tatakelakuan perniagaan kita

Transcription

tatakelakuan perniagaan kita
TATAKELAKUAN
PERNIAGAAN KITA
Tatakelakuan ini menggariskan dasar yang paling penting.
Ia bertujuan untuk menjaga kita dan perniagaan kita selamat.
2
3
Perutusan daripada Dave Lewis, CEO Kumpulan
5
Apakah Tatakelakuan Perniagaan?
Menyuarakan Kebimbangan Anda
Bagaimana Menyuarakan Kebimbangan Saya?
Tatakelakuan dan Kemahiran Kepimpinan Saya
6
10
11
12
Menjaga Pelanggan Kita
14
Harga & Pemasaran Yang Jelas
Piawaian Makanan & Produk
Melindungi Data Pelanggan & Rakan Sekerja
16
18
20
Bekerja Bersama-sama 22
Kesihatan & Keselamatan Peluang Sama Rata, Keterangkuman & Kepelbagaian
Perilaku Yang Tidak Boleh Diterima
Hak Asasi Manusia 24
26
28
30
Berniaga Dengan Adil 32
Undang-undang Persaingan Sekatan dan Sanksi Perdagangan Perdagangan Beretika Undang-undang Yang Melindungi Pembekal
Jenama & Harta Intelek
34
36
38
40
42
Melindungi Reputasi Kita
44
Penipuan
Rasuah
Hadiah & Keraian Percanggahan Kepentingan
Urusan Orang Dalam & Penyalahgunaan Pasaran
Penglibatan Dalam Aktiviti Politik
Perakaunan Tepat & Pengubahan Wang Haram Menyimpan Maklumat Kita Dengan Selamat
Media Sosial & Komunikasi Luar
46
48
50
52
54
56
58
60
62
Orang Hubungan Talian Pelindung Seluruh Kumpulan 64
4
5
Perutusan daripada
Dave Lewis,
CEO Kumpulan
Berkelakuan Wajar
Tatakelakuan Perniagaan kita direka untuk membantu
dan melindungi kita sepanjang kita melakukan
pekerjaan untuk Tesco. Dalam pasaran yang kompetitif
dan bergerak pantas di mana pengawalseliaan
semakin meningkat, amatlah penting untuk setiap
daripada kita memahami peraturan yang kita perlu
ikuti dan tingkah laku yang diharapkan daripada kita
untuk melakukan pekerjaan terbaik untuk pelanggan
dan membantu Tesco memainkan peranan yang
penting dalam masyarakat.
Tatakelakuan ini menerangkan kewajipan undangundang yang paling penting dan dasar-dasar yang
perlu untuk membimbing kelakuan kita. Sebagai rakan
sekerja, kita bertanggungjawab untuk mematuhi
Tatakelakuan. Di mana sahaja kita bekerja dan apa
jua peranan kita, Tatakelakuan ini tersedia untuk
membantu memastikan kita selamat dan melindungi
reputasi perniagaan kita di kalangan pelanggan, rakan
sekerja, pembekal, pemegang saham serta pihak-pihak
yang berkepentingan yang lain. Sama ada kita baru
atau telah lama bekerja di Tesco, ia amatlah penting
untuk kita meluangkan masa untuk memahami
bagaimana kita boleh menggunakan Tatakelakuan ini.
Tatakelakuan kita menyampaikan makna yang lebih
mendalam selain pematuhan undang-undang
dan dasar semata-mata. Ianya mengenai Nilai dan
Kemahiran Kepimpinan kita untuk membimbing
kelakuan kita dan membuat keputusan agar kita
sentiasa melakukan perkara yang betul di tempat kerja
dan bekerja secara adil, terbuka dan jujur.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan
mengenai kelakuan anda sendiri atau orang lain, anda
mesti terus bersuara dan bercakap dengan seseorang
yang anda percayai, bermula dengan pengurus anda.
Sebagai alternatif, anda boleh bercakap dengan
Pengurus Sumber Manusia atau pasukan undangundang. Atau, jika anda rasa perlu untuk menyuarakan
kebimbangan tanpa mendedahkan nama, anda boleh
menghubungi Talian Pelindung dengan penuh yakin.
Saya mahu semua orang yang bekerja untuk Tesco
merasa bangga dengan perniagaan dan pencapaian
kita terhadap pelanggan dan komuniti yang mana kita
juga adalah sebahagian daripadanya. Mengetahui
dasar-dasar kita, membuat pertimbangan yang baik,
berlaku jujur dan bersuara merupakan sebahagian
daripada cara-cara yang kita boleh gunakan untuk
membina kebanggaan dalam Tesco dan membantu
membina perniagaan yang lebih kukuh untuk masa
depan.
Dave Lewis
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
6
7
Apakah Tatakelakuan
Perniagaan?
Tatakelakuan Perniagaan kita membentangkan
jangkaan minimum terhadap semua rakan sekerja,
di mana jua mereka bekerja di mana-mana jua
perniagaan Tesco. Ia memberi panduan untuk setiap
bahagian yang berisiko tinggi yang mungkin timbul
dalam tugasan kita. Terdapat 21 isu seumpama dan
untuk setiap isu, Tatakelakuan ini akan menyatakan
siapa yang patut anda hubungi jika anda memerlukan
bantuan atau maklumat lanjut.
Tatakelakuan kami menggabungkan tiga unsur yang
melindungi kita. Tunggak Tatakelakuan kita adalah
prinsip yang mudah, iaitu bahawa kita sentiasa
mematuhi undang-undang. Kepercayaan pelanggan
kita bergantung kepada reputasi kita sebagai
perniagaan yang mematuhi undang-undang.
Untuk memastikan kepatuhan dengan undangundang, kita telah merumus dasar dan rangka
tindakan terhadap setiap isu yang berisiko tinggi,
yang menyediakan tahap perlindungan dari segi
latihan, bimbingan dan sokongan untuk memastikan
anda mengetahui bagaimana peraturan ini dikenakan
terhadap anda.
Di samping undang-undang dan dasar kita, kita
harus sentiasa dibimbing oleh Nilai-nilai Tesco.
Nilai kita boleh membimbing kita apabila kita
membuat keputusan yang sukar dan memastikan
kita “berkelakuan wajar”, biasanya bukan sekadar
mematuhi undang-undang dan dasar kita, malah lebih
daripada itu.
Kita mesti selalu mematuhi
undang-undang. Ini membentuk
tunggak kepercayaan pelanggan
terhadap Tesco.
2. DASAR DAN RANGKA
TINDAKAN KITA
Ini membentuk lapisan
perlindungan iaitu latihan,
bimbingan dan sokongan demi
memastikan kita tidak akan
sekali-kali melanggar undangundang
Nilai-nilai Kita
Nilai Kita membimbing kita apabila kita perlu
membuat keputusan yang sukar. Dengan mematuhi
Nilai, kita dapat memastikan kita sentiasa berkelakuan
wajar.
3. NILAI-NILAI KITA
Kita melayani setiap orang
sebagaimana kita ingin dilayani
Kita berusaha paling gigih
untuk pelanggan
1. UNDANG-UNDANG
Kita menggunakan keupayaan
kita demi kebaikkan
Ini memastikan kita sentiasa
“berkelakuan wajar” terhadap
pelanggan, rakan sekerja,
pemegang saham dan
masyarakat kita-sering kali
bukan sekadar mematuhi
undang-undang dan dasar kita,
malah lebih daripada itu
8
9
Bagaimana Menggunakan
Tatakelakuan Perniagaan Kita?
Dan jika anda
pengurus insan,
anda juga perlu:
Sebagai rakan sekerja,
anda hendaklah:
ang •Memastikan anda mengetahui tent ana
aim
bag
hui
geta
men
Tatakelakuan dan
untuk mengaksesnya
dasar kita dan
•Mematuhi undang-undang dan
akai nap
ggu
men
uk
tahu bagaimana unt
kita
nan
pera
m
dala
n
Tatakelakua
ang isu yang •Sentiasa menghadiri latihan tent
n
kua
kela
berkaitan dengan Tata
• Memahami Tatakelakuan
dan berupaya menyampaikan mesej uta
manya
bantu anda •Menggunakan Nilai kita untuk mem
“berkelakuan wajar”
a, Tatakelakuan •Bersuara jika pada pendapat and
ungkiri dalam apa
atau undang-undang telah dim
cara jua
• Memastikan semua pekerja
baru dilatih tentang Tatakelakuan dan
memahaminya
• Bertindak dengan bertan
ggungjawab jika ahli pasukan memaklu
mkan anda bahawa mereka berpendap
at Tatakelakuan
telah dilanggar
• Bersuara jika anda berpen
dapat bahawa orang lain melanggar das
ar kita atau tidak mendukung Nilai Tesco
pasti
•Bertanya soalan jika anda tidak
“Tatakelakuan Perniagaan memberi panduan
untuk saya membuat tindakan yang wajar
ketika menjalankan tugas saya”
Luxmanrao Subramaniam,
SRD
10
11
Menyuarakan
kebimbangan anda
PADA SAYA, DIA
TIDAK SEPATUTNYA
BERBUAT BEGITU
SAYA RASA
SAYA PERLU
MEMBERITAHU
SESEORANG
TENTANG
PERKARA ITU
Bagaimanakah Saya
Boleh Bersuara?
Kepada siapakah saya harus
bersuara?
• Dalam setiap apa yang kita lakukan, ianya
penting untuk selalu mempunyai perhubungan yang terbuka dan jujur dengan pengurus anda
BUKANKAH INI
MELANGGAR
UNDANG-UNDANG?
• Ini bermaksud, Pengurus anda adalah orang pertama yang harus anda hubungi – kecuali anda berpendapat mereka telah melanggar Tatakelakuan
• Jika anda tidak dapat berbincang dengan pengurus anda, anda boleh berbincang dengan Pengurus Kakitangan, Pengarah Undang-undang atau Ketua Pencegahan Kehilangan dan Keselamatan anda
ITU MUNGKIN
BERBAHAYA
ITU TINDAKAN
YANG TAK WAJAR
• Sebagai alternatif, anda boleh memanjangkan kebimbangan anda di dalam fungsi perniagaan anda sendiri sekiranya pengurus anda masih tidak menyelesaikan kebimbangan anda.
• Jika anda perlu membangkitkan kebimbangan anda dengan penuh keyakinan, anda boleh menghubungi Talian Pelindung di negara anda.
Talian Pelindung kita
Talian Pelindung membolehkan anda
membangkitkan kebimbangan tentang salah
laku di tempat kerja. Jika anda berpendapat
anda tidak dapat berbincang dengan pengurus
atau Pengurus Kakitangan anda, anda boleh
menghubungi Talian Pelindung untuk:
• Membangkitkan sebarang kebimbangan tentang sesuatu perkara di tempat kerja yang anda anggap mungkin menyalahi undang-undang, melanggar Tatakelakuan
atau bertentangan dengan dasar syarikat
• Melaporkan apa jua yang anda anggap membahayakan rakan sekerja, pelanggan
atau orang ramai
• Berkongsi sebarang kebimbangan anda bahawa maklumat tentang perkara ini
sengaja disembunyikan
Talian Pelindung benar-benar sulit dan diuruskan
oleh sebuah syarikat bebas oleh Tesco. Anda
tidak perlu memberikan nama anda apabila
anda menelefon, tetapi jika anda memberikan
nama anda, Talian Pelindung dapat memberikan
laporan kemas kini kepada anda tentang
keputusan sebarang penyiasatan dan juga
dapat menghubungi anda untuk mendapatkan
maklumat lanjut jika perlu. Sebagai sebuah perniagaan kita menyokong
Akta Pendedahan Kepentingan Awam UK
1998 (dan undang-undang asing yang setara
dengannya) yang melindungi kerahsiaan aduan.
Ini bermaksud bahawa selagi anda bertindak
dengan niat baik dan kebimbangan anda
adalah kebimbangan sebenar, anda dilindungi
di sisi undang-undang daripada pemangsaan
dan tidak akan menanggung risiko sebarang
bentuk balasan, termasuk dibuang kerja kerana
anda membangkitkan kebimbangan tersebut –
meskipun jika anda silap.
Orang hubungan untuk Talian Pelindung di
seluruh Kumpulan boleh didapati di muka
surat 63
12
13
Tatakelakuan & Kemahiran
Kepimpinan Kita
Kemahiran Kepimpinan Tesco membantu kita
berkelakuan wajar demi pelanggan, rakan
sekerja, pemegang saham dan komuniti kita
Bekerja bersama-sama
di semua bahagian
perniagaan bagi mencapai
kejayaan yang dikongsi
bersama
Hasil kerjasama dengan
rakan sekerja dan pembekal
kita, kita dapat menyediakan
makanan bermutu tinggi
yang diperolehi dalam cara
yang bertanggungjawab
kepada pelanggan kita.
Membina hubungan yang
kukuh dengan pelanggan
dan rakan sekerja
Kita berusaha membina
perhubungan yang rapat
dan berterusan dengan
mereka yang menjalankan
perniagaan dengan kita
agar dapat meraih manfaat
maksimum daripada
pelanggan dan pembekal
kita dan juga antara satu
sama lain.
Sentiasa peka supaya
anda boleh memimpin
perniagaan untuk
masa depan
Kita mencari cara baru untuk
memastikan rakan sekerja
memahami dan mematuhi
tatakelakuan.
Mengetahuisumber tenaga
anda sendiri dan memastikan
diri anda sentiasa sihat
Kita memahami Tatakelakuan
dan memastikan kita
mematuhinya, walaupun
kadangkala ianya sukar untuk
dilakukan. Kita bersuara
sekiranya kita berpendapat
Tatakelakuan dilanggari.
Berfikir, membuat
keputusan dan menangani
perubahan dengan
vcerdas dan tangkas
Kita mendengar apabila
rakan sekerja atau pembekal
menyuarakan kebimbangan
mereka tentang pelanggaran
Tatakelakuan dan
mengambil tindakan segera
14
15
Menjaga
Pelanggan Kita
1
Nilai kita, iaitu “Kita berusaha paling gigih untuk
pelanggan” menjadi tunggak kejayaan kita dan
menggalakkan kita memahami pelanggan kita dan
memenuhi keperluan mereka setiap hari. Bahagian
ini dalam Tatakelakuan menyentuh isu-isu tentang
pemberian maklumat harga yang jelas kepada
pelanggan dan melindungi data mereka.
“Pelanggan meletakkan kepercayaan mereka
kepada kita untuk memilih produk terbaik
dan berkualiti serta tepat mengikut pesanan
mereka.”
Ani Bah Anjang
Pembeli Peribadi, GHS
16
17
Harga & Pemasaran
Yang Jelas
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Pengiklanan dan pemasaran adalah antara cara
paling berkesan untuk kita berinteraksi dengan
pelanggan kita. Pelanggan memaklumkan kita
bahawa komunikasi yang jelas tentang produk dan
harga kita amat penting buat mereka. Sama ada
melalui pengiklanan televisyen, bahan Clubcard,
mesej dalam talian atau pada masa penjualan, mesej
kita mempengaruhi keputusan pelanggan tentang di
mana, bagaimana dan mengapa kita menjadi pilihan
mereka sebagai lokasi membeli-belah.
• Jika anda terlibat dalam sebarang aktiviti
pemasaran, pastikan semua mesej adalah jujur,
tepat dan adil.
Jika mesej kita sering silap, kita mengecewakan
pelanggan dan mungkin menarik perhatian media.
Standard pengiklanan dikawalselia dalam pelbagai
pasaran di mana kita beroperasi dan sekiranya kita
didapati memperdaya pelanggan, kita mungkin
dikenakan hukuman dan keyakinan pelanggan akan
musnah. Oleh itu, apa-apa dakwaan yang kita buat
tentang produk kita hendaklah benar, dan jika kita
berkata bahawa harga kita amat berpatutan, ini
juga mestilah betul. Mesej yang tepat benar-benar
mempengaruhi keyakinan pelanggan terhadap kita.
• Pastikan promosi dan penentuan harga sentiasa
mudah: elakkan promosi harga yang rumit dan
perubahan harga yang kerap.
Soalan
& Jawapan
S
J
• Pastikan semua mesej adalah bertanggungjawab;
pelanggan tidak harus tersinggung oleh iklan
kita.
• Apabila membuat perbandingan harga atau
produk kita dengan pesaing, sentiasa gunakan
data perbandingan yang tepat – bandingkan
dengan harga atau produk yang serupa dan
pastikan perbandingan sentiasa dikemaskinikan.
• Pastikan pengiklanan anda sepadan dengan
produk anda – sahkan semua imej yang
digunakan untuk memastikan imej adalah benar
dan berkait dengan produk yang dijual.
Tidak. Imej anda hendaklah mencerminkan
dengan tepat produk yang anda iklankan. Anda
hendaklah mencari gambar ladang anggur Chile
yang menghasilkan wain yang dipomosi oleh
anda.
S
Produk kita lebih murah daripada harga
penjualan pesaing kita. Bolehkah saya
masukkan maklumat ini dalam bahan POS
saya?
J
Ya, boleh. Walau bagaimanapun, anda
hendaklah mengumpul data yang tepat dan
terkini untuk menyokong dakwaan anda. Sila
ingat bahawa anda hendaklah memantau harga
pesaing dan mengemaskinikan POS anda untuk
mencerminkan perubahan pada perbezaan
harga, jika ada.
S
Apakah peraturan yang dikenakan bagi
pengiklanan di internet?
J
Sama seperti mana-mana pengiklanan
lain. Mesej hendaklah tepat, jelas dan tidak
mengelirukan.
• Pastikan pengiklanan anda sesuai dan
bertanggungjawab – terutamanya untuk alkohol.
• Jangan buat dakwaan pemasaran yang tidak
benar tentang mana-mana pihak ketiga, misalnya
pembekal atau pesaing.
Saya sedang merancang promosi wain dari
Chile dan akan menggunakan gambar ladang
anggur untuk poster. Kita mempunyai gambar
ladang anggur Argentina yang menarik dalam
pustaka foto yang tidak pernah kita gunakan.
Bolehkah saya menggunakan gambar
tersebut dalam kempen saya?
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Saya perhatikan harga sesetengah
produk meningkat sebaik sahaja sebelum
dipromosikan. Adakah ini dibenarkan?
J
Wujud peraturan dan garis panduan ketat
yang perlu dipatuhi berkaitan dengan harga
penjualan produk semasa promosi. Pasukan
Undang-undang atau Undang-undang
Perdagangan anda boleh memberi nasihat
bagaimana peraturan ini terpakai di pasaran
anda.
S
Ada satu kedai Express bersebelahan
sekolah rendah anak saya dan mereka telah
meletakkan poster untuk mengiklankan
pelancaran permainan seni mempertahankan
diri X-Box baru yang ganas. Bukankah salah
untuk mengiklankan keganasan di mana
ramai kanak-kanak kecil boleh melihatnya?
J
Kita sama sekali tidak mahu meletakkan iklan
di mana iklan tersebut boleh menyebabkan
sesiapa tersinggung atau boleh ditafsirkan
sebagai memudaratkan kanak-kanak. Anda
harus bersuara dan berkongsi kebimbangan
anda dengan pengurus anda, pasukan Undangundang Perdagangan atau Undang-undang.
• Pengarah Pemasaran Tempatan
• Pasukan Undang-Undang Tempatan
• Pasukan Undang-undang Perdagangan
Tempatan
18
19
Soalan
& Jawapan
Standard Makanan
& Produk
Mengapa Ini Penting?
Pelanggan kita mengharapkan kita hanya menjual
produk yang bermutu tertinggi dan mereka yakin kita
akan memastikan semua produk kita selamat dan
mematuhi semua undang-undang dan peraturan
yang berkuat kuasa. Kita amat komited untuk
memastikan keselamatan dan mutu semua produk
kita dari saat kita menerima penghantaran sehingga
waktu pelanggan kita membelinya.
Kita komited untuk menggunakan keupayaan kita
demi kebaikan bersama. Kita telah memudahkan
rantaian pembekalan kita untuk membantu membina
perhubungan lebih baik
dengan petani dan pembekal kita dan memastikan
semua produk yang kita perolehi adalah selamat,
sah dan mencapai standard mutu kita yang ketat.
Kita mempunyai sistem pengurusan keselamatan
makanan yang mantap dan menyeluruh di stor dan
pusat pengedaran kita. Setiap hari kita memantau
dan menyemak mutu dan keselamatan makanan
kita untuk memastikan standard kita dikekalkan.
Semakan ini termasuk suhu produk, kebersihan
peribadi, kebersihan stor dan peralatan kita,
melindungi makanan daripada pencemaran dan
menguruskan giliran produk makanan kita.
S
aya bimbang pembekal produk daging
S
diproses menggunakan kualiti daging yang
kurang baik mutunya. Apakah yang perlu
saya lakukan?
S
Di manakah saya boleh mendapatkan
maklumat lanjut tentang proses kita untuk
mengurus mutu, keselamatan dan kesahan
produk?
J
Anda perlu menyuarakan kebimbangan kepada
pengurus anda dan pasukan Undang-undang
Perdagangan atau Pencegahan Kehilangan
dan Keselamatan dengan serta merta untuk
menyiasat isu tersebut. Walaupun kebimbangan
tersebut kemudiannya ternyata tidak berasas,
ianya penting untuk anda bersuara.
J
Peraturan-peraturan Mutu Produk Tesco
merupakan panduan asas terhadap prinsip bagi
pengeluaran produk kita. Dokumen ini boleh
didapati daripada pasukan Kualiti Kumpulan
atau pengurus teknikal anda.
S
Saya sedang membangunkan konsep
baru yang akan mengubah cara kita
mengendalikan produk makanan sejuk beku
di stor. Siapakah yang harus saya hubungi?
J
Anda harus menghubungi pasukan Risiko
Operasi tempatan atau pasukan Undangundang Perdagangan pada peringkat awal.
Mereka boleh memberi nasihat bagaimana
untuk menjalankan rutin baru supaya ia
memenuhi amalan terbaik keselamatan
makanan dan pematuhan undang-undang.
Apakah Maknanya Kepada Saya?
• Pastikan pembekal kita memenuhi standard
keselamatan dan mutu makanan kita dan
mematuhi dasar kita dari segi mengekalkan
keselamatan, mutu dan kesahan produk.
• Laporkan sebarang kejadian atau kecurigaan
tentang penipuan dalam rantaian pembekalan
kita.
• Lindungi reputasi kita dan pelihara keyakinan
pelanggan kita bahawa produk kita selamat dan
diperolehi dengan bertanggungjawab.
S
• Ketahui siapa pembekal kita dan menilai
dengan teliti tiap dan setiap produk yang dijual
supaya kita pasti yang produk kita boleh dikesan
sepenuhnya dalam rantaian pembekalan kita.
• Jika anda adalah kakitangan stor atau pusat
pengedaran, lengkapkan latihan induksi dan
ulang kaji keselamatan dan kebersihan makanan
anda dan bertindaklah sekiranya anda mendapati
produk yang tidak selamat dijual.
J
Saya ingin menyenaraikan pembekal baru
untuk produk jenama sendiri yang baru. Apakah standard yang perlu dipatuhi oleh
pembekal kita bagi mutu keselamatan dan
kesahan produk sebelum mereka boleh
menjadi pembekal kita?
Kita mempunyai standard pengeluaran dan
perolehan Tesco yang ditakrifkan dengan
jelas, yang menetapkan keperluan yang wajar
dicapai oleh pembekal kita apabila mereka
mengeluarkan produk untuk Jenama Tesco.
Kita melawat tapak sebelum pengeluaran untuk
menentusahkan bahawa standard ini telah
dipatuhi. Hubungi pasukan Undang-undang
Perdagangan tempatan anda untuk maklumat
lanjut.
Granny
Smith
Apples
tangy
Crisp with a sharp
sweet
Flavour. Ideal for
and savoury dishes
NURTURE
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
• Pengurus Stor atau Pusat Pengedaran
• Pasukan Undang-undang Perdagangan
Tempatan
• Pasukan Kualiti Kumpulan
• Ketua Pencegahan Kehilangan & Keselamatan
• Pengurus Teknikal
20
21
Melindungi Data Pelanggan
& Rakan Sekerja
Soalan
& Jawapan
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
S
Apakah data pelanggan?
Data membentuk intipati perniagaan kita. Kita
mengumpul, memproses dan menggunakan data
setiap kali kita menghubungi pelanggan. Contohnya,
data mengenai perilaku beli-belah membolehkan
kita memberikan tawaran menarik kepada pelanggan
bagi produk yang gemar dibeli oleh mereka. Kita juga
menyimpan dan menggunakan maklumat tentang
rakan sekerja kita, supaya kita dapat menghubungi
mereka dan memastikan mereka menerima bayaran
tepat pada masanya.
• Jika anda mengumpul maklumat tentang
pelanggan kita, sentiasa jelaskan kepada
pelanggan apa yang akan anda lakukan dengan
maklumat tersebut.
J
Sebarang data berkaitan dengan pelanggan
kita atau aktiviti mereka di Tesco. Ini mungkin
termasuk nama, alamat dan butir-butir
hubungan, data transaksi, invois, rekod telefon
mudah alih, data aplikasi mudah alih, data
perbankan, data Clubcard dan surat-menyurat
yang dihantar oleh pelanggan kepada Tesco.
Sama ada data yang kita simpan dipunyai oleh rakan
sekerja atau pelanggan kita, data ini hendaklah
digunakan dengan hati-hati. Kita hendaklah sentiasa
menghormati pilihan pelanggan dan rakan sekerja
tentang bagaimana data mereka digunakan,
termasuk sama ada pelanggan ingin menerima
komunikasi pemasaran daripada kita.
Jadi apabila kita mengumpul, memproses atau
menggunakan data, kita hendaklah sentiasa
mematuhi Prinsip Data Pelanggan kita:
Dilindungi: Menyimpan data pelanggan dengan
selamat dan memastikan data ini tidak jatuh ke
tangan orang yang tidak wajar.
Sesuai: Kita hanya mengunakan data
pelanggan dalam cara yang dianggap sesuai dan
bertanggungjawab oleh pelanggan.
Terbuka: Kita bersikap terbuka dengan pelanggan
tentang bagaimana kita menggunakan data peribadi.
• Jangan berkongsi data pelanggan atau data
rakan sekerja dengan orang atau syarikat lain
kecuali pelanggan atau rakan sekerja tersebut
membenarkan anda berbuat demikian.
• Pastikan data rakan sekerja dan pelanggan
disimpan dengan selamat pada setiap masa dan
hanya boleh diakses oleh rakan sekerja yang
terlatih untuk menggunakan data dengan sesuai.
S
Bolehkah saya menghantar e-mel pemasaran
kepada pelanggan perniagaan Tesco Mobile
tempatan?
J
Biasanya, polisi privasi kami membolehkan data
pelanggan untuk dikongsi bersama di dalam
Kumpulan untuk tujuan pemasaran tetapi
anda perlu menyemak dasar privasi tempatan
yang tepat untuk melihat jika ini dibenarkan.
Sekalipun ianya dibenarkan, anda perlu sentiasa
menghormati pilihan pemasaran pelanggan
berkenaan dan hendaklah memastikan bahawa
mana-mana data dipindahkan dengan selamat.
S
Bolehkah saya mengakses sistem Senarai
Gaji untuk membuat senarai hari jadi untuk
pasukan saya?
J
Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan mengakses
data Senarai Gaji melainkan anda mendapat
kebenaran untuk berbuat demikian dan ianya
bersangkutan dengan perkara-perkara yang
melibatkan kerja, seperti membuat perubahan
• Jangan gunakan data rakan sekerja atau
pelanggan untuk faedah peribadi.
• Jika anda percaya bahawa sebarang jenis
data mungkin disalahgunakan, hilang atau
didedahkan tanpa kebenaran, anda hendaklah
memaklumkan pengurus anda dengan sertamerta.
kepada gaji atau maklumat peribadi seperti
nama dan alamat rakan sekerja. Penyelesaian
yang lebih baik adalah dengan meminta pasukan
anda untuk memberikan maklumat ini sekali lagi
kepada anda.
S
Saya sedang mengusahakan kempen
pemasaran baru dalam kawasan perniagaan
saya. Bolehkah saya menghubungi pelanggan
yang telah pun memberikan alamat e-mel
mereka?
J
Kita hanya boleh menggunakan data peribadi
pelanggan bagi tujuan data tersebut diberikan.
Pelanggan hendaklah bersetuju menerima
komunikasi pemasaran daripada kita pada
masa mereka memberikan butir-butir mereka,
barulah kita boleh menggunakan maklumat
tersebut untuk menghubungi mereka. Kita
juga hendaklah mempertimbangkan pilihan
pemasaran pelanggan: jika mereka tidak mahu
dihubungi oleh kita bagi tujuan pemasaran, kita
hendaklah menghormati pilihan mereka.
Pilihan: Kita memberi pilihan kepada pelanggan
tentang bagaimana kita menggunakan data mereka.
Manfaat pelanggan: Kita memastikan pelanggan
meraih manfaat yang sama banyak dengan kita
daripada penggunaan data mereka.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
Dasar Privasi dan Cookies Tesco
Dasar Perlindungan Data
Dasar Keselamatan Maklumat
Pasukan Undang-undang Tempatan
atau Kumpulan
22
23
2
Bekerja
Bersama-Sama
Kejayaan kita bergantung kepada kakitangan
kita. Nilai Tesco “Kita melayani setiap orang
sebagaimana kita ingin dilayani” memastikan
kita meraih usaha maksimum daripada
pasukan kita dan membantu rakan sekerja
merealisasi cita-cita mereka. Bahagian
Tatakelakuan ini merangkum isu-isu penting
“Saya terdorong untuk memberikan yang
terbaik kerana saya sentiasa didengari
dan dilayan dengan hormat. Persekitaran
kerja dan peluang yang saya terima dalam
kerjaya saya, memberi inspirasi kepada
saya untuk terus bekerja dengan potensi
yang tinggi dan menambah nilai kepada
syarikat.”
Cindy Look
Pegurus Sumber Manusia
Ibu Pejabat
24
25
Soalan
& Jawapan
Kesihatan
& Keselamatan
Mengapa Ini Penting?
What Does It Mean For Me?
Kita semua bertanggungjawab memastikan Tesco
adalah tempat yang selamat untuk kita bekerja
dan membeli-belah. Semua orang seharusnya
dapat melakukan kerja mereka dalam persekitaran
kerja yang selamat. Pelanggan kita pastinya
mengharapkan stor kita selamat supaya mereka
senang membeli-belah. Setiap negara di mana
kita beroperasi mempunyai undang-undang dan
peraturan keselamatan yang kita patuhi dan standard
kita sendiri melampaui keperluan undang-undang
asas, demi memastikan tiada sesiapa yang terdedah
kepada kecederaan atau kemudaratan.
• Patuhi dan fahami arahan dan panduan
keselamatan dan dasar dan prosedur Kesihatan
dan Keselamatan yang dikenakan terhadap
jawatan anda
Kemalangan dan kecederaan boleh menyebabkan
kebimbangan kepada rakan sekerja dan pelanggan,
dan kadang kala boleh membawa akibat yang
serius. Di samping kesan peribadi berikutan
kecederaan kepada hayat individu tersebut dan
orang lain, gangguan pada perniagaan disebabkan
ketidakhadiran di tempat kerja dan kos penyiasatan,
rawatan perubatan dan pampasan mungkin tinggi.
Kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab kita
juga boleh menyebabkan tindakan undang-undang
diambil terhadap kita, memusnahkan reputasi kita
dan kepercayaan pelanggan dan rakan sekerja
terhadap kita.
• Keselamatan adalah tanggungjawab semua.
Jika anda melihat sesuatu yang anda anggap
tidak selamat atau mungkin menyebabkan
kemalangan, ambil tindakan untuk
menanganinya atau maklumkan kepada orang
lain dengan serta-merta
• Jika anda pengurus, anda hendaklah
menunjukkan contoh kepimpinan keselamatan
dan mewujudkan suasana kerja di mana rakan
sekerja anda mematuhi contoh anda untuk
berkelakuan wajar
S
J
• Pastikan risiko difahami dan wujudkan rancangan
yang sesuai untuk mengurangkan potensi
kemudaratan yang mungkin berbangkit
• Jika anda melihat rakan sekerja bekerja dalam
cara yang boleh memudaratkan mereka atau
orang lain, masuk campur dan ingatkan mereka
tentang cara kerja yang selamat
• Jangan bersetuju melakukan sesuatu jika anda
tidak mempunyai pengetahuan atau latihan yang
sesuai untuk melakukannya dengan selamat
Saya baru mula bekerja dengan Tesco dan
rakan sekerja memberitahu saya bahawa
latihan keselamatan mengambil masa untuk
disempurnakan dan ia hanyalah “common
sense”. Perlukan saya menjalani latihan?
Ya. Semua rakan sekerja baru hendaklah
mengetahui tentang langkah beringat
keselamatan yang perlu di tempat kerja mereka
dan mengetahui apa yang perlu dilakukan
dalam kecemasan. Tidak semua tempat kerja
adalah sama dan kita semua mempunyai
tahap pengalaman yang berbeza. Latihan
keselamatan kita memastikan kita beusaha
bersama-sama untuk memastikan keselamatan
kita.
S
Saya bimbang mengenai tahap keselamatan
satu peralatan baru. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J
Jika tiada arahan atau latihan yang telah
disediakan, peralatan itu tidak boleh digunakan.
Anda perlu menyemak dengan pembekal yang
sepatutnya membekalkan penilaian risiko dan
mereka-bentuk pengawalan yang betul. Jika
terdapat arahan dan anda masih bimbang,
hubungi Pakar Kesihatan & Keselamatan
tempatan anda - anda boleh dapati maklumat
mereka di Papan Kenyataan Keselamatan
tempatan anda.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Siapakah pakar kesihatan & keselamatan
kita?
J
Setiap unit perniagaan menggaji pakar dalam
kesihatan & keselamatan yang boleh menjawab
soalan teknikal dan mengurus proses penilaian
risiko. Rakan sekerja ini semuanya memiliki
kelayakan keselamatan dan pengalaman luas
yang menjadikan mereka mahir dalam bidang
mereka masing-masing. Butir-butir tentang
mereka disenaraikan di papan notis rakan
sekerja.
S
Bagaimanakah saya boleh melaporkan
kebimbangan tentang keselamatan secara
rahsia?
J
Pertama sekali, bercakaplah dahulu dengan
pengurus anda atau Pengurus Sumber Manusia.
“Talian Pelindung” diwujudkan untuk rakan
sekerja melaporkan kebimbangan tentang
keselamatan. Talian Pelindung boleh digunakan
secara rahsia dan setiap laporan akan disiasat
dengan bebas.
•
•
•
•
Pakar Kesihatan & Keselamatan Tempatan
Pengarah Keselamatan Insan Kumpulan
Rangka Kerja Hak Asasi Manusia Kumpulan
Kenyataan Dasar Kesihatan dan Keselamatan
26
27
Peluang Sama Rata,
Keterangkuman & Kepelbagaian
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Kita berhasrat untuk menggaji pekerja yang
mencerminkan masyarakat yang berpelbagai dan kita
menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap
rakan sekerja, tidak kira umur, jantina, ketakupayaan,
orientasi seksual, bangsa, warna, agama, asal usul
etnik atau kepercayaan politik. Di stor kita, di pusat
pengedaran kita dan di pejabat kita, kita membuat
keputusan pekerjaan semata-mata berdasarkan
kemahiran berkaitan pekerjaan, pencapaian dan
prestasi, menggunakan kriteria yang ditakrifkan
dengan jelas dan adil.
Kita berusaha mewujudkan persekitaran
kesaksamaan dan kerangkuman di mana anda
merasakan sumbangan anda berharga, anda dilayan
dengan wajar dan digalakkan agar merealisasi
potensi anda.
Kita juga cuba memastikan semua pekerja boleh
bekerja dalam cara yang sesuai dengan situasi
mereka – kita menyokong cara kerja yang fleksibel,
dan menawarkan peranan separuh masa dan
menggalakkan peluang perkongsian pekerjaan dan
penggantian syif jika boleh.
Kita semua mesti:
• Menunjukkan rasa hormat kepada rakan sekerja
kita dan orang lain yang kita berurusan, sama ada
mereka adalah pelanggan, pembekal atau pihakpihak lain, tanpa mengira apa-apa perbezaan
sosial atau budaya.
• Mewujudkan suasana keterbukaan dan kerjasama
supaya kita boleh memperolehi kepelbagaian,
pengetahuan dan pengalaman daripada rakanrakan sekerja kita.
• Menyuarakan pendapat dan kebimbangan kita
melalui saluran yang sesuai supaya kita semua
bekerja bersama-sama untuk memastikan Tesco
menjadi tempat pekerjaan yang terbaik.
• Membuat keputusan penggajian yang tepat,
misalnya menggaji rakan sekerja baru dan
mengkaji semula mereka yang sudah bekerja
dalam pasukan anda, berdasarkan merit dan
pertimbangan perniagaan semata-mata.
Soalan
& Jawapan
S
Saya seorang pengurus stor dan perlu
membuat keputusan kenaikan pangkat
antara dua rakan sekerja. Oleh sebab seorang
rakan sekerja berusia 50 tahun dan hampir
bersara dan seorang lagi hanya berusia 30
tahun, patutkah saya menaikkan pangkat
rakan sekerja lebih muda kerana dia mungkin
lebih lama bekerja untuk kita?
J
Tidak. Kita hanya membuat keputusan
penggajian berdasarkan kemahiran berkaitan
kerja, pencapaian dan prestasi. Kita tidak boleh
membuat keputusan berdasarkan usia atau
sebarang ciri lain yang tiada kaitan dengan kerja.
S
Situasi peribadi saya telah berubah
baru-baru ini. Bolehkah saya mengurangkan
waktu kerja mingguan saya?
J
Kita akan sentiasa cuba melaksanakan apaapa perubahan yang ingin anda lakukan
pada pengaturan kerja anda, dan kita
meminta anda membincangkan perkara ini
terlebih dahulu dengan Pengurus anda dan
Pengurus Kakitangan anda. Mereka pasti ingin
memahami permintaan anda dengan lebih
mendalam, impak terhadap jawatan anda, dan
membincangkan pilihan untuk pengambilalihan
kerja.
S
Seorang rakan sekerja akan menggaji ahli
pasukan baru. Dia membuat beberapa
kenyataan yang saya bimbang mungkin
membawa maksud diskriminasi terhadap
calon-calon tertentu. Apakah yang patut saya
lakukan?
J
Anda harus sentiasa membangkitkan
kebimbangan anda dalam cara yang paling
selesa buat anda, kerana kita tidak akan
mentoleransi sebarang bentuk diskriminasi.
Ini boleh dilakukan secara rahsia menerusi
pengurus anda atau Pengurus Kakitangan anda
atau melalui Talian Pelindung.
• Memahami undang-undang pekerjaan dan
peluang sama rata dan budaya tempatan yang
mungkin menjejaskan keputusan dan cara kerja.
• Menyokong inisiatif untuk mempertingkatkan
tahap pekerjaan dan kemahiran jika perlu.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
Jika anda percaya anda menjadi mangsa
diskriminasi atau mempunyai apa-apa
kebimbangan tentang dasar-dasar insan kita,
sila hubungi:
• Pengurus anda
• Pengurus Sumber Manusia
28
29
Perilaku Yang
Tidak Dapat Diterima
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Kita bangga bekerja dengan syarikat yang
menghargai semua pekerja dan melayan mereka
dengan wajar. Kita tidak bertolak ansur dengan
penyalahgunaan atau tingkah laku yang tidak boleh
diterima di tempat kerja dalam apa jua bentuk, sama
ada terhadap pelanggan, rakan sekerja yang lain,
pembekal atau sesiapa jua. Kita semua berkongsi
tanggungjawab memastikan Tesco mewujudkan
persekitaran kerja yang selamat dan terbuka untuk
semua rakan sekerja.
• Wujudkan persekitaran kerja yang mesra dan
terangkum, dan galakkan rakan sekerja yang
bekerja dengan anda untuk berbuat demikian
dengan melayani setiap orang sebagaimana anda
ingin dilayani.
Kita seharusnya peka kepada tindakan atau perilaku
yang boleh diterima dalam sesuatu budaya tetapi
tidak boleh diterima dalam budaya lain. Sesetengah
perilaku ini mungkin menyalahi undang-undang di
negara-negara lain di mana kita beroperasi. Rakan
sekerja yang didapati melakukan perilaku yang
tidak boleh diterima boleh dikenakan tindakan yang
serius, contohnya tindakan tatatertib, termasuk
pembuangan kerja, dan kemungkinan dikenakan
tindakan undang-undang.
Soalan
& Jawapan
S
J
• Jangan lakukan perkara yang dianggap oleh
sesiapa dalam pasukan sebagai mewujudkan
persekitaran kerja yang bermusuhan atau
menakutkan, termasuk membuat jenaka atau
komen yang tidak sesuai
Perangai memaki-hamun atau membuli
tidak boleh diterima tidak kiralah siapa yang
melakukannya. Budaya yang kita pupuk adalah
saling menghormati dan terangkum dan
sebarang tindakan sedemikian harus sama
ada dilaporkan dengan serta-merta kepada
pengurus anda, Pengurus Kakitangan anda atau
melalui Talian Pelindung sulit kita. Anda akan
sentiasa disokong semasa membangkitkan
sebarang kebimbangan sebenar.
• Jangan sebarkan khabar angin atau gosip
yang jahat yang mungkin dianggap menghina,
memfitnah, mengganggu, lucah atau sebaliknya
menyinggung
• Bertanggungjawab bagi prestasi anda dengan
tidak sekali-kali menggunakan dadah atau
alkohol di tempat kerja. Penyalahgunaan
sedemikian menyalahi undang-undang,
membahayakan diri anda dan orang lain, dan
menimbulkan risiko keselamatan yang tidak akan
ditoleransi.
• Pastikan kelakuan anda di luar tempat kerja
adalah sama seperti di tempat kerja. Acara
anjuran syarikat termasuklah majlis sosial seperti
parti Krismas, acara pasukan dan lawatan sosial.
Pengurus saya kadang kala amat
menakutkan dan sering kali memaki hamun
rakan-rakan sekerja dalam pasukan kami.
Kami tahu dia mementingkan kesempurnaan,
tetapi ini menjadikan kerja kita sukar dan
tidak menyeronokkan. Saya bimbang jika
saya bersuara, kelakuannya akan menjadijadi. Apakah yang harus saya lakukan?
S
Seorang rakan menghantar e-mel
kepada saya dengan beberapa jenaka
yang tidak senonoh yang saya anggap
amat menggelikan hati. Bolehkah saya
menghantarnya melalui e-mel kepada
pasukan rakan sekerja saya?
J
Tidak. Kita melayan semua rakan sekerja
dengan bermaruah dan penuh hormat dan apa
yang anda anggap menggelikan hati mungkin
dianggap kasar atau menyakitkan hati oleh
orang lain. Sentiasa tanya diri anda sama ada
tindakan anda mungkin menyinggung, kasar
atau menakutkan orang lain. Ini termasuk
membaca sebarang bahan yang tidak sesuai
semasa anda di tempat kerja.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Saya tahu seorang rakan sekerja menghadapi
masalah di rumah. Akhir-akhir ini, dia lewat
datang kerja dan kadang kala nampak seperti
mabuk. Dia masih melakukan kerjanya jadi
saya tak pasti sama ada saya harus berbuat
apa-apa. Patutkah saya bersuara?
J
Ya. Demi manfaat rakan sekerja anda, anda
harus sentiasa menyuarakan kebimbangan anda
jika anda percaya mereka melakukan kelakuan
yang mungkin membahayakan diri mereka atau
orang lain. Ini termasuk penggunaan dadah atau
alkohol. Jika anda tidak boleh bercakap dengan
mereka secara peribadi, bincangkan perkara
ini dengan Pengurus Sumber Manusia atau
Pengurus anda.
Jika anda rasa anda adalah mangsa gangguan
atau perilaku lain yang tidak boleh diterima,
anda harus menghubungi:
• Pengurus anda
• Pengurus Sumber Manusia
30
31
Soalan
& Jawapan
Hak Asasi
Manusia
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Kita adalah syarikat global dan berinteraksi dengan
jutaan manusia di seluruh dunia setiap hari.
Kita bertanggungjawab menghormati hak asasi
manusia rakan sekerja kita, pelanggan kita, mereka
yang bekerja dalam rantaian pembekalan dan
ahli masyarakat di mana kita adalah sebahagian
daripadanya.
• Bantulah Tesco menjadi tempat kerja yang baik,
di mana semua orang dialu-alukan dan hak asasi
manusia dihormati. Ini termasuk kebebasan
kepada semua rakan sekerja untuk menyertai
kesatuan sekerja.
Sebarang pelanggaran hak asasi manusia
mana-mana orang adalah salah. Menerusi Nilai
kita, “Gunakan keupayaan kita demi kebaikan”
dan “Layan orang lain sebagaimana mereka ingin
dilayani”, kita berusaha memastikan aktiviti kita tidak
menggalakkan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Kita mengharapkan usaha ini daripada diri kita
sendiri, dan pelanggan kita dan pihak-pihak lain
yang berkepentingan juga mengharapkannya
daripada kita.
Kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh
rakan sekerja kita dalam masyarakat sivik, ini bererti
kita juga mengiktiraf hak mereka untuk turut serta
sebagai individu dalam aktiviti politik dan juga secara
berkumpulan dalam bentuk keahlian kesatuan.
Kita berusaha mencapai standard antarabangsa
yang tertinggi. Kita merupakan ahli pengasas
Inisiatif Perdagangan Beretika dan juga
menyokong sepenuhnya Deklarasi Hak Asasi
Manusia oleh PBB, UN Global Compact
dan Konvensyen Teras Pertubuhan Buruh
Antarabangsa.
•
Biasakan diri anda dengan rangka kerja Hak
Asasi Manusia kita dan kongsinya dengan wajar
S
J
• Bersuara jika anda bimbang rakan sekerja
atau pembekal mungkin bertanggungjawab
menyalahgunakan hak asasi manusia. Kita
sentiasa memandang berat dakwaan sedemikian
dan akan menyiasatnya dengan wajar.
• Jadi jiran yang baik di mana jua kita beroperasi.
• Bina perkongsian yang kukuh dengan pembekal
yang boleh dipercayai dan pastikan hak
asasi manusia dan standard pekerja dipatuhi
sepanjang rantaian pembekalan.
Saya mendengar melalui media dan rakanrakan bahawa isu perhambaan mungkin
wujud dalam rantaian pembekalan
antarabangsa? Apakah yang kita lakukan
untuk memastikan tiada isu perhambaan
dalam rantaian pembekalan kita?
Kita tidak mentoleransi sebarang bentuk
perhambaan atau buruh paksa. Kita
mempunyai program perdagangan beretika
yang menyeluruh, termasuk pasukan pakar
standard pekerjaan sepenuh masa di seluruh
dunia yang bekerjasama dengan pembekal kita
untuk mempertingkatkan situasi mereka. Kita
juga bekerjasama dengan pihak lain, termasuk
peruncit dan organisasi seperti Pertubuhan
Buruh Antarabangsa dan Inisiatif Perdagangan
Beretika untuk menangani cabaran yang rumit.
S
Saya ingin menyertai kesatuan sekerja tetapi
kesatuan sekerja tersebut bukanlah kesatuan
sekerja yang diiktiraf oleh Tesco bagi tujuan
rundingan gaji. Bolehkah saya menyertainya?
J
Ya, anda bebas menyertai kesatuan sekerja
pilihan anda. Anda juga bebas untuk tidak
menyertai mana-mana kesatuan sekerja.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Bila kita mengetahui tentang
penyalahgunaan hak asasi manusia, adakah
kita secara automatik berhenti bekerjasama
dengan pembekal?
J
Tidak. Meskipun kita mungkin menggantung
pesanan dalam tempoh jangka pendek, kita
harus sentiasa menggunakan pengaruh kita
untuk memperbaiki situasi. Hanya sebagai
langkah akhir, contohnya jika pembekal enggan
bekerjasama atau enggan melaksanakan
langkah peningkatan, barulah kita akhirnya akan
menamatkan perhubungan.
S
Kita bercakap tentang menghentikan
penyalahgunaan hak asasi manusia,
tetapi apakah yang kita lakukan untuk
menggalakkannya?
J
Dengan menggunakan keupayaan kita demi
untuk kebaikkan, kita menangani pelbagai
cabaran global yang biasanya berkait rapat
dengan hak asasi manusia khusus seperti yang
ditakrifkan oleh PBB. Misalnya: hak untuk
menerima pendidikan, untuk bebas daripada
kelaparan, dan menikmati standard kesihatan
fizikal dan mental terbaik yang dapat dicapai.
Jika anda rasa anda telah menjadi mangsa
atau menjadi saksi penyalahgunaan hak asasi
manusia, anda harus menghubungi:
• Pengurus anda
• Pengurus Sumber Manusia
• Pengarah Hal Ehwal Korporat Tempatan
32
33
Berniaga
Dengan Adil
3
Nilai kita membantu kita mengutamakan
pelanggan tanpa menjejaskan perhubungan kita
yang kukuh dengan pembekal. Bahagian ini dalam
Tatakelakuan menyentuh isu-isu yang amat penting
tentang bagaimana kita membeli produk yang
dijual di stor kita.
“Tatakelakuan ini membantu saya untuk
membezakan apa yang betul dan salah.
Ia juga membantu saya untuk membuat
pilihan yang tepat serta bertindak dengan
penuh rasa tanggungjawab”
Alvin Law
Pengurus Pembelian, CPD
34
35
Soalan
& Jawapan
Undang-undang
Persaingan
Mengapa Ini Penting?
Pelanggan kita mengharapkan kita bersaing dengan
adil dan bebas dalam setiap pasaran. Persaingan
yang sihat menghasilkan harga lebih rendah,
pilihan lebih luas dan produk lebih bermutu. Kita
menggunakan keupayaan kita demi kebaikan
menerusi persaingan sengit dengan pesaing untuk
menawarkan pengalaman beli-belah terbaik kepada
pelanggan kita.
Perundangan wujud dalam semua pasaran kita
untuk melindungi persaingan dan hukuman yang
berat dikenakan terhadap syarikat dan individu
yang melanggar undang-undang. Penyiasatan
mengganggu perniagaan dan menelan belanja
yang banyak dan boleh mengancam kepercayaan
pelanggan terhadap kita.
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Hubungan dengan pesaing
• Sentiasa bertindak dengan bebas. Kita
tidak boleh bersetuju dengan pesaing untuk
mengurangkan persaingan antara kita. Anda
tidak boleh bersetuju untuk menetapkan harga
atau bersetuju di mana kita akan atau tidak akan
beroperasi.
• Anda tidak boleh meminta, menerima atau
berkongsi maklumat sulit perdagangan
yang sensitif dengan pesaing. Anda boleh
menggunakan maklumat yang diketahui umum
untuk membantu membuat keputusan.
Hubungan dengan pembekal
• Anda tidak boleh meminta, menerima atau
berkongsi maklumat sulit perdagangan yang
sensitif tentang pesaing dengan pembekal.
• Rahsiakan maklumat sulit pembekal kita dan
jangan berkongsi dengan pesaing mereka.
• Anda boleh meminta maklumat yang diketahui
umum daripada pembekal untuk membantu kita
membuat keputusan.
Menetapkan harga runcit
• Sentiasa tetapkan harga runcit secara bebas.
• Sentiasa beri tumpuan kepada harga kos sewaktu
rundingan harga dengan pembekal. Pembekal
boleh memberikan kita harga yang disarankan
tetapi bukan harga tetap atau minimum.
Proses ‘Pushback’
•
Jika hubungan dengan pesaing atau pembekal
menimbulkan sebarang kebimbangan, anda
hendaklah mematuhi Proses ‘Pushback’.
Maklumat tidak boleh sekadar tidak diendahkan
walaupun memang jelas yang maklumat ini
didedahkan dengan silap atau tidak tepat.
S
Saya telah diminta menghadiri mesyuarat
persatuan perdagangan. Bolehkah saya turut
serta?
S
Bolehkah saya bertanya pembekal saya
soalan tentang harga pesaing di masa
depan?
J
Ya, mesyuarat ini dengan sendiri tidak
menimbulkan masalah, dan mungkin
menggalakkan persaingan. Namun, peraturan
persaingan lazim akan dikenakan jadi anda
hendaklah berhati-hati untuk memastikan
anda tidak membincangkan, mendedahkan
atau bertukar maklumat sensitif dari segi
perdagangan dengan pesaing. Rujuk kepada
garis panduan “Mesyuarat Bersama Pesaing”.
J
S
Bolehkah saya mempelawa lebih daripada
satu pembekal untuk menghadiri mesyuarat?
Tidak, kita tidak harus mendapat amaran awal
tentang harga pesaing di masa depan. Jika
pesaing atau pembekal memberikan maklumat
tersebut kepada anda, anda hendaklah
mematuhi Proses ‘Pushback’ dan maklumkan
kepada pasukan Undang-undang tempatan.
Proses Pushback direka untuk memastikan
bahawa anda mengabaikan maklumat
berkenaan seandainya anda telah menerimanya
dan mempunyai jejak audit untuk menunjukkan
yang anda tidak menggunakan maklumat ini.
J
Dari semasa ke semasa, mungkin wajar jika
pembekal dipelawa menghadiri mesyuarat
bersama-sama, misalnya, untuk memberikan
taklimat kepada pembekal mengenai
perubahan penting pada perniagaan kita atau
membincangkan amalan terbaik berkaitan
dengan isu-isu rantaian pembekalan. Namun,
mesyuarat sebegini mungkin sensitif kerana
sering kali melibatkan pembekal yang bersaing
antara satu sama lain. Rujuk kepada garis
panduan “Mesyuarat Bersama Pembekal” dan
memastikan bahawa tiada aktiviti yang tidak
sesuai berlaku semasa mesyuarat ini.
Pewujudan dokumen
•
Berjaga-jaga ketika menulis tentang perniagaan
kita, pelanggan kita, pembekal atau pesaing.
Perlu diingat bahawa kebanyakan dokumen
dalaman, termasuk e-mel, pesanan teks, kertas
kerja jawatankuasa dan laporan hartanah
boleh disemak oleh pengawal selia semasa
penyiasatan.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
• Dasar dan garis panduan undang-undang
persaingan
• Proses ‘Pushback’
• Pengarah Undang-undang tempatan anda
36
37
Sekatan & Sanksi
Perdagangan
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Dari semasa ke semasa, kerajaan mengenakan
sekatan terhadap pembelian dari, atau perjalanan
ke, negara-negara tertentu. Kita juga mungkin
dilarang berdagang dengan individu tertentu yang
dinamakan. Kita hendaklah sentiasa mengetahui
tentang sekatan ini apabila menjalankan perniagaan
di seluruh dunia. Dalam dunia yang makin global
pada hari ini, bukan sahaja kerajaan malah
pelanggan juga mengharapkan kita mengetahui
tentang sanksi atau sekatan apabila menjalankan
perniagaan dengan negara, syarikat atau individu
tertentu.
Sebagai rakan sekerja yang bekerja dalam perniagaan
global, jika anda terlibat dalam membeli, menghantar
atau menjual barangan atau perkhidmatan di
peringkat antarabangsa, sila pastikan anda:
Jika kita melanggar sekatan dagangan, ini boleh
memusnahkan kepercayaan pelanggan terhadap
jenama kita dan juga mungkin mengakibatkan
hukuman serius terhadap perniagaan dan juga
rakan sekerja.
• Tidak membeli dari, atau pergi ke, negara yang
dikenakan sanksi atau syarat perjalanan.
• Jangan bekerja dengan individu atau syarikat
yang muncul di senarai amatan PBB atau sanksi
yang lain.
• Meminta nasihat guaman jika anda tidak
pasti sama ada sebarang sekatan atau sanksi
dikenakan terhadap aktiviti anda.
• Bersuara jika anda percaya sesiapa melanggar
sebarang bentuk sekatan perdagangan: semua
pelanggaran yang disyaki hendaklah dilaporkan
kepada Pengarah Undang-undang atau Talian
Pelindung tanpa nama.
Soalan
& Jawapan
S
J
Saya pembeli yang mencari pasaran baru
untuk membeli produk. Saya telah menemui
pembekal yang bagus yang ingin saya
gunakan. Adakah penting bahawa pemilik
syarikat berada dalam sebuah negara yang
dikenakan sekatan jika perniagaannya
bukan?
Ya. Undang-undang sanksi biasanya luas dan
merangkum bukan sahaja negara tetapi semua
warganegara atau individu dari negara yang
dikenakan sanksi. Pastikan anda sentiasa
mengetahui dengan siapa anda menjalankan
urusan perniagaan dan minta nasihat daripada
Pengarah Undang-undang anda sebelum
mengambil tindakan.
S
Saya ingin mengikat urus janji untuk
menjual produk Tesco di negara baru
buat kali pertama. Selagi pertimbangan
perniagaan nampaknya wajar, perlukah saya
pertimbangkan perkara lain?
J
Ya. Anda harus berbincang dengan pasukan
Hal Ehwal Korporat dan Undang-undang sama
ada terdapat sebarang sekatan perdagangan
atau sanksi yang khusus atau sebab-sebab
lain kenapa kita tidak boleh menjual kepada
negara tersebut. Pasukan Undang-undang akan
membantu anda untuk menjalankan usaha
wajar ke atas pelanggan tersebut supaya anda
lebih mengetahui mengenai mereka sebelum
memulakan hubungan perdagangan dengan
mereka.
hello
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
• Pengarah Undang-undang tempatan anda
• Pasukan Regulatori, Etika dan Pemtatuhan
Kumpulan
• Pengarah Hal Ehwal Korporat Tempatan
38
39
Soalan
& Jawapan
Perdagangan
Beretika
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Pelanggan kita mengharapkan kita hanya berurusan
dengan pembekal yang berkongsi Nilai kita dan
melayan pekerja mereka dengan wajar, jadi kita
hendaklah memastikan bahawa pembekal produk
dan perkhidmatan menghormati undang-undang
buruh tempatan. Undang-undang ini berbezabeza di seluruh dunia, jadi kita menggunakan
Kod Asas Inisiatif Perdagangan Beretika (‘Ethical
Trading Initiative’) (“ETI”) sebagai mekanisme untuk
menggalakkan piawaian global yang lebih baik dan
konsisten.
• Timbangkan dengan teliti pembekal mana yang
berurusan dengan anda – harga tidak semestinya
satu-satunya faktor: mutu, kebolehpercayaan dan
tanggungjawab beretika juga pertimbangan yang
penting.
Dalam negara membangun, dagangan dengan
Tesco terutamanya penting untuk membantu insan
membina kehidupan lebih baik – peluang yang jelas
untuk Tesco menggunakan keupayaan kita demi
kebaikkan. Keadaan pekerjaan yang baik amat
penting buat insan di mana jua, meskipun di
negara maju.
Kita juga perlu berhati-hati supaya amalan
perniagaan kita sendiri tidak menjadi sebab
yang menimbulkan masalah piawaian pekerja.
Membina perhubungan jangka panjang dengan
pembekal yang kita kenali dan percayai memberikan
keyakinan kepada mereka untuk melabur dalam
aspek penambahbaikan agar kita dapat sama-sama
mencatat kejayaan lebih cemerlang.
S
J
Tangguhkan semua pesanan dan
penghantaran dan hubungi pembekal
untuk membincangkan perkara ini.
Terma pekerjaan pekerja hendaklah
dikemaskinikan dengan serta-merta dan
pembayaran gaji kebelakangan untuk semua
pekerja yang dibayar gaji kurang hendaklah
dipersetujui dan dibayar secepat mungkin
di bawah pengawasan saksi bebas. Hubungi
pasukan Perdagangan Beretika untuk
panduan dan sokongan.
S
Saya melawat suatu tapak dan mendapati
pintu rintangan api dikunci. Apakah yang
patut saya lakukan?
J
Anda harus menyuarakan kebimbangan
anda dengan serta-merta kepada pasukan
Perdagangan Beretika tempatan anda
yang akan mengambil tindakan secara
langsung dengan pembekal, termasuklah
audit tambahan ke tempat pembekal jika
diperlukan. Anda harus menyuarakan
kebimbangan anda semasa berada di
tempat kejadian dan menegaskan agar
pintu rintangan api tidak dihalang.
• Dalam bidang kerja anda, sekiranya anda
bekerja dengan pembekal, pastikan mereka
sedia maklum mengenai Dasar Kod ETI dan
keperluannya. Pastikan persetujuan pembaikan
disiapkan tepat pada masanya.
• Apabila berbincang atau melawat pembekal,
ketahui keadaan bagaimana mereka bekerja dan
cabaran yang mereka hadapi. Dalam erti kata
lain, tunjukkan sifat empati.
• Sentiasa berjaga-jaga tentang potensi masalah
seperti keadaan kerja yang tidak selamat,
kelakuan ganas, pekerja bawah umur atau tanpa
izin: bangkitkan sebarang isu kepada pasukan
Perdagangan Beretika.
• Patuhi komitmen yang anda berikan. Perubahan
pada saat-saat akhir, atau kealpaan untuk
memberikan maklumat tepat pada masanya,
boleh menyebabkan pembekal terpaksa
mengambil mudah tanggungjawab mereka
agar dapat mematuhi garis masa kita. Ini boleh
membawa kesan negatif terhadap situasi kerja
dan mutu produk.
Pembekal saya didapati membayar
pekerja mereka gaji lebih rendah daripada
gaji minimum di bawah undang-undang.
Apakah yang patut saya lakukan?
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Buruh kanak-kanak telah dijumpai di
tapak pembekal saya. Apakah yang patut
saya lakukan?
J
Anda perlu membawa perkara ini kepada
perhatian pasukan Perdagangan Beretika
tempatan anda dengan segera, walaupun
kanak-kanak berhak secara sah untuk
bekerja di negara itu. Kod Asas Inisiatif
Perdagangan Beretika meletakkan syarat
ketat ke atas semua pekerja muda.
Dalam usaha untuk memastikan isu-isu
diselesaikan sepenuhnya, pasukan ini akan
menangani isu itu secara langsung dengan
pihak pengurusan pembekal. Dalam jangka
pendek, anda harus mengelak daripada
membuat pesanan dengan pembekal
sehingga diberitahu bahawa isu ini telah
diselesaikan.
S
Adakah keperluan perdagangan etika
terpakai hanya bagi barang-barang yang
kita jual di stor?
J
Tidak. Kami mengharapkan semua
pembekal, termasuk mereka yang
menyediakan barangan bukan untuk dijual
semula dan perkhidmatan, seperti syarikatsyarikat pembinaan, agensi-agensi buruh
dan syarikat logistik untuk memenuhi
keperluan perdagangan beretika kita.
• Pasukan Perdagangan Beretika Tempatan
atau ‘Ethical Champion’
• Pengurus Teknikal
• Pasukan Perdagangan Beretika Kumpulan
• Ketua Kehilangan Pencegahan & Keselamatan
40
41
Undang-Undang Yang
Melindungi Pembekal
Soalan
& Jawapan
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
S
Bolehkah saya meminta pembekal untuk
membiayai promosi?
Melayan pembekal dengan adil merupakan
kunci kejayaan kita. Langkah membangunkan
perhubungan jangka panjang yang boleh diharap
dan mampan dengan asas pembekalan kita amat
penting jika kita ingin memastikan pembekal boleh
bergantung kepercayaan kepada kita dan juga untuk
menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik untuk
pelanggan. Pelbagai negara telah memperkenalkan
undang-undang untuk mengawal selia perhubungan
pembekalan antara pasaraya dan pembekal mereka
dan semua pembekal kita dapat membangkitkan isuisu dengan penuh keyakinan melalui Talian Pelindung
Pembekal kita.
• Fahami dan patuhi undang-undang dan
tataamalan di pasaran anda yang dirumus untuk
melindungi pembekal kecil.
J
Ini dibenarkan dalam kebanyakan pasaran tetapi
ada hadnya berapa banyak yang mereka boleh
menyumbang dan pembekal tidak boleh dipaksa
untuk mengambil bahagian dalam promosi.
Di UK, Tatakelakuan Amalan Pembekalan Barangan
Runcit (GSCOP) mengenakan satu set perundangan
penting yang menentukan perhubungan di antara
Tesco dan para pembekal runcitnya. Yang paling
penting adalah mengenai urusan kita secara adil
dengan para pembekal kita pada setiap masa.
Undang-undang yang serupa wujud di banyak
pasaran lain di seluruh Kumpulan. Siasatan ke atas
pelanggaran boleh menelan belanja yang besar
dan memakan masa. Boleh menyebabkan denda
yang tinggi dan boleh memusnahkan kepercayaan
pelanggan.
• Sentiasa bekerjasama dengan pembekal dan
sentiasa ambil maklum tentang maklum balas
yang mereka berikan.
• Patuhi komitmen yang anda berikan kepada
pembekal - tidak membuat perubahan
retrospektif ke atas perjanjian pembekalan.
S
Saya bekerja di bahagian Barang Niaga
am. Dalam pasaran saya, Kod Runcit hanya
terpakai terhadap barangan runcit. Haruskah
saya juga mematuhi Kod ini?
J
Kod runcit biasanya menerangkan cara
bagaimana kita berinteraksi dengan pembekal
merentas keseluruhan asas pembekalan kita.
Anda harus mematuhi prinsip ini sebagai amalan
terbaik apabila anda bekerjasama dengan
pembekal kita. Hubungi bahagian Undangundang dengan soalan khusus.
• Rekodkan semua perjanjian dengan pembekal
anda secara bertulis.
• Berikan notis yang munasabah tentang sebarang
perubahan yang dicadangkan terhadap perkiraan
pembekalan dan berikan peluang kepada
pembekal untuk menyemak keputusan.
• Gunakan Nilai dan Kemahiran Kepimpinan Tesco
sebagai panduan apabila membuat keputusan
tentang pembekal.
• Jika pembekal membuat aduan, terima aduan
tersebut dan selesaikannya dengan pantas,
dengan bantuan daripada pasukan Undangundang di negara anda jika perlu.
• Sentiasa bertimbang rasa dan bersikap empati
apabila berkomunikasi dengan pembekal;
komunikasi bertulis mudah disalahertikan.
S
Apakah proses menarik balik penyenaraian di
bawah GSCOP?
J
GSCOP menghendaki anda perlu sentiasa
mempunyai alasan komersial yang sebenarnya
untuk menamatkan hubungan. Anda perlu
menyediakan notis bertulis kepada pembekal
dan menjelaskan bagaimana mereka boleh
memanjangkan keputusan ini untuk dikaji oleh
pembeli kanan atau seterusnya kepada Pegawai
Pematuhan Kod.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Saya membeli buah lembut yang dijual di
Poland dan Republik Czech dan pembekal
saya mendakwa mereka berhak menghubungi
“Pegawai Penyelesaian Pertikaian” saya.
Adakah ini benar?
J
Ya, Tesco telah menandatangani Inisiatif
Rantaian Pembekalan EU yang merupakan kod
amalan mandatori yang mengawal kesaksamaan
dalam rantaian pembekalan. Pembekal anda
berhak menghubungi pegawai Penyelesaian
Pertikaian anda – kebiasaannya adalah Pengarah
Undang-undang.
S
Pesaing saya menjual produk pada harga
lebih murah daripada kita. Apakah yang
boleh saya lakukan untuk menangani perkara
ini?
J
Anda harus sentiasa berunding dengan
pembekal untuk mendapatkan harga terbaik
untuk pelanggan. Anda boleh membincangkan
sama ada harga kos pembekal adalah
berpatutan tetapi berhati-hati untuk tidak
mengenakan tekanan ke atas pembekal
semasa berunding dengan mereka dan elakkan
daripada membuat perubahan retrospektif pada
perjanjian pembekalan sedia ada
• Dasar dan garis panduan GSCOP (UK)
• Pengarah Undang-undang Tempatan
• Inisiatif Rantaian Pembekalan EU
42
43
Soalan
& Jawapan
Jenama
& Harta Intelek
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Di Tesco, kita memupuk tradisi berharga untuk
mencipta dan menghasilkan jenama, produk dan
perkhidmatan yang menarik. Daripada jenama
Tesco dan pakaian F&F, kepada rangkaian makanan
Finest kita dan peranti Hudl, jenama dan inovasi kita
memberikan kelebihan persaingan dalam pasaran
yang sesak.
• Sentiasa cuba hasilkan atau cari reka bentuk dan
produk yang asli untuk pelanggan kita.
Kita harus sentiasa berjaga-jaga untuk melindungi
hak Harta Intelek kita – daripada paten, reka bentuk
dan hakcipta, kepada cap dagang dan rahsia
dagangan. Melindungi harta milik kita membantu
kita memastikan harta tersebut tidak ditiru atau dijual
oleh orang lain tanpa persetujuan kita.
Jika kita terlibat dalam langkah menghasilkan reka
bentuk produk, jenama atau inovasi baru untuk Tesco,
kita hendaklah sentiasa memahami garis panduan
jenama kita dan mengetahui dan menghormati hak
harta intelek orang lain. Mencuri idea orang lain
mencemarkan reputasi Tesco dan memusnahkan
kepercayaan pelanggan.
• Jangan meniru, menggunakan atau menceduk
inspirasi dengan ketara daripada idea orang lain.
S
Saya sedang mereka bentuk pelbagai
T-shirt baru untuk kanak-kanak perempuan.
Bagaimana saya memastikan saya tidak
melanggar Harta Intelek orang lain?
S
Saya ingin mula menjual barangan berjenama
yang dibeli dan diimport dari luar kawasan
dagangan tempatan saya (‘Parallel Goods’).
Apakah yang harus saya lakukan?
J
Ketahui pasaran anda dan apakah produk dan
reka bentuk yang sudah ada dalam pasaran.
Anda bebas mengambil sedikit sebanyak
inspirasi daripada idea sedia ada, tapi jangan
tiru produk lain. Pasukan Undang-undang
sedia berbincang dengan anda tentang produk
anda untuk memastikan produk anda boleh
digunakan.
J
Ini mungkin boleh, selagi anda tidak melanggar
hak pemilik jenama. Contohnya, di dalam EU,
kita boleh berurusan dengan ‘parallel goods’,
tertakluk kepada peraturan tertentu. Peraturan
berbeza antara negara dan pasukan Undangundang boleh memberikan nasihat khusus jika
perlu.
S
S
Saya sedang merancang untuk berkerja
dengan syarikat pihak ketiga untuk
membangunkan teknologi baru yang benarbenar dapat memperbaiki kecekapan pusat
pengedaran kita. Apakah langkah yang perlu
saya ambil?
Kami mewujudkan satu jenama baru untuk
rangkaian produk barang-barrang bakeri
di mana kami merancang untuk menjual di
beberapa pasaran. Bagaimana kita hendak
bermula untuk memilih satu jenama?
J
Patuhi Garis Panduan Jenama Tesco dan
pastikan jenama anda berbeza daripada jenama
sedia ada yang digunakan untuk barang yang
serupa dan sama. Anda juga patut lakukan
carian internet dan gunakan pengetahuan
pasaran anda untuk membantu anda. Jangan
terikat dengan satu jenama terlalu awal kerana
mungkin ada masalah undang-undang dengan
nama tersebut.
• Sentiasa ikuti Garis Panduan Jenama Tesco dan
mendapatkan kelulusan daripada Pengarah
Pemasaran atau kumpulan governans yang
berkenaan.
• Apabila anda sedang merumus idea baru,
rahsiakannya dan berbincanglah dengan Jabatan
Undang-undang tentang bagaimana untuk
melindunginya.
• Berbincang dengan Jabatan Undangundang sebelum membenarkan pihak ketiga
menggunakan jenama kita atau harta intelek lain.
• Menyuarakan kebimbangan anda jika anda
mengenal pasti bahawa perniagaan lain telah
menciplak idea atau melanggar hak IP kita.
• Berjaga-jaga jika anda ingin mengimport
“grey goods” (kadang kala dipanggil “parallel
goods”). Peraturan khas telah ditetapkan untuk
memastikan barangan sedemikian bukan tiruan
dan hak pihak ketiga tidak dilanggar.
J
Anda perlu sentiasa mewujudkan suatu
perjanjian dengan pihak ketiga yang
menyatakan siapa yang akan memiliki apa-apa
Harta Intelek ke atas teknologi baru itu. Pasukan
Undang-undang anda boleh memberi nasihat
jika teknologi baru tersebut boleh dipatenkan
atau perlindungan hak harta intelek dalam
bentuk yang lain.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
•
•
Garis Panduan Jenama Tesco
Dasar Harta Intelek
Dasar ‘Parallel Goods’
Pengarah Pemasaran Tempatan
Pengarah Undang-undang Tempatan
Pasukan Undang-undang Kumpulan
44
45
MELINDUNGI
REPUTASI KITA
4
Berkelakuan wajar memastikan kita tidak
menjejaskan diri kita atau perniagaan menerusi
tindakan kita dan bahawa kita menyedari risiko
yang kita hadapi sebagai perniagaan global.
Bahagian ini dalam Tatakelakuan mencakupi
beberapa bidang penting di mana kita boleh
melindungi diri kita dan syarikat daripada
melakukan kesalahan.
“Reputasi adalah apabila kita memberikan
kredibiliti, perlindungan dan keyakinan dalam
setiap yang kita lakukan. Ia merupakan aset
yang tidak ternilai dan reputasi yang sangat
baik merupakan bukti kepercayaan terhadap
kita..”
Azliza Baizura Azmel
Pengarah Undang-undang
46
47
Soalan
& Jawapan
Penipuan
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya?
Penipuan adalah jenayah serius yang memudaratkan
perniagaan kita dan boleh membawa kesan ketara
terhadap kos dan keuntungan kita. Istilah penipuan
biasanya digunakan untuk menggambarkan
kecurian melalui pelbagai kelakuan tidak jujur
seperti penipuan, pemalsuan, pembohongan dan
penyembunyian fakta material.
• Peraturan utamanya mudah sahaja. Jika anda
mengesyaki kecurian atau aktiviti penipuan lain
sedang dilakukan, anda hendaklah bersuara.
Laporkan kepada pengurus anda, Pengurus
Kakitangan atau Talian Pelindung di negara anda.
Penipuan boleh berlaku di banyak bahagian yang
berlainan dalam perniagaan kita, termasuklah
transaksi dalam talian, di kaunter bayaran, semasa
pengangkutan barangan melalui sistem pengedaran
kita atau di pejabat.
Tesco adalah mangsa penipuan, jadi kita semua
bertanggungjawab melindungi perniagaan
daripada aktiviti penipuan, tidak kira siapa jua yang
melakukannya. Kita percaya bahawa rakan sekerja
kita akan bertindak dengan jujur pada setiap masa,
jadi kita akan sentiasa menyiasat dan mengambil
tindakan apabila penipuan dilakukan terhadap
perniagaan kita.
• Jangan lakukan urusan perniagaan dengan
syarikat yang mempunyai reputasi bagi aktiviti
penipuan. Sentiasa jalankan usaha wajar
terhadap pihak ketiga sebelum anda berurusan
dengan mereka.
• Perhatikan “tanda amaran” penipuan dan ambil
tindakan jika anda mengenal pastinya. Tanda
amaran termasuk perubahan mendadak dalam
gaya hidup, seperti pembelian kereta mewah
atau barangan bernilai tinggi.
’
ecial ure
p
s
‘
s
e
is th in make fore
e
r
e
ga
He
as b
ce, a
age
invoi rocess it percent
l
p
you my usua
with
Seorang rakan sekerja di pusat pengedaran
saya telah menjual stok penghantaran
berlebihan di e-Bay. Beliau berkata ia adalah
untuk kebajikan dan telah bersetuju dengan
Pengurus DC tetapi saya tidak tahu di mana
wang itu disalurkan. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J
Walaupun kebimbangan anda tidak berasas,
ianya penting untuk anda bersuara. Jika anda
tidak selesa bercakap dengan pengurus anda
atau Pengurus DC, anda boleh menghubungi
Talian Pelindung dan menyuarakan
kebimbangan anda. Anda tidak perlu
memberikan nama anda apabila anda membuat
panggilan.
S
Seorang rakan sekerja baru-baru ini
melakukan lawatan perniagaan dan menjamu
beberapa orang rakan untuk makan malam
dan menyerahkan tuntutan bagi pembayaran
balik makan malam tersebut sebagai satu
perbelanjaan. Menurutnya, dia boleh
berbuat demikian kerana dia sering lupa
menyerahkan tuntutan untuk perbelanjaan
lain jadi akhirnya semua “seimbang” dan
saya juga patut berbuat demikian. Adakah
tindakan ini boleh diterima?
J
Tidak. Dengan menyerahkan perbelanjaan ini
dia melakukan penipuan. Perbelanjaan peribadi
harus mencerminkan caj yang ditanggung oleh
anda semasa anda bekerja.
• Sentiasa ambil tahu dasar perjalanan dan
perbelanjaan kita.
GENERAL SER
on
Hi J
S
S
Seorang rakan sekerja yang bekerja dengan
saya telah menyerahkan invois daripada
pembekal di mana jumlahnya tidak sepadan
dengan dokumen sokongan. Dia berkata
bahawa perbezaan telah dipersetujui dalam
kontrak yang lain dan bahawa perkara ini
“selalu dilakukan sebegini” bagi pembekal ini
dan bahawa saya boleh meminda dokumen
supaya sepadan. Apakah yang patut saya
lakukan?
J
Anda seharusnya enggan meminda dokumen
dan meminta rakan sekerja anda mendapatkan
dokumen yang tepat. Invois dan dokumen yang
tidak konsisten merupakan “tanda amaran”
penipuan atau aktiviti penipuan dan kita
boleh mengurangkan risiko tersebut dengan
menyimpan rekod dan invois yang tepat.
Jika anda masih tidak pasti apa yang harus
dilakukan, suarakan kebimbangan anda dengan
pengurus anda.
VICES
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
Dasar Penipuan
Dasar Anti-Rasuah
Dasar Perjalanan, Perbelanjaan dan Hadiah
Ketua Kehilangan Pencegahan
& Keselamatan Tempatan
• Pengarah Undang-undang Tempatan
48
49
Soalan
& Jawapan
Rasuah
Mengapa ini penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Sebagai perniagaan yang mengendalikan stor dan
membuat pembelian daripada pembekal di seluruh
dunia, kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap
risiko berkaitan dengan rasuah. Kita bangga dengan
reputasi kita yang bertindak dengan adil dan beretika
di mana jua kita menjalankan perniagaan.
• Jangan beri rasuah, pembayaran, hadiah
seperti wang tunai atau sebarang faedah lain
untuk memujuk seseorang untuk bertindak
dalam cara yang memanfaatkan anda.
Semua orang perlu memahami bahawa kita tidak
akan sama sekali mentoleransi rasuah dan tentang
komitmen kita untuk mengurangkan rasuah
di seluruh dunia. Rasuah menyalahi undangundang di semua negara di mana kita beroperasi.
Rasuah memudaratkan pasaran, masyarakat dan
memindahkan sumber kepada orang yang tidak patut
menerimanya.
Sebagai perniagaan, kita berharap semua yang
bekerja dengan kita menerapkan pendekatan yang
sama dan sama sekali tidak akan mentoleransi
rasuah. UK mempunyai antara undang-undang
rasuah paling ketat di dunia dan undang-undang ini
dikenakan terhadap semua yang bekerja untuk kita,
termasuk agen dan kontraktor. Malah, warganegara
UK boleh didakwa bagi tindakan rasuah yang
dilakukan di luar negara.
S
Rakan saya telah bercakap besar bahawa
pembekal dia tahu mereka perlu “menjaga
beliau” jika mereka mahu terus bekerja
dengan Tesco. Adakah ini betul?
J
Tidak. Ia adalah pelanggaran dasar hadiah
kami untuk mendapatkan hiburan atau lainlain faedah sebagai balasan untuk membeli
barang-barang atau perkhidmatan daripada
pembekal. Ini juga mungkin rasuah. Anda harus
menyuarakan kebimbangan anda dengan
segera. Bercakap dengan pengurus anda
atau hubungi bahagian Undang-undang atau
Kehilangan Pencegahan & Keselamatan.
• Jangan terima rasuah, seperti hadiah
atau keraian untuk memberikan peluang
perniagaan kepada pembekal baru atau sedia
ada.
• Kenali dan fahami pihak ketiga yang
berurusan dengan kita dengan melaksanakan
usaha wajar terhadap mereka, terutamanya
mereka yang melaksanakan perkhidmatan
bagi pihak kita.
• Jangan lupa tentang risiko rasuah yang
timbul menerusi interaksi dengan pegawai
awam dan pastikan interaksi kita sentiasa
terbuka, jujur dan telus.
• Anda boleh menggunakan proses ‘fast-track’
yang sah untuk mempercepatkan keputusan
rutin tetapi jangan buat pembayaran
secara terus kepada pegawai awam untuk
mendapatkan permit atau lesen.
S
Dalam pasaran saya, tidak salah untuk
membayar pegawai tempatan sejumlah wang
tunai yang kecil untuk memastikan dokumen
saya dicop. Adakah ini satu masalah?
J
Ya. Ini sebenarnya rasuah kecil yang juga
dikenali sebagai ‘bayaran pemudahan’ dan ianya
menyalahi undang-undang UK, meskipun jika
anda bekerja dengan Tesco di negara lain. Sama
seperti semua rasuah, ‘bayaran pemudahan’
tidak boleh diberikan dan hendaklah dilaporkan.
S
Saya sering kali berinteraksi dengan
perunding yang mendapatkan permit yang
saya perlukan untuk perniagaan. Seorang
perunding baru telah menawarkan untuk
mengurangkan masa pentadbiran dan masa
menunggu sebanyak 50% tetapi saya tidak
pasti bagaimana mereka akan melakukannya.
Haruskah saya mengambil tahu bagaimana
mereka akan melakukannya jika mereka
boleh memberikan apa yang saya perlukan?
J
Ya. Tindakan mereka yang bertindak bagi pihak
kita menimbulkan risiko rasuah yang ketara
terhadap kita. Kita perlu mengetahui dengan
jelas apa yang mereka lakukan dan bagaimana
mereka bertindak bagi pihak kita. Reputasi
kita terlalu penting untuk menanggung risiko
dicemarkan oleh tindakan rasuah dan kita
mungkin bertanggungjawab meskipun kita
tidak menyedarinya. Hubungi pegawai Undangundang di negara anda dan pastikan bahawa
anda menjalankan usaha wajar yang bersesuaian
ke atas semua pihak ketiga sebelum mereka
bertindak bagi pihak Tesco.
• Pastikan anda menerima latihan lengkap
tentang risiko dan isu rasuah dan sogokan
yang mungkin kita hadapi dalam perniagaan.
• Berikan kerjasama penuh dengan agensi
penguatkuasaan undang-undang dan
penyiasat dan beri sokongan anda kepada
tindakan pendakwaan atau tatatertib jika
wujud bukti yang mencukupi.
£50
£50
£50
£50
£50
£50
£50
£50
£50
£50
ER
ER
ER
ER
ER
ERER
ER
ER
ER
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
Dasar Anti-Rasuah
Dasar Hadiah dan Keraian
Pengarah Undang-undang Tempatan
Ketua Kehilangan Pencegahan &
Keselamatan Tempatan
50
51
Soalan
& Jawapan
Hadiah
& Keraian
Mengapa ini penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Memberi dan menerima hadiah atau keraian
yang sederhana amat penting dalam membina
perhubungan dengan pembekal dan pihak lain.
Walau bagaimanapun, langkah ini tidak harus
mempengaruhi – atau tampak mempengaruhi –
keputusan perniagaan kita dalam apa jua cara. Kita
tidak boleh meminta atau mengenakan sebarang
pengaruh sebagai balasan bagi janji, hadiah atau
sebarang dorongan lain, tidak kiralah amalan
perniagaan tempatan di negara di mana kita
beroperasi.
entiasa patuhi Dasar Hadiah dan Keraian kita. Jika
S
anda di UK dan menerima hadiah atau keraian yang
bernilai melebihi £100, mohonlah kelulusan daripada
pengurus anda dan catatkan butir-butir dalam daftar
hadiah. Di dalam pasaran lain, gunakan ambang
tempatan yang ditetapkan di negara masing-masing.
Hadiah dan keraian yang tidak sesuai sentiasa perlu
ditolak, walau berapa pun nilainya.
Sebarang hadiah atau keraian yang diberikan atau
diterima hendaklah sesuai, diluluskan selaras dengan
dasar kita, dan jika perlu hendaklah dicatat dalam
daftar hadiah tempatan.
S
Saya memenangi cabutan bertuah yang
diadakan oleh pembekal saya minggu lepas.
Hadiah cabutan bertuah saya adalah kamera
baru. Bolehkah saya menerima hadiah
cabutan bertuah ini?
S
Saya telah dijemput untuk makan malam
perayaan dan pembekal juga akan membayar
untuk penginapan semalaman saya. Apakah
jumlah yang perlu saya log masuk dalam
Daftar Hadiah?
J
Hadiah cabutan bertuah ini dianggap satu
hadiah, dan jika nilainya melebihi RM500
anda memerlukan kelulusan pengurus anda
dan perlu memaklumkan Pengarah anda
sebelum menerimanya. Anda juga hendaklah
mencatatnya di dalam daftar hadiah.
J
Jumlah nilai keraian yang perlu dilog, termasuk
mana-mana perjalanan atau penginapan yang
dibayar oleh pembekal. Jika nilai keseluruhan
lebih daripada RM500, anda juga perlu
menyediakan justifikasi perniagaan.
S
S
Saya pengurus stor. Pasukan stor daripada
pihak pembekal telah menawarkan kepada
saya baucer hadiah bernilai RM250 jika saya
memastikan produk mereka sentiasa tersedia
semasa promosi yang bakal diadakan. Bolehkah
saya menerima hadiah ini?
J
Tidak. Hadiah ini adalah bersamaan tunai dan
dasar kita tidak membenarkan penerimaan
tunai atau hadiah bersamaan tunai. Lebih
penting, hadiah ini menghendaki anda mengalih
perhatian anda untuk menyokong promosi
ini dan bukannya semua produk lain yang
boleh didapati di stor. Justeru, hadiah ini tidak
wajar. Pembekal harus dimaklumkan bahawa
sokongan untuk promosi dipersetujui pada
peringkat pusat dan bukan pada peringkat stor.
Satu pembekal yang pernah membina
perhubungan perniagaan dengan saya
kini sebahagian daripada proses bida
tender bagi perniagaan baru. Mereka ingin
membawa saya keluar makan malam untuk
menunjukkan kepada saya betapa tinggi
erti kontrak buat mereka. Bolehkah saya
menerima tawaran mereka?
J
Tidak. Dasar Hadiah dan Keraian kita melarang
semua rakan sekerja daripada menerima atau
menawarkan sebarang hadiah atau keraian
dalam proses tender. Ini memastikan keputusan
kita dibuat tanpa sebarang pengaruh peribadi
yang menjejaskan keputusannya.
Ingat:
• Jangan terima atau beri hadiah tunai atau
bersamaan tunai seperti kad hadiah atau baucer.
• Penerimaan hadiah atau keraian mewah
secara umumnya tidak sesuai melainkan anda
mempunyai justifikasi perniagaan yang jelas.
• Anda tidak boleh menerima hadiah atau keraian
yang mungkin mempengaruhi keputusan anda
bagi pihak perniagaan.
• Jangan terima hadiah atau keraian yang mungkin
ditafsirkan sebagai rasuah atau membawa
jangkaan bahawa anda akan memberikan
peluang perniagaan sebagai balasan.
• Sentiasa berhati-hati dan berunding dengan
Pengarah Undang-undang anda sebelum
memberikan sebarang hadiah kepada pegawai
awam.
• Jangan beri atau terima keraian yang tidak
senonoh, lucah atau sebaliknya menyinggung.
• Keraian yang memerlukan perjalanan ke luar
negara mesti diluluskan oleh Ketua Perniagaan
sebelum ia boleh diterima.
INVITATION
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
•
Dasar dan Daftar Hadiah & Keraian
Dasar Anti-Rasuah
Pengurus atau Pengarah anda
Pengarah Undang-undang Tempatan
Ketua Kehilangan Pencegahan &
Keselamatan Tempatan
52
53
Soalan
& Jawapan
Percanggahan
Kepentingan
Mengapa ini penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Percanggahan kepentingan berlaku apabila
kepentingan peribadi kita dibenarkan mengganggu
atau mempengaruhi keupayaan kita untuk membuat
keputusan demi perniagaan atau pelanggan kita. Ini
mungkin berlaku jika ahli keluarga menjadi pembekal
atau menjual perkhidmatan kepada perniagaan
kita. Meskipun bukan berniat melakukan kesalahan,
gambaran tentang kepentingan yang bercanggah
boleh mencemarkan reputasi dan imej syarikat.
Anda harus sentiasa menyedari tentang sebarang
kepentingan peribadi yang mungkin membangkitkan
percanggahan kepentingan dan pastikan anda:
Kita tidak boleh mengutamakan kepentingan kita
berbanding kepentingan perniagaan, meskipun
keputusan tampaknya mungkin memanfaatkan
semua.
• Mengelakkan semua situasi di mana tanggapan
percanggahan mungkin wujud dan bertanya
diri anda bagaimanakah tanggapan orang luar
tentang perkara ini.
S
Kita sedang mencari penyedia perkhidmatan
baru dan teman lelaki saya menguruskan
syarikat yang boleh menjalankan kerja ini
untuk Tesco. Bolehkah saya berkongsi butirbutir bida ini dengannya?
J
Tidak, butir-butir bida adalah sulit. Anda tidak
boleh berada dalam kedudukan di mana
anda dapat mempengaruhi keputusan yang
melibatkan pasangan anda, sahabat atau
saudara terdekat. Jika teman lelaki anda akan
membida untuk peluang perniagaan ini, anda
hendaklah mendedahkan perhubungan anda
kepada pengurus anda dan tidak boleh terlibat
dalam proses tender.
• Jangan libatkan diri dalam proses membuat
keputusan dan isytiharkan percanggahan
kepentingan anda jika anda memiliki lebih
daripada 5% saham terbit mana-mana pesaing,
pembekal atau organisasi lain yang sering
berurusan dengan Tesco.
• Secepat mungkin, maklumkan pengurus anda
jika anda rasa situasi percanggahan kepentingan
mungkin berbangkit.
•
Jangan jalankan perniagaan bagi pihak Tesco
dengan syarikat daripada mana anda, atau ahli
keluarga anda, mungkin menerima manfaat tak
adil (pekerja lain boleh melakukan perniagaan
dengan syarikat tersebut, tetapi anda tidak boleh
terlibat atau cuba mempengaruhi perhubungan
ini dalam apa cara jua).
• Dalam keadaan tertentu, ahli keluarga anda,
atau syarikat di mana anda mempunyai
kepentingan, mungkin dibenarkan menjalankan
perniagaan dengan Tesco tetapi anda hendaklah
mengisytiharkan kemungkinan percanggahan
kepentingan anda dengan serta-merta kepada
pengurus anda dan memaklumkan jabatan
undang-undang di negara anda.
S
Pasukan saya sedang mengisi kekosongan
jawatan dan pada pendapat saya, anak
saudara saya memang calon yang sesuai.
Bolehkah saya memberikan butir-butirnya
dan mengesyorkannya untuk jawatan ini?
J
Ya, jika anak saudara anda mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kewibawaan untuk
jawatan tersebut, anda boleh mengesyorkannya
selagi anda tidak akan secara langsung
menentukan atau mempengaruhi keputusan
untuk menggajinya. Sentiasa isytiharkan
perhubungan anda secepat mungkin untuk
mengelakkan sebarang tanggapan tentang
percanggahan.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Saya perlu melakukan perjalanan perniagaan
dan ingin menempah tiket dengan
syarikat penerbangan di mana saya boleh
mendapat mata kesetiaan. Bolehkah saya
menggunakan syarikat penerbangan saya
meskipun mereka lebih mahal daripada
syarikat penerbangan lain?
J
Tidak, anda tidak boleh membenarkan
kepentingan peribadi anda mempengaruhi
keputusan untuk perniagaan. Jika penerbangan
lebih murah tersedia dan ditawarkan, anda
hendaklah memilih pilihan ini demi kepentingan
perniagaan.
S
Saya bekerja di bahagian pengurusan pusat
membeli-belah dan bonus saya adalah
berdasarkan ketepatan sasaran penghunian
tertentu di pusat membeli-belah kami.
Bolehkah saya menyewakan unit kepada
penyewa yang kurang bermutu untuk
mencapai sasaran saya?
J
Tidak. Tujuan sasaran anda adalah untuk
memastikan pusat kami dihuni oleh pelbagai
penyewa yang berkualiti. Penyewa berkualiti
rendah akan memberi manfaat kepada anda
tetapi tidak dalam perniagaan atau kepada
pelanggan kami.
• Dasar Percanggahan Kepentingan
• Pengurus anda
• Pengarah Undang-undang Tempatan
r
Tende
en
Docum
54
55
Urusan Orang Dalam
& Penyalahgunaan Pasaran
Mengapa ini penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Sebagai sebahagian daripada kerja anda, anda
mungkin mendapat tahu tentang “maklumat
dalaman” yang penting tentang Tesco atau syarikat
yang menjalankan perniagaan dengan kita.
• Anda biasanya boleh berurusan dalam sekuriti
Tesco dan sekuriti syarikat lain
Penggunaan maklumat dalaman untuk manfaat
anda sendiri atau bagi pihak orang lain melanggar
undang-undang dan dasar syarikat. Ini termasuk
menjual atau membeli saham atau sekuriti lain
seperti bon yang disenaraikan berdasarkan maklumat
dalaman, yang dikenali sebagai “urusan orang
dalam” dan merupakan kesalahan jenayah yang
serius. Perkongsian maklumat dalaman dengan
mana-mana orang juga mungkin satu kesalahan jika
mereka mungkin menggunakannya untuk membuat
keputusan perdagangan.
Kita semua bertanggungjawab mengetahui dan
mematuhi undang-undang dan dasar dalaman kita.
Peraturan ini dikenakan meskipun selepas anda tidak
lagi bekerja dengan Tesco.
BUSINESS PERFORMAN
C
BUSINESS
PLAN
E
Soalan
& Jawapan
S
Apakah “maklumat dalaman”?
J
Maklumat dalaman adalah maklumat tentang
syarikat yang tidak diketahui oleh orang ramai
dan dianggap penting oleh pelabur semasa
mempertimbangkan sama ada untuk membeli,
menjual atau memegang saham atau sekuriti
lain.
• Anda tidak boleh mendedahkan maklumat sulit
kepada orang lain kecuali anda dibenarkan
berbuat demikian.
• Anda tidak boleh berurusan dengan sekuriti
mana-mana syarikat jika anda memiliki
maklumat dalaman mengenai syarikat tersebut.
Contohnya, anda tidak dibenarkan menjual atau
membeli saham Tesco jika anda mendapat tahu
tentang maklumat di tempat kerja yang boleh
menjadikan harga saham Tesco meningkat atau
menurun apabila maklumat tersebut diketahui
ramai.
• Apabila pekerjaan anda menghendaki anda
memiliki maklumat dalaman, anda akan
dimasukkan ke dalam Senarai Orang Dalam dan
dimaklumkan oleh Setiausaha Syarikat. Anda
kemudian perlu mematuhi Kod Urusan Saham
Tesco PLC dan anda mungkin perlu mendapatkan
kebenaran sebelum anda atau orang yang
mempunyai kaitan dengan anda boleh berurusan
dengan sekuriti Tesco. Anda juga akan dilarang
daripada berurusan dengan sekuriti Tesco
semasa “close periods” yang dikenakan sebelum
pengumuman keputusan syarikat, iaitu tarikh
yang akan dimaklumkan kepada rakan sekerja
terdahulu.
S
J
S
J
Di manakah saya boleh mendapatkan
maklumat lanjut tentang dagangan orang
dalam?
Baca Tata Urusan Saham dan Nota Taklimat
Orang Dalam kita. Maklumat lebih terperinci
tentang pengurusan dan pendedahan maklumat
dalaman boleh didapati dalam Manual
Pendedahan Tesco PLC.
Saya mendengar Tesco akan memberikan
kontrak yang besar kepada syarikat pembekal
yang sahamnya didagang secara awam.
Bolehkah saya membeli saham pembekal
ini sebelum kontrak ditandatangani dan
diumumkan kepada orang ramai?
Tidak. Membeli atau menjual saham dalam
Tesco atau mana-mana syarikat lain berdasarkan
maklumat orang dalam dianggap urusan orang
dalam dan menyalahi undang-undang.
• Anda tidak boleh melakukan penyalahgunaan
pasaran dengan menyebarkan maklumat palsu
atau melakukan aktiviti lain yang bertujuan
memanipulasi harga sekuriti sesebuah syarikat.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Bolehkah saya menggalakkan rakan saya
membeli saham dalam syarikat pembekal
tersebut?
J
Tidak. Ini dikenali sebagai “tipping”. Anda
tidak dibenarkan memberikan maklumat
dalaman kepada mana-mana orang lain atau
menggalakkan orang lain berurusan atas dasar
maklumat tersebut, meskipun jika anda tidak
mendapat manfaat daripadanya.
S
Saya bimbang bahawa beberapa angka
dalam akaun setengah tahun kami telah
salah pengiraannya. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J
Menyediakan data yang tidak betul kepada
bursa saham adalah satu kebimbangan yang
serius. Anda perlu segera bercakap dengan
Pengarah Kewangan atau Perundangan anda
atau hubungi Talian Pelindung.
S
Saya telah dimasukkan ke dalam Senarai
Orang Dalam Tesco PLC dan saya ingin
membeli saham Tesco. Syarikat bukan dalam
‘close period’ jadi bolehkah saya meneruskan
dagangan saham?
J
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak Tata
Urusan Saham Tesco PLC kerana anda mungkin
sebelum itu perlu mendapatkan kebenaran
untuk berdagang. Anda juga mungkin
memerlukan kebenaran sebelum ahli keluarga
terdekat atau isi rumah anda boleh membeli
atau menjual saham Tesco.
•
•
•
•
•
Tata Urusan Saham Tesco PLC
Manual Pendedahan Tesco PLC
Jabatan Setiausaha Syarikat
Jabatan Perhubungan Pelabur
Pengarah Undang-undang Tempatan
atau Kumpulan
56
57
Penglibatan Dalam
Aktiviti Politik
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Sebagai sebahagian daripada perniagaan kita,
kita berinteraksi dengan kerajaan, pengawal selia,
kumpulan kepentingan awam, persatuan industri dan
badan lain yang serupa di seluruh dunia.
• Sentiasa berunding dengan pasukan Hal Ehwal
Korporat anda jika anda menerima sebarang
surat-menyurat atau permintaan untuk maklumat
daripada jabatan kerajaan, ahli politik atau
kumpulan tindakan politik.
Kita mengambil langkah ini untuk memaklumkan
mereka tentang pendirian kita tentang isu-isu
yang menjejaskan pelanggan dan kakitangan
kita. Maklumat ini kita sediakan sama ada secara
terus atau melalui dasar atau keahlian kita dalam
organisasi perdagangan. Keahlian ini membantu
menambah pemahaman kita tentang isu-isu dan
membolehkan kita melibatkan diri secara bermakna
dalam perdebatan dasar dan kawal selia yang
berkenaan.
Kita sentiasa memastikan bahawa kita mematuhi
semua undang-undang yang mengawal interaksi
politik. Sebagai sebuah perniagaan, kita neutral
dari segi politik. Kita tidak mempunyai sebarang
hubungan dengan parti politik dan kita tidak
membuat sumbangan politik.
• Sebarang permintaan bagi sumbangan politik,
termasuk penajaan acara yang dianjurkan
oleh ahli politik atau parti politik, hendaklah
dimajukan kepada pasukan Hal Ehwal Korporat
dan Undang-undang di negara anda untuk
diselesaikan.
• Berhati-hati apabila memberikan hadiah
atau keraian kepada mana-mana pegawai
awam. Dasar Hadiah & Keraian Kumpulan kita
memberikan panduan lanjut.
• Anda bebas untuk melibatkan diri dalam proses
demokrasi – masyarakat menjadi lebih teguh
apabila mereka yang tinggal dan bekerja dalam
masyarakat tersebut saling bekerjasama untuk
memajukannya. Tetapi sentiasa nyatakan dengan
jelas bahawa anda bertindak bagi pihak diri anda
sendiri dan bukan untuk Tesco.
• Sebarang aktiviti politik hendaklah dilakukan
sewaktu masa lapang anda dan tidak boleh
menjejaskan kerja. Dan pendapat anda
tidak harus mempengaruhi bagaimana anda
berkelakuan terhadap pelanggan, rakan sekerja
atau orang lain.
Soalan
& Jawapan
S
Bolehkah saya memberikan sumbangan
politik bagi pihak Tesco?
J
Tidak. Kita tidak memberikan sumbangan
kepada parti atau calon politik.
S
Bolehkah Tesco menaja acara amal Menteri?
J
Anda harus membincangkan permintaan
sedemikian dengan pasukan Undang-undang
dan Hal Ehwal Korporat anda, meskipun jika
acara tersebut adalah berunsur amal dan bukan
politik. Anda perlu memastikan penajaan
acara ini tidak membangkitkan isu rasuah atau
masalah lain terhadap reputasi kita dan tidak
berat sebelah. Ingat bahawa Tesco adalah
sebuah organisasi yang neutral politik.
S
Saya bekerja di bahagian Hartanah.
Bolehkah saya berbincang dengan Menteri
Perancangan tentang isu yang menjejaskan
Tesco?
J
Anda perlu berbincang dengan pasukan Hal
Ehwal Korporat anda sebelum berinteraksi
dengan pegawai kerajaan dan sama-sama
menyetujui sebarang rancangan interaksi. Jika
pegawai mendengar tentang sesuatu isu secara
terus daripada pakar di Tesco, ini sering kali
dapat membantu.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Bolehkah saya mengambil cuti kerja untuk
membantu kempen calon tempatan untuk
kerusi di Parlimen?
J
Anda perlu berbincang mengenai permintaan
ini dengan Pengurus Sumber Manusia tempatan
anda yang akan menerangkan proses untuk
mengambil cuti tanpa gaji dari kerja. Apa jua
keputusannya, anda mesti memastikan bahawa
kepercayaan politik anda tidak mengganggu
kerja anda untuk Tesco.
S
Datuk Bandar telah meminta untuk bertemu
pengurus stor kami untuk menyuarakan
kebimbangan mengenai penjualan arak.
Apakah yang perlu saya lakukan?
J
Dalam usaha untuk menjadi sebahagian
daripada masyarakat, adalah penting untuk
kita responsif kepada kebimbangan pegawaipegawai tempatan yang dipilih. Anda perlu
berbincang cadangan tersebut dengan pasukan
Hal Ehwal Korporat dan mendapat persetujuan
untuk cara terbaik bertemu Datuk Bandar dan
mendengar kebimbangan beliau.
S
Seorang ahli politik tempatan telah ditanya
sama ada beliau boleh melawat stor saya
minggu depan. Bolehkah saya bersetuju?
J
Sentiasa berunding dengan rakan sekerja
di bahagian hal ehwal korporat sebelum
bersetuju untuk lawatan rasmi oleh ahli politik.
Kita perlu memahami tujuan dan konteks
sebarang lawatan yang dicadangkan sebelum
memberikan maklum balas.
•
•
•
•
Pengarah Hal Ehwal Korporat Tempatan
Dasar Anti-Rasuah
Dasar Hadiah & Keraian
Pengarah Undang-undang Tempatan
58
59
Perakaunan Tepat &
Pengubahan Wang Haram
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Demi memenuhi kewajipan kita kepada pasaran
saham dan pemegang saham, semua maklumat
kewangan kita hendaklah dilaporkan dengan tepat
dalam akaun syarikat. Ini bererti data pendapatan
dan kos hendaklah sentiasa direkodkan dengan betul
dan tepat pada masanya.
• Jika anda terlibat dalam langkah merekodkan
pendapatan atau kos, pastikan anda mengetahui
tentang Dasar Perakaunan Kumpulan Tesco dan
bagaimana dasar ini dikenakan terhadap jawatan
anda.
Di kaunter juruwang, di pejabat wang tunai dan
dalam fungsi ibu pejabat kita, kita semua hendaklah
memastikan bahawa kita jujur dan bertindak dengan
penuh berwibawa semasa merekodkan maklumat
kewangan dan bukan kewangan. Peraturan pelaporan
kewangan tempatan dan antarabangsa makin ketat
dan hendaklah dipatuhi, bersama-sama dengan
dasar pelaporan dalaman kita.
Dan kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap
risiko penjenayah cuba menggunakan perniagaan
kita, termasuk Tesco Bank, untuk memindahkan
dana yang diperolehi daripada aktiviti jenayah ke
dalam sistem kewangan yang sah. Ini lazimnya
dikenali sebagai pengubahan wang haram dan wujud
hukuman serius bagi syarikat dan individu yang
terlibat dalam pengubahan wang haram atau jenayah
kewangan lain.
Soalan
& Jawapan
S
J
• Hanya serahkan maklumat kewangan yang
tepat dan berkaitan dengan tempoh pelaporan
kewangan yang betul.
• Simpan rekod yang sesuai, termasuk invois
dan resit, untuk menyokong semua maklumat
kewangan.
• Ketahui, dan patuhi, dasar perjalanan dan
perbelanjaan kita dan pastikan ahli-ahli pasukan
anda juga berbuat demikian.
• Bekerjasama dengan rapat dengan pasukan
kewangan di negara anda dan minta panduan
jika anda tidak pasti bagaimana untuk
merekodkan pendapatan atau perbelanjaan.
• Bekerjasama dengan juruaudit dalaman dan
luaran kita, dan berikan maklumat dan dokumen
yang mereka perlukan untuk mengaudit akaun
kita.
S
J
Saya mengambil alih tugas rakan sekerja saya
yang biasanya merekodkan sisa bagi gudang
kita. Saya perhatikan bahawa angka yang
saya rekodkan adalah lebih rendah daripada
biasa. Adakah ini menimbulkan masalah?
S
Terdapat pelbagai sebab mengapa nilai sisa
mungkin berbeza. Jika anda bimbang bahawa
data tidak direkodkan sejajar dengan dasar dan
proses kita, bincangkan dengan pengurus anda
terlebih dahulu atau hubungi Talian Pelindung.
Saya perhatikan beberapa transaksi yang
lebih besar daripada biasa yang dilakukan
dalam akaun Tesco bank pelanggan.
Haruskah saya melaporkan perkara ini?
Sebarang aktiviti yang anda syaki mungkin
dikaitkan dengan pengubahan wang haram
perlu dilaporkan dengan serta-merta. Terdapat
akibat yang serius jika gagal melaporkan
kebimbangan tentang pengubahan wang
haram.
Saya mengendalikan promosi dalam
Period 8 dan pembekal telah menyediakan
pembiayaan sebanyak £1 juta. Bolehkah
saya mencatat pendapatan ini dalam tempoh
sebelum itu kerana promosi pasti akan
dijalankan? Berbincanglah dengan Pengurus
Kewangan untuk maklumat lanjut.
J
Tidak. Menurut kelaziman amalan perakaunan,
pendapatan hendaklah direkodkan dalam
tempoh kewangan apabila aktiviti tersebut
dijalankan. Aktiviti ini hendaklah dicatat dalam
P8 sahaja.
S
Saya akan menghadiri mesyuarat sepanjang
hari di luar pejabat minggu depan. Bolehkah
saya menuntut perbelanjaan bagi makanan
saya sepanjang hari tersebut?
J
Anda harus meneliti dasar perbelanjaan di
negara anda, yang akan menjelaskan apakah
perbelanjaan harian yang boleh anda tuntut.
Simpan resit bagi semua perbelanjaan kerana
• Laporkan kepada pengurus anda, Pengarah
Pencegahan Kerugian dan Keselamatan,
Pengarah Kewangan atau Talian Pelindung sulit di
negara anda jika anda mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa rekod yang tidak tepat atau
palsu disimpan oleh pekerja lain atau bahawa
mereka telah melesapkan dana.
• Jika anda terlibat untuk mengendalikan deposit
pelanggan, pastikan anda menyempurnakan
latihan untuk menambahkan kesedaran tentang
Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
ACCONTS
ACCONTS
ACCONTS
• Laporkan semua perasaan syak dengan
menghantar Laporan Mengesyaki Pengubahan
Wang Haram kepada Operasi Jenayah Kewangan
Tesco Bank.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
Dasar Perakaunan Kumpulan Tesco
Dasar perjalanan dan perbelanjaan
Dasar Penipuan Tesco
Pengarah Undang-undang atau
Kewangan Tempatan
• Ketua Pencegahan Kehilangan & Keselamatan
• Dasar Anti Pengubahan Wang Haram
60
61
Menyimpan maklumat kita
dengan selamat
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Dalam dunia yang mempunyai pelbagai saluran
dan saling berhubung, maklumat menjadi kunci
kejayaan kita. Dan keupayaan untuk berkongsi
maklumat dengan pantas dan sulit membolehkan
kita memastikan produk dihantar ke stor tepat pada
masanya, menganalisis dan memberi gerak balas
terhadap data penjualan dan memberikan maklumat
yang dikemas kini kepada pelanggan tentang
penghantaran mereka.
Menggunakan peralatan dan kemudahan IT
Kita perlu menggunakan maklumat dengan hati-hati
dan jangan kehilangan atau menyalahgunakannya
kerana maklumat Tesco mungkin benar-benar
berharga buat penjenayah dan penipu. Semua rakan
sekerja bertanggungjawab memahami bagaimana
untuk menggunakan peranti Tesco dan maklumat
Tesco dengan tepat dan selamat, termasuk semasa
mengakses maklumat melalui peranti peribadi atau
apabila dihubungkan kepada rangkaian wi-fi awam.
• Jangan mengakses bahan yang tidak sesuai
menggunakan IT atau peralatan syarikat atau
semasa anda di tempat kerja
Soalan
& Jawapan
S
Saya menerima e-mel termasuk pautan yang
saya percaya mungkin mengandungi virus.
Apakah yang harus saya lakukan? Apakah
yang harus saya buat jika saya tidak sengaja
menekan pautan tersebut?
J
Anda seharusnya hanya membuka e-mel
daripada sumber yang dikenali dan jangan
menekan pautan atau membuka lampiran
yang tidak anda ketahui atau yang nampaknya
mencurigakan. Jika anda percaya komputer
anda telah dijangkiti virus, anda hendaklah
menghubungi Pasukan Keselamatan Maklumat
di negara anda.
• Sentiasa rahsiakan kata laluan anda dan jangan
kongsi dengan rakan sekerja atau orang lain
• Kunci skrin anda dan sebarang peranti tablet
apabila anda meninggalkan meja anda
• Simpan peralatan mudah alih anda dengan
selamat dan sentiasa berhati-hati di tempat
awam
• Jangan dedahkan maklumat kecuali jika sesuai
dan selamat berbuat demikian
S
• Jangan gunakan laman web perkongsian fail
awam. Jika anda perlu untuk berkongsi fail
dengan pihak luar, sentiasa menggunakan
kemudahan Tesco SFTP yang selamat
Menyimpan maklumat dengan selamat
• Sentiasa gunakan kata laluan yang kukuh: cari
frasa yang mudah diingat dan gunakan frasa ini
untuk membina kata laluan anda. Kata laluan
melindungi dokumen yang benar-benar sulit
• Jangan terpedaya untuk menyerahkan maklumat
penting seperti kata laluan, PIN atau butiran bank
• Simpan maklumat dengan teratur, agar mudah
dikenal pasti dan senang diakses
J
Saya menerima panggilan daripada
seseorang yang mendakwa dia adalah
rakan sekerja yang bekerja dari rumah. Dia
meminta saya menghantar beberapa fail ke
alamat e-mel yang bukan alamat e-mel kerja.
Bolehkah saya berbuat demikian?
S
Sewaktu saya tergesa-gesa untuk pulang
saya tertinggal komputer riba saya di dalam
kereta api dan komputer tersebut kini hilang.
Apakah yang harus saya lakukan?
J
Anda harus melaporkan kehilangan tersebut
dengan serta-merta kepada pengurus anda dan
hubungi bahagian Keselamatan Maklumat.
S
Bagaimanakah saya harus melupuskan
maklumat sulit atau maklumat perniagaan
sensitif?
J
Masukkan ke dalam mesin pencincang atau
tempatkan ke dalam beg/tong sampah sulit.
S
Pengurus kedai saya cuti sakit dan saya perlu
untuk mengakses e-mel penting dihantar
ke akaun beliau. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J
Jika anda bimbang anda tidak boleh mengakses
maklumat penting ketika ketiadaan pengurus
anda, hubungi bahagian Keselamatan Maklumat
untuk meminta nasihat.
Tidak. Anda sama sekali tidak boleh menghantar
sebarang maklumat kepada alamat e-mel luar
kerana mungkin tidak selamat. Maklumat kita
amat berharga dan anda harus sentiasa berjagajaga dan berfikir sebelum menghantar maklumat
untuk mengelakkannya dicuri atau didedahkan
kepada orang yang tidak dibenarkan. Apabila
menghantar data yang sensitif, anda perlu
pastikan fail tersebut dilindungi dengan kata
laluan.
• Ketahui dan hormati sebarang keperluan tentang
menyimpan atau memadamkan maklumat
• Jangan gunakan akaun e-mel peribadi untuk
urusan kerja
• Uruskan data sensitif dengan hati-hati,
lindunginya dan lupuskannya dengan selamat
• Bersuara dengan serta-merta jika anda
mengesyaki Keselamatan Maklumat telah
dilanggar, menggunakan Dasar Pelanggaran
Keselamatan Data
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
•
•
•
•
Dasar Keselamatan Maklumat
Dasar Perlindungan Data
Dasar Pelanggaran Keselamatan Data
Pengarah Pencegahan dan Keselamatan
kerugian Tempatan
• Pengarah IT Tempatan
• Pengarah Keselamatan Maklumat Tempatan
62
63
Media Sosial
& Komunikasi Luar
Mengapa Ini Penting?
Apakah Maknanya Kepada Saya? Sebagai peruncit global berbilang saluran, kita
menggalakkan pelbagai kelebihan dan peluang
yang terbuka ekoran penggunaan internet untuk
perniagaan kita. Penggunaan rangkaian sosial dan
masyarakat dalam talian banyak memanfaatkan
kita sebagai individu dan perniagaan untuk
memaklumkan apa yang kita lakukan, sama ada
kepada rakan sekerja, pelanggan atau pemegang
kepentingan lain.
Jika anda wewakili Tesco dalam acara luar atau jika
anda berkomunikasi di media sosial sebagai rakan
sekerja Tesco, anda hendaklah sentiasa memastikan
bahawa cara anda berkelakuan hendaklah dengan
hormat dan mencerminkan Nilai kita. Gunakan
pertimbangan wajar dan akal pada semua masa dan
jangan sama sekali membuat catatan atau memuat
naik komen, imej atau pautan yang tidak tepat atau
menyinggung.
Berita mengenai Tesco tersebar dengan pantas dan
pihak media dan pesaing kita sering kali melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tentang
kita. Jika maklumat yang salah atau tidak tepat
diketahui umum dalam apa cara sekalipun, ini
boleh mengancam reputasi kita, daya saing kita dan
kepercayaan pelanggan terhadap kita.
Garis Panduan Media Sosial kita membentangkan
pendekatan kita mengenai komunikasi atas talian
dan dirumus berdasarkan empat bidang utama
14.46
Connect
Claire
ccess!
What a su ork!
w
m
Great tea
#sucess
rk
o
w
#team
ters
48 charac
S TAT U S
U P D AT E
1.
Sejati – Hayati Nilai perniagaan kita dan jadilah
insan sejati. Kenal pasti diri anda sebagai rakan sekerja Tesco dan sila nyatakan bahawa ‘Semua pendapat adalah pendapat peribadi saya’ dalam profil anda. Jangan gunakan nama samaran atau memperdayakan orang tentang kaitan anda dengan syarikat
2.
Berjaga-jaga – Ingat bahawa semua yang anda letakkan di internet menjadi maklumat awam dan sedari bahawa pihak media dan pesaing sentiasa memerhati
3.
Fikir – Amalkan sikap bertanggungjawab dengan kandungan yang anda kongsi. Pastikan post anda tepat, tidak memperdaya atau merosakkan dan hati-hati untuk tidak mendedahkan
maklumat syarikat yang sulit
4.
Akui – Hormati hak cipta dan berikan
penghargaan di mana perlu. Jangan post teks, imej atau video yang dihasilkan oleh orang lain tanpa menamakan mereka.
Anda boleh menonton video dan membaca garis
panduan media sosial dengan lengkap di OurTesco:
www.ourtesco.com/socialguidelines.
Soalan
& Jawapan
S
Saya melihat contoh seorang rakan sekerja
membuat kenyataan yang tidak senonoh
di media sosial – apakah yang patut saya
lakukan?
J
Semak apa yang anda lihat terhadap Garis
Panduan Media Sosial. Sama seperti di dunia
sebenar, komen yang dibuat dalam dunia maya
seharusnya mencerminkan Nilai kita. Jika anda
masih bimbang, sila hubungi pengurus anda
atau hubungi pasukan Hal Ehwal Korporat di
negara anda.
S
A
Saya melihat banyak artikel, tweet dan
kenyataan di Facebook yang menarik tentang
Tesco. Bolehkah saya meletakkannya di
dalam talian atau menghantarnya kepada
rakan dan keluarga?
Ya, tetapi fikirkan dahulu sama ada maklumat
yang anda gunakan sesuai dikongsi atau
bertujuan untuk penggunaan dalaman sahaja.
Hanya kongsi maklumat yang dihasilkan untuk
penggunaan awam.
Di mana saya
boleh mendapatkan
maklumat lanjut?
S
Rakan sekerja saya mencadangkan kita
meraikan kejayaan pasukan di Yammer dan
Twitter. Adakah ini OK?
J
Ya, kejayaan memang patut diraikan! Tetapi
sebelum itu, pastikan apa yang anda kongsi
adalah tepat dan pertimbangkan bagaimana
kandungan ini akan ditafsirkan oleh orang lain.
S
Akhbar tempatan baru sahaja dipanggil
kerana mereka mahu menjalankan satu
artikel mengenai kesan daripada lesen
alkohol baru kami. Adakah OK untuk
bercakap dengan mereka?
J
Tidak. Anda perlu merujuk mereka kepada
Pejabat Media terlebih dahulu dan bersetuju
siapa yang perlu bercakap dengan akhbar
tempatan.
S
Saya telah diminta untuk bercakap secara
terbuka mengenai Tesco. Adakah OK untuk
saya menerima jemputan itu?
J
Anda perlu menghubungi pasukan Hal Ehwal
Korporat dan berbincang dengan mereka
mengenai jemputan tersebut. Mereka akan
dapat menasihati anda tentang berkomunikasi
apa yang penting kepada penonton anda dan
mengelakkan sebarang risiko reputasi.
• Garis Panduan Media Sosial
• Pasukan Hal Ehwal Korporat Tempatan
• Pasukan Media Tempatan
64
65
Butir-butir hubungan
penting di seluruh Kumpulan
Negara
Alamat e-mel
Nombor telefon
UK
[email protected]
0800 374199
Ireland
[email protected]
1800 567014
Poland
[email protected]
0800 255 290
Republik Czech
[email protected]
800 114 477
Slovakia
[email protected]
0800 114 477
Hungary
[email protected]
06 2082 71111
Turki
[email protected]
0800 415 4409
India (Star Bazaar)
India (HSC)
[email protected]
[email protected]
022 6585 0020
080 0440 1286
Thailand
[email protected]
02 797 9727
Malaysia
[email protected]
1800 806524
Korea Selatan
[email protected]
080 3459 112
Hong Kong
[email protected]
2312 0938
Orang hubungan lain
yang berguna
Contact
Alamat e-mel
Code of Business Conduct
[email protected]
Group Legal
[email protected]
Competition Law
[email protected]
Corporate Investigations
[email protected]
Information Security
[email protected]
Ethical Trading
[email protected]
GSCOP
[email protected]
Group People Safety
[email protected]
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
[email protected]