Fakta Sekilas Pandang

Transcription

Fakta Sekilas Pandang
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:53 PM
Page 144
Malaysia Business
Celcom
Operasi-Operasi Antarabangsa
Fakta Sekilas Pandang
Fakta Sekilas Pandang
Fakta Sekilas Pandang
Tinjauan
Tinjauan
Operasi
Jumlah Asas Pelanggan
Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar
7.2 juta + 18%
Pelanggan Mudah Alih
Jumlah Hasil
1,265,308 + 46.4%
RM5,157.1 juta + 13.1%
32.6 juta + 45.3%
PATAMI
Pelanggan Prabayar
5.9 juta + 22.9%
Pelanggan Pascabayar
1.3 juta + 8.3%
RM744.9 juta + 19.7%
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:53 PM
Page 145
Ulasan
Perniagaan
MALAYSIA BUSINESS
148
CELCOM (MALAYSIA) BERHAD
158
OPERASI-OPERASI
166
ANTARABANGSA
– PERKHIDMATAN KABEL GLOBAL, 184
JANGKAUAN DAN
PELABURAN ANTARABANGSA
TM VENTURES
186
– ANTARABANGSA & DOMESTIK
202
INFRASTRUKTUR & RANGKAIAN
GENTIAN OPTIK UTAMA
EKONOMI ASIA DAN
SEKTOR TELEKOMUNIKASI:
TINJAUAN DAN GAMBARAN
TM Ventures
Fakta Sekilas Pandang
Tinjauan
EBITDA
RM462.3 juta + 114.6%
PATAMI
RM189.5 juta + 247.1%
204
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:53 PM
Page 146
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:53 PM
Page 147
Sebuah Galaksi Warna-Warni
Dikatakan bahawa melihat cengkerang Paua ibarat memandang
sebuah galaksi warna yang berkilauan. Anda akan dipukau
oleh gemerlapan, sinar dan warnanya yang berubah-ubah dan
mempesonakan. Sinaran dan kepelbagaian warna Paua
ibaratkan imaginasi yang tiada penghujung.
Kemungkinan yang Tiada Batasan
Bukalah kunci imaginasi agar dapat pergi nun lebih jauh daripada
perkhidmatan talian tetap dan mudah alih… setibanya di situ
lihatlah potensi luas yang disediakan oleh jalur lebar. Dengan
meningkatnya permintaan terhadap jalur lebar, warga Malaysia
akan lebih bersedia menghadapi masa depan – masa depan
yang tiada had, hanya kemungkinan yang tiada batasan.
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:53 PM
Page 148
Business
Malaysia
Ulasan
Perniagaan
DATO’ ZAMZAMZAIRANI MOHD ISA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Malaysia Business
Fakta Sekilas Pandang
Tinjauan
Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar
TINJAUAN
Malaysia Business (MB) ditubuhkan pada Ogos
2006 sebagai sebuah Unit Perniagaan Strategik
(SBU) untuk menggabungkan semua perkhidmatan
talian tetap domestik TM di bawah satu pasukan
kepimpinan. Penubuhan Malaysia Business juga
merupakan respon strategik untuk menangani
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan
domestik, terutamanya dalam sektor talian tetap.
Dengan mewujudkan sebuah pasukan yang khusus
dan fokus di bawah kepimpinan seorang Ketua
Pegawai Eksekutif, keutamaan strategik TM bagi
pasaran domestik akan lebih sejajar dan keputusan
juga boleh dibuat dengan lebih baik. Hasilnya,
peningkatan prestasi lebih ketara telah dapat dilihat
sepanjang tahun lalu.
148
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
1,265,308 + 46.4%
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
PRESTASI KEWANGAN
Selepas melancarkan Program
Peningkatan Prestasi (PIP) pada Ogos
2006 serta meneruskan inisiatifinisiatifnya dalam tahun 2007, MB
berjaya menangani penurunan hasil
dalam operasi talian tetap sebagai
sebahagian daripada pelan
pembaikpulih. Dalam tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2007, operasioperasi MB merekodkan pendapatan
RM7.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak
2.0%, berbanding tahun 2006. Ini
membawa kepada EBITDA berjumlah
RM3.0 bilion bagi tahun tersebut. Walau
bagaimanapun, margin EBITDA
menurun sebanyak 5.0% berbanding
tahun 2006 ekoran kos langsung dan
kos sokongan yang meningkat naik
serta kos yang dibuat sekali sahaja dan
peruntukan hutang lapuk.
Perkhidmatan suara kekal sebagai
penjana hasil utama bagi MB pada
tahun 2007 yang menyumbangkan
sebanyak 64.2% kepada pendapatan
unit, namun ia menunjukkan penurunan
sebanyak 4.5% ke atas sumbangan
hasil yang dicatatkan pada tahun 2006
ekoran penghijrahan pelanggan yang
berterusan ke komunikasi mudah alih
7:54 PM
Page 149
dan komunikasi berasaskan Internet.
Namun penurunan tersebut lebih rendah
berbanding 6.5% yang dicatatkan pada
tahun sebelumnya.
Sejajar dengan haluan industri yang
menunjukkan pilihan pelanggan terhadap
perkhidmatan Internet dan multimedia,
pendapatan daripada segmen ini
menunjukkan pertumbuhan kukuh
sebanyak 22.7% yang telah
menyumbangkan 14.1% daripada jumlah
hasil operasi berbanding 11.7% pada
tahun 2006.
Peningkatan jumlah pelanggan jalur lebar
yang terdiri daripada pelanggan
Streamyx, Hotspot Streamyx dan Direct
kepada 1,265,308 direkodkan pada tahun
2007, menunjukkan peningkatan 46.4%
berbanding tahun sebelumnya.
Perkhidmatan data menyumbang
sebanyak 14.7% kepada hasil MB,
sementara perkhidmatan telekomunikasi
dan bukan telekomunikasi lain
menyumbang kepada hasil yang
selebihnya sebanyak 7.0%.
Jumlah kos dalam MB, termasuklah
susut nilai bagi tahun kewangan yang
berakhir 31 Disember 2007 meningkat
sebanyak 4.9% berbanding 2006 kepada
RM6.6 bilion pada tahun 2007.
Peningkatan kos adalah disebabkan
peningkatan dalam kos langsung dan
kos operasi serta peruntukan yang lebih
tinggi bagi hutang lapuk dan hutang
ragu. Walau bagaimanapun, penurunan
dalam kos bahan selain caj susut nilai
dan pelunasan merupakan sesuatu
yang positif.
Didorong oleh keperluan untuk
menyelaraskan perniagaan dengan
agenda yang serupa serta memanfaatkan
sinergi, MB terus memfokuskan kepada
3 segmen perniagaan teras iaitu
perniagaan retail, wholesale dan global.
RETAIL
Dalam menawarkan perkhidmatan
kepada segmen pelanggan retail utama
seperti pengguna di Perusahaan Kecil
Sederhana (EKS), perusahaan dan
kerajaan, perniagaan retail MB
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti
jualan dan membina hubungan dengan
pelanggan bagi sepanjang tahun laporan.
SEGMEN PENGGUNA
PERKHIDMATAN SUARA
Pada tahun 2007, MB meningkatkan
usaha ke arah mengekang penurunan
dalam penggunaan perkhidmatan
suara-talian tetap dan mengekalkan
jumlah pengguna talian tetap. Salah
satu inisiatif utamanya adalah
pengenalan kempen Let’s Talk yang
berjaya memberikan nafas baru kepada
perkhidmatan talian tetap. Let’s Talk
ditawarkan dalam beberapa pakej untuk
disesuaikan dengan gaya hidup
pelanggan dan keperluan penggunaan
yang berbeza, termasuk kadar
panggilan domestik dan antarabangsa
terendah dengan kualiti suara yang
terbaik. Hasil daripada aktiviti-aktiviti
promosi yang agresif menerusi kempen
ini, MB dapat melihat perubahan positif
dalam sikap terhadap penggunaan
talian tetap seperti yang dibuktikan oleh
peningkatan panggilan talian tetap ke
talian tetap.
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
149
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
Ulasan
08/04/2008
7:54 PM
Page 150
Per niagaan
Malaysia Business
MB turut bekerjasama dengan rakan
niaganya untuk meluaskan liputan
Streamyx Hotspot yang memberikan
pelanggan lebih pilihan untuk
mengakses Internet dari lokasi-lokasi
pilihan mereka. Pertumbuhan jumlah
pengguna Streamyx Hotspot pada tahun
2007 juga menunjukkan peningkatan
populariti perkomputeran tanpa wayar
menggunakan komputer riba dan lainlain peranti mudah alih di kalangan
rakyat Malaysia.
Perkhidmatan dengan senyuman
MB juga terus mengekalkan kepimpinan
dalam pasaran VoIP prabayar menerusi
pelbagai tawaran promosi terutama
sekali pada musim-musim perayaan.
Sempena kempen Tahun Melawat
Malaysia 2007, MB memperkenalkan
siri kad iTalk Travellers yang
menampilkan beberapa jenis reka
bentuk kad iTalk edisi khas yang
memaparkan tempat-tempat menarik di
Malaysia, yang disasarkan kepada
pelancong asing. Lebih banyak
penambahan produk dilakukan apabila
MB melancarkan iTalk Buddy akhir
tahun lalu untuk memenuhi keperluan
segmen remaja dengan ciri-ciri online
interaktif yang lebih menarik. MB turut
bekerjasama dengan AmBank (M) Bhd
untuk melancarkan NexG-iTalk Prepaid
Mastercard yang membolehkan
pelanggan membeli-belah dan membuat
panggilan pada masa yang sama.
150
Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini,
pendapatan tahunan perkhidmatan
suara mengalami penurunan yang lebih
perlahan iaitu daripada negatif 13.2%
pada tahun 2006 kepada negatif 11.4%
pada tahun 2007.
PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR
LEBAR
MB mencatatkan pertumbuhan Internet
yang ketara pada tahun 2007 dan
mencapai jumlah pelanggan sebanyak
1.3 juta menjelang Disember 2007.
Pertumbuhan tersebut didorong oleh
aktiviti-aktiviti promosi dan jualan yang
agresif seperti Streamyx Super Duper
Deal dan program jualan semula yang
dipertingkatkan di bawah inisiatif PIP.
Promosi tersebut bertujuan untuk
menggalakkan peningkatan penggunaan
perkhidmatan jalur lebar di kalangan
rakyat Malaysia dengan memberi nilai
tambahan kepada pelanggan dalam
pakej gaya hidup digital yang
menyeluruh.
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
JUALAN & PEMASARAN
Dari segi jualan, tumpuan telah
diberikan kepada dua siri jelajah yang
dijalankan di seluruh negara iaitu
Syoknya Fiesta TM dan Let’s Talk Road
Show sebagai wadah untuk mewujudkan
kesedaran dan memperkenalkan produk
serta perkhidmatan TM kepada orang
ramai. Dalam inisiatifnya untuk
meningkatkan perkhidmatan pelanggan,
MB memperkenalkan Frontliner Goes to
Customer, suatu program inovatif yang
direka untuk meningkatkan interaksi
pelanggan menggunakan komputer
tanpa wayar berteknologi tinggi yang
berfungsi sebagai kaunter maya untuk
melayan pelanggan serta
memperkenalkan tawaran-tawaran
terbaru dari TM.
PIP juga memfokuskan kepada usaha
meningkatkan program jualan semula
dengan garis panduan yang lebih jelas
serta menyediakan kriteria pemilihan
wakil jualan semula bagi membantu
MB meluaskan aktiviti-aktiviti jualannya.
SEGMEN EKS
PERKHIDMATAN SUARA
Bagi segmen EKS, MB menawarkan
rangkaian pelan panggilan mengikut
keperluan seperti Pelan Merdeka dan
pakej Smartcall bagi membolehkan
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 151
Malaysia Business
58,000. Faedah-faedah keahlian
termasuklah:
(a)
(b)
(c)
(d)
pelanggan berhubung dengan klien dan
rakan niaga pada kadar rata yang rendah
dan menarik. Pelan-pelan panggilan ini
mampu mempertahankan penggunaan
perkhidmatan suara tetap daripada
saingan pembekal perkhidmatan suara
yang lain. Dari segi pendapatan
perkhidmatan suara dalam segmen ini,
MB berjaya merekodkan penurunan
tahunan yang diperlahankan daripada
negatif 6.4% pada tahun 2006 kepada
negatif 1.3% pada tahun 2007.
PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR
LEBAR
Perkhidmatan Internet seperti Streamyx
terus dipromosikan dengan hebat oleh
MB untuk mendorong penggunaan
Internet jalur lebar dalam sektor EKS.
Pakej-pakej promosi termasuklah
tawaran-tawaran produk yang direka
untuk memenuhi keperluan perniagaan
kecil seperti pakej SOHO dan pakej
Business Broadband.
PERKHIDMATAN DAN RUMUSAN DATA
Meskipun pertumbuhan perkhidmatan
data tradisional tercabar oleh
penurunan harga, MB terus
memperkembangkan perkhidmatan
datanya dengan cara menawarkan
perkhidmatan rangkaian terurus seperti
penyelesaian rangkaian, aplikasi hos
dan e-commerce.
Apabila syarikat-syarikat EKS
memperluaskan perniagaan mereka,
permintaan yang meningkat terhadap
keupayaan akses dan kecekapan boleh
dipenuhi oleh perkhidmatan serta
penyelesaian data MB. Hasil daripada
usahanya, MB mencatatkan penurunan
pendapatan perkhidmatan data yang
lebih perlahan daripada negatif 11.9%
pada tahun 2006 kepada negatif 0.5%
pada tahun 2007.
AKTIVITI-AKTIVITI JUALAN DAN
PEMASARAN
Pasaran EKS memberikan peluang yang
cerah bagi MB sepanjang tahun laporan.
Industrial Business Solution Seminar
(IBSS) tahunan dan aktiviti-aktiviti SMI
Biz Net dijalankan untuk mempromosikan
rumusan untuk perniagaan baru kepada
komuniti EKS, meningkatkan interaksi
para pelanggan dan memahami
keperluan perniagaan mereka dalam
menyarankan penyelesaian-penyelesaian
yang bersesuaian.
Program kesetiaan SME Save N Grow
merupakan satu inovasi bagi membantu
SME dalam usaha mengembangkan
perniagaan sambil mewujudkan
semangat kerjasama dengan pelanggan
sedia ada. Pada tahun 2007, keahlian
SME Save N Grow telah mencecah
(e)
Penjimatan kos telekomunikasi.
Cakera padat rundingan
perniagaan untuk membantu ahliahli menyelaras proses-proses
perniagaan dan mengembangkan
perniagaan mereka.
Jemputan untuk mendaftar untuk
program-program membina
kemahiran dalam bidang
kewangan, pemasaran dan
teknologi maklumat.
Penjimatan kos dan perluasan
perniagaan melalui tawarantawaran daripada rakan niaga
dalam bidang kewangan, insuran,
logistik dan keselamatan pejabat.
Penggunaan kemudahankemudahan TM untuk menjalankan
mesyuarat dan seminar-seminar
perniagaan.
SEGMEN-SEGMEN PERUSAHAAN
DAN KERAJAAN
PERKHIDMATAN SUARA
Teras utama bagi tahun 2007 adalah
pengekalan hasil dan sokongan
terhadap perniagaan pelanggan dengan
menawarkan kadar panggilan yang
kompetitif dan kualiti perkhidmatan
yang tinggi. Pelan-pelan panggilan yang
direka khusus seperti Smartcall
digunakan secara efektif bagi
menguruskan perkhidmatan suara dan
juga memenuhi kehendak pelanggan
yang mahukan kecekapan kos.
PERKHIDMATAN DATA
MB melancarkan Perkhidmatan Metro
Ethernet, suatu teknologi berasaskan
piawaian Carrier Class Ethernet, pada
17 Mei 2007 dan menawarkan lebar
jalur berkelajuan tinggi dan selamat,
daripada 4.0Mbps sehingga 1Gbps.
Dengan perkhidmatan-perkhidmatan ini,
pelanggan boleh menambah lebar jalur
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
151
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
Ulasan
08/04/2008
7:54 PM
Page 152
Per niagaan
Malaysia Business
dalam gandaan 1.0Mbps apabila
diperlukan berdasarkan konsep yang
dipanggil lebar jalur berdasarkan
permintaan. Perkhidmatan TM Metro
Ethernet ditawarkan ke atas rangkaianrangkaian persendirian dan rumusan
berasaskan sambungan. Sementara itu,
MB turut bekerjasama dengan
pembekal-pembekal perkhidmatan
penyelesaian tambah-nilai untuk
menawarkan pelbagai aplikasi di
samping perkhidmatan-perkhidmatan
rangkaiannya. Antara penyelesaian yang
ditawarkan adalah perkhidmatan
keselamatan terurus, aplikasi-aplikasi
pengurusan lebar jalur dan
perkhidmatan penyimpanan terurus.
Dengan pasukan pengurusan akaun
yang mantap, MB berjaya meningkatkan
hasil tahunannya daripada negatif 0.1%
pada tahun 2006 kepada 15.3% pada
tahun 2007 dalam segmen ini.
Sumbangan utama adalah daripada
peluang-peluang penjualan dan
pelaksanaan projek tepat pada masanya
yang telah menyumbang kepada
realisasi hasil dalam tahun 2007.
AKTIVITI-AKTIVITI JUALAN DAN
PEMASARAN
Aktiviti-aktiviti jualan dan pemasaran
dijuruskan ke arah mewujudkan
hubungan kukuh dengan pelanggan
yang disokong oleh pasukan jualan khas
dan berpengalaman bagi menguruskan
para pelanggan perusahaan. MB turut
menjalankan program insentif jualan
untuk memotivasikan kakitangankakitangan jualan.
PERNIAGAAN WHOLESALE
DOMESTIK
Secara keseluruhan, Perniagaan
Wholesale Domestik atau DWB
mencatatkan pendapatan lebih rendah
sebanyak RM18.4 juta berbanding tahun
2006 ekoran pencapaian hasil minit
PSTN dan VoIP yang lebih rendah serta
penggunaan perkhidmatan DSL
Wholesale yang kurang menggalakkan.
Walau bagaimanapun, hasil interconnect
domestik merekodkan pertumbuhan
6.0% dari tahun 2006 ke tahun 2007.
Ini didorong oleh pemantapan
pengkategorian jenis-jenis panggilan.
PERKHIDMATAN SUARA
Minit trafik VoIP
DWB menyediakan kemudahan kepada
Pembekal Perkhidmatan VoIP untuk
mewujudkan dan menjalankan operasi
perkhidmatan-perkhidmatan panggilan
dan faks dan juga rangkaian aplikasiaplikasi tambah-nilai. Dengan
menggunakan liputan rangkaian
domestik TM yang luas, DWB
menawarkan Akses VoIP yang
membolehkan hubungan suara melalui
platform VoIP yang kos-efektif bagi
pasaran wholesale. Dengan
perkhidmatan Clearing House yang
kukuh, perkhidmatan VoIP Premium dan
rangkaian kerjasama serta liputan yang
luas, DWB berperanan penting untuk
memenuhi keperluan perniagaan
berlesen domestik.
Perkhidmatan Interconnect
Dalam menangani persaingan yang
meningkat dalam pasaran
telekomunikasi sedia ada, DWB telah
mengukuhkan kedudukannya melalui
perkhidmatan interconnect yang berdaya
saing yang menghubungkan
perkhidmatan-perkhidmatan talian
tetap, suara mudah alih, ISDN dan
perkhidmatan SMS tetap.
PERKHIDMATAN INTERNET/
JALUR LEBAR
Jalur Lebar
Dengan mensasarkan pembekal
perkhidmatan Internet (ISP), pembekal
perkhidmatan rangkaian (NSP) dan
pembekal perkhidmatan aplikasi (ASP),
perkhidmatan jalur lebar mewujudkan
hubungan DSL dari Unit Terminal Jarak
Jauh pengguna hingga ke platform
rangkaian IP TM. Pada penghujung tahun
2007, DWB telah menyediakan 1.6 juta
port jalur lebar di seluruh negara.
Memperkenalkan laman web di sekolah-sekolah
152
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 153
Malaysia Business
dan memaksimakan keuntungan bagi
panggilan antarabangsa dari perniagaan
retail dan domestik wholesale, serta
menekankan kepada perniagaan hab
trafik dalam pasaran International
Carrier Wholesale.
Mengukuhkan hubungan dengan vendor
PERKHIDMATAN DATA
Perkhidmatan Lebar Jalur
Sebagai peneraju pembekal utama
perkhidmatan lebar jalur wholesale dan
permintaan yang meningkat terhadap
perkhidmatan lebar jalur, terutama
sekali untuk menawarkan perkhidmatan
tanpa wayar seperti 3G kepada
pengguna, DWB menawarkan media
transmisi dengan prestasi yang dijamin
dan terurus melalui Dense Wave Division
Multiplexing (DWDM) di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, DWB masih terus
menawarkan perkhidmatan jalur sempit,
jalur lebar dan lebar jalur optikal di atas
platform teknologi terdahulu seperti
Digital Data Network (DDN) dan
Synchronous Digital Hierarchy (SDH).
PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR
Perkhidmatan infrastruktur
membolehkan rangkaian seluruh
negara pelanggan diperluaskan secara
efektif daripada segi masa dan kos.
Ianya popular untuk menggantikan
pembangunan infrastruktur melalui
perkongsian infrastruktur, lokasi
bersama rangkaian dan perkhidmatan
sewa. DWB juga menawarkan
infrastruktur sokongan secara
menyeluruh bagi pelanggan yang
meliputi ruang menara untuk antena
kekal dan piring gelombang mikro,
bekalan tenaga, kawalan cuaca dan
pengurusan bangunan.
Prestasi perniagaan trafik suara GB
sebahagian besarnya disumbangkan
oleh peningkatan hab trafik yang tinggi
dan inisiatif-inisiatif lain seperti berikut:
1.
Permintaan terhadap trafik
Bangladesh yang meningkat hasil
daripada penguatkuasaan
peraturan untuk menghapuskan
kawasan luar liputan.
2.
Usaha sama perniagaan dengan
subsidiari-subsidiari TMI dan
Celcom untuk mengalihkan trafik
organik melalui GB.
3.
Sumbangan perkhidmatan tambah
nilai, kejayaan kerjasama dalam
penyediaan perkhidmatan premium
melalui VoIP dan naik taraf TMUSA
Softswitch.
4.
Streamline Volume Commitment
yang membataskan penawaran
trafik perkhidmatan talian tetap
suara kepada umum di Malaysia
yang membawa kepada kestabilan
kadar pasaran perkhidmatan
suara-talian tetap.
5.
Pelaksanaan automated routing dan
monitoring tools for integrity control
dalam perniagaan perkhidmatan
suara GB.
PERNIAGAAN GLOBAL
Perkhidmatan Data
Penyelesaian teknologi DWB dalam
perkhidmatan data berjaya memenuhi
keperluan pelanggan dalam
menghubungkan lokasi-lokasi
perniagaan yang berbeza. Perkhidmatan
data domestik yang ditawarkan
termasuklah Frame Relay, ATM dan
rangkaian IP berasaskan MPLS untuk
menyepadukan keperluan pelanggan.
Terdapat juga perkhidmatan Wholesale
Ethernet untuk menyokong pakej-pakej
produk dan perkhidmatan TM seperti
TM Direct, TM IPVPN dan Digital Home.
Perniagaan Global MB (GB) mempunyai
fokus yang berterusan untuk memacu
pendapatan baru dalam masa yang
sama memaksimumkan aset-aset TM
seperti sistem kabel dasar laut, pusatpusat data dan stesen-stesen satelit
bumi. Pada tahun 2007, jumlah
pendapatan GB meningkat sebanyak
30.4% berbanding tahun 2006. Ini
adalah berikutan daripada pertumbuhan
tinggi dalam perkhidmatan suara dua
hala dan perniagaan lebar jalur.
PERKHIDMATAN SUARA
GB menyediakan perkhidmatan suara
melalui PSTN dan VoIP. Fungsi utama
perkhidmatan suara GB adalah untuk
memastikan pengurangan kos talian
PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR
LEBAR
Global IP Transit
Sebagai menyokong permintaan yang
berterusan terhadap keperluan capaian
Internet daripada pasaran serantau
pada tahun 2007, TM meletakkan
perkhidmatan Global IP Transit sebagai
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
153
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
Ulasan
08/04/2008
7:54 PM
Page 154
Per niagaan
Malaysia Business
salah satu tawaran utama bagi
perkhidmatan premiumnya. Dengan
menggunakan platform rangkaian IP
ATOM (Any Transport over MPLS) ia kini
menyokong keperluan antarabangsa
perkhidmatan Streamyx dan diiktiraf
sebagai salah satu pembekal utama
serantau.
Perkhidmatan tersebut ditawarkan
kepada pelanggan dengan hubungan
capaian akses khas daripada pusat
perkhidmatan globalnya dengan
kelajuan daripada 64kbps sehingga
10Gbps melalui sistem kabel dasar laut,
perkhidmatan satelit dan litar suwa
tempatan dalam negara atau Metro
Ethernet. Produk tersebut turut
menyediakan pilihan untuk digabungkan
dengan Global Co-location, Managed
Router dan perkhidmatan Transit IPv6.
Pusat Perkhidmatan IP Transit
Rantau
Negara
Asia
Malaysia
Singapura
Hong Kong
Jepun
Korea
Jakarta*
Amerika Utara
Palo Alto
San Jose
Los Angeles
Ashburn
New York*
Eropah
London
Amsterdam
Asia Selatan
Sri Lanka
Timur Tengah
Bahrain*
Mesir*
PERKHIDMATAN DATA
Perkhidmatan Lebar Jalur Antarabangsa
Bagi hubungan melepasi sempadan
Malaysia, liputan perkhidmatan lebar
jalur ditawarkan melalui infrastruktur
rangkaian antarabangsa TM yang
menggabungkan sistem kabel gentian
optik dasar laut, darat dan juga satelit.
Melalui One Stop Shopping (OSS) dan
Full Channel Service (FCS), perkhidmatan
lebar jalur antarabangsa
menghubungkan Malaysia dengan
mana-mana destinasi di dunia.
Sistem dasar laut utama TM adalah
SMW3, SMW4, SAFE/WASC/SAT-3, APCN2,
JUSCN, CUSCN, DMCS dan BRCS yang
menghubungkan Malaysia ke Asia Utara
dan Selatan, Eropah, Afrika, Timur
Tengah dan Amerika Syarikat. Bagi
memenuhi permintaan yang meningkat,
TM kini sedang di dalam usaha menaik
taraf kabel dasar laut SMW4, APCN2
dan SAFE yang dijangka akan sedia
digunakan seawal tahun 2009.
* Disediakan melalui rangkaian Global Ethernet
154
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
Litar Suwa Persendirian Antarabangsa
(IPLC)
TM menawarkan hubungan digital khas
yang berkelajuan tinggi bukan sahaja
dari Malaysia ke dunia tetapi juga
menghubungkan sesebuah negara
dengan yang lain melalui rangkaian
sistem kabel dasar laut global utama.
Perkhidmatan Satelit Antarabangsa
Dengan lebih daripada 10 satelit di
ruang angkasa Asia, perkhidmatan
Lebar Jalur TM melalui satelit
menawarkan hubungan khas pusat-kepusat dari Malaysia ke seluruh dunia.
TM menggunakan sistem-sistem satelit
utama seperti MEASAT, INTELSAT,
PANAMSAT, ASIASAT dan JSAT yang
mewujudkan hubungan ke hampir
seluruh lokasi di dunia. VSAT Global
menawarkan teknologi Single Channel
Per Carrier (SCPC) berasaskan satelit
yang menggunakan antena Very Small
Aperture Terminal (VSAT) dan unit indoor
yang menyediakan hubungan
komunikasi pelbagai hala yang baik dan
digunapakai di seluruh dunia.
Mempelopori peluang dengan jalur lebar
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 155
Malaysia Business
dan melaksanakan gelombang kedua
PIP yang berpegang kepada dua teras:
Jalur lebar di mana sahaja berada
Bandwidth Transit
Bandwith Transit merupakan rumusan
hubungan yang pantas dan berkesan
yang menghubungkan dua negara
melalui Malaysia.
Bandwidth Backhaul
Bandwidth Backhaul adalah penyelesaian
kapasiti khusus di antara Cable Landing
Stations atau Border Stations di Malaysia
yang dimiliki pelanggan, atau kapasiti
Indefeasible Right of Use (IRU) dalam
sistem kabel dasar laut antarabangsa
atau kemudahan sempadan.
IPVPN Global
IPVPN Global TM merupakan
penyelesaian rangkaian terurus yang
kos efektif di mana ia menawarkan
rangkaian komunikasi yang mudah,
selamat dan berskala.
Pada tahun 2007, TM terus
memperluaskan nod di Sri Lanka untuk
memasuki pasaran IP di rantau Asia
Selatan. Ini akan melengkapkan nod
sedia ada yang telah diletakkan di
rantau Timur Tengah, Afrika Utara,
Eropah, Amerika Syarikat, ASEAN dan
Asia Utara. Bagi meluaskan capaian
global, inisiatif-inisiatif Network-toNetwork Interconnection (NNI) telahpun
dimulakan yang membolehkan TM dan
rakan-rakan niaganya memanfaatkan
rangkaian IPVPN masing-masing.
Projek NNI yang strategik telah
dilaksanakan dengan jayanya bersama
AsiaNetcom, ACASIA dan C&W. Di
bawah kerjasama ini, TM kini dapat
menawarkan perkhidmatan yang
dipertingkatkan dan tanpa batasan serta
meliputi kawasan perkhidmatan yang
lebih luas.
PROSPEK
Secara keseluruhannya, pasaran
perkhidmatan talian tetap Malaysia
dijangka akan meningkat pada tahun
2008 dengan kecenderungan terhadap
perkhidmatan data dan jalur lebar
dalam semua segmen pelanggan.
MB berada di posisi ideal untuk
memanfaatkan peluang-peluang
pertumbuhan ini dengan menerajui
perkhidmatan suara asas, jalur lebar
dan data. Ini menyediakan peluang
kepada MB untuk menjadi pembekal
komunikasi generasi akan datang yang
terunggul di Malaysia dengan
memenuhi keperluan pelanggan melalui
inovasi dan kecemerlangan
pelaksanaan. MB akan memperkayakan
gaya hidup dan pengalaman pengguna,
meningkatkan prestasi pelanggan
perniagaan dengan menyediakan
perkhidmatan generasi akan datang,
memberi penyelesaian bermutu tinggi
dan mengekalkan prinsip-prinsip
mengutamakan pelanggan.
2008 akan menjadi tahun yang penting
bagi MB kerana ia mengambil bahagian
dalam langkah pengasingan strategik
•
Meningkatkan kecemerlangan
komersil bagi mendorong
pendapatan utama; dan
•
Mendorong kecemerlangan operasi
ke arah pengurusan kos dan
keuntungan yang lebih kukuh.
Meningkatkan kecemerlangan komersil
bagi mendorong pendapatan utama
Bagi perniagaan retail, fokus bagi
segmen pelanggan dan EKS adalah
untuk mengekalkan pertumbuhan jalur
lebar yang kukuh dan menstabilkan
penurunan perkhidmatan suara;
manakala bagi segmen perusahaan,
peluang-peluang baru terletak pada
pembekalan perkhidmatan luar
organisasi dan pengurusan proses
perniagaan. Dalam perniagaan
wholesale domestik keutamaan adalah
dalam mengekalkan penerajuan dalam
pasaran dan menggunakan peluang
pertumbuhan dalam perkhidmatan
suara dan lebar jalur. Bagi perniagaan
global, tumpuan diberikan pada
perluasan perniagaan sedia ada.
Mendorong kecemerlangan operasi ke
arah pengurusan kos dan keuntungan
yang lebih kukuh
Inisiatif-inisiatif yang dirancang bagi
tahun ini akan memfokuskan kepada
dorongan kecemerlangan perolehan;
pelaksanaan rangkaian yang mantap
dan operasi perniagaan berlandaskan
amalan terbaik serta peningkatan kualiti
dan operasi-operasi perkhidmatan
pelanggan. Rangka kawalan dalam
setiap jenis perniagaan akan
diperkukuhkan untuk memastikan
pengurusan kos dan keuntungan yang
lebih berkesan.
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
155
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 156
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 157
Lambang Kecantikan
Dianggap mutiara tercantik, Mutiara Biru sesungguhnya
amat unik. Amat sukar ditemui, hanya Paua yang mampu
menghasilkan mutiara berkualiti tinggi dengan kilauan
luar biasa sepertinya. Justeru, setiap mutiara adalah
sesuatu yang lahir daripada ketabahan, kesempurnaan dan
pemeliharaan yang teliti.
Mahkota Kebanggaan
Celcom merupakan anak didik terbaik yang dilahirkan oleh
TM. Dengan azam untuk merevolusikan industri mudah alih
Malaysia, Celcom telah menunjukkan kepimpinannya dan
menawarkan antara produk dan perkhidmatan yang paling
inovatif. Ia sememangnya salah satu mutiara TM. Di sebalik
kejayaan menyerlah Celcom hasil daripada gabungan
kemahiran, kreativiti dan teknologi, dorongan utama
datangnya daripada pengiktirafan TM terhadap potensinya.
Dengan pembentukan dan pembangunannya yang teliti,
Celcom kini bersedia untuk menentukan masa depannya
sendiri.
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 158
(Malaysia) Berhad
Celcom
Ulasan
Perniagaan
DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLY
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Celcom (Malaysia) Berhad
Fakta Sekilas Pandang
Tinjauan
Jumlah Asas Pelanggan
7.2 juta + 18%
Jumlah Hasil
TINJAUAN
Prestasi Celcom pada 2007 merupakan
yang paling cemerlang berbanding tahun
sebelum ini. Usaha-usaha pemulihan yang
dimulakan sejak tahun 2006 terus
diperhebatkan dan momentum yang
dikekalkan telah menghasilkan prestasi
mengatasi rekod di luar jangkaan pasaran.
158
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
RM5,157.1 juta + 13.1%
Pelanggan Prabayar
5.9 juta + 22.9%
Pelanggan Pascabayar
1.3 juta + 8.3%
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
Kejayaan Celcom dalam pelaksanaan
Program Peningkatan Prestasi telah
membawa kepada aktiviti-aktiviti jualan
dan pemasaran yang agresif, inisiatif
yang diperhebatkan bagi pembentukan
semula saluran pengedaran serta
usaha untuk melaksanakan strategi
jenama yang berfokuskan segmen.
Hasilnya, Celcom telah mengukuhkan
kedudukannya dalam pasaran dan
menyediakan asas yang teguh bagi
pertumbuhan yang lebih baik pada
tahun 2008.
Celcom terus mengekalkan
kedudukannya sebagai peneraju dari segi
kualiti liputan dan rangkaian 2G, 2.5G,
3G dan HSDPA; standard perkhidmatan
pelanggan telah dibawa ke tahap baru
dan persepsi jenama keseluruhan
direkodkan pada tahap tertinggi.
2007 turut menyaksikan Celcom
menerajui industri dalam memulakan
beberapa langkah pertama dalam
industri. Celcom merupakan pengendali
pertama memulakan kedai-kedai runcit
berjenamanya sendiri yang dinamakan
Blue Cube. Strategi kerjasama Celcom
menghasilkan MVNO pertama Malaysia
7:54 PM
Page 159
dan perjanjian perayauan domestik
seluruh negara yang pertama. Celcom
juga adalah pengendali pertama
melancarkan konsep perkhidmatan
pelanggan berjenama yang
memperkenalkan ikon ‘Anna’. Strategi
perkhidmatan jalur lebar dan data yang
inovatif turut membawa kepada
pengenalan pelan-pelan data ‘daily use’
dan ‘monthly capped’ yang pertama.
PRESTASI KEWANGAN
Kumpulan Celcom menghasilkan
prestasi terpuji bagi tahun kewangan
yang berakhir pada 31 Disember 2007
walaupun dalam suasana persaingan
sengit yang kian meningkat. Kumpulan
Celcom mencatatkan tiga rekod
pencapaian yang penting: keuntungan
selepas cukai melebihi RM1 bilion, hasil
melebihi paras RM5 bilion dan jumlah
asas pelanggan meningkat sehingga
melebihi 7 juta.
Keuntungan selepas cukai dan
kepentingan minoriti berjumlah
RM1,051.6 juta menggambarkan
pertumbuhan sihat dan penting
sebanyak 28.8% daripada RM816.4 juta
yang dicatatkan pada tahun kewangan
sebelumnya. Ini didorong oleh
momentum pertumbuhan kukuh dalam
hasil sepanjang tahun. Jumlah hasil
yang termasuk pendapatan
pengendalian lain yang dicatatkan bagi
tahun laporan meningkat sebanyak
13.1% daripada RM4,560.1 juta pada
tahun 2006 kepada RM5,157.1 juta pada
tahun 2007, rekod tertinggi setakat ini.
Pertumbuhan hasil diraih terutamanya
daripada segmen prabayar yang
merekodkan kenaikan dalam jumlah
asas pelanggan seramai 1.1 juta atau
22.9% yang membawa kepada jumlah
pelanggan prabayar seramai 5.9 juta
daripada 4.8 juta sebelum ini.
Segmen pascabayar mewujudkan
cabaran bagi Celcom pada tahun 2007
dengan meningkatnya tekanan harga
dan persaingan agresif. Di sebalik
penurunan jumlah asas pelanggan pada
separuh tahun pertama, pengenalan
pelbagai produk-produk pascabayar
berinovatif baru pada separuh tahun
kedua membawa kepada pertukaran
aliran dengan jayanya dalam menangani
penurunan malahan juga menghasilkan
pertumbuhan bersih pascabayar bagi
tahun lalu. Secara bersihnya, jumlah
pelanggan pascabayar meningkat
daripada 1.2 juta pada 2006 kepada 1.3
juta pada Disember 2007.
Sehingga 31 Disember 2007, jumlah
terkumpul asas pelanggan Celcom
melepasi paras 7 juta, suatu
peningkatan sebanyak 18.0% daripada
6.1 juta kepada 7.2 juta pelanggan.
Asas hasilnya yang kukuh digandingkan
dengan kawalan kos yang berterusan
membawa kepada catatan pendapatan
sebelum faedah, cukai, susut nilai dan
pelunasan (EBITDA) Celcom sejumlah
RM2,310.6 juta pada tahun 2007
daripada RM1,962.9 juta pada tahun
2006, suatu peningkatan sebanyak
17.7%. Sejajar dengan ini, margin
EBITDA turut meningkat daripada 43.0%
kepada 44.8% pada tahun 2007.
Pada September 2007, Celcom
mengagihkan RM730.1 juta dalam
bentuk tunai kepada pemegangpemegang sahamnya sebagai langkah
pembayaran semula modal. Ini telah
menghasilkan peningkatan dalam
beberapa petunjuk kewangan utama
seperti perolehan sesaham dan
pulangan ke atas ekuiti daripada 36.1
sen kepada 66.6 sen dan dari 32.1%
kepada 37.9% masing-masingnya.
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
159
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
Ulasan
08/04/2008
7:54 PM
Page 160
Per niagaan
Celcom (Malaysia) Berhad
OPERASI
Memanfaatkan kepimpinannya dalam
liputan rangkaian dan 3G, Celcom terus
meluaskan keupayaan rangkaiannya
bagi memenuhi kenaikan permintaan
terhadap perkhidmatannya.
Kepimpinannya dalam sektor mudah
alih diperkukuhkan lagi apabila Celcom
dinobatkan sebagai pembekal
perkhidmatan T2 terbaik di antara
pengendali-pengendali selular pada
tahun 2007, suatu anugerah yang
diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bermodalkan kelebihannya, Celcom
melancarkan kempen baru ‘Tiada
Tandingan’ yang menekankan
keunggulannya daripada segi
kepantasan, liputan, kadar dan
perkhidmatan. Kempen tersebut
merupakan kejayaan besar dan
menampilkan barisan terkini Power Ikon
Celcom seperti Ryan Giggs, John Terry,
Wang Lee Hom dan Peterpan.
Pada tahun 2007, Celcom turut
memperkenalkan inisiatif Branded
Customer Service yang bertujuan untuk
menyediakan pengalaman pelanggan
yang menyeluruh. Sehubung dengan ini,
Celcom memperkenalkan Anna, Duta
Perkhidmatan Pelanggan, ikon yang
melambangkan kepentingan
perkhidmatan pelanggan yang
cemerlang, mesra, prihatin dan
membantu.
Sewaktu pelancaran inovasi ini, Celcom
turut memperkenalkan inisiatif-inisiatif
perkhidmatan pelanggan yang lain
daripada pendaftaran laman web dalam
talian bagi pelanggan pascabayar
sehingga panggilan percuma sepanjang
hari ke pusat panggilan. Pakaian
160
Penyambungan mudah alih – meningkatkan pilihan seseorang
seragam baru yang bersesuaian dengan
Branded Customer Service juga menarik
perhatian sepertimana pelancaran kios
tunai di seluruh negara untuk
pembayaran tunai, cek dan kad kredit.
Pada tahun 2007, Celcom turut
melancarkan Channel X, iaitu Saluran
Mobiliti Interaktif Maksimum yang
menawarkan pelanggan kandungan
mudah alih dan muat turun terbaru yang
meliputi muzik, filem dan permainan
video. Channel X adalah jenama
kandungan media silang yang pertama
membolehkan pelanggan menikmati
kandungan mudah alih melalui Internet,
WAP mudah alih, TV dan radio.
Portal Channel X boleh diakses di
www.channelx.com.my atau dengan
mendail *118# dari telefon mudah alih.
XPAX
Produk prabayar Xpax terus menjadi
penyumbang utama hasil keseluruhan
Celcom. Ini adalah sebahagian besarnya
ekoran kejayaan kempen Xpax Bonus
yang menonjolkan 4 bonus berbeza –
Bonus Bulanan, Bonus Hari Jadi, Bonus
Reload dan Bonus Kekal Aktif. Hasilnya,
jumlah pelanggan prabayar meningkat
sebanyak 22.9% kepada 5.9 juta.
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
Kempen ‘Siapa Kata Xpax’ juga
merupakan kejayaan utama yang
bermatlamatkan reposisi Xpax sebagai
satu-satunya prabayar yang menawarkan
kadar terbaik, liputan terluas, rangkaian
terpantas dan bonus terbaik.
Dalam usaha menjangkau segmen
pekerja asing, Celcom juga
memperkenalkan pakej-pakej sasaran
dan promosi-promosi khusus bagi
komuniti India, Indonesia dan Filipina.
JUALAN
Dalam arena jualan, tahun 2007
menyaksikan kesinambungan program
insentif rakan niaga Celcom yang
merupakan faktor kejayaan utama
dalam pemulihan yang dialami oleh
Kumpulan pada separuh kedua 2006.
Jumlah rakan niaga Celcom juga
meningkat melebihi 15,000.
Celcom turut memperkenalkan konsep
kedai runcit berinovatif Blue Cube yang
bermatlamat merevolusikan peruncitan
telekomunikasi dengan menyediakan
para pelanggan peluang merasai
teknologi-teknologi terkini. Blue Cube
adalah pusat sehenti yang utuh bagi
gaya hidup menggunakan alat mudah
alih, perkhidmatan 3G dan kandungan
mudah alih. Ia adalah kedai berkonsep
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 161
Celcom (Malaysia) Berhad
yang pertama membolehkan pelanggan
mengalami, menikmati dan merasai
rangkaian penuh produk gaya hidup
mudah alih yang ditawarkan oleh
Celcom. Sehingga Disember 2007 lebih
daripada 30 kedai Blue Cube telah
dibuka di seluruh negara.
Bagi melengkapi Blue Cube, lebih
daripada 70 kios mikro dibina dan
diletakkan secara strategik di semua
pusat membeli-belah utama di seluruh
negara yang sekaligus mengukuhkan
kewujudan jenama Celcom di lokasilokasi utama ini.
Pengenalan tambah nilai mudah
Celcom yang didokong oleh platform caj
semula dalam talian yang baru
dibangunkan dengan kapasiti 1.2 juta
transaksi sehari juga telah menghasilkan
kestabilan prestasi dalam pasaran.
Celcom Business menikmati
pertumbuhan teguh perkhidmatan data
terkini pada tahun 2007. Ia mencatatkan
kenaikan jualan BlackBerry terpantas di
rantau ini dan mendapat kontrak
pelanggan utama mesin-ke-mesin
(M2M) bagi bacaan meter jarak jauh,
mengesan kenderaan, POS tanpa wayar
dan sambungan ATM. Jualan produk
suara teras pada tahun 2007 juga
ditingkatkan melalui perluasan saluran
dengan wujudnya program Value-Added
Reseller dan kerjasama dengan sekutusekutu serantau dan nasional.
JALUR LEBAR
Bagi memenuhi permintaan yang
meningkat terhadap hubungan jalur
lebar ‘bila-bila masa, di mana sahaja’,
Celcom melancarkan perkhidmatan
PERNIAGAAN
Di sebalik persekitaran berdaya saing
yang semakin meningkat, Celcom terus
meningkatkan kehadirannya dalam
pasaran perusahaan dan dipercayai
menjadi pembekal perniagaan mudah
alih terbesar negara dari segi hasil.
Celcom Business telah diperkenalkan
pada tahun 2007 bagi memperjelaskan
tawaran produk, komitmen
perkhidmatan dan saranan nilai
keseluruhan bahagian kepada
pelanggan perniagaan. Ini melibatkan
peningkatan portfolio produk –
dipasarkan di bawah jenama PowerTools
– dan mempelbagaikan hubungan suara
dan data asas kepada perkhidmatan
dan aplikasi perniagaan tambah nilai.
Perletakan semula ini diperkukuhkan
oleh pengenalan Piagam Perkhidmatan
Pelanggan dengan komitmen tahap
perkhidmatan yang jelas bagi pelanggan
korporat utama.
Membawa semangat komuniti ke sekolah-sekolah – Celcom XCHANGE
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
161
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
Ulasan
08/04/2008
7:54 PM
Page 162
Per niagaan
Celcom (Malaysia) Berhad
jalur lebar berjenama, Celcom
Broadband pada Julai 2007 bagi
hubungan perniagaan dan peribadi.
Produk ini menyediakan tawaran nilai
terhebat, jalur lebar mudah alih penuh
dan berkelajuan tinggi pada kadar
berpatutan.
Celcom Broadband menyediakan
kelajuan sehingga 3.6 Mbps berdasarkan
teknologi Akses Paket Data Berkelajuan
Tinggi (HSDPA) dengan liputan 3G dan
HSDPA terluas dalam negara, meliputi
anggaran 60% daripada populasi.
Pelanggan Celcom Broadband juga boleh
membuat rayauan secara global
menggunakan rangkaian 2.5G atau 3G
masing-masing melalui 168 pengendali
dan 59 pengendali. Satu ciri unik
tawaran jalur lebar adalah fleksibiliti
untuk pelanggan memilih Celcom
Broadband, atau menggunakan telefon
3G sedia ada sebagai modem.
‘Celcom Broadband’ – Pada bila-bila masa di mana jua
162
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
Celcom berjaya melancarkan pelbagai
pakej harga berinovatif yang
menyediakan pilihan pelanggan yang
mudah, memenuhi keperluan semua
pelanggan: pengguna sederhana boleh
memilih pelan bayar bagi setiap
penggunaan dengan had bulanan; bagi
pengguna pada masa tertentu, Celcom
menyediakan satu-satunya pelan tanpa
had di Malaysia; pengguna kerap boleh
memilih sama ada pakej tanpa had
bulanan berkelajuan 384k atau 3.6Mbps.
HUBUNGAN STRATEGIK
Bagi meluaskan jangkauan dan
memanfaatkan peluang-peluang
perniagaan baru, Celcom menjalinkan
kerjasama strategik dengan beberapa
syarikat korporat. Pada tahun 2007,
Celcom menjadi pengendali pertama
dan satu-satunya pengendali di
Malaysia yang menyertai pelbagai
Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya
(MVNOs) untuk melengkapi perniagaan
Celcom yang sedia ada. Buat pertama
kali MVNO yang mensasarkan pekerjapekerja asing dilancarkan bersama
dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd
pada Julai 2007 sementara itu juga
memorandum persefahaman turut
ditandatangani dengan REDtone dan
Tune Talk yang dijangka akan
dilancarkan pada tahun 2008. Jalinan
kerjasama ini akan membolehkan
Celcom menumpukan perhatian pada
segmen sasaran khusus bagi jenama
utamanya sambil membolehkan ia
menembusi pasaran baru melalui rakan
perkongsian.
Selain itu, Celcom turut menandatangani
perjanjian perayauan tempatan Malaysia
yang pertama di seluruh negara
bersama UMobile (dahulunya ini dikenali
sebagai MiTV Networks Sdn Bhd).
Di bawah perjanjian ini, pelanggan
UMobile akan dapat membuat panggilan
perayauan dalam rangkaian 2G Celcom
yang unggul.
TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco
08/04/2008
7:54 PM
Page 163
Celcom (Malaysia) Berhad
Celcom juga menandatangani
memorandum persefahaman dengan
Tune Money untuk melancarkan Kad
Visa Prabayar Mudah Alih pertama di
Malaysia pada tahun 2008.
PROSPEK
Tahun 2008 dijangkakan akan menjadi
tahun yang menarik dan mencabar bagi
industri telekomunikasi mudah alih
Malaysia. Selain pelaksanaan
Kebolehubahan Nombor Mudah Alih
(MNP) dan kemasukan pelbagai MVNO,
dua operator 3G lain yang dijangkakan
akan melancarkan perkhidmatan
mereka akan turut serta bersaing
dengan Celcom. Perkembanganperkembangan ini dijangka akan
menyemarakkan lagi suasana industri
telekomunikasi yang penuh dengan
persaingan. Ini juga akan mendorong
pengendali-pengendali mudah alih
untuk menjadi lebih agresif dan lebih
berfokuskan segmen terutama
pengambilalihan pelanggan dalam
mempertingkatkan pasaran tepu.
Di sebalik cabaran-cabaran industri
pada tahun 2008, Celcom yakin bahawa
inisiatif dan strategi yang dilaksanakan
akan membentuk asas teguh bagi
prestasi kukuh yang berterusan. Bagi
tahun 2008 Celcom meletakkan
matlamat untuk:
•
•
•
•
memfokuskan kepada kekangan
nilai dan pertumbuhan sambil
mengekalkan keuntungan dengan
memberi keutamaan kepada
segmen-segmen pasaran utama
meluaskan perniagaan perusahaan
melalui kerjasama dan
meningkatkan pengkhususan
berusaha ke arah meningkatkan
pengekalan pelanggan dengan
memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang
diperkenalkan pada tahun 2007
meningkatkan usaha untuk
menaiktarafkan rangkaian edaran
dan mewujudkan saluran-saluran
baru, meningkatkan proses-proses
operasi dan pelaksanaan sinergi
penjimatan kos
•
•
Meluaskan kepimpinan dalam jalur
lebar mudah alih dan meningkatkan
penggunaan dalam perkhidmatan
dan kandungan data mudah alih.
Mencipta aliran hasil baru dalam
m-commerce dan pengiklanan
mudah alih.
Celcom juga yakin bahawa selepas
langkah pengasingan, sebagai
sebahagian daripada operasi mudah
alih yang bermatlamat, RegionCo akan
menyediakan peluang-peluang yang
lebih untuk mencipta nilai dengan
mengenal pasti dan melaksanakan
amalan terbaik serantau dan
bekerjasama dengan syarikat-syarikat
TMI lain untuk merealisasikan peluangpeluang penjimatan kos.
Pakej-pakej Celcom yang mempunyai harga yang inovatif
dan berpatutan
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
LAPORAN TAHUNAN 2007
163