Edisi 1/2014 - Hospital Kuala Lumpur

Transcription

Edisi 1/2014 - Hospital Kuala Lumpur
MAJLIS MALAM
KILAUAN PAHLAWAN
Kelab Sukan HKL
Majlis Kilauan Pahlawan diadalah di Hotel Grand Season Kuala Lumpur
yang dianjurkan oleh Majlis Sukan dan Kebajikan Kementerian Kesihatan
Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Kerjasama Kelab
Sukan Hospital Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
mencari dana Majlis Sukan WPKL, yang akan turut serta dalam Sukan KKM
ke 28 yang akan berlangsung di Melaka pada 1 Mei 2014. Majlis diserikan
dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan, persembahan
kebudayaan serta persembahan nyayian oleh tetamu yang hadir.
sambungan dari muka surat 1
Dari Meja Ketua Editor
Buletin HKL Edisi I - 2014
Kembali
menemui pembaca dengan aneka sajian
rakaman aktiviti sepanjang tempoh tiga
bulan pertama 2014 ( Jan - Mac 2014).
Usaha dan gerakerja yang berterusan dari pelbagai
jabatan, bahagian, cawangan, unit dan sebagainya
tentunya memberi manafaat kepada semua.
Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang dimulai
dalam tempoh tiga bulan pertama ini akan membuah
2
hasil yang berbaloi dan telah memulai langkah
yang baik untuk menghadapi cabaran bulan-bulan
mendatang sehingga kepenghujung tahun 2014.
Tirai 2014 kita sudah tempuhi dengan perancangan
yang rapi . Cabaran mendatang akan dihadapi dengan
penuh teliti semoga kejayaan diperolehi jua.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan
program, semoga terus berjaya.
Ketua Editor Buletin HKL
KONGRES JUBELI EMAS HOSPITAL
BERSALIN HKL
K
JABATAN O & G
ongres Jubeli Emas HKL yang diadakan pada 21 -24 Mac 2014 sempena Jubeli Emas Hospital
Bersalin HKL. Program ini dianjurkan oleh Jabatan O & G dengan kerjasama pihak swasta yang
membuat pameran peralatan - peralatan baru. Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan
penggunaan peralatan terkini berkaitan dengan penyakit puan dan teknik terkini perawatan.
3
LAWATAN DELEGASI HOSPITAL UNIVERSITI
ST. MARIANNA , JEPUN
jabatan.
P
ada 27 Jan. 2014 HKL telah menerima
kunjungan delegasi daripada Hospital Universiti
St Marianna, Jepun. Ia adalah kunjungan kali kedua
yang melibatkan 15 orang kakitangan hospital dari
pelbagai peringkat seperti pegawai perubatan,
jururawat , juru x -ray dan jurutera klinikal. Tujuan
lawatan adalah untuk melihat bagaimana Jabatan
Kecemasan dan Trauma HKL berfungsi . Ketua
Jabatan Kecemasan & Trauma HKL menyambut
ketibaan delegasi serta memberi taklimat aktiviti
4
SAMBUTAN HARI GLOUCOMA SEDUNIA HKL 2014
Jabatan Oftamologi
S
ambutan Hari Gloucoma Sedunia peringkat HKL 2014 diadakan pada 21 Mac 2014 di Kompleks Pakar &
Rawatan Harian HKL yang dianjurkan oleh Jabatan Oftamologi HKL. Majlis ini memberi peluang kepada
orang ramai untuk membuat pemeriksaaan mata dan khidmat nasihat penyakit mata. Tujuan sambutan
dan hari terbuka ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penyakit mata, langkah pencegahan serta
bahaya penyakit mata .
5
MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI HKL
Unit Pengurusan Kualiti
M
esyuarat Majlis pengurusan Kualiti HKL diadakan pada 12 -13 Feb 2014 di Auditorium Mutiara Institut
Pengurusan Kesihatan (IPK) Bangsar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti HKL. Majlis
diadakan julung kali yang melibatkan semua Ketua Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Unit di HKL. Majlis
dirasmikan oleh Pengarah HKL dan diikuti dengan persembahan oleh Jawatankuasa . Tujuan majlis ini
diadakan bagi memberi pendedahan tentang aktiviti serta langkah inovatif dan penambahbaikan yang dibuat
oleh semua JK Kualiti HKL.
6
7
SEMINAR PEMANTAPAN
GMP BAGI PEMBANTU
PENYEDIAAN MAKANAN
HOSPITAL SEMENANJUNG
MALAYSIA
S
Jabatan Dieteti & Sajian
eminar
Pemantapan
GMP
Pembantu
Penyediaan Makanan Hospital Semenanjung
Malaysia diadakan pada 25 Jan 2014 yang dihadiri
oleh Y Bhg. Tan Yoke Hua , Pengarah Bahagian
Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Y Bhg. Tan Sri
Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir Mohd Asraf , Mantan
KSU KKM, Y Bhg. Dato’ Hj Omar Osman, Mantan
Presiden CUEPACS serta Pengarah HKL. Tujuan
majlis ini adalah untuk memberi pendedahan
tentang penyediaan makanan serta meraikan
mantan Presiden CUEPACS .
8
PERHIMPUNAN BULANAN :
JAN 2014
TAKLIMAT
KEBAKARAN
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi
P
erhimpunan Bulanan Warga Kerja HKL
bulan Jan 2014 diadakan pada 24 Jan 2014 di
Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh
Jabatan Anestasiologi & Rawatan Rapi HKL. Majlis
dimulai dengan pengenalan aktiviti Jabatan oleh
Ketua Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapid dan
perasmian dilakukan oleh Pengarah HKL. Majlis
diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan
warga kerja Jabatan dan diakhiri dengan lawatan ke
pameran aktiviti Jabatan di Lobi Utama.
Unit Pendidikan Kesihatan
S
iri taklimat kebakaran oleh pihak
persendirian di HKL diadakan di Unit
Pendidikan Kesihatan pada 22 Jan 2014.
Tujuan taklimat ini memberi kesedaran bahaya
kebakaran dan langkah segera yang perlu
dilakukan bagi memberi bantuan kecemasan
serta teknik memadam api yang betul .
9
PERHIMPUNAN BULANAN : FEB 2014
Jabatan Pergigian Pediatrik
P
erhimpunan Bulanan HKL bulan Feb 2014 diadakan pada 28 Feb 2014 (Jumaat) yang dianjurkan oleh
Jabatan Pergigian Pediatrik HKL bertempat Di Auditorium Utama HKL. Majlis dimulai dengan ucapan
aluan dan pengenalan oleh Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik HKL dan dirasmikan oleh Dr. Muhamad A.
Majid , Timbalan pengarah (Perubatan) I HKL. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan sesi pemberitahuan
kakitangan yang bertukar keluar dan masuk HKL. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan pameran aktiviti Jabatan.
SEMINAR DENGGI
Jabatan Kecemasan
B
agi memberi kesedaran dan langkah proaktif mencegah dan
kawalan denggi yang sedang mengganas sekarang , Jabatan
Kecemasan menganjurkan Seminar Penyakit Denggi yang diadakan
pada 20 Feb 2014 dengan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di Auditorium
Utama HKL. Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan
menyeluruh masalah denggi dan tindakan yang perlu diambil bagi
mengawal penyakit denggi.
10
P
PERHIMPUNAN
BULANAN : MAC 2014
PROGRAM BEYOND
SELF RETREAT 2013
Jabatan Pembedahan Neorologi
Jabatan Kecemasan & Trauma
erhimpunan Bulanan Warga Kerja HKL bulan
Mac diadakan pada 28 Mac 2014 (Jumaat)
dianjurkan oleh Jabatan Pembedahan Neorologi
HKL dan diadakan di Auditorium Utama HKL .
Majlis dimulai dengan ucapan wakil Ketua Jabatan
Pembedahan Neorologi dan dirasmikan oleh
Pengarah HKL. Majlis juga diserikan dengan
persembahan kebudayaan oleh warga Jabatan
Pembedahan Neorologi dan diakhiri dengan
lawatan pameran aktiviti Jabatan.
P
rogram ini dijalankan oleh Jabatan Kecemasan
HKL di Auditorium Utama pada 20 - 22 Jan
2014 yang bertujuan untuk membincangkan hala
tuju jabatan 2014. Majlis dimulai dengan ucapan
dasar oleh Y Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Abu Hassan
Ashaari Abdullah, Ketua Jabatan Kecemasan
dan diteruskan oleh beberapa penceramah lain.
Program ini juga dilaksanakan bagi memberi
kesedaran dan peri pentingnya setiap pengamal
perubatan dan perawat kesihatan mempunyai ilmu
yang cukup bagi menghadapi cabaran kesihatan
yang semakin mencabar.
11
MAJLIS ANUGERAH CME / CPD HKL
M
ajlis Anugerah CME / CPD HKL diadakan pada 5 Mac 2014 di
Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa
Pembelajaran Berterusan HKL dan dirasmikan oleh Pengarah HKL . Ceramah
utama disampaikan oleh Y Bhg. Dato’ Dr. Abdul Razak Awang Kecil. Mantan
Pengarah HKL. Program juga dilengkapi dengan penerbitan Buletin CME /
CPD HKL dan penyampaian anugerah CME /CPD HKL .
12
KURSUS FOTOGRAFI SIRI 1.0 2014
Unit Pendidikan Kesihatan
K
ursus Fotografi Siri 1.0 2014
diadakan pada 11 Mac 2014
di Bilik Seminar Unit pendidikan
Kesihatan HKL yang dianjurkan
oleh Unit Pendidikan Kesihatan
HKL. Seramai 50 orang peserta
dari pelbagai Jabatan hadir
kursus ini yang bertujuan untuk
mengembangkan sumber manusia
berkemahiran dengan fotografi.
Pelbagai pendedahan dan teknik
terkini diberikan oleh Jurufoto
HKL Sdr. Badaruzzaman Md.
Yusuf. Bagi memberi pengalaman,
peserta dibawa membuat amali
penggunaan teknik fotografi di
Taman Tasik Tititwangsa.
13
S
SEMINAR PENGGUNAAN UBAT
GENERIK
eminar Penggunaan Ubat Generik diadakan pada 18 Mac 2014 di
Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh Jabatan Farmasi . Majlis
dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan Farmasi dan dirasmikan
oleh Dr.A. Majid, Timbalan Pengarah ( Perubatan ) I HKL . Tujuan seminar
ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan ubat generik
kepada kakitangan HKL.
14
SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH
SIRI 2.0 2014
Unit Hal Ehwal Agama HKL
S
eminar Pemantapan Akidah Siri 2.0 2014 diadakan pada 28 Feb 2014 di Masjid HKL yang dianjurkan oleh Unit Hal
Ehwal Agama HKL. Majlis dihidangkan dengan ceramah pemantapan ibadah oleh Ustaz jemputan kepada warga
HKL yang hadir. Tujuan seminar pemantapan akidah ini dibuat untuk memberi pendedahan tentang akidah yang perlu
difahami serta serba-sedikit tentang penyelewengan yang disedari atau tidak sedar.
15
MAJLIS PELANCARAN BAHAN PENDIDIKAN PESAKIT
( HOSPITAL MESRA IBADAH)
M
ajlis Pelancaran Bahan Pendidikan Pesakit (Hospital
Mesra Ibadah) diadakan pada 25 Feb 2014 di
Hospital Sungai Buloh yang dirasmikan oleh Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia. Hospital Kuala Lumpur
sebagai pelaksana juga terlibat dengan konsep Hospital
Mesra Ibadah . Program ini dibuat dengan kerjasama dari
pihak JAKIM sebagai penasihat pelaksanaan.
16