NLD RAYA2016-Entry form online

Transcription

NLD RAYA2016-Entry form online
www.nestle.com.my
Produk-produk NESTLÉ
(Tarikh luput 2016 dan ke atas)
®
1. Beli sebarang minuman pek UHT/tin atau botol MILO® dan/atau
NESCAFÉ® yang mengambil bahagian sebagai Bukti Pembelian.
2. Tarikh luput Bukti Pembelian anda mesti dalam tahun 2016
dan ke atas.
3. Jawab 3 soalan dengan menandakan (√) pada jawapan yang betul di
dalam kotak yang telah disediakan.
4. Lengkapkan borang penyertaan ini, sertakan 1 bukti pembelian dalam
1 sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke
alamat berikut:
PERADUAN NESTLÉ® RAYA VAGANZA
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tandakan (√) pada jawapan yang betul kepada 3 soalan di bawah.
1. Peraduan ini dinamakan PERADUAN NESTLÉ®
RAYA VAGANZA. Betul atau Salah?
2. Terdapat 4 buah Hadiah Utama kereta Myvi 1.3
Standard G untuk dimenangi dalam Peraduan ini.
Betul atau Salah?
3. Tempoh peraduan ini dari 8 Mei hingga 2 Julai 2016.
Betul atau Salah?
BETUL SALAH
JADUAL BUKTI PEMBELIAN
Cara-cara Penyataan:
MILO® pek UHT 125ml
MILO® pek UHT 200ml
MILO® pek UHT 1L
MILO® Nutri G 190ml
MILO® Original Tin 240ml
MILO® Hi-Cal Tin 240ml
MILO® Mocha Tin 240ml
NESCAFÉ® Kopi Ais Tin 300ml
NESCAFÉ® Ipoh White Coffee Tin 240ml
NESCAFÉ® Creamy Roast Tin 240ml
NESCAFÉ® Kopi Original Tin 240ml
NESCAFÉ® Kopi Latte Tin 240ml
NESCAFÉ® Kopi Mocha Tin 240ml
NESCAFÉ® Kopi O Tin 240ml
NESCAFÉ® pek UHT 200ml
NESCAFÉ® Smoovlatté 190ml
Bil. Nombor Bersiri
x4
x2
x1
x2
1
1
2
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
Penutup Sentap
Penutup Botol
Bahagian Atas
Pembungkusan
Nota: MILO® UHT 1L Cecair Pekat tidak mengambil bahagian dalam peraduan ini. *Nombor bersiri akan dicapkan di atas
setiap borang penyertaan layak yang diterima berdasarkan Bukti Pembelian yang disertakan. Contoh: 1 borang penyertaan
layak bersama 4 Bahagian Atas Pembungkusan MILO® UHT 125ml =1 nombor bersiri =1 peluang kemenangan.
Lengkapkan butir diri anda:
Nama seperti dalam MyKad (En/Puan/Cik):
No MyKad:
Alamat Kediaman :
Bandar :
Poskod :
Telefon Rumah :
E-mel
Telefon Bimbit :
Telefon Pejabat :
Syarat & Peraturan Peraduan:
Bukti Pembelian
Bahagian Atas Pembungkusan
Bahagian Atas Pembungkusan
Bahagian Atas Pembungkusan
Penutup botol x 2
Penutup sentap MILO x 2
Penutup sentap MILO x 2
Penutup sentap MILO x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Penutup sentap NES x 2
Bahagian Atas Pembungkusan
Penutup botol x 2
:
Adakah anda berminat untuk menerima informasi pemasaran serta
promosi dari pihak Penganjur mengenai produk, perkhidmatan dan
acara kami yang akan datang?
YA
TIDAK
Penganjur & Kelayakan: 1. PERADUAN NESTLÉ RAYA VAGANZA [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 08/05/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. 2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai
Peraduan ini: [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau [b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan
berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]. 3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan. Tempoh: 1. Peraduan
akan diadakan dari 08/05/2016 hingga 02/07/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak atas budi bicaranya yang mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kriteria
Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan: 1. Setiap pembelian mana-mana produk Sedia Untuk Diminum NESTLÉ turut serta sepanjang Tempoh Peraduan akan melayakkan Peserta untuk menyertai Peraduan. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] untuk pembungkusan produk yang dikehendaki sebagai bukti pembelian
untuk menyertai Peraduan [“BP”]. 2. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki, dan menjawab dengan betul tiga [3] soalan Betul atau Salah yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul
surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju
dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur. 3. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan
salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima. 4. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP
dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”]. Hadiah: 1. Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] peringkat. 2. Peringkat 1 – Hadiah Harian: Terdapat lima [5] Hadiah Harian untuk lima puluh enam
[56] hari berturut-turut. Sejumlah dua ratus lapan puluh [280] Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. 3. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap hari akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lima [5] untuk mendapatkan nombor bersiri
kemenangan bagi Hadiah Harian setiap hari. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi hari tersebut berjumlah 887,
maka 887 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.4, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Lima [5] Peserta bagi hari yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan 885 akan menjadi pemenang Hadiah Harian. 4.Setiap seorang Pemenang
Hadiah Harian yang terpilih akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia Empat Ratus [RM400]. 5. Peserta boleh menang hanya satu [1] Hadiah Harian setiap hari dan maksimum dua [2] Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan
diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Harian tersebut. 6. Peringkat 2 – Hadiah Utama: Terdapat satu [1] Hadiah Utama untuk setiap dua [2] minggu berturut-turut. Sejumlah empat [4] Hadiah Utama disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan seperti berikut: Minggu 1 & 2: 08/05 – 21/05/2016, Minggu 3 & 4: 22/05 – 04/06/2016,
Minggu 5 & 6: 05/06 – 18/06/2016, Minggu 7 & 8: 19/06 – 02/07/2016 7. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap dua [2] minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama setiap tempoh dua
[2] minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi dua [2] minggu tersebut ialah 21689, maka 21689 akan dibahagikan
dengan 2, yang bersamaan dengan 10844.5, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 10844. Peserta bagi dua [2] minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri 10844 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama. 8. Pemenang Hadiah Utama yang terpilih masing-masing akan memenangi sebuah PERODUA MYVI 1.3 Standard G
[Automatik] diatas jalan bernilai Ringgit Malaysia Empat puluh empat ribu dua ratus enam puluh dua dan lima belas sen [RM44,262.15]. Harga yang ditunjukkan adalah mengikut harga yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan betul pada masa percetakan. 9. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama sepanjang tempoh
peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor siri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut. Liabiliti & Tanggungjawab: 1. Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima
atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my]. 2.
Penggunaan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga akan tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga. Penganjur tidak menanggung liabiliti dalam apa jua hal berkaitan hadiah yang disediakan oleh pihak ketiga. Penganjur tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap tindakan atau kegagalan bertindak oleh pihak ketiga. 3. Pemenang
dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti. 4. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya. Hak Penganjur: 1. Penganjur
berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu. 2.Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya,
menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian
atau sepenuhnya. 3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk
tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain
yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut. Perlindungan Data: 1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju agar Penganjur memproses data peribadi Peserta yang dinyatakan dalam borang penyertaan untuk tujuan
Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan Halaman Peminat dan Laman Web. Penganjur juga boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan menghantar kepada anda maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi, bahan dan/atau dokumen tentang produk dan/atau perkhidmatan Penganjur melainkan anda
menyatakan sebaliknya dalam borang penyertaan Peraduan. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan data peribadi Peserta untuk memproses penyertaan Peserta dalam Peraduan, yang tanpanya Penganjur tidak akan dapat memproses permohonan Peserta. 2. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk
memproses butir-butir peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini. 3. Di bawah
undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: [a]. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di [email protected] dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan. [b]. hak untuk mendapatkan
salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini]. [c]. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur. 4. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan
Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di [email protected]. 5. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian
bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. 6. Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my/info/privacy_policy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan
http://nestle.com.my/info/privacy_policy (untuk versi Bahasa Inggeris). Terma & Syarat: 1. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar. 2. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud ketidakseragaman
antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai. 3. Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung
dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat. 4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada
Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.