Buka jendela dunia anak negeri `
Transcription
Buka jendela dunia anak negeri `
MUKA 28 • UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 10 MAC 2011 Buka jendela dunia anak negeri ‘ Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB Gambar AZLAN BAHRUM KUALA TERENGGANU – Syamil turun dari motosikal ayahnya dan terus berlari ke dalam rumah sambil berulang kali memanggil ibu dan tidak sabar lagi untuk menunjukkan sesuatu yang dibawanya pulang dari sekolah. Suatu yang dia terima daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam keadaan sangat teruja ketika bersama ayah menaiki pentas dewan sekolah apabila tiba gilirannya. Murid tahun lima itu bersama semua rakan sebaya kini memiliki komputer riba mini yang dinamakan e-Book, sebuah buku teks sekolah versi elektronik yang boleh dibaca melalui paparan monitor. Selain buku teks, di dalamnya turut dimuatkan perisian al-Quran, kamus, solat, doa harian dan sedang dipertingkatkan dengan pembelajaran jawi serta muatan soalan-soalan peperiksaan. e-Book yang turut dilengkapi kemudahan internet, mendekatkan murid dari Marang itu dan keluarga dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang membuka jendela dunia buat mereka. Dalam era dunia tanpa sempadan, penguasaan ilmu melalui ICT akan menjadi salah satu faktor penting Pelajaran pada abad ke-21 berasaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memastikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan bagi membina kekuatan individu, masyarakat, bangsa dan negara pada masa depan. Ia dianggap mampu menjadi benteng mendepani pelbagai cabaran, alat yang dapat membantu mengukuhkan keupayaaan bersaing di peringkat global dan pada masa yang sama mencorak kehidupan lebih sejahtera. Justeru dengan gelombang yang tidak lagi boleh disanggah, perubahan juga harus berlaku dalam sistem pendidikan melalui pembudayaan ICT yang menyajikan corak pendidikan lebih berkualiti dengan ilmu dan maklumat dan ilmu di hujung jari. Bagi mempersiapkan anak negeri agar tidak ketinggalan dalam gelombang perubahan itu, Terengganu melangkah lebih awal memenuhi tuntutan keperluan pendidikan pada abad ke-21 dengan membekalkan e-Book secara meluas, selain terus menggunakan guru dan buku. MURID tahun 5 SK Sultan Sulaiman 1, Pavetra a/p Ravi (tengah) bersama rakan-rakannya, Nur Diyana Sirajuddin (kiri) dan Andria Tan Jing Hong (kanan) melihat e-Book yang baru diterima pada majlis penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang oleh Ahmad Said. Kerajaan negeri menyasarkan pemberian 96,000 e-Book dengan peruntukan hampir RM96 juta untuk diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini manakala 1,600 guru diagihkan komputer riba. Integrasi ICT dalam pendidikan hanya akan memberi kesan dengan penyediaan prasarana lengkap dan para pendidik memiliki pendirian positif serta tidak fobia komputer. e-Book mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan diagihkan secara berperingkat kerana dalam rangka memodenisasikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan ICT, para pendidik dan pelajar lebih dahulu perlu dimesrakan dengan peralatan itu. Ia bagi membolehkan proses pendidikan berjalan lancar dengan pendekatan kreatif, konstruktif inovatif agar lebih menarik tumpuan, malah menghiburkan. Pada peringkat awalnya terdapat kalangan tertentu cuba mempolitikkannya, malah warga pendidik sendiri yang seolah-olah memandang remeh penggunaan alat bantu itu yang mempercepatkan penguasaan ICT di kalangan rakyat pada awal usia. Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, sistem pendidikan pada zaman yang penuh persaingan hari ini memerlukan pembaharuan dan transformasi terutama dalam kaedah mengajar dan belajar termasuk dalam penggunaan ICT secara meluas bermula di sekolah rendah. “Pelajaran pada abad ke-21 berasaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memastikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan. “Guru juga harus mendalami dan mengejar ilmu dalam bidang ICT supaya dalam suasana pembelajaran hari ini mereka tidak lagi ketinggalan khususnya dalam melahirkan pelajar cemerlang,” kata beliau. Razali berkata, hasrat kerajaan negeri mewujudkan ‘satu murid, satu komputer’ di negeri ini hampir berjaya den- AHMAD Said bersama penerima e-Book pelbagai kaum di Majlis Penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. gan terlaksananya program pengagihan papan digital elektronik berkenaan yang dirintis oleh negeri ini. Selain itu, usaha mewujudkan masyarakat celik IT juga mampu direalisasikan sejajar dengan matlamat `satu rumah, satu komputer’ yang mana e-Book yang dapat diguna sama oleh keluarga ke arah perkara positif, selain mengasah pengalaman dalam bidang IT. “Saya yakin peralatan ini sememangnya menjadi impian semua pelajar untuk memilikinya, tetapi disebabkan beberapa faktor termasuk kekangan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa melupakannya,” ujar Razali. Konsep Namun ia bukan lagi suatu halangan dengan komitmen mendalam oleh kerajaan negeri yang tekad merubah senario ini dan kini Terengganu mencatatkan bilangan pengguna internet dan pelanggan perkhidmatan jalur lebar tertinggi di Pantai Timur. Perkembangan positif ini membuktikan rakyat negeri ini kini mampu dijana bergerak seiring arus pem- bangunan apabila sebahagian besar daripada mereka celik komputer. Pada tahun ini Terengganu melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan kelas maya yang dianggap lebih baik dari segi prasarana dan pendekatan berbanding yang dipraktikkan di beberapa negara lain. Malah negeri ini hanya memerlukan masa kira-kira dua bulan saja bagi mewujudkan kelas tersebut di tiga buah sekolah buat permulaan, berbanding tempoh tiga tahun yang diambil negara berkenaan. Menteri Besar yang meninjau program perintis itu berkata, berdasarkan penelitian awal, murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga di sini yang terlibat dengan kelas maya begitu bersemangat untuk belajar secara talian. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperluaskan konsep kelas maya, sekurang-kurangnya sebuah sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula tahun depan dengan peruntukan sekitar RM30,000 basgi setiap kelas. Sebelum ini beberapa pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran dan Top IT Sdn. Bhd. (anak syarikat kerajaan negeri) melawat Korea Selatan dan Singapura untuk meninjau perjalanan kelas maya. Memorandum persefahaman yang dimeterai oleh Top IT Sdn. Bhd. dengan kumpulan guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) membuka satu lagi laluan baru dalam dunia pendidikan. Guru-guru Akram terbahagi kepada 12 bidang termasuk Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, ICT dan Perkomputeran, Pendidikan Islam, Kajian Kemasyarakatan, Teknik dan Vokasional, Penyelidikan, e-Pantau dan Korikulum Rendah/Akram Rendah. Mereka akan menyediakan 1,000 soalan sebulan mengikut bahagian masing-masing untuk ujian pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negeri. Menurut Menteri Besar, banyak lagi yang perlu dilakukan pendidikan akan selamanya menjadi keutamaan baginya selagi menerajui negeri kerana bagi anak penyadat kelapa itu, ia mengingatkan dari mana beliau bermula dan pendidikan mengubah segalanya. Imtiaz simbol kecemerlangan akademik KUALA TERENGGANU –Sekolah Imtiaz, rentetan sejarahnya bermula di sini dengan sebuah rumah kayu yang diwakafkan bagi menempatkan hanya beberapa orang pelajar hasil cetusan idea pada Mei 1996. Ketika itu penubuhannya dirancang bagi menyemarakkan perkembangan program Pintar al-Quran di daerah ini dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 1999. Kelompok kecil pelajarnya kemudian meneruskan pengajian dalam keadaan lebih selesa di bangunan akademik baru yang dibina pada 2001, di tapak yang sama dan kejayaan lepasannya menjadi perhatian. Seiring dengan tuntutan perkembangan masa, sekolah menengah swasta itu kemudiannya diletakkan di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu bagi membolehkannya melalui era perubahan yang pesat. Ia suatu yang di luar jangkaan. Perubahan bukan sekadar fizikalnya apabila Imtiaz turut berkembang ke daerah-daerah lain sehingga memjadi impian dan kebanggaan ibu bapa jika anak mereka berpeluang belajar di situ. Kini Sekolah Imtiaz turut wujud di Dungun, Kemaman, Kuala Be rang, Dungun dan Kuala Terengganu. Sebanyak 90 peratus tempat dikhu suskan kepada anak negeri melalui tapisan terperinci, justeru begitu banyak permohonan dari negeri lain dan luar negara terpaksa ditolak. Setelah sedekad berlalu nama Imtiaz menjadi sinonim dengan kecemerlangan pendidikan, menjadi salah satu simbol ke arah proses pembinaan tamadun baru bagi negeri. Malah pendekatan sekolah yang didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam mencorakkan kurikulumnya turut dicontohi oleh beberapa negeri. S e ko l a h I m t i a z m e r u p a ka n sekolah elit pertama di bawah kerajaan negeri Terengganu berkonsepkan asrama penuh yang menggunakan pendekatan ke arah melahirkan generasi profe sional dengan jati diri berte ra s ka n a l Quran. Menyingkap rentetan sejarahnya, ia merupakan hasil cetusan idea bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh apabila memulakan usahanya untuk menubuhkan sebuah institusi dengan menyediakan program ‘Pintar Quran’. Kemudahan Bermula dengan kesukaran dari setiap segi terutama kewangan yang menghadkan prasrana selain kawasan persekitaran terbatas cuma 0.4 hektar, tekad pelajar-pelajar terawal ini tidak terencat. Dua blok bangunan baru didirikan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pembelajaran termasuklah bilik komputer, pusat sumber, pejabat pentadbira n , k a n t i n d a n perpustakaan. Sekolah itu pada masa kini mempunyai seramai 200 orang pelajar serta 67 guru terus melakar AHMAD Razif Abdul Rahman (dua dari kiri) melihat seni bina Kompleks Imtiaz yang baru dibina di Besut. sejarah kecemerlangan itu. Sejak 2001 sehingga sekarang sekolah itu mencapai tahap kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul sekolah terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. Malah ia disenaraikan dalam ke lompok Sekolah Berpreswtasi Tinggi (SBT) pada tahun ini dan beberapa lagi Sekolah Imtiaz di daerah lain disasarkan akan menyusul kelak dengan tahap pencapaian hampir seimbang. Penubuhan Imtiaz bukan sahaja melahirkan mereka yang berjaya dalam bidang akademik malah mampu menguasai pelbagai bidang termasuk Sains, Matematik, Teknologi Maklumat (IT) serta kemahiran bersosial. Ia selaras dengan falsafah Imtiaz iaitu itqan (kesungguhan), mahabbah (kasih sayang), taqwa (taat kepada Allah), istiqamah (berterusan),akhlak (budi pekerti) dan za’amah (kepimpinan). Ia bagi melaksanakan objektif utama Program Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dengan misi menjadikan al-Quran sebagai teras pembelajaran. Imtiaz turut menekankan penghafalan al-Quran, penguasaan bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Perancis serta pendedahan kepada penguasaan berfikiran keratif dan inovatif serta berteknologi tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, melalui komponen Quranik, pelajar akan mengikuti program hafazan alQ u ra n m e n g g u n a k a n S i s t e m Al-Huffaz dengan menghafal 30 juzuk di mana sasaran hafazan ialah 10 juzuk setahun selama tiga tahun. “Kaedah ini yang membezakan Imtiaz daripada sekolah lain di mana gabungan tiga kompenen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik ini membolehkan kekuatan jiwa para pelajar diasah untuk menjadi insan yang terbaik,” katanya. Justeru itu, tidak mustahil jika PELAJAR lelaki SM Imtiaz, Kuala Terengganu. rentetan kejayaan sekolah ini dijadikan tanda aras kerajaan negeri untuk memperluaskan konsep itu sehingga kini dengan dengan penubuhan sekolah Imtiaz di setiap daerah menjelang 2015. Permintaan Tambah beliau, kerajaan negeri turut b ercadang menubuhkan sebuah Sekolah Imtiaz Antarabangsa yang merupakan suatu pengembangan kepada rangkaian Sekolah Menengah (SM) Imtiaz sedia ada. Ujarnya, sekolah antarabangsa dikendalikan secara swasta itu kelak bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelajar luar negeri dan negara serantau yang berminat mengikuti pembelajaran menerusi sistem ditawarkan sekolah berkenaan. “Setiap tahun kita terima banyak permohonan tapi hanya 400 pelajar yang diterima dan kita mengutamakan anak tempatan di mana jumlah itu 90 peratus pelajar adalah rakyat Terengganu,” jelasnya. Rentetan itu juga, sebuah Kompleks Imtiaz Besut yang terletak di Bukit Keluang, dengan seluas 16 hektar telah siap 100 peratus dibina bakal beroperasi akhir tahun ini. Kompleks yang melibatkan kos bernilai kira-kira RM100 juta itu dicadangkan bagi menempatkan Sekolah Imtiaz Besut bersesuaian dengan pengiktirafan yang diberikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut Ahmad Razif, kemudahan kompleks bercirikan seni bina Islam itu juga mungkin bakal dikongsi dengan sebuah lagi Kolej Antarabangsa Imtiaz jika perancangan penubuhan pada tahun 2012 dilaksanakan. Jelasnya, ia merupakan kesinambungan bagi pelajar-pelajar Imtiaz untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya. “Kompleks yang dilengkapi kemudahan dewan makan, perpustakaan, pusat pelajar, pavilion, ke dia man kakitangan, bengkel avionik dan robotik, surau dan pusat pentadbiran serta asrama itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 pelajar pada satu-satu masa,” ujarnya. Namun terdapat juga cadangan agar kompleks ini dapat dijadikan kampus cawangan universiti ternama dunia dalam konteks pendidikan Islam bagi menyediakan laluan lebih luas khususnya kepada lepasan Imtiaz dan menjimatkan pembiayaan pengajian di luar negara.