AMIN Iktiraf DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

Transcription

AMIN Iktiraf DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil: 36 RABU, 16 MEI 2007
BH PILIH L1 16 emel
10
11
PPSB
Pemangkin
Sastera
Berkualiti
CD-ROM
Memperkaya
Khazanah
Bahasa Melayu
BUKU BAHARU DALAM PASARAN
AMIN Iktiraf DBP
Oleh Norazlinda Misran
K
ejayaan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) meraih
tiga Anugerah Media Islam
Negara (AMIN) 2006 yang berlangsung pada 20 April lalu, membuktikan DBP terus cemerlang dalam
menghasilkan karya bermutu.
DBP diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Penerbit Buku
Terbaik menerusi buku Masyarakat
Islam Hadhari, Satu Tinjauan
Epistemologi dan Kependidikan ke
Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa.
Buku yang ditulis oleh Wan Mohd.
Nor Wan Daud ini diterbitkan oleh
DBP pada tahun 2006.
Buku ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam di negara
ini agar sama-sama bersatu tanpa
mengira aliran atau fahaman politik, terutama ketika agama Islam
dan umatnya di seluruh dunia kini
sedang menghadapi gelombang
penghinaan dan penindasan.
Anugerah Penulis Buku Terbaik
pula dimenangi oleh Tuan Haji
Wan Abdul Halim Wan Harun,
melalui karyanya Pengurusan dan
Pembahagian Harta Pusaka, yang
diterbitkan oleh DBP pada tahun
2006.
Buku beliau mengupas persoalan siapakah yang berhak mendapat pusaka dan bahagian masingmasing serta cara menyelesaikan
pertelingkahan yang berbangkit.
Melalui pengalaman beliau selama 25 tahun sebagai Pegawai
Pembahagian Harta Pusaka dan
melalui penganjuran ceramah mengenai hukum faraid, beliau berjaya menghuraikan dengan tuntas
tentang keunikan ilmu faraid yang
meliputi, kaedah pengiraan, kes
munasakhat (pemindahan pewaris
kepada waris yang lain) dan
takharuj (penolakan atau penyerahan hak yang berlaku dalam amalan pembahagian pusaka).
Kini, buku tersebut menjadi rujuk­
an kadi dan hakim mahkamah
Syariah dalam mengeluarkan sijil
faraid dan pembahagian harta
pusaka.
Keistimewaan buku ini yang tidak
terdapat dalam buku-buku faraid
yang lain, menyebabkannya diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama
Islam Malaysia (JAKIM) untuk
menerima Anugerah Media Islam
Negara (AMIN) 2006 bagi Kategori
Penulis Buku Terbaik.
Santun
Berbahasa
Pengarang: Awang Sariyan
Harga: RM10.00
(kulit lembut)
RM15.00 (kulit keras)
Kaligrafi Islam menghiasi trofi AMIN.
DUA buah buku DBP yang mendapat pengiktirafan AMIN.
AMIN yang julung kali
dianjurkan oleh JAKIM
dengan kerjasama
Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
ialah satu bentuk
penghargaan Kerajaan
Malaysia kepada
pengamal media yang
telah memberikan
sumbangan cemerlang
dalam memartabatkan
Islam sebagai
penggerak kemajuan
ummah dan negara"
YB Datuk Dr. Abdullah Md Zin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Di samping itu, Radio Citra
Sastera-Citra DBP Bahasa Jiwa
Bangsa yang disiarkan melalui
Klasik Nasional berjaya membawa
pulang Anugerah Penerbitan
Majalah Berunsur Islam Radio
Terbaik. Anugerah diterima oleh
penyampai Radio Citra SasteraCitra DBP, Encik Azimin Daud.
Ketiga-tiga kategori melayakkan
pemenangnya menerima wang
tunai berjumlah RM8,000 trofi dan
sijil bagi setiap kategori.
"AMIN yang julung kali dianjur-
Ragam bahasa rasmi hendaklah mematuhi peraturan bahasa dari sudut linguistik,
sosiolinguistik dan pragmatik, iaitu bahasa yang digunakan hendaklah bahasa
yang sempurna binaan
kata dan ayatnya, tersusun
wacananya dan ditulis berdasarkan sistem tulisan yang
betul.
Buku yang diterbitkan
dalam Siri Kesantunan Bahasa
ini antara lain menerangkan
sistem sapaan, termasuk
pang­gilan hormat. Buku ini
amat sesuai dijadikan rujukan oleh semua golongan
masyarakat, terutama penjawat awam mahupun swasta.
PEMBERITAHUAN
IKTIRAF: (Dari kiri) Azimin Daud, Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun dan Mohd
Salahuddin Mohammad, mewakili DBP bagi Anugerah Penerbit Buku Terbaik.
kan oleh JAKIM de­ngan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan merupakan satu
bentuk penghargaan Kerajaan
Malaysia kepada pengamal media
yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak
kemajuan ummah dan negara".
Demikian dinyatakan oleh
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, YB Datuk Dr. Abdullah
Md Zin, pada majlis tersebut di
Kuala Lumpur.
MUNSYI
Selamat Hari Ibu dan
Selamat Hari Guru.
Sungguh besar jasa dan
pengorbanan mereka.
Galeri Ilmu Koperasi DBP yang
terletak di aras bawah Menara
DBP kini menjual Dewan Eja
Pro, penyemak ejaan bahasa
Melayu yang berkemampuan tinggi de­ngan harga
RM250.00. Diskaun istimewa
akan diberikan kepada setiap
pengunjung.
Waktu urus niaga
Isnin hingga Jumaat
7.30 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu, Hari Kelepasan Am
9.00 pagi hingga 3.00 petang
Pertanyaan
Sila hubungi 03-2143
3504/3505 atau faks 03-2148
7887.