transkrip temubual bersama dengan puan haliza mat kharsa

Comments

Transcription

transkrip temubual bersama dengan puan haliza mat kharsa
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENERBIT RANCANGAN TV DI
RTM DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV
MAHIDAH BINTI MAHIDEN
2006494647
NORASHIKIN BINTI HASAN
2006213254
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PUNCAK PERDANA BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN KURSUS IMR 603 – DOCUMENTING ORAL TRADITION
JANUARI – APRIL 2009
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENERBIT RANCANGAN TV DI
RTM DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV
MAHIDAH BINTI MAHIDEN
2006494647
NORASHIKIN BINTI HASAN
2006213254
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PUNCAK PERDANA BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN KURSUS IMR 603 – DOCUMENTING ORAL TRADITION
SEMESTER 6 (JAN 2009 – APRIL 2009)
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
ISI KANDUNGAN
™ ISI KANDUNGAN
i
™ PENGHARGAAN
ii
™ ABSTRAK
iii
™ PENGENALAN
iv
™ INDEX
v – ix
™ PENDAHULUAN
1–6
™ BIODATA TOKOH
7
™ TRANSKRIP : - TAPE 1 SIDE A
8
™ BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG
8 – 11
™ BAHAGIAN B : LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
11 – 14
™ BAHAGIAN C : KERJAYA SEMASA
14
™ END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B
25 – 39
™ END OF TAPE 1 SIDE B : TAPE 2 SIDE A
39 – 55
™ END OF TAPE 2 SIDE A : TAPE 2 SIDE B
55 – 63
™ PENUTUP
64
™ LOG TEMUBUAL
65 – 67
™ SENARAI SOALAN
68 – 72
™ BIBLIOGRAFI
73
™ LAMPIRAN
74
o SURAT
o SURAT PERJANJIAN
o KOLEKSI GAMBAR
KOLEKSI KERATAN AKHBAR
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
i
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.r.t
Syukur kami ke hadrat ilahi kerana memberi kami seribu kekuatan dan ketabahan
bagi menyiapkan tugasan yang tekah diberikan ini dengan sempurna setelah melalui
pelbagai halangan dan dugaan bagi menyempurnakan tugasan ini bagi subjek IMR 603 –
Documenting Oral Tradition.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Puan Haliza Mat Kharsa kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama
sepanjang temuramah mengenai tugasan yang kami dijalankan. Selain daripada itu juga,
kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami
Encik Mohd Nazir Ahmad kerana sabar dalam memberi tunjuk ajar dan panduan kepada
kami bagi menyiapan tugasan yang diberikan ini dengan sempurna.
Di samping itu juga, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
keluarga kami dan kawan-kawan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan
dorongan bagi membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Jasa dan
kerjasama dari kalian amat kami hargai, sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja yang
mampu membalasnya.
Sekian, terima kasih.
Mahidah Mahiden
Norashikin Hasan
2006494647
2006213254
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
ii
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
ABSTRAK
Abstrak : Wawancara ini adalah di antara Mahidah binti Mahiden dan
Norashikin Hasan, dengan Puan Haliza Mat Kharsa. Beliau adalah seorang Penerbit
Rancangan TV yang bertugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penyiaran
Malaysia. Wawancara ini dijalankan di Bilik Rakaman Audio, Tingkat 1, Wisma TV,
Angkasapuri pada dua puluh haribulan Mac dua ribu sembilan (20/03/2009) jam 12:05
tengahari hingga 2:45 petang. Wawancara ini berkisarkan tentang penglibatan beliau
sebagai Penerbit Rancangan Televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu
sebuah badan penyiaran di bawah sektor kerajaan. Wawancara ini juga mengisahkan
pengalaman beliau menerbitkan pelbagai rancangan tv dan pelbagai suka duka serta
rintangan yang dihadapi sepanjang bergelar orang yang berdiri di belakang tabir di
sebalik sesebuah rancangan tv yang diterbitkan. Wawancara ini juga dapat memberikan
sedikit maklumat berkaitan bidang kerjaya yang agak mencabar dan memerlukan
pengorbanan ini.
Kata kunci: Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rancangan TV, Belakang Tabir
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
iii
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
PENGENALAN
Mahidah Mahiden dan Norashikin Hasan telah bergilir-gilir menemu bual Puan
Haliza Mat Kharsa di Bilik Audio, Tingkat 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur
pada 20hb Mac 2009.
Puan Haliza Mat Kharsa yang dilahirkan pada tanggal 29hb Oktober 1971,
sebenarnya berasal dari Butterworth, Pulau Pinang. Kini beliau telah menetap di Puncak
Jalil, Selangor selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai kerjaya sendiri
sekarang.
Temu bual lebih kurang dua jam lebih adalha berkenaan tentang penglibatan dan
perjalanan seni beliau sebagai seorang penerbit rancangan di stesen televisyen kerajaan
Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau juga turut menceritakan tentang latar belakang
kehidupannya serta pencapaian pendidikan beliau.
Puan Haliza Mat Kharsa telah berumur 38 tahun ketika temu bual dijalankan.
Beliau bertugas sebagai Penerbit Rancangan TV dan terkenal dengan sikap ramah dan
mesranya di kalangan kakitangannya, kawan-kawan serta artis-artis yang pernah terlibat
menjayakan rancangan yang diterbitkan oleh beliau. Beliau juga lebih mesra dengan
panggilan Kak Liza.
Beliau sanggup meluangkan sedikit masa dan memberi kerjasama sepanjang sesi
temu ramah dijalankan. Beliau sangat berminat untuk bercerita, tetapi sangat sibuk
kerana perlu membuat pelbagai kerja yang berkaitan dengan penerbitan. Temu bual
mengandungi tidak banyak perkara yang disentuh secara mendalam.
Sepanjang sesi temu bual yang berlangsung di Bilik Audio tersebut, kami tidak
mempunyai masalah yang mengganggu. Segala yang telah kami aturkan telah berjalan
dengan lancar dan teratur.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
iv
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
INDEKS
A
Ai FM. 5
Alex Reza. 23
Apek. 43
Astro. 3, 52, 54
Astro Ceria. 53
Astro Ria. 53
Aura Seri. 44
Azwan. 43
B
Bangunan Persekutuan. 4
Berita Harian. 27
Bob Lokman. 23, 38
British. 3
Bukit Petaling. 3
Bukit Caldecott. 3
D
Datuk Yati. 16
Datuk Siti Nurhaliza. 18, 30, 49
Dato’ Yusof Haslam. 44
Dato’ Farid Merican. 63
Datuk K. 32
Dato’ Hussein Onn. 6
DBKL. 45
Dewan Tunku Abdul Rahman. 5
Dr. Sheikh Muzaffar. 43
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
v
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
E
Elsy Nelson. 55
H
Haliza Mat Kharsa. 10
Hannah Qaisara. 12
Helen Yap. 19
I
IPPTAR. 52
Institut Teknologi Mara. 13
J
Jabatan Penyiaran Malaysia. 5
Jack Nadarajah. 22, 24
Jalan Young. 4
Jalan Cenderasari. 4
Jalan Ampang. 5
Jepun. 3
Johor. 3
K
Kampung Baru. 12
Kementerian Penerangan British. 3
Kementerian Kebudayaan. 44
KEKWA. 27, 28
Klasik Nasional. 5
Kompleks Angkasapuri. 5
KSU. 35
Kuala Lumpur. 3, 4, 5
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
vi
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
KWSP. 16
L
Lembaga Pelabuhan Singapura. 3
Lembah Kelang. 7
LRT. 40
M
Malaya. 3
Malaysia. 4
Mahidah. 33, 36
Menara Kuala Lumpur. 44
Menteri Kebudayaan. 45
Media Prima. 3
Melaka. 4
Metro. 27
Misha Omar. 19, 25, 30
Minnal FM. 5
Mohamad RAshid Zainal. 11
Muzik FM. 5
N
Noriah Letuar. 23, 24
NTV7. 52
P
Persatuan Wireless Johor. 3
Persatuan Wireless Tanah Melayu. 3
Persatuan Wireless Pulau Pinang. 3
Perbadanan Penyiaran British Malaya. 3
Perbadanan Penyiaran Malaysia. 3
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
vii
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Pulau Pinang. 3, 4, 11, 13, 17
Puncak Jalil, Selangor. 12
PUTRA. 40
R
Radio Televisyen Malaysia (RTM). 3
Radio 1. 5
Radio 2. 5
Radio 3. 5
Radio 4. 5
Radio 5. 5
RTMi. 7
Rosyam. 23
Rozita Che Wan. 33
S
Sabah. 4
Sarawak. 4
Sekolah Rendah Convent Butterworth. 13
Sekolah Menengah Butterworth. 13
Sekolah Convent. 51
Sekolah Kepong. 51
Seremban. 4
Shikin. 10
Sir Shenton Thomas. 3
Singapura. 3, 4
Sir Earl. 3
Siaran Orang Asli. 5
Suara Malaysia. 5
Sukan Komenwealth. 22
SPA. 17
SPR. 27
SUKMA. 22, 26
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
viii
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
T
Traxx FM. 5
Tun Dr. Mahathir Mohamad. 6, 44
TV3. 24, 27, 52, 53
W
Wilayah Persekutuan. 5
Z
Zoom [email protected] 19
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
ix
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
PENDAHULUAN
PENGENALAN KEPADA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA
Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan
Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran
televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri,
dan 7 saluran radio daerah serta dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1984 hingga
2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton
televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima (54%) dan Astro (29%).
SEJARAH RTM
Penubuhan di awal 1920-an
Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang
jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke
negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan
penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang
sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran
gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama
turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga
kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada
tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya
dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini
diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka
studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott,
Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
1
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada
Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.
Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun
1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada
tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen
berkenaan.
1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan
penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948,
membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.
Awal 1950-an
Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio
sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan
kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House),
Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang
diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di
Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang
menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk
diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh
juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
2
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Pasca pembentukan Malaysia
Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan
televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul
Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks
Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu
pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan
Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan TV mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua
dilancarkan pada 17 November 1969.
Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat.
Radio dan televisyen berjalan seiring.Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional
memulakan perkhidmatan 24 jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini
bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu
tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan
awam dan pengangkutan serta pelajar.
Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan
pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5
November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang
semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi
memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti
pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.
Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di
peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan
sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan
format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan
nama baru kepada rangkaian radio seperti Radio 1 (Klasik Nasional), Radio 2 (FM Stereo
sekarang dikenali sebagai Muzik FM), Radio 3 (stesen tempatan), Radio 4 (Inggeris,
sekarang Traxx FM), Radio 5 (Mandarin, sekarang Ai FM) dan Radio 6 (Tamil, sekarang
Minnal FM) di samping perkhidmatan Siaran Orang Asli dan Suara Malaysia yang sedia
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
3
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
ada. Pada keseluruhannya, semua negeri sekarang sudah mempunyai stesen radio tiganya
sendiri.
Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan satu lagi detik
penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran TV Warna oleh Perdana
Menteri, Dato' Hussein Onn, diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7
Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa
penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan
rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di
peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis
pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton
dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat
TV, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi
berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.
Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana
menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang
dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran
(KOMSAR).
Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan
daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak
lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995,
membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangkaian Internet.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
4
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Era Pendigitalan RTM
RTM akan memperkenalkan lebih 20 saluran digital secara percuma pada masa
akan datang melalui RTMi. Buat permulaan, siaran percubaan beberapa siaran telah
dilakukan mulai September 2006 di sekitar Lembah Kelang. Pendigitalan ini selaras
dengan seluruh negara ASEAN lain yang memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran
televisyen digital, dan dijangka melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun
2015. Muzik Aktif melalui saluran Astro 180 merupakan saluran pertama di bawak
projek pendigital televisyen ini. Antara saluran pada akan datang ialah Arena, CY,
Bestari dan Harmoni.
Rangkaian Televisyen RTM
•
•
•
•
TV1
TV2
RTM i
Muzik Aktif
Rangkaian Radio RTM
•
Nasional
o Klasik Nasional
o Muzik FM
o KL FM
o TraXX FM
o Ai FM
o Minnal FM
o Asyik FM
•
Negeri
o
o
o
o
Perlis FM
Kedah FM
Mutiara FM
Perak FM
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
5
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
•
Selangor FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Pahang FM
Terengganu FM
Kelantan FM
Sarawak FM
Sarawak Saluran Etnik - WAI FM
Sarawak Rangkaian Merah - Red FM
Sabah FM
Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - Sabah V FM
Daerah
o
o
o
o
o
o
o
o
Kedah - Langkawi FM
Sarawak - Sibu FM
Sarawak - Limbang FM
Sarawak - Miri
Sarawak,Sri Aman - RaSA FM
Sabah - Sandakan FM
Sabah - Tawau FM
Johor Bahru-FM Stereo Johor Bahru
Saluran TV akan datang
•
•
•
•
Arena - saluran sukan
CY - saluran kanak-kanak dan remaja
Harmoni - saluran pelbagai etnik dan bahasa
Bestari - saluran gaya hidup
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
6
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
BIODATA TOKOH
Nama Tokoh
:
Puan Haliza Mat Kharsa
Nama Gelaran
:
Liza
Umur
:
38 tahun
Tarikh Lahir
:
29.10.1971
Tempat Lahir
:
Pulau Pinang, Butterworth
Pendidikan
:
Universiti Teknologi Mara (dikenali sebagai Institut
Teknologi MARA)
Nama suami
:
Mohamad Rashid Zainal
Bilangan Anak
:
5 orang
Nama Anak
:
1) Muhamad Qhuzairy
2) Harisa Syakirah
3) Muhammad Qawimafiq
4) Muhammad Qabil Amin
5) Hannah Qaisara
Kerjaya
:
Penerbit Rancangan TV, RTM
No. Telefon
:
019-2616311
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
7
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
TRANSKRIP
BERIKUT MERUPAKAN RAKAMAN TEMUBUAL SEJARAH LISAN YANG
TELAH
DIJALANKAN
OLEH
MAHIDAH
BINTI
MAHIDEN
DAN
NORASHIKIN HASAN BERSAMA PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI
PENGALAMAN BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO
TELEVISYEN MALAYSIA (RTM). TEMUBUAL INI DIJALANKAN DI BILIK
RAKAMAN AUDIO, TINGKAT 1, WISMA TV, JABATAN PENYIARAN
MALAYSIA, ANGKASAPURI 50614 KUALA LUMPUR PADA 20HB MAC 2009
JAM 12:05 TENGAHARI HINGGA 2:45 PETANG.
TAPE 1 SIDE A
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG
NH:
Assalamualaikum, Pn Haliza.
HM:
NH:
Puan Haliza apa khabar?
HM:
NH:
Walaikumsalam.
Baik, alhamdulillah Shikin.
Boleh kami tahu nama penuh puan?
HM:
Nama penuh saya Haliza Binti Mat Karsa.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
8
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Berapakah umur puan sekarang ini dan bilakah tarikh lahir puan?
HM:
Umur saya sekarang ini tiga puluh lapan (38) tahun, tarikh lahir saya dua
puluh sembilan haribulan sepuluh sembilan belas tujuh puluh satu
(29.10.1971).
NH:
Di manakah puan dilahirkan?
HM:
NH:
Saya dilahirkan di Pulau Pinang, Butterworth Pulau Pinang.
Berapa lamakah puan sudah mendirikan rumahtangga?
HM:
Saya mendirikan rumahtangga pada tiga haribulan lima sembilan belas
sembilan puluh tujuh (3.5.1997). Jadi masuk tahun ini genaplah dua belas
(12) tahun perkahwinan.
NH:
Siapakah nama suami puan?
HM:
NH:
Puan dikurniakan berapa orang cahaya mata?
HM:
NH:
Nama suami saya Mohamad Rashid Zainal.
Saya mempunyai lima (5) orang cahaya mata.
Anak sulong puan sudah berumur berapa tahun?
HM:
Anak sulong saya berumur sebelas (11) tahun.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
9
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Bagaimana pula dengan anak bongsu puan, sekarang sudah berumur berapa
tahun?
HM:
NH:
Sekarang puan tinggal di mana?
HM:
NH:
Anak bongsu saya iaitu Hannah Qaisara yang berusia tujuh (7) bulan.
Saya sekarang ini tinggal di Puncak Jalil Selangor.
Sudah berapa lama puan duduk di situ?
HM:
Sudah berapa lama - sebelum ini saya tinggal di Cheras, sekarang ini
Saya rasanya baru satu tahun setengah duduk di Puncak Jalil.
NH:
Bagaimana pula puan pergi ke tempat kerja?
HM:
Cerita ini mesti panjang, sebab lokasi daripada Puncak Jalil ke rumah saya
kalau diikut-ikut memang dekat untuk ke office tetapi saya seorang
pengguna tetap kenderaan awam.
Jadi setiap pagi saya akan
menggunakan Putra untuk datang ke pejabat, dan daripada Kampung Baru
iaitu tempat tinggal ibu mertua saya di mana semua anak saya, saya akan
hantar ke rumah mak mertua saya bersama pembantu dan di sana mereka
akan pergi ke sekolah dan sekolah agama semua dan daripada sana saya
akan mengambil Putra untuk pergi ke office (pejabat) lah, ke pejabat
daripada bangsar sampai ke bangsar saya akan menggunakan bas ataupun
teksi untuk sampai ke office (pejabat) itulah rutin saya setiap hari.
NH:
Berapa lamakah perjalanan dari rumah ke tempat kerja puan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
10
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Jika saya menggunakan kenderaan awam saya hanya mengambil masa
lebih kurang dua puluh minit tetapi jika menggunakan kereta saya akan
mengambil masa kurang satu jam untuk sampai ke pejabat.
BAHAGIAN B: LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
NH:
Puan mendapat pendidikan awal di mana?
HM:
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Butterworth
Pulau Pinang.
NH:
Bagaimana dengan sekolah menengah pula?
HM:
Sekolah menengah saya sekolah menengah di Sekolah Menengah
Butterworth Convent, juga dan seterusnya Sekolah Menengah di Bukit
Mertajam sambung tingkatan enam (6).
NH:
Di peringkat Universiti pula puan menuntut di mana?
HM:
Di peringkat Universiti semasa itu saya menuntut di Institut Teknologi
Mara sebelum dinaikkan taraf ke Universiti lah pada tahun sembilan belas
sembilan puluh empat (1994).
NH:
Puan mengambil kursus dalam bidang apa semasa di Universiti?
HM:
Di UiTM lah sekarang ni lah ya, saya mengambil bidang apa itu
penyiaran.
NH:
Mengapakah puan memilih bidang kursus itu?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
11
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Saya memilih bidang penyiaran iaitu komunikasi massa ya, saya minat
dalam bidang tersebut kerana salah satu idola saya sebenarnya nak
menjadi seorang DJ, tetapi apabila dah menceburi bidang kursus itu saya
dah mula terjebak dengan penyiaran TV mulalah asah bakat, daripada
situlah saya berminat dengan bidang penyiran hinggalah ke hari ini.
NH:
Apakah yang mendorong puan menceburi bidang ini?
HM:
Bidang yang saya pilih ini sebab dia sesuai dengan jiwa saya, saya tak
suka benda yang saya buat itu mesti ikhlas lahir daripada hati sendiri jadi
bidang penyiaran ni luas, jadi saya nampak skop yang paling saya minat
adalah penerbitan rancangan dan daripada situlah saya asah bakat saya
daripada ITM hinggalah ke RTM.
NH:
Bagaimana pula pendapat puan tentang bidang ini di masa hadapan?
HM:
Pada pendapat saya bidang ini amat luas, tidak semestinya penuntut yang
mempunyai latarbelakang penyiaran sahaja yang boleh menceburi bidang
ini tak semestinya penyiaran, pelajar daripada akauntant, banking
(jurubank) boleh mengikuti bidang penyiaran ini.
NH:
Di masa hadapan adakah puan ingin mengembangkan lagi ilmu
pengetahuan puan dalam bidang ini?
HM:
InsyaAllah saya mempunyai perancangan untuk mengembangkan ilmu ini
tak semestinya untuk saya sendiri dan saya cuba juga untuk berkongsi
ilmu dengan adik-adik yang dibawah bidang ini lah, contoh pelajar yang
datang kursus di RTM, saya cuba bagi ilmu yang saya ada sebab ilmu itu
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
12
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
adalah untuk dikongsi bersama dan saya juga ingin melanjutkan juga
pelajaran dalam bidang penyiaran ini, InsyaAllah.
NH:
Semasa di Universiti puan ada menceburi bidang kokurikulum?
HM:
Ya saya ada menceburi bidang kokurikulum iaitu salah satu bidang yang
saya minat ialah bola tampar, aktiviti kemasyarakatan dan sosial lah di
UiTM dulu.
NH:
Apakah pengalaman yang paling menyeronokkan bagi puan semasa berada
di Institusi Pengajian Tinggi?
HM:
Pengalaman banyak, salah satunya sebab kita duduk kat hostel kita paling
suka makan ikan jaket a - kalau kata balik makan tengahari itu menu yang
paling hebat sekali ikan jaket iaitu ikan cencaru ikan masak sambal. Jadi
saya ni tinggal di hostel kawan memang pelbagai dan kawan-kawan itu
daripada bidang yang berbeza jadi kita duduk satu hostel kita akan dapat
macam-macam cerita, pengalaman itu macam-macam lah kan tapi bagi
saya itu sesuatu yang indahlah yang tak dapat saya ulangi lagi.
NH:
Puan bergraduan pada tahun ke berapa?
HM:
Saya tamat belajar pada Oktober sembilan belas sembilan puluh enam
(1996).
NH:
Selepas menerima ijazah, puan terus bekerja atau melanjutkan lagi
pengajian?
HM:
Selepas saya tamat ijazah, tapi sebelum saya dapat ijazah saya telah
ditawarkan bekerja sebagai pekerja sambilan di RTM, dimana masa itu
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
13
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
saya membuat kerja di belakang tabir dan juga menulis skriplah untuk
RTM, sehinggalah saya terus bekerja secara kontrak dan terus mendapat
apa itu seorang kakitangan kerajaan lah sehingalah sekarang saya dah dua
belas (12) tahun dah bekerja dengan RTM.
NH:
Di manakah puan memulakan kerjaya puan selepas menamatkan
pengajian?
HM:
Saya menamatkan pengajian di ITM (UiTM) dan memulakan kerjaya saya
di RTM sehinggalah sekarang, setia bersama RTM.
BAHAGIAN C: KERJAYA SEMASA
NH:
Boleh puan ceritakan serba sedikit tentang kerjaya awal puan?
HM:
Boleh Shikin tak ada masalah, kerjaya saya ni banyak ya, saya asalnya
kerja memang di RTM bermula dengan dulu kita panggil nama dia
piecemel lah ataupun sambilan B dua puluh tujuh (B27) iaitu penolong
penerbit selama lebih kurang tiga (3) tahun, jadi piecemel ni saya bekerja
ikut hari dan ikut program. Jika ada program ada gaji tak ada program tak
ada gaji, jadi bila tak ada gaji tak ada datanglah kan kalau ada program
saya kena datang dan buat program itu sampai tamat dan saya akan
dibayar gaji lah ikut program. Selepas itu saya ditawarkan oleh bos saya
dulu iaitu Datuk Yati sekarang Timbalan Ketua Pengarah jadi artis
berjadual, di mana artis berjadual ni kita dianggap macam kontrak
bersama dengan Kementerian Penerangan dan disitu saya memegang
jawatan Penolong Penerbit juga dan dibayar dulu dengan gaji permulaan
sebanyak seribu dua ratus ringgit (RM1,200) tetapi bila ditolak dengan
KWSP saya hanya memperolehi seribu enam puluh lapan ringgit
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
14
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
(RM1,068) sebulan selepas itu lebih kurang dalam empat (4) tahun saya
bekerja saya ditawarkan Penerbit Rancangan arits berjadual iaitu B empat
puluh satu (B41) dan pada tahun dua ribu lima (2005) saya mendapat
tawaran untuk menjadi kakitangan tetap lah dimana saya membuat
permohonan melalui SPA untuk menjadi Penerbit Rancangan B empat
puluh satu (B41) lah sehingga sekarang.
NH:
Selama berapa tahun puan berkhidmat di bahagian tersebut?
HM:
Saya berkhidmat dari tahun sembilan belas sembilan puluh enam (1996) di
mana waktu itu saya ada praktikal di unti hiburan TV dan sebelum saya
tamat praktikal saya punya bos iaitu Cik Yati sekarang dah Datuk, dia
tanya saya Liza you (awak) nak kerja tak kalau boleh you (awak) buat
skrip ke you (awak) buat AP ke atau job (kerja) yang you (awak) boleh
senang lah yang sesuai dengan bidang saya. Jadi waktu itu kan saya
student (pelajar) saya nak lah cari duit poket jadi saya kata tak apalah saya
ambik walaupun dibayar hanya dua ratus (RM200) rinngit untuk satu
skrip pada masa itulah.
NH:
Apakah pengalaman yang paling berharga bagi puan semasa berkhidmat di
sana?
HM:
Berkhidmat di RTM, saya rasa pengalaman saya yang paling saya gembira
sebab peluang saya naik kapal terbang pertama kali kan sebab saya kan
asal daripada Pulau Pinang kan keadaan ekonomi emak bapa saya tak
adalah sehebat mana kan orang kerajaan gaji banyak mana kan emak
kerja Jururawat jadi pertama kali bila saya naik kapal terbang itu ohh..
bangganya dapat naik kapal terbang sedangkan tak ada apa bagi kita orang
yang dah berada tapi kita ni orang tak ada kan dan itu saya rasa banga dan
pertama kali saya rasa bangga juga sebab saya diberi peluang seorang
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
15
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
pelajar praktikal dapat naik kapal terbang dan selalunya pelajar praktikal
tidak boleh berbuat demikian dan peluang saya pertama kali nya membuat
program HMI iaitu pertandingan HMI pertama kali saya bertemu dengan
Datuk Siti Nurhaliza dan situ saya berkenalan dengan dia, dimana dia tak
ada apa sampai sekarang itu pengalaman yang manis lah sebab saya orang
pertama yang kenal dengan Datuk Siti.
NH:
Bagaimana pula kerjaya semasa puan sekarang?
HM:
Kerjaya saya sekarang iaitu saya lebih kepada penerbitan sebab
pengalaman saya daripada penolong penerbit itu banyak mengajar saya
untuk tahu kerja kakitangan dibawah, jadi apabila saya sudah menjadi
seorang penerbit kita tahu macam mana selok belok kerja seorang
penolong penerbit saya sekarang tak ada masalah lah sebab saya bekerja
daripada bawah bukan terus saya naik jadi pengalaman itu saya guna
sebaik mungkin untuk menjadi seorang penerbit yang tidak menggunakan
kekerasan tapi saya tegas semasa bekerja dan peluang ini sehingga
sekaranglah saya guna sebab saya bekerja sebagai seorang nakhoda dan
dibawah saya ramai kakitangan daripada lighting (lampu), daripada
kamera, daripada audio jadi di mana saya adalah ketua dan saya terpaksa
cuba berbuat baik dengan semua kakitangan saya sebab saya tak nak ada
prasangka yang buruklah, jika tak ada kepuasan dan tak puas hati dengan
kerja saya, saya boleh bertolak ansur, orang boleh tegur saya kalau saya
tegas maksud bukan salah tapi kalau ada benda itu saya terpaksalah untuk
program.
NH:
Sudah berapa lamakah puan memegang jawatan sekarang ini?
HM:
Saya dah pegang penerbit ni daripada tahun dua ribu dua (2002) tak silap
saya, dua ribu dua (2002) semasa itu saya penerbit artis berjadual tapi
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
16
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
semasa artis berjadual kita tak boleh buat benda-benda yang pelik-pelik
contohnya saya tidak boleh tandatangan booking [tempahan], tak boleh
buat benda-benda yang kakitangan kerajaan buat jadi masa itu saya punya
orang kata peluang saya nak berkembang itu terhad, jadi apabila saya dah
dapat jadi kakitangan tetap saya rasa peluang itu lebih cerah sebab setiap
tempahan yang saya buat untuk program tak ada masalah saya boleh
tandatangan dan ada anggaran perbelanjaan saya boleh tandatangan sendiri
jadi ada kategori yang saya boleh tandatangan jadi itu peluang saya senang
lah memudahkan kerja sayalah.
NH:
Bolehkah puan terangkan serba sedikit
bidang tugasan puan sebagai
penerbit rancangan televisyen?
HM:
Bidang tugas saya banyak sebab saya bekerja di TV, kebanyakan boleh
dikatakan kadang-kadang 14 jam saya kat office [pejabat] tapi ikut situasi
sebab saya buat program secara langsung atau pun rakaman, setakat ini
saya buat program Sehati Sejiwa iaitu rancangan bual bicara santai
bersama selebriti dimana setiap hari Rabu saya akan bersiaran secara
langsung daripada studio IBC, tetapi sebelum siaran langsung itu saya
kena ada persiapan lah apa itu suntingan, montaj dan teaser itu saya kena
siapkan sebelum siaran langsung, tetapi disamping rancangan setiap
minggu saya ada juga rancangan berunsur hiburan contohnya Zoom In @
RTM, contohnya minggu ini saya akan buat Zoom In @ RTM bersama
Misha Omar. Jadi perancangan saya kena lebih awal, bermula hari Jumaat
ni petang ini saya akan ada latihan muzik bersama dengan saya punya MD
[Music Director] iaitu Halen Yap dan juga artis hinggalah malam
termasuklah esok pagi saya akan bermula daripada sebelas (11) pagi
hinggalah malam sampai hari Ahad sampailah ke siaran langsung, jadi
time (masa) kerja saya itu tak tentu kadangkala boleh dikatakan banyak
saya ada kat office (pejabat) daripada dekat rumah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
17
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Bagaimana bermulanya puan menceburkan diri dalam bidang penerbitan
ini?
HM:
Bidang penerbitan ni dah sebati kot saya rasa saya bermula daripada ITM
pun saya dah belajar dalam bidang penerbitan rancangan dan di sini saya
diberi peluang lagi saya asahkan bakat saya daripada saya tak tahu apa
hingglah saya tahu apa benda itu penerbitan jadi penerbitan itu bagi saya
Alhamdulillah lah sebab saya masih lagi belajar kalau boleh InsyaAllah
kita akan buat yang terbaiklah.
NH:
Sudah berapa lamakah puan telah berkhidmat dengan RTM?
HM:
Kalau ikutkan berkhidmat dengan RTM saya start [mula] daripada
sembilan belas sembilan puluh lima (1995) semasa saya buat praktikal di
unit hiburan dan terus saya mendapat tawaran pieacemel lah artis
berjadual bermula Julai sembilan belas sembilan puluh enam (1996) dan
disitulah bermulanya kerjaya saya yang saya bina sehinggalah saya
dikenali sehingga sekarang lah dan masih belajar lagi.
NH:
Sebelum menceburi bidang penerbitan ni, adakah bidang lain yang diceburi
puan?
HM:
Sebelum menceburi bidang ini, saya memang directly (terus) menceburi
bidang penyiaran disamping itu saya ada juga tolong rakan-rakan saya
yang buat bahagian pemasaran dan juga insuran di mana saya ceburi
bidang marketing [pemasaran], sebab mungkin saya ni kuat bercakap
orang cakapkan dan jadi saya ada peluang sebab kebetulan kawan saya
banyak agen insuran dan juga buat bahagian pemasaran so saya cari
contact, so bila dapat contact itu saya deal dengan dia orang lah
mungkinlah dia orang bagi saya komisen sikit itu je lah, sebab sementara
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
18
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
semasa saya kontrak tapi sejak saya bergelar kakitangan kerajaan yang
tetap saya tidak buat lagi lah kerja-kerja itu.
NH:
Adakah bidang penerbitan ini juga boleh saya katakan sebagai hobi bagi
Puan Haliza selain ia sebagai karier? Komen sikit.
HM:
Ok, memang betul pun kalau kita nak buat kerja kita kena ada hobi so hobi
saya memang macam kerja saya lah sebab saya suka terbitkan program
jadi dah macam hobi habit kalau kita tengok program kat TV itu sebab
mata kita dah tahu salah silap jadi kalau kita tengok rancangan tak
semestinya daripada stesen saya sendiri stesen lain kita dah tahu itu shot
salah itu angle yang salah jadi dia macam dah sebati dengan kita, kita rasa
hobi jadi bila kita buat benda yang kita seronok dia punya hasil itu pun
akan jadi yang terbaik lah untuk kita hayati, bila orang cakap eh - program
awak ke semalam itu walau pun sorang ye menonton ya.
NH:
Bagaimana puan membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga?
HM:
Oh....tak ada masalah saya sebagai seorang ibu dan juga sebagai sorang
isteri dimana orang cakap kalau producer (penerbit) dia banyak produce
(terbitkan) program saya sambil produce (terbitkan) program pun saya
produce (terbitkan), produce (melahirkan) anak pun saya produce
(hasilkan) kan jadi biar flexible kadangkala orang cakap tak kan anak
sampai lima (5) orang kan mesti orang tak percaya tapi itu lah lumrah
mungkin rezeki Tuhan nak bagi kan saya redha, tapi saya setakat ini anak
saya tiga (3) orang dah sekolah darjah lima (5), darjah tiga (3) dan darjah
satu (1), Alhamdulillah saya dapat manage [urus] dia orang walaupun saya
selalu keluar cuma pembahagian masa kena ada persefahaman lah dengan
husband (suami), kalau saya keluar saya akan bagitahu kat suami saya,
saya ada kerja macam ni schedule (jadual) saya akan bagitahu jadi tak ada
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
19
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
masalah sekarang ni walaupun anak saya sekolah kan, tuisyen tak ada
masalah lah setakat ni dah dua belas (12) tahun saya kahwin still (masih)
orang yang sama.
NH:
Boleh puan ceritakan sedikit pengkhususan rancangan berbentuk apakah
yang diterbitkan?
HM:
Rancangan memang banyak tak semestinya walaupun saya daripada dalam
bidang hiburan saya juga ada terbit untuk sukan contohnya bila tak cukup
penerbit di bahagian-bahagian lain contohnya SUKMA, saya pernah
terlibat sebagai penerbit semasa lokasi di SUKMA jadi penerbit untuk
Tekwando sebabnya saya ada latarbelakang berkenaan dengan sukan
tersebut sebab saya pernah masuk Tekwando daripada sekolah sampai ke
ITM saya ada orang kata apa itu asas Tekwando. Jadi masa dia orang
bermasyuarat penerbit-penerbit yang lain yang senior producer [produser
kanan] bermasyuarat jadi dia orang bagi peluang kat saya, Liza you boleh
tak produce apa itu Tekwando so saya kata tak apa sebab saya nak tengok
macam mana daripada segi angle TV macam mana sebab saya dari unit
hiburan jadi saya buat ni lah semakan saya tengok past year punya
program macam mana angle-angle yang baik untuk program saya research
dalam internet jadi peluang itu pelbagai yang kita dapat disamping itu saya
pernah juga terlibat juga dalam sukan Komenwealth dan saya involve
[terlibat] sukan Komenwealth itulah satu kebaggaan lah sebab diberi
peluang ya disampin itu program yang lain saya ada yang terbaru iaitu
pilihan raya. Kalau ikut Unit Hiburan memang tak buat pilihanraya sebab
dia ada unit Ehwal Semasa tapi kebetulan masa itu tak cukup penerbit saya
diberi mandat oleh Pengawal saya Encik Jack Nadarajah untuk
bekerjasama dalam pilihanraya lah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
20
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Boleh Puan Haliza terangkan apakah bentuk-bentuk rancangan hiburan
yang diterbitkan oleh Unit Hiburan TV?
HM:
Unit hiburan TV banyak terbitkan program-program lah iaitu kita ada juga
temubual, talk show lah ya, talk show santai, talk show berat contohnya
macam Fenomena Seni bersama Rosyam, iaitu santai yang berat tak santai
sangatlah iaitu talk show yang berat, macam saya Sehati Sejiwa program
yang menceritakan tentang kehidupan selebriti, gosip termasuk dalam
Sehati Sejiwa. Disamping itu kita ada juga konsert-konsert di Raja yang
kita buat roadshow, roadtour lah daripada utara ke selatan kita akan buat
disamping itu Unit Hiburan juga ada terlibat program-program khas
contohnya Citrawarna yang melibatkan kementerian kita terlibatlah.
NH:
Apakah rancangan pertama yang diterbitkan oleh Puan Haliza?
HM:
Rancangan pertama saya terbitkan iaitu Telebriti masa zaman Bob
Lokman dimana masa itu pertama kali saya duduk kat panel Tuhan saja
yang tahu saya rasa peluang yang diberi oleh Pn Noriah Letuar masa itu
dia bos saya
dia cakap Liza you dah dapat B41 boleh tak produce,
bayangkan hari yang sama dia cakap dengan saya hari itu juga saya kena
turun padang untuk produce, Tuhan saja tahu pertama kali duduk kat
panel itu saya tak bercakap pun ya Allah ya Tuhan apa benda ni tengok
screen tengok monitor jadi macam blur, tapi sedangkan kat belakang saya
ada penyelaras masa itu En Alex Reza dia kata tak apa Liza you buat je
apa yang you rasa buat tapi saya rasa ya Allah ya Tuhanku bodoh ke aku
ni kan saya sebagai penonton ya Allah saya cuba yang terbaik. Tapi masa
itu suara tak dengar orang semua cakap Liza kenapa suara tak dengar tapi
sekarang kenapa kuat sangat suara, itu beza dia pengalaman lah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
21
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Siapakah idola Puan Haliza dalam bidang penerbitan ini?
HM:
Idola saya, kalau ikutkan idola saya memang ramailah penerbit-penerbit
yang menjadi idola saya contohnya boses-boses saya sebenarnya idola lah
kan macam Pn Normah Aziz salah seorang mentor, Jack Nadaraja pun
mentor dan juga Noriah Letuar. Saya banyak juga belajar dengan Pn
Normah Aziz walaupun dia nampak pendiam tapi dia punya skill lain dia
low profile tapi program yang dia buat memang orang kenal tapi kadangkadang orang tak tahu nama dia orang lebih kenal En Jack Nadaraja,
Noriah Letuar tapi daripada segi konsep saya suka Pn Normah Aziz, jadi
saya menjadi mentor lah bila saya ada program sampai sekarang pun saya
akan telefon dia tanya pandapat dia boleh tak cam ni cam ni cam ni tak pe
dia kata you all orang muda-muda buat sesuatu yang lain jadi saya
kadang-kadang tak ikut juga garispanduan yang ditetapkan oleh RTM,
sebab saya hendak program itu lebih daripada RTM, program ni RTM
punya ke TV3 ke swasta kan, ruang lingkup itu saya tak ikut sangat
garispanduan RTM. Cuma ada benda yang saya follow [ikut] dan ada
benda yang saya tak follow [ikut].
NH:
Boleh beritahu siapakah antara artis yang menjadi kegemaran Puan Haliza?
HM:
Artis kegemaran tak ada, kalau nak cakap ada kang kecik hati semua
orang artis kan sebab saya kerja dengan semua orang artis cuma ada artis
yang memang professional ada artis yang kuranglah contohnya kadang
kala bila kita buat latihan kita cakap pukul tiga (3) ha pukul tiga (3), saya
punya style kalau kata pukul tiga dua empat puluh lima (2:45) saya dah
ada dekat studio maksudnya kalau dekat auditorium saya akan duduk saya
akan tengok apa yang tak kena kadang-kadang artis itu datang on time
kadang-kadang saya terpaksa tunggu artis itu sampai satu jam, jadi kalau
artis yang saya tunggu satu jam itu first and the last lah saya ambik.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
22
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Bagaimana hubungan antara penerbit dengan artis?
HM:
Hubungan penerbit dengan artis, bagi saya...saya ni ramah sikit kan kalau
ada tak kena saya cakap depan ada setengah artis kita tak boleh cakap
direct [terus] tapi saya akan cakap dengan dia personally tanpa orang lain
kalau saya kata mungkin pakaiannya tak sesuai tak boleh cakap dengan
semua orang depan-depan semua orang mungkin dia rasa dia punya imej
dia rasa tergugat jadi saya akan panggil dia personlly juga sebab you tak
boleh pakai ini sebab kita ikut garispanduan RTM tak boleh pakai ni, tak
boleh buat cam ni cam ni, kenapa tak boleh - sebab kita ni stesen kerajaan
kalau imej kita buruk orang lain akan menoleh dan pandang hina kat
kita...ha itu RTM buat kan kalau TV lain buat kita tak ada masalah kan itu
lah.
NH:
Sebagai seorang penerbit, apakah yang perlu ada pada sebuah rancangan
yang boleh menarik minat penonton?
HM:
Rancangan yang boleh menarik minat penonton, saya kena tanya saya
kalau nak ikut kepala saya program itu memang tak boleh saya kena tanya
pendapat orang lain, saya selalu tanya pendapat pembantu penerbit, adikadik kat office (pejabat), bagi saya walaupun kita pangkat tinggi macam
mana sekali pun kita kena tunduk kat bawah sebab saya punya konsep
saya suka tanya adik-adik kat office (pejabat) you suka apa you suka apa
ha setengah orang cakap penerbit itu suka saya bukan nya suka syok
sendiri saya suka tanya pendapat ramai kata kan macam program yang
saya nak buat ni Misha Omar saya ni tak ada lah minat sangat kan konsepkonsep balada ni sebab jiwa saya tak ada lah lembut macam itu kan saya
ni jenis rock kan tapi bila kita tengok remaja a - kak Liza nak sekali benda
yang santai asyik-asyik rock-rock saya buat lah saya ikut, saya tak ada lah
ikut saya punya citarasa saya akan tanya pendapat penonton juga lah, eh ta
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
23
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
sesuailah adik-adik kata tak best lah kak Liza enam puluh-an (60-an)
kampung jadi kita kena ikut semasa lah.
NH:
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang penerbit untuk
menerbitkan sebuah rancangan tv?
HM:
Ciri-ciri macam mana dik, banyak ciri ni kalau nak cerita ha jadi kalau nak
kata ciri-ciri sebagai penerbit, penerbit macam-macam perangai lah kan
tengok pada luaran nampak sampoi kan. Tapi kalau untuk program kita
kena lain kadang kita nampak penerbit itu serius tapi dia suka program
yang gila-gila, ha macam akak ni gila-gila bagi program serious hancur lah
kan jiwa itu kena ada maksudnya macam akak kalau akak tahu konsep
rancangan idea apa semua akak akan sit togather [duduk bersama]. Kalau
macam penerbit itu manusia ni semua sama dik cuma pemikiran dia
berbeza jadi sebagai seorang penerbit akak lebih selesa buat program yang
akak suka dan orang pun suka dan konsep itu semua orang boleh terima
kalau akak syok sendiri pun tak oleh juga kan kalau akak tak syok pun tapi
akak kena terima seadanya lah.
NH:
Apakah pengalaman paling berharga sepanjang penglibatan puan sebagai
penerbit?
HM:
Pengalaman paling berharga, banyak pengalaman paling berharga ni
semua dikatakan berharga lah tapi macam contohnya rasa paling berharga
sangat masa buat sukan Komenwealth saya rasa bangga lah sebab pertama
kali Malaysia diberi jadi tuan rumah masa itu rasa wow...RTM pulak satusatu nya saluran kerajaan yang diberi peluang untuk terbitkan rancangan
dan juga sukan SUKMA lah. Dia kalau ikut event juga kadang-kadang
kita dapat kita jadi tuan rumah itu kita rasa bangga lah kita lah orang yang
dapat masuk ke mana-mana channel [saluran], contohnya macam pilihan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
24
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
raya badan kerajaan yang diberi peluang untuk masuk ke tempat yang
tidak dibenarkan oleh SPR jadi peluang itu saya guna sebaik mungkin lah.
Mungkin kita ni orang kerajaan kita kena ada konsep-konsep yang kita
bawa diri kita dia orang tengok orang kerajaan lah stesen TV lain akan
ikut dari belakang jadi contohnya buat pilihanraya tempat itu memang tak
boleh masuk dia bagi orang RTM saja seorang penerbit dan cameraman
[jurugambar] saja jadi bila kita masuk stesen TV lain duduk sebelah kita,
jadi kita tak boleh cakap apa kan, kita daripada RTM dan kita daripada
swasta sahih nya daripada RTM daripada situlah nampak tough challange
[cabaran kuat] lah sebagai ....
END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B
seorang penerbit memang satu cabaran yang hebatlah masa buat yang
pilihanraya itu. Disamping pengalaman yang berharga juga masa tahun
2008 tak silap akak masa itu akak tengah mengandung 5 bulan ke 6 bulan
akak diberi tawaran oleh pengawal akak iaitu En Jack Nadarajah untuk
pergi ke Indonesia masa itu kita ada kerjasama RTM dengan KEKWA tak
silap saya. Masa itu bayangkan dengan perut lagi badan bila bos cakap
kena pegi kena pegi lah kan kita pegi, kebetulan masa itu dari Malaysia
deligasi kita RTM hanya dua (2) orang saja pergi akak dengan seorang
lagi penerbit dan cameraman (jurugambar) itu daripada unit berita bila
sampai kat sana bayangkan lah ada TV3 kita ada wartawan-wartawan
daripada tempat lain lah dan disitu akak kena pandai bawak diri kan, jadi
Alhamdulillah akak berkawan baik dengan budak TV3 kan, dengan Berita
Harian, dengan Metro Alhamdulillah akak rasa kerjasama masa kat situ
kita nampak erat sebab kita dah kat luar kat tempat orang kita tak kiralah
stesen TV mana yang penting kerja kita sama, disitu akak kenal abang
Nash yang Melodi itu dan kita juga ada masa pergi dalam itu kita kena
bawa diri. Kita pergi TVRI kita dua orang ni penerbit daripada RTM ni
lah kena cari cameraman (jurugambar) dari TVRI hanya bawak sehelai
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
25
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kertas daripada RTM dengan bawak mulut je jadi kalau pandai kita
bercakap pandailah dapat sebab Indonesia ni semua dia nak bayaran kita
tak bawak duit kita tak tahu pun kita kena ada satu rakaman kat sana jadi
bila sampai kat sana orang KEKWA tak buat apa kan apa kita serahkah
kat RTM, jadi kita bawak orang KEKWA sekali pegi duduk sana kita
cakap aja, modal nya bercakap aje, pegawai perhubungan awam kat
KEKWA itu bagus iaitu Cik Ariah dia dengan saya dan sorang lagi
penerbit kawan kita hanya bercakap aje guna bercakap aje dia kata tak apa
dia akan bagi saya camera, equipment semua Alhamdulillah kia dapat
rakam satu program yang baiklah dengan Indonesia.
NH:
Apakah cabaran yang perlu dihadapi dalam menerbitkan sesebuah
rancangan?
HM:
Cabaran memang setiap rancangan ada cabaran cuma kecil dan besar saja
kalau macam konsert yang besar-besar yang melibatkan VVIP ataupun
konsert Di Raja melibatkan protokol istana apa semua itu memang
beratlah bagi akak, sebab kita ni tak ada protokol sangatkan kita kena ikut
adat istiadat dia orang so itu akak memang ada masalah sikitlah kadang
kita kena follow sebelum akak kena buat research katakan contoh akak
kena buat konsert Di Raja Perlis ni dah masuk tahun ke empat (4) dah
akak diberi peluang untuk buat konsert Di Raja Perlis rasa akak, akak dah
takut dah nak pergi Perlis sebab bukan apa protokol kita kena ikut jadi
setiap kali nak pergi itu akak kena buat research akak kena tanya adat
istiadat dia macam mana, cara berpakaian nya macam mana bila akak dah
dapat benda itu tak semestinya akak sorang yang kena ikut, akak kena
bagitau anak-anak buah akak yang lain, kadang-kala anak-anak buah yang
lain itu umur lebih tua daripada akak, akak kena pandailah macam mana
nak bagi tahu pada diaorang itu merupakan satu cabaran yang besarlah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
26
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
NH:
Apakah perkembangan terbaru atau rancangan-rancangan terbaru yang
akan diterbitkan?
HM:
Rancangan terbaru yang akan terbaru lagi iaitu Sehati Sejiwa lah yang kita
mula tahun ni, Sehati Sejiwa merupakan akak punya program terbaru
sebelum ni akak buat program terbaru juga iaitu Hits 1 tapi sejak Hits 1 tu
dah ada kesinambungan penerbit lain dah ambil alih lah, jadi program
terbaru tahun ni dua ribu sembilan (2009) ini adalah Sehati Sejiwa lah, di
samping itu juga program terbaru yang akan dibuat ialah program Raya
lah tengah buat konsep.
MM: Bolehkah Puan Haliza ceritakan sedikit bagaimana proses permulaan untuk
menerbitkan sesebuah rancangan?
HM:
Proses permulaan menerbitkan sesebuah rancangan banyak dik, kalau kita
ikut kan tapi kalau untuk program yang tertentulah contohnya konsert.
Sebelum buat konsert kita akan dapat satu kertas kerja, sebelum kertas
kerja itu kita kena duduk brainstorming dulu, kita kena duduk dalam group
empat (4) atau lima (5) orang kita akan olah balik brainstorming apa nak
buat, format macam mana bila dapat idea macam mana, bila dah dapat
idea kita orang tengok program apa kena buat contohnya konsert kan sapa
kita punya target audience [sasaran penonton], siapa yang perlu tengok
siaran langsung atau rakaman jadi treatment-treatment itu kita kena adalah
kalau tak ada tak jadilah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
27
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Apakah bezanya menerbitkan sebuah rancangan berbentuk rakaman dan
rancangan yang disiarkan secara langsung?
HM:
Perbezaan dia daripada segi pra, penerbitan dah juga post. Kalau program
rakaman kita buat pra sebelum rakaman contohnya katakan akak buat
rancangan hiburan sebab akak lebih suka pada hiburan sebelum buat
rakaman rancangan hiburan di auditorium akak kena buat tempahan iaitu
pra penerbitan jadi kata kan konsep nya Zoom In bersama sapa-sapa,
contohnya Misha Omar, Siti Nurhaliza bila dah dapat artis itu akak akan
suruh akak punya pembantu penerbitan siapkan tempahan kamera berapa
akak nak pakai, lighting, audio, pakaian, solekan, daripada segi grafik, set
yang itu kita panggil tempahan dari khidmat sokongan lah. Semasa dah
tahu benda-benda itu dah ada akak kena buat mesyuarat penerbitan jadi
sebelum buat rakaman itu akak akan duduk dengan semua krew daripada
bahagian-bahagian tertentu akak akan berbincang apa yang perlu ada
dalam rancangan itu, kalau rakaman rancangan itu akak nak pakai katakan
kerusi, kerusi jenis apa, saiz apa jadi akak kena beritahu dekat pereka set,
jadi benda itu dah ada, contohnya akak nak guna dry ice, dry ice itu untuk
apa lagu slow waktu bila akak kena bagi tahu dulu, jadi kalau tak ada
bahagian-bahagian ni akak tak boleh kerjasama lah akak kerja sebagai satu
teamwork, kalau akak sorang tak jadilah rancangan itu, jadi akak kena ada
pra dah ada pra baru pergi ke penerbitan. So semasa penerbitan itu akak
akan buat rakaman lah kat auditorium itu dah habis dah rakaman itu kita
akan balik ke office (pejabat) dan kita akan preview bahan itu dekat bilik
editing atau suntingan bila sampai sana kita akan preview atau tonton
balik rakaman tadi, kita akan tengok mana yang perlu kita edit, yang tak
cantik kita cantikan dengan gunakan sekarang lah kan non-linear grafikgrafik yang canggihlah untuk buat program itu sesuai ditonton jadi pra,
penerbitan terakhir ialah di editinglah perbezaannya antara rakaman dan
siaran langsung ni kita pra yang sama juga kita tempahan yang sama kita
buat masyuarat tapi masa penerbitan rancangan siaran langsung ni tak
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
28
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
penat sikit sebab kita kena buat yang post dulu contohnya montaj dan
teaser itu kita dah siapkan dulu sebelum pergi ke siaran langsung katakan
akak nak letakkan cliping kena buat suntingan dulu jadi siaran langsung
itu habis program habislah maksudnya katakan pukul sembilan (9) hingga
sepuluh setengah pagi (10:30) siaran langsung akak habis sepuluh
setengah (10:30) itu nama akak dah keluar kat ending rancangan jadi kerja
akak dah tamat sampai situ, tapi kalau rancangan rakaman kerja akak tak
habis lagi lah kena buat suntingan itu perbezaan dia.
MM: Mana yang lebih memberi kepuasan antara siaran langsung dan rakaman?
HM:
Siaran langsung dah rakaman, kalau ikutkan kepuasan memang kita nak
siaran langsung kalau dah habis itu kira a....lega tarik nafas panjang kan
tapi tengok juga situasi katakan program itu macam berat akak suka
rakaman contohnya program raya akak suka buat rakaman sebab kita
boleh berkarya lebih sikit contohnya program raya itu satu kelainan kan
apa kita nak dalam program itu kita nak touch up (perbaiki), jadi kalau kita
buat siaran langsung tak boleh buat benda pelik-pelik nak buat effect nak
buat apa-apa semua kita tak boleh buat, rancangan raya itu akak suka buat
rakaman, contohnya akak buat Muzikal Raya tahun dulu, Lodeh akak buat
program ni lebih kurang sebulan akak buat skrip dengan penulis skrip nya
kita olah kan balik teratment yang kita buat set betu-betul, sebab kalau
rakaman itu kita boleh tukar set dua hingga tiga kali, set masa remaja,
masa tua nya ada jadi nampak macam kepuasan zaman kanak-kanak dia
macam mana, zaman remaja dia macam mana jadi kalau orang tengok kat
rumah seronoklah dalam satu jam, tapi dia orang tak tahu berapa hari akak
siapkan rakaman itu tapi hasil dia satu jam saja orang tengok kan yang itu
akak puas, tapi macam ada setengah konsert-konsert itu akak suka buat
siaran langsung pulak a... dah habis kan lega. Dia ada pro dan kontra nya
kan kadang-kadang kita rasa rakaman puas kadang-kadang kita rasa siaran
langsung tapi kita tengok situasi program yang akak terbitkan.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
29
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Apakah proses-proses awal untuk menerbitkan rancangan berbentuk
rakaman?
HM:
Proses awal setiap program yang kita nak buat itu kita kena ada pra,
penerbitan dan post penerbitan, jadi untuk setiap program kita kena lalui
benda yang sama lah cuma bila kita ada benda baru dalam program kita
nak buat kelainan dalam program kita akan duduk bersama dalam format
brainstorming kita akan kupas benda apa yang perlu dan tak perlu kadangkala idea-idea lain membantu kita kadang kalau kita sorang tak sama
mungkin ada orang yang ada idea lain untuk cantikkan program itu jadi
setiap kali akak buat program akak suka berbincang dengan kumpulan
akak.
MM: Apakah proses-proses awal untuk menerbitkan rancangan secara langsung?
HM:
Ohh...contohnya siaran langsung yang akak cakap tadi kan program secara
langsung ni memang baguslah sebab kita tahu target audience kita siapa
contohnya kalau petang target audience kita banyak daripada surirumah
kan jadi kita kena buat program santai lah, macam gosip jadi kita kena
letak element gosip dalam program itu, contohnya sekarang akak buat kan
Sehati Sejiwa kalau ikutkan biasa aja nak cakap pasal selebriti baca dalam
akbar pun kita dah tahu dah kan gosip-gosip artis, tapi kalau kita
bawakkan kita highlightkan gosip itu contohnya macam Datuk K akak
cakap dengan dia ni Datuk kita nak jemput Datuk kat studio cakap pasal
kisah rumahtangga dia cakap kat akak buat apa nak cerita pasal
rumahtangga beli akhbar kat rumah pun boleh baca kan tapi kita nak
jemput Datuk K datang ke studio bukan senang nak dapat Datuk K datang
kat studio memang susah tapi sebagai seorang penerbit akak kena turun
padang pergi rumah dai jumpa dia kita slow talk dengan dia Alhamdulillah
akak jemput dia pergi ke studio. Dah sampai kat studio macam mana nak
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
30
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
buat treatment dia cakap lah kalau nak cerita pasal rumah tangga tak
payahlah malas dia kata semua orang tahu orang cakap macam gosip akak
kena beranikan diri juga akak tanya dia akak nak tahu betul tak gossip dia
dengan pramugari? You berani tak nak highlight dalam TV kalau ikut kan
gosip memang akak tak nak highlight sebab saya punya program santai
daripada situ kita akak dapat idea kenapa kita tak perlu ada gosip dalam
rancangan akak, pertama kali semasa Datuk K dengan Dato’ Siti itu
datang program Sehati Sejiwa akak letak gosip masa tengah buat itu saya
baru terfikir kenapa kita tak call Rosita Che Wan jadi masa itu idea itu
datang sepontan mungkin akak punya hubungan dengan wartawan ramai
jadi contact itu senang dapatlah, akak punya siaran pukul 3 pukul 1 baru
teringat nak call Rozita Che Wan kebetulan Alhamdulillah akak telefon
dia pukul 1 kan Rozita boleh tak i call (menelefon) you (awak) masa
siaran langsung nak tanya tentang gosip, dia cakap boleh pulak ke RTM
siarkan tentang gosip sebenarnay kita nak highlight program ni, ini macam
satu peluang lah akak kan tadi Cik Mahidah tanya saya kan daripada
situlah kita buat kelainan dalam program buat kepuasan lah dalam siaran
langsung itu, kita kena buat sesuatu yang lain daripada program TV yang
lain. Kalau kita buat sama mesti orang tengok TV lain daripada RTM
itulah yang memberi satu cabaran kepada akak lah buat benda itu jadi
betul.
MM: Berapakah kos atau bajet untuk menerbitkan sebuah rancangan?
HM:
Kos menerbitkan rancangan bergantung pada program, contohnya kalau
program temubual itu mungkin kurang sikitlah contoh program Sehati
Sejiwa setnya anggaran setnya lebih kurang, kurang daripada empat puluh
ribu ringgit (RM40,000.00) sebab Sehati Sejiwa yang kita boleh guna
untuk tigabelas (13) siri tigabelas (13) program lah maksud dia. Maksud
dia tigabelas (13) kali kita guna program itu anggaran perbelanjaan dia
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
31
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
empat puluh ribu ringgit (RM40,000.00) tapi akak cuba guna untuk musim
ke dua jadi kita boleh gunakan empat puluh ribu ringgit (RM40,000.00)
itu untuk dua puluh enam (26) program jadi kita dapat cut (jimat) budget
(perbelanjaan) tapi kalau ikut kan tapi kita bayar artis setiap minggu akak
bayar artis anggaran artis yang datang sebab tetamu studio dua orang kita
akan bayar iaitu contoh nya akak jemput selibriti yang datang akak akan
bayar lebih kurang seorang tetamu lima ratus lima puluh ringgit (RM
550.00) seorang lepas itu skrip kita bayar dalam enam ratus ringgit
(RM600.00) dan ‘Scha___’akak bayar seribu ringgit (RM1000.00) dan
juga ada segmen Cinta Infiniti untuk pengembaran luar orang itu iaitu
tetamu yang kita shooting itu semasa rakaman kita bayar seorang lima
ratus ringgit (RM500). Jadi setiap minggu lebih kurang untuk artis saja
kita bayar dalam lima ribu (RM5,000.00) ringgit tak termasuk daripada
segi pembiayian audio dan lighting (lampu) kita guna sepenuhnya di
RTM. Tetapi bergantung juga contohnya kalau program di Stadium akak
kena buat Dikir Barat 2007 dulu, stadium itu sewa stadium itu lain,
katakan akak guna stadium itu seminggu tiga (3) hari masuk set itu akan
dikira satu hari itu lapan belas ribu (RM18,000.00) contohnya tanpa
aircond kalau dengan aircond lain, jadi set dekat stadium itu agak besar
lebih kurang anggaran set itu seratus lima puluh ribu ringgit
(RM150,000.00) untuk set itu saja, artis lagi banyak kalau nak ikut kan
lah, kita kena bayar skrip lagi event-event besar yang melibat kat stadium
itu skrip kita bayar dalam seribu ringgit (RM1000.00) dan pemuzik kita
bayar dalam seribu ringgit (RM1000.00) seorang lepas itu kita bayar artis
lebih kurang sorang artis dapat seribu ringgit (RM1000.00) kalau sepuluh
orang artis kira lah kan banyak lah gubahan lagu bergantung kepada
program ada gubahan lagu kita bayar dalam dua ratua lima puluh ringgit
(RM250.00) ada gubahan lagu kita bayar dalam lima ratus ringgit
(RM500.00) disamping itu personaliti undangan jika kita ada buat
temubual kat luar kita akan bayar dalam tiga ratus hingga lima ratus
ringgit (RM300–500). Kebanyakan artis itu kita bayar lain jadi kalau
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
32
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
dalam program macam akak ni set kita bayar lain kalau campur-campur
semua banyak itu, lepas itu sewaan audio, lampu. Sewaan lampu kalau
dekat stadium lebih kurang anggaran akak bagi lapan puluh ribu
(RM80,000.00) sewaan lighting (lampu) tapi sewaan audio lagi sewaan
audio dalam empat puluh ribu (RM 40,000.00) kalau kita ada hospitaliti
contohnya kita bagi makan tengahari dan makan malam lain banyak,
kadang-kadang boleh dikatakan setengah juta atau lebih tujuh ratus ribu
pernah cecah lah kita pernah buat satu program. Kalau program kita buat
macam konsert-konsert Di Raja selalu kita buat luar daripada Kuala
Lumpur tambang Kapal Terbang kita kena ingat, tempat penginapan
hospitaliti, transportation [kenderaan] oh banyaknya ya Allah, itu lah beza
nya program-program yang kita kena buat lah, bajet-bajet itu sebelum buat
program itu kita kena ada anggaran perbelanjaanlah selalunya bahan itu
kita akan diberi tempoh untuk siapkan anggaran perbelanjaan lebih kurang
dalam sebulan atau dua bulan lah, kadang-kala memakan masa juga lah,
contohnya sekarang ini akak dah dapat konsep kertas kerja lah konsep
kena buat untuk program yang akan di buat pada bulan lima jadi akak dah
dapat bahan tu daripada Januari, jadi kertas kerja akak telah dihantar untuk
dilihat oleh pengarah dan seterusnya kepada KSU, daripada KSU kertas
kerja itu akan turun balik kepada akak adakah bayaran akak peruntukkan
untuk artis itu lepas daripada target dia orang kalau bajet akak tu kurang
tak apa tapi kalau lebih kena cantas lah macam tu lah proses dia. Jadi
kadang-kala merumitkan lah kadang memakan masa tapi sebagai seorang
penerbit kita harus sabar lah benda-benda kita kena tempuh lah, kadangkadang
kita
guna effect
[kesan] contohnya bahan-bahan untuk
mencantikkan program contohnya kita guna dry ice, bunga api ke, pyro ke
banyak kan effect itu perbelanjaan lagi banyaklah.
Kadang-kala kita
tengok program tu simple (biasa) je sebenarnya tapi perbelanjaan dia oh
sebenarnya mencecah satu juta pun boleh, tapi orang tak percaya kan
tengok program satu jam itu lah hakikat penerbit, penerbit saja yang tahu.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
33
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Adakah bajet juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan
sesebuah program itu berkualiti?
HM:
Kalau tak ada bajet program itu tak jadi dik, contohnya kadang-kadang
kita buat program kan berapa nak bayar bajet lima ratus artis tak nak
datang jadi kan sebagai penerbit kita kena muka tebal nak tak akak panggil
adik nyanyi Mahida boleh tak nyanyi untuk program saya ni. Nyanyi
lapan lagu kita bayar lima ratus tapi tak nak kan artis macam akak ni kak
Liza ni buat program banyak melibatkan artis atas kebawah dia nak
semuanya cantik kan, make-up nak bayar make-up, baju tak nak sama kan
kalau dah pakai kat RTM tak nak pakai kat stesen TV lain. Jadikan kalau
kita bayar lima ratus tak apa lah dia kata thanks (terima kasih) jadi kita
pun paham-paham lah kan, jadi kita kena macam sekarang ni ekonomi
merudum katakan tapi orang kata kerajaan masih jalan lagikan kerja jadi
kita bayar oh dia orang cakap RTM bayar stesen lain tak bayar jadi dia
datang kat kita lah kan. Kita bajet tak adalah serendah tu nak bagi kat artis
buat kertas kerja so far (selalunya) akak bagi maksimum lah kan kita
kesian kan kalau duduk situasi dia pun bayar seribu bayar make-up dia
lagi, baju reheasal [latihan] lagi jadi banyak kita kena consider
(pertimbangkan) lah kan. Jadi bajet pun penting lah, kalau tak ada bajet
tak ada program lah.
MM: Apakah kriteria yang penerbit perlu ambil kira untuk mengambil seseorang
artis?
HM:
Kriteria artis tu banyak lah ada setengah kalau katakan kriteria kalau ikut
garis panduan RTM, RTM ada garis panduan dia kalau artis itu yang ada
blacklisted (senarai hitam) contohnya ada gosip yang teruk-teruk kan
pernah ditangkap ke kita macam tak digalakkan ambil sebab kita ni contoh
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
34
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
media kerajaan kita jadi contoh pada media lain walaupun media lain
keluarkan artis tu kita tak nak kita bagi denda lah kat dia contohnya kata
artis kena ditangkap khalwat kita tak nak lah highlight kan dia dalam
program kita alah RTM pun ambik arits berkhalawat kita tak. Jadi kita
ikut garis panduan rekod dia clean (bersih) kita ambik lah kalau rekod dia
bad reputation (reputasi buruk) kita tak galakkan ambik kalau boleh kita
ikut apa yang kerajaan kata bidang penyiaran kata tak payahlah ambik kita
bagi dia time frame (tempoh masa) tak payah ambik dia lagi lah kalau kita
ambik arits-artis yang ada bad reputation (reputasi buruk) kita tak nak kita
ambik yang good reputation (reputasi baik) saja.
MM: Berapakah bayaran yang diterima oleh seseorang artis itu?
HM:
Bayaran yang diterima oleh seseorang artis kalau kita rangkum tu luas
artis daripada segi bidang penyiaran ini dari segi pemuzik, pengubah lagu,
penari, penulis skrip itu kita panggil artis lah kan kalau kat luar orang
cakap artis tu selebriti saja tapi kalau dalam bidang penyiaran ini artis tu
merangkumi semua lah contohnya pemuzik bergantung pada program
kalau program tu agak santai bayaran dia agak kurang bergantung adakah
durasi program itu satu jam setengah jam bergantung pada bajet.
Selalunya kalau program satu jam tu kita bayar pemuzik seribulah seorang
tapi kalau program tu setengah jam mungkin kurang berdasarkan contoh
kita bagi satu program satu jam setengah lah macam konsert. Pemuzik
selalunya di RTM ni kita ada bayaran tertentu lah ikut kriteria program
contohnya konsert kita akan bayar pemuzik seribu ringgit, gubahan lagu
kita bayar lima ratus so kalau dia gubah lagu sepuluh lagu darablah, lima
ratus kita darablah dengan berapa lagu yang dia gubah. Penari kita ikut
lokasi kalau luar daripada KL kita akan bayar empat ratus ke lima ratus.
Kalau di RTM kita akan bayar tiga ratus atau tiga ratus setengah lah
bergantung pada penerbit, bajet penerbit tu. Penulis skrip boleh cecah
sehingga seribu ringgit satu skrip untuk satu program. Jadi kalau ada satu
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
35
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
program dia ada tiga belas program kalau seribu dah banyak paling kurang
dalam pun dalam enam ratus ringgit. Penyanyi latar kita boleh bayar
seratus setengah hingga lima ratus itu bergantung pada situasi kalau di luar
kita tambah lagi ya. Begitu juga dengan personaliti undangan daripada
tiga ratus ke lima ratus ikut program lah. Begitu juga penyanyi utama, ada
penyanyi utama kita bayar seribu ada setengah kita bayar lapan ratus
bergantung pada penerbit juga lah bajet penerbit, penyanyi undangan
kerap kali kita bayar daripada lima ratus ke lapan ratus tengok berapa lagu
dia nyanyi, dan situasi bayaran artis ni bergantung kepada lokasi kalau di
RTM di Kuala Lumpur kita akan bayar di sini lah kalau buat di luar
contohnya kita ada sediakan tempat penginapan itu lain pulak bayaran.
MM: Bagaimana rating atau sambutan yang diterima penonton untuk penerbitan
rancangan pertama dulu?
HM:
Oh rancangan pertama saya dulu yang zaman dulu-dulu ya lama itu kalau
first (pertama) Telebriti itu lama lah bagi saya idola lah, lama beno (benar)
tu dah sebilan puluh lapan sembilan puluh tujuh zaman-zaman tu masa tu
Bob Lokman pengacara masa tu famous (terkenal) lah Bob Lokman ya,
tapi sekarang kalau kita sebut Bob Lokman buda pun tak kenal kan. Jadi
masa tu rating memang bagus sebab Telebriti merupakan rancangan yang
menggunakan sepenuhnya telefon jadi penonton di rumah akan
berinteraksi dengan pengacara di studio menggunakan telefon memang
kita buka kan dua talian di samping itu penonton boleh juga diberi peluang
melihat gambar dia orang melalui TV melalui internet, masa zaman-zaman
dulu internet kita pun tak tahu macam mana nak guna nya, jadi kalau
orang yang ada komputer kat rumah rasa bangga lah sebab dia ada direct
dengan program kita, bila direct dalam program dia akan masuk terus
dalam TV jadi kita stesen TV pertama yang mula lah kalau RTM buat kan
orang tak nampak pun semua stesen TV swasta, tapi sebenarnya RTM lah
pelopor program yang pertama lah yang menggunakan telefon, line
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
36
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
internet dan juga komputer lah yang kita guna dan juga kita mengunakan
MMS yang pertama di Telebriti jadi kita rasa bangga lah walaupun pada
mulanya tak tahu apa benda itu kan bila saya dah alami dulu apa benda
yang sekarang masa dulu internet itu saya tak tahu apa benda jadi saya
rasa bangga lah sebab masa itu peluang saya buat program tu kan masa
dulu saya tak tahu nak hargai macam mana kan teknologi tapi sekarang
saya hargai peluang yang diberi.
MM: Apakah perasaan Puan Haliza ketika itu?
HM:
Ketika itu ilmu tak banyak sangat kan masa itu saya masih baru lagi dalam
bidang penyiaran alah orang kata baru dapat penerbit macam mana nak
tahu, pengalaman tak banyak macam sekarang, sekarang mungkin
daripada segi pembacaan kita kena banyak sebab baru habis study (belajar)
terus dapat kerja dengan RTM jadi penerbit ilmu tu tak banyak dan bahan
bacaan tu tak banyak macam sekarang, sekarang senang saja duduk kat
depan komputer tekan saja dah dapat info (maklumat) jadi ilmu itu
berbeza lah orang kata apa tu, bak kata orang kan buah muda tu kan
makan masam jadi bila dah macam akak ni agak-agak orang kata dah nak
manis-manis tu kan ilmu dah bertambah jadi akak rasa perasaan orang
kata seronoklah dalam bidang ni, kalau macam dulu ya Allah ya Tuhanku
tak tahu apa bila dah banyak ilmu orang kata akak curahkan pada adikadik akak tak nak adik-adik tu jadi macam akak, akak cari ilmu sendiri
tanpa ada bantuan orang lain macam dulu kita nak minta ilmu tu kat orang
– orang tak bagi dik dia orang cakap tak apalah nanti you all (awak semua)
belajar kakak kalau ada ilmu akak curahkan kepada adik-adik. Akak tak
nak adik-adik yang generasi akan datang ni jadi macam akak, akak cari
benda itu sendiri.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
37
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Apakah Puan Haliza rasa bidang penerbitan ini adalah bidang yang paling
puan minati?
HM:
Setakat ini dalam hidup bidang penerbitanlah yang paling akak minati
sebabnya lagi satu akak ni akak tak suka kerja kat office (pejabat) tau tak
suka duduk kat pejabat macam orang kata boleh kerja dari pukul sembilan
sampai lima menghadap komputer akak tak boleh jiwa akak ni kronik sikit
akak suka kerja luar kalau tengok akak macam tak kerja sebenarnya tapi
akak kerja akak berjalan walaupun sebenarnya akak datang kerja
sepanjang perjalanan tu akak rasa kerja, akak naik LRT akak tengok orang
ramai kan akak tengok. Benda-benda tu sebenarnya idea dalam program,
tapi kalau akak naik kereta akak akan pandang depan saja tapi bila akak
naik LRT dan PUTRA jiwa akak minda akak ternbuka, jadi akak tengok
orang macam ni orang macam ni jadi akak rasa benda tu akak boleh
implement (guna) kan dalam program jadi bagi idea-idea yang terkini
mungkin orang cakap penerbit tu susah bagi akak tak susah kita kena
duduk dalam tu dan kita kena selami apa yang orang nak jadi bila kita
duduk dalam tu benda tu macam biasa lah dalam hidup itulah beza dia.
MM: Adakah Puan Haliza hanya terlibat menerbitkan rancangan-rancangan
berbentuk hiburan sahaja ataupun ada menerbitkan program-progam
berbentuk lain juga?
HM:
Setakat ini walaupun saya berada di Unit Hiburan dan memang
menerbitkan rancangan hiburan tapi tak semua rancangan saya buat ada
hiburan, ada juga contohnya saya buat macam temubual sambil tu ada juga
kita buat rancangan-rancangan program lain contohnya macam sukan, tak
ada hiburan lah. Kalau sukan totally (sepenuhnya) sukan lah akak buat
jadi tengok konsep memang bidang tugas akak di Unit Hiburan tapi
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
38
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
sesekalinya akak dipinjamkan di unit lain akak kena redha lah dengan apa
yang akak buat sebab yang penting apa yang kita buat itu kita minat.
MM: Bagaimana Puan Haliza mendapatkan ilham untuk menerbitkan rancangan
yang baru atau lebih segar?
HM:
Ilham macam mana banyak ilham contohnya, sebelum dapat ilham-ilham
tu kadang-kadang banyak juga idea-idea rakan-rakan, adik-adik kita
kongsi bersama tapi kalau ada ilham pun tak dapat peluang daripada bos
untuk buat program tak ada juga kan contohnya macam tahun lalu bos
akak kata ok Liza you ada satu peluang untuk buat program, you punya
program contohnya pukul tiga hingga pukul empat sekarang yang akak
buat tu you nak buat apa? Masa itu bila akak dapat kertas kerja itu
memang akak fikir nak buat apa pukul tiga hingga empat tu, waktu orang
tidur kan kalau tengok saluran swasta semua rancangan drama semua
orang mesti suka drama kan kalau cakap kita buat talk show (rancangan
temubual) macam mana bos cakap buat talk show (rancangan temubual)
format akak masa tu .....
END OF TAPE 1 SIDE B : TAPE 2 SIDE A
pada masa yang akak dapat konsep itu yang bos bagi itu tiga hingga empat
petang itu akak fikir target audien [sasaran penonton] akak takkan la
remaja mesti la golongan yang berumur kan..suri rumah la akak target
sebenarnya..tp bila dah dapat macam itu akak kena la buat konsep dia kan
macamana program itu nak cantikkan jadi kita kena duduk satu group
[kumpulan] la tak boleh akak sorang kalau akak fikirkan seorang memang
tak cantik program itu jadi elemen-elemen yang ada itu akak duduk
macam dengan AP [assistant producer/penolong penerbit] akak, penolong
penerbit, pembantu penerbit. Akak suka duduk dalam group, jadi bila
duduk dalam group itu akak cakap adik suka apa, adik suka apa, jadi
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
39
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
gossip itu nak juga kita ada kan. Pada mula-mula itu memang kena cantas
banyak sebab kertas kerja itu bila dah buat itu kena persembahkan dengan
pengarah la jika pengarah kata suka, suka, tak suka, tak suka. Jadi bila dah
kena present itu kan, bila akak present depan bos tak apa lagi, bila kena
present depan pengarah itu dia agak orang kata gabra sikit la bukan gabra
apa takut kita punya idea itu ilham yang kita nak buat itu tak tercapai. Tapi
bila ada elemen-elemen lain yang diorang bagi akak bagi balik. Jadi bila
diorang bagi pendapat akak bagi balik pendapat akak jadi ada benda yang
diterima alhamdulillah jadi la program. Iitula terbitnya Sehati Sejiwa la
program yang konsep baru tahun ni.
MM: Apakah penghayatan yang perlu ada untuk menerbitkan
sesebuah rancangan?
HM:
Penghayatan memang perlu, bergantung pada program yang kita nak terbit
tapi kalau tak ada penghayatan tak ada feel [perasaan] la jadi kalau kita tak
ada feel kita boleh tengok kalau daripada segi seorang penerbit itu buat
program feel daripada segi camera shot, kalau camera shot macam
bertabur mesti dia something wrong kat dia punya minda la. Kalau kita
sebagai penonton pasal apa macam ni macam ni kan. Kalau orang yang
faham bidang penerbitan dia kata apa la penerbit ni kan, ni mesti
ada..samada dia kelemahan dari segi camera angle ataupun minda dia tak
terbuka dia tak tau apa yang dia nak buat dalam program itu, jadi setiap
kali kita buat program itu kita kena feel program itu, kita kena orang kata
kita kena jiwai. Bila kita dah jiwai itu kita rasa benda itu mudah je. Bagi
akak la. Kadang-kadang orang cakap macam orang gila pun ada sebab
kadang-kadang kalau kita dengar lagu tu, kita kena hayati dia kalau hayati
dia macam akak, akak suka nyanyi. Walaupun sumbang, kita sumbangkan
la lagu itu. Jadi bila kita dah ada rasa feel itu kita tak payah tengok skrip
dah kalau macam ada siaran langsung itu kita takyah tengok skrip dah,
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
40
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kita hanya hayati muzik, jadi kalau kita dah tau itu, penghayatan itu orang
kata daripada dalam itu dia akan membawakan program itu rasa cantik je
orang tengok.
MM: Dalam banyak-banyak rancangan yang diterbitkan, yang mana
satu rancangan yang paling terbaik buat Puan Haliza dan kenapa?
HM:
Program memang banyak la, tapi yang terbaik, terbaik ni kadang-kadang
kalau saya kata terbaik orang lain kata tak terbaik kan. Orang kata kalau
nak angkat, apa orang kata tekan lif naik sendiri kan taknak plak kan
angkut bakul plak kan. Ok, program rasanya terbaik rasanya Hits 1 dulu
la, masa pertama kali kak Liza buat contohnya Hits 1 tema dia tema
angkasa. Tapi kalau ikut-ikut kan kelakar pun ada juga sebab benda itu
memang tak boleh masuk akal kan masa akak nak buat itu tapi akak redha
je sebab akak rasa nak sesuatu yang kelainan sebab masa itu tak silap akak
kita nak hantar angkasawan kita pergi keluar Negara Dr. Sheikh Muzaffar
jadi konsep itu akak guna pakai dalam Hits 1. Pada asalnya Hits 1 kita nak
buat kat stadium jadi kita punya set kita buat besar-besar la sebab nak buat
kat stadium, akhirnya bajet tak lulus kan. Bila bajet tak lulus, set dah siap
dah ni, macamana kan bajet ke stadium tu tak lulus jadi set akak kena
masuk ke auditorium, akak cakap boleh ke meletup program akak ni kan,
akak redha je la kan. Tapi alhamdulillah Hits 1 masa itu pengacara Azwan
dengan Apek, croud [penonton] dia memang penuh la, auditorium itu
penuh sampai ke tangga. Masa itu Menteri Penerangan kalau tak silap
akak Dato’ Paduka, dia suka program itu. Akak pun rasa macam biasa la,
sebab pertama kali event [acara] besar yang di beri pada akak la, orang
kata selalunya part-part event besar ni jarang akak dapat kan tapi akak ni
jenis akak bukan suka bodek kalau dapat peluang akak buat kalau tak ada
akak tak, akak bukan jenis bos bagi la kat I, itu bukan prinsip akak, akak
apa yang orang suruh buat akak akan cuba buat yang terbaik. Kalau cakap
nak bodek-bodek ni sorry [maaf] la, walaupun kerja kerajaan, akak jiwa
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
41
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
swasta. Macam itu la contohnya kan. Jadi bila akak dah diberi peluang
buat Hits 1 itu akak buat yang terbaik dan alhamdulillah masa program itu
akak
macam
mesti
tak
ada
apa,
tapi
bila
dapat
tau
rating
[kedudukan/pemeringkatan] akak dah pukul Gerak Khas kan jadi akak
rasa macam satu apa orang kata apa kebanggaan la buat akak sebab siapa
nak pukul Gerak Khas kan, Gerak Khas kan Dato’ Yusof Haslam program
itu bagus jadi bila diorang cakap rating akak yang terbaik dalam itu
alhamdulillah. Selepas itu, kebetulan nak dijadikan cerita dia plak, akak
jumpa masa penyerahan cek itu sebab kita ada penyerahan cek untuk Hits
1. Penyerahan cek kita buat dekat Menara Kuala Lumpur, jadi bila ada
penyerahan cek masa itu dengan Aura Seri la, sebab dia taja program akak
jadi penyerahan cek kita buat dekat Menara Kuala Lumpur selepas
program itu. Masa nak serahkan cek itu diorang jemput akak la. Jadi akak
dengan akak punya Penolong Penerbit dengan Pembantu Penerbit pergi,
kitaorang pergi. Jadi kebetulan duduk satu meja dengan Dato’ Yusuf
Haslam. Akak taknak la kenal diri akak sebagai Penerbit, akak tak suka
kan, akak suka biar orang tau program je, orang tak kenal Penerbit tak apa
kan yang penting program akak meletup. Lepas itu, bila dia kata saya nak
tau la Hits 1 ni penerbit dia sape, kebetulan dia cakap dengan akak, takkan
akak nak cakap penerbit dia saya, akak segan la sebenarnya. Dah jumpa
Dato’ ni, kenapa dato’, saya nak jumpa la kenapa dia boleh pukul Gerak
Khas. Masa itu muka akak dah lain la, sebab akak segan pun ada, risau
pun ada sebab kan kita rasa kita tak boleh la nak bangga diri sebab orang
lain ada baik pada kita kan. Itu la akak rasa bangga juga la kan sebab
berjaya pukul Gerak Khas.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
42
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Apakah penghargaan atau anugerah yang pernah diterima sepanjang
menerbitkan rancangan?
HM:
Penghargaan setakat ni akak pernah dapat surat macam penghargaan
daripada Kementerian Kebudayaan la. Akak pernah terbitkan Konsert
Diraja, kebetulan masa itu dengan mantan Perdana Menteri kita Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Masa itu akak buat program Konsert Diraja, kalau tak
silap akak tahun bila ye..sebelum Mahathir tamatkan jawatan, letakkan
jawatan. Masa itu akak buat dekat DBKL, Auditorium DBKL dimana
akak buat orkestra. Pertama kali itu buat orkestra. Akak dapat surat
daripada Menteri Kebudayaan yang hantar terima kasih dan surat-surat itu
akak ada simpan. Penghargaan-penghargaan yang bertulis itu akak
simpan. Itu menjadi sumber inspirasi untuk akak lebih berkarya.
MM: Bagaimana cara seorang penerbit mengatasi masalah yang berlaku semasa
dalam rakaman? Mungkin masalah dari segi teknikal, penerbitan atau artis
itu sendiri.
HM:
Masalah memang banyak dik, masalah sebelum kita buat program itu
sometimes [kadang-kadang] waktu tengah buat program itu pun ada
masalah. Banyak masalah, masalah macamana adik nak tau, contohnya la
kan masa dulu akak buat program Hits 1 la kan, Hits 1 kita bersiaran di
luar. Memang kita bawa set kita very simple, masalah dia kalau dari segi
penerbitan kalau kita buat kat luar itu masalah dia hujan. Kalau hujan kat
mana akak nak buat, jadi akak kena ada alternative pertama dan kedua.
Kalau hujan tak boleh buat kat luar, kena cari tempat kat dalam. Jadi itu
masalah-masalah yang ada dalam penerbitan. Kadangkala tengah-tengah
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
43
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
buat siaran langsung, kabel putus, jadi sebagai penerbit yang cekap, kita
kena elert [peka]. So, [jadi] kalau kabel putus cepat next take [ambil lain]
siapa kan. Itu pelbagai rintangan sebenarnya benda yang masalah ni la
yang buat akak jadi lebih matang. Kadangkala kalau dengan artis pulak,
macam-macam artis ni, bila kita kata nak buat program yang melibatkan
band [kumpulan], bukan semua artis boleh nyanyi life, dia suka miming.
Ada juga jadi, kadangkala artis itu tak boleh nyanyi dengan band
macamana kalau nak miming program takkan orang nak tengok miming,
penonton datang semata-mata miming, baik dengar radio kan. Jadi, artis ni
macam-macam kategori dia. Jadi kita sebagai seorang penerbit ni kena
tanya lah. Jangan malu bertanya, kadang kita tanya penerbit-penerbit yang
pernah ambil artis itu ataupun kita tanya wartawan. Macam akak ni akak
suka bertanya, biar orang kata bertanya itu kita tak usah malu la kan.
Kalau kita tau artis itu bagus, kita ambil, kalau artis itu tak bagus kita kena
cari guna psikologi. Macam akak ni, sebagai penerbit kita guna psikologi
la. Kalau dia kata tak boleh kita kena counter dia balik counter dia balik,
insyaallah la. Setakat ini akak tak ada masalah la.
MM: Boleh Puan Haliza berikan perbezaan antara rancangan hiburan, bual
bicara dan drama?
HM:
Rancangan hiburan, bual bicara dan drama, memang ada beza dia. Kalau
rancangan hiburan kita tengok skop dia itu memang kita nak enjoy
[seronok] kan dia punya cuting camera itu nampak fast cuting kan kalau
hiburan sebab kita nak benda itu relax kan. Lagi satu temubual ni pun,
temubual plak lain. Kalau temubual yang topik-topik berat itu dia mesti
macam dia punya shot dia berbeza, dia punya treatment pun berbeza, dia
situasi atau suasana set juga berbeza contohnya program-program yang
berat macam Blog. Blog yang RTM terbitkan dia punya background
nampak gelap, sebab dia mengupas isu-isu yang berat. Kalau temubual
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
44
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
yang agak ringan, santai, dia punya set itu agak ceria kan. Itu macam
santai. Dan kalau drama banyak drama, drama bersiri ke, drama untuk satu
jam setengah atau dua jam dan juga drama muzikal. Macam pengalaman
saya, pernah buat drama muzikal. Jadi drama ni tengok kalau komedi, dia
punya angle agak berbeza, kalau macam muzikal juga berbeza, kalau
drama yang berat dia guna satu camera, orang kata single camera
operation lain. Jadi macam saya buat drama muzikal saya guna multiple
camera. Jadi kalau multiple ni agak mudah la bagi saya sebab konsep
drama saya muzikal kan dia ada cuting yang cepat dan orang kata kelakar
saya buat ni dia ada konsep kelakar. Tapi kalau daripada segi treatment
drama sebenarnya memang susah la bagi saya kalau dibandingkan hiburan
dan bual bicara.
MM: Apakah rancangan yang paling sukar untuk diterbitkan?
HM:
Rancangan yang paling sukar setakat ni, takde la sukar. Pada hakikatnya,
pada mulanya kita memang agak sukar kalau kita tak tau benda itu apa
yang rancangan yang kita nak terbitkan. Tapi kalau dah kita dah tau, kita
kena harungi juga dia kan. Kadangkala kita kata kat stadium itu sukar la
mana nak letak camera kan, seat dia macam sebab stadium itu untuk sukan
kan. Kalau kita tengok memang berat tapi kalau kita dah pergi kita pergi
recce, untuk setiap program kita buat recce kita akan letak camera dekat
sini ke sesuai, kat sini ke sesuai. Kita akan berbincang dengan penerbit
teknik. Kadangkala kita punya peletakan kamera itu tak betul dia akan
cakap ok liza ni tak betul. Pandangan diorang itu bagi saya input la untuk
perbaiki program. Berat dengan tak berat itu bergantung kepada program
dik, kadang-kadang pening juga penerbit ni.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
45
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Kalau diberi peluang, rancangan berbentuk bagaimanakah yang puan ingin
terbitkan selain daripada rancangan yang sedia ada yang puan pernah
terbitkan?
HM:
Kalau di beri peluang saya akan terbitkan apa program yang orang nak
contohnya kalau macam kalau ikutkan saya walaupun dah usia 38 tahun
jiwa saya remaja sebenarnya. Sebab bagi saya kalau program remaja itu
saya nak highlightkan kat remaja sebab sekarang remaja suka ikut budaya
barat. Jadi kita nak apa yang remaja kita nak. Akak cuba nak buat program
yang macam itu la. Apa yang dia nak, kalau dia nak dia boleh cakap
dengan akak, akak boleh share dengan dia akak akan cuba buat program
yang dia suka. Macam sekarang ni kat hiburan macam akak, akak buat
hiburan je la kan. Sebab akak boleh juga tanya remaja tapi daripada segi
skopnya skop hiburan kan. Kadangkala orang cakap ala hiburan
melalaikan, hiburan melalaikan. Sebenarnya akak cuba suntik elemenelemen yang baik la dalam hiburan ni. Sebenarnya hiburan itu tak
melalaikan kalau kita betul-betul gunakan benda itu sebaik yang mungkin
kita untuk generasi akan datang. Jadi pelapis, tak semestinya kita dengar
muzik itu salah, tak semestinya kita menari itu salah, tapi yang penting
hati. Pucuk pangkal dia hati la.
MM: Adakah setiap rancangan yang diterbitkan itu perlu dibuat kajian terlebih
dahulu. Boleh puan terangkan sedikit?
HM:
Contohnya rancangan nak diterbitkan memang kita buat kajian. Kita kena,
kita ada badan yang tertentu di RTM ni yang dia akan buat kajian la.
Kajian orang ramai sebelum dia bagi kat kita la. Contohnya dia cakap ok,
dia nak buat kajian dekat satu-satu kawasan. Diorang akan buat, orang
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
46
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kata apa, soal kaji selidik. Bila apa yang diorang nak, jadi bila dapat benda
itu diorang akan hantar kepada kita punya pengawal atau bos dan daripada
situ kita tau apa yang target audiens, audiens nak apa. Jadi bila dia bagi kat
akak kertas kerja tak semestinya unit akak yang buat, tak semestinya unit
akak yang hiburan ni buat program yang berbentuk hiburan kita buat juga
benda-benda yang ada-ada unsur ilmiah la apa yang kehendak daripada
kaji selidik itu la.
MM: Dimana kekuatan sesebuah rancangan itu? Adakah dari konsep, isi, shotshot yang menarik atau artis yang ditampilkan atau sebagainya? Apa
pendapat Puan Haliza?
HM:
Ok. Sesebuah rancangan itu bergantung kepada konsep tapi kadangkala
orang cakap, kadangkala konsep kita bagai nak rak pun tak menjadi kalau
artis tak happening kan. Contohnya la kalau kita jemput Dato’ Siti, Dato’
Siti ni kan kalau nyanyi lagu-lagu lama pun orang nak dengar. Kalau bagi
lagu-lagu kebangsaan pun orang nak dengar contohnya lagu-lagu Senyum,
kalau Siti nyanyi orang suka sebab dia ikon kan, lagu Membaca orang nak
dengar sebab apa, sebab Dato’ Siti nyanyi. Jadi kadangkala konsep
rancangan itu bergantung juga daripada, bergantung juga kepada artis
yang kita buat. Kalau program melibatkan artis baik kita gunakan artis itu
sebagai ikon. Tapi kalau program yang konsep yang kita buat itu tak ada
artis kita kena cuba cari sesuatu yang orang nak tengok sebab bukan
semua program yang melibatkan artis dan bukan semua konsep yang boleh
melibatkan artis. Jadi kita kena guna pakai dia la. Kalau program itu,
katakan program itu berbentuk temubual yang tak pakai artis kita kena cari
ikon-ikon yang bagus la untuk ditonjolkan.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
47
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Berapa lamakah tempoh untuk menyiapkan rancangan berbentuk rakaman.
Boleh puan terangkan sedikit?
HM:
Ok. Rancangan rakaman ni bergantung kepada time frame yang kitaorang
dapat. Selalunya bos saya akan bagi gerak kerja la, jadual apa yang kita
perlu buat la. Contohnya dekat hiburan itu ada sembilan orang Penerbit,
jadi saya dah tau dah schedule [jadual] saya sampai bulan lapan sebab
saya telah diberitahu melalui schedule itu la. Setiap Penerbit akan dapat
schedule masing-masing, bila dapat schedule itu kita akan tau, Liza you
[awak] ada masa tiga hari untuk siapkan rancangan rakaman. Tapi
sebelum tiga hari itu saya dah bagi time frame [jangka masa] empat bulan,
lima bulan. Jadi konsep saya dah buat apa semua, apa yang telah saya buat
itu. Jadi bila saya buat time frame yang saya ada lima bulan itu saya dah
buat, tiga hari itu la masa rakaman yang saya gunakan sehebat-hebatnya la
kan untuk habiskan program itu. Kalau time frame saya lima hari, lima
hari la saya guna. Tapi kerap kalinya saya takkan guna banyak hari la,
paling kurang pun saya akan guna tiga hari untuk rakaman.
MM: Adakah Puan Haliza berpuas hati dengan pencapaian penerbitan yang
diterbitkan Puan Haliza sekarang?
HM:
Sebagai individu yang biasa bagi saya, saya rasa saya tak pernah rasa puas
la. Setiap kali saya buat mesti saya rasa ok ke tak ok ke. Kita sebagai
manusia kan naluri manusia ni mana pernah rasa puas pada diri sendiri.
Saya rasa mungkin saya ada kekurangan sebab setiap yang..kalau saya dah
puas saya dah berhenti kerja la, tak puas la saya masih berkerja lagi, masih
berkarya. Jadi kepuasan itu bergantung kepada orang ramai, bukan puas
pada kalau saya rasa diri saya puas, tak juga. Kadangkala orang cakap
program awak ada kelemahan apa, saya ambil benda itu sebagai iktibar
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
48
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
untuk akan datang. Jadi sebagai seorang Penerbit saya tak pernah puas la
buat program.
MM: Sebagai seorang penerbit, adakah ditetapkan sasaran untuk menerbitkan
rancangan bagi setiap tahun?
HM:
Sasaran penerbitan memang kita ada, setiap tahun bos la ataupun
Pengawal saya akan bagi sasaran kerja contohnya Liza tahun ni sampai
bulan lapan ni, ada program bersiri berapa kan, program konsert berapa,
program khas berapa, yang berkerjasama berapa jadi kadangkala saya tak
boleh cakap juga katakan tahun ni saya ada dua puluh program tapi yang
weekly lain, yang mingguan lain, yang bersiri lain, yang ad-hock lain, jadi
tak tentu bergantung kepada situasi la.
MM: Pada pendapat Puan Haliza, apakah impaknya rancangan berbentuk
patriotik kepada penonton?
HM:
Rancangan berbentuk patriotik saya pernah buat, macam-macam treatment
dia la contohnya patriotik ni kita buat lagu-lagu yang berunsur patriotik la.
Contohnya kita panggil remaja yang bawakan lagu-lagu itu elemenelemen patriotik kita terapkan dalam lagu-lagu selingan. Kita jemput
Sekolah Convent, Sekolah Kepong yang pernah menjadi juara di Malaysia
la dan diorang juga pernah buat koir di luar negara melalui Kementerian
Kebudayaan kita di luar negara. Jadi semangat patriotik itu saya dah
wujud dalam program tak semestinya bila datang bulan Ogos baru kita nak
tanam unsure-unsur patriotik. Saya selalu tanam unsur-unsur patriotik
daripada segi program sebab program saya mesti ada elemen-elemen
orang kata apa Malaysia. Sebab Malaysia ni terdiri daripada pelbagai
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
49
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kaum dan daripada situ kita suntikkan elemen-elemen itu supaya semua
kaum boleh tengok program.
MM: Apakah nilai sesebuah rancangan itu?
HM:
Nilai rancangan itu pada saya kalau tanya kadang-kadang tak sama dengan
pendapat seseorang penonton la. Nilai program itu kalau boleh kita nak
terbitkan program itu biar orang rasa puas tengok program. Kalau macam
kita terbit program itu orang tak tengok kita rasa tak puas, walaupun
sorang penonton yang cakap dengan saya program itu bagus ke apa,
sorang itu pun saya dah anggap sebagai seorang penonton yang memberi
kepuasan dalam hidup saya la.
MM: Adakah badan-badan atau persatuan yang diwujudkan untuk penerbitpenerbit?
HM:
Badan atau persatuan tak ada, Cuma kita dekat di RTM ni kita akan
berjumpa la penerbit-penerbit bahagian-bahagian lain. Seringkalinya bila
kita ada bengkel kerja ataupun ceramah-ceramah yang diberi oleh penerbit
bahagian-bahagian yang senior kita akan berjumpa la. Jadi pada pendapat
saya, saya selalu kalau jumpa penerbit-penerbit ni mostly [kebanyakan]
kawan-kawan atau senior-senior di bengkel-bengkel la. Yang kita adakan
di IPPTAR ataupun di luar daripada IPPTAR. Disamping itu saya tidak
hanya berkawan dengan penerbit di RTM saja. Contohnya di stesen TV
swasta saya ada kawan di TV3, di Astro di NTV7. Itu adalah kawankawan saya masa saya belajar, jadi kerapkalinya kita ada perjumpaan
ataupun saya kerap kali saya facebook dengan diorang, email dengan
diorang. Jadi konsep dia itu kadang-kadang kita boleh guna pakai juga
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
50
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
contohnya kawan yang buat AF, walaupun dia kawan baik saya, tak
semuanya saya akan bagitahu kat dia sebab dia kerja dekat swasta. Tapi
kita guna pakaikan idea-idea itu, tapi alhamdulillah orang kata kita sebab
kita kerja penyiaran ni kita kena ada networking yang baik la. Bagi saya
stesen mana saya kerja pun yang penting saya buat kerja itu ikhlas, dan
saya kawan sebab itu kawan saya. Dan tak semua kawan yang saya kawan
dekat ITM kawan sampai sekarang, ada juga kawan-kawan baru yang saya
kenal sepanjang saya bergiat dalam bidang penyiaran ni, ha itu kawan.
MM: Sebagai seorang penerbit di bawah agensi kerajaan, adakah wujudnya
persaingan dengan penerbitan swasta?
HM:
Persaingan swasta memang ada sebab kalau orang cakap takde memang
tipu la. Kalau cakap RTM mostly kita tanya, RTM? Budak-budak kecil
pun cakap Astro lagi best kan, Astro Ceria, Astro Ria, tapi bagi saya
persaingan yang sihat saya ikut, persaingan yang tak sihat saya tak ikut
sebab bagi saya mana kita kerja, mana kita nak berkarya, yang penting
target audiens kita tengok tak semestinya kalau bagus dekat stesen
kerajaan ni kita buat, orang akan tengok. Tak semestinya bagus kalau kita
buat kat stesen swasta, orang tengok. Tapi yang penting promosi kita
dalam akhbar, dalam radio, melalui saluran tv kita cuba buat yang terbaik.
Tak semestinya yang orang kata kerajaan itu tak bagus ke tak apa, bagi
saya, saya kerja ikhlas dan saya cuba nak tingkatkan prestasi penerbitan
saya distesen kerajaan supaya orang di luar pun nampak. Contohnya kalau
program yang kita buat itu orang cakap, ehh..TV3 ke sedangkan program
itu berlaku kat RTM kan. Yang penting saya highlight stesen, nama saya
orang tak kenal pun takpe yang penting saya nak orang tau itu RTM tak
payah nama, apa ada pada nama, yang penting program la bagi saya.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
51
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Adakah dengan menjadi seorang penerbit di bawah agensi kerajaan ini
mambantutkan idea-idea yang ingin ditonjolkan berbanding dengan
penerbit swasta yang lebih terbuka untuk menerbitkan rancangan? Apa
komen puan?
HM:
Pada saya sebagai seorang penerbit di bawah agensi kerajaan, saya rasa
idea-idea saya kat sini tak dibantutkan oleh pihak atasan contohnya,
katakan saya ada idea, saya nak saya cakap je. Itu terpulang pada pihak
atasan, setakat ni idea-idea saya contohnya program saya tak pernah
dicantas la. Cuma penambahbaikan untuk program itu ada. Tapi kalau kata
nak bantut tak ada la setakat ni saya dah kerja dua belas tahun
alhamdulillah. Jiwa saya masih boleh diterima lagi dan idea saya boleh
diguna pakai Cuma dekat di agensi kerajaan kita kena ikut garis panduan
yang telah ditetapkan. Kalau kita nak pakai tiub contohnyakan tak boleh la
kat sini. Kalau stesen swasta boleh kita tak digalakkan sebab kalau kita
buat macam itu orang lain akan kata ehh kenapa kat situ boleh pakai kan.
Kita cuba nak menerapkan nilai-nilai ketimuran yang baik, agensi kerajaan
cuba membuatkan sesuatu benda itu berlaku dengan baik. Kita taknak ada
vendalism, gejala sosial yang teruk, kita taknak ..kalau boleh kita nak
hindarkan benda-benda itu sebab kita sebagai agensi kerajaan kita buat
yang terbaik untuk kerajaan. Sebab kita taknak nampak kerajaan pun
sama. Itu yang kita nak hilangkan persepsi orang ramai terhadap kerajaan.
Itu yang saya cuba hightlightkan dalam setiap rancangan.
MM: Apakah perbandingan yang puan dapat lihat antara penerbitan rancangan
RTM dengan penerbitan swasta?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
52
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Perbandingan antara rancangan penerbitan RTM dan rancangan penerbitan
swasta, bagi saya sama contohnya baru-baru ini kita bekerjasama dengan
Astro ye dimana sebagai seorang penerbit saya lebih tahu dari segi
teknikal site, penggunaan teknikal berbanding dengan pihak penerbit
Astro. Sebab di RTM penerbit buat semua kerja daripada segi arahan,
kertas kerja dan segalanya. Tapi dari segi pihak swasta, penerbit lain.
Penerbit hanya buat kertas kerja ataupun penyelaras tetapi daripada segi
pengarahan ada pengarah lain. Saya dekat sini saya buat semua, kertas
kerja penerbit buat, pengarahan penerbit buat jadi ilmu itu saya lebih
banyak tahu. Tapi bila saya berjumpa, bila saya ada kerjasama dengan
pihak Astro contohnya kan diorang cakap eh Liza you buat semua ye. Eh
kitaorang tak buat tau. Saya pergi editing, diorang tak pergi editing. Saya
pergi turun shooting, diorang tak turun shooting. Diorang hanya pergi kat
situ, pengarah dia dah ada, dia duduk kat belakang pengarah jadi tak
penat. Macam saya, saya buat semua. Jadi ilmu saya lebih banyak la
daripada segi itu. Tapi kepuasan kerja bagi saya, saya rasa saya suka.
Walaupun diorang cakap eh penat kan. Tapi saya rasa puas. Tapi, saya
rasa sama, Cuma implementnya kerja di RTM ni banyak, cuma diorang
kat sana floor manager lain, pembantu penerbitan lain, pengarah lain. Di
RTM floor manager itu la penolong penerbit, floor manager itu la buat
kerja call-call artis, semua floor manager. Jadi skop kerja itu kat sini kita
agak luas dan diorang kat sana terbatas, sebab diorang buat benda itu je.
Lepas itu kalau dia pengarah, dia buat kerja pengarahan je la. Skrip orang
lain, benda lain semua orang lain. Jadi dekat sini kita diberi peluang
belajar semua ilmu.
MM: Boleh puan terangkan sedikit bagaimana caranya untuk kita ketahui rating
penonton untuk setiap rancangan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
53
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Ok. Rating kita akan perolehi daripada Elsy Nelson dimana badan yang
RTM ambil untuk tahu rating setiap rancangan la. Bukan saja di stesen
kita je, kita akan tahu NTV7, TV3, apa itu tv-tv lain. Jadi setiap kali kita
akan tengok rating kita, jadi kalau kita tahu rating kita macam itu, kita
akan cuba ubah la maksud dia, kalau target kita contohnya saya pernah
dapat rating yang ketiga dalam hiburan jadi target audien mesti melebihi
berapa juta. Jadi kalau kata kita dapat bawah pada tiga ratus ribu ke empat
ratus ribu kita akan cuba buat yang terbaik la untuk dapatkan rating yang
tinggi la. Setiap kali kita akan tengok rating, rating kita ada.
MM: Seperti yang kita ketahui, RTM sekarang ini dalam proses untuk
pengstrukturan
semula,
boleh
puan
ceritakan
sedikit
apakah
penambahbaikan yang telah di buat? Khususnya dalam bidang penerbitan
tv.
HM:
RTM memang tengah melalui proses pengstrukturan semula dimana, TV1
saluran dia lebih kepada informasi dan juga berita serta temubual,
temubual yang berat-berat la. Yang untuk apa orang kata, kalau tau ideaidea yang terkini ataupun saranan-saranan baru kerajaan, kita buka TV1.
TV1 itu info untuk orang ketahui la apa-apa yang penambahbaikan yang
kerajaan nak buat. Tapi kalau dari segi TV2 kita lebih kepada apa itu
entertainment [hiburan]. Maksud dia, dia ada hiburan, filem kan jadi
pengstrukturan baru ni agak bagus sebab kita tahu kalau kita buka channel
[saluran] kalau kita buka TV2 kita tau kita lebih pada hiburan. Kita nak
tengok apa ni filem, kita nak tengok drama, so macam relax kita buka
TV2. kalau TV1 benda-benda yang berat-berat iaitu temubual yang beratberat, info semasa dan berita terkini. Jadi pengstrukturan itu bagus bagi
saya.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
54
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
MM: Apakah rancangan masa hadapan puan dalam bidang penerbitan ini?
HM:
Harapan saya dalam bidang penerbitan ini saya rasa kalau boleh saya nak
sampaikan ilmu yang saya ada daripada senior-senior produser dulu
kepada adik-adik yang menceburi bidang penyiaran la. Tak semestinya
yang berada di RTM. Kalau diberi peluang saya, saya ada juga cakap
dengan kawan-kawan saya yang pernah jadi pensyarah, di ITM contohnya
kawan-kawan saya pensyarah-pensyarah. Diorang daripada segi teori
memang bagus tapi praktikal bagi diorang memang tak ada. Saya pernah
cakap juga dengan kawan-kawan saya kat sana, why not you all [kenapa
tidak kamu semua] panggil la saya kan, bagi talk [ceramah] daripada segi
saya nak share [kongsi], nak share pendapat saya sebagai seorang penerbit
dengan adik-adik yang terlibat dalam bidang penyiaran. Tak payah bayar,
yang penting saya nak share.
END OF TAPE 2 SIDE A : TAPE 2 SIDE B
Ok, perancangan saya memang banyak kan, saya ni kalau boleh nak bagi
ceramah la kat adik-adik yang dekat institut pengajian tinggi kan tentang
bidang penyiaran. Insyaallah kalau ada peluang saya akan beri sebab bagi
saya daripada segi teori dan praktikal banyak saya belajar di RTM, kalau
kita baca buku tak sama. Masa saya belajar kat ITM pun, lecturer
[pensyarah] saya tak ajar semua ni kan, sebab apa yang lecturer ajar benda
itu kadang-kadang kat sini tak pakai dah kan. Tapi pengalaman saya, saya
nak share la dengan adik-adik kalau di beri peluang la di institut pengajian
tinggi tak kira la mana-mana tapi kalau kat ITM itu lagi bagus la sebab
saya lahir daripada UiTM.
MM: Bagaimanakah sumbangan puan dalam bidang penerbitan dapat membantu
memberi kesedaran kepada masyarakat?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
55
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
\
HM:
Ok, bidang penerbitan ni memang kita satu apa itu orang kata satu media
yang baik la untuk kita hightlight kepada penonton di rumah la. Jadi
sebagai seorang penerbit, saya setiap kali program itu saya akan fikir apa
ha kita nak bagi masyarakat input ataupun benda-benda yang perlu la
tentang masyarakat ni. Kadangkala kita sebenarnya sebagai badan
kerajaan kita ada suntik juga benda yang elemen-elemen semasa yang
tidak melibatkan politik la contohnya benda-benda yang kita hightlightkan
isu-isu panas tapi kita buat secara tak disedari masyarakat contohnya kita
buat dalam sketsa, kita buatkan daripada talkshow, kita ada sebut juga
sebab kita ni nak bagi kesedaran kat masyarakat kita tak boleh terlampau
keras sebab masyarakat kita sekarang tak boleh terima kalau benda itu
terlampau tegas. Kita kena bagi secara lembut tapi mesej yang nak
disampaikan kepada masyarakat itu perlu ada la, ha daripada kalau kita
buat dalam capsual ke dalam program kita kena ada propaganda untuk
membuatkan orang itu tau la tentang baik buruknya.
MM: Apakah pandangan puan mengenai generasi muda pada zaman ini?
HM:
Generasi muda…generasi muda sekarang memang semua generasi IT ye.
Pada pendapat saya generasi sekarang memang lebih luas mengetahui
benda-benda ataupun anasir-anasir luar dengan cepat sekali. Jadi sebagai
seorang orang kata kita ni orang melayu la kan berpandangan ke timur
generasi sekarang mudah terdedah kepada ancaman-ancaman internet kan
orang kata jenayah internet tanpa orang kata apa di nampak. Kita tak
nampak sebenarnya benda itu berlaku tapi sebenarnya benda itu berlaku
dalam internet. Budak-budak sekarang orang kata generasi muda ni lebih
terdedah jadi sebagai seorang yang orang kata dah ada pengalaman la kan
dah jadi remaja, kalau boleh generasi muda membuat kerja-kerja yang
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
56
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
berfaedah jangan meniru anasir-anasir barat la kalau boleh kita tengok ke
belakang atau ke timur. Walaupun orang cakap kita ni orang kampung ke
pun tak apa yang penting kita mempunyai sifat nasionalisme iaitu teraskan
dalam jiwa kita bahawa agama adalah tiang segala-galanya. Walaupun kita
kerja dimana pun kita buat apapun kita fikir yang penting yang di atas itu
melihat apa yang kita lakukan. Itu je la bagi saya.
MM: Dengan adanya rancangan yang diterbitkan di televisyen, adakah ia serba
sedikit dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat?
HM:
Itu penting sebab kalau saya kata sekarang ini ye, tv sebagai satu tuhan
orang kata apa, orang kata orang cakap ada juga media barat kata tv adalah
tuhan kan, ada media barat. Tapi benda itu kita tak boleh cakap kat sini,
sebab kalau orang, kalau masyarakat kita kata salah kan. Tapi dalam
media ada sebut benda macam itu, sebab sekarang ni semua orang percaya
kat tv kan. Kalau tengok apa pun semua orang cakap kat tv itu tunjuk, kat
tv itu tunjuk. That’s why orang cakap media itu, media tv ni orang cakap
apa-apa orang kata sebagai satu fahaman kan. Jadi tv ni sebenarnya ada
baik dan buruknya sebab contohnya dalam Fenomena Seni kita pernah
cakap tv adalah satu elemen yang boleh buat orang ikut apa-apa yang
diorang nak kan. Jadi untuk kesedaran kepada masyarakat itu kita kena
buat sesuatu yang baik la sebab kalau kita buat benda yang buruk kat tv ni
orang akan tengok dan generasi muda ni apa-apa semua tengok kat tv kan
dia akan tengok tv itu betul jadi kalau boleh kita buat la benda-benda yang
ada-ada unsur-unsur yang mendatangkan kebaikan bukan kejahatan.
MM: Secara umumnya, bagaimanakah pandangan puan mengenai penerbitan
rancangan tv yang dapat menarik minat para remaja untuk menontonnya?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
57
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Pandangan saya bagaimana rancangan tv nak tarik peminat. Ok sekarang
ni remaja ni boleh tengok banyak channel sebenarnya. Kalau contohnya
buka Astro kan, berapa channel dia ada kan. Ok RTM dua channel je, TV1
TV2. TV3 lagi, NTV7 jadi sebagai seorang yang terlibat dalam bidang
penerbitan kita kadang-kadang nak puaskan semua remaja memang tak
puas sebab macam-macam peringkat remaja dan macam-macam perangai
dan idea diorang. Jadi kita boleh ambil satu golongan remaja dan kita beri
skop tertentu la untuk program yang diorang mahu dan insyaallah kita rasa
kalau program itu sesuai untuk diaorang alhamdulillah la kalau tak sesuai
kita kena baik pulihkan program itu. Bagi saya la.
MM: Apakah nasihat puan kepada golongan remaja zaman sekarang?
HM:
Kita nak nasihat orang pun kadang-kadang kita pun tak betul juga kan.
Kalau macam zaman-zaman remaja sekarang bagi saya kita nak tegur
secara tegas pun tak boleh. Pada pendapat saya sebagai seorang yang
pernah mengalami zaman remaja, hargailah zaman remaja anda kerana
remaja hanya datang sekali saja. Kalau buruk kita waktu remaja, kita
kadang rasa rugi kan pasal apa kita tak betulkan zaman remaja kita. Jadi,
seorang remaja itu haruslah berfikiran terbuka, insyaallah ikut apa yang
baik dan ingat apa kata ibu bapa la. Kalau ibu bapa dia baik, kalau ibu
bapa dia salah jadi pandai-pandai la dia cari benda yang betul untuk diri
dia.
MM: Dalam bidang penerbitan pendekatan apakah yang puan sering gunakan
bagi menjayakan sesuatu rancangan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
58
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
HM:
Bagi saya sebagai seorang penerbit, pendekatannya senang je. Saya tanya
pendapat orang. Jadi saya punya program saya suka mesra dengan
masyarakat. Jadi bila masyarakat rasa mesra dengan program saya, saya
rasa program saya success [berjaya] bagi seorang penerbit.
MM: Bagaimana pula dengan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan serta
kakitangan di bawah puan?
HM:
Setakat ini sokongan alhamdulilah, saya setakat selama saya bekerja
selama dua belas tahun dan sebagai seorang penerbit lebih kurang dalam
tujuh tahun saya rasa saya takde masalah dengan saya punya kakitangan
dan rakan-rakan seperjuangan sebab rakan-rakan seperjuangan memberi
peluang saya untuk berkarya dan memberi sokongan dan idea la. Tanpa
rakan-rakan, sebab saya bekerja dalam kumpulan yang besar jadi kalau
saya nak kerja sorang saya tak boleh kerja dalam penerbitan. Jadi tanpa
rakan-rakan siapalah saya kan. Jadi kalau tidak, saya bergantung kepada
diaorang jadi kalau nak kata saya seorang tak boleh juga sebab program
yang berjaya bukan hasil saya, hasil daripada kawan-kawan semua.
MM: Apakah perinsip yang puan selalu ambil kira dalam menjalankan tugasan
puan?
HM:
Kalau tengok saya, saya ni seorang yang mesra, senang didekati,
insyaallah saya suka kerja saya tak suka bebankan kepala saya. Kalau saya
ada program berat pun saya jenis happy, tapi tuhan saja yang tahu kan.
Saya suka ambil, saya tak ada pandang ringan, pandang juga berat tapi
saya tak suka beratkan kepala saya sebab kalau saya rasa benda itu berat,
saya lagi berat, lagi berat jadi dia. Jadi saya kalau ambil kerja itu saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
59
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
ambil mudah, walaupun mudah tapi saya akan cuba atasinya. Kalau berat
itu saya atasi dengan mudah la, jadi maksud dia kita sentiasa ceria. Jadi
program kita akan ceria, kalau kita rasa kita sedih kita terpaksa buang
sedih kita tepi dulu. Sebab bagi saya memang setiap orang akan alami
sedih dan ceria kan. Kalau saya buat kerja saya suka ambil relax, saya tak
suka bebankan kepala saya.
MM: Pada pendapat puan, dalam bidang penerbitan ini kita boleh melangkah
sejauh mana?
HM:
Dalam penerbitan kita boleh langkah jauh-jauh sebenarnya kalau kita nak.
Kalau kita duduk kat tampuk itu memang kita duduk kat situ je la tak
berkembang mana. Bagi saya, saya suka share. Saya suka share, saya suka
timba ilmu tak semestinya saya di sini je. Saya share dengan stesen
swasta, saya share dengan production luar, saya banyak berkawan. Bila
ada program-program di luar, kalau cakap jom pergi tengok Muzik-muzik,
saya pergi. Saya cuba tengok cara mereka bekerja, saya suka kutip ilmuilmu itu contohnya saya pergi Brunei, saya kutip ilmu-ilmu diaorang,
Singapore, saya pergi Indonesia. Jadi benda-benda itu saya guna pakaikan.
Lepas itu networking kita bertambah la, jadi ilmu-ilmu itu saya cuba
dapatkan dan kalau boleh saya turunkan la kepada penerbit-penerbit
pelapis saya.
MM: Apakah pendekatan yang sering diketengahkan olah RTM dalam
menerbitkan rancangan tv?
HM:
Ok, kalau di RTM ni, kita ada garis panduan. Itu la kita punya garis
panduan ye. Dari segi katakan penilaian lagu, pemilihan artis, pemilihan
lokasi, pemilihan what ever kita nak buat apa-apa saja kita nak buat kita
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
60
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kena ada garis panduan dan garis panduan itu kalau boleh kita ikut. Kalau
kita nak langgar sikit boleh la, tapi langgar itu orang kata biar la kena
dengan tempatnya. Ada masa juga saya langgar juga, tapi saya ikut la
tema-tema yang tertentu la kan. Katakan tak boleh pakai jeans, kalau
program hiburan selalu no jeans, bos saya selalu cakap itu. No jeans ha,
Mr. Jack cakap. Tapi kadang-kadang saya macam, kadang-kadang tak
kena juga nak pergi rumah orang itu pakai slack kan. Yang saya nak shot
itu pakai slack kan. Sebab dia kata dia duduk kat luar dia pakai jeans. Jadi
saya kena bagi kata putus la kat bos cakap Mr. Jack takkan la orang pergi
santai duduk kat luar pakai slack, pakai naju kemeja yang elok. Jadi
konsep itu kadang-kadang kena guna pakai natural la. Keadaan yang
sebenarnya. Kalau saya cakap dengan saya punya Pengawal, saya kata
hakikatnya orang duduk kat rumah pakai t-shirt je dengan kain batik, saya
buat rakaman guna benda macam itu. Saya taknak dia berlakon, bila
datang je kamera dia terpaksa berlakon, saya taknak macam itu. Saya nak
dia memang pakai kain pelikat, kain batik duduk rumah saya akan shot
benda yang sama. Jadi kadang-kadang saya punya apa orang kata idea itu
bercanggah dengan pendapat bos tapi saya cakap, bos memang kalau
boleh orang nak tengok benda yang sebetulnya, buat apa kita nak tipu kan.
Elemen-elemen itu saya cuba terapkan la sebab bos kata kadang-kadang
benda itu boleh dilakonkan. Tapi saya tak suka berlakon, saya tak suka
hipokrit. Biar kita tengok natural, saya tak suka jadi plastik. Itu saya.
MM: Apakah perasaan puan setelah sekian lama berkhidmat di RTM?
HM:
Setelah sekian lama berkhidmat di RTM, saya sebenarnya banyak juga
tawaran pernah saya pergi kan. Pernah juga sebelum itu sebab masa
kontrak itu pernah juga la pergi pancing-pancing nak kerja dekat luar kan.
Nak buat production kat luar. Pernah juga saya ikut penerbitan di luar,
masa saya kerja kontark itu. Masa-masa itu saya pernah juga pergi
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
61
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
interview di TV3 dan di NTV7 masa dia baru buka dan saya pernah juga
dapat peluang nak kerja di NTV7, pernah pergi interview dengan Dato’
Farid Merican tak silap saya nama dia, saya pernah pergi interview dan
saya di beri peluang la untuk bekerja di sana tapi saya tak pergi. Saya saja
je pergi interview nak tengok macamana diaorang punya cara interview
kan. Saya rasa saya lebih selesa kerja di RTM kerana walaupun stesen
swasta lebih nampak gah tapi hakikatnya di RTM saya banyak terima ilmu
dan saya rasa saya nak bekerja di sini dan terus berkhidmat di sini bukan
kerana wang. Kalau kerana wang mesti saya pergi dekat luar kerana saya
minat dan saya cuba buat yang terbaik sebab selalu orang kata RTM tak
bagus sebab sebagai penerbit dan rakan-rakan penerbit yang kitaorang ni,
kitaorang rasa kitaorang cuba nak buat RTM yang terbaik. Sebenarnya
kita boleh buat, sebab di situ sebenarnya di RTM ni ramai penerbitpenerbit muda tapi ramai yang dah lari ke stesen tv swasta sebab
melihatkan gaji yang lumayan. Tapi akhir-akhirnya balik kena buang
datang balik kat RTM. Bagi saya, biar la saya adanya saya dekat sini saya
tak suka lari mana-mana. Yang penting ilmu saya, saya nak share dengan
semua orang. Tak semestinya saya duduk dekat sini kan, mungkin saya
boleh bagi talk dekat adik-adik yang datang kursus dekat sini. Jadi saya
rasa benda-benda itu saya boleh kongsi bersama, saya rasa tak rugi.
MM: Sebelum kami akhiri perbualan kami, apakah kata-kata akhir yang puan
ingin sampaikan kepada umum mengenai bidang kerjaya puan atau nasihat
dan pandangan?
HM:
Ok, pada saya apa yang kita nak buat kita kena minat. Tak semestinya
kalau kita buat benda itu ala itu mak yang suruh kan, bapak yang suruh
masuk bidang ni, kita jangan ikut. Sebagai seorang penerbit, kata-kata
akhir untuk adik-adik yang berminat masuk kerjaya ini, yang penting dia
kena ada kekuatan minda la dan dia minat dalam bidang ni. sebab lagi satu
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
62
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
kerja ni kerjaya dalam bidang penyiaran ni kerja tak tentu masa. Kadangkadang orang cakap boleh ke kahwin, saya dah buktikan saya dah kahwin,
boleh ke ada anak, saya dah ada anak 5 orang lagi kan. Lepas itu orang
cakap, selalu bidang ni orang cakap selalunya mesti cerai kan. Pucuk
pangkal semua kat diri sendiri. Bila saya masuk bidang ni je, first think
yang orang cakap, eh Liza ko boleh kahwin ke? Confirm boleh kahwin?
Masa itu saya memang saya fakir saya tak boleh kahwin. Tapi bila saya
yang mengalami benda ni, saya rasa adik-adik lain pun boleh buat. Yang
penting nawaitu kita nak kerja, lepas itu minat kita. Kita kerja ni
sebenarnya benda ni memberi peluang kepada kita untuk berjaya. Kalau
kita rasa kita buat kerja itu kita rasa alah saja je kan sebab kita nak
glamour, kat mana pun boleh glamour sebenarnya. Kerja kerani pun boleh
glamour kalau nak buat kan. Jadi untuk kerja kat mana-mana bagi akak
kalau dah minat bidang penerbitan ni kan masuklah bidang ni. Sebenarnya
bidang ni seronok kalau betul-betul nak dan kalau kata kerja balik lewat,
kerja kalau nak kerja office hour jangan kerja bidang ni ye sebab bidang ni
balik malam-malam, pagi-pagi tak tentu. Kadang-kadang orang raya kita
duduk kat rumah lagi dik kan. Orang duduk kat rumah, kita duduk kat
office. Malam raya kita kerja, orang dah siap-siap nak apa ni nak buat nak
sembelih ayam nak buat rendang nak buat apa kan, kita kat office lagi. Jadi
bagi generasi yang berminat dalam bidang penyiaran dan penerbitan
rancangan ni, akak doakan mereka berjaya dalam bidang ni tapi sebelum
itu kenalah belajar betul-betul kan. Masuklah bidang yang tertentu dalam
di Universiti, belajar betul-betul. Kalau boleh sambung belajar, sambung
je belajar. Kalau rasa dah sambung belajar betul-betul nak masuk bidang
ni masuk dan kalau masuk bidang ni nak belajar lagi boleh belajar sebab
belajar itu akak rasa takde tamatnya. So, alhamdulilah dan kalau nak ikut
nak share pendapat ataupun pandangan takde masalah, akak boleh share.
Kalau rasa ada apa-apa boleh call akak, dan sebab ilmu itu kalau akak tak
bagi kat orang sape nak guna kan, jadi kalau kita share ilmu orang kata
lagi bannyak. So, alhamdulillah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
63
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
PENUTUP:
DEMIKIAN TADI WAWANCARA BERSAMA PUAN HALIZA MAT KHARSA
MENGENAI PENGALAMAN DAN TANGGUNGJAWAB BELIAU SEBAGAI
PENERBIT RANCANGAN TELEVISYEN DI RTM (RADIO TELEVISYEN
MALAYSIA).
KAMI INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH
DIATAS
KESUDIAN
BELIAU
DALAM
MEMBERIKAN
MAKLUMAT
MENGENAI PERISTIWA SERTA PENGALAMAN BELIAU DALAM BIDANG
PENERBITAN RANCANGAN TV. SEMOGA HASIL RAKAMAN INI SERBA
SEDIKIT
DAPAT
MEMBERIKAN
MANFAAT
KEPADA
PENDENGAR,
PENYELIDIK DAN GENERASI AKAN DATANG, INSYAALLAH.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
64
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
LOG INTERVIEW
0.00
TAPE 1 SIDE A
Memberitahu nama penuh
Haliza Mat Kharsa
Memberitahu umur
38 tahun
Memberitahu tempat lahir
Butterworth, Pulau Pinang
Memberitahu tarikh dan tempoh perkahwinan
03.05.1997
12 tahun
Memberitahu nama suami
Mohamad Rashid Zainal
Memberitahu bilangan anak
5
Memberitahu tempat tinggal
Puncak Jalil, Selangor
Memberitahu Pendidikan Awal
Sekolah Rendah Convent
Butterworth, Pulau Pinang
Memberitahu nama pusat pengajian tinggi
Institut
Teknologi
Mara
(ITM)
Memberitahu bidang pengajian
Penyiaran, Komunikasi
Massa
Memberitahu tahun bergraduan
1996
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
65
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Memberitahu kerjaya awal
Radio Televisyen Malaysia
(RTM)
Memberitahu pengalaman paling berharga
Naik kapal terbang
Memberitahu bidang lain yang pernah
Pemasaran
diceburi
Memberitahu bentuk-bentuk rancangan yang
Temu bual [Sehati Sejiwa &
diterbitkan
Fenomena Seni]
Konsert Diraja
Program Khas [Citra warna]
Memberitahu rancangan pertama diterbitkan
Telebriti
Memberitahu idola
Puan Normah Aziz
Encik Jack Nadarajah
Puan Noriah Letuar
Memberitahu pengalaman berharga
Sukan Komenwealth
SUKMA
31.17
TAPE 1 SIDE B
Memberitahu rancangan terbaru
Sehati Sejiwa
Program Raya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
66
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
1.02.44
TAPE 2 SIDE A
Memberitahu rancangan paling terbaik
Hits 1
Memberitahu penghargaan yang pernah di
Surat Penghargaan dari
terima
Kementerian Kebudayaan
Memberitahu cara mengetahui rating
Elsy Nelson
penonton
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
67
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
SENARAI SOALAN
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG
1. Assalamualaikum, Pn Haliza.
2. Puan Haliza apa khabar?
3. Boleh kami tahu nama penuh puan?
4. Berapakah umur puan sekarang ini?
5. Di manakah puan dilahirkan?
6. Berapa lamakah puan sudah mendirikan rumahtangga?
7. Siapakah nama suami puan?
8. Puan dikurniakan berapa orang cahaya mata?
9. Anak sulong puan sudah berumur berapa tahun?
10. Bagaimana pula dengan anak bongsu puan, sekarang sudah berumur berapa tahun?
11. Sekarang puan tinggal di mana?
12. Sudah berapa lama puan duduk di situ?
13. Bagaimana pula puan pergi ke tempat kerja?
14. Berapa lamakah perjalanan dari rumah ke tempat kerja puan?
BAHAGIAN B: LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
15. Puan mendapat pendidikan awal di mana?
16. Bagaimana dengan sekolah menengah pula?
17. Di peringkat Universiti pula puan menuntut di mana?
18. Puan mengambil kursus dalam bidang apa semasa di Universiti?
19. Mengapakah puan memilih bidang kursus itu?
20. Apakah yang mendorong puan menceburi bidang ini?
22. Bagaimana pula pendapat puan tentang bidang ini di masa hadapan?
23. Di masa hadapan adakah puan ingin mengembangkan lagi ilmu pengetahuan puan
dalam bidang ini?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
68
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
24. Semasa di Universiti puan ada menceburi bidang kokurikulum?
25. Apakah pengalaman yang paling menyeronokkan bagi puan semasa berada di
Institusi Pengajian Tinggi?
26. Puan bergraduan pada tahun ke berapa?
27. Selepas menerima ijazah, puan terus bekerja atau melanjutkan lagi pengajian?
28. Di manakah puan memulakan kerjaya puan selepas menamatkan pengajian?
BAHAGIAN C: KERJAYA SEMASA
29. Boleh puan ceritakan serba sedikit tentang kerjaya awal puan?
30. Selama berapa tahun puan berkhidmat di situ?
31. Apakah pengalaman yang paling berharga bagi puan semasa berkhidmat di sana?
32. Bagaimana pula kerjaya semasa puan sekarang?
33. Sudah berapa lamakah puan memegang jawatan sekarang ini?
34. Bolehkah puan terangkan serba sedikit
bidang tugasan puan sebagai penerbit
rancangan televisyen?
35. Bagaimana bermulanya puan menceburkan diri dalam bidang penerbitan ini?
36. Sudah berapa lamakah puan telah berkhidmat dengan RTM?
37. Sebelum menceburi bidang penerbitan ni, adakah bidang lain yang diceburi puan?
38. Adakah bidang penerbitan ini juga boleh saya katakan sebagai hobi bagi Puan Haliza
selain ia sebagai karier? Komen sikit.
39. Bagaimana puan membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga?
39. Boleh puan ceritakan sedikit pengkhususan rancangan berbentuk apakah yang
diterbtkan?
40. Boleh Puan Haliza terangkan apakah bentuk-bentuk rancangan hiburan yang
diterbitkan oleh Unit Hiburan TV?
41. Apakah rancangan pertama yang diterbitkan oleh Puan Haliza?
42. Siapakah idola Puan Haliza dalam bidang penerbitan ini?
43. Boleh beritahu siapakah antara artis yang menjadi kegemaran Puan Haliza?
44. Bagaimana hubungan antara penerbit dengan artis?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
69
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
45.
Sebagai seorang penerbit, apakah yang perlu ada pada sebuah rancangan yang
boleh menarik minat penonton?
46.
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang penerbit untuk
menerbitkan sebuah rancangan tv?
47. Apakah pengalaman paling berharga sepanjang penglibatan puan sebagai penerbit?
48. Apakah cabaran yang perlu dihadapi dalam menerbitkan sesebuah rancangan?
49.
Apakah perkembangan terbaru atau rancangan-rancangan terbaru yang akan
diterbitkan?
50.
Bolehkah Puan Haliza ceritakan sedikit bagaimana proses permulaan untuk
menerbitkan sesebuah rancangan?
51.
Apakah bezanya menerbitkan sebuah rancangan berbentuk rakaman dan
rancangan yang disiarkan secara langsung?
52.
Mana yang lebih memberi kepuasan?
53.
Apakah proses-proses awal untuk menerbitkan rancangan berbentuk rakaman?
54.
Apakah proses-proses awal untuk menerbitkan rancangan secara langsung?
55.
Berapakah kos atau bajet untuk menerbitkan sebuah rancangan?
56.
Adakah bajet juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan sesebuah
program itu berkualiti?
57.
Apakah kriteria yang penerbit perlu ambil kira untuk mengambil seseorang artis?
58.
Berapakah bayaran yang diterima oleh seseorang artis itu?
59.
Bagaimana rating atau sambutan yang diterima penonton untuk penerbitan
rancangan pertama dulu?
60.
Apakah perasaan Puan Haliza ketika itu?
61.
Apakah Puan Haliza rasa bidang penerbitan ini adalah bidang yang paling puan
minati?
62.
Adakah Puan Haliza hanya terlibat menerbitkan rancangan-rancangan berbentuk
hiburan sahaja ataupun ada menerbitkan program-progam berbentuk lain juga?
63.
Bagaimana Puan Haliza mendapatkan ilham untuk menerbitkan rancangan yang
baru atau lebih segar?
64.
Apakah penghayatan yang perlu ada untuk menerbitkan sebuah rancangan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
70
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
65.
Dalam banyak-banyak rancangan yang diterbitkan, yang mana satu rancangan
yang paling terbaik buat Puan Haliza dan kenapa?
66.
Apakah penghargaan atau anugerah yang pernah diterima sepanjang menerbitkan
rancangan?
67.
Bagaimana cara seorang penerbit mengatasi masalah yang berlaku semasa dalam
rakaman? Mungkin masalah dari segi teknikal, penerbitan atau artis itu sendiri.
68.
Boleh Puan Haliza berikan perbezaan antara rancangan hiburan, bual bicara dan
drama?
69.
Apakah rancangan yang paling sukar untuk diterbitkan?
70.
Kalau diberi peluang, rancangan berbentuk bagaimanakah yang puan ingin
terbitkan selain daripada rancangan yang sedia ada yang puan pernah terbitkan?
71.
Adakah setiap rancangan yang diterbitkan itu perlu dibuat kajian terlebih dahulu.
Boleh puan terangkan sedikit?
72.
Dimana kekuatan sesebuah rancangan itu? Adakah dari konsep, isi, shot-shot
menarik atau artis yang ditampilkan atau sebagainya? Apa pendapat Puan Haliza?
73.
Berapa lamakah tempoh untuk menyiapkan rancangan berbentuk rakaman. Boleh
puan terangkan serba sedikit?
74.
Adakah Puan Haliza berpuas hati dengan pencapaian penerbitan yang diterbitkan
Puan Haliza sekarang?
75.
Sebagai seorang penerbit, adakah ditetapkan sasaran untuk menerbitkan
rancangan bagi setiap tahun?
76.
Pada pendapat Puan Haliza, apakah impaknya rancangan berbentuk patriotik
kepada penonton?
77.
Apakah nilai sesebuah rancangan itu?
78.
Adakah badan-badan atau persatuan yang diwujudkan untuk penerbit-penerbit?
79.
Sebagai seorang penerbit di bawah agensi kerajaan, adakah wujudnya persaingan
dengan penerbitan swasta?
80.
Adakah dengan menjadi seorang penerbit di bawah agensi kerajaan ini
mambantutkan idea-idea yang ingin ditonjolkan berbanding dengan penerbit swasta
yang lebih terbuka untuk menerbitkan rancangan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
71
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
81.
Apakah perbandingan yang puan dapat lihat antara penerbitan rancangan RTM
dengan penerbitan swasta?
82.
Boleh puan terangkan sedikit bagaimana caranya untuk kita ketahui rating
penonton untuk setiap rancangan?
83.
Seperti yang kita ketahui, RTM sekarang ini dalam proses untuk pengstrukturan
semula, oleh puan ceritakan sedikit apakah penambahbaikan yang telah di buat?
84.
Apakah perancangan masa hadapan puan dalam bidang penerbitan ini?
85. Bagaimanakah sumbangan puan dalam bidang penerbitan dapat membantu memberi
kesedaran kepada masyarakat?
86. Apakah sumbangan puan sebagai penerbit rancangan tv kepada masyarakat?
87. Apakah pandangan puan mengenai generasi muda pada zaman ini?
88. Dengan adanya rancangan yang diterbitkan di televisyen, adakah ia serba sedikit
dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat?
89. Secara umumnya, bagaimanakah pandangan puan mengenai penerbitan rancangan tv
yang dapat menarik minat para remaja untuk menontonnya?
90. Apakah nasihat puan kepada golongan remaja zaman sekarang?
91. Dalam bidang penerbitan pendekatan apakah yang puan sering gunakan bagi
menjayakan sesuatu rancangan?
92. Bagaimana pula dengan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan serta kakitangan
puan?
93. Apakah perinsip yang puan selalu ambil kira dalam menjalankan tugasan puan?
94. Pada pendapat puan, dalam bidang penerbitan ini kita boleh melangkah sejauh
mana?
95. Apakah pendekatan yang sering diketengahkan olah RTM dalam menerbitkan
rancangan tv?
96. Apakah perasaan puan setelah sekain lama berkhidmat di RTM?
97. Sebelum kami akhiri perbualan kami, apakah kata-kata akhir yang puan ingin
sampaikan kepada umum mengenai bidang kerjaya puan atau nasihat dan
pandangan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
72
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
BIBLIOGRAFI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia 30 Mac 2009
Netto, Anil. "Malaysian media giant grasps for Internet", Asia Times Online, Malaysia
Today, 30-11-2007. Dicapai pada 07-12-2007.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
68
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
LAMPIRAN
KOLEKSI GAMBAR
Gambar I
Gambar II
Gambar I & II : Norashikin bersama Puan Haliza semasa temu bual
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
74
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Gambar III
Gambar IV
Gambar III & IV : Mahidah bersama Puan Haliza semasa temu bual
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
75
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
Antara koleksi gambar Puan Haliza di tempat kerja
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
76
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
77
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
78
IMR 603 – Documenting Oral Tradition
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN HALIZA MAT KHARSA MENGENAI PENGALAMAN
BELIAU DALAM PENERBITAN RANCANGAN TV DI RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
79