WTO Cartoons.PM6
Transcription
WTO Cartoons.PM6
AOA GATs Diterbitkan Oleh Disokong Oleh PERSATUAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGGUNA MALAYSIA ERA CONSUMER MALAYSIA Globalisasi dan Impaknya ke atas Para Petani di Malaysia Diterbitkan oleh ERA CONSUMER MALAYSIA [Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia] ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapat keuntungan. ERA memberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia, alam sekitar, hak-hak pengguna serta hak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama. Disokong oleh Pendahuluan Perdagangan dunia bebas ataupun lebih dikenali sebagai globalisasi bermaksud produk yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat memasuki pasaran antarabangsa tanpa sebarang had. Dengan tidak adanya had perdagangan, para pengguna dapat membeli barangbarang dengan harga yang murah dan menikmati pelbagai jenis barangan. Apakah yang akan terjadi dengan barangan tempatan hasil keluaran negara kita sekiranya kita membeli barangan import kerana ianya lebih murah? Apakah pula akan menimpa diri kita sekiranya kerajaan Malaysia terus menandatangani perjanjianperjanjian WTO tanpa menilai baik buruknya? Apapun pandangan kita, globalisasi telah pun dan akan terus meninggalkan kesan yang mendalam ke atas semua lapisan masyarakat. Ianya terpulang kepada diri kita untuk menilai baik buruknya sebelum kita membeli sesebuah barang atau pun membuat sesuatu keputusan. Kami di ERA Consumer berpendapat bahawa proses globalisasi yang kompleks ini harus dijelaskan dengan ringkas agar masyarakat terutamanya para penduduk luar bandar dapat memahaminya dengan mudah. Kami berharap agar buku komik ini dengan sedikit sebanyak dapat menambahkan kesedaran para pengguna negara Malaysia mengenai proses globalisasi. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SEACA kerana memberikan sumbangan wang untuk menjayakan projek ini. 1 2 WTO WTO ialah pertubuhan perdagangan sedunia yang telah wujud pada tahun 1994 sebagai lanjutan daripada GATT (Persetujuan umum tariff dan perdagangan). WTO menggariskan peraturan - peraturan perdagangan bebas di seluruh dunia. Semua perjanjian yang dihasilkan oleh WTO bersifat mengikat anggotanya secara ketat dan sebarang kesalahan boleh membawa kesan yang buruk kepada ekonomi sesebuah negara. Tidak ada perlembagaan antarabangsa yang lain yang mempunyai kekuatan kuasa seperti WTO. WTO mewakili kepentingan negara-negara maju kerana kuasa perundingan terletak di tangan mereka. Mereka memiliki kuasa sebegitu besar kerana mereka mempunyai kewangan dan sumber-sumber asli yang lebih berbanding dengan negara-negara membangun seperti Asia dan Afrika. 3 4 AOA Perjanjian Pertanian di bawah WTO yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1995 telah membawa kesusahan kepada para petani di negara ini. Oleh kerana hasil pertanian keluaran negara asing adalah jauh lebih murah daripada hasil keluaran para petani negara ini, maka keluaran tempatan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara asing. Selain itu penyeludupan juga semakin berleluasa sekarang. Siapakah yang ingin mengerjakan sawah padi sedangkan duit yang diperolehi cuma seberapa berbanding dengan kerja yang dilakukan? Apakah akan terjadi pada nasib petani kita pada masa akan datang apabila subsidi baja dan harga diberhentikan? Adakah mereka akan meninggalkan anak isteri dan bendang mereka untuk berhijrah ke bandar agar mereka boleh mencari pendapatan yang lebih lumayan? Kalau begitu, siapakah yang akan menanam makanan untuk penduduk negara ini? Sekiranya keadaan ini berlaku, maka negara ini akan susah kerana kerajaan Malaysia terpaksa bergantung ke atas negara lain untuk menyuap penduduk-penduduknya. 5 6 TRIPs Pada zaman nenek moyang kita, para petani menggunakan biji benih tradisi di mana mereka boleh mengawet, menyimpan dan berkongsi biji benih untuk musim yang akan datang. Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ini secara bersendirian atau bersama, para petani tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dengan perjanjian TRIPs di bawah WTO, semuanya akan berubah. Setiap kali tibanya musim menanam, para petani akan terpaksa membeli biji benih yang baru. Mereka tidak boleh menyimpan biji benih yang lama ataupun mendapatnya daripada petani yang lain. Para petani akan terpaksa membayar kepada syarikat yang mencipta biji benih ini (pemilik hak paten). Di samping itu, mereka tidak lagi boleh menggunakan ataupun berkongsi biji benih ini dengan petani lain. Sekiranya, mereka melakukan demikian, mereka boleh dikenakan hukuman denda ataupun dipenjara oleh pihak berkuasa. 7 8 GATs Sekarang ini di bawah GATs, air sudah menjadi komoditi perdagangan, maka kerajaan tidak boleh mengawal perkhidmatan bekalan air. Dulu, kerajaan boleh memberi keutamaan perkhidmatan bekalan air kepada mereka yang menyediakan air minuman, penjanaan kuasa elektrik dan untuk tujuan irigasi, tetapi keutamaan seperti itu tidak wujud lagi. Kini siapa yang boleh membayar untuk bekalan air yang digunakan akan diberi air. Orang yang tidak berkemampuan untuk membayar duit air tidak berhak untuk memperolehi bekalan air. Tiada belas kasihan lagi. Perjanjian GATs ini juga merangkumi perkhidmatan asas yang lain seperti kesihatan dan pendidikan yang dahulunya disediakan oleh kerajaan tetapi sekarang diswastakan. Fokus utama perkhidmatan yang diswastakan adalah untuk mengaut keuntungan dan bukan menjaga kebajikan masyarakat. 9 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada organisasi dan individu-individu yang terlibat di dalam menghasilkan buku komik ini:Marimuthu Nadason Indrani Thuraisingham Chubashini Suntharalingam Che Aizawati Che Salleh Nur Diyana Khalid Amardip Kaur Soni Fahmi Reza Bina Swadaya, Indonesia Pusat Komunikasi Masyarakat, Malaysia ERA CONSUMER MALAYSIA [Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia] ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapat keuntungan. ERA memberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia, alam sekitar, hak-hak pengguna serta hak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama. LatarBelakang ERA ConsumerMalaysia Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk PenggunaPengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia) adalah sebuah organisasi sukarela, bersifat bukan politik yang ditubuhkan di Ipoh, Perak pada tahun 1985. ERA Consumer Malaysia adalah sebuah organisasi kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966. Ia ditubuhkan untuk mempromosikan dan menjalankan aktiviti-aktiviti kritikal yang berkaitan dengan masyarakat awam. ERA Consumer merupakan sebuah institusi dinamik yang sering memberikan respon dan memperkembangkan perkhidmatannya mengikut kehendak dan pennintaan masyarakat. Era Consumer Malaysia mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah organisasi untuk masyarakat yang mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dalam melindungi kepentingan pengguna sebagaimana mereka melindungi diri sendiri, disamping mengamalkan corak hidup dan penggunaan yang lestari dan bertindak secara adil dalam mengawal proses pentadbiran. Ia juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai dalam isu-isu yang menekan kehidupan mereka melalui penyelidikan dan program pendidikan. ERA Consumer terlibat dalam membina perpaduan dan persefahaman dengan badan-badan bukan kerajaan lain di Malaysia; mengeratkan hubungan Selatan-Selatan dan persefahaman Utara-Selatan. Komponen dan program utama ERA Consumer adalah penyelidikan, pendidikan dan perlindungan pengguna, pentadbiran bertanggungjawab dan pendidikan hak-hak asasi manusia serta pertanian mampan, jaminan makanan, dan pembangunanpedalaman. Diterbitkan oleh: PERSATUAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGGUNA MALAYSIA (ERA CONSUMER MALAYSIA) No 24, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel (603) 7877 4741, 7876 4648 Faks (603) 7873 0636 Emel [email protected] Laman Web www.eraconsumer.org