Jawatankuasa QA/Q1 HOSPITAL KUALA LUMPUR Pengerusi

Transcription

Jawatankuasa QA/Q1 HOSPITAL KUALA LUMPUR Pengerusi
1
.................................................................................................................
1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas keizinanNya maka Majlis Sambutan Jubli Perak QA/QI ,Hospital
Kuala Lumpur dapat disempurnakan dengan jayanya.
Syabas diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Zaininah Mohd Zain selaku Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Ahli
Jawatankuasa Kualiti di atas kejayaan menganjurkan Sambutan Jubli Perak QA/QI yang dimulakan pada tahun 1989.
Saya amat berbangga dengan pencapaian ini dan sememangnya kejayaan seperti ini jelas membuktikan bahawa warga
kerja Hospital Kuala Lumpur sentiasa komited dan berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan
seharusnya dijadikan contoh kepada hospital-hospital yang lain di seluruh negara.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan pelbagai indikator dan standard yang perlu dicapai bertujuan
memastikan pesakit sentiasa menerima perkhidmatan pelbagai cabang kesihatan yang berkualiti dan perlu dipantau serta
diselaraskan secara berterusan.
Akitiviti kajian peningkatan kualiti secara langsung dapat memberi maklumat yang tepat mengenai pencapaian semasa
seperti ini boleh dijadikan platform terbaik untuk para peserta berkongsi hasil kajian seterusnya usaha penambahbaikan
dapat diimplimentasikan selaras dengan kemajuan teknologi perubatan dan keperluan semasa.
Saya berkeyakinan bahawa sambutan pada kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan dapat dipertingkatkan lagi pada
tahun-tahun yang akan datang.
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
2
Perutusan
PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat limpah dan kurniaNya yang mengizinkan Sambutan Jubli Perak QA/QI
Hospital Kuala Lumpur tahun 2014 ini menjadi realiti.
Tema sambutan pada tahun ini adalah Celebrating 25 years of Quality in HKL – Commitment, Internalization and Realization adalah bertepatan
dengan segala usaha peningkatan kualiti secara berterusan serta penerapan budaya kerja yang berorientasikan kualiti di dalam semua aspek
penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat oleh warga HKL. Ini adalah selaras dengan visi YAB Perdana Menteri menjadikan HKL sebagai
hospital premier.
Setiap tahun Unit Pengurusan Kualiti HKL bukan sahaja berjaya menganjurkan bengkel serta konvensyen QA/QI malah menerbitkan hasil kajian
QA/QI di dalam HKL Journal of Quality Improvement. Penerbitan HKL Journal of Quality Improvement adalah satu platfom di mana kajian QA/QI
yang telah dijalankan diterbitkan untuk berkongsi hasil penemuan kajian supaya amalan yang terbaik boleh direplikasi. Di peringkat kebangsaan HKL
berjaya memenangi tempat pertama persembahan oral pada tahun 2005, hadiah khas juri pada tahun 2007 dan ketiga pada tahun 2009 semasa
Konvensyen QA Kebangsaan. Warga HKL juga sering menyertai pembentangan dan menerima anugerah di peringkat antarabangsa. Di antaranya
Minimally invasive neurosurgery and navigation neuroendoscopy for cranial and skull base surgery as an effective innovation in improving surgical
outcome, Robotic surgery in Urology, HKL experience, Minimally Invasive Spine Surgery dan lain-lain lagi. HKL juga adalah perintis dalam Incident
Reporting dan Root Cause Analysis di mana kolaborasi HKL, KKM dan WHO telah menghasilkan manual untuk Incident Reporting yang digunapakai
oleh semua hospital di dalam KKM.
Tahun 2014, adalah tahun yang amat istimewa kerana buat julung-julung kalinya HKL meraikan Sambutan Jubli Perak QA/QI HKL untuk
mengiktiraf aktiviti-aktiviti QA/QI selama lebih 25 tahun. Pada mulanya Laporan QA disimpan di Jabatan Rekod sehingga tahun 1996 apabila Unit
Pendidikan Dalam Perkhidmatan Kejururawatan dilantik sebagai Sekretariat QA. Pada tahun 2000, Unit Pengurusan Kualiti HKL ditubuhkan. Unit
ini bertanggungjawab menyelaras segala aktiviti peningkatan kualiti peringkat hospital dan jabatan termasuk Akreditasi, MS ISO, NIA/KPI, Incident
Reporting, POMR, Patient Satisfaction dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Penubuhan Majlis Pengurusan Kualiti HKL juga memperkukuhkan lagi
segala aktiviti kualiti yang dijalankan.
Saya berharap Sambutan Jubli Perak ini akan menyemarakkan lagi semangat Unit Pengurusan Kualiti khasnya dan warga kerja HKL amnya bagi
meneruskan aktiviti-aktiviti QA/QI untuk memastikan kecemerlangan penyampaian kesihatan kepada rakyat. Akhir kata ucapan syabas kepada
jawatankuasa penganjur, Unit Pengurusan Kualiti dan semua yang terlibat bagi menjayakan Sambutan Jubli Perak QA/QI HKL 2014.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Zaininah Mohd Zain
Pengarah Hospital Kuala Lumpur
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjur QA/QI Ke-25
3
Perutusan
PENGERUSI JAWATANKUASA QA/Q1 HOSPITAL KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham
Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di atas kesudian beliau untuk hadir menyampaikan
Ucaptama serta merasmikan Sambutan Jubli Perak ke-25 QA/QI, Hospital Kuala Lumpur pada tahun ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan QA/QI
pada kali ini di atas kerjasama serta sokongan di dalam memastikan kejayaan yang amat bersejarah ini, tidak
lupa kepada para peserta yang turut mengambil bahagian di dalam pembentangan kajian QA samada dari
peringkat kumpulan bengkel mahupun jabatan masing-masing.
Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kesemua penerima Anugerah Ikon Kualiti Hospital Kuala Lumpur
di atas jasa serta sumbangan yang telah diberikan di dalam memastikan aktiviti peningkatan Kualiti di Hospital
Kuala Lumpur dapat dilaksanakan.
Kejayaan penganjuran Bengkel dan Sambutan QA /QI secara berterusan sepanjang 25 tahun yang lalu telah
membuktikan bahawa Unit Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Hospital Kuala Lumpur sentiasa komited dalam
menjalankan pelbagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang berteraskan kepentingan
pesakit, persekitaran yang selamat dan kondusif.
Tema Sambutan pada tahun ini iaitu Commitment, Internalization and Realization turut mencerminkan budaya
warga kerja Hospital Kuala Lumpur yang sentiasa berusaha menjiwai dan melaksanakan aktiviti meningkatkan
perkhidmatan berkualiti sebagai satu budaya kerja.
Akhir kata, semoga Sambutan Jubli Perak QA/QI ke-25, Hospital Kuala Lumpur pada tahun ini akan berjaya
mencapai matlmatnya dan dimanfaatkan oleh para peserta dengan sebaiknya.
Dr. Azmi Alias
Pakar Perunding Neurosurgeri
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa QA/QI
Hospital Kuala Lumpur
4
Jawatankuasa Induk Penganjur
SAMBUTAN JUBLI PERAK QA/QI
HOSPITAL KUALA LUMPUR
PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR
Pengerusi : Dato’ Dr. Zaininah Mohd Zain
Pengarah Hospital Kuala Lumpur
: Pn. Norulain bt. Auyob
Cawangan Teknologi Maklumat
Timbalan Penge rusi : Dr. Ding Lay Ming
Timbalan Pengarah (Perubatan) II
: En. Jalil b. Yahya
Unit Keselamatan
Ahli Jawatankuasa : Pn. Norohana bt. Ishak
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
: PJ Tan Hong Pen
Perawatan Ortopedik & Kualiti
: Tn. Hj. Ridzoni b. Sulaiman
Jabatan Dietetik & Sajian
: PJ Fauziah Nizamudin
Perawatan Ortopedik & Kualiti
: En. Zulkifilee b. Hj. Yazid
Unit Pendidikan Kesihatan
: PJ Yip Choi Lin
Unit Pendidikan Berterusan
: Pn. Rohana bt. Amdan
Unit Perhubungan Awam
Urusetia : Unit Pengurusan Kualiti
: Pn. Maisara Ashran bt. Mustafa
Cawangan Pentadbiran
: Dr. Marilyn Bouniu
Unit Pengurusan Kualiti
5
Jawatankuasa QA/Q1
HOSPITAL KUALA LUMPUR
Pengerusi
Dr. Azmi Alias
Jabatan Neurosurgeri
Timbalan Pengerusi
Dr. Raja Zarina Raja Shahardin
Jabatan Pergigian Pediatrik
Ahli Jawatankuasa
Dr. Mohamad A. Majid
Timbalan Pengarah (Perubatan) I
Dr. Noraini @ Nun Nahar Yunus
Jabatan Pergigian Pediatrik
Mr. Naresh Govindarajantan
Jabatan Pembedahan Am
Pn. Abida Haq bt Syed M. Haq
Jabatan Farmasi
Pn. Norohana Ishak
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Dr. Hung Liang Choo
Jabatan Pediatrik
Dr. Rosnawati Yahya
Jabatan Nefrologi
Dr. Marilyn Bouniu
Pengurusan Kualiti
Dr. Ding Lay Ming
Timbalan Pengarah (Perubatan) II
Dr. Mahathar Abd. Wahab
Jabatan Kecemasan
Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah
Pusat Darah Negara
Pn. Noor Aznim Ainy bt Ahmad
Jabatan Rekod Perubatan
Dato’ Dr. Ravindran Jegasothy
Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Dr. Santhi Datuk Puvanarajah
Jabatan Neurologi
Dr. Arshad Puji
Jabatan Ortopedik
KPJ Wee Chai Hui
Bhg. Perkhidmatan Kejururawatan
Datin Dr. Sivasakthi a/p Velayuthapillai
Jabatan Anestesiologi
Dr. Shantini Arasaratnam
Jabatan Pengimejan Diagnostik
Dr. Paras Doshi
Jabatan Perubatan Am
KPH Nazhar Mansor
Bhg. Penyeliaan Hospital
Urusetia
Pn. Nurina Musta’ani Hamedon
KJ Zalinah Ayub
PJ Tan Hong Pen
Perawatan Ortopedik & Kualiti
JT (KUP) Lau Siew Yuan
JT Choo Mei Jie
6
PJ Fauziah Nizamudin
Perawatan Ortopedik & Kualiti
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70