application/pdf

Comments

Transcription

application/pdf
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN MARIAM @ MARIANI
BINTI ISMAIL MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI SENIWATI
TANAH AIR DAN SUMBANGANNYA DALAM DUNIA PERFILEMAN
NEGARA.
RAMZI AKMAL BIN HASSAN
2004211448
SHARIFAH NOOR SHAHIDA BINTI SYED LE
2004211878
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH
ALAM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 - SEJARAH LISAN
SEMESTER 3 (JULAI - NOVEMBER 2005)
1.0 PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas Limpah dan kurnia Nya, projek sejarah lisan ini
berjaya disiapkan dengan jayanya. Dan dengan kuasa yang ada pada Nya jugalah
yang telah membantu kami untuk menyiapkan projek ini.Kami berdua, Ramzi Akmal
Hassan dan Sharifah Noor Shahida Syed Le, ingin menyampaikan jutaan terima kasih
kepada mereka yang telah banyak membantu kami secara lansung atau tidak langsung
dalam menyiapkan projek sejarah lisan ini. Memang diakui, sepanjang perjalanan
kami sebagai pelajar, inilah kali pertama kami melalui begitu banyak dugaan dan
cabaran untuk menuntut ilmu. Tidak dinafikan juga kursus ini telah memberi
pengalaman yang begitu sukar untuk dicari ganti sepanjang hayat kami. Cabaran yang
telah kami lalui bukan sahaja dari segi pelaksanaan tugas malah meliputi aspek yang
menguji mental dan emosi, dan secara tidak langsung ia banyak mengajar kami erti
kesabaran. Dalam menyiapkan projek ini, kami memerlukan bantuan dan sokongan
dari banyak pihak. Alhamdullillah... bantuan yang diterima tidak putus-putus. Kami
berdua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah IMR 603 iaitu Encik
Mohd Nazir Ahmad, yang tidak jemu-jemu mencurahkan segala ilmu yang ada
kepada kami. Beliau juga layak sekiranya dinobatkan sebagai pensyarah yang terbaik
dan terpuji kerana sikapnya yang penuh kesabaran. Terima kasih juga kepada
pengalaman yang telah dicurahkan kepada kami. Budi dan bakti beliau hanya mampu
kami balas dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah akan dapat membalas jasa
baik beliau. Tidak dilupakan juga kepada ibu dan ayah serta keluarga kami yang telah
membantu kami dari segi sokongan moral dan juga kewangan. Projek ini juga berjaya
disiapkan berkat dari kesungguhan sahabat kami yang banyak menolong. Kami
berdua juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat kami dari
kelas IS222 A/03 2005. Kami akui, tanpa bantuan dari mereka semua, kami tidak
mampu menyiapkan projek ini. Segala bakti dan jasa kalian tidak akan kami lupakan
sepanjang hayat kami, sesungguhnya kalian semua adalah sahabat sejati kami, terima
kasih diucapkan. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua
yang telah membantu kami. Semoga jasa baik anda akan dibalas.
ISI KANDUNGAN
MUKASURAT
1.0 Penghargaan
i
2.0 Abstrak
1
3.0 Pendahuluan
2
4.0 Transkrip
9
5.0 Log Temubual
58
6.0 Lampiran
6.1 Biodata Tokoh
63
6.2 Senarai Soalan
65
6.3 Surat Perjanjian
77
6.4 Indek Nama
79
6.5 Lain-lain
83
2.0 ABSTRAK
Transkrip temubual bersama dengan puan Mariam @ Mariani Binti Ismail,
mengenai pengalaman beliau sebagai seniwati tanah air dan sumbangannya dalam
dunia perfileman negara.
Abstrak: Transkrip ini mengandungi temubual bersama dengan Puan Mariam @
Mariam Binti Ismail, mengenai pengalaman beliau sebagai seniwati tanah air dan
sumbangannya dalam dunia perfileman negara. Transkrip temubual ini dijalankan
selama dua jam lima belas minit di kediamannya yang beralamat di Blok D Tingkat 3, No
19, Perumahan PPR, Jalan Peel off Jalan Keledek Cheras, Kuala Lumpur pada 2hb
Oktober 2005 bersamaan hari ahad. Secara ringkasnya, temubual dengan Puan Mariam
@ Mariani Binti Ismail ini memberi fokus utama kepada penglibatan beliau selama lima
puluh dua tahun di dalam arena perfileman tanah air negara dan sumbangannya di
dalam bidang tersebut Beliau juga turut menceritakan sejarah bagaimana beliau boleh
menceburkan diri di dalam bidang lakonan dan pengalaman-pengalaman yang dikutip
hasil dari penglibatan beliau. Pengalaman beliau bekerjasama dengan barisan artisartis yang terkemuka seperti Alalhyarham Tan Sri P.Ramlee, Siput Sarawak, Nor din
Ahmad dan Iain-lain lagi telah meninggalkan pelbagai kenangan yang cukup manis
kepada dirinya. Bermula pada zaman era kegemilangan studio Jalan Ampas di
Singapura sehinggalah kepada pembukaan studio Merdeka atau lebih dikenali sebagai
Merdeka Studio di Malaysia turut dimuatkan di dalam transkrip wawancara ini. Selain
dari itu, transkrip ini juga memberi fokus kepada salahsilah kehidupan beliau yang
merangkumi dari aspek perkahwinan, penceraian dan anak-anak beliau. Beliau juga
turut menyuarakan pandangan dan pendapat beliau di dalam bidang perfileman tanah
air bermula daripada zaman kegemilanagn Jalan Ampas sehingglah zaman kejatuhannya
serta harapan beliau dalam industri hiburan tanah air negara.
Katakunci: Filem, Jalan Ampas, Merdeka Studio, P.Ramlee, Singapura. Singapura
I MR 603 - SEJARAH L IS AN
1
Pendahuluan
3.0 PENDAHULUAN
SEJARAH PERKEMBANGAN FILEM DI MALAYSIA
Hai barang yang lepas, janganlah dikenang..."- P. Ramlee. Memang ia satu norma
biasa, satu sikap dan nilai pada orang kita, juga orang luar, untuk melihat perkara-perkara
yang lepas dengan nostalgia, juga perkara-perkara yang asing dengan budaya sehari-hari
kita. Kerana itu, filem-filem Hollywood, Hindustan dan Hong Kong menjadi pautan.
Kerana itu juga filem-filem P. Ramlee masih diperkatakan orang. Tidak salah mahu
'pandang ke belakang'. kerana ia adalah sikap biasa orang-orang zaman ini untuk melihat
sesuatu yang mereka tidak dapat 'amal' dan 'rasa' pada zaman ini yang berlaku pada
zaman dahulu. Kerana itulah filem-filem Melayu lama selalunya lebih popular daripada
filem-filem era 90an dan kini dimana ianya masih mendapat tempat di hati para
penonton. Lihat sahaja filem-filem lakonan seniman agung Negara, Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee yang masih di ulang tayang beribu-ribu kali di kaca mata televisyen. Sekarang,
pada era dua puluhan hasil kerja-kerja P. Ramlee masih diagungkan dan dikatakan
melampaui zaman.
Definisi atau istilah orang wayang meliputi bukan sahaja anak pentas, seri
panggung, seniman, seniwati atau pelakon tetapi merangkumi semua karyawan filem
daripada sutradara hingga kepada jurukamera, daripada penulis lakon layar hingga
kepada penyunting, daripada penata seni hingga kepada pedandan, daripada ahli
komputergrafik hingga kepada pakar efek khas, daripada taukeh panggung hingga kepada
lanun hakcipta atau pencetak rompak, daripada penonton hingga kepada pengkritik, dan
daripada peminat hingga kepada penghayat.
Industri filem di Malaysia bermula dengan pesat semasa zaman kegemilangan P
Ramlee, Zaman beliau dahulu, hanya ada Show Brothers yang berpangkalan di
Singapura. Dikatakan P Ramlee pernah bertandang ke Mesir untuk belajar membuat
filem. Akhirnya, garapan P Ramlee masih lagi ditonton zaman selepas era P Ramlee.
Sehingga Sultan Perak ketika menjadi Yang Dipertuan Agung, yang amat meminati
IMR 603 - SEJARAH LISAN
2
Pendahuluan
beliau menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri. Kini, dimana
sahaja, orang masih lagi meminati filem Tan Sri P Ramlee.
Filem Melayu yang pertama diterbitkan ialah Laila Majnun pada 1938 oleh
Motilal Chemical Companya dengan B.S. Rajhans sebagai sutradara. Cerita filem ini
diambil dari cerita Farsi berkenaan dua orang kekasih. Pelakon-pelakon filem itu diambil
dari pelakon Bangsawan termasuk Marzuki bin Nurdin atau lebih terkenal sebagai Pak
Suki yang memainkan peranan Majnun dan Tijah sebagai Laila.
Dua adik beradik dari Shanghai, Run Run Shaw (yang kini bergelar Sir Run Run
Shaw dan masih hidup di Hong Kong dalam usia lebih dari seratus tahun) dan abangnya
Runme Shaw (yang pernah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran yang membawa
gelaran Tan Sri) pada 1937 telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Shaw Brothers di
Singapura dengan tujuan menerbit, mengedar dan mempamerkan filem-filem yang
dihasilkan oleh mereka sendiri atau filem-filem milik para penerbit asing. Shaw Brothers
telah membina sebuah studio di Nombor 8, Jalan Ampas, Singapura lengkap dengan
berbagai kemudahan termasuk asrama untuk pelakon-pelakon tetapnya. Pelakon-pelakon
awal yang berkerja dengan Shaw Brothers termasuklah Habsah, Tina, Momok, Yem,
Suki, Haji Gung,
Filem-filem awal yang diterbitkan oleh Shaw Brothers termasuklah Bermadu,
Hancur Hati, Ibu Tiri, Topeng Shaitan, Mutiara, Terang Bulan di Malaya, Tiga Kekasih
dan Mata Hantu.Filem-filem terbitan Shaw Brothers mendapat sambutan baik dari
penonton walaupun bahasa Melayu yang dipakai berpelat Jawa. Gaya lakonan dan
penuturan mengikut gaya pentas.
Pembikinan filem tempatan tergendala apabila Jepun menakluki Semenanjung
Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Studio Shaw Brothers telah digunakan oleh
Tentera Jepun untuk membuat filem-filem propaganda seperti On To Singapore. Bunka
Eiga Gekijio telah juga diwujudkan untuk menayang filem-filem propaganda Jepun.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
3
Pendahuluan
Setelah tamat Perang Dunia Kedua dan Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945,
Pentadbiran Tentera British juga mewujudkan jentera propagandanya sendiri dan
menerbitkan filem melalui Crown Film Unit yang kemudian bertukar nama kepada
Malayan Film Unit dan seterusnya dikenali pula sebagai Filem Negara.
Selain dari penerbit-penerbit Malay Film Productions dan Cathay-Keris, ada
beberapa penerbit lain yang muncul termasuk: United Film Production yang dipelopori
oleh Ho Ah Loke dan berjaya menerbit 7 buah judul filem; Shah Film Productions yang
menerbit filem Kaseh Menumpang pada 1953; dan Nusantara Film Company yang
menerbitkan 11 buah filem. Di awal 1960 Studio Merdeka telah ditubuhkan dan
beroperasi di Hulu Kelang, Selangor dan berjaya menghasilkan 89 judul filem sehingga
1980. Bermulai dari 1975 beberapa penerbit bebas juga telah muncul dan sehingga
sekarang sudah menerbitkan purata 12 judul setahun
Tahun-tahun lima puluhan adalah era kegemilangan filem-filem Melayu dan
kedua-dua penerbit swasta ini berupaya menghasilkan dua buah filem sebulan. Oleh
kerana permintaan filem-filem Melayu dalam pasaran terus meningkat, maka MFP pada
1949 telah melantik beberapa orang Sutradara baru, antaranya L. Krishnan, anak Bukit
Mertajam yang menuntut serta mendapat pengalaman ilmu perfileman di India,, dan S.
Ramanathan yang dilantik pada 1950.
Filem sulong yang disutradarakan oleh L.Krishnan (kini Datuk) ialah Bakti yang
dibintangi oleh Kasma Booty, Siput Sarawak, Roomai Noor dan P. Ramlee. S.
Ramanathan pula mengarah filem pertamanya yang berjudul Kembar yang dibintangi
oleh Mariam Baharom dan M.Amin.
Bintang-bintang filem yang muncul semasa itu dan juga selepasnya termasuklah
Osman Gumanti, Neng Yatimah, D. Haris, A.R. Tompel, Siti Tanjung Perak, Mustarjo,
Malek Sultan Muda, Sudarmaji, Ali Rahman, R. Azmi, Maria Menado (kini Datuk), Haji
Mahadi, Daeng Idris, Hashim Nur, Latifah Omar, Normadiah, Yusof B, Nordin Ahmad,
Ahmad Mahmud, Ghazali Sumantri, S. Kadarisman, Saadiah, Sri Dewi, Suraya Harun,
Mariani, Dayang Sofia, Hashimah Yon, Mustapha Maarof (kini Datuk), Rosnani (kini
IMR 603 - SEJARAH LISAN
4
Pendahuluan
Datin), Zaiton, Saloma, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek, Wahid Satay, Aziz Satar,
Ahmad Nesfu, Ibrahim Din, Nyong Abdullah, Jins Shamsuddin (kini Dato1), Sarimah
(kini Dato'), Bat Latif, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Mahmud Jun, Ed Osmera,
Kuswadinata, dan beberapa lagi.
Dengan tertubuhnya stesen televisyen yang pertama di Persekutuan Tanah
Melayu pada 1963, dan disusuli oleh beberapa stesen lain, penerbit-penerbit filem
tempatan mula membuat filem unruk tayangan di televisyen. Sedikit sebanyak televisyen
mempengaruhi pilihan penonton dan ramai yang tidak lagi pergi ke pawagam untuk
mendapatkan hiburan. Alat-alat perakam dan pemain video atau VCD dan DVD boleh
diperolehi dengan harga yang agak murah, dan ini turut menjejaskan kunjungan orang
ramai ke pawagam.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
5
Pendahuluan
MARIAM @ MARIANI BINTI ISMAIL
Mariam Binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Mariani dilahirkan pada dua
puluh haribulan bulan empat tahun seribu sembilan ratus tiga puluh tiga. (20.4.1933) di
Tanjung Pagar Singapura. Anak pertama daripa dua orang adik beradik, hasil daripada
perkahwinan di antara Ismail Bin Haji Osman dengan pasangannya Umi Kalsom Binti
Mahbon. Beliau juga merupakan kakak kepada AUahyarhamah seniwati Saloma. Beliau
yang telah dibesarkan di Singapura telah menerima pendidikan awal di sekolah Kampung
Gelam. Kini, beliau telah menjangkau usia tujuh puluh dua.
Di sepanjang hidupnya beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali dengan Dams,
Rohaizat dan Mohammad Alias. Hasil daripada ketiga-tiga perkahwinan tersebut beliau
telah dikurniakan cahayamata seramai tiga belas orang termasuk Melissa Saila yang turut
sama menceburkan diri di dalam dunia seni sebagai anak wayang. Mereka juga pernah
digandingkan bersama didalam drama dan filem antaranya filem Ranjau Sepanjang Jalan,
Tabir Perkahwinan dan Sumpah Pochong. Maria Marina pula adalah judul drama
keluaran syarikat penerbitan beliau sendiri bersama anaknya iaitu MARIMERLIS
Productian, di mana mereka berdua turut berlakon sama.
Pembabitannya di dalam bidang seni telah menececah lima puluh dua tahun
bermula semenjak dari tahun sembilan belas lima puluh tiga lagi. Walaupun pada
mulanya beliau bercita-cita dan menanam impian untuk menjadi seorang doktor, namun
impian
belaiu
tidak
kesampaian
kerana
tidak
berjaya
menamatkan
zaman
persekolahannya akibat perang dunia ke dua yang telah meletus. Hasil dorongan daripada
adiknya sendiri iaitu seniwati Saloma telah menimbulkan minat di dalam dirinya
sehingga beliau terlibar ke dalam dunia lakonan dan turut mendapat dorongan daripada
kedua ibu bapanya. Kemenangan yang telah diraih di dalam satu pertandingan ratu cantik
yang telah disertai oleh dirinya pada tahun sembilan belas lima puluh satu
telah
membuka jalan dan ruang untuknya melebarkan sayap dalam bidang lakonan.
Percubaanya menghadiri uji bakat bagi menggantikan sementara waktu watak yang di
pegang oleh AUahyarhamah Siput Sarawak sebagai seorang gadis pisau cukur telah
IMR 603 - SEJARAH LISAN
6
Pendahuluan
membuahkan hasil bagi dirinya. Dari situ beliau mula mengorak langkah yang lebih jauh
di dalam arena dunia seni.
Filem pertamanya iaitu Cemburu hasil garapan buah tangan daripada sutrada
S.Ramanathan telah berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan pelakon-pelakon wanita
lain yang seangkatan dengan dirinya dan berjaya melonjakkan namanya pada ketika itu.
Di dalam filem tersebut beliau telah bergandingan bersama Yusop Latip, arwah Nordin
Ahmad dan Rosnani Jamil. Wataknya sebagai seorang gadis pisau cukup mencabar bagi
dirinya, namun beliau telah berjaya membawakan watak tersebut dengan begitu baik
sekali dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton.
Antara filem terkenal yang telah berjaya menjulang namanya pada ketika itu ialah
Labu Labi dimana belaiau telah membawakan watak Manisah, anak perempuan kepada
Haji Bakhil yang menjadi rebutan dua pemuda yang bekerja di rumahnya iaitu Labu dan
Labi. Seniman agung Negara iaitu Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee turut sama menjayakan
filem tersebut dimana beliau telah menjadi pasangan utama Mariani di dalam filem
tersebut. Hasil daripada kejayaan filem tersebut yang mendapat sambutan hebat dan
menggalakkan daripada para penonton, maka Nasib Si Labu Labi telah menyusul di
panggung rentetan sambungan daripada filem Labu Labi. Sekali lagi Mariani telah
diberikan peluang untuk melakonkan watak yang sama iatu Manisah.
Sesungguhnya pembabitan Mariani atau nama asalnya Mariam di dalam dunia
seni perfileman tanah air kita telah menambah rencah di dalam bidang tersebut dan
menjadikan dunia perfileman tanah air semakin berkembang semenjak dari era studio
jalan ampas sehinggalah ke hari ini. Walaupun hanya pernah menenerima pengiktirafan
daripada Berta Harian dan TV3 sebagai 'Artis Sepanjang Zaman' namun itu tidak dapat
memadamkan semangat dan rasa cintanya pada dunis seni yang telah menjadi darah
dagingnya. Mariani masih terus aktif bergiat di dalam bidang lakonan dan masih setia
mengabdikan diri di dalam industri ini. Semanngat perjuangan beliau yang masih utuh
dan teguh di dalam industri perfileman negara menjadikan dirinya begitu unik sekali.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
7
Pendahuluan
Walaupun telah menjangkau usia tujuh puluh dua tahun, Mariani masih terus setia
sehingga ke hari ini berlakon kerana bagi dirinya, beliau seperti sudah tidak dapat
dipisahkan lagi dengan dunia seni kerana dirinya telah begitu sebati dan beliau terlalu
sayang dan cintakan dengan bidang yang diceburinya. Jika kesihatan dirinya
mengizinkan beliau untuk terus berlakon, beliau akan terus menerima tawaran berlakon
sehinggalah para penonton sudah tidak mahu menonton filem dan drama lakonan beliau.
KESIMPULAN
Di Malaysia, memang ada anggota masyarakat yang menyanjung tinggi
sumbangan karyawan dan pelakon filem, tetapi ada juga yang memandang serong
terhadap kerjaya sebagai anak wayang. Sesungguhnya orang wayang Malaysia berupaya
menyumbang secara positif terhadap perkembangan dan pengisian budaya dan khazanah
bangsa bukan sahaja untuk masyarakat Malaysia tetapi juga untuk warga dunia
Era P Ramlee sudah berakhir, kini era alaf baru mengambil tempat dalam industri
tempatan. Suasana muram yang pernah berlaku dalam filem tanahair sekitar 90an dahulu,
kini berlaku perubahan yang begitu ketara. Jika dahulu, masyarakat memandang sinis
industri filem tempatan, dengan mutu yang kurang berbanding filem asing. Kini
masyarakat Malaysia beralih semula sehingga pernah terjadi lima filem ditayangkan
hampir serentak! Sekitar 90an, dalam setahun, tidak sehebat seperti sekarang. Mungkin
mood penonton sudah berubah, atau ada faktor lain yang membuatkan masyarakat
berubah.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
8
Transkrip
4.0 TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara Sejarah Lisan mengenai pengalaman Puan
Mariam atau Mariani Binti Ismail sebagai seniwati tanah air dan sumbangannya di
dalam dunia perfileman negara. Rakaman ini dijalankan di Kawasan Perumahan
Awam PPR COCHRANE 1, Cheras. Pada 2 Oktober 2005 jam 9.00 pagi.
Wawancara ini dikendalikan oleh Ramzi Akmal Bin Hassan dan Sharifah Noor
Shahida Bt Syed Le. Dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.
SNS: Assalamualaikum
M:
Waalaikumsalam.
SNS: Siapakan nama penuh puan?
M:
Nama saya Mariam Binti Ismail.
SNS: Apakah keturunan asal puan?
M:
Saya keturunan, ibu saya dari Surabaya iaitu orang boyan. Bapa saya
orang banjar, nenek saya orang Cina.
SNS: Bilakah tarikh lahir puan?
M:
Dua puluh haribulan bulan empat tahun seribu sembilan ratus tiga puluh
tiga. (20.4.1933)
SNS: Berapakah umur puan sekarang?
M:
Tujuh puluh dua
SNS: Bolehkan puan ceritakan di manakah tempat kelahiran puan?
M:
Saya lahir di Tanjung Pagar, Singapura.
SNS: Di manakah puan dibesarkan?
M: Di Singapura juga.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
9
Transkrip
SNS: Di manakah puan menerima pendidikan awal?
M:
Sekolah Kampung Gelam.
NS: Boleh puan nyatakan nama ayah dan ibu puan?
M:
Nama ibu saya Umi Kalsum Binti Mahbon. Bapa saya Ismail Bin Haji
Osman.
SNS: Adakah ayah dan ibu puan terlibat dalam bidang seni?
M:
Tidak pernah. Tetapi ibu saya meminati main alat muzik iaitu sekarang
sudah tidak ada rasanya alat itu. Namanya aluminium yang diaorang
[mereka] pakai apa itu macam kipas itu apa itu ibu saya pandai main.
SNS: Berapa ramaikah bilangan adik beradik puan?
M:
Adik beradik yang betul seibu sebapa hanyalah Salmah Binti Ismail
ataupun Saloma. Tetapi ada adik beradik yang lain ibu tapi mungkin sama
binti jadi adik beradik juga. Tetapi saya tidak membesar dengan diaorang
[mereka] saya cuma besar dengan Allahyarham Saloma.
SNS: Jadi puan anak yang keberapa?
M:
Anak yang pertama.
SNS: Daripada?
M:
Daripada ibu saya Umi Kalsom Mahbon dan Ismail.
SNS: Bolehkah puan nyatakan nama kesemua adik beradik puan?
M:
Boleh. Adik saya yang pertama ialah Salmah Binti Ismail, Saloma.Yang
kedua Allahyarhamah Rapeah Binti Ismail. Dia dah meninggal
dunia
kerana sakit kanser enam tahun dahulu. Dia meninggal di sini di Ampang
Puteri. Selepas itu yang ketiga ialah Aminah Binti Ismail, Mimilomah.
Yang keempat Jamaiah Herman Brown. Dia ada di sejak dua puluh dua
tahun dia ada di Frankfurt, Germany. Dia kahwin dengan orang Jerman
IMR 603 - SEJARAH LISAN
10
Transkrip
dan dia bekerja dengan German Airline [syarikat penerbangan Jerman].
Yang ke berapa lima ya. Nama dia I [saya] panggil dia Mak Yah sahaja.
Saya nama penuh dia panjang sangat, saya tidak ingat dia sebab tidak
tidak bersama dengan dia. Dia dekat Holland. Dia kahwin dengan orang
Holland. Yang nombor enam ada di Brunei, kahwin dengan Pangeran
Ugala. Nama dia Hajjah Zaharah Binti Ismail. Yang ketujuh Jasmin
Ismail, Jasmaniah ataupun Jasmaniah. Dia penyanyi di Singapura tapi
sekarang sudah tidak menyanyi lagi, dia kerja pejabat. Selepas itu satu
sahaja adik laki-laki (lelaki) Abu Bakar Bin Ismail. Dua lagi meninggal,
adik laki-laki [lelaki] saya tidak ada.
SNS: Adakah kesemua adik beradik puan masih ada?
M:
Ada. Yang itu satu sahaja yang tidak ada, yang Rapeah.
SNS: Seniwati Saloma merupakan adik puan yang terkenal, boleh puan ceritakan
serba sedikit mengenai Seniwati Saloma?
M:
Boleh. Dia betul-betul seorang penggiat seni sehingga dia paksa saya
berlakon. Dia pujuk saya pergi Jalan Ampas cari pelakon-pelakon sebagai
[seperti] Kasma Booty, Siput Sarawak. Dia sangat minat jadi dia kata dia
panggil I [saya] "Yam, engkau jadilah pelakon, aku jadi penyanyi". Pujukpujuk saya jadi pelakon.
SNS: Menurut pembacaan kami, puan mempunyai suami yang bernama Darus,
Rohaizat dan Mohammad Alias. Boleh puan ceritakan turutan suami puan?
M:
Boleh. Saya kahwin yang pertama itu dengan Darus. Dia masih ada
sekarang. Ditemukan oleh bapa saudara saya. Bapa saudara saya suka
sangat dengan dia, kahwinkan. Kebetulan arwah nenek saya dia kata
"Yam, aku hendak tengok engkau bersanding. Nanti kalau aku mati, aku
tutup mata aku rapat". Sebab saya dibesarkan oleh nenek, nenek sayang
sangat dengan saya. Jadi saya kahwin itu macam mimpi. Saya kahwin
bukan cinta bukan apa, macam mimpi. Tapi saya beroleh anak dua. Tapi
IMR 603 - SEJARAH LISAN
11
Transkrip
bersebabkan [disebabkan] keluarga dia tidak suka saya, saya bercerai.
Saya lari dari rumah. Itu yang saya masuk ratu cantik terus menang.
SNS: Adakah suami puan juga dari golongan seni ?
M:
Tidak. Dia engineer [jurutera], dekat BBC, Johor Tebrau.
SNS: Masih bekerja lagi sekarang ini?
M:
Sekarang sudah lapan puluh lebih. Saya baru dapat talifon [telefon] dari
anak saya yang dia sekarang tengah sakit sekarang.
SNS: Suami puan yang tadi itu berasal dari mana?
M:
Dia orang Singapore [Singapura] tapi dia orang Jawa.
SNS: Bagaimana puan bertemu dengan Rohaizat?
M:
Saya bertemu dengan Rohaizat di Jalan Ampas tahun lima puluh empat,
dia jadi penolong pengarah filem saya dengan dia 'Iman'. Selepas itu
Kerana Kau'. Seterusnya dia mendampingi saya kerana dia patah hati
dengan isterinya di Jakarta. Isterinya adalah seorang penyanyi orkestra
Bukit Seguntang. Dia pakai nama samaran Muliani. Dia minta cerai
daripada H M Rohaizat kerana dia telah bertemu dengan seorang lain. Jadi
si Rohaizat sangat patah hati sebab dia cinta sangat dengan
isteri
dia. Kenapa dia berpisah ialah Rohaizat menceburi bidang politik dengan
Doktor Burhanuddin, dia kena hukum rujuh tahun jail, penjara di Pudu
sini. Jadi sebab itu dia berpisah lah. Tapi bila dia keluar daripada itu, dia
masuk Jalan Ampas dia jumpa saya. Jumpa saya kami kahwin tidak
berdasarkan cinta. Saya kahwin bukan dipaksa, dorongan kawan-kawan
saya arwah Haji Madi, arwah Salleh Kamil, Ajis Satar [Aziz Sattar],
Ahmad C kerana tengokkan Rohaizat itu, dia kesian sebab dia sudah
macam patah hati. Macam dia nak masuk lagi hutan lagi dia nak pergi lagi
jadi macam nak masuk politik balik. Jadi dia orang semua pujuk saya. Dia
bilang [beritahu] "Engkau Yam, engkau dekat dengan dia. Terlalu dekat,
kasihan dia biar dia jangan apa pergi balik ke bidang itu." Dia bilang
IMR 603 - SEJARAH LISAN
12
Transkrip
[beritahu]. "Save [selamatkan] lah dia". Kata dia. Saya bilang [beritahu]
"Nantilah bang, saya fikir". Saya fikir-fikir, kebetulan filem saya 'Raja
Sehari' ditunjukkan di Jakarta. Saya kena pergi menunjukkan diri di atas
pentas. Dianjurkan oleh Allahyarham, (sambil menahan sebak) saya
sangat rapat dengan ini Jamaludin Malik, producer [penerbit] filem
Indonesia. Dia bawa saya sana. Saya pergi sana. Sudah saya habis tugas
saya, saya pergi radio Jakarta. Saya pergi cari perempuan ini, Muliani.
Nama dia Zuraidah. Saya pergi cari dia, dapat jumpa dia. Saya cakap
"Zuraidah, tolong baliklah. Your husband is in love with you [suami kamu
sangat mencintai dirimu]. Janganlah buat macam ini". Saya kata. "Tidak,
tidak", katanya. "Tidak nona [Cik]", katanya. "Saya enggak [tidak] mau
[mahu]", katanya. "Saya, saya sudah ada pacaran [kekasih]. Saya mau
[mahu] kahwin". Katanya bila ketemu [berjumpa]. Saya patah hati saya
balik. Saya balik saya tidak cakap apa-apa dengan Rohaizat. Saya dapat
tahu selepas beberapa minggu, dia dapat surat betul-betul minta cerai.
Cerai! Jadi masa itu dia macam hilang akal you know [kamu tahu], dia
macam histrical [hilang akal] semua Rohaizat ini. So, my friend all [Jadi
semua kawan saya] semua kahwinkan kami dengan macam itu sahaja.
Kahwinkan dekat Jalan Ampas. Ceremony [majlis] semua buat dekat Jalan
Ampas. Itu jadinya saya kahwin dengan dia. Dia sangat sayang dengan
isteri dia itu sampaikan nama dia yang sebenarnya Syed Hamid Al-Segaf
dia tukarkan dengan Rohaizat terbalikkan Zuraidah. Sampai dia buat lagu
Zuraidah (sambil menyanyikan sebaris daripada lagu tersebut). Ada lagu
itu. P.Ramlee karang lagu itu, dia buat liriknya. Itu sejarah dia. So I [jadi
saya] kahwin dengan dia sampai I [saya] dapat anak enam. I [saya] ada
kembar ada twins [kembar] tapi saya kahwin selama tujuh tahun dia kena
serangan jantung. Umur dia tiga puluh lima tahun meninggal.
SNS: Bilakah puan berkahwin dengan suami puan?
M:
Yang Alias? Macam ini cerita dia. Ha ha ha (sambil ketawa) Bila saya
Rohaizat sudah meninggal, saya macam kena badi tahu. Saya tidak boleh
IMR 603 - SEJARAH LISAN
13
Transkrip
duduk rumah. Nanti saya tengok kereta saya dia tengah cuci kereta saya.
Saya tengah drive [memandu] dia ada dekat sebelah. Perasaan. Malam
saya tidur saya tengok dia ada dekat tingkap. Saya buka tingkap dia kata
"Mar." Dia panggil saya Mar. kadang-kadang Cik Mar. kadang-kadang
Kak Haji. Dia kata Mar dia kata "Kalau you [kamu] jangan sedih sangat"
dia kata. "Kalau you [kamu] tidak boleh jaga anak-anak kita enam ini,
you [kamu] hantar dia pergi rumah anak yatim. Dia cakap macam itu tahu.
Jadi I [saya] tidak boleh. Tidak boleh apa tidak boleh terima macam dia.
So [jadi] I [saya] laril pergi rumah Saloma, Salmah. Lari bawa anak-anak I
[saya] semua tapi yang empat itu memang arwah bapa saya jaga. Laki-laki
[lelaki] bapa saya suka. Dia tidak ada anak-anak lelaki. Dia hendak anakanak lelaki. Saya bawa ini Rozita dengan apa Haslinda, Shasha sekarang
nama dia. Nama samaran dia. Bawa pergi rumah P.Ramlee. saya duduk
dengan P.Ramlee. Kebetulan Alias ini dia berkawan dengan siapa ini,
arwah P.Ramlee. Dia buat baik, dia hendakkan saya. Jadi masa itu, saya
pun macam mimpi juga tahu. Saya tidak dapat, saya tidak pernah kahwin
dengan orang yang saya betul-betul suka. Jadi saya semua kahwin macam
kena arranged [atur] tahu. Jadi, Ramlee bilang [beritahu] kesian [kasihan]
anak-anak you [kamu]. Janganlah ini. You pun asyik - desak saya, saya
tidak tentu arah ini. Saya pergi sana-sini. Saya keluar dengan orang-orang,
you know [kamu tahu] ramai-ramai kawan-kawan asyik keluar tidak balik
malam-malam. And then [dan kemudian] Ramlee [P.Ramlee] show
worried [menunjukkan kerisauan]. Dia pun angkat sahaja, dia pun
kahwinkan saya dengan besar-besaran majlis dia buat. Anak sudah enam
bersanding lagi. Ada muzik ada apa semua P.Ramlee buat. Kahwin
dengan Rohaizat. Eh! dengan Alias. Dia cikgu. Selepas itu kebetulan saya
baik dengan Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Penerangan. Saya mintakkan
dia kerja
pindah sini. Mintakkan kerja Angksapuri,
dapat jadi pengawal rancangan radio sampai dia meningeal.
SNS: Pada tahun berapakah puan berkahwin dengan Alias?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
14
Transkrip
M:
Enam puluh. Nanti Labu Labi enam puluh satu. Akhir enam puluh dua.
SNS: Bagaimana dengan keadaan beliau sekarang?
M:
Dia sudah tidak ada. Dua tahun dulu kena serangan jantung juga tapi
setelah berpisah dengan saya. Saya kahwin dengan dia selama dua puluh
tahun dan saya berpisah dengan dia pun dua puluh tahun. Umur Melissa
sembilan tahun saya berpisah dengan dia. Tidak ada jodoh.
SNS: Berapakah bilangan anak puan?
M:
Tiga
belas.
SNS: Adakah anak-anak puan juga mengikuti jejak puan?
M:
Hanya Melissa.
SNS: Adakah puan menggalakkan anak-anak puan terlibat dalam bidang seni?
M:
Tidak juga tapi kalau diaorang [mereka] sudah menceburi saya selalu
bimbing. Yang satu itu model yang satu penyanyi, Rozita Rohaizat.
Sekarang dia sudah kerja bank. Dia jadi Remiser dekat bank. Dia
bernyanyi sambil-sambilan, Rozita Rohaizat. Yang pertama pada Rohaizat
sekarang kerja di Angakasapuri sebagai consultant image [perunding imej]
Haslinda, Shasha.
SNS: Bolehkah puan sebutkan nama anak-anak puan ?
M:
Boleh. Yang pertama Hajjah Noraini Binti Darus. Yang kedua Normala
Binti Darus. Yang ketiga Haslinda, Saripahlah. Saripah Haslinda Rohaizat.
Yang keempat Rozita Rohaizat. Yang kelima Syed Erwayni Rohaizat.
Yang keenam, kembar Syed Marhain, Syed Nazran, Syed Haznidan. Ada
berapa itu ? (sambil meghitung dengan jari). Anak dengan Alias, pertama
Iskandar Mirza Bin Mohammad Alias. Shahroni, Shahroniza Mohammad
Alias. Arif Effendi. Kamarul Ariffin dan Melissa. Nama Melissa ialah
Melissa sahaja. Bila dia masuk dalam bidang ini seni, saya tukarkan
kepada Melissa Saila. Saya tambah terbalik dibalikkan nama Alias itu jadi
IMR 603 - SEJARAH LISAN
15
Transkrip
Saila. Saya hendak nama itu komersial. Kalau Melissa Alias tidak sedap
sebut. Jadi saya tukarkan Melissa Saila.
SNS: Siapakah ayah Melissa Saila?
M:
Alias.
SNS: Melissa Saila merupakan anak puan yang terkenal dalam bidang lakonan.
Boleh puan ceritakan bagaimana beliau mula menjejakkan kaki dalam
bidang lakonan ?
M:
Dia macam ini. Saya tidak ada orang gaji. Masa shooting [rakaman] saya
bawa dia ke mana-mana. Time [masa] dia sekolah saya hantar. Saya
driving [memandu] itu jam [masa]. Saya minta sekejap dengan ini. Dia
Convent Bukit Nanas. Jadi saya kata dengan producer [pengarah] saya
hendak pergi sekejap hantar anak saya. Time [masa] balik saya hendak
ambil. Jadi kadang-kadang diaorang [mereka] kesian saya. Diaorang
[mereka] pergi hantarkan diaorang [mereka] ambil. Jadi dia sentiasa ikut
saya. Dia tidak minat berlakon. Dia tidak mahu tapi tidak tahu macam
mana pada suatu hari itu saya shooting [pengambaran] gambar apa ya 'Perjanjian Syaitan' dengan Azean Irdawaty. Jadi dia orang hendakkan
budak umur lima tahun enam tahun apa berlakon sebagai cucu pada arwah
Suki, pijak-pijak badan. Itu sahaja part [bahagian] dia sedikit sahaja. Dari
situ dia start [mula]. Selepas itu dia orang nampak dia. Dia main
[berlakon]
holding itu. Jadi terus menerus dia berlakon.
SNS: Adakah puan mengkagumi bakat yang ada pada Melissa Saila?
M:
Ya. Saya bersyukur dia. At least [sekurang-kurangnya] dia dapat mewarisi
saya bila saya tidak ada nanti. Satu-satunya. Yang lain itu semua tidak
mahu dengar cakap. Ada yang dah cebur, tapi macam panas-panas sekejap
sahaja. Selepas itu tidak hendak. Macam Rozita, hendak sekejap tidak
hendak. Linda sekejap, dari kecil dia main [berlakon] filem 'Korban'.
Main [berlakon] dengan saya semua. 'Damak' apa semua tetapi selepas itu
IMR 603 - SEJARAH LISAN
16
Transkrip
dia tidak minat. Selepas itu sekarang sudah menyesal sudah lambat. Tetapi
Melissa, Alhamdulillah. Adalah waris keturunan pasal [sebab] kitaorang
[kami] ini bukan daripada orang seni. Tetapi kalau sudah ada waris boleh
mewakili, Alhamdulillah. Macam saya kasihan macam P.Ramlee tidak ada
yang waris dia. Ada pun tidak sampai terkenal. Alhamdulillah.
SNS: Adakah puan sendiri yang menggalakkan Melissa Saila berlakon?
M:
Tidak juga. Macam saya kata tadi, dia ikut saya. Selepas itu dia orang
pujuk pujuk kawan-kawan semua yang sama-sama berlakon pujuk dia.
Saya tidak juga menggalakkan. Tidak.
SNS: Melissa Saila pernah dianugerahkan anugerah bintang terbaik kanakkanak. Bolehkah puan nyatakan anugerah itu?
M:
Anugerah itu masa dia main [berlakon] filem cerita 'Damak'. Umur dia
sebelas tahun. Episod yang pertama sekali dia sudah dapat anugerah. Yang
lain itu fllem-filem dia selalu nominated for the best actress [dicalonkan
untuk anugerah pelakon wanita terbaik] tapi dia kalah macam kalah mata
begitu sahaja. Tapi kalau di Hollywood dah nominated [dicalonkan] itu
sudah menang.
SNS: Pernahkah puan dan Melissa Saila bergandingan dalam mana-mana filem
atau drama?
M:
Ada.
Filem
'Ranjau
Sepanjang
Jalan'.
Filem
Indonesia
'Tabir
Perkahwinan', 'Sumpah Pochong' dan dia banyak berlakon di Indonesia.
Yang saya dengan dia drama yang terbaru sekali 'Maria Marina'. Ada
tengok tidak tengok? Yang saya produce [terbit] saya mengeluarkan
sendiri MariMerliss Production. Saya bergandingan dengan dia cerita
'Kaca-Kaca Di Jendela'. Itu saya punya production [penerbitan].
SNS: Bagaimanakah hubungan puan dengan Melissa Saila sekarang?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
17
Transkrip
M:
Hubungan saya hanya retak sekejap sahaja sebab dia disambar orang.
bawa kahwin pergi Indonesia. Saya sakit hati tapi sekarang saya sudah
terima. Semasa saya hendak pergi Mekah hari itu, dia datang jumpa saya.
Saya sudah maafkan dia. Tapi hubungan saya antara dia ok. Antara anak
beranak tapi saya tidak pernah pergi rumah dia lagi. Belum.
SNS: Bagaiamana pula puan membahagikan masa di antara kerjaya sebagai
pelakon dengan tugas puan sendiri sabagai ibu?
M:
Saya tidak ada masalah sebab saya ibu tunggal sudah lama sangat. Jadi,
saya tidak ada masalah hendak jaga suami ke apa. Cuma saya jaga
sekarang hanyalah cucu, anak angkat Melissa sebagai teman saya sebab
masa saya banyak lapang kalau saya tidak berlakon.
SNS: Sudahkah puan mengerjakan ibadah umrah atau haji?
M:
Alhamdulillah, sudah. Pada tahun sembilan puluh tiga, saya buat ibadah
umrah iaitu bulan puasa. Saya pergi dengan seniwati Lydiawati. Saya
ambil haji tahun dua ribu dua (2002). Pergi seorang sahaja. Pengalaman
saya di Mekah bila saya pergi seorang itu, sampai di Jeddah saya
menangis kerana saya keseorangan. Sebab masa saya pergi umrah itu saya
ada kawan. Saya menangis macam lost [kehilangan] sekejap tetapi selepas
itu saya nampak orang yang bawa saya itu saya punya muhrim.saya pergi
dekat dia saya kata " Eh! You [kamu] ini. Tidak baik tinggalkan I [saya]
seorang. I [saya] sedih". I [saya] kata. " Ala emak minta maaf emak.
Minta maaf. Maaf saya sibuk". Dia kata. Tidak apalah. Dan pengalaman
saya sampai di Mekah saya ketawa geli hati. Sampai dekat masuk - apa
nama hendak masuk hotel itu orang panggil saya P.Ramlee. Terkejut saya
orang Arab panggil saya P.Ramlee. Rupanya, dia tengok gambar
P.Ramlee. Dia ada video gambar P.Ramlee. Selepas itu semasa saya di
padang Arafah saya pakai itu semua saya ingat orang tidak kenal saya kan,
saya pergi ambil wuduk. Sekali satu orang peluk saya ramai-ramai tahu.
"Eh!, Pah ini peluk dia cium dia. Ini Mariani. Bukannya senang hendak
IMR 603 - SEJARAH LISAN
18
Transkrip
jumpa dia". Rupanya orang Brunei. Kemudian saya terkejut saya kata "Ya
Allah ya Tuhanku, aku ini dekat sini boleh macam ini pula". Itu
pengalaman saya dekat Mekah. Selepas itu masa lontar, melontar saya
kena batu. Nasib baik tidak luka. Kita melontar kena batu kecil-kecilkan
tapi diaorang [mereka] sudah lontar batu besar melantun kena dekat saya
punya apa dahi. Saya kata "Alamak! kalau aku tahu tadi aku pakai topi
keledar". Tercakap macam itu (bunyi deruan motor)
SNS: Menurut pembacaan kami juga, puan mempunyai pertalian dengan
sutradara Aziz Satar, adakah benar?
M:
Betul. Dia sepupulah kiranya. Sebelah ibu saya. Emak dia dengan emak
saya adik beradik, orang boyan. Saya pun tidak tahu cerita ini tetapi bila
saya sudah berlakon sudah bertahun-tahun di Jalan Ampas itu. Selepas itu
jumpa dia pun saya tidak tahu dia siapa. Ingat biasa. Rupanya my mother
[emak saya], saya panggil ibu. Ibu I [saya] cakap "Yam, engkau tahu tidak
Aziz Satar itu kita punya saudara", dia kata. Dia pun ambil gambar Aziz
masa didukung mother I [emak saya]. Ibu I [saya] dukung Aziz Satar
hisap puting pakai barut, tahu. Ada gambar dia dekat Singapore
[Singapura]. Jadi - terus saya jumpa dia. Baru [terus] dia bilang [beritahu]
"Oh! Ya ke. [benar kah], dia pun tidak tahu juga". Sama-sama tidak tahu.
Maklum kita - tinggal di Singapore [Singapura] itu masing-masing mulamula itu jauh. Bila sudah sampai di Jalan Ampas itu baru kita ada kuarters.
Masing-masing ada rumah dekat-dekat. Baru kita boleh dapat berbincangbincang, baru tahu dia saudara. Macam itu.
SNS: Adakah puan masih menghubungi Aziz Satar?
M:
Ya. Saya bukan menghubungi macam mana ya. Macam majlis semalam
ada festival itu semua jumpa. Selepas itu kalau ada apa masalah-masalah
artis daripada Singapore [Singapura], saya hendak tanya dia saya kena
talipon [telefon] dialah. Dan saya berlakon dengan dia juga. Berlakon juga
dua tiga drama. I meant [saya maksudkan] filem drama.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
19
Transkrip
SNS: Pernahkah puan bergandingan dengan Aziz Satar dalam mana-mana filem
atau drama?
M:
Ada. Ada dua, tiga. Filem 'Keluarga Tolol'. Tapi drama 'Bila Larut
Malam'. Tiga belas scene [adengan] ke berapa. Tidak ingatlah, sudah lama
yer. Tahun, sudah tiga tahun keempat tahun. Dan baru-baru ini drama
pergi dekat mana ya, Alor Setar ke mana. Tajuk saya tidak ingat. Saya ini
bila buat drama, saya just [cuma] buat drama sahaja. Selepas itu saya
sudah tidak tahu apa. Saya tidak simpan macam memori (sambil ketawa).
Saya tidak.
SNS: Bagaimana pula dengan keadaan kesihatan puan sekarang?
M:
Alhamdulillah. Saya tidak sakit apa-apa. Cuma maklumlah orang sudah
senja. Tujuh puluh dua hendak balikkan dua puluh tujuh sudah tidak
boleh. Lutut ini ada, - kata diaorang [mereka] kurang apa itu sudah kurang
grease [pelincir]. Lutut ini kalau naik tangga, kalau naik tangga sakit.
Turun tangga pun sakit. Tidak banyak, sedikit.
SNS: Bagaimana puan menjaga kesihatan puan sehingga puan masih sihat dan
mampu berlakon pada usia ini?
M:
Saya hendak katakan saya jaga sangat itu tidak ya. Tetapi saya
mengamalkan makan ini vitamin semenjak umur saya sembilan belas
tahun. Bila saya menceburi bidang ini, saya mengamalkan makan vitamin
sampai sekarang. Saya kuat minum air, kuat berjalan. Dan saya jarang ada
pembantu rumah. Saya suka buat kerja sendiri. Masak, mopping
[mengelap lantai], basuh kain. Dahulu tidak ada mesin pun saya sendiri
buat. Jadi saya rasa kerana itu agaknya kesihatan saya. Saya dapat
kesihatan. Sebab saya, kira macam exercise [senaman] riadah juga tu.
Saya rasa tapi tidak tahulah.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
20
Transkrip
SNS: Jika mempunyai kelapangan, apakah pekerjaan atau hobi yang puan gemar
lakukan?
M:
Tidak ada apa. Saya
saya tengok TV [televisyen].
Kadang-kadang saya baca buku. Kadang-kadang saya pergi berjalan. Saya
sahaja berjalan daripada masjid India pergi Chow Kit selepas itu time
[masa] sembahyang saya pergi Masjid India balik [semula]. Saya sahaja
hendak exercise [senaman] itu hobi saya. And [dan] saya tidak suka
shopping [membeli-belah], kalau saya hendak beli barang, saya ingat
dekat rumah apa saya hendak beli saya terus pergi. Pergi, pergi, pergi,
pergi, pergi balik. Saya tidak suka macam orang tengok-tengok window
shopping [tengok-tengok]. Tidak ada hobi itu saya.
END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B
SNS: Sudah berapa lamakah puan menceburkan diri dalam bidang lakonan?
M:
Sejak sembilan belas lima puluh tiga (1953). Rasanya sudah lima puluh
dua tahun.
SNS: Pada tahun berapakah ia bermula?
M:
Tahun lima puluh tiga. (53)
SNS: Bagaimanakah boleh timbul minat untuk puan berlakon?
M:
Dorongan adik saya, Saloma.
SNS: Bagaimana reaksi keluarga puan di awal pembabitan puan dalam bidang
lakonan?
M:
Keluarga saya tidak ada masalah. Bapa dan ibu akur sahaja apa yang kita
hendak.
SNS: Siapakah yang memberi dorongan kepada puan untuk berlakon?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
21
Transkrip
M:
Yang macam kata saya tadi, adik saya yang kuat sangat memberi
dorongan sebab saya tidak ada niat hendak jadi pelakon. Niat saya besar,
hendak jadi doktor tapi nasib saya tidak baik. tidak kesampaian sebab
masa saya sekolah perang dunia kedua tiba tahun empat puluh dua. Jadi
terkandas sekolah, tidak dapat belajar betul-betul. Sekejap sekolah Jepun
sekejap sekolah Melayu. Jadi tidak sampai cita-cita itu.
SNS: Ada sesiapakah yang membantah keputusan puan untuk berlakon?
M:
Macam kata saya tadi, tidak ada. Semuanya akur, semuanya happy
[gembira] sahaja. Keluarga, saudara-mara semua bangga sebab dalam
keluarga kita tidak ada yang terkenal. Saya dengan Saloma sahaja.
SNS: Siapa pula yang menyokong puan ?
M:
Ibu. (bunyi jam)
SNS: Siapakah yang membawa puan ke dalam bidang lakonan ?
M:
Sebab saya menang ratu cantik tahun lima puluh satu. Gambar-gambar
saya tertera di akhbar-akhbar dan masa itu kebetulan Shaw Brothers
tengah mencari pelakon wanita 'Pisau Cukur' menggantikan Siput
Sarawak. Bukan mengganti, menggantikan untuk sementara arwah Kak
Siput sebab Kak Siput masa itu ada masalah dengan Shaw Brothers. Jadi
Shaw Brothers hendak sangat pelakon wanita part [bahagian] yang jahatjahat it. Jadi saya ditemui oleh arwah Mak Siti Tanjung Perak, Mariam
Kembar. Emak, emak pada Bat Latif, arwah Bat Latif dan Rokiah Japar.
Emak seniman Galak, A.Galak. Datang ke rumah saya minta saya jadi
pelakon. Saya tidak hendak. Sampai dia pujuk-pujuk. Selalulah dia orang
berhubung dengan saya tahun lima puluh tiga (53) saya baru mula. Itu pun
Saloma bawa saya ke Jalan Ampas untuk di screen test [uji bakat]. Saya
lulus. Dari situ saya jadi pelakon, actress [pelakon wanita].
SNS: Semasa menjadi pelakon, adakah puan mempunyai nama gelaran seperti
kebanyakan artis sekarang yang mempunyai nama glamour?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
22
Transkrip
M:
Memang betul. Nama saya Mariam, Siti Mariam. Tapi bila ada dua
Mariam di sana, Mariam Kembar emak pada Bat Latif - Tan Sri P.
Ramlee dia tidak setuju. Dia kata "Mana boleh ada dua Mariam dekat
studio ini. Studio ini bukan besar. Studio ini kecil sahaja", dia kata.
Dia pun cari Tompel. Dia panggil Tompel. Dia panggil Tompel. Dia
panggil "Mari sini Tompel. Kita carikan nama dia. Apa kita nak taruh
[letak] nama dia untuk filem. Untuk panggilan dalam filem". Jadi diaorang
[mereka] pun berpakat dapat nama Mariani. Daripada situ saya dapat
gelaran Mariani itu. Jadi sekarang Mariam @ Mariani, nama saya.
SNS: Pernahkah puan menerima sebarang kursus atau latihan dalam bidang
lakonan?
M:
Tidak ada. Macam spontan sahaja. Masa dulu tidak ada sekolah-sekolah
berlakon ini semua. Tapi saya banyak belajar daripada filem-filem
Inggeris sebab saya minta kebenaran daripada saya punya bos Mr.
Randran Shaw. Masa lapang saya, kalau saya tidak ada masa shooting
[pengambaran] saya minta saya tengok wayang sampai satu hari tiga
empat kali. Saya masuk panggung kasi [beri] nama sahaja. Tidak payah
bayar apa-apa. Saya belajar banyak daripada filem-filem Hollywood.
Pelakon seperti Peter Dawis, Lauren McCour, John Crayport. Saya banyak
belajar cara berlakon diaorang [mereka] sebab kita tidak ada sekolah.
SNS: Pernahkah puan bergiat dalam aktiviti lakonan sebelum puan bergiat aktif
dalam kerjaya sebagai pelakon?
M:
Dekat sekolah itu adalah juga. Kalau ada pertunjukan sekolah, saya
berlakon. Masa darjah berapa tiga kot [mungkin]. Dipanggil dahulu darjah
ya.
SNS: Pernahkah puan termimpi untuk menjadi pelakon sebelum puan
bergiat dalam bidang lakonan?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
23
Transkrip
M:
Tidak ada sebab cita-cita saya sangat tinggi. Saya hendak jadi doktor tidak
kesampaian.
SNS: Sebelum bergiat dalam bidang lakonan, apakah yang puan lakukan?
M:
Tidak ada. - Macam orang biasa sahaja sebab saya berkahwin. Selepas itu
saya lari daripada rumah bercerai. Saya lari pergi rumah pakcik saya.
Tidak adalah. Biasa sahaja macam orang-orang biasa. Tidak ada buat apa.
Tidak ada bergiat apa-apa.
SNS: Jadi maknanya sebelum puan berkahwin itu puan tidak ada terlibat dengan
apa-apa?
M:
Tidak ada. Ada belajar-belajar jahit, sulam menyulam itu ada. Itu sahaja.
Itu biasa sahaja.
SNS: Mengikut pembacaan kami puan pernah memenangi pertandingan ratu
cantik sebelum berlakon. Pada tahun berapakah pertandingan itu diadakan?
M:
Tahun lima puluh satu. (51)
SNS: Apakah filem pertama yang puan berlakon ?
M:
Filem Cemburu.
SNS: Siapakah pelakon utama filem itu ?
M:
Yusop Latip, arwah Nordin Ahmad dan Rosnani Jamil.
SNS: Siapakah pengarahnya ?
M:
S. Ramanadhan.
SNS: Siapakah yang menawarkan puan untuk berlakon dalam filem itu?
M:
Masa itu bila saya sudah menang ratu cantik, saya sudah menceburi untuk
menjadi pelakon. Saya tidak ada pilihan, filem apa sahaja yang ditawarkan
IMR 603 - SEJARAH LISAN
24
Transkip
sebab saya sign contract [menandatangani perjanjian] selama lima tahun
dengan Shaw Brothers. Saya terpaksa berlakon apa sahaja filem.
SNS: Boleh puan nyatakan bayaran pertama puan yang puan terima sebagai
pelakon ?
M:
Saya bergaji. (ketawa). Pertama sekali setelah saya berlakon, saya dapat
advance [pendahuluan] sebanyak tiga ratus lima pulnh ringgit. Gaji saya
sebulan seratus ringgit. Samada saya berlakon tidak berlakon, gaji saya
tetap jalan. Dia bayar dua kali sebulan. Saya dapat rumah. Saya tidak
payah bayar elektrik, tidak payah bayar air, tidak payah bayar talipon
[telefon] (bunyi kereta dikunci) tidak payah bayar make up [alat solek].
Pakaian semua disediakan. Setelah saya berlakon satu filem saya akan
dapat bonus sebanyak enam ratus sehingga gaji saya naik empat ratus lima
puluh. Selepas habis sign [menandatangani] kontrak saya sudah jadi artis
free lance [artis bebas].
SNS: Adakah filem Cemburu itu yang melonjakkan nama puan ?
M:
Ya, sebab saya dapat watak yang sangat mencabar, gadis pisau cukur,
penyanyi penari. Saya pernah dipukul kaki saya oleh emak Tony Castello
yang jadi 'Anakku Sazali' itu sebab dia guru tari dalam Jalan Ampas. Saya
kaki saya tidak boleh menari. Saya kait macam kait kaku. "Apa ini kayu
kah?", dia kata. Tidak boleh joget pukul dengan rotan sampai saya boleh
menari sebab filem-filem dulu tidak macam sekarang. Ada rupa sedikit
boleh bercakap boleh berlakon. Dulu tidak ada. You [kamu] tidak boleh
menari, you [kamu] tidak boleh masuk jadi pelakon. la mesti hendak
utamakan menari. Jadi terpaksa belajar.
SNS: Boleh puan ceritakan serba sedikit jalan cerita dalam filem tersebut ?
M:
Cemburu ? Cemburu itu saya seorang penyanyi. Disamping menyanyi
saya jahat, saya pisau cukur. Suka hendak ambil orang punya duit. Saya
ambil kesempatan. Boyfriend [teman lelaki] orang saya suka rampas. Jadi
IMR 603 - SEJARAH LISAN
25
Transkrip
saya hendak rampas boyfriend [teman lelaki] Rosnanilah dalam cerita itu.
Tetapi disamping itu ada satu pelakon ini iaitu arwah Nordin Ahmad, dia
sukakan saya. Saya tidak suka dia, saya suka hero [pelakon utama lelaki]
sahaja. Saya tidak suka dia. Jadi dalam situ ada pergolakkan. Cerita itu
biasa. Endingnya [penamatnya] orang yang baik dapat hero [pelakon
utama lelaki]. Orang yang jahat mati. Itu cerita dia. Ini sedikit sahaja. Saya
pun tidak berapa ingat sangat yang detail [terperinci].
SNS: Boleh puan nyatakan antara filem yang terkenal yang pernah puan
lakonkan ?
M:
Yang melonjak nama saya sangat-sangat ialah Labu Labi sebab setelah
saya menceburi dunia perfileman saya tidak dapat berlakon dengan
P.Ramlee sampai tahun enam puluh satu (61). Tahun lima puluh tiga (53)
saya jadi pelakon. Enam puluh satu (61) baru saya, bermakna sebelas (11)
tahu baru saya dapat berlakon dengan dia. Jadi bila saya dapat berlakon
dengan dia filem itu, filem itu box-office [meletup] dan melonjak nama
saya.
SNS: Di manakah puan mula berlakon, adakah di Malaysia atau Singapura ?
M:
Singapura.
SNS: Studio Merdeka adalah diantara pusat penerbitan filem yang terkemuka
suatu masa dulu, boleh puan ceritakan pengalaman puan berlakon di situ ?
M:
Yang you [kamu] kata terkemuka? Terkemuka ialah di apa di Malaysia, di
Kuala Lumpur. Dia berpusatkan di Merdeka Studio. Pengalaman saya
berlakon di situ bila Jalan Ampas mulai goyang, ura-ura hendak tutup
studio ya. Shaw Brothers hendak angkat dia punya semua harta-harta dia
hendak bawa pergi Hong Kong. Jadi saya dapat tawaran daripada (bunyi
hon kereta) P.Ramlee. P.Ramlee sudah berhijrah dekat Kuala Lumpur,
IMR 603 - SEJARAH LISAN
26
Transkrip
enam puluh sembilan (69) kalau tidak salah saya. Saya start [mula]
berlakon, 'Masam-Masam Manis'.
SNS: Bagaimana dengan keadaan di Jalan Ampas ketika itu ?
M:
You (kamu) hendak tanya ini yang tentang apa? Tentang aktiviti diaorang
[mereka] ker [atau]
terkenalnya mereka ?
SNS: Keseluruhan yang dapat puan ceritakan?
M:
Keseluruhan. Terlalu aktiflah masa itu. Jalan Ampas buat filem satu hari
tiga filem. Kadang-kadang saya shift [tukar] kerja pagi saya kerja shooting
[pengambaran] katakan filem 'Cemburu'. Petang saya filem 'Raja Sehari'
sampai ke pagi. Dua shift dia tidak berhenti buat, sebab masa itu ialah
maklum kita tidak ada televisyen. Jadi filem laku, laris. Jadi dia terpaksa
buat banyak filem di Jalan Ampas. Aktif terlalu aktif dan keadaan kami
dengan rakan-rakan seperjuangan sangat akrab. Macam keluarga kami
bekerja. Walaupun kadang-kadang kami tidak ada kerja, kalau shooting
terbreak [berehat dari pengambaran] kalau diaorang [mereka] hendak buat
setting [penyediaan] ke apa, kita kena tunggu satu dua hari, nanti kita rasa
rindu kan. Kita akan berkumpul di satu kedai di Jalan Ampas itu. Nama
dia kedai Kak Siput tapi bukan Kak Siput punya. Ada satu Chinese lady
[perempuan cina] dia macam Kak Siput. Jadi kita panggil dia Kak Siput.
Situ nanti P.Ramlee main dam dengan ini semua, dengan Aziz Satar
dengan Shamsudin. Then [kemudian] yang perempuan-perempuan ini
nanti duduk minum-minum kopi kita berborak-borak. Kita hendak
tinggikan mutu lakonan, macam mana. "Ok, kita pergi tengok wayang.
Gambar itu tengah main [ditayangkan]. Ini John Crowford punya gambar
[cerita] ini. Rita Howard punya gambar [cerita]. Ho! Yo! Yo! Yo! Yo! yo!
(sambil menunjukkan aksi mengajak) kita pergi". Itu sahaja. Dan
kitaorang [kami] terkongkong ya di Jalan Ampas sangat strict [tegas].
Kitaorang [kami] tidak boleh keluar suka-suka hati. Tidak macam
sekarang, Pelakon-pelakon sekarang boleh bersepah-sepah dekat mana
IMR 603 - SEJARAH LISAN
27
Transkrip
termasuk saya sekarang bersepah-sepah dekat Chow Kit Road [Jalan
Chow Kit] semua. Sana tidak boleh. Tidak dibenarkan keluar daripada
teritory [kawasan] Jalan Ampas ataupun Buntil Road. Buntil Road itu ada
sebuah perkampungan, kita punya rumah dekat situ surau kita, kita semua.
Dekat situ kita duduk, dia kasi tempat itu dia provide [sediakan] semua.
Kita, macam saya kalau hendak berlakon filem baru saya hendak pakai
baju-baju baru nanti bos tanya saya "Mariani, what dress you want? From
what?" [Mariani, kamu hendak pakai baju apa? Dari butik mana?] Dahulu
tidak ada butik. Dahulu Gown Shop [Kedai Gaun] "What gown shop you
want?" [Kedai gaum mana kamu hendak?] dia cakap. So [jadi] nanti I
[saya] cakap daripada Hilda atau pun Capitol Gown Shop. Nanti orang itu
datang, kedai itu datang. Begitu juga dengan kasut. Kasut pun datang. Kita
macam pakai sahaja. Jadi, saya rasa hidup artis dulu lagi senang, selesa
walaupun gaji kecil. Tapi gaji kecil pun tidak kecil juga sebab dulu duit
mahal. Ya, banyak tahu. Kalau you [kamu] punya bonus satu filem empat
ratus, empat ratus lima puluh samapai ke lapan ratus. Besar itu kalau satu
hari satu bulan you [kamu] buat tiga filem. Berapa? Tapi ada orang cakap
artis-artis dahulu tidak beringat. Bukan begitu. Bukan pasal tidak beringat.
Sesudahnya Jalan Ampas tutup mana kita hendak pergi cari makan. Itu
pasal [sebab] yang apa ada saving [simpanan] itu kita makan. Hidup
dengan duit itu. Selepas itu continuelah [sambunglah] ada filem-filem dia
orang panggil kita berlakon. Ada stage show [pertunjukkan pentas]. Ada
orang mengatakan "Orang-orang lama ini dia berlakon tidak tahu hendak
simpan duit". Bukan tidak simpan tapi berapa lama Jalan Ampas sudah
tutup. Berapa lama Cathay Keris sudah tutup. Itu orang pertikaikan. Itu
orang tidak ingat. Orang Cuma burukkan kita, kita tidak cermat. Salah itu.
Itulah cerita-cerita pengalaman di Jalan Ampas dan pengalaman yang
paling bagus sekali yang paling manis saya rasa. Sekarang pun susah
diaorang [mereka] hendak dapat berjumpa dengan artis-artis Hollywood
yang macam kami alami sebab - sebab saya punya bos dia baik dengan
Warner Brothers. Jadi selalunya tiap-tiap bulan bintang filem Hollywood
IMR 603 - SEJARAH LISAN
28
Transkrip
akan datang ke Jalan Ampas dan kita akan buat parti untuk dia dan kita
akan bersama-sama dengan dia umpamanya John Wayne, Marlum Brando,
Alfred Hitchcock, Elizabeth Taylor, William Holden, Jeffry Hunter, Eva
Gardner. Saya suka jumpa. Gambar-gambar itu semua ada dekat
Singapore
[Singapura].
Diaorang
[mereka]
pinjam,
orang-orang
suratkhabar ini pinjam tidak pernah kasi [beri] balik. Jadi, even
[walaupun] masa Raj Kapoor bawa Rishi Kapoor kecil lagi agaknya umur
dia tujuh tahun agaknya dia bawa ke Jalan Ampas. Saya ada gambar
dengan diaorang [mereka]. Jadi pengalaman kitaorang [kami] ini, kita kira
luas juga. Saya rasa sekarang pun susah dia orang hendak jumpa-jumpa
orang-orang macam ini. Itu pengalaman kita, advance [kelebihan] bagus.
Dan saya dapat pengalaman belajar menari daripada Geetha Bali,
mendiang Geetha Bali isteri kepada Shami Kapoor. Itu filem 'Sultan
Mahmood Mangkat di Julang'. Saya masa itu berguru dengan arwah Kak
Siput. Arwah Kak Siput ajar saya menari dalam filem itu. Tiba-tiba
Geetha Bali datang melawat studio, dia offer [tawarkan] hendak tunjukkan
saya menari. Saya ambillah. Dapatlah belajar rentak-rentak hindustan
menari, "Sultan Mahmood Mangkat di Julang'. Saya bekerja dengan
Cathay Keris setahun setelah saya menjadi free lance [artis bebas] jadi free
[bebas] artis. Lagi, hendak tahu apa tentang Jalan Ampas?
SNS: Boleh puan nyatakan zaman kejatuhan Jalan Ampas pada ketika itu?
M:
Hendak katakan jatuh tidak juga jatuh. Dia masih juga terkenal dan filemfilem dia lagi bagus. Lagi canggih-canggih juga. Tetapi pertamanya telah
adanya televisyen. Orang dah kurang tengok wayang pergi panggung.
Keduanya, ada sedikit perselisihan faham antara pekerja Jalan Ampas
dengan majikan kita. Jadi majikan kita tidak mahu terima. Dia kata kalau
keputusan yang macam ini diaorang [mereka] hendak minta ini lebih, itu
lebih, dia hendak tutup. Itulah permulaannya. Jadi semua artis sudah jadi
free lance [artis bebas] tidak ada bergaji. Tidak adalah dapat gaji bonus
IMR 603 - SEJARAH LISAN
29
Transkrip
macam dahulu. Sakit, doktor free [percuma] tidak pernah bayar doktor.
Ada lima doktor dia siapkan untuk kita. Hospital first class [kelas
pertania]. Ada, tapi setelah habis itu semuanya sudah tidak adalah kita
punya keperluan sudah tidak dapat lagi bila Jalan Ampas sudah tutup.
Jadi, apa-apa yang pelakon dapat masa berlakon itu yang disimpan-simpan
semua terpaksa digunakan balik. Hendak hidup sementara hendak
menunggu, diorang [mereka] tumpu pada Merdeka itu jam [waktu].
Merdeka Studio akan panggil diaorang [mereka] naik ke KL [Kuala
Lumpur] termasuk saya berlakon pada Merdeka Studio dan selepas itu
habis cerita. (bunyi pintu dibuka).
SNS: Apakah filem terbaru lakonan puan?
M:
Filem, tapi saya sebagai bintang undangan sahaja. Saya berlakon dengan
Aziz Satar, 'Pontianak Harum Sundal Malam Dua'.
SNS: Watak apakah yang puan Iakonkan di dalam filem tersebut?
M:
Jadi emak Esah, orang kampung yang selamatkan daripada kekecohan
pontianak. Macam itulah. Sedikit sahaja.
SNS: Puan telah banyak digandingkan dengan pelakon terkenal sejak tahun 60an
lagi. Bolehkah puan nyatakan antara pelakon terkenal yang pernah
berlakon dengan puan ?
M:
Pelakon mana ini, luar negara ke di sini Malaysia.
SNS: Keseluruhan sekitar tahun enam pulu (60) an ?
M:
Sekitar tahun enam puluh (60) an saya berlakon dengan Pancho Maglona,
Tita Doran. Filem Philipine [Filipina] menggunakan dua bahasa. Dia
bintang terkenal di - Philipine [Filipina]. Setelah itu dia masuk jadi politik.
Ini Pancho, ini selepas itu saya berlakon dengan dia sudah meninggal,
Choy Ley bintang mandarin Hong Kong. Itu pun filem dua bahasa.
Selepas itu kalau dekat Indonesia saya berlakon dengan Rano Karno yang
IMR 603 - SEJARAH LISAN
30
Transkrip
terkenal. Lydia Kandau, siapa lagi ya? Oh! - susah hendak ingat ini
(sambil berfikir). Tidak ingat yang lain itu.
SNS: Di Malaysia pula ?
M:
Di Malaysia, siapa yang terkenal? P.Ramlee.
SNS: Boleh puan nyatakan filem pertama puan bergandingan dengan seniman
agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ?
M:
Saya ada berlakon filem pertama tapi sedikit sahaja. Tidak ada gandingan
tetapi bersama 'Hang Tuah'. Saya sebagai Dang Rani yang jahat di dalam
istana. Selepas itu saya dapat betul-betul jadi hero [pelakon utama lelaki]
dan heroin [pelakon utama wanita] dalam filem Labu Labi, Nasib Labu
Labi.
SNS: Apakah pandangan puan mengenai Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ?
M:
Orang yang sukar kita cari ganti. Tidak ada. Dia unik sekali. Kelakar,
tidak pemarah. Dia sabar tetapi kalau dia hendak sesuatu itu kalau merah
jadi merah tidak boleh jadi hitam, mesti jadi merah. Itu maksudnya ada
satu ketika saya berlakon dengan dia akhir filem saya dengan dia ialah
filem "Putus Sudah Kasih Sayang'. Ada satu babak itu dia hendak saya
menangis. Saya jumpa doktor saya dapat tahu yang suami saya ada
perempuan kerana saya lumpuh. Dia hendak saya menangis sebelum
kamera sampai. Sesudah kamera sampai dekat muka saya iaitu seventy
five closed up [menghampri tujuh puluh lima peratus] tapi saya itu
pengalaman saya yang sukar dengan dia. Saya menangis sebelum kamera
sampai dekat saya. "Cut!" [henti] kata dia. Enam hari saya baru dapat
jatuh air mata kamera depan. Dia hendak macam itu, itu kena buat. Itu dia
saya kata dia unik, susah hendak cari orang. Saya sekarang sudah berlakon
banyak pengarah tapi tidak ada macam dia. Tidak dapat lagi macam dia.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
31
Transkrip
SNS: Pernahkah puan menerima ajaran dan bimbingan daripada Tan Sri
P.Ramlee?
M:
Selalu, masa berlakon. Dia memang ajar watak-watak yang dia hendak
tapi dia selalu tidak ikut skrip. Dia suka spontan. Macam Labu Labi itu,
bersahaja. Semua tidak hendak skrip. Bimbingan dia tetap ada. Nanti dia
tunjuk dahulu macam mana hendak berlakon. Tidak macam ada pengarah
yang, "Ok! Jalan, action [aksi] dialog". Jadi kita tidak tahu kita berul ke
tidak betul tapi kalau dengan dia, dengan P.Ramlee ini sampai sudah dia
hendak macam itu. Kalau hendak menangis, dia tidak hendak orang tidak
hendak kita menangis. Dia hendak orang menangis tengok kita. Itu dia
punya cara.
SNS: Di antara puan dan seniwati Saloma, siapakah yang mula duhi berlakon ?
M:
Saloma.
SNS: Pernahkah puan dan seniwati Saloma bergandingan da lam filem atau
drama ?
M:
Ada, drama tidak ada. Dia tidak sempat main [berlakon] drama. Filem
saya dengan dia Ahmad Albab jadi adik beradik. 'Empat Isteri', saya jadi
isteri yang keempat.
SNS: Di antara semua filem yang puan lakonkan, filem apakah yang paling
mencabar bagi puan?
M:
Filem 'Korban' sebab watak di situ saya banyak gunakan watak lain dari
yang lain. Dia punya jahat itu lain jahatnya. Pisau cukur [nama filem]
yang susah hendak buat dan Alhamdulillah saya dapat kepujian tapi
malangnya masa dulu filem-filem saya tidak dapat dihantar kepada filem
festival. Masa itu dia selalu Shaw Brothers pilih P.Ramlee sahaja. Filem
P.Ramlee. Jadi saya tidak ada bergandingan dengan P.Ramlee dulu macam
saya katakan sampai enam puluh satu (61). Jadi filem-filem saya itu saya
1MR 603 - SEJARAH LISAN
32
Transkrip
hanya dapat pujian daripada bos saya. "You are very good" [Awak sangat
bagus]. Macam itu sahaja saya dapat. Saya tidak pernah dapat anugerah
apa-apa sebab macam mana saya bagus pun sebab filem saya tidak masuk
bertanding. Malang sekali.
SNS: Adakah puan dan seniwati Saloma berbincang sekiranya puan menghadapi
masalah dalam lakonan?
•
M:
Tidak juga sebab dia tidak berapa mahir dalam lakonan hanya menyanyi.
Saya lebih - banyak pengalaman. Jadi, tidak sempat nak bincang pasalpasal ini. Kalau bincang pasal pakaian, pasal itu adalah macam mana
hendak memperbaharui pakaian-pakaian, imej ada.
SNS: Siapakah yang menjadi sumber rujukan puan sekiranya puan perlukai
pendapat atau nasihat ?
M:
Saya akan tanya Ramlee [P.Ramlee] masa dia ada.
SNS: Siapakah pula rakan seperjuangan puan yang paling rapat dalam bidang
yang puan terlibat ini ?
M:
Saya dulu rapat dengan Allahyarhamah Saadiah. Saya sedih bila dia sudah
sakit, dia tidak ingat saya. Ada tahun berapa ya, empat tahun dulu filem
festival di Shah Alam. Saya salam dia, saya pergi dekat dia "Yah, Yah
akulah Yah. Akulah".
Saya nangislah sebab saya
rapat dengan dia sebab mostly I [kebanyakkan saya] punya filem mesti
ada dia dengan saya. Kalau dia baik saya mesti jahat. Saya banyak dengan
dia. Jadi pengalaman saya dengan dia sama makan bila rehat, minum. Bila
tidak shooting [pengambaran] kita hendak pergi sama-sama minta izin
dengan bos kita hendak pergi rilek rilek [rehat-rehat] dekat coffee house
[kedai kopi]. Saya dengan dia rapat.
SNS: Adakah beliau sering memberi dorongan dan nasihat kepada puan dalam
membantu kejayaan puan sehingga hari ini ?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
33
Transkrip
M:
Ada.
SNS: Dari segi apa ?
M:
Segi lakonanlah. Dia senior [lebih tua]. Dia sejak umur berapa tahun dia
sudah barlakon, empat belas tahun. Dia adalah tunjuk-tunjuk kalau saya
kurang-kurang tahu.
END OF TAPE 1 SIDE B: TAPE 2 SIDE A
SNS: Adakah beliau masih hidup pada masa ini?
M:
Malang sekali dia sudah tidak ada. Lapan bulan ke [atau] kurang daripada
itu dia meninggal.
SNS: Boleh puan nyatakan, pelakon yang paling puan kagumi dari dahulu hingga
sekarang?
M:
Pelakon laki-laki [lelaki]] ke perempuan? Semua sekali? Kalau laki-laki
[lelaki] tidak ada orang lain. P.Ramlee ya. Pelakon perempuan siapa ya,
Saadiah.
SNS: Boleh puan nyatakan kenapa puan mengkagumi mereka?
M:
Seniwati Saadiah dia saya kira dia versatile [serba boleh] dan dia ada cara
dia tersendiri. Cara dia berjalan, dia ada imej dia sendiri. Cara dia makeup [bersolek], dia ada tersendiri makna kata tiru-tiru, dan dia boleh
berlakon semua watak dan dia penari yang bagus. Senang diajar, senang
dirunjuk. Jadi saya kagum dia. Dan P.Ramlee, tidak usah cakap, semuanya
boleh, serba boleh. Buat lagu, direct [mengarah], buat kelakar, semua ada
pada dia. Macam mana kita tidak hendak kagum dia. Terpaksa kagum dia.
SNS: Bagaimana pula dengan pelakon sekarang? Siapa yang puan kagumi?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
34
Transkrip
M:
Minta maaf, saya kurang tengok filem-filem sekarang ini. Saya tidak dapat
cakap siapa yang saya kagumi, tetapi saya tahu mereka ini semua ada
berpotensi dan mereka bernasib baik kerana teknik-teknik sekarang adalah
canggih daripada yang dahulu. Jadi diaorang [mereka]
dapatlah
menunjukkan bakat dia yang apa terserlah, tidak macam kitaorang [kami]
dahulu. Barang-barang teknik-teknik barang-barang kamera ini semua
tidak canggih. Kita kena adjust [ubahsuai] diri kita, kita tidak bebas
menyerlah. Sekarang pelakon-pelakon yang saya tahu yang saya dengardengar berita, tengok dekat TV [televisyen] sikit-sikit sebab saya cuma
dapat berita-berita sahaja tetapi saya ada kepercayaan mereka akan maju.
SNS: Sepanjang karier puan sebagai pelakon, siapakah pengarah yang paling
puan senang untuk bekerja atau berurusan?
M:
Macam saya katakan tadi, tidak ada orang lain daripada Allahyarham Tan
Sri P.Ramlee. tetapi yang sekarang ini pun ada pengarah-pengarah yang
saya senang berlakon tetapi bukan filem saya tidak dapat peluang main
[berlakon] filem sekarang ini. Yang banyak panggil saya, drama. Saya
senang sekali berlakon dengan pengarah Rashid Sibir, Murali. Ini dua
orang senang sekali berlakon dengan dia sebab dia ada ciri-ciri P.Ramlee
sedikit. Saya telah mengatakan dengan dia, "Eh you [awak] ini, ada ciriciri P.Ramlee direct" [mengarah]. "Macam-mana mami?", dia tanya. Nanti
I [saya] terangkan macam mana Ramlee [P.Ramlee] direct [mengarah].
Diaorang [mereka] happy [gembira].
SNS: Filem apakah yang paling berjaya bagi puan?
M:
Filem Labu Labi.
SNS: Berapakah bayaran yang puan terima dari filem itu?
M:
Filem itu saya terima tidak sampai seribu. Sembilan ratus kot [mungkin].
IMR 603 - SEJARAH LISAN
35
Transkrip
SNS: Siapakah pesaing-pesaing puan pada era Jalan Ampas?
M:
Pesaing saya, saya punya pesaing tidak banyak. Allahyarhamah Rahmah
Mamat, dan Kak Normadiah sebab watak selalu yang watak-watak jahat
dia berlakon, pesaing saya. Tetapi kami tidak ada iri hati. Tidak ada, kami
semua best [seronok] sahaja.
SNS: Filem-filem puan masih ditayangkan sehingga ke hari ini, contohnya Labu
Labi, Do Re Mi dan sebagainya.
M:
Do Re Mi tidak ada. Saya tidak ada Do Re Mi. Saya ada Tiga Abdul.
SNS: Adakah puan masih menerima royalti bagi semua filem yang ditayangkan
itu?
M:
Tidak, tidak ada. Pernah kita cadangkan. Aziz Satar pernah pergi minta
dipertimbangkan tetapi sampai sekarang tidak ada jawapan. Tetapi saya
syukur Alhamdulillah saya sekarang, sudah dekat setahun saya menerima
pencen daripada karyawan semenjak saya dan Aziz Sattar mula menerima
itu. Terima kasih dengan diaorang [mereka] dan saya bangga dan
bersyukur kepada Illahi saya dapat jadi seniwati yang kata orang, kalau
jadi anak wayang ini, endingnya [penghujungnya], penghabisannya tidak
ada apa-apa ganjaran. Tetapi saya bersyukur kerana ada ganjarannya. Ada
orang ingat. Contohnya, itu dia karyawan, sebanyak lima ratus. Walaupun
lima ratus itu tidak berapa besar, tetapi pada saya sangat berharga ingatan
itu dan keduanya Menteri Penerangan kita, Dato' Kadir Sheikh Fadzir
mencadangkan Manja Filem. Bagi kami macam duit apa, duit saku
sebanyak dua ribu sebulan yang kita terima dapat Manja Filem,
dikelolakan oleh Datuk Jamil Sulung dan Rosnani sedang berjalanl. Itu
saya berasa bangga dan terima kasih banyak-banyak, walaupun tidak ada
royalti dari filem-filem kami yang lama. Tetapi ada juga orang yang masih
ingat, masih sayang. Terima kasih, syukur.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
36
Transkrip
SNS:
Adakah jumlah bayaran yang diterima daripada pihak terbabit, diterima
setiap bulan?
M:
Semenjak ini, karyawan tidak pernah putuslah bagi. Tetapi yang dua ribu
itu ada, lambat-lambat sedikit sebab maklumlah diaorang [mereka] buat
filem. Buat filem, dia hantar filem itu dahulu, dapat filem itu, sudah
tunjuk, baru diaorang [mereka] dapat duit. Tidak akan diaorang [mereka]
hendak bagi kita dahulu. Mana hendak datang duit. Jadi terpaksa diaorang
[mereka] tunggu duit datang daripada bank, bayar kepada dia, baru kami
dapat yang dua ribu itu. Tetapi, so far [ nampaknya] dapat. Sudah dapat,
jumlahnya saya tidak boleh cakap.
SNS: Selalunya berapakah bayaran royalti yang puan terima?
M:
SNS:
Royalti macam mana itu?
Dari segi pada zaman puan berlakon.
M:
Dulu? Kita tidak ada royalti, kita hanya ada bonus. Lapan ratus ke seribu.
Satu sistem tetapi tiap-tiap bulan kita ada gaji. Kerja tidak kerja kita ada
gaji, doctor free [percuma], rumah free [percuma], air, lampu tidak bayar.
Tengok wayang pun free [percuma]. Kalau hendak kereta katakan kita
tidak ada duit hendak bayar duit muka, kita jumpa bos. "I want a car, what
car you want" [Saya mahu kereta. Apa kereta kamu mahu]. Kita cakap
kereta ini, kita pergi order [pesan]. Nanti dia bayarkan. Selepsa itu dia
tidak potong gaji. Dia potong daripada bonus filem yang kita berlakon. Itu
kemudahan kita dapat.
SNS: Adakah jumlahnya ketara dengan jumlah bayaran yang diterima sekarang?
M:
Banyak beza. Mereka sekarang sampai ratus ribu. Saya tidak tahu kata
Awie dapat seratus dua puluh ribu satu filem. Saya tidak tahu, saya
dengar. Tetapi free [percuma] lancarlah tidak ada bergaji. Bos tidak ada
commitment [persetujuan]. Cuma bila sudah habis kasi [beri] dia seratus
IMR 603 - SEJARAH LISAN
37
Transkrip
dua puluh ribu. Itu saya tidak tahu. Wallahhualam Bissawab. Saya dengar.
Besar itu.
SNS: Adakah puan rasakan jumlah bonus yang puan terima berpatutan?
M:
syukur Alhamdulillah. Saya pun tidak hendak guna duit banyakbanyak sudah lanjut umur ini, tidak ada hendak shopping [membeli-belah]
pun ini. Asal dapat hidup dengan cucu saya ini sudah. Anak-anak pun ada
kasi [beri], Sebenarnya anak-anak saya sudah kasi [beri] saya berlakon
lagi. Melissa kasi [beri]. Anak laki-laki [lelaki] saya semua "Janganlah
mummy [emak], mummy [emak] sudah penat, sudah lama". Tetapi saya
rasa selagi mereka hendak saya berlakon, saya rasa biarlah saya berjasa
dahulu sebelum saya habis. Sebelum saya tidak ada, sebab saya, kalau
saya jalan di Kuala Lumpur macam semalam, saya banyak jumpa peminat
saya yang dia tidak ada Astro itu dia tanya, "Eh I [saya] tunggu lah you
[awak] berlakon yang baru ini. Asyik tengok gambar lama sahaja. Tidak
berlakon ke? Hendak mengadap [menonton] TV", dia kata. Saya kata saya
ada berlakon tetapi untuk Astro. "Kitaorang [kami] tidak ada Astro". Jadi
rasa saya kalau masih mereka hendak saya berlakon saya hendak berlakon
lagi. Sedikit-sedikit tidak banyak. Tetapi perbezaan itu sekarang sudah
tidak cantikl, sudah tidak lawa, tidak macam dahulu. Dahulu cantik,
beautiful [cantik] dan sekarang sudah bloodyfool [bodoh]. He he he
(ketawa) tidak lawa. Jadi saya ingat saya hendak lagi berlakon, selagi saya
ada hayat.
SNS: Boleh puan nyatakan jumlah bayaran paling rendah yang pernah puan
terima?
M:
Ada, diaorang [mereka] buat macam ikan ditawar [tawar menawar] pun
ada. Sedih, menangis. Sebab bila dia offer [tawar] saya berlakon, yang
pertama saya tanya, berapa scene [babak], berapa babak. Apa baju saya
pakai, apa watak. Saya tidak pernah tanya berapa you [awak] hendak
bayar. Saya tidak pernah tanya. Itu dia tanya, mas kahwin berapa dia
IMR 603 - SEJARAH LISAN
38
Transkrip
tanya. Timbanglah saya kata, saya tidak hendak cakap. You [awak]
timbang sebab saya pelakon lama. You [awak] sendiri tahu. Saya kata
nanti ada yang, ada bukannya banyak semua producer [penerbit]. Ada
dua, tiga produser [penerbit] yang tanya. You [awak] tahu bayaran you
[awak] satu hari lima ratus tetapi kitaorang [kami] budget [peruntukan]
kecil. "Dua ratus lima puluh boleh tidak? Dua ratus boleh tidak?" Apa you
[awak] rasa?
for me [bagi saya], I [saya] menangis dan tidak jawab.
Diam sahaja. Berlakon sahaja. Dia bayar dua ratus ambil sahaja. Ada
dapat macam itu dahulu, tetapi yang akhir-akhir ini tidak ada. Semua
bagus. Yang ada itu baik pula itu, janji lima ratus dalam envelope [sampul
surat] tujuh ratus. Tidak dengan lima ratus dalam envelope seribu. Itu
yang sayang dengan kita. Itu semua rezeki Allah bagi [beri].
SNS: Boleh puan nyatakan jumlah bayaran yang paling tinggi pernah puan
terima?
M:
Ada. Sya berlakon dengan siapa ya. Suatu hari sekejap sahaja, satu jam
sahaja saya dapat dua ribu lima ratus dengan Jacquelina, Tiara Jacquelina,
cerita itu cerita gangster [samseng]. Saya jadi leader [ketua] gangster.
Drama, itu kata satu jam sahaja saya shooting [penggambaran] saya dapat
dua ribu lima ratus. Terperanjat saya. Dua ribu lima ratus satu hari.
SNS: Selain berlakon, adakah puan mempunyai kerja Iain?
M:
Saya ada syarikat. Nama syarikat saya MARIMERLIS Production.
Bermakna Mariani and [dan] Melissa. Syarikat itu sampai sekarang masih
hidup. Saya tidak padamkan dia, sebab itu saya punya baby [peninggalan]
untuk Melissa. Kalau saya tidak ada nanti, saya hendak Melissa teruskan
sebab Melissa sudah belajar di Indonesia dengan teguh belajar how to
direct [bagaimana untuk mengarah]. Mengarah, kamera, work [kerja].
Saya sudah produce [terbitkan] tujuh drama, dua dokumentari, satu filem
usahasama, satu album Melissa. Saya stop [berhenti], berhentikan
sementara sebab Melissa dengan saya ada sedikit kontroversi pasal dia
IMR 603 - SEJARAH LISAN
39
Transkrip
kahwin itu. Orang bawa lari dia pergi Indonesia kahwin di Indonesia
sedangkan saya boleh buat kahwin itu di sini. Jadi saya semenjak itu, saya
stop [berhenti] buat drama itu. Buat itu ini. Tetapi saya sudah cakap
dengan Melissa. "Lis", saya kata. "MARIMELIS masih wujud. Aku masih
hidupkan dia mungkin kalau you [awak] teruskan, buat production
[terbitan]. Kalau ada ongkos [duit], ada duit".
SNS: Pernahkah puan merakam lagu?
M:
Merakam untuk recording [rakaman] luar, tidak ada. Merakam untuk
studio ada. Sebab saya sign [tandatangan] kontrak dengan Shaw Brothers,
tidak dibenarkan merakamkan lagu-lagu di mana-mana. Hanya boleh di
Jalan Ampas. Saya menyanyi sendiri untuk filem 'Darah Muda'. Kadangkadang menyanyi untuk pelakon-pelakon extra [tambahan], pelakon
tambahan. Kalau ada dia hendak kena menyanyi ke hendak kena apa, saya
kena menyanyi. Saya boleh menyanyi, tidak banyak, sedikit. Sekarang ini
kalau saya dipanggil veteran, baru-baru ini kan panggil Book Record of
Malaysia Filem-fllem Klasik, saya kena menyanyi. Saya menyanyi.
Rosyam Nor pun ada. Rosyam Nor bintang baru. Saya kena menyanyi,
saya kena menyanyi filem-filem yang saya menyanyi itu. Masih buat
pertunjukan pentas menyanyi.
SNS: Mengikut maklumat yang kami ada, puan pernah berlakon untuk filem Cina
dan Filipina. Boleh puan terangkan?
M:
Boleh. Saya berlakon filem itu, bukan kerana saya dipanggil khas untuk
berlakon filem itu. Tetapi kerana saya punya bos Tan Sri
dia
memang ada macam usahasama dalam Filipina, Hong Kong dia punya of
course [tentulah]. Jadi saya diperintahkan, diarahkan untuk berlakon,
bukan khas. Jadi berlakon sahaja. Tetapi saya tidak pandai cakap Cina.
Dia dubbing [rakam]. Dia buat dua bahasa. Satu bahasa Melayu. Yang
satu cerita itu, cerita 'Emas Hitam', Black Gold. Saya jadi orang jahat.
Shooting [penggambaran] dekat Cameron Highland. Saya jadi pelakon
IMR 603 - SEJARAH LISAN
40
Transkrip
orang Asli. Anak orang asli yang jahat hendakkan hero Hong Kong itu,
sampai mati kena panah bapa sendiri sumpit. Cerita itu ada dia tunjuk
dekat Astro. Yang lagi satu itu cerita dia dalam ttajuk Cina saya tidak tahu
tetapi tajuk Melayu 'Sri Menanti'. Saya berlakon dengan Dong Tan.
Selepas itu, saya main [berlakon] cerita filem Philippine [Filipina] 'Seal of
Salamar'
namanya dengan pengarah Amerika. American director
[pengarah Amerika]. Itu pun dua bahasa saya berganding dengan Jins
Samsudin dan Pancho Mardina dan Tita Doren. Itu jam Pancho Mardina
dan Tinta Doren very [sangat] ini famous [terkenal]. Sampaikan peminat
dia minta dia kahwin. Dalam pasal dia bercinta sangat dalam cerita itu.
Cerita-cerita yang dia lakonkan saya berlakon dengan dia. Selama involve
[terlibat] dalam berlakon itu. Selama penyanyi undangan lagu apa filem
dia menyanyi sejaknya
(sambil menyanyi). Filem itulah.
SNS: Adakah puan mampu bertutur dalam bahasa lain selain Melayu dan Inggeris?
M:
Saya boleh cakap Hindustan silat-silap. Saya boleh cakap Jawa. Saya
boleh cakap Banjar, Boyan, Tamil. Cina pun sedikit. Sebab nenek saya
ada keturunan Cina. Tetapi saya tidak banyak. Saya tidak mahir.
Hindustan saya boleh cakap sebab saya banyak tengok Filem Hindustan.
Saya minat Filem Hindustan. Baru-baru ini bukan baru ini, tiga tahun
lepas, saya pergi UFA Award dekat Genting, saya jumpa dengan peminat
saya sangat-sangat. Jackie Shroft. Saya boleh cakap Hindustan dengan dia.
Dia terkejut. Dia terkejut macam mana saya boleh cakap. Saya tanya
"Turn hara naam kya hei ?" [nama awak siapa] Terkejut dia. "Macam
mana you [awak] boleh cakap?", dia kata. Saya cakap "Kerana engkau,
kerana filem engkau. Aku asyik [selalu] banyak tengok filem engkau".
Saya belajar. Belajar dan situ. Saya boleh cakap. Saya tengok filem
Hindustan, tidak payah tengok subtitle [sarikata]. Saya boleh cerita dekat
you [kamu]. Saya mahir.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
41
Transkrip
SNS: Jika puan tidak keberatan, mungkin puan boleh bercakap serba sedikit
bahasa tersebut?
M:
Cuma saya tidak pandai. Saya hanya boleh "Ni hao ma". "Wo ai kunna".
"Bah, saya sudah hendak tidur ini. Mengantuk. Ha, itu sahaja saya boleh.
Sebab saya boleh faham cakap. Saya tidak boleh bercakap. Mahir saya
tidak biasa. Kalau Tamil "Yinnaseri rommon nalle, rommon nandrek", He
he he (sambil ketawa). Itu Tamil. Kalau Hindustan, "Tere nam kya hai",
"Mere nam Mariani hai", "Muge jonna hai [nama kamu siapa? Nama saya
ilah Mariani]. Aku hendak pergi, hendak balik sudah. Sikit-sikit saya
boleh cakap. Kalau saya cakap panjang sangat nanti macam mana
Hindustan jadi nanti dekat you [awak] punya wawancara itu.
SNS: Selain Filem Cina dan Filipina, adakah filem antarabangsa Iain yang puan
pernah lakonkan?
M:
Tidak ada. Tidak tahulah kalau filem Indonesia dikira antarabangsa. Saya
tidak tahu. Ada Filem Indonesia Takdir Perkahwinan. Saya berlakon
dengan Chempa Puchong. Dua sahaja sebagai artis undangan dari
Malaysia.
SNS: Sepanjang penglibatan puan dalam bidang lakonan, pernahkah puan pergi
ke negara lain untuk berlakon atau mengadakan persembahan?
M:
Negara yang saya pergi ialah Philippine [Filipina], Hong Kong, Jakarta.
SNS: Di antara Malaysia dengan Singapura, negara manakah yang puan lebih
senang untuk berlakon?
M:
Semuanya senang. Malaysia pun senang, lebih senang lagi Singapura
sebab saya mula dari sana.
SNS:
Bagaimana dengan keadaan di Hollywood pula?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
42
Transkrip
M:
Hollywood saya tidak pernah pergi. Melissa pergi. Saya tidak sampai lagi.
SNS: Boleh puan ceritakan perbezaan di antara industri lakonan di Malaysia dan
Singapura ketika itu?
M:
Industri filem apa itu?
SNS: Industri masa puan berlakon.
M:
Filem apa maksudnya lakonan berbeza. Filem Malaysia ataupun
Singapura? Filem Singapura dahulu banyaknya spontan. Rasa saya lebih
selesa tetapi bila sudah digunakan skrip, banyak yang hendak menghafal
skrip, kadang-kadang itu ada nampak dalam karektor saya berlakon, saya
sendiri berlakon saya tengah menghafal skrip. Saya tidak puas hati. Saya
lebih selesa yang spontan macam mana Allahyarham P.Ramlee buat. Saya
rasa selesa. Itu beza dia. Senang.
SNS: Sepanjang lebih lima puluh tahun penglibatan puan dalam bidang lakonan,
pernahkah puan menerima sebarang anugerah?
M:
Sepanjang lima puluh dua tahun saya hanya menerima anugerah sekali
sahaja. Artis sepanjang zaman. Setelah saya balik daripada Pekan. Dua
ribu dua (2002) daripada Berita Harian dan TV3
SNS: Pernahkah puan menerima anugerah dari kerajaan atau mana-mana
negeri?
M:
Belum.
SNS: Sebagai pelakon veteran, pernahkah puan menyumbangkan apa-apa kepada
negara? Contohnya mewakili Malaysia.
M:
Ada, mewakili Filem Festival untuk negara di Jakarta. Tahunnya saya
sudah lupa. Seniman hantar saya mewakili negara.
SNS: Industri lakonan dahulu dan sekarang amat jauh berbeza. Boleh puan
ceritakan perbezaannya?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
43
Transkrip
M:
Perbezaannya kerana sekarang ini pertama, pendapatan lumayan. Kedua,
peralatan canggih-canggih dan shooting [penggambaran] tidak payah
[perlu]. Hendak tunggu, macam kitaorang [kami] kena punctual time
[tepati waktu]. Sekarang diaorang [mereka] boleh kasi [beri], dia boleh
kasi [beri] time [masa] dia hendak datang. Kitaorang [kami] dahulu tidak
boleh. Kalau kena pukul lapan, kita kena pukul lapan dekat set [tempat].
Sekarang ini artis boleh bagi [beri]. "Eh, I [saya] tidak boleh. Ini hari I
[saya] boleh sampai pukul dua sahaja. Pukul dua I [saya] ada lain tempat".
Dahulu tidak boleh. Banyak perbezaannya.
SNS:
Pada pendapat puan, yang manakah lebih senang? Kehidupan pelakon
sekarang atau dahulu?
M:
Saya rasa masa kami bergaji itu lebih senang dahulu. Tidak payah [perlu]
hendak fikir-fikir siapa hendak ambil aku. Karang berlakon sentiasa ada.
Tetapi pelakon sekarang walaupun bayaran besar, kalau tidak ada orang
ambil, kena tunggu. Sampai sudah ada orang ambil berlakon. Jadi saya
rasa tidak berapa terjamin. Macam kitaorang [kami] punya hidup dahulu
terjamin. Rumah ada semua ada. Sampai sabun mandi pun tidak beli satu
bulan, dapat dua puluh empat ketul sabun Lux. Bintang filem dahulu.
make up [bersolek] memang ada sentiasa. Max Factor taja kita dari
Hollywood.
SNS: Bagi puan yang mana lebih bermutu. Dari segi dahulu atau sekarang, dari
segi filem?
M:
Filem dahulu saya rasa kurang bermutu. Kerana peralatan (gangguan
tape). Peralatan dahulu tidak canggih macam sekarang ini. Daripada segi
pengambilan, make up [bersolek], lighting [lampu], semua kurang. Tetapi
kalau pasal cerita, jalan cerita rasa saya bagus yang dahulu sebab sampai
sekarang orang tidak jelak-jelak [jemu-jemu] hendak tengok cerita-cerita
lama. Itu perbezaan dia.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
44
Transkrip
SNS: Bagi mutu lakonan pula, yang mana lebih bermutu? Dahulu atau sekarang?
M:
Itu tidak boleh dibezakan. Itu persendirian umpamanya P.Ramlee dahulu
dia ada dia punya watak yang dia ada yang orang tidak ada. Kalau
sekarang pelakon, Nasha Aziz. Dia bagus. Semua dia boleh, dia versatile
[serba boleh] juga. Dia boleh jahat, dia boleh watak lucu. Jadi tidak boleh
beza. Itu masing-masing punya apa, kepandaian. Masing-masing punya
anugerah Tuhan bagi [beri]. Macam saya, saya rasa saya berlakon pun
masih banyak hendak belajar juga. Bukan semua watak saya boleh
menjiwai. Baru-baru ini bukan baru, sudah tiga empat tahun dahulu saya
main [berlakon] buat-buat cerita jadi perempuan gila. Susan itu. Jadi
perempuan gila. Jadi saya kena belajar kena konsentrasi banyak. Tidak
boleh hendak bezakan-bezakan watak-watak itu. Masing-masinglah.
SNS: Adakah puan masih menonton filem Melayu sekarang?
M:
Ada, tetapi tidak banyak. Saya banyak tengok filem. Ini untuk hiburan
sahaja, bukan untuk apa-apa ya. Untuk hiburan saya, saya suka filem
Hindustan. Pertama, saya dapat tengok negeri cantik-cantik yang dia pergi
Mauritius, New York yang saya tidak dapat pergi dan perempuanperempuan yang cantik. Pelakon-pelakon dia cantik dan saya minat lagu
dan saya suka tengok gambar Korea. Itu saya tengok. Dan juga ini
Spanish, Mexican suka.
SNS: Kalau filem dahulu berjaya dipasarkan sehingga ke negara lain. Pada
pandangan puan, kenapa filem sekarang tidak mampu menembusi negara
lain walaupun Indonesia?
M:
Sebab banyak batasan. Kita banyak yang tidak boleh. Benda-benda yang
logik semua tidak boleh. Jadi siapa yang hendak terima filem yang tidak
logik. Umpamanya, katakan bukan kita hendak buat filem ini menjolok
mata sangat. Adegan ranjang sahaja tidak boleh. Berdua dekat atas katil
pun tidak boleh. Tetapi benda itu memang ada. Tidak boleh ditunjuk.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
45
Transkrip
Pakai jeans lapok sedikit tidak boleh. Padahal, ada orang pakai. Jadi rasa
saya banyak yang kita tidak boleh. Jadi tidak dapat kita hendak. Kenapa
sekarang filem Bollywood boleh setanding dengan Hollywood? Sebab dia
usaha kuat macam filem-filem Hollywood. Boleh diterima. Itu sahaja
kekurangan kita. Kalau kita tidak ada batas, rasa saya filem kita boleh.
SNS: Pernahkah puan mengarah filem atau drama?
M: Tidak. Saya tidak minat. Saya hanya minat jadi pelakon. Saya tidak minat.
SNS: Pernahkah puan menulis skrip?
M:
Tidak
juga.
SNS: Boleh puan nyatakan pengalaman puan yang paling manis sepanjang
kehidupan puan sebagai pelakon?
M:
Kenangan saya yang manis semenjak saya jadi pelakon ialah kenangan
manis di Jalan Ampas. Yang saya tidak boleh lupakan kerana kita punya
persahabatan macam keluarga dengan pelakon-pelakon. Jadi sekarang ini
bila kami berjumpa orang-orang itu yang masih ada, rasanya macam tidak
cukup masa itu. Tidak panjang masa itu untuk bersama mereka.
Umpamanya kalau Hasyimah, Kak Neng Yatimah datang dari Singapore
[Singapura] datang dekat sini, hanya sekejap sahaja kita dapat. Tidak puas.
Itulah kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan sampai sekarang.
Bila saya pergi Singapura saya pergi melawat Jalan Ampas. Saya
menangis, saya terpegun dekat Jalan Ampas sekejap. Menangis sebab saya
tengok studio-studio itu masih ada. Masih macam itu juga, cuma orangorang itu sudah tidak ada.
END OF TAPE 2 SIDE A: TAPE 2 SIDE B
SNS: Bagaimana pula dengan kenangan pahit yang masih puan ingat sampai
sekarang?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
46
Transkrip
M:
Kenangan pahit saya bila saya dengar berita yang Jalan Ampas Malay
Production bungkus ya, tutup. Sedih walaupun saya sudah tidak bekerja
dekat sana. Tetapi saya ingat kawan-kawan saya hilang pekerjaan. Itulah
paling pahit dan yang kedua apabila kehilangan Saloma dan P.Ramlee.
Sangat pahit buat saya sebab saya terlalu rapat dengan Saloma. Ke mana
sahaja dia ada saya mesti ada. Dia menyanyi pun saya, dia sudah kaki
sakit, saya juga yang pimpin dia, bawa dia dekat stage [pentas] dia berdiri,
saya menyanyi macam itu. Dia dapat A.M.N pun saya pergi jadi dia punya
ini partner [pasangan]. Dia hendak beli baju pun saya yang belikan. Dia
tidak shopping [membeli-belah], tidak suka jalan mana sahaja. Jadi bila
dia sudah tidak ada itu, saya rasa macam kehilangan. Apabila dia sudah
tidak ada dalam tiga bulan agaknya, saya dipanggil satu majlis orang
menangis tengok saya. Sebab saya tidak ada dengan Saloma. Ha, itu yang
pahit, pengalaman pahit sekali. Ha, satu lagi saya selama enam tahun saya
tidak dengar lagu dia di piring hitam ataupun di radio, orang main CD dia,
saya tidak hendak dengar. Saya tidak boleh dengar. Saya hendak
menangis. Sekarang ini baru saya boleh. Lately [akhir-akhir] ini saya
boleh dengar lagu dia. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana saya terlalu
apa rapat dengan dia. Dari kecil sampai besar, sampai sudah jadi pelakon,
dia jadi penyanyi, dia tidak pernah tidak pandai drive [memandu]. Saya
mula-mula jadi driver [pemandu] dia, hantar dia pergi menyanyi night
club [kelab malam]. Saya pergi ambil dia. Saya tunggu dia. Kuala Lumpur
Singapore [Singapura] dekat Version Club dekat Capitol Blue Room. Dia
menyanyi semua saya tunggu, mengantuk-mengantuk, mungkin pasal itul.
Terlalu rapat. Tidak pernah berpisah. Tidak pernah gaduh. Never [tidak
pernah]. Macam ada orang, adik beradik bertengkar-bertengkar, ini tidak
ada. Tidak pernah. Memang sayang.
SNS: Adakah puan puas dengan lakonan puan selama ini?
M:
Kalau hendak dibandingkan saya berlakon dahulu dengan sekarang,
sekarang ini selalu watak saya watak nenek, emak, jahat, baik. Saya puas
IMR 603 - SEJARAH LISAN
47
Transkrip
lakonan saya yang masa saya muda dalam 'Korban' dan 'Sri Mersing'.
Yang sudah tua ini, ada satu cerita drama yang saya puas saya berlakon.
Saya suka sekali dua juga. 'Pinggiran Rindu' sama apa 'Alzheimer', lupa
ingatan. Saya suka sekali watak itu. Puas.
SNS: Boleh dikatakan setiap pelakon mempunyai watak yang ingin dilakonkan.
Adakah puan mempunyai keinginan untuk membawa sesuatu watak?
M:
Semua saya sudah rasa. Saya sudah tidak ada keinginan lagi sebab dapat
peluang jahat, baik, gila, lupa ingatan, cemburu, jadi comedian [pelawak]
pun sudah. 'Keluarga Tolol'. Itu semua cerita komik-komik. Jadi saya rasa
tidak ada keinginan apa-apa lagi. Tidak ada cerita-cerita. Cuma sekarang
kalau dia kasi [beri] berlakon, berlakon sahaja. Apa watak semua saya
berlakon. Yang sekarang yang tengah tayang dekat TV3 saya berlakon
jadi orang gaji lagi. Jaialuddin punya orang gaji. Saya berlakon. Tidak
kisah.
SNS: Sepanjang puan berlakon, watak apakah yang paling puan gemari?
M:
Watak saya? Balik-baiik saya cakap Filem Korban dan kedua saya first
time [pertama kali], P.Ramlee cakap dengan saya "Yam, saya hendak kasi
[beri] you [awak] menangis, you [awak] selalu part [watak] jahat, part
[watak] ini tidak pernah bawa". Putus Sudah Kasih Sayang. Saya puas
juga dan saya suka watak itu, menangis first time [pertama kali].
SNS: Dalam filem tersebut, puan melakonkan watak apa?
M:
Jadi isteri dia yang lumpuh.
SNS: Sudah jadi lumrah dunia, apabila kita terkenal, kita didekati. Apabila sudah
tidak berpa terkenal, kita dijauhi. Adakah puan merasai situasi ini?
M:
Ada juga sedikit-sedikit. Tidak banyak. Tetapi rasa saya masa kita hidup
ini, masa dia jumpa kita, dia nampak kita, dia ingat kita. Tetapi nanti bila
kita sudah tidak ada, baru dia apa, betul-betul rasa baru kehilangaN. Baru
IMR 603 - SEJARAH LISAN
48
Transkrip
orang ini, "Alamak, mana hendak cari macam dia". Tetapi masa hidup itu
dia tidak
hendak
cakap.
Padahal
kalau
dia cakap
dia
boleh
menggembirakan kita itu. Itu satu pahala. Kasi [beri] orang suka, kasi
[beri] orang gembira. Pahala. Tetapi dia tidak, kebanyakan tidak ada.
Tidak ada kejadian yang macam itu. Itu sebab saya, sebelum saya
menerima anugerah kelmarin saya sudah kasitahu [beritahu] diaorangdiaorang [mereka-mereka] ini semua. Kalau saya sudah tidak ada, jangan
cakap hilangnya sebutir bintang. Saya tidak hendak. Saya cakap jangan
cakap itu. Saya tidak terima saya cakap. Saya ada pesan. Itu sebelum saya
dapat anugerah. Sebab saya rasa masa itu saya tidak dihargai. Walaupun
saya sudah banyak jasa saya menghiburkan tetapi diaorang [mereka] tidak
ada. "Alan, Mariani itu kan". Jadi itu saya terasa.
SNS: Di sepanjang pembabitan puan dalam dunia seni, pernahkah puan merasa
untuk meninggalkan dunia lakonan?
M:
Tidak. Saya tidak rasa serik. Saya tidak pernah. Tidak terlintas dihati dan
saya tidak pernah ucapkan dengan kawan-kawan atau media yang saya,
"Ha, sudah boleh aku sudah hendak retire [bersara]". Belum pernah lagi.
Sebab saya tidak mahu kejadian macam ini ada. Bukan tidak ada rasa
bosan itu. Ada kadang-kadang, benci hendak berlakon lagi. Penat dengan
otak hendak ingatkan ini dengan skrip gini [begini] tebal. Ada ingat
hendak tinggalkan. Tetapi tidak hendak cakap sebab takut nanti mulut ini
cakap, lain kali hendak ingat [fikir] hendak balik lagi malu. Jadi saya
lepaskan.
SNS: Kenapa puan berasa demikian?
M:
Kadang-kadang saya bosan. Kadang-kadang kita jumpa pelakon-pelakon
yang tunjuk belang dengan kita. Jadi kita bila berlakon tidak selesa dalam
suasana itu. Jadi malas. Rasa macam aku hendak tinggalkan sahaja. Tetapi
tidak berani cakap. Takut nanti, hendak puia balik.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
49
Transkrip
SNS: Sepanjang pengalaman puan sebagai pelakon, pernahkah puan mendapat
cemuhan daripada penonton?
M:
Tidak. Tetapi cemuhan dalam lakonan ada. Diludahnya saya. Saya keluar
daripada filem 'Cemburu'. Filem pertama saya, saya keluar daripada
pertunjukan. Dahulu kalau filem tayangan tengah malam kami kena
tunjukkan diri sebelum ditayangkan. Jadi saya keluar, penonton pun keluar
sudah dahulu, "Celaka punya perempuan. Gatal, sundal", dia kata macam
itu. Dia marah saya. Saya balik saya cakap dengan bos. Esok pergi jumpa
bos. "Next time you don't send me. I don't want to go" [lain kali awak
tidak perlu hantar saya, saya tidak mahu pergi]. "Filem ini, I don't want"
[saya tidak mahu]. "Why?" [kenapa]. "Oh, saya kena ludah. Saya kena
maki". "Oh, that mean you good lah" [itu maksudnya awak baguslah]. Dia
kata macam itu. Why [kenapa] dia kata macam itu? Itulah cemuhan saya
dapat. Tetapi tidak ada cemuhan membenci saya. Tidak ada.
SNS: Bilakah puan merasakan masa yang am at sedih atau terkilan dalam dunia
lakonan?
M:
Kalau saya tidak dapat membawa watak itu. Watak yang diberi saya tidak
dapat, saya rasa sedih, saya rasa terkilan. Macam dalam 'Putus Sudah
Kasih Sayang'. Yang saya dekat sampai enam hari saya berlakon. Satu
babak itu sahaja dua shot [rakaman] saya tidak boleh bawa. Itu saya sudah
cukup sedih. Tidak boleh bawa kerana bukan tidak boleh bawa, saya
menangis sebelum itu. Dia hendak menangis sudah itu. Sudah sampai sini.
Saya sebelum sudah menangis. Saya rasa berlakon dengan rasa takut.
SNS: Masih adakah impian puan yang belum tercapai?
M:
Ya. Impian saya hendak Melissa itu, anak saya ya. Melissa itu menjadi
waris saya yang sejati. Semua dia boleh buat. Dalam lakonan, dari segi
mengarah, semualah sebab dia boleh mengarah. Saya tahu dia boleh.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
50
Transkrip
Sebab dia sudah belajar. Setahun dia di Indonesia belajar. Itu impian saya.
Kalau itu dia sudah buktikan, Alhamdulillah.
SNS: Peristiwa tiga betas Mei sembilan belas enam puluh sembilan (13.5.1969)
merupakan antara titik hitam kepada negara. Boleh puan ceritakan di
manakah puan ketika itu?
M:
Saya dekat Singapore [Singapura]. Sesudah itu baru saya datang.
SNS: Adakah puan terlibat dengan peristiwa itu?
M:
Tidak ada. Saya dekat Singapore [Singapura].
SNS: Adakah industri filem ketika itu terjejas?
M:
Mungkin adalah. Kalau Merdeka Studio sudah mulakan ya. Mungkin ada.
SNS: Bagaimanakah pula dalam bidang pengiklanan? Adakah puan pernah
muncul dalam mana-mana iklan?
M:
Ada. Tetapi di Singapura, bukan di sini. Di sini saya tidak ada peluang.
Satunya, saya ini sombong sedikit. Dari segi ini saya memang sombong.
Sebab saya tahu saya, I'm a quite good actress [saya seorang pelakon yang
bagus]. Saya boleh berlakon semua watak. Dan saya terkenal. Kenapa
diaorang [mereka] hendak panggil saya screen test [ujian bakat]. Uji bakat
untuk pengiklanan. Sya tidak pernah pergi, saya dapat panggilan dari sini.
Saya tidak pergi. Saya hendak, "Engkau hendak Mariani, engkau datang
ambil aku sebagai Mariani". Itu tidak ada dekat sini. Di Singapore
[Singapura] saya ada buat. Saya buat kapal terbang "Jel" Jepun. Saya buat
teh. Saya buat apa lagi satu, bunga orkid. Bunga orkid itu, orkid itu bunga
Singapore [Singapura] kan. Saya buat bunga orkid.
SNS: Adakah puan berhubungan secara terus dengan rakan seangkatan puan
pada masa ini?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
51
Transkrip
M:
Ya. Yang paling banyak saya hubungi ialah Aziz Satar. Selalu saya kalau
hendak tanya-tanya apa-apa hal orang-orang Singapore [Singapura] siapa
yang sihat siapa yang baik. Dia selalu ulang-alik Singapore [Singapura].
Selalu tengok kawan-kawan.
SNS: Selain daripada Aziz Satar?
M:
Seniwati Sarimah close [rapat] dengan saya. Tiap-tiap tiga hari dia akan
call [telefon] saya tanya "Kak Yam apa khabar, baik?". Salmah Ahmad.
Ini Latifah Omar.
SNS: Bagaimana pula perasaan puan apabila digandingkan dengan pelakonpelakon yang lebih muda dan jauh bertenaga daripada puan?
M:
Saya tidak rasa apa-apa macam inferiority complex [
] ke tidak ada.
Saya rasa I'm senior [saya lebih tua]. I can act, you can act [saya boleh berlakon,
awak boleh berlakon]. Sama-samalah. Itu yang saya tidak ada rasa canggung.
SNS: Bagaimana pula dengan artis muda hari ini? Adakah mereka pernah
meminta bantuan atau nasihat daripada puan?
M:
Belum ada. So far [setakat ini], diaorang [mereka] tidak ada hendak minta.
SNS: Memang benarkah wujudnya kelas-kelas pelakon didalam bidang lakonan
ini?
M:
Bagus kalau ada. Sebab nasib kami dahulu tidak ada. Macam saya katakan
tadi, saya belajar berlakon semua daripada tengok-tengok filem-filem
Hollywood. Sebab kami tidak ada kelas. Bagus kalau ada. Wujudlah.
SNS: Industri
seni
tanah
air
sering
dikaitkan
dengan
masalah-masalah
keruntuhan akhlas pada hari ini. Apakah pendapat puan mengenai perkara
ini?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
52
Transkrip
M:
Itu terlalu personal [peribadi]. Akhlak masing-masing ya. Kalau boleh
jangan. Kita tunjukkan kepada masyarakat kita punya belang ya. Kalau
boleh. Tetapi beyond a control [di dalam kawalan]
SNS: Adakah puan berpendapat artis sekarang sombong?
M
Ada. Setengah-setengahnya ada, dan ada yang bersopan-santun, baik. Ada
yang setengah-setengah baru berlakon satu filem dua sudah dia rasa sudah
top [terkenal] dia lupa. Dan kalau kita berlakon dengan dia, ada dia beri
masa, ada masa dia boleh datang, tidak boleh datang. Ada.
SNS: Apa pula komen puan terhadap segelintir artis yang mencemarkan dunia
seni dengan masalah akhlak penyalah gunaan dadah dan sering turun naik
mahkamah?
M:
Kalau boleh, tidak hendak ini terjadi. Memang tidak bagus. Memang tidak
baik. Memang tidak bagus. Sekali kalau boleh elakkan gejala-gejala ini.
He he he (ketawa kecil). Umpamanya dadah. Yang nombor satu ini. Kalau
boleh. Kalau sudah terlibat dengan dadah ini rasa saya sampai mati pun
tidak boleh hilang.
SNS: Bagaimana pula dengan pendapat puan mengenai pemikiran penontrsekarang dan dahulu?
M:
Penonton sekarang lebih bijak, pandai menilai. Jadi kita yang berlakon ini
dan yang menulis skrip in janganlah hendak buat remeh-temeh sahaja.
Cerita-cerita, diaorang [mereka] tahu menilai mana yang boleh ke tengah,
ke tepi. Diaorang [mereka]lebih bijak.
SNS: Boleh puan nyatakan perbezaan peminat sekarang dan dahulu?
M:
Perbezaan peminat dahulu dengan peminat sekarang tidak kurang
bezanya. Sama sahaja. Cuma sekarang lebih menyerlah sebab adanya
televisyen, adanya radio. Adanya macam kami dahulu, peminat sampai
IMR 603 - SEJARAH LISAN
53
Transkrip
baju koyak rabak hendak tengok filem kita. Sebab tidak ada ini semua.
Jadi itu bezanya sahaja. Tetapi sama. Kehendak itu sama sahaja.
SNS: Industri filem dan muzik tanah air boleh diumpamakan sebagai agak
tenggelam timbul akibat lanun cetak rompak. Apa pendapat puan mengenai
masalah ini?
M:
Ya. Yang ada itu suka beli cetak rompak sebab murah, yang dia tidak
mampu hendak banyak-banyak duit hendak beli yang asli. Itu kita hendak
buat macam mana ya. Macam mana kita hendal solve [selesai] kan
problem [masalah] ini. Cetak rompak masih dicetak. Dia boleh hentikan
cuma cetak rompak tidak ada bercetak lagi sudah. Selagi dia cetak selagi
benda itu murah, orang mesti kejar yang murah. Tidak akan orang hendak
beli yang empat puluh sembilan. Mesti orang beli sembilan belas ringgit
punya. Betul tak? Harus diberhentikan kalau boleh.
SNS: Adakah penguatkuasaan penting dalam menangani masalah ini?
M:
Sangat penting. Jangan macam panas-panas sekejap lagi sejuk.
SNS: Apakah
cara
lain yang efektif yang puan
rasakan
sesuai
untuk
menyelesaikan masalah ini?
M:
Saya tidak (ketawa) mahir dalam perkara itu. He he (ketawa kecil)
diaorang [mereka] kena fikirkan macam mana hendak berhentikan.
Diaorang [mereka] sudah buat. Dirampas dia punya mesin itu ini tetapi dia
masih juga buat. Ada lagi mesin lain datang, macam mana. Tangkap
diaorang [mereka] itu simpan dekat dalam [masuk lokap;penjara]. Sudah
tidak boleh buat.
SNS: Adakah benar sekiranya industri kita tidak dipenuhi oleh lanun cetak
rompak, kehidupan arits-artis kita terutama pelakon akan lebih maju
ataupun lebih baik daripada sekarang?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
54
Transkrip
M:
Mungkin. Tetapi mungkin ada yang lain pula jadinya. Sampingan kita
tidak tahu. Apa pula yang dirompak. (sambil tersenyum sinis) Dia tidak
cetak rompak, dia rompak duit dia. Dia sudah kaya. Dia culik, dia ugut
macam dekat Bollywood. Semua hendak kena pasang bodyguard
[pengawal peribadi]. Kita dekat sini tidak ada bodyguard [pengawal
peribadi]. Tengok Shah Rukh Khan ada bodyguard [pengawal peribadi].
Salman Khan ada bodyguard [pengawal peribadi] sebab dia kaya.
Mungkin tidak ada itu, ada ini pula. Tidak tahu. Ini dunia.
SNS: Pada zaman dahulu, adakah cetak rompak berleluasa seperti sekrang?
M:
Dahulu tidak ada. Tidak ada buat CD, tidak ada buat, tidak ada rompakrompak. He he he (ketawa).
SNS: Adakah puan berasa puas hati dengan pengiktirafan kerajaan terhadap
pelakon-pelakon veteran?
M:
Puas hati dan terima kasih. Bersyukur sekali kepada Allah. Sekurangkurangnya kerajaan sudah campur tangan. Tidak macam dahulu. Masa
P.Ramlee dahulu dia minta bantuan minta macam-macam tidak dapat. Dia
mati dalam kesedihan. Sekarang ini sudah bersyukur.
SNS: Apa pandangan puan terhadap masa depan industri filem dan drama tanah
air kita?
M:
Macam kata saya tadi, kalau ada realiti dalam penampilan filem-filem kita
InsyaAllah filem kita akan maju. Tidak ada sekat-sekat yang banyak
sangat. InsyaAllah.
SNS: Sepanjang lebih lima puluh tahun berlakon, adakah puan mempunyai
perasaan tidak puas hati dalam bidang lakonan?
M:
Tidak. Puas. Macam saya kata tadikan, saya sudah banyak kali dapat
peluang macam-macam watak. Saya puas.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
55
Transkrip
SNS: Bagaimana pula puan mengukur kepuasan hati puan terhadap bidang seni?
M:
Tidak tahulah. I very [saya sangat] gembira. Glad [gembira], happy
[gembira. I can do it [saya boleh lakukan itu]. Thank you God [terima
kasih Tuhan]. Terima kasih Tuhan telah kurniakan dan saya bersyukur
semua saya sudah buat. Walaupun saya macam ini saya sudah pergi haji,
anak-anak saya semua sayang saya. Syukur Alhamdulillah.
SNS: Sebagai seorang rakyat Malaysia, boleh puan nyatakan siapakah tokoh
politik yang paling puan kagumi?
M:
Yang sekarang?
SNS: Sekarang dan dahulu, yang mana puan?
M:
Sekarang Ahmad Badawi. Dahulu Mahathir. Tetapi yang mula-mula sekali
tentunya Tunku Abdul Rahman.
SNS: Kenapa beliau?
M:
Sebab dia yang memulakan kemerdekaan. Mestilah saya kagum dia. Number one
[nombor satu], nombor satu.
SNS: Soalan terakhir saya adalah, apa pendapat puan mengenai industri filem
tanahair sekarang? Dan apakah cadangan puan untuk memajukan lagi
industri filem kita?
M:
Industri filem sekarang sedang menapak, menuju kemuncak. Dan macam
saya katakan tadi, minta jangan banyak halangan dalam babak-babak kita.
Kasi
[beri]
longgar-longgar
sikit
supaya kita boleh
menembusi
international [antarabangsa] (bunyi motosikal). Itulah harapan saya kepada
pengeluar filem, produser [penerbit], script writer [penulis skrip], jangan
buat sambil lewa sahaja benda-benda menulis skrip asal boleh jadi sahaja.
Kena tekad sikit. Bagaimana kita boleh setanding dengan Hollywood,
IMR 603 - SEJARAH LISAN
Transkrip
Bollywood, China, Korea. Kalau sampai ke tahap itu, memang Malaysia
boleh. Itulah harapan yang saya boleh huraikan. Tidak ada lain.
SNS: Terima kasih puan.
M:
Sama-sama.
Demikian tadi, wawancara dengan Puan Mariam @ Mariani binti Ismail mengenai
pengalaman beliau sebagai seniwati tanah air dan sumbangannya dalam dunia
perfileman negara. Saya Ramzi Akmal bin Hassan dan Sharifah Nor Shahida Binti
Syed Le mengucapkan bebanyak terima kasih di atas kesudian Puan Mariam @
Mariani dalam memberikan pengalaman dan maklumatnya. Semoga hasil rakaman
ini akan memberikan manfaat kepada pendengar, penyelidik serta seterusnya
generasi akan datang. Saya sudani dengan ucapan ribuan terima kasih dan
assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
IMR 603 - SEJARAH LISAN
57
Log Temubual
5.0 LOG TEMUBUAL
TAPE 1 SIDE A
007
Pengenalan diri
Mariam @ Mariani Binti Ismail.
Tanjung Pagar, Singapura.
Umi Kalsum Binti Mahbon.
Ismail Bin Haji Osman.
Sekolah Kampung Gelam
Bilangan adik beradik
054
Turutan Suami
Darus
Rohaizat
Muhammad Alias
153
Anak-anak
Bilangan anak-anak
Nama anak-anak
Melissa Saila
Hubungan dengan Melissa Saila
Tugas sebagai ibu
253
Ibadat
Ibadat umrah
Ibadat Haji
288
Pertalian
Aziz Satar
Berlakon drama dan filem
IMR 6 0 3 - SEJARAH LISAN
58
Log Temubual
113
Studio
Merdeka Studio
Jalan Ampas
Zaman kejatuhan
231
Bintang Gandingan
Tita Doran
P.Ramlee
Saloma
329
Bimbingan dan Rujukan
P.Ramlee
Saadiah
TAPE 2 SIDE A
003
Pelakon Kegemaran
P.Ramlee
Saadiah
026
Pengarah di Gemari
P.Ramlee
Rashid Sibir
Murali
034
Filem yang dilakonkan
Labu Labi
Royalti
Bonus
125
Aktiviti Lain
MARIMERLIS Production
Merakam lagu
Berlakon filem Cina dan
Filipina
IMR 603 - SEJARAH LISAN
59
Log Temubual
237
Anugerah
Artis Sepan jang Zaman
248
Perbezaan Lakonan
Pendapatan
Peralatan
Kualiti
346
Pengalaman Manis
Jalan Ampas
Persahabatan
Studio
TAPE 2 SIDE B
001
Kenangan Pahit
Hilang pekerjaan
Kehilangan Saloma dan
P.Ramlee
043
Watak di Gemari
Filem Korban
Isteri lumpuh
049
Luahan Hati
Tidak di hargai
Rasa serik
Bosan
Cemuhan
Sedih dan terkilan
IMR 603 - SEJARAH LISAN
61
Log Temubual
331
Keadaan Fizikal
Dan Kegiatan Masa Lapang
Tidak sakit
Makan vitamin
Riadah
Menonton Televisyen
Membaca
Berjalan
TAPE 1 SIDE B
001
Penglibatan
Tahun bermula
Reaksi keluarga
Dorongan
Detik bermula
Nama glamour
Kursus dan latihan
Pertandingan Ratu Cantik
068
Filem Pertama
Cemburu
Yusop Latip
Nordin Ahmad
Rosnani Jamil
Bayaran yang diterima
Jalan cerita
Senarai filem terkenal
IMR 603 - SEJARAH LISAN
60
Log Temubual
099
Sejarah Hitam Negara
13.5.1969
Singapura
Merdeka Studio
115
Rakan Lama
Aziz Satar
Sarimah
Salmah Ahmad
133
Akhlak
Pendapat
Sombong
Dadah
Pemikiran penonton
Perbezaan peminat
Industri filem dan muzik
Cetak Rompak
198
Pandangan
Realiti
Ahmad Badawi
Harapan
IMR 603 - SEJARAH LISAN
62
Soalan
6.2 SENARAI SOALAN TEMURAMAH
1. Siapakan nama penuh puan?
2. Apakah keturunan asal puan?
3. Bilakah tarikh lahir puan?
4. Berapakah umur puan sekarang?
5. Bolehkan puan ceritakan di manakah tempat kelahiran puan?
6. Di manakah puan dibesarkan?
7. Di manakah puan menerima pendidikan awal?
8. Boleh puan nyatakan nama ibu dan ayah puan?
9. Adakah ayah dan ibu puan terlibat dalam bidang seni?
10. Berapa ramaikah bilanagan adik beradik puan?
11. Jadi puan anak yang ke berapa?
12. Daripada?
13. Bolehkan puan nyatakan nama kesemua adik beradik puan?
14. Adakah kesemua adik beradik puan masih ada?
15. Seniwati Saloma merupakan adik puan yang terkenal, boleh puan ceritakan
serba sedikit mengenai Seniwati Saloma?
16. Menurut pembacaan kami, puan mempunyai suami yang bernama Darus,
Rohaizat dan Mohammad Alias. Boleh puan ceritakan turutan suami puan?
17. Adakah suami puan juga dari golongan seni?
18. Masih bekerja lagi sekarang ini?
19. Suami puan yang tadi itu berasal dari mana?
20. Bagaimana puan bertemu dengan Rohaizat?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
66
Soalan
21. Bilakah puan berkahwin dengan suami puan?
22. Pada tahun berapakah puan berkahwin dengan Alias?
23. Bagaimana dengan keadaan beliau sekarang?
24. Berapakah bilangan anak puan?
25. Adakah anak-anak puan juga mengikuti jejak puan?
26. Adakah puan menggalakkan anak-anak puan terlibat dalam bidang seni?
27. Bolehkah puan sebutkan nama anak-anak puan?
28. Siapakah ayah Melissa Saila?
29. Melissa Saila merupakan anak puan yang terkenal dalam bidang lakonan.
Boleh puan ceritakan bagaimana beliau mula menjejakkan kaki dalam
bidang lakonan?
30. Adakah puan mengkagumi bakat yang ada pada Melissa Saila?
31. Adakah puan sendiri yang menggalakkan Melissa Saila berlakon?
32. Melissa Saila pernah dianugerahkan anugerah bintang terbaik kanakkanak. Bolehkah puan nyatakan anugerah apakah itu?
33. Pernahkah puan dan Melissa Saila bergandingan dalam mana-mana-filem
atau drama?
34. Bagaimanakah hubungan puan dengan Melissa Saila sekarang?
35. Bagaiamana pula puan membahagikan masa di antara kerjaya sebagai
pelakon dengan tugas puan sendiri sabagai ibu?
36. Sudahkah puan mengerjakan ibadah umrah atau haji?
37. Menurut pembacaan kami juga, puan mempunyai pertalian dengan
sutradara Aziz Satar, adakah benar?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
67
Soalan
38. Adakah puan masih menghubungi Aziz Satar?
39. Pernahkah puan bergandingan dengan Aziz Satar dalam mana-mana filem
atau drama?
40. Bagaimana pula dengan keadaan kesihatan puan sekarang?
41. Bagaimana puan menjaga kesihatan puan sehingga puan masih sihat dan
mampu berlakon pada usia ini?
42. Jika mempunyai kelapangan, apakah pekerjaan atau hobi yang puan gemar
lakukan?
43. Sudah berapa lamakah puan menceburkan diri dalam bidang lakonan?
44. Pada tahun berapakah ia bermula?
45. Bagaimanakah boleh timbul minat untuk puan berlakon?
46. Bagaimana reaksi keluarga puan di awal pembabitan puan dalam
bidang lakonan?
47. Siapakah yang memberi dorongan kepada puan untuk berlakon?
48. Ada sesiapakah yang membantah keputusan puan untuk berlakon?
49. Siapa pula yang menyokong puan?
50. Siapakah yang membawa puan ke dalam bidang lakonan?
51. Semasa menjadi pelakon, adakah puan mempunyai nama gelaran seperti
kebanyakan artis sekarang yang mempunyai nama glamour?
52. Pernahkah puan menerima sebarang kursus atau latihan dalam bidang
lakonan?
53. Pernahkah puan bergiat dalam aktiviti lakonan sebelum puan bergiat aktif
dalam kerjaya sebagai pelakon?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
68
Soalan
54. Pernahkah puan termimpi untuk menjadi pelakon sebelum puan bergiat
dalam bidang lakonan?
55. Sebelum bergiat dalam bidang lakonan, apakah yang Puan lakukan?
56. Jadi maknanya sebelum puan berkahwin itu puan tidak ada terlibat dengan
apa-apa?
57. Mengikut pembacaan kami puan pernah memeenangi pertandingan ratu
cantik sebelum berlakon. Pada tahun berapakah pertandingan itu diadakan?
58. Apakah filem pertama yang puan berlakon?
59. Siapakah pelakon utama filem itu?
60. Siapakah pengarahnya?
61. Siapakah yang menawarkan puan untuk berlakon filem itu?
62. Boleh puan nyatakan bayaran pertama puan yang puan terima sebagai
pelakon?
63. Adakah filem Cemburu itu yang melonjakkan nama puan?
64. Boleh puan ceritakan serba sedikit jalan cerita dalam filem tersebut?
65. Boleh puan nyatakan antara filem yang terkenal yang pernah puan
lakonkan?
66. Di manakah puan mula berlakon, adakah di Malaysia atau Singapura?
67. Studio Merdeka adalah di antara pusat penerbitan filem yang terkemuka
suatu masa dulu, boleh puan ceritakan pengalaman puan berlakon di situ?
68. Bagaimana dengan keadaan di Jalan Ampas ketika itu?
69. Keseluruhan yang dapat puan ceritakan?
70. Boleh puan nyatakan zaman kejatuhan Jalan Ampas pada ketika itu?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
69
Soalart
71. Apakah filem terbaru lakonan puan?
72. Watak apakah yang puan lakonkan di dalam filem tersebut?
73. Puan telah banyak digandingkan dengan pelakon terkenal sejak tahun 60an
lagi. Boleh puan nyatakan antara pelakon terkenal yang pernah berlakon
dengan puan?
74. Keseluruhan sekitar tahun 60 an?
75. Di Malaysia pula?
76. Boleh puan nyatakan filem pertama puan bergandingan dengan seniman
agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?
77. Apakah pandangan puan mengenai Aiahyarham Tan Sri P.Ramlee?
78. Pernahkah puan menerima ajaran dan bimbingan daripada Tan Sri
P.Ramlee?
79. Di antara puan dan seniwati Saloma, siapakah yang mula dulu berlakon?
80. Pernahkah puan dan seniwati Saloma bergandingan dalam filem atau
drama?
81. Di antara semua filem yang puan lakonkan, filem apakah yang paling
mencabar bagi puan?
82. Adakah puan dan seniwati Saloma berbincang sekiranya puan menghadapi
masalah dalam lakonan?
83. Siapakah yang menjadi sumber rujukan puan sekiranya puan perlukan
pendapat atau nasihat?
84. Siapakah pula rakan seperjuangan puan yang paling rapat dalam bidang
yang puan terlibat ini?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
70
Soalan
85. Adakah beliau sering memberi dorongan dan nasihat kepada puan dalam
mem bantu kejayaan puan sehingga hari ini?
86. Dari segi apa?
87. Adakah beliau masih hidup pada masa ini?
88. Boleh puan nyatakan, pelakon yang paling puan kagumi dari dahulu hingga
sekarang?
89. Boleh puan nyatakan kenapa puan mengkagumi mereka?
90. Bagaimana pula dengan pelakon sekarang? Siapa yang puan kagumi?
91. Sepanjang karier puan sebagai pelakon, siapakah pengarah yang paling
puan senang untuk bekerja atau berurusan?
92. Filem apakah yang paling berjaya bagi puan?
93. Berapakah bayaran yang puan terima dari filem itu?
94. Siapakah pesaing-pesaing puan pada era Jalan Ampas?
95. Filem-filem puan masih ditayangkan sehingga ke hari ini, contohnya Labu
Labi, Do Re Mi dan sebagainya. Adakah puan masih menerima royalti bagi
semua filem yang ditayangkan itu?
96. Adakah jumlah bayaran yang diterima daripada pihak terbabit, diterima
setiap bulan?
97. Selalunya berapakah bayaran royalty yang puan terima?
98. Dari segi pada zaman puan berlakon.Adakah jumlahnya ketara dengan
jumlah bayaran yang diterima sekarang?
99. Adakah puan rasakan jumlah bonus yang puan terima berpatutan?
100. Boleh puan nyatakan jumlah bayaran paling rendah yang pernah puan
terima?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
71
Soalan
101. Boleh puan nyatakan jumlah bayaran yang paling tinggi pernah puan
terima?
102. Selain berlakon, adakah puan mempunyai kerja lain?
103. Pernahkah puan merakam lagu?
104. Mengikut maklumat yang kami ada, puan pernah berlakon untuk filem
Cina dan Filipina. Boleh puan terangkan?
105. Adakah puan mampu bertutur dalam bahasa lain selain Melayu dan
Inggeris?
106. Jika puan tidak keberatan, mungkin puan boleh bercakap serba sedikit
bahasa tersebut?
107. Selain Filem Cina dan Filipina, adakah filem antarabangsa lain yang puan
pernah lakonkan?
108. Sepanjang penglibatan puan dalam bidang lakonan, pernahkah puan pergi
ke negara lain untuk berlakon atau mengadakan persembahan?
109. Di antara Malaysia dengan Singapura, negara manakah yang puan lebih
senang untuk berlakon?
110. Bagaimana dengan keadaan di Hollywood pula?
111. Boleh puan ceritakan perbezaan di antara industri lakonan di Malaysia dan
Singapura ketika itu?
112. Industri masa puan berlakon.
113. Sepanjang lebih lima puluh tahun penglibatan puan dalam bidang lakonan,
pernahkah puan menerima sebarang anugerah?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
72
Soalar
114. Pernahkah puan menerima anugerah dari kerajaan atau mana-mana
negeri?
115. Sebagai pelakon veteran, pernahkah puan menyumbangkan apa-apa
kepada negara? Contohnya mewakili Malaysia.
116. Industri lakonan dahulu dan sekarang amat jauh berbeza. Boleh puan
ceritakan perbezaannya?
117. Pada pendapat puan, yang manakah lebih senang? Kehidupan pelakon
sekarang atau dahulu?
118. Bagi puan yang mana lebih bermutu. Dari segi dahulu atau sekarang, dari
segi filem?
119. Bagi mutu lakonan pula, yang mana lebih bermutu? Dahulu atau
sekarang?
120. Adakah puan masih menonton filem melayu sekarang?
121. Kalau filem dahulu berjaya dipasarkan sehingga ke negara lain. Pada
pandangan puan, kenapa filem sekarang tidak mampu menembusi negara
lain walaupun Indonesia?
122. Pernahkah puan mengarah filem atau drama?
123. Pernahkah puan menulis skrip?
124. Boleh puan nyatakan pengalaman puan yang paling manis sepanjang
kehidupan puan sebagai pelakon?
125. Bagaimana pula dengan kenangan pahit yang masih puan ingat sampai
sekarang?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
73
Soalan
126. Adakah puan puas dengan lakonan puan selama ini?
127. Boleh dikatakan setiap pelakon mempunyai watak yang ingin dilakonkan.
Adakah puan mempunyai keinginan untuk membawa sesuatu watak?
128. Sepanjang puan berlakon, watak apakah yang paling puan gemari?
129. Dalam filem tersebut, puan melakonkan watak apa?
130. Sudah jadi lumrah dunia, apabila kita terkenal, kita didekati. Apabila
sudah tidak berpa terkenal, kita dijauhi. Adakah puan merasai situasi ini?
131. Di sepanjang pembabitan puan dalam dunia seni, pernahkah puan merasa
untuk meninggalkan dunia lakonan?
132. Kenapa puan berasa demikina?
133. Sepanjang pengalaman puan sebagai pelakon, pernahkah puan mendapat
cemuhan daripada penonton?
134. Bilakah puan merasakan masa yang amat sedih atau terkilan dalam dunia
lakonan?
135. Masih adakah impian puan yang belum tercapai?
136. Peristiwa tiga belas Mei sembilan belas lima puluh sembilan (13.5 1969)
merupakan titik hitam kepada negara. Boleh puan ceritakan di manakah
puan ketika itu?
137. Adakah puan terlibat dengan peristiwa itu?
138. Adakah industri filem ketika itu terjejas?
139. Bagaimanakah pula dalam bidang pengiklanan? Adakah puan pernah
muncul dalam mana-mana iklan?
140. Adakah puan behubungan secara terus dengan rakan seangkatan puan
pada masa ini?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
74
Soalan
141. Selain daripada Aziz Satar?
142. Bagaimana pula perasaan puan apabila digandingkan dengan pelakonpelakon yang lebih muda dan jauh bertenaga daripada puan?
143. Bagaimana pula dengan artis muda hari ini? Adakah mereka pernah
meminta bantuan atau nasihat daripada puan?
144. Memang benarkah wujudnya kelas-kelas pelakon di dalam bidang lakonan
ini?
145. Industri
seni tanah air sering dikaitkan dengan masalah-masalah
keruntuhan akhlas pada hari ini. Apakah pendapat puan mengenai perkara
ini?
146. Adakah puan berpendapat artis sekarang sombong?
147. Apa pula komen puan terhadap segelintir artis yang mencemarkan dunia
seni dengan masalah akhlak penyalahgunaan dadah dan sering turun naik
mahkamah?
148. Bagaimana pula pendapat puan mengenai pemikiran penonton sekarang
dan dahulu?
149. Boleh puan nyatakan perbezaan peminat sekarang dan dahulu?
150. Industri filem dan muzik tanah air boleh diumpamakan sebagai agak
tenggelam timbul akibat lanun cetak rompak. Apa pendapat puan mengenai
masalah ini?
51. Adakah penguatkuasaan penting dalam menangani masalah ini?
52. Apakah
cara lain yang efektif yang puan rasakan sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini?
IMR 6 0 3 - SEJARAH LISAN
75
Soalan
153. Adakah benar sekiranya industri kita tidak dipenuhi oleh lanun cetak
rompak, kehidupan arits-artis kita terutama pelakon akan lebih maju
ataupun lebih baik daripada sekarang?
154. Pada zaman dahuiu, adakah cetak rompak berleluasa seperti sekrang?
155. Adakah puan berasa puas hati dengan pengiktirafan kerajaan terhadap
pelakon veteran?
156. Apa pandangan puan terhadap masa depan industri filem dan drama tanah
air kita?
157. Sepanjang lebih lima puluh tahun berlakon, adakah puan mempunyai
perasaan tidak puas hati dalam bidang lakonan?
158. Bagaimana pula puan mengukur kepuasan hati puan terhadap bidang seni?
159. Sebagai seorang rakyat Malaysia, boleh puan nyatakan siapakah tokoh
politik yang paling puan kagumi?
160. Sekarang dan dahuiu, yang mana puan?
161. Kenapa beliau?
162. Soalan terakhir saya adalah, apa pendapat puan mengenai industri filem
)
tanahair sekarang? Dan apakah cadangan puan untuk memajukan lagi
industri filem kita?
IMR 603 - SEJARAH LISAN
76
ARKIB NEGARA MALAYSIA
NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA
Jalan Duta, Kuala Lumpur
PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN
Syarat-syarat mengenai wawancara yang telah diadakan antara Arkib Negara Malaysia dengan
pada
1.
Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Arkib Negara
Malaysia untuk disimpan buat selama-lamanya.
2.
Ketua Pengarah Arkib Negara akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya periu
untuk memetihara pita rakaman ini.
3.
Ketua Pengarah Arkib Negara boleh membuat transkrip pita rakaman dan transkrip-transkrip
ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee).
4.
Pita rakaman/ transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik samaada dari Malaysia atau
(uar negeri yang bertujuan hendak membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan
syarat:-
Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan,
tesis dll., sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik.
5.
Adalah dipersetujui bahawa pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada penyelidikpenyelidik dalam dan luar negeri mulai dari
Dipersetujui pada
Pengkisah (interviewee)
(tari'kh).
oleh kedua pihak yang berkenaan.
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Puan Mariam @ Mariani binti Ismail
Blok D Tingkat 3,
No 19,PerumahanPPR,
Jalan Peel off Jalan Keledek,
Cheras, Kuala Lumpur.
Melalui,
Encik Mohd Nazir bin Ahmad,
Pensyarah,
Fakulti Pengajian Maklumat,
Universiti Teknologi Mara,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Assalammualaikum W.B.T
Puan,
Memohon Kerjasama Untuk Tujuan Temuramah
Merujuk kepada perkara di atas dimaklumkan bahawa kami pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod daripada Fakulti Pengurusan
Maklumat Universiti Teknologi MARA Shah Alam, ingin memohon kebenaran daripada
pihak puan untuk mengadakan sesi temuramah dengan pihak puan bagi keperluan kursus
penyelidikan sejarah lisan kami.
2. Melalui pengkajian awal, kami mendapati bahawa puan telah memberi sumbangan
yang amat besar dalam industri seni di tanah air kita dan telah berkecimpung selama lebih
kurang 52 tahun lamanya di dalam arena dunia seni negara ini.
77
3. Tujuan utama sesi temuramah ini diadakan ialah bagi mendapatkan maklumat yang
lebih lengkap dan terperinci dari pihak puan berkaitan segala penglibatan semenjak puan
mula menceburkan diri di dalam bidang seni ini sehinggalah sekarang serta sumbangan
yang telah puan hulurkan di sepanjang penglibatan puan selama 52 tahun ini. Adalah
menjadi tanggungjawab kami untuk mengenang segala jasa dan sumbangan yang telah
pihak puan curahkan.
4. Untuk pengetahuan pihak puan, segala maklumat berkaitan kajian akademik ini akan
dipelihara dan semua maklumat adalah dianggap sulit. Ianya hanya akan dibuka kepada
orang awam serta penyelidik jika mendapat kebenaran daripada pihak puan.
5. Oleh itu, kami memohon kerjasama dari pihak puan untuk mempertimbangkan
permohonan kami dan memberi kerjasama dengan menetapkan tarikh, masa dan tempat
bagi tujuan temuramah agar kajian akademik ini dapat dijalankan dengan sempurna.,
6. Segala pertimbangan dan kerjasama dari pihak puan amatlah kami hargai dan kami
akhiri dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(RAMZIAKMAL BIN HASSAN)
2004211448
013-4230408
78
Index
INDEKS NAMA
A
AMPANG PUTERI23
AMINAH 23
ALIAS 24, 26,27,28,29
AHMAD BADAWI 69
ASTRO 51, 54
AZIZ SATAR 25, 49,32,33,40
ALOR SETAR 33
AZEAN IRDAWATY 29
A. GALAK 35
B
BOYAN 22, 32, 54
BANJAR 22, 54
BRUNEI 24, 32
BUKIT NENAS29
BOLLYWOOD 59, 68, 70
BAT LATIF 35
C
CINA 22, 40, 53, 54, 55
CHOW KIT 34, 41
'CEMBURU' 37, 38, 40, 61, 63
CONVENT 29
CAMERON HIGHLAND 53
D
DARUS 24, 28
DOKTOR BURHANUDDIN 25
DATO KADIR SHEIKH FADZIL 49
F
FRANKFURT 23
FILIPINA 55
G
GERMANY 23
H
HOLLYWOOD 30, 36, 41, 55, 56, 57, 59, 69
HONG KONG 43, 53, 55
IMR 603 - SEJARAH LISAN
79
Index
I
ISMAIL B HJ OSMAN 23
INDONESIA 26, 30, 31, 43, 52, 55
ISKANDAR MIRZA28
J
JAMAIAH HERMAN BROWN 23
JERMAN 23
JOHOR TEBRAU 25
JAMALUDDIN MALIK 26
JAWA 25, 54
JAKARTA 25, 26, 55, 56
JALAN AMPAS 25, 26, 32, 35, 38, 39, 40, 41, 42,43, 49, 53, 59, 60
JEDDAH 31
JOHN CRAYPORT 36
JACKIE SHROFT 54
K
KASMA BOOTY 24
KUALA LUMPUR 39, 43, 51, 60
KOREA 58, 70
L
LABU-LABI28, 39, 44, 45,48, 49
LAUREN MCCOUR 36
LATIFAH OMAR 65
M
MARIANI22, 31, 36,41, 52, 55, 62, 64, 70
MARIAM 22, 35, 36
MELISSA SAILA 28, 29, 30
MASJID INDIA 34
MALAYSIA70
MARIMERLISS PRODUCTION 30
MEKAH31
MAHATHIR 69
N
NORAINI28
NORMALA 28
NORDIN AHMAD 37, 39
NORMADIAH 49
NASHA AZIZ 57
IMR 603 - SEJARAH LISAN
80
Index
p
P. RAMLEE 26, 36, 27, 30, 31, 36, 39, 40, 44,45
PETER DAVIS 36
R
RAPEAH 23, 24
ROHAIZAT 24, 25, 26, 27, 28
ROZITA 28
ROSNANI JAMIL 37
RASHIDSIBIR48
RAHMAH MAMAT 49
ROSYAM NOR 53
S
SURABAYA 22
SINGAPURA 22, 24, 25, 32, 39, 42, 55, 56, 59, 60, 64, 65
SEKOLAH KAMPUNG GELAM 22
SALMAH BINTI ISMAIL 23
SALOMA 23, 24, 27, 34, 35, 45, 46, 60
SIPUT SARAWAK 24, 35
SALLEH KAMIL 25
STUDIO MERDEKA 39
SARIPAH 28
SYED MARHAIN 28
SYED NAZRAN 28
SYED HAZNIDAN 28
SHAW BROTHERS 35, 38, 39, 45, 53
SHAH ALAM 46
S. RAMANADHAN 37
SARIMAH 65
SALMAH AHMAD 65
SALMAN KHAN 68
1
TANJUNGPAGAR22
TAN SRI GHAZALI SHAFIE 27
TV3 56,61
TOMPEL 36
'TIGA ABDUL' 49
TUNKU ABDUL RAHMAN 69
U
UMIKALSOM MAHBON 23
W
WAYANG 36, 40, 42
IMR 603 - SEJARAH LISAN
81
Index
z
ZURAIDAH 26
IMR 603 - SEJARAH LISAN