskan pelajaran, termasuklah program untuk orang dewasa dan program celik huruf, khususnya yang bertujuan mengurangkan, pada waktu yang paling awal, sebarang jurang pendidikan yang wujud antara lelaki dan wanita; (f) Pengurangan kadar berhenti belajar di kalangan pelajar perempuan dan penubuhan program-program untuk peremuan dan wanita yang telah meninggalkan sekolah sebelum waktunya; (g) Peluang yang sama untuk menyertai aktiviti sukan dan pendidikan fizikal; (h) Akses mendapatkan maklumat pendidikan spesifik mengenai bagi membantu memastikan kesihatan dan kebajikan keluarga terjamin, termasuk maklumat dan nasihat mengenai perancangan keluarga. Perkara kunci dalam bab ini: • Terdapat jurang gender antara lelaki dan perempuan dalam bidang-bidang teknikal di universiti dan program pengajian pasca-ijazah di universiti. • ‘Pelajar lelaki lembut, pelajar wanita yang maskulin, dan pelajar-pelajar transgender sering menjadi mangsa amalan diskriminasi sama ada di sekolah-sekolah kerajaan ataupun di institusiinstitusi pengajian tinggi awam. Mereka menjadi mangsa stigma masyarakat hanya disebabkan oleh sifat mereka yang berbeza, dan seringkali terhimpit dalam keadaan yang menyebabkan mereka berhenti sekolah, ataupun terpaksa meninggalkan sesuatu institusi pengajian tinggi. Mereka juga seringkali dipaksa untuk menghadiri kem-kem bagi mengubah diri mereka ke arah stereotaip gender yang dipegang oleh masyarakat kebanyakan. Beberapa pihak berkuasa universiti telahpun melakukan kajian yang membabitkan pertanyaan langsung kepada pelajar mengenai orientasi seksual dan identiti gender mereka. Sekolah-sekolah di Malaysia juga masih mengkategorikan perbuatan homoseksual sebagai satu bentuk salah laku yang perlu diselesaikan dengan hukuman yang berat. • Pendidikan seks yang komprehensif berdasarkan hak asasi manusia masih lagi gagal diwujudkan di negara ini. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 128 Kebanyakan isu yang ditekankan ataupun disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW yang dikeluarkan pada tahun 2005 masih lagi relevan pada masa sekarang. Ini termasuklah isu kepayahan sesetengah pelajar untuk mendapatkan akses ke sekolah dan fasiliti pendidikan yang berkualiti di luar bandar. Kadar berhenti belajar juga dilaporkan berada pada tahap yang membimbangkan dalam Laporan Bayangan tersebut. Lebih banyak maklumat yang dikemaskini oleh kerajaan mengenai akses pendidikan dan sekolah untuk pelajar orang asli dan istimewa diperlukan. Maklumat mengenai usaha penghapusan stereotaip gender juga perlu ditekankan di sekolah. Jurang gender yang berterusan antara kursus-kursus teknikal dan ijazah-ijazah tinggi Laporan Sasaran Pembangunan Millennium 2010 bagi Malaysia telah menyatakan bahawa: “Malaysia telahpun mencapai kestabilan gender pada peringkat sekolah rendah, menengah, selepas sekolah menengah, dan universiti. Namun begitu, pada peringkat universiti, jurang yang besar dapat dilihat bagi kursus-kursus teknikal. Kewujudan stereotaip gender berkaitan dengan kursus ini dan ciri-ciri juruteknik yang ada dalam pasaran kerja dilihat sebagai punca utama bagi masalah ini.”337 Dalam bidang-bidang teknikal dan kejuruteraan, kaum wanita hanya merangkumi 31 peratus daripada jumlah pelajar.338 Ketika mesyuarat antara Jawatankuasa CEDAW dan perwakilan kerajaan Malaysia pada tahun 2006, kerajaan Malaysia telahpun mengakui bahawa walaupun penglibatan wanita dalam pada peringkat universiti telahpun ditingkatkan, mereka masih lagi jauh ketinggalan di belakang lelaki pada dalam program pasca-ijazah seperti PhD.339 Statistik pendaftaran pelajar tahun 2009 menunjukkan bahawa, di semua institusi pengajian tinggi awam, 39.4% daripadapada pelajar yang mendaftar bagi program PhD adalah wanita dan di institusi swasta, 35.8% daripadapada mereka yang mendaftar bagi program ini adalah wanita.340 Stereotaip gender telah dipertingkatkan dalam sektor pendidikan Seperti yang disebut dalam bab berkaitan Artikel 5 CEDAW bagi laporan ini, sekolah-sekolah di Malaysia telah menggalakkan stereotaip gender untuk terus wujud dan menggunakannya bagi menghukum pelajar-pelajar yang gagal memenuhi kriteria-kriteria gender yang “sepatutnya.” Sebuah laporan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak-hak Asasi Manusia telahpun menekankan bahawa sekolah-sekolah seharusnya berusaha bagi menghapuskan segala bentuk prejudis ke atas pelajar terutamanya yang bersandarkan orientasi seksual ataupun identiti gender: _____________________ 337 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 48. 338 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm 48. 339 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-731, 24 Mei 2006 pada pukul 10 pagi, CEDAW/C/SR.731, hlm. 2. 340 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 49. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW “Sesetengah pihak berkuasa sekolah dan sekolah sendiri telahpun mendiskriminasi pelajar hanya disebabkan oleh orientasi seksual dan ekspresi gender mereka… Pemuda LGBT seringkali menjadi mangsa keganasan dan gagguan, termasuklah kes buli, oleh rakan-rakan sekelas atau guru mereka di sekolah. Usaha menghapuskan prejudis ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa dan integrasi antara pelaksanaan prinsip anti diskriminasi dan kurikulum sekolah seharusnya diwujudkan.”341 Buku panduan sekolah yang dikeluarkan oleh kerajaan turut meletakkan perbuatan homoseksual dan kekeliruan gender sebagai satu bentuk kesalahan Di sekolah-sekolah kerajaan, sebuah buku panduan yang diedarkan kepada para pelajar telah mengenalpasti salah laku mengikut beberapa kategori dan hukuman. Aktiviti homoseksual dan kekeliruan gender dianggap sebagai salah satu bentuk kesalahan berat dan pesalahnya perlu diberikan amaran keras; rotan (antara 1 hingga 3 kali secara berlapik dengan menggunakan rotan ringan); bayaran ganti rugi; penggantungan sekolah (tidak lebih dari 14 hari); buang sekolah; ataupun dibawa ke mahkamah.342 Kem-kem bagi pelajar lembut Pada April 2007, 66 pelajar lelaki yang disyaki lembut telah dihantar ke sebuah kem 4 hari bagi memulihkan kecenderungan mereka. Kem yang dibuat di Besut ini telah dilaporkan oleh salah satu akhbar tempatan, the New Straits Times, dengan menggunakan perkataan-perkataan menghina seperti ‘sissies’ ataupun pondan secara meluas.343 Universiti meminta maklumat berkenaan dengan pelajar yang disyaki mengalami “kekeliruan gender” Pada tahun 2011, para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah telah menerima e-mel yang mengarahkan mereka memberikan maklumat mengenai pelajar-pelajar yang disyaki mengalami kekeliruan gender. Amalan ini dilihat mirip dengan amalan memburu ahli sihir pada zaman dulu. Teks penuh bagi e-mel ini telah dimuatkan dalam bab Cadangan Umum CEDAW ke-28 bagi laporan ini. Pendidikan seks di sekolah Pada Disember 2006, Kabinet telah meluluskan pendidikan seks di sekolah. Setelah penangguhan dibuat untuk satu jumlah tahun yang lama, subjek “Pendidikan Kesihatan Sosial dan Reproduktif” akhirnya diperkenalkan dalam Program Latihan Perkhidmatan Kebangsaan Pada penghujung 2011, laporan mengatakan bahawa subjek di atas akan diperkenalkan secara rasmi di semua sekolah pada tahun 2012.344 Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjalankan percubaan bagi projek yang dinamakan “Saya Mampu Kawal” di lima buah sekolah menengah di negara ini dalam tempoh beberapa tahun yang lepas. Modul yang digunakan turut memuatkan “teknik-teknik berkesan bagi menolak hubungan seks luar nikah dan cara-cara mengenalpasti dan menjauhi situasi berisiko tinggi.”345 Perbahasan masih lagi berterusan mengenai pendidikan seks di sekolah. Pendidikan seks masih lagi dilihat sebagai “satu subjek yang sensitif dari sudut keagamaan dan kebudayaan.”346 Pada tahun 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilaporkan berkata bahawa pengenalan mata pelajaran seks di sekolah boleh disamakan dengan mengenalkan “cara-cara mencuri yang betul kepada seorang pencuri.”347 _____________________ 341 Laporan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan dengan Hak Asasi Manusia, “Discriminatory laws and practices and acts of violence against individuals based on their sexual orientation and gender identity”, A/HRC/19/41, 17 November 2011, perenggan ke-58. 342 Diterjemah dari “Buku Peraturan Disiplin: Sekolah Menengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” (Disciplinary Rule Book: Secondary School, Federal Territory of Kuala Lumpur), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Department of Education), 2008, hlm. 74. 343 “Besut boot camp for 66 sissies”, New Straits Times, 18 April 2011. 344 “Sex education, finally”, Malaysia Today, 6 Oktober 2011. 345 “Sex education, finally”, Malaysia Today, 6 Oktober 2011. 346 “No new sex education classes yet, says Education Ministry”, The Malaysian Insider, 16 November 2010. 347 “Nik Aziz: Sex education is like teaching thieves how to steal”, The Malaysian Insider, 2 Julai 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 129 Pelajar hamil yang berhenti sekolah 130 Ramai pelajar wanita yang hamil terpaksa berhenti belajar disebabkan kehamilan mereka. Pada tahun 2010, sebuah sekolah bagi pelajar-pelajar hamil telah ditubuhkan di Melaka. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sekolah yang dinamakan, “Sekolah Harapan” ini ditubuhkan dengan harapan “memberi peluang kedua kepada remaja-remaja yang degil.”348 Sekolah ini juga menawarkan sesi kaunseling keagamaan kepada pelajar-pelajar yang dihantar ke sana.349 Penubuhan sekolah ini telah dikaitkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka pada awal tahun tersebut yang menggalakkan remaja yang beragama Islam untuk berkahwin secepat mungkin agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam hubungan seks luar nikah.350 Ketua Menteri Melaka berkata bahawa remaja yang berkahwin awal “mampu membantu proses penyelesaian masalah” bagi kes buang bayi hasil daripada hubungan luar nikah.351 Selain itu, laporan turut mendakwa bahawa Melaka merancang untuk menyumbang RM500 kepada pasangan-pasangan remaja yang merancang untuk berkahwin.352 Walaupun usaha menggalakkan remaja-remaja perempuan hamil meneruskan pengajian mereka merupakan satu usaha yang baik, motivasi di sebalik usaha ini dilihat masih lagi mampu merisaukan ramai pihak. _____________________ 348 “Hope for pregnant teens”, The Star, 2 September 2010. 349 “Hope for pregnant teens”, The Star, 2 September 2010. 350 “School for pregnant teens”, The Star, 16 Ogos 2010. 351 “Malaysia state chief encourages teen marriages”, Malaysia Today, 5 Ogos 2010. 352 “Malaysia state chief encourages teen marriages”, Malaysia Today, 5 Ogos 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 10 CEDAW • Memastikan semua kanak-kanak yang sudah layak bersekolah terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar, kawasan ladang pertanian, dan komuniti orang asli mendapat akses ke sekolah dan infrastruktur yang berkualiti. • Menghasilkan koleksi data berkaitan dengan akses pelajar istimewa ke atas pendidikan yang diasingkan mengikut gender dan semakan ke atas kebolehan sekolah-sekolah sedia ada untuk memenuhi keperluan golongan ini. • Mewujudkan cara bagi mengurangkan kadar berhenti sekolah. • Mewujudkan persekitaran yang mampu menggalakkan remaja-remaja perempuan hamil untuk meneruskan dan menyempurnakan pengajian mereka. • Memastikan agar pendidikan seks diajar di semua sekolah. Silibus bagi mata pelajaran ini seharusnya dibuat berdasarkan pendekatan hak-hak asasi manusia dan turut memuatkan kandungan berkaitan kandungan yang tidak diingini, langkah pencegahan kehamilan, pengguguran, hubungan yang sihat, seksualiti, identiti gender, akil baligh, imej tubuh, dan penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti melalui hubungan seks. • Menyediakan data berkaitan dengan penerima biasiswa dan pinjaman kerajaan yang diasingkan mengikut gender. • Memperkenalkan langkah-langkah sementara yang membolehkan wanita untuk memegang jawatan pembuat keputusan dalam sistem pendidikan negara. • Menyediakan data berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan dan program yang dianjurkan kerajaan negeri yang diasingkan mengikut gender bagi mengenal pasti sebarang ketidak seimbangan yang mungkin wujud. • Menghapuskan penggunaan stereotaip gender di sekolah. Tiada sekolah sepatutnya dibenarkan untuk menghukum atau mendiskriminasi mana-mana pelajar berdasarkan orientasi seksual ataupun identiti gender pelajar tersebut. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 131 ARTIKEL 11: PEKERJAAN 135 Artikel 11 1. Negara-negara Anggota seharusnya mengambil semua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan, berdasarkan kesamarataan antara lelaki dan wanita, hak yang sama, khususnya: (a) Hak untuk bekerja sebagai hak mutlak semua manusia; (b) Hak untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sama, termasuk penggunaan ciri-ciri pemilihan sama dalam perkara-perkara berkaitan pekerjaan; (c) Hak kebebasan memilih pekerjaan dan jenis kerjaya, hak untuk kenaikan pangkat, jaminan kerja dan semua faedah dan syarat perkhidmatan dan hak untuk menerima latihan vokasional dan latihan semula, termasuk perantisan, latihan vokasional bertaraf tinggi dan latihan ulangan; (d) Hak untuk mendapatkan pampasan yang samarata, termasuk faedah, dan layanan yang samarata dari segi kerja yang sama nilai, dan layanan samarata dalam penilaian kualiti kerja; (e) Hak untuk mendapatkan keselamatan sosial, khususnya dalam kes-kes persaraan, pengangguran, penyakit, ketidakmampuan bekerja, usia tua ataupun ketidakmampuan lain, dan juga hak untuk mengambil cuti berbayar; (f) Hak untuk perlindungan kesihatan dan tempat kerja yang selamat, termasuklah pemeliharaan fungsi reproduksi; 2. Bagi mengelakkan diskriminasi terhadap wanita atas dasar perkahwinan ataupun keibuan dan bagi menjamin hak bekerja efektif, Negara-negara Anggota seharusnya mengambil langkah-langkah bersesuaian: (a) Melarang, tertakluk kepada pengenaan sekatan, pemecatan atas sebab-sebab kehamilan atau cuti bersalin dan diskriminasi dalam pemecatan disebabkan status perkahwinan; (b) Memperkenalkan cuti bersalin berbayar ataupun faedah yang setara dengannya tanpa kehilangan pekerjaan, kekananan, ataupun elaun sosial; (c) Menggalakkan penyediaan peruntukan perkhidmatan sosial sokongan yang diperlukan untuk membolehkan ibu bapa menggabungkan tanggungjawab kekeluargaan dengan tanggungjawab kerja dan penglibatan dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya melalui menggalakkan penubuhan dan pembangunan satu jaringan pusat-pusat penjagaan anak; (d) Menyediakan perlindungan khas untuk wanita yang hamil dalam kerja-kerja yang terbukti membahayakan mereka; 3. Perundangan perlindungan berkaitan dengan isu-isu yang dirangkumi dalam artikel ini seharusnya disemak dari semasa ke semasa dengan pembaharuan saintifik dan pengetahuan teknologi dan harus dipinda, ditarik balik atau diteruskan sepertimana diperlukan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 136 Walaupun ramai wanita telah berjaya mencapai taraf pendidikan yang tinggi pada masa kini berbanding pada satu masa dulu, penglibatan mereka sebagai tenaga kerja masih berada pada tahap yang kurang membanggakan. Zainah Anwar telah berkata: “Terdapat hubungan yang terputus antara tahap pendidikan wanita Malaysia dan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan politik. Penglibatan wanita dalam kedua-dua bidang ini masih lagi berada pada tahap yang amat-amat menyedihkan. Kita tidak boleh menggunakan fakta yang lebih ramai pelajar wanita berbanding pelajar lelaki di universiti sebagai bukti bahawa kaum wanita sedang berjaya di negara kita. Akses pendidikan ini tidak meningkatkan lagi penglibatan kaum hawa dalam mengejar peluang politik dan ekonomi. Keadaan ini dipercayai berlaku disebabkan diskriminasi yang masih lagi dikenakan ke atas kaum wanita.”353 Perkara kunci bagi bab ini: • Laporan statistik 2010 telah menunjukkan bahawa penglibatan kaum wanita sebagai tenaga kerja di negara ini hanya berada pada tahap 46.1%. Peratusan bagi lelaki didapati adalah 78.7%. Penglibatan wanita sebagai sebahagian daripada tenaga kerja masih lagi berada pada tahap yang menyedihkan. • Pada tahun 2009, 67.2 peratus kaum wanita tidak menyertai tenaga kerja negara telah melaporkan “tugasan di rumah” sebagai faktor utama mereka tidak mencari kerja. Hanya 2.3% kaum lelaki yang tidak bekerja memberikan alasan yang sama.354 Walau bagaimanapun, statistik ini tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah dalam mengungkai misteri penglibatan kaum wanita yang rendah dalam dunia pekerjaan. Kebanyakan wanita sebenarnya bekerja, tetapi bekerja dalam bidang yang tidak formal dan membantu menguruskan perniagaan kecil-kecilan keluarga. Perkara ini bagaimanapun, mampu memberikan gambaran bahawa tekanan keluarga mungkin boleh dikira sebagai faktor penglibatan kaum wanita yang rendah dalam tenaga kerja negara. • Pada tahun 1999, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja telahpun dilancarkan. Bagaimanapun, pelaksanaan kod ini diserahkan kepada golongan majikan. Pada tahun 2011, perundangan berkaitan dengan pekerjaan telahpun dipinda bagi memuatkan peruntukan berkaitan dengan gangguan seksual. Penggubalan ini, walaupun merupakan sesuatu yang baik, masih mempunyai kekurangan. • Dalam beberapa industri, wanita telah diwajibkan untuk bersara sebelum lelaki. Pada Mac 2012, Mahkamah Rayuan telah mengambil keputusan untuk menolak perbezaan usia persaraan daripada dijadikan satu isu diskriminasi. Majikan yang terbabit dalam industri pembuatan plastik telah meletakkan usia persaraan pekerja wanita mereka kepada 50 tahun di kala pekerja lelaki dibenarkan bekerja sehingga berumur 55 tahun. • Warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia telah diwajibkan untuk mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada pasangan mereka bagi membolehkan mereka bekerja. Sebelum 2008, golongan ini tidak dibenarkan untuk bekerja di negara ini. • Pekerja domestik asing di Malaysia telah mengalami diskriminasi dalam pelbagai bentuk. Pekerja domestik tidak diiktiraf sebagai pekerja di bawah sistem perundangan Malaysia. Mereka juga tidak akan diberikan hak-hak perlindungan buruh seperti pekerja-pekerja yang bekerja dalam industri lain. Ini semua meningkatkan lagi kemungkinan yang hak-hak mereka mungkin dicabul.355 _____________________ 353 Zainah Anwar, “Closing the gender gap”, The Star, 13 Mac 2011. 354 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2010, hlm.14. 355 Bab yang membincangkan mengenai Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 akan menyentuh mengenai diskriminasi yang dihadapi oleh pekerja domestik asing di Malaysia. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Penglibatan wanita dalam tenaga kerja Pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan mengumumkan bahawa kerajaan sedang meningkatkan usahanya bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja negara kepada 55 peratus sebelum tahun 2015.356 Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut telah diberikan, terutamanya berkaitan dengan cara-cara sasaran ini akan dikejar, telah dijelaskan sehingga kini. Pada tahun 1997, penglibatan wanita dalam tenaga kerja negara hanyalah sebanyak 46%, dan penglibatan lelaki dalam aspek yang sama adalah 84.3 peratus.357 Sejak tahun 1997, penglibatan terendah bagi kaum wanita adalah 44.4% yang berlaku pada tahun 1998 (kadar penglibatan lelaki dalam tenaga kerja ketika itu adalah 83.1%). Selain itu, sejak 1997, penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja telah mencapai tahap tertinggi, 47.7% pada tahun 2003 (kadar penglibatan lelaki dalam tenaga kerja ketika itu adalah 82.1%). Pada tahun 2009, kadar penglibatan tenaga kerja bagi wanita adalah 46.4%. (kadar bagi lelaki adalah 78.9%). Pada tahun 2009, kadar penglibatan wanita sebagai tenaga kerja di luar bandar adalah 42 peratus manakala dalam kawasan bandar adalah 48.4%. Maklumat statistik ini menunjukkan bahawa kadar penglibatan masih lagi tidak berubah banyak, dan berlegar antara 44.4% dan 47.7%. dalam masa tempoh satu dekad. Pada masa yang sama, penglibatan tenaga buruh bagi lelaki terus gah pada tahap antara 79.5% hinggalah 84.3%. Cuti bersalin Seksyen 37 Akta Kerja 1955 telah menyatakan bahawa pekerja-pekerja wanita akan diberikan elaun sepanjang tempoh dua bulan bercuti. Organisasi Buruh Antarabangsa mencadangkan agar jumlah cuti bersalin ini ditingkatkan kepada 90 hari. Pada Oktober 2010, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan awam wanita akan mendapat cuti bersalin selama 90 hari, atas budi bicara antara majikan dan pekerja. Cuti bersalini ini akan diberikan dalam bentuk pilihan. Jumlah cuti bersalin maksimum bagi seorang kakitangan awam adalah 300 hari. Perdana Menteri berkata: “Kerajaan mengambil berat mengenai prospek kerjaya dan kebajikan kakitangan awam wanita yang memerlukan bantuan dalam urusan penjagaaan keluarga mereka, terutamanya anak mereka yang baru dilahirkan. Atas tujuan ini, pemberian cuti bersalin bergaji secara pilihan tidak melebihi 90 hari akan diperkenalkan. Pemberian cuti ini, bagaimanapun, akan dihadkan kepada 300 hari sepanjang tempoh bekerja.”358 Dua unsur yang membimbangkan dapat dikenalpasti dalam retorik kerajaan ini. Peranan membesarkan anak masih lagi dikaitkan dengan kaum wanita secara mutlak. Peranan bapa sebagai penjaga bersama sering kali diabaikan oleh pihak kerajaan. Selain ini, jumlah cuti maksimum sebanyak 300 hari juga dilihat mampu mengehadkan bilangan anak yang boleh dilahirkan seseorang pekerja. Walaupun cuti bersalin 90 hari telah diumumkan, pelaksanaannya masih dilihat sebagai sesuatu yang sukar. Kebanyakan majikan hanya membenarkan pekerja mereka mengambil cuti sebanyak 60 hari. Sekitar Mei 2011, sebuah akhbar tempatan telahpun melaporkan bahawa Ketua Setiausaha bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia telah berkata, terdapat sesetengah guru “hanya diberikan 60 hari cuti walaupun telah membuat permohonan bagi mendapatkan 90 hari. Permohonan mereka untuk menambah jumlah hari cuti ini juga seringkali ditolak oleh pihak sekolah ataupun ketua jabatan pendidikan negeri. Saya yang sering berbincang dengan ketua-ketua sekolah telah diberitahu bahawa masalah peruntukan bayaran dan penyediaan guru ganti merupakan punca utama permohonan cuti tambahan ini gagal diluluskan. Ini sebenarnya telahpun menggadaikan hak-hak guru dari aspek ini.”359 _____________________ 356 “Shahrizat: Set up childcare centres before we compel you”, The Star, 19 Februari 2011. 357 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2009 Malaysia, hlm. 19. 358 “Full text of PM Najib’s Budget 2011 speech”, The Star, 15 Oktober 2010. 359 “NUTP: 90-day maternity leave denied to teachers”, The Star, 23 Mei 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 137 Pada Ogos 2010, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Bank-Bank Komersil Malaysia, bagi menjamin pemberian cuti bersalin selama 90 hari.360 138 Pada Januari 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah meningkatkan cuti bersalin kakitangan awam kepada 90 hari dan cuti urusan kebapaan dari tujuh ke 14 hari.361 Pada Jun 2011, Bil Penggubalan Pekerjaan 2011 yang telah diluluskan oleh Parlimen turut memperluaskan perlindungan cuti bersalin kepada “setiap pekerja wanita yang bekerja di bawah satu kontrak tanpa mengambil kira status gajinya.” Bagaimanapun, pekerja-pekerja domestik masih lagi gagal dikategorikan sebagai penerima hak perundangan ini. “Tugasan di rumah” masih dijadikan alasan utama bagi wanita untuk tidak menyertai tenaga kerja Pada tahun 2009, 67.2% wanita yang tidak menyertai tenaga kerja negara telah menjadikan “tugasan di rumah” sebagai alasan utama mereka. Hanya 2.3% daripada kaum lelaki yang berada dalam situasi yang sama memberikan alasan sedemikian.362 Pada tahun 2008, angka ini meningkat kepada 67.7 peratus bagi wanita dan 3 peratus bagi lelaki.363 Seperti yang disebut di atas, statistik ini tidak boleh dijadikan satu-satunya ukuran bagi menjelaskan mengapa masih terdapat ramai kaum wanita yang tidak bekerja. Pusat penjagaan kanak-kanak Pada tahun 2007, subsidi telah diperuntukkan kepada kakitangan awam yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan anak dan berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Untuk setiap anak yang ada, subsidi sebanyak RM180 akan diberikan. Pada tahun 2009, dasar ini telah diperluaskan bagi membolehkan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 turut mendapat faedah subsidi yang sama.364 Pada tahun 2009, pelepasan cukai telah diberikan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat yang berjaya mewujudkan pusat-pusat jagaan anak-anak di pejabat mereka.365 Pada Disember 2010, Citibank telahpun merasmikan pusat penjagaan kanak-kanak di salah satu premis mereka.366 Selain daripada Citibank, sebahagian syarikat-syarikat lain juga sudah mula membuka pusat sebegini, walaupun bukan pada kadar yang memberangsangkan.367 Gangguan seksual Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia 2005 telah menyebut bahawa pada tahun 1999, Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dirasmikan. Bagaimanapun, pihak majikan mempunyai pilihan sama ada mahu memperkenalkan amalan ini di pejabat mereka atau tidak. Ini telah menyebabkan kesan pelaksanaanya gagal dilihat dengan jelas. Tujuan pembentukan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual adalah untuk “menggalakkan perkembangan dan pelaksanaan dasar-dasar dan amalan kerajaan yang mampu memastikan kewujudan tempat kerja yang selamat dan sihat.”368 _____________________ 360 “Bank staff to retire at 57”, The Star, 23 Ogos 2010. 361 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 25. 362 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2010, hlm.14. 363 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Statistics on Women, Family and Community, 2009, hlm.15. 364 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 24. 365 “Set up childcare support system fast”, New Straits Times, 10 Mac 2012. 366 “Citibank launches childcare centre”, The Star, 2 Disember 2010. 367 “Childcare centres at workplaces find few takers”, The Star, 6 Februari 2012. 368 Ministry of Human Resource, “Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace”, 1999. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan telah melaporkan di Parlimen bahawa, “Sejak Kod Gangguan Seksual 1999 diperkenalkan, jabatan buruh telah menerima dan menyiasat sebanyak 300 kes.”369 Ini merupakan satu jumlah yang rendah bagi satu tempoh masa selama 12 tahun. Kebanyakan majikan di Malaysia masih lagi enggan untuk meluluskan kod amalan ini. Setakat ini, hanya 1671 majikan di seluruh negara telah bersetuju untuk melaksanakan kod ini di tempat kerja mereka dalam tempoh antara tahun 1999 sehingga tahun 2011.370 Pada Julai 2010, Bil Penggubalan Pekerjaan 2010 telah dibawa ke Parlimen dengan peruntukanperuntukan perundangan yang baru. Peruntukan-peruntukan ini boleh digunakan untuk mendesak para majikan supaya mengkaji sebarang dakwaan gangguan seksual yang dilaporkan jika mereka tidak mahu dikenakan sebarang denda. Pada Oktober 2010, penggubalan undang-undang ini telah diluluskan dan beberapa perubahan dapat dilihat. Pada Jun 2011, Bil Penggubalan Pekerjaan 2011 telah dibawa ke dewan parlimen untuk dibentangkan. Bil ini akhirnya diluluskan pada Oktober 2011. Terdapat beberapa masalah dapat dikenalpasti dalam peruntukan berkenaan gangguan seksual dalam Akta Kerja (Pindaan) 2011. Masalah-masalah tersebut adalah:371 • Ketika aduan gangguan seksual diterima, majikan “seharusnya menyiasat aduan yang diterima.” Pengecualian hanya akan diberikan sekiranya majikan terbabit merupakan individu yang disebut dalam dakwaan yang dibuat. Dalam kes ini, Ketua Pengarah bagi jabatan buruh akan menjalankan penyiasatan. Kewujudan pihak ketiga yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dapat dilihat mampu menjamin keadilan dalam penyiasatan aduan. • Undang-undang ini turut membenarkan para majikan memilih sama ada akan menjalankan penyiasatan ataupun tidak. Majikan boleh memilih bagi menangguhkan penyiasatan jika “(a) aduan gangguan seksual yang terdahulu telahpun dibuktikan; atau (b) majikan mempunyai pendapat bahawa aduan yang dibuat adalah satu aduan remeh, dan berunsur sabotaj.”372 Sekiranya para majikan mengambil keputusan untuk menangguhkan sesuatu penyiasatan, pihak yang mengadu boleh membawa aduannya terus ke Ketua Pengarah, yang mana hanya akan memberi tekanan kepada pihak majikan agar penyiasatan dibuat. Walaupun pihak majikan terpaksa menjalankan penyiasatan, tujuan penyiasatan tersebut boleh diragui kerana pihak majikan telah terlebih dahulu enggan melakukan penyiasatan melainkan apabila dipaksa. • Undang-undang tidak menyebut mengenai rayuan yang boleh dibuat ke atas majikan ataupun Ketua Pengarah, sekiranya mereka enggan untuk melakukan sebarang penyiasatan berkaitan dengan aduan yang wujud. • Mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual juga tidak akan memperoleh sebarang pampasan kewangan. Sekiranya aduan yang dibuat terbukti benar dalam penyiasatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah, mereka yang mengadu akan akan diberikan pilihan untuk meletak jawatan ataupun mendapat “gaji sepertimana pekerja yang meletakkan notis berhenti kerja” dan (b) penghentian pemberian faedah ataupun indemniti.373 • Sekiranya aduan yang dibuat terbukti benar setelah disiasat oleh majikan sendiri, pihak yang didapati bersalah akan diberhentikan, diturunkan pangkat, ataupun menerima “hukuman ringan” sekiranya “dikira sihat.” Bagaimanapun, sekiranya pihak yang didapati bersalah bukan merupakan seorang pekerja bagi sesebuah syarikat, majikan diberikan kuasa “untuk membawa sang tertuduh ke mana-mana pihak berkuasa yang ada.”374 Jika pesalah merupakan seorang pekerja kontrak, ataupun sekadar pelawat, tiada sebarang hukuman akan dikenakan ke atasnya. Penyertaaan gangguan seksual dalam salah satu peruntukan perundangan pekerjaan secara sambil lewa telah menyebabkan kes-kes sebegini dilihat sebagai kes remeh. Kekurangan kefahaman mengenai isu ini dilihat sebagai punca keadaan ini berlaku. _____________________ 369 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. 370 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. 371 Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG) menekankan masalah-masalah ini dalam surat mereka kepada editor, “Employment Act amendments piecemeal and unjust”, Malaysiakini, 8 November 2011. Kebimbangan berkaitan perundangan turut ditunjukkan oleh Charles Hector, http://charleshector.blogspot.com/2011/10/why-sexual-harassment-proposed.html. 372 Seksyen 81B (3) bagi Akta Kerja (Pindaan) 2011. 373 Seksyen 81E (2) bagi Akta Kerja (Pindaan) 2011. 374 Seksyen 81B (1) bagi Akta Kerja (Pindaan) 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 139 140 Kekurangan perundangan yang bersesuaian dengan gangguan seksual bercanggah dengan Artikel 11(f) CEDAW yang mana menyatakan bahawa wanita seharusnya mempunyai “hak untuk melindungi kesihatan dan keselamatan diri mereka di tempat kerja” dan juga Artikel 2(b) CEDAW yang menggalakkan Negaranegara Anggota untuk “mengambil kesemua langkah perundangan termasuklah meluluskan denda tertentu bagi memastikan diskriminasi ke atas wanita dapat dihalang.” Kerajaan juga seharusnya mewujudkan peruntukan perundangan yang komprehensif berkaitan dengan gangguan seksual di tempat kerja termasuklah dengan menubuhkan satu tribunal bebas yang mampu menjalankan penyiasatan berkaitan gangguan sebegini di luar dan di dalam tempat kerja. Usia bersara yang berbeza dalam sesetengah industri Pada Julai 2008, usia persaraan wajib bagi kakitangan awam telah ditambah dari 56 tahun ke 58 tahun. Pada tahun 2011, usia persaraan bagi kakitangan awam telah dipanjangkan kepada 60 tahun. Pekerja awam turut diberikan pilihan untuk bersara terlebih dahulu ataupun bekerja sehingga mereka mencapai usia tersebut. Dalam sektor swasta, usia bersara sedia ada adalah 55 tahun. Usia bersara wajib ini masih tidak diubah sejak tahun 1957. Pada tahun 2011, laporan telah menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai rancangan untuk meningkatkan usia persaraan mereka yang berada dalam sektor swasta.375 Diskriminasi gender dari segi usia persaraan di Malaysian Airlines Terdapat ketidakseragaman yang jelas di antara usia persaraan kaum lelaki dan perempuan di negara ini dalam beberapa industry. Sebagai contoh, kakitangan lelaki Malaysian Airlines masih dibenarkan bekerja sehingga umur 55 tahun manakala kakitangan wanita terpaksa bersara mengikut usia-usia yang telah ditetapkan mengikut jenis pekerjaan mereka. Pada tahun 2002, Malaysian Airlines System Berhad and Malaysian Airline System Employees’ Union Peninsular Malaysia Agreement telah menyatakan bahawa, “Usia persaraan bagi pekerja pejabat wanita kecuali krew kabin adalah 55 tahun.” Bagaimanapun, “Usia persaraan bagi Pemerhati dan Ketua Peramugari adalah 45 tahun… Usia persaraan bagi peramugari adalah 45 tahun…. Dan usia persaraan bagi peramugari penerbangan adalah 40 tahun.”376 Diskriminasi gender dalam usia persaraan pekerja industri plastik Pada tahun 2001, lapan pekerja wanita dalam industri pembuatan plastik daripada Guppy Plastic Industries telah dipaksa untuk bersara setelah buku panduan baru mengenai peraturan syarikat tersebut dikeluarkan. Pekerja-pekerja ini telah diberhentikan disebabkan peraturan yang menyebut bahawa wanita mesti bersara pada usia 50 tahun dan lelaki pada usia 55 tahun. Kesemua pekerja terbabit berumur 50 tahun ke atas dan bekerja sebagai operator pengeluaran, tukang cuci, ataupun pekerja-pekerja am. Mereka menerima surat daripada majikan mereka bertarikh 18 Jun 2001 yang memaklumkan mereka bahawa mereka sudahpun mencapai usia bersara, dan perlu berhenti bertugas dalam masa 20 hari, iaitu pada 7 Julai 2001.377 Kesemua mereka telah mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perindustrian. Pada tahun 2008, mahkamah ini telah mengambil keputusan untuk berpihak kepada pekerja-pekerja terbabit atas alasan diskriminasi gender yang digunakan dalam pembentukan peraturan persaraan syarikat yang didakwa. Guppy Plastic Industries telah mencuba untuk mendapatkan semakan semula bagi keputusan ini dan berjaya mendapatkan bantuan Mahkamah Tinggi untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perindustrian. Kesemua pekerja wanita terbabit telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 21 Mac 2012, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tersebut. Salah seorang hakim, Datuk K.N Segara telah menyebut, “Kami bersama-sama telah mengambil keputusan untuk menolak rayuan yang dibuat. Kami _____________________ 375 “Time to raise retirement age”, The Star, 25 Disember 2011. 376 Malaysian Airline System Berhad and Malaysian Airline System Employees’ Union Peninsular Malaysia Agreement (COG 346/2003), 2002. 377 “Appeal on gender discrimination decision quashed”, The Sun, 21 Mac 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan mendapati bahawa Mahkamah Perindustrian telah melakukan kesalahan kerana mengambil kira faktor-faktor yang tidak relevan dalam membentuk keputusan mereka, tanpa mempertimbangkan faktor-faktor yang sepatutnya.”378 Faktor-faktor yang dianggap relevan telah diperjelaskan oleh Hakim Datuk K.N Segara. Baginya syarikat pembuatan plastik yang didakwa hanyalah sekadar melaksanakan peraturan yang dibentuk oleh mereka, dan mereka mempunyai hak untuk membentuk peraturan mengenai usia persaraan yang berbeza-beza mengikut gender.379 Hakim tersebut turut berkata, “Guppy Plastic Industries telah mematuhi prosedur pemecatan yang benar dalam memberhentikan kelapan-lapan pekerja yang terbabit.”380 Hakim turut berkata, “Para pekerja seharusnya menyuarakan bantahan ketika sesi pembentukan peraturan berkenaan usia persaraan dibuat.”381 Berdasarkan maklumat daripada peguam pekerja-pekerja yang terbabit, kontrak jangka masa pendek selalunya akan diberikan kepada mereka yang telah mencapai usia persaraan mereka dalam industri pembuatan plastik.382 Tanpa kontrak sebegini, eksploitasi buruh boleh berlaku, dengan adanya rasa tidak selamat di kalangan mereka untuk meneruskan kehidupan, dan ketiadaan faedah pekerjaan tetap yang boleh diperoleh segera. Memaksa wanita untuk bersara pada usia yang lebih muda daripada lelaki membuktikan bahawa diskriminasi gender benar-benar wujud seperti mana yang ditafsirkan dalam Artikel 1 CEDAW. Artikel 1 CEDAW bercanggah dengan dasar persaraan ini kerana gagal memberikan hak peluang pekerjaan yang sama kepada kaum wanita seperti mana diberikan kepada kaum lelaki. Antara kesan-kesan lain yang mungkin boleh berlaku adalah penafian gaji selama lima tahun dan faedahfaedah pekerja yang lain. Warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk bekerja Warga asing di Malaysia turut terpaksa berhadapan dengan diskriminasi pekerjaan. Perubahan dasar imigresen telah membolehkan warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia mendapat pekerjaan di negara ini dengan adanya pas lawatan sosial jangka masa panjang.383 Walaupun perubahan ini merupakan perubahan yang baik, kebenaran bertulis daripada pihak suami telah dijadikan reservasi utama bagi membolehkan golongan ini bekerja.384 Walaupun peruntukan ini tidak disebut dalam manamana undang-undang bertulis, amalan ini telahpun dijadikan sebahagian daripada amalan mandatori dalam jabatan-jabatan kerajaan. Beberapa ahli Parlimen telahpun mengemukakan rasa terkejut mereka ke atas kewujudan amalan ini. Amalan ini juga dilihat bercanggah dengan Artikel 11(b) CEDAW. Halangan daripada bekerja sebelum tahun 2008 Sebelum tahun 2008, warga asing yang bersuami atau isterikan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bekerja sama sekali. Status penduduk tetap juga diperlukan bagi membolehkan golongan ini mendapatkan kebenaran untuk bekerja tanpa dikaitkan dengan “program pasangan.”385 Walaupun warga asing yang mempunyai pasangan rakyat Malaysia sudah diberikan kebenaran untuk bekerja, kebanyakan mereka yang jatuh dalam kategori ini sudahpun menghampiri usia persaraan mereka, dan dilihat kekurangan dari sudut kemahiran dan kelayakan kerana sudah tidak bekerja untuk sekian lama. _____________________ 378 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. 379 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. 380 “Eight women lose gender discrimination suit”, Free Malaysia Today, 21 Mac 2012. 381 “Appeal on gender discrimination decision quashed”, The Sun, 21 Mac 2012. 382 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. 383 Perubahan polisi ini diiklankan di laman web Pemudah (http://www.pemudah.gov.my/web/guest/281, diperoleh pada 21 September 2010). Pemudah ialah pasukan petugas kerajaan yang ditubuhkan untuk memudahkan perniagaan di Malaysia. 384 Pada 29 September 2010, seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara telahpun mengesahkan bahawa warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis dari suami mereka bagi membolehkan mereka bekerja. Warga asing yang beristerikan rakyat Malaysia tidak perlu berbuat demikian. 385 “Foreign spouses at the losing end”, The Star, 13 Julai 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 141 Batasan dari segi pencen dan keselamatan sosial 142 Para pekerja yang memiliki kewarganegaraan Malaysia, penduduk tetap Malaysia, ataupun bukan warganegara yang telah memilih untuk menyertai skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Ogos 1998 berhak mendapat faedah daripada skim ini. Di bawah skim simpanan ini, para majikan akan mewajibkan caruman dibuat sebanyak 12 peratus daripadapada jumlah pendapatan bulanan pekerja dan sebanyak 11 peratus caruman gaji tambahan daripada jumlah gaji bulanan seorang pekerja. Jadual ketiga bagi Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991 telahpun menyatakan bahawa majikan warga asing, termasuklah warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, hanya diwajibkan untuk membayar serendah RM5 sahaja setiap bulan dalam skim KWSP golongan ini.386 Ini sebenarnya boleh menyebabkan masa depan golongan ini terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman terutamanya dari sudut penjagaan kesihatan dan pemilikan harta. Seperti mana warga asing, pasangan kepada warganegara Malaysia juga tidak berhak untuk mendapat sebarang faedah daripada sistem keselematan sosial yang mana menawarkan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan di tempat kerja. Jaminan kerja Warga Asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia selalunya tidak mempunyai pekerjaan yang stabil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini. Akta Kerja 1955 telah menyatakan bahawa majikan telah dipaksa agar mewujudkan satu sistem berlebihan pekerja. Warga asing ini merupakan golongan pertama yang akan diberhentikan apabila lambakan tenaga kerja berlaku: “Para majikan perlu mengurangkan tenaga kerja di tempat mereka dengan menggunakan alasan berlebihan tenaga kerja bagi membolehkan pemecatan dilakukan ke atas sesetengah pekerja, majikan tidak boleh memberhentikan seseorang pekerja melainkan jika dirinya sudah memberhentikan kesemua pekerja asing yang diambil bekerja oleh dalam bidang yang sama dengan pekerja tempatan tersebut.” Kebanyakan masalah yang disebutkan di atas dapat dipulihkan dengan adanya satu sistem yang lebih jelas dan efisyen yang mana turut membenarkan warga asing yang berkahwin dengan rakyat negara ini memohon untuk mendapatkan status penduduk tetap. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, rujuk Artikel 9 bagi laporan ini.387 Diskriminasi di tempat kerja yang didorong oleh perbezaan orientasi seksual dan identiti gender Kajian yang dibuat pada tahun 2001 mengenai golongan Mak Nyah ataupun transwomen di Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 60 peratus daripada 507 responden mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM500.388 Kebanyakan daripada mereka sukar mendapat kerja disebabkan oleh stigma dan diskriminasi yang dikenakan oleh masyarakat ke atas mereka. Transmen dan pengkid turut menghadapi masalah yang sama dalam mendapatkan pekerjaan. Diskriminasi berasaskan stereotaip gender masih lagi berleluasa di negara ini.389Maklumat lanjut mengenai perkara ini ada disebut dalam bab akhir laporan ini yang membincangkan Cadangan Umum CEDAW ke-28. _____________________ 386 Bahagian B, Jadual Ketiga, Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991. 387 Seksyen 60N, Bahagian XIIB, Akta Kerja 1955. 388 Kajian yang dijalankan oleh Teh Yik Koon, The Mak Nyahs: Malaysian Male to Female Transsexuals, 2002, disebut oleh Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.268. 389 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.270. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Pelarian wanita Pelarian Wanita mempunyai akses pekerjaan yang sangat terbatas di negara ini. Pakar akademik, Cecilia Ng telahpun menyedari bahawa, “Isu-isu yang sering dikaitkan dengan status mereka adalah isu gaji rendah, kerja-kerja tidak tetap dan rasmi, gaji tidak berbayar ataupun ditunda, dan pemberhentian tanpa sebarang notis ataupun penderaan seksual.390 Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 11 CEDAW • Mengumpul data berkaitan pekerjaan (dalam bidang pekerjaan formal dan tidak formal), pengangguran, dan kekurangan pekerjaan yang diasingkan mengikut gender agar rancangan meningkatkan penglibatan wanita sebagai tenaga kerja dapat dicapai. • Mencipta formula yang mampu meningkatkan kesaksamaan dari segi pendapatan antara lelaki dan perempuan dalam sektor swasta. • Mewujudkan gaji yang mencukupi bagi menampung kos sara hidup. • Mewujudkan satu rang perundangan yang menentang gangguan seksual, dan membentuk tribunal bagi menilai aduan berkaitan dengan gangguan seksual di luar dan di dalam tempat kerja. • Menggalakkan lebih ramai wanita untuk memegang jawatan pemimpin dalam sektor awam dan swasta • Meningkatkan jumlah cuti bersalin dari 60 ke 90 hari dalam kedua-dua sektor awam dan swasta tanpa mengadakan sebarang had cuti ke atas wanita yang terbabit. • Memanjangkan lagi cuti bapa ke 14 hari dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. • Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak yang berpusatkan kehidupan bermasyarakat. • Meluluskan cuti keluarga dibuat oleh kaum lelaki mahupun perempuan, sama ada membabitkan pasangan heteroseksual ataupun homoseksual, bagi mendapatkan anak angkat, ataupun menjaga anak-anak ataupun ahli keluarga yang jatuh sakit. • Memastikan bahawa mereka yang menjadi mangsa diskriminasi di tempat kerja disebabkan oleh identiti gender dan orientasi seksual mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka. • Memberikan hak bekerja kepada golongan perarian. • Mengiktiraf pekerja domestik sebagai pekerja sebenar, dan bukannya “orang gaji”, di bawah peruntukan pekerjaan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan dari segi hak-hak buruh. • Memastikan pekerja asing yang hamil mendapat kebenaran untuk terus bekerja dan memperoleh hak dan faedah untuk mendapat cuti bersalin seperti pekerja-pekerja lain. _____________________ 390 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 41. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 143 ARTIKEL 12: KESIHATAN 147 Artikel 12 1. Negara-negara Anggota harus mengambil semua langkah yang wajar untuk menghapuskan diskriminasi ke atas wanita dalam bidang kesihatan untuk memastikan, atas dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita, akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk yang berkaitan dengan perancangan keluarga. 2. Walau apa pun peruntukan dalam perenggan 1 artikel ini, Negara-negara Anggota harus menjamin wanita perkhidmatan sesuai berkaitan dengan kehamilan, termasuklah rawatan sebelum, semasa, mahupun selepas bersalin, memberikan rawatan percuma apabila perlu, serta nutrisi sesuai semasa kehamilan dan penyusuan. Perkara kunci bagi bab ini: • Data berkaitan rekod kesihatan perlu diasingkan mengikut gender bagi memahami bagaimana dan mengapa penyakit-penyakit memberi kesan yang berbeza ke atas perempuan dan lelaki. • Penswastaaan perkhidmatan berkaitan isu kesihatan harus dikawal dengan berhati-hati agar kemampuan rakyat, terutamanya wanita, dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan terjamin. • Ramai wanita di Malaysia menghadapi masalah semasa membuat keputusan sama ada untuk melahirkan anak atau tidak dan dalam mendapatkan perkhidmatan berkualiti tinggi: • Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan tidak meningkat sejak 25 tahun yang lepas. • Undang-undang berkaitan pengguguran bayi tidak memihak kepada ibu bayi yang digugurkan. Pengguguran bayi juga masih dilihat sebagai sesuatu perkara yang tidak elok dilakukan dan berkos tinggi. Kebanyakan hospital kerajaan masih lagi gagal menyediakan perkhidmatan ini tanpa sebab yang kukuh. • Informasi dan sesi kaunseling di hospital-hospital kerajaan berkaitan isu kehamilan dan perancangan keluarga biasanya dibentuk berdasarkan fahaman dan rangka keagamaan sahaja dan tidak berdasarkan rangka hak reproduksi wanita. • Wanita tidak mempunyai akses untuk maklumat yang mencukupi dalam membantu mereka membuat keputusan dalam isu-isu berkaitan kesihatan mereka sendiri. • Terdapat pelanggaran hak berkaitan maklumat sulit dan di hospital-hospital kerajaan ke atas wanita-wanita di Malaysia dalam kes-kes berkaitan dengan pengguguran dan kehamilan. Terdapat laporan kes wanita Islam dewasa dan belum berkahwin tidak dibenarkan untuk meninggalkan hospital sebelum ibu bapanya dihubungi. • Permohonan untuk menjalankan pembedahan atau langkah pemandulan diri hanya diluluskan apabila wanita yang memohon sudah mendapatkan kebenaran daripada suami mereka. • Dalam populasi keseluruhan, golongan wanita adalah golongan yang kadar jangkitan HIV paling cepat meningkat. Laporan yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan UNICEF menyatakan bahawa pada tahun 1990, antara kes jangkitan HIV baru, hanya 1.2% terdiri daripada wanita. Pada tahun 2002, jumlah ini meningkat kepada 9.0% dan kemudiannya 10.8% pada tahun 2004, 15% pada tahun 2006, dan 16% pada tahun 2007.391 • Undang-undang juga mewajibkan semua pasangan beragama Islam di Malaysia supaya menjalani ujian HIV sebelum dibenarkan untuk berkahwin. Jika salah seorang daripada sesuatu pasangan tersebut positif HIV, pasangan tersebut tidak dihalang untuk berkahwin. • Pendidikan seks di Malaysia tidak mencukupi dan terlalu bersandarkan rangka panduan agama. Penekanan pada aspek hak asasi manusia diabaikan. Rancangan untuk mewujudkan pendidikan seks telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2006. Bagaimanapun, tiada sebarang implementasi mengenainya dapat dilihat sehingga sekarang. Kerajaan turut menunjukkan kecendurangan yang negatif dengan mengharamkan sebuah buku kanak-kanak berkaitan dengan sistem reproduksi manusia atas alasan buku tersebut mampu menggugat pembinaan nilai-nilai moral masyarakat. _____________________ 391 Kementerian Kesihatan dan UNICEF Malaysia, “Women and Girls: Confronting HIV and AIDS in Malaysia”, 2008, hlm.11. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 148 • Serbuan ke atas pusat-pusat hiburan sering berlaku. Mana-mana individu yang ditangkap dengan kondom boleh dituduh sebagai pelaku jenayah seks. Perkara ini boleh menghalang proses pembinaan kesedaran mengenai pentingnya kehidupan seks yang sihat dan selamat secara tidak langsung dan menakutkan. • Akses untuk perkhidmatan kesihatan adalah amat terhad bagi segelintir wanita. Golongan pendatang asing, orang asli, pelarian, dan transgender tidak mempunyai hak yang sama seperti golongan lain ke atas perkhidmatan kesihatan yang disediakan. Pengasingan data mengikut gender Seperti yang telah ditekankan dalam Laporan Bayangan CEDAW NGO 2005, usaha untuk mewujudkan satu sistem pengumpulan data kesihatan berdasarkan gender adalah sangat diperlukan pada waktu sekarang. Data kesihatan yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laporan tahunannya berkaitan dengan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit tidak diasingkan ataupun dikategorikan berdasarkan sistem gender.392 Kajian di seluruh dunia menunjukkan bahawa kesan sesuatu penyakit adalah tidak sama ke atas kedua-dua jantina. Analisis penyakit yang menjadikan gender sebagai salah satu faktor kajian seharusnya diwujudkan untuk membolehlah kefahaman berkenaan perbezaan kesan penyakit ke atas lelaki dan wanita dapat ditingkatkan dalam masyarakat di negara ini. Empat puluh tahun dahulu, Kabinet Malaysia telah pun meluluskan projek pembinaan hospital wanita. Namun begitu, projek ini tidak dilaksanakan. Hospital wanita sepatutnya diwujudkan berdasarkan rangka kerja Cadangan Umum ke-24 Jawatankuasa CEDAW. Akses untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mereka kepada rakyat.393 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan dapat dikesan pada peringkat pengguna. Contohnya, di Malaysia Timur, kes-kes berkaitan dengan jangkitan dan rawatan HIV masih tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Laporan UNGASS pada tahun 2010 telah menunjukkan bahawa “pesakit terpaksa melalui jarak yang jauh untuk ke pusat-pusat kesihatan yang menyediakan Terapi AntiRetroviral (ART). Sebagai contoh, pesakit di Sabah dan Sarawak terpaksa melalui 2 hari perjalanan sebelum tiba di hospital yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kos untuk perjalanan tersebut juga turut menambahkan lagi beban mereka yang kebanyakannya tidak mempunyai sebarang kerja tetap.”394 Bagaimanapun, seperti yang dibincangkan dalam Laporan Bayangan CEDAW NGO 2005, kewujudan pusat-pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan tertentu tidak menjanjikan penyelesaian mutlak kepada ramai pihak. Kurangnya kesedaran mengenai kewujudan pusat-pusat rawatan bagi masalah yang disebutkan di atas, faktor sosial dan budaya, termasuk larangan untuk keluar rumah oleh suami, kekurangan kemudahan pengangkutan, dan juga masalah penjagaan anak, turut menyebabkan perkhidmatan kesihatan terbatas bagi sesetengah wanita. Pusat-pusat kesihatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kebanyakannya menyediakan perkhidmatan percuma. Namun, penswastaan yang rancak berlaku sekarang semakin menghalang mereka yang kurang berkemampuan untuk terus mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan kadar yang berpatutan. _____________________ 392 Laporan-laporan Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di: http://www.moh.gov.my 393 Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015, hlm. 269-276. 394 Laporan Kemajuan UNGASS – Malaysia, Mac 2010, hlm. 57 (UNGASS ialah singkatan kepada United Nations General Assembly Special Session on HIV/AIDS). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan Berdasarkan Laporan Sasaran Pembangunan Milennia Malaysia (MDG) 2010, “Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan dapat ditafsirkan sebagai peratusan bagi wanita berkahwin ataupun dalam sesuatu hubungan di antara umur 15 tahun sehinggalah umur 49 tahun yang sering menggunakan, atau mempunyai pasangan yang menggunakan, sekurang-kurangnya satu kaedah pencegahan kehamilan, samaada tradisional ataupun moden, dalam kehidupan seks mereka.”395 Kadar penggunaan alat pencegah kehamilan hanyalah berada pada sekitar 50 peratus sahaja bagi tempoh masa 25 tahun yang terkini. Pada tahun 1984, kadar ini adalah 52%. Statistik turut menunjukkan kadar yang tidak banyak berbeza pada tahun 2004. Pada tahun 2004, kadar ini adalah hanya 51.9%.396 Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) telahpun menyatakan bahawa kadar yang rendah ini menzahirkan rendahnya tahap keinginan badan-badan politik untuk memberikan prioriti ke atas perkhidmatan berkaitan pencegahan kehamilan dan kurangnya kualiti dalam perkhidmatan berkaitan yang sedia ada. Laporan MDG 2010 itu turut menjelaskan bahawa, “24.5% wanita yang tidak mengamalkan sebarang langkah pencegahan kehamilan turut mempunyai hasrat untuk melakukan perancangan keluarga. Peratusan yang paling jelas dapat dilihat di kalangan kumpulan wanita tersebut yang berumur antara 45-59 tahun. Ini diikuti oleh kumpulan yang berumur 40-44 tahun (22.7%) dan kumpulan yang berumur 20-24 tahun (21.4%). Statistik juga menunjukkan bahawa terdapat ramai wanita luar bandar (30.6%) berbanding wanita bandar (22.0%) yang mempunyai hasrat yang sama.”397 Ramai wanita juga didapati tidak mendapat hak sewajarnya dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan rancangan memiliki anak disebabkan oleh kekurangan perkhidmatan kesihatan yang menyampaikan maklumat berkaitan perkara tersebut. Maklumat mengenai kaedah pencegah kehamilan ataupun perancangan keluarga yang paling bersesuaian dengan diri mereka mahupun pasangan masih lagi sukar untuk didapati. Survey Keluarga dan Populasi Malaysia 2004 pula menunjukkan bahawa 12.5% wanita yang tidak menggunakan sebarang langkah atau alat pencegahan kehamilan berada dalam situasi tersebut disebabkan keengganan suami mereka.398 Pasangan yang belum berkahwin juga turut mengalami masalah apabila hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan pencegahan kehamilan daripada hospital kerajaan dinafikan disebabkan oleh status perkahwinan mereka. Walaupun begitu, terdapat kes-kes yang menunjukkan bahawa keadaan ini tidak berlaku tanpa pengecualian. Ramai pasangan telah mendapat bantuan secara sulit dan keadaan ini dilihat sebagai satu situasi yang positif dalam menjamin perkembangan perkhidmatan kesihatan wanita di Malaysia. Alat-alat pencegah kehamilan daripada klinik-klinik swasta secara kasarnya lebih mahal daripada apa yang boleh diperolehi daripada premis kerajaan. Ini sekali lagi menjadi halangan bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan walaupun pada hakikatnya mereka adalah golongan yang aktif secara seksual. Laporan MDG juga turut menyatakan bahawa alat pencegah kehamilan kecemasan (Postinor) boleh didapati daripada hospital kerajaan dan segelintir klinik swasta walaupun pengetahuan mengenai alat ini masih kabur di kalangan pengguna. _____________________ 395 United Nations Country Team Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm.74. 396 United Nations Country Team Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm.75. 397 United Nations Country Team Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 75. 398 “Women still lose out in health”, The Star, 3 Disember 2006. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 149 Nisbah kematian ibu (MMR) 150 Nisbah Kematian Ibu (MMR) dilaporkan tidak banyak berubah dalam tempoh 10 tahun terkini. • Pada tahun 1991, MMR dilaporkan berada pada tahap 44 kes untuk setiap 100,000 kelahiran. • Pada tahun 2000, MMR dilaporkan berada pada tahap 28.1 kes untuk setiap 100,000 kelahiran. • Pada tahun 2008, MMR dilaporkan berada pada tahap 27.3 kes untuk setiap 100,000 kelahiran.399 Laporan MDG 2010 menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara kadar penggunaan alat pencegah kehamilan dan nisbah kematian ibu.400 Berdasarkan laporan tersebut, “Kesihatan ibu dan sistem reproduksi mereka boleh dikaitkan dengan akses mereka untuk mendapatkan alat pencegah kehamilan. Jumlah wanita yang tidak dapat membuat keputusan dalam melakukan perancangan keluarga masih boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan, dan ini turut membawa kesan kepada kadar kehamilan dan kelahiran tidak diingini yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.401 Pengguguran bayi Seksyen 312 bagi Kanun Keseksaan Malaysia membenarkan operasi pengguguran bayi dilakukan hanya ke atas wanita yang diancam dari segi kesihatan fizikal mahupun mental oleh bayi dalam kandungan mereka: “Barang siapa dengan sengaja menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur hendaklah jika keguguran itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.” Keterangan – Seorang wanita yang menyebabkan dirinya sendiri keguguran turut terikat dengan tujuan seksyen ini. Pengecualian – Seorang pengamal kesihatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) yang menamatkan kehamilan seseorang perempuan jika pengamal perubatan itu berpendapat, dengan suci hati, bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa perempuan yang hamil itu, atau kecederaan kepada fizikal atau mental perempuan yang hamil itu lebih daripada jika kehamilan itu ditamatkan. Walaupun pengguguran bayi dibenarkan, undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk membolehkan hospital-hospital kerajaan melakukan pengguguran. Di bawah Kanun Keseksaan, keputusan doktor yang melakukan pengguguran dilihat sebagai keputusan utama dalam urusan pengguguran bayi. Ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Keputusan yang seharusnya dijadikan keutamaan adalah keputusan ibu yang mengandung itu sendiri. Pengetahuan mengenai undang-undang pengguguran bayi di kalangan pengamal perubatan di Malaysia juga didapati berada pada tahap menggusarkan. Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh RRAAM, hanya 57 peratus daripada 120 doktor dan jururawat di enam negeri di Malaysia, daripada badan kerajaan dan swasta, sedar bahawa pengguguran bayi adalah sesuatu yang dibenarkan mengikut undang-undang dalam keadaan-keadaan tertentu.402 Bancian yang dijalankan oleh RRAAM turut menunjukkan bahawa “wanita yang telah dirogol ataupun melalui pengalaman pahit sebagai mangsa jenayah sumbang mahram, ataupun mempunyai kandungan yang bermasalah, telahpun ditolak daripada pusat-pusat kesihatan daripada melakukan operasi pengguguran bayi.”403 _____________________ 399 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 72. 400 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. 74. 401 United Nations Country Team, Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Malaysia, Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, hlm. viii. 402 “Is abortion the answer?” New Straits Times, 13 Februari 2011. 403 “Is abortion the answer?” New Straits Times, 13 Februari 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Laporan bancian tersebut juga telah menunjukkan bahawa 38% kakitangan perubatan telah menjawab soalan “Apakah yang patut dilakukan oleh seorang wanita apabila hamil disebabkan dirinya dirogol?” dengan jawapan “Wanita tersebut seharusnya membiarkan kandungannya terus berkembang dan menjaga anak yang dilahirkan dengan ikhlas ataupun menyerahkan anak tersebut kepada mana-mana pihak yang mengurusan pengambilan anak angkat dan tidak seharusnya digalak untuk mengguguran bayinya.”404 RRAAM juga telah melaporkan bahawa definisi kecederaan mental dalam Kanun Keseksaan yang disebut di atas masih lagi sempit. Keengganan doktor untuk menyediakan perkhidmatan pengguguran bayi juga telah menyebabkan ramai wanita memilih untuk menggugurkan bayi mereka melalui kaedah yang tidak selamat. Pengguguran bayi di Malaysia juga masih dilihat sebagai operasi yang agak mahal dan boleh dianggarkan memakan kos daripada RM600 sehinggalah RM2,000 untuk setiap operasi. Wanita juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan pengetahuan yang mencukupi mengenai isu pengguguran kandungan. Pilihan yang diberikan kepada mereka juga sering sahaja terbatas. Sesi kaunseling sebelum dan selepas pengguguran bayi juga masih lagi terhad di Malaysia. Tidak ramai wanita di negara ini yang berpeluang untuk menyertai sesi kaunseling ini dengan mudah apabila memerlukannya. Situasi ini menyebabkan kesan yang buruk kepada wanita sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kebebasan mereka untuk memilih sama ada mereka ingin mengandung atau tidak turut terbataskan tanpa sebab yang wajar. Statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara turut menunjukkan bahawa pada tahun 2010, terdapat 52,982 kes kanak-kanak dilahirkan hasil dari hubungan luar nikah.405 Terdapat ramai wanita yang merahsiakan kehamilan mereka dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Ini telah dibuktikan dengan laporan berterusan pihak media mengenai kejadian wanita bersalin di dalam tandas-tandas awam seperti di kilang, sekolah, kolej dan lain-lain. Kebanyakan bayi ini meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Ada juga wanita yang meninggal dunia akibat tidak mendapat bantuan sewajarnya semasa melahirkan bayi mereka. Penderitaan mental bagi golongan yang hamil secara terpaksa turut ditambah lagi dengan wujudnya pandangan masyarakat bahawa kehamilan seperti ini adalah sesuatu yang zalim dan hina. Golongan wanita ini tidak diberikan informasi yang mencukupi terutamanya berkaitan dengan pengguguran. Undang-undang untuk membenarkan pengguguran bayi wujud. Namun, undang-undang tersebut tidak begitu difahami kebanyakan doktor, jururawat, dan pengamal-pengamal perubatan yang lain. Inilah yang menambahkan lagi tekanan mereka yang asalnya datang ke hospital dengan harapan inginkan bantuan tetapi akhirnya pulang dengan kekecewaan. Kehamilan yang tidak dirancang seharusnya dipandang melalui kaca mata kasih sayang dan sebagai isu kesihatan dan hak wanits, bukan dipandang seperti jenayah ataupun sesuatu yang tidak bermoral. Sikap masyarakat yang cenderung untuk menilai dan mengamalkan diskriminasi menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan mengenai perkara ini terbatas sebagaimana perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan berkaitannya di Malaysia. Pendidikan seks Pada tahun 2006, Kabinet telah memutuskan untuk meluluskan kurikulum pendidikan seks untuk diajar di sekolah-sekolah di seluruh negara. Selepas penangguhan berterusan, hanya kelas “Pendidikan Kesihatan, Reproduktif, dan Sosial” dapat diwujudkan oleh kerajaan dan kelas tersebut hanyalah terbuka kepada mereka yang menyertai Program Khidmat Negara. Pada penghujung 2011, kelas ini diumumkan akan diajar di sekolah-sekolah bermula 2012.406 Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan projek percubaan yang dinamakan projek “Saya Mampu Kawal” di lima sekolah menengah _____________________ 404 www.rraam.org 405 “ Dealing with illegitimacy”, New Straits Times, 17 November 2011. 406 “Sex education, finally”, Malaysia Today, 6 Oktober 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 151 terpilih sejak beberapa tahun ini. Modul bagi projek ini dikatakan membabitkan “teknik tegas untuk menolak seks luar nikah” dan “cara-cara untuk mengesan dan menjauhi situasi berisiko tinggi.”407 152 Perbahasan mengenai pendidikan seks di sekolah masih berterusan di seluruh negara kerana isu ini masih lagi dianggap sebagai satu “subjek yang sensitif dari sudut agama dan budaya.”408 Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah berkata pada tahun 2010 bahawa pendidikan seks di sekolah dapat diumpamakan sebagai seperti kelas yang disediakan untuk mengajar pencuri cara-cara sebenar untuk mencuri.409 Pengharaman buku pendidikan seks kanak-kanak Pada tahun 2012, sebuah buku kanak-kanak bertajuk “Dari Mana Saya Datang?” tulisan Peter Mayle telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Buku yang diterbitkan sekitar 30 tahun yang lepas terpaksa diharamkan atas alasan kandungannya yang menggambarkan bagaimana sistem reproduktif manusia berfungsi dan mempunyai gambar-gambar kartun manusia yang tidak berpakaian kurang bersesuaian dengan norma masyarakat di Malaysia. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata bahawa buku ini mengandungi “unsur-unsur yang berbahaya kepada pembinaan nilai-nilai moral masyarakat” dan perlu diharamkan demi menjaga kepentingan awam.410 Kerajaan turut mengumumkan bahawa mana-mana individu atau pihak yang memiliki buku tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun ataupun denda sehingga RM20,000 ataupun kedua-duanya sekali.411 Pengharaman buku “Dari Mana Saya Datang” telah dicetuskan oleh Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO.412 Ketua kepada biro tersebut, Datuk Muhd Khairun Aseh dilaporkan telah menggambarkan buku tersebut sebagai sejenis buku lucah. Beliau turut berkata, “Penulis buku ini tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana hasil penulisannya mungkin bersesuaian dengan budaya negaranya, tetapi tidak di Malaysia, atas sebab perbezaan nilai-nilai masyarakat di sini.”413 Pelanggaran hak asasi wanita di hospital kerajaan RRAAM telah menerima laporan dari segelintir doktor dan pekerja sosial yang bersimpati dengan nasib wanita di hospital-hospital kerajaan. Mereka mendakwa bahawa golongan ini tidak mendapat hak mereka di institusi-institusi tersebut. Wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan belum berkahwin yang melahirkan anak di hospital kerajaan diwajibkan untuk memaklumkan ibu bapa mereka. Mereka juga diminta untuk mengikuti kaunseling bersama perunding agama dan ibu bapa mereka. Para doktor juga diwajibkan untuk menulis laporan rasmi mengenai status perkahwinan ibu-ibu tunggal yang beragama Islam. Amalan ini boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk pelanggaran perjanjian doktor untuk menjaga kepentingan dan hak peribadi pesakit. Perkara ini digambarkan sebagai satu situasi yang serius dan turut dilaporkan di negeri-negeri seperti Pulau Pinang. Hanya wanita beragama Islam sahaja yang terpaksa melalui diskriminasi ini. Beberapa kes telah dilaporkan berkenaan dengan sekumpulan wanita berumur 20-an yang dimasukkan ke hospital kerajaan dari hospital swasta untuk mendapatkan rawatan selepas proses pengguguran yang terpaksa menerima layanan berbaur diskriminasi. Pada tahun 2010, seorang wanita yang berumur 28 tahun tidak dibenarkan untuk keluar dari hospital selagi tidak melaporkan mengenai kehamilan beliau kepada ibu bapanya. Dalam situasi tersebut, wanita ini telah meminta bantuan pakar sakit puan dari sebuah hospital swasta yang telah menjalankan proses pengguguran bayinya. Walau bagaimanapun, pakar sakit puan itu tidak mampu untuk membantu kerana diberitahu bahawa itu adalah polisi kerajaan. _____________________ 407 “Sex education, finally”, Malaysia Today, 6 Oktober 2011. 408 “No new sex education classes yet, says Education Ministry”, The Malaysian Insider, 16 November 2010. 409 “Nik Aziz: Sex education is like teaching thieves how to steal”, The Malaysian Insider, 2 Julai 2010. 410 “Book ban ‘to guard moral values’”, New Straits Times, 23 Februari 2012. 411 “Book ban ‘to guard moral values’”, New Straits Times, 23 Februari 2012. 412 UMNO (the United Malays National Organisation) merupakan parti politik dominan dalam Barisan Nasional yang telah memerintah selama lebih dari 50 tahun. 413 “Confirmed no go for ‘Where Did I Come From?’ book”, The Star, 23 Februari 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Keadaan ini telah menyebabkan ramai wanita beralih ke klinik swasta. Pelanggaran hak peribadi mereka oleh doktor-doktor hospital kerajaan boleh menyebabkan masalah mental dan fizikal berlaku. Kos pengguguran di klinik swasta adalah jauh lebih mahal berbanding kos operasi yang sama di hospital kerajaan. Operasi pengguguran bayi di hospital kerajaan hanya memakan kos sekitar RM25, manakala operasi yang sama mungkin memakan kos sebanyak antara RM600 sehingga RM2,000 di hospital ataupun klinik swasta.414 Pusat khidmat krisis sehenti (OSCC) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1990-an untuk menguruskan kes-kes keganasan berdasarkan gender di Malaysia. OSCC dilihat sebagai pusat perkhidmatan yang berfungsi secara konsisten di kebanyakan hospital yang menawarkannya. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perubatan, pemeriksaan, rawatan, pengumpulan spesimen, kaunseling, dan aduan mengenai penempatan perlindungan ataupun undang-undang secara bersepadu bagi mangsa-mangsa kes rogol dan keganasan rumah tangga.415 Dianggarkan, terdapat 102 Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah dibuka di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara. 10 sehingga 500 kes telah direkodkan di pusat-pusat tersebut pada setiap tahun.416 Bagaimanapun, OSCC tidak menerima dana terus dari kerajaan. OSCC dianggap sebagai sebahagian daripada Jabatan Kecemasan dan hanya memperoleh sumber kewangan dari jabatan tersebut. OSCC juga beroperasi berdasarkan panduan yang masih lagi boleh dikatakan kabur buat masa sekarang. RRAMM melaporkan pada tahun 2009 mengenai OSCC bahawa: “Kebanyakan mangsa kes rogol dan sumbang mahram gagal memperoleh alat pencegah kehamilan secara berterusan. Selain itu, aduan mengenai pengguguran kandungan diletakkan di bawah pertimbangan Ketua Jabatan Obstetrik dan Sakit Puan. Rawatan susulan berkaitan dengan HIV dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain turut tidak ditawarkan (perbincangan bersama ahli-ahli RRAAM selepas seminar OSCC anjuran Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang, 5 Mei 2009).”417 Tidak lama dari tarikh laporan ini dikeluarkan, OSCC di Hospital Pulau Pinang telah menerima sokongan terus dari Pusat Kesedaran Wanita negeri tersebut dalam usaha mereka menyediakan rawatan dan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan serangan seksual. HIV/AIDS Pada tahun 2010, dianggarkan bahawa terdapat 77,064 individu yang hidup dengan HIV di Malaysia. Sekitar tahun yang sama, 3,652 kes baru telah dilaporkan dan 668 dari kes-kes tersebut (18.3%) melibatkan wanita dan kanak-kanak. Pada tahun yang sama juga, 1,035 kes AIDS telah dikenalpasi dan 167 dari kes-kes itu turut melibatkan golongan tersebut.418 Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) 2008 dan UNICEF menegaskan bahawa pada tahun 1990, kadar jangkitan HIV antara wanita adalah 1.2% sahaja dari kes baru. Pada tahun 2002, jumlah ini meningkat kepada 9.0% sebelum meningkat sekali lagi kepada 10.8% pada tahun 2004. Pada tahun 2006, kadar ini terus berubah menjadi 15% sebelum menjadi lebih kronik pada tahun 2007, apabila mencapai tahap 16%.419 _____________________ 414 Memorandum RRAAM kepada Ketua Pengarah Kesihatan, November 2011 (akan datang). 415 Professor Madya Dr Wong Yut Lin, “Hospital-Based One-Stop Crisis Centres (OSCC): Health Sector Response to Gender-Based Violence in Peninsular Malaysia”, Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA), Malaysia, 2011, hlm.9. 416 Professor Madya Dr Wong Yut Lin, “Hospital-Based One-Stop Crisis Centres (OSCC): Health Sector Response to Gender-Based Violence in Peninsular Malaysia”, United Nations Population Fund (UNFPA), Malaysia, 2011, hlm.13. 417 Abdullah, R. (2009). “Increasing Access to the Reproductive Right to Contraceptive Information and Services, SRHR Education for Youth and Legal Abortion”, Kuala Lumpur, Malaysia: Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW), hlm. 16. 418 Laporan Tahunan Majlis AIDS Kebangsaan dan Pertubuhan AIDS Malaysia 2010, hlm. 10. 419 Kementerian Kesihatan dan UNICEF Malaysia, “Women and Girls: Confronting HIV and AIDS in Malaysia”, 2008, hlm. 11. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 153 Laporan MDG Malaysia 2010 turut mendedahkan bahawa kadar wanita yang hidup dengan HIV di Malaysia telah berganda dari 9.4% pada tahun 2000 ke 18% pada tahun 2009.420 154 Laporan MOH dan UNICEF juga mendedahkan bahawa surirumah yang terbabit dalam hubungan perkahwinan berbentuk monogami mempunyai kemampuan yang lebih rendah berbanding pekerja seks dalam bertegasuntuk menggunakan alat-alat pencegah kehamilan dalam kehidupan seks mereka. Pekerja seks dilaporkan mampu mendesak penggunaan kondom sebelum terbabit dalam persetubuhan bersama pelanggan mereka.421 Golongan suri rumah ini turut tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila dijangkiti HIV. Kebanyakan mereka akan disisihkan masyarakat sebelum terdorong untuk melarikan diri dari masalah tanpa sebarang solusi. Mereka juga dilaporkan lebih cenderung untuk mengelakkan diri mereka dari menyertai sebarang sesi kaunseling dan rawatan diakibatkan layanan masyarakat ke atas mereka. Bagaimanapun, peningkatan jumlah wanita berkahwin ataupun berkeluarga yang dijangkiti HIV turut memberikan gambaran yang jumlah kanak-kanak yang dilahirkan bersama virus ini turut akan meningkat. Ujian pemeriksaan HIV mandatori bagi pasangan yang beragama Islam Setiap pasangan beragama Islam di Malaysia diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan HIV jika ingin berkahwin. Pada tahun 2008, Pengarah Perhubungan Awam bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa bermula pada tahun 2009, setiap pasangan yang beragama Islam di Malaysia diarahkan untuk melakukan ujian pemeriksaan HIV secara mandatori sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.422 Jika salah seorang individu dalam satu perhubungan itu disahkan menghidap HIV, pihak berkuasa tidak menghalang individu tersebut dan pasangannya daripada meneruskan perkahwinan mereka. Pendirian ahli bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Bersama Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu mengenai urusan HIV/AIDS (UNAIDS) mengenai isu pemeriksaan mandatori HIV adalah seperti berikut: “WHO/UNAIDS sama sekali tidak menyokong pemeriksaan HIV secara mandatori dijalankan ke atas mana-mana individu walaupun atas dasar menjaga kepentingan awam dari aspek kesihatan. Pemeriksaan sukarela adalah lebih diyakini mampu mendorong ke arah perubahan sikap dalam menangani jangkitan HIV dari terus berlaku.”423 Halangan pihak polis dalam kempen kesihatan seks yang dijalankan oleh pekerja seks Dalam satu laporan UNDP yang dihasilkan susulan dari dari dialog antara ahli Suruhanjaya HIV dan Undang-undang berkaitannya bagi rantau Asia Pasifik, Yayasan PT telahpun menekankan bahawa usaha memupuk kesedaran mengenai kepentingan kesihatan di kalangan pekerja seks di rantau ini banyak dihalang oleh aktiviti polis: “Kementerian Kesihatan telahpun membayar kami untuk mendekati pekerja-pekerja seks dan mengedarkan kondom kepada mereka. Bagaimanapun, usaha kami telah dihalang oleh pihak polis melalui tindakan mereka yang menahan sesiapa sahaja yang memiliki lebih dari tiga keping kondom atas dasar syak-wasangka. Sebagai kesan, sebaik sahaja mangsamangsa tangkapan rambang ini dibebaskan, mereka lebih cenderung untuk menjauhkan diri dari kami agar tidak lagi ditimpa masalah tahanan yang sama pada masa akan datang. Ini menyebabkan usaha kami dan kerajaan terbazir.”424 _____________________ 420 Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, United Nations Country Team, Malaysia, 2011, hlm.viii. 421 Kementerian Kesihatan dan UNICEF Malaysia, “Women and Girls: Confronting HIV and AIDS in Malaysia”, 2008, hlm. 47. 422 “Mandatory testing flawed”, The Nut Graph, 19 Disember 2008. 423 UNAIDS/WHO Policy Statement on HIV Testing, UNAIDS/WHO, 2004 424 Raymond Tai, Yayasan PT, dipetik dari HIV, Health and Development Programme for Asia and the Pacific, UNDP Asia-Pacific Regional Centre, “Report of the Asia Pacific Regional Dialogue of the Global Commission on HIV and the Law”, Bangkok, 17 Februari 2011, hlm. 10. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Pada sama yang sama, laporan UNDP juga turut menekankan bahawa serbuan polis dan pegawaipegawai jabatan agama telah menghalang aktiviti pencegahan penyebaran HIV di kalangan pekerja seks transgender di Malaysia daripada dapat dijalankan. Yayasan PT Malaysia menyebut bahawa: “[Pada tahun 2010] kami telah menerima 22 kes berkenaan dengan golongan transgender yang ditahan oleh pegawai-pegawai jabatan agama. Mereka juga telah dibawa untuk dirujuk kepada Pusat Bantuan Undang-undang. Menurut laporan dari golongan pekerja seks dan pelanggan mereka, serbuan pihak polis dan pegawai-pegawai agama telah berlaku pada kadar yang kerap dan boleh dikatakan berlaku pada setiap hari. Sebahagian daripada mereka turut melaporkan bahawa mereka menerima layanan kasar daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Kesannya, kebanyakan pekerja seks transgender ini tidak lagi berani untuk menerima kondom yang diedarkan oleh pihak kerajaan. Mereka juga tidak lagi berani untuk menghubungi pekerja-pekerja bantuan kami untuk mendapatkannya.”425 Amalan berkhatan wajib untuk wanita beragama Islam Cadangan Umum ke-14 CEDAW yang telah diketengahkan pada tahun 1990 mendesak agar Negaranegara Anggota PBB untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani amalan berkhatan di kalangan wanita dengan menyatakan “Negara-negara Anggota seharusnya menyertakan dalam laporan mereka kepada ahli jawatankuasa di bawah Artikel 10 dan 12 Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) mengenai usaha mereka menangani amalan berkhatan secara paksa yang dilakukan ke atas wanita.” Pada April 2009, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa adalah wajib bagi wanita beragama Islam di Malaysia untuk dikhatankan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang boleh membahayakan mereka.426 Fatwa ini bagaimanapun tidak mencapai taraf undang-undang dan hanyalah dikeluarkan sebagai satu cadangan. Fatwa ini dikeluarkan tidak lama selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersidang bersama Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai isu amalan berkhatan di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia sebenarnya agak khuatir mengenai amalan ini memandangkan amalan ini tidak diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). JAKIM mengambil keputusan untuk merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan dan menjadi isu besar. Bagaimanapun, sejauh mana amalan berkhatan di kalangan wanita diamalkan, dan cara amalan ini dilakukan, tidak begitu diketahui.427 Seperti mana yang disebutkan dalam Artikel ke 5 bagi laporan CEDAW ini, sebuah laporan dari UNICEF dan Universiti Al-Azhar telahpun menekankan bahawa “dari sudut Islam, kitab suci Al-Quran tidak pernah menyatakan secara terus ataupun jelas mengenai hukum amalan berkhatan di kalangan wanita. Istilah ‘berkhatan secara sunnah’ hanyalah satu istilah yang tidak berasas dan digunakan untuk mengaitkan sesuatu amalan biasa dengan ajaran Islam. Berdasarkan persetujuan dari ulama dahulu dan sekarang, tiada sebarang bukti bahawa tradisi berkhatan sedemikian adalah tradisi yang diwarisi dari Nabi Muhammad dan patut dikaitkan dengan Baginda.”428 _____________________ 425 HIV, Health and Development Programme for Asia and the Pacific, UNDP Asia-Pacific Regional Centre, “Report of the Asia Pacific Regional Dialogue of the Global Commission on HIV and the Law”, Bangkok, 17 Februari 2011, hlm. 6. 426 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation 427 Ab. Rahman Isa, Rashidah Shuib, M Shukri Othman, “The Practice of Female Circumcision among Muslims in Kelantan, Malaysia”, Reproductive Health Matters, Vol. 7, No. 13, Mei 1999. 428 UNICEF dan Pusat Pengajian Islam Antarabangsa bagi Penyelidikan Populasi Universiti Al-Azhar, “Children in Islam: Their Care, Development and Protection”, 2005, halaman 9, boleh dirujuk di laman web: http://www.unicef.org/egypt/Egy-homepageChildreninislamengsum%281%29.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 155 156 Perbezaan tahap akses perkhidmatan kesihatan bagi golongan wanita yang lemah Rashidah Abdullah telah mengeluarkan kenyataan bahawa: “Tiada masalah dilaporkan di kalangan wanita yang sudah berkahwin di Malaysia untuk mendapatkan akses kesihatan. Malaysia turut boleh dijadikan negara contoh dari aspek ini. Bagaimanapun, wanita dari kalangan pendatang asing (terutamanya yang tidak berdaftar), pekerja asing (terutamanya yang tidak sepatutnya hamil sebelum kontrak mereka tamat), pelarian, dan golongan wanita hamil yang sebelum berkahwin, mempunyai masalah ketara dari sudut ini.”429 Warga asing yang berpasangan dengan warganegara Malaysia Golongan wanita yang bersuamikan warganegara Malaysia mempunyai masalah dalam mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sekiranya akses berjaya diperoleh, kos perkhidmatan pula sering menjadi isu. Berdasarkan penceritaan dari beberapa pihak, terdapat segolongan dari golongan wanita ini yang turut mempunyai masalah yang sama apabila mereka cuba untuk mendapatkan bantuan kesihatan bagi pihak anak-anak mereka.430 Bina Ramanand, salah seorang dari wanita yang bersuamikan warganegara Malaysia berkata, “Satu masa dahulu saya telah mengalami situasi yang begitu tertekan apabila pihak hospital tidak menerima anak saya untuk dimasukkan ke hospital hanya kerana saya tidak memiliki pasport negara ini. Selain itu, saya juga perlu membayar bayaran sebanyak dua kali ganda di hospital kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan sepanjang proses bersalin, walaupun anak yang bakal dilahirkan adalah warganegara negara ini.”431 Pelarian wanita Golongan wanita pelarian di Malaysia turut menghadapi kesukaran dalam mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan sepanjang mereka berada di sini. Walaupun pusat kesihatan disediakan oleh kerajaan Malaysia dan pemilik kad UNHCR di antara golongan pelarian ini boleh mendapatkan 50 peratus diskaun di pusat-pusat kesihatan tersebut, mereka yang belum lagi mendapatkan status penuh sebagai pelarian tidak dibenarkan sama sekali untuk diberikan kelebihan ini.432 Sebuah kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Inisiatif Ekuiti Kesihatan ke atas sekumpulan pelarian Afghanistan dan mereka yang mencari perlindungan di Malaysia telah menunjukkan bahawa kos perubatan di Malaysia merupakan penghalang utama bagi kumpulan pelarian ini untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Selain dari itu, pihak RELA juga mempunyai kecenderungan untuk menahan mana-mana pihak yang disyaki sebagai pendatang tanpa izin di Malaysia ketika rawatan diberikan.433 Selain dari kerisauan mengenai kos yang tinggi dan tangkapan polis, para pelarian tersebut juga menyatakan bahawa “ketakutan terhadap keganasan bercorak serangan fizikal dan rompakan ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di fasiliti yang ada, penangkapan ketika rawatan diberikan, kekurangan wang, masalah bahasa, dan diskriminasi ketika rawatan” turut menjadi faktor penghalang bagi mereka untuk mendapatkan rawatan disaat yang diperlukan.434 Pada tahun 2008 dan 2009, UNHCR telah mendapat tahu bahawa terdapat “satu tahap tertentu bagi kemahuan berkaitan dengan hasrat untuk merancang keluarga” di kalangan golongan pelarian dan pencari perlindungan di Malaysia.435 _____________________ 429 Abdullah, R. (2009). “Increasing Access to the Reproductive Right to Contraceptive Information and Services, SRHR Education for Youth and Legal Abortion.” Kuala Lumpur, Malaysia: Asian-Pacific Resource and Research Centre for Women (ARROW), hlm. 12. 430 “Married to locals but treated differently”, New Straits Times, 6 Jun 2009. 431 Dipetik dari “The long wait to be Malaysian: The foreign spouse experience”, The Nut Graph, 4 Ogos 2010. 432 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender, Pulau Pinang (3Gs) dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 43. 433 Inisiatif Ekuiti Kesihatan, “Between a Rock and a Hard Place: Afghan Refugees and Asylum Seekers in Malaysia”, 2010, hlm. 15. 434 Halangan-halangan bagi mendapatkan akses untuk perkhidmatan kesihatan telah dikenalpasti melalui penemuan Cecilia Ng daripada temuramahnya dengan golongan pelarian wanita dari kalangan masyarakat Rohingya, Somalia, Agfhanistan, dan Sri Lanka dalam hasil kerjanya Gender and Rights:Analysis for Action, hlm. 43. 435 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender, Pulau Pinang (3Gs) dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 43. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Wanita orang asli Di Semenanjung Malaysia, terdapat 125 lokasi yang dilawati oleh klinik bergerak, 20 pusat kesihatan sementara bagi mereka yang dalam perjalanan ke hospital, dan 10 klinik untuk masyarakat orang asli. Kementerian Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat orang asli yang mempunyai akses jalan, dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pula bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan untuk kampung-kampung orang asli di kawasan pedalaman.436 Statistik yang lepas menunjukkan golongan orang asli wanita di Semanjung Malaysia mempunyai purata jangka hayat yang kurang berbanding lelaki. Colin Nicholas telah mengatakan bahawa, “Wanita orang asli di Malaysia mempunyai kadar pendarahan post-partum dan puerperal sepsis yang jauh lebih tinggi dari mana-mana kumpulan di Malaysia.”437 Golongan wanita berketurunan orang asli di Malaysia juga mempunyai risiko yang tinggi untuk gagal mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan dijangkiti parasit usus yang berbahaya.438 Colin Nicholas menambah, “Disebabkan kebanyakan ramai orang asli di Malaysia hidup di bawah paras kemiskinan, kesihatan mereka berada di tahap yang amat membimbangkan.”439 Kajian yang dijalankan di sebahagian kawasan di Sarawak pada tahun 2002 menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung untuk dijangkiti dengan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh cacing gelang dan cacing kerawit berbanding lelaki.440 Kajian lain yang turut dijalankan pada tahun 2002 juga menunjukkan bahawa wanita orang asli dari kedua-dua bahagian Malaysia, Timur dan Barat, mempunyai kadar nisbah kematian ibu (MMR) yang lebih tinggi berbanding kumpulan wanita lain di negara ini, pada kadar 92.4 bagi setiap 100,000 kelahiran.441 Kajian lebih lanjut yang dijalankan pada tahun 2007 pula menunjukkan bahawa wanita di Sabah yang kurang berkemampuan dan berpendidikan rendah hanya mula mendapatkan bantuan apabila penyakit mereka sudah berada pada tahap yang merbahaya. Sebagai contoh, pesakit kanser payudara hanya mula mendapatkan rawatan apabila kansernya sudah merebak ke tahap yang merbahaya.442 Statistik kesihatan sering dikategorikan mengikut etnik – Melayu, Cina, India, Bumiputra, dan Lain-Lain” berbanding mengikut gender. Ini bukanlah cara yang terbaik untuk menyusun rekod simpanan kesihatan. Cara ini hanya akan menyebabkan realiti tahap kesihatan wanita-wanita di Malaysia, terutamanya dari kalangan orang asli yang membimbangkan, gagal dijelaskan. Data yang jelas perlu diwujudkan bagi meningkatkan kefahaman warga Malaysia agar tahap kesihatan wanita dari kalangan masyarakat orang asli lebih terjaga. Lesbian dan transgender Terdapat kekurangan maklumat tentang seks selamat untuk lesbian di klinik kesihatan. Golongan transgender juga mengalami diskriminasi yang ketara dalam mendapatkan bantuan kesihatan, kerana gender dalam kad pengenalan mereka tidak sama dengan gender yang mereka pilih. Diskriminasi ini telah menyebabkan ramai golongan transgender terdorong untuk mendapatkan rawatan persendirian berbanding rawatan professional di hospital ataupun klinik.443 _____________________ 436 Colin Nicholas, Orang asli: Rights, Problems, Solutions, Sebuah Laporan tajaan SUHAKAM, 2010, hlm.46-47. 437 Colin Nicholas, Orang asli: Rights, Problems, Solutions, Sebuah laporan tajaan SUHAKAM, 2010, hlm.42. 438 Colin Nicholas, Orang asli: Rights, Problems, Solutions, Sebuah laporan tajaan SUHAKAM, 2010, hlm.42 439 Colin Nicholas, Orang asli: Rights, Problems, Solutions, Sebuah laporan tajaan SUHAKAM, 2010, hlm.42-43. 440 Sagin, D. D., et al. “Intestinal parasite infection among five interior communities at Upper Rejang River, Sarawak, Malaysia”, SEAJTMPH 33 (1), 2002, hlm. 18-22. 441 Jegasothy, R., “Sudden maternal deaths in Malaysia: a case report”, J. Obstetrical Gynaecological Research 28 (4), 2002, hlm. 186193. 442 Leong, B. D., et al., “Breast cancer in Sabah, Malaysia: a two year prospective study”, Asian Pacific J. Cancer Prevention 8 (4), 2007, hlm. 525-529. 443 Golongan transgender masih lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan fasiliti yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Sebagai contoh, kewujudan tandas awam konvensional. Golongan transgender berasa takut untuk memasuki tandas awam sebegini. Kesannya, mereka mungkin mengalami jangkitan pundi kencing. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 157 158 Pada tahun 2010, seorang transgender dari Malaysia telahpun diberikan status pelarian di Australia kerana menerima layanan berbentuk diskriminasi di negara ini. Tribunal Semakan Pelarian Australia telah mendapati bahawa “pemohon visa … merupakan seorang yang amat terdedah kepada bahaya di Malaysia akibat keadaan sosio-ekonominya, yang mana turut boleh dikaitkan dengan masalahnya untuk mendapatkan kad pengenalan yang menggambarkan dirinya yang terkini sebagai seorang wanita. Masalah ini telah menyebabkan individu ini terpaksa melalui kesukaran dalam mendapatkan rawatan kesihatan setiap kali memerlukannya.”444 “Tribunal juga telah mendapati bahawa, pemohon visa turut berpotensi untuk menerima kecederaan serius jika pemohon terpaksa dihantar pulang ke negara asalnya, disebabkan statusnya sebagai seorang wanita transgender di Malaysia yang tidak memiliki sebarang sokongan dan perlindungan kewangan atau kekeluargaan.”445 Individu transgender tersebut telahpun membuat kenyataan berbunyi: “Ketika saya sakit, mereka akan meletakkan saya dalam wad lelaki. Ketika saya di wad lelaki, saya akan dipanggil dengan nama lama (lelaki) saya yang tidak lagi digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan saya berasa amat malu, terutamanya apabila nama saya dipanggil dari jauh dan saya terpaksa menjawab panggilan tersebut. Ramai orang ketawakan saya, dan saya dapat merasakan bahawa saya berpotensi untuk dijadikan sasaran untuk dipukul dan diserang hanya disebabkan status saya sebagai seorang transgender. Selain itu, saya juga sama sekali tidak berpeluang untuk mendapatkan kad pengenalan yang menunjukkan bahawa saya kini seorang wanita di negara saya.”446 Jawatankuasa CEDAW telahpun mengenalpasti bentuk-bentuk diskriminasi terhadap golongan lesbian, biseksual, transgender, dan wanita interseks dalam mendapatkan bantuan kesihatan. Dalam Komen Penutup mereka di Costa Rica pada Julai 2011, Jawatankuasa CEDAW telahpun menyatakan rasa khuatir mereka ke atas nasib golongan-golongan di atas yang berkemungkinan akan menerima layanan yang buruk dari pengamal perubatan dan pihak berkuasa di negara asal mereka. Informasi yang diterima mereka turut menunjukkan bahawa situasi itu sudahpun berlaku sejak sekian lama di Costa Rica. Jawatankuasa CEDAW di Costa Rica telahpun mendesak pihak kerajaan Costa Rica supaya “meningkatkan lagi usaha mereka dalam menangani diskriminasi terhadap wanita berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender, termasuklah dengan melancarkan kempen yang ditujukan kepada seluruh lapisan masyarakat dan sesi latihan kepada penguatkuasa undang-undang dan pengamal perubatan, dalam memastikan penganiyaan dan layanan buruk terhadap golongan wanita tertentu tidak berlaku.”447 Insurans kesihatan Untuk golongan yang berusia melebihi 60 tahun, insuran kesihatan tidak disediakan secara am. Dalam beberapa kes, syarikat insurans tidak akan menawarkan bayaran pampasan ataupun rawatan kepada golongan ini jika terdapat rekod yang menunjukkan terdapat seseorang ahli keluarga dari golongan ini yang pernah mengalami sakit jantung walaupun jenis sakit jantung yang selalunya ditanggung oleh polisi insurans biasa. Situasi ini seharusnya membimbangkan wanita, kerana secara kasarnya mereka mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada lelaki. _____________________ 444 Refugee Review Tribunal Decision Record, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-49. 445 Refugee Review Tribunal Decision Record, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-68. 446 Australian Refugee Review Tribunal Decision Record, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-38. 447 Komen Penutup Jawatankuasa CEDAW kepada Costa Rica, CEDAW/C/CRI/CO/5-6, 11-29 Julai 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 12 CEDAW: • Menjadikan gender sebagai salah satu kriteria utama dalam perancangan polisi berkaitan kesihatan, kajian, perancangan awam, perkhidmatan organisasi, dan penyampaian maklumat. Pertubuhan Bukan Kerajaan sudahpun mengemukakan cadangan ini sejak 15 tahun yang lepas. Namun begitu, tiada tindakan yang konkrit telah diambil oleh pihak kerajaan. • Maklumat lanjut mengenai status sosio-ekonomik, etnik, dan gender seharusnya direkodkan dalam bentuk yang terancang pada semua peringkat agar analisis data dapat dijalankan dan hasilnya boleh disiarkan secara kerap. Kajian khas harus dijalankan untuk orang asli. • Kesemua data mengenai maklumat kesihatan seharusnya menggunakan sistem pengasingan maklumat berdasarkan gender. Ini penting untuk membolehkan kajian lanjut mengenai kesankesan penyakit yang mungkin berbeza ke atas lelaki dan wanita, dan membolehkan masalahmasalah lain yang menyukarkan wanita dalam mendapatkan akses perubatan dapat dikenalpasti. • Kesan penswastaan fasiliti hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kepada wanita seharusnya dikaji semula. • Kajian seharusnya dijalankan semula ke atas piawaian yang digunakan untuk merekod sejauh mana wanita dibenarkan untuk terbabit dalam perancangan keluarga dan jarak tahun antara kelahiran anak-anak mereka. Selain dari menggunakan kadar penggunaan alat pencegah kehamilan, kadar kesuburan, dan kadar hasrat untuk memulakan perancangan keluarga, nisbah bagi kelahiran yang tidak terancang dan kadar pengguguran seharusnya juga digunakan sebagai medium pengukur tahap kesihatan reproduktif wanita. Kadar bayi yang dibuang turut boleh digunakan untuk tujuan yang sama. • Setiap wanita asing dan pelarian seharusnya diberikan prioriti dan akses untuk mendapatkan bantuan dan rawatan kesihatan apabila diperlukan. Sesi kaunseling berkaitan HIV/AIDS juga sepatutnya diberikan kepada mereka sebagaimana kepada warganegara Malaysia. • Analisis gender juga seharusnya digunakan dalam penilaian kadar penyebaran HIV/AIDS. Kami mencadangkan agar terma “penyebaran daripada ibu ke anak” digantikan dengan terma “penyebaran daripada ibu bapa ke anak” untuk digunakan dalam menggambarkan penyebaran HIV di kalangan bayi. • Kerajaan seharusnya menghormati hak remaja untuk mendalami pengetahuan dan mendapatkan kaunseling berkaitan isu-isu seks dan kesihatan sistem reproduktif. Perkhidmatan kepada golongan ini juga seharusnya diluaskan dengan mewujudkan klinik-klinik yang lebih santai, sesuai dengan citarasa remaja, dan bersifat terbuka terutamanya mengenai kaedah pencegahan kehamilan. • Wanita juga seharusnya diberikan kebenaran untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pembedahan tanpa mendapatkan keizinan suami sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta. Amalan masyarakat yang menghalang wanita berkahwin untuk mendapatkan perkhidmatan pakar perancangan keluarga tanpa keizinan suami merupakan amalan yang perlu segera diubah. Kementerian Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas ini. Pada masa yang sama, tanggungjawab lelaki dan pembabitan mereka dalam membina kehidupan yang sihat seharusnya lebih ditekankan dalam masyarakat. Perkara ini masih lagi menjadi sesuatu yang sukar dilakukan walaupun usaha sudah dimulakan sejak 30 tahun dahulu. • Kementerian Kesihatan perlu memberikan bantuan berbentuk sekular berasaskan hak reproduktif, bukannya berdasarkan nilai keaagamaan, dalam aspek kesihatan, terutamanya dalam isu berkaitan dengan kelahiran bayi, pengguguran, dan pencegahan kehamilan. Ini bermaksud: – Wanita seharusnya diberikan akses percuma kepada perkhidmatan bantuan pencegahan kehamilan tanpa sebarang pengecualian (terutamanya dalam bentuk status perkahwinan, kewarganegaraan, etnik, mahupun agama). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 159 160 – Panduan polisi juga seharusnya dibangunkan agar para pengamal perubatan seperti doktor dan jururawat dapat mengawal diri mereka dari menekankan fahaman agama mereka ke atas pesakit mereka ketika sesi rawatan mahupun kaunseling. – Perkhidmatan pengguguran bayi seharusnya menggunakan teknologi yang paling terkini dan terselamat secara menyeluruh di negara ini. Wanita di Malaysia dipercayai amatamat memerlukan bantuan sebegini terutamanya mereka yang menjadi mangsa rogol dan perilaku sumbang mahram. – Kurikulum latihan bagi doktor dan jururawat bagi topik berkaitan pencegahan kehamilan dan undang-undang pengguguran seharusnya dirujuk kembali dan sentiasa diperbaharui dari masa ke masa. – Informasi mengenai masalah kehamilan yang tidak dikehendaki yang diedarkan di klinik swasta dan hospital kerajaan seharusnya tidak hanya diberikan fokus kepada pengambilan anak angkat. Informasi mengenai undang-undang pengguguran turut disertakan bersama. – Amalan diskriminasi ke atas wanita hamil yang beragama Islam dalam bentuk sesi kaunseling mandatori perlu dihentikan sepertimana amalan melarang wanita dewasa dari membuat keputusan berkaitan isu bersalin dan pengguguran tanpa mendapat nasihat ibu bapa mereka. • Pendidikan seks harus diajar di semua sekolah di Malaysia. Silibus kelas ini harus dibuat berdasarkan pendekatan kepada hak-hak asasi manusia dan turut memuatkan isu-isu seperti kehamilan tidak terancang, teknik pencegahan kehamilan, pengguguran, corak perhubungan yang sihat, seksualiti, identiti gender, akil baligh, persepsi badan, dan tentunya penyakitpenyakit yang diakibatkan oleh aktiviti seks. • Program “Perkhidmatan Pakar Perancangan Keluarga” seharusnya ditukar nama menjadi “Perkhidmatan Pakar Pencegahan Kehamilan” untuk menghormati dan mempromosi hak bagi pasangan yang belum berkahwin untuk menggunakan alat pencegah kehamilan. • Bantuan kerajaan ke atas perkhidmatan berkaitan isu-isu sistem reproduktif seharusnya ditingkatkan. Sokongan mereka terhadap FRHAM juga perlu diperkasakan agar klinikklinik dapat ditambah baik dan golongan anak muda, warga asing, dan mereka yang kurang berkemampuan dapat didekati. Ini penting bagi mengurangkan kehamilan tidak terancang dan menambah kadar penggunaan alat pencegah kehamilan di negara ini. • Perkhidmatan kesihatan seharusnya mampu menguruskan isu kesihatan golongan transgender dengan baik dan prihatin, conthonya tidak menghantar mereka ke wad gender yang bertentangan dengan gender mereka. • Perkhidmatan kesihatan turut seharusnya menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan kehidupan seks yang sihat secara terbuka dengan mengambil kira perbezaan orientasi seksual dan identiti gender semua lapisan masyarakat. • Laksanakan kajian semasa berkaitan kadar penggunaan alat pencegah kehamilan dan keperluan yang belum dicapai. Data ini harus digunakan untuk analisis demi penghasilan strategi bagi meningkatkan penggunaan alat pencegahan kehamilan. • Kajian untuk memahami dan mengatasi kadar rendah bagi penggunaan alat pencegah kehamilan seharusnya dijalankan. Dua aspek yang perlu ditekankan adalah cara yang terbaik untuk mengajar lelaki agar memahami keperluan wanita dan teknik terbaik bagi memperkasakan wanita dalam isu-isu berkaitan kehidupan seks mereka. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 13: HAK EKONOMI DAN SOSIAL 163 Artikel 13 Negara-negara Anggota seharusnya mengambil semua langkah sesuai bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam urusan lain berkaitan dengan kehidupan sosial dan ekonomi bagi memastikan, berdasarkan kesamarataan antara lelaki dan perempuan, hak-hak yang sama, khususnya: (a) Hak untuk mendapatkan faedah kekeluargaan; (b) Hak untuk pinjaman bank, pinjaman rumah, dan sebarang urusan kredit lain; (c) Hak untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti rekreasi, sukan dan semua aspek dalam kehidupan kebudayaan. Kebanyakan isi kandungan Laporan Bayangan CEDAW NGO 2005 yang dikeluarkan pada tahun 2005 masih lagi relevan sehingga kini. Dalam bab yang membincangkan Artikel 14 bagi laporan tersebut, isuisu berkaitan dengan penjagaan anak dan cuti ibu bapa telah dibangkitkan. Isu-isu ini turut dibangkitkan dalam laporan ini dalam bab yang membincangkan Artikel 11 CEDAW. Perkara kunci bagi bab ini: • Kerajaan masih dilihat gagal memberikan peruntukan yang mencukupi dan golongan wanita kurang upaya sering kali gagal mendapatkan akses bagi bantuan kebajikan daripada kerajaan. • Warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berhadapan dengan masalah ketika mencuba untuk membuka akaun bank peribadi. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada suami mereka secara ekonomi. Faedah Malaysia bukan negara berkebajikan dan faedah kekeluargaan adalah minimal. Bayaran elaun kepada golongan ibu tunggal ataupun warga tua sering dibuat secara kurang terancang.448 Program-program kerajaan yang disediakan bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, seperti program 1Tekun dan 1Azam, tidak mempunyai akses yang mencukupi. Ramai yang layak dibantu tidak mengetahui kewujudan bantuan ini. Ada juga yang gagal mendapat bantuan kerana tidak berada di bawah garis kemiskinan yang ditetapkan. Garis kemiskinan yang digunakan buat masa sekarang dilihat bersifat kurang realistik bagi membolehkan mereka yang memerlukan untuk mendapatkan hakhak mereka (rujuk bab yang membincangkan Artikel 1-4 berkenaan dengan kemiskinan di Malaysia).449 Keluarga-keluarga miskin menerima bantuan dalam bentuk skim perumahan dan program bantuan rawatan kemiskinan. Memandangkan bantuan sering diberikan kepada mereka yang sudah berkeluarga, kebanyakan wanita yang belum berkahwin masih lagi sukar untuk menerima sebarang bentuk pertolongan yang telah diwujudkan. Majlis Perbandaran Kuala Lumpur melaporkan, “tiada peruntukan yang mencukupi dari segi perumahan bagi sesetengah lapisan masyarakat,” termasuklah “golongan kurang upaya, warga tua, golongan ibu tunggal, dan lelaki dan wanita bujang.”450 _____________________ 448 “RM1.4bil allocation for elderly, disabled and single mothers”, New Straits Times, 24 Mac 2012. 449 Artikel oleh Prema Devaraj yang tidak disiarkan, Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pulau Pinang, 2010. 450 Laman web Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/english/housing/index.htm Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 164 Urusan perbankan warga asing yang bersuamikan rakyat Malaysia Warga asing yang berkahwin dengan rakyat negara ini yang tidak bekerja ataupun belum mendapat taraf penduduk tetap tidak boleh membuka akaun bank peribadi. Mereka terpaksa membuat akaun bersama dengan pasangan mereka bagi membolehkan urusan kewangan mereka diselesaikan. Mereka juga turut menghadapi kesulitan dalam menggunakan kad kredit sendiri. Jika mereka ingin menggunakan kad kredit, nama pasangan mereka perlu disebut, ataupun bayaran yang besar akan dikenakan ketika deposit permohonan dibuat. Kekurangan kebebasan kewangan ini dilihat mampu mengancam golongan ini dalam pelbagai aspek. Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW Ke-21 telah menyatakan bahawa: “Apabila seorang wanita tidak mempunyai akses bagi mendapatkan bantuan kredit kewangan, ataupun hanya dibenarkan mendapat akses tersebut dengan bantuan suaminya, ataupun saudara lelakinya sebagai penjamin, wanita tersebut sebenarnya sudah dinafikan haknya dari sudut autonomi perundangan… Batasan ini sebenarnya menghalang wanita ini daripada menampung hidup sendiri dan orang yang bergantung kepadanya.”451 Warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia yang ingin berharta turut menghadapi halangan perundangan dalam urusan pemilikan harta. Penglibatan wanita dalam sukan Terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi kaum wanita bagi membolehkan mereka menglibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan sukan. Pelajar perempuan sememangnya diberikan hak yang sama untuk bersukan sebagaimana pelajar lelaki. Namun begitu, terdapat pelbagai bentuk peraturan khas termasuk daripada aspek kod pakaian yang perlu dipatuhi oleh mereka. Hukum Islam seperti pemakaian tudung dan t-shirt berlengan panjang masih lagi ditekankan. Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 13 CEDAW • Mengumpulkan dan menerbitkan data berkaitan dengan taraf kemiskinan yang diasingkan mengikut gender. • Menyemak semula kriteria bagi pemberian bantuan kebajikan dan program pemindahan wang sedia ada dengan menggunakan garis kemiskinan yang realistik. • Memperuntukkan lagi dana bagi urusan kekeluargaaan seperti dana bagi menampung kos perumahan, elaun pendidikan anak-anak, dan bantuan makanan dan nutrisi, untuk mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan ataupun dalam keluarga ibu atau bapa tunggal. • Pemberian status penduduk tetap secara automatik seharusnya dibuat ke warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia setelah mereka menetap di sini melebihi dua tahun bagi membolehkan mereka berdikari. Status penduduk tetap dilihat memainkan peranan yang amat penting dalam permohonan kredit bank ataupun pembukaan akaun peribadi. _____________________ 451 Jawatankuasa CEDAW, Cadangan Umum ke-21, perenggan ke-7. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 14: WANITA LUAR BANDAR 167 Artikel 14 1. Negara-negara Anggota harus mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita di luar bandar dan peranan-peranan penting mereka dalam kehidupan ekonomi keluarga mereka, termasuk kerja mereka dalam bidang-bidang ekonomi yang tidak bermotifkan hasil kewangan, dam harus mengambil semua langkah bersesuaian untuk memastikan aplikasi peruntukan Konvensyen sekarang termasuk wanita luar bandar. 2. Negara-negara Anggota perlu mengambil semua langkah yang wajar bagi menghapuskan diskriminasi ke atas wanita di luar bandar bagi memastikan, atas dasar kesamarataan antara lelaki dan perempuan, mereka terlibat dalam dan mendapat faedah daripada pembangunan luar bandar, khususnya, memastikan hak wanita untuk: (a) Menglibatkan diri dalam pembentukan dan pelaksanaan rancangan pembangunan pada semua peringkat; (b) Mendapatkan akses kemudahan kesihatan yang mencukupi, termasuk maklumat, kaunseling dan perkhidmatan perancangan keluarga; (c) Mendapat faedah secara terus daripada program sekuriti sosial; (d) Mendapat semua jenis latihan dan pendidikan, formal dan tidak formal, termasuk yang berkaitan dengan pengetahuan membaca, dan, antara yang lain, faedah daripada semua perkhidmatan kemasyarakatan, bagi meningkatkan kemampuan teknikal mereka; (e) Mengatur kumpulan bantuan sendiri dan koperasi bagi mendapatkan akses yang samarata untuk peluang ekonomi melalui pekerjaan atau pekerjaan bersendirian; (f) Melibatkan diri dalam semua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan; (g) Mendapatkan akses kepada kredit dan pinjaman pertanian, kemudahan pemasaran, teknologi yang bersesuaian dan layanan yang samarata dalam reformasi tanah dan pertanian dan juga skim pendudukan semula; (h) Menikmati kehidupan yang serba lengkap, khususnya berkaitan dengan perumahan, pembersihan, bekalan elektrik dan air, pengangkutan dan komunikasi. Malangnya data berkaitan dengan wanita luar bandar ini tidak dapat diperolehi secara mencukupi bagi membolehkan analisis ke atas mereka dilakukan. Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama telah menyebut mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. Baru-baru ini, kes penderaan wanita di kalangan komuniti orang asli di Sarawak semakin mendapat perhatian. Bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dari sudut politik yang membolehkan keadaan ini. Perkara kunci bagi bab ini: • Perwakilan wanita dalam ahli jawatankuasa kampung masih berada pada tahap yang rendah. • Masyarakat Penan di Sarawak terpaksa menghadapi penafian hak mereka sendiri ke atas tanah dan akses perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Ramai ahli komuniti ini terpaksa bergantung kepada syarikat pembalakan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan, seperti bantuan pengangkutan. Selain itu, kaum wanita, kanak-kanak mahupun dewasa, dalam masyarakat ini sering kali terdedah kepada penderaan. Kerajaan negeri telah gagal membangkitkan isu ini ke peringkat perundangan bagi membolehkannya diselesaikan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Penglibatan wanita yang rendah dalam ahli jawatankuasa kampung 168 Penglibatan wanita dalam ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) masih lagi berada pada tahap yang rendah di seluruh negara. Jawatankuasa-jawatankuasa ini bukannya kerajaan tempatan. Daripada 15,640 ahli jawatankuasa sedia ada pada tahun 2009, hanya 161 mempunyai pengerusi wanita. Ini boleh disamakan dengan 1 peratus daripada jumlah keseluruhan.452 Penderaan kanak-kanak dan wanita Penan di Sarawak Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak, keganasan rumah tangga dan eksploitasi wanita dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan komuniti Penan di kawasan Baram Tengah dan Ulu Baram, Sarawak. Hak ke atas tanah kaum Penan telah dinafikan akibat projek pembangunan dan pembalakan yang sedang dijalankan. Laporan NGO yang bertajuk “Bukan Pembangunan, Tetapi Rompakan” telah dikeluarkan pada tahun 2000 bagi membincangkan perkara ini. Laporan SUHAKAM bagi tahun 2007 mengenai komuniti ini di Ulu Belaga telahpun menekankan kemiskinan hidup komuniti ini yang boleh dikaitkan terus dengan kerajaan Negeri Sarawak, yang bertanggungjawab secara penuh ke atas hak dan keadaan hidup mereka. Pada September 2009, laporan daripada Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang disokong oleh pihak kerajaan telah diterbitkan453 bagi mengesahkan laporan-laporan sedia ada. Laporan ini telah mengesahkan bahawa penderaan seksual, kemiskinan masyarakat, dan kekurangan akses pendidikan dan kesihatan benar-benar berlaku dalam komuniti masyarakat Penan.454 Pada tahun 2010, sekumpulan NGO telah menyiasat dengan lebih lanjut mengenai situasi masyarakat di Sarawak setelah dimaklumkan mengenai kewujudan sekumpulan wanita Penan dan keluarga yang berminat untuk berkongsi cerita mengenai keganasan seksual dan eksploitasi yang berlaku. NGO ini telah mendapat motivasi untuk mendokumentasikan bukti-bukti baru kerana laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan tidak mendapat sokongan dari ketua-ketua kerajaan negeri Sarawak. Mereka yang terbabit telah melawat tiga komuniti Penan dan satu komuniti Kenyah sebelum mendengar kisah daripada 13 lagi komuniti Penan yang lain. Misi ini telah mendapati bahawa kaum wanita dalam komuniti-komuniti tersebut sememangnya sudi berkongsi cerita mengenai perkara ini, tetapi tidak mahu melaporkannya lagi kepada pihak polis, setelah menerima layanan sambil lewa daripada mereka. Masalah seperti tidak memiliki kad pengenalan, perbezaan bahasa, dan kos perjalanan yang tinggi telah menghalang mereka daripada terus menghubungi pihak berkuasa. Berikut merupakan antara contoh kajian kes yang disebut dalam laporan NGO tersebut: Kes individu A: “Satu malam pada tahun 2011, dua orang pegawai pembalakan telah memecah masuk ke dalam rumah individu A… A dan kakaknya telah dipaksa untuk mengikut kedua-dua pembalak ini ke kem pembalakan berdekatan pada keesokan paginya…. Di kem tersebut A telah dipisahkan dari kakaknya…. A telah diletakkan dalam kem tersebut untuk tempoh seminggu… dan di sana, dia telah dipukul dan dimarahi setiap hari… Dia turut dirogol hampir setiap hari oleh pegawai pembalakan tersebut…. Salah seorang pegawai telah berasa simpati dengan nasib A dan menghantar A pulang ke kampung halamannya…. A akhirnya mendapati dirinya hamil… Kedua kampung dan penduduk kampung nekad mencari pegawai pembalakan yang disyaki menyebabkan kehamilan tersebut tetapi gagal menemuinya… Mereka juga gagal menemui kakak A yang masih hilang…” “A juga menghidap penyakit batuk kering dan tidak boleh bekerja…455 Dia memerlukan bantuan perubatan dan kewangan bagi membolehkannya menghantar anaknya ke sekolah… Dia pernah mempertimbangkan cadangan untuk membuat laporan di balai polis tetapi berubah fikiran akhirnya kerana tidak tahu prosedur yang tepat bagi membuat laporan tersebut dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk ke sana…” _____________________ 452 Data dari Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia Organisations (NCWO). 453 Laporan Jawatankuasa ini telah dipanggil Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan Di Sarawak. 454 Laporan bertajuk “A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia” ialah hasil misi bebas bagi mencari bukti yang dijalankan oleh Kumpulan Sokongan Penan, FORUM-ASIA (AIWN). 455 “A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia: An independent factfinding mission report by the Penan Support Group, FORUM-ASIA dan Rangkaian orang asli Asia (AIWN)”, Suaram 2010, hlm. 27-8. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kes Individu J Pada tahun 2002, ketika J berumur 14 tahun, seorang pembalak berumur 30an telah mendekatinya dengan niat untuk berkawan dan melamarnya. Suatu malam, pembalak tersebut telah muncul sekali lagi di rumah J dan merogolnya. J tidak berani memaklumkan perkara ini kepada keluarganya. J takut, sekiranya, lelaki ini akan kembali dan membunuh dia dan keluarganya sekiranya perkara ini dikecohkan. Beberapa hari kemudian, pembalak ini muncul semula di rumah J dan melamar J. Bapa kepada J tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Bagaimanapun, pembalak ini masih terus dengan hasratnya. Setelah mula merasakan yang pembalak ini mampu membahayakan dirinya dan keluarga, J mengambil keputusan untuk mengahwini pembalak tersebut, dan berjaya meyakinkan ayahnya untuk membenarkan perkahwinan itu berlangsung. Setelah berkahwin dengan pembalak tersebut, pembalak tersebut telah mendera J secara fizikal dan psikologi. J kadang-kadang dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengannya, dan jika J tidak bersetuju, dia akan dipukul (kadang-kadang dengan menggunakan batang kayu)… Apabila J hamil pada tahun 2003, pembalak itu telah menghantar J semula ke rumahnya untuk dijaga…. Apabila kehamilannya telah mencecah tujuh bulan… pembalak tersebut telah menghilang sehingga sekarang….”456 Kisah Individu O O telah melawat kakaknya yang berkahwin dengan seorang pembalak di sebuah kem pembalakan. Ketika lawatan tersebut, dirinya telah didekati oleh pembalak lain untuk dikahwini. O bersetuju untuk menetap bersama pembalak tersebut, walaupun tanpa ikatan yang sah, melalui perkahwinan, ataupun pendaftaran undang-undang Apabila O mengandung, pasangannya telah menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampungnya sendiri untuk melawat ibu bapanya. Pasangannya, bagaimanapun, tidak pernah kembali seperti yang dijanjikan. Sebaik sahaja O pulang ke kampung halamannya, seorang lelaki Penan di kampungnya telah mendekatinya dengan lamaran sebanyak beberapa kali. O tidak bersetuju kerana tidak menyukai lelaki tersebut. Bagaimanapun, memandangkan dia memerlukan sokongan kewangan dan telah hamil tanpa ikatan perkahwinan, ibu bapanya telah berjaya mendesaknya untuk mengahwini lelaki tersebut.457 Kisah Individu T Pada tahun 2001, T telah bertemu dengan seorang pembalak. Setiap kali bapa kepada T tiada di rumah, pembalak tersebut akan melawat T. Walaupun mendapat halangan kedua ibu bapa T, pembalak tersebut tetap nekad untuk mengahwini T dan berjanji untuk menjaganya. T menangis apabila diajak untuk ke kem pembalak tersebut. Setelah itu, ibu bapa T telah mendapat tahu yang T sudahpun dirogol sebelum lamaran dibuat. Pembalak itu akhirnya tidak mengahwini T, sama ada melalui adat ataupun secara rasmi.Setelah T mengandung, pembalak tersebut telah mengabaikannya di kem, dan meninggalkan T tanpa sebarang pilihan melainkan untuk pulang ke kampungnya. Ketika hamil, T jatuh sakit dan telah dijangkiti malaria.458 Kes-kes ini telah didokumentasikan dalam laporan NGO di atas bagi menunjukkan satu corak keganasan yang wujud dalam komuniti Penan. Gangguan, penculikan, rogol, serangan peribadi, penderaan emosi, perkahwinan paksa, dan pengabaian ketika hamil, telah dikenal pasti sebagai tema bagi kes-kes ini. _____________________ 456 “A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia: An independent fact-finding mission report by the Penan Support Group, FORUM-ASIA and Asian Indigenous Women’s Network (AIWN)”, Suaram 2010, hlm. 23-4. 457 “A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia: An independent fact-finding mission report by the Penan Support Group, FORUM-ASIA and Asian Indigenous Women’s Network (AIWN)”, Suaram 2010, hlm. 26. 458 “A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia: An independent fact-finding mission report by the Penan Support Group, FORUM-ASIA and Asian Indigenous Women’s Network (AIWN)”, Suaram 2010, hlm. 27. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 169 170 Laporan ini turut mengaitkan kes-kes ini dengan situasi politik di Tengah dan Ulu Baram, Sarawak. Layanan yang diterima oleh kaum Penan ini dilihat mempunyai kaitan langsung dengan keadaan politik di sana. Ini menyebabkan NGO-NGO terbabit mendesak agar campur tangan politik dibuat bagi menyelesaikan masalah ini. Keganasan seksual yang berlaku ini telah dikaitkan dengan permasalahan autonomi dan kelangsungan hidup masyarakat Penan berkaitan dengan: • Penafian hak ke atas tanah. • Penafian hak kewarganegaraan mereka melalui penolakan permohonan kad pengenalan. • Pengabaian kerajaan negeri dalam soal kebajikan dan akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. • Kegagalan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan persekitaran yang menyokong perlindungan hak masyarakat ini. Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 14 CEDAW 459 • Integrasikan sudut gender dalam dasar pembangunan dan program-program luar bandar berdasarkan hak-hak dan keperluan komuniti luar bandar, kawasan perladangan, dan orang asli; memberikan keutamaan kepada mereka dalam perancangan pembangunan melalui perbincangan terbuka. • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sepatutnya menjadikan wanita sebagai sasaran utama bagi aktiviti membabitkan teknologi asas tani dan program pengkomersilan pertanian selain mewujudkan kuota 30 peratus bagi wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam bidang-bidang ini. • Wanita yang terbabit dalam perusahaan pertanian ataupun usahawan kecil-kecilan seharusnya dibantu dari segi teknikal dan pengurusan bagi membolehkan mereka menerima fasiliti kredit yang ditawarkan. • Memerhatikan piawaian bagi kos kemudahan perumahan, perubatan, dan pendidikan yang disediakan oleh syarikat-syarikat swasta bagi pekerja-pekerja mereka di kawasan perladangan bagi menjamin peruntukan dan akses yang mencukupi bagi golongan ini ke atas perkhidmatanperkhidmatan ini. • Memerhatikan penggunaan racun perosak di kawasan-kawasan perladangan. Pekerja-pekerja wanita seharusnya disedarkan mengenai bahaya yang mungkin ada di sekeliling mereka dan diberikan perlindungan yang diperlukan. Klinik-kinik harus diwujudkan di kawasan ladangladang ini dan diperbaiki bagi mewujudkan kesaksamaan antara hospital luar bandar dan hospital daerah. Pemerhatian berkala ke atas kesihatan wanita turut perlu diadakan. • Mewujudkan inisiatif bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan penyakit komuniti masyarakat orang asli sambil memperbaiki taraf pendidikan mereka melalui konsultasi peribadi dengan kaum wanita dari komuniti ini demi menjamin kelangsungan hidup mereka. • Membantu penglibatan yang tulus dan jelas wanita orang asli pada peringkat pembuatan keputusan dan perancangan pembangunan dalam struktur masyarakat sedia ada. • Wanita orang asli seharusnya mempunyai akses ke atas tanah mereka sendiri dan diberikan hak milik tanah-tanah tersebut. _____________________ 459 Cadangan-cadangan ini adalah berdasarkan apa yang dicadangkan dalam Laporan Bayangan CEDAW NGO Malaysia 2005 yang masih boleh dianggap relevan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 15: KESAKSAMAAN UNDANG-UNDANG 173 Artikel 15 1. Negara-negara Anggota seharusnya menjamin kesamarataan antara lelaki dan wanita dari sudut undangundang. 2. Negara-negara Anggota seharusnya memastikan wanita, dalam hal-hal sivil, mempunyai kemampuan undang-undang yang sama dengan lelaki dan berpeluang menggunakan kemampuan itu. Khususnya, mereka harus memberikan wanita hak samarata untuk membuat kontrak dan untuk mengendalikan harta dan akan melayan wanita secara samarata dalam semua peringkat prosedur di mahkamah dan tribunal. 3. Negara-negara Anggota setuju bahawa semua kontrak dan instrumen peribadi lain dalam apa-apa bentuk yang ada kuasa undang-undang yang bertujuan menyekat kemampuan perundangan wanita dianggap batal dan tidak sah. 4. Negara-negara Anggota seharusnya menjamin hak perundangan samarata antara lelaki dan wanita dalam urusan berkaitan dengan pergerakan individu dan kebebasan memilih tempat tinggal atau penempatan tetap. Seperti yang diketahui melalui laporan bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama, Malaysia masih lagi belum meluluskan sebarang rang undang-undang yang membolehkan peruntukan CEDAW diserapkan secara sepenuhnya dalam sistem sedia ada. Ini menyebabkan jurang dan percanggahan terus wujud antara pelaksaaan yang dicadangkan oleh CEDAW dan kes-kes perundangan di Malaysia. Sejak laporan tersebut dikeluarkan pada tahun 2005, perubahan mengenai status kesaksamaan wanita masih lagi belum dapat dilihat secara jelas di negara ini. Kebanyakan seksyen berkaitan Artikel 15 CEDAW masih lagi relevan untuk keadaan sekarang. Perkara kunci bagi bab ini: • Wanita dan lelaki masih lagi dianggap tidak berada pada tahap yang sama dari sudut undangundang. Sebagai contoh: – Undang-undang anakronistik masih lagi wujud dalam Kanun Keseksaan dan undangundang syariah berkaitan dengan “memikat isteri orang,” masih lagi memberikan gambaran bahawa wanita merupakan sebahagian daripada harta benda suami mereka. – Pekerja domestik asing, yang mana kesemuanya adalah wanita, masih lagi tidak dianggap setaraf dengan pekerja lain dan tidak boleh diberikan hak buruh dan perlindungan yang sama seperti mereka. – Undang-undang yang mendiskriminasi wanita berdasarkan perbezaan identiti dan ekpresi gender dan orientasi seksual masih wujud di negara ini. Tafsiran badan kehakiman bagi Perlembagaan Persekutuan Seperti yang disebut dalam bab yang membincangkan Artikel 1-4 CEDAW dalam laporan ini, Artikel 8(2) bagi Perlembagaaan Persekutuan telah melarang diskriminasi daripada dilakukan atas dasar gender: “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 174 Walaupun Artikel 8(2) ini boleh ditafsirkan secara umum, tafsiran badan kehakiman bagi peruntukan ini masih lagi kedengaran sempit dan terlalu berfokuskan diskriminasi berkaitan dengan pengambilan pekerja oleh pihak berkuasa awam. Kata-kata pembuka bagi Artikel ini, “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini” sendiri mengandungi unsur-unsur diskriminasi secara halus dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam Artikel 15, 24, 26, dan Jadual Kedua.460 Kebimbangan turut disuarakan berkenaan dengan tafsiran bagi Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang mana peruntukan bagi kefahaman gender telah dibataskan kepada istilah “lelaki” dan ‘wanita” menurut pandangan biologi. Istilah gender sepatutnya diketengahkan sebagaimana konsep biologi, jantina oleh pihak penggubal undang-undang. Keputusan Mahkamah Tinggi telah mengiktiraf kepentingan CEDAW Pada Julai 2011, keputusan mahkamah tinggi telahpun mengambil kira definisi diskriminasi yang diketengahkan oleh Jawatankuasa CEDAW. Keputusan yang dibuat dalam kes penarik balikan tawaran mengajar kepada seorang guru sementara disebabkan kehamilannya oleh Kementerian Pendidikan dipercayai mengandungi unsur-unsur diskriminasi seperti mana yang disebutkan dalam Artikel 1 CEDAW, dan bercanggahan dengan Artikel 8(2) bagi Perlembagaaan Persekutuan. Secara ringkasnya, pada tahun 2008, Noorfadilla telah memohon jawatan guru sementara di sebuah sekolah kerajaan. Pada Januari 2009, Noorfadilla telah ditawarkan dan diterima untuk mengajar sebelum memo pelantikan jawatannya ditarik balik oleh seorang pegawai Kementerian Pendidikan disebabkan kehamilannya. Kementerian Pendidikan mendakwa bahawa Noorfadilla akan menyebabkan masalah-masalah lain timbul sekiranya diambil bekerja. Kehamilannya akan menyebabkan pihak kementerian terpaksa mengambil guru sementara sekali lagi bagi tempoh dua bulan cuti bersalinnya.Selain itu, Noorfadilla juga dipercayai mudah jatuh sakit sepanjang beliau hamil dan sering gagal untuk bertugas seperti yang dikehendaki. Noorfadilla telah mengemukakan permohonan yang mengatakan bahawa keputusan kementerian itu adalah satu keputusan yang bercanggah dengan undang-undang kerana mengandungi unsur diskriminasi dan salah dari sudut perlembagaan. Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof telah mengatakan bahawa CEDAW “mempunyai kuasa dalam mengikat Negara-negara Anggotanya termasuklah Malaysia dari sudut perundangan.” Kenyataan ini dikeluarkannya pada 12 Julai 2011.461 Keputusan Mahkamah Tinggi ini turut memuatkan, buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan negara, unsur-unsur diskriminasi gender sebagai pendorong utama pembentukannya. Pihak Mahkamah mengumumkan bahawa, “dalam pentafsiran Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, ianya boleh dikira sebagai satu tugasan Mahkamah untuk mengambil kira tanggungjawab dan komitmen kerajaan Malaysia pada peringkat antarabangsa terutamanya berkaitan dengan konvensyen seperti CEDAW, yang mana Malaysia terikat sebagai salah satu ahlinya. Mahkamah juga tidak mempunyai pilihan selain daripada merujuk kepada CEDAW bagi mendapatkan penjelasan bagi istilah ‘kesaksamaan; dan diskriminasi gender di bawah Artikel 8(2) Perlembagaaan Persekutuan yang dibincangkan ini.”462 Keputusan ini menyatakan bahawa “plaintif sepatutnya diberikan hak untuk mengajar walaupun dirinya telah hamil. Selain itu, semua pihak seharusnya ingat bahawa kehamilan plaintif adalah disebabkan oleh gendernya. Oleh itu, diskriminasi berdasarkan kehamilan ini turut boleh dikira sebagai satu bentuk diskriminasi gender kerana fakta biologi sememangnya telah membuktikan bahawa wanita mempunyai keupayaan untuk mengandung.”463 _____________________ 460 Rujuk bab yang membincangkan Artikel 9 CEDAW bagi maklumat lanjut mengenai peruntukan perlembagaan ini. 461 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 12. 462 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 16. 463 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 20. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Keputusan ini turut merumuskan bahawa “tindakan pihak defendan menarik balik memo pelantikan sebaik sahaja plaintif memaklumkan bahawa dirinya hamil, mengandungi unsur-unsur perlanggaran Artikel 8(2) bagi Perlembagaan Persekutuan.”464 Selepas keputusan ini diumumkan, Kementerian Pendidikan telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat rayuan berkenaan dengan keputusan ini. Walaupun keputusan telah dibuat berdasarkan kewujudan CEDAW, kerajaan tetap menunjukkan yang mereka mempunyai hasrat untuk meneruskan diskriminasi ke atas wanita pada dasar kehamilan. Selain itu, rayuan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan terbukti tidak mempedulikan peruntukan-peruntukan yang ada dalam CEDAW. Mahkamah Rayuan telah menyokong kewujudan dasar persaraan yang mendiskriminasi mengikut gender Pada tahun 2001, lapan pekerja wanita dalam industri pembuatan plastik dari Guppy Plastic Industries telah dipaksa untuk bersara setelah buku panduan baru mengenai peraturan syarikat dikeluarkan. Pekerja-pekerja ini telah diberhentikan disebabkan peraturan yang menyebut bahawa wanita mesti bersara pada usia 50 tahun dan lelaki pada usia 55 tahun. Seperti yang disebut dalam bab yang membincangkan Artikel 11 laporan ini, kesemua pekerja terbabit berumur 50 tahun ke atas, bekerja sebagai operator pengeluaran, tukang cuci, dan pekerja-pekerja am. Mereka menerima surat dari majikan mereka bertarikh 18 Jun 2001 yang memaklumkan bahawa mereka sudahpun mencapai usia bersara, dan sepatutnya bersara dalam masa 20 hari, iaitu pada 7 Julai 2001.465 Kesemua mereka telah mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perindustrian. Pada tahun 2008, mahkamah ini telah mengambil keputusan untuk berpihak kepada pekerja-pekerja terbabit atas alasan diskriminasi gender yang digunakan dalam pembentukan peraturan persaraan syarikat yang didakwa. Guppy Plastic Industries telah mencuba untuk mendapatkan semakan semula bagi keputusan ini dan kemudiannya berjaya mendapatkan bantuan Mahkamah Tinggi untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perindustrian. Kesemua pekerja wanita terbabit telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 21 Mac 2012, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tersebut. Salah seorang hakim, Datuk K.N Segara telah menyebut, “Kami bersama-sama telah mengambil keputusan untuk menolak rayuan yang dibuat. Kami amat bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan mendapati bahawa Mahkamah Perindustrian telah melakukan kesalahan kerana mengambil kira faktor-faktor yang tidak relevan dalam membentuk keputusan mereka, tanpa mempertimbangkan faktor-faktor yang sepatutnya.”466 Faktor-faktor yang dianggap relevan telah diperjelaskan oleh Hakim Datuk K.N Segara. Baginya syarikat pembuatan plastik yang didakwa hanyalah sekadar melaksanakan peraturan yang dibentuk oleh mereka, dan mereka mempunyai hak untuk membentuk peraturan mengenai usia persaraan yang berbeza-beza mengikut gender.467 Hakim tersebut turut berkata, “Guppy Plastic Industries telah mematuhi prosedur pemecatan yang benar dalam memberhentikan kelapan-lapan pekerja yang terbabit.”468 Berdasarkan maklumat dari peguam pekerja-pekerja yang terbabit, berdasarkan norma industri plastik, kontrak jangka masa pendek selalunya akan diberikan kepada mereka yang telah mencapai usia persaraan mereka.469 Tanpa kontrak sebegini, eksploitasi buruh boleh berlaku, dengan adanya rasa tidak selamat di kalangan mereka untuk meneruskan kehidupan, dan ketiadaan faedah pekerjaan tetap yang boleh diperoleh segera. Memaksa wanita untuk bersara pada usia yang lebih muda dari lelaki membuktikan bahawa diskriminasi gender benar-benar wujud seperti mana yang ditafsirkan dalam Artikel 1 CEDAW. Artikel 15(2) CEDAW telah menyebut dengan jelas bahawa peruntukan-peruntukan dalam CEDAW merangkumi “semua kontrak dan instrumen peribadi lain dalam apa-apa bentuk yang ada kuasa undang-undang yang bertujuan menyekat kemampuan perundangan wanita.” Sekiranya diskriminasi usia persaraan ini dibiarkan sebegini, kaum _____________________ 464 Hakim Dato’ Zaleha binti Yusof, In the High Court of Malaya at Shah Alam in the State of Selangor Darul Ehsan, Originating Summons No.: 21-248-2010 between Norfadilla binti Ahmad Saikin and Defendents, “Grounds of Judgement”, 12 Julai 2011, hlm. 23. 465 “Appeal on gender discrimination decision quashed”, The Sun, 21 Mac 2012. 466 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. 467 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. 468 “Eight women lose gender discrimination suit”, Free Malaysia Today, 21 Mac 2012. 469 “Court rules no gender bias in workers’ retirement age”, The Malaysian Insider, 21 Mac 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 175 wanita mungkin boleh diumpamakan seperti segolongan individu yang dirompak gaji dan faedah-faedah pekerjaannya sepanjang tempoh lima tahun. 176 Wanita masih dilihat sebagai harta benda suami mereka mengikut undang-undang “memikat isteri orang” Di bawah undang-undang CEDAW, layanan berbeza antara lelaki dan perempuan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang menekankan status wanita sebagai kurang mulia berbanding lelaki, mengandungi unsur diskriminasi seperti mana yang disebut dalam Artikel CEDAW 1. Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan: “Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.” Seksyen 498 bagi Kanun Keseksaan bersifat diskriminasi bukan kerana ia gagal memperuntukkan hak yang sama rata kepada kaum wanita untuk menyaman wanita lain yang memikat suami mereka, tetapi kerana ia gagal mengiktiraf pandangan kontemporari masyarakat Malaysia yang tidak lagi menganggap suami ataupun isteri mempunyai hak pemilikan ke atas pasangan mereka seperti mana yang masih diwujudkan dalam peruntukan undang-undang tersebut. Seksyen 498 yang diambil dari Kanun Keseksaaan India telah dirangka pada zaman yang mana wanita masih lagi dianggap sebagai sebahagian daripada harta benda suami mereka, yang mana mereka hanyalah ejen pasif bagi fungsi reproduksi. Wanita yang sudah berkahwin dianggap sebagai subjek pengurusan suami mereka dengan adanya andaian bahawa golongan suami ini akan memberikan perlindungan kepada mereka. Persepsi ini, hakikatnya, telah ketinggalan zaman, bersifat mendiskriminasi, dan sudah tidak lagi relevan dalam masyarakat Malaysia kontemporari. Setiap wanita sepatutnya mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas tubuh badannya. Seksyen 498 telahpun menafikan hak ini. Hakikatnya, hubungan intim ataupun peribadi antara dua individu dewasa tidak seharusnya dijadikan satu isu yang perlukan campurtangan kerajaan.470 Untuk maklumat lanjut mengenai Seksyen 498 Kanun Keseksaan, rujuk bab mengenai Artikel 1-4 CEDAW dalam laporan ini. Seperti mana Seksyen 498, Seksyen 86 bagi Enakmen Tata Cara Jenayah Sabah 1995 turut membincangkan mengenai lelaki “yang memikat isteri orang lain,” di kalangan penganut agama Islam. Peruntukan ini menyatakan: “Sesiapa yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang lain meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya isteri itu kembali kepada suaminya.”471 Seksyen 36 bagi Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 turut mengandungi peruntukan yang sama berkenaan perkara ini. Lebih menyeramkan, hukuman yang lebih berat telah disebut seperti di bawah: “Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila _____________________ 470 Women’s Aid Organisation dan Sisters in Islam, “Drop Section 498 from Penal Code”, The Sun, 9 Nov 2010. 471 Seksyen 86 bagi Sabah Syariah Criminal Offences Enactment 1995. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.” Perbezaan yang ada antara mahkamah negeri dan Seksyen 498 Kanun Keseksaan adalah, di bawah undang-undang negeri, Mahkamah Syariah boleh “mengarahkan isteri untuk kembali ke pangkuan suaminya.” Peruntukan undang-undang yang mirip dengan Seksyen 498 telahpun ditarik balik atau dibatalkan oleh sistem perundangan lain Kerajaan Singapura telah mengemaskini Kanun Keseksaan, bagi “menonjolkan norma kemasyarakatan dan nilai-nilai murni” dengan membatalkan Seksyen 498: “…Seksyen 498 yang menghukum tindakan menggoda, membawa lari, menahan, ataupun menyembunyikan dengan niat buruk seorang wanita sudah dikira sebagai satu peruntukan yang ketinggalan zaman. Seksyen ini hanya diwujudkan ketika zaman wanita masih lagi dikira sebagai sebahagian daripada harta benda suami mereka….”472 Undang-undang pekerjaan masih lagi tidak melindungi hak-hak pekerja domestik asing Akta Kerja 1955 masih lagi tidak menyertakan perlindungan hak-hak asasi pekerja domestik sebagaimana ke atas pekerja-pekerja lain. Akta Kerja telah mengandungi perlindungan buruh berkenaan dengan cuti dan hak-hak langsung, tetapi, masih mengasingkan pekerja domestik daripada Jadual Pertama bagi Akta Kerja, terutamanya berkaitan dengan peruntukan membabitkan: • Perlindungan sebelum dan selepas bersalin, termasuklah cuti, dan elaun-elaun langsung.473 • Cuti sehari seminggu.474 • Peruntukan membataskan tempoh waktu bekerja, yang mana menyatakan bahawa pekerja tidak boleh bekerja melebihi tempoh lima jam secara berterusan tanpa rehat kurang daripada tiga puluh minit, ataupun bekerja melebihi 48 jam seminggu.475 • Cuti umum berbayar.476 • Cuti tahunan.477 • Cuti sakit.478 • Pemecatan, pemberhentian, ataupun hak-hak persaraan.479 Notis pemberhentian kontrak ke atas pekerja di bawah akta pekerjaan selalunya mengambil kira tempoh perkhidmatan yang disebut dan perlu diproses dalam tempoh antara empat hingga lapan minggu.480 Pekerja domestik masih lagi gagal untuk disertakan daripada mendapat notis ini. Mereka selalunya hanya mempunyai 14 hari untuk bersedia sebelum diberhentikan.481 _____________________ 472 Perbahasan Parliemn Singapura, Laporan Rasmi, Parlimen Ke-11, Isnin, 22 Oktober 2007. 473 Perlindungan keibuan sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terangterangan. 474 Hari-hari berehat sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terangterangan. 475 Tempoh waktu bekerja sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 476 Waktu bercuti sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terangterangan. 477 Cuti tahunan sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 478 Cuti sakit sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 479 Pemberhentian, pemecatan, ataupun faedah-faedah persaraan sepatutnya dilindungi di bawah Bahagian XIIA Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 480 Tempoh pemberian notis pemberhentian kontrak tertakluk di bawah Seksyen 12 bagi Akta Kerja 1955. 481 Seksyen 57 bagi Akta Kerja mempunyai seksyen berbeza yang menjelaskan mengenai tempoh pemberian nosis kepada “orang gaji”: Subject to any express provision to the contrary contained therein, a contract to employ and to serve as a domestic servant may be terminated either by the person employing the domestic servant or by the domestic servant giving the other party fourteen days’ notice of his intention to terminate the contract, or by the paying of an indemnity equivalent to the wages which the domestic servant would have earned in fourteen days: Provided that any such contract may be terminated by either party without notice and without the paying of an indemnity on the ground of conduct by the other party inconsistent with the terms and conditions of the contract.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 177 178 Akta Pampasan Pekerja Malaysia 1952 turut mengecualikan pekerjaan pekerja domestik dari senarai pekerjaan yang layak dikategorikan sebagai pekerjaan. Ini menyebabkan pekerja domestik tidak boleh mendapat ganti rugi sekiranya tercedera ketika bekerja. Situasi ini secara jelasnya bercanggah dengan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW yang menyatakan bahawa: “Negara-negara Anggota seharusnya memastikan undang-undang persekutuan dan sivil dan kod pekerja menyediakan hak yang sama kepada pekerja-pekerja asing wanita dan perlindungan kepada pekerja dalam semua industri, termasuklah hak untuk menguruskan diri ataupun bergaul bebas. Mereka juga perlu memastikan agar kontrak untuk pekerja asing wanita sah dari segi undang-undang, terutamanya, dalam pekerjaan yang kebanyakannya dipegang oleh kaum wanita seperti pekerjaan di rumah dan di tempat hiburan, agar perlindungan undangundang buruh, termasuklah peraturan berkaitan dengan gaji dan tempoh waktu bekerja, kod keselamatan dan kesihatan, dan juga peraturan berkaitan cuti dan waktu berehat terjamin.”482 Kerajaan Malaysia telahpun menyatakan pada peringkat antarabangsa bahawa pekerja domestik di negara ini tidak seharusnya diberikan hak yang sama seperti pekerja lain Ketika Perjumpaan Buruh Antarabangsa 2011, kerajaan telah dijemput untuk memberikan komen mengenai cadangan berkaitan piawaian antarabangsa berkaitan penyediaan persekitaran kerja yang sesuai bagi pekerja domestik. Komen-komen tersebut telah dikumpulkan dalam satu laporan khas. Laporan itu menyatakan bahawa, kerajaan Malaysia telah mengatakan: “Pekerja domestik tidak boleh disamakan dengan pekerja-pekerja lain secara umum.”483 “Pekerjaan ini tidak boleh dilihat sebagai satu bentuk pekerjaan biasa. Hak-hak isi rumah turut perlu diambil kira.”484 Kenyataan kerajaan Malaysia yang telah dikumpulkan dalam laporan telah membuktikan bahawa pekerja domestik tidak diberikan hak-hak yang sama seperti pekerja lain di negara ini. Kerajaan Malaysia telah dilaporkan: • Memohon agar pekerja domestik tidak diberikan kelayakan untuk mendapat faedah bersalin seperti pekerja-pekerja lain.485 • Mencadangkan agar teks piawaian antarabangsa “menyebut secara spesifik bahawa pekerja domestik seharusnya bertanya kepada majikan mereka sekiranya majikan mereka berminat untuk memegang atau menyimpan dokumen identiti ataupun pasport mereka di satu tempat yang selamat.”486 • Mencadangkan agar reservasi-reservasi perkhidmatan dikekalkan seperti dalam kontrak-kontrak individu.487 • Mencadangkan agar “Agensi-agensi pekerjaan dibenarkan untuk mendapatkan bayaran melalui pampasan pekerja domestik, melalui cara yang adil dan dipersetujui oleh semua pihak.”488 Pada Jun 2011, Konvensyen berkenaan dengan skop kerja pekerja domestik dan cadangan berkaitan dengan skop kerja tersebut telah diadakan ketika Perjumpaan Buruh Antarabangsa. Dalam keadaan tidak mengejutkan, Malaysia tidak mengundi bagi mempersetujui cadangan ataupun konvensyen ini. Rujuk bab Cadangan Umum ke-26 laporan CEDAW ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai diskriminasi pekerja domestik asing di Malaysia. _____________________ 482 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 mengenai pekerja-pekerja asing wanita CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(b). 483 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 40. 484 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 6. 485 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 47. 486 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 35. 487 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 40. 488 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), hlm. 51. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Undang-undang tidak mengiktirafkan had wanita-wanita yang berorientasi seksual dan identity gender yang berkelbagaian Keputusan mahkamah yang bercanggah mengenai kes pertukaran nama dan gender golongan transgender Tiada sebarang undang-undang telah diwujudkan di Malaysia bagi menghalang sesiapa dari menukar gender dalam kad pengenalannya (dokumen utama pengenalan diri, di Malaysia). Bagaimanapun, dua wanita transgender telah pun diberikan keputusan yang berbeza dalam permohonan mereka untuk menukar gender kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Salah seorang daripada mereka telah berjaya, manakala seorang lagi telah gagal. Pada tahun 2011, mahkamah tinggi Malaysia telah melarang pertukaran jantina. Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang telah selamat menjalani pembedahan jantina di Thailand pada tahun 2009, telah dilarang oleh Mahkamah Tinggi Terengganu daripada menukar namanya kepada Aleesha Farhana agar dapat diiktiraf sebagai perempuan mengikut undang-undang.489 Lebih menyedihkan, Aleesha telah meninggal dunia tidak lama selepas keputusan mahkamah yang menolak permohonannya dibuat. Dalam satu kes lain, sekumpulan transwoman telah menggesa pihak mahkamah agar menyemak semula salah satu peruntukan undang-undang syariah Negeri Sembilan berkaitan dengan pemakaian pakaian jantina berlawanan dari sudut perlembagaan. Jabatan Peguam Negara telahpun menekankan bahawa: “Melalui pendaftaran yang dibuat ketika kelahiran berlaku, kesemua pemohon telah dikategorikan sebagai lelaki, walaupun mereka mungkin tidak bersetuju dari aspek perubatan ataupun psikologi mengenai perkara ini. Tiada sebarang peruntukan undang-undang juga dapat dilihat bagi membenarkan permohonan mereka diluluskan. Selain itu, para pemohon juga mempunyai kad pengenalan yang boleh dijadikan bukti muktamad mengenai sebarang maklumat peribadi mereka, dan kad pengenalan ini telah terang-terangan menyatakan gender mereka. Oleh itu, para pemohon, tetap akan dikira sebagai lelaki, dan kewujudan sebarang bukti yang bercanggah dengan status gender mereka seperti yang disebut dalam kad pengenalan tidak akan diterima bagi membolehkan mereka dianggap sebagai perempuan dari segi perundangan.”490 Di sini, kita dapat melihat bahawa wakil pihak kerajaan dari Jabatan Peguam Negara telah menafikan hak golongan transgender untuk mengekspresikan identiti sebenar mereka secara sistematik dengan menggunakan undang-undang. Pandangan Jabatan Peguam Negara dan keputusan mahkamah yang dibuat pada tahun 2011 sebenarnya bercanggah dengan keputusan mahkamah yang dibuat pada tahun 2005 yang mana telah mengizinkan seorang transwoman dari Kuala Lumpur untuk menukar gender rasminya dalam kad pengenalan (JG v Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara 2005).491 Dalam kes ini, hakim telah mengizinkan agar: • Plaintif, yang mana telah dilahirkan sebagai lelaki, tetapi menganggap dirinya sebagai seorang perempuan, dan telah selamat menjalani pembedahan jantina, boleh diisytiharkan sebagai seorang perempuan. • Jabatan pendaftaran diarahkan untuk mengubah digit akhir bagi kad pengenalan individu transgender tersebut bagi menyesuaikan kad tersebut dengan gender barunya. Undang-undang yang mendiskriminasi berdasarkan identiti gender Seperti yang disebut dalam laporan ini, wanita transgender, terutamanya transwoman, sering dipanggil Mak Nyah di negara ini, dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tuduhan. Golongan transgender juga seringkali ditahan, hanya disebabkan jantina biologi mereka, sama ada sebagai seorang seorang lelaki ataupun seorang perempuan. Kesemua negeri di Malaysia mempunyai enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang mengkategorikan perbuatan seperti memakai pakaian jantina yang berlawanan sebagai satu bentuk jenayah. Dua negeri juga didapati menghukum wanita yang berpakaian seperti lelaki. Negeri-negeri tersebut adalah Sabah dan Perlis. _____________________ 489 “Shahrizat sad ministry was not able to help Ashraf”, The Sun, 30 Julai 2011. 490 Kenyataan dari Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of section 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-5.9 491 “Courts have precedence on transgender name change”, Malaysiakini, 1 Ogos 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 179 Seksyen 28 bagi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyatakan bahawa: 180 “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral telah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.” Rujuk Cadangan Jawatankuasa CEDAW ke-28 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes mahkamah berkaitan dengan semakan peruntukan “cross-dressing” dari sudut aspek perundangan. Undang-undang yang mendiskriminasi wanita mengikut orientasi seksual Seperti yang disebutkan dalam laporan ini, negeri-negeri berikut –Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah-wilayah Persekutuan (termasuk Kuala Lumpur), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak, mempunyai enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang menganggap hubungan sejenis antara wanita (musahaqah) sebagai satu bentuk jenayah.492 Sebagai contoh, Seksyen 26 bagi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyebut bahawa: “Mana-mana perempuan yang melakukan musahaqah telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.” Kanun Keseksaan turut terus-menerus menyamakan hubungan sejenis sebagai sejenis hubungan “luar tabii” walaupun hubungan ini sama-sama dipersetujui oleh dua individu dewasa yang terbabit. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia berkaitan dengan Artikel 15 CEDAW 493 • Definisi diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan dan sesuatu sistem perundangan seharusnya dibuat menggunakan definisi yang ditetapkan dalam Artikel 1 Konvensyen CEDAW. Definisi ini seharusnya turut merangkumi diskriminasi dalam sektor awam dan swasta dan diskriminasi berasaskan orientasi seksual, identiti gender, dan status kewarganegaraan. • Undang-undang yang bercorak idea anakronistik perlu dibatalkan kerana menyamakan wanita sebagai harta benda suami mereka. Contohnya, Seksyen 498 dan undang-undang Syariah negeri berkaitan dengan “memikat isteri orang.” • Mengiktiraf pekerja domestik setara dengan pekerja lain dalam sistem perundangan. Pindaan undang-undang buruh perlu dibuat bagi menyediakan perlindungan buruh yang saksama kepada pekerja domestik. • Golongan transgender seharusnya diberikan hak untuk menukar nama dan gender mereka dalam kad pengenalan tanpa perlu melalui sebarang prosedur perundangan atau pengurusan yang menyusahkan. • Semakan dan pembentukan semula undang-undang perlu dibuat ke atas mana-mana peruntukan yang masih lagi mendiskriminasi individu mengikut identiti gender, orientasi seksual, dan ekpresi gender. Ini termasuk: • Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri yang menghukum hubungan sejenis sebagai kesalahan. • Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri yang menghukum cross-dressing untuk tujuan yang tidak bermoral sebagai satu bentuk kesalahan, dan dijadikan alasan bagi menahan dan mengganggu golongan transgender. _____________________ 492 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm. 337-342. 493 Cadangan-cadangan ini adalah berdasarkan apa yang dicadangkan dalam Laporan Bayangan CEDAW NGO Malaysia 2005 yang masih boleh dianggap relevan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW ARTIKEL 16: HAK KESAKSAMAAN DALAM PERKAHWINAN DAN URUSAN KEKELUARGAAN Artikel 16 1. Negara-negara Anggota seharusnya mengambil semua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam kesemua urusan berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan, dan khususnya bagi memastikan, berdasarkan kesamarataan antara lelaki dan perempuan: a) Hak yang sama untuk memasuki perkahwinan; b) Hak yang sama untuk memilih pasangan dan untuk berkahwin hanya dengan persetujuan bebas dan penuh mereka; c) Hak dan tanggungjawab yang sama semasa perkahwinan dan perceraian; d) Hak dan tanggungjawab yang sama sebagai ibu bapa, tanpa mengambil kira status perkahwinan, dalam urusan berkaitan dengan anak-anak; dalam semua kes kebaikan anak-anak dijadikan keutamaan; e) Hak yang sama dalam membuat keputusan bebas dan bertanggungjawab mengenai bilangan dan jarak masa antara anak, dan akses kepada maklumat, pendidikan dan cara untuk membolehkan mereka melaksanakan hak-hak ini; f) Hak dan tangungjawab yang sama dalam soal penjagaan anak, perwalian anak, peramanahan anak, dan pengambilan anak angkat, ataupun institusi semirip dengannya dimana konsep-konsep ini wujud dalam undang-undang kebangsaan; dalam sistem perundangan kebangsaan; dalam semua kes kebaikan anak-anak dijadikan keutamaan; g) Hak peribadi yang sama sebagai suami dan isteri, termasuk hak untuk memilih nama keluarga, kerjaya dan pekerjaan; h) 2. Hak yang sama bagi pasangan dalam urusan berkaitan dengan pemilikan, pemerolehan, pengurusan, pentadbiran, kenikmatan dan penglupusan harta, sama ada tanpa bayaran ataupun berbayar dengan kadar yang berpatutan. Perkahwinan dan penjodohan anak seharusnya tidak mempunyai kuasa perundangan, dan semua tindakan yang diperlukan, termasuk undang-undang, harus diambil untuk menetapkan usia minima untuk perkahwinan dan untuk mewajibkan pendaftaran perkahwinan dalam registri rasmi. Kebanyakan kes yang disentuh dalam Laporan Bayangan Pertama NGO Malaysia CEDAW yang dikeluarkan pada tahun 2005 masih lagi relevan sehingga kini. Bab ini akan menyentuh mengenai undang-undang kekeluargaan di Malaysia dan membincangkan sekali isu-isu berkaitan dengan Laporan Bayangan tersebut. Perkara kunci bagi bab ini: • Pada tahun 2005, Parlimen telah meluluskan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan), yang mana mengandungi beberapa peruntukan yang mendiskriminasi kaum wanita. Ketika undang-undang diluluskan di Parlimen, Perdana Menteri telah meluahkan rasa bimbang beberapa kumpulan-kumpulan hak-hak wanita dan bersetuju bahawa pindaan perlu dilakukan sekali lagi bagi menghapuskan kesemua unsur-unsur diskriminasi yang masih ada. Selepas itu, sebuah Ahli Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menggubal rang undang-undang ini, telah bersetuju bahawa desakan perlu dibuat bagi menghapuskan sebarang unsur diskriminasi yang masih wujud. Pindaan yang dicadangkan mereka telah dihantar ke Majlis Raja-Raja Malaysia bagi disemak oleh badan-badan agama yang ada. Buat masa sekarang, rang undang-undang cadangan ini masih disemak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan masih lagi belum dibawa ke Parlimen. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 183 184 • Kewujudan dua sistem perundangan di Malaysia (Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah) yang mengasingkan golongan yang beragama Islam dan bukan Islam telah menyukarkan perbicaraan kes-kes seperti pertukaran agama suami ke Islam. Percanggahan dari sudut undangundang mengenai urusan ini telah menyebabkan penjagaan anak-anak goyah. Urusan berkaitan nafkah, agama anak-anak, pengurusan wasiat, dan hak-hak pengebumian turut menjadi sukar untuk dibincangkan dengan adanya kewujudan dua sistem perundangan ini secara serentak di Malaysia. • Wanita dan lelaki tidak mempunyai hak yang sama dalam perkahwinan. Poligami masih lagi dibenarkan dalam Islam bagi lelaki yang beragama Islam. Wanita masih lagi didiskriminasi dalam urusan penjagaan anak-anak dan berkemungkinan besar kehilangan hak-hak nafkah mereka andainya didakwa derhaka kepada suami. • Perkahwinan kanak-kanak masih lagi dibenarkan di Malaysia, walaupun kerajaan telahpun menghapuskan reservasi bagi Artikel 16(2) CEDAW. Undang-undang keluarga bagi mereka yang bukan beragama Islam telah menetapkan agar usia minima seorang perempuan untuk berkahwin adalah 16 tahun. Perkahwinan mereka juga perlu mendapat persetujuan dari Ketua Menteri. Bagi mereka yang beragama Islam, mereka yang lebih muda dari usia ini tetap dibenarkan berkahwin, selagi mendapat kelulusan mahkamah. • Kanak-kanak yang beragama Islam yang dilahirkan hanya selepas 6 bulan ibu bapanya berkahwin akan dikira sebagai anak luar nikah dan tidak dibenarkan menggunakan nama ayahnya dalam urusan pendaftaran. Dalam kes-kes sebegini, urusan penjagaan dan nafkah kanak-kanak tersebut hanya akan diserahkan kepada ibunya untuk diuruskan, dan bapanya akan tidak dipertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut.494 Penghapusan Reservasi bagi Artikel 16(2) Satu-satunya perkembangan penting yang boleh dilihat sejak tahun 2006 dalam urusan berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah tindakan Malaysia menghapuskan reservasi bagi Artikel 16(2) A CEDAW. Walaupun begitu, undang-undang keluarga bagi mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam masih lagi membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Kerajaan telah menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan perundangan akan dibuat. Ini telah menyebabkan sasaran sebenar bagi Artikel 16(2) sukar untuk dilaksanakan. Kerajaan masih lagi tidak menghapuskan reservasi-reservasi sedia ada bagi Artikel 16(1), 16(1)(c), 16(1)(f), dan 16(1)(g) dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mereka akan melakukan perkara tersebut. Ringkasan mengenai undang-undang keluarga di Malaysia Malaysia mengamalkan dua sistem perundangan pada masa yang sama, iaitu satu sistem perundangan yang dibuat berdasarkan sistem perundangan England, dan satu yang berdasarkan hukum Islam. Mahkamah Sivil mempunyai kuasa dalam kebanyakan aspek undang-undang, termasuk kontrak, salahlaku, harta benda, jenayah, dan urusan berkaitan dengan perlembagaan dan pentadbiran. Mahkamah Syariah turut mempunyai kuasa dalam urusan berkaitan dengan keluarga dan masalah peribadi. Kedua-dua undang-undang keluarga, sivil dan Islam, bagaimanapun, masih mempunyai unsur diskriminasi yang ketara terhadap wanita. Undang-undang keluarga bagi yang bukan beragama Islam Akta Membaharui Undang-undang Persekutuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 mempunyai kuasa ke atas hubungan perkahwinan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Undang-undang keluarga bagi mereka yang beragama Islam Undang-undang keluarga Islam merupakan satu perkara yang diuruskan oleh kerajaan negeri. Setiap dari 14 sistem perundangan negeri di Malaysia (13 buah negeri 1 dari wilayah-wilayah persekutuan _____________________ 494 Seksyen 80 dan 85 bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW mempunyai kuasa bagi mewujudkan undang-undang berkaitan dengan urusan peribadi bagi mereka yang beragama Islam. Mahkamah Syariah, secara ringkasnya, mempunyai kuasa ke atas semua yang beragama Islam. Pada tahun 1984, Parlimen Persekutuan telahpun mewujudkan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wiayah Persekutuan) 1984 bagi ke semua Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Kebanyakan negeri-negeri lain telahpun merujuk kepada akta ini bagi mewujudkan sistem perundangan mereka sendiri. Namun begitu, beberapa negeri seperti Kelantan, Melaka, dan Kedah, telah mewujudkan sistem mereka sendiri yang mempunyai unsur diskriminasi ke atas wanita dalam urusan perkahwinan dan perceraian yang lebih ketara berbanding sistem di wilayah-wilayah persekutuan. Pada tahun 1994, beberapa pindaan yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi telah diluluskan menjadi sebahagian daripada undang-undang. Kerajaan Persekutuan telahpun mencuba untuk mewujudkan undang-undang keluarga Islam yang seragam di kesemua negeri. Bagaimanapun, usaha ini masih tidak berhasil kerana telah menyebabkan lebih ramai wanita kehilangan hak mereka. Beberapa negeri telahpun mengadaptasi cadangan perundangan ini sejak tahun 2003, termasuklah Wilayah-wilayah Persekutuan yang telah menerimanya sebagai yang terakhir pada tahun 2005. Pada Disember 2005, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, telahpun diluluskan di Parlimen. Pada masa yang sama, Perdana Menteri telah mengakui bahawa isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi wanita berkaitan pindaan ini sememangnya wajar diberi perhatian. Unsur-unsur diskriminasi dapat dilihat: • Hak suami untuk mendapat sebahagian daripada aset isterinya dalam perkahwinan poligami (Seksyen 23(9)). • Poligami dipermudahkan untuk kaum lelaki (Seksyen 23(3) dan 23(4)). Dalam undang-undang 1984 yang asal, perkahwinan poligami telah dilihat sebagai “adil dan perlu.” Pindaan yang dibuat pada tahun 2005 telah mengubah kenyataan ini menjadi “adil ataupun perlu,” yang mana boleh mempermudahkan kaum lelaki untuk mempertahankan pilihannya untuk berkahwin lebih dari seorang. • Mendesak kaum isteri untuk memilih sama ada untuk menerima nafkah ataupun harta sepencarian dalam perkahwinan poligami (Seksyen 23(9)(a)). Peruntukan ini boleh dimanipulasi oleh kaum suami, memandangkan mereka boleh mengahwini isteri baru, dan mereka boleh menjual rumah perkahwinan, dan membahagikan hasilnya dengan lebih bebas. • Memperluaskan hak-hak asasi isteri dalam urusan perceraian fasakh kepada kaum suami (Seksyen 52(1)) dan. • Seorang suami boleh mendapat arahan mahkamah untuk memberhentikan usaha isterinya yang ingin menjual aset-asetnya (Seksyen 107A). Dalam Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) 2009, kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa: “Malaysia sedang… menjalani satu semakan semula ke atas rangka kerja perundangan kebangsaan bagi memastikan kesesuaian dengan prinsip dan peruntukan CRC dan CEDAW. Oleh itu, satu panel ahli jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian mengenai isu-isu berkaitan dengan pemutusan perkahwinan, nafkah, urusan penjaan, pewarisan harta, dan pilihan agama anak-anak dalam perkahwinan sivil yang membabitkan pertukaran agama pasangan ke Islam. Secara serentak, ahli jawatankuasa turut telah ditubuhkan bagi menyemak semula undang-undang berkaitan dengan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam.”495 Ahli jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mendapat desakan masyarakat berikutan pindaan yang berlaku pada tahun 2005. Ahli Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Jabatan Peguam Negara dan disertai oleh NGO Sisters In Islam dan ahliahli Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG). Pindaan ini telah dibawa ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Namun begitu, tiada sebarang hasil dapat dilihat kerana isu ini masih gagal dibawa ke Parlimen. Kerajaan telah gagal menunjukkan yang mereka sememangnya mengambil berat mengenai isu ini. _____________________ 495 Malaysian Government Report to the Working Group on the Universal Periodic Review, A/HRC/WG.6/4/MYS/1/Rev.1, 19 November 2008, perenggan ke-21. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 185 186 Diskriminasi yang dihadapi kaum wanita di bawah undang-undang sivil dan undang-undang keluarga Islam Perkahwinan antara kanak-kanak masih dibenarkan walaupun reservasi bagi Artikel 16(2) telah ditarik balik Pada Julai 2010, kerajaan Malaysia telah menghapuskan reservasi bagi Artikel 16(2) CEDAW. Walaupun Artikel ini telah menyebut bahawa perkahwinan antara kanak-kanak seharusnya tidak dibenarkan dari berlaku, ruang-ruang untuk salahlaku berlaku masih lagi wujud. Usia minima bagi perkahwinan berlangsung perlu disebut dalam sistem perundangan Negara-negara Anggota. Perkara ini telah dibincangkan dan dibawa ke tengah melalui Cadangan Umum ke-21 CEDAW yang menyatakan bahawa Negara-negara Anggota “perlu mempertimbangkan usia minima bagi perkahwinan perlu dijadikan 18 tahun bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.”496 Cadangan Umum ke-21 yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW turut menyebut bahawa peruntukan undang-undang yang membezakan usia minima untuk berkahwin bagi lelaki dan wanita perlu dihapuskan oleh Negara-negara Anggota: “Sesetengah negara telah mewujudkan perbezaan dalam usia umur minima bagi lelaki dan wanita. Peruntukan seperti ini telah memberikan gambaran bahawa wanita mempunyai perkembangan intelek yang berbeza dengan lelaki, ataupun terbantut dari sudut perkembangan fizikal atau mental. Peruntukan seperti ini seharusnya dihapuskan. Di negara-negara lain, perkahwinan perempuan-perempuan yang ditentukan oleh ahli-ahli keluarga mereka masih dibenarkan. Perkara ini bercanggah dengan Konvensyen dan hak-hak wanita untuk memilih pasangan mereka.”497 Kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa, walaupun penghapusan reservasi telah dibuat bagi Artikel 16(2), mereka tetap tidak akan meminda undang-undang berkaitan dengan usia minima perkahwinan.498 Kedudukan kerajaan dan undang-undang terkini yang membenarkan perkahwinan antara kanak-kanak, dan membenarkan wanita berkahwin pada usia yang lebih muda dari lelaki, adalah amat bercanggah dengan prinsip-prinsip yang dipegang CEDAW. Undang-undang Perkahwinan Sivil bagi mereka yang bukan beragama Islam Mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin sebaik sahaja mereka mencecah usia 18 tahun. Pengecualian, bagaimanapun, diberikan kepada kaum wanita yang berumur antara 16 sehinggalah 18 tahun sekiranya mendapat persetujuan dari Ketua Menteri. Seksyen 10 bagi Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1967 telah menyebut: “Mana-mana perkahwinan yang berlangsung di Malaysia akan terbatal sekiranya tarikh perkahwinan berlaku sebelum mana-mana individu yang terlibat mencapai usia minima, yang mana bagi perempuan adalah ulang tahun kelahirannya yang ke enam belas, dan pengesahan perkahwinan tersebut hanya akan dibenarkan sekiranya mendapat lesen yang diberikan oleh Keluar Menteri di bawah subseksyen 21(2).” Seksyen 21(2) menyebut: “Ketua Menteri dibenarkan di bawah pertimbangannya untuk memberikan lesen melalui seksyen ini bagi membenarkan perkahwinan yang mana pengantin perempuannya belum mencapai usia enam belas tahun, tetapi tidak bagi mereka yang kurang daripada usia tersebut.” Di Sabah, terdapat ramai pasangan yang berkahwin hanya melalui amalan kebudayaan dan bukan melalui pendaftaran rasmi.499 _____________________ 496 CEDAW Committee General Recommendation No. 21 (Sesi ke-13, 1994), perenggan ke-36. 497 CEDAW Committee General Recommendation No. 21 (Sesi ke-13 1994), perenggan ke-38. 498 “Not enough is being done to discourage child marriages” New Straits Times, 4 Julai 2010. 499 “Sabah native family law set for change”, Malaysiakini, 25 Mei 2009. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Undang-undang Perkahwinan Muslim Bagi mereka yang beragama Islam, usia minima bagi perkahwinan adalah 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki, dengan pengecualian yang membenarkan mereka yang berumur di bawah usia ini di bawah keputusan mahkamah Syariah. Seksyen 8 bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayahwilayah Persekutuan) 1984 menyatakan: “Tiada perkahwinan boleh berlangsung sekiranya seorang lelaki berumur kurang daripada lapan belas tahun dan seseorang wanita berumur kurang daripada enam belas tahun dan hanya hakim syariah mempunyai kuasa bagi membenarkan secara bertulis perkahwinan yang berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu.”500 Akta Kanak-kanak 2001 Walaupun perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah dibenarkan untuk berkahwin, Akta Kanakkanak Malaysia 2001 tetap mengkategorikan kanak-kanak sebagai “mereka yang berumur bawah lapan belas tahun.” Ahli Jawatankuasa bagi Hak-hak Kanak-kanak telah menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan dengan ketidakseragaman antara undang-undang sivil dan syariah dalam memberikan definisi bagi usia minima untuk berkahwin. Pada tahun 2007, barisan ahli jawatankuasa telahpun mencadangkan Kerajaan Malaysia “mengambil kesemua langkah yang diperlukan bagi mengharmonikan definisi bagi kanak-kanak, termasuklah terminology yang akan digunakan, di bawah undang-undang kebangsaan, bagi menghapuskan ketidakseragaman ataupun percanggahan yang wujud.”501 Pada tahun 2006, Jawatankuasa CEDAW telah mendesak kerajaan Malaysia “untuk melalui proses pembaharuan undang-undang bagi menghapuskan sebarang ketidakseragaman yang wujud antara undang-undang syariah dan sivil.” Kebenaran tetap terus diberikan bagi perkahwinan kanak-kanak di Malaysia walaupun bercanggah dengan Artikel 16(2) CEDAW dan Cadangan Umum CEDAW ke-21. Percanggahan dalam kenyataan kerajaan bagi perkahwinan kanak-kanak Pada Julai 2010, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengkritik perkahwinan yang berlangsung antara kanak-kanak. Menteri tersebut telah dilaporkan oleh akhbar The New Strait Times, berkata bahawa: “Kanak-kanak tidak mempunyai pilihan ataupun kemampuan untuk memberikan kebenaran. Oleh itu, perkahwinan antara kanak-kanak seharusnya dipandang melalui konteks paksaan dan desakan, yang mana mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut menerima trauma fizikal, sosial, dan psikologi dan penderaan.”502 Laporan akhbar tersebut turut melaporkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengkategorikan perkahwinan antara kanak-kanak sebagai satu bentuk pelanggaran hak-hak kemanusiaan. Bagaimanapun, percanggahan telah dikesan apabila Datuk Sharizat menyebut: “Kementerian percaya bahawa, dalam urusan membabitkan perkahwinan kanak-kanak, Mahkamah Syariah mampu membuat pertimbangan yang mencukupi dengan mendapatkan penilaian dari pakar mengenai latar belakang dan keperluan kanak-kanak, termasuklah dari Jabatan Kebajikan dan pakar psikologi.”503 Shahrizat juga berkata bahawa, amalan mengahwinkan anak-anak pada usia yang muda merupakan satu amalan yang perlu diubah, tanpa mengambil kira usia majoriti.504 _____________________ 500 Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 tidak boleh dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam yang tersendiri. Bagaimanapun, peruntukan yang ada boleh dikatakan mirip antara satu sama lain. 501 Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Hak-hak Kanak-Kanak, Concluding Observations: Malaysia (perenggan ke-30), 25 Jun 2007. 502 “Not enough is being done to discourage child marriages” New Straits Times, 4 Julai 2010. 503 “Not enough is being done to discourage child marriages” New Straits Times, 4 Julai 2010. 504 “Not enough is being done to discourage child marriages” New Straits Times, 4 Julai 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 187 188 Walaupun Datuk Shahrizat telah mengkritik hebat amalan perkahwinan kanak-kanak dan menyamakannya dengan pencabulan hak manusia, beliau masih lagi menolak cadangan konvensyen antarabangsa yang mendesak perubahan dilakukan daripada sudut undang-undang bagi menyelesaikan masalah ini. Beliau tidak bersetuju yang perubahan dari sudut undang-undang tidak perlu dibuat mengenai usia minima kanak-kanak. Undang-undang Malaysia yang bercanggah dengan piawaian antarabangsa selain CEDAW: Konvensyen berkaitan Hak-hak Asasi Kanak-kanak (CRC) Artikel 1 CRC ada menyebut, “Bagi mencapai tujuan-tujuan Konvensyen terkini, seorang kanak-kanak boleh dikategorikan sebagai sesiapa yang berumur di bawah lapan belas tahun melainkan dalam keadaan yang mana undang-undang yang membabitkan kanak-kanak tersebut wujud ataupun pihak majoriti telah diperoleh sebelum ini.” Pada 6 Julai 2010, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menghapuskan reservasi-reservasi bagi Artikel 1 CRC bagi memperakui yang kanak-kanak adalah mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. Perkahwinan kanak-kanak bercanggah dengan CRC dari sudut: • Artikel 9: Negara-negara Anggota seharusnya memastikan seorang kanak-kanak tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaan mereka. • Artikel 15: Negara-negara Anggota perlu mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat kebebasan dari segi pembabitan. (Malayasia telah menghapuskan reservasi bagi artikel ini pada Julai 2010). • Artikel 24: Negara anggota telah mengiktiraf hak yang sama bagi kanak-kanak untuk menikmati akses kesihatan pada tahap yang terbaik. • Artikel 28: Negara-negara Anggota perlu mengiktiraf hak pendidikan kanak-kanak.505 • Artikel 34: Negara-negara Anggota seharusnya melindungi kanak-kanak daripada ancaman berbentuk eksploitasi seksual dan penderaan. • Artikel 36: Negara-negara Anggota seharusnya melindungi kanak-kanak dari sebarang bentuk eksploitasi termasuklah prejudis berkaitan kebajikan anak. Kadar perkahwinan kanak-kanak di Malaysia Data yang dikeluarkan pada tahun 2010 oleh UNGASS,506 melalui Laporan Kemajuan Negara telah menunjukkan bahawa terdapat banyak kes perkahwinan berlaku membabitkan perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah. Setiap wanita yang beragama Islam yang mempunyai niat untuk berkahwin perlu menjalani ujian HIV. Walaupun tiada bukti yang mencukupi, data menunjukkan bahawa terdapat ramai perempuan yang menjalani ujian ini berumur kurang daripada enam belas tahun. Tiga puluh dua perempuan berumur 10 tahun telah didapati menjalani ujian HIV untuk pasangan yang ingin berkahwin pada tahun 2009. Tiada kanak-kanak lelaki pada usia yang sama telah diketahui menjalani ujian tersebut, dan hanya dua sahaja dalam lingkungan usia 10 hingga 14 tahun telah terlibat, dibandingkan dengan 445 bagi kanak-kanak perempuan. Data ini menunjukkan bahawa terdapat ramai perempuan telah berkahwin dengan lelaki yang lebih tua atas dasar keterpaksaan.507 Data statistik menunjukkan bahawa bagi mereka yang berumur antara 15-19 tahun, 1911 kanak-kanak lelaki dan 6815 kanak-kanak perempuan telah menjalani ujian HIV tersebut.508 Dalam sebuah laporan akhbar, Zainah Anwar telah menyebut bahawa, “Data yang dikumpul melalui Bancian Populasi dan Perumahan 2000 telah menunjukkan bahawa 6800 perempuan di bawah umur 15 tahun telah berkahwin, dengan Selangor menjadi negeri yang mempunyai jumlah tertinggi, diikuti dengan Sabah. Kaum Melayu juga mencatat jumlah tertinggi dengan 2450, diikuti dengan kaum bumiputera lain dengan 1600, India 600, dan lain-lain 600.509 Selain itu, dari kalangan mereka yang _____________________ 505 Malaysia masih meletakkan Reservasi bagi 28(1)(a): “Make primary education compulsory and available free to all”. 506 UNGASS merupakan akronim bagi United Nations General Assembly Special Session on HIV/AIDS. 507 UNGASS Country Progress Report – Malaysia, Mac 2010. Maklumat statistik ini diambil terus dari laporan UNGASS yang diperoleh pada Mac 2010. Setelah maklumat ini diketengahkan dalam laporan-laporan akhbar, perubahan telah dibuat tanpa sebarang penjelasan. Maklumat baru menyebut: Tiada mana-mana kanak-kanak perempuan mahupun lelaki di bawah usia 10 tahun telah menjalani ujian; hanya 2 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan telah diuji dari kalangan mereka yang berumur antara 10-14 tahun. Pada Ogos 2011, maklumat statistik ini telah diubah lagi dan maklumat sebenar telah dikeluarkan semula. Maaklumat ini boleh didapati pada muka surat 42 bagi laporan: http://data.unaids.org/pub/Report/2010/malaysia_2010_country_progress_report_en.pdf. 508 UNGASS Country Progress Report – Malaysia, Mac 2010. 509 Zainah Anwar “Nothing divine in child marriage” The Star, 6 Jun 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW berumur 10 hingga 14 tahun, terdapat 235 kanak-kanak telah menjadi balu dan 77 telah diceraikan atau ditinggalkan oleh pasangan mereka untuk selamanya.510 Undang-undang yang membenarkan perkahwinan seperti ini berlaku ke atas perempuan-perempuan yang masih muda sebenarnya amat mengejutkan. Jumlah pasangan bukan Islam yang berkahwin awal turut menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam sistem undang-undang sivil. Ini menunjukkan bahawa perubahan perlu dilakukan ke atas kedua-dua sistem perundangan bagi melindungi hak kanakkanak, lelaki mahupun perempuan, daripada dicabul oleh sistem perkahwinan ini. Pada tahun 2010, Majlis Agama Islam Melaka telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan bayaran kepada mana-mana remaja Muslim yang ingin melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kadar seks luar nikah.511 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustan telah berkata, “ini merupakan cara yang baik bagi menyesaikan masalah buang bayi yang berlaku akibat kehamilan yang tidak diingini.”512 Melaka turut dilaporkan akan memberi RM500 kepada pasangan remaja yang ingin berkahwin.513 Menurut ketua menterinya juga, sehingga Mac 2012, peruntukan ini sudahpun diberikan kepada “dua pihak” yang merancang untuk berkahwin.514 Contoh liputan akhbar tempatan berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak Pada Mac 2010, akhbar-akhbar tempatan telah mendedahkan kisah seorang perempuan yang berumur 11 tahun yang telah ditemui dalam keadaan separa sedar di sebuah masjid di Batu Caves. Perempuan ini telah dilaporkan berkahwin dengan seorang lelaki berumur 41 tahun pada 20 Feruari 2010 setelah lelaki tersebut berjaya “meyakinkan ayah perempuan tersebut bahawa perkahwinan itu tiada sebarang kesalahan mengenai perkahwinan tersebut.”515 Laporan ini telah muncul sehari sebelum laporan mengenai perkahwinan seorang perempuan berumur 10 tahun dengan seorang lelaki berumur sekitar 30-an dilaporkan di Kelantan. Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Mohamed telah berkata bahawa, perkahwinan yang gagal mendapat kebenaran dari mahkamah boleh menyebabkan pasangan yang terlibat didenda sehingga RM1,000 ataupun penjara selama enam tahun ataupun kedua-duanya sekali, berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan. Laporan yang sama turut menyebut bahawa, hakim telah mengatakan bahawa “undang-undang ini diwujudkan bagi mengelakkan perceraian antara pasangan yang gagal serasi dari berlaku.”516 Kesan-kesan buruk perkahwinan kanak-kanak Kesan-kesan buruk bagi perkahwinan kanak-kanak telah banyak didokumentasi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). NGO-NGO di Malaysia sudahpun membangkitkan perkara ini melalui laporan bayangan pertama mereka pada tahun 2005. Kanak-kanak perempuan yang berkahwin pada usia muda sering kali gagal untuk ke sekolah, yang mana akan memberi kesan kepada pendidikan dan status pekerjaan mereka pada masa depan. Ini dikhuatiri akan menyukarkan mereka untuk berdikari dan terlalu bergantung pada suami. Mereka juga sering kali dilihat menjadi mangsa “kuasa” dalam hubungan mereka dan suami akibat perbezaan usia yang ada. Perempuan-perempuan sebegini, yang hamil, turut akan terdedah kepada pelbagai masalah kehamilan seperti keguguran ataupun bersalin awal yang mana boleh menyebabkan kematian ibu ataupun bayi. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF dan Universiti Al-Azhar, “Perkahwinan kanakkanak boleh mengakibatkan kesan serius kepada mereka yang terbabit. Oleh itu, ibu bapa digalakkan mengelakkan anak-anak mereka dari terjebak dalam masalah ini. Berbeza dengan fahaman masyarakat kebanyakan, undang-undang Syariah sama sekali tidak pernah menetapkan secara spesifik usia minima bagi perkahwinan untuk dilangsungkan. Apa yang ada pada masa ini hanyalah satu piawaian hasil dari pertimbangan yang waras dan kematangan mental.”517 _____________________ 510 Zainah Anwar “Nothing divine in child marriage” The Star, 6 Jun 2010. 511 “School for pregnant teens”, The Star, 16 Ogos 2010. 512 “Malaysia state chief encourages teen marriages”, Malaysia Today, 5 Ogos 2010. 513 “Malaysia state chief encourages teen marriages”, Malaysia Today, 5 Ogos 2010. 514 “State offers RM1,000 for men to accept single mothers”, The Star, 15 Mac 2012. 515 “Girl, 11, married to husband, 41, found semi-consious” The Star, 13 Mac 2010. 516 “10-year-old girl forced to marry father’s friend” The Star, 12 Mac 2010. 517 UNICEF dan Pusat Pengajian Islam Antarabangsa bagi Penyelidikan Populasi Universiti Al-Azhar, “Children in Islam: Their Care, Development and Protection”, 2005, halaman 9, boleh dirujuk di laman web: http://www.unicef.org/egypt/Egy-homepageChildreninislamengsum%281%29.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 189 190 Ketika perbincangan berlaku antara wakil kerajaan Malaysia dan Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006, Puan Schopp-Schilling daripada CEDAW telah memohon agar, “Laporan berkala yang seterusnya seharusnya turut memuatkan maklumat berkaitan dengan peratusan wanita yang berkahwin mengikut usia. Perkahwinan pada usia muda dipercayai akan menyebabkan wanita meninggalkan pengajian mereka. Oleh itu, bukti dari segi hubungan antara usia wanita dan perkahwinan dan juga pencapaian akademik mereka diperlukan bagi mendapatkan nisbah bagi mereka yang tetap meneruskan pengajian selepas berkahwin.”518 Puan Shin dari CEDAW pula berkata, “Laporan berkala seterusnya turut perlu memuatkan maklumat berkaitan usia yang dibenarkan untuk berkahwin berdasarkan taraf pendidikan atau persekolahan dan data statistik berkaitan kedua-dua penduduk bandar dan luar bandar.”519 Sistem perundangan lain yang melarang perkahwinan kanak-kanak Negara-negara yang berpopulasi majoriti Muslim tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak dari berlaku. Di Algeria, usia minima bagi perkahwinan untuk berlangsung adalah sembilan belas bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Para hakim hanya dibenarkan untuk membuat pengecualian dalam kes-kes yang membabitkan keperluan dan faedah tertentu.520 Di Bangladesh, Akta Halangan Perkahwinan Kanak-kanak (1929, pindaan pada 1984) telah menetapkan usia minima untuk berkahwin pada 18 tahun bagi wanita dan 21 tahun bagi lelaki, melainkan dalam kes-kes pengecualian yang dibenarkan.521 Di Sierra Leone, parlimen telah meluluskan tiga akta yang dikategorikan sebagai “akta Gender” pada Jun 2007. Salah satu akta ini yang dinamakan “Akta Pendaftaran dan Amalan Perkahwinan dan Perceraian” akan menetapkan usia minima perkahwinan pada 18 tahun.522 Pada tahun 2008, Akta Pentadbiran Muslim Singapura telah dipinda bagi mengubah usia minima bagi mereka yang ingin berkahwin dari 16 ke 18 tahun bagi wanita. Bagaimanapun, peruntukan yang membenarkan mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di bawah umur 18 tahun untuk berkahwin sekiranya mereka membuat permohonan masih wujud. Hubungan tidak heteronormatif Terdapat laporan mengenai kes-kes tertentu yang mana perkahwinan tidak rasmi telah dilangsungkan bagi mereka yang tidak menjalani konsep perkahwinan heteronormatif. Apabila dilaporkan oleh pihak media, kes-kes ini telah banyak menerima kritikan dan hentaman. Pada tahun 2007, Mahkamah Rendah Syariah Melaka telah membatalkan perkahwinan antara Mohd Soffian Mohamad dan Zaiton Aziz disebabkan oleh jantina asal Mohd Soffian. Mohd Soffian yang merupakan seorang wanita yang hidup seperti seorang lelaki telah dikecam hebat oleh para hakim kerana bagi mereka perkahwinan hubungan Mohd Soffian adalah satu hubungan yang haram dalam Islam sepertimana yang disebut dalam Enakmen Seksyen 11 Undang-undang523 Keluarga Islam Melaka 2002. Menurut laporan, pasangan ini telah berkahwin sejak tahun 2002. Pada tahun 2011, satu pasangan lesbian telah melangsungkan perkahwinan di Batu Pahat, Johor secara tradisional.524 Walaupun mendapat sokongan melalui penyokong mereka di Internet, komen-komen yang dilihat di sesetengah blog telah membuktikan bahawa pasangan ini turut dibenci oleh ramai pihak.525 Artikel 16 CEDAW turut menyeru agar Negara-negara Anggota membolehkan kaum wanita untuk menguatkuasakan hak mereka untuk memilih calon suami atau pasangan masing-masing. Golongan wanita transgender dan lesbian seharusnya sedar mengenai hak mereka ini dan memperjuangkan pengiktirafan perkahwinan antara mereka dan pasangan pilihan sebagaimana yang diseru oleh Jawatankuasa CEDAW. _____________________ 518 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-732 yang dianjurkan 24 Mei 2006 pada pukul 3 petang, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan ke-40. 519 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-732 yang dianjurkan 24 Mei 2006 pada pukul 3 petang, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan ke-48. 520 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws: In Search of Common Ground”, hlm. 45. 521 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws: In Search of Common Ground”, hlm. 45. 522 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws: In Search of Common Ground”, hlm. 45. 523 “Marriage void, rules court”, The Star, 4 September 2007. 524 “Lesbian couple ties the knot”, The Star, 31 Julai 2011. 525 “6,100 likes for lesbians who tied the knot”, The Star, 2 Ogos 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Diskriminasi yang dihadapi kaum wanita di bawah Undang-undang Sivil Perceraian di bawah undang-undang sivil Perceraian, nafkah, dan penjagaan anak melibatkan kos yang banyak. Seperti yang disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW Malaysia yang pertama, kaum wanita sering kali terdedah kepada banyak perkara sekiranya bergantung secara kewangan kepada suaminya. Ini boleh menyebabkan pelbagai kesukaran berlaku. Laporan yang sama turut menyebut bahawa, persetujuan pihak isteri dalam kes perceraian sering kali diperoleh secara terpaksa terutamanya dalam kes-kes yang membabitkan urusan penjagaan anak dan bantuan kewangan daripada suami. Kaum wanita juga sering tertindas dalam urusan berkaitan dengan wang dalam kes perceraian. Para suami mungkin akan mengugut isteri mereka dari sudut kewangan sekiranya isteri mereka tidak bersetuju dengan reservasi perceraian yang diberikan. Ini membuktikan bahawa rundingan dua hala yang saksama merupakan sesuatu yang agak mustahil dalam proses perceraian. Peruntukan pembahagian harta mengikut undang-undang sivil Tiada sebarang perubahan dapat dilihat dari aspek pembahagian harta dalam sesuatu kes perceraian di Malaysia. Seperti yang disebut dalam laporan bayangan pertama CEDAW, hakim dibenarkan untuk membuat keputusan mutlak berkenaan dengan pembahagian harta dalam kes-kes yang membabitkan pembatalan perkahwinan. Norma masyarakat yang menganggap lelaki mempunyai hak yang lebih besar dalam urusan harta benda dianggap sebagai satu faktor terjadinya pembahagian harta yang tidak adil antara suami dan isteri yang bercerai. Selain itu, sumbangan wanita dalam urusan rumah tangga juga sering kali dilihat tidak setaraf dengan sumbangan kaum lelaki dari sudut kewangan. Ini dilihat mampu mempengaruhi pembahagian harta dalam kes perceraian. Bagi kes-kes perceraian bagi perkahwinan yang sah, kerajaan-kerajaan negeri telah bersetuju bahawa sebarang harta benda yang diperoleh sebelum ikatan perkahwinan berlangsung tidak boleh dimasukkan dalam pembahagian harta selepas perceraian berlaku, melainkan dalam kes yang melibatkan pembangunan harta benda tersebut oleh pasangan kepada pemilik harta benda tersebut. Kaum wanita yang sering dilihat sebagai suri rumah biasa tidak diyakini telah menyumbang dari sudut ini kerana gagal mempunyai pendapatan yang kukuh. Kaum lelaki, yang mana kebanyakannya dilihat sebagai bekerja di pejabat dan mempunyai kerjaya yang stabil, lebih mudah untuk dipandang sebagai penyumbang utama bagi kebanyakan harta benda yang ada. Ini jelas menunjukkan bahawa sumbangan kaum wanita dan suri rumah sering kali gagal dilihat secara adil oleh orang luar. Kesemua perkara di atas sebenarnya membolehkan satu kesimpulan dibuat. Pembahagian harta yang tidak adil antara lelaki dan perempuan dalam kes perceraian menunjukkan bahawa percanggahan berlaku antara Artikel 16(h) CEDAW dan situasi undang-undang sedia ada sememangnya wujud. Nafkah Seperti yang disebut oleh Jawatankuasa CEDAW dalam laporan bayangan mereka, kaum wanita menghadapi masalah dalam memperoleh nafkah hidup daripada suami mereka. Walaupun pihak mahkamah mempunyai hak untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan jumlah pendapatan suami, mereka tidak mempunyai kuasa dari sudut penyiasatan dan hanya boleh merujuk kepada dokumen yang disediakan di mahkamah. Masalah lanjut turut timbul setelah para suami gagal menyediakan nafkah secara konsisten dan pihak mahkamah gagal untuk mendesak mereka untuk memberikan penjelasan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 191 Diskriminasi terhadap wanita di bawah undang-undang keluarga Islam 192 Wali Dalam undang-undang keluarga Islam Malaysia, seorang wanita memerlukan seorang wali, ataupun penjaga sah bagi melangsungkan perkahwinan. Dalam laporan bayangan pertama NGO CEDAW Malaysia, konsep wali telah dikritik kerana agak ketinggalan zaman dan sarat dengan unsur-unsur paternalistik. Konsep ini dilihat sebagai satu bentuk penghinaan kepada wanita kerana wanita dianggap gagal melindungi diri mereka sendiri. Dalam satu dokumen “maklumbalas kepada isu-isu dan soalan-soalan berkenaan dengan pertimbangan mengenai laporan pertama dan kedua berkala,”526 Kerajaan Malaysia telah menyebut bahawa: “Kebenaran wali bukanlah diwujudkan untuk mendiskriminasi kaum wanita. Konsep ini diwujudkan bagi melindungi para pengantin perempuan. Wali dirujuk sebagai penjaga bagi pengantin, dan mempunyai hak untuk membenarkan perkahwinan berlangsung. Wali bertanggungjawab bagi memastikan pengantin perempuan benar-benar setuju dengan perkahwinan yang dilangsungkan.”527 Bagaimanapun, laporan dari Musawah telah menekankan bahawa: “Kebenaran wali, dari sudut realiti sosial, dan kebebasan untuk memilih, siapa yang bakal berkahwin atau dikahwini, sebenarnya mempunyai kesan yang buruk kepada autonomi wanita, kebebasan mereka, dan juga self-esteem mereka.”528 Hakikatnya, kewujudan wali sebenarnya bercanggah dengan Artikel 16(1)(a) dan (b) CEDAW kerana tidak membenarkan kewujudan hak yang saksama bagi wanita untuk memilih untuk berkahwin. Poligami Lelaki yang beragama Islam di Malaysia masih lagi dibenarkan untuk melangsungkan poligami dengan izin mahkamah Syariah. Poligami sebenarnya bercanggah dengan Artikel 5(a) CEDAW berkaitan dengan prejudis kebudayaan dan juga Artikel 16(1) berkenaan dengan kesaksamaan hak untuk memilih untuk berkahwin. Kerajaan Malaysia masih lagi menekankan bahawa reservasi-reservasi bagi Artikel berkenaan poligami perlu dikekalkan. Ini bermaksud, kaum lelaki dan wanita masih lagi gagal mendapat kuasa dan hak yang sama dalam soal pemilihan untuk berkahwin. Cadangan Umum ke-21 CEDAW telah menyebut: “Perkahwinan poligami sebenarnya bercanggah dengan hak wanita untuk mendapatkan kesaksamaan dengan lelaki dan boleh menyebabkan masalah dari sudut kewangan dan emosi kepada mereka dan keluaga mereka. Oleh itu, perkahwinan seperti ini seharusnya tidak digalakkan dan terus diharamkan. Ahli Jawantakuasa turut menyebut bahawa terdapat Negara-negara Anggota yang masih lagi membenarkan poligami berlaku, walaupun mempunyai sistem perlembagaan yang kononnya menjanjikan hak yang sama ke atas lelaki dan wanita. Ini menunjukkan bahawa hak-hak perlembagaan kaum wanita, dan peruntukan dalam Artkel 5(a) CEDAW telah dicabuli secara terang-terangan.” Masalah besar telah dilihat di Malaysia membabitkan: • Kriteria yang perlu dipenuhi bagi poligami untuk dibenarkan adalah sangat sedikit dan seringkali gagal dipenuhi. • Walaupun lelaki tidak mempunyai kebenaran untuk berkahwin secara poligami tanpa kebenaran mahkamah, terdapat ramai pihak yang rela membayar denda dan berkahwin tanpa mendapat kebenaran mahkamah. • Kesan-kesan buruk ke atas kaum wanita daripada hubungan poligami telah banyak ditekankan oleh NGO Sisters in Islam. Kesan yang wujud terdiri daripada pelbagai aspek. _____________________ 526 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, 15 Mei – 2 Jun 2006, diedarkan pada 27 Mac 2006. 527 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, 15 Mei – 2 Jun 2006, diedarkan pada 27 Mac 2006, hlm. 3. 528 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws: In Search of Common Ground”, hlm. 33. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kriteria yang sedikit bagi melangsungkan perkahwinan poligami dari sudut undang-undang Seksyen 23 bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang asal, telah menyebut bahawa terdapat lima kriteria yang perlu dipenuhi kaum lelaki bagi melangsungkan perkahwinan poligami. Pindaan yang dibuat pada tahun 1994 telah membatalkan kriteria-kriteria di bawah: (a) Perkahwinan yang dicadangkan berlaku atas sebab keperluan dan bakal didorong dengan nilai keadilan, terutamanya dalam perkara-perkara membabitkan keadaan seperti kemandulan, kegagalan anatomi untuk melakukan hubungan suami isteri, kelemahan fizikal, pewujudan jurang secara sengaja dalam hak-hak suami isteri, ataupun kegilaan isteri sedia ada; (b) Pemohon seharusnya berkemampuan untuk menampung kesemua isteri529 dan tanggungannya termasuklah tanggungan hasil dari perkahwinan barunya; (c) Pemohon seharusnya memberikan layanan yang sama adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syariah; (d) Perkahwinan yang dicadangkan seharusnya tidak akan menyebabkan Darar Syarie (masalah) kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada; dan (e) [dibatalkan] perkahwinan yang dicadangkan tidak akan mempengaruhi secara terus atau tidak terus taraf kehidupan isteri atau tanggungan sedia ada sebelum perkahwinan baru berlangsung. Penceritaan dari pelbagai pihak telah menunjukkan bahawa terdapat ramai pihak yang gagal memenuhi kriteria di atas tetapi tetap diberikan kebenaran untuk berkahwin. Kriteria bagi perkahwinan poligami semakin dikurangkan dengan adanya penglulusan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005. Pada tahun 1984, bukti masih lagi diperlukan bagi meyakinkan para hakim bahawa perkahwinan baru yang akan dilangsungkan dibuat atas “sebab keperluan dan keadilan.” Bagaimanapun, pindaan yang dibuat pada tahun 2005 telah menyebabkan kenyataan ini ditukar kepada “adil ataupun perlu” yang mana memberikan gambaran bahawa para suami diberikan lebih kebebasan untuk melakukan permohonan poligami. Ketidakseragaman undang-undang keluarga Islam antara negeri Seperti yang disebut dalam laporan bayangan pertama CEDAW, sesetengah negeri masih lagi meletakkan keperluan tertentu bagi membenarkan perkahwinan poligami berlangsung. Ini sebenarnya menyebabkan sesetengah pihak berkahwin di negeri lain bagi membolehkan reservasi perkahwinan mereka dipenuhi. Kebenaran mahkamah boleh diperoleh setelah perkahwinan berlangsung Dalam udang-undang keluarga Islam yang asal, perkahwinan poligami hanya boleh berlangsung sekiranya kebenaran diperoleh sebelum perkahwinan berlaku. Pindaan yang dibuat pada tahun 1994 telah membenarkan perkahwinan diteruskan walaupun kebenaranya hanya diberikan selepas perkahwinan berlangsung. 23. (1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini: Dengan reservasi Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123. [bahagian pindaan yang dibuat pada tahun 1994 telah ditekankan] _____________________ 529 “Hukum Syarak” bermaksud Undang-undang Islam seperti mana yang diiktiraf mazhab (sebuah sekolah pemikiran agama). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 193 Hukuman bagi perkahwinan poligami secara haram 194 Seksyen 123 bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) telah menyebut bahawa mereka yang melangsungkan perkahwinan poligami yang dibuat tanpa mendapat kebenaran mahkamah boleh dihukum. Peruntukan ini menyebut: “Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.”530 Walau bagaimanapun, mahkamah sering meringan-ringankan hukuman yang diperuntukkan. Mereka didapati jarang menghukum sesiapa yang didakwa kerana melangsungkan perkahwinan poligami secara tidak sah dari segi perundangan. Kes-kes golongan berprofil tinggi dan hukuman ringan yang dikenakan kerana melangsungkan poligami haram Dalam satu kes poligami membabitkan ahli parlimen terkenal, Bung Mokhtar Radin, hukuman ringan telah dikenakan ke atas beliau kerana gagal mendapatkan kebenaran mahkamah bagi melangsungkan perkahwinan keduanya. Beliau asalnya dihukum penjara sebulan. Namun begitu, atas rayuan yang dibuatnya, beliau hanya sekadar didenda RM1,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Hukuman penjara ini telah dibatalkan atas alasan bahawa tertuduh hanya melakukan jenayah ini untuk kali pertama. Berdasarkan Ketua Hakim Syarie Selangor, Hakim Mukhyiddin Ibrahim: “Memandangkan ini merupakan kali pertama tertuduh melakukan kesalahan dan tertuduh mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan keluarga, saya percaya hukuman penjara akan memberikan kesan buruk kepada tanggungannya. Penderitaan tertuduh akan menyebabkan ahli keluarganya turut menderita dan menghadapi masalah. Selain itu, reputasi dan imej tertuduh sebagai ahli Parlimen turut akan terganggu secara negatif sekiranya hukuman penjara ini diteruskan.”531 Sebagai seorang ahli politik yang berprofil tinggi di Malaysia, Bung Mokhtar seharusnya tidak dibenarkan untuk “dibebaskan dengan mudah” selepas gagal menunjukkan rasa hormatnya kepada isteri pertamanya. Bukti kukuh mengenai kesan-kesan buruk poligami terhadap wanita Malaysia Jawatankuasa CEDAW dalam Cadangan Umum ke-21 mereka telah menyebut bahawa: “Perkahwinan poligami bercanggah dengan hak kesaksamaan antara wanita dan lelaki, dan boleh menyebabkan masalah emosi dan kewangan yang serius terhadap kaum wanita dan tanggungannya. Oleh itu, perkahwinan ini seharusnya tidak digalakkan dan diharamkan.” Kesan-kesan dari sudut emosi dan kewangan hasil dari perkahwinan poligami telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Sisters in Islam dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara tahun 2008 hingga 2010. Kajian ini turut menyertakan hasil bancian yang dilakukan ke atas 1,400 “isteri pertama, isteri kedua, suami, dan kanak-kanak bagi mengkaji mengenai kesan emosi, kewangan, dan sosial hubungan poligami ke atas ahli-ahli keluarga berbeza, dan sama ada rangka kerja perundangan sedia ada sudah melindungi kepentingan semua ahli keluarga” di Malaysia.532 _____________________ 530 Seribu ringgit Malaysia (RM) boleh disamakan dengan lebih kurang USD320. 531 “Bung’s jail time cut to RM1,000 fine,” The Malaysian Insider, 11 Ogos 2010. 532 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, fn.429, hlm. 79. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Antara hasil-hasil utama bagi kajian tersebut yang dilaporkan oleh Musawah adalah: • Hampir 65 peratus daripadapada golongan isteri pertama dalam kajian ini tidak sedar yang suami mereka mempunyai hasrat untuk berkahwin dengan wanita lain. • “Walaupun 80 peratus daripada kaum suami percaya bahawa mereka mampu berlaku adil ke atas kesemua isteri-isteri mereka, dan anak-anak, hanya 30 peratus sahaja daripada kaum isteri pertama bersetuju bahawa perkara ini boleh berlaku.” • “Walaupun 31 peratus daripada kaum suami telah “berasa sangat berpuas hati” dengan perkahwinan mereka dengan isteri pertama dan kedua, hanya tujuh peratus daripadapada isteri pertama dan tiga belas peratus daripada isteri kedua berasa yang sama. • “Empat puluh peratus daripada kaum isteri pertama telah melaporkan bahawa mereka perlu melakukan kerja-kerja tambahan bagi menyokong keluarga mereka setelah suami mereka mengambil isteri kedua. Sekitar empat puluh peratus daripada mereka ‘sentiasa ataupun sering kali terasa gusar dari sudut kewangan disebabkan perkahwinan kedua suami mereka.” • “Walaupun enam puluh tiga peratus suami percaya mereka akan “Sentiasa” dan “selalu” berkongsi tanggungjawab kewangan secara adil dengan isteri-isterinya, hanya enam puluh peratus daripada kaum isteri pertama setuju dengan kenyataan ini.” • Lebih sembilan puluh peratus anak daripada kedua-dua hasil perkahwinan pertama dan kedua berkata bahawa mereka tidak akan menyokong perkahwinan poligami sebagai salah satu bentuk perkahwinan ataupun institusi keluarga.”533 Selain itu, penemuan lain yang turut dianggap penting adalah: • Dua puluh lapan peratus daripadapada isteri pertama dan empat puluh tujuh peratus isteri kedua telah berpuas hati dengan cara yang digunakan oleh suami mereka bagi mengatur giliran bermalam antara mereka.534 • Tujuh puluh peratus golongan isteri pertama telah menyebut bahawa terdapat keperluan bagi kaunseling mereka selepas melangsungkan perkahwinan kedua, manakalah lima puluh tiga peratus daripada mereka menyebut bahawa keganasan rumah tangga meningkat.535 • Hanya separuh daripada golongan isteri kedua yang ditemuramah dalam kajian ini telah mengakui bahawa suami mereka adil. Hanya tiga puluh lima peratus daripada golongan isteri pertama bersetuju dengan pendapat ini.536 • Enam puluh peratus suami yang ditemuramah mencadangkan agar poligami diterima sebagai salah satu bentuk institusi keluarga. Bagaimanapun, hanya dua puluh lima peratus daripada isteri pertama dan lima puluh peratus daripada isteri kedua bersetuju dengan pendapat ini.537 Salah seorang dari pengkaji yang terlibaat, Masjaliza Hamzah, telah menyebut: “Antara isteri-isteri yang ada, isteri pertama seringkali menjadi mereka yang tidak berpuas hati. Isteri pertama seringkali menerima kesan terbesar dalam perkahwinan poligami memandangkan dirinya boleh melakukan perbandingan antara kehidupan bermonogami dan kehidupan berpoligami. Dalam kebanyakan kes, mereka telah meluahkan kesedihan mereka, dalam bentuk disalahlakukan dan pengkhianatan.”538 Kebimbangan juga wujud sekiranya perkahwinan kedua tidak didaftarkan. Ini menyebabkan ramai wanita berasa takut mengenai status mereka dan masa depan anak-anak mereka. _____________________ 533 Penemuan awal ini telah disebut oleh Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, hlm. 35. 534 “Two in five of first wives in polygamous marriages forced to find extra income,” The Malaysian Insider, 15 Julai 2010. 535 “Two in five of first wives in polygamous marriages forced to find extra income,” The Malaysian Insider, 15 Julai 2010. 536 “The impact of polygamy in Malaysia,” The Nut Graph, 21 Julai 2010. 537 “The impact of polygamy in Malaysia,” The Nut Graph, 21 Julai 2010. 538 “The impact of polygamy in Malaysia,” The Nut Graph, 21 Julai 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 195 Kadar perkahwinan poligami di Malaysia Salah seorang penyelidik tempatan, Norani Othman telah menyebut: 196 “Penyimpanan rekod bagi kebanyakan jabatan di negara ini masih lagi berada pada tahap yang menyedihkan dan kami perlu menyelongkar maklumat dari tahun 1990 sehinggalah tahun 2005 bagi mendapatkan gambaran sebenar bagi mengkaji gaya hidup mereka yang menjalankan perkahwinan poligami di negara ini. Selain itu, jurang statistik juga dikesan wujud antara tahun-tahun tertentu.”539 Norani Othman juga menyebut mengenai maklumat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menunjukkan: • Sejak tahun 1990, peratusan tahunan purata bagi perkahwinan poligami di kalangan mereka yang beragama Islam di setiap negeri adalah 2.5 peratus hingga 3.2 peratus bagi kesemua jenis perkahwinan. • Andainya kesemua perkahwinan poligami didaftarkan, sejak tahun 1990, kadar peratusan purata tahunan bagi perkahwinan poligami Muslim bagi setiap negeri mungkin boleh mencecah antara 4.5 peratus sehinggalah 5.7 peratus daripada kesemua jenis perkahwinan.540 Negara-negara lain yang mengharamkan poligami Republik Kyrgyz, Tajikistan, Turki, dan Uzbekistan telah mengharamkan poligami. Di negara-negara seperti Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, dan Lebanon, kaum isteri dibenarkan untuk meletakkan peruntukan atau reservasi-reservasi tertentu bagi membenarkan suami mereka mengambil isteri baru pada masa akan datang.541 Perceraian Permohonan bagi perceraian oleh kaum isteri Seperti yang disebut dalam laporan bayangan pertama CEDAW, walaupun undang-undang menyediakan peruntukan bagi kaum wanita untuk memohon perceraian secara fasakh, ta’liq, ataupun khul’ berlaku, terdapat pelbagai bentuk kesukaran terpaksa mereka hadapi dari sudut tempoh perbicaraan. Lafaz cerai oleh Suami Berdasarkan laporan bayangan CEDAW, golongan isteri pertama terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk kesukaran dalam mendapatkan perceraian jika dibandingkan dengan para suami. Hanya para suami mempunyai kuasa besar dalam urusan ini. Berdasarkan undang-undang asal dalam Akta Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Perseketuan) 1984, kedua-dua suami dan isteri perlu hadir dalam permohonan untuk perceraian di mahkamah sebelum talaq dibenarkan untuk dilafazkan. Pada tahun 1994, pindaan yang dibuat di bawah akta ini telah memuatkan peruntukan yang membenarkan lafaz cerai dibuat di luar mahkamah. Seksyen 55A telah dimuatkan dalam undang-undang ini yang menyebut: “55A… seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah melaporkan apa yang berlaku itu kepada Mahkamah dalam masa tujuh hari.” Peruntukan undang-undang terkini dilihat gagal menyediakan perlindungan dari sudut kewangan kepada kaum wanita yang diceraikan di luar mahkamah. Undang-undang syariah bagi kes-kes sebegini sepatutnya meliputi hak-hak isteri untuk mendapatkan nafkah iddah, mutaah, dan harta sepencarian. Pihak yang terbabit perlu menyedari bahawa lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah boleh menyebabkan ketidakadilan terhadap kaum isteri berlaku. _____________________ 543 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, p36. 544 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report: Malaysia”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, Pre-session working group, Thirty-fifth session, 15 May - 2 June 2006, released 27 March 2006, p4. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Wanita dan lelaki yang beragama Islam tidak berkongsi hak yang sama dari sudut hak tempat tinggal selepas bercerai. Seksyen 71 bagi Akta Undang-undang Keluarga Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1984 telah menyebut bahawa: “(1)Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suaminya tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuknya . (2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti— (a) jika tempoh ‘iddah telah tamat; atau (b) jika tempoh jagaan anak telah tamat; atau (c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan memberahikan secara terbuka (fahisyah); dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.” Badan Sokongan Keluarga di bawah mahkamah Syariah Penubuhan Badan Sokongan Keluarga di bawah setiap Mahkamah Syariah di Malaysia merupakan satu langkah positif yang diambil pada tahun 2010 oleh kerajaan Malaysia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mashitah Ibrahim telah dilaporkan bahawa badan ini akan membantu wanita mendapatkan sokongan kehakiman: “Pegawai-pegawai BSK akan membantu mereka (termasuk) dengan mengesan bekas-bekas suami mereka sekiranya terdapat apa-apa isu timbul. Ini kerana, dalam kes perceraian yang dicadangkan oleh pihak perempuan, terdapat banyak isu berkaitan alimony telah timbul dan masalah ini akan memakan masa yang lama untuk diselesaikan.”542 Kadar keberkesanan bagi BSK ini masih lagi tidak diketahui. Peruntukan kewangan Nusyuz (Derhaka) Undang-undang keluarga Islam turut mengandungi peruntukan berkaitan dengan isteri-isteri derhaka. Seksyen 65(1) bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah menyebut bahawa isteri yang derhaka tidak berhak mendapat nafkah. Peruntukan ini menyebut: “(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah dihentikan apabila tempoh ‘iddah tamat atau apabila isteri itu menjadi nusyuz.” Seksyen 59(2) bagi akta yang sama pula menjelaskan mengenai keadaan-keadaan yang membolehkan isteri jatuh nusyuz. Seksyen ini menyebut: “(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain— (a) apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya; (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; (c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. (3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.” _____________________ 539 Norani Othman, “Response to comments in article on polygamy,” The Malaysian Insider, 16 Julai 2010. 540 Norani Othman, “Response to comments in article on polygamy,” The Malaysian Insider, 16 Julai 2010. 541 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, hlm.46. 542 “Family Support Division to speed up Divorce Procedures in Syariah Court”, Bernama, 7 April 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 197 Seperti yang disebut dalam laporan CEDAW dan undang-undang keluarga Islam yang ditulis oleh Musawah: 198 “Ramai lelaki tidak memenuhi tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan isi rumah dan meninggalkan isteri mereka untuk mengisi jurang tanggungjawab yang wujud kemudiannya tanpa wujudnya sebarang isu berkaitan kepatuhan isteri. Antara hujah yang boleh digunakan adalah kaitan antara tugas lelaki untuk memberikan nafkah dan hak-hak istimewa dalam urusan pewarisan harta, yang mana menunjukkan bahawa kegagalan seorang lelaki untuk memberikan nafkah tidak akan menyebabkan haknya untuk mendapat dua kali ganda harta warisan ditarik.”543 Kebimbangan lain turut disebut dalam Laporan Bayangan NGO CEDAW 2005. Kaum isteri boleh didakwa berlaku nusyuz walaupun mereka terpaksa lari dari rumah untuk membebaskan diri dari keganasan rumah tangga. Penjagaan anak-anak Seksyen 5 bagi Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 telah menjelaskan bahawa setiap ibu bapa berhak untuk mendapat hak penjagaan yang sama ke atas kanak-kanak, sebagaimana yang disebut dalam Seksyen 11, yang mana mengatakan pihak hakim dan mahkamah, di bawah kuasa mereka, boleh mempertimbangkan kemahuan kedua-dua ibu bapa, dalam mana-mana situasi yang boleh diterima akal. Bagaimanapun, hak-hak kesaksamaan dalam penjagaan kanak-kanak hanya wujud bagi mereka yang bukan beragama Islam. Undang-undang Syariah turut mengiktiraf hak-hak lelaki untuk menjadi penjaga. Kerajaan Malaysia telah menyatakan dalam semakan terakhir ke atas mereka yang dibuat oleh Jawatankuasa CEDAW bahawa, undang-undang syariah “menyatakan bahawa ibu merupakan individu yang terbaik untuk dipilih dalam soal penjagaan anak-anak manakala bapa pula lebih sesuai memikul kesemua tanggungjawab berkaitan isu yang sama.”544 Seksyen 88 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah menyebut bahawa: “(1) Sungguh pun hak terhadap hadhanah atau jagaan anak mungkin terletak pada individu lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila seseorang bapa telah meninggal dunia, maka hak di sisi undangundang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu— (a) datuk lelaki di sebelah bapa; (b) waris yang dilantik menurut wasiat bapa; (c) waris kepada waris bapa; (d) waris datuk lelaki di sebelah bapa; (e) waris kepada waris datuk di sebelah bapa:” Dengan reservasi bahawa dia adalah seorang Muslim, dewasa, siuman, dan boleh dipercayai. Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW yang ke-21 telah menyebut bahawa: “Negara-negara Anggota seharusnya memastikan bahawa, kedua-dua ibu bapa, tidak kira status perkahwinan mereka ataupun sama ada mereka tinggal bersama anak-anak mereka ataupun tidak, mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama ke atas anak-anak mereka.”545 Dalam kes yang membabtikan salah seorang ibu bapa bertukar agama ke Islam, sebarang soalan berkaitan dengan kebajikan, pendidikan, dan agama anak tersebut perlu ditentukan oleh kedua-dua belah pihak, dengan menjadikan kepentingan anak-anak sebagai prioriti. Kebenaran salah seorang daripada ibu bapa sahaja tidak mencukupi, kerana menghilangkan hak ibu bapa yang seorang lagi untuk mendapat kesaksamaan dari sudut penjagaan ke atas anak-anak yang terbabit. _____________________ 543 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, hlm. 36. 544 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, 15 Mei – 2 Jun 2006, diedarkan pada 27 Mac 2006, hlm. 4. 545 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-21, perenggan ke-20. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Anak-anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan perkahwinan berlangsung dianggap sebagai anak luar nikah Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab dalam mengeluarkan surat beranak di Malaysia. Andainya seorang anak dilahirkan dalam tempoh enam bulan ibu bapanya berkahwin, anak tersebut boleh dikira sebagai anak luar nikah. Oleh itu, anak tersebut perlu menggunakan “Abdullah” sebagai nama bapanya, dan bukan nama bapanya sendiri. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said berkata, amalan ini adalah “berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 28 Januari 1981.”546 Fatwa tersebut menyebut bahawa, “seseorang lelaki tidak boleh diiktiraf sebagai bapa kepada seorang bayi yang berada dalam kandungan, dan bayi tersebut tidak boleh mewarisi apa-apa daripadanya, dan dia tidak boleh dikira sebagai seorang mahram (saudara yang tidak boleh dikahwini) kepada bayi tersebut, dan tidak boleh menjadi penjaga kepada anak tersebut.” Seksyen 23(4) bagi Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 telah menyebut bahawa: “(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.” Kesan-kesan penggunaan “binti/bin Abdullah” dalam nama anak yang dilahirkan dalam surat beranak anak-anak tersebut tidak boleh dijangka. Kadangkala, kesannya boleh menyebabkan kesukaran berlaku dalam urusan-urusan rumit seperti pembahagian harta warisan dan hak-hak penjagaan. Pada penghujung tahun 2011, kerajaan negeri Terengganu telah mencadangkan agar nama bapa kepada anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan berlangsung dibenarkan untuk diberikan kepada anak tersebut.547 Warisan harta Para pewaris lelaki menerima dua kali ganda bagi harta yang diwarisi jika kaedah faraid digunakan dalam urusan pembahagian pusaka. Bagaimanapun, ini adalah berdasarkan andaian bahawa lelaki di Malaysia mampu menyumbang kepada keluarga dan bukan berdasarkan keupayaan kaum wanita moden di Malaysia yang bekerja dan turut mampu menyumbang dari segi ekonomi. Dalam dokumen “Maklumbalas bagi isu-isu dan persoalan berkaitan dengan pertimbangan berkenaan laporan pertama dan kedua berkala” pada tahun 2006, kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa: “Bahagian bagi seorang wanita di bawah undang-undang faraid hanyalah separuh daripada bahagian lelaki. Perbezaan ini adalah sejajar dengan perbezaan tanggungjawab yang dipegang oleh kaum lelaki dan wanita. Di bawah undang-undang Syariah, seorang lelaki bertanggungjawab untuk menjaga isteri, anak-anak, dan sanak-saudaranya yang memerlukan. Oleh itu, disebabkan tanggungjawab mereka yang lebih besar di bawah undangundang Syariah, lelaki sememangnya berhak untuk mendapat bahagian yang lebih besar berbanding wanita. Tanggungjawab bagi menguruskan isterinya tetap tidak akan dibatalkan atau dikurangkan walaupun sekiranya isteri mempunyai kekayaan yang lebih besar melalui pendapatan peribadi berbentuk gaji bekerja, sewa rumah, keuntungan, atau apa-apa sahaja bentuk pendapatan yang dibenarkan dari sudut perundangan.”548 Musawah menyebut bahawa: “Dari sudut realiti kehidupan lelaki dan perempuan, struktur keluarga telah banyak berubah sejak zaman moden bermula. Ketika beratus-ratus tahun dahulu, keluarga tambahan sanggup menetap berdekatan antara satu sama lain dengan andaian bahawa pewaris lelaki bakal menyokong hidup mereka, kewujudan keluarga nuklear dan penurunan bilangan saudara dekat dalam keluarga yang besar, turut membawa makna bahawa saudara jauh juga sudah tidak _____________________ 546 “NRD explains the Fatwa Council ruling”, The Star, 6 November 2011. 547 Surat kepada Editor, “Respect a Child’s Right to a Name, an Identity and Family”, Sisters in Islam, 4 November 2011. 548 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, 15 Mei – 2 Jun 2006, diedarkan pada 27 Mac 2006, hlm. 5. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 199 200 seharusnya berharap pada satu mekanisme sokongan semata-mata. Sebagai tambahan, idea yang ahli keluarga lelaki mempunyai tanggungjawab untuk menjaga wanita juga hanya wujud secara teori. Idea ini tidak lagi berasas di alam realiti, memandangkan terdapat ramai lelaki yang gagal menyokong keluarganya yang menerima bahagian yang lebih sedikit berbanding dirinya dari sudut pembahagian harta, dan tiada kebenaran dapat digunakan bagi menunjukkan bahawa undang-undang ini mampu menjamin mereka menjalankan tanggungjawab mereka secara praktikal.”549 Harta sepencarian Pandangan tradisional mengenai harta sepencarian menekankan yang seseorang isteri berpotensi untuk mendapatkan satu pertiga daripada harta benda yang dimiliki oleh suami mereka sepanjang perkahwinan berlangsung sebagai tanda penghargaan bagi sumbangannya menjaga keluarga yang dibina bersama. Seperti yang disebut dalam laporan bayangan CEDAW yang dikeluarkan pada tahun 2005, Seksyen 23 (9) bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2005 telah menyebut bahawa “mana-mana pihak” dibenarkan untuk memohon bagi mendapatkan harta sepencarian mereka sebelum perkahwinan tersebut menjadi perkahwinan poligami. Dalam dokumen “Maklumbalas bagi senarai isu-isu dan persoalan yang dibangkitkan dalam laporan gabungan pertama dan kedua berkala,” Kerajaan Malaysia telahpun menyebut bahawa pindaan yang dilakukan boleh meningkatkan lagi perlindungan ke atas wanita. Mereka menyebut: “Bagi meningkatkan perlindungan ke atas kaum wanita, peruntukan yang disemak bagi model undang-undang berkenaan dengan IFL mengandungi peruntukan berkenaan dengan harta sepencarian sebelum mahkahah mengeluarkan kebenaran bagi arahan bagi pendaftaran perkahwinan poligami. Peruntukan ini diperlukan bagi menjamin hak yang sama dalam penerimaan harta benda yang sama-sama diperoleh bersama suaminya sepanjang perkahwinan berlangsung.”550 Bagaimanapun, pertimbangan yang digunakan oleh pihak kerajaan tetap masih disalahgunakan oleh si suami yang terlibat. Golongan suami seperti ini yang akan menikahi isteri barunya boleh mencari jalan bagi menjual rumah mereka dan membahagikan hasil jualan tersebut. Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender menyebut bahawa tindakan ini “akan menyebabkan ketiadakadilan yang melampau berlaku ke atas isteri sedia ada dan anak-anak yang terlibat.”551 Pertukaran agama ketika perkahwinan berjalan Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita seringkali menerima permohonan bantuan dari golongan wanita bukan Islam yang telah menerima kesan dari pertukaran agama suami mereka ke Islam. Wanita-wanita ini mempunyai kebimbangan yang besar kerana perubahan agama ini akan menggoyahkan hak-hak mereka, yang mana sepatutnya disokong oleh undang-undang perkahwinan sivil, sebelum mereka berkahwinan. Kebimbangan ini berpusat pada isu berkaitan dengan perceraian, pembahagian asset, nafkah, dan pewarisan harta. Penjagaan anak, dan kemampuan untuk memberikan pendapat yang setaraf dalam urusan keagamaan anak, turut dipersoalkan oleh golongan ini. Jawatankuasa CEDAW telah berkata, di hadapan wakil kerajaan Malaysia pada tahun 2006, bahawa: “Ahli Jawatankuasa telah mendesak agar Negara Anggota mengambil langkah tertentu bagi menjalani proses pembaharuan undang-undang bagi menghapuskan ketidaseragaman antara mahkamah syariah dan sivil, termasuklah dengan memastikan sebarang konflik yang berlaku berkaitan dengan kesaksamaan hak-hak wanita dan diskriminasi dapat diselesaikan sepenuhnya melalui sistem Perlembagaan sedia ada, dan peruntukan-peruntukan Konvensyen dan cadangan-cadangan umum yang dikeluarkan oleh CEDAW, terutamanya cadangan ke-21 mengenai kesaksamaan dalam perkahwinan dan hubungan kekeluargaan.” _____________________ 549 Musawah, “CEDAW and Muslim Family Laws”, 2011, hlm. 39. 550 “Responses to the list of issues and questions for consideration of the combined initial and second periodic report”, CEDAW/C/ MYS/Q/2/Add.1, 15 Mei – 2 Jun 2006, diedarkan pada 27 Mac 2006. 551 “Memorandum to Ahli Dewan Negara to Review the Islamic Family Law (Federal Territories) (Amendment) Bill 2005”, dihantar oleh Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG), 8 Disember 2005. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Namun begitu, ketidakseragaman dan konflik masih lagi terus berlaku antara kedua-dua sistem perundangan yang ada. Undang-undang Syariah dan sivil dilihat gagal untuk diseragamkan sehingga sekarang. Malaysia juga seringkali menyebut bahawa Mahkamah Syariah dikawal sepenuhnya oleh rang undangundang kerajaan negeri dan tidak boleh dipersalahkan dalam apa-apa kes yang membabitkan undangundang negeri. Bagaimanapun, Jawatankuasa CEDAW telah menyebut dalam cadangan mereka yang ke-28 bahawa: “Pembahagian kuasa, melalui devolusi dan pembahagian kuasa kerajaan pusat kepada persekutuan dan negeri-negeri persekutuan, tidak boleh mengurangkan atau merendahkan tahap tanggungjawab terus Negara-negara Anggota ke atas kaum wanita yang tertakluk di bawah sistem kehakiman yang ada. Dalam semua keadaan, Negara Anggota yang telah bersetuju di bawah Konvensyen seharusnya terus bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan penuh dapat diwujudkan di seluruh kawasan yang tertaluk di bawah sistem kehakimannya.”552 Isu-isu berkaitan dengan perkahwinan yang didaftarkan di bawah undangundang sivil perlu diuruskan di bawah undang-undang sivil Perkahwinan antara mereka yang bukan beragama Islam didaftarkan di bawah undang-undang sivil – Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Undang-undang seharusnya dipinda bagi melindungi hak-hak mereka yang terbabit sekiranya pasangan mereka tiba-tiba bertukar agama ke agama Islam. Bagi perkahwinan yang dilangsungkan di bawah undang-undang sivil, semua isu yang dibangkitkan hasil dari perkahwinannya mesti diuruskan di bawah undang-undang sivil, dan bukan undang-undang syariah. Adalah tidak adil bagi golongan yang bukan beragama Islam untuk terperangkap dalam sistem perundangan yang mana mereka persetujui terlebih dahulu. Enakmen undang-undang negeri seperti Seksyen 46(2)(b) bagi Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 telah menyebut bahawa kesemua hasil keputusan perbincangan mengenai urusan sivil yang diperoleh oleh Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan dengan “tindakantindakan dan perbicaraan berkenaan dengan kesemua pihak yang beragama Islam.” Kes Shamala a/p Sathiyaseelan telah menekankan mengenai masalah yang timbul akibat kewujudan dua sistem perundangan ini setelah berlakunya pertukaran agama suami. Kajian Kes: Shamala a/p Sathiyaseelan Dalam laporan bayangan CEDAW pada tahun 2006, nama Shamala a/p telah dibangkitkan. Shamala, seorang penganut agama Hindu, telah menjadi mangsa keadaan dalam pertukaran agama suaminya ke Islam selepas usia perkahwinan mereka mencapai empat tahun. Suaminya turut didapati telah menukar agama anak-anaknya yang masih kecil tanpa pengetahuannya. Shamala telah menfailkan hak penjagaan anak di bawah Mahkamah Tinggi dan mendapat arahan interim dari mahkamah. Bagaimanapun, sebelum hak penjagaan interim itu diperoleh, suaminya telah muncul di Mahkamah Tinggi dan meminta agar penundaan dibuat. Ketika itu, suaminya belum lagi membongkar yang dirinya sudahpun menghantar permohonan ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan arahan hadanah (hak penjagaan). Pada Mei 2003, suami kepada Shamala telah mendapatkan hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah untuk anak-anaknya, walaupun perbicaraan berkenaan perkara tersebut masih lagi berlangsung di mahkamah sivil. Pada Julai 2004, Mahkamah Tinggi Sivil telah memberikan hak penjagaan kepada Shamala, dengan reservasi Shamala akan membesarkan anaknya sebagai kanak-kanak beragama Islam, dan tidak memberikan mereka sebarang pendedahan kepada agama Hindu. _____________________ 552 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-28, perenggan ke-39. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 201 202 Hakim turut menolak permohonan Shamala untuk menekankan bahawa pertukaran agama anakanaknya yang dibuat secara rahsia telah melanggar hak asasinya sebagai seorang ibu yang berhak untuk menentukan agama anak-anaknya. Keputusan telah dibuat berdasarkan fakta yang anak-anak Shamala sudahpun bergelar Muslim. Mahkamah Syariah turut menjadi ruang perbahasan bagi menilai status pertukaran agama yang berlaku, walaupun para hakim sudahpun mengakui bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang hak kehakiman bagi mendengar kes Shamala memandangkan Shamala bukanlah seorang yang beragama Islam. Sebagai kesannya, Shamala tidak mempunyai sebarang saluran untuk mendapatkan keadilan.553 Shamala akhirnya membuat keputusan untuk melarikan diri dan masih tidak kembali sehingga ke hari ini. Lima persoalan mengenai perlembagaan telah dirancang untuk dibangkitkan di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009. a. Status pengesahan bagi pertukaran agama; b. Konflik yang wujud antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil berkaitan dengan pertukaran agama dan urusan kekeluargaan; c. Akta Pengurusan Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan andainya salah seorang ibu bapa menukarkan agama anakanak mereka yang masih lagi berada di bawah umur; d. Sama ada Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Syariah mempunyai kuasa apabila konflik berlaku dan; e. Apabila ibu bapa yang bukan beragama Islam mencari bantuan setelah pasangan mereka yang beragama Islam menukar agama anak mereka yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan sivil. Bagaimanapun, isu-isu tidak dibawah ke Mahkamah Persekutuan. Pada November 2010, Mahkamah Persekutuan telahpun bersepakat menolak persoalan-persoalan perlembagaan ini. Ketiadaan Shamala di Malaysia telah dijadikan alasan utama mereka dalam mengambil tindakan tersebut. Malangnya, para hakim telah gagal menyedari bahawa dalam keputusan mahkamah yang terdahulu, hakhak kesaksamaan Shamal sebagai ibu telah dinafikan dan Shamala telahpun diberitahu untuk membesarkan anak-anaknya bukan dengan agama yang dipegangnya sendiri. Dia telahpun melarikan diri dari negara ini secara terpaksa. Mahkamah Persekutuan sama sekali tidak mencuba untuk memahami situasi Shamala dan telah menyebabkan Shamala gagal mendapatkan solusi bagi masalahnya yang turut mungkin bakal dihadapi oleh orang lain. Bagi mengelakkan konflik kehakiman dan eksploitasi sistem perundangan melalui “beli-belah kehakiman,” daripada berlaku, enakmen yang relevan berkenaan yang menyebut secara jelas bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mendengar kes-kes mahkamah sivil perlu dibentuk. Ini merupakan sesuatu tindakan yang amat penting bagi memastikan agar, kes-kes seperti kes Shamala, yang mana arahan mahkamah syariah dan sivil saling bercanggah ke atas keduadua individu dalam sesuatu ikatan perkahwinan daripada terus berlaku pada masa hadapan. Masalah seperti ini mungkin akan menyebabkan masyarakat awam hilang keyakinan terhadap sistem kehakiman negara terutamanya proses kehakiman itu sendiri. Peruntukan bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 menekankan bahawa semua isu berkaitan dengan pertukaran agama perlu diselesaikan di bawah undang-undang sivil seperti mana ketika perkahwinan berlangsung. Hak penjagaan anak Berdasarkan Akta Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, seorang wanita Muslim akan kehilangan hak-hak penjagaan ke atas anaknya “diakibatkan oleh perbuatan tidak bermoral atau tidak sopannya secara terbuka.”554 Bagaimanapun, peruntukan ini hanya membabitkan kaum ibu, dan bukan bapa. Walaupun hak ini lebih cenderung untuk diberikan kepada kaum ibu, masyarakat perlu diingatkan bahawa kaum bapa “merupakan penjaga utama” bagi anak-anak. _____________________ 553 Perbicaraaan bagi kes Shamala Sathiyaseelan v. Dr Jeyaganesh C Mogarajah & Anor, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur, Faiza Tamby Chik J, 13 April 2004, boleh diperoleh di: http://www.cljlaw.com/public/cotw-041126.htm. 554 Seksyen 83(b), Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kami mendesak agar mahkamah-mahkamah memberikan hak penjagaaan anak-anak tanpa memberikan sebarang amaran seperti dalam kes Shamala, yang telah diberitahu bahawa dirinya akan kehilangan hak penjagaan sekiranya membesarkan anaknya dengan fahaman agamanya sendiri, walaupun anakanaknya telah ditukarkan agama tanpa kebenarannya. Sempadan tindakan dalam aspek ini masih lagi tidak jelas walaupun kesan-kesan bagi pencabulannya boleh dikatakan amat dahsyat. Pemberian nafkah dalam kes yang membabitkan pertukaran agama pasangan tersebut ke agama Islam Seksyen 77 bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) telahpun menekankan bahawa peruntukan berkenaan nafkah sentiasa menyebut bahawa para suami perlu membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. Peruntukan ini perlu diteruskan walaupun sang isteri bertukar agama ke Islam. Andainya suaminya bertukar agama, tanggungjawabnya untuk membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya yang bukan beragama Islam tetap terus wujud. Andainya si isteri yang bertukar agama, dirinya tetap berhak menerima hak nafkah daripada suaminya yang bukan beragama Islam. Seksyen 81 bagi akta tersebut pula menyebut bahawa pemberian nafkah adalah sah dari segi undangundang sehinggalah salah seorang daripada pasangan berkaitan meninggal dunia ataupun sudah mencapai kestabilan hidup, berharap sama ada pemberian nafkah adalah selamat ataupun tidak selamat. Peruntukan ini perlu diteruskan tidak kira salah seorang telah memeluk Islam ataupun tidak. Di bawah enakmen undang-undang islam, seorang suami wajib meneruskan pemberian nafkahnya kepada bekas isterinya bagi satu tempoh iddah selama tiga bulan (kecuali jika isterinya mengandung) yang mana keluarga isterinya ataupun pihak Baitulmal akan mengambil alih tugasnya. Bagaimanapun, peruntukan undang-undang Syariah negeri ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes membabitkan pertukaran agama suami memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan pemberian nafkah mengikut undang-undang sivil. Pertukaran agamanya ke Islam turut tidak boleh diberikan bagi mencabul hak isterinya yang tidak bertukar agama yang juga hanya telah bersetuju untuk terbabit dalam kontrak perkahwinan sivil. Peruntukan bagi enakmen undang-undang syariah negeri tidak boleh dikenakan ke atas isteri yang bukan beragama Islam. Pertimbangan bagi peruntukan ini juga tidak boleh diterima pakai dalam kes ini memandangkan, sebagai seorang yang bukan beragama Islam, isterinya ini tidak mempunyai sebarang struktur sokongan undang-undang memandangkan ahli keluarganya atau pihak Baitulmal tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk menyediakan apa-apa sebaik sahaja dirinya diceraikan. Pasangan yang bertukar agama seharusnya meneruskan pembayaran nafkah berdasarkan undangundang sivil, walaupun setelah pertukaran agamanya berlaku. Agama kanak-kanak Artikel 12(4) bagi Perlembagaan Persekutuan telah menyebut bahawa, “agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.” Adalah sangat menyedihkan bahawa terdapat beberapa kes mahkamah,555 yang mana para hakim telah menginterpretasikan peruntukan ini dengan cara yang “terlalu harafiah dan ringkas” dengan menekankan bahawa salah seorang daripada ibu bapa berhak untuk menukar agama anak mereka. Pakar akademik, Dr.Azmi Sharom telah menyebut: “Perkara ini, jika terus diambil mengikut logik mencadangkan bahawa seorang kanak-kanak berhak untuk ditukar agamanya oleh salah seorang ibu bapanya pada suatu hari dan ditukar kepada agama lain oleh ibu bapanya yang seorang lagi pada hari berikutnya. Ini tentunya sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak mampu membantu tujuan artikel ini dari dicapai dan tentunya akan menyebabkan istilah “ibu bapa” ditafsir sebagai “salah seorang daripada ibu bapa.”556 Kami sangat menentang amalan menukar agama anak tanpa mendapat persetujuan ibu bapanya yang bukan beragama Islam, seperti mana yang terjadi dalam kes Shamala dan wanita-wanita lain seperti Indira Ghandi. _____________________ 555 Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, (Civil Appeals No. 02-19-2007(W), NO. 02-20-2007(W), NO. 02-21-2007(W)) Between Subashini A/P Rajasingam (Appellant) and Saravanan A/L Thangathoray (Respondent), Appeals from Court of Appeal, (Civil Appeals No. W-02-955-2006, W-02-1041-2006) Coram Nik Hashim Bin Nik Ab. Rahman, FCJ, Abdul Aziz Bin Mohamad, FCJ and Azmel Bin Haji Maamor, FCJ, 27 Disember 2007, boleh diperoleh di: http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/subashini_a/p_rajasingam_v_ saravanan_a/l_thangathoray_2007_fc.html 556 Dr Azmi Sharom, “Sore need for plurality in law”, The Star, 18 November 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 203 Kajian kes: Indira Ghandi 204 Pada tahun 2009, suami kepada Indira Ghandi, telah bertukar agama ke Islam dan telah dikenali dengan nama Mohd Ridzuan Abdullah, dan menukar agama ketiga-tiga anaknya tanpa kehadiran anak-anaknya sendiri ketika permohonan dibuat. Pada tahun 2010, Indira telah diberikan hak penjagaan anak-anak. Bapanya yang masih menetap bersama salah seorang anak-anak tersebut tidak bersetuju untuk menyerahkan anaknya kepada isterinya. Pada Julai 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh telah memberikan arahan bagi menjalankan perbicaraan bagi menyemak semula pertukaran anak-anak mereka ke agama Islam. Walaupun kami menyokong pertukaran agama seseorang individu mengikut pilihannya, kami tetap terkejut dengan adanya sistem yang mampu menggoyahkan hak asasi pasangan atau orang lain apabila pertukaran agama berlaku. Kes pertukaran agama yang berpotensi mencetuskan ketidakadilan dan menafikan hak membuat keputusan individu lain yang terbabit masih lagi dapat didengari. Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa tidak bersetuju dalam urusan pegangan agama seseorang anak, status quo sebelum pertukaran agama salah seorang daripada mereka seharusnya dibiarkan, i.e. agama anak tersebut sebelum pertukaran agama itu berlaku seharusnya terus dibiarkan dipegang dan anak tersebut sendiri perlu diberikan hak untuk mengikuti mana-mana agama yang diminatinya sebelum mencapai usia 18 tahun. Setiap ibu bapa, sama ada mempunyai hak penjagaan ke atas anak tersebut, perlu mempunyai hak untuk mendidik anak-anak mereka mengenai agama mereka secara adil. Interpretasi yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa kerajaan dan mahkamah telah membuktikan bahawa hak seseorang individu untuk memegang dan mengamalkan kepercayaan agamanya tidak disokong sebagaimana yang dijanjikan mengikut perlembagaan. Bagaimanapun, kesungguhan pihak mahkamah dalam menentukan agama bagi kanak-kanak tersebut dalam Islam masih lagi berterusan dan kanak-kanak itu akan terus gagal untuk mengamalkan sebarang bentuk kepercayaan agama lain. Ini memberikan implikasi yang andainya seseorang itu beragama Islam, berbeza dengan berpegang pada agama lain, mempunyai tanggungjawab yang boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang. Pengurusan Wasiat Selepas Pertukaran Agama Seksyen 2 bagi Akta Pembahagian 1958 telahpun menyebut bahawa Akta tersebut tidak boleh diaplikasikan ke atas mereka yang beragama Islam, dan mereka yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan untk mewarisi apa-apa berdasarkan prinsip pembahagian harta mengikut faraid. Sebagai kesan, golongan saudara bagi mereka yang bertukar agama ke agama Islam boleh menerima kesan buruk dari undang-undang ini, kerana telah jatuh ke dalam jurang antara undang-undang sivil dan faraid. Akta Pembahagian 1958 sepatutnya dipinda bagi menyediakan solusi bagi individu yang berpegang kepada undang-undang perkahwinan sivil tetapi baru kehilangan pasangannya melalui pemelukan agama Islam ataupun meninggal dunia. Hak-hak mereka sebagai pewaris turut perlu dipertimbangkan. Selain itu, prinsip kesaksamaan dan setaraf dari segi sumbangan sepatutnya dihormati memandangkan pasangan yang menukar agama ke Islam, masih lagi boleh menerima bahagiannya dari ahli keluarganya yang tidak beragama Islam. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukan kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan Artikel 16 CEDAW Diskriminasi yang dihadapi oleh kaum wanita di bawah kedua-dua undang sivil dan keluarga Islam Usia perkahwinan • Usia minima bagi perkahwinan untuk berlangsung mesti ditetapkan sebagai 18 tahun bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, tanpa sebarang pengecualian. Pindaan perlu dibuat bagi Seksyen 10 dan Subseksyen 21(2) dalam Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan Seksyen 8 bagi Undang-undang Keluarga Islam. Andainya perkara ini gagal dicapai, sebuah badan pendaftaran bagi memerhatikan jumlah perkahwinan bawah umur dan mengenalpasti punca-punca perkahwinan tersebut perlu diwujudkan. Pergantungan ekonomik • Mengenalpasti kumpulan-kumpulan sasaran di kawasan-kawasan dalam dan luar bandar yang mana jelas mempunyai kes-kes wanita yang mempunyai “dua beban” dan menjalankan program keibubapaan mengenai tanggungjawab bersama. Kandungan program ini, seharusnya turut menyebut mengenai tanggungjawab kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, dan perlu dikeluarkan kepada orang awam dan NGO-NGO terbabit perlu diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam membentuk isi-isi kandungan kursus. • Kandungan bagi kelas-kelas keibubapaan perlu dinilai bagi memastikan bahawa penekanan diberikan mengenai tanggungjawab kaum lelaki dalam keluarga, termasuklah dalam bidang perancangan keluarga, dan pembesaran anak-anak. Kelas-kelas ini seharusnya menyokong hak-hak wanita untuk bekerja dan tidak menggalakkan kewujudan stereotaip mengenai tugasan wanita di rumah. • Strategi Penjagaan Kanak-kanak Kebangsaan seharusnya dikaji. Tawaran kerajaan untuk memberikan insentif dari sudut pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang menyediakan pusat penjagaan keluarga tidak mendapat sambutan. Oleh itu, strategi yang berkesan bagi memastikan hajat ini tercapai perlu dibina. Kedua-dua pihak swasta dan kerajaan seharusnya memberi penekanan bahawa penjagaan kanak-kanak adalah satu bentuk tanggungjawab kemasyarakatan dan kerajaan seharusnya bersungguh-sungguh bagi mewujudkan undang-undang yang mewajibkan para majikan untuk mewujudkan fasiliti seperti ini kepada pekerja-pekerja mereka di tempat kerja. Pihak swasta dan kerajaan seharusnya berkongsi dari sudut kos bagi program sebegini melalui pewujudan satu pusat penjagaaan anak komuniti bagi anak-anak pekerja. Kerajaan juga seharusnya memberikan subsidi bagi memberikan pendidikan berkualiti di pusat penjagaaan anak-anak terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan ibu-ibu tunggal. • Usaha yang berterusan perlu dibuat bagi mendaftarkan satu jumlah pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar sejajar dengan Akta Pusat Penjagaan 1993.557 • Keraajaan seharusnya memulakan kajian dalam perkara-perkara tersebut bagi membolehkan data-data tepat diperoleh untuk pembaharuan yang mungkin berlaku: a)Faedah cukai kepada ibu-ibu tunggal b)Kewujudan pusat penjagaan kanak-kanak yang lebih banyak di tempat kerja dan kawasan perumahan. c)Faedah ibu bapa d)Polisi pekerjaan yang menyokong peranan tradisional dan bukan tradisional. e)Polisi perumahan yang memberi faedah kepada keluarga yang mempunyai ramai anak. • Dalam kes yang membabitkan anak-anak, undang-undang perceraian seharusnya dibuat berdasarkan kepentingan anak-anak tersebut, termasuklah reservasi bagi mencapai kestabilan kekeluargaan dan ekonomi. Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) _____________________ 557 “Unlicensed childcare centres”, The Star, 4 Februari 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 205 206 dan Undang-undang Keluarga Islam perlu dipinda bagi mewujudkan satu saluran penyampaian rasmi mengenai nilai jasa seseorang pengurus rumah tangga di rumah kepada keluarganya. Sejajar dengan ini, mahkamah semua seharusnya mengiktiraf pengurus rumah tangga dan jasanya kepada pembinaan aset pasangan selepas berkahwin. Penjagaan • Sebarang borang yang memerlukan tanda tangan penjaga seharusnya disemak bagi memastikan istilah seperti: “penjaga: ayah/ibu”, di bahagian yang memerlukan tanda tangan diwujudkan. Kesemua kakitangan yang berkaitan pula perlu diberikan latihan bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai Akta Penjagaan Kanak-kanak 1999. Perceraian • Penubuhan sistem mahkamah keluarga di bawah undang-undang keluarga Islam dan sivil penting bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan secara lebih efisyen. Mengelakkan sebarang kecederaan kepada ahli keluarga yang terbabit dalam keadaan mereka terpaksa berhadapan dengan sesuatu perkara seharusnya dijadikan tujuan ini kewujudan sistem ini. Satu sistem mahkamah perlu mempunyai satu sistem perundangan mengenai kesemua urusan berkaitan keluarga.558 a) Perceraian, perpisahan mengikut kehakiman, dan pembatalan perkahwinan. b)Penjagaan, pengawalan, dan penilaian kanak-kanak. c) Pembahagian harta sepencarian d)Keganasan rumah tangga (Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan) e) Nafkah bagi pasangan yang bergantung f) Nafkah bagi anak-anak yang menjadi tanggungan g) Pengambilan anak angkat. Diskriminasi yang dihadapi wanita di bawah undang-undang sivil Perceraian • Mendesak pewujudan sistem latihan dan pemberian sijil kepada kesemua ahli badan-badan berkaitan kaunseling perkahwinan, terutamanya mengenai keganasan rumah tangga. Seksyen 106 bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) perlu pindaan bagi turut memuatkan mengenai kelayakan pekerja di badan-badan ini. • Menimbulkan kesedaran kehakiman berkaitan isu-isu gender terutamanya di kalangan hakim yang terlibat dalam pergaduhan keluarga. Langkah ini dilihat sangat penting bagi wanita yang memohon untuk bercerai dan menolak sebarang permohonan harta perkongsian bagi memenangi penjagaan anak-anak mereka. • Jasa wanita, berbayar ataupun tidak berbayar, seperti “tugasan di rumah” perlu diberikan penghargaaan oleh para hakim ketika pembuatan keputusan mahkamah berlangsung. Perkahwinan yang tidak berdaftar • Melaksanakan sistem pendaftaran perkahwinan berkomputer pada peringkat kebangsaan di bawah Jabatan Pendaftaran Perkahwinan. Kesemua institusi agama perlu mempunyai akses bagi memasuki pusat data ini. • Mewujudkan undang-undang yang tegas mengenai prosedur dan peraturan bagi memastikan perkahwinan yang berlangsung sah dari sudut undang-undang sama ada mengenai amalan budaya, agama, ataupun penggunaan-penggunaan tertentu. • Melaksanakan Akta Pendaftaran Perkahwinan Wajib. • Memerhati dan mendenda institusi agama atau budaya yang melangsungkan perkahwinan tidak berdaftar. _____________________ 558 Memorandum on Setting Up a Family Court in Malaysia, Ahli Jawatankuasa Undang-undang Keluarga bagi Badan Peguam Malaysia, 2002. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Mendakwa mereka yang mengamalkan poligami bagi menakutkan orang lain daripada terjebak sama. • Seorang wanita yang mendapati dirinya berada dalam perkahwinan monogami seharusnya diberikan hak untuk mendapatkan perceraian segera yang turut merangkumi nafkah dan harta benda bagi dirinya dan anak-anaknya. • Membangunkan peruntukan perkahwinan in de facto bagi wanita yang memohon nafkah, terutamanya yang membabitkan kanak-kanak.559 • Meningkatkan kesedaran orang awam mengenai keperluan mendaftarkan perkahwinan dan keburukan mengabaikan perkara ini. Pembahagian Harta • Kedua-dua suami dan isteri berhak untuk menerima bahagian yang adil daripada harta benda yang dikongsi oleh mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Seksyen 76 bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) perlu dipinda bagi membolehkan pasangan yang mana perkahwinan mereka diisytiharkan terbatal atau tidak sah menerima faedah yang sama. Nafkah • Sumbangan wanita dari sudut kewangan dan bukan kewangan, termasuklah melalui tugasannya di rumah dan pusat penjagaan anak, perlu diberikan perhatian yang sama dalam pembahagian aset perkahwinan. Seksyen 76 bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) perlu dipinda sejajar dengan perkara ini. • Peruntukan di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) dan undang-undang keluarga Islam yang mewajibkan kaum lelaki yang lambat mebayar nafkah kepada bekas isteri atau anaknya untuk dikenakan denda bagi membayar kos undangundang daripada pihak yang menerima ketika pelaksaan dijalankan. Pembaharuan ini akan membenarkan lebih ramai wanita mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas suami mereka yang gagal memberikan pinjaman. • Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) perlu dipinda bagi memastikan kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama dalam menfailkan dan membuat permohonan dari segi pembayaran nafkah tanpa melalui sebarang perwakilan perundangan. • Mewujudkan Agensi Sokongan Kanak-kanak Kebangsaan yang mana akan menjadi badan bebas dalam menilai, menyemak, menekan, dan mengaturkan bayaran sokongan anak-anak. Ini bakal menjadi satu bentuk jabatan kerajaan pusat bagi memberi penyelesaian kepada pemohon yang beragama Islam atau bukan dan akan menggunakan kaedah negeri bagi menilai kemampuan suami dalam memastikan bayaran nafkah yang diterima mencukupi. Walaupun undang-undang membenarkan penelitian gaji digunakan dalam proses penetapan nafkah, peruntukan ini masih lagi gagal digunapakai pada tahap maksimum.Penggunaan rang undang-undang oleh para hakim dan mahkamah menunjukkan bahawa usaha menjaga hak asasi wanita semakin didengari. • Sehinggalah pembaharuan ini dapat berkuatkuasa, mekanisme memperbaiki bayaran daripada suami perlu diwujudkan. Contohnya, satu sistem bailiff boleh diperkenalkan bagi mendapat semula bayaran daripada suami yang gagal memberikan nafkah bagi mengelakkan sebarang prosedur mahkamah berpanjangan dan bertambah dari segi kos yang boleh memberikan kesan trauma kepada kaum wanita. Satu sistem lain, seperti agensi pengumpul nafkah turut boleh diwujudkan bagi menguruskan penerimaan nafkah daripada suami. • Kerjasama antara pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan berkaitan hak asasi wanita perlu dipertingkatkan bagi membolehkan pusat data bagi maklumat berkaitan kes-kes berkenaan diwujudkan. • Seksyen 95 bagi Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) perlu dipinda bagi memberikan mandat kepada golongan ayah untuk terus membayar nafkah bagi _____________________ 559 Perkahwinan de facto boleh ditafsirkan sebagai perkahwinan yang tidak berdaftar. Sebagai contoh, seorang lelaki boleh memasuki alam perkahwinan poligami dengan satu perkahwinan de facto bagi membolehkannya berkahwin secara sah mengikut undang-undang kerana perkahwinan tersebut tidak dikira berdaftar. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 207 208 perbelanjaan anak-anak sehinggalah anak-anak tersebut mencecah usia 23 tahun. Semakan semula ini diperlukan bagi mengurangkan beban kewangan golongan ibu dan mungkin meningkatkan hubungan rapat antara bapa dan anak-anak. Diskriminasi yang dihadapi kaum wanita di bawah undang-undang keluarga syariah • Secara ringkasnya, salah satu punca utama bagi diskriminasi berlaku adalah disebabkan kekurangan satu sistem undang-undang yang seragam. Perkara ini dapat diselesaikan dengan adanya satu sistem undang-undang syariah yang digunapakai oleh kesemua negeri dan wilayah persekutuan di negara ini. Undang-undang ini bakal menjamin hubungan dua hala yang setabil antara mahkamah-mahkamah di kesemua negeri kerana sesuatu undang-undang yang diterima di satu negeri boleh diterima di negeri lain. Ini juga dapat menghalang masyarakat dari melarikan diri dari tanggungjawab ataupun arahan mahkamah di bawah dengan menggunakan satu demi satu sistem perundangan yang berbeza. Selain itu, kewujudan undang-undang syariah yang seragam turut boleh diumpamakan sebagai pintu pagar bagi penubuhan sistem interpretasi undang-undang syariah yang lebih progresif mengikut zaman. • Peruntukan bagi undang-undang keluarga Islam yang mendiskriminasi kaum wanita perlu dipinda, terutamanya yang membabitkan prinsip kesaksamaan hak, keadilan, kebebasan, dan nilai-nilai, seperti mana yang disebut dalam al-Quran. Hak untuk memasuki alam perkahwinan • Seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran dari seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan. Seksyen 13 bagi undang-undang keluarga islam perlu dipinda. Poligami • Perceraian talaq seharusnya dibenarkan hanya di mahkamah melalui proses kehakiman sebenar dan sebarang lafaz yang dibuat di luar mahkamah perlu dikategorikan sebagai tidak sah. Seksyen 124 bagi Undang-undang Keluarga Islam perlu dibatalkan. Tindakan sementara berbentuk menghalang sebarang pendaftaran perceraian yang berlaku di luar mahkamah perlu dibuat selagi pindaan ini gagal dilakukan. Ini turut memuatkan mengenai perkara-perkara seperti: penjagaan, nafkah, pembahagian harta sepencarian, dan ganti rugi muta’ah bagi wanita yang diceraikan atas sebab-sebab yang tidak adil. • Meningkatkan hukuman bagi mereka yang melafazkan talaq di luar mahkamah kepada denda sebanyak RM5,000 dan penjara sehingga setahun. Seksyen 124 bagi undang-undang keluarga turut perlu pindaan. • Hapuskan sebarang proses ahli jawatankuasa perunding yang ditekankan dalam Seksyen 47(5) sehinggalah 47(15) di bawah Undang-undang Keluarga Islam. • Membataskan hukum perbicaraan sehinggalah enam bulan sahaja. Andainya tempoh perbicaraan ini tamat, mahkamah perlu merekodkan kesemua pertimbangan sedia ada secepat mungkin bagi memberikan kata putus pada penghujung bulan ke enam. • Bukti kukuh daripada pihak polis dan laporan perubatan dari pakar boleh diterima bagi membenarkan perbicaraan fasakh atau ta’liq yang disebabkan oleh penderaan berlangsung. • Testimoni dari ahli keluarga ataupun saksi wanita perlu diterima di mahkamah. Hak nafkah anak-anak dan isteri • Membangunkan satu mekanisme yang berkesan bagi menyediakan nafkah yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak. Ini penting bagi memastikan tindakan negara sejajar dengan cadangan-cadangan berkaitan dengan wanita di bawah undang-undang sivil, contohnya dalam pewujudan Agensi Sokongan Kanak-kanak Kebangsaan. • Bahagian Sokongan Keluarga yang berkuasa di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia perlu diberikan tauliah ataupun latihan dalam melaksanakan arahan mahkamah, selagi pembaharuan undang-undang gagal dilakukan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Memastikan perbicaraan kes mahkmah berlaku dengan segera bagi mengelakkan kaum wanita dari mengalami trauma mengenai nafkah dan lain-lain. • Ibu dan bapa perlu sama-sama bertanggungjawab terhadap pemberian nafkah dan hak penjagaan anak-anak yang dilahirkan secara luar nikah. Seksyen 80 dan 85 bagi undang-undang keluarga Islam turut memerlukan pindaan. • Kesedaran orang ramai berkenaan dengan hak-hak asasi kaum wanita juga perlu dipertingkatkan bagi membolehkan tuntutan nafkah dibuat, memandangkan ramai kaum wanita masih lagi tidak sedar mengenai perbezaan jenis nafkah yang wujud. Nusyuz • Membatalkan Seksyen 59(2) dan (3) Undang-undang Keluarga Islam berkenaan dengan nusyuz seorang isteri. Mahkamah perlu meminta agar kesemua dakwaan berkenaan tuduhan yang dibuat oleh suami berkaitan dengan perkara ini datang dengan bukti, selagi mana pembaharuan undang-undang belum diwujudkan. Penangguhan perceraian dan pelepasan sokongan • Sebarang prosedur bagi mendapatkan nafkah, perceraian, ataupun pembahagian harta pusaka perlu berlaku secara efisyen. Penghapusan reservasi seperti kehadiran wajib bagi sesi kaunseling perlu dibuat. • Seorang wanita tidak perlu didenda sekiranya seorang suami sengaja mengabaikan tanggungjawabnya bagi mempercepatkan permohonan perceraian isterinya. Keperluan sesi kaunseling agama perlu dihadkan hanya sehingga tiga bulan dan sebarang kegagalan suami untuk menghadiri kaunseling boleh mempengaruhi hak-hak wanita bagi menfailkan perceraian. Peruntukan pembahagian harta • Sumbangan kaum wanita yang tidak berbentuk kewangan perlu diberikan perhatian agar sumbangan tersebut boleh disamakan dengan pengorbanan berbentuk kewangan dalam menentukan pembahagian harta sepencarian. Seksyen 58 bagi Undang-undang Keluarga Islam perlu dipinda. Penjagaan • Kaum wanita seharusnya diberikan hak untuk menjadi penjaga anak-anak mereka sebagaimana kaum lelaki. Seksyen 88 bagi Undang-undang Keluarga Islam perlu dipinda. • Buat masa kini, kaum wanita seharusnya diberikan hak yang sama berkenaan dengan hak penjagaan kanak-kanak dalam urusan berkaitan pentadbiran. Setiap pegawai yang terbabit perlu dilatih dan setiap kandungan yang ada dalam edaran tersebut perlu dilaksanakan. Hak penjagaan anak • Perkahwinan semula seharusnya tidak mempengaruhi hak seorang wanita dalam menjaga anakanaknya kecuali dalam kes yang membabitkan perkahwinan yang berpotensi merosakkan masa depan anak. Seksyen 83(a) bagi Undang-undang Keluarga Islam perlu dipinda. Pewarisan harta • Hukum-hukum Islam selain dari Hukum Faraid seperti hukum waqaf turut perlu dipertimbangkan kerana menekankan mengenai pewarisan harta berdasarkan kepercayaan. • Status perkahwinan sivil sebelum pertukaran agama perlu diperjelas dan disemak melalui Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. • Prosedur dan isu kehakiman perlu disemak semula dalam kes-kes membabitkan pertukaran agama pasangan bagi memastikan urusan-urusan berkaitan dengan nafkah, penjagaan anak, dan pengurusan anak dapat diuruskan secepat mungkin dan efisyen di satu tempat sahaja. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 209 CADANGAN UMUM CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-19: KEGANASAN KE ATAS WANITA 560 Jawatankuasa CEDAW telah meluluskan Cadangan Umum ke-19 pada tahun 1992. Mengikut cadangan ini, Jawatankuasa CEDAW telah menjelaskan bahawa keganasan yang didorong oleh perbezaan gender, “yang mana boleh melumpuhkan atau menggugat tahap perlindungan hak-hak asasi wanita dan kebebasan dibawah undang-undang antarabangsa ataupun konvensyen berkaitan, merupakan satu bentuk diskriminasi seperti mana yang disebut dibawah Artikel 1 Konvensyen. Hak-hak ini termasuk: a) Hak untuk hidup; b) Hak untuk tidak menjadi mangsa penyeksaan atau menerima layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan, atau menjatuhkan maruah; c) Hak untuk mendapatkan perlindungan yang samarata mengikut norma-norma kemanusian ketika berlakunya pergelutan bersenjata di dalam ataupun luar negara; d) Hak untuk kebebasan dan keselamatan individu; e) Hak untuk perlindungan yang samarata dibawah undang-undang; f) Hak yang samarata dalam keluarga; g) Hak bagi kesihatan fizikal dan mental yang terbaik; h) Hak untuk tempat kerja yang adil dan menyenangkan.561 Perkara kunci bagi bab ini: • Walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah dikuatkuasakan sejak tahun 1996, pelaksanaan undang-undang ini masih tidak memuaskan. Sebagai contoh, mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) ke atas pelaku keganasan rumah tangga mengambil tempoh antara 24 jam sehinggalah 3 bulan. Selain itu, pelaksanaan rang undang-undang ini masih lagi tidak konsisten antara negeri-negeri di Malaysia dan pengendalian kes-kes ini oleh polis, jabatan kebajikan dan mahkamah masih lagi ada masalah. • Pada tahun 2011, pindaan bagi Akta Keganasan Rumah Tangga telah diluluskan di Parlimen. Definisi bagi keganasan rumah tangga telah diperluaskan untuk turut memuatkan “penderaan psikologi, termasuklah kecederaan emosi.” Walaupun pindaan ini satu tindakan yang berhak dipuji, masalah-masalah lain yang wujud masih perlu diatasi. • Kes rogol suami isteri masih tidak dianggap sebagai jenayah. Pada tahun 2006, Kanun Keseksaan telah dipinda dan konsep rogol suami isteri telah diperkenalkan dalam sistem perundangan. Bagaimanapun, pindaan ini masih lagi bermasalah kerana definisi bagi kes rogol suami isteri masih lagi dibuat berdasarkan kemungkinan kejadian yang berlaku menyebabkan kecederaan, dan bukan berdasarkan perbuatan rogol itu sendiri. Istilah rogol itu sendiri masih lagi gagal digunakan. Pengecualian juga masih disebut dalam peruntukan ini yang mana menyebut, “Persetubuhan antara seorang lelaki dengan isterinya sendiri dibawah satu ikatan perkahwinan yang sah, dan diiktiraf di Malaysia, tidak boleh dikira sebagai satu bentuk kes rogol.” _____________________ 560 Teks bagi CEDAW Committee General Recommendation No. 19 boleh didapati di: http://www2.ohchr.org/english/bodies/cedaw/ comments.htm. 561 CEDAW Committee General Recommendation No. 19, perenggan ke-7. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 213 214 • Dalam Kanun Keseksaan, kes rogol menggunakan objek masih lagi gagal dianggap sebagai satu bentuk kes rogol, dan hanya dilihat sebagai satu kesalahan “luar tabii.” • Negara anggota masih lagi melaksanakan hukuman bagi jenayah keganasan rumah tangga berdasarkan undang-undang Syariah. Sebagai contoh, seorang wanita yang didapati melakukan musahaqah ataupun perbuatan lesbian boleh dihukum dengan sebatan. Pada tahun 2009, Kartika Sari Dewi Shukarno telah dihukum sebat sebanyak enam kali oleh Mahkamah Syariah Pahang kerana telah didapati menikmati minuman beralkohol di sebuah kelab malam hotel dalam sebuah kejadian yang berlaku dua tahun sebelumnya (hukuman sebatan ini telah diringankan kepada perkhidmatan kemasyarakatan). Pada tahun 2010 pula, tiga orang wanita telah ditahan kerana seks yang diklasifikasikan sebagai seks haram. • Wanita transwomen juga terdedah kepada keganasan dan gangguan oleh pihak berkuasa agama dan polis. • Pelarian wanita dan mereka yang mencari perlindungan amat terdedah kepada gangguan dan keganasan hanya disebabkan status mereka. Kerajaan Malaysia masih lagi gagal meluluskan hasil dari Konvensyen Pelarian PBB 1951 dalam mewujudkan satu mekanisme bagi melindungi hak-hak pelarian dan mereka yang mencari perlindungan. Statistik berkaitan keganasan terhadap wanita Laporan Polis Keganasan Rumah Tangga 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 3468 3107 2755 2555 3101 3093 3264 3756 3769 3643 3173 Rogol 1217 1386 1431 1479 1760 1931 2454 3098 3409 3626 3595 Sumbang Mahram 213 246 306 254 334 295 332 360 334 385 N/A Penderaan Pembantu Rumah (Pekerja Domestik) 56 66 39 40 66 37 45 39 N/A N/A N/A Penderaan Kanak-kanak 146 150 123 119 148 189 141 196 N/A 203 257 Mencabul Kehormatan 1234 1393 1522 1399 1661 1746 1349 2243 2131 2110 2054 Gangguan Seksual di Tempat Kerja 112 86 84 82 119 102 101 195 N/A N/A N/A Sumber: Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kadar keganasan Sebelum tahun 2009, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaporkan statistik keganasan ke atas wanita secara tahunan sebagai sebahagian daripada buku kecil statistik berkenaan wanita di Malaysia. Pada tahun 2009 dan 2010 buku kecil ini tidak lagi mengandungi maklumat ini.562 Selain itu, pada 2010 pihak NGO mengalami kesukaran semasa cuba mendapatkan statistik jenayah keganasan terhadap wanita daripada Polis Diraja Malaysia, yang ingin mengelaskan maklumat itu sebagai maklumat sulit. Pihak polis hanya mengeluarkan statistik itu selepas kesukaran mendapatkannya mendapat publisiti.563 Keganasan rumah tangga Antara 2006 hingga 2010, secara purata terdapat lebih kurang 3,500 laporan mengenai keganasan rumah tangga setiap tahun. Bagaimanapun, kerana banyak kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan, kadar purata ini mungkin lebih tinggi dari apa yang dilaporkan.564 Rogol Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2006, kadar kes rogol sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, dengan hanya penurunan yang kecil antara tahun 2009 sehinggalah 2010. Jumlah terkini menunjukkan bahawa hampir sepuluh orang wanita dirogol setiap hari. Namun, banyak lagi kes rogol tidak dilaporkan. Kegagalan pihak berkuasa untuk mengiktiraf kes rogol antara suami isteri sebagai satu bentuk kes rogol turut menjadi masalah. Gangguan seksual Statistik daripada Polis Diraja Malaysia turut menunjukkan bahawa “pencabulan maruah,” turut berlaku dalam bentuk “pencabulan fizikal.” Pada tahun 2010, 2054 kes pencabulan maruah telah dilaporkan. Walaupun jumlah ini nampaknya tidak besar, penceritaan peribadi dari ramai pihak menunjukkan bahawa pencabulan sebegini adalah perkara biasa dalam masyarakat. Penderaan pekerja domestik asing Kehidupan pekerja domestik sering kali bersifat terasing. Pengasingan ini bermaksud kebanyakan wanita masih lagi terperangkap di rumah dan sentiasa terdedah untuk didera. Jumlah penderaan pekerja domestik di Malaysia boleh dianggap mengerikan. Laporan daripada Kedutaan Indonesia di Malaysia telah menunjukkan bahawa 100 pekerja domestik dihantar ke rumah perlindungan setiap bulan.565 Ramai daripada mereka telah dipukul, didera, dan diserang secara seksual, ataupun dirogol oleh majikan mereka.566 Pusat Kebajikan Warga Asing telah melaporkan bahawa, pada tahun 2007, 46 pekerja domestik Indonesia telah didapati meninggal dunia tanpa sebarang penjelasan.567 Keadaan inilah yang menyebabkan kerajaan Indonesia menggantung penghantaran pekerja mereka ke Malaysia pada tahun 2009.568 Statistik menunjukkan bahawa kes yang dilaporkan oleh pihak polis tidak sebanyak jumlah kes yang direkodkan oleh badan-badan bukan kerajaan. Menurut laporan pihak polis, hanya 50 kes penderaan pekerja domestik asing telah dilaporkan setiap tahun di Malaysia.569 Selain itu, Polis Diraja Malaysia tidak mendedahkan maklumat statistik berkaitan perkara ini bagi tempoh antara 2008 hingga 2010, waktu kemuncak penyiaran isu ini di media. _____________________ 562 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, “Statistics on Women, Family and Community – Malaysia”, 2009, 2010 dan 2011. 563 Tashny Sukumaran, “IGP has no idea what women’s group wants”, Free Malaysia Today, 5 April 2011. 564 Maklumat statistik Polis Diraja Malaysia sebagaimana yang dilaporkan dalam “A rape every 2.5 hours”, The Malay Mail, 19 Mei 2011. 565 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 39. 566 Frankie D’Cruz, “Maid Abuse in Malaysia: Tortured Souls in Our Homes”, The Malay Mail, 12 Jun 2009. 567 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 39. 568 Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: End Wage Exploitation of Domestic Workers”, 10 Mei 2010. 569 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 38. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 215 216 Terdapat beberapa kes berprofil tinggi mengenai kematian pekerja domestik di tangan majikan. Pada November 2008, seorang majikan telah didapati menyebabkan kecederaan teruk ke atas tubuh badan Nirmala Bonat, seorang pekerja domestik Indonesia, dan telah dihukum penjara sehingga 18 tahun.570 Pada Oktober 2009, pekerja domestik, Mautik Hani, telah didapati meninggal dunia akibat dari kecederaan kesan dari penderaan yang dilakukan oleh majikan-majikannya, yang kini sudahpun ditahan polis.571 Pada tahun 2011 pula, Isti Komariyah telah ditemui meninggal dunia dengan kesan-kesan calar dan kebuluran pada tubuhnya.572 Majikannya terus ditahan atas tuduhan membunuh.573 Talian Nur telah mula dipromosikan oleh kerajaan pada tahun 2009 sebagai satu talian khas bagi membantu pekerja asing. Talian ini sebenarnya sudah diwujudkan sejak tahun 2007 bagi memberi ruang ataupun saluran bantuan kepada sesiapa yang mengalami penderaan. Talian ini hanya mula dipromosikan pada tahun 2009.574 Keganasan ke atas wanita oleh pihak berkuasa Keganasan ke atas wanita yang dilakukan oleh pegawai-pegawai agama dan polis Golongan transwoman (lelaki yang bertukar jantina kepada wanita, yang sering dipanggil Mak Nyah) melaporkan kadar tinggi gangguan dan keganasan oleh pegawai-pegawai agama dan polis. Dalam satu kes, seorang transwoman yang telah selamat menjalani pembedahan jantina telah dirogol. Pegawai polis tidak menerima laporan yang dibuat oleh wanita itu atas alasan bahawa, “Itu bukanlah faraj yang sebenar, jadi dia tidak boleh dirogol.”575 Seperti yang disebut pada bab yang membincangkan Artikel ke-5 bagi laporan CEDAW, pada tahun 2007, sebuah kes mengenai seorang Mak Nyah dipukul oleh pegawai-pegawai agama negeri Melaka telah dilaporkan. Dia cedera teruk dan terpaksa masuk hospital. Amnesty International melaportkan: “Pada 30 Julai, Ayu, seorang transeksual telah dipukul dengan teruk oleh pegawai-pegawai agama Jabatan Agama Islam Melaka. Mereka telah menumbuk dan menendang Ayu, dan menyebabkan hernia yang ada pada dirinya pecah. Seorang pegawai JAIM turut mengeluarkan kenyataan bahawa, Ayu telah ditahan kerana melakukan kesalahan “memakai pakaian wanita di tempat awam,” yang mana boleh membuatkannya dihukum untuk membayar denda sebanyak 1,000 ringgit (USD 300), penjara 6 bulan, ataupun kedua-duanya sekali dibawah Akta Tatacara Jenayah Syariah Melaka.”576 Pada Oktober 2010, seorang wanita transgender yang bekerja sebagai jurudandan rambut telah dipaksa untuk menanggalkan kesemua pakaiannya termasuklah baju dalamnya di hadapan pegawai-pegawai agama. Seperti yang disebut dalam bab berkaitan Artikel 5 CEDAW laporan ini, Rahimin Bani, pengarah bagi jabatan agama Islam Melaka telah berkata, “Kami sekadar menjalankan tanggungjawab kami dibawah undang-undang syariah negeri… Abdul Qawi telah memakai bra dan pakaian dalam wanita dan kami menanggalkan pakaianpakaian tersebut bukan atas tujuan memalukan beliau… Dia mungkin merasakan bahawa haknya telah dicabuli, tetapi kami sebagai saudara seagamanya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa dirinya tidak terus sesat.”577 Maklumat lanjut mengenai keganasan ke atas wanita-wanita transwomen ini boleh didapati dalam bab berkaitan Cadangan Umum ke-28 CEDAW dalam laporan ini. _____________________ 570 “Nirmala Bonat case: Housewife found guilty, 18 years jail”, The Star, 27 November 2008. 571 “It’s murder: Indonesian maid dies of alleged abuse (Updated)”, The Star, 26 Oktober 2009. 572 “Maid may have been starved to death”, The Star, 9 Jun 2011. 573 “Couple charged with maid’s murder”, New Straits Times, 16 Jun 2011. 574 Setiap panggilan yang dibuat ke Talian Nur masih lagi boleh dikesan melalui bil telefon. Ini boleh menyebabkan mangsa penderaan terdedah kepada bahaya. 575 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.262. 576 Amnesty International, Amnesty International Report 2008 - Malaysia, 28 Mei 2008. 577 “Religious department firm against cross-dressing”, Malay Mail, 21 April 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Sebatan ke atas wanita dibawah undang-undang Syariah Negeri Kaum wanita telah pun diasingkan daripada hukuman sebat dibawah Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah Malaysia. Bagaimanapun, pada tahun 2009, Kartika Sari Dewi Shukarno, telah dihukum oleh Mahkamah Syariah di Negeri Pahang dengan hukuman sebat sebanyak enam kali dan didenda sebanyak RM5,000 ringgit kerana menikmati beer di sebuah kelab malam hotel dua tahun sebelum perbicaraan berakhir. Pada Mac 2010, hukuman ini telah diringankan kepada hukuman perkhidmatan masyarakat. Pada Februari 2010, tiga wanita telahpun disebat setelah didapati bersalah melakukan hubungan seks haram dibawah Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telahpun mendakwa bahawa hukuman ini diperlukan bagi menjaga kedaulatan Islam. Berikut adalah laporan berita mengenai perkara ini. The Star, “3 Wanita disebat kerana melakukan seks haram,” 18 Februari 2010 PUTRAJAYA: Tiga wanita beragama Islam telah disebat Selasa lalu kerana terlibat dalam seks haram, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Mereka merupakan golongan pertama yang menjadi mangsa bagi hukuman ini dibawah undang-undang Syariah. Dua dari mereka telah disebat sebanyak enam kali dan salah seorang dari mereka telah disebat sebanyak empat kali di Penjara Kajang. Isu sebatan ke atas wanita telah menimbulkan perbahasan yang hangat di negara ini selepas Katirka Sar Dewi Shukarno, seorang wanita berumur 32 tahun, telah dihukum sebat kerana menikmati beer pada Julai tahun lepas. Hukuman ini, bagaimanapun, masih belum dilaksanakan. Hishammuddin telah melaporkan bahawa, dengan membawa perkara ini kepada pengetahuan umum, masyarakat dapat melihat bahawa isu Kartika bukanlah sekadar satu isu beragenda tertentu. Menurutnya, “Orang ramai sering kali menjadikan isu Kartika perkara besar kerana mendakwa tiada wanita pernah disebat sebelum ini. Hari ini, kami buktikan bahawa hukuman ini telahpun dijalankan. Kami tidak mempunyai agenda-agenda rahsia, kami sekadar menjalankan tanggungjawab kami.” Hishamuddin berkata, ketiga-tiga wanita yang terlibat tidak mengalami sebarang luka selepas disebat tetapi sememangnya mengakui bahawa sebatan tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas diri mereka. “Mereka semua sudah bertaubat. Mereka juga berharap agar orang lain tidak melanggar ajaran agama,” kata beliau, untuk menambah bahawa hukuman tersebut dibuat atas dasar Islam. Ketiga-tiga wanita ini telah didapati bersalah kerana melakukan hubungan seks haram dibawah Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, yang mana telah mengeluarkan arahan bagi menyebat di antara Disember tahun lalu dan bulan lepas. Hishammudin turut berkata, salah seorang daripada wanita tersebut telah dibebaskan pada hari Ahad selepas menghabiskan masa selama sebulan di penjara, dan seorang lagi bakal dibebaskan dalam masa beberapa hari. Wanita ketiga pula sedang menjalani tempoh tahanannya di penjara dan hanya akan dibebaskan pada bulan Jun. Beliau turut berkata, Jabatan Penjara telahpun merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Syariah, dan Jabatan Peguam Negara sebelum mengeluarkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman sedemikian. Kementerian turut bersetuju bahawa cara hukuman sebatan dibuat ke atas mereka yang terbabit telah dibuat berdasarkan ajaran Islam. Pemeriksaan menyeluruh sebelum dan selepas sebatan perlu ndibuat bagi memastikan bahawa mangsa tidak mengandung dan berpakaian seperti yang disyaratkan dalam kod pakaian Islam. Beliau berkata, tiga belas orang, termasuklah pegawai-pegawai dari JAKIM, Mahkamah Syariah, dan Jabatan Peguam Negara,telah hadir ketika prosedur berlangsung. “Saya harap, tiada lagi isu-isu berkaitan dengan hukuman sebat seperti mana yang boleh dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah ke atas wanita yang beragama Islam akan dibangkitkan selepas ini kerana hukuman ini hanya dibuat demi memelihara kedaulatan Islam,” Hishammuddin menambah. “Hukuman ini hanya disasarkan bagi membolehkan mereka yang dihukum bertaubat dan mencari kemaafan Allah. Hukuman ini juga bertujuan mendidik mereka yang beragama Islam untuk lebih mengikuti ajaran Islam.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 217 218 Pembaharuan undang-undang keganasan rumah tangga, rogol, dan gangguan seksual Keganasan Rumah Tangga Kerajaan Malaysia telahpun menekankan bahawa perubahan masih lagi belum dapat dilaksanakan bagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT) selepas perbincangan dibuat bersama Jawatankuasa CEDAW.578 Perubahan hanya berpotensi untuk mula dilihat selepas beberapa tahun, iaitu pada tahun 2011, setelah dibentangkan di Parlimen. Pindaan yang dibuat pada tahun 2011 tidak komprehensif dan tidak cukup untuk melindungi wanita daripada keganasan rumah tangga. Terdapat banyak masalah dapat dilihat dalam pindaan ini. Sebagai contoh: • Ancaman dan hendapan ke atas wanita merupakan satu bentuk keganasan rumah tangga yang masih belum dimuatkan dalam definisi perkara dalam AKRT. • Kategori bagi mangsa/pesalah masih lagi terhad kepada hubungan kekeluargaan dan AKRT masih lagi gagal merangkumi keganasan antara pasangan yang rapat. • Keganasan rumah tangga masih lagi gagal diiktiraf sebagai salah satu salah laku dibawah Kanun Keseksaan. Oleh itu, sifat keganasan rumah tangga yang berterusan dan berulang-ulang tidak diambil kira. Terdapat beberapa pindaan terhadap AKRT. Pindaan positif ini termasuklah: • Penyertaan “penderaan psikologi, termasuklah kecedaraan emosi” ke dalam definisi keganasan rumah tangga. • Keganasan rumah tangga dikira sebagai kesalahan boleh tangkap, yang mana membolehkan polis terus melakukan siasatan dan tahanan. • Setiap perintah perlindungan akan disertakan dengan kuasa menangkap jika keganasan mungkin berlaku. Ini membolehkan pihak polis terus menangkap pesalah jika perintah perlindungan dilanggar. • Perintah perlindungan boleh menghalang pesalah daripada berkomunikasi dengan mangsa menerusi apa-apa cara. Bagaimanapun, pembaharuan Akta Keganasan Rumah Tangga masih lagi tidak sempurna tanpa adanya pindaan Kanun Keseksaan. Sekarang, pesalah dihukum dibawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan “kecederaan.” Kanun Keseksaan perlu diperbaharui dengan memuatkan keganasan rumah tangga, termasuk penderaan psikologi, sebagai kesalahannya tersendiri. Seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kecederaan psikologi termasuk Seksyen 44,579 Seksyen 350,580 Seksyen 351,581 dan Seksyen 355,582 masih lagi tidak digunakan oleh pihak polis walaupun laporan mangsa telah dibuat. Buat masa sekarang, peruntukan berkaitan kecederaan yang membolehkan pesalah didakwa masih lagi tidak memuatkan hukuman yang mencukupi dan setimpal dengan sifat keganasan rumah tangga. Isu mengenai pelaksanaan AKRT secara seragam di seluruh negara dan layanan polis ke atas mangsa turut timbul dari semasa ke semasa. Aduan yang diterima di Pulau Pinang, sebagai contoh, menunjukkan bahawa, terdapat kes yang mana pegawai yang berkhidmat enggan untuk menawarkan bantuan ke atas mangsa bagi mendapatkan perlindungan, disebabkan oleh alasan bahawa para pengadu berkaitan “akan berubah fikiran dan menarik balik laporan mereka setelah membuat laporan.” _____________________ 578 CEDAW, Ringkasan Rekod bagi Mesyuarat ke-731, 24 Mei 2006, hlm.20. 579 Kanun Keseksaan, Seksyen 44: “The word ‘injury’ denotes any harm whatever illegally caused to any person, in body, mind, reputation or property.” 580 Kanun Keseksaan, Seksyen 350: “Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause” 581 Kanun Keseksaan, Seksyen 351: “Whoever makes any gesture or any preparation, intending or knowing it to be likely that such gesture or preparation will cause any person present to apprehend that he who makes that gesture or preparation is about to use criminal force to that person, is said to commit an assault.” 582 Kanun Keseksaan, Seksyen 355: “Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending thereby to dishonour that person, otherwise than on grave and sudden provocation given by that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kes berikut yang diambil dari badan bukan kerajaan bagi hak-hak asasi wanita di Kuala Lumpur menunjukkan mengenai kepelbagaian maklum balas polis berkaitan jenayah keganasan rumah tangga: Kajian kes: Anita Anita berumur 24 tahun. Dia telah berkenalan dengan suaminya ketika berumur 20 tahun dan berkahwin dengannya tanpa mendapat kebenaran keluarganya. Perkahwinan tersebut tidak didaftarkan dan hanya dijalankan melalui kalungan tali ke leher dalam satu acara perkahwinan tradisional. Suami Anita mula mendera Anita pada tahun kedua perkahwinan mereka. Anita pernah ditampar, ditendang, ditumbuk, dan dipukul menggunakan objek seperti topi kaledar. Suaminya berterusan telah memanggilnya pelacur dan menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Dia juga turut memaksa Anita untuk melakukan hubungan seks dengannya, walaupun ketika Anita sakit, dan enggan memberikan wang nafkah kepadanya. Anita juga tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana, dan dipaksa untuk mengikuti suaminya ke mana-mana. Selepas beberapa tahun didera, Anita akhirnya meninggalkan suaminya dan pulang ke pangkuan ibu bapanya. Di sana, walaupun, suaminya masih melawatnya beberapa kali dan mengugutnya, Anita tetap selamat dari sebarang kecederaan. Tak lama kemudian, Anita telah meninggalkan keluarganya dan berpindah ke bandar lain bagi menyambung pengajiannya ke kolej. Satu hari, ketika sedang menunggu bas, suami Anita telah menemuinya dan mencuba untuk mengheretnya ke kereta. Ketika kejadian berlaku, Anita ternampak seorang polis dan mencuba untuk mendapatkan bantuan. Polis tersebut telah menaikkan suara kepadanya dan mendesak Anita mengikut kata-kata suaminya. Anita sekali lagi merayu, tetapi hanya dibalas dengan jawapan berbunyi “sekarang awak nak masuk dalam kereta tu ataupun nak saya tahan awak?” Anita benarbenar merasakan dirinya tersepit dan akhirnya terpaksa mengikuti suaminya. Saat Anita kembali ke rumah suaminya, suaminya sekali lagi mula menderanya secara fizikal dan emosi. Suaminya turut memaksanya untuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Dia juga telah dikurang di dalam rumah tanpa telefon bimbit. Walaupun telah diberikan telefon bimbit suaminya, dia tidak mampu menghubungi sebarang telefon ahli keluarganya untuk mendapatkan sebarang bantuan kerana tidak mengingati sebarang nombor telefon yang boleh dihubungi. Suaminya telah memberikan amaran bahawa dia telah memberikan pesanan kepada penduduk sekitar agar memerhatikan Anita tidak lari dari rumah. Suaminya juga telah mengingatinya bahawa dia akan ditemui tak kiralah ke mana dia pergi. Satu-satunya yang boleh dihubungi Anita adalah abang iparnya, dan abang iparnya inilah yang telah membantunya melarikan diri untuk dibawa ke pusat perlindungan wanita. Anita pada asalnya takut untuk membuat laporan polis. Dia percaya bahawa suaminya mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa. Pekerja sosial di tempat Anita ditempatkan telah memberitahu Anita bahawa laporan polis adalah amat diperlukan bagi mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO). Anita akhirnya bersetuju. Pegawai polis yang ada ketika laporan dibuat telah bersimpati kepadanya dan membantunya dengan bersungguh-sungguh. Suami merogol isteri Dalam Komen Penutup 2006, Jawatankuasa CEDAW telah meminta kerajaan Malaysia agar “mencipta enakmen khas bagi mengkategorikan perbuatan rogol oleh suami sebagai satu bentuk jenayah.”583 Pada tahun 2006, satu sub-seksyen baru telah dimuatkan dibawah peruntukan berkaitan kes rogol dalam Kanun Keseksaan. Subseksyen 375A bagi Kanun Keseksaan menyebut: “Jika seorang suami melakukan kecederaan pada isterinya atau meletakkan isterinya atau orang lain dalam ketakutan berkaitan kematian atau kecederaan dengan tujuan mengadakan hubungan seks, dia telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun.” Subseksyen baru mempunyai masalah dari aspek definisi kerana tidak menyamakan perbuatan rogol oleh suami sebagai satu bentuk rogol. Istilah jenayah hanya boleh digunapakai dalam kes membabitkan potensi kecederaan ataupun kecederaan yang mungkin boleh berlaku, berbanding dengan tindakan rogol itu sendiri. Pengecualian yang dibuat bagi subseksyen ini turut menyatakan: _____________________ 583 Komen Penutup Jawatankuasa CEDAW: Malaysia, 2006, perenggan 22. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 219 220 “Pengecualian – persetubuhan antara seorang lelaki dan isterinya sendiri dibawah satu ikatan perkahwinan yang sah dibawah undang-undang bertulis yang masih berkuatkuasa, diiktiraf di Malaysia sebagai sesuatu yang sah, dan bukanlah satu bentuk jenayah rogol.” Kanun Keseksaan masih lagi tidak mengiktiraf kes rogol oleh suami sebagai satu bentuk jenayah. Hukuman hanya boleh dikenakan sekiranya “kecederaan ataupun ketakutan ke atas kematian” berlaku dan hukuman tersebut amat-amat ringan jika dibandingkan dengan kes rogol biasa. Seksyen 376 bagi Kanun Keseksaan telah menyebut bahawa: “Barang siapa yang terlibat dalam kes rogol boleh dihukum penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga disebat.” Jawatankuasa CEDAW telahpun menyatakan di depan wakil kerajaan Malaysia pada tahun 2006 bahawa, “Ahli Jawatankuasa Pilihan Parlimen telah membuat keputusan bahawa kes rogol suami isteri tidak boleh dikira sebagai salah satu bentuk salah laku, kerana akan menyebabkan ketidakseragaman dengan undang-undang Syariah. Bagaimanapun, sebagai satu tindakan kerjasama, Ahli Jawatankuasa Pilihan telah mencadangkan bahawa pencederaan atau pun ancaman ke atas wanita untuk melakukan sebarang perhubungan boleh dikira sebagai satu bentuk kesalahan.”584 Rogol dengan objek Dalam Kanun Keseksaan, kes rogol dengan objek tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah rogol. Kes ini dianggap sebagai “kesalahan luar tabii.” Rogol dengan objek perlu dipindahkan ke seksyen berkaitan kes rogol. Seksyen 377CA bagi Kanun Keseksaan menyebut: “Mana-mana individu yang menjalankan hubungan seks dengan individu lain dengan menggunakan objek ke dalam faraj ataupun lubang dubur individu yang lain tanpa mendapatkan kebenaran individu tersebut boleh didenda dengan penjara untuk satu tempoh yang mana boleh dipanjangkan sehingga dua puluh tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.” Gangguan seksual Laporan Bayangan NGO CEDAW bagi tahun 2005 telah menyebut bahawa pada tahun 1999, Kod Amalan bagi Menghalang dan Menghapuskan Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah diperkenalkan. Bagaimanapun, pelaksanaan kod ini telah diserahkan kepada majikan untuk dikuatkuasakan. Tujuan kod ini dibuat adalah untuk “menggalakkan perkembangan dan pelaksanaan dasar dan amalan yang mampu menjamin persekitaran yang selamat dan sihat.”585 Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan telah berkata dalam Parlimen, “Sejak Kod Amalan Gangguan Seksual telah diperkenalkan pada tahun 1999, jabatan pekerja telah mendapat dan menyiasat 300 kes.”586 Ini bagaimanapun merupakan satu jumlah yang amat rendah dan sukar dipercayai bagi tempoh 12 tahun. Kebanyakan majikan di Malaysia masih lagi gagal melaksanakan kod amalan ini. Hanya 1671 majikan di seluruh negara telah melaksanakan kod ini sepanjang tempoh antara tahun 1999 sehinggalah tahun 2011. Pada Julai 2010, Bil Pindaan Pekerja 2010 telah dibawa ke Parlimen dengan peruntukan yang menggesa majikan untuk mengkaji mengenai gangguan seksual dan risiko mengenai denda yang boleh dikenakan jika aduan gagal dilaporkan. Pada Oktober 2010, pindaan bagi undang-undang ini telah gagal diluluskan dan perubahan-perubahan telah gagal dibuat. Pada Jun 2011, Bil Pindaan Pekerjaan 2011 telah dibawa ke Parlimen untuk pembacaan kedua. Bil tersebut akhinya diluluskan pada Oktober 2011.587 _____________________ 584 Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, Ringkasan Rekod bagi mesyuarat mereka yang ke-732 yang dianjurkan 24 Mei 2006 pada pukul 3 petang, CEDAW/C/SR.732, dikeluarkan pada 13 Julai 2006, perenggan ke-54. 585 Kementerian Sumber Manusia, “Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace”, 1999. 586 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. 587 “Sexual harassment cases on the rise”, New Straits Times, 8 Julai 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Terdapat beberapa masalah dapat dikenalpasti dalam peruntukan berkenaan gangguan seksual dalam Akta Kerja (dipinda) 2011. Masalah-masalah tersebut adalah:588 • Ketika aduan gangguan seksual diterima, majikan “seharusnya menyiasat aduan yang diterima.” Pengecualian hanya akan diberikan sekiranya majikan terbabit merupakan individu yang disebut dalam dakwaan yang dibuat. Dalam kes ini, Ketua Pengarah bagi jabatan buruh akan menjalankan penyiasatan. Kewujudan pihak ketiga yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dapat dilihat mampu menjamin keadilan dalam penyiasatan aduan. • Undang-undang ini turut membenarkan para majikan memilih sama ada akan menjalankan penyiasatan ataupun tidak. Majikan boleh memilih bagi menangguhkan penyiasatan jika “(a) aduan gangguan seksual yang terdahulu telahpun dibuktikan; atau (b) majikan mempunyai pendapat bahawa aduan yang dibuat adalah satu aduan remeh, dan berunsur sabotaj.”589 Sekiranya para majikan mengambil keputusan untuk menangguhkan sesuatu penyiasatan, pihak yang mengadu boleh membawa aduannya terus ke Ketua Pengarah, yang mana hanya akan memberi tekanan kepada pihak majikan agar penyiasatan dibuat. Walaupun pihak majikan terpaksa menjalankan penyiasatan, tujuan penyiasatan tersebut boleh diragui kerana pihak majikan telah terlebih dahulu enggan melakukan penyiasatan melainkan apabila dipaksa. • Undang-undang tidak menyebut mengenai rayuan yang boleh dibuat ke atas majikan ataupun Ketua Pengarah, sekiranya mereka enggan untuk melakukan sebarang penyiasatan berkaitan dengan aduan yang wujud.590 • Mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual juga tidak akan memperoleh sebarang pampasan kewangan. Sekiranya aduan yang dibuat terbukti benar dalam penyiasatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah, mereka yang mengadu akan akan diberikan pilihan untuk meletak jawatan ataupun mendapat “gaji sepertimana pekerja yang meletakkan notis berhenti kerja” dan (b) penghentian pemberian faedah ataupun indemniti. • Sekiranya aduan yang dibuat terbukti benar setelah disiasat oleh majikan sendiri, pihak yang didapati bersalah akan diberhentikan, diturunkan pangkat, ataupun menerima “hukuman ringan” sekiranya “dikira bersesuaian.” Bagaimanapun, sekiranya pihak yang didapati bersalah bukan merupakan seorang pekerja bagi sesebuah syarikat, majikan diberikan kuasa “untuk membawa sang tertuduh ke mana-mana pihak berkuasa.”591 Jika pesalah merupakan seorang pekerja kontrak, ataupun sekadar pelawat, tiada sebarang hukuman akan dikenakan ke atasnya. Penyertaaan gangguan seksual dalam salah satu peruntukan perundangan pekerjaan secara sambil lewa telah menyebabkan kes-kes sebegini dilihat sebagai kes remeh. Kekurangan kefahaman mengenai isu ini dilihat sebagai punca keadaan ini berlaku. Kerajaan seharusnya mewujudkan satu enakmen perundangan khas yang turut memuatkan satu penubuhan tribunal bebas untuk mengkaji mengenai gangguan seksual dan dakwaan yang diperoleh di luar dan di tempat kerja. Keganasan ke atas pekerja asing wanita Penderaan pekerja domestik asing Di Malaysia, satu sistem perundangan untuk melindungi pekerja-pekerja asing masih lagi belum diwujudkan. Malaysia telahpun mewujudkan memorandum kesefahaman bersama Indonesia, sumber utama pekerja domestik Malaysia, pada tahun 2006. Perjanjian yang baru telah ditandatangani pada tahun 2011 dan kekurangan perlindungan terhadap pekerja dan penyelesaian aduan masih belum dapat _____________________ 588 Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan mengetengahkan masalah ini dalam surat mereka kepada editor, “Employment Act amendments piecemeal and unjust”, Malaysiakini, 8 November 2011. Kebimbangan berkaitan perundangan turut ditunjukkan oleh Charles Hector, http://charleshector.blogspot.com/2011/10/why-sexual-harassment-proposed.html. 589 Seksyen 81B (3) bagi Employment (Amendment) Act 2011. 590 Seksyen 81E (2) bagi Employment (Amendment) Act 2011. 591 Seksyen 81B (1) bagi Employment (Amendment) Act 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 221 222 dikenalpasti.592 Dr. Irene Fernandez, dari NGO Tenaganita telah menulis bahawa, tiada apa yang boleh disambut mengenai perjanjian baru kerana “Negara Anggota masih lagi berdegil untuk meneruskan amalan bercorak perhambaan ke atas pekerja domestik.”593 Kekurangan gaji minima dan peraturan ke atas agensi pekerjaan untuk mendapatkan bayaran semula yuran telah menyebabkan ramai pekerja domestik mengalami kesukaran kewangan.594 Pengiktirafan pekerja asing dibawah undang-undang pekerja Malaysia boleh memberikan kesan yang positif kepada pekerja domestik di negara ini. Walaupun undang-undang jenayah Malaysia masih lagi melindungi mereka dari penderaan, kegagalan dalam memperoleh visa andainya pemberhentian berlaku, dan perbicaraan yang berpanjangan dan kos bulanan bagi membolehkan pass imigresen dikeluarkan, menyebabkan proses penegakan keadilan sukar dibuat.595 Jawatankuasa CEDAW telahpun mencadangkan agar Malaysia melaksanakan langkahlangkah yang efektif bagi membawa aduan mangsa-mangsa penderaan ini ke medan pengadilan untuk melindungi hak-hak mereka sebagai pekerja. Cadangan ini masih lagi gagal untuk dilaksanakan.596 Bagi memastikan pekerja-pekerja asing dilindungi, pindaan undang-undang imigresen dan pekerja perlu dibuat. Maklumat lanjut mengenai pekerja domestik asing di Malaysia boleh ditemui dalam bab berkaitan Cadangan Umum CEDAW ke-26 dalam laporan ini. Wanita yang ditahan Satu kenyataan media dari Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG) telah menceritakan mengenai layanan buruk yang diterima oleh wanita-wanita yang ditahan di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada 25 Jun 2011, aktivis-aktivis politik telah ditahan dan terus menjadi mangsa bagi penderaan verbal dan fizikal, termasuklah gangguan seksual oleh pihak polis.597 Satu bancian yang dibuat oleh laporan berita lain mengenai penderaan wanita di pusat tahanan menunjukkan bahawa perkara ini adalah perkara biasa. Dalam satu kejadian baru, masyarakat telah mengamuk apabila mendapati pihak polis telah “menggari” dan “menyelar-lembu” sekumpulan wanita asing yang ditahan atas tuduhan terlibat dalam industri pelacuran.598 Salah satu sebab yang digunakan oleh pihak polis bagi mempertahankan tindakan mereka adalah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa wanita-wanita ini “telah memusnahkan banyak perkahwinan,” yang mana telah membolehkan mereka dimalukan dan dihukum, walaupun belum dibuktikan bersalah. Laporan terburuk telah diperoleh mengenai satu pusat tahanan imigresen yang mempunyai keadaan yang teruk – kesesakan, kekurangan fasiliti kebersihan, kekurangan nutrisi – dan telah menyebabkan atmosfera berbahaya yang menyebabkan kecederaan fizikal dan kematian sesetengah tahanan.599 Terdapat juga laporan yang membuktikan bahawa sesetengah pengawal telah mendera dan menyebabkan kematian seorang tahanan wanita.600 Keganasan ke atas pelarian wanita Pelarian wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk diganggu secara seksual atas sebab-sebab gender. Dengan tidak mengiktiraf pelarian-pelarian ini, Negara-negara Anggota sebenarnya telah bersubahat dalam komplot keganasan sebegini. Halangan yang dikenakan ke atas mereka yang ingin mendapatkan bantuan turut wujud. Sebagai contoh, lawatan ke hospital ataupun balai polis perlu dibuat dengan dokumentasi yang mencukupi. Jika tidak, pelarian yang terbabit, boleh ditahan.601 UNHCR telah melaporkan bahawa, pada tahun 2009, 236 kes keganasan berkaitan dengan jantina dan gender telah dilaporkan.602 _____________________ 592 Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: New Pact Shortchanges Domestic Workers”, 31 Mei 2011 dan Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: Proposed Labor Pact Lacks Key Reforms”, 4 Mac 2010. 593 Irene Fernandez, “Malaysia – Indonesia MOU: Complicity in Violence, Abuse and Trafficking”, Malaysia Today, 1 Jun 2011. 594 Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: New Pact Shortchanges Domestic Workers”, 31 Mei 2011. 595 Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: Proposed Labor Pact Lacks Key Reforms”, 4 Mac 2010. 596 Komen Penutup Jawatankuasa CEDAW: Malaysia, 2006, perenggan 26. 597 Surat kepada editor dari Gabungan Kumpulan Wanita Tindakan bagi Kesamarataan Gender (JAG), “Police sexually harassed PSM women detainees”, Malaysiakini, 24 September 2011. 598 “Malaysia Police Slammed for Cattle-branding women”, The Jakarta Post, 4 Jun 2011. 599 SUARAM, “Malaysia Human Rights Report: Civil & Political Rights 2009”, 2010, hlm. 144-48. 600 SUARAM, “Malaysia Human Rights Report: Civil & Political Rights 2009”, 2010, hlm. 145-46. 601 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 45. 602 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 45. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Petikan dari petikan akhbar: The West Australian, “Kesukaran Hidup Pelarian di Malaysia,” 17 Mei 2011 Tan Tian Shaw telah duduk di satu pejabat di pinggir bandar Kuala Lumpur dengan kedua-dua tangannya menggeletar pada pehanya ketika menceritakan mengenai bagaimana dirinya telah dirogol oleh dua polis Malaysia… “Dia belum pernah menerima sebarang bentuk kaunseling trauma,” lapor peguamnya, Latheefa Koya. “Tiada siapa pernah membantunya.” Ibu berketurunan Burma ini berkata, pada tahun lepas, sekitar bulan November, dua orang pegawai polis telah menariknya dan kawannya yang sedang menaiki motosikal, bagi menjalankan pemeriksaan lesen. Apabila dia gagal menunjukkan dokumen yang dikehendaki, dia telah diheret ke sebuah kereta ronda yang mana kejadian rogol bergilir oleh kedua-dua polis itu berlaku. Doktor telahpun mengesahkan bahawa serang tersebut telah berlaku. Pihak UNHCR telahpun membantu aduan dibuat kepada polis Malaysia, yang mana telah mendakwa bahawa polis yang terbabit hanyalah polis palsu. Mereka juga telah mendakwa bahawa kereta patrol tersebut telah dicuri. Kemudian, mereka akhirnya mengaku yang polis tersebut sememangnya polis sebenar. Bagaimanapun, proses identifikasi selanjutnya gagal dibuat dan soalan terus dikemukakan berkaitan dengan pemilikan motosikal yang digunakan ketika kejadian. “Tiada penyiasatan telah dibuat,” Puan Koya berkata. “Tiada apa-apa akan berlaku. Dan ini bukanlah sesuatu yang pelik. Inilah nasib biasa bagi golongan pelarian. Memang banyak kes penderaan dan salahlaku polis terhadap warga Malaysia, tetapi lebih buruk kepada golongan pelarian. Kes seperti ugutan, kematian ketika ditahan, dan tembakan belum dikira. Mereka memanggil kes sebegini sebagai “pembunuhan di luar kehakiman,” kerana mereka tidak dibunuh atas sebab hukuman bunuh. Mereka ditembak ketika ditahan, macam itu lah.” Human Rights Watch telah menyebut bahawa “Akta Imigresen Malaysia 1959/1963 telah gagal membezakan antara golongan pelarian, pencari perlindungan, mangsa-mangsa pemerdagangan manusia, dan warga asing yang tidak mempunyai dokumen. Walaupun perlindungan wujud bagi sesetengah golongan ini, kerajaan masih lagi tidak memberikan semakan yang mencukupi ke atas pesalah yang terbabit, yang mana telah menyebabkan ramai individu yang sepatutnya dilindungi berakhir dengan tangkapan, tahanan, dan pembuangan negeri.603 Terdapat banyak laporan yang dibuat oleh golongan pelarian dan pencari perlindungan di pusat tahanan. Pada tahun 2007, Amnesty International telah menekankan bahawa penahanan 217 pelarian Chin telah dibuat di Malaysia. Jumlah ini turut merangkumi tiga wanita mengandung dan sepuluh orang kanak-kanak.604 Pada Jun 2010, Kumpulan Bekerja PBB mengenai Tahanan Rambang telahpun menjalankan satu misi ke Malaysia. Laporan dari mereka telah mendapati bahawa: “Kumpulan Bekerja percaya bahawa penahanan warga asing perlu dipertimbangkan mengikut perbicaraan mahkamah, berdasarkan kes demi kes, dan perlu dibuat dengan menggunakan kriteria yang telah disebut secara jelas dan terperinci mengikut sistem perundangan. Kerajaan seharusnya tidak menggunakan tahanan imigresen untuk pencari perlindungan, pelarian, golongan-golongan yang terdedah kepada bahaya, seperti kanak-kanak yang tidak ditemani sesiapa, keluarga yang mempunyai kanak-kanak, wanita-wanita hamil, ibu-ibu yang masih menyusukan anak, warga tua, mereka yang kurang upaya, ataupun mereka yang mempunyai kecederaan fizikal ataupun mental yang serius.”605 _____________________ 603 Human Rights Watch, World Report 2011: Events of 2010, hlm. 332. 604 Amnesty International, “Malaysia: UA 162/07 Fear of forcible return/ill-treatment”, 27 Jun 2007. 605 Laporan bagi Working Group on Arbitrary Detention: Mission to Malaysia, A/HRC/16/47/Add.2, 8 Februari 2011, perenggan ke-72. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 223 224 SUHAKAM telah menyebut dalam Laporan Tahunan 2010 mereka bahawa “pencari perlindungan dan pelarian terus ditahan dan dihukum dengan tatacara Imigresen – termasuklah mereka yang mempunyai dokumen dari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).”606 Laporan Tahunan SUHAKAM telah menyebut bahawa “Suruhanjaya telahpun menekan [kepada pihak kerajaan] yang Malaysia, sebagai salah satu anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, diwajikan untuk melindungi dan membantu mereka yang mencari perlindungan dan pelarian, walaupun tidak bersetuju dengan sebarang konvensyen antarabangsa berkaitan.607 SUHAKAM telah mencadangkan agar kerajaan meluluskan Konvensyen Pelarian PBB. Kerajaan Malaysia telahpun menolak kesemua cadangan yang dibuat semasa Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) yang mendesak Malaysia untuk meluluskan Konvensyen Pelarian. Keadaan di pusat tahanan turut digambarkan sebagai bahaya oleh SUHAKAM. Laporan SUHAKAM pada tahun 2009 telah menyebut bahawa mereka telah “menerima banyak aduan mengenai kematian yang dikaitkan dengan keadaan tidak bersih di pusat-pusat tahanan Imigresen. SUHAKAM turut mencadangkan agar fasiliti kebersihan di pusat-pusat tersebut dibaiki, dengan adanya perhatian yang istimewa kepada penyediaan makanan, memandangkan pencemaran makanan telah dikaitkan dengan laporan kematian yang dibuat.”608 SUHAKAM turut mencadangkan agar “makanan berkhasiat disediakan berdasarkan cadangan-cadangan pemakanan dan keperluan istimewa tahanan seperti warga tua, kanak-kanak, dan wanita hamil,” yang mana menunjukkan juga bahawa wanita dan kanak-kanak turut gagal diberikan bantuan dalam bentuk makanan dan penjagaan seperti mana mereka perlukan.609 Kajian Kes Kajian kes: kisah Mya610 Saya telah mengandung lima bulan dan mempunyai dua orang anak- seorang berumur tiga tahun dan seorang lagi enam… Pada 10 Mei 2007, seminggu selepas kami berpindah ke sebuah rumah pangsapada waktu sekitar tengah malam, kami mendengar bunyi lelaki mengetuk dan menendang pintu rumah kami… Mereka merupakan [pegawai RELA]… pegawai-pegawai ini telah merampas kad-kad UNHCR kami. Kami telah dibenarkan untuk kembali ke rumah pangsa kami hanya untuk mengambil barangbarang keperluan… Apabila kami tiba di sana [ke tempat letak kereta], terdapat ramai warga Indonesia telah pun berada di sana terlebih dahulu dan menunggu di lori. Kami telah diberitahu agar menunggu lori kembali. Lori tersebut muncul kembali selepas satu jam untuk mengambil kami… perjalanan mengambil masa kurang dari 30 minit. Akhirnya kami tiba di pejabat RELA… Mereka memberitahu kami yang kami akan dihantar ke pusat tahanan… Kami telah diarak ke lori tersebut… Buluh hempedu saya seolah-seolah ingin meletup kerana bayi saya yang berada dalam rahim telah ditekan-tekan... [Salah seorang dari pegawai tersebut telah menuding jarinya ke lantai], “kalau dia nak kencing, dia kena kencing kat sini, dalam trak ni”… dia ketawakan saya. Saya [terpaksa] kencing dengan satu beg yang disediakan ditengah-tengah orang lain. Satu tindakan yang memalukan. Saya menangis ketika perkara itu berlaku. Saya rasa sangat malu. Saya rasa saya dimalukan kerana kesemua lelaki yang ada telah melihat saya kencing. Sekitar jam 3 pagi, kami telah tiba di pusat tahanan Semenyih… Barang-barang dan duit kami telah dirampas. Kami rasa seperti banduan! Lelaki dan perempuan telah diasingkan… Kami tidak mempunyai katil ataupun perabut sendiri dan semua orang terpaksa tidur diatas lantai… Air yang diberikan turut mempunyai catuan… _____________________ 606 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 18. 607 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 18. 608 Laporan Tahunan SUHAKAM 2009, hlm.32. 609 Laporan Tahunan SUHAKAM 2009, p.34. 610 Ini merupakan petikan dari “Mya’s Story” yang dikeluarkan oleh Tenaganita, The Revolving Door: Modern Day Slavery – Refugees, 2008, hlm. 29 – 34. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Saya telah berada di sana selama 18 hari… Saya seorang yang tidak bersalah yang telah lari demi hidup saya. Keadaannya sama bagi yang lain. Kami telah lari demi menyelamatkan hidup kami. Makanan yang disediakan di sana juga tidak mencukupi untuk anak-anak saya dan mereka telah diberikan makanan yang tidak bernutrisi seperti kami… Bagi kaum wanita, apa yang berlaku benar-benar teruk. Satu-satunya benda yang akan dibawa oleh pelawat adalah tuala wanita. Jika tiada pelawat, maka kami tidak akan ada kain tuala ini. Ini merupakan sesuatu yang memalukan, sesuatu yang sangat-sangat memalukan bagi kaum wanita. Kajian Kes: Kisah Mariah611 Mariah telah dibawa keluar dari rumahnya pada satu malam oleh pegawai-pegawai dengan sebuah van polis untuk dibawa ke Balai Polis Jinjang, bersama dengan beberapa warga Burma. Selepas pemprosesan dibuat, kesemua mereka telah dibawa ke balai polis. “Secara tiba-tiba, kedua-dua pegawai polis tersebut telah datang dan tersenyum. Mereka telah mengangkat skirt kami dan membelai-belai kaki kami. Kami bergelut dan mencuba untuk mengalihkan kaki kami, tetapi kaki kami telah dipegang dengan lebih kuat dan terus diraba sehinggalah ke paras betis. Salah seorang dari mereka mengangkat baju saya dan meletakkan tangannya dibawah bra saya sebelum mula meraba dan menggentel saya. “Tolong berhenti, Tolong berhenti,” kami merayu kepada mereka.” Kesemua wanita yang telah dibawa ke balai polis tidak menerima makanan yang mencukupi. “Kami tidak diberikan sebarang air minuman. Sumber air untuk mencuci dan minum datang dari bilik air dan tandas. Dua kali sehari, dari pukul 5 hingga 7 pagi, sehinggalah, dari pukul 1 hingga 3 petang, air akan diberikan.” Mariah telah dibawa ke pusat tahanan Lenggeng, yang mana sangkar serangga dan makanan yang tidak mencukupi telah diberikan kepada mangsa tahanan. Tuala wanita turut tidak diberikan kepada kaum wanita. Mariah dan wanita-wanita lain telah dibawa ke sempadan Thailand dengan sebuah van yang tidak bertanda dan dibawa ke hutan sebelum dirogol berkali-kali. Kajian Kes: Kisah Moe612 Moe merupakan seorang pelarian. Dia dan adik-beradiknya bersama dengan ibunya telah datang ke Malaysia bertahun-tahun dahulu demi mencari ayahnya yang hilang. Pencarian ini tidak berhasil dan Moe dan keluarganya telah mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia. Moe telah menghadiri sekolah sehingga tahap sekolah menengah sebelum dipaksa berhenti kerana tidak mempunyai sebarang dokumen. Perkahwinan Moe dengan suaminya telah diatur oleh seorang rakan dan keluarga. Mereka telahpun berkahwin selama dua belas tahun dan mempunyai sebarang anak. Sebelum mereka berkahwin, suaminya sering melawat Moe dan memberinya buah-buahan dan barang kemas. Namun begitu, penderaan bermula selepas mereka berkahwin. Ketika tahun pertama perkahwinan mereka, suami Moe telah mengurungnya di rumah. Suami Moe merupakan seorang penagih arak. Suaminya telah mematahkan hidung Moe dengan menggunakan sebatang paip ketika dirinya sedang mengandung. Dalam satu kejadian lain, ketika Moe meninggalkan satu sudu di meja dan menyebabkan semut-semut berkumpul, suaminya telah memukulnya dan anaknya yang berusia tiga bulan, lantas menyebabkan anaknya itu terpaksa mendapatkan tiga jahitan di dahi. Suami Moe turut menderanya dengan objek-objek seperti tali pinggang, pam basikal, pisau, kerusi, penyapu, dan lain-lain. Dia juga sering menggunakan perkataan-perkataan lucah hanya disebabkan oleh perkara kecil yang saya lakukan seperti tidak meletakkan sesuatu barang rumah pada tempatnya. _____________________ 611 Ini merupakan petikan dari“Mariah’s Story” yang dikeluarkan oleh Tenaganita, The Revolving Door: Modern Day Slavery – Refugees, 2008, p45 – 60. 612 Kisah A diperoleh berdasarkan pengalaman pelarian wanita yang mencari perlindungan dari sebuah pusat perlindungan pelarian di Malaysia. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 225 226 Dua tahun selepas mereka berkahwin, Moe telah membuat laporan polis ke atas suaminya. Polis pada asalnya telah memenjarakan suami Moe untuk sebulan tetapi akhirnya membebaskannya kerana statusnya yang tidak mempunyai kewarganegaraan. Tiada sebarang tindakan telah diambil. Akibatnya, Moe terpaksa kembali kepada suaminya. Suatu hari, suami Moe telah menemui sekumpulan rambut di bilik air. Kejadian ini telah menyebabkannya menjerit kepada Moe. Sebelum sempat dipukul, Moe telah lari dengan alasan ingin keluar mengambil anak-anaknya di sekolah. Apabila dia pulang ke rumah, suaminya terus memukulnya semula. Dia menjerit berkali-kali dan menendangnya di dada sehingga Moe cedera. Pada hari seterusnya, Moe telah menghubungi pihak UNHCR untuk mendapatkan bantuan. Mereka telah memberitahu Moe untuk pergi ke pusat-pusat perlindungan bersama anak-anaknya. Beberapa hari selepas tiba di sana, Moe telah dibawa ke balai polis untuk menfailkan laporan polis. Sekali lagi, polis telah memberitahunya bahawa tiada sebarang tindakan boleh diambil ke atas suamnya memandangkan suami Moe tidak mempunyai sebarang kewarganegaraan. Ketika Moe berada di pusat perlindungan, suaminya terus mengancam untuk mengganggunya. Suaminya telah muncul di pusat perlindungan beberapa kali dan turut membawa suami-suami lain ke pusat tersebut. Dia juga telah mengugut UNHCR dengan dakwaan memecahbelahkan keluarganya. Buat masa ini, Moe masih lagi menetap di pusat-pusat perlindungan. Dia dan anak-anaknya masih lagi menunggu untuk ditempatkan semula di negara ketiga oleh pihak UNHCR. Dia bagaimanapun tidak mampu keluar sama sekali memandangkan suaminya sentiasa mengikutinya. Dia juga tidak boleh menerima bantuan daripada pihak polis ataupun mana-mana pihak berkuasa kerajaan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-19 • Mewujudkan mekanisme untuk mengawasi kadar keganasan berdasarkan gender dan menganalisa budaya yang timbul akibat perkara ini. Maklumat juga perlu disebarkan kepada masyarakat umum. • Meminda Kanun Keseksaan agar turut memuatkan keganasan rumah tangga sebagai jenayah tersendiri. • Memperluaskan Akta Keganasan Rumah Tangga agar turut menyentuh mengenai keganasan yang berlaku dalam hubungan bukan perkahwinan, termasuk perkahwinan sejenis. • Menyemak semula kesemua peruntukan bagi Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan, Akta Kod Prosedur dan Bukti, bagi memastikan undang-undang yang melindungi wanita daripada keganasan wujud dengan mengambil kira masalah berkaitan keganasan rumah tangga, yang bersifat berulang dan berterusan. • Meminda Kanun Keseksaan bagi menghukum kes rogol oleh suami: – Meminda subseksyen 375A Kanun Keseksaan bagi memastikan agar perbuatan ini turut dikategorikan sebagai satu jenayah rogol, dan bukannya hanya disebabkan oleh bahaya yang boleh berlaku. – Menghapuskan pengecualian yang disebut dalam Seksyen 375A Kanun Keseksaan, yang mana telah menyebut secara jelas bahawa persetubuhan dalam ikatan perkahwinan adalah sah dan tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah rogol. • Meminda Kanun Keseksaan demi menghukum kes merogol dengan objek dan bukannya menganggapnya sebagai satu jenayah “luar tabii.” Ini bermakna, kes ini akan dipindahkan dari Seksyen 377A ke Seksyen 375 Kanun Keseksaan. • Mewujudkan satu enakmen berasingan bagi gangguan seksual dengan mewujudkan satu tribunal yang menilai permintaan wanita dan menyediakan ganti bagi mereka yang terbabit. • Menyemak semula semua aspek proses penyiasatan bagi kes-kes keganasan yang didorong oleh perbezaan gender bagi memastikan ganti rugi segera dan maklum balas yang sensitif kepada isu gender dapat dibuat, terutamanya dalam kes keganasan rumah tangga dan rogol. Peruntukan yang ada dibawah Kanun Keseksaan turut menekankan bahawa keganasan psikologi perlu dirawat dengan segera, dengan menyediakan latihan dan maklumat lengkap kepada pusat-pusat perkhidmatan berkaitan. • Memastikan agar polis tidak melakukan pengenalpastian secara muka ke muka dan menggunakan cermin satu sisi dalam kes berkaitan dengan rogol dan serangan seksual. • Menyemak semula peraturan mahkamah untuk menghapuskan mana-mana kelemahan dan peruntukan yang boleh mencetuskan trauma kepada mereka yang menjadi mangsa terutamanya berkaitan dengan pemeriksaan sejarah kehidupan seks mangsa, pendedahan identiti mangsa, dan keperluan bagi bahan bukti dan kerjasama dalam kes rogol. • Peruntukan bagi sumber-sumber sokongan kepada mangsa dan pemberian ganti rugi perlu dibuat secara terus dalam semua sistem keadilan jenayah. • Peruntukan perlu diwujudkan dalam bajet kerajaan bagi memastikan terdapat sumber yang mencukupi bagi semua agensi yang terbabit dalam pencegahan keganasan terhadap wanita. Ini termasuklah bajet untuk kakitangan, pembinaan pusat perlindungan, dan dana bagi kaum wanita dan kanak-kanak yang terbabit. • Menyediakan rumah perlindungan khas untuk mangsa keganasan rumah tangga dan serangan seksual yang lengkap dengan pegawai terlatih yang mampu menawarkan penjagaan bersesuaian. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 227 228 • Melaksanakan program latihan wajib bagi semua kakitangan (termasuklah polis, pegawai kebajikan, pegawai perubatan, dan pegawai kehakiman) isu-isu keganasan ke atas wanita. Modul latihan ini perlu memuatkan isu gender, keganasan terhadap wanita, dan hak-hak pekerja asing dan dibentuk dengan konsultasi NGO berkaitan. Modul ini juga perlu dijadikan sebagai sebahagian dari kurikulum sekolah latihan polis. • Mewujudkan pendekatan yang lebih berfokus dan konsisten bagi meningkatkan pendidikan masyarakat berkaitan isu-isu keganasan. Kempen media perlu dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak wanita agar perubahan pemikiran berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga, rogol, gangguan seksual, dan hak-hak pekerja asing dapat berlaku. • Meminda undang-undang, dasar, dan peraturan yang menyebabkan golongan pekerja asing terdedah kepada penderaan. Ini termasuklah dengan menghapuskan pelaksanaan visa istimewa (yang berharga RM100 sebulan) bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan perundangan dan menyelesaikan masalah mereka mengikut sistem kehakiman. Pindaan bagi dasar pengambilan pekerja yang dibuat berdasarkan sistem kemasukan sekali juga perlu dibuat bagi mengelakkan pekerja asing dari rasa takut daripada dibuang negeri. • Kesemua pekerja domestik asing perlu diberikan satu sesi orientasi mengenai hak-hak mereka dan nombor telefon kecemasan yang mereka perlu hubungi andainya berhadapan dengan sebarang kejadian ataupun krisis yang tidak diingini pada masa akan datang sebaik sahaja mereka tiba. • Mewujudkan pendekatan pelbagai agensi bagi menguruskan kes-kes penderaan dengan kerjasama polis, pusat kebajikan, mahkamah, imigresen, hospital dan NGO. Kewujudan rangkaian sedia ada perlu dipertingkatkan dan diperluas bagi merangkumi kesemua bentuk keganasan terhadap wanita. • Mempromosikan dan menyokong pendidikan mengenai hak-hak asasi wanita dalam tahanan, termasuklah melalui pendidikan am mengenai keadaan mereka, dan latihan yang bersifat sensitif mengenai isu gender kepada peguam, hakim, dan pegawai-pegawai penguatkuasa dan pegawai yang bertugas di pusat-pusat tahanan sedia ada. • Menyiasat dan mendakwa individu yang dikesan mencabul hak-hak wanita di pusat tahanan. • Menyediakan ganti rugi kepada mereka yang menjadi mangsa keganasan yang disebabkan oleh pihak polis, pegawai agama, ahli keluarga, dan mana-mana institusi ataupun ahli kepada masyarakat umum yang menganiaya golongan lesbian, wanita biseksual, dan golongan transgender. • Menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan supaya gejala vigilante terhadap sesiapa berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender mereka dihentikan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW CADANGAN UMUM CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-26: PEKERJA ASING WANITA 613 Jawatankuasa CEDAW telah mengeluarkan cadangan ke-26 mereka mengenai pekerja asing wanita pada tahun 2008. Mereka telah mengakui bahawa “kedudukan pekerja asing wanita adalah berbeza dengan pekerja asing lelaki dalam beberapa aspek seperti kaedah migrasi yang mereka gunakan, penderitaan yang mereka lalui ketika bertugas, dan kesan-kesan dari kedua-dua perkara tersebut.”614 Di Malaysia, kebanyakan pekerja domestik adalah kaum wanita. Wanita-wanita ini telah dicabul hak mereka dalam banyak cara. “Walaupun Negara-negara Anggota sememangnya perlu mengawal sempadan mereka dari sebarang pencerobohan dan migrasi yang tidak diingini, mereka tetap perlu ingat akan tanggungjawab mereka sebagai ahli kepada perjanjian hak asasi manusia yang telah mereka persetujui. Mereka perlu mewujudkan prosedur migrasi yang selamat dan mengambil berat peranan mereka untuk menghormati, melindungi, dan memenuhi hak-hak asasi wanita yang terbabit dalam kitaran migrasi.”615 Hak-hak pekerja asing telah disebut dengan jelas dalam Cadangan Umum ke-26: “Kesemua pekerja asing wanita berhak mendapat perlindungan ke atas hak asasi mereka, yang mana termasuklah hak untuk terus hidup, hak untuk mendapat keselamatan dan kebebasan peribadi, hak untuk tidak didera, hak untuk bebas dari layanan yang memalukan atau tidak berperikemanusiaan, hak untuk bebas daripada sebarang diskriminasi berasaskan jantina, bangsa, latar belakang etnik, perbezaan budaya, kewarganegaraan, bahasa, agama ataupun status lain, hak untuk bebas daripada kemiskinan, hak untuk mendapat taraf hidup yang stabil, hak yang sama dalam peruntukan undang-undang, dan hak untuk mendapat faedah daripada sebarang proses perundangan.616 Perkara kunci dalam bab ini: • Akta Kerja 1955 telah menyebut secara terang dan jelas bahawa pekerja domestik tidak mempunyai hak yang sama seperti pekerja-pekerja lain. Pekerja domestik tidak berhak untuk mendapatkan perlindungan keibuan, hari berehat, ataupun cuti. Mereka juga tidak mendapat perlindungan di tempat kerja. Tempoh waktu bekerja mereka sering sahaja berlangsung secara berlebihan. Pekerja domestik juga tidak mempunyai gaji minima di negara ini. • Kebanyakan pekerja domestik di Malaysia berasal dari Indonesia. Pada Mei 2011, satu memorandum kesefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia telah dipinda dan dipersetujui semula. MoU ini menyatakan bahawa pekerja domestik seharusnya mempunyai sehari cuti setiap minggu, ataupun dibayar gaji untuk sehari setengah sekiranya cuti tersebut gagal diberikan. Pekerja domestik juga dibenarkan untuk menyimpan sendiri pasport mereka kecuali pihak majikan mereka mempunyai lokasi simpanan yang lebih selamat.617 Majikan mereka juga diwajibkan untuk membayar gaji mereka terus ke dalam akaun bank masingmasing, walaupun bayaran secara tunai masih diterima dalam kes-kes tertentu. Walaupun MoU ini telah dipersetujui, setiap langkah yang wujud jelas mempunyai kelemahan masing-masing. Ini menunjukkan bahawa pekerja domestik masih lagi berpotensi untuk dijadikan mangsa eksploitasi dan penderaan di negara ini. • Mekanisme pemerhatian dan kontrak khas masih lagi gagal diwujudkan di Malaysia bagi mengawal tindak-tanduk dan perbuatan para ejen dan majikan. • Keadaan semula jadi pekerjaan domestik dan kekurangan perlindungan undang-undang masih lagi boleh memberi ruang kepada penderaan untuk berlaku ke atas golongan pekerja domestik. _____________________ 613 Teks bagi CEDAW Committee General Recommendation No. 26 boleh didapati di: http://www2.ohchr.org/english/bodies/cedaw/ comments.htm. 614 CEDAW Committee General Recommendation No. 26, perenggan ke-5. 615 CEDAW Committee General Recommendation No. 26, perenggan ke-3. 616 CEDAW Committee General Recommendation No. 26, perenggan ke-6. 617 “New MoU on maids inked”, The Star, 31 Mei 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 231 Pekerja domestik asing di Malaysia 232 Dianggarkan, terdapat lebih kurang dua juta pekerja asing berdaftar di negara ini.618 Daripada jumlah ini, terdapat 300,000 dari mereka merupakan pekerja domestik di 250,000 kediaman di Malaysia.619 Sembilan puluh peratus daripada mereka adalah dari Indonesia dan bakinya dari Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam, dan Kemboja.620 Segolongan NGO menganggarkan bahawa terdapat 300,000 lagi pekerja domestik asing yang belum berdaftar.621 Malaysia bukanlah sebahagian dari Konvensyen Perlindungan Hak Asasi Pekerja dan Keluarga Asing Antarabangsa. Kebanyakan pekerja domestik asing yang datang ke Malaysia berasal dari negara miskin. Mereka datang ke negara ini bagi membolehkan kaum wanita di sini keluar bekerja. Kebanyakan keluarga di Malaysia benar-benar memerlukan pekerja asing di kediaman mereka. Walaupun perkara ini sesuatu yang baik kerana membolehkan wanita keluar bekerja, kebergantungan berlebihan kepada pekerja domestik boleh menjadi masalah atas beberapa sebab: • Mengambil pekerja domestik wanita dari negara miskin memberikan idea bahawa tugasan di rumah merupakan tugasan kaum wanita. • Mengambil pekerja domestik wanita dari negara miskin menggalakkan lagi kewujudan hierarki kasta dan bangsa yang mana boleh menyebabkan sesetengah wanita dianggap lebih mulia dari yang lain. • Permintaan berterusan ke atas pekerja asing sebenarnya mampu menyekat perkembangan potensi wanita asing yang datang dari negara miskin yang sepatutnya tidak melepaskan peluang pendidikan demi menjadi pekerja domestik. Hak asasi pekerja domestik sering dilanggar dalam beberapa cara: • Artikel 11(1)(c) CEDAW berkenaan dengan hak untuk mendapat keselamatan kerjaya dan faedah-faedah lain dari kerjaya tersebut. •Artikel 11(1)(e) CEDAW berkenaan dengan hak keselamatan sosial seperti persaraan, pengangguran, sakit, ketidakupayaan bekerja, usia tua, ataupun hak untuk mendapat cuti berbayar. • Artikel 11(1)(f) CEDAW berkenaan dengan hak perlindungan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, termasuklah berkaitan dengan fungsi organ reproduksi. Pekerja domestik di Malaysia telah didiskriminasi dalam pelbagai cara. Pekerja domestik tidak diiktiraf seperti pekerja lain di Malaysia. Mereka tidak mendapat perlindungan dan hak mereka sering dilanggar disebabkan perbezaan taraf pengiktirafan ini.622 _____________________ 618 CARAM Asia, Remittances: Impact on Migrant Workers’ Quality of Life, Oktober 2010, hlm.35. 619 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 38. 620 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 38. 621 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, hlm. 244. 622 Human Rights Watch World Report 2011: Events of 2010 telah menyebut mengenai perkara ini di halaman 332: “Despite announcements to the contrary, some 300,000 migrant domestic workers in Malaysia still lack important protections. Domestic workers are excluded from key protections under Malaysia’s Employment Act, including limits on working hours, public holidays, a mandatory day off per week, annual and sick leave, maternity protections, and fair termination of contracts.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kajian kes daripada laporan Human Rights Watch: 233 “Saya berhajat untuk memulakan hidup baru dan mengubah nasib saya dan anak-anak saya agar mereka tidak terpaksa menjalani kehidupan seperti saya… Tapi saya sudahpun dilayan secara kasar oleh majikan saya. Saya mula bekerja pada pukul 5 pagi dan kadang-kadang hanya selesai bekerja pada pukul 2 ataupun 3 pagi. Saya juga tidak pernah mendapat hari cuti. Pintu sentiasa dikunci, saya tak dibenarkan untuk keluar sendiri. Saya juga terpaksa tidur di ruang makan. Gaji penuh saya telah ditolak [untuk membayar yuran pengambilan bekerja] selama enam bulan setengah. Jika saya gagal menyelesaikan [satu tugas] dengan cepat, majikan saya akan memukul saya… dia juga sering menjerit dan mengherdik saya. Ada sekali, ketika saya sedang menyidai baju, jiran telah bertanya mengapa mata saya bengkak. Saya akhirnya terpaksa memberitahu yang majikan saya telah memukul saya. Petang itu juga, polis datang dan menahan mereka.” (Seperti yang dimaklumkan oleh seorang pekerja domestik Indonesia, Kuala Lumpur, Februari 2010.)623 Kekurangan perlindungan daripada kerajaan Cadangan Umum ke-26 Jawatankuasa CEDAW telah menjelaskan mengenai tanggungjawab negaranegara destinasi pekerja asing wanita: “Negara-negara Anggota perlu memastikan agar undang-undang perlembagaan dan sivil, termasuklah tata cara bekerja, boleh memberikan pekerja asing wanita hak dan perlindungan yang sama seperti mana pekerja-pekerja lain di negara ini, termasuklah hak untuk mengurus diri dan bergaul bebas.”624 Undang-undang pengambilan pekerja tidak melindungi hak-hak pekerja asing Akta Kerja 1955 Malaysia tidak memberikan pekerja domestik hak yang sama seperti pekerja-pekerja lain. Akta Kerja ini mengandungi perlindungan buruh dalam aspek cuti dan faedah-faedah lain. Bagaimanapun, Jadual Pertama bagi akta ini telah mengasingkan secara spesifik pekerja domestik dari tertakluk dalam peruntukan-peruntukan berikut: • Perlindungan materniti, termasuklah cuti, dan faedah-faedah lain.625 • 1 hari bercuti bagi setiap minggu.626 • Peruntukan berkenaan dengan waktu bekerja, termasuklah yang menyebut bahawa seseorang pekerja tidak boleh bekerja melebihi lima jam secara berterusan tanpa waktu rehat kurang dari tiga puluh minit dan tidak boleh bekerja melebihi 48 jam dalam setiap minggu.627 • Cuti am berbayar.628 • Faedah cuti tahunan.629 • Cuti sakit.630 • Faedah-faedah berkaitan pemecatan, pemberhentian, dan persaraan.631 _____________________ 623 Human Rights Watch, Slow Reform: Protection of Migrant Domestic Workers in Asia and the Middle East, 2010, hlm. 1. 624 CEDAW Committee General Recommendation No. 26, perenggan ke-26(b). 625 Perlindungan keibuan sepatutnya dilindungi dibawah Bahagian IX bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 626 Hari-hari berehat sepatutnya dilindungi dibawah Seksyen 59, Bahagian XII bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 627 Tempoh waktu bekerja sepatutnya dilindungi dibawah Seksyen 60A, Bahagian XII bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 628 Waktu bercuti sepatutnya dilindungi dibawah Seksyen 60D, Bahagian XII bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 629 Cuti tahunan sepatutnya dilindungi dibawah Seksyen 60E, Bahagian XII bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 630 Cuti sakit sepatutnya dilindungi dibawah Seksyen 60F, Bahagian XII bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. 631 Pemberhentian, pemecatan, ataupun faedah-faedah persaraan sepatutnya dilindungi dibawah Bahagian XIIA bagi Akta Kerja 1955. Pekerja domestik telah dikecualikan secara terang-terangan. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 234 Notis pemberhentian kerja, seperti mana yang disebut dalam Akta Kerja 1955, perlu diberikan dalam tempoh empat hingga lapan minggu sebelum tarikh efektif.632 Pekerja domestik, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada peruntukan ini. Mereka hanya diberikan 14 hari untuk bersedia sebelum berhenti bekerja.633 Akta Pampasan Pekerja 1952 Malaysia telah mengecualikan “pekerja domestik” daripada senarai pekerjaan yang dimasukkan dalam kategori “pekerjaan.” Ini telah menyebabkan pekerja domestik gagal untuk mendapatkan pampasan bagi sebarang kecedaraan yang mereka alami ketika tempoh pekerjaan mereka berlangsung. Pengarah Eksekutif bagi Tenaganita, Dr.Irene Fernandez telah menyatakan bahawa, “Akta Kerja tidak mengiktiraf mereka sebagai pekerja, tetapi sebagai orang gaji. Ini membuka ruang kepada eksploitasi untuk berlaku.”634 Situasi ini jelas menyebabkan percanggahan antara undang-undang Malaysia dan Cadangan Umum CEDAW ke-26 yang menyebut: “Negara-negara Anggota seharusnya memastikan bahawa undang-undang perlembagaan dan sivil termasuklah tatacara buruh di negara ini menyediakan hak dan perlindungan yang sama kepada pekerja asing wanita seperti mana yang diberikan kepada pekerja lain di negara ini; hak ini termasuklah hak untuk menguruskan diri dan bergaul bebas. Mereka juga seharusnya memastikan bahawa kontrak bekerja pekerja asing wanita sentiasa sah dari segi undangundang. Sebagai contoh, mereka turut perlu memastikan bahawa pekerjaan yang didominasi oleh kaum wanita, terutamanya yang membabitkan hiburan, turut dilindungi oleh undangundang buruh, termasuklah dari sudut gaji dan tempoh waktu bekerja, tatacara kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkaitan dengan cuti dan waktu kelepasan am.”635 Tekanan telah dikenakan ke atas kerajaan untuk turut memasukkan pekerja domestik dalam undang-undang bekerja, tetapi tiada hasil dapat dilihat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM, telahpun mencadangkan agar kerajaan Malaysia “meminda undang-undang buruh agar turut memuatkan pekerja domestik dibawah peruntukan undangundang.”636 Majlis Peguam Malaysia juga telah mendesak agar pengkanunan hak-hak asasi pekerja domestik turut dilakukan segera. Mereka percaya, “tanggungjawab berkanun sebegini akan memberikan impak yang besar dan akan membenarkan Kementerian Sumber Manusia menekankan peruntukan sedia ada untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang tersebut. Pengkanunan ini juga seharusnya dibuat bagi melindungi kedua-dua pekerja domestik asing dan tempatan. Selain itu, tanpa peruntukan berkanun, ancaman dalam bentuk sekatan dan denda kepada para majikan juga perlu dikenakan bagi memastikan eksploitasi ke atas pekerja domestik dikurangkan.”637 Kerajaan Malaysia telahpun menekankan pada peringkat antarabangsa bahawa pekerja domestik tidak boleh diberikan hak yang sama seperti pekerja lain Ketika Persidangan Buruh Antarabangsa 2011, kerajaan telah dijemput untuk memberikan komen mengenai piawaian pekerjaan wajar antarabangsa yang diwujudkan untuk pekerja domestik. Komenkomen ini telah disertakan dalam satu laporan khas. Setelah laporan tersebut diterbitkan, kerajaan Malaysia telahpun menyebut bahawa, “Pekerja domestik tidak boleh disamakan dengan pekerja lain _____________________ 632 Tempoh pemberian notis pemberhentian kontrak tertakluk dibawah Seksyen 12 bagi Akta Kerja 1955. 633 Seksyen 57 bagi Akta Kerja mempunyai seksyen berbeza yang menjelaskan mengenai tempoh pemberian nosis kepada “orang gaji”: Subject to any express provision to the contrary contained therein, a contract to employ and to serve as a domestic servant may be terminated either by the person employing the domestic servant or by the domestic servant giving the other party fourteen days’ notice of his intention to terminate the contract, or by the paying of an indemnity equivalent to the wages which the domestic servant would have earned in fourteen days: Provided that any such contract may be terminated by either party without notice and without the paying of an indemnity on the ground of conduct by the other party inconsistent with the terms and conditions of the contract. 634 “Treat domestic workers right - or they won’t come”, Surat kepada editor dari Dr Irene Fernandez, Malaysiakini, 7 September 2011. 635 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 mengenai pekerja-pekerja asing wanita, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(b). 636 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 17. 637 Lim Chee Wee, Presiden, Badan Peguam Malaysia, “Press Release: The Time is Ripe for Fair and Equal Rights for Domestic Workers”, 31 Mei 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW secara umumnya,”638 dan, “Pekerjaan domestik bukanlah satu jenis pekerjaan biasa. Hak-hak isi rumah juga perlu dipertimbangkan.”639 Kenyataan daripada pihak kerajaan konsisten menunjukkan ia tidak ingin memberikan pekerja domestik hak yang sama seperti pekerja-pekerja lain di Malaysia. Kerajaan Malaysia telah dilaporkan: • Memohon agar pekerja domestik tidak diberikan faedah-faedah keibuan sebagaimana pekerja lain.640 • Mencadangkan agar majikan menyimpan dokumen pekerja domestik di tempat yang lebih selamat.641 • Mencadangkan agar syarat-syarat perkhidmatan dikekalkan dengan kontrak individu.642 • Mencadangkan agar “Agensi pekerjaan dibenarkan untuk menolak yuran pekerja domestik dari gaji pekerja tersebut, selagi mana tindakan ini dilakukan secara adil dan saksama bagi keduadua belah pihak.”643 Pada Jun 2011, Konvensyen berkenaan Pekerjaan Wajar bagi Pekerja Domestik dan cadangan berkenaan Pekerjaan Wajar bagi Pekerja Domestik telahpun diterima pakai oleh pihak Persidangan Buruh Antarabangsa. Malaysia, bagaimanapun, telah menolak dari melakukan sebarang undian persetujuan ketika persidangan berlangsung ataupun cadangan dibuat. Kelemahan keadaan pekerjaan pekerja domestik yang mendedahkan mereka terus didera Fitrah pekerjaan pekerja domestik sememangnya menyebabkan mereka yang terbabit terasing dari dunia luar. Pengasingan ini berlaku kerana pekerja domestik perlu bekerja di rumah dan sentiasa terdedah kepada pelbagai aspek penderaan. Jawatankuasa CEDAW telah mengemukakan Cadangan Umum ke-26 untuk menekankan mengenai penderaan yang dialami oleh pekerja domestik asing.644 Ahli Jawatankuasa bagi Perlindungan Hak-hak Pekerja dan Keluarga Asing turut menekankan bahawa kelemahan wujud dalam kehidupan pekerja asing dalam beberapa aspek: “Punca bagi kepinggiran mereka, iaitu pengasingan dan pergantungan, wujud dalam beberapa bentuk: pengasingan hidup di negara asing yang menggunakan bahasa asing, berjauhan daripada keluarga; kekurangan sistem sokongan asas, dan ketidakbiasaan dengan budaya dan undangundang migrasi dan buruh; dan kebergantungan pada majikan dan kerja disebabkan oleh hutang migrasi, status perundangan, amalan para majikan yang menyekat kebebasan pekerja dari meninggalkan tempat kerja, dan fakta yang tempat pekerjaan bagi pekerja asing juga merupakan tempat perlindungan mereka, dan kebergantungan ahli keluarga di negara asal mereka ke atas hasil pendapatan dari pekerjaan domestik yang sedang dilakukan. Pekerja domestik asing turut perlu berhadapan dengan risiko tambahan berkenaan dengan gender mereka, termasuklah risiko keganasan. Risiko dan kelemahan ini sebenarnya lebih tinggi bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen kerja yang sah ataupun terbabit dalam keadaan bekerja yang istimewa, dan juga risiko _____________________ 638 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p40. 639 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p40. 640 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p47. 641 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p35. 642 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p40. 643 Persidangan Buruh Antarabangsa, Sesi ke-100 2011, “Decent Work for Domestic Workers: Fourth Item on the Agenda” (ILC.100/ IV/2A), p51. 644 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 mengenai pekerja-pekerja asing wanita, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan ke-20. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 235 untuk dihantar pulang ke negara asal mereka andainya mereka mencuba untuk mendapatkan bantuan perlindungan dari majikan mereka daripada pihak berkuasa.”645 236 Berdasarkan pegawai-pegawai kerajaan, terdapat 50 kes penderaan pekerja domestik asing berlaku setiap tahun.646 Jumlah ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia yang menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 100 orang perlu didaftarkan kepada pusatpusat perlindungan setiap bulan.647 Pusat Jagaan Pekerja Asing telah melaporkan bahawa pada tahun 2007, 46 pekerja domestik Indonesia telah meninggal dunia tanpa sebarang sebab yang mampu dijelaskan oleh pihak polis.648 Terdapat beberapa kes penderaan domestik yang mendapat liputan meluas oleh media. Sebagai contoh, kes Nirmala Bonat, telah mendapatkan perhatian orang ramai pada tahun 2008. Sekitar November 2008, majikan kepada Nirmala telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun.649 Pada Oktober 2009, pekerja domestik Mautik Hani telah didapati meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. Majikannya telah ditahan.650 Pada Jun 2011, Isti Komariyah telah meninggal dunia sebelum dikesan mempunyai kesan-kesan calar dan parut pada tubuhnya yang kurus-kering.651 Majikannya telah ditahan atas tuduhan membunuh.652 Sejak tahun 2009, kerajaan telah menggalakkan penggunaan Talian Nur sebagai satu saluran bagi membantu pekerja domestik asing. Saluran telefon ini yang ditubuhkan pada tahun 2007 telah diwujudkan bagi memberi bantuan dan nasihat kepada sesiapa yang menjadi mangsa penderaan.653 Risiko penderaan yang dihadapi pekerja domestik telah meningkat dengan adanya dasar imigresen yang mengaitkan terus visa bekerja dengan majikan. Human Rights Watch telah menyebut bahawa: “Sebagai penaja imigresen, para majikan boleh menghantar pekerja mereka pulang apabila mereka ingin melakukannya, dan menyediakan atau memberikan kebenaran kepada pekerja tersebut untuk bertukar kerja… Secara praktikalnya, pemberhentian turut boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab untuk meninggalkan negara ini dengan segera tanpa sebarang peluang untuk melaporkan sebarang bentuk penderaan ataupun pembayaran gaji yang tertunggak.”654 Pada tahun 2011, pindaan bagi Akta Kerja 1955 telah dilaksanakan dengan adanya seksyen baru dalam undang-undang yang lebih memudahkan proses pemecatan pekerja domestik untuk dilakukan.655 Kontrak pekerjaan yang bersifat menyekat Pekerja domestik asing perlu segera pulang ke negara asal mereka andainya diberhentikan oleh majikan mereka. Para majikan diberikan kuasa untuk memperbaharui pas bekerja mereka setiap tahun. Andainya para majikan gagal untuk membaharui pass tersebut, pekerja mereka boleh menjadi pendatang asing tanpa izin dan boleh didenda ataupun ditahan sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka. _____________________ 645 Ahli Jawatankuasa bagi Perlindungan Hak-hak Pekerja dan Keluarga Asing, Komen Umum Pertama mengenai pekerja domestik asing, CMW/C/GC/1, perenggan ke-7. 646 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 38. 647 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 39. 648 Cecilia Ng, Gender and Rights: Analysis for Action, Persatuan Untuk Tadbir Urus Baik dan Kesaksamaan Gender Pulau Pinang, (3Gs) dan Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 39. 649 “Nirmala Bonat case: Housewife found guilty, 18 years jail”, The Star, 27 November 2008. 650 “It’s murder: Indonesian maid dies of alleged abuse (Updated)”, The Star, 26 Oktober 2009. 651 “Maid may have been starved to death”, The Star, 9 Jun 2011. 652 “Couple charged with maid’s murder”, New Straits Times, 16 Jun 2011. 653 Setiap panggilan yang dibuat ke Talian Nur masih lagi boleh dikesan melalui bil telefon. Ini boleh menyebabkan mangsa penderaan terdedah kepada bahaya. 654 Human Rights Watch, Slow Reform: Protection of Migrant Domestic Workers in Asia and the Middle East, 2010, p9. 655 Seksyen 57(b) bagi Employment (Amendment) Act 2011: “(1) If the service of a foreign domestic servant is terminated— (a) by the employer; (b) by the foreign domestic servant; (c) upon the expiry of the employment pass issued by the Immigration Departmentof Malaysia to the foreign domestic servant; or (d) by the repatriation or deportation of the foreign domestic servant, the employer shall, within thirty days of the termination of service, inform the Director General of the termination in a manner as may be determined by the Director General. (2) For the purpose of paragraph (1)(b), the termination of service by a foreign domestic servant includes the act of the foreign domestic servant absconding from his place of employment.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Oleh kerana kontrak pekerjaan mereka sering kali berkait rapat dengan visa mereka, para pekerja domestik sering kali menjadi mangsa eksploitasi dengan dipaksa untuk bekerja sehingga 18 jam sehari, dan tujuh hari seminggu.656 Pemeriksaan kesihatan, kehamilan, dan larangan berkahwin Pekerja domestik asing perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan rakyat Malaysia. Visa bekerja mereka juga akan dibatalkan sekiranya mereka hamil. Kontrak kerja yang menghalang mereka daripada hamil bercanggah dengan Artikel 11(2) CEDAW. Jawatankuasa CEDAW telahpun menyeru melalui Cadangan Umum ke-26 mereka agar “Negara-negara Anggota menghapuskan larangan untuk pekerja domestik asing berkahwin dengan rakyat mereka atau penduduk tetap sedia ada, jatuh hamil, ataupun menetap di penempatan yang berasingan (artikel 2(f))”657 Selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan, berdasarkan laporan UNGASS 2010 Malaysia, “tiada sebarang sistem rujukan untuk pekerja asing yang menghidap HIV ataupun tidak sihat wujud, dan ini boleh menghalang rawatan ataupun penjagaan susulan di negara asal pekerja yang terbabit.”658 Tiada hari cuti Pekerja domestik asing tidak diberikan hari cuti dibawah undang-undang pekerjaan Malaysia. Di Singapura, bermula dari Januari 2013, pekerja domestik di sana akan diberikan sehari bercuti setiap minggu. Menteri Tenaga Kerja Singapura, Tan Chuan-Jin telah menyatakan bahawa hari bercuti sekali seminggu ini merupakan sebahagian dari keperluan asas manusia. Dia berkata, “Cuti ini bukan sahaja waktu rehat fizikal, cuti ini juga merupakan waktu rehat dari segi emosi dan mental dari bekerja.”659 Yuran pengambilan bekerja ditolak dari gaji pekerja domestik Human Rights Watch telah melaporkan bahawa, “Pekerja domestik perlu menolak hasil pendapatan mereka setiap bulan bagi menampung yuran bayaran pengambilan bekerja mereka yang perlu ditampung oleh majikan ke atas broker swasta. Apabila tempoh ini berakhir, mereka boleh memperoleh secara purata 300 hingga 450 ringgit sebulan (USD89-133) sebagaimana yang ternyata dalam kontrak dua tahun mereka.”660 Pekerja domestik boleh disamakan dengan mangsa pemerdagangan manusia Laporan Jabatan Luar Negara AS telah menyebut: “Pekerja domestik di Malaysia mempunyai persamaan dengan mangsa pemerdagangan manusia dalam beberapa aspek. Mereka tidak bebas bergerak, sering terdedah kepada penipuan gaji, tidak dibenarkan memegang pasport sendiri, dan terikat dengan hutang kepada ejen dan majikan masing-masing. Rampasan pasport berlaku secara berleluasa dan terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa majikan telah membuka akaun simpanan bersama bagi mengawal kebebasan kewangan pekerja-pekerja mereka… Majikan Malaysia juga telah dilaporkan tidak membayar gaji pekerja mereka bagi tempoh tiga hinggalah enam bulan demi membayar semula yuran pengambilan pekerja dan perjanjian hutang yang dikenakan oleh ejen kepada mereka.”661 Pasport Majikan sering diberikan kuasa untuk menyimpan pasport pekerja mereka di Malaysia atas alasan menghalang orang gaji mereka daripada lari. Tiada sebarang peruntukan dalam MoU yang wujud antara _____________________ 656 Human Rights Watch, “Indonesia/Malaysia: End Wage Exploitation of Domestic Workers: Ensure Minimum Pay in Labor Pact, Monitor Recruitment Fees”, 10 Mei 2010, http://www.hrw.org/en/news/2010/05/10/indonesiamalaysia-end-wage-exploitation-domestic-workers 657 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 mengenai pekerja-pekerja asing, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(a). 658 UNGASS Country Progress Report – Malaysia, Mac 2010, hlm. 54 (UNGASS is the acronym for the United Nations General Assembly Special Session on HIV/AIDS). 659 “Weekly day off for maids a must from next year”, The Straits Times, 6 Mac 2012. 660 “Indonesia/Malaysia: End Wage Exploitation of Domestic Workers: Ensure Minimum Pay in Labor Pact, Monitor Recruitment Fees”, 10 Mei 2010, http://www.hrw.org/en/news/2010/05/10/indonesiamalaysia-end-wage-exploitation-domestic-workers 661 Jabatan Luar Negeri AS, Trafficking in Persons Report 2011, p243. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 237 238 Malaysia dan Indonesia yang mengharamkan penyimpanan pasport oleh pihak majikan. Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 telah menyeru agar Negara-negara Anggota “memastikan agar majikan dan pengambil pekerja tidak merampas ataupun menghapuskan dokumen perjalanan yang dimiliki oleh pekerja asing wanita.”662 Tiada gaji minima Tiada gaji minima wujud di Malaysia. Gaji pekerja domestik asing berada pada tahap RM350 sebulan secara purata.663 Tiada sebarang perbezaan yang ketara antara gaji pekerja domestik negara-negara tertentu di Malaysia. Bagaimanapun, pekerja domestik Indonesia, yang mana merupakan golongan dominan bagi golongan pekerja domestik, sering menerima gaji yang amat-amat rendah. Memorandum Kesefahaman yang ditandatangani oleh wakil kerajaan Malaysia dan Indonesia pada tahun 2011 tidak melindungi pekerja-pekerja domestik Pada tahun 2006, satu perjanjian berkaitan dengan pekerja domestik telah ditandatangani oleh wakil kerajaan Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 2009, Indonesia telah mengharamkan penghantaran pekerja mereka ke Malaysia setelah menerima aduan berkaitan penderaan yang dialami oleh sesetengah rakyat mereka di negara ini. Pada Mei 2011, satu pindaan perjanjian telah dibuat. Laporan akhbar telah menyatakan bahawa: • Pekerja domestik perlu mendapat satu hari bercuti setiap minggu, walaupun pihak majikan berhak untuk menggantikan cuti tersebut dengan bayaran bekerja sehari setengah. • Pekerja domestik dibenarkan untuk menyimpan pasport mereka sendiri, tetapi untuk simpanan yang lebih selamat, majikan dibenarkan untuk mengambil alih peranan tersebut. • Majikan juga perlu membayar gaji pekerja mereka terus ke dalam akaun bank peribadi masingmasing walaupun pembayaran secara tunai masih lagi dibenarkan.664 Daripada semua pindaan ini, semua pihak dapat melihat bahawa terdapat ruang-ruang untuk eksploitasi terus berlaku dengan adanya klausa-klausa tertentu. Human Rights Watch telah menyebut bahawa, “perjanjian buruh dua hala selalunya memperbaiki status quo sedia ada, tetapi seperti biasa, menawarkan perlindungan yang berkurangan berbanding perjanjian kebangsaan, dan tidak mempunyai mekanisme pelaksanaan dan hukuman yang kukuh.”665 Pekerja domestik dari Kemboja Selepas kerajaan Indonesia melaksanakan pengharaman ke atas penghantaran pekerja asing wanita ke Malaysia untuk bekerja sebagai pekerja domestik, ramai pekerja Kemboja telah dibawa ke Malaysia. Sejak tahun 2008, terdapat antara 40,000 hingga 50,000 wanita dari Kemboja telah tiba dari Malaysia atas tujuan bekerja.666 Kebanyakan wanita ini telah berhadapan dengan penderaan sebelum dibawa keluar dari negara asal mereka. Mereka juga ada yang berumur kurang dari 18 tahun. Setelah tiba di Malaysia, ramai di antara mereka telah didera oleh para majikan Malaysia. Sebuah laporan Human Rights Watch telah mengumpulkan dalam satu dokumen dan menyebut bahawa: “Yuran pengambilan bekerja yang membebankan dan amalan menipu yang diamalkan oleh ejen pengambilan pekerja sering kali membuka ruang kepada eksploitasi untuk berlaku. Pihak berkaitan juga sering kali menjadikan mereka yang berasal dari keluarga miskin sebagai sasaran, dan turut menawarkan bantuan beras dan kewangan sebagai satu bentuk hutang untuk berpindah ke Malaysia. Para pekerja asing juga perlu membayar hutanghutang ini sebagaimana mereka perlu membayar yuran pengambilan pekerja dan latihan, _____________________ 662 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-26 mengenai pekerja asing wanita, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(d). 663 Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW mengenai pekerja asing wanita, CEDAW/C/2009/W.P.1/R, perenggan 26(d). 664 “New MoU on maids inked”, The Star, 31 Mei 2011. 665 Human Rights Watch, Slow Reform: Protection of Migrant Domestic Workers in Asia and the Middle East, 2010, p13. 666 “Cambodian maids made to suffer by recruiters, says report”, The Star, 7 November 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW dengan menyerahkan gaji bekerja mereka bagi enam hingga tujuh bulan pertama kepada majikan mereka ketika bekerja di Malaysia. Aturan ini juga telah menyusahkan pekerja untuk meninggalkan tempat kerja mereka di Malaysia andainya menjadi mangsa penderaan.”667 Kajian kes berikut telah mengesahkan penderaan yang berlaku ke atas dua pekerja domestik asing dari Kemboja di Malaysia: Kajian kes M M berasal dari sebuah keluarga petani di Kemboja. M mempunyai enam orang adik beradik dan dia merupakan yang termuda. Dia telah ke sekolah selama tujuh tahun. Pada tahun 2009, salah seorang rakannya berminat untuk bekerja di Malaysia. Rakannya itu telah mengajak M menyertainya. M telah meminta kebenaran dari ayahnya dan pada awalnya ayahnya itu tidak menyetujui permintaan tersebut. Setelah dipujuk dan dipujuk, akhirnya ayah M bersetuju untuk mengizinkan anaknya berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Seorang ejen telah membawa M dan rakannya bersama ayah mereka ke sebuah sekolah latihan di Phnom Penh. Terdapat ramai gadis yang dihantar ke sekolah tersebut. Para guru di sana telah mengatakan bahawa gadis-gadis ini sedang dilatih sebelum dihantar bekerja di Malaysia. M telah menuntut di sekolah tersebut selama lima bulan. Ketika berada di sana, M dikehendaki untuk melakukan kerja-kerja rumah, memasak, dan membersihkan rumah. M juga tidak dibenarkan untuk keluar dan tidak menerima sebarang bayaran ketika berada di sekolah tersebut. Gadis-gadis lain yang dihantar ke sekolah tersebut ada yang sebaya dengan M (14 tahun) dan ada juga yang berumur lebih muda darinya (12 tahun). Setelah lima bulan, seorang guru telah memaklumkan kepada M bahawa dia akan dihantar ke Malaysia tak lama lagi. Guru tersebut telah memberikan pasport M kepada M. Namun begitu, semua maklumat yang ada dalam pasport tersebut tidak tepat. M telah mengadu kepada guru tersebut, tetapi hanya menerima herdikan sebagai balasan. M berkata, “Ini bukan pasport saya. Ini bukan usia saya, ini bukan nama saya.” M telah dimarahi dan dipaksa untuk menerima maklumat yang ada dalam pasport tersebut bagi mengelakkan dirinya dari terjebak dari pelbagai masalah. M telah tiba di Malaysia pada Januari 2011 dengan empat lagi pekerja Kemboja lain. Setelah mereka tiba di lapangan terbang, mereka terpaksa menunggu ejen mereka selama beberapa jam sebelum dibawa ke sebuah agensi pekerja asing di Subang Jaya. M telah bekerja dibawah majikannya selama setahun. Majikannya sering kali tidak memberikan makanan yang mencukupi kepadanya, dan sering memaksanya untuk bekerja antara 5 pagi sehinggalah 11 malam, dan seringkali memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan. M telah mengambil keputusan untuk lari dan telah menemui kerja baru di sebuah restoran dan bekerja di sana tanpa sebarang dokumen yang sah selama tiga bulan. Dia telah memaklumkan kepada seorang pelanggannya yang boleh dipercayai kisahnya, dan sentiasa berasa resah mengenai keselamatannya. Pelanggan tersebut telah mendapatkan bantuan bagi pihak M dari Kedutaan Kemboja. Rancangan M buat masa sekarang hanyalah untuk kembali ke Kemboja dan meneruskan pengajiannya. _____________________ 667 Human Rights Watch, “They Deceived Us at Every Step”: Abuse of Cambodian Domestic Workers Migrating to Malaysia, 2011, hlm. 11. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 239 Kajian kes T 240 T datang ke Malaysia dari sebuah kampung nelayan di Kemboja. Dia mempunyai tujuh adik beradik dan tidak pernah ke sekolah. Salah seorang saudaranya telah bertanya kepada bapanya mengenai cadangan membawa T ke Malaysia untuk bekerja. Ayah kepada T bersetuju dengan cadangan tersebut walaupun T tidak berminat untuk bekerja di Malaysia. T terpaksa menerima keputusan tersebut kerana percaya dia bertanggungjawab untuk mematuhi arahan bapanya demi menjaga kebajikan keluarga mereka. Ketika itu, T baru sahaja berumur 17 tahun. Berdasarkan kisah yang diberitahu T, terdapat ramai gadis dari kawasannya telah diminta untuk bekerja di Malaysia. Terdapat ramai ejen yang datang dari kampung ke kampung untuk mencari gadis yang berpotensi untuk dihantar ke luar negara. Menurut T, setiap gadis yang dihantar ke Phnom Penh akan membolehkan ejen tersebut menerima RM500 atau lebih. Sesetengah ibu bapa akan meminta duit tersebut dari ejen yang ada. Ibu bapa T telahpun meminjam USD100 daripada ejennya, yang mana akan dibayar dengan gaji bulanan T kemudian. T telah dihantar ke sebuah sekolah di Phnom Penh. Menurut seorang guru di sana, pihak sekolah memerlukan perubahan tempat setiap bulan. Selain itu, tiada sebarang latihan atau pendidikan diberikan di sekolah tersebut. T hanya berada di sekolah tersebut selama dua minggu sebelum dihantar ke Malaysia. T bekerja dengan majikannya di Malaysia selama 18 bulan. Ketika itu, T tidak menerima sebarang gaji. Majikannya juga sering menggunakan penyidai baju untuk memukulnya dalam tiga kejadian berbeza. T juga sering dimarahi dan dimalukan oleh majikannya. T akhirnya lari dan menemui rumah perlindungan yang disediakan oleh sebuah NGO di Malaysia. T benar-benar takut apabila tiba di rumah perlindungan tersebut. T telah mendesak agar pemeriksaan beg dilakukan ke atasnya. Dia berkata, “Saya tak mau orang sini kata saya ambil atau curi barang.” Pekerja sosial terbabit terpaksa melakukan pemeriksaan yang diminta. T kelihatan amat lega setelah permintaannya diterima. Pekerja sosial tersebut mengesyaki bahawa keadaan itu berlaku disebabkan oleh ketakutan yang ditanam oleh majikannya sebelum T tiba di rumah perlindungan tersebut. T mahu kembali ke Kemboja. Bagaimanapun, T tidak mahu kembali ke kampung halamannya. Dia takut ibu bapanya akan memarahinya kerana pulang dengan tangan kosong. Dia juga takut sekiranya pihak agensinya dulu akan menghubungi sanak-saudaranya dan mendakwa bahawa dirinya lari dengan lelaki semata-mata untuk memburuk-burukkannya. Pekerja domestik dari Filipina Kerajaan Filipina telahpun menyatakan bahawa pekerja domestik mereka di Malaysia perlu diberikan cuti sehari setiap minggu dan menerima gaji minima sebanyak RM1,200,668 yang mana jauh lebih tinggi dari gaji yang diterima oleh pekerja Indonesia dan Kemboja. Dalam kontrak kerja yang ada, pekerja domestik Filipina turut perlu diberikan waktu rehat tanpa sebarang gangguan selama lapan jam sehari dan kuasa untuk menyimpan pasport mereka sendiri. Pindaan Akta Kerja yang dibuat pada tahun 2011 Pada tahun 2011, pindaan telah dibuat bagi Akta Kerja 1955. Bil pindaan ini telah menyebut bahawa, “dalam kes yang membabitkan pekerja domestik, para majikan seharusnya, atas permintaan para pekerja domestik, memperoleh kebenaran dari Ketua Pengarah, bagi memastikan gaji mereka dibayar melalui tender perundangan ataupun cek.” Bil ini turut menyatakan bahawa “permohonan dari pihak pekerja… boleh ditarik balik pada bila-bila masa, dengan adanya notis bertulis dari majikan.” Peruntukan baru ini menafikan kuasa pekerja domestik untuk berunding mengenai pembayaran gaji mereka melalui akaun bank. _____________________ 668 CARAM Asia, Remittances: Impact on Migrant Workers’ Quality of Life, Oktober 2010, hlm.36. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Pindaan ini juga tidak menyentuh mengenai mandat satu hari bercuti setiap minggu kepada pekerja domestik walaupun Kementerian Sumber Manusia telahpun mengakui bahawa pekerja domestik sememangnya harus menerima cuti seperti yang disebutkan. Pandangan terhadap pekerja domestik asing Satu kajian yang dijalankan oleh CARAM Asia telah membandingkan pengalaman yang dilalui oleh pekerja domestik di Hong Kong dan Malaysia. Antara hasil dari kajian tersebut termasuklah, “Secara purata, kami mendapati bahawa para majikan di Hong Kong melihat dan melayan pekerja domestik asing mereka seperti pekerja, tetapi para majikan di Malaysia lebih cenderung memandang pekerja domestik mereka sebagai orang gaji.”669 Selain itu, “tahap kepatuhan peraturan dan ‘kemungkinan untuk pendidikan yang lebih baik’ di Hong Kong boleh dikaitkan dengan fakta yang 47% daripada para majikan di sana mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang pekerjaan. Peratusan ini amat rendah di Malaysia, iaitu sebanyak 6% sahaja, dan menunjukkan bahawa majikan di negara ini tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berkenaan dengan hak-hak pekerja domestik asing dan tanggungjawab mereka sendiri sebagai majikan.”670 Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-26 • Kerajaan Malaysia sepatutnya memberikan pengiktirafan kepada pekerja domestik asing sebagaimana yang diberikan kepada pekerja-pekerja lain di Malaysia pada peringkat perundangan kebangsaan. Pindaan undang-undang buruh dan imigresen yang menawarkan perlindungan yang mencukupi dan saksama kepada pekerja domestik asing perlu diperluaskan kepada kesemua jenis pekerja, termasuklah melalui undang-undang berkaitan dengan jumlah waktu bekerja, jumlah hari berehat, peruntukan berkaitan dengan cuti, tatacara kesihatan dan keselamatan, pampasan bagi kecederaan di tempat kerja dan hak untuk mengurus diri dan bergaul bebas. • Menarik balik larangan yang menghalang pekerja asing domestik daripada berkahwin dengan rakyat atau penduduk tetap di negara ini, ataupun hamil. • Menyiasat dan mendakwa mereka yang didakwa terbabit dalam penderaan seksual atau fizikal ke atas pekerja domestik asing, paksaan kerja, dan pemerdagangan ke dalam penghambaan domestik, demi menjaga kepentingan mangsa yang sepatutnya dijadikan keutamaan dalam penyiasatan. • Memastikan agar para pekerja asing mempunyai kebolehan untuk mendapatkan akses bantuan sekiranya hak-hak mereka dicabuli. Mekanisme bantuan yang melindungi pekerja asing berdokumen ataupun tanpa izin dari sebarang unsur diskriminasi ataupun eksploitasi seksual dan penderaan perlu diwujudkan. • Meningkatkan fleksibiliti dalam proses pertukaran majikan dan tidak lagi menjadikan penghantaran pulang ke negara asal sebagai salah satu syarat dalam kes yang membabitkan penderaan. Pekerja domestik asing juga mempunyai hak untuk bekerja ketika proses perbicaraan berlangsung. • Memastikan bahawa pekerja domestik wanita mempunyai akses bagi mendapatkan bantuan perundangan dan mahkamah dan sistem peraturan yang lengkap dengan undang-undang buruh dan pengambilan pekerja, termasuklah melalui bantuan perundangan. • Melarang penolakan gaji sebagai bayaran yuran pengambilan bekerja. _____________________ 669 CARAM Asia, Malaysia vs. Hong Kong: Employers Perception and Attitudes towards Foreign Domestic Workers, 2010, hlm. 9. 670 CARAM Asia, Malaysia vs. Hong Kong: Employers Perception and Attitudes towards Foreign Domestic Workers, 2010, hlm. 9. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 241 242 • Memastikan agar majikan dan ejen pekerjaan tidak merampas sebarang dokumen identiti miliki pekerja wanita asing. • Mengambil langkah untuk mengakhiri pengurungan secara paksa ke atas pekerja asing wanita. Pegawai polis sepatutnya dilatih bagi melindungi para pekerja asing ini daripada didera. • Peraturan yang membenarkan pekerja wanita untuk lari dari majikan yang mendera mereka seharusnya diwujudkan. • Menawarkan program membina kesedaran berkaitan dengan hak-hak pekerja asing wanita dan latihan yang bersifat sensitif gender kepada pihak pengambil pekerja swasta ataupun awam dan yang berkaitan seperti pegawai-pegawai negeri, termasuklah pegawai pengawal jenayah, polis sempadan, pegawai imigresen, dan penyedia jagaan kesihatan dan sosial. • Menggunapakai peraturan dan sistem pemerhatian yang mampu memastikan ejen pengambilan pekerja dan majikan menghormati hak-hak pekerja asing wanita. Kerajaan seharusnya mengawal golongan ini dan mendakwa mereka sekiranya mereka terbabit dalam sebarang aktiviti bercorakkan keganasan, paksaan, penipuan, ataupun eksploitasi. • Memastikan perkhidmatan yang peka kepada perbezaan budaya dan bahasa disediakan kepada pekerja domestik wanita. Latihan kemahiran bahasa, pusat perlindungan kecemasan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan polis, program rekreasi, dan program yang melindungi pekerja wanita, seperti pekerja domestik, dan mereka yang terasing ataupun terkurung di rumah, perlu disediakan seperti mana untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. • Mengambilkira dasar dan program yang membolehkan pekerja domestik wanita menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan baru. Usaha ini perlu diwujudkan bagi menghormati identiti budaya pekerja-pekerja yang terbabit dan melindungi mereka dari aspek hak asasi, seperti mana yang disebut dalam konvensyen. • Meluluskan Konvensyen Perlindungan Hak Asasi Pekerja dan Keluarga Asing Antarabangsa. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW CADANGAN UMUM CADANGAN UMUM JAWATANKUASA CEDAW KE-28: TANGGUNGJAWAB NEGARA ANGGOTA UNTUK MENGHAPUSKAN SEMUA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA 671 Tiada seorang pun wanita seharusnya terus dibiarkan terdedah kepada apa-apa bentuk diskriminasi. Setiap orang di Malaysia perlu dibenarkan hidup tanpa ketakutan dan prejudis. Konsep kesamarataan substantif, penghapusan diskriminasi, dan tanggungjawab negeri, yang dijadikan asas rangka kerja CEDAW seharusnya dijadikan asas bagi usaha ini. Kekuatan Konvensyen CEDAW perlu dibuktikan dengan pelaksanaan dan bukan sekadar kata-kata. Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW ke-28 telah menyatakan bahawa sebarang isi kandungan konvensyen boleh digunakan bagi menghapuskan unsur diskriminasi yang tidak disebut ketika penulisan dibuat.672 Cadangan Umum ke-28 telah dikemukakan bagi menjelaskan maksud dan skop Artikel 2 Konvensyen, yang mana menyediakan rangka kerja bagi menyerapkan peruntukan CEDAW dalam perundangan domestik. Di Malaysia, rangka kerja CEDAW berkaitan dengan kesaksamaan dan penghapusan diskriminasi masih lagi belum diserapkan dalam perundangan domestik sedia ada. Kesan-kesan bagi situasi ini telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Dalam bab ini, impak dalam aspek-aspek tertentu hak asasi wanita akan ditekankan. Sebagai contoh, hak-hak berkaitan dengan seksualiti mereka. Hak seksualiti boleh difahami sebagai hak untuk mendapatkan kuasa ke atas tubuh badan sendiri; hak untuk terbabit dalam perbuatan seksual; dan hak untuk mengaitkan diri dalam sebarang hubungan seksual dan identiti.673 Di Malaysia, terdapat ramai golongan transgender, ataupun golongan biseksual dan lesbian, yang telah berhadapan dengan diskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan hanya disebabkan oleh perbezaan yang wujud antara diri mereka dan mereka yang mengikut stereotaip gender masyarakat kebanyakan. Cadangan Umum ke-28 CEDAW sebenarnya dibuat bagi mengukuhkan lagi Artikel 2 CEDAW yang menekankan bahawa Negara-negara Anggota perlu mengambil langkah-langkah segera bagi menghapuskan stereotaip berkenaan dengan peranan gender bagi lelaki dan wanita yang masih dipegang oleh masyarakat kebanyakan: “Dibawah Artikel 2, Negara-negara Anggota diwajibkan untuk mengetengahkan kesemua aspek tanggungjawab perundangan mereka seperti mana yang termaktub dibawah Konvensyen demi menghormati, melindungi, dan memenuhi, hak-hak wanita untuk dibebaskan dari sebarang unsur diskriminasi dan bagi menjamin hak samarata mereka dalam masyarakat. Tanggungjawab mereka juga termasuklah menghalang sebarang pindaan undang-undang, dasar negara, peraturan, program, prosedur pentadbiran, dan struktur institusi yang boleh menyebabkan penafian hak wanita dalam aspek sivil, politik, dan ekonomi berlaku, secara langsung ataupun tidak langsung. Tanggungjawab untuk melindungi wanita juga membabitkan usaha melindungi golongan tersebut dari diancam oleh pihak-pihak persendirian dan langkah-langkah berkaitan dengan penghapusan sebarang bentuk amalan atau budaya yang menggalakkan prejudis, ataupun tindakan yang boleh menyebabkan fahaman bahawa wanita kurang mulia berbanding lelaki dan stereotaip peranan gender terus tersebar.” Walaupun Malaysia mempunyai sejarah yang panjang berkaitan dengan kepelbagaian seksualiti,674 sejak akhir-akhir ini, toleransi dan sikap saling menghormati berkaitan perkara ini di ruang awam, _____________________ 671 Teks Cadangan Umum ke-28 boleh didapati di: http://www2.ohchr.org/english/bodies/cedaw/comments.htm. 672 Perenggan ke-8 bagi Cadangan Umum ke-28: “Article 2 calls on States Parties to condemn discrimination against women in ‘all its forms’, while article 3 refers to appropriate measures that States Parties are expected to take in ‘all fields’ to ensure the full development and advancement of women. Through these provisions, the Convention anticipates the emergence of new forms of discrimination that had not been identified at the time of its drafting.” 673 tan beng hui, International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific, IWRAW Asia Pacific Occasional Papers Series, No.11: Exploring the potential of the UN treaty body system in addressing sexuality rights, 2007, hlm. 2. 674 Michael G. Peletz, Gender Pluralism: Southeast Asia since Early Modern Times, Routledge, New York dan Oxford, 2009. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 245 246 telah berkurangan secara mendadak. Ini telah mencetuskan pelbagai jenis serangan fizikal dan emosi ke atas sesiapa sahaja yang disyaki tidak memenuhi stereotaip heteronormatif. Penggunaan kata-kata berbaur kebencian dan bertujuan untuk memalukan juga turut diperkukuhkan oleh peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menentang keras perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai “perbuatan tidak bermoral.” Selain itu, sejak undang-undang kesalahan jenayah Syariah diperkenalkan di setiap negeri pada tahun 1980an, “kesalahan moral,” sering kali dikira sebagai satu bentuk jenayah. Golongan wanita transgender – orang yang dilahirkan sebagai lelaki yang memperkenalkan dan menganggap diri mereka wanita, sama ada yang sudah, ataupun belum menjalani pembedahan jantina – sering kali berhadapan dengan pelbagai situasi diskriminasi. Golongan lelaki transgender – orang yang dilahirkan sebagai perempuan yang memperkenalkan atau mengganggap diri sebagai lelaki, sama ada sudah ataupun belum menjalani pembedahan jantina- juga sering berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi. Kedua-dua golongan ini sering menghadapi diskriminasi diakibatkan gender mereka semata-mata. Seorang aktivis dan penyelidik Malaysia, Angela M Kuga Thas telahpun menyebut bahawa: “Kedua-dua jenis golongan transgender yang menzahirkan tubuh badan wanita ataupun ciriciri keperempuanan dalam satu bentuk atau yang lain akan terdedah kepada pelbagai jenis diskriminasi yang didorong oleh perbezaan gender, penderaan, dan keganasan, sama ada secara fizikal, emosi, ataupun mental, sepertimana yang dihadapi oleh kaum wanita ataupun kanak-kanak perempuan. Ramai di antara mereka juga telah dicabul hak asasi mereka tanpa mendapat sebarang bantuan perundangan dibawah peruntukan sivil ataupun syariah. Mereka masih dipandang sebagai kurang mulia berbanding lelaki sebagaimana wanita sering dipandang kurang mulia berbanding dari lelaki.”675 Kaum wanita dari pelbagai orientasi seksual berbeza (sesiapa yang mengenalpasti diri mereka sebagai lesbian ataupun biseksual) turut mengalami diskriminasi, memandangkan mereka gagal memenuhi stereotaip gender masyarakat kebanyakan. Kedua-dua undang-undang syariah dan sivil telah menghukum amalan seks yang tidak bersifat heteronormatif sebagai satu bentuk jenayah walaupun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak di Malaysia. Di kebanyakan negeri di Malaysia, musahaqah, ataupun perbuatan lesbian sudah secara terang-terangan dianggap sebagai satu bentuk jenayah. Masyarakat juga perlu sedar bahawa terdapat sesetengah lapisan masyarakat yang tidak mahu diri mereka dikenalpasti berdasarkan identiti gender mereka dan sama sekali tidak mengekspresikan identiti gender mereka sama ada sebagai lelaki ataupun perempuan. Konsep seksualiti dan identiti perlu dianggap sebagai satu konsep yang bersifat “berubah-ubah” dan menggunakan istilah-istilah tertentu untuk melabel sesetengah individu perlu dibataskan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja, iaitu dalam keadaan yang dibuat dengan tujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk diskriminasi yang wujud dan dihadapi mereka (rujuk definisi bagi istilah-istilah tersebut di bahagian glossari laporan ini). Sepanjang laporan ini, diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender telah dibincangkan secara ringkas (rujuk bab yang membincangkan Artikel 1-4, 5,10,11,12,13,15,16, dan Cadangan Umum ke-19). Bab ini pula ditulis bagi memberikan penekanan mengenai aspek tersebut dengan lebih terperinci. Perkara kunci dalam bab ini: • Di Malaysia, rangka kerja CEDAW berkenaan dengan kesaksamaan dan penghapusan diskriminasi telah gagal dilaksanakan dan diserapkan ke dalam perundangan domestik, yang mana menyebabkan diskriminasi terus berlaku dalam kehidupan ramai wanita. Kegagalan ini telah menyebabkan wanita terancam dalam aspek-aspek tertentu kehidupan mereka. Hak seksual mereka, termasuklah hak berkaitan dengan amalan dan perlakuan seksual mereka sering diancam oleh ramai pihak. Wanita transgender, golongan biseksual, ataupun lesbian, sering kali berhadapan dengan diskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan, hanya disebabkan kegagalan mereka memenuhi stereotaip gender yang dikenakan ke atas mereka. Sebagai contoh: _____________________ 675 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.259. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW • Institusi pendidikan telah menghukum pelajar yang tidak memenuhi stereotaip gender ataupun gaya hidup heteronormatif. • Pegawai kehakiman dan perundangan, pihak polis, pegawai hal ehwal agama, dan pihakpihak berkuasa negeri tidak mempunyai pengetahuan mencukupi berkenaan dengan hak-hak kemanusiaan. Ini menyebabkan hak asasi golongan transgender dan wanita yang terbabit dalam hubungan sejenis sering tergugat. • Tiada sebarang saluran telah diwujudkan untuk mangsa-mangsa keganasan berdasarkan identiti gender ataupun orientasi seksual. • Seksyen 21 bagi Akta Kesalahan Kecil 1955 telah membenarkan kaum wanita dan golongan transgender untuk dihukum atas kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan. • Kanun Keseksaan turut menghukum sebarang perbuatan seks yang dianggap sebagai “luar tabii.” • Undang-undang Syariah negeri turut menghukum hubungan sejenis yang dipersetujui oleh pasangan-pasangan wanita. • Undang-undang Syariah negeri turut menghukum perbuatan cross-dressing, dan undang-undang ini telah menyebabkan ramai pihak berkuasa menahan dan menggganggu golongan berkaitan hanya disebabkan ekspresi gender yang dipilih mereka. Stereotaip gender yang digalakkan di sektor pendidikan Di Malaysia, para pelajar terpaksa mengharungi diskriminasi di sekolah dan kolej hanya disebabkan oleh perbezaan orientasi seksual dan identiti gender mereka. Peraturan-peraturan sekolah sedia ada secara terangterangan menghukum mereka yang terbabit dengan penuh mendiskriminasi. Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia telahpun menyebut bahawa pihak sekolah sepatutnya berusaha bagi menghapuskan prejudis ke atas pelajar yang disyaki mempunyai orientasi seksual dan identiti gender yang berbeza daripada orang lain. “Sesetengah pihak berkuasa pendidikan dan sekolah telah mendiskriminasi orang muda hanya disebabkan oleh orientasi seksual dan ekspresi gender mereka… pemuda LGBT sering kali menghadapi keganasan dan gangguan, termasuklah dalam bentuk buli, daripada rakan-rakan mereka mahupun guru mereka sendiri. Usaha menangani masalah prejudis dan ancaman ini perlu ditekankan oleh pihak berkuasa dan pihak sekolah sendiri dan penyatuan prinsip antidiskriminasi dan kepelbagaian dengan kurikulum dan peraturan sekolah perlu dibuat segera.”676 Kajian kes: Dibuang dari sekolah kerana terbabit dalam hubungan lesbian677 A telah dibuang dari sekolah menengahnya kerana ketika berumur 16 tahun beliau telah terbabit dalam satu hubungan sejenis dengan rakan sekelasnya. Ibu teman wanita A telah memberi amaran kepada A dan membawa isu ini kepada pihak pentadbiran. A telah digantung dari asrama sekolah dan telah dipaksa untuk meninggalkan sekolah tersebut pada penghujung tahun persekolahan tersebut. A tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan SPM nya di sekolah itu. A telah diberitahu oleh pihak pengetua bahawa dirinya mempunyai penyakit dan andainya dibenarkan berada di sekolah tersebut, penyakit A akan dijangkiti oleh pelajar lain. _____________________ 676 Laporan bagi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Hak-hak Asasi Manusia, “Discriminatory laws and practices and acts of violence against individuals based on their sexual orientation and gender identity”, A/HRC/19/41, 17 November 2011, perenggan ke-58. 677 Kajian kes yang dilaporkan olehThilaga Sulathireh. Dokumentasi kes ini merupakan sebahagian dari kajian yang dijalankan oleh Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) untuk Suruhanjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian bagi merekodkan kejadian keganasan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan lesbian, wanita biseksual, dan transgender di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian dari hasil projek bersama serantau yang disertai Malaysia pada peringkat Asia yang dijalankan oleh IGLHRC dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 247 248 Ibu bapa A telah pun merayu kepada pihak pentadbiran sekolah bagi membenarkan anak mereka menyempurnakan pengajian di situ. Pengetuanya membenarkan perkara itu berlaku dengan satu syarat. A diwajibkan untuk bertemu dengan seorang psikiatrist yang mana akan memberikan laporan membuktikan bahawa A sudah “okay.” A bersetuju. Bagaimanapun, A telah gagal untuk menerima laporan tersebut dan tidak dimuatkan dalam senarai pelajar bagi tahun berikutnya. Setelah itu, A mendapati bahawa laporan itu tidak pernah sampai ke tangan pengetua. A terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan laporan tersebut dan merayu pengetuanya untuk membenarkannya kembali ke sekolah. Pengetua tersebut tidak peduli. Pengetua tersebut memberitahu A bahawa dirinya terpaksa berbuat demikian bagi menghapuskan kesemua unsur-unsur lesbianism di sekolah terbabit. Kerajaan Malaysia telah menyertakan “homoseksualiti dan kekeliruan gender” sebagai satu bentuk kesalahan Dalam buku panduan sekolah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, homoseksualiti dan kekeliruan gender telah disertakan sebagai satu bentuk kesalahan. Buku panduan yang diedarkan kepada semua pelajar ini telah mengkategorikan kesalahan kepada tiga kategori: kesalahan berat, kesalahan sederhana, dan kesalahan ringan (rujuk gambar 8 dan 9). Buku panduan ini telah mengkategorikan homoseksualiti dan kekeliruan gender sebagai satu bentuk kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman: • • • • • • Amaran keras Sebatan (1-3 kali, pada bahagian punggung yang dilapis dengan menggunakan rotan ringan/buluh) Bayaran pampasan Gantung sekolah (tidak lebih dari 14 hari) Buang sekolah Mahkamah678 Kem bagi pelajar-pelajar lelaki “lembut” Pada April 2011, terdapat 66 pelajar sekolah yang disyaki lembut telah dihantar ke sebuah kem di Besut yang berlangsung selama empat hari untuk dirawat. Salah satu akhbar utama tempatan, the New Straits Times telah menggunakan istilah “pondan” secara berkali-kali dalam laporan mereka mengenai kejadian ini.679 Kempen anti-LGBT diluluskan di sekolah-sekolah kerajaan Sebuah NGO yang menyokong hak-hak kaum Melayu, Jaringan Melayu Malaysia, telahpun mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah kempen anti-LGBT di 30 sekolah di Malaysia.680 Kumpulan ini mendakwa bahawa kempen ini perlu dijalankan dengan kerjasama dan bantuan Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru dan guru-guru sekolah di sekolah-sekolah terbabit.681 Presiden bagi Jaringan Melayu Malaysia, Azwanuddin Hamzah berkata, “Seks bebas dan luar tabii bukanlah sebahagian dari hak-hak asasi” dan “kami turut menggalakkan pembabitan PIBG kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar dan mampu memberikan cadangan bagaimana kempen ini perlu dijalankan di sekolah.”682 Sebuah universiti telah meminta agar maklumat berkaitan pelajar yang mengalami “kekeliruan gender” dilaporkan Pada tahun 2011, para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah telah menerima sebuah e-mel yang meminta mereka maklumat berkaitan pelajar-pelajar lain yang disyaki “keliru” dalam aspek gender. Amalan ini terus disamakan dengan amalan mencari ahli sihir pada zaman dahulu. _____________________ 678 Petikan terjemahan dari “Buku Peraturan Disiplin: Sekolah Menengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” (Disciplinary Rule Book: Secondary School, Federal Territory of Kuala Lumpur), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Department of Education), 2008, hlm. 74. 679 “Besut boot camp for 66 sissies”, New Straits Times, 18 April 2011. 680 JMM Libatkan Sekolah Dalam Kempen LGBT”, mstar.com.my, 31 Mac 2012. 681 “Bid to check LGBT movement”, The Sun, 16 Januari 2012. 682 “Bid to check LGBT movement”, The Sun, 16 Januari 2012. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW E-mel yang diterima oleh para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah: Kepada: Semua Ketua Bahagian/Unit Pensyarah Majlis Perwakilan Pelajar Penasihat Persatuan UiTM Sabah Tuan/Puan Untuk makluman BahaÔgian Hal Ehwal Pelajar UiTM Sabah di dalam proses untuk mengumpulkan maklumat berkenaan pelajar yang kecelaruan jantina (Pondan, Pengkid). Sehubungan dengan itu pihak kami memohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan maklumat seperti di bawah selewat - lewatnya 30 September 2011 untuk tindakan pihak kami selanjutnya. Maklumat yang diperlukan adalah: Nama: No Pelajar: Kajian kes: pengalaman pelajar transwoman di kolej683 “Saya merupakan seorang pelajar Melayu beragama Islam. Saya telah dilahirkan di Ipoh tetapi telah menetap di Seremban sejak tujuh tahun yang lepas. Sejak saya berumur 16 tahun, saya mula menanggap diri saya seorang wanita. Saya mula mengambil hormone dari farmasi. Adik beradik saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan saya yang berpakaian seperti wanita, tetapi ayah saya sama sekali tidak menyukainya. Ayah saya sering memarahi dan memukul saya. Ini menyebabkan saya terpaksa lari dari rumah sebanyak dua kali dan menetap di rumah rakan saya. Setelah saya menyempurnakan pendidikan sekolah menengah, saya telah berpindah ke Seremban untuk meneruskan pelajaran dalam bidang arkitektur di sebuah kolej di sini. “Saya mendapati bahawa menjadi seorang transwoman bukanlah sesuatu yang senang di kolej. Pertama sekali, saya tidak mempunyai sebarang kenalan transwoman di sekolah. Kedua, saya telah dipaksa untuk berkongsi bilik (seperti mana pelajar-pelajar lain) bersama seorang pelajar yang satu jantina dengan saya. Oleh sebab kad pengenalan saya menyatakan bahawa saya seorang lelaki, saya telah dipaksa untuk berkongsi bilik dengan seorang pelajar lelaki lain. Saya telah meminta agar pengetua kolej saya melakukan pengecualian. Saya merasakan bahawa mereka perlu menunjukkan tahap fleksibiliti yang tinggi dalam situasi saya. Saya sepatutnya dibenarkan untuk berkongsi bilik dengan pelajar perempuan, ataupun menyewa sebuah penginapan di luar kampus sendiri. Peraturan kolej telah menghalang kami dari menyewa bilik di luar kampus. Ini menyebabkan saya kekal di sini. Saya juga mendapati bahawa kelas-kelas di sini mengasingkan pelajar mengikut gender. Ini telah menyukarkan proses pembelajaran saya. Saya berasa amat-amat tidak selesa untuk belajar apabila diletakkan bersama pelajar lelaki sahaja. Saya juga terpaksa berhadapan dengan dilema setiap hari, apabila saya perlu menggunakan tandas. Akhir sekali, persekitaran kampus seperti ini telah menyebabkan saya tidak boleh meneruskan pelajaran. Saya telah berhadapan dengan situasi ini untuk sekian lama, tetapi saya tidak boleh lagi menghadapinya. Saya terpaksa berhenti setelah menuntut selama dua dari tiga tahun tempoh pengajian saya yang sepatutnya. Saya tak sanggup lagi berhadapan dengan situasi ini.” _____________________ 683 Equal Rights Trust, “The Mak Nyahs of Malaysia: Testimony of Four Transgender Women”, The Equal Rights Review, Volume 7, 23 Ogos 2011, hlm. 4, boleh diperoleh di: http://www.equalrightstrust.org/ertdocumentbank/ERR7_testimony.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 249 Diskriminasi dalam pengambilan pekerja 250 Perenggan ke-22 bagi Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW telahpun menyebut bahawa: “Atas dasar menjaga prinsip kesamarataan gender antara lelaki dan perempuan, setiap manusia, tanpa mengira jantinanya, berhak untuk mengembangkan kemampuan peribadi mereka dalam kerjaya professional dan membuat pilihan tanpa dikenakan sebarang sekatan berdasarkan stereotaip, peranan gender yang ketat, ataupun prejudis.” Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 2002 mengenai golongan Mak Nyah (transwoman) di Malaysia telah menunjukkan bahawa lebih 60 peratus daripada 507 responden telah memperoleh kurang daripada RM500 sebulan sebagai pendapatan mereka.684 Kebanyakan mereka juga gagal mendapat kerja yang mampu memberikan pulangan mencukupi hanya disebabkan oleh diskriminasi yang wujud akibat stigma dan pandangan masyarakat ke atas mereka. Golongan transmen dan pengkid juga terpaksa berhadapan dengan masalah dalam mendapatkan pekerjaan yang baik hanya disebabkan oleh stigma ini. Mereka dianggap kurang berkelayakan hanya disebabkan gagal memenuhi stereotaip gender yang dipegang oleh masyarakat kebanyakan.685 Kajian kes: Pengalaman bekerja golongan pengkid686 Golongan transmen dan pengkid terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dalam mengekalkan jawatan yang dipegang mereka hanya disebabkan oleh penampilan mereka. Ketika temuduga kerja berlangsung terdapat ramai golongan transmen dan pengkid telah didesak untuk menukar penampilan. V, seorang pengkid, telah berkata, dalam satu temuduga yang berlangsung di sebuah bank, panel temuduga telah berkata, “jika awak berpakaian macam perempuan, saya akan mengambil awak bekerja sekarang juga.” Panel temuduga tersebut turut “mencadangkan” agar V memakai baju kurung dan kasut bertumit jika V nekad untuk bekerja di bank. V telah menolak jawatan tersebut. V juga terpaksa dikecualikan daripada diberikan tawaran yang dibuat oleh sebuah akhbar tempatan. Dia telah diberitahu bahawa penampilannya menghalangnya daripada dipilih. Dalam satu temuduga yang berlangsung di sebuah kilang V telah diberitahu bahawa kilang tersebut tidak akan mengambil sebarang lesbian untuk bekerja. V turut berkongsi, bahawa bukan dirinya seorang sahaja pengkid yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Ramai di antara golongan ini terpaksa berhadapan dengan situasi seperti dirinya dan mengalami kesukaran dalam aspek kewangan hanya disebabkan cara pemakaian mereka yang dilihat kurang bersesuaian dengan syarikat-syarikat di luar sana. U, seorang pengkid dari Pulau Pinang, telah berkongsi bahawa, sesetengah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang telah menghalau golongan pengkid daripada menghadiri temuduga kerja di pondok keselamatan kilang-kilang tersebut sendiri. X pula mendakwa bahawa, ketika berumur 20an, dan baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang teater, dia telahpun menjalani ujibakat untuk persembahan mengacarakan sebuah rancangan televisyen dan komersil. Bagaimanapun, dia telah gagal mendapatkan jawatan berkaitan hanya disebabkan jantina biologinya. Kadang-kadang, beliau turut ditolak dalam permohonannya mendapatkan watak wanita kerana gagal memenuhi ciri-ciri wanita yang dikehendakinya. Permohonannya untuk mendapatkan watak lelaki pula ditolak kerana dirinya tidak dilahirkan lelaki. _____________________ 684 Kajian yang dijalankan oleh Teh Yik Koon, The Mak Nyahs: Malaysian Male to Female Transsexuals, 2002, dipetik dalam hasil kerja Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm. 268. 685 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm. 270. 686 Kajian kes yang dilaporkan olehThilaga Sulathireh. Dokumentasi kes ini merupakan sebahagian dari kajian yang dijalankan oleh Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) untuk Suruhanjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian bagi merekodkan kejadian keganasan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan lesbian, wanita biseksual, dan transgender di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian dari hasil projek bersama serantau yang disertai Malaysia pada peringkat Asia yang dijalankan oleh IGLHRC dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW T, seorang trasnman dalam umur 40an, pula masih lagi bergantung kepaada ahli keluarganya disebabkan kesukarannya untuk mendapatkan kerja, terutamanya pada masa kini memandangkan usianya sudah agar tua. Dia berkata, dalam satu temuduga, dia sering ditanya mengenai perasaannya memakai pakaian yang dipakainya, dan jawapan yang diberikannya sering sahaja dibalas dengan raut wajah yang kurang manis oleh panel temuduga yang ada. Dia mendakwa, temuduga seperti ini juga selalunya berlangsung secara ringkas dan pendek. Selain itu, golongan transmen juga sering kali menjadi mangsa bagi gangguan seksual. S sekarang sedang memikirkan sama ada ingin mengekalkan kerjanya ataupun tidak disebabkan oleh penderaan bahasa dan tindakan pekerja sejawatnya yang cuba mendekatinya yang telah menyebabkan dirinya tidak berasa selesa. Kajian kes: pengalaman bekerja seorang transwoman687 “Saya merupakan seorang Melayu Muslim berumur 24 tahun. Saya telah dilahirkan di Kelantan, tetapi berpindah ke Seremban sepuluh tahun dahulu. Saya telah berpindah ke Seremban ketika saya berumur 14 tahun, dan telah menjadi anak yatim sejak saya berumur 7 tahun. Saya terpaksa berpindah dari rumah keluarga saya kerana tidak lagi diterima. Sejak saya berumur 12 tahun, saya mula sedar yang saya gemar memakai pakaian wanita, dan suka melakukan tugasan yang sering dikaitkan dengan kaum wanita, seperti memasak dan mengemas rumah, dan saya juga seronok apabila mengenakan alat solek. Saya telahpun menetap bersama bapa angkat dan abang saya di Terengganu sebelum saya mula merasakan persekitaran tersebut sudah tidak lagi sesuai dengan saya. Saya akhirnya berhijrah ke Seremban, tempat asal ibu saya, dan mula berasa senang dengan persekitaran ini. Saya mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru di sini. “Saya berasa bertanggungjawab dalam menyediakan bantuan kepada bapa angkat dan adik lelaki saya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan wang secepat mungkin. Keluarga saya keluarga susah, dan ayah angkat saya seringkali sakit dan memerlukan rawatan perubatan yang mahal. Ini semua telah menyebabkan saya berhenti sekolah dan mula bekerja. Saya telah mencuba pelbagai jenis kerja, dan berhadapan dengan semua jenis masalah. Sebagai contoh, ketika saya bekerja di sebuah restoran, pekerja di sana telah berkata bahawa, dengan rupa yang saya ada sekarang, saya hanya layak mendapat lima ringgit sehari, walhal para pekerja lain akan diberikan lima puluh ringgit sehari. Saya tidak mampu menghadapi ketidakadilan sebegini dan mengambil keputusan untuk menjadi pekerja seks sehingga sekarang sejak saya berumur 15 tahun.” Akses kepada perkhidmatan kesihatan Diskriminasi terus wujud dalam layanan yang diberikan kepada golongan transwoman dan transmen yang menerima rawatan di hospital-hospital di Malaysia. Ini telah menyebabkan mereka berusaha untuk mendapatkan rawatan sendiri dengan ubat-ubatan yang boleh diperoleh di kaunter perubatan. Seorang transwoman Malaysia telahpun diberikan status pelarian di Australia disebabkan oleh diskriminasi yang dihadapinya di Malaysia seperti yang tertera dibawah: “Ketika saya sakit, mereka akan meletakkan saya dalam wad lelaki. Ketika saya memerlukan bantuan perubatan, saya akan dipanggil dengan nama lama (lelaki) saya yang tidak lagi digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan saya berasa amat malu, terutamanya apabila nama saya dipanggil dari jauh dan saya terpaksa menjawab panggilan tersebut. Ramai orang ketawakan saya, dan saya dapat merasakan bahawa saya berpotensi untuk dijadikan sasaran untuk dipukul dan diserang hanya disebabkan status saya sebagai seorang transgender.”688 Jawatankuasa CEDAW juga telah mengiktiraf diskriminasi yang dihadapi golongan lesbian, biseksual, transgender, dan wanita interseks di pusat-pusat kesihatan di seluruh negara. Dalam Komen Penutup ke atas Costa Rica pada Julai 2011, Jawatankuasa CEDAW turut meluahkan kebimbangan mereka berkaitan _____________________ 687 Equal Rights Trust, “The Mak Nyahs of Malaysia: Testimony of Four Transgender Women”, The Equal Rights Review, Volume 7, 23 Ogos 2011, hlm.3-4, boleh didapati di: http://www.equalrightstrust.org/ertdocumentbank/ERR7_testimony.pdf 688 Rekod Kajian Semula Keputusan Tribunal Pelarian Australia, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-38. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 251 252 dengan “maklumat yang diterima berkenaan dengan golongan wanita yang menjadi mangsa penderaan dan layanan buruk pengurus pusat-pusat kesihatan dan pihak penguatkuasa undang-undang.” Jawatankuasa CEDAW turut mendesak Costa Rica “untuk menggalakkan lagi usaha mereka bagi mengatasi diskriminasi yang dihadapi wanita di sana yang dibuat berdasarkan perbezaan identiti gender dan orientasi seksual, termasuklah dengan melancarkan kempen sensitization dalam semua lapisan masyarakat, dan menyediakan latihan kepada penguatkuasa undang-undang dan pengurus pusat-pusat kesihatan, bagi membantu mengurangkan penderaan dan layanan buruk yang diterima mangsa-mangsa perkara terbabit.”689 Keganasan yang berlaku disebabkan pandangan berkaitan perbezaan orientasi seksual dan identiti gender Golongan transwoman melaporkan kadar tinggi gangguan dan keganasan oleh pegawai-pegawai agama dan polis. Dalam satu kes, seorang transwoman yang telah selamat menjalani pembedahan jantina telah dirogol. Pegawai polis tidak menerima laporan yang dibuat oleh wanita itu atas alasan bahawa, “Itu bukanlah faraj yang sebenar, jadi dia tidak boleh dirogol.”690 Seperti yang disebut dalam bab berkaitan Artikel 5 CEDAW dan Cadangan Umum ke-19 laporan ini, pada tahun 2007, sebuah kes yang membabitkan seorang Mak Nyah yang telah dipukul oleh pegawaipegawai jabatan agama di Melaka telah menerima tumpuan hangat daripada pihak media. Mangsa terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialaminya. Amnesty International telah melaporkan bahawa: “Pada 30 Julai, Ayu, seorang transeksual, telah dipukul teruk oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Mereka telah menumbuk dan menendang Ayu, lalu menyebabkan hernia yang ada pada dirinya pecah. Seorang pegawai JAIM berkata bahawa, Ayu telah ditahan kerana terbabit dalam kesalahan “memakai pakaian wanita di tempat awam,” yang mana boleh dihukum denda sebanyak 1000 ringgit (USD 3000, penjara enam bulan, ataupun kedua-duanya sekali, dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Melaka.”691 Pada Oktober 2010, seorang wanita transgender yang bekerja sebagai pendandan rambut di Melaka telahpun dipaksa untuk menanggalkan kesemua pakaiannya termasuklah pakaian dalamnya di hadapan sekumpulan pegawai agama. Rahimin Bani, pengarah bagi Jabatan Agama Islam Melaka berkata, “Kami hanya menjalankan tugas kami dibawah undang-undang agama negeri… Abdul Qawi telah memakai bra dan seluar dalam wanita dan kami tidak menanggalkan pakaiannya untuk memalukannya… Dia mungkin merasakan bahawa haknya telah dicabul, tetapi kami sebagai saudara seagamanya, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan dirinya tidak terus sesat.”692 Kajian kes: keganasan ke atas golongan transwoman693 “Cabaran terbesar kami di Malaysia ialah pegawai-pegawai agama. Mereka telah menahan saya sekali. Pada malam tersebut, saya tidak bekerja, jadinya saya telah pergi ke butik pengantin seorang rakan saya. Saya hanya duduk di tangga di luar, menunggu kawan saya untuk datang dan memberikan saya makanan. Sekumpulan lelaki yang menaiki motorsikal tiba-tiba muncul dan mengejutkan saya. Mereka telah datang dan menarik saya- saya ingatkan mereka sekumpulan perompak yang mencuba untuk mencuri sesuatu dari saya, jadinya saya terus mencuba untuk menutup pagar luar kedai rakan saya itu. Mereka menghalang saya, dan menolak saya ke dinding. Saya tanya, kenapa mereka memperlakukan _____________________ 689 Komen Penutup Jawatankuasa CEDAW ke atas Costa Rica, CEDAW/C/CRI/CO/5-6, 11-29 Julai 2011. 690 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm.262. 691 Amnesty International, Amnesty International Report 2008 - Malaysia, 28 Mei 2008. 692 “Religious department firm against cross-dressing”, Malay Mail, 21 April 2011. 693 Equal Rights Trust, “The Mak Nyahs of Malaysia: Testimony of Four Transgender Women”, The Equal Rights Review, Volume 7, 23 Ogos 2011, hlm.5-6, boleh diperoleh di: http://www.equalrightstrust.org/ertdocumentbank/ERR7_testimony.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW saya sedemikian rupa, dan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Saya tanya mereka, mereka tu siapa, tapi mereka semua suruh saya diam. Lepas tu, mereka mula meraba saya, dan saya mencuba untuk menolak mereka ke tepi, tetapi sayangnya mereka terlalu besar, jadinya saya tak berjaya. Saya tengok kat seberang jalan, saya ternampak kawan saya. Dia pun kena pukul juga dengan sekumpulan lelaki. Masa tu juga, salah sorang daripada mereka mengaku, mereka ini dari Jabatan Agama. “Saya kemudiannya dipaksa untuk menunggu van yang katanya akan sampai tak lama lagi. Ketika saya menunggu, saya nampak mereka terus memukul kawan saya tadi. Teruk sangat- saya nampak semua. Masa saya duduk tu juga, salah seorang dari lelaki tadi tiba-tiba duduk di sebelah saya dan mula meraba-raba saya. Tak lama lepas tu, van yang dimaksudkan mereka pun muncul, dan kami benar-benar dibawa ke Jabatan Agama Seremban. Bila saya dah sampai ke sana, saya telah diletakkan ke sebuah bilik, dan mereka paksa saya untuk menanggalkan pakaian saya untuk mengumpul ‘bukti.’ Saya tak nak buat macam tu, sebabnya saya memang tak ada apa-apa lagi untuk dipakai. Selepas tu, pegawai-pegawai lain dari Jabatan Agama pun muncul kat bilik tu. Mereka terus pegang-pegang muka saya, dan kata-kata pasal buah dada saya. Hanya lepas tu sahaja, mereka benarkan saya menghubungi seorang rakan saya yang lain untuk mengikat jamin saya. Kawan saya tu datang dengan satu set pakaian. Kawan saya tu terpaksa bagi kata-kata jaminan kepada pegawaipegawai tu untuk membolehkan saya dilepaskan.” Ketakutan terhadap penderaan dan keganasan sememangnya mempunyai kesan yang mendalam dalam hidup. Sebagai contoh, kekurangan fasiliti bilik air untuk golongan transmen dan transwomen akan menyebabkan golongan terbabit berasa takut untuk ke bilik air. Mereka takut jika mereka akan dibelasah oleh sesiapa jika menggunakan fasiliti itu. Ini bukanlah sesuatu yang baik. Tindakan seperti ini akan meningkatkan lagi potensi bagi penyakit jangkitan pundi kencing untuk berlaku. Kajian kes: ketakutan terhadap gangguan dan keganasan694 Kebanyakan golongan transmen dan pengkid sering berusaha untuk tidak menggunakan tandas awam disebabkan rasa takut yang ada dalam diri mereka. Mereka sering kali takut jika mereka diganggu dan dipersoalkan dari pelbagai aspek. Jika seorang transwoman memasuki bilik air wanita, mereka sering sahaja disuruh untuk keluar. Mereka akan diingatkan bahawa mereka sudah memasuki tandas yang salah, dan direnung tajam oleh pekerja bilik air dan pelawat lain yang ada. Perkara yang sama berlaku di tandas lelaki. Golongan ini juga sering diganggu apabila menggunakan fasiliti ini. Y telahpun diganggu di tandas lelaki sebanyak tiga kali. Pada kali pertama, sekumpulan lelaki yang penuh rasa ingin tahu telah mendekati Y dan bertanya kepadanya jika dia benar-benar seorang lelaki dan meminta bukti daripada Y untuk mengukuhkan dakwaan Y. Mereka telah menghubungi kawan-kawan mereka sekadar untuk memaklumkan bahawa terdapat seorang “gadis” di situ sedang menggunakan tandas perempuan. Y bernasib baik. Rakannya yang menemaninya ke tandas berjaya menjernihkan keadaan keruh yang berlaku. Dalam satu temuramah, Z telah berkongsi kepada penyelidik mengenai bagaimana pengalamannya dipersoalkan di tandas awam telah menyebabkan dirinya takut untuk menggunakan fasiliti tersebut. Dia sering menahan dirinya dari membuang air sehinggalah dia pulang ke rumah, sebagaimana golongan transmen dan pengkids lain. Kebanyakan dari golongan ini percaya, mereka perlu membuang air di rumah setiap kali sebelum mereka keluar. Sayang seribu kali sayang, kini Z mempunyai masalah untuk mengawal pundi kencingnya. Masalah buah pinggang dan UTI seperti ini sememangnya satu perkara biasa di kalangan golongan transmen. _____________________ 694 Kajian kes yang dilaporkan olehThilaga Sulathireh. Dokumentasi kes ini merupakan sebahagian dari kajian yang dijalankan oleh Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) untuk Suruhanjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian bagi merekodkan kejadian keganasan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan lesbian, wanita biseksual, dan transgender di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian dari hasil projek bersama serantau yang disertai Malaysia pada peringkat Asia yang dijalankan oleh IGLHRC dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 253 Gangguan ke atas wanita disebabkan perbezaan orientasi seksual 254 Kebanyakan wanita yang menganggap diri mereka lesbian atau biseksual, ataupun sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain sering berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dalam kehidupan harian mereka. Kajian kes: gangguan terhadap wanita lesbian dan biseksual695 Kajian kes 1 B telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang dikenalinya di sebuah universiti tempatan. B mempunyai akses untuk memasuki kampus universiti berkenaan kerana ibunya bekerja di situ. B dan gadis tersebut sering keluar dan melepak bersama dalam kereta setiap kali selepas mereka keluar bersama pada lewat malam. Satu malam, B dan bekas teman wanitanya ini telah duduk bersama dalam kereta dan bercumbucumbuan. Ketika mereka hampir meninggalkan tempat tersebut, seorang pengawal keselamatan telah menahan B dan mengetuk-ngetuk pintu keretanya. B terus takut dan mula menyedari bahawa pengawal tersebut telah lama memerhatikan dia dan pasangannya di dalam kereta tersebut. Pengawal keselamatan tersebut tiba-tiba bertanya andainya dia boleh memasuki kereta B untuk sementara. B terkejut sebelum bersetuju. B benar-benar takut andainya teman wanitanya bakal berhadapan dengan tindakan disiplin daripada pihak sekolah. Pengawal keselamatan tersebut tiba-tiba mula memberikan ceramah moral kepada mereka dan mengugut untuk merampas kad pengenalan B dan teman istimewanya. Dia turut mengatakan bahawa, jika dia melaporkan kejadian ini kepada pihak atasan, dia akan memperoleh mata dalam sistem merit yang dia sedang gunakan. B terus meyakinkan pengawal tersebut bahawa kejadian itu tidak akan berulang. Pengawal keselematan itu akhirnya membenarkan B pergi. Bagaimanapun, mereka tidak dilepaskan begitu sahaja. Pengawal keselamatan tersebut memberikan syarat yang mengejutkan B dan teman wanitanya. B dipaksa untuk melakonkan semula kejadian yang berlaku tadi bersama teman wanitanya di luar kereta. B bersetuju untuk bercumbu semula dengan pasangannya selama lima saat sambil diperhatikan oleh pengawal keselamatan tadi. Pada waktu seterusnya B melawat bekas teman wanitanya; dia telah ditahan oleh enam pengawal keselamatan dan dipermainkan dengan kata-kata,” Oh, inilah budak perempuan tu!!!!!” “Inilalah budak perempuan yang nampak macam lelaki tu!!!!” Kajian kes 2 C dan bekas teman wanitanya telah meletakkan kereta mereka di satu tempat yang sunyi setelah pulang dari berpacaran. Mereka hanya berbual-bual sebelum beberapa pegawai polis muncul dan berhenti di hadapan mereka. Setelah mengeluarkan beberapa soalan, salah seorang pegawai polis terbabit terusmenerus menarik-narik zip C. C dengan segera, terus memberikan rasuah kepada pegawai tersebut untuk mendesaknya agar pergi. Kajian kes 3 D sedang menjalinkan satu hubungan dengan seorang gadis India. D dan pasanganya sering kali berjaga-jaga ketika berpegangan tangan di khalayak ramai kerana mereka pernah didekati oleh ramai orang yang tidak dikenali yang sibuk bertanyakan soalan-soalan yang tidak perlu ditanya. Mereka yang tidak dikenali ini sering sahaja bertanyakan D dan pasangannya dalam bahasa Tamil dan menunjukkan rasa ingin tahu sama ada mereka adalah pasangan lesbian. D gagal untuk memahami perbualan Tamil yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, teman wanita D telah berhenti memegang tangannya dan terus mendesaknya agar pergi ke tempat lain. _____________________ 695 Kajian kes yang dilaporkan olehThilaga Sulathireh. Dokumentasi kes ini merupakan sebahagian dari kajian yang dijalankan oleh Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) untuk Suruhanjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian bagi merekodkan kejadian keganasan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan lesbian, wanita biseksual, dan transgender di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian dari hasil projek bersama serantau yang disertai Malaysia pada peringkat Asia yang dijalankan oleh IGLHRC dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Kajian kes 4 Ketika sambutan festival PRIDE, satu parti telah dianjurkan di Kuala Lumpur sekitar Ogos 2009. Sayangnya, seorang wartawan dari Harian Metro telah menyamar dan memasuki acara tersebut untuk menulis sebuah artikel berita yang keluar dua hari kemudiannya lengkap beserta gambar kabur yang diambil dengan telefon bimbitnya. Artikel ini telah menghiasi ruang depan surat khabar tersebut. Wartawan tadi berkata, “Gadis-gadis Melayu telah menyambut festival sesat- Festival Lesbian” yang mana memuatkan aksi tarian erotik, alkohol, dan percumbuan di khalayak ramai. Dia turut mendakwa terdapat ramai gadis Melayu muda terbabit dalam “aktiviti tidak bermoral” tersebut. Artikel ini kemudiannya telah diterjemah dan diterbitkan semula oleh The Star, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris terkenal di Malaysia. Pada tahun 2010, disebabkan laporan buruk yang diberikan oleh pihak media mengenai parti lesbian ataupun golongan lesbian secara umumnya, satu parti lesbian telah diserbu. Ini bukanlah sesuatu yang biasa memandangkan polis selalunya hanya menyerbu kelab-kelab gay. Seorang remaja bawah umur turut ditahan. Para aktivis dan seorang peguam yang mendengar mengenai perkara ini segera mencuba untuk menyelamatkan remaja tersebut. Kajian kes 5 Ketika ibu bapa H mendapat tahu bahawa anak mereka seorang lesbian, mereka terus berhenti memberikan elaun kepada H. Ketika itu, H sedang berada dalam tahun keduanya di universiti. Ibu bapanya juga terus berhenti berhubung dengannya dan mula melayannya seperti orang luar. Perkara ini berterusan selama tiga bulan. Kesannya, H mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan berpindah ke bandar baru. H beruntung kerana dapat menyempurnakan pengajiannya. Kajian kes 6 O mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai orientasi seksualnya yang berbeza daripada orang lain ketika berumur 19 tahun. Ibu bapa O menerima maklumat yang didengari mereka. Bagaimanapun, semuanya berubah apabila O tidak mahu menyempurnakan tahun akhir pengajiannya di Australia. Ibu bapanya tiba-tiba memburuk-burukkan O dan menyalahkan orientasi seksualnya dalam kejadian yang berlaku. Mereka mendakwa bahawa O sebenarnya telah memalukan mereka dan keluarga mereka. O akhirnya lari dari rumah kerana tidak lagi dapat bersabar dengan apa yang berlaku. Kajian kes 7 Pada tahun 1998, ibu bapa K telah mendapat tahu bahawa K merupakan seorang biseksual dan mula memerhatikan K secara terus-menerus. Benda-benda yang dulunya menjadi hak milik istimewa K seperti telefon bimbit dan kereta terus dirampas oleh mereka. Kajian kes 8 Apabila ibu bapa kepada bekas teman wanita L mendapat tahu bahawa L sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak perempuan mereka, mereka telah mengugut L dengan amaran untuk memberitahu tempat kerjanya. L terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana dia sememangnya perlu merahsiakan orientasi seksualnya daripada majikannya. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 255 256 Seorang transwoman Malaysia telah diberikan status pelarian di Australia Golongan transwoman telah menghadapi pelbagai jenis diskriminasi sepanjang hidup mereka. Dianggarkan terdapat lebih kurang antara 50,000 sehinggalah 100,000 golongan ini menetap di Malaysia.696 Tahap diskriminasi yang dihadapi golongan ini benar-benar serius. Pada tahun 2010, seorang transwoman dari Malaysia telah diberikan status pelarian di Australia. Pada awalnya, permohonan yang dibuat oleh individu transwoman terbabit telah ditolak oleh Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Australia kerana tidak disokong dengan bukti yang kukuh. Bagaimanapun, Tribunal Semakan Pelarian Australia telah menyokong rayuan yang dibuat oleh pemohon. Dalam kenyataanya kepada Tribunal Semakan Pelarian, individu transwoman tersebut telah menyatakan bahawa cabaran yang dihadapinya di Malaysia telah mendesaknya untuk mengambil keputusan drastik sedemikian. Pemohon berkata: “Di Malaysia, saya tidak dianggap sebagai seorang manusia. Saya tidak dianggap sebagai seorang lelaki kerana saya kelihatan seperti seorang perempuan. Saya juga tidak dianggap sebagai seorang perempuan kerana kad pengenalan saya kata saya ini lelaki. Saya juga tak ada hak untuk mendapat kerja ataupun buka akaun bank sendiri, ataupun mendapatkan perlindungan insurans kesihatan dibawah nama saya. Oleh sebab saya tak boleh buka akaun bank, saya tak dibenarkan pula untuk beli rumah. Ketika saya sakit, mereka akan meletakkan saya dalam wad lelaki. Sebarang preskripsi ataupun ubat yang saya terima akan diberikan kepada saya setelah nama lelaki (nama lama) saya dipanggil. Keadaan ini akan menyebabkan saya berasa amat malu, terutamanya apabila nama saya dipanggil dari jauh dan saya terpaksa menjawab panggilan tersebut. Ramai orang ketawakan saya, dan saya selalu rasa bahawa saya berpotensi untuk dijadikan sasaran untuk dipukul dan diserang hanya disebabkan status saya sebagai seorang transgender. Selain itu, saya juga sama sekali tidak berpeluang untuk mendapatkan kad pengenalan yang menjelaskan yang saya kini seorang wanita.” “Saya tak boleh tinggal di Malaysia. Tak ada sesiapa akan menjaga saya dan saya tak dibenarkan untuk bekerja disebabkan identiti saya ini. Saya telah ditahan sebanyak tiga kali sebelum terpaksa mengeluarkan duit untuk membebaskan diri saya dari penjara. Saya tak pernah buat apa-apa kesalahan kepada masyarakat Malaysia, tetapi kerajaan masih lagi merasakan saya bermasalah. Saya tak nak kerja sebagai seorang pelacur tetapi itulah satu-satunya kerja yang ada untuk saya di Malaysia. Saya seorang individu transgender yang sering didakwa dan tidak dibenarkan untuk hidup oleh kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia.”697 Dalam satu keputusan yang disiarkan, Tribunal Semakan Pelarian Australia telah mendapat tahu bahawa “pemohon visa… berada dalam keadaan yang lemah akibat situasi sosio-ekonominya, yang menyebabkan dirinya tidak memiliki kad identiti yang membolehkan dirinya mendapat akses kepada perkhidmatan harian, dan membolehkan dirinya bebas daripada prejudis ataupun diskriminasi dalam kehidupan harian.”698 Tribunal tersebut juga menyebut bahawa, “sudah jelas bahawa pemohon visa, dalam kesnya, dia sememangnya tidak boleh bekerja untuk memenuhi keperluan asasnya dan sering disisihkan oleh masyarakat sehingga ke satu tahap yang mana dia tidak lagi dapat bertahan, dan akan terus terdedah kepada bahaya daripada ancaman mana-mana individu, ataupun negara secara kasarnya…”699 “Tribunal turut mendapati, pemohon visa akan berhadapan dengan potensi untuk dicederakan dengan teruk di Malaysia, hanya disebabkan identitinya sebagai seorang wanita transgender di Malaysia, dan tidak mendapat sokongan keluarga ataupun kewangan, ataupun perlindungan yang membolehkannya pulang ke sana sekarang, ataupun dalam masa terdekat.”700 _____________________ 696 John Godwin, “Legal environments, human rights and HIV responses among men who have sex with men and transgender people in Asia and the Pacific: An agenda for action”, UNDP, Julai 2010, hlm. 19. 697 Rekod Semakan Semula Keputusan Tribunal, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-38. 698 Rekod Semakan Semula Keputusan Tribunal, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-49. 699 Rekod Semakan Semula Keputusan Tribunal, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-66. 700 Rekod Semakan Semula Keputusan Tribunal, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-68. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW “Tribunal turut mendapati bahawa, pemohon mempunyai asas yang kukuh untuk berasa takut dan sememangnya layak untuk dberikan status [Pelarian] Konvensyen dengan sebab yang wajar.”701 Prinsip-prinsip Yogyakarta Pada tahun 2006, sebuah seminar mengenai undang-undang hak asasi manusia telah dianjurkan di Yogyakarta, Indonesia di Universiti Gadjah Mada. Antara yang hadir ketika persidangan itu termasuklah, golongan hakim, pakar akademik, bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Prosedur Istimewa PBB, ahli-ahli perjanjian, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Prinsip-prinsip Yogyakarta telah dibuat dalam seminar ini dengan menggunakan sekumpulan prinsip undang-undang hak asasi manusia antarabangsa berkaitan dengan orientasi seksual dan identiti gender. Bahagian pengenalan bagi Prinsipprinsip Yogyakarta telah menyebut bahawa: “Prinsip Yogyakarta telah mengesahkan ikatan piawaian perundangan antarabangsa yang perlu digunapakai oleh Negara-negara Anggota. Prinsip ini akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah kepada semua masyarakat yang dilahirkan bebas dan saksama dari segi hak dan maruah untuk terus mempertahankan hak-hak kelahiran mereka.”702 Ini telah menjelaskan mengenai situasi di Malaysia sekarang: “Terdapat banyak negara dan masyarakat yang mengenakan tekanan kepada golongan yang berbeza dari sudut orientasi gender dan seksual melalui budaya, undang-undang, dan perbuatan ganas. Golongan ini sering kali mempunyai batasan dalam menjalinkan hubungan peribadi dan mengenalpasti diri mereka. Pihak polis masih lagi menjalankan pengawasan seksualiti dan ini telah menyebabkan keganasan berdasarkan perbezaan gender dan ketidaksamaan gender berterusan.”703 Fatwa yang menentang identiti tidak heteronormatif Fatwa yang menentang golongan transgender yang ingin menjalankan pembedahan jantina Golongan wanita transgender sering kali berhadapan dengan diskriminasi andainya mereka merancang untuk menjalankan pembedahan jantina. Pada tahun 1982, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil keputusan bahawa, 1.Perubahan jantina dari lelaki ke perempuan ataupun sebaliknya adalah haram di sisi undangundang Islam. 2.Seorang individu yang dilahirkan lelaki akan kekal sebagai seorang lelaki walaupun telah sempurna menjalankan pembedahan. 3.Seorang individu yang dilahirkan perempuan akan kekal sebagai seorang perempuan walaupun telah sempurna menjalankan pembedahan.704 Majlis Raja-Raja Melayu turut bersetuju dengan larangan pertukaran jantina ini dalam mesyuarat mereka yang ke-127 yang dianjurkan pada 24 Februari 1983. Fatwa mengharamkan “wanita meniru lelaki” Istilah Melayu yang digunakan dalam fatwa, “pengkid,” telah ditujukan kepada golongan wanita yang mempunyai penampilan ataupun perbuatan seperti lelaki. _____________________ 701 Rekod Semakan Semula Keputusan Tribunal, RRT Case Number 0903346, 5 Februari 2010, perenggan ke-69. 702 http://www.yogyakartaprinciples.org/principles_en.pdf 703 http://www.yogyakartaprinciples.org/principles_en.pdf 704 Keputusan yang dibuat pada Muzakarah ke-4 Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 13 – 14 April 1982, boleh didapati di: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pertukaran-jantina-daripada-lelaki-kepadaperempuan Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 257 258 Pada Oktober 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mendesak bahawa “pengkid, wanita yang mempunyai penampilan, perbuatan, ataupun kecenderungan seperti lelaki, tidak mempunyai ruang dalam Islam.”705 Antara sebab yang dikeluarkan adalah golongan ini berpotensi untuk menjadi lesbian. Majlis Fatwa Kebangsaan telah “mendesak agar masyarakat mendidik anak-anak gadis dengan betul bagi memastikan fenomena seperti memakai, bertindak, ataupun kelihatan seperti lelaki dapat dicegah… kerana ini semua bercanggah dengan fitrah alam dan sunnatullah (undang-undang Tuhan). [sic]”706 Berdasarkan kata-kata Harussani Idris Zakaria, salah seorang ahli Majlis Fatwa, lelaki perlu berkelakuan seperti lelaki dan perempuan perlu berkelakuan seperti perempuan. Seperti mana fatwa berkenaan dengan amalan berkhatan di kalangan wanita (rujuk bab berkaitan Artikel 5 CEDAW), fatwa mengenai golongan pengkid tidak diamalkan di mana-mana negeri Malaysia sebagai satu bentuk undang-undang. Bagaimanapun, perkara ini merisaukan ramai pihak kerana Majlis Fatwa Kebangsaan, seperti yang diketahui ramai pihak, berkuasa untuk memberikan nasihat kepada negeri-negeri di Malaysia. Di sesetengah negeri, seperti Perlis dan Sabah, undang-undang syariah akan menghukum wanita yang berlagak dan berpakaian seperti lelaki. Keputusan mahkamah yang bercanggah dalam urusan pertukaran nama dan gender golongan transgender Tiada sebarang undang-undang di Malaysia yang melarang perubahan gender dalam kad pengenalan dibuat di Malaysia. Bagaimanapun, dua individu transwoman yang gagal menukar nama mereka telah membawa kes mereka ke mahkamah. Salah seorang dari mereka telah berjaya, tetapi seorang lagi telah gagal. Court prohibits gender change in 2011 In 2011, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, who underwent a sex change procedure in Thailand in 2009, was prohibited by the Kuala Terengganu High Court from changing her name to Aleesha Farhana and being legally recognised as a woman.707 Tragically, Aleesha passed away a short time after the judge handed down the decision on her case. Mahkamah melarang pertukaran gender pada tahun 2011 Pada tahun 2011, Mohd Ashraf Abdul Hafiz, 25, yang telah menjalani pembedahan jantina di Thailand pada tahun 2009, telah dilarang daripada melakukan pertukaran namanya kepada “Aleesha Farhana” dan jantinanya kepada wanita.707 Lebih menyedihkan, Aleesha telah didapati meninggal dunia tidak lama selepas keputusan mahkamah dikeluarkan. Mahkamah telah membenarkan pertukaran gender pada tahun 2005 Keputusan mahkamah pada tahun 2011 sebenarnya bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat pada tahun 2005. Seorang wanita yang berasal dari Kuala Lumpur telah berjaya menukar gendernya dalam kes JG v Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara 2005.708 Dalam kes tersebut, hakim telah meluluskan agar: Plaintiff, yang telah dilahirkan sebagai seorang lelaki, tetapi mengenalpasti dirinya sebagai seorang wanita, telahpun menjalani pembedahan jantina, boleh diisytiharkan sebagai seorang wanita; dan Jabatan Pendaftaran Negara diminta agar membenarkan pertukaran angka akhir bagi kad pengenalan plaintif bagi menunjukkan jantinanya sebagai seorang wanita. Pendirian kerajaan dalam kes pertukaran jantina Jabatan Peguam Negara telahpun mengeluarkan pendapat mereka yang jelas bahawa gender tidak boleh diubah dalam kad pengenalan seseorang individu. Dalam satu kes mahkamah, yang mana _____________________ 705 Keputusan yang dibuat pada Muzakarah ke-83 Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 22 – 24 Oktober 2008, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid 706 Keputusan yang dibuat pada Muzakarah ke-83 Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan pada 22 – 24 Oktober 2008, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid 707 “Shahrizat sad ministry was not able to help Ashraf”, The Sun, 30 Julai 2011. 708 “Courts have precedence on transgender name change”, Malaysiakini, 1 Ogos 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW sekumpulan individu transwoman telah memohon agar mahkamah menyemak semula mana-mana seksyen mahkamah Syariah di Negeri Sembilan dari aspek perlembagaaan yang melarang mereka dari memakai pakaian gender yang berlawanan, Jabatan Peguam Negara telahpun menekankan bahawa, “Melalui pendaftaran yang dibuat ketika kelahiran berlaku, kesemua pemohon telah dikategorikan sebagai lelaki, walaupun mereka mungkin tidak bersetuju dari aspek perubatan ataupun psikologi mengenai perkara ini. Tiada sebarang peruntukan undang-undang juga dapat dilihat bagi membenarkan permohonan mereka diluluskan. Selain itu, para pemohon juga mempunyai kad pengenalan yang boleh dijadikan bukti muktamad mengenai sebarang maklumat peribadi mereka, dan kad pengenalan ini telah terang-terangan menyatakan gender mereka. Oleh itu, para pemohon, tetap akan dikira sebagai lelaki, dan kewujudan sebarang bukti yang bercanggah dengan status gender mereka seperti yang disebut dalam kad pengenalan tidak akan diterima bagi membolehkan mereka dianggap sebagai perempuan dari segi perundangan.”709 Kajian kes: diskriminasi yang dihadapi ketika permohonan kad pengenalan dibuat710 Dalam satu temuramah yang dibuat dengan seorang pengkid di Pulau Pinang, kami telah mendapati bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang sering mengarahkan golongan tersebut memakai tudung apabila mereka kelihatan “terlalu pengkid” apabila gambar kad pengenalan mereka diambil. Ini telah disahkan oleh jabatan tersebut sendiri. Seorang transwoman di Kuala Lumpur telah diminta untuk mengikat rambutnya ketika proses pembaharuan pasportnya dibuat. Ini perlu dilakukan kerana bagi pegawai terbabit, transwoman tersebut telah dilahirkan sebagai seorang lelaki. Salah seorang rakan individu terbabit yang menemankannya telah mempersoalkan “polisi” tersebut kerana dia tidak pernah disuruh untuk mengikat rambutnya ketika memperbaharui pasportnya satu masa dulu. Pegawai yang ada tiba-tiba meminta pasport rakan transwoman tadi untuk “membetulkan” kesalahan yang telah dilakukan. Dia, bagaimanapun, enggan untuk melakukan sedemikian. Undang-undang yang mendiskriminasi berdasarkan identiti gender dan seksualiti Akta Kesalahan Kecil 1955 (Seksyen 21) Kawalan ke atas seksualiti wanita merupakan satu bentuk alat untuk menghalang kewujudan kebebasan bersuara. Dibawah Akta Kesalahan Kecil, wanita, lelaki, dan golongan transgender telah didakwa kerana terlibat dalam tindakan tidak sopan. Hukuman bagi jenayah seperti ini adalah sebanyak antara RM25 sehingga RM50 ataupun dua minggu di penjara. Pada Mac 2012, tiga orang wanita telah didakwa kerana terlibat dalam perbuatan tidak sopan kerana menari tiang di sebuah kelab malam di Seremban. Mereka telah didenda RM25.711 Wanita-wanita ini telah dituduh “berpakaian lucah,” dan didakwa dibawah Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955, yang menyatakan bahawa: _____________________ 709 Kenyataan dari Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of section 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, Perenggan ke-5.9 710 Kajian kes yang dilaporkan olehThilaga Sulathireh. Dokumentasi kes ini merupakan sebahagian dari kajian yang dijalankan oleh Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS) untuk Suruhanjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian bagi merekodkan kejadian keganasan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan lesbian, wanita biseksual, dan transgender di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian dari hasil projek bersama serantau yang disertai Malaysia pada peringkat Asia yang dijalankan oleh IGLHRC dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya. 711 “Three women fined RM25 each for pole dancing”, The Star, 28 Mac 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 259 260 “Mana-mana individu yang didapati mabuk ataupun tidak mampu mengawal dirinya sendiri, boleh dipersalahkan ke atas perlakuannya yang tidak sesuai dengan persekitaranya sama ada di tempat awam, pusat hiburan, resort, ataupun berdekatan dengan mana-mana mahkamah, pejabat awam, balai polis, ataupun tempat-tempat ibadah, boleh didenda sebanyak dua puluh lima ringgit, ataupun dipenjara bagi satu tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika dituduh untuk kali kedua, boleh didenda sebanyak seratus ringgit ataupun dipenjarakan untuk satu tempoh tidak melebihi tiga bulan ataupun kedua-duanya sekali.” Mahkamah Majistret yang meluluskan hukuman tersebut telah menasihatkan ketiga-tiga wanita terbabit untuk tidak mencemarkan imej keluarga mereka dengan terbabit dalam aktiviti sedemikian lagi pada masa depan.712 Terdapat penceritaan peribadi mengenai tuduhan berkaitan dengan dakwaan mengenai “wanita yang berpakaian tidak sopan” dibuat dibawah peruntukan undang-undang ini, yang mana menunjukkan bahawa penahanan boleh berlaku pada bila-bila masa. Kanun Keseksaan Dibawah kanun keseksaan yang berkuatkuasa di kesemua negeri di Malaysia, kesemua “seks luar tabii” walaupun yang membabitkan individu dewasa yang saling bersetuju, tetap boleh dianggap sebagai satu bentuk jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun ataupun sebatan.713 Wakil pihak kerajaan, Jabatan Peguam Negara telah menyatakan bahawa, “gaya hidup non-heteronormatif adalah pelik dalam masyarakat kita… dan bercanggah dengan undang-undang, agama, dan pertimbangan moral awam.”714 Adalah penting untuk diingati bahawa homoseksualiti bukanlah satu bentuk kesalahan dibawah undang-undang (Kanun Keseksaan undang-undang sivil) tetapi adalah satu bentuk “kesalahan luar tabii” (seks oral ataupun anal) yang mana adalah tidak boleh diterima dari sudut undang-undang, dan tidak terhad kepada golongan homoseksual sahaja. Bagaimanapun, kewujudan undang-undang seperti ini terus dibiarkan dan telah ditekankan dalam kes-kes berprofil tinggi seperti kes yang melibatkan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini telah menyebabkan ramai pihak berasa takut. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Transwomen dan transmen yang beragama Islam di Malaysia sentiasa terdedah kepada risiko untuk ditahan di Malaysia, hanya disebabkan oleh jantina biologi mereka. Kesemua negeri di Malaysia mempunyai enakmen kesalahan jenayah syariah mereka sendiri yang menghukum lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Terdapat dua negeri yang menghukum wanita yang berpakaian seperti lelaki- Perlis dan Sabah. Sebagai contoh, Seksyen 28 bagi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 telahpun menyebut bahawa, “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral telah melakukan kesalahan dan _____________________ 712 “Three women fined RM25 each for pole dancing”, The Star, 28 Mac 2011. 713 Berikut adalah salah laku di bawah seksyen “Jenayah Seks Luar Tabii” Kanun Keseksaan: 377A. Persetubuhan Luar Tabii: “Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature. Explanation—Penetration is sufficient to constitute the sexual connection necessary to the offence described in this section.” 377B. Hukuman bagi melakukan persetubuhan luar tabii. “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.” 377C. Melakukan persetubuhan luar tabii tanpa persetujuan. “Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.” 377CA. Hubungan seks dengan menggunakan objek. “Any person who has sexual connection with another person by the introduction of any object into the vagina or anus of the other person without the other person’s consent shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years and shall also be liable to whipping. Exception—This section does not extend to where the introduction of any object into the vagina or anus of any person is carried out for medical or law enforcement purposes.” 377D. Pencabulan maruah. “Any person who, in public or private, commits, or abets the commission of, or procures or attempts to procure the commission by any person of, any act of gross indecency with another person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW apabila disabitkan hukuman, dirinya boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.” Di Sabah, Seksyen 92 bagi Enakmen Kesalahan Jenayah 1995 telahpun menyebut bahawa “seorang lelaki yang berkelakuan seperti seorang wanita ataupun sebaliknya” boleh dikenakan hukuman.715 Masyarakat Mak Nyah di Negeri Sembilan (sebuah negeri di Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan media pada November 2010 yang mana mengetengahkan rasa bimbang mereka mengenai Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah. Berikut merupakan petikan kenyataan tersebut: “Kami (Komuniti Mak Nyah) telah menghadapi masalah tekanan emosi, keganasan fizikal, dan gangguan seksual oleh pegawai-pegawai agama. Maruah dan kebebasan kami sebagai individu telahpun dilucutkan dan kami terpaksa hidup dalam ketakutan. Kami juga sering kali gusar untuk keluar dari rumah, kerana khuatir ditahan ataupun diganggu. Kami juga tidak boleh makan atau pun minum di luar tanpa rasa takut yang kami bakal menjadi mangsa pegawai-pegawai agama. Kami juga memohon agar pihak-pihak berkuasa Negeri Sembilan agar menghentikan gangguan, dan dakwaan yang dikenakan ke atas kami yang sering menjadi mangsa keadaan hanya disebabkan keadaan diri kami.” “Di Negeri Sembilan, tempat kami tinggal, kami telah dipaksa untuk berpakaian tanpa bra bagi membolehkan tahanan ke atas kami dibuat dengan bukti. Kami turut “dinasihatkan” oleh pegawaipegawai agama untuk hanya memakai t-shirt, seluar track bottom, ataupun seluar pendek lelaki. Walaupun mematuhi arahan ini, kami tetap ditahan kerana masih kelihatan seperti perempuan secara fizikal. Kami telah dicabul dan diraba oleh pegawai agama dalam pemeriksaan sama ada kami memakai bra atau tidak. Kami kadang-kadang terpaksa bertukar pakaian sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai terbabit. “Kami turut diarahkan untuk mengaku “bersalah” oleh pegawai-pegawai agama dan Biro Bantuan Perundangan. Tanpa sebarang nasihat perundangan, kami terpaksa mengaku “bersalah” dan terpaksa berhadapan dengan denda yang berat, yang kadang-kadang berbentuk hukuman penjara. Dibawah undang-undang seperti ini, adalah mustahil bagi kami semua untuk hidup dan berpendapatan. Kami kadang-kadang, turut dipaksa untuk menghadiri sesi kaunseling agama. Kami adalah golongan Mak Nyah. Tak ada sebarang bentuk kaunseling ataupun desakan akan mengubah fakta itu. Kami hanya meminta agar tidak diganggu demi kebebasan peribadi dan sulit kami. Kaunseling wajib seperti tadi kami anggap sebagai pencabulan kebebasan peribadi. “Kami juga berhadapan dengan kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan kerana sering didiskriminasi oleh majikan atas dasar siapa diri kami. Kami turut ditolak daripada menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi oleh sekolah-sekolah dan institusi yang ada. Kami juga turut dipaksa untuk menghadiri kem-kem pemulihan bagi membolehkan kami menjadi lebih ‘berkelakian.’”716 Mahkamah Tinggi mengizinkan semakan semula dibuat ke atas perundangan berkaitan dengan “amalan memakai pakaian jantina yang berlawanan” dari segi perlembagaaan Seksyen 66 bagi Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 telahpun meletakkan perbuatan memakai pakaian wanita oleh lelaki sebagai satu bentuk jenayah. Pada Jumaat, 4 November 2011, Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan telahpun memberikan keizinan bagi semakan semula Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dibuat.717 _____________________ 714 Kenyataan oleh Jabatan Peguam Negara dalam Application for Judicial Review R2-25-301-12/11: In the matter of the decision made by the Deputy Inspector General of Police on 3 November 2011 banning functions and events of Seksualiti Merdeka, 10 Januari 2012, perenggan ke-18. 715 Seksyen 92 bagi Sabah Syariah Criminal Offences Enactment 1995. 716 Kenyataan media oleh komuniti Mak Nyah di Malaysia, “Stop the Violence and Persecution towards us”, 30 November 2010. 717 “Four get leave to challenge law barring cross-dressing”, Malaysiakini, 4 November 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 261 262 Empat pemohon transwoman telah mendakwa bahawa Seksyen 66 mempunyai unsur-unsur diskriminasi ke atas mereka, yang mana secara biologinya adalah lelaki, tetapi menganggap diri mereka perempuan, tidak kiralah sama ada mereka sudah, ataupun belum menjalani pembedahan jantina, semata-mata kerana gagal untuk menzahirkan identiti gender yang bersesuaian dengan masyarakat. Seksyen 66 juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menghalang wujudnya kebebasan bersuara dan mendiskriminasi individu mengikut gendernya. Bantahan daripada Jabatan Peguam Negara ke atas keputusan kehakiman tersebut Ketika perbicaraan pada 3 Oktober 2011 bagi semakan semula keputusan berkenaan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan, Peguam Kanan Persekutuan, Tuan Noor Hisham, bersama dengan Tuan Ruhazlan telah muncul di Jabatan Peguam Negara dan menekankan bantahan mereka. Bantahan mereka berbunyi:718 “Jabatan Peguam Negara telah berhujah bahawa permohonan bagi semakan kehakiman yang dibuat mesti disokong dengan bukti bahawa pemohon telah teraniaya dengan adanya ‘keputusan’ pihak berkuasa dan dibawah undang-undang Mahkamah Tinggi bahawa permohonan berdasarkan ‘penyiasatan’ ketika tugasan berkanun berlangsung. Kenyataan hujah Jabatan Peguam Negara turut menyatakan bahawa, ‘Kami dengan penuh rasa hormat berhujah bahawa keputusan pihak responden’ tidak menganiaya para pemohon. Tiada sebarang keputusan yang dibuat pihak responden telah telah menganiaya para pemohon dari sudut hak asasi.”719 Bagaimanapun, bantahan daripada Jabatan Peguam Negara ini sebenarnya mengandungi unsur ketidakfahaman yang jelas. Setiap “penyiasatan” yang dijalankan bagi Seksyen 66 perlu dibuat secara rahsia terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu keputusan. Ini menjadikan permohonan ke Mahkamah Tinggi Seremban sebagai tidak sah. Lebih-lebih lagi, terdapat unsur kecemasan dalam kes ini kerana para pemohon sentiasa berada dalam risiko untuk ditahan dibawah perundangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini. “Dalam bantahan kedua mereka, Jabatan Peguam Negara telah menyebut bahawa ‘permohonan yang dibuat adalah satu bentuk pelanggaran proses mahkamah’ kerana ‘para pemohon mencuba untuk menggagalkan pendakwaan yang dibuat bagi satu kesalahan syariah’ di bahawa Undang-undang Syariah.720 Jabatan Peguam Negara mendakwa bahawa: a) Kes ini tidak sepatutnya didengari di mahkamah sivil dan hanya patut dipertimbangkan dibawah pertimbangan mahkamah Syariah. a)Kes ini ‘berlanggaran’ dengan kepentingan awam, kerana kawalan polis moral perlu diteruskan oleh pihak berkuasa dibawah Seksyen 66. Jabatan Peguam Negara telahpun menyebut bahawa ‘mahkamah tidak boleh membuat sebarang deklarasi yang boleh memberi kesan mendalam kepada lapisan masyarakat. Status gender seseorang individu sepatutnya dibiarkan seperti mana yang ditetapkan oleh Tuhan ke atasnya ketika waktu kelahirannya, dan seperti yang disebut dalam Surat Beranak. Mahkamah-mahkamah turut perlu melihat kepentingan masyarakat secara umum berbanding dengan kepentingan pihak pemohon semata-mata.’”721 _____________________ 718 Bantahan telah dibuat dalam kenyataan yang dibuat oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011. 719 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-3.8. 720 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-4.5. 721 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-4.21. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Bagaimanapun, bantahan dari Jabatan Peguam Negara ini mengandungi unsur ketidakfahaman kerana kes mahkamah ini sepatutnya berkisar mengenai status Seksyen 66 pada peringkat perlembagaan semata-mata. Tafsiran Perlembagaan Persekutuan merupakan isu yang ditekankan untuk dibawa ke mahkamah sivil. Kes ini juga membabitkan “kepentingan masyarakat” kerana membabitkan sejumlah populasi yang besar golongan trans di negara ini yang sentiasa terdedah kepada risiko tahanan. “Dalam bantahan ketiga, Jabatan Peguam Negara telah berhujah bahawa permohonan ini ‘bersifat remeh dan merumitkan keadaan kerana hak-hak yang dipohon adalah hak yang tidak dibenarkan dalam perundangan di negara ini.’722 Hujah turut disambung dengan: ‘Permohonan yang dibuat pemohon sebenarnya mendesak mahkamah agar mengiktiraf mereka sebagai sekelompok wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Perlu diingat bahawa, tiada sebarang undang-undang yang membenarkan ataupun mengiktiraf golongan transvestite seperti mana golongan pemohon [sic].’723 ‘Pendaftaran ketika kelahiran berlangsung, bagi semua pemohon, menunjukkan bahawa mereka sememangnya lelaki, tak kiralah sama ada terdapat hujah yang mengatakan mereka secara perubatan ataupun psikologinya adalah perempuan. Tiada sebarang peruntukan undang-undang yang membenarkan pengiktirafan ini. Selain itu, para pemohon juga tidak mempunyai kad pengenalan yang menyokong hujah mereka. Kami berpendapat bahawa, maklumat yang ada dalam kad pengenalan para pemohon sepatutnya sudah menjelaskan mengenai identiti mereka, termasuklah berkaitan dengan gender. Tanpa nasib yang baik kepada para pemohon, di mata perundangan, mereka tetap dianggap sebagai lelaki. Kewujudan bukti yang bercanggah dengan perkara ini tidak akan menyebabkan mereka menjadi perempuan di mata pakar undang-undang.’”724 Bagaimanapun, bantahan Jabatan Peguam Negara mengandungi unsur ketidakfahaman kerana permohonan yang dibuat bukanlah satu permohonan remeh atau merumitkan keadaan. Para pemohon terus-menerus berpotensi menjadi mangsa tahanan dan dakwaan oleh pihak berkuasa. Golongan ini akan terus menganggap diri mereka perempuan pada masa depan. Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menyokong kebebasan dan hak asasi semua individu dan hujah yang digunakan Jabatan Peguam Negara sebenarnya tidak disokong kuat oleh dasar ini. Dalam satu keputusan yang boleh dikira positif, Mahkamah Tinggi Seremban telah mendapati bahawa bantahan daripada Jabatan Peguam Negara tidak berasas dan membenarkan ruang bagi semakan Seksyen 66 untuk dibincangkan pada tahun 2012. Undang-undang yang mendiskriminasi wanita berdasarkan orientasi seksual Perenggan ke-31 bagi Cadangan Umum ke-28 telah menyebut bahawa, “sesetengah kumpulan wanita termasuklah golongan yang tidak mempunyai kebebasan, golongan pelarian, mereka yang mencari perlindungan warga asing, golongan yang tidak berkewarganegaraan, golongan lesbian, wanita kurang upaya, mangsa-mangsa pemerdagangan manusia, golongan balu, dan warga tua, seringkali terdedah kepada pelbagai bentuk diskriminasi melalui undang-undang sivil dan hukuman, peraturan, dan amalan budaya tertentu.” Wanita Lesbian yang beragama Islam di Malaysia boleh didakwa kerana terbabit dalam hubungan sejenis. Di negeri-negeri berikut, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah boleh menghukum wanita kerana terlibat dalam hubungan sejenis (musahaqah):725 _____________________ 722 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-5.7. 723 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-5.8. 724 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court in Malaya at Seremban, In Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, Application for Judicial Review No. 13-1-2011. In the matter of Seksyen 66 of the Syariah Criminal (Negeri Sembilan) Enactment 1992, 8 April 2011, perenggan ke-5.9. 725 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, p.337-342. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 263 264 • • • • • • • • • • • • • Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Wilayah-wilayah Persekutuan Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Musahaqah tidak hanya membabitkan perlakuan hubungan sejenis semata-mata. Identiti wanita berkaitan turut boleh dikaitkan dengan konsep jenayah ini.726 Sebagai contoh, Seksyen 26 bagi Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyebut bahawa: “Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.” Maklumbalas SUHAKAM ke atas diskriminasi berdasarkan perbezaan orientasi seksual ataupun identiti gender Institusi hak asasi manusia kebangsaan di Malaysia, SUHAKAM, telahpun menjelaskan kerisauan mereka mengenai pelanggaran hak-hak asasi manusia berkaitan dengan perbezaan orientasi seksual di negara ini. Bagaimanapun, sokongan dari pihak SUHAKAM tidak begitu meyakinkan kerana menggunakan bahasa yang agak umum. Pihak SUHAKAM berkata, “Tiada sebarang justifikasi boleh digunakan untuk membahayakan [golongan LGBT] walaupun mereka terlalu berbeza ataupun mengamalkan gaya hidup LGBT yang terlalu tidak boleh diterima oleh masyarakat kebanyakan.”727 Pada tahun 2010, mesyuarat telahpun diadakan antara pegawai-pegawai SUHAKAM dan pertubuhanpertubuhan agama mengenai perbezaan orientasi seksual dan identiti gender. Laporan Tahunan SUHAKAM telah menyatakan bahawa, “Mesyuarat sebegini merupakan satu saluran yang baik bagi membolehkan ahli Suruhanjaya menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai hak-hak golongan LGBT, sambil mengambil kira aspek-aspek sensitiviti agama atau pun budaya masyarakat kebanyakan.”728 Pesuruhjaya SUHAKAM telah dilaporkan berkata bahawa hak-hak berkaitan dengan seksualiti “merupakan satu isu yang amat sensitif. Kami perlukan kefahaman yang kukuh bagi membincangkannya. Ketika Forum Asia Pasifik di Bali, saya telahpun menjadi orang pertama untuk membincangkan perkara ini kepada ahli panel yang lain. Saya [setelah memaklumkan kepada mereka] mempunyai dilema dalam membincangkan isu ini. Saya berpendapat bahawa hak-hak asasi manusia perlu dilindungi, tetapi pada masa yang sama, saya sedar yang kita semua hidup dalam masyarakat yang masih lagi belum bersedia untuk menerima golongan ini. SUHAKAM sama sekali tidak akan membiarkan isu ini ditutup begitu sahaja, tetapi SUHAKAM akan mencuba untuk melihat isu ini melalui perspektif yang bersesuaian dengan konteks budaya dan agama masyarakat kita.”729 _____________________ 726 Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, p.258. 727 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 16. 728 Laporan Tahunan SUHAKAM 2010, hlm. 57. 729 “Suhakam chief: ‘We’re an independent entity’”, The Nut Graph, 30 Ogos 2010. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Gambaran media mengenai kepelbagaian seksualiti Dalam satu memorandum yang dihantar kepada SUHAKAM pada Jun 2010,730 beberapa isu telah dibangkitkan berkenaan dengan gambaran yang dibuat oleh pihak media berkaitan dengan golongan lesbian. Memorandum ini menyebut: “Setelah merujuk kepada beberapa artikel yang dikeluarkan oleh akhbar seperti Kosmo (Parti Lesbian Berleluasa) dan Harian Metro (Aksi Panas Pengkid) yang bertarikh 2 dan 16 Mei, kami telah sepakat bahawa, penggunaan perkataan seperti ‘songsang,’ ‘lucah,’ dan ‘jijik’ oleh akhbar-akhbar tempatan untuk menggambarkan komuniti LGBT sebagai satu tindakan yang telah mencetuskan kemarahan kami. Penggunaan perkataan-perkataan seperti yang ada dalam Kosmo dan Harian Metro turut digunapakai oleh akhbar-akhbar tempatan lain (contohnya, The Star, yang bertarikh 3 Mei 2010) dengan cara yang lebih menghina golongan ini, dan mengaitkan mereka dengan kesesatan dan kekurangan nilai-nilai moral.”731 SUHAKAM dan wakil-wakil kerajaan telah gagal untuk melindungi golongan ini daripada terus dikecam hebat oleh media secara tidak adil. Pada 5 April 2012, Jabatan Maklumat bagi kerajaan persekutuan telahpun mengharamkan, melalui satu pengumuman di laman Facebook mereka, gambaran watak lesbian, gay, dan transgender di radio dan televisyen yang dimiliki pihak kerajaan.732 Hari berikutnya, Menteri Komunikasi dan Budaya, Rais Yatim telahpun menjelaskan bahawa pengharaman tersebut tidak wujud. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa Kementerian mempunyai hak untuk mengawal kandungan media demi menjaga kepentingan awam.733 Panduan penapisan filem Pada tahun 2010, Lembaga Penapis Filem telahpun mengeluarkan panduan berkenaan dengan watakwatak LGBT dalam produk filem tempatan. Menurut panduan ini, watak-watak sedemikian perlu dimatikan, bertaubat, ataupun dihukum pada penghujung setiap cerita.734 Pengharaman Seksualiti Merdeka pada tahun 2011 Pada November 2011, polis Malaysia telah mengharamkan festival yang diberi nama Seksualiti Merdeka. Festival ini telah diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2008 dengan tujuan menyediakan satu ruang yang selamat bagi mereka yang mempunyai kecenderungan seksual yang berbeza dari masyarakat kebanyakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai hak-hak asasi mereka. Pengharaman festival ini dilihat bercanggah dengan Prinsip ke-20 Prinsip-prinsip Yogyakarta yang mana telah menyebut bahawa, “Kerajaan-kerajaan tidak boleh dalam apa-apa keadaan sekalipun menghalang pelaksanaan hak untuk berkumpul secara aman ataupun berhubungan atas dasar oritentasi seksual dan identiti gender, dan memastikan bahawa terdapat perlindungan polis dan fizikal dari ancaman gangguan ataupun keganasan ke atas mereka yang menjalankan hak-hak ini.”735 _____________________ 730 Memorandum on Ill Representation and Discrimination of the Queer Community in the Media, 10 Jun 2010. Disokong oleh All Women’s Action Society (AWAM), Annexe Gallery, Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysian Bar Council, Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+), Straten Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Titled World, Women’s Candidacy Initiative (WCI), Women’s Aid Organization (WAO) dan individu-individu berkaitan. 731 Contoh lain kata-kata menghina yang digunakan untuk mengutuk kumpulan-kumpulan LGBT boleh didapati dalam hasil kajian Angela M Kuga Thas (bersama Thilaga Sulathireh), “CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia”, Equality Under Construction: Malaysian Women’s Human Rights Report 2010/11, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Petaling Jaya, Malaysia, 2012, hlm. 265. 732 Kenyataan http://www.facebook.com/penerangan yang dikeluarkan 5 April menyebut: “Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut serta watak yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini.” 733 “Confusion over flip-flop on ‘gays on TV’ ban”, Malaysiakini, 6 April 2012. 734 Lee, Julian C. H., Policing Sexuality: Sex, Society and the State, Zed Books, London 2011, p108. 735 Prinsip ke-20 bagi Prinsip-prinsip Yogyakarta, http://www.yogyakartaprinciples.org/principles_en.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 265 266 Komen-komen yang dibuat mengenai Seksualiti Merdeka yang telah dibuat oleh media kebanyakannya adalah tidak berasas dan tidak logik. Ada antaranya yang boleh mencetuskan rasa benci kepada sesetengah pihak. Menteri Dalam Negeri Malaysia telah berkata bahawa festival tersebut, yang turut menyertakan aktiviti seperti pameran seni, persembahan teater dan muzik, bengkel, dan pelancaran buku boleh mengganggu kestabilan negara.736 Seorang Ahli Parlimen, Ibrahim Ali telah berkata bahawa festival ini boleh menyemarakkan “budaya binatang,”737 manakalah Timbalan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa festival ini merupakan acara “mereka yang sesat.”738 Terdapat juga pihak yang menyamakan festival ini dengan pesta seks bebas.739 Bekas Perdana Menteru, Mahathir Mohamed berkata kebebasan perlu ada batasnya. Beliau berkata, “Kita tidak memerlukan kebebasan seksual seperti ini. Kita tidak memerlukan lelaki yang berkahwin sesama lelaki, ataupun wanita yang berkahwin sesama wanita, dan golongan ekshibisionis (di sini)…. Apa yang akan berlaku kepada kita apabila orang lain mula berjalan tanpa pakaian di jalanan? Kita tidak boleh halang mereka. Jika mereka mengambil keputusan sedemikian seperti di negara-negara lain untuk melakukan hubungan seks di tempat awam, apa yang akan jadi pada kita?”740 Pendapat tidak berasas sebegini dan tabiat menakut-nakutkan orang lain dengan perkara-perkara berkaitan dengan perbezaan orientasi seksual merupakan ancaman besar kepada masyarakat. Mereka yang berbeza dari segi orientasi seksual ataupun identiti gender boleh terdedah kepada pelbagai masalah dalam masyarakat yang mengamalkan pandangan sebegini. Selain itu, kenyataan-kenyataan yang berbaur penghinaan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil kerajaan turut boleh menyemarakkan lagi api diskriminasi sedia ada dan mampu menghalang laporan mengenai salahlaku ke atas golongan LGBT dari dibuat. Hasilnya, satu persekitaran yang berbahaya, dan tekanan yang berterusan ke atas golongan ini akan wujud. Kata-kata benci terhadap mereka yang berbeza dari segi orientasi seksual dan identiti gender dapat dikesan ketika laporan bagi Komen Penutup kepada Persekutuan Rusia dibentangkan pada Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik Antarabangsa berlangsung. Pada tahun 2009, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telahpun mengesahkan bahawa “terdapat kebimbangan berkaitan dengan diskriminasi sistematik ke atas individu tertentu atas dasar orientasi seksual di Negara Anggota, termasuklah dalam bentuk kata-kata benci dan manifestasi unsur tiada toleransi dan prejudis oleh kakitangan awam, pemimpin-pemipin agama, dan media.”741 Bersesuaian dengan kes Seksualiti Merdeka, pengharaman perarakan LGBT telah berlaku di Moscow pada tahun 2006. Mahkamah Eropah berkenaan Hak Asasi Manusia telah mendenda Persekutuan Rusia kerana mencabul hak-hak berkenaan dengan perjumpaan dan diskriminasi ke atas penganjuran acara tersebut. Sebelum acara tersebut, ugutan terhadap mereka yang terbabit turut wujud. Mahkamah Eropah berkenaan Hak Asasi Manusia telah mendapati bahawa “pihak berkuasa telah menyokong kesemua pihak ataupun organisasi yang merancang untuk mengganggu demonstrasi aman tersebut, yang mana berlanggaran dengan undang-undang dan kepentingan awam.”742 Pada masa yang sama, pengharaman acara ini telah menyokong wujudnya prejudis dan rasa tidak bertoleransi ke atas pihak penganjur Seksualiti Merdeka, termasuklah golongan sayap kanan, Perkasa. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menafikan ruang semakan bagi pengharaman tersebut Pada Disember 2011, ahli jawatankuasa pengajur Seksualiti Merdeka telah mencuba untuk mendapatkan kajian semula keputusan mengharamkan acara mereka dibuat di mahkamah. Pada 1 Mac 2012, _____________________ 736 Dengan penuh ironic, buku yang akan diterbitkan telah diberi tajuk Policing Sexuality: Sex, Society and the State, ditulis oleh Julian C. H. Lee, diterbitkan oleh Zed Books, 2011. 737 “Seksualiti Merdeka 2011 cuba promosi budaya ‘binatang’ – Ibrahim Ali”, Utusan Malaysia, 3 November 2011. 738 “‘Seksualiti Merdeka’ programme a deviationist activity – Muhyiddin”, New Straits Times, 3 November 2011. 739 “Seksualiti Merdeka not a ‘free sex party’, says Marina”, The Star, 7 November 2011. 740 “Hisham: Activities will affect nation’s stability”, New Straits Times, 5 November 2011. Kata-kata ini sepadan dengan komen Mahathir yang terdahulu, termasuklah bahagian yang menyatakan, “Masyarakat British telah menerima menteri-menteri homoseksual. Tetapi, jika datang membawa teman lelaki mereka ke mari, kita perlu keluarkan mereka dari sini. Kita tak boleh terima mereka.” Petikan dari Laporan Human Rights Watch 2012 yang boleh dirujuk di: http://www.hrw.org/legacy/ wr2k2/lgbt.html 741 Ahli Jawatankuasa Hak-hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Komen Penutup bagi laporan yang dihantar oleh Persekutuan Russia kepada Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik, CCPR/C/RUS/CO/6, 2009, perenggan ke-27. 742 Alekseyev v. Russia, Permohonan bernombor 4916/07, 25924/08 dan 14599/09, Majlis Eropah: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, 21 Oktober 2010, perenggan ke-76. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun mengambil keputusan bahawa rayuan semakan tersebut tidak akan dilayan. Pengharaman ini telah diisytiharkan oleh Timbalan Pengarah Polis dalam satu kenyataan media yang dibuat pada 3 November 2011. Ketika kenyataan itu dibuat, Timbalan Pengarah tersebut telah menyatakan bahawa festival tersebut telah disiasat dibawah dua peruntukan undang-undang; Pertama, Seksyen 27A(1)(c) BAGI Akta Polis 1967 yang mana membenarkan polis untuk menyerbu masuk dalam kehidupan peribadi orang ramai jika aktiviti yang dilakukan orang ramai itu “mampu menimbulkan prejudis ataupun mengganggu kestabilan dan keselamatan masyarakat umum di Malaysia. Kedua, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, berkaitan dengan aktiviti yang boleh mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan permusuhan, kebencian, ataupun penyakit hati, ataupun prejudis demi menjaga keharmonian dan penyatuan atas dasar agama. Seperti yang dinyatakan oleh peguam bagi Seksualiti Merdeka, Honey Tan Lay Ean, pengharaman acara Seksualiti Merdeka telah didorong oleh salah faham bahawa acara tersebut bersifat menyesatkan dan mampu mengganggu keselamatan negara, setelah aduan dibuat kepada pihak polis. Pengharaman perarakan LGBT di Moscow pada tahun 2009 turut didorong oleh aduan yang diterima kerajaan Rusia. Kerajaan Rusia mendakwa, aduan daripada pemimpin-pemimpin agama merupakan sebab sebenar mengapa acara tersebut perlu diharamkan. Bagaimanapun Mahkamah Eropah berkenaan Hak-hak Asasi Manusia telah mendapati bahawa: “Mahkamah tidak boleh menerima hujah kerajaan dan aduan yang dibuat secara kasar sahaja, dengan menganggap bahawa perarakan ini berpotensi untuk mencetuskan ketidakstabilan awam.” Mahkamah Tinggi Eropah berkenaan Hak-hak Asasi Manusia telahpun menemui bahawa, “kewujudan risiko semata-mata tidak boleh digunakan untuk mengharamkan acara ini; dalam membuat penilaian, pihak berkuasa seharusnya menyediakan hujah yang konkrit mengenai skala potensi gangguan yang boleh berlaku disebabkan oleh acara ini dan cara-cara yang perlu dibuat bagi mengurangkan ancaman yang mungkin boleh berlaku.”743 Pengharaman Seksualiti Merdeka di Malaysia pula telah mencabul hak-hak rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: • Hak untuk kebebasan bersuara dan ekspresi (Artikel 10(1)(a) bagi Perlembagaan Persekutuan); • Hak bagi berkumpul secara aman (Artikel 10(1)(b) bagi Perlembagaan Persekutuan; • Hak untuk menubuhkan persatuan (Artikel 10(1)(c) bagi Perlembagaan Persekutuan; • Hak untuk menikmati kesaksamaan dan kebebasan dari diskriminasi yang didorong oleh perbezaan gender (Artikel 8 bagi Perlembagaan Persekutuan). Tiada sebarang peluang daripada mana-mana ahli jawatankuasa Seksualiti Merdeka untuk bersuara kepada pihak polis telah diberikan. Hakim Rohana Yusuf telah mengambil keputusan bahawa hujah yang digunakan oleh Majlis Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh dan berhak untuk disokong. Jabatan Peguam Negara telah menyokong pengharaman ini kerana bagi mereka pihak polis sememangnya berhak untuk melakukan tindakan seperti ini bagi menjalankan tugasan penyiasatan merdeka. Hujah kedua pula mendakwa “hak yang diperjuangkan oleh ahli jawatankuasa SM bukanlah hak yang diiktiraf dibawah Persekutuan dan/ atau merupakan sejenis hak yang bercanggah dengan undang-undang dan kepentingan moral awam.”744 Dalam Komen Penutup yang dibuatnya, Peguam Kanan Persekutuan telah menyatakan bahawa: “Mengenai hal ini, Mahkamah merasakan bahawa gaya hidup ini adalah pelik dalam masyarakat kita dan mampu membawa kepada pengiktirafan perbuatan yang bercanggah dengan undang_____________________ 743 Alekseyev v. Russia, Permohonan bernombor 4916/07, 25924/08 dan 14599/09, Majlis Eropah: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, 21 Oktober 2010, perenggan ke-75. 744 Dihantar oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court of Malaya at Kuala Lumpur, Application for Judicial Review No.: R2-25-301-12/11 In the matter of the decision made by the Deputy Inspector General of Police on 3 November 2011 banning functions and events of Seksualiti Merdeka, 10 Januari 2012, perenggan ke-9. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 267 268 undang, agama, dan kepentingan moral (cth: homoseksualiti). Maka, andainya tujuan SM dianjurkan boleh meninggalkan kesan yang bercanggah dengan undang-undang, agama, ataupun kepentingan moral awam, mahkamah berhak untuk mengatakan bahawa permohonan tersebut adalah remeh secara terang dan nyata tanpa perlu menggunakan hujah yang lebih kukuh pada peringkat yang seterusnya.”745 Situasi ini benar-benar menyedihkan. Jabatan Peguam Negara tidak seharusnya menyokong fahaman yang bersifat membataskan, didorong oleh rasa salah faham, dan mampu menekan kegiatan orang ramai. Homoseksualiti bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang sivil di Malaysia. Bagaimanapun, perbuatan seks, yang turut mungkin dilakukan oleh pasangan heteroseksual, seperti seks anal dan oral sememangnya dianggap sebagai satu kesalahan dibawah Kanun Keseksaan. Jabatan Peguam Negara juga sepatutnya tidak perlu menggunakan istilah “pelik” untuk menggambarkan homoseksualiti. Negara-negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia, mempunyai sejarah berkaitan golongan ini yang sukar untuk dihapuskan.746 Selepas pengharaman ini, pada November 2011, negeri-negeri seperti Pahang dan Melaka telah meningkatkan lagi hukuman bagi perbuatan homoseksual di negara ini dengan memastikan bahawa mana-mana individu yang beragama Islam yang didapati bersalah akan didakwa menggunakan keduadua undang-undang negeri dan persekutuan. Ini bermaksud, hukuman penjara mungkin akan lebih rancak disabitkan kepada mereka yang terbabit. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata, perbuatan menyokong kegiatan homoseksual juga perlu dianggap sebagai satu perbuatan jenayah. Beliau berkata, “Kami akan mewujudkan enakmen perundangan tertentu yang akan membolehkan golongan ini didakwa dengan undang-undang Syariah atau Islam di mahkamah. Kami juga akan memastikan mereka yang menyokong perbuatan haram ini didakwa di mahkamah.”747 Pada tahun 2012, segelintir penyokong kuat kerajaan telahpun mewujudkan pusat pemulihan golongan homoseksual untuk membolehkan mereka yang terbabit dirawat sebagaimana penagih dadah dirawat.748 Timbalan Perdana di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim telah berkata di Parlimen bahawa, kerajaan sedang bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan untuk menghalang masalah berkaitan LGBT dari “tersebar.”749 Antara langkah yang bakal diambil ialah menarik sukarelawan bagi mendekati golongan ini, dan menggalakkan NGO-NGO tersebut, mewujudkan kempen anti-homoseksualiti.750 Maklum balas Jawatankuasa CEDAW kepada negara-negara yang mengamalkan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual ataupun identiti gender Dalam Komen Penutup ke atas Kerajaan Singapura pada Julai 2011, Jawatankuasa CEDAW telah menyeru Singapura agar: “Menyegerakan satu strategi yang berkesan bagi memperbaiki ataupun menghapuskan kecenderungan patriarki dan stereotaip yang mendiskriminasi wanita ataupun yang dibuat atas dasar perbezaan orientasi seksual dan identiti gender, sejajar dengan peruntukan yang wujud dalam Konvensyen. Langkah ini termasuklah usaha sama dengan persatuan-persatuan masyarakat madani bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat, lelaki dan perempuan pada semua lapisan, mengenai perkara ini.”751 Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil langkah seperti ini. _____________________ 745 Dihantar oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, In the High Court of Malaya at Kuala Lumpur, Application for Judicial Review No.: R2-25-301-12/11 In the matter of the decision made by the Deputy Inspector General of Police on 3 November 2011 banning functions and events of Seksualiti Merdeka, 10 Januari 2012, perenggan ke-18 dan 19. 746 Michael G. Peletz, Gender Pluralism: Southeast Asia since Early Modern Times, Routledge, New York and Oxford, 2009. 747 “States eye harsher laws for Muslim gays”, The Malaysian Insider, 11 November 2011. 748 Dipetik dari kata-kata Datuk Baharum Mohamad (Barisan Nasional – Sekijang) dalam “Call to establish homosexual rehab centre”, The Sun, 22 Mac 2012. 749 “Campaign to curb homosexuality”, Free Malaysia Today, 22 Mac 2012. 750 “Campaign to curb homosexuality”, Free Malaysia Today, 22 Mac 2012. 751 Komen Penutup CEDAW ke atas Kerajaan Singapura, 11 – 29 Julai 2011, CEDAW/C/SGP/CO/4, perenggan ke-22. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia berkaitan dengan Cadangan Umum ke-28 • Menyegerakan satu strategi yang berkesan bagi memperbaiki ataupun menghapuskan kecenderungan bersifat patriarki dan stereotaip yang mendiskriminasi wanita ataupun yang dibuat atas dasar perbezaan orientasi seksual dan identiti gender, sejajar dengan peruntukan yang wujud dalam Konvensyen. Langkah ini termasuklah usaha sama dengan persatuanpersatuan masyarakat madani bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat, lelaki dan perempuan pada semua lapisan, mengenai perkara ini. • Memberikan latihan dan pendidikan mengenai kesamarataan gender kepada pegawai-pegawai kehakiman, pihak polis, mereka yang terlibat dalam bidang perundangan, kakitangan jabatan agama, dan pihak berkuasa negeri agar hak-hak golongan transgender dan wanita yang menjalinkan hubungan sejenis dapat dipelihara. • Membatalkan kesemua jenis undang-undang yang menghukum perbezaan orientasi seksual, identiti gender, identiti ekspresi; mengiktiraf hak-hak LGBT sebagai hak-hak asasi manusia; dan menyerapkan nilai-nilai yang dipegang dibawah Prinsip-prinsip Yogyakarta dalam sistem perundangan, dasar, dan amalan-amalan negara: – Membatalkan peruntukan Kanun Keseksaan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang menghukum mereka yang terbabit dalam hubungan sejenis. – Membatalkan Seksyen 21 bagi Akta Kesalahan Kecil 1995 yang digunakan untuk mengawal seksualiti kaum wanita dan golongan trans. – Membatalkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang menghukum “cross-dressing” untuk tujuan tidak bermoral sebagai satu bentuk jenayah, yang digunakan sebagai alasan untuk menahan dan mengganggu golongan trans. • Mewujudkan undang-undang kesamarataan gender, yang turut memuatkan peruntukan bagi mewujudkan satu suruhanjaya yang mampu menasihati kerajaan, mendengar aduan, dan menyampaikan keputusan dan panduan berkaitan urusan kesamarataan gender. • Mewujudkan struktur, institusi, dan mekanisme yang mampu memupuk pendidikan hakhak asasi yang lebih efektif kepada masyarakat. Setiap rakyat juga perlu dididik mengenai peruntukan perlembagaan berkaitan hak-hak asasi. Nilai-nilai yang dipegang dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Antarabangsa dan Prinsip-prinsip Yogyakarta turut perlu diserapkan kepada semua individu. Langkah-langkah berikut juga boleh diambil untuk: – Memastikan pendidikan di sekolah tidak bersifat prejudis, adil, dan saksama. Guruguru bertanggungjawab bagi memastikan gadis-gadis yang hamil tidak didiskriminasi. Ibu bapa juga turut perlu digalakkan untuk membincangkan isu berkaitan seks secara terbuka dengan anak-anak mereka dengan menggunakan pendekatan yang tidak bersifat prejudis. – Membangunkan perkhidmatan awam yang mampu menimbulkan kesedaran umum mengenai hak-hak golongan LGBT. Kesedaran ini perlu disebarkan oleh pihak kerajaan dan swasta secara serentak bagi menghapuskan kesemua unsur-unsur pandangan stereotaip. • Institusi pendidikan tidak seharusnya menghukum pelajar yang gagal untuk memenuhi stereotaip gender tertentu. Sekolah dan universiti seharusnya memupuk kesedaran mengenai hak-hak asasi manusia yang berbeza dari aspek orientasi seksual dan identiti gender. • Mewujudkan dialog berterusan dan program kesedaran yang mampu meningkatkan pengetahuan dan tahap sensitiviti pertubuhan-pertubuhan agama, badan-badan kerajaan, media, dan institusi-instituti berkaitan berkenaan dengan perbezaan orientasi seksual dan identiti gender. • Mengambil tindakan ke atas institusi yang menggalakkan diskriminasi, keganasan, dan dakwaan ke atas golongan minoriti atas dasar identiti gender, ekspresi gender, ataupun orientasi seksual. • Membubarkan institusi negara ataupun inisiatif yang dibuat bagi mengawasi dan mengawal kehidupan dan perbuatan seks yang dipersetujui antara individu-individu dewasa di negara ini. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 269 270 • Mengiktiraf bahawa golongan transgender turut mempunyai identiti yang sah dari sudut undang-undang dengan mewujudkan dasar ataupun persekitaran yang mampu membantu mereka berkembang dari aspek sosio-ekonomi. • Menjalankan kajian menyeluruh bagi menilai keperluan istimewa golongan transpeople dalam mendapatkan rundingan dan konsultasi. Hak-hak mereka berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan pekerjaan seharusnya dilindungi. • Mengiktiraf golongan transpeople sebagai sebahagian daripada masyarakat. Memperluaskan konsep gender dalam sistem pendaftaran negara dengan mewujudkan kategori seperti transman, transwoman, dan non-gender. • Menyediakan fasiliti mencukupi kepada golongan transpeople (fasiliti khas kepada golongan transwomen dan transmen) di hospital dan penjara, tandas awam di agensi-agensi kerajaan, dan juga tempat-tempat awam dan swasta. • Memastikan pegawai kesihatan yang bertugas sentiasa bersedia untuk mengenalpasti keperluan kesihatan golongan transpeople tanpa rasa takut atau terkejut. • Menggalakkan dan membantu golongan transgender untuk terbabit dalam dunia politik. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW GAMBAR-GAMBAR 273 Gambar 1 Gerabak tengah bagi setiap keretapi komuter tiga gerabak di Lembah Klang telah dikhususkan untuk wanita sahaja. (gambar diambil oleh Sarah Thwaites) Gambar 2 Petikan surat khabar: “Pemilik salon didenda kerana membenarkan pekerja memakai blaus ‘tidak sopan’”, The Star, 13 Mac 2011. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 274 Gambar 3 Poster asal bagi salah satu acara yang berlangsung ketika Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2011. Perhatikan logo wanita yang ada di bahagian hujung atas kiri poster (poster ini dikeluarkan semula dengan kebenaran dari Kakiseni). Gambar 4 Poster bagi salah satu acara yang berlangsung ketika Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2011. Perhatikan logo di bahagian hujung atas kiri poster yang telah menggantikan logo asal. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyatakan rasa tidak bersetuju mereka ke atas penggunaan logo asal dan meminta perubahan dibuat segera (poster dikeluarkan semula dengan kebenaran dari Kakiseni). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 275 Gambar 5 Petikan gambar bagi sebuah artikel berita, China Press (2 Jun 2011) yang menggambarkan bagaimana wanita telah ditanda dengan simbol “tick” ataupun “pangkah” ketika serbuan polis dilakukan di sebuah pusat hiburan tempatan (http://www.chinapress.com.my/node/221873). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 276 Gambar 6 Artikel mengenai BERSIH 2.0 dalam The Economist (“Political affray in Malaysia: taken to the cleaners”, The Economist, July 16-22, 2011, hlm. 30). Perhatikan bahawa kerajaan Malaysia telahpun menapis artikel ini bagi setiap versi cetakan yang dibuat di Malaysia. Artikel penuh boleh didapati di: http://www.economist.com/node/18959359. • “… seorang lelaki telah meninggal dunia setelah diserang sakit jantung.” • “perarakan ini sendiri telahpun diharamkan, walaupun pihak berkuasa telah menawarkan pihak penganjur sebuah stadium untuk melakukan perhimpunan – sebelum menarik balik tawaran tersebut.” • “Taktik keras polis telah mencetuskan rasa kemarahan ramai pihak; kerajaan telahpun mengakui bahawa mereka telahpun menjalankan satu penyiasatan mengenai keganasan polis. Sebagai contoh (seperti yang dirakam dalam sebuah video), pihak polis dilihat sedang menembak gas pemedih mata dan air dari meriam ke sebuah hospital yang dijadikan tempat berlindung para penunjuk perasaan yang melarikan diri daripada serangan baton polis.” Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 277 Gambar 7 Kulit depan bagi buku kanak-kanak mengenai sistem reproduksi manusia yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia, yang pertama kali dicetak sekitar 30 tahun lepas (gambar disiarkan semula dengan kebenaran dari Malaysiakini). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 278 Gambar 8 Kulit depan bagi Buku Peraturan Disiplin pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 279 Gambar 9 Halaman bagi Buku Peraturan Disiplin bagi pelajar sekolah di Kuala Lumpur yang menunjukkan senarai hukuman yang mungkin dikenakan kepada mereka yang melakukan kegiatan homoseksual ataupun mengalami “kekeliruan gender.” (rujuk B16). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 280 Gambar 10 Logo bagi Seksualiti Merdeka 2011 (gambar disiarkan semula dengan kebenaran daripada Seksualiti Merdeka, www.seksualitimerdeka.org). Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW GLOSSARI 282 ACWC Suruhanjaya ASEAN mengenai Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-kanak (ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children) AICHR Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights) AKRT Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 ASEAN Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations) Biseksual Seseorang individu yang tertarik kepada kedua-dua kaum lelaki dan perempuan. Cadangan Umum Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa CEDAW yang menghuraikan peruntukan-peruntukan dalam Konvensyen CEDAW dengan lebih lanjut. (General Recommendation) CEDAW Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women) Ekspresi gender Merujuk kepada penzahiran gender seseorang individu secara luarannya, biasanya diluahkan melalui pemakaian, penampilan, perbuatan, corak ucapan dan perbuatan “maskulin”, “feminine” atau campurannya. Ekspresi gender tidak semestinya boleh digunakan untuk mengenalpasti oritentasi seksual seseorang individu.752 Fatwa Satu panduan perundangan Islam yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa urusan agama. FGM Female genital mutilation, turut digelar amalan berkhatan untuk wanita. Gay Seseorang yang tertarik dengan individu yang sama jantina dengannya. Identiti gender Perasaan dalaman ataupun pengalaman seseorang individu dalam menghayati gendernya, yang mana mungkin selari atau tidak selari dengan jantina yang dimilikinya ketika lahir, termasuklah berkaitan dengan penerimaan tubuhnya sendiri (yang mana melibatkan perubahan penampilan tubuh ataupun fungsinya, dengan cara perubatan, pembedahan, ataupun cara-cara lain) dan ekspresi gender lain melalui pemakaian, kata-kata, ataupun perbuatannya.753 JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jawatankuasa CEDAW Jawatankuasa berkaitan Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW Committee) Komen Penutup Pemerhatian dan cadangan yang diberikan oleh Jawatankuasa CEDAW kepada negara-negara yang dinilai olehnya untuk menambahbaikkan situasi wanita di negara-negara tersebut. (Concluding Comments) KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat LGBTIQ Lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks, dan queer MoU Memorandum kesefahaman _____________________ 752 Pesuruhjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian, “Equal and Indivisible: Crafting Inclusive Shadow Reports for CEDAW”, hlm. 39. 753 http://www.yogyakartaprinciples.org/principles_en.pdf Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW Negara Anggota CEDAW Negara yang telah meratifikasikan Konvensyen CEDAW. (State Party) NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan Orientasi seksual Kecenderungan seseorang individu untuk berasa tertarik secara emosi ataupun seksual kepada seorang individu lain yang mungkin sama ataupun berbeza gender ataupun kedua-duanya sekali bagi menjalinkan hubungan intim dan seks.754 PBB Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) Pengkid Seseorang yang merasakan dirinya antara seorang yang lahir sebagai wanita yang berperangai seperti lelaki, dan seorang transman. Sesetengah pengkid telah mengenalpasti diri mereka sebagai lelaki dan sering kali mempunyai nama yang gender neutral. Mereka juga sering memakai pakaian yang sering dianggap sebagai pakaian lelaki. Ada yang membedung dada mereka dan hidup seperti lelaki. Istilah ini telah digunakan secara meluas oleh komuniti Melayu di Malaysia. PR Penduduk tetap RELA Ikatan Relawan Rakyat Malaysia – sebuah unit yang bersifat separa askar yang ditubuhkan pada tahun 1972. SOGI Orientasi seksual dan identiti gender SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Syariah Di setiap negeri di Malaysia, terdapat undang-undang jenayah Syariah sebagaimana adanya undang-undang keluarga Islam. Undang-undang ini hanya boleh dilaksanakan ke atas mereka yang beragama Islam. Transeksual Seorang individu yang mempunyai identiti gender yang berbeza dengan jantina yang dimiliki mereka ketika dilahirkan. Golongan ini sering mempunyai hasrat untuk mengubah ataupun sudah mengubah tubuh badan mereka melalui pengambilan hormon ataupun pembedahan.755 Transgender Satu istilah umum yang digunakan bagi mengkategorikan golongan yang mempunyai identiti atau ekpresi gender yang dianggap berbeza daripada jantina mereka ketika dilahirkan. Golongan transpeople mungkin heteroseksual, lesbian, gay ataupun biseksual.756 Transman Seorang transgender yang mempunyai keinginan untuk mengubah dirinya daripada seorang perempuan ke seorang lelaki, walaupun sudah ataupun belum menjalani pembedahan jantina. Transwoman Seorang transgender yang mempunyai keinginan untuk mengubah dirinya daripada seorang lelaki ke seorang perempuan, walaupun sudah ataupun belum menjalani pembedahan jantina. Seringkali dipanggil sebagai Mak Nyah di Malaysia. UPR Penilaian Penggalan Sejagat – sejenis bentuk semakan bagi rekod berkaitan hak-hak asasi manusia oleh Negara-negara Anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tempoh empat tahun. _____________________ 754 http://www.yogyakartaprinciples.org/principles_en.pdf 755 Pesuruhjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian, “Equal and Indivisible: Crafting Inclusive Shadow Reports for CEDAW”, hlm. 40. 756 Pesuruhjaya Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia Gay dan Lesbian, “Equal and Indivisible: Crafting Inclusive Shadow Reports for CEDAW”, hlm. 40. Laporan Alternatif NGO Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan CEDAW 283