Bantuan untuk orang- orang yang telah

Transcription

Bantuan untuk orang- orang yang telah
Bantuan untuk orangorang yang telah
diperdagang ke Australia.
Bagaimana anda boleh
menerima bantuan?
• Jika anda mahu maklumat lebih lanjut mengenai program
ini, sila hubungi Palang Merah secara emel di
[email protected]
• Jika anda ingin bercakap dengan pertubuhan bebas
mengenai kedudukan visa anda atau sebarang kewajipan
untuk menyertai penyesiatan-penyesiatan Polis Federal
Australia, sila hubungi organisasi Anti-Perhambaan
Australia (Anti-Slavery Australia) di talian (02) 9514 9662
pada waktu pejabat.
www.redcross.org.au
PHOTO: ©iStockphoto.com/david franklin
PHOTO: ©iStockphoto.com/Juanmonino
• Jika anda ingin bercakap dengan AFP mengenai keadaan
anda dan dirujukkan kepada Program Bantuan Palang Merah
bagi Orang-orang yang Diperdagang, sila hubungi Pasukan
Perdagangan Manusia AFP di talian 131 237.
KOMITMEN PADA PEMELIHARAAN DI SAAT GENTING
Perdagangan manusia berlaku apabila seseorang
terpedaya mengenai keadaan pekerjaan dalam negeri
lain. Apabila mereka tiba, mereka dipaksa atau diugut
membuat pekerjaan itu. Dalam banyak kes, orang-orang
ini dipaksa membayar ‘hutang’ yang tidak diketahui
mereka.
Perdagangan manusia berlaku dalam banyak industri
termasuk:
• kerja dalam perusahaan-perusahaan menangkap ikan,
pembinaan, perkilangan dan perlombongan
•kerja-kerja rumah, perniagaan-perniagaan kecil dan
kedutaan-kedutaan
Dalam Australia, kes-kes yang disyaki melibatkan
perdagangan manusia disiasat oleh Polis Federal Australia
(AFP). Apabila AFP menemui orang-orang yang difikir telah
diperdagang, orang-orang itu akan dirujukkan kepada
Palang Merah untuk dibantu.
Bantuan Palang Merah tidak wajib bagi sesiapa, dan anda
boleh memilih sama ada anda mahu menerima bantuan
serta anda bebas untuk berundur pada bila-bila masa.
Palang Merah hanya boleh memberi bantuan kepada
orang-orang yang dirujukkan kepada kami oleh AFP.
Bagaimana boleh Palang Merah membantu?
Jika anda dirujukkan kepada Palang Merah, bantuan yang
akan anda terima bergantung pada keperluan anda. Ini
mungkin termasuk:
• bantuan mencari tempat tinggal yang selamat
• pelacuran
• bantuan pendapatan
• runcit, jualan dan hospitaliti.
• mendapatkan pemeliharaan kesihatan
Perdagangan manusia adalah suatu kesalahan yang
serius dalam Australia.
• mengaturkan nasihat guaman bebas
PHOTO: ©iStockphoto.com/Sharon Meredith
Apakah itu perdagangan
manusia?
Siapakah yang boleh Palang Merah bantu?
• pendidikan dan latihan vokasional
• kaunseling
Bantuan untuk orangorang yang telah
diperdagang
Palang Merah berusaha untuk menegakkan maruah,
kesihatan dan kesejahteraan orang-orang yang telah
diperdagang ke Australia. Palang Merah membantu
orang-orang mendapat maklumat yang mereka perlu
untuk membuat keputusan masing-masing yang
sewajarnya mengenai masadepan mereka.
Ada tempoh renungan selama 45 hari di mana Palang
Merah boleh menyediakan tempat tinggal yang selamat
dan bantuan seterusnya sementara anda menimbangkan
sama ada anda rela dan sanggup membantu AFP dalam
penyesiatan mereka. Ini adalah pilihan anda.
Anda layak menerima bantuan seterusnya lepas tempoh
awal ini jika. AFP boleh menyiasat kesalahan yang telah
dilakukan terhadap diri anda, dan anda rela bekerjasama
dengan AFP dalam penyesiatan mereka.
Program ini ditanggung oleh Jabatan Keluarga,
Perumahan, Perkhidmatan Masyarakat dan Hal Ehwal Asli
dan adalah percuma bagi anda.
Bagaimanakah Palang Merah berjalan?
Palang Merah bekerjasama dengan AFP untuk
membincangkan apa-apa isu penting mengenai
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan orang-orang.
Palang Merah membantu dalam perkhidmatanperkhidmatan kemanusiaan pemerintah, tetapi senantiasa
bebas.
Palang Merah akan melayani anda dengan saksama dan
hormat pada setiap masa. Sebarang maklumat yang
anda beri kepada Palang Merah dianggap sulit bagi
menghormati privasi anda. Dalam keadaan tertentu, seperti
kekhuatiran atas keselamatan diri anda, Palang Merah
akan perlu berkongsi maklumat ini dengan AFP.