temubual bersama tuan haji mohamed salleh mengenai

Transcription

temubual bersama tuan haji mohamed salleh mengenai
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED
SALLEH BIN HAJI HUSSIN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU
SEBAGAI PENGHULU SELAMA 35 TAHUN
NOOR RAIHANA MOHD ZIN 2008282638
NUR ZAFIRAH MOHAMED SALLEH 2008298746
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
SESI JANUARI – APRIL 2010
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
1
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED
SALLEH BIN HAJI HUSSIN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU
SEBAGAI PENGHULU SELAMA 35 TAHUN
NOOR RAIHANA MOHD ZIN 2008282638
NUR ZAFIRAH MOHAMED SALLEH 2008298746
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN
MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA
SHAH ALAM BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
2
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
PENGENALAN
Penghulu adalah suatu bidang kuasa yang mempunyai satu tugas atau satu
tanggungjawab yang sangat besar dan penting untuk meneraju atau membimbing masyarakat
ke arah kemajuan sesebuah masyarakat. Jawatan ini telah lama diperkenalkan oleh
masyarakat sejak zaman dahulu kala, Cuma terdapat beberapa perkara yang membezakan di
antara penghulu pada zaman dahulu atau sebelum merdeka dengan zaman selepas merdeka.
Sistem pertukaran atau perlantikan penghulu pada zaman dahulu adalah berdasarkan
keturunan yang mana jawatan penghulu akan diwarisi oleh keturunannya sahaja, dan didapati
sistem ini tidak adil kerana kadang kala penghulu yang dilantik tidak menepati sahsiah atau
tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya. Kini, sistem ini telah diperbaharui di mana
perlantikan untuk jawatan penghulu yang digunakan pada zaman sekarang adalah berdasarkan
latar belakang pendidikan. Syarat minimum untuk menjawat jawatan penghulu adalah
mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau diploma.
Seseorang penghulu perlulah mempunyai sifat-sifat yang boleh dipercayai oleh
masyarakat, jujur, amanah, mudah bergaul dan sabar. Pengalaman sebagai pemimpin juga
amatlah diperlukan kerana tanggunggjawab sebagai pemimpin ini adalah suatu kerja yang
sangat besar terhadap masyarakat.
Pada masa sekarang, terdapat pelbagai usaha seperti kursus-kursus yang dianjurkan
oleh pihak-pihak tertentu kepada penghulu-penghulu dalam melahirkan pemimpin yang lebih
professional, berilmu dan berkaliber. Usaha seperti ini adalah sangat diperlukan dalam
menjamin kemajuan sesebuah masyarakat yang berbilang kaum seperti sekarang ini.
Menjurus kepada slogan “Satu Malaysia” dengan bertemakan “Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan”, kepimpinan yang baik oleh seseorang pemimpin adalah sangat
diperlukan kerana pemimpin ini adalah asas atau nadi kepada sesebuah masyarakat. Jika
seseorang pemimpin seperti penghulu dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik,
objektif untuk mendapatkan kehidupan masyarakat yang sempurna akan tercapai.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
3
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Untuk menghargai jasa atau sebagai penghargaan kepada jawatan penghulu ini,
pelbagai bentuk cenderahati seperti pingat-pingat dan sebagainya telah diberikan kepada
mereka sebagai tanda terima kasih atau penghormatan. Antara contoh penghargaan yang
diberikan ialah PJK iaitu Pingat Jasa Kebaktian dan PPT iaitu Pingat Pekerti Terpilih. Pingat
ini biasanya diberi oleh kerajaan negeri kepada orang-orang terpilih yang mempunyai jasa
atau berperanan penting kepada masyarakat, bangsa dan negara. Terdapat pelbagai lagi jenis
pingat yang diberikan kepada orang-orang yang berkenaan bagi mengenang jasa di atas
perkhidmatan mereka.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
4
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
SINGKATAN
EDO
-
Executive District Officer
FELCRA
-
Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority
FELDA
-
Federal Land Development Authority
OKU
-
Orang Kurang Upaya
PJK
-
Pingat Jasa Kebaktian
PPT
-
Pingat Pekerti Terpilih
SAW
-
Salallahhualai Wassalam
SPM
-
Sijil Pelajaran Malaysia
STPM
-
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
5
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
ABSTRAK
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
BIN HAJI HUSSIN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI
PENGHULU SELAMA 35 TAHUN
ABSTRAK: Wawancara ini adalah sebuah wawancara sejarah lisan yang bertujuan dan
menyingkap pengalaman seorang tokoh tentang kehidupan beliau sepanjang berkhidmat
sebagai penghulu di 6 buah mukim di dalam daerah di Negeri Perak. Wawancara ini
dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 13 Mac 2010 dari jam 2.30 petang sehingga 5.00
petang bertempat di kediaman beliau beralamat nombor T1 Kampung Muhibbah Fasa 1,
31100 Sungai Siput Utara Perak. Nama tokoh ialah Tuan Haji Mohamed Salleh Bin Haji
Hussin berusia 62 tahun. Kerjaya beliau bermula sebagai seorang penghulu pada usia yang
begitu muda iaitu 20 tahun. Wawancara ini memberi fokus kepada pengalaman beliau
sebagai penghulu di 6 buah mukim. Wawancara ini dimulakan dengan menyelidik
latarbelakang beliau diikuti dengan sejarah pendidikan beliau. Seterusnya adalah mengenai
pengalaman beliau yang berkhidmat sebagai penghulu. Wawancara ini dirakamkan hampir
dua jam setengah mengikuti prosedur yang ditetapkan dengan menggunakan pita rakaman
dan dipindahkan ke dalam bentuk transkrip untuk digunakan sebagai rujukan dan
penyelidikan.
Kata Kunci:
Tuan Haji Mohamed Salleh Bin Haji Hussin, Penghulu, Mukim
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
6
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
KASET 1 BAHAGIAN A
Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan dengan Tuan Haji Mohamed Salleh
Bin Haji Hussin mengenai pengalaman beliau sebagai penghulu atau penolong pegawai
tadbir selama tiga puluh lima tahun. Rakaman ini telah dijalankan di rumah beliau di
nombor T1 Kampung Muhibbah Fasa 1, 31100 Sungai Siput Utara Perak,
pada tiga belas Mac dua ribu sepuluh (13 Mac 2010) jam dua setengah petang.
Wawancara ini dikendalikan oleh Nur Zafirah Binti Mohamed Salleh dan
Noor Raihana Binti Mohd Zin.
NZS
: Asalamualaikum tuan.
MSH : Waalaikumussalam Warahmatullahiwabarakatuh.
NZS
: Pertama sekali bilakah tuan dilahirkan?
MSH : Saya dilahirkan pada dua belas haribulan sembilan seribu sembilan ratus
empat puluh lapan (12.9.1948).
NZS
: Jadi berapakah usia tuan sekarang?
MSH : Usia sekarang mencapai umur enam puluh dua tahun.
NZS
: Adakah tuan mempunyai nama panggilan selain daripada nama betul tuan ?
MSH : Ada. Selain di nama asal, nama yang tertulis di dalam surat beranak, ada
nama panggilan di kampung iaitu Idris, nama Idris.
NZS
: Dimanakah tuan dibesarkan?
MSH : Saya dibesarkan dikampung iaitu satu kampung pedalaman di Mukim
Sayong iaitu Kampung Rambai Tujuh, Mukim Sayong Kuala Kangsar
Perak.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
7
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Apakah cita-cita tuan ketika kecil?
MSH : Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin, ataupun
menjadi seorang pendidik. Sejak kecil lagi lah.
NZS
: Siapakah nama ibu dan bapa tuan?
MSH : Bapa saya bernama Haji Hussin Bin Maarof dan ibu saya bernama Hajah
Teh Zaidah Binti Itam Abu Bakar.
NZS
: Kedua mereka berasal daripada mana?
MSH : Mereka, kedua-dua mereka berasal dari kampung yang sama iaitu
Kampung Rambai Tujuh, Kuala Kangsar.
NZS
: Bagaimana pula dengan pekerjaan mereka?
MSH : Pekerjaan sebagai seorang kampung, sebagai orang kampung, bapa saya
bekerja sebagai pekerja kampung. Begitu juga dengan ibu saya juga,
bekerja di kampung, sebagai penoreh getah dan pesawah padi.
NZS
: Sembilan termasuk tuan lah?
MSH : Termasuk saya. Saya anak yang kelima daripada sembilan adik-beradik.
NZS
: Siapakah nama isteri tuan?
MSH : Nama isteri saya Puan Hajah Kalsom Binti Haji Sarji.
NZS
: Umur beliau?
MSH : Umur beliau, berumur enam puluh tahun.
NZS
: Bagaimana pula dengan pekerjaan beliau?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
8
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Beliau sekarang telah bersara daripada pekerjaan jururawat pergigian,
Hospital Daerah Kuala Kangsar.
NZS
: Beliau berasal daripada mana ya?
MSH : Beliau berasal dari Kampung Pasir Putih, Ipoh, Perak.
NZS
: Bilakah tuan mendirikan rumahtangga dan berapa orangkah cahaya mata
yang dikurniakan kepada tuan dan isteri?
MSH : Saya telah mendirikan rumahtangga pada empat haribulan empat sembilan
belas tujuh puluh enam (4.4.1976). Dan selama menjalani hidup itu saya
telah dikurnikan enam orang cahaya mata dan salah seorang daripadanya
telah meninggal dunia semasa kecil.
NZS
: Adakah anak-anak tuan sudah berkahwin?
MSH : Daripada lima orang anak yang ada, dua daripadanya sudah berkahwin.
Dan tiga lagi belum berkahwin, satu masih bersekolah, masih belajar.
NZS
: Oh, jadi semua mereka sudah bekerja dan seorang lagi masih belajar?
MSH : Empat orang bekerja, seorang masih belajar.
NZS
: Jadi dimanakah menetap sekarang?
MSH : Sekarang, buat masa sekarang ini saya menetap di Kampung Muhibbah
Sungai Siput Utara, seperti yang diberitahu iaitu di alamat T1 Kampung
Muhibbah Fasa 1 Sungai Siput Utara.
NZS
: Baiklah, pada tahun berapakah tuan mula menjejakkan kaki ke alam
persekolahan?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
9
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan, iaitu di sekolah melayu pada
tahun sembilan belas lima puluh lima (1955), masa itu masuk darjah satu.
NZS
: Ketika itu tuan menetap di mana ya?
MSH : Dimasa itu saya menetap di kampung yang sama iaitu Kampung Rambai
Tujuh Kuala Kangsar.
NZS
: Jadi sekolah pertama tuan belajar dulu [dahulu]?
MSH : Di sekolah yang sama juga iaitu Sekolah Rambai Tujuh.
NZS
: Sekolah Kampung Rambai Tujuh?
MSH : Sekolah Kampung Rambai Tujuh.
NZS
: Jadi boleh tuan ceritakan sedikit sebanyak keadaan sekolah tuan pada ketika
itu?
MSH : Boleh. Pada masa itu, masih lagi zaman penjajahan lah sebelum merdeka.
Jadi keadaan sekolah yang saya belajar itu amat daif lagi lah. Jadi sekolah,
atap sekolah dibuat daripada atap rumbia, berlantaikan tanah dan
berdindingkan buluh. Di dalam sekolah itu dibahagikan beberapa kelas,
iaitu kelas darjah satu sampai darjah lima. Jadi keadaan sekolah amat daif,
berhampiran dengan sungai dan adakalanya, apa nama, sekolah yang
berhampiran sungai itu dinaiki oleh air banjir. Begitulah keadaan
persekitaran sekolah yang ada.
NZS
: Pengalaman tuan yang paling diingati ketika berada di sekolah rendah?
MSH : Semasa berada di sekolah rendah, satu daripada pengalaman yang tidak
boleh saya lupa iaitu apabila musim hujan sekolah berkenaan dinaiki air.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
10
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Disekelilingnya melimpah air dan tidak ada titi [jambatan] untuk pergi ke
sekolah. Jadi kanak-kanak yang nak [hendak] bersekolah, terpaksa
menunggu air banjir surut, baru boleh pergi sekolah.
NZS
: Matapelajaran apakah yang paling tuan minati ketika sekolah rendah?
MSH : Masa sekolah rendah saya meminati pelajaran Bahasa Melayu, tulisan jawi
dan juga kira-kira.
NZS
: Pada tahun berapakah pula tuan mula masuk ke sekolah menengah?
MSH : Setelah belajar lebih kurang enam tahun di sekolah rendah, saya telah
memasuki sekolah menengah mulai tahun sembilan belas enam puluh dua
(1962).
NZS
: Nama sekolah tersebut?
MSH : Sekolah yang, sekolah menengah yang berkenaan ialah Sekolah Menengah
Clifford Kuala Kangsar.
NZS
: Jadi itu sekolah menengah pertama tuan lah?
MSH : Ha [ya], sekolah menengah pertama.
NZS
: Aliran yang dipilih oleh tuan ketika di sekolah menengah?
MSH : Oleh kerana masa, masa tahun sembilan belas enam puluh dua (1962) itu,
Sekolah Menengah Clifford yang asalnya aliran Inggeris, baru memulakan
pelajaran dalam aliran Melayu. Jadi saya telah memilih aliran Melayu
sebagai, apa ni [ini], yang saya pilih lah untuk belajar iaitu sekolah
menengah aliran Melayu ataupun Malay Medium [aliran Melayu].
NZS
: Malay Medium [aliran Melayu].
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
11
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Ha [ya], Malay Medium [aliran Melayu].
NZS
: Ketika sekolah menengah, ada tak [tidak] tuan mengikuti apa-apa persatuan
atau badan beruniform?
MSH : Semasa sekolah menengah ada mengikuti badan-badan beruniform iaitu
Pasukan Kadet Tentera dan juga Persatuan Agama Islam. Selain daripada
itu, juga ada memasuki Persatuan Bahasa Melayu dan Sastera Melayu
manakala yang beruniform tadi lah, _____ kadet dan serta Kadet Tentera
dan juga Pasukan Scout [Pengakap] ataupun apa, Scout [Pengakap] lah.
NZS
: Sukan yang diminati oleh tuan ketika bersekolah dahulu?
MSH : Masa sekolah itu, saya juga berminat bermain bola dan sepak raga lah.
NZS
: Adakah pengalaman tuan semasa mengikuti aktiviti berpersatuan di sekolah
memberi impak yang positif kepada diri tuan?
MSH : Semasa bersekolah, saya selalu mengikuti aktiviti Persatuan Bahasa dan
Sastera. Dalam persatuan ini, diadakan satu daripada aktiviti ialah
pertandingan
bahas,
pertandingan pidato
dan
juga
pertandingan-
pertandingan lain daripada aliran Melayu iaitu pertandingan berpantun,
syarahan dan sebagainya.
NZS
: Jadi ianya membantu tuan ketika menjadi seorang pemimpin?
MSH : Ha [ya], jadi ini membantulah sebabnya sebagai pensyarah akhirnya saya
menjadi, jadi sebagai seorang penghulu, membantu saya dalam kerja-kerja
untuk bersyarah. Begitu juga dalam persatuan, dalam aktiviti pembahasan,
juga
membantu untuk kerja-kerja sebagai
penghulu
mengadakan
mensyuarat dan sebagainya.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
12
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Pernahkah tuan mendapat anugerah atau pengiktirafan ketika menuntut
disekolah dahulu?
MSH : Saya pernah mendapat, apa nama, pengiktirafan lah ataupun kejayaan
dalam, dalam salah satu daripada pemilihan pelajar cemerlang Sijil Rendah
Pelajaran pada tahun sembilan belas enam puluh tiga (1963), mendapat
tempat pertama. Jadi keputusan daripada keseluruhan Sijil Rendah
Pelajaran aliran Melayu, saya telah mendapat tempat pertama dan telahpun
menerima hadiah daripada keputusan yang dibuat itu.
NZS
: Bagaimana pula dengan matapelajaran yang paling tuan minati ketika di
sekolah menengah?
MSH : Masa di sekolah menengah, saya berminat belajar Bahasa Melayu dan
Sastera dan juga Matematik, dan juga aliran agama. Pelajaran ugama
[agama].
NZS
: Mengapakah matapelajaran tersebut menjadi pilihan tuan?
MSH : Kerana saya berminat dalam bahagian sastera untuk mengkaji keadaankeadaan sastera-sastera Melayu juga Bahasa Melayu dan juga berminat
dalam kerja-kerja kira-mengira seperti Matematik dan juga pelajaran
Agama Islam yang diajar oleh ustaz-ustaz semasa belajar dahulu. Jadi
pelajaran Agama Islam juga amat saya minati dan semasa belajar di
sekolah, saya lebih banyak mengetahui pelajaran-pelajaran agama ini
melalui ustaz-ustaz yang mengajar lebih daripada tujuan untuk mengambil
peperiksaan.
NZS
: Maksudnya tuan boleh mendalami ilmu agama ketika tuan belajar.
MSH : Ya, ya.
NZS
: Adakah tuan pernah menerima tajaan biasiswa ketika di sekolah dahulu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
13
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Masa [semasa] di sekolah tu [itu], walau bagaimanapun keputusan dan
kejayaan yang diperolehi tetapi tidak mendapat pertimbangan untuk
mendapat biasiswa kerana mungkin pada masa itu, sekolah pun --- keadaan
negara masa itu masih lagi baru merdeka dan mungkin tak [tidak] ada
peruntukan didapati untuk biasiswa ketika itu.
NZS
: Pernahkah tuan mengambil pendidikan tambahan diluar waktu sekolah?
MSH : Semasa di sekolah, tidak ada kelas-kelas tambahan yang dibuat oleh pihak
swasta. Cuma kelas-kelas tambahan yang ada dibuat oleh pihak sekolah
sendiri seperti cikgu-cikgu mengajar di sebelah petang untuk matapelajaran
tertentu terutamanya apabila dekat-dekat menghadapi peperiksaan.
NZS
: Setelah menamatkan alam persekolahan, adakah tuan mendapat tawaran
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi?
MSH : Setelah menamatkan persekolahan, saya tidak mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi kerana keputusan dalam
peperiksaan SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] saya tidak memuaskan iaitu
mendapat tempat [pangkat] ketiga.
NZS
: Siapa pula yang banyak memberi bimbingan dan dorongan kepada tuan ketika
di alam persekolahan dahulu?
MSH : Semasa bersekolah dulu [dahulu], ibu bapa lah yang banyak memberikan
dorongan selain daripada cikgu di sekolah yang berkenaan lah. Kerana ibu
bapa berpendapat sekiranya tidak mahu belajar bersungguh-sungguh, maka
tidak ada tempat ditempat lain kecuali bekerja di kampung. Jadi oleh
kerana saya takut nak menjadi seorang pekerja kampung lebih baik saya
belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat tempat yang baik apabila
belajar di sekolah nanti.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
14
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Semasa bersekolah, apakah harapan tuan untuk masa hadapan?
MSH : Harapan saya untuk masa hadapan supaya mendapat apa-apa pekerjaan lah
setelah keluar daripada sekolah dan mudah-mudahan dengan adanya
bantuan mendapat pekerjaan ni [ini], dapat lah membantu ibu bapa saya
yang miskin, yang duduk di kampung sebagai penoreh getah ataupun yang
bekerja kampung. Itu lah harapan saya, mudah-mudahan mendapat hasil
daripada sekolah itu mendapat pekerjaan.
NZS
: Boleh tuan ceritakan secara ringkas pencapaian tuan ketika tuan bersekolah
dahulu?
MSH : Pencapaian?
NZS
: Ya.
MSH : Pencapaian masa [semasa] sekolah tu [itu] adalah memuaskan. Kerana saya
telahpun belajar bersungguh-sungguh dan telah mencapai keputusan yang
baik juga dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, cuma peperiksaan
dalam tingkatan lima ataupun SPM [Sijil Pelajaran Malaysia], kurang
berjaya sikit lah. Walau macam manapun saya telah berusaha bersungguhsungguh dan setakat itu saja [sahaja] yang dapat mencapai kejayaan lah
dalam peperiksaan.
NZS
: Apakah motto hidup tuan?
MSH : Hidup. Motto hidup saya berilmu, berbakti dan juga berbudi bahasa serta
menghormati rakan dan orang tua-tua.
NZS
: Jadi apakah pendidikan tertinggi tuan?
MSH : Walaupun saya telah bekerja, tapi saya telah pun belajar di kelas malam
iaitu dengan mengambil --- belajar untuk mendapatkan sijil tinggi
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
15
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
persekolahan, STPM [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia], sijil tinggi
persekolahan Malaysia. Jadi saya telah mengambil peperiksaan dan
peperiksaan itu berjaya tetapi tidak meneruskan pelajaran ke universiti.
Makna saya telah ditukarkan ke kawasan pedalaman dan tidak dapat
meneruskan pelajaran yang berbentuk, peringkat lebih tinggi lah.
NZS
: Jika diberi peluang, bidang apa yang ingin tuan dalami?
MSH : Kalau diberi peluang saya ingin mendalami lagi dalam bidang agama,
bidang Agama Islam.
NZS
: Apakah aktiviti yang tuan lakukan setelah tamat persekolahan?
MSH : Apabila tamat persekolahan di tingkatan lima, selain daripada bekerja di
kampung, saya juga telah belajar menaip dan juga belajar trengkas atau
shorthand [trengkas] di pusat latihan swasta selama beberapa bulan hingga
mendapat sijil lah, selepas zaman sekolah.
NZS
: Selepas tamat persekolah tersebut, boleh tuan ceritakan serba sedikit
kehidupan tuan sebelum mula bekerja?
MSH : Sebelum mula bekerja, selepas tamat tingkatan lima, jadi semasa itu sambilsambil meminta kerja dengan kerajaan dan sebagainya saya bekerja di
kampung membantu orang tua saya menoreh getah, berbendang dan
sebagainya lah. Jadi pengalaman bekerja di kampung ini telah
menyebabkan saya insaf betapa sukarnya hidup di kampung. Dengan sebab
itu, saya mesti berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai satu
kejayaan yang lebih baik melepasi keadaan hidup dikampung dengan
meminta bekerja dengan pihak kerajaan ataupun kursus dengan pihak
kerajaan dan akhirnya juga saya ditawarkan untuk berkursus dalam
bahagian perladangan dengan pihak FELDA [Federal Land Development
Authority].
NZS
: Ini bermakna itu adalah kerja pertama tuan sebelum tuan menjadi penghulu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
16
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Ya. Sebelum saya menjadi penghulu saya telah ditawarkan bekerja sebagai
pembantu luar pelatih dengan rancangan tanah persekutuan FELDA. Mulamula saya telah pun ditempatkan di Gedangsa, Selangor kemudian di
Kampung Suharto, kursus selama dua bulan dalam bidang getah dan kelapa
sawit. Jadi setelah itu saya telahpun ditempatkan di rancangan FELDA di
Bukit Goh, Kuantan Pahang selama satu tahun lah ditempatkan di sana
setelah menjalani kursus dan juga telah menjalani latihan di ladang dan
sebagainya.
NZS
: Apakah tugasan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh tuan dalam jawatan
tersebut?
MSH : Semasa saya bekerja di FELDA, dan juga majikan saya ialah pegawai
FELDA atau pengurus FELDA, jadi tugas dan tanggungjawab yang
dimainkan oleh pihak saya amat luas. Iaitu kerja-kerja untuk memajukan
ladang kelapa sawit. Di Bukit Goh sahaja ada seluas lapan ribu ekar tanah
kelapa sawit dan semasa itu belum ada lagi peneroka yang ditempatkan.
Cuma yang ada lebih kurang dalam dua puluh orang pegawai yang bekerja
bersama-sama dengan kontrak dan juga pekerja-pekerja ladang menanam
kelapa sawit dan memajukan ladang seluas lapan ribu ekar sebelum peserta
masuk. Pihak saya telah ditugaskan untuk memegang tugas sebagai
penyulam balik pokok-pokok yang mati. Jadi dibawah saya ada dua puluh
orang pekerja kontrak yang menjalankan kerja untuk menyulam pokokpokok yang mati kerana di kawasan itu banyak terdapat gajah, landak dan
musuh tanaman yang menyebabkan pokok-pokok banyak mati.
NZS
: Ini bermakna haiwan-haiwan tersebut telah menyebabkan pokok-pokok
tersebut mati dan pihak tuan perlu menyulam semula?
MSH : Terpaksa menyulam semula pokok-pokok itu seluas lapan ribu ekar. Kerjakerja itu telah dibuatkan pada awal pagi hingga tengahari lah. Sebelah
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
17
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
petangnya untuk menghantar anak-anak pokok untuk ditanam pada esok
paginya.
NZS
: Apakah pengalaman yang tuan dapat daripada pekerjaan tersebut?
MSH : Dari segi pekerjaan tersebut banyak, memang banyak pengalaman yang
kita dapati, pengalaman betapa susahnya mengusahakan satu tanah yang
telah pun ditebas tebang dengan musuh tanaman yang banyak dan kita
dapati betapa susahnya nak [hendak] memajukan negara atau pun nak
memberikan ekonomi kepada negara. Jadi begitu lah susahnya dari segi
pengalaman bekerja ditempat yang panas, tidak ada lindung oleh matahari,
tidak ada pokok besar dan sebagainya. Memang lah pengalaman yang
cukup pahit lah di kawasan itu terutamanya di kawasan itu juga lah lahir
banyak nyamuk-nyamuk di kalangan nyamuk-nyamuk malaria. Dan saya
juga pernah bekerja di situ dan pernah terkena demam malaria selama dua
bulan.
NZS
: Bagaimana dengan cabaran, maksudnya cabaran paling sukar semasa tuan
bekerja di FELDA tersebut?
MSH : Cabaran yang paling sukar sekali bekerja si situ ialah kawasan ladang yang
baru dibuka, tidak ada jalan tar dan tidak ada jalan yang elok. Cuma yang
boleh berjalan traktor sahaja. Ada masa dan ketikanya kalau tidak ada
traktor kemudahan yang ada ialah motorcycle [motorsikal]. Motorcycle
[motorsikal] juga kalau hujan tidak boleh berjalan. Dengan sebab itu
terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk menyelesaikan kerja dengan
tugas di kawasan yang seluas lapan ribu ekar iaitu suatu kawasan yang
panas dan juga kawasan yang berbukit-bukit. Ini lah satu cabaran kerja
yang paling sukar yang dialami di kawasan berkenaan.
NZS
: Bagaimana pula dengan pengalaman pahit sepanjang tuan menjawat jawatan
tersebut?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
18
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Semasa menjawat jawatan itu pengalaman yang paling pahit saya rasa ialah
saya telah pun kena [menghidap] penyakit demam malaria selama hampir
dua bulan dan menyebabkan saya tidak dapat menjalankan kerja dengan
sempurna semasa bertugas. Kerana kawasan itu ialah kawasan yang banyak
nyamuk dan sebagainya menyebabkan penyakit malaria merebak di
kawasan hutan yang baru dibuka itu.
NZS
: Selain daripada tuan, adakah rakan tuan juga mendapat penyakit tersebut?
MSH : Ada juga rakan-rakan saya yang terkena penyakit demam malaria ni [ini],
walaupun dibawa ke hospital mendapat rawatan, tetapi penyakitnya
berterusan juga sehingga satu atau dua bulan baru boleh hilang daripada
penyakit.
NZS
: Apakah tekanan yang paling besar ketika tuan menjawat jawatan tersebut?
MSH : Tekanan yang paling besar semasa menjawat jawatan tersebut ialah dari
pihak atasan. Kerana pada masa itu, sistem bertugas tidak ada satu sistem
yang khusus. Oleh kerana saya mempunyai diperingkat atasan, peringkat
atasan saya ada Assistant Manager [Pembantu Pengurus] , ada Manager
[Pengurus] atau Group Manager [Pengurus Kumpulan], tetapi arahanarahan ini tidak sama. Arahan yang dikeluarkan oleh Manager [Pengurus]
lain, oleh Group Manager [Pengurus Kumpulan] lain, oleh Assistant
Manager [Pembantu Pengurus] lain. Jadi dengan sebab itu apabila kita nak
[hendak] melaksanakan tugas dengan cara yang macam [seperti] ni [ini],
memanglah mendatangkan masalah kepada kita kerana tidak ada satu
keputusan yang tepat. Oleh itu kita memikirkan lebih baik kita
menjalankan kerja yang kita nampak bagaimana kerja itu boleh dibuat
diperingkat ladang. Jadi kita menggunakan fikiran kita sendiri lebih baik
daripada mengikut arahan tugas-tugas yang dibuat oleh pihak FELDA,
pihak pengurusan FELDA.
NZS
: Pihak atasan tersebut adakah orang Inggeris ataupun orang Melayu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
19
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Keseluruhannya, seorang daripadanya orang Inggeris telah masuk Melayu,
nama dia Ahmad Jais Shelter. Dia orang putih, tapi masuk Melayu. Yang
lain tu. Kedua-duanya orang Melayu.
NZS
: Jadi bagaimana tuan menangani masalah tekanan ketika menjalankan tugas
tersebut?
MSH : Tekanan yang kuat ini akhirnya saya beritahu kepada pihak pengurusan
ladang supaya memikirkan satu kaedah yang paling sesuai iaitu kaedah
yang paling baik supaya dapat diikuti cara mana untuk melaksanakan
tugas-tugas menyulam pokok ini. Kerana di kawasan yang disulam itu
bukannya kecil. Kadang-kadang sampai lima ratus ekar luasnya untuk
ditanam pokok. Kalau kita nak tanam cara satu-satu, memang lah susah nak
cari pokok yang mati. Tapi dengan sebab itu kita cadangkan supaya kita
survey [meninjau] dulu [dahulu] kawasan yang mati itu ditanda, kemudian
besok [esok] nya nak menyulam, kita pergi pokok yang mati saja [sahaja].
Tak [tidak] payah cari-cari. Jadi kalau buruh mencari, upahnya sepokok
dua puluh sen. Kalau dia kandar [pikul] pokok kelapa sawit itu lebih
kurang dalam setengah kilometer pun tak [tidak] jumpa pokok yang mati,
akhirnya dia pun fed up [radang]. Nak [hendak] menanam sepokok pun
payah [susah]. Jadi dengan sebab itu saya cadang kepada pihak pengurusan
supaya ditanda dulu [dahulu] pokok-pokok yang mati ini, kawasan pokok
yang mati ni [ini], lepas [selepas] tu [itu] besok [esok] kalau buruh nak
[hendak] tanam, tanam je. Tak [tidak] payah lagi tercari-cari. Itulah
pandangan saya kepada pihak atasan bagi menyelesaikan tugas-tugas yang
rumit itu.
NZS
: Adakah tuan berasa selesa bertugas dalam bidang ini?
MSH : Sebenarnya saya tercari-cari kerja lain lah. Kerana saya fikir, keadaan
FELDA masa ini pun tidak ada kesatuan atau tempat pegawai untuk
mengadu, ada timbul masalah. Jadi dengan sebab itu, kerja pun bertambah
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
20
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
tak [tidak] bersemangat, lebih-lebih lagi kerja di pedalaman yang jauh
dalam hutan dan sebagainya menyebabkan kita rasa kecewa lah _____
tugas-tugas ini. Jadi tekanan yang amat kuat itu. Jadi dengan sebab itu kita
usaha untuk mendapatkan satu jawatan baru yang mana kita telah pun
ditemuduga, dan hampir setahun kita dalam jawatan ini, tetapi belum ada
jawapan akhirnya saya telah pun mendapat tawaran berkhidmat sebagai
seorang penghulu. Menyebabkan saya rasa seronok dan terpaksa saya
meninggalkan jawatan ini walaupun saya telah menjawat jawatan ini
selama satu tahun. Dan apabila saya keluar dari jawatan ini, gaji pun
daripada dua ratus sepuluh (bunyi batuk) turun kepada seratus enam puluh
ringgit. Gaji penghulu starting [permulaan] seratus enam puluh ringgit.
NZS
: Ini bermaksud gaji penghulu lebih murah daripada kerja tuan sebelum itu?
MSH : Sebelum ini saya bekerja dapat dua ratus lebih, dua ratus sepuluh ringgit.
_____ gaji penghulu seratus enam puluh ringgit. Tapi oleh kerana tekanan
kerja yang amat berat, saya percaya lebih baik saya bertukar jawatan _____
ditawarkan jawatan yang baru.
NZS
: Jadi bagaimana pula reaksi keluarga tuan ketika tuan dilantik menjadi
penghulu?
MSH : Apabila saya mendapat tawaran bekerja sebagai penghulu, saya telah
menanya [bertanya] bapa saya lah apa pandangan dia kalau saya berhenti
kerja ini masuk [tukar] kerja penghulu. Dia pun beri pandangan, dia kata
terpulang lah kepada awak. Sebelum itu saya tanya juga, ada ke [kah] dapat
tawaran jawatan penghulu ni, bapak [bapa] ada beri rasuah kat [kepada]
orang ke [kah] dan sebagainya. Tapi dia kata tidak. Jadi kalau dia kata
takde [tidak ada], saya maulah [mahulah] pegang jawatan ni [ini]. Kalau
dia kata jawatan ni [ini] dapat daripada hasil rasuah, saya tak [tidak] mau
[mahu]. Kerana jawatan ini tidak baik bagi saya menerima sesuatu jawatan
yang telah pun diberi rasuah, jadi dengan akhirnya, saya melepaskan
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
21
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
jawatan ini setelah setahun bertugas sebagai pembantu luar rancangan
tanah FELDA atau pegawai luar rancangan tanah FELDA.
NZS
: Berapa umur tuan ketika menjawat jawatan penghulu?
MSH : Ketika menjawat jawatan penghulu, saya berumur dua puluh, hampirhampir dua puluh tahun lah.
NZS
: Hampir dua puluh tahun?
MSH : Tahun enam puluh sembilan (69). Tahun enam puluh sembilan (69), dua
puluh satu tahun ye [ya]. Dua puluh tahun lah, dua puluh tahun lebih
kurang.
NZS
: Adakah tuan mengingati tarikh rasmi perlantikan tuan sebagai penghulu?
MSH : Ingat. Tarikh lantikan saya sebagai penghulu ialah pada satu haribulan
November sembilan belas enam puluh sembilan (1 November 1969).
KASET 1 BAHAGIAN B
NZS
: Berapakah tempoh tuan berkhidmat sebagai penghulu?
MSH : Tempoh saya berkhidmat sebagai penghulu lebih kurang tiga puluh lima
tahun lah.
NZS
: Apakah perasaan tuan selepas dilantik menjadi penghulu?
MSH : Sebelum itu saya nak [hendak] maklumkan saya bekerja sebagai penghulu
mulai ditawarkan jawatan ini pada satu sebelas tahun enam puluh sembilan
(1.11.69). Mula-mula saya bertugas di Mukim Ulu Kinta, Tanjung
Rambutan. Jadi apabila saya menjadi seorang penghulu, saya berasa
seronok lah keluar daripada kawasan pedalaman, di hutan, di FELDA, jadi
saya telah berkhidmat di kawasan bandar. Bandar Tanjung Rambutan,
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
22
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
tempat orang gila (bunyi ketawa). Jadi disana saya mula bertugas sebagai
penghulu. Mula-mula bertugas penghulu, kita pun tak [tidak] tahu apa
tugas penghulu kerana tidak diberi kursus, terus-terus pegang jawatan
NZS
: Adakah pihak yang tidak berpuas hati dengan perlantikan tuan sebagai
penghulu?
MSH : Semasa perlantikan saya sebagai penghulu takde [tidak ada] orang yang tak
[tidak] puas hati. Sebabnya saya dilantik oleh pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Perak dan kebetulan masa [semasa] zaman
itu, penghulu di ambil dari kalangan anak-anak muda yang lepas kelulusan
SPM [Sijil Pelajaran Malaysia], yang juga baik dalam matapelajaran
agama. Jadi maknanya kelulusan itulah yang diambil _____ penghulu.
Masa itu saya baru berumur lebih kurang dua puluh satu tahun.
NZS
: Pada zaman tersebut adakah pihak yang menggunakan orang dalam untuk
mendapatkan pekerjaan?
MSH : Pada masa itupun dah [sudah] ada orang dalam dah [sudah]. Kerana
perlantikan sebagai penghulu ni [ini] dibuat oleh pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Perak dan kebetulan ada di kalangan
suruhanjaya itu adalah orang yang dilantik oleh kalangan raja-raja. Jadi
barangsiapa yang rapat dengan, apa ni [ini], pihak diraja, maka dia akan
mendapat _____ yang lebih istimewa lah. Ini terbukti kepada diri saya
sendiri lah. Saya ditemuduga pada bulan tujuh tahun enam puluh lapan
(68). Jadi saya dapat jawapan pada bulan tujuh tahun enam puluh sembilan
(69). Setahun lamanya. Jadi masa [semasa] itu, masa [semasa] temuduga,
saya telah ditemuduga dengan baik dan saya boleh jawab semua soalan.
Apabila saya jawab semua soalan, saya yakin saya boleh berjaya. Tetapi
apabila didapati saya tak [tidak] berjaya kerana saya masuk reserve
[simpanan] sahaja, sedangkan ada orang yang lain yang tak [tidak] berapa
berjaya telah pun membuat sesuatu, akhirnya dia yang dapat. Perkara ini
pun telah saya dapat tahu, kerana ada dikalangan orang berkata tak [tidak]
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
23
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
nak [hendak] beri sikit [sedikit], itu pasal dapat lambat dapat jadi penghulu.
Orang lain cepat je [saja] jadi penghulu. Tu [itu] sebabnya.
NZS
: Boleh tuan ceritakan sedikit tugas-tugas sebenar seorang penghulu?
MSH : Seorang penghulu ni [ini] memang tugasnya banyak. Jadi tugas yang
sebenarnya dia sebagai pentadbir diperingkat mukim, kerana diperingkat
mukim ni [ini] banyak jabatan-jabatan lain yang memerlukan pertolongan.
Kerana kalau mereka nak [hendak] masuk sendiri di kampung-kampung --kerana penghulu ni [ini], sebagai penghulu dia akan menjaga beberapa
kampung. Macam saya mula-mula bertugas di Tanjung Rambutan itu, saya
pun menjaga lima buah kampung, dalam kawasan itu. Jadi apabila jabatan
nak masuk ke kampung-kampung yang berkenaan, terpaksa bertemu
penghulu atau ketua kampung. Jadi kadang-kadang ketua kampung bukan
dia tau [tahu] semua, yang banyak tau [tahu] ni [ini] penghulu je [saja].
Jadi terpaksalah berjumpa penghulu, kita pula bawa jabatan yang
berkenaan. Iaitu Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit _____ Air dan jabatanjabatan yang lainlah, yang nak [hendak] buat pembangunan di kawasan
kampung.
NZS
: Apakah perbezaan antara penghulu dan ketua kampung?
MSH : Penghulu dan ketua kampung, sebenarnya tugas ini adalah berbeza. Sebab
penghulu ni [ini] sebagai pegawai kerajaan. Penghulu sebagai pegawai
kerajaan, ketua kampung adalah dilantik oleh pihak kerajaanlah terutama
pihak menteri besar. Jadi penghulu ni [ini] dia sebagai pegawai kerajaan,
dia berbeza dengan ketua kampung. Walau macamana pun, ketua kampung
letak dibawah jawatan penghulu, jadi penghulu yang menjaga ketua
kampung. Jadi maknanya dari segi kebajikan dia ke, dari segi apa tugastugas dia pun adalah daripada tugas-tugas yang diarahkan oleh penghulu.
Jadi itu ketua kampung buat.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
24
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Ini bermaksud ketua kampung menjaga ketua kampung manakala penghulu
pula menjaga satu mukim yang didalam satu mukim ada beberapa buah
kampung?
MSH : Ha [ya], betul, betul.
NZS
: Apakah kelayakan diperuntukkan kerajaan untuk menjadi seorang penghulu?
MSH : Kelayakan tu [itu], pada masa dulu [dahulu] kelayakannya, Sijil Rendah
Pelajaran pun dapat. Tapi akhirnya dinaikkan Sijil Pelajaran Malaysia,
SPM. Lepas tu kelayakannya dalam bidang agama. Itu je, baru dia ambil.
Jadi sekarang ni [ini], kelayakan untuk mengambil jawatan penghulu sudah
dinaikkan kepada sijil tinggi persekolahan [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia]
ataupun diploma. Kemungkinan akan datang, diambil daripada kelulusan
ijazah.
NZS
: Pada pendapat tuan, apakah ciri-ciri yang perlu ada sebagai seorang penghulu?
MSH : Sebagai seorang penghulu ni [ini] yang sebenarnya dia hendak lah
mempunyai ciri-ciri yang boleh memimpin. Boleh memimpin, maknanya
dia menghormati orang-orang tua-tua, orang muda dan sebagainya. Ciri
sebagai pemimpin lah. Jadi maknanya takde [tidak ada] tunjuk eksyen
[berlagak] dan sebagainya kan. Jadi mahu bergaul dengan masyarakat
kampung. Itu ciri penting. Sebab penghulu ni [ini] tidak boleh
menunjukkan dia sebagai orang yang mempunyai lagak dan sebagainya.
Dia mesti sama-sama dengan masyarakat. Dia maknanya penghulu ni [ini]
orang kata cermin masyarakat. Jadi orang ramai tengok dia. Kalau
penghulu ni [ini] tak [tidak] tentu hala, pergi tempat-tempat yang tak
[tidak] elok, (bunyi batuk) tempat-tempat maksiat, maka dia akan kata kita,
dan dia buat benda-benda tak [tidak] elok pun, dia akan kata penghulu. Jadi
dengan sebab itu penghulu mesti, satu daripada ciri-cirinya ialah mahu
bermasyarakat dan juga dari segi agamanya mesti tahu. Kalau boleh
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
25
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
pandainya pula boleh jadi imam, boleh jadi macam-macam lah. Itu yang
lagi baiknya.
NZS
: Adakah tuan mengikuti sebarang kursus sebelum menjadi penghulu?
MSH : Sebelum jadi penghulu, takde [tiada] lah bagi kursus. Tapi dalam masa
menjadi penghulu banyak kursus telah pun dijalankan. Semasa saya mulamula bertugas di Tanjung Rambutan saya telah pun dihantar berkursus di
sekolah pemulihan semangat di Lumut, selama dua puluh lima hari. Jadi
disana telah pun dilatih bermacam-macam lah, dengan berjalan kaki, dilaut
dan sebagainya?
NZS
: Iaitu kursus pertama?
MSH : Ha [ya], kursus pertama masa [semasa] mula-mula jadi penghulu.
NZS
: Berapa banyak mukim yang tuan telah berkhidmat?
MSH : Saya telah berkhidmat banyak mukim iaitu enam mukim lah, enam mukim.
Satu saya telah berkhidmat di Mukim Ulu Kinta Ipoh di Tanjung
Rambutan. Tempatnya di Tanjung Rambutan sebagai penolong penghulu.
Kemudian saya telah berkhidmat juga sebagai penolong penghulu di
Mukim Kota Lama Kiri. Mula-mula perkhidmatan saya di Tanjung
Rambutan pada satu haribulan sebelas tahun sembilan belas enam puluh
sembilan (1.11.1969). Setahun lamanya setelah ditukarkan jadi penolong
penghulu di Mukim Kota Lama Kiri mulai satu haribulan satu sembilan
belas tujuh puluh satu (1.1.1971) hingga tiga puluh haribulan enam
sembilan belas tujuh puluh lima (30.6.1975), selama empat tahun. Selama
empat tahun berkhidmat di Mukim Kota Lama Kiri, kemudian yang ketiga
saya telah berkhidmat di Mukim Bandar, Perak Tengah, Teluk Anson lah
ataupun Teluk Intan iaitu berhampiran Sungai Perak, selama dua setengah
tahun. Selepas itu saya telah ditukarkan kepada mukim yang keempat iaitu
pada dua puluh haribulan Disember sembilan belas tujuh puluh tujuh (20
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
26
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Disember 1977),
Mukim Sungai Siput Utara, selama lima tahun.
Kemudian yang kelima pada satu haribulan satu sembilan belas lapan
puluh tiga (1.1.1983), saya telah pun bertugas di Mukim Kota Lama Kanan
selama lapan tahun. Dan akhir sekali saya bertugas di Mukim Pulau Kemiri
mulai satu tiga sembilan belas sembilan puluh satu (1.3.1991) hingga
bersara lah. Dua belas haribulan sembilan tahun dua kosong kosong empat
(12.9.2004), selama tiga belas tahun. Tu [itu] tempat-tempat yang saya
telah berkhidmat. Enam mukim.
NZS
: Baiklah, kita mulakan dengan mukim yang pertama iaitu Mukim Ulu Kinta.
Berapa buah kampung yang terdapat di mukim tersebut?
MSH : Di Mukim Ulu Kinta ada lima kampung iaitu Kampung Tanjung Rambutan
sendiri, kemudian Kampung Tambun, Kampung Tasik, Kepayang Fairpark
dan juga di kawasan Kampug Changkat Kinding lah, ni [ini] kawasan
kampung Cina lah.
NZS
: Boleh tuan ceritakan sedikit tentang mukim tersebut contohnya seperti keadaan
pada zaman itu, hubungan antara Cina dan Melayu?
MSH : Sebenarnya pada zaman itu memang zaman masih lagi darurat ada. Jadi
kawasan-kawasan Mukim Ulu Kinta ni [ini] atau kawasan Tanjung
Rambutan ni [ini], iaitu kawasan yang masih berjalan lagi lombonglombong bijih timah. Di kawasan daripada Ipoh ke Tanjung Rambutan, kiri
kanan jalan itu masih lagi banyak lombong-lombong yang sedang
diusahakan. Jadi banyak kolam-kolam lombong, lepas tu [itu] tempat orang
Cina menanam sayur-sayuran, limau tambun dan tu [itu] menternak apa
namanya ikan, menternak babi dan sebagainya di kawasan lombong tu [itu]
lah. Pada masa itu, tidak ada perumahan lah. Tapi sekarang ni [ini], kita
tengok kawasan itu semua telah jadi kawasan perumahan, kawasan kedai
dan sebagainya ataupun supermarket [pasar raya] seperti di Sunway dan
sebagainya. Itu semua kawan lombong _____ tu [itu]. Yang masa itu amat
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
27
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
takut kalau kita hendak pergi ke Ipoh dengan menaiki kenderan-kenderaan
terutama di waktu malam (bunyi batuk).
NZS
: Bagaimana pula dengan mukim yang kedua iaitu Mukim Kota Lama Kiri?
Bagaimana keadaan mukim tersebut?
MSH : Mukim Kota Lama Kiri ini ialah kawasan perkampungan Melayu,
berhampiran dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jadi kawasan ini
kawasan telah membangun tetapi didiami oleh masyarakat Melayu. Jadi
kawasan mukim ini ada empat belas buah kampung iaitu daripada Kota
Lama Kiri sehingga ke Kati. Jadi ada empat belas kampung semuanya. Jadi
kebanyakan kampung yang pedalaman ini masih lagi menanam padi, dan
juga kebun-kebun getah, begitu juga di kawasan-kawasan lain lah. Tapi
kebanyakan dusun buah-buahan ada juga iaitu di kawasan-kawasan
pedalaman Kati dan sebagainya, banyak di tanam pokok-pokok durian dan
sebagainya. Jadi kawasan ini ialah kawasan diwujudkan di kawasan orang
Melayu. Jadi maknanya mukim ni [ini] dikatakan Mukim Kota Lama Kiri.
Jadi saya berkhidmat lebih kurang empat tahun lah, sebagai penghulu.
NZS
: Mukim yang ketiga pula iaitu Mukim Bandar, bagaimana keadaan mukim
tersebut?
MSH : Mukim Bandar ni [ini] ialah satu mukim yang terletak di tepi Sungai Perak.
Jadi kawasan ini kalau kita menaiki bot daripada Teluk Intan memakan
masa satu jam, naik bot. Jadi daripada Teluk Intan tidak ada jalan darat
untuk sampai ke Mukim Bandar ni [ini]. Ada jalan darat pun tetapi
jalannya amat daif sekali kerana kawasan Mukim Bandar ini ialah kawasan
yang telah pun ditinggalkan oleh pihak penjajahan Inggeris pada masa dulu
[dahulu], kerana kawasan inilah kawasan yang telah menjadi satu peristiwa
besar dalam sejarah negara kita iaitu peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch
iaitu Residen Inggeris, (bunyi batuk) yang ada di Negeri Perak ketika itu.
Peristiwa ini berlaku di Pasir Salak, kemudian di kawasan apa namanya
Birch dibunuh ialah di kawasan Pasir Salak. Walau macamanapun kawasan
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
28
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
ini telah pun dibiarkan hingga ke kawasan Mukim Bandar. Jadi tidak ada
jalan, tidak ada pembangunan dan sebagainya, yang ada hubungannya
dengan bot sahaja. Jadi semasa saya bertugas pada tahun sembilan belas
tujuh puluh lima (1975), masih ada lagi bot. Satu ketika saya telahpun
bertugas di bandar ini saya beritahu ketika ucapan saya disini, saya
mengatakan sekiranya kawasan ini nak [hendak] maju dari segi
pembangunan, maka saya harapkan (bunyi batuk) supaya lahir seorang
menteri besar dari kawasan ini. Jadi dalam ucapan saya, saya kata kawasan
ini telah ditinggal oleh pihak penjajah sekian lama, sehingga tahun tujuh
puluh lima (75) tidak ada jalan lagi, masih lagi tidak ada elektrik, tidak ada
jalan, tidak ada kemudahan yang lain, air takde [tiada], elektrik takde
[tiada], jalan takde [tiada] kerana ditinggalkan oleh penjajah. Jadi saya
beritahu penduduk, kalau lahir menteri besar orang sini, mungkin kampung
ini akan berjaya. Akhirnya dengan sebab itu, mungkin juga dengan doa
masyarakat orang kampung, maka lahirlah seorang menteri besar _____
iaitu Datuk Seri Ramli Ngah Talib. Selama beberapa tahun dia menjadi
menteri besar ini, maka lahir lah jalan daripada Pasir Salak terus ke
kampung kawasan-kawasan Mukim Bandar. Begitu juga kawasan
pedalaman telah pun dibuka dengan sawah padi, tanaman kelapa sawit
yang begitu mendatangkan ekonomi kepada masyarakat setempat, pada
masa sekarang ini. Itulah Kampung Bandar atau Mukim Bandar.
NZS
: Ini bermaksud disebabkan ianya kawasan penjajahan, jadi elektrik dan air tak
[tidak] boleh dibekalkan kesana atau macam mana?
MSH : Sebenarnya kampung ini telah ketinggalan, bukan tak [tidak] dibekalkan.
Kampung ini ketinggalan, apabila selepas merdeka, Menteri Besar Perak
kebanyakanya dari kawasan Ulu Perak. Jadi kawasan yang membangun
Ulu Perak ataupun kawasan Kuala Kangsar. Manakala kawasan yang di
sebelah sini, daripada Perak Tengah ni [ini], daripada Kampung Gajah dan
kawasan Parit ni [ini], ialah kawasan majoritinya Orang Melayu. Jadi
kawasan ini ketinggalan lah. Lebih-lebih lagi tidak ada hasil bumi yang
keluar [dihasilkan] daripada sana. Yang ada cuma dusun buah-buahan saja
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
29
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
[sahaja]. Itu sebab ketinggalan. Lebih-lebih lagi takde [tidak ada]
pemimpin yang benar-benar mahu maju kawasan ini seperti mukim _____
dan sebagainya. Itu sebabnya ketinggalan.
NZS
: Baiklah, bagaimana pula dengan mukim yang keempat tuan berkhidmat iaitu
Mukim Sungai Siput, bagaimana pula dengan mukim tersebut? Berapa buah
kampung yang ada disitu?
MSH : Mukim Sungai Siput ini ialah satu mukim yang berada di kawasan bandar.
Walau macamana pun ada beberapa kampung yang terletak di kawasan
yang masih lagi ada perintah berkurung pada masa itu iaitu Kampung
Jalong, Kampung Jaya Setia, masih lagi ada perintah berkurung di kawasan
yang berkenaan lah.
NZS
: Maksud perintah berkurung tersebut?
MSH : Perintah berkurung ini, makna ada larangan bawa makanan. Kalau bawa
makanan, kena ada permit lah. Jadi masa itu --- tapi lama kelamaan telah
dimansuhkan kerana tidak ada perintah berkurung lagi. Makna orang tak
[tidak] boleh keluar lah, tak [tidak] boleh keluar malam. Siang boleh
keluar, malam pun sampai had pukul dua belas malam, tengah malam tak
[tidak] boleh. Itu maksud berkurung, berkurung kepada laluan sahaja,
bukan berkurung dirumah, tak [tidak] berkurung, tak [tidak] pergi manamana.
NZS
: Apakah sebab ada perintah tersebut di Mukim Sungai Siput itu?
MSH : Kerana masa itu masih ada lagi kegiatan Komunis. Jadi ditakuti orang yang
tali barut Komunis ni [ini] akan memberi supply [membekalkan] makanan
kepada mereka terutama yang bekerja di dalam hutan lah. _____ dan
sebagainya. Jadi itu sebabnya ada perintah berkurung di kawasan ini.
NZS
: Terdapat berapa buah kampung di mukim tersebut?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
30
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Mukim Sungai Siput ini ada lima, enam kampung saja [sahaja] lah pada
masa itu. Sekarang dah [sudah] bertambah lah. Iaitu Kampung Sungai
Siput, Jalong, Jaya Setia dan Kampung Suak Ponggor, Kampung Bahagia.
Lima kampung lebih kurang lah.
NZS
: Jadi mukim kelima tuan bertugas pula iaitu Kota Lama Kanan, boleh tuan
ceritakan sedikit pengalaman tuan bertugas disitu?
MSH : Mukim Kota Lama Kanan ini ialah satu kawasan yang ada masyarakat
Cina, ada juga masyarakat Melayu. Jadi masyarakat satu Malaysia lah
kawasan ini. Jadi Mukim Kota Lama Kanan ini ialah satu kawasan yang
penempatannya terdiri dari Orang Melayu iaitu di kawasan Kota Lama
Kanan dan kawasan Salak ada penempatan Orang Cina iaitu di Kampung
Baru Salak dan Kampung Salak sendiri. Iaitu dua kawasan ini penempatan
Orang Cina. Jadi selain daripada itu, kawasan Orang Melayu iaitu
Kampung Karai, Loh dan sebagainya lah. Di sini juga terdapat jambatan
kereta api yang _____ Sungai Perak iaitu jambatan kereta api di Enggor
lah. Begitu juga Jambatan Iskandar iaitu jambatan yang merentasi arah
utara daripada Ipoh nak pergi ke Pulau Pinang, sebelum dibuka lebuhraya.
Makna inilah satu-satunya yang menghubungkan utara dengan selatan di
kawasan Mukim Kota Lama Kanan ini.
NZS
: Maksud laluan tersebut berada di bawah kawasan tuan berkhidmat?
MSH : Kawasan berkhidmat. Kedua-dua jambatan ini. Jadi kawasan ini biasa lah.
Sini ada lebih kurang dalam sepuluh buah kampung iaitu di kawasan Kota
Lama Kanan dan kawasan Karai. Jadi kawasan sini tidak jadi masalah lah
kerana kebanyakkan masyarakatnya pun boleh bersatupadu lebih-lebih lagi
dikawasan yang ada masyarakat berbilang kaum di kawasan ini.
NZS
: Bagaimana pula dengan mukim terakhir tuan berkhidmat?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
31
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Jadi mukim yang terakhir saya berkhidmat iaitu mulai satu haribulan tiga
sembilan belas sembilan puluh satu (1.3.1991), inilah mukim yang paling
lama saya berkhidmat iaitu selama tiga belas tahun, Mukim Pulau Kemiri.
Mukim Pulau Kemiri ini ada lima belas buah kampung yang terletak dalam
mukim ini. Kampung-kampung itu seperti Kampung Trosor, Kampung
Bekut, Kampung Pulau Kemiri, Kampung Raja Intan Suraya, Kampung
Pulau Mentimun, Kampung Kelimat, Kampung Makmur, Kampung
Temin, Kampung Suak Pelang, Kampung Batu Tiga, Kampung Felda
Lasah, lepas itu Kampung Lintang, Kampung Lasah dan Kampung Perlop
Tiga.
NZS
: Jadi semua kampung ini Melayu sahaja atau ada Cina, ada India, Orang Asli
ke?
MSH : Dikawasan kampung ini ada kampung, keseluruhannya kampung melayu.
Cuma bagi kawasan kampung Orang Asli, mukim inilah paling banyak
sekali. Ada lebih kurang empat ribu lebih atau lima ribu lebih orang asli
terdiri daripada kawasan-kawasan _____ iaitu seperti Kampung Chenein,
Kampung Kuala Muh, kawasan Orang Asli lah.
NZS
: Jadi kampung Orang Asli tersebut juga dibawah tanggungjawab tuan ketika
itu?
MSH : Ha [ya]. Tapi dia, sebenar kampung orang asli ini dia ada pentadbirannya di
bawah Jabatan Orang Asli. Walau macamanapun, penghulu kena main
peranan lah. Sebabnya kalau ada apa masalah lawatan ke pedalaman,
macam pihak-pihak atasan nak pergi _____ kerajaan ataupun pegawai
daerah ke nak [hendak] pergi ke dalam, akan beritahu penghulu supaya
kawasan ini disediakan apa-apa kemudahan yang memudahkan pegawaipegawai tertinggi nak melawat ke sana lah.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
32
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Boleh tuan ceritakan bagaimana caranya untuk kita pergi ke kampung
tersebut? Mungkin ada jalanraya? Ataupun ada kampung yang belum ada
jalanraya, kampug Orang Asli tersebut?
MSH : Kawasan Orang Asli ni [ini] yang sebenarnya tak [tidak] ada jalan tar yang
elok, cuma jalan kayu balak je [saja] ada. Tapi kalau kita nak [hendak]
pergi ada kawasan yang tar boleh kita pergi dengan kereta. Tapi tak [tidak]
jauh, lebih kurang dalam lapan belas kilometer je [saja] jauhnya daripada
Sungai Siput untuk pergi kawasan Orang Asli tu [itu], daripada mukim
inilah. Selain daripada itu, kita terpaksa menggunakan jentera pacuan
empat roda _____ sampai ke kawasan pedalaman. Tapi walau
macamanapun, sekolah-sekolah telahpun wujud di kawasan ini. Jadi cikgucikgu dia, masih tinggal di pedalaman lah. Jadi sekali-sekali balik tu [itu],
makan masa lah. Susah sikit lah dia nak [hendak] balik. Dia nak keluar ke
kawasan pekan lah. Terpaksa tinggal di rumah guru di pedalaman. Jadi
itulah kemudahan yang ada untuk pergi ke sana lah. Motorsikal ataupun
kereta pacuan empat roda.
NZS
: Jadi apa pekerjaan utama masyarakat Orang Asli di sana?
MSH : Masyarakat Orang Asli di sana kebanyakan mencari hasil hutan lah. Seperti
buluh, rotan, kemudian umbut ataupun apa namanya rebung dan
sebagainya. Untuk dijual kepada pihak luar lah. Jadi _____ mata pencarian
orang asli ini lah. Walau macamanapun ada juga pihak FELCRA [Federal
Land Consolidation and Rehabilitation Authority] telahpun menanam
pokok getah untuk diberikan kepada kawasan orang asli tu [itu]. Jadi
mungkin getah ini telahpun ditoreh dan kebanyakan asli ini telahpun
mendapat hasil daripada torehan berkenaan lah.
NZS
: Jadi daripada enam mukim yang tuan telah berkhidmat, mukim manakah yang
tuan rasa seronok untuk bertugas?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
33
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Yang sebenarnya sebagai seorang penghulu, saya sebenarnya berkhidmat
dimana pun takpe [tidak apa]. Sebab saya rasa saya boleh menyesuaikan
diri dengan semua keadaan masyarakat. Jadi kepada saya, enam-enam
kawasan ini, menjadi tempat yang saya rasa seronok saya bertugas. Walau
macamanapun ada peristiwa-peristiwa yang berlaku di kawasan-kawasan
saya bertugas ini. Peristiwa-peristiwa itu boleh saya ambilkan satu per satu
yang boleh jadi kenang-kenangan saya macam di Mukim Ulu Kinta tadi,
Ulu Kinta Tanjung Rambutan tadi, masa [semsa] itu selepas peristiwa tiga
belas Mei tahun enam puluh sembilan (13 Mei 69), jadi pihak-pihak
pentadbiran terutama wakil-wakil rakyat masih lagi tida berfungsi. Apabila
wakil rakyat tidak berfungsi, maka pegawai kerajaan lah mengambil alih.
Jadi masa [semasa] itu wujud Persatuan Muhibah peringkat mukim yang
saya sendiri sebagai pengerusinya. Suatu ketika berlaku pergaduhan di
kawasan rumah sakit otak di Tanjung Rambutan diantara orang Melayu
dengan orang India. Dengan sebab itu pihak atasan terutama menteri
kesihatan pada masa itu, Tan Sri Saadon Zubir nak [hendak]
menyelesaikan masalah perbalahan itu. Akhirnya terpaksa memanggil saya
dalam majlis sukan rumah sakit otak ataupun majlis mesra rumah sakit
otak, kebetulan saya tidak dijemput hadir bersama. Oleh itu, apabila
menteri kesihatan pada masa itu, Tan Sri Saadon Zubir nak [hendak] pergi
melawat ke rumah sakit otak ini, terpaksa singgah ke rumah saya.
Menjemput saya hadir ke majlis sukan itu dan majlis ramah mesra itu. Jadi
itulah satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan kerana seorang menteri
sanggup menjemput saya ke rumah sebagai penolong penghulu untuk
bersama-sama hadir dalam majlis itu. Jadi saya juga berasa malu lah kerana
pihak pengurusan pentadbiran rumah sakit otak itu --- . Jadi dalam ucapan
Tan Sri Saadon Zubir dia kata janganlah kita mentadbir pun macam orang
yang dalam tempat gila tu juga katanya. Jadi mentadbir persatuan ini,
jawatankuasanya hendaklah jemput orang luar sama, macam penghulu ni
[ini], pengerusi Jawatankuasa Muhibah. Sekarang kita tak jemput dia, kita
nak [hendak] gunakan dia untuk menyelesaikan masalah perbalahan ini.
Itulah masalahnya. Jadi saya masih ingat lagi satu peristiwa yang tak
[tidak] dapat dilupakan masa mula-mula bertugas sebagai penghulu lah, di
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
34
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
kawasan Tanjung Rambutan ini. Begitu juga tempat-tempat lain, banyak
peristiwa yang berlaku, yang masih lagi dalam ingatan saya lah. Ini adalah
menjadi satu-satu kenang-kenangan kepada saya setelah saya bersara
daripada jawatan penghulu ni [ini] dan tempat yang akhir sekali saya
bertugas iaitu di Mukim Pulau Kemiri lah. Jadi Mukim Pulau Kemiri suatu
kawasan yang paling lama saya bertugas. Kerana pada keseluruhan, di
tempat inilah anak-anak saya dibesarkan dan kebetulan saya telahpun
mengahwinkan salah seorang anak saya di mukim pulau _____ (bunyi
ketawa).
NZS
: Baiklah, bagaimana penerimaan rakan-rakan di setiap tempat kerja baru tuan
apabila tuan berpindah bertukar kerja?
MSH : Kadang kita cakap macam kita angkat bakul sendiri pula. Tapi sebenarnya
mana-mana saya pergi, saya seronok bertugas. Sebab saya rasa saya
bermesra dengan masyakat kampung lah, sebabnya yang penting bagi kita,
kita sebagai penghulu ni [ini] dia menghubungkan sesama masyarakat. Jadi
yang penting saya sama-sama, saya berkawan, mula-mula saya berkawan,
saya tak [tidak] kira kawan. Sama ada budak muda ke, orang tua saya
semua kawan. Kalau orang tua saya berkawan dengan mereka di masjid, di
surau dan kadang-kadang kalau deme [mereka] ajak kenduri saya jarang
tak [tidak] pergi. Jumpa tengah jalan pun saya pergi. Jadi kalau musim saya
melawat kampung, saya tak [tidak] nanti [tunggu] dia ajak naik kerumah.
Saya di bawah rumah pun boleh bersembang. Jadi dengan sebab itu,
masyarakat rasa seronok dengan saya, dan saya dengan masyarakat pun
seronok, tak [tidak] kira dimana sekalipun saya bertugaskan, itulah,
dimana-mana sekali _____ kawan. Sehingga sekarang saya rasa saya
seronok bertugas, sehingga saya tak [tidak] pernah kelahi [bergaduh]
dengan satu orang dalam masa tempoh tiga hari tak [tidak] bertegur.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
35
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
KASET 2 BAHAGIAN A
NZS
: Jadi maksud tuan seorang penghulu itu, antara ciri seorang penghulu mestilah
seorang yang mesra, ramah dan mudah dihubungi lah oleh penduduk?
MSH : Ya, yang sebenarnya seorang penghulu ni [ini] mestilah dia sebagai
lambang mukim itu. Jadi sebelum ini saya ada katakan penghulu tu [itu]
sebagai cermin masyarakat. Jadi masyarakat tengok dia apa kemesraan dia
semua diambil kira lah, dia pendiam ke, seronok lah, macam-macam lah
yang saya tahu lah kan. Tapi sebab itu kita mesti bergaul. Sifat penghulu
ini mesti bergaul dengan masyarakat. Dia tidak kira dia orang kaya, dia
orang susah ke, orang miskin ke, orang OKU [Orang Kurang Upaya] ke,
jadi kalau boleh kita bermesra lah. Jadi itu sebab apa nama penerimaan
masyarakat seronok, kalau tengok penghulu akan pergi ke apa-apa majlis
ke. Kerana masa zaman dulu, zaman sebelum, selepas merdeka pun bukan
semua pembangunan telah pun dilaksanakan. Pada suatu ketika saya
berkhidmat di Mukim Kota Lama Kiri, jadi satu hari ada majlis membina
empang untuk apa nama menanam padi, menanam padi lah. Jadi
mengempang ni bukannya dibuat dengan simen. Dibuat secara gotong
royong. Jadi dia tak nak [tidak mahu] dia cari pokok-pokok kayu, cari
daun-daun kayu dan sebagainya, taruk [letak] tanah sebagainya, akhirnya
empang, empangan air itu boleh mengalirkan sungai masuk air ke sawah.
Jadi masa itu masyarakat bergotong royong dia bawa semua makananmakanan sambil-sambil mengempang sambil berkelah. Jadi bila penghulu
pergi ke situ jadi apa namanya bersama-sama masyarakat tengok seronok
lah pasal penghulu pun ada sama-sama begitu juga dengan kerja
bergotong-royong. Ada sesuatu tempat itu kawasan Cina jadi saya
bersama-sama dengan penghulu besar saya pergi bersama dengan EDO
[Executive District Officer] pergi sama-sama buat gotong-royong membina
jalan, membina jalan tanah ______. Jadi masyarakat Cina, masyarakat
India dan sebagainya seronok kita ada bersama. Jadi penerimaan
masyarakat masa dulu terhadap penghulu memang bagus lah. Tidak macam
sekarang ini lain sikit masyarakatnya. Masyarakat masing-masing
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
36
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
mementingkan diri sendiri. Dulu masing-masing bergotong-royong dan
sebagainya semua kerja dibuat secara bergotong-royong. Itu lebih yang
menyeronokkan lah ______.
NZS
: Jadi atas sebab apakah berlakunya perpindahan tempat bertugas?
MSH : Yang sebenar ---
NZS
: Dari mukim ke mukim tersebut?
MSH : Yang ni [ini] sebenarnya nak [hendak] beri, tugasan penghulu ni [ini] dia
sebagai pegawai kerajaan, jadi lima tahun sekali memang ada arahan suruh
bertukar supaya menambah pengalaman ataupun menghasilkan (batuk)
seseorang itu untuk seronok bekerja di tempat itu kan. Dalam terlalu lama
tugasan itu mungkin ada masalah-masalah yang berbangkit. Bukan semua
penghulu disukai oleh masyarakat setempat jadi dengan sebab itulah ada
pertukaran supaya dia penghulu pun seronok di tempat baru ataupun
masyarakat pun dapat menerima orang yang baru pula macam mana
keadaan dia nak [hendak] ______ setempat itu, di tempat itu.
NZS
: Apakah perpindahan itu berlaku antara dalam negeri sahaja ataupun boleh
berlaku di luar negeri juga, maksudnya mungkin daripada Perak ke negeri
lain?
MSH : Jadi jawatan penghulu ni [ini] sebenarnya ialah jawatan khas sebagai negeri
iaitu di bawah kuasa kerajaan negeri jadi khas untuk negeri. Jadi
perpindahan dia dibuat dalam negeri sahaja diantara satu mukim, satu
mukim dan satu mukim, jadi tidak dia panggil dia tidak ada perpindahan
keluar dari negeri ni [ini] Negeri Perak.
NZS
: Apakah panggilan penduduk setempat terhadap tuan?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
37
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Panggilan terhadap jawatan penghulu ni [ini] masyarakat memanggil
kebanyakan Tok, lah.
NZS
: Tok?
MSH : Ha [ya] Tok, Tok. Tapi ada beberapa tempat iaitu di --- yang saya pergi
kebanyakan panggil Tok atau penghulu. Tapi kebanyakannya panggil Tok.
Cuma ada dua daerah, dua mukim, yang saya pergi iaitu di Mukim Bandar
dan juga Mukim Pulau Kemiri, mereka panggil Pak Tok, Pak Tok. Mana
Pak Tok, budak-budak kecil pun panggil Pak Tok, orang tua panggil Pak
Tok, jadi cepat penghulu ini walau muda pun cepat jadi tua.
NZS
: (Ketawa)
MSH : ______ orang panggil Pak Tok, Pak Tok.
NZS
: Apa pula kenangan manis tuan ketika berkhidmat sebagai penghulu?
MSH : Oh kenangan manis berkhidmat sebagai penghulu ini macam-macam lah.
Yang --- macam cerita tadi lah, kenangan yang tidak boleh dilupakan,
menteri datang rumah kita, jadi macam-macam kenangan lah. Jadi itu lah
masalahnya yang menyebabkan kita seronok jadi penghulu ini. Tapi pada
orang yang seronok lah kan. Yang tidak seronok, tidak seronok lah kan.
Jadi biasanya penghulu ini biasa orang letak di tempat yang istimewa.
Pergi ke mana-mana pun tetap istimewa. Kalau makan pun tetap istimewa,
tempat duduk pun tetap istimewa. Tapi jangan lupa apabila kita duduk situ
kita mesti ingat kalau pergi hadir dalam majlis sambutan Maulidur Rasul
atau sa --- apa juga majlis, penghulu mesti berucap. Jadi mesti prepare
[bersedia] kita tu [itu] untuk ucapan apa majlis itu ucapan apa. Kalau
ucapan perpisahan ke, ucapan perasmian ke, kita ready [sedia]. Dia
kadang-kadang dia tidak ada kira dia bukan beri notis dulu kata penghulu
mesti berucap. Dia secara spontan dia terus panggil. Selepas ini diminta
penghulu memberi ucapan. Jadi apabila kita, kita dihormati orang, macam
dia di dahulukan kita, kalau makan pun dia letak hidang yang elok, kalau
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
38
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
tidak cukup lauk ditambahnya lauk. Jadi makna itulah yang dijadikan
kenangan manis sebagai penghulu. Bukan makna kita hendak disanjung
tapi makna kita seronok itu kerana kita dapat bersama-sama dengan
masyarakat dan dihormati oleh masyarakat, ha [ya] tu [itu] sebagai seronok
tugas sebagai seorang penghulu. Walau macam mana pun, kenangan pahit
mesti ada. Kenangan pahit yang tidak dapat kita elakkan kadang-kadang
dalam masyarakat yang ramai-ramai itu bukan semua ada yang berfikiran
baik (batuk). Kadang-kadang mereka juga – di – apa nama kata orang
dicucuk oleh orang yang lain dia kata kamu cakap sesuatu yang tidak elok
di depan penghulu. Kadang-kadang dia berdialog. Saya masih ingat lagi
masa duduk saya duduk di Mukim Kota Lama Kiri. Jadi masa itu
penghulu-penghulu mesti tinggal di dalam mukim atau tinggal di tempat
dia bertugas. Jadi pada masa itu saya sepatutnya bertugas di Kati, bukan di
Kota Lama Kiri. Jadi apabila majlis dialog itu Yang Berhormat pun ada
saya pun ada. Jadi satu orang hamba Allah itu bertanya, saya nak tanya
Yang Berhormat satu, dia kata mengapa penghulu ini tidak duduk di Kati
sedangkan dia penghulu Kati masa itu. Kemudian jadi Yang Berhormat
pun susah nak jawab. Dia kata saya nak jawab pun tidak boleh pasal
[kerana] penghulu ada. Biar penghulu sendiri yang jawab. Jadi saya pun
jawab. Saya kata saya bukan tak nak [tidak mahu] duduk di Kati sebab
saya di mana-mana duduk pun boleh. Saya dulu masa FELDA saya duduk
dalam hutan. Ini pula dalam kampung lagi saya senang tapi tidak ada
rumah penghulu yang khas untuk penghulu di situ. Oleh itu saya terpaksa
lah tinggal di tempat yang lain, yang ada rumah yang lebih elok dan
sebagainya kan. Ada pun rumah yang diberi rumah di tepi di tengah-tengah
bendang. Jadi macam mana nak [hendak] duduk di kawasan itu. Apabila
banjir air naik kawasan rumah itu. Jadi bila penghulu ini dia nak [hendak]
bantu orang, nak [hendak] selamatkan orang kena banjir, yang kalau dia
sendiri pun kena banjir, macam mana dia nak [hendak] menyelamatkan
orang. Itu yang saya jawab kepada orang yang apa namanya orang yang
berdialog itu. Jadi pun dia rasa puas hati jadi kita tidak apa lah tidak ada
rumah penghulu sementara ini duduk lah mana-mana dulu dia pun rasa
puas hati, orang yang ni ---. Jadi kenangan itu walau pun boleh kita jawab
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
39
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
tapi terasa pahit lah kerana orang dia bertanya depan-depan orang lain. Apa
salahnya dia tanya seorang sama seorang. Ha [ya] itu memang tidak dapat
elak lah. Tapi macam macam mana penghulu pun mesti ada perasaan kata
orang tebal telinga dan sebagainya, jadi maknanya kalau orang buat tidak
baik dengan kita, kita balas baik di sisi Tuhan. Jadi lama-kelamaan kita
tidak lah ada bergaduh dengan orang. Jadi kita kalau orang bertanya
macam itu kita rasa marah, jadi lama-lama kita marah-marah lama kita
tidak bertegur dengan dia, akhirnya kita pulaukan dia, dia hendak minta
tolong kita pun kita tidak mahu tolong sebab dia pernah menyakitkan hati
kita tapi kita lupakan soal itu kita ingat Rasulullah sendiri pun masa dia
melawat ke Thaif dia hendak menyebarkan agama Islam dipenggal oleh
saudara maranya dengan batu berdarah apa namanya muka dia. Bila datang
Jibril, Jibril kata, kamu hendak ke aku angkat gunung itu aku timpa semua.
Dia kata jangan, kata Rasulullah jangan ditimpa gunung itu kerana mereka
tidak tahu. Itu mungkin orang-orang tua tidak mahu, mungkin anak-anak
esok dia mahu memeluk Islam dia mahu apa namanya bertakwah kepada
Allah. Jadi kalau ikut Rasullulah dia nak marah boleh angkat gunung, bila
dia angkat gunung itu habis lah. Begitu juga dengan kita. Kita tidak usah
lah marah. Rasanya mereka jadi baik kalau kita layan cara yang baik.
NZS
: Pernahkah tuan dikritik atau dicaci oleh masyarakat sepanjang tuan
berkhidmat?
MSH : Yang sebenarnya secara depan-depan tidak ada dikritik atau dicaci tapi di
belakang ada. Di belakang tu [itu] kita tidak dapat tahu lah. Mungkin kita
ada dikritik dan sebagainya kan. Di depan kita tidak ada lah sepanjang
yang saya berkhidmat ni [ini] tidak ada. Cuma secara dialog yang saya
cerita tadi, adalah. Itu secara dialog lah kan. Tapi walau macam mana pun
apa yang dikritik oleh masyarakat ini kadang-kadang dia dapat dari sumber
yang tidak betul. Apabila kita beri penjelasan yang elok, dia terima dan
akhirnya dia minta maaf. Pernah suatu ketika saya hendak membuat satu
projek jalan di kawasan kampung, jadi saya pernah dimarah oleh tuan
tanah yang jalan hendak dibuat itu. Dia pun datang ke pejabat penghulu dia
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
40
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
bawa kapak. Tapi saya pun tanya dia, apa ni [ini] pak cik ni [ini] nak kapak
kepala saya ke. Dia kata tidak katanya. Dia pergi mengasah kapak di
tempat lain jadi saya kata tinggalkan lah kapak tu [itu] di luar. Jadi bawa
masuk ke dalam bilik pejabat ini macam hendak marah saya pula. Jadi
sebenarnya dia hendak mencari kontraktor, kontraktor buat jalan tu [itu]
tebang pokok rambutan dia. Saya kata sebenarnya pokok rambutan tu [itu]
memang di atas tanah desa jalan. Bila kita hendak buat jalan, kita terpaksa
tebang lah. Kita pun sudah khabarkan dia. Selepas tu [itu] kita akan ganti
dia pokok rambutan yang lebih elok untuk ditanam. Jadi mula-mula dia
tidak beri jalan itu, jadi kita tidak lawan dia kita elok buat juga jalan itu
lama-lama akhirnya dia minta maaf dia kata saya minta maaflah penghulu
saya cakap kasar tempoh hari sebabnya apa namanya saya tidak boleh lalu
jalan itu dia kata. Tapi saya kata sebenarnya saya bukan apa, bila buat jalan
itu senang anak-anak pak cik hendak balik ke rumah, tidak lah esok hendak
balik ke rumah tinggal kereta tepi jalan, jalan kaki pergi masuk ke rumah.
Sekarang sudah seelok-elok jalan itu jadi maknanya apa namanya eloklah.
Jadi sebenarnya dia kritik kita dia caci kita tapi kita balas dengan cara yang
baik akhirnya dia sedar sendiri dia jumpa minta maaf dengan kita. Banyak
peristiwa yang berlaku macam ini.
NZS
: Pernahkah tuan disabotaj oleh sesiapa ketika berkhidmat dahulu?
MSH : Yang sebenarnya sabotaj tidak ada lah. Cuma tidak ada beri sambutan yang
tidak menggalakan tidak ada. Sebabnya kadang-kadang ketua kampung
yang berkhidmat itu bukan ketua kampung itu dipersetujui oleh orang. Jadi
ini masalahnya kadang-kadang ketua kampung ini dia pun memihak
kepada kaum keluarga sendiri. Jadi bila kita harapkan dia untuk
melaksanakan tugas, jadi dia pun pilih kaum keluarganya untuk diberi
bantuan. Jadi bila kita hendak buat sesuatu kerja itu, mereka pun tidak
mahu lah hendak buat, tidak mahu lah bantu kan. Macam bila kita hendak
--- contohnya macam hendak buat paip air, paip air ke suatu tempat. Jadi
bila sudah sampai paip air itu ke kawasan tanah itu dia tidak beri. Dia
rupanya pasal [kenapa] apa tidak beri, dia kata suatu ketika dulu tok ketua
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
41
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
pernah berjanji dengan saya dia hendak tolong saya nak _____ kawasan
tanah dia. Selepas itu apabila kerajaan hendak buat paip air itu dia tidak
beri lah. Dia sabotaj lah. Dia kata pasal [kenapa] apa nak lalu tanah saya.
Jadi lama-kelamaan saya panggil dia elok-elok, pasal [kenapa] apa kamu
tidak beri. Dia kata dulu tok ketua hendak cuci tanah saya. Sekarang ini
saya hendak khabar tok ketua apa namanya ini tidak usah lalu pula tanah
saya untuk hendak buat paip ini. Saya balas dendam balik, jadi dia sabotaj
balik itu. Kemudian saya panggil dia elok-elok, saya panggil kontraktor,
selepas itu kontraktor kata, macam ini lah, kamu hendak tolak tanah kamu
macam mana. Dia kata hendak beri rata sedikit. Hendak suruh kontraktor
rata dengan backhoe [jentolak] selepas itu akhirnya dia beri lah lalu untuk
bina paip tanah dia. Apabila lalu paip tanah dia maka tidaklah, selesailah
masalah itu. Kita cari jalan penyelesaian. Macam mana jalan penyelesaian.
Dia sudah berjumpa dengan EDO [Executive District Officer], EDO
[Executive District Officer] _____ Di Sungai Siput, EDO [Executive
District Officer] kata yang ini yang boleh selesaikan penghulu dia kata. Dia
kata akhirnya saya dapat selesaikan masalah ini.
NZS
: Pernahkah tuan menghadapi tekanan ketika bertugas?
MSH : Sebenarnya dari segi tekanan ini bertugas ini memang tidak dapat dielakkan
lah. Kadang-kadang kita tugas kita ada orang atas dari kita. Sebenarnya
kita bertugas macam penghulu ini bertugas di atas dari penghulu adalah
ketua _____. Atas lagi dari ketua _____ adalah pegawai daerah. Jadi
kadang-kadang ada tekanan ini macam pihak - pihak pegawai daerah,
penolong pegawai daerah, ketua pegawai daerah dia hendakkan kerja-kerja
dibuat dengan seberapa cepat lah kan. Jadi kadang-kadang menjadi tekanan
lah pada kita kan. Kadang-kadang kita terpaksa bertugas dalam keadaan
yang baru sama macam sekarang ini mula-mula dulu tidak ada pakai taip
kemudian sudah pakai komputer, sekarang kita sudah belajar lagi komputer
dengan lebih baik kan, kita kena buatlah kan. Jadi inilah yang menjadi
masalah tekanan kita semasa bertugas. Itu sahaja lah lain-lain tidak ada apa
lah. Lagi-lagi saya bertugas sebagai penghulu ini kemudahan orang.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
42
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Sepatutnya penghulu selain dibantu oleh penolong penghulu, ada kerani
penghulu. Kerani penghulu ini boleh membuat kerja-kerja di pejabat.
Penghulu ini kadang-kadang dia pergi keluar melihat kerja-kerja
pembangunan dan sebagainya. Jadi terpaksa dia buat kerja pejabat jadi
kerani, kerja pejabat jadi penghulu, jadi ini menjadi satu tekanan dan
bebanan bagi penghulu lah. Tapi sejak akhir-akhir ini semua penghulu
dibekalkan kerani. Ada penolong penghulu, ada kerani penghulu. Jadi ia
tidak menjadi masalah lah.
NZS
: Apakah contoh masalah yang sering dirujuk oleh penduduk kepada penghulu?
MSH : Contoh-contoh masalah saya --- ini banyak masalah lah. Contoh-contoh
masalah yang selalu dirujuk kepada kita kan. Kadang-kadang itu ada
perbalahan, masalah sempadan, sempadan tanah. Jadi masalah pokok
durian dan sebagainya kan. Yang ini pun satu menjadi masalah lah. Dia
kata kata orang ini kata durian ini dia punya, ada yang ini kata orang ini
punya. Jadi saya ingat satu peristiwa saya bertugas di Sungai Siput dahulu
iaitu perkampungan baru buka jadi banyak pokok-pokok durian di kawasan
itu. Di tengah-tengah kawasan pokok durian itu ada sungai. Jadi apabila
buah durian banyak, jadi orang yang tuan rumah tuan tanah itu dia kutip
buah durian itu sampai ke dekat surau. Jadi orang surau marah lah pasal
[kenapa] apa kutip durian sampai dekat surau. Kemudian jadi lah
perbalahan di antara orang dengan orang yang punya pokok durian ini. Jadi
tanah di situ belum punya geran lagi. Kemudian dia berjumpa dengan
penghulu akhirnya pihak saya selesaikan, saya bahagikan. Saya kata
sebelah sungai sini orang ini punya, sebelah sini orang surau punya. Dia
pun mahu ikut sampai lah sekarang ini tidak ada jadi perbalahan lah. Jadi
sebenarnya perbalahan itu sedikit sahaja. Tapi nak menyelesaikan nak
pandailah. Kadang-kadang macam mana kita cari jalan penyelesaian yang
paling baik. Jadi akhirnya dia ikutlah. _____ selesailah masalah itu. Tapi
banyak lah masalah-masalah yang lain yang dihadapi. Jadi masa yang
masalah pokok durian itu pun hingga sampai nak bergaduh nak tembaktembak pula, nak bawa senapang nak tembak. Kalau nanti tersalah tembak
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
43
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
kalau mati kita susahlah kan. _____ kita cari jalan selesai. Jadi akhirnya
selesai begitu sahajalah.
NZS
: Dan lagi antara masalah lain yang dirujuk ?
MSH : Selain dari itu masalah tanah. Jadi ada satu kawasan itu, kawasan tanah itu
telah dibeli oleh kerajaan untuk membuat tapak rumah _____. Jadi satu
tapak itu dikhaskan kepada lapan orang. Jadi tiap-tiap orang dapat satu per
lapan. Kemudian suatu ketika tanah ini dimiliki oleh pihak Yang
Berhormat. Kemudian Yang Berhormat pun tukar nama kepada satu orang
itu dan janjinya kalau buat surat perjanjian apabila dia mati hendaklah
diberi tanahnya satu per lapan. Jadi entah macam mana dia pun hendak
putar sedikit orang yang dapat tanah ini hendak putar dia kata dia hendak
dua per lapan. Dia beritahu saya. Jadi saya kata dekat dia, kalau tanah ini
hendak diikutkan perjanjiannya hendak beri satu per lapan tiap-tiap orang,
jadi kalau kamu hendak dua per lapan saya tidak mahu, tidak mahu
bersama kamu lah tidak mahu bersubahat dengan kamu. Saya kata saya
hendak buat kerja ini hendak jujur hendak betul. Nanti saya dalam kubur
esok saya sudah tidak ada orang akan tanya saya. Pasal [kenapa] apa kamu
beri dia dua per lapan sedangkan orang lain beri satu per lapan. Kalau
semua setuju nak beri kamu lebih, saya kata boleh. Syaratnya kamu panggil
semua lapan-lapan orang, saya khabar kamu hendak lebih ini tanah sebab
kamu menguruskan itu tidak apa. Kalau kamu hendak pandai-pandai ajar
saya benda tidak betul saya tidak mahu. Jadi dengan sebab itu dia masam
muka dengan saya dia kata _____ gini-gini [macam ini] dia pun keluar
pejabat saya kata tidak apalah biar saya buat kerja yang betul jadi Tuhan
tidak marah saya. Jadi kalau saya buat kerja, saya buat kerja ikut dia pun
jadi masalah pada saya esok Tuhan tanya kendian [kemudian] dekat saya,
saya tidak mahu lah. Jadi mula-mula dia nampak masam muka akhirnya
saya ingatkan dia tak nak bercakap habislah lama-lama dia datang balik dia
minta maaf dekat saya. Selesai lah masalah ini.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
44
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Jika terdapat sesuatu masalah, adakah tuan meminta pandangan dari pihak
lain?
MSH : Tengok lah kalau masalah ini melibatkan tanah, melibatkan ini sempadan
dan sebagainya saya akan dapat khidmat nasihat daripada pihak Jabatan
Ukur ataupun Pejabat Tanah lah untuk sama-sama menyelesaikan masalah
ini. Saya panggil bersamalah.
NZS
: Pernahkah kawasan tuan dilanda bencana alam seperti banjir?
MSH : Kawasan ini?
NZS
: Kawasan ---
MSH : Kawasan yang saya berkhidmat ini dulu ada kawasan mukim Kota Lama
Kiri saya berkhidmat memang masa itu empang empangan _____ tidak
siap lagi memang selalu dilanda banjir. Jadi suatu ketika Sungai Perak itu
dinaiki air jadi maknanya saya terkandas, saya balik kampung saya
terkandas, jadi terpaksa saya menaiki bot hendak balik daripada kampung
_____ ke Kuala Kangsar. Naik bot, bot berhenti di dekat jam besar dekat
Kuala Kangsar. Dekat jam besar itu boleh bot berhenti. Saya berhenti situ.
Jadi bila saya berhenti situ saya balik ke rumah saya yang letak di Kota
Lama Kiri jadi kawasan itu orang _____ banjir. Bantuan banjir. Jadi
kawasan itu pun kena banjir. Jadi saya pernah menghadapi bencana alam
ini di kawasan mukim saya yang memberi bantuan beras dan sebagainya,
memindahkan penduduk dan sebagainya bagi dua kawasan lah, satu di
Mukim Kota Lama Kiri satu lagi di Mukim Pulau Kemiri. Semuanya di
_____ orang kata. Jadi di Mukim Pulau Kemiri ini saya telah pun
menyediakan sampan atau bot kemudian membuat
melaksanakan
perpindahan penduduk. Satu kampung telah kita pindahkan penduduk ke
tempat baru jadi penempatan baru jadi akhirnya kampung itu ditutup tidak
ada banjir dah.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
45
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Bagaimana pula dengan waktu tuan bekerja? Adakah tugas penghulu ini tidak
mengira waktu pejabat?
MSH : Yang sebenarnya tugas penghulu ini orang kata dua puluh empat jam. Bila
dua puluh empat jam tak kan tidak ada masa tidur. Yang sebenarnya tugas
penghulu ini yang sebenarnya tidak mengira waktu pejabat. Kadangkadang kita bertugas penghulu ini kalau isteri kita pun kena kahwin dengan
jawatan dia. Kahwin dengan jawatan penghulu ini. Jadi maknanya dia
supaya dia senang hati. Kadang-kadang penghulu malam ada orang ada
panggil, kadang-kadang pagi tidak kira lah. Ikut sukalah waktu malam ke
waktu pagi ada sahaja orang nak panggil kita bertugas. _____ bertugas apa
bertugas dengan masyarakat. Kalau kawasan itu kawasan bendang dahulu
kena tengok air bendang ada ke tiada. Begitu juga dengan kawasankawasan yang lain kan. Jadi ini tugas ini tidak dapat elak lah. Kalau kena
banjir saya pernah juga pukul tiga pagi oleh inspektor polis mengatakan
kawasan saya telah dinaiki banjir. Jadi pukul tiga pagi pergi melawat
banjir. Pukul tiga pagi sedangkan orang sedap-sedap tidur. Kita penghulu
kena pergi tidak kira waktu pejabat dan sebagainya.
NZS
: Maksudnya selepas waktu pejabat pun tuan masih bertugas lagi?
MSH : Ha [ya] masih bertugas masih selepas waktu pejabat pun masih bertugas
lagi. Kadang-kadang kanak --- musim sekolah kanak-kanak sekolah pun
hendak ambil tandatangan kita, kita pun kena pergi tengok macam mana
kan. Begitu juga kena sain [tandatangan] dan sebagainya kan. Kadang
datang rumah lah. Bukan masa pejabat masa kita rehat. Kadang-kadang ada
satu hamba Allah itu dia pukul sepuluh malam dia telefon saya, saya
tengah berehat-rehat dia tanya dia kata penghulu ada rumah ke, saya kata
saya ada rumah apa hal [kenapa], saya hendak ambil tandatangan untuk
mendapat surat sokongan besok hendak pergi. Saya kata datang lah pagi
esok. Dia kata pagi esok tak boleh saya hendak pergi pukul lapan pagi baik
saya jumpa malam. Malam datang bawa _____. Jadi kalau penghulu nak
jadi penghulu ini nak kita nak bersama dengan tugas dia. Dia tidak kira
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
46
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
masa. Kadang-kadang masyarakat dia datang ke rumah kita, kita pakai kain
sahaja. Kita ingat pakai kain itu cuti lah dia tidak tanya kita cuti ke kerja.
Dia tahu nak selesai masalah dia sahaja. Itulah tugas penghulu. Lebih-lebih
lagi menghadapi orang yang keluarga _____. Lagi lah banyak masalah.
NZS
: Apakah sumbangan terbesar tuan kita berkhidmat dahulu?
MSH : Jadi sebenarnya banyak lah sumbangan apa nama ini sumbangansumbangan yang saya jalankan semasa saya berkhidmat itu kan. Jadi yang
saya menjadi ingat ingatan saya semasa saya mukim berada di Mukim Kota
Kanan iaitu membina, bukan membina, melaksanakan perpisahan dua
kawasan masjid. Iaitu satu masjid di Kampung ____ satu lagi masjid
Kampung _____. Jadi persem --- persempadanan qariah itu walaupun kerja
tuan kadi tapi saya sendiri telah membuatnya dan satu ketika mendirikan
jumaat ini mula-mulanya mendirikan jumaat di surau. Dan akhirnya kita
telah pun didatangi oleh pihak _____ Jabatan Perdana Menteri, bahagian
permohonan Jabatan Menteri nak [hendak] melaksanakan masjid di
kawasan itu. Di kawasan di mana surau itu dibina. Akhirnya kita telah pun
berjaya mendapatkan dua buah masjid di situ iaitu masjid _____ dan
masjid _____ yang telah pun terbina masa ini, yang pertama. Yang kedua
kita telah mencadangkan jalan di antara Kampung Salak ataupun
berhampiran dengan kraftangan ke Karai. Kita buat aliran ini kita mohon
pekerjaan-pekerjaan ini supaya bina jalan baru. Nampaknya setelah lima
enam tahun saya bersara kerja-kerja itu telah mula dijalankan sekarang dan
telah pun dibina jalan itu. Yang ketiga kita mencadangkan tapak sekolah di
kawasan itu juga. Jadi daripada tanah - tanah pihak yang dipunyai oleh
orang Cina kita cadangkan dia ambil dan mencadangkan dia supaya
membuat tapak sekolah bersebelahan dengan tapak kraftangan. Sekarang
ini tapak sekolah itu pun telah dibina. Begitu juga di _____, kita ada
cadangkan satu kawasan tanah kelapa sawit untuk pembinaan sekolah
_____ tapak pun dah habis tapi sekolah belum lagi dilaksanakan. Jadi saya
rasa banyak lah selain dari itu yang saya rasa menjadi kenang-kenangan
saya masa berkhidmat di Mukim Pulau Kemiri selama tiga belas tahun iaitu
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
47
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
mewujudkan tiga perkampungan baru _____. Satu Kampung Tok Sagor,
yang mana telah diwujudkan satu perkampungan yang menempatkan lima
puluh orang peserta keluarga miskin yang sudah menjadi satu kampung di
kawasan itu dan ini satu lah satu rasa kejayaan bagi saya lah bersama
jabatan-jabatan yang lain telah berjaya menempatkan keluarga miskin di
mukim Pulau kemiri tinggal di situ. Dan mereka akhirnya telah pun
diberikan rumah tapak rumah dan sebagainya dan pada masa ini
kebanyakan mereka telah pun berjaya dan telah melepasi taraf kemiskinan
bagi semua mereka di kawasan berkenaan. (Berdehem). Selain dari itu
kawasan Lintang juga telah wujud satu perkampungan keluarga _____ iaitu
Kampung Tok Sirat yang ditempatkan lebih kurang tiga puluh peserta dan
di situ juga telah wujud perkampungan yang sama seperti Kampung Tok
Sagor ini dan telah pun dibuat penempatan baru kepada penduduk yang
miskin tiada rumah, tiada tanah semua telah _____. Dan yang ketiganya di
kawasan Kampung Pulau Kemiri sendiri telah ditempatkan lebih kurang
lima belas peserta. Dengan pembinaan rumah di pihak kerajaan dan
pembukaan kawasan baru bagi peserta yang tidak mendapat tapak rumah.
Itu merupakan satu kejayaan yang menjadi kenang-kenangan saya lah
semasa saya bertugas dan akhirnya sebelum bersara dahulu satu rumah
surau yang paling teruk dalam mukim ini ada dua puluh lima surau. Satu
daripada yang paling teruk sekali iaitu surau di Kampung Talang akhirnya
telah dapat dibina oleh kerajaan sebelum saya bersara. Inilah satu kejayaan
yang dapat saya banggakan atas sumbangan terbesar saya kepada
masyarakat setempat. Banyak lagi sumbangan-sumbangan sebelum itu
yang tidak dapat saya nyatakan satu, tapi ini adalah satu yang telah jadi
kenang-kenangan saya semasa saya bertugas di kawasan ini sehingga saya
bersara lah.
KASET 2 BAHAGIAN B
NZS
: Adakah tuan berpegang kepada apa-apa prinsip ketika berkhidmat dahulu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
48
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
MSH : Sebenarnya saya sebagai seorang penghulu yang berasal daripada kampung,
jadi saya bercita-cita untuk mamajukan orang kampung. Apabila saya
bertugas sebagai seorang penghulu, jadi prinsip saya yang besar sekali
ialah nak melihat kepada kejayaan sesuatu kampung atau berubah sesuatu
kampung daripada tak [tidak] ada jalan, tak [tidak] ada api, tak [tidak] ada
air jadi ada kepada kemudahan semua. Saya pernah bekerja di kampung
sabagai penoreh getah. Jadi melalui satu jalan yang sukar iaitu jalan yang
tidak ada titi dan sebagainya. Pernah suatu ketika saya membawa getah
jatuh kerana tidak ada titi, jalan licin dan sebagainya. Apabila saya ingat
sesuatu benda itu berlaku pada saya, saya pun berca --- bercita-cita supaya
mana-mana jalan-jalan kampung yang banyak diguna oleh orang kampung
untuk pergi bekerja, menoreh getah dan sebagainya supaya dia buat elokelok. Pernah suatu ketika saya orang tanya saya. Pasal [kenapa] buat titi itu
terlalu besar sedangkan untuk orang pergi menoreh. Saya kata suatu ketika
titi ini akan digunakan supaya orang menoreh tidak lagi memakai
motosikal, pakai kereta pergi menoreh. Itu saya punya pandangan supaya
samada prinsip saya supaya yang tidak maju ini menjadi maju. Yang
susahnya kita bagi dia senang. Supaya orang yang susah ini kalau dia susah
tak boleh berjaya biar anak-anak dia berjaya. Ini peranan saya laksanakan.
Itulah perkhidmatan yang patut kita beri kepada masyarakat kampung di
mana kita bekerja untuk kita berkhidmat bukan untuk pentingkan diri kita
jadi untuk masyarakat. Itu prinsip yang perlu ada dalam diri kita sebagai
seorang pemimpin.
NZS
: Siapa pula idola tuan sebagai seorang pemimpin?
MSH : Sebagai seorang pemimpin yang sebenarnya idola kita yang paling besar
ialah Nabi Muhammad Salallahhualai Wassalam lah. Jadi maknanya
sejarah dia kita kena ikut lah. Sunnah dia kena ikut bagaimana dia sebagai
seorang pemimpin. Dia sebagai --- kita faham dia sebagai pemimpin salah
satu daripada sifatnya ialah banyak sabar. Jadi sebagai pemimpin kena
banyak sabar. Jadi kalau kita berkhidmat dengan masyarakat sekalipun kita
kena banyak sabar lah kadang-kadang kita dikata begini kadang-kadang
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
49
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
kata begini macam-macam hal, yang berlaku di kampung _____ kita
sebagai pemimpin di peringkat mukim yang menjaga lima belas kampung,
yang menjaga ketua kampung. Ketua Kampung pun banyak juga
kerenahnya. Jadi dengan itu kita kena jadikan idola kita yang paling agung
ialah Nabi Muhammad Salallahhualai Wassalam itu sebagai idola kita,
ikutan kita. Lagipun kalau kita ikut sunnah dia kita dapat pahala. Selain itu
banyak lah _____ khalifah-khalifah yang lain. Saidina Umar Abdul Aziz,
sebagai pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri. Bahkan
pentingkan untuk, untuk hamba untuk rakyat dia. Itu sebagai satu idola
kita.
NZS
: Boleh tuan ceritakan sedikit antara aktiviti dengan masyarakat yang pernah
tuan sertai?
MSH : Jadi sebenarnya sebagai penghulu ini memang banyak lah aktiviti yang kita
ceburi bersama masyarakat. Ada yang aktiviti yang sukarela, ada yang
aktiviti yang kita terpaksa laksanakan di bawah kita sebagai seorang
penghulu. Jadi macam aktiviti yang masa saya zaman remaja dulu masa
jadi pengulu belum lagi berumahtangga, saya ada jadi pengerusi Persatuan
Belia iaitu di Kota Lama Kiri itu. Jadi pada masa itu belia-belia ini baru
nak diwujudkan di kawasan itu jadi dengan harapan dapat menyatupadukan belia-belia di kawasan itu. Jadi nama Persatuan Belia itu
Persatuan Kota Iskandar. Yang kebetulan masa itu ketua kementerian belia
masa itu ialah orang Kota Lama Kiri sendiri. Jadi dia telah memberikan
semangat kepada saya supaya meneruskan aktiviti itu sehingga sampai saya
bertukar empat tahun selepas itu saya pun bertukar. Jadi masa perjumpaan
belia itu dia, mereka amat sedih lah kerana pengerusi belia telah bertukar
ke tempat lain. Tapi apa nak buat. Ini satu aktiviti yang pernah saya ceburi
yang jadi ingat ingatan saya lah. Selain daripada itu saya telah pun
diarahkan masa pertabalan sultan Perak. Jadi satu aktiviti yang saya
cadangkan iaitu kata EDO [Executive District Officer] siapa apa aktiviti
yang boleh meramaikan orang ramaikan masyarakat atau ramai penyertaan.
Saya cakap Pertandingan Suara Burung Merbuk. Lama entah macam mana
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
50
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
akhir-akhirnya saya dilantik sebagai pengerusi sedangkan saya pun tidak
kenal merbuk. Tapi saya telah pun ambil inisiatif ini jadi saya telah pun
berbincang dengan pihak penjara, Persatuan Merbuk Daerah Kuala
Kangsar akhirnya telah berjaya melaksanakan pertandingan suara merbuk
peringkat antarabangsa. ____ di Siam, Singapura, Indonesia telah berjaya
dibuat di Padang Polo Kuala Kangsar. Penyertaannya hampir li --- empat
ratus peserta dan dihadiri oleh ribuan manusia daripada seluruh kawasan
yang ambil bahagian lah. Terutama daripada Siam dan sebagainya. Itu
pernah saya buat beberapa kali sehinggalah termasuk pada hari kebangsaan
bukan sahaja _____ hari pertabalan sultan, termasuk masa hari kebangsaan
juga telah diadakan aktiviti ini (berdehem).
NZS
: Bagaimana pula dengan aktiviti yang dihadiri oleh orang kenamaan dan
siapakah antara individu tersebut?
MSH : Aktiviti yang dihadiri oleh orang kenamaan ni [ini] banyak sebenarnya.
Jadi di peringkat mukim ini kita telah mengadakan aktiviti pertandingan
apa nama sambutan hari kebangsaan peringkat mukim. Yang dihadiri oleh
Pegawai Daerah Kuala Kangsar macam itulah. Jadi yang disertai oleh
keseluruhan kampung-kampung di mukim ini. Kita adakan perbarisan, kita
adakan
pertandingan
tarik
tali
dan
sebagainya,
macam-macam
pertandingan lah. Selepas itu menaikkan bendera, ini adalah aktiviti yang
diadakan di peringkat mukim (berdehem). Walau macamanapun ada
aktiviti yang dijalankan di peringkat daerah. Yang saya sendiri
menyertainya iaitu sukan air sempena pertabalan --- hari keputeraan Duli
Yang Maha Sultan Perak ataupun hari kebangsaan dan sebagainya. Jadi di
situ saya telah pun dilantik sebagai jawatankuasa hadiah dan telah pun nak
menyampaikan ataupun bak kata orang berkhidmat menunjuk hadiah
kepada Paduka Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak untuk
disampaikan kepada peserta. Jadi itulah peranan penghulu yang telah saya
jalankan. Selain daripada itu, aktiviti yang akhir-akhir saya laksa--jalankan semasa sebelum persaraan dulu iaitu satu daripadanya
menamakan Kuala Kangsar _____ sebagai majlis perbandaran. Jadi semua
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
51
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
penghulu-penghulu dikehendaki membawa surat watikah dengan memakai
tengkolok. Jadi saya telah pun menyertai daripada berakit daripada
kawasan yang berhampiran dengan jambatan itu dan terus ke padang
kanak-kanak atau di situ membawa watikah itu dan menyerahkan watikah
itu kepada sultan untuk diserah kepada Yang Dipertua Bandaran Kuala
Kangsar pada masa itu.
NZS
: Baiklah, adakah penduduk setempat sentiasa memberi kerjasama terhadap
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tuan?
MSH : Jadi boleh dikatakan penduduk setempat memang memberi sambutan baik
lah setiap aktiviti yang diadakan macam kita telah mengadakan aktiviti
bercorak agama
macam pertandingan berzanji peringkat
mukim,
pertandingan musabaqah atau majlis musabaqah peringkat mukim
kemudian ceramah perdana ataupun sambutan maulidur rasul peringkat
mukim. Jadi kita telah pun minta masyarakat setempat keluar beramairamai khususnya di kawasan felda yang kebetulan penduduknya ramai jadi
makna apa kita buat di sana berjaya. Selain daripada itu ada juga aktiviti di
peringkat daerah yang dibawa ke mukim seperti mengadakan sambutan
maulud peringkat daerah ke mukim iaitu telah disertai oleh masyarakat
setempat dengan jaya sekali lah.
NZS
: Jadi maksud tuan penduduk setempat sentiasa memberi kerjasama lah dengan
setiap aktiviti semua tersebut?
MSH : Boleh dikatakan tiap-tiap, tiap-tiap aktiviti yang dijalankan masyarakat
setempat insyaAllah telah pun memberikan kerjasama yang begitu baik lah
kerana kita telah pun hebahkan kepada-kepada kampung-kampung supaya
hadir bersama dalam majlis-majlis yang kita adakan ini tapi dengan baik
mereka telah berikan kerjasama terhadap aktiiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak kita lah.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
52
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Apakah yang tuan lakukan untuk mengeratkan hubungan tuan dengan
masyarakat?
MSH : Jadi sebenarnya hubungan pihak saya dengan masyarakat memang tak
[tidak] dapat dipisahkanlah kerana saya selalu melakukan apa namanya
hubungan yang baik bila _____ aktiviti-aktiviti masyarakat setempat lah.
Macam mereka mangadakan pertandingan ataupun majlis sambutan
maulidur rasul boleh dikatakan setiap sambutan di kampung-kampung
insyaAllah saya akan pergi. Jadi begitu juga mereka akan mengadakan
walau sekecil mana majlis pun jadi saya akan hadir bersama-sama hatta
majlis berbuka puasa sekalipun kita pergi bersama-sama untuk merapatkan
hubungan kita bersama masyarakat. Jadi saya rasa majlis-majlis yang
seumpama ini memang banyak diadakan boleh dikatakan tiap-tiap mukim
kalau di Mukim Pulau Kemiri tempoh hari ada lima belas kampung, lima
belas kampung lah adakan maulidur rasul kadang-kadang saya tidak dapat
tidak adanya yang saya tak hadir boleh dikatakan semuanya hadir. Lebihlebih lagi di bulan puasa tiap-tiap malam tiga puluh kalau boleh tiga puluh
hari itu tiga puluh hari itu saya keluar untuk bersama-sama berbuka dengan
masyarakat supaya dapat menghubungkan hubungan silaturrahim yang
baik antara masyarakat. Jadi kalau kita masih lagi melakukan perkara yang
macam itu, orang kahwin kita pergi, orang meninggal kita pergi, majlismajlis agama keagamaan kita pergi atau majlis-majlis sukan yang
dianjurkan oleh pihak jabatan kemajuan masyarakat, pejabat belia,
_____dengan rancangan _____ nya, begitu juga dengan jabatan-jabatan
yang lain menganjurkan majlis-majlisnya kita pergi _____ dengan sendiri
dapat menghubungkan perasaan silaturrahim dan mengeratkan hubungan
dengan masyarakat setempat.
NZS
: Jadi apa pula tuan lakukan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk
setempat?
MSH : Jadi selama penduduk setempatan ini biasanya kita adakan kalau bagi pihak
belia kita mengadakan sukan belia lah. Macam pertandingan sepak raga,
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
53
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
jaring sepak raga jaring, selepas itu ada pertandingan bola tujuh sebelah.
Itu bagi belia lah. Bagi orang-orang tua yang minat berzanji kita adakan
pertandingan berzanji peringkat mukim. Yang ini jarang dianjurkan tapi
kita selalu adakan. Boleh kata bila setahun sekali kita adakan pertandingan
berzanji jadi mana-mana kaki ahli-ahli berzanji ini akan sama-sama ambil
bahagian. Kita tak ada kira dia suara bagus ke suara tak bagus kita
pertandingkan. Jadi sebab itu boleh mengeratkan hubungan sesama
masyarakat. Selain itu kita mengadakan juga kerja gotong-royong, gotongroyong di kawasan-kawasan setempat seperti membersihkan tanah wakaf,
membersihkan jalan dan sebagainya. Jadi makna kita ajak masyarakat
bersama-sama menyertai majlis gotong-royong ini maka dengan sendirinya
akan mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat.
NZS
: Daripada pandangan tuan, apakah kunci utama untuk mengekalkan hubungan
yang baik sesama penduduk dalam sesuatu kawasan?
MSH : Kunci utama untuk mengekalkan hubungan yang baik sesama penduduk,
yang sebenarnya sesama penduduk ini yang penting kita utamakan ialah
mengadakan majlis-majlis silaturrahim lah _____ penduduk seperti
mengadakan majlis apa namanya perkelahan dan sebagainya ataupun
mengadakan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan mereka di satu-satu
kawasan ini. Macam apa namanya kalau mereka minat sukan, kita adakan
sukan. Kalau minat apa namanya adakan majlis masak bubur asyura, kita
buat. Jadi
_____ tujuan yang baik untuk kita mengeratkan sesama
hubungan sesama masyarakat.
NZS
: Jadi adakah tuan merasakan bahawa tuan ada membawa perubahan dan
kemajuan di mukim yang tuan pernah berkhidmat?
MSH : Sebenarnya memang ada lah. Kita bawa perubahan dan kemajuan.
Sebagaimana saya nyatakan tadi, jadi kalau dulu tak [tidak] ada jalan kita
nampak lah ada jalan. Jadi kita seronok tengok selepas itu orang miskin
yang tak ada rumah-rumah kita telah wujudkan perkampungan keluarga
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
54
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
miskin. Yang rumah-rumah buruk tu [itu] kita pula minta kerajaan bantu
supaya beri bantuan-bantuan untuk perumahan dan sebagainya. Jadi
nampak benda-benda ini berjalan. Mana-mana yang tak [tidak] ada lampu
jalan kita syorkan supaya lampu jalan. Jadi maknanya dengan sendirinya
kawasan ini telah mendapat apa ini sumbangan yang baik dan mereka pun
rasa berpuas hati di atas sumbangan yang diberikan semasa kita berkhidmat
dahulu kepada mereka.
NZS
: Adakah tuan berpuas hati dengan sumbangan yang tuan berikan ketika
berkhidmat dahulu atau mungkin ada sesuatu yang tuan mahu lakukan tapi
tidak sempat atau terbengkalai ke?
MSH : Jadi sejak saya bertugas lah saya telah berpuas hati dengan sumbangan yang
saya berikan dan boleh dikatakan sumbangan-sumbangan itu telah dapat
dijayakan dan apabila saya rasa bersara, saya telah bersara saya rasa
berpuas hati semua kerja-kerja yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dan saya rasa syukur dan akhir sekali telah dapat membina satu surau yang
tersekat pembinaanya kerana sesuatu masalah akhirnya telah dapat
dibinakan sebelum saya bersara.
NZS
: Adakah mungkin tuan pernah terdedah dengan gejala rasuah atau
seumpamanya?
MSH : Sebenarnya gejala rasuah tidak pernah berlaku lah. Jadi apa namanya
walau ada macam-macam nak [hendak] hulur rasuah tapi tak [tidak] ada
melibatkan saya sendiri kerana yang sebenarnya benda ini kadang-kadang
ada laporan, report-report [laporan] mengatakan kerja ini tidak elok, kerja
ini tidak puas hati tetapi tidak melibatkan saya cuma melibatkan pihak
kontrak yang tidak, tidak apa-apa dengan saya lah cuma saya terpaksa
memberi penjelasan lah kerana perkara ini berlaku dalam mukim kita lah
tetapi tidak ada terlibat dengan diri saya.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
55
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Bagaimana pula dengan pencapaian peribadi yang diperolehi tuan ketika
berkhidmat? Seperti anugerah atau pingat kerajaan?
MSH : Jadi sebenarnya saya telah pun dikurniakan pihak oleh pihak kerajaan lah
melalui jabatan-jabatan saya berapa pingat, satu daripadanya Pingat Jasa
Kebaktian, PJK. Yang kedua pingat apa nama Pingat Kenangan Pertabalan.
Pingat Kenangan Pertabalan ini masa pertabalan itu saya telah jadi
pengerusi Pertandingan Suara Merbuk Peringkat Antarabangsa. Jadi dia
beri satu pingat kenangan pertabalan namanya. Jadi yang ketiga Pingat
Pekerti Terpilih yang dikurniakan oleh kerajaan Negeri Perak lah. _____
Sultan Perak. Jadi ketiga-tiga kurniaan tadi dikurniakan oleh Duli Yang
Maha Mulia Sultan Perak.
NZS
: Selepas bersara, adakah tuan menyertai apa-apa persatuan atau aktiviti
kemasyarakatan dan memegang apa-apa jawatan ?
MSH : Sebenarnya apabila saya telah bersara banyak ditawarkan jawatan-jawatan
tetapi sebenarnya saya ingin, saya ingin bersara dalam keadaan yang tidak
sibuk lah, tidak memegang apa-apa jawatan yang ini lah. Pernah nak
[hendak] ditawarkan menjadi pengerusi masjid tapi saya tolak dengan cara
baik lah bukan saya tak mahu berkhidmat pada kerja-kerja yang baik.
Cuma saya sekarang ini menjadi penasihat surau. Jadi apa aktiviti-aktiviti
surau telah saya pun sama-sama jalankan walaupun sebagai penasihat
tetapi lebih banyak memberi pandangan untuk mengubahkan surau yang
berhampiran dengan rumah saya lah.
NZS
: Apa pula yang tuan lakukan sekarang untuk mengisi waktu lapang tuan?
MSH : Jadi untuk mengisi masa lapang ini saya berminat berkebun. Jadi saya ada
satu kawasan yang tanah yang saya beli semasa bertugas dahulu. Jadi
sehingga bersara tanah ini belum lagi dilaksanakan. Sebab itu saya telah
pun apa namanya me --- membersihkan kawasan tanah ini dan sekarang ini
telah pun ditanam dengan pokok getah juga _____ _____ ekar, dan
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
56
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
setengah ekar untuk kolam ikan dan setengah ekar lagi untuk dusun.
Setengah ekar lagi untuk dusun. Jadi kawasan tanah ini telah pun berjaya
dengan tanaman kebun, kolam ikan dan juga dusun buah-buahan.
NZS
: Maksud tuan sekarang masa lapang tuan banyak terisi dengan pergi berkebun
lah?
MSH : Ya berkebun.
NZS
: Baiklah pada pandangan tuan --- ?
MSH : Selain dari itu saya membaca-baca kitab lah. Membaca kitab dan
menjalankan amalan-amalan suruhan Tuhan, jadi selepas bersara lah.
NZS
: Baiklah pada pandangan tuan, adakah penghulu merupakan medium yang
terbaik yang menghubungkan antara penduduk setempat dengan pihak
berkuasa seperti pegawai daerah?
MSH : Memanglah tugas penghulu ini menghubungkan merapatkan hubungan
antara masyarakat setempat daripada pihak atasan. Tak [tidak] dikiralah
pegawai daerah ataupun yang lain. Jadi kebanyakan pegawai-pegawai
kerajaan, wakil-wakil rakyat selalunya penghulu lah yang menjadi
penghubungan antaranya. Kerana penghulu ini adalah satu tempat yang
boleh dirujuk oleh semua jabatan atau pihak atasan termasuk wakil-wakil
rakyat bersama dengan penduduk yang setempat.
NZS
: Apakah perbezaan antara remaja di zaman tuan dahulu dengan zaman
sekarang?
MSH : Jadi sebenarnya perbezaan remaja di zaman dahulu dengan zaman sekarang
ni [ini] ya, jauh bezanya. Jadi remaja zaman dahulu yang sebenarnya
terdidik oleh dengan apa namanya selain dididik di sekolah, mereka juga
dididik oleh ibu bapa. Jadi masa dahulu kalau remaja-remaja atau anakIMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
57
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
anak sekolah, dia bersekolah pagi, petang baca Al-Quran ataupun belajar
agama. Tapi sekarang ini ada pun tapi budak-budak pun tidak macam dulu.
Jadi ibu bapa, mereka tidak menghormati orang tua dan ibu bapa. Jadi
sebab itu, itulah perbezaan antara remaja zaman dahulu dengan remaja
zaman sekarang. Jadi remaja zaman sekarang ini nampak macam
membuang masa banyak dan akhirnya terjebak dengan gejala-gejala yang
tidak baik. Itulah masalah dia. Kita dulu pun budak-budak muda jarang kita
dengar terjebak perkara-perkara yang tidak baik, masa itu tidak ada ganja,
dadah, dan sebagainya. Tapi sekarang ini benda-benda itu dah ada jadi
sebab itu, itulah sebabnya remaja-remaja sekarang ini lebih terjebak kepada
gejala-gejala yang tidak baik. Jadi dengan sebab itu mereka dikehendakilah
kalau boleh belajar dalam bidang-bidang memantapkan diri seperti akhlak
dan sebagainya.
NZS
: Apa pula pendapat tuan tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita?
MSH : Yang sebenarnya konsep Malaysia ini bukan baru di--- baru disebut balik
sebenarnya dulu pun dah ada. Kita dulu ada jawatankuasa muhibah dan
sebagainya selepas peristiwa tiga belas Mei. Jadi sebenarnya hubungan di
antara masyarakat kaum di Malaysia ini terjejas ketika selepas tiga belas
Mei kemudian dah dielokkan balik. Jadi pada masa sekarang ini oleh
kerana pergolakan politik masih begini begini begini _____, jadi akhirnya
dah jadi masalah masyarakat ini bercelaru. Di antara orang-orang bangsa
asing pun tidak menghormati perlembagaan yang merendah-rendahkan
bangsa melayu sendiri, ini kerana orang melayu sendirilah. Sebab orang
melayu sendiri pun sanggup merendahkan memperkecilkan orang melayu
sendiri maka apa lagi bangsa asing pun akhirnya sama-sama memburukburukkan sendiri orang melayu yang menjadi tunggak apa nama penduduk
di Malaysia ini. Jadi sekarang ini ada pihak kerajaan nak buat satu
rancangan Satu _____, Satu Malaysia untuk menyatukan balik jadi perkara
ini amat baik lah pada pandangan saya sebabnya hubungan antara semua
masyarakat ini di Malaysia ini memang unik. Jadi antara kita sesama kita
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
58
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
hendaklah dielokkan hubungannya supaya ini satu masalah yang dapat
diatasi tidak lagi berlaku seperti peristiwa tiga belas Mei pergaduhan satu
kaum. Jadi maknanya Malaysia ini sama-sama kita hidup dan sama-sama
mendapat kebahagiaan yang ada di dalam negara ini untuk dinikmati
bersama. Dengan sebab itu satu konsep Malaysia ini amat baik
dilaksanakan dan diteruskan.
NZS
: Apakah yang tuan lihat negara kita sepuluh tahun akan datang?
MSH : Jadi saya rasa negara kita ini kalau dapat dijalankan sebaik insyaAllah
negara ini akan menjadi lebih berjaya lagi di masa akan datang dengan
keadaan ekonominya, dan keadaan masyarakatnya akan boleh dipupuk dan
menjadi dan boleh dibanggakan dalam masa sepuluh tahun lagi akan
datang jika dasar ekonomi baru ini yang ada ini pun dapat diteruskan dan
kekayaan negara diberi sama rata dan keadaan penangguran negara ini
dapat diatasi jadi Malaysia ini akan boleh jadi berjaya di masa-masa akan
datang.
NZS
: Apakah pandangan tuan tentang senario politik di Malaysia khususnya di
Negeri Perak ?
MSH : Sejaknya pembangkang pihak pembangkang kuat di negara ini maka
senario politik negara telah berubah. Lebih-lebih lagi sekarang pada masa
ini Malaysia ini banyak daripada penghuni-penghuninya di kalangan orang
muda yang tidak perlu membaca akhbar, membaca internet dan sebagainya
dan lebih-lebih lagi kalangan pelajar-pelajar universiti, fikiran mereka telah
terbuka. Jadi masa dulu pihak kerajaan senang dia beritahu pada pihak
kampung, pihak penghulu, pihak ketua kampung dan sebagainya, ini-ini
kerajaan dah buat jadi dia mahu terus ikut. Sekarang ini kalau nak beritahu
pun deme[mereka] fikir balik. Anak-anak balik ke kampung dia kata ini tak
betul, _____ _____ _____ _____ macam ini macam ini. Jadi sekarang ini
masyarakat tidak boleh ditipulah. Bukan maksud ditipu, di ---
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
59
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
NZS
: Disogok?
MSH : Disogoklah. Disogok _____ _____ tak boleh. Jadi deme [mereka] tahu
cerita yang sebenarnya ini yang jadi masalah kepada senario politik di
Malaysia ini. Jadi macam keadaan yang berlaku di Negeri Perak ini yang
sebenarnya yang ini masalahnya masalah perlembagaan. Jadi Perak ini
dikata di Malaysia di _____ perlembagaan khas. Maknanya Negeri Perak
ada undang-undang tubuh. Undang-undang tubuh yang perlu diikuti oleh
pihak politik, macam mana caranya. Undang-undang tubuh ini sebenarnya
dia kuasa sultan mesti ada pada undang-undang tubuh itu. Sebab itu macam
keputusan yang baru dibuat, apa nama wakil rakyat sama-sama kan, jadi
yang sebenarnya kalau dari segi kelebihan itu kita tengok mestilah
kelebihan kepada pihak yang memerintah sekarang ini kerana pihak bebas
menyokong mereka. Jadi dengan sendirinya mereka lebih kerusi dan pihak
ini kurang kerusi. Oleh itu maknanya siapa yang lebih kerusi kalau ikut
undang-undang tubuh Negeri Perak, dia lah yang memerintah. Jadi tak ada
lah apa masalah bagi Negeri Perak kan. Itulah senario politiknya.
NZS
: Baik lah apakah nasihat tuan kepada mereka yang ingin menjadi penghulu?
MSH : Jadi yang sebenarnya sesiapa yang ingin jadi penghulu ini yang pertama
kena bersabar. Banyak sabar lah yang pertamanya kan. Jadi sebagai --- dia
kena jadi pemimpin orang tua-tua lah. Penghulu ini sebagai pemimpin
orang tua-tua jadi kalau kita muda pun automatik kita jadi tua apabila
orang panggil kita Tok jadi maknanya kita jadi tua, automatik jadi tua. Bila
kita jadi tua kita kena fikir kita sebagai orang tua pandangan sebagai orang
tua. Jadi bila kita jadi orang tua kita kena kena tengoklah kena bergaul
dengan masyarakat orang tua, tak boleh jadi orang muda walaupun kita
muda. Jadi kita kena bergaul dengan masyarakat orang tua dengan
masyarakat orang muda khususnya orang tua. Kalau orang tua pandang kita
bagus, orang muda dia tak kesah sangat. Jadi orang muda senangnya.
Kalau dia ajak kita main bola kita pergi je[sahaja] lah. Tapi kita tengoklah
jangan main bola sampai pukul lapan malam, kita penghulu. Mainlah pukul
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
60
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
tujuh _____ _____ _____ _____ _____. Jadi lama-kelamaan untuk menjadi
penghulu ha [ya] itu cara dia. Jadi selain daripada kita makna kita ada cara
memimpin yang disukai oleh masyarakat itu yang penting. Itulah caranya.
Jadi itulah harapan kita kepada pada penghulu, penghulu sekarang ini tak
macam penghulu zaman dulu apa kita cakap orang dengar. Sekarang ini
kita kena cara diplomasi. Tak semua apa yang kita cakap orang ikut. Jadi
itulah susahnya kita nak jadi penghulu masa ini kan. Jadi kalau masa dulu
penghulu-penghulu ada kalau orang nak berzakat pun kena _____
penghulu, kalau nak bersedekah _____ penghulu. Sekarang ini yang
diminta dari penghulu pun tak apa. Itulah masalah itu bezanya. Jadi kalau
kita nak jadi penghulu yang pertama kita nak ada sebagai pemimpin yang
mahu apa namanya mahu rasa betul-betul pemimpin lah. Yang memimpin
yang nak menjadi rasa diri itu sebagai orang tua. _____ _____ _____
_____ _____.
NZS
: Jadi perlu ada sifat kepimpinan, sabar?
MSH : Ha [ya] sabar nombor satu.
NZS
: Selain daripada itu?
MSH : Selain daripada sifat sabar, kita kena mempunyai sifat-sifat rasa kasih
sayang. Tengok orang susah kita rasa susah, kita sendiri rasa susah tengok
orang susah. Jadi maknanya kita, kita tengok orang itu tak [tidak] ada
kemudahan kita rasa diri kita, kalau kita jadi macam itu macam mana. Jadi
kita baru ada semangat nak [hendak] membantu. Janganlah cari semangat
untuk pentingkan diri sendiri. Sebagai pemimpin lah.
NZS
: Baiklah akhir kata, mungkin tuan ada apa-apa yang ingin dikatakan sebelum
kami mengakhiri wawancara ini?
MSH : Jadi akhir katanya, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada
pihak yang menanya saya ini kan. Jadi selama dua jam jadi mungkin ada
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
61
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
apa-apa yang diperkatakan itu apa namanya tidak tepat dan sebagainya.
Itulah dari segi pengalaman saya lah selama saya bertugas sebagai
penghulu tiga puluh lima tahun. Jadi sedikit sebanyak pengalaman yang
saya nyatakan itu walaupun banyak lagi pengalaman-pengalaman yang
mungkin tak [tidak] dapat dinyatakan satu persatu, _____ _____ tapi saya
percaya itulah satu sifat kita sebagai seorang pemimpin. Jadi maknanya
bukan semua Tuhan jadikan kita manusia ini boleh jadi pemimpin. Jadi
maknanya bukan kita rasa nak bangga pula kita pemimpin kita berjaya.
Tapi saya rasa saya menjadi pemimpin apabila saya bersara saya berpuas
hati kerana apa yang telah saya laksanakan selama tiga puluh lima tahun ini
saya rasa saya berpuas hati bak kata orang kalau tidur pun tidur terus tidur,
sedap tidur.
Demikian tadi wawancara mengenai pengalaman Tuan Haji Mohamed Salleh Bin Hj
Hussin sebagai penghulu selama tiga puluh lima tahun. Kami bagi pihak Dekan Fakulti
Pengurusan Maklumat UiTM, mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau dalam
memberikan maklumat dan berkongsi pengalaman. Semoga hasil rakaman ini akan
memberikan manfaat kepada pendengar dan penyelidik serta seterusnya generasi akan
datang. Kami sudahi rakaman ini dengan ucapan ribuan terima kasih.
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
62
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
LAMPIRAN
BIODATA TOKOH
Nama
:
Haji Mohamed Salleh Bin Haji Hussin
Tarikh lahir
:
12 September 1948
Umur
:
62 tahun
Tempat asal
:
Kampung Rambai Tujuh, Kuala Kangsar Perak
Alamat rumah
:
T1 Kampung Muhibbah Fasa 1,
31100 Sungai Siput (U), Perak
Pendidikan
:
Sekolah Rendah Kampung Rambai Tujuh, Kuala Kangsar
Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar
Bilangan anak
:
6 orang
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
63
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
SENARAI SOALAN TEMUBUAL
1.
Pertama sekali bilakah tuan dilahirkan?
2.
Jadi berapakah usia tuan sekarang?
3.
Adakah tuan mempunyai nama panggilan selain daripada nama betul tuan ?
4.
Dimanakah tuan dibesarkan?
5.
Apakah cita-cita tuan ketika kecil?
6.
Siapakah nama ibu dan bapa tuan?
7.
Kedua mereka berasal daripada mana?
8.
Bagaimana pula dengan pekerjaan mereka?
9.
Sembilan termasuk tuan lah?
10.
Siapakah nama isteri tuan?
11.
Umur beliau?
12.
Bagaimana pula dengan pekerjaan beliau?
13.
Beliau berasal daripada mana ya?
14.
Bilakah tuan mendirikan rumahtangga dan berapa orangkah cahaya mata yang
dikurniakan kepada tuan dan isteri?
15.
Adakah anak-anak tuan sudah berkahwin?
16.
Apakah cita-cita tuan ketika kecil?
17.
Siapakah nama ibu dan bapa tuan?
18.
Kedua mereka berasal daripada mana?
19.
Bagaimana pula dengan pekerjaan mereka?
20.
Sembilan termasuk tuan lah?
21.
Siapakah nama isteri tuan?
22.
Umur beliau?
23.
Bagaimana pula dengan pekerjaan beliau?
24.
Beliau berasal daripada mana ya?
25.
Bilakah tuan mendirikan rumahtangga dan berapa orangkah cahaya mata yang
dikurniakan kepada tuan dan isteri?
26.
Adakah anak-anak tuan sudah berkahwin?
27.
Ketika sekolah menengah, ada tak [tidak] tuan mengikuti apa-apa persatuan atau
badan beruniform?
28.
Sukan yang diminati oleh tuan ketika bersekolah dahulu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
64
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
29.
Adakah pengalaman tuan semasa mengikuti aktiviti berpersatuan di sekolah memberi
impak yang positif kepada diri tuan?
30.
Jadi ianya membantu tuan ketika menjadi seorang pemimpin?
31.
Pernahkah tuan mendapat anugerah atau pengiktirafan ketika menuntut disekolah
dahulu?
32.
Bagaimana pula dengan matapelajaran yang paling tuan minati ketika di sekolah
menengah?
33.
Mengapakah matapelajaran tersebut menjadi pilihan tuan?
34.
Adakah tuan pernah menerima tajaan biasiswa ketika di sekolah dahulu?
35.
Pernahkah tuan mengambil pendidikan tambahan diluar waktu sekolah?
36.
Setelah menamatkan alam persekolahan, adakah tuan mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi?
37.
Siapa pula yang banyak memberi bimbingan dan dorongan kepada tuan ketika di alam
persekolahan dahulu?
38.
Semasa bersekolah, apakah harapan tuan untuk masa hadapan?
39.
Boleh tuan ceritakan secara ringkas pencapaian tuan ketika tuan bersekolah dahulu?
40.
Apakah motto hidup tuan?
41.
Jadi apakah pendidikan tertinggi tuan?
42.
Jika diberi peluang, bidang apa yang ingin tuan dalami?
43.
Apakah aktiviti yang tuan lakukan setelah tamat persekolahan?
44.
Selepas tamat persekolah tersebut, boleh tuan ceritakan serba sedikit kehidupan tuan
sebelum mula bekerja?
45.
Ini bermakna itu adalah kerja pertama tuan sebelum tuan menjadi penghulu?
46.
Apakah tugasan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh tuan dalam jawatan
tersebut?
47.
Ini bermakna haiwan-haiwan tersebut telah menyebabkan pokok-pokok tersebut mati
dan pihak tuan perlu menyulam semula?
48.
Apakah pengalaman yang tuan dapat daripada pekerjaan tersebut?
49.
Bagaimana dengan cabaran, maksudnya cabaran paling sukar semasa tuan bekerja di
FELDA tersebut?
50.
Bagaimana pula dengan pengalaman pahit sepanjang tuan menjawat jawatan tersebut?
51.
Selain daripada tuan, adakah rakan tuan juga mendapat penyakit tersebut?
52.
Apakah tekanan yang paling besar ketika tuan menjawat jawatan tersebut?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
65
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
53.
Pihak atasan tersebut adakah orang Inggeris ataupun orang Melayu?
54.
Jadi bagaimana tuan menangani masalah tekanan ketika menjalankan tugas tersebut?
55.
Adakah tuan berasa selesa bertugas dalam bidang ini?
56.
Ini bermaksud gaji penghulu lebih murah daripada kerja tuan sebelum itu?
57.
Jadi bagaimana pula reaksi keluarga tuan ketika tuan dilantik menjadi penghulu?
58.
Berapa umur tuan ketika menjawat jawatan penghulu?
59.
Hampir dua puluh tahun?
60.
Adakah tuan mengingati tarikh rasmi perlantikan tuan sebagai penghulu?
61.
Jadi berapakah tempoh tuan berkhidmat sebagai penghulu?
62.
Apakah perasaan tuan selepas dilantik menjadi penghulu?
63.
Adakah pihak yang tidak berpuas hati dengan perlantikan tuan sebagai penghulu?
64.
Pada zaman tersebut adakah pihak yang menggunakan orang dalam untuk
mendapatkan pekerjaan?
65.
Boleh tuan ceritakan sedikit tugas-tugas sebenar seorang penghulu?
66.
Apakah perbezaan antara penghulu dan ketua kampung?
67.
Ini bermaksud ketua kampung menjaga ketua kampung manakala penghulu pula
menjaga satu mukim yang didalam satu mukim ada beberapa buah kampung?
68.
Apakah kelayakan diperuntukkan kerajaan untuk menjadi seorang penghulu?
69.
Pada pendapat tuan, apakah ciri-ciri yang perlu ada sebagai seorang penghulu?
70.
Adakah tuan mengikuti sebarang kursus sebelum menjadi penghulu?
71.
Iaitu kursus pertama?
72.
Berapa banyak mukim yang tuan telah berkhidmat?
73.
Baiklah, kita mulakan dengan mukim yang pertama iaitu Mukim Ulu Kinta. Berapa
buah kampung yang terdapat di mukim tersebut?
74.
Boleh tuan ceritakan sedikit tentang mukim tersebut contohnya seperti keadaan pada
zaman itu, hubungan antara Cina dan Melayu?
75.
Bagaimana pula dengan mukim yang kedua iaitu Mukim Kota Lama Kiri? Bagaimana
keadaan mukim tersebut?
76.
Mukim yang ketiga pula iaitu Mukim Bandar, bagaimana keadaan mukim tersebut?
77.
Ini bermaksud disebabkan ianya kawasan penjajahan, jadi elektrik dan air tak [tidak]
boleh dibekalkan kesana atau macam mana?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
66
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
78.
Baiklah, bagaimana pula dengan mukim yang keempat tuan berkhidmat iaitu Mukim
Sungai Siput, bagaimana pula dengan mukim tersebut? Berapa buah kampung yang
ada disitu?
79.
Maksud perintah berkurung tersebut?
80.
Apakah sebab ada perintah tersebut di Mukim Sungai Siput itu?
81.
Terdapat berapa buah kampung di mukim tersebut?
82.
Jadi mukim kelima tuan bertugas pula iaitu Kota Lama Kanan, boleh tuan ceritakan
sedikit pengalaman tuan bertugas disitu?
83.
Maksud laluan tersebut berada di bawah kawasan tuan berkhidmat?
84.
Bagaimana pula dengan mukim terakhir tuan berkhidmat?
85.
Jadi semua kampung ini Melayu sahaja atau ada Cina, ada India, Orang Asli ke?
86.
Jadi kampung Orang Asli tersebut juga dibawah tanggungjawab tuan ketika itu?
87.
Boleh tuan ceritakan bagaimana caranya untuk kita pergi ke kampung tersebut?
Mungkin ada jalanraya? Ataupun ada kampung yang belum ada jalanraya, kampug
Orang Asli tersebut?
88.
Jadi apa pekerjaan utama masyarakat Orang Asli di sana?
89.
Jadi daripada enam mukim yang tuan telah berkhidmat, mukim manakah yang tuan
rasa seronok untuk bertugas?
90.
Baiklah, bagaimana penerimaan rakan-rakan di setiap tempat kerja baru tuan apabila
tuan berpindah bertukar kerja?
91.
Jadi maksud tuan seorang penghulu itu, antara ciri seorang penghulu mestilah
seorang yang mesra, ramah dan mudah dihubungi lah oleh penduduk?
92.
Jadi atas sebab apakah berlakunya perpindahan tempat bertugas?
93.
Dari mukim ke mukim tersebut?
94.
Apakah perpindahan itu berlaku antara dalam negeri sahaja ataupun boleh berlaku di
luar negeri juga, maksudnya mungkin daripada Perak ke negeri lain?
95.
Apakah panggilan penduduk setempat terhadap tuan?
96.
Tok?
97.
Apa pula kenangan manis tuan ketika berkhidmat sebagai penghulu?
98.
Pernahkah tuan dikritik atau dicaci oleh masyarakat sepanjang tuan berkhidmat?
99.
Pernahkah tuan disabotaj oleh sesiapa ketika berkhidmat dahulu?
100. Pernahkah tuan menghadapi tekanan ketika bertugas?
101. Apakah contoh masalah yang sering dirujuk oleh penduduk kepada penghulu?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
67
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
102. Dan lagi antara masalah lain yang dirujuk ?
103. Jika terdapat sesuatu masalah, adakah tuan meminta pandangan dari pihak lain?
104. Pernahkah kawasan tuan dilanda bencana alam seperti banjir?
105. Bagaimana pula dengan waktu tuan bekerja? Adakah tugas penghulu ini tidak mengira
waktu pejabat?
106. Maksudnya selepas waktu pejabat pun tuan masih bertugas lagi?
107. Apakah sumbangan terbesar tuan kita berkhidmat dahulu?
108. Adakah tuan berpegang kepada apa-apa prinsip ketika berkhidmat dahulu?
109. Siapa pula idola tuan sebagai seorang pemimpin?
110. Boleh tuan ceritakan sedikit antara aktiviti dengan masyarakat yang pernah tuan
sertai?
111. Bagaimana pula dengan aktiviti yang dihadiri oleh orang kenamaan dan siapakah
antara individu tersebut?
112. Baiklah, adakah penduduk setempat sentiasa memberi kerjasama terhadap aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak tuan?
113. Jadi maksud tuan penduduk setempat sentiasa memberi kerjasama setiap dengan setiap
aktiviti semua tersebut?
114. Apakah yang tuan lakukan untuk mengeratkan hubungan tuan dengan masyarakat?
115. Jadi apa pula tuan lakukan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat?
116. Daripada pandangan tuan, apakah kunci utama untuk mengekalkan hubungan yang
baik sesama penduduk dalam sesuatu kawasan?
117. Jadi adakah tuan merasakan bahawa tuan ada membawa perubahan dan kemajuan di
mukim yang tuan pernah berkhidmat?
118. Adakah tuan berpuas hati dengan sumbangan yang tuan berikan ketika berkhidmat
dahulu atau mungkin ada sesuatu yang tuan mahu lakukan tapi tidak sempat atau
terbengkalai ke?
119. Adakah mungkin tuan pernah terdedah dengan gejala rasuah atau seumpamanya?
120. Bagaimana pula dengan pencapaian peribadi yang diperolehi tuan ketika berkhidmat?
Seperti anugerah atau pingat kerajaan?
121. Selepas bersara, adakah tuan menyertai apa-apa persatuan atau aktiviti
kemasyarakatan dan memegang apa-apa jawatan ?
122. Apa pula yang tuan lakukan sekarang untuk mengisi waktu lapang tuan?
123. Maksud tuan sekarang masa lapang tuan banyak terisi dengan pergi berkebun lah?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
68
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
124. Baiklah pada pandangan tuan, adakah peghulu merupakan medium yang terbaik yang
menghubungkan antara penduduk setempat dengan pihak berkuasa seperti pegawai
daerah?
125. Apakah perbezaan antara remaja di zaman tuan dahulu dengan zaman sekarang?
126. Apa pula pendapat tuan tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri kita?
127. Apakah yang tuan lihat negara kita sepuluh tahun akan datang?
128. Apakah pandangan tuan tentang senario politik di Malaysia khususnya di Negeri
Perak?
129. Disogok?
130. Baiklah apakah nasihat tuan kepada mereka yang ingin menjadi penghulu?
131. Jadi perlu ada sifat kepimpinan, sabar?
132. Selain daripada itu?
133. Baiklah akhir kata, mungkin tuan ada apa-apa yang ingin dikatakan sebelum kami
mengakhiri wawancara ini?
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
69
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
70
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
INDEKS
A
Agama Islam ms 9, 12
B
Bahasa Melayu ms 9
Bandar Diraja ms 24
Bukit Goh ms 13
D
Datuk Seri Ramli Ngah Talib ms 25
E
EDO [Executive District Officer] ms 32, 46
F
FELDA ms 12, 13, 15, 16, 17, 18
FELCRA ms 29
G
Gedangsa ms 13
I
Indonesia ms 47
Inggeris ms 16
Ipoh ms 5
J
Jabatan Kerja Raya ms 20
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
71
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Jabatan Perdana Menteri ms 43
Jabatan Ukur ms 41
Jalong ms 26
Jambatan Iskandar ms 27
Jaya Setia ms 26
Jururawat Pergigian ms 5
J.W.W. Birch ms 24
K
Kampung Bahagia ms 26
Kampung Batu Tiga ms 28
Kampung Bekut ms 28
Kampung Changkat Kinding ms 23
Kampung Chenein ms 28
Kampung Felda Lasah ms 28
Kampung Gajah ms 25
Kampung Jalong ms 26
Kampung Jaya Setia ms 26
Kampung Karai ms 27
Kampung Kelimat ms 28
Kampung Kuala Muh ms 28
Kampung Lasah ms 28
Kampung Lintang ms 28
Kampung Makmur ms 28
Kampung Muhibah ms 5
Kampung Pasir Putih ms 5
Kampung Perlop Tiga ms 28
Kampung Pulau Kemiri ms 28, 41
Kampung Pulau Mentimun ms 28
Kampung Raja Intan Suraya ms 28
Kampung Rambai Tujuh ms 3, 4, 6
Kampung Salak ms 43
Kampung Suak Pelang ms 28
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
72
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
Kampung Suak Ponggor ms 26
Kampung Suharto ms 13
Kampung Sungai Siput ms 26
Kampung Talang ms 44
Kampung Tambun ms 23
Kampung Tanjung Rambutan ms 23
Kampung Tasik ms 23
Kampung Temin ms 28
Kampung Tok Sagor ms 44
Kampung Tok Sirat ms 44
Kampung Trosor ms 28
Kati ms 24, 32
Ketua Kampung ms 20
Kepayang Fairpark ms 23
Komunis ms 26
Kota Lama Kiri ms 43
Kuala Kangsar ms 3,41, 47
Kuantan ms 13
L
Loh ms 27
Lumut ms 22
M
Matematik ms 9
Melayu ms 16
Mukim Bandar ms 22, 25
Mukim Kota Lama Kanan ms 22, 27, 43
Mukim Kota Lama Kiri ms 22, 23, 24, 29, 32, 35, 41
Mukim Pulau Kemiri ms 22, 27,34, 38, 41, 49
Mukim Sungai Siput Utara ms 22
Mukim Ulu Kinta ms 18, 22, 23
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
73
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
N
Nabi Muhammad Salallahhualai Wassalam ms 42
O
Orang Asli ms 28
Orang kurang upaya ms 29
P
Padang Polo Kuala Kangsar ms 47
Paduka Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak ms 47
Pahang ms 13
Pasukan Kadet Tentera ms 8
Pasir Salak ms 24, 25
Pegawai Daerah Kuala Kangsar ms 47
Pejabat Tanah ms 41
Pembantu Pengurus ms 15
Pengurus ms 15
Pengurus Kumpulan ms 15
Perak ms 5
Perak Tengah ms 25
Persatuan Agama Islam ms 8
Persatuan Bahasa dan Sastera ms 8
Persatuan Belia ms 46
Persatuan Kota Iskandar ms 43
Persatuan Merbuk ms 47
Persatuan Muhibah ms 30
Pingat Jasa Kebaktian ms 52
Pingat Kenangan Pertabalan ms 52
Pingat Pekerti Terpilih ms 52
Pulau Pinang ms 27
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
74
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
R
Residen Inggeris ms 24
S
Saidina Umar Abdul Aziz ms 46
Sastera ms 9
Sekolah Kampung Rambai Tujuh ms 6
Sekolah Menengah Clifford ms 7
Selangor ms 13
Siam ms 47
Singapura ms 47
Sijil Pelajaran Malaysia ms 10, 11, 19, 21
Sijil Rendah Pelajaran ms 9, 11, 21
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ms 12, 21
Sungai Siput ms 36, 38
Sungai Siput Utara ms 5
Sungai Perak ms 24
Sunway ms 23
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak ms 19
T
Tanjung Rambutan ms 18
Tan Sri Saadon Zubir ms 30
Teluk Intan ms 24
Thaif ms 36
Tok ms 34
U
Ulu Perak ms 25
Y
Yang Dipertua Bandaran ms 48
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
75
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
76
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
77
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
78
TEMUBUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHAMED SALLEH
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI PENGHULU
IMR 603 – DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
79