Pertandingan bola sepak erat hubungan belia orang asli,Pameran

Transcription

Pertandingan bola sepak erat hubungan belia orang asli,Pameran
Pertandingan bola sepak erat
hubungan belia orang asli
Semenyih, 1 November 2015 – Bersempana Hari Sukan Negara yang
diisytiharkan pada 10.10.2015 tempoh hari, Majlis Belia
Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli (MBOA)
telah menganjurkan Karnival Sukan Belia Malaysia –
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah (Orang Asli) bagi merebut
Piala Presiden bertempat di Padang Bola Kampung Orang Asli,
Jalan Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor pada 31 Oktober
dan 1 November 2015.
Sebanyak 32 pasukan bola sepak orang asli termasuk 2 pasukan
beliawanis telah menjayakan pertandingan selama 2 hari ini.
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan
Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, YBhg. Mohd. Zaki bin
Mahmud yang mewakili Ketua Pengarah JBSN yang turut disaksikan
oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan
Presiden MBOA, Sdr Cliff Allen.
Pameran 1Belia 1Kemahiran
Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia (1B1K-MBM)
akan mengadakan Pameran TVET bersempena Karnival Keusahawanan&
Kerjaya Tenggara seperti ketetapan di bawah:
Tarikh: 5 November 2015 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Taman Kota Jaya, Kota
Tinggi, Johor
Golongan belia sekitar Kota Tinggi dan Kulai dijemput hadir
beramai-ramai. Turut disediakan ialah Peluang Latihan
Kemahiran, Bantuan Pinjaman Latihan Kemahiran, Peluang Kerjaya
Berkemahiran dan Khidmat Nasihat Halatuju Lepas PT3 & SPM.
Golongan belia yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah
atau gagal juga berpeluang ditawarkan latihan kemahiran.
KEPADA INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN / PENGAJIAN TINGGI;
Institusi Latihan Kemahiran dan Institusi Pengajian Tinggi
yang berminat untuk menyertai pameran boleh mengesahkan
penyertaan kepada saya dengan segera melalui pesanan WhatsApp
(013-7733676).
Terima kasih.
RIZAN HASSAN | KP MBM | 013 7733676 | www.rizanhassan.com /
www.mytevt.net
“A Day with ASEAN’s Prominent
Young CEOs”
Kuala Lumpur, 31 Nov 2015 – The Malaysia Youth Council
(MBM),
Committee
for
ASEAN
Youth
Cooperation
(CAYC), and International Youth Centre (IYC),
in
collaboration with The Ministry of Youth and Sports, Malaysia
organised an event entitled “A Day with ASEAN’s Prominent
Young CEOs” in Malaysia during the end of October 2015.
The aim of the program is to be inspired by the success
stories of the young CEOs from the beginning of establishing
their company, challenges they faced and the business
knowledge sharing for the youth community in the Southeast
Asian nation. The program also wishes to inspire more youths
to take up the challenge of establishing their own company in
their chosen industry.
Three young panelist shared their experience with the
audience, the first session attended by Mr Yusno Yunos, CEO of
Y Us Sdn Bhd, moderated by Mr Jufitri Joha, Vice President of
MYC. Yusno founded his company with an audacious vision to
create a comprehensive event ecosystem that involves event
planners, participants and suppliers. The enablers are
Evenesis (www.evenesis.com), a complete cloud-based end-to-end
event management system and Venueville (www.venue-ville.com),
the ideal venue deal maker. The company, Y Us was listed as
Malaysia’s Top 10 Most Innovative ICT Companies in 2014 by the
Top 10 of Malaysia magazine. Evenesis has won multiple awards
such as Winner of Malaysia INTEL APEC Start-Up Challenge 2013,
Top 15 Companies under the Coach & Grow Programme 2012, two
times winner of the MSC Malaysia APICTA Awards in 2013 & 2011
and nominated to be in the list of Asia’s Top 50 Apps.
The second panelist was Mr Mohd Azad Jasmi, Executive
Director, TAJ International Collage moderated by Mr Low End
Tack, MYC’s Vice President. He shared his 10 years experience
in Strategic Partnerships, corporate development and in
the Automotive industry that covers retail, network &
distribution development, branding, strategic planning,
corporate legal framework, research & due diligence, business
development, operations and management, mergers &
acquisitions, joint venture initiatives and corporate
restructuring exercises.He is also responsible in setting up
the framework of a global automotive brand distribution
network in Malaysia and instrumentally involved in the
strategic alliance and partnership between a global car
company and national automotive company.
The final Panelist of the day was Mr Fizo Omar this talented
celebrity, is no stranger to the Malaysian’s entertainment
industry, be it in sports or the silver screen. He shared his
ups and downs trough out his journey as entertainer and
as entrepreneur. He won several awards such as Emerging Youth
Entrepreneur 2014, and also Youth Icon under Ministry Youth
and Sports Malaysia. He mentioned “To be successful at a young
age, one must make sacrifices. Success doesn’t come overnight
or in a neat little package. I’m here today because I
sacrificed my teenage years. I practiced hard to be a
footballer, looked for opportunities to work whenever possible
and didn’t have time to hang-out with friends. But it’s worth
it.”
MBM Kukuh Hubungan Organisasi
Kebeliaan Serantau
Jakarta,
28
Okotober
2015
–
Memperat
hubungan
antara
organisasi kebeliaan membawa manfaat kepada pembangunan negara
dan serantau.
Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin Presiden Majlis Belia
Malaysia menyatakan hal tersebut kepada rakat sejawat beliau
Sdr Muhammad Rifaie Darus, Ketua Umum Komiti Pemuda Nasional
Indonesia (KNPI) dalam pertemuan tidak rasmi di sini.
Antara perkara lain yang dibincangkan berkaitan kerjasama
program kebeliaan, peglibatan belia kedua negaradi peringkat
Asia dan kerjasama ASEAN
serta hal keorganisasian belia
setempat.
Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh ahli Sdr Tan Taufiq
Taulob Ahli Lembaga Pengarah ICYF-DC bagi Asia (organisasi
belia di bawah OIC), Pengurusi Tetap MBM, Sdr Khairul Amin
Osman dan Setiausaha Agung MBM Sdr Ahmad Saparudin Yusup.
Pertemuan ini adalah program sampingan yang diatur sempena
kehadiran Presiden MBM dan rombongan ke Konvensyen Dunia
Melayu Dunia Islam yang berakhir hari ini.

Similar documents

Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia

Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia 500 belia yang pernah tercicir dalam bidang akademik dalam satu majlis Konvokesyen 1 Belia 1 Kemahiran, esok. Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, majlis itu yang juga majlis konvok...

More information