Kisah 3 - YaPEIM
Transcription
Kisah 3 - YaPEIM
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Nor Fatimah Az-Zahra Othman @ Ismail Alamat: Kampung Kesom, Kuala Terengganu ‘Perjuangan Harus Diteruskan’ Pencapaian: UPSR (4A, 1B), PMR (8A), SPM (9A, 1B) “Sesungguhnya Kami (Allah) ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian” (Surah aT Tin:4). Justeru, saya amat menghargai diri ini kerana diciptakan sebagai manusia yang sempurna akal fikiran. Institusi Pengajian: International Education Centre (INTEC), Shah Alam (A level Education Physics) Cita-Cita: Guru Saya dilahirkan pada 19 April 1988. Anak ke 11 pasangan Othman @ Ismail Bin Yusof dan Salmah Binti Syed Ahmed. Anak kelahiran bumi Terengganu dan dibesarkan dalam bilangan ahli keluarga yang ramai. Saya mempunyai 13 orang adik beradik. Ayah seorang kakitangan Pos Malaysia biasa manakala ibu pula seorang suri rumah. Ibu turut menjaga seorang adik perempuannya sendiri memandangkan nenek juga mempunyai anak yang ramai dan datuk pula hanya mengusahakan sebuah kedai kopi kecil. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Cuba bayangkan, dengan ahli keluarga seramai 16 orang, ayah hanya berpendapatan RM700, bagaimana dapat saya melalui hidup ini dengan sempurna. Memandangkan ayah berpendapatan rendah, ibu 'turun padang' untuk membantu ayah. Ibu telah melakukan pelbagai usaha untuk menambahkan pendapatan keluarga, antaranya mengambil upah menjahit pakaian dan juga membuat kuih muih serta nasi lemak untuk dijual. 50 Seawal jam 3 pagi, setiap hari ibu bangun untuk menyediakan nasi lemak dan kuih muih untuk dijual tanpa sebarang keluhan. Ketika insan lain masih lena diulit mimpi indah, ibu telah pun bermandi peluh mengerah kudrat. Setakat manalah tenaga seorang wanita yang telah meningkat usia untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, ayah tidak membiarkan isteri tercintanya seorang diri. Ayah turut sama menolong, hinggakan kekadang ayah tertidur atas tangga kerana keletihan. Sebaik saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ibu jatuh sakit hinggakan tidak mampu lagi menggagahkan diri seperti biasa untuk melakukan kerja. Hospital telah menjadi rumah kedua. Ibu disahkan menghidap leukemia. Luluh hati kami semua. Setelah lama ibu dirawat dan setelah sekian lama ibu menanggung sakit, akhirnya ibu pergi jua meninggalkan kami yang masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan. Ibu menghempuskan nafas ketika saya darjah 1, ketika masih memerlukan belaian dan dakapannya. Ayah pula meninggal dunia setelah 3 tahun pemergian ibu. Bagaikan halilintar menyentak jantung, saya bagaikan hilang arah, hilang segala-galanya. Pada siapa lagi harus mengadu, pada siapa lagi harus bermanja. Ayah meninggalkan saya untuk pergi bertemu ibu 'disana'. Mungkin ayah terlalu rindukan isterinya. Pergilah ayah…moga dirimu tenang dan bahagia… Tuhan telah menghantar makcik dan suaminya sebagai pengganti ayah dan ibu. Makcik sendiri saya panggil ibu dan suaminya saya panggil ayah. Dan saya telah menganggap mereka sama seperti ibu dan ayah. Walaupun tidak sama tapi tetap serupa. Serupa dalam segala-galanya. Kasih sayang, perhatian dan keperihatinannya, malah kurasakan Tuhan memberikan lebih dari apa yang sepatutnya dengan menghantar ayah dan ibu. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Perjuangan harus diteruskan! Kata-kata yang selalu saya ungkapkan pada diri sendiri disaat saya lemah. Bermula dengan keputusan UPSR 4A 1B yang agak mengecewakan untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh (SBP), saya teruskan persekolahan di Sekolah Menegah Kebangsaan Belara. Tekad untuk mengukir sejarah dan akhirnya pada tahun 2003, buat pertama kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Belara mengukir sejarahnya yang tersendiri dengan melahirkan pelajar cemerlang 8A (PMR) seramai 6 orang. Alhamdulillah, saya adalah salah seorang yang melakar sejarah itu. “Whether you make history or you just become history.” Ungkapan semangat yang sentiasa bergema dalam diri ini. Impian saya tercapai saat menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER). Akhirnya, usaha selama dua tahun di bumi SESTER terbayar dengan keputusan 9A 1B 51 seterusnya melayakkan saya untuk berada di INTEC. Saya kini dalam proses menamatkan pengajian persediaan ke luar negara di International Education Centre (INTEC), UiTM Shah Alam dalam program A Level Education Physics tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Peperiksaan akhir nanti akan menentukan samada saya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom atau tidak. Saya amat bersyukur kerana masih bertahan sehingga ke hari ini. Pengalaman hidup memang mendewasakan diri dan juga mengajar erti ketabahan. Sekarang perjuangan yang belum selesai ini akan saya teruskan. Sasaran untuk mendapat ijazah sarjana muda fizik kelas pertama di sebuah universiti terkemuka di United Kingdom, seterusnya pulang menabur bakti sebagai seorang guru di bumi Malaysia. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Kini saya masih mengejar kecemerlangan itu, baik cemerlang dunia mahupun kecemerlangan di akhirat kelak. InsyaAllah. Terima kasih YaPEIM, terima kasih SKOR dan kepada rakan-rakan semua, doakanlah kejayaan saya.. 52 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Wan Zaireen Hani Wan Mohd Najib Pencapaian: UPSR (5A), PMR (9A), SPM (11A1, 1A2.) Institusi Pengajian: INTEC, Shah Alam (Bakal ke New Zealand dalam bidang perubatan) Cita-Cita: Doktor ‘Dengan Kuasa Tuhan, Akhirnya Saya Berjaya’ Hidup saya bermula pada 4 Jun 1989. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ayah saya bekerja sebagai juruteknik dan ibu saya sebagai seorang guru. Saya mempunyai dua orang abang yang jauh beza umurnya, tetapi itu tidak menghalang keakraban kami. Nama saya Wan Zaireen Hani bt Wan Mohd Najib. Saya berasal dari Pulau Pinang. Ibu saya Rasuna bt Said, abang sulung Wan Saiful Anwar dan yang kedua Wan Ade Asraf. Saya kehilangan ayah ketika beliau menyertai sebuah ekspedisi mendaki ketika saya berusia setahun tujuh bulan dan semestinya saya tidak mengenali langsung siapa dan bagaimana rupa ayah saya. Tetapi saya tidak pernah menyesal mahupun merungut. Ibu saya tidak pernah membuat saya merasa kehilangan kasih sayang seorang ayah. Cinta ibu saya terhadap anak-anaknya, melengkapi kasih sayang ibu bapa itu sendiri. Justeru, kerana dia, saya berada di sini. Pelajaran saya bermula ketika berusia empat tahun di tadika Convent di Bukit Mertajam. Sebagai seorang guru, ibu saya sangat mementingkan pelajaran. Dia inginkan yang terbaik buat anak-anaknya, lalu dia menghantar saya ke sekolah yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Saya kemudiannya memulakan pelajaran rendah juga di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam. Di sini saya belajar bergaul dengan pelbagai bangsa daripada pelbagai status. Kerana telah dididik dari kecil, saya tidak pernah berasa kekok bila bermesra dengan bangsa yang lain. Bagi saya, Malaysia sangat istimewa kerana tidak wujud sentimen perkauman. Di sini juga saya belajar tentang ciri-ciri kepimpinan. Saya menjadi pengawas apabila memasuki darjah tiga dan menjadi ketua pengawas ketika darjah enam. Tetapi Himpunan Kisah Anak-anak Santun Alamat: Pulau Pinang 53 saya tidak berasa susah kerana guru-guru di sekolah ini sangat mesra dengan pelajarnya. Saya berasa senang sekali berjumpa dan berbincang tentang masalah yang timbul dengan mereka. Antara aktiviti lain yang tidak akan saya lupakan ialah 'choral speaking' peringkat kebangsaan, pertandingan boria, pertandingan nasyid dan persembahan-persembahan pada hari-hari sambutan di sekolah. Selain aktif bidang kurikulum, saya juga suka akan bidang kokurikulum. Saya menyertai pengakap ketika darjah empat dan menjadi pengerusi pengakap ketika memasuki darjah enam. Selain itu, saya juga menyertai taekwando. Kehidupan kanak-kanak saya sangat menyeronokkan dan saya tidak merasakan tekanan belajar. Walaupun saya tidak mengambil kelas tuisyen di luar, tetapi alhamdulillah saya mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di Kepala Batas bersama sahabat baik saya dan sepupu saya. Saya tinggal bersama sepupu ketika bersekolah di sini kerana lebih hampir dengan rumahnya. Zaman peralihan daripada sekolah perempuan inggeris ke sekolah agama bukanlah semudah yang saya sangka. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang sangat baik, saya belajar sesuatu yang baru. Di sini saya belajar nilai-nilai agama yang dahulunya agak cetek dalam diri saya. Saya belajar bahasa baru iaitu Bahasa Arab. Ketika di tingkatan tiga, saya dan teman-teman rapat mula belajar dengan bersungguh-sungguh kerana Penilaian Menengah Rendah hampir kunjung tiba. Akhirnya, dengan rahmat Tuhan, 9A berada dalam genggaman. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Setelah memasuki tingkatan empat, saya mengambil keputusan untuk menukar sekolah ke sekolah harian biasa yang tidak kurang baiknya yang 54 lebih hampir dengan rumah saya. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam menjadi tempat saya menimba ilmu lebih kurang dua tahun dalam aliran sains tulen. Di sini sekali lagi saya menjadi pengawas sekolah. Suasana di sekolah ini berbeza dengan sekolah-sekolah saya yang sebelumnya. Di sini pelajar-pelajarnya sangat aktif dalam pelbagai bidang tidak kiralah kurikulum mahupun kokurikulum. Saya berasa sangat seronok belajar di sini. Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti usahawan muda peringkat negeri dan Duta Muda Celcom. Aktiviti-aktiviti ini membuatkan kehidupan persekolahan saya lebih menyeronokkan. Ketika menginjak ke tingkatan lima, saya mengambil keputusan untuk menambah dua lagi subjek untuk Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Tasawwur Islam dan Sastera Melayu. Saya mengambil Tasawwur Islam kerana selain dapat menambah ilmu tentang bidang agama, ia juga tidaklah sesusah yang pelajar selalu sangkakan. Sastera Melayu pula kerana saya sangat menyukai Bahasa Melayu. Saya merasakan bahasa itu sangat indah dan puitis. Sejak daripada sekolah rendah lagi saya suka menulis sajak. Bagi saya, mengambil bidang sains tidak semestinya kita tidak boleh meminati bidang bahasa. Dalam tahun ini, saya banyak menghabiskan masa di sekolah. Selepas tamat waktu kelas, saya akan 'stayback' di sekolah sehingga petang untuk menghabiskan kerja. Jika terasa penat dan stres, saya akan berjalan di sekitar sekolah atau melihat pelajar-pelajar bermain di padang. Akhirnya dengan kuasa Tuhan juga saya berjaya mendapat 11A1 dan 1A2. Sekarang saya berada di International Education Centre (INTEC) UiTM dan sedang belajar dalam program Australian Matriculation (AUSMAT) semester ketiga dan insyaAllah, jika ada rezeki, akan melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang perubatan. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Apa rahsia kejayaan saya? Sebenarnya tiada rahsia. Kerana apa yang saya buat, saya percaya ramai pelajar cemerlang lain juga melakukannya. Saya belajar kerana Allah, kerana ibu saya, dan kerana diri saya. Doakan kejayaan saya. 55 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Mohammad Lokman Hakim Mat Isar Alamat: Jerantut, Pahang Pencapaian: UPSR (4A, 1B), PMR (7A, 1B), SPM (8A 4B) Institusi Pengajian: Universiti Sains Malaysia (Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan) Cita-Cita: Jurutera ‘Belajar Bersungguh-sungguh Demi Kejayaan’ Nama diberi Mohammad Lokman Hakim bin Mat Isar. Saya dilahirkan pada tanggal 19 Ogos 1989 di dalam keluarga yang sederhana dan bahagia di mana ayah saya, Mat Isar bin Pawiro bekerja sebagai pembantu veterinar manakala ibu saya, Noor Laily bte Abdullah sebagai suri rumah. Saya mempunyai 2 orang adik beradik dimana adik saya, Mohammad Amir Hakim b Mat Isar yang kini sedang menuntut di tingkatan 2. Saya mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut, di mana saya memperoleh keputusan 4A 1B bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Sepanjang 6 tahun pengajian di sekolah ini, banyak ilmu yang saya perolehi dalam menjadikan diri saya seorang pelajar yang bukan saja aktif di dalam kelas juga di luar kelas. Berdasarkan keputusan peperiksaan saya itu, saya memohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara. Namun oleh kerana keputusan peperiksaan yang tidaklah begitu memberangsangkan, saya gagal dalam permohonan memasuki MRSM. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Namun begitu saya tidaklah terlalu kecewa. Keluarga menyarankan saya agar meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Lalu saya memohon untuk melanjutkan pelajaran ke SMKA dan syukur permohonan saya diluluskan dan mendapat tempat di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP), sebuah sekolah yang terbaik di daerah saya. Alhamdulillah, ketika saya tingkatan 3, saya mendapat 7A 1B 1C untuk peperiksaan PMR saya. Hasil dari keputusan saya ini yang agak baik, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran saya ke Sekolah Berasrama Penuh ketika tingkatan 4 tetapi 56 saya menolak tawaran tersebut kerana yakin dan sayang akan tarbiah yang telah lama menjadi budaya SMKA TAHAP ini. Pada fikiran saya, saya jua boleh berjaya di sekolah harian biasa disamping meneruskan usaha-usaha para pimpinan pelajar terdahulu dalam menyemai biah solehah di bumi bertuah SMKA TAHAP ini. Melangkah menjadi pelajar tingkatan 4, yang bolehlah dianggap sebagai senior merupakan antara saat yang paling manis dalam kehidupan. Saya mula terlibat secara langsung dalam badan pimpinan pelajar dan juga aktif dalam bidang kokurikulum. Mungkin ada yang mengatakan tidak ada pentingnya melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas ini, namun bagi saya, sebagai mahasiswa; dalam menghadapi cabaran dunia setelah tamat pengajian dan melibatkan diri dalam bidang pekerjaan, penglibatan saya dalam aktiviti-aktiviti luar kelas ini dapat mengasah soft skills saya. Ketika saat 3 bulan sebelum peperiksaan SPM hampir, saya mula memperlahankan keaktifan saya di luar kelas, tetapi bukanlah bermakna saya berhenti terus. Apa yang menariknya tentang aktiviti harian saya, saya suka berada di tempat yang sunyi. Setiap hari selepas habis waktu prep, sekitar jam 12.00 tengah malam, saya dan beberapa orang rakan akan bergerak ke dewan terbuka sekolah yang tidaklah begitu jauh dari asrama. Suasana dewan yang terbuka, disertakan malam yang sunyi, hening cukup tenang, membuatkan saya begitu selesa mentelaah pelajaran serta membuat latihan bersama-sama. Kenangan mentelaah sambil melihat panorama indah sekolah menjadi satu memori yang cukup berharga. Dan Alhamdulillah, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, doa serta tawakal saya mendapat 8A 4B dalam peperiksaan SPM. Walaupun keputusan yang saya perolehi ini tidakklah dianggap yang terbaik, tetapi saya bersyukur dan gembira kerana berkat kesungguhan saya berbaloi dengan keputusan yang diperolehi. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Seterusnya saya ditawarkan mengikuti pengajian ke UiTM Arau didalam bidang Diploma Teknologi Polimer dan Kursus Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Pahang. Saya memilih untuk ke Kolej Matrikulasi Pahang kerana tertarik dengan tempoh masa pengajian yang ditawarkan di situ. Dan Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan pengajian di matrikulasi dan 57 kini impian saya untuk menjejakkan kaki ke menara gading untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah tercapai.Saya berjaya menempatkan diri di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang didalam jurusan Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan. Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi memastikan mendapat kejayaan di masa akan datang agar dapat membantu keluarga, masyarakat dan ummah. Saya juga berterima kasih kepada pihak YaPEIM kerana memilih saya untuk bersama-sama didalam program kecemerlangan ini dan juga membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan pastinya saya akan bersamasama pihak YaPEIM, menghulur tangan dalam membantu masyarakat dan juga menengakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Segala usaha dalam melahirkan insan yang berjaya dunia dan akhirat ini pasti diberkati Illahi. Akhir kalam, tuntutlah ilmu kerana menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim. Wassalam.. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Sekian, terima kasih. 58 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Nurul Hidayah Tamam Alamat: Tanjung Karang, Selangor ‘Kejayaan Penuh Dengan Cabaran dan Dugaan’ Pencapaian: UPSR (3A 1B 1C), PMR (4A 3B 1C 1D), SPM (7A 3B) Kejayaan bukan mudah untuk dicapai. Penuh dengan cabaran dan dugaan yang menguji kesabaran. Nama saya Nurul Hidayah bt Tamam. Sekarang saya berumur 19 tahun dan sedang menuntut di kolej Matrikulasi Kedah. Saya berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa saya lalui. Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar dan bukanlah dari golongan yang senang. Saya mempunyai 13 adik beradik dan saya merupakan anak yang bongsu. Ayah saya seorang petani manakala ibu hanya suri rumahtangga. Saya masih ingat lagi kesusuhan dan kepayahan yang dilalui oleh keluarga saya. Pernah ayah kehabisan wang untuk membeli barang-barang keperluan dan ibu terpaksa menebalkan muka untuk meminjam beras daripada jiran semasa abang saya ingin melanjutkan pelajaran ke UTM, ayah dan ibu bertungkus-lumus memgumpulkan wang untuk perbelanjaan abang ke sana. Ibu menggadaikan barang kemas dan ayah pula meminjam wang daripada kenalannya. Sayu hati saya ketika itu. Cita-Cita: Jurutera Semasa di sekolah rendah saya bukanlah seorang pelajar yang pintar. Hanya mengisi kedudukkan bawah 10 apabila peperiksaan. Namun semasa di tahun 5, prestasi saya sedikit meningkat. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru saya terutama cikgu Fadhli dan Cikgu Mat Som kerana tidak jemujemu mengajar saya. Apabila keputusan UPSR diumumkan, saya hanya mendapat 3A 1B dan 1C. Keputusan ini tidak melayakkan saya untuk memusuki sekolah berasrama penuh. Saya berasa begitu kecewa kerana itu impian saya. Tetapi saya redha dengan apa yang terjadi pada saya. Tibalah saat memasuki alam sekolah menengah. Saya bersekolah di SMK Sungai Burong. Sekolah yang paling hampir dengan rumah. Saya ditempatkan di kelas yang pertama. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Institusi Pengajian: Kolej Matrikulasi Kedah (Sains Fizikal) 59 Semua pelajar itu semuanya bijak dan saya menghadapi situasi yang sama semasa di sekolah rendah. Apabila keputusan peperiksaan di umumkan, saya mendapat tempat di bawah 10. Itulah yang berlaku di tingkatan 1 dan 2 kedudukan 10-12 adalah kedudukan tetap yang bakal saya perolehi apabila keputusan atau ujian keluar. Semasa hendak memasuki tingkatan 3, ada satu peristiwa yang menyentuh hati dan perasaan yang saya ketika saya memberitahu ayah saya memerlukan wang membeli buku dan membayar yuran, saya lihat riak wajah ayah berubah. Saya tidak tahu apa maksud semua itu, selepas 2 hari, ayah memberi sejumlah wang kepada saya untuk membayar yuran dan membeli buku. Beberapa minggu selepas itu, baru saya tahu wang yang ayah saya beri kepada saya itu, ayah pinjam dari seorang kenalannya. Hati saya amat tersentuh ketika itu. Ayah sunggup melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya mendapat apa yang diinginkan. Dan dari saat itu saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya ingin mendapat yang terbaik dalam PMR. Ketika ditingkatan 3, saya langsung tidak mempunyai sebarang buku rujukan. Saya tidak mahu menyusahkan ayah mencari wang untuk membelikan saya buku rujukan. Saya hanya meminjam buku di perpustakaan dan membuat study group bersama rakan-rakan. Saya mahu melakukan yang terbaik dalam PMR dan membalas jasa ayah dan ibu. Peperiksaan PMR pun berlangsung 4 hari sebelum keputusan PMR diumumkan, ibu saya telah ditahan di wad kerana tekanan darahnya naik. Saya menangis ketika itu kerana takut sesuatu terjadi pada ibu. Pada hari keputusan PMR dikeluarkan, ayah menghantar saya ke sekolah untuk mengambil keputusan . Alhamdulillah, saya mendapat 4A 3B 1C dan 1D. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Satu lagi peristiwa sedih menimpa keluarga saya semasa saya ditingkatan 4 abang saya telah meninggalkan kami sekeluarga. Saya telah kehilangan abang yang rapat dengan saya. Walaupun saya berasa sedih ketika itu tetapi 60 saya cuba untuk kuatkan semangat saya ingin berikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran saya. Saya belajar bersungguh-sungguh walaupun menghadapi kesukaran untuk memahami subjek terutamanya Fizik dan Matematik Tambahan. Namun dengan berkat usaha dan tunjuk ajar diberikan oleh guru-guru saya, saya telah menjadi top 5 student semasa peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Apabila memasuki tingkatan lima, saya berazam untuk mendapat sekurung-kurangnya 6A dalam SPM. Sekali lagi keluarga saya diuji dan ujian ini hampir-hampir mematahkan semangat saya. Ayah saya tiba-tiba tidak dapat berjalan kerana dia tidak dapat menggerakkan badan sebelah kiri saya melihat ayah terlantar di atas tilam. Namun ibu sentiasa menasihati saya dan memberi semangat kepada saya. Ibu menyuruh saya memberi tumpuan pada pelajaran. Saya rahsiakan apa yang berlaku pada ayah saya daripada pengetahuan rakan-rakan saya. Saya sering termenung di dalam kelas dan tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan dan saya merupakan top 3 student. Ia merupakan hadiah kepada ayah saya yang baru sahaja sembuh dari pembedahan. Kejayaan yang saya perolehi itu menaikkan lagi semangat saya untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam SPM. Saya gandakan usaha saya. Saya lebih banyak membuat latihan dan selalu bertanya kepada cikgu apabila saya tidak faham dan akhirnya apabila keputusan SPM dikeluarkan, saya mendapat keputusan 7A 3B. Gembira hati saya. Ibu dan ayah amat gembira dengan keputusan yang saya perolehi. Dengan keputusan itu, saya telah mendapat bantuan daripada YaPEIM. Bantuan itu banyak membantu saya kerana saya boleh membeli buku rujukan untuk saya di matrikulasi. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah dan ibu, guru-guru, rakan-rakan dan ahli keluarga saya kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak akan dapat sampai ke tahap ini. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Lebih merisaukan saya, peperiksaan percubaan SPM sudah hampir. Namun Alhamdulillah kerana ibu dan kakak saya sering memberi semangat kepada saya dan akhirnya saya tersedar. Saya kembali belajar bersungguh-sungguh dan boleh menjawab soalan percubaan SPM dengan baik. Sehari selepas peperiksaan percubaan tamat, ayah saya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan. Rupa-rupanya terdapat darah beku di otak ayah. Syukur, pembedahan itu berjaya dan ayah saya sudah boleh menggerakkan kaki dan tangannya. 61 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Abd. Majied bin Mustapha Alamat: Kota Samarahan, Sarawak ‘Kesungguhan Guru Bantu Kejayaan Saya’ Pencapaian: UPSR (5A), PMR (8A), SPM (10A) Dilahirkan pada 28 Januari 1988 di Kota Samarahan, Sarawak. Saya diberi nama Abdul Majied Bin Mustapha, dibesarkan di Kampung Tanjung Bundong di kalangan 6 adik beradik dan saya adalah anak yang ke empat. Institusi Pengajian: University of Canterbury, New Zealand Bapa saya pekerja kontrak di Majlis Daerah Samarahan. Walaupun hanya berpendapatan RM500 sebulan, namun ia memadai untuk menyara kehidupan keluarga Mustapha bin Haji Talip. Dengan duit itu jugalah, bapa membiayai kos pembelajaran kami adik beradik sehingga mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Ibu, Hamsiah Binti Haji Sam, hanyalah seorang suri rumah. Meskipun ibu mengambil upah menjahit baju dan membuat kuih muih untuk majlis keramaian, duit yang diperolehi cukup untuk membuatkan kami tersenyum menatap rezeki setiap hari. Seawal jam 5.30 pagi, ibu akan mengejutkan kami adik-beradik untuk bersiap sedia ke sekolah. Selalunya, kami dibekalkan 50 sen seorang, cukup untuk menampung perut sebelum diisi makanan tengahari nanti. Maka bermulalah perjalanan ke sekolah, merentasi kampung dan sawah padi. Sememangnya berbasikal memendekkan jarak perjalanan ke sekolah. Biasanya, kalau bapa tidak dapat menghantar ke sekolah, adik akan membonceng saya. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Abang dan kakak saya sudah meneruskan alam persekolahan di peringkat menengah. Semuanya di sekolah agama di Kuching. Jika ada keluangan waktu, pasti digunakan sebaiknya oleh ibu dan bapa melawat anak-anaknya yang tinggal di 62 asrama. Mujurlah motosikal Suzuki Jet tahun 70-an itu masih mampu meredah jalan tanpa mengira panas dan hujan, ibu dan bapa boleh tersenyum melihat si anak berlari mendapatkan mereka tatkala dikhabarkan kehadiran mereka di sekolah. Bagi bapa, bukan mudah menyekolahkan kami. Dengan pendapatannya yang tidak seberapa itu, dia akan membayar yuran persekolahan kami adik beradik. Dengan duit itu jugalah, bapa akan membeli makanan dan segala keperluan rumah yang lain. Belum habis lagi mengira baki gaji untuk membayar bil elektrik dan air, kepalanya sudah memikirkan perihal duit petrol untuk mengisi tangki motosikal yang sudah semakin lapuk; kenderaan utama ke tempat kerja atau lebih tepatnya, kenderaan utama keluarga kami. Mujurlah saya diberikan biasiswa sekolah, mengurangkan beban perbelanjaan bapa. Kalau ada lebihan, duit biasiswa itu juga akan bapa gunakan untuk membayar yuran adik-adik yang lain. Baju uniform juga dibeli dari sumber itu. Namun begitu, meskipun kehidupan kami sederhana, kami tetap gembira. Bapa selalu berpesan, bersyukurlah dengan apa yang ada. Harta yang banyak tidak menjanjikan ketenangan hati malah kegundahan dan kegelisahan. Kata-kata ini saya semat hingga ke hari ini. Pada awal tahun 2000, ibu dan bapa sering berpesan untuk bersedia menghadapi UPSR yang bakal saya hadapi. Di samping membantu dari sudut sokongan dan panduan belajar, guru di sekolah acap kali membuat kelas tambahan dengan harapan kelas ini mampu meningkatkan prestasi dan pemahaman saya dan rakan. Seminggu sebelum UPSR, pihak sekolah mengadakan solat hajat untuk para pelajar yang bakal menduduki UPSR. Pada masa inilah, peluang paling sesuai untuk bermohon ampun dan maaf meskipun sudah berkali maaf dipohon sebelum ini kerana berkat dan redhanya kedua ibu bapa dan guru itu membuahkan redha-Nya kepada kita. Alhamdulillah, apabila diumumkan keputusan pada hujung tahun itu, syukur, 5A sudah berjaya kugenggam! Himpunan Kisah Anak-anak Santun Teringat lagi saya semasa di sekolah menengah. Ujian pastinya sering sahaja diadakan bagi menguji dan mengukur tahap pemahaman pelajar. Setiap pagi, 63 terutamanya pada minggu perperiksaan, saya akan mencari masa untuk menghubungi keluarga di rumah. Walaupun seminit dua sahaja kami berbual, namun saya pastikan, ibu bapa mendoakan ketenangan dan kemudahan bagi saya menjawab soalan nanti. Ibu dan bapalah orang yang pertama akan saya maklumkan keputusannya, kerana merekalah yang patut saya gembirakan dahulu, sebelum saya bergembira dengan sahabat yang lain. Setelah 3 tahun berjuang di sekolah menengah, kini tiba pula PMR. Perjuangan saya untuk peperiksaan kali ini berbeza dengan UPSR. Dengan mata pelajaran yang lebih banyak dan mencabar, guru sanggup meluangkan masa, turun ke kelas pada waktu malam untuk membantu pelajar dalam sesi ulangkaji. Pada masa itu, selain daripada sesi pembelajaran di dalam kelas, rutin harian saya diselang-selikan juga dengan aktiviti ko-kurikulum yakni sebagai ahli orkestra sekolah. Selalunya, pada hujung tahun persekolahan, pihak sekolah akan mengadakan banyak majlis untuk meraikan para pelajar seperti malam apresiasi atau lebih dikenali dengan nama Makan Malam Tahunan, mahupun majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 5. Keputusan PMR diumumkan beberapa minggu sebelum sesi persekolahan tahun baru bermula. Guru dan para pelajar sudah tidak sabar menunggu saat helaian kertas keputusan ditampal di papan notis pejabat. Masing-masing menggigit jari malah ada yang sudah menangis sebelum keluarnya keputusan. Alhamdulillah, 8A di dalam genggaman. Ibu dan bapa sekali lagi menitiskan air mata, terharu mendapat khabar itu. Sekali lagi, majlis kesyukuran dilangsungkan. Saya percaya hubungan baik denga guru yang mengajar akan banyak mempengaruhi perjalanan saya di sekolah. Biarpun hanya bertegur sapa dengan salam dan senyuman, itu pun sudah memadai. Biar mereka terasa dihargai dan dihormati. Mudah bagi saya mendapatkan tunjuk ajar dan bantuan tak kira di dalam mahupun di luar sesi pembelajaran. Berkat hubungan baik sesama tenaga pengajar dan anak didik memudahkan guru mengajar dan anak muridnya memahami apa yang disampaikan. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Selang 2 tahun selepas itu, SPM pula menjadi buruan. 10A sudahpun menjadi 64 hak milik. Usaha guru seperti guru Matematik Tambahan yang sanggup berkampung bersama para pelajar dengan mengadakan kelas tambahan 3 jam, 2 kali seminggu demi membantu pelajar memahami dan menguasai setiap rumus dan teori. Malah kelas tambahan di saat akhir juga turut diadakan. Betapa guru sanggup bersengkang mata, menyediakan nota ringkas untuk rujukan para pelajar. Ucapan terima kasih pastinya tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Kini, saya sedang menuntut di University of Canterbury, New Zealand dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di bawah biasiswa Petronas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak guru di Sekolah Menengah Sains Kuching dan juga Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh yang telah banyak mengajar erti kehidupan sebagai seorang pelajar dan seorang anak. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Demi membalas jasa kedua ibu bapa saya, saya akan berusaha mendapatkan segulung ijazah, membantu mengubah nasib kehidupan kami sekeluarga. Insya-Allah. 65 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Mohamad Nasir Mohd Rubi Alamat: Kampung Charuk Damar, Sik Kedah Pencapaian: UPSR (4A, 1B), PMR (9A), SPM (10A, 2B) Institusi Pengajian: Universiti Sains Islam Malaysia (Perubatan dan Sains Kesihatan) ‘Menuntut Ilmu Wajib Bagi Setiap Muslim’ Setiap insan dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Bersyukurlah kita kepada ALLAH kerana diberi kesempatan oleh-Nya untuk hidup di dunia ini. Adakah pernah kita terfikir alangkah bertuahnya kita kerana dilahirkan dalam keadaan yang amat sempurna dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan? Bagaimanakah pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan belajar di bawah sinaran lampu pelita? Fikirkanlah wahai sahabat semua. Nama saya Mohamad Nasir bin Mohd Rubi dan tinggal di Kampung Charuk Damar, Sik Kedah. Keluarga saya terdiri daripada 9 adik beradik dan saya adalah anak yang ke-8. Saya mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin dan sayang akan anak-anaknya. Ayahanda saya bernama Mohd Rubi bin Ali dan bonda saya ialah Siti Fatemah binti Abu. Ayahanda saya berniaga serbuk kopi secara kecil-kecilan. Ayah saya membungkus serbuk kopi di rumah dan akan menjual di kedaikedai yang terdapat di daerah ini menggunakan sebuah motosikal. Selain itu, pada pagi hari ayah saya akan keluar menoreh getah di kampung bersebelahan. Kebun getah yang ditoreh adalah kepunyaan orang lain dan hasil yang diperoleh akan dibahagikan. Ayah saya bekerja bertungkus-lumus demi memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna. Manakala ibu saya adalah seorang suri rumah. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik (SKS) yang terletak di Negeri Kedah. Tidak seperti kanakkanak lain yang kebanyakkannya mendapat pengajian awal di tadika. Bermulanya kembara saya dalam menuntut ilmu adalah 66 di sekolah ini. Saya mula mengenali huruf-huruf dan nombor-nombor ketika tahun satu. Saya akhiri pengajian saya di sekolah ini dengan mendapat 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kemudian, saya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah agama di Negeri Kedah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik (SMKAS). Ketika di sini saya mendapat Biasiswa Persekutuan dan menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran sekolah dan yuran makan di asrama. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat mengurangkan beban keluarga saya. Selain itu, saya juga mendapat pengecualian yuran makan ketika tingkatan 2 dan tingkatan 3. Hasil didikan yang cemerlang dari guru-guru, saya berjaya mendapat 9A dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kemudian saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke KISAS. Namun bagi mengelakkan daripada membebankan keluarga, saya telah menolak tawaran tersebut dan meneruskan pengajian di daerah saya ini. Ketika tingkatan 5, saya telah mendapat 10A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di samping menuntut ilmu, kita juga hendaklah sentiasa ingat kepada Allah. Sekarang ini saya sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dalam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Proses pembelajaran dijalankan di cawangan universiti yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Apabila hendak menuntut ilmu, hati dan jiwa kita hendaklah sentiasa bersih supaya ilmu yang dianugerahkan oleh ALLAH itu penuh dengan barakah. Antara amalan-amalan ke arah pembersihan jiwa ialah menunaikan solat fardhu secara berjemaah, mengerjakan solat-solat sunat, berpuasa sunat membaca al-Quran dan setiasa bermuhasabah diri. Kajian ada mengatakan bahawa anda akan lupa 90% daripada apa yang anda pelajari atau anda baca selepas 48 jam. Oleh yang demikian, cuba untuk membaca semula sebelum 48 jam itu berakhir. Hala tuju hidup kita bergantung kepada diri kita sendiri. Keadaan hidup dan persekitaran sekeliling bukanlah masalah besar untuk kita berjaya, bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. 67 Himpunan Kisah Anak-anak Santun Akhir kata dari saya, berusahalah bersungguh-sungguh sehingga mencapai matlamat hidup kita.Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan seperti yang termaktub dalam mafhum hadis “menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim” dan pepatah arab ada menyatakan “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. 68 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Mohd Rezuan Bin Ahmad Alamat: Bandar Ketengah Jaya, Terengganu ‘Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian Yang Berlaku’ Pencapaian: UPSR (4A 1B), PMR (8A), SPM (10A) Nama saya Mohd Rezuan Bin Ahmad. Dilahirkan pada tahun 1989 dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan dan ini menjadikan saya manusia yang lebih tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Bapa saya, Ahmad bin Sulong yang hanya bekerja sebagai peneroka felda dan berpendapatan kurang dari RM 700.00 sebulan serta ibu, Minah bt Lateh, suri rumah sepenuh masa merupakan sumber dan aset yang paling berharga bagi saya. Mereka merupakan suara-suara azimat yang sentiasa berbisik di telinga saya dalam membantu saya memajukan diri baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Cita-Cita: Ahli Farmasi Teratak buruk bertempat di Felda Kerteh Lima, Bandar Ketengah Jaya merupakan satu-satunya tempat saya dan lapan adik-beradik yang lain berlindung dari panas dan hujan. Keperitan dan kesusahan hidup pada masa itu tidak menghalang ibu bapa saya dari menunaikan tanggungjawab mereka iaitu memberikan peluang pendidikan yang semampu mungkin kepada kami adik beradik. Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Felda Kerteh Lima sebelum melangkah ke gerbang persekolahan yang lebih mencabar di Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya. Selama enam tahun saya menuntut ilmu di sekolah itu, dan sepanjang saya meniti kehidupan sebagai seorang pelajar, hari-hari yang saya lalui sedikit sebanyak membantu saya dalam mengenali dunia yang sebenar. Pemilihan kawan yang betul dan sikap berjimat cermat. Walaupun hanya dibekalkan wang saku sebanyak RM1 setiap hari, saya masih membawa bekal dari rumah dan wang tersebut disimpan ke dalam tabung. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Institusi Pengajian: Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia 69 Selain menumpukan perhatian dalam pelajaran, saya juga bergiat aktif dalam sukan seperti menyertai acara olahraga sehingga ke peringkat negeri. Berkat usaha gigih dan sikap tidak mudah berputus asa serta doa keluarga, saya berjaya memperoleh keputusan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seterusnya saya mendapat tawaran belajar ke Asrama Semai Bakti Felda Trolak, Sungkai, Perak di bawah kelolaan Felda. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar untuk terus maju dalam pelajaran, saya menerima tawaran itu walaupun jarak pemisah dengan keluarga tercinta agak jauh dan umur pada ketika itu masih setahun jagung. Merantau jauh di negeri orang demi mendapatkan peluang pendidikan yang lebih terjamin menjadikan saya lebih berani dan sentiasa bersyukur. Ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit, Sungkai oleh pihak pengurusan asrama Felda, saya memanfaatkan setiap peluang yang ada dengan semaksimum mungkin. Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Penolong Pengawas Perpustakaan Sekolah. Menyedari bakat yang ada dalam diri, saya terus bergiat cergas dalam acara olahraga selain menyertai aktivitiaktiviti kurikulum lain seperti Pesta Pantun dan Deklamasi Sajak. Saya memperoleh 8A dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kejayaan yang begitu besar buat saya diraikan oleh seluruh ahli keluarga dan saudara-mara dengan ucapan tahniah yang bertali arus. Bersyukur atas nikmat yang diberikanNya, saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang. Nikmat Allah amatlah luas. Setelah tamat Tingkatan 3,saya mendapat tawaran belajar ke sekolah yang begitu berprestij iaitu Sekolah Alam Shah, Putrajaya dalam Tingkatan 4. Tetapi malang sekali, saya hanya sempat merasai alam pendidikan di sekolah itu selama dua minggu sahaja disebabkan masalah peribadi. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Dengan kata-kata motivasi daripada kedua ibu bapa,saya bangkit dari rasa sedih itu dengan bersikap lebih optimis. Saya percaya bahawa nikmat Allah itu luas dan di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Setelah itu,saya 70 merantau ke negeri Pahang Darul Makmur. Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah. Saya mendapat tempat untuk terus melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan dalam aliran sains. Mulai saat itu, saya berikrar akan melipatgandakan usaha dalam pelajaran demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Sekali lagi saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah sebelum dicalonkan sebagai salah seorang Ketua Pengawas. Tetapi mungkin tiada rezeki, saya hanya berjaya menyandang jawatan sebagai Setiausaha Pengawas Sekolah. Walau bagaimanapun, saya bersyukur yang teramat kerana masih diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang seberat itu. Amanah yang diberikan itu juga merupakan motivasi dan suntikan semangat untuk saya terus melangkah maju ke hadapan. Sekarang, saya masih lagi meneruskan pelajaran di institusi itu sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang sama, insyaAllah. Akhir kata, saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang seadanya sewaktu masa dahulu kerana saya percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Allah Maha Berkuasa dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Semoga cita-cita saya untuk menjadi seorang ahli farmasi akan menjadi kenyataan dan seterusnya membela nasib keluarga yang tercinta, insya-Allah. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Dalam masa dua tahun yang begitu penting itu, saya cuba fokuskan sepenuhnya perhatian dan komitmen dalam pelajaran memandangkan peperiksaan SPM amat penting dalam menentukan hala tuju hidup saya pada masa hadapan. Segala tunjuk ajar guru, bimbingan rakan taulan dan nasihat azimat ibu bapa, saya selitkan utuh di dalam sanubari. Akhirnya, saya bersujud syukur kerana berjaya melepasi ujian yang getir itu dengan memperoleh keputusan 9 1A 1 2A dalam peperiksaan SPM. Ayah dan ibu yang mengalirkan air mata gembira dan terharu atas kejayaan saya meluluhkan hati kecil saya. Setelah itu, saya seterusnya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia dalam jurusan Farmasi. 71 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Norhidayah binti Mahad Alamat: Kg. Air Hitam Tgh, Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Pencapaian: UPSR (4A, 1B), PMR (8A, 1B), SPM (8A, 3B) Institusi Pengajian: Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. ‘Kegagalan Bukan Penghalang Untuk Capai Kejayaan’ Kesusahan tidak menghalang seseorang untuk menggapai impian dan kejayaan. Itulah prinsip yang saya pegang hingga kini. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, namun tidak menghalang saya mencapai cita-cita. Meskipun ayah hanya bekerja sebagai posmen, namun Alhamdulillah ayah mampu menyara kehidupan kami 6 beradik sehingga ke menara gading. Dialah insan yang paling berjasa dalam hidup kami Mahad bin M. Din. Ibu saya, Aribah binti Othman pula berniaga belacan secara kecil-kecilan bagi membantu ayah menampung perbelanjaan pendidikan kami. Segala jasa mereka tidak mungkin akan terbalas oleh kami, hanya doa yang mampu kami panjatkan kepada illahi agar ayahanda dan bonda tersayang diberkati Allah. Pendidikan awal yang saya terima ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Walaupun kehidupan sekadar cukup makan, namun demi masa depan yang cerah ayah sanggup mengeluarkan wang bagi membolehkan saya mengikuti kelas tuisyen. Berkat daripada kelas tersebut dan juga tunjuk ajar para guru, saya berjaya memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan UPSR. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah agama iaitu SMA Maahad Al-Ehya' El-Karim di Tanjung Bidara. Ayah telah meminta saya masuk ke sekolah ini supaya saya bukan sahaja akan berjaya dalam bidang akademik, malahan dalam bidang agama. Ayah tidak mahu kami adikberadik mengabaikan agama dalam mengejar kejayaan dunia. Semenjak di sekolah ini, saya lebih cenderung kepada bidang agama terutama Bahasa Arab. Berkat tunjuk ajar daripada mereka, saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang 72 dalam PMR iaitu 8A 1B. Keputusan yang saya perolehi ini membuatkan ibu dan ayah saya berasa bangga. Walaupun mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah yang lebih baik, namun saya terpaksa menolak kerana saya tidak mahu membebankan ibu dan ayah saya. Bagi saya, pelajaran boleh ditimba di mana-mana asalkan kita mempunyai keinginan untuk berjaya. Jadi, saya meneruskan pelajaran di sekolah itu sehingga tingkatan 4. Namun, semasa tingkatan 5 saya berpindah ke SMK Sultan Alauddin disebabkan beberapa masalah. Setelah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah baru, saya berasa lebih selesa belajar di sana. Guru di sana banyak membantu saya dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM. Banyak notanota yang dibekalkan serta latihan-latihan yang membantu meningkatkan mutu prestasi pelajaran saya. Semasa menunggu keputusan SPM, saya bekerja sambilan di salah sebuah resort di bahagian housekeeping. Saya membuat keputusan untuk bekerja supaya saya dapat membantu ayah menampung adik-adik kerana ketika itu ayah baru sahaja pencen dari pekerjaannya. Saat itu, saya dapat memahami bagaimana susahnya ayah mencari duit untuk menyara kami sekeluarga. Timbul perasaan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga saya. Setelah keputusan diumumkan, saya memperoleh 8A 3B dalam SPM. Dengan keputusan itu, sedikit sebanyak harapan yang ingin saya gapai semakin terbuka luas. Ketika itu, saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi yang saya inginkan. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Atas nasihat dan galakan dari ibu dan ayah, saya memilih untuk menyambung pelajaran di salah sebuah institusi perguruan di Malaysia. Walaupun tugas seorang ustazah sangat berat, namun saya tetap memilih untuk menjadi seorang guru agama kerana minat saya lebih cenderung ke arah bidang ini. Saya ingin mengubah sikap anak bangsa kita yang semakin leka dan mengambil mudah tentang permasalahan agama. Pada mulanya saya agak risau tentang wang yang perlu disediakan untuk memulakan pengajian. Pada saat inilah YaPEIM datang menghulurkan bantuan. Sedikit sebanyak dengan bantuan yang disalurkan, saya dapat belajar dengan lebih selesa tanpa 73 membebankan ibu dan ayah saya lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak YaPEIM atas sumbangan tersebut. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Buat pembaca semua, saya berharap agar anda semua akan mengambil peluang yang ada pada masa ini dengan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Jangan cepat berputus asa dalam menimba ilmu. Jangan jadikan kegagalan semalam sebagai batu penghalang bagi anda untuk mencapai kejayaan dan impian. Wassalam.. 74 PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN) Farah binti Ghazali Pencapaian: UPSR (4A 1B), PMR (9A), SPM (10A) Institusi Pengajian: Program Foundation in Medical Science, Centre For Foundation Studies, Management And Science University (MSU), Shah Alam, Selangor. Cita-Cita: Doktor ‘Berkat Dorongan Ibu Bapa, Guru Ahirnya Berjaya’ Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kg. Seberang Terus, Kota Kuala Muda Kedah dalam keadaan yang serba sederhana. Ayah saya, Ghazali Yahya melakukan kerja- kerja di sawah dan membuka gerai jualan secara kecil-kecilan bagi menyara kami empat beradik dan saya merupakan anak bongsu, manakala ibu saya, Saliha Md. Samin merupakan seorang suri rumah. Biarpun hidup dalam keluarga yang sederhana, namun ibu dan ayah tidak pernah mengabaikan pelajaran kami adik-beradik. Ibu dan ayah akan berusaha sedaya- upaya bagi memastikan segala keperluan pendidikan kami sempurna. Saya memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota Kuala Muda yang jaraknya lebih kurang 3 km dari rumah. Dengan menggunakan basikal, saya dan kakak mengharungi hujan dan panas berulang-alik ke sekolah namun itu bukanlah penghalang untuk saya berjaya. Saya masih ingat ketika darjah tiga, saya terpaksa menunggu hujan yang lebat berhenti bagi membolehkan saya pergi ke sekolah. Walaupun tiba agak lewat di sekolah, namun saya tetap hadir dan tidak mahu ketinggalan kelas. Ketika di sekolah rendah, saya tidak terikat dengan sebarang jadual waktu di rumah tetapi saya akan memastikan setiap tugasan yang diberikan akan disiapkan sejurus pulang dari sekolah sebelum saya makan tengah hari. Pada ketika itu saya tidak berpeluang mengikuti kelas tuisyen di luar. Saya hanya mengikuti kelas- kelas tambahan yang diatur oleh pihak sekolah. Atas bimbingan guru dan sokongan dari keluarga saya berjaya memperoleh 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan keputusan yang saya peroleh, saya Himpunan Kisah Anak-anak Santun Alamat: Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda, Kedah 75 ditawarkan menyambung pengajian di SMKA Baling. Pada masa yang sama abang saya pula ditawarkan mengikuti program matrikulasi di Negeri Sembilan. Memikirkan keadaan kewangan keluarga pada ketika itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SMKKKM). Saya berpegang pada prinsip usaha, doa dan tawakal akan menentukan kejayaan seseorang. Saya percaya walaupun belajar di sekolah biasa namun saya juga boleh berjaya. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Pada tahun 2002 bermulalah alam persekolahan menengah yang agak mencabar bagi saya namun berkat dorongan guru- guru terutamanya guru Matematik dan guru Bahasa Arab saya iaitu Pn. Ku Faridah dan Ustaz Suhaimi, saya berjaya mendapat 9A dalam PMR. Kejayaan saya berganda apabila mendapat tawaran meneruskan pelajaran ke sebuah sekolah asrama penuh di Klang. Kegembiraan ini turut saya kongsi bersama kakak saya yang juga mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada masa yang sama. Tetap berpegang dengan prinsip yang disemai, saya kekal meneruskan persekolahan di SMKKKM. Saya amat gembira apabila mendapat peruntukan Biasiswa Kecil Persekutuan berjumlah RM50 sebulan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga. Ketika di tingkatan empat, saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kokurikulum sekolah. Selain menjadi pustakawan sekolah, saya juga pernah dilantik sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Arab,naib pengerusi Persatuan Agama Islam dan ketua platun PBSM. Saya juga aktif dalam pasukan kawad kaki PBSM dan pernah menyertai pertandingan kawad kaki, bahas dan kuiz perdana peringkat daerah Kuala Muda/Yan. 76 Walaupun bergiat aktif dalam kokurikulum, namun saya akan memastikan pelajaran tidak sekali-kali diabaikan bagi memenuhi impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor. Memandangkan subjek elektif untuk SPM agak mencabar, saya dan rakan-rakan mengambil inisiatif mengadakan 'study group' kerana kami tidak mengikuti tuisyen luar dan hanya bergantung kepada tuisyen dan kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Hasil didikan guru-guru terutamanya guru Matematik Tambahan, En. Azhar Ahmad dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari ayah dan ibu, saya mendapat keputusan yang agak membanggakan dalam SPM apabila berjaya mendapat 10A. Keputusan rakan-rakan lain yang menyertai 'study group' juga tidak menghampakan. Kejayaan dalam SPM sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk terus memburu cita-cita. Memikirkan kos yang bakal ditanggung untuk ke IPT agak tinggi, saya mengambil keputusan untuk bekerja sementara menunggu keputusan IPT. Bekerja sebagai penyelia tapak selama sebulan di Projek Arkeologi Sg. Emas dengan bayaran yang agak lumayan membolehkan saya menggunakannya untuk perbelanjaan persediaan ke matrikulasi. Setelah sebulan berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), saya telah ditawarkan mengikuti program persediaan dalam bidang perubatan dengan bantuan skim pelajar cemerlang Mara. Memandangkan program ini membuka peluang yang lebih cerah untuk menjadi doktor, saya menerimanya dengan hati yang gembira. Dalam kesibukan menjadi pelajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam, saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana banyak pihak terus memberikan sumbangan dan bantuan untuk meneruskan pelajaran antaranya ialah pusat zakat negeri Kedah, Pergerakan Puteri Umno negeri Kedah, dan Lembaga Tabung Haji negeri Kedah. Bantuan yang dicurah diteruskan apabila saya tercalon untuk menerima Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin /Anak Yatim Nasional YaPEIM (SANTUN). Segala sumbangan yang diberikan membolehkan saya meneruskan pelajaran dalam keadaan yang lebih selesa dan membantu meringankan beban ayah dan ibu menanggung kos perbelanjaan pendidikan yang semakin meningkat. Himpunan Kisah Anak-anak Santun Sebagai seorang anak, saya berasa amat gembira kerana dapat membanggakan keluarga. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana banyak membantu saya dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita saya. Impian saya hanya satu untuk membalas jasa ayah dan ibu yang banyak bersusah payah memberikan keselesaan kepada kami adik beradik. Saya berharap coretan pengalaman saya dalam menuntut ilmu sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada pembaca di luar sana agar terus berusaha mencapai apa yang diimpikan. Kesusahan dan kekurangan hidup tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus berjaya. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya…Selamat berjuang! 77