Terjemahan Rumi Pisang Kelat Digonggong Helang Jatuh Ke

Transcription

Terjemahan Rumi Pisang Kelat Digonggong Helang Jatuh Ke
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
‫ڤيسڠ كالت دڬوڠڬوڠ ھيالڠ‬
‫جاتوه ك لوبوق ايندراڬيري‬
‫كاالو برداڬڠ ك تمڤت اورڠ‬
‫باءيق ممباوا ديري‬-‫باءيق‬
Terjemahan Rumi
Pisang Kelat Digonggong Helang
Jatuh Ke Lubuk Inderagiri
Kalau Berdagang Ke Tempat Orang
Baik-baik Membawa Diri
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
PERJANJIAN DEMANG LEBAR DAUN DAN SANG SAPURBA:
Pecahan kod...
Raja Melayu Berdaulat
= Sang Sapurba
Rakyat Melayu Bertaat
= Demang Lebar Daun
Ilusi, Fantasi, Realiti
Shahdan tersebut sudah akan 1 kitab, maka bicaralah ia akan suatu perjanjian yang disaksikan
tuhan semesta alam, akan satu ucap lafaz kata ratusan tahun yang silam mengenai perjanjian
Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba, bahawa sungguh hanya orang-orang Melayu di
negara-negara Melayu dengan Raja-Raja Melayu sahaja lah yang mempunyai hak ke atas
antara satu sama lain, rakyat berhak kepada sultan dan rajanya, arakian sultan dan rajanya
berdaulat ke atas negara dan rakyatnya, manakala pendatang luar dari Alam Melayu ini dalam
bahasa sindirnya yakni "orang lain" tidak lah mempunyai sebarang hak langsung untuk
bercakap tentang Raja-Raja Melayu, maka shahdan jika terdetik rasa kasih dari rakyat Melayu
kepada Raja Melayunya dengan mahu menegur Raja Kesayangannya, maka sungguh ianya
adalah HAK EKSKLUSIF ORANG MELAYU DAN RAJA NYA SAHAJA.
‫باجو بارو دالم الماري‬
‫باجو دجاھيت توكڠ ڤيليھن‬
‫كاالوله ڤنداي ممباوا ديري‬
‫ك مان ڤرڬي ڤون اورڠ كاسيھن‬
Terjemahan Rumi
Baju baru dalam almari
Baju dijahit tukang pilihan
Kalaulah pandai membawa diri
Ke mana pergi pun orang kasihan
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
PERJANJIAN DEMANG LEBAR DAUN DAN SANG SAPURBA:
Pecahan kod...
Raja Melayu Berdaulat
= Sang Sapurba
Rakyat Melayu Bertaat
= Demang Lebar Daun
Secubit Kisah Manuskrip Rahsia
Maka sembah Demang Lebar Daun, maka berkatalah dia:
Adapun Tuanku segala anak cucu patik...
sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan;
hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku.
Dan jika dia berdosa,
sebesar-besar dosanya pun,
jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat,
jikalau besar dosanya dibunuh,
itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'
Maka di persetujui oleh Sang Sapurba (Raja Melayu Berdaulat) akan perjanjian itu dengan
Demang Lebar Daun (Rakyat Melayu Bertaat) yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa
Melayu tetapi Sang Sapurba (Raja Melayu Berdaulat) pula meminta 1 janji panjang dengan
Demang Lebar Daun.
Maka sembah Demang Lebar Daun, maka berkatalah dia:
Janji yang mana itu, Tuanku ?'
Maka titah Sang Sapurba,
Hendaklah pada akhir zaman kelak...
anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita,
jikalau dia zalim dan jahat pekerti sekalipun...!!!
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
PERJANJIAN DEMANG LEBAR DAUN DAN SANG SAPURBA:
Pecahan kod...
Raja Melayu Berdaulat
= Sang Sapurba
Rakyat Melayu Bertaat
= Demang Lebar Daun
Secubit Kisah Manuskrip Rahsia
Maka sembah Demang Lebar Daun:
Baiklah, Tuanku...
Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia...
maka anak cucu patik pun mengubahkanlah...
Maka titah Sang Sapurba (Raja Melayu Berdaulat):
Baiklah...
kabullah hamba akan waadat (perjanjian) ini...!!!
Maka baginda (Raja Melayu Berdaulat) pun bersumpah-sumpahan:
Barang siapa mengubah perjanjian itu...
dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah,
kaki tiangnya ke atas...!!!
HURAIAN MATRIKS:
Itu sebabnya dianugerahkan Allah Subhanahu Wa Taala pada sekalian Raja-Raja Melayu,
tiada pernah memberi aib pada segala hamba & Rakyat Melayu,
jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya,
tiada lagi diikat...
tiada lagi digantung...
tiada lagi difadihatkan dengan kata-kata yang jahat lagi keji kepada seri paduka baginda.
Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba atau seorang berbangsa Melayu,
alamatnya negerinya akan binasa.
(inilah makna perkataan DAULAT)
Syahdan...
segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah Subhanahu Wa Taala...
tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya sampailah bila-bila...
sampailah ke akhir zaman nanti...
jikalau jahat sekali pun rajanya atau aniaya sekali pun sultannya,
pasti rakyat Melayu tidak menderhaka.
(kerana itu banyak orang Melayu berubah wajahnya menjadi tenang, bahagia, kacak, jelita.)
(gambar sekadar bayangan di mata semata-mata)
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
‫اورڠ عرب‬-‫ تتاڤي اد سڬلينتير اورڠ‬.‫اورڠ عرب تيدق برچمڤور‬-‫ادڤون اورڠ‬
‫ دان اخيرڽ اداله كتورونن اورڠ عرب د‬.‫داتڠ ك لڠكاسوك ڤون اد برچمڤور جوڬ‬
‫اورڠ‬-‫اورڠ ڤرسي برچمڤور جوڬ دڠن اورڠ‬-‫ دان بڬيتو جوڬ اورڠ‬.‫لڠكاسوكا‬
.‫ماليو لڠكاسوكا‬
‫ سبب ايت ڤون برچمڤورله‬،‫ مك اداله كھوين نكاح تيدق اد د لڠكاسوكا‬،‫شھدان‬
‫ دان برناك چوچو‬.‫ دان اورڠ ماليو لڠكاسوكا‬،‫ دان اورڠ چينا‬،‫اورڠ ھيند اينديا‬
.‫ دان اورڠ ماليو د لڠكاسوك برچمڤورله كتورونن ذورية‬.‫جادي اورڠ چمڤوران‬
...‫اورڠ عرب‬-‫تياد سروڤا دڠن اورڠ‬
Terjemahan Rumi
Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi ada segelintir orang-orang Arab datang ke
Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab di
Langkasuka. Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu
Langkasuka.
Syahdan, maka adalah kahwin nikah tidak ada di Langkasuka, sebab itu pun bercampurlah
orang Hindi India, dan orang Cina, dan orang Melayu Langkasuka. Dan beranak cucu jadi
orang campuran. Dan orang Melayu di Langkasuka bercampurlah keturunan zuriat. Tiada
serupa dengan orang-orang Arab...
(semua gambar sekadar ilusi dan fantasi apakanlagi mungkin realiti di akhir zaman)
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
Titah baginda Nabi Muhammad Rasulullah:
Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit,
sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi.
( Kitab Hadis At-Thabarani )
Dari Abu Dzar menyatakan:
Titah baginda Nabi Muhammad Rasulullah:
“Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nabi Nuh.
Siapa yang menaikinya dia selamat,
dan siapa yang ketinggalan dia binasa.”
( Kitab Hadis Ahmad, )
( Kitab Hadis Al-Hakim )
( Kitab Hadis Ibnu Jarir )
( Kitab Hadis At-Tabarani )
:: Himpunan Kitab Al-Kabir ::
Sungguh Nabi Ibrahim itu penyantun & lembut hati... Lagi
suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti...
:: Surah Hud , Ayat 75 ::
“...Sungguh Nabi Ibrahim itu...
lembut hati lagi penyantun...”
:: Surah Taubah , Ayat 114 ::
“Dan ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat,
lalu Ibrahim menunaikannya.
Allah berfirman:
"Sungguh Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Ibrahim berkata: "
Dan saya mohon juga dari keturunanku".
Allah berfirman:
"Janji-Ku (ini) tidak terdapat pada orang yang zalim".
(Al-Quran , Surah Al-Baqarah, Ayat 124.)
Nota:
Sebab itu kita orang-orang Melayu di Tanah Melayu secara sendirinya adalah seorang ISLAM
yang termaktup di dalam perundangan akhir zaman yang dicaturkan itu pun masih tidak
tergugat ruh islam di dalam jasad bernama Melayu maka kerana itulah bumi ini dilanda ribuan
tuah yang tanpa hentinya dari Allah yang Maha Kaya sehingga mendatangkan kebencian
musuh dari luar dan dari dalam untuk menggugat keturunan DNA baginda Nabi Muhammad
yang telah lama berasimilasi dengan keturunan baginda dalam darah raja-raja Melayu akhir
zaman di mana selagi wujudnya bintang-bintang di langit maka selagi itulah ia menjadi
keselamatan bagi penghuni langit membawa makna bahawa selagi AHLUL BAIT masih
wujud di Semenanjung Tanah Melayu ini maka selagi itulah ia menjadi keselamatan bagi
penghuni bumi yang mereka duduki ini maka hanya kerana berASBABkan inilah bumi ini
penuh dengan rahmat tanpa apa jua mala petaka apakan bencana inikan pula gerak gempa
atau ombak setinggi gunung boleh menerpa lagikan pula semua raja kita ada kaitan dengan
baginda Ibrahim dan namanya selalu pula kita menyebut bergandingan dengan nabi kita yakni
baginda Muhammad pada setiap solat 5 waktu setiap hari maka selagi Melayu tidak
menderhaka pada sultan & rajanya, maka selagi itulah janji ini akan setia abadi sampailah
kebangkitan terakhir ISLAM dari timur yang dijanjikan melalui lidah nabi kita sendiri.
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
“Dan ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat,
lalu Ibrahim menunaikannya.
Allah berfirman:
"Sungguh Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Ibrahim berkata: "
Dan saya mohon juga dari keturunanku".
Allah berfirman:
"Janji-Ku (ini) tidak terdapat pada orang yang zalim".
(Al-Quran , Surah Al-Baqarah, Ayat 124.)
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah...
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya...
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim...
Di dalam alam ini sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Ibrahim – Hajar – Sarah – Keturah
Arab – Melayu
Akhir Zaman
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)
Jangan Derhaka Kepada Raja Melayu
TIADA MELAYU
DERHAKA PADA RAJANYA
SEHINGGA TIBA KEBANGKITAN
AKHIR ZAMAN YANG PENGHABISAN
DARI BENUA INI JUGA
Adapun orang-orang Arab tidak bercampur.
Tetapi ada segelintir orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga.
Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab di Langkasuka.
Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu Langkasuka.
Sebahagian Manuskrip Rahsia Yang Ditemui Penuh Misteri Oleh
Princess Aleeya Bersama Misi Terahsia (NYA)