kod etika 2016

Transcription

kod etika 2016
KOD ETIKA 2016
KOD ETIKA
KANDUNGAN
1. PENGENALAN DAN DEFINISI
1
1.1. Pengenalan
1
1.2. Definisi
3
2. PRINSIP TERAS Applus+
4
3. KOD ETIKA Applus+
3.1. Apakah tujuan Kod Etika?
5
3.2. Siapakah yang perlu mematuhi Kod Etika?
5
3.3. Suruhanjaya CSR (CSR) dan Chief Compliance Officer (CCO)
7
3.4. Saluran Komunikasi Applus+
8
3.5. Pemprosesan aduan, siasatan dan prosedur tatatertib bagi mana-mana pelanggaran Kod Etika
9
3.6. Komunikasi dan latihan
10
3.7. Penyemakan Kod Etika
10
4. PERATURAN TINGKAH LAKU
4.1. Menghormati maruah di tempat kerja
11
4.2. Mencegah risiko keselamatan dan kesihatan dan menghormati hak pekerja
11
4.3. Perlindungan dan privasi data
12
4.4. Perlindungan persekitaran
13
4.5. Persaingan pasaran dan pengguna
14
4.6. Memerangi rasuah di Applus+
14
4.7. Tanggungjawab sosial, penajaan dan derma
15
4.8. Kesahihan maklumat dan penyimpanan rekod
16
4.9. Maklumat sulit dan bukan awam
16
4.10. Integriti dalam perkhidmatan kita
17
4.11. Konflik kepentingan
18
4.12. Penggunaan sumber Applus+
19
KOD ETIKA
1. KOD ETIKAPENGENALAN DAN DEFINISI
1.1. Pengenalan
Dengan sukacitanya, saya membentangkan Kod Etika Kumpulan Applus+.
Kod ini menunjukkan satu rangka kerja yang bukan sekadar mematuhi undang-undang semata-mata; tetapi dibimbing oleh integriti dan profesionalisme tentang
membuat keputusan kita, dan mewujudkan satu prinsip am yang menjadi panduan dalam tingkah laku seharian kita, di mana jua kita beroperasi di dalam dunia.
Kita semua tahu betapa pentingnya bertindak dengan integriti dan tanggungjawab. Nilai, prinsip dan standard etika yang dimantapkan dalam Kodkita bukan
sahaja mampu menjaga imej dan reputasi syarikat atau mengelak masalah perundangan, malahan lebih daripada itu, integriti ini membolehkan kita mengekalkan
persekitaran mampan yang kita bangga untuk bekerja dan untuk mengukuhkan aktiviti profesional kami. Kod Etika ini akan membantu kita membuat keputusan,
dan direka cipta untuk membimbing tingkah laku kita dalam semua urusan perniagaan yang kita jalankan dalam pelaksanaan kerja kita.
Pertumbuhan perniagaan dan pengekalan standard yang tinggi dari segi pengurusan dan pematuhan dalam pengawalaturan adalah elemen yang kukuh. Membina
kepercayaan dengan masyarakat umum adalah proses yang mengambil masa dan memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk melindungi reputasi Kumpulan, dengan bertindak secara jujur dan melayan rakan usaha sama luaran dan dalaman, pelanggan, pemegang saham, rakan
niaga dan pembekal secara adil dan jujur.
Kita yakin bahawa kita mempunyai sokongan penuh dan komitmen anda untuk membantu Applus+ berkembang sebagai syarikat masa hadapan yang dibina
berasaskan nilai teras seperti mana yang terkandung dalam Kod Etika Kumpulan ini.
Kami menggalakkan anda untuk membaca Kod Etika ini dengan teliti untuk menjadi penjaga setia dan kami dahului dengan ucapan terima kasih atas sumbangan
anda dalam pelaksanaan Kod Etika dalam Kumpulan ini. Dengan bantuan anda, Applus+ akan terus meningkatkan tahap keyakinan kita semua.
1
Fernando Basabe
CEO Applus+
Christopher Cole
Pengerusi Applus+
2
1.2. Definisi
Anda boleh mendapat definisi beberapa istilah yang digunakan sepanjang Kod Etika ini di bawah:
Applus+ atau Kumpulan bererti Applus Services, S.A. dan semua anak syarikat dan syarikat-syarikat gabungan, termasuk usaha sama dengan rakan kongsi.
CCO bererti Chief Compliance Officer.
Profesional adalah semua orang yang menyediakan perkhidmatan kepada Applus+, tanpa mengira jenis hubungan kontrak dengan Applus+. Oleh itu, ia
termasuk pekerja, kontraktor bebas, pengurus, pegawai dan pengarah.
Pihak Ketiga bererti, sepertimana yang dinyatakan dalam Prosedur Antirasuah Global, mana-mana entiti atau individu yang diberikan kuasa untuk bertindak
bagi pihak Applus+.
3
KOD ETIKA
2. PRINSIP TERAS Applus+
Kualiti perkhidmatan dan kejayaan perniagaan kita bergantung kepada pelbagai perkara, antaranya ialah bertindak dengan
adil dan jujur setiap hari sebagai individu yang bertanggungjawab. Kita mengamalkan Tanggungjawab Sosial Korporat
dalam konteks yang mana operasi perniagaan kita menjana kesan positif yang besar terhadap alam sekitar dan masyarakat
tempatan di tempat kita bekerja.
Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menghormati prinsip Kod teras ini:
Integriti: Kita percaya dan menggalakkan tindakan jujur dalam semua hubungan dan mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa
dengan ketat. Applus+ menghormati maruah semua orang dan mengambil berat tentang kesejahteraan dan keselamatan orang lain.
Ketelusan: Saling menghormati, komunikasi dan ketelusan merupakan asas hubungan kita. Hubungan dengan pihak berkuasa, entiti
pengawalaturan dan agensi kerajaan harus dijalankan mengikut prinsip kerjasama, kejujuran dan keterbukaan.
Saksama dan berdikari: Kita beroperasi dalam cara yang bebas, objektif dan berautonomi dan mengelakkan sebarang jenis rasuah atau konflik
kepentingan yang boleh menjejaskan keputusan kami.
Tanggungjawab: Kita menghormati persekitaran dan semua masyarakat di mana kita beroperasi.
Secara ringkas, di Applus+, tujuan kita adalah untuk berkhidmat dengan integriti, berdikari dan saksama dan melebihi jangkaan pihak yang
mempercayai produk dan perkhidmatan kita dalam cara yang bertanggungjawab.
4
KOD ETIKA
3. KOD ETIKA Applus+
3.1. Apakah tujuan Kod?
Kod Etika merupakan satu set peraturan yang menentukan jangkaan
tingkah laku yang mengandungi prinsip yang akan membimbing kelakuan
Applus+ dan semua Profesional dalam menjalankan tugas mereka dan
dalam hubungan komersil dan profesional mereka.
Semua Profesional Applus+ dikehendaki mematuhi kelakuan yang telah
ditetapkan di dalam Kod Etika ini. Peraturan dalam Kod Etika mewakili
standard minimum bagi tingkah laku beretika dalam Applus+ yang
tertakluk kepada semua negara, syarikat dan sistem undang-undang.
Kod ini, bersama dengan peraturan pelaksanaannya, mencerminkan
komitmen tegas oleh Applus+ untuk pentadbiran korporat yang baik,
ketelusan dan tanggungjawab sosial.
5
Kod Etika ini mungkin tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap
situasi dan masalah etika yang kita hadapi di tempat kerja. Ini sebabnya
Applus+ menyediakan Saluran Komunikasi yang telah diterangkan
dalam Bahagian 3.4 Kod Etika ini kepada semua pihak, pelanggan,
pembekal serta rakan niaga yang mesti mematuhi Kod Etika ini.
3.2. Siapakah yang perlu mematuhi Kod Etika?
Semua Profesional Applus+ bertanggungjawab mengetahui dan
mematuhi Kod Etika ini, tanpa mengira pangkat, lokasi atau syarikat
Kumpulan khidmat mereka. Semua Profesional Applus+ mesti mematuhi
Kod Etika ini. Ini sebabnya mereka menerima latihan pematuhan yang
khusus semasa dilantik dan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pertimbangan perlu diberikan terhadap rasa hormat dan pematuhan
Kod ini serta komitmen kepada Applus+ dalam setiap kes untuk kenaikan
pangkat di dalam Applus+. Sebarang pelanggaran Kod Etika tidak akan
diterima. Profesional Applus+ tidak mempunyai sebarang sebab bagi
kelakuan yang melanggar peruntukan Kod Etika ini kerana bergantung
kepada arahan daripada pihak atasan atau pengetahuan mengenai
kelakuan itu oleh pihak atasan tersebut. Dalam kes seperti ini, Profesional
Applus+ tersebut mesti melaporkannya melalui Saluran Komunikasi.
Memilih dan menaikkan pangkat pekerja dan rakan usaha sama
mereka berdasarkan kepada integriti, kelayakan dan prestasi kerja
mereka, selain daripada kriteria berkenaan yang lain.
Kejayaan Kod Etika bergantung kepada komitmen semua orang, tetapi
tanggungjawab mematuhi Kod Etika ini dengan ketat adalah sangat
penting terutamanya bagi para pengarah dan pengurus.
Prosedur pengambilan dan pemilihan bagi pengarah dan pengurus
akan dipertimbangkan berdasarkan merit, kapasiti dan komitmen
mereka terhadap nilai Kod ini. Tahap pemenuhan tanggungjawab
yang disenaraikan di atas akan diambil kira dalam penilaian prestasi
dan keputusan kenaikan pangkat serta penentuan gaji mereka.
Applus+ mewajibkan semua pengarah dan pengurus agar:
Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pematuhan Kod Etika
dengan ketat,
Mendapatkan bimbingan daripada CCO sekiranya terdapat sebarang
keraguan mengenai pelaksanaan atau pemahaman Kod Etika, dan
Melaporkan sebarang pelanggaran Kod Etika yang telah berlaku
atau disyaki berlaku.
Mengambil langkah yang sewajarnya untuk memantau mereka yang
berada di bawah kuasanya agar mematuhi Kod Etika,
6
Kita mengharapkan pelanggan, rakan niaga dan pembekal kita agar
bertindak secara profesional dan jujur dan menerima prinsip-prinsip
teras kita. Untuk mencapai matlamat ini, Applus+ komited dalam
memupuk amalan yang seiring dengan Kod Etika kita dalam kalangan
mereka. Menurut Prosedur Antirasuah Global, Pihak Ketiga perlu
mematuhi Kod Etika kita.
3.3. Jawatankuasa Corporate Social
Responsibility (Jawatankuasa CSR) dan Chief
Compliance Officer (CCO)
Lembaga Pengarah Applus+ telah mempertanggungjawabkan Jawatankuasa
CSR untuk menggalakkan pelaksanaan Dasar Tanggungjawab Sosial
Korporat Kumpulan ini terutamanya pengurusan hal pentadbiran korporat,
tanggungjawab sosial korporat, etika dan ketelusan.
CCO yang berada di bawah arahan dan penyeliaan Jawatankuasa CSR
mesti mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyebarkan Kod
Etika dan memantau pematuhannya oleh semua Profesional Applus+.
7
Oleh itu, CCO bertanggungjawab:
Menyebarkan isi kandungan Kod Etika, membangun dan mengadakan
latihan pematuhan yang sewajarnya.
Menggalakkan dan menyelaraskan pelaksanaan Kod Etika oleh
pelbagai syarikat dalam Kumpulan ini.
Meningkatkan dan menggalakkan kelulusan dasar dan prosedur
dalaman yang diperlukan untuk melaksanakan nilai kita dengan cekap.
Menerima dan mentafsir soalan dan aduan mengenai Kod Etika.
Menyiasat sebarang pelanggaran Kod dan mengesyorkan langkahlangkah disiplin yang bersesuaian.
Menjalankan penilaian risiko yang sewajarnya untuk menilai sama
ada Kod Etika perlu dikemas kini.
Aduan yang berkaitan dengan syak wasangka yang didapati tidak berasas tidak semestinya aduan dengan niat jahat.
Walau bagaimanapun aduan yang dibuat dengan niat jahat (iaitu berniat jahat atau menggunakan maklumat yang
diketahui palsu) akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Menyelia pelaksanaan Kod Etika yang betul tanpa mempunyai
prasangka terhadap tugas Audit Dalaman.
mengemukakan sebarang soalan atau keraguan tentang pemahaman
dan pelaksanaan Kod Etika.
Memantau pematuhan terhadap Kod Etika dengan bantuan jabatan
Audit Dalaman jika perlu.
Semua soalan dialu-alukan dan akan ditangani dengan cepat dan
dalam cara yang sensitif.
Setiap tahun CCO akan menyediakan dan mengemukakan laporan
tahunan untuk diluluskan oleh Lembaga syarikat mengenai semua
tindakan yang telah dilaksanakan berdasarkan pematuhan kepada
tanggungjawab yang disenaraikan di atas untuk menilai tahap
Pematuhan Kod Etika. Untuk membantu CCO dalam melaksanakan
tugasan yang dinyatakan, Applus+ telah melantik wakil pematuhan di
peringkat bahagian dan serantau.
3.4. Saluran Komunikasi Applus+:
[email protected]
Soalan
Saluran Komunikasi Applus+ disediakan bagi semua Profesional
Applus+ serta para pelanggan, pembekal dan rakan niaga kita untuk
CCO bertanggungjawab mengurus Saluran Komunikasi dan merujuk
keraguan yang tiada kaitan dengan Kod Etika kepada pihak yang
sewajarnya.
Aduan
Semua Profesional Applus+ serta Pihak Ketiga akan melaporkan
melalui Saluran Komunikasi sebarang petunjuk atau kesangsian yang
munasabah tentang sebarang tindakan yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan dalam Kod Etika ini.
Sekiranya pengadu mempunyai hubungan dengan CCO atau jabatan
Pematuhan, aduan boleh dilaporkan kepada pihak atasan, wakil
pematuhan bahagian atau rantau, jabatan undang-undang atau
Jawatankuasa CSR yang akan mematuhi peraturan yang dinyatakan
di bawah.
8
Untuk memberikan perlindungan dan keselamatan maksimum kepada
individu yang membuat laporan tentang pelanggaran, Applus+ sendiri
memberi komitment untuk:
Mematuhi perlindungan data yang berkaitan dengan sistem aduan.
Sewajarnya, Applus+ tidak akan mendedahkan identiti individu yang
membuat laporan tanpa kebenaran mereka, kecuali dikehendaki oleh
undang-undang.
Mencegah, menyiasat dan bertindak ke atas sebarang gangguan atau
tindakan balas terhadap orang yang membuat laporan.
Patuhi undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa.
9
3.5. Pemprosesan aduan, siasatan dan prosedur
tatatertib bagi sebarang pelanggaran Kod
CCO akan memproses sebarang aduan yang dilaporkan melalui Saluran
Komunikasi. CCO akan menyalurkan dan menyelarasakan sebarang
siasatan dan semua Profesional Applus+ mesti mematuhi arahan CCO
dalam hal ini, Applus+ akan melaksanakan prosedur dalaman untuk
menguruskan aduan dan menjalankan siasatan dalaman.
Kod ini dan dasar yang berkaitan dengannya bukan sekadar satu set
“amalan terbaik” atau saranan. Pematuhan adalah mandatori. Oleh itu,
sebarang pelanggaran akan mengakibatkan tindakan tatatertib dan
termasuk pemberhentian kerja, mengikut undang-undang pekerjaan
yang berkuat kuasa.
3.6. Komunikasi dan latihan
3.7. Penyemakan Kod Etika
CCO bertanggungjawab menggalakkan dan menyebarkan isi kandungan
Kod Etika dalam kalangan Profesional Applus+, pelanggan, pembekal
dan rakan niaga. Untuk menggalakkan penyebaran dalam kalangan
Profesional dalam Kumpulan ini, CCO akan menyediakan pelan latihan
dalaman dan komunikasi dalaman.
Kod Etika mesti disemak dan dikemas kini secara berkala berdasarkan
laporan tahunan CCO. Suruhanjaya CSR, jabatan Audit Dalaman dan
CCO akan dapat mengemukakan usul untuk menambah baik Kod Etika.
Sebarang penyemakan Kod Etika akan memerlukan kelulusan daripada
Jawatankuasa CSR dan Lembaga Pengarah.
10
KOD ETIKA
4. PERATURAN TINGKAH LAKU
Peraturan tingkah laku yang diperoleh daripada prinsip asas Applus+ disenaraikan di dalam bahagian Kod Etika ini.
4.1. Menghormati maruah di tempat kerja
4.2. Mencegah risiko keselamatan dan
Komitmen Applus+ terhadap nilai dalam Kod Etika ini tidak berwibawa
jika tidak diamalkan dalam hubungan pekerjaan yang berasaskan rasa
hormat terhadap maruah setiap pekerja. Hubungan pekerjaan mesti
bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa atau sebarang kelakuan
yang boleh menyinggung perasaan orang lain secara serius.
Persekitaran kerja yang sihat dan menghormati maruah pekerja juga
merangkumi menghormati hak pekerja. Syarikat kita akan menghormati
standard antarabangsa yang disediakan oleh Pertubuhan Buruh
Antarabangsa di mana sahaja ia beroperasi.
Applus+ beroperasi dalam pelbagai budaya dengan adat berbeza yang
kita perlu mempelajari mengenainya dan menghormati, bertindak
dengan sikap hormat dan mengikuti norma sosial yang berbeza.
Dasar antidiskriminasi kita bertumpu kepada pencegahan sebarang jenis
diskriminasi dalam keputusan pengambilan pekerja, kenaikan pangkat
profesional, aturan tempat kerja atau tindakan tatetertib.
11
kesihatan dan menghormati hak pekerja
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Applus+ mencegah risiko
dan menggalakkan Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja.
Pembulian dan gangguan seksual di tempat kerja adalah kelakuan yang tidak boleh diterima dan mesti
dilaporkan oleh semua orang.
Applus+ bertanggungjawab menjaga dan melindungi kesihatan,
keselamatan dan kebajikan semua Profesional kita dan semua Profesional
mempunyai hak untuk mencabar dan berkuasa untuk menghentikan
kerja pada bila-bila masa mereka mempunyai kebimbangan tentang
keselamatan. Semua Profesional pula berkewajipan mengetahui dan
mematuhi dasar dan prosedur Kesihatan dan Keselamatan Kumpulan
dan memastikan keselamatan mereka sendiri terjaga serta keselamatan
semua orang yang mungkin dipengaruhi oleh aktiviti mereka.
Applus+ mengiktiraf bahawa semua individu dalam organisasi berhak
untuk melibatkan diri dalam kesatuan sekerja.
4.3. Perlindungan dan privasi data
Menguruskan sebarang perniagaan hari ini memerlukan perlindungan data peribadi yang dikumpulkan dalam skop pekerjaan Walaupun
undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan data berbeza dalam negara yang kita beroperasi, Applus+ menganggap elemen-elemen
berikut sebagai elemen yang penting:
Applus+ akan mereka cipta Dasar Perlindungan Data berdasarkan
pada undang-undang perlindungan data yang berkuatkuasa di setiap
negara dan disesuaikan dengan setiap kerangka undang-undang.
Selain daripada semua undang-undang setempat, semua pekerja
atau pegawai mesti menghormati peraturan asas sepereti berikut:
Kecuali jabatan Undang-undang dan Sumber Manusia, tiada pegawai
atau pekerja boleh mengakses sebarang fail Profesional, selain fail
mereka sendiri kecuali akses itu diperlukan untuk menjalankan
tugas mereka atau mereka diberi kebenaran dengan jelas.
Data peribadi hanya perlu dikumpulkan dan difailkan setakat yang
perlu bagi mencapai tujuan perniagaan yang sah, dan maklumat
tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan ia dikumpulkan.
12
Data peribadi mana-mana Profesional Applus+ boleh digunakan
semasa penyiasatan apabila terdapat sebab sah untuk mengesyaki
bahawa Profesional tersebut telah melanggar Kod Etika, berdasarkan
undang-undang yang berkaitan.
Data peribadi yang diproses hanya boleh disampaikan kepada
pihak ketiga untuk mematuhi kewajipan yang berkaitan secara
langsung dengan aktiviti Syarikat, dalam semua kes hanya dengan
kebenaran individu yang terlibat. Applus+ juga boleh berkongsi
data peribadi dalam simpanannya jika dikehendaki oleh pihak
berkuasa yang kompeten.
13
Applus+ dan semua Profesional menghormati hak privasi Profesional
lain, pelanggan, pembekal dan rakan niaga dalam semua bentuk.
4.4. Perlindungan Persekitaran
Syarikat kita akan menghormati undang-undang yang berkaitan dengan
perlindungan persekitaran dan komited terhadap kemampanan. Oleh
itu kita mematuhi Garis Panduan untuk Amalan Terbaik Persekitaran
dan dasar dan prosedur dalaman yang berkenaan.
Perjanjian tidak sah dengan pesaing kita, rasuah atau memberikan manfaat yang tidak wajar kepada pegawai
awam atau pekerja syarikat lain adalah dilarang sama sekali.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi CCO dengan segera melalui Saluran Komunikasi.
4.5. Persaingan pasaran dan pengguna
4.6. Memerangi rasuah di Applus+
Di Applus+ kita percaya bahawa inovasi dan pematuhan kepada
undang-undang “antitrust” adalah asas bagi pembangunan ekonomi.
Oleh itu, perkara-perkara berikut adalah dilarang sama sekali:
Applus+ mematuhi undang-undang kebangsaan dan antarabangsa
yang berkaitan dengan pencegahan rasuah di semua negara di mana
kita beroperasi.
Sebarang perjanjian yang menyalahi undang-undang yang bertujuan
untuk berkongsi pasaran atau untuk menetapkan harga atau
manipulasi bidaan dalam sektor swasta dan awam.
Oleh itu, Profesional Applus+ dan Pihak Ketiga mempunyai kewajipan
untuk menghindari sebarang amalan rasuah. Applus+ telah
melaksanakan Dasar Antirasuah Global bagi semua negara di mana
kita beroperasi.
Pengunaan yang tidak wajar dan/atau pendedahan rahsia perdagangan
atau maklumat sulit atau hak harta intelektual (seperti tanda dagangan,
hak cipta dan paten) milik pihak ketiga.
Dasar ini melarang aktiviti-aktiviti berikut:
Membuat sebarang jenis tawaran atau iklan yang boleh menyebabkan
kekeliruan atau menipu pelanggan.
Menjanjikan atau memberi apa-apa yang bernilai kepada pegawai
awam atau pekerja syarikat lain untuk mendapatkan layanan atau
manfaat yang tidak wajar.
Memberikan apa-apa yang bernilai kepada pegawai awam atau
pekerja syarikat lain melebihi had khusus yang ditetapkan dalam
dasar kita atau tanpa mematuhi Prosedur Antirasuah Global.
Meminta atau menerima apa-apa yang bernilai daripada syarikat
lain untuk memberi manfaat yang tidak wajar kepada syarikat
tersebut atau Pihak Ketiga.
14
Applus+ tidak menggalakkan Profesional dan Pihak Ketiga daripada memberi atau menerima hadiah atau layanan bagi pihak
Applus+. Penerimaan atau pemberian apa-apa hadiah atau layanan harus mematuhi Prosedur Antirasuah Global dengan ketat.
Apa-apa yang bernilai mungkin berupa:
• Wang tunai, kad hadiah atau apa-apa sahaja
• Hadiah
• Jemputan ke acara atau aktiviti masa lapang (acara sukan, memburu, dll.)
• Makan malam dan perbelanjaan pelancongan
• Tawaran kerja untuk ahli keluarga atau kawan karib
• Pemansuhan hutang
Menggunakan perhubungan peribadi dengan pegawai awam, ahli
keluarganya, atau dengan ketua parti atau ahli parti politik dengan cara
yang tidak betul untuk memperoleh layanan yang menguntungkan
atau manfaat yang tidak wajar bagi Applus+.
Membayar wang kepada Pihak Ketiga yang bertindak bagi pihak
Applus+ tanpa pengesahan ke atas integriti profesional mereka dan
keupayaan mereka untuk mematuhi Dasar Antirasuah kita.
Membuat bayaran kepada pegawai awam, selain daripada cukai
rasmi, duti dan yuran, walaupun jika dibenarkan oleh undang-undang
untuk mendapatkan pengesahan atau untuk memudahkan prosiding
pentadbiran.
15
Di dalam sesetengah negara atau kawasan geografi, Applus+ mungkin
melaksanakan Dasar Antirasuah khusus, yang akan mengikut peruntukan
dasar awam.
4.7. Tanggungjawab sosial, penajaan dan derma
Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab secara sosial, Applus+
menggalakkan kebudayaan, sains dan seni melalui aktiviti penajaan dan
pendermaan. Apa-apa tajaan atau derma mesti mempunyai tujuan sah,
mesti dijadikan rasmi secara bertulis dan diluluskan mengikut Prosedur
Antirasuah Global.
Sumbangan kepada parti politik atau kesatuan pekerja bagi pihak
Applus+ di mana-mana tempat di seluruh dunia adalah dilarang
sama sekali.
4.8. Kesahihan maklumat dan penyimpanan rekod
4.9. Maklumat sulit dan bukan awam
Menjamin integriti, kebolehharapan dan ketepatan maklumat adalah
tanggungjawab semua. Kita mesti memastikan ketepatan dan kesahihan
maklumat yang kita berikan kepada pemegang saham, kepada pasaran
yang menyenaraikan saham kita dan agensi pengawalaturannya dan
kepada mana-mana pentadbiran awam. Profesional Applus+ tidak boleh
memberikan maklumat salah secara sengaja walau dalam apa-apa situasi.
Semua Profesional Kumpulan ini mesti merahsiakan semua maklumat
sulit yang mereka mempunyai akses kepadanya disebabkan aktiviti
profesional mereka di Applus+. Disebabkan aktiviti kita, kita
mempunyai akses kepada maklumat sulit pembekal dan pelanggan
yang kita harus lindungi dan kendalikan secara sulit. Ini termasuk
kewajipan untuk tidak mendedahkan maklumat ini tanpa kebenaran
daripada pemilik maklumat tersebut.
Applus+ juga bertanggungjawab memberikan maklumat yang cukup,
betul dan objektif tentang perkembangan Kumpulan ini kepada
pemegang sahamnya. Semua urus niaga kewangan Applus+ mesti
dicatatkan dan dirakam dengan jelas dan tepat.
Sebarang tanda kebocoran maklumat sulit atau penggunaan peribadi
maklumat sedemikian mesti dilaporkan oleh mereka yang mendapat
tahu hal ini melalui Saluran Komunikasi.
16
Maklumat sulit merangkumi:
Rahsia perdagangan atau komersil Applus+ atau pihak ketiga, seperti dasar penentuan harga, projek
penyelidikan, pangkalan data pengguna, maklumat kewangan atau perakaunan, pengetahuan,
rancangan untuk pemasaran atau pembangunan perniagaan atau sebarang bahan yang ditanda “sulit”.
Di samping itu, Profesional Applus+ harus mengelak daripada memperoleh
manfaat peribadi daripada peluang yang diketahui oleh mereka hasil
daripada kerja mereka yang mempunyai akses kepada maklumat sulit.
Dasar Keselamatan Maklumat menjelaskan kewajipan ini dengan lebih
terperinci.
Apa-apa maklumat sulit atau bukan awam mengenai syarikat tersenarai,
termasuk Applus+ tidak boleh digunakan untuk menjalankan (atau
mengesyorkan Pihak Ketiga agar berbuat demikian) sebarang jenis
urus niaga secara langsung atau tidak langsung dalam saham, terbitan
kewangan atau apa-apa sekuriti lain. Profesional yang mempunyai akses
kepada apa-apa maklumat bukan awam Kumpulan ini mesti mematuhi
kewajipan, sekatan dan larangan yang ditetapkan dalam Peraturan
Dalaman bagi tingkah laku dalam Pasaran Sekuriti.
17
4.10. Integriti dalam perkhidmatan kita
Perkhidmatan kita mesti dilaksanakan secara profesional, bebas dan
saksama, berdasarkan kaedah, prosedur, amalan dan dasar Applus+
serta undang-undang setiap negara. Cadangan, pendapat profesional,
data, keputusan dan secara umumnya sebarang fakta yang ditegaskan
mesti didokumenkan dengan teliti, mematuhi dasar dalaman.
Laporan dan pensijilan perlu memasukkan keputusan dan penemuan,
dan juga pendapat yang sepadan dengan profesional yang berkaitan.
Applus+, dalam meyediakan perkhidmatannya, mematuhi dan
mengelakkan apa-apa jenis sekatan atau batasan undang-undang
berkenaan perkhidmatan yang ia boleh berikan.
4.11. Konflik kepentingan
Konflik kepentingan timbul apabila kepentingan peribadi seorang
Profesional Applus+ bercanggah secara langsung atau tidak langsung
dengan kepentingan Kumpulan ini atau melibatkan mereka secara
peribadi dalam sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Applus+.
Kepentingan peribadi Profesional wujud apabila hal tersebut melibatkan
Profesional tersebut atau orang yang berkaitan dengannya.
Profesional Applus+ mesti menghindari situasi yang boleh menyebabkan
konflik kepentingan atau yang boleh menjejaskan keupayaan mereka
untuk bertindak atau membuat keputusan yang saksama dan demi
kepentingan Applus+.
Ketika menghadapi potensi konflik kepentingan: beritahu pihak
atasan anda, bertindak secara profesional dan taat kepada Applus+
dan elakkan daripada campur tangan atau mempengaruhi urus niaga
tersebut. Peraturan lanjut mengenai apa yang dianggap sebagai konflik
kepentingan dan cara untuk bertindak ketika berdepan dengannya boleh
didapati di dalam peraturan dalaman tentang konflik kepentingan.
Contoh-contoh konflik kepentingan yang biasa berlaku ialah:
Mengambil ahli keluarga atau kawan karib sebagai pekerja tanpa
kelulusan.
Mempunyai kepentingan kewangan dalam syarikat yang bersaing
dengan Applus+ atau yang merupakan pelanggan atau pembekal
Kumpulan ini.
Menjalankan sebarang aktiviti berbayar yang berkaitan dengan
jenis perkhidmatan yang Applus+ mungkin sediakan, selain
daripada kerja yang dilakukan di Applus+.
Menyediakan sebarang perkhidmatan lain kepada pelanggan
Applus+ kecuali jika diluluskan secara sah.
Menggunakan pekerjaan kita dalam Applus+ untuk mendapatkan
sebarang peluang komersil atau perniagaan untuk faedah sendiri.
Semua tindakan di atas boleh diluluskan oleh pihak atasan anda
mengikut dasar dalaman yang berkenaan.
18
4.12. Penggunaan sumber Applus+
Sebagaimana ditentukan dalam Polisi Keselamatan Maklumat Applus+
dan dasar-dasar berkaitan lain, akaun e-mel syarikat adalah milik
Syarikat dan oleh sebab itu, tidak tepat jika digunakan untuk kepentingan
peribadi. Setiap penggunaan akaun e-mel syarikat untuk kepentingan
peribadi merupakan pembebasan privasi atas isi emelnya. PC, komputer
riba, tablet, telefon, akses internet dan sistem komunikasi lain yang
disediakan oleh Applus+ untuk kegunaan Profesionalnya adalah untuk
kegunaan kerja dan hanya boleh digunakan untuk hal peribadi apabila
kegunaan sedemikian tidak mengganggu prestasi aktiviti kerja. Dalam
semua kes, Applus+ berhak mengawal kegunaan alat ini, termasuk
komunikasi yang telah dibuat pada masa lampau, dengan mematuhi
undang-undang yang berkenaan.
19
Penggunaan fail luaran dan perisian menimbulkan risiko keselamatan
bagi kita dan boleh mengakibatkan hukuman jenayah dan sivil yang
serius bagi Applus+. Oleh itu, sebarang muat turun atau penggunaan
perisian yang tidak dibenarkan, sebarang muat turun kandungan yang
tidak elok atau sebarang tindakan yang mencabuli hak harta intelektual
adalah dilarang.
Sumber Applus+ selebihnya hanya boleh digunakan secara eksklusif
untuk mengembangkan aktiviti kita dan dalammana-mana hal tidak
digunakan untuk kepentingan peribadi. Semua Profesional mesti
menjaga sumber yang diberikan kepada mereka dengan baik dan mesti
mengelakkan kerosakan, kecurian atau penggunaan yang tidak wajar
dengan sumber tersebut.
KOD ETIKA 2016
Campus de la UAB • Ronda de la Font del Carme, s/n
E-08193 Barcelona • España / Spain
www.applus.com