Bab 5 - ETP

Transcription

Bab 5 - ETP
Program Transformasi Ekonomi 137
Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 5: Membangunkan Greater
Kuala Lumpur/Klang Valley
sebagai Enjin Pertumbuhan
Ekonomi
“YAB Perdana Menteri telah mengenal pasti Greater KL/KV sebagai salah satu daripada 12 NKEA
untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mendorong kemajuan ekonomi negara selanjutnya.
Selama lapan minggu, anggota makmal Greater KL/KV telah berusaha dengan penuh dedikasi
untuk menganalisis, membincangkan, merumuskan secara bersama dan mengadakan pertemuan
dengan pihak berkepentingan yang berkenaan sebelum mengemukakan saranan hasil makmal dan
mendokumenkan hasil tersebut.
Dengan pelan ini, kami sedar bahawa kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk
merealisasikan idea bernas ini bagi mencapai hasil yang diharapkan. Adalah menjadi aspirasi
saya untuk melihat Greater KL/KV bukan sahaja dapat meningkatkan sumbangannya kepada
PNK bahkan menjadikannya bandar yang selamat dan selesa untuk didiami semua lapisan rakyat.
Akhirnya, saya juga berhasrat menyaksikan Greater KL/KV merealisasikan potensinya untuk
menjadi antara bandaraya terkemuka di dunia.
Sebagai Menteri Peneraju NKEA Greater KL/KV, saya komited untuk merealisasikan aspirasi ini
dan berharap semua rakyat Malaysia akan menyokong saya dan pasukan saya dalam usaha ini.”
YB Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
S
etiap negara terkemuka di dunia mempunyai bandaraya ikonik yang menjadi tunjang pertumbuhan
ekonomi mereka. Di United Kingdom terdapat kota London, di Amerika Syarikat terdapat kota New York,
China dengan Beijing dan Shanghai, dan Jepun pula berbangga dengan Tokyo. Malaysia pula mempunyai
Kuala Lumpur yang sekian lama menjadi tunjang dan wajah negara kita, lantas memacu ekonomi negara dan
di mana kita boleh bermegah dengan ikon seperti Menara Berkembar. Semua ini perlu terus diperkembang dan
diperhebatkan lagi. Malaysia tidak mungkin akan dapat mencapai aspirasi pertumbuhan Pendapatan Negara
Kasar (PNK) tanpa sumbangan lebih besar daripada bandaraya utama ini.
Pada masa yang sama, pembandaran membawa bersama-samanya cabaran. Malah episod sejarah perkembangan
ekonomi yang pesat menunjukkan bahawa bandaraya terkemuka di dunia pernah mengalami pelbagai tekanan.
Daripada kemelut revolusi perindustrian di kota London, hinggalah kepada kemiskinan dan kesesakan di Kota
Mexico sekitar tahun 1980 an, ataupun pencemaran dalam era moden Beijing, kesemuanya berterusan memberi
impak kepada kehidupan penghuni bandaraya. Aspirasi Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley (selepas ini
dinamai Greater KL/KV) adalah untuk memacu pertumbuhan yang pesat sejajar dengan usaha untuk menjadikan
bandaraya ini lebih menarik untuk dihuni. Jarang-jarang sekali aspirasi ini, jika pun ada, tercapai. Namun ia
merupakan keutamaan Malaysia pada dekad yang akan datang.
138
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
DEFINISI NKEA GREATER KL/KV
Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Greater KL/KV melangkaui sempadan WP Kuala Lumpur. Ia
ditakrifkan sebagai kawasan yang meliputi 10 munisipaliti, di mana setiap satu ditadbir oleh pihak berkuasa
tempatan: DB Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, MB Shah Alam (MBSA), MB Petaling Jaya
(MBPJ), MP Klang (MPK), MP Kajang, MP Subang Jaya (MPSJ), MP Selayang, MP Ampang Jaya (MPAJ)
dan MD Sepang, seperti yang tertera dalam Gambarajah 5-1.
Kawasan metropolitan Greater KL/KV lebih kecil berbanding dengan Kelompok Bandar Kecil Kebangsaan
Kuala Lumpur seperti yang didefinisikan dalam Pelan Fizikal Negara (National Physical Plan) edisi
semakan terkini. Ia menumpukan pengelompokan ekonomi yang paling padat dalam Kelompok Bandar
Kecil, termasuk kawasan penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 2010,
penduduk Greater KL/KV adalah sebanyak kira-kira 6 juta orang, dengan sumbangan sebanyak kira-kira
RM263 bilion kepada PNK negara. Dalam erti kata lain, 20% daripada penduduk negara menyumbangkan
30% PNK negara, lantas mengesahkan bahawa Greater KL/KV sememangnya enjin pertumbuhan ekonomi
negara dan oleh itu patut diambil kira sebagai NKEA.
Gambarajah 5-1
Greater KL/KV mempunyai 10 pihak berkuasa tempatan
Penduduk pada tahun 2010
'000 orang
DB Kuala Lumpur
MP Selayang
1,723
MP Klang
747
MP Kajang
743
MPAJ
MBPJ
MPK
MP Subang Jaya
583
MB Petaling Jaya
577
MP Selayang
559
MB Shah Alam
528
MP Ampang Jaya
142
Perbadanan Putrajaya
89
MD Sepang
82
SUMBER: Jabatan Perangkaan
DBKL
MBSA
MP Kajang
MBSJ
Perbadanan
Putrajaya
MD Sepang
Program Transformasi Ekonomi 139
Hala Tuju Untuk Malaysia
PENILAIAN PASARAN
Walaupun Greater KL/KV berpotensi tinggi untuk menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia yang
lebih besar, kita perlu menangani beberapa cabaran besar.
Rasional bagi NKEA Greater KL/KV
Greater KL/KV merupakan NKEA yang unik kerana ia berlandaskan tumpuan geografi, berbeza dengan
11 NKEA lain yang bertumpukan industri. Ini merupakan pengiktirafan terhadap peranan unik dan
penting bandaraya dalam membentuk dan memacu ekonomi sesebuah negara. Laporan Bank Dunia1 2009
menunjukkan bahawa apabila sesebuah negara beralih daripada ekonomi berpendapatan rendah kepada
berpendapatan tinggi, aktiviti ekonominya menjadi semakin tertumpu mengikut kawasan. Ini telah lama
berlaku di Malaysia dan terus ketara apabila negara kian bergerak maju ke arah status berpendapatan tinggi.
Greater KL/KV telah dipilih sebagai salah satu NKEA bagi mencerminkan empat faktor dinamik yang utama:
• Pembandaran sebagai pemacu pertumbuhan PNK
Pembandaran merupakan antara pemacu pertumbuhan ekonomi paling penting di mana-mana negara.
Dengan adanya kelompok penduduk yang cukup besar, ia mendorong pengkhususan ekonomi dan
menghasilkan perubahan yang nyata dalam produktiviti dan pengeluaran ekonomi. Malah, sejarah
telah membuktikan bahawa pembandaran merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi yang sangat
besar. Di China, pembandaran merupakan komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi amat
ketara yang dicapainya pada dekad yang lalu. Perbandingan antara negara menunjukkan bahawa
tahap pembandaran berkait rapat dengan paras pendapatan purata (Gambarajah 5-2). Apabila negara
seperti Malaysia beralih kepada ekonomi berasaskan perkhidmatan, bandaraya besar menjadi semakin
penting kerana tumpuan infrastruktur, tenaga mahir dan saling hubungan antara ekonomi menyokong
transformasi ekonomi.
1
World Development Report 2009: Reshaping Economic Geography, dan terkandung dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh.
140
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Gambarajah 5-2
Korelasi antara pembandaran dengan pertumbuhan adalah tinggi
KDNK per kapita
RM ribu
160
US
140
Japan
120
Italy
100
UK
80
Malaysia
(2020)
60
40
Russia
China
India
20
Malaysia
(2010)
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Tahap pembandaran
Peratus
SUMBER: Global Insight, 2010
Langkah Malaysia dalam usaha pembandarannya masih jauh lagi. Kadar pembandaran negara semasa
sebanyak 67% dan PNK per kapita sebanyak RM22,000 masih lagi rendah berbanding dengan pencapaian
negara lebih maju seperti AS (masing-masing 83% dan RM153,000), UK (masing-masing 87% dan
RM108,000) dan Jepun (masing-masing 67% dan RM133,000). Memandangkan Malaysia menyasar
untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kadar dan kepesatan usaha
pembandaran perlu dipertingkatkan.
Jelas bahawa pembandaran merupakan daya pendorong yang kuat. Dengan pergerakan pekerjaan dari
luar bandar ke kawasan bandar, produktiviti dan pendapatan isi rumah dapat dipertingkatkan, dan pada
kebiasaannya ia akan menambah pendapatan isi rumah sebanyak 10 mata atau lebih (Carta 5-3);
Economic Transformation Programme 141
A Road Map For Malaysia
Carta 5-3
Pertumbuhan KDNK dan KDNK per kapita lebih tinggi di kawasan bandar
Pertumbuhan KDNK 1
Kadar Peratusan 2008
8,498
24,000
10.4
China
2.9
1.7
2
4.1
3.1
USA
2
4x
2,095
1.7
UK
Luar Bandar
Nisbah bandar
kepada luar bandar
7.8
India
Bandar
Pertumbuhan KDNK 1
RM
UK adalah kes terkecuali
kerana penduduk luar
bandarnya hanyalah
~1%, dan ia mempunyai
pelan insentif pelbagai
yang mensasar industri
tani
5x
4,589
128,076
8x
15,369
179,472
15x
11,965
1.8
4.9
35,747
Malaysia
1.8
4x
10,316
1 Pertumbuhan KDNK sektor pertanian dijadikan proksi bagi pertumbuhan KDNK kawasan luar bandar
2 Kadar pertumbuhan purata dari tahun 2005 hingga 2009
SUMBER: CIA World Fact book, IMD, Bureau of Economic Analysis
• Prestasi bandaraya utama amat mustahak
Antara semua ekonomi bandar yang terdapat di Malaysia, Greater KL/KV sehingga kini merupakan
ekonomi bandar yang terbesar. Greater KL/KV merupakan penyumbang terbesar bagi PNK per kapita
pada masa ini dan juga bagi tahun 2020, dengan lebih 7 kali ganda berbanding dengan Johor Bahru,
bandaraya kedua terbesar, dan lebih 2.5 kali berbanding sektor industri terbesar, iaitu minyak, gas
dan tenaga. Pada dekad akan datang, sasaran Greater KL/KV adalah untuk mencatat pertambahan
penduduk dan PNK masing-masing sebanyak 5 dan 10% setahun. Perubahan sebanyak satu peratus
terhadap sasaran ini akan memberikan impak yang besar terhadap keseluruhan ekonomi negara;
• Produktiviti bandar memang penting
Faktor penghijrahan biasa dari kampung ke bandar sahaja tidak mencukupi untuk mencapai aspirasi
Greater KL/KV . Produktiviti bandar adalah lebih penting, dan pada peringkat global, ia berbeza antara
satu bandaraya dengan yang lain. Saiz, bentuk dan corak kepadatan penduduk bandaraya menentukan
cara penggunaan tenaga dan sumber lain, dan juga hasil daripada faktor berdaya huni. Banyak
daripada hasil tersebut terjana daripada hubung kaitan antara corak kepadatan dengan infrastruktur
pengangkutan. Faktor ini menentukan kecekapan dan kelancaran pengendalian harian sesebuah
bandaraya. Selain itu, penyediaan perkhidmatan asas seperti sistem pembetungan, pengurusan sisa
pepejal, bekalan elektrik dan air perlulah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang didorong oleh
jumlah penduduk. Oleh itu, cabaran bagi Greater KL/KV adalah untuk menggabungjalinkan kuasa
pembandaran sambil membentuknya untuk memaksimumkan produktiviti bandar dan pada masa yang
sama menyasarkan keberkesanan dan tarikan daya boleh huni; dan
142
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
• Bandaraya hebat perlu mempunyai ciri boleh berdaya huni
Pilihan seseorang untuk menetap di sesuatu tempat adalah berdasarkan pertimbangan bahawa tempat
berkenaan memenuhi keperluan kehidupan dirinya. Dalam ekonomi global dan serba mudah alih ini,
golongan profesional boleh memilih untuk tinggal dan bekerja di tempat yang mereka rasakan sesuai.
Persaingan untuk mendapatkan tenaga mahir bukan sahaja berlaku antara negara bahkan antara
bandaraya. Bandaraya yang ceria dan berdaya huni merupakan daya penarik bagi golongan berkemahiran
tinggi. Lazimnya, bandaraya mewah mempunyai beberapa penunjuk boleh berdaya huni. Ini termasuklah
tersedianya kemudahan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan selain keupayaan
untuk memenuhi pelbagai tuntutan kebudayaan dan kehendak lain masyarakat yang semakin canggih.
Oleh itu, sambil pembandaran semakin giat dijalankan, Greater KL/KV perlu menumpukan pada usaha
untuk memperbaik aspek daya huninya.
Cabaran bagi Greater KL/KV
Greater KL/KV telah pun terlakar di dalam peta dunia sebagai salah sebuah bandaraya ikonik di Asia
Tenggara. Ia cukup terkenal dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Berkembar dan acara
antarabangsa seperti perlumbaan Formula One, serta ciri pelbagai kaum dan warisannya. Greater KL/KV
juga dianugerahkan dengan sumber alam semula jadi yang kaya - seperti tepian sungai, kawasan hijau dan
hutan belantara simpanan. Pelaburan secara berkala dalam infrastruktur telah menyediakan rangkaian
perhubungan jalan raya yang baik serta perkhidmatan asas seperti air dan elektrik yang berkualiti tinggi.
Jelas sekali, Greater KL/KV mempunyai potensi yang sangat besar. Walau bagaimanapun, persoalan
tetap timbul. Pertama, bagaimanakah ia boleh menjadi lokasi pilihan syarikat besar di rantau ini? Kedua,
bagaimanakah kita boleh menukar aliran keluar kemahiran, dan menarik kembali tenaga mahir terbaik ke
bandaraya ini? Ketiga, bagaimanakah kita boleh mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi agar kita
dapat keluar daripada ekonomi berpendapatan sederhana? Sekiranya kita tidak berjaya untuk menangani
segera cabaran yang ada, Greater KL/KV menghadapi risiko ketinggalan jauh di belakang bandaraya lain di
rantau ini yang sedang pesat membangun. Antara cabaran tersebut termasuk:
• Persaingan sengit daripada bandaraya negara jiran
Greater KL/KV bukan merupakan lokasi pilihan utama syarikat multinasional dan golongan profesional
yang mencari tapak di Asia atau juga di Asia Tenggara. Dalam hal ini, Malaysia ketinggalan di belakang
negara pesaingnya dalam usaha menarik syarikat asing. Terdapat kira-kira 1,600 syarikat asing yang
beroperasi di Malaysia berbanding dengan 4,000 syarikat di Beijing, 6,000 syarikat di Singapura dan
17,000 syarikat di Shanghai. Malah bagi sektor yang Malaysia dianggap sebagai pesaing yang baik, seperti
kewangan Islam, pun kita tidak begitu dominan, jika dilihat dari segi penyertaan pemain utama global;
• Faktor boleh berdaya huni ketinggalan di belakang banyak bandaraya lain di Asia
Pada hari ini, Greater KL/KV berada pada kedudukan ke-79 daripada 130 bandaraya dalam indeks
boleh berdaya huni EIU, dan berada di tempat ke-10 daripada 31 bandaraya Asia yang dibuat
perbandingan. Oleh itu kita perlu memperbaiki pelbagai dimensi daya boleh huni, termasuk
keselamatan, penjagaan kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan persekitaran;
Program Transformasi Ekonomi 143
Hala Tuju Untuk Malaysia
• Pengangkutan awam masih lagi tidak mencukupi
Pengangkutan awam di Greater KL/KV adalah sesak, tidak bersepadu dan tidak andal. Jalan raya
semakin sesak dari hari ke hari. Mod pengangkutan awam hanya mencakupi 12% (data tahun 2009),
setelah merosot daripada 34% pada tahun 1985 dan 20% pada tahun 1997. Kawasan metropolitan
utama lain seperti Singapura, Hong Kong dan Tokyo, lazimnya mempunyai bahagian mod
pengangkutan awam lebih tinggi, melebihi 50%; dan
• Banyak kekayaan semula jadi masih belum diterokai sepenuhnya
Gombak yang tercemar sememangnya tidak banyak mempunyai potensi, sama ada dari segi nilai
komersial mahupun sebagai destinasi yang boleh merancakkan aktiviti di bandaraya. Selain itu,
Greater KL/KV mungkin akan kehilangan kawasan semula jadi dan kawasan hijaunya yang kaya,
sekiranya pembangunan di kawasan bandar tidak dikawal dengan baik.
SASARAN DAN ASPIRASI
Sembilan projek permulaan (EPP) akan menjadi tunjang dalam pencapaian aspirasi Greater KL/KV – 20-20
menjelang tahun 2020.
20-20 menjelang tahun 2020
Kedinamikan ekonomi dan aspek daya boleh dihuni perlu seiring. Aspirasi Greater KL/KV boleh
dirumuskan sebagai 20-20 menjelang tahun 2020 – iaitu, untuk menjadi satu-satunya bandaraya yang
akan mencapai secara serentak kedudukan 20 teratas dari segi pertumbuhan ekonomi bandaraya (seperti
yang didefinisikan mengikut kadar pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar bandaraya) sambil menjadi
antara 20 bandaraya teratas di dunia sebagai bandaraya paling berdaya huni menjelang tahun 2020.
Ini merupakan cabaran yang besar, memandangkan tiada bandaraya lain yang sentiasa dapat mencapai
sasaran ini. Dari segi sejarah, kebanyakan bandaraya cenderung untuk berkembang dahulu dan setelah
itu baru menangani isu kebolehdayahunian, seperti yang berlaku di London, New York, dan baru-baru ini
di Shanghai. Sebaliknya, sebilangan bandaraya yang tinggi daya huninya secara relatif kekal kecil, seperti
Copenhagen, Vancouver dan Zurich. Greater KL/KV akan terus memajukan aspek pertumbuhan seiring
dengan daya boleh huninya.
2
Berdasarkan 1999 Study on Integrated Urban Transport Strategies for Environmental Improvement yang
dijalankan oleh Japan International Co-operation Agency, atau Kajian JICA
144
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Aspirasi ekonomi bagi Greater KL/KV adalah untuk meningkatkan sumbangannya kepada PNK sebanyak
2.5 kali, iaitu daripada RM258 bilion kepada kira-kira RM650 bilion setahun. Langkah ini boleh menaikkan
bahagiannya kepada PNK, daripada kira-kira 30% daripada PNK negara kepada kira-kira 40%, lantas
menjana kadar pertumbuhan dinamik sebanyak 11% setahun. Berkaitan dengan ini, aspirasi tambahan
meliputi:
• Menaikkan PNK per kapita sebanyak hampir dua kali, daripada RM40,000 kepada RM70,000 setahun;
• Mencapai kedudukan 20 teratas dalam kajiselidik Liveability Index EIU. Lebih nyata, ini bermakna
mengatasi bandaraya lain seperti Seoul (kedudukan ke-58 pada tahun 2010), Singapura (ke-53
pada tahun 2010), dan Hong Kong (ke-31 pada tahun 2010);
• Menambah bilangan penduduk daripada 6 juta kepada 10 juta orang, dengan fokus pada
meningkatkan kumpulan tenaga mahir asing daripada 9% kepada 20% daripada penduduk,
khususnya bagi tenaga mahir bernilai tinggi; dan
• Mewujudkan 553,000 lagi peluang pekerjaan, selain jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan
secara khusus oleh NKEA lain.
Sembilan EPP bagi Menjana Impak PNK sebanyak RM193.0 bilion
Sembilan EPP, dengan berlandaskan empat dimensi, telah dikenal pasti untuk merealisasikan aspirasi
Greater KL/KV . EPP ini, digabungkan kesemuanya, berpotensi untuk menambah sumbangan sebanyak
RM193.0 bilion kepada PNK. Selain daripada sembilan EPP ini, satu pemboleh EPP diperlukan untuk
menyokong pertumbuhan penduduk. Pemboleh EPP ini tidak akan menghasilkan impak ke atas PNK,
namun memerlukan pembiayaan awam sebanyak RM4.0 bilion.
Dimensi 1: Greater KL/KV sebagai daya penarik
Greater KL/KV akan menjadi lokasi pilihan bagi syarikat dan golongan profesional. MNC antarabangsa
dan serantau yang dinamik, serta peneraju yang semakin penting dalam subsektor sasaran akan digalakkan
untuk menempatkan ibu pejabat global atau serantau mereka di Greater KL/KV . Ini bukan sahaja akan
merangsangkan aktiviti ekonomi yang lebih giat bahkan mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja
berkemahiran tinggi. Sehubungan itu, langkah ini akan disokong oleh program imigresen tempatan dan
luar untuk menambah penduduk Greater KL/KV kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020, dengan
tumpuan pada pekerjaan bernilai tinggi.
• EPP 1: Menarik 100 firma paling dinamik di dunia dalam sektor yang diutamakan; dan
• EPP 2: Menarik campuran kumpulan tenaga mahir tempatan dan luar yang sesuai.
Program Transformasi Ekonomi 145
Hala Tuju Untuk Malaysia
Dimensi 2: Sistem perhubungan Greater KL/KV yang lebih cekap
Sistem perhubungan Greater KL/KV dengan pihak luar dan dalam negeri akan menjadi lebih baik.
Keterhubungan serantau akan dipercepatkan melalui penggunaan sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR)
untuk menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura. Contoh daripada seluruh dunia membuktikan
bahawa manfaat daripada sistem perhubungan berkelajuan tinggi akan membolehkan kedua-dua kawasan
metropolitan mendapat manfaat yang besar daripada aktiviti ekonomi yang lebih giat melalui rangkaian
hubungan yang penting ini. Pada masa sama, hubungan antara bandaraya akan menjadi lebih kukuh dengan
adanya sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT). Memandangkan penduduk Greater KL/KV dijangka
bertambah seperti yang dirancang, sistem pengangkutan dalam bandar akan mengalami kesesakan yang lebih
teruk. Oleh itu, MRT bersepadu amat penting disediakan bagi memastikan kelancaran hubungan.
• EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui sistem keretapi laju; dan
• EPP 4: Membina sistem transit aliran berkapasiti tinggi bandar yang bersepadu.
Dimensi 3: Tempat-tempat baharu Greater KL/KV
Greater KL/KV akan menjadi tempat yang ceria dan menarik untuk dihuni. Destinasi baharu berpotensi
tinggi dalam kawasan Greater KL/KV akan dikenal pasti sebagai tarikan dan ditambahbaik bagi
meningkatkan daya boleh dihuni penduduk dan menarik pelancong dan pendatang dari luar untuk melawat
dan berpindah ke Greater KL/KV . Pertama, Pusat Bandaraya KL dianugerahi dua batang sungai dan tepian
air yang indah, yang akan dieksploitasi sebagai pusat perniagaan dan komersial. Meskipun banyak yang
perlu dilakukan untuk memulihara sungai dan membangunkan semula kawasan sekitarnya, sungai tersebut
mempunyai potensi yang amat besar untuk mempertingkatkan daya boleh dihuni dan daya tarikan Greater
KL/KV . Kedua, Bandaraya KL ketinggalan di belakang oleh bandaraya terkemuka yang lain dari segi
kawasan hijaunya (hanya 12 meter persegi kawasan hijau bagi setiap penduduk berbanding standard WHO
sebanyak 16 meter persegi bagi setiap penduduk). Justeru, langkah untuk menambah keluasan kawasan
hijau adalah penting untuk memperbaiki keseluruhan kualiti hidup bandaraya itu. Ketiga, Greater KL/
KV kaya dengan aset semula jadinya yang boleh dimanfaatkan untuk menjadi pusat tarikan (contohnya,
kawasan Penjara Pudu lama dengan pintu gerbangnya yang ikonik, stesen keretapi lama KTM dan
Chinatown). Pembangunan semula yang strategik dengan takrifan sempadan yang cukup jelas berpotensi
untuk membolehkan lebih banyak tempat dibangunkan sebagai ikon dalam Greater KL/KV , lantas
menambah keceriaan kehidupan dan daya tarikannya.
• EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan pusat warisan dan komersial bagi Greater KL/KV ;
• EPP 6: Menghijaukan Greater KL/KV bagi memastikan setiap warganya dapat menikmati kawasan hijau yang cukup luas; dan
• EPP 7: Mewujudkan tempat dan daya tarikan ikonik.
146
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Dimensi 4: Penambahbaikan perkhidmatan di Greater KL/KV
Greater KL/KV akan berfungsi dengan lancar dan cekap. Kekurangan dan lowongan dalam perkhidmatan
asas seperti rangkaian tempat pejalan kaki, pengurusan sisa pepejal, pembetungan dan kebersihan
bandaraya perlu ditangani bagi memastikan bandaraya dapat berfungsi dengan baik dan berdaya huni.
Antara perkhidmatan yang diperlukan untuk membangunkan bandar yang benar-benar cekap dan boleh
berdaya huni, dua faktor keutamaan telah dikategorikan sebagai EPP. Pertama, laluan pejalan kaki sekitar
kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur nyata tidak mencukupi dan tidak bersepadu. Menangani isu
ini bukan sahaja akan meningkatkan daya boleh dihuni tetapi juga menggalakkan lagi potensi sektor
pelancongan dan komersial. Memandangkan penduduk Greater KL/KV akan bertambah lebih 65% dalam
masa 10 tahun akan datang, adalah penting untuk memastikan proses dan pengurusan pengutipan sisa
pepejal yang mantap disediakan.
• EPP 8: Membina rangkaian pejalan kaki yang komprehensif; dan
• EPP 9: Membangunkan ekosistem pengurusan sisa pepejal yang cekap.
Selain EPP tersebut, pertumbuhan minimum, peluang perniagaan dan kesan penggandaan akan
menjana peningkatan PNK sebanyak hampir RM200 bilion. Pelbagai elemen penyumbangnya
diringkaskan dalam Gambarajah 5-4.
Gambarajah 5-4.
9 EPP, 3 peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan akan
menyampaikan impak peningkatan PNK RM649.6 billion menjelang 2020
Sumbangan PNK 2020
RM billion
159.7
Daya
tarikan
27.4
5.7
Perhubu
-ngan
Tempat
baharu
0.2
198.6
391.6
Lain-lain1
Jumlah
impak
PNK
258.0
649.6
PNK 2009
PNK 2020
193.0
Perkhid
Jumlah
-matan
EPP
yang
dipertingkatkan
1 Impak PNK NKEA lain (termasuk pertumbuhan minimum, peluang perniagaan dan kesan penggandaan)
yang menyumbang secara langsung kepada PNK Greater KL/KV
Program Transformasi Ekonomi 147
Hala Tuju Untuk Malaysia
GREATER KL/KV SEBAGAI DAYA PENARIK
Greater KL/KV perlu menjadi daya penarik bagi firma dinamik dan tenaga mahir global. Justeru, inisiatif
pencarian yang proaktif akan dilancarkan untuk menarik firma dan tenaga mahir sedemikian untuk
mencapai aspirasi ini.
• EPP 1: Menarik 100 Firma Paling Dinamik Dunia dalam Sektor Keutamaan
Rasional
Saiz adalah penting. Di Greater KL/KV hari ini, 4% syarikat teratas menjana 79% daripada jumlah
pendapatan dan 10% syarikat teratas menggaji 63% daripada jumlah pekerja.3 Usaha untuk merangsang
lagi aktiviti ekonomi banyak bergantung pada keupayaan bandaraya untuk menarik firma asing utama atau
syarikat multinasional (MNC). Dengan hasrat untuk menggandakan PNK per kapita, bentuk pelaburan
langsung asing yang digalakkan ke negara ini seharusnya bukan lagi bentuk pelaburan yang menumpukan
pada pekerja bergaji rendah, tetapi seharusnya pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan bernilai
tambah lebih tinggi. Oleh yang demikian, kita perlu menarik firma terkemuka dunia dan paling dinamik
untuk membuka ibu pejabat mereka di bandaraya ini, terutamanya MNC yang berkaitan dengan sektor
keutamaan bagi Greater KL/KV . Dengan menarik 100 firma sedemikian, ia akan dapat menyumbangkan
PNK sehingga sebanyak RM40 bilion setahun kepada Greater KL/KV.
Nilai yang dapat dijana daripada Greater KL/KV adalah jelas: kumpulan tenaga mahir yang besar dengan
kecekapan berbahasa Inggeris yang tinggi, lokasi strategik di tengah-tengah rantau Asia yang pesat
berkembang, infrastruktur yang cukup baik, kos hidup yang lebih rendah berbanding dengan bandaraya
pesaing seperti Singapura dan Hong Kong selain persekitaran yang berdaya huni. Walau bagaimanapun,
untuk meningkatkan kelebihan berbandingnya, Malaysia perlu membuat pembaikan yang nyata, khususnya
dalam memudahkan urusan untuk menjalankan perniagaan, misalnya dari segi berapa hari diperlukan
untuk memulakan perniagaan, kadar cukai syarikat dan indeks perlindungan pelabur.
Dari segi kualiti ruang, firma dan aktiviti ekonomi yang akan menumpukan pada kelompok ekonomi
merentas landskap Greater KL/KV yang ditunjukkan dalam Carta 5-5. Semua kelompok ini akan
dilengkapi dengan kemudahan dan sistem perhubungan bertaraf dunia. Kelompok ekonomi ini membentuk
sebahagian daripada tawaran yang lebih tinggi kepada syarikat sasaran.
3
Berdasarkan kajiselidik Hoover ke atas 2,794 syarikat, tidak termasuk syarikat paling besar seperti PETRONAS
148
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-5
Kelompok ekonomi seluruh Greater KL/KV akan dibangunkan dalam sektor keutamaan
Sg. Buloh RRI 16
MATRADE
Pembangunan Pelbagai
10 Batu Kantomen
Perbandaran
MRT
Circle Line
Pusat Konvensyen
Kampung Bharu
1
Pembangunan
Pelbagai
15
9
Sime Darby Vision Valley
2 Pusat minyak dan gas
Minyak dan gas
Pembangunan Pelbagai
1Malaysia Truly Asia Centre 8
3 Pudu
Pelancongan
Komersial
Central Market 7
Pelancongan
4 Dataran Perdana KLIFD
Perkhidmatan Kewangan
Global Healthcare Metropolis 11
Cochrane Development
Blackwater 17
5
Komersial
12
Pembangunan Pelbagai Penjagaan Kesihatan
6
Media City / Eco-city
Hiburan
Pusat khidmat kejuruteraan 14
BPO
Sg. Besi Bandar 1Malaysia
Pembangunan Pelbagai
13 Sunway
Hiburan
MRT
Red Line
MRT
Green Line
Pusat BPO, KPO
18
Perkhidmatan Perniagaan
Tindakan
Sektor keutamaan ekonomi Greater KL/KV telah pun dikenal pasti berdasarkan sumbangan semasa dan
sumbangan akan datang kepada PNK, dan sektor ini termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan
perniagaan, pendidikan, pelancongan dan runcit. Pada tahun 2009, gabungan kesemua sektor ini
menyumbangkan 41% kepada jumlah PNK Greater KL/KV . Bagi setiap subsektor ini, syarikat telah
dikenal pasti dari seluruh dunia, dengan lokasi sebilangan MNC sasaran yang menarik telah diketahui
(berpandukan hasil pendapatan). Antaranya termasuk institusi kewangan Islam di Timur Tengah seperti
Bank Melli di Iran dan Dubai Islamic Bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Syarikat ini akan mendapat
manfaat daripada Malaysia, memandangkan negara ini merupakan negara Islam, dan juga kedudukannya
yang strategik di rantau Asia yang pesat membangun.
Usaha untuk menarik syarikat sedemikian termasuk menawarkan insentif menarik kepada MNC,
pemasaran proaktif kepada MNC yang diutamakan, memperkukuhkan golongan tenaga mahir tempatan
dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Program Transformasi Ekonomi 149
Hala Tuju Untuk Malaysia
Menawarkan pakej insentif yang menarik bagi Ibu Pejabat MNC.
Kami akan membaiki kriteria sedia ada bagi Ibu Pejabat Operasi, yang kini menikmati pengecualian cukai
antara 5 hingga 10 tahun. Penambahan yang mungkin boleh dibuat terhadap kriteria bagi kelayakan status
Ibu Pejabat Operasi MNC termasuk: jumlah aset syarikat induk perlu melebihi RM300 juta, modal berbayar
minimum RM5 juta daripada syarikat induk, mengekalkan rangkaian syarikat besar di luar Malaysia dan
mengekalkan 50% kumpulan pekerja mahir sepanjang tempoh insentif tersebut dengan penggunaan
definisi yang jelas bagi guna tenaga mahir berdasarkan pensijilan.
Mempromosikan Greater KL/KV secara proaktif kepada MNC yang diutamakan.
Satu pasukan pemasaran dan kumpulan pelaksanaan yang khusus akan membina dan menyelenggarakan
satu pangkalan data syarikat keutamaan tinggi untuk menyesuaikannya dengan buku pemasaran yang dibina
khusus (Gambarajah 5-6) yang menyediakan panduan setempat untuk pemindahan lokasi ke Greater KL/KV .
Gambarajah 5-6
Sasaran MNC yang utama akan digabungjalinkan dengan alat pemasaran yang
dibentuk khas
Isi kandungan
Greater
Kuala Lumpur/
Klang Valley
Menawarkan pakej fiskal serantau
paling kompetitif
• Nikmati rangkaian insentif cukai individu dan
institusi yang menarik, yang dirumus khas untuk
menyediakan pakej fiskal serantau paling kompetitif
Tingkatkan kelebihan daya saing anda
•Jadilah sebahagian daripada hab kewangan
Islam dunia yang pesat berkembang
• Nikmatilah infrastruktur terbaik dalam kelasnya
• Dapatkan manfaat tenaga mahir bertaraf
dunia untuk berkembang
Pastikan peralihan yang lancar
• Optimumkan sumber anda melalui bantuan
agensi kerajaan setempat bagi memastikan
peralihan yang lancar dari lokasi sekarang
Tempatkan kakitangan anda dalam bandar
raya bertenaga dan dinamik
• Bermastautin, belajar, bekerja dan beriadah
dalam bandar raya bertenaga dan dinamik
yang menawarkan kualiti hidup yang cemerlang
• Pastikan kakitangan anda memiliki rumah
mampu milik, pendidikan dan penjagaan
kesihatan kelas pertama
Gunakan pasukan kami untuk keperluan anda
• Gunakan pasukan kami yang berdedikasi dan
responsif untuk memenuhi keperluan syarikat anda
• Dapatkan akses pantas kepada kakitangan
berkenaan untuk mempercepat dan
memaksimumkan potensi pertumbuhan syarikat
anda
150
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Memperkukuh kumpulan tenaga mahir tempatan dengan menekankan kepada peningkatan
kemahiran dan latihan kemahiran semula.
Antara usaha berkaitan ialah memulakan Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian dan memperluas
Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah.
Mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Kami akan memanfaatkan inisiatif yang didorong oleh PEMUDAH sehingga kini dan juga inisiatif yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara contohnya ialah memperkenalkan proses
mendapatkan lesen melalui jendela tunggal menerusi portal e-Kerajaan bagi kerajaan tempatan dan negeri,
menyatupadukan perkhidmatan antara agensi dan mengurangkan prosedur yang diperlukan kepada tiga
prosedur sahaja dalam masa tiga hari, yang kini boleh dilakukan dengan pelancaran nombor pengenalan
syarikat Malaysia yang standard (MyCoID).
Satu entiti yang menumpukan pada usaha menarik syarikat sedemikian ke Greater KL/KV akan
ditubuhkan. Entiti ini akan dikenali sebagai Invest KL, dengan misi untuk memastikan Greater KL/
KV menjadi destinasi pelaburan serantau paling utama, dengan menarik syarikat yang mempunyai
kepentingan pada peringkat serantau dan berfokus global, serta mencipta perniagaan bertaraf dunia
dan peluang kerjaya bagi warga Greater KL/KV . Skop dan mandat yang dicadangkan bagi organisasi ini
diringkaskan dalam Gambarajah 5-7.
Entiti ini akan bertanggungjawab kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar;
namun sebahagian daripada pejabatnya akan bertempat di Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA)
untuk memanfaatkan sinergi dalam infrastruktur dan keupayaan yang kini terletak di MIDA. Sebagai
langkah awal ke arah pelaksanaan, tugas dan tanggungjawab yang khusus dan terperinci bagi Invest
KL, model interaksi dengan MIDA dan agensi lain yang berkaitan (seperti Perbadanan Pembangunan
Multimedia), pengambilan kakitangan dan keperluan dana, serta sasaran yang ditetapkan dari awal,
merupakan antara perkara yang perlu didefinisikan menjelang akhir tahun 2010 oleh Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hasil perbincangannya dengan MIDA.
Program Transformasi Ekonomi 151
Hala Tuju Untuk Malaysia
Gambarajah 5-7
Invest KL akan ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik 100 MNC berpindah ke
Greater KL/KV
Visi
Menjadikan Greater KL/KV sebagai destinasi pelaburan teratas
dengan menarik syarikat global dan serantau, mewujudkan
perniagaan bertaraf dunia dan peluang kerjaya
Visi dan
Sasaran
Invest KL
Mempromosi
Greater KL/KV
• Menarik100 MNCs
• Menjana PNK sebanyak RM40
billion pada tahun 2020
• Mewujudkan 100,000 pekerjaan
menjelang tahun 2020
• Mempromosi Greater KL/KV sebagai destinasi
pelaburan dalam bidang utama
• Menjangkau secara proaktif dengan syarikat sasaran bagi
menimbulkan kesedaran mengenai peluang yang ada
Menarik dan
• Menyediakan khidmat pusat setempat bagi
memudahkan
perpindahan untuk membantu syarikat menyesuaikan diri
perpindahan
• Membuat pengurusan pasca-pelaburan yang
efektif untuk mengekalkan dan membantu syarikat
Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang diperlukan adalah sebanyak RM82.2 bilion.
Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM41.4 bilion setahun dan mewujudkan hampir 234,000
pekerjaan menjelang tahun 2020.
EPP 2: Menarik Kumpulan Tenaga Mahir Tempatan dan Luar yang Sesuai
Rasional
Aktiviti ekonomi dalam Greater KL/KV yang lebih giat akan menambah jumlah pekerjaan daripada 2.5
juta pada tahun 2010 kepada 4.2 juta menjelang tahun 2020. Ini didorong oleh kombinasi pertumbuhan
pekerjaan minimum dan jumlah pekerjaan yang diwujudkan oleh 12 projek NKEA, yang mempunyai
bahagian pekerjaan yang tinggi dalam Greater KL/KV . Jumlah pekerjaan yang didorong khusus oleh EPP
Greater KL/KV dan peluang perniagaan mencakupi kira-kira 553,000 peluang pekerjaan baharu. Secara
keseluruhan, tambahan peluang pekerjaan yang dijangka terhasil akan dapat menyumbangkan sebanyak
RM118.2 bilion PNK setahun kepada bandaraya ini menjelang tahun 2020 (Carta 5-8).
152
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-8
Penduduk Greater KL/KV perlu bertambah sehingga 10 juta orang menjelang
tahun 2020 bagi memenuhi permintaan guna tenaga
Penduduk dan permintaan guna tenaga Greater KL/KV
Juta penduduk
1.7 juta pekerjaan
baharu diwujudkan
menjelang tahun 2020
melalui pertumbuhan
asas dan inisiatif NKEA
Pertambahan
penghijrahan
asing
12
2.3
4.0
1.0
3.3
40
48
9.8
0.7
Pertumbuhan
asas penduduk
5.8
2.5
Pertambahan
penghijrahan
tempatan
• Menyasarkan 500,000 (12%) melalui
kemasukan tenaga mahir dari luar
(rakyat Malaysia di luar negeri atau
ekspatriat)
• Inisiatif untuk menarik tenaga mahir
akan dilaksanakan oleh Talent Corp.
Impak Kenaikan PNK
~RM120 billion
Guna tenaga Penduduk
tak aktif
2009 1
2009
1
2
Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan Unjuran
guna tenaga guna tenaga penduduk
penduduk
asas 2
GKL 2020
tak aktif
NKEA
Penduduk
tahun 2010
Berdasarkan aktiviti ekonomi
yang dirangsang oleh inisiatif
lain di Kuala Lumpur
Berdasarkan Kadar Penyertaan Tenaga Kerja 63.7% dan 68.1% daripada usia pekerja masih aktif (15~64)
Anggaran Kementerian Sumber Manusia mengenai pertumbuhan asas penduduk
SUMBER: Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perangkaan
Bagi memenuhi permintaan pekerjaan, penduduk Greater KL/KV perlu bertambah daripada 6 juta orang
pada tahun 2010 kepada 10 juta menjelang tahun 2020. Ini merupakan kenaikan nyata dalam kadar
pertumbuhan sebanyak 5.6% setahun berbanding anggaran pertumbuhan semasa antara 1.9 hingga 2.9%.
Perubahan yang nyata dalam pertumbuhan penduduk ini mungkin agak tinggi, namun bukan tidak pernah
dicapai. Contohnya, sepanjang tempoh tahun 1999 hingga 2009, Shenzhen tumbuh pada kadar purata 7.1%
setahun. Pertambahan penduduk sebanyak 4 juta orang di Greater KL/KV terdiri daripada pertumbuhan
penduduk sebanyak 1.6 juta orang, dan jumlah selebihnya daripada penghijrahan dari dalam dan luar
negara. Daripada jumlah pendatang sebanyak 2.5 juta orang yang dijangka berpindah ke Greater KL/KV ,
20% daripadanya dijangka datang dari luar negara, iaitu ekspatriat dan juga masyarakat Malaysia di luar
negara (diaspora Malaysia).
4
Pengiraan nilai PNK mengambil kira sumbangan pekerja daripada NKEA lain apabila mereka beroperasi di
Greater KL/KV.
5
Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan, DBKL dan pihak berkuasa tempatan Greater KL/KV. Dari segi
sejarah, Greater KL/KV berkembang sebanyak 2.4% setahun (tahun 2000 hingga 2009).
Program Transformasi Ekonomi 153
Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan
Dari perspektif permintaan, lima sektor guna tenaga keutamaan telah dikenal pasti bagi Greater KL/KV ,
iaitu pendidikan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pelancongan dan peruncitan. Dari
sudut penawaran pula, sasaran dari segi geografi telah ditetapkan bagi mengenal pasti negara yang menjadi
tumpuan tinggi diaspora Malaysia seperti di Singapura, UK, AS, Australia dan Kanada, yang diduduki oleh
lebih 700,000 rakyat Malaysia, dan negara seperti India, China, Jepun dan UK yang merupakan negara
asal bagi hampir 50% tenaga mahir di Malaysia hari ini. Usaha menarik tenaga mahir yang ramai ini
memerlukan gabungan faktor seperti mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk tempat tinggal, tempat
bekerja dan tempat beriadah, serta langkah khusus yang diambil secara proaktif untuk menarik mereka.
Menubuhkan Malaysia Hall di bandaraya keutamaan sebagai tempat yang mudah bagi
masyarakat Malaysia di luar negara berkumpul selain menjadi saluran untuk meningkatkan kesedaran
akan peluang yang ada di tanah air, dan juga sebagai pusat sehenti untuk membantu rakyat Malaysia
yang sedang dalam proses untuk kembali semula ke Malaysia.
Menggunakan personaliti terkemuka di Malaysia seperti Perdana Menteri untuk mengenal
pasti 100 individu teratas dari kalangan diaspora Malaysia. Contohnya, mengutus surat persendirian
kepada kesemua individu tersebut dan menggariskan tiga perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk
pembangunan negara (contohnya, menyokong pelaburan dalam bidang pendidikan).
Menjejak dan berhubung dengan 5,000 individu diaspora Malaysia paling menarik dan juga
terkenal pada peringkat antarabangsa kerana sumbangan besar mereka dalam bidang masing-masing,
termasuk individu yang mempunyai nilai aset bersih yang tinggi, pengusaha berpotensi tinggi dan ahli
akademik terkemuka. Kami akan menggunakan khidmat agensi pencari bakat yang akan menggalakkan
individu tersebut untuk kembali berkhidmat di Malaysia.
Meningkatkan perkhidmatan konsular di bandaraya keutamaan supaya perkhidmatan pantas
lagi cekap dapat ditawarkan kepada individu keutamaan tinggi yang memenuhi kriteria asas, seperti
profesion atau nilai bersih mereka.
Mewujudkan anugerah untuk mengikitraf rakyat Malaysia bertaraf dunia sepertimana
anugerah World Class New Zealand. Anugerah tersebut diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan
pencapaian cemerlang rakyat New Zealand yang berjaya dan juga rakan New Zealand yang membantu
mempertingkat reputasi negara tersebut di persada antarabangsa.
Menubuhkan enjin carian pekerjaan dalam talian khusus untuk diaspora Malaysia sasaran
dan warga asing yang berminat untuk berpindah ke Malaysia, seperti portal Jobs@Singapore yang
ditubuhkan oleh Contact Singapore dan Kea Global Talent Centre untuk New Zealand.
Menggunakan khidmat universiti terkemuka bagi memperkukuh hubungan alumni dan
menanamkan minat untuk berpindah ke Malaysia.
Memberikan status Pemastautin Tetap kepada anggota keluarga terdekat ekspatriat yang telah
mendapat status pemastautin tetap.
154
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Melanjutkan tempoh visa pelajar kepada graduan asing sehingga selepas tamat pengajian bagi
memberikan tempoh lanjutan kepada mereka supaya boleh bekerja di negara ini.
Inisiatif untuk menarik tenaga mahir akhirnya akan menjadi tanggungjawab Talent Corporation
(Perbadan Bakat), dan mekanismenya adalah seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Seperti terkandung dalam Bab 3, perbadanan tersebut akan mula beroperasi pada awal tahun
2011. Talent Corporation akan bekerjasama rapat dengan Invest KL dan MIDA untuk membangunkan
perspektif komprehensif berhubung dengan permintaan terhadap tenaga mahir untuk dijadikan asas
bagi membuat senarai keutamaan seterusnya, selain terus membangunkan dan melaksanakan inisiatif
menarik tenaga mahir.
Pembiayaan
Jumlah pembiayaan tambahan yang diperlu dianggarkan sebanyak RM18 juta dari tahun 2011 hingga
2020, dan kebanyakan daripadanya adalah untuk membiayai penubuhan Malaysia Hall dan pusat
sehenti yang serupa di bandaraya antarabangsa.
Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM118.2 bilion setahun menjelang tahun 2020.
SISTEM PERHUBUNGAN GREATER KL/KV YANG LEBIH CEKAP
Sesebuah bandaraya terkemuka dunia perlu mempunyai saluran fizikal untuk menarik jutaan orang
dan untuk membawa mereka bergerak di dalam kawasan bandar. Sistem perhubungan ke hab lain dan
keterhubungan di Greater KL/KV adalah sama penting untuk pembangunan bandar dan meningkatkan
produktiviti penduduk bandar. Dua EPP akan digunakan untuk mengurangkan kesesakan sistem
hubungan antara Greater KL/KV dengan bandaraya lain dan juga di dalam Greater KL/KV sendiri.
EPP 3: Menghubungkan dengan Singapura melalui Sistem Keretapi Berkelajuan Tinggi
Rasional
Greater KL/KV dan Singapura boleh dikatakan bandaraya global sebenar. Cadangan penggunaan
sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura
akan menghubungkan dua kelompok ekonomi terbesar di Asia Tenggara serta menjana pertumbuhan
ekonomi di bandaraya berhampiran Malaysia. Kini, lebih 9.2 juta perjalanan dibuat setiap tahun antara
kedua-dua bandaraya ini, dengan perjalanan darat mencakupi bahagian terbesar sebanyak 68% daripada
jumlah perjalanan. Perkhidmatan HSR pada amnya akan mentransformasikan laluan Greater KL/KV
–Singapura dengan menjadikan perjalanan harian sebagai alternatif yang berdaya maju. Perjalanan
dari pintu ke pintu hanya akan mengambil masa antara 1.5 hingga 2 jam, lantas meletakkan laluan ini
dalam kategori perjalanan harian. Ini merupakan penjimatan lebih dua jam jika dibandingkan dengan
perjalanan melalui udara, iaitu kaedah perjalanan terpantas yang terdapat pada hari ini (Carta 5-9)
Program Transformasi Ekonomi 155
Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 5-9
Sistem keretapi berkelajuan tinggi menyediakan perkhidmatan tanpa henti ke pusat serantau
utama dan perkhidmatan antara bandar
Ke Bangkok
Perkhidmatan
tanpa henti
Hentian antara bandar
akan datang
Perkhidmatan
antara bandar
Hentian Fasa I
Hentian Fasa II
Pulau
Pinang
Kelajuan purata
350 hingga 450 km sejam
Ipoh
Perjalanan lebih laju dan lancar
Pusat Bandar KL
Waktu perjalanan pintu ke pintu dalam jam
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
6.0
5.0
Seremban
4.0
Ayer Keroh, Melaka
Muar
1.5 - 2.0
Batu Pahat
Wilayah Iskandar
Johor Bahru
Singapura
Kereta
Bas
Udara
HSR
Perkhidmatan HSR ini akan menjana manfaat yang cukup besar buat Greater KL/KV :
Menjadikan Greater KL/KV sebagai lokasi pilihan perniagaan.
Greater KL/KV akan menjadi suatu alternatif yang menarik bagi sektor perniagaan selain Singapura, kerana
kos guna tenaganya yang rendah. Contohnya dalam sektor perkhidmatan hari ini, kos guna tenaga di Singapura
adalah kira-kira dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Greater KL/KV .
Mentransformasikan kaedah perjalanan kita.
Permintaan perjalanan akan meningkat dengan nyata berdasarkan keputusan awal kajian yang dijalankan. Kajian
tersebut menunjukkan bahawa akan terdapat kenaikan permintaan sebanyak tiga hingga enam kali ganda bagi
perjalanan untuk tujuan perniagaan dan libur (Carta 5-10). Di bandaraya lain, permintaan yang bertambah
untuk perjalanan telah mempengaruhi pengkhususan dalam perniagaan selain membuka peluang perniagaan
bagi firma lebih kecil, seperti dalam kes Paris dan Lille di Perancis selepas perkhidmatan TGV berkelajuan
tinggi diperkenalkan di kedua-dua bandaraya tersebut. Kenaikan permintaan terhadap perjalanan untuk tujuan
libur adalah positif bagi Malaysia, dengan anggaran kenaikan antara RM2 hingga RM5 bilion dalam jumlah
perbelanjaan pelancongan bersih setiap tahun.
Mencergaskan kembali pasaran hartanah.
Permintaan terhadap hartanah Greater KL/KV akan bertambah tinggi untuk menyamai pencapaian negara
serantau lain. Hari ini, harga hartanah di Greater KL/KV dinilai lima kali lebih rendah berbanding dengan unit
hartanah yang sama di Singapura.
Meningkatkan produktiviti pekerja.
Penjimatan besar dalam masa perjalanan akan meningkatkan produktiviti pekerja. Pengembara perniagaan amat
menghargai penjimatan masa perjalanan. Secara keseluruhan, produktiviti pekerja dijangka meningkat dengan
pengembara perniagaan bukan hanya menjimatkan antara 2 hingga 2.5 jam setiap perjalanan, bahkan dapat
bekerja degan selesa sepanjang perjalanan ke tempat kerja apabila menggunakan perkhidmatan HSR.
156
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-10
HSR akan mentransformasikan perjalanan penumpang, dengan permintaan dalam
kekerapan perjalanan berpotensi meningkat 3 hingga 6 kali ganda
Perjalanan mengikut kekerapan (n = 200) 1
Peratus mengikut kekerapan
100%
16
34
33
15
60
87
34
Dengan
HSR 2
Perniagaan
Perjalanan
purata
2.9
8.8
sebulan
3.0 x
1
2
21
20
32
2
Semasa
Kurang 1 x
sebulan
25
1 hingga 3 x
sebulan
34
1 hingga 3 x
seminggu
16
4x atau lebih
seminggu
31
49
19
24
9
15
3 1
Semasa
Dengan
HSR 2
17
2
Semasa
Libur
1.0
Dengan
HSR 2
Semua
5.9
2.0
6.0 x
7.1
3.5 x
Berdasarkan kaji selidik penumpang udara KL-Singapura di KLIA, LCCT dan terminal Skypark. Maklum
balas kaji selidik diberikan wajaran berdasarkan jumlah penerbangan dari setiap lapangan terbang
Responden ditanya sekiranya mereka akan mengubah kekerapan berjalan dan dengan sebanyak mana
berikutan pengenalan sistem HSR yang menjimatkan waktu perjalanan selama 60 minit
Pelan tindakan
Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bersama-sama
memacu peringkat permulaan inisiatif ini. Khususnya, agensi ini akan menyediakan kertas kajian semula
terperinci mengenai kewajaran inisiatif ini, yang akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2010. Hasil
kajian ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Langkah pertama dalam menggunakan HSR ialah mengesahkan kes bagi sistem keretapi. Ini memerlukan
langkah melihat kembali kes bagi HSR, menjelaskan pilihan untuk mengoptimumkan modal swasta yang
membiayai potensi pembangunan hartanah, mengenal pasti peluang sekitar pengurusan nilai untuk
mengurangkan kos keseluruhan inisiatif ini serta memperjelas model operasi pilihan. Kajian semula
ini akan siap pada akhir tahun 2010, dengan keputusannya dikemukakan kepada Jemaah Menteri
untuk kelulusan. Pada peringkat itu dan dengan andaian ia mendapat maklum balas positif, kami akan
memulakan perbincangan dan rundingan dengan pihak Singapura.
Pembiayaan
Projek ini dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM16.5 billion.
Program Transformasi Ekonomi 157
Hala Tuju Untuk Malaysia
Impak
EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM6.2 bilion setahun dan mewujudkan sebanyak 29,000
peluang pekerjaan dalam pasaran guna tenaga langsung dan tidak langsung menjelang tahun 2020.
EPP 4: Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar yang Bersepadu
Rasional
Sistem pengangkutan awam Greater KL/KV sedang menghadapi tekanan yang hebat, setelah hampir
satu dekad berlalu, tidak ada pelaburan yang besar dibuat terhadap kapasiti keretapi bandar. Di bawah
Program Transformasi Kerajaan, inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam
Bandar akan meningkatkan kapasiti keretapi bandar yang sedia ada, terutamanya menerusi pelaburan
dalam peralatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk memperluas liputan
penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak yang membolehkan mereka mengakses sistem keretapi
yang cekap. Melangkah ke hadapan, aspirasi Greater KL/KV untuk mencapai 50% bahagian penumpang
yang menggunakan mod pengangkutan awam tahun 2020 perlu disokong menerusi peningkatan dari segi
liputan perkhidmatan dan kapasiti keretapi bandar. Sistem MRT yang dicadangkan akan merentang sejauh
141 kilometer dengan tiga buah laluan utama memberikan perkhidmatan dalam radius sejauh 20 kilometer
dari pusat bandar. Sistem ini diunjurkan berupaya membawa sehingga 2 juta penumpang pada tahun 2020,
memberikan perkhidmatan kepada 11% perjalanan keseluruhan dalam Greater KL/KV dan 64% daripada
perjalanan masuk dan keluar ke Pusat Bandaraya KL (Gambarajah 5-11).
Gambarajah 5-11:
Sistem MRT akan memberi perkhidmatan kepada lebih 11% perjalanan keseluruhan
seluruh Greater KL/KV dan 64% perjalanan masuk dan keluar ke Pusat Bandaraya KL
MRT Green Line
Kepong
33%
18%
MRT Red Line
Damansara
MRT Circle Line
18%
31%
MRT Red Line
Serdang
SUMBER: Draf Pelan Bandarraya Kuala Lumpur 2020
158
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Selain memberikan kelegaan terhadap masalah kesesakan dan peningkatan ketercapaian kepada
landskap pengangkutan Greater KL/KV , sistem MRT akan memberikan sumbangan secara langsung
kepada aspirasi PNK negara. Sebagai sebuah projek infrastruktur terbesar yang pernah dilaksanakan oleh
Malaysia, projek tersebut dianggarkan akan mengambil 130,000 pekerja apabila pembinaan mencecah
puncak kerancakannya dengan impak penggandaan yang nyata dalam industri yang berkaitan.
Tindakan
Pendekatan yang disyorkan bagi sistem MRT menandakan peralihan asas dalam pandangan kita terhadap
pengangkutan awam – iaitu menukar persepsi yang sekadar melihat sistem MRT sebagai penggerak
jumlah besar manusia semata-mata, kepada persepsi yang melihat wujudnya peluang perniagaan berdaya
maju, yang mempunyai pembangunan komersial bernilai tinggi yang memanfaatkan pergerakan jumlah
besar manusia. Empat wahana utama akan memastikan bahawa projek ini bakal menghasilkan sebuah
sistem MRT bertaraf dunia, dengan nilai tertinggi untuk dinikmati oleh orang ramai dan pada masa yang
sama, memberikan pulangan yang sewajarnya kepada sektor swasta.
Serlahkan kuasa sektor swasta. Wahana ini membentuk peranan dan peruntukan risiko yang jelas
merentas sektor awam-swasta berdasarkan prinsip PPP (perkongsian awam swasta) yang terbaik sambil
pada masa sama mengenal pasti peluang bagi sektor swasta memberikan sumbangan dalam mengurangkan
beban perbelanjaan awam keseluruhan. Sebagai contohnya, dalam sistem MTRC Hong Kong, pelaburan
modal dalam infrastruktur keretapi lazimnya diberi subsidi silang dengan pemberian hak pembangunan
hartanah yang diberikan kepada MTR bagi kawasan bersebelahan dengan stesen. Pelaksanaan strategi
yang sama bagi MRT Greater KL/KV memerlukan pengenalan hak milik strata yang membolehkan
pembangunan hartanah komersial dilakukan di atas tanah yang diperuntukkan bagi hak laluan MRT.
Berikan nilai yang lebih baik, lebih pantas dengan membuat gesaan terhadap pengurusan nilai
pada setiap peringkat pelaksanaan: bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Usaha untuk
mengoptimumkan nilai dalam projek berintensif modal besar yang sama, seperti projek Metro di Jepun,
telah menghasilkan penjimatan kos sebanyak 22% (secara purata) hingga 40% (pembinaan landasan yang
baharu). Mendapatkan nilai pada setiap peringkat proses bermula daripada perancangan, reka bentuk,
pemerolehan hingga kepada pembinaan adalah penting untuk menghasilkan jenis dan skala penjimatan
yang serupa dengan projek Metro di Jepun bagi sistem MRT Greater KL/KV .
Menyepadukan sistem sepenuhnya dengan kepesatan dan bentuk pembangunan Greater KL/KV.
Sistem MRT perlu direka bentuk untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pembangunan komersial
sedia ada (permintaan perjalanan sedia ada) dan juga pembangunan baharu utama yang akan datang
(permintaan masa hadapan) seperti pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh, Pusat
Matrade dan Kuala Lumpur International Financial District. Memastikan integrasi sepenuhnya stesen
MRT dan penjajaran dengan pembangunan baharu yang akan datang bukan sahaja mampu mengumpul
jumlah manusia yang besar dan berkualiti malah mempermudahkan peningkatan nilai pembangunan
hartanah pada masa hadapan.
Menyampaikan visi menerusi proses perundingan dengan orang ramai yang dilakukan secara
produktif untuk memahami perkara yang mustahak bagi bakal pelanggan transit berkapasiti tinggi. Ini
bertujuan memperoleh maklumat tentang aspek reka bentuk dan pelaksanaan yang dihasratkan selain
memberikan maklum balas secara proaktif terhadap kebimbangan orang ramai menerusi persepsi yang
dipacu oleh pendekatan vendor.
Program Transformasi Ekonomi 159
Hala Tuju Untuk Malaysia
Untuk melaksanakan MRT, sebahagian besar kerja telah dilaksanakan oleh penyokong sektor swasta pemula.
Kerajaan pula, dalam tempoh lima bulan yang akan datang, akan mengesahkan cadangan ini di samping
menjalankan kajian terperinci untuk menggunakan empat wahana tersebut bagi mengurangkan keperluan
perbelanjaan awam sambil pada masa sama memaksimumkan faedah bagi orang ramai daripada sistem
ini. Hasil kajian terperinci ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada akhir tahun 2010, dan pada
peringkat itu keputusan akan dibuat berkaitan dengan kaedah pelaksanaan.
Pembiayaan
Unjuran awal menunjukkan keperluan pembiayaan keseluruhan berjumlah lebih kurang RM47 bilion.
Ini terdiri daripada kos infrastruktur sebanyak RM36 bilion dengan kemungkinan tambahan RM2 bilion
untuk tujuan mempercepatkan pemerolehan tanah. Untuk pelaburan seterusnya, lebih kurang RM9 bilion
diperlukan untuk aset operasi syarikat, seperti peralatan pengangkutan.
Impak
Potensi impak PNK hasil daripada penggunaan MRT diunjurkan dalam lingkungan RM21.3 bilion
setahun pada tahun 2020. Hampir 20,000 pekerjaan juga akan diwujudkan dalam guna tenaga langsung
dan tidak langsung.
TEMPAT BAHARU GREATER KL/KV
Bandaraya di serata pelosok dunia sering ditunjangi oleh tempat ikonik yang wujud di bandaraya itu. Tempat
ini meningkatkan daya boleh huni bandar dan lazimnya menjadi tempat tumpuan utama bagi aktiviti kerja
dan riadah para penghuni bandar pada siang hari. Selain itu, dengan kunjungan oleh penduduk tempatan dan
juga para pelawat ke tempat ini, sudah pastinya akan merangsang aktiviti ekonomi.
EPP 5: Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater KL/KV
Rasional
Tepian Sungai Klang barangkali merupakan aset semula jadi Greater KL/KV yang tidak digunakan dengan
sebaik-baiknya. Sungai Klang mempunyai segala ramuan untuk menjadi tepian air yang segar dan hidup.
Kepentingan unsur sejarah, pusat budaya dan lokasi dalam lingkungan pusat bandar mempunyai potensi
ekonomi dan daya boleh huni yang begitu besar sekali untuk direalisasikan. Sebilangan besar bandaraya
berdaya huni yang menduduki tempat teratas mempunyai tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk
tarikan ekonomi dan daya boleh huni. Contoh bandar termasuklah Vancouver, Melbourne, Auckland, Geneva
dan Seoul.
Tindakan
Pemuliharaan sungai melibatkan pembangunan semula beberapa buah lokasi di sepanjang 10 kilometer
sungai, di samping program pembersihan sungai yang dilaksanakan dengan intensif. Sebanyak 10 nod
aktiviti ekonomi sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dikenal pasti, sebagaimana yang
digambarkan dalam Carta 5-12. Bagi setiap nod, di samping pengindahan tebing sungai dan penambahbaikan
keterhubungan, pembangunan pelbagai kegunaan akan digalakkan untuk meningkatkan aktiviti peruncitan,
pilihan kediaman dan tempat bagi aktiviti libur seperti taman dan kawasan hijau.
160
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-12
Pembangunan semula dan pengindahan akan dilakukan di sepanjang
10 nod tebing sungai
10. PWTC
Taman sungai dan
pencergasan
semula sungai
7. Kg. Baru
Pembangunan
Bandar Menyeluruh
10
9. Tiong Nam
Pembangunan
Bandar Menyeluruh
7
9
6. Kg Hujung PasirJalan Ampang
Pembangunan tepian
sungai menyeluruh
6
8. Dewan Bandaraya
Taman sungai dan
pencergasan
semula sungai
8
5
5. Masjid JamekJln Melayu
Pengindahan dan
pemuliharaan sungai
4
3. Hentian Bas Klang
& Pasar Budaya
Acara global &
barangan runcit
kebudayaan
3
2
2. Masjid India
Barangan runcit
kebudayaan
1
4. Dataran Merdeka
- Dayabumi
Pengindahan dan
pemuliharaan sungai
1. Kuarters Kerajaan
Brickfields
Pembangunan
tepian sungai
menyeluruh
0. Tebing sungai, taman, dan tempat awam akan dihijaukan
dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki
Bagi setiap nod ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakarkan pelan pembangunan
terperinci dengan penumpuan pada pembangunan bercampur, pendefinisian yang optimum bagi setiap
unsur dan bakal struktur PPP untuk pembangunan semula.
Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan DBKL
sedang menjalankan kajian terperinci terhadap langkah pembersihan sungai yang bakal memulakan
pelaksanaannya pada akhir tahun 2010 atau awal 2011. Aspirasinya adalah untuk menambah baik
kualiti air kelas semasa, iaitu Kelas III (yang didefinisikan sebagai tidak selamat untuk sentuhan badan)
kepada Kelas IIB (yang didefinisikan sebagai lebih selamat untuk kegunaan rekreasi dengan sentuhan
badan). Inisiatif pembersihan utama termasuklah menaik taraf sistem pembetungan sedia ada untuk
mengurangkan bahan pencemaran daripada memasuki sistem sungai, menguatkuasakan dasar setinggan
sifar menerusi kerjasama dengan DBKL dan pihak berkuasa tempatan lain, menaik taraf sistem pengairan
untuk mengelakkan banjir dan menguatkuasakan panduan mengenai sisa air buangan ke atas penduduk,
kilang dan ruang perniagaan komersial di sepanjang sungai. Semua inisiatif ini akan dilaksanakan bersamasama dengan Kerajaan Negeri Selangor, mengambil kira bahawa aktiviti huluan adalah penting untuk
memastikan kualiti air hiliran di KL. Carta 5-13 merumuskan inisiatif ini, berserta dengan anggaran kos.
Program Transformasi Ekonomi 161
Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 5-13
Greater KL/KV perlu menangani pencemaran dan banjir Sungai Klang
Aspirasi
Inisiatif utama
Kelas III
(tidak selamat untuk
sentuhan badan)
Huraian ringkasan
Kos Modal
RM juta
1 Menaik taraf sistem
1
kumbahan sedia ada
untuk mengurangkan
bahan pencemaran dpd
masuk ke dalam sungai
Pengurusan kumbahan
dan enapan
3,060 4
2 Menguatkuasakan dasar
• Kurangkan nitrogen
ammonia1 dpd 0.9
kepada 0.3 mg/l
• Kurangkan permintaan
oksigen biologi 2 dpd 6
kepada 3 mg/l
• Kurangkan pepejal
terampai 3 dpd150 kpd
50 mg/l
2
3
Penempatan
semula
setinggan
Pengurusan
pengairan
dan saliran
4
Kelas IIB
(Penggunaan rekreasi
dengan sentuhan
badan)
“setinggan sifar” menerusi
pihak berkuasa tempatan
untuk mencegah sisa
sampah setinggan
t/t 5
3 Menaik taraf sistem
pengairan untuk
mengelakkan banjir dan
mengekalkan kuantiti air
4 Membantu
Menggalakkan,
menguatkuasakan,
dan menguruskan kebersihan
sungai
menguatkuasakan
garis panduan mengenai
sisa air buangan terhadap
penduduk kediaman,
kilang-kilang dan outlet
komersial melalui pihak
berkuasa tempatan.
533
t/t 5
3,593
Nitrogen ammonia (NA) merupakan bahan pencemar toksik yang kerap ditemui dalam kumbahan dan najis
Permintaan oksigen biologi (BOD) lebih tinggi menunjukkan kewujudan miroorganisma, sekali gus
mengisyaratkan pencemaran yang lebih tinggi.
3 Pepejal terampai (SS) merupakan zarah organik dan bukan organik (spt., sisa, tanah) yang meningkatkan
kekeruhan dan mengurangkan bahan oksigen
4 Kos pengurusan kumbahan kebanyakannya terdiri daripada penaiktarafan (Kos pengurusan kumbahan
kebanyakannya terdiri daripada penaiktarafan (RM2,300 juta) dan pemewilayahan loji rawatan kumbahan
sebanyak (RM740 juta)
5 Tiada perbelanjaan modal tambahan bagi pihak berkuasa tempatan untuk menguasakan peraturan
1
2
Melaksanakan sebarang pembangunan semula bandar pada skala dan skop yang sedemikian besar
sesungguhnya merupakan usaha yang mengambil masa bertahun-tahun dan melibatkan pelbagai fungsi.
Pembangunan semula ini akan diuruskan oleh satu pihak berkuasa berkanun kecil tetapi amat profesional
yang diwujudkan di bawah undang-undang Persekutuan. Pihak berkuasa tersebut akan memacu
perancangan induk tapak dan pempakejan tapak pembangunan kepada para pemaju, perancangan
dan penyelarasan pembersihan sungai, penambahbaikan pembangunan semula unsur warisan dan
budaya, proses perundingan dengan orang ramai, pemasaran keseluruhan serta aspek kewangan dan
perundangan EPP. Pihak Berkuasa ini perlu diwujudkan secara rasmi pada akhir tahun 2011, tertakluk
pada jadual perundangan.
Sementara itu, inisiatif ini akan dipacu oleh sebuah Majlis Pembangunan Bersama (Joint Development
Council atau JDC) yang ditaja oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan
penyelarasan oleh DBKL. JDC tersebut akan memainkan peranan sebagai penyelaras dan menjalankan
peranan menerusi keupayaan dan kuasa para peserta dalam empat pasukan petugas: pewujudan pihak
berkuasa; pembersihan dan pengindahan sungai; perancangan dan pembangunan dan pemasaran. Ini
akan mencetuskan momentum bagi usaha pemuliharaan seiring dengan pewujudan pihak berkuasa rasmi
yang akan memacu inisiatif ini dalam tempoh jangka panjang.
162
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Pembiayaan
Untuk mencapai sasaran EPP ini, perbelanjaan modal sebanyak RM17.9 bilion diperlukan, dengan RM14.3
bilion daripadanya ditandakan sebagai bahagian pelaburan swasta dalam pembangunan hartanah.
Impak
Potensi impak PNK hasil daripada pemuliharaan dan pembangunan semula nod yang dikenal pasti di
sepanjang Sungai Klang dianggarkan berjumlah hampir RM4.3 bilion setahun pada tahun 2020. Peluang
pekerjaan pula dianggarkan sebanyak 17,000 menjelang tahun 2020. Impak ini dipacu terutamanya oleh
kegiatan ekonomi yang meningkat di sepanjang tepian sungai, potensi pelancongan yang meningkat dan
hartanah yang bertambah nilai.
EPP 6: Penghijauan Greater KL/KV untuk Memastikan Setiap Penduduknya Menikmati Kawasan Hijau yang Mencukupi
Rasional
Untuk menjadi sebuah bandaraya berdaya huni yang berada di kedudukan 20 teratas di dunia, Bandaraya
Kuala Lumpur perlu meningkatkan dengan nyata kawasan hijaunya. Pada hari ini, jumlah keluasan
kawasan hijau bagi setiap orang di pusat bandar hanyalah 12 meter persegi. Ukuran tersebut bukan sahaja
lebih rendah daripada standard WHO, iaitu 16 meter persegi setiap orang, malah juga jauh ketinggalan di
belakang bandaraya berdaya huni dunia yang terkemuka, seperti Vancouver yang mempunyai keluasan 22
meter persegi seorang. Berdasarkan trajektori pertumbuhan penduduk, keluasan kawasan hijau bagi setiap
orang bakal merosot kepada hanya separuh daripada standard WHO iaitu sebanyak 8 meter persegi seorang
pada tahun 2020. Fokus EPP adalah tertumpu dalam pusat bandar Kuala Lumpur memandangkan kawasan
di luar bandaraya mempunyai kawasan hijau yang mencukupi.
Penghijauan bandar akan menambah baik daya boleh huni melalui pewujudan persekitaran kehidupan
yang selesa dan penyediaan kawasan untuk aktiviti rekreasi yang sihat. Malah, penghijauan bandar akan
meningkatkan nilai hartanah kerana kawasan yang lebih hijau lazimnya mendapat harga yang tinggi.
Yang lebih penting lagi, penghijauan mewujudkan persekitaran yang lestari, dengan suhu dalam bandar
direndahkan dan pelepasan gas rumah hijau dikurangkan.
Tindakan
Bandaraya yang lebih hijau boleh dicapai menerusi tiga inisiatif utama
Menerima pakai dasar pembangunan berfokuskan hijau dalam pembangunan semula Kerajaan
dan swasta. Keperluan ruang kosong sebanyak 30% akan diutamakan untuk kawasan hijau. Ini bakal
merangkumi pembangunan semula utama Kerajaan yang keluasannya melebihi 40.5 hektar seperti TUDM
Sg. Besi dan sebarang tanah di bawah bidang kuasa Unit Perkongsian Awam Swasta di bawah Jabatan
Perdana Menteri (Unit Kerjasama Awam Swasta, UKAS), Media City Angkasapuri, rizab infrastruktur yang
tidak digunakan dan tanah yang dimiliki oleh entiti swasta yang akan dibangunkan semula.
Program Transformasi Ekonomi 163
Hala Tuju Untuk Malaysia
Menggunakan kaedah pelanskapan yang kreatif, termasuk penanaman pokok berdaun tebal,
penghijauan pada atap bangunan dengan penanaman rumput dan pokok , dan pelanskapan menegak.
Secara taktikalnya, DBKL akan memperluas inisiatif penanaman pokok semasa daripada 25,000 batang
pokok kepada 100,000 batang pokok, dengan penekanan terhadap pokok yang rimbun dan berdaun lebat
untuk membangkitkan pemandangan indah dan suasana koridor hijau. Menerusi langkah menghijaukan
atap bangunan, 150,000 meter persegi daripada atap bangunan yang tidak digunakan akan dimanfaatkan
untuk memperbanyakkan kawasan hijau. Menerusi pelanskapan menegak, yang mana tumbuhan hijau
ditanam secara menegak dan pada struktur tergantung, sehingga 20% permukaan hijau tambahan dapat
dihasilkan bagi struktur yang ditransformasikan.
Menyepadukan taman dan menggalakkan aktiviti luar. Ini bukan sahaja akan memperbaik lagi
tanggapan terhadap bandaraya hijau malah secara langsung menyumbang kepada PNK menerusi aktiviti
komersial. Sistem taman bersepadu akan diwujudkan untuk meliputi semua bandar dalam segala rupa
bentuk saiznya, boulevard (jalan berhias), pelanskapan laluan dan kawasan terbuka awam, di mana
kawasan terbuka berbeza di dalam bandar dihubungkan menerusi denai hijau. Visinya adalah supaya orang
ramai boleh berjalan merentasi bandar tanpa perlu meninggalkan denai hijau. Di samping itu, usaha akan
dibuat secara proaktif untuk menarik acara dianjurkan di taman itu, termasuk penganjuran acara orang
ramai (seperti konsert, pertunjukan, pertandingan sukan) dan juga penganjuran acara persendirian (seperti
perkahwinan, sambutan hari lahir, dan majlis korporat).
Pembiayaan
Pembiayaan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM149 juta dari tahun 2010 hingga 2020,
disebabkan oleh kenaikan keperluan pembiayaan bagi inisiatif penanaman pokok.
Impak
Potensi impak PNK dianggarkan sebanyak hampir RM1 bilion setiap tahun, dan penciptaan sebanyak 3,000
pekerjaan menjelang tahun 2020
EPP 7: Mewujudkan Tempat dan Tarikan Ikonik
Rasional
Semua bandaraya tersohor di dunia memiliki tarikan unik masing-masing yang memberikan definisi ciri
dan identiti tersendiri bandaraya tersebut. Eiffel Tower dan Seine River menghiasi kota Paris, Broadway
dan Statue of Liberty melatari kota New York sementara Oriental Pearl dan Bund mewarnai kota Shanghai
– semua nama masyhur tersebut merupakan tarikan yang terjalin rapi dengan identiti bandaraya masingmasing. Pada hari ini, pembayangan Greater KL/KV mungkin terjalin utuh dengan Menara Berkembar
PETRONAS dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Walau bagaimanapun, Greater KL/KV mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan secara lebih
meluas lagi tapak warisan sedia ada yang boleh dipulihara dan dibangunkan semula menerusi penghayatan
sejarah dan warisan Greater KL/KV , serta keyakinan untuk menjadi sebuah bandaraya kosmopolitan dan
global pada masa hadapan. Tambahan pula, tempat ikonik ini juga menjana aktiviti ekonomi yang lebih
tinggi menerusi aktiviti penginapan hotel yang lebih lama, hasil runcit daripada pelancong dan warga
tempatan yang bertambah serta guna tenaga yang meningkat. (Carta 5-14).
164
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-14
KL boleh dijadikan sebuah bandaraya global dan pusat warisan dengan
mentransformasikan tarikan sedia ada dan membina tarikan baharu
Penekanan terhadap tarikan KL
Pendekatan untuk mewujudkan tarikan global
Mentransformasikan
tarikan sedia ada
Bandaraya Global
• Mempamerkan KL sebagai bandaraya
membangun bertaraf dunia
• Tumpuan berpotensi termasuk seni bina,
hiburan, membeli-belah dan sebagainya
• Memanfaatkan tapak tarikan sedia ada
• Menambah baik kualiti dengan ketara,
mengubah fokus, atau memperluas skop
Membina tarikan
baharu yang inovatif
Pusat Warisan
• Memperlihatkan KL sebagai tapak
bersejarah dunia yang menawarkan
pengalaman budaya yang luar biasa
• Tumpuan berpotensi termasuk mercu
tanda bersejarah,kesenian keindahan
semulajadi, dan sebagainya
• Mengenal pasti bidang penting yang
kurang digunakan
• Mewujudkan tarikan baharu yang
mempunyai standard global yang tinggi
Tindakan
Sebagai permulaan, tiga tarikan keutamaan telah disyorkan di dalam pusat bandar, dengan memanfaatkan
aset warisan Greater KL/KV yang amat bernilai.
Muzium warisan jalan kaki segi tiga menghubungkan tapak budaya dan sejarah sekitar kawasan
Masjid Jamek – Dataran Merdeka – Dayabumi – Pasar Budaya menerusi laluan pejalan kaki rasmi –
sebuah kembara pengalaman menelusuri sejarah KL yang bertunjangkan tapak warisan yang mempunyai
ciri keunikan tersendiri. Matlamatnya adalah untuk mempamerkan tempat budaya dan warisan kota yang
kaya, yang dilengkapi dengan kiosk interaktif di tapak utama, pameran yang hidup dan aktiviti runcit
bertumpukan budaya menerusi satu rangkaian laluan pejalan kaki yang diteduhi dengan baik.
Koloni kesenian Pasar Budaya, di mana bangunan Pasar Budaya sedia ada akan ditransformasikan
dan direka bentuk semula menjadi sebuah kompleks yang mempunyai studio seni hidup. Projek tersebut,
iaitu sebuah PPP antara DBKL dengan pemilik sedia ada (Kha Seng Textile), akan mereka bentuk pakej
insentif untuk menarik artis terkenal dan memperuntukkan kawasan bagi pertunjukan langsung dan
acara pendidikan. Dengan fokus terhadap peruncitan kebudayaan dan libur kelas atasan, kawasan sekitar
juga akan dicergaskan semula menerusi pewujudan sesiaran pejalan kaki dan penempatan semula kedai
kraftangan dan cenderamata sedia ada ke kawasan di sekitar Pasar Budaya.
Program Transformasi Ekonomi 165
Hala Tuju Untuk Malaysia
Penjara Pudu, yang dibina pada tahun 1895, mempunyai Pintu Gerbang Penjara Pudu sebagai
perlambangan sejarah bandaraya kita yang kaya. Tapak ini menghadirkan peluang untuk menggarap
sejarah tradisi berusia 115 tahun dengan kecemerlangan seni bina moden. Tapak seluas 7.9 hektar tersebut
akan ditransformasikan menjadi sebuah pembangunan yang menggabungkan kediaman, pejabat dan
komponen runcit, dan diserlahkan dengan tarikan kebudayaan dan rekreasi. Tarikan ikonik seperti Muzium
Kesenian Moden untuk menandingi muzium bertaraf dunia seperti Guggenheim di New York atau Tate
Modern di London, dewan konsert atau amfiteater terbuka akan dibangunkan di tapak ini. Pembangunan
itu pula akan dihubungkan dengan baik dengan laluan pejalan kaki bandar, monorel dan laluan aliran
transit ringan dengan stesen bersebelahan. DBKL akan mengenakan keperluan untuk memastikan bahawa
semua bangunan dibangunkan sebagai bangunan hijau, dan beberapa bahagian bangunan asal Penjara
Pudu dipulihara (contohnya pintu gerbang ikonik). Selain itu, pembangunan perlu menyediakan 30% ruang
kosong yang boleh diakses oleh orang ramai. Pembangunan tersebut juga akan diberikan kenaikan dalam
nisbah plot sebanyak 20%.
Tapak tambahan lain di Greater KL/KV yang mempunyai potensi untuk menjadi tempat ikonik
termasuklah seperti stesen KTM lama dan China Town. Bagi tapak ini, DBKL akan menetapkan kriteria
pembangunan yang ketat termasuk keperluan 30% ruang terbuka, dan sebagai gantinya pemaju diberi
10% lagi nisbah plot di kawasan keseluruhan. Di samping itu, DBKL sedang menentukan keperluan
tarikan ikonik yang sejajar dengan warisan tapak tersebut. Untuk mengurangkan bebanan awam dan
memanfaatkan kepakaran komersial, usaha pembangunan akan dipacu menerusi perkongsian dengan
sektor swasta untuk bersama-sama mereka bentuk dan membina tarikan bertaraf dunia, terutamanya untuk
lokasi yang dimiliki oleh pihak swasta seperti Pasar Budaya.
Pembiayaan
Keperluan pembiayaan keseluruhan bagi dua tarikan utama adalah sebanyak RM240 juta dari tahun 2010
hingga 2020 dengan sektor swasta memberikan sumbangan sebanyak 50%.
Impak
Potensi impak PNK dianggarkan kira-kira RM460 juta setiap tahun dengan penciptaan hampir 13,000
pekerjaan menjelang tahun 2020.
PERKHIDMATAN LEBIH BAIK GREATER KL/KV
Dengan kebanjiran syarikat antarabangsa dan tenaga mahir di Greater KL/KV , keterhubungan yang
ditambah baik dan destinasi baharu bagi warga tempatan dan pelancong, perkhidmatan utama seperti
rangkaian laluan pejalan kaki dan pengurusan sisa pepejal perlu ditambah baik untuk memastikan
pertumbuhan mampan jangka panjang. Berdasarkan perbincangan dengan pihak berkuasa dan pemilik
yang berkaitan, perkhidmatan lain yang diperlukan untuk pertumbuhan (seperti perumahan, tenaga
elektrik, air dan kumbahan) akan diuruskan dan tidak lagi menjadi halangan yang nyata kepada
Greater KL/KV .
166
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
EPP 8: Mewujudkan Rangkaian Pejalan Kaki yang Menyeluruh
Rasional
Berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai yang dijalankan oleh Seranta Awam, Greater KL/KV bukanlah
sebuah kota yang mesra pejalan kaki, kerana pada masa ini ia mempunyai reka bentuk yang tidak cekap,
penyelenggaraan yang teruk dan ketercapaian yang lemah. Penduduk tempatan dan para pelancong jarang
menemui hubungan antara bangunan, sebaliknya sering mendapati kesinambungan yang lemah dalam
laluan pejalan kaki dan kekurangan akses bagi golongan kurang upaya dan warga tua.
Di samping impak langsung terhadap daya boleh huni, nilai rangkaian pejalan kaki yang menyeluruh akan
ditingkatkan dengan nyata sekiranya ia disepadukan dengan pembangunan utama lain di dalam bandar.
Menghubungkan laluan pejalan kaki dengan sistem MRT akan membantu menambah baik aliran lalu
lintas masuk dan keluar dari stesen, menambah baik keterhubungan antara nod transit dan meningkatkan
aktiviti peruncitan sama ada di stesen MRT atau berhampiran dengannya. Menghubungkan laluan pejalan
kaki dengan Sungai Klang yang dipulihara akan mendorong pelancong dan warga tempatan melawat pusat
bandar dan menggalakkan aktiviti komersial dan libur di sepanjang tebing sungai.
Tindakan
Pada masa ini, DBKL dan sektor swasta telah memulakan program untuk membina 4.5 kilometer
perhubungan laluan pejalan kaki berbumbung dan bertingkat di pusat bandar, dengan jangkaan program
bakal disiapkan pada pertengahan tahun 2012. DBKL akan menyempurnakan dua set laluan pejalan kaki
pada akhir tahun 2011. Yang pertama menghubungkan antara Berjaya Times Square dengan Pavilion.
Yang kedua menghubungkan Jalan Perak dan Pavilion dengan Crowne Plaza dan Jalan P. Ramlee serta
menghubungkan Jalan Sultan Ismail dengan Jalan Pinang.
Selain itu, Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) akan menyempurnakan enam hubungan di pusat
bandar pada akhir tahun 2010 sebagai sebahagian daripada program pelaburan pengangkutan awamnya
yang meluas. Usaha yang diterajui oleh PETRONAS pula untuk menyempurnakan laluan pejalan kaki
bertingkat di sekitar kawasan KLCC akan disiapkan pada tahun 2011.
Pada masa yang sama, sebuah pelan jangka panjang akan dibangunkan oleh DBKL untuk mengadakan
sebuah rangkaian laluan pejalan kaki sepenuhnya di seluruh Bandaraya KL sepanjang 45 kilometer.
Pelaksanaan koridor yang diperluaskan ini akan bermula pada tahun 2012 dan dijangka siap pada tahun
2014. Terdapat tiga fasa untuk pelan menyeluruh tersebut.
• Fasa 1: Laluan utama sejauh 3 kilometer dari Dataran Merdeka ke Jalan Tunku Abdul Rahman, yang
berakhir di kawasan Chow Kit. Ini akan memberikan perkhidmatan kepada jumlah pejalan kaki yang
besar di beberapa tempat di bandar yang mempunyai aktiviti komersial utama;
• Fasa 2: Laluan pejalan kaki primer sejauh 14 kilometer bagi lalu lintas pejalan kaki antara lokasi utama
dengan nod transit; dan
• Fasa 3: Laluan sekunder yang menghubungkan laluan pejalan kaki utama (9 kilometer) dan
memperluas liputan perkhidmatan pejalan kaki ke seluruh pusat bandar (16 kilometer).
Butiran digambarkan dalam Carta 5-15.
Program Transformasi Ekonomi 167
Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 5-15
Sebuah rangkaian laluan pejalan kaki menyeluruh akan dibangunkan untuk
Pusat Bandaraya KL
Pelan menyeluruh/Jangka panjang
Laluan Utama
Laluan Primer
Laluan Sekunder (Gelombang 1)
Laluan Sekunder (Gelombang 2)
Laluan tepian sungai
Jejak Warisan
Zon Keutamaan Pejalan Kaki
Stesen LRT
Laluan pejalan kaki utama
(panjang, tempoh pembinaan)
DBKL
(~2 km, Okt-Sep 2011)
SPNB
(~2 km, Jun-Dis 2010)
PETRONAS
(~0.5 km, Apr-Feb 2011)
1 Laluan pejalan kaki keutamaan bagi tempoh jangka pendek
(~2km, dibina oleh DBKL)
• Fasa 1 (Berjaya Time Square ke Pavilion)
– Laluan pejalan kaki sejauh ~800m berbumbung
• Fasa 2a (Jalan Perak / Pavilion ke Crowne Plaza)
– Laluan pejalan kaki sejauh ~400m bertingkat dan berbumbung dengan penyaman udara
• Fasa 2b (Jalan P. Ramlee / Jalan Sultan Ismail ke Jalan Pinang)
– ~450m, spesifikasi sama seperti Fasa 1
2 Pelan menyeluruh bagi tempoh jangka panjang
(~42 km, dibina secara berperingkat)
Laluan Utama (~3km)
• Jumlah pejalan kaki yang tinggi dengan aktiviti komersial utama (contoh, runcit)
b Laluan Primer (~14km)
• Aliran pejalan kaki yang tinggi antara lokasi utama dengan nod transit
c Laluan Sekunder
•Gelombang pertama (~9km)
- Menghubungkan laluan pejalan kaki utama
• Gelombang kedua (~16km)
- Memperluas liputan laluan pejalan kaki ke seluruh pusat bandar
a
3 Laluan pejalan kaki lain
• Lauan pejalan kaki tepian sungai – dirangkumi oleh EPP Pemuliharaan Sungai Klang
• Jejak Warisan – dirangkumi oleh EPP Tempat Ikonik
SUMBER: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
168
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Untuk mewujudkan rangkaian pejalan kaki yang cekap, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang relevan
akan mendapatkan secara proaktif pandangan orang ramai dan mengambil kira pandangan tersebut dalam
seluruh proses reka bentuk, melaksanakan analisis kos yang terperinci untuk menjimatkan kos pembinaan
dan menyepadukan reka bentuk untuk dihubungkan dengan pembangunan utama yang lain (contohnya
MRT, pemuliharaan Sungai Klang, ruang perniagaan runcit).
Pembiayaan
Keperluan pembiayaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM105 juta dari tahun 2011 hingga tahun 2020
untuk menyiapkan keseluruhan rangkaian laluan pejalan kaki.
Impak
Potensi impak PNK dianggarkan lebih kurang RM6 juta setiap tahun
EPP 9: Membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang cekap
Rasional
Sistem pengurusan sisa pepejal di Greater KL/KV yang ada sekarang tidak dapat bertahan lama, disebabkan
oleh empat faktor kebimbangan utama. Pertama, jumlah sampah terkumpul dijangka meningkat daripada
10,000 tan sehari kepada 17,000 tan sehari menjelang tahun 2020, melebihi keupayaan menampung
harian tempat pembuangan sampah yang dirawat. Kedua, kadar kitar semula iaitu pada 11% (pada tahun
2009) masih lagi jauh ketinggalan di belakang negara maju seperti Singapura, kadarnya pada 57%, dan
Denmark, pada 42%. Ketiga, kadar bayaran bagi pengurusan sisa pepejal mencakupi bahagian yang tinggi,
iaitu kira-kira 60% daripada jumlah kutipan cukai tanah isi rumah dan ini menjadi beban yang besar bagi
perbelanjaan pihak berkuasa tempatan. Akhirnya, perkhidmatan pengutipan sampah pepejal dan fungsi
pembersihan yang tidak memuaskan hati telah menyebabkan aduan yang diterima bertambah, contohnya,
DBKL, secara purata menerima 45 aduan sehari berhubung dengan kedua-dua perkhidmatan tersebut.
Melangkah ke hadapan, pengurusan sampah pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam yang cekap
amat penting untuk menyokong corak pembangunan pesat di Greater KL/KV .
Tindakan
Usaha memperbaik pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam akan tertumpu pada
empat kaedah utama.
Menyemak bayaran pengurusan sampah pepejal.
Cara pengeluaran bil dan kutipan bayaran tidak menghuraikan dengan jelas kos berkaitan dengan
pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, pengeluaran bil secara langsung akan diperkenalkan
supaya premis akan dikenakan bayaran berasingan bagi pengutipan dan pengurusan sisa pepejal. Kini, kos
pengurusan sisa pepejal mencakupi bahagian yang besar daripada belanjawan pihak berkuasa tempatan.
Contohnya, cukai taksiran DBKL kini adalah RM367 bagi setiap isi rumah, dan dua-pertiga daripada
pendapatan ini disalurkan semata-mata untuk pengurusan sisa pepejal. Melangkah ke hadapan, tarif
bayaran pengurusan sisa pepejal akan mencerminkan kos, dibezakan, dan dikaitkan dengan jumlah sampah
yang dibuang, bagi memberikan insentif pengurangan pengumpulan sampah sejajar dengan prinsip orang
yang mencemarkan alam sekitar perlu membayar. Prinsip yang telah digunakan dengan jayanya di luar
negara termasuk kes di sebuah kawasan perbandaran di Belgium yang menyaksikan kadar pengumpulan
sampah menjadi stabil berikutan pelaksanaan tarif berbeza dan kadar kitar semula yang tinggi pada kirakira 75%.
Program Transformasi Ekonomi 169
Hala Tuju Untuk Malaysia
Meningkatkan pelaksanaan 3R - mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.
Inisiatif yang dilaksanakan akan membentuk ekosistem kitar semula bagi mencapai kadar kitar semula
pada 40% menjelang tahun 2020, berbanding dengan sasaran yang ditetapkan pada 22%. Pengasingan
mandatori sampah akan dikuatkuasakan (contohnya, pemungut sampah akan hanya mengutip sampah yang
telah diasingkan) menjelang tahun 2012. Melalui langkah pengasingan sampah di rumah, inisiatif utama
kitar semula untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke tempat pembuangan sampah boleh
dilaksanakan, seperti pengomposan dan penghadaman anaerobik (anaerobic digestion) bagi sampah organik
(45% daripada jumlah sampah terkumpul).
Mencari pilihan rawatan sisa pepejal.
Pada masa sekarang, kebanyakan sampah dibuang di tempat isian sanitari dan isian bukan sanitari.
Melangkah ke hadapan, faktor kekurangan tanah dan keprihatinan tentang alam sekitar lantas memerlukan
cara rawatan sampah alternatif. Kerajaan akan menyemak pilihan yang ada seperti tanah isian sanitari
dan pembakaran (insinerasi), serta kemudahan rawatan mekanikal-biologikal. Sementara Kerajaan perlu
membuat keputusan mengenai pilihan teknologi rawatan, sebarang pelaburan dalam rawatan sampah pada
masa akan datang perlu dibuat secara PPP. Melalui cara tersebut, pemilihan pelabur swasta akan dibuat
secara tender terbuka, dengan tempoh masa kontrak ditentukan berdasarkan prestasi yang boleh diterima.
Memastikan prestasi pemegang konsesi pengurusan sampah dan pembersihan awam
adalah baik.
Di bawah proses persekutuan, perkhidmatan pengutipan sampah akan disediakan di bawah tempoh konsesi
jangka panjang 22 tahun. Kontrak juga akan mengandungi penalti yang sesuai dan wajar terhadap syarikat
dengan prestasi yang buruk (dan bukan hanya potongan bayaran), dan pada masa yang sama, ganjaran akan
diberikan bagi prestasi yang baik. Kontrak juga perlu memberikan kefleksibelan kepada Kerajaan untuk selalu
menyemak tarif bagi memastikan kadar yang dikenakan adalah adil dan wajar.
Pembiayaan
Keperluan pembiayaan keseluruhan sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2020 dianggarkan berjumlah
RM3.5 bilion, satu bahagian yang besar daripada jumlah ini adalah melalui pelaburan sektor swasta daripada
inisiatif penswastaan fungsi pengutipan dan rawatan sisa.
Impak
Potensi Impak PNK dianggarkan kira-kira RM157 juta setiap tahun.
170
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
PELUANG PERNIAGAAN
Sembilan EPP merentas empat dimensi akan mentransformasikan Greater KL/KV . Akan tetapi, gabungan
kesan hasil daripada menarik masuk syarikat dan tenaga mahir global, menghubungkan penduduk,
memajukan tempat baharu dan menambah baik perkhidmatan adalah lebih besar daripada sekadar
ringkasan mudah sembilan buah projek. Kejayaan pelaksanaan sembilan EPP akan mencetuskan peluang
perniagaan tambahan di Greater KL/KV yang akan terus meningkatkan daya boleh huni Greater KL/KV
dan menjana kenaikan PNK. Tiga peluang ditekankan di sini.
Peluang perniagaan 1: Putrajaya
Kepesatan pertumbuhan Greater KL/KV akan mewujudkan pelbagai peluang untuk mencergaskan semula
Putrajaya. Hari ini, Putrajaya sememangnya sudah mempunyai banyak aspek yang positif, termasuk
infrastruktur bertaraf dunia, kawasan hijau yang luas, tepian air dan penduduk yang bekerja pada siang
hari. Akan tetapi, bandar ini ternyata mempunyai kekurangan dari aspek kesegaran dan tidak berupaya
menarik aktiviti selain peranannya sebagai pusat pentadbiran negara. Sebagai permulaan, empat inisiatif
disyorkan untuk mencergaskan semula Putrajaya.
Berikan wajah baharu kepada boulevard utama.
Sebagai tulang belakang bandar, kedua-dua sisi boulevard sejauh 4.2 kilometer perlu dicergaskan
dengan aktiviti yang menceriakan. Kedai runcit, vendor jalanan skala atasan dan premis makanan dan
minuman akan dibangunkan di sepanjang boulevard untuk menjana jumlah besar pejalan kaki, yang
akan mencetuskan suasana yang hidup di pusat bandar. Selain itu, kawasan awam akan dikhaskan untuk
menarik acara luar secara aktif (contohnya, persembahan kesenian, sukan dan seni mempertahankan diri)
Memanfaatkan potensi tepian air. Tepian air tasik semula jadi akan dibangunkan untuk menempatkan
pembangunan runcit dan hiburan berskala besar di tepian air (contohnya, taman tema air). Dengan
jaraknya yang hampir dengan boulevard, lokasi ini akan dipakejkan untuk menarik kunjungan pelawat dan
juga penduduk.
Meningkatkan keterhubungan. Untuk menyediakan hubungan yang efektif dengan Cyberjaya, Bangi,
Kajang dan Serdang, suatu penilaian yang terperinci akan dilaksanakan berkaitan dengan kewajaran
perkhidmatan monorel. Dalam tempoh terdekat, jumlah stesen pandu dan rantau (park and ride) akan
ditingkatkan daripada sebuah kepada sekurang-kurangnya empat untuk mencakupi titik masuk dan
keluar Putrajaya.
Menarik aktiviti ekonomi. Putrajaya perlu memperluas peranannya daripada hanya sekadar sebuah
pusat pentadbiran Kerajaan untuk menarik aktiviti ekonomi lain. Satu cara adalah dengan membangunkan
sebuah universiti sains politik bertaraf dunia atau institusi pengajian tinggi untuk pelajar dari negara
ketiga dan negara sedang membangun. Sebuah kawasan ekonomi akan diwujudkan dengan menggariskan
kawasan sekitarnya (contohnya, IOI, Cyberjaya) untuk menarik entiti komersial dengan memberikan
insentif fiskal yang menarik dan dasar mesra pasaran yang lain. Perkongsian dengan pemaju terkemuka
seperti IOI juga akan diterokai untuk membangunkan plot tanah yang tertentu di Putrajaya.
Program Transformasi Ekonomi 171
Hala Tuju Untuk Malaysia
Peluang Perniagaan 2: Perumahan
Greater KL/KV perlu menempatkan 1 juta penghuni baharu pada tahun 2020, dan unjuran penawaran
perumahan semasa dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan. Cabarannya terletak pada
penyediaan campuran perumahan yang sesuai, beralih daripada 81% perumahan kos pertengahan pada
tahun 2009 kepada 85% pada tahun 2020 sejajar dengan usaha menyokong menaikkan tahap pendapatan
penduduk Greater KL/KV . Pada masa yang sama, dengan jangkaan peningkatan dalam aktiviti ekonomi,
akan terdapat peningkatan yang setara dalam kawasan komersial yang diperlukan. Walau bagaimanapun,
bagi kedua-dua perkara ini, kita perlulah berhati-hati untuk mengelakkan gelembung harga atau situasi
terlebih penawaran.
Pihak berkuasa tempatan yang berkaitan peka terhadap ketidakseimbangan sisi penawaran ini dan
kepekaan ini dicerminkan dalam proses kelulusan yang diberikan oleh mereka. Selain itu, keterlihatan yang
lebih baik terhadap penawaran dan permintaan semasa dan unjuran perumahan akan disediakan. NAPIC
akan menyediakan data yang dikemas kini setiap tahun, termasuk maklumat tentang penghunian dan
jumlah unit yang kosong dalam pasaran sebagai sebahagian daripada Laporan Pasaran Hartanahnya.
Peluang Perniagaan 3: Perkhidmatan Asas Air dan Pembetungan
Mengembangkan ekonomi bandar sememangnya mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap
perkhidmatan. Untuk menjadi antara 20 bandaraya berdaya huni teratas, Greater KL/KV perlu menambah
baik sistem air dan pembetungannya bagi memastikan pembekalan perkhidmatan dan kemudahan yang
mencukupi. Dalam aspek pembekalan air, sasaran ini akan dicapai dengan mempercepatkan pembangunan
kemudahan rawatan air bagi Fasa 1 dan 2 Langat 2. Pembangunan ini sangat penting untuk memenuhi
permintaan selepas tahun 2014. Projek Langat 2 akan meningkatkan kapasiti daripada tahap semasa
sebanyak 4,600 juta liter sehari kepada 6,700 juta liter sehari.
Di samping itu, untuk membina pemboleh bagi perkhidmatan pembetungan, usaha akan ditumpukan
dalam meningkatkan peratusan penduduk yang dihubungkan dengan rangkaian serantau yang cekap
daripada 71% di Kuala Lumpur dan 18% di Selangor kepada 86% dan 50% masing-masing. Ini akan
menghasilkan peralihan daripada sistem loji rawatan pembetungan yang kecil dan terpisah yang sering
kali tidak mematuhi keperluan alam sekitar. Pelaburan modal selanjutnya diperlukan untuk menyokong
pembersihan dan penaiktarafan 32 STP serantau dan 1,495 STP berbilang tempat yang pada masa
ini tidak memenuhi standard kualiti JAS yang baharu. Sasarannya adalah untuk mendapatkan 91%
daripada kesemua STP dinaik taraf kepada status Kategori 1 pada tahun 2020. Satu program pemulihan
pembetungan juga akan dilaksanakan untuk menaik taraf 346 km rangkaian pembetung yang sedia ada.
172
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
PEMBIAYAAN
Cabaran 20-20 pada tahun 2020 NKEA Greater KL/KV merupakan satu cabaran yang amat besar,
dan akan memerlukan jumlah pembiayaan yang besar. Pembiayaan ini akan dicapai menerusi model
perkongsian awam-swasta.
Tinjauan Keseluruhan terhadap Keperluan Pembiayaan
Aspirasi 20-20 merupakan cabaran yang amat getir. Meningkatkan PNK KL sebanyak tiga kali ganda pada
tahun 2020 dan bergerak lebih tinggi dalam kedudukan, iaitu daripada bandar yang menduduki tempat
ke-79 kepada antara 20 teratas dalam Indeks Daya Boleh Huni EIU akan menjadi suatu tugasan yang amat
besar. Meskipun sektor swasta akan membiayai 66 peratus daripada keperluan pembiayaan merentasi
kesemua sembilan EPP, Kerajaan terus kekal memainkan peranan penting dalam menyumbangkan
sebahagian pelaburan, terutamanya dalam infrastruktur perkhidmatan awam untuk mewujudkan sebuah
persekitaran yang menarik dan kondusif bagi pemupukan aktiviti ekonomi yang dinamik dan inovatif.
Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-16, EPP Greater KL/KV memerlukan pembiayaan kumulatif
berjumlah RM172 bilion dari tahun 2011 hingga 2020.
Carta 5-16:
Untuk 9 EPP, pembiayaan RM172 bilion diperlukan, dengan sumbangan pelaburan
sektor awam sebanyak 34%
Pecahan pembiayaan di antara EPP dan
peluang perniagaan
66% daripada pembiayaan dijangka
dari sektor swasta
RM bilion
114.1
171.9
Swasta
Jumlah
RM bilion
171.9
0
171.9
57.8
Awam
% daripada
jumlah
34
66
EPP
% daripada
jumlah
100
Peluang
Perniagaan
0
Jumlah
Program Transformasi Ekonomi 173
Hala Tuju Untuk Malaysia
Inti pati keperluan pelaburan termasuk:
• Daya Tarikan Greater KL/KV . Jangkaan RM82 bilion dalam pelaburan sektor swasta untuk menarik
100 MNC bertapak di Greater KL/KV ;
• Perhubungan Greater KL/KV . Anggaran semasa bagi sistem HSR dan MRT berjumlah RM64
bilion dari tahun 2011 hingga 2020 dengan nisbah pelaburan awam-swasta 70:30. Anggaran ini
dijangka dikaji semula bergantung pada hasil kajian yang diarahkan untuk meninjau wahana bagi
meningkatkan pembiayaan sektor swasta. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci
dalam bahagian berikut;
• Tempat Baharu Greater KL/KV . Sejumlah RM18 bilion pelaburan dalam pembangunan River of Life,
inisiatif penghijauan dan tempat ikonik dengan nisbah pelaburan awam swasta 20:80. Ini dipacu
sebahagian besarnya oleh pelaburan sektor swasta dalam pembangunan semula 10 nod River of Life
di samping pelaburan yang besar dalam rawatan pembetungan dan penaiktarafan pengairan untuk
menyokong usaha pembersihan sungai; dan
• Perkhidmatan Lebih Baik Greater KL/KV . Sejumlah RM8 bilion pelaburan untuk menyokong
penaiktarafan laluan pejalan kaki, perkhidmatan pembetungan dan penambahbaikan dalam
pengurusan sisa pepejal (contohnya peningkatan dalam kapasiti rawatan sisa dan pelaburan dalam
tong pengutipan sampah baharu). Inisiatif pengurusan sisa pepejal dijangka dipacu oleh sektor
swasta di bawah langkah pengurusan sisa pepejal pengaturan pusat dan swasta.
Model Baharu Perkongsian Awam Swasta untuk Membiayai Penyampaian
Perkhidmatan Awam
Pendekatan baharu diperlukan untuk membiayai pembangunan Greater KL/KV . Di antara kesemua 12
NKEA, Greater KL/KV memerlukan pembiayaan sektor awam terbesar, iaitu sebanyak RM58 bilion atau
34 peratus daripada keperluan pelaburan keseluruhan. Ini mencerminkan peranan penting yang bakal
dimainkan oleh Kerajaan dalam meneruskan pelaburan, terutamanya dalam infrastruktur perkhidmatan
awam, demi menyokong kepesatan dan skala pertumbuhan Greater KL/KV . Dalam kes Greater KL/KV , dua
EPP keutamaan, iaitu sistem MRT dan HSR, boleh mencecah hampir 90% daripada keperluan pembiayaan
awam keseluruhan atau RM50 bilion sepanjang dekad yang akan datang.
Pada peringkat global, projek infrastruktur awam semakin banyak dibiayai menerusi perkongsian awamswasta (PPP). Di Asia sahaja, keperluan infrastruktur yang diperlukan bagi dekad yang akan datang berjumlah
AS$ 1 trilion. PPP boleh memberikan sumber yang inovatif bagi pemerolehan dan pembiayaan, di samping
memindahkan risiko kepada sektor swasta yang lazimnya lebih bersedia untuk menguruskan risiko. Sebagai
contohnya, di UK, PPP telah mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 20% dan kadar projek yang terlebih
kos perbelanjaan dan masa telah menurun sebanyak 60 hingga 70%. Di samping itu, menerusi insentif yang
direka bentuk dengan teliti, PPP boleh menyebar risiko dengan lebih baik dan memperluaskan sumber
pembiayaan. Dalam kes Greater KL/KV , sebuah pendekatan bagi pembiayaan projek infrastruktur besar
diperlukan untuk mengurangkan keperluan jumlah pembiayaan awam, khususnya dalam persekitaran fiskal
yang mencabar.
174
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Dua wahana berikut amat penting: pempakejan peluang komersial dan pemacuan produktiviti modal.
Pertama, sumbangan sektor swasta kepada pelaburan boleh ditingkatkan dengan menghubungkan projek
infrastruktur dengan peluang penjanaan keuntungan tinggi yang lain seperti pembangunan hartanah, lantas
mewujudkan insentif bagi penglibatan sektor swasta yang lebih aktif. Kedua, memacu produktiviti modal
dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi akan memastikan jumlah dana keseluruhan yang paling rendah
(awam dan swasta) untuk menghasilkan nilai yang tertinggi.
Dari segi pempakejan peluang komersial, contoh antarabangsa telah membuktikan tentang bagaimana
pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan awam boleh dilakukan dalam bentuk silang subsidi dengan
mendapatkan potensi daripada penjanaan wang hasil daripada pembangunan hak ruang udara di stesen
kereta api dan kawasan sekitar, terutamanya di stesen di kawasan yang mempunyai potensi komersial yang
tinggi. Pengendali MRT Hong Kong (MTR Corporation) merupakan kes rujukan penanda aras, 55% daripada
keuntungannya diraih menerusi pembangunan hartanah dan sewaan. Dalam kes Greater KL/KV , terdapat
nilai yang besar dari sudut penjanaan wang daripada hak ruang udara yang sama ini, dan nilai itu boleh
digunakan untuk mengimbangi sebahagian daripada kos infrastruktur. Namun, keadaan ini memerlukan
proses awalan, di mana stesen dipilih bukan sahaja berdasarkan kepada ketercapaian dan keterhubungan,
tetapi juga berdasarkan hak ruang udara atau potensi pembangunan. Di samping itu, struktur PPP perlu
didefinisikan untuk membolehkan Kerajaan mendapat atau menjanakan wang daripada sebahagian nilai ini.
Dalam wahana yang kedua, kos keseluruhan perlu ditangani untuk memacu produktiviti modal. Lazimnya
terdapat peluang yang signifikan untuk mengurangkan jumlah kos dari sudut kos sepanjang hayat, meliputi
kedua-dua kos modal awalan dan juga kos operasi dan penyelenggaraan seterusnya. Penjimatan dapat dikenal
pasti dan diperoleh dengan kaedah terbaik menerusi pengurusan nilai dan penyampaian bertaraf dunia,
pemastian reka bentuk yang memenuhi keperluan fungsi tanpa melibatkan kos item mewah yang tidak perlu
dan seterusnya mengoptimumkan kos pemerolehan dan pembinaan. Contoh daripada penggunaan negara
lain seperti sistem metro Jepun telah menunjukkan pengurangan dalam jumlah kos sebanyak 22 hingga 40%
hasil daripada penerapan prinsip ini.
Anggaran semasa pelaburan awam yang diperlukan untuk sistem MRT dan HSR adalah sebanyak RM38
bilion dan RM12 bilion bagi komponen infrastruktur. Ini tidak mencakupi potensi pengurangan nyata jumlah
pelaburan ini menerusi pelaksanaan dua wahana di atas. UPE, SPAD dan Kementerian Kewangan akan
melancarkan dua kajian selari (yang dinyatakan dalam bahagian sebelumnya) untuk mengira pengurangan
ini bagi kedua-dua buah projek infrastruktur selain menggariskan proses pelaksanaan yang jelas untuk
memperoleh pengurangan tersebut menerusi perkongsian dengan sektor swasta. Kajian ini dijangka siap pada
akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011, masing-masing.
Program Transformasi Ekonomi 175
Hala Tuju Untuk Malaysia
TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN
Kejayaan pelaksanaan EPP Greater KL/KV memerlukan penyelarasan, perancangan dan tumpuan yang
berterusan. Tugas yang hendak dilaksanakan akan menemui kerumitan ekoran daripada ciri silang fungsi
dan silang bidang kuasa kawasan Greater KL/KV itu sendiri. Pelaksanaan semua EPP yang telah dikenal
pasti itu memerlukan penyertaan dan kerjasama pelbagai pihak berkuasa tempatan, agensi, kementerian,
peserta sektor swasta, orang ramai dan juga EPP NKEA yang lain. Justeru, penyelarasan dalam
perancangan dan pelaksanaan adalah sangat penting.
Sebaik sahaja setiap EPP mengatur langkah ke hadapan, pelan masing-masing akan diperhalus dan
diperbesar lagi. Contohnya, laluan sistem MRT dan HSR yang sesuai masih perlu didefinisikan, dan
terdapat beberapa bidang tanah di KL yang dapat meraih manfaat daripada usaha pembangunan semula
seperti yang dirancang untuk Sungai Klang. Seterusnya, pelaksanaan NKEA Greater KL/KV akan
melibatkan perancangan dan perincian lebih lanjut EPP semasa.
Pada masa yang sama, kejayaan setiap EPP memerlukan kebertanggungjawaban dan pemilikan yang
jelas. Oleh itu, pemilik semula jadi bagi setiap EPP telah dikenal pasti. Pemilik tersebut mempunyai
tanggungjawab utama terhadap penyampaian EPP tersebut. Selain pemilik utama masing-masing, entiti
berkaitan yang mempunyai peranan dalam menjayakan EPP itu juga telah dikenal pasti. Ringkasan ini
dinyatakan dalam Jadual 5-1.
176
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Jadual 5-1: Pemilik utama dan sokongan EPP
EPP
Pemilik Peneraju Inisiatif
Agensi, syarikat dan organisasi yang lain
Menarik 100 firma paling
dinamik di dunia dalam
sektor keutamaan
Invest KL
•
•
•
•
•
Menarik kumpulan tenaga
mahir dalam dan luar yang
sesuai
Talent Corporation
• Kementerian Dalam Negeri
• Jabatan Imigresen
• Kementerian Sumber Manusia
Menghubungkan Malaysia
dengan Singapura menerusi
sistem kereta api berkelajuan
tinggi
Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat
• Unit Perancang Ekonomi
• Kementerian Kewangan
• Kementerian Pengangkutan
Membina sistem transit aliran
berkapasiti tinggi bandar
bersepadu
Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat
•
•
•
•
Unit Perancang Ekonomi
Kementerian Kewangan
Kementerian Pengangkutan
DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang terbabit
Memulihara Sungai Klang
sebagai pusat warisan dan
komersial untuk Greater KL/KV
Unit Pembangunan Bersama River
of Life, akan dibentuk di bawah
DBKL
•
•
•
•
•
•
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Alam Sekitar
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
Pihak berkuasa kerajaan negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan Selayang dan Ampang
Menghijaukan Greater
KL/KV untuk memastikan
setiap penduduk menikmati
kawasan hijau yang
mencukupi
DBKL dan pihak berkuasa
tempatan yang lain
• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Mewujudkan tempat dan
tarikan ikonik
DBKL dan pihak berkuasa
tempatan yang lain
• Kementerian Pelancongan
• Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
• Khazanah Nasional Berhad
Mewujudkan rangkaian
laluan pejalan kaki yang
menyeluruh
DBKL dan pihak berkuasa
tempatan yang lain
• Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
• Kerajaan Negeri Selangor
Membangunkan ekosistem
pengurusan sisa pepejal
yang cekap.
Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam
• Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• Pihak berkuasa tempatan
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Perbadanan Pembangunan Multimedia
Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor
10 pihak berkuasa tempatan Greater KL/KV
Program Transformasi Ekonomi 177
Hala Tuju Untuk Malaysia
Bagi kesemua sembilan EPP, pelan pelaksanaan terperinci telah pun dibangunkan. Pemilik dan sebahagian
besar daripada agensi yang terlibat bagi setiap EPP ini telah pun memberikan input masing-masing dan
dijajarkan dengan pelan pelaksanaan. Carta 5-17 dan 5-18 merumuskan tahap pencapaian utama merentas
keempat-empat dimensi.
Carta 5-17
Pencapaian penting Greater KL/KV dalam tempoh jangka pendek
2011
2010
Q3
Q4
Q1
2012
Q2
Q3
Q4
Q1
Q2
Q3
Q4
Greater KL/KV sebagai daya
• Portal MY Home
• Invest KL
• Pusat Sehenti
ditubuhkan
Pertama dilancar
untuk diaspora
• Talent Corporation • MNC baharu
dilancar
pertama membuka
ditubuhkan
Ibu Pejabat
di Greater KL/KV
• 8-12 MNC
baharu tertarik
untuk datang ke
Greater KL/KV
Sistem perhubungan Greater KL/KV
• Pembinaan fasa 1 sistem
MRT bermula
• Keputusan Jemaah Menteri
mengenai sistem HSR
• Pembinaan sistem HSR bermula
(tertakluk pada keputusan
untuk diteruskan)
Tempat baharu Greater KL/KV
• Usaha pembersihan • Penanaman 75,000
sungai bermula
batang pokok bermula
• Pihak Berkuasa
• Pembinaan
Pembangunan
tarikan bertaraf
Sungai diwujudkan
dunia bermula
Perkhidmatan asas Greater KL/KV
• Laluan pejalan kaki sejauh
2km di pusat bandar
disempurnakan oleh DBKL
• Pembinaan bermula bagi
rangkaian laluan pejalan
kaki menyeluruh
• Pengagihan
tong sampah
kitar semula
kepada semua
isi rumah bermula
178
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Carta 5-18
Pencapaian utama Greater KL/KV hingga tahun 2020
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
Greater KL/KV sebagai daya penarik
• 45-55 MNC baharu tertarik
untuk datang ke Greater KL/KV
• Kesemua 20 pusat
sehenti dilancarkan
• 100 MNC tertarik
untuk datang ke
Greater KL/KV
Sistem perhubungan Greater KL/KV
• Fasa 1 sistem
• Fasa 2 sistem
MRT beroperasi
MRT beroperasi
• HSR beroperasi
(tertakluk pada keputusan untuk diteruskan)
Tempat baharu Greater KL/KV
• Penanaman 75,000
• Sungai Klang mendapat Kelas IIB
batang pokok disiapkan
• 16 m persegi ruang hijau bagi
setiap orang dicapai
• Pembangunan satu nod • Pembangunan lebih daripada
di sungai disempurnakan 5 nod disempurnakan
• Pembangunan siap
bagi kesemua 10 nod
Perkhidmatan asas Greater KL/KV
• 3R diperkenalkan
sebagai sebahagian
daripada silibus
pendidikan
• Laluan utama pejalan
• Laluan pejalan kaki
• Laluan pejalan kaki
kaki utama
primer disiapkan (14 km) sekunder disiapkan
disiapkan (3 km)
(25 km)
• Pengeluaran bil secara langsung
• Pusat kitar semula
dan prinsip “orang yang mencemar
bersepadu
perlu membayar” dilaksanakan
dilancarkan
• Kemudahan rawatan sisa beroperasi rational
Berdasarkan keperluan terhadap penyelarasan, perancangan dan tumpuan seterusnya, sebuah struktur
tadbir urus menyeluruh diperlukan. Matlamatnya adalah untuk memantau pelaksanaan dan penyampaian
bukan sahaja sembilan EPP, tetapi juga tiga peluang perniagaan yang lebih luas, selain memastikan
penyelarasan yang menepati masa merentas agensi dan sektor swasta. Struktur tadbir urus keseluruhan
yang akan diwujudkan dirumuskan dalam Carta 5-19. Struktur tadbir urus ini disusun dalam bentuk yang
cukup kukuh untuk memacu kejayaan pelaksanaan EPP, tetapi tidaklah pula sampai mengambil alih atau
bertindih dengan fungsi badan dan agensi kerajaan yang sedia ada. Ini dicapai menerusi pewujudan hanya
tiga peranan yang memayungi EPP: Perdana Menteri sebagai penaja utama, Jawatankuasa Pemandu
Greater KL/KV dan Perbadanan Greater KL/KV yang juga berperanan sebagai Sekretariat kepada
Jawatankuasa Pemandu.
Program Transformasi Ekonomi 179
Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 5-19
Struktur tadbir urus Greater KL/KV
Perdana Menteri
Jawatankuasa Pemandu
Pengerusi: Menteri KWPK
Daya Tarikan
Perhubungan
Menarik
MNC
Keretapi
Berkelajuan
Tinggi
Menarik
Tenaga
Mahir
Transit Aliran
Berkapasiti
Tinggi
Sekretariat
Ahli-ahli
Perbadanan
Greater KL/KV
MB Selangor,
KSU,
Agensi Kerajaan
& negeri,
Sektor swasta
Tempat Baharu
River of
Life
Tempat
Ikonik
Mencergaskan
Semula
Putrajaya
Perkhidmatan Lebih Baik
Perumahan
Rangkaian
Laluan
Pejalan Kaki
KL
Lebih Hijau
Pengurusan
Sisa
Pepejal
Perkhidmatan
Asas
Badan baharu
Perdana Menteri akan memainkan peranan sebagai penaja utama dan beliau disokong oleh Menteri
Wilayah Persekutuan yang menerajui Jawatankuasa Pemandu Greater KL/KV .
Ahli Jawatankuasa Pemandu Greater KL/KV merangkumi menteri utama yang terlibat (seperti Menteri
bagi EPU, Menteri Kewangan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ketua Setiausaha
Negara (KSN), Ketua Pengarah EPU, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Bandar Kuala
Lumpur, Menteri Besar Selangor dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selain
beberapa individu terkemuka dari kalangan masyarakat dan sektor swasta. Jawatankuasa pemandu akan
bermesyuarat sebulan sekali dan akan memantau kemajuan inisiatif utama, membantu menyelesaikan
masalah dan halangan serta memastikan pelaksanaan dan penyampaian segera.
Perbadanan Greater KL/KV merupakan komponen eksekutif struktur tadbir urus ini. Ia berfungsi sebagai
Sekretariat kepada Jawatankuasa Pemandu dan juga sebagai pemacu dan penyelaras bersama seluruh EPP
secara harian. Perbadanan ini akan mempunyai 8 hingga 10 orang kakitangan profesional yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu yang relevan merentas kesemua EPP di samping kakitangan sokongan
yang penting. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Greater KL/KV merupakan individu yang mempunyai
fungsi dan peranan yang utama. Individu yang dilantik untuk menjawat jawatan ini perlulah merupakan
orang yang berprestasi tinggi, berprofil tinggi dan mempunyai rangkaian yang luas, selain mempunyai
kebolehan untuk memberikan pengaruh secara berkesan dan membina gabungan sokongan untuk
membolehkan pelaksanaan segera seluruh EPP.
180
Bab 5
Membangunkan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley sebagai Enjin Pertumbuhan Ekonomi
Kotak 5-1
Ringkasan NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley
• Impak kenaikan PNK pada tahun 2020
• Penambahan pekerjaan pada tahun 2020
•
Sasaran penting / pencapaian dalam tempoh 6 hingga 12 bulan
• Invest KL ditubuhkan
• Pusat Sehenti Pertama dilancarkan
• Pembinaan Fasa 1 sistem MRT bermula
• Penanaman 75,000 batang pokok bermula
• Laluan pejalan kaki sejauh 2 kilometer di pusat bandar disempurnakan
Kotak 5-1 memberi ringkasan kepada NKEA Greater KL/KV.
RM391.6 bilion
553,000