Menarik Di Dalam Menarik Di Dalam
Transcription
Menarik Di Dalam Menarik Di Dalam
BIL 150/JUL 2006 Menarik Di Dalam Program AW lengkapi kemahiran Interpersonal Pegawai LHDN MS 37 Tingkatkan jati diri warga KAD MS 4 Khamisah terima kunci rumah baru Tugu Negara Lambang Perjuangan Perwira Tanah Air MS 19 Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2006 MS 53 Tingkatkan lagi AW — Dato’ Seri Abdullah MS 7 Skn C 2 Peninjau Penyelamat Tentera Gurkha MS 34 Kol Yang di-Pertua perihatin dengan kebajikan RAJD MS 9 Kejohanan Olahraga TD 2006 TIM EDITORIAL MS 80 PENAUNG: Jen Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal KETUA PENGARANG: Brig Jen Dahari Hj Hussin PENGARANG: Lt Kol Hj Mohd Sani Hj Royan, Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad EDITOR: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir WARTAWAN/JURUFOTO: Kapt Aishah Ismail, Lt M Noraishah Samsudin, PW 2 Mat Zaini Hj Abd Ghani, Sjn Syuhaimi Saad, Sjn Mohamad Solor Ismon, Pbt Saiful Fazley Rusli, Pbt Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Mohd Khalifah Mohamad Yusof GRAFIK: Sjn Mohd Zuki Jusoh, Kpl Suziana Selimin, Pbt Abdul Rahman Mohamad, Pbt Suhaimi Idris PENGURUSAN: SSjn Aziz Deroah, Sjn Kamarulzaman Ariffin, Pbt Abu Talib Abu Bakar KORESPONDEN - SABAH/SARAWAK: Kapt Amin Nurasyid Ayub, Kapt Zuhairi Limat, PW 2 Abdul Aziz Hj Marzuchie, SSjn Zulkapli Alias, Sjn Roslan Maalik, Kpl Mazeli Maseri, Kpl Naincy Samudi, Pbt Safran Isnin PERAK/PULAU PINANG/KEDAH/PERLIS: Mej Burhanuddin Abdul Jalal, Kapt Mahiszan Pilus, Kapt Khairuddin Ismail, Kapt Abdul Halim Abu Bakar, Lt Ahmad Fauzi Ismail, PW 2 Shaharudin Osman, SSjn Sham Jolen, Sjn Yazid Che Ani, Kpl Maslim Ghazali, LKpl Anuar Mokhtar, LKpl Hafidzul Mohd Zulkifli dan Pbt Zakaria Ahmad NEGERI SEMBILAN/MELAKA/JOHOR: Mej Kamaruddin Kassim, Kapt Suria Sulaiman, Kapt Zamzulamry Muhamad, Sjn Mazizi Abd Rahman, Sjn Adnan Ibrahim, Kpl Hilmi Abd Rahman, Kpl Suryazu Mohamad, LKpl Mohd Hazran Mat Rani, LKpl Taha Mohd Taib, LKpl Rosley Yusof, Pbt Norita Aamit PAHANG/TERENGGANU/ KELANTAN: Kapt Mohd Zukri Hashim, Lt Mungah @ Mohd Azzlan Tamat, SSjn Mat Zaid Che Muda, SSjn Syed Abd Kadir Syed Mohamad, Sjn Mohd Zamri Mustapha, LKpl Abdul Rahman Ismail KUALA LUMPUR: Mej Murtadza Hj Noordin, Kapt Noor Ain Sulaiman, SSjn Wan Norhayati Wan Deraman, Sjn Badri Mustafa, Sjn Norashikin Mohd Bujang, Sjn Mohd Hisham Ismail, Sjn Syukri Malek, Kpl Muzaini Mohamed, Kpl Rosli Awang, Kpl Saiful Nizam Abdullah, Kpl Razali Tasmin, LKpl Fadzli Jab dan Zainudin Zainal BTDM mengalu-alukan artikel, idea, dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan ditandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada: Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau www.btdm.net, FAKS: 03-26985536 / 03-26923195 Tel: 03-20713486 2 BIL 150/JUL 2006 31 JULAI – SAMBUTAN HARI PAHLAWAN S etelah 49 tahun negara mencapai kemerdekaan, bangsa Malaysia sudah berjaya berada pada satu kedudukan yang setaraf dengan bangsa yang lain yang dianggap membangun di dunia. Keupayaan ini bukanlah satu pencapaian tanpa perancangan. Sebaliknya kemampuan rakyat mengharungi pelbagai keperitan dan kepayahan untuk berada di puncak kegemilangan seperti yang dinikmati pada hari ini adalah hasil perjuangan para pahlawan-pahlawan negara. Dalam menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun, setiap dari kita perlu bersyukur kerana masih diberi kesempatan serta peluang untuk mengingati dan menghayati semangat yang telah diperjuangkan oleh para pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa dalam dunia menghadapi era globalisasi, semangat kepahlawanan masih relevan dan diperlukan, apatah lagi dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mendatang serta merealisasikan pembentukan bangsa yang semangat cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejak Merdeka, rakyat di negara ini hidup bersatu padu, rukun dan damai. Terlalu banyak peristiwa telah dilalui bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara yang merdeka. Hari Pahlawan pada 31 Julai adalah masa untuk kita mengenang kembali pengorbanan setiap anggota keselamatan, para pahlawan yang telah rela mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kemerdekaan negara. Bangsa yang mulia dan bermaruah adalah bangsa yang menghormati jasa para pahlawannya, maka perhatian dan penghormatan kepada para pahlawan akan terus menjadi tradisi yang hidup dan berterusan. Secara psikologinya, pengorbanan para pahlawan memberi contoh tauladan kepada kita yang masih hidup. Mereka memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan, rela mempertaruhkan jiwa dan raga demi merealisasikan cita-cita bangsa. Mereka juga sanggup mengorbankan kesenangan hidup demi membela kehormatan serta maruah bangsa dan negara. Intipati kepada semangat ini adalah berkorban untuk kepentingan orang lain, sesama saudara sebangsa dan juga setanah air, meletakkan kepentingan bangsa dan negara yang melebihi kepentingan diri sendiri. Generasi muda dewasa ini perlu memiliki semangat para pahlawan untuk membangun bangsa.Setiap daripada rakyat Malaysia perlu ada dalam dadanya semangat perjuang. Kita bukanlah bangsa yang dengan mudahnya menerima kemerdekaan, sebaliknya harus bekerja keras untuk mempertahankan kemerdekaan itu. Semangat juang yang kental serta keikhlasan seperti inilah amat diperlukan untuk kita mempertahankan bumi yang merdeka. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai anak bangsa untuk mempertahankan ibu pertiwi. Sebagai generasi yang membesar di dalam kesenangan, kemungkinan kita tidak dapat merasa sendiri kesusahan para anggota yang terdahulu, mungkin juga kita tidak berpeluang merasainya, melainkan jika kita lalai sehinggakan negara kita dijajah semula. Kebebasan itu amat tinggi nilainya dan kita akan hanya terasa nilainya apabila ianya telah hilang’ itulah yang pernah dikatan oleh seorang negarawan Vietnam, Ho Chih Min. Pengorbanan para pahlawan mempertahankan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari ingatan kita. Sebagai teras utama petahanan negara, kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun. Pembangunan pesat negara adalah sebahagian dari buah kemerdekaan. Begitu juga perjuangan dan curahan bakti sebagai anggota tentera. Ianya adalah sesuatu yang berterusan. Setiap daripada anggota tentera perlu beriltizam untuk membentuk keperibadian serta akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti. Ini amatlah perlu untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Tentera Darat (TD) mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta dan bersiap sedia untuk menggalas cabaran tersebut agar dapat berperanan dengan lebih berkesan. Ia juga akan memperlihatkan kemampuan TD sebagai sebuah ketumbukan yang decisive dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi. Di kesempatan ini Sidang Pengarang BTDM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada semua pembaca. Selaras dengan tema perkhidmatan kita iaitu ‘Tentera dan rakyat bersama’, marilah juga kita samasama merealisasikan amanah dan tanggungjawab kita kepada rakyat, dan sentiasa bersedia sebagai sebuah angkatan yang efisien dan efektif, mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa tercinta. SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2006 Ketua Pengarang “Mereka memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan, rela mempertaruhkan jiwa dan raga demi merealisasikan cita-cita bangsa...” 3 Bersama Pemimpin BIL 150/JUL 2006 Tingkatkan jati diri warga KAD - Sultan Mizan Oleh: PR 4 KAD KUCHING: Yang di-Pertua Kor Armor Diraja (KAD) Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktaffibillah Shah menzahirkan peringatan kepada warga rejimen tentang senario keselamatan serantau yang memperlihatkan pelbagai cabaran yang kompleks. Isu- isu seperti serangan pengganas (terrorism) dan tuntutan wilayah bertindih dengan negara-negara jiran, merupakan antara cabaran global yang mampu menganggu gugat kestabilan serta keamanan serantau yang mesti ditangani sebaik mungkin . Baginda berharap agar warga tentera di negeri ini akan sentiasa mempamerkan keupayaan untuk bertindak dan mempertingkatkan jati diri bagi memupuk semangat juang dan daya saing yang kental dalam memikul amanah sebagai benteng pertahanan negara Baginda turut mengingatkan betapa kelengkapan yang serba canggih tidak akan menjanjikan kejayaan dalam sesebuah peperangan sekiranya keupayaan serta aset yang dimiliki tidak diselaraskan dengan pembangunan teknologi pertahanan itu sendiri . Baginda bertitah semasa lawatan ke Rejimen 4 KAD baru-baru ini. Sempena dengan lawatan tersebut satu perbarisan yang membabitkan penyertaan 20 pegawai dan 273 anggota Lain-lain Pangkat termasuk 23 buah kenderaan perisai jenis CONDOR dan SIBMAS. GEMAS: Kolonel Yang di-Pertua Rejimen Artileri Diraja (RAD) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra berharap warga artileri menjadi sebuah rejimen yang gemilang dan terbilang dengan persenjataan, peralatan dan teknologi terkini masa kini. “Adalah diharapkan agar warga RAD dapat mempamerkan mutu kerja yang profesional. Setiap warga artileri perlu bersedia untuk menerima perubahan dan berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memahirkan diri dalam mengendalikan peralatan canggih ini. Pembangunan dan pemodenan rejimen artileri masa kini haruslah seiring dan selaras dengan tahap keupayaan warga artileri,” baginda bertitah ketika mengadakan lawatan ke Rejimen 51 RAD pada 6 Jun lalu. Baginda berharap perkembangan pesat RAD ketika ini akan terus diberi perhatian oleh pucuk pimpinan Tentera Darat (TD) ke arah menjadikan RAD sebuah pasukan bantuan tempur yang moden dan dinamik. Baginda juga mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan TD yang memberi sokongan dan kepercayaan terhadap pembangunan RAD tidak lupa juga kepada pemimpinpemimpin dan bekas pemimpin RAD. 4 LAWATAN...Pengerusi KAD dan Panglima 1 Div menyambut ketibaan Kol Yang di-Pertua KAD, Sultan Mizan Pamer mutu kerja profesional - Kol YDP RAD PENGHORMATAN...Kol YDP sedang memeriksa perbarisan warga RAD Dalam pada itu, Baginda berpesan kepada semua warga artileri agar sentiasa menjaga tingkah laku dan keperibadian sebagai seorang anggota tentera, elakkanlah dari melakukan perkaraperkara yang akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap tanggungjawab dan amanah sebagai seorang anggota tentera. Kegiatan sosial yang tidak sihat, aktiviti jenayah dan pencemaran moral perlulah dibendung daripada berleluasa agar tidak mencemarkan nama baik RAD. Keberangkatan DYMM Al-Sultan Kelantan bersama-sama dengan DYMM Raja Perempuan Kelantan,Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid serta Paduka Anakanda ke rejimen ini mulai 6 hingga 7 Jun lalu. Lawatan baginda ke unit-unit RAD ini merupakan aktiviti rasmi yang telah dirancang setiap dua tahun sekali. Sementara itu pada 7 Jun, Baginda turut menyaksikan Impak Tembakan di sasaran dan seterusnya ke tapak Permerhati 3 untuk demonstrasi tembakan senjata Automatic Grenate Launcher. Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen Dato’ Wan Abu Bakar Omar dan Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Mokhtar Perman.— Pbt Suhaimi Idris Bersama Pemimpin BIL 150/JUL 2006 Kol YYang ang di-Per tua K OD di-Pertua KOD saksikan demontrasi kuasa tembakan TD Oleh: Kpl Suziana Selimin Foto: Sjn Mohamad Solor Hj Ismon GEMAS: Sempena lawatan Kol yang di-Pertua Kor Ordnans Diraja (KOD), Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ke 94 Depot Pangkalan Peluru pada 6 Jul lalu, baginda turut mencemar Duli menyaksikan demonstrasi kuasa tembakan Tentera Darat bersama dengan penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bertempat di lapang sasar OP 3 dan OP 3 A. Dalam segmen pertama demonstrasi, baginda dipertontonkan dengan kehebatan kuasa tembakan senjata kompeni infantri, senjata bantuan batalion, kenderaan tempur infantri mekanis, kenderaan armor dan senjata serta peralatan artileri seperti Astros. Seterusnya baginda dibawa melihat pameran statik kenderaankenderaan tempur aset TD pada masa kini. Pada segmen kedua, pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu F-18 dan MIG-29 N melakukan demonstrasi dengan melepaskan tembakan ke sasaran 4. Diikuti pula oleh tembakan dari mortar 81 mm, meriam 105 mm L5 pack Howitzer, meriam 155 mm G5 Mk III dan MRLS. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ismail Hj Jamaluddin, Panglima 2 Divisyen (Div), Mej Jen Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zulkifeli Mohd Zin, Komander Artileri Divisyen, Brig Jen Dato’ Rohisha Yahaya, pegawaipegawai kanan TD dan warga KOD. PALAPES pendokong pembangunan dan ketahanan negara - Raja Nazrin GENERASI BERILMU...Raja Nazrin menyampaikan watikah perlantikan Pegawai PALAPES KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) merupakan pendokong utama bagi menyediakan generasi baru yang lebih komited dengan pembangunan dan ketahanan negara dalam menghadapi cabaran negara maju, persiapan minda dan fizikal harus diutamakan untuk mendokong amanah menjaga keamanan negara. “Tugas mempertahan kedaulatan negara tidak harus diletakkan di bahu anggota tetap semata-mata tetapi juga tugas semua lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan agama, rakyat juga harus mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa di dalam dan luar negara bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak digugat oleh sebarang anasir,” jelas Baginda. “Anggota-anggota PALAPES haruslah aktif dalam bidang ketenteraan dengan menyertai pasukan simpanan tentera selepas menamatkan pengajian di universiti, ini kerana negara perlu melahirkan ramai pegawai tentera berpendidikan serta mempunyai kepakaran,” titah baginda semasa Istiadat Perbarisan Pentauliahan PALAPES Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-25 di Universiti Malaya pada 17 lalu. Pada istidat itu, sebanyak 876 pegawai kadet dari sembilan buah universiti menerima tauliah masing-masing. Baginda turut berkenan mengurniakan pedang kehormat kepada14 Pegawai Kadet Terbaik dari semua universiti.— Sjn Mohd Zuki Jusoh Pelancaran Latihan Sukarela 2006 PERLIS: Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW), Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail melancarkan Latihan Sukarela Tahun 2006 yang diadakan pada 23 April lalu bertempat di Padang Kawad Rejimen 504 AW. Program Pelancaran Latihan meliputi acara perbarisan, pemakaian pangkat kepada anggota, Pameran Kerjaya Awam, Pameran Statik Peralatan Ketenteraan, Pertunjukan Brass Band 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Demonstrasi Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia, Demonstrasi Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pertunjukan Poco-Poco Rejimen 504 AW. Pameran Kerjaya Awam disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, PDRM, JPA 3, Hospital Tuanku Fauziah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Manakala pasukan-pasukan yang terlibat dalam Pameran Statik Peralatan Ketenteraan adalah 6 Skn Rejimen Askar Jurutera Diraja, 3 Kor Armor Diraja, 3 Rejimen Artileri Diraja, 4 RRD, Pasukan Udara Tentera Darat dan 8 RRD (Para).—Lt M Nazariah Gumri, foto; Kpl Mat Fauzi Yahaya 5 Bersama Pemimpin BIL 150/JUL 2006 Tuanku Ja’afar melawat 71 RSD Oleh: Sjn Mohd Zuki Jusoh SUNGAI BESI: Kolonel Yang di-Pertua Rejimen Semboyan Diraja, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman diiringi oleh Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana berkenan mencemar duli untuk melakukan lawatan ke 71 RSD pada 6 Jul lalu. Lawatan ini merupakan lawatan julung kali baginda ke pasukan ini dan pastinya akan mencoret sejarah penting kepada RSD amnya dan Tentera Darat khasnya. Ketibaan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan dan memeriksa kawalan kehormatan utama dan seterusnya bergerak ke Sirkit Merempuh Kumpulan Kombat Institut Komunikasi TD untuk melihat Demotrasi Keupayaan Komunikasi Operasi 71 RSD seperti Comms Shelter Tels Repair, Comms Shelter Battery Charging, Comms Shelter Cripto, Comms Shelter Communication Center, Comms Shelter Signals Office, Detasman Radio dan Detasman Relay Manakala demotrasi seterusnya Detasman Armour Commfits LAWATAN DIRAJA...Tuanku Ja’far bersama Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana mendengar penerangan berkenaan peralatan yang digunakan RSD Para Kenderaan Adnan oleh 4 Skn RSD Mekanise, Detesman Rejimen Perhubungan Strategik dan Demonstrasi Detesman Radio Relay, Detesman Radio dan Khidmat Hantaran Semboyan oleh 71 RSD dan 21 SSD. Di akhir lawatan, majlis jamuan makan tengah hari warga 71 RSD bersama Tuanku Ja’afar dan seterusnya Pegawai Memerintah, Lt Kol Ahmad Hadiatullah Hj Ridzuan menyampaikan cenderamata kepada Kol Yang di-Pertua. Tuanku Ja’afar menembak Novelti 4 Penjuru SEREMBAN: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar mencemar duli berkenan merasmikan acara Menembak Novelti 4 Penjuru di Lapang Sasar Galla Mantin pada 8 Apr lalu. Acara menembak tersebut dikoordinasikan oleh Rejimen Semboyan Diraja. DYMM Tunku Ja’afar dan DYMM Tunku Ampuan disambut oleh Tunku Laksamana dan Tunku Puan Muda, bersama-sama Panglima 1 Bgd dan Ketua Pegawai Semboyan (KPS). Pertandingan menembak kali ke-2 ini telah disertai oleh empat Tim iaitu Tim DYMM Tunku, Tim YAM Tunku Laksamana, Tim Ketua Pegawai Semboyan dan Tim Panglima 1 Bgd manakala Tim Wanita dari Tim Tunku Ampuan, Tim YM Tunku Puan Muda, Tim Isteri KPS dan Tim Isteri Panglima 1 Bgd. SASARAN...Tuanku Ja’afar menyertai menembak acara jatuh piring Selencer Rifle HK 9 mm Acara menembak pelarasan telah bermula pada jam 0930 pagi. Acara yang dipertandingan ialah acara Pistol lelaki, Acara Rifle .22 Wanita dan Acara Rifle HK 9 mm Silencer Lelaki dan Wanita. Acara Menembak Novelti Pistol Jatuh Piring Lelaki dan Pistol Pigeon Hole Berpasukan, Johan dimenangi oleh Tim KPS. Bagi acara jatuh piring Selencer Rifle HK 9 mm Berpasukan telah dimenangi oleh Tim DYMM Tunku dan Acara Rifle HK 9 mm Pigeon Hole Berpasukan Wanita johan dimenangi Tim DYMM Tunku Ampuan. Acara menembak Novelty berakhir dengan acara menembak Silencer dan Tim DYMM Tunku dan Tim DYMM Tunku Ampuan Acara tersebut dimenangi Tim DYMM Tunku. Pertandingan Menembak Novelty diakhiri dengan Majlis Santapan Tengah Hari Diraja bersama. Upacara dan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Menembak Novelti disampaikan oleh DYMM Tunku dan DYMM Tunku Ampuan kepada pemenangpemenang setelah selesainya Majlis Santapan Diraja.––Kapt Mohd Faizal Yahya, foto; Sjn Razali Nor SEMBAH MENGADAP...Panglima Logistik Tentera Darat yang juga Pengerusi Kor JLJD, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak bersama pegawai-pegawai kanan Kor JLJD sembah mengadap ke atas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap pada 22 Mac lalu. Sembah mengadap ini bertujuan menyampaikan taklimat aktiviti Kor JLJD yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selaku Kolonel Yang di-Pertua Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja. –– Kpl Rosli Awang 6 BIL 150/JUL 2006 Bersama Pemimpin TELITI...Dato’ Seri Abdullah pemeriksan perbarisan semasa lawatan beliau baru-baru ini Tingkatkan lagi promosi AW - Dato’ Seri Abdullah Oleh: Lt M Noraishah Shamsuddin Foto: Sjn Syuhaimi Saad KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru pemerintah atasan supaya mengadakan lebih banyak promosi dalam mempertingkatkan lagi penyertaan masyarakat dalam AW agar menjadi satu organisasi yang boleh dibanggakan oleh semua warganya. “Untuk membina satu pasukan yang kuat memerlukan pengorbanan setiap anggota supaya setiap warga anggota dapat menghadapi cabaran yang datang dalam dunia yang penuh cabaran ini. “Penyertaan lebih ramai ahli masyarakat dalam AW akan dapat menambah kekuatan pasukan dari segi keanggotaan bagi membantu ATM pada masa-masa tertentu dan tidak diduga,”katanya ketika merasmikan Majlis Perlancaran Perdana Kompeni Askar Wataniah Kawasan Parlimen Kepala Batas, Batu Kawan dan Parlimen Nibong Tebal bertempat di Stadium Millenium pada 4 Jun lalu. Tambahnya lagi, dengan penyertaan yang menggalakkan di kalangan masyarakat, maka lebih banyak lagi pasukan AW dapat ditubuhkan sebagai salah satu persediaan untuk meningkatkan kemampuan pertahanan negara dari menghadapi situasi yang tidak dijangka.Pada majlis tersebut juga membuka peluang kepada 15 pegawai dan 300 anggota Lainlain Pangkat (LLP) melibatkan tiga kontinjen yang terdiri daripada anggota sukarela dari kawasan Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Batu Kawan. “Kekukuhan sesuatu pasukan itu adalah datangnya dari kekuatan dan semangat yang tinggi di kalangan anggotanya dan jatuhnya pasukan itu disebabkan tiada persefahaman antara satu sama lain. “Dengan ini, kuasa-kuasa asing lain tidak mudah masuk dengan sewenang-wenangnya, ini berlaku kerana warga AW adalah anggota-anggota yang terdiri dari pelbagai bidang profesion dan saya yakin dengan kemampuan AW ini dapat bersama-sama mengembeling tenaga dalam mempertahankan negara bersama angkatan tetap,” jelasnya. “Latihan-latihan yang dilaksanakan bertujuan memberi gambaran kepada anggota AW betapa pentingnya asas ketenteraan kepada setiap individu supaya semua warga AW dapat bersiap sedia apabila dipanggil kelak bila-bila masa untuk mempertahankan negara, penyertaan warga AW di kalangan srikandi juga amat membanggakan dan diperlukan supaya dapat samasama memberi sumbangan kepada pertahanan negara kerana kita sedia maklum, AW merupakan pendukung kedaulatan negara,” ujarnya. Majlis itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai anggota AW. Pelbagai pertunjukan turut diadakan antaranya pertun-jukan payung terjun oleh 10 Briged Para, Tempur Tanpa Senjata dan pertunjukan pancaragam oleh 2 Rejimen Askar Melayu Diraja. Antara yang hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Masood Zainal Abidin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Amiruddin Mahmud Aladad Khan dan Pegawai-pegawai kanan. AMORS pertingkat kerjasama tentera Asia Pasifik KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu mempertingkatkan kerjasama ketenteraan di rantau Asia Pasifik bagi menjamin keberkesanan menangani semua ancaman dalam isu membabitkan kepentingan bersama dengan berkongsi kepakaran strtegi operasi serta persenjataan. Latihan bersama membabitkan pengunaan senjata dan kelengkapan perang, pengurusan sistem pertahanan secara sistematik turut diberi keutamaan walaupun negara yang kecil tidak banyak peruntukan boleh dikhususkan bagi tujuan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara Asia Pasifik. ERAT PERHUBUNGAN...antara Pegawai Ketenteraan Asia Pasifik semasa simposium AMORS Pendekatan bersama ini memberi banyak manfaat kepada semua negara serantau kerana perkongsian maklumat ketenteraan membolehkan penyelarasan strategi pertahanan dan perisikan lebih mantap. Demikian menurut Timbalan Menteri Pertahanan ketika merasmikan Simposium Operasi Ketenteraan Asia Pasifik Kelapan (AMORS) 2006 di sebuah hotel terkemuka pada 6 Jun lalu. Simposium yang disertai 100 Pegawai Kanan Tentera mewakili 14 negara serantau menghadiri semposium bertemakan Pembangunan Pertahanan Berkesan Menerusi Penyelidikan Operasi. Simposium yang dianjurkan buat pertama kali oleh Kementerian Pertahanan serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bertujuan untuk bertukar pandangan, strategi dan kaedah mengenai hasil penyelidikan operasi ketenteraan di kalangan negara pasifik yang diadakan dua tahun sekali.— Pbt Saiful Fazley Rusli 7 Bersama Pemimpin BIL 150/JUL 2006 Lawatan Kerja PAT ke 4 Bgd Mek KUANTAN: Panglima Angkatan Tentera Laksamana, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor diiringi oleh Panglima Medan Tentera Darat dan Panglima 3 Div melakukan lawatan kerja ke 4 Bgd Mek pada barubaru ini. PAT melakukan lawatan singkat ke pameran statik pelbagai varian KP ADNAN sebelum ke garaj kenderaan ‘A’ di pasukan 12 RAMD Mek untuk beramah mesra dengan para anggota 4 Bgd Mek. Dalam ucapan, PAT berharap pasukan-pasukan yang berada di bawah pemerintah 4 Bgd Mek akan memberikan sokongan dan mutu disiplin yang tinggi agar kecemerlangan 4 Bgd Mek terus sentiasa dihargai dan dihormati PAT serta pasukan di bawah naungannya yang telah menaikkan imej ATM dan TD di persada dunia ketenteraaan negara asing. ANUGERAH...pada 29 Apr 2005 buat pertama kalinya Panglima Angkatan Tentera (PAT) diterajui oleh seorang Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai PAT ke-15 bagi melaksanakan tanggungjawab kepada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Berkat semangat yang cemerlang di sepanjang perkhidmatan dan terbukti begitu komited di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan maka pada 24 Jul lalu PAT, Laksmana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor telah mengukir sejarah dalam hidup beliau apabila diisytiharkan sebagai penerima Beret Hijau Gerak Khas sempena lawatan beliau ke Kem Iskandar. Gambar, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Brig Jen Dato’ Harun Hitam sedang memasukkan lanyard GGK ke dalam poket baju PAT. – PW 2 Zaini Hj Abd Ghani, foto; Pbt Abu Talib Abu Bakar KERJASAMA...lima Panglima Angkatan Tentera yang terdiri dari Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan New Zealand bekerjasama dalam persidangan Five Power Defence Agreement (FPDA) dalam menentukan keselamatan di perairan Selat Melaka pada 28 Mac lalu. FPDA membincang mengenai keselamatan perairan Selat Melaka agar diperketatkan lagi melalui kerjasama antara kelima-lima negara. Hanya satu rompakan lanun dilaporkan berlaku di perairan Selat Melaka tahun lalu. Persidangan FPDA diadakan secara bergilirgilir iaitu di Malaysia dan Singapura. — Kpl Shukri Malek, foto; LK PWP Fauzi Ramly Kerjasama dua hala Malaysia/Thailand diperkemaskan KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Thailand mengadakan Mesyuarat High Level Committe ke-17 yang membincangkan perkara berkepentingan bersama sambil mengeratkan kerjasama dua hala antara kedua-dua dilaksanakan di Hotel Montien, Bangkok, Thailand baru-baru ini. Mesyuarat ini diadakan mulai 15 hingga 20 Mei lalu dihadiri oleh beberapa pegawai kanan dari kedua-dua buah negara. Selain dari kehadiran Panglima Angkatan Tentera turut serta di dalam mesyuarat itu ialah Panglima Medan TD, Lt Jen Dato’ Masood Haji Zainal Abidin, pegawaipegawai kanan dari PDRM, Kastam dan Imigresen dan beberapa 8 agensi kerajaan yang lain yang terlibat secara langsung dengan hubungan dua hala antara negara. Selain itu, Panglima Medan TD juga telah melawat kawasan 4th Army Area, Royal Thai Army di Chieangrai atas jemputan Lt Jen Ongkon Tongprasom, ‘Command- ing General of the 4th Army Area’. Beliau telah diberi sambutan dan kehormatan penuh adat ketenteraan sewaktu ketibaannya di pejabat Lt Jen Ongkon. Lawatan ini juga telah berjaya mengeratkan lagi kerjasama dan persefahaman di antara kedua- ERAT HUBUNGAN...antara Pegawai Kanan TD yang hadir dalam mesyuarat High Level Committe ke-17 dua orang pegawai kanan ini. Di sepanjang lawatan Panglima Medan ke Chieangrai, beliau telah diiringi oleh isteri, Datin Junaidah Hj Zainol serta beberapa orang pegawai kanan TD serta isteri masing-masing. Beberapa acara riadah juga telah disediakan untuk rombongan dari Malaysia termasuk pertandingan golf dan melawat beberapa tempat tarikan pelancongan. Panglima Medan TD amat berpuas hati di atas kelancaran perjalanan mesyuarat yang diadakan di samping layanan serta sambutan yang diberikan oleh pihak tentera Thailand terhadap beliau serta ahli rombongan yang lain.— Mej Mohd Ridzuan Hj Mohd Shariff BIL 150/JUL 2006 Oleh: PW 2 Zaini Hj Abd Ghani Sumber: Buku RAJD dan SAPPER K ol Yang di-Pertua untuk kor-kor dalam Tentera Darat (TD) dilantik dari Raja-raja Melayu. Kol Yang di-Pertua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) adalah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Kol Yang di-Pertua adalah lambang taat setia dan pendorong semangat untuk warga RAJD terus menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan agama demi kesejahteraan rakyat keseluruhnya. Baginda tidak menjalankan kuasa eksekutif terhadap rejimen ini. Tradisi ini diambil dari Tentera British yang juga mempunyai Col in Chief dari kalangan keluarga Diraja British. Buat masa ini Kol Yang di-Pertua RAJD adalah DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Kol Yang di-Pertua pertama adalah Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah dilantik pada 1965 hingga 2 Feb 1984. Al Marhum Sultan Idris merupakan Kol Yang Kol YDP di-Pertua RAJD yang pertama. Baginda adalah seorang yang amat prihatin dengan kebajikan dan telah menjadi pendorong semangat kepada semua warga RAJD dalam melaksanakan tugas terutama semasa RAJD bersama kor-kor lain dalam TD menentang insurgensi. Baginda sering melawat ke pasukanpasukan RAJD bagi meninjau dengan lebih dekat mengenai perkembangannya di samping memberi sokongan moral kepada semua peringkat RAJD untuk bertugas dan menjalani latihan. Al Marhum mangkat pada 31 Jan 1984 dan selamat dikebumikan pada 3 Feb 1984 di Makan Diraja Istana Bukit Chandan. Kol Yang di-Pertua kedua Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Ghafarullahlahu Shah dilantik pada 3 Feb 1984 sehingga sekarang. Baginda mengambil alih jawatan Kol Yang diPertua selepas kemangkatan Paduka Seri Sultan Idris Shah. Baginda dilahirkan pada 19 Apr 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda merupakan graduan lulusan undang-undang dari London Lincoln’s Inn pada tahun 1954. Baginda adalah anak keturunan Diraja yang pertama menjawat jawatan Ketua Hakim Negara. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perak pada 3 Feb 1984 dan telah ditabalkan pada 9 Dis 1985. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang UndangUndang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23 Nov 1954, Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s Inn. Sekembalinya dari United Kingdom, Tuanku telah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang Dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, Tuanku telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 99 Kol YDP sebagai hakim termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12 Nov 1982. Tanggal 1 Jul 1983, Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3 Feb 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9 Dis1985. Sumbangan dan kerja-kerja amal Tuanku telah banyak memberi faedah khususnya kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara jawatan-jawatan yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (4 Okt 1971-Feb 1984), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 Nov 1974- 31 Okt 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8 Feb 1986. Tuanku telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980. Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang pada 11 Jul 1986 diikuti oleh Lincoln’s Inn London yang menganugerahkan Tuanku dengan “Kerusi Kehormat” pada tahun 1988. Di samping itu, Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia pada 28 Sep 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Okt 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand pada 19 Dis 1990. Pada 2 Okt 1991, Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999. Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, Tuanku telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat sama ada di peringkat persekutuan mahupun dari luar negara. Di antaranya adalah D.K, D.K.M, D.M.N, D.K.(Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.; The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand), Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea), Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun), Civil Order, 1st Class (Oman) dan Orden AlMerito De Chile (Republik Chile), Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia), dan Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International. Minat yang mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah bermula sejak zaman persekolahan lagi. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation), Presiden Hoki Asia serta sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat berminat di dalam permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Ipoh Diraja, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak. Pada tahun 1992, di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid telah dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya “Doritinopsis Sultan Azlan Shah” selepas menerima anugerah tanaman terbaik di dalam kategorinya. Menghargai komitmen Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam SELAMAT JALAN...Kol Yang diPertua sedang diperkenalkan kepada anggota RAJD akan berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 10 10 BIL 150/JUL 2006 Kol Yang di-Pertua Pertama RAJD Sekitar Malaysia (The Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (19931994) telah juga dinamakan bersempena nama Tuanku - Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis Mohamedsaid dan Azlania borneensis Mohamed Said. Pada 25 Apr 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Yang Ke-9. BIL 150/JUL 2006 Wawasan Pemerintahan Hari Pahlawan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengenang jasa dan pengorbanan para Pahlawan Tanah Air yang terdiri dari pasukan keselamatan Tentera dan Polis yang telah berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara dari ancaman musuh. Sesungguhnya perwira negara ini telah menunjukkan kehebatan dan kepahlawanan mereka sejak zaman dahulu lagi. Sebagai contoh pada zaman moden ini para perwira negara telah menunjukkan kehebatan mereka mempertahankan negara sewaktu menentang pencerobohan tentera Jepun sewaktu perang dunia ke-2 dan sewaktu zaman darurat tahun 1948- 1960, Insurgensi menentang pengganas Komunis tahun 1968-1989 dan Konfrontasi . Bukan itu sahaja bahkan para perwira kita telah diiktiraf dunia khasnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjadi tentera pengaman negara seperti Congo, Namibia, Kemboja, Somalia, Bosnia dan Timor Laste. Pegawai dan Perwira dari tiga perkhidmatan ATM turut menyumbang bakti sebagai Pegawai Pemerhati, Pegawai Perhubungan dan Staf untuk PBB di merata dunia. Semangat kepahlawanan bukanlah semata-mata tahu dan mahir bermain senjata. Ia sebenarnya merupakan satu rangsangan dalaman yang menyemarakkan semangat juang yang tinggi dalam diri sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta demi mencapai matlamat suci. Ini bermakna seseorang yang dikatakan bersemangat pahlawan itu tidak semestinya seorang tentera atau Polis. Mereka yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk membela agama, bangsa dan negara serta menyumbangkan buah fikiran bagi membenteras ancaman musuh boleh juga disifatkan sebagai pahlawan. Walau bagaimanapun lazimnya orang yang berjuang secara langsung mengangkat senjata memelihara kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara dianggap sebagai pahlawan. Para pahlawan telah banyak mengorbankan keselesaan hidup dan keseronokkan bersama keluarga hanya semata-mata memberi tumpuan kepada keselamatan negara. Semua pengorbanan ini bukan dinilai dengan harta benda dan wang ringgit tetapi semuanya ini meminta kita berfikir dan menginsafi bahawa di sebalik kedamaian dan keamanan negara yang kita nikmati ini terdapat segolongan insan yang terpaksa berkorban walaupun diri mereka dan keluarga terseksa. Buat pertama kalinya, Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) telah merakamkan wawasan panglima ATM bersempena Hari Pahlawan pada tahun ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, T erima kasih kepada majalah BTDM kerana memberi peluang untuk saya berkongsi wawasan selaku Panglima Angkatan Tentera. Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan, persoalan pertama saya ialah samada ATM kini releven dalam konteks senario abad ke-21? Apabila saya ukur kedudukan ATM, saya dapati kita masih belum mencapai kedudukan sebenar sebagai angkatan bersepadu atau a Joint Force. Dalam Perintah ulung, saya telah menekankan 5 teras utama dalam mentransformasikan ATM ABAD KE-21, iaitu: * Pembangunan Angkatan Tentera Malaysia yang seimbang, berfokus serta mengikut keutamaan, sesuai dengan senario keselamatan semasa untuk mendokong peranan yang lebih meluas lagi mencabar. * Memupuk semangat kebersamaan atau jointness seperti pelancaran OP PASIR BERSAMA dengan penyatuan aset-aset ketigatiga perkhidmatan di bawah pemerintahan Komander OP PASIR BERSAMA. * Pembangunan sumber manusia yang kompeten dan versatile. * Menghasilkan kepimpinan yang berkesan di setiap lapisan warga ATM. * Memperkasakan nilai keperwiraan. Saya percaya, lima Agenda Teras yang telah ditetapkan berupaya mentransformasikan ATM menjadi Angkatan Tentera Malaysia Yang Versatil Di Abad Ke-21 (To Be A Versatile Malaysian Armed Forces Of The 21st Century) dan terus relevan untuk mengharungi cabaran masa kini. Bagi memikul tanggungjawab yang diamanahkan, ATM perlu mempunyai keupayaan yang seimbang, kredibel dan responsive bagi 11 11 Wawasan Pemerintahan mencegah sebarang ancaman termasuk ancaman tradisional dan ancaman asimetri. Dalam konteks ini, keupayaan dan struktur ATM perlu dipertingkat dan diperkemaskan untuk sentiasa kekal releven dengan peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya seperti yang digariskan dalam Dasar Pertahanan Negara. Oleh yang demikian, saya melihat adalah perlu untuk ATM dibangunkan untuk menjadi Sebuah Angkatan Tentera Yang Versatil Di Abad Ke - 21. Angkatan versatil yang dimaksudkan ini adalah satu ketumbukan bersenjata yang bersepadu, fleksibel, tangkas, responsif dan dapat disesuaikan kepada keadaan peperangan yang sentiasa berubah bagi melahirkan satu kesan sinergi dalam semua pendekatan. Dalam merealisasikan aspirasi ini, kita telah mengkaji semula kesesuaian Strategi Ketenteraan Negara, dan ‘Resolusi Port Dickson 2005’ yang dihasilkan, mengariskan perubahan-perubahan bagi menentukan proses pembangunan angkatan dan keupayaan ATM serta pembangunan Konsep Operasi dan Peperangan Masa Hadapan, dilaksanakan mengikut landasan yang betul. Saya melihat bahawa pembangunan ATM untuk menghadapi cabaran masa hadapan perlu lebih realistik dan releven dalam mewujudkan satu angkatan yang seimbang, kredibel dan versatil agar mampu beroperasi dalam pelbagai dimensi secara bersepadu bagi mengawal dan bertindak secara berkesan terhadap semua ancaman (‘right force with the right capabilities and ready to respond during the moment of truth’). Dengan itu, ATM perlu membangunkan ‘a versatile integrated and balanced force’ bersandarkan kepada strategi peningkatan keupayaan berikut: * Keupayaan Kebersamaan atau Jointness, unsur-unsur ketiga-tiga perkhidmatan perlu dibangunkan untuk menghasilkan joint synergistic effect dalam melaksanakan operasi secara bersepadu untuk menangani konsep peperangan masa hadapan. * Kekuatan Angkatan Darat yang boleh beroperasi secara bersama dan bertindak dengan efektif bagi mengawal sebarang pencerobohan atau serangan mendadak ke atas Malaysia. Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengubal pelan pembangunan Tentera Darat Army 2 10 Plus 10 iaitu Pembangunan Strategik TD yang melangkau tahun 2020 agar TDM berada di tahap kesiagaan tertinggi serta mempunyai angkatan yang versatile, credible, lethal, deployable dan sustainable. * Keupayaan Maritim (Laut dan Udara) yang boleh melindungi dan mengawal ruang udara dan perairan negara kita dari sebarang pencerobohan. Angkatan maritim ATM perlu mempunyai keupayaan untuk bertindak di luar kawasan perairan dan ruang angkasa negara. Pembangunan angkatan maritim ini berkonsepkan sebuah angkatan maritim yang moden, bersesuaian saiz (moderate size), berteknologi tinggi dan mempunyai keupayaan yang seimbang sesuai dengan RMN Strategic Development Plan 2020 BIL 150/JUL 2006 * Keupayaan Tentera Udara bagi menjamin pengawalan ruang udara yang efektif (control of the air). Pembangunan Tentera Udara DiRaja Malaysia adalah berlandaskan kepada RMAF Air Power Doctrine yang menggariskan keupayaan height, speed dan reach sebagai kekuatan utamanya selain sebagai pelengkap (complementing) kepada keupayaan ATM keseluruhannya. * Keupayaan Agensi Perisikan di dalam pemprosesan maklumat perisikan di peringkat stategik, operasional dan taktikal bagi menjamin tindakan yang sewajarnya diambil, sesuai dengan senario keselamatan semasa. Pengurusan maklumat yang bersistematik, berkesan dan menyeluruh dapat membantu menjangka, mengelak dan mengawal ancaman masa hadapan (future threats). * Keupayaan Network Centric Warfare (NCW) memankin kepada ‘a seamless connectivity’ bukan sahaja di peringkat ATM malah di peringkat Nasional di mana semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam tanggungjawab keselamatan dan keamanan Negara dirangkaikan untuk lebih responsif dan cepat bertindak. Ini termasuk Sistem Pengesan Nasional (National Surveillance System) * Pengurusan Sistem Lojistik Pertahanan yang efisien dan efektif untuk membantu pasukan tempur. Untuk itu, ATM akan menerokai bidang logistik ketenteraan yang lebih bersistematik, khususnya yang menjurus kepada Supply Chain Logistics dengan mewujudkan rancangan tindakan logistik dan pembentukan Organisasi Logistik Pertahanan. * Pembentukan Modal Insan yang versatil, berkualiti, berpengetahuan dan kompeten bagi mendokong konsep peperangan masa hadapan. Konsep K-Force telah pun direalisasikan melalui budaya pembelajaran sepanjang hayat, untuk melahirkan warga ATM yang lebih kompetetif, kreatif dan inovatif. Saya melihat ATM dimasa hadapan mempunyai kekuatan yang versatil dan 12 12 BIL 150/JUL 2006 kompeten dengan keupayaan untuk melaksanakan operasi secara bersepadu di dua kawasan peperangan (two theatres operations). ATM di abad ke - 21 akan mempunyai cirri-ciri berikut: * Dapat mengoptimumkan kejayaan setiap misi ketenteraan. * Berkeupayaan melaksanakan operasi bersama. * Berupaya mengubah tahap kesiagaan dan keupayaan yang diperlukan mengikut situasi strategik dengan efisien dan efektif. * Tangkas dan berupaya mengeksploitasikan ledakan teknologi bagi pencapaian objektif yang dihasratkan. Bagi merealisasikan gambaran ATM masa hadapan, Pernyataan Arah ATM yang dilancarkan merupakan deklarasi yang menjadi panduarah untuk ATM mencapai wawasannya. Ia diwujudkan untuk tujuan sebagai aspirasi, asas perancangan, asas penilaian dan hala tuju dengan berpaksikan Pernyataan Wawasan. Disamping itu, ATM perlu sentiasa memelihara tahap kesiagaan yang tinggi melalui budaya penambahbaikkan berterusan dan pengurusan berkualiti. Oleh itu, kaedah Balanced ScoreCard (BSC) dan Key Performance Indicators (KPIs) di implementasikan bagi menilai pencapaian serta mengukur tahap kesiagaan semua perkhidmatan. Selain itu, saya melihat ATM masa kini diperlukan untuk melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan selain peperangan (MOOTW). Keupayaan yang dimiliki ATM seharusnya sentiasa boleh digunakan untuk berbagai tugas operasi bantuan kemanusiaan (Humanitarian Assistance and Disaster Relief Operations). Ini jelas terbukti dengan penglibatan pasukan ATM sewaktu negara jiran dilanda tsunami dan gempa bumi seperti di Pakistan dan Yogjakarta, operasi bantuan di Timor Leste serta operasi pengaman antarabangsa di 10 buah negara merupakan manifestasi komitmen dan keupayaan ATM di peringkat antarabangsa. Wawasan Pemerintahan Kesiagaan tinggi, keupayaan anggota ATM dan peralatan serta ketangkasan operasi mengaturgerakkan telah mendapat sanjungan yang tinggi daripada masyarakat antarabangsa. Manakala, perkembangan keadaan keselamatan di persekitaran serantau global yang tidak menentu seperti ancaman serangan pengganas (terrorism) dan ancaman non-traditional, juga mengubah kedudukan ATM untuk memberi penekanan keapada tahap kesiagaan dan keupayaan yang diperlukan bagi menangani dan respon terhadap ancamanancaman ini. Sejajar dengan konsep ’Peacetime Soldiering’ ATM perlu meningkatkan imejnya dimata masyarakat, atau dinamakan ’Branding of MAF’ bagi menobatkan ATM sebagai warga yang berdisiplin tinggi, bermaruah dan mempunyai ciri-ciri keperwiraan untuk melindungi kesejahteraan rakyat. Warga ATM perlu mempunyai perasaan bangga terhadap perkhidmatan (sense of pride) dan memupuk semangat jati diri dan semangat keperwiraan seperti yang termaktub dalam Pernyataan Arah ATM. Saya juga percaya ATM perlu lebih aktif dalam usaha-usaha ‘Confidence Building Measures’ (CBM) melalui diplomasi ketenteraan (military deplomacy) secara menjalin hubungan rapat dengan negara-negara jiran ASEAN dan antarabangsa. Aktiviti–aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan baik antara negara seperti latihan, lawatan dan kunjungan hormat dilihat berkeupayan untuk memupuk persefahaman dan kerjasama untuk mengekal suasana aman dan stabil. Ini telah terbukti dengan pengoperasian operasi bilateral dan multilateral seperti patrol terkoordinasi dan ‘Eyes In the Sky’ (EiS) merupakan manifestasi kejayaan kerjasama serantau bagi menangani isu keselamatan di Selat Melaka. ATM akan terus memainkan peranan bagi meningkatkan usaha kerjasama ketenteraan dengan negara-negara ASEAN dalam persefahaman General Border Committee (GBC) dan High Level Committee (HLC) Malaysia - Indonesia, GBC dan HLC Malaysia–Thailand. Jalinan hubungan di peringkat kepimpinan akan terus dipertingkatkan melalui ASEAN Chief Of Defence Force Informal Meeting (ACDFIM), Military Intelligence Informal Meeting (MIIM), Asean Chief Of Armies Multilateral Meeting (ACAMM), Asean Navy Interaction (ANI) dan ASEAN Air Chief Conference (AACC). Matlamat kerjasama ASEAN seterusnya adalah untuk menubuhkan ‘Pusat Bantuan Bencana Alam ASEAN’ dengan tujuan mengkoordinasikan usaha membantu manamana negara yang terlibat dalam kejadian bencana alam dan bantuan kemanusian sekitar rantau ini. Di peringkat antarabangsa pula, ATM akan mempertingkatkan kerjasama latihan melalui Five Power Defence Arrangement (FPDA) dan Western Pacific Naval Symposium (WPNS). Saya percaya latihan-latihan yang diadakan dengan tentera asing ini dapat meningkatkan professionalisme warga ATM. Selain itu, Modal Insan adalah aset penting dalam ATM. Saya percaya bahawa tenaga kerja yang komited, kompeten dan berkualiti mampu 13 13 Wawasan Pemerintahan membawa kecemerlangan kepada organisasinya. Untuk itu, ATM telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusianya melalui “budaya pembelajaran sepanjang hayat” atau K-Force. Semua anggota ATM di beri peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan memiliki kemahiran yang pelbagai (multi skilling) untuk menjadikannya efisien dan efektif dalam melaksanakan tugasnya. Selain itu juga, kerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa untuk kelulusan diperingkat Diploma, Ijazah dan Sarjana seperti kursus khas Sarjana Sains Supply Engineering And Logistics – SEAL iaitu program pengajian kerjasama University of Warwick, United Kingdom dengan Universiti Teknologi Malaysia berupaya meningkatkan keupayaan ATM untuk ABAD 21. Disamping itu, usaha menaiktaraf Akademi Tentera Malaysia kepada Universiti Pertahanan Nasional mampu menggalakkan pengambilan berpengetahuan. Sementara itu, pembinaan Pusat Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) serta ‘Leadership Centre of Excellence’ di Putrajaya dilihat mampu melahirkan pegawai tentera yang berkebolehan dengan ilmu ketenteraan dan juga daya kepimpinan yang effektif, berwibawa dan berkesan untuk menghasilkan matlamat yang dihasratkan. Saya turut memberi penekanan kepada konsep Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH iaitu keperluan pertahanan secara menyeluruh dan bersepadu oleh angkatan tentera, termasuk angkatan sukarelanya, bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta rakyat untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara diperkenalkan. Bagi menjayakan konsep ini, ATM telah merangkakan strategi pengambilan anggota Pasukan Simpanan (Reserve Force) dan penubuhan Pasukan Simpanan Pakar (Specialist) yang terlibat secara langsung dalam pengurusan aset-aset strategik negara seperti pelabuhan serta lapangan terbang, pakar-pakar dalam bidang pengangkutan, ekonomi, teknokrat dan para akademik. Disamping itu, ATM juga akan menubuhkan Pasukan Simpanan rejimen elit yang dianggotai oleh pesara-pesara dari pasukan khas iaitu Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Sementara itu, usaha perundangan sedang dilaksanakan bersangkutan penggunaan asetaset strategik yang tidak di bawah kawalan ATM seperti kapal-kapal, pelabuhan-pelabuhan, limbungan-limbungan, lapangan terbang dan lain lain aset yang diperlukan untuk mempertahankan negara supaya dapat di aturgerakkan di bawah pemerintahan ATM BIL 150/JUL 2006 semasa peperangan atau darurat. Konsep HANRUH juga akan melibatkan industri pertahanan tempatan yang perlu memainkan peranan penting bagi menentukan ATM ‘Self- reliance’. Perkongsian dalam bidang pertahanan yang diwujudkan bukan sahaja dapat meningkat dan memajukan industri pertahanan negara, malah menjamin ATM mampu berdikari bagi meningkatkan tahap ketahanannya (sustainability). Saya juga melihat bahawa konsep operasi masa hadapan memerlukan ATM beroperasi secara bersepadu dan saling membantu bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menghasilkan kesan yang sinergistik. Sebagai langkah permulaan, ATM dan PDRM telah menjalin kerjasama di peringkat pengurusan tertinggi. Kerjasama ini meliputi pertukaran maklumat perisikan diperingkat operasi dan koordinasi penugasan aset yang terlibat dalam kawasan operasi bersama. Pada keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan proses pemodenan ATM yang sedang diusahakan melalui RMK-9. Program pembangunan ATM (seperti gambarajah di bawah) akan dilaksanakan secara seimbang, berfokus mengikut keutamaan dengan penekanan kepada konsep kebersamaan dan keupayaan untuk melaksanakan operasi peperangan masa hadapan (future war). Wawasan PTD - Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal B ersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan keizinan dan innayah-Nya dapat kita bersama-sama menyambut Hari Pahlawan pada tahun ini. Bersempena hari yang bermakna ini, marilah kita mengimbas kembali pengorbanan serta mengiktiraf jasa pahlawan terdahulu sebagai iktibar dan dorongan untuk kita meneruskan 14 14 peranan dan tanggungjawab murni terhadap masyarakat dan negara. Tentera Darat (TD) telah melalui pelbagai cabaran dan perubahan sejak 72 tahun yang lalu untuk terus kekal sebagai benteng utama kedaulatan negara. Paradigma perubahan persekitaran serantau dan antarabangsa telah menjadi lebih kompleks dan amat sukar diramal. Di dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Panglima Tentera Darat to set the vision, provide a clear direction and implementable guidelines so that it can motivate and sustain the effectiveness of our Army as a credible and respected fighting system. Ke arah itu, Tentera Darat sedang melaksanakan proses transformasi berdasarkan pelan pembangunan strategik Army 2 10 Plus 10 yang telah digubal untuk TD terus kekal relevan sebagai sebuah angkatan yang sesuai dengan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi. Pelan pembangunan strategik jangka panjang ini akan meletakkan TD di tahap kesiagaan 80 peratus pada tahun 2010 dan seterusnya di kesiagaan tinggi pada tahun 2020. Proses pembangunan angkatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat di dalam empat fasa. Fasa pertama - Konsolidasi Angkatan Semasa (tahun 2004 - 2005), fasa kedua Pembangunan Angkatan Konsolidasi (tahun 2006-2010), fasa ketiga - Pembangunan Angkatan Perantaraan (tahun 2011-2020) seterusnya fasa keempat - Pembangunan Angkatan Objektif (tahun 2021 dan seterusnya). Justeru, pelan ini akan dilaksanakan secara incremental dalam environment pembangunan yang seimbang. Saya ingin melihat TD sebagai sebuah angkatan yang credible, deployable, versatile and sustainable so that our national integrity, sovereignty vis-a-vis the well being of the nation and its economic development can be nurtured. Ke arah maksud tersebut, setiap peringkat pimpinan TD perlulah mempunyai keikhlasan, komitmen dan keazaman bagi menentukan program pembangunan TD ini dilaksanakan secara konsisten, berterusan dan berkesan. Adalah diakui bahawa tiada satu pelan can stand alone without any possible changes as we must at all time take cognisance of the philosophy that changes are inevitable. Saya percaya dengan pendekatan ini pembangunan keupayaan TD akan lebih berfokus dan BIL 150/JUL 2006 menjadikan TD bukan sahaja sebuah angkatan yang mantap tetapi juga sebagai sebuah angkatan yang adaptable. Dalam nada yang sama saya ingin tegaskan bahawa rancangan pembangunan ini hendaklah tidak dianggap expansionary in nature but complimenting each modernisation plans. Harapan saya, TD akan bergerak dari tahap keselesaan sekarang ke tahap yang terbaik from goodness to greatness sesuai dengan mentality of a first world nation seiringan wawasan negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mendokong wawasan ini, tonggak tujuh seperti mana perintah ulung saya masih menjadi teras hala tuju TD. Beberapa aspek sokongan perlu juga diberikan perhatian. Budaya marksmanship atau konsep kejaguhan akan menjadi fokus dan dihayati sebagai satu falsafah pengurusan dan budaya ke arah mencapai kecemerlangan. Dalam hal ini, TD mesti mensasarkan kecemerlangan dalam setiap bidang secara profesional. Sesungguhnya tiada jalan mudah dalam usaha untuk mencapai hasrat ini. Dari sudut pentadbiran pula, T D akan sentiasa mengamalkan pentadbiran yang bercirikan pengurusan pintar bagi mengoptimumkan sumber terhad agar mampu meningkatkan kesiagaan Angkatan Darat. Bagi memelihara jangka hayat segala aset serta peralatan dalam menjamin kesiagaan tinggi sebilang masa, TD akan memberi fokus kepada budaya senggaraan atau maintenance culture. Hanya dengan mensasarkan kecemerlangan, mengamalkan pentadbiran dan pengurusan Wawasan Pemerintahan yang pintar dan berkesan kita mampu menghindar penyelewengan dan salah guna aset. Kelemahan dalam aspek ini akan menjejaskan keupayaan dan kesiagaan TD seterusnya menghindar pencapaian wawasan. The word of the day is prudent and transparent management both financially and administratively through good planning and leadership. Kepentingan aspek kekeluargaan sebagai combat multiplier adalah kekuatan dalaman kepada institusi TD. Di dalam konteks ini, kekeluargaan ditafsirkan mempunyai dua fungsi iaitu kekeluargaan dalam erti kata sebuah institusi keluarga dan juga sebagai sebuah organisasi - in this case the army as a big family. Hidup berkeluarga disama ertikan dengan perkongsian hidup. la merupakan satu perubahan dari gaya berfikir secara aku kepada mentaliti kami dan kita yang melambangkan anjakan dari kebebasan keindividuan kepada hidup saling bergantungan dan saling berpengertian. Persamaan hubungan kekeluargaan ini adalah berlandaskan kepada satu ikatan perjanjian. Di dalam hal ini, institusi keluarga diikat dengan akad manakala warga TD pula diikat dengan ikrar kesatria dan sumpah perajurit yang dilafaz semenjak mula menceburi profesion ini. Justeru, sesebuah institusi kekeluargaan akan runtuh sekiranya ia tidak dibentuk di atas fundamental yang kukuh. Demikian juga TD sebagai sebuah keluarga besar tidak akan mampu mengharungi cabaran atau meraih wawasan sekiranya gagal menerapkan nilainilai asas yang boleh membawa kepada keutuhan sebagai sebuah institusi ketenteraan. Adalah penting agar keutuhan dan keharmonian institusi kekeluargaan ini dipelihara. Semoga TD sebagai sebuah organisasi memperoleh manfaat daripada kekuatan ini. Dalam hal yang sama, kewujudan dan keberkesanan TD sebagai sebuah institusi bergantung kepada pematuhan prinsip-prinsip dan penerapan nilai-nilai murni seperti hormatmenghormati, saling menyayangi, memahami dan mempercayai antara satu sama lain. Nilai ini sebenarnya boleh di rangkumkan dalam istilah espirit de corps yang menjadi nadi kepada keutuhan dan kesempurnaan TD sebagai sebuah organisasi benteng kedaulatan negara. Di samping itu juga, etos kepahlawanan seperti keberanian, ketaatan, ketabahan, kerja berpasukan, pengorbanan, patriotisme dan inisiatif perlu dihayati agar menjadi nilai tambah kepada keberadaan Tentera Darat. Nilai-nilai tersebut berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang seimbang. Dengan demikian, sumber manusia merupakan aset penting TD yang menjadi cabaran dan perlu dijana bagi menghasilkan anggota-anggota yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran. Saya menyeru seluruh warga TD agar dapat menghayati dan menyuburkan prinsip, etika kerja murni, budaya kekeluargaan dan pembinaan etos kepahlawanan serta sentiasa mengamalkan sikap jujur dan amanah yang mana secara langsung boleh dijadikan asas kepada pembentukan dan penyebatian budaya tentera yang kukuh. Mudah-mudahan TD akan terus cemerlang dan sentiasa berada di landasan yang betul dalam merealisasikan wawasan seperti mana digariskan. 15 15 15 Wawasan Pemerintahan BIL 150/JUL 2006 Wawasan PTL Laksamana Tan Sri Ilyas Hj Din T LDM telah menetapkan wawasan untuk menjadi Tentera Laut (TL) berkualiti atau to be a quality Navy (Quality - in essence is operational excellence to be a credible deterent and have a competitive advantage). Ia merupakan satu manifestasi organisasi yang 16 16 sentiasa inginkan perubahan dan penghasilan perkhidmatan yang berkualiti. Ia juga adalah satu pengambaraan kualiti ke arah kecemerlangan dan keunggulan. TLDM sedang menuju proses transformasi ke arah mewujudkan warga TLDM (Navy People) yang berkualiti ataupun Quality Navy People. Quality Navy People merangkumi aspek mental, fizikal, emosional dan kerohanian. TLDM sentiasa berusaha untuk membangunkan Quality Navy People yang kompeten dan mewujudkan tim berprestasi tinggi berkonsepkan Right Man For The Right Job. Pembangunan Quality Navy People merupakan tunjang ke arah konsep Quality Navy dan membangunkan ia termasuklah merombak budaya dan cara pemikiran Navy People. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya menggariskan lima panduan bagi membangunkan Navy People , yang mana harus didukung oleh kepimpinan yang berkesan di semua peringkat. Menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan agar benar-benar mencapai objektif yang disasarkan. Penekanan kepada Outcome, Return of Investment dan mengurangkan Rework and Non-Conformance. Memupuk sikap serta budaya mencabar setiap proses kerja ke arah peningkatan berterusan dalam segala aspek aktiviti. Persepsi negatif yang mungkin timbul boleh diubah kepada positif. Apabila budaya ini dikaitkan dengan konsep sharing atau perkongsian pengalaman serta perspektif. Mendesak atau Demand hasil kerja yang terbaik daripada anggota bawahan, rakan kerja serta diri kita sendiri bagi penghasilan kerja berkualiti. Ini termasuk berkehendakan maklumat yang tepat serta tindakan yang cepat serta memupuk Sense of Urgency bagi membantu proses mencapai keputusan yang terbaik serta efektif. Mengembangkan kemahiran untuk sentiasa melihat Beyond The Obvious. Ini memerlukan usaha menimba pengetahuan dan pengalaman kita sebagai individu dan berkehendakkan semua peringkat kepemimpinan turun padang dan hands on dalam semua aktiviti yang dijalankan. Memupuk budaya tegur menegur dalam semua aspek termasuk pengurusan, pengoperasian dan juga rutin seharian kehidupan kita dalam membantu menangani ketidakpatuhan kepada prosedur. TLDM akan terus menggunakan pelbagai metodologi pengurusan seperti Balanced Scorecard, TQM, Six Sigma dan Re-engineering bagi mengukur pencapaian dan memastikan organisasi ini berada di landasan yang betul untuk kekal relevan, komited ke arah visi organisasi berkualiti yang lebih dinamik, cemerlang, gemilang dan terbilang demi untuk mencapai misi supaya menggembirakan hati pelanggannya. 16 Wawasan Pemerintahan BIL 150/JUL 2006 Wawasan PTU Jen Tan Sri Dato’ Sri Nik Ismail Nik Mohamed Bismillahirahmanirahim S aya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Sidang Editorial Akhbar Berita Tentera Darat Malaysia di atas kesudian menjemput saya untuk mencoretkan sedikit catatan di dalam warkah BTDM sempena sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini. Saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan innayah-Nya saya telah dapat menerajui TUDM lebih dari dua tahun. Di sepanjang jangkamasa saya memegang pucuk pimpinan TUDM saya perhatikan banyak kemajuan dalam berbagai aspek telah dicapai. Namun begitu warga TUDM tidak harus berpuas hati dengan pencapaian setakat ini jika ingin menjadikan TUDM sebagai satu kuasa udara yang credible, dihormati dan disegani. Misi TUDM semasa masih relevan, iaitu mempertahankan kedaulatan dan kewibawaan negara dan kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan. Kekuatan kuasa udara merupakan salah satu faktor penentu dalam kemenangan atau kekalahan satu-satu negara dalam peperangan moden masa kini. Ini telah terbukti di dalam beberapa peperangan atau konflik sejak kebelakangan ini. Satu kuasa udara yang kuat dapat memusnahkan segala benteng pertahanan 17 17 Wawasan Pemerintahan “Kekuatan kuasa udara merupakan salah satu faktor penentu dalam kemenangan atau kekalahan satusatu negara dalam peperangan moden masa kini...” lawan dan memberi ruang kepada operasi darat dan laut tanpa menghadapi tentengan hebat dari pihak lawan. Di sebaliknya satu kuasa udara yang lemah akan membawa padah kepada kedaulatan dan kewibawaan sesebuah negara. Pada umumnya, kekuatan dan keupayaan satu-satu kuasa udara seperti TUDM bergantung kepada banyak faktor seperti peralatan, teknologi, organisasi, profesionalisme, mutu kepimpinan, disiplin dan budaya kerja. Saya hanya ingin menekankan beberapa faktor penting yang harus TUDM beri tumpuan dan komitmen secara serius jika mahu melihat kemajuan dan peningkatan kepada keupayaan TUDM. Peralatan perang TUDM perlu sentiasa berada di tahap kesiagaan yang tinggi. Tanpa peralatan adalah mustahil bagi kita mencapai segala matlamat operasi, eksesais dan latihan yang dirancang. Mutu pengurusan perlu sentiasa dipertingkatkan bagi mengurus segala aset, bekalan alatganti dan komponen bagi mengelakan masa menunggu alatganti yang terlalu lama. Penggunaan Sistem Pengurusan Komputer Bersepadu (SPKB) perlu dioptimakan sepenuhnya bagi mengawasi simpanan stok, mengesan pergerakan inventori dan meramal keperluan alatganti di masa hadapan. Dalam mengamalkan penyelenggaraan oleh 18 18 kontraktor, pengawalan yang ketat perlu sentiasa dipraktikkan supaya kelemahan mereka tidak menjejaskan kesiapsiagaan peralatan TUDM. TUDM akan terus mendukung dasar kerajaan untuk membangunkan industri pertahanan negara supaya negara tidak terlalu bergantung kepada pusat penyelenggaraan dan pembekal di luar negara. Pada masa yang sama TUDM akan terus membangunkan semula keupayaan anggota-anggotanya untuk menyelenggara hampir semua peralatan diperingkat 1st Line Plus yang diselenggarakan oleh pihak kontraktor sebelum ini. Dengan cara ini warga TUDM akan terus berpengalaman dan berpengetahuan untuk mengawal dan mengawasi perlaksanaan kerja-kerja oleh pihak kontraktor supaya ia lebih cost effective. Faktor kedua penentu keupayaan TUDM yang ingin saya tekankan adalah mutu profesionalisme dan budaya kerja. Setiap anggota TUDM harus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas-tugas utama mereka. Training and Categorization Instruction (TCI) perlu terus dijadikan panduan bagi meningkatkan kemahiran teknikal setiap anggota dalam tugas masing-masing. Melalui TCI tahap kemahiran dan pengetahuan di unitunit dapat dikekalkan walaupun berlaku pertukaran atau persaraan anggota. Dalam pada masa yang sama, semua anggota TUDM perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang aeroangkasa sejajar dengan arus pembangunan teknologi yang berkembang pesat. Kita juga harus menguasi kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat mengoptimakan penguasaan maklumat dari pelbagai sumber. Dengan itu, TUDM akan terus progresif dan berupaya membuat perubahan kepada doktrin dan prosedur agar ianya sentiasa relevan, efisien dan tidak ketinggalan zaman. Warga TUDM harus sentiasa mengamalkan budaya kerja yang mementingkan kualiti dan mutu pengeluaran yang tinggi dengan aplikasi BIL 150/JUL 2006 pengetahuan dalam setiap tugas. Semangat setiakawan dan hormat menghormati di antara satu sama lain perlu dikekalkan. Rasuah, penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa akan menghancurkan imej TUDM dan moral anggota dan ianya tiada tempat di dalam kuasa udara yang moden. Sumber manusia adalah satu modal insan dan merupakan aset penting bagi mencapai matlamat organisasi yang tidak boleh ketinggalan atau terpesong dari landasan sebenar. Satu lagi faktor penentu keupayaan TUDM adalah mutu kepimpinan. Setiap pemimpin di semua peringkat dalam TUDM harus mengamalkan pemerintahan yang cekap, telus dan saksama. Pemimpin perlu mempunyai visi dan kemampuan untuk melakukan peningkatan dalam keupayaan pasukan dengan melakukan perubahan yang sewajarnya. Setiap komander dan pemerintah perlu turun padang dan merapatkan diri dengan anggota bawahan serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan, kebajikan dan kekeluargaan. TUDM akan terus berkembang dengan penambahan berbagai peralatan perang yang moden dan canggih. Prasarana dan rumahrumah keluarga akan terus diberi keutamaan demi keselesaan warganya. Anggota-anggota TUDM akan terus diberi peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui berbagai kursus dan latihan. Tanpa modal insan yang dapat memimpin, mengurus dan melaksanakan tugas dengan baik, kesiagaan TUDM akan terjejas. Akhir kata saya menyeru kepada semua warga TUDM, adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk menentukan TUDM benarbenar berupaya untuk melaksanakan peranan, tugas dan tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan sempurna demi keselamatan, kesejahteraan dan kecemerlangan bangsa, agama dan negara tercinta. “SENTIASA DI ANGKASA RAYA” BIL 150/JUL 2006 Tarikh Keramat PENERAJU...TPTL, PAT, PM, KPN dan PTD bergambar bersama sempena Hari Pahlawan Oleh: Lt M Noraishah Shamsudin Foto: Sjn Solor Hj Ismon, Pbt Saiful Fazley Rusly dan Pbt Mohd Khalifah Mohd Yusof H ari Pahlawan disambut setiap tahun di Malaysia pada 31 Jul bagi mengenang dan menghargai jasa pahlawan yang terkorban atau cedera ketika memberi khidmat bakti mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Setiap kali Hari Pahlawan disambut, pemimpin-pemimpin negara kita akan mengadakan acara memperingati pahlawan-pahlawan negara yang telah gugur di Tugu Peringatan Negara dengan acara meletak kalungan bunga, bertafakkur, membaca sajak dan sebagainya. Sebagai satu bangsa yang merdeka, kita wajib menyanjung kepahlawanan kerana bangsa yang merdeka sahaja tahu menghargainya. Hari Pahlawan sebelum tahun 1967 dikenali sebagai Hari Per- ingatan (Rememberance Day) dan diraikan pada hari ahad ketiga pada setiap bulan Nov yang ditujukan khas kepada anggotaanggota pasukan keselamatan yang gugur kerana mempertahankan negara. Kini tidak lagi diraikan pada hari tersebut, malah segala-galanya telah berubah untuk disesuaikan dengan kehendak kebangsaan. Pada tahun 1968, Hari Peringatan diubah dan dirai bersamasama Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) pada 31 Ogos dan suatu upacara meletak kalungan bunga diadakan di Tugu Kebangsaan bagi peringkat kebangsaan sementara di negeri-negeri pula di tugu atau batu peringatan yang sesuai. Upacara ini diadakan pada setiap hari Ahad yang pertama dalam bulan Ogos. Pada tahun 1970, perubahan dibuat lagi di mana Hari Pahlawan dirayakan pada 31 Jul iaitu hari yang lebih dikenali sebelumnya sebagai hari tamatnya Darurat. Bersempena dengan perubahan itu, kerajaan telah mengisytiharkan hari yang sama dijadikan Hari Belia Kebangsaan, maka pada tahun 1970 dan 1971, Hari Pahlawan dan Hari Belia dirayakan pada 31 Jul. Atas sebab-sebab tertentu, Hari Belia telah dipinda kepada suatu tarikh yang lain dan Hari Pahlawan dikekalkan pada hari yang sama. Keputusan untuk mengekalkan tarikh tersebut, amatlah sesuai sekali kerana ianya tarikh tamatnya darurat di mana selama 12 tahun LETAK...PAT meletakan kalungan bunga di Tugu Negara KALUNG...PM memulakan kalungan bunga sempena Hari Pahlawan pada 31 Jul 2006 19 19 Tarikh Keramat BERTEMU...para Menteri bertanya khabar sempena Hari Pahlawan BERSUA...PTD, PTU dan TPTL bertanya khabar sempena Hari Pahlawan dalam menentang pengganas komunis, pengorbanan yang diberikan oleh semua masyarakat amnya dan ATM khasnya. Semenjak tahun 1970, upacara meletak kalungan bunga diadakan dengan suatu cara yang menarik baik di peringkat kebangsaan atau di peringkat negeri. Upacara yang menarik itu lebih tersusun pada tahun 1971 dengan adanya penyamaan susun cara sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Upacara di semua peringkat diseragamkan dengan dimulai dengan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat kebangsaan, dan Sultan/Raja atau Gabenor atau Yang di-Pertuan Negari di negeri masing-masing dan merekalah yang akan meletak kalung bunga dengan diikuti oleh Perdana Menteri sebagai wakil kerajaan, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Ketua Polis Negara, Panglima Tentera Darat (PTD), Panglima Tentera Laut (PTL), Panglima Tentera Udara (PTU), Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, dan mulai tahun 1973, peletak kalungan bunga di tambah iaitu Presiden Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia. Bacaan sajak diselitkan mulai tahun 1970 lagi di mana sajak PAHLAWAN merupakan ciptaan Mej (B) Mohamed Awang yang telah dipilih sejak 36 tahun lalu di upacara ini di seluruh negara. Mengimbas kembali sehingga wujudnya Tugu Peringatan Negara atau lebih dikenali sebagai Tugu Negara sekarang ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra ketika itu melakukan lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat. Ketika itu belliau tinggal di Blair House kerana menjadi tetamu 20 20 BIL 150/JUL 2006 President Eisenhower. Ketika dalam perjalanan menaiki kereta menuju ke Kubur George Washington, pandangan Allahyarham tertumpu pada satu tempat yang dinamakan tugu peringatn Iwo Jima. Tugu tersebut merupakan patung sekumpulan enam orang yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika Syarikat dinaikkan oleh Angkatan Laut Amerika di Gunung Surabachi. Setelah diselidiki, Tunku diberitahu pengukir archa yang membuat tugu tersebut bernama Felix de Weldon. Seterusnya Tunku menyatakan hasrat kepada De Weldon untuk membuat tugu peringatan agar dapat memberi peransang kepada warga Malaya (sekarang Malaysia) mengenang jasa-jasa mereka yang gugur dan menderita dalam berjuang melawan pengganas-pengganas komunis dan galakan bagi keturunan-keturunan masa hadapan untuk bersatu padu dan bersamasama berasa bangga dengan negara. Tunku amat tertarik dengan hasil kerja Tugu Iwo Jima yang dibuat oleh De Weldon, lalu beliau meminta De Weldon membawa reka bentuk tugu dan lukisan-lukisan contoh sebagai pertimbangan Tunku. Seterusnya De Weldon membawa lukisan-lukisannya ke Hotel Waldorf-Astoria, di New York untuk dilihat oleh Tunku. Setelah melihat lukisan-lukisan tersebut, Tunku meminta De Weldon untuk memulakan kerja membuat tugu tersebut. Pada 28 Nov 1960, Tunku pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan gembira dan terus menceritakan kepada ahli-ahli Jemaah Menteri akan rancangannya hendak mendirikan sebuah Tugu Peringatan. Tanggal 10 Dis 1960, Tunku menerima sepucuk surat daripada De Weldon mengirimkan lukisan rekabentuk bagi tugu yang difikirkannya itu. Lukisan tersebut menunjukkan rupa tujuh patung. Tiga hari selepas itu, Tunku telah meminta 24 orang tentera dan polis daripada pelbagai keturunan memakai pakaian meronda hutan dihantar bersama-sama dengan tiga jurugambar daripada pelbagai keturunan memakai pakaian meronda hutan untuk bergaya di atas sebuah pentas mengikut gaya dalam lukisan yang dibuat oleh De Weldon. Oleh itu, jemaah menteri telah bersidang dan telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Negara supaya menjadi ingatan kepada kemenangan demokrasi melawan musuh-musuh negara. Seterusnya jemaah Menteri bersetuju untuk memilih sebuah bukit yang tertinggi di kawasan Kebun Bunga kerana ianya akan dapat membangkitkan perasaan cintakan tanah air. Oleh itu, Jemaah Menteri telah bersetuju memperuntukkan wang sebanyak RM1.25 juta dalam anggaran Pembangunan Tahun 1961. HADIR...para penasihat pertahanan dan tetamu kehormat negara hadir sempena Hari Pahlawan yang diadakan BIL 150/JUL 2006 Tunku terfikir bahawa rancangannya untuk mengumpul-kan wang bagi pembinaan Tugu Peringatan dengan derma-derma orang ramai kerana pada pendapat beliau, orang ramai hendaklah digalakkan menderma bagi menampung perbelanjaan pembinaan Tugu Peringatan tersebut kerana ianya sebagai hadiah daripada rakyat negara ini yang ada pada masa sekarang untuk menjadi satu cahaya pedoman bagi generasi yang akan datang. Tanggal 31 Julai 1961 merupakan hari ulang tahun yang pertama bagi pengistiharan rasmi menamatkan darurat Persekutuan Tanah Melayu. Dalam satu ucapannya kepada rakyat pada malam tersebut, Tunku berkata peristiwa ulang tahun pertama ini adalah masa yang sesuai untuk menarik perhatian berkenaan projek telah lama saya tunggutunggu iaitu untuk membina sebuah Tugu Peringatan Negara bagi memuliakan anggota yang telah gugur atau menderita semasa darurat. Beliau juga mengatakan bahawa ianya akan menjadi satu peransang dan disifatkan sebagai menaikkan semangat orang ramai kekal sebagai semangat kebangsaan rakyat Tanah Melayu yang didirikan dari peruntukan wang yang dibayar oleh rakyat bersama-sama kerajaan. Rayuan Tunku ini mendapat sambutan dengan serta merta daripada rakyat yang berbilang bangsa. Derma daripada rakyat pelbagai kaum dan etnik meningkat dari sehari ke sehari. Akhirnya matlamat untuk mengumpulkan peruntukan pembinaan Tugu Peringatan tercapai juga. Pada waktu yang sama juga, telah diputuskan bahawa Batu Peringatan yang dibina bagi menghargai jasa pejuang-pejuang yang telah terkorban dalam perang Dunia Pertama dan Kedua yang pada masa itu terletak di stesen kereta api telah dipindahkan dan Tarikh Keramat “Tunku diberitahu pengukir archa yang membuat tugu tersebut bernama Felix de Weldon, seterusnya Tunku menyatakan hasrat kepada De Weldon untuk membuat tugu peringatan agar dapat memberi peransang kepada warga Malaya (sekarang Malaysia) mengenang jasa-jasa mereka yang gugur...” didirikan semula di tapak tugu iaitu bersesuaian dengan rancangan mengelolakan tapak tersebut dan Istana Hinggap, Negeri Sembilan telah dirobohkan. Pelbagai cadangan telah diutarakan bagi memperindahkan lagi seluruh kawasan tugu tersebut. Akhirnya telah diputuskan bahawa satu kolam besar berwarna kelabu asap dibentuk di tengah-tengah dengan air pancut di kelilingi pula dengan enam belas kuntum bunga teratai yang diperbuat daripada sejenis logam campuran timah dan timah sari. Satu lagi bahagian utama bagi rekabentuk ialah dua buah Peti Peringatan berbentuk bulan sabit terletak di bawah kubah di tengahtengah balai. Dalam kotak tersebut dipaparkan dengan riwayat pejuang-pejuang yang telah menderita dan terkorban dalam masa darurat. Dalam pada itu juga, kerja menempa tujuh buah patung gangsa telah disiapkan di Rome.Satu kumpulan tujuh lembaga gangsa terletak di atas pulau sebuah kolam yang mana setiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa yang diletakkan di atas satu asas yang BINCANG...PAT dan KPN memperkatakan sesuatu ketika menunggu ketibaan PM sempena Hari Pahlawan lalu bujur dalam sebuah kolam. Asas Tugu Peringatan disalut batu pejal berkilau berwarna zamrud. Lambang persekutuan Tanah Melayu berwarna rasmi terukir di tembok asas. Tulisan jawi di sebelah kanan dan tulisan bahasa Inggeris di sebelah kiri berbunyi Memperingati perwira-perwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan. Mogamoga Allah cucurkan rahmat ke atas mereka. Lima lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan Tanah Melayu yang beroleh kemenangan manakala dua lembaga terbaring adalah mayat pengganas komunis. Lembaga yang teratas sedang memegang bendera Malaysia tanpa senjata, manakala dua lembaga rendah sedikit itu berada dalam aksi menyerang. Dua lembaga lagi, menunjukkan seorang perajurit yang sedang membantu perajurit lain yang tercedera. Tanggal 8 Feb 1966, pembinaan Tugu Peringatan dapat disiapkan dengan jayanya. Dengan siapnya Tugu Peringatan yang dicitacitakan oleh Tunku, maka tercapailah hasrat Tunku untuk melaksanakan pembinaan Tugu Peringatan supaya menjadi sanjungan generasi hari ini akan semangat-semangat perjuangan anggota keselamatan yang terdahulu. Sesungguhnya perjuangan para perwira kita mempertahankan agama, bangsa dan negara adalah satu jihad menurut pandangan Islam. Perjuangan suci para perwira kita ini adalah daripada warisan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Mereka telah mengorbankan jiwa raga dan harta demi mempertahankan Islam. Oleh demikian, perjuangan para perwira kita hari ini adalah kesinambungan perjuangan para sahabat zaman silam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pahlawanpahlawan kita yang telah gugur. Al 21 Fatihah. 21 Wawancara Eksklusif BTDM: Sejak YBhg Dato’ menerajui Pemerintahan Logistik TD (PL TD), apakah cabaran YBhg Dato’ hadapi dalam merealisasikan Wawasan TD? YBhg Dato’: Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada BTDM kerana memberi ruang Wawancara untuk saya dalam Buletin BTDM kali ini. Saya berharap melalui wawancara ini, Warga Tentera Darat akan dapat menghayati peranan, tanggungjawab dan usaha PL TD untuk menentukan kesiapsiagaan TD sentiasa tinggi. Pad a tahun ini, PL TD baru sahaja melepasi umur 18 tahun. Dalam usia ini, PL TD menghadapi cabaran untuk terus utuh dan relevan dalam memberi dokongan logistik yang efektif kepada Tentera Darat sebagai Teras Utama Kedaulatan Negara. Warga PL TD mempunyai tanggungjawab berat untuk menentukan setiap individu TD dilengkapi dan segala kelengkapan pertahanan darat diselenggara dan sentiasa bersedia untuk diaturgerak pada sebilang masa dan keadaan. Ini bermakna, kita sebagai Warga Logistik bertanggungjawab memenuhi keperluan operasi TD dan juga perlu peka terhadap keupayaan ekonomi negara. Pendek kata, Logistik adalah jambatan yang BIL 150/JUL 2006 mengimbangi keperluan operasi dan kekangan peruntukan yang mampu disediakan. BTDM: Apakah Wawasan, Misi dan Objektif PL TD untuk membantu keperluan logistik TD? YBhg Dato’: PL TD mempunyai wawasan untuk ‘Menjadi Angkatan Logistik Darat Cemerlang’. Wawasan ini adalah sejajar dengan Misi untuk ‘Memberi bantuan logistik yang berkualiti, efisien dan efektif kepada Tentera Darat’ bagi mencapai objektif umum untuk ‘Memberi perkhidmatan bantuan logistik pangkalan yang cekap, berkesan, mantap dan menyeluruh dalam kuantiti dan kualiti yang betul, di tempat dan pada masa yang tepat dengan kos yang paling minimum dan juga mengoptimumkan peruntukan kewangan yang diberi’. BTDM: Sudah tentu pelbagai perancangan dibuat oleh TD dalam aspek lagistik. Di dalam perancangan ini, apakah perkara-perkara tertentu yang diberi penekanan? YBhg Dato’: Perkara-perkara yang diberi penekanan adalah seperti berikut: * Menyedia pakaian Head ta Toe’ dengan memberi keutamaan kepada pengantian pakaian asas TO dan melengkapkan keperluan pakaian anggota baru ke tahap 100 peratus. * Meningkatkan keselesaan anggata TD dan keluarga dengan melengkapkan serta membuat penggantian perabut rumah keluarga dan berek bujang. * Membekalkan peluru dan bahan letupan 22 22 BIL 150/JUL 2006 “Sewajarnya anggaran belanja mengurus tinggi dan peruntukan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung keperluan sebenar TD...” dengan secukupnya. * Meningkatkan kejayaan aperasi, latihan dan pentadbiran TD dengan memenuhi keperluan Ops Vital menerusi peruntukan semasa berhubung dengan PMP, Rangsum, Penyelenggaraan kenderaan dan Peralatan, Perolehan Aset, Pengambilan Anggota baru dan Penyelenggaraan Bangunan Teknikal. BTDM: Untuk memastikan jangka hayat peralatan dapat dipanjangkan serta penggunaan yang lebih berkesan, perlulah diterapkan budaya serta sikap yang terbaik untuk memastikan adanya peralatan dan Wawancara Eksklusif fasilitas perkhidmatan yang sedia ada? YBhg Dato’: Senggaraan adalah fungsi pemerintahan. Pemerintah bertanggungjawab untuk menentukan setiap peralatan disenggara mengikut jadual: Melalui Perintah Ulung, saya juga menyeru warga logistik untuk menjadi pemimpin dalam membudayakan pengurusan senggaraan berkualiti sebagai budaya kerja harian. Markas PL TD memantau segala kerja senggaraan di pasukan mengikut jadual senggaraan yang ditetapkan. Melalui senggaraan berjadual, peralatan tersebut dapat digunakan dengan lebih berkesan, jangka hayatnya dapat dipanjangkan dan kos senggaraannya pula menjadi rendah. Ini sejajar dengan saranan Perdana Menteri, budaya senggaraan hendaklah diamal dan dipraktik bagi mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun. Di samping itu, PL TD juga mengamalkan proses Reverse Engineering dalam usaha mengurangkan kos senggaraan dan meningkatkan kesiapsiagaan TD. BTDM: Rungutan selalu kedengaran tentang kekurangan peralatan, sama ada alat-alat ganti atau keperluan asas, seperti pakaian dan peralatan pejabat. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini? YBhg Dato’: Tentera Darat adalah satu organisasi yang besar jika dibandingkan dengan Tentera Laut dan Udara. Sewajarnya anggaran belanja mengurus tinggi dan peruntukan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung keperluan sebenar TD. Di samping kekangan kewangan, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang terhadap permasalahan ini; contohnya kelewatan pembekal, penolakan terhadap kualiti barangan dan proses pengwujudan kontrak yang mengambil masa 23 23 23 Wawancara Eksklusif BIL 150/JUL 2006 YBhg Dato’: PL TD sentiasa bersedia menyokong operasi TD. Seperti atur gerak trup ke Timor Leste, PL TD dapat menyediakan kelengkapan yang diperlukan dalam masa tiga jam dari perintah yang diterima pada jam 0300 pagi. Pegangan stok mencukupi untuk memenuhi keperluan asas. BTDM: Adakah Logistik TD merancang atau akan melaksanakan sistem yang telah dilaksanakan oleh TUDM yang mana berkonsepkan butik bagi memudahkan anggota TD memperolehi kelengkapan yang mencukupi sebagaimana kelayakan anggota. YBhg Dato’: Sistem yang dilaksanakan oleh TUDM adalah baik. Namun begitu, kita sedang membuat kajian untuk menambahbaik sistem bekalan yang sedia ada. Kita juga sedang meneliti kosep pembekalan secara konsortium yang menjurus kepada one stop centre. yang lama. Dalam hal ini, PL TD mengambil pendekatan perkongsian pintar dengan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi yang saling memahami masalah dan tanggungjawab yang diamanahkan. PL TD juga mengamalkan pengurusan sebagaimana yang diiktiraf oleh MS ISO 9001 : 2004 sejak 21 Oktober 2004. BTDM: TD banyak melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Pakistan dan Indonesia dan yang terbaru adalah Yogyakarta. Bagaimanakah dari segi peralatan logistik yang dapat disediakan kepada anggota-anggota tentera mahupun kepada rakyat?. BTDM: Sebagaimana yang diketahui, kepuasan pelanggan diutamakan merupakan moto Pemerintahan Logistik, sejauh manakah usaha yang dilaksanakan dalam merealisasikan moto tersebut bagi mengatasi sebarang permasalahan dan menentukan kelancaran logistik kepada semua warga TD? YBhg Dato’: Kepuasan pelanggan diutamakan adalah dasar kualiti PL TD. la menjadi prasyarat untuk mendapatkan pengiktiratan berterusan MS ISO 9001: 2000. Justeru, setiap peringkat PL TD memahami dan “PL TD dapat menyediakan kelengkapan yang diperlukan dalam masa tiga jam dari perintah yang diterima...” 24 24 BIL 150/JUL 2006 menyokong objektif operasi PL TD dalam memberi bantuan logistik yang berkesan. BTDM: Pembangunan modal insan memainkan peranan dalam membentuk seseorang anggota. Bagaimanakah pandangan YBhg Dato’ bagi membentuk anggota yang dewasa ini sering kedengaran disiplin anggota semakin berkurangan?. YBhg Dato’: Cabaran utama ialah pembangunan modal insan berlandaskan konsep Marksman Sasaranku. Sebagai Warga Tentera, kita perlu melahirkan insan yang profesional dalam bidang ketenteraan. Kita juga perlu mempunyai kualiti peribadi tinggi; seperti amanah, jujur, ikhlas, prihatian, berdisiplin tinggi, kreatif dan inovatif. Di samping itu, setiap insan yang mulia perlu menghargai ketepatan masa, responsif dan proaktif dalam menghasilkan kerja berkualiti, sedia berkongsi ilmu melalui lontaran idea bernas, semangat kecintaan kepada organisasi dan mementingkan kerja berpasukan. Bagi Warga PL TD, saya ingin melahirkan insan Logistik Berwawasan Berilmu bergerak dalam satu barisan melalui kesatuan konsep Conceptual Unity tanpa meminggirkan kepakaran kor masing-masing. PL TD juga mengamalkan sistem mentor dan protege bagi mengawal dan membimbing anggota pada sebilang masa. Wawancara Eksklusif BTDM : Konsep baru yang dilaksanakan oleh Kor JLJD untuk reengineering adalah opsyen yang terbaik bagi Kor JLJD iaitu untuk pengstrukturan semula JLJD dan tred JLJD dalam pembangunan sumber manusia. Sehingga kini, sejauh manakah keberkesanan konsep yang telah dilaksanakan tersebut? Bolehkah YBhg Dato’ terangkan? YBhg Dato’: Secara dasarnya Konsep Reengineering diutarakan oleh KJLJD bertujuan untuk mengoptimumkan pengurusan sumber JLJ yang terhad. Secara umumnya JLJ berjaya melaksanakan rancangan dalamannya. Hanya di peringkat pengoperasian JLJ yang melibatkan pelanggan di barisan pertama menjadi persoalan. Kegagalan pelaksanaan dokongan operasi JLJ di medan disebabkan konsep ini dilaksanakan secara isolation. Keputusan telah dibuat di peringkat tertinggi TD untuk menarik balik pelaksanaan reengineering terhadap pengoperasian JLJ di medan. BTDM: Dalam era pemodenan Angkatan Tentera sekarang ini, Sistem Pengurusan Logistik sentiasa berubah dan berkembang. Apakah sistem yang digunapakai oleh MPL TD sekarang ini dan setakat manakah keberkesanannya?. YBhg Dato’: PL TD mengamalkan konsep push forward system dalam memberi bantuan logistik TD. Melalui konsep ini, PL TD mampu memberi dokongan logistik yang dihajati. Namun begitu, MPL TD sedang berusaha menambahbaik sistem pengagihannya dengan mengunakan pendekatan Supply Change Management yang memberi penumpuan pelaksanaan logistik secara total yang lebi h efektif. BTDM : Bagi mengakhiri soalan, apakah hasrat dan harapan kepada warga-warga di bawah naungan YBhg Dato’?. YBhg Dato’: Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan warga PL TD dalam melaksanakan tugasnya memberi sokongan logistik yang memenuhi keperluan operasi TD. Saya menaruh penuh harapan agar semua warga PL TD dapat mengembeling tenaga menghayati konsep TD sebagai ‘Teras, Utama Kedaulatan Negara’ dengan memberi tumpuan kepada tujuh tonggak (Seven Pillars) amanah dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat pada 15 Sep 2004. Mendokong amanah ini, PL TD mempunyai wawasan untuk ‘Menjadi Angkatan Logistik Darat Cemerlang’ sejajar dengan misi bagi mencapai objektif umum. ‘KHIDMAT SETIA’ 25 25 Latihan SINGKAWANG INDONESIA: Latihan Gabungan Bersama Angkatan Tentera Malaysia – Tentera Republik Indonesia, Darat, Samudera Angkasa Siri 6 tahun 2006 (LATGABMA MALINDO DARSASA 06 AB/06) yang dijalankan di negara ini baru-baru ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan pada 7 Jul lalu. Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor latihan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan cemerlang sekaligus menyerlahkan persefahaman erat kepada kedua-dua angkatan yang terlibat dalam menggerakkan operasi bersama. “Semua operasi berjaya dilaksanakan seperti dirancang dan menepati masa terutamanya aktiviti yang melibatkan pendaratan trup secara amfibi dan penerjunan lebih 26 26 600 anggota Para bagi melaksanakan objektif operasi”. “Banyak Prosedur Tetap Operasi (PROTAP) yang sebelum ini sukar untuk difahami telah dipermudahkan bagi melancarkan operasi bersama,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup latihan di Lapangan Tembak Pusdik Secata B di sini. Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor juga yakin bahawa latihan yang dijalankan mampu menjadi penanda aras bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk meningkatkan kerjasama di bidang ketenteraan se- BIL 150/JUL 2006 lain meningkatkan profesionalisme ketenteraan di kalangan kedua-dua pasukan. LATGABMA MALINDO DARSASA 06 AB/06 merupakan latihan yang dijalankan setiap lima tahun yang melibatkan angkatan darat, laut, udara serta pasukan polis dari Malaysia dan Indonesia. Ia dilaksana dalam dua fasa iaitu Latihan Pos Pemerintah (CPX) yang dijalankan di Markas Divisi 1 Infantri KOSTRAD di Celodong, Jawa Barat dan Latihan Medan BIL 150/JUL 2006 (FTX) yang dijalankan di sekitar kawasan Singkawang, Kalimantan Barat. Latihan ini disertai oleh seramai 4,994 anggota iaitu 3861 anggota TNI dan 15 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) manakala anggota ATM yang terlibat adalah seramai 1,102 orang dan 14 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latihan Pos Pemerintah (CPX) Sepanjang CPX, beberapa objektif ingin dicapai dan antaranya adalah dalam aspek strategi di mana penekanan diberikan terhadap aspek cegah rintang dan tindakan terhadap ancaman yang mungkin berlaku di persempadanan Malaysia – Indonesia (MALINDO). Dalam aspek operasi, latihan yang dijalankan merupakan satu inisiatif bagi mewujudkan kesiapsiagaan Pasukan Pengaman Perbatasan MALINDO (PPPM) di kawasan sempadan supaya sentiasa mampu diaturgerakkan dengan segera. Dari aspek taktik, teknik dan prosedur latihan ia diharap akan meningkatkan interoperability serta kemampuan mengaplikasikan doktrin serta Prosedur Tetap Operasi (SOP) operasi gabungan bersama. Dari sudut psikologi, LATGABMA MALINDO DARSASA merupakan landasan untuk mengukuhkan hubungan baik dan silaturahim antara ATM dan PDRM dengan TNI dan POLRI selain dengan masyarakat di sekitar kawasan sempadan di mana latihan dijalankan. Latihan Latihan Medan (FTX) Ketika latihan medan, dua bentuk operasi dijalankan iaitu operasi amfibi yang dijalankan di sekitar pantai Kura-Kura di Bengkayang, Singkawang dan penerjunan pasukan Para di sekitar Karimunting. Melihat kepada senario latihan, sekitar kawasan persempadanan kedua-dua negara telah berjaya ditawan oleh pasukan musuh dari negara NEGASOR yang ingin meluaskan jajahannya disebabkan dasar perluasan jajahan. Selain itu, kawasan kepulauan Borneo yang kaya dengan hasil bumi dan galian menjadi perhatian NEGASOR untuk menanamkan pengaruhnya bagi mendapatkan hasil bumi tersebut. Kejayaan mereka menguasai wilayah Tanjung Gundul, Singkawang telah membuatkan PPPM mengaturkan rancangan serangan balas yang dilakukan melalui dua pendekatan iaitu pendaratan amfibi dan operasi lintas udara (LINUD) bagi mengambil alih semula kawasan berkenaan. Serangan balas oleh TNI dan ATM pada jam 5.30 pagi, 7 Julai di pantai Kura-Kura, Bengkayang dimulakan dengan tembakan ke atas kedudukan musuh dari kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kapal Republik Indonesia (KRI). Ia diikuti dengan serangan udara dari tiga pesawat Hawk TNI-AU dan dua pesawat F/ A18D TUDM bagi memusnahkan kedudukan musuh serta sisa kekuatan musuh yang tinggal. Pada masa yang sama, penguguran lebih 600 anggota payung terjun 10 Briged Para dan TNI-AD menggunakan pesawat C130 Hercules dari TUDM dan TNI-AU dilakukan bagi menguasai sebahagian lagi kawasan yang dipertanggungjawabkan. Pendaratan amfibi oleh tiga tiga kereta kebal amfibi PT 76 dari kor Marin TNI yang disusuli tujuh kereta perisai pengangkut anggota merupa kemuncak latihan di mana serangan yang dilancarkan berjaya menguasai semula kawasan yang diduduki oleh musuh. Semasa serangan, peluru hidup digunakan dan ia memerlukan penduduk di sekitar kawasan latihan untuk mengosongkan kawasan berkenaan. Proses pemindahan penduduk dari kawasan terbabit ke kawasan selamat yang telah ditentukan juga merupakan sebahagian dari proses latihan. Aset Sepanjang LATGABMA yang bermula pada 22 Jun hingga 7 Julai aset-aset yang terlibat dalam latihan adalah tujuh KRI, tiga unit Tank Amfibi PT76, tujuh unit Pansam BTR 50P, sembilan pesawat C130 Hercules sebuah pesawat Boeing 737, empat pesawat Hawk 100/200 sebuah helikopter SA 330, sebuah pesawat F 27 dan dua buah pesawat C212 dan Nomad. Manakala aset ATM yang terlibat adalah tiga pesawat C130 Hercules, sebuah kapal pengangkut, frigate dan covert, dua pesawat pejuang F/A18D, sebuah pesawat CN235 dan helikopter Nuri. LATGABMA MALINDO DARSASA merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bagi merealisasikan aspirasi Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara bagi meningkatkan professional anggota tentera dan polis. Sejak pertama kali dijalankan pada tahun 1981, LATGABMA MALINDO DARSASA telah dijalankan sebanyak enam kali manakala latihan bersama antara perkhidmatan yang berjaya dilaksanakan adalah KEKAAR MALINDO– tentera darat (31 kali), MALINDO JAYA – tentera laut (19 kali), ELANG MALINDO – tentera udara (22 kali) dan AMAN MALINDO- pasukan polis (24 kali). 27 27 Latihan BIL 150/JUL 2006 EX MALPHI - Tumpu penggunaan peralatan berteknologi E ksesais Land MALPHI merupakan eksesais gabungan dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Filipina (TDF) yang dilaksanakan secara giliran. Latihan yang diadakan setiap tahun dengan penganjuran secara bergilir ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan integrasi antara kedua-dua negara dalam konsep latihan peperangan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) di antara tentera dua negara. Ikuti “EX Land MALPHI 08/ 06 yang dilaksanakan dalam bentuk Pemerintah (POSTAH) di peringkat batalion dalam rangka tugas operasi sebuah briged...” 28 28 pengalaman bersama wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Suhaimi Idris sepanjang latihan tersebut di bekas pangkalan udara Amerika iaitu Clark Airbase, Pampanga, Filipina. Eksesais yang dihoskan oleh TDF kali ke-8/2006 ini dilaksanakan di HQS 600 ABW Air Force City Clark Airbase Dau, Pampanga, Filipina. EX Land MALPHI 08/06 yang dilaksanakan dalam bentuk Pemerintah (POSTAH) di peringkat batalion dalam rangka tugas operasi sebuah briged yang di pandu oleh permainan olah perang (Wargame) dalam fasa ofensif peperangan konvensional. Satu Kompeni dari TDM akan ditumpangkan kepada batalion infantri TDF dalam eksesais ini. Eksesais yang berlangsung selama dua minggu ini bermula dari BIL 150/JUL 2006 Latihan 8 hingga 21 Julai lalu bertujuan memberi pendedahan pemerintah, di dalam merancang operasi bersama antara TDM dan TDF. Upacara pembukaan dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal serta diiringi pegawai kanan TD iaitu Panglima Medan TD, Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin dan Panglima Latihan TD, Dato’ Mokhtar Perman. Penglibatan anggota TDM dalam eksesais ini adalah datangnya dari unit-unit di bawah naungan 3 Bgd dan unit-unit Trup Div di ketuai oleh Kol Hj Jalaluddin Hj Manan melibatkan seramai 65 anggota manakala TDF dari Training And Doctrine Command (TRADOC) diketuai oleh Kol Emmanuel F Mendoza melibatkan seramai 87 anggota. Selain itu juga objektif yang ingin dicapai adalah untuk meningkatkan tahap Operability dalam pelaksanaan operasi konvensional dalam persekitaran Malaysia. Ianya berjaya mencapai objektif yang disasarkan mengikut prosedur latihan yang diadakan. Ex Land MALPHI kali ke lapan ini lebih memberikan penumpuan kepada batalion dan pasukan sahabat dalam merancang dan mengendalikan atur gerak melalui penggunaan peralatan teknologi terkini dan taktik serangan yang berkesan dalam menghadapi musuh. Ia juga mendedahkan pemerintah dan staf berkaitan prosedur operasi bersama, memberi latihan kepada pemerintah dan staf dalam prosedur logistik dan pentadbiran di medan selain bertukar-tukar pengetahuan dan maklumat berkaitan organisasi, persenjataan dan peralatan. Selain itu ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua TD. Latihan yang dilaksanakan berdasarkan dari operasi ofensif di dalam peperangan konvensional di peringkat Briged dan Batalion Infantri. Ianya juga merupakan latihan dua belah pihak di mana pasukan gabungan Malaysia-Filipina yang bertindak sebagai pasukan biru dan pasukan merah oleh satu kumpulan musuh yang di kawal. Rancangan pasukan akan diaplikasikan di atas satu papan muka bumi (terrain board) yang dikendalikan oleh tim dari wargame centre TDF. Majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Muhammad Ismail Hj Jamaluddin turut hadir Panglima 1 Div Mej Jen Dato’ Muhammad Effendi Mustafa. 29 29 Latihan BIL 150/JUL 2006 UKMTD tingkatkan kemahiran menembak anggota Oleh: Pbt Saiful Fazley Rusli U jian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) adalah kemuncak ujian kemahiran pengendalian senjata anggota-anggota tentera di dalam usaha menilai kemampuan dan taraf yang telah dicapai oleh unitunit dan perseorangan yang mana aktiviti ini bukanlah satu pertandingan yang boleh disamakan dengan pertandinganpertandingan olahraga dan sukan. Pertandingan Menembak Tentera Darat Tahun 2006 berlangsung pada 17 hingga 22 Jul lalu di sekitar 3 Divisyen dan terdapat beberapa pembaharuan dari segi kategori yang dipertandingkan serta kali ini juga Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) telah ditukar kepada Pertandingan Menembak Tentera Darat (PMTD). Setiap ujian dan penilaian yang dibuat secara tahunan ini adalah sejajar dengan Arahan-Arahan Latihan Tentera Darat dan arahanarahan lain yang berkaitan serta gelaran PMTD juga akan mengenepikan kesangsian ianya sebagai satu keperluan perkhidmatan untuk maksud-maksud tertentu. PMTD juga adalah satu acara menembak di peringkat Tentera Darat di mana 1 Divisyen (1 Div), 2 Div, 3 Div, 4 Div , 10 Briged Para dan Gerup Gerak Khas (GGK) akan mengambil bahagian yang mana setiap Div, 10 Bgd Para dan GGK dikehendaki menjalani Ujian Kemahiran Menembak masing- JOHAN...Tim 10 Bgd PARA menyertai kejohanan menembal pada tahun ini masing di mana empat pasukan yang terbaik dipilih untuk membuktikan kemahiran mereka di dalam acara tahunan ini. Pasukan campuran dari tiaptiap Div adalah terdiri dari anggotaanggota unit besar dan unit kecil RASMI...PTD merasmikan acara pembukaan UKMTD 2006 yang di bawah perintah atau pentadbiran tempatan formasi manakala jawatankuasa ujian dikehendaki menjemput pasukanpasukan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tentera negara-negara sahabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) serta badan-badan yang difikirkan perlu di dalam acara jatuh piring jemputan. Setiap tahun Kem Terendak akan dipilih sebagai tuan rumah disebabkan kem ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang sesuai tetapi Markas Tentera Darat mungkin menentukan tempat di mana UKMTD seharusnya dilaksanakan berdasarkan keperluan tertentu dan juga keadaan dari semasa ke semasa. Lapangsasar yang dipilih nanti TERLIBAT...tentera Australiaturutdijemput menyertai acara jatuh piring semasa penutup UKMTD akan ditutup sekurangkurangnya dua bulan bagi membolehkan persiapan, manakala selain dari jangkamasa yang diberi untuk tembakan suaikenal, lapangsasar ini tidak boleh digunakan untuk latihan persiapan oleh mana-mana pasukan bertanding yang mana MK TD akan 30 30 memperuntukkan kemudahan lapangsasar kepada formasiformasi yang akan mengambil bahagian bagi tujuan latihan persiapan. Setiap formasi yang bertanding akan diberi jangkamasa ujian selama empat hari tidak termasuk tembakan suaikenal dan ianya boleh dilanjutkan sekiranya cuaca atau keperluan-keperluan lain tidak mengizinkan. Pada tahun ini, sejajar dengan tema Hari Ulang Tahun TD iaitu Marksman Sasaranku, Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal yang menyarankan kepada semua warga TD agar mengekalkan dan menjana semangat kecemerlangan pada setiap anggota dengan mengamalkan menembak sebagai budaya tentera darat. PMTD pada kali ini banyak perubahan telah dilaksnakan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana berkonsepkan Marksman serta lebih mencabar iaitu latihan tembak tempur atau Training The Battle Shot malah ianya agak progresif, realistik serta mirip kepada situasi pertempuran yang sebenar. Selain itu, acara dan praktis yang dipertandingkan telah diadaptasi agar ianya praktikal dan selari dengan konsep pertandingan Australian Army Skill At Arms Meet (ASSAM), Asean Armies Rifle Meet (AARM) dan BIL 150/JUL 2006 Brunei International Shooting Arms Meet (BISAM). Secara amya, matlamat pertandingan menembak acara dan praktis baru pada kali ini adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran ketenteraan yang merangkumi pengendalian senjata, ketepatan menembak, kekuatan fizikal, ilmu medan perang, perintah dan kawalan serta kerjasama tim dan taktik asas pertempuran. Walaupun konsep pelaksanaan pertandingan kali ini telah berubah namun objektif pertandingan menembak bagi acara dan praktis baru ini tetap sama serta selari dengan objektif pertandingan seperti tahun-tahun sebelum ini. Antara objektif yang ingin dicapai bagi pertandingan menembak acara dan praktis baru pada tahun ini adalah untuk menguji dan menilai taraf kemahiran warga TD dalam pengendalian senjata yang dipertandingkan, mengekal dan meningkatkan prestasi kemahiran anggota dalam pengendalian senjata. Selain itu, ianya dapat memupuk semangat bertanding antara formasi dan pasukan, mempertingkatkan lagi mutu menembak TD, mengeratkan perhubungan Latihan antara formasi TD dan perkhidmatan lain serta agensi-agensi yang turut dijemput serta dapat mengenal pasti serta mengetengahkan penembak-penembak terbaik untuk mewakili TD ke pertandingan di peringkat Asean mahupun serantau. Pertandingan percubaan mengunakan format baru ini telah diadakan pada tahun 2005 sebelum ianya diluluskan oleh TD dan diguna pakai untuk pertandingan sebenar pada tahun ini tetapi konsep pertandingan yang dilaksanakan adalah statik dan boleh diubah suai mengikut keperluan semasa. Acara dan praktis baru pertandingan menembak TD pada tahun ini menyaksikan 10 Bgd Para mengunguli setiap pertandingan yang dipertandingkan serta menjadi johan keseluruhan UKMTD 2006 dan secara tidak langsung dapat melahirkan penembak tempur individu yang bertaraf Marksman, seterusnya menyumbang ke arah kumpulan seksyen tempur yang mantap seiring dengan hasrat TD untuk melahirkan warga yang berkemahiran tinggi di dalam aspek menembak dan juga dapat membantu pencapaian cemerlang bagi tim penembak TD di dalam mana-mana pertandingan kelak. JAGUH...Kpl Asmawi dari 17 RAMD PARA menjadi penembak terbaik pada kejohanan menembak TD 31 31 Pengorbanan Sjn (B) Hassanuddin Abu Karim...ketika berusia 22 tahun S JN (B) Hassanuddin Abu Karim mula berkhidmat dalam TD pada tahun 1970 ketika itu beliau baru berusia 22 tahun. Selepas tamat latihan beliau ditempatkan ke pasukan yang pertama iaitu 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang pada masa itu terletak di Tapah, Perak. Setelah itu, beliau mengikuti Kursus Asas Komando di Indonesia selama enam bulan yang terdiri daripada 700 anggota. Selama di sana beliau terpaksa berhempas-pulas menamatkan latihan yang meliputi terjun payung sebanyak tujuh kali dan lain-lain lagi. Namun sekembalinya beliau ke tanah air, kursus tersebut tidak diiktiraf dan sekali lagi beliau terpaksa menjalani Kursus Asas Komando selama empat bulan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). Atas minat yang mendalam dalam bidang ini, akhirnya beliau berjaya ditauliahkan green beret dan pisau komando. “Saya berasa bangga kerana berjaya mengharungi pelbagai rintangan untuk bergelar komando sejati dan ia memang hasrat saya sejak mula menceburkan diri dalam ketenteraan.Selepas itu, saya ditempatkan pula di 1 Skuadron Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM-pada ketika itu) di Sg. Udang. “Ketika itu saya banyak terlibat dalam operasi yang dilaksanakan oleh pasukan antaranya Ops Asli, Ops Gunung Kewa, Ops Indra dan Ops Kota Echo 5 pada tahun 1978.Dalam banyak operasi saya sertai Ops Kota Echo 5 meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri dan keluarga saya. Hal ini kerana, kaki kiri 32 32 BIL 150/JUL 2006 “Saya memang tak sedap hati sehari dua sebelum kejadian. Memandangkan sudah dua bulan tidak mendengar sebarang khabar berita daripada suami kerana terlibat dalam Ops Kota Echo 5. Naluri saya kuat mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Dua hari selepas itu, saya didatangi PW 2 Zakaria dan beberapa anggota memaklumkan kejadian yang menimpa suami tercinta. Pada masa itu, saya sedang sarat mengandungkan anak ketiga. Walaupun dalam keadaan yang sukar, digagahkan jua kaki melangkah mengikut PW 2 Zakaria ke hospital. Anak pertama dan kedua terpaksa ditinggalkan bersama ibu yang kebetulan menemankan saya dan anak-anak semasa ketiadaan suami,” kata Ainisahwati,50, isteri kepada Sjn (B) Hassanuddin Abu Karim, 57. Demikianlah coretan isteri kepada salah seorang perajurit negara yang pernah berkhidmat dalam Tentera Darat (TD) semasa era komunis dahulu. Pengorbanan mereka sama nilainya dengan pengorbanan sang suami. Setiap pemergian suami ke perbatasan diiringi dengan senyuman dan deraian air mata. Bimbang kembalinya suami tidak seperti perginya. Namun setiap detik dan waktu terngiang-ngiang pintu rumah diketuk bertalutalu. Menandakan sudah pastinya ada tragedi yang menimpa kepada suami dan ayah kepada anak-anak yang tersayang. Bagi mengetahui dengan lebih terperinci liku-liku perjalanan Sjn (B) Hassanuddin Abu Karim dan keluarganya semasa bergelar perajurit dan kini telah bersara ikutilah wawancara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, Kpl Suziana Selimin, PW 2 Zaini Hj Abdul Ghani dan jurugambar Pbt Abu Talib Abu Bakar di kediaman beliau di Skudai, Johor pada 01 Jul lalu. saya terpaksa dipotong akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh musuh dalam operasi ini,” katanya lagi. Pada hari kejadian iaitu tanggal 11 Jul 1978 beliau bersama tujuh anggota yang terdiri daripada Trup Sarjan, SSjn Ismail, beliau sendiri (ketika itu berpangkat Lans Koperal) dan lima anggota baru menjalankan research di kawasan yang dipertanggungjawabkan. “Ketika membuat tinjauan, kami ternampak kesan darah burung seperti ditembak. Kami KEKAL...Sjn (B) Hassanuddin menunjukkan kaki kirinya yang dipotong manakala gambar kecil parut di peha kanannya yang turut terkena serpihan jerangkap samar yang sama Pengorbanan BIL BIL 150/JUL 150/JUL 2006 2006 “...Saya berasa bangga kerana berjaya mengharungi pelbagai rintangan untuk bergelar komando sejati dan ia memang hasrat saya sejak mula menceburkan diri dalam ketenteraan...” - Sjn (B) Hassanuddin Sepanjang tempoh itu, beliau menumpang di rumah Sjn Harun di 12 RAMD. Setelah sembuh sepenuhnya beliau dibenarkan keluar pada 4 Okt 1978. Namun, mukjizat tuhan tiada siapa yang tahu. Disebalik kepayahan ada kebahagiaan. Begitulah yang terjadi kepada Sjn (B) Hassanuddin dan isteri. “Pada tarikh yang sama itu juga, isteri saya berasa sakit untuk bersalin. Dengan izin Allah S.W.T maka anak saya yang ketiga selamat dilahirkan dan diberi nama Nurul Suhaia. Saya amat bersyukur atas pemberianNya ini,” tambahnya lagi. Beliau turut menyuarakan hasrat agar elaun kurang upaya yang diterimanya kini sebanyak RM150.00 dinaikkan sejajar dengan keperluan hidup masa kini. “Bukanlah tidak bersyukur dengan pemberian ini, namun apalah sudi kiranya menyemak semula elaun kurang upaya khasnya anggota tentera yang pernah berkhidmat untuk negara semasa Insurgensi dahulu jika dibandingkan dengan pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) yang menerima ribuan ringgit jika ditimpa kemalangan,” katanya dengan nada KELUARGA BAHAGIA...Sjn (B) Hassanuddin bersama isteri, Ainisahwati dan dua daripada enam orang anaknya iaitu (dari kiri) Nurzahidah dan Nurmashitah (tiada dalam gambar Idham Shah, Syahril Izham, Nurul Suhaila dan Khaidir) yang sayu. Beliau diberitahu selepas dua tahun lagi barulah ia akan diselaraskan. Tapi sampai bilakah penantian mereka ini akan berakhir? Mungkin hingga ke hujung nyawa tapi apa diimpikan tidak menjadi kenyataan. Semoga pihak yang berkenaan mengambil serius hal kebajikan bekas perajurit tanah air ini yang rata-rata memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak. Beliau turut berkongsi pengalaman diserang hendap oleh komunis semasa Eksesais Gonzales sekitar tahun 1974 di kawasan Gunung Chondong, Sg.Siput. Ketika itu beliau masih berpangkat Trooper. Bersama 30 anggota yang diketuai Kapt Zainal mereka bertembung dengan musuh apabila cuba melalui cenuram yang terdapat anak sungai di tengahnya. ...Hasil pautan kasih sayang yang terjalin antara beliau dan isteri, beliau dikurniakan enam orang anak dan tujuh orang cucu. Lima daripadanya telah mempunyai keluarga masing-masing... “Saya berada di barisan hadapan dan dengan tiba-tiba satu das tembakan mengenai peha rakan saya Amir dan beliau terus rebah. Saya terus meniarap. Tanpa diduga komunis membaling tiga biji granit ke arah saya. Alhamdulillah, ketiga-tiga biji granit itu tidak meletup. Pada ketika itu pasukan sahabat dan pihak musuh saling berbalas tembakan. “Terlintas di fikiran saya untuk melemparkan granit di poket saya tetapi terdapat sebatang pokok batam yang besar menghalang hasrat saya itu. Setelah keadaan kembali reda, kami mendapati tiga komunis terbunuh dan terdapat 32 pack yang diperbuat dari guni tepung berada di situ. Itulah peristiwa yang masih segar dalam ingatan ini dan dua orang rakan saya iaitu Amir dan Zaki dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) atas keberanian mereka,” tambahnya lagi. Apabila ditanya kenapa beliau tidak mendapat pengiktirafan yang sama, dengan wajah tenang beliau menyatakan mungkin bukan rezekinya namun tuhan mengetahui segalagalanya. Hasil pautan kasih sayang yang terjalin antara beliau dan isteri, beliau dikurniakan enam orang anak dan tujuh orang cucu. Empat daripadanya telah mempunyai keluarga masingmasing. Bagi meneruskan kehidupan dialam persaraan, beliau mengusahakan kantin di Sekolah Menengah Skudai yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahannya bagi menampung persekolahan dua lagi orang anaknya yang masih menuntut. Beliau menamatkan perkhidmatan pada 3 Jan 1992 setelah berkhidmat dalam TD selama 22 tahun. KASIH TIDAK TERNILAI...Ainisahwati membantu suaminya memakai kaki palsu walaupun Sjn (B) Hassanuddin mampu melakukannya sendiri 33 33 Cabaran Antara Benua BIL 150/JUL 2006 Skn C 2 Peninjau penyelamat tentera Gurkha Oleh: SSjn Aziz Deroah S etelah 10 bulan krisis di Kindu berlaku, seperti yang dipaparkan dalam BTDM di siri lepas membabitkan pasukan 2 Peninjau (kini Armor), berlaku pula satu lagi krisis juga yang membabitkan pasukan yang sama cuma pembabitan kali ini adalah Skuadron C. Skuadron C di bawah kepimpinan Mej Asna Mohamed Sutan menyertai pasukan 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berlepas ke Pelabuhan Mombassa, Congo dari Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) dengan menaiki Kapal Laut Blatchford. Setibanya di Pelabuhan Mombassa mereka dipisahkan dengan pasukan 2 RAMD dan diterbangkan ke Elisabethville untuk bertugas sebagai skuadron bebas. AMANAT...Tengku Abdul Rahman menyampaikan mandat sebelum Pasukan Pengaman Negara berlepas ke Congo 34 34 Elisabethville bandar kedua terbesar di Congo hanya boleh dihubungi dengan bandarbandar lain melalui jalan udara. Untuk menentukan keselamatan dan sentiasa boleh dihubungi, lapangan terbang Elisabethville sentiasa dikawal rapi oleh tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Suasana di Elisabethville adalah tegang akibat keengganan Pemerintah Katanga, Presiden M. Tshombe mematuhi arahan kerajaan pusat di Leopoldville. Pusat pemeriksaan tentera didirikan di setiap jalan masuk ke bandar Elisabethville bagi menentukan setiap orang yang memasuki bandar berkenaan tidak membawa senjata. Manakala terdapat dua lapisan kepungan di bahagian dalam dan luar bandar Elisabethville oleh pasukan Pengaman PBB. Selain membuat kepungan di sekeliling bandar, Pasukan Pengaman PBB juga terpaksa BIL BIL 150/JUL 150/JUL 2006 2006 Cabaran Antara Benua membuat rondaan tinjau dan tempur di pinggir kawasan bandar yang dianggap kawasan bebas (no man’s land) bagi menentukan kawasan berkenaan tidak digunakan oleh musuh. Askar-askar Katanga juga turut meronda dan mengawal kawasan berkenaan dan ia kadang-kala menyebabkan ketegangan. Skuadron C ditugaskan untuk membuat rondaan dan membantu mengiringi pasukan infantri, selain itu pasukan ini juga kadang kala diperintah membuat tinjauan dan rondaan sencara persendirian. Terup Nombor Tiga di bawah pimpinan Lt Lee Ah Pow telah ditumpangkan ke 2nd/5th Gurkha yang mengawal Lapangan Terbang Elisabethville. Pada 12 Sep 1962, Terup Lt Lee Ah Pow diarahkan mengiringi satu seksyen anggota Kumpulan Tinjau 2nd/ 5th Gurkha terdiri daripada 12 orang anggota yang diketuai oleh Mej Gupta membuat tinjauan sebelah utara lapangan terbang. Kawasan ini terletak kira-kira lima batu dari lapangan terbang dan baru sahaja diambil alih oleh pasukan berkenaan dari Batalion Rajputana Rifle. Dengan kekuatan empat buah kereta perisai, mereka mengiringi dua buah Land Rover pasukan 2nd/5th Gurkha yang diketuai sendiri oleh Mej Gupta. Setelah beberapa jam membuat rondaan tiada sebarang tanda kehadiran musuh di kawasan tersebut, sehinggalah mereka memasuki satu lorong di persimpangan yang dikenali Persimpangan Martini. Lebih kurang setengah kilometer dari Persimpangan 35 35 Cabaran Antara Benua Martini, mereka dikepung oleh 30 hingga 40 orang tentera Katanga. Pada mula Lt Lee menganggap ini perkara biasa dan mengarahkan tentera Katangan itu berundur, sebaliknya mereka terus melakukan kepungan keseluruhan konvoi. Ketika itu kesemua tentera Gurkha yang berada di dalam Land Rover telahpun terjun dan meniarap di tanah. Walaupun telah diarahkan beberapa kali untuk berundur, tentera Katanga tetap dengan kepungan malah melepaskan tembakan. Dengan keadaan yang agak tegang ini Lt Lee lantas menghubungi Markas Batalion memaklumkan tentang keadaan yang sedang dihadapi oleh mereka. Lt Lee juga turut mengarahkan kesemua ketua kereta bersedia untuk melepaskan tembakan dengan Browning Machine Gun sekiranya kereta perisai mereka diserbu oleh tentera Katanga. Dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kepungan tentera Katanga, Terup Lt Lee melepaskan satu tembakan semburan pendek Browning Machine Gun ke arah tentera Katanga dan dengan tiba-tiba mereka melihat ramai tentera Katanga yang keluar dari dalam kubu untuk melarikan diri. Setelah berpuas hati dengan keadaan sekeliling yang kembali reda dan musuh yang diketuai oleh seorang berkulit putih telah meninggalkan tempat kejadian, mereka melakukan pengeledahan. Semasa melakukan pengeledahan tersebut, mereka mendapati banyak senjata dan peluru ditinggalkan oleh tentera Katanga di dalam kubu. Kedudukan mereka ketika itu betul-betul di tengah MANDAT...setiap operasi yang dijalankan memerlukan perbincangan yangterperinci bagimengerakkan berlaku kejadianyangtidakdiingini 36 36 kedudukan pertahanan musuh yang menempatkan senjata automatik dan pelancar roket yang bila-bila masa sahaja boleh digunakan untuk memusnahkan terup Lt Lee. Tetapi yang menghairankan mengapa tentera Katanga tidak menggunakan senjata tersebut? Di dalam pengeledahan tersebut, dua mayat tentera Katanga ditemui seterusnya diserahkan ke Markas PBB manakala Mej Gupta amat berterima kasih kepada Lt Lee kerana berjaya menangani krisis ini dengan bijak. Tindakan pantas, bertanggungjawab serta berani memberi perintah kepada semua ketua perisai yang dilakukan oleh Lt Lee telah dapat menyelamatkan kesemua anggota Gurkha daripada menjadi sasaran peluru tentera Katanga dan juga menyebabkan tentera Katanga melarikan diri. Keesokan harinya kesemua anggota di bawah Indian Brigade tidak dibenarkan keluar dari pangkalan masing-masing. Tragedi tersebut dieksplotasikan oleh Presiden Tshombe dan menjadi tajuk utama kesemua akhbar, sambil memetik kenyataan Presiden Tshombe yang menyalahkan Pasukan Pengaman PBB kerana membunuh tentera Katanga yang kononnya ingin berdamai. Selepas kejadian tersebut penduduk tempatan amat membenci tentera Pasukan Pengaman PBB walau bagaimanapun terdapat juga penduduk Elisabethville yang menyokong tindakan tersebut. Selepas beberapa hari, Ketua Skuadron C, Mej Asna menerima perutusan tahniah dan terima kasih daripada pihak atasan ekoran BIL 150/JUL 2006 peristiwa 12 Sep 1962 itu. Selain itu beliau juga diarahkan membuat sokongan terhadap ketua terup yang terlibat untuk dianugerahkan pingat keberanian. Selepas dua minggu peristiwa 12 Sep, satu kumpulan tentera Gurkha yang tidak diiringi oleh Malayan Special Force (MSF) terlibat dalam kemalangan ‘jumping mine’ yang mengorbankan dua anggota Gurkha manakala empat lagi cedera. Semasa upacara pengkebumian kedua anggota Gurkha tersebut, Skuadron C 2 Peninjau telah diberi penghormatan yang begitu tinggi iaitu meletakkan anggota yang mewakili MSF paling hampir dengan tempat upacara pembakaran mayat manakala Ketua Skuadron C 2 Peninjau, Mej Asna pula telah diminta menjadi pegawai terakhir meletakkan kalungan bunga sebelum upacara pembakaran mayat dilakukan dan ini merupakan satu penghormatan menurut tradisi pasukan Gurkha. Peristiwa menyelamatkan tentera Gurkha bagi Skuadron C ia pengalaman manis yang sukar dilupakan oleh setiap anggota yang terlibat memandangkan tentera Gurkha memang diakui sebagai tentera yang berani, cekal dan taat setia. Tetapi di dalam kejadian 12 Sep, terup dari Skuadron C berjaya menyelamatkan mereka. Ini menggambarkan betapa skuadron ini lebih bersedia bukan sahaja dengan keberanian dan disiplin tetapi yang lebih penting persiapan mental terutama di dalam membaca keadaan semasa. BIL 150/JUL 2006 Rencana AW Oleh: Sjn Mohd Zuki Jusoh Foto: Sjn Kamarulzaman Ariffin P enubuhan pasukan Askar Wataniah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah atas inisiatif Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Dato’ Zainol Abidin Abd Rashid, sehubungan itu satu program taklimat dan pengambilan pertama AW telah diadakan pada 16 Mei 2001 oleh Rejimen 515 di Dewan Hasil, Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Seramai 14 orang kumpulan pertama telah melapor diri untuk menjalani Kursus Latihan Asas Rekrut Siri 2/2001 di Kem Jalan Ampang pada 12 Jun hingga 13 Julai 2002. Bagi tujuan pendedahan dan maklumat kepada pengurusan LHDNM, pengurusan atasan telah mengambil inisiatif menjemput Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat bagi menyampaikan taklimat dan memberi pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Jabatan. Bahagian dan Cawangan mengenai pengenalan dan program AW. Lanjutan daripada taklimat tersebut pihak pengurusan atasan telah mengeluarkan surat arahan pada 24 Feb 2003 mengarahkan semua cawangan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Askar Wataniah di cawangan masing-masing. Sehubungan itu, taklimat pengambilan telah dijalankan di setiap cawangan dengan bantuan Rejimen Askar Wataniah Siri 500 di setiap negeri. Pihak Pengurusan bersetuju menanggung kos pemeriksaan kesihatan (x-ray) di klinik panel, menyediakan kemudahan penginapan dan logistik di Akademi Percukaian Malaysia bagi memastikan kelancaran program AW LHDNM. Latihan Asas AW yang pertama diadakan di Akademi Percukaian Malaysia, LHDNM ialah pada Siri 2/2003 bermula dari 13 Jul sehingga 10 KEPIMPINAN...memberi keyakinan kepada mereka melalui tunjuk ajar dan panduan 37 37 Rencana AW BIL 150/JUL 2006 “Tan Sri Dato’ Zainol Abidin Abd Rashid menetapkan supaya semua calon yang berjaya dilantik sebagai Pegawai Eksekutif Gred 7 berkuatkuasa 1 Okt 2003 diwajibkan menjalani latihan Asas Askar Wataniah (Sukarela) LHDNM sebagai salah satu syarat pergesahan dalam jawatan...” KUALITI KERJA...melaksanakan tugas dengan efisyen dan profesional Lt M Fuad Ogos 2003. Seramai 97 orang iaitu 41 orang dari LHDNM (pelbagai jawatan) dan 56 orang individu telah mengikuti latihan yang diadakan. Penglibatan pegawai ke dalam pasukan AW mula diberi perhatian serius apabila mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan LHDNM Bil. 3/2003 yang dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Dato’ Zainol Abidin Abd Rashid menetapkan supaya semua calon yang berjaya dilantik sebagai Pegawai Eksekutif Gred 7 berkuatkuasa 1 Okt 2003 diwajibkan menjalani latihan Asas Askar Wataniah (Sukarela) LHDNM sebagai salah satu syarat pergesahan dalam jawatan. Di atas sumbangan besar dan sokongan Ketua Pegawai Eksekutlf/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia kepada perkembangan AW, beliau dianu- 38 38 gerahkan pangkat Kolonel Kehormat pada tahun 2004. Manakala Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Askar Wataniah LHDNM yang pertama iaitu Datuk Mohd Saian Hj Ridzuan dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat pada tahun 2005. Manakala pengganti beliau Che Omar A Rahaman, Timbalan Ketua Pengarah (1) dalam proses pentauliahan pangkat kehormat. Sehingga kini LHDNM mempunyai seramai 651 anggota Askar Wataniah (Sukarela) Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk 189 anggota yang sedang mengikuti latihan asas AW dan lima pegawai yang bernaung di bawah Rejimen 515. Di samping itu seramai sembilan o r a n g pegawai bekas PALAPES sedang dalam proses pentauliahan semula. LHDNM berharap penyertaan pegawai dalam program sukarela AW mampu membentuk disiplin yang tinggi, sirat kepimpinan, semangat patriotik, semangat berpasukan, saling hormat menghormati, yakin diri dan tahap kecergasan fizikal dan mental yang tinggi. Pegawai yang mempunyai ciri-ciri ini diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kualiti kerja dan produktiviti organisasi. Menurut Penyelaras Pasukan Askar Wataniah LHDNM, Lt M Fuad Md Ayob, kursus asas perajurit muda sukarela merupakan program asas dan pengenalan kepada anggota baru wataniah. Justeru, latihan yang didedahkan masih belum sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. “Pada pengambilan pertama Siri 2/2002 yang bermula pada 12 Jun hingga 13 Jul 2002 seramai 14 Pegawai mengikuti sukarela AW yang diadakan di Kem Ampang, Siri 2/2003 yang bermula 13 Jul hingga 2003 seramai 41 pegawai menjalani latihan Akedemik Percukaian Malaysia, tahun ketiga iaitu Siri 1/2004 yang bermula 11 Jan hingga 12 Feb 2004 seramai 174 pegawai di APM, tahun keempat seramai 89 pegawai LHDNM menyertai Perajurit Muda siri 3/2005 yang bermula 13 Jun hingga 12 Jul 2005. “Pada tahun 2006 sebanyak dua siri turut diadakan iaitu Siri 4/2006 yang bermula pada 12 Jun hingga 11 Jul yang berkekuatan seramai 148 pelatih pegawai LHDNM serta pada ini seramai 189 pelatih Pegawai LHDNM sedang menjalani kursus Asas Sukarela AWdi APM Siri 5/2006 yang bermula 22 Jul hingga 21 Ogos BIL 150/JUL 2006 Rencana AW 2006,” katanya ketika dihubungi di pejabatnya baru-baru ini. “Ciri-ciri individu yang dibentuk melalui program AW membantu melengkapi kemahiran interpersonal pegawai-pegawai LHDNM untuk melaksanakan tugas dengan efisien dan profesional dan seterusnya dihormati oleh pembayar cukai,” katanya ketika ditanya mengenai rancangan dan matlamat tersebut menepati sasaran dan keberkesanan kepada organisasi LHDNM. “Setakat ini jumlah pegawai LHDNM seramai 651 orang di mana empat anggota telah tamat tamat tempoh perkhidmatan dan tidak menyambung khidmat,” jelasnya. Saya berharap agar setiap pegawai LHDNM menjadi seorang pemimpin yang efisien dan efektif, dia perlu terlebih dahulu tahu akan tugasnya. Kebanyakan daripada kita beranggapan bahawa kita tahu semua perkara, tidak perlu merujuk di mana-mana, tidak juga perlu mempelajari daripada mereka yang lebih berpengalaman. Sehubungan itu,setiap daripada seseorang pegawai memerlukan kesedaran yang tinggi dalam tugas. Mereka yang dipimpin tahu bahwa seseorang pegawai itu mempunyai kuasa atas sebab-sebab kedudukan sebagai pegawai yang bertanggungjawab yang diberikan dan pegawai perlu mempamerkan sikap When in Change take Charge, ini yang diperlukan kerana orang bawahan kita akan menghormati dan merasa kagum apabila mengetahui pegawai mereka adalah seseorang yang arif, dapat menguasai dan mengawal keadaan dan memberi keyakinan kepada mereka melalui tunjuk ajar dan panduan. Kesedaran di dalam tugas atau sense of duty setiap pegawai memerlukan mereka mempunyai obligasikan menetapkan dan mengekalkan piawaian atau standards obligasi to set and maintain standards. Ini merupakan aspek kepimpinan yang agar sukar dan jarang-jarang sekali diamati dan dilaksanakan di kalangan pegawai kita pada hari ini. TAHNIAH...Tan Sri Dato’ Zainol menyampaikan hadiah kepada Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan 39 39 PKBM BIL 150/JUL 2006 PKBM Perlis Johan peringkat Kebangsaan Oleh: Sjn Syuhaimi Saad dan Sjn Mohamad Solor Ismon Foto: Pbt Saiful Fazley Rusli, Pbt Abu Talib Abu Bakar dan Pbt Mohd Khalifah Mohd Yusof B agi merealisasikan wawasan negara, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Darat menganjurkan Perkhemahan Tahunan PKBM kali ke-10 di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kuala Kubu Bharu bermula 17 hingga 23 Jun lalu. Perkhemahan kali ini anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kelolaan bersama Markas 11 Briged (11 Bgd). Tujuan perkhemahan ini adalah bagi melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat patriotik dan mempunyai daya kepimpinan serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Ini adalah kerana generasi muda yang mempunyai keyakinan diri serta mengamalkan disiplin yang tinggi adalah generasi yang pastinya nanti akan dapat mengangkat martabat negara ke mercu kejayaan. Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan sepanjang perkhemahan ini menjurus kepada pemupukan sifat kepimpinan, daya tahan dan semangat berpasukan yang tinggi. Justeru, para peserta hendaklah sentiasa bersedia dan cekal dalam me-nempuh segala halangan dan cabaran demi membentuk sifat kepimpinan SEGAK...PMTD memeriksa perbarisan anggota PKBM 40 40 pasukan kadet yang berwibawa dan bersemangat waja. Pengalaman serta penga-jaran yang diperoleh dari aktiviti perkhemahan ini dapat memberi kesedaran bahawa mereka merupakan generasi muda harapan negara. PKBM peringkat kebangsaan kali ini disertai 15 buah sekolah seluruh negara yang dianggotai seramai 660 peserta kadet. Antara pertandingan yang dipertandingkan seperti Pertandingan Kawad, Menembak, Panduarah dan Merempuh Halangan. Di samping itu, kadet diberi pendedahan berkaitan Pembinaan Kerohanian dan Patriotik, Program Khidmat Sosial, Pembinaan Moral dan Etika serta mengadakan majlis makan arkab. Sekolah negeri Perlis dipilih sebagai johan dalam perkhemahan PKBM kali ini, naib johan negeri Selangor dan tempat ketiga negeri Terengganu. Selaku johan, pasukan negeri Perlis menduduki tempat keempat dalam pertandingan kawad, menembak lelaki tempat kelima, menembak wanita tempat kedua, panduarah lelaki tempat kedua dan panduarah wanita tempat keempat. Ini sekaligus memberi ruang kepada negeri Perlis mencatat kejuaraan kali ketiga yang mana tahun 2004 dan 2005 menyandang naib johan. Dalam ucapan perasmian pembukaan oleh Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) merangkap KERJASAMA...peserta PKBM menunjukkan semangat dalam satu pasukan dalam aktiviti panduarah BIL 150/JUL 2006 Penasihat Perkhemahan, Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin menjelaskan perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan ini sebagai tempat menimba ilmu yang diajar oleh para jurulatih dan guru sebagai panduan untuk menjadikan diri pelapes kepimpinan kepada generasi akan datang agar negara menjadi lebih terjamin dan kekal cemerlang berterusan. “Antara objektif yang digariskan untuk mencapai sasaran serta memberi peluang kepada ahli-ahli PKBM Darat untuk mewakili latihan ala tentera di samping memupuk semangat bertanding, bersaing dan berjuang dalam acara-acara yang dipertandingkan. Di samping itu dapat memupuk semangat kepimpinan, setia kawan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli PKBM untuk bekerjasama dalam kumpulan. Membolehkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan serta mengeratkan tali persahabatan di kalangan ahli-ahli PKBM dari berlainan sekolah dan negeri,” katanya. Menurut Mej Christopher Chong, 42, Penolong Pegawai Memerintah merangkap Pegawai Latih Batalion Ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) berkata pasukannya diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melatih kadet-kadet PKBM negeri Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan. “Kami mengambil masa lebih PKBM kurang tiga minggu mengumpul semua kadet-kadet yang terpilih dari semua sekolah yang menyertai PKBM peringkat negeri Perlis untuk ditempatkan di dalam kem Rejimen 4 RRD bagi latihan pusat serta penyatuan,” katanya. “Pada peringkat awal, jurulatih menampakkan kesungguhan kadet-kadet menjalani latihan dengan penuh bersemangat tanpa mengira penat lelah. Watak di kalangan kadet-kadet ini menunjukkan semangat patriotisme, semangat setia kawan serta SAKIT...salah seorang perserta wanita PKBM mengalami kecederaan di bahagian kaki 41 41 PKBM BIL 150/JUL 2006 TUNJUK AJAR...Pegawai Memerintah 25 RAMD memberi penerangan kepada peserta bekerjasama dalam satu kumpulan adalah amat tinggi. Ini memberi ruang dan peluang kepada jurulatih mengajar kadet-kadet ini dengan lebih berkesan dan agresif lagi,” jelasnya dengan gembira. “Setiap anggota PKBM negeri ini menunjukkan satu prestasi yang membanggakan dan saya selaku Pegawai PKBM, bertanggungjawab serta mewakili seluruh jurulatih PKBM merasa bangga di atas kejayaan ini. Kali terakhir PKBM negeri Perlis menjadi johan peringkat kebangsaan pada tahun 2003 dan naib johan tahun 2004 dan 2005, maka pada tahun ini kejuaraan tersebut kembali kep- 42 ada pasukan PK-BM negeri Perlis setelah dua tahun mengidaminya,” katanya. Tambahnya lagi, beliau berharap perkhemahan PKBM kali akan menjurus kepada pemupukan sifat kepimpinan, daya tahan, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Ini dapat melahirkan semangat patriotik, perpaduan dan pengalaman nilai-nilai murni di kalangan peserta akan dapat diperkukuhkan demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara. Bagi Azizan Ishak, 45, Guru Penasihat PKBM Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi merangkap guru pengiring PKBM negeri Perlis menyatakan amat berpuashati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kadet. Pihak tentera terutama pasukan 4 RRD banyak membantu kami dari segi latihan dan tunjuk ajar untuk menjuarai PKBM kali ini. “Anggota PKBM negeri Perlis merupakan gabungan pelajarpelajar yang terpilih dari beberapa buah sekolah negeri Perlis dan yang terpilih merupakan anggota PKBM yang terbaik dan diberi tanggungjawab untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan kali ke-10 ini,” jelasnya yang pernah mengikuti kursus Pegawai PKBM tahun 1999. Menurut Ketua Perbarisan PKBM Terbaik merangkap Kadet PKBM Lelaki Keseluruhan Terbaik peringkat kebangsaan, Hafiz Hafizan Isa, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Ulu Langat menyatakan kejayaan yang dikecapi adalah hasil tunjuk ajar yang padu daripada jurulatih dan guru PKBM. “Mungkin ini adalah doa kedua ibu bapa dan rakan-rakan banyak membantu dan memberi semangat untuk bersaing di dalam pelbagai kategori serta kejayaan ini merupakan kenangan paling manis dan bermakna buat diri saya yang menyertai badan beruniform ini sejak tingkatan satu dan sebanyak tiga kali saya mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan,” jelasnya. “Pertandingan ini banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk berdikari, bekerjasama dalam satu kumpulan serta mendidik supaya bersahsiah dan berdisiplin tinggi. Ini adalah aset untuk membentuk diri kami menjadi pelajar yang berinovatif, berketrampilan serta berwawasan,” katanya. Beliau merupakan anak sulung dari lima adik beradik yang bercita-cita ingin menjadi seorang pegawai tentera serta menyimpan hasrat untuk menyam- BIL 150/JUL 2006 Azizan Ishak bung cita-cita ini di Akademi Tentera Malaysia (ATMA) ataupun menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Noh Hj Omar juga menasihatkan supaya kadet-kadet ini memanfaatkan aktiviti sebegini kerana PKBM merupakan pasukan beruniform yang mendidik pelajar lebih berdisiplin serta bermoral. Semangat berpasukan, berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berazam untuk berada di atas ini boleh melenyapkan kepentingan diri sendiri malah boleh memupuk semangat bekerjasama dalam satu kumpulan tanpa mengira kaum. “Aktiviti sebegini dapat melahirkan masyarakat negara yang bersatu padu, intergrasi nasional dapat dipertingkatkan lagi dan boleh dijadikan sebagai landasan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Tugas dan agenda yang berat dan memberi komitmen yang tinggi dari para pendidik dapat melahirkan warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya. Di akhir majlis, Dato’ Noh turut menyampaikan hadiah kepada pasukan Johan Kawad disandang pasukan negeri Selangor, johan menembak lelaki pasukan negeri Terengganu, johan menembak wanita pasukan negeri Sarawak, johan panduarah lelaki pasukan Negeri Sembilan dan johan panduarah wanita pasukan negeri Selangor. PKBM Mej Christopher Hafiz Hafizan SEGAK...Dato’ Noh memeriksa perbarisan PKBM 43 43 HUT PASUKAN BIL 150/JUL 2006 SPR menjana disiplin warga 8 RAMD Lt Kol Subari Tomo S etiap unit mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam menjana Hari Ulang Tahun pasukan mencapai sasarannya tersendiri dengan pelbagai cara mengikut susur galur sejarah, kejayaan, misi, wawasan, objektif, konsep dan peranan untuk meningkatkan kualiti warganya demi menjaga imej organisasi Tentera Darat (TD) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi peranan HUT pasukan, ikutilah temubual wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Sjn Muhammad Solor Hj Ismon dan jurugambar, Kpl Suziana Selimin bersama Pegawai Memerintah 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Lt Kol Subari Hj Tomo di pejabatnya pada 20 Jul lalu sempena sambutan HUT pasukan 8 RAMD ke-44. “Misi 8 RAMD adalah mempertahankan negeri Selangor dan kawasan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin agar tidak dicerobohi dan diganggu gugat oleh musuh ataupun anasir-anasir yang tidak diingini. Di samping itu juga 8 RAMD membantu pihak berkuasa tempatan di Kuala Lipis, Pahang daripada bencana alam, ketenteraman awam dan perkara-perkara berkaitan keselamatan yang diperlukan. “Wawasan sempena HUT adalah untuk meraikan HUT pasukan bertujuan memperingati pejuang-pejuang 8 RAMD yang telah menaikkan imej dan maruah pasukan dan mengingatkan warga pasukan sekarang agar betapa mustahaknya sejarah pahit manis yang dilalui oleh pasukan dan diharap kejayaan-kejayaan ini dapat diteruskan oleh warga pasukan dalam menjaga imej, disiplin, Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), sukan dan sebagainya,” demikian menurut Lt Kol Subari. Ramai yang tidak mengetahui susur galur sebenar tujuan mengapa sambutan HUT pasukan disambut setiap tahun. Sejarah membuktikan setiap perkara yang berlaku sentiasa menjadi kekuatan setiap warga pasukan untuk mengingati serta menanamkan sifat dan sikap kasih sayang kepada diri keluarga, kerjaya dan organisasi. Pasukan 8 RAMD ditubuhkan pada 23 Jul 1962 di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur selama empat bulan dan dipindahkan ke Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak yang dipimpin Pegawai Memerintah pertama, Lt Kol Othman Ibrahim pada 1 Okt 1962 sementara Sarjan Mejar Rejimen ialah PW 1 Mahat Rahman. Sejarah penubuhan 8 RAMD bermula dengan pengambilan satu Kompeni Charlie daripada 7 RAMD sebagai Kompeni Alpha dan satu Kompeni Delta dari 4 RAMD sebagai Kompeni Bravo pada 11 Mac 63. Manakala pada 2 Mei 63 satu Kompeni Bravo daripada 2 RAMD sebagai Kompeni Charlie dan pada 1 Jun 68 Kompeni Delta ditubuhkan dengan pengambilan anggota dari pusat latihan. Bercogan kata PANTANG UNDUR yang melambangkan kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan warga pasukan mencerminkan kesediaan serta kesanggupan ANATARA aktiviti yang dilaksanakan sempena HUT 8 RAMD 44 44 BIL 150/JUL 2006 MEMORI...lawatan ke pusara pejuang RAMD di Batu 2 KualaLipis SIHAT...senamrobik bersama keluarga turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan HUT Pasukan CERGAS...warga RAMD menyertai acara merentas desa sempena HUT Pasukan ke-44 HUT PASUKAN setiap anggota berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan kedaulatan serta kesucian tanah air tercinta. Tambahnya lagi, sempena HUT 8 RAMD ke-44 pelbagai aktiviti terus dipergiatkan pada tahun 2006 untuk menyuburkan lagi peranan warga pasukan agar lebih menyayangi organisasi seperti mengadakan kursus-kursus, ceramah, majlis tahlil, khutbah khas jumaat, tahlil di pusara anggota Askar Melayu di Batu 2 Lipis, mengadakan senamrobik, hari keluarga disusuli dengan sukaneka, malam aneka ria, seminar keluarga bahagia, gotong royong dan derma darah. “Aktiviti keagamaan akan diberikan penekanan khusus kepada pembacaan dan pemahaman kandungan al-Quran dan memahami hadis-hadis Nabi serta sifat keislaman, kepercayaan dan perlaksanaan Rukun Islam, Rukun Iman agar dapat melahirkan anggota dan individu yang mempunyai kebersihan jiwa dan rohani. “Konsep HUT pasukan 8 RAMD adalah melibatkan pendekatan keagamaan, keluarga bahagia, bersama masyarakat setempat dan perbarisan yang melibatkan panji-panji agar peranan HUT pasukan menjadi satu kebanggaan dan kesinambungan semangat juang cintakan pasukan dan keamanan. “Selain itu, murid-murid sekolah sekitar Kuala Lipis turut dibawa melawat ke pusara Askar Melayu bertujuan untuk mendedahkan betapa pentingnya pengorbanan dan semangat juang warga tentera terdahulu mempertahankan negara tercinta dan sanggup berkorban nyawa demi generasi sekarang,” jelasnya. “Jika kita lihat warga tentera terdahulu memperagakan imej pasukan dengan melaksanakan operasi yang melibatkan pertempuran dan semangat keberanian menentang musuh-musuh negara, namun semenjak perletakan senjata Parti Komunis Malaya kebanyakan pasukan-pasukan tempur menjaga dan menaikkan nama pasukan dengan cara meningkatkan tahap disiplin, berjaya dalam sukan, latihan, operasi-operasi membentras Pendatang Tanpa Izin (PTI), penyeludupan, sempadan dan sebagainya. “Fokus utama dalam HUT kali ini adalah sentiasa mematuhi dasar dan arahan pihak atasan agar disiplin dan pelanggaran peraturan kesalahan Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) sentiasa dalam sifar, dadah, keskes jenayah syariah seperti liwat, rogol, sumbang mahram dan selainnya tidak menular dan berlaku di dalam pasukan. “Antara objektif yang ditekankan kepada setiap perajurit sehinggalah ke Pegawai Memerintah mestilah mempunyai wawasan, cita-cita dan syarat-syarat kerjaya mereka dengan berpandukan gambaran daripada ketua masing-masing untuk mencapai sasaran peningkatan tahap kepimpinan serta kemajuan diri dalam perkhidmatan. “Setiap pasukan tempur sememangnya banyak menghadapi risiko masalah disiplin yang semangking meruncing disebabkan faktor-faktor perubahan zaman, namun bagi pasukan 8 RAMD suasana sebegini wajib ditangani dengan berpandukan SPR agar warga pasukan sentiasa memahami serta menghayati peranan sebenar sebagai seorang anggota tentera yang dikenali dengan sifat disiplin yang tinggi,” katanya. “ Di samping itu juga Pegawai Memerintah sentiasa memainkan peranan dengan sedaya upaya mendekatkan diri daripada peringkat bawahan sehinggalah atasan agar setiap warga pasukan merasa diri mereka dihargai dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab sebagai contoh dan teladan agar diri setiap individu anggota tidak terjebak kepada perkara-perkara yang melanggar peraturan. “Sempena HUT 8 RAMD ke-44, pasukan juga turut meraikan kejayaan-kejayaan warganya dalam sukan antaranya johan bola keranjang antara unit RAMD, bola sepak 4 Divisyen dan Badminton antara Kor RAMD. “Pasukan ini juga turut terlibat dalam latihan-latihan bersama tentera negara luar antaranya Eksesais Haringgaro sebanyak dua kali dengan Australia, Eksesais Semangat Bersatu dengan Singapura dan ekspedisi mendaki Gunung Tahan serta kembara duga berkayak dari Kuala Tahan ke Kuala Tembeling. “Selain itu, 8 RAMD turut terlibat dengan operasi-operasi dan latihan dalam negara antaranya Ops Pasir Utara, Ops Bambu di Ulu Selangor dan latihan Pasak Bumi yang dianjurkan oleh Markas Medan Tentera Darat yang dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan 8 RAMD,” terangnya. Pegawai Memerintah mengulas keseluruhan peranan HUT dilaksanakan dengan penekanan kepada aspek SPR agar seluruh warga pasukan menyayangi pasukan, diri, keluarga, organisasi, kerjaya dan masyarakat dengan penuh sikap tanggungjawab dan perlaksanaan tugas agar menjadi contoh kepada generasi akan datang supaya negara dalam keadaan aman dan sejahtera. KEPANTASAN...anggota 8 RAMD menyertai ujian merempuh halangan 45 45 Warisan Melayu 46 46 BIL 150/JUL 2006 BIL 150/JUL 2006 Warisan Melayu 47 47 Tinjauan Pendapat BIL 150/JUL 2006 Hari Pahlawan semai rasa tanggungjawab dan kesedaran rakyat Malaysia S aban tahun akan dianjurkan Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan. Acara tahunan ini bukanlah kerana kerajaan tidak mampu untuk menanggung atau membela bekasbekas perajurit kita tetapi Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab dan kesedaran umum warga negara Malaysia bagi mengenang jasa serta pengorbanan para pahlawan negara yang sanggup mengadai diri sendiri, nyawa dan kepentingan peribadi hanya semata-mata mahu memusnahkan musuh negara yang mengancam keselamatan kedaulatan tanah air ketika itu. Apa yang pasti, kedamaian yang kita kecapi pada hari ini Mej (B) U Jock Ismail Salleh, 73, berkata, kalau boleh dinaikan lagi elaun ataupun insentif lain kepada bekas anggota tentera yang berkorban demi negara, tidak semestinya kepada anggota yang mendapat pingat sahaja. “Elaun yang sedimikian akan dapat membantu meringankan lagi bebanan kami di dalam urusan seharian kami berikutan keadaan negara yang mana ekonominya yang semakin meningkat ini,” katanya. Menurut pegawai bank, Faizah Abd Razak, 27, pendekatan dan langkah seumpama itu bukan sahaja dapat mendidik pelajar dan masyarakat Malaysia untuk menghargai sumbangan pahlawanpahlawan tanah air malah ianya boleh mencetuskan semangat cintakan negara serta menghargai kehidupan yang aman dan makmur. Selain itu katanya kesedaran cinta negara dan menghargai sumbangan pahlawan tanah air juga patut wujud di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta serta segenap lapisan masyarakat dengan memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada tabung Rayuan Hari Pahlawan ini. 48 48 merupakan kesinambungan daripada perjuangan dan pengorbanan para perisai benteng pertahanan negara yang telah bermati-matian bagi mempertahankan bumi yang berdaulat ini semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Walaupun kemerdekaan negara ini akhirnya diperoleh dari meja rundingan tetapi ini tidak bermakna pahlawan pejuang masa lalu tidak mengalirkan darah keringat dan air mata mereka. Dengan adanya Tabung Kutipan Rayuan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun merupakan satu inisiatif pihak kerajaan untuk menanamkan sikap cintakan tanah air, membentuk disiplin yang tinggi dan memupuk sahsiah dan peribadi yang mulia di kalangan masyarakat Malaysia, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Tabung Kutipan Rayuan Hari Pahlawan ikutilah tinjauan pendapat Wartawan BTDM, Pbt Abdul Rahman Mohamad dan Jurugambar, Pbt Mohd Khalifah Mohd Yusof terhadap keberkesanan tanggungjawab masyarakat Malaysia terhadap tabung Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan yang dilaksanakan kini. LKpl Razey Mohamad Diah, 28, berkata Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan ini wajar di laksanakan kerana kutipan tersebut sekurang-kurangnya dapat disalurkan kepada anggota yang kurang upaya. “Saya amat berharap rakyat Malaysia sedar akan perjuangan yang dilaksanakan oleh anggota tentera terdahulu, tanpa mereka kita tidak akan merasai keharmonian seperti sekarang,” katanya. Mej (B) Hj Omar Ab Rashid, 60, menyatakan, sekecilkecil sumbangan diberikan amatlah besar maknanya kepada mereka yang memerlukannya, apa yang penting dan harus diingati nikmat serta keamanan yang kita kecapi selama ini merupakan sumbangan besar yang diberikan anggota-anggota pengaman dan anggota keselamatan maka dengan itu kita seharusnya bijak menghargai jasa mereka (pahlawan) yang rela berkorban nyawa demi kemakmuran dan keamanan negara. BIL 150/JUL 2006 Tinjauan Pendapat Bagi pemandu teksi, Darus Ismail, 59, meminta supaya konsep sambutan Hari Pahlawan ini dapat dilihat dalam konteks yang lebih luas dan berharap bukan ianya tidak disasarkan kepada golongan askar, polis dan pasukan keselamatan semata-mata. “Setiap rakyat Malaysia perlu menanam sifat seorang pejuang dalam apa jua lapangan yang diceburi mungkin bentuk perjuangannya berlainan tetapi matlamat setiap rakyat serupa iaitu menjaga kestabilan, kedaulatan dan keharmonian negara,” katanya. Sjn (B) Abdul Rahim, 47, keamanan dan pembangunan pesat yang dinikmati kini merupakan hasil perjuangan pasukan keselamatan menentang musuh. Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia apa yang harus kita kesali masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang alpa dan tidak begitu menyedari betapa besarnya jasa dan pengorbanan pejuang negara yang sanggup mengadaikan nyawa demi bumi tercinta ini. Bagi Roslan Radzi, 26, pelajar, berkata dengan adanya penganjuran kutipan derma Tabung Rayuan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun ini, ia dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan atau ditimpa kesusahan. Apa yang diketahui pelajar adalah golongan yang pasti tidak ketinggalan turut menghulurkan sumbangan tersebut , biar pun ia tidak seberapa. PW 2 (B) Yaacob Hj Zainal, 52, pekerja LRT, berkata dengan adanya kutipan serta sumbangan ikhlas di peringkat sekolah-sekolah bagi menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara ia bukan sahaja dapat meningkatkan semangat patriotik malah dapat memupuk nilai-nilai murni yang boleh mengekalkan jati diri dan kesantunan budaya bangsa yang ada di negara ini. Apa yang penting dengan adanya kutipan ini ia dapat memupuk semangat rasa cintakan negara dan menjaga keselamatan negara bersama-sama dengan pasukan keselamatan di samping dapat merapatkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia. Menurut Norakmat Mohd Faiz, 24, kesediaan pelajar untuk menyumbang derma setiap kali apabila ada pihak menganjurkan kutipan itu, membuktikan masyarakat kita sejak kecil sudah diasuh dengan sikap pemurah dan suka menabur budi. “Sikap ini jika berterusan sehingga mereka tamat persekolahan, Malaysia akan memiliki generasi yang bersikap pemurah dan gemar menolong antara satu sama lain. “Ini akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat, termasuk mereka yang menghadapi kesempitan hidup,” katanya. 49 49 Semasa KL BIL 150/JUL 2006 Kementerian Pertahanan dan Petronas teruskan kerjasama Oleh: Kpl Rosli Awang KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad menganggap Kementerian Pertahanan sebagai rakan niaga yang amat penting dan dihargai. Justeru PETRONAS terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan membekalkan produk-produk yang paling berkualiti kepada Kementerian Pertahanan. Pembekalan produk petroleum oleh PETRONAS kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia telah bermula sejak tahun 1986 lagi, dengan kerjasama yang erat menjadikan ATM pelanggan utama kepada PETRONAS Dagangan Berhad dan mempunyai rekod pembayaran yang amat baik di bawah kumpulan kerajaan. Pada 19 Jun baru-baru ini bertempat di Malaysian Petroleum Club, KLCC telah berlangsung majlis menandatangani kontrak pembekalan bahan-bahan petroleum oleh PETRONAS Dagangan Berhad kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi tempoh tiga tahun, yang bermula dari 1 Mei 2005 sehingga 30 Apr 2008. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Dato’ Seri Subhan Jasmon dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Dato’ Hj Ahmad Latffi Hashim, mewakili Kerajaan Malaysia manakala PETRONAS Dagangan Berhad diwakili oleh Ibrahim Marsidi dan Rahiman Hashim menandatangani dokumen kontrak yang bernilai RM408 juta untuk pembekalan produk- KERJASAMA ERAT...Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Dato’ Seri Subhan dan Ibrahim dari PETRONAS Dagangan Berhad bertukar memorandum produk yang merangkumi Petrol, Diesel, bahan bakar Jet A-1, AVGAS dan Gas Petroleum Cecair (LPG). Turut hadir menyaksikan majlis itu Hj Abu Bakar Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Lt Jen Dato’ Azizan Ariffin, Timbalan Panglima Tentera Udara Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak, Panglima Logistik Tentera Darat serta tetamu jemputan khas. Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Kategori Pegawai 4 Div KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah AI-Quran merupakan aktiviti tahunan Tentera Darat Malaysia yang diadakan di semua peringkat pemerintahan. la bertujuan untuk menyemai sikap cinta kepada aI-Quran dan merealisasikan ajarannya dalam kehidupan sebagai warga tentera. Markas 4 Div mengadakan Majlis Perujian Tilawah AI-Quran Kategori Pegawai MK 4 Div yang telah diadakan di Wisma Perwira 4 Div pada 12 Jun lalu. Majlis ini diadakan bagi menyelaras aspek pertandingan dan perlaksanan majlis bagi memilih pe- 50 TAHNIAH...KS menyampaikan hadiah kepada peserta Tilawah Al-Quran 4 Div gawai-pegawai yang berbakat mewakili MK 4 Div ke Pertandingan Tilawah AI-Quran Peringkat Trup 4 Div yang akan diadakan di 4 Rejimen Semboyan Diraja pada 14 Jun lalu. Majlis ini adalah untuk me- ningkatkan mutu pembacaan AI-Quran di kalangan pegawai MK 4 Div dan memberi pendedahan kepada para pegawai berhubung hukum hakam bacaan aI-Quran yang betul. Enam pegawai mengambil bahagian membaca aI-Quran melalui surahsurah pilihan. Kapt Shahrizan Jamil dinobatkan sebagai johan kategori Pegawai MK 4 Div Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK 4 Div dengan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Staf MK 4 Div.– Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir, foto; Sjn Mohamad Hisham Ismail BIL 150/JUL 2006 Semasa KL Datuk Rafiah Komandan PALAPES Wanita Pertama Oleh: Mej Mohd Rasip Rasul KUALA LUMPUR: Komandan PALAPES Universiti Malaya, Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Rafiah Salim dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat). Pemakaian pangkat disempunakan oleh Pemangku Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Ismail Hj Jamaluddin bertempat di Rumah Universiti pada 14 Jun lalu. Tentera Darat (TD) mencatat sejarah apabila pertama kali seorang wanita memegang jawatan Komandan PALAPES. Pelantikan ini akan menjadi ‘role model’ dan ikutan di kalangan maha siswi dan siswa untuk menyertai PALAPES. CATAT SEJARAH...Lt Jen Datuk Muhammad Ismail memakai pangkat Kol (K) kepada Naib Canselor UM, Datuk Rafiah TD berharap Naib Canselor UM dapat memberikan galakan serta dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi UM agar turut menyer- tai kokurikulum PALAPES yang dapat membentuk jati diri serta meningkatkan disiplin di samping mampu melahirkan para pegawai sukarela yang terbaik. Menurut Komandan P ALAPES, beliau melahirkan rasa terharu di atas penganugerahan pangkat tersebut dan tidak sangka akan menerima pangkat ini dan menganggap sebagai penghormatan kepada dirinya. Majlis itu turut disaksikan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mokhtar Parman, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Dato Hj Md Azman Hj Rosli, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TD, Brig Jen Mohd Zaki Hj Mokhtar, Pegawai Kanan Tentera dan Awam UM. 3 anggota 74 Bn KPD naik pangkat KUALA LUMPUR: Pegawai Memerintah 74 Batalion Kor Perkihdmatan Diraja, Lt Kol Ab Manaf Hj Hamzah memakai pangkat kepada tiga anggota pasukan iaitu SSjn Zahri Deraman dinaikkan ke pangkat PW 2 dan dua lagi anggota iaitu LKpl Lutfan Ali serta LKpl Muhamad Shukeri Sharif masing-masing dinaikkan ke pangkat Kpl. Kesemua mereka yang memakai pangkat adalah merupakan anggota yang baru bertukar masuk ke 74 Bn KPD dari Maktab Turus Angkatan Tentera, 931 Kompeni Angkut dan Markas Logistik Tentera Darat. Dalam ucapcara tersebut, Lt Kol Ab Manaf Hj Hamzah menegaskan agar pangkat yang diberikan haruslah sejajar dengan tugas yang akan dipikul seiring bersama dengan moto pasukan “Tegas Berkhidmat”.— Kpl Saiful Nizam Abdullah IKRAR...PW 2 Zahri Deraman mengetuai bacaan mengangkat sumpah terima pangkat di hadapan Pegawai Memerintah Datin Habsah menyempurnakan upacara mencukur jambul salah seorang anak ahli BAKAT BAKAT PLTD anjur sambutan Maulidur Rasul KUALA LUMPUR: Sambutan Maulidur Rasul diadakan sebagai tanda memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk dijadikan teladan kepada pengikutnya. Menyedari itu, BAKAT Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat BAKAT PLTD pada 17 Jun lalu bertempat di dewan Bintang Merah pasukan 91 DPO. Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ahli BAKAT PLTD dimulakan dengan persembahan nasyid daripada ahli BAKAT, seterusnya Mej (Ust) Mohd Zaini Mohd Nasir dari Jabatanarah KAGAT menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Jalan-Jalan Kebaikan’. Buat julung kalinya seramai 15 anak-anak ahli BAKAT turut mencukur jambul pada majlis tersebut. Dalam pada itu majlis diserikan dengan alunan berzanji dan marhaban oleh ahli BAKAT PLTD. Pengerusi BAKAT PLTD, Datin Habsah Tupon dalam ucapannya berharap majlis yang diadakan ini dapat memberi manfaat dan menyemai rasa kasih terhadap junjungan besar ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan mengukuhkan benteng keimanan yang kental di dalam diri kita semua. Beliau berharap majlis seperti ini akan diteruskan kerana ianya dapat mengeratkan jalinan kemesraan serta semangat setiakawan dikalangan ahli BAKAT PLTD.— Kpl Rosli Awang 51 Semasa Logistik BIL 150/JUL 2006 Panglima Logistik TD melawat Pasukan Logistik 3 DIV DALAM PEMBAIKAN….di antara peralatan yang sedang dibaiki menunggu alat ganti ketika lawatan Panglima Logistik TD ke pasukan 73 Wksp Oleh: Kpl Rosli Awang MELAKA: Pemerintahan Logistik Tentera Darat sentiasa berusaha memastikan bantuan logistik dapat memenuhi keperluan barisan hadapan dan pasukan-pasukan Tentera Darat. Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak menggunakan pendekatan ‘turun padang’ bagi meninjau permasalahan yang dihadapi dalam memberi bantuan logistik. Pada 26 Jun lalu, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke pasukan 3 Div dan pasukanpasukan logistik di bawah naungan 3 Div. Lawatan ini bertujuan mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi serta mengambil langkahlangkah yang terbaik dalam mengatasinya. Bermula dengan kunjungan hormat ke atas Panglima 3 Div, Panglima Logistik TD mengadakan beberapa siri lawatan ke atas pasukan 73 Bn KPD, 73 Wksp dan 73 BOD. Pegawai Memerintah setiap pasukan yang dilawati menyampaikan taklimat kepada beliau tentang peranan dan tugas serta permasalahan yang dihadapi oleh pasukan. Selaku Panglima Logistik TD, beliau akan berusaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi setiap pasukan terutama melibatkan keperluan peralatan-peralatan baikpulih kenderaan, pakaian dan kemudahan-kemudahan untuk pembangunan modal insan. Mej Jen Dato’ Mohd Amir turut menyampaikan ucapan di setiap pasukan yang dikunjunginya, beliau sentiasa mengingatkan pasukanpasukan agar memastikan aspek keselamatan tidak dipandang ringan. Kerjasama erat perlu ditunjukkan tanpa mengira Kor sama ada Kor Perkhidmatan, Kor Ordnans ataupun Jurutera Lektrik dan Jentera, kerana ketiga-tiga kor ini sentiasa memerlukan di antara satu sama lain dalam memberi bantuan logistik yang lebih efisien kepada Tentera Darat. Keikhlasan dalam menjalankan tugas seharusnya jadi keutamaan, jadikan kerja itu satu ibadah, agar sentiasa mendapat keredhaan Allah, tambahnya lagi. Panglima Logistik TD tinjau keselamatan pasukan KUALA LUMPUR: Keselamatan adalah tajuk utama yang sering diperkatakan oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak setiap kali melakukan lawatan ke pasukan-pasukan di bawah naungan Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD). Oleh yang demikian tidak hairanlah beliau tidak jemu-jemu melakukan beberapa siri lawatan, ini bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan, kesiapsiagaan dan permasalahan setiap pasukan dikenal pasti dengan lebih terperinci oleh beliau selaku peneraju PLTD. Sementara itu, Mej Jen Dato’ Mohd Amir turut melawat pasukan 93 DPP. Beliau disambut oleh Pegawai Pemerintah pasukan 93 DPP, Mej Ahmad Zaheri Harun seterusnya diperkenalkan kepada Pegawai dan PTT Kanan pasukan. Antara aspek penting yang disampaikan dalam taklimat 52 KEMAS...Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Mohd Amir melihat simpanan kartus kosong di salah sebuah stor simpanan tersebut ialah berkaitan peranan dan tugas pasukan kepada TD, keselamatan aset yang disimpan, perjawatan pasukan dan beberapa perkara yang dicadangkan untuk menambahbaik pasukan. Pada sesi dialog bersama semua peringkat anggota, Mej Jen Dato’ Mohd Amir mengingatkan semua Pegawai dan PTT kanan memantau serta peka dengan anggota masing-masing, kenal pasti setiap permasalahan mereka “Memberi tunjuk ajar dan teguran yang membina kepada mereka agar dapat mewujudkan suasana harmoni dalam melaksanakan tugas,” kataya. Selain itu, beliau juga turut menyeru kepada semua anggota menyemai sikap amanah, jujur dan ikhlas dan tanamkan perasaaan sayangkan negara. Tugas menjaga aset yang bernilai ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap segelintir anggota yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan dan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Turut hadir Ketua Kumpulan Ordnans, Kol Ng Chin Huat, Ketua Pegawai Teknik Peluru, Lt Kol Muhd Fadzil Othman, dan Pegawai Staf 2 Tadbir Markas Logistik TD, Mej Hamim Zairin Hj Hamzah.— Kpl Rosli Awang Semasa 1 Div BIL 150/JUL 2006 Eks Pasak Bumi Siri 1/2006 SEMANGAT...kepenatan dan keletihan tidak melunturkan semangat anggota untuk sampai ke check point Oleh: SSjn Zulkapli Alias Foto: Kpl Lim Rantai SIBU: 3 Rejimen Renjer Diraja (RRD) berjaya melaksanakan Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2006 semenjak eksesais ini dilaksanakan pada tahun 2005 atau yang dahulunya dikenali sebagai Latihan Gonzales Lasak meliputi kawasan Mukah. Seramai 35 Pegawai dan 835 Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan naungan 9 Bgd dan 1 Div berjaya melaksanakan eksesais yang bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 26 Jun lalu di mana upacara perasmian dan penutup disempurnakan oleh Ketua Staf MK 9 Bgd, Lt Kol Muthukumar Balakrishnan. Latihan ini yang merupakan latihan berjalan kaki melibatkan pergerakan kumpulan Batalion Infantri secara taktikal sejauh 125 km melalui laluan mencabar dalam masa yang ditetapkan selama 10 hari dan dua hari untuk membuat ulang bekal, prosedur tempur dan serangan batalion ke atas kedudukan musuh. Objektif latihan adalah untuk menguji dan mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal setiap anggota, mempertingkatkan daya pemerintahan serta kawalan ketua dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk mempertingkatan sikap positif semangat setia kawan, berdisiplin dan mengukuhkan sikap kepewiraan di semua peringkat anggota serta menguji dan mempertingkatkan semangat perjuangan, keperkesanan perancangan dan pelaksanaan batalion dalam keadaan mencabar serta tahap kesiapsiagaan dan kecekapan bertindak semasa bergerak. Latihan ini juga bertujuan melatih serta mendedahkan setiap anggota dalam pengendalian panduarah dan kedudukan geografi di kawasan latihan. Dalam ucapan penutup eksesais, Ketua Staf memuji dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota kerana berjaya menamatkan latihan, walau pun ada anggota mengalami kecederaan dan dikeluarkan dari meneruskan latihan. Panglima Medan ke 9 Bgd SIBU: Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin mengadakan lawatan ke 9 Briged pada 28 hingga 30 Mei lalu. Ketibaan beliau disambut oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Awie Suboh. Dalam lawatan tersebut, beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dari pasukan di bawah naungan 9 Bgd dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Markas dan Kem 9 Bgd. Seterusnya beliau diberi taklimat oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Awie Suboh mengenai perkara-perkara gerakan, latihan dan pentadbiran serta kebajikan anggota sebelum meninjau kawasan sekitar Kem RASCOM. Terdahulu dari itu, Lt Jen Dato’ Masood mengadakan lawatan ke 20 Rejimen Askar Melayu Diraja pada 26 hingga 28 Mei lalu yang disambut oleh Pegawai Memerintah 20 RAMD, Lt Kol Zakaria Yadi.–– Pbt Impi Jibun TERIMA KASIH...Brig Jen Dato’ Awie menyampaikan cenderamata berupa Plaka kepada Lt Jen Dato’ Masood 53 Semasa 1 Div BIL 150/JUL 2006 Kecemerlangan Tim Menembak 22 RAMD Oleh: 22 RAMD KOTA BELUD: 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekali lagi mencipta namanya yang tersendiri dengan pencapaian memenangi kesemua kategori acara unit besar di dalam pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Peringkat 5 Briged ( Bgd). Pertandingan bermula 13 hingga 17 Jun lalu di Lapangsasar Kota Belud yang dirasmikan oleh Panglima 5 Bgd, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah. Empat kategori yang dipertandingkan melibatkan acara Rifel, Minimi, Pistol dan Lorong Hutan. Berlanjutan dengan itu juga seramai dua pegawai serta 14 anggota serta dipilih mewakili 1 Divisyen di Peringkat Darat yang akan diadakan di Melaka. CEMERLANG....Lt Kol Abdul Samat bersama 25 anggota Tim Menembak pasukan Kursus Lanjutan TTS 9 KPTD SIBU: 9 Kompeni Polis Tentera Diraja (KPTD) mengadakan majlis penutup Kursus Lanjutan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang disempurnakan oleh Panglima 9 Briged (Bgd), Brig Jen Dato’ Awie Suboh di Pasukan 9 KPTD pada 14 Jul lalu. Ketibaan Panglima disambut oleh Lt Kol Jasman Bagiman Pegawai Memerintah 3 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Lt Kol Gulam Rasul Abdus Subhan, Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah dan Kapt Gopalan Balan, Pegawai Memerintah 9 Kompeni KPTD. Kursus Lanjutan TTS bermula pada 15 Mei sehingga 14 Jul 2006 disertai oleh 26 penuntut dari pasukan naungan 9 Bgd. TAMAT LATIHAN...Penuntut Keseluruhan Terbaik TTS, Rjr Zaidi Anjang dari 3 RRD melapor kepada Brig Jen Dato’ Awie semasa penutup Kursus TANDA INGATAN...22 Rejimen Askar Melayu Diraja mengadakan Majlis Makan Beradat Dining Out bagi menghargai jasa Mej Kamaruddin Misran selama 4 tahun 6 bulan di 22 RAMD dengan menjawat jawatan terakhir sebagai Pegawai Gerak pasukan yang diadakan pada 4 Jun lalu. Beliau ditukarkan ke Markas Staf Stesyen Kem Majidee dan Pegawai Memerintah, Lt Kol Abdul Samat Said mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan serta mendoakan kesejahteraannya di tempat yang baru kelak.––22 RAMD 54 MENCUBA...Pegawai Memerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Ahmad Azni Hj Akbar mencuba peralatan semasa merasmikan Gimnasium Kem Pakit yang diberi nama Cyber Croc Gym. Peralatan tersebut disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Simanggang, Francis Hardin Holis yang bernilai RM10 ribu.— Caw Risik 3 Bgd, foto; 13 RAMD “TTS merupakan satu kursus yang sepatutnya dipraktikkan oleh anggota tentera kerana kursus ini adalah penting bagi memahirkan serta meningkatkan disiplin dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan musuh. “Selain itu ianya membentuk seorang perajurit bersikap cekal dan berani,” katanya. Di akhir majlis Panglima menyampaikan sijil kepada semua penuntut, bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Rjr Zaidi Anjang dari 3 RRD. Manakala Penuntut Sparring Terbaik disandang oleh Pbt Mohd Fadli Che Abdullah dari 20 Rejimen Askar Melayu Diraja. ––SSjn Zulkapli Alias, foto; Pbt Impi Jibun Semasa 2 Div BIL 150/JUL 2006 28 anak tentera terima Anugerah Kecemerlang ATM Oleh: LKpl Rosley Yusoff PULAU PINANG: Sel Pendidikan MK 2 Divisyen menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia tahun 2005 Zon Utara bertempat di Dewan Congo, Kem Sungai Ara pada 30 Jun lalu. Majlis disempurnakan oleh Panglima 6 Briged, Brig Jen Mohd Noor Daud dihadiri 28 pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik serta ibu bapa pelajar. “Anugerah kecemerlangan akademik diharap akan menjadi galakkan kepada anakanak warga ATM untuk terus maju dalam pelajaran,” katanya. Pelajar cemerlang yang diraikan menerima sijil penghargaan berserta cek bemilai RM500 bagi kategori PMR dan RM1000 bagi kategori SPM. Program Integrasi Sek Men Keb Changlon ALOR STAR: Program integrasi kaum yang sering diperkatakan dewasa ini telah dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Changloon, Kedah. Program yang dinamakan sebagai Program Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Changloon pada 25 sehingga 27 April lalu. Pelbagai program dan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain telah dilaksanakan. Pihak sekolah telah memberi tanggungjawab kepada 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai penganjur program dan tenaga pelatih bagi program yang dilaksanakan. Menurut wakil dari pihak TAKLIMAT... jurulatih memberi penerangan kepada peserta sebelum memulakan program sekolah,Penolong Kanan Hal Ehwal Akedemik, Syariff dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hjh Sopiah, program ini berjaya membentuk perpaduan dan kerjasama antara peserta. Pihak sekolah amat berpuas hati dengan perlaksanaan dan perjalanan program tersebut. Penutup program dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Saiful Anwar Md Ali. Menurut beliau, program ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kesedaran kepada peserta tentang kepentingan bekerjasama dan saling bantu antara satu sama lain. Program-program seperti ini mampu mengubah keadaan dan kesedaran betapa pentingnya nilai-nilai insani sebagai manusia yang harus dimiliki oleh setiap orang.— Kapt Ruhaizi Othman, foto; Kpl Azwan Hashim Kursus Keselamatan Stor Senjata SUNGAI PETANI: Dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memberi penekanan terhadap keselamatan aset-aset penting ATM terutamanya senjata api, di samping meningkatkan disiplin keselamatan melibatkan anggota yang mengendalikan Stor Senjata, Cawangan Risik Mk 6 Bgd dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kursus keselamatan Stor Senjata bertempat di Dewan MSSSP pada 22 hingga 26 Mei lalu,. Seramai 68 anggota dari pasukan-pasukan naungan 6 Bgd telah mengikuti kursus ini. Walaupun kursus yang dijalankan hanya dalam masa yang singkat iaitu dalam tempoh lima hari peserta-peserta kursus didedahkan kepada pelbagai aspek keselamatan dan implikasi yang akan timbul sekiranya keselamatan senjata api tidak diberi penekanan. Sepanjang kursus dijalankan MK 6 Bgd telah mendapat bantuan. jurulatih dari KKRM, DKM dan PJLJB. Upacara penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Ketua Stat 6 Bgd, Lt Kol Abd Malik Ali. TAMAT KURSUS...Lt Kol Abd Malik menyampaikan sijil kepada peserta kursus Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa puas hati beliau dengan kursus yang dijalankan dan menyarankan agar keselamatan senjata api terus diberi penekanan sepanjang masa.––Sjn Yazid Che Ain 55 Semasa 2 Div BIL 150/JUL 2006 Summer Camp 6 RAMD NIBONG TEBAL:146 pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan empat khususnya anak-anak tentera menyertai program perkhemahan anjuran Sel Pedidikan MK 2 Divisyen yang ditaja oleh ATM, Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) pada 13 hingga 15 Mac lalu. Program ini dianjurkan kepada pelajar sekolah sekitar kawasan utara yang diadakan di Tapak Perkhemahan PERDA, Bukit Panchor. Menurut Pegawai Staf 2 Pendidikan MK 2 Div, Kapt Aidilnur Ahmad, menjelaskan Program Summer Camp merupakan acara tahunan Jabatanarah Pendidikan berbentuk riadah dan ilmiah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dari sudut motivasi TERIMA SIJIL...Dato’ Seri Lim Giat Tong menyampaikan sijil kepada peserta Summber Camp diri serta meningkatkan tahap pengetahuan serta keyakinan diri dalam proses penyediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi kelak. Antara aktiviti yang diatur sepanjang program tersebut ialah ceramah dan dialog, jungle tracikng, qiamulail, sukan serta sedikit aktiviti berbentuk Pelancaran kitar semula 6 RAMD PERTUNJUKAN...gimik khas sempena Majlis Perasmian Kempen Kitar Semula di pasukan 6 RAMD ALOR STAR: Kempen Kitar Semula dilancarkan oleh kerajaan sejak 10 tahun yang lepas. Pelbagai iklan, poster dan ceramah telah diadakan untuk menarik minat rakyat untuk menjayakan kempen tersebut tetapi matlamat asal masih jauh tersasar daripada matlamat yang diletakkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Di atas kesedaran itu, maka buat julung kalinya 6 Rejimen Askar Melayu Diraja, melancarkan satu program iaitu “Program Kitar SERAH TERIMA TUGAS...Ketua Jurulatih PALAPES USM, Mej Muhammad Sabri Abdul Rahim menyerahkan tugasnya kepada Mej Mohamad Fadzil Ibrahim baru-baru ini Majlis tandatangan nota serah terima tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa turut disaksikan oleh Mej Prof Madya Dr Ibrahim Hj Jaafar, Timbalan Komandan serta warga PALAPES USM. Mej Muhammad Sabri akan bertukar ke MK 8 Bgd dan menjawat jawatan sebagai Kem Komandan.–– SSjn Mohd Noor Abdul, foto; Sjn Abd Manaf Che At 56 Semula” bagi peringkat pasukan. Pelaksanaan program itu merangkumi ketiga-tiga kem kepunyaan pasukan 6 RAMD iaitu Kem Bukit Pinang, Kem Tanah Merah dan juga Kem Tok Jalai. 6 RAMD juga pernah melancarkan satu program yang seumpama itu di Pulau Berhala, Sandakan, Sabah semasa pasukan melaksanakan Operasi Pasir Utara Siri 3/2006. Majlis dirasmikan oleh Lt Kol Saiful Anwar Md Ali, Pegawai Memerintah 6 RAMD. Antara yang hadir, Fazli Abu dan Hj Halim Dali Pegawai Kesihatan dari Majlis Bandaraya Alor Star dan Majlis Daerah Kubang Pasu. Menurut kedua-dua wakil tersebut, mereka tidak menyangkakan bahawa majlis pelancaran itu akan dibuat dengan begitu meriah dan sambutan yang diberikan amat memberangsangkan berbeza dengan majlis ketenteraan. Menurut para peserta peluang menyertai program tersebut merupakan satu pengalaman menarik lagi berharga walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga ketika cuti persekolahan sedang berlangsung. Fasilitator terdiri daripada pegawai dan staf dari MK 2 Div, MK 2 Bgd, dan MK 6 Bgd serta dibantu guru-guru Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang. Majlis penutup program disempurnakan oleh Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang mewakili Pengerusi JAKPAWPulau Pinang, Dato’ Seri Lim Giat Tong, turut hadir Lt Kol Zulkefli Abdullah wakil dari Jabatanarah Pendidikan serta ibu bapa para pelajar. pelancaran yang dibuat sebelum ini oleh agensi-agensi lain. Dalam ucapan perasmian, Lt Kol Saiful Anwar mengingatkan kepada setiap lapisan anggota tentera beserta para isteri dan keluarga mereka agar memahami konsep dan mendapat kesedaran terhadap kepentingan program kitar semula ini. “Pelancaran ini menunjukkan sokongan pasukan 6 RAMD terhadap kempen kitar semula yang telah dilancarkan oleh kerajaan tidak lama dulu. Dengan pelancaran ini, ia akan dapat mendidik anggota dan keluarga akan kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kesedaran warga pasukan akan kepentingan menjaga alam sekitar,” jelasnya. Pelancaran Program Kitar Semula Pasukan telah diiringi oleh satu gimik yang menarik dari anggota-anggota 6 RAMD. Fikir Dulu Sebelum Buang.—Kapt Ruhaizi Othman, foto; Kpl Azwan Hashim BIL 150/JUL 2006 Semasa 2 Div Program ketahanan diri MRSM Beseri Oleh: Kapt Ruhaizi Othman Foto: Pbt Mahusin Mohd Zain PERLIS: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis mengadakan program yang dikenali sebagai Program Ketahanan Diri iaitu satu program untuk pelajar tahun lima mereka. Program tersebut diadakan sebanyak tiga siri yang mana siri pertama dikendalikan oleh pihak maktab sendiri manakala siri dua dan tiga telah diberikan kepercayaan kepada 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai penganjur program. Program siri kedua diadakan pada 14 hingga 16 Apr lalu manakala program yang ketiga diadakan pada 28 hingga 30 April. Kedua-dua siri program diadakan di Hutan Rekreasi Bukit Wang, Jitra, Kedah. Pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar telah diadakan seperti Night Walk, burung hantu, ikhtiar hidup, Six Challenge, River Crossing, Repelling dan lain-lain lagi. Pro- KETAHANAN...pertandingkan di dalam Six Challenge memerlukan tahap kerjasama yang tinggi gram-program yang dilaksanakan telah diaturkan dengan sempurna agar ianya bertepatan dengan konsep program tersebut. Menurut seorang pelajar, aktiviti yang dijalankan amat mencabar mental dan fizikal mereka dan mampu mengubah tahap disiplin dan jati diri pelajar-pelajar RASMI...60 anggota Kor Risik Diraja (KRD) menghadiri kursus Asas Korris Kelas 2 yang diadakan di pasukan 165 Batalion Perisikan Tentera Darat yang bermula pada 28 Jun lalu dilaksanakan selama 12 minggu yang meliputi mata pelajaran Risik Tempur dan Risik Balas. Kursus yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ramlee Md Sham. Turut hadir Pegawai Operasi, Ketua Kompeni dan Pegawai Tanpa Tauliah Kanan.– Pbt Mohd Adilah Yamin PERAJURIT MUDA...Timbalan Komander Rej 506 AW Lt Kol Dzulkarnain menyampaikan hadiah kepada platun-platun dan anggota yang berjaya di dalam Kursus Asas Perajurit Muda Siri 2/2006 Rejimen 506 Askar Wataniah. Dalam acara kemuncak majlis tamat latihan tersebut, Perajurit Muda mempersembahkan demonstrasi medan iaitu latihan serangan ke atas kedudukan musuh.–– Sjn Amran Omar terutamanya kepada pelajarpelajar yang bakal menduduki bangku peperiksaan. Walaupun program tersebut amat memenatkan, pesertapeserta tetap berasa amat bertuah kerana terpilih menyertainya. Menurut Penolong Pengetua MRSM Beseri, Salim Bulat, berharap agar program kerjasama antara pihak MRSM dan 6 RAMD dapat dilaksanakan di masa hadapan kerana beliau amat berpuashati dengan program ketahanan diri tersebut. Penutup program disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 6 RAMD, Lt Kol Saiful Anwar Md Ali. Dalam ucapannya, juga mengingatkan agar pelajar-pelajar tidak mudah terjebak dengan gejala-gejala sosial yang kian mengancam negara masa kini seperti Black Metal, melepak, merokok, berfoya-foya dan dadah. “Program ini juga mampu membentuk para pelajar menjadi seorang remaja yang mampu berdikari di samping memupuk semangat kerjasama yang jitu. Selain meningkatkan tahap ketahanan mental ianya juga mampu meningkatkan tahap Esprit De Corp ataupun semangat yang tinggi dan setia kawan antara pelajar,” jelasnya. Serah terima tugas KS 6 Bgd SUNGAI PETANI: Perbarisan sempena Serah Terima Tugas Ketua Staf telah diadakan di Padang Kawad MK 6 bgd, yang mana terdiri daripada tujuh Pegawai dan 80 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Azahar Ahmad (PS 2 Latih ) pada 11 Mei lalu. Dalam ucapan beliau yang terakhir sebagai Ketua Staf 6 Bgd, Lt Kol Yasin Yusop mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga 6 Bgd yang telah memberi kerjasama dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota tentera dengan memberikan komitmen pada tahap tertinggi sepanjang beliau bertugas di markas ini. Beliau berpesan, agar warga 6 Bgd terus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dan memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua Staf yang baru dalam menjadikan MK 6 Bgd sebuah organisasi yang mantap dan disegani. Lt Kol Yasin akan bertukar ke Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya dan Menjawat Jawatan Pengarah Bahagian Keselamatan.— Sjn Yazid Che Ain, jurufoto; Pbt Zakaria Ahmad SERAH...Lt Kol Mohd Yasin dan Lt Kol Abd Malik Ali disaksikan oleh Panglima 6 Bgd dalam upacara serah terima tugas 57 Semasa 3 Div BIL 150/JULAI2006 Pegawai 4 Bgd Mek lawat Kem Syed Sirajuddin Oleh: MK 4 Bgd Mek, Foto: Sjn Saidi Salleh BINCANG...Panglima 4 Bgd Mek ketika melawat salah satu garaj kenderaan ‘A’ GEMAS: Panglima 4 Briged (Bgd) Mekanise (Mek), Brig Jen Dato’ Muhammad Azmi Abdul Walad bersama staf pasukan naungan 4 Bgd Mek mengadakan lawatan sambil kerja ke pasukan 11 Kor Armor Diraja, pada 9 Mac lalu. Terdahulu dari itu, panglima 4 Bgd Mek menerima tabik hormat dari kawalan kuarter pasukan 11 KAD dan mendengar taklimat ringkas di Bilik Gerakan pasukan dan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan kem dan juga sekitar kawasan latihan. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meninjau projek Kem Gemas untuk dijadikan panduan dan pelaksanaan skop kerja bagi peningkatan taraf kem-kem di bawah naungan 4 Bgd Mek. Di samping itu, lawatan tersebut juga adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara 4 Bgd Mek dan 11 KAD. Jangan pandang ringan aspek keselamatan – Panglima Logistik TD MELAKA: Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama, oleh itu jangan ambil mudah dan memandang ringan kepada semua aspek keselamatan. Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak berkata demikian ketika merasmikan penutup seminar keselamatan anjuran Sel OPLAT Markas Logistik Tentera Darat. Menyedari pentingnya keselamatan dalam sesebuah organisasi dan pasukan dan berlanjutan dengan arahan Panglima Tentera Darat, agar aspek keselamatan kem perlu dipertingkatkan, Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) dengan kerjasama Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) menganjurkan seminar keselamatan yang menekankan pemeriksaan kem yang diadakan selama empat hari baru-baru ini dengan dihadiri seramai 40 Pegawai dan PTT Kanan dari BERI PERHATIAN…peserta seminar keselamatan mendengar dengan penuh minat syarahan keselamatan yang disampaikan kepada mereka pasukan-pasukan di bawah naungan PLTD. Sepanjang seminar ini, peserta didedahkan dengan beberapa perkara penting untuk dilaksanakan di pasukan, di samping perbincangan dan mengadakan brain storming terhadap kajian kes yang dibentangkan meliputi permasalahan perlanggaran arahan keselamatan di pasukanpasukan serta menghasilkan resolusi dan cadangan untuk mengatasi masalah keselamatan kem di dalam Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera amnya. Panglima Logistik berharap kerjasama yang diberi oleh PULARIS dengan memberi bantuan tenaga penceramah yang terdiri daripada Mej Azman Md Ali selaku Timbalan Komandan PULARIS dan PW 1 Ismail Jainal Abidin KSMJ PULARIS diharap tidak berhenti di sini sahaja kerana dalam aspek keselamatan kita sentiasa memerlukan satu sama lain. Dengan kerjasama ini pencemaran keselamatan terutama keselamatan kem dapat dibendung dari ianya terus berlaku. Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada peserta agar sentiasa mengawasi anggota masing-masing di pasukan dan mengenal pasti sekiranya ada di antara mereka yang bermasalah, kerana golongan seperti ini mudah terpengaruh serta melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. –– Kpl Rosli Awang LAWATAN...Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD), Mej Jen Dato’ Muhammad Effendi Mustafa mengadakan lawatan ulung ke 7 RRD Mekanise dan merasmikan jalan Dato’ Muhammad Effendi baru-baru ini. –– Kpl Muzaini Mohamed SERAH TERIMA TUGAS...Mej Zulfakar Abd Wahid menyerahkan tugasnya sebagai pemangku Pegawai Memerintah 7 Rejimen Renjer Diraja Mekanise kepada Lt Kol Ishak Hj Johar yang akan mengambil alih sebagai Pegawai Memerintah yang diadakan baru-baru ini.–– Lt M Willie, foto; LKpl Sapawie 58 Semasa 4 Div BIL 150/JULAI2006 Kursus TTS 4 RAMD Oleh: Kpl Mohd Shapion Abdul Rahman Foto: Pbt Asri Hisham Zulkifli TAPAH: Seorang Pegawai 55 anggota Lain-lain Pangkat dari unit-unit bawah naungan Briged ke 11 berjaya menamatkan Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 1/2006 yang dianjurkan oleh 4 Rejimen Askar Melayu yang bermula pada 02 Apr hingga 13 Jun lalu bertempat di Kem Tapah Perak. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi dedahan serta pengetahuan kepada anggota yang belum menghadiri Kursus Tempur Tanpa Senjata dalam seni mempertahankan diri demi mempertahankan keamanan negara. Upacara pembukaan kursus dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mardzuki Muhamad manakala upacara penutup dirasmikan oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Ahmad Hasbullah Nawawi pada 13 Jun lalu. Di dalam kursus tersebut Pbt Norazlan Md Zin dari 8 RAMD menyandang Penuntut Ketabahan Terbaik, Pbt Zamri Said dari 4 RAMD menyandang Penuntut Bertarung Gaya Bebas Terbaik manakala Pbt Mohd Zaid Janisah Ithnin dari 4 RAMD menyandang penuntut Keseluruhan Terbaik. BERJAYA...Panglima 11 Bgd menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Kol Emran dilantik KS MK Logistik TD KUALA LUMPUR: Berhemat dalam menguruskan perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran. Ketua Staf Markas Logistik Tentera Darat, Kol Abdul Khalid Hamzah berkata demikian ketika berucap sempena perbarisan serah terima tugas Ketua Staf Markas Logistik TD baru-baru ini di Padang Kawad Kementah. Dalam perbarisan itu beliau turut mengingatkan anggota agar sentiasa menunjukkan tatatertib yang tinggi serta jangan terpengaruh dengan gaya hidup orang lain yang berkemampuan, sebaliknya hiduplah dalam kesederhanaan. Kol Abdul Khalid Hamzah SERAH TUGAS...Kol Abdul Khalid (kanan) menandatangani Nota Serah Tugas NAIK PANGKAT… PW 2 Abdul Hadi Aid dinaikkan pangkat ke PW 1 pada 28 Mac lalu. Majlis disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Logistik Tentera Darat, Kol Emran Yusoff di pejabat Ketua Staf. PW 1 Hadi dikekalkan di Markas Logistik dan menjawat jawatan Kuarter Master Sarjan Rejimen (KMSR).–– Kpl Rosli Awang bertukar keluar dari Markas Logistik TD ke Bahagian Logistik Pertahanan setelah setahun bertugas di MK Logistik TD. Pengganti beliau ialah Kol Emran Yusoff yang akan mengambil alih tugas Ketua Staf Markas Logistik TD. Majlis serah terima tugas Ketua Staf Markas Logistik Tentera Darat ini turut disaksikan oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak, Pegawai Kanan, Pegawaipegawai dan Lain-lain Pangkat dari Markas Logistik Tentera Darat. ––Kpl Rosli Awang PEKA... Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Amir Ishak melihat dan mendengar taklimat berkaitan permasalahan Sistem Keselamatan Bersepadu (ISSS) di 96 DPP semasa lawatan beliau ke pasukan tersebut baru-baru ini.–– Kpl Rosli Awang 59 Semasa 4 Div BIL 150/JULAI2006 37 pelatih PERHEBAT terima Diploma Eksekutif UTM Oleh: Sjn Mohd Zuki Jusoh SUNGAI BULOH: Seramai 318 pelatih-pelatih PERHEBAT yang berjaya menamatkan kursus latihan peralihan masing-masing untuk tempoh 6, 12 dan 18 bulan termasuk 37 pelatih berjaya memperolehi Diploma Eksekutif Pengurusan anjuran PERHEBAT dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Diploma Eksekutif Pengurusan dengan kerjasama diantara UTM melalui Pusat Perniagaan Teknologi Termaju (BATC) dengan PERHEBAT ini telah menyediakan prasarana yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan modal insan kakitangan pertahanan negara. BATC meru-pakan salah sebuah pusat kecemerlangan UTM telah mengorak langkah bagi membangunkan program yang akan dapat memenuhi keperluan tersebut di dalam konteks pendidikan dan latihan sepanjang hayat.Semenjak penubuhan pada tahun 1992, BATC terus memainkan peranan dalam meningkatkan daya saing industriindustri di Malaysia melalui pro- KEJAYAAN...Dato’ Hj Zainal Abidin menyampaikan Diploma Eksekutif Pengurusan kepada Mohamad Rashid Omar gram-program yang disediakan. Oleh itu, kualiti pendidikan akan diutamakan supaya warga malaysia dibekalkan unuk menjadi tenaga kerja yang menghayati budaya kerja berprestasi tinggi. Pendidikan berkualiti akan juga memastikan mereka kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan dengan itu, mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. Majlis Konvokesyen PERHEBAT ini merupakan testimoni kepada kejayaan kerjasama erat di anatara UTM dan PERHEBAT, dengan kerjasama seperti ini dapat memainkan peranan dalam merealisasikan objektif-objektif nasional untuk melahirkan graduan yang kompetetif dan berilmu. Majlis Penyampaian Diploma Eksekutif UTM dan sijil PERHEBAT disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Zain pada 22 Jun lalu. Antara yang hadir, Pengerusi PERHEBAT,, Jen (B) Tan Sri Hj Borhan Hj Ahmad, Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM, Datuk Prof Dr Ismail Kailani Dengan ilmu yang dibekalkan oleh UTM dan PERHEBAT ini dapatlah digunakan dengan sewajarnya selepas ini kerana ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan memberi dorongan serta petunjuk ke arah meneroka alam persaraan. PERHEBAT merupakan sebuah institusi latihan untuk bakal pesara dan pesara ATM telah banyak melakukan perubahan dan inonasi, sesuai dengan keadaan semasa dan permintaan pasaran. Usahasama yang dijalankan oleh PERHEBAT dengan pelbagai institusi pengajian tinggi adalah satu usaha murni menaik taraf tahap kurikulum pembelajaran dan imej pesara-pesara ATM sendiri. Dengan tambah baru pembelajaran tentu sekali peluang kerjaya kedua adalah lebih luas. Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh di PERHEBAT serta jati diri sebagai bekas tentera, pelatih-pelatih PERHEBAT pasti akan berjaya menghindarkan unsur-unsaur negatif dan akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk negara. PLKN Kem Chenderiang ke Gurkha Malaya TAPAH: 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menerima lawatan dari modul komuniti Program Latihan Khidmat Negara dari Kem Sentosa, Chenderiang, Perak yang melibatkan seramai 400 anggota dan 25 jurulatih pada 31 Mei yang lalu. Sempena lawatan, 4 RAMD mengadakan berbagai pameran dan pertunjukan seperti pameran perkampungan survival, pameran senjata dan peralatan serta pertunjukan Tempur Tanpa Senjata oleh penututpenuntut kursus TTS. Pameran itu bertujuan agar dapat memupuk semangat dan menarik minat anggota PLKN dalam bidang ketenteraan serta dapat mengeratkan hubungan dan kepercayaan masyarakat awam terhadap anggota tentera.— Kpl Shapion Abdul Rahman, foto; Pbt Asri Hisham Zulkifli CUBA...pelatih PLKN diberi peluang mengendalikan penggunaan menggunakan senjata PEPERIKSAAN AMALI...120 Pegawai berpangkat Kapten terdiri dari lelaki dan wanita dari pelbagai kor di bawah naungan 4 Divisyen menjalani ujian amali untuk kenaikan pangkat dari Kapt ke Mejar pada diadakan di 4 RAMD. Ujian amali yang diadakan pada 18 hingga 20 Jun meliputi ujian membaca peta, pengendalian radio (semboyan) dan taktik. –– SSjn Mohd Suhaimi Talib, foto; Kpl Mohd Shapiron Abdul Rahman 60 BIL 150/JULAI2006 BIL 150/JULAI2006 Semasa Pasukan Khas/Elit 89 anggota asas GGK terima Beret Hijau, Pisau dan Diploma Oleh: Kpl Sani Osman KUANTAN: Beret Hijau, satu lambang keagungan, keperwiraan serta satu lambang keperibadian yang amat tinggi nilainya, ianya juga satu lambang pergorbanan yang tulin dan mempunyai taraf profesionalisme yang tinggi untuk sesiapa yang memakainya. Barang siapa yang memiliki nilai-nilai ini akan dianugerahkan beret hijau, diploma, pisau komando dan seterusnya akan diterima menjadi ahli di dalam warga Gerak Khas”. Kata-kata inilah yang telah mendorong kejayaan buat seorang pegawai dan 88 Lain-lain Pangkat penuntut Asas Komando Siri 1/06 yang telah dianugerahkan Beret Hijau, Pisau Komando dan Diploma pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri 1/2006 di Pantai Balok, Kuantan Pahang pada 8 Jul lalu. Majlis Penanugerahan ini telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Brig Jen Dato’ Harun Hitam. Turut hadir Tim Panglima 21 GGK, Kol Zulkifli Hasyim, Komandan PULPAK, Kol Che Hasyim, Pegawai-Pegawai Kanan Gerak Khas, Persatuan Bekas Komando kawasan Pahang, ibu bapa serta penduduk di kawasan Pantai Balok. Hanya 40 peratus sahaja yang lulus dari jumlah asal yang melapor diri hampir 200 anggota. Latihan ini dipecahkan kepada lima peringkat iaitu peringkat kem, hutan, paya, laut dan latihan penamat serta jarak perjalanan keseluruhan telah dilalui oleh setiap anggota tanpa menggunakan kenderaan sejauh 779 km. Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Brig Jen Dato’ Harun Hitam berkata, keagungan Bere Hijau yang dipakai sekarang perlulah dipelihara kerana padanya terletak maruah dan kewibawaan GGK. Justeru perlulah membuktikan bahawa mereka benar-benar layak memakainya dengan ertikata sebenar. Kursus asas komando adalah satu-satunya kursus yang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi di samping melalui dugaan sebelum dapat mencapai dan mengecapi hasilnya pada hari ini. Katanya lagi, dalam mengecap kejayaan dan pencapaian yang diperoleh kita jangan lupa kepada kedua ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan jurulatih yang sentiasa memberi semangat serta dorongan sehingga berjaya. Dalam pada masa yang sama juga beberapa aspek penting yang berkait rapat dalam menjadikan seorang anggota tentera yang profesional untuk dijadikan panduan dan landasan ketika melaksanakan tugas ialah sentiasa mematuhi dan melaksanakan arahan yang dikeluarkan daripada pihak atasan dangan penuh ikhlas, bertanggungjawab, yakin dan komited. Memahami dan mematuhi tugas masing-masing dengan sedalam-dalamnya serta sentiasa melaksanakan dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsip kejujuran, bertanggungjawab, kerjasama dan berpengetahuan penuh untuk menuju arah kejayaan atau “Marksmanship” . Kecemerlangan hendaklah dijadikan sasaran utama ke arah mewujudkan mutu kerja yang berkualiti. Sistem pemerintahan rejimental hendaklah dipatuhi bagi memastikan setiap anggota adalah wira-wira yang segak, kemas, agresif, berdisiplin, rajin, sihat, berakhlak mulia dan menghormati ketua, rakan-rakan seperjuangan serta diri sendiri. Tegasnya lagi anggota gerak khas adalah wira yang bertatatertib tinggi, sentiasa patuh dan taat kepada arahan-arahan dan peraturan ketenteraan serta memegang teguh kepada sumpah perajurit komando yang telah dilafazkan. Dalam majlis penutup pada kali ini berbagai acara pertunjukan telah diadakan di antaranya ialah pertunjukan serangan pantai oleh penuntut yang berjaya, payung terjun, tempur tanpa senjata dan static display. Penanugerahan pada kali ini juga merupakan yang terakhir buat Panglima 21 GGK kerana beliau akan menamatkan perkhimatannya pada akhir tahun ini. BANGGA...Panglima 21 GGK, Brig Jen Dato’ Harun memakaikan Beret kepada salah seorang penuntut kursus 61 61 Semasa AW BIL 150/JULAI2006 Tekad dan iltizam tingkatkan profesional Brig Jen Dato’ Md Azman Oleh: Lt M Noraishah Shamsudin Foto: SSjn Aziz Deroah IPOH: Brig Jen Dato’ Md Azman Rosli menyeru kepada semua warga AW supaya membulatkan tekad dan iltizam untuk meningkatkan profesionalisme dan memelihara nilai tradisi agar kekukuhan negara dan kekuatan rakyat berbilang kaum di negara ini dapat dikekalkan. “Misi utama AW ke arah tahun 2020 dalam 2 10 Plus 10 adalah untuk memberi tumpuan penuh kepada pembangunan kekuatan sumber manusia dan memantapkan latihan. Bagi memenuhi dasar pertahanan negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan pembangunan angkatan sukarela dan menetap-kan ke paras kekuatan tiga nisbah satu berbanding angkatan tetap menjelang 2020,” katanya ketika berucap sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke-48 pada 1 Jun lalu. “Melalui pendekatan ini, ATM akan dapat mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara secara cost effective, ini kerana, untuk mengadakan serta mengurus pasukan angkatan tetap yang besar memerlukan kos pem- NILAI TRADISI...Brig Jen Dato’ Azman membalas tabik hormat dari kontinjen yang disertai Siri 300, 500, Sasaran Penting dan Rejimen Pakar di seluruh Malaysia biayaan yang tinggi. Bagi mencapai aspirasi tersebut, Brig Jen Dato’ Azman telah menggariskan beberapa aspek yang perlu diberi penekanan untuk kecemerlangan AW, antaranya ialah dari segi sumber manusia, pengurusan latihan, pentadbiran dan hal ehwal rejimental dan pengurusan logistik dan kewangan. Upacara yang cukup bermakna ini turut disertai oleh semua pegawai dan anggota AW dari Siri 300, 500 Sasaran Penting dan Rejimen Pakar di seluruh Malaysia. Perbarisan yang terdiri empat kontinjen itu disertai enam pegawai, 654 anggota Lain-lain Pangkat. Beliau turut mengingatkan warga AW supaya menjadikan amalan berjimat cermat sebagai satu budaya dalam semua aspek, antaranya penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan penggunaan kertas di premis-premis kerajaan. Harapan beliau agar usaha untuk menarik minat belia dan beliawanis dalam AW akan dapat diteruskan di masa akan datang dalam memenuhi nisbah tiga nisbah satu berbanding angkatan tetap dan mencapai ke tahap yang lebih membanggakan di masa akan datang. Kursus Asas Perajurit Muda Rej 504 AW PERLIS: 58 anggota terdiri daripada anggota-anggota sukarela dari Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2006 yang diadakan mulai 16 Mac hingga 14 Apr lalu. Kursus ini adalah untuk melatih dan melahirkan penuntut-penuntut kursus yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kental, memberi pendedahan kepada pengetahuan asas mata pelajaran ketenteraan tertentu dan KAMI JAGUH...Perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malasia Darat peringkat Negeri Kelantan anjuran 8 Briged telah diadakan Kem Kandis Bachok Kelantan pada 14 Mei lalu satu . Dalam perkhemahan tersebut aktiviti seperti Pertandingan Kawad, Menembak dan Panduarah dipertandingkan. Sekolah Menengah Kubang Kerian (1) di bawah kelolaan Rejimen 506 Askar Wataniah telah menjadi johan pertandingan kawad dan menembak. Upacara penyampaian hadiah dan penutup dirasmikan oleh Panglima 8 Briged. –– Sjn Amran Omar 62 berguna sebagai persediaan awal untuk perkembangan latihan ketenteraan selanjutnya serta memupuk semangat setia kawan antara anggota. Semua matapelajaran yang dilaksanakan adalah berpandukan Rancangan Pengurusan Latihan AW. — PW 2 Ku Yussof Ku Darus, foto; Kpl Mat Fauzi Yahaya DIUJI...anggota sedang membuka dan memasang senjata Colt M16 dengan menutup mata BIL 150/JULAI2006 BIL 150/JULAI2006 Tentera Bersama Rakyat N PERASMIAN...ADUN Serian menyerahkan kunci rumah kepada Dora sambil diperhatikan oleh Panglima 1 Div oktah kehidupan tamat setelah seseorang itu menghembuskan nafas terakhir. Bagi mereka yang masih hidup hendaklah diteruskan. Jika asyik meratapi orang yang sudah pergi ia tidak membawa apa-apa makna. Ibu kepada tiga orang anak, Dora Buki, 36, menjadi tabah dan belajar berdikari selepas mendiang suaminya Sjn Gani Binjoi yang terkorban semasa bertugas di bawah panji-panji Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di Mogadishu, Somalia pada 18 Jul 1994. Mendiang meninggalkan seorang isteri, Dora dan tiga anak lelaki Royson dan Raymei ketika itu berusia lima dan tiga tahun dan Antonio Hagi satu bulan. Menjadi 63 63 Tentera Bersama Rakyat balu pada usia 24 tahun ketika itu sememangnya sukar jika tidak ada kekuatan semangat untuk meneruskan kehidupan. Namun, Dora tetap meneruskan kehidupan membesarkan tiga orang anaknya mengharungi jerih perit menyekolahkan anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran masing-masing. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dirasai oleh isteri kepada mendiang Sjn Gani ini. Bayangkan tanpa ada apa-apa simpanan atau tinggalan, Dora terumbang ambing sendirian. Dugaan baginya kerana agak sukar untuk mencari pekerjaan disebabkan beliau tiada pengalaman bekerja. Mengimbas kembali detik-detik tragedi sehingga menyebabkan mendiang suami beliau terkorban pada tanggal 18 Jul 1994 lebih kurang jam 5 petang (waktu Somalia), sewaktu menjalankan tugas sebagai pengiring keselamatan kepada Ketua Perisikan UNOSOM yang bergerak dengan kenderaan Toyota Cruiser dan sebuah kenderaan Somalia, kumpulan mendiang telah diserang hendap oleh puak Militia Somalia. Di dalam kejadian serang hendap tersebut, mendiang bersama beberapa pegawai dan anggota telah dijadikan tawanan. Keengganan mendiang menyerahkan senjata yang dipegangnya ketika itu menyebabkan mendiang ditembak di bahagian kepala dan dada tanpa belas kasihan oleh pihak Somalia lantas meragut nyawa mendiang dengan serta merta. Pada malam sehari sebelum kejadian yang meragut nyawa mendiang, Dora bermimpi adik beliau yang sedang asyik menggoreng ikan secara tiba-tiba kuali yang berisi minyak panas bersama ikan tersebut terbalik dan terkena perut anak buahnya. Sejak malam tersebut, beliau tidak dapat melelapkan mata memikirkan akan mimpi yang dialaminya seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Anak keduanya ketika itu yang baru berusia 3 tahun sering bertanyakan kepada beliau bilakah mendiang akan pulang kerana amat merindui mendiang. “Pada keesokan paginya saya kehairanan apabila melihatkan kakak tergesa-gesa pulang dari menoreh getah sambil menangis tetapi saya tidak menghiraukannya kerana mungkin hal pergaduhan kakak bersama adik beradik lain,” katanya. “Sehinggalah pada sebelah tengah harinya saya didatangi oleh pegawai yang berpakaian uniform 64 64 KENANGAN...gambar mendiang Sjn Gani bersama keluarga sebelum terlibat dengan misi PBB tentera datang ke rumah saya menyatakan mendiang telah terkorban. Ketika itu saya rasakan dunia bagaikan gelap, saya menjadi sangat terkejut dan sedih kerana merasakan sudah tiada tempat bergantung. Hendak fikirkan anak-anak, belanja dapur dan macam-macam lagi bermain di fikiran saya,” ujar Dora. Kerisauan beliau terhadap mimpi yang dialaminya pada malam sebelumnya selama ini terjawab juga akhirnya membawa petanda bahawa mendiang akan pergi meninggalkan beliau buat selamalamanya yang pada ketika itu beliau masih di dalam pantang melahirkan anak bongsunya yang baru berusia enam hari. “Dalam surat terakhir yang dikirimkan kepada saya, mendiang bercadang mengambil sijil kelahiran anak bongsunya itu sekembalinya dari Somalia dan memaklumkan supaya menunggu mendiang untuk mendaftar sijil kelahiran anaknya. Hasrat mendiang untuk menatap wajah anak bongsunya tidak kesampaian ketika usia anak bongsunya baru sahaja berusia enam hari kelahiran, mendiang telah terkorban dalam mempertahankan maruah negara,” ujar Dora sambil menahan sebak ketika ditemui dirumahnya. Sesungguhnya keberanian mendiang dan setiap titik darah yang mengalir ke bumi Somalia adalah merupakan darah seorang perwira negara yang patut dikenang dan diingati oleh seluruh warga TD khasnya dan ATM amnya. Di atas menghargai jasa dan pengorbanan mendiang sebagai seorang perwira dalam menjalankan misi pengaman, mendiang dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 3 Jun 1995, SPB Tuanku Jaafar turut menganugerahkan Pingat Darjah Kepahlawanan ATM iaitu Bintara Angkatan Tentera (BAT) pada 1 Okt 1994 dan BIL BIL 150/JULAI2006 150/JULAI2006 cenderamata dan penghargaan daripada Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak pada 18 Jul 1994 yang diterima oleh Dora sendiri. Sepeninggalan mendiang, beliau tidak meninggalkan apa-apa harta yang membolehkan Dora untuk menyara hidup anak-anak masih kecil yang belum mengenal erti kehidupan. Atas prihatin serta ingin melihat cucu hidup dalam keadaan serba kesederhanaan, bapanya menyerahkan sebidang tanah berdekatan rumahnya untuk mendirikan sebuah kediaman agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Dora. Atas keprihatinan dan jasa yang dicurahkan oleh mendiang, pihak atasan telah mengambil inisiatif untuk membantu Dora bagi membina rumah kediaman di atas tanah tersebut dengan menggunakan tenaga pakar dari RAJD dalam projek Tentera Bersama Rakyat (TBR). Kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama 45 hari sahaja siap dibina dengan harga kira-kira RM43 ribu yang serba lengkap dibina khas untuk kediaman tiga anak dan Dora sendiri. Sumber kewangan yang beliau perolehi adalah sumbangan dari ATM sebanyak RM30 ribu dan bakinya dari Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (PDBK) sebanyak RM5 ribu, kerajaan negeri serta para dermawan. PENGANUGERAHAN...Yang di-Pertuan Agong Tunku Jaafar menyampaikan pingat BAT kepada Dora bagi memperingati jasa mendiang Sjn Gani kepada negara BIL 150/JULAI2006 BIL 150/JULAI2006 Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mendiang, pada tanggal 1 Apr 1995, rumah yang diberi nama Wisma Panglima Gani siap dibina dan dirasmikan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Alias Latfi Husain pada ketika itu dalam satu majlis yang amat bermakna buat Dora dan anakanak. Semenjak itu, beliau kerap mendapat bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak kerajaan dan swasta termasuk sumbangan Kerajaan Negeri Melaka melalui Bukit Rambai Development Sdn Bhd yang menjanjikan sebuah apartment tiga bilik bernilai RM63 ribu di Taman Desaria, Tangga Batu, Melaka pada tahun 1994 lagi dan Dora sendiri akan dimaklumkan sekiranya rumah tersebut siap sepenuhnya. Sehingga kini sumbangan tersebut belum diterima oleh Dora dan tiada mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak yang terbabit. “Saya merasa amat bersyukur kepada tuhan kerana masih ada yang sudi Tentera Bersama Rakyat menghulurkan bantuan dan sumbangan selama 12 tahun mendiang meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun hidup kami tidak seberapa, tetapi cukup untuk menampung kami sekeluarga. Rumah Dora kini berusia 12 tahun seiring umur anak ketiga beliau Antonio Hagi, 12. Ketika ditinjau keadaan rumah Dora, kurang menyenangkan memandangkan atap rumah bocor dan apabila hujan, sudah pasti ditembusi air hujan. Lebih tujuh tahun kebelakangan ini tiada lagi lawatan kebajikan dari mana-mana pihak datang dan bertanyakan khabar beliau sekeluarga. Ini seolah-olah masyarakat telah melupakan sumbangan dan pengorbanan mendiang suami suatu ketika dahulu. Beliau bukan mengharapkan sumbangan wang ringgit tetapi sekadar menjenguk bagaimana keadaan seorang balu tentera membesarkan anak-anak yang makin membesar dengan tulang empat kerat. Dengan hanya mengharapkan pencen mendiang suami dan biasiswa anak-anak, beliau tetap meneruskan kehidupan dan berusaha menjaga sebaik mungkin rumah yang diberi nama Wisma Panglima Gani itu kerana itu sahajalah kenangan yang ada buat beliau dan anak-anak. Disebabkan kasih yang tidak berbelah bagi kepada mendiang suami, beliau sanggup tidak berkahwin lagi dan berharap ada insan yang bermurah hati untuk memberi bantuan bagi mengembalikan balik keadaan rumah beliau seperti mula-mula diduduki memandangkan keadaan cat rumah tersebut sudah pudar. “Saya amat menghargai kediaman yang disumbangkan oleh pihak tentera kerana ini satusatunya peninggalan mendiang yang boleh mengimbau kenangan bersama mendiang. Saya akan tetap mengekalkan keadaan sebenar rumah ini sebagaimana yang dibina oleh pihak tentera dari segi rekabentuk, cat serta susun atur yang dihias seperti Wisma Bintara,” katanya yang bekerja sebagai petani untuk menyara hidup sekeluarga. Menurut Kapt Ahmad Zaharudin Kamarudin, 27, Pen Ketua 3 Skuadron RAJD berkata program tentera bersama rakyat ini merupakan salah satu program jiwa murni bertujuan untuk menerapkan semangat prihatin kepada golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat secara tidak langsung ianya mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat dengan lebih rapat antara anggota tentera dan masyarakat awam setempat. “Projek yang kami jalankan bukan hanya tertumpu pada pembinaan rumah sahaja tetapi merangkumi semua bersesuaian dengan misi 3 Skn RAJD iaitu menjadikan pasukan ini sebagai sebuah organisasi bantuan tempur (BANPUR) yang membantu MK RAJD 1 Div untuk mempertahankan kawasan tanggungjawab 3 Bgd dan 9 Bgd daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam mengekalkan keselamatan,” jelasnya. “Objektif pasukan ini ialah meningkatkan kemampuan, prestasi dan semangat warga pasukan sehingga menjadikannya sebagai satu sistem Banpur yang cekap, dihormati dan sentiasa siaga serta berupaya membantu Divisyen Pertama Infantri 65 65 Tentera Bersama Rakyat BIL 150/JULAI2006 150/JULAI2006 BIL Kapt Ahmad Zaharudin SSjn Richie 66 66 menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan efisien dan berkesan,” ujarnya. SSjn Richie Ambau, 38, berkata sejak tahun 1994 hingga kini banyak projek yang telah dilaksanakan oleh pasukan ini. Setiap projek yang akan dilaksanakan mestilah setelah mendapat kelulusan dari MK RAJD 1 Div. Selalunya setiap projek yang dilaksanakan faktor penting adalah kewangan. Sekiranya tiada peruntukan kewangan, maka ianya tidak dapat diteruskan. “Sebab itulah pentingnya sebelum perlaksanaan sesuatu projek, tinjauan dibuat menentukan keadaan masyarakat awam dan tentera sama ada mereka mempunyai kewangan yang mencukupi ataupun tidak,” ujar bapa kepada tiga orang cahaya mata ini. Tambah beliau lagi, selalunya sesuatu projek contohnya pembinaan rumah memakan masa sebulan ke dua bulan bergantung pula pada keadaan tanah dan jarak ke tapak pembinaan. Sekiranya tiada masalah, memudahkan lagi kerja-kerja pembinaan dan dapat disiapkan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. “Sistem infrastruktur dahulunya tiada jalan untuk dilalui semasa penghantaran barangan ke tapak projek di sini dan sedikit sebanyak menyukarkan kami menjalankan projek serta ia memakan masa yang panjang dalam sesuatu projek. Pembinaan yang akan dan sedang dijalankan tidak akan menghadapi masalah yang ketara melainkan sistem infrastruktur di Sarawak ini seperti terpaksa menyeberangi sungai untuk menghantar barang binaan sehingga memakan masa dua ke tiga hari untuk sampai ke lokasi,” jelasnya yang merupakan anak jati Sarawak. Bersempena Hari Pahlawan, kita sebagai warga tentera khasnya perlu menghargai perjuanganperjuangan anggota terdahulu dalam mengharumkan nama negara. Ini sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menghadapi era globalisasi sebagai negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Selamat Hari Pahlawan. BIL 150/JULAI2006 BIL 150/JULAI2006 Tentera Bersama Rakyat Jiwa Murni ATM -TNI 1 2 Oleh: Mej Hanafi Yunus Foto: Sjn Badri Mustafa 1. PRIHATIN...PAT sedang memberi sumbangan kepada kanak-kanak ketika melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Masyarakat (PUSKESMAS) Sedau, Singkawang SINGKAWANG INDONESIA: Bagi dua doktor dan lima anggota paramedik dari Kompeni Perubatan 10 Bgd Para, seawal pukul 3 pagi mereka telahpun bersiap sedia dengan pelbagai peralatan tempur untuk melakukan penerjunan bersama anggota Para lain yang terlibat dalam latihan bersama LATGABMA MALINDO DARSASA 06 AB/06 pada 11 Jul lalu. Setelah melakukan penerjunan dari pesawat C130 Hercules TUDM dan mendarat di zon guguran di Karimunting, mereka bersama beberapa anggota perubatan dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) terpaksa bergegas ke Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKES-MAS) di Sedau kerana mempunyai misi khas. Mereka akan melaksanakan aktiviti bakti sosial untuk memberikan bantuan rawatan dan perubatan kepada masyarakat setempat melalui program jiwa murni. Setiba di pusat kesihatan tersebut, beratus-ratus penduduk yang tinggal di sekitar Sedau menunggu kehadiran mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian, kaunseling perubatan dan 2. RAMAH...Lt Kol Dr Ridzuan melayan penduduk tempatan yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan rawatan penyakit yang dihidapi. Dalam pada itu, sempena musim cuti sekolah yang sedang berjalan di negara ini kehadiran doktor dan anggota paramedik turut dinantikan oleh kira-kira 30 kanakkanak yang ditemani oleh ibu bapa masingmasing untuk dikhatankan. Menurut Pegawai Perubatan Lt Kol Dr Ridzuan Mansor sejak pusat rawatan berkenaan dibuka pada jam 6.30 pagi sehingga pukul 11 pagi, ia mencatatkan kehadiran seramai 600 pengunjung. “Sambutan yang diberikan terhadap perkhidmatan percuma ini sungguh menggalakan dan para pengunjung amat gembira dengan khidmat jiwa murni yang diberikan oleh kedua-dua angkatan tentera terbabit,” kata beliau. Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Panglima TNI Marsekal Djoko Suyanto tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pusat rawatan berkenaan dan menghabiskan masa selama 30 minit bagi meninjau perkhidmatan yang dijalankan serta beramah mesra dengan penduduk yang mendapatkan rawatan. Bagi kanak-kanak yang dikhatankan, kegusaran menanti saa-saat untuk menuju alam dewasa sedikit sebanyak terubat apabila kedua-dua panglima turut menyampaikan cenderamata kepada mereka. Selain rawatan perubatan, program lain yang dilaksanakan sempena latihan LATGABMA MALINDO DARSASA 06 AB/06 adalah membaik pulih beberapa kemudahan prasarana, acara sukan serta persembahan kebudayaan kedua-dua negara di majlis “Malam Akrab”. 67 67 Prihatin BIL 150/JULAI2006 Penyerahan kunci rumah kepada warga emas Oleh: Sjn Yazid Che Ani SUNGAI PETANI: Markas 6 Briged mengadakan majlis penyerahan kunci rumah di bawah Program Jiwa Murni, bertempat di Kg Permatang Rawa, Penaga, Pulau Pinang kepada keluarga Talib Ismail yang terlibat dalam kebakaran pada peghujung tahun 2004. Majlis yang diadakan pada 14 Jun lalu disempurnakan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Noor Daud. Majlis yang diadakan berupa jamuan makan tengah hari, turut dihadiri oleh Pengarah BKN Pulau Pinang, Wakil ADUN Penaga, pemimpin masyarakat dan kalangan penduduk setempat kira-kira 230 ke 250 orang. Seramai seorang pegawai dan 10 LLP dari Skn 1 RAJD dipertanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan kira-kira 28 hari dan rumah berkenaan telah dapat diduduki oleh keluarga Talib pada penghujung bulan Jul 2005. Dalam ucapan ringkas, Panglima 6 Bgd melahirkan rasa puas hati dengan komitmen pelbagai pihak sehingga rumah tersebut dapat TERJALIN ERAT...Brig Jen Mohd Noor menyerahkan kunci rumah kepada mangsa kebakaran, Talib Ismail disiapkan. Panglima turut merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dari Skn 1 RAJD, BKN Pulau Pinang, Wakil Rakyat dan pemimpin masyarakat setempat dan penduduk-penduduk kampung dalam menjayakan program yang dijalankan. Seterusnya Brig Jen Mohd Nor berharap melalui program sebegini, hubungan tentera dan rakyat akan terus terjalin erat. Datin Rosmalisa serah kerusi roda KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi BAKAT Darat, Datin Rosmalisa Abdullah menyampaikan kerusi roda kepada adik Azyantie Syazween Shohaimi dan penyampaian cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada balu waris yang meninggal dunia dan tercedera semasa latihan diadakan di 91 Woksyop pada 10 Jul lalu. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menghulurkan bantuan dan menjaga kebajikan seluruh warga tentera darat. AMBIL BERAT...Abd Aziz Isa, bapa LKpl Muhamad Nizan menerima kerusi roda hasil sumbangan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Tentera, SSjn Mustafa Bakri serta wang tunai untuk rawatan sumbangan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen Dato’ Wan Abu Bakar Omar. Sumbangan tersebut disempurnakan oleh PS 2 Rancang dan Gerak, Mej Aziz Ismail di rumahnya, Kg. Banggol Enggok, Malau, Kulim, Kedah. Beliau mengalami lumpuh sebelah badan sejak tiga bulan yang lalu.––BSPP 68 Adik Azyantie Syazween mengalami penyakit ceberal palsy sejak dilahirkan sehingga mengakibatkan beliau mengalami kelemahan dan kehilangan kawalan kedua-dua anggota tangan dan kaki. Adik Azyantie Syazween menggunakan kerusi roda yang sesuai untuk beliau menjalani ambulasi dan mengurangkan risiko terjadinya komplikasi sekunder.— Pbt Mohd Khalifah Mohd Yusof PAMPASAN...Balu LKpl Wan Moharam Wan Ini, Aina Zuraina Tahir menerima cek pampasan insuran kelompok bernilai RM40 ribu yang disampaikan oleh PS 2 Koordinasi Pusak Latihan Peperangan Khas Mej Malek Abdul Hamid pada 11 Jun lalu bertempat di Kampung Narum Miri, Sarawak. Allahyarham meninggal dunia pada 25 Jan lalu akibat daripada Heat Stroke semasa pertandingan merentas desa sejauh 15 km. BIL 150/JUL 2006 Pusat Latihan PUZIDA lahir ahli muzik setanding pemuzik profesional M enurut Lt Kol Rosli, 51, peranan PUZIDA di dalam Tentara Darat adalah melatih anggota dari semua peringkat dari Lainlain Pangkat (LLP) mahupun Pegawai. Di dalam platun tambor dan serunai, anggota pasukan diberi tunjuk ajar berkaitan dengan alat muzik serta memberi bantuan khidmat nasihat serta kepakaran di dalam bidang muzik serta perbarisan yang melibatkan pancaragampancaragam Angkatan Tentara Darat Malaysia. “Menjadikan PUZIDA sebuah pusat latihan muzik yang cemerlang serta unggul di Asia Tenggara dan berupaya melahirkan ahli-ahli muzik dari kalangan anggota tentera yang setanding dengan para pemuzik profesional yang lain. “Meningkatkan kualiti muzik pasukan-pasukan pancaragam dalam TD khususnya dan angkatan tentera malaysia amnya ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi perancangan program latihan yang lebih berteknologi,bersistematik dan efisien,” jelasnya Dalam pada itu PUZIDA juga berhasrat menjadi pusat latihan asas yang unggul, cemerlang, moden dan profesional bagi melahirkan pegawai dan anggota yang terbaik dalam TD. Misi yang perlu dicapai adalah untuk menentukan anggota dari PUZIDA yang berdisiplin serta bermaruah di dalam profesion ketenteraan. PUZIDA telah menggambil beberapa pendekatan bagi memantapkan perlaksanaan kursus dengan membahagikan semua penuntut kepada kompeni yang terdiri dari semua jenis penuntut kursus, ini adalah bertujuan bagi mendedahkan semua peringkat anggota perlaksanaan penugasan semasa berada di pasukan kelak. Penuntut kursus di PUZIDA terdiri daripada anggota TD dan juga terdapat beberapa anggota dari TUDM, TLDM, PDRM serta anggota tentera dari negara Brunei. 69 69 Pusat Latihan TEKNIK...antara pebelajaran yang diajar di PUZIDA dalam silibus muzik SEGAK...penuntut Pranita dengan peralatan muzik BIL 150/JUL 2006 Bagi meningkat taraf pembelajaran PUZIDA juga menandatangani perjanjian dengan pensyarah muzik dari syarikat luar seramai enam orang bagi membantu tenaga pengajar dan pelajaran yang tidak mampu diajar oleh jurulatih-jurulatih yang sedia ada. Ini kerana kursus-kursus muzik melibatkan banyak seksyen mengikut jenis alat muzik yang dikendalikan oleh penuntut sama ada dari pasukan pancaragam pusat, brass band, serunai dan juga tambor. Penumpuan jurulatih tentera lebih kepada aspek pembelajaran teori di peringkat asas di samping pentadbiran harian serta kuliah malam manakala pembelajaran teknikal secara individu dan seksyen di berikan kepada jurulatih muzik awam. Kursus yang dijalankan di PUZIDA di bahagi kepada tiga tahap kursus yang berlainan iaitu: Kursus Asas: * Kursus Asas Tentuang * Kursus Asas Tambor/Serunai * Kursus Asas Pancaragam * Kursus Asas Brass Band Kursus lanjutan yang dijalankan di PUZIDA: * Kursus Tambor/Serunai Kelas 1 dan 2 * Kursus Bakal Dram Major * Kursus Bakal Pipe Major * Kursus Pancaragam kelas 1 dan 2 * Kursus PTT Rendah Pancaragam (Gruop Leader/NCO’s) * Kursus PTT Kanan Pancaragam (Sjn/PW11) * Kursus Sjn Muzik Brass Band Kursus Persendirian di PUZIDA: * Kursus Perantis Bandmaster * Kursus Advance Student Bandmaster. Bagi Kursus Asas Brass Band dan Kursus Asas Pancaragam adalah kursus yang mempunyai tahap dan taraf yang sama tetapi ianya menggunakan peralatan muzik yang berlainan yang mana kursus brasss mengutamakan peralatan muzik brasss dan sebaliknya kursus pancaragam menggunakan peralatan brass dan reed. Manakala Kursus Perantis Bandmaster dan Kursus Advance student bandmaster adalah merupakan kursus asas bagi menyediakan dan melayakan seseorang pemuzik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menghadiri kursus lanjutan di luar negara. Kursus-kursus yang layak untuk dihadiri ialah kursus Pupil Bandmaster dan Bandmaster di United Kingdom, Kursus Bandmaster di Pakistan dan Kursus PW 2 di Australia serta lain-lain jenis kursus yang ditawarkan. PUZIDA juga berhasrat menjadi pusat latihan asas yang unggul, cemerlang, moden dan profesional bagi melahirkan pegawai dan anggota yang terbaik dalam TD 70 70 BAKAT BIL 150/JUL 2006 PPDK Kantomen melawat PDK Umi Oleh: Mej Abd Rahim Jantan Foto: PR MK Medan TD SUNGAI BESI: Ahli Jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kantomen Kem Sg Besi, Ibu Bapa dan Orang Kurang Upaya (OKU) mengadakan lawatan ke PPDK Umi Kem Terendak, Melaka pada 17 Mei lalu. Menurut Pengetua/Pegawai Penyelaras PPDK Kantomen Kem Sungai Besi, Lt Kol Mehat Che Man berkata, lawatan ini bertujuan untuk mengenal dan memberi gambaran secara lebih dekat cara pengurusan dan pentadbiran PPDK Umi yang telah ditubuhkan sejak tahun 1999. “AJK dan ibu bapa akan dapat berinteraksi dan melihat secara lebih dekat bentuk pengurusan dan pemulihan OKU yang dijalankan oleh PPDK Umi,” katanya. Lawatan sebegini perlu diadakan oleh PPDK yang baru ditubuhkan selaras dengan hasrat Pengerusi PPDK Kantomen Kem Sungai Besi, Datin Junaidah Hj Zainol yang juga merangkap Naib Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat. Taklimat Pengurusan PPDK disampaikan oleh Pegawai Memerintah 73 Bn KOD, Lt Kol Mohd Tilawah Al-Quran peringkat BAKAT Darat 2006 BUDAYA ILMU...salah seorang peserta membaca ayat-ayat pilihan tilawah alQuran semasa pertandingan KUALA LUMPUR: Seramai 18 peserta BAKAT Formasi Darat menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat BAKAT Darat tahun 2006 anjuran BAKAT CERIA...AJK, ibu bapa dan OKU bergambar kenangan di PPDK Umi Terendak Ariff Soo Abdullah yang juga Pegawai Penyelaras PPDK Umi. Selain itu, AJK dan ibu bapa serta OKU dibawa untuk melihat bilik latihan OKU dan juga syarahan pemakanan seimbang oleh Pakar Pemakanan Hospital Tentera Darat. Lawatan ini memberi manfaat yang berguna kepada AJK dan ibu bapa yang terlibat. 4 Div dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Rositah Hj Md Mawi di Dewan Auditorium Kementah pada 21 Jun lalu. Semua Pengerusi BAKAT Formasi berjaya menghantar wakil masingmasing ke majlis yang berkat ini. Ia jelas membuktikan komitmen semua pihak terhadap usaha-usaha untuk menyemarakan bacaan al-Quran, kitab Suci Warisan Nabi Muhamad SAW. Ia juga sealiran dengan hasrat BAKAT Darat untuk menyemaikan dan membudayakan sifat suka membaca al-Quran di kalangan ahli-ahli BAKAT Darat dan keluarga mereka. Majlis Keunggulan Ilmu Teras Kemajuan Ummah ini akan berjaya mencapai matlamat yang dicita-citakan. Penghayatan budaya ilmu dalam aspek kehidupan sudah tentu akan menjamin kejayaan dan keunggulan umatnya dalam mengeajr kemajuan mendatang. Ia juga diharap akan dapat membudayakan nilai-nilai murni, keikhlasan, kejujuran serta sifat ingin maju dan insaf terhadap tuntutan amanah yang dipertanggungjawabkan. Majlis ini dijadikan landasan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim serta semangat kekeluargaan warga BAKAT Darat. Dalam majlis tersebut, Puan Sri Datin Sri Rositah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu Johan Qariah disandang oleh Norhasimah Marzuki dari BAKAT 1 Divisyen, tempat kedua disandang oleh Fatimahton Zaharah dari BAKAT 10 Briged Para dan tempat ketiga disandang oleh Napisah Yusoh dari 3 Divisyen.— Sjn Mohd Zuki Jusoh, foto; Pbt Suhaimi Idris Ahli BAKAT bertukar keluar/bersara dirai KUALA LUMPUR: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena meraikan ahli BAKAT yang bertukar keluar dan bersara pada 13 Jun lalu. Pengerusi Bakat pasukan dalam ucapanya menjelaskan, BAKAT Darat khasnya mempunyai misi dan tujuan untuk membimbing ahli-ahli BAKAT 74 Bn KPD dalam membangun jati diri serta keyakinan setiap ahlinya. “Setiap ahli BAKAT 74 Bn KPD haruslah menanamkan sikap di dalam diri untuk mempertingkatkan kebolehan kita sebagai wanita yang dihormati dan juga menilai erta tangungjawab setiap ahli BAKAT dalam menjadi suri rumah tangga kepada suami masing-masing,” jelasnya. Majlis sesi memotong kek turut diadakan untuk ahli-ahli BAKAT yang bertukar keluar dan bersara di samping dihiburkan dengan persembahan nyayian dari band KPD, D’Semenggos yang juga diahkir dengan tarian ‘poncoponco’ yang diketuai oleh Pengerusi BAKAT, Hasni Mat.— Kpl Saiful Nizam 71 Agama Oleh: Mej Nora Ahmad @ Aziz I slam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah sebagai satu agama yang boleh menjamin kesejahteraan dan keselamatan umat mencakupi kehidupan di dunia dan di akhirat. Kalau kita menyelami rentetan sejarah Islam kedatangan Islam di alam ini adalah membawa sifat kemerdekaan iaitu menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka dari belenggu jahiliyyah dan syirik kepada Allah. Membebaskan diri daripada diperhambakan dan membebaskan diri daripada cengkaman musuh. Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat kepada perkembangan awal Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat telah membawa kemakmuran kepada negara Madinah dan memerdekakan kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy. Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud: “Kekalnya bangsa kerana mulia akhlaknya, musnahnya bangsa kerana runtuh akhlaknya”. Justeru dalam usia 49 tahun merdeka, kita mahu tanah air kita Malaysia bukan sahaja terkenal kerana keindahan dan kemakmuran muka buminya tetapi kita juga mahu dikenali sebagai sebuah negara yang mashyur dengan ketinggian budi pekerti dan disiplin rakyatnya. Kerana apakah makna sebuah kemerdekaan tetapi rakyatnya tidak berdisiplin sama ada kepada peraturan agama mahupun negara. Kemerdekaan merupakan impian setiap manusia di atas muka bumi ini. Setiap tahun juga kita saksikan pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan seperti perarakan, deklamasi puisi kemerdekaan, ceramah agama bagi membangkitkan semangat patriotisme. Malah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air ini daripada dijajah merupakan satu jihad yang tinggi di sisi Islam. Barisan ini telah mempertahankan haknya dalam beberapa keadaan seperti berikut: * Mempertahankan diri daripada musuh yang 72 72 menyerang atau menceroboh. Bahkan ia merupakan usaha terakhir dalam memastikan peperangan tidak berlaku. * Mempertahankan keluhuran agama Islam daripada dikhianati musuh. Perkara ini merupakan ancaman yang semestinya dipertahankan. * Mempertahankan dari segala ancaman pengkhianat dalam usaha melebar luaskan kebaikan dakwah agama Islam. Bahkan cara diplomasi adalah asas utama kepada kaedah ini. Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, renungilah selayang pandang bagaimana pahlawan-pahlawan negara ini berhempas pulas menuntut kemerdekaan sehingga meragut jiwa raga mereka. Rimbunan semangat juang yang telah dipaparkan oleh para tokoh politik, cendikiawan, barisan pertahanan negara dan sebagainya, hari ini kita dapat menarik nafas panjang dengan segala nikmat kurniaan Ilahi yang tidak mampu dihitung sebagaimana firman Allah dalam surah Ibrahim:43 Maksudnya: “Dan jika kamu hendak mengira nikmat Allah maka nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”. Selaku warga merdeka, menjadi kewajiban kepada kita semua untuk mengenang dan menghargai segala semaian jasa yang dicurahkan pahlawan terdahulu agar ditumbuhkan ganjaran pahala kepada golongan ini sama ada mereka yang telah gugur ataupun mereka yang masih hidup. Allah juga telah mengangkat golongan yang berjihad ini sebagaimana firman Allah dalam surah AnNisa’: 95 Maksudnya: “Tidaklah sama antara Mukmin yang duduk sahaja tanpa pergi berjuang (berperang) dengan tidak mempunyai apa-apa keuzuran dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad BIL 150/JUL 2006 BIL 150/JUL 2006 dengan harta dan jiwanya mengatasi orang yang duduk (kerana uzur) dengan satu darjat. Kepada mereka masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk tanpa keuzuran dengan pahala yang amat besar. “. Dalam konteks Pendekatan Islam Hadhari juga pada hari ini, kita dapat sama-sama melihat bahawa prinsip ketiga ialah rakyat berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran sematamata tetapi lebih daripada itu menuntut satu pengorbanan ke arah menyumbang dan membangunkan negara. Antara ciri-ciri jiwa merdeka ialah boleh berfikiran secara kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam memenuhi hala tuju kehidupan ini, kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukanlah satu lesen yang mutlak untuk melakukan apa sahaja kemahuan manusia yang tiada batas, tetapi kemerdekaan yang dikecapi ini merupakan satu kalimah mutiara yang bernilai bagi menentukan kebahagiaan dan kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah dalam surah Al-Isra’: 70: Maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah Agama memuliakan anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah dengan bersikap terbuka kepada kemajuan dan sentiasa berdaya maju dan sebijaksana mungkin memartabatkan jati diri, keluarga, intergriti masyarakat, keutuhan negara yang berasaskan kepada semangat patriotisme yang tinggi tanpa digugat oleh mana-mana pihak. Pepatah Melayu ‘langit tidak selalu cerah’ adakalanya tepat kerana dalam usaha kita meningkatkan kesedaran kepada barisan pelapis kemerdekaan ini, dalam masa yang sama juga makin banyak gejala-gejala negatif yang timbul yang begitu mengusik hati-hati kecil barisan pejuang negara yang masih hidup ini yang memerlukan kepada pemerhatian yang serius oleh semua pihak agar gejala ini tidak menular dengan cepat. Marilah sama-sama kita semaikan proses ini dari rumah dengan cuba membentuk dan mendidik ahli keluarga mengikut acuan Islam kerana kejayaan sesebuah intitusi kekeluargaan itulah yang akan membentuk kepada kejayaan sesebuah negara. Berbekalkan kepada semangat kemerdekaan ini, marilah sama-sama kita seluruh umat manusia mengembeling tenaga dan bertekad untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman yang bakal menggugat sama ada dalam bentuk ancaman kepada akidah Islam, bangsa dan keselamatan negara kerana seandainya tiada semangat ini, ianya boleh memenjarakan manusia di bawah telunjuk nafsu semata-mata. Kesimpulannya ialah rakyat yang merdeka dalam sebuah negara merdeka dapat dilahirkan melalui aqidah tauhid, keilmuan bersepadu, pembangunan ekonomi yang mantap dan jaminan kebebasan berfikir dan berpendapat serta keselamatan diri. Ianya boleh memberikan impak yang besar terhadap pembinaan tamadun kerana bukan sahaja sentiasa bersikap positif dan berani tetapi juga waspada terhadap apa sahaja yang boleh menegatifkan usaha ke arah pembinaan tamadun yang dicita-citakan. Terpulang kepada setiap individu bagi memikirkan secara waras apakah ingin kekal dibelenggu atau sebaliknya sehingga lupa kepada Penciptanya? Dalam keghairahan menyambutnya jangan lupa sekurangkurangnya tiga perkara iaitu: * Kemerdekaan negara ini tidak akan tercapai tanpa inayah atau pertolongan daripada Allah. * Bertanggungjawab dan berdisiplin kepada agama, bangsa dan negara adalah sifat-sifat utama yang penting dalam pengisian kepada kehendak kemerdekaan dalam sesebuah negara. * Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah dengan menghargai segala nikmat kurniaanNya. Janganlah kita menjadi manusia yang hipokrit dengan nikmat Allah kerana dengan bantuan dan pertolongan dari-Nya kita selesa berbumikan sebuah negara merdeka bernama Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, bagi mereka yang telah mendahului kita, kami doakan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama barisan mujahid Islam serta digolongkan di dalam golongan mereka yang mendapat kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Manakala bagi mereka yang masih hidup, kami akan sentiasa menyanjung tinggi segala pengorbanan yang telah dilakukan tidak dapat diungkap dengan kata-kata yang pasti cuma kalungan ucapan terima kasih segalanya hanya Allah yang mampu membalas titik peluh dan usaha yang dicurahkan selama ini. 73 73 Forum BIL 150/JUL 2006 “Lapor sakit...doktor tidak ada” Tuan Pengarang, Saya amat berbangga sebagai Tentera Malaysia yang semakin sofistikated sistem pertahanannya. Keanggotaan diasah menjalani kursus bagi mendalami ikuipmen tersebut ke tahap maksima dan berkepakaran. Kemasukan anggota baru mempunyai keputusan akademik yang memuaskan. Kebajikan yang diberikan memang tidak ternilai dan takterbalas betapa baiknya yang meliputi semua aspek kebajikan. Namun demikian sejak kebelakangan ini bagaikan satu fenomena yang berlaku di setiap formasi iaitu kekurangan Doktor Perubatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera dan Pusat Perubatan Angkatan Tentera termasuk doktor di klinik pergigian. Kekurangan doktor amat terasa bila berlakunya rawatan kecemasan sekalipun ada alternatif menghantar pesakit ke hospital berdekatan. Selain itu proses dokumentasi anggota juga sering tertangguh seterusnya karenah birokrasi berterusan. Pesakit mendaftar untuk temu janji sentiasa diubah tarikh sekaligus menjejaskan jadual kerja sebagai contoh suami/isteri yang telah mengambil cuti pendek semata-mata untuk memenuhi temu janji tersebut. Doktor yang berkenaan pula terlibat dengan urusan pentadbiran unit seperti mesyuarat, seminar, kursus, cuti kebajikan atau terpaksa berkhidmat ke luar negara. Pepatah pendita menjelaskan anak kera di hutan di susukan, anak sendiri kelaparan. Perkara ini seakan-akan telah berlaku apatah lagi seandainya permasalahan int berterusan. Kesiapsiagaan kita sekarang dalam keadaan aman tetapi apakah darurat datang berbau? Pengorbanan para doktor kita yang di tugaskan ke luar negara merupakan satu pengorbanan demi perikemanusiaan dan keprihatinan kita kepada masalah sejagat. Namun jangan diabaikan pengorbanan kepada yang utama. Pada pandangan saya, doktor yang di impot untuk berkhidmat (RSAT/ PPAT) adalah tidak wajar, meskipun perkara tersebut tidak mungkin berlaku demi keselamatan perkhidmatan kita bersama. Jangan dah terantuk baru tergadah. Fobia Dr Gigi 3758 Bagaimana cara yang betul pegang senjata RISLB 7.62mm TERBARU Kumpulan Media Prima anak syarikat TV3 telah mengambil inisiatif telah melancarkan buku yang bertajuk Jungle Green Khaki Brown dan program dokumentari kisah darurat yang akan ditayangkan di TV3 sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-49 bagi menyemarakkan semagat kemerdekaan pada 31 Ogos yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Timbalan Perdana Menteri bersama Pengerusi Media Prima, Datuk’ Abdul Mutalib Mohamed Razak di Sri Pentas baru-baru ini. Walaupun kisah pelancaran buku dan dokumentari tersebut tersebar luas dalam beberapa akhbar tempatan. Namun adakah betul cara anggota tersebut memegang senjata Riffle Isi Sendiri 7.62mm (RISLB)? Yang difahamkan apabila ditanya dengan orang lama, cara yang betul memegang RISLB 7.62mm adalah udi senjata tersebut hendaklah diletak di bahu dan laras senjata hendaklah menggunakan kaki dua semasa berada di tanah bukan dipegang di laras dengan tangan seperti mana yang tersiar dalam akhbar tempoh hari. sesuatu angkatan sedang bertempur dengan musuh dan berada dalam sesuatu negeri di luar persekutuan bagi maksud memelihara jiwa atau harta. Tidak menghadiri perbarisan latihan Seseorang anggota tentera yang tidak menghadiri perbarisan atau latihan yang sepatut dihadirinya tanpa sebarang sebab-sebab yang munasabah boleh dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Tentera mengikut Seksyen 58 Akta Angkatan Tentera 1972. Perkhidmatan giat Seksyen 3 kepada Akta Angkatan Tentera 1972 mendefinisikan Perkhidmatan Giat sebagai keadaan di mana 74 Mabuk Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada Undang-Undang Perkhidmatan jika melakukan kesalahan mabuk sama ada dalam masa bertugas atau tidak, apabila disabitkan oleh Mahkamah Tentera di bawah Seksyen 60 Akta Angkatan Tentera 1972 boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara. Dengan syarat, jlka kesalahan dilakukan bukan dalam perkhid-matan giat atau bukan semasa bertugas hukuman yang boleh dikenakan itu tidak boleh lebih daripada hukuman tahanan selama tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun anggota tersebut tidak harus dipersalahkan kerana mereka dilatih dengan senjata baru, tetapi orang lama seperti pegawai mahupun Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTT Kanan) di unit tersebut harus terlebih dahulu mengajar mereka bukan main lepas tangan. Akibatnya TD khasnya dan Angktan Tentera Malaysia amnya yang akan malu. Pesara prihatin Tidak Hadir Tanpa Cuti Mengikut seksyen 55 Akta Angkatan Tentera 1972, manamana anggota yang tertakluk kepada Undang-Undang Perkhidmatan yang tidak hadir tanpa cuti atau memujuk sesiapa jua anggota yang tertakluk kepada UndangUndang Perkhidmatan supaya tidak hadir tanpa cuti boleh jika disabitkan oleh Mahkamah Tentera dijatuhkan hukuman maksimum dua tahun penjara. Penerimaan dan pemberian hadiah di dalam ATM Seseorang anggota tentera yang tertakluk kepada UndangUndang Perkhidmatan adalah ditegah daripada menerima atau memberi sebarang hadiah kepada mana-mana pihak sebagai upah atau dorongan bagi sesuatu tugas rasminya. Penerimaan dan pemberian hadiah seperti ini boleh disifatkan sebgai satu per-buatan rasuah yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. Memalsukan dokumen Barang siapa yang melakukan penipuan dengan memalsukan sesuatu persuratan perkhidmatan sama ada mengubah, menyembunyikan, mencatit atau menandatangani surat itu dan mengetahui bahawa suratan atau catitan itu adalah palsu pada butir-butir matanya maka disabitkan oleh Mahkamah Tentera boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun mengikut seksyen 77 Akta Angkatan Tentera, 1972. Forum BIL 150/JUL 2006 Hari Pahlawan untuk siapa? S etiap tahun pada 31 Julai kita akan menyambut Hari Pahlawan yang diraikan secara sederhana. Apa yang Tok Wan maksudkan ‘sederhana’ adalah hanya satu acara yang sering diadakan iaitu Upacara Perletakan Bunga di Tugu Negara bagi memperingati anggotaanggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara. Itu sahaja acara yang boleh dianggap menyerlah ketika sambutan Hari Pahlawan. Selain dari acara ini, terdapat satu lagi acara iaitu Kutipan Derma Hari Pahlawan. Ini agak sensitif sedikit. Kalau dahulu terdapat anak-anak sekolah yang melaksanakan kutipan ini melalui jualan bendera-bendera kecil, sekarang lain pula caranya. Tabung-tabung derma diletakkan di kawasan-kawasan strategik. Tok Wan lihat ada juga ihsanihsan yang menderma walaupun seringgit dua, ada juga yang lalu tempat tersebut tanpa menjeling pun. Tok Wan pernah menjelajah merata dunia dan terdapat kelainan dengan apa yang dibuat di negara kita. Sambutan V Day ataupun D Day sungguh menyayat hati. Bendera berkibar di sana sini, para veteran Perang Dunia Ke Dunia berjalan dengan megah, tetapi tidak ada tabung yang disediakan untuk mengutip derma! Hospital bagi mereka yang dianggap veteran-veteran perang tersergam indah, apatah lagi mereka amat banga dengan gelaran veteran kerana kemudahankemudahan yang disediakan. Kita bila di panggil veteran, alahai... kebanyakkan terbayang kehidupan yang merempat dan mengharapkan belas ehsan orang lain. Almaklumlah mereka ini bukan daripada golongan peringkat atasan yang mempunyai gelaran. Tidak terkecuali bila bab kesihatan dibangkitkan. Ada cerita mengatakan hendak memperolehi bantuan kaki palsu pun susah sebab karenah birokrasi. Bukan itu sahaja, para-para doktor yang kelulusan mereka menjela panjangnya menyulitkan lagi keadaan. Perlu ikut arahanlah dan sebagainya. Kononnya mereka lebih tahu, walhal ketika anggota tersebut tercedera, yang bergelar doktor itu masih dibangku sekolah ataupun masih menyusu! Ini belum lagi cerita anggota yang cedera yang kian dilupakan akan kerjaya mereka! Yang terbaru jika kita lihat akhbar, kebanyakkan para veteran Tentera British yang dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia oleh kerajaan tinggal di Veterans’ Hospital. Kebanyakan negara-negara maju mempunyai kemudahan ini. Kita bagaimana pula...rumah orang-orang tua atau kebajikan kot? Selain dari itu, Tok Wan ingin bertanya, apakah yang terjadi dengan kutipan-kutipan yang dilakukan? Mana perginya derma tersebut? Mungkin ada yang akan mengatakan dari kutipan ini, bantuan-bantuan dihulurkan kepada balu-balu serta anak-anak tentera yang terkorban. Betul ke? Tetapi mengapa masih ramai anggota tentera yang kehidupan mereka susah? Mungkin juga ada yang mengataka derma tersebut diberi untuk mendirikan rumah-rumah dalam projek tentera bersama rakyat. Bukankah sumbangan sedemikian datangnya dari kerajaan negeri? Tok Wan tidak tahulah, mati akal dibuatnya. Lagi banyak soalan, banyak lagi jawapan yang berbelit-belit. Kita semua tahu bahawa mengekalkan keamanan dan kedaulatan yang kita nikmati sekarang, adalah sumpah keramat dan amanah rakyat yang kita pikul sebagai anggota tentera. Kita kononnya merupakan tulang belakang pertahanan negara dan memainkan peranan yang penting di dalam menjamin keamanan dan kestabilan negara bagi membolehkan negara menjadi maju dan makmur. Dalam keadaan ini yang Tok Wan lihat macam kata pepatah habis madu sepah dibuang atau anggota yang sihat atau FE disanjung dan dinaikkan pangkat, yang cacat dipinggirkan begitu sahaja. Kalau macam ini sikap serta perlakuan kita sesama manusia, Tok Wan tertanya siapa yang akan memasuki perkhidmatan keselamatan ini dan menyambung tanggungjawab mempertahankan negara? SERT AI K AMI SERTAI KAMI Berita Tentera Darat Malaysia, mengalu-alukan permohonan daripada semua warga TD berpangkat Kpl ke bawah untuk menyertai kami sebagai penulis, jurugambar dan grafik/rekaletak. Anda yang berminat bolehlah menghantar: sajak Merengkok nadi dan sendulah hati kerana semalam kesah sayu memamah diri, dalam kehitaman sejarah bumi ini matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi, dengan peluru dan darah dengan keringat yang tumpah Pahlawan matimu mati melingkar sejarah matimu hanya mati pada jasad dan matimu hanya mati dari jagat Pahlawan ketahuilah kamu bahawa kematianmu cuma dikenang dalam doa dan restu cuma diukir nama pada sebuah tugu dan cuma semusim sekali dibawa berlagu, padalah, biarkan tugu menjadi keramat dan jihad dan biarkan ia dikenang dengan tekad bahawa kami penyambung wasiat bisa ada warisan dalam darah dalam sejarah Pahlawan kami anak-anak menggugat zaman bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah, tapi, akan mengukit sejarah sepertimu jua demi ibu tanah bertuah ku rela rebah demi ibu, tanah bertuah ku rela menitis darah Pahlawan hari ini harimu dalam kenangan kerana jasa dan bakti yang terbilang kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang Pahlawan semadilah dikau dengan bunga-bunga di kalungan lambang kenangan dan itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan kerana, bintang-bintang kebesaran sudah tidak bererti padamu Pahlawan semadi dan semadilah hingga harimu ke mari lagi. Ciptaan Mej (B) Mohamed Awang * No, pangkat, nama, pasukan dan kor. * 2 keping gambar bersaiz pasport. * Pengalaman sebagai penulis, jurugambar atau grafik/rekaletak (jika ada). * Beserta artikel yang dikarang dengan tangan 1000 patah perkataan yang bertajuk ‘Mengapa saya berminat menjadi wartawan’. Deklamator Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid Permohonan hendaklah dihantarkan kepada: Pengarang Berita Tentera Darat Malaysia Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR Sabda Rasulullah SAW:Rahsia Keberkatan Hidup daripada Abu r.a katanya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ingin dimurahkan rezekinya dan diberkati kehidupannya sedang dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia hubungi silaturahim (Riwayat Bukhari) Sebarang pertanyaan hubungi talian: 03- 20713486/20716486/20716290 Renungan 75 Kesihatan Anugerah Kehidupan yang tak ternilai Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. la juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan pendermaan organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. la membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan. Siapakah yang layak menjadi penderma? Sesiapapun, sama ada, tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu. Apakah itu pendermaan organ? la adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan? Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mala, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit. Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperoleh? Proses perolehan organ dan tisu dari tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu. 76 76 BIL BIL 150/JUL 150/JUL 2006 2006 Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma? Tidak! Doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk menyelamalkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah disahkan. Adakah terdapat bantahan dari sudut agama? Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Bagaimana organ perdermaan itu dipindahkan? Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat don tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa. Bagaimana jlka anda berubah fiklran mendermakan? Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami. Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah? Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjelaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah. Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ? Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa. Anda dinasihatkan untuk memaklum hasrat anda untuk menjadi seorang pemderma organ dan tisu kepada keluarga anda. Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak. Jadilah Seorang Penderma Organ Sukan BIL 150/JUL 2006 4 Div anjur kejohanan SMD Oleh: Mej Zahrullail Hidayat Foto: LKpl Mohamad Nazer Abu Bakar KUALA LUMPUR: Lazimnya bagi meraih sesuatu kejayaan bukannya mudah. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kerohanian yang jitu itulah mesej kejayaan bagi Tim Seni Mempertahankan Diri (SMD) 4 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja (Rej) (KPTD) apabila memenangi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat 4 Divisyen (Div) yang diadakan di Dewan Dato’ Othman Harun, pada 3 hingga 4 Mei lalu. Acara pembukaan dan penutup kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas 4 Div, Kol Hj Abdullah Ahmad. Turut hadir adalah wakil Staf 11 Briged (Bgd) dan 12 Bgd serta Pegawai Memerintah Trup 4 Div. Kejohanan pada kali ini yang disertai seramai 77 peserta dikelolakan oleh 4 Rej KPTD diberi kepercayaan dan penghormatan SERANG...peserta SMD bertarung habis-habisan untuk menyandang juara SMD 4 Div sebagai penganjur kejohanan bagi tahun 2006. Dalam ucapan oleh Ketua Staf MK 4 Div, beliau menegaskan bahawa kejohanan pada kali ini adalah sebagai persiapan Tim 4 Div untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri di peringkat Tentera Darat yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti yang akan diadakan ditempat yang sama. Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya memenangi pertandingan pada kali ini dan kepada pasukan yang kurang bernasib baik cuba lagi di masa akan datang serta menasihatkan supaya mula berlatih untuk persiapan lebih rapi untuk kejohanan akan datang. Bagi Kategori Fin Weight dimenangi oleh LKpl Khairullah dari 4 Rej KPTD. Kategori Fly Weight dimenangi oleh LKpl Humaidi manakala bagi kategori Bantam Weight, LKpl Subki juga dari 4 Rej KPTD.1 RAMD telah memecahkan monopoli 4 Rej KPTD dengan memenangi acara kategori Feather Weight oleh Pbt Mohd Rizal manakala kategori Welter Weight oleh Kpl Fitri. Kategori Hight Weight disandang oleh LKpl Nizam dari 4 Rej KPTD.Bagi kategori Middle Weight dimenangi oleh LKpl Khairul dari 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan kategori Heavy Weight digondol oleh LKpl Ballage dari 4 Rej KPTD. Lt Kol Kasah Mohd Shah mewakili 11 Bgd telah turut menyampaikan hadiah kepada para peserta kalah terbaik yang disandang oleh LKpl Badrulzaman dari 8 RAMD manakala Lt Kol Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, PS 1 Gerak MK 4 Div telah menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik yang disandang oleh LKpl Kairullah yang mewakili 4 Rej KPTD. Manakala Johan keseluruhan Kejohanan SMD Peringkat 4 Div bagi tahun 2006 disandang oleh pasukan 4 Rej KPTD. Penyertaan terakhir ATMA dalam KSEP SUNGAI BESI: Karnival Sukan Empat Penjuru (KSEP) yang julung kalinya diadakan di kampus Akademik Tentera Malaysia (ATMA) kali ke empat merupakan penyertaan terakhir ATMA dalam KSEP kerana ATMA akan terlibat dalam kontinjen baru dalam kejohanan Majlis Sukan Antara Universiti (MASUM) pada tahun 2007. Upacara pembukaan KSEP yang melibatkan ATMA, Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej Tentera Udara (KTU) dan Kolej Tentera Laut (KTU) disempurnakan oleh Komandan ATMA, Mej Jen Dato’ Ir Ismail Samion TUDM di padang sukan ATMA pada 4 Jul lalu. Penganjuran KSEP kali ini akan menjadi satu sejarah bertepatan dengan penubuhan National Defense University (NDU) pada tahun hadapan bagi menggantikan organisasi ATMA. Ojaktif KSEP adalah untuk membina semangat setia kawan dan kerjasama di antara peserta daripada setiap pasukan, mendedahkan peserta kepada aspek pengelolaan dan penganjuran, memberi ruang kepada para peserta, jurulatih dan staf dari setiap institusi untuk berinteraksi, bertukartukar pengalaman dan pandangan dalam aspek latihan, mengekalkan semangat dan sifat integrasi di antara setiap perkhidmatan yang sedia ada, memberi ruang kepada para peserta menunjukkan bakat dalam bidang sukan dan menguji ketabahan hati, semangat berjuang dan inisiatif peserta. Selain itu, KSEP akan diteruskan dengan lebih tersusun dan bersistematik di masa akan KEJOHANAN...pelbagai acara dipertandingkan antaranya bola sepak, bola tampar, ragbi, bola jaring, bola keranjang dan marathon 12 km datang dengan berkonsepkan penganjuran asal kejohanan Karnival Sukan Tiga Penjuru (KSTP) sebelum ini. KSEP juga adalah sebagai tempat pertemuan untuk mengeratkan silaturahim antara para pegawai, Pegawai Tanpa Tauliah Kanan (PTT) dan pegawai-pegawai kadet dari setiap kolej. KSEP juga merupakan sebagai satu landasan untuk melahirkan atlet muda negara dari warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan titik permulaan pembangunan sukan ATM walaupun dari perkhidmatan yang berbeza namun tetap di bawah satu bumbung yang sama. Dengan pelbagai kemudahan sukan yang ada di kampus ATMA, KSEP akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, disamping mengharapkan sokongan daripada semua pihak secara menyeluruh dalam merealisasikan KSEP sebagai acara sukan yang penuh gilang gemilang dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kejohanan tersebut berlangsung selama seminggu dengan pelbagai acara dipertandingkan, antaranya bola sepak, bola tampar, ragbi, bola jaring, bola keranjang dan marathon 12 km. KSEP merupakan kesinambungan daripada KSTP yang kali terakhirnya diadakan pada 1996 di KTU.— Sjn Muhammad Solor Hj Ismon 77 Sukan BIL 150/JUL 2006 Kejohanan olahraga peringkat 5 Bgd Oleh: Kpl Naincy Samudi Foto: Pbt Safran Isnin LOK KAWI: Kejohanan Olahraga peringkat 5 Briged (Bgd) yang berlangsung baru-baru ini telah menyaksikan tiga rekod baru kejohanan dicatatkan menerusi acara 10,000 jalan kaki, lempar cakera dan merejam lembing lelaki. Kejohanan yang disertai oleh 13 pasukan daripada unit-unit dibawah naungan 5 Bgd menyaksikan penguasaan 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai juara keseluruhan dengan 13 pungutan pingat iaitu 6 emas, 5 perak dan 2 gangsa. Mereka juga turut dinobatkan sebagai juara tarik tali yang buat julung kalinya dipertandingkan dalam kejohanan ini. Naib juara disandang oleh 22 RAMD di ikuti oleh 6 Rejimen Artileri Diraja (RAD). Gelaran raja pecut 5 Bgd telah dimenangi oleh Pbt Ahmad Tasyrid Ramli dari 7 RAMD dengan catatan masa 11.82s. Walaupun masih jauh dari rekod JUARA...3 RAMD juara keseluruhan Olahraga 5 Bgd kejohanan namun beliau berazam akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencatat masa terbaiknya di kejohanan Olahraga peringkat 1 Divisyen nanti. Gelaran ratu pecut pula disandang oleh Pbt Raini Claudius dari 507 Askar Wataniah (AW) dengan catatan masa 14.38s. Olahragawan dirangkul oleh Pbt Ashimi Sohaimi, 22, daripada 3 RAMD yang memenangi emas dalam acara 3,000m berhalangan, 1,500m dan 5,000m manakala Pbt Beatrice John, 27, dari 507 AW dianugerahkan sebagai olahragawati dengan pencapaian 2 emas dalam acara lontar peluru, 400m dan gangsa dalam acara 200m. Pemenang menerima sebuah Piala serta seutas jam tangan sumbangan 5 Bgd. Panglima 5 Bgd, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah dalam ucapannya di majlis penutupan berkata menang dan kalah sudah menjadi adat pertandingan tetapi beliau kagum dengan semangat profesionalisme dan kesukanan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Beliau juga merasakan bangga kerana winning culture mula subur di 5 Bgd dan berharap agar ianya akan terus berpanjangan. Beliau juga merakamkan sepenuh penghargaan kepada para pengadil yang didatangkan khas dari seluruh pelusuk negeri Sarawak dan Semenanjung di atas komitmen dan sumbangan mereka dalam menjayakan kejohanan olahraga ini. Para pemenang dan naib johan setiap acara akan mewakili 5 Bgd ke pertandingan Olahraga peringkat 1 Div yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. 6 RAD ungguli Tinju 5 Bgd LOK KAWI: Kejohanan Tinju peringkat 5 Bgd bagi tahun 2006 baru-baru ini, 6 RAD berjaya monopoli beberapa kategori dan membawa pulang piala pusingan manakala Peninju Terbaik disandang oleh Pbt Asmawi Salim dari 22 RAMD, Peninju Berpotensi disandang oleh Pbt Ahmad Shukri Mohd Kasim dari 3 RAMD. 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam 11 kategori yang dipertandingkan iaitu Pin, Light Fly, Fly, Bantam, Feather, Light, Light Welter, Welter, Light Middle, Middle dan Heavy. Pertandingan ini diadakan bagi memilih wakil 5 Bgd ke pertandingan Tinju peringkat 1 Div yang akan diadakan nanti.Kejohanan tersebut dimonopoli oleh peserta dari 6 RAD apabila mengungguli beberapa kategori. Dengan kejayaan tersebut 6 RAD membawa pulang Piala Pusingan. Upacara Penutupan Tinju yang disempurnakan oleh Panglima 5 Bgd, Md Ruslan Md Ali Hanafiah turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Yahya Husin, Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Illiyas Ibrahim dan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Mohd Rashid Harun.— Kpl Naincy Samudi PENINJU BERPOTENSI...Pbt Ahmad Shukri menerima hadiah dari Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Yahya Husin 78 KAMI JUARA...gabungan Kem 5 Bgd bersorak gembira dengan piala kemenangan Pertandingan Hoki peringkat 5 Bgd LOK KAWI: Pertandingan Hoki peringkat 5 Briged (Bgd) yang diadakan baru-baru ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila 24 pemain berbakat dari 15 pasukan yang bertanding dipilih bagi mewakili 5 Bgd ke pertandingan hoki peringkat 1 Divisyen nanti. Pertandingan yang berlangsung selama lima hari itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu unit besar dimenangi oleh 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengalahkan 6 Rejimen Artileri Diraja (RAD) dengan 3 berbalas 1 dan unit kecil dikuasai oleh 5 Bgd mengalahkan 5 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan penalti 3-2 setelah terikat 0-0. Pemain terbaik bagi unit besar disandang oleh LKpl Ramlan Abdullah dari 3 RAMD dan Kpl Mohd Ezani Abdul Razak bagi unit kecil. Penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Panglima 5 Bgd, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah.— Kpl Naincy Samudi Sukan BIL 150/JUL 2006 Kejohanan Olahraga TD 2006 Oleh: Kapt Khairuddin Ismail, Sjn Murad Mohd Kasim dan Sjn Roslan Abd Rahim Foto: Kpl Rosli Awang dan Pbt Abu Talib Abu Bakar F Sjn Siti Aisyah Kpl Mohd Fared ormasi 2 Divisyen (Div) muncul juara keseluruhan dengan jumlah pungutan 11 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa mengatasi 3 Div di tempat kedua dengan 10 emas, 5 perak dan 10 gangsa. Formasi 10 Bgd (Para) terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan sejumlah 9 emas, 11 perak dan 11 gangsa. Kejohanan Olahraga Tentera Darat 2006 yang ke-25 berlansung di Stadium Ipoh pada 22 hingga 24 Jun 2006 lalu. Di dalam kejohanan yang diadakan memperlihatkan kesungguhan setiap peserta yang mewakili kontinjen masingmasing bersaing sengit bagi mengatasi setiap peserta yang bertanding. Antara kontinjen yang menyertai kejohanan tersebut terdiri dari Tim Pemerintahan Medan, 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div, MK Pemerintahan Latihan Doktrin Tentera Darat (MPL DTD), Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPL TD) dan 10 Bgd (Para). Acara lompat tinggi (W) telah dimenangi oleh Pbt Roslina Milan dari PLTD dengan catatan pada ketinggian 1.39m. Tempat kedua dan ketiga masing-masing diungguli peserta dari 2 Div menerusi Kpl Lily Reban dan Pbt Nor Azura Alwi. Sementara itu, bagi acara 1,500m (W) telah dimenangi LKpl Angella Kundang dari 2 Div dengan catatan 05:52s manakala tempat kedua dan ketiga menjadi milik Pbt Rohaina Che Mat dan Pbt Norhashimah Abdillah, kedua-duanya dari 10 Bgd (Para). 1 Div yang diwakili oleh Sjn Jefri Abdul Rahman mengungguli acara 1,500m veteran dengan catatan masa 04:42s. mengatasi Sjn Augustin Kolandasamy dari 4 Div dan Sjn Anathurai Kanthasamy dari 3 Div, yang terpaksa akur di tempat kedua dan ketiga. Acara 1,500m (L) pula telah diungguli peserta dari 10 Bgd (Para), Pbt Mohd Affandi Nudin dengan catatan masa 04:23.3s. Tempat kedua disandang oleh Pbt Mohd Faizul Mohideen dari 10 Bgd (Para) dan formasi 2 Div terpaksa akur dengan kedudukan tempat ketiga menerusi larian Sig Ganesh Sutiram. Hari terakhir Kejohanan Olahraga Tentera Darat menampilkan beberapa lagi acara bermula dengan 10,000m (L) . Keunggulan memihak kepada Pbt Muhamad Affandi Nudin dari 10 Bgd (Para) yang muncul juara dengan catatan masa 34:49s. Tempat kedua dari 4 Div iaitu Pbt Farid Zakaria dan ketiga, Pbt Adnan Baronce @ Arshad dari 10 Bgd (Para). Acara lempar cakera Wanita telah dimenangi oleh Kpl Sarena Jingga dari 1 Div yang mencatat lontaran sejauh 22.25m mengatasi Sjn Norahilah bt Ahmad dari 2 Div dan penerima pingat gangsa disandang oleh Pbt Azafirdiara bt Ya @ Bakar dari 10 Bgd (Para). Bagi acara tarik tali akhir yang berlangsung pada sebelah pagi di Padang B, tempat pertama dimenangi oleh PLTD manakala naib johan disandang oleh 10 Bgd (Para). Sementara itu, juara untuk acara 100m berpagar Pbt Norzaimah Abd Latif telah menggondol pingat emas dengan catatan masa 19.5s dari 2 Div meninggalkan LKpl Norhafizawati Kiran dan Spr Norsuriati Mohd Noor dari PLTD dan PLDTD di tempat kedua dan ketiga. 79 79 Sukan BIL BIL150/JUL 150/JUL2006 2006 dan Darat B terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga. Acara ’hit’ 4 x 100m Pegawai Kanan yang paling ditunggu-tunggu, membabitkan kategori pegawai kanan pula menyaksikan tim Desert Rat yang muncul juara mengalahkan tim Harimau Utara dan Head Hunters di tempat kedua dan ketiga. Tim Desert Rat yang dibarisi Lt Jen Datuk Persaingan untuk acara 110m berpagar (L) menyaksikan Rjr Alias Ibrahim dari 10 Bgd (Para) menggondol pingat emas dengan catatan masa 15.5s meninggalkan Pbt Zulkifli Ismail dan Rjr Shahrulnizar Yahya dari 4 Div dan 1 Div. Acara pecut sememangnya senantiasa ditunggu-tunggu oleh para peminat olahraga. Bagi acara 200m (L), pingat emas diraih oleh LKpl Robencon Sambilor dari 10 Bgd (Para) dengan catatan 22.3s. Pingat perak dan gangsa menjadi milik Pbt Parameswaren Subramaniam dan Kpl Abdul Shahdan Husin, masing-masing dari PLDTD dan 2 Div. Manakala untuk acara 200m (W), pingat emas diraih oleh Kpl Zaliza Hashim dari PLTD dengan catatan masa 27.7s hanya pingat perak dan gangsa mampu direbut oleh LKpl Hazlina Sakiman dan Kpl Lily Reban, kedua-duanya dari 2 Div. Formasi 2 Div telah berjaya menambah koleksi emas melalui acara lompat kijang (W) apabila mencatat 9.61m menerusi Pbt Norzaimah Abdul Latif, peserta dari 1 Div dan PLTD terpaksa akur dengan pungutan pingat perak dan gangsa dari Lt Sylvia Siaw Yik Lan dan LKpl Norhafizawati Kiran . Bagi acara 3,000m lari berhalangan (W), tempat pertama disandang oleh LKpl Angela Kundang dari 2 Div dengan catatan masa 14:47.3s. Manakala tempat kedua dan ketiga menjadi hak milik Kapt Norashikin Awang dan Kfn Aishah Che Long dari Trup Medan TD dan 80 80 3 Div. Sementara itu, juara untuk acara 4x400m (W) telah memihak kepada rangkaian pelari dari 2 Div dengan catatan masa 4:44.2s meninggalkan rangkaian pelaripelari dari PLTD dan 10 Bgd Para yang hanya mampu meraih pingat perak dan gangsa. Rangkaian pelari-pelari dari formasi 3 Div menggondol pingat emas untuk acara 4x400m (L) dengan catatan masa 03:27.2s manakala rangkaian pelari dari 2 Div dan 10 Bgd (Para) hanya mampu memiliki pingat perak dan gangsa. Acara 4 x 100m (L/W) dan acara yang sama membabitkan kategori jemputan dan kategori pegawai kanan telah diadakan. Bagi kategori lelaki, johan telah disandang oleh formasi 3 Div dengan catatan masa 43.4s. Formasi 10 Bgd (Para) dan 4 Div masing-masing muncul pemenang tempat kedua dan ketiga. Persaingan dalam kategori wanita pula menyaksikan formasi 2 Div muncul johan dengan catatan masa 54.3s mengatasi PLTD dan 1 Div di tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, dalam acara yang sama bagi kategori jemputan telah diungguli oleh Tim Darat A yang mencatatkan masa 43.3s. Tim Perak A BIL BIL150/JUL 150/JUL2006 2006 Sukan Muhammad Ismail Hj Jamaluddin, Mej Jen Dato’ Zulkiflee Kasim, Brig Jen Abdullah Halim Hj Nawi dan Brig Jen Baharom Hamzah mencatatkan masa 63.7s. Anugerah Olahragawan Kejohanan Olahraga TD 2006 telah disandang oleh Pbt Mohamad Affindi Nudin dari 10 Bgd (Para). Beliau cemerlang apabila menggondol tiga pingat emas dalam acara 1,500m, 5,000m dan 10,000m. Sementara itu, gelaran Olahragawati telah diungguli oleh Pbt Norzaimah Abd Latif dari 2 Div yang memperolehi tiga pingat emas dalam acara 100m lari berpagar, lompat jauh dan lompat kijang. Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Hj Zainal dalam ucapan penutupnya menyeru agar para atlet TD berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki serta memperbaiki prestasi sukan masing-masing. “Tanpa usaha yang gigih serta komitmen yang mantap sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha yang gigih, kerana mereka menjadi harapan dan kebanggan kepada warga TD untuk menjulang nama TD dalam arena sukan”, katanya lagi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Tentera Darat 2005 kepada Kpl Mohd Fared Mohamed Kassim dan Sjn Siti Aisyah Sudin, diatas prestasi dan kejayaan yang mereka telah buktikan dan seterusnya akan menjadi idola kepada atlit-atlit TD yang lain untuk berusaha lebih gigih lagi. NAIB JOHAN...pasukan 3 Div bergambar kenangan bersama Panglima 3 Div 81 81 Tahukah Anda BIL 150/JUL 2006 Pantang undur sebelum perang Oleh: Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad O rang Melayu sejak zaman berzaman, berpegang kepada cogan kata Pantang Undur dalam menghadapi sebarang perkara ataupun keadaan. Dalam pertempuran, Pahlawan Melayu tidak akan berundur selagi nyawa dikandung badan. Peribahasa, ‘Habis Hulubalang Bersiak’ membawa maksud akan terus berusaha, tidak putus asa berjuang menentang musuh. ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’ menguatkan lagi semangat Orang Melayu yang tidak mudah menyerah kalah. Ruangan ‘Tahukah Anda’ untuk keluaran bulai Julai ini, ingin memperkatakan perihal tentera Inggeris yang sering menyerah kalah sebelum berjuang untuk mempertahankan Tanah Melayu semasa serangan Tentera Jepun. Pasukan Askar Melayu yang dilatih untuk mematuhi arahan, sering menerima perintah dari Markas Tentera Inggeris untuk berundur sedangkan mereka sudah bersedia untuk berjuang mempertahankan kedudukan mereka. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu kecewa dengan sikap tentera Inggeris yang seakan-akan tidak bersungguh mempertahankan Tanah Melayu. Semasa tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 9 Disember 1941, melalui Singgora masuk ke Kedah dan Perlis, melalui Patani, Thailand dan Kota Bharu masuk ke Kelantan, Pasukan Askar Melayu turut ditempatkan di barisan hadapan menentang kemaraan tentera Jepun. Pasukan Kompeni ‘A’ Batalion Ke-2 Askar Melayu bertempat di Kuala Kerai, Kelantan merupakan pasukan pertama Askar Melayu yang terlibat menentang tentera Jepun. Pasukan Kompeni ‘D’ Batalion Ke -2 Askar Melayu, ketika itu berada di Singapura, telah dikerahkan bergerak ke utara Tanah Melayu pada 11 Disember dan tiba di Seberang Perai pada malam 13 Disember. Kompeni ‘D’ Batalion Ke-2 Askar Melayu di bawah perintah Kapten A.S.Taylor, diarahkan untuk mengawal Pantai Barat, telah bertahan di Sungai Bakap, Seberang Perai. Setelah lima hari bertahan di Kuala Krai, Kompeni ‘A’ diarah berundur dan bertahan di Pergau. Mereka kemudiannya diarah berundur lagi sebelum tentera Jepun menyerang kedudukan mereka, sambil berundur mereka diarah meletupkan jambatan bagi melambatkan kemaraan tentera Jepun. Apabila kapal terbang tentera Jepun tiba menggugurkan bom sambil tentera darat menyerang dengan kereta kebal dan mesin–gun, tentera Inggeris akan segera berundur untuk menggelakkan kemalangan jiwa. Pasukan Askar Melayu pun turut diarah berundur sama walaupun mereka sudah bersedia untuk berjuang . Dari Pergau, Kompeni ‘A’ berundur ke Kemubu, kemudian berundur lagi ke Bertam, Limau Kasturi, Gua Musang, Merapoh dan Bukit Betong. Pada 1 Januari 1942, Kompeni ‘A’ sudah berundur sampai ke Kuala Lipis , Pahang. Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu yang bertahan di Sungai Bakap juga telah menerima arahan supaya berundur sebelum tentera Jepun sampai ke lokasi mereka. Para pegawai dan perwira Askar Melayu sangat kecewa dengan keputusan Inggeris berundur sebelum 82 bertempur. Pada 16 Disember 1941, pasukan Askar Melayu telah berundur ke Sungai Nibong di mana mereka telah bertahan di seberang Sungai Krian dengan gagah berani selama 48 jam. Pertempuran di tebing Sungai Krian merupakan penentangan pertama yang dihadapi oleh tentera Jepun sejak mereka mara dari Singgora seminggu sebelum itu. Kejayaan pasukan Askar Melayu berjuang bertahan di seberang Sungai Krian daripada asakan tentera Jepun yang cuba menyeberang, menunjukkan kepada Inggeris bahawa Askar Melayu berupaya serta mempunyai sifat gagah berani dan bersemangat untuk mempertahankan tanah air daripada serangan tentera Jepun. Setelah dua hari kedudukan mereka diserang oleh tentera Jepun dengan bantuan pengeboman dari kapal terbang, pasukan Askar Melayu yang tidak mempunyai senjata anti kapal terbang, terpaksa berundur ke Parit Buntar, kemudian ke Ipoh dan terus ke Kuala Kubu, Selangor. Sebelum itu, Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu terlibat dengan operasi menyelamat tentera Inggeris yang terperangkap di Ipoh. Apabila tentera Jepun muncul di Gerik pada 23 Disember 1941, Pasukan Askar Melayu yang sedang bertahan di Sungai Perak berjaya mengempur tentera Jepun di Kampar bagi membolehklan tentera Inggeris di Ipoh berundur ke Selangor. Bandar Ipoh jatuh ke tangan tentera Jepun pada 27 Disember 1941. Pada 4 Januari 1942, ketika pasukan Division India Ke 11 sedang berundur dari Kampar ke Slim River, mereka telah diserang dengan hebat oleh kapal terbang tentera Jepun. Pasukan Division India telah mengalami kemalangan jiwa serta peralatan yang teruk. Bagi memudahkan mereka berundur, Inggeris telah mengarahkan pasukan Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu berpatah balik membantu pasukan Division India tersebut. Semasa di Kuala Kubu satu platun di bawah pimpinan Leftenan Muhd Ali, telah diarah untuk mengiringi 30 trak yang membawa peluru dan bahan letupan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kubu dan seterusnya mengawal Depoh Senjata dan Letupan Kuala Kubu. Ketika tentera Jepun menawan Kuala Lumpur pada 10 Januari 1942, Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu sudah berada di Port Dickson mengawal sepanjang pantai di Pasir Panjang. Tentera Jepun yang sudah menawan Pelabuhan Kelang dengan mudah menyerang kedudukan pasukan Inggeris yang turut disertai oleh pasukan Division India dan Askar Melayu di Port Dickson. Kompeni ‘D’ Askar Melayu kemudian diarahkan berundur ke Singapura pada 12 Januari 1942. Selepas 24 jam berada di Singapura, pada 15 Januari, Kompeni ‘D’ diarahkan pula berpatah balik membantu tentera Inggeris yang diasak tentera Jepun di Batu Pahat. Tentera Jepun sudah menawan Muar pada 16 Januari dan mereka mula menghimpit tentera Inggeris di Batu Pahat melalui laut dan juga dari arah Yong Peng di mana mereka telah mengalahkan pasukan Briged Infantri India Ke 45 yang telah mengalami kekalahan teruk. Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu dengan tiga anak Melayu, Leftenan Muhd Ali bin Sharafat Ali, Leftenan Ibrahim bin Alla Ditta dan Leftenan Yazid bin Ahmad sebagai Pemerintah Platun, telah berjuang dengan semangat Pantang Undur, menggagalkan kemaraan tentera Jepun untuk menyeberang Sungai Batu Pahat sepanjang malam 18 Januari 1942. Kejayaan Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu bertahan, membolehkan battalion Inggeris berundur pada malam 19 Januari 1942. Sejarah mencatatkan bahawa semasa bertahan di Batu Pahat, Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu telah menunjukkan keberanian serta semangat juang yang tiada bandingan. Leftenan Ibrahim Alla Ditta bersama beberapa anggota telah menyusup masuk ke dalam kawasan tentera Jepun dan berjaya merampas semula dua laras ‘British Gun’ yang ditinggalkan oleh tentera Inggeris tiga hari sebelum itu. Kedua-dua meriam tersebut telah dapat digunakan semula dalam pertahanan Batu Pahat. Sementara itu, Leftenan Muhd Ali telah menyamar sebagai nelayan dan menaiki bot selama tiga jam sejauh 32 batu, untuk mendapatkan bantuan tentera Inggeris di Pontian Kecil. Akhirnya kapal laut Inggeris H.M.S. Dragonfly dan H.M.S. Scorpion, telah tiba untuk membawa seramai 2,000 tentera Inggeris berbagai pasukan, termasuk Kompeni ‘D’ Batalion Ke 2 Askar Melayu, yang terperangkap di Batu Pahat ke Singapura. Jelas terbukti bahawa pasukan Askar Melayu sering digunakan oleh tentera Inggeris bila keadaan menjadi genting dan pegawai serta perwira Askar Melayu, sentiasa menunjukkan semangat Pantang Undur Sebelum Berjuang, kepimpinan yang cemerlang, sifat gagah berani dan semangat juang yang tinggi. Askar Melayu rela berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta. Setelah tentera Jepun dengan mudah menawan seluruh Indo-China dan seterusnya Thailand memberikan laluan mudah kepada tentera Jepun untuk terus sampai ke sempadan Tanah Melayu, serta kapal perang Prince of Wales dan Repulse tenggelam di Laut China Selatan, tentera Inggeris sudah merasakan bahawa mereka sudah tidak berupaya lagi untuk mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sebaliknya hanya cuba bertahan di Pulau Singapura yang akhirnya terbukti satu kesilapan besar. BIL 150/JUL 2006 83
Similar documents
Menarik Di Dalam Menarik Di Dalam
EDITOR: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir WARTAWAN/JURUFOTO: Kapt Aishah Ismail, Lt M Noraishah Samsudin, PW 2 Mat Zaini Hj Abd Ghani, Sjn Syuhaimi Saad, Sjn Mohamad Solor Ismon, Pbt Saiful Fazley Rusli,...
More information