Mengenali antara individual radikal sendiri dengan anggota JI-ADLI
Transcription
Mengenali antara individual radikal sendiri dengan anggota JI-ADLI
Berita Harian | Jumaat, 16 Mei 2014 ● Wacana Semalam, Berita Harian melaporkan pengamatan pakar mengenai persamaan dan perbezaan antara anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) dengan individu yang radikal secara sendiri. Ikuti pula rajah perbandingan antara kedua-dua golongan yang diperincikan zamil penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Dr Mohamed Ali. Laporan oleh ADLI YASHIR KUCHIT ([email protected]) dan NUR ADILAH MAHBOB ([email protected]) Mengenali antara individu radikal sendiri dengan anggota JI Perbandingan anggota Jemaah Islamiyah (JI) dan individu radikal sendiri TAHANAN JI INDIVIDU RADIKAL SENDIRI • Ada hubungan dengan pertubuhan, gerakan atau rangkaian, formal atau tidak formal. • Anggota formal ambil baiah (sumpah setia) daripada pemimpin atau wakil pemimpin. • Bukan anggota mana-mana pertubuhan pengganas atau gerakan .• Bergerak sendiri. • Sistem kepercayaan atau ideologi berstruktur. • Guna konsep seperti jihad, baiah, hijrah dengan pemahaman sendiri. • Ada buku ideologi sendiri - Pedoman Umum Perjuangan Al-Jamaah Al-Islamiya (PUPJI). • Tiada ideologi berstruktur. • Tertarik kepada idea jihad daripada Internet, dan percaya satu tanggungjawab untuk laksanakannya. • Proses radikalisasi dan indoktrinasi melalui kelas kendalian pemimpin atau baca buku yang diusulkan pemimpin. • Kelas itu bincangkan konsep jihad, negara Islam dan golongan tertindas, petik daripada Quran dan Hadis di luar konteks. • Proses radikalisasi dan indoktrinasi melalui laman Internet dan buku. • Contohnya, individu radikal sendiri, Abdul Basheer Abdul Kadir, seorang peguam muda yang merancang kegiatan militan setelah terpengaruh dengan idea radikal dalam talian. • Matlamat wujudkan Negara Islam di Asia Tenggara dengan mengislamkan masyarakat. • Secara politik, penubuhan Daulah Islamiyah dilihat menyokong matlamat pemerintahan dan sistem yang mendukung Islam dan menegakkan keadilan. • Tidak rancang wujudkan negara Islam. • Mereka yang berlaku ganas setelah radikalisasi percaya jihad satu tanggungjawab untuk bantu Muslim tertindas. • JI Singapura rancang serangan pengganas di negara ini. • Rancang terlibat dalam konflik di luar negara termasuk Palestin, Iraq, Afghanistan dan Syria. • Ada sentimen anti-Barat dan antisekularisme. • Luahkan kebencian kepada bukan Islam khususnya Amerika Syarikat (AS) dan sekutu mereka. • Rancang serang Kedutaan AS di Singapura. • Tidak semestinya ada sentimen anti-Barat. • Ramai tertarik kepada idea jihad di negara asing. • Boleh diberkas dengan risikan dan kerjasama antara pemerintah, setelah rangkaian dikesan. • Lebih sukar dikesan dan dipantau. • Kegiatan di Internet juga sukar dipantau. • Dikesan setelah ambil langkah menyerang. Grafik KARIM NASIR SEBAGAI lulusan undang-undang, Abdul Basheer Abdul Kader mempunyai masa depan cerah sebagai pensyarah atau peguam. Namun, dek terpengaruh fahaman radikal serta ideologi ganas yang tersebar di Internet, Abdul Basheer tergerak merancang kegiatan militan di beberapa negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria. Pada Februari 2007 Abdul Basheer ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merencanakan satu kegiatan militan yang ingin dilaksanakan di Afghanistan. Pada Februari 2010 dia diletakkan di bawah perintah penggantungan dan setahun kemudian dikenakan perintah sekatan. Abdul Basheer pada mulanya mempamerkan kemajuan dalam usaha kembali ke pangkuan masyarakat selepas dibebaskan. Namun, semasa di bawah penyeliaan RO, dia dikesan cuba merencanakan kegiatan militan di luar negara seperti membuat pertanyaan tentang cara meninggalkan Singapura mengikut ‘pintu belakang’ jika perlu menjalankan rancangan militannya. Akibatnya Abdul Basheer ditahan semula pada Oktober 2012 bagi mencegahnya merencanakan agenda ganasnya. Sejak Januari 2002, 64 individu telah ditahan di bawah ISA kerana kegiatan pengganasan. Daripada jumlah itu lebih dua pertiga telah dibebaskan. Menurut zamil penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Dr Mohamed Ali, kes tersebut menunjukkan rakyat Singapura tidak terkecuali daripada pengaruh radikal. Berdasarkan pengalamannya sebagai kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang memberikan kaunseling kepada tahanan militan dan individu radikal sendiri, Internet merupakan sumber idea radikal bagi mereka yang menjadi radikal secara sendiri. Selain pengaruh daripada Internet, mereka yang menjadi radikal sendiri juga terpengaruh dengan perkembangan politik di negara lain. Individu radikal sendi- ri, misalnya, merasakan umat Islam di Chechnya, Kashmir, Afghanistan, Palestin dan Iraq sedang ditindas dan mereka ingin membantu mengatasi masalah itu, hingga ada yang ingin melibatkan diri dalam sengketa bersenjata di negara tersebut. Ustaz Dr Mohamed memerhatikan mereka yang menjadi radikal sendiri juga sukar dikesan. “Malangnya apabila tindakan dilaksana, pengaruh radikal sudah terpahat dalam sistem kepercayaan mereka dan mengubah gaya hidup mereka. Ini menjadikan usaha pemulihan lebih sukar dan mencabar,” katanya. 9