Perhimpunan Haram_2
Transcription
Perhimpunan Haram_2
SUMBER: INTERNET Perhimpunan Haram BERSIH Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dikekalkan Demi Menjamin Kesejahteraan Negara PENGENALAN Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara. Sejarah ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah. Perundangan Relevant sections of the legislation are as follows: Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof." Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years." Tempat Penahanan Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak Penahanan 60 hari pertama ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturanperaturan memelihara hak tahanan antaranya: 1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu. 2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut. 3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan. 4) Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan. 5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu. Dakwaan Terhadap Penahanan Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. Bantahan Dalam Negara Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. Bantahan Luar Negara Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. PEMBEBASAN TAHANAN ISA Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara. CADANGAN KAJIAN TERHADAP ISA Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah wujud hampir separuh abad lamanya, memerlukan kajian semula supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa. YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula ISA. Pada 4 Ogos 2009 Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa dalam melaksanakan kajian semula ke atas ISA semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagaimana untuk memperbaiki undang-undang dan bukan mempolitikkannya. Dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain perkara yang menimbulkan pertikaian TUJUAN ISA DIKEKALKAN Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut: 1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara. 2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik 3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi. 4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. 5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme. 6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi. 7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama. 8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan. 9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan. 10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara. 11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam. TENTANGAN TERHADAP ISA 1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan 2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undangundang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu. 3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsepkonsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal. 4. Penahanan tanpa bicara selama dua tahun. 5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik. 6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka. CADANGAN PINDAAN ISA 1. Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. 2. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA. 3. Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan. 4. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas utnuk mengkaji adakah bebar penganiayaan di bawah ISA berlaku? 5. Melaksanakan kajian dari perspektif Islam oleh pakar Islam dan Mufti sama ada ISA ini bercanggah atau tidak dengan justifikasi di sisi Islam sebagai agama rasmi Negara. Adakah Islam membenarkan seseorang orang ditahan sedemikian, jika wujud unsur yagn disyaki membahayakan Islam dn menganutnya. PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. Ianya melibatkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun. Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa telah menyokong dan menegaskan pendirian menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut. Penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini telah mendapat perhatian antaranya ialah Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu. Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi. Kesan Dari Perhimpunan Mansuhkan ISA 1. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara pada 1 Ogos baru-baru ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka. 2. Perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ, kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram. 3. Peniaga telah mengalami kerugian yang besar dengan penutupan premis peniagaan mereka semasa perhimpunan diadakan dan menjejaskan sumber pendapatan mereka. 4. Demonstrasi di tempat-tempat terbuka akan mengundang media antarabangsa membuat liputan negatif dan menyiarkan berita tersebut berulang kali. 5. Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara. 6. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil. KESIMPULAN • Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. • Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan. • Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata. • Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi. • Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara. • Pihak yang menganjurkan perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). • Sekiranya didapati pemimpin pembangkang menjadi tulang belakang kekecohan dalam perhimpunan haram baru-baru ini, tindakan yang tegas perlu diambil mengikut saluran undangundang yang ada. • Adalah sukar difahami pihak-pihak tertentu di kalangan masyarakat Cina yang menentang ISA, sedangkan majoriti tahanan ISA adalah kaum Melayu yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis. • Dalam demonstrasi menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah kaum Melayu dan amat sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum Cina tidak mempunyai sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi atau politik. • Semua negara mengamalkan penahanan tanpa bicara tetapi yang berbeza adalah tempoh tahanan, jadi tempoh tahanan adalah satu aspek yang akan diteliti dalam kajian semua ISA. • Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia Rujukan : Utusan Malaysia Berita Harian NST Wilkipedia KOSMO HARIAN METRO Reaksi Terhadap Perhimpunan Haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Pada 01 Ogos 2009 yang lalu, satu perhimpunan haram yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI) dibeberapa lokasi strategik termasuk Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India telah menimbulkan gangguan dan kemarahan kepada warga kota terutamanya golongan peniaga. Ini berikutan para peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan urusniaga akibat huru hara yang berlaku. Kumpulan yang didalangi oleh parti pembangkang itu telah berarak dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk menghantar memorandum menggesa Kerajaan memansuhkan ISA. Isu: • • • • Mencemar nama dan imej negara serta memberi gambaran buruk seolah-olah negara ini tidak aman dan tidak selamat. Melumpuhkan aktiviti di ibu kota seperti perniagaan ditutup, pengangkutan awam tergendala dan orang ramai tersekat di jalan. Perhimpunan ini dilihat bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap beberapa kes mahkamah pihak pembangkang termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perimpunan ini juga bertujuan untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap Pakatan pembangkang sehingga Pilihanraya Umum ke-13. Dakwaan bahawa 95% peserta demo adalah terdiri daripada orang Melayu dan jelas menunjukkan bahawa orang Melayu telah diperalatkan dan diperbodohkan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan mereka. Sumber Maklumat: JabatanPenerangan Malaysia (Ogos 2009) Sumber : http://www. pmr.penerangan.gov.my/...akta-akta/4300-akta-keselamatan-dalam-... Tarikh Akses : 11 Julai 2011 SUMBER: ELEKTRONIK Perhimpunan haram Bersih: Dari jalanan ke stadium Kelolaan LUKMAN ISMAIL [email protected] KEPUTUSAN kerajaan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram mereka di stadium berbanding di jalan-jalan raya sebelum ini mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan penulis blog minggu ini. Ada yang bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi tidak kurang juga menganggap ia satu kesilapan. Bagaimana pun, Kunta Kinte dalam blog MyKMU (www.mykmu.net) berpendapat, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di dalam stadium tetapi dengan bersyarat itu merupakan tindakan demokrasi terindah seperti mana kejayaan beliau mengatasi pemberontakan Al-Maunah tanpa membabitkan pertumpahan darah. Katanya, memberikan tempat berhimpun di dalam stadium kepada Bersih sekali gus akan mematikan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya yang cuba menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan 9 Julai ini berlangsung bagi menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamah. "Ia juga memberi jalan tengah kepada (Datuk) S. Ambiga agar mempunyai pilihan selain membawa kumpulannya ke jalanan. Dalam keadaan tersebut Ambiga tidak lagi boleh (memberi alasan) mengatakan beliau tiada pilihan kecuali membawa penyokongnya ke jalan raya kerana tiada pentas lain. "Dengan memberi kebenaran berhimpun di stadium ia bukan sahaja menyuburkan imej demokrasi negara di peringkat antarabangsa tetapi juga menghalang sekiranya ada niat jahat Anwar untuk melakukan kekecohan di Kuala Lumpur Sabtu ini," katanya. Penulis Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com) pula berkata, persetujuan kerajaan membenarkan perhimpunan haram Bersih diadakan di dalam stadium merupakan tamparan hebat kepada pakatan pembangkang terutama Anwar kerana tiada siapa menyangka pada saat-saat akhir, Najib dapat "menjinakkan" Ambiga. Katanya, persetujuan Ambiga untuk menerima cadangan Najib telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penyokong pakatan pembangkang kerana mereka sebenarnya mahu menunjukkan pengaruh dan kuasa politik apabila berjaya membawa rakyat turun di jalanan tetapi malang ia tidak berlaku. Katanya, dengan cara ini para penyokong Bersih akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang sedia berhimpun di dalam stadium dan kumpulan yang enggan berbuat demikian kerana mahu membuat kekecohan di jalanan manakala jumlah mereka yang mahu berhimpun di stadium juga akan merosot. "Imej Najib semakin positif di mata dunia dan rakyat jelata. Jelaslah Najib masih menjunjung tinggi kebebasan bersuara dan amalan demokrasi di negara ini, sehingga lidah Anwar menjadi kelu tidak terkata. Pendekatan Najib yang bertolak ansur dengan penganjur Bersih 1 menyerlahkan lagi keperibadian beliau sebagai pemimpin untuk semua kaum di negara ini," katanya. Sementara itu, blog Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) pula membidas Ambiga yang dianggap sebagai pengamal undang-undang tetapi beliau sendiri memijak undang-undang tersebut manakala kerajaan pula dianggap berlembut terhadap bekas Presiden Majlis Peguam tersebut. "Apabila rakyat sendiri bertindak melalui laporan-laporan polis, yang kini mencecah ribuan laporan, barulah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri bertindak 2 Julai lalu. Ibarat meniup belon, kerajaan membiarkan belon ditiup dan berkembang baru nak dipecahkan. Membiarkan api kecil menjadi besar dan merebak, baru nak dipadamkan. "Bagi Ambiga, besi telah panas memerah, jika api dihentikan maka perlu masa untuk memanaskannya semula. Tiada pilihan, melainkan meneruskan acah mereka, mengacah dan mengacah, sehingga kerajaan kewalahan dan kedodoran," katanya. Blog Satu Melayu (sa-melayu.blogspot.com) pula berkata, penganjur Bersih jelas sengaja mahu mencabar kerajaan dan pihak berkuasa apabila tetap mahu mengadakan perhimpunan haram itu, walaupun selepas Ambiga menghadap Yang di-Pertuan Agong, sekali gus memusnahkan harapan rakyat yang mahu ia dibatalkan. "Justeru, gangguan awal keselesaan hidup rakyat terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur seperti sekatan jalan raya, terpaksa diteruskan tanpa diketahui bila akan berakhir. "Rakyat akan menerima akibat buruknya apabila penganjur Bersih memang 'nak cari gaduh' dengan terus berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram di Stadium Merdeka dengan alasan itu adalah janji Perdana Menteri," katanya. Bagi Reme Ahmad (remgold.blogspot.com) pula, walaupun niat gabungan itu adalah bersih tetapi kerana wujudnya agenda politik yang dikawal oleh Anwar dan Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas), maka adalah wajar jika perhimpunan Bersih diadakan di tempat yang lebih selamat seperti di dalam stadium. "Saya harap kamu tidak argue (membantah) dengan berkata: "Kami ada hak nak demo". Saya setuju benar. Tapi apa pula hak orang yang mahu jalan raya bebas dari jam (sesak) pada Sabtu ni? Para pekedai yang tunggu customer (pelanggan) beribu-ribu? Anak saya dan rakannya perlu ke bandar KL (Kuala Lumpur) Sabtu pagi ini sebab nak ke pejabat sebuah agensi kerana dipanggil... haribulannya ditetapkan dulu lagi. Macam mana mereka nak masuk KL ni? "Kenapa kamu ada hak tapi saya tak ada hak? Kenapa hak kamu lebih besar daripada hak saya?" kata penulis yang berasal dari Singapura ini. Dalam pada itu, blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com) pula menuduh Yang diPertuan Agong telah dijadikan alat oleh UMNO dan BN apabila mengeluarkan titah melarang rakyat daripada melakukan perhimpunan haram di jalanan. 2 "Memang kita kecewa, sebab Agong sudah dijadikan alat kepada UMNO dan BN bagi memperkecilkan Bersih. Sedih kerana institusi istana juga sudah dijadikan 'perkakas' UMNO dan BN. Dah tak ada jalan lain? Sampai guna Agong bagi mencapai matlamat politik sendiri? Nampaknya, UMNO dan BN sudah betul-betul tertekan. Bab benarkan Agong campur tangan ini sudah kes berat. Ini sudah kes melampau," katanya. Bagaimanapun, katanya, Pas akur dengan titah baginda kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah kelak jika pada pilihan raya akan datang Pas kembali merampas Terengganu. "Kalau ingkar, masa kita nak perintah Terengganu nanti tak jadi masalah ke? Wahid Endut sudah teringin jadi MB. Kalau bertekak dengan Tuanku, masalah pula nanti. Pas kena buat keputusan yang tepat dan tidak terburu-buru. Pandangan Tuanku ini bukan mainan. Ini suatu kenyataan yang sangat membawa makna. "Kalau Ambiga yang ingkar dengan perintah Tuanku mungkin orang boleh terima. Namun, Pas kalau ingkar dengan perintah Tuanku - akan ada implikasi kepada undi Melayu," katanya. 3 Polis tahan lelaki Kemboja bawa bahan letupan 08/07/2011 12:19pm IPOH 8 Julai — Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa polis mengadakan ”Ops Padam Bersih” di susur masuk Plaza Tol Tapah semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah. Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid. Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Shukri berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan. - Bernama 4 SPR tidak tahu-menahu Ambiga calon PRU ke-13 PUTRAJAYA 7 Julai - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof tidak tahu-menahu kemungkinan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang beria-ria hendak menganjurkan satu perhimpunan haram bercita-cita besar mahu menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Namun, kata beliau, berdasarkan pengamatannya pada perhimpunan haram Bersih pertama pada 2007, kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu ada yang kini sudah bergelar wakil rakyat pembangkang setelah bertanding dalam PRU 2008. "Saya tak tahu yang itu (cita-cita Ambiga mahu jadi calon PRU), tetapi beberapa orang yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 1.0 sudah jadi wakil rakyat. "Bagi SPR, Bersih yang diterajui Ambiga ini sudah tidak ada objektif, dia sudah jadi alat," katanya sambil enggan mengulas lanjut sama ada Ambiga kini menjadi 'kuda tunggangan' pakatan pembangkang. Abd. Aziz ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011 di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini. Menurut Abd. Aziz, sikap Ambiga kini begitu angkuh dengan menolak sama sekali rundingan dengan SPR meskipun kedatangan Pengerusi Bersih itu bersama kumpulannya untuk menemui Abd. Aziz Disember lalu dilayan dengan mesra serta diberi penjelasan yang secukupnya tentang perjalanan proses pilihan raya. "Kata Ambiga, sudah terlambat (untuk Bersih berunding dengan SPR)...yang bermaksud dia tidak mahu jumpa dengan SPR. Padahal semua maklum Bersih yang diketuainya adalah pertubuhan haram," katanya. Beliau turut mempersoalkan motif Ambiga enggan menyerahkan memorandum seperti yang dikehendakinya dalam matlamat menganjurkan perhimpunan haram apabila diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. 5 Dilatih untuk antikerajaan - Anuar Shaari KUALA LUMPUR 7 Julai - Sikap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan haram seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang cenderung antikerajaan bukan sesuatu yang baru dalam arena politik negara. Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia. "Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka. "Malah, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Semalam, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata, kedegilan Bersih untuk meneruskan perhimpunan disebabkan pertubuhan haram itu sudah terlalu banyak mendapat dana asing. Mengulas lanjut, Anuar berkata, banyak lagi NGO di negara ini antaranya Institut Kajian Dasar (IKD) yang berkiblatkan kepada Anwar mendapat dana dari luar. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pendedahan Chandra bahawa Bersih menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF) bagi membiaya perhimpunan haram itu adalah suatu yang serius. Sehubungan itu, katanya, pihak polis perlu bertindak tegas menyiasat dakwaan itu dan jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil. "Mengambil kira semua aspek mengenai perhimpunan Bersih seperti menerima dana asing, penemuan senjata berbahaya dan elemen komunis, maka kerajaan wajar mempertimbangkan mengeluarkan 'kertas putih' agar rakyat mengetahui kebenaran di sebalik perbuatan Bersih. "Desakan Perkasa ada asasnya demi memastikan rakyat tidak dikelirukan dan ada pihak mendapat keuntungan politik atas kesengsaraan rakyat dan mencemar nama baik negara," katanya. 6 Peniaga gembira tetapi tetap waspada KUALA LUMPUR 7 Julai - Peniaga dan penjaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini gembira dengan pembatalan perhimpunan haram jalanan anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada Sabtu ini. Walaupun ia menghilangkan keresahan tentang keselamatan dan kerugian yang bakal ditanggung tetapi mereka tetap berwaspada dan akan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pengerusi Persatuan Peniaga dan Peniaga Lorong Tuanku Abdul Rahman, Che Kamaruddin Ibrahim berkata, pembatalan itu adalah yang paling dinanti-nantikan kerana jika diadakan, ia lebih banyak mendatangkan keburukan. Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur lega apabila mengetahui perhimpunan haram dijadualkan pada Sabtu ini di kawasan itu dibatalkan. Katanya, keputusan itu juga tepat kerana ia melibatkan ketenteraman dan keselamatan negara tetapi dalam masa yang sama, kemungkinan perhimpunan itu diteruskan tetap ada. "Justeru, kami masih berharap pihak berkuasa dapat terus membuat pemantauan di kawasan ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sebelum ini, persatuan itu bersama beberapa badan pertubuhan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah tindakan penganjur perhimpunan Bersih dengan menghantar memorandum yang mengandungi tanda tangan kira-kira 2,000 peniaga dan orang ramai. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati para peniaga meneruskan urusan perniagaan mereka seperti biasa. Seorang peniaga, Fitri Mohd. Janas, 26, berkata pembatalan itu sememangnya diharapkan peniaga sejak awal lagi tetapi dia bersedia menutup perniagaan jika perhimpunan haram itu diteruskan. Katanya, kekecohan yang berlaku bukan sahaja menganggu ketenteraman tetapi juga mendatangkan kesesakan lalu lintas. Bagi M. Andy, 38, pembatalan itu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana perhimpunan itu pasti mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kebaikan."Saya akan meneruskan perniagaan seperti biasa pada hujung minggu ini kerana sudah ramai pelanggan yang menanti," katanya yang menjalankan perniagaan menjual bunga segar sejak 10 tahun itu. 7 91 dilarang masuk KL Sabtu ini Oleh ASSIM HASSAN [email protected] KUALA LUMPUR 7 Julai - Polis mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk melarang seramai 91 individu termasuk Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin berada di beberapa kawasan di ibu negara pada Sabtu ini. Selain tiga pemimpin mewakili tiga kumpulan yang akan menganjurkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pemimpin-pemimpin pembangkang turut tersenarai dalam perintah larangan itu. Antaranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang menamakan sebahagian besar daripada lokasi-lokasi utama di ibu negara. Beliau berkata, sekiranya kesemua penama itu ingkar dan berada di kawasan terbabit, polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam. "Kita juga tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk menangkap mereka serta-merta sekiranya setiap penama ingkar dengan perintah larangan. "Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa dan keselamatan manusia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Jelas Amar Singh, arahan itu diberikan oleh Majistret Mohd. Azali Ibrahim semalam selepas pihaknya membuat permohonan. Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan perincian perintah larangan semua 91 penama itu melalui alamat yang diberikan bermula hari ini. "Dengan penyerahan perintah larangan itu, kita berharap agar kesemua mereka tidak menghadirkan diri, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan ini di tempat terbabit," katanya. Dalam pada itu, beliau menjelaskan antara lokasi yang dilarang adalah Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Masjid Negara, Dataran DBKL, Perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Kampung Baru. 8 Polis temui empat senapang tiruan PETALING JAYA 7 Julai - Seorang pengurus pusat kecergasan dan bina badan tidak menyangka bungkusan plastik panjang berwarna kuning yang diletakkan di tangga tingkat satu sebuah rumah kedai di PJS 3/36 Taman Sri Manja di sini semalam berisi empat laras senapang tiruan buatan sendiri. Kejadian itu disedari pengurus terbabit kira-kira pukul 4 petang. Dia pada mulanya menyangka bungkusan itu milik sebuah kedai jahit di tingkat berkenaan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun, curiga dengan penemuan bungkusan itu, pengurus terbabit segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, polis mendapati empat laras senapang tiruan buatan sendiri dibungkus dalam plastik itu. "Polis masih menyiasat tujuan dan dari mana senjata itu diperoleh mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi. Arjunaidi bagaimanapun enggan mengulas sama ada senjata itu digunakan untuk perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu ini. 9 Bersih masih mahu berhimpun di Stadium Merdeka KUALA LUMPUR 7 Julai - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terus berdegil apabila tetap mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu ini, meskipun Kabinet tidak membenarkannya atas alasan kumpulan itu adalah pertubuhan haram. Dalam satu kenyataan hari ini Bersih memberitahu, pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan untuk berhimpun di Stadium Merdeka yang dianggap sebagai lokasi strategik bagi tujuan itu. "Kami tetap akan berkumpul secara aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang Sabtu ini. Kami akan berhimpun beramai-ramai dan bersamasama membina negara Malaysia yang lebih baik," ujar kenyataan itu. Semalam, Kabinet yang mendapat pandangan dan nasihat Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak akan membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di Stadium Merdeka kerana gabungan itu bukan pertubuhan sah. Bersih yang turut memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya meneruskan perhimpunan tersebut memberitahu, mereka tidak akan ditakut-takutkan dengan amaran itu. "Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahu hak kami untuk memilih pemimpin dengan cara demokrasi. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. "Tanggungjawab kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip keadilan," tambah kenyataan itu lagi. 10 Ambiga tetap berdegil – KPN Oleh ANGELINA SINYANG [email protected] KUALA LUMPUR 7 Julai – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga tetap berdegil mahu mengadakan perhimpunan haram di Stadium Merdeka pada Sabtu ini, meskipun dinasihatkan agar membatalkan hasrat tersebut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hari ini. Ismail berkata, beliau telah memanggil Ambiga menemuinya di Bukit Aman pada pukul 2 petang ini untuk berbincang lebih lanjut selain menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi demi menjamin ketenteraman awam. Beliau berkata, antara perkara dimaklumkan dalam perjumpaan tersebut adalah Bersih harus memohon kebenaran daripada pemilik premis jika mahu polis meluluskan permit perhimpunan berkenaan. Katanya, beliau juga mengesyorkan kepada Ambiga supaya mengadakan perhimpunan itu di luar Kuala Lumpur kerana kedudukan Stadium Merdeka yang sempit, sedang diubah suai dan terletak di tengah ibu kota boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga mengganggu peniaga dan orang ramai. “Saya mengesyorkan kepada Ambiga untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Melawati, Selangor kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah membuat tawaran membenarkan perhimpunan diadakan di situ. “Namun, saya nampak Ambiga masih berdegil. Cadangan saya (minta buat perhimpunan di Stadium Melawati) adalah untuk membantu beliau, tetapi nampaknya dia berdegil. Beliau tidak mahu ubah fikiran dan pendirian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. Ismail berkata, Ambiga berkeras mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dengan alasan ia tempat yang selesa. Menurutnya, beliau bagaimanapun menasihatkan Ambiga supaya mempertimbangkan peluang keemasan yang diberikan oleh kerajaan (membenarkan perhimpunan) dengan memilih manamana stadium lain yang terletak di luar Kuala Lumpur. Beliau berkata, langkah kerajaan untuk memberi ruang mengadakan perhimpunan di stadium dan bukan di jalanan dibuat demi mengurangkan gangguan kepada kehidupan harian rakyat dan menjaga ketenteraman awam. “Kegiatan ekonomi juga tidak akan terjejas. Kita juga ingin mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” tambah beliau. Dalam pada itu, Ismail berkata, polis tidak akan meluluskan permit perhimpunan kepada Ambiga jika permohonan dibuat menggunakan nama Bersih. 11 “Kalau mohon permit di atas nama Bersih, polis akan tolak kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar,” katanya. Bagaimanapun, jelas beliau, permit boleh dibuat oleh setiausaha kepada pertubuhan yang berdaftar atau tiga individu dengan mengemukakan tiga permohonan. Setakat ini, kata Ismail, polis belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Bersih dan mereka yang terlibat dinasihatkan membuat permohonan segera kerana hanya mempunyai tempoh kurang 48 jam sehingga Sabtu ini. “Dalam kes Bersih yang melibatkan isu nasional, polis masih boleh berbincang dan bertolakansur tetapi jangan sampai ada pihak yang mengambil kesempatan. “Kita tiada tarikh akhir untuk memohon permit tetapi kelulusannya adalah bergantung kepada undang-undang dan yang membuat keputusan ialah ketua polis daerah yang akan mempertimbang secara profesional bergantung kepada keadaan keselamatan,” ujarnya. 12 Berselindung di sebalik 9 Julai MOHD. SHARIF AHMAD TPJ Seremban SAMA ada perhimpunan haram Bersih menjadi kenyataan ataupun tidak Sabtu ini, ada pihak yang sudah pasti merasa puas dan tersenyum simpul kerana matlamat tersembunyi mereka sedikit sebanyak telah tercapai. Adalah meragukan sekali tujuan sebenar perhimpunan ini ialah untuk menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kononnya di atas ketidaktelusan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pilihan raya di negara ini. Antara yang tersirat dan tersurat di hati pihak penganjur adalah jauh berbeza. Jika dahulu setiap perhimpunan haram yang dirangka hanya popular di dalam blog pembangkang dan di tempat-tempat strategik melalui pemasangan kain rentang atau posterposter di tembok-tembok. Namun, kini publisiti melampau diberikan kepada penganjuran kali ini sehinggakan seluruh negara menantikannya dengan penuh minat. Pihak penganjur hanya tersenyum puas tanpa perlu keluar belanja yang besar kecuali mencetak kemeja-T berwarna kuning. Pastilah yang paling lebar senyumnya ialah Timbalan Presiden Pas serta Ketua Umum PKR. Walaupun mereka turut mengakui bahawa respons negatif terhadap penganjuran ini daripada kelompok masyarakat yang lebih besar, namun sekurang-kurangnya tumpuan berlebihan kepada isu ini telah berjaya memberhentikan seketika isu sebenar yang pembangkang hadapi. Bukti kepada publisiti berlebihan ini termasuklah fokus yang diberikan oleh media massa arus perdana sama ada media cetak, elektronik dan juga media siber seperti Internet dan blog. Tidak cukup dengan pendedahan tersebut, mereka juga popular dengan bantuan laporan polis yang melebihi 3,000 di seluruh negara sehinggakan semua pihak berminat membicarakan isu perhimpunan Bersih ini. Tidak pernah masyarakat desa mengenali siapa dia S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Guaman tersebut. Namun dengan adanya laporan polis yang bertali arus serta sepanduk-sepanduk serta penyebaran kemeja-T berwarna kuning, nama beliau secara mendadak mewarnai dunia politik negara. Senyap seketika isu negara berkebajikan Pas. Senyap sebentar isu video klip pemimpin pembangkang. Sepi sedikit fokus tentang keputusan kes liwat di mahkamah pada minggu depan. Reda sedikit isu kekalahan golongan ulama dalam pemilihan barisan kepimpinan Pas. Hilang sebentar segala isu kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang di beberapa negeri yang mereka perintah. Pihak SPR telah mengendalikan 12 Pilihan Raya Umum (PRU) dan sejak itu sistem yang digunapakai sentiasa diperbaiki dari masa ke masa. Pihak pembangkang setelah setiap kali pilihan raya berakhir pastilah akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pihak SPR kerana itu merupakan antara alasan mudah kenapa rakyat menolak mereka. 13 Gambaran yang ingin dibentuk di pemikiran rakyat ialah bukan rakyat menolak mereka, sebaliknya mereka tewas disebabkan oleh penipuan pihak SPR yang kononnya menyebelahi pihak kerajaan. Benarkah begitu? Jika benar SPR menyebelahi kerajaan, kenapa Pas boleh menang selama 22 tahun di Kelantan? Jika benar SPR jadi alat kerajaan, kenapa calon Pas dalam PRU-11 yang hanya menang dengan satu undi pun kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, sedangkan mudah sangat pegawai SPR nak memusingkan keputusan tersebut. Mereka hanya perlu menelan dua helai kertas undi ke dalam perut mereka, maka keputusan akan berubah. Jika SPR selamanya menyebelahi kerajaan, maka sudah tentu ketika Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN, kerajaannya mudah ditumbangkan dengan pelbagai cara. Namun semua itu tidak terjadi kerana SPR sememangnya sebuah badan bebas yang turut diiktiraf oleh seluruh dunia. Di negara lain keputusan undi dan pemenang pada setiap kali pilihan raya hanya dapat diketahui berhari-hari, berminggu-minggu, malah ada yang berbulan-bulan, selepas habis waktu mengundi. Di negara ini paling lewat jam 3 pagi, rakyat sudah tahu siapa yang membentuk kerajaan. Sungguh hebat SPR walaupun mengendalikan lebih 13 juta pemilih. Ada sebuah parti yang hebat di negara ini. Mengendalikan tak sampai 2,000 kertas undi, sesak nafas dan pemenang Timbalan Presiden gagal diisytiharkan walaupun berjam-jam setelah tamat masa mengundi. Itulah kehebatan Pas selama ini. Kelemahan SPR seperti di negara-negara lain juga berlaku dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa. SPR sentiasa mendengar maklum balas dan responsif terhadapnya. Lalu apa perlunya demonstrasi jalanan untuk mengajar SPR supaya berubah. Tidak cukupkah wakil pembangkang yang begitu ramai di Parlimen untuk membincangkan isu penting tersebut di sana. Hari ini penganjur perhimpunan bukan sahaja mahu meneruskan agenda mereka, tetapi juga mereka sudah kelihatan bongkak, angkuh, besar kepala dan tidak mahu mendengar nasihat. Bagi mereka segala kekalutan yang bakal terjadi kelak akibat perhimpunan tersebut akan diletakkan ke atas bahu pihak pemerintah dan mereka akan bersikap baling batu sembunyi tangan. Cara itu akan memudahkan mereka mencapai matlamat iaitu membuatkan orang ramai membenci pihak kerajaan. Jika pun perhimpunan kali ini gagal, mereka akan meneruskan agenda dengan menguaruarkan pula perhimpunan pada 9 Ogos, 9 September, 9 Oktober dan seterusnya. Mereka tidak akan berhenti sehingga PRU-13 kerana ini satu cara untuk rakyat melupakan segala kepincangan mereka dalam mentadbir negeri-negeri tertentu. 14 Bersih jangan terus berdegil PUTRAJAYA 7 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya tidak bersikap provokasi dengan terus berdegil untuk menganjurkan perhimpunan haram di Stadium Merdeka walaupun Kabinet sudah memutuskan perhimpunan tidak dibenarkan diadakan di situ. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah dan menerima sahaja tawaran Menteri Besar Selangor untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam. "Kerajaan sudah bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium, jangan nak berdegil dalam soal ini, saya lihat kenyataan itu macam nak memprovokasi... lagi nak berlawan tak habis-habis, tak ada berniat baik dan bertolak ansur. "Jadi niatnya kalau boleh timbulkan itu (kekacauan), saya fikir tiada keikhlasan. Saya lihat kesungguhan nak buat atas niat yang baik... tiada, semua ini untuk timbulkan rasa kebencian. "Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan haram. Saya percaya bila keputusan hendak batalkan, rakyat rasa lebih lega dan selamat, jadi jangan timbulkan lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga kali kedua di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. Muhyiddin berkata, beliau ada mendengar laporan tidak rasmi bahawa penganjur akan berarak dari satu tempat ke satu tempat sebelum ke Stadium Merdeka dan perbuatan itu hanya mengundang provokasi. Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menangani perkara tersebut. Muhyiddin turut mempersoalkan tindakan penganjur untuk berhimpun di Stadium Merdeka kerana tempat itu hanya mampu menampung kapasiti 30,000 pengunjung sedangkan mereka mahu mengumpulkan 300,000 orang. "Apa tujuan hendak buat dekat situ kalau tak timbulkan masalah-masalah lain, apapun kena ikut prosedur biasa dengan mengemukakan permohonan seperti yang telah diputuskan, tidak boleh mohon atas nama Bersih kerana ia masih pertubuhan haram, jadi mohonlah atas nama pertubuhan yang sah," katanya. Menurut beliau, Stadium Merdeka yang kini milik swasta seharusnya dihormati dan disanjung sebagai tapak pengisytiharan kemerdekaan dan sejarah itu tidak seharusnya dicemarkan oleh sebuah pertubuhan haram. 15 ARKIB : 07/07/2011 Polis tahan peserta jika perhimpunan 9 Julai tiada permit 07/07/2011 7:00pm KUALA LUMPUR 7 Julai – Mereka yang menyertai perhimpunan Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjurkan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar. Katanya, polis juga boleh menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan haram anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar. "Tindakan kami berlandaskan undang-undang. Ia tiada pengecualian kerana Akta Polis relevan. Sesiapa sahaja yang bertindak atas nama mereka itu (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka mengikut undang-undang. "Ini kerana telah jelas mereka bukan pertubuhan berdaftar dan sah. Hantar permohonan guna nama lain dan kita akan pertimbangkan. Kerajaan sudah bagi peluang (anjur perhimpunan) gunalah sebaiknya (dengan memohon permit)," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. Gabungan itu, yang kononnya menuntut perjalanan pilihan raya lebih adil, dilaporkan mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka setelah rancangan awal mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan mendapat bantahan rakyat sehinggakan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan Titah Khas mengenai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ia diteruskan. Ismail berkata, polis dimaklumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka belum memberikan sebarang kelulusan untuk perhimpunan itu diadakan di situ. – Bernama 16 ARKIB : 07/07/2011 Perhimpunan haram: 41 orang ditahan di Perak 07/07/2011 1:07pm IPOH 7 Julai - Polis Perak menahan 41 orang di beberapa daerah di negeri ini sejak Jumaat lepas hingga semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perhimpunan haram yang akan dijadual diadakan pada Sabtu ini. Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, mereka yang ditahan turut membabitkan beberapa wakil rakyat pembangkang, individu dan seorang guru agama. Mereka ditahan kerana didapati berkumpul dan memakai baju dengan lakaran ”Bersih” serta mengagihkan baju-T ”Bersih 2011” dan risalah mengenai perhimpunan haram, katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini. Beliau berkata mereka ditahan di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Seksyen 108 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis. Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang masih meneruskan kegiatan itu. - Bernama 17 ARKIB : 07/07/2011 Iktibar rakyat Thai akibat demonstrasi jalanan Oleh Azmi Hassan TITAH Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini sarat dengan nasihat yang berketepatan dengan senario politik semasa. Apabila Tuanku Mizan bertitah supaya pelaksanaan proses tuntutan demokrasi janganlah sehingga mengakibatkan kemusnahan kepada negara, sepatutnya semua rakyat Malaysia mengambil berat titah Tuanku itu. Sukar untuk menafikan bahawa demonstrasi jalanan lebih banyak membawa kemudaratan berbanding dengan kebaikan dalam segala hal termasuk ekonomi, sosial, kebudayaan dan juga keselamatan. Apabila Tuanku menitah supaya rakyat tidak terikut-ikut dengan amalan negara lain yang telah menjadikan demonstrasi jalanan sebagai sebahagian budaya hidup mereka, maka apa yang telah berlaku terhadap jiran terdekat Malaysia iaitu Thailand sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran. Sepanjang 78 tahun perjalanan demokrasi Thailand, Negara Gajah Putih itu telah melalui sebanyak 18 peristiwa rampasan tentera dan perubahan terhadap struktur Perlembagaan Thai. Demonstrasi jalanan tidak terkira banyaknya dan tidak keterlaluan jika dikatakan demonstrasi jalanan dan demokrasi ala Thai adalah sinonim di antara kedua-duanya. Mereka yang berada di luar menilai apa yang berlaku di Thailand adalah satu proses demokrasi yang subur kerana setiap rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka. Tetapi sebenarnya rakyat Thailand sudah begitu bosan dan jelik dengan rampasan tentera dan demonstrasi jalanan kerana ia telah merosakkan ekonomi negara mereka. Paling terkini bermula dari rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 yang telah menumbangkan kerajaan Thaksin Shinawatra sehinggalah kepada pilihan raya pada 3 Julai (Ahad) lepas, rakyat Thai telah melalui proses yang paling menyeksakan akibat pertembungan kumpulan yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Bayangkan kekalutan politik Thai yang telah menyaksikan lima Perdana Menteri yang berbeza dalam masa lima tahun tersebut. Apabila Pheu Thai memenangi 265 kerusi daripada keseluruhan 500 kerusi Parlimen dalam pilihan raya yang baru selesai, ramai rakyat Thai merasa lega dan menaruh harapan tinggi kerana menanggap keputusan pilihan raya boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada keadaan yang lebih stabil. Pemimpin Pheu Thai iaitu Yingluck Shinawatra yang kemungkinan besar akan dilantik menjadi Perdana Menteri telah berjanji akan menjadikan proses penyatuan rakyat sebagai agenda utama beliau. 18 Semenjak rampasan kuasa tahun 2006, rakyat Thai telah menyaksikan beberapa pertembungan melalui demonstrasi jalanan di antara kumpulan yang menyokong dan menentang Thaksin sehingga telah melumpuhkan ekonomi Thailand. Demonstrasi jalanan yang paling ketara meninggalkan parut berlaku pada bulan November 2008 yang mengakibatkan lapangan terbang Suvarnabhumi lumpuh dan ditutup. Begitu juga dengan demonstrasi jalanan pada bulan April 2010 yang mengakibatkan 90 terkorban adalah antara yang terburuk berlaku di ibu kota Bangkok. Rakyat Thai mengharapkan rasa kebencian yang disemai oleh ahli politik yang bertentangan dapat dihapuskan melalui pilihan raya yang telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat Thai tidak kira rakyat miskin di utara Thailand, pengundi elit Bangkok sehinggalah kepada rakyat di kawasan konflik selatan Thailand. Sebenarnya kebanyakan rakyat Thai tidak peduli sangat parti mana yang akan memenangi pilihan raya asalkan parti yang menang mempunyai majoriti yang kukuh. Tidak menjadi masalah jika Parti Demokrat memenangi pilihan raya dan kekal membentuk kerajaan dengan Abhisit Vejjajiva sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kerana rakyat Thai begitu dahagakan kestabilan dan senario ini akan hanya tercapai jika kerajaan yang dibentuk mempunyai mandat yang kuat. Kemenangan besar Pheu Thai dianggap sebagai rahmat oleh rakyat negara itu kerana ia boleh mengekang naluri rampasan kuasa tentera dan juga demonstrasi jalanan pihak yang bertentangan. Ramai juga yang mempersoalkan walaupun Thailand telah melalui pelbagai bentuk demonstrasi jalanan dengan begitu kerap tetapi ekonomi mereka mampu bertahan dengan baik. Bukan kerana demonstrasi jalanan khususnya di Bangkok tidak membawa kesan tetapi kerana struktur industri tidak hanya tertumpu kepada satu tempat sahaja. Rakyat Thai yang boleh dianggap sebagai veteran dalam hal ehwal demonstrasi jalanan akhirnya mencemuh dengan apa yang telah mereka lalui kerana tiada manfaat yang diperolehi jika kestabilan menjadi begitu rapuh. Akhirnya mereka menggunakan kuasa yang ada iaitu melalui pilihan raya untuk menghentikan semua perbuatan yang memudaratkan negara. Sepatutnya rakyat Malaysia mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku di Thailand dan mencontohi mereka dalam mempraktiskan proses demokrasi dengan kaedah yang betul tanpa memusnahkan negara mereka. PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara. 19 Bersih: Pemandu teksi kecewa rezeki terjejas KUALA LUMPUR 10 Julai - Rata-rata pemandu teksi di ibu kota kesal dengan penganjuran perhimpunan haram semalam yang telah menyekat sumber rezeki mereka. Beberapa pemandu teksi yang ditemui Utusan Malaysia hari ini di beberapa 'lokasi panas' yang menjadi tempat berkumpul peserta perhimpunan haram berharap kejadian semalam tidak berulang. Seorang pemandu teksi, Mohammad Ibrahim, 59, berkata, perhimpunan haram semalam langsung tidak memberi makna kepada rakyat malah hanya menyusahkan orang ramai terutama peniaga dan pemandu teksi di sekitar ibu kota. "Saya langsung tidak boleh keluar bekerja kerana banyak jalan ditutup. Orang ramai pula tidak berani untuk keluar rumah kerana rasa tidak selamat, situasi seperti ini langsung tidak menggambarkan bahawa negara ini aman. "Pihak penganjur dan peserta sepatutnya memikirkan kesan perhimpunan terhadap golongan seperti kami ini. Kalau satu hari tidak boleh bertugas, rugilah kami dan siapa pula yang hendak bayar sewa teksi kami semalam?" katanya. Menurut Mohammad, dia tidak menolak kemungkinan ada pemandu teksi yang akan menaikkan tambang perkhidmatan kenderaan tersebut bagi menampung semula kerugian yang dialami semalam. "Saya yakin akan ada pemandu teksi berbuat demikian tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka telah mengalami kerugian semalam. Perkara seperti ini akhirnya akan merugikan pengguna sahaja," jelasnya. Muhammad Muzaffar Abas, 36, pula berkata, dia bukan sahaja mengalami kerugian malah turut berasa malu kerana sering diajukan soalan mengenai perhimpunan semalam oleh pelancong asing. Katanya, rata-rata pelancong asing yang menjadi penumpangnya terkejut dengan perhimpunan haram tersebut kerana tidak menyangka perkara seumpama itu berlaku di sebuah negara yang aman seperti Malaysia. "Sudahlah kami rugi, pelancong asing pula memandang serong keamanan di negara ini. Semuanya kerana perhimpunan haram semalam, saya harap ia tidak berulang kerana terlalu banyak kesan negatif yang menimpa rakyat dan negara," jelasnya. Sementara itu, pemandu teksi eksekutif, Arif Abdullah, 51, berkata, kerugian yang dialaminya lebih besar memandangkan sewa teksinya jauh lebih mahal berbanding teksi biasa. Katanya juga, sejak memulakan semula tugas seperti biasa pagi ini, lapan orang penumpangnya yang terdiri daripada pelancong asing mengajukan soalan mengenai perhimpunan tersebut. 20 Jangan cetus provokasi - Polis Oleh MALINDA ABDUL MALIK [email protected] PULAU PINANG 10 Julai - Polis memberi amaran bertindak tegas sekiranya program penerangan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam esok, cuba menghasut rakyat sehingga mencetuskan kekecohan. Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, anggota-anggotanya akan ditempatkan di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan dan mengambil tindakan tegas jika perlu. Beberapa anggota polis dan tentera membersihkan kawasan sekitar masjid pada "Polis akan mengambil tindakan berlandaskan program gotong-royong bersama penduduk di undang-undang jika ada mana-mana pihak yang Bukit Gedung, Pulau Pinang, semalam. cuba menghasut atau mencetuskan insiden buruk sepanjang program berlangsung. "Kita tidak mahu sebarang kekecohan berlaku di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program gotong-royong pasukan polis dan tentera bersama penduduk Bukit Gedung di sini hari ini. Menurut Ayub, polis tidak menghalang orang ramai untuk menyuarakan pendapat tetapi ia perlu dilakukan mengikut undang-undang. Kerajaan DAP Pulau Pinang dijadual mengadakan Majlis Penerangan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya pukul 8 malam esok. Antara pemimpin pembangkang yang dijangka hadir ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Perhimpunan yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu sepatutnya berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 30 Jun lalu. Bagaimanapun, ia dibatalkan selepas polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang dua perhimpunan berkenaan. 21 Apabila Kuala Lumpur bertukar menjadi ‘Hulu Tembeling’ Oleh Hassan Mohd. Noor SABTU 9 Julai 2011, pukul 12.18 tengah hari, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pak Lang, seorang pemandu teksi di ibu negara. Beliau memberi respons kepada pertanyaan penulis mengenai operasinya di Kuala Lumpur (KL) pada hari berkenaan. Jawabnya: Tanya Mat Sabu. Biar dia jawab. Laluan di pinggir KL nak masuk jammed. Dalam bandar kebanyakan laluan ditutup. Tak ada hasil di dalam bandar”. Jawapan ringkas tetapi penuh makna. Baginya KL tiba-tiba bertukar menjadi Hulu Tembeling (rujuk kenyataan Mat Sabu bidas peniaga, pemandu teksi yang bantah Bersih supaya berniaga di Hulu Tembeling yang tiada orang) kerana ramai orang dan teksi tidak boleh masuk KL. Memang betullah kata Mat Sabu, orang No. 2 Pas kalau tak nak orang ramai, pergilah berniaga dan bawa teksi di Hulu Tembeling. Di Hulu Tembeling, selain pelancong, yang ada tentulah haiwan seperti monyet yang bergayut ke sana sini, yang tidak pedulikan manusia. Monyet yang tidak bersekolah tentulah tidak naik teksi atau membeli-belah. Tetapi di Kebun Bunga, Pulau Pinang, ada monyet yang jadi peragut, pantang tengok manusia bawa beg, akan cuba dirampasnya. Seorang lagi pemandu teksi, Pak Long pula agak bernasib baik kerana mendapat ‘manfaat’ daripada tindakan Mat Sabu dan sekutunya yang berkumpul di KL Sentral. Penumpang Pak Long dari Pandan Jaya mahu ke KL Sentral, nak ambil bas tambang murah RM10 ke KLIA. Tetapi apabila diberitahu laluan ke KL Sentral ditutup, penumpang meminta Pak Long membawanya terus ke KLIA. Pak Long lega kerana dapat meninggalkan KL. Tetapi semasa mahu pulang, beliau terperangkap dalam sekatan polis. Itu kisah Pak Lang dan Pak Long pada hari perhimpunan haram Bersih yang menurut Mat Sabu akan menyebabkan ramai naik teksi, membeli-belah serta minum. Penulis kemudiannya mengambil komuter dari Bangi untuk ke pejabat. Mungkin kerana ditemani dua orang anak yang mahu singgah di Kajang dan tidak kelihatan seperti seseorang yang mahu menyertai demonstrasi, empat anggota polis di stesen itu tidak berkata apa-apa. Tetapi ada penumpang lain yang membawa beg diperiksa dan ditanya mahu ke mana. Melangkah masuk ke dalam komuter, penulis terkejut kerana masih banyak tempat duduk. Biasanya pada waktu itu, jangan harap ada ruang untuk duduk. Tetapi kelmarin, keadaan berbeza. Begitu juga ketika di stesen UKM. Satu lagi ‘manfaat’ Bersih apabila tidak ramai orang menggunakan komuter pada hari itu. Di stesen Kajang juga hampir sama. Entah ke mana manusia pada hari itu sehingga ‘perut’ komuter yang sering sarat manusia begitu selesa. Di stesen itu, ketika tren mula bergerak, tibatiba muncul seorang lelaki yang sudah berusia dari koc wanita memasuki koc yang diduduki penulis. Sambil tersenyum beliau berkata: ‘‘Silap masuk koc wanita, nasib baik depa bagi tau’’. Peramah pak cik tu. Dia bersandar di pintu sambil berbual dengan dua orang anak muda. Ditangannya ada senaskhah akhbar tabloid. Dia datang dari Kedah. Secara tiba-tiba dia mengeluh apabila bercerita mengenai polis yang menahan dan memeriksanya di stesen. Katanya:‘‘Perhimpunan haram jadah. Pak cik bukan jenis manusia yang macam tu suka menyusahkan orang. Bangang punya lawyer, orang nak pi shopping pun takut. Pak cik benci depa ni, menyusahkan orang,”. 22 Beliau juga menceritakan bagaimana masanya banyak terbuang kerana sekatan jalan sebelum tiba di KL sehari sebelum itu. “Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dah bagi stadium depa tak nak pi...nak pi atas jalan juga. Bodoh betoi (betul)’'. Macam-macam lagi dia menyumpah, maki hamun perhimpunan haram itu. Pak cik tu beritahu, dia bukan orang politik tetapi apabila berlaku macam ni, dia geram kerana puak politik sudah menyusahkan orang. Sambil menunjukkan akhbar berkenaan dia berkata: Baca boleh percaya jangan. “Hari ni (Sabtu) orang nak rehat, jalan-jalan, shopping, semua tak jadi...bodoh. ” Dia juga kesal kerana yang ikut perhimpunan tu kebanyakannya orang Melayu, ada yang ‘berdahi hitam’ dan anak-anak muda. Semuanya Melayu. Itu satu lagi kebodohan orang yang sebangsa dengannya. Malu. Banyak lagi yang diluah sepanjang perjalanan sehingga penulis turun di stesen Salak Selatan. Pastinya sumpah seranah akan lebih memuncak apabila dia tiba di stesen KL Sentral atau KL menyaksikan kekecohan penyokong-penyokong Bersih yang berlagak sebagai penumpang. Maka berdasarkan makluman Pak Lang, Pak Long dan Pak Cik Kedah yang menaiki komuter itu, nyatalah perhimpunan Bersih berjaya menyusahkan banyak pihak. Anwar Ibrahim, Mat Sabu malahan pemimpin gagasan negara berkebajikan (dulu negara Islam), Abdul Hadi Awang juga berjaya membantu pemimpin Bersih, S.Ambiga untuk menyusahkan orang ramai dan anggota polis. Mereka berjaya membawa ramai Melayu keluar bertebaran di jalanan. Memang Ambiga hebat. Betullah kata orang tangan (wanita) yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Kesimpulannya, perhimpunan Bersih berjaya menjejaskan periuk nasi pemandu teksi, peniaga dan penjaja kecil, berjaya menakutkan pelancong serta meletakkan imej buruk kepada negara luar. Mereka juga berjaya menjejaskan kemeriahan majlis perkahwinan sehingga makanan membazir disebabkan ramai tetamu tidak hadir. Kejayaan lebih besar tentunya dapat mengajak rakyat ingkar perintah Seri Paduka. Apa pun terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengekang perhimpunan ini. Di sesetengah lokasi, anggota polis tidak bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan walaupun diasak dengan pelbagai tindakan. Di lokasi lain, untuk menyuraikan keadaan, mereka bertindak mengikut undang-undang seperti menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Lebih menariknya, ketika polis hanya menjamah nasi bungkus ketika bertugas mengawasi perhimpunan ini, orang yang ditahan pula menikmati makanan ala bufet. Selepas ini pasti ada laporan kononnya polis ‘bertindak kasar’. Itu sudah dijangka. Tetapi mereka lupa bahawa perhimpunan Bersih adalah haram. Mereka harus bersedia menerima 23 risiko apabila melakukan perkara yang haram. Kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dengan gas pemedih mata, kalau takut dirempuh manusia, jangan sertai perhimpunan haram! Duduk di rumah. Yang jelas, perhimpunan haram ini ada agenda tersembunyi. Di kalangan peserta perhimpunan ini, ada wakil rakyat yang mempunyai saluran bersuara di Parlimen. Kenapa harus mengganggu urusan harian orang awam di jalanan? Mereka sudah diberi pilihan untuk mengadakannya di stadium tetapi jalan raya juga jadi pilihan. Mungkin ketika mereka bergerak menyertai perhimpunan itu, mereka sudah terbayangkan Seri Perdana dan Putrajaya. Matlamat mereka seolah-olah mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya bukannya pilihan raya. 24 9 Julai yang hanya menyusahkan rakyat KESUDAHANNYA kelmarin, seramai 1,401 orang termasuk pemimpin pembangkang, penganjur dan pemimpin Patriot ditahan dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sekitar ibu negara. Seperti yang dijangka, perhimpunan berkenaan mengundang seribu macam masalah kepada orang ramai terutama warga kota dan penduduk Lembah Klang. Hari Sabtu yang sepatutnya boleh dihabiskan bersiar-siar bersama keluarga atau rakan-taulan atau melakukan urusan kerja yang lainnya, menjadi satu hari yang 'lumpuh' disebabkan perhimpunan haram ini. Sekatan dan penutupan jalan raya yang terpaksa dilakukan oleh pihak polis bagi mengagalkan perhimpunan itu menjelang dan semasa hari perhimpunan, membuatkan ramai warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak kurang juga yang 'mati akal' untuk mencari jalan alternatif ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Kedai-kedai di sekitar lokasi perhimpunan turut ditutup, dan mereka terpaksa menanggung kerugiannya bukan penganjur. Dalam pada itu, operasi pengangkutan awam juga terganggu dan mengakibatkan beribu-ribu orang awam terkandas di ibu kota. Beberapa majlis perkahwinan yang berlangsung turut terjejas kerana kesukaran tetamu untuk datang berikutan penutupan jalan. Begitulah kesukaran yang terpaksa dilalui oleh rakyat disebabkan oleh agenda Pengerusi Bersih, S. Ambiga, Anwar Ibrahim, DAP dan Pas itu. Pun begitu, penghimpunan tersebut sebenarnya tidak langsung menarik minat warga kota untuk menyertainya. Kelompok penganjur terpaksa 'mengimport' peserta luar untuk berarak dan membuat kecoh. Rata-ratanya adalah orang Melayu, berapa kerat sahaja kaum Cina dan India terbabit dalam perhimpunan itu. Peserta import dari beberapa negeri ini pula, kebanyakannya tidak faham tujuan perhimpunan. Mereka tidak tahu apa tuntutan Bersih dalam mendesak satu pilihan raya yang bersih sedangkan beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu dapat kepada pembangkang, mereka ini datang sekadar jadi 'pak turut' manakala Anwar pula seperti biasa, mengambil kesempatan itu dengan membawa agenda 'Reformasi' yang jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan tersebut diadakan. Secara tidak langsung peristiwa Sabtu lalu, memperlihatkan wajah sebenar pembangkang yang suka mencetuskan kekecohan dan tidak mengambil kira kepentingan serta ketenteraman awam. Ia sebenarnya tidak pun menguntungkan gerakan pembangkang ini, kerana rakyat sememangnya tidak merestui dan mengutuk tindakan mereka membuat kacau ini. Rakyat sudah tentunya percaya dan yakin, pemimpin yang mereka pilih, penentuannya adalah di peti undi bukan dengan mengheret rakyat melakukan demonstrasi di jalan raya. Dalam perkara ini, rakyat yang sebelum ini diminta oleh Bersih dan parti-parti pembangkang atas nama demokrasi untuk menyertai perhimpunan ini, harus dipuji kerana menolak perhimpunan ini. 25 Dan terima kasih juga kepada rakyat terutamanya warga kota yang dengan sabar melalui saatsaat kepayahan ini dengan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka mententeramkan Kuala Lumpur. Pihak polis sewajarnya diberikan pujian kerana berjaya menghalang perhimpunan ini daripada menjadi kecoh dan terpaksa diumumkan darurat. Bahkan peserta-peserta yang ditahan oleh pihak polis juga diberikan layanan baik termasuk makan minum dalam khemah khas ala kenduri kahwin. Kosnya, sudah pasti tidak ditanggung oleh penganjur. Dan kita berharap dengan berakhirnya perhimpunan ini, tidak akan menyebabkan pihak polis 'menutup buku' siasatan terhadap Bersih. Pihak berkuasa seharusnya terus menyiasat secara habis-habisan. Banyak keraguan dan kemusykilan terhadap gerakan Bersih ini. Ini termasuk dakwaan mengenai sumbangan dana asing yang melimpah masuk untuk tujuan perhimpunan ini. 26 Pas terus setia jadi 'pak turut' Oleh ZULKIFLEE BAKAR DENGAN fikiran yang tenang, ingatkan kembali wajah-wajah penunjuk perasaan yang menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, kelmarin. Lihatlah dengan teliti satu persatu, siapakah kumpulan majoriti dalam demonstrasi itu? Apakah keturunan dan agama mereka? Apa pakaian yang mereka pakai? Serta siapa yang mereka sokong? Kita akan mendapat satu sahaja jawapan iaitu majoritinya ialah orang Melayu, beragama Islam dan penyokong Pas. Ada antara mereka yang kononnya atas nama perjuangan sudah berharihari di ibu negara dan ada pula baru tiba semata-mata untuk menyertai demonstrasi berkenaan. Sebahagian penyokong perhimpunan Bersih yang berkumpul di stesen keretapi Kuala Lumpur, kelmarin. Mereka sanggup datang daripada jauh dan dekat, merempat di masjid dan surau, stesen bas dan kereta api, menumpang rumah saudara dan taulan hanya dengan satu matlamat iaitu menyertai perhimpunan haram! Akibat ketaksuban yang menguasai pemikiran dan mata hati, mereka tidak sedar bahawa perjalanan jauh mereka ke ibu negara adalah semata-mata untuk menjayakan satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga. Ambiga bukanlah ahli politik dan malahan beliau tidak pernah menyertai mana-mana pilihan raya sebagai calon, sebaliknya Ambiga lebih dikenali sebagai salah seorang penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang suatu ketika berusaha menggugat kesucian agama Islam. Malahan penyokong Pas yang bersedia menjadi 'pak sanggup' itu juga tidak memikirkan bagaimana biadabnya Ambiga menunjukkan kedegilannya kepada pihak berkuasa yang melarang perhimpunan haram tersebut diadakan. Tetapi pemimpin dan sebahagian ahli Pas yang sudah diresapi semangat politik kebencian seperti biasa mudah lupa dan begitu senang memaafkan, biarpun individu berkenaan pernah menggugat agama mereka. Apa yang mengecewakan sehari sebelum itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengingatkan mengenai siapa penganjur perhimpunan haram berkenaan. Malahan Jakim secara tegas menyatakan, '' Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam 27 serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.'' Kita bersimpati dengan penyokong-penyokong Pas berkenaan yang sanggup berkorban datang ke Kuala Lumpur semata-mata menyahut seruan Ambiga yang disampaikan melalui pemimpinpemimpin mereka. Dalam demonstrasi haram tersebut, penyokong Pas basah kuyup bukan sahaja disirami hujan malah ada yang pedih mata akibat terkena gas pemedih mata dan semburan air kuning oleh pihak polis. Dalam soal ini, jangan sesekali menyalahkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Ketika berkumpul pula Pas yang ada pemimpinnya begitu mudah mengatakan mereka lebih hebat dalam perjuangan Islam tidak pula mempedulikan mahram dan bukan mahram. Semuanya bercampur gaul bersama-sama sama ada yang berserban atau berkopiah, bertudung atau berpurdah, semuanya sudah dianggap 'halal' kononnya atas nama menegakkan kebenaran dan meranapkan kebatilan. Tingkah laku mereka juga amat menyedihkan sebagai seorang penyokong kepada sebuah parti yang selama ini merasakan mereka lebih Islam daripada UMNO. Lebih mengecewakan ialah sebahagian mereka adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup mengingkari arahan kerajaan supaya jangan terlibat dalam perhimpunan tersebut semata-mata menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin Pas. Sebab itulah pemimpin-pemimpin Pas perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas penyokong-penyokong mereka termasuklah jika ada di kalangan mereka dibuang dari IPT. Ia kerana sudah berminggu-minggu amaran telah diberikan oleh pihak berkuasa bahawa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu melanggar undang-undang negara. Tetapi sebahagian besar penyokong Pas yang hadir tidak diberi gambaran sebenar kesan buruk akibat penyertaan mereka, sebaliknya pemimpin Pas meracunkan pemikiran ahli-ahli parti itu dengan menyatakan inilah adalah satu perjuangan bagi menuntut keadilan dan meruntuhkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Maka tersenyumlah Ambiga, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mempunyai rakan sekutu seperti Pas yang cukup akur mematuhi arahan agar mengerahkan ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan haram berkenaan. Penyokong-penyokong Pas yang hadir juga seolah-olah tertipu apabila tidak ramai penyokong PKR apatah lagi DAP yang datang untuk berhadapan dengan pihak berkuasa. Kesudahannya penyokong Pas yang menjadi sasaran dikejar dan ditangkap oleh pihak polis sedangkan penyokong kedua-dua parti itu hanya menonton di televisyen atau membaca di dada-dada akhbar bagaimana 'lawaknya' gelagat kawan mereka dalam Pas yang menyertai demonstrasi berkenaan. 28 Namun begitu tidak semua ahli Pas yang sejahil kelompok yang datang ke Kuala Lumpur, semalam, masih ada lagi sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang mampu berfikir secara waras. Mereka tidak menyahut seruan turun ke Kuala Lumpur biar pun Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertainya. Ia kerana mereka amat memahami kesan buruk akibat perhimpunan haram tersebut. Beberapa pemimpin muda Pas yang dihubungi oleh penulis beberapa hari sebelum perhimpunan berkenaan memberitahu bahawa mereka tidak rela menjadi 'pak turut' bagi memenuhi agenda Ambiga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Tambahan pula mereka sendiri merasakan ketiga-tiga pihak berkenaan mempunyai agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram tersebut. Malahan ketangkasan pihak polis membongkar pelbagai elemen yang cuba menyerap masuk semasa demonstrasi berlangsung juga turut membimbangkan pemimpin-pemimpin muda itu. Ia kerana mereka merasakan perhimpunan haram tersebut bukan sekadar menuntut sebuah pilihan raya bebas, adil dan telus tetapi lebih daripada itu menjurus ke arah menghuru-harakan negara dan menjatuhkan kerajaan secara tidak sah. Tetapi semua ini tidak ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin Pas terutamanya di kalangan mereka yang menjadi penyokong kuat kepada Anwar. Sikap mereka yang terlalu taksub berpegang kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang membolehkan Anwar memanipulasikan kekuatan Pas untuk kepentingan politiknya. Anwar tidak boleh bergantung kepada PKR yang semakin merudum sokongannya di kalangan rakyat. Malahan PKR tidak sehebat Pas dalam penyusunan organisasinya. Tambahan pula Anwar tahu ahli-ahli Pas sentiasa patuh dan taat kepada arahan pemimpinpemimpin mereka, oleh itu Anwar memanipulasikan semua itu bagi membolehkan Pas menjadi penggerak utama dalam demonstrasi yang dilancarkan. Berdasarkan kehadiran pada perhimpunan haram, kelmarin ramai yang yakin bahawa ia tidak akan seramai mana jika penyokong-penyokong Pas tidak turun ke jalanan. Bersih tidak ada kekuatan, begitu juga PKR manakala DAP pula tidak akan memperbodohkan diri dengan menyuruh masyarakat Cina meninggalkan masa berfaedah mereka dengan menyertai demonstrasi tersebut. Ini berbeza dengan Pas yang pemimpin-pemimpinnya begitu ghairah untuk menunjukkan semangat setiakawan sehingga mengerahkan ahli-ahlinya menyahut seruan Ambiga, Anwar dan DAP. 'Lebih hebat' lagi ada pula di kalangan penyokong Pas yang sanggup menjadi 'penaja utama' dengan memberi elaun khas kepada penyokong parti itu yang menyertai perhimpunan haram tersebut. 29 Demikianlah nasib Pas, dari semasa ke semasa, parti itu terus menjadi 'pak turut' yang boleh diarah membuat itu dan ini untuk kepentingan orang lain. Semua itu terjadi kerana Pas kini bukan lagi pejuang negara Islam, Pas tidak lagi berdiri atas prinsip menegakkan syariat Allah atau sebuah parti yang berdiri di atas kaki sendiri tetapi Pas kini adalah sebuah parti yang dahagakan kedudukan dan memburu kekuasaan sama seperti PKR dan DAP sehingga terus rela menjadi 'pak turut'! 30 Penyokong Bersih tidak jaga keselamatan Ketua Pembangkang? KUALA LUMPUR 10 Julai - Tindakan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam yang tidak mengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ketua pembangkang itu cedera di kepala dan kaki dipersoal seorang penulis blog. Penulis blog OpEd yang sebelum ini pernah berkhidmat di agensi berita Reuters, Remy Ahmad berkata, bukan sahaja penyokong tidak memberi kawalan keselamatan malah mereka memijak pemimpin sendiri. "Penyokong patut lindungi pemimpin, bukan pijak depa. Kesian Abang Nuar (Anwar) dah kemek. Camni kes sodomi 13 Julai ini ditunda tak?," kata beliau dalam blognya, www.remgold.blogspot.com. Anwar mendakwa cedera di kepala dan kaki selepas terkena semburan gas pemedih mata ketika bersama-sama penyokongnya mengadakan perarakan haram di KL Sentral. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun tidak meneruskan perarakan sebaliknya dibawa pulang ke hotel penginapannya sebelum dihantar ke Hospital Pantai di sini. Polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata kerana Anwar dan ratusan penyokongnya enggan berganjak selepas arahan dikeluarkan supaya mereka bersurai. Sumber AFP yang dipetik Remy mendakwa, peguam A. Xavier Jayakumar turut menyertai perarakan bersama Anwar dan ratusan penyokong yang berkumpul di stesen itu apabila polis menyembur gas pemedih mata. "Keadaan menjadi panik… Anwar terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai konkrit," kata Jayakumar di hospital. Kata Jayakumar, selain terkejut dengan apa yang berlaku, Anwar ketika kejadian terpaksa menahan kesakitan bukan sahaja di kaki, malah benjol di kepala. Perhimpunan di KL Sentral turut disertai oleh penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 31 Ambil tindakan tegas terhadap penganjur Bersih KUALA LUMPUR 10 Julai - Kerajaan dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang berdegil dengan arahan untuk tidak mengadakan perhimpunan haram di ibu negara semalam. Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ia wajar kerana 'hasutan' Ambiga terhadap penyokongnya agar perhimpunan itu diteruskan telah menggugat keharmonian negara. "Dia (Ambiga) sudah melampau dan menggugat keharmonian negara ini. Disebabkan dia bertegas nak ke Stadium Merdeka, dia cuba lawan polis. "Kita ada undang-undang, ada Perlembagaan. Saya minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadapnya. Polis jangan takut dengan tekanan luar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Angkatan Muda Keadilan berkata, tindakan pihak berkuasa membebaskan Ambiga selepas ditahan semalam sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana ujarnya, Ambiga sudah pasti akan bebas merancang untuk mengadakan perhimpunan sama nanti. Jelas beliau, Ambiga sememangnya bukan mahu memperjuangkan apa yang dituntut Bersih tetapi agenda di sebalik perhimpunan itu hanyalah untuk memburukkan nama serta imej negara. "Kalau kita lihat dalam laman sosial dan laporan agensi berita asing, semuanya cerita tentang keburukan polis dan kerajaan berikutan perhimpunan haram itu. "Tetapi, tidak ada satu pun yang cerita tentang bagaimana mereka yang ditahan itu diberikan layanan baik oleh polis. Inilah agenda Ambiga. Dia sudah capai matlamatnya," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Ambiga dan Pas hanyalah 'kuda tunggangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digerakkan dalam Bersih untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Ujarnya, ia satu tindakan terdesak Anwar bagi membolehkannya dapat bergelar Perdana Menteri dengan jalan mudah. "Yahudi menguasai dunia menggunakan proksi. Tindakan ini menyamai apa yang dilakukan Anwar yang gunakan Pas dan Ambiga untuk kepentingan dirinya. "Anwar dan pembangkang tahu bahawa parti lawan mereka (BN) sudah dapat menarik semula hati rakyat. Untuk itu, mereka terpaksa cari peluang untuk menonjol semula. "Sebab itulah perhimpunan jalanan digunakan," tambahnya. 32 Ambiga pembohong besar kedua Oleh WANDA IDRIS [email protected] KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disifatkan pembohong kedua terbesar selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bersekongkol dengan pembangkang dalam perhimpunan haram semalam demi menjayakan kepentingan peribadi pemimpin tertentu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, tembelang Ambiga itu pecah berikutan tindakannya yang hadir pada sidang akhbar bersama-sama ketua pembangkang di sebuah hotel semalam sebelum berarak dalam perhimpunan tersebut. "Selama ini dia kata dia bertindak atas nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan). "Tetapi apabila beliau hadir pada sidang akhbar itu bersama-sama Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membuktikan bahawa semua itu bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataannya menganggap tujuan utama perhimpunan haram Bersih terpesong berikutan agenda 'reformasi' yang dilaungkan lebih menonjol berbanding tuntutan Bersih sebelum ini. Mohd. Puad berkata, lebih mendukacitakan apabila tindakan Ambiga untuk bersekongkol dengan pembangkang dalam perhimpunan haram di ibu negara itu bukan sahaja telah menipu rakyat malah seolah-olah mempersendakan Yang di-Pertuan Agong. Ini kerana tegas beliau, pertemuan Ambiga dengan Yang di-Pertuan Agong adalah atas platform NGO demi memenuhi tuntutan Bersih selain tiada wakil parti politik pembangkang menyertai pertemuan tersebut. "Bagaimanapun, tindakan Ambiga itu jelas membuktikan dia telah membohongi bukan sahaja rakyat tetapi mempermainkan Seri Paduka Baginda. Ambiga pembohong kedua terbesar selepas Anwar," ujarnya. Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, dari satu sudut, 'permainan' Ambiga itu juga hanya menguntungkan dirinya. "Tetapi Anwar pula tidak dapat apa-apa. Rancangan untuk ditangkap atau cedera tak kesampaian. "Sedangkan Anwar memang mengharapkan dia ditangkap atau dicederakan (pada perhimpunan itu) untuk mengalih perhatian umum daripada kes perbicaraan liwatnya pada 13 Julai ini," katanya. 33 BN tidak terjejas PULAU PINANG 10 Julai - Penganjuran perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur semalam diyakini tidak akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, ini kerana rakyat tahu bahawa kerajaan Pusat telah melaksanakan pelbagai pelan pembangunan yang akan membawa perubahan kepada ekonomi negara. Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi program-program transformasi yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. "Demonstrasi semalam bukan sahaja tiada makna, malah ia menyusahkan orang ramai dan menyebabkan banyak kedai di sekitar Kuala Lumpur mengalami kerugian," katanya semasa melawat tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini hari ini. Abdullah berharap perhimpunan haram sedemikian adalah yang terakhir di negara ini kerana ia hanya membawa keburukan kepada rakyat. Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin BN supaya memberi sepenuh perhatian kepada keperluan rakyat dan menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum ini. 34 BN tidak akan heret rakyat ke jalan KUALA LUMPUR 10 Julai - Barisan Nasional (BN) tetap tidak akan menggunakan taktik kotor dengan mengheret rakyat ke jalan seperti yang dilakukan pembangkang sebaliknya terus berjuang berpaksikan undang-undang dan Perlembagaan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada masa sama, kedudukan BN pada pilihan raya umum akan datang tidak sama sekali tergugat dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam. TUANKU Fauziah Tengku Abdul Rashid (kiri) membelek isi kandungan salah sebuah buku karya Shuryani Shuib (tengah) sambil disaksikan Mohd. Shafie Apdal di Kuala Lumpur, semalam. "Kita sentiasa di landasan yang benar bagi membuktikan kemampuan parti, bukan melalui rusuhan atau demonstrasi. Ini bertentangan dengan cara pembangkang yang mengambil jalan mudah bagi mencapai tujuan peribadi mereka. "Walaupun masa untuk menghadapi pilihan raya semakin suntuk, tetapi kita telah merancang strategi bagi meneruskan pentadbiran negara dengan baik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku, Flowers of My Heart dan The Other Side Of The World hasil tulisan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuib di sini hari ini. Buku tersebut dilancarkan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan mahasiswa dalam demonstrasi Bersih di luar negara semalam, Mohd. Shafie berkata, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan tersebut. "Saya masih tidak mendapat laporan sebenar mengenai perkara itu, namun kerajaan akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya. 35 ARKIB : 10/07/2011 Najib: Anwar dalang perhimpunan haram 10/07/2011 3:51pm KUALA LUMPUR 10 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan. Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, beliau berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri. "Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. "Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik. "Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya. Beliau berkata, Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal. — Bernama 36 ARKIB : 10/07/2011 Mangsa mati sertai Bersih kerana komplikasi jantung 10/07/2011 3:07pm Oleh ROZIANAH RISMAN KUALA LUMPUR 10 Julai – Polis mengesahkan lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sini semalam, adalah disebabkan kerana komplikasi jantung. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, laporan bedah siasat kematian Baharudin Ahmad, 56, itu dikeluarkan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. – Utusan 37 ARKIB : 10/07/2011 Pembangkang pesong niat Bersih KUALA LUMPUR 9 Julai - Penglibatan pemimpin pembangkang yang membawa agenda 'reformasi' semasa menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara jelas memesongkan tujuan utama perhimpunan itu diadakan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda yang dilaungkan itu dilihat lebih menonjol berbanding apa yang disuarakan mereka mengenai tuntutan Bersih sebelum ini. ''Dalam insiden yang berlaku, jelas kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran. Penganjur perhimpunan hilang peranannya dan gagal mengawal keadaan. ''Bukan lagi soal SPR yang timbul tetapi sebaliknya penglibatan pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini. ''Mereka terus menerus melaungkan reformasi dan mencetuskan kacau ganggu. Perhimpunan ini ternyata hilang arah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang telah tercetus,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Hishammuddin berkata, tindakan pembangkang yang berterusan membohongi rakyat termasuk tergamak mencetuskan huru-hara cukup dikesali dan mereka langsung tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap masa depan negara. Mereka, jelasnya, ternyata mempunyai tujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan serta bermatlamat agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini. ''Pembangkang mahu Malaysia dilihat sebagai tidak stabil dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik. ''Justeru, kerajaan akan tetap mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan menggunakan segala peruntukan sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat,'' katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, penyertaan penyokong Bersih dalam perhimpunan haram jelas menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menghuru-harakan negara dan mengharapkan mereka ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan. ''Kita bersyukur kerana polis berjaya mengawal keadaan dan berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi. 38 ''Segala tindakan ini berjaya menghindari daripada berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. ''Saya juga bersyukur kerana pihak berkuasa telah membuat siasatan yang rapi dan menjalankan tugas dengan sebaiknya termasuk berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan-bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya dalam perhimpunan hari ini,'' tambahnya. 39 ARKIB : 10/07/2011 Tiada lepas tindakan undang-undang Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA [email protected] Sebahagian daripada tahanan perhimpunan haram Bersih diberi layanan baik dengan penyediaan makanan oleh polis di Pulapol, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ihsan PDRM KUALA TERENGGANU 9 Julai – Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara dengan melakukan perhimpunan haram tidak akan terlepas daripada tindakan tegas pihak polis tanpa mengira sama ada mereka menentang atau menyokong kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi peringatan itu berkata, tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman pelbagai anasir yang boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu-gugat keharmonian negara. Katanya, dalam sistem demokrasi berparlimen, kerajaan memberi ruang kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk melahirkan perasaan tidak puas hati dan mereka ada cara untuk melakukannya tanpa melakukan perhimpunan haram. Beliau berkata, kerajaan telah mencadangkan pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium untuk mereka berhimpun dan membuat ucapan dengan aman serta mengemukakan tuntutan. “Itu tawaran sangat baik yang disediakan oleh kerajaan. (Sekarang) kalau ada tindakan, dia kena hadapi sama ada dia sokong kerajaan atau menentang kerajaan,” katanya selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia di Stadium Negeri, di sini, hari ini. 40 Perdana Menteri diminta mengulas penahanan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyertai perhimpunan kumpulan Patriot di Jalan Bukit Bintang. Menurutnya, kerajaan tidak akan membiarkan perhimpunan haram diadakan oleh mana-mana pihak termasuk penyokong kerajaan atau pembangkang kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. “Kalau Bersih buat, pihak kerajaan pun buat, jadi di mana kesudahannya. Apa akan jadi pada negara kalau saban hari ada demonstrasi jalanan? “Cara seperti ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan merosakkan ekonomi negara dan keyakinan orang luar kepada Malaysia. Apakah ini yang kita hendak?” soalnya. Najib bersyukur kerana majoriti rakyat cintakan keamanan apabila tidak terikut-ikut dengan demonstrasi jalanan Bersih yang cuba membawa huru-hara dan mencemarkan imej negara. Menurutnya, mereka yang selama ini menjadi ‘majoriti senyap’ sewajarnya bangkit bersuara dengan pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa mereka mahu keharmonian dan ketenteraman negara tidak diganggu-gugat. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya. “Saya bersyukur kerana ia berakhir dengan keadaan yang tidak membawa kesan yang terlalu berat terutama kepada rakyat dari segi kerosakan harta-benda dan sebagainya,” ujar beliau. 41 ARKIB : 10/07/2011 1,401 orang ditahan polis Oleh A NGELINA SINYANG dan WANDA IDRIS KUALA LUMPUR 9 Julai – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara hari ini. ISMAIL Omar menunjukkan suspek penangkapan yang berada di pusat tahanan Pulapol dilayani sebaik-baiknya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH Turut ditahan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; dua Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob, Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua serta Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa. Ambiga dan Abdul Hadi yang masing-masing dibawa untuk siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan mereka dirakamkan pada pukul 6.30 petang ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sejak pukul 9 pagi hingga 5 petang, polis telah membuat 1,401 tangkapan membabitkan 1,273 lelaki, 115 wanita, 12 orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Beliau berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan dan sebahagian besarnya dibawa ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Jalan Semarak. “Selesai sahaja siasatan, Insya-Allah semua mereka akan dijamin atau mungkin ditahan lanjut bergantung kepada hasil siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. Menurut Ismail, perhimpunan haram diadakan di dua lokasi iaitu Jalan Pudu berhampiran Hentian Puduraya dan luar Stadium Merdeka itu berlaku setelah polis menolak permohonan permit kepada kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium-stadium di ibu negara. Beliau berkata, kumpulan terbabit dianggarkan berjumlah antara 5,000 hingga 6,000 orang itu mulai keluar kira-kira pukul 2 petang dan berkumpul di dua lokasi berkenaan. 42 “Bagi kumpulan yang berhimpun di Jalan Pudu, mereka bergerak dan berkumpul menuju ke Dataran Merdeka. “Apabila mereka disekat oleh anggota polis yang bertugas, diberikan nasihat dan amaran bersurai, mereka enggan bersurai sebaliknya bertindak merempuh pasukan keselamatan sedang bertugas,” katanya. Beliau berkata, tindakan tersebut menyebabkan anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiada pilihan dan terpaksa menyembur gas pemedih mata serta pancutan air ke arah mereka. Beliau berkata, polis juga berjaya menghalang kumpulan yang berhimpun di luar Stadium Merdeka daripada memasuki stadium berkenaan. Ismail berkata, kumpulan yang berkumpul di Jalan Pudu bagaimanapun didapati kembali berkumpul di hadapan pusat beli-belah KLCC dan Menara Maybank tidak lama selepas itu. “Mereka sengaja kembali berkumpul untuk menunjukkan seolah-olah perhimpunan haram ini berlaku di serata Kuala Lumpur walaupun sebenarnya hanya melibatkan dua lokasi,” katanya. Sementara itu, mengenai semua penunjuk perasaan yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara hari ini, katanya, mereka menerima layanan baik daripada polis. Ismail berkata, mereka yang ditahan di Pulapol, disediakan makanan, rawatan perubatan dan juga tempat untuk bersolat. “Pergilah melawat sendiri ke Pulapol (kalau tidak percaya mereka dilayan baik). Lihatlah tempat makan (mereka,) macam kenduri kahwin sedangkan mereka orang tahanan. 43 “Saya beri pengesahan semua yang ditahan ini diberi layanan baik. Selesai sahaja siasatan, Insya-Allah... semua mereka akan dijamin atau ditahan lanjut bergantung kepada hasil siasatan,” katanya. Ismail yang turut menunjukkan beberapa keping gambar keadaan tahanan terbabit sebagai bukti berkata, selain memberi makanan, pihaknya turut menyediakan doktor dan pembantu perubatan bagi merawat mereka yang mengadu tidak sihat. 44 ARKIB : 10/07/2011 Polis berjaya kekang Bersih BEBERAPA perusuh bertindak liar dengan membaling objek ke arah trak polis yang mengawal rusuhan perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 9 Julai – Langkah pencegahan awal yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan usaha penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak dan berhimpun secara haram di ibu negara hari ini. Langkah polis membuat sekatan jalan raya selain menutup laluan utama menuju ke Kuala Lumpur membolehkan keadaan di ibu negara terkawal meskipun peserta perhimpunan haram terus berdegil dengan cuba merempuh sekatan polis untuk meneruskan perarakan. Sejak malam tadi sehingga pukul 5 petang ini, polis menahan seramai 1,401 orang yang menyertai perhimpunan haram itu termasuk pemimpin kanan parti pembangkang, penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Selain kedua-dua pemimpin itu, antara yang ditahan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; dua Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob serta Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Sebelum ini juga, terdapat maklumat yang mendakwa penunjuk perasaan dari Kedah diberi imbuhan sebanyak RM200 untuk menghadiri perhimpunan haram berkenaan. Berdasarkan maklumat pasukan keselamatan, dianggarkan 6,000 penunjuk perasaan menyertai perhimpunan haram itu hari ini yang kebanyakannya berkumpul di lima lokasi antaranya Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Dayabumi, Masjid Jamek, Jalan Pudu dan pusat beli-belah Sogo. 45 Pada kira-kira pukul 2 petang penunjuk perasaan yang kononnya mahu berhimpun secara aman mulai bertindak agresif di Hentian Pudu Raya dan Menara Maybank. Mereka yang menguasai sekitar kawasan itu selepas berarak dari beberapa laluan, mula bertindak di luar kawalan selepas gagal melepasi sekatan pihak berkuasa. Beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan jalan raya dan menimbulkan suasana huru-hara dengan mencemuh dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis yang bertugas mengawal keselamatan. Akibatnya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata serta menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan. Penyokong Bersih juga dikesan menyamar sebagai penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, selepas diusir pihak polis dari Masjid Negara. Keadaan itu mengakibatkan bangunan KTMB sesak dengan orang ramai yang dianggarkan berjumlah 1,000 orang sejurus polis menyuraikan mereka pada pukul 8.30 pagi. Berikutan itu, pihak pengurusan KTMB mengarahkan kumpulan penyokong tersebut beredar menyebabkan berlaku kekecohan sehingga memaksa 200 individu ditahan. Apa yang menyedihkan, orang Melayu merupakan majoriti yang menyertai perhimpunan haram itu dengan sebahagian besar daripadanya adalah golongan muda dipercayai penuntut universiti. Beberapa wanita dan kanak-kanak serta orang kelainan upaya termasuk berkerusi roda turut diheret bersama-sama menyertai perhimpunan haram itu. Pasukan keselamatan berjaya menyuraikan penyokong Bersih kira-kira pukul 5 petang ini. 46 ARKIB : 10/07/2011 Pelancong asing trauma gara-gara perhimpunan Bersih KUALA LUMPUR 9 Julai - Kekecohan yang berlaku akibat perhimpunan haram Bersih di sekitar ibu kota hari ini meninggalkan trauma yang mendalam terhadap pelancong asing yang mengunjungi negara ini. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rata-rata pelancong asing yang ditemui menyatakan kekecewaan terhadap tindakan penganjur perhimpunan itu yang mengancam keselamatan mereka dan menimbulkan keresahan di kalangan anggota keluarga di negara asal. Pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Max Heinritz, 22, berkata, dia kesal dengan penganjuran perhimpunan itu kerana ia telah menyebabkan keadaan anarki (porak peranda) berlaku di negara yang seindah Malaysia. "Malaysia selalunya dibayangkan sebagai negara yang stabil dan aman.., namun perhimpunan haram ini telah mengubah persepsi itu," katanya. Rakannya, Raja Kancharla, 22, pula berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal keadaan huru-hara daripada bertukar lebih buruk. "Saya berasa selamat dengan kehadiran polis. Ketangkasan mereka dalam mengawal keadaan melegakan kami berdua. "Perhimpunan ini tidak seharusnya berlaku di negara seaman Malaysia," ujarnya. Sementara itu, seorang lagi pelancong dari AS, Justin Slappy, 24, beranggapan, pihak yang menganjur perhimpunan haram tersebut hanya mahu menggambarkan negara ini kucar-kacir untuk kepentingan mereka. "Saya yakin jika pihak ini terus diberi muka, maka rosaklah kestabilan di negara ini kerana agenda mereka hanya mahu menggulingkan kerajaan," tambahnya. Pelancong dari New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai David, 48, bersyukur kerana perhimpunan itu tidak merebak seperti di Mesir dan Libya. "Saya ingatkan ia akan bertukar ganas seperti di negara Asia Barat, namun kerajaan di negara ini jauh lebih bersedia untuk mengelakkan kemungkinan itu," ujar beliau. 47 ARKIB : 10/07/2011 Peniaga kecam perhimpunan haram Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD [email protected] KUALA LUMPUR 9 Julai – Rata-rata warga kota yang ditemui selepas perhimpunan haram Bersih hari ini meluahkan rasa marah kerana keamanan yang dinikmati selama ini telah diganggu gugat. Tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi mendapati, orang ramai sependapat bahawa perhimpunan tersebut tidak sepatutnya berulang kerana ia hanya menyusahkan rakyat dan negara. Seorang pekerja pasar raya, Shamsul Hairi Majid, 25, tidak bersetuju dengan perhimpunan yang diadakan pada hari ini kerana hanya membawa kesusahan kepada orang ramai. “Saya tidak setuju dengan perhimpunan ini kerana ia lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada rakyat. Seperti yang berlaku hari ini, perniagaan terjejas dan orang ramai berasa tidak selamat berada di luar,” ujarnya. Sementara itu, seorang perunding, Farid Amirul, 32, berkata, pihak yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati sepatutnya menggunakan saluran yang betul. “Malaysia merupakan negara demokrasi. Ada saluran yang betul untuk kita meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara, kita patut menggunakan saluran tersebut dan bukannya menerusi perhimpunan haram yang menyusahkan orang ramai,” jelasnya. Pengurus sebuah syarikat swasta, Saiful Nizam Zulkifli pula berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur dan pengikut perhimpunan tersebut supaya menjadi pengajaran pada masa hadapan. “Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan ini agar menjadi peringatan kepada orang ramai atau mana-mana individu supaya tidak mengulangi perkara ini. “Selain itu, perhimpunan tersebut bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah turut menjejaskan pendapatan peniaga. Pada kebiasaannya, lebih 200 pengunjung akan datang ke kedai kami, tapi tak sampai 20 pengunjung yang datang hari ini,” katanya. Bagi seorang peniaga dari Terengganu, Elly Suriani Muhamad, 26, dia kecewa dengan perhimpunan itu kerana percutian bulan madu bersama suaminya di sini bertukar menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan. “Semua perancangan kami hari ini tergendala. Banyak kedai dan pasar raya di sekitar ibu negara yang ingin kami lawati ditutup. 48 “Bukan itu sahaja, pengangkutan awam seperti teksi, bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga tidak beroperasi menjadikan kami sukar untuk bergerak,” jelasnya. ARKIB : 10/07/2011 Ingkar arahan, polis terpaksa guna meriam air KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis terpaksa menggunakan meriam air bagi menyuraikan para penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berkumpul di hadapan Menara Berkembar Petronas di sini hari ini. Tindakan itu diambil polis berikutan kedegilan kumpulan berkenaan untuk bersurai walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian. Terdahulu, kira-kira pukul 2.50 petang, kumpulan tersebut yang bergerak dari Bukit Bintang melalui Jalan Sultan Ismail ditahan di Stesen Monorel Bukit Nenas. Mereka kemudian berpatah balik dan berkumpul di hadapan Menara Berkembar Petronas. Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli dilihat turut memberi ucapan sebelum disuraikan polis. 49 ARKIB : 10/07/2011 Peserta Bersih serbu hospital KUALA LUMPUR 9 Julai - Operasi dua buah hospital swasta di Jalan Pudu iaitu Hospital Tung Sing dan Hospital Bersalin Cina terjejas apabila peserta perhimpunan haram Bersih menjadikannya sebagai 'kubu' perlindungan mereka. Kumpulan itu yang terdesak dan cuba menyelamatkan diri selepas gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak berkuasa bertempiaran lari memasuki kawasan pekarangan hospital berkenaan. Kira-kira 1,000 penyokong Bersih yang pada mulanya berkumpul di hadapan Hentian Puduraya mula berundur menuju ke Jalan Bukit Bintang selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula menyemburkan gas pemedih mata. Bagaimanapun, mereka berhenti di hadapan hospital itu dan mula membuat provokasi dengan melaungkan slogan antikerajaan serta mengejek pasukan keselamatan. Namun apabila polis mula bertindak menyembur gas pemedih mata, mereka lari bertempiaran memasuki kawasan hospital serta memanjat pagar namun beberapa orang berjaya ditahan. Pada masa sama, sebuah ambulans yang membunyikan isyarat kecemasan ingin memasuki kawasan hospital juga tersekat apabila masih ramai penunjuk perasaan memenuhi kawasan itu. Momentum kumpulan itu di Jalan Pudu semakin lemah selepas dua pemimpin pembangkang yang mengetuai mereka di situ iaitu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham ditahan polis. ARKIB : 10/07/2011 10 ditahan, rampas peluru senapang SHAH ALAM 9 Julai - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun setelah menemui peluru senapang patah serta parang yang dibalut dengan bendera sebuah parti politik di Kuala Selangor, malam semalam. Penahanan tiga individu yang menaiki sebuah kereta itu dibuat dalam sekatan jalan raya bagi mencegah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada pukul 9.50 malam. Menurut kenyataan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini, polis juga menahan tujuh lelaki dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan di daerah Kuala Selangor pukul 4.30 petang. 50 ARKIB : 10/07/2011 Gas pemedih mata bukan punca kematian peserta Bersih - Polis KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu. "Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas. "Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya. Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC. Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis. Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan. Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah. ARKIB : 10/07/2011 Peniaga rugi jutaan ringgit IPOH 9 Julai - Perhimpunan haram Bersih hari ini memberi kesan besar kepada para peniaga yang mengalami kerugian jutaan ringgit dan ia telah dirasai sejak beberapa hari lalu. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, nilai kerugian mungkin jauh lebih besar sekiranya berlaku kerosakan harta benda, kecederaan serta kematian akibat daripada rusuhan yang mungkin berlaku. "Di Kuala Lumpur, banyak tempahan majlis pada hari ini telah dibatalkan dan hotel kurang mendapat tempahan manakala kedai juga terpaksa ditutup. "Pekerja juga kerugian kerana tidak mendapat bayaran kerja lebih masa apabila majlis dan program dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Gugusan Manjoi di sini, hari ini. 51 ARKIB : 10/07/2011 Perhimpunan bimbangkan pelancong KUALA LUMPUR 9 Julai - Keadaan tegang yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur angkara penganjuran perhimpunan haram Bersih hari ini menyebabkan pelancong khuatir untuk keluar bersiar-siar. Sehubungan itu, kebanyakan mereka memilih untuk tinggal di dalam hotel dan hanya menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di dalam hotel. Jurucakap Hotel Hilton Kuala Lumpur ketika dihubungi memberitahu, keadaan agak tegang berlaku di luar kawasan hotel tersebut tetapi ia berjaya dikawal polis sejurus berlakunya kekecohan di sekitar KL Sentral. Selain itu, hotel-hotel di sekitar ibu kota seperti Le Meridien, Shangri-La dan Hotel Istana turut mengesahkan mengenai keadaan tegang di luar hotel mereka tetapi operasi berjalan seperti biasa. ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: Tiga ditahan bersubahat di Sabah 09/07/2011 10:07pm Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM KOTA KINABALU 9 Julai – Tiga lelaki ditahan setelah dipercayai bersubahat merancang mengadakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam satu sekatan jalan raya di Tuaran, dekat sini hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu tiga lelaki berusia antara 28 dan 39 tahun ditahan selepas didapati berkelakuan mencurigakan. Katanya, polis turut merampas tiga telefon bimbit mengandungi maklumat mengenai perhimpunan haram tersebut termasuk beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyeru orang ramai supaya menyertai perhimpunan Bersih. “Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1997 yang dibaca bersama dengan Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan perhimpunan haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini hari ini. – Utusan 52 ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: 1,401 termasuk 13 kanak-kanak ditahan 09/07/2011 9:59pm KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini. – Utusan ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: Polis Selangor tahan 97 individu 09/07/2011 8:54pm SHAH ALAM 9 Julai – Polis Selangor telah menahan seramai 97 individu termasuk dua wanita sejak semalam sehingga 5 petang ini, atas pelbagai kesalahan berkaitan perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mereka ditahan dalam sekatan jalan dan pemeriksaan yang dijalankan polis. Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini. Katanya, antara barangan yang dirampas adalah baju-T kuning tertera “Bersih 2.0”, parang dan pisau rambo, cakera padat Bersih 2.0, peluru senapang patah, dadah, risalah-risalah Bersih 2.0 dan pedang samurai. “Polis Selangor mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama masyarakat. Sekatan jalan raya telah dihentikan pada pukul 5 petang ini di lokasi tertentu secara berperingkat-peringkat,” katanya. – Bernama 53 ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: 19 termasuk ADUN ditahan di Sarawak 09/07/2011 8:48pm KUCHING 9 Julai – Polis Sarawak hari ini menahan 19 orang, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Ali Biju di Miri dan Bintulu hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan “Bersih” di Miri pada pukul 12 tengah hari. Di Bintulu, beliau berkata, 18 orang termasuk ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali dan Ketua Cawangan Bintulu PKR, Paul Raja ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, di sebuah kedai kopi di kawasan komersial Parkcity pada pukul 2.15 petang. “Kesemua yang ditahan diambil keterangan. Seramai 17 daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi terus ditahan polis. “Dua lagi ditahan polis kerana memakai baju-T kuning bertulisan Bersih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Antara yang dibebaskan ialah Ali. – Bernama ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: PM syukur rakyat cintakan keamanan 09/07/2011 8:31pm KUALA TERENGGANU 9 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur kerana majoriti rakyat memperlihatkan mereka cintakan keamanan tidak terikut-ikut dengan demonstrasi jalanan Bersih yang cuba membawa huru-hara dan mencemarkan imej negara. Menurut Perdana Menteri, sebahagian besar rakyat yang selama ini menjadi `silent majority' sewajarnya turut bangkit bersuara dengan pelbagai cara bahawa mereka mahu keharmonian dan ketenteraman ini tidak diganggu-gugat oleh mereka yang mengejar kepentingan politik. – Utusan 54 ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: Penyokong Bersih rempuh trak polis 09/07/2011 2:57pm KUALA LUMPUR 9 Julai – Kekecohan berlaku di pam minyak Shell di Puduraya apabila para penyokong perhimpunan haram Bersih bertindak merempuh tiga trak kecil polis sebelum menuju semula ke Bangunan Maybank. Ini memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata bagi mengawal keadaan tersebut. Sementara itu, di Kompleks Beli Belah Sogo, polis mengarahkan kompleks tersebut menghentikan operasi dan menutup premis mereka bermula pukul 2.15 petang. Ekoran itu, orang ramai dilihat mula bersurai dari pekarangan kompleks tersebut sejurus sahaja mendapat arahan polis. Keadaan yang tegang turut menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berlindung di dalam kompleks berkenaan. – Utusan ARKIB : 09/07/2011 Perhimpunan haram: Elak masuki pusat bandar KL 09/07/2011 2:14pm Oleh ILAH HAFIZ AZIZ KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menasihati orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di ibu negara hari ini agar tidak memasuki pusat bandar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini berikutan penutupan dan pelencongan jalan-jalan utama sekitar ibu negara bermula pukul 12 tengah malam tadi ekoran rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan haram di sini. Menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis menasihati semua pihak agar memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. “Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan tidak memasuki kawasan berkenaan hari ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai,” jelasnya. Antara jalan terlibat adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara. 55 Turut ditutup dan dilencongkan adalah sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. “Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut. “Tidak terkecuali Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Munshi Abdullah. “Selain itu Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan berhampiran,” kata kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. – Utusan ARKIB : 09/07/2011 Polis temui pelbagai jenis bahan buat letupan IPOH 8 Julai - Polis Perak merampas pelbagai jenis bahan membuat letupan yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara esok dalam dua pemeriksaan di Sitiawan dan Tapah, semalam. Antara bahan yang ditemui adalah 21 botol kecil minuman mineral berisi minyak petrol, empat bateri jenama Sony saiz AA, 12 beg plastik mengandungi baja dan lapan helai baju T putih bertulis perkataan kotor. Turut ditemui dalam operasi 'Ops Padam Bersih' di tanah perkuburan Cina di Jalan Kampung Cina, Sitiawan adalah sekeping nota bahasa Mandarin yang ditulis pada keratan akhbar bermaksud, 'arahan bos, kesemua 21 botol mahu baling di pejabat UMNO. Baju putih 'kotor' adalah simbol dalam perhimpunan Bersih. Hati-hati polis di tempat itu. Habis baca bakar.' Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, dalam pemeriksaan di susur masuk Plaza Tol Tapah pula, polis merampas empat guni simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam dipercayai sekam padi, dua guni plastik serbuk putih dan satu guni plastik berisi besi serta getah paip. Katanya, seorang lelaki warga Kemboja yang membawa bahan-bahan berkenaan menggunakan teksi yang disewa ditahan bagi membantu siasatan. "Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik berisi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. 56 Beliau menambah, lelaki berusia 41 tahun dan memiliki kerakyatan tetap itu ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika memandu teksi bernombor pendaftaran Johor, dari Ulu Tiram, Johor ke Tapah. Kesemua barang-barang yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk disiasat dan kita percaya ia merupakan bahan-bahan untuk membuat letupan, katanya. ARKIB : 09/07/2011 Segala tindakan terhadap Bersih diserahkan kepada polis - TPM KUALA LUMPUR 8 Julai - Segala tindakan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, buat masa ini kerajaan tidak mahu membuat sebarang andaian terhadap isu tersebut kerana kes tersebut adalah di bawah kuasa polis. "Saya telah membuat kenyataan semalam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pun membuat kenyataan yang serupa. Saya yakin Ketua Polis Negara dan pihak polis sudah tentu mempunyai tindakan-tindakan yang sesuai untuk menangani situasi ini," katanya selepas majlis penutup Kongres Profesor Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya keadaan yang bakal berlaku esok ekoran kedegilan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram di Stadium Merdeka walaupun dinasihatkan oleh Ismail supaya membatalkan hasrat tersebut. Muhyiddin dalam kenyataannya semalam pula mengingatkan Bersih supaya tidak bersikap provokasi dengan terus berdegil untuk menganjurkan perhimpunan haram di Stadium Merdeka walaupun Kabinet memutuskan ia tidak dibenarkan diadakan di situ. Malah Timbalan Perdana Menteri mahu mereka bersikap munasabah dengan menerima sahaja tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam. 57 ARKIB : 08/07/2011 Perhimpunan haram: 58 jalan sekitar KL ditutup, dilencong 08/07/2011 9:36pm KUALA LUMPUR 8 Julai – Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih esok: 1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru 2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban 3. Bulatan Sungai Besi 4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu 5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu 6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar 7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi 8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak 9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar) 10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora 11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi 12. Bulatan Kampung Pandan 13. Jalan Selatan 14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang 15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang 16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92 17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng 18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton 19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor 58 20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda 21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso) 22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang 23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo 24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng 25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC 26. Jalan Tun Razak/Perkeso 27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz 28. Jalan Tun Razak/Parking IJN 29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru 30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL 31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang 32. Bulatan Pahang 33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang 34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling 35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh 36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat 37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail 38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching 39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell) 40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat) 41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra 42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut 43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman 59 44. Jalan Mahameru/susur Parlimen 45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen 46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara) 47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani 48. Jejambat Wisma Tani 49. Jalan Mahameru/susur Carcosa 50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers 51. Jalan Bangsar/Jalan Travers 52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama) 53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara 54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan 55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U) 56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra 57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman 58. Jalan Sulaiman (KTM) – Utusan 60 ARKIB : 07/07/2011 Bersih tetap pertubuhan haram Oleh HELMI MOHD. FOAD [email protected] KLANG 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap kekal sebagai sebuah pertubuhan haram kerana ia tidak pernah didaftarkan. Justeru, Perdana Menteri berkata, sebarang rancangan kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup termasuk di Stadium Merdeka adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa terutama polis. ''Sekiranya terdapat permohonan rasmi, kumpulan itu juga perlu patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti pihak yang memohon mestilah merupakan sebuah pertubuhan berdaftar. ''Kita serahkan kepada pihak berkuasa terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya. Polis akan kenakan syarat keselamatan demi kepentingan orang ramai dan keselamatan negara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan Pusat Penyelidikan Keusahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di sini, petang ini. Perdana Menteri ditanya mengenai keputusan terbaru Bersih yang bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selepas membatalkan rancangan awal mengadakan perhimpunan haram di jalan raya pada Sabtu ini. Najib menjelaskan, pihak berkuasa akan membuat keputusan sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada pihak terbabit. bagaimanapun setakat ini belum ada permohonan diterima. ''Sebarang keputusan akan dibuat oleh pihak berkuasa, saya katakan kerajaan dan ia boleh jadi mana-mana satu. Kerajaan tidak bermakna saya secara spesifik," katanya. Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 11 Julai 2011 61 Headline: Perhimpunan BERSIH tak bawa untung Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Cheredza RAKYAT pada umumnya mungkin lega apabila Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan haram di jalanan pada 9 Julai ini di ibu kota. Usaha tegas berterusan pihak keselamatan terutama polis bertindak awal wajar dipuji. Hasil siasatan dan laporan polis, mendedahkan perhimpunan haram itu tidak berniat baik. Menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan perhimpunan haram mereka amat menjijikkan. SPR sentiasa membuka peluang kepada pihak tidak puas hati berbincang secara tertib. Sikap degil BERSIH menimbulkan persoalan? BERSIH mungkin didalangi pihak pembangkang atau musuh negara sengaja atau degil tanpa melihat rekod cemerlang SPR melaksanakan pilihan raya sepanjang 50 tahun merdeka. Malaysia antara negara termaju di Asia. Inilah bukti pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik kerana berupaya mewujudkan kerajaan yang stabil. Kerajaan yang tidak stabil boleh mengancam masa depan rakyat. Keadaan ini sengaja mahu dicetuskan oleh BERSIH tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhannya yang masih memerlukan bantuan dan keamanan untuk meningkatkan taraf hidup. Apakah Ambiga dan konconya tidak memikirkan nasib rakyat miskin dan susah di ibu kota dan di luar bandar? Akibat perhimpunan haram boleh bertukar ganas kerana kebencian yang dikobarkan akan merebak menjadi pergaduhan dan dendam. Bukan semua rakyat di Malaysia senang lenang. Dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong supaya BERSIH membatalkan perhimpunan haram di jalanan itu barulah dia akur. Ambiga sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang kerana mencetuskan keadaan huru-hara. Jika akhbar lain boleh diberi surat amaran kerana tulisan mereka didakwa boleh cetuskan huruhara dan kegelisahan rakyat, kenapa tiada tindakan sama dikenakan kepada Ambiga yang menaja perhimpunan haram BERSIH, pertubuhan haram yang boleh mencetuskan huru-hara? Kerajaan tidak boleh dilihat mengambil tindakan double standard dalam hal keselamatan dan ketenteraman awam. Ambiga wajar dikenakan tindakan tegas seperti diberi surat amaran dan sebagainya. Saya tidak nampak keuntungan kepada negara hasil perhimpunan haram BERSIH ini meskipun diadakan di stadium. Ia seperti menghina Parlimen sebagai tempat paling cocok membuat pindaan akta dan sebagainya. CHEREDZA, 1 Pekan Sik, Kedah. Headline: Perhimpunan haram BERSIH di stadium tetap boleh cetus ancaman, huru-hara Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 AKHIRNYA penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membatalkan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara, Sabtu ini. Keputusan itu dibuat selepas pelbagai pihak menyatakan bantahan, desakan serta laporan polis di seluruh negara agar pertubuhan haram BERSIH membatalkan hasrat mereka. Malah, tekanan itu semakin kuat apabila Yang di-Pertuan Agong, turut menyuarakan kebimbangan baginda terhadap ancaman dan keselamatan rakyat jika perhimpunan haram itu diteruskan. Ahad lalu Istana Negara mengeluarkan titah khas Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang mengingatkan penganjur perhimpunan haram yang ghairah mahu menyuburkan demokrasi, supaya memastikan tuntutan dibuat tidak menyebabkan kemusnahan negara. Baginda turut menasihatkan seluruh rakyat agar tidak menyertai perhimpunan haram itu dan terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak. Walaupun penganjur seolaholah akur titah Yang di-Pertuan Agong itu dengan membatalkan demonstrasi jalanan, namun perhimpunan haram tetap akan diadakan, tapi mengalihkan lokasi ke Stadium Merdeka. Namun, reaksi pelbagai pihak yang diterima setakat ini berpendapat pertubuhan haram BERSIH sepatutnya membatalkan saja perhimpunan itu. Keangkuhan dan kedegilan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan mahu meneruskan perhimpunan menyebabkan wujud kebimbangan sejak beberapa minggu lalu di kalangan rakyat. Banyak acara dan program yang disusun lebih awal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dibatalkan, termasuk tempahan hotel. Ada penduduk yang sudah menyimpan bekalan makanan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku berpunca daripada perhimpunan haram itu. Apapun, jelas perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram BERSIH lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemusnahan daripada kebaikan yang cuba diuar-uarkan. Lebih buruk lagi, ia didalangi oleh pembangkang yang berusaha memburukkan imej kerajaan di mata dunia. Tindakan mereka jelas disebabkan perasaan cemburu akan kejayaan yang dicapai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Justeru, sama ada perhimpunan ini dibatalkan atau mahu diadakan di mana-mana stadium, pihak berkuasa perlu terus memantau aktiviti mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram ini. Banyak bukti yang ditemui polis berhubung perhimpunan ini yang menjurus kepada usaha mencetuskan huru-hara. Ini berikutan, polis menemui senjata tajam, molotov cocktail, mercun dan topeng muka di beberapa lokasi sekitar ibu kota. Malah, sebelum itu polis berjaya mengesan ada penyokong perhimpunan haram ini cuba menghidupkan semula ideologi komunis dan wujud anasir subversif. Kita bimbang perhimpunan yang didakwa aman akan bertukar menjadi ganas. Persoalannya, dapatkah penganjurnya atau Ambiga sendiri mengawal setiap peserta dan memberi jaminan mereka tidak bertindak ganas? Jika emosi peserta perhimpunan ini sudah dibakar dengan ucapan yang berapi-api, pastinya ada antara mereka yang 'naik semangat' seterusnya bertindak di luar kawalan. Jika berlaku keganasan dan huru2 hara sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan, siapakah yang harus bertanggungjawab? Headline: Perkasa mohon permit teruskan perhimpunan Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032 KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan meneruskan perhimpunan aman bagi mempertahankan keselamatan dan keamanan negara jika memperoleh permit daripada pihak berkuasa, Sabtu ini atau selepas tarikh berkenaan berikutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap berbuat demikian. Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya akan memohon permit daripada pihak berkuasa hari ini bagi membolehkan ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berkumpul sama ada di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka atau Stadium Melawati yang dijangka dihadiri kira-kira 15,000 orang. Katanya, sebelum perhimpunan diadakan, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendengar titah baginda dan memberi pandangan berkenaan perhimpunan haram Bersih. "Kita akan akur dengan titah Seri Paduka dan tidak meneruskan perhimpunan itu jika tidak mendapat perkenan," katanya yang sudah menghantar permohonan mengadap Seri Paduka hari ini (semalam)," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman. Beliau berharap pihak berkuasa bersikap adil dengan mengambil berat permohonannya, bukan hanya mengambil kira perhimpunan Bersih memandangkan Perkasa adalah pertubuhan sah. 3 Headline: Kontraktor pemotong rumput didakwa Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028 KUALA SELANGOR: Seorang kontraktor pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, kerana dituduh memiliki kenyataan bergambar dan tulisan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram. Abdul Latif Zakaria, 41, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tengah, Sabak Bernam itu didakwa memiliki kenyataan bergambar dan tulisan yang dikeluarkan bagi tujuan kepentingan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Bersih 2.0 di rumah Lot 1868, Jalan Batu 38 Baruh, Sabak Bernam, Selangor pada jam 7.40 malam, Ahad lalu. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau keduaduanya sekali. Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 terhadap Abdul Latif berikutan pertuduhan yang dihadapinya serius kerana ia dikaitkan dengan hasrat sebuah kumpulan untuk mengadakan perhimpunan haram sebelum ini. Beliau berkata, ribuan laporan polis dibuat mengenai hasrat kumpulan itu yang dilihat boleh mengancam kestabilan dan ketenteraman awam negara. Peguam yang mewakili tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin pula berhujah bahawa hanya mahkamah yang ada kuasa mengharamkan sesuatu pertubuhan dan bukannya pihak lain. Mohd Azari sebaliknya berhujah bahawa Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan untuk mengharamkan sesuatu pertubuhan. Noor Farah Hazwani kemudiannya mengenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Abdul Latif dan menetapkan 21 Julai ini untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal yang dikemukakan Mohd Radzlan bagi mengetepikan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya di Mahkamah Majistret Sabak Bernam. - Bernama. 4 Headline: Bantah guna Stadium Merdeka Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 KUALA LUMPUR: Himpunan Patriot (PATRIOT) membantah keputusan penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi untuk berhimpun, Sabtu ini. Ketua Penyelaras PATRIOT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata PATRIOT anjuran Pemuda UMNO dan Kelab Putera 1Malaysia menganggap faktor sejarah perlu diutamakan dalam hal ini. "Ia tempat negara ini dibentuk dan tidak sesuai untuk perhimpunan politik dan kuasa. Kenapa tidak buat di negeri diperintah pembangkang seperti di Stadium Shah Alam yang sudah ditawarkan kerajaan Selangor," katanya , semalam. Stadium Merdeka dianggap istimewa kerana menjadi tempat kira-kira 10,000 orang berkumpul untuk menyaksikan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Semalam, Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga mengumumkan pihaknya berhimpun di Stadium Merdeka 9 Julai ini antara 2 dan 4 petang. Reezal Merican berkata, hasrat berhimpun dan bersuara juga sudah disampaikan PATRIOT ketika mengemukakan permohonan mendapatkan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, minggu lalu. 5 Headline: Fahaman subversif boleh gugat negara Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 KUALA LUMPUR: Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) semalam mendakwa perhimpunan haram ditaja BERSIH cuba menerapkan fahaman subversif yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman. Penganjur perhimpunan haram itu dilihat mempunyai agenda tertentu, termasuk memastikan kerajaan tumbang sekali gus membolehkan matlamat mereka untuk menghidupkan kembali perjuangan komunis dicapai. Rumusan tindakan BERSIH itu dibuat 10 NGO termasuk Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Timbalan Presiden (PVTM), Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said, berkata kekalutan menganjurkan perhimpunan haram itu menyebabkan rakyat takut, runsing dan cemas serta kecewa. "Berdasarkan pengalaman ketika memerangi komunis kami percaya BERSIH cuba membawa kembali ideologi tidak sihat termasuk menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM). "Ini dikuatkan lagi dengan penemuan gambar pemimpin PKM ketika serbuan polis di pejabat mereka di Petaling Jaya minggu lalu," katanya pada sidang media khas bagi menyatakan desakan - 'Kami Mahukan Keselamatan Malaysia dan Kesejahteraan Rakyat' di sini, semalam. 6 Headline: Wajib mohon permit Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 Byline / Author: Oleh Magendran Rajagopal; Zanariah Abd Mutalib PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu BERSIH mahu mengadakan perhimpunan berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu dipertimbangkan polis. "BERSIH masih diharamkan kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan, malah Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan pengharamannya berdasarkan nasihat Peguam Negara. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kelmarin BERSIH juga perlu mematuhi Seksyen 27 (Akta Polis) yang mewajibkan kelulusan permit bagi mengadakan perhimpunan. "Selagi mereka diharamkan, tindakan berhubung dengan sesuatu yang haram masih tertakluk kepada undang-undang dan kita konsisten dalam pelaksanaan undang-undang," kata beliau di pejabatnya, di sini, semalam. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima mengadap rombongan BERSIH yang diketuai pengerusinya, Datuk S Ambiga, bagi membincangkan perhimpunan Sabtu ini dan pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan perhimpunan di stadium. Hishammuddin berkata, walaupun tidak dapat bercakap bagi pihak Tuanku Mizan mengenai titah baginda, beliau akur ada fakta yang tersurat dan tersirat dalam pemikiran Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin tertinggi negara dalam mencapai objektif menghentikan demonstrasi jalanan demi menjaga keselamatan. Beliau juga menegaskan tidak berganjak daripada pendapatnya bahawa perarakan jalanan yang dirancang itu sesuatu yang serius berdasarkan hasil siasatan setakat ini yang dimaklumkan kepada orang ramai selain beberapa perkara yang masih dalam siasatan. Namun, Hishammuddin menyuarakan lega kerana dengan pembabitan Yang di-Pertuan Agong, sebarang kejadian tidak diingini seperti jika demonstrasi jalanan dibenarkan dapat dielakkan dan percaya Ambiga juga mempersetujui beberapa syarat bagi membatalkan perarakan itu. 7 "Keengganan memohon permit bagi berhimpun adalah keterlaluan. Selagi tidak memohon kita tidak tahu apa agenda sebenarnya. Hishammuddin menegaskan, walaupun BERSIH adalah gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah, ia masih dianggap entiti haram dan tindakan terhadap penyokongnya tetap diteruskan. Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tidak ada keperluan untuk penganjur BERSIH memohon permit polis berhubung perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 8 Headline: Usah cemar tempat bersejarah Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 014 KUALA LUMPUR: "Jangan cemarkan Stadium Merdeka," kata bekas Panglima Medan Tentera Darat merangkap Penasihat Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Leftenan Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd Said, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang mahu menganjurkan perhimpunan haram di stadium berkenaan. Menurutnya, stadium itu menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah negara dan tempat itu tidak seharusnya dicemarkan dengan perhimpunan haram yang mempunyai pengaruh fahaman komunis. Katanya, beliau yang mewakili perajurit negara yang pernah berjuang untuk kemerdekaan dan menyelamatkan negara daripada serangan komunis dulu kesal dan kecewa dengan kumpulan pengacau berkenaan tidak menghargai kemerdekaan negara. "Kami risau, kesal dan kecewa dengan kumpulan Bersih yang mahu menggugat ketenteraman negara dan kami secara tegas membantah perhimpunan ini meskipun diadakan dalam stadium. "Kami berharap berkuasa terutama polis tidak mempertimbangkan permohonan permit mereka untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka kerana ia boleh mencemarkan tempat bersejarah itu," katanya pada sidang media anjuran PVTM bersama 15 pertubuhan bukan kerajaan, di sini, semalam. 9 Headline: Jangan letak syarat Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 014 Byline / Author: Oleh Idris Musa PUTRAJAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih pertubuhan haram, malah tetap perlu mematuhi undang-undang termasuk memohon permit untuk mengadakan demonstrasi, walaupun di stadium. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata hanya kerana bertemu Yang di-Pertuan Agong tidak bermakna pertubuhan terbabit tidak lagi haram. Menurutnya, tiada sesiapa yang boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang, malah pihak terbabit perlu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan di stadium. "Tindakan berkaitan dengan sesuatu yang haram masih lagi jatuh di bawah undang-undang negara. Kita konsisten dalam pendirian kita dalam undang-undang," katanya, pada sidang media, di sini, semalam. Kelmarin, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara dan mengumumkan persetujuan membatalkan demonstrasi jalanan serta digantikan perhimpunan di stadium pada Sabtu ini. Hishammuddin berkata, keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan di stadium satu perkara rasional. "(Namun) kebenaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium bergantung kepada permohonan mereka. Biar mereka mohon, kemudian polis akan pertimbangkan permohonan mereka. "Janganlah pula letak syarat lain seperti tidak mahu memohon permit, nak pilih stadium dan sebagainya kerana itu tak boleh kita pertimbangkan sekarang, (malah) ia mesti berdasarkan kepada permohonan mereka," katanya. Beliau menyifatkan kesediaan kerajaan untuk berbincang mengenai hasrat mengadakan perhimpunan di stadium seperti disuarakan Perdana Menteri sebelum ini sangat jelas, bahkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dan Ambiga juga jelas menunjukkan ambil berat Tuanku dalam soal keselamatan. "Saya sudah cakap dulu lagi, perarakan jalanan dirancangkan satu perkara serius. "Ada perkara sudah diumumkan kepada orang ramai, tetapi ada juga perkara lain masih dalam siasatan yang orang tak maklum," katanya, sambil menegaskan situasi semasa negara masih dalam keadaan selamat. Menurutnya, berdasarkan maklum balas termasuk lebih 3,000 laporan polis diterima, orang 10 ramai sudah berasa takut, sehingga ada yang hendak pulang ke kampung. Dalam pada itu, beliau berkata, Jemaah Menteri bersetuju Malaysia menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama United Kingdom berkaitan kerjasama dua pihak dalam bidang jenayah rentas sempadan. Menurutnya, MoU itu akan ditandatangani ketika lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara berkenaan pada minggu depan. "Skop kerjasama MoU merangkumi aspek keganasan, jenayah terancang, pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, penyeludupan dadah, pemalsuan dokumen, jenayah siber dan penggubahan wang haram," katanya. 11 Headline: Tetap haram (HL) Publication: BH Date of publication: Jul 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Meor Hisham Zulkifli; Nazura Ngah; Haspaizi Mohd Zain; Nor Fazlina Abdul Rahim KUALA LUMPUR: Kabinet semalam memutuskan tidak membenarkan perhimpunan haram BERSIH diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara, Sabtu ini, atas alasan kumpulan itu masih haram, selain faktor keselamatan. Keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri mendapat pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara. Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah persatuan yang berdaftar dan BERSIH masih lagi pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan. Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di Klang, semalam, Najib berkata, kebenaran berhimpun di stadium, Sabtu ini seperti diminta penganjur juga bergantung kepada polis. "Kita serah pada pihak berkuasa, terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya jika ada permohonan rasmi (daripada penganjur)... mereka kena mematuhi syarat seperti pihak yang memohon mestilah persatuan yang berdaftar," katanya. Sementara itu, ditanya bilakah pertemuan antara beliau dengan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga akan diadakan, Najib berkata: "Saya tak kata saya akan jumpa dia, saya kata pihak berkuasa... kerajaan, kerajaan bermaksud sesiapa saja... kerajaan tidak spesifik merujuk kepada saya," katanya yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada BERSIH untuk bertemu kerajaan. Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini berkata, sebarang permohonan atas nama BERSIH tidak akan dilayan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Oleh itu, lebih baik mereka (BERSIH) mencari stadium di negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang ataupun Selangor. "Pandangan ini (tidak benarkan penggunaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara) dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, pagi ini (semalam) dan selaku Menteri Penerangan saya wajar menyampaikan keputusan itu," katanya. Terdahulu, pada satu sidang media di sini, Ambiga berkata, susulan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kenyataan Najib, kelmarin, pihaknya bersetuju untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini di Stadium Merdeka. 12 Katanya, selepas perhimpunan dua jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang, satu delegasi 10 ahli pertubuhan haram BERSIH akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Pada sidang media berasingan di Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menegaskan perhimpunan dirancang BERSIH, termasuk di dalam stadium dianggap haram selagi penganjur tidak mendapat permit polis. Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan, termasuk menahan mereka yang menyertai sebarang perhimpunan tanpa permit polis. "Sehingga jam 5 petang ini (semalam), kami tidak menerima permohonan permit daripada BERSIH. Saya minta mereka membuat permohonan segera dan polis akan memproses secepat mungkin," katanya. Ditanya sama ada polis akan meluluskan permohonan untuk perhimpunan di stadium, Khalid berkata: "Kita tengok macam mana, sama ada permohonan itu lengkap kerana stadium bukan di bawah kawalan polis. Kalau tuan punya tempat bagi, langkah keselamatan akan diambil supaya tidak berlaku kerosakan kepada harta benda... yang penting buat permohonan dulu." 13 Headline: Pelbagai pihak lega perarakan jalanan dibatal Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 008 KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyambut baik keputusan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membatalkan perhimpunan jalan, sebaliknya digantikan perhimpunan di stadium, sekali gus ia tidak mengganggu lokasi pelancongan di sekitar ibu kota. Presidennya, Datuk Mohd Khalid harun, berkata pihaknya lega kerana lokasi pelancongan seperti istana negara, kedai seni dan kraf, makanan, restoran, masjid, tokong, taman bunga serta pusat beli-belah tidak akan terjejas akibat perhimpunan haram seperti yang dirancang sebelum ini. "Sekiranya mereka meneruskan perhimpunan haram di sekitar ibu negara, ia boleh melumpuhkan sektor pelancongan. Kita berterima kasih kepada yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan menang-menang untuk semua pihak," katanya. Beliau mengulas keputusan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenavasan bersedia mengadakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di stadium, selepas menghadap yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam. Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan BERSIH kerana sudah menyelesaikan isu itu yang jika diteruskan boleh menyebabkan kerugian RM3.1 juta sehari kepada pemandu teksi di Lembah Klang. "Hampir 21,000 pemandu teksi yang secara purata memperoleh pendapatan RM200 sehari akan terjejas kehidupan mereka, termasuk kira-kira 100,000 ahli keluarga mereka," katanya. Sementara itu, tinjauan Berita Harian di Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati peniaga dan orang ramai nyata menarik nafas lega dengan keputusan BERSIH mengalah dengan desakan pelbagai pihak termasuk permintaan yang di-Pertuan Agong supaya perhimpunan mereka diadakan di kawasan tertutup. Pemilik butik pakaian, Anis Yusrina Salim, berkata sepatutnya pihak BERSIH sudah memikirkan kesan buruk itu sebelum bercadang mengadakan perhimpunan haram berkenaan. "Baguslah tindakan ini dan saya ingin memuji peranan dimainkan Perdana Menteri dan yang diPertuan Agong sehingga meredakan keadaan," katanya. Pengurus kedai kasut, Vincent Soo, pula menyifatkan perkembangan terkini mengenai perhimpunan haram itu sebagai rahmat bagi peniaga di kawasan terbabit. 14 Headline: Polis kerah pemantauan bersepadu Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 008 KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengerahkan semua unit kawalannya, termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) membuat pemantauan bersepadu bagi mengesan kewujudan sebarang objek berbahaya disembunyikan pihak tertentu di sekitar bandar raya ini dipercayai untuk digunakan pada perhimpunan haram, Sabtu ini. Arahan itu dikeluarkan selepas penemuan molotov koktel, parang dan pisau di sini dan Gombak, Ahad lalu dan kelmarin, termasuk tiga bungkusan plastik hitam berisi bahan berbahaya di beberapa lokasi berhampiran pusat beli belah Sogo, Kompleks Pertama dan Wisma Bumi Raya. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang digunakan untuk mengawasi aliran trafik oleh Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) di kawasan itu bagi mengesan suspek. "Kita mendapati ada dua CCTV yang dikendalikan oleh ITIS berfungsi di kawasan itu dan berharap kandungannya dapat membantu menjejak penjenayah terbabit," katanya pada sidang media di sini, semalam. Bungkusan plastik hitam pertama ditemui disembunyikan di celah pokok hiasan di hadapan restoran The Ship, Kompleks Pertama. Bungkusan itu empat molotov koktel, 28 mercun bola, satu kemeja-T BERSIH dan empat topeng. Sementara itu, polis Selangor menemui dua beg berisi 20 parang, 36 molotov koktel, 44 kemeja-T BERSIH, 25 selempang kuning, 36 selempang merah, 17 pemetik api dan beberapa bebola besi di kawasan hutan Batu 14 Gombak, petang kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil aduan Orang Asli, sepasukan polis dari Balai Polis Gombak ke lokasi itu pada jam 7.20 petang dan menemui semua barang berkenaan. "Semua barang ini disorok di belakang sebuah tokong Cina," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, semalam. Tun Hisan berkata, hasil siasatan cap jari pada barang ditemui itu, polis menahan dua lelaki berusia 30-an untuk disoal siasat selain memburu beberapa lagi suspek. Suspek ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. 15 Headline: Kerajaan sedia berbincang Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 008 Byline / Author: Oleh Johari Ibrahim; Magendran Rajagopal PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedia bertemu penganjur perhimpunan BERSIH untuk berbincang mengenai hasrat mengadakan perhimpunan di stadium tetapi mereka perlu dipertanggungjawabkan jika berlaku kekacauan, kerosakan harta benda dan kecederaan orang ramai. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan melihat pelaksanaan perhimpunan itu menepati syarat keamanan, iaitu "mereka akan pergi dengan aman, mengadakan perhimpunan dengan aman dan balik dengan aman." Beliau berkata, penganjur juga perlu mengotakan janji mereka supaya segala-galanya berjalan dengan baik, aman dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini pada hari berkenaan. "Penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segala yang boleh berlaku atau yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru hara atau kerosakan harta benda atau boleh menyebabkan manamana individu tercedera atau lebih buruk daripada itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia, di sini semalam. Ditanya berhubung peserta perhimpunan memakai baju-T BERSIH berwarna kuning yang sebelum ini diisytiharkan haram pada perhimpunan itu nanti, Najib berkata ia terpulang kepada polis menentukannya. "Pada masa ini, kerajaan menganggap mereka tidak sah tetapi mereka tidak menganggap begitu. Saya lebih mengambil berat kepentingan awam, saya mahu melindungi rakyat Malaysia daripada berdepan perkara tidak diingini. Sebab itu, kita tidak mahu berlaku demonstrasi jalanan kerana ia amat memudaratkan orang awam," katanya. Najib turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kerana rasa keprihatinan baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh mengganggu gugat keamanan dan keselamatan dalam negara. "Saya berterima kasih kerana semua pihak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong hingga tidak diadakan sebarang perhimpunan jalanan pada 9 Julai nanti," katanya. 16 Headline: Demonstrasi cemari Syaaban Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Mohd Ayop Abd Razid KITA sekarang dalam bulan Syaaban, bulan persediaan untuk umat Islam menyambut Ramadan. Nampaknya dalam dua tiga bulan mulia Islam ini, kita diganggu dengan isu perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang ingin dianjurkan oleh pihak tertentu. Peristiwa Israk dan Mikraj pada Rejab hampir tenggelam di minda umat Islam negara ini kerana terlalu sibuk memikir dan melayan isu himpunan haram itu. Dijangkakan pihak penganjur BERSIH mahu mengadakan perhimpunan terbabit pada Sabtu ini bersamaan 7 Syaaban 4132 Hijrah. Yang di-Pertuan Agong sudah pun bertitah mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Selain itu, pihak polis sudah pun menyatakan bahawa perhimpunan yang ingin diadakan itu adalah haram. Adalah diharapkan pihak penganjur demonstrasi tidak keras kepala untuk meneruskan niat mereka itu. Sudah tentunya tindakan yang diambil pihak keselamatan bukannya satu penggunaan kuasa sewenang-wenangnya, tetapi kerana ada bukti perhimpunan berkenaan diresapi anasir subversif. Dalam Islam sesuatu yang harus pada hukum asalnya boleh menjadi haram dilaksanakan sekiranya ia mendatangkan mudarat sama ada kepada diri sendiri atau masyarakat. Justeru, perhimpunan BERSIH itu memang wajar diharamkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Kita bimbang jika diizinkan, mungkin berlaku keadaan yang tidak terkawal sehingga boleh memecahkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Malah, kita bimbang kebencian dan dendam pelbagai kelompok berkepentingan akan berlarutan dan ini akan mengancam keharmonian hidup bermasyarakat serta menggugat keselamatan negara. Sepatutnya pada bulan mulia ini, umat Islam menghindari perkara yang boleh membawa kehancuran kepada perpaduan ummah dan perkara keji yang boleh merosakkan amalan kita. Sewajarnya pada bulan mulia ini kita berlumba-lumba membuat kebaikan dengan mempertautkan ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama umat Islam. Justeru, menyokong dan membantu pihak tertentu kepada perkara yang boleh memecahbelahkan umat Islam, merenggangkan silaturahim dan merosakkan kedamaian negara menerusi aktiviti yang cenderung ke arah itu adalah amalan merugikan dan wajib dielakkan. MOHD AYOP ABD RAZID, Kuala Lumpur. 17 Headline: Motif Ambiga tetap dipersoal Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Razak Rashid Ghows SEMUA pihak patut menghormati dan patuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahad lalu mengenai perhimpunan haram yang akan dianjurkan Sabtu ini dan mengambil langkah serta-merta untuk membatalkannya. Namun, keadaan sedemikian tidak berlaku, sebaliknya Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenavasan serta rakan gabungannya menyatakan hasrat mereka untuk menghadap Seri Paduka terlebih dulu sebelum membuat keputusan. Akhirnya mereka memutuskan untuk mengubah tempat perhimpunan itu ke stadium dan bukan lagi di jalan raya seperti dirancang sebelum ini selepas diperkenankan menghadap Seri Paduka semalam. Dalam titah khas Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong menyatakan tidak perlu bagi kumpulan haram BERSIH menganjurkan perhimpunan, sebaliknya merujuk kepada perundingan bagi menyelesaikan apa juga kekusutan berhubung proses pilihan raya. Sepatutnya dari awal lagi Ambiga memohon kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium dan bukannya menganjurkan demonstrasi jalanan yang boleh mengakibatkan keadaan tidak terkawal sehingga mencetuskan kekacauan. Ketika memberi reaksinya kepada perkembangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan bersedia menimbang agar perhimpunan itu diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman dan balik dengan aman serta memenuhi syarat ditetapkan pihak keselamatan. Tegasnya jika perhimpunan itu diadakan di stadium dan berlaku sebarang kejadian tidak diingini, pihak penganjur dipertanggungjawabkan atas segala yang boleh dan akan berlaku yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau kerosakan harta benda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera atau lebih buruk daripada itu. Namun, berdasarkan pengalaman perhimpunan BERSIH 2007, ia mengakibatkan huru-hara di ibu negara dan menyebabkan rakyat terutama golongan peniaga kerugian besar. Banyak juga harta awam mengalami kerosakan. Sekiranya perhimpunan dalam stadium itu dibenarkan, ia menjadi satu perhimpunan yang julung kali dianjurkan kumpulan haram BERSIH dan kita percaya ia akan menjadi pembuka jalan atau satu trend yang akan ada lagi pihak memohon menganjurkan perhimpunan seumpamanya pada masa depan. Justeru, penting pihak keselamatan turut mengambil kira kepentingan golongan rakyat yang menentang perhimpunan itu ketika menimbang permohonan kumpulan haram BERSIH untuk 18 mengadakan perhimpunan haram di stadium. Adalah wajar juga Ambiga dan ahli jawatankuasanya dalam kumpulan haram BERSIH dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini yang terbit daripada ucapan beremosi yang disampaikan pada perhimpunan itu sehingga boleh menyebabkan kekecohan. Sebagai peguam, malah bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga pastinya tahu apa kesan daripada perhimpunan haram terutama apabila adanya penyertaan parti politik dan pembabitan anasir luar seperti yang dikesan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Walaupun perhimpunan itu sudah beralih tempat, rakyat masih boleh mempersoalkan motif Ambiga ketika mula menganjurkan perhimpunan jalanan itu. Sekiranya mereka ingin membantah proses perjalanan pilihan raya, mereka tidak perlu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran kerana boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada bila-bila masa. Laporan akhbar semalam menyiarkan kenyataan Ambiga bahawa BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Beliau juga dipetik sebagai berkata BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia. Usaha mereka sepatutnya menjurus kepada mengadakan rundingan seperti yang dinasihati Seri Paduka dan bukannya meneruskan perhimpunan di stadium. Kalau pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sanggup membatalkan perhimpunan yang dirancang itu walaupun UMNO pun boleh menganjurkan perhimpunan lebih besar lagi. Tetapi kenapa kumpulan haram BERSIH harus menunggu sehingga mereka menghadap baginda sebelum membatalkan perhimpunan haram itu? Tidak memadaikah Titah Khas Seri Paduka itu sedangkan rakyat seluruhnya menerimanya dan memahami bahawa Seri Paduka sememangnya mahukan sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara seperti itu dihentikan. 19 Headline: Demonstrasi jejas FDI Publication: HM Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 033 PELABURAN langsung asing (FDI) ke Malaysia akan terjejas, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara sekiranya perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dijangka berlangsung Sabtu ini diteruskan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, keadaan itu sudahpun berlaku di beberapa negara jiran yang berdepan dengan krisis politik. "Contohnya, banyak pelabur yang mulanya bercadang melabur di negara jiran, mengubah keputusan dan mengalihkan rancangan asal dengan melabur di negara ini selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan untuk mereka membuat pelaburan. "Ini membuktikan kestabilan politik adalah faktor sangat penting bagi menarik FDI. Malah, sehingga kini, Malaysia sangat berjaya di dalam aspek itu menerusi peningkatan FDI secara signifikan dari tahun ke tahun," katanya selepas menghadiri majlis perkongsian pengetahuan dengan 45 pelajar universiti yang ditawarkan menyertai latihan di luar negara di Kuala Lumpur, semalam. 20 Headline: Pergi, himpun, balik dengan aman Publication: HM Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 012 Byline / Author: Oleh Hayati Ibrahim PUTRAJAYA: "Kita sudah membuat tawaran, tetapi ia termaktub kepada beberapa syarat iaitu mereka akan pergi (stadium) dengan aman, mengadakan perhimpunan dengan aman dan balik dengan aman. Sekiranya ada sebarang kejadian yang berlaku, pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang berlaku," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Peringatan itu dinyatakan Perdana Menteri selepas mengumumkan kerajaan bersedia berjumpa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bagi menimbangkan mengadakan perhimpunan di stadium. Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan belum membuat keputusan atau mengenal pasti stadium yang akan digunakan untuk mengadakan perhimpunan itu. "Saya juga difahamkan Bersih ingin mengadakan pertemuan dengan kerajaan dalam masa terdekat dan kita bersedia berjumpa dengan pihak berkenaan bagi menimbangkan mengadakan perhimpunan di stadium. "(Tetapi) dengan syarat mereka akan pergi dengan aman, mengadakan perhimpunan dengan aman dan balik dengan aman. Sekiranya ada sebarang kejadian yang berlaku, pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segala yang boleh berlaku atau akan berlaku yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara, kerosakan harta benda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera atau lebih buruk dari itu. "Kita harap mereka akan menepati janji mereka supaya segalanya akan berjalan dengan baik, aman dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tadbir Urus, Agensi Inovasi Malaysia yang pertama di sini, semalam. Najib berkata, beliau turut melahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang memastikan tiada kejadian boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara. "Di atas rasa tangungjawab dan keprihatinan (baginda) yang amat tinggi dan mendalam ini, maka Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya semua pihak tidak mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang dicadangkan 9 Julai ini. "Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghormati titah Yang diPertuan Agong, dengan ini tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan pada 9 Julai," katanya sambil menegaskan beliau berhak berjumpa Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa kerana beliau adalah penasihat utama baginda. Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemakaian baju kuning ketika perhimpunan di stadium, 21 beliau berkata ia tepulang kepada pihak polis untuk menentukannya. Mengulas sama ada perhimpunan di stadium haram atau sebaliknya, Najib berkata: "Kita masih anggap ia haram, tetapi mereka beranggapan sebaliknya, tetapi apa yang lebih penting saya lebih mengambil berat mengenai kepentingan awam dan saya ingin melindungi masyarakat Malaysia daripada kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka. Itu sebab saya tidak mahu demonstrasi jalanan berlaku kerana ia boleh memudaratkan orang ramai". Beliau berkata, Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga tidak akan meneruskan perhimpunan mereka, Sabtu ini. 22 Headline: Senjata di celah batu Publication: HM Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 010 SHAH ALAM: Perkembangan terbaru perhimpunan haram menjadi semakin membimbangkan apabila polis menemui barangan termasuk pelbagai senjata disorok di celah batu lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak-Bentong, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lima beg ditemui mengandungi 20 parang, 17 pemetik api, 36 botol plastik berisi petrol dan bersumbu, 25 ceraian kain kuning, 36 ceraian kain merah dan beberapa bebola besi. Selain itu, katanya, turut ditemui dua plastik hitam mengandungi 44 helai baju-T kuning tertera tulisan Bersih. Beliau berkata, barangan berkenaan kemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan dirancang Sabtu ini. "Kawasan barang itu disorokkan adalah hutan dan jaraknya 12 meter dari jalan raya. Pada jam 7.20 petang semalam (kelmarin), polis menerima maklumat daripada seorang lelaki Orang Asli yang mencari rotan di kawasan hutan itu yang menemui beberapa beg dan plastik. "Berikutan laporan itu, anggota kereta peronda (MPV) Balai Polis Gombak bergegas ke kawasan kejadian dan menjumpai lima beg dan dua plastik hitam. "Hasil pemeriksaan kemudian menemui pelbagai barang termasuk parang, botol plastik berisi petrol siap mempunyai sumbu dan baju kuning tertera tulisan Bersih," katanya pada sidang media di sini, semalam. 23 Headline: Polis guna anjing pengesan Publication: HM Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 010 KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan secara bersepadu di semua kawasan di ibu negara termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan bahan terlarang diletakkan di beberapa lokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sempena perhimpunan Bersih, Sabtu ini. Langkah itu dibuat berikutan penemuan tiga bungkusan mengandungi senjata berbahaya termasuk molotov coktail, gergaji, parang dan mercun diletakkan dalam pasu bunga di pusat beli-belah Sogo, Kompleks Pertama dan Wisma Bumi Raya, kira-kira jam 4.30 pagi, Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, polis kini memburu tiga suspek yang dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Menurutnya, dua saksi melihat tiga suspek berkenaan memakai kopiah putih dan bertopeng meletakkan tiga plastik hitam mengandungi objek terlarang itu di tiga lokasi berlainan. "Kami sedang berusaha mengesan ketiga-tiga suspek berkenaan melalui rakaman dua CCTV yang berada di kawasan berkenaan dikendalikan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS)," katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan dari segenap sudut bagi memastikan semua suspek berkenaan ditahan kerana mempunyai kaitan dengan penganjuran perhimpunan haram berkenaan. Ahad lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, dua saksi yang berniaga di belakang Kompleks Pertama mendakwa melihat tiga lelaki menyembunyikan bungkusan hitam dalam pasu bunga. Saksi itu yang bermotosikal mengekori lelaki terbabit yang menaiki Proton Waja dalam keadaan tergesa-gesa menyembunyikan bungkusan plastik hitam kedua di bawah tangga Wisma Bunga Raya dan terakhir dalam semak di belakang pusat beli-belah Sogo sebelum menghubungi polis. 24 Headline: BERSIH undur (HL) Publication: BH Date of publication: Jul 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim; Badrul Kamal Zakaria KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) beralah kepada desakan pelbagai pihak apabila bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan dan digantikan perhimpunan di stadium pada Sabtu ini. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan yang mengumumkan keputusan itu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara semalam, bagaimanapun berkata pihaknya belum menetapkan lokasi stadium. "Tiada perarakan jalanan seperti dirancang sebelum ini dan kita setuju mengadakan perhimpunan di stadium 9 Julai ini. "Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan tertutup itu. Beliau juga berkata, pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong hampir sejam berjalan baik selain memberi peluang kepada pihaknya menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan diadakan. Ambiga yang berpakaian serba biru dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada jam 1.55 petang sebelum keluar sejam kemudian. Turut bersama beliau adalah Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Bekas Presiden Majlis Peguam itu berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan mengenai perubahan lokasi perhimpunan itu. Ahad lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyubur demokrasi negara, mereka perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara. Baginda bertitah, rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikannya secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," titah baginda. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis menunggu permohonan rasmi daripada penganjur BERSIH yang mahu mengadakan perhimpunan di stadium, tetapi sebarang kelulusan akan bergantung kepada jaminan terhadap ketenteraman dan keselamatan awam. 25 "PDRM menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai mengenai pembatalan, perarakan dan perhimpunan jalanan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Headline: Kementerian tak bela penuntut IPT terbabit demonstrasi Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 CYBERJAYA: Penuntut institusi pengajian tinggi yang ditahan kerana terbabit dengan perhimpunan haram anjuran BERSIH pada Sabtu ini, sama ada di dalam atau luar negara, tidak akan mendapat pembelaan atau bantuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi jika dikenakan tindakan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mereka jika dikenakan tindakan undang-undang kerana menyertai himpunan haram itu. "Jika mereka melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, mereka tetap dikenakan tindakan dan tiada yang dikecualikan. Jika mereka ditahan polis, jangan pula lepas ini lari belakang kementerian, minta tolong," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di premis latihan Guided Industrial Training (GIT) in Integrated Circuit (IC) Design di sini, semalam. Sebanyak RM23 juta disediakan kerajaan untuk tempoh lima tahun bagi memberi latihan kepada 800 pelajar menerusi program latihan industri berstruktur di IC Microsystem. Pada sidang media berasingan selepas menerima memorandum daripada Mahasiswa Aman mengenai perhimpunan haram 9 Julai, Khaled berkata, ia akan diteliti kerana kementerian tidak akan mengabaikan suara mahasiswa di negara ini. "Ini adalah memorandum pertama yang saya terima berhubung perkara ini. Luahan mahasiswa melalui penyerahan memorandum ini jelas membuktikan mereka peka dengan apa yang berlaku di dalam negara," katanya. 26 Headline: Polis siasat bank tempatan digunakan BERSIH Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat dakwaan sebuah bank tempatan digunakan penganjur perhimpunan haram Sabtu ini bagi menerima wang yang disalurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara atau agensi lain yang berkaitan kerana peruntukan perundangan sedia ada membolehkan polis menjalankan tugasnya. "Saya akan bekerjasama dengan Bank Negara. Polis ada cukup kuasa mengikut undangundang yang ada untuk bekerjasama dengan Bank Negara atau agensi lain dalam menjalankan siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Latihan Pos Pemerintahan (CPX), Eksesais Bersatu Aman antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Maktab PDRM di Cheras, semalam. Majlis pembukaan eksesais itu disempurnakan secara bersama oleh Ismail dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Eksesais ini adalah kesinambungan kerjasama operasi dan latihan antara PDRM-ATM yang dijalankan secara rasmi pada 2008. Dalam eksesais semalam, tumpuan diberi dalam bentuk Pos Pemerintahan di peringkat perancangan membabitkan pegawai dan anggota PDRM-ATM. Selain itu, latihan juga turut memberikan tumpuan kepada operasi memulih, seterusnya mencegah situasi ancaman ketenteraman awam. Ditanya sasaran siasatan penyaluran dana itu, Ismail berkata, siasatan tidak hanya terhad ke atas penganjur perhimpunan haram iaitu Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi merangkumi sesiapa saja yang mempunyai kaitan dengan elemen yang boleh menjurus kepada gangguan ketenteraman awam. "Kita akan menyiasat, bukan saja Ambiga, tetapi sesiapa saja jika ada elemen menunjukkan ada perkara yang berlaku, sudah berlaku, sedang berlaku atau dirancang berlaku, yang boleh menjurus kepada menyebabkan ketidaktenteraman awam," katanya. Mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kelmarin, beliau berkata, rakyat Malaysia termasuk kakitangan kerajaan pelbagai bangsa, agama atau umur, mesti memandang serius titah berkenaan demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan. "PDRM akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang ke atas sesiapa saja yang melakukan kesalahan," katanya. Bagaimanapun, katanya, latihan bersama antara PDRM-ATM yang akan berakhir hari ini, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perhimpunan haram berkenaan. 27 "Kita merancang latihan ini sejak dua tahun lalu. Ia bukan seperti apa yang anda fikirkan sebab sudah beberapa tahun, kita bekerjasama tetapi orang tidak tahu," katanya. Headline: Pemuda batal Himpunan PATRIOT Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006 Byline / Author: Oleh Norfatimah Ahmad; Norakmah Mat Youb; Syed Azwan Syed Ali KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO membatalkan hasrat mengadakan Himpunan Patriot (PATRIOT) Sabtu ini bagi membantah perhimpunan haram BERSIH kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, titah Yang Di-Pertuan Agong perlu dihormati semua rakyat dan pihaknya akur untuk menarik diri daripada mengadakan perhimpunan pada tarikh itu. "Ini adalah kehendak tersirat Tuanku Mizan dan kita sedia menarik diri dan berbincang dengan semua pihak untuk membaiki sistem pilihan raya negara," katanya kepada pemberita Malaysia di kepulauan Corfu yang terletak lebih 470km dari Athens, semalam. Naib Ketua Pemuda pula, Datuk Razali Ibrahim, berkata keputusan itu diambil seiring titah baginda bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. "Walaupun berbangga dengan semangat ditunjukkan PATRIOT, tetapi sebagai rakyat bertanggungjawab, kita perlu pertahankan kedaulatan, selain akur dan menghormati titah terbuka Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kelmarin, Tuanku Mizan bertitah, dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyubur demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara. Baginda bertitah, setiap permasalahan perlu diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, `yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' Razali bagaimanapun berkata, pembatalan perhimpunan 9 Julai itu tidak bermakna PATRIOT akan dibubarkan, sebaliknya mungkin didaftarkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya juga sedia membatalkan perhimpunan membantah BERSIH sebagai menghormati titah Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad belum dibuat dan kata putusnya bergantung kepada penganjur perhimpunan BERSIH sama ada mahu meneruskannya atau tidak. "Jika BERSIH tetap meneruskan perhimpunan haram itu, PERKASA turut sama bagi membantah tindakan kumpulan itu yang tidak menghormati titah baginda. 28 "Kita akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi PERKASA, Rabu ini (esok). Pandangan peribadi saya, ia perlu diteruskan," katanya pada sidang media di sini, semalam. Diminta mengulas jika penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan di stadium, Ibrahim berkata, PERKASA turut akan berbuat demikian dengan mendapatkan permit polis. 29 Headline: Perhimpunan haram galak perilaku liar Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Ahmad Azan Ridzuan PERHIMPUNAN haram anjuran BERSIH yang akan berlangsung pada 9 Julai ini di ibu negara tidak mendapat persetujuan dan mandat oleh sebahagian besar rakyat, tetapi segelintir yang mempunyai kepentingan tertentu demi survival matlamat kuasa politik masing-masing. Perhimpunan ini boleh didefinisikan sebagai suatu acara yang dianjurkan di sesuatu tempat atau kawasan yang dihadiri oleh sekumpulan besar manusia. Di samping itu, apabila berlakunya perhimpunan sebegini maka berlaku tingkah laku kumpulan ini akan mewujudkan 'mood' yang berbeza-beza di kalangan mereka yang menyertainya. 'Mood' kumpulan ini akan menentukan beberapa kebarangkalian sama ada mereka ini akan menjadi satu bentuk protes atau rusuhan yang pada kebiasaan akan berkesudahan menjadi tidak terkawal dan berlakunya perlakuan ganas. Mengikut pendapat Sarjana Le Bon serta Park dan Blumer yang mengemukakan teori sikap perkumpulan yang besar apabila mereka berhimpun, seseorang individu itu akan kehilangan keseluruhan perasaan tanggungjawab pada diri masing-masing. Di samping itu, peserta perhimpunan akan memperoleh sentimen penjelmaan kuasa yang wujud dengan sendirinya lalu berkesudahan dengan melakukan perilaku luar kawalan secara berterusan sehingga mewujudkan sikap primitif. Selain itu, sikap perkumpulan secara tradisinya menjelaskan kemungkinan individu itu akan mempamerkan sikap antisosial diri yang akan menjana ke arah tidak terkawal atau merusuh. Berpandukan kepada sumber Pengurusan Kecemasan Australia ada menerangkan jenis perhimpunan raksasa dan reaksi mereka yang terbabit semasa sesuatu perhimpunan itu. Mood yang terhasil daripada peserta yang terbabit dengan perhimpunan itu akan menjadi faktor yang harus dipertimbangkan bagi agensi pemantauan seperti pasukan polis, bomba dan penyelamat, perubatan dan dan pasukan lain yang berperanan dalam mengawasi perhimpunan. Jika tidak dihalang segera oleh polis perhimpunan ini berkemungkinan boleh merebak ke tempat lain. Kita sebagai rakyat perlu memahami dan mengenali sikap peserta yang terbabit dalam perhimpunan sebegini. Bagi yang berhimpun, sikap mereka akan berupaya mencetuskan keadaan tidak terkawal dan huru-hara. Pasukan keselamatan dan agensi penguat kuasa perlu berupaya membuat penilaian yang tepat dan tindakan pemantauan berterusan akan membolehkan sebarang kejadian yang tidak diingini dikawal. 30 Mengenal pasti punca akan memberi ruang kepada polis dan agensi penguatkuasaan mengurus perhimpunan terlarang dengan lebih berkesan serta kerisauan rakyat yang cintakan kedamaian akan terus terpelihara. AHMAD AZAN RIDZUAN, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 31 Headline: Himpunan BERSIH buka ruang penyusupan ideologi Komunis Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Mohd Ayop Abd Razid IDEOLOGI komunis adalah fahaman berasaskan ajaran Karl Marx (1818-1883). Marx seorang sosialis revolusioner. Ajarannya dimuatkan dalam dua karya utamanya, The Communist Manifesto (1848) dan Das Kapital (1867) dijadikan sebagai doktrin ideologi komunisme. The Communist Manifesto ditulis bersama sahabatnya Frederich Engels (1820-1895). Pada 1885 dan 1894, Engels mengembangkan lagi Das Kapital sebanyak dua volume (volume 2 dan 3) sebagai melanjutkan pemikiran dan ajaran Karl Marx. Das Kapital dianggap sebagai kitab suci penganut Marxisme-komunisme-atheisme. Tiga serangkai fahaman ini ditegakkan sebagai dogma dan doktrin penganutnya. Marx dianggap nabi yang membawa obor keadilan kepada masyarakat komunis. Sebenarnya, ajaran komunis itu bercanggah dengan ajaran Islam, prinsip dan juga pertama Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Melalui teori sosialnya, Marx menganggap kehidupan ditentukan oleh material semata-mata. Marx (Komunisme) melihat sejarah manusia dibina di atas sejarah kebendaan atau 'dialektika historis materialisme' semata-mata. Ideologi Komunis mula menyerap masuk di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu pada sekitar 1920-an. Perjuangannya bersifat keras dengan pendekatan revolusi bersenjata. Bagi komunis, kekerasan atau revolusi adalah satu-satunya jalan untuk membentuk sebuah masyarakat komunis. Siapa yang tidak pernah mendengar kezaliman Bintang Tiga yang menguasai Tanah Melayu selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1946. Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah untuk mewujudkan negara Komunis Tanah Melayu. Pada 1947, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (19481960). Ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, Komunis turut memainkan peranan menyemarakkan api perkauman dengan tujuan menjadikan negara berada dalam keadaan anarkisme. Dalam buku May 13: Before and After, Tunku Abdul Rahman menyebut komunis dan kongsi gelap antara penyebab tercetusnya tragedi itu. Laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 'The May 13 Tragedy' yang dikeluarkan pada 1969 juga tidak menafikan wujudnya ejen komunis dalam Parti Buruh Malaya (PBM). Daripada Peristiwa 13 Mei itu membuktikan bahawa melalui siri demonstrasi dan perarakan haram, ejen komunis akan menyerap masuk untuk membakar emosi rakyat sehingga akhirnya ruang untuk menyerapkan ideologi komunis dapat laksanakan mereka. Perkara yang sama tidak mustahil berlaku dalam keghairahan pihak tertentu menganjurkan 32 himpunan yang dikenali sebagai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Walaupun pihak penganjur berniat baik, pasukan keselamatan sudah dapat menghidu ejen komunis menyerap dan menyokong himpunan terbabit. Ini terbukti apabila pihak polis sejak awal-awal lagi dapat mengesan individu luar dan dalam yang ada kaitannya dengan ideologi komunis turut menyokong himpunan terbabit. Ramai yang cuba menafikan dan berhujah bahawa ideologi komunis sudah pun lupus sejak Perjanjian Damai antara PKM dan kerajaan Malaysia yang diadakan di Haadyai pada 1 Disember 1989. Persoalannya, adakah benar ideologi komunis sudah berkubur dalam erti kata sebenar? Perlu dinyatakan ketika sidang media selepas majlis perjanjian itu, Chin Peng yang ditanya wartawan berkata PKM hanya meletakkan senjata bukannya membubarkan PKM. Chin Peng sendiri mengaku fahaman komunis adalah ideologi anutannya. Daripada apa yang disebutkan, jelas beliau tidak mengisytiharkan dirinya membuang secara total ideologi komunis yang dianutinya. Malah, dalam bukunya Chin Peng My Side Story mempamerkan kebanggaannya terhadap ideologi itu. Perlu diingatkan kembali bahawa tidak lama dulu ada usaha pihak tertentu untuk membawa masuk kembali Chin Peng ke tanah air tetapi mujur kerajaan bertegas untuk tidak menerima kembali tokoh komunis itu yang perjuangan songsangnya itu sudah mengalirkan darah dan kemusnahan harta benda. Justeru, berhati-hati dengan tipu muslihat mereka. Tidak mustahil ejen komunis cuba menyerap kembali ke dalam masyarakat bagi menyebarkan dakyah mereka secara halus dan terancang. Kita bimbang himpunan BERSIH 2.0 adalah peluang dan ruang untuk mereka menyerap masuk bagi menimbulkan kacau-bilau supaya berlaku pertembungan antara pendukung demonstrasi haram dengan pasukan keselamatan sehingga akhirnya rakyat menjadi pecah belah. Apabila perpecahan dalam masyarakat berpanjangan, kerajaan tidak lagi dapat memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi maka senang mereka menyebarkan jarum komunisme dan sosialisme yang kononnya berjuang untuk keadilan masyarakat. Perlu diingat di Indonesia dan Filipina, penganut Komunis masih berusaha gigih untuk menghidupkan kembali fahaman komunis (neo-komunisme). Justeru, dalam perhimpunan haram seperti himpunan BERSIH 2.0 yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini adalah tempat yang dikira sesuai untuk mereka menyelinap masuk dan memainkan jarum halusnya untuk menjejaskan ketenteraman dan perpaduan nasional. * Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 33 Headline: Rakyat harus akur peringatan Seri Paduka elak sertai perhimpunan haram Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 PERINGATAN Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada seluruh rakyat jelata khususnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) penganjur perhimpunan haram Sabtu ini, yang disiarkan dalam semua media utama kelmarin, jelas membuktikan baginda amat prihatin dan bimbang terhadap keselamatan negara. Baginda yang menyedari betapa perhimpunan haram BERSIH 9 Julai ini boleh mengancam keselamatan negara, mengingatkan penganjurnya akan keburukan yang bakal berlaku akibat perhimpunan itu. Tanpa mengira siapa mereka, sama ada kumpulan haram BERSIH, Pemuda UMNO mahupun PERKASA serta semua penyokong mereka yang berhasrat meneruskan perhimpunan haram itu hendaklah mengambil serius peringatan Yang di-Pertuan Agong itu. Walaupun atas prinsip demokrasi, tindakan mereka itu tidak boleh dihalang, baginda juga mengingatkan rakyat hendaklah memastikan tuntutan mereka itu tidak menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara. Walaupun demokrasi memberi kebebasan rakyat bersuara, tetapi tidak bermakna kebebasan itu adalah mutlak tanpa batasan membezakan antara yang baik dan buruk. Kebebasan melakukan sesuatu sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan negara, sehingga boleh mencetuskan huru-hara bukanlah kebebasan yang sihat dan perlu ada batasannya. Justeru, dalam menegakkan kebebasan bersuara, rakyat tidak boleh terpengaruh dengan apa yang berlaku di sesetengah negara asing atau diresapi elemen luar yang cuba mengambil kesempatan daripada prinsip demokrasi itu untuk mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam. Mesej baginda amat jelas supaya setiap masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan dan bukan mengikut perasaan bertindak membelakangkan Perlembagaan dan undang-undang. Baginda juga melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pucuk kepimpinan negara Datuk Seri Najib Razak dalam menangani masalah ini dan menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana. Selaku ketua negara, Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat rakyat berbilang bangsa di negara tercinta ini sering bermusuhan sesama sendiri atau sebahagian rakyatnya bermusuhan dengan kerajaan atas apa juga alasan. Kita bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa semua pihak hendaklah menumpukan perhatian kepada usaha memajukan negara, bukannya mewujudkan masalah yang boleh menyebabkan negara berundur ke belakang. Yang di-Pertuan Agong adalah lambang pemerintahan demokrasi berperlembagaan di negara ini dan tidak selalu masuk campur dalam urusan kerajaan, meskipun yang ada kaitan dengan rakyat, kecuali apabila keadaan sudah meruncing dan serius. Dengan peringatan Yang di-Pertuan Agong itu, kita harap seluruh rakyat termasuk penyokong mana-mana kumpulan khususnya BERSIH, Pemuda UMNO dan PERKASA yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram 9 Julai ini supaya akur, sekali gus membatalkan serta-merta niat masing-masing tanpa sebarang syarat. Pemimpin setiap pertubuhan terbabit juga hendaklah mengeluarkan kenyataan sertamerta mengarahkan semua pengikut dan penyokong mereka tidak menganjurkan sebarang perhimpunan Sabtu ini. 34 Headline: Rakyat terus suara bantahan Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 PUTRAJAYA: Perhimpunan haram yang dirancang Sabtu ini terus mendapat bantahan rakyat apabila Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang mewakili lebih 2,300 penuntut di 16 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara, menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Lebih 400 ahli SKM diketuai Ketua Sekretariatnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, menyerahkan memorandum bantahan anti-BERSIH kepada Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran, di KDN semalam. Di SHAH ALAM: Persatuan Akademik UiTM (UTIMAS), Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUITM) dan Persatuan Pentadbir UiTM (PPUITM) menggesa mana-mana penganjur perhimpunan haram membatalkan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi. Presiden UTIMAS, Prof Dr Mohammad Awang, berkata perhimpunan haram itu akan memudaratkan keselamatan negara dan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara demokratik dan aman damai. 35 Headline: Kereta, kemudahan awam disembur cat kuning Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 ALOR SETAR: Perhimpunan haram belum pun diadakan, tetapi kesannya mula dilihat di negeri ini apabila beberapa kenderaan di Jitra dan lot kedai serta bangunan pejabat Perhubungan UMNO Kedah disembur dan diconteng dengan perkataan 'BERSIH' oleh pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam. Difahamkan sekurang-kurangnya empat kereta dan van yang diletak di depan lot kedai sekitar Jitra disembur dengan cat kuning bertulis 'BERSIH', manakala lambang UMNO di Bangunan Tunku yang menempatkan Pejabat UMNO negeri diconteng dengan perkataan 'bodoh jom BERSIH'. Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata kejadian itu menunjukkan sikap pengecut pelakunya dan hanya menggambarkan perasaan terdesak mereka untuk mendapat sokongan orang ramai. Ahmad Bashah menganggap perbuatan itu sebagai provokasi pihak tertentu berikutan pendirian UMNO yang menentang perhimpunan haram BERSIH. "Kita sudah laporkan hal ini kepada polis untuk disiasat dan kita harap orang yang tidak bertanggungjawab ini dapat diberkas segera. "Kita tetap dengan pendirian menentang perhimpunan haram dan tidak akan gentar menghadapinya walaupun ada pihak terus membuat provokasi," katanya di sini, semalam. Di JITRA, seorang pemandu, Nordin Hassan, 48, berkata van syarikat diletakkan di belakang Pasar raya Yawata sejak petang kelmarin turut disembur cat kuning bertulis perkataan 'BERSIH' yang pagi semalam. "Kenapa perlu babitkan kenderaan awam, saya tidak buat salah apa pada mereka. Ini adalah kenderaan syarikat yang saya guna untuk mendapatkan nafkah buat keluarga saya," katanya. Peniaga, Ng Ah Huat, 55, berkata, dia hanya menyedari kenderaannya disembur jam 9 pagi ketika mahu memulakan perniagaan berhampiran Kompleks Jitra dekat sini. "Saya memang letak kereta di sini dan tidak pernah diganggu. Saya tidak tahu dan tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini tetapi saya harap supaya ia dihentikan," katanya ketika ditemui, semalam. 36 Headline: Bahan letupan, senjata ditemui Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Safeek Affendy Razali KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini. Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini. Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan. Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci. "Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur. Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan. Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu. Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi 'Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami 37 belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.' Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam. Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu. Headline: Ambiga sedia batal (HL) Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Norakmah Mat Youb PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedia membatalkan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini, jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demikian. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) BERSIH selepas titah Seri Paduka disiarkan media, malam kelmarin. Beliau berkata, gabungan itu akan menghantar surat kepada Istana Negara untuk meminta perkenan menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum perhimpunan dijadualkan Sabtu ini. "BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat melakukan pembaharuan sistem pilihan raya. "BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, semalam. Ambiga bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi dibatalkan berikutan titah Seri Paduka bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan. "Saya akan membuat pengumuman rasmi sebaik saja pertemuan itu menjadi kenyataan," katanya. Diminta mengulas sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan itu jika diminta Seri 38 Paduka, Ambiga berkata: "Ya. Tunggu saja pengumuman selepas pertemuan itu". Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu mengadakan perhimpunan haram Sabtu ini. Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah, setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'. "Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam kenyataan. Diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia membenarkan perhimpunan BERSIH jika diadakan di stadium, beliau berkata, ia akan dibincangkan kemudian. Sementara itu, AJK Pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay, berkata BERSIH bukan pertubuhan haram sebaliknya ia gabungan pertubuhan yang sah. Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata parti itu sudah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan menerima keputusan mengenainya semalam atau hari ini. Mohamad berkata, PAS diketuai Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pimpinan tertinggi, termasuk beliau. "Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan. "Inilah Raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini," katanya ketika berucap pada majlis 'PAS Ganti UMNO' di kawasan Ladang, kelmarin. 39 Headline: Mahasiswa bantah Publication: HM Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 PUTRAJAYA: "Kami mewakili semua mahasiswa menolak perhimpunan haram sama ada dianjurkan Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno, malah sesiapa saja kerana ia boleh menggugat keamanan negara," kata Ketua Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SKM), Muhamad Mukhlis Maghribi. Tampil sebagai badan bebas dan tidak berpaksi kepada mana-mana parti politik, katanya, SKM tidak menyokong perhimpunan haram seumpama itu, kerana ia memberikan kesan negatif termasuk kepada pemandu teksi dan peniaga kecil. "Melalui laman web sosial yang diwujudkan pihaknya minggu lalu, jelas membuktikan mahasiswa menolak perhimpunan haram dan mahu ia dihentikan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam. KDN melalui Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran menerima memorandum berkenaan. Lebih 400 ahli SKM daripada 16 universiti yang diketuai Muhamad Mukhlis menyerahkan memorandum bantahan anti-Bersih berkenaan. 40 Headline: Patriot akur titah Publication: HM Date of publication: Jul 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Muhaamad Hafis Nawawi KUALA LUMPUR: Patriot yang menggabungkan Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia (Patriot) akur titah khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tidak mahu berlaku huru-hara akibat perhimpunan Bersih 9 Julai ini. Ketua Pengarah Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) berkata, pihaknya tidak akan meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini dan memberi amaran kepada Bersih supaya turut berbuat demikian bagi menjunjung titah Tuanku. Menurutnya, Patriot akur titah Tuanku dalam usaha menyuburkan demokrasi bagi mengelak berlaku kemusnahan kepada negara dan tidak terikut dengan amalan negara luar. "Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab, Patriot akan mentaati titah khas itu dan mendesak penganjur perhimpunan haram terbabit turut mentaatinya. "Kami akur, tetapi jika Datuk S Ambiga masih ingkar terhadap titah Tuanku dan meneruskan, kami tidak teragak-agak mengumpul seramai mungkin Patriot bagi berhadapan dengan beliau dan konconya yang secara terang-terangan tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan menderhaka titah Tuanku," katanya pada sidang media Perhimpunan Patriot Menyelamatkan Negara di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda Umno, semalam. Abdul Azeez berkata, Patriot diwujudkan bagi melahirkan seramai mungkin majoriti rakyat menentang sebarang gerakan yang boleh menjerumuskan negara dalam keadaan anarki, menjejaskan nama baik dan merosakkan ekonomi negara. "Kami mendesak polis tidak teragak-agak menahan sesiapa yang ingkar dengan titah khas Tuanku dan sekiranya polis gagal bertindak, pihak tentera mesti melaksanakan tanggungjawab ini. "Bagaimanapun, jika tentera gagal bertindak maka jangan salahkan rakyat yang setia kepada Tuanku bertindak membela tanah air tercinta," katanya. Sementara itu, Pengerusi Perhimpunan Patriot, Datuk Reezal Merican Naina Merica berkata, pihaknya akan berdiri di hadapan jika ada orang ingin mengganggu gugat negara. "Kami beri amaran kepada Ambiga supaya tidak meneruskan perhimpunan haram itu dan jika tidak Patriot akan turut hadir mempertahankan masyarakat daripada dikhianati dan menjunjung perlembagaan negara. "Buat masa ini kami tidak akan meneruskan perhimpunan itu dan akan lihat reaksi beliau sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya. 41 Headline: Suara majoriti senyap punya kekuatan tersendiri Publication: BH Date of publication: Jul 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Ridzuan Yop MAJORITI senyap atau kumpulan penyokong atas pagar di negara ini sudah mula bersuara. Mereka dengan jelas membantah perhimpunan haram yang dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara 9 Julai ini. Kumpulan majoriti senyap ini adalah golongan yang tidak melahirkan pandangan atau sokongan mereka secara terbuka berhubung sesuatu isu. Dalam pilihan raya, mereka ialah barisan pengundi yang paling ditakuti setiap calon. Namun, selepas majoriti senyap ini menyatakan pandangan mereka berhubung perhimpunan itu, ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak terutama parti politik, kerana merekalah sebenarnya yang akan menentukan kalah menang seseorang calon atau parti dalam sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU). Sehingga ini, lebih 2,000 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). NGO ini secara tidak langsung mewakili majoriti senyap di negara ini. Namun, setakat ini kumpulan pengacau itu belum menunjukkan tanda-tanda membatalkan perhimpunan haram itu. Majoriti senyap ini adalah lapisan rakyat pada peringkat akar umbi yang melihat sesuatu perkara itu secara rasional. Mereka tidak mudah dihasut. Mereka terdiri daripada peniaga kecil, pemandu teksi sehinggalah golongan pertengahan yang mempunyai maklumat dan tahu apa yang baik untuk mereka walau apapun pandangan dan pendapat umum cuba disogok oleh penganjur perhimpunan itu. Yang jelas majoriti senyap ini menolak perhimpunan haram BERSIH kerana sebahagian besar mereka melihat ia akan membawa lebih banyak keburukan, malah kemusnahan kepada negara jika perhimpunan kumpulan pengacau ini tidak disekat pihak berkuasa. Tetapi agak menghairankan ketika kumpulan haram BERSIH menggunakan alasan kononnya perjuangan mereka untuk 'rakyat' bagi memastikan sistem pilihan raya negara ini telus dan tiada penyelewengan seperti yang mereka dakwa, mereka tidak pula mengambil kira desakan majoriti senyap ini agar mengambil pendekatan lebih berhemah dan mengikut saluran sedia ada dan bukan membawanya di jalanan. Pelbagai pertubuhan membabitkan NGO pelbagai kaum sejak akhir-akhir ini, memberikan reaksi mereka secara jelas agar perhimpunan haram itu dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak kerugian kepada rakyat walau apa juga alasan digunakan oleh penganjuran perhimpunan itu. Antaranya, Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang mewakili 16 institusi pengajian tinggi (IPT), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali sebagai 42 Huazong yang dianggotai lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan Cina di seluruh Malaysia dan Yayasan Pembangunan Belia India (MIYDF) yang mewakili lebih 10,000 sukarelawan. Malah, kajian dilakukan Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MIDAS) juga mendapati hampir 70 peratus rakyat Malaysia yang menyertai kaji selidik menolak perhimpunan haram BERSIH. Majoriti senyap ini adalah ahli pelbagai pertubuhan dan persatuan di negara ini. Sebahagian besar mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik. Mereka adalah majoriti rakyat berbilang kaum dan agama yang mahu melihat rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Justeru, apabila mereka membantah perhimpunan haram itu, ia adalah satu pandangan bersifat nasional. Majoriti senyap melihat ada banyak saluran atau pendekatan lain boleh digunakan pihak terbabit untuk menyatakan pandangan serta rasa tidak puas hati mereka dan demonstrasi haram hanya menyusahkan orang ramai. Mengakui hakikat itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata peranan majoriti senyap adalah penting dalam menentukan keamanan sesebuah negara dan mereka berhak mempertahankan apa yang mereka nikmati ketika ini iaitu keamanan dan kesejahteraan. "Majoriti senyap sebagai kumpulan terbesar di negara ini perlu menyuarakan pandangan mereka berhubung apa yang mereka mahu. Hak mereka untuk mendapatkan kesejahteraan dan keamanan tidak seharusnya diganggu gugat oleh kumpulan minoriti. "Sehubungan itu, majoriti senyap ini perlu bangkit dan menolak tindakan yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan yang mereka nikmati ketika ini. Mereka perlu bersuara... jika tidak hak mereka untuk hidup dengan aman akan dimusnahkan oleh kumpulan kecil ini yang sentiasa cuba menghasut dan mempengaruhi rakyat melakukan tindakan menyalahi undang-undang," katanya. Justeru, beliau membahagikan majoriti senyap ini kepada tiga kumpulan iaitu asertif, pasif dan agresif. Kumpulan asertif adalah majoriti senyap yang mewakili kelompok besar rakyat merangkumi antara 40 hingga 50 peratus dan mereka ini tahu akan hak mereka dan akan mempertahankannya jika ia cuba diganggu gugat pihak lain. Katanya, kumpulan pasif pula merangkumi 20 peratus dan mereka tidak begitu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling, malah mereka sanggup mengetepikan hak sendiri demi menjaga hati orang lain. Kumpulan agresif ini hanya mewakili 10 peratus rakyat dan mereka sentiasa berusaha menghasut rakyat mengikut apa yang mereka mahu walaupun ia menyalahi undang-undang dan menyebabkan kesengsaraan. Dr Mohd Fadzil berkata, majoriti senyap dalam kumpulan asertif ini lebih rasional melihat sesuatu untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhan. Kumpulan ini walaupun mempertahankan hak dan kepentingan mereka, namun pada masa sama tetap menjaga hak orang lain. "Oleh itu, kumpulan asertif ini, perlu bersuara dan jika suara mereka lebih kuat, kumpulan 43 agresif ini akan dapat ditundukkan daripada melakukan sesuatu yang bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan negara," katanya. Headline: Guna setiap undang-undang sedia ada halang perhimpunan haram BERSIH Publication: BH Date of publication: Jul 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 TINDAKAN polis menahan beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana dipercayai cuba menyebar fahaman komunis tidak sepatutnya menjadi isu atau dipolitikkan. Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana kerajaan tidak mahu perjuangan dan fahaman komunis yang berjaya dipatahkan dan sudah lama berkubur di negara ini kembali menular dan mempengaruhi rakyat. Tindakan pemimpin dan ahli parti terbabit cuba menghidupkan dan menyebar semula ideologi komunis adalah tindakan serius kerana ia boleh menghuru-harakan negara dan mengancam kedaulatan negara. Lebih membimbangkan kumpulan terbabit secara jelas menzahirkan penentangan mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, ketika mendedahkan kegiatan kumpulan itu kelmarin menjelaskan enam individu terbabit termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj ditahan kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman komunis. Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam yang menjurus kepada cubaan mewujudkan huru-hara atau jenayah kekerasan. Selain itu, polis menahan mereka kerana daripada siasatan awal dan maklumat yang diterima, polis mendapati keenam-enam mereka mempunyai pembabitan dengan beberapa pihak di luar negara yang ada kaitan dengan anasir subversif. Adalah jelas, kegiatan kumpulan terbabit boleh mencetuskan kacau bilau jika tidak dibendung segera. Justeru, tindakan pantas dan tegas pihak polis mengekang kegiatan kumpulan itu yang cuba menyebarkan fahaman komunis di negara ini tentunya melegakan rakyat yang cintakan kedamaian. Jika kegiatan mereka tidak dikekang pada peringkat awal, kita khuatir keadaan akan menjadi tambah buruk dan sukar dikawal apabila rakyat mula terpengaruh. Apapun, pada masa sama kita bimbang jika ada penyokong dan anggota kumpulan ini turut terbabit dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dirancang pada 9 Julai ini di ibu negara. Kita percaya penganjur perhimpunan haram sedia membuka pintu kepada mana-mana kumpulan berhaluan kiri termasuk anasir subversif bagi menjayakan agenda perjuangan sempit mereka. Sehubungan itu pihak berkuasa mesti bertindak tegas terhadap siapa saja yang terbabit termasuk penganjur perhimpunan haram. Berdasarkan bantahan pelbagai pihak terhadap penganjuran perhimpunan haram ini, ia membuktikan majoriti rakyat tidak mahu saki baki pemimpin dan penyokong perjuangan komunis di negara ini muncul kembali dan bertindak sehingga mengancam keselamatan negara. Pada masa sama, kerajaan juga harus segera menghalang pembabitan kumpulan ini dengan kuasa asing yang cuba memporak-perandakan negara. Kita tidak boleh menolak kemungkinan pihak asing terbabit selain menyalurkan dana untuk kegiatan itu, mereka turut mempunyai agenda lebih besar untuk melemahkan kerajaan secara berdemonstrasi. Sudah sampai masanya, kerajaan menggunakan setiap undang-undang sedia ada terutama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan pemimpin kumpulan haram BERSIH yang 44 cuba memudaratkan negara. Jika hak majoriti rakyat menikmati keamanan dicabuli segelintir pemimpin kumpulan haram ini, adalah wajar mereka dikenakan hukuman setimpal. Headline: Pelbagai pihak bantah perhimpunan 9 Julai Publication: BH Date of publication: Jul 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 007 JERTIH: Ulama negara ini menolak penganjuran perhimpunan haram 9 Julai ini kerana ia bukan saja haram dari segi undang-undang, malah Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai perhimpunan seumpama itu. Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, berkata ulama dan mufti negara sependapat perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan dan disertai umat Islam kerana ia bertentangan syariat agama. "Islam mengajar umatnya supaya menyelesaikan setiap masalah dan pergeseran menerusi meja rundingan, bukannya merusuh di jalan raya hingga menyusahkan warga lain," katanya. Di MACHANG, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata imej negara pada peringkat global sebagai antara negara pelaburan yang menarik akan terjejas jika perhimpunan haram diteruskan. Beliau berkata, pelabur asing akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak aman lagi untuk mereka melabur, sekali gus lari ke negara lain. Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab termasuk menyediakan wang jaminan dan belanja guaman bagi membebaskan rakyat negeri itu jika ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram Sabtu ini. Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak terpedaya dengan pembohongan kepemimpinan PAS yang mendakwa akan bertanggungjawab terhadap sesiapa yang ditahan 9 Julai ini. Di SEREMBAN, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin belia di Negeri Sembilan berfikiran positif dan rasional serta tidak menyokong perhimpunan haram pada Sabtu ini. Di KUALA LUMPUR, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia, Datuk K K Eswaran membantah sekeras-kerasnya penganjuran demonstrasi jalanan berkenaan kerana ia akan menyebabkan peniaga mengalami kerugian. Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam pula menyifatkan penganjur perhimpunan haram BERSIH adalah lebih bersifat agenda politik, walaupun mereka mengatakan ia untuk memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka. 45 Headline: `Kami pasti rugi besar' Publication: HM Date of publication: Jul 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Hadzlan Hassan; Mohd Hafizee Mohd Arop KUALA LUMPUR: Kebanyakan peniaga sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara kurang senang dengan tindakan pihak tertentu berhasrat berhimpun sempena Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu ini. Ini berikutan perhimpunan sebegitu bakal mengundang pelbagai masalah terutama sekiranya kumpulan berkenaan tidak dapat dikawal dan bertindak ganas seperti berlaku sebelum ini. Mereka bimbang berulangnya peristiwa ketika reformasi pada 1998 dan Perhimpunan Bersih 2007 yang membawa banyak kerugian kepada peniaga. Peniaga kain, Ayie Othman, 43, berkata, dia tidak bersetuju tindakan pihak terbabit mengadakan perhimpunan haram kerana tindakan ini akan menutup periuk nasi peniaga. Katanya, sebelum melakukan tindakan mengadakan perhimpunan sedemikian, pihak terbabit perlu memikirkan kesan ditanggung pihak lain seperti pelancong serta peniaga di sekitar ibu kota. "Kami harap perhimpunan ini dibatalkan kerana Sabtu hari cuti dan biasanya ramai pengunjung ke kawasan tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini. "Kalau mereka meneruskan perhimpunan ini sudah pasti kami akan menghadapi kerugian besar. Tambahan pula jika mereka bertindak lebih ganas, sudah pasti barangan kami rosak," katanya. Seorang lagi peniaga, Muhammad Shahid, 41, berkata, dia tetap akan membuka perniagaannya pada tarikh terbabit walaupun perhimpunan itu dijangka diteruskan. Menurutnya, walaupun perasaan takut sekiranya pihak terbabit bertindak ganas, rezeki harian perlu dicari kerana pendapatannya hanya bergantung kepada hasil jualan kain setiap hari. "Kalau mereka hendak buat perhimpunan buatlah...tetapi jangan sampai mengganggu perniagaan kami, cukup apa yang ditanggung kami (peniaga) dalam beberapa peristiwa (demonstrasi) sebelum ini," katanya. Bagi Desmond David, 49, dia akan menutup perniagaannya pada hari berkenaan kerana tidak mahu menanggung risiko akibat perhimpunan terbabit. "Biar tutup saja kedai... saya yakin orang ramai pastinya tidak keluar rumah sekali gus menyebabkan kehadiran pengunjung berkurangan terutama kesesakan jalan pasti berlaku pada hari itu. 46 "Saya akui pendapatan harian peniaga akan terjejas jika berlaku perhimpunan itu dan saya amat berharap pihak terbabit berfikir dua kali sebelum melakukan perhimpunan seperti ini dan sekiranya mereka mempunyai sebarang tuntutan mereka boleh berbuat demikian dengan saluran yang ada," katanya. Headline: Perhimpunan haram 'bencana baru' menyusahkan rakyat Publication: BM Date of publication: Jul 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Mohd Azis Ngah; Nadia Hamid RAMAI kecewa kerana pihak penganjur terus berdegil untuk meneruskan perhimpunan haram di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, Sabtu depan. Polis sudah menutup ruang rundingan kerana penganjurnya, terutama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) tidak mahu membatalkan hasrat itu. Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan NADIA HAMID mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Dr Azman Amin Hassan dan pakar keselamatan, Kamal Affendi Hashim untuk membincang lanjut isu ini. Azman Amin Hassan ? RAMAI mengatakan penganjuran perhimpunan kali ini dipengaruhi anasir asing yang memilih kaedah bantahan jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati berbanding saluran betul seperti melalui pilihan raya. Adakah mereka ini sebenarnya berada di bawah telunjuk 'tangan asing' yang cuba merosakkan keamanan negara. Ya, itulah yang kita nampak hari ini. Perhimpunan BERSIH jelas dipengaruhi keputusan dan amalan dunia luar untuk menggulingkan kerajaan seperti di Asia Barat, misalnya di Mesir yang cuba menukar kerajaan melalui cara lain, lihat apa berlaku di negara jiran, Thailand, sehingga kini masih bergolak akibat politik. Itulah mereka cuba lakukan saya percaya ia memang dipengaruhi hasutan pihak tertentu. Walaupun negara kita aman, masih ada tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan dengan cuba mengheret rakyat melalui hasutan, itu sebenarnya amat berbahaya. Rakyat dihasut supaya menyertai perhimpunan, ada yang cuba menumpang seronok, sedangkan mereka tidak mengkaji kesannya secara mendalam. Sudah tentu kerajaan risau, memang akan ada yang cuba membuat kacau, cetuskan pergaduhan, ketegangan hingga ia boleh merebak menjadi perkara lain. Bahkan, tidak mustahil ia boleh mencetuskan isu perkauman. Semua itu patut dihindar sebab negara kita aman, jauh daripada bencana alam, kita patut bersyukur. Kenapa perlu mencipta bencana baru dengan cetuskan huru-hara, sedangkan kita ada pilihan menukar kerajaan melalui pilihan raya. Jika betul mereka ingin adakan perhimpunan, kenapa tidak memilih tempat tertutup yang dibenarkan, misalnya di Stadium Bukit Jalil yang boleh memuatkan 100,000 orang. Jangan berhimpun di tempat awam, itu mengganggu orang ramai yang tiada kena mengena dengan perjuangan mereka. Jelas, mereka cuba buktikan Malaysia negara yang huru-hara, sedangkan hakikatnya kita selamat dan tenteram. Badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik ekstrem akan buat apa saja untuk mencabar kerajaan, mereka mendakwa perlukan demokrasi, tetapi 47 kenapa tak amalkan demokrasi melalui saluran betul. Dalam situasi ini, kerajaan tersepit di celah-celah kenakalan anak Malaysia yang tidak tahu bersyukur. Saya percaya, mereka sebenarnya cuba 'mencipta nama' di persada antarabangsa dengan menjadi wira jalanan. Kerajaan sudah buat macam-macam, tetapi masih ada yang sangkal pelaksanaan dasar kerajaan. Dalam usaha pulihkan negara, kita sepatutnya bersatu, kerana melalui cara itu kita akan jadi hebat tetapi masih ada pihak tertentu cuba meracuni rakyat dengan mendakwa kerajaan tidak bersih. ? Berdasarkan beberapa bukti ditemui polis, wujud kemungkinan, perhimpunan bantahan itu juga sebenarnya adalah cubaan menghidupkan semula fahaman komunis secara senyap. Fahaman komunis sudah lama terpadam. Ideologi itu basi dan tidak lagi diterima rakyat. Negara China sudah moden dan berubah tetapi nampaknya di negara kita, cubaan menghidupkan semula fahaman komunis dan ada yang sebarkan gerakan sosialis. Kononnya, mereka cuba menuntut keadilan. Kita kena rujuk Perlembagaan Persekutuan yang dirangka hasil kesepakatan semua kaum. Semangat perpaduan itu perlu dilihat. Jangan gunakan alasan itu adalah sejarah lama, generasi baru kena cipta sejarah baru, itu tak betul. Kalau buat sejarah baru untuk memajukan negara, kita boleh terima. Negara kita amalkan sistem Raja Berperlembagaan, kita kena pegang dan jangan sesekali terpedaya dengan anasir komunis dan sosialis. Negara kita jelas berbeza. Contoh paling mudah, tanya rakyat Malaysia yang biasa ke luar negara, apa perbandingan yang mereka katakan berbanding negara lain. Nikmat perpaduan yang kita ada di sini cukup baik yang tidak ada di dunia lain kerana pelbagai kaum boleh bersatu dan hidup aman di Malaysia. Di sini, kita bersyukur kerana mudah mencari rezeki, sedangkan negara lain masih pada takuk lama, nak dapatkan kerja pun susah. Semua itu hasil ruang yang disediakan kerajaan. Bahkan, warga asing datang ke sini boleh hidup senang, ada kerja. Kenapa kita tak bersyukur dengan semua nikmat itu. Bulan lalu, 30 warga Korea Selatan datang ke sini. Mereka adalah wakil kerajaan dan NGO yang melawat Malaysia. Apabila pulang, mereka datang semula ke sini dengan 60 orang dan ucapkan tahniah kerana kita berjaya buktikan perpaduan. Bulan ini, 100 pemimpin negara itu akan datang ke sini. Kita perlu kaji, kenapa mereka suka datang ke sini. Mereka kagum dan kita dijadikan negara contoh. Kita tidak sedar betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Jangan besarkan isu kecil yang boleh diselesaikan. ? Matlamat sebenar perjuangan pihak tertentu kononnya menuntut keadilan dilihat semakin terpesong. Semua bercampur aduk dengan kepentingan peribadi dan campur tangan pihak luar. Memang tujuan itu sudah tersasar. Kalau nak hantar memorandum, bukan itu caranya. Banyak cara lain boleh buat dan semua itu ada pilihan. Dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak telus juga dipersoalkan. Kalau tak telus, takkan pembangkang boleh tawan lima negeri ketika pilihan raya umum lalu. Jika dibandingkan dengan negara maju, misalnya di United Kingdom, kempen pilihan raya di sana cukup hebat. Calon hanya menyampaikan ceramah dan kempen mengenai manifesto parti, bukan cari kesalahan dan hentam lawan. Tetapi semua itu berbeza di sini, selepas lima tahun masih cakap hal sama. Politik cuma untuk pilih kerajaan, bukan berpuak, berpecah belah, bermusuh. Agama tak galakkan perpecahan tetapi menyuruh kita bermuafakat. Semua berbalik kepada asas agama, insya-Allah semua akan selamat. Banyak suara yang diam sebelum ini bersuara, menolak huru-hara. Logiknya tindakan kekerasan tidak boleh dilawan dengan agresif. Api tak boleh lawan api, bertambah meletup. Tindakan mencetuskan api kemarahan itu kerja orang kurang waras. Jelas, kekecohan itu dicetuskan kumpulan kecil yang mencari pengaruh dan menambah pengikut. Saya percaya kerajaan tahu 48 bagaimana nak berunding. ? Ketika rusuhan di ibu negara beberapa tahun lalu, ramai pengikut HINDRAF bertindak ganas merosakkan harta awam. Itu membuktikan, apabila ramai yang berkumpul, akan berlaku tindakan luar kawalan dan ia bertentangan dengan janji penganjur untuk berkumpul secara aman. Memang itulah yang akan berlaku. Peniaga sekitar perhimpunan jadi mangsa sebab mereka berdemonstrasi di tempat tumpuan umum. Ramai yang takut keluar sedangkan penganjur tahu, mereka sebenarnya ada pilihan untuk menyalurkan bantahan, bukan demonstrasi, itu budaya ganas. Walaupun tak mungkin berlaku darurat, ia sebenarnya menjejaskan emosi rakyat. Mereka timbulkan suasana tidak baik. Kalau betul mahu hantar memorandum, kerajaan boleh benarkan 10 orang serah memorandum atau berbincang dengan SPR. Kalau mereka tidak diberi ruang, kerajaan akan bermasalah. Apabila sudah tahu apa mereka mahu, barulah boleh bertindak. Memang tidak semuanya boleh dipenuhi, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat peluang. Ada gimik mengatakan kalau kerajaan tak boleh tumbang melalui pilihan raya, kena guna cara jalanan, buat bantahan. Itu sebenarnya tak betul, sedangkan ramai yang memprotes adalah cendekiawan. Tentu mereka tahu bagaimana nak buat, tak perlu ikut orang yang berfikir mengikut emosi. Kalau mereka bijak, kenapa tak ubah prinsip 'kenapa tak boleh setuju dengan apa yang kita tak setuju.' RAMAI kecewa kerana pihak penganjur terus berdegil untuk meneruskan perhimpunan haram di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, Sabtu depan. Polis sudah menutup ruang rundingan kerana penganjurnya, terutama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) tidak mahu membatalkan hasrat itu. Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan NADIA HAMID mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Dr Azman Amin Hassan dan pakar keselamatan, Kamal Affendi Hashim untuk membincang lanjut isu ini. 'Tarik kerakyatan pengkhianat negara' Kamal Affendi Hashim ? PENGANJUR perhimpunan kali ini seolah-olah mengulangi tayang propaganda rusuhan yang pernah berlaku sebelum ini. Bagaimanakah pandangan saudara mengenai trend ini. Penganjuran perhimpunan bakal mencetuskan pelbagai masalah. Empat tahun dulu, saya pernah menyatakan transisi jenayah semasa seperti rompakan, curi, samun, kerosakan keperluan barang runcit dan samun kargo akan berubah kepada jenayah kebencian. Ternyata ia benar terjadi lima tahun selepas itu, dan kekacauan yang berlaku pada hari ini disebabkan transisi jenayah kebencian. Pengacau di sana-sini menimbulkan kebencian dan menyemarakkan kemarahan kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan kepada mereka, sekali gus berusaha menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah. Malah, mereka membahaskan mengenai hak kebebasan bersuara tanpa mematuhi isi kandungan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan seperti tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa yang boleh merendahkan sesuatu kaum dan mencetuskan ketegangan. ? Difahamkan, penganjur mempunyai matlamat bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya namun, tidakkah mereka berfikir bahawa tindakan mereka hanya akan membahayakan orang 49 awam keseluruhannya. Seharusnya, sebuah perhimpunan mahupun demonstrasi yang sah perlu memiliki permit, sekali gus berkumpul di tempat tertutup bagi mengelak timbul masalah kepada individu tidak berkenaan. Jika diperhatikan, pihak berkuasa sudah menawarkan pilihan terbaik seperti diadakan di stadium tertutup, hadkan bilangan, elak orang awam dan jangan mencetuskan kekangan perkauman sekiranya masih mahu mengadakan demonstrasi berkenaan. Bagaimanapun, sikap angkuh menyebabkan BERSIH enggan menimbangkan tawaran berkenaan, malah tanpa ragu-ragu berdegil mahu meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi di jalanan. Justeru, ia secara langsung akan membabitkan penyertaan orang awam. Kempen apabila dilakukan di tepi jalan dikhuatiri mengundang lebih ramai penyertaan dan penyokong membuta-tuli. ? Ada penyokong BERSIH terutama peniaga mengambil kesempatan membantu mengiklankan demonstrasi jalanan itu, bagaikan mahu menghangatkan keadaan. Kepada peniaga yang cuba mengaut untung di atas perniagaan sempena perhimpunan haram ini harus sedar tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati perlembagaan negara dan institusi raja-raja dan harus faham maruah diri mereka terhadap negara. Saya rasa malu dengan pejuang tanah air yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan memastikan kemerdekaan pada negara. ? Ahli dan penyokong parti pembangkang menunjukkan secara terang-terangan sokongan mereka terhadap perhimpunan haram. Isyarat yang diberikan mengelirukan kerana mereka enggan menyuarakan rasa tidak puas hati masing-masing kepada Ahli Parlimen mahupun menggunakan saluran yang betul. Jika betul mereka sayangkan negara, guna saluran yang betul untuk suarakan rasa tidak puas hati masing-masing. Memetik peristiwa di bazar malam uptown Shah Alam, polis mengadakan sekatan jalan raya apabila ada laporan berlaku demonstrasi. Walhal, maklumat itu tidak tepat sebaliknya, propaganda bagi mencetuskan ketegangan antara penduduk dan pihak berkuasa. Polis bertugas bagi memastikan keselamatan dan keamanan. Justeru, apabila segelintir masyarakat merungut, saya berpesan supaya menghalau penganjur bukannya pihak yang memastikan keselamatan kita, baru masyarakat faham tujuan tugas polis. ? Benarkah dakwaan bahawa tindakan segelintir pihak memprovokasi pihak berkuasa, mempunyai niat jahat yang tersembunyi. Jika diperhatikan, ada pihak sengaja melakukan kekacauan supaya tindakan diambil dan apabila ditangkap serta dikenakan tahanan seperti ISA, mereka akan menuduh dan menyambung tohmahan serta bangkangan kepada pemerintah. Ia sekali gus mengukuhkan dakwaan mereka ditindas sedangkan ia dirancang pihak pengacau. Kenapa pengacau memulakan serangan hanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Situasi ini sama ketika reformasi dan HINDRAF. Seperti berlaku pada zaman komunis apabila persatuan sekerja dan orang Melayu diguna untuk menggulingkan pemerintah. Hasutan digunakan untuk kucar-kacirkan keadaan. ? Pesanan dan ingatan saudara kepada orang awam supaya menghindari perhimpunan haram. Jika tidak berpuas hati, nyatakan melalui peti undi bukannya mengamuk tidak tentu pasal. Niat 50 mengadakan perhimpunan sudah melencong kerana negara Malaysia tidak mengamalkan keganasan. Pengkhianat terbabit perlu malu dan segan dengan pejuang tanah air yang sudah berkorban dan terkorban memperjuangkan tanah air kerana ada pihak agungkan ideologi komunis kerana ia tamparan kepada sejarah bangsa. Sekiranya masih mahu menyertai demonstrasi itu, ia sahkan bahawa mentaliti 1970-an masih menebal. Justeru, tarik saja kerakyatan dan tinggal di negara lain yang mahu menerima anda. Masyarakat yang sayangkan negara seharusnya celik undang-undang, perlembagaan dan tanggungjawab terhadap negara. Penduduk Malaysia ramai 'kaki tengok'. Semua akan ditengok, namun elakkan jadi mangsa dan jangan sertai perhimpunan ini, hormati diri sendiri. Faktor diperalatkan seperti 'kerbau dicucuk hidung', api dalam sekam dapat dilihat dalam perhimpunan HINDRAF. Ramai orang awam ditahan, tiada siapa mampu menjamin. Berhenti kerja, diberhentikan kerja dan kehilangan maruah diri, sedangkan penganjur dan dalang tetap hidup mewah. Keganasan ideologi (era baru) berbahaya kerana keganasan wujud secara senyap-senyap namun, tidak mampu dikekang. Untuk cetus keganasan amat mudah. Cuma perlukan kayu api (masyarakat dipesongkan), bahan bakar (tok dalang) dan mancis (ambil kesempatan). Justeru, fenomena 'mass histeria' berlaku dan keamanan negara bakal bergolak seperti negara jiran. 51 Headline: KDN isytihar BERSIH haram Publication: BM Date of publication: Jul 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Haika Khazi PUTRAJAYA: Berkuatkuasa Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman, dalam satu kenyataan semalam, berkata keputusan itu dibuat berikutan hasil siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mendapati BERSIH 2.0 yang merancang mengadakan perhimpunan haram Sabtu depan, bukanlah pertubuhan berdaftar. Abdul Rahman berkata pengisytiharan itu membolehkan KDN mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memiliki barangan termasuk kemeja-T dan kasut yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram BERSIH 2.0. "Walaupun BERSIH 2.0 bukan pertubuhan berdaftar, ia memenuhi takrifan pertubuhan berdasarkan Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966. "Ini termasuklah bergerak aktif dan mencetuskan kegelisahan serta kebimbangan masyarakat pelbagai kaum dan menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah tertentu. "Aktiviti BERSIH juga bukan hanya boleh memberi kesan buruk kepada imej negara, malah boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam," katanya. 52 Headline: Antara tuntutan perhimpunan haram, kekangan SPR Publication: BH Date of publication: Jul 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Razak Rashid Ghows KIRA-KIRA lebih seminggu lagi sebelum perhimpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam masih membuka pintu seluas-luasnya kepada pengerusi badan bukan kerajaan itu, Datuk Ambiga Sreenavasan untuk berunding dan mengemukakan pandangannya tanpa membabitkan mana-mana parti politik. "Pintu rundingan masih terbuka dan Ambiga boleh mengemukakan cadangannya mengenai proses pilihan raya," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada sesi penjelasan anjuran Institut Perkembangan Minda (INMIND) di Kuala Lumpur, semalam. Wan Ahmad berkata, SPR menjemput Ambiga dan barisan jawatankuasanya untuk perjumpaan pertama pada November tahun lalu. "Kami berbincang selama tiga hingga empat jam di ibu pejabat SPR dan setiap anggota BERSIH diberi peluang bercakap. Oleh kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, tafsiran mereka juga berbeza-beza," katanya. SPR mendengar perkara yang dicadangkan dan mereka mengemukakan 17 perakuan. SPR memberi penjelasan apa yang boleh dibuat, apa tidak boleh dan apa pula memerlukan pindaan Perlembagaan. Ambiga dan rakannya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Malah Ambiga sering menemui Timbalan Pengerusi SPR dalam banyak perbincangan lain, termasuk perjumpaan dengan Transparency International. Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Sepatutnya tidak ada masalah bagi Ambiga meminta apa juga penjelasan atau mengemukakan cadangan bagi membaiki proses pilihan raya. Kemudian pada Januari lalu, Ambiga menulis surat kepada Pengerusi SPR untuk mengadakan perjumpaan lagi. Kali ini, dia mengemukakan hanya lapan perakuan, berbanding 17 sebelum ini. Tetapi menurut Wan Ahmad, memandangkan ketika itu SPR terlalu sibuk dengan persiapan pilihan raya negeri Sarawak, badan berkenaan meminta BERSIH bersabar. "Kita tidak tahu apa dalam pemikiran Ambiga apabila selepas itu beliau mengubah lapan perakuan berkenaan kepada tuntutan dan mahu ia dilaksanakan. Sekarang BERSIH bukan lagi bersih macam dulu. BERSIH sudah jadi kusut dan tidak bersih lagi," tegas Wan Ahmad. Justeru, suruhanjaya itu kini merayu kepada Ambiga agar memisahkannya dirinya daripada parti politik, kukuhkan BERSIH dan berbincang dengan SPR demi kebaikan rakyat dan negara. Sekiranya NGO terbabit ingin memperjuangkan politik, eloklah ia mendaftar sebagai parti politik dan bertanding dalam pilihan raya. "Jika perjuangannya dicampur aduk dengan parti politik, demonstrasi yang dicadangkan itu 53 bukan lagi demonstrasi BERSIH, tetapi demonstrasi politik," tegas beliau. Malah kata Timbalan Pengerusi SPR itu, ada pemimpin politik cuba mengambil contoh di Mesir dan Yaman yang mana 100,000 pemuda keluar di Mesir untuk menumbangkan pemerintahan diktator, yang tidak ada pilihan raya. Di Filipina, Ferdinard Marcos ditolak perhimpunan Baju Kuning dan di Thailand, kumpulan Baju Merah keluar beramai-ramai untuk menjatuhkan seorang pemimpin. Apa yang berlaku itu tidak sama dengan Malaysia yang mana 12 pilihan raya umum diadakan dan Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat memerintah Kelantan selama 21 tahun serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dengan secara tidak diduga di Selangor dan beberapa negeri lain. "Ini bukti jelas bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil. Jika pilihan raya tidak adil, rakyat bukannya bodoh. Janganlah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat kita," kata Wan Ahmad. Beliau juga menjelaskan bahawa SPR hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya dan tidak ada kuasa untuk meminda undang-undang. SPR tidak mempunyai kerusi di Parlimen. Kerajaan boleh pinda undang-undang, tetapi sebelum ia dibentang di Parlimen, Pejabat Peguam Negara perlu menelitinya dulu. "Kita jangan mudah sangat fikir jika tidak betul saja, pinda Perlembagaan, bukan semudah itu. Ia perlu melalui pelbagai peringkat dan adalah tidak adil jika mereka mendesak supaya dibuat perubahan atau pindaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," kata Timbalan Pengerusi SPR itu. Wan Ahmad juga menegaskan bahawa SPR tidak sesekali dipengaruhi mana-mana parti dan mendengar pandangan semua pihak, tetapi mereka yang datang berjumpa suruhanjaya itu hendaklah juga bersedia untuk bertolak ansur. Dalam sesi penerangannya, Wan Ahmad juga menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan hadirin, audiens, termasuk pendaftaran daftar pemilih, undi pos, dakwat kekal dan pengundi hantu. Mengenai pendaftaran pemilih, katanya daftar pemilih lama yang digunakan adalah berdasarkan daftar 1971, tetapi mulai 2002 daftar pemilih baru digunakan selepas diluluskan Parlimen. Perlembagaan Malaysia membenarkan warga negara berusia 21 tahun layak mendaftar sebagai pengundi dan SPR tidak ada kuasa melucutkan kelayakan itu sewenangwenangnya. Oleh itu, SPR tidak boleh mengubah nama pengundi yang didaftarkan dan diwartakan kecuali pengundi sendiri mengisi borang memindahkan namanya ke tempat lain. Memang benar ada orang meninggal dunia, tetapi kadangkala warisnya tidak memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyebabkan nama orang yang sudah tiada lagi masih ada dalam daftar pemilih. Selain itu, menurutnya, ada pengundi enggan menukar alamat walaupun bekerja di tempat lain, menyebabkan dia terpaksa ke tempat asalnya apabila tiba masa baginya menggunakan hak 54 untuk mengundi pada pilihan raya. Pendaftaran pengundi sekarang yang menggunakan nombor MyKad tidak membolehkan sesiapa pun membuat pendaftaran sebagai pemilih lebih daripada sekali. Rekodnya sudah ada dalam sistem dan setiap kali nombor MyKad dimasukkan, namanya akan keluar. Ini dengan sendirinya mengatasi masalah 'pengundi hantu' seperti yang ditimbulkan parti pembangkang. Mengenai undi pos, Wan Ahmad menjelaskan antara mereka yang layak mengundi cara ini ialah anggota tentera, polis dan pelajar Malaysia di luar negara yang belajar sepenuh masa serta pegawai kerajaan di luar negara dan pasangannya. Katanya, SPR akan membuat pembaharuan dalam undi pos ini, iaitu urusannya pada pilihan raya akan datang dilakukan sendiri oleh pegawai suruhanjaya dan bukan lagi oleh pegawai tentera atau polis. Bagaimanapun, pengundian dibuat lebih awal kerana pada hari pilihan raya pegawai SPR sibuk bertugas di seluruh negara. Wakil parti juga dibenarkan masuk untuk menyaksikan sendiri undi pos ini. Mengenai dakwat kekal, katanya cara ini digunakan di India dan negara Afrika yang mana kuku jari setiap pengundi dicalit dengan dakwat yang tidak boleh hilang selama beberapa hari. Cara ini lebih sukar dikawal dan lebih mudah ditipu. Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, polis Bukit Aman memaklumkan SPR ada orang membeli dakwat kekal di selatan Thailand. "Bagaimana jika dakwat kekal itu digunakan untuk mencalit jari pengundi di luar bandar. Tidakkah ia menimbulkan masalah dan kekecohan di pusat mengundi kelak?" kata Wan Ahmad. Cara SPR menggunakan sistem biometrik yang lebih moden dan cepat tidak mendatangkan masalah. "Kenapa harus kita patah balik ke zaman menggunakan dakwat seperti dilakukan di negara lain yang jumlah pengundinya jauh lebih besar berbanding hanya 12.3 juta di Malaysia," tanyanya. Penjelasan yang dibuat Timbalan Pengerusi SPR itu ternyata begitu informatif dan berguna. Adalah wajar ia diteruskan di seluruh negara bagi membolehkan rakyat lebih memahami apa yang sedang berlaku, walaupun mungkin tidak sempat habis sebelum 9 Julai ini, ia masih berguna untuk pilihan raya seterusnya. 55 Headline: Guna saluran betul suarakan pandangan Publication: HM Date of publication: Jul 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 PUTRAJAYA: "Rakyat mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tetapi gunakan saluran betul dan berlandaskan undangundang," kata aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar). Katanya, sebarang bantahan boleh dibuat menerusi saluran yang berlandaskan undang-undang dan tidak menjejaskan soal keselamatan serta kesejahteraan orang awam. "Banyak cara kita boleh sampaikan bantahan seperti di Parlimen melalui wakil rakyat yang dipilih kerana ia kaedah terbaik untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. "Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk menghantar memorandum kepada Yang diPertuan Agong atau Perdana Menteri kerana cara ini tidak mengganggu ketenteraman orang lain," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ingin mengadakan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, di ibu negara. 56 Headline: BERSIH cetus anarki (HL) Publication: BH Date of publication: Jun 30, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Wan Faizal Ismayatim KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam mendedahkan hasil risikan dan penilaian polis mendapati perhimpunan haram yang dirancang beberapa pihak pada 9 Julai ini bukan saja boleh mencetuskan huru-hara serta kemusnahan harta benda dan kecederaan, malah mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Beliau berkata, polis menerima maklumat ada pihak tertentu dan anasir asing cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi situasi itu bagi mencetuskan anarki di negara ini. "Berdasarkan fakta serta keadaan semasa, situasi kini mempunyai potensi dan kebarangkalian yang dominan untuk mengganggu kehidupan masyarakat. "Situasi demikian jika tidak ditangani segera, boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam. Berikutan perkembangan terbaru itu, Ismail semalam memanggil pemimpin kumpulan terbabit di pejabatnya bagi menerangkan mengenai kesan perhimpunan haram itu terhadap keselamatan negara. Pemimpin yang dipanggil semalam ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali mewakili Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, yang tiba jam 10 pagi. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula hadir pada jam 3 petang. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga, dijangka dipanggil ke Bukit Aman, hari ini. Perhimpunan haram anjuran BERSIH itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak kerana PERKASA dan Pemuda UMNO juga merancang mengadakan perarakan pada hari sama bagi menentang tindakan BERSIH. Ismail menegaskan pada peringkat ini polis mengambil tindakan berhemah dengan memanggil pihak terbabit. "Saya panggil semua pihak tanpa mengira siapa, tetapi jangan hingga kita terpaksa melaksanakan peringkat seterusnya. "Saya tidak akan benarkan segala bentuk perhimpunan, kita tahu ratusan ribu orang dipanggil ke Kuala Lumpur dan ini membuka ruang untuk mencetuskan pergaduhan, huru-hara dan mungkin kehilangan nyawa. "Kita juga sudah menerima laporan sesuatu hendak berlaku (kekacauan), ini tanda-tanda 57 menunjukkan keamanan boleh tergugat, polis kena bertindak cepat," katanya. Ditanya tindakan seterusnya yang akan diambil polis jika pihak terbabit masih berdegil, Ismail berkata: "Tunggu sajalah kalau ada yang berani nak melanggar undang-undang, kita akan bertindak berlandaskan undang-undang sedia ada." Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan pembangkang kononnya polis akan mengisytihar darurat pada 9 Julai ini. Beliau juga menegaskan polis akan menahan sesiapa saja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini. "Bukan saja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa saja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai," katanya. 58 Headline: Demonstrasi jalanan gugat keamanan Publication: BH Date of publication: Jun 18, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Mahfar Ali GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merancang mengadakan perhimpunan serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini. Perhimpunan yang dipercayai didalangi parti pembangkang itu kononnya bertujuan menuntut pilihan raya yang lebih telus dan bebas. Dengan kata lain, pilihan raya di negara ini didakwa tidak bersih dan tidak demokratik. Itu dakwaan BERSIH, tetapi apakah gambaran yang diberikan itu tepat? Hakikatnya, pada setiap pilihan raya umum atau kecil, ramai calon parti pembangkang yang menang dan banyak juga pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk ketua parti komponen yang kalah. Terbaru, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan, tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak, April lalu. Malah, Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah PAS dan pada pilihan raya umum 2008, empat lagi negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak (lima termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dikuasai pembangkang. Di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pula BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. Dalam pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini, pembangkang juga dapat menambah kerusi DUN daripada sembilan kepada 16. Sebelum ini pun pembangkang pernah memerintah Terengganu dan Sabah. Secara logiknya, bolehkah pembangkang menguasai negeri ini dan menewaskan 'orang kuat' BN sekiranya pilihan raya diadakan secara tidak telus dan berlaku penipuan seperti digambarkan BERSIH? Harus diakui, amalan demokrasi di negara ini masih subur. Proses pengundian dan pengiraan undi termasuk undi pos turut disaksikan sendiri wakil calon atau parti yang bertanding. Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya, ada juga pengundi pos yang mengundi calon daripada parti pembangkang. Ini bermakna rakyat bebas memilih calon atau mana-mana parti yang disokong. Rakyat juga tidak disekat mengikuti kempen atau mendengar ceramah pembangkang yang kita tahu diadakan sepanjang masa tanpa mengira musim pilihan raya. Akses rakyat mendapat maklumat juga cukup luas, apa lagi parti pembangkang kini mempunyai pelbagai saluran - dari akhbar hinggalah TV internet. Kalau ada pun perbuatan yang menyalahi atau melanggar undang-undang pilihan raya, calon atau parti yang bertanding boleh membuat bantahan menerusi Mahkamah Pilihan Raya. Mengikut rekod, banyak juga kes yang dimenangi calon parti pembangkang, antaranya: * 10 Mac 2009 - Mahkamah Persekutuan mengekalkan pemilihan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuching selepas menolak dengan kos rayuan seorang pengundi, Kho Whai Phiaw yang mencabar keputusan petisyen pilihan raya sebelum ini. 59 * 16 September 2008 - Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan calon PAS, Hashim Jasin sebagai pemenang kerusi DUN Sanglang selepas membenarkan rayuan Hashim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kangar membatalkan petisyennya memohon perisytiharan beliau memenangi kerusi itu, selain mengisytiharkan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi Abdullah Hassan daripada BN kosong. * 23 Julai 2008 - Mahkamah Pilihan Raya menolak dengan kos petisyen difailkan calon BN, Zahari Bakar bagi kerusi DUN Simpang Empat, sekali gus mengekalkan penguasaan PAS di DUN itu. Keputusan itu dibuat selepas Zahari gagal membuktikan wujudnya penyelewengan berhubung penggunaan poster pilihan raya oleh lawannya, Rus'sele Eizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12. * 1 Jun 2008 - Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang dikemukakan calon BN bagi kerusi DUN Manir, Wan Sagar Wan Embong terhadap wakil rakyat PAS, Datuk Harun Taib selepas peguam pemohon gagal mengemukakan kenyataan mengenai amalan melanggar undang-undang pilihan raya berhubung petisyen difailkan. Ini cuma beberapa kes sekadar contoh membuktikan Mahkamah Pilihan Raya tidak memihak kepada calon parti kerajaan, sebaliknya bertindak secara adil. Berdasarkan fakta ini, timbul persoalan apakah motif perhimpunan BERSIH diadakan? Mungkinkah ini strategi politik pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan menggambarkan kerajaan zalim apabila polis bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan? Barangkali ini juga muslihat pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu moral yang dihadapi pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kita juga tidak menolak kemungkinan pembangkang sengaja mahu mencetuskan kekecohan bagi menggugat Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara yang kini semakin menampakkan hasil memberangsangkan. Apapun agenda perhimpunan BERSIH, yang pasti demonstrasi jalanan bukanlah budaya yang sihat dan tidak boleh dibiarkan berkembang di negara ini kerana ia hanya memudaratkan keselamatan dan ekonomi negara. Lebih membimbangkan apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) turut merancang mengadakan perarakan pada hari sama bagi menyekat kemaraan perhimpunan haram BERSIH. Pertembungan dua kumpulan ini sudah tentu memburukkan lagi keadaan. Dalam hubungan ini, rakyat tentunya mengharapkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan bukan sekadar memberi amaran bagi menghalang perhimpunan haram itu. Malah, lebih 400 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan peniaga serta pengusaha teksi bagi membantah perhimpunan berkenaan. Suara mereka juga harus didengar kerana mereka berhak menjalani kehidupan serta mencari rezeki secara aman dan selamat. 60 Headline: Peserta BERSIH akan ditahan Publication: BH Date of publication: Jun 16, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; A Anand Kumar; Safeek Affendy Razali KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras akan menahan penganjur dan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, pada 9 Julai ini kerana dikhuatiri tindakan mereka menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam. Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati perhimpunan itu adalah agenda beberapa individu berkepentingan untuk mengadakan bantahan politik, yang dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan jika dibenarkan diteruskan. "Atas sebab keselamatan, kita sudah membatalkan semua permohonan dan tidak akan berunding dengan mana-mana pihak walaupun atas alasan untuk berhimpun secara aman tanpa menggunakan senjata. Justeru, jika perhimpunan ini diteruskan juga, maka ia satu perhimpunan haram dan tindakan keras akan diambil. "Malah, bila ada dua pihak yang berbeza ideologi mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh sama, maka akan berlaku pertembungan hingga membawa kepada risiko berlaku keganasan. Ini yang amat kita bimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Ketua Polis Daerah Seluruh Negara 2011 di Maktab PDRM Cheras di sini, semalam. Berikutan itu, Khalid menyeru penganjur dan mereka yang mempunyai niat untuk menyertai kedua-dua perhimpunan berkenaan agar membatalkan hasrat mereka. Sehingga semalam, 418 laporan polis dibuat oleh peniaga, pengusaha, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai membantah perhimpunan berkenaan. Khalid menegaskan, polis juga sedia menahan penganjur perhimpunan itu lebih awal sebagai langkah pencegahan, selain mengambil tindakan tangkapan ketika perhimpunan diadakan. "Kita sudah bersedia dari semua aspek bagi memastikan niat untuk menganjurkan perhimpunan yang akan menyebabkan kerugian kepada banyak pihak ini dipatahkan," katanya. Dalam reaksi serta merta, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim, berkata pihaknya akur dengan arahan polis. "PERKASA membantah 100 peratus perhimpunan BERSIH dan kami akan mencari alternatif untuk menghalang mereka. Mereka hanya mahu mencetuskan kekecohan dan ingin membawa 61 budaya reformasi seperti yang berlaku di Timur Tengah ke Malaysia," katanya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata polis akan memantau dan mengambil tindakan secara profesional kerana sebarang perhimpunan haram boleh menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman awam. Sementara itu, Dewan Rakyat semalam menolak usul bagi mengecam tindakan BERSIH bercadang mengadakan perhimpunan haram berkenaan. Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan menolak usul dikemukakan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (BEBAS-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) atas alasan ia tidak perlu disegerakan. Katanya, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan itu. Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul meminta Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat untuk merusuh di jalanan seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat, termasuk Tunisia dan Mesir. Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 7 Julai 2011 62 BERSIH MOHON SEMAKAN KEHAKIMAN BATALKAN PERINTAH PERTUBUHAN HARAM Date: 08-07-2011 Author: / SSA RV HS MAHKAMAH-BERSIH (SEMAKAN PENGHAKIMAN) KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Empatbelas anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram. Kesemua 14 anggota berkenaan termasuk Datuk S. Ambiga memfailkan permohonan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguam mereka, Tetuan Azzat & Izzat. Dalam permohonan itu, mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai responden. Kesemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta. Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan. Para anggota itu juga memohon perintah mandamus yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan KPN untuk memulangkan semula baju-t, pelekat, surat khabar, sepanduk dan apa-apa dokumen lain atau objek kepunyaan mereka yang dirampas. Mereka mendakwa perintah yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram kerana ia didakwa "digunakan untuk tujuan memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam". Mereka menegaskan bahawa BERSIH 2.0 adalah secara substantif berlainan dengan gerakan yang dikenali sebagai Bersih, yang dilancarkan pada 2007 dan dianggotai parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat. Sedangkan BERSIH 2.0 adalah hanya terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat tanpa disertai parti-parti politik sama sekali dan dilancarkan pada November 2010, kata mereka. "Dengan yang demikian, perintah itu daripada segi undang-undang tidak boleh digunakan untuk menghadkan atau menjadikan aktiviti BERSIH 2.0 haram dan dengan itu, pengumuman yang dilakukan oleh responden pertama (Menteri Dalam Negeri) adalah tidak sah kerana ia salah daripada segi undang-undang," kata mereka. Mereka juga mendakwa tidak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan mereka sebelum Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah berkenaan. -- BERNAMA SSA RV HS BERSIH MASIH PERTUBUHAN HARAM WALAUPUN SELEPAS MENGHADAP AGONG, KATA HISHAMMUDDIN Date: 06-07-2011 Author: / NSS NSS NH HISHAMMUDDIN-PERHIMPUNAN PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram juga berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang. Walaupun Bersih dibenarkan mengadakan perhimpunan di stadium, mereka masihperlu mendapatkan permit dari polis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. "Biar mereka mohon dulu. Biar polis pertimbangkan permohonan itu. Jadi jika mereka segera memohon, lebih cepat polis memproses (dan membuat keputusan) mengenai masa dan tempatnya," katanya. Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Pengerusi penganjur perhimpunan 9 Julai itu Datuk S.Ambiga berkata mereka memutuskan perhimpunan itu akan diadakan di dalam sebuah stadium. Hari ini, Ambiga berkata mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan lancar. Ketika ditanya berhubung kesediaan kerajaan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium, Hishammuddin berkata perkara itu adalah berkenaan keselamatan. Beliau juga berkata keputusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium juga sesuatu yang rasional. "Tetapi jangan pula letak syarat-syarat lain seperti tidak mahu pohon permit, nak pilih stadium dan sebagainya kerana itu kita tak boleh pertimbangkan sekarang kerana ia mesti berdasarkan permohonan mereka," katanya. Beliau juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu supaya melihat apa yang berlaku secara positif kecuali jika mempunyai motif tersembunyi untuk menimbulkan masalah. "Yang penting sekarang kita perlu melihat masa depan. Bagi mereka yang mengatakan bahawa mereka mahukan pilihan raya yang bebas dan adil perlu membuktikan bahawa mereka bertanggungjawab. "Sebelum ini mereka berkata mahu menyuarakannya dan kini kita telah memberikan tempat dan peluang di stadium, jadi nasihat saya kepada semua orang, perlu bertanggungjawab dan bekerja dalam lingkungan undang-undang," katanya. -- BERNAMA NSS NSS NH Sumber : http://mylib.pnm.my/ Tarikh Akses : 11 Julai 2011 RUJUKAN RUJUKAN Perhimpunan Bersih Available : http://www.wikipedia.com.my (7 Julai 2011) Perhimpunan Haram BERSIH [Online] Available : http://www.pmr.penerangan.gov.my/...akta-akta/4300-akta-keselamatandalam-... (11 Julai 2011) Nstemedia [Online] Available : http://www.nstemedia.com.my (7 Julai 2011) Utusan Malaysia. [Online]. Available: http://utusanmalaysia.com.my (11 Julai 2011) Blis [Online] Available : http://www.mylib.pnm.my (11 Julai 2011)