application/pdf

Transcription

application/pdf
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK
MOHD.DERAMAN BIN ABDULLAH, PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU
PANJANG, KLANG MENGENAI PENGALAMAN
DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG
PENDIDIKAN
OLEH
ESTIQUMAH BT LIMAN
(2005603100)
JOSMELIAWATI BT JUHARI
(2005602964)
Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan
Maklumat Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Bagi Memenuhi Keperluan Kursus IMR 603
(Documenting Oral Tradition)
Semester Disember-April 2008
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat kepada Allah S.W.T.
kerana dengan izinNYA, kami telah berjaya menyiapkan kerja projek kami ini.
Kami berharap kerja projek yang telah kami siapkan ini memberikan manfaat
yang besar kepada kami pada masa hadapan.
Kami juga ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Nazir
Ahamd, pensyarah kami untuk subjek ini, Documenting Oral History (IML 604)
dengan usaha yang telah beliau berikan, dan memberikan kami nasihat dan
mengajar kami cara-cara untuk membuat dan menyiapkan kerja projek ini. Kerja
projek ini memerlukan kami mewawancara tokoh dalam mana-mana bidang yang
dipilih tentang pengalaman, dan sumbangan mereka terhadap negara. Tanpa
panduan
dan
pengajaran
beliau,
kemungkinan
besar
kami
tidak
dapat
menyiapkan kerja projek ini.
Yang terakhir sekali, penghargaan kami sudah tentulah kepada Encik Mohd
Deraman Bin Abdullah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau
Panjang, Klang kerana kesudian beliau untuk diwawancara sebagai tokoh dalam
bidang pendidikan. Kesudian dan kerjasama beliau amatlah dihargai dan
diucapakan jutaan terima kasih.
PENDAHULUAN
1
PENGENALAN
- Pengenalan
2
- Ciri-ciri guru yang berkesan
3-6
- Peranan dan tugas guru
6-9
TRANSKRIP TEMUBUAL
- Tape 1 Side A
10-48
- Tape 1 Side B
49-71
- Tape 2 Side A
72-82
LOG TEMUBUAL
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
83
PENDAHULUAN
IMR 603-Mendokumentasi Tradisi Lisan merupakan salah satu subjek di
dalam program Bachelor of Science in Information Management (Honors)
(Record Management). Merekod sejarah lisan, bertujuan untuk merekodkan
subjek yang berkaitan dengan sejarah sesuatu peristiwa atau organisasi. Sejarah
adalah sangat penting kerana ia adalah satu rantaian kejadian penting yang
pernah berlaku di dalam sesebuah negara ataupun institusi dan biasanya
dinyatakan sebab-sebab kejadian tersebut berlaku dan akibat daripadanya. Oleh
itu, di dalam subjek sejarah lisan ini, pelajar dikehendaki mengendalikan satu
wawancara bersama tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada negara
dalam pelbagai bidang. Pelajar dikehendaki menyediakan soalan-soalan untuk
mewawancara. Soalan-soalan tersebut pula bermula dengan soalan-soalan
umum, kemudian kepada soalan-soalan yang spesifik. Wawancara adalah
bertujuan untuk mengetahui apa yang telah berlaku dalam kehidupan mereka
semasa kejadian tersebut berlangsung.
1
PENGENALAN
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting
dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan
sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di
sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa
kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Oleh yang
demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, guru periulah tugas
dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas kerana di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, guru merupakan individu
yang berperanan memberikan semangat kepada pelajarnya, membantu, dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Guru adalah "ibu kedua"
kepada para pelajarnya kerana kebanyakan dari masa yang dihabiskan oleh
para pelajar adalah berada di sekolah. Guru merupakan individu yang telah
menjalani latihan dan kursus di dalam bidang pendidikan selama beberapa tahun
dan selepas itu mereka akan
menyampaikan ilmu pengetahuan mereka di
dalam kelas. Setiap guru memikul satu tanggungjawab yang besar, kerana para
pelajar bergantung kepada guru. Setiap apa yang disampaikan oleh guru akan
menimbulkan kesan terhadap pelajar. Guru mestilah berupaya menaikkan
semangat pelajar untuk menimbulkan minat dan cita-cita untuk masa depan
mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Mike Rose di dalam bukunya yang
bertajuk "Lives in Boundaries",
seorang pendidik mestilah seorang yang
berfikiran terbuka, dan menghormati kepelbagaian yang wujud di antara para
pelajarnya dan juga memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap mereka.
2
Guru adalah sangat dihormati oleh masyarakat di sekelilingnya kerana guru
dilihat sebagai individu yang berpengetahuan, secara tidak langsung guru
merupakan "role model" kepada masyarakat dan kepada pelajar khususnya.
Ciri-Ciri Guru yang Berkesan
Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri bagi
membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya. Seorang pendidik
mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya
membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti
guru.
Anjakan
paradigma
adalah
perlu
bagi
memantapkan
lagi
sistem
pendidikan negara sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa. Menurut
Prof Omar al-Toumi
al-Syibani
sifat
dan
ciri
seorang
guru
hendaklah
merangkumi:
(a) Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempuma
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain
(b) Akhlak
1. Benar dan jujur
3
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Mental, Kejiwaan dan Jasmani
i. Mental
1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akiiah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
ii. Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
4
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila
mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan.
5.
Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat
iii. Jasmani / Fizikal
1.
Berperwatakan kemas dan bersih
2.
Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak
berjangkit
3.
Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di
negara -negara maju terdapat senarai yang menerangkan ciri-ciri guru yang
diingini oleh pelajar.
Antara ciri-ciri guru yang dikehendaki ialah guru tersebut:
1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
5
8. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
9. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
l0. Suka memberikan kerjasama
11. Bersemangat riadah atau kesukanan
Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan
etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara
khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik
personaliti mereka.
Peranan dan Tugas Guru
a.) Guru sebagai Perancang Pengajaran
1. Guru seharusnya menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini,
guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu
hasil pembelajaran.
2. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator
pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategiyang
oleh
digunakan
guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih
berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar
secara
kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi
maklumat maka
peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator.
6
3. Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran yang perlu dikuasai.
4. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan
hasil
pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan
memastikan perkara asas diajar di peringkat awal.
5. Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah,
aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan
pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran. Guru sebagai pengurus
pembelajaran, guru bukan sahaja berperanan untuk menguruskan pembelajaran
bagi memastikan hasil pembelajaran dicapai, tetapi juga mengurus muridnya.
b.) Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran
1. Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.
2. Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.
3. Guru membekalkan murid dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai.
7
4. Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai
untuk setiap murid.
5. Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian
murid.
6. Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan
menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
7. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh
peningkatan dalam pembelajaran.
8. Guru menjaiankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat
murid untuk belajar pada jangka masa yang panjang.
9. Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media,
lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri.
c.) Guru sebagai Penilai Pembelajaran
1. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat
analisis item ujian dan
8
respons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan
setiap murid.
2. Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran.
9
Berikut merupakan transkrip temubual bersama Encik Mohd. Deraman Bin
Abdullah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang
diwawancara Estiqumah Bt. Liman.
TAPE 1 SIDE A
Estiqumah
: Bolehkah kami memanggil encik dengan panggilan
cikgu?
En. Deraman
: Ya.. Boleh. Tak da [tidak ada] masalah.
Estiqumah
: Siapakah nama penuh cikgu?
En. Deraman
: Nama saya Mohd Deraman Bin Abdullah.
Estiqumah
: Berapakah umur cikgu sekarang?
En. Deraman
: Sekarang saya sudah berumur 51 tahun.
Estiqumah
: 51 tahun. Ok. Apakah nama panggilan yang biasa
digunakan oleh keluarga untuk cikgu?
En. Deraman
: Nama panggilan? Yang biasa digunakan oleh keluarga
untuk saya ialah nama biasalah-Man.
10
Estiqumah
: Man? Bila dan di manakah cikgu diiahirkan?
En.Deraman
: Saya telah diiahirkan pada 27 haribulan 3 tahun 1957
[27 March 1957] di Kampung Chengal, Ketereh, Kota
Bharu, Kelantan.
Estiqumah
: Cikgu berasal daripada mana?
En. Deraman
: Dah Kelantan lah.
Estiqumah
: Dah Kelantan juga lah? Sekarang cikgu menetap di
mana sekarang?
En. Deraman
: Sekarang saya dah [sudah] menjadi penduduk Selangor
lah. Saya telah menetap di Teluk Kapas, Rantau
Panjang, Klang.
Estiqumah
: Siapakah nama penuh ibu dan bapa cikgu?
En. Deraman
: Nama bapa saya Abdullah Bin Jusoh dan nama ibu
saya ialah Siti Minah Binti Che Lah.
Estiqumah
: Adakah mereka masih hidup?
11
En. Deraman
: Ya. Kedua-dua masih hidup lagi. Alhamdulillah.
Estiqumah
:
Di
manakah
mereka sekarang?
Di
Kelantan
ke
[Adakah mereka sekarang di Kelantan]?
En. Deraman
: Mereka di Kelantan lah. Di kampung.
Estiqumah
: Berapakah bilangan adik-beradik cikgu dan cikgu anak
yang ke berapa?
En. Deraman
: Bilangan adik-beradik saya tujuh orang. Saya dikirayang masih hidup- saya kira anak sulung lah.
Estiqumah
: Anak sulung. Apakah pekerjaan adik-beradik cikgu?
En. Deraman
:
Pekerjaan
adik-beradik
Seorang jadi
kerja di
saya-seorang
hospital
jadi
sebagai
cikgu.
HA atau
Pembantu Hospital. Seorang lagi kerja dengan syarikat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
syarikat yang membekal makanan. Dan yang Iain-Iain
tu kerja biasalah, sebagai petani.
12
Estiqumah
: Siapakah nama isteri encik?
En. Deraman
: Isteri saya namanya Rosmah Binti Sulaiman.
Estiqumah
: Apakah pekerjaan isteri cikgu?
En. Deraman
: Dia sekarang bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UITM, Shah Alam.
Estiqumah
: Bilakah tarikh cikgu berumahtangga?
En. Deraman
: Tarikh tu—Kalau tak [tidak] silap lah ya-dah [sudah]
lupa. 20 haribulan 11 84. 1984. (20 Nov 1984).
Estiqumah
: Berapakah bilangan anak cikgu?
En. Deraman
: Saya—Bilangan anak saya 5 orang lah.
Estiqumah
: Dan siapakah nama mereka?
En. Deraman
: Nama mereka tu—Yang pertama, Ahmad Lukman,
Ahmad Muhsin, Ahmad Bazli, Ahmad Zulkarnain.
Yang seorang lagi tu, Ahmad Muinuddin.
13
Estiqumah
: Maksud, cikgu belum mempunyai cucu? Ataupun—?
En. Mohd Deraman
: Belum. Belum. (ketawa). Belum lagi lah. Setakat ni
[ini], belum lah.
Estiqumah
En. Deraman
: Ok. Apakah hobi cikgu di masa lapang?
: Hobi saya masa lapang, saya suka macam-bercucuk
tanam sikit-sikit. Jaga bunga, kadang-kadang dulu tu,
ada lah pergi mancing.
Estiqumah
: Apakah cita-cita cikgu semasa kecil dahulu?
En. Deraman
: Masa kecil tu— Tak [tidak] ingat lah. Banyak sangat
cita-citanya (ketawa).
Estiqumah
: Antara yang macam—?
En. Deraman
: Antaranya-memang nak jadi—orang kampung kan?
Anak orang kampung, kira nak makan gaji lah cita-cita.
Antaranya tu [itu]lah, untuk jadi guru, jadi cikgu.
14
Estiqumah
: Apakah pengalaman paling manis yang pernah
dialami pada kecil dahulu?
En. Deraman
: Pada masa kecil dulu [dahulu]. Ni [ini] yang susah ni
[ini soalan yang agak susah untuk dijawab] - kenangan
manis.
Estiqumah
: Paling manis.
En. Deraman
: Paling manis.
Estiqumah
: Yang masih boleh diingat sampai sekarang.
En. Deraman
: Yang boleh diingat sampai sekarang ni ialah apabila
saya dan kawan-kawan-mendapat tempat dalam satu
pertandingan bahas di peringkat
sekolah rendah.
Itulah. Kenangan manis. Paling manis.
Estiqumah
: Pada masa sekolah rendah lah?
En. Deraman
: Ya
15
Estiqumah
: Berapakah umur yang dihadkan oleh Kementerian
Pendidikan untuk menjadi seorang guru?
En. Deraman
: Maksud di sini, umur macam mana tu?
Estiqumah
: Umur yang dah pencen ke ataupun macam pilihan
bersara awal?
En. Deraman
: Yang tu [itu]— Umur tu macam kakitangan kerajaan
yang lain lah juga.
Estiqumah
: Sama juga lah?
En. Deraman
: Kalau dulu umur 55, sekarang boleh pilihan ke 56.
Estiqumah
: Tapi [tetapi] masih boleh memilih untuk bersara awal
lah?
En. Deraman
: Boleh. 50. Umur 50 kalau lelaki, boleh. Umur 50 lah.
Boleh bersara awal.
Estiqumah
: Tahun berapakah cikgu akan bersara?
16
En. Deraman
: Mengikut perkiraan saya, tahun 2013.
Estiqumah
:2013?
En. Deraman
: Ya.
Estiqumah
: Dan apakah perancangan cikgu selepas bersara
nanti?
En. Deraman
: Perancangan saya tu—Setakat ni, belum nak buat lah
lagi lah. [Setakat ni belum ada apa-apa perancangan
lagi].
Estiqumah
: Belum?
En. Deraman
: Ya.
Estiqumah
: Untuk menceburi bidang perniagaan ke atau politik ke
[Adakah Cikgu tidak mempunyai perancangan untuk
menceburi bidang perniagaan atau politik?
En Deraman
: Politik? (ketawa). Tak [tidak] adalah. Perniagaan tak da
[tidak ada]. Mungkin pertanian kot. Berkebun sikit-sikit.
17
Estiqumah
: Ke arah hobi tadi lah?
En. Deraman
: Ya.
Estiqumah
: Ok. Sekarang kita akan beralih kepada latar belakang
pendidikan cikgu semasa berada di sekolah rendah.
En. Deraman
: Ya.
Estiqumah
:
Di
manakah cikgu
mendapat pendidikan awal?
Sekolah rendah cikgu lah.
En. Deraman
:
Saya
mendapat
pendidikan
awal
di
Sekolah
Kebangsaan Kampung Chengal, Kadok, Kota Bharu,
Kelantan.
Estiqumah
: Tahun berapakah cikgu memasuki sekolah tersebut?
En. Deraman
: Kalau tak [tidak] silap saya, tahun 1964.
Estiqumah
: Dan tahun berapakah pula cikgu tamat belajar di
sekolah tersebut sebelum meneruskan pendidikan ke
peringkat menengah?
18
En. Deraman
: 64(1964)-- laitu tahun berapa ya? Tahun 69 (1969)
ya?
Estiqumah
: 69 (1969). Matapelajaran yang paling cikgu gemari
semasa berada di sekolah rendah tersebut?
En. Deraman
: Ok. Yang paling digemari tu-banyak tu. Matematik
suka. Sejarah pun suka. Bahasa Melayu.
Estiqumah
: Dan apakah pencapaian tertinggi cikgu semasa
menuntut di sekolah rendah tersebut ?
En. Deraman
: Pencapaian saya—Periksa [peperiksaan] Penilaian
Darjah 5. Dulu Darjah 5. Penilaian Darjah 5 dulu
[dahuiu].
Estiqumah
: Oh... Pada masa dahuiu tidak ada Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) lah ?
En. Deraman
: Tak da [tidak ada].
Estiqumah
: Tak da [tidak ada] lagi lah?
19
En Deraman
: Tak [tidak] ada. Dia [dahulu] ada Penilaian Darjah 5.
Estiqumah
: Penilaian Darjah 5. Ok. Adakah cikgu aktif di dalam
kegiatan ko-kurikulum semasa berada di sekolah
rendah tersebut?
En. Deraman
: Aktif tu, tak [tidak] lah. Biasa saja lah. Kan macam
pengakap, sukan tu, main-main bola. Macam tu saja
lah.
Estiqumah
: Bagaimanakah kemudahan bilik darjah semasa zaman
cikgu belajar dahulu? Adakah macam sekarang ni
[ini] ?
En. Deraman
: Bilik darjah kat sekolah dulu [dahulu], sekolah rendah
tu, kira ok juga lah.
Estiqumah
: Ok juga lah ?
En. Deraman
: Ya. Ada cukup lah.
Estiqumah
: Meja, kerusi? Semua memang lengkap juga lah?
20
En. Deraman
Estiqumah
: Ya. Lengkap.
:
Kenangan
manis
yang
tidak
dapat
dilupakan
sepanjang menuntut di sekolah rendah tersebut?
En. Deraman
: Kenangan manis—Masa dapat keputusan Penilaian
Darjah
5
tu.
Walaupun
tak-tak
cemerlang
tapi
gembiralah masa tu.
Estiqumah
: Kemudian, bagaimanakah hubungan antara guru dan
pelajar semasa zaman cikgu belajar dahulu?
En. Deraman
: Pada zaman dulu, kita budak-budak ni, dulu memang
takut dengan cikgu-cikgu. Takut lah. Tengok cikgu, kita
hormat, kita diam apa semua. Sesama kita ni memang
kita baik. Hubungan mesralah. Kawan dengan kawan
semua. Hubungan — Jadi, cikgu-cikgu ni dulu, masa
zaman saya dulu, memang tengok cikgu, memang kitamemang (ketawa) takut, hormat lah. Kira hormat kan?
Apa cikgu cakap, semua kita ikut.
Estiqumah
: Adakah sebab guru-guru dahulu lebih garang daripada
guru-guru sekarang atau macam mana tu [bagaimana]?
21
Ataupun
sebab
dulu-dulu ?
Budak-budak
zaman
sekarang punya sikap ke [adakah kerana sikap budakbudak zaman sekarang]?
En.Deraman
: Mungkin zaman dulu. Kita, budak-budak kampung
kan?
Estiqumah
: Ya.
En. Deraman
: Jadi, pergi sekolah tu—Dunia luar daripada rumah,
sekolah. Jadi, orang yang kita kenal tu, cikgu dan
kawan-kawan. Jadi, orang lain yang kita kenal, kita
hormat lah. Dan 'title' cikgu tu dulu, memang disanjung
lah. Dihormati oleh masyarakat.
Estiqumah
: Ok. Sekarang kita beralih kepada latar belakang
pendidikan cikgu semasa berada di sekolah menengah.
Di
manakah
cikgu
mendapat
pendidikan
sekolah
menengah cikgu?
En. Deraman
: Pendidikan sekolah menengah? Saya banyak sekolah
ni. Tingkatan 1 sampai tingkatan 2, saya ambil PMR
(SRP dulu) di sekolah agama.
22
Estiqumah
: Sekolah agama?
En. Deraman
: Ya. Sekolah agama. Sekolah Agama Madrasah
Sa'adatul Qurabut. Itu nama dia. Sekarang sekolah tu
dah tak ada [sudah tidak ada]. laitu pada tahun-tujuh
puluh berapa ya ? 72 [1972] ya ? Ya. Tahun 72 [1972].
Pas tu [Selepas itu], 73 [1973], saya sambung di
Sekolah
Menengah
Kebangsaan
Ketereh.
Sekolah
biasa. Saya pindah ke sekolah biasa. Saya ambil
[menduduki] SPM tahun 74 [1974]. Saya ambil SPM.
Estiqumah
: Mengapakah daripada sekolah madrasah tersebut,
kemudian beralih arah kepada sekolah biasa?
En. Deraman
: Itu—
Estiqumah
: Adakah sebab pengaruh keluarga ataupun cikgu
sendiri?
En. Deraman
:
Itu
memang-memang--(ketawa).
Keputusan
itu
pengaruh keluarga lah.
23
Estiqumah
:
Pengaruh
keluarga juga
lah?
Ok.
Pada tahun
berapakah cikgu mula memasuki sekolah. Sekolah
yang sekolah madrasah tadi tu? Tahun 1970?
En. Deraman
: 1973.
Estiqumah
: Kemudian, matapelajaran yang paling cikgu gemari
semasa
berada
di
sekolah
menengah
tersebut?
Sekolah menengah dulu lah.
En. Deraman
: Ok. Yang dahulu tu— Yang sekolah agama tu ?
Estiqumah
: Ya.
En. Deraman
:
Sekolah
agama tu,
bahasa Arab
lah
(lughatul
arabiah).
Estiqumah
: Kemudian, semasa beralih ke sekolah menengah
biasa tersebut, apakah matapelajaran yang paling cikgu
gemari pula?
En.Deraman
: Saya gemari-macam sejarah dan geografi. Kalau dulu,
ilmu alam.
24
Estiqumah
: llmu alam ?
En. Deraman
: Ya.
Estiqumah
: Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum
semasa berada di sekolah menengah tersebut? Di
sekolah menengah madrasah tu?
En. Deraman
: Itu saya— Aktif tu, tidak lah. Biasa saja lah. Saya
masuk pertandingan syarahan.
Estiqumah
: Syarahan? Dalam Bahasa Arab ke [adakah ianya
menggunakan Bahasa Arab]?
En. Deraman
: Dalam bahasa Melayu lah.
Estiqumah
: Dalam bahasa Melayu juga lah?
En Deraman
: Ya. Dan pernah dapat tempat lah.
Estiqumah
: Oh... Dapat tempat juga lah dalam pertandingan
tersebut.
Kemudian,
bila
berpindah
ke
sekolah
25
menengah biasa tu, adakah aktif juga semula dalam
kegiatan ko-kurikulum atau lebih aktif lagi?
En. Deraman
: Di Sekolah Menengah Ketereh tu, saya tak [tidak]
berapa aktiflah.
Estiqumah
: Tak [tidak] berapa aktif?
En. Deraman
: Ya. Tak da [Tidak ada]. Biasa saja lah. Masuk darjah
hari biasa macam tu lah.
Estiqumah
:
Bagaimanakah
dengan
pencapaian
Penilaian
Menengah Rendah (PMR) cikgu di sekolah tersebut?
En. Deraman
: Penilaian tu-kira sederhana saja lah. Sederhana saja.
Estiqumah
: Kemudian, bagaimana pula dengan pencapaian Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) cikgu di sekolah tersebut?
En. Deraman
:
SPM
saya juga
sederhana tetapi
saya
kurang
bernasib baik lah sebab SPM yang pertama tu, Bahasa
Melayu saya tak [tidak] kredit. Jadi, gagal lah. Saya
dapat 7. Sepatutnya, 'at least' [sekurang-kurangnya]
26
dapat 6. Jadi, saya terpaksa ulang balik lah. Ulang
balik. Saya ulang balik tahun kemudian tu ambil Julai
paper [kertas]. Alhamdulillah. Dapat 4 lah.
Estiqumah
:
Kenangan manis yang tidak dapat cikgu lupakan
sepanjang menuntut di sekolah menengah madrasah?
En. Deraman
:
Madrasah
menerima
tu?
hadiah
Kenangan
dan
sijil
manis—Saya
semasa
pernah
pertandingan
syarahan. Saya tak [tidak] ingat siapa nama Menteri
Besar Kelantan pada masa tu.
Estiqumah
: Oh... Yang memberikan cikgu hadiah. Kemudian,
kenangan manis pula yang tidak dapat cikgu lupakan
sepanjang menuntut di Sekolah Menengah Ketereh?
En. Deraman
:
Kenangan
manis
yang
kat
[di]
sana
tu-itu
perkhemahan la.
Estiqumah
: Perkhemahan.
En. Deraman
: Ya. Perkhemahan pengakap di luar. Seronok.
27
Estiqumah
: Adakah cikgu mendapat sebarang tawaran biasiswa
atau tajaan semasa belajar dahulu?
En. Deraman
: Pada zaman tu [itu], tak da [tidak ada] lah sebab saya
sederhana sahaja, bukan cemerlang.
Estiqumah
: Ok. Sekarang kita beralih kepada kerjaya perguruan
cikgu. Di manakah cikgu mendapat latihan perguruan?
En. Deraman
: Latihan perguruan asas saya di Maktab Perguruan
Bahasa, Kuala Lumpur. Sekarang ni [ini] dikenali
Institut Bahasa lah. Depan tu [itu], yang atas bukit.
Sebelah UM [Universiti Malaya].
Estiqumah
: Pada tahun berapakah cikgu mendapat tawaran ke
Maktab Perguruan tersebut dan apakah pengkhususan
cikgu semasa berada di maktab tersebut?
En. Deraman
: Saya mendapat tawaran tu [itu] pada tahun 1978.
1978. Dan pengkhususan saya Pengajian Melayu dan
Sejarah.
28
Estiqumah
:
Bagaimanakah situasi pembelajaran cikgu semasa
menuntut di maktab tersebut?
En. Deraman
: Situasi pembelajaran memang menarik sebab tu [itu]
peringkat
tinggi
kan?
Kita
dilatih
untuk
mnejadi
pendidik. Jadi, kita diajar asas-asas matapelajaran dan
juga ilmu pendidikan serta kegiatan ko-kurikulum.
Estiqumah
: Kemudian, pengalaman yang tidak dapat dilupakan
semasa menuntut di maktab tersebut?
En. Deraman
: Pengalamannya, semasa kami, guru-guru pelatih yang
masuk pengakap dan Pandu Puteri membuat satu
aktiviti di Taman Negara, di apa tu... Di jerantut,
Pahang sana. Di hulu Kuala Tahan sana, kat [di] atas tu
[itu]. Dan kita pada waktu malam tu [itu], kita da aktiviti
lah. Macam-macam. Dan yang seronoknya, ada kru
RTM [Radio Television Malaysia] ikut sekali sebab dia
[mereka]
nak
dokumentari
lah.
buat
Dan
dokumentasi
memang
lah.
Macam
keluar dalam TV
[television]. Memang nama saya...apa tu...muka saya
pun keluar lah juga dalam TV sebab masa tu [itu],
orang RTM tu [itu] beritahu lah bila tarikh siaran apa
29
semua. Ada dia [pihak RTM] bagitahu [beritahu] nak
keluar. 'So' [jadi], tengok TV. Itulah yang paling...
Estiqumah
: Yang paling manis.
En. Deraman
: Ha... [Ya]. Yang tidak dapat dilupakan.
Estiqumah
: Kemudian, pada tahun berapakah cikgu menjadi
seorang guru?
En Deraman
: Saya... Selepas kursus, saya terus dihantar bertugas
di Sabah pada tahun 1980. 1980, di sebuah sekolah di
daerah Tawau, Sabah.
Estiqumah
: Apakah cabaran bagi cikgu pada pertama sekali
menjawat jawatan sebagai guru? Terutama dihantar ke
daerah pedalaman?
En. Deraman
: Cabaran saya yang pertama sekali ialah murid-murid tu
[itu]. Dari segi bahasanya. Jadi, asing lah. Jadi terpaksa
kena
belajar dulu,
memahami
perkataan-perkataan
yang diaorang [mereka] sebab saya mengajar Bahasa
Melayu. Jadi, nak bentuk macam mana [bagaimana]
30
mereka boleh mengikuti pengajaran Bahasa Melayu
dengan betul, terutama dari segi lisan sebab mereka
bercakap dalam dialek mereka. Itu yang cabaran saya.
Estiqumah
: Bagaimanakah cikgu boleh berminat dengan kerjaya
sebagai seorang guru?
En. Deraman
: Berminat ni [ini] sebab masa sekolah... Jadi, saya lihat
cikgu-cikgu ni [ini] memang dihormati, kerjanya tak
[tidak] tertekan dan sebagainya. Itulah yang mendorong
minat saya.
Estiqumah
: Apakah faktor-faktor yang mendorong cikgu untuk
menceburi bidang ini? Mungkin disebabkan pengaruh
keluarga ataupun minat cikgu sendiri ke? [atau adakah
disebabkan oleh minat cikgu sendiri].
En. Deraman
: Faktor-faktor tu [itu] memang ada. Keluarga memang
menggalakkan untuk menjadi... Kalau orang kampung
dulu, kira mahu makan gajilah. Jadi, saya nak menjadi
cikgu ni [ini] saya mohon 2 kali baru dapat. Kali yang
pertama
gagal.
Panggil
temuduga
[menghadiri
temuduga], kemudian gagal. Kemudian, panggil kali
31
kedua baru dapatlah. Itupun tawaran untuk berkhidmat
di Sabah.
Estiqumah
:
Di
manakah sekolah...[tersalah
soalan]. Apakah
pendapat cikgu apabila pertama kali ditugaskan di
sekolah yang pertama sekali cikgu.
En. Deraman
:
Ok. Apabila saya ditugaskan di Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan Abaka, Tawau, Sabah. Sekolah itu
agak
di
pedalaman
juga.
Letaknya
di
kawasan
pertanian di dalam estet kelapa sawit, estet koko. Jadi,
jauh daripada [dari] pekan Tawau. Kalau naik bas, kira
satu jamlah sebab jalan tidak elok. Jalan berbatu dan
berdebulah pada musim kemarau. Apabila ditugas di
sekolah tersebut, memanglah pada peringkat awal tu
[itu] tertanya-tanya juga apa akan jadi semua tetapi
apabila tiba di sekolah berkenaan, di sana memang
ramai guru-guru dari semenanjung yang bertugas.
70%. Lebih dari 70% guru-guru dari semenanjung. Jadi,
kalau dah [sudah] pergi sana [ke sana], di sekolah
tersebut,
walaupun
pedalaman
tetap
dari
segi
kemudahan asas disediakan oleh pihak estetlah, pihak
ladang dan disambut mesra oleh guru-guru kat sana [di
32
sana]
sebab
guru-guru
semenanjung
[menyambut
mesra guru-guru dari semenanjung]. Kita disambut dan
diberi tempat tinggal dan semualah. Jadi, keadaan
sekolah di situ [di Tawau], pelajarnya majoriti keturunan
Bugis. Orang Bugis. Orang Indon [Indonesia] lah ramai.
Campur dengan orang Philiphine [Filipina] dan ada
Jawa dan sedikit orang Melayulah.
Estiqumah
:
Bagaimana pula keadaan sekolah semasa cikgu
mengajar
dahulu?
Dengan
kemudahan
dia?
[Bagaimana dengan kemudahan disekolah tersebut]
En. Deraman
: Keadaan sekolah tu [itu], bangunannya memang...
Sekolah
luar bandarlah tetapi
ada
letrik
[bekalan
eletrik], ada telefon. Semua ada. Lengkap tapi [tetapi]
bangunannya bangunan kayulah yang tidak seberapa
lah peralatannya. Tak [tidak] berapa cukup. Kantinnya
tak [tidak] ada. Hanya di bangunan...satu bangunan
kecil sahaja.
Estiqumah
: Apakah
matapelajaran yang cikgu ajar semasa
bertugas di sekolah tersebut?
33
En. Deraman
: Matapelajaran yang saya ajar sama seperti option
[pengkhususan] saya kursus; Bahasa Melayu dan
Sejarah lah.
Estiqumah
:
Bagaimankah
pula
penerimaan
pelajar terhadap
matapelajaran tersebut?
En. Deraman
: Penerimaan pelajar tu [itu]... Pada peringkat awal,
saya beranggapan mereka tidak berapa [penerimaan
pelajar
tidak
sambutanlah
seberapa]...
tetapi
apabila
tidak
saya
berapa
memberi
mengajar,
saya
nampak pelajar-pelajar di sana ok. Boleh menerima
matapelajaran
tetapi
masalahnya
merek
akurang
ulangkaji sebab mereka terlibat dengan membantu
ibubapa mereka di ladang. Banyak [ramai di kalangan
mereka]. Jadi, mereka datang sekolah pun pada waktu
belajarlah.
Waktu
sekolah
biasa.
Kalau
kelas
tambahan, memang mereka tak [tidak] ramai yang
datang. Jadi, sambutan mereka kepada [terhadap]
pelajaran kira biasalah. Bolehlah, sebagai sekolah luar
Bandar.
34
Estiqumah
:
Apakah
pendapat
cikgu
tentang
prestasi
dan
pencapaian kurikulum pelajar di sekolah tersebut ?
En. Deraman
:
Prestasi pencapaian mereka,
sederhanalah.
Dia
macam ada 2, 3, 4 orang yang cemerlang [sebilangan
sahaja yang cemerlang]. Macam biasa. Macam tu lah
[begitulah prestasi pencapaian] sekolah-sekolah kat [di]
luar bandar tapi [tetapi] peratus itu 60% lah. Kira ok
jugalah bagi pelajar sekolah luar bandar. Dari segi
pencapaian kurikulum mereka macam tu [itu] lah.
Estiqumah
: Bagaimana pula dengan pencapaian ko-kurikulum
pelajar di sekolah tersebut ?
En. Deraman
: Pencapain ko-kurikulum... Mereka memang aktif dari
segi
sukan
permainan.
Memang
mereka
aktiflah.
Mereka datang. Mereka rajin dan mereka berminat dari
segi tu [itu]. Walaupun sekolah tu [itu] hanya sekolah
menengah rendah saja [sahaja]. Sampai tingkatan 3
sahaja.
Estiqumah
: Di antara pelajar lelaki dan perempuan, siapakah yang
lebih senang untuk mengajar?
35
En. Deraman
: Antara pelajar lelaki dan perempuan, jadi, untuk
mengajar tu [itu] memang pelajar perempuan lebih
senang. Dia [pelajar perempuan] tak [tidak] banyak
karenah. Kalau pelajar lelaki memang lebih nakal sikit
tapi [tetapi] kalau di sekolah tu [itu] memang boleh
kawal. Boleh control lah.
Estiqumah
: Berapa lamakah cikgu mengajar di sekolah tersebut
sebelum berpindah ke sekolah yang berikutnya?
En Deraman
: Saya ajar di seklah berkenaan selama 5 tahun. Cukup
5 tahun, saya mohon balik ke semenanjung.
Estiqumah
: Apakah matapelajaran yang cikgu ajar di sekolah
yang baru?
En. Deraman
:
Pada
tahun
Menengah
1985,
Sultan
saya
Yahya
mengajar
Petra,
di
Kuala
Sekolah
Krai.
Matapelajaran saya ajar, sama juga. Bahasa Melayu
dan Sejarah tingkatan 1 dan 2. Sekolah tu [itu] setahun
saja [sahaja]. Setahun saja [sahaja] [mengajar selama
setahun sahaja di sekolah berkenaan].
36
Estiqumah
: Apakah pendapat cikgu tentang prestasi pelajar di
sekolah berkenaan ? Sekolah baru.
En. Deraman
: Sekolah baru tu [itu] prestasinya bagus sebab di
sekolah tu [itu] kira sekolah terkenal lah. Bahagian
pelajarnya bagus. Ada asrama. Dia sekolah tu, asrama
untuk
pelajar-pelajar
luar
bandar
lah
[kemudahan
asrama disediakan untuk pelajar luar bandar]. Kawasan
Kuala Krai tu [itu], kawasan hulu-hulu. Ada pergi kat
asrama sekolah tu [pelajar-pelajar dari kawasan luar
bandar diberi kemudahan untuk tinggal di asrama
sekolah]. Dari segi prestasinya memang bagus sebab
sekolah tu [itu]ada sampai tingkatan 6.
Estiqumah
:
Ok.
Bagaimanakah
pencapaian
ko-kurikulum
di
sekolah baru ?
En Deraman
: Pencapaian ko-kurikulum di sekolah tersebut juga
adalah
kejayaan
menggalakkan.
yang
telah
Memang
dicapai
banyak
oleh
para
kejayaanpelajar-
pelajarnya pada masa tu [itu].
37
Estiqumah
: Apakah perbezaan yang cikgu dapati di antara
sekolah pertama dengan sekolah yang baru ?
En. Deraman
: Perbezaan tu [itu] memang banyaklah. Sekolah
pertama sekolah luar bandar. Kawasan pedalaman. Itu
dari segi lokasinya. Berbeza. Sekolah yang kedua ni
[ini] sekolah dalam Bandar. Di bandar Kuala Krai tu
[itu]. Jadi. Dari segi lokasinya berbeza. Kemudian, dari
segi posisi pelajarnya juga berbeza. Kalau sekolah
yang pertama di Sabah tu [itu], semua bumiputera tapi
[tetapi] di sekolah yang kedua ni [ini] bercampur lah.
Ada Cina. Sekolah ada Cina. Ramai juga Cina dan juga
India. Ada juga India.
Estiqumah
: Bagaimanakah pula hubungan di antara rakan cikgu...
Di antara cikgu dengan rakan cikgu di tempat yang
baru?
En. Deraman
: Hubungan antara saya dengan cikgu-cikgu lain di
sekolah baru ni [ini] tidak ada masalah apa-apa lah
[tidak mengalami sebarang masalah]. Kira bagus lah.
Ada apa-apa masalah, saya tanya. Diaorang [mereka]
38
beri penjelasan yang sepatutnya lah. Jadi, tidak ada
apa-apa masalah.
Estiqumah
:
Bagaimanakah
pula
dengan
pelajar di
sekolah
tersebut? Di sekolah yang baru?
En. Deraman
: Dari segi pelajar, pada masa tu [itu] memang tidak
ada masalah. Tahun 85 [1985] tu [itu]. Kira pelajarpelajar ok. Semua...apa tu...ikut arahan lah. Apa yang
disuruh, apa yang diberi kerja, semuanya mereka buat.
Estiqumah
: Sepanjang cikgu terlibat dalam bidang perguruan ini,
bolehkah cikgu nyatakan berapa banyak sekolah yang
pernah diajar oleh cikgu?
En. Deraman
: Sampai hari ni [ini] ?
Estiqumah
: Sampai hari ni [ini].
En. Deraman
: Sampai hari ni [ini], jumlah sekolah yang saya
mengajar... sekolah... termasuk sekolah ini ialah 6 buah
sekolah.
39
Estiqumah
: Di antara sekolah-sekolah tersebut, sekolah manakah
yang memberi impak yang paling mendalam pada diri
cikgu sendiri?
En. Deraman
: [Batuk] Sekolah yang banyak memberi impak kepada
saya
ialah
Sekolah
Menengah
Tengku
Ampuan
Rahimah, Klang.
Estiqumah
: Mengapakah cikgu berpendapat sedemikian ?
En. Deraman
: Sebab di sekolah itu saya mengajar agak lama lah.
Agak lama dan ramai rakan-rakan setugas yang begitu
memberi motivasi, menggalakkan... menggalakkan dan
memberi kesan supaya saya meneruskan, menambah
ilmu, belajar lagi sebab ada di antara mereka sampai
menjadi pensyarah, menjadi yang terkenal sehingga
hah ini. Contohnya, seperti Tuan Haji Hussin salleh. Dia
[beliau] sekarang dah [sudah] sebagai seorang yang
memberi ceramah yang terkenal lah. Dalam TV pun
keluar. Itu sama lah. Yang pernah menjadi pensyarah
kaunseling di universiti Malaya dan yang kedua ramai
kawan-kawan
yang
telah
berpindah
ke
Jabatan
Pelajaran Dearah dan Negeri. Telah naik pangkatlah
40
dan ramai yang sama-sama... apa tu... memohon untuk
meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi lah dari segi
pelajaran. Pas tu [Selepas itu], suatu ruang. Di sana tu
[itu] banyak perkembangan yang baru.
Estiqumah
: Apakah prinsip serta matlamat cikgu semasa cikgu
mengajar ?
En. Deraman
: Prinsip serta matlamat saya semasa mengajar. Ok.
Dari segi prinsip, sebagai seorang guru, saya... yang
pertama, mengajar... semasa mengajar, pelajar mesti
berdisiplin. Itu yang pertama. Jika pelajar bising, saya
tidak akan mengajar. Saya mendisiplinkan mereka dulu
supaya diam. Kemudian, pelajar mesti bawa buku.
Mesti ada buku. Mesti ada buku. Kalau pelajar tanpa
buku di atas meja, memang saya tak [tidak] akan
mengajar. Tidak akan mengajar selagi mereka tak
[tidak] keluarkan buku dan bersedia untuk menerima
pelajaran pada hari tu [itu]. Jadi, matlamat saya supaya
apa yang saya ajar itu pelajar boleh terima. Dapat.
Dapat menguasai sekurang-kurangnya 50% pun tak
[tidak] apa. Janji mereka belajar. Tu [itu] prinsip saya
lah. Jadi, mereka belajar. Jadi, supaya cikgu... macam
41
saya ni [ini], tak [tidak] ada lah bercakap... bercakap
tanpa diberi perhatian kepada pelajar-pelajar. Tu [itu]
lah prinsip saya.
Estiqumah
: Adakah cikgu berpuas hati dengan apa yang telah
cikgu berikan kepada para pelajar cikgu ?
En. Deraman
: Dari segi berpuas hati, memang tak [tidak] berpuas
hati
lah.
Kalau
alhamdulillah.
mengajar
di
mengajar di
Penerimaannya
sekolah...
kelas
kelas
yang
bagus
tetapi
yang
bagus,
kalau
hujung-hujung
memang tidak berpuas hati. Hah ni [ini] ajar, besok
[esok] tanya memang tak [tidak] dapat jawab. Suruh
buat, jawab latihan [membuat latihan], memang tak
[tidak] boleh. Hantar kertas kosong. Tu [itu] kelas-kelas
ynag hujung. Kelas-kelas hujung memang macam tu
[itu]. Ada yang tak [tidak] tahu membaca lagi walaupun
tingkatan 4 dan 5. Tak [tidak] tahu baca. Tu [itu]
masalah. Jadi, saya memang tak [tidak] berpuas hati
lah sebab nak kata tak [tidak] ajar, ajar tapi [tetapi]
sikap pelajar tu [itu] tidak kisah tentang pelajaran.
42
Estiqumah
: Apakah perasaan cikgu apabila melihat ada di antara
pelajar cikgu yang cemerlang di dalam peperiksaan
awam yang mereka duduki?
En. Deraman
: Itu satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh
semua
guru
apabila
anak
muridnya
mencapai
kecemerlangan. Jadi, kecemerlangan yang diperolehi
oleh setiap pelajar tu [itu] memang saya, sebagai guru
amat rasa bangga lah. Bangga dan rasa gembira kalau
ada mereka yang berjaya seperti tahun ini, ada yang
SPM dapat 8A1. Kalau PMR tu [itu] dapat 8A. Ada
dapat 9A. Jadi, saya, sebagai guru, sebagai pentadbir
sekolah,
sebab
amat-amat gembira
itu
matlamat
kita
lah.
Rasa
supaya
bersyukur
pelajar-pelajar
cemerlang. Walaubagaimanapun, kecemerlangan itu
hanya dicapai oleh segelintir pelajar saja [sahaja]. Jadi,
mereka, apabila mereka menunjukkan prestasi yang
cemerlang, sebagai seorang guru, sebagai seorang
pendidik,
sebagai
seorang
pentadbir
di
sekolah
memang amat gembira.
43
Estiqumah
:
Adakah
bilangan
pelajar
boleh
mempengaruhi
peningkatan peratusan dalam pencapaian akademik
sekolah ?
En. Deraman
:
Ini
kalau dikira dari
segi
umumnya,
memang.
Terutama sekolah harian, sekolah luar bandar seperti
sekolah ni [ini]. Jumlah pelajar yang ramai sudah
semestinya
mempengaruhi
peningkatan
dari
segi
peratus pencapaian akademik sebab jika bertambah
ramai, jika pelajar tu [itu]... yang ramai tu [itu] pelajar
yang bagus, tidak apa. 'But' [tetapi] ini yang ramai,
kalau bertambah, ada yang pandai, ada yang tak [tidak]
pandai, ada yang sederhana. Ini yang memberi kesan
kepada peratus pencapaian... pencapaian akademik.
Sudah semestinya ia memang
mempengaruhi lah
peratus pencapaian jika pelajar tu [itu] ramai.
Estiqumah
: Bolehkah cikgu jelaskan bentuk atau jenis hukuman
dan tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama
cikgu ?
En. Deraman
: Sekolah lama ni [ini], sekolah mana [sekolah yang
mana]?
44
Estiqumah
: Semasa mula-mula mengajar dulu. Sekolah di Sabah.
En. Deraman
: Bentuk hukuman dan tindakan disiplin yang wujud di
sekolah lama saya-kalau dulu, pada masa tu [itu]
memang cikgu-cikgu boleh merotan. Yang biasa guru
disiplin bagi [ambil tindakan], rotan lah. Kalau yang
perempuan tak [tidak] dirotan tetapi ada diberi-denda
lah.
Denda berdiri dan sebagainya.
Pelajar lelaki
memang dulu kena rotan.
Estiqumah
: Bagaimanakah pula dengan bentuk atau tindakan
disiplin di sekolah yang di Kuala Krai ?
En. Deraman
: Yang di Kuala Krai pun sama. Lebih kurang sama lah.
Estiqumah
: Boleh cikgu jelaskan tindakan disiplin yang ada di
sekolah cikgu sekarang ?
En. Deraman
: Sekarang ni [ini]—Di sekolah sekarang ni [ini]
tindakan disiplin bergantung kepada jenis kesalahan.
Jenis kesalahan disiplin pelajar. Jika kesalahan itu
berat, terlibat dengan jenayah dan menjatuhkan nama
45
baik
sekolah,
pelajar
sekolah] maksimum
dihukum
gantung
[gantung
14 hari. Jika bertumbuk dan
sebagainya yang melampau sangat boleh dibuang. Ada
pernah dibuang. Ada pernah digantung. Yang biasa
pelajar yang tak [tidak]
hadir hukumannya—Kalau
ponteng sekolah, ponteng kelas, pelajar dihukum,
dirotan dan juga diberi mata penalti. D-merit. Kita ada
sistem D-merit.
Estiqumah
:
Sepanjang
cikgu
mengajar,
pemahkah
cikgu
mengenakan hukuman rotan terhadap pelajar yang
mempunyai masalah disiplin?
En. Deraman
: Hukuman rotan ni [ini] memang pernah dijalankan
terhadap
pelajar-pelajar
yang
melanggar
disiplin
sekolah. Kita memang beri kuasa kepada guru disiplin
untuk merotan pelajar-pelajar lelaki. Yang patut dirotan,
kita [pihak sekolah] rotan.
Estiqumah
: Apakah reaksi para pelajar terhadap hukuman dan
tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama cikgu ?
Sekolah pertama cikgu. Terutama terhadap hukuman
rotan.
46
En. Deraman
: Ok. Reaksi para pelajar terhadap hukuman dan
tindakan disiplin yang wujud di sekolah lama tu [itu],
mereka menerima dengan senang hati sebab mereka
tahu bahawa mereka telah melakukan kesalahan dari
segi peraturan sekolah. Jadi, mereka memang terima
walaupun dengan hati yang berat mereka kena rotan,
mereka terima. Mereka boleh terima walaupun ada
beberapa orang pelajar yang rasa tak [tidak] senang lah
kena rotan-kena tindakan yang lain, atau kena gantung
tapi [tetapi] majoritinya pelajar terima.
Estiqumah
: Bagaimana pula dengan reaksi para pelajar terhadap
hukuman rotan dan tindakan disiplin yang wujud di
sekolah cikgu sekarang? Adakah lebih mudah ataupun
lebih kurang sama dengan sekolah lama cikgu?
En. Deraman
: Sekarang ni [ini], dari segi menghukum pelajar, kita
nampak ada perbezaan sikit. Dari segi reaksi pelajar,
memang pelajar rasa mereka tak [tidak] patut dihukum
walaupun mereka diberi—Melakukan kesalahan sebab
mereka rasa mereka sekarang tak [tidak] boleh dirotan.
Mereka kata guru-guru tak [tidak] boleh merotan.
47
Walaubagaimanapun, kita tunjuk pekeliling-pekeliling
yang boleh guru merotan. Guru disiplin dengan
kebenaran Pengetua, ada surat kebenaran boleh
merotan. Sebagai contoh, pelajar merokok. Sekali kali
pertama kena tangkap, satu rotan. Memang itu ada
pekeliling. Kali kedua, dua rotan. Kali ketiga, tiga rotan.
Kali keempat, gantung sekolah dan seterusnya buang
sekolah. Itu kes merokok contohnya.
Estiqumah
: Bagaimanakah cikgu dan pihak sekolah mengawal
masalah disiplin pelajar sekolah yang terdahulu?
En. Deraman
: Sekolah yang terdahulu---Yang mengawal disiplin
sekolah
dengan
bantuan
para
pengawas.
Jadi,
pengawas tu [itu] memainkan peranan. Mereka—Di
sekolah lama pengawas memang dihormati oleh para
pelajar. laitu pengawas sebagai mata telinga cikgucikgu di sekolah. Itu peranan pengawas. Penting. Itu di
sekolah
dulu
[dahulu].
Apa
maklumat
tentang
kesalahan disiplin, pengawas laporkan kepada guru
disiplin.
48
TAPE 1 SIDE B
Estiqumah
:
Dan bagaimanakah pula tindakan cikgu dan pihak
sekolah dalam mengawal masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah sekarang?
En. Deraman
:
Di sekolah sekarang, nampak jauh berbeza. Yang
pertama, peranan pengawas itu dah [sudah] lain.
Pengawas nampaknya tidak boleh mengawal pelajarpelajar lain. Kadang-kadang pengawas tu [itu] takut
untuk
bertindak
terhadap
pelajar-pelajar
yang
melakukan kesalahan. Di sekolah sekarang, kita mula
libatkan PIBG dan juga JKK kampung untuk mengatasi
beberapa masalah disiplin pelajar. Contohnya pelajar
ponteng. Kita ada kerjasama daripada pihak RELA,
pihak polis, JKK kampung,
pengerusi, AJK PIBG
membuat rondaan dan menagkap pelajar yang ponteng
di kawasan luar sekolah. Itu sebagai satu langkah
bersama
pihak
sekolah
dengan
pihak
luar
untuk
mengawal disiplin pelajar.
Estiqumah
: Pada pendapat cikgu, adakah kegiatan ko-kurikulum
itu penting kepada seseorang pelajar ?
49
En. Deraman
: Kegiatan ko-kunkulum sudah semestinya penting.
Sama pentingnya kegiatan kurikulum sebab dia [kokurikulum] pelengkap kepada kurikulum. Tambahan
pula, sekarang markah dikira kalau untuk masuk ke
IPTA. 10% adalah datang daripada markah kegiatan
ko-kurikulum.
Setiap
pelajar
wajib
mendaftar,
melibatkan diri dalam tiga bidang. Jadi, yang pertama
ialah bidang persatuan dan kelab. Satu. Yang kedua,
unit ber-uniform. Satu dan sukan dan permainan. Satu.
Wajib.
Sekurang-kurangnya
seorang
pelajar
wajib
melibatkan diri dalam tiga bidang ko-kurikulum tersebut.
Estiqumah
: Apakah kegiatan ko-kurikulum di sekolah ini yang
selalu cikgu terlibat?
En. Deraman
: Kegiatan ko-kurikulum yang selalu saya—
Estiqumah
: Cikgu turun padang.
En. Deraman
: Itu semua lah. Terpaksa. Saya terpaksa terlibat
semua. Sebagai pentadbir, terpaksa terlibat semua.
Jika
pertandingan
permainan,
saya
terpaksa
melibatkan diri juga. Kalau sesuatu pasukan nak pergi
50
berlawan, bertanding, saya terpaksa jumpa pelajar dulu
[dahulu]. Sebelum tu [itu] kena bagi latihan, beri arahan
kepada guru-guru. Membuat latihan yang secukupnya.
Kemudian,
peruntukan
makan,
minum
dan
juga
pengangkutan. Dari segi penyediaan jersi—Itu semua.
Itu permainan. Yang kedua, unit ber-uniform. Sama
juga.
Saya
terlibat
secara
langsung
juga
lah.
Memastikan semua persatuan ataupun unit ber-uniform
yang nak bertanding—Kawad kaki contohnya. Mesti
membuat persiapan awal. Ada uniform yang lengkap.
Latihan yang lengkap. Kawadnya mestilah lengkap
semua dan juga dari segi persatuan-kelab. Itu saya
serahkan kepada cikgu-cikgu untuk uruskan.
Estiqumah
:
Pada pendapat cikgu, di manakah letaknya kualiti
seorang guru?
En. Deraman
: Pada pendapat saya, dimanakah letak kualiti seorang
guru-yang pertama sekali dari segi personaliti cikgu tu
[itu] sendiri. Dari segi—Kita lihat dari segi peribadi dia
[seseorang guru] dulu [dahulu]. Dari segi peribadi dia.
Bermula dengan pakaian dia. Itu yang pertama. Yang
kedua dari segi
kemahiran guru untuk mengajar.
51
Mengajar sesuatu matapelajaran. Dari segi dia mahir
dan keberkesanan pengajarannya. P & P. Itu yang
kedua. Secara ringkas lah saya terangkan. Yang ketiga
ialah dari segi kesanggupan guru itu mengorbankan
masanya sebab jadi seorang guru ini, masanya tidak
tentu. Bukannya 'office hour' [waktu pejabat]. Seorang
guru boleh dikatakan 24 jam. Kalau betul-betul lah dan
tidak ada masa cuti. Sebagai seorang guru memang
kalau hari Sabtu, hari Ahad itulah nak digunakan. Jadi
kalau guru
yang
berkorban
membantu
terutamanya
Untuk
berkualiti
untuk
mengadakan
memang dia sanggup
pelajar
mengadakan
aktiviti
pelajar
kelas
berjaya
tambahan.
ko-kurikulum
dan
sebagainya. Dan yang seterusnya kualiti guru ini ialah
dari segi akademik dia [akademiknya]. Seorang guru
mesti mempertingkatkan akademik dia, pengetahuan
dia dari semasa ke semasa. Tu [itu] lah pandangan
saya.
Estiqumah
: Apakah aspek-aspek yang diperlukan untuk menjadi
seorang pendidik yang baik?
52
En. Deraman
: Dari segi aspek-aspek ini—Ini macam sama yang tadi
juga. Aspek-aspeknya yang pertama cikgu—Dari segi
seorang guru tu [itu] mesti peribadi dia [peribadinya]
menunjuk sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru
kepada
pelajar-pelajarnya
dan juga guru—Seorang
guru mesti bertanggungjawab kepada rakan sejawat.
Kena bertanggungjawab pada rakan sejawat juga. Guru
tidak boleh memperkecilkan guru lain. Dia [guru] kena
jaga maruah guru lain. Ini sebagai satu etika. Seorang
guru dia ada etika juga [Seorang guru juga mempunyai
etika].
Etika
pendidikan.
Mesti
jaga
etika-etika
perguruan. Jadi, sebagai seorang guru, aspek yang
perlu diutamakan ialah hubungan guru dengan pelajar.
Mesti baik. Cara mengajar tu [itu] mesti yang berkesan.
Penggunaan bahasa-bahasa yang baik. Tak [tidak]
boleh untuk guna bahasa-bahasa kesat kepada pelajarpelajar yang nakal, pelajar-pelajar yang selalu tak
[tidak] hadir. Tak [tidak] boleh kita nak guna perkataan
yang boleh menyinggung perasaan pelajar-pelajar.
Sebagai seorang guru juga, mesti ada hubungan yang
baik—Guru biasa dengan pihak atasan. Itu penting.
Hubungan yang baik. Perhubungan dua hala di antara
53
guru dengan pentadbir. Yang seterusnya guru juga
seharus ada hubungan yang baik dengan ibubapa.
Kalau ibubapa datang, kita kena layan dengan baik.
Sebagai
seorang
guru—Untuk
berbincang
tentang
masalah anak-anak mereka di sekolah ini. Sebagai
seorang guru yang baik juga—Tu dari segi nilai-nilai
peribadinya sendiri. Mesti dipeliharalah, dijaga dan dari
segi ilmu pengetahuannya perlu dipertingkatkan.
Estiqumah
: Bagaimanakah pandangan cikgu mengenai masalah
prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terutama
pelajar Melayu
lelaki
yang
rata-rata lebih
rendah
prestasi berbanding pelajar perempuan ?
En. Deraman
: Ok. Terima kasih. Ini satu soalan yang bagus. Pada
pandangan
saya,
masalah
prestasi
akademik
di
kalangan pelajar-pelajar lelaki Melayu ni [ini] memang
satu isu di peringkat kebangsaan. Dari segi pelajarpelajar Melayu keseluruhannya di antara lelaki dan
perempuan
-
memang
berbanding
dengan
pelajr-
pelajar keturunan lain terutamanya di sekolah luar
bandar, kita nampak macam ketinggalan. Terutamanya
yang lelaki. Prestasinya lebih rendah berbanding denga
54
perempuan. Ini kerana beberapa faktor. Yang pertama,
keadaan sekeliling sekarang. Banyak peluang-peluang
mereka ataupun faktor tarikan mereka pada masa
persekolahan , pada masa lepas sekolah. Mereka
tertarik kepada perkara-perkara lain di tempat-tempat
lain sehingga menyebabkan mereka ponteng. Itu satu
sebab. Contohnya mereka dengan rakan sebaya keluar
ke pusat-pusat video game, pusat-pusat yang ada
internet dan sebagainya. Itu faktor dari segi pelajar.
Satu perkara. Pelajar lelaki terutamanya.
Yang kedua, ini yang jelas di sekolah ini. Pelajar-pelajar
sekarang
bekerja.
Pagi
mereka
sekolah,
petang
mereka bekerja. Sampai waktu malam. Pukul 10 lebih
atau 11 lebih baru mereka balik. Jadi, mereka tak
[tidak]
ada
masa
untuk
ulangkaji.
Mereka
lebih
tertumpu kepada pekerjaan mencari duit sendiri kerana
tuntutan mereka. Mereka ada handset [telefon bimbit]
sendiri yang lebih canggih daripada cikgu. Mereka ada
motorsikal
sendiri.
Itu
menyebabkan
mereka
lalai
tentang pelajaran terutamanya pelajar lelaki. Yang
seterusnya mereka ni [ini], pelajar lelaki ni [ini] — Ini
biasalah bagi pelajar Melayu terutama lelaki. Malas
55
belajar. Itulah faktor. Malas belajar kerana tidak ada
motivasi daripada keluarga terutama ibubapa kerana
ibubapa mereka kerja. Pergi pagi (awal pagi), baliknya
malam. Kerja. Jadi, tak [tidak] ada ibubapa atau
penjaga yang — Majoritinya macam tu [itu] lah. Banyak
yang tak [tidak] dapat nak meneliti dan mengawasi
anak-anak mereka terutama yang lelaki lah. Jadi, itu
beberapa faktor yang
menyebabkan
pelajar-pelajar
Melayu umumnya dan khasnya pelajar-pelajar lelaki.
Mereka kurang berminat terhadap pelajaran kerana
faktor-faktor tersebut di antaranya.
Estiqumah
: Apakah pendapat cikgu pula mengenai graduan
pendidikan sekarang yang gemar memilih penempatan
sendiri selepas tamat pengajian?
Contohnya tidak
mahu ditempatkan di kawasan pedalaman?
En. Deraman
:
Pada pendapat saya, graduan pendidikan sekarang
ni [ini] gemar memilih lokasi-lokasi tertentu sahaja — Itu
memang
tidak
sepatutnya
seorang
pendidik,
dia
berlaku
[graduan]
sebab
mesti
sebagai
menerima
walaupun di mana sahaja ditugaskan. Jadi, sepatutnya
kita terima. Sebagai pendidik, sebagai cikgu, sebagai
56
guru,
kita
mesti
terima
sepenuh
hati.
Walaupun
dihantar ke kawasan paling jauh di pedalaman sebab
niat kita adalah untuk menjadi seorang pendidik. Pada
peringkat awal, sepatutnya kita sanggup pergi ke mana
sahaja yang diarahkan sebab itu pengalaman. Mencari
pengalaman
yang
sebegitu
mahal.
Tidak
ternilai
berbanding dengan mereka di kawasan yang senang,
tidak mengalami kesukaran.
Jadi, kalau kita nak memilih, nak cari kawasan yang
senang-senang sahaja, itu tidak menepati dari segi
seorang
pendidik.
Sebagai
seorang
guru
untuk
mendidik walaupun di mana sahaja, pada siapa sahaja.
Memang semua orang nak yang senang . Jadi, yang
penting pengalaman di tempat jauh, di luar. Kesusahan
itu memang ramai yang tak [tidak] boleh dinilai.
Estiqumah
:
Adakah
kerajaan
keadaan
untuk
ini
akan
menaiktarafkan
merencatkan
tahap
usaha
pendidikan
sekolah di pedalaman?
En. Deraman
: Pada pendapat saya, tidak. Jika tidak ada guru yang
nak pergi ke kawasan pedalaman — Tapi [tetapi] saya
57
rasa sekarang hanya segelintir sahaja yang tak nak
[tidak mahu] pergi. Nampak sekarang ramai yang pergi
walaupun perempuan. Mereka sanggup pergi ke
kawasan pedalaman di Sarawak contohnya. Menaiki
bot beberapa jam. Mereka sanggup. Saya rasa tidak
ada. Ini hanya kes-kes terpencil, yang tak nak [tidak
mahu] pergi ni [ini]. Saya rasa ini tidak akan
merencatkan kerajaan untuk menaiktarafkan tahap
pendidikan sekolah di pedalaman sebab sekarang ni
[ini] banyak insentif-insentif yang kerajaan berikan.
Kalau pedalaman tu [itu] terlalu jauh, kerajaan telah
menyediakan dan
memberi
elaun
susah.
Elaun
kesusahan. Sehingga mencapai RM1500 sebulan.
Masa sekarang ni [ini], masalah itu tidak timbul lah.
Estiqumah
: Hubungan antara guru dan ibubapa amat penting bagi
menjamin mutu pendidikan anak-anak mereka. Apakah
pendapat cikgu berhubung perkara ini?
En. Deraman
: Ini memang tidak dapat dinafikan. Hubungan ibubapa
dengan guru, hubungan ibubapa dengan sekolah
memang penting. Oleh itu, ada Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG). Jadi, hubungan yang perlu ada atau
58
wujud iaitu contohnya ibubapa perlu diberi kesedaran
bahawa anak-anak mereka yang berada di sekolah
bukan hanya tanggungjawab guru-guru sahaja untuk
mendidiknya. Ibubapa seharusnya sekali-sekala datang
ke sekolah untuk bertanya khabar tentang anak-anak
mereka
kepada
guru-guru
kelas
masing-masing.
Hubungan itu amat penting. Jika ibubapa datang,
anaknya
tahu
ibubapanya
datang
jumpa
guru,
hubungan yang baik itu boleh memberi semangat
kepada
anak-anak
mereka
untuk
terus
belajar
mempertingkatkan lagi minat mereka untuk belajar.
Masalahnya sekarang, ramai ibubapa tidak berbuat
demikian.
Hanya apabila dipanggil kerana kes-kes
disiplin sahaja baru ibubapa datang. Ni [ini] satu
perkara yang kurang
pendidikan
anak-anak,
baik. Kalau untuk menjamin
mereka
seharusnya
—
Di
sekolah rendah mereka pergi tapi [tetapi] di sekolah
menengah,
sudah
berubah.
Dah
[sudah]
terbalik.
Mereka jarang datang ke sekolah menengah untuk
bertanya khabar anak-anak mereka. Jadi, bagi sekolah
menengah, saya sebagai pentadbir di sekolah memang
berharap sangat ibubapa datang ke sekolah untuk
59
berjumpa guru-guru matapelajaran, guru kelas, guru
disiplin dan sebagainya berkait dengan anak-anak
mereka
sebab
mereka anggap anak mereka dah
[sudah] besar. Tak [tidak] perlu datang ke sekolah.
Kalau ada apa-apa, terus melalui anak mereka. Itu satu
kesilapan.
Estiqumah
:
Sekarang
kita
beralih
kepada
pengalaman dan
sumbangan cikgu di dalam bidang perguruan. Adakah
cikgu
pernah
menjawat sebarang jawatan
penting
sepanjang bergelar sebagai seorang guru?
En. Deraman
: Sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru, jawatanjawatan yang pernah saya pegang ialah seperti Guru
Kanan Matapelajaran, Penolong Kanan, seterusnya
sekarang sebagai pentadbir.
Estiqumah
: Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai
pentadbir ataupun sebagai pengetua di sekolah ini?
En. Deraman
: Saya — Ini sudah masuk 3 tahun lah. Masuk 3 tahun
lah.
60
Estiqumah
:
Bolehkah
cikgu
ceritakan
perbezaan
sistem
pendidikan pada zaman dahulu dan sekarang?
En. Deraman
: Perbezaan sistem pendidikan ni [ini], pada asasnya
tak [tidak] ada tapi [tetapi] dari segi sistem pendidikan
sekarang ni [ini] lebih kepada — Kalau zaman dahulu,
sistem pendidikannya tertumpu di dalam kelas itu. Guru
bercakap da guna kapur saja [sahaja] tapi [tetapi]
sekarang ni [ini] dah [sudah] banyak bantuan dari segi
ICT dan semua. Jadi, itu dari segi perbezaannya. Dari
segi peralatan. Dari segi penekanan, ia juga berbeza.
Kita sekarang ni [ini] lebih menekankan kepada sains.
Pendidikan sains, sehingga ada kadarnya. 60% sains,
40% sastera. Jadi, kita lebih kepada itu. Sekarang ini
kita lebihkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris
terutamanya pada mengajar matapelajaran sains dan
matematik. Itu berbeza. Kalau dulu, tak [tidak]. Semua
Bahasa
Melayu
saja
[sahaja].
Dari
segi
tenaga
pengajar pun sekarang — dalam pendidikan sekarang
ni semua guru, semua tenaga pengajar yang berijazah.
Semua lepasan ijazah pertama.
61
Estiqumah
:
Apakah
anugerah-anugerah
yang
pernah
cikgu
terima?
En. Deraman
: Anugerah-anugerah tu [itu] - Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang tu [itu] lah. Dah [sudah] 2 kali terima.
Estiqumah
Bolehkah
cikgu
ceritakan
pengalaman
dan
sumbangan cikgu sepanjang terlibat dalam bidang
perguruan ini ?
En. Deraman
: Pengalaman dan sumbangan. Pengalaman saya dari
segi mengajar. Itulah pengalaman mengajar di Sabah,
di Kelantan dan juga Selangor. 3 negeri dan 6 sekolah.
Sumbangan saya dalam bidang perguruan - dari segi
sumbangan, saya rasa tak [tidak] ada banyak sangat.
Tu [itu] lah saja [sahaja]. Beri-beri ceramah, tentang
ceramah motivasi, cramah dari segi perkembangan
'staff (kakitangan) kepada cikgu-cikgu. Kemudian, beri
ceramah dalam kursus. Itu saja [sahaja] lah.
Estiqumah
:
Sekarang
kita
beralih
kepada
pengalaman,
sumbangan dan Iain-Iain. Adakah cikgu pernah terlibat
dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan ?
62
En. Deraman
: Dalam aktiviti kemasyarakatan — dari segi aktiviti
kemasyarakatan ni [ini] memang saya pernah terlibat.
Dari
segi
program-program
gotong
royong
yang
diadakan di kampung-kampung, di masjid-masjid. Itu
biasa tiap-tiap tahun ada.
Estiqumah
: Adakah cikgu pernah dihantar ke mana-mana untuk
menyertai
sebarang
program
dan
kursus
secara
peribadi?
En. Deraman
: Ini tentang kursus - program kursus secara peribadi ni
[ini]
memang
ada.
Dulu
sebelum
saya
menjadi
pentadbir, saya aktif dalam alam sekitar. Pendidikan
alam sekitar. Saya pernah kursus di beberapa tempat
contohnya di
pulau Tioman selama seminggu, di
Genting Highland seminggu dan di beberapa tempat
yang lain dan juga pernah ditawarkan ke luar negara
tapi [tetapi] saya tak [tidak] pergi sebab ada masalah.
Itu pada tahun 90-an dan program kursus secara
peribadi ni [ini], sebelum saya jadi pentadbir, saya
ditawarkan
untuk
membuat
Master.
Master
Kepengetuaan selama 2 tahun. Setahun di Institut
Aminuddin
Baki.
Kursus di sana selama setahun
63
membuat Diploma Pengurusan dan Sijil Kepengetuaan
dan
di
Universiti
Malaya
untuk
membuat
Master
Kepengetuaan.
Estiqumah
: Apakah erti perkataan 'guru' pada pandangan cikgu?
Adakah cikgu mempunyai definisi yang cikgu sendiri
terhadap perkataan 'guru'?
En. Deraman
: Pada saya, perkataan 'guru' tu [itu] sendiri adalah satu
perkataan yang memberi banyak sumbangan. Banyak
hikmah. laitu kalau disebut 'guru', terbayang pada kita
sebagai
seorang
yang
menjadi
penunjuk
arah
terutamanya kepada para pelajar. Guru, kalau dalam
agama 'Mahaguru'. Orang yang mengetahui banyak
ilmu, dipandang tinggi. Itu saja [sahaja] lah bagi saya.
Guru adalah orang yang dihormati, orang yang berilmu,
orang yang disanjung.
Estiqumah
: Siapakah tokoh yang paling cikgu kagumi dan
menganggapnya sebagai model?
En. Deraman
: Ok. Tokoh ini — Banyak tokoh-tokoh pendidik yang
lepas seperti yang masih hidup macam — Tapi [tetapi]
64
yang lama tu [itu], tokoh-tokoh seperti Tan Sri Murad,
Ketua Pengarah Pelajaran. Yang berjuang tentang
pendidikan ni [ini] sampai beliau meninggal dan tokohtokoh yang sekarang ni [ini] seperti bekas KTPM (Ketua
Pengarah Pendidikan) yang lepas, Dato' Dr. Ahmad
Shukor. Dia menitikberatkan tentang sekolah, tentang
keceriaan sekolah, tentang apa yang ada di sekolah
mesti berfungsi. Itu yang penting. Kalau ada kipas,
mesti
ada,
bersih,
berfungsi.
Dia
menitikberatkan
perkara itu. Bila sekolah yang tak [tidak] ada cermin,
mesti adakan cermin, tingkap semua. Itulah sebagai
contoh.
Saya kagum sebab dia sebagai tokoh pendidikan. Dia
titikberatkan dari segi fizikal sekolah sebab itu penting
untuk membantu mewujudkan suasana yang kondusif
di sekolah, menarik supaya seronok belajar di sekolah
sebab sekolah saya
pun,
pentadbir di sini
lebih
mementingkan keceriaan.
Estiqumah
: Apakah pendapat cikgu tentang
mutu pelajaran
sekarang dan apakah yang perlu dipertingkatkan lagi
serta diperbaiki?
65
En. Deraman
: Pada pendapat saya mutu pelajaran sekarang pada
keseluruhannya memang meningkat. Dari segi kualiti,
kuantiti memang meningkat. Kalau dulu mana ada
pelajar-pelajar SPM yang dapat 17A1. Yang terbaru
21A. Jadi, sekarang ini dari segi mutu memang bagus.
Walaubagaimanapun banyak kelemahan lagi. Kita lihat
yang cemerlang, yang gemilang tetapi di sebalik tu [itu]
ramai pelajar-pelajar kita yang gagal. Yang gagal kita
abaikan. Kita tak [tidak] tahu ke arah mana mereka
selepas alam persekolahan. Jadi, saya rasa itu lebih
penting
supaya
berkemampuan
dari
pelajar-pelajar
segi
yang
pendidikan.
kurang
Dari
segi
pelajaran itu perlu diberi tumpuan dan perhatian oleh
pihak kerajaan samada untuk menyediakan peluang
kemahiran kepada mereka supaya masa depan lebih
terjamin. Itulah pendapat saya.
Estiqumah
: Apakah pendapat cikgu tentang sekolah di bandar dan
sekolah di luar bandar atau pedalaman? Perbezaan
yang paling ketara dalam semua aspek.
En. Deraman
: Pada pendapat saya, sekolah di bandar dan sekolah
di luar bandar atau pedalaman, seperti yang sedia
66
maklum, sekolah di bandar dari segi kemudahan asas
agak mencukupi berbanding dengan sekolah-sekolah di
luar bandar dan pedalaman. Jadi, dari segi kemudahan
asas,
kita
nampak
sekarang
ini
kerajaan
cuba
merapatkan sekolah-sekolah di luar bandar iaitu cuba
dibekalkan, diberi dan dibina bangunan yang baik,
standard atau sama dengan sekolah-sekolah di bandar.
Itu
yang
pertama.
Walaubagaimanapun,
Dari
masalah
segi
sekolah
fizikal.
di
bandar
walaupun bangunannya cantik dan sebagainya tapi
[tetapi] akhir-akhir ni [ini] ketidakcukupan bilik darjah
berlaku
di
pertambahan
sekolah-sekolah
pelajar
yang
di
bandar
mendadak.
kerana
Banyak.
Contohnya, di sekolah saya sendiri. Sekarang ni [ini]
ada 5 kelas terapung. Maksudnya, mereka [tidak] ada
kelas tetap.
Mereka terpaksa
belajar di
makmal-
makmal dan bilik khas sahaja.
Yang kedua, dari segi guru-guru. Kalau sekolah di
bandar, ramai guru-guru yang nak mengajar. Suka nak
minta pindah. Mereka mengajar dalam tempoh yang
lama di sekolah-sekolah di bandar tapi [tetapi] di
sekolah pedalaman dan luar bandar, apabila mereka
dihantar ke sana, ditugaskan di sana, tak [tidak] ramai
67
yang nak bertugas lama di kawasan luar bandar.
Masalahnya, sekolah luar bandar ni [ini] kurang guru
yang berpengalaman. Itu satu isu sedangkan di bandar
banyak guru yang berpengalaman. Itu satu perkara
yang penting.
Ok. Yang seterusnya masalah di sekolah di bandar ni
[ini], kadar guru lelaki dan guru perempuan. Kalau
sekolah di bandar, kita dapati bahawa ramai guru
perempuan berbanding guru lelaki. Ini juga memberi
kesan dari segi kawalan disiplin. Kalau guru perempuan
ramai yang tak [tidak] dapat mengawal disiplin pelajar
terutama pelajar-pelajar yang agresif. Itu dari segi
'gender' (jantina) guru. Jadi, gender guru penting juga.
Sekolah di luar bandar, ini dari segi peralatan-peralatan
sudah semestinya tidak mencukupi. Tidak mencukupi
peralatan moden. Walaubagaimanapun, sekarang ni
[ini],
pihak
kementerian
peralatan-peralatan
yang
telah
canggih
mula
di
menghantar
sekolah
luar
bandar.
Estiqumah
: Profesion perguruan dikatakan sering menghadapi
tekanan
tugas
yang
amat
berat.
Media
sering
68
memaparkan tentang segelintir guru yang merokok,
guru yang tidak cergas dan guru yang mengajar
sekadar melepaskan batuk di tangga. Apakah pendapat
cikgu tentang isu ini?
En. Deraman
: Isu ini sememangnya berlaku dalam pendidikan.
Walaubagaimanapun, ia hanya sebilangan kecil sahaja.
Ok. Sebagai contoh guru yang menghisap rokok.
Sememangnya sudah menjadi tabiat mereka dan tabiat
itu susah diubah. Kemungkinan guru-guru mengambil
kesempatan hisap rokok di kawasan sekolah terutama
di bilik-bilik khas, di tandas dan sebagainya. Itu satu
perkara yang sukar untuk dibanteraskan sebab itu
sudah jadi tabiat segelintir guru. Mereka sudah mula
tak
[tidak]
terpaksalah
tahan
sebab
ketagihan
—
Ada
rokok.
juga
Jadi,
mereka
guru-guru
yang
merokok, dia keluar dari kawasan sekolah tapi [tetapi]
ada segelintir tidak.
Guru yang tidak tegas dan guru yang mengajar
melepas batuk di tangga, itu juga dikenali sebagai guruguru yang dianggap sebagai golongan guru - kalau ada
istilah itu, guru yang sudah 'kayu mati'. Saya pun dah
69
[sudah] tak [tidak] ingat istilah tu [itu] sebab guru-guru
ni [ini] mungkin ada masalah peribadi. Ada guru yang
kecewa tidak naik pangkat atau sebagainya. Pada
pendapat saya, isu-isu ini dalam jabatan lain pun ada
tapi [tetapi] oleh kerana bidang pendidikan ni [ini] ramai
dan melibatkan pelajar, hal ini dipandang serius oleh
sesetengah pihak.
Estiqumah
: Pada pandangan cikgu, adakah cikgu rasa guru-guru
pada zaman sekarang lebih beruntung kerana telah
disediakan
keistimewaan
dengan
pelbagai
berbanding
kemudahan
guru-guru
pada
dan
zaman
terdahulu?
En. Deraman
: Ya. Memang betul. Memang saya rasa guru-guru
sekarang memang lebih beruntung sebab sekarang ni
[ini] guru-guru diberi banyak peluang untuk kenaikan
pangkat. Dari segi gaji pun, dah [sudah] tinggi. Terbela
guru-guru sekarang. Guru-guru sekarang memang —
Kalau dulu, guru adalah pekerjaan kelas kedua. Tak da
[tidak ada] pilihan lain. Kerja jadi guru tapi [tetapi]
sekarang ni [ini], profesion perguruan ini telah diminati
oleh
ramai
orang
terutamanya
golongan
wanita
70
dianggap guru ni [ini] kerja yang paling senang. Paling
senang dan paling mudah. Kerjanya separuh hari saja
[sahaja]. Itu anggapan mereka tapi [tetapi] apabila
mereka mengalami sendiri, ada pula yang mengatakan
guru - kerja sebagai guru tertekan dan sebagainya.
71
TAPE 2 SIDE A
Estiqumah
: Apakah kriteria yang perlu ada pada seorang guru
untuk bergelar tokoh guru?
En. Deraman
: Kriteria dan aspek-aspek penting yang perlu ada pada
seorang guru untuk bergelar tokoh guru ialah yang
pertama sekali ialah yang pertama sekali kita lihat dari
segi sumbangan guru berkenaan. Apa sumbangansumbangan yang telah diberi oleh beliau kepada
pendidikan, pendidikan dan bidang pendidikan. Itu yang
penting. Itu yang pertama. Sumbangan-sumbangannya.
Samada sumbangan di peringkat sekolah, di peringkat
negeri, peringkat kebangsaan, itu yang penting. Ok,
yang kedua, ialah dari segi ketokohan guru itu sendiri,
dari segi ketokohannya, peranan para guru. Dia boleh
dianggap sebagai pemimpin. Di kalangan guru dia
sebagai
pemimpin
kepada
guru-guru.
Itu
juga
penting.Yang seterusnya, guru berkenaan disanjung
oleh para pelajar kalau di peringkat sekolah. Disanjung
oleh para pelajar. Itu juga satu kriteria yang penting.
Ok, yang seterusnya guru, seorang guru itu untuk
bergelar sebagai tokoh guru - mempunyai kepakaran
dalam bidang-bidang tertentu. Itu juga satu aspek yang
72
dinilai, boleh dinilai, apa dia kepakaran dia, dari segi
apa, dia pakar dalam bidang apa. Itu juga boleh dikira
sebagai satu kriteria dan aspek yang diambil kira
sebagai tokoh guru, sebagai tokoh guru. Ok, saya rasa
itulah secara umumnya macam tu [itu].
Estiqumah
: Jadi, adakah cikgu rasa anugerah tokoh guru itu perlu
diteruskan dan diperluaskan lagi supaya guru-guru lain
berpeluang untuk menerima anugerah ini?
En. Deraman
: Saya rasa itu memang betullah. Perlu diteruskan,
sebab
sudah
menjadi
penghormatan,
biasanya
tradisi
sebagai
tokoh-tokoh
guru
satu
kalau
peringkat kebangsaan dan negeri tu [itu] guru-guru
yang
telah
bersara
diberi
penghormatan
kepada
mereka sebagai satu pengiktirafan kepada profesion
guru untuk menerima anugerah tokoh guru sebab —
patut dinilai dari segi itulah, sumbagan yang mereka
telah
beri
semasa
berkhidmat sebagai
kakitangan
perguruan. Itu satu perkara yang perlu diteruskan,
sebab sudah jadi satu tradisi.
Estiqumah
: Dewasa ini, kita selalu dikhabarkan dengan isu-isu di
mana guru dan pelajar sering bertelagah. Sebagai
contoh, ada guru yang dipukul oleh pelajarnya atau
73
diugut. Jadi apakah pendapat cikgu berhubung isu
yang berleluasa ini?
En.. Deraman
: Ok, pada pendapat sayalah isu di mana guru dan
pelajar sering bertelagah sehingga guru dipukul dan
sebagainya, ini adalah satu fenomena yang tak [tidak]
sepatutnya berlaku. Sebab dalam alam pendidikan,
sebagai seorang pelajar, sebagai seorang guru, dia
perlu ada proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi di
sini kita lihat macam ada sesuatu yang tidak kenalah.
Contohnya, kita lihat dari segi pelajar. Mereka datang
ke sekolah bukan lagi niat untuk belajar. Mungkin ada
perkara-perkara lain, dan pelajar itu sendiri mungkin
tidak, tidak menjadi agenda utama mereka datang ke
sekolah untuk belajar. Mereka mungkin datang untuk
sesuatu perkara yang lain. Mereka ada kumpulankumpulan
tertentu.
Dan juga
kemungkinan
minat
mereka untuk belajar tu [itu dah [sudah] tak [tidak] ada,
tetapi mereka terpaksa datang ke sekolah. Jadi semasa
berada di sekolah, mereka mungkin tidak memberi
tumpuan kepada pengajaran guru dan mereka cuba
melanggar peraturan-peraturan sekolah. Itu, itu kalau
dilihat dari segi pelajarnya. Di antaranya macam itulah.
74
Sebaliknya di pihak guru, sebagai seorang guru mesti
pandai tackle [memikat] pelajar. Jadi mungkin pelajar
yang jenis macam itu mesti ditackle [dipikat] dengan
cara lain. Dia tak [tidak] boleh secara keras, mungkin
cara berlembut. Jadi mungkin yang berlaku ini guruguru
baru,
guru-guru
yang
ada
masalah.
Kemungkinannya. Jadi itu yang menjadi isu. Sehingga
berlaku insiden-insiden yang tak [tidak] diingini tu [itu].
Itulah pada pandangan saya.
Estiqumah
: Apakah komen cikgu sekiranya ibubapa turut campur
tangan dalam kes-kes seperti ini ?
En. Deraman
: Jika sekiranya ibubapa tu [itu] campur tangan dalam
kes- kes seperti ini, sebenarnya asasnya baik, boleh.
Tetapi cara campur tangan itu hendaklah cara yang
positif lah. Bukannya cara yang negatif. Jadi boleh di —
boleh,
memang
patut
ibubapa
campur
tangan
berbincang dengan pihak sekolah secara diselesaikan
secara - hormat menghormatilah, bukannya secara
negatif, terus buat laporan, terus keluar surat khabar,
terus surat, surat
kementerian.
Jadi
layang
itu
satu
ke
pihak atasan dan
perkara
yang
tidak
75
sepatutnya macam itu. Sepatutntya ibubapa datang ke
sekolah berbincang dengan pihak sekolah terlebih
dahulu, pihak-pihak PIBG, pihak
PIBG, sepatutnya
macam itulah.
Estiqumah
: Jadi, adakah cikgu bersetuju dengan pendapat dan
pandangan bahawa setiap pihak seperti keluarga, guru,
pelajar, dan masyarakat perlu memainkan peranan
penting bagi menangani isu seperti ini?
En. Deraman
: Itu memang, memang, memanglah itu kita punya program
ataupun
di
sekolah
kita
ada
program
pemuafakatan. Memang satu perkara kita ke arah itu.
Sesuatu isu kita selesaikan secara bersama. Itu satu
perkara yang memang kita cuba laksanakan. Jadi cikgu
di sekolah, ibubapa, masyarakat. Jadi perantaraannya
Persatuan Ibubapa dan Guru. Kita memang kita mahu
kes-kes, kalau ada kes-kes macam itu kita nak selesai
secara
bersama,
untuk
—
malah
kita
pernah
melibatkan pihak politik, orang politik pun ada, kita
minta
Yang
Berhormat
juga
bersama
untuk
menyelesaikan masalah isu-isu sekolah. Contohnya,
isu-isu pelajar ponteng. Kita memang kita bekerjasama
76
semua pihak, pihak JKK, pihak RELA, pihak politik,
pihak pendidikan daerah. Kita panggil semua, kita buat
program bersama. Jadi itu satu - , satu landasan yang
sekarang ni [ini] kita sedang laksanakanlah.
Estiqumah
: Adakah cikgu bersetuju yang pelajar zaman sekarang
kini terlalu dimanjakan dengan berbagai kemudahan
dan kemewahan sehingga mereka lupa dan leka
dengan
tanggungjawab
mereka
sebagai
seorang
pelajar?
En. Deraman
: Bagi saya, ada pro dan kontralah. Saya memang
bersetujulah
sekarang
dengan
ni
[ini]
perkara
terlalu
ini.
Pelajar
dimanjakan
zaman
dengan
kemudahan, kemewahan, dan sebagainya sehingga
mereka lupa dan leka tanggungjawab mereka sebagai
seorang
pelajar.
Sebagai
contoh,
pelajar-pelajar
sekarang kalau dating sekolah, kalau di sinilah, dah
kurang nak [hendak] naik basikal. Mereka sekurangkurang
motor,
walaupun
tak
[tidak]
ada
lessen.
Walaupun masih umur — tingkatan satu, masih belum
layak memohon lessen tapi sudah nak [hendak] guna
motor. Itu dari segi kemewahan yang diberi oleh
77
ibubapalah.
Kalau
di
sekolah
pun
sama. Terlalu
dimanja-manjakan. Contohnya, kalau sekarang ini Skim
Pinjaman Buku Teks. Mereka — kalau dulu tak [tidak]
ada buku, mereka tak [tidak] nak [hendak] beli, mereka
tunggu buku teks walaupun mereka banyak wang,
berwanglah. Benda-benda lain mereka boleh beli, tapi
buku teks dan sebagainya mereka tak [tidak] boleh beli.
Tetapi sekarang sememangnya sudah diberi semua
buku teks, itu masalah pula. Mereka [tak] tidak bawa
buku teks. Mereka terlalu nak [hendak] mudah. Datang
sekolah tak [tidak] nak [hendak] berat-berat lagi, tak
[tidak] nak [hendak] banyak buku, banyak beban, itu
satu perkara. Dan di pihak yang lain saya tak [tidak]
setuju kata — bukan semualah pelajar macam itu.
Hanya
segelintir.
Ada juga
pelajar,
sekarang
ini
semakin banyak kemudahan, mereka mungkin rajin
belajar. Itu bergantung kepada latar belakang pelajar itu
sendiri. Latar belakang keluarga dan juga rakan sebaya
mereka. Jadi, ada pelajar yang nak [hendak] belajar
mereka tidak kira. Apa kemudahan yang ada, apa itu,
dia tak [tidak] kira. Dia terus belajar seperti biasa. Tapi
jika pelajar itu tak [tidak] berapa nak [hendak] belajar,
dia buat alasanlah macam-macam. Kemudahan tak
78
[tidak] — , datang sekolah kerana ibubapa tak [tidak]
hantar dan sebagainya. Kemudian di sekolah, sudah
ada kemudahan-kemudahan yang -patut ada, mereka
tak [tidak] datang juga belajar. Ada perpustakaan pusat
sumber, ada macam-macam ada, kelab komputer,
komputer boleh guna. Mereka tak [tidak] datang juga.
Jadi tak [tidak], tak [tidak] semestinya. Jadi pelajar yang
dimanjakan sekarang ini, ada yang lupa, ada yang tak
[tidak] nak [hendak] belajar dan ada yang terus belajar -. Jadi, itu tak [tidak] — itu bergantung kepada peribadi
pelajar dan latar belakang keluarga mereka.
Estiqumah
: Nasihat cikgu kepada guru-guru sekarang?
En. Deraman
:Nasihat saya
pertama
kepada
sekali,
guru-guru
kepada
sekarang
guru-guru
baru
yang
mesti
memahami peranan tugas sebagai seorang pendidik,
core businessnya [tugas utamanya] ialah di bilik darjah,
di
bilik
darjah.
Mesti
mengajar,
mesti,
mesti
mempertingkatkan pengetahuan diri, mencari sebanyak
mana yang boleh pengalaman, di sekolah-sekolah, di
luar sekolah, sebagai seorang guru mata pelajaran,
seorang guru kokurikulum dan sebagainya. Dan yang
79
seterusnya, sebagai seorang guru mesti ada hubungan
yang baik dengan rakan sejawat, itu yang penting,
hubungan yang baik dengan rakan sejawat. Dan juga
hubungan yang baik dengan pihak atas, pihak atasan.
Mesti ikut perintah, ikut arahan, apa yang diarah oleh
pihak atasan mesti diikuti, mesti diikutilah dan yang
seterusnya, mesti ada hubungan yang baik dengan
ibubapa,
para
ibubapa,
masyarakat,
mesti tunjuk
contoh teladan yang baik kepada para pelajar, kepada
para pelajar. Kalau gur tu [itu] guru yang senior, tunjuk
contoh teladan kepada guru yang junior. Itulah nasihat
saya. Jadi, sebagai seorang guru mesti jaga nilai-nilai
kesusilaan, tatasusila, contohnya dari segi pakaian, dari
segi percakapan, tutur kata kepada pelajar-pelajar
hendaklah perkataan-perkataan yang baik. Ok, itu saja.
Estiqumah
: Akhir sekali, apakah harapan cikgu terhadap sistem
pendidikan dan perguruan di Malaysia?
En. Deraman
: Ini terlalu umum ni [ini]. Ini satu (ketawa). Ini saya
ringkas
je
[sahaja]
lah.
Harapan
saya,
sistem
pendidikan dan perguruan di Malaysia ini (gangguan
bunyi pita rakaman) hendaklah apa tu [itu] berkembang
80
mengikut peredaran zamanlah, peredaran masa, itu
yang penting. Kalau guru-guru (bunyi batuk) lama mesti
mengajar mengikut masa [ke] semasa, mengikut semasa. Tak [tidak] boleh nak [hendak] ikut cara lama
lagi. Itu jadi, jadi diharapkan sistem pendidikan dan
perguruan
di
Malaysia
ini
bertambah
ataupun
meningkat dari segi mutunya, pendidikan kemudian
diubahsuai
mengikut
peredaran
zaman,
kemudian
diharapakn memilih bakal-bakal guru tu [itu] yang betulbetul minat — pendidikan dengan bidang pendidikan
supaya tak [tidak] ada yang ingkar perintah, ada yan
tak [tidak] mahu pergi ke luar bandar dan sebagainya,
itu masalahlah tu [itu]. Ok, yang seterusnya, sistem
pendidikan sekarang ini harus berkembang mengikut,
mengikut kehendak masyarakat.
system
pendidikannya
mula
Jika sekarang
menjurus
ke
ini
arah
penggunaan bahasa inggeris, itu — jika sesuai, itu
diteruskan. Jika tak [tidak] sesuai, mungkin boleh
diubahsuaikanlah. Dari segi perguruan di Malaysia,
diharapakan banyaklah lagi kemudahan-kemudahan
ataupun perkara-perkara kebajikan terhadap guru-guru,
peluang-peluang naik pangkat kepada gur-guru rasa
perlu diperbanyakkanlah lagi supaya lebih ramai, lebih
81
menarik profesion perguruan ini kepada masyarakat.
Ok, sekian terima kasih.
Estiqumah
: Dengan berakhirnya soalan itu tadi, berakhirlah sudah
sesi wawancara kita pada pagi ini. Kerjasama dan
kesudian yang diberikan daripada Encik Deraman Bin
Abdullah
dalam
(gangguan
bunyi
kertas
soalan
disusun) sesi wawancara ini diakhiri dengan ucapan
terima kasih daripada kami.
En. Deraman
: Ok, sama-sama.
82
LOG TEMUBUAL
Time
0.44
Subject
Tempat asal tokoh
Nouns
Chengal,
Kampung
Ketereh,
Kota Bharu, Kelantan.
0.54
Tempat tinggal tokoh
Teluk Kapas, Rantau Panjang,
Klang
0.71
Nama ibu dan bapa
tokoh
Abdullah Bin Jusoh dan Siti
Minah Binti Che Lah.
2.22
Nama isteri tokoh
Rosmah Binti Sulaiman
3.23
Nama anak-anak tokoh
Ahmad Lukman, Ahmad
Muhsin, Ahmad Bazli, Ahmad
Zulkarnain dan Ahmad
Muinuddin.
6.24
Pendidikan awal tokoh
Sekolah Kebangsaan Kampung
Chengal, Kadok, Kota Bharu,
Kelantan.
9.36
Pendidikan sekolah
i.)
menengah tokoh
Sekolah Agama
Madrasah Sa'adatul
Qurabut
ii.)
Sekolah Menengah
Kebangsaan Ketereh.
83
Pemikiran Profesional Keguruan
Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran*
oleh
Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid
Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Guru merupakan agen perubahan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di
sekolah. Guru merupakan titian antara hasrat dan realiti. Guru bertindak berpandukan
pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang. Tahap
profesionalisme guru khususnya tahap pemikiran diri mempengaruhi 'bagaimana' guru
memberi makna kepada kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Satu kajian temuduga
terpimpin dan tinjauan pemerhatian dilakukan terhadap bakal guru dan guru dalam
perkhidmatan di sebuah IPTA. Kajian bertujuan meninjau tahap profesionalisme
keguruan responden dari empat aspek profesionalisme yang di kenal pasti. Tahap ini
juga berhubung dengan kekangan dan peluang guru menterjemah kurikulum. Kajian
mendapati tahap profesionalisme masih di tahap serdahan dan mencadangkan guru
perlu dibekalkan dengan kefahaman tentang kurikulum dan pengajaran agar dapat
memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap
profesionlisme keguruan.
Pengenalan
Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada
pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap
sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan
amalan dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam
dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang
dipegang oleh guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan 'bagaimana' guru
memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah.
Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif
dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.
Bertitik tolak daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar merealisasikan
perlaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen
penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan
kurikulum. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan
sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini
disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini
berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu
mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan
terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat
dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembang
potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus.
Permasalahan
Institusi 'melahirkan' guru telah membekal dan 'melambak' guru setiap tahun ke pasaran.
Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia untuk mengharungi
profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang tinggi untuk seorang
guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian pendidikan
belum boleh menjamin tahap profesional guru itu. Persoalan yang boleh dibangkitkan
ialah sejauh mana guru-guru ini atau guru yang sedia dilantik di sekolah benar-benar
bertingkah laku dan berpemikiran professional?
Tata laku 'sumbang' guru kerap dipaparkan di media massa. Profesion guru dikatakan
amt 'tenat' dan guru sedang menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Sering
didedahkan dengan laporan tentang segelintir guru merokok, guru tidak cergas , guru
tidur dalam kelas, guru selalu datang lewat ke sekolah dan guru mengajar sekadar
melepas batuk di tangga. Keupayaan guru mengajar diragui. Lebih merisaukan
kedapatan laporan sekolah yang mempersoalkan kewibawaan guru-guru pelatih sewaktu
menjalani Praktikum atau Latihan Mengajar di sekolah. Juga kedapatan guru-guru yang
merungut diminta mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen pengajian diri. Pelajarpelajar yang mengambil program pendidikan di IPTA, khususnya juga dipersoalkan
kemurniaan niat dan cita-cita kerjaya diri. Adakah pelajar menjadi pendidik sebagai
pilihan terakhir kelayakan yang ada atau menyahut kemerunduman ekonomi semasa?
Timbul semacam sewaku kekalutan terhadap profesion ini ketika ini. Adakah profesion
keguruan ini sedang menghadapi 'krisis identiti' profesionalisme dan semakin terhakis
kepercayaan masyarakat terhadap profesion ini?
Guru bertindak sebagai penyebar kurikulum. Kurikulum merupakan nadi utama
pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah bertujuan
mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks Malaysia, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting membimbing pembelajaran pelajar
ke arah memaksimakan potensi diri masing-masing. Kurikulum juga dilihat sebagai
hasrat, pelan atau preskripsi mengenai 'apa' diingini berlaku di sekolah. Dalam bentuk
pemahaman yang mudah kurikulum menghubungkan antara hasrat dengan relaiti.
Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah ideologi atau
pengetahuan penyebar [guru]. Ideologi boleh difahami sebagai premis nilai tentang
perkara-perkara yang membawa kepada penggubalan pendidikan. Ini mencerminkan
tentang perkara yang bernilai atau bermanfaat dipelajari pelajar di sekolah. Dua konsep
penting berkait dengan ideologi ialah nilai dan kepercayaan. Urutan daripada ini ialah
bagamana guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam dengan ideologi
[nilai dan kepercayaan]yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri.
Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu
jenis-jenis tingkah laku guru, sebab tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka,
pegangan kepercayaan [dan nilai] guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan
pemikiran yang difikirkan memberi manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan
ini mempengaruhi pengajaran untuk pelajar di bilik darjah guru berkenaan.
Akhirnya, sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau
kegagalan penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha,
ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana. Guru perlu
mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru ini
akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai 'pengusaha' terbaik menterjemahkan
pengajaran menyebar kurikulum.
Terdapat tiga jenis kurikulum; kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang beroperasi
dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum dihasratkan bersifat ideologi, kurikulum
beroperasi mencakupi pengetahuan kemahiran dan nilai yang disusun dan dilaksanakan
oleh guru di bilik darjah. Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang telah
diperolehi pelajar hasil kurikulum beroperasi. Ternyata kurikulum yang beroperasi
sangat berpengaruh dan guru yang diberi mandat bertindak sebagai 'jurutera' membentuk
pemikiran pelajar hasil pancaran pemikiran professional guru itu sendiri. Persoalannya,
sejauh mana tahap profesionalisme pemikiran guru mengoperasikan kurikulum?
Metod
Kertas kerja ini disediakan berdasarkan soalan-soalan temuduga terpimpin yang
dikemukakan kepada sekumpulan 46 orang pelajar yang sedang mengikuti program
sarjana muda pendidikan di salah sebuah IPTA tempatan. Semua pelajar berada di
semester akhir pengajian masing-masing. Sebelas orang pelajar adalah pelajar lulusan
STPM atau setaraf dengannya dan selebihnya ialah pelajar rancangan pendidikan guru
dalam perkhidmatan yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama.
Guru-guru dalam perkhidmatan memberi respon masing-masing terhadap soalan yang
diberikan berdasarkan pengalaman diri sebagai guru bukan siswazah dan sebagai pelajar
IPTA, manakala responden lain memberi respon berdasarkan pengalaman diri sebagai
pelajar baik sama ada di sekolah, kolej atau di IPTA berkenaan. Setiap pelajar
ditemuduga secara berasingan selama 2 0 - 3 0 minit daripada jadual yang disusun khas.
Tiada sebarang rakaman audio dilakukan.
Setiap respon pelajar dicatat dan
dikategorikan. Hasil daripada temuduga itu, kandungan dikelompok kepada beberapa
kategori kecil. Kategori-kategori kecil ini dikenal pasti dan dikelompok kepada beberapa
kategori besar mewakili kategori kecil ini. Akhirnya kesemua respon ini boleh
dikelompokkan kepada 4 elemen profesionalisme profesion yang besar. Empat elemen
profesionalisme profesion kajian yang dikenal pasti adalah;
i.
persediaan profesional
ii.
sikap profesional
iii.
pembangunan kerjaya profesional
iv.
pemikiran professional
Sementara itu, pemerhatian dilaksanakan semasa sesi pembentangan makro pelajar.
Setiap sesi melibatkan dua orang pelajar. Pelajar dipasangkan secara rawak. Setiap
pasangan diberi tajuk pembentangan yang mengambil masa 20 minit setiap sesi.
Pemungutan data bagi sesi ini dilaksanakan oleh penyelidik berdasarkan senarai 4
kategori yang disediakan. Sesi pemerhatian tertumpu kepada mengidentifikasi aspek
terjemahan kurikulum guru sewaktu pembentangan. Berikut dilaporkan dapatan kajian.
Fokus utama kajian ialah mentaksir permikiran profesional guru atau responden kajian
sewaktu sesi pembentangan itu berlangsung. Dapatan kajian telah didigeskan bagi
memudahkan perbincangan dilaksanakan.
Pemikiran dan Profesionalisme
Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan
seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk kepada permasalahan yang
dibangkitkan maka, ini bermakna pemikiran guru merupakan faktor penting menentukan
variasi pendidikan. Pemikiran ini sangat berpengaruh dalam enviromen pembelajaran
yang dicipta oleh guru.
Hal ini melibatkan 'bagaimana' guru mengumpul,
mengorganisasi, menginterpretasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Semasa
aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan professional, kemahiran 'in-action' dan
refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting peranan guru
menentukan 'apa' yang difikir guru dengan 'apa' yang dilaksanakan serta memahami
penenrimaan dan penolakan kurikulum terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran
guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi
antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian
pelajar.
Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai
keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan
ahli professional yang bebas dari kokongan dan cara 'tradisi' mengidentifikasi dan
menyelesaikan masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen
penting pemikiran diri ialah keupayaan untuk membezakan antara membuat 'conscious
reflection' dengan 'recognition of conflicting values'. Secara mudah dapat membuat
refleksi yang adil dan seimbang tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran diri.
Pemikiran guru akan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratlkan terlaksana.
Hal ini berkaitan dengan kepecayaan, pemikiran, pertimbangan, pengetahuan dan
keputusan guru. Dalam perkara ini, 'bagaimana' guru memikirkan kurikulum dan
pelabagai interaksi yang berlaku dalam proses perlaksanaan kurikulum akan menjelaskan
jurang yang wujud antara ekspektasi guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran
sebenar.
Memahami pemikiran guru juga bermakna mengetahui bahawa 'apa' yang dibuat guru
dipengaruhi pemikiran guru itu sendiri. Kefahaman tentang pemikiran guru ini juga
meningkatkan kefahaman tentang penenrimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu
inovasi dan menggambarkan kesediaan guru untuk menerima dan mengadaptasi
kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang wujud disekitar guru. Sekaligus tahap
profesionalime guru boleh dibaiki dan ditingkatkan.
Dapatan
a. Kesedaran tentang perubahan dan amalan pedagogi yang tidak dirancang teliti
tetapi sebaliknya hanya berdasarkan pemahaman konsepsi guru semata-mata
amatlah 'merbahaya' dan kerap menerima kegagalan atau penerimaan yang
'songsang' oleh penerima.
Maka, penyebaran kurikulum melalui pemikiran guru harus cuba menghampiri
kontekstual keperluan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengwujudkan
hasrat pradigma progresif khususnya meliputi 'apa' yang dihasratkan dengan ruang
litup pemikiran guru tentang pendidikan, konsepsi teori dan amalan, organisasi
sekolah dan peranan guru dan sekolah dengan masyarakat.
b. Guru berpengalaman tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang
kandungan pelajaran dan guru baru pula mempunyai pedagogi yang terbatas bagi
menentukan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Pengetahuan yang kukuh
akan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik konsep dan proses
menimba ilmu bagai sesuatu subjek di sekolah jika di sulam dengan pedagogi
terbaik dan terpilih.
Maka, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang
mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah
i.
pengetahuan isi kandungan
ii.
pegetahuan pedagogi am
iii.
pengetahuan kurikulum
iv.
pengetahuan konten pedagogi
v.
pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri
vi.
pengetahuan konteks penting
vii.
pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.
c. Guru memiliki pengetahuan professional yang serdahana bagi melaksanakan
tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan professional ini perlu bagi
memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan
keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik
darjah.
d. Guru tidak memiliki 'kraf yang memadai sebagai seorang guru. Kraf adalah
sesuatu yang unik dan dimiliki sebagai kemahiran atau pengetahuan individu itu.
Kraf juga boleh difahami sebagai kemahiran praktikal kreativiti guru. Kraf
terbina hasil kebijaksanaan guru menggunakan pengetahuan, kemahiran serta
pengalaman melaksanakan penyebaran kurikulum yang dihasratkan. Secara
mudah kraf adalah hasil interaksi antara pengetahuan professional dengan
pengetahuan peribadi seorang guru.
e. Guru sebagai ahli professional yang 'conformist' iaitu yang lebih mudah
berperanan sebagai penerus tradisi daripada bersifat kreatif atau innovatif.
Tambahan pula dunia guru tidak memberi peluang yang banyak kepada
penerimaan terhadap perubahan.
f. Guru bersifat seperti pembina yang menurut spesifikasi yang ditetapkan bukan
sebagai seorang yang boleh mengubah suai dan pencipta baru. Guru perlu
bertindak sebagai pembina yang membina insan pelajar bukan robot matrix yang
taat dan setia tanpa pemikiran.
Hal ini berhubungan dengan kompleksiti bilik darjah yang mengakibatkan guru perlu
kepada konsep 'survival' untuk meneruskan aktiviti pengajaan dan pembelajaran di
bilik darjah. Survival bermaksud guru perlu meneruskan 'apa' yang diketahui dan
dapat dilaksanakan dengan apa yang dihasratkan. Kepuasan tidak semestinya
diperoleh dengan ketepatan menepati apa yang dihasratkan. Persepsi dan survival
guru akan terlihat sewaktu penyebaran kurikulum dilaksanakan.
g. Penerimaan terhadap sesuatu kurikulum itu bukan suatu isu, yang lebih penting
ialah pelaksanaannya. Bagi memastikan perlaksaaannya berkesan, guru perlu
mengenal pasti kekangan dan peluang yang wujud bagi dimanipulasikan
sebaiknya mencapai hasrat kurilum itu sendiri.
Pengecaman ini bermula pada peringkat bilik darjah lagi seperti ruang, peralatan, sais
kumpulan pelajar yang diajar, pembahagian pelajar kepada aliran, kuantiti dan
sumber diperolehi, masa pengajaran dan peperiksaan mampu membentuk rangka
kekangan dan peluang bagi guru membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat
khususnya tentang kandungan pelajaran, kaedah, organisasi kelas, penggunaan masa,
peranan setiap pelajar, kumpulan dan susunan fizikal kelas. Seterusnya faktor fizikal
seperti bangunan, kemudahan dan peralatan, keadaaan social dan psikologikal lokasi
pengajaran.
h. Batasan dan limitasi diri meliputi keupayaan, latihan dan tingkah laku. Jika perlu,
hal yang melibatkan polisi pendidikan secara am dan paling kritikal aspek
pelanggan seperti latar belakang, umur, sikap dan keupayaan dan juga perhatian
perlu untuk memaksimakan peluang dan mengurangkan kekangan.
i.
Terdapat tiga masalah utama mengukur pemikiran professional guru. Pertamanya
guru tidak sedar akan pemikiran dan kepercayaan diri. Kedua guru tidak
melafazkan pemikiran tersebut dan kekurangan kosa kata mendeskripsikan
pemikiran tersebut. Akhirnya, guru menolak kepercayaan yang tidak popular atau
mempunyai konotasi yang negatif.
j.
Guru berpengalaman dapat mengidentifikasi, meninterpretasi dan menganalisis
corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur. Guru baru
tidak sedar perkara ini dan tertakluk kepada pengetahuan 'declarative'
menyelesaikan masalah bilik darjah. Guru baru bertindak dalam cerminan diri
sebagai pelajar.
Epilogue
Ringkasnya, semua catatan ini meliputi aspek-aspek terpenting merangkumi
kurikulum, pengajaran, enviromen bilik darjah dan organisasi. Kurikulum yang
'rigid' menghadkan penyebaran. Guru yang tiada 'kraf menyukarkan perlaksanaan
kurikulum kerana terlalu 'patuh' kepada peraturan yang menyekat kreativiti dan
inovasi. Enviromen bilik darjah sebagai kekangan rutin guru dan kelansungan kepada
oragnisasi dan pentadbir.
Maka, isu terpenting ialah pemikiran professional guru itu harus didasari dengan
tuntutan kehendak, tututan tugas, dan persepsi tugas guru terhadap tugas tersebut.
Persepsi ini menjadi dasar kepada penerimaan atau penolakan terhadap kurikulum.
Guru harus menganggap diri sebagai agen yang aktif dalam perkembangan
professional diri. Guru mampu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang
memimpin tingkah laku dalam sesuatu situasi. Guru melihat diri sebagai autonomous
dan menganggap pengajaran sebagai bernilai, kompleks dan satu profesion yang
mempunyai tuntutan yang tinggi. Guru harus dapat memokus pemikiran kepada
pengajaran yang telah dirancang [termasuk semua prosedur pengajaran] dan bertindak
merubah keputusan apabila rutin 'diganggu' atau pelajar tidak menunjukkan respon
yang sesuai.
Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai 'praktis intuitif dan
konsep 'bertindak dan refleksi berkadar keadaan' menghadapi kemungkinan bilik
darjah yang sentiasa berubah. Pemikiran professional guru harus mempunyai
konstruk tersendiri terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi
yang mendasari pemilihan tindakan masing-masing.
Kajian ringkas ini menyimpulkan bahawa pemikiran guru terhadap kurikulum dan
pengajaran sangat kompleks dan pengetahuan 'apa' yang diketahui guru dengan
'bagaimana' dan refleksi pemikiran guru sangat kritikal melaksanakan kurikulum
yang dihasratkan. Namun, guru yang professional sentiasa memikirkan minat dan
kepentingan klien guru, pelajar di sekolah.
Dicadangkan guru diberi pengupayaan dengan keistimewaan dan status. Guru-guru
yang telah menjalani satu tempoh latihan yang mencukupi, memperoleh ilmu
pengetahuan yang mencukupi dan berdedikasi melaksanakan tugas patut menyedari
tuntutan profesional profesion ini. Guru harus sedar akan perubahan peranan, keadaan
yang memerlukan reformasi dan etika komuniti dalam masyarakat kontemporari.
Guru yang dapat membawa diri ke tahap professional, kemungkinan besar menikmati
tahap kejayaan yang lebih baik dan hasrat profesion akan lebih tersusun dan teratur.
Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan
pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang
kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan
profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam
pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma
melalui amalan penyelidikan yang kukuh.
Guru bersikap terbuka dan tidak
mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebabmusabab melaksanakan tugas ini.
Ternyata pemikiran professional guru merupakan terjemahan konstruk
profesionalisme masing-masing. Konstruk pemikiran diri terhadap diri, rakan
sejawat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengetahuan dan
enviromen persekolahan menjelaskan sejauh mana falsafah peribadi profesionalisme
guru. Pancarkan ketokohan profesionlisme guru.
Rujukan
Claderhead, J. (1987). (Ed). Exploring Teachers' Thinking. London, Casell.
Janet, P. & Jerome, Q. (2003). Contemporary Sp Management. Champaign, Human
Kinetics.
Kagan, DM & Tippins, DJ. (1991). How teachers' classroom express their
pedagogical beliefs. Journal of Teacher Education. 42 (4), 281-291.
Page 1 of 2
Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
Memartabatkan Profesion Keguruan
Tanggungjawab Bersama
Oleh Dato' Dr. Haji Abdul Malek Md.
Hanafiah (Pengerusi Jawatankuasa
Agama Islam dan Pendidikan Negeri
Perak)
PROFESION perguruan atau bekerja
sebagai guru adalah antara beberapa
jenis pekerjaan yang penting dalam
proses
pembangunan
manusia,
masyarakat dan negara. Malahan
profesion
perguruan
merupakan
profesion yang paling utama di dalam
proses hidup manusia kerana ia
membabitkan proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu-individu,
anggota keluarga dan masyarakat.
Dalam Islam, proses penyerapan ilmu
adalah sesuatu yang wajib yang
diperintahkan oleh Allah Subhanahu
Wataala kepada kita melalui ayat AlQuran surah Al-Iqra' iaitu ayat yang
pertama sekali diturunkan kepada
Rasullullah.
Oleh kerana profesion perguruan
tersangat
penting
dalam
proses
pembangunan manusia dan negara,
maka
ianya
adalah
menjadi
tanggungjawab bersama semua pihak
untuk
menjaga,
melindungi
dan
meningkatkan martabat profesion ini
agar integriti dan autoritinya sentiasa
terpelihara, diyakini dan dihormati.
Institusi di dalam profesion ini juga
harus mempunyai
'substance' dan
Pelbagai langkah boleh dimainkan di
dalam pakatan bijak ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
Dari segi kerajaan di samping
peningkatan di dalam kandungan
kursus-kursus pedagogi, pengurusan
dan psikologi yang diberikan kepada
guru-guru melalui Maktab Perguruan,
Institut Latihan Aminuddin Baki dan
kursus-kursus di dalam perkhidmatan
kerajaan
khususnya
Kementerian
Pendidikan haruslah memperkukuh dan
memperkemaskan sistem pengawasan
dan pemantauan ke atas guru-guru
untuk memastikan mereka sentiasa
bertugas dengan betul, berdedikasi
dan
tidak
menyeleweng
dari
tanggungjawab yang diamanahkan.
Tanpa sistem pengawasan yang baik
dan berkesan segala kebaikan di dalam
ilmu-ilmu profesion perguruan akan
menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu,
peranan
kerajaan
(Kementerian
Pendidikan) haruslah bersifat formal,
rigid dan tegas supaya profesion
perguruan ini dapat dimartabatkan
sepanjang masa.
Anggota-anggota masyarakat pula,
khususnya institusi-institusi seperti
PIBG, JKKK, Jawatankuasa Masjid dan
Surau, RELA harus juga sentiasa
berdamping dengan sekolah-sekolah,
guru-guru dan mengambil tahu proses
pendidikan disekolah- sekolah kawasan
masing-masing secara tidak langsung.
Guru lebih menumpukan perhatian
kepada pendidikan formal di sekolah.
Guru hanya bertumpu kepada lebih
kurang 6 jam sehari. Bakinya lebih
kurang 18 jam adalah ditangan
keluarga dan masyarakat. Anggotaanggota masyarakat haruslah memberi
maklumat dan maklum balas kepada
sekolah serta serta memberi kerjasama
di dalam pelbagai aktiviti pembinaan
ilmu yang dijalankan oleh guru dan
file://G:\Nk Print\memartabatkan profesion guru.htm
Akhir sekali, warga guru
sentiasa
berusaha
I
mempertingkatkan kemar
masing-masing di dalam
bidang ilmu. Guru-guru ha
membaca,
meningkatka
pengetahuan di dalam p
am lebih-lebih lagi di da
pengkhususan masing-ma
guru
juga
harus
pendekatan dan kaedah-ka
di dalam proses penyam
supaya cara pengajaran
sentiasa
berubah
da
'stereotype'.
Guru juga harus kembali k
perguruan yang dipelajari
dalam latihan perguruan a
sentiasa
bekerja
dan
tanggungjawab
dengan
amanah
dan
ikhlas.
profesion perguruan seba
profesion yang penting dar
segi agama dan negara.
Tanggungjawab
cintakan
haruslah
diamalkan b
sungguh oleh warga g
memudahkan
mereka r
semangat tersebut kepada
masing-masing. Kesungguh
untuk menjaga kepentinga
perguruan telah dilakukan
masa sejak kita merdeka
yang lalu.
Beberapa laporan dan S
telah diwujudkan ke arah n
perkhidmatan
perguru
termasuklah Laporan Pelaj
Razak, Laporan Abdul Rah
Suruhanjaya Gaji Aziz da
Kabinet. Peruntukan untuk
dan perguruan sejak
Malaysia Pertama hinggal
Rancangan Malaysia Kela
bertambah berpuluh kali ga
1/13/2004
Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
'content' agar peranannya untuk
menjana proses
penyerapan dan
pembinaan ilmu di dalam masyarakat
dapat diperkukuhkan sepanjang masa.
Dalam usaha untuk memartabatkan
profesion perguruan
ini,
suatu
pendekatan yang
bersepadu
dan
pelbagai dimensi haruslah diamalkan.
Kedua-dua pendekatan
ini
boleh
dilaksanakan dengan kerjasama semua
pihak di dalam masyarakat. Bukan
sahaja usaha
berpanjangan
dari
kerajaan tetapi juga sokongan dari
masyarakat, pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan pihak
swasta hams ada suatu pakatan bijak
smart
partnership)
agar
tanggungjawab
meningkatkan
kecemerlangan pendidikan ini dianggap
sebagai tanggungjawab bersama.
Kenapakah dikatakan ianya sebagai
tanggungjawab bersama? Ini adalah
kerana anak-anak yang akan dikendali
atau diajarkan oleh para guru di
sekolah-sekolah adalah anak kita
semua.
Walaupun
para
guru
dipertanggungjawabkan
di
dalam
proses
pendidikan formal di sekolah-sekolah
tetapi sekiranya kita sebagai ibu bapa
dan anggota masyarakat mengambil
sikap tidak ambil peduli maka akhirnya
kita juga akan mengalami kerugian,
mungkin ianya akan menjadi suatu
penyesalan sepanjang hayat.
sekolah-sekolah.
Pertubuhan-pertubuhan
bukan
kerajaan (NGO) seperti PEMADAM dan
pertubuhan-pertubuhan belia seperti
GPMS, 4B, MAYC, Belia Bimbingan,
ABIM, Tamil Bell dan Iain-Iain boleh
juga
menyumbang
ke
arah
memartabatkan profesion perguruan
melalui aktiviti-aktiviti penerangan di
kalangan ahli-ahlinya yang juga terdiri
sebahagian besarnya dari kalangan
guru-guru
muda.
Aktiviti-aktiviti
kepimpinan, pembinaan semangat,
motivasi, gotong-royong adalah antara
aktiviti-aktiviti yang positif ke arah
mencapai matlamat tersebut.
Page 2 of 2
Peluang-peluang kenaikan
telah
diperbanyakkan
pengwujudan jawatan-jawa
Penolong Kanan Pentad
Ehwal Murid, Kokurikulum,
pengetua pakar yang k
adalah untuk memartabatka
perguruan.
Maka bersempena dengan
Hari Guru pada 16 Mei 2003
disambut di Negeri Mel
diharapkan semua pihak
bekerjasama, eratkan perp
sayangkan negara agar
perguruan
ini
akan
sepanjang masa.
Pihak swasta juga harus menjalankan
aktiviti-aktiviti membantu
kegiatan
sekolah dan guru-guru di dalam proses
pembinaan ilmu ini. Pihak swasta
adalah dianjurkan memulakan program
'Mesra Pekerja' dengan mewujudkan
pusat-pusat penjagaan anak dan
taman didikan ditempat-tempat yang
berhampiran dengan kawasan industri
masing-masing. Pihak swasta juga
boleh
mengambil
sekolah-sekolah
berdekatan sebagai sekolah angkat
mereka dan menyediakan peruntukan
untuk membantu program-program
kecemerlangan
di
sekolah-sekolah
angkat tersebut. Dengan cara ini
profesion perguruan akan lebih kukuh
dan meyakinkan.
file://G:\Nk Print\memartabatkan profesion guru.htm
1/13/2004
PERUTUSAN KHAS HARI GURU 2007
YB. DATO' SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
1.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-
Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru yang Ke-36 pada tahun ini.
Sebagai seorang guru dan sekaligus sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana saban
tahun kita tidak pernah gagal untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. Setiap tahun
juga, sambutan diadakan secara besar-besaran di semua peringkat, melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat, disertai oleh kepimpinan Negara dan lebih istimewa lagi, kita dapat
meraikannya dengan penuh meriah dan gembira dalam suasana aman dan damai. Inilah
nikmat perpaduan dan kesejahteraan yang perlu sentiasa kita syukuri sebagai sebuah bangsa
yang merdeka.
2.
Pada tahun 2007 ini, sambutan Hah Guru menjadi lebih istimewa dan lebih bermakna.
Ini adalah kerana tahun ini juga negara kita yang tercinta mencapai usia 50 tahun
kemerdekaan. Sudah pasti sambutan Hah Guru tahun ini diraikan dengan semangat dan
bahang kehangatan Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan yang sememangnya sudah mula
dirasai. Sudah tentu juga Sambutan Hah Guru yang disambut bersama Sambutan Jubli Perak
Kemerdekaan Negara ini mempunyai nilai dan makna yang tersendiri buat setiap daripada kita.
Namun hakikatnya, persamaan yang tidak boleh dileraikan adalah identiti kita sebagai bangsa
Malaysia yang seharusnya berasa bangga dengan kemakmuran dan kemajuan negara yang
telah sama-sama kita bina selama ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
3.
Setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri sejauh mana perjalanan kita
sepanjang tempoh 50 tahun ini; sesetengah pihak menganggap jangka masa itu secara
relatifnya amat panjang dan seharusnya kita telah mencapai kemajuan lebih jauh daripada apa
2
yang ada di depan mata pada hari ini. Ada pula yang melihat tempoh itu amat singkat untuk
kita membina sebuah Negara baru jika dibandingkan dengan dengan jangka waktu ratusan
tahun kita dijajah.
Walau apa sekalipun kesimpulan yang dibuat, kita tidak boleh hanya
menoleh ke belakang kerana apa yang lebih penting adalah langkah-langkah kita ke hadapan
untuk membina masa depan negara tercinta ini.
4.
Kita perlu bersyukur kerana
prestasi kemajuan kita berada pada tahap yang
membanggakan berbanding Negara-negara lain yang seusia dan seangkatan dengan Negara
Malaysia. Pada masa yang sama, kita tidak patut berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Kita
seharusnya sedar dan insaf bahawa perjuangan ini masih jauh dan tuntutan serta cabaran
masa depan jauh lebih getir dan mencabar. Kesedaran dan keinsafan tersebut perlu
diterjemahkan dengan kesungguhan untuk terus bersatu dan bekerja bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat bersama - membina sebuah Negara Malaysia yang maju menurut
acuannya sendiri.
3
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
5.
Perjuangan kita dalam bidang pendidikan bermula lebih awal dari tarikh keramat
kemerdekaan Negara. Kita terharu kerana jasa guru-guru lama dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan menjadi fakta penting dalam lipatan sejarah tanahair. Kita bangga
kerana sumbangan para guru dalam perjuangan mengisi kemerdekaan mendapat pengiktirafan
tinggi dan pengorbanan itu menjadi sebahagian daripada sejarah pembangunan negara yang
telah dan sedang dicipta.
6. Sesungguhnya, profesion keguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang
khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada kita
yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri, menilai apakah tahap komitmen kita
dalam melaksanakan tanggungjawab, sejauh mana iltizam kita dalam menjunjung imej dan
kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan kita memadai untuk menjadi
sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era
ini.
4
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
7.
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan, telah banyak kemajuan yang kita capai
dalam bidang pendidikan. Pencapaian ini mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat
nasional mahu pun antarabangsa. Selain dari kejayaan pelajar-pelajar kita dalam pelbagai
kajian dan pertandingan berorientasikan akademik dan ko-kurikulum di luar Negara, kurikulum
yang kita guna pakai di sekolah pada hah ini telah dijadikan panduan bagi pembangunan
pendidikan Negara-negara lain. Dalam lawatan rasmi saya ke Ibu Pejabat UNESCO di Paris
pada bulan April 2007 yang lalu, saya sendiri terkejut bila dimaklumkan bahawa program
PPSMI kita telah menjadi bahan kajian dan model untuk pembangunann kurikulum beberapa
negara di bawah kelolaan UNESCO. Sistem Pendidikan Islam kita pula telah diguna pakai
sebagai kurikulum subjek Pengajian Islam di Negara Afghanistan. Saya sedar semua ini tidak
akan berlaku tanpa sumbangan, pengorbanan dan kerja keras guru-guru saya di semua
peringkat.
5
8.
Saya amat berharap komitmen dan iltizam yang ditunjukkan oleh para guru selama ini
dapat diteruskan dan ditingkatkan. Agenda kita untuk membangunkan Negara ke tahap yang
lebih tinggi bergantung kepada modal insan yang lahir daripada sistem pendidikan Negara.
Sesungguhnya, kerajaan dan seluruh anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi
kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa dididik sehabis baik untuk menyediakan
generasi masa depan yang akan memimpin Negara menuju kegemilangan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
9.
Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru. Sistem
pendidikan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja memenuhi tuntutan zaman malah hams
mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan. Atas kesedaran itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan
Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan
pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis
6
sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang
terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan
Wawasan 2020.
10.
Dalam tempoh yang hanya tingal lebih kurang 3 tahun setengah untuk kita memastikan
segala agenda dan program yang digariskan dalam PIPP mencapai matlamatnya, agak
mustahil untuk saya turun sendiri berjumpa semua guru-guru untuk memberikan penerangan
berhubung pelan ini. Saya pasti bengkel dan siri penerangan sedang berlangsung di pelbagai
peringkat. Mengambil kira inilah Perutusan Hah Guru saya yang pertama sejak PIPP
dilancarkan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan huraian serba ringkas.
Ini adalah kerana sebagai penggerak di barisan hadapan, para guru perlu mempunyai
kefahaman yang sewajarnya untuk memastikan pelan ini dapat digerakkan dengan berkesan.
7
11.
Secara ringkasnya, terdapat 2 pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan pelan
induk ini, iaitu;
o Pertamanya; untuk menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan
lima tahun sebelum ini iaitu memastikan akses kepada pendidikan dan menyama
ratakan medan persaingan di kalangan pelajar, dan
o Keduanya; untuk berusaha melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi
yang telah bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar dapat mengangkat imej
sistem pendidikan negara di mata dunia.
8
12.
Dua pendekatan ini akan dijadikan kerangka besar bagi melaksanakan 6 teras strategik
yang telah dikenal pasti, iaitu;
1. Teras Pertama - Membina Negara Bangsa
2. Teras Kedua - Membangunkan Modal Insan
3. Teras Ketiga - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4. Teras Keempat - Merapatkan Jurang Pendidikan
5. Teras Kelima - Memartabatkan Profesion Keguruan
6. Teras Keenam - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
13.
Dalam Teras Pertama, iaitu Membina Negara Bangsa, fokus akan diberikan untuk
membina sebuah Negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu, bersikap patriotik, berbangga
dengan identiti nasional, mencintai dan menghargai seni warisan bangsa, serta memahami inti
pati dan kehendak pendekatan Islam Hadhari, dan bagi umat Islam untuk mereka
mempraktikkan pendekatannya di dalam kehidupan seharian mereka.
9
14.
Dalam Teras Kedua, iaitu Membangunkan Modal Insan, fokus akan diberikan untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilainilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan
pelajar.
15.
Dalam Teras Ketiga, iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, fokus akan diberikan
kepada usaha untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan, yang merupakan sekolah aliran
perdana, kekal sebagai pilihan utama masyarakat agar perpaduan kaum dapat disemai sejak
peringkat awal persekolahan tanpa perlu menyekat dan menghalang kewujudan sekolahsekolah aliran lain.
16.
Dalam Teras Keempat, iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, fokus akan diberikan untuk
merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosio-ekonomi dan tahap keupayaan
pelajar agar semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang. YAB.
10
17.
Dalam Teras Kelima, iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan, fokus akan diberikan
untuk menghasilkan guru yang berkualiti, kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal
berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan
intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru.
18.
Dalam teras terakhir, Teras Keenam, iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan, fokus akan diberikan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
mengikut kelompok sekolah agar, melalui perhatian dan pendekatan yang lebih khusus,
sekolah-sekolah ini dapat menjadi penanda aras dan showcase tentang kejayaan sistem
pendidikan kita kepada masyarakat antarabangsa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
19.
Setelah 4 bulan dilancarkan dan setelah setahun 4 bulan gerak kerja dimulakan, saya
berpuas hati dengan perkembangan dan pencapaian kita sehinga ke hah ini. Banyak faktor
11
yang mendasari keberkesanan pelaksanaan PIPP setakat ini, namun secara peribadi saya
melihat kesungguhan dan komitmen para pegawai dan guru-guru saya merupakan teras
kepada kejayaan awal ini. Terima kasih cikgu, terima kasih kepada semua warga pendidik yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung melaksanakan pelan ini.
20.
Kita akan dapat menilai prestasi sebenar kita dalam tempoh tersebut melalui report card
pertama yang akan siap disediakan pada penghujung bulan Jun 2007 depan. Namun sebelum
itu, marilah kita bersama-sama memastikan Sambutan Hari Guru pada tahun ini berlangsung
dengan meriah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
21.
Pada tahun ini, selain dari Sambutan Hari Guru, KPM telah menetapkan bulan Mei
sebagai 'Bulan Guru' setelah berakhirnya bulan April yang merupakan 'Bulan ICT'. Ini
bermakna pada bulan ini, KPM juga akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan strategi
12
dan fokus yang telah digariskan untuk Teras Ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.
22.
Setakat ini, beberapa pengumuman telah dibuat yang berhubung kait dengan para guru
sekalian. la merupakan sebahagian daripada perancangan dan pembaharuan yang kita
laksanakan dalam menggerakkan agenda kita untuk meningkatkan kualiti guru, memantapkan
kerjaya guru dan menambah baik kebajikan guru. Sebahagian daripada inisiatif dan
pendekatan baru yang kita laksanakan tersebut telah diperjuangkan dan diharapkan sekian
lama oleh guru-guru sehingga ada yang mencecah 30 tahun. Sebahagian daripada insentif dan
skim baru yang diperkenalkan adalah unik dan hanya dinikmati oleh para guru sahaja. Semua
ini adalah tanda pengiktirafan dan "Terima Kasih" kerajaan terhadap jasa dan sumbangan
guru-guru selama ini.
13
23.
Akhir kata, semoga khidmat bakti para guru sekalian diberkati dan diberi pembalasan
yang seadil-adilnya daripada Allah SWT. Bersempena dengan Sambutan 50 Tahun
Kemerdekaan Negara, tidak ada perkataan yang lebih wajar dan bermakna untuk diucapkan
selain ucapan ikhlas daripada saya, Selamat Hari Guru dan "Terima Kasih Cikgu".
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu 'alaikum Wrt. Wbt.
14
SELAMAT HARI GURU 2 0 0 5
GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN'
Ucapan Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah MARA
Bismillahirrahmanirrahim
Tidak dinafikan, tingkah laku sebahagian kecil
pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin
sekolah sedikit sebanyak telah menjejaskan
salam sejahtera
tumpuan guru dalam memberikan yang terbaik
Para pendidik MARA yang dikasihi,
kepada pelajar keseluruhannya. Hal ini juga
menjejaskan imej sekolah dan kepimpinan setiap
Bersyukur kita ke hadrat
peringkat hinggalah ke ibu pejabat. Pihak saya
Allah s.w.t. kerana dengan
memandang serius trend sebegini dan
limpah kurnia-Nya, dapat
mengharapkan kerjasama semua pihak supaya
kita bersama-sama sekali
gejala negatif sebegini tidak terus menular.
lagi
menyambut dan
meraikan Hari Guru pada Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih
hari ini. Tanggal 16 Mei sangat bermakna bukan mencabar berbanding guru pada dekad
sahaja kepada warga pendidik, malahan kepada sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi,
masyarakat keseluruhannya. Pada hari ini, kita akan liberalisasi dan perkembangan ICT menuntut
bersama-sama merayakan hari yang amat istimewa semua insan yang bergelar guru terus gigih
bagi setiap guru. Sambutan Hari Guru ini yang telah berusaha bagi menghasilkan anak didik yang
dimulakan pada tahun 1972, membuktikan mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu
pengiktirafan dan penghargaan berterusan terhadap bersaing pada peringkat tempatan dan global.
pengorbanan dan komitmen warga pendidik dalam Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk
menggembleng tenaga membentuk anak-anak merealisasikan
aspirasi
ini
menerusi
bangsa kita untuk menjadi manusia yang berguna pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya
kepada agama, bangsa dan negara.
yang
memberi teladan dan
integriti
keperibadiannya.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi semua Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan
guru yang berjaya meletakkan MRSM sebagai guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka
institusi cemerlang dalam peperiksaan utama negara ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda
iaitu PMR dan SPM bagi tahun 2004,
dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan
pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara
'Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan' sekali
adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai
lagi dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun ini.
oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru
Tema ini jelas membuktikan betapa pentingnya
sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda
aspek kualiti untuk mencapai kegemilangan. Oleh
adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan
itu, pengurusan kualiti dalam pendidikan hendaklah
negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan
diberi perhatian yang serius oleh para pendidik kita.
teknologi masa kini.
Tahap profesionalisme dan integriti para pendidik
hendaklah dipertingkatkan lagi supaya profesion Khusus bagi guru-guru MRSM, pihak Kementerian
guru atau pendidik akan terus dihormati dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi
disenangi oleh masyarakat walaupun musim mengharapkan kita
memainkan
peranan
berubah dan suasana bertukar.
utama meningkatkan cirkiri keusahawanan dalam
Assalamualaikum w.b.t. dan.
kalangan pelajar masing-masing. Samasamalah kita menjayakan hasrat ini.
Sempena sambutan Hari Guru pada hari
ini, saya berharap agar guru-guru kita
hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan
bagi meningkatkan lagi pencapaian
pendidikan dan seterusnya memartabatkan
profesion keguruan.
SELAMAT HARI GURU.
Sekian, terima kasih.
DATO'ZAMANI BIN MD.NOOR
Page 2
Buletin
BPL(M)
UNITY By Ray A. Lingenfelter
I dreamed I stood in a studio
And watched two sculptors there
The clay they used was a young child's mind
And they fashioned it with care
One was a teacher
The tools she used were books, music & art;
One was a parent With a guiding hand
And gentle loving heart
And when at last their work was done
They were proud of what they had wrought
For the things they had worked into the child
Could never be sold or bought
And each agreed she would have failed
If she had worked alone
For behind the parent stood the school
And behind the teacher stood the home
Jun
2/2005
Page 3
Buletin
BPL(M)
In this book the author provides an alternative approach to personal and
professional leadership development. Twenty chapters of the book explore key
issues to profound professional development through self-understanding and
self-management. Issues at school level especially the individual leadership
required, practical activities and evidence of best practices are included to
enhance understanding.
The book brings together a wide range of topics for education leaders:
- Individual and personal learning,
- Interpersonal and team development processes
• Current concern such as knowledge management, the learning
organization and the work-life balance.
Chapter 7 focuses on Developing Creativity, Institution and Innovation in
Schools. According to Higgins, 1995 if schools are innovative they demonstrate
seven characteristics.
1) A stated and working strategy of innovation - staff should question the
school's cultural norms. Questioning orthodoxy allows new understandings to
emerge. The leader should visibly develop her/his creativity skills.
2) Forming team - which know they are required to question current
assumptions and seek new solutions.
3) Rewarding creativity and innovation - schools traditionally reward
responsibility or classroom performance. The achievement of explicit creativity
goals for tasks, projects and whole-school issues should be rewarded.
4) Allowing mistakes - the Relative Advantage Principle of Creativity shows that
people undertake creative actions if they expect them to confer advantages
relative to alternative approaches.
5) Training in creativity - in - service training to develop skills in creative
techniques. Those who have limiting beliefs in their creative capability are
challenged.
6) Managing the organizational culture - so it is responsive to innovations.
Ambiguity provides opportunities for new thinking but may lead to anxiety.
Creativity is served by dispelling fears and engendering positive emotions.
7) Creating new opportunities proactively - not simply futures thinking, but
creating the future. The school should concentrate their creative acts on the key
evaluative domain focusing on the priorities of children and parents.
Educational Leadership is a comprehensive resource and
opportunity for all those concerned with educational leadership.
a
learning
Jun
2/2005
Page 4
Buletin BPL(M)
Jun 2 / 2 0 0 5
Page 1 of 12
Memperkasa Guru SebenarGuru
Selamat Datang Ke Laman
Guru Sebenar Guru
Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang
sebenarnya bekal?
Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikil ilmunya tapi langsung tidak berakal;
itulah punca amal dan bual tidak mcnjadi bekal.
MEMPERKASA GURU SEBENAR GURU
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
MENGAJAR TIDAK LESU
"The mediocre teacher tells, the good teacher explains.
The superior teacher demonstrate. the great teacher inspires."
~ William A. Ward
Keranamu
Malaysia
Pendahuluan
Mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabarancabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era
revolusi informasi abad ke-2l terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan
pendidik di pelbagai peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat
memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Page 2 of 12
Memperkasa Guru Sebenar Guru
setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lag:
dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan negara,.
Usaha terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan Standarc
Tinggi Kualiti Pendidikan mulai tahun 2001 adalah manifestasi dan bukti kepada
komitmen bagi menggerakkan semua pihak untuk mencapai kecemerlangan pendidikar
negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu, sekali gus memartabatkan pendidikan yang
bertaraf dunia.
Oleh kerana sifat sesuatu yang baru itu sering dipandang serong dan diragui, maka
begitu juga persepsi sebahagian golongan pendidikan dan pentadbir pendidikar
sehinggakan wujud semacam 'desakan' bagi mempermudahkan dan pengubahsuaiar
kepada instrumen Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualit
Pendidikan ini, adalah suatu sikap yang kurang wajar dalam konteks kita hendak
memartabatkan pendidikan dan profesion keguruan.
Bagaimana Fenomena Pendidikan dan Pengurusan Sekolah masa kini?
Hamzah Mohamed
Mengenai Saya
Sila ke Laman
Latar Belakang
Saya
Klik Di Sini
Tidak akan
kamu
berperasaan
gundah walau
sekali, jika
kau tahu apa
yang dicari."
Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir
Sekolah (2001) menyebut bahawa; "Orang ramai semakin kerap mempersoalkar
kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepadc
kewuibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapat
kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dar
negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak
memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebaga
pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepadc
pemajuan negara-bangsa dan global," (hlm.24).
Fenomena lain ialah wujudnya keadaan kepakaran dan profesionalisme guru tidak
kemas kini dan relevan ke arah pembangunan diri insan yang menyeluruh dar
seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Kajian pihak Nazir Sekolah juga mendapati kelesuan proses pendidikan ini ada kaitar
secara sebab-akibat dengan amalan pentadbiran organisasi persekolahan yang lebih
menguruskan hal-hal mekanikal seperti pengendalian perjawatan, gaji dan bangunan.
Oleh itu kesempurnaan yang menonjol di sekolah bukan pada pelakuan manusianya
tetapi pada hal-hal kebendaan, maka terhasillah keluaran sekolah yang berkembang d
tahap persepsi atau tanggapan fenomena luaran sahaja sehingga kurang upaya
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan rasional dan membangun.
Fenomena "Low Performing Schools "?
~ Umar
ai-Khattab
Salah satu kayu ukur bagi menentukan sesebuah sekolah itu baik, maju, meningkat dar
membangun hingga ke tahap cemerlang (atau sebaliknya) adalah menerusi pencapaiar
peperiksaan. Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolh Rendah (UPSR) tahur
1999, sejumlah 1,919 buah sekolah rendah telah dikenalpasti sebagai "sekolah prestasi
rendah " yakni sekolah-sekolah yang pencapaian peratus kelulusannya di bawah 30%
Dalam hubungan penarafan sekolah di bawah Standard Tinggi Kualiti Pendidikan in:
pula pihak Jemaah Nazir Sekolah telah mendapati bahawa penilaian keseluruhan
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 3 of 12
sekolah-sekolah setakat ini berada pada tahap tiga iaitu lemah dalam indeks
komposit tahap sekolah dengan skor antara 30 hingga 49 peratus.
Kemudian kita didedahkan pula dengn dapatan hasil kajian sepasukan penyelidik
Universiti Malaya terhadap "keberkesnan 3M" di antara sekolah-sekolah kebangsaar
dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina khasnya, yang juga sekali lag:
menampakkan "kelemahan dan ketidakberkesanan" yang ketara sekali berlaku d
sekolah-sekolah kebangsaan kita.
Lama sebelum ini pun YAB Perdana Menteri Dato' Seri Doktor Mahathir Mohamac
pernah "menyelar" sikap "tidak serius" yang terdapat di kalangan segelintir Guru
Besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan senario negatif dan "kurang menarik" yang
wujud dan berlaku di sekolah-sekolah ini. Apakah tidak ada kaitannya apabila kita
memperkatakan prestasi dan kualiti pendidikan ini dengan masalah dan dilema yang
dihadapi seperti isu-isu kegagalan memenuhi kuota 55% kemasukan pelajar-pelajar
Melayu ke IPTA kerana pencapaian yang rendah di dalam peperiksaan SPM dar
STPM?
Rumusan kajian-kajian ini menyatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam
pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi. Untuk mengatasinya kita perlu
berpatah balik jauh ke belakang. Usaha membentuk pelajar-pelajar Melayu yang
berdaya saing perlu bermula di peringkat sekolah kebangsaan (Isahak Haron, 2001)
Nah begitu lantang sekali seruan ini dan sudah sewajarnya disambut bukan sahaja
dengan semangat ingin menebus maruah malah memartabatkan pendidikan berkualiti d
kalangan anak-anak Melayu. Maka inilah yang hendak dilakukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.
Ke Arah Pembaharuan Tema dan Sistem Pendidikan
Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapa
"melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang
dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda
saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping
berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).
Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah
perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dar
bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar
sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara
belajar' (UNESCO, 1995) dari segi:
• Belajar untuk mengetahui (Learning to Know)
• Belajar untk membuat (Learning to Do)
• Belajar untuk menjadi insan sempurna (Learning to Be)
• Belajar untuk hidup bersama (Learning to Live Together)
Noor Azman Ibrahim (1998) menyenaraikan enam tema penting sistem pendidikar
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 4 of 12
abad ke -21 dengan pembelajaran cara baru di mana pembelajaran tidak lagi merupakar
satu proses yang dikendalikan oleh institusi pendidikan (Tapscott, 1996) Enam tema
tersebut adalah:
• Tema 1 : Pekerjaan dan pembelajaran makin menjadi perkara yang sama.
• Tema 2 : Pembelajaran makin menjadi cabaran seumur hidup.
• Tema 3 : Pembelajaran beranjak dari sekolah dan universiti formal.
• Tema 4: Beberapa institusi pendidikan bekerja keras ke arah kesesuaian dengan
•
perubahan.
• Tema 5 : Kesedaran organisasi diperlukan untuk mewujudkan organisas:
pembelajaran
(learning organization).
• Tema 6 : Media baru boleh mengubah pendidikan dengan mewujudkan
infostruktur
bekerja belajar.
Kewibawaan yang Dipersoalkan
Apakah ertinya apabila Tapscott (1996) menyatakan bahawa pembelajaran tidak lag:
dikendalikan oleh institusi pendidikan awam (sahaja)? Di Amerika Syarikat muridmuird yang belajar di rumah (home schooling) semakin meningkat dari tahun ke tahun
merupakan fenomena baru sejak beberapa dekad lalu sebagai manifestasi kepadz
'ketidakpercayaan' ibu bapa dan orang awam terhadap mutu dan prestasi pendidikar
yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah awam.
Patricia M. Lings (1999) melaporkan sesi persekolahan tahun 1990-1991 terdapa
250,000 hingga 350,000 orang; sesi tahun 1995-1996 pula seramai 700,000 hingge
750,0000 orang kanak-kanak yang mengikuti homeschooling ini, dan manakala bag:
sesei 1997-1998 telah mencecah seramai 1,000,000 orang kanak-kanak menyerta
kaedah dan pendekatan belajar di rumah ini.
Salah satu daripada rtiga sebab mengapa berkembangnya konsep belajar di rumar
(homeschooling) ini menurut Erica Clery (1998), ialah wujudnya kebimbangar
berlakunya 'kerosakan' mental, fizikal dan spiritual ke atas kanak-kanak yang belajar d
sekolah-sekolah di bawah tadbiran dan seliaan kerajaan. Tidakkah 'bunga-bunga
kepada senario yang sama akan berlaku suatu hari nanti di negara kita sendiri, apatar
lagi setelah mencapai status negara maju seperti yang diwawaskan? Tidakkah jug*
'gejala-gejala kerosakan' ini sudah pun wujud dan berlaku dan saban tahun ianyj
semakin parah dan berdarah sehingga sistem pendidikan kita didakwa 'sudah
ketinggalan zaman' oleh kesatuan perguruan kebangsaan Malaysia?
Dengan yang demikian kita selaku guru-guru perlulah menyedari, memahami, dar
menghayati betapa konsep penambahbaikan yang berterusan itu perlu dilaksanakar
tanpa garis penamat sebagaimana gagasan yang dibawa menerusi Standard Tingg
Kualiti Pendidikan.
Memperkasa Diri
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 5 of 12
Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatar
kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualit:
proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidal
mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dar
tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu
menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapa
mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima
menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihar
khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkar
atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Menjadi guru yang perkasa bukanlah bererti perkasa dari segi fizikal dan tenaga sahaja
tetapi yang lebih penting ialah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya
keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dar
keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dar
kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang perkasa amat dipengaruhi oleh
tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; teguh, tegas dar
utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya; luas, tingg
dasn mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerus
kesedaran-diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam
kepimpinan. Seorang guru yang perkasa juga seorang guru yang cekap dan berkesan.
Eilane (2000) ytelah mengenalpasti beberapa ciri seseorang guru yang amat berkesar
(highly effective) yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:
• Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
• Ciri mengajar yang memberikan hasil.
• Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang
yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real'yakn
yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biai
pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; d:
samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anal
didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.
2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspel
'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang muridmuridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengar
semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang
Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajarar
dan pembelajaran.
3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'menta
life' yang segar, berkembang dan bersifat 'berpenyugnguhan kendiri' (selfactualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupar
di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat
ile://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 6 of 12
menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.
Memperkasa dengan Penilaian dan Berpusatkan Prinsip
Guru sering menilai anak didiknya tetapi pernahkah kita menilai diri sendiri? Sedarkah
kita sebagai guru yang kerjanya 'mengajar sepanjang ha at' (sebelum bersara wajib
kita telah tidak cukup melakukan satu perkara sepenting ini? Kalau begitu bagaimana
kita tahu dan boleh meningkatkan tahap profesionalisme kita?
L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya "Evaluating Your Own Teaching" menyebut:
" Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for
improvement, evaluation is the means by which ewe try to identify which
aspects of our teaching are good and which need to he changed. The
question then arises as two who should take responsibility for doing this
evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching.
Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary
responsibility for doing the evaluation."
"To improve is to change. And to be perfect is to change often", demikian ujar Winstor
Churchill. Jadi titik tolak bagi melakukan perubahan, dan kemudian mencapa
kemahiran dan kesempumaan memakan masa dan dayausaha. Bagi mencapa
perubahan yang berjaya dan berkesan perlukan seseorang itu bukan sahaja menambah
pengetahuan dan kemahiran baru malah sering pula memerlukan kita belajar semula
sesuatu konsep, kaedah dan teknik yang mungkin kini sudah usang. Tidak ada orang
yang tidak boleh melakukan aspek belajar semula ini kecuali seseorang itu sudal
merasa dirinya sudah lengkap segala-galanya seperti kata Epictetus (55-135 M); "It it
impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows.'
Pengalaman berserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran umpamanya bermaksud melalukan perubahan sikap
seterusnya mengubah pemikiran dan paradigma sehingga terciptalah tangkah-laku
yang dihasratkan itu tercapai. Menurut Dee Fink lagi penilaian bagi menghasilkar
perubahan ke arah peningkatan profesionalisme individu seseorang guru itu amat besar
faedahnya berdasarkan tiga sebab.
1. Pertama, tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru
kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Sementara
sebahagian guru-guru bertambah baik dan hampir menemui potensi mereka, sayang
sebahagian yang lainnya mengalami peningkatan yang kecil sahaja sewaktu peringka
awal kerjaya dan kemudiannya seolah-olah 'mendatar' kualitinya malah kadang-kadang
'merosot'. Kenapa? Natijahnya terdapat perbezaan pokok di antara mereka yang berjaya
dengan mereka yang gagal meningkat, adalah disebabkan golongan pertama itu
mengumpul maklumat mengenai pengajaran mereka dan mengambil daya usaha bagi
penambahbaikan sesetengah aspek daripadanya - setiap kali mereka mengajar.
2. Sebab kedua mengapa perlunya membuat penilaian adalah bagi mendokumentasikar
kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain, yang perlu mengetahui track recorc
seseorang sepanjang kerjayanya. Satu cara sahaja guru-guru boleh membekalkar
maklumat seumpama ini iaitu dengan cara mengumpulnya, dan inilah penilaian
Dengan kaedah ini juga dapat membantu seseorang guru itu memahami keberkesanar
pengajarannya dengan lebih baik lagi.
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 7 of 12
3. Sebab ketiga pula merupakan satu keperluan yang bersifat peribadi dan keinginar
manusia untuk menilai. Hal ini adalah bagi kepuasan mental dan psikologikal dir
sendiri. Melakukan sesuatu kerja dengan baik adalah satu perkara; manakala satu
perkara lagi dengan memiliki maklumat yang padu, kita tahu kita telah melakukan kerja
dengan baik. Pengetahuan dan kepastian ini hanya mungkin jika kita membua
penilaian yang rapi dan telus.
Antara "Powerful" atau "Powerless"
Selepas kita melakukan penilaian baharulah kita tahu status atau kedudukan tahap dan
taraf ketrampilan kita selaku guru yang bagaimana; cergas dan cerdas; pantas dan
tangkas; cekal dan tabah; mengurus masa atau membuang masa? Kemudian baru kita
boleh "memilih" ada untuk menjadi guru yang "powerful" atau "powerless". Tentulah
bagi menjadi seorang guru yang perkasa kita mestilah seorang yang "powerful" bukan
sebaliknya. Jadi pilihan di tangan kita.
Perasaan dan perlakuan "tidak terdaya" ("powerless'") boleh berlaku daripada sekecilkecil insiden atau peristiwa sehingga kepada masalah atau perkara yang besar. Jika kita
gagal mengatsasi atau membiarkan keadaan "tidak berdaya" ini kita akan menjadi lebih
tidak berdaya saing, lemah jiwa dan raga, lemah mental dan spiritual akhirnya kita
melihat dunia dan kehidupan tidak memberi erti apa-apa, selanjutanya kita kecewa dar
sengsara serta merintih nasib dan takdir. Apa yang kita buat apabila kita memilih
menjadi seorang yang "powerless" ialah; tak kisah, tunggu, lengah atau lewatkan, tidak
ambil tindakan atau "buat de' "sahaja, hampa, jadi tidak peduli, abaikan dan jad
seorang yang acuh tak acuh,
Kemudian apa pula yang kita dapat bila kita merasa "powerless"; status quo, hubungar
yang Kalah/Menang (Lose/Win), tidak dijangka/hasil yang tidak diketahui
ketidakpastian, hasrat dan angan-angan (fantasi), dan merosot keupayaan seterusnya
prestasi jadi rendah.
Jadilah Seorang Yang Powerful
Jelas menjadi seorang yang "powerless" tidak menjanjikan sebarang kebaikan dar
faedah sama ada dari segi peribadi, kumpulan, kelompok atau pun organisasi dar
kerjaya yang kita ceburi. Tentulah kita memilih untuk menjadi "powerful" dan berjaya
dalam semua bidang dan aspek kehidupan berkeluarga, sosial dan kerjaya dan dapa
menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara menerusi tugas mendidik yang
kita hayati ini.
Dalam menajdi "powerful" kita perlu kenal tiga "kuasa" yang masing-masing ada baik
dan buruknya iatu i) kuasa paksaan, ii) kuasa utiliti dan iii) kuasa berpusatkar
prinsip (principle-centered).
Fokus kita ialah kepada kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered power) bag
mencapai hasrat menjadi guru yang perkasa; guru sebenar guru — ke sekolah tidak
jemu mengajar tidak lesul Kuasa berpusatkan prinsip adaah berasaskan apa yang anda
boleh buat dengan orang-orang lain. Kuasa berpusatkan prinsip juga ertinya berasaskar
'hormat': individu yang dihormati akan dipercayai, disegani dan menjadi inspiras
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 8 of 12
kepada orang-orang lain, dan oleh itu kepemimpinannya diterima sepenuh hati. Oleh itu
guuu-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan menjurus kepada kawalankendiri, tingkah-laku beretika dan kehidupan yang proaktif (Blaine Lee, 1997).
Salah satu prinsip penting dalam mengurus diri dan organisasi ialah prinsip samarata
atau adil (kepada orang lain dan kepada diri). Oleh itu satu keperluan yang mesti ada
ialah keberanian menghadapinya, serta kemampuan dan keupayaan membuat tegurar
dan ulasan bagi membetulkan mana-mana individu yang tersasar dari landasan dar
terkeluar dari tujuan dan matlamat organisasi. Di sini prinsip 'Bukan Kepada Siapa
Betul Tetapi Kepada Apa Yang BetuV hendaklah menjadi pegangan. Intipati kepada
prinsip ini ialah apa yang betul atau apa yang tidak betul bukan berdasarkan seseorang
itu ketua (boss) atau penngikut (subordinate), tetapi kepada apakah persoalannya
apakah kesan atau implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsah, peraturan, dar
objektivitinya, di mana matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betu
dan tidak dipertikaikan lagi.
Kesan dan Hasil Kuasa Berpusatkan Prinsip
Guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan memberi pengaruh kepada
berlakunya transformasi budaya belajar dan mengajar yang hebat. Transformasi ialah
perubahan, yakni perubahan yang disebabkan wujudnya perhubungan di mana 'hormat
menjadi asasnya. Manusia tidak setia kepada logo ~ mereka setia kepad orang lair
(pemimpin berprinsip). Blaine Lee (1997) dalam bukunya The Power Principle.
Influence With Honour menyenaraikan empat kesan yang terhasil daripada kuasa
berpusatkan prinsip ini sebagaimana berikut:
1. Kuasa berkekalan : Apabila kesan dan pengaruh orang perkasa ini tetap bersama
atau di alam diri walaupun orang itu sudah tiada di dunia ini. Ertinya pengaruh orang
yang perkasa ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit malah berterusan sehingga
pengaruh ini di 'turunkan' pula keapada generasi seterusnya. Tidak seperti kesar
daripada kuasa paksaan yang cuma berkesan selagi orang takut. Juga tidak sepert:
kesan kuasa utiliti, ia datang dan ia pergi dan sangat bersifat sementara. Tetapi kuasa
berpusatkan prinsip mewujudkan perhubungan yang berkekalan — ia tidak terhenti bila
pengurusan baru mengambil alih, tidak juga menjadi ketinggalan zaman bila muncu
sesuatu yang baru.
2. Tingkah-laku Proaktif : Kuasa berpusatkan prinsip menggalakkan tingkah-laku
proaktif yang membina dan membawa perhubungan yang bukan bersifat situasiona,
tetapi transformasional yang bererti kita membuat pilihan kepada mana yang lebih
penting dan mana yang lebih bernilai dan berharga. Tingkah-laku proaktif melahirkar
tingkah-laku yang dihormati: tak perlu penyeliaan, tak perlu mandur. Guru-guru yang
bertingkah-laku proaktif dalam konteks ini sebenamya memiliki standard dalaman yang
lebih tiggi daripada apa yang diletakkan kepadanya. Ia tidak memikirkan untuk bua
perkara lain, kerana bertentangan dengan jiwanya. Jika tingkah-lakunya merosot ke
bawah paras yang ditentukan (standard), guru yang proaktif ini mampu 'membetulkarn
dirinya'. Falsafahnya "Saya boleh buat lebih baik. Saya boleh jadi lebih baik."
3. Kawalan-kendiri : Ini bukan lagi kuasa yang datang dari luar. Kuasa berpusatkar
prinsip fokusnya ke dalam diri. Ianya bergantung kepada keupayaan dalaman masingmasing bagi lebih tabah, lebih giat, lebih bersungguh-sungguh bila mengesampingkar
apa yang mereka mahu berbanding apa yang lebih besar dan mustahak. Ini akhirnya
membuatkan seseorang itu sanggup berkorban; iaitu melupakan apa yang kita hendak
sekarang kerana hendakkan perkara-perkara yang lebih mendesak.
4. Membina Kesaling-bergantungan : Dalam kehidupan manusia tidak boleh hidup
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 9 of 12
dan bekerja seorang diri, tidak kira sekaya mana atau selemah atau semiskin mana
sekalipun, apatah lagi di dalam organisasi dan institusi zaman sekarang. Menerus:
kuasa paksaan kita memupuk dan menggalakkan pelbagai jenis kebergantungan
manakala dalam kuasa utiliti ianya memupuk dan menggalakkan kebebasan kebebasan untuk memilih seperti kita boleh memilih untuk bersatu atau kita memilil
untuk berpisah. Oleh itu kesaling-bergantungan adalah kesan daripada kuasa
berpusatkan prinsip: yang boleh menjawab soalan, "Apa yang boleh dan apa yang akan
jadi bila kita bersatu?" Kesaling-bergantungan juga melahirkan sinergi daripada
seluruh individu agar matlamat dan objektif institusi dan organisasi tercapai dengar
cemerlang dan gemilang.
Aspek-aspek yang kita buat daripada budaya berpusatkan prinsip ini adalah
meyakinkan; jadi sabar; jadi penyantun; mengajar; menerima; baik hati; menyayangi
belajar; berdisiplin; jadi istiqamah dan hidup dengan keutuhan.
Ini pula kesan atau hasil yang kita dapat dengan budaya berpusatkan prinsip: rakan dar
perkongsian, transformasi yang bertimbal balik, sinergi, risiko yang diambil kira
pertambahan keupayaan, kawalan dalaman yang positif, kawalan-kendiri, tingkah-laku
beretika, hubungan yang saling bergantung, proaktiviti, kepercayaan, penyelesaiar
secara Menang/Menang (Win/Win), persetujuan rakan-kongsi dn kepuasan mendalam
hubungan jangka-panjang.
Siapa Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu?
Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukar
sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehar
menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah
melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkar
kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depar
karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Jadi menyediakan diri menjadi guru yang
perkasa perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila
sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dar
keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu
mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dar
kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersira
di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.]
Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebaga
penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk
ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh
dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh
badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifatsifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin
ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau
murid-muridnya.
Prinsip utamanya seorang guru yang perkasa mesti faham bahwa tugas 'mengajar dar
mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar guru
mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang
membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan
kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan) dan kerja mengajar pula
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 10 of 12
(tanpa sebarang muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru
itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh
tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini dikelaskar
sebagai:
•
•
•
•
•
Al-mu'allim
Al-murabbi
Al-mu'addib
Al-mursyid
Al-mudarris
: menyampaikan ilmu yang benar
: menjayakan proses tarbiah
: mengajarkan adab dan budi pekerti
: membentuk kepimpinan insan
: menitipkan pelajaran dan kemahiran
Seorang guru yang perkasa tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum
ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha
meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.
Penutup
Tugas murni lagi mulia kita sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejalagejala buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalar
pendidikan yang kita pikul hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalamar
berguna bagi kegunaan masa hadapan anak-anak didik kita nanti, akan menyebabkar
adanya individu yang ingin maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak
pun berupaya menggunakan peranan mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuh
citarasa bangsa dan negaranya. Kegagalan ini juga nanti menghasilkan individu yang
menjalankan sekerja separuh hati, atau sekadar makan gaji (Jemaah Nazir, 2000).
Oleh itu selaku guru-guru kita sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu juga
amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak bua
akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Dalam banyak senario kita boleh liha
dan nilai sendiri bagaimana guru yahg dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila
sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya
lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan dengar
segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai karenah; guru yang tidak
lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari (atau petang); ia tidal
membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang
cerdas.
Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dar
perbuatan kita, kita sangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah kita
sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah
buruknya perangai diri sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu ammarah kita
sehingga kita tidak mampu lagi mengenal atau membezakan mana kaca mana intan
mana emas sepuluh mana emas sepuh.
Kita harus berani dan secara gentleman mengakui bahawa apa jua kelemahan dar
kebejatan profesionalisme yang wujud dan berlaku di sekolah kita masing-masing
(apatah lagi jika kita peneraju atau primadonanya) sehingga senario dan fenomena yang
terpancar di kava TV atau di dada-dada akhbar masalah-masalah sosial yan berkaitar
dengan sistem pendidikan negara mendesak agar usaha pihak institusi pendidikan perlu
diletakkan pada landasan yang lebih efisien lagi. Dan kita tidak mungkin menjad
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Memperkasa Guru Sebenar Guru
Page 11 of 12
efisien jika kita bukan seorang guru yang perkasa; jika kita seorang guru yang
"powerless"; jika kita seorang guru yang tidak ada prinsip; jika kita seorang yang butc
mata hati; jika kita seorang guru yang tahu tapi tidak mahu; atau jika kita seorang gun
yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap dari kita pasti mampu dar
berjaya menjadi seorang guru yang perkasa: ke sekolah tidak jemu mengajar tidak
lesu jika kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya;
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam;
dia adalah orangyang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orangyang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam.
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S. W. T."
Rujukan
Lee, Blaine (1997). The Power Principle: Influence With Honor. Simon & Schuster
New York, USA.
Elaine, McEwan (1998-2001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwanAdwin Groups. http://www.elainemcewan.com/ten_traits_teachers.htm 30.09.2001
Clery, E.(1998). Home Schooling : The Meaning That The Homeschooled Chile
Assigns to This Experience. Issues in Educational Research, 8(1), 1-13
http://cleomurdoch.edu.au/gen/iir/iier8/clery.html
Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College
Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Developmen
Program, July 20, 1999.
Leblanc, Richard (1998). Good Teaching: The To Ten Requirements. Terbit dalam The
Teaching Professor.
Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan
Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala
Lumpur.
M.Lings, Patricia (1999). Homeschoolers: Estimating Number and Growth. Nationa
Institute on Student Achievement, Curriculum, and Assessment, Office of Educationa
Research and Improvement, U.S. Department of Education. Web Edition, 1999
http ://www.nfie.org/2000/htm
Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dar
Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
(Ceramah yang disampaikan dalam Program Motivasi Sekolah-sekolah Kelompok
Bandar Jengka B Tahun 2001 bertempat di SMK Jengka 16, pada 27 Oktober 2001)
file://G:\Nk Print\memperkasa guru sebenar.htm
1/13/2004
Profil Tokoh
Nama
: Mohd Deraman Bin Abdullah
TarikhLahir : 27 Mac 1957
Tempat Lahir: Kampung Chengal, Ketereh, Kota Bharu,
Kelantan.
Asal
: Kelantan
Umur
: 51 Tahun
Nama Ibu
: Siti Minah Binti Che Lah
Nama Bapa : Abdullah Bin Jusoh
Nama Isteri : Rosmah Binti Sulaiman
Bil. Anak
: 5 Orang. (Ahmad Lukman, Ahmad Muhsin, Ahmad Bazli,
Ahmad Zulkarnain, Ahmad Muinuddin)
Jawatan
: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang,
Klang.
Anugerah
: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006, Pejabat Pelajaran
Daerah Klang.
Diploma Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan
(Bahagian 1), Institut Aminuddin Baki.
Ijazah Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya.
Sumbangan : Penyelia Kawasan Peperiksaan SPM 2007 Daerah Klang.
Penglibatan dalam International Conference on Principal ship and
School Management Prcatices in the Era of Globalisation, 2003
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL GURU
Dengan ini diakui bahawa
DERAMAN BIN ABDULLAH
telah tamat
LATIHAN PERGURUAN
MAKTAB PERGURUAN BAHASA, KUALA LUMPUR
di
pada
30HB. APRIL, 1980
dengan menyempurnakan syarat-syarat latihan serta
lulus dalam Peperiksaan Latihan Perguruan
Matapelajaran
Khas
Pengarah Latihan Guru
Angka Giliran
79209013
BAHASA MALAYSIA DAN SEJARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Diploma
Kelayakan
Profesional
Kepengetuaan
Kebangsaan
Setelah memenuhi syarat-syarat yang diwajibkan oleh Lembaga Pengajian
dengan ini Institut Aminuddin Baki mengesahkan
DERAMAN BIN ABDULLAH
Kad Pengenalan: 570327-03-5649
telah dianugerahi Diploma Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan
pada 19 Disember 2005
Dato' Dr. Hj. Ahamad bin Sipon
Ketua Pengarah Pclajaran Malaysia
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sijil Kelayakan
Profesional Kepengetuaan Kebangsaan
Adalah dengan ini Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia memperakukan
bahawa
DERAMAN BIN ABDULLAH
Kad Pengenalan: 570327-03-5649
telah dianugerahkan Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan
sebagai pengesahan kepada penguasaan ketrampilan-ketrampilan bagi
memimpin dan mengurus sekolah menengah pada 19 Disember 2005
Dato' Dr. Mj. Ahamad bin Sipon
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
UNIVERSITI
MALAYA
IJAZAH
SARJANA KEPENGETUAAN
Dengan ini disahkan bahawa
DERAMAN BIN ABDULLAH
dari Universiti Malaya, setelah tamat kursus pengajian yang
diluluskan dan setelah memenuhi apa-apa kehendak lain yang
ditetapkan oleh kaedah-kaedah Universiti dan dengan persetujuan
Senat, diperkenankan menerima Ijazah yang dinyatakan di atas
dari Universiti Malaya.
Dato' Profesor Dr. H a s h i m Yaacob
Naib Canselor
Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa
Dekan. Fakulti P e n d i d i k a n
Tarikh: 12 0gos 2003
Dr. Halim Man
Pendaftar
Penghargaan
Perkhidmatan Cemerlang
Sijil Perkhidmatan Cemerlang
Dengan sukacitanya
Kememerian Pelajaran Malaysia
menganugerahkan
Sijil Perkhidmatan Cemerlang
kepada
DERAMAN BIN ABDULLAH
570327035649
kerana telah menunjukkan
perkhidmatan yang cemerlang
pada tahun 2006
Datuk Dr. Zulkurnain Bin Hj, Awang
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Dato' Dr. Hj. Ahamad Bin Sipon
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SURAT PENGAKUAN PENERIMAAN
SALINAN TRANSKRIP SEJARAH LISAN
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Saya
dengan ini mengaku telah mendapat satu salinan transkrip temubual Sejarah Lisan
bertajuk
daripada penemubual iaitu
dan
Transkrip ini telah diserahkan
kepada saya pada
Untuk sebarang pertanyaan, saya boleh
dihubungi melalui :-
a)
(h/p)
b)
(h)
c)
(o)
atau di alamat:
Nama:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Shah alam, Selangor
PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN
Syarat-syarat mengenai wawancara vanq telah diadakan antara Universiti Teknologi
MARA
dengan
Pada
1. Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada
Universiti Teknologi MARA untuk disimpan buat selama-lamanya.
2. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA akan
mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu untuk memelihara pita
rakaman ini.
3. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA boleh membuat
tarnskrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh
pengkisah (interviewee).
4. Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari
Malaysia atau luar negeri yang bertujuan membuat penyelidikan yang sah tanpa
syarat-syarat/dengan syarat:Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam
penerbitan, tesis dll., sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik.
5. Adalah dipersetujui bahawa pita rakaman/transkrip ini akan dibuka. kepada
penyelidik-penyelidik dalam dan luar negeri mulai dari
(tarikh).
Dipersetujui pada
oleh kedua pihak yang berkenaan.
Pengkisah (interviewee)
Dekan
Fakulti Pengurusan Maklumat
Universiti Teknologi MARA
Latar Belakang
1. Bolehkah kami memanggil encik dengan panggilan cikgu?
2. Siapakah nama penuh cikgu ?
3. Berapakah umur cikgu sekarang ?
4. Apakah nama panggilan yang biasa digunakan oleh keluarga untuk cikgu?
5. Bila dan di manakah cikgu dilahirkan?
6. Cikgu berasal dari mana?
7. Cikgu menetap di mana sekarang?
8. Siapakah nama penuh ibu dan bapa cikgu?
9. Adakah mereka masih hidup ?
10. Jika ya, di manakah mereka sekarang ?
11. Berapakah bilangan adik-beradik cikgu dan cikgu anak yang ke berapa?
12. Apakah pekerjaan adik-beradik cikgu?
13. Siapakah nama isteri cikgu?
14. Apakah pekerjaan isteri cikgu?
15.Bilakah tarikh cikgu berumahtangga?
16. Berapakah bilangan anak cikgu?
17. Dan siapakah nama mereka?
18. Adakah cikgu sudah mempunyai cucu?
19. Jika ya, berapakah bilangan cucu cikgu?
20. Apakah hobi cikgu di masa lapang ?
2 1 . Apakah cita-cita cikgu pada masa kecil dulu ?
22. Apakah pengalaman paling manis yang pernah di alami pada masa kecil
dulu?
23. Berapakah umur yang dihadkan oleh Kementerian Pendidikan untuk
menjadi seorang guru ?
24. Tahun berapakah cikgu akan bersara ?
25.Apakah perancangan cikgu selepas bersara nanti ?
Latar Belakang Pendidikan (Sekolah Rendah)
26. Di manakah cikgu mendapat pendidikan awal (sekolah rendah) ?
27. Tahun berapakah cikgu memasuki sekolah tersebut ?
28. Dan tahun berapakah pula cikgu tamat belajar di sekolah tersebut
sebelum meneruskan pendidikan ke peringkat menengah?
29.Mata pelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah
rendah?
30.Apakah pencapaian tertinggi cikgu semasa menuntut di sekolah rendah
tersebut?
31.Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di
sekolah rendah ?
32.Bagaimanakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar
dahulu ?
33.Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang menuntut di
sekolah rendah tersebut ?
34.Bagaimanakah hubungan antara guru dan pelajar semasa zaman cikgu
belajar dahulu?
Latar belakang Pendidikan (Sekolah Menengah)
35. Di manakah cikgu mendapat pendidikan sekolah menengah cikgu?
36. Pada tahun berapakah cikgu mula memasuki sekolah tersebut?
37.Mata pelajaran yang paling cikgu gemari semasa berada di sekolah
menengah?
38.Adakah cikgu aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum semasa berada di
sekolah menengah?
39.Bagaimanakah dengan pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR)
cikgu di sekolah tersebut?
40.Bagaimanakah pula dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
cikgu di sekolah tersebut?
41.Kengan manis yang tidak dapat cikgu lupakan sepanjang menuntut di
sekolah menengah tersebut?
42.Adakah cikgu mendapat sebarang tawaran biasiswa atau tajaan semasa
belajar dahulu?
Kerjaya Perguruan
43.Di manakah cikgu mendapat latihan perguruan?
44.Pada tahun berapakah cikgu mendapat tawaran ke maktab perguruan dan
apakah pengkhususan cikgu semasa di maktab tersebut?
45.Bagaimanakah situasi pembelajaran cikgu semasa menuntut di maktab
tersebut ?
46.Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menuntut di maktab
tersebut ?
47. Pada tahun berapah cikgu mula menjadi seorang guru ?
48. Bagaimanakah cikgu boleh berminat dengan kerjaya sebagai seorang
guru ?
49. Apakah faktor-faktor yang mendorong cikgu untuk menceburi bidang ini ?
50. Di manakah sekolah pertama cikgu mengajar selepas tamat pengajian di
maktab ?
51.Apakakah pendapat cikgu apabila pertama kali ditugaskan di sekolah
tersebut ?
52. Boleh cikgu
ceritakan
bagaimana
keadaan
sekolah
semasa
cikgu
mengajar dahulu ?
53. Apakah mata pelajaran yang cikgu ajar semasa bertugas di sekolah
tersebut ?
54. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran tersebut ?
55.Apakah pendapat cikgu tentang prestasi dan pencapaian kurikulum
pelajar di sekolah tersebut?
56. Bagaimana pula dengan pencapaian ko-kurikulum pelajar di sekolah
tersebut?
57. Di antara pelajar lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih senang bagi
cikgu untuk mengajar?
58.Berapa lamakah cikgu mengajar di sekolah tersebut sebelum berpindah
ke sekolah yang berikutnya?
59. Apakah mata pelajaran yang cikgu ajar di sekolah yang baru?
60. Apakah pendapat cikgu tentang prestasi pelajar di sekolah baru?
61.Bagaimanakah pencapaian ko-kurikulum di sekolah baru ?
62. Apakah perbezaan yang cikgu dapati di antara sekolah pertama dengan
sekolah baru?
63.Bagaimanakah hubungan di antara rakan setugas di tempat baru?
64.Bagaimanakah pula dengan pelajar di sekolah tersebut?
65.Sepanjang cikgu terlibat dalam
bidang
perguruan ini,
boleh cikgu
nyatakan berapa banyak sekolah yang pernah diajar oleh cikgu?
66. Di antara sekolah-sekolah tersebut, sekolah manakah yang memberi
impak yang paling mendalam pada diri cikgu?
67. Apakah prinsip serta matlamat cikgu semasa cikgu mengajar?
68.Adakah cikgu berpuas hati dengan apa yang telah cikgu berikan kepada
para pelajar cikgu?
69. Apakah perasaan cikgu apabila melihat ada di antara pelajar cikgu yang
cemerlang di dalam peperiksaan awam yang mereka duduki?
70.Adakah bilangan pelajar boleh mempengaruhi peningkatan peratusan
dalam pencapaian akademik di sesebuah sekolah?
7 1 . Boleh cikgu jelaskan bentuk atau jenis hukuman dan tindakan disiplin
yang wujud di sekolah lama cikgu?
72. Dan boleh cikgu jelaskan jenis hukuman serta tindakan disiplin yang ada
di sekolah cikgu sekarang?
73.Sepanjang cikgu mengajar, pemahkah cikgu mengenakan hukuman rotan
terhadap palajar yang mempunyai masalah disiplin?
74.Apakah reaksi para pelajar terhadap hukuman dan tindakan disiplin yang
wujud di sekolah lama cikgu?
75.Bagaimana pula dengan reaksi para pelajar terhadap hukuman dan
tindakan disiplin yang wujud di sekolah cikgu sekarang?
76.Bagaimanakah cikgu dan pihak sekolah mengawal masalah disiplin di
kalangan pelajar di sekolah cikgu yang terdahulu ?
77. Dan bagaimanakah pula tindakan cikgu dan pihak sekolah dalam
mengawal masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah sekarang?
78. Pada pendapat cikgu adakah kegiatan ko-kurikulum juga penting kepada
seseorang palajar?
79. Apakah kegiatan ko-kurikulum di sekolah yang selalu cikgu terlibat?
80. Pada pendapat cikgu di manakah letaknya kualiti seorang guru?
81.Apakah aspek-aspek yang di perlukan untuk menjadi seorang pendidik
yang baik?
82. Bagaimanakah pandangan cikgu mengenai masalah prestasi akademik di
kalangan pelajar melayu terutama palajar melayu lelaki yang rata-rata
lebih rendah prestasi berbanding pelajar perempuan?
83. Apakah pendapat cikgu pula mengenai graduan pendidikan sekarang
yang gemar memilih penempatan sendiri selepas tamat pengajian,
contohnya tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman?
84. Adakah ini akan merencatkan usaha kerajaan untuk menaiktarafkan tahap
pendidikan sekolah di pedalaman?
85.Hubungan antara guru dan ibubapa amat penting bagi menjamin mutu
pendidikan
anak-anak
mereka.
Apakah
pendapat
cikgu
berhubung
perkara ini?
Pengalaman dan Sumbangan (bidang perguruan)
86.Adakah cikgu
pernah menjawat sebarang jawatan penting sepanjang
bergelar sebagai seorang guru?
87.Sudah berapa lama cikgu berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini?
88.Boleh cikgu ceritakan perbezaan sistem pendidikan pada zaman dahulu
dan sekarang?
89. Apakah anugerah-anugerah yang pernah cikgu terima?
90.Bolehkah cikgu ceritakan pengalaman dan sumbangan cikgu sepanjang
terlibat dalam bidang perguruan ini?
Pengalaman dan Sumbangan (Lain-lain)
9 1 . Adakah cikgu pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan ?
92.Adakah cikgu pernah dihantar ke mana-mana untuk menyertai sebarang
program dan kursus secara peribadi?
93. Apakah erti perkataan 'guru' pada pandangan cikgu?
94.Siapakah tokoh yang paling cikgu kagumi dan menganggapnya sebagai
model?
95. Apakah pendapat cikgu tentang mutu pelajaran sekarang dan apakah
yang perlu dipertingkatkan lagi serta diperbaiki?
96.Apakah pendapat cikgu tentang sekolah di bandar dan sekolah di luar
bandar atau pedalaman?
97.Profesion perguruan dikatakan sering menghadapi tekanan tugas yang
amat berat. Media sering memaparkan tentang segelintir guru yang
merokok, guru yang tidak cergas dan guru yang mengajar sekadar
melepaskan batuk di tangga. Apakah pendapat cikgu tentang isu ini?
98. Pada pandangan cikgu, adakah cikgu rasa guru-guru pada zaman
sekarang lebih beruntung kerana telah disediakan dengan pelbagai
kemudahan
dan
keistimewaan
berbanding
guru-guru
pada
zaman
terdahulu?
99. Institusi perguruan telah membekal guru setiap tahun ke pasaran. Namun
pencapaian dalam transkrip akhir pengajian belum boleh menjamin tahap
professional guru. Apakah pendapat cikgu?
100. Adakah cikgu rasa kerjaya sebagai guru pada masa sekarang adalah
lebih mencabar?
101. Petikan dalam rencana utama 'Dewan Masyarakat' pada April 2005,
mengatakan bahawa akibat kekurangan kenaikan pangkat profesion
perguruan gagal menarik mereka yang terbaik untuk menyertainya. Akibat
itu, sebahagian besar kekosongan guru di Negara kita diisi oleh individu
yang tidak dikehendaki oleh sector perkhidmatan lain samada awam atau
swasta. Apakah pendapat cikgu tentang petikan rencana ini?
102. Apakah kriteria dan aspek-aspek penting yang perlu ada pada seorang
guru untuk bergelar seorang "Tokoh Guru"?
103. Jadi, adakah cikgu rasa "Anugerah Tokoh Guru" perlu diteruskan dan
diperluaskan lagi supaya guru-guru lain berpeluang untuk menerima
anugerah ini?
104. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan dengan isu-isu di mana guru dan
pelajar sering bertelagah. Sebagai contoh, guru dipukul oleh pelajarnya
sendiri. Jadi apakah pendapat cikgu berhubung isu yang semakin
berleluasa ini?
105. Apakah komen cikgu sekiranya ibubapa turut campur tangan dalam keskes seperti ini?
106. Dalam bidang pendidikan sekarang, disiplin pelajar adalah salah satu
masalah utama. Apakah pendapat cikgu mengenai masalah ini?
107. Adakah cikgu bersetuju dengan pendapat dan pandangan bahawa
setiap pihak seperti
keluarga, guru,
pelajar dan masyarakat perlu
memainkan peranan penting bagi menangani isu seperti ini?
108. Apakah perbezaan yang ketara mengenai sifat dan perangai pelajar
pada masa kini berbanding dengan pelajar pada zaman dahulu?
109. Adakah cikgu bersetuju yang pelajar zaman kini terlalu dimanjakan
dengan pelbagai kemudahan dan kemewahan sehingga mereka lupa dan
leka dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar?
110. Nasihat cikgu kepada guru-guru sekarang?
111. Akhir sekali, apakah harapan cikgu terhadap sistem pendidikan dan
perguruan di Malaysia?