Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia
Transcription
Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia
Belia bukan askar upahan oleh MOHD HAFIZ ISMAIL FOTO AFIQ RAZALI GOLONGAN belia merupakan bakal pemimpin negara masa hadapan, justeru mereka perlu dibentuk untuk menjadi golongan berfikiran matang untuk menapis segala maklumat yang diterima. Pada zaman teknologi di hujung jari, ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan menyebarkan maklumat palsu dan idealisme bagi mempengaruhi pemikiran golongan belia. Golongan belia ini akhirnya dilabelkan sebagai askar upahan untuk turun ke jalanan bagi menunjukkan protes demi kepentingan politik. Bagi mengulas mengenai isu tersebut, wartawan Sinar Harian, Mohd Hafiz Ismail dan jurufoto, Afiq Razali menemu ramah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), MUAMMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDDIN bagi mendapatkan pandangan beliau. Golongan belia didakwa sering menjadi golongan yang dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik sematasemata sehingga ada dalam kalangan mereka tidak tahu apa tujuan atau matlamat sebenar. Situasi ini telah mewujudkan persepsi bahawa mereka ini askar upahan bagi kepentingan pihak tertentu, boleh ulas mengenai perkara itu. Belia sekarang ini ramai yang sudah cukup matang berfikir, tapis maklumat (dalam konteks politik) tanpa mengira parti. Kita boleh nilai berita-berita itu tepat atau tidak. Tidak ramai golongan muda yang menggelar diri mereka dipergunakan secara sedar atau tidak. Namun kita akui sehingga sekarang ada ramai pihak ambil kesempatan dengan cara memberikan upah, menggunakan pengaruh persatuan ataupun mempengaruhi cara pemikiran dengan idealisme. Secara peribadi, belia ini perlu didekati dan didengari suara mereka. Sebab itu apa yang dilaksanakan oleh MBM, jika ada idea-idea atau cadangan dari orang muda, kita adakah Majlis Perundingan Belia. Ia cukup penting kerana kita bawa suara anak muda dari sudut dasar sehingga boleh tertubuhnya polisi serta dasar kerajaan hasil daripada suara anak muda ini. Berkenaan dengan penyalahgunaan tenaga anak muda yang dibawa ke jalanan untuk menunjukkan kekuatan dan protes, saya rasa walaupun mungkin ada sesetengah pihak kata ia adalah cara berkesan, tetapi cara ini tidak sesuai dengan apa yang ada dalam negara kita. Malaysia telah merdeka lebih dari 50 tahun, kita ada cara tersendiri, hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan kita aman dengan cara kita sendiri. Kalau anak muda kita cepat terpengaruh dengan dakyah-dakyah mana-mana pihak yang menghasut atas nama kebenaran dan sebenarnya membawa perpecahan. Jadi platform sesuai untuk anak muda adalah mengundi. Jangan buat cara tidak sihat kerana kesannya lebih buruk untuk negara. Pesanan saya kepada anak muda, jangan terlalu terikut- ikut. Kedua, kepada pihak-pihak tertentu jangan pentingkan diri sehingga menggadai generasi akan datang. Kalau kita ajar anak muda kita kurang ajar maka nanti bayangkan kita ada pemimpin kurang ajar. Apa pula akan diajar kepada anak-anak muda akan datang. Saya minta pemimpin jangan ajar anak muda jadi kurang ajar. Pengertian belia di zaman sekarang ini mungkin berbeza dari sebelumnya kerana kecanggihan teknologi masa kini. Jadi bagaimana cara pihak MBM memenangi hati golongan belia digital ini? Kalau kita cakap mengenai Festival Hari Belia Negara itu sendiri promosi kita melalui atas talian, media sosial dan media elektronik. Kalau dulu orang panggil arus media perdana itu televisyen tetapi hari ini, arus media perdana sebenarnya adalah media Belia Future media sosial. Program-program kita buat juga melibatkan sosial seperti pertandingan video pendek Inspirasi bersesuaian dengan tema Hari Belia Negara iaitu The Is Now. Pendekatan media sosial itu memang tidak boleh ditolak ke tepi. Selain itu pada 15 Mei ini kita adakan Konvensyen Belia Kebangsaan berkaitan dengan inovasi sosial dan ia adalah sambungan daripada tahun lepas. Tahun ini kita panggil speaker yang boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Hun Many iaitu anak kepada Perdana Menteri Kemboja. Beliau sekarang Presiden Asean Youth Council (AYC) dan kita panggil juga Kishva Ambigapathy (Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC). Kedua- dua individu hebat ini akan bercakap mengenai inovasi sosial. Media arus perdana seperti televisyen dan radio telah berubah kepada media sosial. Pelbagai maklumat wujud di media sosial, ada yang sahih dan tidak. Bagaimana MBM memainkan peranan untuk beri pencerahan kepada golongan belia kini? Salah satu program berterusan yang dilaksanakan oleh pihak kami adalah Program Literasi Media. Kita mendekati golongan muda dengan cara fizikal dan atas talian. Kita buka pendaftaran secara atas talian dan kita akan mendekati golongan ini secara fizikal seperti adakan taklimat, beri pendedahan betapa penting integriti sebagai penggiat media sosial. Kalau kita lihat sekarang ini semua anak muda dikira penggiat media sosial di mana mereka ada Facebook, Instagram, Twitter dan blog. Sebenarnya usaha mengubah pemikiran anak muda hari ini, ia tidak boleh terletak pada satu pihak semata-mata. Sebab itu saya suka menyarankan setiap rakyat di negara ini lebih beretika dalam menyampaikan sebarang berita kepada orang ramai. Periksa dan pastikan faktanya itu betul baru kita viralkan. Begitu juga dengan komen-komen kita terhadap sebarang isu, pastikan kita bertanggungjawab dan beretika dalam memberi pandangan. Berkenaan dengan isu kemasukan maklumat tidak bertapis mempengaruhi pemikiran golongan belia, adakah anda bersetuju ia boleh menjadi bom jangka masa? Media sosial ini bukan sahaja mempengaruhi pemikiran belia, malah orang yang lebih daripada paras umur belia juga terkesan. Saya rasakan bukan belia yang menjadi bom jangka tetapi rakyat Malaysia boleh menjadi bom jangka masa jika perkara ini tidak dapat dikekang. Kekangan ini bukan dengan mewujudkan akta atau undang-undang semata-mata tetapi kesedaran masyarakat itu dalam berfikir. Jangan kita jadi malas untuk berfikir dan anak muda negara ini perlu rajin berfikir supaya dapat tahu maklumat sebenar. Kita tidak boleh terlalu pasif dengan benar-benar mempercayai dan menyebarkan maklumat tanpa pengesahan sahih. Jangan terlalu ghairah untuk menyampaikan berita. Bagaimana jika berita itu mengenai fitnah seseorang dan kita tanpa selidik menyebarkan maklumat itu. Apa akan jadi? Wajarkan pihak Kementerian Pendidikan memperkenalkan subjek berkaitan pengurusan maklumat di media sosial? Saya bersetuju dengan cadangan itu, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Saya ingat kalau bukan menjadi satu mata pelajaran atau subjek, mungkin boleh dimasukkan sebagai salah satu bab dalam mata pelajaran tertentu. Boleh ulas sedikit kelainan yang dibawa pada Hari Belia Negara tahun ini? Kelainan tahun ini adalah seperti memberi fokus kepada jelajah kampus dan kita akan menjelajah ke kampus-kampus tertentu yang akan bermula di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akan ke universiti terpilih seluruh negara. Kita akan fokuskan kepada program-program yang hampir sama seperti program kerohanian, aktiviti sukan, aktiviti sukan lasak, konvensyen dan beberapa program lain. Fokus kita adalah kepada anak-anak muda yang berada di kampus-kampus. Pada 10 Mei, kita adakan Konvokesyen 1Belia 1Kemahiran yang kita kumpulkan kira-kira 500 graduan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain memberi fokus kepada mahasiswa kita juga beri fokus kepada pelatih-pelatih bidang kemahiran. Kita mahu ubah mentaliti anak muda bahawa bidang kemahiran ini adalah jalan terakhir sekiranya tidak berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti. Kita mahu bidang kemahiran ini sebagai salah satu bidang utama. Dalam usaha Malaysia menuju kepada negara maju berpendapatan tinggi bidang kemahiran juga penting bagi membangunkan negara. Kami berasakan kita wajar ajak seluruh rakyat Malaysia ubah pandangan mereka terhadap bidang kemahiran. Jangan kita meletakkan mereka ini alam kelompok belakang sebaliknya letak mereka ini sebaris dengan bidang-bidang lain. Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 1B1K – MBM Putrajaya 10 Mei – Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 1B1K – MBM dan Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten : TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah berlangsung dengan jayanya dimana ia dirasmikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang bertempat di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang ini dimulakan dengan perarakan masuk dif-dif jemputan dan kehormat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Menggerak Belia dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan ucapan perasmian oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Sesi penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia kepada para graduan seramai 450 orang yang disampaikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin. Sesi berikutnya ialah Penyampain Anugerah Pelatih Terampil Cemerlang dan Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten : TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sesi terakhir adalah penyerahan surat tawaran kepada pelajar baru, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar kenangan. Malaysiakini perlu matang, profesional lebih KUALA LUMPUR 8 Mei – Portal berita, Malaysiakini perlu lebih matang dan rasional dengan tidak membenarkan komen negatif dalam kalangan pembaca portal itu yang sering mendoakan keburukan terhadap pemimpin tertinggi negara. Walaupun Malaysiakini cenderung menyokong pembangkang, namun ia bukanlah tiket bagi membenarkan segala komen berunsurkan kebencian terhadap kerajaan dipaparkan di portal terbabit. Zambri Mohd ISa, Presiden GPMS Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, Malaysiakini perlu bersikap lebih sensitif terhadap komen yang berbaur kebencian bagi mengelakkan daripada timbul rasa tidak puas hati sesetengah pihak. “Malaysiakini perlu memadam komen yang dirasakan tidak relevan terutama komen berbaur kebencian dan provokasi bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti salah faham dan fitnah yang dibimbangi akan menjadi isu lebih besar. “Selain itu, masyarakat juga tidak harus terlalu emosional sehingga budaya Timur yang menekankan nilai positif seperti saling menghormati dan kepentingan tatasusila tidak lagi diendahkan. “Setiap komen berbaur negatif patut dipadam dan tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana akan tercetusnya konflik dan kesannya pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tentang sikap Malaysiakini yang dilihat lepas tangan dengan membiarkan pembacanya memberi komen berunsur kesat dan biadab terhadap mangsa nahas helikopter di Subayau, Sarawak, Khamis lalu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Malaysiakini perlu menjadi sebuah media yang bersifat lebih adil dan telus dalam menyampaikan maklumat kepada pembacanya. “Sepatutnya Malaysiakini memadam segala komen yang dianggap biadab terutamanya komen yang mendoakan keburukan seseorang. Walaupun media diberi kebebasan, namun bukanlah bermaksud bebas untuk menyebarkan dan mendidik masyarakat mengenai kebencian. Media perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat Malaysia amnya,” katanya. Mengulas lanjut, beliau menyeru kepada masyarakat agar lebih berhati-hati sewaktu mengutarakan pendapat dengan mengambil kira sensitiviti keluarga dan kenalan mangsa nahas yang masih bersedih berikutan tragedi helikopter terbabit. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata, Malaysiakini sepatutnya tidak mempromosikan perkara berbaur negatif, sebaliknya sebagai sebuah media, mereka perlu bersikap lebih matang dan profesional. “Seharusnya Malaysiakini tidak membiarkan komen negatif begitu sahaja. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara harus diterapkan dalam masyarakat Malaysia hari ini,” katanya. – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/i-malaysiakini-i-perlu -lebih-matang-profesional-1.320220#sthash.X79Js63w.dpuf MBM rai 500 belia tercicir KUALA LUMPUR 9 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) akan meraikan 500 belia yang pernah tercicir dalam bidang akademik dalam satu majlis Konvokesyen 1 Belia 1 Kemahiran, esok. Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, majlis itu yang juga majlis konvokesyen keempat program tersebut amat bermakna kepada semua belia terbabit yang diberi peluang kedua dalam bidang latihan kemahiran walaupun tidak mendapat keputusan cemerlang dalam akademik. “Majlis konvokesyen ini merupakan suatu pengiktirafan kepada semua belia berkenaan yang pernah tercicir dalam bidang akademik tetapi telah bangkit untuk berjaya melalui Program 1 Belia 1 Kemahiran kelolaan MBM. “Program tersebut juga merupakan kerjasama kami dengan beberapa agensi kerajaan dan institusi latihan kemahiran awam dan swasta untuk memberi peluang kepada golongan belia memajukan diri mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Majlis penyampaian sijil kepada semua belia itu akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Dewan De Seri Endon, Bangunan Puspanitapuri, Putrajaya. Turut berlangsung majlis pelancaran program 1B1K-UMP Kompeten: TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang merupakan kerjasama antara MBM dengan Universiti Malaysia Pahang. – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mbm-rai-500-belia-terc icir-1.321435#sthash.yWUVMA9s.dpuf
Similar documents
Pertandingan bola sepak erat hubungan belia orang asli,Pameran
organisasi kebeliaan membawa manfaat kepada pembangunan negara dan serantau. Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin Presiden Majlis Belia Malaysia menyatakan hal tersebut kepada rakat sejawat beliau...
More information