tafsiran melayu - TafsirMelayu.Com
Transcription
tafsiran melayu - TafsirMelayu.Com
TAFSIRAN MELAYU JUZ ‘AMMA www.tafsirmelayu.com DISUSUN OLEH: SHEIKH KHALID SHEIKH IBRAHIM KATA PENGHANTAR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Buku TAFSIRAN MELAYU JUZ ‘AMMA ini disusun dengan satu niat iaitu: “Supaya dapat diteliti pengertian surah-surah ayat lazim bermula dari Surah An-Nas dan berakhir dengan Surah An-Naba’ dan mengambil segala KEBENARAN-KEBENARAN yang ada di dalamnya untuk dijadikan pimpinan hidup masa kini”. Ini bersesuaian dengan Firman Allah di dalam surah Al-Furqan, Ayat 30, iaitu: Z@eÂH¨MÁG› GwZGYM®HºMšOZ ZGQƒG„ CZyHGªR†OZçI›MÂG– RwIý IN[G®QƒGñ HuÂH"R®šOZ Gu£G–Gy Mafhumnya: Rasulullah berkata: “Ya Rabb! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur’an ini sebagai KITAB YANG DITINGGALKAN (tidak meneliti maknanya, untuk mengambil keluar kebenaran yang ada di dalamnya)”. (Surah Al-Furqaan, Ayat 30) Mohon perlindungan Allah, agar kita tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini. Harapan kami hanyalah satu, supaya anda membaca isi kandungan susunan ayat-ayat lazim ini dan menghayati semua maknanya. Semuga terbukalah minda kita untuk MEMARTABATKAN Al-Qur’an dan mendukung dakwah dan Risalah Rasulullah SAW. AMIN. Penyusun: Sheikh Khalid Sheikh Ibrahim WP Kuala Lumpur, Malaysia. [email protected] Bertarikh: 25hb Jun 2014, bersamaan 27 Syaaban 1435. No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. Nama Surah Mukasurat Al-Fatihah ………………………………………. 1 An-Nas ………………………………………….. 7 Al-Falaq ………………………………………….. 13 Al-Ikhlas ………………………………………….. 18 Al-Masad ….…………………………………….. 26 An-Nasr ………………………………………….. 32 Al-Kafirun … …………………………………….. 40 Al-Kauthar .. …………………………………….. 47 Al-Maa’uun . …………………………………..… 53 Quraisy .…………………………………………. 62 Al-Fiil … …………………………………………. 68 Al-Humazah …………………………………..... 75 Al-‘Asr .. …………………………………………. 83 At-Takathur .…………………………………….. 89 Al-Qaari’ah . …………………………………….. 97 Al-‘Aadiyaat …………………………………….. 105 Az-Zalzalah …………………………………….. 113 Al-Baiyyinah …………………………………….. 121 Al-Qadr .………………………………………….. 131 Al-Alaq . ………………………………………….. 138 At-Tiin .. ………………………………………….. 150 Al-Insyiraah …………………………………….. 158 Adh-Dhuha . ….……………………….………… 164 Al-Lail ……………………………………………. 173 As-Syams ………………………………….……. 185 Al-Balad ……………………………….………. 194 Al-Fajr .. ……………….…………………………. 207 Al-Ghaasyiyah …………..……………………. 223 Al-A’laa ……………..…………………………… 235 At-Taariq …. …………………………………….. 250 Al-Buruuj …. …………………………………….. 264 Al-Insyiqaaq ………..…………………………… 278 Al-Mutaffifiin …………………………………….. 295 Al-Infitaar ….…………………………………….. 316 At-Takwir ….…………………………………….. 331 ‘Abasa ..………………………………………….. 346 An-Naazi’aat …………………………………..… 366 An-Naba’ …..…………………………………….. 393 SURAH AL-FATIHAH Diturunkan di Mekah : 7 Ayat 1 IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… ( ) 3 IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ (2) GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~ ( ) 5 HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý (4) IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› ( ) GãMñ IRšZ GlZG®ƒI' (6) GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³šOZ £GœI¬M„OZ (7) GãMÃIš£PƒƒR´šZ GêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZ I®MÔG MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 1 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. IâƒMÊI R®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Akhirat). HãƒM÷I ¥G M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³šOZ £GœI¬M„OZ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñIRšZ GlZG®ƒI' GãMÃIš£PƒƒR´šZ GêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZ I®MÔG Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 2 Juz Amma TAFSIRAN AL-FATIHAH & BERAMAL DENGANNYA Sebuah Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, juga oleh Imam Malik dari kitab Muwatta’, dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Jurir, dan Ibnu Anbari dari Abu Hurairah ra, yang memetik dari Rasulullah SAW yang bersabda: “Sesiapa yang bersembahyang dan tidak membaca surah Al-Fatihah, Ummul Kitab, maka sembahyangnya itu TIDAK SEMPURNA!”. Pada masa itu, seorang periwayat Hadith bernama Farisi, bertanya kepada Abu Hurairah: “Wahai Abu Hurairah. Aku kadang-kadang berada di belakang imam dan gugup samada membacanya atau tidak?”. Jawab Abu Hurairah: Bacalah surah Al-Fatihah itu dalam diri kamu, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Allah pernah berkata: Aku (Allah) telah membahagikan surah Al-Fatihah itu kepada dua bahagian. Separuhnya darinya untuk Ku dan separuhnya lagi untuk hamba Ku, dan Aku akan tunaikan apa saja yang diminta oleh hamba Ku itu!”. Sambung Rasulullah lagi: “Apabila hamba Ku berkata GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~, maka Aku akan menjawab: Sesungguhnya hamba Ku ini telah memuji-memuja Aku!”. “Apabila hamba Ku meneruskan dengan IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ , maka Aku akan menjawab: Sesungguhnya hamba Ku ini mengakui RAHMAT Ku ke atasnya!”. 3 Juz Amma “Apabila hamba Ku berkata IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› , maka Allah akan berkata: Sesungguhnya hamba Ku ini memuliakan Aku sebagai Pemilik hari Akhirat!”. “Apabila sampai perkataan HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý , maka Allah berkata: Bahawa ayat ini sebagai PEMBAHAGI di antara Aku dengan hamba Ku!”. “Apabila hamba Ku meneruskan bacaannya dengan: MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñIRšZ GlZG®ƒI' GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³šOZ £GœI¬M„OZ GãMÃIš£PƒƒR´šZ GêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZ I®MÃG” Allah akan berkata: Sesungguhnya segala permintaan kamu dalam ayat itu akan Aku perkenankan!”. Penjelasan: Hadith di atas menjelaskan konsep komunikasi ‘dua-hala’ (two-way communications) di antara Allah dan seseorang yang sedang membaca Surah Al-Fatihah, di dalam sembahyangnya. Ertinya, apabila kita membaca Surah Al-Fatihah, maka setiap ayat yang dibaca oleh kita didengari dan akan dijawab serta merta oleh Allah. Apabila kita membaca GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~ yang bererti: “Pujian itu khusus ku tujukan kepada Allah. Dia adalah “RABB” kepadaku dan sekelian alam”. Dengan minda yang meyakini bahawa segala nikmat yang kita perolehi, semuanya adalah dari Allah dan anugerah Nya, maka hati yang ikhlas itu akan dijawab oleh Allah dengan kata-kata: “Sesungguhnya hamba Ku ini mengiktirafkan Aku sebagai Rabb-nya, yang mencurahkan rezeki dan semua nikmat kepadanya, bersyukur pada Ku dengan seikhlas hatinya!”. 4 Juz Amma Bila kita teruskan bacaan dengan IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ dengan ikhlas dan memahami maksudnya bahawa Allah telah memberikan RAHMAT Nya kepada kita dan akan memberi Rahmat yang sama setelah kita mati nanti, maka bacaan itu akan dibalas oleh Allah dengan kata-kata: “Hamba Ku ini telah mengakui segala Rahmat Ku ke atasnya di dunia ini dan mengharapkan Rahmat yang sama di Akhirat nanti. Akulah sumber Rahmat-rahmat itu kepadanya”. Bila kita membaca ayat IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› dengan mengakui bahawa Allah sahajalah yang berkuasa di Akhirat nanti, di hari kita dibangkitkan semula, di hari yang menentukan hisab baik dan jahat kita, dan di hari yang menentukan Syurga atau Neraka untuk kita, di hari yang penuh dengan kecelaruan Mahsyar, dan Allah jualah sebagai PEMBELA kita nanti, maka sayugia Allah akan menjawab bacaan itu dengan berkata: “Hamba Ku ini telah mengakui bahawa HANYA Aku sahaja di Akhirat nanti yang berkuasa menghindarkannya dari kekeliruan hari itu dan memberi Rahmat kepadanya nanti ”. Ertinya kita menyatakan kepercayaan kita kepada hari AKHIRAT dalam minda kita sewaktu membaca ayat ketiga itu. Apabila kita sampai kepada ayat HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý yang bermaksud: “Hanya Engkau sahajalah Ya Allah yang aku sembah (aku tidak syirik pada Mu) dan HANYA kepada Engkau sahajalah aku memohon pertolongan”, maka Allah akan berkata: “Sebenarnya, hamba Ku ini telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Ku, Tuhannya. Iaitu mempercayai segala rezeki itu adalah dari Ku, dan memuji-memuja Ku, serta bersyukur mengakui Rahmat Ku ke atasnya di dunia dan di Akhirat nanti. Dan tidak syirik kepada Ku dalam penyembahannya dan minta tolongnya itu. Maka sampailah masa bagi Aku pula menunaikan tanggungjawab Ku kepada mereka. Ayat ini sebagai PEMBAHAGI di antara kewajipan mereka kepada Ku dan kewajipan Ku kepada mereka. Selepas ayat ini, apa yang mereka minta akan Aku tunaikan”. 5 Juz Amma Apakah permintaan hamba Allah selepas ini? Itulah ayat yang kelima dan keenam, iaitu: MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñIRšZ GlZG®ƒI' GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³šOZ £GœI¬M„OZ GãMÃIš£PƒƒR´šZ GêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZ I®MÃG” yang memohon HIDAYAH dari Allah, supaya membimbingnya mengikut suatu jalan yang ISTIQOMAH, ke arah kebaikan dunia dan Akhirat, iaitu JALAN ISTIQOMAH yang pernah dilalui oleh orang-orang solihin, nabi-nabi dan rasul-rasul, para aulia dan mursyidin yang telah diredhai oleh Allah perjalanan mereka sebelum ini, dan dibawah NIKMAT Allah pada masa kini dalam alam mereka, dan dipohon perlindungan dari Allah supaya TIDAK menjadi seperti orang-orang YAHUDI yang dimurkai dan dilaknati oleh Allah, atau menjadi seperti orang Musyrikin yang sesat selama-lamanya. Rupa-rupanya permohonan ini menjadi ‘tanggungjawab’ Allah untuk ditunaikan kepada hamba-hamba Nya yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba, dengan ucapan ikhlas, dari kefahaman makna ayat satu hingga tiga dari Surah Al-Fatihah tadi. Inilah yang dikatakan sebagai komunikasi dua-hala oleh kita sebagai hamba kepada Allah dan oleh Allah kepada hamba Nya. Gambarkanlah bertapa khusyuknya solat anda jika hal ini benar-benar diyakini. Allahu a’lam. Penghayatan dan Amalan: Bolehkah kita mendengar jawapan-jawapan itu sewaktu kita membaca Al-Fatihah? Khususnya dalam solat kita? Ikhlaskan hati, cuba dengar jawapan itu dengan membuka minda kita seluas-luasnya. Kita ada 17 kali ulangan Al-Fatihah setiap hari dalam solat-solat kita. Kalau yang pertama tak dengar, teruskan dengan yang kedua dan seterusnya sehingga kita mati. Ini adalah catitan Hadith Rasulullah yang tidak berbohong, YAKINKANLAH amalan ini dan sesungguhnya sembahyang kita akan lebih memberi erti, menyinarkan rasa khusyuk serta meningkat iman kita kepada Allah swt. 6 Juz Amma SURAH AN-NAS Diturunkan di Mekah : 6 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 Ih£RÀšZ IßI¾G› (1) Ih£RÀšZ IN[G®I… HdÂH“G} MáH– ( ) 4 Ih£RÀGªMšZ IhZGÂM"GÂMšZIN®ƒG& MãI› (3) Ih£RÀšZ IäƒQšIý ( ) 5 Ih£RÀšZIeyH¬H' çI• HhIÂM"GÂHñ |IRšOZ ( ) 6 Ih£ƒRÀšZGy IæƒRÀI¨MšZ GãI› ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Katakanlah (Wahai Muhammad, sebagai doa): “Aku berlindung di bawah jagaan Allah, Yang Dia Nya, TUHAN Pemelihara segala manusia. Yang Dia Nya, Penguasa segala manusia. Yang Dia Nya, TUHAN sembahan semua manusia. DARI semua kejahatan-kejahatan yang membisik, menghasut, yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam DADA manusia. Yang terdiri daripada kalangan Jin dan Manusia. 7 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AN-NAS IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Ih£RÀšZ IN[G®I… HdÂH“G} Má–H Katakanlah (Wahai Muhammad, sebagai doa): “Aku berlindung di bawah jagaan Allah, Yang Dia Nya, TUHAN Pemelihara sekelian manusia. Ih£RÀšZ IßI¾G› Yang Dia Nya, Penguasa sekelian manusia. Ih£RÀšZ IäƒQšIý Yang Dia Nya, TUHAN sembahan semua manusia. Ih£RÀGªMšZ IhZGÂM"GÂMšZIN®ƒG& MãI› DARI semua kejahatan-kejahatan yang membisik, menghasut, yang timbul tenggelam. Ih£RÀšZIeyH¬H' çI• HhIÂM"GÂHñ |IRšOZ Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam DADA manusia. Ih£ƒRÀšZGy IæƒRÀI¨MšZ GãI› Yang terdiri daripada kalangan Jin dan Manusia”. 8 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini mengajar kita supaya berdoa kepada Allah mohon perlindungan Nya dari bahaya gangguan-gangguan BATIN & AKIDAH. Iaitu bahaya wujudnya perasaan ragu-ragu (was-was), ingatan buruk yang datangnya dari angkara Syaitan atau Jin, dan tipu daya makhluk berupa manusia. Semuanya yang boleh merosakkan i’tiqad, amal ibadah dan hidup kita pada Allah. Nama-nama Allah yang digunakan untuk PERLINDUNGAN ini: 1. Ih£RÀšZ IN[Ge : iaitu Allah yang bertindak sebagai Pembimbing segala urusan manusia, mendidik menjaga mereka dengan menolak perkara yang memudaratkan mereka dan memberi mereka yang ada kepentingan kepada manusia demi hidup mereka sebagai hamba Nya. Nama ini lebih kepada sifat Zat Allah dan menggambarkan wajah Allah itu sendiri. 2. Ih£RÀšZ IßI¾G› : iaitu Allah pada hakikatnya sebagai Pemilik yang memiliki manusia secara mutlak. Firman Allah: Gãñ I¬I¨Qéƒ" ôHäGš CZÂH·GºG• çIŠySe GãI› IäÃI• HÍMªG¹GœGy ôHäƒH¥Mñ RÂG" ZGdIÇG• "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. (Surah Al-Hijr : Ayat 29) 3. Ih£RÀšZ IäƒQšIý : Penguasaan Allah atas manusia melalui ketuhanan Allah yang disembah dan tersempurna ke atas manusia. Kita menyembah Allah kerana Dialah yang menciptakan, menyempurnakan, memberi hidayah dan menentukan takdir kita. Ketiga-tiga nama Sifat Zat Allah ini menjadi alat doa mohon perlindungan, yang memberi gambaran kepada kita bahawa jika diizinkan perlindungan ini, ianya merupakan satu perlindungan mutlak tanpa sebarang ketirisan/kebocoran. 9 Juz Amma PERLINDUNGAN DARI APA? 1. Was-was : Iaitu suara yang tersembunyi, halus dan ghaib dalam diri yang sentiasa mendesak berkali-kali, serta memberi keyakinan untuk kita melakukan sesuatu maksiat. Perkataan-perkataan ini difahami oleh hati kita tetapi berbentuk penipuan. Ianya dicatitkan sebagai ‘TERLALU JAHAT’ dan ‘jahat agak melampau’, dan memberi kesan yang jahat dan memesongkan akidah kita kepada Allah. LAWAN kepada kejahatan yang melampau ini ialah mendapatkan perlindungan dari Allah, iaitu perlindungan mutlak dengan tiga nama-nama di atas tadi. Jika nama-nama Allah yang lain digunakan, ianya tidak mencukupi untuk melawan tekanan syaitan ini. 2. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIWAS-WASKAN ITU? Ada 6 perkara: a) b) c) d) e) f) Ke arah kufur dan syirik pada Allah. Ke arah bida’ah. Ke arah melakukan dosa-dosa besar. Ke arah melakukan dosa-dosa kecil. Ke arah melakukan perkara yang tidak memberi faedah. Ke arah was-was melakukan perkara penting, seperti was-was wuduk sembahyang. 3. Kata Abu Umar Al-Bukhari, bahawa asal was-was dan kesannya dapat dilihat dari 10 perkara berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Terlalu berhati-hati dan tidak bertawakkal pada Allah. Terlalu bercita-cita tinggi. Syahwat dan dunia. Hasad dan dengki. Bala. Takbur. Merendahkan orang yang beriman. Terlalu suka pada dunia. Harapkan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Bakhil dan kikir. 10 Juz Amma BAGAIMANA KITA DI WAS-WASKAN? Ih£RÀšZIeyH¬H' çI• HhIÂM"GÂHñ |IRšOZ : iaitu Syaitan itu mewas-waskan kita di dalam dada kita. Apabila manusia lalai mengingati Allah atau lalai dari memikirkan Allah, maka ia menyelinap ke dalam dada kita. Zikir Allah adalah dengan HATI. Ianya secara rahsia dan melibatkan roh dan keakraban dengan Allah. Ayat di atas menyatakan Syaitan was-waskan kita di dalam dada. Hati dan dada ibarat rumah dengan tingkap. Dalam dada terkumpul hati dan lain-lain. Segala wirid dan amalan lain masuk ke dalam dada. Dari dalam dada ianya meresap ke dalam hati. Dari hati keluarlah semuanya, memaksa perlakuan dizahirkan di luar, atas semua perkara yang dikhayalkan melalui was-was Syaitan itu. Kumpulan iblis ini sebenarnya berada di dalam dada. Pada hati manusia KEROHANIAN. terdapat dua kotak: PANCAINDERA dan Kotak Pancaindera merangkumi: a) b) c) d) e) Pancaindera sentuhan Pancaindera penglihatan Pancaindera pendengaran Pancaindera bauan Pancaindera rasa Kotak Kerohanian pula mengandungi: a) b) c) d) e) Roh Haiwani Roh Khayali Roh Fikri Roh ‘Aqli Roh Qudsi Apabila was-was berlaku, maka pergerakan semua elemen dalam kotak-kotak ini akan berinteraksi, dan yang beriman akan meninggalkan kejahatan melalui keyakinan Roh Qudsi dan terhalanglah perlakuan was-was itu dari mengambil tempatnya. Ih£ƒRÀšZGy IæƒRÀI¨MšZ GãI› Yang terdiri daripada kalangan Jin dan Manusia. Dari Jin: Mengikut tafsiran Ibnu Kathir, setiap seorang manusia yang dilahirkan akan berkembar dengan seekor Jin yang dikenali sebagai “Qorin”nya. 11 Juz Amma Sabda Rasulullah dalam satu Hadith Sahih: HäHÀMñI®–G IäI… GáIN˜Hy M¬G– RêIý A¬GŠG} MãI› MâH¼MÀI›£G› Sesiapa saja dari kamu manusia, terdapat kembar kamu yang mewakili kamu (Qorinnya). Qorin ini adalah dari kalangan Syaitan dan Jin, dan sabda Rasulullah: . GvGcP} IãM…Iý IÌM¾G– çQ¾G“ HäG¿MµG‹ HÚIFZGy Gw£GµMÃR²šZ RwIý . GÔRÀG‹ HäQN¾šZ G®G˜Gd MwÇI •G Ih£RÀGªMšZ HhZGÂM"GÂMšZ GßIšQG• HäG¤M¾G– GâGºG¥MšIý GçI±GœMwIýGy Syaitan (Qorin) akan masuk ke dalam dada manusia dan meletakkan belalainya atas hati anak Adam. Jika anak Adam itu berzikir mengingati Allah, maka dia akan terkincit keluar, tetapi jika anak Adam itu lalai maka dia akan mencengkam hatinya dan berlakulah proses was-was Khannas tersebut. Dari Manusia: Iaitu pengaruh-pengaruh dari mereka yang boleh meransang kita ke arah syirik pada Allah. Misalnya, seorang tukang tilik boleh mempengaruhi minda kita dan membawa ke dalam dada dan hati kita perasaan was-was, serta dilencongkan pula oleh Syaitan, ke arah syirik pada Allah. Begitu juga dengan peranan paderi-paderi yang mendakwah membawa kita kepada was-was terhadap ugama dan akidah kita. Manusia ialah luaran, Jin adalah dalaman. Kedua-duanya memberi kesan ke atas was-was kita dan kombinasi inilah yang bertanggungjawab terhadap was-was yang membentuk sesuatu yang baru. Kesimpulan: Dalam surah ini, Allah mencadangkan tiga nama-nama Agung Nya, iaitu Rabbinaasi, Maalikinnaasi, Ilaahinnaasi untuk memerangi HANYA was-was yang dimainkan oleh Jin dan Manusia ke dalam dada manusia. Betapa hebatnya peranan yang dimainkan oleh Syaitan dan Manusia ini dalam was-was mereka dan penting sekali bagi yang beriman itu memohon perlindungan ini dari Allah swt. 12 Juz Amma SURAH AL-FALAQ Diturunkan di Mekah : 5 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (2) (4) GÝG¾ƒG‹£G›IN®G& MãI› (1) IÝG¾ƒG¹MšZ IN[G®I…HdMÂH“G} MáH– I¬GºƒH·MšZ åI• I\£G‡£R¹ƒRÀšZ IN®G& MãI›Gy (3) MÌ–G Gy ZGdIý AÝI"£G” IN®G& MãI›Gy (5) G¬G±GŠ ZGdIý A¬I"£GŠIN®G& MãI›Gy MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Katakanlah wahai Muhammad (satu isti’azah): “Aku berlindung kepada Allah dengan berkat nama Nya sebagai pencipta, penyempurna, penentu taqdir dan pemberi hidayah, Tuhan yang mencipta kecerahan waktu subuh setelah mengalami kegelapan malam yang panjang (Rabbil Falaq). DARI KEJAHATAN yang datangnya dari segala makhluk ciptaan Allah. Dan DARI KEJAHATAN yang datangnya dari bahaya berlabuhnya gelap dan menjelang malam. Dan DARI KEJAHATAN tukang sihir yang meniupkan serapah jampinya ke atas benang yang disimpul. Dan DARI KEJAHATAN orang yang mempunyai hasad dengki sewaktu ia melaksanakan kejahatan dengkinya itu. 13 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IÝG¾ƒG¹MšZ IN[G®I…HdMÂH“G} Má–H Katakanlah wahai Muhammad (satu isti’azah): “Aku berlindung kepada Allah dengan berkat nama Nya sebagai pencipta, penyempurna, penentu taqdir dan pemberi hidayah, Tuhan yang mencipta kecerahan waktu subuh setelah mengalami kegelapan malam yang panjang (Rabbil Falaq), GÝG¾ƒG‹£G›IN®G& MãI› DARI KEJAHATAN yang datangnya dari sekelian makhluk ciptaan Allah. MÌ–G Gy ZGdIý AÝI"£G” IN®G& MãI›Gy Dan DARI KEJAHATAN yang datangnya dari bahaya berlabuhnya gelap dan menjelang malam. I¬GºƒH·MšZ åI• \ I £G‡£R¹ƒRÀšZ IN®G& MãI›Gy Dan DARI KEJAHATAN tukang-tukang sihir yang meniupkan serapah jampinya ke atas benang yang disimpul. G¬G±GŠ ZGdIý A¬I"£GŠIN®G& MãI›Gy Dan DARI KEJAHATAN orang yang mempunyai hasad dengki sewaktu ia melaksanakan kejahatan dengkinya itu. 14 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini yang diturunkan di Mekah mengajar kita agar sentiasa memohon perlindungan Allah, yang NAMA Nya dikaitkan sebagai pencipta cahaya waktu subuh yang cerah, setelah bergelap pekat sepanjang malam, agar kita dilindungi dari 4 perkara besar dalam hidup ini, iaitu: a) Semua jenis kejahatan yang boleh didatangkan oleh makhluk ciptaan Allah, dari manusia, binatang, angin, api dan sebagainya. b) Semua kejahatan yang boleh didatangkan dari segala makhluk Allah yang mula bergerak apabila malam menjelang dan di waktu malam yang gelap. c) Semua kejahatan yang boleh didatangkan oleh tukang-tukang sihir yang beroperasi meniupkan benang yang disimpul bagi tujuan menyakitkan yang lain melalui kuasa sihirnya. d) Semua kejahatan yang boleh didatangkan dari perbuatan orang yang bersifat dengki khianat kepada kita apabila dia mula melaksanakan kedengkiannya itu. Tafsiran Surah: AL-FALAQ bererti waktu subuh. RABBIL FALAQ ialah Allah yang prihatin kepada makhlukNya, menciptakan waktu Subuh itu dengan mewujudkan cahaya Subuh setelah dunia ini bergelap lama dalam kegelapan malamnya. Waktu Subuh itu melabuhkan dirinya dengan hilangnya gelap malam. Beristi’azah dengan nama Allah Rabbil Falaq bererti memohon perlindungan Allah dengan Nur Subuh pagi selepas kegelapan malam. Ianya adalah simbolik terlepasnya dari gelap malam dan munculnya Nur Subuh, munculnya kerehatan, keriangan dan kelapangan. Bersungguh-sungguh mendoakan dengan nama ini bererti kita seolah-olah mengetuk pintu Ilahi memohon perlindungan yang mutlak dari Nya dari empat angkara di atas tadi, agar kita secara menyeluruh dilindungi oleh Allah. Begitulah pendapat Sheikh Abu Musa Ar-Rusawi. 15 Juz Amma Perlindungan Yang di Pohon: 1. Pertama: Berlindung dengan Allah dari semua jenis kejahatan yang datang dari bumi dan langit. Ini termasuklah semua kejahatan dari angkara manusia, jin, binatang-binatang yang merayap dan yang terbang, dan dari tekanan-tekanan hidup yang berpunca dari keadaan persekitaran. Ini adalah perlindungan yang umum dari segala ciptaan Allah yang berada di bumi dan di langit, di dalam bumi dan di dalam langit. 2. Kedua: Berlindung dengan Allah dari kejahatan khusus; iaitu apabila menjelang waktu Maghrib dan bermulanya waktu malam, maka akan keluarlah beberapa makhluk yang memulakan hidupnya dengan menjadikan kita mangsanya. Ini termasuklah dari golongan Jin, manusia-manusia jahat yang bergerak pada waktu malam untuk sesuatu kejahatan, binatang-binatang yang keluar pada malam hari untuk mencari mangsanya dan lain-lain. Kejadian buruk kerap berlaku pada dan dalam waktu kegelapan malam. Kejahatannya amat terserlah sehinggakan Rasulullah pernah menganjurkan agar kita menutup semua tempat simpan air, tutup pintu rumah bila menjelang waktu Maghrib, dan perbanyakkan memeluk anak kecil, semuanya untuk menjaga dari kejahatan-kejahatan yang menular pada waktu ini, yang boleh memudaratkan diri dan ugama kita, dan menimbulkan fitnah. 3. Ketiga: Berlindung dengan Allah dari kejahatan tukang sihir. Di antara cara-cara dia mensihirkan orang lain ialah dengan menggunakan benang yang disimpulkan, dan sewaktu dia menyimpulkan benang tadi, dia akan menghembuskannya dengan jampi serapahnya. Hasilnya, dengan izin Allah, sihir itu boleh memberi kesan pada orang yang disihirkan itu. Rasulullah pernah disihirkan oleh seorang wanita Yahudi dengan simpulan sebegini dan selepas ditiup maka benang dan gigi dicampakkan ke dasar telaga, dan pada masa itu juga, Rasulullah terasa yang dia telah disihirkan. Lalu, datanglah Jibril, memperkenalkan ayat 3 QUL dan apabila dibaca oleh Rasulullan, kesan sihir itu terus hilang. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah pernah membaca Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq atas tapak tangannya dan kemudian disapu pada badannya agar menjauhkan dirinya dari sihir dan sakit. 16 Juz Amma 4. Keempat: Berlindung dengan Allah dari orang-orang yang DENGKI dan hasad, samada melalui perbuatannya apabila dia melaksanakan dengkinya atau melalui percakapannya. Ingat, maksiat pertama adalah yang dilakukan oleh Iblis kepada Nabi Adam a.s. melalui dengki dan hasad. Akibat dari dengki tersebut, Adam telah diturunkan ke dunia dan Syaitan dilaknat hingga Kiamat. Al-Husain bin Fadli pernah berkata: “Allah telah menjelaskan tentang empat kejahatan yang ada dalam surah ini. Kejahatan ‘Hasad’ diakhirkan”. Ini menggambarkan orang yang hasad itu adalah sejahat-jahat dalang dan tabiatnya sangat buruk. Perlu kita jauhkan sifat ini melalui doa isti’azah tersebut. Hasad terjadi kerana adanya Nafsu Ammarah. Apabila berlaku hasad, maka orang itu akan cuba menutup Nur Allah pada dirinya atau pada orang lain, dan ini bermakna dia menutup nikmat Allah ke atas dirinya dan orang lain. Oleh itu orang yang hasad ini selalunya hilang nikmat Allah ke atasnya. MOHONLAH PADA ALLAH AGAR KITA TIDAK HASAD DALAM HIDUP INI DAN SENANTIASA DILINDUNGI DARI SEMUA JENIS KEJAHATAN YANG DIMUATKAN DALAM SURAH AL-FALAQ INI. 17 Juz Amma SURAH AL-IKHLAS Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 H¬G¿R³šZ HäNQ¾šZ (1) K¬GŠG} HäQN¾šZGÂH„ Má–H ( ) 4 K¬GŠG} Z@ÂH¹H˜ HäGš MãH¼Gñ MâGšGy (3) M¬GšMÂHñ MâGšGy M¬I¾Gñ MâGš ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Katakanlah wahai Muhammad (kepada orang Quraisy yang bertanya itu): “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Dialah Allah, yang menjadi tumpuan setiap makhluk untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan. Dialah Allah, yang tidak beranak, dan tidak dilahirkan. Dan Dialah Allah, yang tidak ada sesuatu apa pun yang menyerupai Nya. 18 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-IKHLAS IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. K¬GŠG} HäQN¾šZGÂH„ MáH– Katakanlah wahai Muhammad (kepada orang Quraisy yang bertanya itu): Dialah Allah, Yang Maha Esa. H¬G¿R³šZ HäNQ¾šZ Dialah Allah, yang menjadi tumpuan setiap makhluk untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan. M¬Gš MÂHñ MâGšGy M¬I¾Gñ MâGš Dialah Allah, yang tidak beranak, dan tidak dilahirkan. K¬GŠG} Z@ÂH¹H˜ HäGš MãH¼Gñ MâGšGy Dan Dialah Allah, yang tidak ada sesuatu apa pun yang menyerupai Nya. 19 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah yang diturunkan di Mekah ini merupakan suatu surah yang memanifestasikan (memperlihatkan kewujudan) keEsaan Zat Allah, keEsaan sifat Ketuhanan Allah, dan keEsaan segala Perbuatan Allah. Ianya memberi kita kesedaran tentang i’tiqad yang sebersih-bersihnya, yang wajib ada pada kita, supaya dijadikan asas kepada semua amal ibadah kita, dihayati dan diterjemahkan ke dalam seluruh perjalanan hidup kita sebagai hamba kepada Allah. Inilah yang dikenali sebagai TAUHID, yang menjadi asas awal, apabila kita menuturkan perkataan HäNQ¾šZ RêIZ GäQšIZ Gê ; iaitu “HANYA ENGKAU Wahai Allah, yang aku sembah!”. Dengan Tauhid ini, seorang hamba Allah tidak akan memperhambakan dirinya, KECUALI hanya pada Allah. Masa senang dan susahnya hanyalah dengan Allah, segala urusan hidupnya semuanya di bawah taqdir Allah dan kepercayaan penuh pada Allah sahajalah menjadi punca kepada segala keadaan, kekuasaan dan ketetapan. Surah ini menjadi kayu pengukur untuk memastikan ‘realiti’ (kebenaran) ketuhanan yang disembah. Tafsiran Surah: K¬GŠG} HäQN¾šZ GÂH„ MáH– Katakanlah wahai Muhammad (kepada orang Quraisy yang bertanya itu): Dialah Allah, Yang Maha Esa. (Mafhumnya : “Allah itu Maha Esa”) Di antara sebab turunnya surah Al-Ikhlas ini ialah, apabila orang musyrikin Mekah bertanya kepada Rasulullah, kata mereka: "Wahai Muhammad, cuba engkau gambarkan kepada kami akan Tuhan kamu itu, yang engkau menyeru kami kepada Nya, dan terangkan keturunan nasab Nya sekali”. Maka dengan itu Allah menurunkan surah ini dan meminta Rasulullah membacanya kepada mereka. Allah menjelaskan Zat Nya dengan menyucikan Nya dari sebarang keturunan, dengan cara menafikan yang Ianya boleh memberi anak dan diperanakkan atau dilahirkan dan menafikan keserupaan Nya dengan apa saja makhluk yang ada. 20 Juz Amma Perkataan Allah Maha Esa menunjukkan: a) Dalil ketuhanan Allah yang AL-HAQ. b) Dalil yang merangkumi semua nama-nama sifat Nya yang AL-HUSNA. Nama ‘Allah’ ialah ‘nama Zat’ Nya dan 99 nama lain ialah ‘nama sifat Zat’ Nya. c) AL-AHAD atau keEsaan Zat Allah, ialah nama yang tidak ada kaitan dengan mana-mana makhluknya, tetapi tertumpu pada Zat Nya secara sendirian. Itulah dia keEsaan Allah pada Zat Nya dan itulah juga Tauhid yang kita memperakui keEsaan tersebut dalam kalimah tauhid HäNQ¾šZ RêIZ GäQšIZ Gê yang bermaksud “Aku hanya menyembah Allah Yang Esa”. H¬G¿R³šZ HäNQ¾šZ Dialah Allah, yang menjadi tumpuan setiap makhluk untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Iaitu, semua makhluk Allah berhajat kepada Allah. Pertolongan mutlak yang diperlukan HANYALAH dari Allah, yang merangkumi seluruh siri atau rantaian kejadian mereka, keberkekalan sementara mereka, semua hal ehwal mereka, bagi memperkuatkan Tauhid mereka kepada Allah yang AL-HAQ. Dalam hal ini, di antaranya termasuklah menolak segala bala dan kemudaratan, menghubungkan kehidupan seharian ini dengan segala kebaikan, serta mendapatkan syafaat Allah untuk dijauhkan dari azab dan didekati dengan pahala dan kebahagiaan. Inilah sifat Allah yang menjelaskan hubungan Allah dan ketuhanan Nya dengan alam dan makhluk ciptaan Nya. Inilah dia iman dan aman kepada makhluk Nya. M¬I¾Gñ MâGš : “Allah tidak beranak” : iaitu tidak pernah keluar dari Allah anak kerana DIA bukan dari jenis diperanakkan dan tidak perlu kepada mereka yang terdahulu atau yang terkemudian untuk pemanjangan zuriat Nya. Malah itu adalah sifat MUSTAHIL bagi Nya. 21 Juz Amma Orang-orang Nasrani mendakwa Isa itu anak Allah, orang-orang Israel mendakwa Uzair adalah anak Allah. Perkataan M¬I¾Gñ MâGš ini menjawab kepada soalan dan dakwaan mereka yang Allah mempunyai anak. Tegas Allah: “Dia Tidak Sekali-kali Mempunyai Anak!”. M¬Gš MÂHñ MâGšGy : “Dan Dia tidak pula diperanakkan”. Iaitu tidak pernah Allah itu keluar dari sesuatu, seperti ibubapa kerana ianya adalah MUSTAHIL bagi Zat Allah. Bapa dan anak adalah dari jenis yang SERUPA. Anak semestinyalah secara genetiknya akan menyamai bapanya. Oleh itu tidak boleh sama anak-anak dengan Allah yang sudah tentunya bukan dari jenis manusia. MUSTAHIL Allah menyerupai perkara-perkara yang baharu. Begitulah keturunan manusia ini iaitu emak, anak, bapa dan seterusnya cucu-cucu, tidak menyerupai Nya. K¬GŠG} Z@ÂH¹H˜ HäGš MãH¼Gñ MâGšGy Dan Dialah Allah, yang TIDAK ADA sesuatu apa pun yang menyerupai Nya. Iaitu, tidak pernah ada sesuatu yang menyerupai Nya. Allah menafikan penyerupaan Nya dengan Zat Nya, iaitu tidak ada yang menyerupai Zat Nya. 22 Juz Amma Analisa: Surah yang pendek ini yang dikenali sebagai surah AL-IKHLAS, yang merangkumi pengertian ma’rifat Allah dan ianya sebagai memulihkan keingkaran manusia kepada keEsaan Allah. Suatu kenyataan yang telah dikeluarkan dari sebuah forum intellek agama Barat menyatakan: “Ianya sebagai alat pengukur tentang samada sesuatu itu Tuhan atau sebaliknya”. Ianya menjelaskan konsep akidah dan hukum ketuhanan dengan cara menghubungkan pengenalan Zat Allah dan sifat-sifat Zat Nya dengan manusia. Rasulullah pernah bersabda: GÚM¤ƒR±šZ \ I ZGy£G¿R±šZ IÍG±IN"H} K¬GŠG} HäQN¾šZ GÂH„ MáH– çG¾ƒG“ GwMÂHF MeGìMZ Gy Diasaskan penciptaan langit yang tujuh itu dan seluruh bumi ini di atas konsep akidah K¬GŠG} HäQN¾šZ GÂH„ MáH– . Yang bermaksud: “Allah menjadikan langit dan bumi itu ‘DALIL’ atau ‘yang mentauhidkan’ Allah sebagai Penciptanya” dan surah ini menjadi sumber kefahaman tentang AL-HAQ dan sifat-sifat Zat Nya yang jelas. 23 Juz Amma CERITA-CERITA KHASIAT SURAH AL-IKHLAS 1. Rasulullah pernah mendengar seorang lelaki membaca surah Al-Ikhlas lantas beliau berkata padanya: “Aku pasti engkaulah!”. Para sahabat tertanya-tanya kepastian apa? Jawab Rasulullah: “Kepastian yang engkau ini adalah ahli Syurga Allah!”. 2. Dalam sebuah Hadith lain riwayat Suhail bin Saad ra katanya: “Seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan mengadu kepadanya tentang kesusahan hidup yang dideritainya”. Jawab Rasulullah: “Setiap kali engkau masuk ke dalam rumah kamu, maka berilah salam kepada penghuni rumah itu. Jika tidak ada sesiapa dalam rumah itu, maka berilah salam pada diri kamu dan seterusnya bacalah surah Al-Ikhlas dan masuklah ke dalam rumah kamu itu”. Berpandukan fatwa itu dari Rasulullah, maka sahabat tersebut pun beramallah sebagaimana sepatutnya ketika beliau memasuki rumahnya. Dengan izin Allah, didapati rezeki sahabat tersebut melimpah ruah dan keadaan yang begitu juga terjadi pada jiran-jiran beliau. 3. Diriwayat dari Sayyidina Ali ra beliau berkata: “Sesiapa yang membaca dan beramal membaca surah Al-Ikhlas ini sebanyak 11 kali selepas sembahyang subuh maka dosa-dosa harian tidak akan terkena padanya, khususnya pada hari itu WALAUPUN Syaitan bersungguh-sungguh untuk mengenakannya dengan amalan maksiat”. 4. Dalam sebuah Hadith lain, kata Rasulullah; “Adalah sukar bagi kamu untuk mengkhatamkan sebuah Al-Qur’an dalam masa satu malam. Cara yang mudah untuk kamu khatam Al-Qur’an itu ialah dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas setiap malam”. 5. Diriwayatkan sewaktu Rasulullah berada di medan peperangan, tiba-tiba turun Jibril as dan terus memberitahu Rasulullah yang seorang sahabat bernama Mu’awiyah bin Al-Muzni telah meninggal dunia di Madinah. Kata Jibril: “Jika kamu mahu ke sana, akan aku dekatkan bumi Tabuk ini dengan Kota Madinah, dan engkau boleh menziarahinya”. Jawab Rasulullah mengiyakan cadangan Jibril itu untuk beliau ziarahi dan menyembahyangkan jenazah sahabat itu. 24 Juz Amma Jibril pun melebarkan sayapnya atas bumi Tabuk itu dan Rasulullah pun sampai ke Madinah dan mengkafankan jenazah serta menyembahyangkannya. Sahabat itu dimakamkan di Baqi’ dengan penuh hormat. Ketika Rasulullah mengimamkan solat jenazah terdapat dua saf diikuti oleh para malaikat, dan setiap saf dianggotai oleh 70 ribu para malaikat. Para sahabat bertanyakan Rasulullah: “Bagaimana sahabat ini boleh mendapat penghormatan sebegini?” Jawab Rasulullah: “Beliau banyak sekali membaca, menghayati, beramal mengikut zuq surah Al-Ikhlas, sehingga beliau paling ikhlas dalam hubungannya dengan Allah”. 6. Surah AL-IKHLAS telah diturunkan bersesama 70 ribu para malaikat. Ianya dikatakan sebagai Surah Al-Ikhlas kerana: a. Pembacanya akan menjadi lebih telus dan ikhlas kepada Allah. b. Pembacanya akan terlepas daripada menjadi syirik kepada Allah. c. Pembacanya akan terlepas dari azab Allah. d. Pembacanya akan lebih ikhlas mentauhidkan Allah. e. Surah ini hanya menjelaskan ZAT Allah yang Esa, tiada dunia dan tiada Akhirat. f. Pembacanya akan terlepas dari kesusahan di Akhirat, terlepas dari kesusahan sakaratul-maut dan kegelapan alam barzakh, dan ceria menghadapi kehidupan di dunia dan di Akhirat. g. Dengan membaca surah ini, beramal dengannya dan mengisi setiap sel darah kita dengan penghayatan diri yang mendalam kepada Allah, akan mempertingkatkan lagi keikhlasan kita kepada Nya. 25 Juz Amma SURAH AL-MASAD Diturunkan di Mekah : 5 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 MÌG±G˜£G›Gy ôHäHš£G¿HÁMÀG“ QéçÀM”G} £G› (1) RÌG† Ry AÌGÁGš åI…G} ZG¬Gñ MÍR¤ƒG† ( ) 4 IÌGµG©MšZ GæGš£R¿GŠ ôHäH† G} G®M›OZ Gy (3) AÌGÁGš \ G ZGd Z@e£Gœ Qé羃M³GÃG" ( ) 5 ,+ ¬G±R› ãIN› DáM¤GŠ£G„ I¬MÃI‰çI• ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan telah binasalah ia. Harta-hartanya dan segala yang diusahakannya itu, TIDAK DAPAT menolongnya. Ia akan menderita kebakaran dari api Neraka Allah yang menjulang marak. Dan juga isterinya, menjadi seorang penggalas kayu api, di mana di lehernya terdapat sejenis tali panas, dari tali-tali yang terpintal. 26 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-MASAD IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. RÌG† Ry AÌGÁGš åI…G} ZG¬Gñ MÍR¤ƒG† Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan telah binasalah ia. MÌG±G˜£G›GyôHäHš£G¿ÁH MÀG“ QéçÀM”G} £G› Harta-hartanya dan segala yang diusahakannya itu, TIDAK DAPAT menolongnya. AÌGÁGš \ G ZGd Z@e£Gœ Qé羃M³GÃG" Ia akan menderita kebakaran dari api Neraka Allah yang menjulang marak. IÌGµG©MšZ GæGš£R¿GŠ ôHäH† G} G®M›OZ Gy Dan juga isterinya, menjadi seorang penggalas kayu api. ,+ ¬G±R› ãIN› DáM¤GŠ£G„ I¬MÃI‰çI• Di mana di lehernya terdapat sejenis tali panas, dari tali-tali yang terpintal. 27 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini menceritakan tentang Abu Lahab, bapa saudara baginda Rasulullah, yang memusuhi baginda dalam perjuangan dakwahnya kepada iman dan Islam, di awal pergerakan Islam di Mekah. Akibat daripada perseteruannya dengan baginda Rasulullah, Allah telah melaknat Abu Lahab untuk menerima seburuk-buruk pembalasan, dengan dibakar api Neraka yang menjulang marak. Dan isterinya, Allah pakaikan pada tengkuknya sejenis tali yang dipintal dari api Neraka, dan ditugaskan untuk menggalas kayu api yang dijadikan bahan bakar suaminya. Allah menurunkan surah ini di Mekah sewaktu Rasulullah dibenarkan mendakwah keluarganya kepada Islam dan iman. Latarbelakang: Di awal perkembangan Islam di Mekah dan selepas Rasulullah menerima wahyu, Allah telah mengarahkan Rasulullah supaya buat permulaannya, mengadakan dakwah Islam dan iman kepada adik-beradik dan keluarganya terlebih dahulu. Penerimaan kaum Quraisy dan Musyrikin perlu diteliti sebelum dakwah yang lebih terbuka dilakukannya. Abu Lahab adalah salah seorang dari bapa saudara Rasulullah. Nama sebenarnya ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib, dan digelar orang dengan nama Abu Utaibah. Nama Abu Lahab ini diberikan oleh orang ramai kerana mukanya yang cerah. Beliau banyak sekali menyakiti dan menganggu diri dan dakwah Rasulullah, serta menyimpan dendam dan perseteruan yang sangat mendalam kepadanya. Sebab diturunkan surah ini boleh kita lihat dari sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas yang berkata: “Rasulullah telah keluar ke satu tempat bernama Batha’a sambil menaiki bukit kecil untuk bersyarah dan mendakwah”. Baginda menyeru dengan berkata: “Wahai sahabat-sahabatku!”. Maka berkumpullah orang-orang Quraisy. 28 Juz Amma Rasulullah menyambung dakwahnya: “Apa pendapat kamu jika aku berkata bahawa seteru-seteru kamu sedang mengintip kamu pagi dan petang untuk merosakkan kamu. Adakah kamu semua akan mempercayai aku?” Jawab mereka: “Kami percaya!”. Kata Rasulullah lagi: “Sekarang aku memperingatkan kamu semua tentang adanya pembalasan azab ke atas mereka yang tidak beriman pada Allah! Maka berimanlah pada Allah dan jadikanlah diri kamu semua dalam ugama Islam”. Ketika itu Abu Lahab yang turut berada dalam kumpulan yang mendengar ceramah Rasulullah terus bertanya Rasulullah: “Wahai Muhammad, adakah itu saja tujuan kamu memanggil kami ke sini hari ni?”. Malah, pernah suatu ketika selepas ceramah Rasulullah, dia berkata kepada kumpulan yang mendengar: “Wahai tuan-tuan, orang ini cuba nak memusnahkan kepercayaan kamu pada Al-Lat dan Al-Uzza, dan membelakangi jin-jin khadam kamu semua, dan mengikut telunjuk bidaah dan sesatnya. Oleh itu, jangan ikut cakapnya itu dan jauhkan diri kamu dari mengikuti ajarannya”. Pendengar terpinga-pinga dan bertanya siapakah gerangan orang itu. Jawab mereka: “Dia adalah Abu Lahab, bapa saudara Muhammad”. Dalam satu peristiwa yang lain, Abu Lahab dengan berangnya berkata pada Rasulullah: “Binasalah kamu wahai Muhammad!”. Lantas atas peristiwa-peristiwa itu, maka Allah menurunkan surah ini dengan memulakan perkataan: “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab!”. 29 Juz Amma Tafsiran Surah: RÌG† Ry AÌGÁGš åI…G} ZG¬Gñ MÍR¤ƒG† Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan telah binasalah ia. Bermakna rugilah, rosaklah, sesatlah segala amalan dan perbuatan Abu Lahab itu dan telah tetaplah kesesatan dan kebinasaan itu ke atasnya. Gelaran “Lahab” bererti orang yang sentiasa terbakar dengan api yang bernyala. Apabila ayat ini dibaca oleh orang yang beriman, maka ketahuilah yang Abu Lahab itu adalah ahli Neraka. MÌG±G˜£G›Gy ôHäHš£G¿HÁMÀ“G QéçÀM”G} £G› Harta-hartanya dan segala yang diusahakannya itu, TIDAK DAPAT menolongnya. Sewaktu beliau dibakar dan berlaku nyalaan atas dirinya, semua harta dan kekayaannya itu tidak boleh memberi apa-apa pertolongan padanya. Segala kekayaan, keuntungan hasil perniagaan, kemasyhuran dan pengikut-pengikut, tidak berguna lagi dan tidak dapat menolong, di saat dia diseksa di dalam Neraka. Ini adalah sumpahan laknat Allah ke atasnya. Sumpahan begini Allah berikan kepada mereka yang menentang Nabi Muhammad saw dan memperlekehkan usaha-usaha dakwahnya. Abu Lahab dikatakan meninggal dunia kerana menghidap penyakit taun selepas peperangan Badar dan mayatnya disembunyikan, dilonggokkan dengan batu, tanpa ditanam dan dibiarkan selepas tiga hari oleh keluarganya. AÌGÁGš \ G ZGd Z@e£Gœ Qé羃M³GÃG" Ia akan menderita kebakaran dari api Neraka Allah yang menjulang marak. Ini bererti dia pasti akan diazabkan nanti dengan Neraka Allah dan gambaran api tersebut amat dahsyat, kerana lidah api Neraka akan terus menyala dan membakar. Azab ini diberi kerana niatnya yang jahat untuk membantutkan perkembangan Islam dan iman di waktu permulaannya. ôHäH† G} G®M›OZ Gy - Dan juga isterinya, Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil binti Harb, iaitu kakak kepada Abu Sufiyan dan emak saudara kepada Muawiyyah ra. Di antara 30 Juz Amma kejahatan yang dilakukannya ialah menabur duri dan paku di laluan jalan ke masjid, yang telah mendatangkan kemudaratan kepada Rasulullah dan para sahabat. Ini dilakukan demi membantu suaminya atas kekufuran, perseteruan dan usaha-usaha mereka untuk membantutkan perkembangan Islam. Ummu Jamil dikenali juga sebagai orang yang suka membawa mulutnya dengan memaki hamun dan menabur fitnah ke atas Rasulullah. Said bin Musaiyyab berkata, Ummu Jamil yang kaya raya menggunakan wangnya untuk membiayai golongan yang menentang Rasulullah. Jika dia membantu suaminya di dunia, maka dia juga akan membantu suaminya di dalam Neraka. ÌGµG©MšZ GæGš£R¿GŠ menjadi seorang penggalas kayu api Bermakna, walaupun di dunia beliau seorang yang kaya raya tetapi dia teramat bakhil, dan Akhirat kelak dia akan dihina menjadi seorang pemungut dan penggalas kayu api. Dan Allah tugaskannya untuk mengangkut kayu-kayu api, yang digunakan untuk membakar suaminya. 0 ,+ ¬G±R› ãIN› DáM¤GŠ£G„ I¬MÃI‰çI• Di mana di lehernya terdapat sejenis tali panas, dari tali-tali terpintal (tali yang panas dari Neraka). Ummu Jamil diseksa dalam Neraka dengan tengkuknya diikat dengan tali dari api Neraka yang amat panas, yang berpintal sempurna dan membakar tengkoknya. Disebabkan itu, dia terumbang-ambing kesakitan yang teramat sangat. Analisa: Ulama-ulama berkata, surah ini menggambarkan mukjizat kenabian Rasulullah saw, dan memberitahu kita tentang adanya azab ke atas pengkhianat secara zahir, tidak tersembunyi. Sekaligus surah ini memberi pengajaran kepada kita agar janganlah kita sekali-kali membelakangkan, memfitnah dan menuduh yang bukan-bukan ke atas diri dan ajaran baginda Rasulullah. Laknat yang disumpah Allah ini menjadi alasan untuk kita tidak melampaui batas dalam mengheret Rasulullah ke dalam fitnah demi memburukkan Islam dan iman. Beriman pada Allah dan Rasulnya adalah rukun iman yang perlu kita patuhi. 31 Juz Amma SURAH AN-NASR Diturunkan di Madinah : 3 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 1 HÑM¥G¹ƒMšZGy IäQN¾šOZ H®M³Gœ GYP£G‰ZGdIý ( ) 2 £@‰ZGÂM• G} IäQN¾šOZ IãMñIc çI• GwÂH¾ƒH‹M¬Gñ Gh£RÀšOZ GÍMñ G} GeGy ( ) 3 =£G…ZRÂG† Gw£ƒG˜ôHäRœIý > HxM®I¹ƒM¸G¥ƒM"OZ Gy GßIN…Ge I¬M¿G©I… MÑIN¤G±ƒG• ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apabila datangnya PERTOLONGAN dari Allah, maka terjadilah satu KEMENANGAN (Pembukaan Ke Arah Kejayaan). Pada masa itu engkau melihat sendiri bagaimana manusia-manusia (di Mekah dan sekitarnya) telah berduyun-duyun memeluk ugama Islam. Maka dicadangkan kepadamu (Wahai Muhammad), perbanyakkanlah Tasbih ‘Memuji dan Memuja Allah’ (Tuhan Mu itu), dan pohonlah kepada Nya ‘pengampunan atas semua dosa-dosa’ (beristighfar). Sesungguhnya Allah itu Maha PENERIMA Taubat (hamba-hamba Nya). 32 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AN-NASR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. HÑM¥G¹ƒMšZGy IäQN¾šOZ H®M³Gœ GYP£G‰ZGdIý Apabila datangnya PERTOLONGAN dari Allah, maka terjadilah satu KEMENANGAN (Pembukaan Ke Arah Kejayaan). £@‰ZGÂM• G} IäQN¾šOZ IãMñIc çI• GwÂH¾ƒH‹M¬Gñ Gh£RÀšOZ GÍMñ G} GeGy Pada masa itu engkau melihat sendiri bagaimana manusia-manusia (di Mekah dan sekitarnya) telah berduyun-duyun memeluk ugama Islam. > HxM®I¹ƒM¸G¥ƒM"OZ Gy GßIN…Ge I¬M¿G©I… MÑIN¤G±ƒG• Maka dicadangkan kepadamu (Wahai Muhammad), perbanyakkanlah Tasbih ‘Memuji dan Memuja Allah’ (Tuhan Mu itu), dan pohonlah kepada Nya ‘pengampunan atas semua dosa-dosa’ (beristighfar). =£G…ZRÂG† Gw£ƒG˜ôHäRœIý Sesungguhnya Allah itu Maha PENERIMA Taubat (hamba-hamba Nya). 33 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah An-Nasr diturunkan di Madinah kira-kira beberapa waktu sebelum Pembukaan Mekah (sekitar 8 Hijrah). Surah ini dikenali sebagai surah Kemenangan atau Pembukaan Allah kerana: 1. Umat Islam telah dapat menguasai semula kota suci Mekah dan Baitullah dari orang-orang kafir. 2. Orang-orang Arab di Mekah, Madinah dan kawasan-kawasan berhampiran telah menerima dan memeluk Islam secara beramai-ramai. 3. Ia memberi suntikan kekuatan kepada meneruskan dakwah ke seluruh dunia. 4. Masa hadapan Islam menjadi lebih cerah, sesuai dengan matlamat Allah. umat Islam untuk Surah ini menjelaskan bagaimana Allah telah mengajar Rasulullah dan umatnya yang membaca Al-Qur’an, khususnya surah ini, cara bagaimana kita harus menghayati pembukaan Allah ke atas diri kita dan kemenangan yang terjadi, dengan cadangan-cadangan yang berikut: a) Bersyukur dengan mematuhi semua perintah Allah. b) Memuji dan memuja Allah melalui amalan bertasbih, mentaqdiskan (mensucikan) Allah. c) Beristighfar banyak-banyak, seolah-olah satu penyelesaian telah berlaku dan memohon agar Allah mengampunkan apa-apa jua kesilapan kita sewaktu melaksanakannya dalam usaha kita untuk mencapai kemenangan. d) Bertaubat dan meyakini bahawa Allah itu Maha Penerima Taubat hamba-hambanya yang ingin kembali kepada Nya. 34 Juz Amma Tafsiran Surah: IäQN¾šOZ H®M³Gœ GYP£G‰ZGdIý Apabila datangnya PERTOLONGAN dari Allah (untuk membantu perkembangan Islam). Pertolongan Allah di sini ditafsirkan sebagai pertolongan dari Allah dalam mengisytiharkan Rasulullah, secara peribadi, kepada semua seteru-seterunya dan seteru Islam, agar mereka tunduk mengaku Rasulullah sebagai Rasul Utusan Allah, dengan cara menukarkan agama mereka daripada syirik pada Allah kepada memeluk ugama Allah dan Islam, dan ianya berlaku secara besar-besaran. Pertolongan Allah akan membawa KEMENANGAN kepada Rasulullah, muslimin-muslimah dan ugama Islam, yang akan terus berkembang ke seluruh dunia. HÑM¥G¹ƒMšZGy “(Hasil dari pertolongan Allah itu maka) Dan berlakulah PEMBUKAAN kota Mekah dan KEMENANGAN”. Al-Fath dari segi bahasa Arab merujuk kepada semua jenis pembukaan. Dari segi syariat Al-Qur’an, ianya merujuk kepada Pembukaan Allah ke atas hamba Nya atas sesuatu perkara, di mana sebelum ini ianya tertutup rapat. Pembukaan tersebut adalah umum dan ianya terbahagi kepada Pembukaan Secara Zahir dan Pembukaan Secara Batin. Pembukaan yang zahir, adalah termasuk di dalam pembukaan ke arah nikmat Allah yang zahir, seperti melimpah-ruahnya rezeki kita dan keselesaan hidup ini. Hakikatnya, Allah lah yang membuka pintu rezeki itu. Carilah, banyak lagi contoh-contohnya. Pembukaan yang batin pula, termasuk di dalam pembukaan kepada beribadah, mengenal Allah, mendapat hidayah dan memperoleh ilmu. Pembukaan yang pernah dijelaskan di dalam Al-Qur’an ialah: 1. Fathun Qarib (pembukaan yang sudah hampir kepada kejayaan) dan 2. Fathun Mubin (pembukaan yang nyata dan jelas). Contoh Fathun Qarib ialah pembukaan hati nurani manusia ke arah ugama Allah, dan kemenangan ummah yang sudah hampir apabila kota Mekah sudah dipenuhi dengan muslimin dan muslimah yang mula beriman pada Allah. 35 Juz Amma Contoh Fathun Mubin ialah pembukaan kota Mekah secara fizikal dan menaklukinya dari semua kuasa-kuasa orang yang syirik dari kumpulan Quraisy. Kota Mekah secara keseluruhannya menjadi milik muslimin dan mereka boleh melakukan tawaf kerana Allah, bukan lagi kerana menyembah Al-Lat dan Al-Uzza. Sebenarnya pertolongan dari Allah dan pembukaan yang menjurus kepada kemenangan itu boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah kepada Rasulullah. Itu adalah salah satu dari RAHMAT Allah ke atas hamba-hambanya. Gh£RÀšOZ GÍMñ G} GeGy “Dan Aku perlihatkan pada Engkau (wahai Muhammad) tentang gelagat manusia-manusia Arab Quraisy dan kawasan sekitarnya. Ini bererti apabila pertolongan dari Allah berlaku, diikuti dengan pembukaan dan kemenangan, maka dapatlah kita melihatnya sendiri. Samalah dengan kes di atas, Allah memperlihatkan kepada Muhammad saw dan kepada orang yang beriman pada Allah tentang gelagat manusia Arab Jahiliah itu. Lihat apa? £@‰ZGÂM• G} IäQN¾šOZ IãMñIc çI• GwÂH¾ƒH‹M¬Gñ Mereka masuk ke dalam ugama Allah (memeluk Islam dan beriman pada Allah) secara berkumpulan, dari satu puak ke satu puak yang lain. Mengikut catatan sejarah, berikut adalah senarai mereka-mereka yang memeluk ugama Islam apabila berlaku pembukaan kota Mekah: a) b) c) d) e) Semua penduduk Mekah Semua penduduk Taif Semua penduduk Negeri Yaman Semua ketua-ketua qabilah Arab yang bertaburan di merata tempat Semua penduduk Madinah, kecuali orang Yahudi yang tidak memeluk Islam tetapi mengadakan perjanjian dan membayar cukai pada kerajaan Islam. Diriwayatkan daripada Rasulullah saw, setelah berlaku pembukaan Mekah, maka ketua-ketua kumpulan qabilah Arab bertemu satu sama lain dan berkata: 36 Juz Amma “Jika tanah Haram ini dikuasai oleh orang Quraisy Islam (Rasulullah dan sahabat), maka ianya menggambarkan bahawa kejadian Allah melindungi Baitullah dari kumpulan bergajah Habsyah menjadi kenyataan dan akan menyebabkan kita semua sebagai orang Mekah dan sekitarnya, memasuki ugama Allah itu tanpa peperangan”. Firman Allah: GßIN…Ge I¬M¿G©I… MÑIN¤G±ƒG• (Maka dengan pertolongan Allah dan Pembukaan serta Kemenangan itu) Bertasbih dan Bertahmidlah kamu dengan memuji dan memuja Allah, Tuhan yang membimbing kamu semua ke arah kejayaan. Bertasbih di sini adalah dengan menyebut melihat detik-detik peristiwa itu. IäQN¾šZ Gw£G©M¤H" . IäQN¾šZ Gw£G©M¤H" apabila ATAU, bertasbih membawa makna menyucikan Allah daripada prasangka yang Allah tidak berkuasa atas sesuatu itu, sebaliknya mempertingkatkan keyakinan yang Allah itu tidak lemah dalam menciptakan sesuatu yang MENGEJUTKAN, atau yang memastikan sesuatu itu terjadi, sebagai satu keyakinan yang Allah itu berkuasa di atas segala sesuatu. ATAU, bertasbih membawa makna mengingati Allah dengan cara menambahkan ibadah yang ada dengan menghayati adanya tambahan nikmat Nya ke atas kita. Diriwayatkan dari Rasulullah, apabila berlaku pembukaan Mekah maka Rasulullah telah bersembahyang 8 rakaat: sembahyang Sunat Syukur (4 rakaat) dan sembahyang Sunat Dhuha (4 rakaat). Inilah cara untuk melahirkan kesyukuran apabila kita dikurniakan dengan sesuatu pertolongan dari Allah, dan mencapai kemenangan dan pembukaan pada kita dalam hidup ini. Bertasbih, bersolat sekurang-kurangnya 2 rakaat di waktu pertolongan itu dapat dilihat, dirasa dan disebut, melalui bacaan ayat berikut: =£G…ZRÂG† Gw£ƒG˜ôHäRœIý > HxM®I¹ƒM¸G¥ƒM"OZ Gy Dan perbanyakkanlah beristighfar, memohon pengampunan atas semua dosa-dosa dan meyakini yang Allah itu Maha Penerima Taubat hamba Nya. 37 Juz Amma Dalam perkataan lain, banyakkanlah bertaubat, kerana setiap yang bertaubat itu pasti memohon pengampunan atas dosa-dosanya dan mengharapkan penerimaan taubat dan pengampunan dari Allah swt. Selalunya permohonan pengampunan itu (beristighfar) hanya akan memberi manfaat kepada diri kita jika ianya disertai dengan taubat, sesalan atas dosa-dosa tadi, dan berazam untuk tidak akan melakukannya lagi. Ini tidak sesuai bagi Rasulullah kerana beliau adalah maksum. Jadi ayat di atas untuk siapa? UNTUK KITA SEMUA!!! Inilah Al-Qur’an. Ianya adalah hidayah untuk semua orang yang beriman. Lagi pun, Rasulullah sendiri beristighfar tidak kurang dari 100 kali sehari semalam walaupun dia seorang yang maksum. Apatah lagi kita? Apabila surah ini diturunkan, maka Sayyidina Umar ra ditanya, apakah pendapatnya tentang surah ini? Sayyidina Umar menjawab: “Orang berkata, bahawa Allah menyuruh kita memuji-memuja Allah, kemudian beristighfar, kerana ianya akan menolong kita dan memberi peluang atas pembukaan Mekah itu”. Lantas orang-orang yang bertanya itu mendiamkan diri, lalu Sayyidina Umar menghalakan soalannya pada Ibnu Abbas ra katanya: “Apa pendapat kamu wahai Ibnu Abbas?” Jawab Ibnu Abbas: “Ia memberi alamat kepada kita yang Rasulullah sudah hampir kepada ajalnya”. Rasulullah sendiri mengetahui, dengan turunnya surah ini, beliau sudah hampir kepada ajalnya dan serentak dengan itu Rasulullah banyak membaca tasbih berikut pada setiap ketika : GßMÃGšIZ H[MÂH†G} Gy GsH®I¹M¸G¥ƒM"G} . GsI¬M¿G©I…Gy RâHÁNQ¾šZ GßGœ£G©M¤"H Mahasuci Mu Ya Allah dan aku mengucapkan syukur pada Mu atas segala-galanya. Aku memohon pengampunan Mu atas dosa-dosaku dan aku bertaubat atasnya. Kemudian Rasulullah berkata: “Aku sendiri beristighfar pada Allah setiap hari dan malam sebanyak 100 kali”. 38 Juz Amma Apakah implikasi surah ini kepada kita? 1. 2. Apabila kita mendapat PERTOLONGAN Allah di dunia ini, yang melibatkan hidup kita, keluarga kita, harta benda kita atau apa saja, dan ianya kemudian membawa kepada PEMBUKAAN arah tuju kita dan KEJAYAAN kita, maka adab-adab kita berterima kasih kepada Allah ialah: a) Bertasbih dengan penuh penghayatan, bahawa Allah boleh memberi pertolongan MUTLAK, yang mendorong kepada PEMBUKAAN, samada sebagai Fathun Qarib atau Fathun Mubin, yang mana kedua-duanya adalah dari Allah belaka. b) Beristighfar dan bertaubat: iaitu berterima-kasih atau bersyukur kepada Allah dengan cara berniat untuk memelihara hidup ini dari melakukan maksiat/kesalahan, bertaubat atas sekelian kesalahan yang telah kita lakukan dan berikrar untuk tidak mengulanginya lagi. Ini memerlukan pengorbanan yang besar atas diri kita. Contohi amalan para sahabat. Mereka yang bersama Sayyidina Umar ra berkata: “Sayyidina Umar ra telah meminta kami semua, apabila berlaku pembukaan negeri-negeri Islam, maka disuruh kami bersembahyang, bersyukur, beristighfar dan bertawakkal”. Ini adalah susulan dari perbuatan Rasulullah yang bersembahyang 8 rakaat, setelah berlakunya pembukaan kota Mekah. Oleh itu apabila kita dikurniakan oleh Allah sesuatu pertolongan, sehingga adanya pembukaan, maka sayugialah kita bersembahyang 2 rakaat, bersyukur, bertasbih dan beristighfar. Dengan cara ini kita akan menjadi lebih tenang dan tidak dihinggap perasaan tertekan dan akan lebih yakin atas pertolongan Allah itu, serta pertolongan-pertolongan yang akan didatangkan nanti. Perdekatkanlah diri kita kepada alam Akhirat kerana Akhirat itu adalah lebih baik dari dunia ini. 39 Juz Amma SURAH AL-KAFIRUN Diturunkan di Mekah : 6 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 GwyH¬H¤ƒM·G†£G› H¬ƒH¤M“G} Péê (1) GwyH®I¹QƒG¼MšOZ £GÁSñ GÆPƒGñ Má–H ( ) 4 MâS†¬G¤G“£R› D¬I…£G“ C£GœG} PéêGy (3) H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy ( ) 6 IãñIc GçIšGy MâH¼HÀMñIc MâH¼Gš (5) H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Katakanlah (dengan menyeru): “Wahai orang-orang Kafir! Aku tidak sekali-kali akan menyembah apa yang kamu semua sembah. Dan kamu semua tidak mahu menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah beribadah secara kamu beribadah. Dan kamu semua pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku ialah ugamaku”. 40 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-KAFIRUN IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GwyH®I¹QƒG¼MšOZ £GÁSñ GÆPƒGñ Má–H Katakanlah (dengan menyeru): “Wahai orang-orang Kafir! GwyH¬H¤ƒM·G†£G› H¬ƒH¤M“G} Péê Aku tidak sekali-kali akan menyembah apa yang kamu semua sembah. H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy Dan kamu semua tidak mahu menyembah apa yang aku sembah. MâS†¬G¤G“£R› D¬I…£G“ C£GœG} PéêGy Dan aku tidak pernah beribadah secara kamu beribadah. H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy Dan kamu semua pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. IãñIc GçIšGy MâH¼HÀMñIc MâH¼Gš Bagi kamu agama kamu dan bagi aku ialah ugamaku”. 41 Juz Amma Sinopsis Surah: Kuffar Quraisy yang telah bertindak balas atas seruan Rasulullah supaya mereka menerima Islam, telah meminta Rasulullah dan penganutnya menyembah tuhan mereka untuk setahun dan kemudian mereka akan menyembah Allah setahun. Maka Allah menurunkan surah ini di Mekah dan menegaskan bahawa tiada kompromi di antara ‘akidah dan iman pada Allah’ dengan ‘ibadah yang syirik’. Di samping penafian tegas untuk tidak menerima Tuhan patung mereka, surah ini juga menunjukkan kita bagaimana kita harus menjauhkan diri dari amalan kepercayaan orang kafir yang mengikut hawa nafsu dalam mencorak agama mereka. Sedangkan beriman dengan Allah, melibatkan HIDAYAH dari Allah. Memperkenalkan kalimah IäNQ¾šZ HuÂH"Re K¬R¿G©H› HäQN¾šZ RêIZ GäQšIZ Péê yang memberi pengertian “Hanya yang di sembah ialah Allah, dan demi mencapai matlamat penyembahan Allah itu adalah melalui Rasulullah”. Seseorang hamba Allah akan menyembah Tuhannya melalui ibadah yang telah ditetapkan melalui Rasulullah, dan mengikutnya menyembah Allah melalui syariat yang telah diturunkan oleh Allah. Kekufuran itu mengikut nafsu, dan tiada hakikatnya. Kufur itu, walaupun datangnya dari beberapa sumber seperti Yahudi, Nasrani, Buddha dan anamisma, namun semua itu tetap SATU dari segi kebatilannya. 42 Juz Amma Tafsiran Surah: GwyH®I¹QƒG¼MšOZ £GÁSñ GÆPƒGñ Má–H Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir!”. Siapakah mereka? Umum pada semua orang kafir atau terdapat sekumpulan khusus yang dikenal pasti? Secara khususnya kepada kaum Quraisy, termasuklah Walid bin Mughairah, Abu Jahal, Al’Aas bin Wail, Umayyah bin Khalaf, Al-Aswad bin Abdu Yaghus, Al-Harith bin Qais. Mereka yang mewakili kumpulan-kumpulan masing-masing telah berkata pada Rasulullah: “Bagaimana jika engkau wahai Muhammad, menerima agama kami sehingga kami boleh menerima ugama engkau? Kamu sembah Tuhan kami selama satu tahun dan kami menyembah Tuhan kamu setahun?”. Jawab Rasulullah: “Semuga Allah melindungi kami. Adakah kamu semua meminta aku SYIRIK pada Allah?”. Orang-orang Quraisy terus mendesak dengan berkata: “Ya Rasulullah, terimalah Tuhan sembahan kami nescaya kami percaya pada engkau dan menyembah Tuhan engkau”. Lantas Allah menurunkan surah ini. Ketika itu Rasulullah pun bergegas ke Masjid di mana terdapat beberapa pembesar Quraisy dan Rasulullah bangun dan membaca surah tersebut. Apabila mereka mendengar surah itu dibaca, kaum Quraisy pun berputus asa untuk membuat kompromi agama dengan Rasulullah. Lalu, mereka meneruskan usaha mereka untuk menyakiti baginda dan menghalang dakwah beliau. GwyH¬H¤ƒM·G†£G› H¬ƒH¤M“G} Péê Aku tidak sekali-kali di masa hadapan ini akan menyembah apa yang telah kamu sembah. Ini ialah ketegasan Rasulullah yang mengikrarkan dirinya tidak akan syirik pada Allah dan tidak pula syirik itu akan berlaku di masa-masa hadapan. 43 Juz Amma H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy Dan kamu juga TIDAK akan menyembah apa yang aku sembah ini di masa hadapan. Iaitu orang yang syirik pada Allah tidak mungkin menyembah Allah sebagaimana sepatutnya, kerana ibadah kepada Allah tidak akan terjadi andaikata mereka masih syirik pada Allah dan meneruskan syirik mereka. MâS†¬G¤G“£R› D¬I…£G“ C£GœG} PéêGy Dan aku tidak pernah menyembah dan beribadah di masa lalu sebagaimana kamu beribadah dengannya. Iaitu sebelum Rasulullah dilantik menjadi Rasul dan dalam zaman Jahiliah, Rasulullah tidak pernah beribadah menyembah patung sebagaimana yang ada. Malah Rasulullah mewarisi ugama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as. H¬H¤M“G} P飛 GwyH¬I¤QƒG“ MâH¥MœG} PéêGy Dan kamu semua tidak pernah di masa lalu beribadah mengikut ibadahku, iaitu menyembah Allah. Ini bererti Rasulullah menafikan yang ibadahnya pernah sama seperti ibadah orang-orang kafir sebelum beliau dilantik menjadi Rasul, ketika berumur 40 tahun. IãñIc GçIšGy MâH¼HÀMñIc MâH¼Gš Bagi kamu semua berpeganglah dengan agama kamu (IKRAR Rasulullah yang dia tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir), dan bagiku akan tegas berpegang pada ugamaku (Juga ikrar yang orang-orang kafir itu tidak akan menyembah Allah, iaitu apa yang disembah oleh Rasulullah)”. 44 Juz Amma Analisa: Secara keseluruhan surah ini boleh dicatitkan begini: Wahai Muhammad, berkatalah kamu kepada mereka: “Wahai orang-orang kafir! (Iaitu kamu yang mata-hatinya tertutup pada Tauhid Allah dan penuh dengan syirik kepada Nya). Sesungguhnya taat kamu hanya pada maksiat, keEsaan kamu bukan kepada Yang Satu, tetapi kepada Tuhan yang berbagai-bagai. Dan wujud hakiki kamu ialah hidup pada yang zahir nyata, yang tiada hakikat, songsang dan didalangi oleh kegelapan. AKU tidak menyembah dan beribadah dengan apa yang kamu sembah, iaitu menyembah patung buatan kamu sendiri dan cuba meletakkan mereka (patung-patung) di tempat Allah ke dalam hati-hati kamu. SEDANGKAN aku disuruh beriman dengan Allah dan menolak segala kekufuran dan syirik. Hanya Allah sahaja yang berhak disembah, dan selain dari Nya bukanlah Allah. Dan kamu semua, TIDAK AKAN sembah apa yang aku sembah, iaitu Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa dan yang boleh menghancurkan segala sesuatu, di mana penyembahannya hanya boleh dilakukan oleh orang yang faham, taat dan terbuka. Aku TIDAK AKAN menyembah apa yang kamu sembah, iaitu bukan Al-Haq tetapi Toghut yang menjadikan kamu kufur pada Allah. Ugamaku ialah beriman pada Allah, menolak Toghut. Dan ugamaku terikat pada hukum-hukum, melibatkan hidup yang berakhlak mulia, dan membenarkan sesuatu kebenaran. Ini adalah hakikat Al-Qur’an yang diturunkan, yang menjadi peganganku dalam hidup ini. Inilah dia JATIDIRI Muslim dalam mengenali kekufuran dan menolak kekufuran itu tanpa kompromi”. Penghayatan pada surah ini menunjukkan bahawa, pada zaman sekarang, masih juga terdapat kumpulan AL-KAFIRUN ini. Orang Islam, TIDAK AKAN mengikuti mereka, kerana Islam adalah berakar-umbi kepada tiang-tiang yang agung, iaitu rukun iman dan rukun Islam, yang asasnya ialah BERIMAN kepada Allah, yang membawa prinsip-prinsip yang jelas, tegas dan penuh hikmah. Ianya melibatkan akhlak seperti yang disifatkan di dalam Al-Qur’an. Jika seruan demi seruan meminta orang Islam yang berpegang pada ugama Allah ini menerima mereka (Al-Kafirun), bererti kita menerima sebahagian Islam dan yang sebahagian lagi bukan Islam. Jadi, kita bersekongkol dengan mereka. 45 Juz Amma Syed Qutub dalam Tafsir Fi Zilalil Qur’an memberi perincian seperti berikut bila mentafsir surah ini: 1. Islam dan Kafir adalah 2 perkara yang berbeza. 2. Tidak ada 2 amalan ibadah; Islam dan Kafir (serentak). Tidak ada jalan tengah dan jika diamalkan, maka ia menyalahi i’tiqad tauhid yang menekankan hanya kepada Allah sahaja yang disembah dan tidak syirik kepada Nya. 3. Islam melibatkan akidah, syariah, harga diri, pertimbangan, akhlak dan penelitian kepada hidup yang lebih bermakna, yang dapat membawa manusia ke arah iman, tanpa syirik. Asas yang wajib ada pada seseorang Islam ialah kepercayaan dan amalan tanpa bercampur dan terjebak dengan syirik samada syirik zahir atau syirik batin. 4. Ketegasan orang yang beriman apabila berhadapan dengan orang yang kafir ialah: a) berputus secara mutlak b) memutuskan hubungan secara langsung c) membuat keputusan yang tegas Inilah dia inspirasi ayat terakhir surah ini iaitu: “Bagi kamu agama kamu dan bagi aku ugamaku, Islam”. 5. Tiada kompromi dalam ugama untuk selama-lamanya. 46 Juz Amma SURAH AL-KAUTHAR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 M®G©MœZGy GßIN…G®Iš INáG³G• (1) G®G‡MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM“G} P£RœIý ( ) 3 H®G¥M…GìMZ GÂH„ GßGËIœ P£G& RwIý ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada Engkau (wahai Muhammad) dengan KEBAIKAN-KEBAIKAN yang banyak (dunia dan Akhirat). Maka (sebagai berterima kasih atas kurniaan itu) tunaikanlah sembahyang kamu itu kerana Allah (Tuhan Pembimbing engkau) semata-mata. Dan ikhlaskan dalam penyembelihan binatang korban. Dan mereka-mereka yang membencikan engkau itu adalah orang yang terputus zuriat dan kebaikan. 47 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-KAUTHAR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. G®G‡MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM“G} P£RœIý Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada Engkau (wahai Muhammad) dengan KEBAIKAN-KEBAIKAN yang banyak (dunia dan Akhirat). M®G©MœZGy GßIN…G®Iš INáG³G• Maka (sebagai berterima kasih atas kurniaan itu) tunaikanlah sembahyang kamu itu kerana Allah (Tuhan Pembimbing engkau) semata-mata. Dan ikhlaskan dalam penyembelihan binatang korban. H®G¥M…GìMZ GÂH„ GßGËIœ P£G& RwIý Dan mereka-mereka yang membencikan engkau itu adalah orang yang terputus zuriat dan kebaikan. 48 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini diturunkan Allah khusus untuk kegunaan Rasulullah dan untuk memberi semangat kepadanya, dalam mengharungi dakwah beliau kepada orang musyrikin Mekah di awal perkembangan Islam. Ianya merupakan surah yang menggambarkan betapa prihatinnya Allah kepada Rasulullah, untuk memberi kekuatan jatidiri kepadanya dengan menjanjikan kepada nabi Nya itu, kebaikan-kebaikan yang banyak. Rasulullah yang sedang berhempas-pulas dengan musyrikin Mekah akan merasa lega dan lebih kuat. Allah berjanji, untuk memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada Rasulullah dan yang beriman dengan Nya, dan balasan ketandusan serta kerugian kepada mereka yang membenci Rasul Nya itu. Dengan psikologi ini, ianya menjadi daya tarik kepada Rasulullah dan kepada iman, bagi mereka yang mahukan kebenaran. “Oleh itu teruskan dakwahmu wahai Muhammad dan Aku menyokong Engkau dengan kebaikan yang bertaliarus”. Tafsiran Surah: G®G‡MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM“G} P£RœIý Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) dengan KEBAIKAN-KEBAIKAN yang terbanyak (dunia dan Akhirat). Apakah kebaikan-kebaikan yang banyak itu? Mengikut tafsiran Syed Qutub di antaranya ialah: 1. KERASULAN dan KENABIANNYA sendiri adalah nikmat terbesar kurniaan Allah kepadanya yang menjadi penghubung manusia dengan Al-Haq, yakni penghubung manusia dengan Allah secara terus. 2. Penurunan Al-Qur’an yang berbentuk global kepada seluruh alam, kepada yang beriman dan kepada yang tidak beriman. Ianya satu mukjizat yang sangat terserlah. Bayangkanlah jika tiada Al-Qur’an untuk menjadi penunjuk kepada kita! 49 Juz Amma 3. Gandingan nama Rasulullah dengan nama Allah, misalnya dalam syahadah. Ianya sebagai pengiktirafan Allah kepada Rasulullah. Hinggakan sesiapa yang berselawat ke atas baginda sekali akan diselawatkan oleh Allah ke atas orang itu sebanyak 10 kali. 4. Pengenalan sunnah Rasulullah dan kesan amalan baginda yang menjadi ikutan kepada manusia, sepanjang zaman. Ianya mengikut panduan ilham wahyu Allah dan bukan mengikut hawa nafsu Rasulullah. 5. Jalan Rasulullah yang terus diamalkan oleh generasi ke generasi, samada yang berpegang kepada Islam dan beriman, mahupun kepada yang terpegun dengan reality Islam tetapi tidak beriman. 6. Banyak lagi kebaikan-kebaikan lain. Yang sudah tentu ianya adalah kebajikan yang terbaik dan panduan yang membina ummah ke arah kebahagiaan dunia dan Akhirat. 7. Telaga Al-Kauthar yang airnya dari sebatang sungai di Syurga, sentiasa menunggu umat Muhammad untuk meminumnya. Ismail Haqqi Ar-Rusawi pula menjelaskan nikmat-nikmat itu termasuklah: 1. Ilmu dan amal yang dikaitkan dengan dunia dan Akhirat. 2. Semua jenis-jenis nikmat Allah yang didatangkan dari Islam dan iman, zahir dan batin. 3. Segala nikmat yang hanya dianugerahkan kepada Muhammad saw dan tidak pada yang lain. 4. Ilmu dari Islam yang terpancar dari nama Allah ‘Ar-Rahman’, iaitu Kami merahmatimu wahai Muhammad dengan Rahmat yang umum dari semua rahmat-rahmat Allah, sehingga dengan itu, Rasulullah menjadi sumber Rahmat secara menyeluruh dalam semua aspek hidup dan mati, dunia dan Akhirat. Implikasinya ialah, Muhammad sebagai Rasulullah dapat memberikan Nur dan kekuatan iman kepada kita melalui segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepadanya. 50 Juz Amma M®G©MœZGy GßIN…G®Iš INáG³G• Maka, (bagi mengucapkan syukur kamu itu kepada Allah) dicadangkan engkau melakukan solat-solat kamu itu semata-mata IKHLAS pada Allah (Tuhan yang membimbing kamu) dan lakukanlah ibadah korbankan binatang sembelihan (juga secara ikhlas). Selepas meyakini dan menerima anugerah Allah yang banyak ini, Allah mengajar Rasulullah BERSYUKUR, dengan cara menunaikan hak-hak Allah dengan cara-cara berikut: 1. IKHLAS dengan menumpukan ibadat sembahyang semata-mata KERANA Allah. Dialah Rabb, iaitu yang menciptakan kita, yang menyempurnakan kita, yang menentukan taqdir kita dan yang memberikan hidayah kepada kita. 2. IKHLAS dalam menyembelih binatang untuk tujuan pemakanan kepada orang ramai, termasuklah di hari raya korban dan amalan korban yang lain. Korban binatang hendaklah dibuat atas nama Allah dan tidak atas nama selain dari Allah, atau melakukan sebarang korban yang tidak disebut nama Allah. Ini sekali lagi memberi pengertian bahawa segala ibadah, baik bersembahyang dan berkorban binatang, HENDAKLAH dijauhkan dari elemen SYIRIK kepada Allah. Hendaklah kita menjaga ugama ini sebagai satu ugama yang Esa, mengikut keperluan dan kehendak setiap maknanya. Iaitu ugama yang ikhlas kepada Allah dan yang menolak segala bentuk syirik, zahir dan batin. Ayat ini memberi panduan agar kita menjauhkan solat kita dari elemen riak, lalai dan terikut-ikut. Ia menyuruh kita melatih diri untuk mewujud, menumpu dan menyerlahkan KEIKHLASAN hati kepada hanya Allah, dalam semua solat kita. Begitu juga, dalam membuat korban binatang, yang sememangnya digalakkan oleh Allah sebagai mengucapkan tanda syukur dan untuk dagingnya dimakan oleh muslimin, dibuat secara IKHLAS kerana Allah. Penyembelihan mestilah dibuat dengan nama Allah, tanpa persembahan pada selain dari Allah, atau bersesama mereka yang tidak menyebut nama Allah dalam ibadah ini, atau menyebut nama lain selain dari Allah di masa penyembelihan tadi. 51 Juz Amma BERSYUKUR: terdapat 3 jenis syukur: a) b) c) Syukur dengan hati, iaitu tahu yang nikmat-nikmat yang kita terima itu adalah anugerah dari Allah. Syukur dengan lisan, iaitu memuji-memuja Allah atas penganugerahan itu. Syukur dengan anggota badan, iaitu setiap tenaga/keupayaan kita digunakan untuk khidmat ke jalan Allah. H®G¥M…GìMZ GÂH„ GßGËIœ P£G& RwIý Sesungguhnya, orang-orang yang MEMBENCI Engkau itu adalah dari kalangan orang-orang yang PUPUS dan ketandusan keperluan yang diingininya. Orang-orang Quraisy pernah menuduh Rasulullah yang pada suatu ketika kehilangan tiga orang anak-anak lelakinya (Al-Qasim dan Abdullah yang meninggal di Mekah, dan Ibrahim di Madinah), sebagai ABTAR, iaitu orang yang kehilangan penerusan zuriat. Di sini, Allah menggunakan perkataan ABTAR itu untuk dirujukkan kepada mereka yang membenci Rasulullah. Ajaran dan kebaikan dunia dan Akhirat Rasulullah tidak pernah pupus atau terputus. Yang terputus dari kebajikan Allah ialah kekufuran. Jadi, orang yang kufur kepada ajaran Muhammad dan Al-Qur’an serta membenci Rasulullah, adalah sebenarnya orang yang Abtar, terdesak, terputus dan pupus dalam hidup ini. Selagi ada Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, adanya ulama-ulama yang menjadi pewaris Nabi-nabi, maka tidak pernah terputus Rasulullah itu dari dunia ini. Implikasi surah ini pada kita ialah penghayatan Rasulullah, sebagai pembawa kebaikan, hidayah dan ilmu, yang seperti aliran air pasang, yang berpusat dari nama Ar-Rahman, yang mencernakan semua jenis rahmat yang syumul (menyeluruh) kepada semua rahmat-rahmat lain, sehinggakan Muhammad itu merupakan refleksi ke atas semua rahmat-rahmat yang dicernakan dari semua hukum-hakam dan ilmu hakikat. Kita mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat ini yang sebenarnya telah melimpah ruah kepada kita semua sebagai Rahmat Nya, dengan khusyuk bersolat, membuat kebajikan dan memberi makan kepada orang ramai dengan mengorbankan binatang, dengan penuh IKHLAS kepada Allah. Jauhkanlah rasa benci pada Rasulullah dengan penghinaan-penghinaan yang di luar batas. 52 Juz Amma SURAH AL-MAA’UUN Diturunkan di Mekah : 7 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 GâÃI¥ƒGÃMšOZ SnH¬Gñ |IRšZ GßIšQ GG• (1) IãñIN¬šO£I… H[ING¼Hñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} ( ) 4 GãÃIN¾G³H¿M¾ƒINš HáMñGÂG• (3) IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ Qéç¾G“ S×H©Gñ GêGy ( ) 6 GwyHY PéZ®Hñ MâH„ GãñIRšOZ (5) GwÂH„£G" MâIÁI† GëG' ãG“ MâH„ GãñIRšOZ~ ( ) 7 GwÂH“£G¿MšOZ GwÂH·GÀƒM¿GñGy ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Adakah kamu tahu (Wahai Muhammad) tentang mereka yang menjadi ‘Pendusta Ugama’? Mereka menindas serta berlaku zalim ke atas anak-anak yatim! Dan mereka juga tidak menggalakkan memberi makan kepada yang berhak menerimanya dari kalangan orang miskin! (Kalaulah mereka dikira sebagai pendusta ugama Allah), maka bagi orang ahli bersembahyang juga termasuk dalam golongan ini, yang akan menerima kecelakaan besar! Iaitu dalam melakukan sembahyang, mereka berkeadaan lalai! Dan mereka juga menunjuk-nunjukkan riak ketika melaksanakan sembahyang mereka! Dan sikap mereka yang terserlah ialah sikap tidak menyokong untuk memberi sebarang pertolongan kepada yang memerlukannya atau kepada yang berhak menerimanya! 53 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-MAA’UUN IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IãñIN¬šO£I… H[ING¼Hñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} Adakah kamu tahu (Wahai Muhammad) tentang mereka yang menjadi ‘Pendusta Ugama’? GâÃI¥ƒGÃMšOZ SnH¬Gñ |IRšZ GßIšQ GG• Mereka menindas serta berlaku zalim ke atas anak-anak yatim! IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ Qéç¾G“ S×H©Gñ GêGy Dan mereka juga tidak menggalakkan memberi makan kepada yang berhak menerimanya dari kalangan orang miskin! GãÃIN¾G³H¿M¾ƒINš HáMñGÂG• (Kalaulah mereka dikira sebagai pendusta ugama Allah), maka bagi orang ahli bersembahyang juga termasuk dalam golongan ini, yang akan menerima kecelakaan besar! GwÂH„£G" MâIÁI† GëG' ãG“ MâH„ GãñIRšOZ~ Iaitu dalam melakukan sembahyang, mereka berkeadaan lalai! GwyHY PéZ®Hñ MâH„ GãñIRšOZ Dan mereka juga menunjuk-nunjukkan riak ketika melaksanakan sembahyang mereka! GwÂH“£G¿MšOZ GwÂH·GÀƒM¿GñGy Dan sikap mereka yang terserlah ialah sikap tidak menyokong untuk memberi sebarang pertolongan kepada yang memerlukannya atau kepada yang berhak menerimanya! 54 Juz Amma Sinopsis Surah: Matlamat Islam sebagai Ugama Allah (berdasarkan surah di atas) ialah: a) Islam bukan hanya menzahirkan perkara luaran, tetapi menekankan KEIKHLASAN melalui kesan peranan HATI-HATI manusia itu sendiri. Ikhlas kepada Allah adalah pencetus amal soleh, iaitu membentuk keperibadian hidup yang soleh di atas muka bumi ini. b) Islam tidak ke arah PENTINGKAN DIRI SENDIRI, tetapi ke arah saling bantu-membantu, samada dalam ibadah atau dalam jemaah. Iaitu menuju matlamat penyucian hati, pembaikan hidup dan bantu-membantu sesama manusia. Inilah dia punca RAHMAT Allah kepada manusia dan peranan kerasulan Nabi Muhammad saw. c) Hakikat IMAN bukan sekadar mengakui diri sebagai seorang muslim dan bersembahyang sahaja, tetapi ia melibatkan kepercayaan pada ugama Allah dan yakin pada Allah dalam amalan kita. Jadi, HATI kita mestilah berpandukan Allah dalam mengejar amal soleh. Hapuskan rasa pentingkan diri, RIYA’ dan ke“Aku”an dalam ugama, serta hapuskan penggunaan ibadah untuk kepentingan diri. Begitulah pendapat Syed Qutub sewaktu mentafsir surah di atas dalam bukunya: Fi Zilalil Qur’an. Tafsiran Surah: IãñIN¬šO£I… H[ING¼Hñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} Tahukah kamu wahai Muhammad, siapakah dia Pendusta Ugama Allah? Pendusta Ugama Allah di sini ditujukan kepada mereka yang tidak yakin kepada Allah, hari Pembalasan dan hari Akhirat. Mereka ini hanya menggunakan ugama Allah untuk tujuan peribadi dan BUKAN kerana Allah. Mereka tidak percaya akan wujudnya hari Pembalasan yang Allah jadikan untuk memberi balasan kepada hamba-hambanya yang tidak ikhlas, ingkar dan zalim, dan akan adanya pahala dan kebajikan Allah ke atas tiap-tiap kebaikan yang kita lakukan. Siapakah orang-orang ini? 55 Juz Amma GâÃI¥ƒGÃMšOZ SnH¬Gñ |IRšZ GßIšQ GG• Orang itu ialah yang MENINDAS serta berlaku zalim ke atas anak-anak yatim. Maksudnya: Golongan Pertama dari kumpulan pendusta ugama ini ialah yang menindas dan melakukan kezaliman ke atas anak-anak yatim. Anak yatim ialah anak-anak yang tiada ibubapa dan di bawah umur 17 tahun. Mereka ini jika dibiar akan menjadi terbiar. Penindasan ke atas anak-anak yatim termasuklah menghina dan menyakiti mereka. Sebuah kisah menceritakan tentang Abu Jahal yang menjadi penjaga ke atas seorang anak yatim, yang mana hartanya telah diamanahkan kepada Abu Jahal. Suatu hari, anak yatim tersebut datang menemuinya dan memohon sejumlah wang untuk keperluannya. Anak yatim itu dikasari dan ditengking dengan kata-kata: “Engkau pergilah jumpa Muhammad, mungkin dia dapat menolong engkau! (Tujuannya ialah untuk menghina)”. Anak yatim itu pun pergi menemui Nabi Muhammad dan bersamanya kembali pula menemui Abu Jahal. Pada masa itu juga Abu Jahal pun menghulurkan sedikit wang keperluan itu kepada anak yatim tersebut. Cara pemberiannya itu agak kasar dan menengking. Pada masa yang sama, pembesar-pembesar Quraisy yang berada di situ, menghina Rasulullah atas keperihatinan beliau kepada anak yatim itu. Abu Jahal adalah Pendusta Ugama Allah, kerana dia yang sepatutnya membela anak yatim itu telah bertindak sebaliknya dengan menyakitinya pula. IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ Qéç¾G“ S×H©Gñ GêGy Dan orang itu tidak menggalakkan untuk memberi makan Kepada orang-orang miskin yang sepatutnya berhak untuk menerimanya. Golongan Kedua Pendusta Ugama ialah orang-orang yang berkemampuan untuk menghulur bantuan makanan kepada orang-orang yang miskin TETAPI tidak berbuat demikian, malah tidak menggalakkan pula orang lain berbuat demikian. Iaitu, tidak menggalakkan dirinya, keluarganya dan orang kaya lain untuk memberi sebahagian kecil pendapatan mereka kepada orang miskin kerana: 56 Juz Amma 1. bersifat bakhil dan mahu kumpul kekayaan untuk diri sendiri. 2. menghasut orang lain agar tidak memberi makan kepada si miskin. 3. tidak percaya yang orang miskin ini mempunyai hak di atas pendapatan yang mereka dapat. 4. hati mereka keras dan terpengaruh dengan keperluan kebendaan. 5. tidak percaya akan adanya balasan baik dari perbuatan bersedekah itu. Jika ada kepercayaan (iman) dalam hati-hati mereka pada Allah, maka hati tersebut akan mendorong mereka kepada melakukan amal soleh, demi menjaga kumpulan anak yatim dan si miskin yang berhak untuk mendapat hak-hak mereka. Dan kesannya, berlakulah amal soleh kerana Allah. Inilah dia roh ‘Akidah Tauhid’ kita pada Allah. GãÃIN¾G³H¿M¾ƒINš HáMñGÂG• (Orang-orang sedemikian dikatakan sebagai pendusta ugama, bagaimana pula dengan yang bersembahyang?), maka kecelakaan besar bakal menimpa ahli yang bersembahyang! Iaitu, mereka yang bersembahyang, ahli bersembahyang dan yang lazim melakukan sembahyang mereka, tetapi sebagai pengamal yang hanya melakukannya atas sebab kebiasaan. Mungkin mereka melakukannya di luar waktu, atau selalu melewat-lewatkan solat itu, atau mengqadha’kan sembahyang itu dengan sewenang-wenangnya, atau melakukannya tidak mengikut hukum dan syarat-syarat yang sepatutnya, atau tidak khusuk dan tidak faham ertinya. Dan sesiapa yang memiliki tabiat bersembahyang sebegini dikatakan sebagai ‘Nifaq Amali’ (pengamal sembahyang yang munafiq). Mengikut sebuah Hadith Sohih, Rasulullah pernah berkata: “Itu sembahyang orang munafiq! (Diulang 3 kali). Mereka berborak sehingga apabila nampak matahari hampir tenggelam, mereka cepat-cepat melakukan sembahyang asar, dengan tergopoh-gapah dan sedikit sekali mengingati Allah dalam solat yang tergesa-gesa itu”. 57 Juz Amma Maknanya, mereka melakukan solat dalam waktu makruh, tidak ada tomakninah, tiada khusyuk dan sedikit sekali mengingati Allah dalam solat itu. Inilah solat yang dilakukan oleh ahli bersembahyang di mana sembahyang mereka LALAI. GwÂH„£G" MâIÁI† GëG' ãG“ MâH„ GãñIRšOZ~ Iaitu apabila mereka melakukan sembahyang, mereka dalam keadaan LALAI. Pengertian LALAI di sini yang termasuk di dalam huraian solat seperti di atas ialah: selalu meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, atau gagal meneliti kesan-kesan solat itu ke atas dirinya dengan merenungi rahsia-rahsianya dan berilmu dengannya. Ibnu Mas’ud berkata: “Lalai bererti, kadang-kadang pelakunya membiarkan waktu solat itu hilang, mungkin kerana sibuk dengan pakaian-pakaiannya, dan jarang meneliti kepentingan solat itu pada dirinya. Sesetengah pelaku tidak perasan berapa rakaat telah dia laksanakan atau tidak ingat surah apa yang dibacanya”. Allah berfirman menjelaskan sembahyang orang munafik dengan ayat berikut: I{QÂG¾ƒR³šOZ çGšIý CZ PÂH›£G– ZGdIýGy MâHÁH“I¬Q郋GÂH„Gy GäQN¾šZ GwÂH“I¬Q郪Hñ GãÃIºI¹QéƒÀH¿MšOZ RwIý @ëÃI¾–G RêIý GäQN¾šZ GwyH®H˜ M Gñ GêGy Gh£RÀšZ GwyHY PéZ®Hñ Qé皣G±H˜ CZÂH›£G– Mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang munafiq ini menipu Tuhan mereka, tetapi merekalah yang tertipu. Mereka melakukan solat secara malas dan tidak bermaya, menunjuk-nunjuk sebagai orang soleh kepada orang lain, dan sedikit sekali mengingati Allah”. (Surah An-Nisa’: Ayat 142) 58 Juz Amma Maka Allah sediakan Neraka Wail untuk menyeksa bersembahyang yang lalai dan riak ini sebagai pembalasan. ahli-ahli GwyHY PéZ®Hñ MâH„ GãñIRšOZ Iaitu mereka RIAK dalam solat mereka. Ini bererti RIAK tersebut bukan sahaja di dalam solat, tetapi riak di dalam pelbagai ibadah. Sebuah Hadith menjelaskan konsep ini iaitu Riwayat Tobrani, diceritakan oleh Yahya bin Abdullah bin Abdu Rabbihi, diceritakan dari Abd Wahab bin Ata’a, diceritakan oleh Yunus dari Hasan dari Ibnu Abbas ra yang berkata: Rasulullah pernah bersabda: “Terdapat sebuah lembah dalam Neraka Jahannam, di mana Neraka itu sendiri mohon dilindungi Allah dari masuk ke dalamnya oleh manusia, disediakan untuk orang-orang yang riak, dari kalangan umat Muhammad saw, orang yang hafaz Al-Qur’an yang riak, orang-orang yang mempercayai selain Zat Allah, jemaah-jemaah haji ke Baitullah yang riak dan orang-orang yang bergerak ke sabiilillah yang riak”. Riak juga boleh berlaku apabila kita menceritakan amal ibadah kita pada orang lain untuk bermegah, untuk mendapat perhatian orang ke atasnya. GwÂH“£G¿MšOZ GwÂH·GÀƒM¿GñGy Dan mereka sentiasa menghalang/mencegah untuk melaksanakan sesuatu pertolongan kepada yang BERHAK menerimanya. Ini termasuklah tidak membayar zakat, atau mencadangkan kepada orang lain supaya jangan membayar zakat dan lain-lain pertolongan. Golongan ini juga termasuk di dalam golongan yang dicampakkan ke dalam Neraka Wail. 59 Juz Amma Kesimpulan: Sifat-sifat buruk yang dijelaskan dalam surah ini, termasuklah tidak memperdulikan anak-anak yatim dan menzalimi mereka, tidak bersifat pemurah pada orang miskin, terjadi pada diri kita kerana kita tidak mempunyai kepercayaan adanya PAHALA dari Allah jika kita melaksanakannya. Hatta, kita dianggap sebagai pendusta ugama Islam. Tidak memberatkan amalan solat 5 waktu, melakukan solat dengan keadaan yang lalai, penuh riak, adalah mewarisi fahaman kufur dan membuang TIANG UGAMA. Tidak mengeluarkan zakat atau membantu muslim lain yang miskin dengan kewangan, dalam bentuk sedekah dan zakat wajib, akan melemahkan ekonomi orang Islam. Berdosa di sisi Allah dan dijanjikan dengan seksaan Neraka Wail sebagai pembalasan. Jika diteliti pada masa kini semua penyakit ini telah pun ada di dalam masyarakat kita, antaranya: a) Anak-anak yatim dibiar, dilepaskan dan dieksploitasi. b) Orang-orang kaya muslimin tidak mengendahkan orang-orang miskin, apalagi budaya memberi makan hanya diberi kepada orang kaya, dan bukan kepada orang miskin. c) Muslimin lalai dalam menunaikan solat, atau bersolat tanpa ilmu solat. Malah ilmu solat tidak diajar pada generasi seterusnya dan akhirnya Nur Solat dalam hati sanubari anak-anak kita, menjadi pupus di masa hadapan. Masjid pula hanya menjadi produk politik. d) Riak oleh individu-individu yang bersembahyang, termasuklah ustaz-ustaz khususnya, hanyalah untuk mempamerkan diri mereka sebagai orang-orang yang soleh atau untuk mencari rezeki dengan menjual kesolehan mereka. e) Tidak mahu mengeluarkan zakat kepada yang berhak. Zakat di jadikan institusi dan kesempatan diambil atas aktiviti itu. Berbanding dengan asnaf-asnaf yang 9 itu, hanya satu sahaja yang diwar-warkan, iaitu Pejabat Zakat Kerajaan. 60 Juz Amma APAKAH SEBENARNYA YANG ALLAH MAHU DARI KITA DARIPADA SURAH INI? a) Allah tidak memerlukan apa-apa dari kita, tetapi Allah mahukan hamba-hambanya memperbaiki hidup mereka dengan mengikut dan melaksanakan ajaran-ajaran Nya. Maka dengan yang demikian itu, Allah menjanjikan kebajikan kepada mereka dan kepada sekelian umat manusia. b) Allah mahukan hati-hati kita bersih, yang akan dapat mencernakan kehidupan yang terbahagia. Hati-hati yang bersimpati pada orang yang susah, termasuklah anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. c) Allah mahukan hidup kita mempunyai nilai-nilai yang terletak diatasnya nilai-nilai yang bersih, beserta penjagaan yang baik. Diri yang mampu melahirkan perasaan kasih sayang dengan menonjolkan hati yang bersimpati bersih dan dengan peribadi yang mulia. d) Jika kita tidak melakukan semua yang di atas, maka: 1. Akan hilanglah kemanusiaan. Apabila kita menjauhkan diri dari kebajikan, maka sebenarnya kita menjauhkan diri dari RAHMAT Allah. 2. Akan jauhlah hidup ini dari kecantikan hidup yang tinggi dan mulia. 3. Akan terjalinlah semula kegelapan Jahiliah, yang sebenarnya akan menjauhkan diri dan hati kita dari NUR Allah. 61 Juz Amma SURAH QURAISY Diturunkan di Mekah : 4 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 IÜMÃR³šOZ Gy IYP£G¥ƒIN&OZ GæG¾ƒMŠIe MâIÁI¹QƒGšõIý (1) AÕMñ G®H– IÜQƒG¾ñ I+î ( ) 3 IÍMäG ƒMšOZ ZGQƒG„ R[Ge CZyH¬H¤ƒM·GÃM¾G• ( ) 4 IpMÂG‹MãIN› âHÁGÀG› PZGY Gy A nÂH‰ãIN› âHÁG¿G·M‘G} |IRšOZ ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi adanya keadaan yang tenteram, keamanan dan keselesaan bagi kaum Quraisy. Ketenteraman, keamanan dan keselesaan ini melibatkan perjalanan kafilah perniagaan mereka di musim sejuk (ke Yaman) dan di musim panas (ke Sham). Sebagai berterima kasih di atas suasana harmoni ini yang banyak membantu perniagaan mereka, maka hendaklah mereka menyembah Tuhan (Allah) yang menjaga, menguasai dan mencipta Baitullah ini (Kaabah). Iaitu Tuhan (Allah) yang sebenarnya yang telah memberi penghidupan yang selesa pada mereka, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan diri mereka dari ketakutan. 62 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH QURAISY IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. AÕMñ G®–H IÜQƒG¾ñ I+î Demi adanya keadaan yang tenteram, keamanan dan keselesaan bagi kaum Quraisy. IÜMÃR³šOZ Gy IYP£G¥ƒIN&OZ GæG¾ƒMŠIe MâIÁI¹QƒGšõIý Ketenteraman, keamanan dan keselesaan ini melibatkan perjalanan kafilah perniagaan mereka di musim sejuk (ke Yaman) dan di musim panas (ke Sham). IÍMäG ƒMšOZ ZGQƒG„ R[Ge CZyH¬H¤ƒM·GÃM¾G• Sebagai berterima kasih di atas suasana harmoni ini yang banyak membantu perniagaan mereka, maka hendaklah mereka menyembah Tuhan (Allah) yang menjaga, menguasai dan mencipta Baitullah ini (Kaabah). IpMÂG‹MãIN› âHÁGÀG› PZGY Gy A nÂH‰ãIN› âHÁG¿G·M‘G} |IRšOZ Iaitu Tuhan (Allah) yang sebenarnya yang telah memberi penghidupan yang selesa pada mereka, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan diri mereka dari ketakutan. 63 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini menggambarkan bagaimana Allah telah memelihara negeri Mekah dan penghuninya sebelum daripada perlantikan Rasulullah. Surah ini juga dikaitkan dengan doa Nabi Ibrahim as. Allah memelihara negeri Mekah ini kerana ianya akan menjadi tempat berputiknya dakwah Islam dan menjadi ‘pusat akidah’ yang baru. Di sinilah bermulanya bibit-bibit awal pendakwahan Islam yang akan menolak kebodohan manusia dari kegelapan Jahiliyah, kepada Nur Islam dan hidayah. Peristiwa serangan kumpulan bergajah menjadi contoh. Orang-orang Quraisy merasa bangga yang mereka adalah dari keturunan Ibrahim dan Ismail as. Selepas peristiwa kumpulan bergajah itu, mereka merasakan Baitullah dan Mekah sangat bernilai kepada mereka. Namun begitu, kota Mekah dan Quraisy tidak memiliki tanah yang subur atau kawasan yang selesa, kerana ianya padang pasir. Tiada pokok, tiada perniagaan dan tidak ada kekayaan. Allah yang telah menerima doa Nabi Ibrahim as, telah menjelaskan yang orang-orang Quraisy ini mempunyai kekayaan untuk melakukan perniagaan, di mana Mekah telah menjadi pusat dagangan barangan di antara Yaman di musim sejuk dan di Negeri Sham di musim panas. Faktor utama yang menjadikan Mekah subur perniagaannya adalah KEAMANAN, dan berlakulah pergerakan perniagaan melalui kafilah ke Yaman dan ke Sham. Ini menjadikan ekonomi Mekah maju. Faktor utama KEAMANAN pula ialah adanya Baitullah atau Kaabah. Oleh itu, surah ini menggamit fikiran orang Quraisy supaya kembali menyembah Allah, Tuhan yang mencipta Baitullah, yang menjaganya dari sebarang serangan, dan menjadikannya tempat tawaf, dan mengajak mereka supaya meninggalkan agama Jahiliah yang menyembah patung. Surah ini akan memberi tiupan ke dalam jiwa orang Quraisy, agar mereka malu untuk terus kufur pada Allah dan kembali semula kepada ajaran Ibrahim dan Ismail as, iaitu beribadah kepada Allah yang memberi semua kesejahteraan, ketenteraman dan keamanan ini. 64 Juz Amma Tafsiran Surah: / IÜMÃR³šOZ Gy IYP£G¥ƒIN&OZ GæG¾ƒMŠIe MâIÁI¹QƒGšõIý . AÕMñG®H– IÜQƒG¾ñ I+î (Satu keajaiban!) Kerana adanya keadaan yang tenteram, keamanan dan keselesaan bagi kehidupan kaum Quraisy, iaitu ketenteraman, keamanan dan keselesaan yang melibatkan pergerakan perniagaan mereka, di musim sejuk (ke Yaman) dan di musim panas (ke Sham). Kata Muhammad bin Ishak dan Abd Rahman bin Zaid bin Aslam, makna ayat di atas ialah: “Allah menjaga negeri Mekah dari kumpulan bergajah Abrahah dan binasalah kumpulan itu. Dan Allah juga menyatakan adanya ketenteraman bagi suku bangsa Quraisy, di mana mereka semua berada secara satu komuniti di Mekah yang tenteram, dan aman. Iaitu mereka merancang mengadakan pergerakan kafilah dengan barang-barang perniagaan ke negeri Yaman sewaktu musim sejuk di Mekah dan di musim panas pula mereka bergerak dengan kafilah mereka ke negeri Syam, yang meliputi negara Syria, Lubnan, Pelestin dan Jordan untuk berniaga. Pergi dan balik mereka di semua musim-musim ini penuh dengan keamanan. Rasa hormat kepada Mekah dan orang Quraisy ini dicatitkan oleh Allah dalam surah ini, di mana Mekah telah menjadi pusat perniagaan sebelum perlantikan Muhammad sebagai Rasul”. Ibnu Jarir pula berkata dalam mentafsirkan ayat ini: “Penjagaan Mekah oleh Allah dari Abrahah yang mahu merobohkan Kaabah dan suasana tenteram untuk perniagaan orang-orang Quraisy ini adalah NIKMAT Allah ke atas mereka yang menjadi penghuni negeri Mekah itu”. Mengapa Allah mengungkit perkara ini di dalam Al-Qur’an? Allah mahukan orang-orang Quraisy yang menentang Rasulullah dan menolak ugama Allah itu insaf dan membuka minda mereka untuk menerima Allah, Pencipta Kaabah, yang memilih negeri Mekah itu sebagai tempat berputiknya ugama Allah dan Rasulullah sebagai Rasul lantikan Nya. Lantas dengan itu, Allah meminta mereka menyembah Nya, Tuhan kepada Baitullah itu di negeri Mekah. 65 Juz Amma IÍMÃG¤ƒMšOZ ZGQƒG„ R[Ge CZyH¬H¤ƒM·GÃM¾G• Maka sembahlah Allah, Tuhan yang menjaga, menguasai dan mencipta Kaabah, Baitullah ini. Kata Ibnu Kathir, ertinya: “Bersatulah kamu semua wahai orang-orang Quraisy dengan mengEsakan Allah, meninggalkan patung-patung syirik Allah itu dan berterima kasihlah pada Allah yang telah menjadikan Baitullah itu sebagai ‘Haram Makkah’, yang dijanjikan keamanan untuk muslimin semua”. Ini berdasarkan perintah Allah supaya Muhammad berkata pada mereka melalui Surah An-Naml, Ayat 91. Firman Allah: £GÁG› R®GŠ |IRšOZ I{G¬M¾G¤MšOZ IxIƒQé„ R[Ge G¬H¤ƒM“G} MwG} \ H M®I›H} P飿RœIý 0 GãÃI¿I¾M±H¿MšOZ GãI› GwÂH˜G} MwG} H\M®I›H} Gy ÷AYMçG& SáƒH˜ ôHäGš Gy Mafhumnya: Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad: “Aku hanyalah diperintahkan oleh Allah supaya aku dan kamu semua menyembah Allah, Tuhan negeri Mekah ini, yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan menguasai segala-galanya. Dan aku juga diperintahkan supaya tetap menjadi orang Islam yang menyerahkan diri, jiwa-raganya kepada Allah”. Ayat seterusnya: IpMÂG‹MãIN› âHÁGÀG› PZGY Gy A nÂH‰ãIN› âHÁG¿G·M‘G} |IRšOZ Iaitu Allah yang sebenarnya telah memberi penghidupan yang selesa pada mereka, menyelamatkan mereka dari KELAPARAN dan memberi ketenangan kepada mereka dari KETAKUTAN. 66 Juz Amma Ibnu Kathir berkata: “Mekah ialah negeri yang kering kontang, tiada tumbuhan dan ternakan, tetapi telah ditaqdirkan menjadi pusat ekonomi serantau yang masyhur, tempat berulang-alik ke Yaman dan Syam dengan perniagaan yang maju. Maka rakyat negeri itu terlepas dari bahaya kelaparan dan ketandusan makanan. Inilah rezeki yang melimpah-ruah ke atas orang-orang Quraisy, penghuni negeri Mekah. Dengan adanya keamanan dan kemudahan ini, maka insaflah dan berbaliklah kepada menyembah Allah yang Maha Esa, tidak mempersekutukan Nya dengan patung-patung sembahan. Sesiapa yang menerima cadangan ini akan Allah beri lagi satu keamanan dan keselesaan, iaitu selesa dunia dan Akhirat. Jika ditolak cadangan ini maka Allah akan mengambil balik keharmonian ini dari mereka". Kesimpulan: 1. Surah ini memperlihatkan betapa mustajabnya doa Ibrahim as memohon agar negeri Mekah menjadi aman dan selesa, dan penduduknya yang kebetulannya orang-orang Quraisy, menjadi makmur dan hidup dengan selesa. Jauh dari kelaparan dan kesusahan, kerana adanya Baitullah di situ. 2. Apabila negeri kita aman, jauh dari kesengsaraan kemiskinan, maka insaflah kita, kerana semuanya ini adalah penentuan Allah. Oleh itu bersyukurlah kita pada Allah, dan menyembah Nya dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan keamanan dan keselesaan yang sama di Akhirat nanti. 3. Surah ini meniupkan rasa malu ke dalam hati kita, pada Allah yang telah berbuat baik kepada kita, tetapi masih ramai yang tidak beriman dengan Nya. Kita wajib memberi nilai kepada harga keamanan dan kesannya pada hidup kita ini. Jika kita telah dilepaskan dari kesusahan yang besar, ucapkanlah pada Allah: “Sesungguhnya, Engkaulah sebenarnya yang telah menolong kami!”. 67 Juz Amma SURAH AL-FIIL Diturunkan di Mekah : 5 ayat âI MÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (1) IáÃI¹MšZ IÌQ郩M'GÆI… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} (3) GáÃI…£G…G} Z@®MÑ G MâIÁMÃG¾G“ GáG"MeG} Gy (2) AáÃI¾M´G† åI• MâH„ G¬MÃG˜ MáG·M¨Gñ MâGšG} (5) ,+ uÂH˜ MÆG› AÜM³G·G˜ MâHÁG¾G·G¨G• (4) AáÃIN¨I" ãIN› A{Ge£G¨I©I… MâIÁÃI›M®G† MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apakah Engkau (Wahai Muhammad) tidak memperhatikan bagaimana Allah, Tuhan Mu itu, telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah dia telah menjadikan tipudaya mereka itu (iaitu untuk meruntuhkan Baitullah dan membawanya pulang ke Yaman) sebagai satu kebodohan yang sia-sia? Dan Allah telah mengirimkan ke atas mereka burung-burung yang berpasuk-pasukan, dan melemparkan ke atas mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Akibat lemparan batu-batu itu, mereka menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat. 68 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-FIIL IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IáÃI¹MšZ IÌQ郩M'GÆI… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} Apakah Engkau (Wahai Muhammad) tidak memperhatikan bagaimana Allah, Tuhan Mu itu, telah bertindak ke atas tentera bergajah? AáÃI¾M´G† åI• MâH„ G¬MÃG˜ MáG·M¨Gñ MâGšG} Bukankah dia telah menjadikan tipudaya mereka itu (iaitu untuk meruntuhkan Baitullah dan membawanya pulang ke Yaman) sebagai satu kebodohan yang sia-sia? GáÃI…£G…G} Z@®MÑG MâIÁMÃG¾G“ GáG"MeG} Gy Dan Allah telah mengirimkan ke atas mereka burung-burung yang berpasuk-pasukan, AáÃIN¨I" ãIN› A{Ge£G¨I©I… MâIÁÃI›M®G† dan melemparkan ke atas mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. ,+ uÂH˜ MÆG› AÜM³G·G˜ MâHÁG¾G·G¨G• Akibat lemparan batu-batu itu, mereka menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat. 69 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah Al-Fiil ini mengandungi 5 ayat dan diturunkan selepas surah Al-Kafirun untuk menyatakan bukti penglibatan Allah dalam menjaga Baitullah dari serangan musuh tentera bergajah yang berlaku pada tahun kelahiran Rasulullah di Mekah sekitar tahun 570M. Diriwayatkan bahawa seorang panglima tentera Habsyah bernama Abrahah Al-Ashram, yang menguasai negeri Yaman di bawah Raja Habsyah An-Najasyi, telah bercita-cita untuk menarik kedatangan semua orang-orang Arab ke Yaman dengan cara meruntuhkan Kaabah di Mekah dan membawanya balik ke Yaman. Dengan sekumpulan tentera bergajah, Abrahah memimpin tenteranya menuju ke Mekah. Pastinya dia akan menakutkan penduduk Mekah dan sekitarnya, lebih-lebih lagi sesiapa saja yang ditemuinya dalam perjalanan dari Yaman ke Mekah akan digempur. Akhirnya Abrahah sampai di suatu tempat berhampiran Mekah bernama Al-Mughammas, dan mengirim utusannya kepada penduduk Mekah bagi menyatakan tujuan kedatangan mereka hanyalah untuk meruntuhkan Kaabah dan bukan untuk berperang. Penduduk Mekah pada masa itu tidak ada sebarang pertahanan langsung dan mereka melarikan diri ke bukit-bukit yang berhampiran, dan berserah kepada Tuhan Baitullah untuk melindunginya dari angkara Abrahah. Penduduk Mekah melihat saja apa yang dilakukan oleh Abrahah sepanjang pelarian mereka ke bukit-bukit itu. Pada hari pertama, mereka melihat tentera bergajah berehat di Mughammas. Pada hari kedua pula, mereka tiba-tiba terlihat sekumpulan burung-burung, yang berpuak-puak, melemparkan batu-batu kecil ke atas tentera tersebut. Hasil lemparan itu, maka menularlah sejenis penyakit cacar di kalangan tentera-tentera tersebut termasuklah pada gajah-gajah itu sekali. Penularan penyakit cacar itu begitu cepat sekali dan kesannya terserlah. Daging tubuh tentera-tentera itu lerai dan jatuh berguguran. Ini telah menimbulkan perasaan ketakutan yang amat sangat. Sebahagian tentera itu, termasuklah Abrahah, cuba melarikan diri. Akhirnya semuanya dijangkiti penyakit itu dan daging badan mereka tertanggal seketul-seketul hingga tinggal hanya tulang mereka sahaja yang terbaring di atas tanah. Dengan itu niat Abrahah dan tentera bergajahnya untuk meruntuhkan Kaabah atau Baitullah itu hampa dan khayalan mereka untuk meletakkannya di Yaman hancur dan tidak tercapai. 70 Juz Amma Begitulah, Baitullah yang dicipta oleh Allah untuk menjadi tempat orang bertawaf di sekelilingnya dan Qiblat untuk mereka bersolat menyembah Allah, telah dijaga oleh Tuhan yang menciptakan Kaabah itu sendiri. Inilah kesan dari doa Nabi Ibrahim as yang memohon pada Allah agar ianya menjadi qiblat kepada muslimin untuk bersolat. Tafsiran Surah: IáÃI¹MšZ IÌQ郩M'GÆI… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} Apakah Engkau wahai Muhammad tidak memperhatikan bagaimana Allah, Tuhan Mu itu, telah bertindak ke atas tentera bergajah? Ertinya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa rancangan jahat mereka-mereka yang berniat meruntuhkan Kaabah itu bagi memadamkan Islam dan ajarannya, tidak mencapai sasarannya? Adakah ini bererti sebarang rancangan jahat ke atas Islam dan iman akan berakhir dengan kegagalan? ATAU, adakah Allah ingin mengingatkan orang-orang Quraisy, yang menentang Rasulullah itu, SEDAR bahawa Mekah dan Baitullah ialah kepunyaan Allah dan Dia senantiasa melindunginya? Dengan tangan kosong dan akan diserang oleh tentera bergajah, yang membantu mereka dan melindungi Kaabah dari pencerobohan itu, ialah Allah”. Jadi kepercayaan kepada adanya kuasa Allah yang mengatasi semua kuasa-kuasa besar itu adalah satu kenyataan, boleh berlaku dan akan berlaku. Kita hanya perlu YAKIN. AáÃI¾M´G† åI• MâH„ G¬MÃG˜ MáG·M¨Gñ MâGšG} Bukankah Dia (Allah) telah menjadikan tipudaya mereka (untuk meruntuhkan Kaabah dan membawanya balik ke Yaman) satu kebodohan yang sia-sia sahaja? Tidakkah kita boleh mempelajari bahawa berniat untuk mengkhianati sesuatu yang ada kaitan dengan Allah, Islam dan iman adalah sebenarnya memperbodohkan diri sendiri? Yang pastinya tidak akan berjaya. Mungkin Allah mahukan kita belajar dari peristiwa tentera bergajah itu agar kita jangan menipu diri sendiri dengan kerja-kerja yang bodoh dan sia-sia. 71 Juz Amma GáÃI…£G…G} Z@®MÑG MâIÁMÃG¾G“ GáG"MeG} Gy Dan Allah telah menghantar ke atas mereka burung-burung yang berpuak-puak. Ertinya, kedatangan burung-burung Ababil ini adalah utusan dari Allah, yang memelihara Baitullah dari keganasan Abrahah. Kedatangan burung-burung ini adalah secara berkumpulan dan dalam jumlah yang banyak, bertujuan untuk menyerang. Burung-burung yang sangat aneh ini mengepit sebiji batu kecil pada setiap kakinya dan 1 biji batu lagi pada muncungnya. Maka setiap ekor burung membawa 3 biji batu. AáÃIN¨I" ãIN› A{Ge£G¨I©I… MâIÁÃI›M®G† Lalu burung-burung itu melemparkan ke atas mereka (tentera bergajah itu) dengan batu-batu tersebut yang berasal dari tanah yang terbakar. Ertinya, Allah telah mengarahkan kumpulan burung-burung ini supaya melemparkan batu-batu tersebut, yang diambil dari tanah yang terbakar, ke atas tentera bergajah. Dengan kekuatan, kekuasaan dan kebesaran Nya, maka binasalah sekelian tentera bergajah itu. Allah berkuasa untuk memelihara atau membinasakan segala sesuatu yang dikehendaki Nya. Dengan yang demikian, surah ini menerangkan bahawa Allah memilih dan berkuasa untuk memelihara Baitullah dan sebaliknya membinasakan sama sekali sekelian hamba Nya yang engkar dan sombong. Ini sebenarnya menjadi petunjuk kepada kita bahawa Allah dengan kekuatan, kekuasaan dan kebesaran Nya, telah membinasakan tentera bergajah itu hanya dengan menggunakan burung-burung yang membawa batu-batu kering beracun, yang telah menyebabkan penularan penyakit cacar pada mereka. Manusia, sebesar mana pun kuasa atau kekuatan mereka, harus insaf tentang kekuasan Allah, yang berkuasa menurunkan bala seperti tsunami, puting beliung, angin kencang dan sebagainya, yang akan menghapuskan umat yang ingkar dan sombong. 72 Juz Amma Pokoknya, YAKINLAH dengan kuasa Allah yang tidak terbatas itu. Mungkin inilah mesej yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita semua melalui ayat di atas. ,+ uÂH˜ MÆG› AÜM³G·G˜ MâHÁG¾G·G¨G• Maka jadilah tentera-tentera bergajah itu semuanya seperti daun-daun yang dimakan ulat. Ertinya, selepas terkena batu yang dilemparkan oleh burung-burung yang berpuak-puak itu, maka daging tubuh badan tentera-tentera itu jatuh berguguran sedikit demi sedikit, sebesar hujung jari, sehingga akhirnya dada mereka terbelah dan tubuh mereka binasa. Melihat kejadian itu, Abdul Mutalib berkata: “Burung-burung itu amat pelik!”. Lalu, beliau menghantar anaknya Abdullah, untuk pergi melihat apa yang terjadi pada kumpulan Abrahah itu dan melapurkan kepada beliau. Setelah kembali, Abdullah berkata: “Semuanya binasa!”. Lantas Abdul Mutalib pun keluar. Beliau melihat sendiri bangkai-bangkai yang tinggal tulang serangka sahaja, bertaburan di atas tanah tersebut. Tiada seorang pun dari tentera Abrahah yang terselamat, kecuali seorang yang bernama Abi Yaksum, yang sempat melarikan diri pulang ke Yaman dan sempat bertemu An-Najasyi dan memberitahunya apa yang telah berlaku ke atas tentera bergajah itu. Beliau mati kemudiannya di hadapan Raja tersebut. Dengan itu, Allah sekali lagi memperlihatkan kekuasaan Nya kepada An-Najasyi. 73 Juz Amma Kesimpulannya: Apakah hubung-kait dan kepentingan ayat ini kepada kita di kurun ini? 1. Perseteruan ke atas Islam kini, telah menggunakan alat-alat tentera yang canggih. Kuasa Allah vs kuasa barat? Bagaimanakah cara berfikir kita? 2. Jika umat Islam yang tidak mempunyai senjata canggih dan ilmu ketenteraan yang unik, maka kuatkanlah KEYAKINAN atas pertolongan Allah, kerana hanya dengan pertolongan dari Allah sahajalah akan dapat melepaskan umat Islam dari dibuli oleh kuasa-kuasa besar yang sering menjadikan negara Islam untuk dicerobohi. 3. Umat Islam harus kembali kepada ajaran Al-Qur’an, belajar bertawakkal pada Allah, elakkan perpecahan, jauhkan diri dari pengaruh orang-orang kafir yang inginkan perpecahan sesama Islam berlaku. 4. Kepercayaan kepada adanya kuasa Allah yang mengatasi semua kuasa-kuasa besar itu adalah satu kenyataan, boleh berlaku dan akan berlaku. Kita hanya perlu YAKIN. 5. Berniat untuk mengkhianati sesuatu yang ada kaitannya dengan Allah, Islam dan iman adalah sebenarnya memperbodohkan dan menipu diri sendiri, yang pasti tidak akan mendapat kejayaan, dan merupakan suatu pekerjaan yang bodoh dan sia-sia. 6. Dua perkara yang senantiasa dilindungi oleh Allah ialah Baitullah di Mekah, yang merupakan kiblat orang mukmin dan maqam Rasulullah di Madinah. 74 Juz Amma SURAH AL-HUMAZAH Diturunkan di Mekah : 9 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 ôHxGcR¬G“Gy @ê£G› GÚG¿G‰|IRšOZ (1) A{G¯G¿Sš A{G¯G¿H„ INáH¼INš HáMñGy ( ) 4 HæG¿Gµ© H MšOZ çI• RwGG¤MÀ=ƒHÃGš ÷ RëG˜ (3) ôHxG¬G¾ƒM‹G} ôHäGš£G› RwG} HÌG±M©Gñ ( ) 6 H{G¬–G ÂH¿MšOZ IäQN¾šOZ He£Gœ (5) HæG¿GµH©MšZ£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy ( ) 8 D{ G¬G'MÈH› MâIÁMÃG¾G“£GÁRœIý (7) I{G¬IËM• GìMZ çG¾G“ HÚI¾RµG†çI¥RšOZ ( ) 9 , I{GcR¬G¿S› A¬G¿G“ çI• ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Kecelakaan besar menunggu bagi pencaci dan pengeji (kepada orang lain, mentang-mentang kamu kaya-raya). Mereka ini mengumpulkan wang dan harta, dan kemudian berulang-ulang mengira harta kekayaannya itu. Pada andaiannya harta-harta itu akan dapat mengekalkannya di dunia ini. Sorilah! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Hutomah’. Dan engkau tahu tak wahai Muhammad apa itu ‘Al-Hutomah’? Ia adalah api Neraka Allah yang dinyalakan. Yang naik menjulang lidahnya dan membakar hati-hati mereka. Sesungguhnya api itu ditutup rapat di atas mereka (terkurung dalam api yang bernyala besar). Sedangkan mereka pada masa itu terikat pada batang-batang palang yang melintang panjang. 75 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-HUMAZAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. A{G¯G¿Sš A{G¯G¿H„ INáH¼INš HáMñGy Kecelakaan besar menunggu bagi pencaci dan pengeji (kepada orang lain, mentang-mentang kamu kaya-raya). ôHxGcR¬G“Gy @ê£G› GÚG¿G‰|IRšOZ Mereka ini mengumpulkan wang dan harta, dan kemudian berulang-ulang mengira harta kekayaannya itu. ôHxG¬G¾ƒM‹G} ôHäGš£G› RwG} HÌG±M©Gñ Pada andaiannya harta-harta itu akan dapat mengekalkannya di dunia ini. HæG¿GµH©MšOZ çI• RwGG¤MÀ=ƒHÃGš ÷ RëG˜ Sorilah! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Hutomah’. HæG¿GµH©MšZ£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy Dan engkau tahu tak wahai Muhammad apa itu ‘Al-Hutomah’? H{G¬–G ÂH¿MšOZ IäQN¾šOZ He£Gœ Ia adalah api Neraka Allah yang dinyalakan. I{G¬IËM• GìMZ çG¾G“ HÚI¾RµG†çI¥RšOZ Yang naik menjulang lidahnya dan membakar hati-hati mereka. 76 Juz Amma D{ G¬G'MÈH› MâIÁMÃG¾G“£GÁRœIý Sesungguhnya api itu ditutup rapat di atas mereka (terkurung dalam api yang bernyala besar). , I{GcR¬G¿S› A¬G¿G“ çI• Sedangkan mereka pada masa itu terikat pada batang-batang palang yang melintang panjang. Sinopsis Surah: Di awal dakwah Islam, masyarakat Quraisy mementingkan kekayaan dan wang. Ada wang bererti adanya kuasa. Duit dan kekayaan menjadi buruan yang boleh meletakkan seseorang itu sebagai terhormat dalam masyarakat. Bila dia kaya, dia boleh mengeji dan mencaci orang lain yang kurang kaya, mewujudkan pengikutnya dan meletakkannya sebagai ketua yang berpengaruh. Dalam otak mereka duit dan kekayaan itu adalah semuanya. Seolah-olah menjamin kehidupan mereka, apatah lagi nak ingat yang mereka akan mati. Gambaran ini menonjolkan keadaan yang menjijikkan, gambaran kemanusiaan yang diabaikan dan duit dimuliakan kerana tiadanya iman dan amal soleh dalam diri mereka. Islam menentang keadaan begini dan ia mencegah kita dari mengaibkan, mencaci, menghina dan memandang rendah kepada orang lain dan yang kurang bernasib baik. Ini membezakan kelompok yang beriman dengan yang bertuhankan duit dan harta. Sebagai dakwah Nya, Allah memberi amaran dengan azab Neraka yang pedih melalui satu gambaran Neraka yang menjulang apinya, yang membakar hati-hati busuk yang di luar kemanusiaan ini, di mana mereka dikurung dan diikat pada tiang-tiang untuk terus dibakar. Mungkin Allah mahukan orang-orang yang bergantung sangat pada kekayaan supaya insaf bahawa wang yang banyak tidak membawa kita ke mana-mana, atau jika kita memandang rendah pada yang lain dan bersifat takbur supaya berfikir sedalam-dalamnya. Terimalah iman dan buatlah amal kerana Allah akan menjauhkan kita dari kemurkaan Nya dan Neraka Nya. 77 Juz Amma Tafsiran Surah: A{G¯G¿Sš A{G¯G¿H„ INáH¼INš HáMñGy Kecelakaan besar kepada tiap-tiap pencaci dan pengeji. Perkataan HáMñGy dalam ayat ini seolah-olah satu doa kepada tiap orang yang suka mencaci dan mengeji orang lain supaya hancur lebur tulang temulang mereka dibaham dek Neraka Wail kerana kejahatan yang tegar itu. HUMAZAH bererti mengaibkan orang lain dihadapan dan dibelakangnya. LUMAZAH bererti mengaibkan kamu melalui perbuatannya. Ayat ini diturunkan ke atas Al-Akhnas bin Syarif dan Al-Walid bin Mughairah yang perangai mereka suka mengaibkan Rasulullah. Dalam Surah Al-Qalam, Ayat 11,12 dan 13, Allah menjelaskan konsep orang ini dengan perkataan: . AâÃI‡G} A¬G¥M·H› I®Mê G M¾ƒINš A n£RÀG› . AâÃI¿GÀI… , IYP£ƒR²R› Af£R¿G„ / L âÃIœGf GßIšQé d G¬M·G… ,+ NáH¥H“ yang menggambarkan dengan jelasnya sifat orang-orang ini iaitu: a) Af£R¿G„ bererti suka mengaibkan orang lain, mencerca mereka dengan perkara yang mereka tidak suka, memperlihatkan kepada yang lain akan aib mereka. b) AâÃI¿GÀI… , IYP£ƒR²R› iaitu memindahkan percakapan satu kaum kepada kaum I®MÃGªM¾ƒINš A n£RÀG› iaitu bakhil dalam menjaga harta benda mereka, tidak yang lain dengan tujuan jahat. c) menyumbang kepada kebaikan dan pemutus silaturrahim. Contohnya Al-Walid bin Mughairah mempunyai 10 orang anak. Kata Al-Walid pada anak-anak mereka: “Jika sesiapa di antara kamu mendekati ugama Muhammad, maka aku tidak akan mendekatinya, buat selama-lamanya”. Dan ini mencegah anak-anaknya bergaul dengan Rasulullah. 78 Juz Amma A¬G¥M·H› iaitu terlalu zalim pada orang lain. e) AâÃI‡G} iaitu banyak membuat dosa dan perkara-perkara salah. f) ,+ NáH¥H“ iaitu kasar dan samseng dan boleh mengasari harta orang lain. g) L âÃIœGf GßIšQé d G¬M·G… iaitu mereka ini tidak tentu bapa dan sentiasa d) mengaitkan diri dengan orang tertentu. Jika kita mempunyai sifat-sifat ini dalam hidup kita dan tidak mahu menghapuskannya dengan iman dan amal, maka Neraka Wail akan menunggu anda. ôHxGcR¬G“Gy @ê£G› GÚG¿G‰|IRšOZ Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya itu. Ini bererti si pencaci dan pengeji itu terdiri dari kalangan orang-orang yang aktif mengumpulkan harta dan wang sehingga mereka nampaknya kaya di mata masyarakat. Apabila dia terus tumpu kepada pengumpulan harta ini, maka dia sering menghitung kekayaannya dan TERPEGUN dengan kekayaannya itu. Ini membuatkan dia merasai harta itu sebagai salah satu asset yang dapat mengekalkannya di dalam masyarakat, mulia dan diterima orang, dan duit serta kekayaan itulah yang telah memberikan dia pengaruh. Orang begini suka mengungkit, dan mencaci serta mengeji orang lain khususnya yang lebih miskin darinya. Mereka terus mengulang-ulang kira kekayaan mereka TANPA berfikir untuk mengeluarkan zakat dan sedekah. Ini jauh sekali dari ajaran Islam dalam menjana masyarakat yang penyayang. ôHxG¬G¾ƒM‹G} ôHäGš£G› RwG} HÌG±M©Gñ Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya dalam dunia ini! 79 Juz Amma Orang begini akan merasai bahawa wangnya itu boleh melonjakkannya ke suatu maqam dan pangkat yang tinggi, ATAU dia menganggap bahawa wangnya itu dapat menjamin keberkekalannya dan keamanannya dari maut. Contohnya, yang kaya dapat menggunakan doktor pakar menjaga kesihatannya, mengupah pengawal terhandal untuk menjaga sekuritinya untuk terus dalam kemewahan dan keangkuhannya itu. Seolah-olah dunia ini dia yang punya. Contohnya, Mubarak dan president Tunisia Muammar Ghaddafi dan lain-lain pemerintah yang terus menjadi kuku besi untuk mengekalkan diri mereka di bumi Allah ini. RëG˜ Sorilah beb! Semua anggapan kamu seperti di atas adalah meleset! HæG¿Gµ© H MšOZ çI• RwGG¤MÀ=ƒHÃGš (Setelah mereka sampai ajal, mati dan dikebumikan) Mereka akan dicampakkan secara kasar ke dalam HUTOMAH. Ini bererti, walaupun banyak harta, tidak beriman, dan mengikut nafsu mengeji dan mencaci orang lain demi menjaga diri dan kekayaan mereka, akhirnya mereka akan mati juga. Bermulalah cerita bagaimana Allah akan memperlakukan ke atas orang-orang seperti ini. Mereka akan dilempar dengan kasarnya ke dalam Neraka HUTOMAH oleh Allah sendiri. HæG¿GµH©MšZ£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy Dan apa yang engkau ketahui atau diberitahu tentang Al-Hutomah itu? Bahasa Al-Qur’an mengarahkan kita supaya memberi fokus kepada perkataan ‘Al-Hutomah’ dengan mengajukan ayat ini dalam bentuk soalan. Oleh kerana nama Neraka ini jenis alam Akhirat, dan susah untuk diterima akal, maka Rasulullah sendiri perlu diberitahu oleh Allah mengenainya. H{G¬–G ÂH¿MšOZ IäQN¾šOZ He£Gœ Ia sebuah Neraka di mana apinya menjulang tinggi dan terus membakar melalui lidahnya, dan dinyalakannya dengan arahan Allah. 80 Juz Amma Iaitu api Neraka Allah yang mula dinyalakan dengan arahan Allah, dan setelah beberapa lama, nyalaannya menjadi tersangat rakus. Apabila dicampakkan saja sesuatu ke dalamnya, maka mangsanya akan hancur lebur dalam sekelip mata. Memang sifatnya ialah untuk menghancurkan si pencaci pengkeji yang kaya di dunia, yang beranggapan harta mereka dapat melindungi mereka dari semua ini. Api ini apabila mula membakar hampir mustahil dapat dipadamkan, ianya luar biasa. I{G¬IËM• GìMZ çG¾G“ HÚI¾RµG†çI¥RšOZ Ianya naik menjulang ke atas dan membakar hati-hati mereka (yang bersifat pencaci pengeji, yang kaya bertuhankan hartanya). Iaitu lidah api tersebut menjulang-julang ke atas mencari mangsanya dan jika dicampakkan seseorang pencaci pengeji itu, maka julangan api itu akan menerkam lebih dulu hati-hati mereka dan menghanguskannya dengan serta merta, kemudian barulah diikuti dengan badan dan tulang temulang mereka yang akan menjadi abu dalam sekelip masa saja. Apabila hancur dan luluh badan dan hati itu, Allah akan menghidupkannya semula dan dijulang lagi oleh api yang terus-menerus membakar hati mereka untuk selama-lamanya. Mengapa membakar ‘hati-hati’? Allah membakar ‘hati-hati’ kerana: 1) Ia merupakan ketulan daging yang paling lembut sekali di dalam dada. 2) Ia paling sensitif sekali dan dapat merasai kesakitan yang ditakdirkan dari dosa pemiliknya, yang suka mengeji dan mencaci, kaya dan yang bertuhankan duit. 3) Ia adalah lubuk yang memancarkan niat yang jahat, yang memulakan amalan kotor. 4) Dari hati yang buruk ini lahirlah kerja amal yang buruk yang boleh meruntuhkan keharmonian hidup bermasyarakat. D{ G¬G'MÈH› MâIÁMÃG¾G“£GÁRœIý Iaitu kedudukan api Neraka itu tertutup rapat di atas mereka. Allah cuba menceritakan bagaimana kedudukan manusia pencaci pengeji itu dibakar dan api di atas mereka tertutup rapat, seolah-olah mereka semua dicekup dengan benda bertutup dan dibakar sehingga mustahil mereka boleh memboloskan diri keluar. Ianya berlapis-lapis, mempunyai pintu penghalang dan mereka akan terperangkap selama-lamanya di dalamnya. 81 Juz Amma , I{GcR¬G¿S› A¬G¿G“çI• Mereka terikat di situ pada batang-batang palang yang melintang panjang. Iaitu yang paling ngeri sekali, ianya menunjukkan si mangsa api itu rupa-rupanya terikat pada galang-galang besi dan dibakar seperti ayam panggang. Kesimpulan Dan Analisa: Latar belakang surah ini adalah bersesuaian dengan dakwah Rasulullah di awal perkembangan Islam. Masyarakat Jahiliah yang bertuhankan wang, kuasa dan harta, telah menindas golongan miskin dan berlaku kasar terhadap yang menentang mereka. Kedatangan Islam membawa misi masyarakat yang penyayang. Allah mahu menggunakan takzir (dera) dan cerita ngeri seksaan untuk mengubah minda mereka, supaya mahu beriman dengan Allah dan beramal ke arah masyarakat yang penyayang. Manusia hendaklah sama sekali insaf bahawa kekayaan dan harta yang banyak itu, tidak dapat mengekalkan mereka dengan pangkat dan kuasa, hidup yang berkekalan, kemuliaan serta penghormatan. Jangan tersesat dengan menganggap bahawa memiliki kekayaan itu ialah memiliki kemuliaan dan mewujudkan kebergantungan manusia kepada mereka. Dengan kekayaan, dia akan mengecap kelazatan dunia, mewarisi sifat kesombongan dan menindas sesama manusia, menghina yang lain dengan cacian dan kejian, serta menjatuhkan martabat kehidupan sesama manusia. Inilah gambaran dosa yang paling hina dan jijik yang dimainkan oleh jiwa manusia yang tidak mempunyai iman. Islam menentang sepenuhnya perbuatan seperti ini dan cuba mempertingkatkan akhlak manusia dan melarang perkara-perkara seburuk ini. Kita perlulah menjaga aib seseorang itu dengan baik. Allah menyediakan balasan setimpal ke atas pengeji pencaci yang berdosa yang duduk di atas kekuasaan wang dan harta mereka. Bagaimana pula bagi yang melakukan cacian dan kejian pada orang lain, sedangkan mereka sendiri miskin? 82 Juz Amma SURAH AL-‘ASR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 A®M±H‹çI¹Gš GãQ郱MœIîMZ RwIý (1) I®M³G·MšOZ Gy ( ) IÍQƒG©I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšZG êM+ ý 3 I®M¤ƒR³šO£I… CZMÂG' ZGÂG†Gy INÝG©MšO£I… CZMÂG' ZGÂG†Gy ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan KERUGIAN. Kecualilah mereka yang BERIMAN, dan BERAMAL SOLEH. Dan berperanan BERPESAN-PESAN di kalangan mereka dengan KEBENARAN dan dengan KESABARAN. 83 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-‘ASR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. I®M³G·MšOZ Gy Demi Masa! A®M±H‹çI¹Gš GãQ郱MœIîMZ RwIý Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan KERUGIAN. IÍQƒG©I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšZG êM+ ý Kecualilah mereka yang BERIMAN, dan BERAMAL SOLEH. I®M¤ƒR³šO£I… CZMÂG'ZGÂG†Gy INÝG©MšO£I… CZMÂG'ZGÂG†Gy Dan berperanan BERPESAN-PESAN di kalangan mereka dengan KEBENARAN dan dengan KESABARAN. 84 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini memperlihatkan kepada kita tentang matlamat hidup manusia muslim dalam semua masa, dalam semua zaman, dalam semua laluan hidupnya, di mana hanya SATU JALAN sahaja yang boleh memberi keuntungan kepadanya iaitu jalan Beriman, Beramal Soleh dan Berkomunikasi Sesama Manusia, dengan bimbingan Kebenaran dan bimbingan Kesabaran. Mereka yang tidak mengikut matlamat hidup ini akan Kerugian dalam semua zaman dan masa, dunia dan Akhirat. Inilah komitmen Islam pada penganutnya. Tafsiran Surah: I®M³G·MšOZ Gy Demi waktu ‘Asar, demi masa yang terus berlalu. Iaitu Allah yang mahu menekankan kepentingan masa atau kepentingan waktu ‘Asar kepada manusia, telah bersumpah dengan waktu yang penting itu. Ini sama saja sumpahan Allah dengan waktu Fajr kerana kepentingan waktu-waktu ini pada manusia. Apa ada pada waktu ‘Asar? 1. Ia merupakan waktu pertengahan di waktu siang hari, di antara waktu zohor dan waktu Maghrib. Bererti waktu yang memperlihatkan konsep pertengahan, tidak kiri dan kanan, atau tidak ekstrim. 2. Ia merupakan ‘Asar (waktu) yang melahirkan nabi yang terbaik, umat yang terbaik, dan kitab yang terbaik kepada umat Muhammad. 3. I Allah telah bersumpah dengan waktu Fajr (®M¨G¹MšOZ Gy), Allah juga pernah bersumpah dengan waktu Dhuha (çQ©S´šZGy), dan Allah juga pernah bersumpah dengan waktu ‘Asyiyyi (INçƒI²G·MšOZ Gy) iaitu waktu di antara tergelincirnya matahari hingga waktu Maghrib, termasuk bersumpah dengan malam, matahari, bulan dan bintang. Maka Allah mengakhiri sumpah yang menyeluruh dengan sumpahan Nya atas nama waktu ‘Asar. Jelaslah betapa pentingnya waktu dan masa ini kepada Allah untuk dihayati oleh manusia semua. 85 Juz Amma 4. Waktu ‘Asar paling sukar untuk kita solat kerana ianya di akhir siang dan penuh dengan aktiviti. Dalam sebuah Hadith, mafhumnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat ‘Asar maka dia memotong rezeki dirinya dan keluarganya dan ditakuti akan kehilangan mereka darinya”. Mengikut tafsiran dari Syed Qutub, gambaran waktu ‘Asar ini adalah meliputi semua masa, semua bulan, semua tahun, semua perjalanan hidup, semua zaman dan semua keadaan di mana Allah telah menetapkan SATU ketetapan yang boleh manusia melepaskan dirinya dari KERUGIAN, di mana selain dari jalan itu semuanya akan rugi, baik di dunia ini mahu pun di Akhirat nanti. Satu JALAN ini meliputi 3 perkataan iaitu IMAN, AMAL SOLEH dan BERKOMUNIKASI DENGAN YANG LAIN DENGAN MENYURUH BERSABAR dan BENAR. A®M±H‹çI¹Gš GãQ郱MœIîMZ RwIý Sesungguhnya semua manusia itu telah berada, sedang berada dan akan berada dalam KERUGIAN. Kerugian apa? Pentafsir menyatakan kerugian terbesar ialah kerugian diri seseorang itu, umurnya di dunia ini yang menjadi sia-sia, dan yang penting ialah besarnya dosanya, yang akan memakan nikmat Allah ke atasnya, bukan sahaja di dunia ini, tetapi menjangkau selepas dia mati. Mungkin matinya seperti bangkai, dan berlainan dengan bangkai kerana manusia itu akan dihisab atas amalannya nanti di Akhirat. Rugi… rugi… dan rugi... Persoalannya, APAKAH satu-satu jalan yang boleh melepaskan dirinya dari kerugian besar ini? CZÂHÀG›ZGY GãñIRšZG êM+ ý Kecualilah orang-orang yang BERIMAN pada Allah. Apa itu iman? Ia adalah konsep ‘perhubungan’ sejati bagi manusia yang wujud dan akan binasa setelah melalui masa DENGAN Al-Haq, yang telah menciptanya dan yang kekal. Hubungan inilah yang akan menggabungkan rohnya dengan DIA (Allah) dalam semua masa, keadaan hidup dan selepas mati. Penggabungan melalui kepercayaan kuat ini akan meletakkan manusia ini di satu maqam yang mulia. 86 Juz Amma Kesan dari iman ini akan menjadikan manusia itu melihat orang lain dengan sama rata, dan akibatnya akan terjauhlah gejala menindas, mengkhianati dan mencengkam sesama makhluk. Pada yang beriman, KUASA Allah adalah kuasa mutlak, bukan hanya di atas muka bumi sepanjang hidup ini saja, malah meliputi hari Akhirat, di mana pada hari itu HANYA Allah yang berkuasa. Iman yang menekankan prinsip ‘Iman di dunia dan di Akhirat’ akan mewarnakan seseorang itu dengan taqwa dan menjadikan HANYA Allah sebagai Tuhan sembahannya. IMAN adalah pokok pada kehidupan ini. Dari iman itu akan terpancarlah cabang-cabang kebaikan dan ia akan menyemarakkan hasil buahnya dalam semua aspek kehidupan ini di dunia dan di Akhirat. Tanpa iman dan cabang-cabangnya itu, maka cacatlah hidup ini dan manusia akan terpesong ke arah Syaitan yang membisikkan kejahatan (Pendapat Syed Qutub). IÍQƒG©I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy Dan beramal soleh (dalam hidup dunianya). Apa itu amal soleh? Ia adalah satu sistem beramal yang meliputi semua amalan yang berbagai, yang membawa kepada satu keadaan kerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Keadaan kerjasama dan bantu membantu ini akan bergerak mengikut jalan yang satu, harakah yang satu dan matlamat yang satu. Ini bererti amalan ini mestilah bersandarkan kepada IMAN tadi. Iman tadi pula, membawa kita kepada Allah, di mana keseluruhan kerjasama, matlamat, jalan dan amal akan berbalik kepada Allah. Jika konsep ini terputus dari amalan kita, maka ianya terputus dari hakikat makna amal soleh itu sendiri. Alam orang yang beriman dan beramal soleh ialah alam yang meluas, meliputi segala-galanya, menghulur, mengangkat ke atas, cantik serta mewarisi ciri-ciri kebahagiaan. Alam amal orang yang tidak beriman ialah mengecil, hina, rapuh, tiada keikhlasan, hancur dan celaka. Inilah dia kerugian sebenar yang menghantui hidupnya di dunia. Di Akhirat pula amalan ini tidak memberi apa-apa pulangan kepadanya. Sekali lagi berlakulah kerugian padanya. 87 Juz Amma I®M¤ƒR³šO£I… CZMÂG' ZGÂG†Gy INÝG©MšO£I… CZMÂG' ZGÂG†Gy Dan sentiasa berwasiat (berkomunikasi di antara satu sama lain) dengan nasihat-nasihat yang BENAR dan SABAR. Berwasiat di antara satu sama lain dalam masyarakat dengan perkataan yang BENAR, dan memberi nasihat supaya bersabar, secara positif, apabila menghadapi masalah. Syed Qutub sekali lagi menyatakan bahawa inilah konsep yang sepatutnya menjadi pegangan umat Islam. Iaitu konsep mendakwah manusia lain dengan kebenaran iman dan amal ke arah satu matlamat masyarakat penyayang, yang berteraskan iman dan amal soleh. Nasihat-menasihati dengan KEBENARAN adalah satu keperluan. Ia melibatkan kita berhadapan dengan hawa nafsu, kezaliman, adat resam dan budaya, dan lain-lain cabaran. Nasihat-menasihati dengan kebenaran ini akan meniupkan semangat ke arah kekeluargaan, keislaman, kebaikan serta kebajikan sejagat. Ini akan memperkasakan diri ke arah kebenaran dan semua orang akan tunduk pada kehendak kebenaran itu. Nasihat-menasihati dengan KESABARAN ialah supaya setiap orang itu bersabar dalam menempuh cabaran hidup, dan ke arah iman dan amal soleh. Ini sangat penting dalam memberi impak pada masyarakat supaya sembuh dari sakit ‘tidak beriman’, kepada jiwa yang beriman. Kesimpulan dan penghayatan: Surah pendek ini sangat besar ertinya kepada kita, kepada pembentukan satu masyarakat yang beriman, beramal soleh dan prihatin, dan dalam membentuk masyarakat itu ke arah kebenaran dan kesabaran yang positif. Lihatlah sendiri betapa mereka yang tiada iman, yang tidak mahu melakukan amal soleh sebagai rutin hidupnya, akan merasa jauh dari kebenaran dan terpaksa menanggung siksa-pahit dalam hidup, di dunia ini lagi. Sebenarnya kita boleh merasai adanya KERUGIAN yang membelenggu kita dalam hidup ini andai kata kita jauh dari iman, jauh dari amal soleh dan tidak prihatin kepada yang memerlukan. Alam Akhirat masih jauh untuk kita teliti, TETAPI jika inilah hakikatnya di dunia, maka bayangkanlah tiada berkatnya kita yang jauh dari iman dan amal soleh ini untuk mengecap Syurga Allah. Itulah hakikat KERUGIAN yang kita bakal alami. Allahu A’lam. 88 Juz Amma SURAH AT-TAKATHUR Diturunkan di Mekah : 8 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 G®I…£GºG¿MšOZ HâH†MeHf QçR¥GŠ (1) H®H‡£G¼R¥šOZ HâH¼QƒGÁMšG} ( ) 4 GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" RëG˜ RâH‡ (3) GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" RëG˜ ( ) 6 GâÃI©G¨Mš RwHyG®G¥Gš (5) IãÃIºGÃMšOZ GâM¾I“ GwÂH¿G¾ƒM·G†MÂGš RëG˜ ( ) 8 IâÃI·RÀšZ IãG“ AIËG› MÂGñ RãH¾G˃M±H¥Gš RâH‡ (7) IãÃIºGÃMšZ GãMÃG“ £GÁRœHyG®G¥Gš RâH‡ ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Kamu semua lalai dan dilalaikan (daripada mengerjakan amal soleh), kerana kamu sering berlumba-lumba mencari sesuatu dengan sebanyak-banyaknya (termasuk hartabenda yang banyak, anak-pinak yang ramai, pangkat yang tinggi dan pengaruh yang meluas). Sehinggalah jasad kamu dibawa ke dalam kubur (mati). Jangan dan janganlah sekali-kali bersikap demikian! Kamu pasti akan mengetahui kelak akibatnya (amalan begitu sangat buruk bagi kamu setelah kamu mati). Sekali lagi diingatkan! Jangan dan jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu pasti akan merasai akibatnya pada hari Kiamat nanti! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui apa yang bakal kamu hadapi dari amal buruk itu, kamu pasti dengan yakin, akan meninggalkan perkara itu (dan cuba mengerjakan amalan soleh buat bekalan hari Akhirat nanti). Demi sesungguhnya! Ingatlah! Kamu akan pasti melihat sendiri Neraka yang menjulang apinya itu. Setelah itu, kamu sekali lagi, PASTI akan melihat Neraka tadi dengan mata kepala kamu secara yakin (dan merasainya semasa kamu dicampakkan ke dalamnya). Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan diungkit, ditanya tentang nikmat-nikmat yang telah kamu kecapi di dunia pada hari Akhirat nanti . 89 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AT-TAKATHUR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. H®H‡£G¼R¥šOZ HâH¼QƒGÁMšG} Kamu semua lalai dan dilalaikan (daripada mengerjakan amal soleh), kerana kamu sering berlumba-lumba mencari sesuatu dengan sebanyak-banyaknya (termasuk hartabenda yang banyak, anak-pinak yang ramai, pangkat yang tinggi dan pengaruh yang meluas). G®I…£GºG¿MšOZ HâH†MeHf QçR¥GŠ Sehinggalah jasad kamu dibawa ke dalam kubur (mati). GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" RëG˜ Jangan dan janganlah sekali-kali bersikap demikian! Kamu pasti akan mengetahui kelak akibatnya (amalan begitu sangat buruk bagi kamu setelah kamu mati). GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" RëG˜ RâH‡ Sekali lagi diingatkan! Jangan dan jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu pasti akan merasai akibatnya pada hari Kiamat nanti! IãÃIºGÃMšOZ GâM¾I“ GwÂH¿G¾ƒM·G†MÂGš RëG˜ Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui apa yang bakal kamu hadapi dari amal buruk itu, kamu pasti dengan yakin, akan meninggalkan perkara itu (dan cuba mengerjakan amalan soleh buat bekalan hari Akhirat nanti). 90 Juz Amma GâÃI©G¨Mš RwHyG®G¥Gš Demi sesungguhnya! Ingatlah! Kamu akan pasti melihat sendiri Neraka yang menjulang apinya itu. IãÃIºGÃMšZ GãMÃG“ £GÁRœHyG®G¥Gš RâH‡ Setelah itu, kamu sekali lagi, PASTI akan melihat Neraka tadi dengan mata kepala kamu secara yakin (dan merasainya semasa kamu dicampakkan ke dalamnya). IâÃI·RÀšZ IãG“ AIËG› MÂGñ RãH¾G˃M±H¥Gš RâH‡ Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan diungkit, ditanya tentang nikmat-nikmat yang telah kamu kecapi di dunia pada hari Akhirat nanti. Sinopsis Surah: Surah ini memperingatkan kumpulan manusia yang tamak mengumpul harta dunia, tamak dengan sifat mahukan sesuatu itu secara banyak-banyak: banyak harta, ramai anak-anak, tinggi pangkat dan meluas pengaruhnya, mungkin melalui cara yang tidak betul untuk menindas, menyombong dan berkuasa selama-lamanya. Teguran ialah kepada mereka dengan mengajak mereka ingatkan mati. Apabila kamu dimasukkan ke dalam kubur yang sempit itu, maka diperlihatkan betapa tidak baiknya amalan itu kepada kamu. Di Akhirat nanti, ianya sedikit pun tidak boleh menolong kamu dari dibakar oleh Neraka Jahim, malah bukan saja diperlihatkan, tetapi diberikan kamu rasa pedihnya api Neraka yang membakar itu, sehingga ianya menyakinkan mata kepala kamu yang sikap itu tidak baik dan harus ditinggalkan. Baliklah kepada mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang kamu kecapi selama ini dan berbuat solehlah dengan ikhlas di dunia, agar kamu akan terlepas dari segala seksaan ini. 91 Juz Amma Tafsiran Surah: H®H‡£G¼R¥šOZ HâH¼QƒGÁMšG} Kamu telah lalai dan dilalaikan oleh sikap kamu yang berlumba-lumba mendapatkan sesuatu itu ‘banyak-banyak’ (banyak harta, banyak kekayaan dunia, banyak anak-pinak, tinggi pangkat dan luas pengaruh). Inilah sifat tamak manusia, apabila dia bersikap mahukan sesuatu secara banyak-banyak, maka hatinya tertumpu kepada usaha mendapatkan yang banyak-banyak itu. Hati kita akan terlalai dari mengingati Allah, melakukan perkara-perkara wajib dan sunat, dari berilmu dan mengambil iktibar dari sesuatu yang baik, dan dari ketaatan kepada Allah. Ertinya, hatinya diselubungi keghairahan pada dunia semata-mata termasuklah merasai riak, bangga diri, berlagak dengan pengaruh dan apa-apa yang berkaitan dengan rasa ujub tersebut. Jika ini berlaku, maka hati tersebut lalai dan dilalaikan kerana sikap mencari harta secara banyak-banyak tersebut. Dicatitkan bahawa Bani Manaf dan Bani Sahm telah bermegah-megah, dan menunjuk-nunjuk di antara kedua-dua puak ini. Kata Bani Manaf: “Kami mempunyai ketua yang berkaliber, dan kumpulan kami agak ramai.”, dan dijawab oleh puak lain yang juga menunjukkan kemegahan mereka. Inilah sifat jahiliyah yang dicemuh Allah. G®I…£GºG¿MšOZ HâH†MeHf QçR¥GŠ Sehingga kamu semua masuk kubur (mati). Pentafsir Umum memberi dua pendapat: - Pendapat pertama dari pentafsir umum mengatakan bahawa kamu dibawa sebagai mayat di dalam kubur dan dipersoalkan. - Pendapat kedua pula menyatakan bahawa keinsafan ini akan timbul apabila kamu menziarahi kubur dan melihat kematian. Iaitu, mungkin sehingga menziarahi kubur pun mereka tidak merasai maut itu sebagai iktibar, tetapi mereka anggap mereka berbangga menziarahi kubur dengan memperlihatkan kesombongan mereka di sana. Mungkin dibuat secara besar-besaran, untuk memperlihatkan kemegahan orang yang mati itu dan hartanya yang banyak. 92 Juz Amma Pendapat Ismail Haqqi Ar-Rusawi: “Sepatutnya dengan menziarahi kubur atau melihat kematian dan perkuburan itu akan mendatangkan keinsafan untuk kita meninggalkan sikap berlumba-lumba mendapatkan harta kekayaan dan sikap bermegah-megah dengan kekayaan itu”. Begitulah pendapat sesetengah pentafsir. Kedua-dua pendapat ini seolah-olah bersetuju bahawa lalai dan dilalaikan oleh sesetengah ahli masyarakat itu tidak ke mana, tetapi ianya berakhir dengan MATI. Perasaan insaf harus wujud dan menonjol di dalam hati-hati kita. Jika sikap berlumba-lumba untuk mendapatkan kekayaan atau sesuatu itu dengan banyak menjadi pegangan masyarakat, maka masyarakat itu akan lebih kepada dunia dan kenikmatan dunia sahaja. Yang pasti, kita lalai pada Allah dan kita mewujudkan masyarakat material yang akan berbalik pada Jahiliyah. Perjuangan Rasulullah di awal Islam ialah untuk memberi tiupan keinsafan ke dalam hati-hati manusia agar lebih menstabilkan sikap tamak dunia, dengan iman dan amal, bagi membuahkan satu masyarakat yang harmoni. RëG˜ - Jangan sekali-kali bersikap demikian! Jangan sekali-kali melibatkan diri kamu dalam situasi begini, atau janganlah kamu sangka seseorang yang berlumba-lumba mendapatkan sebanyak-banyak harta kekayaan di dunia ini akan LEBIH ISTIMEWA, kerana banyak kawan-kawannya, dihormati keturunannya, bebas berbuat apa saja dan akan disembah walaupun dia membanggakan diri. Orang yang berakal sepatutnya menolak perkara sebegini. Malangnya perkara begini berleluasa dan digemari ramai. Contohnya: gelaran Tan Sri, Datuk, Dato’ Sri, Profesor, Doktor, Al-Haj, Al-Hafiz, dan sebagainya, memperlihatkan kekayaan, pengaruh dan maqam dalam masyarakat kita. GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" Kamu pasti akan mengetahui (keburukan-keburukannya) nanti (apabila kamu mati). Kamu akan memutuskan sikap ini sebagai perlakuan yang salah dan kamu sekurang-kurangnya telah lebih mementingkan dunia dari Allah dan berlumba-lumba untuk dunia bagi mencapai sesuatu itu sebanyak-banyaknya. Apa bekalan kamu? Bolehkah semuanya itu menghalang diri kamu dari mati, dari seksaan kubur, dari azab Allah atas kesombongan kamu itu? Dari kesusahan di Mahsyar? 93 Juz Amma Ayat ini seolah-olah memberi gambaran pada minda kita supaya takutkan Allah dari akibat dari kelalaian yang telah menimpa diri kita ini! Al-Hasan pernah berkata: “Kekayaan kamu yang banyak itu sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan, KECUALI kepada yang lalai. Sesungguhnya, kamu akan dimatikan ‘berseorangan’, dibangkitkan kemudian pun ‘berseorangan’, dan dihisabkan pun secara ‘berseorangan’. Inilah dia yang bakal kamu lihat setelah kamu mati nanti”. GwÂH¿G¾ƒM·G† GpMÂG" RëG˜ RâH‡ Sekali lagi (ingatkanlah baik-baik), jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu PASTI akan dapat mengetahui/merasai (akibat buruk kesan dari sikap kamu di atas itu apabila menjelang hari Kiamat)! Ini bererti, kali kedua Allah memperingatkan kita supaya jangan bersikap berlumba-lumba mendapatkan harta dengan niat di atas dan berbangga dengannya sehingga kita lalai dari mengingati Allah. Setelah mati, kamu akan tahu akibatnya, dan kamu pasti akan DAPAT MELIHAT DAN MERASAINYA apabila disoal oleh Mungkar dan Nakir di dalam kubur, apabila kamu dibangkitkan semula dan berada di Mahsyar, apabila nama kamu di panggil dan apabila kamu ditentukan ke Syurga atau ke Neraka! Inilah dia perkara-perkara yang akan kamu tahu dan rasa, di mana persoalannya nanti, apakah kebanggaan kamu atas harta yang banyak, anak yang ramai dan pangkat yang tinggi tadi dapat membantu kamu? Fikir-fikirkanlah! Secara psikologi, Allah mengheret kita, dari pemberitahuan, kepada masuk ke dalam minda, dan sekarang memberi kita rasa akibat sikap itu, AGAR kita tidak terjerat menjadi orang yang lalai. IãÃIºGÃMšOZ GâM¾I“ GwÂH¿G¾ƒM·G†MÂGš RëG˜ Demi sesungguhnya, jika kamu mengetahui malapetakanya nanti dengan pengetahuan penuh yakin, (TENTULAH kamu akan berlumba-lumba mengerjakan perkara-perkara yang membekalkan kamu untuk hari Akhirat kamu itu). Inilah peringatan terakhir mengenai sikap buruk mengumpulkan harta banyak-banyak dan lalai pada Allah dan dari mengingati Nya. Ini bererti, jika kita telah memastikannya dengan satu keyakinan melihatnya dengan mata kepala kita, maka adalah BODOH jika kita terus mengumpulkan harta banyak-banyak dan berbangga dengannya. Kumpulkanlah 94 Juz Amma sebanyak-banyaknya bekalan kamu untuk menghadapi hari Akhirat kamu itu. Bagaimana boleh kita menjadi YAKIN atas balasan buruk itu? Dengan melihat Akhirat dan semua persediaannya untuk orang-orang jenis ini. GâÃI©G¨Mš RwHyG®G¥Gš Ingatlah, demi sesungguhnya, kamu semua akan diperlihatkan Neraka Jahim, yang apinya marak menjulang tinggi. Inilah akhirnya yang membuahkan keyakinan kamu tentang seksaan yang disediakan Allah, kamu bakal melihat dengan mata kepala kamu sendiri. Melihat bererti meyakini. Ayat ini sedikit sebanyak memberi kita merasai kesan Neraka Jahim yang disediakan untuk pengumpul harta dunia yang berbangga dengannya, untuk kita yakin. Kita boleh merasai sambaran api Neraka itu jika kita bersikap dengan sikap lalai tersebut. Ini memberikan kita suatu keyakinan yang meyakinkan. Lihat saja ayat berikut untuk Allah lonjakkan keyakinan pada kita sekali lagi: IãÃIºGÃMšZ GãMÃG“ £GÁRœHyG®G¥Gš RâH‡ Setelah itu, demi sesungguhnya, kamu semua (Wahai orang-orang yang bersikap demikian) akan melihat Neraka Jahim itu dengan mata kepala kamu (serta merasainya) dan ianya meyakinkan kamu (iaitu sewaktu kamu di lemparkan ke dalamnya di Akhirat nanti, malangnya sudah terlambat). Inilah rasa keyakinan yang dikehendaki oleh Allah kepada pengamal sombong ini. Kita hampir merasai panasnya Neraka Jahim itu. Inilah janji Allah kepada orang-orang yang lalai dan dilalaikan, menjadi anjing dunia yang membaham sebanyak-banyaknya untuk diri sendiri dan berbangga, menjadi perosak masyarakat, jauh dari Allah dan lalai untuk mengingati Nya. Orang-orang ini mungkin tidak bersyukur atas nikmat-nikmat Allah tadi, entah bagaimana dia mendapatkannya: dari rasuah, dari penindasan? Dan bagaimana pula dia membelanjakannya, ke arah maksiat atau ke arah mendapat pengaruh? Atau .…. atau ….. Di Akhirat nanti Allah akan mempersoalkan dia tentang segala nikmat itu. Firman Allah: IâÃI·RÀšZ IãG“ AIËG› MÂGñ RãH¾G˃M±H¥Gš RâH‡ Selain dari itu, kamu semua akan ditanya pada hari Akhirat, tentang segala-gala yang kamu kumpulkan itu, iaitu dari nikmat-nikmat Allah. 95 Juz Amma Iaitu Allah akan bertanya kepada si pengumpul harta-harta ini tentang harta tersebut. Ini berlaku sewaktu di Mahsyar sebelum dia dilemparkan ke dalam Neraka. Mungkin soalan-soalan yang bersangkut-paut dengan harta-harta tersebut adalah seperti: “Bagaimana kamu mendapatkannya? Dari sumber mana? Penindasan atau rasuah? Bagaimana ia dibelanjakan: ke jalan maksiat atau ke jalan memperkasakan pengaruh kamu di dunia? Pernahkah kamu bersyukur kerana mendapat sebanyak-banyak harta tersebut? Atau kamu kufur yang harta-harta itu kurniaan Allah bagi tujuan amal soleh? Atau….. atau…….” Jadi jawablah dihadapan Allah tentang peranan kamu itu. Pendapat Syed Qutub: Surah ini mempunyai misi untuk memperbaiki sikap manusia agar tidak tamak, dalam perjalanan hidup mereka. Jika tamak mengumpul harta dunia, pasti dia akan lalai tentang kematian dan kubur, serta Akhirat. Masyarakat akan porak-peranda jika individu masyarakat itu bersikap demikian. Surah ini menyeru orang-orang yang lalai supaya bangun memperbaiki diri, menginsafi bahawa harta yang dikejar tidak ke mana akhirnya. Carilah harta tetapi berpeganglah untuk bekalan Akhirat kita. Maka terjadilah amal soleh kerana Allah dalam masyarakat itu. Itulah dasar Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah. Mengingati mati serta dosa-dosa kita yang lalu dan melihat alam kubur dengan minda kita, adalah jalan baik untuk mengelakkan diri dari kelalaian. Melihat dan merasa azab yang sebenarnya adalah sekali lagi sebagai ‘warning’ (amaran) untuk kita kembali kepada Allah. Inilah dia INZAR (yakni berusaha menumbuhkan kesedaran dan keinsafan agar menggunakan masa hidupnya untuk kebaikan dan menjauhi semua larangan) untuk kita insaf. Segala jenis rasa azab dimasukkan ke dalam minda kita agar kita bangun dan insaf, untuk dirasai dan dihayati, moga kita lebih mementingkan Allah dan Akhirat disamping berlumba-lumba mencari kekayaan di dunia ini. Segala yang kita kumpul itu akan ditanya tentang bagaimana kita membelanjakannya, mendapatkannya, bersyukurkah kita pada Allah yang menganugerahkannya pada kita. Inilah cara untuk kita menilai kembali usaha-usaha kita. Allahu a’lam. 96 Juz Amma SURAH AL-QAARI’AH Diturunkan di Mekah : 11 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 3 HæG“Ie£GºMšOZ £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (2) HæG“ Ie£GºMšOZ £G› (1) HæG“Ie£GºMšOZ ( ) 4 I]ÂG¦M¤¿G MšOZ IiZG®G¹MšO£G˜ Hh£RÀšOZ HwÂH¼Gñ GvMÂGñ ( ) 5 IiÂH¹MÀ¿G MšOZ IãMÁI·MšO£G˜ Hu£G¤I¨MšOZ HwÂH¼G†Gy ( ) 7 AæGÃIFZRe AæG²MÃI“ çI• GÂHÁG• (6) ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍG¾ƒHºG‡ MãG› £R›GÆG• ( ) 9 DæGñIy£G„ ôHäS› HÆG• (8) ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍR¹G‹ MãG›£R›G} Gy ( ) ( 11) = HæGÃI›£GŠ Ke£Gœ (10) MæGÃI„£G› GßQ‚Ge McG} £G›Gy MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. (Dengarlah! Akan muncul) Hari Yang Menggemparkan semua! Tahukah kamu apa dia ‘Hari Yang Menggemparkan’ itu? Dan apakah caranya yang engkau (Wahai Muhammad) untuk dapat mengetahui kedahsyatan ‘Hari Yang Menggemparkan’ itu? (Hari itu ialah hari Kiamat). Hari di mana manusia digambarkan menjadi seperti ‘kalkatu’ yang terbang berkeliaran! Dan gunung-ganang digambarkan seperti bulu atau kapas yang berterbangan ditiup angin. (Setelah selesai Kiamat itu beroperasi, maka manusia ditetapkan tempatnya menurut amalan masing-masing). Bagi mereka yang BERAT timbangan amal baiknya, maka mereka ditetapkan berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Bagi mereka yang) RINGAN timbangan amal baiknya, maka tempat yang ditetapkan kepadanya ialah ‘HAAWIYAH’. Apakah agaknya dalam pengetahuan Mu (wahai Muhammad) akan Haawiyah itu? Ia adalah api Neraka yang panas membakar! 97 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-QAARI’AH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠ®R šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. HæG“Ie£GºMšOZ (Dengarlah! Akan muncul) Hari Yang Menggemparkan semua! HæG“Ie£GºMšOZ £G› Tahukah kamu apa dia ‘Hari Yang Menggemparkan’ itu? HæG“Ie£GºMšOZ £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan apakah caranya yang engkau (Wahai Muhammad) untuk dapat mengetahui kedahsyatan ‘Hari Yang Menggemparkan’ itu? I]ÂG¦M¤¿G MšOZ IiZG®G¹MšO£G˜ Hh£RÀšOZ HwÂH¼Gñ GvMÂGñ (Hari itu ialah hari Kiamat). Hari di mana manusia digambarkan menjadi seperti ‘kalkatu’ yang terbang berkeliaran! IiÂH¹MÀ¿G MšOZ IãMÁI·MšO£G˜ Hu£G¤I¨MšOZ HwÂH¼G†Gy Dan gunung-ganang digambarkan seperti bulu Atau kapas yang berterbangan ditiup angin. ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍG¾ƒHºG‡ MãG› £R›GÆG• (Setelah selesai Kiamat itu beroperasi, maka manusia ditetapkan tempatnya menurut amalan masing-masing). Bagi mereka yang BERAT timbangan amal baiknya, 98 Juz Amma AæGÃIFZRe AæG²MÃI“ çI• GÂHÁG• maka mereka ditetapkan berada dalam kehidupan yang senang lenang. ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍR¹G‹ MãG›£R›G} Gy (Bagi mereka yang) RINGAN timbangan amal baiknya, DæGñIy£G„ ôHäS› HÆG• maka tempat yang ditetapkan kepadanya ialah ‘HAAWIYAH’. MæGÃI„£G› GßQ‚Ge McG} £G›Gy Apakah agaknya dalam pengetahuan Mu (wahai Muhammad) akan Haawiyah itu? = æH GÃI›£GŠ Ke£Gœ Ia adalah api Neraka yang panas membakar! 99 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini memperlihatkan: 1. Keadaan manusia dengan amal baik dan amal jahatnya di hari Kiamat. 2. Bukit-bukau yang besar terbungkus dan berterbangan seperti bulu yang ditiup angin. 3. Manusia melarikan diri tidak tentu hala seperti kalkatu yang terbang berkeliaran. 4. Yang melakukan amal baik di dunia ini, dikatakan sebagai berat timbangan amal baiknya, akan senang-lenang di bawah rahmat Allah. 5. Yang bakhil dan kedekut untuk beramal baik, dikatakan sebagai ringan timbangan amal baiknya, akan dihumban ke dalam Neraka. Manusia harus ingat bahawa mereka adalah terlalu hina dan dina di hadapan Allah. Di manakah nanti kesombongan manusia yang tidak mahu berbakti pada yang lain dalam amal mereka? Bolehkah mereka lari dari maut? Hari Kiamat menjelma dan nilainya kepada manusia ialah Amal Soleh mereka. Inilah dia peristiwa-peristiwa menggemparkan yang bakal disaksikan oleh manusia. Tafsiran Surah: HæG“Ie£GºMšOZ Akibat gegaran besar dan terdengar dentuman yang kuat dan menggerunkan hati, ianya satu kejadian alam yang dahsyat dan ianya dikaitkan dengan hari Kiamat sewaktu tiupan pertama Israfil. Dinamakan Al-Qaari’ah kerana ia mengetuk kuat hati sekelian makhluk, memberi pendengaran dengan rasa cemas dan takut serta huru-hara, berlakunya keretakan dan terkeluarnya isi perut bumi, dan gegaran yang berterusan yang memusnahkan apa saja yang berdiri dan memecahkan apa saja yang terdampar. Sesungguhnya ianya satu peristiwa yang amat menggemparkan. 100 Juz Amma HæG“Ie£GºMšOZ £G› Tau tak apa itu Al-Qaari’ah? Atau: Nak tau tak apa dia Al-Qaari’ah yang dahsyat itu? Dalam perbandingan lain, katakanlah kita pernah melihat proses tsunami dan dahsyatnya ia membelah bumi dan mengheret yang bernyawa mati dalam sekelip mata, kita tanya tau tak apa itu tsunami? Membunuh! Kan? Soalan sebegini akan melahirkan rasa gerun dan takut. Inilah gambaran hari Kiamat setelah tiupan Israfil yang pertama untuk satu proses penamatan umur dunia ini. Dalam Al-Qur’an terdapat banyak ungkapan-ungkapan seperti besar), HæR‹P£R³šOZ tetap berlaku), IæGÃI²Q郸MšOZ (hari bencana Hæ–R P飩MšOZ (saat yang (hari Kiamat yang huru-hara), Iq£GºI²MœIîM OZ (hari datangnya jeritan yang kuat), (berlakunya belahan bumi), Ie£GµI¹MœIîM OZ IæG¿QéƒÃIºMšOZ , HæR›P£RµšOZ I®MñIÂM¼R¥šOZ (apabila matahari menghilang), (ketika langit memecah) dan lain-lain ungkapan yang sinonim dengan Al-Qaari’ah. ؟ HæG“Ie£GºMšOZ £G› GßQ‚Ge McG} £G›Gy Dan dari mana pengetahuan engkau sehingga dapat engkau mengetahui tentang dahsyatnya hari yang menggemparkan itu? Jika kita yang telah dapat melihatkan kemusnahan berlaku dari gempabumi, tsunami, puting-beliung, ledakan gunung berapi dan keadaan bagaimana berteriaknya manusia yang terperangkap di waktu itu, dan mayat-mayat yang terkubur, dari teknologi video, maka gambaran ini menjadi pengetahuan kita untuk memahami Al-Qaari’ah itu. Itu pun ia hanya berlaku dalam kadar setempat. Bayangkanlah jika ia berlaku serentak di seluruh dunia. Persoalan yang kita akan tanya ialah: “Akan berlakukah semuanya ini?”. Jawablah dengan yakin: “YA!!!..”. Ia akan pasti berlaku dan semuanya akan mati, maka bermulalah alam Akhirat. 101 Juz Amma Gambaran seterusnya ialah: I]ÂG¦M¤¿G MšOZ IiZG®G¹MšO£G˜ Hh£RÀšOZ HwÂH¼Gñ GvMÂGñ IiÂH¹MÀ¿G MšOZ IãMÁI·MšO£G˜ Hu£G¤I¨MšOZ HwÂH¼G†Gy Pada hari itu manusia-manusia digambarkan sebagai kalkatu yang berterbangan berkeliaran tidak tentu arah, manakala gunung-ganang yang kukuh itu pun terbungkus dan berterbangan seperti bulu-bulu ayam yang terbang ditiup angin. Kita pernah melihat deruan ombak laut seperti bukit, menghempas daratan dan menghancurkan apa saja dihadapannya dalam video yang dirakamkan oleh teknologi moden. Kita juga pernah menyaksikan bagaimana gunung berapi memuntahkan laharnya, melahirkan asap yang tebal, membakar dan membunuh apa saja dihadapannya dan menghalang pergerakan kapalterbang yang melalui ruang udara. Tidakkah gambaran ini jauh lebih dahsyat dan ianya PASTI berlaku. Lihatlah saja keadaan manusia ketika itu! Bertempiaran lari tanpa arah untuk cuba menyelamatkan diri. Malangnya, mereka semua akan mati dan Kiamat akan bermula! Pilu rasa hati lagi amat menggemparkan. Setelah semuanya itu, manusia akan dihisab pula atas amalan masing-masing. AæGÃIFZRe AæG²MÃI“ çI• GÂHÁG• ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍG¾ƒHºG‡ MãG› £R›GÆG• (Manusia akan ditentukan tempat mereka menurut amalan masing-masing) Maka bagi mereka yang mempunyai berat timbangan atas amal soleh mereka, akan ditetapkan tempat mereka dalam kehidupan yang senang-lenang yang diredhai Allah. Maknanya apabila proses HISAB berlaku, rupa-rupanya amal baiknya seseorang itu menjadi tumpuan. Yang banyak berbakti pada Allah, pada manusia dan pada dirinya, akan beratlah timbangannya itu dan mereka ini akan ditempatkan dalam satu keadaan hidup yang senang-lenang dan diredai Allah. Maksudnya bekalkanlah diri anda dengan amal baik di dunia ini untuk memberatkan timbangan amal baik kita di hari Hisab. Manakala untuk si bakhil yang tiada amal soleh, yang segala amal baiknya telah ditelan oleh amal jahatnya, maka tempat baginya ialah di dalam api Neraka yang membakar. 102 Juz Amma Konsep Amal Baik Yang BERAT Beratnya timbangan itu melibatkan amalan manusia yang ada nilainya dan kewajarannya di sisi Allah, atau pun, jumlah timbangan semua amalan-amalan manusia itu dan beratnya itu lebih mirip ke arah ‘timbangan yang berat kerana Al-Haq’. Iaitu, amalan yang diredhai Allah itu BERAT, dan amalan yang BATIL itu adalah ringan. Ibnu Abbas pernah berkata: “Timbangan Allah di hari Mahsyar itu mempunyai lidah dan tangan-tangannya. Hanya akan menimbang semua amalan-amalan kita di dunia ini, demi untuk menjelaskan amalan-amalan yang wajar dan berbentuk ibadah, yang telah dijanjikan Allah kepada manusia untuk mereka lakukannya. Semua amalan-amalan ini akan dibukukan dalam buku-buku (suhuf) yang diedarkan kepada setiap kita, dan rupa buku itu cantik jika ia menggambarkan banyaknya amalan baik di dalamnya, dan buruk jika ia menggambarkan banyak amalan yang tidak wajar dan BATIL di dalamnya”. Konsep RINGAN nya amalan itu ialah amalan hasanah di dalamnya kurang berbanding dengan amalan jahatnya, yakni amalan jahatnya mengatasi amalan hasanahnya. Ibnu Mas’ud ra pernah berkata: “Manusia akan dihisab di hari Kiamat dan bagi sesiapa yang amal hasanahnya lebih besar satu darjah dari amal jahatnya, maka tempatnya adalah dalam Syurga Allah. Manakala, jika terdapat satu darjah lebih besar amalan jahatnya berbanding amalan hasanahnya maka dia dicampakkan ke dalam Neraka Allah”. DæGñIy£G„ ôHäS› HÆG• ôHäHÀMñIf QéƒG› MÍR¹G‹ MãG›£R›G} Gy Sebaliknya, orang yang RINGAN timbangan amal baiknya, maka tempat yang disediakan ialah HAAWIYAH. Ini bermakna orang yang ringan timbangannya lebih banyak amal-amal BATIL yang dicatitkan dalam hidupnya di dunia, maka janji Allah, mereka ini akan dicampak ke dalam Neraka yang bernama Haawiyah dan apabila dia dicampakkan ke dalamnya, kepalanya akan menjunam dan otaknya akan berkecai dimakan api. 103 Juz Amma Ibnu Abbas, ‘Akramah, Abi Soleh dan Qatadah berkata: “Kepala mereka akan menjunam ke dalam Neraka itu”. = HæGÃI›£GŠ Ke£Gœ ؟æM GÃI„£G› GßQ‚Ge McG} £G›Gy Apa yang kamu tahu tentang Hawiyyyah itu? Haawiyah itu ialah Api Yang Sangat Panas Membakar! Api Neraka di Akhirat adalah 70 kali ganda lebih panas dari api yang kita gunakan di dunia ini. Haawiyah pula ialah api Neraka yang hitamnya lebih hitam dari warna asap dan yang membakar otak manusia dengan sekelip mata sahaja. Kesimpulan: Surah ini menggegarkan minda kita dengan gambaran tentang kehancuran dunia dengan pekikan suara kuat yang memecahkan semua bumi ini. Tidak terkecuali, semuanya akan kembali kepada Allah di Mahsyar untuk di‘HISAB’kan segala amalannya. Amalan baik akan menjadi perhitungan yang dapat membawa seseorang manusia kepada keredhaan Allah dan menempatkannya di dalam Syurga. Malangnya, jika amalan kita lebih menjurus kepada amalan-amalan yang tidak diredhai Allah, Neraka Haawiyahlah menjadi tempat tinggal kita. Kita masih punya masa untuk menggandakan amal baik kita sebelum kita dimatikan. Maka berlumba-lumbalah mencari amal baik itu untuk memberatkan timbangan kita di Mahsyar kelak, agar terlepaslah kita dari kongkongan Haawiyah. Allahu a’lam. 104 Juz Amma SURAH AL-‘AADIYAAT Diturunkan di Mekah : 11 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 £@ŠM¬G– IÍQéƒñIeÂH¿MšO£G• (1) £@©M¤GF IÍQéƒñ I¬Q郷MšOZ Gy ( ) 4 £@·MºGœ õIäI… GwM®G‡GÆG• (3) £@©M¤H' I\Qé ®ÃI¸H¿MšO£G• ( ) 6 DcÂHÀG¼Gš õIäIN…G®Iš GãQ郱MœIîM OZ RwIý (5) £@·M¿G‰ õIäI… GãMµG"GÂG• ( ) (8) ( K¬ñI¬G²GšI®MÃGªMšOZ INÌH©Iš ôHäRœIýGy (7) D¬ÃIÁG²Gš GßIšQé d Qéç¾G“ ôHäRœIýGy 10) IeyH¬S³šOZ çI• £G› GáIN³HŠGy (9) IeÂH¤HºMšOZ çI• £G› G®I¦M·H… ZGdIý HâG¾ƒM·Gñ GëG•G} ( MAFHUMNYA: 11) = H®ÃI¤GªRš AIËG›MÂGñ MâIÁI… âHÁR…Ge RwIý Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. “Demi KUDA PERANG (yang dilatih tubi) yang tangkas berlari dan kedengaran kencang nafasnya, serta mencetuskan api dari tapak kakinya (melalui latihan dan bimbingan terjadilah ia Kuda terlatih berperang). Dia meluru, menyerbu musuh pada waktu subuh, sehingga memperlihatkan kesan hamburan debu di udara pada waktu itu. Gempuran pada ketika itu mengejutkan musuh, dan dia akan berada di tengah-tengah kumpulan musuh itu (dengan kemenangan). Demi kegemilangan dan ketangkasan Kuda terlatih itu, sesungguhnya manusia pula pada dasarnya sangat TIDAK BERSYUKUR dengan nikmat anugerah Tuhannya. Dan sesungguhnya, segala nilai ini dapat dirasai dan disaksikan sendiri oleh manusia itu. Dan sesungguhnya manusia itu, sangat-sangat teruja dengan sayangkan harta dunia secara tamak. Soalannya: Patutkah manusia itu bersikap demikian? Tidakkah dia mahu sedar bahawa dia akan mati dan segala bawaannya akan dibongkarkan dalam alam kuburnya? Dan tidak mahukah dia sedar yang segala yang disembunyikan dalam dadanya akan didedahkan pada hari Mahsyar? Sesungguhnya Allah, Tuhan manusia-manusia ini Maha Mengetahui dengan meluasnya tentang balasan yang bakal diberi kepada mereka pada hari Kiamat nanti. 105 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-‘AADIYAAT IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. £@©M¤GF IÍQéƒñ I¬Q郷MšOZ Gy “Demi KUDA PERANG (yang dilatih tubi) yang tangkas berlari dan kedengaran kencang nafasnya, £@ŠM¬–G IÍQéƒñIeÂH¿MšO£G• serta mencetuskan api dari tapak kakinya (melalui latihan dan bimbingan terjadilah ia Kuda terlatih berperang). £@©M¤H' \ I Qé ®ÃI¸H¿MšO£G• Dia meluru, menyerbu musuh pada waktu subuh, £@·MºGœ õIäI… GwM®G‡GÆG• sehingga memperlihatkan kesan hamburan debu di udara pada waktu itu. £@·M¿G‰ õIäI… GãMµG"GÂG• Gempuran pada ketika itu mengejutkan musuh, dan dia akan berada di tengah-tengah kumpulan musuh itu (dengan kemenangan). DcÂHÀG¼Gš õIäIN…G®Iš GãQ郱MœIîM OZ RwIý Demi kegemilangan dan ketangkasan Kuda terlatih itu, sesungguhnya manusia pula pada dasarnya sangat TIDAK BERSYUKUR dengan nikmat anugerah Tuhannya. 106 Juz Amma D¬ÃIÁG²Gš GßIšQé d Qéç¾G“ ôHäRœIýGy Dan sesungguhnya, segala nilai ini dapat dirasai dan disaksikan sendiri oleh manusia itu. K¬ñI¬G²GšI®Mê G MšOZ INÌH©Iš ôHäRœIýGy Dan sesungguhnya manusia itu, sangat-sangat teruja dengan sayangkan harta dunia secara tamak. IeÂH¤HºMšOZ çI• £G› G®I¦M·H… ZGdIý HâG¾ƒM·Gñ GëG•G} Soalannya: Patutkah manusia itu bersikap demikian? Tidakkah dia mahu sedar bahawa dia akan mati dan segala bawaannya akan dibongkarkan dalam alam kuburnya? IeyH¬S³šOZ çI• £G› GáIN³HŠGy Dan tidak mahukah dia sedar yang segala yang disembunyikan dalam dadanya akan didedahkan pada hari Mahsyar? = H®ÃI¤GªRš AIËG›MÂGñ MâIÁI… âHÁR…Ge RwIý Sesungguhnya Allah, Tuhan manusia-manusia ini Maha Mengetahui dengan meluasnya tentang balasan yang bakal diberikan kepada mereka pada hari Kiamat nanti. 107 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini mengandungi 11 ayat di mana 5 ayat pertamanya adalah sumpah Allah, dengan memperkenalkan kuda perang. Ayat 6 hingga 8 pula menjelaskan sumpah itu untuk gerangan siapa. Sumpah itu untuk gerangan manusia yang bersifat tidak mahu mensyukuri nikmat-nikmat Allah, yang sedar ianya sifat yang buruk, yang tamak mengumpulkan harta dunia dan yang sudah lupa pada Allah dan iman. Ayat-ayat 9 hingga 11 pula memperlihatkan perlunya kesedaran akan adanya MATI, di mana segala-galanya akan dibongkar, isi hati manusia didedahkan dan balasan apakah yang sesuai buat golongan itu di hari Akhirat nanti. Titik pertemuan antara kuda dan manusia yang bersifat kufur dan mati, boleh kita rumuskan seperti berikut: Allah bersumpah dengan Kuda Perang, kuda yang dilatih (oleh jurulatih yang mahir dan berwibawa yang melahirkan seekor binatang yang tangkas dalam gerak-gerinya) untuk dibawa ke dalam peperangan bagi menegakkan ugama Allah. Ertinya, melatih sesuatu itu biarlah dengan penuh ketekunan sehingga melahirkan hasil yang terbaik. Itulah yang dikehendaki Allah sehingga Dia mengambil kuda jenis ini untuk bersumpah dengannya. Itu binatang! Ianya boleh diajar dan dilatih dengan baik. Bagaimana pula dengan manusia? Walau pun sudah diajar berulang-ulang kali, masih lagi memiliki 3 sifat buruk yang jijik iaitu: 1. 2. 3. bakhil, kufur dan tidak tahu berterima-kasih. mengetahui yang perangai itu buruk tetapi masih meminatinya. tamak, haloba dan monopoli. Inilah yang dijadikan perkara yang hendak dinyatakan oleh Allah tentang sifat-sifat jijik ini. Allah mahu mereka sedar kerana semuanya akan berakhir dengan MATI, yang mana semuanya akan terbongkar. Terbongkar sewaktu di dalam kubur, terbongkar sewaktu di Mahsyar dan terbongkar kerana Allah memiliki catitan tersembunyi perihal manusia-manusia yang kufur, untuk diberi balasan setimpal. 108 Juz Amma Tafsiran Surah: £@©M¤GF IÍQéƒñ I¬Q郷MšOZ Gy Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dan kedengaran kencang nafasnya. Allah menggunakan Kuda Perang yang terlatih itu sebagai alat sumpah Nya. Mesti ada hikmahnya. Allah kagum dengan binatang kuda ini dan menjelaskan dengan terperinci sifatnya itu untuk renungan manusia. Kuda ini disediakan untuk peperangan bagi menegakkan ugama Allah. Ketangkasan berlari, kekuatan serta nafasnya, menggambarkan ianya terlatih dan taat pada latihannya itu. Itulah yang dikehendaki untuk Islam. £@ŠM¬–G IÍQéƒñIeÂH¿MšO£G• Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Iaitu hasil hentakkan tumitnya sewaktu berlari di atas batu kelihatan seperti api. Begitulah tangkasnya kuda Sabiillillah itu. £@©M¤H' \ I Qé ®ÃI¸H¿MšO£G• Serta meluru, menyerbu dan menyerang musuhnya di waktu Subuh. Pergerakan senyap tentera Islam pada waktu malam adalah taktik perang yang berkesan untuk melakukan serangan mengejut dan dapat menawan musuh dengan lebih mudah. £@·MºGœ õIäI… GwM®G‡GÆG• Sehingga menghamburkan debu di udara pada waktu itu. Kesan larian kuda itu menyebabkan ruang udara waktu itu dipenuhi debu. £@·M¿G‰ õIäI… GãMµG"GÂG• Lalu menggempur ia ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. 109 Juz Amma Maknanya, kuda perang itu begitu hebat menggempur, sehingga tiba-tiba boleh berada di tengah-tengah kumpulan seteru, lalu mengalahkan mereka yang ketika itu berada di dalam kebingungan. Jadi, 5 ayat-ayat di atas yang menyaksikan kehebatan kuda perang yang dijadikan Allah dan sumpahannya boleh menarik minat manusia terhadap kuda dan latihan yang telah dibuat ke atasnya (sehingga ianya membanggakan). Di antara sifat-sifatnya: a) pantas b) hentakan tapak kakinya berapi c) menyerang di waktu subuh d) kesan lariannya pada debu yang berterbangan ke udara e) kuda dan penunggangnya berada di tengah-tengah kumpulan musuh dan sudah mematahkan kekuatan musuh. Inilah strategi peperangan yang diajar oleh Allah. Hakikatnya, kita manusia mestilah mempunyai jiwa bermatlamatkan masa hadapan, kemenangan dan ketaatan pada Allah, dan keprihatinan sesama manusia. DcÂHÀG¼Gš õIäIN…G®Iš GãQ郱MœIîM OZ RwIý Sesungguhnya Manusia sangat tidak bersyukur atas semua nikmat yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Inilah dia yang Allah sumpahkan sebagai benar, iaitu manusia pada prinsipnya tidak mensyukuri Rahmat Allah kepada mereka. Kufur, bersifat bakhil, selalu menuding jari pada Allah apabila mereka susah, dan lupa pada Allah atas nikmat-nikmat yang mereka kecapi selama ini. Inilah dia manusia yang tidak beriman, dan Allah bersumpah yang inilah tabiat mereka. D¬ÃIÁG²Gš GßIšQé d Qéç¾G“ ôHäRœIýGy Dan sesungguhnya di atas kebakhilan dan kekufuran mereka ini, mereka sedar dan tahu ianya buruk. Dalam erti kata lain, mereka tahu yang mereka tidak bersyukur, mereka tahu yang mereka tamak dan haloba, dan mereka menyaksikan sendiri semuanya itu tabiat manusia yang sangat menjijikkan. Di hari Akhirat nanti, mereka akan menyaksikan pembalasan semuanya tetapi ianya sudah terlambat untuk berpatah-balik. 110 Juz Amma K¬ñI¬G²GšI®Mê G MšOZ INÌH©Iš ôHäRœIýGy Dan sesunguhnya pada masa yang sama mereka ini sangat-sangat suka kepada mengumpul harta dunia secara tamak dan mahu sebanyak-banyaknya. Manusia pada asasnya adalah pencinta harta dunia, tamak sesudah mendapatkannya, dan dengan harta benda dunia inilah mereka perolehi pengaruh dan dalam pengaruh itu mereka menindas sesama manusia. Sifat dan sikap manusia yang ditonjolkan oleh Allah dalam 3 ayat di atas sebenarnya mengheret manusia itu ke arah NIFAQ dan MUNAFIQ. Mereka berpura-pura beriman, tetapi menyembunyikan sifat-sifat tersebut dalam dada mereka dan mengambil kesempatan dari iman itu bagi mendapatkan keuntungan harta dunia, khususnya sewaktu awal Islam, dari harta rampasan perang. Inilah fitrah manusia, tabiat buruk mereka yang kosong iman. Di antara kesan-kesannya ialah: a) b) c) d) e) hina di dunia lagi. mencari dan terus mencari. kecil sekali matlamat hidup mereka. sebanyak mana pun yang mereka kaut, ianya berakhir dengan mati. Insaflah! Umur terhad, tertakluk kepada hari Akhirat. Allah mencemuh mereka yang bersifat demikian dengan memberi pengajaran berikut jika mereka mahu berbalik pada Nya dan menginsafi diri untuk meninggalkan sifat-sifat tersebut dengan kekuatan iman. Firman Allah: IeÂH¤HºMšOZ çI• £G› G®I¦M·H… ZGdIý HâG¾ƒM·Gñ GëG•G} (Patutkah mereka terus bersikap demikian dan tidak mahukah mereka insaf?). Tidakkah mereka mengetahui apabila mereka mati dan di dalam kubur, semuanya ini akan terbongkar? Maknanya, jika mereka mati dan mati itu satu kepastian, mereka akan dikuburkan dan segala amal buruk mereka itu akan dipersoalkan, sekurang-kurangnya oleh Mungkar dan Nakir. Bagaimana mereka nak jawab semua pembongkaran ini? Di manakah mereka pada masa itu? Itu pun, mereka masih belum lagi dibawa ke Mahsyar untuk diperhalusi segala amal jahat mereka. 111 Juz Amma IeyH¬S³šOZ çI• £G› GáIN³HŠGy Dan segala yang terkumpul dalam catitan amalan mereka yang dipendamkan dalam dada, sekarang didedahkan. Diperhitungkan semula catitan amalan buruk mereka di Padang Mahsyar untuk mereka tahu segala amal jahat mereka, iaitu semua rahsia-rahsia yang telah mereka sembunyikan, termasuk nifaq mereka, maksiat mereka dan penindasan mereka, kepada bangsa manusia sewaktu di dunia. Di sini nanti mulalah mereka merasai semua kesalahan-kesalahan mereka selama di dunia dahulu, terperangkap dengan kelalaian mereka dan terbuku bingung atas keterlanjuran mereka itu. Sayangnya, semua perlakuan itu dalam ILMU Allah dan sama sekali tidak dapat disembunyikan di Akhirat nanti. = H®ÃI¤GªRš AIËG›MÂGñ MâIÁI… âHÁR…Ge RwIý Sesungguhnya Allah,Tuhan mereka, Maha Mengetahui dengan mendalam tentang balasan yang setimpal atas amalan mereka itu pada hari Akhirat. Pada hari Mahsyar, Allah akan mempersembahkan semua amalan-amalan buruk mereka itu dan Allah tahu balasan setimpal apakah yang perlu diberi kepada perosak-perosak masyarakat ini. Kesimpulan: Secara sinikal, Allah menarik perhatian pembaca surah ini kepada sifat dan kualiti seekor kuda perang yang diperincikan sifat-sifat uniknya untuk manusia berfikir. Di antaranya, menerima latihan yang betul dari pelatih yang berpengalaman, setia mengikut arahan tuannya dalam peperangan, bertindak tangkas dengan larian yang benar-benar boleh menyebabkan kemenangan dalam serangannya terhadap musuh. Sifat manusia yang tidak beriman atau yang beriman tetapi masih was-was, telah dijelaskan oleh Allah. Secara fitrahnya: bakhil, kufur nikmat, mencari dan menguasai semua harta dunia untuk kepentingan perutnya, dan semestinya, lalai dan kufur pada Allah. Kemanakah manusia itu dengan sifat-sifatnya ini? Mati dan Akhirat ialah jawapannya. Segala rahsia kerakusannya akan didedahkan di Akhirat dan dari alam kubur lagi. Pendedahan ini akan dirasai sebagai tidak baik kepadanya sendiri, tetapi malangnya sudah terlewat. Hanya Allah yang akan melaksanakan hukumnya ke atas individu itu. Jadi renungkanlah, fikirkanlah dan berimanlah dengan Allah dan di sana terdapat 1000 jalan untuk kita berbuat baik. Baik akan dibalas baik. Allahu a’lam. 112 Juz Amma SURAH AZ-ZALZALAH Diturunkan di Madinah : 8 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 £GÁGš£GºƒM‡G} HkMeGìM OZ IÍG‰G®M‹G} Gy (1) £GÁGšZG¯MšIf HkMeGìM OZ IÍGšI¯MšHf ZGdIý ( ) 4 £G„Ge£G¤M‹G} H]IN¬G©H† LIËG›MÂGñ (3) £GÁGš£G› HãQ郱MœIîM OZ Gu£G–Gy ( ) 5 £GÁGš QéçŠMyG} GßR…Ge RwGÆI… ( ) 6 MâHÁG¾Q郿M“G} CZ MyG®HÃINš £G†£G¥M&G} Hh£RÀšOZ HeH¬M³Gñ AIËG›MÂGñ ( ) 7 ôHHxG®Gñ Z@®MÃG‹ A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG¿G• ( ) 8 ôHHxG®Gñ ZU®G& A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG›Gy ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apabila bumi seluruhnya digegarkan dengan gegaran berterusan yang sedahsyat-dahsyatnya. Dan terlihat bumi itu mengeluarkan segala isi perutnya. Dan manusia-manusia yang menyaksikannya akan berkata: “Apakah yang sedang terjadi pada bumi ini?”. Pada hari itu, seolah-olah bumi itu menceritakan khabar beritanya. “Bahawa Tuhanmu Allah, telah memerintahkan bumi (untuk gegaran itu)”. Pada hari itu juga, manusia-manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka semua amal-amal mereka dan balasannya. Maka, sesiapa yang pernah berbuat kebajikan dan kebaikan walaupun sebesar zarah (kecilnya), nescaya dia akan melihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang pernah berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah (kecilnya), nescaya dia akan melihatnya (dalam surat amalannya). 113 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AZ-ZALZALAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. £GÁGšZG¯MšIf HkMeGìM OZ IÍGšI¯MšHf ZGdIý Apabila bumi seluruhnya digegarkan dengan gegaran berterusan yang sedahsyat-dahsyatnya. £GÁGš£GºƒM‡G} HkMeGìM OZ IÍG‰G®M‹G} Gy Dan terlihat bumi itu mengeluarkan segala isi perutnya. £GÁGš£G› HãQ郱MœIîM OZ Gu£G–Gy Dan manusia-manusia yang menyaksikannya akan berkata: “Apakah yang sedang terjadi pada bumi ini?”. £G„Ge£G¤M‹G} H]IN¬G©H† LIËG›MÂGñ Pada hari itu, seolah-olah bumi itu menceritakan khabar beritanya. £GÁGš QéçŠMyG} GßR…Ge RwGÆI… “Bahawa Tuhanmu Allah, telah memerintahkan bumi (untuk gegaran itu)”. MâHÁG¾Q郿M“G} CZ MyG®HÃINš £G†£G¥M&G} Hh£RÀšOZ HeH¬M³Gñ AIËG›MÂGñ Pada hari itu juga, manusia-manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka semua amal-amal mereka dan balasannya. 114 Juz Amma ôHHxG®Gñ Z@®MÃG‹ A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG¿G• Maka, sesiapa yang pernah berbuat kebajikan dan kebaikan walaupun sebesar zarah (kecilnya), nescaya dia akan melihatnya (dalam surat amalannya). ôHHxG®Gñ ZU®G& A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG›Gy Dan sesiapa yang pernah berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah (kecilnya), nescaya dia akan melihatnya (dalam surat amalannya). Sinopsis Surah: Surah ini diturunkan di Madinah setelah Rasulullah ditanya secara ejekan oleh penentang beliau. Kata mereka: “Bilakah agaknya akan datang hari Kiamat sepertimana yang engkau sedang war-warkan itu wahai Muhammad?”. Lantas Allah menurunkan surah ini. Dimulakan dengan 5 ayat pertama yang menggambarkan goncangan bumi seluruhnya yang amat dahsyat, diikuti dengan kehancuran dan pengakhirannya, dalam tiupan Sangkakala Israfil yang pertama. Setelah itu, manusia dan sekelian yang hidup dimatikan dan terkubur selama berpuluh-puluh tahun lamanya sebelum tiupan Sangkakala Israfil yang kedua berlaku. Bila berlaku tiupan kedua, maka manusia akan dibangkitkan semula dengan keadaan mereka merangkak-rangkak keluar dari kubur masing-masing menuju ke Padang Mahsyar, di mana semua amalan yang pernah mereka lakukan akan dipersoalkan. Yang baik dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat. 115 Juz Amma Tafsiran Surah: £GÁGšZG¯MšIf HkMeGìM OZ IÍGšI¯MšHf ZGdIý Apabila bumi seluruhnya digegarkan dengan gegaran-gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Maknanya, berlaku gerakan gegaran-gegaran yang berulang-ulang, berterusan dan rapat di antara satu dengan yang lain. Gerakan ini bukan setempat tetapi menyeluruh di atas dunia ini. Ianya sesuatu yang amat dahsyat. Kedahsyatannya dapat kita bandingkan dengan gegaran setempat yang kerap berlaku sekarang ini. Berikut adalah satu gambaran dunia tentang gegaran setempat yang telah dianalisa: Lokasi gegaran bumi: Di sepanjang Pacific Ring of Fire. Magnitude gegaran: 7.2 pada skala Richter. Analisa menyatakan bahawa dalam tahun 2011 sahaja terdapat 1,445 gegaran di antara 5.0 - 9.0 magnitude pada skala Richter, yang berlaku di antara bulan-bulan Januari hingga Jun 2011 sahaja. Jadi, kemungkinan berlakunya gegaran besar bumi ini pasti tidak mustahil dan pasti akan berlaku. £GÁGš£GºƒM‡G} HkMeìG M OZ IÍG‰G®M‹G} Gy (Pergerakan gegaran yang kuat ini) Menyebabkan bumi ini mengeluarkan segala isinya. Maknanya, keluarnya isi bumi bererti berkecainya sebahagian bumi ini, meledak ia ke atas dan bertaburan, dan mengeluarkan segala yang tersembunyi di dalam bumi itu. Dalam kata lain, tiupan Sangkakala Israfil yang pertama menyebabkan semua isi perut bumi itu terbungkas keluar, termasuklah segala bahan logamnya, dan inilah yang dikatakan Tiupan Pertama. Setelah beberapa lama semuanya terkubur mati, maka Allah meminta Israfil membuat tiupan kedua, di mana dalam tiupan ini terbungkas pula kubur-kubur dan terkeluarlah semua manusia darinya, menuju ke Padang Mahsyar. 116 Juz Amma Analisa kesan gegaran bumi dari segi saintifik pula menggambarkan bahawa setiap gegaran akan memberi kesan berikut: a) b) c) d) e) Tanah runtuh Tsunami Kehancuran hartabenda di permukaan bumi Kebakaran Perubahan geografi benua dan negeri Bandingkan jika gegaran pada seluruh bumi berlaku secara serentak! £GÁGš£G› HãQ郱MœIîM OZ Gu£G–Gy (Dengan perasaan gerun bercampur takut itu) Manusia akan berkata: “Apakah yang sedang terjadi pada bumi ini sekarang?”. Apabila ianya terjadi, manusia yang terasa amat gugup, terkejut dan kehairanan dengan keadaan sekitar yang menjerumus kepada kehancuran yang dahsyat itu, akan tertanya-tanya apakah yang telah terjadi, apakah yang akan terjadi pada diri mereka, atau dari manakah datangnya semua ini, dan adakah dunia ini akan runtuh binasa? Gambaran cemas Tsunami yang terjadi di Jepun memaparkan manusia dilanda banjir besar, hanyut bersama-sama sampah sarap dan bertempiaran lari bagi yang masih bernasib baik. £G„Ge£G¤M‹G} H]IN¬G©H† LIËG›MÂGñ Pada hari itu, (seolah-olah) bumi itu menceritakan semua hal-halnya! Maknanya, bumi akan menceritakan halnya melalui peristiwa itu, yang mungkin telah diwartakan dan diramalkan sebelum ini kepada manusia melalui kajian-kajian saintifik, dan berkemungkinan berlakunya kejadian itu adalah seperti yang diterangkan di dalam surah ini. ATAU, pernah terdahulu para-para nabi dan rasul menceritakan dan memberi khabar menakutkan dari kitab-kitab, tentang akan berlakunya kejadian yang sebegini. £GÁGš QéçŠMyG} GßR…Ge RwGÆI… Bahawa Allah Tuhan Mu telah menceritakan semua itu melalui wahyu Nya. 117 Juz Amma Perkhabaran tentang berlakunya gegaran ini telah Allah wahyukan melalui nabi-nabi dan rasul-rasul, dan mengambil iktibar darinya. Apa lagi, melalui kajian-kajian sains juga ianya adalah senada dengan perkhabaran Allah itu. Cuma yang belum berlaku ialah gegaran kuat yang menyeluruh untuk bumi ini secara serentak. Perkhabaran ini juga melibatkan tiupan Sangkakala Israfil yang kedua, yang sekali lagi menyebabkan terbungkasnya perkuburan manusia di atas muka bumi ini. Terkeluarlah mereka semua bergerak ke Padang Mahsyar untuk timbangan amal baik dan buruk bagi menentukan pembalasan ke atas amal-amal mereka itu. Inilah hari yang dikenali sebagai hari Mahsyar. MâHÁG¾Q郿M“G} CZ MyG®HÃINš £G†£G¥M&G} Hh£RÀšOZ HeH¬M³Gñ AIËG›MÂGñ Pada hari itu, setiap manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) dari amal-amal mereka selama di dunia duhulu. Iaitu bermula dari tiupan kedua, bumi ini akan terbungkas, dan terkeluarlah dari kubur-kubur dan dari atas tanah-tanah ini manusia-manusia, yang bergerak ke Mauqif Mahsyar untuk dihisabkan amalan-amalan mereka. Inilah dia Hari Kebangkitan Semula. Mereka datang secara berselerak menuju Mahsyar. Ada yang kelihatan putih bersih muka dan pakaian mereka, ceria dan terdengar suara yang mengiring perjalanan mereka dengan perkataan “Inilah orang-orang Allah!”. Juga kelihatan mereka yang hitam wajah-wajahnya, tidak berkasut dan tangan mereka digari, kelihatan muka-muka mereka yang pucat dan terdengar laungan suara yang mengiringi mereka menyatakan “Inilah seteru-seteru Allah!”. Sebuah Hadith Rasulullah untuk renungan kita: Pada satu ketika, datang Jibril as pada Rasulullah dan menegur baginda lalu bertanya: “Apakah yang engkau menungkan wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Aku mengingatkan bagaimana umatku di hari Mahsyar kelak!”. Tanya Jibril: “Umat yang mukmin atau yang kufur?”. Jawab Rasulullah: “Yang mengucapkan Lailahaillallah!”. 118 Juz Amma Lantas Jibril membawa Rasulullah ke satu perkuburan Bani Salamah dan Jibril menghentakkan sayap kanannya atas satu kubur dan mengarahkan penghuni kubur itu bangun. Maka berdirilah seorang lelaki berpakaian putih yang terus mengucapkan dua kalimah shahadah dan berkata: “AlhamduliIlahi Rabbil ‘Aalamiin”. Lalu Jibril mengarahkannya supaya pulang semula ke tempat persemadiannya. Kemudian Jibril menghentakkan sayap kirinya pada satu kubur lain dan mengarahkan penghuninya keluar. Maka berdirilah seorang lelaki yang hitam wajahnya dan biru matanya. Orang itu terus berkata: “Insafnya aku! Kesalnya aku! Aduh! Sakitnya seksaan atasku!”. Jibril kemudian mengarahkannya supaya balik ke dalam kuburnya. Kata Jibril pada Rasulullah: “Begitulah caranya Allah membangkitkan semula manusia sebagaimana mereka dikebumikan”. Mereka yang bergerak ke Mahsyar tadi akan diperlihatkan semua amalan-amalan mereka, yang telah mereka perbuat di dunia dahulu. Bukan itu sahaja, mereka juga diperlihatkan atas balasan yang bakal diterima dari amalan-amalan tersebut. . ôHHxG®Gñ Z@®MÃG‹ A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG¿G• ôHHxG®Gñ ZU®G& A{ReGd Gu£GºM¦›I MáG¿M·Gñ ãG›Gy Maka sesiapa yang telah melakukan amal baik dan kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti ia akan melihatnya sendiri. Dan sesiapa yang telah melakukan amal jahat dan maksiat walaupun sebesar zarah, maka ia juga pasti melihatnya (dalam surat/suhuf amalnya). Maknanya, amal baik dan amal jahat menjadi fokus kepada hari Mahsyar itu. Sesiapa yang pernah melakukan amal kebajikan di dunia dahulu, maka dia dapat melihat amalan, pahala, serta balasan yang bakal diterima, dalam suhuf yang diterimanya. Dalam suhuf atau surat amalannya terdapat semua aktiviti amalan sepanjang hidupnya dan balasan yang bakal diterimanya. Begitu juga segala amalan jahat semasa hayatnya di dunia akan tercatit walaupun ianya sebesar zarah, serta balasan-balasan kepada amal-amal jahat itu yang bakal diterimanya. Semuanya ini akan diperlihatkan kepada setiap orang dan mereka akan melihatnya dengan penuh sentuhan minda. 119 Juz Amma Sebuah Hadith riwayat dari Ibnu Abbas untuk renungan: “Semua amalan baik dan jahat dari seorang mukmin atau dari seorang kafir akan diperlihatkan oleh Allah kepada mereka. Bagi orang mukmin, mereka diampunkan kejahatan mereka dan segala amal baik mereka diberi pahala. Bagi orang yang kufur pada Allah, segala kebaikan mereka menjadi rugi dan tidak bernilai. Bagi mukmin yang melakukan kejahatan, setelah melihat catitan jahat meraka itu, maka Allah akan mengampunkan dan menggembirakan mereka. Berlainan pula dengan yang kufur yang melihat catitan mereka tetapi tiada pengampunan dari Allah, mereka akan terus berada di dalam kerugian”. Ayat di atas juga menunjukkan pada kita, bahawa berbuat kebajikan tidak semestinya yang besar-besar, tetapi memadai dengan melatihkan diri dengan berbuat kebajikan yang kecil-kecilan, kerana sekecil mana pun kebajikan itu, ia ada nilainya di sisi Allah. Begitu juga kita diminta meninggalkan amalan jahat walaupun sekecil-kecilnya kerana walaupun sebesar zarah amal jahat itu, ia akan diperlihatkan dan dibalas juga di hari Mahsyar. Apa kata Syed Qutub tentang surah ini? Ianya sebuah surah yang mengoncangkan hati-hati manusia yang lalai. Goncangan hati yang dikongsi dengan gegaran kuat yang sebenar-benarnya, yang disertai dengan suatu dentuman kuat yang menghancurkan seluruh bumi dan isi-isinya. Kehancuran yang akan berlaku ke atas bumi, yang akan dilihat dan disaksikan sendiri secara terus. Apatah lagi hati-hati yang lalai tadi kini sedang berhadapan dengan hisab, timbangan, dosa dan pahala atas semua amalan-amalan mereka selama ini di dunia. Tambahkanlah amal-amal baik selagi kita mempunyai umur untuk itu. 120 Juz Amma SURAH AL-BAIYYINAH Diturunkan di Mekah : 8 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… IÌQ郥I¼MšOZ IáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IãH¼Gñ MâGš (1) (3) (4) HæGÀINÃG¤MšOZ HâHÁGÃI†MÆG† QçR¥GŠ GãÃNI¼G¹ÀH› GãÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy DæG¿INÃG– DÌH¥H˜ £GÁÃI• (2) @{G®RÁGµ›S £@¹H©H' CZÂH¾M¥Gñ IäQN¾šOZ GãIN› DuÂH"Ge HæGÀINÃG¤MšOZ HâHÁM†GY P飉£G› I¬M·G… =ãI› Rê+ý GÌQ郥I¼MšOZ CZÂH†yH} GãñIRšOZ GqR®G¹G† £G›Gy GãñIN¬šOZ HäGš GãÃI³I¾MªH› GäQN¾šOZ CZyH¬H¤M·GÃIš RêIý CZ PyH®I›H} P飛Gy (5) IæG¿IÃGºMšOZ HãñIc GßIšQé dGy > G{Qé˜ R¯šOZ CZÂH†MÈHñGy G{Q龃R³šOZ CZÂH¿ÃIºHñGy GYP£G¹GÀHŠ GâRÀGÁG‰Ie£Gœ çI• GãMÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy IÌQ郥I¼MšOZ IáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ RwIZ (6) (7) IæRñI®G¤MšOZ S®G& MâH„ GßIËQ郚CyH} > £GÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 IæRñI®G¤MšOZ H®MËG MâH„ GßIËQ郚CyH} IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý H®QéƒÁMœGìM OZ £GÁI¥M©G† ãI› |I®M¨G† AwM¬G“ HÍQƒRÀG‰ MâIÁIN…Ge G¬MÀI“ MâH„HE PéZ¯G‰ > HäMÀG“ CZÂHFGeGy MâHÁMÀG“ HäQN¾šOZ GçIFGe ÷ Z@¬G…G} Pé£ÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 (8) ôHäR…Ge GçI²G‹ MãG¿Iš GßIšQé d 121 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Orang-orang Kafir yang terdiri daripada Ahli Kitab (iaitu Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrikin, tidak dapat melepaskan diri mereka (dari kongkongan keadaan kecelaruan semasa), sehinggalah mereka didatangkan sesuatu kenyataan bukti kebenaran yang sejelas-jelasnya. Iaitu, pengutusan seorang RASUL dari Allah, yang akan menjelaskan kepada mereka ilmu-ilmu dari lembaran-lembaran suci (Al-Qur’an). Yang terkandung di dalamnya nilai-nilai keilmuan dan pelajaran, serta hukum-hukum yang benar (untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar). Dan (sebenarnya) orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah diturunkan Kitab Taurat dan Injil itu tidak ketara berpecah-belah mereka itu, KECUALI setelah didatangkan pada mereka sesuatu kenyataan bukti kebenaran yang sejelas-jelasnya. Apakah dia bukti kenyataan itu? Mereka hanya diperintahkan (seperti di dalam Kitab mereka juga) untuk menyembah Allah, dengan cara mengikhlaskan ibadah kepada Nya, tetap teguh atas Tauhid, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Sesungguhnya orang-orang kafir itu dari Ahli Kitab (dari Yahudi dan Nasrani) serta orang musyrikin, tempat mereka di Akhirat kelak ialah dalam Neraka Jahannam. Mereka digolongkan sebagai sejahat-jahat makhluk. Sesungguhnya, orang yang beriman pula dan yang beramal soleh dalam hidup mereka, digolongkan sebagai sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Allah ialah Syurga ‘Adnin, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan kekallah mereka di sana buat selama-lamanya. Allah telah menerima dan meredhai mereka, dan pada masa yang sama mereka juga meredhai Allah dengan cara bersyukur atas nikmat pemberian Nya. Balasan sedemikian itu dianugerahkan pada mereka yang tunduk taqwa pada Tuhannya. 122 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-BAIYYINAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. I Q郥I¼MšOZIáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IãH¼Gñ MâGš Ì HæGÀINÃG¤MšOZ HâHÁGÃI†MÆG†QçR¥GŠ GãÃNI¼G¹ÀH› GãÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy Orang-orang Kafir yang terdiri daripada Ahli Kitab (iaitu Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrikin, tidak dapat melepaskan diri mereka (dari kongkongan keadaan kecelaruan semasa) sehinggalah mereka didatangkan sesuatu kenyataan bukti kebenaran yang sejelas-jelasnya. @{G®RÁGµS› £@¹H©H' CZÂH¾M¥Gñ IäQN¾šOZ GãIN› DuÂH"Ge Iaitu, pengutusan seorang RASUL dari Allah, yang akan menjelaskan kepada mereka ilmu-ilmu dari lembaran-lembaran suci (Al-Qur’an). DæG¿INÖG DÌH¥H˜ £GÁÃI• Yang terkandung di dalamnya nilai-nilai keilmuan dan pelajaran, serta hukum-hukum yang benar (untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar). HæGÀINÃG¤šM OZ HâHÁM†GY P飉 £G› I¬M·G… =ãI› Rê+ý GÌQ郥I¼MšOZ CZÂH†yH} GãñIRšOZ GqR®G¹G†£G›Gy Dan (sebenarnya) orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah diturunkan Kitab Taurat dan Injil itu tidak ketara berpecah-belah mereka itu, KECUALI setelah didatangkan pada mereka sesuatu kenyataan bukti kebenaran yang sejelas-jelasnya. 123 Juz Amma ãG ñIN¬šOZ HäGš GãÃI³I¾MªH› GäQN¾šOZ CZyH¬H¤M·GÃIš RêIý CZ PyH®I›H} P飛Gy IæG¿IÃGºMšOZ HãñIc GßIšQé dGy > G{Qé˜ R¯šOZ CZÂH†MÈHñGy G{Q龃R³šOZ CZÂH¿ÃIºHñGy GYP£G¹GÀHŠ Apakah dia bukti kenyataan itu? Mereka hanya diperintahkan (seperti di dalam Kitab mereka juga) untuk menyembah Allah, dengan cara mengikhlaskan ibadah kepada Nya, tetap teguh atas Tauhid, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. GâRÀGÁG‰ Ie£Gœ çI• GãMÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy IÌQ郥I¼MšOZ IáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ RwIZ IæRñI®G¤MšOZ S®G& MâH„ GßIËQ郚CyH} > £GÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 Sesungguhnya orang-orang kafir itu dari Ahli Kitab (dari Yahudi dan Nasrani) serta orang musyrikin, tempat mereka di Akhirat kelak ialah dalam Neraka Jahannam. Mereka digolongkan sebagai sejahat-jahat makhluk. IæRñI®G¤MšOZ H®MÃG‹ MâH„ GßIËQ郚CyH} IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý Sesungguhnya, orang yang beriman pula dan yang beramal soleh dalam hidup mereka, digolongkan sebagai sebaik-baik makhluk. H®QéƒÁMœGìM OZ £GÁI¥M©G† ãI› |I®M¨G† AwM¬G“ HÍQƒRÀG‰ MâIÁIN…Ge G¬MÀI“ MâH„HE PéZ¯G‰ > HäMÀG“ CZÂHFGeGy MâHÁMÀG“ HäQN¾šOZ GçIFGe ÷ Z@¬G…G} Pé£ÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 ôHäR…Ge GçI²G‹ MãG¿Iš GßIšQé d Balasan mereka di sisi Allah ialah Syurga ‘Adnin, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan kekallah mereka di sana buat selama-lamanya. Allah telah menerima dan meredhai mereka, dan pada masa yang sama mereka juga meredhai Allah dengan cara bersyukur atas nikmat pemberian Nya. Balasan sedemikian itu dianugerahkan pada mereka yang tunduk taqwa pada Tuhannya. 124 Juz Amma Sinopsis Surah: Syed Qutub memberi latarbelakang sejarah tentang keadaan semasa dunia sebelum diutuskan Rasulullah sebagai Rasul dalam kurun-kurun ke 6 dan ke 7 Masehi. Dalam kurun-kurun ini, masalah kemanusiaan dan moral merosot sekali. Bumi pada masa itu dipenuhi penindasan ke atas manusia oleh manusia, dan kanun hutan dipakai di mana yang kuat akan sentiasa menang dan yang lemah akan kalah. Peradaban manusia telah jatuh di mana manusia lupa pada Tuhannya dan sekaligus lupa pada dirinya sendiri. Hilang arah tuju, tiada beza di antara yang baik dan yang buruk. Cahaya-cahaya yang dibawa oleh ugama-ugama lalu, termasuk ugama Nabi Musa dan Nabi Isa, dan ugama dari zaman Nabi Daud as, telah tidak lagi menyinar, malah apinya malap dan hampir padam. Akibatnya, hawa nafsu telah menghancurkan semua nilai-nilai baik. Terdapat beberapa ulama Kristian dan Yahudi, iaitu dari agama Kitab telah berusaha mempertahankan agama tersebut melalui kuil dan gereja mereka dan beramal secara sembunyi-sembunyi. Mereka berdiam diri dan melarikan diri dari kehidupan yang bergolak ini. Dengan itu pihak gereja dan kuil Yahudi gagal sama sekali untuk memainkan peranan mereka membawa balik manusia ke jalan Allah. Sesetengah ulama ini menghampiri raja dan menjadi orang kuat agama untuk mendapat habuan darinya. Agama-agama besar tadi hanya menjadi permainan mereka yang berpoya-poya, dan pasti kepada hawa nafsu dan telah hilang serinya, termasuklah pembangunannya, kebudayaannya, hukum-hakamnya dan politiknya, di mana semuanya gagal dan menuju ke arah kehancuran. Akibatnya timbullah undang-undang hutan yang membelenggu hidup yang tanpa panduan dan matlamat. Agama-agama lain pula sudah tidak berfungsi lagi. Inilah senarionya sebelum perlantikan Rasulullah sebagai Rasul. Masyarakat yang sakit ini diwakili oleh ahli-ahli Kitab dari agama Kristian, Yahudi dan penyembah berhala. Mereka semua seolah-olah bersekongkol menjadi satu, yang kufur pada Allah. Dibelakang kekufuran ini berkembanglah segala macam kejahatan, penindasan, kepalsuan yang terus mengotori bumi ini. Tiada lagi yang soleh, tiada lagi yang mulia akhlak mereka, tiada sistem politik yang baik, dan semuanya dibelenggu oleh kezaliman dan hawa nafsu. Mereka perlukan Rasulullah, Kitabnya dan panduannya untuk mereka keluar dari kemelut ini. 125 Juz Amma Tafsiran Surah: I Q郥I¼MšOZIáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IãH¼Gñ MâGš Ì HæGÀINÃG¤MšOZ HâHÁGÃI†MÆG†QçR¥GŠ GãÃNI¼G¹ÀH› GãÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy Orang-orang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang musyrikin, tidak akan dapat melepaskan diri mereka dari kekalutan keadaan semasa (lihat sejarahnya), sehingga mereka didatangkan dengan sesuatu bukti yang sejelas-jelasnya. Bumi ini pada masa itu memerlukan kepada satu RISALAH yang baru. Keadaan bumi yang penuh dengan kehancuran nilai hanya boleh diatasi melalui satu RISALAH baru, matlamat baru dan harakah yang baru. Kekufuran telah menular ke dalam minda penghuninya samada mereka itu ahli Kitab yang terdiri dari Kristian dan Yahudi atau orang-orang penyembah berhala. Ahli Kitab yang tahu selok belok iman dan amal juga kecundang di tangan kekufuran. Mereka hidup dalam keadaan salah faham tentang agama mereka sendiri dan keadaan mereka bercelaru, menyebabkan mereka merasa rendah diri. Mereka didapati tidak boleh keluar dari ‘belenggu’ itu tanpa risalah baru yang akan menjelaskan sejelas-jelasnya tentang bukti baru itu. Apakah bukti baru tersebut? @{G®RÁGµS› £@¹H©H' CZÂH¾M¥Gñ IäQN¾šOZ GãIN› DuÂH"Ge Iaitu kedatangan seorang RASUL dari Allah, yang akan menjelaskan pembuktian yang sejelas-jelasnya melalui pembacaan pada mereka dari dalam lembaran-lembaran suci (Al-Qur’an). Mereka memerlukan seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk membawa mereka keluar dari fenomena kecelaruan yang sedang mencengkam kehidupan mereka. Bagaimana? Iaitu dengan memperdengarkan kepada mereka seruan-seruan Allah, memberi mereka kata nasihat dan inzar, menunjuk ajar cara yang betul dan membawa mereka kepada beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Konsep ‘suci’ di sini merujuk kepada suci daripada syirik dan kufur. Satu persoalan dilemparkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman iaitu: 126 Juz Amma “Bagaimanakah fenomena orang Islam Melayu yang cara tradisinya ‘dilahirkan Islam’, turut secara buta tuli apa yang dilakukan oleh datuk nenek kita, melakukan solat, melakukan puasa, TETAPI hati penuh dengan hasad, dendam, riak dan takbur?”. Jawapannya: “Mereka masih jauh sekali dari mendapat balasan baik, yang telah disediakan, untuk orang yang takut pada Tuhannya dengan iman yang sebenar-benarnya”. DæG¿INÃG– DÌH¥H˜ £GÁÃI• Terkandung di dalamnya (lembaran-lembaran suci itu) tunjuk ajar, pelajaran-pelajaran dan hukum-hakam yang ternilai dan benar. Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang merupakan ahli Kitab yang keliru serta orang-orang musyrikin ini memerlukan pengajaran dan dakwah yang dibuat melalui Al-Qur’an, di mana dalamnya terdapat segala ajaran, pengajaran, tunjuk ajar melalui beberapa cabang ilmu, seperti tajuk sembahyang, bab suci, bab tauhid, bab Kiamat dan ia menjelaskan secara lengkap sebagai sebuah kitab, menyucikan kita dari syirik dan kufur. Kemunculan satu risalah Islam yang baru kepada mereka, dengan munculnya Nabi yang baru, tepat pada masanya, dan dengan munculnya wahyu dan Al-Qur’an yang membawa kepada iman dan amal, serta menepati hakikat dan bab-bab yang diperlukan oleh penduduk bumi ini, sangat-sangat dinantikan oleh semua yang ada pada masa itu. HæGÀINÃG¤MšOZ HâHÁM†GY P飉 £G› I¬M·G… =ãI› Rê+ý GÌQ郥I¼MšOZ CZÂH†yH} GãñIRšOZ GqR®G¹G†£G›Gy Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diturunkan pada mereka Kitab-kitab (Taurat dan Injil) hanya berpecah-belah dengan teruk setelah mereka dikurniakan dengan kedatangan bukti yang sejelas-jelasnya. Ertinya telah berlaku pertelingkahan yang meluas di antara mereka ini apabila Allah telah menjelaskan pada mereka hujjah-hujjah dan penjelasan tentang ugama yang satu itu, dan mereka bertelingkah tentang tujuan Allah menurunkan Kitab-kitab itu pada mereka. Pertelingkahan pendapat yang membawa kepada peperangan dan 127 Juz Amma pembunuhan. Kitab-kitab Taurat dan Injil adalah datangnya dari nabi-nabi yang menyusuri kaum Yahudi, dari Kitab yang satu, yang menyembah Allah yang satu. Perselisihan pendapat juga terjadi di antara orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sendiri. Sebuah hadith yang menjelaskan perpecahan ini ialah Sabda Rasulullah, mafhumnya : “Orang Yahudi telah berpecah kepada 71 puak, dan Nasrani juga berpecah kepada 72 kumpulan, dan jika dibiarkan, orang Islam juga akan berpecah kepada 73 kumpulan dan kesemua mereka dalam Neraka, KECUALI satu kumpulan saja, iaitu kumpulan yang mengikuti aku dan sahabat-sahabatku! “ . Perbezaan pendapat di antara orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sendiri, terjadi kerana berlakunya penyelewengan yang diunjur oleh hawa nafsu, ketamakan dan kedegilan mereka. Ilmu dan ugama yang dipelopori oleh Nabi Musa dan Nabi Isa adalah baik dan membawa mesej yang jelas tentang iman dan amal. GãñIN¬šOZ HäGš GãÃI³I¾MªH› GäQN¾šOZ ZC yH¬H¤M·GÃIš RêIý CZ PyH®I›H} P飛Gy IæG¿IÃGºMšOZ HãñIc GßIšQé dGy > G{Qé˜ R¯šOZ CZÂH†MÈHñGy G{Q龃R³šOZ CZÂH¿ÃIºHñGy GYP£G¹GÀHŠ Padahal mereka telah diperintahkan untuk menyembah hanya Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada Nya, teguh berdiri atas tauhid Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat. Itulah dia Ugama yang benar ternilai. Iaitu sepatutnya mereka tidak berbalah kerana semua ugama-ugama Kitab ini menekankan: a) b) c) Menyembah hanya Allah dengan penuh keikhlasan pada Nya dengan menjauhkan diri dari syirik pada Nya. Mendirikan sembahyang. Mengeluarkan zakat. Sesiapa yang menepati kaedah-kaedah ini maka benarlah dia beriman mengikut arahan Kitab-kitab Allah itu. Inilah dia akidah yang tidak mengundang kepada perpecahan. Malangnya kumpulan ahli Kitab ini berpecah, bertelingkah sesama mereka, degil dalam membuat permuafakatan dan terlalu taksub pada pegangan mereka. 128 Juz Amma GâRÀGÁG‰ Ie£Gœ çI• GãMÃI˜I®M²H¿MšOZ Gy IÌQ郥I¼MšOZ IáM„G} MãI› CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ RwIZ IæRñI®G¤MšOZ S®G& MâH„ GßIËQ郚CyH} > £GÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 Sesungguhnya orang-orang kafir dari kumpulan ahli Kitab dan musyrikin akan ditempatkan ke dalam Neraka Jahannam dan kekallah mereka di dalamnya. Mereka ini digolongkan sebagai golongan sejahat-jahat makhluk. Iaitu telah didatangkan kepada mereka bukti sejelas-jelasnya melalui nabi-nabi dan rasul-rasul dalam Kitab-kitab mereka, diperhalusi oleh nabi-nabi itu tentang semua ajaran yang ada, disogok dengan akidah murni Islam jelas dan mudah, diperjelaskan beberapa jalan-jalan dan diberitahu tentang kemungkinan kufur itu menempah Neraka. Namun mereka masih kufur! Balasan atas kekufuran mereka ialah Neraka Jahannam. Mereka digolongkan sebagai ‘sejahat-jahat makhluk’. Inilah hukum Allah, walaupun ada kebaikan dari mereka, tanpa IMAN, mereka tetap menjadi sejahat-jahat makhluk. Jika dengan berkat bimbingan Rasul yang diutuskan ini, dibacakan pada mereka segala perutusan di dalamnya, dan diaturkan agar mereka tidak syirik pada Allah, maka mereka adalah orang yang beriman. IæRñI®G¤MšOZ H®MÃG‹ MâH„ GßIËQ郚CyH} IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý H®QéƒÁMœGìM OZ £GÁI¥M©G† ãI› |I®M¨G† AwM¬G“ HÍQƒRÀG‰ MâIÁIN…Ge G¬MÀI“ MâH„HE PéZ¯G‰ ÷ Z@¬G…G} Pé£ÁÃI• GãñI¬I¾Q郋 Bagi orang-orang yang beriman (secara amnya) yang mengamalkan amalan soleh dalam hidup mereka, mereka itu digolongkan sebagai ‘sebaik-baik makhluk’. Balasan mereka di sisi Allah, Tuhan mereka, ialah Syurga ‘Adnin, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya buat selama-lamanya. Maknanya, Muhammad saw adalah Rasul terakhir, Ugama Islam yang dibawanya adalah RISALAH yang terakhir. Sesungguhnya kewujudan Rasul-rasul sebelum ini adalah bertanggungjawab untuk memulihkan semula mereka yang telah rosak supaya berbalik semula kepada jalan Allah dan iman. Bagi mereka yang rosak dan apabila Risalah 129 Juz Amma Muhammad telah berakhir, maka peranan IMAN dalam mengembalikan manusia kepada Allah adalah melalui tinggalan yang dibawa Rasul terakhir ini, iaitu Al-Qur’an. Iman melepaskan manusia dari Neraka dan kekufuran itu bererti kemusnahannya. Kufur adalah sejahat-jahat angkara dan IMAN adalah sebaik-baik hala. ôHäR…Ge GçI²G‹ MãG¿Iš GßIšQé d > HäMÀG“ CZÂHFGeGy MâHÁMÀG“ HäQN¾šOZ GçIFGe Allah meredhai mereka semua dan mereka pun meredhai Allah serta bersyukur atas semua nikmat-nikmat pemberian Nya. Balasan yang demikian itu khusus untuk orang-orang yang takut melanggar larangan Allah, Tuhan Nya. Keredhaan dari Allah ini kepada mereka adalah sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia, dan keredhaan mereka pada Allah pula lahir dari hati-hati mereka yang redha atas segala takdir Nya kepada mereka. Redha-meredhai ini sebenarnya mencetuskan ketenangan, keceriaan dan keharmonian yang mendalam. Inilah harga keimanan. Kesimpulan: Surah ini menjelas 4 hakikat besar tentang akidah dan keimanan untuk di resapkan dalam minda kita: 1. Perlantikan Rasulullah sangat perlu dalam menukarkan kekufuran dari kalangan ahli-ahli Kitab dan musyrikin yang telah keliru, diresapi kesesatan dan pertelingkahan. Rasulullah dan Al-Qur’an, serta Hadith sebagai gantinya setelah beliau wafat, adalah panduan untuk kita ke arah iman dan Islam. 2. Walaupun Yahudi dan Nasrani menyembah Tuhan yang satu, dan Risalahnya adalah beriman pada Allah, namun mereka telah bertelagah dan pertelagahan ini membawa kehancuran kepada akidah mereka. Muslimin dan muslimah harus belajar dari kegagalan ini dan menjaga ugama dan iman mereka dengan berpandukan Rasulullah, Al-Qur’an dan Hadith. 3. Ugama Allah pada asalnya adalah satu. Kaedahnya luas dan amat jelas, tiada pertelingkahan dan perpecahan, diarah menyembah Allah yang satu seikhlas yang mungkin, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Teruskan dengan ugama itu. 4. Orang yang kufur adalah sejahat-jahat makhluk, manakala yang beriman dan beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk. Allahu A’lam. 130 Juz Amma SURAH AL-QADR Diturunkan di Mekah : 5 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (1) IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGš çI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý ( ) 3 A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹ IeM¬GºMšOZ æH G¾MÚG ( ) 4 A®M›G} INáH˜ ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI… £GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG† ( ) 5 I®M¨G¹MšOZ I ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G" ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada Malam Lailatul Qadr. Dan apakah caranya Engkau dapat mengetahui kebesaran Malam Lailatul Qadr ini? Malam Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu akan turun Malaikat Jibril dengan izin Allah Tuhannya, lantaran membawa segala perkara (yang berkaitan dengan takdir, perkara yang berlaku pada tahun itu). Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar. 131 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-QADR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGš çI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada Malam Lailatul Qadr. IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan apakah caranya Engkau dapat mengetahui kebesaran Malam Lailatul Qadr ini? A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹ IeM¬GºMšOZ HæG¾MÚG Malam Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan. A®M›G} INáH˜ ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI… £GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG† Pada malam itu akan turun Malaikat Jibril dengan izin Allah Tuhannya, lantaran membawa segala perkara (yang berkaitan dengan takdir, perkara yang berlaku pada tahun itu). I®M¨G¹MšOZ I ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G" Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar. 132 Juz Amma Sinopsis Surah: Pokok perbincangan dalam surah ini adalah Al-Qur’an, iaitu sebuah perlembagaan dari Allah yang diturunkan untuk kepentingan manusia demi membentuk masyarakat yang beriman dan beramal. Keagungan Al-Qur’an itu dilihat sewaktu ianya diturunkan dan dikaitkan dengan barakah. Jibril as telah menurunkan Al-Qur’an dalam bentuk sekaligus, di malam Lailatul Qadr dari Al-Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzati di langit dunia. Ianya kemudian diserahkan pula kepada malaikat yang berkaitan di langit berikutnya dan seterusnya diturunkan secara berdikit-dikit selama 23 tahun mengikut keperluannya. Sebenarnya proses penurunan Al-Qur’an secara sekaligus atau secara berdikit-dikit berlaku dalam bulan Ramadhan. Bezanya, ia berlaku secara sekaligus pada malam Lailatul Qadr dari Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzati, dan secara berdikit-dikit dari Baitul Izzati kepada Rasulullah bermula dengan surah Al-‘Alaq, di Gua Hira’. Ini menggambarkan betapa mulianya Baitul Izzati di Persada Dunia Mahfuz. (£GÃMœS¬šOZ GYP飿R±šOZ ) ini selepas Lauh Al-Qur’an diturunkan oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril as) secara sekaligus ke dalam hati Rasulullah saw dan ianya diturunkan pada waktu malam. Al-Qur’an dan malam Lailatul Qadr menjelaskan kepentingan malam itu yang membawa suatu Hakikat Petunjuk yang tersempurna dan kepentingan jangka panjang Al-Qur’an itu dalam semua zaman di atas muka bumi ini. Ianya memberi gambaran kepada akal dan hati yang beriman pada Allah dengan menyatakan keperkasaan Nya, membezakan yang benar dengan yang batil dan menjelaskan bahawa semua perkara adalah dari Allah kepada umat manusia. Gambaran-gambaran yang terus hidup dalam minda kita yang dapat memberi kesan dan memperkasakan Islam dan iman kita kepada Allah. 133 Juz Amma Tafsiran Surah: IeM¬GºMšOZ IæG¾MÃGšçI• HäQéƒÀMšG¯MœG} P£RœIý Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an ini pada malam Lailatul Qadr. Maknanya Al-Qur’an yang azali itu adalah sebuah Kitab yang diturunkan oleh Allah, bukan ditulis oleh manusia, dan ianya diturunkan oleh Jibril as pada malam Lailatul Qadr dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzati di Persada Dunia, mengikut Qada’ dan hukum Nya. Dari Persada Dunia ini pula, ia diturunkan secara berdikit-dikit selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad saw. Persada dunia ini dianggap sebagai Rumah Wahyu, di mana darinyalah Al-Qur’an diwahyukan pada Nabi Muhammad saw. Pergerakan penurunan Al-Qur’an itu dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzati dibuat pada waktu malam dan bukan di siang hari. IeM¬GºMšOZ HæG¾MÃGš£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan dengan apa jalannya sehingga Engkau dapat mengetahui tentang Lailatul Qadr itu? Lalilatul Qadr ialah sesuatu yang tersembunyi pengertiannya, dan hanya diperkenalkan oleh Al-Qur’an kepada kita. Dari manakah Rasulullah dapat tahu mengenainya? Allah menjelaskan Lailatul Qadr itu melalui ayat seterusnya: A®MÁG& IÜMšG} MãIN›D®MÃG‹IeM¬GºMšOZ HæG¾MÚG Malam Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan. Ia adalah satu malam di bulan puasa dan jika seseorang itu beramal dan beribadah di dalamnya, dengan ikhlas kepada Allah, maka ganjaran pahala yang Allah berikan kepadanya adalah sebanding pahala amalan selama 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan lamanya. Amalan di sini hendaklah menepati pengertian Hadith masyhur ini: . G®R‹GÆG†£G›Gy IäI¤MœGd MãI› GvR¬GºG†£G› HäGš G®I¹H” £@…£G±I¥MŠZGy £@œ£G¿ñIý IeM¬GºMšZ GæG¾MÃGš Gv£G– MãG› /G®R‹GÆG†£G›Gy IäI¤MœGd MãI› GvR¬GºG†£G› HäGš G®I¹H” £@…£G±I¥ƒMŠZGy £@œ£G¿MñIý Gw£G´G›Ge Gv£G' MãG›Gy (eZ®"êZ ܲ˜ ç• £¿˜) 134 Juz Amma Mafhumnya: “Sesiapa yang bersembahyang (berdiri melakukan ibadah) di malam Lailatul Qadr dengan penuh iman seikhlasnya, dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampuni semua dosa-dosanya yang telah lalu dan yang terkemudian. Dan sesiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan meletakkan pengharapan pada Allah seikhlasnya, maka diampunkan semua dosa-dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian”. (Begitulah terdapat catitan dalam buku Kasyful Asrar). Iaitu, dia beramal dan berpuasa kerana yakin dan percaya pada Allah, mengharap akan pahala dari Nya, dan melakukannya dengan hati yang ikhlas, ceria dan penuh rasa sukarela. Bilakah waktunya? Malam sepuluh terakhir bulan Ramadan? Atau mengikut witirnya? Malam 27 Ramadan? Atau malam terakhir bulan Ramadan? Sesungguhnya Allah telah menyembunyikan malam itu kerana ingin memberi rangsangan kepada manusia untuk beribadah, memperbanyakkan pahala dengan cara menghidupkan malam-malam ramadan, dengan harapan agar mereka akan terserempak dengan malam Lailatul Qadr ini. Keberkesanan ibadah puasa dan kewujudan malam Lalilatul Qadr seolah-olah satu perkara yang sama. Malam penurunan Al-Qur’an ini terlalu agung bukan kerana malamnya itu, tetapi ketepatan masa penurunan Al-Qur’an di malam itu oleh Jibril as dari Lauh Mahfuz ke Persada Dunia. Ia adalah malam yang diberkati Allah, yang diraikan oleh puluhan ribuan para malaikat Nya. Diberikan ganjaran pahala seperti 1000 bulan beramal kepada sesiapa yang benar-benar menghayati puasa itu dan ia merupakan satu galakan kepada manusia untuk beramal di malam hari dengan ikhlas, di bulan Ramadhan ini, bagi memerangkap ketepatan masa malam itu dengan malam yang diturunkan Al-Qur’an. Malam ini dijelaskan Allah dalam surah Ad-Dukhaan: 3 GãñIeIÀH›£RÀH˜£RœIý > AæG˜G®Q郤H› IæG¾ƒMÃGš çI• HäQéƒÀMšG¯œG} P£RœIý (5) GãÃI¾I"M®H› £RÀH˜£RœIý > P飜I¬ÀI“ MãIN› Z@®M›G} (4) AâÃI¼GŠ A®M›G} SáH˜ HqG®ƒM¹Hñ £GÁÃI• (6) HâÃI¾G·MšOZ HÚÃI¿ƒR±šOZ GÂH„ ôHäRœIý > GßIN…Re ãIN› @æG¿ƒMŠe G ( ) 135 Juz Amma Mafhumnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an itu pada satu malam yang penuh berkat, kerana sesungguhnya Kami senantiasa memberi amaran dan peringatan agar hamba-hamba kami tidak terkena azab. Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam itu, kerana pada malam itu dijelaskan kepada para malaikat tiap-tiap perkara yang mempunyai hikmah dan yang tetap akan berlaku: iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmah kebijaksanaan Kami. Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutuskan Rasul, untuk menyampaikan rahmat dari Tuhanmu Allah, kepada manusia. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala keadaan hambanya”. (Ad-Dukhaan: Ayat 3 - 6). Firman Allah: A®M›G} INáH˜ ãIN› âIÁIN…Ge IwMdIÇI… £GÁÃI• H`yS®šOZ Gy HæG¼IËQ郾G¿MšOZ HuR¯GÀG† (Pada malam itu) turun para malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Mafhumnya, demi menggambarkan kebesaran ibadah puasa, orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas dan kewujudan malam itu, Allah memberitahu bahawa pada malam itu sehingga waktu terbitnya fajar, sekumpulan para malaikat yang diketuai oleh Jibril as, akan turun ke bumi ini untuk bertasbih dan memohon kepada Nya untuk mengampunkan dosa-dosa orang-orang yang berpuasa, lelaki dan perempuan, dari umat Muhammad. (Tafsir Musa Ar-Rusawi, m/s 484, Juz 10). Penurunan para malaikat ini semuanya adalah dengan izin Allah dan ianya sekaligus meraikan malam diturunkan Al-Qur’an, bulan Ramadan dan orang-orang yang ikhlas berpuasa. Ini adalah kerana mereka yang menghidupkan malam-malam Ramadan itu sangat berharap untuk mendekati Allah dan senantiasa memohon keredhaan Nya, sehinggakan Allah mengizinkan para malaikat Nya turun ke bumi pada malam itu. 136 Juz Amma Tugas malaikat yang turun pada malam itu bukan hanya untuk memohon Allah mengampunkan para pengamal malam yang berpuasa di siang harinya, tetapi juga untuk membawa penjelasan ke atas perkara-perkara yang telah ditakdirkan akan berlaku pada tahun seterusnya, samada yang baik, yang jahat atau yang ‘baik dan barakah’. Misalnya, memberitahu takdir kematian seorang muslim dalam rahmat Allah, atau untuk memberitahu tentang semua hal yang bakal berlaku ke atas manusia dengan mewujudkan sebab musabab tertentu atas satu-satu perkara itu. I®M¨G¹MšOZ I ÚG¾ƒMµG› QçR¥GŠ GçI„ KâQ郾G" Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar. Mafhumnya, apa saja yang turun pada malam itu adalah selamat, memberi munafaat dan kebaikan, dan tiada kedapatan yang buruk atau yang jahat. Dalam sebuah hadith, mafhumnya: “Jibril as turun pada malam Lailatul Qadr bersesama dengan kumpulan malaikat, bersama-sama berselawat dan memohon keselamatan dunia Akhirat ke atas setiap hamba Allah yang sedang bersembahyang atau yang duduk berzikir sehingga keluar fajarnya”. Kesimpulan: Kebesaran Ibadah Puasa Ramadan, di mana wujudnya malam Lailatul Qadr, malam termulia yang meraikan sejarah penurunan Al-Qur’an kepada manusia, yang membuka minda mereka kepada keimanan dan i’tiqad suci pada pencipta kita Allah, tidak habis di situ saja. Allah berjanji, kepada sesiapa yang beramal dengan ikhlas di malam bulan Ramadan, akan diberikan kesempatan untuk bertembung dengan Malam Lailatul Qadr. Malam di mana pahala yang diberikan adalah sama dengan beribadah selama 1000 bulan. Para malaikat yang diketuai Jibril as pula, dari waktu bermulanya malam itu hingga terbitnya fajar, akan terus menerus berdoa memohon kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa mereka yang sedang beramal di malam itu. Inilah galakan dan janji Allah kepada hamba Nya, yang berpuasa dengan ikhlas dan memelihara ibadah puasanya itu pada siangnya, serta berusaha berjaga malam untuk beribadah dan berzikir kepada Nya. Ganjaran ini Allah berikan kepada mereka yang mahu bersyukur. 137 Juz Amma SURAH AL-‘ALAQ Diturunkan di Mekah : 19 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ (1) GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ ( ) 4 IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšOZ (3) HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ ( ) 6 Péç¸MµGÃGš GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ (5) MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“ ( ) 8 Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý (7) PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG} ( ) ( ( ( ( 10) PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤G“ (9) QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} 12) P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} (11) P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG} 14) Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} (13) PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wI} GÍMñGYGeG} 16) AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ (15) IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ ( 18) GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" (17) ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• ( 19) [I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜ ** (Lakukan Sujud Sajadah setiap kali selepas membaca surah ini.) Bacaan Dalam Sujud Sajadah HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠ}G HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†RÂH–Gy IäIšMÂG©I… Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta. 138 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Bacalah (Wahai Muhammad!) dengan nama Allah Tuhanmu, Pencipta sekelian makhluk. Dia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu Allah itu, adalah Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahui mereka. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia itu tetap bersifat suka ‘melampaui batas’ dan melampau, kerana dia melihat diri-dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajati mereka. Ingatlah dan waspadalah! Sesungguhnya kepada Tuhanmu Allah juga akhirnya kamu semua akan berpulang untuk menerima balasan dari sikap kamu itu. Adakah tidak engkau nampak (kebaikannya pada) orang yang cuba menghalang seorang hamba lain melakukan sembahyangnya? Atau adakah engkau nampak pula (keburukannya pada) orang yang berada di atas jalan yang betul? Atau ia menyuruh seseorang itu bertaqwa? Adakah engkau nampak (seseorang itu boleh terlepas dari azab Allah) jika ia berdusta (tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah) dan kemudian dia berpaling tadah? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat segala amal buruknya dan akan membalasnya nanti? Jangan sekali-kali kamu menderhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari semua perbuatan buruk itu, nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya serta mengheretnya ke Neraka! Iaitu ubun-ubun orang yang menjadi pendusta dan yang bersalah. Kemudian biarlah ia cuba memanggil kumpulannya untuk membantunya. Dan Kami pula akan memanggil Zabaniah untuk menyeksanya. Ingatlah dan waspadalah (Wahai Muhammad!), jangan sekali-kali kamu mengikuti kehendak mereka, sebaliknya sujudlah dan dampingkanlah dirimu dengan Allah (penuh taat pada Allah dan beramal soleh). 139 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-‘ALAQ IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ Bacalah (Wahai Muhammad!) dengan nama Allah Tuhan Mu, Pencipta sekelian Makhluk. AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ Dia mencipta manusia dari sebuku darah beku. HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu Allah itu, adalah Maha Pemurah. IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšOZ Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“ Dia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahui mereka. Péç¸MµGÃGš GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia itu tetap bersifat suka ‘melampaui batas’ dan melampau, PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG} kerana dia melihat diri-dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajati mereka. 140 Juz Amma Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý Ingatlah dan waspadalah! Sesungguhnya kepada Tuhanmu Allah juga akhirnya kamu semua akan berpulang untuk menerima balasan dari sikap kamu itu. QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} Adakah tidak engkau nampak (kebaikannya pada) orang yang cuba menghalang PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤“G seorang hamba lain melakukan sembahyangnya? P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG} Atau adakah engkau nampak pula (keburukannya pada) orang yang berada di atas jalan yang betul? P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} Atau ia menyuruh seseorang itu bertaqwa? PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wIý GÍMñGYGeG} Adakah engkau nampak (seseorang itu boleh terlepas dari azab Allah) jika ia berdusta (tentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah) dan kemudian dia berpaling tadah? Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat segala amal buruknya dan akan membalasnya nanti? 141 Juz Amma IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ Jangan sekali-kali kamu menderhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari semua perbuatan buruk itu, nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya serta mengheretnya ke Neraka! AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ Iaitu ubun-ubun orang yang menjadi pendusta dan yang bersalah. ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• Kemudian biarlah ia cuba memanggil kumpulannya untuk membantunya. GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" Dan Kami pula akan memanggil Zabaniah untuk menyeksanya. [I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜ Ingatlah dan waspadalah (Wahai Muhammad!), jangan sekali-kali kamu mengikuti kehendak mereka, sebaliknya sujudlah dan dampingkanlah dirimu dengan Allah (penuh taat pada Allah dan beramal soleh). ** (Lakukan Sujud Sajadah setiap kali selepas membaca surah ini.) Bacaan Dalam Sujud Sajadah HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠ}G HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†RÂH–Gy IäIšMÂG©I… Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta. 142 Juz Amma Sinopsis Surah: 5 ayat pertama surah ini diturunkan dalam bulan Ramadan, sewaktu Rasulullah berada di Gua Hira’. Sebuah Hadith menceritakan kedudukan ayat ini seperti berikut: Wahyu kepada Rasulullah bermula melalui mimpi benar dalam tidur beliau. Ianya seperti cerah waktu subuh dan menyebabkan Muhammad suka bersendirian. Beliau berkhalwat di Gua Hira’ dan beribadah malam. Beliau bergantung pada bekalan dan kemudian pulang semula kepangkuan Khadijah dan mengambil bekalannya. Ketika beliau berada di gua tersebut, datanglah Al-Haq (Malaikat Jibril as) dan kedengaranlah sebuah suara yang menyuruhnya membaca. Katanya: “Baca olehmu, wahai Muhammad!”. Jawab Muhammad: “Apa yang nak aku baca?”. Baginda dipeluk kuat sehingga 3 kali ulangan dan akhirnya suara itu membaca (mafhumnya): “Bacalah, dengan nama Tuhanmu, Pencipta yang mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah! Sesungguhnya Tuhanmu itu Maha Pemurah. Dia mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui mereka!”. Lantas selepas hilangnya suara itu, Muhammad pun pulang kepangkuan isterinya Khadijah memohon supaya beliau diselimutkan, kerana rasa penat dan terkejut. Sesudah itu, Khadijah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal bin Assad bin Abd Al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi, penganut agama Nasrani, penulis agama dari bahasa Ibrani dan beliau adalah seorang yang buta. Khadijah meminta Muhammad menceritakan peristiwa suara itu kepadanya dan dijawab mudah oleh Waraqah bahawa suara itu adalah Namus (Jibril), yang pernah mendatangi Nabi Musa dan bahawa Muhammad akan mengeluarkan kaumnya dari kesesatan kepada Nur. Muhammad terkejut seolah-olah tidak percaya. Apa pun, Warakah berharap dapat membantu Muhammad dalam risalahnya itu, tetapi beliau meninggal dunia sebelum gerakan harakah dakwah Muhammad bermula. Ini bererti, bermulalah wahyu pertama kepada Muhammad untuk memulakan gerakan dakwahnya. Ayat-ayat 6 hingga 19 itu pula diturunkan kemudian, oleh kerana adanya kesesuaiannya dengan ayat di atas maka ianya disatukan dalam surah Al-‘Alaq ini. 143 Juz Amma Tafsiran Surah: GÝG¾G‹ |IRšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… M} G®M–OZ Bacalah (Wahai Muhammad) dengan menyebut nama Tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan sekelian alam. Inilah surah terawal dan yang pertama diperkenalkan Allah sebagai wahyu pada Rasulullah dari keseluruhan Al-Qur’an. Ianya bermula dengan menyuruh Muhammad memulakan bacaannya dengan nama Allah. Inilah tujahan pertama: membaca, mencari, mengkaji dan memahami ilmu, dan dibuat dengan mendahulukan sebutan dan pegangan pada Allah. Inilah detik-detik awal pergerakan dakwah Rasulullah, yang pertama kalinya diajukan Allah kepada beliau. Pada masa yang sama, dia mengenengahkan Allah sebagai Pencipta kita dan sekelian alam. Atau dalam pengertian lain: “Bacalah wahai Muhammad apa-apa yang ditauhidkan pada engkau. Iaitu wahai Muhammad, katakanlah kemudian baca dan carilah ilmu”. IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… dan Siapakah Rabb itu? Dialah Penciptamu dan sekelian alam. Inilah dia nikmat pertama Allah kepada manusia, yang menyarankan kepada manusia supaya menekankan bacaan, kerana manusia itu boleh menerima sebarang ilmu sebagai satu keistimewaannya. Hanya dengan ilmu sahajalah manusia akan mengenali Rabbnya. AÝG¾G“ MãI› GãQƒG±MœIîM OZ GÝG¾G‹ Dialah (Allah) yang telah menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Siapakah Allah yang mesti kita mulakan pencarian ilmu dengan sebutan nama Nya itu? Dialah Pencipta manusia dari tiada kepada ada. Dia mencipta manusia dari seketul darah beku yang terlekat di dinding rahim wanita. Iaitu dari sesuatu yang terlalu kecil dan hina, kepada seorang manusia yang boleh menerima ilmu, dan berfikir siapakah Penciptanya itu yang mesti disertakan dalam pencarian ilmunya dan ketika ia membaca. 144 Juz Amma Ayat kedua ini adalah dalil kuat yang menjelaskan pada kita tentang wujudnya Allah, kuasa Nya yang tersempurna dan ilmu serta hikmah Nya kepada manusia. Inilah dakwah pertama untuk menarik perhatian manusia kepada Allah sebagai Pencipta, di mana wujudnya kita adalah ditangan Nya. Kita tidak harus menyembah patung kerana patung itu sendiri adalah buatan/rekaan manusia. . IâG¾GºMšO£I… GâR¾G“ |IRšOZ . HvG®M˜ GìM OZ GßS…GeGy M} G®M–OZ MâG¾M·Gñ MâGš£G› GãQƒG±MœIîM OZ GâR¾G“ Bacalah (dan terokailah ilmu) dan Allah Tuhanmu itu Termulia (Pemurah). Yang mengajar manusia melalui PENA dan TULISAN. Dia mengajar manusia dari apa yang tidak mereka ketahui (sehingga mengetahuinya). Ertinya, Allah menjelaskan pada Rasulullah dengan kata Nya: “Tuhan Mu Allah, mengarahkan kamu membaca bermula dengan menyebut nama Nya Allah. Dia adalah termulia dari segala-gala yang mulia”. Mulia kerana: a) Telah menaikkan taraf seketul darah beku yang hina hingga menjadi seorang manusia yang boleh berilmu dan mengenali Tuhannya Allah. b) Dengan kemuliaan Allah, manusia boleh diajar, belajar dan mendalami ilmu melalui pena dan tulisan. c) Diberi akal dan fikiran untuk mempelajari sesuatu, daripada tidak tahu kepada mengetahuinya. Jadi hakikatnya, pembelajaran manusia bermula apabila mereka boleh diajar, belajar dan mendalami ilmu melalui pena dan tulisan. Dengan yang demikian, pena itu mempunyai nilai kepada hidup manusia sebagai alat pembelajaran dan penulisan untuk mencari Tuhannya. Berlainan pula bagi Rasulullah, Allah menyampaikan ilmu Nya kepada Rasulullah secara WAHYU, terus ke dalam hati baginda dan tidak menggunakan pena atau penulisan. 145 Juz Amma Pembelajaran dan ilmu itu datangnya dari Allah, yang mengajar manusia dari tidak tahu, kepada tahu dan seterusnya kepada berilmu. Misalnya, pembelajaran dan ilmu tentang rahsia hidup ini sendiri, hubungan kita dengan Pencipta kita, kaitan di antara air mani dengan kejadian manusia, dan sebagainya. Inilah kaedah yang menyemarakkan IMAN dalam dakwah awal Allah, yang mensajikan dan menentukan risalah dakwah Rasulullah, bahawa setiap langkah, perkara dan amal hendaklah dimulakan dengan nama Allah. Dengan nama Allah inilah kita akan bergerak dan kepada Dia jualah tempat kita berpulang dan bersua nanti. Huraian di atas menjelaskan bagaimana saranan, tujahan dan petunjuk kepada wahyu pertama yang akan menukarkan manusia daripada sifat kebinatangannya kepada sifat kemanusiaan. Yang akan menukarkan manusia kepada manusia yang beriman dan berilmu, serta yang mengerjakan amalan yang bertuhankan Allah. PéçÀM¸G¥M"OZ HxZGYRe wG} . Péç¸MµGÃGš GãQƒG±MœIîM OZ RwIýP RëG˜ Ingatlah! Sesungguhnya jenis MANUSIA ini suka melampaui batas, kerana dia menganggap dirinya sudah cukup dengan apa yang dihajatinya. Iaitu, jenis manusia pada prinsipnya ‘Melampaui Batas’. Di antaranya, melampui batas engkar pada Tuhannya, melampui batas dengan merasakan yang dirinya sudah cukup sempurna segala-galanya, melampui batas dengan bersikap negatif dan merosakkan diri mereka sendiri. Seolah-olah mereka akan terus kekal hidup di atas dunia ini. Péç·M‰S®šOZ GßIN…Ge QéçšIý RwIý Ingatlah! Sesungguhnya kepada Allah Tuhan Mu, tempat kamu kembali, untuk balasan setimpal dengan perbuatanmu. Seolah-olah ayat di atas menyatakan: “Kepada Akulah Pemilik semua urusan kamu, wahai manusia! Termasuklah pulangnya kamu semua kepada Aku dengan jemputan maut dan dibangkitkan semula. Di situlah kamu akan lihat akibat dari sifat-sifat melampau kamu itu”. 146 Juz Amma Kenyataan ini dirumuskan seperti berikut: a) b) Kamu akan balik semula kepada Allah setelah mati. Kamu semua akan dihisab atas pendapatan dan bagaimana dibelanjakan harta-harta kamu itu. Kaedah ‘Berpulang Kepada Allah’ adalah kaedah dakwah kedua pentingnya dalam memupuk akidah manusia. P|G¬HÁMšOZ çG¾G“ Gw£G˜ wIý GÍMñGYGeG} . PçR¾G' ZGdIý Z@¬M¤“G . QçGÁMÀGñ |IRšOZ GÍMñGYGeG} PçRšGÂG†Gy G[RG˜ wI} GÍMñGYGeG} . P|GÂMºR¥šO£I…G®G›G} MyG} Beritahulah pada Ku apa baiknya jika seseorang manusia itu menghalang manusia lain dari bersembahyang? Beritahulah pada Ku buruknya jika seseorang itu menunjuk ajar ke arah hidayah Allah, atau menyuruh orang lain bertaqwa. Beritahulah pada Ku samada baik atau buruk jika seseorang itu berdusta dengan Allah dan berpaling tadah? Diriwayatkan bahawa Abu Jahal berkata pada satu kumpulan ramai, katanya: “Jika aku melihat Muhammad bersembahyang maka aku akan henyak kepalanya ke tanah!”. dan juga diriwayatkan Muhammad saw dicegah dari melakukan solat dan ada usaha untuk menghentak kepalanya dengan batu jika dia solat. Abu Jahal yang terserempak dengan Muhammad yang sedang solat itu tiba-tiba menarik diri dan ditanya oleh kumpulannya mengapa? Jawabnya: “Bila aku mendekati dia, aku rasa di antara aku dan dia terdapat parit yang penuh dengan api dan ini menghentikan perbuatanku itu!”. Persoalan di sini ialah: Baguskah perbuatan Abu Jahal menghalang Muhammad bersolat atau itukah seburuk-buruk tingkah laku untuk menghalang orang dari berbuat baik? Begitu juga soalan-soalan sinikal yang diutarakan bagi menjelaskan sikap melampaui batas manusia itu. Apakah buruknya jika seseorang itu menunjukkan seseorang yang lain ke arah jalan hidayah? Atau apa salah dan buruknya seseorang itu menyuruh orang lain supaya bertaqwa? 147 Juz Amma Soalan lain ialah: Tidakkah terlepas dari azab Allah jika manusia itu mendustakan ajaran Muhammad, atau tidakkah dia terlepas dari azab Allah jika dia berpaling tadah dari ajaran Rasulullah itu? Soalan-soalan sinikal tadi memperlihatkan manusia sombong yang melampaui batas yang tidak langsung memikirkan Allah, memikirkan kebaikan dan kejahatan. Dimanakah orang ini dengan Allah? Q|G®Gñ GäNQ¾šZ RwGÆI… MâG¾ƒM·Gñ MâGšG} Tidakkah si pelampau tadi mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala amal perbuatannya itu? Iaitu, seolah-olah Allah memberi amaran kepada mereka supaya meninggalkan perbuatan buruk itu kerana Allah sentiasa melihatnya dan akan membalasnya nanti. Ertinya, manusia mestilah meninggalkan ‘ego’nya sebagai pelampau yang melanggar had susilanya. AæGËI‘£G‹ AæG…IQƒG˜ AæGÃI'£Gœ . IæGÃI'£RÀšO£I…£=ƒG·G¹M±GÀGš IäG¥MÀGñ MâRš ãIËGš RëG˜ Jangan sekali-kali menderhaka! Demi sesungguhnya jika manusia itu tidak berhenti dari perbuatan buruk itu, nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya dan kemudian mengheretnya ke Neraka, iaitu ubun-ubun orang yang rosak, bersalah dan pendusta. Ertinya, lebih baiklah dia berhenti dari sikap sombong dan melampaui batas itu kerana ternyata buruknya. Jika dia masih meneruskannya, di Akhirat nanti Allah akan mengarahkan Zabaniah, penjaga Neraka, untuk menghina beliau dengan mengheretnya ke Neraka dengan cara menarik ubun-ubunnya. Bagi Abu Jahal yang mati dalam peperangan Badar, matinya dalam keadaan terhina dan diseret. Allah sangat menghina orang-orang pelampau begini dengan menyatakan “Inilah Dia!” kepada yang memiliki ubun-ubun yang pendusta, perosak dan jahat. GæGÃIœ£G…R¯šOZ HnM¬GÀG" . ôHäGñIc£Gœ HnM¬GÃM¾G• Kemudian, biarlah dia panggil kumpulannya untuk mendapatkan pertolongan. Bagi Allah, Zabaniah penjaga Neraka itu dipanggil untuk mengheretnya ke Neraka. 148 Juz Amma Begitulah gambaran penghinaan ke atas jenis manusia begini, melampaui batas, berusaha menggagalkan dakwah, bersikap sombong, bongkak dan perosak. Dinyatakan secara sinis, jika dia memanggil kumpulan kawan-kawannya untuk pertolongan, maka Allah pun boleh memanggil Zabaniah di Akhirat kelak untuk mengheretnya ke Neraka. Kesudahan dari keadaan adanya manusia begini, maka ada baiknya kita tidak usah melayan mereka. Firman Allah: [I®G¥M–ZGy M¬H¨M"OZ Gy HäM·IµH† Gê RëG˜ Ingatlah Wahai Muhammad, janganlah engkau terus menurut kehendak mereka. Sebaliknya, sujudlah dan dampingkan dirimu itu kepada Allah dengan amal soleh dan taat. Maknanya, Rasulullah dinasihatkan meneruskan harakah risalah dakwahnya dan jangan ambil peduli atau taat kepada golongan begini. Teruskan amalan solat, dan perbanyakkan mendekati Allah dalam sujud, semuga segala masalah khianat golongan ini akan berakhir. Inilah dia cara Allah membantu Rasulullah dalam dakwah awalnya di Mekah dengan adanya penghalang-penghalang manusia pelampau ini agar dakwah beliau berjalan lancar. Allahu A’lam. 149 Juz Amma SURAH AT-TIIN Diturunkan di Mekah : 8 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 ( ) 4 ( ) GãÃIÀÃI" IeÂH‘Gy 1 ( ) IwÂH¥Mñ R¯šOZ Gy IãÃIN¥šOZ Gy AâñIÂMºG† IãG±MŠG} P+ç• GãQ郱MœIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš 5 ( ) 3 ( ) IãÃI›GìM OZ I¬G¾G¤MšOZ ZGQ郄Gy GãÃI¾I¹Qéƒ" GáG¹M"G} HäQ郜McGcGe RâH‡ ( ) 6 AwÂHÀM¿G› H®MÃG” K®M‰G} MâHÁG¾G• IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ Rê+ý 8 GãÃI¿I¼Q郩MšOZ IâG¼MŠGÆI… HäQN¾šZ GÔMÃGšG} ( ) 7 ( ) IãñIN¬šO£I… H¬M·G… GßH…ING¼Hñ£G¿G• MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi buah Tiin dan buah Zaitun (rujukan pada Bukit Tursina, dipinggir Damsyiq). Demi Bukit Tursina. Demi Negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang SEBAIK-BAIKNYA. Kemudian (jika manusia itu menyalahgunakan kewujudan mereka, maka) Kami kembalikan mereka ke martabat yang SERENDAH-RENDAHNYA. KECUALI mereka yang beriman dan beramal soleh (dalam hidup mereka). Maka dijanjikan pada mereka PAHALA yang tidak putus-putus. (Jika demikianlah kekuasaan Ku ini) Maka apa pula yang menjadikan kamu (wahai Manusia) sebagai pendusta mengenai hari pembalasan itu? Bukankah Allah (yang sedemikian kekuasaan Nya) itu dikatakan sebagai SEADIL-ADIL Hakim? 150 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AT-TIIN IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya didunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IwÂH¥Mñ R¯šOZ Gy IãÃIN¥šOZ Gy Demi buah Tiin dan buah Zaitun (rujukan pada Bukit Tursina, dipinggir Damsyiq). GãÃIÀÃI" IeÂH‘Gy Demi Bukit Tursina. IãÃI›GìM OZ I¬G¾G¤MšOZ ZGQ郄Gy Demi Negeri Mekah yang aman ini. AâñIÂMºG† IãG±MŠG} çP+ • GãQ郱MœIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang SEBAIK-BAIKNYA. GãÃI¾I¹Qéƒ" GáG¹M"G} HäQ郜McGcGe RâH‡ Kemudian (jika manusia itu menyalahgunakan kewujudan mereka, maka) Kami kembalikan mereka, ke martabat yang SERENDAH-RENDAHNYA. AwÂHÀM¿G› H®MÃG” K®M‰G} MâHÁG¾G• IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ Rê+ý KECUALI mereka yang beriman dan beramal soleh (dalam hidup mereka), maka dijanjikan pada mereka PAHALA yang tidak putus-putus. 151 Juz Amma IãñIN¬šO£…I H¬M·G… GßH…ING¼Hñ£G¿G• (Jika demikianlah kekuasaan Ku ini) Maka apa pula yang menjadikan kamu (wahai Manusia) sebagai pendusta mengenai hari pembalasan itu? GãÃI¿I¼Q郩MšOZ IâG¼MŠGÆI… HäQN¾šZ GÔMÃGšG} Bukankah Allah (yang sedemikian kekuasaan Nya) itu dikatakan sebagai SEADIL-ADIL Hakim? Sinopsis Surah: Surah ini diturunkan di Mekah dengan matlamat memantapkan keimanan manusia dengan menganjurkan hidup yang bermatlamatkan amal soleh. Tiga Rasul Agung: Nabi Nuh as, Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw dijadikan model untuk Allah tonjolkan keprihatinan mereka kepada keimanan dan amal soleh tersebut. Hakikat ciptaan manusia melalui satu ‘procedure’ terbaik, terkini dan terancang dijelaskan oleh Allah, dan manusia yang diciptakan itu akan terus menjadi ‘terbaik’ JIKA dia dari kalangan yang memilih IMAN dan AMAL SOLEH sebagai wadah hidupnya di dunia ini. Jika dia memilih sebaliknya, iaitu kekufuran dan syirik, maka sudah pasti dia akan dikembalikan kepada Allah sebagai manusia yang serendah-rendah martabat. Pokoknya ialah IMAN dan AMAL, dan penentuan sebegini adalah seadil-adil Hakim. 152 Juz Amma Tafsiran Surah: IãÃI›GìM OZ I¬G¾G¤MšOZ ZGQ郄Gy . GãÃIÀÃI" IeÂH‘Gy . IwÂH¥Mñ R¯šOZ Gy IãÃIN¥šOZ Gy (Allah bersumpah) Demi buah Tiin dan buah Zaitun (merujuk kepada Bukit Tursina, di mana Nabi Nuh dan bahteranya tersadai selepas banjir besar). Dan demi Bukit Tursina (di mana Nabi Musa ditauliahkan dengan Kitab Taurat). Dan demi Negeri Mekah yang aman ini, (di mana Nabi Muhammad saw memulakan dakwahnya), Aku bersumpah dengan semuanya itu. Ketiga-tiga Rasul Agung ini dijadikan sumpahan Allah kepada peranan mereka dalam mengembangkan iman kepada kaum-kaum mereka. Nabi Nuh as dengan dakwahnya selama hampir 1000 tahun, tetapi sedikit sekali yang beriman dengannya, Nabi Musa mendakwah dengan penuh kesabaran dan banyak bersyukur, dan Muhammad saw dengan dakwahnya pada orang Quraisy. Begitulah kesengsaraan mereka ini memperkenalkan erti iman ke dalam hati kaum mereka. Mengikut Syed Qutub, buah Tiin dan buah Zaitun adalah sebagai simbolik kepada bukit yang berada di pinggir negeri Damsyik, iaitu Bukit Tursina, di mana ianya menjadi sejarah tentang Nabi Nuh as dan dakwahnya. Bukit Tursina termasyhur kerana Nabi Musa as telah diperintah menerima Kitab Taurat di sana. Dakwah Nabi Musa as dianggap sangat sukar dan beliau dikenali sebagai Sobbarun Syakur, (AeMÂH¼G&Ae£R¤G' - Ayat 5, Surah Ibrahim. Mafhumnya: Terlalu sabar dan banyak bersyukur). Bumi Mekah pula merupakan simbolik atas aktiviti dakwah Nabi Muhammad saw yang ditentang habis-habisan oleh kaum kufur dalam dakwah imannya kepada mereka. Inilah 3 perkara besar atau 3 nabi-nabi agung yang ditonjolkan dalam sumpah Allah itu dalam surah ini. Apakah subjek kepada sumpahan ini? Sumpah Allah ini memperlihatkan kepada kita semua akan SATU HAKIKAT mengenai fitrah manusia yang paling terserlah, yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia! Ianya tentang penciptaan manusia dengan segala sifat kesempurnaannya oleh Allah. Fitrah ini telah digandingkan dengan gandingan IMAN dan AMAL SOLEH demi mencapai kesempurnaan taqdir Allah kepada manusia. Jika manusia itu memilih untuk melarikan diri dari iman dan amal soleh ini, maka mereka akan tersungkur jatuh kepada penghinaan dan martabat yang paling rendah. Inilah dia HUKUM Allah. 153 Juz Amma AâñIÂMºG† IãG±MŠG} P+ç• GãQ郱MœIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baik ciptaan Nya. Iaitu, kejadian manusia yang dikatakan sebagai AHSANI TAQWIM (AâñIÂMºG† IãG±MŠG} ) memperlihatkan 3 perkara pokok: 1. 2. 3. mempunyai sistem yang unik, teknologi ciptaan yang tertinggi, dan kesaksamaan yang tiada tolok bandingnya. Dalam âMÃI±MºG† bahasa Arabnya (Pembahagian), ia dan disebut ÌMÃI˜M®G† sebagai: áMñI¬M·G† (Imbangan), (Susunan). Inilah dia ‘procedure’ penciptaan Allah yang melengkapkan manusia dengan roh Nya, dicipta bagi melandaskan ciptaan itu kepada satu fitrah yang unik. Pertama, ÌMÃI˜M®G† (Susunan): Kedua, âMÃI±MºG† ianya bersesuaian dengan ‘Kemahuan Allah sendiri’. (Pembahagian): mewujudkan satu nilai yang unik pada sistem ini. Ketiga, áMñI¬M·G† (Imbangan): mewujudkan satu ketekunan yang halus dan berperanan, pada akal dan roh. Inilah keajaiban ciptaan Allah, dan menjadi fitrah kejadian manusia, samada mereka sedar atau tidak. Fitrah kejadian yang sempurna ini HANYA akan terus kekal jika pilihan kita ialah IMAN dan AMAL SOLEH dalam hidup ini. Jika kita memilih selain dari itu, termasuk kufur dan syirik, maka tersungkurlah kita dan jadilah kita serendah-rendah martabat manusia. GãÃI¾I¹Qéƒ" GáG¹M"G} HäQ郜McGcGe RâH‡ Kemudian (jika ia memilih kufur dan syirik dalam hidupnya, maka) Kami akan kembalikannya ke serendah-rendah martabat. Iaitu taraf kemanusiaannya yang dicipta begitu sempurna akan menjadi tidak sempurna jika dia menolak IMAN dan amal soleh dalam hidupnya. 154 Juz Amma Dalam kata lain, manusia yang menentang konsep fitrah ini dengan memilih syirik dan kufur pada Allah, akan menjatuhkan paras fitrahnya dari paras yang baik kepada paras sehina-hina makhluk di Akhirat nanti. Sebab itulah Allah menekankan IMAN dan amal soleh sebagai pilihan yang terbaik kepada kesempurnaan ciptaan Nya itu. AwÂHÀM¿G› H®MÃG” K®M‰G} MâHÁG¾G• IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RêIý Kecuali orang-orang yang memilih iman dan beramal soleh dalam hidupnya, maka mereka (dijanjikan) perolehan pahala yang tidak putus-putus. Ini bererti mereka dijanjikan dengan pahala dari Allah yang tidak putus-putus. Memperolehi pahala kerana memahami yang manusia itu dicipta sesempurna mungkin. Kemudian dipilih iman dan amal soleh sepanjang hidup untuknya, maka sempurnalah ia dengan kesempurnaan iman tersebut. Bayangkanlah, bahawa pahala yang dijanjikan padanya itu, akan menjadikannya manusia yang terbaik di sisi Allah. Kesimpulannya begini: a) Beristiqomah atas fitrah asal kesempurnaan ciptaan, diikuti dengan iman dan amal soleh, akan mendapat pahala yang berterusan dan tidak putus-putus dari Allah. b) Bergerak menentang fitrah asal kesempurnaan ciptaan dan memutuskan hubungan dengan Allah, akan menerima tekanan dengan hidup yang sakit dan tidak sempurna. c) Jauhkanlah syirik dan kufur pada Allah kerana ia akan menyebabkan kita tersungkur jatuh ke paras martabat yang paling hina. Sheikh Abdullah Basmeih membawa contoh berikut dalam mentafsir ayat di atas: “Iaitu orang-orang yang beriman yang semasa mudanya tetap mengerjakan amal-amal soleh, apabila ia menjadi tua-nyanyok, tidak dapat berbuat lagi demikian, maka Allah perintahkan supaya dituliskan pahala amalan-amalan yang biasa dikerjakannya dahulu, sekali pun ia tidak dapat mengerjakannya lagi dalam masa tuanya. Bahkan ada disebutkan dalam Hadith bahawa orang yang bersifat demikian, Allah perintahkan malaikat yang menulis amal ibadahnya semasa ia hidup, supaya duduk dekat kuburnya dan menulis kebajikan untuknya hingga Kiamat. Oleh itu bersungguh-sungguhlah mengerjakan amal bakti sebelum datang masanya seseorang itu tidak dapat mengerjakan amal lagi”. (Sheikh Abdullah Basmeih). 155 Juz Amma IãñIN¬šO£I… H¬M·G… GßH…ING¼Hñ£G¿G• Jadi! Apa lagi yang engkau pertikaikan tentang ugama itu selepas ini? Dalam lain perkataan, apa lagi yang engkau wahai manusia, hendak mendustakan tentang ugama ini, tentang hari pembalasannya, setelah kamu semua diberi bukti-bukti akan adanya hari tersebut? Jika kamu berdusta juga, maka kamu akan menjadi serendah-rendah martabat manusia di hari pembalasan nanti. Inilah dia keadilan Ilahi. GãÃI¿I¼Q郩MšOZ IâG¼MŠGÆI… HäQN¾šZ GÔMÃGšG} Bukankah Allah itu merupakan seadil-adil HAKIM yang menghukum kamu? Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang membaca Surah At-Tiin dan apabila sampai pada akhirnya, hendaklah dia berkata: GãMñI¬I„£R²šOZ £GÀI› GßIšQd çG¾G“ £GœG} Gy ! çQ¾G… Ya! Aku bersama-sama dengan yang lain menyaksikannya.” Ayat ini memberi erti bahawa Allah telah melaksanakan tugas ciptaan Nya yang tersempurna dan terbaik kepada manusia, dan manusia itu diberi pilihan antara ‘Iman dan Amal Soleh’ dengan ‘Kufur dan Tidak Bersyukur’. Jika pilihannya itu ialah ‘iman dan amal soleh’ maka ia diberi ganjaran pahala yang berkekalan. Tetapi bagi yang memilih kekufuran dan syirik, maka Allah jatuhkan martabatnya ke paras serendah-rendah martabat. Inilah keadilan Allah dan HAKIM yang adil. Kesimpulan: Surah ini menyuruh kita supaya akur pada perintah Allah. Untuk kita memperbaiki IMAN dan meneruskan amal soleh kita, supaya ianya seimbang di antara fitrah ciptaan kita yang terbaik itu dengan iman kita pada Allah. Inilah yang akan menjadikan kita seorang manusia yang baik, di dunia dan di Akhirat. Janganlah kita memilih kepada kejatuhan martabat yang paling hina dunia dan Akhirat dengan memilih kufur dan syirik kepada Allah. Allahu A’lam. 156 Juz Amma SURAH AL-INSYIRAH Diturunkan di Mekah : 8 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 GsGeMfIy GßMÀG“ £GÀM·GFGyGy (1) GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG} ( ) 4 GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy (3) GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ ( ) 6 Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý (5) Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG• ( ) 8 ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy (7) MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG• ( ) MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau (wahai Muhammad). Dan Kami telah meringankan darimu semua beban tanggunganmu (kerana berdakwah untuk mengembangkan Islam). (Iaitu bebanan) yang memberatkan tanggungjawabmu itu. Dan Kami juga telah menaiktarafkan namamu untuk sebutan namamu itu. Oleh itu, tetapkan kepercayaanmu, bahawa setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Ditegaskan sekali lagi, setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Kemudian apabila engkau telah selesai tugas mutlakmu itu, maka tumpukan secara bersungguh-sungguh untuk beramal soleh. Dan kepada Tuhanmu Allah sahaja, hendaklah engkau mohon kegemaranmu. 157 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-INSYIRAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG} Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau (wahai Muhammad). GsGeMfIy GßMÀ“G £GÀM·GFGyGy Dan Kami telah meringankan darimu semua beban tanggunganmu (kerana berdakwah untuk mengembangkan Islam). GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ (Iaitu bebanan) yang memberatkan tanggungjawabmu itu. GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy Dan Kami juga telah menaiktarafkan namamu untuk sebutan namamu itu. Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG• Oleh itu, tetapkan kepercayaanmu, bahawa setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý Ditegaskan sekali lagi, setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. 158 Juz Amma MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG• Kemudian apabila engkau telah selesai tugas mutlakmu itu, maka tumpukan secara bersungguh-sungguh untuk beramal soleh. ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy Dan kepada Tuhanmu Allah sahaja, hendaklah engkau mohon kegemaranmu. Sinopsis Surah: Dalam melaksanakan dakwahnya, Rasulullah rasa terlalu tertekan sehingga beliau rasakan seolah-olah rohnya semput kerana harus melaksanakan tugas yang terlalu mencabar, kerana jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh berduri dan lunak untuk beliau bergerak, dan kerana tipu helah dan muslihat kafir Quraisy di sekelilingnya. Semuanya itu menyebabkan dada Rasulullah dihinggapi tekanan dan terasa bebanan itu terlalu berat untuk dipikulnya. Beliau perlu kepada sokongan moral, panduan matlamat dan bimbingan dari Allah. Al-Qur’an yang membawa surah ini dengan penuh kudus, membimbing dan memberi bantuan moral kepada Rasulullah dalam usaha dakwahnya. 159 Juz Amma Tafsiran Surah: GsGeM¬G' GßGš M`G®M²Gœ MâGšG} Bukankah Kami telah melapangkan bagi engkau dada engkau? Dalam kata lain: “Tidakkah engkau merasa kelapangan dadamu dalam melaksanakan dakwah ini setelah Kami mengisikannya dengan iman dan hidayah? Tidakkah engkau merasa dipermudahkan kepadamu semua urusanmu itu? Dan Kami jadikannya sebati dan sehati dengan tugasmu itu sehingga menyenangkan engkau? Kami tunjukkan jalan mudah itu untuk mencapai pada akhirnya dengan penuh bahagia?”. Syed Qutub mentafsirkannya seperti berikut: “Telitikanlah dalam dadamu. Tidakkah engkau menemui pengisian pada rohmu, keselesaan pada dalaman dirimu, keriangan dan nur cahaya dalam benakmu? Bersedialah memikul bebanan ini dengan pemberian tersebut! Fahamilah setiap yang susah itu tentulah ada senangnya, yang penat itu ada kerehatannya dan yang meredhai setiap halangan itu dengan tabah ada kebaikannya?”. Terdapat sebuah hadith yang berkaitan dengan melapangkan dada Rasulullah dalam hadith riwayat Muhammad dari Ubai bin Ka’ab yang berkata bahawa Abu Hurairah sangat suka bertanyakan soalan yang tidak pernah ditanya oleh sahabat-sahabat lain. Di antaranya pertanyaan Abu Hurairah pada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah petanda-petanda awal yang Engkau nampak tentang kenabianmu itu?” Jawab Rasulullah yang ketika itu sedang berdiri, mencapai kerusi dan duduk memulakan jawapannya: “Baik, wahai Abu Hurairah. Ketika aku berumur 10 tahun dan beberapa bulan, dan ketika itu aku berada di padang pasir. Tiba-tiba kedengaran dua suara lelaki yang berkata: “Betulkah yang ini?” Jawabnya: “Ya! Ya!….. Inilah dia!”. Kedua-dua lelaki itu menghampiriku. Aku melihat mukanya yang aku tidak pernah kenal, rohnya yang tidak pernah aku temui dan alami, dan bajunya tidak serupa baju yang pernah aku tahu! Kedua-duanya mendekati badanku dan salah seorang itu memegang badanku, tetapi tidak nampak dan tidak terasa gengamannya. 160 Juz Amma Dan kata salah seorang itu pada yang lainnya: “OK, baringkanlah dia sekarang!”. Maka aku pun dibaringkan. Kata orang tu lagi: “Masukkan tangan kau dalam dadanya dan buka dada itu!”. Aku nampak tangannya mengutil-ngutil sesuatu! dimasukkan dalam dadaku sambil Kata suara itu lagi: “Keluarkan ketulan darah hitam tu!”. Aku nampak dia mengeluarkan seketul darah hitam dari dalam dadaku dan aku tidak nampak darah atau merasa sakit atas perbuatan mereka berdua itu. Darah hitam itu dicampak keluar dan kata orang itu pada kawannya: “Masukkan rasa kasih sayang (Ra’fah) dan rasa rahmat (Rahmah) ke dalamnya!”. Aku nampak seolah-olah seketul perak dimasukkan ke dalam dadaku itu. Kemudian mereka mengoncang jejari tangan kananku dan berkata: “Ha! Bangun. Engkau selamat!”. - (Ibnu Kathir, Juz 4, m/s 525). Mengikut tafsiran Ruhul Bayan, Juz 10, m/s 462, Ketulan Darah Hitam itu di kenali sebagai kotak Syaitan (w£µÃ²šZ ¯¿¸›) iaitu seketul darah hitam, di mana dengannya, menyebabkan seseorang itu cenderung mengikuti bisikan syaitan dan menjadi tidak taat kepada Allah dan suka kepada maksiat. Ianya adalah punca kepada ikutan nafsu yang mendorong manusia ke arah derhaka pada Allah. GsG®MÁG’ G×GºMœG} |IRšOZ . GsGeMfIy GßMÀG“ £GÀM·GFGyGy Dan Kami telah meringankan darimu akan bebananmu melaksanakan dakwahmu, iaitu bebanan yang memberatkan tanggungjawabmu. Iaitu, Kami hilangkan bebanan yang boleh memberatkan belakang kamu untuk menanggungnya, Kami meringankan dada kamu dengan kelapangan dada sehingga engkau merasa ringan dan mudah, iaitu dengan mentaufiqkan kamu dan memudahkan dakwah kamu serta membuka lipatan-lipatan hati kamu dengan wahyu. Wahyu yang menyingkapkan sesuatu hakikat, yang boleh membantu ianya menyelinap ke dalam kalbu pelanggan kamu dengan penuh resapan dan kesenangan. 161 Juz Amma GsG®M˜Id GßGš £GÀM·G•GeGy Dan Kami menaiktarafkan namamu untuk sebutan. Iaitu Kami jadikan namamu itu disebut dimartabat tinggi, ke atas, ke bawah dan kepada semua yang wujud di dunia ini. Kami angkatkan namamu Muhammad itu agar sejajar dan selari dengan nama Allah ketika ianya diucapkan oleh dua bibir. Contohnya: “Lailahaillallah Muhammad Rasulullah!”. Bukan itu saja, diberi nilai taraf tinggi di mana dengan nilai itu mengasingkan nama Muhammad dari semua nama makhluk lain. Nama Muhammad disebut dalam Lauh Mahfuz, ditaqdirkan menjadi sebutan dari kurun ke kurun yang lain, dan jutaan bibir-bibir dibasahi dengan sebutan nama itu. Selawat dan salam yang mendampingkan rasa kasih dan sayang padamu wahai Muhammad. Jadi, dengan anugerah yang tertinggi ini, manalah ada lagi kesengsaraan, kesusahan dan halangan pada dakwah kamu itu! Sambil itu, Allah mahu memberi kata semangat pada Rasulullah dengan yang diceritakan melalui sebuah Hadith riwayat dari Othman bin Atta’a dari Az-Zuhri dari Anas ra, mafhumnya: Rasulullah pernah berkata: “Setelah selesai perbincanganku dengan semua urusan di langit, aku berkata pada Allah: “Wahai Rabb! Semua nabi-nabi sebelumku telah Engkau anugerahkan mereka dengan kemuliaan. Engkau jadikan Ibrahim as sebagai Khalil Mu, Nabi Musa sebagai Kalam Mu. Engkau permudahkan Nabi Daud dan Sulaiman dengan bukit dan angin. Engkau benarkan Nabi Isa menghidupkan yang telah mati, dan aku tidak apa-apa yang Engkau kurniakan!”. Jawab Allah: “Anugerah Ku padamu lebih dari semua itu. Bila manusia mengingati Ku bererti mereka mengingatimu juga. Aku jadikan hati-hati umatmu boleh menghafaz Al-Qur’an, dan ini tidak diberi pada umat sebelummu. Aku anugerahkan engkau dengan harta Arasy (Kanzul ’Arsyi), la haulawala quwwata illa biIlahi”. Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIý . Z@®M±Hñ I®M±H·MšOZ GÚG› RwIÇG• (Tetapkanlah kepercayaanmu dan keyakinanmu) maka setiap yang susah itu akan berakhir dengan kesenangan. Sekali lagi ditegaskan, bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan. 162 Juz Amma Iaitu kesusahan ini akan berganding dengan kemudahan, dan inilah dia praktikal dalam hidup ini. Beginilah caranya Allah memujuk Rasulullah agar tetap pendirian dakwahnya, kuat semangatnya dalam melepasi tugas penting dakwahnya yang penuh dengan kesusahan dan rintangan itu. Bayangkanlah, betapa hati Rasulullah yang mendapat sokongan Allah itu akan terus aktif dan bersemangat. ÌG“MeO£G• GßIN…Ge QéçšIýGy . MÌG³œO£G• GÍM”G®G• ZGdIÇG• Dan kemudian, apabila kamu telah selesai (melakukan tanggungjawab kamu itu pada satu-satu masa) maka bersungguh-sungguhlah secara proaktif mengusahakannya (seperti amal soleh dan lain-lain) dan ingat, kepada Tuhanmu Allah sajalah, hendaklah kamu mohon apa yang engkau kehendaki. Apabila selesai tugas kamu pada manusia dan pada bumi, maka usahakanlah bersungguh-sungguh dan dengan sepenuh hati, dalam melaksanakan ibadah, penelitian tugas, dan dalam perancangan dan fokus pada tugas-tugasan yang akan datang, dengan cara menjadikan Allah sebagai tempat memohon segala sesuatu. Bukan pertolongan dari manusia lain, dari wang atau dari kehebatan, TETAPI pertolongan hanya dari Allah, agar tertunailah konsep ikhlas dalam tugas-tugasanmu itu. Hanya ini sahajalah jalan yang boleh membawa kejayaan pada diri dan perjuangan jihad kamu. Kesimpulan: Dengan meresapkan penghayatan kita ke atas surah ini dan memahami bahawa ianya adalah bimbingan Allah kepada Rasulnya Muhammad saw, maka hasilnya akan melahirkan 2 jenis perasaan: Perasaan pertama ialah perasaan disayangi dan dikasihi oleh Allah. Ianya diresapkan ke dalam roh Rasulullah saw oleh Tuhannya Allah, yang Maha Prihatin, yang memberi rahmat dan kesegaran jiwa kepadanya. Perasaan kedua ialah perasaan bagaimana Allah mencurahkan kasih sayang Nya itu dengan sentuhan yang membina dan membimbing. Aduh! Bertuahnya Rasulullah mendapat bimbingan yang sedemikian hebatnya. Allahu A’lam. 163 Juz Amma SURAH ADH-DHUHA Diturunkan di Mekah : 11 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 3 Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› (2) Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy (1) Qéç©S´šOZ Gy ( ) 5 QéçFM®G¥G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy (4) QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš Gy ( ) 7 Q|G¬GÁG• UêP£GF GsG¬G‰GyGy (6) Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} ( ) 9 M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• (8) QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy ( ) ( 11) M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy (10) M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi waktu Dhuha dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Bahawa Allah, Tuhan Mu itu tidak pernah mensia-sia dan meninggalkan engkau (Wahai Muhamad). Dia juga tidak membencikan engkau (sebagaimana tuduhan orang kafir pada engkau). Maka sesungguhnya bagi engkau di sisi Allah di Akhirat nanti lebih baik dari semua pemberian yang perolehi di dunia ini. Allah Tuhanmu, akan memberikan kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia dan Akhirat) sehingga engkau redha dan berpuashati. Bukankah telah didapati yang engkau adalah yatim piatu, lalu Dia memberi engkau pertolongan/perlindungan? Dan juga didapati engkau sedang mencari-cari jalan untuk kebenaran, lalu Dia memberi engkau hidayah petunjuk (melalui wahyu dan Al-Qur’an). Dan didapati juga engkau dalam keadaan miskin lalu Dia memberikan engkau kekayaan. Oleh itu janganlah mengasari anak-anak yatim. Dan bagi orang yang memerlukan bantuan dan meminta-minta, janganlah mereka ditengking. Atas segala nikmat-nikmat Allah hendaklah kita menyebut-nyebutnya dan bersyukur. 164 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH ADH-DHUHA IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Qéç©S´šOZ Gy Demi waktu Dhuha dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Bahawa Allah, Tuhan Mu itu tidak pernah mensia-sia dan meninggalkan engkau (Wahai Muhamad). Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› Dia juga tidak membencikan engkau (sebagaimana tuduhan orang kafir pada engkau). QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš yG Maka sesungguhnya bagi engkau di sisi Allah di Akhirat nanti lebih baik dari semua pemberian yang perolehi di dunia ini. QéçFM®G¥G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy Allah Tuhanmu, akan memberikan kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia dan Akhirat) sehingga engkau redha dan berpuashati. Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} Bukankah telah didapati yang engkau adalah yatim piatu, lalu Dia memberi engkau pertolongan/perlindungan? 165 Juz Amma Q|G¬GÁG•UêP£GF GsG¬G‰GyGy Dan juga didapati engkau sedang mencari-cari jalan untuk kebenaran, lalu Dia memberi engkau hidayah petunjuk (melalui wahyu dan Al-Qur’an). QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy Dan didapati juga engkau dalam keadaan miskin lalu Dia memberikan engkau kekayaan. M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• Oleh itu janganlah mengasari anak-anak yatim. M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy Dan bagi orang yang memerlukan bantuan dan meminta-minta, janganlah mereka ditengking. M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy Atas segala nikmat-nikmat Allah hendaklah kita menyebut-nyebutnya dan bersyukur. 166 Juz Amma Sinopsis Surah: Diriwayatkan bahawa wahyu dari Allah telah terputus selama beberapa waktu, dan Jibril as telah tidak menyampaikan sebarang wahyu pada ketika itu. Ini mencemaskan Rasulullah dan juga muslimin. Pada masa itu orang-orang musyrikin Mekah telah berkata pada Rasulullah: “Tengoklah, Allah sudah membenci engkau, lalu Dia meninggalkan engkau dan menolak kasih sayang Nya pada engkau wahai Muhammad”. Maka Allah telah menurunkan surah ini dan menemplak tanggapan musyrikin yang membuat tuduhan penolakan Allah itu. Dakwah Rasulullah di Mekah terus berjalan dan menghadapi rintangan yang kuat. Surah ini merupakan ‘sentuhan’ Allah pada Rasulullah yang paling lembut dan istimewa. Ia adalah sebahagian dari RAHMAT Allah, kepada pendakwah agung itu, rentetan Nya dari rasa kasih sayang, seolah terasa tangan-tangan lembut yang terus mengusap ubun-ubun Rasulullah yang tegang dan sakit itu. Allah terus meniupkan angin keredaan dengan menghembuskan rasa yakin dan ketenangan. Jiwa perjuangan Rasulullah yang penat, tertekan dan penuh dengan lunak duri itu ditenangkan dengan surah ini, untuk Rasulullah meneruskan dakwah kepada keimanan dan hidayah Nya. Persekitaran hidup Rasulullah selama 23 tahun itu, ianya penuh dengan wahyu yang senantiasa diturunkan dan muslimin seterusnya menerima wahyu-wahyu baru berbentuk ayat-ayat Al-Qur’an yang dibaca oleh Rasulullah. Kehidupan muslimin di masa itu penuh dengan panduan hidup dan ketenangan. Dengan terputusnya wahyu beberapa waktu, masyarakat Islam telah merasakan sesuatu kehilangan, sehinggalah turunnya surah ini yang penuh dengan pujuk-rayu, memberi semangat dan yang penting menunjukkan matlamat hidup dan perjuangan Rasulullah. Ini memberi tiupan keyakinan kepada Muhammad dan kepada muslimin dan muslimah yang ada pada waktu itu. 167 Juz Amma Tafsiran Surah: Qéç¨G" ZGdIý IáMÃRšOZ Gy . Qéç©S´šOZ Gy Demi waktu Dhuha, dan malam yang sunyi sepi (Aku bersumpah!). Allah bersumpah menggunakan waktu Dhuha dan juga malam yang gelap, di mana manusia sedang tidur dalam keadaan tenang dan dalam suasana yang sunyi sepi. Waktu Dhuha bermula 24 minit selepas terbitnya matahari. Sumpahan waktu begini menyingkap sejarah di waktu Allah mengarahkan Musa as berhadapan dengan tukang-tukang sihir yang akhirnya sujud pada Allah, melalui penjelasan Ayat 59, Surah Toha: ç@©HF Hh£RÀšOZ G®G²M©Hñ wG} Gy Semua orang ramai berkumpul pada waktu Dhuha (untuk bersemuka dengan Firaun dan Musa as). Malam yang sunyi sepi pula merujuk kepada keadaan apabila menjelangnya malam hari, suasana bumi diselubungi dengan kegelapan, dan inilah masanya di mana semua manusia berehat dan beradu dengan penuh ketenangan. Dan ada pula yang merujukkan malam di sini kepada malam Israk Mikraj. Kedua-dua waktu ini disunatkan bagi kita untuk mendirikan sembahyang yang dikenali sebagai Sunat Dhuha dan Sunat Tahajjud, kerana keistimewaan kedua-dua waktu ini yang diambil Allah sebagai sumpahan Nya. Apakah ‘subjek’ sumpahan Allah itu? Qéç¾G–£G›Gy GßS…Ge GßG“RcGy£G› Sesungguhnya Tuhanmu Allah, tidak pernah mengabaikan engkau wahai Muhammad dan tidak pernah membencikan engkau (sebagaimana dakwaan orang musyrikin Mekah pada engkau sewaktu berhentinya wahyu). Diriwayatkan bahawa wahyu Allah telah tidak turun beberapa belas hari. Orang-orang Yahudi Madinah menghubungi kaum Quraisy Mekah meminta mereka bertanya pada Rasulullah tentang “Ashabul Khahfi” (kisah penghuni gua) dan Kisah Zulqarnain. 168 Juz Amma Kata mereka: “Jika diceritakan semua itu dan mungkin dia tidak akan menceritakan pasal Roh, maka benarlah dia itu Rasulullah”. Maka kaum Quraisy pun bertanyakan perkara tersebut pada Rasulullah. Jawab Rasulullah: “Akan aku jawab pada kamu semua perkara tersebut esok” dan Rasulullah tidak mengakhiri kata-katanya dengan ‘INSYA ALLAH’. Maka tertangguhlah wahyu beberapa belas hari dan Rasulullah terpaksa mengurung dirinya. Lantas orang-orang musyrikin yang tidak dapat cerita tersebut mengatakan bahawa Rasulullah telah ditinggalkan Allah dan Allah telah membencikannya. Rasulullah bercakap dengan Khadijah tentang hal ini dan Khadijah berkata: “Mungkinkah Allah telah membelakangi engkau dan mencela engkau!”. Lantas Jibril as telah turun dan menyampaikan sepotong ayat dari Surah Al-Kahfi, Ayat 23 & 24, yang berbunyi: > HäNQ¾šOZ GY£P郲Gñ wG} P RêIý/ Z@¬G” GßIšQé d DáI“£G• çINœIý YA M|C£G²Iš RãGšÂHºG†GêGy Dan jangan sekali-kali berkata yang engkau boleh melakukan sesuatu itu esok kecuali engkau juga menyelitkan perkataan ‘muga-muga diizinkan Allah’ sepertinya. Jadi, penahanan wahyu itu adalah satu pendidikan (tarbiah) dan tunjuk ajar adab dengan Allah atas satu-satu petunjuk dan bukan kerana dibenci atau ditinggalkan sebagaimana dakwaan orang musyrikin itu. QéçšyHìM OZ GãI› GßRšH®MÃG‹ H{G®I‹G íMƒƒGš Gy Dan maka sesungguhnya bagi engkau wahai Muhammad, di sisi Allah di Akhirat kelak lebih baik daripada semua pemberian yang engkau perolehi di dunia ini. Inilah kata-kata semangat dari Allah setelah Dia bersumpah tidak mensia-siakan Rasulullah atau membencinya atas peristiwa kecil tersebut. Bukan kebaikan dunia dan hartanya, tetapi kebaikan Akhirat dan kepastiannya di sana. 169 Juz Amma Dalam kata lain: “Perihal penamatan segala amal engkau pada akhirnya itu adalah lebih baik dari permulaan perbuatanmu itu”. Ini bersesuaian dengan ayat terakhir Al-Qur’an: åI¥G¿M·Iœ MâH¼MÃG¾G“ HÍM¿G¿M†G} Gy MâH¼GÀñIc MâH¼Gš HÍM¾G¿M˜G} GvMÂGÃMšOZ £@ÀñIc GvGëM" IîM Z HâH¼Gš HÍÃIFGeGy Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu Ugama kamu dan Aku telah cukupkan semua nikmat Ku pada kamu dan Aku telah redha Islam sebagai Ugama untuk kamu. (Surah Al-Maidah, Ayat 3). Firman Allah: QéçFM®G¥G• GßS…Ge GßÃIµM·Hñ GpMÂG±GšGy Dan sesungguhnya Tuhan Mu Allah akan memberikan kamu (kejayaan dan kebahagiaan dunia Akhirat) sehingga kamu redha dengannya (dan berpuas hati). Inilah janji Allah di masa hadapan agar Rasulullah terus menggalas tanggungjawab dakwahnya sehingga berjaya. Pemberian Allah kepada Rasulullah ialah sesuatu yang ‘syumul’ (menyeluruh) di dunia ini, iaitu jiwanya yang tenteram sempurna, ilmu-ilmu orang-orang terdahulu (Al-Awwaliin) dan orang yang terkemudian (Al-Akhiriin), dan kenyatan tersebarnya Islam, dan tertegaknya Kalimah Allah dengan pembukaan negeri-negeri Islam yang berlaku pada zaman Rasulullah sendiri, dan kemudiannya di zaman para khalifah-khalifah Ar-Rasyidiin, dan berkembangnya Islam di timur dan barat dunia ini, dan karamahnya ialah Al-Qur’an, sehingga menyatukan Islam kepada penyembahan yang satu, iaitu iman pada Allah. Maka pasti Rasulullah meredhai pemberian Allah ini, jika kita lihat bagaimana Islam telah tersibar luas dari dulu hingga sekarang. Firman Allah: . Q|G¬GÁG• UêP£GF GsG¬G‰GyGy . Q|Gy£GËG• £@¿ÃI¥Gñ GsM¬I¨Gñ MâGšG} QçGÀM”GÆG• JëI¢P£G“ GsG¬G‰GyGy 170 Juz Amma Tidakkah didapati yang engkau wahai Muhammad sebagai yatim piatu, tetapi Dia memberi perlindungan padamu? Dan didapati diri engkau sedang mencari-cari jalan yang benar dan Dia memberikan hidayah petunjuk padamu dengan wahyu dan Al-Qur’an? Dan didapati engkau wahai Muhammad dalam keadaan kekurangan pendapatan lalu Dia memberikan kekayaan padamu? Ketiga-tiga ayat ini membawa minda Rasulullah semula kepada keadaan sebelum baginda menjadi Rasul. Sewaktu kecilnya beliau adalah anak yatim piatu dan yang memberi perlindungan kepadanya ialah Allah. Tidakkah dia mahu bersyukur? Sewaktu berumur 40 tahun, Muhammad mencari-cari kebenaran, melarikan diri ke Gua Hirak dan Allah telah menurunkan wahyu pertama Nya, melantik Muhammad menjadi Rasul dan memberikan hidayah kepadanya. Dan sewaktu berdakwah dan memerlukan sumbangan tenaga dan kewangan, Allah bekalkannya dengan kemurahan Abu Bakar dan sahabat-sahabat yang lain sehingga dia beroleh kekayaan untuk meneruskan usaha dakwahnya itu? Bukankah semuanya ini adalah pertolongan Allah melalui ‘tangan yang tidak nampak’, yang memudahkan kerja-kerja Rasulullah. Inilah dia pertolongan dan kasih sayang Allah pada Nabi Muhammad saw, yang harus diingati. Untuk mengambil pengajaran daripada pertolongan Allah ini, maka perkara-perkara berikut harus diambil perhatian: . M®GÁMÀG† GëG• GáI¢P£R±šOZ £R›G} Gy . M®GÁMºG† GëG• GâÃI¥GÃMšOZ £R›GÆG• M]IN¬G©G• GßIN…Ge IÍG¿M·IÀI… £R›G} Gy Oleh itu, janganlah kamu semua mengasari anak-anak yatim, adapun orang yang meminta-minta (untuk hidup dan untuk bimbingan), janganlah kamu tengking-herdik mereka. Dan segala nikmat-nikmat Allah yang engkau kecapi hendaklah sentiasa disebut-sebutkan dan bersyukur. Ketiga-tiga pengajaran dari Allah ini, yang berlandaskan kehidupan Rasulullah sendiri, adalah sangat penting dan dihuraikan seperti berikut: 171 Juz Amma a) Anak-anak yatim janganlah sekali-kali dikasari, dihina dan dipinggirkan. Sebaliknya, berilah rasa simpati dan dorongan agar mereka merasai seperti orang biasa yang bukan yatim. b) Orang yang meminta pada kita sesuatu, samada dia seorang yang memerlukan atau seorang miskin, jangan sekali-kali kita tengking herdek mereka, kerana ini melibatkan maruah si peminta dan kitalah yang memberi nilai atas maruah itu dengan tidak menengking dan mengherdik mereka. Berilah kata-kata yang baik jika kita tidak boleh melunaskan permintaan mereka. c) Kita yang senantiasa mendapat nikmat Allah ini janganlah terus tidak bersyukur, sebaliknya hendaklah kita senantiasa menyebut-nyebut akan nikmat tersebut sebagai satu cara bersyukur pada Allah. Pendapat Syed Qutub: Surah ini secara keseluruhannya IKHLAS dari Allah kepada Nabi Muhammad saw. Keseluruhan surah ini sebagai pujuk-rayu dari Allah untuk membahagiakan, menyeronokkan dan memberi rasa ketenangan dan keharmonian hubungan Allah dengan Rasulnya. Semuanya adalah deruan angin yang nyaman dari Rahmat Allah dan rasa hebat kasih sayang Nya. Ianya sebagi ubat kepada fizikal Rasulullah yang penat dengan dakwah, yang meniupkan rasa pengharapan kejayaan dan kasih sayang, yang menjadi pendorong kepadanya untuk terus berjuang kerana Allah dan iman. Begitulah cara Allah mendidik Rasulnya, dengan tegas menghentikan wahyu dengan tujuan tarbiah dan tunjuk ajar kepada Rasulnya. Disamping itu, Dia menunjukkan rasa hormat, kasih sayang, panduan bergerak dan memupuk Muhibbah ke dalam hati Rasulullah. Kesimpulan: Begitulah kepimpinan Rasulullah terus menerus diberi nafas oleh Allah sehingga Rasul kita itu menjadi sebenar-benar pemimpin manusia untuk seluruh alam dan untuk seluruh umatnya, WALAUPUN ianya berasal dari seorang anak yatim piatu, seorang yang miskin dan seorang yang mencari-cari kebenaran dengan berkhalwat. Semuanya dibantu oleh Allah dan Rasulullah adalah ‘anak-didik’ Allah untuk melahirkan seorang pemimpin manusia yang menggerakkan iman dan amal. Allahu A’lam. 172 Juz Amma SURAH AL-LAIL Diturunkan di Mekah : 21 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 QçR¾G¨G† ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy (1) QçG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy ( ) 4 QçR¥G²Gš MâH¼GÃM·G" RwGý (3) QPçG¦œHìM OZ Gy G®G˜RšOZ GÝG¾G‹ £G›Gy ( ) 6 QçGÀM±H©MšO£I… GqR¬G'Gy (5) QçGºR†ZGy QçGµM“G} MãG› £R›GÆG• ( ) 8 QçGÀM¸G¥M"OZ Gy GáIªG… MãG› £R›G} Gy (7) Q|G®M±HÃM¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• ( ) 10) Q|G®M±H·M¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• (9) QçGÀM±H©MšO£I… G[RG˜Gy ( ( ( 12) Q|G¬HÁM¾Gš £GÀMÃG¾G“ RwIý (11) QP|RcG®G† ZGdIý PôHäHš£GG› HäMÀG“ çIÀM¸Hñ£G›Gy 14) QçR¶G¾G† Z@e£Gœ MâH¼H†MeGœGÆG• (13) QçGšyHìM OZ Gy G{G®I‹G íMƒGš £GÀGš RwIýGy ( 16) QçRšGÂG†Gy G[RG˜ |IRšOZ (15) QçGºM& GìM OZ RêIý Pé£ÁQ郾ƒM³Gñ Gê ( ( 18) QçR˜G¯G¥Gñ ôHäHš£G› çI†MÈHñ |IRšOZ (17) QçGºM†GìM OZ £GÁH¤RÀG¨HÃG"Gy 20) QçG¾M“GìM OZ IäIN…Ge IäM‰Gy GYP£G¸I¥M…OZ RêIý (19) Q|G¯M¨H† AæG¿M·INœ ãI› ôHxG¬ÀI“ A¬GŠGìI £G›Gy ( 21) QçGFM®Gñ GpMÂG±GšGy 173 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi Malam yang menyelubungi segala-galanya dengan gelap gelitanya. Dan Siang yang muncul dengan cahaya terang benderangnya! Demi Aku yang telah menciptakan lelaki dan perempuan, jantan dan betina, makhluk ciptaan Ku! Sesungguhnya usaha amal kamu di dunia ini adalah berbagai-bagai (antaranya). Yang berusaha ‘memberi’ (menghulur sebagai sedekah) dari apa-apa yang ada padanya dan pada masa yang sama BERTAQWA (menjalankan yang wajib dan meninggalkan yang haram). SERTA meyakini perkara yang baik (kerja kebaikan untuk kebaikan, dan semua rukun iman dan Islam menjadi pegangan keyakinannya). MAKA orang ini dijanjikan pemberian KEMUDAHAN-KEMUDAHAN yang membawanya kepada KESENANGAN (dunia dan Akhirat termasuk SYURGA). Sebaliknya, mereka yang BAKHIL (lokek mengeluarkan zakat dan sedekah) dan telah merasa cukup dengan kekayaan material yang berada disekelilingnya dan kemewahan yang sedang dikecapinya. Dan pada masa yang sama, mendustakan semuanya itu dari Allah (bukan dari hanya hasil usahanya saja). MAKA dijanjikan kepadanya kemudahan yang menjuruskannya ke arah kesusahan dan kesengsaraan (di dunia dan Akhirat). Tahukah dia bahawa harta dan kekayaan itu tidak boleh memberi sebarang pertolongan kepadanya apabila dia mati dan di hadapan Allah di Akhirat nanti? Sesungguhnya atas tanggungan Aku sebagai Tuhan, yang memberi hidayah petunjuk kepada semua! Dan sesungguhnya Kami lah yang menguasai hari Akhirat dan alam dunia ini! Maka Aku memberi ingatan kepada kamu tentang adanya API NERAKA yang menjulang tinggi lidahnya! Api itu tidak akan membakar dan menjilat KECUALI mereka yang ‘celaka’. Iaitu yang telah mendustakan kebenaran dan berpaling tadah dengan mengingkari iman. (Api itu) Ianya dijauhkan dari orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Yang senantiasa beramal mengeluarkan zakat hartanya sebagai cara menyucikan diri dan harta bendanya. Sikapnya ialah dia tidak mengharapkan balasan dari sesiapa pun. KECUALI mengharapkan KEREDHAAN dari Allah yang Maha Agung atas semua amalannya itu. Dan akhirnya, dia akan berpuashati di Akhirat nanti dengan mendapat ganjaran dari Tuhannya. 174 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-LAIL IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. QçG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Demi Malam yang menyelubungi segala-galanya dengan gelap gelitanya. QçR¾G¨G† ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy Dan Siang yang muncul dengan cahaya terang benderangnya! QPçG¦œHìM OZ Gy G®G˜RšOZ GÝG¾G‹ £G›Gy Demi Aku yang telah menciptakan lelaki dan perempuan, jantan dan betina, makhluk ciptaan Ku! QçR¥G²Gš MâH¼GÃM·G" RwIý Sesungguhnya usaha amal kamu di dunia ini adalah berbagai-bagai (antaranya). QçGºR†ZGy QçGµM“G} MãG› £R›GÆG• Yang berusaha ‘memberi’ (menghulur sebagai sedekah) dari apa-apa yang ada padanya dan pada masa yang sama BERTAQWA (menjalankan yang wajib dan meninggalkan yang haram). QçGÀM±H©MšO£I… GqR¬G'Gy SERTA meyakini perkara yang baik (kerja kebaikan untuk kebaikan, dan semua rukun iman dan Islam menjadi pegangan keyakinannya). 175 Juz Amma Q|G®M±HÃM¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• MAKA orang ini dijanjikan pemberian KEMUDAHAN-KEMUDAHAN yang membawanya kepada KESENANGAN (dunia dan Akhirat termasuk SYURGA). QçGÀM¸G¥M"OZ Gy GáIªG… MãG› £R›G} Gy Sebaliknya, mereka yang BAKHIL (lokek mengeluarkan zakat dan sedekah) dan telah merasa cukup dengan kekayaan material yang berada disekelilingnya dan kemewahan yang sedang dikecapinya. QçGÀM±H©MšO£I… G[RG˜Gy Dan pada masa yang sama, mendustakan semuanya itu dari Allah (bukan dari hanya hasil usahanya saja). Q|G®M±H·M¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• MAKA dijanjikan kepadanya kemudahan yang menjuruskannya ke arah kesusahan dan kesengsaraan (di dunia dan Akhirat). QP|RcG®G† ZGdIý PôHäHš£GG› HäMÀG“ çIÀM¸Hñ£G›Gy Tahukah dia bahawa harta dan kekayaan itu tidak boleh memberi sebarang pertolongan kepadanya apabila dia mati dan di hadapan Allah di Akhirat nanti? Q|G¬HÁM¾Gš £GÀMÃG¾G“ wR ýI Sesungguhnya atas tanggungan Aku sebagai Tuhan, yang memberi hidayah petunjuk kepada semua! QçGšyHìM OZ Gy G{G®I‹G íMƒGš £GÀGš RwIýGy Dan sesungguhnya Kami lah yang menguasai Hari Akhirat dan alam dunia ini! 176 Juz Amma QçR¶G¾G† Z@e£Gœ MâH¼H†MeGœGÆG• Maka Aku memberi ingatan kepada kamu tentang adanya API NERAKA yang menjulang tinggi lidahnya! QçGºM& GìM OZ RêIý Pé£ÁQ郾ƒM³Gñ Gê Api itu tidak akan membakar dan menjilat KECUALI mereka yang ‘celaka’. QçRšGÂG†Gy G[RG˜ |IRšOZ Iaitu yang telah mendustakan kebenaran dan berpaling tadah dengan mengingkari iman. QçGºM†GìM OZ £GÁH¤RÀG¨HÃG"Gy (Api itu) Ianya dijauhkan dari orang-orang yang benar-benar bertaqwa. QçR˜G¯G¥Gñ ôHäHš£G› çI†MÈHñ |IRšOZ Yang senantiasa beramal mengeluarkan zakat hartanya sebagai cara menyucikan diri dan harta bendanya. Q|G¯M¨H† AæG¿M·INœ ãI› ôHxG¬ÀI“ A¬GŠ GìI £G›Gy Sikapnya ialah dia tidak mengharapkan balasan dari sesiapa pun. QçG¾M“GìM OZ IäIN…Ge IäM‰Gy GYP£G¸I¥M…OZ RêIý KECUALI mengharapkan KEREDHAAN dari Allah yang Maha Agung atas semua amalannya itu. QçGFM®Gñ GpMÂG±GšGy Dan akhirnya, dia akan berpuashati di Akhirat nanti dengan mendapat ganjaran dari Tuhannya. 177 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini memaparkan persekitaran dunia, tabiat semulajadi manusia dan memperjelaskan hakikat amalan serta balasannya untuk menjadi renungan manusia semua. Persekitaran dunia memaparkan beberapa kelainan, malam dan siang, dan amalan yang berbagai-bagai. Yang pemurah, bertaqwa, yang meresapkan konsep kebaikan dan penghayatan kepada Allah dan iman, dijanjikan kesenangan. Dan yang lokek bakhil, berpaling-tadah dari iman dan amal baik, dan tidak beriman bahawa semuanya itu adalah kurniaan dari Allah, dijanjikan kepayahan dan kesusahan. Akhirat juga menjanjikan beberapa kelainan berkaitan dengan api Neraka yang membakar. Ianya JAUH dari membakar mereka yang benar-benar bertaqwa, yang pemurah serta berzakat, tetapi AKAN membakar mereka-mereka yang ‘celaka’, yang berpaling-tadah dari iman dan amal, yang bakhil, dan yang menidakkan Allah (merasai bahawa mereka tidak memerlukan Allah). Pengajaran penting ialah janganlah mengharapkan sebarang balasan dari manusia lain yang telah kita ‘memberi’, TETAPI berharaplah pada balasan Allah atas amal baik kita, agar kita tidak kecewa. Dengan demikian itu, kita akan terus meredhai dan diredhai. 178 Juz Amma Tafsiran Surah: QPçG¦œHìM OZ Gy G®G˜RšOZ GÝG¾G‹ £G›Gy . QçR¾G¨G† ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy . QçG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Demi waktu malam yang gelap gelita yang menyelubungi segala sesuatu. Dan siang yang terang benderang. Dan Demi Aku, yang telah mencipta makhluk dengan lelaki dan perempuannya, jantan dan betinanya. Aku bersumpah! Sumpahan Allah ini membawa kita kepada merenungi dan memikirkan inti dari sumpah ini kepada keimanan dan akidah. Jiwa manusia sangat sensitif pada gerakan siang dan malam, memberi bekas yang mendalam padanya. Malam dan siang memiliki rahsia yang tidak dapat difikir oleh manusia kerana ia memiliki rahsia yang besar yang melibatkan rahsia peredaran masa, umur, muda dan tua, sihat dan sakit. Ini membawa minda kita kepada satu ‘tangan yang tidak nampak’, yang memainkan peranan menciptanya untuk kita dan makhluk lain, untuk manusia berehat di waktu malam dan bekerja di waktu siang, bagi meneruskan hidup ini. Sumpahan kedua melibatkan ciptaan Allah, iaitu makhluk Nya yang bersifat lelaki atau perempuannya, jantan atau betinanya, positif atau negatifnya. Semuanya ini berada di sekitar manusia dan jika mereka memikirkan tentang ciptaan Allah itu, maka hasil dari lelaki dan perempuan inilah terciptanya manusia, dari jantan dan betina pula terjadilah makhluk-makhluk, dan dari positif dan negatif terjadilah lain-lain kejadian. Allah Maha Pencipta dan semua ini akan memberi nafas kepada minda kita untuk memikir dan merenung siapakah Pencipta ini? Adakah ianya secara KEBETULAN? Mustahil! Di sinilah terletaknya hikmah sumpahan Allah yang memberi nafas baru kepada akidah dan iman kita kepada Nya. QçR¥G²Gš MâH¼GÃM·G" RwGý Sesungguhnya, gerakan amal kamu itu adalah berbagai-bagai (di dunia ini). 179 Juz Amma Fokus Allah bagi sumpah Nya itu ialah gerakan amal kita di dunia ini. Sifatnya berbagai-bagai: - Amal yang baik tidak sama dengan amal yang jahat. Hidayah tidak sama dengan kesesatan. Yang soleh tidak sama dengan yang perosak. Yang memberi dan bertaqwa tidak sama dengan yang bakhil dan berbangga dengan kekayaannya. Yang beramal dengan yakin dan beriman tidak sama dengan yang bohong dan berpaling tadah. Hakikat berlainannya gerak amal manusia itu, menghasilkan balasan yang berlain-lainan pada setiap amalan, berdasarkan iman dan amal kita sendiri. Amal dan taqwa menjadi penentu kepada balasan pahala dan dosa kita. Firman Allah: . QçGÀM±H©MšO£I… GqR¬G'Gy . QçGºR†ZGy QçGµM“G} MãG› £R›GÆG• Q|G®M±HÃM¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• Maka ada pun orang yang pemurah, memberi apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan pada masa yang sama ia bertaqwa serta mengakui dengan yakin akan kebenaran kebaikan perbuatan itu, maka Kami akan memberikannya kemudahan-kemudahan untuk dia memperolehi kesenangan (kesenangan beriman, kesenangan beramal dan kesenangan ke Syurga). Iaitu ia sanggup mengeluarkan zakat, memberi sedekah dari apa-apa rezeki yang dia perolehi, dan beramal soleh dan bertaqwa atas dasar ia percaya kepada semua yang diwajibkan Allah, menerima dan menggalas perkara-perkara ini sebagai satu keyakinan pada Allah, termasuk imannya pada Allah dan tidak berubah akidahnya pada Allah. Orang jenis ini telah dijanjikan Allah akan kemudahan, maka perjalanannya akan sampai dalam keadaan yang hening, tenang, hidup yang selesa di dunia dan sekelilingnya. Senang sekali untuknya mencapai apa yang dikehendakinya dan senantiasa mendapat taufiq hidayah yang baik keseluruhannya, iaitu pencapaian suatu darjat yang ditunjuk oleh Rasulullah, iaitu SYURGA Allah. 180 Juz Amma Sebaliknya: Q|G®M±H·M¾Iš ôHxH®IN±GÃHÀG±G• . QçGÀM±H©MšO£I… G[RG˜Gy . QçGÀM¸G¥M"OZ Gy GáIªG… MãG› £R›G} Gy Orang yang bakhil, lokek daripada melakukan amal kebajikan dari harta dan kekayaannya itu, dan merasa cukup dan selesa dengan kemewahan dan kekayaannya itu (tidak perlu Allah lagi), dan pada masa yang sama dia mendustakan perkara yang baik itu sebagai baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan-kemudahan untuk dia mendapat kesusahan dan kesengsaraan. Orang yang berada dan kikir untuk menghulurkan sedekah, apalagi mahu berzakat dan beramal soleh, dan tidak perlukan Allah kerana dia selesa dengan kemewahannya itu, dan menganggap semuanya itu atas usahanya sendiri dan tiada kuasa Allah di situ, maka dia akan didorong kepada keghairahannya untuk membuat kerosakan di atas mukabumi. Semuanya akan rosak padanya, diharamkan hidayah dan diharamkan kesejahteraan kepadanya. Dia akan senantiasa tergelincir dari jalan yang lurus, akhirnya rebah tersungkur ke dalam lembah kehinaan di dunia dan Akhirat. Adakah harta kekayaannya itu dapat menjamin hidupnya dunia dan Akhirat? Firman Allah: QP|RcG®G† ZGdIý PôHäHš£GG› HäMÀG“ çIÀM¸Hñ£G›Gy Dan apakah akan ada pertolongan dan bantuan yang akan diberi oleh kekayaannya dan hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab Neraka di Akhirat nanti? Harta kekayaan dunianya tidak mampu memberi sebarang pertolongan kepadanya bila dia terjerumus ke dalam kubur dan di Akhirat. Harta yang boleh memberi pertolongan ialah jika ianya di keluarkan mengikut haknya yakni dengan mengeluarkan zakat dan memberi sedekah kepada yang berhak. Bukan dengan bersikap bakhil dan meninggalkan harta kepada pewaris-pewaris, yang sedikit pun tidak akan mendatangkan faedah kepadanya. Inilah ertinya kesusahan dan kesengsaraan yang akan dihadapinya, khusus pada hari Akhirat nanti. 181 Juz Amma Q|G¬HÁM¾Gš £GÀMÃG¾G“ RwIý Sesungguhnya, adalah menjadi tanggungjawab Kami memberi hidayah petunjuk untuk kebenaran. Iaitu setelah Allah menunjukkan 2 jalan, samada menjadi orang yang bersyukur atau menjadi orang yang kufur, kita sendirilah yang memilihnya. Jika kita memilih hidayah dari Allah, kita akan digolongkan dalam kumpulan orang-orang yang bersyukur dan sebaliknya jika kita engkar dan tidak bersyukur, maka kita digolongkan dalam kumpulan orang-orang yang kufur. Allah memberi hidayah dan kita mesti memilih untuk beriman dengan Nya dan beramal soleh untuk Nya. Itulah tanggungjawab Allah, bagaimana pula dengan tanggungjawab kita? Iman dan amal soleh? Ayat ini menunjukkan fasa kedua surah ini dengan memperkenalkan hari Akhirat dan segala karenahnya pada kita untuk panduan. Hidayah-hidayah yang ditunjukkan pada kita berupa pengutusan Rasul-rasul dan Nabi-nabi, ayat-ayat Allah dan sunnah Nabi Muhammad saw dalam bentuk hadith, supaya jika Allah menyeksa orang yang kufur ianya bukan lagi satu kezaliman, kerana itulah pilihan mereka sendiri. Walaupun telah ditunjukkan jalan yang istiqomah, mereka masih tetap mendustakan Allah. QçGšyHìM OZ Gy G{G®I‹G íMƒGš £GÀGš RwIýGy Sesungguhnya Kami lah (Allah) yang menguasai Hari Akhirat itu dan juga alam dunia ini. Inilah sebenarnya HAKIKAT milik Allah, mau tak mau terpaksa kita akur. Allah memiliki hari Akhirat ( IãñIN¬šOZ IvMÂGñ IßIšQ£G›) dan memiliki dunia yang kita diami sementara ini. Insaflah! Oleh itu di manakah yang kufur itu, yang mahu menjauhkan dirinya dari Allah, boleh bersembunyi? Dia mesti berbalik kepada Allah, iaitu ‘tuan ampunya’ hari Akhirat dan ‘tuan ampunya’ rohnya. Hari Akhirat ialah hari pembalasan ke atas semua amal-amal yang pernah kita lakukan di dunia ini. 182 Juz Amma Sebelum yang kufur ini disumbatkan ke dalam Neraka, Allah sekali lagi memperingatkan mereka supaya beriman dan beramal soleh. QçR¶G¾G† Z@e£Gœ MâH¼H†MeGœGÆG• Maka (serentak dengan memberi hidayah tersebut) Aku mengingatkan kamu supaya berwaspada dengan API NERAKA yang marak menjulang itu. Ertinya, mereka yang kufur dan berpaling tadah itu telah diberi peringatan supaya berbalik pada Allah, iman dan amal soleh, kerana jika mereka terus kufur, balasannya ialah NERAKA Allah yang apinya marak menjilat dan membakar yang kufur itu. Untuk siapa API itu? QçGºM& GìM OZ RêIý Pé£ÁQ郾ƒM³Gñ Gê Pembakarannya hanya kepada mereka yang benar-benar CELAKA. Hamba-hamba Allah yang celaka ialah yang kufur dan dijelaskan lagi: QçRšGÂG†Gy G[R˜G |IRšOZ Iaitu yang telah mendustakan KEBENARAN dan kemudian berpaling tadah. Iaitu mereka yang mendustakan dakwah kepada Allah dan iman dengan sengaja, dan terus kufur dan berpaling tadah, setelah diutuskan Rasul dan Kitab. Kemudian Allah memperkatakan pula tentang nasib orang yang bertaqwa di Akhirat nanti, bagaimana dengan Neraka tersebut? QçGºM†GìM OZ £GÁH¤RÀG¨HÃG"Gy (Sebaliknya) dijauhkan azab Neraka tersebut daripada orang-orang yang sungguh-sungguh bertaqwa. 183 Juz Amma Apakah definasi ‘sungguh-sungguh bertaqwa’ disini? Firman Allah: . Q|G¯M¨H† AæG¿M·INœ ãI› ôHxG¬ÀI“ A¬GŠGìI £G›Gy . QçR˜G¯G¥Gñ ôHäHš£G› çI†MÈHñ |IRšOZ QçG¾M“GìM OZ IäIN…Ge IäM‰Gy GYP£G¸I¥M…OZ RêIý (Orang yang benar-benar bertaqwa itu ialah) Yang mengeluarkan sedekah dari harta benda dan pendapatannya bagi tujuan membersihkan diri dan harta-harta tersebut, sedangkan ia tidak mengharapkan apa-apa balasan pun dari si penerima sedekah tersebut, KECUALI mengharapkan (atas amalannya itu) keredhaan Allah yang Maha Agung (untuk pahalanya). Ertinya, definasi orang yang bertaqwa dalam konteks surah ini ialah yang sanggup mendermakan harta benda dan pendapatannya ke jalan yang diredhai Allah sebagai penyucian dirinya dan hartanya itu dari kekotoran pendapatan yang haram dan salah. Pada masa yang sama, dia tidak mengharapkan sebarang terima kasih dan balasan amal baiknya itu dari penerimanya, tetapi dia meletakkan harapannya pada pahala dari Allah yang Maha Agung. Kita selalu mengharapkan balasan dari kebaikan kita, tetapi harapkanlah pahala dari Allah dan lihatlah sendiri KESANNYA pada diri kita. Firman Allah: QçGFM®Gñ GpMÂG±GšGy Dan sesungguhnya dia akan berpuas hati meredhai semua amalannya itu. Iaitu, ketenangan yang dikecapi oleh yang bertaqwa itu merupakan redha yang ‘menyuburkan’ rohnya, menyelinap masuk ke dalam anggota badannya. Redha yang akan mengangkatkan darjatnya di sisi Allah, demi kehidupan yang penuh bererti. Inilah nikmat kepada yang bertaqwa, iaitu keredhaannya yang kemudian diredhai Allah ke atasnya. Hidup penuh redha ini bererti redha pada diri sendiri, pada Allah, pada qada’ dan qadar, tentang hidup miskin dan kaya, senang dan susah dan akan dijauhkan dari rasa tertekan. Inilah harga iman dan amal soleh pada seseorang itu. Allahu A’lam. 184 Juz Amma SURAH AS-SYAMS Diturunkan di Mekah : 15 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 £GÁQƒG¾G† ZGdIý I®G¿GºMšOZ Gy (1) £GÁQƒG©HFGy IÔM¿R²šOZ Gy ( ) 4 £GÁQƒG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy (3) £GÁQƒR¾G‰ ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy ( ) 6 £GÁQƒG©G‘ £G›Gy IkMeGìM OZ Gy (5) £GÁQƒGÀG… £G›Gy IYP飿R±šGZ Gy ( ) 8 £GÁQ‚GÂMºG†Gy £G„GeÂH¨H• £GÁG¿GÁMšGÆG• (7) £GÁQ‚ZRÂG"£G›Gy AÔM¹GœGy ( ) ( ( 10) £GÁQƒR"Gc ãG› G[£G‹ M¬–G Gy (9) £GÁQƒR˜Gf MãG› GÑG¾ƒM•G} M¬G– 12) £GÁQƒGºM&G} GÎG·G¤=œZ IdIý (11) £GÁQ‚GÂM¸GµI… HcÂH¿G‡ MÍG…RG˜ ( ( 13) £GÁQƒGÃMºH"Gy IäQN¾šZ GæG–£Gœ IäQN¾šZ HuÂH"Ge MâHÁGš Gu£GºG• 14) £GÁQ‚RÂG±G• MâIÁI¤=œGI… MâHÁS…Ge MâIÁMÃG¾G“ GvG¬M›G¬G• £G„yH®GºG·G• HxÂH…RG¼G• ( 15) £GÁQƒG¤MºH“ Hp£GªGñ GêGy 185 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya. Dan siang hari yang muncul menyerlah nyata. Dan malam yang melitupi segala-galanya dengan kepekatannya. Demi langit yang ternampak seperti binaan kukuh yang dibina Allah. Serta bumi yang terdampar yang dicipta Allah terhampar. Demi diri manusia yang disempurnakan kejadiannya oleh Allah (kejadian yang terbentuk sebaik-baiknya). Serta diilhamkan Allah untuk menjadi PILIHAN kepada manusia itu, samada kepada maksiat kejahatannya ATAU kepada bertaqwa dan taat. SESUNGGUHNYA berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang telah dicipta sebaik-baiknya) bertambah bersih (dengan memilih IMAN dan amal soleh dalam hidupnya). Dan SESUNGGUHNYA gagal dan hampalah orang-orang yang dijadikan sebaik-baik ciptaan itu apabila mereka memilih maksiat, dan terbenamlah kebersihannya itu (disebabkan kekufuran di dalam hidupnya). Ingatlah! (Wahai Muhammad!). Kaum Thamud telah mendustakan Rasul mereka (Nabi Soleh as) dengan derhaka yang melampaui batas. Ketika orang-orang sehabis jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang dikirimkan kepada mereka oleh Nabi Soleh). Di waktu itu, Nabi Soleh berkata pada mereka: “Janganlah kamu semua menganggu unta betina dari Allah ini, dan janganlah kamu menyekatnya dari makan minum (jika mahu selamat dari kemurkaan Allah)!”. Amaran Nabi Soleh didustakan mereka, dan mereka menyembelih unta betina itu. Dengan dosa pendustaan itu, Allah telah menurunkan ke atas mereka azab-azab yang menyelimuti mereka (sehingga mereka semua binasa). Dan Allah tidak menghiraukan kesudahan yang berlaku ke atas mereka (kerana itu adalah balasan yang adil dari pilihan mereka). 186 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AS-SYAMS I IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. £GÁQƒG©HFGy IÔM¿R²šOZ Gy Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang. £GÁQƒG¾G† ZGdIý I®G¿GºMšOZ Gy Dan bulan apabila ia mengiringinya. £GÁQƒR¾G‰ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy Dan siang hari yang muncul menyerlah nyata. £GÁQƒG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Dan malam yang melitupi segala-galanya dengan kepekatannya. £GÁQƒGÀG…£G›Gy IYP飿R±šGZ Gy Demi langit yang ternampak seperti binaan kukuh yang dibina Allah. £GÁQƒG©G‘ £G›Gy IkMeGìM OZ Gy Serta bumi yang terdampar yang dicipta Allah terhampar. £GÁQ‚ZRÂG"£G›Gy AÔM¹GœGy Demi diri manusia yang disempurnakan kejadiannya oleh Allah (kejadian yang terbentuk sebaik-baiknya). 187 Juz Amma £GÁQ‚GÂMºG†Gy £G„GeÂH¨H• £GÁG¿GÁMšGÆG• Serta diilhamkan Allah untuk menjadi PILIHAN kepada manusia itu, samada kepada maksiat kejahatannya ATAU kepada bertaqwa dan taat. £GÁQƒR˜Gf MãG› GÑG¾ƒM•G} M¬–G SESUNGGUHNYA berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang telah dicipta sebaik-baiknya) bertambah bersih (dengan memilih IMAN dan amal soleh dalam hidupnya). £GÁQƒR"Gc ãG› G[£G‹ M¬–G Gy Dan SESUNGGUHNYA gagal dan hampalah orang-orang yang dijadikan sebaik-baik ciptaan itu apabila mereka memilih maksiat, dan terbenamlah kebersihannya itu (disebabkan kekufuran di dalam hidupnya). £GÁQ‚GÂM¸GµI… HcÂH¿G‡ MÍG…RG˜ Ingatlah! (Wahai Muhammad!). Kaum Thamud telah mendustakan Rasul mereka (Nabi Soleh as) dengan derhaka yang melampaui batas. £GÁQƒGºM&G} GÎG·G¤=œZ IdIý Ketika orang-orang sehabis jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang dikirimkan pada mereka oleh Nabi Soleh). £GÁQƒGÃMºH"Gy IäQN¾šZ GæG–£Gœ IäQN¾šZ HuÂH"Ge MâHÁGš Gu£GºG• Di waktu itu, Nabi Soleh berkata pada mereka: “Janganlah kamu semua menganggu unta betina dari Allah ini, dan janganlah kamu menyekatnya dari makan minum (jika mahu selamat dari kemurkaan Allah)!”... 188 Juz Amma £GÁQ‚RÂG±G• MâIÁI¤=œGI… MâHÁS…Ge MâIÁMÃG¾G“ GvG¬M›G¬G• £G„yH®GºG·G• HxÂH…RG¼G• Amaran Nabi Soleh didustakan mereka dan mereka menyembelih unta betina itu. Dengan dosa pendustaan itu, Allah telah menurunkan ke atas mereka azab-azab yang menyelimuti mereka (sehingga mereka semua binasa). £GÁQƒG¤BºH“ Hp£GªGñ GêGy Dan Allah tidak menghiraukan kesudahan yang berlaku ke atas mereka (kerana itu adalah balasan yang adil dari pilihan mereka). Sinopsis Surah: Terdapat 3 isu yang boleh kita ulaskan: Pertama: Isu persekitaran bumi dan langit ciptaan Allah. Digambarkan supaya kita membuka minda untuk meneliti ayat-ayat mengenai ciptaan Allah ini dan dunia semuanya, bagi memantapkan iman. Allah Maha Pencipta. Dia mencipta matahari, yang menjuruskan ciptaan ini kepada siang dan malam, cerah dan gelapnya dunia ini dan kehidupan yang terjadi pada persekitaran ini, yang boleh membuka minda kita kepada Pencipta Agung iaitu Allah. Kedua: Konsep PILIHAN pada manusia, untuk taat beriman atau untuk kufur dan derhaka, di mana kedua-dua pilihan ini telah diilhamkan ke dalam minda manusia. Ketiga: Contoh. Derhakanya kaum Thamud, yang dibinasakan kerana pilihan kekufuran mereka yang melampaui batas dan penentangan mereka terhadap ayat-ayat Allah. 189 Juz Amma Tafsiran Surah: . £GÁQƒR¾G‰ ZGdIý Ie£GÁRÀšOZ Gy .£GÁQƒG¾G† ZGdIý I®G¿GºMšOZ Gy . £GÁQƒG©HFGy IÔM¿R²šOZ Gy .£GÁQƒG©G‘ £G›Gy IkMeGìM OZ Gy . £GÁQƒGÀG… £G›Gy IYP飿R±šGZ yG . £GÁQƒG²M¸Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy /£GÁQ‚GÂMºG†Gy £G„GeÂH¨H• £GÁG¿GÁMšGÆG• . £GÁQ‚ZRÂG" £G›Gy AÔM¹GœGy Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang, dan bulan apabila ia mengiringinya, dan siang apabila segalanya jelas dan nyata, dan malam apabila gelap gelita. Demi langit, dan Allah yang membinanya (seolah-olah binaan kukuh). Dan bumi yang terdampar dan Allah menghamparkannya (demi untuk kesenangan makhluk Nya). Demi manusia, dan Allah yang mencipta mereka dengan sebaik-baik ciptaan Nya, yang telah mengilhamkan mereka untuk membuat pilihan samada mengarah kepada kejahatan ATAU mengarah kepada kebajikan dan taqwa. Sumpahan-sumpahan Allah kepada matahari dan bulan, siang dan malam, langit dan bumi, dan penciptaan manusia yang diberi ilham untuk memilih samada jahat maksiat atau baik dan taqwa, menjadi tujahan hati manusia kepada kebesaran Allah. Sentuhan-sentuhan ini melibatkan keadaan sekeliling manusia tentang kehidupan harian mereka dan ianya akan meresap ke dalam hati mereka, dan disitulah timbulnya soal jawab tentang hidup ini, tentang rohnya, tentang segala-galanya, yang boleh membawa kepada persoalan: Siapakah PENCIPTA semuanya ini? Nabi Ibrahim as mencari Allah melalui penelitiannya kepada keadaan semulajadi ini. Beliau meneliti matahari, bulan dan sebagainya, dan akhirnya beliau berkata: I\Qé ÂQ郿ƒR±šOZ G®GµG• |IR¾Iš GçIÁM‰Gy HÍMÁR‰Gy çIƒNœIý / GãÃI˜I®M²H¿MšOZ GãI› C£GœG} P£G›Gy ÷ £@¹ÃIÀGŠ GkMeGìM OZ Gy 190 Juz Amma Mafhumnya: “Aku hadapkan mindaku ke arah Allah yang menjadi Pencipta langit dan bumi, sebagai seorang yang tetap tauhidnya, dan bukan dari kalangan orang-orang yang syirik pada Allah” (Al-An’aam: 79). Jadi sumpahan di atas akan membangkitkan hati yang tidur kepada minda yang mahukan kepastian tentang siapakah Penciptanya. Ianya merupakan dalil-dalil nyata tentang akidah kepada yang mahu mencari Nya. Dalam ayat 7 di atas ( £GÁQ‚ZRÂG" £G›Gy AÔM¹GœGy ), Allah bersumpah dengan ‘diri manusia’ dan sebagai Pencipta manusia: Mafhumnya: AâñIÂMºG† IãG±MŠG} P+ç• GãQ郱MœIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang SEBAIK-BAIKNYA. (Surah At-Tiin, Ayat 4). Iaitu sebersih-bersih ciptaan Nya. Dan kemudian diberi kuasa pilihan kepada mereka samada memilih taqwa atau kufur. Ulangan ini sekali lagi untuk memberi perhatian kepada minda kita supaya berwaspada dalam membuat PILIHAN ini. Apakah objek sumpahan tersebut, atau dengan kata lain, Allah bersumpah untuk membayangkan apa? . £GÁQƒR"Gc ãG› G[£G‹ M¬–G Gy . £GÁQƒR˜Gf MãG› GÑG¾ƒM•G} M¬–G Maka berjayalah mereka yang MEMILIH dan menjadikan diri mereka (yang telah dijadikan begitu baik dan sebersih-bersihnya) supaya bertambah bersih (dengan memilih IMAN dan amal soleh dalam hidup mereka). Dan hampalah bagi orang-orang yang mengotorkan dirinya yang sentiasa bersih itu dengan maksiat dan kekotoran hidup. Allah telah menyediakan ke dalam diri manusia, persediaan (ilham) untuk mereka membuat pilihan dan ini merupakan satu kekuatan untuk memberi minda kita satu pilihan ke arah kebaikan. Jika kekuatan ini dipergunakan dengan baik, maka pilihan itu lebih kepada memilih yang 191 Juz Amma baik dari yang tidak baik. Jika inilah keadaannya, maka BERJAYALAH manusia itu. Jika kekuatan ini disalahgunakan oleh minda manusia, maka ia menekankan perkara buruk dan merangsangkan perkara yang tidak baik, maka RUGI dan SIA-SIALAH hidup itu. Jadi apakah yang boleh membantu kekuatan minda kita untuk memilih yang baik? Jawapannya ialah Al-Qur’an, iaitu RISALAH Rasulullah yang mengajak ke arah HIDAYAH. Al-Qur’an menunjuk ajar jalan-jalan keimanan, kekuatan syakhsiah, menjelaskan jalan kebenaran dan boleh menusukkan kebenarannya ke dalam jiwa dan roh seseorang yang menelitinya. Jika ia membelakangkan risalah ini dan memilih yang lain sebagai panduan, maka terjerumuslah ia ke dalam gaung hitam, iaitu kekufuran. Inilah dia asas kepada kebebasan memilih dan berikhtiar. . £GÁQƒGºM&G} GÎG·G¤=œZ IdIý . £GÁQ‚GÂM¸GµI… HcÂH¿G‡ MÍG…RG˜ / £GÁQƒGÃMºH"Gy IäQN¾šZ GæG–£Gœ IäQN¾šZ HuÂH"Ge MâHÁGš Gu£GºG• Ingatlah Wahai Muhammad! Kaum Thamud telah mendustakan Rasul mereka dengan perbuatan derhaka yang melampau. Dihantar orang yang paling jahat untuk melaksanakan perintah supaya membunuh unta betina itu, maka Rasul mereka menasihatkan mereka: “Unta betina ini dari Allah (janganlah ganggu dia) dan jangan disekatnya dari makan minum”. Amaran ini didustakan mereka dan mereka mencabar Nabi Soleh dengan menyembelih unta betina itu. Inilah contohnya, manusia memilih jalan jahat dari jalan yang memberi hidayah pada mereka. Nabi Soleh menyeru kaumnya kepada iman dan amal soleh, tetapi mereka mendustakannya. Perbuatan melampau Kaum Thamud itu ialah dengan mendusta dan menimbulkan sebagai syak, supaya dakwah Nabi Soleh terus ditolak. Nabi Soleh telah membawa seekor unta betina dan memberi amaran kepada kaumnya yang unta itu adalah dari Allah, jangan diapa-apakannya dan jangan dibiarkan mati kehausan. Walau pun telah diberi amaran, mereka telah menyembelih unta itu! Unta itu adalah beberapa ‘Aayah’ ( æñPZ tanda cabaran) dari Allah. Melampaunya kaum Thamud atas kekufuran mereka itu telah membawa padah dan memakan diri mereka sendiri. 192 Juz Amma £GÁQ‚RÂG±G• MâIÁI¤=œGI… MâHÁS…Ge MâIÁMÃG¾G“ GvG¬M›G¬G• £G„yH®GºG·G• HxÂH…RG¼G• Dengan sebab dosa mereka (melampau menentang Nabi Soleh), maka Allah menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan mereka serta merta dan mereka dipupuskan. Inilah tangan Allah yang berkuasa menuntut bela atas Rasulnya, ke atas kaum yang melampau dan yang mendustakan nabi Nya. Dosa mereka itulah yang menyebabkan turunnya azab Allah ke atas mereka. Mereka dipupuskan melalui satu letusan suara yang kuat yang menggegar dan meratakan bumi, dan mematikan segala yang hidup, berkecai dan menjadi habuk. Ayat ini menjelaskan salah satu azab yang sangat menghiris hati yang dikenakan kepada yang syirik, melampau dan melaksanakan derhaka secara terang-terangan ke atas ayat-ayat (petunjuk) Allah. £GÁQƒG¤MºH“ Hp£GªGñ GêGy Dan Allah tidak hirau akan kesudahan mereka itu (dalam keadaan yang menyayatkan hati, hilang serta pupus). Dalam kata lain, jika mereka tidak takut untuk melakukan sesuatu yang menyinggung Allah, ayat-ayat Nya serta Rasul Nya, maka Allah juga tidak hirau langsung atas kehilangan mereka di dunia ini. Tangan Allah yang ganas itu akan meramas hancur kumpulan melampau yang tidak beriman dan ‘berani-bodoh’ itu. Kesimpulan: Syed Qutub menyimpulkan ayat dari surah ini dengan katanya: “Begitulah terikatnya hakikat jiwa manusia dengan hakikat kewujudan yang agung dan peristiwa yang ditonjolkan ini, sebagaimana terikatnya sunnah Allah ke atas orang yang mendustakan Nya dan melampau. Allah menjadikan sesuatu itu mengikut ajalnya, tetapi menjadikan setiap peristiwa itu dengan satu petunjuk, setiap sesuatu itu ada matlamatnya dan setiap taqdir itu ada hikmahnya. Itulah Allah! Tuhan Pencipta Dunia dan Penentu Taqdir Yang Teragung”. Fahami dan insaflah iman kita dengan ayat-ayat Allah. Allahu A’lam. 193 Juz Amma SURAH AL-BALAD Diturunkan di Mekah : 20 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 I¬G¾G¤MšOZ ZGQéƒÁI… = SáIŠ GÍMœG} Gy (1) I¬G¾G¤MšOZ ZGQéƒÁI… HâI±M–H} Péê ( ) 4 A¬G¤G˜çI• GãQ郱œIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš (3) G¬GšGy £G›Gy A¬IšZGyGy ( ) 6 Z@¬G¤Sš @ê£G› HÍM¼G¾M„G} HuÂHºGñ (5) D¬GŠG} IäMÃG¾G“ GeI¬MºGñ ãRšwG} HÌG±M©GñG} ( ) 8 IãMÃGÀMÃG“ ôHäRš áG·M¨Gœ MâGšG} (7) K¬GŠG} PôHx®G Gñ MâRšwG} HÌG±M©GñG} ( ) ( 10) IãMñG¬M¨RÀšOZ HäQéƒÀMñG¬G„Gy (9) IãMÃG¥G¹G&Gy £@œ£G±IšGy 12) HæG¤GºG·MšOZ £G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy (11) GæG¤GºG·MšOZ GâG©G¥M–OZ GëG• ( ( 14) AæG¤G¸M±G› |Id AvMÂGñ çI• DâQ郷M‘IýMyG} (13) AæG¤G–Ge SßG• ( ( 16) AæG…G®M¥G› ZGd £@ÀÃI¼M±I›MyG} (15) AæG…G®MºG› ZGd £@¿ÃI¥Gñ 17) IæG¿GŠM®G¿MšO£I…CZMÂG' CZGÂG†GyI®M¤R³šO£I…C ZMÂG' CZGÂG†Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› Gw£G˜ RâH‡ ( ( 18) IæGÀG¿MÿG MšOZ HÌQ郩M'G} GßIËQƒPƒGšCyH} 19) IæG¿GËM²G¿MšOZ HÌQ郩M'G} MâH„ £GÀI¥Qéƒñ£GËI… CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ Gy ( 20) = H{G¬G'MÈS› De£Gœ MâIÁMÃG¾G“ 194 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Aku bersumpah atas nama Negeri Mekah ini! Sedangkan engkau (Wahai Muhammad) adalah penghuni tetap di negeri ini. Demi manusia (Ibrahim as), yang melahirkan zuriat mereka (Ismail dan zuriatnya hingga Nabi Muhammad saw), dan zuriat-zuriatnya yang dilahirkan itu. SESUNGGUHNYA, Kami telah mencipta manusia supaya senantiasa berada dalam kesusahan/kesulitan. Patutkah manusia yang begitu keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada pada mereka), menyangka tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi kuasa mereka itu? Manusia yang demikian itu tidak sepatutnya bermegah-megah dengan kekayaannya serta mendabik dada dan berkata: “Aku telah menghabiskan semua harta bendaku untuk menegakkan nama dan bangsa! (bangga dan riak apabila disarankan untuk kebaikan yang tertinggi)”. Adakah dia menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang boleh melihat kerja-kerjanya itu? (mengetahui tujuan derma kebajikannya itu). (Mengapa mereka perlu bermegah dan terpedaya?) Tidakkah dia sedar yang Kami telah menjadikan dua biji mata untuk dia melihat kebenarannya? Dan kami jadikan lidah dan dua bibir untuk dia guna bagi pertimbangan kebaikan? Tidakkah dia sedar yang Kami telah mengilhamkan kepadanya dua petunjuk, ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan untuk pilihannya? Sayangnya, dia tidak memilih ‘jalan kebaikan yang tinggi kebajikannya di sisi Allah’? Apakah dia ‘jalan kebaikan yang tinggi kebajikannya di sisi Allah’ itu? Di antaranya, memerdekakan hamba abdi, atau memberi makan pada hari penuh kelaparan kepada anak-anak yatim dari kaum kerabatnya, atau kepada orang-orang miskin yang terbiar di atas tanah. Selain itu, dia beriman dan berpesan-pesan memberi nasihat, bersabar dan menyayangi orang-orang yang perlu kepada nasihat. Mereka ini digolongkan sebagai ‘orang-orang kanan’ (ahli Syurga Allah), manakala orang yang KUFUR ingkar dengan panduan ayat-ayat Kami, mereka digolongkan sebagai ‘orang-orang kiri’ (iaitu penghuni Neraka). Mereka bakal ditimpakan azab, terkurung rapat dalam api yang membakar. 195 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-BALAD IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. I¬G¾G¤MšOZ ZGQéƒÁI… HâI±M–H} Péê Aku bersumpah atas nama Negeri Mekah ini! I¬G¾G¤MšOZ ZGQéƒÁI… = SáIŠ GÍMœG} Gy Sedangkan engkau (Wahai Muhammad) adalah penghuni tetap di negeri ini. G¬GšGy £G›Gy A¬IšZGyGy Demi manusia (Ibrahim as), yang melahirkan zuriat mereka (Ismail dan zuriatnya hingga Nabi Muhammad saw), dan zuriat-zuriatnya yang dilahirkan itu. A¬G¤G˜çI• GãQ郱œIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš SESUNGGUHNYA Kami telah mencipta manusia yang senantiasa berada dalam kesusahan/kesulitan. D¬GŠG} IäMÃG¾G“ GeI¬MºGñ ãRš wG} HÌG±M©GñG} Patutkah manusia yang begitu keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada pada mereka) menyangka tiada sesiapapun yang dapat mengatasi kuasa mereka itu? Z@¬G¤Sš @ê£G› HÍM¼G¾M„G} HuÂHºGñ Manusia yang demikian itu tidak sepatutnya bermegah-megah dengan kekayaannya serta mendabik dada dan berkata: “Aku telah menghabiskan semua harta bendaku untuk menegakkan nama dan bangsa! (bangga dan riak apabila disarankan untuk kebaikan yang tertinggi)”. 196 Juz Amma K¬ŠG G} PôHxG®Gñ MâRš wG} HÌG±M©GñG} Adakah dia menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang boleh melihat kerja-kerjanya itu? (mengetahui tujuan derma kebajikannya itu). IãMÃÀG MÃG“ ôHäRš áG·M¨Gœ MâGšG} (Mengapa mereka perlu bermegah dan terpedaya?) Tidakkah dia sedar yang Kami telah menjadikan dua biji mata untuk dia melihat kebenarannya? IãMÃG¥G¹G&Gy £@œ£G±IšGy Dan kami jadikan lidah dan dua bibir untuk dia guna bagi pertimbangan kebaikan? IãMñG¬M¨RÀšOZ HäQéƒÀMñG¬G„Gy Tidakkah dia sedar yang Kami telah mengilhamkan kepadanya dua petunjuk, ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan untuk pilihannya? GæG¤GºG·MšOZ GâG©G¥M–OZ GëG• Sayangnya dia tidak memilih ‘jalan kebaikan yang tinggi kebajikannya di sisi Allah’? HæG¤GºG·MšOZ £G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy Apakah dia ‘jalan kebaikan yang tinggi kebajikannya di sisi Allah’ itu? AæG¤G–Ge SßG• Di antaranya, memerdekakan hamba abdi! AæG¤G¸M±G› |Id AvMÂGñ çI• DâQ郷M‘Iý MyG} Atau memberi makan pada hari penuh kelaparan! 197 Juz Amma AæG…G®MºG› ZGd £@¿ÃI¥Gñ Kepada anak-anak yatim dari kaum kerabatnya. AæG…G®M¥G› ZGd£@ÀÃI¼M±I›MyG} Atau kepada orang-orang miskin yang terbiar di atas tanah. IæG¿GŠM®G¿MšO£I…CZMÂG' CZGÂG†Gy I®M¤R³šO£I… CZÂM G' CZGÂG†Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› Gw£G˜ RâH‡ Selain itu, dia beriman dan berpesan-pesan memberi nasihat, bersabar dan menyayangi orang-orang yang perlukan kepada nasihat. IæGÀG¿MÿG MšOZ HÌQ郩M'G} GßIËQƒPƒGšCyH} Mereka ini digolongkan sebagai ‘orang-orang kanan’ (ahli Syurga Allah). IæG¿GËM²G¿MšOZ HÌQ郩M'G} MâH„ £GÀI¥Qéƒñ£GËI… CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ Gy Manakala orang yang KUFUR ingkar dengan panduan ayat-ayat Kami, mereka digolongkan sebagai ‘orang-orang kiri’ (iaitu penghuni neraka). = H{G¬G'MÈS› De£Gœ MâIÁMÃG¾G“ Mereka bakal ditimpakan azab, terkurung rapat dalam api yang membakar. 198 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini menjelaskan satu hakikat asasi tentang hidup ini, iaitu hidup ini penuh dengan kesusahan dan cabaran, dan bagaimana caranya manusia itu boleh menguruskan hidupnya. Dalam keadaan hidup yang mencabar, manusia senantiasa terpedaya, seolah-olah segala-gala pendapatannya itu adalah dari dirinya sendiri. Dia berbangga dengan kekayaannya, berbelanja kepada yang tidak sepatutnya, tanpa menghirau asas-asas kemanusiaan. Dia sangka tiada mata melihat, tiada telinga mendengar, dan dia boleh bersembunyi dengan kerja-kerja kotornya itu. Latarbelakang ini memperlihatkan orang-orang kaya Quraisy di Mekah yang mengenepikan kebajikan untuk mempromosikan diri mereka kepada masyarakat telah menyebabkan masyarakat Mekah berada dalam keadaan kelam kabut. Allah menjelaskan bahawa terdapat kerja-kerja kebajikan utama yang perlu diberi perhatian, dan ia dikategorikan sebagai ‘pilihan amal-amal kebajikan tertinggi di sisi Nya’ iaitu: a) Melepaskan perhambaan tanggungan perhambaan itu. manusia b) Memberi makan di masa kemelesetan dan kelaparan, pada anak-anak yatim dan orang miskin. c) Memberi kaunseling kepada mereka yang terdesak supaya bersabar atas kesusahan, dan d) Menjadi masyarakat penyayang dan “caring” (mengambil berat/peduli). Mereka yang melibatkan diri dalam kerja sosial ini dikategorikan sebagai orang-orang kanan, manakala yang kufur dan menyeleweng dari norma baik ini dikategorikan sebagai orang kiri. 199 dengan melepaskan Juz Amma Tafsiran Surah: . I¬G¾G¤MšOZ ZGQéƒÁI…= SáIŠ GÍMœG} Gy . I¬G¾¤G MšOZ ZGQéƒÁI… HâI±M–H} Péê / A¬G¤G˜çI• GãQ郱œIîM OZ £GÀMºG¾G‹ M¬GºGš . G¬GšGy £G›Gy A¬IšZGyGy Aku bersumpah dengan negeri Mekah ini. Sedangkan engkau (Wahai Muhammad) telah membesar di negeri ini. Dan termasuklah (Nabi Ibrahim) yang melahirkan zuriatnya di sini. Dan (Nabi Ismail) yang meneruskan zuriatnya. SESUNGGUHNYA manusia yang Kami jadikan itu, senantiasa berada dalam kesulitan dan kesusahan. Allah bersumpah dengan mengambil Negeri Mekah sebagai alat sumpahan Nya, kerana Mekah adalah negeri terpilih. Terdapat di dalamnya Baitullah, rumah ibadah pertama yang diperkenalkan kepada manusia dan dijadikan Baitullah, tempat untuk manusia menggandakan pahala amalan mereka apabila melakukan ibadah Haji dan umrah. Allah juga memuliakan Rasulullah yang membesar di Mekah hingga umur lantikannya menjadi Rasul. Maka jadilah negeri Mekah ini lebih termulia, yang meletakkannya pada satu maqam yang tinggi. Malangnya, di situ jugalah kaum Quraisy dan Kuffar menjalankan aktiviti penentangan pada Rasulullah dan menyakiti serta menghalang ugama Islam dari berkembang. Allah juga membawa minda kita kepada pengembangan zuriat dari Nabi Ibrahim yang melahirkan Islam dan zuriat Nabi Ismail yang berterusan hingga kepada lahirnya Rasulullah sebagai asas kepada perkembangan ugama Allah. Mungkin dengan panduan sumpah ini Allah dapat membawa kita kepada konsep kelahiran manusia yang mewarisi kesusahan demi kesusahan. Inilah hakikat hidup yang sebenar. Kesusahan sewaktu di dalam kandungan, di dalam rahim ibu hingga lahir dan setelah lahir, maka bermulalah ia (kesusahan) dengan tangisan pertama bayi itu apabila tersua dengan masalah sebenar pembesarannya. Pembesaran bayi melalui detik-detik kesusahan. Apabila baligh, kesusahan tekanan hidup pun bermula, sehingga dia boleh berfikir dan fikirannya berkembang dan memikirkan bagaimana jalannya untuk mencari rezeki dan mengharung segala ancaman. Dalam perjalanan itu ada yang bersyukur dan berjaya, dan ada yang kufur dan berjaya, tetapi masih dalam kesusahan dan tekanan. 200 Juz Amma Selepas Allah menjelaskan hakikat tabiat manusia dan hidupnya yang penuh cabaran dan kesusahan, terdapat manusia yang tertipu dengan kuasa yang ada padanya dengan hartanya. . Z@¬G¤Sš @ê£G› HÍM¼G¾M„G} HuÂHºGñ . D¬GŠG} IäMÃG¾G“ GeI¬MºGñ ãRš wG} HÌG±M©GñG} / K¬GŠG} PôHxG®Gñ MâRš wG} HÌG±M©GñG} Patutkah manusia yang dijadikan dalam kesusahan ini terpedaya dengan kuasa yang ada padanya dan menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi kuasanya itu? (Mereka bermegah) dengan berkata: “Yalah! Aku telah pun menghabiskan semua harta bendaku dengan membelanjakan untuk semuanya! Apa lagi?” Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapa pun yang melihat dan mengetahui tujuannya membelanjakan semua hartanya itu? Manusia telah dicipta dan diselimuti oleh cabaran dan kesusahan. Kadang-kadang manusia itu terperangkap dengan keupayaan yang ada padanya, kekuatannya, kebolehannya, kemenangan dan harta bendanya, yang sebenarnya dikurniakan oleh Allah kepadanya. Tanpa memikirkan yang semuanya itu dari Allah, mereka telah membelanjakan semua pendapatan mereka itu tanpa mengambil kira yang amalan mereka itu akan diperiksa. Atau sewaktu mereka berbelanja, samada ianya ke jalan yang munasabah atau pun tidak. Mereka tahu tiada sesiapa yang dapat menahan mereka dari berbuat apa yang mereka suka, atau dengan perbelanjaan itu mereka membuat kekerasan, rompakan, penindasan yang membawa mereka kepada kekayaan dan mempunyai kuasa belanja yang besar. Sayangnya, mereka fasiq dan zalim tanpa hadnya! Inilah dia sifat semulajadi manusia itu yang tidak diasaskan kepada IMAN di dalam hatinya. Pada masa yang sama, jika mereka diajak berkerjasama membelanjakan harta benda mereka ke arah kebajikan mereka akan berkata: Z@¬G¤Sš @ê£G› HÍM¼G¾M„G} Aku sebenarnya telah pun membelanjakan semua harta-hartaku itu, jadi apa lagi? 201 Juz Amma Mungkin tidak perlu engkau tahu belanja untuk apa? Ke mana? Jawapan begini dibuat tanpa berfikir panjang, bahawasanya Allah mempunyai mata untuk melihat perbelanjaannya dan mempunyai ilmu untuk menilai amalan manusia itu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang dibelanjakan oleh mereka dan Maha Mengetahui mengapa mereka membelanjanya. Manusia sendiri tidak terfikir yang mereka sebenarnya di bawah pemerhatian Allah. Inilah tipu daya yang memakan diri manusia itu sendiri, jika tidak disandarkan kepada iman di dalam hati. Ayat ini menyindir kumpulan Quraisy yang bersifat demikian khususnya kepada Walid bin Mughairah dan kawan-kawannya, di awal Islam yang memerlukan pengorbanan dari mereka-mereka yang kaya. Surah ini lebih memperlihatkan kita kepada orang kaya yang bermegah-megah dengan sifat membelanjakan pendapatan mereka bukan kerana iman, tetapi lebih kepada menunjuk-nunjuk. / IãMñG¬M¨RÀšOZ HäQéƒÀMñG¬G„Gy . IãMÃG¥G¹G&Gy £@œ£G±IšGy . IãMÃGÀMÃG“ ôHäRš áG·M¨Gœ MâGšG} (Mengapa manusia terus bermegah-megah dan terpedaya?). Sedangkan mereka tahu bahawa Kami lah yang telah menjadikan kepada mereka sepasang mata (untuk melihat), dan lidah dengan dua bibir untuk mereka bertutur. Dan Kami lah juga yang telah menciptakan satu ‘deria dalaman’ kepada dua jalan (untuk mereka membuat pilihan), samada kufur atau syukur. Pada prinsipnya, manusia tertipu dengan kekuatan dan kebolehan mereka dan bermegah-megah dengan pencapaian mereka. Sedarkah mereka….bahawa Allah telah menganugerahkan kepada mereka dua biji mata untuk melihat, memilih dan membuat kerja-kerja yang memberi mereka pendapatan yang dimegah-megahkan itu? Sedarkah mereka….yang Allah telah mengurniakan mereka dengan lidah dan dua bibir untuk mereka bercakap, berbahas dan membuat keputusan memilih? Dan yang penting, sedarkah mereka…. yang Allah telah mewujudkan satu ‘deria dalaman’ yang menunjukkan dua jalan pilihan, samada mahu berbuat baik atau berbuat tidak baik. Segala kekuatan dan kebolehan itu datangnya secara tidak langsung dari Allah, walaupun yang melakukannya ialah manusia itu sendiri. Jadi, mata, lidah dan ‘deria dalaman’ adalah jalan pilihan mereka untuk memilih samada ke Syurga Allah atau ke Neraka Allah. Dan mereka yang faham dengan konsep ini akan berlumba-lumba untuk berbuat sesuatu kerja yang lebih tinggi kebaikannya. Mahukah mereka berbuat demikian jika tiada iman? 202 Juz Amma Jawapannya dalam ayat berikut: . HæG¤GºG·MšOZ £G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy . GæG¤GºG·MšOZ GâG©G¥–M OZ GëG• . AæG¤G¸M±G› |Id AvMÂGñ çI• DâQ郷M‘IýMyG} . AæG¤G–Ge SßG• . AæG…G®M¥G› ZGd £@ÀÃI¼M±I›MyG} . AæG…G®MºG› ZGd £@¿ÃI¥Gñ . IæG¿GŠM®G¿MšO£I…CZMÂG' CZGÂG†GyI®M¤R³šO£I…C ZMÂG' CZGÂG†Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› Gw£G˜ RâH‡ / IæGÀG¿MÃG¿MšOZ HÌQ郩M'G} GßIËQƒPƒGšCyH} Kebanyakan manusia TIDAK memilih untuk merempuh dan mengambil peluang membuat ‘kerja-kerja amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah’. Tahukah engkau wahai Muhammad, apakah dia ‘amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Allah’ itu? Memerdekakan hamba-hamba abdi, atau memberi makan di hari-hari kelaparan kepada anak-anak yatim yang masih mempunyai kerabat, atau orang-orang miskin yang terbaring atas tanah. Selain dari itu, diri manusia itu menjadi orang yang sentiasa berpesan-pesan kepada kesabaran dan kepada mewujudkan masyarakat yang penyayang. Mereka yang berbuat semua perkara-perkara ini dikenali sebagai orang-orang KANAN (yang menerima buku amalannya dengan tangan kanan). Ayat ini bermula dengan GâG©G¥M–OZ GëG• yang memberi erti: “Maka manusia itu tidak memilih untuk merebut peluang melakukan kerja-kerja Allah”. GæG¤GºG·MšOZ iaitu kerja-kerja amal yang tinggi darjatnya di sisi Inilah yang mesti direbut oleh orang-orang yang beriman! Manusia pada prinsipnya tidak mahu dan tidak berminat untuk kerja-kerja begini, kerana mereka tidak dapat melihat kesannya dengan cepat, kecualilah dengan adanya iman. Keangkuhan mereka dan tipu daya yang memerangkap mereka juga memainkan peranannya. 203 Juz Amma Apakah dia kerja-kerja itu? Pertama: Kedua : Ketiga : ianya mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah. ianya berada di antara orang itu dengan Syurga Allah. kalau dilakukan dengan iman, akan tercapailah cita-citanya untuk menghuni Syurga Allah. Sepatutnya mereka menggunakan dua mata, lidah dan dua bibir yang dikurniakan Allah untuk memilih ke arah iman, untuk merempuh melakukan kerja-kerja besar ini. Tetapi malangnya, mereka tidak berminat. Di antara cadangan-cadangan Allah, untuk yang beriman merempuh dan melakukan kerja-kerja baik itu adalah seperti berikut: a) Memerdekakan hamba abdi. Di zaman turunnya ayat ini, sistem perhambaan merupakan satu gaya hidup zaman itu. Yang kaya dan berada telah menggunakan penindasan ke atas hamba-hamba abdi untuk melakukan kerja-kerja mereka secara berleluasa. Kesempatan bagi hamba-hamba abdi ini untuk terlepas hanyalah melalui pembebasan diri-diri mereka dengan bayaran tertentu. Ianya boleh dilakukan oleh orang yang mampu sahaja. Bila pembebasan hamba-hamba abdi ini dilakukan, maka suatu masyarakat yang merdeka akan wujud dan dakwah akan menjadi lebih cemerlang. Sayyidina Abu Bakar dalam sejarah hidupnya, telah melaksanakan pembebasan hamba-hamba ini. Keluarga hamba Ammar bin Yasir telah dibeli dan dilepaskan oleh Abu Bakar. Begitu juga Bilal bin Rabah, Suhaib serta beberapa hamba-hamba lain telah dibebas dan dimerdekakannya. b) Memberi makan pada hari-hari kebuluran kepada anak-anak yatim dan orang miskin. Di waktu-waktu kesusahan, orang-orang yang terdesak yang tiada makanan ialah kumpulan anak-anak yatim (walaupun ada kaum kerabat mereka) dan orang-orang miskin yang terpaksa berlantaikan tanah. Mereka perlu diberi makan dan tidak dibiarkan mati di atas bumi Allah ini. Dengan memberi makan pada hari-hari kebuluran kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin, rasa iman dan amal baik akan diterapkan ke dalam diri pemberi dan penerima bantuan itu sendiri. Ini akan memberi kuasa pemulihan kepada masyarakat. 204 Juz Amma Apabila sistem hamba-hamba abdi dihapuskan, kemiskinan dibasmikan dan anak-anak yatim dibela dan diberi makan, maka perkara kebajikan yang ketiga akan dapat dibuat bagi membentuk satu masyarakat yang baik iaitu: c) Menasihat dan membimbing mereka-mereka yang berada di dalam kesusahan supaya bersabar, melalui khidmat kaunseling yang baik. Begitu juga dengan membimbing masyarakat ke arah masyarakat yang penyayang (IæG¿GŠM®G¿MšOZ). Ini akan menjanjikan penerapan iman kepada yang menerimanya dan inilah asas kepada dakwah Islam yang menekankan akidah dalam diri mereka. Orang-orang yang merebut peluang kerja-kerja amal seperti ini dikategorikan sebagai orang-orang KANAN (IæGÀG¿MÃG¿MšOZ), yang akan memperolehi nasib mereka di sisi Allah dan kebahagiaan atas nikmat Islam dan iman. . IæG¿GËM²G¿MšOZ HÌQ郩M'G} MâH„ £GÀI¥Qéƒñ£GËI… CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ Gy / = H{G¬G'MÈS› De£Gœ MâIÁMÃG¾G“ Dan sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah dan keterangan Kami ini, mereka digolongkan sebagai orang-orang KIRI, mereka akan ditimpakan azab seksaan Neraka, secara terperangkap dalam api Neraka yang tertutup rapat. Kumpulan yang mampu tetapi tidak menghiraukan pesanan ayat-ayat Allah di atas adalah mereka yang ingkar dan kufur atas nasihat Allah kepada mereka dan dikategorikan sebagai kumpulan KIRI (IæG¿GËM²G¿MšOZ). Mereka ini akan diazab dengan dicampakkan ke dalam kawah yang ditutup rapat yang penuh dengan api yang membakar, sehingga tubuh mereka hancur lumat. Mengapa tidak? Kerana mereka adalah penghalang kepada kemajuan masyarakat yang beriman dan berakidah. Allahu A’lam. 205 Juz Amma Kesimpulan Yakinilah bahawa kita dicipta dengan penuh cabaran dan kesusahan. Tetapi dengan iman dan amal, segala kesusahan ini dapat diatasi dan kita akan dapat mengecapi kebahagiaan iman dan nikmat hidup dunia Akhirat. Janganlah kita terpedaya dengan apa yang ada pada kita. Waspadalah! Segala gerak-geri kita dibawah penelitian Allah. Berbelanjalah ke jalan kebaikan, rebutlah segala amal baik demi meningkatkan iman dan amal kita. Gunakanlah sebaik-baiknya dua biji mata, lidah dan dua bibir kurniaan Allah untuk melengkapkan amal dengan iman. Pilihlah cadangan ‘amalan yang tinggi kebajikannya di sisi Allah’, seperti melepaskan perhambaan manusia, memberi makan kepada yang memerlukan dan senantiasa bersifat prihatin dalam memberi nasihat supaya bersabar dalam kesusahan dan dalam membentuk satu masyarakat yang penyayang. 206 Juz Amma SURAH AL-FAJR Diturunkan di Mekah : 30 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (4) I®M±Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy (3) I®M†GÂMšOZ Gy I ÚM¹R²šOZ Gy (2) A®M²G“ Au£GÃGšGy (1) I®M¨G¹MšOZ Gy (6) Ac£G·I… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} (5) A®M¨IŠ |IINš DâG±G– GßIšQé dçI• MáG„ ¬I Q郾I¤MšOZçI• £GÁH¾M¦I› MÝG¾ƒMªHñ MâGš çI¥RšOZ (7) Ic£G¿I·MšOZ \ I ZGd GvGeIý (10) Ic£G†MyGìM OZ |Id GwMÂG“M®I•Gy (9) IcZGÂMšO£I… G®MªR³šOZ CZÂH…£G‰ GãñIRšOZ GcÂH¿G‡Gy (12) Gc£G±G¹MšOZ £GÁÃI• CZyH®G¦M˜GÆG• (11) I¬QƒG¾I¤MšOZçI• CZMÂG¸G‘ GãñIRšOZ (14) Ic£G'M®I¿MšO£I¤Gš GßR…Ge RwIý (13) A[ZGG“ GlMÂG" GßS…Ge MâIÁMÃG¾G“ RÌG³G• (15) IãG›G®M˜G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG¿R·GœGy ôHäG›G®M˜GÆG• ôHäS…Ge HäQƒG¾G¥M…OZ £G› ZGdIý HãQƒG±œIîM OZ £R›GÆG• (8) ãI GÀQƒG„G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG–MfIe IäMÃG¾G“ GeG¬GºG• HäQƒG¾G¥M…OZ £G› ZGdIý P飛G} Gy (18) IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ QçG¾G“ GwÂS´PƒQƒG©G†GêGy (17) GâÃI¥GÃMšOZ GwÂH›I®M¼H† RêáG… ÷ RëG˜ (20) £:¿G‰£:¤HŠ Gu£G¿MšOZ GwÂS¤I©H†Gy (19) £:¿Rš @ëM˜G} G]ZG®S¥šOZ GwÂH¾ƒH˜MÆG†Gy (22) £:¹G'£:¹G' HßG¾G¿MšOZ Gy GßS…Ge GYP飉Gy (21) £:˜Gc £:˜Gc HkMeGìM OZ IÍR˜Hc ZGdIý PéëG˜ (16) Q|G®M˜INšOZ HäGš QçRœG} Gy HãQƒG±œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ AIËG›MÂGñ > GâRÀGÁG¨I…, IIËG›MÂGñ GYP|C£I‰Gy (25) D¬GŠG} PôHäG…ZGG“ H[ING·Hñ Rê AIËG›MÂGÃG• (24) çI†£GÃG©Iš HÍM›R¬– G çIÀG¥MÃG¾Qéƒñ HuÂHºGñ (27) HæRÀIËG¿MµH¿MšOZ HÔM¹RÀšOZ £GÁH¥RñGƃPƒQGñ (26) D¬Š G G} PôHäG–£G‡Gy HÝI‡ÂHñ GêGy (28) @æRÃIFM®G› @æGÃIFZGe IßIN…Ge QéçšIý PçI·I‰MeOZ (30) çI¥RÀG‰çI¾H‹McOZ Gy (29) |I¬Q郤I“ çI• çI¾H‹ McO£G• (23) 207 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi waktu Fajar. Dan malam yang kesepuluh. Dan bilangan yang genap dan yang ganjil (untuk rakaat-rakaat sembahyang seharian). Dan malam, apabila ia berlalu. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah yang diakui kebenarannya, oleh orang-orang yang berakal sempurna? Tidakkah engkau (wahai Muhammad), perhatikan bagaimana Allah Tuhanmu itu, telah memperlakukan ke atas kaum ‘Aad (yang kufur derhaka)? Iaitu dari kalangan penduduk ‘IRAM’, yang mempunyai bangunan-bangunan yang teguh tiangnya. Yang belum pernah diciptakan sepertinya, di segala negeri pada zamannya. Dan begitu juga diperlakukan ke atas kaum Thamud, yang pernah memahat batu-batu kerikil besar di Lembah Wadil-Qura sebagai tempat tinggal mereka. Dan begitu juga diperlakukan ke atas kaum Fir’aun, yang menguasai bangunan-bangunan handal kukuh. Semuanya ini adalah antara orang-orang yang melampaui batas dan bermaharajalela di negeri-negeri mereka. Lalu mereka menyebabkan berlakunya kerosakan dan bencana di negeri mereka. Sebagai balasannya, Tuhanmu telah mencurahkan paluan-paluan azab ke atas mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, tetap mengawasi mereka dan membalas perbuatan mereka itu. (Mereka membuat tuduhan) Apabila manusia itu diberi ujian kepadanya oleh Allah Tuhannya, di mana mereka dimuliakan (melalui pangkat mereka) dan dikurniakan nikmat pendapatan yang mewah, maka dengan takbur mereka berkata: “Tengok! Tuhanku sedang memuliakan aku!”. Sebaliknya, apabila manusia itu diuji pula dengan menyempitkan rezekinya, maka mereka merengek menuduh Allah dengan berkata: “Tuhanku sedang menghina aku!”. Sebenarnya, anggapan kamu itu salah! Sebenarnya, kamu yang mewah itu tidak pernah memuliakan anak-anak yatim (dengan memberi hak mereka kepada mereka). Dan kamu tidak mempunyai galakan untuk memberi makan kepada orang-orang miskin yang memerlukan. Sebaliknya, kamu semua memakan harta-harta 208 Juz Amma pusaka dengan rakusnya dan dalam diri-diri kamu. Terlalu suka mengumpul harta dengan tamak. Jangan! Dan jangan sekali-kali bersikap demikian! Ketahuilah, apabila berlakunya peristiwa yang pasti, di mana bumi ini akan diratakan, Tuhanmu dan para Malaikat yang berbaris-baris, siap sedia untuk melakukan tugas mereka. Serta pada masa diperlihatkan Neraka Jahannam, spontan pada masa itu, manusia akan teringat semua amal mereka selama hidupnya. Tapi apa ertinya ingatan itu bagi mereka? Tercetuslah dari mulut mereka dan berkata: “Alangkah baiknya jika aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku di Akhirat ini”. Maka pada hari itu, tiada sesiapa pun yang dapat menyeksa, seperti seksaan azab yang dilakukan oleh Allah. Dan tiada siapa pun yang dapat mengikat dan membelenggu, seperti ikatan dan belenggu Nya. Oleh itu wahai manusia yang memiliki jiwa yang tenang (yang diliputi iman dan amal-amal soleh dalam hidup mereka)! Kembalilah kepada Tuhanmu Allah dengan keadaan rasa puashati kamu (atas semua keyakinan, iman dan amal kamu itu). Dan sebagai yang diredhai Allah. Dan persilakanlah kamu ke dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia. Seterusnya dipersilakan ke dalam syurga Ku! 209 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-FAJR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. I®M¨G¹MšOZ Gy Demi waktu Fajar. A®M²G“ Au£GÃGšGy Dan malam yang kesepuluh. I®M†GÂMšOZ GyI ÚM¹R²šOZ Gy Dan bilangan yang genap dan yang ganjil (untuk rakaat-rakaat sembahyang seharian). I®M±Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Dan malam, apabila ia berlalu. A®M¨IŠ |IINš DâG±G– GßIšQé dçI• MáG„ Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah yang diakui kebenarannya, oleh orang-orang yang berakal sempurna? Ac£G·I… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Allah Tuhanmu itu, telah memperlakukan ke atas kaum ‘Aad (yang kufur derhaka)? 210 Juz Amma Ic£G¿I·MšOZ \ I ZGd GvGeIý Iaitu dari kalangan penduduk ‘IRAM’, yang mempunyai bangunan-bangunan yang teguh tiangnya. I¬Q郾I¤MšOZ çI• £GÁH¾M¦I› MÝG¾ƒMªHñ MâGš çI¥RšOZ Yang belum pernah diciptakan sepertinya, di segala negeri pada zamannya. IcZGÂMšO£I… G®MªR³šOZ CZÂH…£G‰ GãñIRšOZ GcÂH¿G‡Gy Dan begitu juga diperlakukan ke atas kaum Thamud, yang pernah memahat batu-batu kerikil besar di Lembah Wadil-Qura sebagai tempat tinggal mereka. Ic£G†MyGìM OZ |Id GwMÂG“M®I•Gy Dan begitu juga diperlakukan ke atas kaum Fir’aun, yang menguasai bangunan-bangunan handal kukuh. I¬QƒG¾I¤MšOZ ç•I CZMÂG¸G‘ GãñIRšOZ Semuanya ini adalah antara orang-orang yang melampaui batas dan bermaharajalela di negeri-negeri mereka. Gc£G±G¹MšOZ £GÁÃI• CZyH®G¦M˜GÆG• Lalu mereka menyebabkan berlakunya kerosakan dan bencana di negeri mereka. A[ZGG“ GlMÂG" GßS…Ge MâIÁMÃG¾G“ RÌG³G• Sebagai balasannya, Tuhanmu telah mencurahkan paluan-paluan azab ke atas mereka. 211 Juz Amma Ic£G'M®I¿MšO£I¤Gš GßR…Ge RwIý Sesunguhnya Tuhanmu, tetap mengawasi mereka dan membalas perbuatan mereka itu. ôHäG›G®M˜GÆG• ôHäS…Ge HäQƒG¾G¥M…OZ£G› ZGdIý HãQƒG±œ IîM OZ £R›GÆG• IãG›G®M˜G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG¿R·GœGy (Mereka membuat tuduhan) Apabila manusia itu diberi ujian kepadanya oleh Allah Tuhannya, di mana mereka dimuliakan (melalui pangkat mereka) dan dikurniakan nikmat pendapatan yang mewah, maka dengan takbur mereka berkata: “Tengok! Tuhanku sedang memuliakan aku!”. IãGÀQƒG„G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG–MfIe IäMÃG¾G“ GeG¬GºG• HäQƒG¾G¥M…OZ £G› ZGdIý P飛G} Gy Sebaliknya, apabila manusia itu diuji pula dengan menyempitkan rezekinya, maka mereka merengek menuduh Allah dengan berkata: “Tuhanku sedang menghina aku!”. GâÃI¥GÃMšOZ GwÂH›I®M¼H† RêáG… ÷ RëG˜ Sebenarnya, anggapan kamu itu salah! Sebenarnya, kamu yang mewah itu tidak pernah memuliakan anak-anak yatim (dengan memberi hak mereka kepada mereka). IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ QçG¾G“GwÂS´PƒQƒG©G†GêGy Dan kamu tidak mempunyai galakan untuk memberi makan kepada orang-orang miskin yang memerlukan. £:¿Rš @ëM˜G} G]ZG®S¥šOZ GwÂH¾ƒH˜ MÆG†Gy Sebaliknya, kamu semua memakan harta-harta pusaka dengan rakusnya dan dalam diri-diri kamu. 212 Juz Amma £:¿G‰ £:¤HŠ Gu£G¿MšOZ GwÂS¤I©H†Gy Terlalu suka mengumpul harta dengan tamak. £:˜Gc £:˜Gc HkMeGìM OZ IÍR˜Hc ZGdIý PéëG˜ Jangan! Dan jangan sekali-kali bersikap demikian! Ketahuilah, apabila berlakunya peristiwa yang pasti, di mana bumi ini akan diratakan, £:¹G' £:¹G' HßG¾G¿MšOZ Gy GßS…Ge GYP飉Gy Tuhanmu dan para Malaikat yang berbaris-baris, siap sedia untuk melakukan tugas mereka. Q|G®M˜INšOZ HäGš QçRœG} Gy HãQƒG±œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ AIËG›MÂGñ > GâRÀGÁG¨I…, IIËG›BÂGñ GY P|C£I‰Gy Serta pada masa diperlihatkan Neraka Jahannam, spontan pada masa itu, manusia akan teringat semua amal mereka selama hidupnya. Tapi apa ertinya ingatan itu bagi mereka? çI†£GÃG©Iš HÍM›R¬–G çIÀG¥MÃG¾Qéƒñ HuÂHºGñ Tercetuslah dari mulut mereka dan berkata: “Alangkah baiknya jika aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku di Akhirat ini”. D¬GŠG} PôHäG…ZGG“ H[ING·Hñ RêAIËG› MÂGÃG• Maka pada hari itu, tiada sesiapa pun yang dapat menyeksa, seperti seksaan azab yang dilakukan oleh Allah. D¬GŠG} PôHäG–£G‡Gy HÝI‡ÂHñ GêGy Dan tiada siapa pun yang dapat mengikat dan membelenggu, seperti ikatan dan belenggu Nya. 213 Juz Amma HæRÀIËG¿MµH¿MšOZ HÔM¹RÀšOZ £GÁH¥RñGƃPƒQGñ Oleh itu wahai manusia yang memiliki jiwa yang tenang! (yang diliputi iman dan amal-amal soleh dalam hidup mereka). @æRÃIFM®G› @æGÃIFZGe IßIN…Ge QéçšIý PçI·I‰MeOZ Kembalilah kepada Tuhanmu Allah dengan keadaan rasa puashati kamu (atas semua keyakinan, iman dan amal kamu itu). Dan sebagai yang diredhai Allah. |I¬Q郤I“ çI•çI¾H‹ McO£G• Dan persilakanlah kamu ke dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia. çI¥RÀG‰çI¾H‹McOZ Gy Seterusnya dipersilakan ke dalam syurga Ku! 214 Juz Amma Sinopsis Surah: Secara umumnya, surah ini menyarankan pembentukan iman, taqwa, penilaian diri dan ‘kejutan bangun dari tidur’, dengan cara mengamati pengajaran yang ada di dalamnya. Sumpahan Allah yang melibatkan waktu-waktu fajar, waktu malam kesepuluh, bilangan-bilangan genap dan ganjil dalam rakaat-rakaat solat dan kesunyian malam, yang menusuk kehalusan saranan berfikir, melalui solat dan penghampiran diri pada Allah, akan membuahkan hasil taat dan taqwa kepada Nya. Allah membuat beberapa bentuk saranan seperti berikut: Saranan-saranan yang ‘keras dan menekan’, misalnya: hancurnya bumi ini, semuanya diratakan, penampilan Neraka Jahannam, azab-azab Allah yang tiada bandingannya, dan belenggu Allah yang menakutkan. Saranan berbentuk menarik, misalnya: “Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Pulanglah kepangkuan Tuhanmu, penuh redha meredhai. Dan masuklah kamu ke dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia dan masuklah kamu ke dalam syurga Ku”. Saranan agar kita berhati-hati, dengan mengemukakan sejarah hitam kaum ‘Aad, Kaum Thamud, dan yang terakhir sekali kaum Fir’aun, yang akhirnya terpaksa pulang kepada Allah sebagai penderhaka yang melampaui batas. Saranan-saranan supaya jangan bersikap tamak dan jahat dalam melalui ujian-ujian Allah, tentang nikmat dan penarikan nikmat-nikmat tersebut, dan salah anggap manusia terhadap ujian Allah itu. Saranan-saranan ini mendorong kepada perlunya kita menolong orang-orang yang miskin dan anak-anak yatim, untuk mencapai darjah ketaqwaan dan iman yang sempurna. Inilah warna-warna yang ada dan ditonjolkan dalam surah ini dan oleh Al-Qur’an untuk mengembalikan manusia kepada Allah. 215 Juz Amma Tafsiran Surah: . I®M±Gñ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy . I®M†GÂMšOZ GyI ÚM¹R²šOZ Gy . A®M²G“ Au£GÃGšGy . I®M¨G¹MšOZ Gy ؟A®M¨IŠ |IINš DâG±– G GßIšQé dçI• MáG„ Demi waktu fajar dan demi malam kesepuluh, demi kiraan yang genap, demi kiraan yang ganjil dan demi malam apabila ia merangkak dan berlalu. Bukankah semuanya mempunyai ‘sumpah’ (yang diakui ada kebenarannya) oleh orang-orang yang berakal sempurna? Jika waktu-waktu yang disebutkan di atas ini dikaitkan dengan ibadah sembahyang, maka ianya akan melibatkan waktu Subuh, waktu solat sunat malam kesepuluh samada bulan Muharram, sepuluh terakhir bulan Ramadan, atau malam kesepuluh bulan Zulhijjah, dan bilangan rakaat-rakat sembahyang yang genap dan yang ganjil, dan melibatkan juga sembahyang malam atau tahajjud, yang semuanya menunjukkan ibadah-ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah, suatu cara pembentukan iman dan amal bagi manusia. Bukankah semuanya ini, yang disumpahkan Allah, akan menelurkan atau melahirkan Nur ke dalam qolbi orang-orang yang beriman dan berfikir? Mahukah orang yang waras ini bersyukur, beriman dan mengakui kekuasaan Allah? Adakah waktu fajar (Subuh), solat di malam kesepuluh yang Allah tahu hikmahnya, sembahyang 5 waktu yang mempunyai rakaat-rakaat yang berbeza genap ganjil rakaatnya, dan sembahyang tahajjud di malam yang sunyi gelap gelita, akan membawa seseorang, musafir ke destinasi yang membuahkan taqwa dan iman serta penyerahan diri pada Allah? Adakah ini akan menyebabkan orang-orang yang berfikir dan berakal, tunduk pada kekuasaan Allah dan mengakui bahawa kita semua adalah hamba Nya? Rasakanlah tiupan nada iman yang akan melahirkan Nur, yang Allah hembuskan ke dalam hati-hati manusia, melalui ungkapan-ungkapan sumpah Nya. Atas dorongan ini, bangkitlah mencari Allah! Apakah ‘subjek’ pada sumpahan Allah di atas tadi? 216 Juz Amma Firman Allah: . Ac£G·I… GßS…Ge GáG·G• GÜMÃG˜G®G† MâGšG} . I¬Q郾I¤MšOZçI• £GÁH¾M¦I› MÝG¾ƒMªHñ MâGš çI¥RšOZ . Ic£G¿I·MšOZ \ I ZGd GvGeIý . Ic£G†MyGìM OZ |Id GwMÂG“M®I•Gy . IcZGÂMšO£I… G®MªR³šOZ CZÂH…£G‰ GãñIRšOZ GcÂH¿G‡Gy . Gc£G±G¹MšOZ £GÁÃI• CZyH®G¦M˜GÆG• . I¬QƒG¾I¤MšOZ çI• CZMÂG¸G‘ GãñIRšOZ / Ic£G'M®I¿MšO£I¤Gš GßR…Ge RwIý . A[ZGG“ GlMÂG" GßS…Ge MâIÁMÃG¾G“ RÌG³G• ‘(Kami TETAP akan membinasakan orang-orang yang menentangmu, wahai Muhammad) Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah Tuhanmu, memperlakukan terhadap kaum ‘Aad yang kufur derhaka itu? Iaitu (mereka ini merupakan) penduduk Iram yang mempunyai bangunan pencakar langit yang tinggi tiangnya? Yang belum pernah diciptakan manusia sepertinya di segala negeri waktu itu. Dan bagaimana juga Allah telah memperlakukan terhadap kaum Thamud, yang pekerjaan mereka memahat batu-batu besar sebagai rumah kediaman mereka? Dan juga terhadap Kaum Firaun yang menguasai bangunan-banguan terhandal kukuh? Yang mana semua mereka ini telah melakukan banyak kerosakan dan bencana dalam negeri masing-masing. Oleh yang demikian (sebagai balasan), Allah Tuhanmu telah mencurahkan ke atas mereka semua dengan berbagai paluan azab. Sesungguhnya Tuhanmu Allah, tetap mengawas dan membalas atas semua perbuatan mereka itu. Ayat-ayat di atas mendedahkan pelampau-pelampau dan perosak-perosak di mukabumi oleh 3 kaum terbesar iaitu Kaum ‘Aad, (kaum Nabi Hud as), Kaum Thamud (kaum Nabi Soleh as) dan Kaum Firaun (kaum Nabi Musa as), sedangkan kaum-kaum ini berjaya dalam bidang masing-masing. Kaum ‘Aad merupakan penduduk di antara Hadramaut dan Yaman, manakala Kaum Thamud di antara Madinah dan negeri Syam dan Kaum Firaun di Mesir. Ciri-ciri melampau mereka ialah: a) b) Melampaui batas-batas kemanusiaan. Menjadi perosak di atas muka bumi ini. Merosakkan hubungan baik sesama manusia, tiada kesejahteraan hidup, menjadikan nafsu sebagai dorongan utama dalam pengunaan kuasa dan pemerintahan, zalim serta merajai kumpulan yang terus merosak dan menganggap diri mereka Tuhan yang disembah. 217 Juz Amma Rakyat umum menjadi sasaran, tunduk pada kehendak kezaliman mereka dan perhambaan menjadi satu cara hidup. Inilah gambaran kerosakan yang berlaku di dalam negara, dan satu cara untuk mengatasi kemelut ini ialah dengan TURUNNYA AZAB dari Allah. Azab yang diturunkan termasuklah tiupan angin dan jeritan suara yang kuat, yang memusnahkan serta memupuskan zuriat mereka di dunia ini, atau yang menenggelamkan mereka ke dalam laut, sebagai penghinaan ke atas mereka. Begitulah Allah! Dia mengawas dan membalas atas perlakuan mereka itu dengan serta merta. Malangnya manusia selalu menyalah anggap Allah, tanpa periksa diri mereka sendiri. . IãG›G®M˜G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG¿R·GœGy ôHäG›G®M˜GÆG• ôHäS…Ge HäQƒG¾G¥M…OZ £G› ZGdIý HãQƒG±œIîM OZ £R›GÆG• . IãGÀQƒG„G} PçIN…Ge HuÂHºGÃG• ôHäG–MfIe IäMÃG¾G“ GeG¬GºG• HäQƒG¾G¥M…OZ £G› ZGdIý P飛G} Gy . IãÃI¼M±I¿MšOZ Iv£G·G‘ QçG¾G“ GwÂS´PƒQƒG©G†GêGy . GâÃI¥GÃMšOZ GwÂH›I®M¼H† RêáG… ÷ RëG˜ / £:¿G‰£:¤HŠ Gu£G¿MšOZ GwÂS¤I©H†Gy .£:¿Rš @ëM˜G} G]ZG®S¥šOZ GwÂH¾ƒH˜ MÆG†Gy (Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan sebarang balasan Allah dan membuat salah anggapan) Maka apabila kebanyakan manusia diuji oleh Allah Tuhannya, dengan cara ianya dimuliakan dan diberi kemewahan hidup kepadanya, (dan dia tidak mahu bersyukur malah takbur dan berkata): “Tengoklah! Tuhanku telah memuliakan aku!”. Dan sebaliknya, jika ia diuji oleh Allah Tuhannya, dengan cara disempitkan ke atasnya rezeki (dan dia resah gelisah dan tak sabar, terus berkata): “Betullah! Tuhanku telah menghina aku!”. Anggapan itu salah! Tidak sekali-kali begitu! Bahkan sebenarnya kamulah yang salah, dengan tidak memuliakan anak-anak yatim. Dan kamu bertindak dengan tidak berminat untuk memberi makan kepada kepada orang-orang miskin, dan kamu semua sengaja memakan harta pusaka dengan rakusnya, tanpa mengira halal haramnya. Dan kamu terlalu suka kepada duit dan harta dengan sesungguh-sungguhnya. Anggapan sesetengah manusia, apabila mereka kaya dan mewah, seolah-olah mereka telah dimuliakan Allah. Sebaliknya, jika mereka susah dan miskin, mereka anggap Allah telah menghina mereka. Mereka salah anggap, tidak begitu! Inilah cara manusia menilai Allah dalam menghadapi ujian Allah ke atas mereka. Sepatutnya, apabila mereka 218 Juz Amma mewah dan kaya, hendaklah mereka bersyukur dan beriman pada Allah. Tetapi sebaliknya, dengan takbur mereka menolak, tidak bersyukur dan menuduh Allah dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apabila mereka ditimpa kesusahan dan kehilangan rezeki, mereka menuduh Allah menghina mereka. Mereka tidak mahu menganggap itu semua adalah ujian dari Allah. Mungkin mereka akan terus kufur pada Allah. Tetapi, sekiranya mereka bersabar dan beriman menghadapi ujian-ujian Allah tersebut, mereka akan menjadi orang-orang beriman, yang menerima segala-galanya dengan penuh redha. Di zaman Jahiliah, wang dan harta benda adalah segala-galanya. Akibatnya, berlakulah perlakuan tamak, kikir dan tidak berperikemanusiaan. Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat apa yang ada di belakang kesusahan. Mereka menyangka bahawa rezeki luas yang mereka perolehi adalah kerana Allah memuliakan mereka. Sangkaan orang-orang yang tidak beriman itu salah. Rezeki yang luas bukanlah kerana Allah memuliakan kita dan kesusahan itu bukan menggambarkan penghinaan Allah pada kita. Terjadinya kesempitan hidup itu adalah kerana mereka tidak pernah berbelanja untuk kebaikan anak-anak yatim atau memberi makan kepada orang-orang yang miskin. Malah, mereka menguasai harta pusaka dengan rakus sekali, kerana hati mereka hanya memikirkan duit dan duit saja. Mereka terlalu suka pada kebendaan dan lupa sama sekali pada kemanusiaan. Inilah yang mendorong mereka menjadi pelampau dan perosak di atas mukabumi ini dan berhak untuk dihancurkan oleh Allah. Firman Allah: . £:¹G'£:¹G' HßG¾G¿MšOZ Gy GßS…Ge GYP飉Gy . £:˜Gc £:˜Gc HkMeGìM OZ IÍR˜Hc ZGdIý PéëG˜ . Q|G®M˜INšOZ HäGš QçRœG} Gy HãQƒG±œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ AIËG›MÂGñ > GâRÀGÁG¨I…, IIËG›MÂGñ GY P|C£I‰Gy . D¬GŠG} PôHäG…ZGG“ H[ING·Hñ Rê AIËG› MÂGÃG• . çI†£GÃG©Iš HÍM›R¬–G çIÀG¥MÃG¾Qéƒñ HuÂHºGñ / D¬ŠG G} PôHäG–£G‡Gy HÝI‡ÂHñ GêGy “Hentikan sikap-sikap itu! Dan jangan sekali-kali beranggapan demikian! Sebenarnya akan terjadi, apabila bumi ini diratakan serata-ratanya, dan dengan perintah Allah, yang mana Allah sendiri akan turun, dan malaikat-malaikat Nya yang bersaf-saf itu, telah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas mereka. 219 Juz Amma Dan mereka semua dipelawa melihat sendiri Neraka Jahannam (untuk mereka masuk ke dalamnya nanti). Pada masa dan saat itu, manusia akan teringat untuk melakukan kebaikan, dan ingatan sebegitu sudah tidak berguna lagi kepada mereka! Pada masa itu, lahirlah kekesalan dan mereka akan berkata: “Alangkah baiknya jika aku dahulu telah menyediakan amalan-amalan baik untukku dan hidupku pada hari ini!”. Ingatlah! Pada hari ini, tiada sesiapa pun yang dapat menyeksa, seperti seksaan azab Allah ini. Dan pada hari ini juga, tidak ada ikatan dan belenggu, seperti ikatan dan belenggunya dari Allah! Ingatan Allah ini bagi menjelaskan balasan balik dari Allah atas segala perlakuan yang pernah dilakukan di dunia ini. Allah telah menjelaskan kesalahan-kesalahan pelampau dan sebab musababnya, dan inilah balasan serta hakikat untuk dijadikan renungan bagi umat manusia. Pertama, berlaku gegaran dan kehancuran bumi ini seluruhnya dan bumi ini diratakan. Para Malaikat yang berbaris-baris telah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas mereka di bawah perintah Allah yang juga hadir pada hari itu. Kedahsyatan hari Kiamat itu dijelaskan lagi dengan hadirnya api Neraka Jahannam dan manusia dapat melihat azabnya dengan mata kepala mereka sendiri. Pada masa itu mereka akan menyesal kerana mereka tidak membawa sebarang amal kebaikan bagi melindungi diri mereka dari azab Allah itu. Mereka mengenangkan kisah lalu, bertanya mengapa mereka tidak melakukan persediaan amal soleh untuk hidup mereka pada hari Akhirat ini. Apakan daya sudah terlambat! Nasi sudah menjadi bubur. Azab Allah pada hari itu sangat mengerikan, dan tidak ada yang seazab itu diperlakukan. Mereka diikat dan dibelenggu dengan cara yang tersendiri dan paling mengerikan. Inilah yang disediakan untuk pelampau-pelampau dan perosak-perosak bumi Allah yang dibelenggu oleh nafsu Amarah mereka. Kemudian Allah menjelaskan lagi, terdapat pula satu golongan lain yang dikenali sebagai kumpulan pemilik Nafsu Mutmainnah. Firman Nya : . @æRÃIFM®G› @æGÃIFZGe IßIN…Ge çQé šIý PçI·I‰MeOZ . HæRÀIËG¿MµH¿MšOZ HÔM¹RÀšOZ £GÁH¥RñGƃPƒQGñ / çI¥RÀG‰ çI¾H‹McOZ Gy . |I¬Q郤I“ çI• çI¾H‹ McO£G• 220 Juz Amma (Di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh, akan disambut dengan kata-kata) “Wahai orang-orang yang berjiwa tenang (jiwa Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu Allah, dengan keadaan engkau meredhai atas segala nikmat kurniaan Nya, dan diredhai pula di sisi Nya. Serta masuklah engkau bersama hamba-hamba Ku yang bahagia itu. Dan persilakanlah masuk ke dalam Syurga Ku”. Iaitu, selepas Allah menjelaskan hati orang-orang yang celaka jiwa Amarahnya dan menjadi golongan pelampau dan perosak di atas mukabumi ini, maka diperkenalkan pula satu kumpulan yang tenang jiwa mereka dan bagaimana layanan yang diberikan Allah kepada mereka, khususnya sewaktu mereka mahu meninggalkan dunia ini dan kembali kepada Nya. Jiwa Mutmainnah atau jiwa tenang ini ialah jiwa yang tenteram selepas melalui keadaan keluh kesah kehidupan dan ianya telah mencapai suatu tingkatan keyakinan, ma’rifat dan penyaksian kehebatan Allah, dengan cara memperbanyakkan ibadah kepada Allah sehingga menemui keyakinannya, sepertimana firman Allah: / HãÃIºGÃMšOZ GßGÃI†MÆGñ QçR¥GŠ GßR…Ge M¬H¤M“OZ Gy “Dan sembahlah Tuhan Mu Allah, sehingga timbul dan datang kepadamu keyakinan”. (Surah Al-Hijr, Ayat 99) Konsep ‘kembalilah’ di sini bererti kembalilah kepada Allah Tuhanmu, terhadap apa yang telah dijanjikan Nya, dengan kemuliaan kepada kamu. Kembalinya kamu itu dengan meredhai Allah dan segala nikmat-nikmat yang telah diberikan Nya kepadamu selama ini dan yang akan dikurniakan nanti selepas kembali kamu kepada Nya. Sebenarnya, kamu ketika itu diredhai Allah. Maka Allah akan mempersilakan kamu, supaya bersesama dengan hamba-hamba Nya yang telah diredhai Nya, yang telah pun berada di sana dan mempersilakan kamu beserta hamba-hamba Nya itu ke dalam Syurga Nya. Inilah dia Karamah yang diberi kepada pemilik jiwa yang tenang dan telah menaburkan bakti amal soleh mereka di dunia ini. Bilakah seruan seperti ini dibuat? Al-Hasan berkata: “Apabila Allah hendak mengambil nyawa seseorang yang soleh itu, maka jiwa itu akan menjadi tenang kepada Allah dan meredhai Allah sebagai Rabbnya dan di masa itu juga Allah akan meredhai beliau sebagai hamba Nya”. 221 Juz Amma Abdullah bin Omar ra berkata: “Apabila seseorang hamba Allah hampir sampai ajalnya, maka Allah akan menghantar dua orang malaikat Nya. Bersesama mereka sejenis bau-bauan dari Jannah dan akan berkata kedua-duanya pada roh itu: “Keluarlah engkau wahai jiwa yang Mutmainnah! Keluarlah kepada Rauhun (ketenteraman) dan Raihan (rezeki), dan Allah meredhai engkau!”. Maka keluarlah roh tersebut dari dalam badannya dengan bauan yang wangi, bergerak dan menuju pintu-pintu yang akan terbuka dan terjumpalah ia dengan malaikat-malaikat lain yang berselawat ke atasnya sehingga kedatangan Allah yang meredhainya”. Syed Qutub mentafsirkan ayat ini dengan katanya : “Sekali lagi Allah meniupkan kepada kita, melalui ayat-ayat Nya, satu tiupan keyakinan yang menggetarkan jiwa yang beriman, yang mewakili roh Syurga, yang meniupkan suasana redha, aman dan sejahtera. Iaitu, tiupan keyakinan ke dalam jiwa-jiwa yang beriman dan beramal soleh, dan seterusnya dia menjiwai hati yang beriman itu dengan Rahmat Nya”. Kesimpulan: Penentang Rasulullah dan ajarannya akan dimusnahkan oleh Allah. Contoh dari 3 kaum besar: ‘Aad, Thamud dan Firaun adalah jelas. Manusia diuji dengan kemewahan dan kesempitan rezeki, demi untuk melihat siapakah yang akan bersyukur dan beramal soleh. Pelampau dan perosak di mukabumi mungkin terdiri dari golongan yang membelakangkan anak-anak yatim, tidak membantu dan tidak sensitif kepada kemiskinan, rakus mengeksploitasikan harta warisan dan terlalu sukakan duit dan harta dunia ini. Inilah sumber kepada hati yang degil, celaka dan kufur pada nikmat Allah. Golongan beriman, beramal soleh dan yang membantu memperbaiki masyarakat yang beriman ke arah memiliki jiwa yang tenang, akan dinantikan kehadirannya oleh Allah apabila mereka mati. Akan diberi kemuliaan dan diredhai oleh Allah, atas keredhaan mereka dalam menerima apa jua nikmat Allah selama ini. Allahu A’lam. 222 Juz Amma SURAH AL-GHAASYIYAH Diturunkan di Mekah : 26 Ayat âI MÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (2) KæG·I²Q郋AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy (1) IæGÃI²Q郸MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ 4 @æGÃI›£GŠZ@e£GœQéç¾M³G† (3) DæG¤I'£Gœ DæG¾I›£G“ ( ) 6 A ÚñI®GF ãI› RêIý Kv£G·G‘ MâHÁGš GÔMÚG (5) AæGÃIœZGY AãMÓG MãI› QéçºM±H† ( ) 8 DæG¿I“£RœAIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy (7) A nÂH‰ ãI›çIÀM¸Hñ GêGy HãI¿M±Hñ Gê ( ) 11) @æGÃI¸Q郚£GÁÃI• HÚG¿M±G†Rê (10) AæGÃIš£G“ AæRÀG‰çI• (9) DæGÃIFZGe£GÁIÃM·G±Iš ( 14) DæG“ÂHFMÂR› D[ZGÂM˜G} Gy (13) DæG“ÂH•M®R› DeH®H"£GÁÃI• (12) DæGñIe£G‰ DãMÃG“£GÁÃI• ( 16) KæG‡ÂH¦M¤G› SåI…ZGeGfGy (15) DæG•ÂH¹M³G› HqIe£G¿GœGy ( 17) MÍGºI¾H‹GÜMØ G IáI…IîM OZçGšIý GwyH®H¶MÀGñ GëG•G} ( 19) MÍG¤I³œH GÜMÃG˜Iu£G¤¨ I MšOZçGšIýGy ( 18) MÍG·I•HeGÜMÃG˜IYP£G¿R±šOZçGšIýGy ( ( 21) D®IN˜GH› GÍMœG} P£G¿RœIýM®IN˜GG• (20) MÍG©IµH"GÜMÃG˜IkMeìG M OZçGšIýGy 23) G®G¹G˜Gy QçRšGÂG† ãG› RêIý (22) A®IµMÃG³H¿I… MâIÁMÃG¾G“ GÍM±Gš ( 25) MâHÁG…£GñIý£GÀMÃGšIýRwIý (24) G®G¤M˜GìMZ G[ZG G·MšOZ HäQN¾šOZ HäH…ING·HÃG• ( 26) âHÁG…£G±IŠ£GÀMÃG¾G“RwIý RâH‡ ( 223 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Sudahkah sampai padamu wahai Muhammad, perihal hari huruhara yang meliputi segala-galanya, iaitu hari Kiamat? Riak muka orang kufur pada hari itu tunduk terhina. Mereka telah sia-sia menjalankan kerja-kerja berat lagi memenatkan. Sayang! Mereka tetap menerima azab Neraka yang membakar itu. Dan apabila mereka minum, minumannya adalah dari matair yang menggelegak panas. Manakala makanan pula tidak kedapatan apa-apa, kecuali dari duri-duri kering yang berbisa. Pastinya tidak boleh mengenyangkan mereka dan tidak pula mengurangkan kelaparan mereka. (Sebaliknya) Riak muka orang yang beriman pada hari itu jelas berseri-seri. Berpuas hati atas balasan amal soleh usaha mereka selama ini. Tinggal menetap dalam Syurga yang termulia. Tidak kedengaran perkataan yang sia-sia. Terdapat matair yang sentiasa mengalir. Terdapat pelamin-pelamin terhias yang termulia. Dan gelas-gelas minuman yang tersedia untuk kegunaan mereka. Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). Serta hamparan yang terbentang. (Mengapa terus kufur pada Allah?). Renungkanlah bagaimana binatang unta itu diciptakan. Dan (renungkanlah!) bagaimana kedudukan langit di atas itu, bagaimana ianya di wujudkan? Dan (renungkanlah!) bagaimana pula bukit-bukau itu ditegakkan? Dan (renungkan juga) bagaimana kawasan permukaan bumi itu dihamparkan? (Fikir-fikirkanlah semuanya ini!). Oleh itu wahai Muhammad, berilah mereka peringatan yang engkau itu hanya seorang Rasul penyampai untuk mereka ambil ingatan (tentang beriman pada wujudnya Allah). Nyatakanlah! Yang engkau bukanlah seorang yang berkuasa yang boleh memaksa mereka (supaya beriman). Akan tetapi, sesiapa yang terus kufur (setelah diberi ingatan-ingatan ini) dan berpaling tadah, mereka akan diseksa oleh Allah dengan azab seksaan yang tersangat pedih (kerana kekufuran mereka). Hakikatnya, mereka akan kembali juga kepada Kami. Dan Kami lah yang akan menyoal dan menghitung semua amal-amal mereka! 224 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-GHAASYIYAH IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IæGÃI²Q郸MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ Sudahkah sampai padamu wahai Muhammad, perihal hari huruhara yang meliputi segala-galanya, iaitu Hari Kiamat? KæG·I²Q郋AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy Riak muka orang kufur pada hari itu tunduk terhina. DæG¤I'£Gœ DæG¾I›£G“ Mereka telah sia-sia menjalankan kerja-kerja berat lagi memenatkan. @æGÃI›£GŠZ@e£GœQéç¾M³G† Sayang! Mereka tetap menerima azab Neraka yang membakar itu. AæGÃIœZGY AãMÃG“ MãI› QéçºM±H† Dan apabila mereka minum, minumannya adalah dari matair yang menggelegak panas. A ÚñI®GF ãI›RêIý Kv£G·G‘ MâHÁGš GÔMÚG Manakala makanan pula tidak kedapatan apa-apa, kecuali dari duri-duri kering yang berbisa. 225 Juz Amma A nÂH‰ ãI›çIÀM¸Hñ GêGy HãI¿M±Hñ Gê Pastinya tidak boleh mengenyangkan mereka dan tidak pula mengurangkan kelaparan mereka. DæG¿I“£RœAIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy (Sebaliknya) Riak muka orang yang beriman pada hari itu jelas berseri-seri. DæGÃIFZGe£GÁIÃM·G±Iš Berpuas hati atas balasan amal soleh usaha mereka selama ini. AæGÃIš£G“ AæRÀG‰çI• Tinggal menetap dalam Syurga yang termulia. @æGÃI¸Q郚£GÁÃI• HÚG¿M±G†Rê Tidak kedengaran perkataan yang sia-sia. DæGñIe£G‰ DãMÃG“£GÁÃI• Terdapat matair yang sentiasa mengalir. DæG“ÂH•M®R›DeH®H"£GÁÃI• Terdapat pelamin-pelamin terhias yang termulia. DæG“ÂHFMÂR› D[ZGÂM˜G} Gy Dan gelas-gelas minuman yang tersedia untuk kegunaan mereka. 226 Juz Amma DæG•ÂH¹M³G› HqIe£G¿GœGy Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). KæG‡ÂH¦M¤G› SåI…ZGeGfGy Serta hamparan yang terbentang. MÍGºI¾H‹ GÜMØG IáI…IîM OZçGšIý GwyH®H¶MÀGñ GëG•G} (Mengapa terus kufur pada Allah?). Renungkanlah bagaimana binatang unta itu diciptakan. MÍG·I•He GÜMÃG˜IYP£G¿R±šOZ çGšIýGy Dan (renungkanlah!) bagaimana kedudukan langit di atas itu, bagaimana ianya di wujudkan? MÍG¤I³Hœ GÜMÃG˜Iu£G¤I¨MšOZ çGšIýGy Dan (renungkanlah!) bagaimana pula bukit-bukau itu ditegakkan? MÍG©IµH" GÜMÃG˜IkMeGìM OZ çGšIýGy Dan (renungkan juga) bagaimana kawasan permukaan bumi itu dihamparkan? D®IN˜GH› GÍMœG} P£G¿RœIý M®IN˜GG• (Fikir-fikirkanlah semuanya ini!). Oleh itu wahai Muhammad, berilah mereka peringatan yang engkau itu hanya seorang Rasul penyampai untuk mereka ambil ingatan (tentang beriman pada wujudnya Allah). 227 Juz Amma A®IµMÃG³H¿I… MâIÁMÃG¾G“ GÍM±Gš Nyatakanlah! Yang engkau bukanlah seorang yang berkuasa yang boleh memaksa mereka (supaya beriman). G®G¹G˜Gy QçRšGÂG† ãG› RêIý Akan tetapi, sesiapa yang terus kufur (setelah diberi ingatan-ingatan ini) dan berpaling tadah, G®G¤M˜GìMZ G[ZG G·MšOZ HäQN¾šOZ HäH…ING·HÃG• mereka akan diseksa oleh Allah dengan azab seksaan yang tersangat pedih (kerana kekufuran mereka). MâHÁG…£GñIý £GÀMÃGšIý RwIý Hakikatnya, mereka akan kembali juga kepada Kami. âHÁG…£G±IŠ£GÀMÃG¾G“ RwIý RâH‡ Dan Kami lah yang akan menyoal dan menghitung semua amal-amal mereka! 228 Juz Amma Sinopsis Surah: Kecenderungan surah ini ke arah memaparkan peristiwa-peristiwa ghaib yang bakal terjadi, mencetuskan rangsangan kepada minda kita untuk kita renung, fikir, rasa takut dan dorong diri kita untuk beramal, bagi menghadapi hari Akhirat. Renungan kepada surah ini akan membawa minda kita kepada gambaran peristiwa-peristiwa di hari Akhirat dan kepada penghakiman ke atas semua dosa pahala yang kita kerjakan sewaktu di dunia. Apabila kita diberikan kepercayaan akan adanya AKHIRAT, maka kita diperkenalkan pula dengan pembalasan Syurga dan Neraka atas semua amalan kita itu. Aspek renungan: 1. Hari Kiamat adalah hari di mana semuanya diselubungi dengan huruhara yang amat dahsyat yang berakhir dengan berlakunya kehancuran, dan kemunculan Neraka beserta azab-azabnya. 2. Hari Pembalasan itu: a) melibatkan mereka yang berpaling tadah dan kufur. b) melibatkan mereka yang beriman dan beramal soleh. 3. Renungan untuk berfikir: a) Kejadian Unta b) Kejadian langit dan alam c) Kejadian bukit-bukau d) Kejadian bumi yang terdampar Kesemua kejadian-kejadian ini menggambarkan kekuasaan Allah, untuk kita renung dan fikirkan. 4. Peranan Rasulullah: a) hanyalah untuk menyampaikan seruan Allah sahaja, tiada paksaan dalam dakwahnya. b) tidak memiliki hati-hati manusia untuk dihidayahkan, semuanya di tangan Allah. c) dakwahnya menyuruh kita untuk berfikir: Adakah yang kufur itu akan terlepas? d) adalah untuk menyampaikan konsep bahawa semua yang hidup akan kembali kepada Allah jua dan semua kerja dan amalan manusia itu pasti akan dihisab. 5. Roh surah ini sesuai bagi mereka yang berada di Mekah di awal pergerakan Islam dalam mewujudkan kepercayaan pada Akhirat, yang bakal membentuk akidah mereka kepada Islam. 229 Juz Amma Tafsiran Surah: IæGÃI²Q郸MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ Sudahkah sampai ke pengetahuanmu (wahai Muhammad) tentang huruhara yang menyelimuti manusia pada hari Kiamat itu? Ayat awal ini berbentuk soalan kepada Rasulullah, seolah-olah ianya pernah diceritakan Allah kepada beliau. Bentuk soalan begini memberi hentakan dan ketukan pada minda kita, supaya kita memberi tumpuan kepada hari Kiamat itu. Hari Al-Ghaasyiyah bererti ‘hari yang ditimpa huruhara dan komplikasinya, yang menyelimuti semua manusia dan pergerakan mereka, yang ketika itu berada dalam keadaan bingung’. Pada hari itu Neraka diperlihatkan dan manusia sudah menjalani hisab mereka. Keadaan mereka di hari itu digambarkan oleh ayat berikut: . @æGÃI›£GŠZ@e£GœQéç¾M³G† . DæG¤I'£Gœ DæG¾I›£G“ . KæG·I²Q郋AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy . A ÚñI®GF ãI› RêIý Kv£G·G‘ MâHÁGš GÔMÚG . AæGÃIœZGY AãMÓG MãI› QéçºB±H† / A nÂH‰ ãI›çIÀM¸Hñ GêGy HãI¿M±Hñ Gê Muka-muka mereka pada hari itu ‘tunduk terhina’, atas semua amalan mereka yang bekerja keras tetapi sia-sia itu (tidak beriman), dan diri mereka pasti akan menerima kebakaran dari api Neraka yang sangat panas, dan apabila dahaga, mereka diberi minum dari matair yang panas menggelegak, dan apabila mereka lapar, tiada sebarang makanan yang ada kecuali dari kayu-kayu berduri yang berbisa, yang tidak dapat menggemukkan mereka jika dimakan atau menghilangkan sedikit pun kelaparan mereka. Ayat-ayat 2 hingga 7 ini menggambarkan keadaan mereka yang kufur pada hari diselimuti huruhara itu. Inilah penyaksian yang mendebarkan. Muka-muka mereka tunduk terhina, murung dan kelihatan penat. Mereka pernah beramal tetapi amalan mereka sia-sia dan merugikan, yang akhirnya hanya menambahkan keperitan, kerana amalan tersebut dilakukan bukan kerana Allah tetapi demi kepentingan diri sendiri dari sifat tamak, yang telah menyebabkan kerosakan bumi Allah. 230 Juz Amma Maka, semuanya ini membawanya kepada azab di Akhirat. Pasti mereka akan direjamkan ke dalam Neraka Allah yang apinya panas teramat sangat, minumannya dari matair yang panas menggelegak dan makanan yang ada hanya dari pohon berduri yang beracun. Ini adalah warna-warna azab yang dipertontonkan Allah kepada kita. Walaupun ianya tidak pernah berlaku di bumi ini, kita boleh merasai kepedihannya, penghinaannya dan kesakitannya, dan ianya akan mengundang kegerunan kita kepada penyeksaan ini dan terhadap bahang api Neraka yang panas membakar, sekiranya manusia yang dimaksudkan itu adalah DIRI KITA! Ketahuilah, inilah dia azab Allah di hari yang diselimuti kegusaran dan diselubungi kehitaman azab-azab Nya. . AæGÃIš£G“ AæRÀG‰çI• . DæGÃIFZGe£GÁIÃM·G±Iš . DæG¿I“£RœAIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy . DæG“ÂH•M®R› DeH®H"£GÁÃI• . DæGñIe£G‰DãMÓG £GÁÃI• . @æGÃI¸Q郚£GÁÃI• HÚG¿M±G† Rê / KæG‡ÂH¦M¤G› SåI…ZGeGfGy . DæG•ÂH¹M³G› HqIe£G¿GœGy . DæG“ÂHFMÂR› D[ZGÂM˜G} Gy Sebaliknya, muka orang-orang yang beriman pada hari itu berseri-seri, berpuashati dengan semua amal usaha mereka di dunia, dan mereka menetap di Syurga yang tertinggi darjatnya, di mana di situ tiada suara-suara melampau dan sia-sia. Terdapat di situ matair yang mengalir, dan juga terdampar pelamin-pelamin yang terhias indah, dengan gelas-gelas minuman yang tersedia, dan bantal-bantal yang tersusun untuk digunakan dan disertakan hamparan yang terbentang (untuk beristirehat). Ayat-ayat 8 hingga 16 menggambarkan perihal orang yang beriman dan beramal soleh di dunia dan bagaimana mereka dilayan pada hari semuanya diselimuti oleh huruhara itu. Muka-muka mereka mencerminkan kesempurnaan menerima nikmat Allah dan hati yang pernah meredhai Allah, sehingga Allah meredhai mereka. Segala amal dan usaha kerja mereka yang dibuat kerana Allah, tanpa mengeksploitasikannya untuk kepentingan diri sendiri, semuanya membawa mereka kepada kesejahteraan dan akibat yang baik di hari yang penuh dengan huruhara itu. Inilah warna-warna kebahagiaan yang cuba diperlihatkan Allah kepada kita untuk direnungi. Sifat-sifat yang digambarkan ini ialah untuk menghampirkan minda kita yang berada di dunia ini, tentang sifat dan keadaan di Syurga yang tinggi darjatnya, hebat maqamnya, penuh 231 Juz Amma dengan keselesaan dan kebahagiaan, jauh dari sebarang gangguan yang sia-sia dan yang dipenuhi dengan peralatan-peralatan yang membahagiakan penduduknya, agar dapat kita bayangkan dan rasai kehebatannya berbanding dengan kehidupan di dunia ini. Sifat-sifat Syurga ini, dengan adanya air yang mengalir, adanya tempat-tempat rehat yang eksklusif, gelas-gelas minuman yang tersedia, bantal-bantal rehat yang tersusun atur dan hamparan yang terdampar indah untuk memaksimakan kerehatan. Semuanya ini adalah gambaran untuk mendekatkan penyaksiaan nikmat Allah kepada minda kita, agar ada sentuhan dan rasa, walaupun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pokoknya, beriman, bertaqwa dan ikutlah ajaran ayat-ayat Allah melalui Rasul Nya untuk mendapatkan nikmat seperti itu. Kemudian surah ini membawa kita kepada keadaan semasa yang memperlihatkan keagungan Allah dalam ciptaan Nya untuk direnungi. . MÍG·I•He GÜMÃG˜IYP£G¿R±šOZçGšIýGy . MÍGºI¾H‹GÜMÃG˜GáI…IîM OZçGšIý GwyH®H¶MÀGñ GëG•G} / MÍG©IµH" GÜMÃG˜IkMeìG M OZçGšIýGy . MÍG¤I³œH GÜMÃG˜Iu£G¤I¨MšOZçGšIýGy Mengapa mereka-mereka yang mengingkari Akhirat itu tidak merenung dan melihat bagaimana seekor unta itu diciptakan oleh Allah? Bagaimana pula langit di atas itu dicipta sebegitu rupa? Bagaimana? Bagaimana pula bukit-bukau ditegakkan? Dan bagaimana pula bumi itu dirata dan dihamparkan? Empat ayat di atas membangkitkan minda kita untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut: 1. 2. 3. 4. Seekor unta, bagaimanakah ianya dicipta? Langit dengan cekerawalanya itu, bagaimanakah ianya disiapkan dan dibuat? Bukit bukau, bagaimana pula ditegakkan sebegitu rupa? Bumi tempat kita berpijak, bagaimanakah ianya dicipta sehingga terdampar dan terhampar untuk kegunaan manusia? Unta adalah haiwan yang unik, yang boleh dibawa musafir dan menggalas barang di padang pasir yang panas siang dan sejuk malam. Kulitnya boleh digunakan, tubuhnya besar dan kuat, sangat sabar dan dapat menahan lapar dan dahaga. Telitilah unta itu, bagaimanakah ianya dicipta sesuai dengan matlamat khidmatnya kepada manusia? Binatang itu tidak mencipta dirinya sendiri. Ianya dicipta dan siapakah yang menciptanya sebegitu unik sekali? Kalau bukan Allah, siapa? 232 Juz Amma Langit jika dilihat dari tanah, seolah-olah seperti bumbung yang dibina padat. Tetapi ia hanyalah ruang kosong yang dipenuhi bintang-bintang yang cantik, dilitupi awan-awan yang bergerak, dengan angin yang mengisi sekelian ruang dan kadang-kadang hujan turun darinya. Apakah semuanya ini? Ada tak Penciptanya? Penciptanya begitu unik, kan? Teliti pula bukit-bukau yang terpacak menjadi paku alam. Ianya dicipta bagi tujuan tertentu. Rasulullah mencari bukit untuk bermunajat dan bukit itu menjadi tempat berguna bagi penerusan hidup manusia. Siapakah penciptanya? Akhirnya, kajilah permukaan bumi ini yang dicipta mendatar dan terhampar, demi untuk suatu tujuan perjalanan hidup manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Apa yang diharapkan dari contoh-contoh ini ialah keterbukaan minda manusia untuk menerima Allah sebagai Pencipta, beriman dengan Nya, bertaqwa dan terus mengikuti ajaran-ajaran Al-Qur’an dari Rasul Nya Muhammad saw. Jadi apakah tugas dan kewajipan Rasulullah sebenarnya? Jawapannya: . G®G¹G˜Gy QçRšGÂG† ãG› RêIý . A®IµMÃG³H¿I…MâIÁMÃG¾G“ GÍM±Gš . D®IN˜GH› GÍMœG} P£G¿RœIýM®IN˜GG• / âHÁG…£G±IŠ£GÀMÃG¾G“ RwIý RâH‡ . MâHÁG…£GñIý£GÀMÃGšIýRwIý . G®G¤M˜GìMZ G[ZG G·MšOZ HäQN¾šOZ HäH…ING·HÃG• Oleh itu (wahai Muhammad), berikan sahaja PERINGATAN kepada manusia, dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul Pemberi Ingatan (Tabligh). Bukan engkau yang memaksa mereka. TETAPI, jika mereka masih berpaling tadah dan kufur, maka Allah akan menyediakan seksaan yang sepedih-pedihnya ke atas mereka. Mau tak mau, mereka akan kembali kepada Kami, dan kemudian ke atas Kami lah soal menghisab segala amal mereka. Selepas mendedahkan 2 perkara penting iaitu: 1) penyaksian alam Akhirat dan keadaan mereka-mereka yang kufur dan yang beriman, dan 2) penyaksian alam semesta di sekeliling kita, Allah kemudiannya membawa pemerhatian kita kepada tangungjawab, kewajipan dan batas-batas penting tentang tugas Rasulullah yang sebenarnya. Tujuannya untuk membangkitkan mereka dari tidur, supaya bangun, fikir dan dorongkan diri ke arah iman dan amal soleh, sebagai seorang muslim. 233 Juz Amma Tugas pertama Rasulullah ialah memperingatkan semua manusia tentang Akhirat dan menimbulkan kepercayaan padanya serta apa jua yang bakal berlaku di sana nanti. Kedua, memperingatkan kepada semua manusia tentang alam semesta ini dan menjelaskan bagaimana kita dapat menghubungkan setiap kejadian dengan Penciptanya, yang mungkin dapat dijadikan asas keimanan kita kepada Allah. Inilah dia kewajipan Rasulullah dan peranan beliau ke arah dakwah dan tidak lebih dari itu. Sesungguhnya Rasulullah tidak memiliki urusan-urusan mengenai manusia, khususnya untuk MEMAKSA mereka untuk beriman. Ini semua urusan Allah, untuk memberi hidayah pada mereka. Pendekatannya hanyalah untuk menyampaikan dakwah, menjelaskan tentang iman dan memberi ingatan. Jika mereka kufur, mereka akan berhadapan dengan azab Allah dan jika mereka beriman, mereka akan diberi kemuliaan di sisi Allah. Manusia tidak dihalang dari mendengar dakwah ini, menerima, menolak atau memikirkannya. Jadi, kerja dan tanggungjawab Rasulullah hanyalah untuk mengingatkan dan menyampaikan berita, mengulang-ulangkan dakwahnya sehingga dapat memberi sumbangan kepada perubahan hati mereka untuk iman dan amal soleh. Yang mendorong mereka ialah Rahmat Allah. Jika dakwah ini ditolak dan mereka terus kufur setelah dakwah demi dakwah dilakukan, maka mereka ini dianggap sebagai berpaling tadah dan telah menolak iman dan kebenaran yang HAQ. Sebenarnya mereka tidak boleh memboloskan diri dari Allah, kerana adanya kematian mereka. Kematian bererti pulang/kembali kepada Allah dan terpaksa menemui Allah, samada dia kufur atau beriman. Allah pula akan PASTI menghitung amalan mereka di Akhirat nanti. Yang kufur dibalas azab dan yang beriman dimuliakan. Pilihlah jalan mana yang sesuai. Inilah pesanan terbaik dan peranan yang perlu dimainkan oleh Rasulullah dalam dakwahnya untuk menerapkan iman dan taqwa ke dalam hati manusia. Allahu A’lam. 234 Juz Amma SURAH AL-A’LAA Diturunkan di Mekah : 19 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 Q|RÂG±G• GÝG¾G‹|IRšOZ (1) çG¾M“GìM OZ GßIN…Ge GâM"OZI ÑIN¤G" ( ) 4 QçG“M®G¿MšOZ G_G®M‹G} P|IRšOZ Gy (3) Q|G¬GÁG• GeR¬–G |IRšOZ Gy ( ) 6 QçPé±MÀG† GëG• GßH¢I®MºHÀG" (5) Q|GÂMŠG} @Y P£G¦H” ôHäG¾G·G¨G• ( ) 7 QçG¹MªGñ£G›GyG®MÁG¨MšOZ HâG¾M·GñôHäRœIý > HäQN¾šOZ GYPé£&£G› RêGý ( ) 9 Q|G®M˜INšOZIÍG·G¹RœwIýM®IN˜GG• (8) Q|G®M±HÃM¾IšGsH®IN±GÃHœGy ( ) ( ( 13) QçGÃM©Gñ GêGy£GÁÃI• \ H ÂH¿Gñ Gê RâH‡ (12) Q|G®M¤¼H šOZ Ge£RÀšOZçG¾M³Gñ|IRšOZ ( ( ( 11) çGºM&GìM OZ£GÁH¤RÀG¨G¥GñGy (10) QçG²MªRñ ãG›H®R˜RGÃG" 15) QçR¾G³G• õ IäIN…Ge GâM"OZ G®G˜GdGy (14) QçR˜G¯G†ãG› GÑG¾M•G} M¬–G 17) QPçGºM…G} Gy D®MÃG‹ H{G®I‹GìM OZ Gy (16) £GÃMœS¬šOZ G{QÂGÃG©MšOZ GwyH®I‡MÈH†MáG… 19) QçG"ÂH›Gy GâÃI„Qé ®M…Iý IÜH©H' ( 18) QçGšyHìM OZ IÜH©S³šOZçI¹GšZGQ郄 RwIý 235 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Agung itu (dari segala sifat-sifat kekurangan yang dilemparkan oleh yang kufur). Dialah (Allah) yang telah menciptakan sekelian makhluk Nya (Pencipta Agung), serta Dialah (Allah) yang menyempurnakan semua kejadian Nya (Penyempurna), dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dialah (Allah) yang telah mengatur susun melalui taqdir penentuan Nya (Penentu Takdir) atas kehidupan makhluk Nya, dan Dialah (Allah) yang memberikan hidayah Nya (Penganugerah Hidayah) kepada makhluk Nya, demi keselamatan dan kesempurnaan. Dialah (Allah) yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk makanan ternakan mereka. Dialah (Allah) juga yang menukarkan tumbuh-tumbuhan yang hijau itu menjadi kering kehitaman. Kami (Allah) senantiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) agar dapat membaca (dengan mudah sekali) akan Al-Qur’an yang telah diturunkan itu (dengan perantaraan Jibril as), sehingga engkau dapat menghafaz dan tidak lupa kepadanya. Kecualilah apa saja yang dikehendaki oleh Allah supaya engkau lupa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala keadaan yang sepatutnya, samada yang nyata zahirnya atau yang tersembunyi. Dan Kami (Allah) tetap memberi kemudahan kepadamu dalam melaksanakan dakwahmu, agar mudah diterima akal yang sihat. Oleh itu, berilah peringatan kepada seluruh umat manusia dengan ajaran Al-Qur’an itu, kalau-kalau peringatan itu berguna buat mereka untuk beriman. Hanya orang yang takut melanggar perintah Allah sahaja yang boleh menerima peringatan tersebut. Dan orang yang celaka sifatnya (kufur) sahaja akan menolak peringatan itu. Mereka yang celaka inilah yang akan menderita bakaran api Neraka yang amat pedih itu. Dengan keadaan mereka di dalam api itu, yang tidak mati dan juga tidak hidup. Bagi mereka yang menerima peringatan Al-Qur’an itu, maka berjayalah mereka dalam membersihkan diri mereka dengan taat dan amalan soleh. Sifat mereka ini di antaranya ialah senantiasa menyebut nama-nama Allah Tuhan mereka dan lantas senantiasa bersembahyang sujud pada Nya. Malangnya tidak semua kamu berbuat demikian, lantaran kamu lebih menekankan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan terbaik ialah Akhirat kamu yang lebih kekal dan selesa. Sesungguhnya semua keterangan-keterangan ini juga telah disebutkan dalam Kitab-Kitab yang terdahulu. Iaitu Kitab-Kitab yang telah diturunkan ke atas Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. 236 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-A’LAA IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti . çG¾M“GìM OZ GßIN…Ge GâM"OZI ÑIN¤G" Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Agung itu (dari segala sifat-sifat kekurangan yang dilemparkan oleh yang kufur). Q|RÂG±G• GÝG¾G‹ |IRšOZ Dialah (Allah) yang telah menciptakan sekelian makhluk Nya (Pencipta Agung), serta Dialah (Allah) yang menyempurnakan semua kejadian Nya (Penyempurna), dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Q|G¬ÁG G• GeR¬–G |IRšOZ Gy Dialah (Allah) yang telah mengatur susun melalui taqdir penentuan Nya (Penentu Takdir) atas kehidupan makhluk Nya, dan Dialah (Allah) yang memberikan hidayah Nya (Penganugerah Hidayah) kepada makhluk Nya, demi keselamatan dan kesempurnaan. QçG“M®G¿MšOZ G_G®M‹G} P|IRšOZ Gy Dialah (Allah) yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk makanan ternakan mereka. Q|GÂMŠG} @Y P£G¦H”ôHäG¾G·G¨G• Dialah (Allah) juga yang menukarkan tumbuh-tumbuhan yang hijau itu menjadi kering kehitaman. 237 Juz Amma QçPé±MÀG† GëG• GßH¢I®MºHÀG" Kami (Allah) senantiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) agar dapat membaca (dengan mudah sekali) akan Al-Qur’an yang telah diturunkan itu (dengan perantaraan Jibril as), sehingga engkau dapat menghafaz dan tidak lupa kepadanya. QçG¹MªGñ£G›GyG®MÁG¨MšOZ HâG¾M·GñôHäRœIý > HäQN¾šOZ GYPé£&£G› RêGý Kecualilah apa saja yang dikehendaki oleh Allah supaya engkau lupa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala keadaan yang sepatutnya, samada yang nyata zahirnya atau yang tersembunyi. Q|G®M±HÃM¾IšGsH®IN±GÃHœGy Dan Kami (Allah) tetap memberi kemudahan kepadamu dalam melaksanakan dakwahmu, agar mudah diterima akal yang sihat. Q|G®M˜INšOZIÍG·G¹RœwIý M®IN˜GG• Oleh itu, berilah peringatan kepada seluruh umat manusia dengan ajaran Al-Qur’an itu, kalau-kalau peringatan itu berguna buat mereka untuk beriman. QçG²MªRñ ãG› H®R˜RGÃG" Hanya orang yang takut melanggar perintah Allah sahaja yang boleh menerima peringatan tersebut. çGºM&GìM OZ£GÁH¤RÀG¨G¥GñGy Dan orang yang celaka sifatnya (kufur) sahaja akan menolak peringatan itu. Q|G®M¤H¼šOZ Ge£RÀšOZ çG¾M³Gñ |IRšOZ Mereka yang celaka inilah yang akan menderita bakaran api Neraka yang amat pedih itu. 238 Juz Amma QçGÃM©Gñ GêGy£GÁÃI• H\ÂH¿Gñ Gê RâH‡ Dengan keadaan mereka di dalam api itu, yang tidak mati dan juga tidak hidup. QçR˜G¯G†ãG› GÑG¾M•G} M¬G– Bagi mereka yang menerima peringatan Al-Qur’an itu, maka berjayalah mereka dalam membersihkan diri mereka dengan taat dan amalan soleh. QçR¾G³G• õ IäIN…Ge GâM"OZ G®G˜GdGy Sifat mereka ini di antaranya ialah senantiasa menyebut nama-nama Allah Tuhan mereka dan lantas senantiasa bersembahyang sujud pada Nya. £GÃMœS¬šOZ G{QÂGÃG©MšOZ GwyH®I‡MÈH†MáG… Malangnya tidak semua kamu berbuat demikian, lantaran kamu lebih menekankan kehidupan dunia. QPçGºM…G} Gy D®MËG H{G®I‹GìM OZ Gy Sedangkan kehidupan terbaik ialah Akhirat kamu yang lebih kekal dan selesa. QçGšyHìM OZIÜH©S³šOZçI¹Gš ZGQ郄 RwIý Sesungguhnya semua keterangan-keterangan ini juga telah disebutkan dalam Kitab-Kitab yang terdahulu. QçG"ÂH›Gy GâÃI„Qé ®M…Iý IÜH©H' Iaitu Kitab-Kitab yang telah diturunkan ke atas Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. 239 Juz Amma Sinopsis Surah: Inilah di antara surah-surah yang sangat suka dibaca oleh Rasulullah dalam solat-solat Aidil Fitri, Aidil Adha dan juga dalam solat-solat Jumaat. Selalunya ianya dibaca bersama dengan surah Al-Ghaasyiyah. Seluruh dunia dan makhluk-makhluk di dalamnya adalah hamba-hamba Allah, dan wajib bagi mereka bertasbih pada Nya untuk mendekatkan diri pada Nya serta mensucikan Nya dari semua tanggapan buruk yang kufur. Semuanya, wajib terus-menerus bertasbih kepada Nya. Dalam surah ini, Allah memastikan bahawa setiap ayat yang dibaca oleh Jibril as kepada Rasulullah itu dihafaz dan diingati oleh Rasulullah, agar digunakan ayat-ayat Allah ini sebagai dalil dan hujjah dalam menyampaikan dakwahnya, khususnya sewaktu ayat-ayat sebegini diturunkan di Mekah. Surah ini juga menjelaskan kaedah-kaedah ‘tassawwur’ iman, iaitu mentauhidkan Allah, keberkesanan wahyu Allah dan ikrar tentang balasan Allah di Akhirat nanti. Semuanya ini menjadi pokok akidah yang utama dan ianya adalah penerusan dakwah-dakwah dari nabi-nabi yang terdahulu, khususnya dari suhuf-suhuf Nabi Ibrahim dan Musa. 240 Juz Amma Tafsiran Surah: çG¾M“GìM OZ GßIN…Ge GâM"OZI ÑIN¤G" Bertasbihlah mensucikan nama Tuhan Mu, Rabb Yang Maha Agung itu (dari segala sifat-sifat kekurangan yang dilemparkan oleh orang-orang yang kufur). Tasbih diertikan sebagai memuliakan Allah, mensucikan Allah melalui nama Nya, dari sifat-sifat kekurangan yang tidak layak untuk Nya, dan mempertingkat pengertian makna sifat-sifat Al-Husna Allah ke dalam minda kita. Semuanya ini hanya boleh diresapkan melalui minda kita sahaja kerana ianya adalah sifat-sifat Ma’ani yang boleh diserlahkan oleh minda. Syed Qutub menjelaskan bahawa bertasbih itu bererti menghidupkan suasana hubungan di antara keterampilan penerangan Nur Allah dengan rasa kewujudan Nya, melalui nama-nama sifat Nya dalam minda kita dan perasaan dekatnya kita pada Nya melalui nama-nama yang ditasbihkan itu. Maknanya dari segi adab bertasbih, kita mestilah berada di dalam keadaan bersedia zahir dan batin, untuk mewujud dan menghadapkan diri kepada Allah di dalam suasana Nur Nya. Kemudian bertasbihlah dan rasailah hakikat kewujudan Allah melalui keunikan setiap sifat nama-nama Allah itu, yang setiap satunya bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. TASBIH bukan hanya sekadar mengulang-ulangkan Subhanallah semata-mata tetapi ianya LEBIH dari itu. Misalnya, apabila seseorang yang bertasbih dengan mengucap “Ya Rabb! Subhanallah!”, sebenarnya mindanya cuba menghidupkan satu hubungan peribadi dengan Allah dan mentaqdiskan Nya, bagi memperlihatkan kesempurnaan Nya melalui sifat nama-nama Nya itu. Taqdis itu adalah mensucikan Allah dari sebarang sifat-sifat kekurangan, melalui hati. Perkataan Rabb dan Al-A’laa membawa makna ‘kehampiran yang sungguh dekat’. Rabb bererti keprihatinan Allah pada makhluk Nya dengan membelai mereka dengan penuh redha dan kasih sayang. Dikatakan Allah itu menyayangi kita lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya. 241 Juz Amma MANAKALA sifat Al-A’laa pula bererti keagungan Ilahi Allah itu yang tidak ada tolok bandingnya. Jika kita mendongak ke atas dan terus mendongak mencari Nya, oleh kerana DIA terlalu agung, maka akan bergeraklah roh kita yang bertasbih itu, mencari Nya dengan nada ‘memuji-memuja Nya’, serta mentaqdiskan Nya sebagai Allah, Ilahi yang teragung. Secara tidak langsung, konsep A’laa atau keagungan Ilahi itu akan diterjemahkan ke dalam minda kita. Firman Allah: çG¾M“GìM OZ GßIN…Ge GâM"OZI ÑIN¤G" Bertasbihlah dan sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Agung itu! Soalnya, siapakah yang diperintahkan Allah supaya bertasbih? Allah memerintah Rasulullah saw supaya bertasbih, tetapi setelah kita membaca surah ini, KITALAH yang diperintahkan untuk bertasbih pada Allah, sebagai meneruskan amanah Nya. Inilah dia ‘gesaan’ bertasbih secara lembut dan harmoni yang akan memberi kesan luarbiasa kepada kita untuk mendekatkan diri dengan Allah Yang Maha Agung. Setelah Rasulullah membaca surah ini, beliau kemudiannya bersabda: IPxI¬M¿G©I…Gy çQ¾M“GêMZ GçIN…Ge Gw£G©M¤H" Maha Suci Mu Tuhanku, Rabb (yang sayang padaku lebih dari ibu menyayangi anak nya) dan segala puji-puja untuk Nya. Rasulullah merasai kehampirannya pada Allah dengan sehampir-hampirnya, lantas baginda meminta kita membaca tasbih ini dalam sujud kita. Bolehkah kita merasai kehampiran kita pada Allah sewaktu kita sujud, dengan mengulangi tasbih tersebut? Setelah turunnya ayat: IâÃI¶G·MšOZ GßIN…Ge IâM"O£I… MÑIN¤G±G• Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai), bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmat Nya itu). (Surah Al-Waqiah: Ayat 74) 242 Juz Amma maka sekali lagi Rasulullah meminta kita bertasbih dengan perkataan itu sewaktu kita rukuk. Kesimpulannya, dalam rukuk dan sujud, kita diminta mentasbihkan Allah dan cuba mendekatkan diri kita pada Nya. Iaitu satu kalimah yang hidup dalam solat kita dengan menghubungi Allah untuk satu-satu keizinan yang terus menerus, iaitu memohon keizinan Allah untuk kita memuji-memuja dan bertasbih mentaqdiskan Nya. Sesungguhnya, amalan ini merupakan satu nikmat yang agung yang diberi kepada manusia yang bersembahyang dalam rukuk dan sujudnya. Hubungan dengan Allah melalui bertasbih dengan nama-nama Nya itu mewujudkan kehampiran yang rapat, yang akan membawa kepada pengenalan Zat dan sifat-sifat nama Nya, melalui had-had tertentu yang boleh minda kita mencapainya. Melalui TASBIH ini sahajalah manusia boleh berkomunikasi dengan Allah serta mentaqdiskannya disamping mengangkatkan pengertian makna sifat nama-nama Allah ke arah kesempurnaan Nya sebagai Rabb. (Penjelasan oleh Syed Qutub). Abullais pernah berkata: Suatu hari Rasulullah bertanyakan Jibril, katanya: “Wahai Jibril, beritahu aku akan pahala orang yang bertasbih dengan nama Allah dengan berkata luar solatnya?”. IPxI¬M¿G©I…Gy IäQN¾šOZ Gw£G©M¤H" dalam solatnya atau di Jawab Jibril: “Wahai Muhammad, mana-mana Mukmin dan Mukminah yang mengucapkan tasbih itu akan menyebabkan timbangannya di Akhirat kelak lebih berat dari Arasy dan Al-Kursi serta bukit-bukit di dunia ini. Pada masa ucapan tasbih itu dibaca, maka Allah akan berkata: “Benar apa yang diucapkan oleh hamba Ku ini! Sesungguhnya Aku Maha Agung dan mengatasi segala sesuatu. Saksikanlah wahai para malaikat-malaikat Ku! Aku dengan ini mengampunkan semua dosa-dosa hamba Ku ini dan akan Aku masukkannya ke dalam syurga Ku”. Apabila dia meninggal dunia, Malaikat Mikail akan menziarahinya setiap hari. Dan apabila menjelang Kiamat pula, Malaikat Mikail akan membawanya atas sayapnya dan meletakkannya dihadapan Allah dan memohon dengan berkata: “Ya Allah, berilah syafaatku kepada orang ini!”. Jawab Allah: “Aku telah pun memberikan syafaat Ku kepadanya dan masukkanlah dia ke dalam syurga Ku!”. Begitulah hebatnya pembalasan kepada yang sentiasa bertasbih pada Allah di dalam dan di luar solatnya”. 243 Juz Amma Firman Allah: . Q|G¬GÁG• GeR¬G– |IRšOZ Gy . Q|RÂG±G• GÝG¾G‹|IRšOZ / Q|GÂMŠG} @Y P£G¦H”ôHäG¾G·G¨G• . QçG“M®G¿MšOZ G_G®M‹G} P|IRšOZ Gy Dialah Allah, yang telah mencipta sekelian makhluk Nya (Pencipta Mutlak). Serta Dialah yang menyempurnakan semua kejadian Nya (Penyempurna). Dan Dialah yang telah mengatur susun melalui taqdir Nya atas kehidupan makhluk Nya(Penentu Taqdir). Dan Dialah yang memberi hidayah Nya kepada makhluk Nya (Pemberi Hidayah). Dialah Allah yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk makanan binatang ternakan mereka. Dan Dialah juga yang menukarkan tumbuh-tumbuhan hijau itu menjadi kering kehitaman (Maha Berkuasa). Allah mencipta segala sesuatu dan kemudian menyempurnakanya sehingga tersempurnalah sesuatu kejadian itu. Inilah satu dari sifat Rabbul ‘Aalamiin. Bertasbih akan menjadi lebih sempurna selepas kita mengenali Allah. Apakah dalil-dalilnya? Jawabnya: Ciptaan Allah yang disempurnakan Nya. Misalnya Nabi Ibrahim pernah berkata: . IãÃIºM±GñGy çIÀH¿I·MµHñ GÂH„ |IRšOZ Gy . IãñI¬MÁGñ GÂHÁG• çIÀGºGé¾G‹ |IRšOZ / IãÃI¹M²Gñ GÂHÁG• HÍMFI®G› ZGdIýGy Dialah Allah yang menciptaku dan memberi hidayah padaku. Dialah yang memberi makan padaku dan memberiku minum. Dan apabila aku sakit, Dialah yang mengubati daku. (Surah Asy-Syu’araa’: Ayat 78-80) Allah menentukan taqdir makhluknya, serta Dialah yang memberi hidayah. Dengan sifat ini maka Allah adalah yang paling berkuasa atas segala sesuatu secara mutlak. Iaitu, setelah Dia mencipta kita, memiliki kita dan menunjuk jalan ke arah bersyukur atau kufur, maka Allah utuskan Rasul Nya untuk menunjuk jalan mana yang boleh melepaskan mereka dari azab Allah dan mencapai kebahagian dunia dan Akhirat. Kemudian terpulanglah kepada manusia itu sendiri untuk membuat pilihan samada untuk menjadi seorang yang bersyukur dan beriman, atau seorang yang kufur engkar. Penentuan taqdir misalnya, kepada bumi, langit dan kejadian-kejadian lain dengan penentuan-penentuan yang khusus, jangkamasa tertentu dan sifat-sifat tertentu, maka lahirlah ciptaan Allah yang mengikut segala taqdir ini. Ini dapat kita lihat disekeliling kita. 244 Juz Amma Dari contoh-contoh alam semesta, kita dibawa kepada alam haiwan dan juga ciptaan lain yang di luar pengetahuan manusia, termasuklah alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh minda manusia. Inilah keagungan Allah yang menjadi pencipta, penyempurna, penentu taqdir dan pemberi hidayah untuk mendorong kita ke arah beriman pada Nya. Dialah juga yang menentukan pertumbuhan pokok-pokok hijau yang menjadi makanan kepada binatang ternakan, yang akan digunakan atau dimakan dagingnya oleh manusia. Semua ciptaan Nya ditaqdirkan untuk satu-satu tujuan. Walau apa pun, tiada yang kekal. Semuanya akan berakhir menjadi kering dan kehitaman, apabila dikehendaki Allah sedemikian. Inilah hakikat hidup ini. Yang kekal hanya Allah, sedangkan kejadian Nya akan kering, berubah warna dan mati. Semuanya dalam ayat di atas akan memandu seseorang yang bertasbih itu agar mengaitkan tasbih itu dengan Nya. Misalnya: “Mengapa kita bertasbih?”. Jawabnya: “Kerana Allah yang mencipta kita, menyempurnakan kejadian dan kehendak kita, menentukan taqdir khusus kita dan seterusnya menunjukkan jalan hidayah kepada kita untuk kita lalui”. HEBATNYA Allah yang kita tasbihkan itu. Setelah menjelaskan konsep TASBIH, dan mengapa mesti bertasbih, dan diperlihatkan kepada minda kita akan alam dan binatang, maka Allah membawa minda kita dalam surah ini kepada konsep kepimpinan Rasulullah, menjadikannya sebagai pemimpin yang akan membawa idea-idea baru, ugama Allah dan IMAN. Maka Rasulullah dan Al-Qur’an tidak dapat dipisahkan. Al-Qur’an, bertasbih, kepimpinan dan dakwah adalah satu. Rasulullah ditentukan menerima dan menghafaz ayat-ayat yang diturunkan kepadanya melalui Jibril as untuk dakwah dan kepimpinannya. Firman Allah: . QçPé±MÀG† GëG• GßH¢I®MºHÀG" / QçG¹MªGñ£G›GyG®MÁG¨MšOZ HâG¾M·Gñ ôHäRœIý > HäQN¾šOZ GYPé£&£G› RêGý Kami sentiasa menjadikan engkau agar dapat membaca Al-Qur’an dengan mudah sekali sehingga engkau dapat menghafaz dan tidak lupa kepadanya, kecualilah apa yang dikehendaki oleh Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui segala yang sepatutnya, samada yang nyata zahir atau yang tersembunyi. 245 Juz Amma Ini bererti, kamu wahai Muhammad, pasti akan dapat menghafaz Al-Qur’an yang diturunkan itu dan engkau tidak akan lupa buat selama-lamanya, kecuali Insya Allah, dalam beberapa perkara tertentu. Begitulah prihatinnya Allah pada Nabi Muhammad saw untuk memenuhi kriteria kepimpinan Nya kepada Rasulullah dalam melaksanakan dakwahnya. Al-Qur’an mesti sentiasa berada di dalam dada Rasulullah dan beliau tidak boleh menjadi pelupa. Bimbingan Allah pada Rasulullah jelas dengan menyatakan Dia tahu segala apa yang tersurat dan yang tersirat pada semua pergerakan Rasulullah dan memandunya ke arah kejayaan membawa manusia ke jalan iman, amal dan Islam. Intipatinya ialah Al-Qur’an dan kepimpinan Rasulullah adalah di bawah pengawasan Allah Yang Maha Prihatin. Malah Allah menjanjikan satu cara berdakwah dan penerimaannya yang termudah kepada Rasulullah. Firman Allah: Q|G®M±HÃM¾Iš GsH®IN±GÃHœGy Dan kami tetap memberi kemudahan kepadamu (wahai Muhammad) dalam melaksanakan dakwahmu agar MUDAH diterima akal yang sihat. (pastinya dengan berbekalkan Al-Qur’an). Inilah satu khabar gembira untuk Rasulullah, yang memberi kepastian bahawa segala dakwah Rasulullah itu akan mudah disampaikan dan diterima oleh akal manusia yang waras. Iaitu, dakwah yang melibatkan gelagat ugama Islam, hakikat dan peranannya dalam kehidupan manusia dan tempatnya dalam sistem hidup yang ada, menjadikan ia satu permodenan yang mudah dan senang diterima. Inilah hakikat dakwah dan akidah yang dibawa oleh Rasulullah. Mudah jalannya, mudah menuju matlamatnya, mudah membawa minda ke ‘ufuk’ hakikat yang tidak ada batasnya, iaitu kepada Allah dan jalan ke arah beriman dengan Nya. Pergerakan ke arah Allah adalah mudah, harmoni dan berdasarkan fitrah semulajadi manusia. Mudah dalam urusannya, laluannya, pergerakannya, amalannya dan untuk memahaminya. Islam adalah sesuatu yang mudah untuk diamal, diterima, ditelan dan dihayati kerana ia bergerak bersama fitrah manusia itu sendiri. Oleh itu Allah memerintahkan Muhammad saw supaya lebih ‘proaktif’ dalam memperingatkan umat manusia dengan ajaran Al-Qur’an. 246 Juz Amma Firman Allah: Q|G®M˜INšOZ IÍG·G¹RœwIýM®IN˜GG• Oleh itu berilah peringatan (wahai Muhammad) kepada seluruh manusia dengan ajaran Al-Qur’an itu, kalau-kalau peringatan itu berguna buat mereka untuk beriman. Dalam kata lain, peringatkan mereka setiap kali kamu mendapat peluang untuk berdakwah, untuk membolehkan hati-hati mereka terbuka luas menerima sarananmu itu dan jadikanlah peringatan itu sebagai saliran yang mengalirkan air penerimaan untuk beriman. Kerana memberi ingatan itu selalunya akan menelurkan faedah dan manfaat samada sedikit atau banyak, kerana keberkesanannya agak terserlah walau pun hati-hati manusia itu ada yang seperti batu atau dilitupi oleh hijab yang berat. Inilah dia amanah yang mesti dipikul oleh Rasulullah, iaitu TABLIGH. Agak menyenangkan Rasulullah sendiri kerana semuanya dijamin mudah oleh Allah dan segala peringatan itu boleh diterima oleh akal yang waras. Dijanjikan bahawa idea-idea dari Al-Qur’an yang dibawa sebagai ingatan itu tidak terlupa atau dilupakan. Apabila tugas Rasulullah itu telah dilaksanakan, maka terpulanglah kepada penerimaan oleh orang ramai dan menjadi pilihan kepada mereka samada untuk menerimanya atau menjadi kufur. Lihat saja ayat seterusnya, siapakah yang menerimanya dan siapa pula yang mahu menolaknya? Firman Allah: . çGºM&GìM OZ£GÁH¤RÀG¨G¥GñGy . QçG²MªRñ ãG› H®R˜RGÃG" . QçGÃM©Gñ GêGy£GÁÃI• H\ÂH¿Gñ Gê RâH‡ . Q|G®M¤H¼šOZ Ge£RÀšOZçG¾M³Gñ |IRšOZ / QçR¾G³G• õ IäIN…Ge GâM"OZ G®G˜GdGy . QçR˜G¯G† ãG› GÑG¾M•G} M¬–G Hanya yang takut melanggar perintah Allah sahaja yang boleh menerima peringatan tersebut. Dan yang ‘celaka’ degil pula akan menolak peringatan ini. Di mana mereka akan menderita bakaran api Neraka yang amat pedih itu. Dengan keadaan mereka dalam api itu, yang tidak mati dan juga tidak hidup. 247 Juz Amma Yang menerima peringatan itu (dari Al-Qur’an), maka berjayalah mereka dalam membersihkan diri mereka melalui taat dan amalan soleh. Sifat mereka di antaranya suka menyebut nama-nama Allah melalui bertasbih dan kemudian mereka banyak bersembahyang. Ertinya terdapat 2 kategori manusia iaitu ‘yang menerima’ dan ‘yang menolak’ peringatan Al-Qur’an melalui Rasulullah. Setelah Rasulullah menyampaikan peringatan tersebut, siapakah yang menerima peringatan itu? Mereka adalah orang-orang yang: a) senantiasa menjauhkan diri mereka dari kotoran akidah dan najis yang zahir. b) senantiasa bertasbih menyebut-nyebut nama Allah dengan penuh penghayatan. c) senantiasa bersembahyang, sujud pada Allah. Mereka-mereka ini tergolong dari orang-orang yang takut pada seksaan Allah di Akhirat nanti dan tertarik dengan peringatan yang memberangsangkan itu. Siapakah pula yang menolak peringatan Al-Qur’an oleh Rasulullah itu? Mereka adalah orang-orang yang: a) kosong rohnya, mati dan penuh dengan halangan dan hijab. b) tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup ini c) tidak merasai apa-apa kesan di dalam hati mereka tentang Allah. d) hidupnya senantiasa gelisah, pemburu yang senantiasa memburu sesuatu yang ada di dunia ini. Mereka-mereka ini akan menjadi penghuni Neraka Jahannam, Neraka yang terkenal dengan masa penghuniannya yang terlalu lama dan seksaannya yang teramat perit. Di dalamnya, mati pun tidak, hidup pun tidak dan azabnya kekal buat selama-lamanya. Secara prinsipnya, kita boleh memilih samada untuk menjadi orang yang bersyukur dengan peringatan Al-Qur’an, beriman serta beramal soleh, ATAU kita boleh memilih untuk menjadi kufur dan terus tamak pada harta dunia ini. Tetapi balasan kepada yang beriman begitu ketara berbanding dengan balasan yang akan diterima oleh yang kufur. Setelah menjelaskan balasan-balasan kemudian harinya pada pemilih-pemilih iman dan kufur, maka lihat sajalah apa kata Allah untuk memperingatkan kita bahawa mau tak mau dalam hidup ini sedikit sebanyak kita diberi kesannya oleh hidup dunia. Yang waras akan tetap memilih Akhirat, kerana kebajikannya yang baik dan keabadiannya di sana penuh dengan keselesaan. 248 Juz Amma Firman Allah: . £GÃMœS¬šOZ G{QÂGÃG©MšOZ GwyH®I‡MÈH†MáG… / QPçGºM…G} GyD®MÃG‹ H{G®I‹GìM OZ Gy Malangnya, tidak semua kamu berbuat demikian. Lantaran kamu masih tertarik dengan kehidupan dunia di sekitar kamu, sedangkan kehidupan yang terbaik (untuk dipilih) ialah Akhirat, kerana ia lebih selesa dan kekal. Dengan ingatan yang begitu tajam dan berkesan, maka akan lahirlah dalam hati kita hubungan hidup di dunia ini dengan hari Akhirat. Yang terlalu keduniaan akan kurang Akhiratnya, manakala yang waras dan beriman akan lebih memilih Akhirat dari keduniaan. Akhir sekali, Allah mengingatkan kita, bahawa semua ini bukan peringatan yang baru, tetapi ianya juga tertulis dalam kitab-kitab dan suhuf-suhuf Nabi-nabi yang terdahulu, khususnya dalam suhuf-suhuf Nabi Ibrahim as dan Nabi Musa as. Firman Allah: . QçGšyHìM OZIÜH©S³šOZçI¹Gš ZGQ郄RwIý . QçG"ÂH›Gy GâÃI„Qé ®M…Iý IÜH©H' Sesungguhnya semua peringatan-peringatan begini juga telah disebut dalam Kitab-kitab yang terdahulu. Ini termasuklah dalam suhuf-suhuf Nabi Ibrahim as dan Nabi Musa as. Ayat terakhir ini menjelaskan pada kita tentang ketulinan ugama Allah, bukan hanya dari Rasulullah, tetapi ianya adalah warisan kepada nabi-nabi yang terdahulu lagi dan akidah itu adalah sama saja. Iaitu kesatuan Al-Haq, kesatuan akidah, kesatuan arahtuju dan matlamat dakwah kerasulan yang dilantik. Yang asalnya dari ‘Yang Satu’ dan akan kembali kepada ‘Yang Satu’. Itulah dia konsep keEsaan Al-Haq dalam ajaran Nya kepada manusia melalui Rasul Nya Muhammad saw. Allahu A’lam. 249 Juz Amma SURAH AT-TAARIQ Diturunkan di Mekah : 17 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 IqIe£RµšOZ£G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy (1) IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy ( ) 4 DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹Gœ SáH˜wIý (3) IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ ( ) 6 AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ (5) GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• ( ) 8 DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý (7) IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZ IãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ ( ) ( ( 10) I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI›ôHäGš£G¿G• (9) H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ 12) I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ Gy (11) I ÚM‰R®šOZ \ I ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy ( 14) IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy (13) DáM³G• DuMÂGºGšôHäRœIý 16) ( Z@¬MØG H¬ÃI˜G} Gy (15) Z@¬MØG GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIý ( 17) = ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G• 250 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi langit dan bintang Nya (At-Taariq). Dan tahukah kamu (Wahai Muhammad), apakah dia At-Taariq (bintang-bintang) itu? At-Taariq bererti bintang yang sinaran cahayanya menembusi kegelapan malam. Sesungguhnya setiap diri manusia itu, telah dilengkapi dengan Penjaga dari malaikat, yang menjaganya (sebagai pencatit dan penyimpan catitan amalan, serta menjaga diri manusia itu). Setelah mengetahui keadaan begini, mahukah manusia itu bertanya dan berfikir, dari apakah dia diciptakan? (Jawapannya) Manusia dicipta dari air yang memancut keluar (air mani yang memancut ke dalam rahim). Yang keluar dari tulang ‘sulbi’ lelaki dan dari tulang ‘dada’ perempuan. (Dengan kejadian begini) Sesungguhnya Allah itu berkuasa mengembalikan hidupnya sesudah mati. (Bawalah fikiran anda) Pada hari di mana didedahkan segala rahsia-rahsia amalan kamu di dunia yang terpendam di hati. Maka pada saat itu, manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk membela diri dan tanpa sebarang pertolongan dari sebarang pembantu. Demi langit yang terus mencurahkan air hujannya! Dan bumi yang menyubur untuk mengeluarkan tumbuh-tumbuhan! Sesungguhnya saranan dan keterangan Al-Qur’an itu adalah benar dan sebagai kata pemutus. Bukanlah ia dari kata-kata yang palsu. Sesungguhnya mereka-mereka yang menentangmu wahai Muhammad, bermati-matian merancang kejahatan mereka. Dan Aku pula tetap melumpuhkan niat-niat jahat mereka itu. Oleh itu janganlah engkau mahukan orang yang kufur itu segera dibinasakan, berilah mereka sedikit masa dan tempoh! 251 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AT-TAARIQ IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy Demi langit dan bintang Nya (At-Taariq). IqIe£RµšOZ £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy Dan tahukah kamu (Wahai Muhammad), apakah dia At-Taariq (bintang-bintang) itu? IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ At-Taariq bererti bintang yang sinaran cahayanya menembusi kegelapan malam. DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹Gœ SáH˜wIý Sesungguhnya setiap diri manusia itu, telah dilengkapi dengan Penjaga dari malaikat, yang menjaganya (sebagai pencatit dan penyimpan catitan amalan, serta menjaga diri manusia itu). GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• Setelah mengetahui keadaan begini, mahukah manusia itu bertanya dan berfikir, dari apakah dia diciptakan? AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ (Jawapannya) Manusia dicipta dari air yang memancut keluar (air mani yang memancut ke dalam rahim). 252 Juz Amma IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZIãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ Yang keluar dari tulang ‘sulbi’ lelaki dan dari tulang ‘dada’ perempuan. DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý (Dengan kejadian begini) Sesungguhnya Allah itu berkuasa mengembalikan hidupnya sesudah mati. H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤†H GvMÂGñ (Bawalah fikiran anda) Pada hari di mana didedahkan segala rahsia-rahsia amalan kamu di dunia yang terpendam di hati. I®I'£GœGêGy A{RÂH– ãI›ôHäGš£G¿G• Maka pada saat itu, manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk membela diri dan tanpa sebarang pertolongan dari sebarang pembantu. I ÚM‰R®šOZI\ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy Demi langit yang terus mencurahkan air hujannya! I nM¬R³šOZ I\ZGd IkMeGìM OZ Gy Dan bumi yang menyubur untuk mengeluarkan tumbuh-tumbuhan! DáM³G• DuMÂGºGšôHäRœIý Sesungguhnya saranan dan keterangan Al-Qur’an itu adalah benar dan sebagai kata pemutus. 253 Juz Amma IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy Bukanlah ia dari kata-kata yang palsu. Z@¬MØG GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIý Sesungguhnya mereka-mereka yang menentangmu wahai Muhammad, bermati-matian merancang kejahatan mereka. Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} Gy Dan Aku pula tetap melumpuhkan niat-niat jahat mereka itu. = ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G• Oleh itu janganlah engkau mahukan orang yang kufur itu segera dibinasakan, berilah mereka sedikit masa dan tempoh! 254 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini adalah di antara surah-surah yang diturunkan di Mekah, yang cuba menggerakkan minda kita dengan cara mengetuknya seraya berkata: “Bangunlah, lihatlah, berilah perhatian kamu, berfikirlah dan telitikanlah! Bahawa Allah itu ada! Ada pentadbiran Nya, ada taqdir Nya, ada bala dari Nya, ada pahala, ada dosa, adanya hisab, adanya nikmat-nikmat Allah dan adanya azab-azab Allah yang besar”. Al-Qur’an adalah muzik Nya, yang mengalunkan umat manusia kepada satu nada (matlamat), iaitu kepada beriman pada Allah dan berwaspada terhadap azab-azab besar Nya. Di antara perkara-perkara yang ditonjolkan dalam surah ini ialah langit dan bintang malamnya, air mani dan kejadian manusia, hujan dan kesuburan bumi untuk mengeluarkan makanan. Ia memaparkan segala yang dapat kita lihat di persekitaran kita. Di antara perkara yang tidak dapat kita lihat pula ialah: a) b) c) adanya Penjaga dan Pengawal diri kita, manusia tidak mempunyai apa-apa kekuatan pada hari Akhirat, kesempatan yang diberi kepada orang-orang kafir untuk berfikir, dan yang kufur digolongkan sebagai penipu-pembelit. Matlamat dari semuanya ini ialah untuk membawa minda kita kepada: a) b) c) d) e) adanya Allah, adanya pentadbiran Allah, adanya taqdir Allah, adanya bala-bala Allah, dan adanya hari Akhirat dan hari pembalasan. Kepada yang mahukan IMAN, maka pilihan kepada iman ini akan membawanya kepada keinsafan atas nikmat-nikmat Allah yang ada dan tidak kufur atas nikmat-nikmat Nya itu. 255 Juz Amma Tafsiran Surah: . IqIe£RµšOZ £G› GßQ‚GeMcG} £G›Gy . IqIe£RµšOZ Gy IYP£G¿R±šOZ Gy / DÙI•£GŠ£GÁMÃG¾G“£R¿RšAÔM¹GœSáH˜wIý . IÌI–£R¦šOZ HâM¨RÀšOZ Demi langit dan bintang ‘At-Taariq’ yang telah Aku cipta, Aku bersumpah dengannya. Apakah dia ‘At-Taariq’ itu? Ia adalah bintang malam, yang cahayanya menembusi saringan kegelapan malam. Sesungguhnya, setiap diri manusia yang bernyawa ciptaan Ku itu, ada penjaganya (Hafiz). Iaitu penjaga yang senantiasa menjaganya dan mengira semua amal perbuatannya. Penjaga ini menjadi wakil Allah, dan mencatit semua perilaku dan amalannya, demi untuk dibalas di Akhirat nanti. Inilah hakikat hidupnya manusia, tidak sia-sia diwujudkan tetapi dikawal oleh penjaganya. Sebenarnya, dari satu tahap ke tahap yang lain, manusia itu senantiasa dijaga keselamatannya untuk terhindar dari sebarang kejahatan dan dari kekangan hidup yang melampau. Penjaga ini menusuk masuk ke dalam liputan hidup manusia sebagaimana cahaya bintang malam menyelinap memercikkan cahayanya. Siapakah penjaga ini? Fakhrurrazi berpendapat bahawa penjaga ini ialah Allah sendiri, yang mengetahui semua hal-hal berkaitan dengan manusia dan boleh menghubungi mereka dengan mudahnya demi semua kepentingan mereka. Dia akan menjaga mereka dari sebarang mudarat. Penjaga itu mungkin juga dari kalangan malaikat yang ditugaskan mencatit segala perlakuan manusia itu. Apakah perkara-perkara yang dijaganya? Ia menulis semua amalan-amalan mereka secara terperinci, yang dibukukan dalam kitab yang akan diserahkan kepada mereka pada hari Hisab nanti, menjaga amalan, rezeki dan menentukan ajalnya. Ia menjaga seseorang itu dari kemudaratan, kecualilah yang telah ditaqdirkan Allah. Menjaga seseorang itu secara umumnya, dari mula dia dilahirkan sehinggalah dia disimpan di dalam kubur, menunggu hari pembalasan. 256 Juz Amma At-Taariq dalam surah ini dirujukkan kepada segala sesuatu yang didatangkan pada waktu malam, termasuklah bintang-bintang malam. Muslim pernah berdoa, maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang kejahatan yang didatangkan oleh Mu pada waktu malam”. Dan apabila Allah menjelaskan At-Taariq itu sebagai SATU bintang malam yang menusuk cahayanya di dalam gelap, ianya mengkhususkan minda kita kepada bintang malam yang dijadikan panduan oleh orang yang musafir, untuk berpandu arah dengannya di laut dan di darat. Ianya naik dari arah timur, meledakkan cahayanya di udara yang gelap, lalu tertusuklah cahaya itu keluar. Apabila dilintasi oleh Syaitan, maka ianya akan menyerang Syaitan itu dengan cahayanya, dan dialah bintang yang teragung dari bintang-bintang lain di langit tinggi. Ianya ciptaan Allah yang unik, untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Nya di atas langit. Apabila Allah telah bersumpah dengan langit dan bintang secara khusus dan mendakwa yang manusia ini dijaga oleh Penjaga, maka manusia itu haruslah mengkaji asal-usulnya, demi untuk mencari ke manakah arah yang akan ditujunya, selepas kejadian yang unik ini. Adalah jelas, dengan mengkaji asal-usul penciptaan dan kejadian kita, kita akan mengetahui tempat kembalinya kita nanti. Firman Allah: . AÝI•ZGc AYP£ƒR› ãI› GÝI¾H‹ / ؟GÝI¾H‹ RâI› HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• / IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾éƒS³šOZ IãMÃG… =ãI› H_H®MªGñ Setelah mengetahui demikian, maka hendaklah manusia memikirkan, dari apakah mereka telah diciptakan? Mereka dicipta dari air yang memancut (ke dalam rahim). Air-air yang bercampur, keluarnya masing-masing dari tulang sulbi (tulang belakang) lelaki dan dari tulang dada perempuan. Manusia hendaklah meneliti bagaimana mereka dijadikan dan kepada apa ia dijadikan. Ini bagi menentukan ke mana arah tuju mereka, setelah mereka dihidupkan! Manusia dijadikan dari air mani yang bercampur dari pancutan air lelaki yang keluar dari tulang sulbi mereka dan dari air mani perempuan yang keluar dari tulang dada (tara’ib) mereka dan membenih di dalam rahim. 257 Juz Amma Inilah ilmu rahsia kejadian manusia yang tersembunyi sekian lama sehinga ditemui oleh para saintis. Betapa uniknya pergerakan dan perjalanan air-air ini di dalam tubuh manusia, menuju ke ruang rahim untuk membenih. Terfikirkah kita bahawa terdapat tangan di luar sana yang memastikan kedua-kedua air ini menjadi manusia? Inilah dia Penjaga yang membimbing, menjaga dan memastikan berlakunya pembentukan rupa paras, menjalinkan penerusan DNA ibu bapa itu, dengan qudrat dan iradat Nya, dalam satu perjalanan pembenihan manusia. Inilah keajaiban Ilahi, yang memandukan tangan Nya dari mula kejadian manusia, hinggalah manusia itu berlubuk di dalam tanah kuburnya. Benih-benih dalam air-air mani, yang BERJUTA-JUTA jumlahnya dalam satu pancutan, yang tidak mempunyai akal, kuasa dan iradah, berada semuanya di dalam rahim, berenang-renang mendapatkan makanan, tetapi hanya SATU sahaja darinya, membenih membentuk manusia. Tangan manakah yang memastikan kelancaran ciptaan ini berlaku? Tangan ini jugalah yang akan memastikan penerusan ciptaan ini berlaku, dengan pembentukan sistem-sistem saraf yang unik dan lain-lain pembentukan tubuh yang dikaji oleh para saintis. Maka jadilah struktur permulaan pembentukan dan kejadian bayi. Dan setelah melalui proses kejadian yang lama di dalam kandungan ibunya, akhirnya lahirlah ia ke alam nyata. Tangan manakah yang memastikan penurunan rupa paras, iras wajah ibu dan bapa, susuk badan dan perangai yang bakal diwarisi oleh bayi itu? Tangan manakah yang berkuasa seunik ini? Kalau bukan Allah, siapakah lagi gerangannya? Inilah dia PENJAGA yang Maha Agung yang mengawal, mengawas dan mencipta mengikut cara dan jalan Nya yang tersendiri. Dialah Allah yang Maha Pencipta. Selepas ciptaan agung ini, apakah hakikat kedua dari perjalanan hidup ini dan ke manakah arah tuju kita? Maka, Allah menunjukkan jalannya dengan berfirman seterusnya: . IÌI¢PZG®R¥šOZ Gy IÌM¾ƒS³šOZ IãMÃG…=ãI› H_H®MªGñ . DeIc£GºGš õ IäI·M‰GeQéç¾G“ôHäRœIý . H®I¢PZG®R±šOZçG¾M¤H† GvMÂGñ . DeIc£GºGš õ IäI·M‰Ge Qéç¾G“ôHäRœIý / I®I'£Gœ GêGy A{RÂH– ãI› ôHäGš£G¿G• 258 Juz Amma Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk mengembalikannya setelah ia dimatikan. Pada hari itu, akan didedahkan semua perkara-perkara tersembunyi yang disembunyikannya (iaitu I’tiqad kepercayaannya, niat hidupnya dan lain-lain). Sedangkan pada hari itu, manusia itu tidak ada apa-apa kekuatan untuk membela diri, dan tidak juga ada pembantu yang boleh menolong. Persoalannya, jika begitulah uniknya kejadian manusia itu, yang dicipta oleh Allah dari tiada kepada ada, terfikirkah kita yang Allah boleh menghidupkan manusia semula setelah ia mati untuk meneliti dan membalas segala amalannya di dunia? Manusia perlu dibangkitkan semula untuk bertanggungjawab dan dihisab atas semua amalan mereka di dunia, dan atas iman dan kufur mereka. Kejadian manusia adalah berdasarkan cantuman dan gabungan dari bahagian-bahagian penting dari ibu dan bapa yang berbeza-beza. Begitu juga setelah ia dimatikan, berseleraklah semua yang pernah bersatu dan alangkah senangnya untuk dikumpul kembali dan dihidupkan. Hikmah keadilan Ilahi memerlukan mereka dihidupkan kembali dan Allah berkuasa menghidupkan mereka. Setelah mereka dibangkitkan, kesemua rahsia hidup mereka yang tersembunyi selama ini akan tersingkap di dalam buku catitan amalan mereka, termasuklah segala i’tiqad mereka, kufur dan hidayah mereka, zalim dan adil mereka, dan semua amal baik dan jahat mereka itu, akan didedahkan. Perkara-perkara yang akan dibangkitkan: Amalan-amalan manusia selama hidupnya di dunia akan disenaraikan secara terperinci, dan semua amalan-amalan ini akan dipersoalkan dan dibandingkan dengan jawapan yang diberi. Keadaan ini dikenali sebagai Ibtila dan Imtihan (uji semula). Maka akan terserlahlah segala yang tersirat di dalam hati, dengan yang tersurat dari amalan tersebut. Ini bagi memastikan yang kufur dengan yang beriman. Pada hari Hisab tersebut, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk berdalih atau berbohong bagi menjawab dan menghujah atas segala amalan mereka. Selalunya, kita mempunyai peguam yang dapat membantu kita, tetapi pada hari itu tiada pembantu yang boleh menolong. Setiap kenyataan catitan itu menjadi saksi atas amalan kita. 259 Juz Amma Merenung pada ayat ini memberi impak pada kita bahawa keadilan Allah itu akan berlaku dan ini akan memberi kesan kepada yang mahu mengambil iktibar darinya. Mungkinkah hati kecil manusia kadang-kadang tidak dapat secara spontan mempercayai lojik dan kenyataan ini? Allah sekali lagi dalam ayat berikutnya membenarkan perkara ini dan telah bersumpah dengan langit dan bumi ciptaan Nya itu, dengan menggambarkan gelagat yang diberi oleh langit dan bumi pada kehidupan di dunia ini. Firman Allah: . I nM¬R³šOZ \ I ZGd IkMeGìM OZ Gy . I ÚM‰R®šOZI\ZGd IYP£G¿R±šOZ Gy / IuM¯HÁMšO£I…GÂH„£G›Gy . DáM³G• DuMÂGºGš ôHäRœIý Demi langit yang di antaranya menurunkan hujan secara berulang-ulang, dan demi bumi yang membenarkan dirinya tersubur bagi mengeluarkan tumbuhan menghijau. Sesungguhnya semua perkataan Al-Qur’an itu adalah Benar serta Putus, dan bukan kata-kata yang main-main. Dalam kata lain, Aku bersumpah dengan langit, yang darinya turun hujan secara berulang, terdapat cahaya matahari yang menyimbahkan klorofil dan angin yang mewujudkan suasana yang menyuburkan tanaman. Dan aku juga bersumpah dengan bumi yang membolehkan dirinya terus subur disirami air hujan dan suasana yang mengizinkan pengeluaran tanaman yang dijadikan makanan kepada manusia. SESUNGGUHNYA kata-kata di atas dan kata-kata dari Al-Qur’an itu, memaparkan KEBENARAN dan kandungannya adalah benar semuanya. Iaitu, benar yang manusia ini dicipta dari pertembungan air-air yang keluar dari sulbi dan tara’ib, benar tentang wujudnya hari Akhirat di mana manusia dihisab semua amalannya kerana adanya Hafiz yang mencatit semua amalan manusia itu dan benar bahawa manusia yang dihisab itu tidak berkuasa membohongi kebenaran dan tiada pembantu yang dapat membantunya dalam operasi hisab amalan-amalannya itu. Dibawah perkataan ‘benar’ tentang kebangkitan semula, tentang wujudnya hari Akhirat, maka reaksi orang musyrikin Mekah berbeza-beza. Ada yang cuba memutarbelitkan fakta dakwah Rasulullah itu untuk menghalang kepercayaan orang ramai terhadapnya. Allah mengarahkan Rasulullah membalas tipu helah Quraisy itu dengan Firman Nya: 260 Juz Amma / Z@¬MÃG˜ H¬ÃI˜G} Gy . Z@¬MÃG˜GwyH¬ÃI¼Gñ MâHÁRœIý Sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) bermati-matian menjalankan rancangan jahat memutarbelitkan fakta dan Aku pula akan menggagalkan niat jahat mereka itu. Orang-orang kafir Quraisy bermati-matian bergerak memutarbelitkan fakta tentang kebenaran-kebenaran tadi dan menyelewengkan hakikat, dengan niat supaya yang beriman pada Rasulullah berpatah balik kerana adanya kenyataan-kenyataan bangkit semula tersebut. Di antara putar belit mereka ialah mereka mendakwa dan mempengaruhi orang-orang beriman dengan kata-kata berikut: a) £GÃMœS¬šOZ£GÀH†£GÃGŠRêIý GçI„MwýI “Ini adalah cara hidup kami di dunia ini (janganlah memandai-mandai wahai Muhammad)!”. (Surah Al-An’aam: Ayat 29) b) DâÃI›Ge GçI„Gy GâQƒG¶I·MšOZIçM©Hñ ãG› Gu£G– “Siapakah yang boleh menghidupkan tulang-tulang yang sudah reput ini?”. (Surah Yaasin: Ayat 78) c) D[£G¨H“ KY MçG²Gš ZGQ郄 RwIý ÷ Z@¬IŠQé y£@ÁQƒGšIý GæGÁIš GìM OZ GáG·G‰G} “Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang-bilang itu dengan mengatakan Tuhan hanya satu? Ini suatu yang menakjubkan!”. (Surah Saad: Ayat 5) d) AâÃI¶G“IãMÃG¥Gñ M®GºMšOZ GãIN›A áH‰GeQéç¾G“ HwZGYM®HºMšOZ ZGQ郄 GuIN¯HœGêMÂGš CZÂHš£G–Gy “Kalaulah Al-Qur’an itu menjadi bukti kenabian Muhammad, maka sepatutnya Al-Quran itu diturunkan kepada seseorang yang berpengaruh dari salah satu dari dua buah bandar terkenal!”. (Surah Az-Zukhruf: Ayat 31) 261 Juz Amma e) @ëÃI'G} Gy @{G®M¼H… IäÃG¾G“ Qéç¾M¿H† GåIÁG• £GÁG¤G¥G¥M˜OZ GãÃIšRyGìM OZ H®ÃIµQéƒ"G} CZPÂHš£G–Gy “Al-Qur’an itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta Muhammad menulisnya, kemudian disuruhnya kita membacanya pagi dan petang”. (Surah Al-Furqaan: Ayat 5) f) Menuduh Muhammad itu sebagai tukang sihir, penyair dan seorang yang gila. g) Merancang membunuh Rasulullah. > GsÂH‰I®MªHñMyG} GsÂH¾H¥MºGñ MyG} GsÂH¥I¤M¦HÃIšCZyH®G¹G˜GãñIRšOZ GßI…H®H¼M¿GñMdIýGy “Ingatlah ketika orang-orang kafir musyrik Mekah membuat tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu atau mengusirmu”. (Surah Al-Anfal: Ayat 30) Semua petikan kata-kata dan niat Musyrikin Mekah adalah putar belit dan tipu daya untuk menggagalkan dakwah Rasulullah dan lebih kepada penghinaan dan memesongkan fakta. Allah meminta supaya yang beriman itu tenang dan perkuatkan pertahanan diri dan jadikan tipu helah orang-orang Musyrikin itu sebagai sesuatu yang tidak menyusahkan mereka. Ini kerana, berjaya atau tidaknya dakwah itu bergantung pada kehendak Allah dan izin Nya. Dengan bantuan Allah, rancangan jahat orang-orang Musyrikin akan gagal, kebenaran kepimpinan Rasulullah akan ternyata dan dakwah itu akan berjaya. Apa yang perlu ada pada orang-orang yang beriman itu ialah kesabaran dan mereka perlu memberi peluang kepada orang-orang yang enggan menerima konsep hidup semula ini berfikir. Apakah bentuk bantuan Allah untuk menggagalkan putarbelit mereka itu? a) b) pertolongan terus menerus dari Allah memperlahankan sebarang balasan balik pada mereka dan membiarkan mereka terus kufur dengan pegangan mereka itu. Jelaslah dengan cara di atas, Allah mengajar Rasulullah agar memberi masa. 262 Juz Amma Firman Nya: = ZG¬MñGyHe MâHÁM¾IÁM›G} GãñI®I¹Q郼MšOZIáINÁG¿G• Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. Dalam kata lain: Wahai Muhammad! Biarkanlah mereka dengan ikhtiar mereka dan janganlah tergesa-gesa melawan kerenah mereka. Bertenang! Pasti ada hikmah disebaliknya. Jika dibiarkan begitu, tidak juga memberi kesan. Maka biarlah ianya berterusan sehingga hari Kiamat, kerana ‘menyalak gunung tidak akan meruntuhkannya’. Inilah cara Allah nak meringankan kesan sampingan ke atas Rasulullah apabila orang-orang Quraisy terus memutar belitkan fakta. Allahu A’lam. 263 Juz Amma SURAH AL-BURUUJ Diturunkan di Mekah : 22 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (3) AcÂHÁM²G›Gy A¬I„£G&Gy (2) IcÂH“MÂG¿MšOZ IvMÂGÃMšOZ Gy (1) I _yH®H¤MšOZ I\ZGd IYP飿R±šOZ Gy (6) DcÂH·– H £GÁMÃG¾G“ MâH„ MdIý (5) IcÂH–GÂMšOZ I\ZGdIe£RÀšOZ (4) IcyH¬M‹HìM OZ HÌQ郩M'G} GáI¥H– 7 DcÂHÁH& GãÃIÀI›MÈH¿MšO£I… GwÂH¾G·M¹Gñ £G› Qéç¾G“ MâH„Gy ( ) 8 I¬ÃI¿G©MšOZ I¯ñI¯G·MšOZ IäQN¾šO£I…CZÂHÀI›MÈHñ wG} PêR Iý MâHÁMÀI› CZÂH¿GºGœ£G›Gy ( ) 9 K¬ÃIÁG& AYMçG&INáH˜Qéç¾G“ HäQN¾šOZ Gy >IkMeGìM OZ Gy I\Qé ÂQ郿R±šOZ HßM¾H› ôHäGš |IRšGZ ( ) CZÂH…ÂH¥Gñ MâGš RâH‡ IÍQéƒÀI›MÈH¿MšOZ Gy GãÃIÀI›MÈH¿MšOZ CZÂHÀG¥G• GãñIRšOZ RwIý (10) IÝñI®G©MšOZ H[ZGG“ MâHÁGšGy GâRÀÁ G G‰ H[ZGG“ MâHÁG¾G• > H®QéƒÁMœGìM OZ£GÁI¥M©G† MãI› |I®M¨G† DÍQƒRÀG‰ MâHÁGš IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý (13) H¬ÃI·Hñ Gy HòI¬M¤Hñ GÂH„ ôHäRœIý (12) K¬ñI¬G²Gš GßIN…Ge GÕMµG… RwIý (11) H®ÃI¤G¼MšOZ HfMÂG¹MšOZ GßIšQé d (16) H¬ñI®ñH £G¿INš Du£R·G• (15) H¬ÃI¨G¿MšOZ IiM®G·MšOZyHd (14) HcyHcGÂMšOZ HeÂH¹G¸MšOZ GÂH„Gy (18) GcÂH¿G‡Gy GwMÂG“M®I• (17) IcÂHÀH¨MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ ( 20) = HØÃI©S› âIÁI¢PZGeGy MãI› HäQN¾šOZ Gy (19) AÌñI M¼G†çI• CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IáG… ( 22) , ImÂH¹M©R›A `MÂGšçI• (21) D¬ÃI¨S› DwZGYM®H– GÂH„ MáG… 264 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Demi langit yang memiliki stesenstesen peredaran bintang-bintang. Demi hari pembalasan yang dijanjikan itu. Dan demi penyaksi-penyaksi di hari itu dan saksian-saksian yang dilihat. Celakalah Kaum Ukhdud yang menggali parit panjang. Parit yang diisi dengan api-api yang membakar (bagi membakar orang-orang beriman yang mempertahankan ugama mereka). Mereka dilaknat Allah, ketika mereka duduk di kawasan kelilingnya (memerhati perbuatan mencampak orang-orang beriman ke dalam api). Sambil mereka melihat apa yang sedang mereka lakukan ke atas orang-orang yang beriman. Tujuan mereka membalas dendam itu hanyalah kerana mangsa-mangsa itu beriman pada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. Iaitu Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah senantiasa menyaksikan setiap sesuatu peristiwa yang berlaku itu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan mereka-mereka yang beriman (lelaki dan perempuan), dan kemudian tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam. Dan mereka sekali lagi akan menerima azab api bakaran yang kuat (kerana tidak bertaubat). Bagi orang yang beramal soleh yang beriman, mereka akan disediakan dengan Syurga, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Itulah dia KEMENANGAN besar bagi mereka. Sesungguhnya azab kasar dari Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur engkar) sangat dahsyat. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan setiap permulaan makhluk dan menetapkan pengembaliannya. Dan Dialah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Dialah Pemilik Arasy Yang Teragung. Berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak Nya. Tahukah engkau wahai Muhammad, tentang kebinasaan yang dideritai oleh kumpulan perang? Dari Kaum Firaun (terkini) dan Kaum Thamud (terdahulu). Kaummu wahai Muhammad, bukan saja menolak ajaranmu, bahkan semua orang-orang kafir itu adalah pembelit dan pembohong. Sedangkan Allah, akan berada di belakang mereka meneliti setiap perlakuan dusta mereka. Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan pada mereka itu bukanlah syair dan sihir, tetapi dari Al-Qur’an yang tertinggi kemuliaannya. Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya di Lauh Mahfuz. 265 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-BURUUJ IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. I _yH®H¤MšOZ I\ZGd IYP飿R±šOZ Gy Demi langit yang memiliki stesen-stesen peredaran bintang-bintang. IcÂH“MÂG¿MšOZ IvMÂGÃMšOZ Gy Demi hari pembalasan yang dijanjikan itu. AcÂHÁM²G›Gy A¬I„£G&Gy Dan demi penyaksi-penyaksi di hari itu dan saksian-saksian yang dilihat. IcyH¬M‹ìH M OZ HÌQ郩M'G} GáI¥–H Celakalah Kaum Ukhdud yang menggali parit panjang. IcÂH–GÂMšOZ \ I ZGdIe£RÀšOZ Parit yang diisi dengan api-api yang membakar (bagi membakar orang-orang beriman yang mempertahankan ugama mereka). DcÂH·H– £GÁMÃG¾G“ MâH„ MdIý Mereka dilaknat Allah, ketika mereka duduk di kawasan kelilingnya (memerhati perbuatan mencampak orang-orang beriman ke dalam api). 266 Juz Amma DcÂHÁH& GãÃIÀI›MÈH¿MšO£I… GwÂH¾G·M¹Gñ£G› Qéç¾G“ MâH„Gy Sambil mereka melihat apa yang sedang mereka lakukan ke atas orang-orang yang beriman. I¬ÃI¿G©MšOZI¯ñI¯G·MšOZ IäQN¾šO£I…CZÂHÀI›MÈHñ wG} PêR Iý MâHÁMÀI› CZÂH¿GºGœ£G›Gy Tujuan mereka membalas dendam itu hanyalah kerana mangsa-mangsa itu beriman pada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. K¬ÃIÁG& AYMçG& INáH˜ Qéç¾G“ HäQN¾šOZ Gy >IkMeGìM OZ Gy I\Qé ÂQ郿R±šOZ HßM¾H› ôHäGš |IRšGZ Iaitu Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah senantiasa menyaksikan setiap sesuatu peristiwa yang berlaku itu. CZÂH…ÂH¥Gñ MâGš RâH‡ IÍQéƒÀI›MÈH¿MšOZ Gy GãÃIÀI›MÈH¿MšOZ CZÂHÀG¥G• GãñIRšOZ RwIý IÝñI®G©MšOZ H[ZGG“ MâHÁGšGy GâRÀGÁG‰ H[ZGG“ MâHÁG¾G• Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan mereka-mereka yang beriman (lelaki dan perempuan), dan kemudian tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam. Dan mereka sekali lagi akan menerima azab api bakaran yang kuat (kerana tidak bertaubat). IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý > H®QéƒÁMœGìM OZ £GÁI¥M©G† MãI› |I®M¨G† DÍQƒRÀG‰ MâHÁGš H®ÃI¤G¼MšOZ HfMÂG¹MšOZ GßIšQé d Bagi orang yang beramal soleh yang beriman, mereka akan disediakan dengan Syurga, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Itulah dia KEMENANGAN besar bagi mereka. 267 Juz Amma K¬ñI¬G²Gš GßIN…Ge GÕMµG… RwIý Sesungguhnya azab kasar dari Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur engkar) sangat dahsyat. H¬ÃI·Hñ Gy HòI¬M¤Hñ GÂH„ ôHäRœIý Sesungguhnya Dialah yang menciptakan setiap permulaan makhluk dan menetapkan pengembaliannya. HcyHcGÂMšOZ HeÂH¹G¸MšOZ GÂH„Gy Dan Dialah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. H¬ÃI¨G¿MšOZ IiM®G·MšOZyHd Dialah Pemilik Arasy Yang Teragung. H¬ñI®Hñ £G¿INš Du£R·G• Berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak Nya. IcÂHÀH¨MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ Tahukah engkau wahai Muhammad, tentang kebinasaan yang dideritai oleh kumpulan perang? GcÂH¿G‡Gy GwMÂG“M®I• Dari Kaum Firaun (terkini) dan Kaum Thamud (terdahulu). 268 Juz Amma AÌñI M¼G†çI• CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IáG… Kaummu wahai Muhammad, bukan saja menolak ajaranmu, bahkan semua orang-orang kafir itu adalah pembelit dan pembohong. = HØÃI©S› âIÁI¢PZGeGy MãI› HäQN¾šOZ Gy Sedangkan Allah, akan berada di belakang mereka meneliti setiap perlakuan dusta mereka. D¬ÃI¨S› DwZGYM®H– GÂH„ MáG… Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan pada mereka itu bukanlah syair dan sihir, tetapi dari Al-Qur’an yang tertinggi kemuliaannya. , ImÂH¹M©R›A `MÂGš çI• Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya di Lauh Mahfuz. 269 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini memperlihatkan bagaimana Allah cuba menenangkan Rasulullah saw yang sedang menghadapi tekanan dari kaum Quraisy di Mekah. Allah membawa perbandingan di antara kaum Quraisy dengan kumpulan Ukhdud, yang sanggup menggali parit besar, mengisinya dengan bahan bakar, mencampakkan mangsa yang beriman ke dalamnya hidup-hidup dan bersukaria melihat perbuatan mereka itu. Alasannya mudah, semua orang kafir baik dulu atau sekarang, sama saja perwatakan mereka, mahu menggagalkan dakwah beriman pada Allah. Sanggup membunuh orang-orang yang mempertahankan ugama dan iman mereka. Kaum Firaun dari zaman yang agak baru dan Kaum Thamud yang sudah lama dulu, dibawa untuk perbandingan. Semua orang kafir adalah pembelit pembohong dan janganlah kamu risau, teruskanlah risalahmu wahai Muhammad! Peristiwa Ukhdud, memaparkan pembunuhan sekumpulan orang-orang Islam yang mempertahankan iman dan ugama mereka, oleh pemerintah yang kafir, yang memberi kata dua untuk kufur atau dihumban ke dalam api. Mereka memilih api dari kufur kepada Allah. Keadaan yang sama boleh berlaku pada kumpulan Quraisy yang benci pada ugama Islam dan Rasulullah, yang menganggap semua orang Islam di Mekah adalah seteru mereka dan harus dihumban ke dalam api. Ini menyebabkan Rasulullah berpindah ke Madinah setelah mendapat tahu yang mereka berpakat untuk membunuh baginda. Perkara mengenai dakwah, akidah dan tasawwur iman menjelaskan bahawa Allah adalah pemilik bumi dan langit yang menyaksikan peristiwa yang berlaku dan pernah berlaku di bumi ini. Allah melihat semua peristiwa dan yang menjadi mangsa adalah mereka yang diuji imannya. Jahat akan dibalas jahat, api dan bakaran akan dibalas api dan bakaran. Jadi, janji-janji Allah ini akan dikotakan. Kerana Allah memulakan dan mengembalikan, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan berkuasa mutlak atas Iradah Nya dan Dialah tempat hamba-hamba Nya bergantung. 270 Juz Amma Tafsiran Surah: /AcÂHÁM²G›Gy A¬I„£G&Gy . IcÂH“MÂG¿MšOZ IvMÂGÃMšOZ Gy . I _yH®H¤MšOZ I\ZGd IYP飿R±šOZ Gy Demi langit yang mempunyai stesen-stesen peredaran bintang-bintang! Demi hari pembalasan yang dijanjikan kedatangannya. Dan demi penyaksi-penyaksi di hari itu dan saksian-saksian yang dilihat mereka! (Aku bersumpah!). Allah bersumpah dengan mengambil 3 perkara penting, iaitu: Pertama: Langit ciptaan Nya. Iaitu ruang kosong jauh di sana, yang penuh dengan bintang-bintang dan cakerawala. Bintang-bintang yang beredar pada stesen-stesennya, mengikut taqdir Allah. Kedua: Hari Akhirat, yang akan muncul setelah Kiamat. Kemunculannya adalah pasti, seperti yang dijanjikan Allah. Yang merupakan hari di mana sekelian umat manusia dikumpulkan dan segala amalan mereka dihisab dan diberi pembalasan. Ketiga: Penyaksi-penyaksi dan barang saksian mereka, yang tidak tersembunyi pada hari hisab tersebut. Apabila ketiga-tiga perkara ini diambil Allah sebagai sumpah Nya, maka ianya menggambarkan ciptaan Nya yang agung. Langit yang dicipta Nya mempunyai kepentingan kepada dunia dan kehidupan yang ada. Pergerakan bintang-bintang dan cakerawala melalui stesen-stesennya, mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan menggambarkan keagungan dan kekuasaan Nya. Itulah yang kita selalu tasbihkan sebagai IxI¬M¿G©I…Gy IâÃI¶G·MšOZ GçIN…Ge Gw£G©M¤H" (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala pujian untuk Nya). Kemudian, diambilnya hari Mahsyar seperti yang dijanjikan Nya, yang akan muncul selepas Kiamat sebagai sumpahan kedua Nya. Dan pada hari itu, penyaksi-penyaksi akan dapat menyaksikan segala amalan dan saksian yang ada untuk dipertontonkan dan yang tidak boleh disembunyikan, untuk meneliti amalan seseorang itu. Yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat. Inilah satu lagi keagungan Allah, iaitu mencipta hari Pembalasan, hari Akhirat dan hari Mahsyar. Apakah ada yang lebih agung dari ketiga-tiga ciptaan Nya itu? Alam Akhirat adalah sesuatu yang agung untuk diterima sebagai satu hakikat dan beriman dengannya. 271 Juz Amma Di sebalik sumpah memperkenalkan 3 perkara penting ini, Allah mengimbaskan kembali satu peristiwa bagaimana orang-orang kafir memperlakukan kezaliman ke atas orang-orang yang hanya mahu beriman dengan Allah, iaitu kisah Ashabul Ukhdud, sebagai satu gambaran kepada kafir Quraisy yang mahu melakukan sesuatu yang sama kepada pengikut Rasulullah saw di Mekah. Telitikanlah kisah ini yang menggambarkan persamaan dengan sikap orang-orang Quraisy. Firman Allah: . IcÂH–GÂMšOZ\ I ZGdIe£RÀšOZ . IcyH¬M‹ìH M OZ HÌQ郩M'G} GáI¥H– . DcÂHÁH& GãÃIÀI›MÈH¿MšO£I… GwÂH¾G·M¹Gñ £G› Qéç¾G“ MâH„Gy . DcÂH·H– £GÁMÃG¾G“ MâH„ MdIý . I¬ÃI¿G©MšOZI¯ñI¯G·MšOZ IäQN¾šO£I… CZÂHÀI›MÈHñ wG} PêR Iý MâHÁMÀI› CZÂH¿GºGœ£G›Gy / K¬ÃIÁG& AYMçG& INáH˜ Qéç¾G“ HäQN¾šOZ Gy >IkMeGìM OZ Gy \ I Qé ÂQ郿R±šOZ HßM¾H› ôHäGš |IRšGZ Celakalah Kaum Ukhdud itu, yang telah menggali parit panjang, yang diisi dengan api-api yang membakar (bagi membakar hidup-hidup orang-orang yang beriman yang mempertahankan ugama mereka). Mereka dilaknat Allah ketika mereka duduk di kawasan keliling parit itu, sambil memerhati apa yang sedang mereka lakukan ke atas orang-orang yang beriman. Perbuatan mereka membalas dendam itu hanyalah kerana mangsa-mangsa beriman itu mempertahankan iman mereka pada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. Iaitu Tuhan yang menguasai alam langit dan bumi. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah senantiasa menyaksikan setiap sesuatu peristiwa yang berlaku. Ayat di atas menggambarkan kemurkaan Allah ke atas orang-orang yang zalim dalam peristiwa pembunuhan Kaum Ukhdud itu. Kemarahan Allah adalah kerana kezaliman itu adalah dosa yang sangat besar dan Allah berjanji untuk membela hamba-hamba Nya yang beriman. Cerita kaum Ukhdud ini pada umumnya mengisahkan sekumpulan orang-orang beriman yang telah dipaksa menolak iman mereka supaya balik menjadi kufur. Mereka yang mempertahankan iman mereka itu telah diberi kata dua samada mati dibakar hidup-hidup dalam parit yang diungguni api itu atau tinggalkan Islam. Mereka sanggup pertahankan akidah mereka dan 272 Juz Amma dicampak hidup-hidup dalam api itu. Kezaliman ini terserlah lagi apabila penganjur kezaliman itu bersama dalang-dalang mereka berada di sekeliling parit sambil menikmati dan menyaksikan kezaliman itu dilakukan. Dosa mangsa kezaliman itu hanyalah kerana mereka beriman dengan Allah. Mereka dipaksa samada meninggalkan iman mereka atau hadapi humbanan ke dalam api parit panjang itu. Mereka rela dibunuh kerana: a) beriman pada Allah yang Maha Agung, b) akan memperolehi kejayaan dalam mempertahankan akidah apabila berhadapan dengan fitnah yang besar, c) nikmat yang bakal mereka perolehi di Akhirat nanti berbanding apa yang ada pada dunia, d) yang rugi bukan yang mati dibakar, tetapi yang hidup dan menunggu balasan dari Allah dengan azab Nya yang amat pedih. Pembakaran dan pembunuhan berlaku dengan pencampakkan hidup-hidup orang-orang yang beriman, sambil dilihat dan disaksikan sekeliling parit oleh Kaum Ukhdud. Allah menjadi saksi atas kesabaran hamba-hamba Nya yang beriman dan berjanji akan menuntut bela atas kezaliman itu. Surah ini secara tidak langsung mengingatkan Rasulullah saw dan orang-orang yang beriman di Mekah tentang kemungkinan orang-orang Quraisy itu akan bertindak sebagaimana tindakan kaum Ukhdud, memandangkan bagaimana mereka telah menyeksa Bilal dan sahabat-sahabat lain yang beriman. Jiwa yang beriman harus kental dan tidak takut pada semuanya itu. Inilah cara Allah menenangkan Rasulullah pada awal perkembangan Islam di Mekah. Firman Allah: CZÂH…ÂH¥Gñ MâGš RâH‡ IÍQéƒÀI›MÈH¿MšOZ Gy GãÃIÀI›MÈH¿MšOZ CZÂHÀG¥G• GãñIRšOZ RwIý . IÝñI®G©MšOZ H[ZGG“ MâHÁGšGy GâRÀGÁG‰ H[ZGG“ MâHÁG¾G• |I®M¨G† DÍQƒRÀG‰ MâHÁGš IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RwIý / H®ÃI¤G¼MšOZ HfMÂG¹MšOZ GßIšQé d > H®QéƒÁMœGìM OZ £GÁI¥M©G† MãI› 273 Juz Amma Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan mereka yang beriman, samada yang beriman itu lelaki atau perempuan, dan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka itu akan beroleh azab Neraka Jahannam. Dan mereka sekali lagi akan menerima azab bakaran api yang kuat. Bagi orang yang beramal soleh (mempertahankan iman dan ugamanya), maka mereka akan disediakan Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa anak sungai, Itulah dia Kemenangan Yang Sebenarnya bagi mereka. Apa yang berlaku dalam peristiwa ini bukanlah penamat bagi segala-galanya. Balasan bagi mereka yang zalim itu sedang menunggu, dan ini membezakan yang beriman dengan yang telah melampaui batas kemanusiaan itu. Orang-orang yang cuba memesongkan akidah orang-orang yang beriman, yang terus sesat di dalam kerja-kerja mereka dan tidak pernah kesal atas perbuatan mereka itu, telah dijanjikan Allah dengan bakaran api Neraka Jahannam. Bakaran Allah lebih pedih, sakit dan melibatkan masa yang panjang. Satu contoh cubaan pemesongan akidah umat Islam oleh orang-orang kafir di dunia hari ini yang boleh kita beri perhatian ialah pengenalan dan pendedahan media-media lucah secara meluas, melalui saringan internet untuk bacaan dan tontonan umum. Ini sahaja secara umumnya, telah banyak mempengaruhi akidah umat Islam. Bagi mereka yang sabar, mempertahankan ugama dan akidah mereka, dan terus beramal soleh, dijanjikan Allah akan Syurga Nya. Inilah dia kemenangan yang sebenar. Kemenangan dari azab Allah, dan apa yang berlaku di bumi ini hanyalah sedikit cebisan dari keseluruhan azab yang akan berlaku di Akhirat. Jadi, jika dibandingkan dengan kesakitan yang diterima oleh orang-orang Islam, tidaklah ianya begitu sakit. Teruskanlah dakwah dan perjuangan menentang fitnah-fitnah ini. Firman Allah: K¬ñI¬G²Gš GßIN…Ge GÕMµG… RwIý Sesungguhnya azab kasar dari Tuhanmu itu sangat dahsyat. 274 Juz Amma Sesungguhnya azab kasar Allah dalam menghukum yang kufur zalim itu sangat menyakitkan jika dibandingkan dengan azab ganas yang dilakukan oleh kaum Ukhdud itu kepada orang yang beriman. Di dunia, kita rasakan azab seksaan dan berakhir hidup ini dengan mati. Tetapi di Akhirat tiada kematian dan seksaannya amat panjang dan menyakitkan. Ayat ini mendorong orang Islam agar tidak takut pada sebarang seksaan yang bakal dihadapi jika mereka mempertahankan ugama dan akidah mereka. Firman Allah: H¬ÃI·HñGy HòI¬M¤Hñ GÂH„ ôHäRœIý Dialah Allah yang mencipta sesuatu ‘permulaan’ dan Dialah juga yang menentukan ‘pengembalian’nya. Memulakan dan mengakhirkan sesuatu ialah norma hidup ini. Ia adalah perjalanan hidup. Bermula dari dilahirkan, seseorang manusia itu berakhir dengan kematian dan ianya adalah satu proses yang berterusan, berlaku pada setiap waktu dan melibatkan semua yang bernyawa. Perjalanan ini adalah suatu hakikat bahawasanya Allah lah yang memulakan tiap-tiap sesuatu dan kemudian mengakhirkan tiap-tiap sesuatu itu kepada Nya. Firman Allah: HcyHcGÂMšOZ HeÂH¹G¸MšOZ GÂH„Gy Dan Dialah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Pengampunan berlaku sekiranya hamba Allah itu benar-benar memohon ampun dengan melaksanakan Taubat Nasuha daripada Penciptanya. Pengampunan adalah satu rahmat Allah dan satu keistimewaan yang diberi. Pintu Nya senantiasa terbuka luas tanpa ikatan dan batasan. Ia diberi kepada mereka yang mahu berbalik kepada Allah, walaupun dosa yang dilakukannya itu besar dan maksiatnya terlalu banyak. Apabila pengampunan diberi, maka yang memohon ampun itu akan terasa adanya kasih sayang dari Allah padanya dan dengan spontan dia juga akan mula mengasihi Allah dan akan kembali kepada Nya. 275 Juz Amma Kedua-dua nama Allah iaitu Al-Ghafur dan Al-Wadud, memperingatkan mereka yang beriman di Mekah yang memilih Allah, untuk mewujudkan satu hubungan di antara Allah dan hamba Nya. Hubungan kasih sayang yang sungguh istimewa di antara mereka yang bertaubat dengan Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih, yakni Allah. Maka perasaan inilah yang perlu diisi di dalam diri orang-orang mukmin, yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka untuk mencapai suatu kehidupan yang bahagia dari permulaan hinggalah ke akhir hidup. Firman Allah: H¬ñI®Hñ£G¿INš Du£R·G• . H¬ÃI¨G¿MšOZ IiM®G·MšOZyHd Dialah Pemilik Arash yang Teragung itu, dan berkuasa berbuat sesuatu mengikut kehendak Nya. Kenyataan ‘Allah adalah Pemilik Arash yang Teragung’ menggambarkan keagungan Allah sebagai Rabb, pemerintah agung yang mentadbir segala-galanya dengan kehendak Nya sendiri. Iradah Allah itu adalah secara mutlak. Memilih sesiapa yang disukai Nya, membuat apa yang Dia mahu. Pergantungan kepada Allah yang bersifat demikian ada hikmah dan ada nikmatnya. Yang beriman menang atas dasar Islam dan iman, kerana mereka lebih pentingkan iman dari fitnah, dan mereka sanggup mati syahid demi mempertahankan iman dan ugama. Contohnya ialah ayat berikut: / GcÂH¿G‡Gy GwMÂG“M®I• . IcÂHÀH¨MšOZ HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ Tahukah engkau wahai Muhammad, tentang kebinasaan yang dideritai oleh kumpulan pejuang Firaun (yang terkini) dan pejuang Thamud (yang terdahulu)? Dua gambaran kumpulan berkuda, penyerang yang kuat dan handal tapi zalim. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya mereka jatuh dan hilang. Zuriat mereka dipupuskan oleh Allah, yang melepaskan Bani Israel dari cengkaman kezaliman. Pasti mengkagumkan kita apabila mengetahui bahawa Firaun mempunyai sejarah pemerintahan yang panjang dan beribu tahun lamanya. Itulah Iradah Allah atas mereka. Zuriat Kaum Thamud dipupuskan dari bumi ini dan terlepaslah orang-orang yang beriman dari cengkaman mereka yang fasiq itu. Akhirnya, Allah mengikrarkan sesuatu tentang orang-orang kafir dan kekufuran ini. 276 Juz Amma Firman Nya: / = HØÃI©S› âIÁI¢ PZGeGy MãI› HäQN¾šOZ Gy . AÌñI M¼G†çI• CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IáG… (Bukan kaummu sahaja yang menolak ajaranmu, wahai Muhammad), malah semua orang yang kufur itu adalah pembelit pembohong. Lantaran itu, Allah akan senantiasa berada dibelakang mereka meneliti setiap perlakuan dusta mereka. Allah berikrar bahawa semua yang kafir itu adalah petualang, pembohong, pembelit yang suka menukarkan fakta dan penghalang kepada kebaikan. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka semua di bawah kuasa Allah dan tidak ubah seperti seekor tikus yang berada di dalam taufan yang besar. Janji Allah ini memberi jaminan dan semangat kepada muslimin di Mekah agar tidak goyah dengan tipu helah warga kufur yang senantiasa menghalang dakwah Muhammad saw. Firman Allah: /, ImÂH¹M©R›A `MÂGš çI• . D¬ÃI¨S› DwZGYM®H– GÂH„ MáG… (Sebenarnya apa yang telah engkau sampaikan pada mereka bukanlah sihir atau syair) Bahkan sebenarnya ianya dari Al-Qur’an yang tertinggi kemuliaannya, dan ianya terpelihara dengan sebaik-baiknya di dalam Lauh Mahfuz. Iaitu segala-gala yang disebut di dalam Al-Qur’an itu adalah BENAR yang datangnya dari Lauh Mahfuz dan yang tidak menerima sebarang perubahan, termasuklah tentang kebahagiaan atau celakanya satu-satu kaum itu. Oleh itu wajiblah kita meredhai apa yang telah berlaku. Janganlah murung dan berputus asa, teruskan perjuangan dakwahmu Wahai Rasulullah! Allahu A’lam. 277 Juz Amma SURAH AL-INSYIQAAQ Diturunkan di Mekah : 25 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (3) M\R¬H› HkMeì G M OZ ZGdIýGy (2) MÍRºHŠGy£GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy (1) MÍRºG²MœOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý (5) MÍRºHŠGy £GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy (4) MÍR¾GªG†Gy £GÁÃI• £G› MÍGºMšG} Gy (6) IäÃIºQ郾ƒH¿G• £@ŠM¬G˜ GßIN…Ge QçGšIý K`Ic£G˜ GßRœIý HãQƒG±MœIîM OZ £GÁSñ GÆQƒPéƒñ (8) Z@®ÃI±Gñ £@…£G±IŠ HÌG"£G©Hñ GpMÂG±G• (7) õ IäIÀMÃI¿GÃI… ôHäG¤Q郥I˜ GåI†yH} MãG› £R›GÆG• (10) õ IxI®MÁG’ GYPZGeGy ôHäG¤Q郥I˜ GçI†yH} MãG› £R›G} Gy (9) Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} QPéçšIý HÌI¾GºÀGñGy (13) Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} PçI• Gw£G˜ ôHäRœIý (12) Z@®ÃI·G" Qéç¾M³GñGy (11) Z@eÂH¤H‡ CZÂH“M¬Gñ GpMÂG±G• (15) Z@®ÃI³G… õ IäI… Gw£G˜ôHäR…Ge RwIý QPéç¾G… (14) GeÂH©Gñ ãRš wG} RãG’ ôHäRœIý (18) GÝG±R†OZ ZGdIý G®G¿GºMšOZ Gy (17) GÝG"Gy£G›Gy IáMÃRšOZ Gy (16) IÝG¹R²šO£I… HâI±M–H} PéëG• (20) GwÂHÀI›MÈHñ Gê MâHÁGš £G¿G• (19) AÝG¤G‘ ãG“ £@ºG¤G‘ RãH¤G˜M®G¥Gš (22) GwÂH…ING¼Hñ CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IáG… (21) ۩ GwyH¬H¨M±Gñ Gê HwZGYM®HºMšOZ HâIÁMÃG¾G“ GòI®– H ZGdIýGy (24) AâÃIšG} A[ZGG·I… âH„M®IN²G¤G• (23) GwÂH“ÂHñ £G¿I… HâG¾M“G} HäQN¾šOZ Gy (25) ,+ wÂHÀM¿G› H®MÔ G ®K M‰G} MâHÁGš IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RêIý ** (Lakukan Sujud Sajadah setelah membaca ayat ( 21) surah ini.) Bacaan Dalam Sujud Sajadah GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠG} HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†RÂH–Gy IäIšMÂG©I… HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta. 278 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apabila berlakunya gegaran membelah langit (berlakunya hari Kiamat). Dan perintah ini dengan izin Tuhan Nya dipatuhi, dan semestinya dipatuhi. Apabila bumi pula diratakan. Segala yang berada di dalamnya menonjol keluar, menjadikannya kosong. Semestinya bumi itu patuh akan perintah Tuhannya dan mesti mematuhi Nya. (Pada saat ini, semua manusia telah mula mengetahui segala apa yang telah mereka lakukan dulu). Wahai manusia semua! Kamu semua pernah bersusah payah dengan sedaya upaya menjalani hidupmu hingga kamu semua kembali pada Tuhanmu. Maka kamu pada hari ini diketemukan dengan balasan-balasan dari apa yang telah kamu usahakan itu. Kemudian dari itu, sesiapa yang disampaikan buku catitan amal usahanya dan menerimanya dengan tangan kanan, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Kemudian beredar menuju kepada keluarganya dengan hati yang suka dan ceria. Dan manakala sesiapa yang diberi dan menerima buku catitan amalnya dengan tangan kiri dari sebelah belakangnya, maka dengan spontan dia akan meraung-raung, menyebut-nyebut kebinasaannya. Dan akan menderita bakaran Neraka yang apinya marak menjulang. Sebenarnya semasa di dunia dulu, dia senantiasa bersuka ria dengan keluarganya, secara kufur. Pada ketika itu dia percaya yang dia tidak sama sekali akan dikembalikan (kepada kami untuk diberi balasan kekufurannya itu). (Sangkaannya itu tidak betul) Malah, dia telah pun dikembalikan. Sesungguhnya, Allah Tuhannya senantiasa melihat dan mengetahui keadaannya. Aku Bersumpah! Demi mega di ufuk langit. Dan malam serta segala yang tersembunyi bersamanya. Dan demi bulan yang penuh cahayanya. Sesungguhnya dalam hidup kamu dulu, kamu telah melalui beberapa tahap-tahap yang ada baik buruknya (yang membawa kesenangan atau kesengsaraan pada kamu). Tetapi apakah alasannya mereka tidak mahu beriman? (Al-Qur’an telah disebarkan!). Jadi apa alasannya lagi apabila Al-Qur’an itu dibacakan kepada mereka, mereka tidak terasa mahu taat dan seterusnya tidak mahu sujud pada Allah? Tidak! Tidak ada satu pun alasan yang kuat. Bahkan orang-orang yang kafir itu senantiasa mendustakannya. Sedangkan Allah tahu apa yang mereka rahsiakan di dalam hati-hati mereka. Oleh itu, beritahu kepada mereka, bakaran api Neraka dan azab pedih sedang menunggu mereka. Kecualilah orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka akan memperolehi balasan pahala yang berterusan. 279 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-INSYIQAAQ âMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. MÍRºG²MœOZ HYP飿R±šOZZGdIý Apabila berlakunya gegaran membelah langit (berlakunya hari Kiamat). MÍRºHŠGy£GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy Dan perintah ini dengan izin Tuhan Nya dipatuhi, dan semestinya dipatuhi. M\R¬H› HkMeGìM OZ ZGdIýGy Apabila bumi pula diratakan. MÍR¾GªG†Gy£GÁÃI•£G› MÍGºMšG} Gy Segala yang berada di dalamnya menonjol keluar, menjadikannya kosong. MÍRºHŠGy£GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy Semestinya bumi itu patuh akan perintah Tuhannya dan mesti mematuhi Nya. (Pada saat ini, semua manusia telah mula mengetahui segala apa yang telah mereka lakukan dulu). IäÃIºQ郾ƒH¿G• £@ŠM¬G˜ GßIN…Ge QçGšIý K`Ic£G˜ GßRœIý HãQƒG±MœIîM OZ £GÁSñ GÆQƒPéƒñ Wahai manusia semua! Kamu semua pernah bersusah payah dengan sedaya upaya menjalani hidupmu hingga kamu semua kembali pada Tuhanmu. Maka kamu pada hari ini diketemukan dengan balasan-balasan dari apa yang telah kamu usahakan itu. 280 Juz Amma õ IäIÀMÃI¿GÃI…ôHäG¤Q郥I˜ GåI†yH} MãG›£R›GÆG• Kemudian dari itu, sesiapa yang disampaikan buku catitan amal usahanya dan menerimanya dengan tangan kanan, Z@®ÃI±Gñ £@…£G±IŠ HÌG"£G©Hñ GpMÂG±G• maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} QPéçšIý HÌI¾GºÀGñGy Kemudian beredar menuju kepada keluarganya dengan hati yang suka dan ceria. õ Ix®I MÁG’ GYPZGeGy ôHäG¤Q郥I˜ GçI†yH} MãG›£R›G} Gy Dan manakala sesiapa yang diberi dan menerima buku catitan amalnya dengan tangan kiri dari sebelah belakangnya, Z@eÂH¤H‡ CZÂH“ M¬Gñ GpMÂG±G• maka dengan spontan dia akan meraung-raung, menyebut-nyebut kebinasaannya. Z@®ÃI·G" Qéç¾M³GñGy Dan akan menderita bakaran Neraka yang apinya marak menjulang. Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} PçI• Gw£G˜ôHäRœIý Sebenarnya semasa di dunia dulu, dia senantiasa bersukaria dengan keluarganya, secara kufur. GeÂH©Gñ ãRš wG} RãG’ ôHäRœIý Pada ketika itu dia percaya yang dia tidak sama sekali akan dikembalikan (kepada kami untuk diberi balasan kekufurannya itu). 281 Juz Amma Z@®ÃI³G… õ IäI… Gw£G˜ôHäR…Ge RwIý QPéç¾G… (Sangkaannya itu tidak betul) Malah dia telah pun dikembalikan. Sesungguhnya, Allah Tuhannya senantiasa melihat dan mengetahui keadaannya. IÝG¹R²šO£I… HâI±M–H} PéëG• Aku Bersumpah! Demi mega di ufuk langit. GÝG"Gy£G›Gy IáMÃRšOZ Gy Dan malam serta segala yang tersembunyi bersamanya. GÝG±R†OZ ZGdIý G®G¿GºMšOZ Gy Dan demi bulan yang penuh cahayanya. AÝG¤G‘ ãG“£@ºG¤G‘ RãH¤G˜M®G¥Gš Sesungguhnya dalam hidup kamu dulu, kamu telah melalui beberapa tahap-tahap yang ada baik buruknya (yang membawa kesenangan atau kesengsaraan pada kamu). GwÂHÀI›MÈHñ Gê MâHÁGš£G¿G• Tetapi apakah alasannya mereka tidak mahu beriman? ۩ GwyH¬H¨M±Gñ Gê HwZGYM®HºMšOZ HâIÁMÃG¾G“ GòI®H– ZGdIýGy (Al-Qur’an telah disebarkan!). Jadi apa alasannya lagi apabila Al-Qur’an itu dibacakan kepada mereka, mereka tidak terasa mahu taat dan seterusnya tidak mahu sujud pada Allah? ** (Lakukan Sujud Sajadah setelah membaca ayat di atas.) 282 Juz Amma Bacaan Dalam Sujud Sajadah HxG®G³G…Gy HäG·M¿G" RÝG&Gy HäGºG¾G‹ |IR¾Iš GåIÁM‰Gy G¬G¨G" GãÃIºIš£GªMšOZ IãG±MŠG} HäQN¾šZ GsGe£G¤G¥G• IäI†R–H Gy IäIšMÂG©I… Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan Nya. Maka berkat Allah sebaik-baik Pencipta. GwÂH…ING¼Hñ CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZ IáG… Tidak! Tidak ada satu pun alasan yang kuat. Bahkan orang-orang yang kafir itu senantiasa mendustakannya. GwÂH“ÂHñ£G¿I… HâG¾M“G} HäQN¾šOZ Gy Sedangkan Allah tahu apa yang mereka rahsiakan di dalam hati-hati mereka. AâÃIšG} A[ZGG·I… âH„M®IN²G¤G• Oleh itu, beritahu kepada mereka, bakaran api Neraka dan azab pedih sedang menunggu mereka. ,+ wÂHÀM¿G› H®MÃG”K®M‰G} MâHÁGš IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RêIý Kecualilah orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka akan memperolehi balasan pahala yang berterusan. 283 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini bermula dengan satu fenomena pergerakan luar angkasa, yang menyatakan langit dilihat seperti terbelah dan bumi diratakan, di mana semua gunung-ganangnya hancur dan segala yang berada di dalam perut bumi terbungkis keluar, termasuklah semua mayat-mayat yang telah terkubur. Bumi pada masa itu, menjadi tempat melakukan hisab amalan. Yang anehnya, langit dan bumi akur dengan perintah Allah dan menyerahkan diri mereka pada Allah untuk melalui kehancuran tersebut, dengan patuh dan khusyuk. Manusia pada hari itu pula, dipertemukan dengan semua amalan-amalan mereka yang lalu, untuk dihisabkan. Mengapakah mereka sebelum ini tidak pernah berserah pada Allah dan patuh pada Nya, sebagaimana patuhnya bumi dan langit. Diperingatkan dalam surah ini, bahawa manusia itu akan melalui beberapa kegetiran perjalanan, dari satu tahap ke satu tahap yang lain, dengan kesusahannya, menemui maut dan bergerak lagi untuk menghadapi hari Akhiratnya. Inilah kesusahan perjalanan, tetapi malangnya mereka tidak juga mahu beriman. Kenapakah mereka tidak mahu mengikut Al-Qur’an untuk sujud pada Allah, untuk mendapat keredhaan Allah dan untuk dijauhkan dari seksaan Neraka Allah? Berwaspadalah! Sesungguhnya semua yang kufur itu adalah pembohong, pembelit, penipu dan yang senantiasa berusaha menyesatkan orang-orang yang beriman. Allah berjanji, kepada hamba-hamba Nya yang beriman, akan memberi mereka pahala yang berterusan dan keceriaan di Akhirat. Dan kepada yang kufur itu pula, bakaran api Neraka dan azab seksa yang amat pedih. 284 Juz Amma Tafsiran Surah: . M\R¬H› HkMeGìM OZ GdIýGy . MÍRºHŠGy£GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy . MÍRºG²MœOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý / MÍRºHŠGy £GÁIN…G®Iš MÍGœIdG} Gy . MÍR¾GªG†Gy £GÁÃI• £G› MÍGºMšG} Gy Apabila langit terbelah, dan dia mematuhi perintah Allah, dan sudah semestinya dia patuh. Dan apabila bumi pula diratakan, segala yang berada di perutnya akan terbungkis keluar, dan ianya menjadi kosong. Dia juga mematuhi perintah Allah dan sudah pasti dia patuh pada Nya. Ini adalah fenomena hari Kiamat di mana kita melihat langit itu terbelah dan berpecah. Dalam tafsiran Ayat 25, Surah Al-Furqan: IâQ郿G¸MšO£I… HYP£G¿R±šOZ HÝRºG²G† GvMÂGñGy Sheikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi menjelaskan ayat tersebut dengan tafsirannya: “Dan sebutkanlah tentang hari Kiamat, di mana segala langit akan terbelah-pecah dan disertai kumpulan awan yang berisi para malaikat, dan pada hari itu diturunkan malaikat berpasuk-pasukan di mana: a) dalam tangan mereka terdapat buku-buku catitan amal yang akan disebarkan kepada semua. b) terdapat juga beberapa malaikat azab yang sangat menggerunkan. c) langit pecah dengan izin Allah dan betapa menyerah serta patuhnya langit itu pada perintah Nya. d) kehebatan diperlihatkan oleh Allah pada hari Kiamat itu, yang mendebarkan yang kufur.” Fenomena begini pernah dijelaskan oleh para saintis tentang adanya ‘fenomena ribut matahari’ dan beberapa keadaan luarbiasa tentang langit, matahari dan kesannya pada bumi. Ini belum Kiamat lagi, tetapi ianya menggambarkan kemungkinan ianya akan berlaku adalah sangat positif. 285 Juz Amma Pada hari yang sama itu, semua permukaan bumi ini diratakan dengan semua gunung-ganangnya bergegar dan hancur, dan segala yang ada dalam perut bumi akan terbungkis keluar, termasuklah semua mayat-mayat yang pernah tertanam selama ini. Kosonglah perut bumi itu daripada sebarang benda. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah bersabda, mafhumnya: “Pada hari Kiamat, bumi ini akan diratakan seluas-luasnya, sehingga mana manusia tidak boleh meletakkan kedua-dua kakinya di atas bumi dengan selesa kerana sesaknya permukaan bumi ini dengan makhluk Allah. Bumi ketika itu menjadi padang luas dan dikatakan sebagai tempat untuk menghisab amalan manusia”. Langit dan bumi yang hancur, berbelah dan rata, akur pada perintah Allah yang telah memerintahkan kedua-dua supaya lebur. Menyerahkan urusannya pada Allah, penyerahan langit dan bumi dalam taat mereka pada perintah Allah ditonjol berkali-kali untuk menginsafkan kita sebagai makhluk, yang kadang-kadang kufur pada Allah. Allah pernah memerintahkan bumi dan langit dalam ayat berikut: GãÃG·I¢P飑 £GÀMÃG†G} P飥Gš£G– £@„M®G˜MyG} £@“MÂG‘ £GÃI¥M¢OZ IkMeG íMƒIšGy £GÁGš Gu£GºG• Mafhumnya: “Wahai langit dan bumi!. Datang pada Ku, samada dengan cara penuh taat atau dipaksa”. Jawab bumi dan langit: “Kami datang pada Mu ya Allah dengan penuh taat”. (Surah Al-Fussilat: Ayat 11) Gambaran yang menjelaskan perihal langit dan bumi yang secara khusyuk dan taat menyerahkan diri masing-masing, patuh pada perintah Allah, adalah sebagai satu contoh keimanan dan kepatuhan yang perlu dipelajari oleh manusia. Allah kemudian menyeru manusia dengan ayat berikut: 286 Juz Amma Firman Allah: IäÃIºQ郾ƒH¿G• £@ŠM¬G˜ GßIN…Ge QçGšIý K`Ic£G˜ GßRœIý HãQƒG±MœIîM OZ £GÁSñ GÆQƒPéƒñ Wahai manusia! Sesungguhnya kamu semua telah berpenat-lelah menjalani hidup kamu dengan sedaya upaya kamu, hinggalah kamu kembali pada Tuhanmu. Kemudian kamu diketemukan pula dengan apa-apa yang telah kamu usahakan selama itu untuk menerima balasannya! Ayat ini adalah untuk memperingatkan manusia bahawa hidup mereka di dunia ini, setelah melalui banyak onak dan duri, merentasi susah dan senang, bahagia dan sengsara, menindas dan membantu, akan diakhiri dengan mati. Selepas mati pula, mereka akan diketemukan dengan semua amalan-amalan yang telah mereka kerjakan semasa hidup mereka, untuk dinilai dan diberi balasan. Seolah-olah ayat ini berbunyi demikian: “Wahai manusia! Kamu pernah berkerja keras membuat amalan-amalan kamu. Maka, dipersilakan untuk menemui amalan-amalan kamu di hari Kiamat ini, bagi menuntut pahala dan balasannya, atau untuk mendapatkan pahala dari semua kebaikan kamu dan dosa serta azab yang pedih dari kesalahan dan maksiat kamu itu!”. Maksudnya, janganlah kamu melakukan sesuatu yang jahat kerana kamu akan menemui semua perlakuan tersebut di hari Kiamat kelak. Nada ayat ini adalah sinis (mengejek dan memandang rendah) dan meyakinkan kita. Allah kemudian menjelaskan bagaimana manusia itu menerima buku catitan amalan mereka, yang sebenarnya telah di bawa bersama oleh para malaikat, sewaktu langit itu terbelah. Firman Allah: . Z@®ÃI±Gñ £@…£G±IŠ HÌG"£G©Hñ GpMÂG±G• . õ IäIÀMÃI¿GÃI…ôHäG¤Q郥I˜ GåI†yH} MãG›£R›GÆG• . õ IxI®MÁG’ GYPZGeGyôHäG¤Q郥I˜ GçI†yH} MãG›£R›G} Gy . Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} QPéçšIý HÌI¾GºÀGñGy / Z@®ÃI·G" Qéç¾M³GñGy . Z@eÂH¤H‡ CZÂH“M¬Gñ GpMÂG±G• 287 Juz Amma Kemudian sesiapa yang diberi dan menerima buku catitan amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Dan akan kembali kepada keluarganya yang beriman, dengan rasa suka dan ceria. Dan sesiapa yang diberi dan menerima buku catitan amalnya dengan tangan kiri dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung-raung, merasa cemas dan menyebut-nyebut bakal kebinasaannya. Maka dia tetap akan menderita bakaran api Neraka yang marak dan menjulang tinggi. Kitab amalan setiap manusia itu ditiup untuk disebarkan kepada tuannya. Ia merupakan kitab yang tercatit di dalamnya tentang segala amalan yang tuannya telah bersusah payah kerjakan dulu semasa hidupnya, senang dibaca dan tidak boleh dipertikaikan ketulinannya. Menerimanya dengan tangan kanan bererti dia akan dihisab dengan mudah sekali, setakat diberitahu apa dosa-dosanya dan dilepaskan balik menemui ahli keluarganya yang berada di sana pada hari itu, dengan penuh rasa ceria dan ‘terlepas’. Bagi yang menerima buku itu melalui tangan kirinya yang diambil dari belakang, maka dia tahulah nasibnya. Ketahuilah dia bahawa dia adalah orang munafik. Orang-orang munafik ini akan meraung-raung, terkenangkan mala petaka besar yang akan mereka hadapi kemudiannya. Mereka itu akan dicampakkan ke dalam Neraka Sa’ir, yang panasnya bersangatan dan azabnya tanpa lapik. Dan dikatakan orang-orang yang kafir pula, tidak ada buku catitannya, kerana mereka itu tidak payah dicatit amalannya, hanya dicampakkan saja ke dalam Neraka. Inilah dia gambaran hari Mahsyar, sebelum manusia dimasukkan ke Syurga atau ke Neraka. Azab di hari itu sangat menggerunkan. Firman Allah: Mafhumnya: Z@®ñI®GµM¿–G £@"ÂH¤G“ £@›MÂGñ (Azab hari Kiamat yang jelas padanya muka-muka orang yang bersalah, masam berkerut-kerut), iaitu cemas, takut, yakin akan diazab, terkenangkan kesalahan dulu serta kezalimannya, dan satu keadaan yang mengazabkan”. (Surah Al-Insan, Ayat 10) Persoalannya, mengapakah mereka berkeadaan demikian? 288 Juz Amma Firman Allah seterusnya: . GeÂH©Gñ ãRš wG} RãG’ ôHäRœIý . Z@eyH®M±G› õ IäI¾M„G} PçI• Gw£G˜ôHäRœIý / Z@®ÃI³G… õ IäI… Gw£G˜ôHäR…Ge RwIý QPéç¾G… Sebenarnya, semasa ia di dunia dahulu, hidupnya dilitupi oleh sukaria berserta kufur, bersama keluarganya. Pada masa yang sama, dia MENYANGKA bahawa dia tidak sekali-kali akan dikembalikan ke Akhirat untuk pembalasan! Sangkaannya itu meleset! Bahkan, ia tetap dikembalikan. Malah Allah Tuhannya, senantiasa melihat dan mengawasi keadaannya. Ayat ini memberi peringatan kepada semua yang mukallaf, agar tidak lalai dalam beriman dan beramal pada Allah. Ia menegaskan bahawa kita pasti akan dikembalikan kepada pemilik kita sesudah mati, untuk diadili atas semua amalan yang telah diperlakukan di dunia, bagi memastikan keadilan Ilahi. Kita berserta keluarga kita, jangan terus lalai. Bersama-samalah ingat akan mati, Akhirat dan balasan Allah atas setiap amalan kita. Yakinkanlah dalam diri kita yang kita pasti akan dikembalikan, jangan sekali-kali permainkan konsep ‘dibangkitkan semula’ dan yakinlah bahawa kita dibawah pengawasan Allah yang senantiasa menyaksikan setiap perlakuan kita. Dengan demikian, elakkanlah diri dan keluarga kita dari terjebak ke dalam melakukan maksiat kepada Allah. Kita lihat selepas ini, bagaimana ayat-ayat suci Allah cuba meyakinkan pembaca tentang iman, sujud dan amal soleh, dan mengajak kita berfikir mengapa kita tidak mahu sujud pada Allah dan beriman dengan Nya dengan berpandukan Al-Qur’an. Firman Allah: . GÝG±R†OZ ZGdIý G®G¿GºMšOZ Gy . GÝG"Gy£G›Gy IáMÃRšOZ Gy . IÝG¹R²šO£I… HâI±M–H} PéëG• . GwÂHÀI›MÈHñ Gê MâHÁGš£G¿G• . AÝG¤G‘ ãG“ £@ºG¤G‘ RãH¤G˜M®G¥Gš / GwyH¬H¨M±Gñ Gê HwZGYM®HºMšOZ HâIÁMÃG¾G“ GòI®H– ZGdIýGy 289 Juz Amma Maka Aku bersumpah lagi dengan “Demi Mega!”. (Awan merah yang membahagikan siang dan malam). Dan dengan malam dan segala yang diliputinya. Dan dengan bulan, apabila berlakunya bulan purnama (malam ke 14 dan 15). Sesungguhnya, kamu selaku manusia, telah melalui beberapa perjalanan yang berbagai-bagai, baik dan buruknya (demi melangsungkan kesempurnaan hidup kamu itu). Apakah masalah mereka, sehingga mereka menolak untuk beriman dengan Allah? Dan apabila mereka dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an, tidak terasakah di dalam hati mereka untuk sujud pada Allah? Kita teliti perkara yang diambil oleh Allah sebagai sumpahan Nya: a) b) c) Mega di ufuk sewaktu menjelang Maghrib. Malam dan kegelapannya serta apa yang dilitupinya. Bulan pada 14 haribulan atau Bulan Purnama. Inilah tiga perkara yang diambil Allah sebagai sumpah kedua Nya dalam surah ini, untuk meyakinkan kita sebagai pembaca dan khusus orang-orang Islam Mekah ketika itu dalam dakwah Nabi Muhammad saw kepada kaum Quraisy. Mega ialah awan yang ternampak di ufuk pada waktu Maghrib dan ianya akan menghilangkan diri setelah masuk waktu Isyak. Mega ini dikatakan terjadi kerana kesan cahaya matahari siang dan ianya bermula pada waktu Maghrib. Ini bererti Mega mempunyai kesan siang dan awal malam yang menggambarkan pergerakan alam, yang bererti makhluk Allah mencari rezeki di siang hari dan berehat pada malamnya. Malam dan apa yang dilitupinya. Penjelasan yang mampu kita jumpa ialah malam dan kegelapannya menunjukkan perihal binatang yang mula berpulang ke tempatnya dan orang soleh yang menjadikan malam sebagai waktu dia berijtihad dan beristigfar. Malam Purnama ialah malam yang ke 14 dan ke 15 pada setiap bulan apabila bulan penuh dan kesannya ke atas peredaran pasang surut air dan lain-lain yang berkenaan. Sumpahan Allah dengan perkara-perkara di atas tadi, menggambarkan perihal pergerakan dan perubahan yang senantiasa berlaku pada manusia, binatang dan dunia ini sendiri. Mega memberi gambaran 290 Juz Amma perubahan siang kepada malam. ‘Gelap malam’ pula ialah berlakunya gelap setelah cahaya siangnya hilang dan suasana kegelapan malam yang membantu kepulangan semua haiwan-haiwan kepangkuan sarang mereka untuk berehat. Manakala malam purnama pula menunjukkan berlakunya kesempurnaan bulan yang sebelumnya kurang sempurna. Apa pun, ianya lebih memperdekatkan minda kita kepada peredaran waktu malam dan yang berikut dengannya. Inilah keagungan Allah yang Maha Pencipta memberi sedikit gambaran tentang peredaran malam bermula dari munculnya mega dan berakhirnya malam itu untuk kita olah dan berfikir, dan pastinya, beriman pada Nya dengan seikhlas mungkin. Apakah yang hendak dijelaskan dari sumpah itu? Firman Allah: AÝG¤G‘ ãG“ £@ºG¤G‘ RãH¤G˜M®G¥Gš Sesungguhnya, kamu semua tetap akan melalui beberapa tahap-tahap perjalanan hidup kamu itu. Maksudnya, sebagai manusia kamu pasti akan melalui hidup ini dengan menghadapi semua pancaroba, senang dan susah, duri dan onak, yang berakhir dengan mati, dan kemudian berjalan lagi menempuh perkara-perkara Kiamat serta kesusahannya, sehingga pada akhirnya kamu menetap samada di Syurga atau di Neraka Allah. Secara sinis, dalam perjalanan itu: 1. 2. 3. 4. 5. Apakah panduan kamu? Beriman atau kufur? Beramal soleh atau menjadi pelaku maksiat? Penindas atau senantiasa memperbaiki hubungan manusia? Berpandukan apa? Rasul dan Allah? sesama Takkanlah dalam perjalanan itu anda tidak diresapi oleh satu petunjuk pun tentang Allah dan ciptaannya, atau membaca Al-Qur’an untuk mencari sesuatu kebenaran atau petunjuk? Jadi apa kata Allah pada anda? Firman Allah: GwÂHÀI›MÈHñ Gê MâHÁGš £G¿G• Maka apa masalahnya kamu menolak untuk beriman dengan Allah? 291 Juz Amma Dalam kata lain, apakah perkara-perkara yang menghalang mereka dari beriman dengan Allah sedangkan amat mudah untuk mereka ke arah itu dan ada kecederungan kepada beriman? Di antara penghalangnya ialah: a) b) c) d) e) Diri itu sendiri, yang pentingkan kekufuran dari keimanan. Hidayah yang dipilih, samada bersyukur atau kufur. Dia memilih kufur. Kekuatan faktor tabiat hidup dan persekitarannya (lebih pentingkan hidup dari Allah, wang dari iman). Hati yang tidak masuk ke dalamnya iman. Tiada contoh yang menunjukkan jalan beriman kepada Nya. Soalannya ialah: Tidakkah boleh kita menerima saranan-saranan yang dibawa oleh Al-Qur’an? Yang dibawa oleh Rasulullah? Tidakkah kamu terpegun melihat contoh-contoh dakwah Al-Qur’an yang boleh menyebabkan kamu sujud pada Allah? Firman Allah: GwyH¬H¨M±Gñ Gê HwZGYM®HºMšOZ HâIÁMÃG¾G“ GòI®H– ZGdIýGy Dan apakah pula alasannya, apabila dibacakan Al-Qur’an kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? Apakah yang menghalang mereka yang tidak mahu sujud pada Allah atau sekurang-kurangnya tunduk menghayati Allah ketika Rasulullah membaca Al-Qur’an kepada mereka, atau dibaca oleh seorang sahabat kepada sahabatnya, atau dibaca oleh seseorang yang ahli dalam Al-Qur’an kepada seseorang yang lain? Sepatutnya mereka akur dengan mukjizat Al-Qur’an itu dan meyakini bahawa Al-Qur’an itu adalah kalam Ilahi yang mulia, yang dengannya mereka mengetahui kebenaran Rasululllah, sedia mengikuti semua perintah Allah dan beriman dengan Nya. Lantas, dengan rasa terhutang budi pada Al-Qur’an ini, mereka sujud pada Allah. Sayang! Mereka memilih untuk menjadi pembohong yang menyesatkan! 292 Juz Amma Firman Allah: GwÂH“ÂHñ £G¿I… HâG¾M“G} HäQN¾šOZ Gy . GwÂH…ING¼Hñ CZyH®G¹G˜ GãñIRšOZIáG… / AâÃIšG} A[ZGG·I… âH„M®IN²G¤G• (Tidak ada satu alasan pun yang boleh diterima) Malah semua orang-orang yang kafir itu adalah pendusta yang mendustakannya. Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam diri mereka, dan beritahu mereka yang mereka semua akan dikenakan azab yang tidak terperi sakitnya. Pembohong disini dikaitkan dengan pembohongan hati mereka walaupun mereka kata mereka beriman. Inilah penyakit yang sedang berlaku pada orang Islam sendiri, tidak ada kepercayaan dengan sebenarnya kerana kecetekan ilmu pengetahuan dan ketiadaan iman yang mendalam. Bila ini berlaku, timbullah rasa syak dan tidak mahu ambil kepercayaan penuh. Pembohongan di sini terus berlaku jika kekufuran seseorang itu menebal dan ini membawa kepada keingkaran yang sangat keras dan penolakan iman. Dengan itu, mereka akan mengumpulkan semua sifat-sifat keji dalam diri mereka termasuklah kufur, hasad, melampaui batas dan membenci. Atau, terkumpullah dalam diri mereka dan dalam catitan amal mereka semua perbuatan jahat, dan sesungguhnya mereka menyimpan dalam diri mereka khazanah jahat secara sengaja. Atau mereka menyimpan dalam diri mereka semua i’tiqad yang buruk dan jahat, dan perilaku orang yang fasik. Allah tahu apa yang disembunyikan di dalam hati-hati mereka dan mereka akan diberitahu tentang berita buruk masa depan Akhirat mereka, iaitu mereka akan diazab dengan api bakaran Neraka. Kata pepatah Arab: “Mereka yang bergelumang dengan syahwat dunia, api bakaran Akhirat akan menjilat mereka”. 293 Juz Amma Untuk memulihkan mereka yang ingkar ini, secara psikologi, Allah berfirman: + wÂHÀM¿G› H®MÃG”K®M‰G} MâHÁGš IÍQ郩I¾QƒR³šOZ CZÂH¾I¿G“Gy CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ RêIý Tetapi jika mereka adalah dari orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh balasan pahala di Akhirat dengan kebahagiaan pahala yang tidak putus-putus dan berterusan. Allah mengakhiri surah ini dengan menyatakan bahawa orang-orang beriman dan beramal soleh, yang beriman dengan hari Akhirat, akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan atas semua amal baik dan jahat mereka. Mereka ini, yang tidak ingkar, yang tidak menyimpan rasa was-was dan yang bersedia melakukan amal soleh untuk bekalan hari depan mereka, akan dihadiahkan dengan ganjaran pahala yang berterusan di Akhirat nanti. Kenyataan ini akan menarik mereka-mereka yang menjadi pembohong dikalangan umat Islam, untuk beriman dengan sebenarnya dan meyakini akan adanya hari Akhirat dan hari pembalasan. Allahu A’lam. 294 Juz Amma SURAH AL-MUTAFFIFIIN Diturunkan di Mekah : 36 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 GwÂH•MÂG¥ƒM±Gñ Ih£RÀšOZçG¾G“ CZÂHš£G¥M˜OZ ZGdIý GãñIRšOZ (1) GãÃI¹IN¹GµH¿M¾IƒšN DáMñGy ( ) 4 GwÂH‡ÂH·M¤R› âHÁRœG} GßIËQPƒšG MyH} SãH¶Gñ GêG} ~(3) GwyH®I±MªHñ MâH„ÂHœGfRy yG} MâH„ÂHš£G˜ZGdIýGy ( ) 6 GãÃI¿G¾QƒG·MšOZ IN[G®Iš Hh£RÀšOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ (5) AâÃI¶G“ AvMÂGÃIš ( ) 8 DãÃIN¨I"£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy (7) AãÃIN¨I"çI¹GšIe£R¨H¹MšOZ GÌQƒG¥I˜ RwIýP RëG˜ ( ) 10) GãÃI…ING¼H¿M¾IƒNš AIËG›MÂGñ DáMñGy (9) DvÂH–M®R› DÌQƒG¥I˜ ( 12) AâÃI‡G} A¬G¥M·H› SáH˜ RêIý õ IäI… H[IN G¼Hñ £G›Gy (11) IãñIN¬šOZ IvMÂGÃI… GwÂH…ING¼Hñ GãñIRšOZ ( 13) GãÃIšRyGìM OZ H®ÃIµQéƒ"G} Gu£G– £GÀH¥QéƒñZGY IäMþG “G ç éQ ¾M¥H† ZGdIý ( 14) GwÂH¤I±M¼Gñ CZÂHœ£G˜£R› âIÁI…ÂH¾–H Qéç¾G“ GwZGe! MáG… ÷ RëG˜ ( 15) GwÂH…ÂH¨M©G¿Rš AIËG›MÂGñ MâIÁIN…Re ãG“ MâHÁRœIýP RëG˜ ( 17) GwÂH…ING¼H†õIäI… âH¥ÀH˜|IRšOZZGQ郄Hu£GºHñ RâH‡ (16) IâÃI©G¨MšOZ CZÂHš£G³Gš MâHÁRœIý RâH‡ ( 19) GwÂSNÃIN¾I“ £G› GßQ‚GeMcG} P£G›Gy (18) GãÃINÃIN¾I“çI¹Gš IeZG®M…GìM OZ GÌQ郥I˜ RwIýP RëG˜ ( 22) AâÃI·GœçI¹Gš GeZG®M…GìM OZ RwIý (21) GwÂH…R®GºH¿MšOZ HxH¬GÁM²Gñ (20) DvÂH–M®R› DÌQ郥I˜ ( 24) IâÃI·RÀšOZ G{G®M´Gœ MâIÁI„ÂH‰Hy çI• HpI®M·G† (23) GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PZGeGìM OZçG¾G“ ( 25) AvÂH¥MªR› AÝÃIŠRe ãI› GwMÂGºƒM±Hñ ( 26) GwÂH±I¹QéƒÀG¥H¿MšOZIÔG•£GÀG¥GÃM¾G• GßIšQé dçI•Gy > DßM±I› ôHäH¿Q郥I‹ ( 295 Juz Amma 28) GwÂH…R®GºH¿MšOZ£GÁI… H[G®M²Gñ£@ÀMÃG“ (27) AâÃIÀM±G† ãI› ôHäH‰ZG¯I›Gy ( 29) GwÂH¼G©M´Gñ CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› CZÂHœ£G˜ CZÂH›G®M‰G} GãñIRšOZ RwIý ( 31) GãÃIÁI¼G• CZÂH¤G¾GºœOZ HâIÁI¾M„G} QPéçšIýCZPÂH¤G¾GºœOZ GdIýGy (30) GwyH¯G›£G¸G¥Gñ MâIÁI…CZyS®G› ZGdIýGy ( 33) GãÃI¶I¹Q郊MâIÁMÃG¾G“CZÂH¾I"MeH} P飛Gy (32) GwÂSšP飴Gš IYPéêHÈQP郄 RwIýCZPÂHš£G– MâH„MyG} GeZGdIýGy ( 35) GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PéZeGìM OZçG¾G“ (34) GwÂH¼G©M´GñIe£R¹H¼MšOZ GãI›CZÂHÀG›ZGYGãñIRšOZ GvMÂGÃMšO£G• ( 36) GwÂH¾G·M¹Gñ CZÂHœ£G˜£G›He£R¹H¼MšOZ G[INÂH‡MáG„ ( MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Celaka besar bagi orang yang menipu timbangan dan sukatan! Mereka yang apabila menerima sukatan/timbangan dari orang lain, mereka ambil dengan secukupnya. Dan sebaliknya, apabila mereka menyukat /menimbang untuk orang lain, mereka kurangkannya. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan semula setelah mati? Untuk menghadapi hari Kiamat yang besar huruharanya. Hari berdirinya semua manusia untuk menghadap Tuhannya Rabbul ‘Aalamiin. Tidak sepatutnyalah mereka menipu sukatan/timbangan dan lalai tentang Akhirat. Sesungguhnya ‘buku catitan amal’ mereka yang berdosa itu telah didaftarkan dalam ‘SIJJIIN’. Apakah dia ‘Sijjiin’ itu? Iaitu tempat simpanan buku catitan amal yang jelas nyata (terhimpun di dalamnya semua buku catitan amalan orang-orang yang berdosa). (Pada masa yang sama) Celaka besarlah pada hari itu, khusus bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan adanya hari Pembalasan/Akhirat. Pendusta-pendusta ini terdiri dari mereka yang melampui batas, lagi sangat derhaka! Apabila mereka dibacakan ayat-ayat Allah, mereka akan berkata (mengejek): “Semua ini adalah dongeng orang-orang dahulu kala! (Jangan percayalah!)”. Sebenarnya anggapan mereka salah. Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dan noda, atas sebab perbuatan kufur dan maksiat yang telah mereka kerjakan. Janganlah berkelakuan demikian! Kalau tidak, pada hari itu 296 Juz Amma mereka akan tetap terhijab dari Rahmat Allah, Tuhan mereka. Lantas mereka akan menerima azab bakaran api Neraka Jahiim. Serentak dengan itu, akan diucapkan kepada mereka: “Nah! Inilah dia azab seksa yang telah kamu dustakan dahulu!”. Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya buku catitan amal bagi orang-orang yang berbuat baik, berbakti dan beramal soleh, akan didaftarkan dalam ‘ILLIYYIIN’. Dan apakah dia ‘Illiyyiin’ itu? Ia adalah tempat simpanan buku catitan amal yang jelas nyata. Ianya disaksikan oleh sekumpulan para malaikat, yang terhampir dengan Tuhannya (Muqarrabiin). Sesungguhnya orang-orang yang berbakti dan beramal soleh tetap akan berada di dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di dalam ruang rehat (yang berhias) sambil melihat-lihat dan merenung-renung (keindahan di situ). Kita dapat mengenali mereka dengan melihat cahaya muka mereka, yang penuh dengan nikmat yang menyubur ceria. Mereka diberi minuman yang termeterai bekasnya. Dengan meterainya kasturi. Oleh yang demikian, maka berlumba-lumbalah kamu semua jika ingin mendapatkan kelebihan dan kesenangan yang begini. Dan campuran minuman itu pula adalah dari ‘TASNIM’. Iaitu matair yang khusus diminum darinya oleh orang-orang Muqarrabiin (yang hampir dengan Allah). Sesungguhnya orang-orang yang celaka tadi, suka mentertawakan orang yang beriman. Dan apabila didekati oleh orang yang beriman, mereka mengerling dan mencemuh perli. Dan apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mereka kembali dengan riang gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, sambil mencemuh, mereka menuding jari dan berkata: “Mereka ini orangorang yang sesat!”. Walhal, mereka ini tidak pernah pula diutuskan untuk menentukan orang yang beriman itu sesat atau pun tidak. Tetapi pada hari ini (di Akhirat), giliran orang-orang yang beriman pula mentertawakan mereka yang kufur itu. Sambil beristirehat di dalam ruang rehat, mereka terus meneropong memerhati kumpulan kafir tadi. Untuk menambahkan kegembiraan mereka, orang-orang yang beriman itu ditanya: “Bukankah orang-orang kafir itu dibalas balik atas apa yang telah mereka perbuat dahulu kepada kamu semua?”. 297 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-MUTAFFIFIIN IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GãÃI¹IN¹GµH¿M¾IƒNšDáMñGy Celaka besar bagi orang yang menipu timbangan dan sukatan! GwÂH•MÂG¥ƒM±Gñ Ih£RÀšOZçG¾G“ CZÂHš£G¥B˜OZZGdIý GãñIRšOZ Mereka yang apabila menerima sukatan/timbangan dari orang lain, mereka ambil dengan secukupnya. GwyH®I±MªHñ MâH„ÂHœGfRyyG} MâH„ÂHš£G˜ZGdIýGy Dan sebaliknya, apabila mereka menyukat/menimbang untuk orang lain, mereka kurangkannya. GwÂH‡ÂH·M¤›R âHÁRœG} GßIËQPƒGšMyH} SãH¶Gñ GêG}~ Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan semula setelah mati? AâÃI¶G“ AvMÂGÃIš Untuk menghadapi hari Kiamat yang besar huruharanya. GãÃI¿G¾QƒG·MšOZ IN[G®Iš Hh£RÀšOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ Hari berdirinya semua manusia untuk menghadap Tuhannya Rabbul ‘Aalamiin. 298 Juz Amma AãÃIN¨I"çI¹GšIe£R¨H¹MšOZ GÌQƒG¥I˜ RwIýP RëG˜ Tidak sepatutnyalah mereka menipu sukatan/timbangan dan lalai tentang Akhirat. Sesungguhnya ‘buku catitan amal’ mereka yang berdosa itu telah didaftarkan dalam ‘SIJJIIN’. DãÃIN¨I"£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy Apakah dia ‘Sijjiin’ itu? DvÂH–M®R› DÌQƒG¥I˜ Iaitu tempat simpanan buku catitan amal yang jelas nyata (terhimpun di dalamnya semua buku catitan amalan orang-orang yang berdosa). GãÃI…ING¼H¿M¾IƒNš AIËG› MÂGñ DáMñGy (Pada masa yang sama) Celaka besarlah pada hari itu, khusus bagi orang-orang yang mendustakan. IãñIN¬šOZ IvMÂGÃI… GwÂH…ING¼Hñ GãñIRšOZ Iaitu mereka yang mendustakan adanya hari Pembalasan/Akhirat. AâÃI‡G} A¬G¥M·H› SáH˜ RêIý õ IäI… H[ING¼Hñ£G›Gy Pendusta-pendusta ini terdiri dari mereka yang melampui batas, lagi sangat derhaka! GãÃIšRyGìM OZ H®ÃIµQéƒ"G} Gu£G– £GÀH¥QéƒñZGY IäMÃG¾G“Qéç¾M¥H†ZGdIý Apabila mereka dibacakan ayat-ayat Allah, mereka akan berkata (mengejek): “Semua ini adalah dongeng orang-orang dahulu kala! (Jangan percaya lah!)”. 299 Juz Amma GwÂH¤I±M¼Gñ CZÂHœ£G˜£R› âIÁI…ÂH¾H– Qéç¾G“ GwZGe! MáG… ÷ RëG˜ Sebenarnya anggapan mereka salah. Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dan noda, atas sebab perbuatan kufur dan maksiat yang telah mereka kerjakan. GwÂH…ÂH¨M©G¿RšAIËG›MÂGñ MâIÁIN…ReãG“ MâHÁRœIýP RëG˜ Janganlah berkelakuan demikian! Kalau tidak, pada hari itu mereka akan tetap terhijab dari Rahmat Allah,Tuhan mereka. IâÃI©G¨MšOZ CZÂHš£G³Gš MâHÁRœIý RâH‡ Lantas mereka akan menerima azab bakaran api Neraka Jahiim. GwÂH…ING¼H† õ IäI… âH¥ÀH˜|IRšOZ ZGQ郄 Hu£GºHñ RâH‡ Serentak dengan itu, akan diucapkan kepada mereka: “Nah! Inilah dia azab seksa yang telah kamu dustakan dahulu!”. GãÃINÃIN¾I“çI¹GšIeZG®M…GìM OZ GÌQ郥I˜ RwIýP RëG˜ Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya buku catitan amal bagi orang-orang yang berbuat baik, berbakti dan beramal soleh, akan didaftarkan dalam ‘ILLIYYIIN’. GwÂSÃIN¾I“£G› GßQ‚GeMcG} P£G›Gy Dan apakah dia ‘Illiyyiin’ itu? DvÂH–M®R› DÌQ郥I˜ Ia adalah tempat simpanan buku catitan amal yang jelas nyata. GwÂH…R®GºH¿MšOZ HxH¬GÁM²Gñ Ianya disaksikan oleh sekumpulan para malaikat, yang terhampir dengan Tuhannya (Muqarrabiin). 300 Juz Amma AâÃI·GœçI¹GšGeZG®M…GìM OZ RwIý Sesungguhnya orang-orang yang berbakti dan beramal soleh tetap akan berada di dalam Syurga yang penuh nikmat. GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PZGeGìM OZçG¾G“ Mereka berehat di dalam ruang rehat (yang berhias) sambil melihat-lihat dan merenung-renung (keindahan di situ). IâÃI·RÀšOZ G{G®M´Gœ MâIÁI„ÂH‰HyçI• HpI®M·G† Kita dapat mengenali mereka dengan melihat cahaya muka mereka, yang penuh dengan nikmat yang menyubur ceria. AvÂH¥MªR› AÝÃIŠRe ãI› GwMÂGºƒM±Hñ Mereka diberi minuman yang termeterai bekasnya. GwÂH±I¹QéƒÀG¥H¿MšOZIÔG•£GÀG¥GÃM¾G• GßIšQé dçI•Gy > DßM±I› ôHäH¿Q郥I‹ Dengan meterainya kasturi. Oleh yang demikian, maka berlumba-lumbalah kamu semua jika ingin mendapatkan kelebihan dan kesenangan yang begini. AâÃIÀM±G† ãI› ôHäH‰ZG¯I›Gy Dan campuran minuman itu pula adalah dari ‘TASNIM’. GwÂH…R®GºH¿MšOZ £GÁI… H[G®M²Gñ £@ÀMÃG“ Iaitu matair yang khusus diminum darinya oleh orang-orang Muqarrabiin (yang hampir dengan Allah). GwÂH¼G©M´Gñ CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› CZÂHœ£G˜ CZÂH›G®M‰G} GãñIRšOZ RwIý Sesungguhnya orang-orang yang celaka tadi, suka mentertawakan orang yang beriman. 301 Juz Amma GwyH¯G›£G¸G¥Gñ MâIÁI… CZyS®G› ZGdIýGy Dan apabila didekati oleh orang yang beriman, mereka mengerling dan mencemuh perli. GãÃIÁI¼G• CZÂH¤G¾GºœOZ HâIÁI¾M„G} QpéçšIý CZPÂH¤G¾GºœOZ ZGdIýGy Dan apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mereka kembali dengan riang gembira. GwÂSšP飴Gš IYPéêHÈQP郄 RwIýCZPÂHš£G– MâH„MyG} GeZGdIýGy Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, sambil mencemuh, mereka menuding jari dan berkata: “Mereka ini orang-orang yang sesat!”. GãÃI¶I¹Q郊 MâIÁMÃG¾G“ CZÂH¾I"MeH} P飛Gy Walhal, mereka ini tidak pernah pula diutuskan untuk menentukan orang yang beriman itu sesat atau pun tidak. GwÂH¼G©M´Gñ Ie£R¹H¼MšOZ GãI› CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GvMÂGÃMšO£G• Tetapi pada hari ini (di Akhirat), giliran orang-orang yang beriman pula mentertawakan mereka yang kufur itu. GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PéZeGìM OZçG¾G“ Sambil beristirehat di dalam ruang rehat, mereka terus meneropong memerhati kumpulan kafir tadi. wÂH¾G·M¹Gñ CZÂHœ£G˜ £G› He£R¹H¼MšOZ G[INÂH‡ MáG„ Untuk menambahkan kegembiraan mereka, orang-orang yang beriman itu ditanya: “Bukankah orang-orang kafir itu dibalas balik atas apa yang telah mereka perbuat dahulu kepada kamu semua?”. 302 Juz Amma Sinopsis Surah: Terdapat empat perkara penting yang hendak dipaparkan oleh Surah ini iaitu: a) Allah mengisytiharkan perang terhadap penipu sukatan dan timbangan oleh peniaga-peniaga yang berurusan dengan pelanggannya. Al-Mutaffifiin ialah orang yang menipu secara sedikit demi sedikit, dari masa ke masa dan dari hari ke hari dalam timbangan dan sukatan satu-satu perniagaan itu. Secara umumnya, ia melibatkan semua jenis penipuan dalam muamalat sesebuah ekonomi. Secara sinikal (mengejek), Allah bertanya: “Bagaimanakah kamu hendak menghadapi hari Kiamat yang penuh dengan huruhara, lebih-lebih lagi oleh seorang penipu seperti kamu?”. b) Allah menjelaskan golongan ini sebagai pembuat dosa dan jahat, yang dikenali sebagai Al-Fujjar. Definasi Al-Fujjar merangkumi tiga sifat manusia, iaitu ianya seorang yang jahat, yang suka membuat dosa dan yang tidak percaya pada adanya hari Akhirat. Surah ini menjelaskan sifat dan sikap mereka ini serta balasan yang bakal mereka terima. Orang-orang yang menipu timbangan/sukatan termasuk di dalam golongan ini. c) Allah menjelaskan pula keadaan golongan orang-orang yang baik, yang dikenali sebagai Al-Abrar, sifat mereka, pengenalan mereka dan bagaimana mereka mendapat rahmat Allah di Akhirat nanti. d) Akhir sekali, Allah menjelaskan simpulan bahasa ‘pulang paku buah keras’ kepada orang yang tidak percaya akan adanya hari Akhirat dan mengejek orang yang beriman dengan ejekan yang menghina sewaktu mereka di dunia dahulu. Sekarang mereka pula diejek di Akhirat. Surah ini memiliki falsafah dakwah dengan membentangkan masalah yang tersedia ada dalam masyarakat Jahiliah, di dalam urusan perniagaan dan hubungan antara mereka dalam masyarakat. Kebanyakan orang-orang yang kaya raya pada ketika itu adalah dari golongan peniaga yang menipu dalam perniagaan mereka, bersifat jahat, derhaka, berani dan tidak percaya yang amal jahat mereka akan disaksikan kepada mereka semula pada hari Akhirat nanti. Melalui surah ini, Allah mengajak mereka untuk kembali beriman kepada Nya dan dengan hari Akhirat, melalui gambaran pembalasan kepada golongan Al-Abrar yang dijanjikan balasan yang baik dan harmoni, dan kepada golongan Al-Fujjar yang dijanjikan azab pedih bakaran api Neraka Jahiim. 303 Juz Amma Tafsiran Surah: . GwÂH•MÂG¥ƒM±Gñ Ih£RÀšOZçG¾G“ CZÂHš£G¥M˜OZ ZGdIý GãñIRšOZ . GãÃI¹IN¹GµH¿M¾IƒNš DáMñGy . GwyH®I±MªHñ MâH„ÂHœGfRyyG} MâH„ÂHš£G˜ZgdIýGy .GwÂH‡ÂH·M¤R› âHÁRœG} GßIËQPƒGšMyH} SãH¶Gñ GêG}~ / GãÃI¿G¾QƒG·MšOZ IN[G®Iš Hh£RÀšOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ . AâÃI¶G“ AvMÂGÃIš Celaka besarlah bagi orang-orang yang curang dalam timbangan/sukatan. Iaitu, mereka yang apabila menerima timbangan/sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan secukupnya. Dan sebaliknya, apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan (menipu). TIDAKKAH mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan semula selepas mati? Bagi menghadapi hari Kiamat yang amat perit huruharanya. Iaitu hari berdirinya semua manusia untuk menghadap Tuhannya Allah, Pemilik Sekelian Alam. Allah mengisytiharkan perang Nya ke atas penipu sukatan dan timbangan dari kalangan peniaga yang berurusan dengan pelanggannya dan mengecap mereka dengan perkataan “celaka”, yang akan menerima balasan perit azab bakaran api Neraka di Akhirat nanti. Definasi pendeknya ialah menjaga kepentingannya dengan menimbang /menyukat secukupnya apabila dia membeli barang dari orang lain, TETAPI mengurangkan timbangan/sukatan apabila dia menyukat atau menimbang untuk pelanggannya. Pasti dia mendapat untung lebih, dari perbuatan ini. Syed Qutub dalam mentafsirkan ayat di atas membawa perbandingan masa kini dengan keadaan di Mekah sewaktu ayat ini diturunkan. Beliau membuat kesimpulan berikut: a) Penipuan seperti ini dilakukan oleh ahli-ahli perniagaan yang berkuasa, mempunyai modal besar dan senantiasa memonopolikan dan menjadikan satu-satu perniagaan itu monopsoni (keadaan pasaran tidak seimbang yang dipengaruhi oleh seorang pembeli). b) Mereka membuka pekan-pekan sehari dan pekan-pekan bermusim seperti Suq Ukaz di musim Haji. 304 Juz Amma c) Mereka boleh memaksa orang lain supaya mengikut kehendak mereka dan menjalankan kerja-kerja yang menindas pengguna. d) Konsep menipu sukatan dan timbangan ini diumumkan dengan mengenengahkan konsep ‘menghasilkan satu-satu perniagaan dengan kekerasan atas hak-hak orang lain’. Orang lain terpaksa akur atas kemahuan mereka ini demi pergantungan mereka atas satu-satu barangan keperluan. Selalunya barang-barangan yang mereka monopoli ialah barangan keperluan asasi penduduk seperti beras, minyak, ikan dan lain-lain. Keadaan ini bertambah teruk apabila mereka itu mempunyai kuasa politik, kekeluargaan dan kerajaan, atau mempunyai jaringan kerjasama dengan peniaga-peniaga yang lain yang juga memonopolikan sesuatu barangan perniagaan. Dalam kata lain, ia adalah kuasa wang dan kuasa ke atas orang-orang yang memerlukan mereka demi meneruskan hidup. Inilah monopoli dalam perniagaan sehingga ianya mewujudkan suatu sistem kezaliman. Ianya masih berlaku di masa kini dalam konteks perniagaan setempat. e) Allah menjelaskan bahawa perbuatan ini lebih mirip kepada kezaliman dan kepada akhlak yang buruk dalam muamalat dan tidak boleh diterima masyarakat umum. Allah cuba menyusun semula perniagaan mengikut syariat Nya dan mengisytiharkan perang ke atas orang-orang yang melakukannya, walaupun secara kecil-kecilan, kerana dikhuatiri akan membentuk perniagaan monopoli dan cara hidup penipuan di dalam masyarakat. Allah mahu semua ahli perniagaan yang gelojoh dan tamak meneliti kemurkaan Nya ini melalui perkataan “Celakalah!”, yang ditujukan kepada mereka yang menipu timbangan/sukatan. f) Dengan adanya konsep ini, ianya telah menyebabkan para peniaga yang melakukan penipuan timbangan/sukatan itu menolak Islam dan menuntut keadilan. Apa pun, ajaran Islam ini akan tetap menghantui fikiran mereka yang curang itu agar mereka beriman dengan Allah dan Rasul Nya, serta bersembahyang tanpa patung atau bertindak liar dan menggesa mereka supaya berlaku adil dalam bermuamalat untuk sumber rezeki yang halal. g) Umumnya, ia meliputi semua jenis perniagaan (barang-barangan, runcit dan borong, perbankan, saham, dll.) dan di dalam penentuan harga barang-barangan tersebut. Ayat-ayat ini ditujukan khusus kepada orang-orang yang ingkar pada perintah Allah demi perasaan tamak dan haloba mereka. 305 Juz Amma Mengapa Mereka Sanggup Berbuat demikian? Jawapannya satu, iaitu: MEREKA TIDAK PERCAYA YANG MEREKA AKAN DIHISABKAN DI AKHIRAT NANTI! Mereka hanya percaya setakat di hujung lidah saja yang kita akan dibangkitkan semula, sedangkan mereka tidak yakin. Bertanya Allah pada mereka dengan nada yang keras: “Tidakkah kamu semua yakin yang kamu akan dibangkitkan semula di hari Kiamat kelak? Pada hari yang penuh dengan huruhara. Dan tidak ada sesiapa yang boleh membantu, hanya Allah sahaja, Pemilik hari itu. Dia membalas dengan seadil-adilnya atas apa yang telah kamu zalimi di dalam muamalat ini! Khusus kepada mereka yang memakan harta orang lain secara batil atau yang menggunakan kuasa undang-undang untuk kezaliman! Fikirkanlah sendiri!”. Sayangnya mereka masih tidak yakin akan hari itu dan meneruskan kezaliman mereka. Maka celakalah penipu dan penindas itu. Secara tidak langsung, Allah mengingatkan muslimin dan muslimah yang bermuamalat dengan orang ramai, agar tidak menindas dan menzalimi para pelanggan, kerana berbuat demikian akan menempah ‘celaka’ di Akhirat nanti. Yakinlah adanya Akhirat itu dengan iman kita. Setelah Allah menjelaskan dosa dan penghinaan azab ke atas orang-orang yang menipu timbangan dan sukatan di dalam satu-satu muamalat, maka ayat seterusnya menjelaskan siapakah mereka ini. Firman Allah : ؟DãÃIN¨I"£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy . AãÃIN¨I" çI¹Gš Ie£R¨H¹MšOZ GÌQƒG¥I˜ RwIýP RëG˜ / GãÃI…IN G¼H¿M¾IƒNš AIËG› MÂGñ DáMñGy . DvÂH–M®R› DÌQƒG¥I˜ Tidak sepatutnya (mereka berlaku curang dan menipu serta mengenepikan adanya hari Akhirat), kerana sesungguhnya, ‘buku catitan amal’ mereka yang berdosa itu telah ada dan didaftarkan dalam ‘SIJJIIN’. Sijjiin itu apa? Ianya adalah tempat simpanan buku catitan amal yang jelas nyata (di dalamnya terhimpun semua amalan-amalan seseorang) untuk menjadi saksi, dan celakalah padahnya pada mereka yang mendustakan hari pembalasan itu. 306 Juz Amma Mereka tidak menyangka akan ada dan benarnya hari Akhirat itu. Sebab itulah mereka terus melakukan perbuatan menipu itu. Al-Qur’an pula menjelaskan bahawa hari itu TETAP ADA dan menunggu untuk memberi pembalasan ke atas amal yang curang itu, dengan cara membuktikan bahawa semua amalan sepanjang hidup mereka dulu telah tercatit di dalam buku catitan amalan mereka, disamping memberi khabar menakutkan yang mereka akan dibalas setimpal dengan amalan-amalan mereka. Buku catitan amal mereka ini dihina dan disimpan bersama Syaitan di ruang yang sempit, gelap dan terkebawah di dalam Neraka yang dikenali sebagai Sijjiin. Buku catitan ini akan menjadi rujukan yang menjelaskan semua amalan curang mereka itu, yang telah dirakamkan selama hidup mereka. Bolehkah lagi mereka menafikannya? Fikirkanlah sendiri. Allah menggelarkan mereka sebagai AL-FUJJAR, iaitu orang yang melampaui batas dalam dosa dan maksiat mereka. Dan buku catitan amalan mereka itu pula ditempatkan khas di satu tempat yang tidak diketahui hakikatnya. Cuma yang kita tahu ialah ianya penting dalam mengadili perlakuan mereka. Mengapakah mereka dikatakan sebagai Pendusta/Pembohong dalam ayat di atas? (“Pada hari itu, celakalah orang-orang yang mendustakan!”). Firman Allah: . AâÃI‡G} A¬G¥M·H› áS H˜ RêIý õ IäI…H[ING¼Hñ£G›Gy . IãñIN¬šOZ IvMÂGÃI…GwÂH…ING¼Hñ GãñIRšOZ / GãÃIšRyGìM OZ H®ÃIµQéƒ"G} : uG £G– £GÀH¥QéƒñZGY IäMÃG¾G“Qéç¾M¥H†ZGdIý Iaitu mereka yang mendustakan adanya hari pembalasan. Pendusta ini adalah orang yang melampaui batas kebenaran, sangat derhaka dan berdosa. Iaitu apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mereka terus mengejek dan berkata: “Ahh! Semua ini cakap kosong saja dan dongeng orang-orang dahulu kala!”. Sifat melampaui batas, berdosa dan perseteruan yang melampau membawa seseorang itu untuk menafikan dan mendustakan adanya hari pembalasan atau hari Akhirat. Mereka tidak mempunyai adab dan sopan apabila dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an tentang adanya hari Akhirat, malah mereka mengejek dan menghinanya dengan memutarbelitkan fakta yang mengatakan semua itu dongeng dan cerita-cerita fantasi duhulu kala sahaja. Untuk hiburan, bukan untuk menjadi pegangan. 307 Juz Amma Sebenarnya cerita-cerita lama yang ada di dalam Al-Qur’an menggambarkan bahawa tidak ada pindaan atas hakikat peristiwa lalu, yang boleh kita ambil iktibar dan panduan darinya, dan ia menjelaskan sunnah Allah yang tidak berubah-ubah, yang diterima terus dari wahyu dan Jibril as. Bukan dongeng! Itulah Al-Haq. Apakah sebabnya tidak terbuka hati mereka menerima hakikat ini? / GwÂH¤I±M¼Gñ CZÂHœ£G˜£R› âIÁI…ÂH¾H– Qéç¾G“ GwZGe! MáG… ! RëG˜ Sebenarnya! (Ayat-ayat Al-Qur’an tiada cacatnya) tetapi ‘mata hati’ mereka telah diselaputi oleh kekotoran dosa-dosa, atas sebab berterusannya amalan kufur dan maksiat mereka, selama hidup mereka duhulu. Rupa-rupanya mata hati mereka telah penuh diselaputi titik-titik hitam dari dosa-dosa amalan yang berpanjangan, hinggakan iman tidak dapat meresap masuk. Maka, tiada lagi hidayah yang dapat membuka ruangnya di dalam hati itu. Lalu hati itu MATI, dan terus diselubungi kekotoran dosa dan maksiat. Hati yang terus bergelumang dosa akan menguncup dan menjadi gelap, terdapat litupan hijab yang menghalang penerimaan Nur. Sedikit demi sedikit hilanglah rasa iman dan manusia itu akan terus memperbodohkan dirinya dari sebarang kebenaran. Sebuah Hadith riwayat Ibnu Jurir dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah, yang berkata mafhumnya: “Apabila seseorang hamba itu berdosa, akan terdapat setitik tompok hitam di atas hatinya. Jika dia bertaubat, maka ianya akan mula mengurang/turun warnanya, tetapi jika dia meneruskan maksiat itu, akan bertambahlah titik-titik hitam yang akan menyelubungi hati itu”. Hasan Basri berkata: “Dosa atas dosa yang berterusan, membutakan hati dan akhirnya hati itu mati”. Bagaimanakah berpulangnya kumpulan pendusta ini dan ke mana? 308 Juz Amma Firman Allah: . GwÂH…ÂH¨M©G¿Rš AIËG›MÂGñ MâIÁIN…Re ãG“ MâHÁRœIý !P RëG˜ GwÂH…ING¼H† õ IäI… âH¥ÀH˜|IRšOZZGQ郄 : uH £GºHñ RâH‡ . IâÃI©G¨MšOZ CZÂHš£G³Gš MâHÁRœIý RâH‡ Berhentilah dari menjadi pendusta! Jika tidak, di hari Kiamat nanti mereka akan terhijab dari Rahmat Allah, yang kemudiannya mereka akan diseret ke dalam Neraka Jahiim. Akhirnya, mereka akan diejek dengan perkataan ini : “Nah! Rasakanlah azab yang datang dari pendustaan kamu dahulu”. Ertinya, berwaspadalah kepada mereka yang tidak yakin akan adanya hari Kiamat dan pembalasan. Yakinlah dan percayalah dengan sekuat-kuatnya, bahawa ada pembalasan atas setiap amalan jahat kita dan janganlah kita melampaui batas, KERANA kita akan terhijab dari Rahmat Allah. Pertama, diharamkan Syurga Allah dan keduanya, jika dibenarkan masuk ke Syurga Allah sekali pun, mereka diharamkan dari melihat wajah Allah. Inilah kerugian besar bagi si pendusta ini. Hijab dari Rahmat Allah bermakna terdedah kepada azab Neraka Jahiim untuk selama-lamanya, dihina dan merempat di tempat yang paling buruk. Perihal muslimin yang ada pada masa kini, ramai di antara mereka yang tidak yakin akan adanya hari pembalasan. Jika kenyataan ini benar, maka kita boleh melihat betapa berleluasanya monopoli dan penindasan atas orang-orang yang kurang berkuasa yang dipaksa mengikut nafsu serakah mereka. Jika kita teliti ayat di atas, ianya seolah-olah ditujukan pada orang-orang Islam yang ‘atas pagar’. Mereka tahu adanya Akhirat, tapi ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada amalan muamalat mereka. Jauhkanlah diri dari menjadi orang Fujjar (orang yang melampaui batas) seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas. Alasannya, kita dikelilingi oleh orang-orang Kuffar (orang-orang yang kufur engkar) yang pada mereka tiada halal dan haram, semuanya boleh. Mungkin ayat di atas dapat memberi pandangan kedua kepada mereka untuk memikirkan kebaikan dunia dan Akhirat. Allahu A’lam. Allah seterusnya memperkenalkan sekumpulan manusia beriman untuk menjadi panduan kepada umat Muhammad yang dikenali sebagai Kumpulan Al-Abrar. 309 Juz Amma Firman Allah: GwÂSNÃIN¾I“£G› GßQ‚GeMcG} P£G›Gy . GãÃINÃIN¾I“çI¹GšIeZG®M…GìM OZ GÌQ郥I˜ RwIýP RëG˜ . AâÃI·GœçI¹GšGeZG®M…GìM OZ RwIý . GwÂH…R®GºH¿MšOZ HxH¬GÁM²Gñ . DvÂH–M®R› DÌQ郥I˜ . IâÃI·RÀšOZ G{G®M´Gœ MâIÁI„ÂH‰Hy çI• HpI®M·G† . GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PZGeGìM OZçG¾G“ . AvÂH¥MªR› AÝÃIŠRe ãI› GwMÂGºƒM±Hñ . GwÂH±I¹QéƒÀG¥H¿MšOZIÔG•£GÀG¥GÃM¾G• GßIšQé dçI•Gy > DßM±I› ôHäH¿Q郥I‹ / GwÂH…R®GºH¿MšOZ£GÁI…H[G®M²Gñ£@ÀMÓG . AâÃIÀM±G† ãI› ôHäH‰ZG¯I›Gy Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya buku catitan amal bagi orang-orang Al-Abrar pula (mereka yang berbakti amal dan kebajikannya) didaftarkan dalam ‘Illiyyiin’! Apa yang engkau tahu tentang Illiyyiin itu (wahai Muhammad)? Dia adalah nama tempat di mana buku amal tersebut disimpan (setelah dirakamkan dalam hidup mereka dahulu), ianya disaksikan oleh para malaikat, yang didampingkan Allah di sisinya (Muqarrabiin). Orang-orang Al-Abrar itu tetap berada dalam Syurga Allah yang dipenuhi kenikmatan. Mereka berehat-rehat di dalam ruang rehat yang berhias, sambil melihat-lihat (keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Mengenali mereka hanya dengan melihat muka mereka, terakam cahaya nikmat yang menceriakan wajah mereka. Mereka minum dari satu jenis minuman yang bekasnya termeterai dengan meterainya kasturi. Dan untuk mendapatkan status ini maka hendaklah kamu (wahai yang beriman) berlumba-lumba ke arah kebajikan dan kebaikan itu. Dan campuran minuman tersebut dari ‘TASNIM’, iaitu satu matair yang menjadi minuman kepada manusia-manusia Muqarrabiin (yang mendekati dan didekati Allah di sisi mereka). 310 Juz Amma Ayat-ayat di atas didahulukan dengan perkataan “P RëG˜” atau “ingatlah wahai manusia!”. Ada segolongan orang yang tidak pernah membohongi dan mendustakan diri mereka dengan menafikan adanya hari kebangkitan semula. Ingatlah wahai manusia, terdapat sekumpulan manusia yang digelar Al-Abrar, yang terlalu taat dan senantiasa melakukan kerja-kerja kebajikan kerana Allah, yang terpaksa menghadapi kumpulan Al-Fujjar yang bermaharajalela dalam masyarakat. Di antara sifat-sifat contohnya ialah: a) Taat pada Allah dan melakukan amal kebajikan untuk memperbaiki kehidupan manusia. b) Nikmat amal soleh yang dipelopori oleh jiwa ‘hamba pada Allah’ itu memperlihatkan keceriaan wajah mereka jika dipandang. Semua yang melihat mereka nampak sifat tersebut. c) Memiliki buku catitan amalan yang direstui Allah dan dijaga oleh malaikat Muqarrabiin. d) Mereka dihadiahkan dengan kenikmatan dalam Syurga Allah, sifat minuman yang mereka minum adalah campuran minuman yang berbau wangi misk yang gambarannya hanya di Syurga sahaja, yang diambil dari Tasnim iaitu sumber air yang diminum oleh manusia Muqarrabiin. Berbanding dengan orang-orang Fujjar dan Mutaffifiin di antara sifat-sifat mereka ialah: a) Memakan harta orang lain secara tipu dan batil. b) Tidak percaya akan adanya hisab di Akhirat. c) Tidak mahu mengambil kira amalan jahat mereka itu akan dibalas. d) Hati mereka telah dilitupi titik-titik hitam dosa dan tidak nampak iman. e) Berlumba-lumba mencari kekayaan dunia, seolah-olah ianya kekal. f) Semua orang akan tunduk atas kemahuan mereka untuk mendapatkan sesuatu, maka senanglah kezaliman dibuat atas manusia itu. g) Terus menerus menjalani hidup zalim ini dan pencarian dunia membutakan mata hati mereka. 311 Juz Amma Buku Catitan Amalan para Al-Abrar didaftarkan dalam pendaftaran yang di kenali sebagai ‘Illiyyiin’ yang didefinasikan sebagai “tulisan dan catitan yang ditulis, boleh dibaca dengan mudah dan senang tanpa guru dan pembantu, dan dengan tanda yang menyatakan tuan punya buku tersebut akan terlepas dari Neraka Allah”. Buku ini dikawal jaga oleh para malaikat Muqarrabiin dari sebarang kehilangan dan dikatakan terdapat 7 malaikat ini yang ditugaskan menjaga dan memastikan keselamatannya. Inilah dia satu penghargaan dan kemuliaan Allah kepada ahli Al-Abrar, di mana buku catitan amalan mereka pun dikawal rapi. Allah menyatakan yang Al-Abrar ini berada dalam kenikmatan yang mulia dan di antara catitan nikmat yang digambarkan adalah seperti berikut: a) GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PZGeGìM OZçG¾G“ mereka ditempatkan dalam ruang rehat melihat-lihat apa yang berada di sekitar mereka dari nikmat-nikmat yang ada. b) IâÃI·RÀšOZ G{G®M´Gœ MâIÁI„ÂH‰Hy çI• HpI®M·G† keceriaan wajah mereka memperlihatkan mereka memperolehi berbagai nikmat Allah. c) > DßM±I› ôHäH¿Q郥I‹ . AvÂH¥MªR› AÝÃIŠRe ãI› GwMÂGºƒM±Hñ bekas minuman yang mereka gunakan itu diperbuat dari misk, untuk keharuman, dan minumannya dari campuran air-air Tasnim dengan campuran yang tidak memabukkan dan suci dari bahan yang tercemar. Dalam mentafsirkan ayat: GwÂH±I¹QéƒÀG¥H¿MšOZIÔG•£GÀG¥GÃM¾G• GßIšQé dçI•Gy Dan untuk mendapat status tersebut (nikmat si sisi Allah) maka hendaklah kamu berlumba-lumba demi merebut kelebihan dan kesenangan itu. maka Syed Qutub menggariskan bahawa orang-orang yang beriman juga harus berlumba-lumba untuk mendapatkan nikmat Akhirat dengan cara berikut: a) b) c) Jadikan Islam di dunia ini sebagai semaian untuk Akhirat. Jadikan urusan ke atas bumi, manusia, serta membangunkan amal soleh dengan penuh taqwa, sebagai satu kewajipan mukmin. Pusatkan semuanya kerana Allah dan ianya sebagai ibadah. 312 Juz Amma Kesimpulannya, walaupun Allah telah menjelaskan kumpulan orang-orang Abrar dalam ayat di atas, ianya juga menjadi model ikutan kepada sesiapa yang mahukan kesenangan dan kebahagiaan yang akan diterima di Akhirat nanti. Di samping itu, hendaklah kita menjauhkan diri dari Neraka Allah dan tidak syubhat dengan gejala sifat-sifat orang Fujjar dan Mutaffifiin. Di antara sifat-sifat orang-orang Fujjar dan Mutaffifiin ialah seperti yang dijelaskan dalam ayat berikut: . GwÂH¼G©M´Gñ CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GãI› CZÂHœ£G˜ CZÂH›G®M‰G} GãñIRšOZ RwIý . GãÃIÁI¼G• CZÂH¤G¾ºG œOZ HâIÁI¾M„}G QPéçšIý CZPÂH¤G¾GºœOZ GdIýGy . GwyH¯G›£G¸G¥Gñ MâIÁI…CZyS®G› ZGdIýGy . GãÃI¶I¹Q郊MâIÁMÃG¾G“CZÂH¾I"MeH} P飛Gy / “ GwÂSšP飴Gš IYPéêHÈQP郄 RwIý ” : CZPÂHš£G– MâH„MyG} GeZGdIýGy / “ GwyH®H¶MÀGñ IßI¢PéZeGìM OZçG¾G“ . GwÂH¼G©M´Gñ Ie£R¹H¼MšOZ GãI›CZÂHÀG›ZGY GãñIRšOZ GvMÂGÃMšO£G• ” ؟GwÂH¾G·M¹Gñ CZÂHœ£G˜£G›He£R¹H¼MšOZ G[INÂH‡ MáG„ (Dari segi sejarahnya di dunia dahulu) Sesungguhnya orang-orang yang derhaka kufur ini selalu mentertawakan orang-orang yang beriman. Selalu berlaku, apabila orang-orang yang beriman ini lalu mendekati mereka, mereka mengerling dan memejam-celikkan mata mereka sesama sendiri. Dan apabila mereka pulang ke rumah bersama keluarga mereka, mereka merasa puas gembira. Dan apabila mereka melihat orang yang beriman, mereka akan berbisik dan berkata: “Mereka adalah golongan yang sesat! Tau tak?”. Walhal mereka tidak pernah diutuskan untuk menjaga sesat tidaknya orang-orang yang beriman itu. Pada hari ini, tibalah masanya bagi orang-orang yang beriman pula mentertawakan orang-orang kafir derhaka itu. Iaitu sambil berehat-rehat di ruang rehat yang berhias serta meneropong orang-orang yang kufur itu, mereka ditanya: “Bukankah orang-orang kafir itu telah di ‘pulang paku buah keras’ atas perbuatan mereka yang lalu?’. 313 Juz Amma Tujuan ayat pertama di atas adalah untuk menghina orang kufur derhaka yang pernah menghina, menunjukkan sifat kurang ajar dan memberi tekanan hidup kepada orang-orang yang beriman. Yang paling unik ialah menuduh orang-orang yang beriman itu sesat. Keadaan yang sama telah dan sedang berlaku hingga ke hari ini, di mana orang-orang Islam disenaraikan sebagai ‘terrorist’ dan penjahat, dan menimbulkan ‘Islamophobia’, yakni kebencian terhadap Islam di kalangan masyarakat dunia. Surah ini secara terang-terang menunjukkan bahawa orang-orang kafir derhaka ini senantiasa mencaci-cerca orang-orang yang beriman. Cacian ini mungkin kerana faktor KEMISKINAN, keadaan hidup yang serba kekurangan, lemah untuk membalas balik segala penghinaan itu, atau kerana mereka menguasai sesuatu yang dikehendaki dan tidak ada pada orang-orang mukmin. Semuanya ini akan menyebabkan masyarakat mentertawakan, terus mencaci dan menjadikan orang-orang mukmin sebagai sasaran/bahan untuk dihina. Penghinaan ini bukan setakat bercakap sahaja, malah ianya diikuti dengan perbuatan. Contohnya, menuding jari kepada orang yang beriman dengan niat menghina: “Inilah dia!” misalnya, atau menggertak dengan penuh tidak sopan kepada orang mukmin, menyiarkan berita-berita palsu melalui media massa sehingga menimbulkan ‘world-view’ (pandangan dunia) yang buruk atas orang-orang mukmin. Penghinaan juga berlaku apabila cemuhan dan sindiran ini diberitahu pada peringkat keluarga dengan memberitahu anak-anak orang mukmin tentang keganasan ahli keluarga mereka dan disuruh agar mereka berwaspada. Anak-anak ini akan membesar dengan tanggapan buruk di dalam minda mereka terhadap orang-orang mukmin dan Islam. Faktor lojik tidak diperkatakan tetapi ianya diubahsuai dengan fakta-fakta yang mengecewakan. Yang paling jahat ialah membuat tuduhan bahawa ugama Islam dan orang-orang mukmin itu sesat. Bilakah pula mereka ini diminta menjadi pendakwah yang menentukan adanya hidayah atau kesesatan dalam konteks berugama? Inilah antara penyebab-penyebab yang menguji orang-orang mukmin untuk terus bersabar dan hidup sebagai orang-orang yang beradab. Al-Qur’an melalui ayat ini memberi gambaran hari Akhirat, di mana orang-orang mukmin ditempatkan di dalam Syurga Allah sambil meneliti keadaan orang-orang kafir yang pernah menghina mereka dahulu. Mereka ditanya samada mereka tahu yang orang-orang kufur derhaka yang dahulunya menghina mereka, sekarang sedang dihina dan ditertawakan. 314 Juz Amma Inilah ‘pulang paku buah keras’ kepada kafir derhaka yang dulu begitu ghairah menghukum orang-orang mukmin. Kesan psikologi dari kenyataan Al-Qur’an akan mengurangkan tekanan ini. Apa pun dalam dunia moden ini, pengaruh media massa tidak lagi menghiraukan semua tekanan ini dan terus menerus menghina Islam dan muslimin. Adakah mereka akan mendapat habuan mereka dengan mencerca muslimin ini di Akhirat nanti? Inilah contoh perkataan-perkataan penghinaan dari Allah ke atas mereka nanti di hari Akhirat dan apakah agaknya jawapan mereka? Tunggulah, kerana kedatangan hari Akhirat pasti akan tiba. Allah akan menuntut bela di atas keterlaluan kafir derhaka ini dan pasti penghinaan akan dibalas dengan penghinaan. Walau apa pun, muslimin tidak sepatutnya bersabar sahaja tetapi harus mencari sesuatu untuk menandingi dan menangkis semua tohmahan-tohmahan ini. Caranya ialah dengan menguasai ilmu, teknologi dan lain-lain keperluan moden untuk mewujudkan saingan yang dapat membela nasib muslimin dan muslimah. Allahu A’lam. 315 Juz Amma SURAH AL-INFITAAR Diturunkan di Mekah : 19 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 2 M\G®G¦G¥œOZ HÌI˜ZGÂG¼MšOZ ZGdIýGy (1) M\G®GµG¹œOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý ( ) 4 M\G®I¦M·H…HeÂH¤HºMšOZ ZGdIýGy (3) M\G®IN¨H•He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy ( ) 5 M\G®R‹G} Gy MÍG› R¬G–£R› DÔM¹Gœ MÍG¿I¾G“ ( ) 6 IâñI®G¼MšOZ GßIN…G®I… GsR®G”£G› HãQ郱MœIîM OZ £GÁSñGÆQPƒGñ ( ) 8 GߤG ˜ R Ge GY Pé£&£R› A{GeÂH' IN|G}çI• (7) GßGšG¬G·G• GßQ‚RÂG±G• GßGºG¾G‹|IRšGZ ( ) ( 10) GãÃI¶I¹Q郩Gš MâH¼MÃG¾G“ RwIýGy (9) IãñIN¬šO£I… GwÂH…ING¼H†MáG… RëG˜ 12) GwÂH¾G·M¹G†£G› GwÂH¿G¾M·Gñ (11) GãÃI¤I¥QƒG˜£@›ZG®I˜ ( ( 14) AâÃI©G‰çI¹Gš Ge£R¨H¹MšOZ RwIýGy (13) AâÃI·GœçI¹Gš GeZG®M…GìM OZ RwIý ( ( 16) GãÃI¤I¢P飸I…£GÁMÀ“G MâH„£G›Gy (15) IãñIN¬šOZ HvMÂGñ£GÁGœMÂG¾M³Gñ 18) IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £G› GßQ‚GeMcG} P飛 RâH‡ (17) IãñIN¬šOZ HvMÂGñ£G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy ( 19) IäR¾INš AIËG›MÂGñ H®M›GìM OZ Gy÷£@ËMÃG&AÔM¹GÀIš DÔM¹Gœ HßI¾M¿G† Gê GvMÂGñ 316 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan dengan tsunaminya pecah melanda tebing. Dan apabila semua kubur-kubur terbongkar. (Setelah semuanya ini berlaku) Terdetik dan ketahuilah tiap-tiap diri itu akan apa yang telah dikerjakan mereka di dunia dahulu dan apa yang telah mereka tinggalkan. Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu semua sehingga kamu derhaka pada Tuhanmu yang Pemurah itu? Dialah Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadian kamu semua, serta disempurnakan anggota tubuh kamu dan menjadikan pada akhirnya, semuanya sama padan dan stabil. Mencipta bentuk dan rupa mengikut kehendak Nya dan Dialah sebenarnya yang menyusun kejadian kamu semua. Sebenarnya tiada yang memperdayakan kamu! Kamu sendirilah yang menolak kepercayaan tentang adanya hari Akhirat/Pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawal segala aktiviti kamu. Mereka adalah makhluk yang mulia yang ditugaskan untuk mencatit semua amalan kamu (Kiraaman Kaatibiin). Mereka sangat mengetahui apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya, orang-orang ABRAR (yang berbakti dengan taat dan beramal kebajikan) tetap berada dalam Syurga yang penuh dengan nikmat. Manakala sesungguhnya, orang-orang FUJJAR (yang bersalah, derhaka dan kufur) bertempat dalam Neraka yang apinya menjulang tinggi. Mereka menderita bakaran Neraka di hari pembalasan itu. Berada terus menerus dalam azab yang sedetik pun tidak pernah ghaib dari mereka. Apakah yang Engkau tahu (wahai Muhammad) tentang ‘kedahsyatan’ hari pembalasan itu? Sekali lagi Aku ulang, apakah yang engkau tahu (wahai Muhammad) tentang hari pembalasan itu? Hari itu ialah hari di mana seseorang itu tidak dapat memberi pertolongan kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu HANYA ditentukan oleh Allah semata-mata. 317 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AL-INFITAAR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. M\G®GµG¹œOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý Apabila langit terbelah. M\G®G¦G¥œOZ HÌI˜ZGÂG¼MšOZ ZGdIýGy Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. M\G®IN¨H• He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy Dan apabila lautan dengan tsunaminya pecah melanda tebing. M\G®I¦M·H…HeÂH¤HºMšOZ ZGdIýGy Dan apabila semua kubur-kubur terbongkar. M\G®R‹G} Gy MÍG› R¬–G £R›DÔM¹Gœ MÍG¿I¾G“ (Setelah semuanya ini berlaku) Terdetik dan ketahuilah tiap-tiap diri itu akan apa yang telah dikerjakan mereka di dunia dahulu dan apa yang telah mereka tinggalkan. IâñI®G¼MšOZ GßIN…G®I… GsR®G” £G› HãQ郱MœIîM OZ £GÁSñGÆQPƒGñ Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu semua sehingga kamu derhaka pada Tuhanmu yang Pemurah itu? 318 Juz Amma GßGšG¬G·G• GßQ‚RÂG±G• GßGºG¾G‹|IRšGZ Dialah Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadian kamu semua, serta disempurnakan anggota tubuh kamu dan menjadikan pada akhirnya, semuanya sama padan dan stabil. GßG¤R˜Ge GY Pé£&£R› A{GeÂH' IN|G}çI• Mencipta bentuk dan rupa mengikut kehendak Nya dan Dialah sebenarnya yang menyusun kejadian kamu semua. IãñIN¬šO£I… GwÂH…ING¼H† MáG… RëG˜ Sebenarnya tiada yang memperdayakan kamu! Kamu sendirilah yang menolak kepercayaan tentang adanya hari Akhirat/Pembalasan. GãÃI¶I¹Q郩Gš MâH¼MÃG¾G“ RwIýGy Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawal segala aktiviti kamu. GãÃI¤I¥QƒG˜ £@›ZG®I˜ Mereka adalah makhluk yang mulia yang ditugaskan untuk mencatit semua amalan kamu (Kiraaman Kaatibiin). GwÂH¾G·M¹G†£G› GwÂH¿G¾M·Gñ Mereka sangat mengetahui apa yang kamu lakukan. AâÃI·GœçI¹Gš GeZG®M…GìM OZ RwIý Sesungguhnya, orang-orang ABRAR (yang berbakti dengan taat dan beramal kebajikan) tetap berada dalam Syurga yang penuh dengan nikmat. 319 Juz Amma AâÃI©G‰çI¹Gš Ge£R¨H¹MšOZ RwIýGy Manakala sesungguhnya, orang-orang FUJJAR (yang bersalah, derhaka dan kufur) bertempat dalam Neraka yang apinya menjulang tinggi. IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £GÁGœMÂG¾M³Gñ Mereka menderita bakaran Neraka di hari pembalasan itu. GãÃI¤I¢P飸I…£GÁMÀ“G MâH„£G›Gy Berada terus menerus dalam azab yang sedetik pun tidak pernah ghaib dari mereka. IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy Apakah yang Engkau tahu (wahai Muhammad) tentang ‘kedahsyatan’ hari pembalasan itu? IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £G› GßQ‚GeMcG} P飛 RâH‡ Sekali lagi Aku ulang, apakah yang engkau tahu (wahai Muhammad) tentang hari pembalasan itu? IäR¾INš AIËG›MÂGñ H®M›GìM OZ Gy÷£@ËMÃG&AÔM¹GÀIš DÔM¹Gœ HßI¾M¿G† Gê GvMÂGñ Hari itu ialah hari di mana seseorang itu tidak dapat memberi pertolongan kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu HANYA ditentukan oleh Allah semata-mata. 320 Juz Amma Sinopsis Surah: Sepintas lalu surah ini mengenengahkan 4 perkara pokok tentang hari Kiamat dan hari Akhirat: a) Berpecah dan hancurnya kawasan cakerawala yang dikenali sebagai langit dan kehancuran kawasan bumi untuk laluan Kiamat. Di saat itu, semua yang menyaksikannya sudah tahu dan ingat akan segala amalan yang telah dikerjakan dahulu untuk menempuh hari pembalasan. b) Menjelaskan tentang hari pembalasan. Apakah balasan kepada yang tidak tahu berterima kasih kepada kemurahan Allah atas nikmat-nikmat yang telah Dia kurniakan pada mereka? Yang tidak mahu tunduk pada Allah dan tidak pernah bersyukur. c) Menjelaskan sebab-sebab yang membawa kepada keengkaran puak ini pada Allah yang tidak percaya akan adanya hari pembalasan dan adanya aktiviti menghisab segala amalan-amalan mereka. d) Menggambarkan keadaan huruhara hari Akhirat. Tafsiran Surah: . M\G®G¦G¥œOZ HÌI˜ZGÂG¼MšOZ ZGdIýGy . M\G®GµG¹œOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý . M\G®I¦M·H… HeÂH¤HºMšOZ ZGdIýGy . M\G®IN¨H• He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy / M\G®R‹G} yG MÍG› R¬G– £R› DÔM¹Gœ MÍG¿I¾G“ Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Apabila lautan memuntahkan tsunaminya dan apabila kubur-kubur terbongkar. Pada masa itu, ketahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah mereka kerjakan selama hidup mereka dahulu dan apa yang telah mereka tinggalkan. Ayat ini lebih mengambarkan tentang berlakunya hari Kiamat. Langit dan cakerawala di dalamnya pecah seolah-olah pecah dua. Pecahnya langit dan bertaburannya bintang-bintang telah disebut di dalam Al-Qur’an dengan banyaknya, diantaranya: 321 Juz Amma Dalam surah Ar-Rahman, Ayat 37: Iw£G„IN¬šO£G˜ @{GcMeGy MÍGœ£G¼G• HYP飿R±šOZ IÍRºG²œOZ ZGdIÇG• Mafhumnya: Apabila langit terbelah dan berpecah, lalu jadilah ia merah mawar berkilat-kilat seperti minyak. dan dalam surah Al-Haaqqah, Ayat 16: DæGÃI„ZGy AIËG›MÂGñ GçIÁG• HYP飿R±šOZ IÍRºG²œOZ Gy Mafhumnya: Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia reput dan runtuh pada saat itu. dan dalam surah Al-Insyiqaaq, Ayat 1: MÍRºG²MœOZ HYP飿R±šOZ ZGdIý Mafhumnya: Apabila berlakunya gegaran membelah langit (berlakunya hari Kiamat). dan dalam surah Al-Furqaan, Ayat 25: @ëñI¯ÀG† HæG¼IËQPƒG¾G¿MšOZ GuIN¯HœGy IâQ郿G¸MšO£I… HYP飿R±šOZ HÝRºG²G† GvMÂGñGy Mafhumnya: Dan hari segala langit berpecah-belah diserta dengan kumpulan awan dan diturunkan para malaikat secara berpasukan. Semuanya menunjukkan bahawa hari Kiamat itu berlaku dan ianya adalah satu hakikat di mana kawasan yang melibatkan cakerawala yang dikenali sebagai langit akan mengalami kehancuran dan diikuti pula oleh bumi. Gambaran sebenar susah untuk dijelaskan, tetapi akan ada perubahan dahsyat yang disaksikan berlaku secara mendadak dan dunia pada masa itu akan berakhir dan terakhir. Ia dikenali sebagai hari Kiamat. Bintang-bintang yang berguguran menggambarkan bahawa terputuslah sudah segala ikatan cakerawala itu dengan matahari dan peredaran mereka di kawasan kosong dunia. Inilah perubahan besar langit pada masa itu. 322 Juz Amma Keadaan lautan yang meliputi 75% permukaan bumi akan berombak, melahirkan tsunami besar yang menghempas kawasan daratan, membanjiri dan memusnahkan sekelian yang ada dalam laluannya. Keadaan huruhara akibat darinya tidak dapat digambarkan, tetapi sekadar untuk menyatakan adanya satu perubahan besar sedang berlaku di lautan. Dalam ayat ini dikatakan “apabila semua kubur dibongkar”, maka terkeluarlah semua yang mati dan mereka dihidupkan semula untuk bergerak ke Mahsyar bagi menghadapi hari pembalasan atas segala perlakuan baik dan jahat mereka dahulu di dunia. Disinilah Allah menyatakan bahawa: “Setiap jiwa itu akan dan sedang mengetahui apa yang telah mereka lakukan dahulu di dunia dan apa yang telah mereka tinggalkan dari amalan-amalan mereka tersebut”, lebih-lebih lagi setelah mereka dibekalkan dengan buku catitan amalan masing-masing, yang ditiup dan disebarkan kepada mereka. Ada yang menerima dengan tangan kanan dan ada yang menerimanya dengan tangan kiri dari belakang. Ertinya, di hadapan kita ialah hari pembalasan yang sedia menunggu. Allah membawa minda kita kepada sikap dan perangai manusia dengan memberi satu kumpulan ayat yang boleh menginsafkan kita tentang betapa tidak bersyukurnya manusia itu pada Allah. Firman Nya: ؟IâñI®G¼MšOZ GßIN…G®I… GsR®G” £G› HãQ郱MœIîM OZ £GÁSñ GÆPƒQ Gñ / GßG¤R˜Ge GYPé£& £R› A{GeÂH' IN|G} çI• . GßGšG¬G·G• GßQ‚RÂG±G• GßGºG¾G‹ |IRšGZ Wahai manusia! Apakah sebenarnya yang memperdayakan kamu untuk menderhaka pada Allah, sedangkan Dia itu Tuhanmu yang Maha Pemurah (yang memuliakan kamu)? Dialah Allah yang telah mencipta dan mengatur kejadian kamu, lalu menjadikan anggota kamu itu sesuai dengan tujuan kesempurnaannya, serta menjadikan binaan tubuh badan kamu sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa saja yang dikehendaki Nya, dan Dialah yang menyusun kejadianmu itu. 323 Juz Amma Dalam kata lain: “Wahai manusia! Apakah yang memperdayakan kamu sehingga kamu menderhaka dan melakukan maksiat kepada Tuhanmu yang memuliakan kamu selama ini? Dia memuliakan kamu melalui penciptaan kamu, dari tiada kepada ada, mengatur kejadian kamu sejak dari dalam rahim ibu hingga keluar ke dunia, menyiapkan kamu dengan anggota yang sesuai duduknya serta menstabilkan fizikal badan kamu dengan rohnya, menyediakan rupa bentuk kamu dengan yang dikehendaki Nya dan menyusun kejadian kamu semua”. Sebagai manusia, inilah hakikat kehidupan. Manusia senantiasa lalai dan lupa, serta tidak mahu sedar! Untuk disedarkan, ayat di atas memperlihatkan kepada kita akan nikmat-nikmat Allah, nikmat penciptaan diri manusia itu sendiri yang disempurnakan dengan kestabilan ruang fizikal dengan ruang rohaniahnya, yang dicipta rupabentuk dan rupaparasnya yang tersesuai sekali dengan kehendak Allah. Inilah yang menjadikan manusia itu berbeza dari makhluk-makhluk lain. Di antara kemuliaan Allah terhadap manusia ialah mentaqdirkan untuk mencipta seseorang itu, menyempurnakannya dengan kesesuaian segala-galanya, beserta dengan bentuk rupa paras yang sesuai. Ahli biologi telah meneliti satu persatu proses kejadian ini untuk kita kaji dan bersyukur pada Allah. Zaman ini dipenuhi dengan teknologi DNA dan ilmu-ilmu kedoktoran yang dapat menggaris dan membuktikan ciptaan-ciptaan yang tersedia ada untuk kita kagumi kemuliaan Allah pada kita. Mengapa kita masih tidak mahu bersyukur? Mengapa kita masih terus kufur? Dia memuliakan kita, tetapi kita membalasnya dengan yang tidak sepatutnya, DERHAKA dan tidak beradab dengan Nya. Sepatutnya kita mengkaji, meneliti kesempurnaan-kesempurnaan ini dan mencari titik-titik sewajarnya untuk kita syukuri nikmat-nikmat anugerah Nya sebagai satu cara berterima kasih dan ri’ayah (penjagaan) kepada Nya. Lebih-lebih lagi setelah Allah memberikan kita kebijaksanaan melalui berfikir, melihat, mendengar dan bertindak. Allah meniupkan roh Nya ke dalam kita dan kita sebenarnya adalah milik mutlak Allah. Benarkah mereka diperdayakan atau merekakah yang memperdayakan diri mereka sendiri dengan pilihan mereka? Firman Allah yang berikut menjawab soalan ini: 324 Juz Amma . GãÃI¶I¹Q郩Gš MâH¼MÃG¾G“ RwIýGy . IãñIN¬šO£I… GwÂH…ING¼H† MáG… ! RëG˜ / GwÂH¾G·M¹G†£G› GwÂH¿G¾M·Gñ . GãÃI¤I¥QƒG˜£@›ZG®I˜ Tidak! Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu. Kamu tidak mempunyai kepercayaan akan adanya hari Pembalasan/Akhirat. Padahal sesungguhnya, ada para-para malaikat yang menjaga/mengawas segala aktiviti kamu. Mereka adalah makhluk yang mulia di sisi Allah, ditugaskan mencatit amal-amal kamu, mengetahui apa yang kamu lakukan. Allah terlalu pemurah dan mencipta manusia dengan penuh ihsan dan terbaik. Tetapi manusia itu tiada adab, tidak mahu beriman, malah berterus-terusan menderhaka pada Allah. Terpedaya atau pilihan sendiri? Allah menafikan yang mereka itu terpedaya dengan kata Nya: ! RëG˜ - Tidak dan tidak! Jadi apakah puncanya? Jawab Allah, mafhumnya: “Mereka tidak percaya akan adanya hari pembalasan!”. Bila tidak percaya akan adanya hari hisab, tidak percaya pada dosa dan pahala, maka manusia itu akan terus menerus menderhaka kepada Allah. Membuat maksiat semahu-mahunya dan tidak timbul dalam hati kecil mereka adab, taat dan Nur untuk bertindak balas pada ayat-ayat Allah yang menjelaskan hari Akhirat, hari pembalasan dan hari kebangkitan semula. Di sini timbul persoalan bagaimanakah amalan seseorang itu dihisab? Allah menjelaskan dengan kenyataan berikut: Setiap amalan yang dilakukan hamba Allah itu akan dikira sebagai tanggungjawabnya sendiri, dicatit kemas dan tidak pasti akan dilupai, kerana: a) Ada penjaga yang ditugaskan Allah mencatitkan amalan-malan tersebut. GãÃI¶I¹Q郩Gš MâH¼MþG G“ RwIýGy Sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala aktiviti kamu. 325 Juz Amma b) Mereka adalah makhluk mulia yang dimuliakan Allah dan ditugaskan untuk mencatit amal-amal kamu. GãÃI¤I¥QƒG˜ £@›ZG®I˜ Kiraaman Kaatibiin. Hal mereka dimuliakan Allah dan ditugaskan mencatit amalan. c) Malaikat-malaikat ini patuh melakukan tugas yang dipertanggung jawabkan ke atas mereka dan mengetahui segala aktiviti kamu, baik dan jahatnya. Firman Allah: GwÂH¾G·M¹G†£G› GwÂH¿G¾M·Gñ Mereka mengetahui apa-apa yang kamu lakukan”. Dengan penjelasan ini maka segala catitan ini akan menjadi hujjah di Akhirat nanti untuk dikira balasan yang setimpal. Apakah kesannya pada kita dengan penjelasan itu? Apabila dikatakan malaikat itu sebagai ‘mulia’ dan mendampingi kita setiap masa dan mengetahui segala tindakan kita, maka jika hati kita mempunyai ‘insaniyah yang tinggi’ dan beriman pada yang ghaib ini, kita akan terasa malu untuk meneruskan cita-cita kita yang jahat dan tidak ikhlas. Malaikat-malaikat dikatakan mulia kerana mereka cuba sedaya upaya untuk mencatit yang baik sahaja dan catitan amalan jahat itu ditangguhkan untuk menunggu taubat atau menunggu amalan itu dilakukan. Walhal amalan-amalan yang baik sudah dicatitnya terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan, melalui niat yang baik. Kata Al-Fadhil Sheikh Musa Rusawi: “Ayat di atas ini adalah sebesar-besar tekanan pada mereka-mereka yang ‘lalai’ kerana di dalamnya ada pemberitahuan balasan azab atas yang ingkar, adanya huruhara, adanya serangan keras atas pelaku maksiat yang terus menderhaka, serta menjelaskan pahala kepada yang taat. Para malaikat mulia yang berada di sisi manusia siang dan malam memberi erti yang sinikal tentang balasan Akhirat yang akan manusia hadapi nanti”. 326 Juz Amma Di hari pembalasan, apakah balasan-balasan yang bakal diterima? Firman Allah: AâÃI·GœçI¹Gš GeZG®M…GìM OZ RwIý Sesungguhnya orang-orang yang berbakti dengan taat dan amal soleh (Al-Abrar) tetap berada dalam Syurga yang dipenuhi nikmat-nikmat. Al-Abrar didefinasikan sebagai: “Mereka-mereka yang berbuat baik, percaya dengan iman dengan menunaikan semua yang diwajibkan oleh Allah atas mereka, seperti fardhu-fardhu dan meninggalkan semua maksiat yang diharamkan atas manusia”. Yang menjadi penderhaka, kufur dan bergelumang dengan maksiat dan tidak yakin pada hari pembalasan, mereka ditetapkan dalam azab Allah. Firman Allah: . IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £GÁGœMÂG¾M³Gñ . AâÃI©G‰çI¹Gš Ge£R¨H¹MšOZ RwIýGy / GãÃI¤I¢P飸I…£GÁMÀ“G MâH„£G›Gy Sesungguhnya orang-orang Fujjar (yang bersalah, kufur derhaka, meneruskan maksiat) ditempatkan dalam Neraka Jahiim, menderita bakaran api Neraka di hari pembalasan itu, dan berterusan seksaannya sehingga tiada sesaat pun mereka terlepas darinya. Orang-orang Fujjar didefinasikan sebagai yang lalai pada Allah, pelaku maksiat yang berterusan, jahil dan menafikan hari pembalasan. Mereka akan ditempatkan di dalam Neraka Jahiim dan menerima azab bakaran yang berterusan. Sifat Neraka Jahiim itu ialah huruharanya, iaitu kepanasannya yang keterlaluan membakar kulit dan berada pada hari pembalasan yang dinafikan wujudnya oleh Al-Fujjar ini. Tiada peluang untuk mereka keluar darinya, malah sewaktu di dalam kubur pun, bisa dari Jahiim itu sudah mula mengena mereka. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah, mafhumnya: “Kubur itu mungkin salah satu lubang dari Syurga atau ianya sebagai satu lubang dari Neraka”. 327 Juz Amma Kedua-dua ayat di atas cuba membuat kesimpulan yang Al-Abrar tempat berpulangnya ialah ke Syurga dan nikmatnya manakala Al-Fujjar tempat berpulangnya ialah ke Neraka Jahiim dan bakarannya. Ini bermakna pilihan masing-masing dalam hidup kita akan menentukan tempat berpulangnya kita: Al-Abrar ke Syurga dengan nikmatnya manakala Al-Fujjar ke Neraka dengan bakarannya. Buatlah pilihan tempat berpulangnya anda! Cuba kita teliti penutup surah ini dengan memfokuskan minda kita kepada hari pembalasan dan hari Akhirat supaya minda kita terus menerus mengingati dan menghayatinya untuk perjalanan hidup kita. Firman Allah: ؟IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £G› GßQ‚Ge McG} P飛 RâH‡ ؟IãñIN¬šOZ HvMÂGñ £G› GßQ‚GeMcG} P飛Gy / IäR¾INš AIËG›MÂGñ H®M›GìM OZ Gy÷£@ËMÃG&AÔM¹GÀIš DÔM¹Gœ HßI¾M¿G† Gê GvMÂGñ Apakah yang engkau tahu tentang kedahsyatan hari pembalasan itu (wahai Muhammad)? Aku ulangnya lagi! Apakah yang engkau tahu tentang kedahsyatan hari pembalasan itu (wahai Muhammad)? Hari itu ialah hari yang tiada pertolongan dari seseorang kepada seseorang yang lain, dan semua urusannya pada hari itu HANYA ditangan Allah sahaja. Lihat saja pada ayat pertama dan kedua dalam kumpulan ayat terakhir ini! Pertama, hayatilah pengertiannya dan kemudian lihatlah mengapa soalan “Apakah yang engkau tahu tentang ‘kedahsyatan’ hari pembalasan itu?” diulangkan dua kali. ‘Kedahsyatan’ di sini dikaitkan dengan huruhara yang bersangatan pada hari pembalasan itu. Kecut perut tiap diri, ketakutan yang terus mencengkam minda, khususnya bagi mereka yang telah melupakan wujudnya kedatangan hari pembalasan. Muka-muka masam dan cemas jelas kelihatan pada kebanyakan mereka, yang sedang menunggu saat-saat amal baik-buruk mereka dihisabkan. Sebenarnya keadaan yang berlaku di padang Mahsyar itu di luar kebolehan manusia menggambarkannya. Apa jua gambaran yang diberi masih tidak tepat dari segi kengeriannya. Yang selesa ialah yang beramal soleh dengan iman yang tinggi pada Tuhannya. 328 Juz Amma Kemudian, dengan berbekalkan kefahaman yang hari itu sedemikian rupa, Allah mengulanginya sekali lagi dengan bertanya: “Apakah yang engkau tahu tentang ‘Kedahsyatan’ Hari Pembalasan itu?”. Tujuannya agar minda kita sebagai pembaca ayat Allah ini, akan terfokus pada kewujudan dan kepastian bahawa kita akan menemui hari pembalasan tersebut, yang hanya terasa selesa kepada yang beriman dan beramal soleh sahaja. Serentak dengan itu, ia akan menambahkan rasa khuatir, bimbang, serta takut atas keajaiban hari itu yang merakamkan kedahsyatan serta huruharanya dan seterusnya menjadi panduan untuk aktiviti kita di dunia ini. Dengan itu zahirlah hari pembalasan itu sebagai satu ‘menara-petunjuk-arah’ sebagai panduan tentang bagaimana caranya kita harus ‘survive’ (bertahan dan terus hidup) di dunia ini mengikut lunas iman dan amal. Hari tersebut dicatitkan Allah sebagai hari yang tidak ada sesiapa yang dapat membantu yang lain, dalam apa jua bentuk pertolongan, baik dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, orang-orang kuat atau raja-raja yang berkuasa. “Hari yang setiap jiwa tidak memiliki sesuatu apa jua pun untuk digunakan bagi diri yang lain”, dan SEGALA URUSAN PADA HARI ITU HANYA DI TANGAN ALLAH SAHAJA! Urusan hari itu “hanya di tangan Allah yang Maha Esa”, memberi maksud bahawa segala jenis urusan hisab, timbangan, keputusan, hukum dan pelaksanaannya, semuanya di bawah keputusan Allah. Bersesuaian dengan ini, fahamilah 3 ayat berikut: a) IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (Akhirat). (Surah Al-Fatihah, Ayat 4). b) Ie£RÁGºMšOZI¬IŠZQé ÂMšOZ IäQN¾Iš ÷ GvMÂGÃMšOZ HßM¾H¿MšOZ IãG¿INš Allah bertanya kepada mereka yang keluar dari kubur-kubur: “Siapakah yang menguasai keseluruhan kerajaan Akhirat pada hari ini?”. (Terus Allah sendiri menjawab: ) “Penguasa tunggal di hari ini ialah Allah Yang Esa, Yang mengatasi kekuasaan Nya segala-galanya”. (Surah Ghaafir, Ayat 16). 329 Juz Amma c) Z@®ÃI±G“ GãñI®I¹QƒG¼MšOZçG¾G“£@› MÂGñ Gw£G˜Gy >IãQ郿MŠR®¾Iš SÝG©MšOZ AIËG›MÂGñ HßM¾¿H MšOZ Kuasa Pemerintahan yang sebenar-benarnya pada ‘Hari’ itu hanya ditangan Allah yang Ar-Rahman, dan hari itu adalah masa yang amat sukar kepada orang yang kafir. (Al-Furqan, Ayat 26). Jadi, semua urusan ehwal Akhirat dan hisab ditangan Allah merangkumi perkara-perkara berikut: a) Semua urusan ahli Mahsyar hanyalah ditangan Allah dan tiada kepada yang lain. b) Di Akhirat nanti, tidak akan berguna lagi segala harta benda, kekayaan, anak-pinak, sahabat handai dan syafaat-syafaat seperti di dunia. c) Yang berguna dan membantu ialah IMAN, ketaatan pada Allah dan semua jenis kebajikan. d) Seseorang itu tidak mempunyai kuasa untuk bercakap/berhujjah kecuali dengan izin Allah. Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam meneruskan hidup. Untuk mencapai kehidupan yang sempurna dunia dan Akhirat, kita mestilah BERIMAN pada Allah, taat pada semua yang diwajibkan Allah, dan tinggalkanlah perkara-perkara yang diharamkan Allah, serta berbuatlah kebajikan untuk memakmurkan bumi Allah. Allahu A’lam. 330 Juz Amma SURAH AT-TAKWIIR Diturunkan di Mekah : 29 Ayat âI MÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (2) M\GeG¬G¼œOZ HvÂH¨SÀšOZ ZGdIýGy 1 M\GeINÂH˜ HÔM¿R²šOZ ZGdIý 4 MÍG¾ƒINµH“ He£G²I·MšOZ ZGdIýGy 3 M\G®INÃH" Hu£G¤I¨MšOZ ZGdIýGy 6 M\G®IN¨H" He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy 5 M\G®I²HŠ HiÂHŠHÂMšOZ ZGdIýGy 8 MÍG¾IËH" H{Gc ôHYMÂG¿MšOZ ZGdIýGy 7 MÍG‰INyHf HhÂH¹SÀšOZ ZGdIýGy 10 M\G®I²Hœ HÜH©S³šOZ ZGdIýGy 9 MÍG¾I¥–H AÌ=œGd IN|GÆI… 12 M\G®M·H" HâÃI©G¨MšOZ ZGdýGy 11 MÍGµI²H˜ HYP飿R±šOZ ZGdIýGy 14 M\G®G´MŠG} P£R› DÔM¹Gœ MÍG¿I¾G“ 13 MÍG¹IšfM H} HæRÀG¨MšOZ ZGdIýGy 17 GÔG·M±G“ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy (16) IÔRÀH¼MšOZIeZGÂG¨MšOZ 15 IÔRÀHªMšO£I… HâI±–M H} PéëG• 19 AâñI®G˜ AuÂH"Ge HuMÂGºGš ôHäRœIý 18 GÔR¹GÀG† ZGdIý I ÑM¤S³šOZ Gy 21 AãÃI›G} RâG‡A n£GµS› 20 AãÃI¼G› IiM®G·MšOZ |Id G¬ÀI“ A{R–H |Id 23 IãÃI¤H¿MšOZ IÝH•HìM O£I… HxZGYGe M¬GºGšGy 22 AwÂHÀM¨G¿I… âH¼H¤IŠ£G' £G›Gy 25 AâÃI‰Re AãQ郵MÃG& IuMÂGºI… GÂH„ £G›Gy 24 AãÃIÀG´I… IÌMÃG¸MšOZçG¾G“ GÂH„ £G›Gy 27 GãÃI¿G¾Q郷M¾ƒINš D®M˜Id RêIý GÂH„ MwIý 26 GwÂH¤G„ MG† GãMñ GÆG• 28 GâÃIºG¥M±Gñ wG} MâH¼ÀI› GYPé£& ãG¿Iš 29 GãÃI¿G¾Q郷MšOZ S[Ge Hä¾QNšOZ GY P飲Gñ wG} PêR Iý GwyHYP飲G†£G›Gy ( ) ( ) ( ) ( ) ( ) ( ) ( ) ( ( ( ) ) ( ( ) ( ) ) ( ) ) ( ( ( ( ( ) ) ( ( ) ( ) ( ) ) ) ) ( ) ( ( ( ) ) ) ) 331 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apabila matahari dilenyapkan cahayanya. Dan apabila bintang-bintang itu gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa, selepas ianya menjadi debu. Dan apabila tuan-tuan unta tidak menghiraukan lagi unta-unta mereka yang sarat bunting, dan membiarkannya (kerana mementingkan keselamatan diri mereka apabila berlakunya Kiamat). Dan apabila semua binatang-binatang liar terhimpun rapat. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Dan apabila anak-anak perempuan yang mati ditanam hidup-hidup sewaktu baru lahir bertanya pada ibubapa mereka: “Apakah dosa-dosa kami sehingga kami dibunuh?”. Dan apabila buku catitan amal ditiupkan (untuk sebaran kepada pemiliknya). Dan apabila langit di atas seolah-olah ditanggalkan dari induknya. Dan apabila Neraka mula dinyalakan dengan api yang menjulang. Dan apabila Syurga Allah mula dibuka untuk fungsinya. Pada masa itu, ketahuilah tiap-tiap diri itu akan semua amalan mereka, yang telah mereka sediakan. Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tengelam-timbul! Yang beredar dan yang tetap di tempatnya. Dan malam yang hampir pada penghujungnya. Serta siang yang mula menjelang. Sebenarnya Al-Qur’an itu, SUNGGUH-SUNGGUH KALAM ALLAH, yang diutuskan melalui Jibril, utusan yang mulia. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang memiliki Arasy. Yang ditaati di sana, oleh para malaikat, lagi dipercayai. Sebenarnya sahabatmu itu (Muhammad saw), bukanlah seorang yang gila. Demi sesungguhnya, Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril as di kaki langit yang nyata. Muhammad bukanlah seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk atas apa yang disampaikannya, mengenai perkara-perkara ghaib. Dan sebenarnya, Al-Qur’an itu bukanlah perkataan Syaitan yang direjam. Maka, ke mana lagi kamu hendak pergi (jika kamu menolak Al-Qur’an)? Al-Qur’an itu adalah semata-mata untuk memberi peringatan kepada seluruh alam. Di mana penerimanya adalah dari kalangan kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang istiqomah, iaitu Islam. Sesungguhnya, sesuatu yang kamu kehendaki itu tidak akan berhasil, kecuali ianya juga dikehendaki oleh Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara seluruh alam. 332 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AT-TAKWIIR IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. M\GeINÂH˜ HÔM¿R²šOZ ZGdIý Apabila matahari dilenyapkan cahayanya. M\GeG¬G¼œOZ HvÂH¨SÀšOZ ZGdIýGy Dan apabila bintang-bintang itu gugur berselerak. M\G®INÃH" Hu£G¤I¨MšOZ ZGdIýGy Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa, selepas ianya menjadi debu. MÍG¾ƒINµH“ He£G²I·MšOZ ZGdIýGy Dan apabila tuan-tuan unta tidak menghiraukan lagi unta-unta mereka yang sarat bunting, dan membiarkannya (kerana mementingkan keselamatan diri mereka apabila berlakunya Kiamat). M\G®I²HŠ HiÂHŠHÂMšOZ ZGdIýGy Dan apabila semua binatang-binatang liar terhimpun rapat. M\G®IN¨H" He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. MÍG‰INyHf HhÂH¹SÀšOZ ZGdIýGy Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. 333 Juz Amma MÍG¾IËH" H{Gc ôHYMÂG¿MšOZ ZGdIýGy Dan apabila anak-anak perempuan yang mati ditanam hidup-hidup sewaktu baru lahir bertanya pada ibubapa mereka: MÍG¾I¥–H AÌ=œGd IN|GÆI… “Apakah dosa-dosa kami sehingga kami dibunuh?”. M\G®I²Hœ HÜH©S³šOZ ZGdIýGy Dan apabila buku catitan amal ditiupkan (untuk sebaran kepada pemiliknya). MÍGµI²H˜ HYP飿R±šOZ ZGdIýGy Dan apabila langit di atas seolah-olah ditanggalkan dari induknya. M\G®M·H" HâÃI©G¨MšOZ ZGdIýGy Dan apabila Neraka mula dinyalakan dengan api yang menjulang. MÍG¹IšMfH} HæRÀG¨MšOZ ZGdIýGy Dan apabila Syurga Allah mula dibuka untuk fungsinya. M\G®G´MŠG} P£R› DÔM¹Gœ MÍG¿I¾G“ Pada masa itu, ketahuilah tiap-tiap diri itu akan semua amalan mereka, yang telah mereka sediakan. IÔRÀHªMšO£I… HâI±M–H} PéëG• Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tengelam-timbul! 334 Juz Amma IÔRÀH¼MšOZIeZGÂG¨MšOZ Yang beredar dan yang tetap ditempatnya. GÔG·M±G“ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy Dan malam yang hampir pada penghujungnya. GÔR¹GÀG† ZGdIý I ÑM¤ƒS³šOZ Gy Serta siang yang mula menjelang. AâñI®G˜AuÂH"Ge HuMÂGºGš ôHäRœIý Sebenarnya Al-Qur’an itu, SUNGGUH-SUNGGUH KALAM ALLAH, yang diutuskan melalui Jibril, utusan yang mulia. AãÃI¼G› IiM®G·MšOZ |Id G¬ÀI“ A{RÂH– |Id Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang memiliki Arasy. AãÃI›G} RâG‡A n£GµS› Yang ditaati di sana, oleh para malaikat, lagi dipercayai. AwÂHÀM¨G¿I… âH¼H¤IŠ£G'£G›Gy Sebenarnya sahabatmu itu (Muhammad saw), bukanlah seorang yang gila. IãÃI¤H¿MšOZ IÝH•HìM O£I… HxZGYGe M¬GºGšGy Demi sesungguhnya, Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril as di kaki langit yang nyata. 335 Juz Amma AãÃIÀG´I… IÌMøG MšOZçG¾G“GÂH„£G›Gy Muhammad bukanlah seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk atas apa yang disampaikannya, mengenai perkara-perkara ghaib. AâÃI‰Re AãQ郵MÃG& IuMÂGºI…GÂH„£G›Gy Dan sebenarnya, Al-Qur’an itu bukanlah perkataan Syaitan yang direjam. GwÂH¤G„ MG† GãMñ GÆG• Maka, ke mana lagi kamu hendak pergi (jika kamu menolak Al-Qur’an)? GãÃI¿G¾Q郷M¾ƒINš D®M˜Id RêIýGÂH„ MwýI Al-Qur’an itu adalah semata-mata untuk memberi peringatan kepada seluruh alam. âÃIºG¥M±Gñ wG} MâH¼ÀI› GYPé£& ãG¿Iš Di mana penerimanya adalah dari kalangan kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang istiqomah, iaitu Islam. GãÃI¿G¾Q郷MšOZ S[Ge Hä¾QNšOZ GY P飲Gñ wG} PêR Iý GwyHYP飲G†£G›Gy Sesungguhnya, sesuatu yang kamu kehendaki itu tidak akan berhasil, kecuali ianya juga dikehendaki oleh Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara seluruh alam. 336 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah yang diturunkan di Mekah ini memaparkan 2 perkara penting yang melibatkan akidah, iaitu: 1. 2. Hakikat Kiamat dan Pembalasannya, dan Hakikat Wahyu dan Kenabian Rasulullah. Hakikat Kiamat dijelaskan dengan mengaitkan 12 perkara penting yang dijelaskan di dalam ayat-ayat 1hingga13, iaitu matahari, bintang-bintang, bumi dan langit, gunung-ganang, lautan, manusia dan haiwan, malam dan siang, di mana semuanya akan hancur lebur. Hakikat Wahyu pula dijelaskan dengan menyebut Jibril as sebagai malaikat mulia yang diutus untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah, dan Rasulullah selaku Rasul yang diamanah untuk menyampaikan dakwah pada seluruh alam melalui Al-Qur’an, Kalam Allah yang benar nyata. Diharapkan dari keterampilan maksud surah ini, dapat kita merasai Kiamat dan huru-haranya, melalui penilaian-penilaian berikut: a) b) c) d) Bagaimana semuanya boleh berubah dan binasa. Erti kehancuran: “Apalah yang ada pada dunia dan hartanya!”. Yang beriman dengan hari Kiamat, akan mendapat rahmat Allah. Diharap semuanya akan berada dibawah perlindungan Allah. Surah ini juga memaparkan perkara-perkara ghaib, yang dikatakan berlaku selepas Kiamat, iaitu: a) b) c) d) e) f) Apabila tiap-tiap roh disatukan semula dengan jasad untuk bangun menuju ke Padang Mahsyar. Apabila anak-anak perempuan yang dibunuh bertanya kepada ibu dan ayah mereka, mengapakah mereka dibunuh (satu taktik Allah yang sinikal). Apabila semua buku-buku catitan amalan ditiup-sebarkan kepada pemilik amalnya. Apabila langit ditanggalkan dari induknya. Apabila api Neraka mula dinyalakan. Apabila Syurga memulakan operasinya. Bagaimanakah semuanya ini dapat mempengaruhi kita untuk berhati-hati dalam mengemudi kehidupan kita di dunia ini? 337 Juz Amma Akhir sekali, surah ini menjelaskan Hakikat persoalan-persoalan dan kenyataan berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Wahyu, melalui Siapakah Jibril as? Siapakah Rasulullah saw? Apa itu Al-Qur’an dan ajaran-ajarannya? Apakah akibat mereka yang membelakangkan Al-Qur’an? Kehendak Allah vs kehendak manusia untuk sesuatu hajat. Inilah pokok-pokok akidah yang ingin disampaikan kepada penghuni Mekah dan manusia semua, supaya beriman pada Allah. Tafsiran Surah: . M\G®INÃH" Hu£G¤I¨MšOZ ZGdIýGy . M\GeG¬G¼œOZ HvÂH¨SÀšOZ ZGdýGy . M\GeINÂH˜ HÔM¿R²šOZ ZGdIý / M\G®IN¨H" He£G©I¤MšOZ ZGdIýGy . M\G®I²HŠ HiÂHŠHÂMšOZ ZGdIýGy . MÍG¾ƒINµH“ He£G²I·MšOZ ZGdIýGy Apabila cahaya matahari hilang lenyap. Apabila bintang-bintang berguguran dan berselerak. Apabila gunung-ganang berterbangan (menjadi debu) bagai kapas ke angkasa. Apabila unta-unta betina bunting dibiarkan begitu sahaja (demi menjaga keselamatan diri sendiri). Apabila semua binatang-binatang liar dihimpunkan. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. Peristiwa kehancuran dan laluan kepada hari Kiamat dijelaskan dengan hancurnya matahari, bintang-bintang, bukit-bukau, dan kesayangan pada unta betina yang bunting yang selalunya dijaga oleh orang Arab dibiarkan begitu sahaja kerana takut dengan kedatangan Kiamat (kiasan bahawa semua yang kita sayang akan ditinggalkan begitu saja), binatang-binatang liar yang berhimpun dan laut yang bergelombang. Ini bererti segala sistem kehidupan di angkasa dan di bumi terganggu dan semuanya akan menuju kehancuran, berkecai dan berakhir dengan ajal yang telah ditetapkan. Matahari kehilangan cahayanya dan tidak berfungsi lagi dan segala yang bergantung pada matahari itu juga gagal untuk berfungsi. Maka bertaburanlah bintang-bintang, berterbanganlah bukit-bukau dan gunung-ganang hancur menjadi debu, seperti kapas ke angkasa. Manusia tidak lagi menghiraukan hartabenda mereka yang disayangi, ia ditinggalkan begitu saja. Manakala binatang-binatang liar di 338 Juz Amma permukaan bumi terus berhimpun dan lautan pula terus bergelora dengan ombak-ombak besarnya yang membadai daratan, membuat semuanya hancur dan dihancurkan. Inilah kedudukan pra-Kiamat yang sinonim dengan kehancuran segala-galanya. Sebuah Hadith, berkata Ar-Rabi’I bin Anas dari Abil ‘Aliah dari Ubai Ibnu Ka’ab yang berkata: “6 ayat di atas itu adalah untuk sebelum berlakunya Kiamat. Semasa itu terdapat beberapa orang dalam pasar yang tiba-tiba mendapati cahaya matahari terpadam, selepas itu bintang-bintang bertaburan jatuh, gegaran bukit-bukau yang kuat berlaku sehingga terkejut para Jin yang cuba mendekati manusia dan manusia yang cuba mendekati Jin. Semua jenis binatang, yang liar dan yang jinak, bersama-sama burung-burung berkumpul. Pada masa itu Jin berkata: “Kami datang ni nak beritahu tentang huru-hara ini!”. Kemudian mereka menuju ke lautan dan didapati ianya berlapiskan api. Serentak dengan itu, bumi mula bergegar, mereka tersedak dan menjunam ke aras bumi yang ke tujuh. Angin yang sangat keras datang dan meniup sehingga segala manusia dan jin mati”. Begitulah diriwayatkan oleh Ibnu Jurair. Apabila berlaku 6 keadaan yang dijelaskan di atas, 6 perkara berikutnya pula pasti akan berlaku. Firman Allah: . MÍG¾I¥–H AÌ=œGd IN|GÆI… . MÍG¾IËH" H{Gc ôHYMÂG¿MšOZ ZGdIýGy . MÍG‰INyHf HhÂH¹SÀšOZ ZGdIýGy . M\G®M·H" HâÃI©G¨MšOZ ZGdIýGy . MÍGµI²H˜ HYP飿R±šOZ ZGdIýGy . M\G®I²Hœ HÜH©S³šOZ ZGdIýGy / MÍG¹IšMfH} HæRÀG¨MšOZ ZGdIýGy Dan apabila tiap-tiap badan itu disatukan dengan pasangan ‘roh’nya, dan apabila anak-anak perempuan yang dibunuh dan ditanam hidup-hidup itu bertanya: “Apakah dosa-dosa mereka sehingga mereka dibunuh?” Dan apabila buku catitan amal ditiup untuk disampaikan pada setiap pemiliknya. Dan apabila langit telah ditanggalkan dari induknya. Dan apabila Neraka mula dinyalakan dengan api menjulang. Dan apabila Syurga memulakan operasinya. 339 Juz Amma Ke enam-enam keadaan yang berlaku di hari Kiamat, di mana semua manusia mula hendak bergerak ke Padang Mahsyar untuk dihisabkan, dijelaskan seperti berikut: 1. Apabila Roh dicantumkan dengan jasadnya semula. Bererti, semua cebisan badan-badan itu diwujudkan dan disatukan semula dengan rohnya. Kemudian manusia semuanya dibahagikan pada 3 golongan iaitu Ashabul Yamin (kumpulan kanan), Ashabus Syimal (kumpulan kiri) dan kumpulan Muqarrabiin (yang hampir di sisi Allah). Juga dikumpulkan mengikut sifat: - yang taat bersesama orang-orang yang taat. yang maksiat bersesama dengan orang-orang maksiat. yang beriman dengan Hur Ain (GRO Akhirat) yang kufur dengan GRO Syaitan. Yahudi, Nasrani dan umumnya kumpulan-kumpulan lain dengan amalan masing-masing. 2. Apabila anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup itu bertanya: “Apakah dosa-dosa mereka sehingga mereka dibunuh?”. Dikatakan ibu-ibu yang hamil dan hampir melahirkan anak akan dibawa ke suatu kawasan yang telah dikorek sebuah lubang dan disuruh bertinggung di hadapan lubang itu. Apabila dia melahirkan anak perempuan, anak itu akan dicampakkan ke dalam lubang, tetapi jika anak itu lelaki, maka anak itu diambilnya. Selalunya mereka membuat demikian untuk mengelakkan malu pada keluarga dan kerana takut kepada kemiskinan. Di hari Kiamat, anak-anak perempuan itu sendiri akan bertanya kepada ibubapa mereka mengapa mereka dibunuh dan apakah dosa mereka. Inilah cara penghinaan ke atas pembuat dosa ini. 3. Apabila semua buku catitan amal dipersembahkan kepada pemiliknya melalui tiupan, yang secara spontan diperolehinya, samada diterima dengan tangan kanan atau diterima oleh tangan kiri dari belakang, setiap orang akan meneliti kandungan buku catitan amal mereka itu. 4. Apabila kawasan atas yang dikenali sebagai langit sudah tiada lagi di induknya. Hilang? Bagaimana? Tiada siapa yang dapat menerangkannya. 340 Juz Amma 5. Apabila Neraka Allah dinyalakan. Kerana adanya kemurkaan Allah atas kesalahan anak-anak Adam, maka Neraka pun dihidupkan apinya dan menjulanglah api tersebut. 6. Apabila Syurga mula untuk beroperasi dan mendekati bakal-bakal penghuninya. Ini menggambarkan bahawa segala amalan kita di dunia ini menentukan kedudukan kita di hari Kiamat nanti. Apabila 6 perkara-perkara ini berlaku, maka barulah setiap diri itu mengetahui apa yang telah mereka lakukan selama di dunia dahulu dan apa yang telah mereka tinggalkan. Firman Allah: M\G®G´MŠG} P£R› DÔM¹Gœ MÍG¿I¾“G (Setelah semuanya itu berlaku) Ketahuilah tiap diri itu akan amal yang telah dibekalkan mereka dulu. Penjelasan berikut dari Surah Ali Imran mengenai perkara yang sama boleh kita fahami: MÍG¾I¿G“ £G›Gy Z@®G´M©S› A®MÃG‹ MãI› MÍG¾I¿G“ £R› AÔM¹Gœ SáH˜ H¬I¨G† GvMÂGñ ö Z@¬ÃI·G… Z= G¬G›G} PôHäGÀMÃG…Gy £GÁGÀMÃG… RwG} MÂGš ScGÂG† AYPÂH" ãI› Ic£G¤I·MšO£I…= HpyHYGe HäQN¾šOZ Gy ö ôHäG±M¹Gœ HäQN¾šOZ HâH˜HeING©Hñ Gy Mafhumnya: Ingatlah hari Kiamat. Hari yang mana tiap-tiap seseorang itu akan mendapati apa saja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia dibentangkan kepadanya, dari buku catitan amalnya. Dan demikian juga apa sahaja amal kejahatan yang telah dikerjakannya. Ketika itu bagi yang berbuat jahat, mereka mengharapkan adanya jarak yang jauh di antara mereka dengan kejahatan itu. Dan Allah perintahkan agar kamu beringat-ingat, terhadap kekuasaan Nya (untuk menyeksa) ke atas kamu. Dan Allah amat belas kasihan ke atas hamba-hambanya. (Surah Ali Imran, Ayat 30). 341 Juz Amma Mengikut tafsirannya, setiap jiwa itu akan meneliti buku catitan masing-masing dan akan mula mengetahui semua amalannya apabila dibaca, semasa dibawa untuk dihisab dan semasa semua amalan mereka itu ditimbang. Dari situlah mereka tahu samada mereka berhak kepada Syurga atau Neraka Allah. Kemudian kita disogokkan dengan penjelasan kedua dari surah ini iaitu Hakikat Al-Qur’an, Jibril as dan Rasulullah, yang masing-masing dijelaskan sifat dan tugas mereka. Firman Allah: . GÔG·M±G“ ZGdIý IáMÃRšOZ Gy . IÔRÀH¼MšOZ IeZGÂG¨MšOZ . IÔRÀHªMšO£I… HâI±–M H} PéëG• . AâñI®G˜AuÂH"Ge HuMÂGºGšôHäRœIý . GÔR¹GÀG† ZGdIý I ÑM¤ƒS³šOZ Gy / AãÃI›G} RâG‡A n£GµS› . AãÃI¼G› IiM®G·MšOZ |Id G¬ÀI“ A{RÂH– |Id Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam-timbul, yang beredar dan juga yang tetap ditempatnya. Aku bersumpah dengan malam apabila hampir luput, dan dengan munculnya siang apabila ia mulai terang. SESUNGGUHNYA AL-QUR’AN ITU BENAR-BENAR KALAM ALLAH, yang diutuskan melalui Jibril as, utusan yang mulia. Pembawanya itu gagah dan kuat, berkedudukan tinggi di sisi Allah yang memiliki Arasy, yang ditaati di sana (oleh kalangan malaikat), lagi dipercayai. Demi menyakinkan pembaca Al-Qur’an, Allah seolah-olah bersumpah dengan malam dan kegelapannya apabila ia mula bergerak dan dengan waktu Subuh apabila menjelang cahayanya menerangi dunia, bahawa Al-Qur’an itu adalah Kitab yang berada di Lauh Mahfuz, yang dibawa oleh Jibril as kepada penerimanya Muhammad saw untuk dijelaskan kepada umat manusia semuanya. Siapakah Jibril itu? Jawabnya, dia adalah utusan Allah yang mulia yang telah menyampaikan Al-Qur’an kepada Muhammad. 342 Juz Amma Di antara sifat-sifatnya ialah: AâñI®G˜ AuÂH"Ge ). a. Makhluk Allah yang mulia di sisi Allah ( b. Kuat dan gagah. Iaitu makhluk yang sangat gagah untuk c. melaksanakan tugas ini ( A{RÂH– |Id ). Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah di peringkat Arasy ( AãÃI¼G› IiM®G·MšOZ |Id G¬ÀI“ ). A d. Sangat taat pada perintah Allah ( n£GµS› ). e. Beramanah ( AãÃI›G} RâG‡ ). Inilah sifat-sifat yang dijelaskan oleh Al-Qur’an tentang Jibril as yang membawa Al-Qur’an itu dan menyampaikannya kepada Rasulullah saw. Kemudian Allah menjelaskan pula siapakah Rasulullah saw itu dengan firman Nya: . IãÃI¤H¿MšOZ IÝH•HìM O£I… HxZGYGe M¬GºGšGy . AwÂHÀM¨G¿I… âH¼¤H IŠ£G'£G›Gy . AâÃI‰Re AãQ郵MÃG& IuMÂGºI…GÂH„£G›Gy . AãÃIÀG´I… IÌMÃG¸MšOZçG¾G“GÂH„£G›Gy / ؟GwÂH¤G„ MG† GãMñ GÆG• Dan sebenarnya, Muhammad sahabat kamu itu, wahai penentang Islam, bukanlah seorang yang gila seperti dakwaan kamu! Dan Muhammad yakin pada apa yang disampaikan oleh Jibril itu, sebagai wahyu dari Allah, kerana demi sesungguhnya Muhammad itu telah pernah mengenali dan melihat Jibril di kaki Bukit Thur dahulu dengan nyatanya. Dan bukan Muhammad itu seorang yang boleh ditohmah dan diburuk-sangka terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib itu, dan bukan juga Al-Qur’an itu dari percakapan Syaitan yang direjam. Dengan hujjah ini, ke mana lagi kamu hendak meneruskan penyelewengan kamu itu, wahai penentang Muhammad? 343 Juz Amma Allah seolah-olah bersumpah dengan malam dan kegelapannya apabila ianya bergerak menuju waktu subuh dan bersumpah dengan waktu subuh dengan cahayanya apabila ia mula menerangi dunia ini, bahawa Muhammad saw itu adalah seorang yang waras, yang menerima wahyu Allah dari Jibril as yang dinyatakan beberapa sifat-sifatnya. Rasulullah tidak gila seperti yang didakwa. Dia adalah sahabat kamu dan kamu telah mengetahui sifat-sifatnya sejak sebelum beliau dilantik menjadi rasul lagi. Sayangnya, walaupun kamu semua pernah mengiktirafkan sifat-sifat baiknya itu, namun selepas dia dilantik menjadi Rasul kamu mengatakan dia ‘gila’. Dia pernah digelar ‘AL-AMIN’ (beramanah), yang menjelaskan semua yang ghaib dan menjelaskannya dengan penuh yakin. Sesetengah kamu setelah mendengar Muhammad dan menganggapnya sebagai penyair dan perkataannya sebagai syair, kemudiannya membawa inspirasi syaitan dalam persembahan kamu dengan menuduh dan membuat sangka buruk bahawa Muhammad itu penyair yang cakap-cakapnya adalah dari Syaitan. Tohmahan ini tidak layak diberikan kepada Muhammad kerana kamu semua telah mengenalinya sedekat-dekat pengenalan kamu. Mengenai tohmahan kamu yang wahyu diterima oleh Muhammad dari Jibril dan Al-Qur’an itu mungkin cakap Jibril dan bukan cakap Allah, adalah tohmahan yang tidak berasas. Rasulullah pernah melihat dan menyaksikan Jibril dalam bentuk asalnya sebagai Malaikat dan dalam bentuk jelmaannya sebagai manusia, sewaktu mula menerima wahyu dahulu di kaki Bukit Thur. Rasulullah juga beriman dengan perkara-perkara ghaib, kerana itu adalah sebahagian dari dakwah dan iman yang harus disampaikan kepada manusia semua. Beliau tidak sedikit pun menyembunyikannya sebagaimana yang dilakukan oleh paderi Kristian dan Yahudi. Lihat sahaja 12 perkara di awal surah ini, perkara-perkara ghaib dijelaskan dengan baik dan terang sekali tentang hari Kiamat. Jadi apakah alasan-alasan kamu wahai penentang dakwah Rasulullah, untuk membuat berbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak layak dibuat kepada Muhammad Rasulullah? Jika kamu menolak Al-Qur’an, apa lagi yang ada untuk kamu ikuti selain darinya? Ke mana kamu hendak pergi? Yang jelas, kamu melawan arus kebenaran dan menjadi kufur! Jadi, apakah Al-Qur’an itu? Allah meneruskan penjelasan ini dengan ayat berikut: 344 Juz Amma . GâÃIºG¥M±Gñ wG} MâH¼ÀI› GY Pé£& ãG¿Iš . GãÃI¿G¾Q郷M¾ƒINš D®M˜Id RêIý GÂH„ MwIý / GãÃI¿G¾Q郷MšOZ S[Ge Hä¾QNšOZ GY P飲Gñ wG} PêR Iý GwyHYP飲G† £G›Gy Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul. Dan kamu tidak akan dapat memastikan kemahuan kamu itu, mengenai apa saja hajat kamu, KECUALI jika kamu menurut cara yang diatur Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Al-Qur’an memperingatkan manusia tentang hakikat kewujudan dan kejadian mereka, hakikat keseluruhan alam yang mengelilingi mereka, agar mereka tahu siapakah Allah itu dan mendapat hidayah dari Nya untuk beriman dengan Nya. Jalan hidayah itu mudah untuk mereka, iaitu dengan cara: a) Beristiqamah di atas hidayah Allah, atas pilihan sendiri dari penelitian, pemahaman dan pedoman, yang menyingkirkan semua syubhah kekufuran dan mewujudkan hati yang sempurna kepada iman dan istiqamah itu. b) Kesusahan beristiqomah ini sangat terserlah, tetapi dengan berbekalkan dalil-dalil hidayah dan resapan iman yang menusuk ke dalam hati, melalui usaha keras untuk menerima Al-Qur’an dan ayat-ayatnya, akan memberi jalan keluar untuk iman itu menebal. c) Apabila sudah ada hidayah, adanya istiqomah dan dibantu dengan dalil-dalil kuat tentang Allah, maka segala kehendak kita yang hanya disepakati oleh kehendak Allah, akan menjadi kenyataan. Kehendak Allah adalah matlamat mutlak bagi segala kehendak-kehendak urusan manusia. Hakikat sebenar semua urusan kita adalah berpusat pada urusan Allah dan berpulangnya kita juga kepada Allah akhirnya. Jadi, perbaikilah iman kita dan bergeraklah secara aman dalam perjalanan hidup ini menuju dan kembali kepada Allah. Insyallah, kita akan berjaya. Allahu A’lam. 345 Juz Amma SURAH ‘ABASA Diturunkan di Mekah : 42 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 3 QPçR˜R¯Gñ ôHäR¾G·Gš GßñIeM¬Hñ £G›Gy (2) Qéç¿M“GìM OZ Hx GYP飉 wG} (1) QPçRšGÂG†Gy GÔG¤G“ ( ) 6 Q|R¬G³G† ôHäGš GÍœGÆG• (5) QçGÀM¸G¥M"OZ IãG› £R›G} (4) QP|G®M˜INšOZ HäG·G¹ÀG¥G• H®R˜RGñ MyG} ( ) 9 QçG²MªGñ GÂH„Gy (8) QçG·M±Gñ Gs GYP飉 ãG› £R›G} Gy (7) QçR˜R¯Gñ RêG} GßMÃG¾G“ £G›Gy ( ) ( 12) ôHxG®G˜Gd GY Pé£& ãG¿G• (11) D{G®I˜MG† £GÁRœIýP RëG˜ (10) QçRÁG¾G† HäMÀG“ GÍœGÆG• ( ( ( 15) A{G®G¹G" |I¬Mñ GÆI… (14) , I{G®RÁGµS› AæG“ÂH•M®R› (13) AæG›R®G¼S› AÜH©H' çI• 18) ôHäGºG¾G‹ AYMçG& IN|G} MãI› (17) ôHxG®G¹M˜G} P飛 HãQ郱MœIîM OZ GáI¥H– (16) A{GeG®G… , IvZG®I˜ 21) ôHxG®G¤M–GÆG• ôHäG†£G›G} RâH‡ (20) ôHxG®R±Gñ GáÃI¤R±šOZ RâH‡ (19) ôHxGeR¬GºG• ôHäGºG¾G‹ AæG¹MµSœãI› ( ( ( 23) ôHxG®G›G} P飛 I×MºGñ £R¿Gš RëG˜ (22) ôHxG®G²œG} GY Pé£&ZGdIý RâH‡ 25) £U¤G' GY P飿MšOZ £GÀM¤G¤G'£RœG} (24) Põ IäI›£G·G‘ QçGšIý HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• 28) £@¤M´G–Gy£@¤GÀI“Gy (27) £U¤GŠ£GÁÃI•£GÀM¥G¤=œGÆG• (26) £UºG& GkMeGìM OZ£GÀMºGºG& RâH‡ ( 31) £U…G} Gy @æGÁI¼Q郕Gy (30) £@¤M¾H” IÝI¢PZG¬GŠGy (29) @ëMªGœGy£@œÂH¥MñGfGy ( 33) HæR‹P£R³šOZ \ I GYP飉ZGdIÇG• (32) MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥R› ( ( 35) IäÃI…G}Iy õ IäIN›H} Gy (34) IäÃI‹G} MãI› HYM®G¿MšOZ S®I¹Gñ GvMÂGñ 37) IäÃIÀM¸Hñ DwMÆG& AIËG›MÂGñ MâHÁMÀIN› AòI®M›OZ INáH¼Iš (36) IäÃIÀG…Gy õ IäI¥G¤I©Qéƒ'Gy ( 39) D{G®I²M¤G¥M±S› DæG¼IŠ£GF (38) D{G®I¹M±S› AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy ( 41) K{G®G¥–G £GÁHºG„M®G† (40) D{G®G¤G” £GÁMÃG¾G“ AIËG›MÂGñ DxÂH‰HyGy ( 42) H{G®G¨G¹MšOZ H{G®G¹G¼MšOZ HâH„ GßIËQPƒGšCyH} 346 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Dia (Muhammad saw) memasamkan mukanya dan berpaling. Ketika itu ia didatangi oleh seorang buta. Dan tahukah engkau tujuan kedatangannya itu? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (melalui pelajaran dengan engkau itu). Ataupun ia mahu mendapatkan peringatanperingatan supaya peringatan itu akan memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasai keadaan mereka telah cukup dan tidak berhajat lagi pada ajaran Al-Qur’an, engkau bersungguh-sungguh pula melayani mereka. Padahal engkau tidak bersalah jika mereka tidak mahu membersihkan diri mereka dari keingkaran mereka itu. Adapun orang (buta) yang segera datang kepadamu itu, yang mempunyai hati yang takut melanggar perintah-perintah Allah, telah engkau berlengah-lengah melayaninya. JANGANLAH buat begitu lagi! Sebenarnya ayat-ayat Allah adalah sebesar-besar pengajaran dan peringatan. Maka sesiapa yang mahu kebaikan untuk dirinya, ambillah perhatian dari Al-Qur’an itu. Sesungguhnya (ayat-ayat Al-Qur’an itu) tersimpan dalam naskah-naskah yang dimuliakan (suhuf-suhuf). Yang tinggi darjatnya, suci dari sebarang gangguan. Terpelihara di tangan para malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz. Malaikat-malaikat yang mulia, lagi yang berbakti. BINASALAH hendaknya manusia yang ingkar dan betapa besarnya kekufuran mereka. Tidakkah mereka memikirkan dari apakah mereka dicipta? Mereka dicipta dari air mani, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian ditunjukkan kepada mereka secara mudah akan jalan baik dan jahat (untuk pilihan mereka). Kemudian mereka dimatikan dan dikuburkan. Kemudian apabila dikehendaki Allah, mereka dibangkitkan semula. Sebaik-baiknya, janganlah mereka kufur dan ingkar lagi! Sebenarnya mereka belum selesai menunaikan apa yang diperintahkan kepada mereka. Wahai manusia! Lihatlah kepada makanan yang kamu makan dan bagaimana Kami mentadbirkannya! Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami resapkan ke 347 Juz Amma dalam rongga-rongga tanah, dengan resapan yang menyuburkan tanaman itu. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayuran-sayuran. Dan buah zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam jenis rumput. Untuk kegunaan kamu dan juga binatang ternakan kamu. Ingatlah! Apabila datang satu ‘jeritan’ yang dahsyat (kedatangan Hari Kiamat), maka pada hari itu setiap individu lari dari saudaranya. Dan dari ibu dan ayahnya. Dan dari isteri dan sanak-saudaranya. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara penting yang menyibukkan mereka, khususnya tentang diri mereka. Muka orang-orang yang beriman pada hari itu penuh berseri-seri. Tertawa dan bersukaria. Dan muka orang-orang yang ingkar kufur, muka mereka penuh limpahan debu-debu. Diliputi oleh warna hitam legam yang gelap-gelita. Mereka itu adalah manusia kufur yang menderhaka. 348 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH ‘ABASA IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. QPçRšGÂG†Gy GÔG¤G“ Dia (Muhammad saw) memasamkan mukanya dan berpaling. Qéç¿M“GìM OZ Hx GYP飉 wG} Ketika itu ia didatangi oleh seorang buta. QPçR˜R¯Gñ ôHäR¾G·Gš GßñIeM¬Hñ £G›Gy Dan tahukah engkau tujuan kedatangannya itu? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (melalui pelajaran dengan engkau itu). QP|G®M˜INšOZ HäG·G¹ÀG¥G• H®R˜RGñ MyG} Ataupun ia mahu mendapatkan peringatan-peringatan supaya peringatan itu akan memberi manfaat kepadanya. QçGÀM¸G¥M"OZ IãG› £R›G} Adapun orang yang merasai keadaan mereka telah cukup dan tidak berhajat lagi pada ajaran Al-Qur’an, Q|R¬G³G† ôHäGš GÍœGÆG• Engkau bersungguh-sungguh pula melayani mereka. QçR˜R¯Gñ RêG} GßMÃG¾G“ £G›Gy Padahal engkau tidak bersalah jika mereka tidak mahu membersihkan diri mereka dari keingkaran mereka itu. 349 Juz Amma QçG·M±Gñ Gs GYP飉 ãG› £R›G} Gy Adapun orang (buta) yang segera datang kepadamu itu, QçG²MªGñ GÂH„Gy Yang mempunyai hati yang takut melanggar perintah-perintah Allah, QçRÁG¾G† HäMÀG“ GÍœGÆG• Telah engkau berlengah-lengah melayaninya. D{G®I˜MG† £GÁRœIýP RëG˜ JANGANLAH buat begitu lagi! Sebenarnya ayat-ayat Allah adalah sebesar-besar pengajaran dan peringatan. ôHxG®G˜Gd GY Pé£& ãG¿G• Maka sesiapa yang mahu kebaikan untuk dirinya, ambillah perhatian dari Al-Qur’an itu. AæG›R®G¼S› AÜH©H' çI• Sesungguhnya (ayat-ayat Al-Qur’an itu) tersimpan dalam naskah-naskah yang dimuliakan (suhuf-suhuf). , I{G®RÁGµS› AæG“ÂH•M®R› Yang tinggi darjatnya, suci dari sebarang gangguan. A{G®G¹G" |I¬Mñ GÆI… Terpelihara di tangan para malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz. 350 Juz Amma A{GeG®G… , IvZG®I˜ Malaikat-malaikat yang mulia, lagi yang berbakti. ôHxG®G¹M˜G} P飛 HãQ郱MœIîM OZ GáI¥H– BINASALAH hendaknya manusia yang ingkar dan betapa besarnya kekufuran mereka. ôHäGºG¾G‹ AYMçG& IN|G} MãI› Tidakkah mereka memikirkan dari apakah mereka dicipta? ôHxGeR¬GºG• ôHäGºG¾G‹ AæG¹MµSœ ãI› Mereka dicipta dari air mani, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. ôHxG®R±Gñ GáÃI¤R±šOZ RâH‡ Kemudian ditunjukkan kepada mereka secara mudah akan jalan baik dan jahat (untuk pilihan mereka). ôHxG®G¤M–GÆG• ôHäG†£G›G} RâH‡ Kemudian mereka dimatikan dan dikuburkan. ôHxG®G²œG} GYPé£& ZGdIý RâH‡ Kemudian apabila dikehendaki Allah, mereka dibangkitkan semula. ôHxG®G›G} P飛 I×MºGñ £R¿Gš RëG˜ Sebaik-baiknya, janganlah mereka kufur dan ingkar lagi! Sebenarnya mereka belum selesai menunaikan apa yang diperintahkan kepada mereka. 351 Juz Amma Põ IäI›£G·G‘ QçGšIý HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• Wahai manusia! Lihatlah kepada makanan yang kamu makan dan bagaimana Kami mentadbirkannya! £U¤G' GYP飿MšOZ£GÀM¤G¤G'£RœG} Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. £UºG& GkMeìG M OZ£GÀMºGºG& RâH‡ Kemudian Kami resapkan ke dalam rongga-rongga tanah, dengan resapan yang menyuburkan tanaman itu. £U¤GŠ£GÁÃI•£GÀM¥G¤=œGÆG• Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. £@¤M´–G Gy£@¤GÀI“Gy Dan buah anggur serta sayuran-sayuran. @ëMªGœGy £@œÂH¥Mñ GfGy Dan buah zaitun serta pohon-pohon kurma. £@¤M¾H” IÝI¢PZG¬GŠGy Dan taman-taman yang menghijau subur. £U…G} Gy @æGÁI¼Q郕Gy Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam jenis rumput. MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥R› Untuk kegunaan kamu dan juga binatang ternakan kamu. 352 Juz Amma HæR‹P£R³šOZ \ I GYP飉ZGdIÇG• Ingatlah! Apabila datang satu ‘jeritan’ yang dahsyat (kedatangan hari Kiamat), IäÃI‹G} MãI› HYM®G¿MšOZ S®I¹Gñ GvMÂGñ maka pada hari itu setiap individu lari dari saudaranya. IäÃI…G}Iy õ IäIN›H} Gy Dan dari ibu dan ayahnya. IäÃIÀG…Gy õ IäI¥G¤I©Qéƒ'Gy Dan dari isteri dan sanak-saudaranya. IäÃIÀM¸Hñ DwMÆG& AIËG›MÂGñ MâHÁMÀIN› AòI®M›OZ INáH¼Iš Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara penting yang menyibukkan mereka, khususnya tentang diri mereka. D{G®I¹M±S› AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy Muka orang-orang yang beriman pada hari itu penuh berseri-seri. D{G®I²M¤G¥M±S› DæG¼IŠ£GF Tertawa dan bersukaria. D{G®G¤G” £GÁMÃG¾G“ AIËG›MÂGñ DxÂH‰HyGy Dan muka orang-orang yang ingkar kufur, muka mereka penuh limpahan debu-debu. 353 Juz Amma K{G®G¥–G £GÁHºG„M®G† Diliputi oleh warna hitam legam yang gelap-gelita. H{G®G¨G¹MšOZ H{G®G¹G¼MšOZ HâH„ GßIËQPƒGšCyH} Mereka itu adalah manusia kufur yang menderhaka. Sinopsis Surah: Surah ini sekurang-kurang memaparkan empat isu yang melibatkan peranan Rasulullah sebagai pendakwah, Nabi dan pemimpin. Pertama, di awal surah ini terdapat peristiwa teguran Allah kepada Nabi Muhammad ketika beliau secara takdirnya telah mengabaikan seorang buta yang bertanyakan sesuatu. Di waktu itu, beliau sedang sibuk berdakwah, dan beliau telah memalingkan mukanya dari si buta itu dengan keadaan mukanya masam. Perkara kedua pula melibatkan paparan manusia yang ingkar pada Allah, sedangkan Allah lah yang telah menciptanya, menentukan jalan hidayahnya, membangkitkannya semula dan mengembalikannya di Padang Mahsyar untuk dihisab. Perkara ketiga melibatkan pengeluaran makanan dari tumbuh-tumbuhan dan binatang peliharaan dari proses alam, yang menjadi rezeki manusia yang ingkar itu dan diberinya kita peluang yang sangat cemerlang untuk mengguna dan membuat pilihan dari apa yang diciptakan Allah. Keempat, dijelaskan akan berlakunya ‘teriakan’ besar yang akan menghancurkan semua yang hidup untuk permulaan hari Akhirat dan keadaan orang-orang yang ingkar ketika itu. Surah ini ialah untuk menyedarkan kita betapa perlunya kita menjauhkan kekufuran pada Allah dan berterima kasih atas segala ciptaan dan pengurusan Nya terhadap kebajikan manusia. 354 Juz Amma Tafsiran Surah: Qéç¿M“ìG M OZ Hx GYP飉wG} . QPçRšGÂG†Gy GÔG¤G“ Ia (Rasulullah saw) memasamkan dan segera memalingkan mukanya (dari orang yang bertanya), kerana waktu itu ia didatangi seorang buta. Ini adalah satu peristiwa sirah Rasulullah sewaktu beliau diminta menjalankan dakwah kepada kaum keluarganya. Dalam majlis dakwah tersebut, terdapat beberapa orang pembesar Quraisy dan mereka diajak menerima Islam sebagai cara hidup dan berugama. Di tengah-tengah Rasulullah memberi penjelasan kepada orang-orang besar Quraisy ini, datanglah seorang buta yang fakir, yang telah pun memeluk Islam, bernama Ibnu Ummi Maktum. Beliau tanpa memperdulikan apa yang Rasulullah sedang lakukan terus meminta Rasulullah mengajarnya tentang ilmu Allah. Rasulullah rasa amat terganggu dan terus membiarkan si buta itu. Tetapi Allah catatkan yang dia telah bermasam dan berpaling muka, yang menggambarkan kemarahan dan kebenciannya pada si buta yang bertanya itu. Maksudnya, cara Rasulullah menangani seseorang sewaktu beliau sedang sibuk mendakwah pembesar Quraish supaya memeluk Islam, lebih dari memberi sedikit perhatian pada yang telah Islam itu, tidak disukai Allah. Allah menegur cara komunikasi Rasulullah itu demi menta’dibkan (mengajar/mendidik) Rasulullah agar tidak berkelakuan sedemikian walau sesibuk mana pun, kerana ia mengecewakan orang. Teguran ini bukan hanya untuk Rasulullah, tetapi juga untuk umatnya. Kita sering diperlakukan sedemikian oleh orang yang sombong, bongkak, yang berpaling dan bermasam muka, dalam hubungan harian kita. Ini adalah cara yang salah dan ditegur oleh Allah. Jadi sekecil ini pun dita’dibkan oleh Allah pada Rasul Nya untuk dijadikan ikutan oleh umat Rasulullah. Dalam suasana biasa, pemimpin-pemimpin kita banyak berkomunikasi dengan cara berpaling muka dan kadang-kadang bermasam muka, yang menggambarkan hati yang tidak bersih dan tiada ihsan kepada orang yang kita berkomunikasi itu. Apa lagi kalau yang datang itu seorang yang miskin dan tidak ada kepentingan apa-apa. Sikap ini tidak harus ada di dalam diri seorang pemimpin. Itulah mesej Allah dalam surah ini. Surah yang sengaja mentakdirkan Rasulullah yang maksum itu untuk menjadi contoh kepada umatnya. Bayangkan jika kita dipalingkan muka setelah kita bersemangat untuk berbincang sesuatu dengan ‘boss’ kita dan secara tidak ikhlas, dia mempersendakan usaha pertemuan kita itu. Maka ianya sangat 355 Juz Amma menghiris perasaan kita untuk terus berkomunikasi. Banyak sekali contoh-contoh yang boleh kita kemukakan untuk renungan. Misalnya ‘salam politik’ yang bersalam tanpa bertemu mata dengan mata, atau mengiyakan sesuatu permintaan tetapi mengabaikannya tanpa menunaikannya. Dalam konsep kepimpinan, sekecil-kecil berpaling muka dan mengunjukkan muka masam pun dita’dibkan Allah pada Rasul Nya, apa lagi perkara-perkara yang lebih besar yang selalu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang rasuah, berat sebelah, yang membenci antara satu sama lain dan yang mengamalkan amalan ‘pilih kasih’ dalam melaksanakan sesuatu untuk masyarakatnya. Berbalik pada ayat di atas, Allah cuba membuka minda kita untuk meneliti faedah daripada tidak berpaling muka itu kepada Islam dan perkembangannya. Firman Allah: / QP|G®M˜INšOZ HäG·G¹ÀG¥G• H®R˜RGñ MyG} . QPç˜R R¯Gñ ôHäR¾G·Gš GßñIeM¬Hñ £G›Gy Mana engkau tahu (wahai Muhammad), mungkin dengan pertanyaan itu beliau (sibuta) mahu membersihkan hatinya (dengan petunjuk ugama yang didapati daripada engkau itu), ataupun dia (si buta itu) mahu mendapatkan peringatan-peringatan yang dapat memberi manfaat kepadanya. Syed Qutub mentafsirkan dua ayat di atas sebagai: “Mana engkau tahu wahai Muhammad, di dalam pertanyaan itu ada terselit kebaikan yang banyak? Di antaranya, mungkin si buta itu dapat menyucikan dirinya dengan panduan-panduan ugama yang ada pada engkau itu, yang akan menggerakkan dia ke arah iman dan amal, yang sebenarnya memberi faedah yang besar. Mana tahu hatinya akan mendapat Nur Allah, kerana apabila hati itu telah menerima pembukaannya, maka tertanamlah iman dan hakikatnya, dan ini adalah satu urusan yang besar maknanya dalam pertimbangan Allah”. Bimbingan Ilahi dari peristiwa ini membawa kita kepada melihat apa sebenarnya yang ada pada orang yang bertanya itu. Mungkin dia mempunyai sesuatu hajat yang murni untuk memperbaiki dirinya, atau mengambil pelajaran dari sesuatu bagi bimbingannya dan ini semuanya membawa kepada faedah yang besar. Yang terbesar ialah dia mahu menebalkan imannya dengan Allah dan ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan matlamat wahyu dan dakwah Rasulullah. 356 Juz Amma Dalam hal ini cuba-cubalah kita memahami orang yang kita berkomunikasi dengannya itu. Mungkin lebih banyak kebaikan dari keburukan. Jadi berhati-hatilah dalam berkomunikasi agar kita dapat menguasai diri kita dan menjaga hati orang yang kita berkomunikasi itu. Seterusnya Allah menjelaskan jangan ada ‘pilih kasih’ dalam kepimpinan, agar tidak menjauhkan orang dari kita. Firman Allah: ! Q|R¬G³G† ôHäGš GÍœGÆG• . QçGÀM¸G¥M"OZ IãG›£R›G} . QçG²MªGñ GÂH„Gy . QçG·M±Gñ Gs GYP飉ãG›£R›G} Gy . QçR˜R¯Gñ RêG} GßMÃG¾G“£G›Gy / D{G®I˜MG†£GÁRœIýP RëG˜ . QçRÁG¾G† HäMÀG“ GÍœGÆG• Ada pun orang yang merasai dirinya telah cukup dan tidak berhajat pada (Al-Qur’an), maka engkau bersungguh-sungguh melayani mereka! Sesungguhnya, engkau tidak bersalah apa-apa jika mereka tidak membersihkan diri mereka dari keingkaran mereka itu (bukan tanggungjawab engkau). Sedangkan orang yang datang mencari engkau itu (si buta ), dengan perasaan takut pada Allah, didapati engkau melengah-lengahkan melayani dia. Jangan sekali-kali melakukan perkara sedemikian! Sebenarnya apa yang dijelaskan oleh Al-Qur’an itu adalah sebagai PENGAJARAN dan peringatan sahaja (cukup untuk engkau ikuti arahannya). Dalam mentafsirkan ayat di atas, Al Imam Fakhrurrazi mencatitkan seperti berikut: “Ta’dib ini yang diwahyukan kepada engkau wahai Muhammad dan engkau telah mengetahuinya, iaitu memuliakan orang fakir dan tidak mengampu orang yang sukakan dunia, adalah tertulis dalam Lauh Mahfuz. Di mana tulisan itu dikawal oleh Malaikat-malaikat yang berwibawa. Bahawa Al-Qur’an ini telah menetapkan satu had pengajaran yang agung. Jadi apa perlunya engkau menerima dan melayan orang-orang kafir itu. Samada engkau terima dan layan mereka, hendaklah jangan diberi muka pada mereka, apalagi menyukai mereka. Tetapi jangan engkau membelakangkan orang yang beriman pada Allah, sebagai satu cara mendekati mereka di dunia ini”. 357 Juz Amma Jadi, ajaran ini telah termaktub dalam Lauh Mahfuz. Jangan kita membelakangkan orang yang beriman dan mengutamakan orang yang menolak ajaran Allah dan Al-Qur’an. Apa lagi kalau kita mendiskriminasikan orang yang jahat itu dengan orang yang baik. Surah ini mengingatkan kita tentang satu cara komunikasi yang baik yang mesti ada pada seorang pemimpin. Ayat di atas juga memperlihatkan satu prinsip penting, bahawa kita tidak boleh memaksa orang lain itu untuk beriman kepada Allah dan ia bukanlah tugas kita. Tetapi dijelaskan, hanya mereka sendirilah yang boleh memilih untuk beriman atau tidak, serta menanggung risiko dari pilihan mereka itu. Kata Imam Fakhrurrazi: “Kamu tidak berdosa kerana tidak Islamnya seseorang yang engkau dakwahkan itu, engkau hanya menyampaikan”. Al-Hassan berkata: “Setelah ayat ini dibacakan oleh Jibril, maka wajah Rasulullah pun berubah menjadi ceria. Apabila disebut perkataan “Dengan wajah masam dan berpaling muka itu. Jangan sekali-kali engkau lakukan demikian!”, Rasulullah rasa terhimpit”. Sesungguhnya surah ini adalah pengajaran kepada Rasulullah dan kita semua sebagai umatnya. Apakah yang harus kita buat apabila diberi pengajaran begini? Firman Allah: . , I{G®RÁGµS› AæG“ÂH•M®R› . AæG›R®G¼S› AÜH©H'çI• . ôHxG®G˜Gd GYPé£& ãG¿G• / A{GeG®G…, IvZG®I˜ . A{G®G¹G" |I¬Mñ GÆI… Maka sesiapa yang perlukan kebaikan untuk dirinya, hendaklah dia mengambil peringatan dari ayat-ayat itu, di mana ayat-ayat suci itu tersimpan dalam suhuf-suhuf yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya dan yang suci dari sebarang gangguan. Ia terpelihara dan berada di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz dan malaikat-malaikat ini adalah termulia dan penuh memberi bakti. 358 Juz Amma Pengajaran dan ingatan begini telah disampaikan kepada manusia melalui satu takdir peristiwa masam dan berpaling muka Rasulullah dari seorang buta yang sedang bertanya sesuatu kepadanya. Jadi sesiapa yang mahukan kebaikan untuk dirinya, hendaklah ikut ajaran tersebut, dan sesiapa yang tidak mahu, tidak ada paksaan. Pengajaran ini adalah IäQN¾šOZ IwZG¯ÃI› ), iaitu timbangan yang dinilai oleh Allah kalimah Allah ( IäQN¾šOZ I\£G¿I¾G˜ ), untuk kehidupan dan timbangan dari Allah ( dan ianya adalah komunikasi antara manusia. Di antara puncanya ayat-ayat pengajaran itu dari Al-Qur’an ialah: a. b. c. d. e. Termulia dalam setiap ibaratnya. Tersimpan dalam suhuf-suhuf yang dimuliakan. Mempunyai darjat yang tinggi dan suci dari sebarang gangguan. Terpelihara dan berada di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz. Sifat-sifat malaikat itu termulia dan sedia berbakti. Penilaian ini adalah penilaian dari langit dan bukan cakap-cakap manusia. Ia adalah penilaian yang membersihkan manusia. Kemuliaan, ketaqwaan serta pertolongan hanya akan terjadi dengan mengikrarkan timbangan dan nilai-nilai ini. Manusia hidup dan terikat di antara satu sama lain. Penilaian hubungan di atas sangat penting dalam memartabatkan hubungan sesama manusia. Melalui peristiwa terpencil ini, satu doktrin yang berbentuk nilai dari Allah telah diperkenalkan dan perlu dipatuhi. Bagaimana kesannya jika kita ingkar semua nilai ini? Firman Allah: . ôHäGºG¾G‹ AYMçG& IN|G} MãI› . ôHxG®G¹M˜G} P飛 HãQ郱MœIîM OZ GáI¥H– . ôHäGºG¾G‹ AYMçG& IN|G} MãI› . ôHxG®G¹M˜G} P飛 HãQ郱MœIîM OZ GëI¥–H . A{GeG®G…, IvZG®I˜ . ôHxG®G¤M–GÆG• ôHäG†£G›G} RâH‡ . ôHxG®R±Gñ GáÃI¤R±šOZ RâH‡ . ôHxGeR¬GºG• ôHäGºG¾G‹ AæG¹MµSœãI› / ôHxG®G²œG} GYPé£& ZGdIý RâH‡ 359 Juz Amma Binasalah hendaknya manusia yang ingkar itu. Betapa besar kekufurannya! Tidakkah ia terfikir dari apakah dia itu diciptakan? Dia dicipta oleh Allah dari air mani, serta dilengkapkan fungsinya sebagai persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian dipermudahkan baginya jalan untuk dia membuat pilihan baik atau jahat. Kemudian dia dimatikan (mengikut ajalnya) dan dikuburkan jasadnya. Dan kemudian apabila dikehendaki Allah, dia akan dibangkitkan semula. Ingkar dan kufur pada Allah dan ayat-ayatnya adalah satu dosa besar yang mana pelakunya layak dihapuskan dari muka bumi ini! Mengapa tidak? Dia diciptakan, disempurnakan kejadiannya oleh Allah, ditentukan takdirnya dan ditunjukkan jalan untuk dia membuat pilihan. Dan melalui rasul Nya, dia diajar untuk memilih jalan hidayah pada Allah, dengan iman dan amal soleh. Sayang sekali! Allah, Rabb yang telah memberi segala-galanya padanya, dia tolak, dia kufur dan dia membelakangkan ayat-ayat Nya. Tiada terima kasih, tiada iman dan tiada keinsafan. Manusia begini layak dihapuskan sama sekali dari muka bumi ini! Apakah asal-usulnya dan bagaimanakah dia berada di muka bumi ini? Dia berasal dari pertembungan air mani, yang sebenarnya tidak ada nilainya disini! Penciptanya Allah telah mentakdirkan kejadiannya sebagai manusia, disempurnakan keadaannya sehingga memberi nilai padanya sebagai manusia yang mempunyai fikiran, penglihatan dan pendengaran, untuk dia berfikir. Dalam perjalanan hidup ini, dia ditunjukkan jalan-jalan yang benar untuk diikuti atau dia boleh memilih untuk mengikut hawa nafsunya, sehinggalah dia tua dan hidupnya berakhir dengan mati. Tanpa pilihan, mayatnya dikuburkan dalam bumi Allah dan disemadikan di sana sehingga sampai suatu masa dia dibangkitkan semula. Kemudian, segala apa amalannya di dunia dahulu akan dihisab dan diberi pembalasan yang setimpal, tanpa zalim. Fikirkanlah sejenak, ambil masa untuk meneliti segala petunjuk yang berada di sekitar kita, atau meneliti ayat-ayat Allah untuk memilih jalan yang diredhainya. Dalam kata lain, berimanlah dengan Allah dan patuhilah segala yang diwajibkan dan tinggalkanlah apa yang dilarang. Sudahkah manusia berbuat demikian? 360 Juz Amma Firman Allah: . ôHxG®G›G} P飛 I×MºGñ£R¿Gš ! RëG˜ Jangan dan jangan kamu terus ingkar! Sebenarnya, sebagai manusia dia belum lagi menunaikan apa yang sepatutnya, dari yang diperintahkan oleh Allah kepadanya! Manusia secara amnya, samada sebagai perseorangan atau berkumpulan, masih tidak menunaikan apa yang sepatutnya ditunaikan sebagai hamba Allah, walaupun telah berakhir hayatnya. Tidak menunaikan kewajipannya, tidak menginsafi sedalam-dalamnya tentang asal-usulnya, tidak bersyukur sepenuhnya kepada Penciptanya, tidak bersiap sedia sepatutnya untuk menghadapi hari Akhirat sebelum dia meninggal. Kebanyakannya ingkar, menolak dan berpaling tadah pada Allah, takbur dan tidak mengikut hidayah sebenarnya. Kalaulah penjelasan tentang asal-usul kejadian manusia tidak menarik perhatian manusia itu, maka Allah membawa minda manusia itu kepada makanan yang dimakannya, dari mana datangnya, bagaimana ia diciptakan dan untuk apa semuanya ini dijadikan? Firman Allah: . £U¤G' GYP飿MšOZ£GÀM¤G¤G'£RœG} õP IäI›£G·G‘ QçGšIý HãQ郱œIîM OZI®H¶ÀGÃM¾G• . £@¤M´–G Gy £@¤GÀI“Gy . £U¤GŠ£GÁÃI• £GÀM¥G¤=œGÆG• . £UºG& GkMeGìM OZ £GÀMºGºG& RâH‡ . £U…G} Gy @æGÁI¼Q郕Gy . £@¤M¾H” IÝI¢PZG¬GŠGy . @ëMªGœGy £@œÂH¥Mñ GfGy / MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥R› (Kalau tidak cukup dengan melihat kejadian manusia) Maka lihat dan perhatikanlah kepada makanan yang dimakan mereka (bagaimana ia ditadbirkan!). (Pertamanya) Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan ke atas tanah. Kemudian dengan hujan itu, terjadilah resapan air ke dalam tanah-tanah dan menyuburkannya dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu ditumbuhkan bumi itu dengan biji-bijian, serta anggur dan sayur-sayuran. Terdapat taman-taman yang subur menghijau, serta buah-buahannya, dan bermacam-macam jenis rumput. Demi untuk kegunaan kamu dan juga binatang ternakan kamu. 361 Juz Amma Dalam perjalanan hidup manusia, aspek makanan adalah sebahagian penting dalam urusan hidup hariannya. Jika manusia itu tidak mahu mempersoalkan asal kejadiannya, kita dibawa supaya mempersoalkan makanan yang dimakan, kejadiannya dan bagaimana ia ditadbirkan oleh Allah. Pertama, curahan hujan yang menakjubkan ke atas tanah-tanih. Maksudnya, ada ukuran-ukuran tertentu tentang curahan hujan ini dan bentuk incian curahan hujan ini memberi erti yang besar pada kesuburan tanah dan tahap ketahanan pokok yang tumbuh di atas mukabumi. Kedua, hujan menyebabkan kesuburan tanah dan menyebabkan akar-akar tunjang mula memecah bumi dan mengukuhkan pokok-pokok tersebut. Kesuburan bererti ‘produktiviti’nya akan meningkat. Ketiga, pengeluaran biji-bijian seperti beras dan gandum yang menjadi makanan asasi manusia. Keempat, pengeluaran jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan yang masyhur kelazatannya ialah anggur, yang mewakili semua buah-buahan yang ada di atas mukabumi ini. Sayur-sayuran pula adalah makanan terbaik untuk dijadikan ‘diet’ kepada manusia dalam mengekalkan kesihatan badan dan perut. Kelima, pengeluaran buah zaiton dan kurma. Melalui kemajuan teknologi, buah-buahan ini dapat dihasil dan dikeluarkan secara besar-besaran untuk dimakan dan untuk pasaran dunia. Begitulah juga keadaannya dengan penanaman dan pengeluaran rumput-rumput subur untuk pemakanan binatang-binatang ternakan. Tanah semuanya satu, tetapi benih-benihnya berlainan dan melalui hujan yang sama. Allah jua yang mentakdir dan mentadbirkan pengeluaran makanan serta buah-buahan yang berbeza ini. Inilah mukjizat besar Allah dalam meneruskan kehidupan makhluk Nya di atas bumi. Fikirkanlah dengan fikiran yang bernas akan kesempurnaan kemudahan untuk kehidupan kita yang Allah dijadikan ini. Tak mahu beriman lagi? Tak percaya lagi yang ianya adalah ciptaan Allah? Ciptaan yang semula jadi? Atau adakah kita masih memilih untuk menjadi ahli sains yang kufur pada Allah? Apakah kesudahannya apabila berlaku Kiamat? 362 Juz Amma Firman Allah: . IäÃI…G}Iy õ IäIN›H} Gy . IäÃI‹G} MãI› HYM®G¿MšOZ S®I¹Gñ GvMÂGñ . HæR‹P£R³šOZ I\ GYP飉ZGdIÇG• / IäÃIÀM¸Hñ DwMÆG& AIËG›MÂGñ MâHÁMÀIN› AòI®M›OZ INáH¼Iš . IäÃIÀG…Gy õ IäI¥G¤I©Qéƒ'Gy Maka apabila datangnya jeritan suara yang sangat menggerunkan (berlaku pada awal Kiamat), di mana pada hari itu didapati seseorang itu berlari-larian, meninggalkan saudara-maranya, meninggalkan ibu dan bapanya, meninggalkan isteri dan anak-anaknya, kerana setiap seorang pada hari itu mempunyai urusan-urusan yang sudah cukup menyibukkan diri mereka sendiri sahaja. Manusia dalam perjalanan hidup mereka, didapati tidak menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan: 1. asal usul kejadian mereka, 2. bagaimana Allah telah menyediakan sumber makanan dan mentadbirkannya untuk mereka, sehingga dengan ini mereka terus tidak mahu beriman dan kufur kepada Allah. Apa pun, di akhir perjalanan ini, mereka akan menghadapi Kiamat untuk berhadapan dengan keadilan Ilahi. Inilah dia KESUDAHAN kepada perjalanan hidup ini, iaitu diketemukan dengan hari Kiamat. Ayat di atas menggambarkan keadaan yang akan ditemui oleh seseorang yang jika dia masih berada di hari Kiamat itu, akan mendengar jeritan kuat tiupan Sangkakala Israfil yang menamatkan perjalanan hidup dunia. Huruhara pada hari itu menyaksikan setiap individu lebih mementingkan dirinya sendiri, yang sibuk menyelamatkan dirinya dari sebarang kemungkinan bahaya. Dia meninggalkan seluruh keluarganya, ibu dan ayahnya, isteri dan anak-anaknya, semuanya entah ke mana. Dirinya sendiri diselubungi ketakutan yang amat dahsyat, ketakutan pada hari Kiamat yang tiba secara perlahan-perlahan. Inilah dia kecelaruan yang amat dahsyat yang mengongkong minda dan perasaan seseorang pada hari itu. Apa pun keadaannya, hari Kiamat tetap terus berlaku dan semuanya dimatikan. 363 Juz Amma Setelah tiupan Sangkakala yang kedua, semua roh disatukan semula dengan jasadnya dan mulalah kesemua individu tadi menuju ke Mahsyar untuk tujuan hisab. Keadaan orang yang beriman dan yang tidak beriman pada hari itu digambarkan oleh ayat berikut. Firman Allah: . D{G®I²M¤G¥M±S› DæG¼IŠ£GF . D{G®I¹M±S› AIËG›MÂGñ DxÂH‰Hy . K{G®G¥–G £GÁHºG„M®G† . D{G®G¤G” £GÁMÃG¾G“ AIËG›MÂGñ DxÂH‰HyGy / H{G®G¨G¹MšOZ H{G®G¹G¼MšOZ HâH„ GßIËQPƒGšCyH} Muka-muka dan wajah-wajah orang yang beriman pada hari itu berseri-seri ceria, tertawa lagi bersukaria. Manakala muka-muka dan wajah-wajah orang yang ingkar derhaka, dilitupi dengan debu tanah, disaluti dengan warna hitam yang gelap lagi pekat. Mereka-mereka itu dikenali sebagai orang-orang kafir yang derhaka. Di hari itu terdapat hanya pengenalan muka bagi membezakan mereka yang beriman dari yang kufur. Wajah dan muka orang-orang yang beriman, yang selama ini mengharapkan keredhaan Allah atas semua amal dan iman mereka, akan kelihatan ceria dan berseri-seri. Pertama, kerana mereka sebenarnya telah dilepaskan dari keadaan huruhara hari Kiamat itu. Kedua, kerana mereka telah mengetahui tempat mereka di Syurga Allah. Dan ketiga, mereka sedang merasai payung ‘Rahmat Allah’ seperti yang dijanjikan oleh Allah, yang tidak sesekali memungkiri janji Nya. Wajah dan muka orang-orang yang kufur ingkar, yang menolak Allah atas kesombongan mereka dan yang tidak mahu mengiktiraf Allah sebagai Tuhan mereka, maka diperlihatkan muka dan wajah mereka penuh dilitupi debu-debu tanah dari mana mereka dikeluarkan. Tanah ini pula hitam warnanya dan kepekatan warna hitamnya itu mewujudkan satu jenis pengenalan, yang mereka ini adalah orang-orang yang kufur derhaka lagi ingkar. Debu-debu tanah yang melingkupi muka mereka menempatkan hati-hati mereka di tahap yang sangat tertekan kesal, kerana mereka tahu apa yang telah mereka pegang selama di dunia dahulu dan apa yang telah mereka tinggalkan sebagai bekalan mereka untuk hari itu. Lebih mendebarkan lagi ialah bagaimana mereka akan merasai balasan atas semua perbuatan mereka itu. 364 Juz Amma Kesimpulan: Apakah kaitan masamnya muka Rasulullah dan berpalingnya muka baginda apabila beliau tidak melayani pertanyaan si buta dengan iman dan amalan seseorang itu, kesedaran pada asal-usulnya manusia dan makanan yang dimakan, serta kedatangan hari Kiamat dan kemelutnya kepada yang ingkar? Surah ini memperlihatkan kekuatan penjelasan Al-Qur’an dan kelembutan sentuhannya ke dalam hati nurani manusia, yang memaparkan satu hakikat nilai timbangan Allah untuk urusan satu masyarakat yang penyayang dan saling hormat menghormati, berdasarkan iman dan amal, yang dapat berfikir secara intelektual terhadap asal-usul diri dengan Penciptanya dan terhadap penyediaan nikmat-nikmat Allah dari semua jenis pemakanan, agar menjadi hamba yang percaya akan adanya Akhirat. Setiap individu itu ada tanggungjawabnya terhadap masyarakatnya, dirinya dan Allah, Rabbnya. Allahu A’lam. 365 Juz Amma SURAH AN-NAAZI’AAT Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… 3 £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy (2) £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy (1) £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy ( ) 6 HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ (5) Z@®M›G} I\Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• (4) £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G• ( ) 9 DæG·I²Q郋£G„ H®Q郳M…G} (8) KæG¹I‰ZGy AIËG›MÂGñ D[ÂH¾–H (7) HæG•IcZR®šOZ£GÁH·G¤M¥G† ( ) 11) @{G®IªRœ£@¿Q郶I“£RÀH˜ZGd IYG} (10) I{G®I•£G©MšOZ çI• GwyHcyHcM®G¿Gš£RœIYG} GwÂHšÂHºGñ ( 13) D{G¬IŠQéy D{G®M‰fG GçI„£G¿RœIÇG• (12) D{G®I"£G‹ K{ R®G˜Z@dIý GßM¾I†CZÂHš£G– ( 15) QPçG"ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ (14) I{G®I„£R±šO£I…âH„ZGdIÇG• ( 16) |@ÂH‘Ih R¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I…ôHäS…Ge HäQ‚Gc£GœMdIý ( 18) QçR˜G¯G† wG} QPéçšIý GßRšáG„MáHºG• (17) Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„ MdOZ ( 20) Q|G®M¤¼ H MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• (19) QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy ( 23) Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• (22) QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ (21) QçG³G“Gy G[RG¼G• ( 25) QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxGG‹GÆG• (24) Qéç¾M“ì G M OZ HâH¼S…GeC£GœG} Gu£GºG• ( 26) QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ GdçI• RwIý ( 28) £GÁQ‚RÂG±G•£GÁG¼M¿G"GÚG•Ge (27) £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾‹ G S¬G&G} MâH¥MœG} GY ( 366 Juz Amma 30) P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeì G M OZ Gy (29) £GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy£GÁG¾MÚG GÕGµM”G} Gy ( 32) £GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy (31) £GÁQ郓M®G›Gy£G„GY P£G›£GÁMÀI› G_G®M‹}G ( 34) Q|G®M¤¼ H MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GY P飉ZGdIÇG• (33) MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G› ( 36) Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G¨MšOZ I\GfIN®H…Gy (35) QçG·G"£G› HãQ郱œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ GvMÂGñ ( 38) £GÃMœS¬šOZ G{ÂQGé G MšOZ G®G‡ZGYGy (37) QçG¸G‘ ãG›£R›GÆG• ( 39) Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G¨MšOZ RwIÇG• ( 40) Q|GÂGÁMšOZIãG“ GÔM¹GÀMšOZçGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG›£R›G} Gy ( 42) £GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZIãG“ GßGœÂH¾GËM±Gñ (41) Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG¨MšOZ RwIÇG• ( 44) P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIý (43) Pé£ÁQ‚G®G˜Id ãI› GÍœG} GâÃI• ( 45) £GÁQƒG²MªGñ ãG› HeIÀH› GÍœG} P£G¿RœIý ( 46) £GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš£GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜ ( 367 Juz Amma MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. (Aku bersumpah!) Demi malaikat-malaikat kasar yang mencabut nyawa dengan sekasar-kasarnya. Dan demi malaikat-malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut dan harmoninya. Dan demi malaikatmalaikat cergas yang secergas-cergasnya bergerak (melaksanakan perintah) dari penempatan mereka. Dan demi malaikat-malaikat yang berlumba-lumba mencabut nyawa orang-orang yang kufur (untuk diselesaikan segera kerja mereka). Dan semuanya menyempurnakan tadbir urusan alam mengikut apa yang diperintahkan kepada mereka. Bahawasanya Kamu Semua Akan Dibangkitkan Semula Pada Hari Kiamat. Iaitu hari di mana berlakunya tiupan ‘Sangkakala’ pertama yang menggoncangkan alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan kedua (di mana pada tiupan ini semua yang mati itu dihidupkan semula dari kubur masing-masing). Hati-hati manusia pada hari itu penuh debaran dan takut. Kelihatan tunduk dengan rasa gerun. Mereka yang ingkar derhaka akan berkata: “Sesungguhnya, adakah kita semua yang di dalam lubang kubur akan dihidupkan semula seperti biasa? Bolehkah kita dihidupkan semula dari tulang-tulang yang telah reput ini?”. Mereka berkata lagi: “Kalaulah betul demikian, sudah tentu pengembalian semula kita itu satu perkara yang merugikan!”. Senang saja! Hanya dengan satu jeritan/tiupan sudah cukup. Yang akan menyebabkan mereka dengan serta merta berada di muka bumi yang putih rata (untuk dihisab). (Wahai Muhammad!) Sudahkah kamu mengetahui tentang cerita Nabi Musa? Ketika dia diseru oleh Allah Tuhannya, di satu Lembah Tuuwa yang suci itu? Dan diperintahkannya: “Pergilah kamu kepada Firaun! Sesungguhnya dia itu sudah melampaui batas kekufuran dan kezalimannya”. Katakanlah padanya: “Mahukah engkau wahai Firaun, untuk mensucikan diri kamu dari kekufuran? Sehingga dapat aku tunjukkan kepada engkau jalan mengenali Tuhanmu, supaya engkau takut dan tunduk pada Nya?”. Maka dibuktikan dan diperlihatkan oleh Musa kepada Firaun, mukjizat yang besar. Firaun tidak percaya dan terus menderhaka. Dan kemudian dia memperlihatkan keingkarannya itu. Dengan cara mengumpulkan semua bala tenteranya. Dan berkata pada mereka: “Akulah Tuhan kamu semua, yang Maha Tinggi!”. Akibat dari kelantangan Firaun itu, maka Allah telah menetapkan penyeksaan pada Firaun di dunia 368 Juz Amma dan di Akhirat. Sesungguhnya, peristiwa ini boleh memberi ingatan dan panduan kepada mereka yang takut (melanggar perintah Allah). Wahai yang mengingkari Allah tentang adanya bangkitan semula selepas mati! Adakah diri-diri kamu yang sukar untuk dibangkitkan semula atau lebih sukar untuk membina dunia dengan langitnya? Sesungguhnya Allah telah membinanya dengan mudah! Malah Allah telah menentukan langit itu di atas dan disempurnakan operasinya. Allah juga telah menjadikan malam itu gelap-gelita dan siang itu terang-benderang dengan adanya fungsi langit itu. Sedangkan bumi telah dipermudahkan sebagai hamparan untuk kesenangan makhluk. Lalu dari bumi itu dikeluarkan airnya untuk kegunaan manusia dan juga tumbuh-tumbuhannya. Dikukuhkan letaknya gunung-ganang di atas bumi sebagai pasak. Semuanya itu adalah untuk kegunaan sementara kamu dan juga binatang-binatang ternakan kamu. Waspadalah pada akhirnya! Apabila datangnya gegaran dari jeritan suara tiupan Israfil dan berlaku bencana yang maha besar. Pada hari itu manusia mula mengingati apa yang telah mereka usahakan selama ini. Dan pada hari itu juga diperlihatkan Neraka Jahiim kepada mereka yang dibenarkan melihatnya. Mengetahuilah kesudahannya bagi mereka yang ingkar derhaka. Yang hanya menumpukan kepada kehidupan dunia sahaja. Maka sesungguhnya balasan mereka adalah Neraka Jahiim, tempat mereka berpulang. Manakala, yang telah bersabar menahankan nafsu mereka dan yakin, akan berdiri di hadapan mahkamah Allah untuk dipersoalkan. Maka sesungguhnya balasan mereka ialah Jannah, tempat mereka berpulang. Orang yang ingkar derhaka itu pernah secara mengejek bertanya: “Bilakah akan datangnya hari Kiamat itu, wahai Muhammad?”. Sebenarnya tiada kaitan dengan tugasmu itu, wahai Muhammad. Dengan penjelasan bila berlakunya Kiamat dan ilmu mengenai bila Kiamat itu, hanya pada Tuhanmu, Allah sahaja. Tugasmu hanyalah menyampaikan ingatan tentang huru-hara hari Kiamat itu kepada yang takut menghadapinya sahaja. Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang yang bersalah akan merasa, pada anggapan mereka, seolah-olah mereka tinggal di dunia dulu hanyalah sepetang atau sepagi sahaja. 369 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AN-NAAZI’AAT IâÃM IŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy (Aku bersumpah!) Demi malaikat-malaikat kasar yang mencabut nyawa dengan sekasar-kasarnya. £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy Dan demi malaikat-malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut dan harmoninya. £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy Dan demi malaikat-malaikat cergas yang secergas-cergasnya bergerak (melaksanakan perintah) dari penempatan mereka. £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G• Dan demi malaikat-malaikat yang berlumba-lumba mencabut nyawa orang-orang yang kufur (untuk diselesaikan segera kerja mereka). Z@®M›G} \ I Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• Dan semuanya menyempurnakan tadbir urusan alam mengikut apa yang diperintahkan kepada mereka. (Bahawasanya Kamu Semua Akan Dibangkitkan Semula Pada Hari Kiamat.). 370 Juz Amma HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ Iaitu hari di mana berlakunya tiupan ‘Sangkakala’ pertama yang menggoncangkan alam dan mematikan semuanya. HæG•IcZR®šOZ£GÁH·G¤M¥G† Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan kedua (di mana pada tiupan ini semua yang mati itu dihidupkan semula dari kubur masing-masing). KæG¹I‰ZGy AIËG›MÂGñ D[ÂH¾H– Hati-hati manusia pada hari itu penuh debaran dan takut. DæG·I²Q郋£G„H®Q郳M…G} Kelihatan tunduk dengan rasa gerun. I{G®I•£G©MšOZçI• GwyHcyHcM®G¿Gš £RœIYG} GwÂHšÂHºGñ Mereka yang ingkar derhaka akan berkata: “Sesungguhnya, adakah kita semua yang di dalam lubang kubur akan dihidupkan semula seperti biasa?”. @{G®IªRœ £@¿Q郶I“ £RÀH˜ZGdIY G} “Bolehkah kita dihidupkan semula dari tulang-tulang yang telah reput ini?”. D{G®I"£G‹ K{ R®G˜Z@dIý GßM¾I† CZÂHš£G– Mereka berkata lagi: “Kalaulah betul demikian, sudah tentu pengembalian semula kita itu satu perkara yang merugikan!”. 371 Juz Amma D{G¬IŠQé y D{G®M‰Gf GçI„ £G¿RœIÇG• Senang saja! HANYA dengan satu jeritan/tiupan sudah cukup. I{G®I„£R±šO£I… âH„ ZGdIÇG• Yang akan menyebabkan mereka dengan serta merta berada di muka bumi yang putih rata (untuk dihisab). QPçG" ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ (Wahai Muhammad!) Sudahkah kamu mengetahui tentang cerita Nabi Musa? |@ÂH‘Ih R¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I… ôHäS…Ge HäQ‚Gc£Gœ MdIý Ketika dia diseru oleh Allah Tuhannya, di satu Lembah Tuuwa yang suci itu? Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„ MdOZ Dan diperintahkannya: “Pergilah kamu kepada Firaun! Sesungguhnya dia itu sudah melampaui batas kekufuran dan kezalimannya”. QçR˜G¯G† wG} éQPçšIý GßRšáG„ MáHºG• Katakanlah padanya: “Mahukah engkau wahai Firaun, untuk mensucikan diri kamu dari kekufuran?”. QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy “Sehingga dapat aku tunjukkan kepada engkau jalan mengenali Tuhanmu, supaya engkau takut dan tunduk pada Nya?”. 372 Juz Amma Q|G®M¤¼H MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• Maka dibuktikan dan diperlihatkan oleh Musa kepada Firaun, mukjizat yang besar. QçG³G“Gy G[RG¼G• Firaun tidak percaya dan terus menderhaka. QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ Dan kemudian dia memperlihatkan keingkarannya itu. Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• Dengan cara mengumpulkan semua bala tenteranya. Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…GeC£GœG} Gu£GºG• Dan berkata pada mereka: “Akulah Tuhan kamu semua, yang Maha Tinggi!”. QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxGG‹GÆG• Akibat dari kelantangan Firaun itu, maka Allah telah menetapkan penyeksaan pada Firaun di dunia dan di Akhirat. QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ GdçI• RwIý Sesungguhnya, peristiwa ini boleh memberi ingatan dan panduan kepada mereka yang takut (melanggar perintah Allah). 373 Juz Amma £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GY Wahai yang mengingkari Allah tentang adanya bangkitan semula selepas mati! Adakah diri-diri kamu yang sukar untuk dibangkitkan semula atau lebih sukar untuk membina dunia dengan langitnya? Sesungguhnya Allah telah membinanya dengan mudah! £GÁQ‚RÂG±G• £GÁG¼M¿G" GÚG•Ge Malah Allah telah menentukan langit itu di atas dan disempurnakan operasinya. £GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy£GÁG¾MÃGš GÕGµM”G} Gy Allah juga telah menjadikan malam itu gelap-gelita dan siang itu terang-benderang dengan adanya fungsi langit itu. P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeGìM OZ Gy Sedangkan bumi telah dipermudahkan sebagai hamparan untuk kesenangan makhluk. £GÁQ郓M®G›Gy £G„GY P£G› £GÁMÀI› G_G®M‹}G Lalu dari bumi itu dikeluarkan airnya untuk kegunaan manusia dan juga tumbuh-tumbuhannya. £GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy Dikukuhkan letaknya gunung-ganang di atas bumi sebagai pasak. MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G› Semuanya itu adalah untuk kegunaan sementara kamu dan juga binatang-binatang ternakan kamu. 374 Juz Amma Q|G®M¤¼H MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GY P飉 ZGdIÇG• Waspadalah pada akhirnya! Apabila datangnya gegaran dari jeritan suara tiupan Israfil dan berlaku bencana yang maha besar. QçG·G" £G› HãQ郱œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ GvMÂGñ Pada hari itu manusia mula mengingati apa yang telah mereka usahakan selama ini. Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G¨MšOZ \ I GfIN®H…Gy Dan pada hari itu juga diperlihatkan Neraka Jahiim kepada mereka yang dibenarkan melihatnya. QçG¸G‘ ãG› £R›GÆG• Mengetahuilah kesudahannya bagi mereka yang ingkar derhaka. £GÃMœS¬šOZ G{QÂGÃG©MšOZ G®G‡ZGYGy Yang hanya menumpukan kepada kehidupan dunia sahaja. Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G¨MšOZ RwIÇG• Maka sesungguhnya balasan mereka adalah Neraka Jahiim, tempat mereka berpulang. Q|GÂGÁMšOZ IãG“ GÔM¹GÀMšOZ çGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG› £R›G} Gy Manakala, yang telah bersabar menahankan nafsu mereka dan yakin, akan berdiri di hadapan mahkamah Allah untuk dipersoalkan. Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG¨MšOZ RwIÇG• Maka sesungguhnya balasan mereka ialah Jannah, tempat mereka berpulang. 375 Juz Amma £GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZ IãG“ GßGœÂH¾GËM±Gñ Orang yang ingkar derhaka itu pernah secara mengejek bertanya: “Bilakah akan datangnya hari Kiamat itu, wahai Muhammad?”. Pé£ÁQ‚G®G˜Id ãI› GÍœG} GâÃI• Sebenarnya tiada kaitan dengan tugasmu itu, wahai Muhammad. P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIý Dengan penjelasan bila berlakunya Kiamat dan ilmu mengenai bila Kiamat itu, hanya pada Tuhanmu, Allah sahaja. £GÁQƒG²MªGñ ãG› HeIÀH› GÍœG} P£G¿RœIý Tugasmu hanyalah menyampaikan ingatan tentang huru-hara hari Kiamat itu kepada yang takut menghadapinya sahaja. £GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš £GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜ Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang yang bersalah akan merasa, pada anggapan mereka, seolah-olah mereka tinggal di dunia dulu hanyalah sepetang atau sepagi sahaja. 376 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini memaparkan peristiwa hari Kiamat semasa tiupan Sangkakala yang pertama dan kedua, dan bagaimana kumpulan malaikat-malaikat menjalankan tugas-tugas mereka mencabut nyawa manusia yang kufur pada adanya hari kebangkitan semula dan yang beriman pada Allah. DAN Allah bersumpah dengan kumpulan para malaikat tersebut untuk memperkuatkan dalil Nya bahawa hari Kiamat itu PASTI TIBA dan hari Akhirat TETAP MENJELMA, dan WAJIB bagi kita mempercayainya. Walaupun telah ditanam dalam benak kita tentang adanya hari Akhirat dan huru-haranya, namun ramai sekali yang mengingkarinya. Surah ini menceritakan bagaimana Kaum Quraisy telah menolak konsep adanya hari Akhirat dan mereka disamakan dengan Kaum Firaun di zaman Nabi Musa as. Firaun telah secara terang-terang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan Allah telah memusnahkan dia dan kaumnya. Keingkaran ini sepatutnya dijadikan tauladan. Seterusnya manusia terus diajak memikirkan Allah sebagai Pencipta. Apa susahnya untuk mencipta sesuatu yang sudah ada untuk diadakan semula di Akhirat nanti, berbanding dengan mewujudkan langit dan kawasan kosong dengan segala bintang dan cakerawala beserta fungsi-fungsinya. Mencipta manusia semula setelah mati adalah lebih mudah bagi Allah, maka berfikirlah untuk mempercayai adanya Akhirat. Sekali lagi Allah mengajak kita meneliti bagaimana berlakunya Kiamat. Dengan tiupan Sangkakala pertama, semuanya mati dan selepas 40 tahun apabila berlaku teriakan tiupan kedua, manusia dihidupkan kembali untuk dihisab amalan-amalan mereka. Di sini, semuanya bergantung pada iman kita kepada Allah. Yang ingkar derhaka akan dicampakkan ke dalam Neraka. Rugilah mereka yang ingkar pada adanya Kiamat, pada hari pembalasan dan kepada konsep dibangkitkan semula. 377 Juz Amma Tafsir Surah: . £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy . £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy . £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy / Z@®›G} I\Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• . £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G• Demi malaikat-malaikat kasar yang mencabut nyawa dengan cara kasar sekasar-kasarnya. Dan demi malaikat-malaikat yang menarik nyawa dengan cara lembut yang selembut-lembutnya. Dan demi malaikat-malaikat yang cergas bergerak dengan secergas-cergasnya apabila diperintah. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului dalam menjalankan tugas-tugas mereka dengan bersungguh-sungguhnya. Maka penyempurnaan tadbir urus alam yang diperintahkan kepada mereka sedia terjadi. (Aku bersumpah dengan malaikat-malaikat ini, yang semua manusia akan dibangkitkan semula di hari Kiamat). Allah bersumpah, bahawa semua manusia yang mati itu akan dibangkitkan semula. Di dalam surah ini Allah bersumpah dengan menggunakan malaikat, yang diperintahkan untuk mencabut nyawa-nyawa manusia dan menjelaskan pergerakan malaikat-malaikat ini seperti berikut: a) Malaikat Izrail dan kumpulannya mencabut nyawa orang-orang yang kufur pada Allah, dengan cara kasar yang sekasar-kasarnya. b) Malaikat Izrail dan kumpulannya mencabut nyawa orang-orang yang beriman, dengan lembut dan harmoni. c) Malaikat-malaikat bergerak cergas dan pantas menyahut arahan Allah dari persada mereka ke dunia. d) Malaikat-malaikat ini bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba antara satu sama lain mencabut nyawa orang-orang yang kufur untuk menyelesaikan tugasannya dengan cepat. e) Semua malaikat-malaikat ini menjalankan urus tadbir mengambil nyawa manusia seperti yang diperintahkan. 378 Juz Amma Jadi, disamping Allah menjadikan semua malaikat-malaikat ini sebagai alat sumpahan Nya, Dia mengesahkan yang manusia semuanya akan dibangkitkan semula dan secara langsung menjelaskan cara roh atau nyawa manusia itu dicabut. Imam Muhammad Haqqi Ar-Rusawi menjelaskan ‘kaifiat’ atau cara pengambilan nyawa manusia oleh para malaikat adalah seperti berikut: a) Sekumpulan malaikat yang menjalankan tugas mereka, merentap dengan kasarnya roh orang-orang kufur dari jasad mereka. Ini termasuklah roh-roh semua jari-jemari, kuku, rambut dan juga anggota-anggota lain, yang direntap bersama. Umpama sepohon pokok besar yang DIRENTAP secara kasar, maka tercabutlah pohon itu beserta akar tunjang dan segala akar-akar kecilnya dari dalam tanah. Pada hal semasa cabutan dan rentapan itu, manusia itu masih hidup dan akan merasai sakitnya rentapan tersebut. Mereka adalah Malaikat Maut dan pembantu mereka adalah dari para ‘malaikat azab’, yang merejam ke dalam tubuh manusia kufur itu dengan alat seperti besi yang berbisa dari Neraka Jahiim. Mereka yang diambil nyawanya akan merasai seolah-olah perut mereka dipenuhi ‘duri-duri’, atau merasai seolah-olah diri mereka sedang keluar dari lubang-lubang kecil yang sempit, seolah-olah langit dan bumi sedang bercantum dan dia berada di dalam himpitan kedua-duanya. Apabila nyawa mereka direntap keluar, mereka akan menggeletar dan merasai kesakitan yang tidak terperi. b) Sekumpulan para malaikat yang lain pula, menjalankan tugas mereka mengambil nyawa orang-orang yang beriman, dengan cara yang paling lembut, berhemah dan penuh prihatin. Allah telah juga bersumpah dengan para malaikat ini yang begitu prihatin mengambil roh orang-orang yang beriman. Mereka adalah Malaikat Maut dan pembantu-pembantunya dari kalangan ‘Malaikat Rahmat’, dan mereka mengeluarkan roh orang mukmin seperti menarik rambut dari dalam minyak safi. Walaupun semua roh-roh lain seperti jari-jemari, kuku, rambut dan lain-lain, juga ditarik keluar, namun manusia itu tidak merasa sakit atau bisa seperti yang dideritai oleh orang-orang yang kufur. Walau bagaimana pun, mukmin yang kurang amalnya, cetek imannya dan diganggu oleh Syaitan ketika sakaratul maut, apabila roh mereka hendak dicabut, di saat inilah mereka seolah-olah terlihat bayangan ibu, bapa dan adik beradik yang melalaikan mereka ketika penyerahan diri terakhir yang mutlak kepada Allah. Semuga Allah menyelamatkan kita dari keadaan ini. 379 Juz Amma Berdasarkan pengertian Ayat-ayat 26 hingga 27, surah Yasin: /GãÃI›G®M¼H¿MšOZ GãI› çIÀG¾G·G‰Gy çIN…Ge çIšG®G¹G” £G¿I… /G wÂH¿G¾M·Gñ çI›MÂG– GÍMÃG¾QƒGñ GuG£– Mafhumnya: Dia berkata: “Alangkah baiknya kalau kaumku tahu tentang perkara yang menyebabkan aku diampuni oleh Allah Tuhanku, serta dijadikan aku dari kalangan orang yang dimuliakan. Bahawa Habib An-Najjar ketika rohnya diambil oleh Malaikat Izrail, beliau berada dalam keadaan sedar dan dapat melihat semua amal baik itu. Kata Musa Ar-Rusawi lagi: “Seseorang yang hendak diambil rohnya akan melihat para malaikat itu berdasarkan baik atau buruk amalannya. Apabila roh itu dikeluarkan dari badannya, mereka tidak ‘hilang fikiran’, mereka masih mempunyai pengetahuan tentang amalan-amalan mereka”. Rasulullah pernah menjelaskan bahawa sakit ‘sakaratul maut’ itu sangat pedih dan pernah bersabda: / K\ZG®G¼G" I\MÂG¿M¾Iš RwIZ . HäQN¾šOZ RêIZ GäQšIZ G ê ! Hx£G…G®G˜ZGy Mafhumnya: ! I\MÂG¿MšOZ \ I ZG®G¼G" çG¾G“ çINÀI“G} RâHÁNQ¾šOZ “Aduuh! Terasa sakitnya. Hanya Allah yang aku sembah. Setiap mati itu ada kesakitan mautnya. Ya Allah! Bantulah aku menghadapi saat-saat sakaratul maut!”. Hadith ini tidak berlawanan dengan konsep pengambilan roh dengan lembut, seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat surah ini. Rasulullah telah menyampaikan khabar sukaduka ini kepada umatnya. Di antara perkhabaran itu ialah kesakitan sakaratul maut yang dirasainya dan kemudian dijelaskannya dengan terang untuk pengetahuan umatnya. 380 Juz Amma c) Terdapat kumpulan malaikat-malaikat di mana Allah bersumpah dengannya, yang terus segera datang ke bumi untuk melaksanakan tugas pengambilan roh manusia dan untuk urusan-urusan lain yang berkaitan secara ‘sekelip mata’. Kedatangan mereka adalah secara tertib dan teratur, dan terus melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Kumpulan malaikat-malaikat ini akan melaksanakan tugas mereka secara berlumba-lumba atas satu-satu kerja samada untuk urusan dunia atau Akhirat, khususnya mengenai perkara urusan ‘bangkit semula’ dan urusan hari Kiamat. Inilah dia para malaikat yang diambil Allah sebagai sumpahan Nya dan secara tak langsung menjelaskan pada kita akan tugas-tugas agung mereka untuk kita insafi, bahawa hari Kiamat, hari Akhirat, hari pembalasan, hari yang penuh dengan huru-hara itu, pasti ada dan kita akan terlibat secara langsung dengannya. Pada hari itu, yang diambil kira ialah IMAN dan amal soleh kita sahaja. Apakah peristiwa-peristiwa HARI itu dan bagaimana pula perasaan manusia pada ketika itu, dijelaskan dalam ayat-ayat seterusnya. Firman Allah: . KæG¹I‰ZGy AIËG›MÂGñ D[ÂH¾H– . HæG•IcZR®šOZ £GÁH·G¤M¥G† . HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ . I{G®I•£G©MšOZ çI• GwyHcyHcM®G¿Gš £RœIYG} GwÂHšÂHºGñ . DæG·I²Q郋 £G„H®Q郳M…G} / D{G®I"£G‹ K{ R®G˜ Z@dIý GßM¾I† CZÂHš£G– . @{G®IªRœ £@¿Q郶I“ £RÀH˜ ZGdIY G} Pada hari itu, tiupan Sangkakala yang pertama menggoncangkan alam (maka matilah dan punah-ranahlah semuanya selain dari yang dikecualikan). Tiupan pertama akan diikuti pula oleh tiupan kedua (yang menyebabkan yang mati semuanya hidup semula, keluar dari kubur masing-masing). HATI-HATI manusia pada hari itu berdebar-debar ketakutan. MUKA-MUKA mereka memandang kehadapan dengan rasa hina dan gerun. Yang ingkarkan hari kebangkitan semula akan berkata: “Adakah kita semua seolah-olah hendak dikembalikan semula ke dunia seperti dahulu? Di sana dulu kita pernah berkata: Bolehkah kita dikembalikan semula dari tulang-tulang reput yang musnah itu? Kalaulah itu betul terjadi, nahaslah kita dalam kerugian!”. 381 Juz Amma Ayat di atas menjelaskan terdapat dua kali tiupan dari Malaikat Israfil, tiupan yang dikenali sebagai tiupan Sangkakala. Kali pertama, tiupan itu mematikan semua yang hidup termasuk manusia, binatang, bukit-bukau, haiwan dan apa saja yang ada di bumi ini. Setelah semuanya mati, selain dari yang dikecualikan, maka semuanya terbiar selama 40 tahun lamanya. Sangkakala kemudian ditiup buat kali keduanya. Maka dengan tiupan kali kedua inilah semua roh akan bercantum semula dengan badannya dan manusia akan keluar dari kubur masing-masing ke suatu kawasan yang kosong. Pada masa itu bumi ini telah bertukar menjadi Mahsyar dan bermulalah huru-hara yang amat dahsyatnya pada hari itu. Bagi mereka yang ingkarkan kebangkitan semula ini, mereka mulai merasa hati-hati mereka berdebar ketakutan dan insaf. Rupa-rupanya kedatangan hari kebangkitan semula itu benar! Penentang-penentang Allah pada hari itu malu dan gerun. Berlainan dengan hati-hati orang yang beriman akan adanya hari Kiamat, akan rasa tenang dan tidak kelihatan takut. Kelihatan orang-orang yang ingkar itu tunduk dan bersedih kerana menolak Allah dan ayat-ayatnya. Dalam keadaan kelam kabut itu, mereka seolah-olah percaya yang mereka akan dibalikkan semua ke dunia dahulu, di mana di sana mereka telah pernah mendustakan para Rasul Nya yang pernah berkata bahawa hari Kiamat akan berlaku dan semuanya akan dihidupkan kembali dan ketika itu mereka telah spontan berkata: “Jika ianya benar terjadi, maka kerugian besarlah untuk kita”. Jadi di hari ini, mereka mula merasai kerugian tersebut. Susuk bentuk ayat di atas seperti menghina orang-orang yang ingkar tentang adanya hari kebangkitan semula itu. Mereka seolah-olah mengulangi perkataan mereka dahulu dan mereka menggunakan lojik untuk memikirkan bagaimana tulang-tulang reput ini akan dihidupkan kembali. Mustahil! Dalam ilmu mereka ianya mustahil, tetapi mereka mesti ingat bahawa dalam ilmu Allah pula, ianya boleh berlaku. Keperluan ini adalah sebahagian dari akidah Islam dan manusia akan dihisab semua amal baik dan jahat mereka untuk menerima pembalasan yang sewajarnya. Apa susahnya untuk mewujudkan hari kebangkitan semula? 382 Juz Amma Firman Allah: / I{G®I„£R±šO£I… âH„ ZGdIÇG• . D{G¬IŠQé y D{G®M‰Gf GçI„ £G¿RœIÇG• (Menghidupkan/membangkitkan semula itu tidaklah sukar) kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan/tiupan Sangkakala yang kedua. Jeritan dan tiupan itu akan menyebabkan manusia dengan serta merta, berada di muka bumi yang putih rata. Dalam kata lain: “Jangan kamu kata untuk membangkitkan semula manusia selepas mati itu susah. Ianya sangat senang dalam Qudrah dan Iradah Allah. Hanya dengan tiupan kedua Malaikat Israfil, yang diberi tugas meniupkan Sangkakala itu, maka bercantum baliklah roh-roh dengan badannya, semuanya segar keluar dari kubur masing-masing dan berada di atas bumi yang kelihatan rata dan putih. Semuanya akan hadir di Mahsyar itu untuk dihisab”. Maulana Al-Fanari berkata sewaktu beliau mentafsirkan Al-Fatihah: “Manusia apabila bangkit dari tidur mereka dan dari kubur masing-masing, dan pada masa itu Allah menggantikan bumi ini menjadi padang Mahsyar, maka menyerahlah bumi itu pada Allah. Dan sewaktu pertukarannya, samada ianya dalam bentuk gambaran yang sama atau berbeza, atau disediakan Allah satu kawasan lain, manusia terus berada diatasnya. Dan Allah menyerahkannya untuk perhimpunan manusia semuanya. Kawasan baru itu digandakan keluasannya kepada 99 juzuk dan semuanya tersusun rapi”. Inilah gambaran secara SAM’IYYAT (hanya mendengarnya dari Al-Qur’an) tentang hari Kiamat dan betapa mudahnya untuk diwujudkan kebangkitan semula dan hari Kiamat itu. Tiupan kedua menghidupkan semua yang mati, dan mereka terus bangun dan berada di Mahsyar untuk proses hisab. Jarak di antara tiupan pertama dengan yang kedua dikatakan 40 tahun lamanya. Inilah dia hari Akhirat yang diwajibkan bagi semua muslim dan muslimah mempercayainya dan merupakan salah satu daripada Rukun Iman. 383 Juz Amma Sebagai pengajaran dari penolakan, keingkaran dan kekufuran oleh Firaun terhadap hari kebangkitan semula ketika Musa as diutuskan untuk mendakwah mereka, untuk orang-orang Quraisy memahaminya, dan sebagai iktibar kepada mereka jika mereka MENGENALI Allah dan kemudian TAKUT dengan Nya, maka Allah berfirman: . |@ÂH‘ IhR¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I… ôHäS…Ge HäQ‚Gc£Gœ MdIý ؟QPçG" ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ ؟QçR˜G¯G† wG} PQéçšIý GßRš áG„ MáHºG• . Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„BdOZ / Q|G®M¤¼H MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• ؟çQ G²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy . Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• . QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ . QçG³G“Gy G[RG¼G• . éQPçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxGG‹GÆG• . Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…Ge C£GœG} Gu£GºG• / çQP G²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ Gd çI• RwIý Adakah telah sampai padamu wahai Muhammad perihal Nabi Musa? Ketika itu beliau diseru Allah di satu “Lembah Tuuwa” yang suci berkat itu. Maka katakanlah padanya: “Adakah engkau wahai Firaun, mahu menyucikan diri kamu dari kekufuran? Dan mahukah engkau aku tunjukkan kepadamu jalan untuk mengenali Allah Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (untuk menderhaka pada Nya)?”. (Setelah pertemuan berlaku atas perintah Allah pada Musa) maka Firaun diperlihatkan kepada mukjizat besar Nabi Musa. Tetapi Firaun terus mendustakan Musa dan menderhaka pada Allah, berpaling ingkar dan menjalankan usaha untuk menentang Musa. Maka dia menghimpunkan semua orang-orangnya dan berkata: “Akulah Tuhan Kamu Yang Tertinggi!”. Maka Allah telah mengenakan azab kepadanya di dunia (dengan menenggelamkannya ke dalam laut) dan azab di Akhirat (dibakar dalam Neraka). Sesungguhnya perkara demikian itu mengandungi pelajaran dan peringatan yang boleh mendatangkan iktibar bagi mereka yang takut pada Allah. 384 Juz Amma Firaun ketika zaman Nabi Musa as, telah dianggap sebagai pelampau yang melampau, perosak mukabumi, jahat, zalim dan memperhambakan manusia untuk kepentingan dirinya. Nabi Musa telah dipanggil Allah dan bertemu dengan Nya di Lembah Tuuwa di sebelah kanan Bukit Thuur di antara Madinah dan Mesir, di mana Allah telah meminta beliau untuk pergi mendakwahkan Firaun yang kufur ingkar itu. Dengan perkataan yang lembut berpolisi tinggi, Allah meminta Musa menyatakan: “Jika kamu wahai Firaun, mahu menyucikan diri kamu dari semua kejahatan dan kemusnahan, dan berbalik kepada Allah, maka akan aku tunjukkan jalannya! Jika engkau mengetahui siapa Allah itu barulah kamu boleh takut dan tunduk pada Nya, demi kebaikan kamu!”. Kemudian untuk membuktikan kebenaran Nabi Musa, maka diperlihatkan mukjizatnya dengan mengalahkan semua tukang-tukang sihir yang dihimpunkan untuk bertanding kekuatan. Akhirnya semua tukang sihir itu akur pada Musa as dan beriman kepada Allah. Pada Firaun, dia merasa tercabar dan terus menderhaka menolak Allah, mengingkari hari kebangkitan semula, meneruskan kekufuran dan kezalimannya pada umat manusia dan dengan angkuhnya mencabar kerasulan Nabi Musa. Kejahatan Firaun ialah hingga ke peringkat dia mengakui dirinya Tuhan, sedangkan Iblis walaupun derhaka pada Allah tidak pernah mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya dia mati tenggelam di lautan dan akan dikenakan azab Akhirat yang sangat pedih. Yang pentingnya dari sejarah ini ialah bagaimana kita boleh mengambil iktibar darinya. Sheikh Syed Qutub berpendapat bahawa HANYA orang yang tahu siapa Tuhannya saja dan kemudian takut melanggar perintah Nya akan dapat meresapkan iktibar dari kisah Musa/Firaun ini. Jika hati seseorang itu tiada ketaqwaan pada Allah, maka terdapat hijab di antaranya dengan kisah tersebut. Akibatnya, berlanggarlah ia dengan kenyataan hidupnya sehingga datang hukum Allah untuknya di dunia dan azab pedih untuknya di Akhirat nanti. Dalam kata lain: “Kenalilah Tuhanmu Allah itu dengan sesungguh-sungguhnya, dan dari pengenalan itu, barulah akan tercetus rasa taqwa dan takut untuk melanggar perintah-perintah Nya”. Akibat rasa was-was pada hari kebangkitan semula, was-was iman pada Allah, was-was Syaitan yang menguasai diri dan minda, maka berlakulah kecelaruan dalam hidup masyarakat di masa kini. 385 Juz Amma Manakah yang lebih sukar untuk dicipta: langit dan kawasan persekitarannya atau mencipta manusia semula selepas mereka mati? Firman Allah: . £GÁQ‚RÂG±G• £GÁG¼M¿G" GÚG•Ge . £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GY . P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeGìM OZ Gy . £GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy £GÁG¾MÃGš GÕGµM”G} Gy . £GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy . £GÁQ郓M®G›Gy £G„GYP£G› £GÁMÀI› G_G®M‹}G / MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G› (Wahai golongan yang ingkar pada kebangkitan hidup semula!). Kamukah (setelah mati) yang sukar diciptakan semula, atau lebih sukar lagi mencipta langit? Allah Tuhanmu, telah membinanya dengan kukuh. Dia telah mencipta langit sebegitu rupa, tinggi tempatnya dan Dia menyempurnakan kestabilannya (dengan semua cakerawala disekelilingnya). Dan (dari ciptaan langit itu) terjadilah malam dengan gelapnya, dan siang dengan terang benderangnya. (Sehubungan dengan itu!) Bumi pula sesudah itu dicipta terhampar (untuk kemudahan penghuninya). Terdapat air yang dikeluarkan dari dalam perutnya, disamping membiakkan tumbuh-tumbuhannya. Dipasang pula gunung-ganang yang gagah kukuh letaknya atas bumi itu (sebagai pancang pasak yang menstabilkannya). SEMUANYA ini dicipta untuk kegunaan kamu semua wahai manusia, dan juga untuk binatang-binatang ternakan kamu. Maksud ayat di atas, penciptaan semula manusia setelah mati di hari Kiamat adalah lebih mudah, kerana telah ada rohnya dan acuannya yang masih baik. Bandingkan jika hendak dicipta sesuatu dari tiada kepada ada. Contohnya, kawasan di atas bumi dengan segala cakerawalanya, fungsi-fungsinya kepada bumi, yang dikenali sebagai ‘langit’. Sesukar itu pun boleh dicipta oleh Allah dengan kukuhnya, dan megah memberi khidmatnya kepada manusia sejak ia diciptakan sehingga kini. 386 Juz Amma Firman Allah: AeI¬Q郺I… GkMeGìM OZ Gy I\Qé ÂQ郿R±šOZ GÝG¾G‹ |IRšOZ GÔMÃGšGyG} HâÃI¾G·šOZ HÝQƒR¾GªMšOZ GÂH„Gy Qéç¾G… > âHÁG¾M¦I› GÝH¾MªGñ wG} PQçG¾G“ Mafhumnya: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Allah, Tuhan yang telah mencipta LANGIT dan bumi (yang sedemikian sukarnya) berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai Dia berkuasa! Dan Dialah PENCIPTA yang tiada tolok bandingnya, dan Maha Tinggi kemahiran Nya. (Surah Yaasin, Ayat 81) Diantara kesulitan mencipta langit dan segala rangkaiannya mengikut ayat di atas ialah: a) Ianya berada di atas, dan merupakan satu ruang kosong yang dipenuhi dengan cakerawala-cakerawala lain termasuk matahari, bulan dan bintang-bintang, yang mempunyai satu hubungan kerja yang menyinarkan bumi. b) Terlalu terserlah kepada kita untuk mencipta semuanya ini, termasuk menstabilkan semua pergerakan cakerawala-cakerawala ini di tempat dan masa yang sesuai, sehingga tidak bercanggah di antara satu sama lain. Ciptaan yang diikuti dengan operasinya, sesuatu yang sangat sulit untuk direalisasikan. c) Kejadian malam yang gelap dan siang yang terang mempunyai kaitan yang rapat dengan langit dan cakerawala itu. Apa lagi terjadinya musim-musim panas, musim sejuk, musim bunga, semuanya ada kaitan dengannya. d) Penyinaran matahari dan kesannya pada bulan, pasang surutnya air di bumi dan subur tidaknya tanah taneh, ada kaitannya dengan langit. 387 Juz Amma Serentak dengan ciptaan langit, bumi pula diciptakan terhampar, khusus untuk kemudahan manusia menggunakannya untuk pengeluaran makanan dan binatang ternakannya. Dan terjadinya bukit-bukau yang menjadi pasak bumi, adalah sebahagian dari ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Apakah hubungan penciptaan langit yang lebih sulit itu dan kemudian di ikuti dengan penciptaan bumi oleh Allah, dengan ‘dibangkitkan semula’ sesudah mati? Penciptaan langit dan bumi bukan secara kebetulan saja, tetapi ianya dicipta melalui TAKDIR Ilahi, Pencipta yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan Nya. Semuanya untuk kepentingan hidup manusia dan binatang ternakan mereka. Jadi, dangkalkah Allah untuk mencipta semula manusia yang telah pun pernah dicipta Nya sebelum ini, di mana rohnya masih ada dalam simpanan Tuhannya? Allah meminta kita untuk berfikir sejenak. Bagi mereka yang terus menolak hakikat ‘dibangkitkan semula’ ini, ianya tidak merugikan Allah, tetapi segala-galanya akan musnah dengan kedatangan hari Kiamat di mana pada hari itu semuanya akan dihisabkan. Firman Allah seterusnya: . QçG·G"£G› HãQ郱œIîM OZ H®R˜GG¥Gñ GvMÂGñ . Q|G®M¤¼H MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GYP飉ZGdIÇG• . QçG¸G‘ ãG›£R›GÆG• . Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G¨MšOZ \ I GfIN®H…Gy . Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G¨MšOZ RwIÇG• . £GÃMœS¬šOZ G{ÂQGé G MšOZ G®G‡ZGYGy . Q|GÂGÁMšOZ IãG“ GÔM¹GÀMšOZçGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG› £R›G} Gy / Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG¨MšOZ RwIÇG• Apabila munculnya hari bencana besar itu (tiupan kedua Israfil), di mana pada hari itu, semua manusia akan mula mengingati apa yang telah mereka usahakan selama hidup mereka dahulu di dunia! Pada hari itu juga, Neraka Jahiim diperlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya (dengan mata kepala mereka). Jadi, masing-masing sudah mengetahui kesudahan mereka, yang melampau derhaka itu dan yang lebih mementingkan hidup dunia mereka dari Akhirat. 388 Juz Amma Sesungguhnya untuk mereka-mereka ini, disediakan Neraka Jahiim, tempat kediaman mereka. Sebaliknya, mereka yang senantiasa takut dengan keadaan semasa, akan berdiri di hadapan mahkamah Allah, dan mereka ini yang telah berusaha menahankan diri dan nafsunya (dari melanggar perintah Allah), disediakan kediamannya di Syurga. Hari semua ciptaan Allah itu akan berakhir bila ajalnya sampai. Inilah dia hari bencana besar setelah melalui tiupan Israfil yang kedua. Pada masa itu manusia akan teringat dan terkenangkan apa yang telah mereka usahakan selama di dunia dahulu. Ingatan pada apa yang telah mereka usahakan dahulu tidak memberi apa-apa erti kepada mereka, kecuali penyesalan, dan tergambar azab yang akan mereka tempuh sedikit masa lagi selepas dihisab. Ini ditujukan khusus pada mereka yang ingkar derhaka pada Allah, yang tidak percaya akan kewujudan Akhirat dan hari kebangkitan semula. Pada masa itu, Allah memperlihatkan pada mereka dengan jelasnya Neraka Jahiim. Neraka Jahiim itu untuk anda JIKA anda melampaui batas Al-Haq dan Hidayah, kufur pada Allah, menolak ayat-ayat Allah dengan berbagai-bagai alasan, menolak konsep keadilan Allah yang menekankan perihal kehidupan semula selepas mati, dan kerana hidup anda di dunia dahulu terlebih sangat mementingkan dunia dari Akhirat. Bila kepentingan dunia diberi keutamaan, maka disitulah timbulnya ingkar, derhaka, tamak, menolak Allah dan menolak hari kebangkitan semula. Jika anda dari kalangan orang-orang yang takut melanggar perintah Allah, tidak terdedah kepada maksiat, dan jika dilakukan juga maksiat itu kerana kelemahan kamu sebagai manusia, dan sangat takut dan gusar tentang bagaimana hendak menghadapi MAHKAMAH Allah nanti, dan di mana dengan semuanya ini anda kesal, beristighfar, bertaubat, maka anda adalah dalam lingkungan orang-orang yang taat pada Allah. Pada masa yang sama anda sentiasa menahankan hawa nafsu anda, dan mengetahui bahawa nafsu ini senantiasa membawa kita kepada kancah melampau dan maksiat, kerana setiap maksiat itu punca kepada bala dan menelurkan kejahatan, dan anda berijtihad dengan penuh sabar untuk terus berada dalam keredhaan Allah, anda adalah dalam lingkungan orang-orang yang taat pada Allah. 389 Juz Amma ANDA berada dalam kumpulan orang-orang yang mendapat Jannah sebagai tempat berpulang, sekiranya anda telah: a) berjihad melawan tekanan nafsu. b) bersabar daripada melakukan sebarang maksiat. c) bermohon pada Allah untuk takut pada Nya dalam melanggar perintah Nya. Takut melanggar perintah Allah dan takut bagaimana hendak berdiri dihadapan Mahkamah Allah adalah sebesar-besar jihad melawan nafsu, dan hasilnya ialah latihan menyucikan diri, beristiqomah, yang pada akhirnya akan mengangkat darjat kita ke maqam yang lebih tinggi. Sebenarnya, anda mempunyai kuasa untuk melawan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang ditegah, boleh berjihad dengan sesungguh hati, dengan cara menjulang tinggi kebaikan dan keimanan. Walaupun dalam dunia hari ini di mana kita dikelilingi oleh kemajuan teknologi dan maksiat itu senantiasa berada di sekeliling kita, kebebasan ini dapat kita lawan dengan cara melawan kemaraan nafsu, berjihad menentang maksiat, menjulang tinggi nilai-nilai kebaikan dan beriman kepada Allah. Kejayaan hanya akan kita perolehi sekiranya semuanya ini dibuat dengan ‘KERANA Allah’, dan balasan yang dijanjikan ialah Jannah. Pada akhir surah ini, persoalan tugas Rasulullah dijelaskan, iaitu tugasnya ialah untuk menyampaikan berita-berita tentang hari Akhirat, perihal tiupan Sangkakala, huru-hara hari kebangkitan semula, dan penyediaan Neraka dan Syurga kepada yang sepatutnya. Bukanlah tugas Rasulullah untuk memberitahu bila berlakunya Kiamat, itu adalah urusan Allah. Firman Allah: . P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIý ؟£GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZ IãG“ GßGœÂH¾GËM±Gñ . £GÁQƒG²MªGñ ãG› HeIÀH› GÍœG} P£G¿RœIý / £GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš £GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜ 390 Juz Amma Mereka yang ingkar itu selalu bertanya padamu wahai Muhamad, tentang Hari Kiamat, kata mereka: “Bilakah masa berlakunya hari itu?”. Di manakah kedudukan tugasmu dengan menerangkan bila berlakunya Kiamat itu? Hanya kepada Tuhanmu Allah sahaja, terserah kepada Nya tentang bila berlakunya Kiamat. Tugasmu wahai Muhammad, hanyalah untuk menyampaikan amaran kepada mereka yang takut menghadapi huru-hara hari tersebut sahaja. (Sangatlah dahsyat huru-hara hari itu, sehingga orang yang ingkar bersalah itu merasa) Pada masa melihat hari itu dan huru-haranya, seolah-olah mereka berada di dunia dahulu itu hanya sepetang atau sepagi sahaja. Apabila ayat-ayat mengenai Kiamat dan kesengsaraan huru-hara pada hari tiupan kedua, di hari manusia semua dibangkitkan semula untuk dibaca dan dihisab segala amalan mereka, maka terfikirlah orang-orang yang ingkar tersebut dan mereka akan tertanya-tanya bagaimanakah Kiamat itu, bilakah ianya akan berlaku dan ianya pasti berakhir dengan hisab ke atas semua amalan mereka. Ayat-ayat itu menjelaskan adanya hisab, adanya Neraka, adanya suka-duka dan adanya inzar-inzar (amaran azab) yang menakutkan. Tertekan dengan keterangan ayat-ayat ini, maka mereka bertanya bilakah akan berlakunya Kiamat itu pada Rasulullah. Persoalan bila berlakunya Kiamat itu bukan dalam urusan dan pengetahuan Rasulullah. Bukan tugasnya untuk memberitahu bila, tetapi tugasnya hanyalah untuk menyampaikan kabar ingatan tentang balasan kepada yang ingkar, dan tentang kesakitan di hari huru-hara besar itu. Bila berlakunya Kiamat itu adalah urusan Allah sahaja! Ayat terakhir surah ini seolah-olah membandingkan mereka yang pernah berada di dunia dengan yang sedang menghadapi huru-hara hari tersebut. Diumpamakan kehidupan di dunia yang panjang itu seperti sepetang sahaja, pendek dan boleh bertahan. Sedangkan pada hari Kiamat, kehuru-haraannya tidak tertahan. Keadaan tekanan jiwa berlaku apabila mereka melihat sendiri azab itu dengan mata kepala mereka dan merasai masa azab yang terlalu panjang. Bayangkanlah, azab yang terlalu lama dan ngeri akan menyebabkan satu tekanan, sehingga melupakan orang yang ingkar itu akan kehidupannya di dunia dahulu, seolah-olah ianya hanya sepetang atau sepagi sahaja. Mohon Allah lindungkan kita dari merasai tekanan kedatangan huru-hara itu. 391 Juz Amma Syed Qutub mentafsirkan ayat akhir ini dengan katanya: “Inilah dia satu tekanan yang amat dahsyat ke atas mereka yang sedang di azab. Mereka membandingkannya dengan dunia lalu di mana hidup mereka selesa, dengan umur yang panjang, peristiwa-peristiwa yang berlaku dan harta benda yang mereka kumpul. Segala-galanya pada minda mereka pada hari itu, hanya tak lebih dari sekelip mata sahaja. Jadi apalah dunia ini dengan segala yang ada kerana hari Akhirat itu lebih lama, lebih berat dan lebih sengsara jika kita menolak Allah dan Rasul Nya. Apalah ertinya mereka berbunuh-bunuhan sesama mereka, sedangkan kesannya sangat besar di Akhirat nanti. Apalah ertinya maksiat yang mereka lakukan, jika dibandingkan dengan azab yang bakal diterima. Hidup dunia ini hanya sepetang atau sepagi sahaja jika dibandingkan dengan azab yang berterusan dan kengeriannya yang berpanjangan”. Akhir kata, REBUTLAH Akhirat dengan iman dan amal soleh. TINGGALKANLAH maksiat dan kekufuran, kerana ia langsung tidak berbaloi untuk kita. Allahu A’lam. 392 Juz Amma SURAH AN-NABA’ Diturunkan di Mekah : 40 Ayat âI MÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (3) GwÂH¹I¾G¥MªH› IäI• MâH„ |IRšOZ (2) IâÃI¶G·MšOZ IÇG¤RÀšOZ IãG“ (1) GwÂHšGY P£G±G¥Gñ RâG“ (6) @Z¬QéƒÁI› GkeGìM OZ IáG·M¨Gœ MâGšG} (5) GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ RâH‡ (4) GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ (9) £@†£G¤H" MâH¼G›MÂGœ £GÀM¾G·G‰Gy (8) £@‰Q GyMfG} MâH¼QƒGÀMºG¾G‹Gy (7) Z@c£G†MyG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy (11) £@²QƒG·G› Ge£GÁRÀšOZ £GÀM¾G·G‰Gy 10 £@"£G¤Iš GáMÃRšOZ £GÀM¾G·G‰Gy (13) £@‰£R„Gy £@‰ZG®I" £GÀM¾G·G‰Gy (12) Z@cZG¬I& £@·M¤G" MâH¼– G MÂG• £GÀMÃGÀG…Gy (15) £@†£G¤GœGy £U¤GŠ õ IäI… G_I®MªHÀINš (14) £@‰£R¨G‡ @Y P飛 I\Q G®I³M·H¿MšOZ GãI› £GÀMšG¯MœG} Gy (17) £@¥QƒGºÃI› Gw£G˜IáM³G¹MšOZ GvMÂGñ RwIý (16) £@•£G¹MšG} AÍQƒRÀG‰Gy (18) £@‰ZGÂM•G} GwÂH†MÆG¥G• IeÂS³šOZ çI• HÒG¹ÀHñ GvMÂGñ (19) £@…Q GÂM…G} MÍGœ£G¼G• HYP£G¿R±šOZ IÍG©I¥H•Gy (21) Z@c£G'M®I› MÍGœ£G˜ GâRÀGÁG‰ RwIý (20) £@…ZG®G" MÍGœ£G¼G• Hu£G¤I¨MšOZ \ I G®INÃH"Gy (23) £@…£GºMŠG} Pé£ÁÃI• GãÃI¦I¤QƒRš (22) £@…£GËG› GãÃI¸QƒRµ¾INš ( ) 25) £@–£R±G”Gy£@¿ÃI¿GŠ RêIý (24) £@…ZG®G& GêGy Z@cM®G… £GÁÃI• GwÂH–yHGƒñ Rê ( 27) £@…£G±IŠ GwÂH‰M®Gñ Gê CZÂHœ£G˜ MâHÁRœIý (26) £@–£G•Iy @Y Pé Z¯ƒG‰ ( 29) £@¤Q郥I˜ HäQéƒÀMó G MŠG} AYMåG& RáH˜Gy (28) £@…ZRI˜£GÀI¥Qéƒñ£GËI… CZÂH…RG˜Gy ( 31) Z@f£G¹G› GãÃIºR¥H¿M¾Iš RwIý (30) £@…ZGG“ RêIý MâH˜G¬ñI¯Rœ ãG¾G• CZÂH–yHG• ( 393 Juz Amma 34) £@–£G„Ic £@"MÆG˜Gy (33) £@…ZG®M†G} GÌI“ZGÂG˜Gy (32) £@¤QéƒÀM“G} Gy GÝI¢PéZ¬GŠ ( 36) £@…£G±IŠ @Y P飵G“ GßIN…Re ãIN› @Y PéZ¯G‰ (35) £@…Q RI˜ GêGy Z@ÂM¸Gš£GÁÃI• GwÂH·G¿M±Gñ Rê ( 37) £@…£GµI‹ HäMÀI› GwÂH¼I¾M¿GñGê ÷IãQ郿MŠR®šOZ £G¿HÁGÀMÃG…£G›GyIkMeì G M OZ GyI\QéƒQ郿R±šOZ IN[Re ( Gu£G–Gy HãQ郿MŠR®šOZ HäGš GwIdG} MãG› RêIýGwÂH¿R¾G¼G¥Gñ Rê÷£U¹G' IæG¼IËQPƒ¾G ¿G MšOZ Gy H`yS®šOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ (39) £@…£GËG› õ IäIN…Ge QéçšIý GGªR†OZ GY P£G& ãG¿G• ÷ SÝG©MšOZ HvMÂGÃMšOZ GßIšQ Gd (38) £@…ZGÂG' HxZG¬Gñ MÍG›R¬–G £G› HYM®G¿MšOZ H®H¶ÀGñ GvMÂGñ £@¤ñI®–G £@…ZGG“ MâH¼Q郜MeGœG} P£RœIý (40) =飅Q G®H† HÍMÀH˜çIÀG¥MÃG¾QƒGñ H®I•£G¼MšOZ HuÂHºGñGy MAFHUMNYA: Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. Apakah yang mereka tertanya-tanya itu? Tentang khabar berita mengejutkan (iaitu hari kebangkitan semula dan balasan atas perbuatan lalu)? Yang mereka ragu-ragukan selama ini dan telah berselisih faham mengenainya? Tunggu sajalah! Mereka akan mengetahuinya (dengan yakin tentang kebenarannya itu). Sekali lagi, tunggu sajalah! Mereka pasti akan mengetahuinya dengan yakin kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (Mengapa kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaan Kami menghidupkan semula yang telah mati itu?). Tenguklah! Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini terbentang luas (untuk kegunaan dan kemudahan kamu?). Dan telah menjadikan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya pada bumi? Dan Kami telah mencipta kamu semua berpasang-pasangan. Dan Kami jadikan tidur kamu untuk kamu berehat. Dan Kami jadikan malam hari kamu itu gelap melindungi kamu. Dan Kami jadikan siang hari kamu sebagai masa untuk mencari rezeki. Dan Kami telah mencipta di atas kamu tujuh petala langit yang kukuh dan terkuat! Dan darinya tercipta matahari yang mengeluarkan sinar cahayanya yang menjadi lampu yang terang benderang! Dan Kami telah menurunkan dari awan itu, air hujan yang mencurah-curah untuk kamu! Untuk kami mengeluarkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuhan-tumbuhan. Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya! Sesungguhnya Hari Kiamat 394 Juz Amma (pemutusan hukum Allah itu) adalah ditentukan masanya. Iaitu hari ditiupkan Sangkakala (oleh Malaikat Israfil), lalu kamu semua bangkit dari mati kamu dan datang secara berpuak-puak ke Padang Mahsyar. Dan pada hari itu juga, langit dipecah-belahkan sehingga tiap-tiap belahan itu menjadi seperti pintu yang terbuka luas. Dan gunung-ganang setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu jadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran matahari di padang pasir. Sesungguhnya Neraka Jahannam pun mula tersedia ada. Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Allah, sebagai tempat kembalinya mereka. Mereka akan tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Di sana tidak dapat merasai udara yang nyaman dan jauh sekali dari sebarang minuman, kecuali air panas yang menggelegak dan air danur kotor yang mengalir, sebagai balasan yang sesuai dengan perbuatan mereka dahulu. Kerana mereka dahulu tidak pernah terlintas yang mereka akan dihisabkan. Dan mereka terus mendustakan dengan sekuat hati mereka akan ayat-ayat Allah dan keterangan Nya. Dan setiap sesuatu dari amalan mereka itu telah Kami catit dan Kami hitung secara bertulis. (Setelah mereka dimasukkan ke dalam Neraka Allah itu, maka dikatakan pada mereka:) “Rasailah sendiri akan azab ini dan Kami akan tambah azab yang berbagai-bagai ke atas kamu dari masa ke semasa”. Bagi orang yang bertaqwa, disediakan Syurga, tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. Antaranya, taman-taman bunga dan kebun buah-buahan, terutamanya anggur. Dan pelayan-pelayan yang sebaya umurnya. Serta gelas-gelas yang sentiasa penuh dengan minuman. Di dalam Syurga tersebut tiada suara-suara yang sia-sia dan tiada juga perkataan-perkataan yang dusta. Ini semuanya sebagai balasan dari Allah Tuhanmu, satu limpah kurnia yang mencukupi. Dialah Allah, Tuhan yang mentadbir langit-langit dan bumi serta semua yang berada di antara keduanya. Maha Pemurah, tidak ada sesiapa pun diberi kuasa untuk tawar-menawar (tentang balasan itu) dengan Nya. Hari itu Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah dari Allah), tiada yang berani tawar-menawar kecuali yang telah diizinkan baginya oleh Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi berkata benar. Itulah dia hari Kiamat yang tetap akan berlaku. Sesiapa yang mahukan kebaikan pada dirinya, maka ambillah jalan kembali pada AllahTuhannya dengan isian iman dan amal soleh. Sesungguhnya, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat itu. Iaitu hari di mana seseorang itu akan dapat melihat semua amalan yang telah mereka lakukan dahulu. Dan pada hari itu orang yang kufur akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ini balik semula menjadi tanah!”. 395 Juz Amma TERJEMAHAN SURAH AN-NABA’ IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti. GwÂHšGY P£G±G¥Gñ RâG“ Apakah yang mereka tertanya-tanya itu? IâÃI¶G·MšOZ IÇG¤RÀšOZ IãG“ Tentang khabar berita mengejutkan (iaitu hari kebangkitan semula dan balasan atas perbuatan lalu)? GwÂH¹I¾G¥MªH› IäI• MâH„ |IRšOZ Yang mereka ragu-ragukan selama ini dan telah berselisih faham mengenainya? GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ Tunggu sajalah! Mereka akan mengetahuinya (dengan yakin tentang kebenarannya itu). GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ RâH‡ Sekali lagi, tunggu sajalah! Mereka pasti akan mengetahuinya dengan yakin kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). @Z¬QéƒÁI› GkeGìM OZ IáG·M¨Gœ MâGšG} (Mengapa kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaan Kami menghidupkan semula yang telah mati itu?). Tengoklah! Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini terbentang luas (untuk kegunaan dan kemudahan kamu?). 396 Juz Amma Z@c£G†MyG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy Dan telah menjadikan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya pada bumi? £@‰Q GyMfG} MâH¼QƒGÀMºG¾G‹Gy Dan Kami telah mencipta kamu semua berpasang-pasangan. £@†£G¤H" MâH¼G›MÂGœ £GÀM¾G·G‰Gy Dan Kami jadikan tidur kamu untuk kamu berehat. £@"£G¤Iš GáMÃRšOZ £GÀM¾G·G‰Gy Dan Kami jadikan malam hari kamu itu gelap melindungi kamu. £@²QƒG·G› Ge£GÁRÀšOZ £GÀM¾G·G‰Gy Dan Kami jadikan siang hari kamu sebagai masa untuk mencari rezeki? Z@cZG¬I& £@·M¤G" MâH¼–G MÂG• £GÀMÃGÀG…Gy Dan Kami telah mencipta di atas kamu tujuh petala langit yang kukuh dan terkuat! £@‰£R„Gy £@‰ZG®I" £GÀM¾G·G‰Gy Dan darinya tercipta matahari yang mengeluarkan sinar cahayanya yang menjadi lampu yang terang benderang! £@‰£R¨G‡ @Y P飛 I\Q G®I³M·H¿MšOZ GãI› £GÀMšG¯MœG} Gy Dan Kami telah menurunkan dari awan itu, air hujan yang mencurah-curah untuk kamu! 397 Juz Amma £@†£G¤GœGy £U¤GŠ õ IäI… G_I®MªHÀINš Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuhan-tumbuhan. £@•£G¹MšG} AÍQƒRÀG‰Gy Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya! £@¥QƒGºÃI› Gw£G˜ IáM³G¹MšOZ GvMÂGñ RwIý Sesungguhnya HARI KIAMAT (pemutusan hukum Allah itu) adalah ditentukan masanya. £@‰ZGÂM•G} GwÂH†MÆG¥G• IeÂS³šOZ çI• HÒG¹ÀHñ GvMÂGñ Iaitu hari ditiupkan Sangkakala (oleh Malaikat Israfil), lalu kamu semua bangkit dari mati kamu dan datang secara berpuak-puak ke Padang Mahsyar. £@…Q GÂM…G} MÍGœ£G¼G• HYP£G¿R±šOZ IÍG©I¥H•Gy Dan pada hari itu juga, langit dipecah-belahkan sehingga tiap-tiap belahan itu menjadi seperti pintu yang terbuka luas. £@…ZG®G" MÍGœ£G¼G• Hu£G¤I¨MšOZ \ I G®INÃH"Gy Dan gunung-ganang setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu jadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran matahari di padang pasir. Z@c£G'M®I› MÍGœ£G˜ GâRÀGÁG‰ RwIý Sesungguhnya Neraka Jahannam pun mula tersedia ada. 398 Juz Amma £@…£GËG› GãÃI¸QƒRµ¾INš Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Allah, sebagai tempat kembalinya mereka. £@…£GºMŠG} Pé£ÁÃI• GãÃI¦I¤QƒRš Mereka akan tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. £@…ZG®G& GêGy Z@cM®G…£GÁÃI• GwÂH– yHGƒñ Rê Di sana tidak dapat merasai udara yang nyaman dan jauh sekali dari sebarang minuman, £@–£R±G”Gy £@¿ÃI¿GŠ RêIý kecuali air panas yang menggelegak dan air danur kotor yang mengalir, £@–£G•Iy @Y PéZ¯ƒG‰ sebagai balasan yang sesuai dengan perbuatan mereka dahulu. £@…£G±IŠ GwÂH‰M®Gñ Gê CZÂHœ£G˜ MâHÁRœIý Kerana mereka dahulu tidak pernah terlintas yang mereka akan dihisabkan. £@…ZRI˜ £GÀI¥Qéƒñ£GËI… CZÂH…RG˜Gy Dan mereka terus mendustakan dengan sekuat hati mereka akan ayat-ayat Allah dan keterangan Nya. £@¤Q郥I˜ HäQéƒÀMó G MŠ}G AYMåG& RáH˜Gy Dan setiap sesuatu dari amalan mereka itu telah Kami catit dan kami hitung secara bertulis. 399 Juz Amma £@…ZGG“ RêIý MâH˜G¬ñI¯Rœ ãG¾G• CZÂH–yHG• (Setelah mereka dimasukkan ke dalam Neraka Allah itu, maka dikatakan pada mereka: ) “Rasailah sendiri akan azab ini dan Kami akan tambah azab yang berbagai-bagai ke atas kamu dari masa ke semasa”. Z@f£G¹G› GãÃIºR¥H¿M¾Iš RwIý Bagi orang yang bertaqwa, disediakan Syurga, tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. £@¤QéƒÀM“G} Gy GÝI¢PéZ¬GŠ Antaranya, taman-taman bunga dan kebun buah-buahan, terutamanya anggur. £@…ZG®M†G} GÌI“ZGÂG˜Gy Dan pelayan-pelayan yang sebaya umurnya. £@–£G„Ic £@"MÆG˜Gy Serta gelas-gelas yang sentiasa penuh dengan minuman. £@…Q RI˜ GêGy Z@ÂM¸Gš £GÁÃI• GwÂH·G¿M±Gñ Rê Di dalam Syurga tersebut tiada suara-suara yang sia-sia dan tiada juga perkataan-perkataan yang dusta. £@…£G±IŠ @Y P飵G“ GßIN…Re ãIN› @Y PéZ¯G‰ Ini semuanya sebagai balasan dari Allah Tuhanmu, satu limpah kurnia yang mencukupi. 400 Juz Amma ÷IãQ郿MŠR®šOZ £G¿HÁGÀMÃG…£G›Gy IkMeGìM OZ Gy I\QéƒQ郿R±šOZ IN[Re £@…£GµI‹ HäMÀI› GwÂH¼I¾M¿GñGê Dialah Allah, Tuhan yang mentadbir langit-langit dan bumi serta semua yang berada di antara keduanya. Maha Pemurah, tidak ada sesiapa pun diberi kuasa untuk tawar-menawar (tentang balasan itu) dengan Nya. ÷ £U¹G' IæG¼IËQPƒG¾G¿MšOZ Gy H`yS®šOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ £@…ZGÂG' Gu£G–Gy HãQ郿MŠR®šOZ HäGš GwIdG} MãG› RêIý GwÂH¿R¾G¼G¥Gñ Rê Hari itu Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah dari Allah), tiada yang berani tawar-menawar kecuali yang telah diizinkan baginya oleh Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi berkata benar. £@…£GËG› õ IäIN…Ge QéçšIý GGªR†OZ GYP£G& ãG¿G• ÷ SÝG©MšOZ HvMÂGÃMšOZ GßIšQ Gd Itulah dia hari Kiamat yang tetap akan berlaku. Sesiapa yang mahukan kebaikan pada dirinya, maka ambillah jalan kembali pada Allah Tuhannya dengan isian iman dan amal soleh. HxZG¬Gñ MÍG›R¬G–£G› HYM®G¿MšOZ H®H¶ÀGñ GvMÂGñ £@¤ñI®G– £@…ZGG“ MâH¼Q郜MeGœG} P£RœIý =飅Q G®H† HÍMÀ˜H çIÀG¥MÃG¾QƒGñ H®I•£G¼MšOZ HuÂHºGñGy Sesungguhnya, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat itu. Iaitu hari di mana seseorang itu akan dapat melihat semua amalan yang telah mereka lakukan dahulu. Dan pada hari itu orang yang kufur akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ini balik semula menjadi tanah!”. 401 Juz Amma Sinopsis Surah: Surah ini sebaik-baik contoh untuk membangkit dan menyedarkan manusia tentang hidupnya, matinya, Kiamatnya dan Akhiratnya. Ia memperlihatkan kepada mereka perkara-perkara mengenai kehidupan di dunia ini dan di Akhirat, dunia dan kejadiannya, hari hisab serta balasan-balasan ke atas semua amalan yang dicatitkan, beserta bukti-bukti yang menjelaskan hari Kiamat dan huru-haranya. Matlamatnya, ialah untuk membentuk satu amal soleh yang bertunjangkan iman kepada Allah. Surah ini bermula dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh mereka yang was-was tentang Kiamat, iaitu hari kebangkitan semula, keadaan huru-hara yang terjadi dan balasan ke atas semua amalan manusia. Di antara mereka yang mempersoalkan masalah ini telah berbalah dan berbeza pendapat mengenai Kiamat yang menakutkan, mengenai kebangkitan semula yang penuh dengan huru-haranya dan mengenai pembalasan yang setimpal ke atas setiap urusan baik dan jahat. Pasti mereka akan tahu! Surah ini kemudian membawa kita kepada perkara-perkara yang berada disekeliling kita, mengenai diri kita, dunia dan segala yang berada di sekitar hidup kita. Ia adalah perkara yang besar untuk dipersoalkan. Semua yang diucapkan di dalam ayat ini menggambarkan penyaksian yang agung, memperlihatkan satu hakikat ketuhanan, dan operasi yang mengikat minda kita kepada Allah. Gambarannya: “Bumi terbentang luas! Gunung-ganang sebagai pancang pasak bumi ini! Ciptaan itu semua berpasangan! Tidur sebagai sumber rehat. Malam sebagai selimut dan siang masa mencari rezeki! Langit terpelihara dengan cakerawalanya, beroperasi menyinarkan bumi, menurunkan hujan, pengeluaran makanan termasuk biji-bijian dan sayur-sayuran, kebun-kebun subur yang bertaut antara satu pokok dengan yang lain!...” Bukankah ini besar dan agung, seagung Penciptanya? Kemudian minda kita di bawa semula kepada ehwal Kiamat yang dikenali sebagai Yaumul Fasli (hari pemutusan hukum Allah, atau Kiamat). Apakah dia? Dan bagaimanakah ianya terjadi? Dijelaskan dengan cara halus dan boleh dirasai. Misalnya: 402 Juz Amma “Apabila tiupan Sangkakala kedua ditiupkan, semua yang mati bangkit, dan pandai pula mencari kumpulannya untuk ke Padang Mahsyar. Kawasan atas sebagai langit, akan terbelah-belah menjadikannya bagai pintu-pintu yang terbuka luas. Bukit-bukau yang telah rata mewujudkan bayangan seperti riak sinaran panas matahari di padang pasir”. Itulah dia hari Mahsyar yang nak diketahui sangat oleh orang yang was-was itu. Kemudian surah ini beralih kepada penyaksian azab Allah dengan gambaran yang boleh kita rasai: “Neraka Jahannam mula beroperasi, diperlihatkan kepada dan dikenali oleh orang-orang yang melampaui batas, ingkar dan menolak ayat-ayat Allah. Lama sekali mereka akan berada di dalamnya! Tiada minuman, tiada makanan dan tidak ada udara yang segar. Air semuanya yang menggelegak, dan kalau pun ada air, ianya dari nanah dan kudis yang terjadi dari bakaran api Neraka itu!”. Nah! Dapatkah kita merasakannya? Surah ini merupakan penyaksian nikmat Allah kepada yang patuh, yang percaya pada Allah dan ayat-ayatnya, yang percaya bahawa mereka akan berdepan dengan mahkamah Allah, dan yang beramal soleh di dunia. Mereka-mereka ini Allah sediakan Syurga Nya, dengan segala keinginan mereka, dan digambarkan seperti berikut: “Buah-buahan yang enak sebagai pemuas selera. Pembantu-pembantu setia yang sebaya umurnya, yang bersedia menjalankan tugas sebagai khadam kepada mereka. Minuman yang mewah dan suasana terhormat dan yang tidak melampau (tiada gelak berdekah-dekah!). Tiada mabuk yang membawa kerosakan, tiada perkataan sumbang dan bohong. Bersukarialah! Tetapi pada satu had yang beretika”. Surah ini diakhiri dengan satu kenyataan untuk mengingatkan hati-hati nurani manusia supaya berwaspada dalam hidup ini dalam melakukan sesuatu amal. Dalam melakukan amal tersebut, perlu kita bersandar kepada rukun-rukun iman, percaya bahawa kita akan dibangkitkan semula pada tiupan Sangkakala kedua dan percaya bahawa semua perbuatan kita di dunia ini dicatit dan akan dibalas balik dengan sewajarnya. 403 Juz Amma “Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya dan tidak ada sesiapa pun yang diberi kuasa untuk berunding/tawar-menawar tentang balasan yang ditetapkan itu. Pada hari itu Jibril dan para malaikat berbaris-baris menunggu perintah Allah. Tidak ada yang berani memohon sebarang pertimbangan kecuali yang diizinkan oleh Allah sahaja. Inilah dia keterangan mengenai hari itu, yang tetap akan berlaku. Pilihlah! Jalan Allah ialah jalan kembali kepada Nya dengan amal soleh dan iman. Kamu semua diberi amaran tentang azab itu dan ditunjukkan kenyataan orang-orang kufur yang mengharapkan diri mereka menjadi tanah untuk mengelak dari dihisab dan dibalas”. Inilah dia BERITA BESAR ( IâÃI¶G·MšOZ IÇG¤RÀšOZ ) yang ditanya-tanya oleh mereka yang bertelingkah di kalangan mereka, yang diragui tentang kesahihannya itu! Inilah dia peristiwa yang akan berlaku, yang dikenali sebagai Huru-hara Besar. Tafsiran Surah: . GwÂH¹I¾G¥MªH› IäI• MâH„ |IRšOZ . IâÃI¶G·MšOZ IÇG¤RÀšOZ IãG“ . GwÂHš GYP£G±G¥Gñ RâG“ / GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ RâH‡ . GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ Tentang apakah yang sedang mereka tertanya-tanya itu? Tentang berita besar (mengenai manusia yang mati dibangkitkan semula, hari Mahsyar dan hari pembalasan)? Mereka sentiasa berbalah-balah tentang hakikatnya! Tak perlu berbalah! Percayalah, mereka akan tahu hakikatnya. Dan sekali lagi, mereka pasti akan dapat mengetahui hakikat kebenarannya. Penduduk Mekah telah tertanya-tanya dan berbincang mengenai hari kebangkitan semula, hari Mahsyar dan hari pembalasan. Mereka bercakap-cakap sesama sendiri mengenainya, dengan matlamat untuk menolak kebenarannya dan memperlekehkan tentang berlakunya hari-hari tersebut, dan mengambil contoh ehwalnya dan sifat-sifatnya untuk menimbulkan rasa tidak percaya masyarakat kepada hari tersebut. 404 Juz Amma Perkhabaran berita besar ini mengganggu fikiran mereka dan ianya terkeluar dari logik akal manusia, yang tidak boleh menjangka akan adanya hari-hari seperti itu. Mereka berbalah tentang hakikat hari-hari itu dan ada yang mengatakan wujudnya hari itu mustahil. Firman Allah: > H®M„R¬šOZ RêIý P£GÀH¼I¾MÁHñ £G›Gy £GÃM©GœGy H\ÂH¿Gœ £GÃMœS¬šOZ £GÀH†£GÃGŠRêIý GçI„£G› ZMÂHš£G–Gy Mafhumnya: Dan mereka berkata: “Tidak ada hidup yang selain dari ‘hidup’ kita ini di mana kita mati dan hidup silih berganti. Yang boleh membinasakan kita hanyalah ‘edaran zaman’ saja”. (Al-Jaathiyah, Ayat 24). Ada yang menyatakan syak wasangka mereka tentang kedatangan hari itu. Contohnya, Allah telah mencatitkan hujjah mereka: GãÃIÀºI MÃ¥G M±H¿I… HãM©Gœ£G›Gy£UÀG’ RêIý SãH¶RœwIý HæG“£R±šOZ£G› |IeM¬Gœ£R› Mafhumnya: Kamu berkata: “Kami tidak mengerti apa dia hari Kiamat itu. Kami hanya mengira kemungkinannya sebagai ‘sangkaan’ sahaja, dan kami tidak sekali-kali meyakininya. (Surah Al-Jaathiyah, Ayat 32). Ada yang berkata ianya adalah Hari Kiamat yang besar selepas mati, dan mati itu adalah sebagai Kiamat yang kecil. Sedangkan Allah menyatakan dalam Surah Ghafir, Ayat 16, yang Allah adalah pemilik Mutlak hari itu. Firman Nya: > YD MçG& MâHÁMÀI› IäQN¾šOZçG¾G“ QçG¹MªGñ Gê ÷ GwyHfI®QƒG… âH„ GvMÂGñ ! e£RÁGºMšOZ I¬IŠQ GÂMšOZ IäQN¾Iš ÷ GvMÂGÃMšOZ HßM¾H¿MšOZ IãG¿INš 405 Juz Amma Iaitu pada hari mereka keluar dari kubur masing-masing dengan nyatanya. Tidak akan tersembunyi daripada Allah sesuatu apa pun dari hal keadaan mereka. Pada saat itu Allah berkata kepada mereka: “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?”. (Allah sendiri menjawab:) “Hari ini di kuasai HANYA oleh Allah yang Maha Esa, Agung Kekuasaan Nya atas segala-galanya”. (Surah Ghafir, Ayat 16) Persoalan hari Kiamat, hari kebangkitan semula dan hari pembalasan itu dijawab oleh Allah. Firman Nya: / GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ RâH‡ ! GwÂH¿G¾M·GÃG" RëG˜ Tak perlu berbalah! Percayalah, mereka akan tahu hakikatnya nanti! Sekali lagi, tak perlu berbalah. Mereka pasti akan dapat mengetahui hakikatnya! (tentang kebenaran kedatangan hari itu). Ar-Razi mentafsirkan perkataan ulangan ini begini: “Bukan begitu! Bukan perkara ‘kebangkitan semula’ itu yang kamu tolak atau syak dengannya. TETAPI yang bertanya itu akan mengetahuinya, kerana apa yang ditanya itu adalah satu kebenaran yang tidak perlu diragui dan disyaki lagi tentang kebenarannya”. Perkataan berulang 2 kali seolah-olah memberi erti begini: Pertama, kamu akan mengetahui hakikat Berita Besar ini sewaktu nyawa kamu dicabut keluar. Kemudian kamu akan mengetahuinya lagi sewaktu di hari Akhirat, walaupun hari Kiamat itu jauh jaraknya dari hari nyawa kamu dicabut. Atau pun, kamu akan mengetahui hakikat dibangkitkan semula itu apabila kamu dihidupkan semula dari kubur-kubur kamu dan kamu akan mengetahui hakikat hari pembalasan itu dari semua amal baik dan buruk kamu itu apabila kamu semua bergerak menuju ke Padang Mahsyar untuk tujuan Hisab. 406 Juz Amma Pertelingkahan mengenai hari kebangkitan semula diceritakan dalam Al-Qur’an melalui Surah As-Saaffaat dari ayat 50 hingga 57 seperti berikut. Kita teliti maksudnya: Firman Allah: (51) DãñI®–G çIš Gw£G˜çINœIý MâHÁMÀIN› DáI¢P£G– Gu£G– (50) GwÂHš GY P£G±G¥Gñ A×M·G…Qéç¾G“ MâHÁH´M·G… GáG¤M–GÆG• (53) GwÂHÀñI¬G¿Gš£RœIYG} £@¿QƒG¶I“Gy £@…ZG®H†£RÀH˜Gy£GÀM¥I› ZGdIYG} (52) GãÃI– IN¬G³H¿MšOZ GãI¿Gš GßRœIYG} HuÂHºGñ (55) IâÃI©G¨MšOZ IYPZGÂG"çI• HxZGYG®G• GÚG¾ƒR‘ O£G• (54) GwÂH·I¾RµS› âH¥œG} MáG„ Gu£G– (57) GãñI®G´M©H¿MšOZ GãI› HÍÀH¼GšçIN…Ge HæG¿M·Iœ GêMÂGšGy (56) IãñIcM®H¥Gš R\¬I˜wIý IäQN¾šO£G† Gu£G– Mafhumnya: Penduduk-penduduk Syurga terus menikmati kesenangan, dengan cara berhadap-hadapan antara satu sama lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan (50). Salah seorang dari mereka berkata: “Sesungguhnya aku di dunia dulu mempunyai seorang rakan yang pernah menemplak aku” (51). Katanya: “Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benar adanya hari kebangkitan di hari Akhirat?” (52). Hujjahnya: “Sesudah mati nanti, kita dan tulang-tulang kita sudah menjadi tanah. Adakah logik kita akan dihidupkan semula serta dibalas pula atas apa yang telah kita lakukan selama ini?” (53). (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) Dia berkata lagi: “Hendakkah kamu melihat keadaan rakanku yang ingkar itu sekarang?” (54). Mereka pun memandang ke arah Neraka, lalu terlihatlah rakan tersebut yang berada di tengah-tengah Neraka yang apinya sedang menjulang-julang ke atas (55). Lalu dia menemplak rakan yang ingkar itu (yang sedang diseksa di dalam Neraka) dengan kata: “DEMI ALLAH! Nyaris-nyaris engkau hendak menceburkan aku dalam kebinasaan (seperti engkau sekarang ini)! (56). Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Allah Tuhanku dengan hidayah Nya, petunjuk Nya, nescaya akan menjadilah aku dari orang-orang yang diheret hadir untuk menerima balasan azab Allah (kerana ingkar pada hari pembalasan)” (57). 407 Juz Amma Perbincangan mengenai pertelingkahan pendapat umum mengenai hari kebangkitan semula dan hari pembalasan adalah seperti berikut: Mengikut Imam Ar-Razi, perbalahan pendapat tentang isu bangkit semula ini tidak terhad kepada orang yang kafir sahaja malah ia merangkumi perbezaan di kalangan orang Islam itu sendiri, iaitu: a) Orang-orang kufur tidak semuanya menafikan adanya hari kebangkitan semula. Misalnya orang Kristian/Nasrani berpendapat bahawa hari kepulangan roh semula itu ada dan ada di kalangan mereka pula yang menyatakan bahawa kepulangan badan adalah mustahil. b) Ada yang menerima bahawa pada prinsipnya semua akan dibangkitkan semula tetapi ianya tidak menepati lunas Islam. c) Ada yang menolaknya bulat-bulat kerana mereka tidak beriman pada Allah. Bagi kalangan orang-orang Islam sendiri, mereka nampaknya tidak benar-benar menghayati konsep kebangkitan semula ini kerana: a) Ada yang tahu dan pernah mendengarnya, tetapi dari segi perlakuan, mereka tidak menunjukkan rasa takut untuk menghadapinya. Mungkin kerana kurang pendedahan mengenainya. b) Ada yang yakin tentang adanya hari kebangkitan semula dan semua amalan akan diberi pembalasan. Sayangnya, mereka menganggap ianya sebagai masalah masa depan sahaja. c) Ada yang tidak yakin kerana mereka sekadar muslim tradisi sahaja. Orang-orang Islam juga senantiasa bertelagah fikiran mengenai hari Kiamat itu, menafikan badan itu dibangkitkan semula bersama roh. Ini bermakna, samada dia seorang muslim atau seorang bukan muslim, akan sama-sama mengetahui kelak tentang kebenaran hari kebangkitan semula dan pembalasan setimpal yang akan diberikan ke atas semua amalan-amalan mereka, sesuai dengan keadilan Ilahi. Kepercayaan dan keyakinan pada hari kebangkitan semula dan hari pembalasan, adalah pokok akidah yang mesti dipupuk kepada semua, agar perlakuan muslimin dan muslimah bersesuaian dengan Konsep Islam dan Keadilan Ilahi. 408 Juz Amma Bagaimanakah kita akan berdiri dan berhadapan dengan Allah dan Mahkamah Nya di hari wujudnya kita yang maksiat itu? Hari Pembalasan dan hari kebangkitan semula itu adalah MILIK Allah sahaja. Tidak ada tawar menawar oleh sesiapa pun atas segala perlakuan dosa kita. Neraka Jahiim diperlihatkan kepada kita, yang pasti akan menduduki di dalamnya orang-orang yang kufur engkar, berabad-abad lamanya dalam satu siri seksaan yang berterusan. Oleh itu setiap tindakan kita dalam hidup ini diharapkan tidak akan menzalimi diri kita sendiri, apalagi bila kita menzalimi makhluk-makhluk yang lain, orang-orang lain, masyarakat dan semua yang berada dalam persekitaran kita. Dengan kepercayaan dan keyakinan akan adanya hari pembalasan, maka segala perbuatan kita akan dikawal oleh diri kita sendiri, yang ‘takut’ untuk menghadapi Mahkamah Allah pada hari pembalasan itu. Segala perbuatan kita akan hanya kita lakukan dengan restu Allah, dan segala usaha dan amalan kita itu akan mengikut Syariat Nya dan iman kepada Allah. Inilah sebabnya mengapa ayat-ayat dari surah-surah Juzuk 30 ini lebih menekankan kepada akidah, kepada Allah dan diinzarkan (diberi amaran azab) dengan adanya Kiamat dan kewujudan hari pembalasan. Setelah menjelaskan perkara Berita Besar itu dan persoalan yang diperbincangkan oleh orang mengenai kebangkitan semula dan hari pembalasan, dan diyakinkan bahawa ianya satu KEBENARAN yang akan diketahui, dirasai dan dialami apabila berlakunya hari-hari tersebut, maka Allah seterusnya membawa kita kepada perkara-perkara persekitaran kita (dunia dan bumi tempat berpijak) untuk kita resapkan kenyataan ke dalam diri kita, bahawasanya setiap yang dicipta itu ada PENCIPTANYA, iaitu Allah. Firman Allah: .£@‰Q GyMfG} MâH¼QƒGÀMºG¾G‹Gy . Z@c£G†MyG} Gu£G¤I¨MšOZ Gy . @Z¬QéƒÁI› GkeGìM OZIáG·M¨Gœ MâGšG} .£@²QƒG·G› Ge£GÁRÀšOZ£GÀM¾G·G‰Gy .£@"£G¤IšGáMÃRšOZ £GÀM¾G·G‰Gy .£@†£G¤H" MâH¼G›MÂGœ£GÀM¾G·G‰Gy .£@‰£R„Gy£@‰ZG®I"£GÀM¾G·G‰Gy . Z@cZG¬I&£@·M¤G" MâH¼–G MÂG•£GÀMÃGÀG…Gy .£@†£G¤GœGy£U¤GŠ õ IäI… G_I®MªHÀINš .£@‰£R¨G‡ @Y P飛 I\Q G®I³M·H¿MšOZ GãI›£GÀMšG¯MœG} Gy / £@•£G¹MšG} AÍQƒRÀG‰Gy 409 Juz Amma (Mengapa kamu ragu-ragu tentang kekuasaan Kami menghidupkan semula mereka yang telah mati itu?). Telitilah dengan mata kepala kamu sendiri! Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini terhampar (untuk kemudahan hidup kamu di atasnya?). Dan gunung-ganang sebagai pancang pasak bumi itu. Dan Kami telah mencipta kamu semua berpasang-pasangan. Dan Kami menjadikan ‘tidur’ kamu itu sebagai kerehatan mutlak. Dan Kami telah menjadikan malam dan gelapnya itu sebagai pakaian hidup kamu. Dan Kami telah menjadikan siang hari dengan cahaya terangnya sebagai masa untuk kamu mencari rezeki. Dan Kami telah menjadikan atas kamu ruang kosong sebagai langit dengan tujuh petalanya. Nampak kuat dan kukuh sekali. Dan Kami jadikan dari cakerawala-cakerawala itu termasuk matahari, yang mewujudkan cahaya yang terang benderang. (Melalui interaksi cakerawala ini juga) Kami telah menurunkan dari awan dengan air hujan yang mencurah-curah. Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuhan-tumbuhan, serta kebun-kebun subur yang ditanam secara terancang dan bertaut antara satu sama lain? Dengan ayat-ayat di atas ini, Al-Qur’an cuba membawa kita supaya melihat sendiri semua yang berada di sekitar kita, untuk menemukan minda itu dengan Pencipta Nya! Semuanya dicipta oleh Allah, bukannya terjadi dengan sendirinya. Dari sisipan ayat-ayat di atas, Al-Qur’an seolah-olah mahukan kita menjadi ahli ilmu, khususnya sebagai saintis yang menerokai alam semulajadi, seperti bumi yang terhampar ini, gunung-ganangnya, konsep positif dan negatifnya, kejadian siang dan malamnya, kejadian matahari dan kesannya pada bumi, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi, supaya kita dapat meyakini semuanya ini adalah ciptaan Allah. Ini menggambarkan QUDRAT (kuasa mencipta) dan ILMU (perlaksanaan ciptaan Nya) adalah dari yang Maha Mengetahui dan yang Maha Berkuasa untuk menghancurkan semua ciptaan ini (dibawah konsep Kiamat). Kita lihat senarai ciptaan Allah yang bertaliarus di antara satu sama lain dan semuanya itu adalah untuk kita, sepertimana dicatitkan dalam surah ini, seperti berikut: a) Bumi tempat kita duduk terhampar untuk kesenangan membina tempat tinggal di atasnya. Andaikata dijadikan tidak terhampar, maka susahlah untuk kita diami di atasnya. Ini tidak pula menafikan yang bumi berbentuk bujur. 410 Juz Amma b) Bukit bukau sebagai pasak untuk kestabilan bumi. c) Ciptaan yang berbentuk positif-negatif, jantan-betina dan siri perkara-perkara yang berlawanan seperti cantik-buruk, panjang-pendek dan lain-lain, yang menggambarkan kekuasaan Nya dan kemantapan HIKMAH Allah sehingga dengan ini segala cubaan dan ujian dari Allah dapat diadakan. Yang berlebihan akan bersyukur dan yang berkurangan akan bersabar. d) Tidur malam menjadi sumber kerehatan mutlak yang menghentikan semua pergerakan fizikal kita. Tidur sebenarnya adalah mati kecil dan apabila terjaga seolah-olah kita dihidupkan semula. Ianya satu nikmat Allah yang teragung. e) Malam hari sebenarnya bagai ‘selimut’ yang menyelimuti manusia, untuk menjauhkan diri dari sebarang malapetaka seteru dan kejahatan malam. Ianya sebagai yang menyempurnakan hidup, kerana ia jauh dari kepanasan dan dapat menghilangkan keresahan dan kepenatan siang hari. f) Siang hari yang terjadi dengan sinaran matahari adalah masa untuk mencari rezeki, yang sebenarnya memenuhi semua hajat manusia. g) Langit di atas dan komponen cakerawalanya dicipta kukuh dan terdapat di dalamnya 7 petala langit dalam konteks yang belum kita tahu maksudnya. Mungkin matahari, bulan, bintang-bintang dan lain-lain itu diiktiraf sebagai 7 atmosfera kandungan langit, yang nampak di atas seperti kosong, yang sebenarnya tidak kosong. h) Ciptaan cahaya matahari tumbuh-tumbuhan di atas bumi. i) Ciptaan wap air dari lautan yang menjadi awan yang menurunkan hujan. Angin yang mewujudkan kesan kepada perubahan awan akan mempengaruhi bumi dan bulan. j) Pengeluaran makanan dan tumbuh-tumbuhan dari air hujan dan tanah taneh yang disuburkan melalui proses-proses tertentu dari matahari, hujan, angin, panas dan sejuk yang ada. k) Teknologi pengeluaran buah-buahan pada skala besar, yang tersusun rapi dan bertaut antara satu sama lain. 411 dan peranannya kepada Juz Amma Perkara-perkara di atas yang disebut dalam surah ini mengajak manusia berfikir, merenung dan mengkaji tentang alam, dan peranan setiap yang berada di atas mukabumi dan di atas langit, untuk memperkasakan bahawa TIDAK ADA YANG BOLEH MENCIPTANYA KECUALI ALLAH. Inilah dia Qudrat dan Kuasa yang Maha Esa, Ilmu yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, yang tiada batasan atas segala-galanya, termasuklah untuk menghidupkan semula yang mati. Inilah asas akidah yang mahu diterapkan ke dalam minda untuk mereka yang mahu beriman dengan Nya. Ayat seterusnya mula membincangkan tentang hari Kiamat yang dikenali sebagai Hari Pemutusan Hukum Allah mengikut Penetapan Waktu Nya: £@¥QƒGºÃI› Gw£G˜IáM³G¹MšOZ GvMÂGñ RwIý Sesungguhnya Hari Pemutusan Hukum itu, adalah satu masa yang telah ditentukan (kedatangan hari Kiamat). Ar-Razi mentafsirkan ayat di atas sebagai: “Hari Kiamat itu adalah dalam TAQDIR Allah. Hukumnya ialah ianya satu had umur bagi dunia ini dan satu had umur kepada kehidupan dunia ini”. Ar-Rusawi pula mentafsirkan: “Hari Kiamat ini ialah hari yang membezakan di antara makhluk-makhluk Nya, yang bahagia dengan yang celaka, dan semuanya berdasarkan amalan-amalan mereka selama mereka di dunia”. Ianya dalam taqdir Allah dan ditentukan sejak azali lagi dan ianya merupakan satu waktu yang tertentu yang ditetapkan oleh Allah sahaja. Hari IáB³G¹BšOZ ialah hari yang dijanjikan oleh Allah yang akan terjadi pada waktu tertentu untuk dibezakan. Ianya adalah hari Kiamat yang terdapat di dalamnya bermacam-macam hukum dan perbezaan, berdasarkan apa yang telah diamalkan oleh manusia. Iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah dengan satu penetapan waktu yang khusus. Apakah ciri-ciri umum HARI tersebut? 412 Juz Amma Firman Allah: .£@‰ZGÂM•G} GwÂH†MÆG¥G•IeÂS³šOZçI• HÒG¹ÀHñ GvMÂGñ .£@…Q GÂM…G} MÍGœ£G¼G• HYP£G¿R±šOZIÍG©I¥H•Gy / £@…ZG®G" MÍGœ£G¼G• Hu£G¤I¨MšOZ\ I G®INÃH"Gy Hari itu melibatkan tiupan Sangkakala, lalu semua manusia dibangkitkan semula dan bergerak menuju ke Padang Mahsyar secara berpuak-puak. Dan pada masa itu langit dilihat seperti berpecah-pecah, di mana setiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas. Dan gunung-ganang pada hari itu, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah dia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas matahari di padang pasir. Dengan tiupan kedua, maka semua manusia itu dibangkit dan dihidupkan, dan bergerak semuanya secara berpuak-puak ke arah Padang Mahsyar. Gambarannya: Sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia yang dibangkitkan dari tidur mereka membanjiri satu Padang Mahsyar secara berpuak-puak, dalam keadaan berdiri dan bersesak-sesak, dan tidak diketahui di mana mulanya atau penghujungnya perhimpunan ini. Inilah dia HURUHARA BESAR perhimpunan tersebut yang hanya ada pada hari itu sahaja. Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Muaz Bin Jabal ra menyatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda, mafhumnya: “Terdapat 10 jenis manusia di Mahsyar. Sesetengah mereka mempunyai rupa seperti beruk. Ada yang seperti babi. Ada yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas. Ada yang buta. Ada yang pekak bisu. Ada yang terkeluar lidahnya dari mulut ke atas dadanya dengan air yang busuk. Ada yang datang dengan terpotong tangan atau kakinya. Ada yang datang dengan disula dengan api panas melalui besi. Ada yang datang dengan bau yang busuk, lebih busuk dari bangkai. Ada yang memakai pakaian yang diperbuat dari timah yang panas dan membakar kulitnya”. 413 Juz Amma Ar-Rusawi mencatitkan 10 jenis manusia itu dengan amalan mereka seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Yang menyerupai beruk - pengumpat yang membawa fitnah. Yang menyerupai babi - suka pada yang haram, menjatuhkan ugama dan maruah. Yang kepala di bawah kaki di atas - pemakan riba dan rasuah. Yang buta mata - zalim dalam menjalankan hukum. Yang pekak bisu - perasan diri, bangga atas amalan. Yang terjelir lidah - ulamak dan tukang cerita yang ‘buat tak serupa bikin’. Yang terputus tangan/kaki - menyakiti jiran dan yang terdekat. Yang disula dengan api - sekongkol dengan pihak berkuasa zalim. Yang berbau busuk - pengikut nafsu, menentang kebenaran, tidak mengeluarkan zakat. Yang memakai baju timah membakar - pelaku dosa-dosa besar. (Catitan oleh Ismail Haqqi Ar-Rusawi, Tafsir Ruhul Bayan m/s 299: Juz 10). Sifat kedua hari tersebut ialah: Dan pada masa itu (tiupan Sangkakala kedua), didapati langit dan isiannya itu berpecah-pecah dan menyerupai pintu-pintu yang terbuka luas. Mengikut Ar-Razi, pintu-pintu ini terbuka kerana malaikat-malaikat turun untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Ini bersesuaian dengan Surah Al-Fajr, Ayat 22: Mafhumnya: £:¹G'£:¹G' HßG¾G¿MšOZ Gy GßS…Ge GYP飉Gy Tuhanmu dan para Malaikat yang berbaris-baris itu, siap sedia untuk melakukan tugas mereka. Sifat ketiga hari tersebut ialah: Dan gunung-ganang setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadi bayangan semata-mata bagai riak sinaran panas matahari di padang pasir. Ertinya, kita menyangka ianya masih jisim keras tetapi hakikatnya ia adalah bayangan. Ini bererti kawasan bukit-bukau dan gunung-ganang itu tiada lagi yang menegak, semuanya terhampar dan dipenuhi manusia. Ini hanyalah yang didengari sahaja, bagaimana hakikatnya yang sebenar, hanya Allah saja yang tahu. 414 Juz Amma 3 sifat am hari itu telah dijelaskan di atas dan sekarang Allah menjelaskan pula keadaan khusus Neraka Jahannam dan huru-hara kerananya. Firman Allah: .£@…£GºMŠG} Pé£ÁÃI• GãÃI¦I¤QƒRš .£@…£GËG› GãÃI¸QƒRµ¾INš . Z@c£G'M®I› MÍGœ£G˜ GâRÀGÁG‰RwIý /£@–£G•Iy @Y PéZ¯ƒG‰ . £@–£R±G”Gy£@¿ÃI¿GŠRêIý . £@…ZG®G&GêGyZ@cM®G…£GÁÃI• GwÂH–yHGƒñ Rê Sesungguhnya pada hari itu, Neraka Jahannam pun memulakan operasinya, untuk orang-orang yang melampaui batas hukum-hukum Allah, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Tidak ada rasa udara yang sejuk di dalamnya, dan tiada pula sebarang minuman kecuali air panas yang senantiasa menggelegak dan air danur yang terjadi dari nanah kudis dan darah luka yang mengalir, sebagai balasan yang sesuai dengan amal buruk mereka. Secara khususnya, ayat seterusnya menjelaskan Neraka Jahannam yang disediakan kepada orang-orang yang kufur dan melampaui batas hukum-hukum Allah. Pada hari itu Neraka Jahannam pun memulakan operasinya. Neraka Jahannam adalah perangkap yang memerangkap semua seteru-seteru Allah dan menyumbat mereka ke dalamnya. Mereka terdiri daripada orang-orang yang kufur pada Allah, orang-orang munafik dan khususnya orang-orang yang melampaui batas hukum Allah. Siapakah mereka ini? Ar-Razi mendefinasikan mereka ini sebagai orang-orang yang takbur pada Tuhan mereka, mencabar serta membelakangkan Allah dan secara terang-terang menentang Nya. Neraka ini adalah untuk yang kufur dan juga yang beriman, dan menjadi tempat tinggal mereka selama berabad-abad lamanya. Mereka kekal selama-lamanya dan tidak dapat memboloskan diri darinya. Apa yang ada di dalamnya? Tiada angin sejuk, tiada minuman yang menghilangkan dahaga. Yang ada dan yang mengalir hanyalah air bisa dari bekas bakar daging manusia dan nanah yang terjadi dari bakaran tersebut. Tiada rehat, tiada tidur dan tiada lindungan dari kepanasan. Baunya busuk dan hanyir yang sangat keterlaluan. Janji Allah mengenakan balasan ini adalah setimpal dengan amal buruk mereka 415 Juz Amma dahulu. Iaitu balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap akidah dan akhlak, dan balasan itu adalah kerana rosaknya amal dan ilmu. Mereka telah mengabaikan amal soleh dan mereka telah mengabaikan ilmu untuk mereka beriman dengan ayat-ayat Allah. Mengapa mereka disediakan azab yang dahsyat ini? Firman Allah: . £@…ZRI˜£GÀI¥Qéƒñ£GËI…CZÂH…RG˜Gy . £@…£G±IŠGwÂH‰M®Gñ Gê CZÂHœ£G˜MâHÁRœIý / £@…ZGG“ RêIý MâH˜G¬ñI¯RœãG¾G• CZÂH–yHG• . £@¤Q郥I˜ HäQéƒÀMÃG³MŠG} AYMåG& RáH˜Gy Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan langsung terhadap hari pembalasan yang menghitung amal mereka itu. Serentak dengan itu, mereka mendustakan sama sekali akan ayat-ayat Allah (Kami). (Mereka tidak terfikir) bahawa tiap-tiap sesuatu dari pergerakan hidup dan amal mereka itu telah Kami hitung dan catit secara bertulis. Maka, Nah! Rasakanlah azab perit Kami ini sekarang! Dan tidak sekali-kali kami akan kurangkan azab itu, kecuali Kami tambahkan ia dari masa ke semasa, dengan berbagai azab-azab lain. Sebabnya mereka layak untuk azab itu ialah kerana amalan mereka telah rosak, dengan mengingkari dunia Akhirat dan kerana tidak merasa takut sedikit pun tentang pembalasan atau penghisaban segala amal baik dan jahat mereka itu. Dengan demikian, mereka rasa bebas untuk melakukan semua jenis maksiat, serta menolak dan menafikan adanya hari pembalasan. Pada masa yang sama, mereka mendustakan semua ayat-ayat Allah dengan menolak Al-Qur’an dan ajaran yang ada di dalamnya. Dan juga kerana mendustakan Nabi-nabi dan hadith-hadith Rasulullah. Pendustaan dibuat secara melampau. Mereka mengungguli penolakan Al-Qur’an dan Hadith, meneruskan kekufuran mereka dan bebas melakukan maksiat. Mereka samada tidak mempunyai ilmu atau sengaja buat tidak tahu, yang semua amalan ini dicatit dan disimpan dalam buku amalan catitan perseorangan, dengan simpanan yang mustahil akan bertukar. Ianya terbuku di dalam Lauh Mahfuz, untuk menjadi bukti pada hari pembalasan itu. Apabila sampainya hari tersebut, maka penghinaan dan azab telah pun menunggu mereka. 416 Juz Amma Kata-kata penghinaan itu ialah: “Nah! Rasakanlah azab ini! Jangan harap apa-apa simpati dari Kami. Yang boleh kami beri ialah tambahan berbagai-bagai azab lain dari masa ke semasa, pada kamu yang kufur ini!”. Inilah balasan Allah ke atas kekufuran mereka, yang senantiasa melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang baik dan soleh. Mereka menolak segala dalil-dalil ketuhanan Allah, kenabian Rasulullah, kepulangan setelah mati, menolak mentah-mentah segala syariat Allah, khususnya Al-Qur’an. Mereka mempunyai kekuatan pandangan dan fikiran terhadap penerimaan amal buruk dan kerosakan, tetapi jauh sekali dari kebaikan. Contohnya ialah ahli-ahli sains yang ingkar dan pemimpin-pemimpin dunia yang kufur. Dalam dunia hari ini, kita gelisah melihatkan keadaan persekitaran ilmu, pandangan, keprofessionalisma, keghairahan pada dunia, penolakan Islam dan tidak gentar akan adanya hari pembalasan, yang sangat-sangat berlawanan dengan aspirasi ayat-ayat di atas. Adakah kita ini bakal menghuni Neraka Jahannam di hari pembalasan nanti? Jadi apakah jalan pendekatan yang terbaik yang harus kita ikuti? Firman Allah meneruskan surah ini: . £@…ZG®M†G} GÌI“ZGÂG˜Gy . £@¤QéƒÀM“G} Gy GÝI¢PéZ¬GŠ . Z@f£G¹G› GãÃIºR¥H¿M¾Iš RwIý . £@…Q RI˜ GêGy Z@ÂM¸Gš £GÁÃI• GwÂH·G¿M±Gñ Rê . £@–£G„Ic £@"MÆG˜Gy / £@…£G±IŠ @Y P飵G“ GßIN…Re ãIN› @Y PéZ¯G‰ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa pula, disediakan untuk mereka Syurga, tempat mereka beroleh apa saja yang mereka ingini. Taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan. Bidadari yang sebaya umurnya. Gelas-gelas yang penuh dengan aneka minuman. Di dalam Syurga itu tiada kedengaran sebarang percakapan yang sia-sia dan tidak juga ada cakap-cakap bohong. Semuanya ini sebagai balasan dari Allah Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira sangat mencukupi seperti yang dijanjikan. 417 Juz Amma Menceritakan Hari Pembalasan dengan huru-haranya yang menakutkan itu, maka cerita bagi orang-orang yang bertaqwa pula ialah kebebasan dari huruhara, pelepasan dari kesusahan dan kemenangan diri dari semua pancaroba hari Kiamat. Inilah janji Allah kepada yang beriman dan beramal soleh. Untuk lebih mendekatkan minda kita, Allah memperdengarkan kepada kita ehwal Syurga yang menjadi tempat berpulangnya orang-orang yang bertaqwa ini, dengan memberi berbagai gambaran: “Apa saja yang mereka inginkan akan mereka dapat segera. Ada kebun-kebun bunga, kebun-kebun anggur dan buah-buahan yang lazat dimakan. Ada Bidadari yang sebaya umurnya untuk menampung keperluan nafsu mereka. Ada gelas-gelas minuman yang dipenuhi dengan minuman yang lazat. Suasana keliling yang harmoni, tiada gelak ketawa Syaitan yang terbahak-bahak dan percakapan yang sia-sia, atau gurauan-gurauan yang bodoh serta cakap-cakap kosong dan bohong”. Bila ianya dekat dengan minda kita, ketahuilah bahawa Allah menjanjikan yang terbaik kepada yang beramal soleh dan beriman kepada ayat-ayat Nya dengan penuh Ikhlas. Inilah KEMUNCAK kesenangan dan keindahan balasan Allah kepada yang bertaqwa dan HANYA Allah yang tahu hakikat pembalasan sebenarnya. Setelah diberi penerangan dengan terperinci, maka Allah sekali lagi membawa kita kepada konsep akidah Islam, iaitu menghayati ketuhanan Allah dalam ayat-ayat berikut: . £@…£GµI‹ HäMÀI› GwÂH¼I¾M¿GñGê ÷IãQ郿MŠR®šOZ £G¿HÁGÀMÃG…£G›Gy IkMeìG M OZ Gy I\QéƒQQ郿R±šOZ IN[Re HãQ郿MŠR®šOZ HäGš GwIdG} MãG› RêIý GwÂH¿R¾G¼G¥Gñ Rê ÷ £U¹G' IæG¼IËQPƒ¾G ¿G MšOZ Gy H`yS®šOZ HvÂHºGñ GvMÂGñ . £@…£GËG› õ IäIN…Ge QéçšIý GGªR†OZ GYP£G& ãG¿G• ÷ SÝG©MšOZ HvMÂGÃMšOZ GßIšQ Gd . £@…ZGÂG' Gu£G–Gy HxZG¬Gñ MÍG› R¬–G £G› HYM®G¿MšOZ H®H¶ÀGñ GvMÂGñ £@¤ñI®–G £@…ZGG“ MâH¼Q郜MeGœG} P£RœIý / =飅Q G®H† HÍMÀH˜çIÀG¥MÃG¾QƒGñ H®I•£G¼MšOZ HuÂHºGñGy 418 Juz Amma Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh langit dan bumi, dan di antara kedua-duanya. Tuhan yang memiliki dan memberi RAHMAT Nya. Dan (pada hari itu) tidak ada sesiapa pun yang diberi kuasa untuk tawar-menawar tentang balasan atau tentang pemberian Nya. Tambahan pula, pada hari itu Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat lain berdiri siaga berbaris-baris menunggu perintah Allah. Tidak ada yang berani tawar-menawar atas pertimbangan Hisab Allah itu, MELAINKAN mereka yang telah diizinkan oleh Allah, Tuhan Penganugerah Rahmat. Dan segala kata-kata Nya adalah benar. Itulah dia HARI KEBANGKITAN SEMULA, yang benar dan tetap akan berlaku. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan untuk dirinya, ikutilah dengan memilih jalan dan cara kembalinya kepada Allah Tuhannya, dengan iman dan amal soleh. Sesungguhnya, dengan keterangan-keterangan tersebut, Kami (Allah) dengan ini memberi amaran ingatan kepada kamu semua tentang azab, yang sebenarnya adalah dekat pada kamu. Iaitu HARI setiap manusia itu dibolehkan melihat semua yang telah mereka usahakan selama ini, dan pada hari itu orang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dikembalikan menjadi tanah (dan terlepas dari semua azab ini)”. Setelah Allah menjelaskan balasan-balasan yang sepatutnya diberi kepada yang kufur dan kepada yang beriman, Allah mengakhirkan surah ini dengan memperkenalkan Diri Nya sebagai Ar-Rahman, PEMILIK Rahmat dan PEMBERI Rahmat Nya itu kepada semua, di langit dan di bumi, dan kepada semua yang berada di antara kedua-duanya itu. Inilah tusukan kepercayaan kepada Allah yang wajib kita terima. Walaupun begitu, segala catitan amal manusia di dunia dibuat dengan penuh keadilan dan dibalas dengan setimpalnya sehingga tidak dibenarkan sesiapa pun dari kalangan manusia atau dari kalangan malaikat untuk tawar-menawar tentang pemberian balasan itu. Ini kerana apa yang tercatit dan tersabit itu adalah ‘Keadilan Ilahi’. Balasan seksa kepada yang kufur itu adil, balasan pahala kepada yang beriman itu adil. Merekalah sebenarnya yang membuat pilihan, jadi mengapa pula mereka harus tawar-menawar atas hukuman itu? 419 Juz Amma Pada hari itu, terdapat dua kumpulan pengawas/petugas yang diturunkan iaitu dari kalangan ROH (makhluk yang lebih mulia dari malaikat tetapi dari jenis malaikat juga) dan MALAIKAT-MALAIKAT yang sedia menerima tugas atas perintah Allah, dan kedudukan mereka berbaris-baris. Mereka ini pun tidak diberi kuasa untuk tawar-menawar di atas balasan dan pahala yang diberi oleh Allah melalui hisab Nya. Para Roh dan Malaikat ini ialah makhluk yang senantiasa tunduk, takut, malu dan bertugas secara ‘betul dan lurus’, tidak akan bercakap-cakap di Hari Mahsyar itu, menghormati Allah, takut kepada Nya dan memuliakan keagungan Allah. Apa pun, jika diizinkan oleh Allah, mereka akan bercakap dan percakapan mereka pula dikatakan oleh Allah sebagai £@…ZGÂG' (percakapan yang benar-benar betul dan tidak terpengaruh). Atau, para Malaikat ini diberi kuasa pertimbangan untuk sesuatu. Contohnya, menempatkan orang yang beriman yang bermaksiat, selepas melalui azab mereka, ke dalam Syurga Allah. Ertinya mereka mempunyai syafaat untuk itu. Sekali lagi Allah mengikrarkan bahawa HARI PEMBALASAN / HARI KEBANGKITAN SEMULA itu adalah satu KEBENARAN atau AL-HAQ. Iaitu, terhasil di dalamnya semua kebenaran dan terkeluar darinya semua kebatilan. Ianya akan tetap berlaku, maka janganlah kita was-was. Itulah hari yang akan memperlihatkan semua amalan setiap individu yang tersembunyi dan terzahir, dan pasti kebenarannya itu tidak boleh disembunyikan. Dengan iqrar tersebut Allah menasihatkan kita semua agar berwaspada dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Pilihlah jalan Allah, iaitu jalan keimanan yang ikhlas kepada Allah dan jalan yang dibekalkan dengan amal soleh yang akan dicatitkan oleh penjaga manusia yakni KIRAAMAN KAATIBIIN, kerana hari kedatangan azab itu sebenarnya dekat. Dekat bermulanya dengan kematian kita dan pada hari kita saling menyaksikan semua amal soleh kita itu dalam catitan amal kita. Orang-orang yang beriman pada hari itu, akan menemui semua amal baik/soleh mereka dan mengharapkan balasan pahala dari Allah, dan juga dapat melihat dosa-dosa dari amalan-amalan jahat mereka, serta mengharapkan pengampunan dari Allah. 420 Juz Amma Orang-orang yang kufur dan pengamal-pengamal maksiat pula akan meneliti buku catitan mereka dan akan merasa TAKUT yang amat sangat. Di dalam surah ini, Allah gambarkan ketakutan dan harapan mereka itu dengan ayat: “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah sahaja!”. Yang pastinya, bagi yang kufur maksiat ini tidak ada jalan keluar selain menanggung risiko atas segala kekufuran mereka. Inilah dia asas akidah yang perlu kita semaikan dalam diri dan diturunkan kepada anak zuriat kita, agar dijauhkan Allah dari musibah HARI PEMBALASAN itu. Allahu A’lam. Penyusunan dan Penyuntingan susulan ke 3 Buku Juz ‘Amma ini telah disempurnakan pada: Jam 4:05pm, 17 Syawal 1435, bersamaan hari Rabu, 13hb Ogos 2014 . Alhamdulillah. Disunting oleh: Hj Mohd Borhanuddin Bin Dato’ Hj Abdul Kadir WP Kuala Lumpur 421 Juz Amma