Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet]

Transcription

Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet]
Latar Belakang MBJB
Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933
apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis
Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen
Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil
alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran
dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada
sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor
Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan
tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar,
Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya
Johor Bahru.
Pejabat Majlis Bandaran
Pejabat Majlis Perbandaran
Bangunan MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan
yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk
memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk Bandar Raya
Johor Bahru.
Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap
perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan
seluas 220 kilometer persegi.
1
TAHUN
1933
1949
1956
1962
1977
1990
1994
2000
TARAF
Lembaga Bandaran
Lembaga Bandaran
Majlis Bandaran
Majlis Bandaran
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran
Majlis Bandaraya
Majlis Bandaraya
KELUASAN (KM PERSEGI)
12.12
13.85
48.99
68.42
119.50
120.00
186.00
220.00
Majlis Bandaraya Johor Bahru akan sentiasa berusaha untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sejajar dengan visi MBJB iaitu "Johor
Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa 2020"
Pelancaran Iskandar Malaysia pada tahun 2006 telah meningkatkan lagi potensi dan
cabaran kepada Bandaraya Johor Bahru untuk lebih kompetatif dirantau ini.
Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru yang kini
berkeluasan 220km persegi adalah termasuk di dalam wilayah pembangunan ekonomi
tersebut. Bandaraya Johor Bahru memainkan peranan penting di Peringkat Nasional
dimana telahpun dikenalpasti sebagai Pusat Wilayah Negara iaitu Tahap Kedua
selepas Lembah Klang. Di peringkat negeri pula, Bandaraya ini mempunyai beberapa
peranan khusus iaitu sebagai Ibu Negeri Johor Darul Takzim, Bandar Diraja, Pusat
Pentadbiran Negeri Johor Darul Takzim, Pintu Masuk Utama Selatan Semenanjung dan
Pusat Kewangan dan Perdagangan Iskandar Malaysia. Peranan tersebut, menjadikan
Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai pendukung utama di dalam konteks
pembangunan nasional dan negeri.
2
Misi & Visi
MISI
MEMUDAHCARA DAN MEMANGKIN PEMBANGUNAN MAMPAN DAN
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI MENERUSI TADBIR URUS
BERINTEGRASI, INOVATIF DAN PENGGUNAAN SUMBER YANG CEKAP BAGI
MEMACU KEHIDUPAN WARGA KOTA BISTARI DAN BERJATI DIRI.
1. MBJB memudahcara pembangunan di bandaraya dan menyediakan perkhidmatan
berkualiti menerusi perkhidmatan-perkhidmatan teras yang telah ditentukan.
2. Bagi melaksanakan fungsinya, MBJB mengamalkan tadbir urus berintergrasi di mana
semua jabatan melaksanakan fungsi secara bersepadu dan saling melengkapi sebagai
satu entiti. Integrasi dengan jabatan dan agensi luaran yang berkaitan dengan
perkhidmatan dapat membantu meningkatkan kecekapan.
3. Budaya inovatif dan kreatif diberi penekanan untuk mencapai 'value for money'
melalui penggunaan semua sumber iaitu kewangan, aset dan logistik, modal insan dan
teknologi secara cekap dan bijaksana.
4. Matlamat pelaksanaan Misi ini adalah untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi
di mana warga kota mengambil berat dan melibatkan diri secara aktif di dalam usaha
pembangunan dan peningkatan kesejahteraan bandar raya.
VISI
JOHOR BAHRU BANDAR RAYA BERTARAF ANTARABANGSA 2020.
3
Objektif
1. Melakukan lonjakan paradigma tadbir urus.
2. Memperkukuhkan kedudukan kewangan.
3. Meningkatkan penggunaan teknologi secara menyeluruh.
4. Melaksanakan pembangunan holistik dan mampan.
5. Membudayakan kualiti hidup yang unggul.
6. Mengamalkan pengurusan fasiliti yang efisien.
7. Memperkasa imej bandar raya Johor.
4
Fungsi
Perancangan dan kawalan pembangunan.
Pengeluaran dan pengawalan lesen perniagaan.
Pengindahan.
Perkhidmatan Kesihatan.
Pembinaan dan penyelenggaraan jalan.
Pengurusan lalulintas dan pengangkutan awam.
Penyelenggaraan sistem saliran.
Kebersihan alam sekitar.
Penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam.
5
Piagam Pelanggan
Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan ini memberi komitmen bahawa :
Memastikan permohonan lesen premis perniagaan diberikan keputusan dalam
tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Memastikan permohonan kebenaran merancang diberikan keputusan dalam tempoh
47 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Memastikan pelan-pelan infrastruktur iaitu pelan jalan, pelan saliran, pelan
pembetungan, pelan kerjatanah dan pelan landskap serta pelan-pelan bangunan
diberikan keputusan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap
diterima.
Memastikan maklumbalas aduan akan diberikan tidak melebihi 3 hari dari tarikh
aduan diterima.
Memastikan semua tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja
dari tarikh tuntutan diterima oleh pihak Majlis.
Memastikan bantahan yang layak terhadap nilaian harta oleh pembayar cukai diberi
keputusan dalam 2 bulan dari tarikh kes itu dirujuk ke Jawatankuasa Pendengaran
Bantahan.
Memastikan bil-bil cukai harta dihantar kepada pembayar cukai selewat-lewatnya
dalam 3 minggu selepas bermulanya setiap penggal.
6
Kawasan Pentadbiran
7
8
Logo MBJB
Jata MBJB
Logo MBJB
Jalur Berwarna Biru Tua
Melambangkan objektif dan fungsi Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan yang memberi pelbagai perkhidmatan perbandaran kepada
penduduk-penduduk bandaraya. la juga melambangkan hasrat dan matlamat untuk
menjadikan Johor Bahru bandar raya yang maju, bersih, indah dan makmur.
Jalur Berwarna Merah
Melambangkan kemakmuran dan kemajuan bandar raya sebagai pusat pertumbuhan
yang utama di Selatan Semenanjung.
Jalur Berwarna Putih
Melambangkan keharmonian dan perpaduan penduduk-penduduk bandar raya yang
berbilang bangsa serta Majiis Bandaraya Johor Bahru sebagai Pihak Berkuasa
Tempatan yang bersama-sama berganding bahu, menggembleng tenaga untuk
membangunkan bandar raya Johor Bahru.
Bulan Dan Bintang
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi.
9
Bendera MBJB
Bunga Inai
Bunga Inai
Inai Merah, Bunga Rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru
Penerangan Strategik
Perancangan Strategik - ISP
Tadbir urus yang efisien dan efektif.
Pengurusan kewangan yang kukuh.
Pembangunan holistik dan mampan.
Pengantarabangsaan Johor Bahru.
Penggunaan ICT yang menyeluruh.
Penyelenggaraan yang berkesan.
Peningkatan kesejahteraan hidup.
10
Slogan
M - Mesra
B - Berkhidmat
Warga kerja MBJB sentiasa mengamalkan sikap mesra, bersopan santun, senyum,
bertimbang rase, menyayangi dan menghormati dalam melaksanakan kerja, usaha
serta kemudahan dalam menabur bakti untuk kepentikan orang ramai antara warga
kerja dan pelanggan.
J - Jujur
B - Berbakti
Ketulusan dan keikhlasan hati dalam memberikan perkhidmatan yang baik demi untuk
kepentingan orang ramai.
11
SEJARAH JOHOR
Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan
Semenanjung Malaysia. Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari
selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia".
Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian
Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.
Latar Belakang
Latar Belakang Johor Bahru
Kedudukan Johor Bahru
Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan
Semenanjung Malaysia.Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari
selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia".
Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian
Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.Perairan Laut Cina
Selatan pula berada di sebelah timur Bandar raya Johor Bahru menikmati iklim tropika
dengan perubahan suhu harian daripada 24oC hingga 32oC.Pada keseluruhannya
12
keadaan topografi Johor Bahru adalah mendatar dan beralun dengan ketinggian paras
muka buminya berada pada 200 meter melebihi paras laut manakala kawasan terendah
pula adalah 2 meter di atas paras laut.Sungai utama yang merintangi bandar raya Johor
Bahru adalah Sungai Segget sepanjang kira-kira 7 kilometer yang bermula daripada
lima hulu.
Johor Bahru Ibu Negeri
Sejarah gilang-gemilang yang dibarisi
daripada pelopornya, Temenggung Daeng
Ibrahim telah menjulang Johor Bahru
sebagai antara bandar raya yang pesat
membangun dinegara Malaysia. Johor
Bahru dihubungkan dengan bandar-bandar
di negara ini melalui rangkaian jalan raya
serta pengangkutan udara. Jarak antara
Johor Bahru dengan kota raya Kuala
Lumpur adalah lebih kurang 375 kilometer
dan hanya kira-kira 1.5 km dengan kota raya
Singapura yang dihubungkan oleh tambak
Johor Lama
Johor.
Latar Belakang
Temenggong Daeng Ibrahim
Johor Bahru mula dibuka pada 10 Mac 1855 oleh Temeggung Daeng Ibrahim setelah
Sultan Ali Ibni Sultan Husain Syah menyerahkan Negeri Johor kecuali jajahan Kesang
kepada baginda. Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru atau
dahulunya dikenali sebagai Iskandar Puteri dijalankan dari Teluk Belanga , Singapura ,
tempat tinggal baginda dan juga tempat lahir beberapa tokoh penting dalam sejarah
pembangunan kerajaan Johor Moden.
13
Sultan Abu Bakar
Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan digantikan oleh
Temenggong Abu Bakar .Baginda bertanggungjawab memperkenalkan corak
pentadbiran moden kepada Negeri Johor sehingga dikenali sebagai Bapa Johor Moden.
Lanjutan daripada penduduk yang semakin ramai serta kawasan-kawasan baru yang
diterokai, Temenggong Abu Bakar telah menukar nama Iskandar Puteri kepada Johor
Bahru dalam suatu upacara gilang-gemilang.
Pada tahun 1889 pusat pemerintahan Negeri Johor telah berpindah daripada Teluk
Belanga, Singapura ke Johor Bahru. Antara tokoh anak negeri yang terpenting adalah
Abdul Rahman Andak (Datuk Seri Amar Diraja),Munsyi Muhamman Ibrahim (Datuk
Bentara Dalam), Abdul Samad Ibrahim (Datuk Penggawa Barat), Engku Sulaiman Daud
dan ramai lagi.
Sumber : http://www.mbjb.gov.my
Tarikh Akses : 12 Mac 2013
14